Rabu, 1 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 01 Aug 2012 03:29 AM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG


Semakin Dekat PRU13, Umno-BN Semakin Pelik!

Posted: 01 Aug 2012 12:13 AM PDT


KUALA TERENGGANU– Pengumuman demi pengumuman pelik, dibuat oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) dan menjadi bertambah 'ganjil' apabila waktu dilihat semakin hampir kepada masa pilihanraya umum kali yang ke 13 diadakan.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Dr Alias Razak, tiba-tiba Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak mengumumkan satu kajian kemungkinan jalan keretapi Pantai Timur teah siap dilakukan.
Sedangkan, katanya, sebelum ini pernah ditimbulkan dan kerajaan menafikan tentang perkara tersebut.
"(Umno-BN) semakin pelik, semakin hamper kepara PRU-13.....menjadi semakin pelik dan ganjil, kita (PAS) pernah bertanya (kepada kerajaan) tentang cadangan perkhidmatan keretapi (di negeri ini),
"(tetapi) kerajaan nafi.....tapi sekarang tiba-tiba, (PM) Najib umum kajian sudah siap.....?,"soalnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Iftar bersama para petugas pejabat Badan Perhubungan PAS negeri dan kawasan-kawasan yang diadakan di sini petang Selasa 31 Julai.
Menurutnya, apa yang lebih ganjil dalam kenyataan Najib itu adalah, ia termasuk kajian khidmat keretapi diantara Kerteh dan Kuantan, sedangkan sebelum ini jalan dan perkhidmatan keretapi tersebut memang telah wujud.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kerajaan sendiri telah mengisytiharkan perkhidmatan keretapi antara Kerteh dan Kuantan telah dihentikan sepenuhnya pada 1 November 2010.
"Tiba-tiba ia masuk semula dalam kajian, sedang jalan dan khidmat keretapi antara Kerteh dan Kuantan telah wujud sejak tahun 2004,
"Perkhidmatan Keretapi Kuantan Kerteh (Kuantan Kerteh Raiway System – KKRS) telah rasminya ditutup pada 1 November 2010,"ujanya pelik.

Kartunis Zunar menang kes saman kerajaan

Posted: 31 Jul 2012 03:54 AM PDT



11 Ramadhan 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR - Kartunis politik Zulkiflee SM Anwar atau dikenali sebagai Zunar, hari ini menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan Zunar.

Pada 15 Jun tahun lalu, Zunar memfailkan saman sivil ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden berhubung penangkapannya dan rampasan terhadap 66 buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010.

Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dipetik oleh The Star hari ini, Zunar berkata, keputusan mahkamah hari ini sebahagian kemenangan bagi kesemua kartunis politik memandangkan Vazeer memutuskan bahawa tindakan menahan buku-buku berkenaan adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, tetapi penahanan Zunar adalah sah pada waktu itu.


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 01 Aug 2012 01:44 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Najib, rakyat memerhatikanmu'

Posted: 01 Aug 2012 12:43 AM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli disifatkan sebagai penganiyaan politik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pentadbirannya.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata, pihak berkuasa bertindak ke atas aduan Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Mohd Salleh Ismail yang sebelum ini didakwa pecah amanah dalam menyalahgunakan dana awam.

"SNONEaya menggesa perdana menteri, peguam negara, Bank Negara dan kerajaan untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Rafizi dan (bekas kerani am bank) Johari Mohamad dengan segera.

"Gugurkan pertuduhan yang bermotifkan politik. Hentikan penganiayaan politik. Masyarakat sedang memerhati," kata Surendran yang mewakili kedua-dua tertuduh pada sidang media hari ini.

Menurut Surendran, Rafizi didakwa kerana mendedahkan bahawa pembaziran dan penyalahgunaan dana wang awam telah berlaku.

Sehubungan itu, tambahnya, tangkapan yang dilakukan bertujuan untuk "menutup mulut" Rafizi di samping pendedahan mengenai penganugerahan projek LRT Ampang kepada George Kent (Malaysia) Bhd yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Najib.

Justeru, Surendran menyifatkan bahawa kes itu sebagai konspirasi politik peringkat tertinggi negara. Malah, Bank Negara juga didakwa digunakan oleh pihak berkuasa bagi mendakwa Rafizi dan Johan.

"Mereka telah diheret oleh kerajaan BN (yang menggunakan) institusi yang kononnya bebas terhadap pembangkang. Kami akan melawan pertuduhan itu sehabis-habisan," kata Surendran.

MALAYSIAKINI/-

45 anak yatim, armalah sertai Iftar Amal Persada

Posted: 01 Aug 2012 12:37 AM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: 45 orang yang terdiri dari 15 ibu tunggal dan 30 anak yatim akan diraikan oleh Persatuan Anak Kelantan di Kuala Lumpur dan Selangor (Persada) Sabtu ini.

Mereka akan diraikan dalam majlis Iftar Amal Persada bersama Anak Yatim dan Armalah di hotel Vistana.

Yang menariknya, 15 armalah yang mereka bakal raikan adalah dari kalangan saudara baru Islam yang terbiar dan menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan.

"Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama sebuah syarikat yang membantu untuk menjayakan program ini," kata Alex Ong, koordinator program.

Menurut Alex, tiga tetamu utama dijangka akan menyertai majlis ini iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Husam Musa dan Datuk Kamarudin Jaffar.

Beliau menjangkakan 400 ahli Persada bersama keluarga masing-masing agar menyertai majlis ini di hotel berkenaan.

Kepada anak Kelantan di Kuala Lumpur dan Selangor yang belum mendaftar dan ingin menyertai majlis ini boleh menghubungi Razali (017-6242252) atau Zainuha (012-5619259).

HARAKAHDAILY/-

Suri rumah simpan tujuh keping duit syiling berusia 165 tahun

Posted: 01 Aug 2012 12:30 AM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

TAMPIN – Seorang suri rumah mendakwa dirinya memiliki tujuh keping duit syiling lama berusia 165 tahun yang mana nilainya boleh mencecah jutaan ringgit sekiranya dilelong di pasaran Amerika Syarikat.

Dua dari tujuh syiling lama yang dimiliki mempunyai catatan tahun 1847 dan di syiling yang sama juga jelas tertera perkataan United State of America.

Manakala, ada beberapa syiling yang tertera tulisan Arab dan mempunyai lambang yang dikatakan sebagai bahtera Nabi Nuh AS.

Suri rumah berkenaan, Siti Mahfuzah Abu Mansor, 31, berkata, dia dan suaminya, Mohamad Hakim Maakid, 53, menyimpan duit syiling lama berkenaan sejak 10 tahun lalu yang mana syiling itu merupakan harta peninggalan keluarganya turun-temurun yang diwarisi daripada datuknya di Kampung Batang Nyamor, Rembau.

Menurutnya, dia terlalu sayang dengan syiling berkenaan kerana sudah lama menyimpannya seperti nyawa sendiri.

"Namun, kini saya dan suami berhasrat menjual beberapa syiling untuk dikongsi kepada penggemar pengumpul wang lama. "Malah, sekiranya pihak muzium ingin membeli syiling ini juga saya tidak keberatan kerana sememangnya ia wajar dipamerkan di tempat lebih bersesuaian bagi tontonan peminat sejarah lama terutamanya peminat wang lama," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya, dekat sini, semalam.

Katanya, individu atau organisasi yang berminat untuk membelinya diharap dapat membayarnya dengan nilai yang wajar sesuai dengan usia duit syiling berkenaan.

"Jika sebelum ini saya risau untuk meminjamkannya kepada sesiapa sahaja kerana takut disalahgunakan bagi tujuan yang bertentangan dengan ajaran Islam, kini saya yakin sekiranya dijual kepada pihak yang tepat ia tidak akan disalahgunakan.

"Malah, lebih baik lagi sekiranya nilai sejarah syiling ini akan dapat dikongsi bersama seluruh peminat duit syiling lama berusia ratusan tahun.

Sesiapa yang berminat untuk membeli boleh menghubungi suami saya menerusi talian 019-6732276," katanya.

SINAR HARIAN/-

Tema merdeka Pakatan: 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'

Posted: 01 Aug 2012 12:15 AM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Pakatan Rakyat memilih tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" untuk menggantikan tema "Janji Ditepati" oleh kerajaan BN bagi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said berkata tema tersebut dipilih setelah menghalusi sebanyak 250 cadangan slogan yang diterima melalui e-mel.

"Akhirnya kami putuskan untuk pilih satu slogan yang turut kami ubah dan disesuaikan," katanya yang menambah, slogan itu berdasarkan cadangan seorang individu bernama Alhaimi Adam.

"Kerajaan belum tentu akan terima, tapi kena ingat bahawa (cadangan tema) ini datang daripada rakyat," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan akan memutuskan sekiranya akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan berasingan dengan tema alternatif tersebut, sekiranya kerajaan pusat enggan menukar tema kontroversi "Janji Ditepati".

"Itu kita akan bincangkan di peringkat pimpinan kemudiannya, tapi kita harapkan kerajaan dapat rasa denyut nadi rakyat ini sebagaimana (tema) yang dipilih oleh jawatankuasa ini," katanya lagi dalam sidang media tersebut.

Jawatankuasa tersebut juga kini membuka talian kepada para pengguna Internet untuk menghantar cadangan logo dan lagu baru yang selari dengan tema berkenaan.

Tarikh tutup cadangan itu, yang perlu dikemukakan kepada sekretariatpakatan@gmail.com adalah pada 5 Ogos.

MALAYSIAKINI/-

AES: Janji Ditepati, ini masa balas budi

Posted: 01 Aug 2012 12:07 AM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Utusan Malaysia Online bertarikh 31/07/2012 menyiarkan laporan bahawa Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri menyatakan Sitem Penguatkuasaan Automatik [AES] kini sedang dalam fasa ujian dan akan dilaksanakan sepenuhnya pada 12/08/2012 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi mengesan kesalahan memandu melebihi hadlaju dan melanggar isyarat lalulintas.

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE] mengalu-alukan perlaksanaan apa saja bentuk penguatkuasaan undang-undang lalulintas yang bertujuan menjamin keselamatan pengguna jalanraya keseluruhannya. Walau bagaimana pun KASE menegaskan bahawa apa jua bentuk penguatkuasaan undang-undang dan peraturan lalulintas, tujuan utamanya ialah untuk keselamatan pengguna dan bukannya berasaskan keuntungan kewangan yang akhirnya akan terus memberikan masalah kepada pengguna jalanraya dan seterusnya membebankan mereka dari segi ekonomi dan sebagainya.

Pengumuman mengejut perlaksanaan AES oleh Timbalan Menteri Pengangkutan semalam masih tidak menjawab beberapa isu yang dibangkitkan sebelum ini oleh KASE mahupun oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Ahli Parlimen samada di Dewan Rakyat mahupun di Dewan Negara. Justeru KASE mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan berkaitan beberapa isu yang masih tidak dijawab secara telus dan terbuka.

Pertama: Siapakah pengendali kamera AES?

Tinjauan di dalam laman sesawang (website) Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ] mendapati terdapat penerangan berbentuk "Soalan Lazim [FAQ]" telah dimuatnaik. Soalan nombor 7 – Agensi manakah yang akan bertanggungjawab terhadap perlaksanaan AES? Jawapan yang diberikan ialah Kementerian Pengangkutan sebagai tuanpunya manakala JPJ bertanggungjawab melaksanakan secara langsung dan merupakan "end user" kepada sistem AES. Miros bertanggungjawab dalam menentukan lokasi kamera manakala JKJR bertanggungjawab dalam advokasi dan kempen kesedaran.

Jawapan soalan 7 ini menyembunyikan beberapa perkara yang perlu diperjelaskan. Kenapa pihak Kementerian tidak menyebutkan dua (2) syarikat yang terlibat menyediakan perkhidmatan AES ini? Timbalan Menteri Pengangkutan semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 di Dewan Negara pada 17/07/2012 yang lalu menyatakan bahawa dua (2) syarikat iaitu Beta Tegap Sdn Bhd. dan ATES Sdn. Bhd. telah diberikan hak oleh Kerajaan untuk memasang dan menyediakan perkhidmatan AES kepada Kerajaan. Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd akan menggunakan teknologi RedFlex buatan Australia manakala ATES Sdn Bhd menggunakan teknologi Genoptik Robot dari Jerman. Persoalan yang perlu diperjelaskan oleh Kerajaan ialah berapakah nilai kontrak yang diperolehi oleh kedua-dua syarikat ini?

Melalui suatu kenyataan kepada Bursa Saham Australia bertarikh 19/12/2011, Redflex Traffic Systems Pty Ltd telah mengumumkan bahawa mereka telah memeterai suatu perjanjian untuk menyediakan 450 unit kamera statik, 140 kamera bergerak dan perkhidmatan susulan kepada Beta Tegap Sdn Bhd yang keseluruhannya bernilai $50 juta. Kontrak antara Redflex Traffic Systems Pty Ltd dengan Beta Tegap Sdn Bhd bernilai $50 juta, berapa pula nilai kontrak di antara Kerajaan dengan Beta Tegap Sdn Bhd? Bagaimana pula nilai kontrak di antara Kerajaan dengan ATES Sdn Bhd. Kerajaan perlu jelaskan perkara ini.

Perlu diambil perhatian bahawa kedua-dua syarikat ini akan mendapat pulangan hasil daripada kutipan saman yang dikeluarkan melalui AES. Pada September 2009 sebelum AES dimaktubkan di dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987, kedua-dua syarikat ini telah bersetuju dengan Kerajaan melalui suatu Modul Kewangan yang memperincikan kadar keuntungan yang akan mereka perolehi hasil perkhidmatan AES yang mereka sediakan. KASE berpendapat bahawa hasil Modul Kewangan inilah yang menjadi faktor utama Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda pada sesi Parlimen yang lepas dengan menetapkan kadar minima denda tidak kurang RM300 bagi kesalahan lalulintas. KASE sekali lagi memohon penjelasan pihak Kerajaan berkaitan perkara ini.

Kedua: Berapakah bilangan kamera yang terlibat di dalam AES dan di mana lokasi kamera dipasang?

AES melibatkan penggunaan kamera samada statik, bergerak (mobile) dan juga statik bergerak. Timbalan Menteri Pengangkutan di dalam Dewan Negara semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 pada 17/07/2012 yang lalu berkata sejumlah 1,093 unit kamera terdapat di dalam AES. Walau bagaimana pun melalui Soalan Lazim di nombor 10 yang dimuatnaik di laman JPJ menyatakan bahawa jumlah kamera ialah sebanyak 1,081 di mana 566 kamera untuk mengesan hadlaju, 265 kamera untuk lampu isyarat manakala 250 ialah kamera mudah alih. KASE memohon Kementerian perjelaskan perbezaan jawapan ini.

Pengumuman oleh Redflex Traffic Systems Pty Ltd bahawa mereka menyediakan 590 unit kamera kepada Beta Tegap Sdn Bhd justeru dapat disimpulkan bahawa kamera yang akan digunakan oleh ATES Sdn Bhd yang menggunakan teknologi Genoptik Robot ialah sebanyak samada 491 unit atau 601 unit. Jawapan Timbalan Menteri semasa di Dewan Negara ialah Beta Tegap Sdn Bhd akan memberikan perkhidmatan AES di zon selatan iaitu antara Kuala Lumpur ke Johor Bharu manakala Ates Sdn Bhd bagi zon utara daripada Kuala lumpur ke Perlis.

KASE mohon Kementerian menjelaskan kenapakah dua (2) syarikat ini perlu menggunakan dua (2) sistem yang berbeza dan kenapa Kerajaan tidak terus memasuki perjanjian dengan pembekal perkhidmatan tersebut tetapi melalui Beta Tegap Sdn bhd dan ATES Sdn Bhd?.

Seterusnya KASE memohon pihak Kementerian supaya menyiarkan lokasi di mana kamera-kamera tersebut dipasang di seluruh negara. Kerajaan menyatakan bahawa lokasi kamera bukan rahsia kerana akan diletakkan papan tanda amaran, justeru KASE mendesak Kerajaan supaya menyiarkan di dalam Akhbar Perdana samada Berita Harian, Utusan Malaysia, The Star, The New Straits Times dan akhbar-akhbar lain di manakah lokasi setiap kamera dipasang. Penyiaran lokasi kamera ini perlu dibuat sebelum penguatkuasaan AES dilaksanakan pada 12/08/2012 nanti sebagai amaran kepada pengguna jalanraya supaya lebih berhati-hati sesuai dengan pendapat Kerajaan bahawa perlaksanaan AES ini adalah untuk meningkatkan perasaan "perception of being caught".

Ketiga: Apakah peranan PDRM di dalam AES.

Soalan Lazim nombor 8 menjawab bahawa PDRM akan menggunakan AES untuk mengesan jenayah dan tugas-tugas trafik malah kamera bergerak AES juga akan dikendalikan oleh PDRM dan juga JPJ. Persoalan yang timbul di sini ialah apakah status kamera-kamera yang dimiliki oleh Polis Cawangan Trafik yang kerapkali digunakan di dalam operasi hadlaju? Adakah semua kamera yang dimilik oleh PDRM tersebut tidak akan digunakan, dilupuskan atau diserap ke dalam AES? Adakah PDRM masih akan terus menggunakan kamera milik mereka dan jika perkara tersebut masih berlaku, adakah saman-saman yang dikeluarkan oleh PDRM masih sah sedangkan kesalahan lalulintas untuk memandu laju dan melanggar isyarat lampu isyarat tertakluk di bawah AES.

Keempat: Penerangan berkaitan peraturan dan undang-undang lalulintas.

Kementerian Pengangkutan meletakkan tanggungjawab khusus kepada Jabatan Keselamatan Jalanraya [JKJR] untuk advokasi dan kempen bagi memastikan pemahaman dan penerimaan rakyat. KASE mendesak Kementerian menyatakan sehingga pengumuman AES akan dilaksanakan pada 12/08/2012 berapa kalikah JKJR mengadakan siri kempen penerangan berkaitan AES kepada masyarakat khususnya pengguna jalanraya. Kementerian sendiri pula berapa kali telah diadakan siri ceramah penerangan atau hebahan di media berkaitan AES ini untuk makluman awam? Jika jawapannya negatif, KASE memohon supaya perlaksanaan AES ini ditangguhkan terlebih dahulu sehinggalah seluruh pengguna jalanraya diberikan maklumat yang berkaitan. Maklumat-maklumat ini juga sepatutnya dimasukkan di dalam sukatan pembelajaran di sekolah-sekolah memandu bagi menimbulkan kesedaran pengguna berkaitan pematuhan undang-undang dan peraturan jalan raya.

KASE tidak menolak setiap perlaksanaan peraturan dan undang-undang bagi tujuan keselamatan pengguna dan orang awam tetapi menyimpan hak untuk tidak bersetuju dengan beberapa perkara dan tindakan kerajaan dalam proses perlaksanaan peraturan dan undang-undang tersebut. Perlaksanaan peraturan dan undang-undang secara semberono demi keuntungan pihak-pihak tertentu adalah dikesali malah akan ditentang sehingga prinsip keadilan sejagat dipertahankan. Setiap orang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Adakah janji untuk menyediakan perkhidmatan AES telah ditepati dan sekarang masa kerajaan membalas budi? Tepuk Dada Tanya Akal. Pandu Cermat Jiwa Selamat. Saman Kurang Kroni Kecundang.

Mahfuz ialah Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE]

Taliban untung besar

Posted: 01 Aug 2012 12:04 AM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Trak yang membawa bekalan NATO memasuki Afghanistan dari Pakistan di sempadan Torkham di timur Kabul. - Foto AP Trak yang membawa bekalan NATO memasuki Afghanistan dari Pakistan di sempadan Torkham di timur Kabul. - Foto AP

Raih berjuta-juta dolar apabila Pakistan buka semula laluan

Kandahar: Ketika Amerika Syarikat mencanangkan kejayaan memujuk Pakistan menamatkan sekatan bekalan selama tujuh bulan kepada tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan, Pejuang Taliban meraikan apa yang disifatkan sebagai kembalinya sumber kekayaan kepada mereka.

Kumpulan pemisah terbabit meraih berjuta-juta dolar daripada firma keselamatan Afghanistan yang membayar mereka secara haram untuk tidak menyerang trak bekalan dari Pakistan ke pangkalan tentera pakatan di seluruh Afghanistan, satu amalan yang cuba dihalang Amerika Syarikat tetapi diakui masih lagi berlaku.

Kami mampu untuk mendapat banyak wang, sebab itu bekalan NATO amat penting kepada kami". - Komander Taliban

Jarang kena serang

Militan juga sering menyasarkan konvoi Pakistan tetapi kurang laporan mengenai syarikat membayar kepada pemisah terbabit, kemungkinan disebabkan laluan itu jarang menjadi sasaran serangan.

Seorang komander Taliban berkata keputusan Pakistan untuk menutup sempadannya kepada bekalan NATO November lalu berikutan serangan udara Amerika Syarikat yang membunuh 24 tentera Pakistan, mengurangkan aliran tunai kepada militan di selatan dan timur Afghanistan, iaitu laluan konvoi dari Pakistan.

Pakistan membuka laluan bekalan itu awal Julai selepas Amerika Syarikat memohon maaf.
"Menghentikan bekalan menyebabkan masalah besar kepada kami," kata seorang komander Taliban yang mengetuai kira-kira 60 pemisah di timur Ghazni dalam satu temubual dengan Associated Press.

"Pendapatan berkurangan dengan teruk sekali. Sebab itu pemberontakan tidak sekuat yang kami rancangkan," katanya.

Seorang lagi komander Taliban yang mengawal berpuluh pejuang di wilayah selatan Kandahar berkata wang dari syarikat keselamatan adalah sumber utama dana bagi pemberontakan yang digunakan untuk membayar pejuang dan membeli senjata, peluru serta bekalan lain.

Mampu dapat wang banyak

"Kami mampu untuk mendapat banyak wang," kata komander berkenaan yang dihubungi melalui telefon.

"Sebab itu bekalan NATO amat penting kepada kami."

Kedua-dua komander itu enggan mendedahkan nama mereka kerana bimbang menjadi sasaran NATO atau tentera Afghanistan malah tidak menyebut dengan tepat wang yang mereka peroleh dari konvoi berkenaan.

Tentera Amerika Syarikat tahun lalu menganggarkan sejumlah AS$360 juta dolar (RM1.121 bilion) cukai jatuh ke tangan Taliban, penjenayah atau orang tengah yang mempunyai hubungan dengan kedua-dua pihak.

Bawa makanan, minyak

Lebih separuh kerugian daripada AS$2.1 bilion (RM6.56 bilion) kontrak adalah untuk membawa makanan, air dan bekalan minyak kepada tentera Amerika Syarikat di seluruh Afghanistan. - AP

Gegendang telinga anak pecah selepas menjalani rawatan

Posted: 01 Aug 2012 12:02 AM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Seorang bapa kesal dengan kecuaian seorang doktor yang menjalankan rawatan terhadap telinga anak perempuannya sehingga menyebabkan gegendang telinga rosak.

Mohd Fadzli Shah Lim Abdullah, 55, mendakwa, selain kedua-dua belah telinga anaknya yang berusia 8 tahun terjejas, ia turut mendatangkan kecederaan selepas rawatan.

"Sudah hampir tiga bulan anak kedua saya, Natasha Maria Clara Lim menderita akibat kesakitan pada kedua-dua belah telinganya. "Natasha kini tidak boleh mendengar dengan baik kerana gegendang telinganya pecah selepas rawatan dijalankan doktor terbabit," katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, Mohd Fadzli Shah berkata, pada mulanya seorang cikgu di sekolah tempat anaknya belajar mengesyorkan supaya Natasha Maria dibawa menjalani pemeriksaan pembelajaran di mana-mana klinik mahupun hospital selepas mendapati anaknya itu lemah dari segi pembelajaran, selain sukar berkomunikasi dengan orang lain.

"Saya kemudiannya membawa Natasha Maria menjalani pemeriksaan pembelajaran di hospital berkenaan dan diarahkan supaya terus merujuk ke bahagian mata dan telinga, pada awal April lalu.

"Doktor berusia 28 tahun itu memberitahu anak saya tidak mempunyai apa-apa masalah di bahagian mata dan kedua-dua telinganya selepas pemeriksaan awal dilakukan," katanya.

Menurutnya, doktor terbabit memberikan ubat titis dan mengarahkannya mengikut arahan tertera sebaik tiba di rumah.

"Namun, tiba-tiba doktor terbabit membantu menitiskan ubat berkenaan ke dalam telinga anak saya," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Fadzli Shah yang berasal dari Nilai berkata, ketika itu dia berada di dalam bilik rawatan semasa doktor tersebut menjalankan rawatan terhadap anaknya.

"Apa yang saya nampak, dia tidak pula menitiskan ubat berkenaan seperti diberitahu, sebaliknya menyembur sejenis cecair di luar cuping telinga kanan anak saya.

"Selepas beberapa saat, dia ambil sebatang besi pencuci telinga dan beberapa kali menukarnya selepas memasukkan ke dalam telinga Natasha Maria," katanya.

Menurutnya, dia terkejut apabila melihat darah memancut keluar dari telinga anaknya sehingga urat saraf pada gegendang telinganya turut terkeluar.

"Doktor terbabit seperti tidak mengambil peduli ketika saya bertanyakan hal itu, sebaliknya terus menjalankan rawatan sebelum anak saya menjerit dengan kuat akibat kesakitan.

"Selepas kejadian berkenaan, saya membawa Natasha Maria membuat pemeriksaan di klinik kesihatan dan juga di klinik swasta lain," katanya.

Mohd Fadzli Shah berkata, doktor mengesahkan gegendang telinga anaknya pecah dan terdapat pendarahan yang banyak pada kedua-dua telinga akibat daripada rawatan awal yang dilakukan.

"Saya membuat aduan terhadap hospital terbabit tetapi sehingga kini tiada maklum balas.

"Anak saya perlu menjalani rawatan pemeriksaan pembelajaran disebabkan dia menghadapi masalah pembelajaran, bukannya rawatan pendengaran sehingga menyebabkan kecederaan keduadua telinganya," katanya yang telah membuat laporan polis di Bandar Baru Salak Tinggi.

SINAR HARIAN/-

Kerajaan Selangor sedia biayai kos guaman Rafizi

Posted: 31 Jul 2012 11:52 PM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor bersedia membiayai kos guaman bagi membantu bekas CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Mohd Rafizi Ramli ekoran dakwaan ke atas beliau berkaitan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Twitternya pagi tadi menyelar tindakan penahanan tersebut selepas Rafzi mendedahkan beberapa skandal utama yang melibatkan pemimpin Umno-BN termasuk Projek Tambahan LRT Ampang.

"Insya-Allah, kerajaan negeri telah menyediakan dana khas untuk menolong membiayai kos guaman Mohd Rafizi Ramli.

"Sehubungan itu, Kerajaan Negeri mengecam penangkapan dan pendakwaan terhadap Rafizi Ramli kerana membongkar kes penyelewengan NFC & George Kent," katanya.

Mahkamah Seksyen Shah Alam hari ini menetapkan bayaran ikat jamin sebanyak RM15,000 kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Johari Mohamad serta menetapkan tarikh perbicaraan kes ini pada 10 Septermber 2012.

Rafizi Ramli menerusi laman Twitternya Awal pagi tadi, menyatakan bahawa beliau ditahan polis atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

Menerusi paparan twitter itu juga, Rafizi menjelaskan rumahnya diserbu kira-kira jam 7 pagi tadi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang.

Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.

Turut ditahan Johari Muhamad merupakan bekas kerani Public Bank yang dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.

HARAKAHDAILY/-

Libas ibu dengan sabit kerana RM10

Posted: 31 Jul 2012 11:34 PM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA BERANG – Seorang penganggur berusia 26 tahun dari Kampung Nibong tergamak melibas ibu kandungnya menggunakan sebilah sabit hanya kerana duit.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam 22 Julai lalu, ibu malang berusia 54 tahun itu diselamatkan suaminya, seorang petani berumur 57 tahun dengan terus membawanya bergegas keluar dari rumah.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, suspek dipercayai secara tiba-tiba naik berang lalu terus mengamuk setelah hasratnya untuk mendapatkan wang daripada bapanya tidak dapat dipenuhi.

"Terdahulu, suspek meminta duit daripada bapanya dan diberikan sebanyak RM40, tetapi dia tidak berpuas hati lalu meminta lagi RM10. Bapanya tidak dapat tunaikan kehendaknya kerana tidak mempunyai duit dan secara tiba-tiba suspek naik angin.

"Suspek mengamuk dengan mengambil sebilah sabit pemotong buah kelapa sawit sepanjang kira-kira dua kaki dari biliknya, dan terus meluru ke bilik ibunya dengan mengancam hendak menetak serta membunuh," katanya.

Mohd Ismail berkata, suspek kemudiannya melibas dan libasannya terkena dinding bilik ibunya.

Bagaimanapun, bapa suspek berjaya membawa isterinya keluar dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis
Daerah Hulu Terengganu, di sini, semalam.

Menurutnya, sehari selepas kejadian iaitu kira-kira jam 4.45 petang, suspek berjaya ditahan polis di hadapan Balai Polis Kuala Berang dan keesokan harinya pula suspek membawa polis ke rumahnya kira-kira jam 4.45 petang.

"Ketika tiba di rumahnya, suspek menunjukkan senjata digunakan dalam kejadian yang diletakkan di tepi dinding sebelum dirampas polis. Ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya.

Sinar

Jodoh & Kebahagiaan Ditengah Samudra Kehidupan

Posted: 31 Jul 2012 11:26 PM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Sahabatku, yang ingin segera menikah. Mempersiapkan diri dan memperkokoh keimanan kepada Allah agar diberi kekuatan dan kesabaran adalah bagian yang paling fundamental dalam rumah tangga, sebab begitu bertemu dengan jodoh anda bukan berarti segala permasalahan kehidupan berakhir, namun itu titik berangkat. Berumah tangga bagaikan mengemudi bahtera di tengah samudera luas. Lautan kehidupan seperti tak bertepi, dan medan hamparan kehidupan sering tiba-tiba berubah. Memasuki lembaran baru hidup berkeluarga biasanya dipandang sebagai pintu kebahagiaan.

Segala macam harapan kebahagiaan ditumpahkan pada lembaga keluarga. Akan tetapi setelah periode "impian indah" terlampaui orang harus menghadapi realita kehidupan. Sunnah kehidupan ternyata adalah "problem". Kehidupan kita, tak terkecuali dalam lingkup keluarga adalah problem, problem sepanjang masa. Tidak ada seorangpun yang hidupnya terbebas dari problem, tetapi ukuran keberhasilan hidup justeru terletak pada kemampuan seseorang mengatasi problem. Sebaik-baik mukmin adalah orang yang selalu diuji tetapi lulus terus, khiyar al mu'min mufattanun tawwabun.(hadis). Problem itu sendiri juga merupakan ujian dari Allah. siapa diantara ,mereka yang berfikir positif, sehingga dari problem itu justeru lahir nilai kebaikan, liyabluwakum ayyukum ahsanu `amala (Q/67:2) liyabluwakum fi ma a ta kum (Q/6:165).

Sahabatku yang ingin segera menikah, carilah jodoh dunia akhirat, jodoh yang setia dalam mengarungi samudra kehidupan yang penuh ombak dan badai kehidupan yang menghempas bahtera rumah tangga anda, carilah pasangan yang tangguh, kuat dan kokoh, tahan penderitaan, pasangan yang hanya dengan mengharap keridhaan Allah. Maka bahtera rumah tangga anda akan bisa mengarungi samudra kehidupan dengan selamat dunia dan akhirat. Bila memang ada niat & keinginan sungguh-sungguh untuk mendapatkan jodoh. Jangan putus asa, tetaplah berikhitiar & memohon kpd Allah maka Allah akan mengirimkan jodoh yg terbaik untuk anda.

Agussyafii

NFC: Usaha Rafizi patut dipuji tetapi dihukum

Posted: 31 Jul 2012 11:19 PM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: DAPSY mengecam sekeras-kerasnya pendakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA) kerana mendedahkan akaun kewangan berkenaan National Feedlot Corporation (NFC) pada pagi ini.

Ketuanya, Loke Siew Fook (gambar) berkata, tindakan pendakwaan terhadap Rafizi yang membongkarkan skandal kewangan NFC memberikan mesej yang salah kepada rakyat Malaysia bahawa pemberi maklumat yang membantu memerangi rasuah adalah sesuatu yang salah dan perlu dihukum.

Menurutnya, pendakwaan tersebut juga bertentangan dengan semangat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang diluluskan Parlimen yang bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai orang berani tampil memberikan kerjasama dan bukti dalam kes-kes rasuah.

"Ini jelas menunjukkan bahawa pentadbiran Najib langsung tidak serius dalam usaha memerangi rasuah dan segala slogan transformasi kerajaan adalah janji-janji kosong," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, Rafizi sepatutnya dipuji kerana kelantangan dan keberaniannya membongkarkan skandal kewangan NFC dan membantu usaha ke arah sistem pentadbiran yang lebih telus dan bersih.

"Namun, peranan beliau bukan sahaja tidak dihargai tetapi dihukum pula dengan pendakwaan yang dihadapinya sekarang," katanya lagi.

Justeru, katanya DAPSY menggesa pihak Peguam Negara menimbang semula kes tersebut dan menggugurkan pendakwaan terhadap Rafizi kerana tindakan mendakwa beliau di mahkamah hanya akan menimbulkan lebih banyak perasaan tidak puas hati terhadap sistem keadilan negara kita di kalangan rakyat Malaysia.

harakahdaily/-

Juadah berbuka dicampur arak

Posted: 31 Jul 2012 11:17 PM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUCHING: Siang menyediakan juadah berbuka puasa dicampur arak, manakala malam mengadakan aktiviti untuk golongan songsang.

Begitulah penemuan mengejutkan di sebuah restoran di sini, yang mengetepikan sensitiviti umat Islam sepanjang Ramadan ini.

Kegiatan restoran baru beroperasi sejak empat bulan lalu itu terbongkar selepas Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak melakukan pemeriksaan, jam 3.45 petang semalam.

Ketika pemeriksaan, sebahagian besar pekerja restoran terbabit sibuk menyiapkan menu berbuka puasa menawarkan pakej RM48 seorang, selain turut menemui beberapa botol mengandungi cecair dipercayai arak.

Bagaimanapun, ketika disoal siasat, beberapa pekerja restoran itu menafikan kononnya cecair dalam botol itu arak, sebaliknya minyak masak.

Harian Metro

Rais Yatim akan ditekan sampai letak jawatan isu Hari Kebangsaan?

Posted: 31 Jul 2012 10:03 PM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Walaupun Rais Yatim dah 'mengaku kalah' dengan tarik balik 'logo bangang' Sambutan Hari Kebangsaan 2012, nampaknya ramai yang masih tak puas hati.

Kalau yang menghentam dia tu dari pihak Pakatan Rakyat saapa pun tak heran, malah kalau memang patut dihentam macam isu hari kebangsaan tahun ni pun orang tak peduli.

Yang malang bagi Rais Yatim bukan saja pihaj Pakatan Rakyat tapi dari pihak Umno BN pun tumpang belasah sama terutama sekali dari kalangan penchachai media baru Umno BN.

Al-Quran Miracle 22 dalam 1 mudah, sahih dan komprehensif, Penawar Segala Penyakit !!!!
Dapatkan buku-buku yang bermanfaat dalam mendidik jiwa di sini !!!
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-3471001

Puak-puak ni punya belasah lagi teruk, memang jenih takdak akhlak nak kata apa, memang dah jenis macam tu. Takat maki barang kemaluan pak dan mak dia tu biasa la.

Tak cukuip dengan tarik balik logo hari kebangsaan depa jugak minta Rais tarik balik lirik dan lagu tema hari kebangsaan yang standard macam pemintak sedekah tu dan perkembangan terkini nampaknya memang ada kemungkinan lirik dan lagu tu pun akan ditarik balik jugak.

Malah ada yang lebih setapak ke depan dan akan berusaha tekan Rais Yatim sampai dia letak jawatan pasai perbuatan bangang dia tu menyusahkan Najib dan Umno BN.

Kalau menteri newgara lain mungkin la ada yang letak jawatan tapi menteri Malaysia jangan harap la. Tara ada skandal dengan amah Indon pun boleh buat rileks ja, takkan la pasai logo ja dia nak letak jawatan pulak.

Tapi kalau tengok ke episod 'Shahrizat Lembu', tak mustahil kalau Rais Yatim pun 'dipaksa' letak jawatan, tambah-tambah dekat-dekat nak pilihanraya ni. Kalau Najib perlu kambing hitam untuk jadi korban mungkin Rais Yatim antara calon yang sesuai.

cenangau/-

Perubahan politik di Johor, Sabah

Posted: 31 Jul 2012 09:18 PM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Tidak terdengar lagi rhetoric megah Umno/BN bahawa Johor dan Sabah adalah 'simpanan tetap' atau kubu pertahanan terkuat Umno sejak zaman berzaman.

Dengan perkembangan terbaru politik di Sabah pula, negeri itu akan juga mengakhiri zamannya sebagai kubu kuat Umno/BN. Demikianlah putaran roda politik dan setiap pelaku di pentas politik sewajarnya menyedari hakikat ini.

Perkembangan baru di Sabah, menunjukkan Pakatan Rakyat dijangka akan mendapat sekurang-kurangnya 14 kerusi di Sabah ekoran tindakan dua anggota Parlimen BN menyokongnya baru-baru ini. Ini jangkaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dalam tulisannya dalam Harakahdaily kelmarin di mana beliau menyimpulkan bahawa simpanan tetap BN di Sabah dan Sarawak sudah tamat.

Beliau berkata, 55 kerusi parlimen dari 57 dari Sabah-Sarawak (Borneo) telah dibolosi dan sudah tidak ada lagi jaminan BN mendapat sokongan dari kedua-dua negeri ini.

"Hari ini diramalkan ialah 14 kerusi dari Sabah termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan akan mudah tumbang kepada Pakatan Pembangkang," kata ahhli Parlimen Kuala Selangor itu yang mengulas tindakan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing yang meninggalkan BN dan menyokong Pakatan Rakyat.

Penganalisis politik di Sabah meramalkan akan ramai lagi Adun dan Ahli Parlimen Sabah dari BN akan meninggalkan komponan parti itu dan akan menyertai Pakatan Rakyat.

Gelombang ini dikatakan sukar ditahan disebabkan beberapa isu, antaranya, isu kemiskinan terutama di kawasan pedalaman yang tidak ada perubahan sejak zaman berzaman, isu pendatang luar yang melimpahm hampir-hampir tidak terkawal, isu tanah dan pelbagai lagi.

Bagaimana pula di Johor - sebuah negeri yang sentiasa dimegahkan oleh Umno sebagai kubu kuatnya. Perkembangan menunjukkan bahawa oleh kerana banyaknya kerusi campuran baik di peringkat Parlimen mahupun Dun di negeri itu menyebabkan ketirisan mendadak sokongan pengundi terutama di kalangan pengundi Cina.

Kini tidak lagi terdengar suara angakuh pemimpin Umno Johor yang selama ini bermegah bahawa Johor adalah kubu terkuat Umno. Kalau tidak masakan Muhyidin Yasin menyeru Umno/BN supaya mempertahankan kawasan parlimen Gelang Patah dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang. Nusa Jaya yang terletak di Gelang Patah adalah pusat pentadbiran kerajaan Johor yang baru.

Saya berkunjung ke Gelang Patah beberapa bulan lalu dan mendengar sendiri ulasan dari beberapa penduduk di situ, khususnya kalangan masyarakat Cina, bahawa mereka sangat tertekan dengan harga barang naik, peluang pekerjaan yang sangat terbatas dan lain-lain.

Seeorang petani Melayu di situ, Haji Solihin Markom, memberitahu bahawa orang kampung di sini hanya memerhatikan perubahan dari kampung menjadi bandar sedangkan "kedudukan kami macam dulu juga."

Yang heboh di sini, katanya, ialah kesibukan orang kampung menjual tanah kerana harga mahal. Tetapi, katanya, adakah mereka berfikir selepas menjual tanah mereka, akhirnya mereka hendak ke mana kerana harga rumah semakin mahal di mana-mana.

"Adakah pemimpin politik yang ada di Johor memikirkan hal ini," tanyanya.

Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr. Mahfodz Mohamad pernah mendedahkan secara terperinci mengenai isu penjualan saham KFCH & QSR kepada CVC serta isu salah urus tadbir tanah oleh kerajaan Johor melalui KPRJ dan isu-isu lain.

Sudah sampai masanya, katanya, PAS/Pakatan Rakyat Johor menggandakan usaha dalam mendapatkan mandat dari rakyat untuk menerajui kerajaan dalam usaha mengembalikan hak rakyat yang telah diabaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Tan Ah Eng (BN) mengekalkan kerusi parlimennya P162 Gelang Patah. Peratusan kaum ialah Melayu 33.54%, Cina 54.06% India: 12.22%

Tan Ah Eng (BN) (33,630) menewaskan Dr. Zaleha Mustafa (PKR) (24,779) dengan majoriti 8,851. Jumlah pengundi undi waktu itu 60,653.

Menurut penganalisis politik di Johor, dalam pilihan raya umum 2008, pengundi Cina belum memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon dari Pakatan Rakyat. Namun, dengan perkembangan terkini, peratus sokongan pengundi Cina jauh lebih meningkat, bahkan hampir-hampir lapan puluh lima peratus dikatakan menyokong Pakatan.

Ini yang membimbangkan Muhyidin Yasin menyebabkan beliau menggesa Umno/BN mempertahankan Gelang Patah. Jika terjadi kejatuhan Gelang Patah, menimbulkan kesan paling buruk kepada Umno/BN.

PAS Johor mensasarkan sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman berkata, sasaran itu ditetapkan berdasarkan perubahan positif rakyat negeri itu yang kini menyambut baik Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang disifatkan 'tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini'.

Pada PRU yang lalu, PAS bertanding 39 daripada keseluruhan 56 kerusi, manakala PKR dan DAP masing-masing 9 dan 12 kerusi.
Dari jumlah ditandingi itu itu PAS hanya menang di dua kerusi iaitu di Dun Maharani dan Sungai Abong.

Ini adalah keputusan 2008 yang lalu, di mana kini PAS/Pakatan menaruh harapan akan meraih kemenangan lebih banyak lagi bukan saja di Muar, tetapi juga kawasan Parlimen dan Dun di Batu Pahat, Pontian, Tanjung Piai, Kulai Jaya, Kluang bahkan Johor Bahru sendiri.

Kawasan Parlimen Tanjong Piai (P165) kini diwakili oleh Wee Jeck Seng dari MCA. Pihak Umno di kawasan ini dikatakan sangat bimbang dengan kedudukan kawasan ini memandangkan Pakatan Rakyat sedang berusaha bersungguh-sunggu untuk menawan kawasan tersebut yang merupakan kawasan kerusi campuran antara Melayu dan Cina.

Kebanyakan kerusi campuran ialah antara 50:50 iaitu antara bilangan pengundi Cina dan Melayu. Hanya beberapa kawasan Parlimen di Johor yang dikatakan mempunyai jumlah pengundi Melayu yang agak ramai. Antaranya, Mersing, Kota Tinggi dan Pontian. Ini yang menyebabkan pemimpin Umno sangat bimbang, memandangkan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat semakin bertambah.

Penganalisis berpendapat, pada PRU akan datang, dijangkakan antara 80 hingga 90% pengundi Cina akan mengundi DAP, sementara antara 70 hingga 80% akan mengundi PAS/PKR.

Inilah gelombang perubahan yang akan melanda Johor dan Sabah, walaupun pemimpin BN cuba menafikannya, tetapi pada hakikatnya begitulah. Tunggulah PRU akan datang ini.

harakahdaily/-

Lelaki taksub belon

Posted: 31 Jul 2012 08:50 PM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

LITTLE ROCK: Rancangan siri Taboo oleh National Geographic memaparkan minat pelik dan taksub yang dikongsi orang ramai tetapi tidak sama seperti ketaksuban Dave Collins terhadap belon.

Guru piano berusia 27 tahun itu yang berasal dari Little Rock, Arkansas, berkata, dia mengumpul kebanyakan belonnya dengan mengutip atau menyelamatnya' dari kedai jual kereta.

"Sukar memandu dengan belon yang begitu banyak dan anda hanya mahu mengambilnya," kata Collins.

Hobinya pada waktu lapang bersama belon itu termasuk menyembunyikannya di bawah baju, mencium mereka dan tidur bersama mereka pada waktu malam.

Collins sering dirujuk oleh mereka yang mahir mengenai tabiat ini sebagai 'looner' atau orang yang memuja belon.

Dengan ramai yang menganggap tindakannya sebagai berunsur seksual, Collins bagaimanapun menegaskan, dia menjalinkan hubungan 'suci' dengan belon itu.

Sudah pasti sukar untuk bayangkan sama ada keseluruhan pengakuannya adalah benar apabila dia bersungguh-sungguh bercakap mengenainya.

"Cara terbaik untuk melindunginya ialah dengan meletakkannya di dalam baju dan anda akan merasakan belon itu bersama-sama anda.

"Ia dirasakan begitu rapat dan anda berasa begitu hangat. Hati anda dapat merasakan keindahan belon itu.

"Saya percaya belon-belon ini adalah anak-anak saya. Mereka adalah sebahagian daripada saya dan mereka menjadi sebahagian daripada apa yang dikatakan keluarga saya," katanya.

Menurut National Geographic, Collins mempunyai 65,000 belon hasil daripada misi menyelamatnya.

"Kali pertama saya memulakan misi menyelamat belon, saya begitu bimbang untuk bercakap kepada pengurus kerana tidak tahu sama ada mereka akan membenarkannya atau tidak.

"Saya agak beremosi apabila menyelamatkan belon berkenaan," katanya.

Sebahagian daripada ritualnya ialah tidur di samping belon berkenaan.

Dia berkata: "Saya suka tidur dengan memasukkan mereka ke dalam baju saya."
Saya mencipta dunia tidur seumpama itu kerana mahu merasakan sayang yang dihasilkan daripada belon itu."

Ketaksubannya itu menyebabkan dia benci melihat atau mendengar 'rakan-rakannya' itu dipecahkan atau dibiarkan terbang.

"Saya merasakan belon mempunyai perasaan. Ia terdedah kepada banyak bahaya.
Saya tidak suka mendengarnya sedih. Saya marah jika ia pecah. Belon perlukan kediaman yang baik," katanya."

Ini adalah tanda yang menurut pakar membuktikan dia bukan berpura-pura.

Menurut penulis mengenai ketaksuban mengaitkan ramai pemuja belon dengan pengalaman seksual peringkat awal dengan belon.

Ini bermakna sebahagiannya, mereka yang berpura-pura, sukakan bunyi belon meletup sementara yang lain, yang mempunyai fobia terhadap bunyi atau yang terlalu menyayangi mereka seperti Collins, tidak sanggup melihat belon itu 'menderita.' - DM

Datuk dituduh tipu Datuk Seri

Posted: 31 Jul 2012 08:42 PM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menipu seorang lagi ahli perniagaan membabitkan cek bernilai RM2.5 juta tahun lepas.

Datuk Syed Ahamed Malik Syed Hamid (gambar), 59, didakwa memperdayakan Datuk Seri Lee Wan Beng, 62, dengan menyamar sebagai wakil jualan barangan kepunyaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sehingga mendorong mangsa menyerahkan dua keping cek masing-masing RM500,000 dan RM2 juta.

Tertuduh yang menjalankan perniagaan barangan lusuh dan produk halal dipercayai menyamar sebagai wakil syarikat Minat Jasa Sdn. Bhd. yang menawarkan kontrak penjualan barang-barang lusuh dan berjadual kononnya kepunyaan KTMB di Bengkel Sentul serta tiga depoh lain di Pelabuhan Klang, Selangor; KL Sentral, Kuala Lumpur dan Falim, Perak.

Kontrak yang mengambil tempoh selama dua tahun itu bagaimanapun sebenarnya tidak wujud.

kosmo/-

10,000 petisyen selamatkan keunikan Taman Tasik Taiping

Posted: 31 Jul 2012 08:31 PM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

TAIPING: Majlis Perbandaran Taiping telah membuat keputusan untuk membatalkan pembangunan projek pembinaan gerai makanan dan cenderahati berhampiran ikon kawasan hijau yang terletak sepanjang Jalan Pekeliling dan Taman Tasik Taiping.

Keputusan majlis tersebut dibuat selepas beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan menandatangani memorandum bantahan agar pembinaan merancang kembali pembinaan lapan gerai makanan, kedai kraftangan dan cenderamata di Jalan Pekeliling di taman tasik berkenaan. - mStar.

Dalam satu pertemuan YB Nga Kor Meng dengan YDP Taiping Tuan Shaharum Abd Malik ,Nga Kor Meng memberi tempoh seminggu untuk MPT membatalkan projek NCER itu.Dalam pertemuan itu Nga Kor Meng mengemukakan 10000 petisyen penduduk Bandar Taiping dan kawasan sekitar kepada Tuan Shaharum.

Jika MPT Taiping tidak membatalkan projek ini, dalam tempoh seminggu bermula 27 Julai, YB Nga Kor Meng menyatakan satu rapat umum besar-besaran akan dibuat .Tapi akhirnya MPT telah beralah dan bersetuju untuk mengekal kehidupan hijau Taman Tasik Taiping. - SisiBukit

Bagi yang tak pernah pi Taman Tasik Taiping dan tak berapa peduli pasai isu alam sekitar mungkin tak nampak relevan protes orang Taiping ni.

Aku yang pernah belajar di Taiping di sekolah yang dekat dengan Taman Tasik ni memang terasa ada 'sentimental value' dengan Taman Tasik Taiping ni dan jugak pokok tua yang berbaris di sepanjang jalan sekitar taman tasik ni.

Aku masih boleh bayangkan dahan pokok yang melentur hingga ke seberang jalan macam bumbung koridor, satu pemandangan yang cukup unik dan mendamaikan.

Dengan orang politik ni kalau setakat bantah dengan petisyen saja memang tak berkesan tapi bila ugut nak buat rapat umum besar-besaran baru la depa takut.

Aku yakin kalau MPT tak batalkan projek tu rapat umum membantah projek tu akan tarik kehadiran beribu orang terutama sekali orang cina yang cukup peduli dengan isu alam sekitar.

Sumber: cenangau

Kelucahan melampau di bulan Ramadhan (gambar)

Posted: 31 Jul 2012 08:20 PM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Siapalah yang takder kerja ni.......

harakahdaily/-

Tarawih 100 Rakaat di Yemen hingga ke Subuh

Posted: 31 Jul 2012 08:10 PM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

BERPUASA pada siang hari dan beribadat sebelah malamnya dengan mengerjakan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan merupakan dua amalan yang penuh dengan keistimewaan serta keberkatan.

Kedua-duanya begitu sinonim dan sukar dipisahkan kerana ia memberi manfaat tersendiri kepada umat Islam dalam melaksanakan ibadah tersebut.

Jika tertinggal atau tidak mengerjakan salah satunya, maka puasa atau solat tarawih yang dilakukan bukan sahaja terasa kosong, malah sia-sia. Sebaliknya, seseorang itu hanya mendapat kepenatan.

Bagi Haniff Abu Talib, 23, pelajar jurusan Ijazah Takhassus Qiraat Shoubra di Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir, ketibaan Ramadan amat ditunggu-tunggu walaupun beliau berada di perantauan.

Bagi masyarakat Asia Barat, Ramadan begitu istimewa terutama dalam mengerjakan ibadah tarawih.

"Sepanjang menuntut di Mesir sejak dua tahun lalu, saya berpeluang mengunjungi daerah Tarim di Hadramaut, Yemen. Pengalaman pertama kali berada di Masjid Tarim sangat mengujakan kerana kami langsung tidak tidur malam.

"Masyarakat Yemen melaksanakan ibadah sebanyak-banyaknya pada malam-malam bulan Ramadan. Selepas solat Maghrib, mereka terus melakukan solat tasbih beramai-ramai. Kemudian, selepas Isyak, solat tarawih dilakukan sebanyak 100 rakaat.

"Mereka seolah-olah mengqada semua solat-solat sunat yang ditinggalkan dahulu bagi merebut pahala ibadah berlipat kali ganda yang dijanjikan Allah pada bulan ini. Bayangkan hebatnya masyarakat Islam di Hadramaut menunaikan ibadah," jelas Haniff yang berjaya khatam al-Quran Riwayat Imam Qolun dan Imam Abu Ja'far secara talaqqi di hadapan Sheikh Waeel Hajjaj di Mesir.

Pusat ilmu

Haniff juga pernah berkunjung ke Masjid Ba'alawi dan tidak melepaskan peluang mengerjakan solat tarawih bersama ulama terkemuka Yemen, Habib Umar bin Hafidz di Darul Mustofa, Tarim, Hadramaut.

Tarim merupakan sebuah kota kecil yang terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu kota Yemen, Sana'a. Menurut Ensiklopedia Islam, ia turut disebut sebagai kota Seribu Wali dan terkenal sebagai pusat ilmu dan penyebaran Islam ke seluruh dunia.

Di Yemen, terdapat 365 buah masjid. Setiap kali Ramadan, solat tarawih akan dikerjakan sepanjang malam hingga solat Subuh. Keadaan itu membolehkan para jemaah memilih masa yang diinginkan untuk menunaikan solat tarawih di mana-mana masjid yang ada.

Menurut anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan itu, di Malaysia lain pula ceritanya. Apabila Ramadan menjengah, kehangatan Aidilfitri sudah dirasai. Namun, di Mesir, bulan Ramadan dirasakan seolah-olah hari raya.

"Di Mesir, Ramadan disambut meriah seperti hari raya. Kebanyakan penduduk akan memasang pelita besar yang dikenali sebagai fanus. Ia akan ditulis dengan kalimah Allah atau perkataan Ramadan Kareem. Setiap masjid pula biasanya akan menyediakan makanan untuk berbuka puasa yang dinamakan maidatur rohman," terangnya lanjut.

Penyucian jiwa

Apa yang pasti, kehadiran Ramadan sentiasa dirindui umat Islam yang mengetahui hakikat sebenar kemuliaan bulan tersebut. Ramadan merupakan satu bulan yang mampu mengembalikan kesihatan orang berpuasa dan penyucian jiwa dengan mengekang hawa nafsu daripada bertindak keterlaluan.

Menyedari kepentingan melaksanakan solat tarawih, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Kuliyyah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zuraida Ahmad, 44, mendorong beliau membawa anak-anak ke masjid bagi menunaikan ibadah tersebut.

Menurut ibu kepada lima cahaya mata yang terdiri daripada seorang perempuan dan empat lelaki itu, semua itu dilakukan untuk mendidik mereka mengenal agama.

"Saya mula membawa anak-anak ke masjid ketika mereka berumur lima tahun. Bagi saya, ia waktu yang sesuai untuk mengajar mereka kelebihan melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan. Antaranya termasuklah mendidik mereka tentang adab-adab ketika berada di rumah Allah.

"Insya-Allah, apabila berbuat demikian kita boleh membentuk dan melahirkan generasi anak-anak soleh yang mampu menjadi penyejuk mata dan hati para ibu bapa," ungkap Zuraida sambil tersenyum lantas meminta pendapat suaminya, Meor Abdul Razak Meor Musa.

Jurutera itu memberitahu, anak-anak akan melihat ibu bapa sebagai contoh terhadap apa yang ingin dilakukan. Jadi, sudah pasti ibu bapa perlu menunjukkan akhlak dan peribadi yang baik untuk mereka.

"Pada usia lima tahun, bohonglah kalau kita katakan anak-anak ini akan sentiasa mendengar kata dan berkelakuan baik apabila dibawa ke masjid. Sebaliknya harus diakui sifat keanak-anakan masih melingkari dalam diri mereka.

"Justeru, ada langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal tingkah laku mereka supaya tidak mengganggu jemaah lain. Antaranya membawa buku mewarna dan kelengkapan alat tulis termasuk pensel warna.

"Apabila mempunyai aktiviti seperti melukis dan mewarna, ia secara tidak langsung akan mententeramkan kanak-kanak dan mereka lebih fokus. Apa yang penting ialah membiasakan mereka dengan suasana di dalam masjid seperti ketika mengerjakan solat tarawih," tutur Meor Abdul Razak.

Memilih Masjid Darul Ehsan di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya, Selangor untuk menunaikan solat tarawih pada malam pertama Ramadan, pasangan suami isteri itu turut membawa semua anak mereka iaitu Meor Muhammad Hakim, 16, Siti Hajar Hadhirah, 12, Meor Abdullah Harith, 10, serta pasangan kembar Meor Adam Hazrieq dan Meor Ahmad Hazieq, 8.

Bagi Meor Ahmad Hazieq, dia mengaku hanya melaksanakan solat tarawih lapan rakaat berbanding 20 rakaat yang dilakukan pihak masjid tersebut.

"Saya berhenti selepas lapan rakaat kerana terasa penat. Kemudian selepas itu, saya hanya duduk di belakang sambil melihat orang ramai. Tahun ini, saya harap dapat menunaikan solat tarawih setiap hari sepanjang Ramadan," ujarnya yang bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang prihatin terhadap aspek pendidikan agama kepada anak-anak.

Sementara itu, Imam I Masjid Darul Ehsan, Mohamad Khairi Hussein berkata, pihaknya sepakat mendirikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat bagi Ramadan tahun ini berbanding lapan rakaat tahun lalu.

"Tidak ketinggalan, kami juga turut mengadakan sesi tadarus al-Quran selepas tarawih dalam kalangan ahli kariah lelaki yang berminat. Aktiviti ini berlangsung sehingga pukul 11.30 malam.

"Di samping itu, antara aktiviti lain yang dianjurkan pihak masjid termasuklah berbuka puasa dan moreh setiap hari yang ditaja oleh anak-anak kariah, tadarus al-Quran bagi muslimat di sebelah pagi serta majlis sempena memperingati penurunan al-Quran atau Nuzul Quran pada malam 27 Ramadan," jelas Mohamad Khairi sambil memberitahu masjid tersebut boleh memuatkan kira-kira 2,000 jemaah dalam satu-satu masa.

Kosmo

Hotel jadi sasaran serangan bom kali kedua di Pattani

Posted: 31 Jul 2012 08:03 PM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Dua butir bom menggegarkan Pattani pada malam tadi termasuk sebuah hotel yang dibom buat kali kedua dalam tempoh empat tahun.

Jurucakap polis Pattani berkata bom yang diletakkan dalam sebuah kereta meletup di belakang CS Hotel pada 7.15 malam (8.15 malam waktu Malaysia) menyebabkan hotel itu terbakar sehingga ke tingkat tujuh.

Kejadian bagaimanapun hanya menyebabkan seorang cedera ringan, manakala semua pelanggan hotel berjaya dipindahkan keluar.

Siasatan awal polis mendapati bom buatan sendiri seberat 10 kg itu disorokkan dalam kereta yang diletak berhampiran dapur hotel tersebut.

"Saya boleh rasa impak letupan bom itu kerana rumah saya terletak hanya 100 meter daripada hotel," kata seorang wartawan tempatan yang enggan dikenali.

Bom kedua meletup di kawasan Paknam, beberapa minit selepas letupan bom pertama.

Hotel lapan tingkat itu dibom buat pertama kali pada 2008 mengakibatkan tiga maut dan 10 cedera.

- Bernama

Peluru kena mata tembusi kepala

Posted: 31 Jul 2012 07:46 PM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

ANGKAT...jenazah Tuan Asmadi dibawa ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat.

JELI: "Ketika bertemunya pada awal Ramadan lalu, arwah menyatakan hasrat mahu menghadiahkan pakaian baru untuk anak saya sempena Aidilfitri, tetapi hasratnya itu terkubur bersama jasadnya apabila dia maut ditembak," kata wanita dikenali sebagai Kak Sah, 46.

Dia yang juga kakak sulung mangsa menceritakan insiden menimpa adiknya, Tuan Asmadi Tuan Ya, 38, mandur ladang getah yang maut di depan isterinya selepas terkena satu das tembakan di mata kiri yang menembusi kepalanya dalam kejadian tembakan di sebuah rumah kongsi di Kebun Getah Dhuha (1), di sini, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 11.30 malam dan 12 tengah malam itu, Tuan Asmadi meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat dan dituntut keluarganya untuk dikebumikan.

Kejadian berlaku ketika mangsa keluar dari biliknya untuk mengambil telefon bimbit di atas meja di luar rumah sebelum tiba-tiba terkena satu das tembakan di mata kirinya.

Isteri mangsa, Norzilla Mohd Zain, 30, yang mengekorinya dari belakang, terkejut apabila mendengar dentuman kuat sebelum suaminya rebah dengan kepala berlumuran darah.

metro/-

Rohingya: Pendirian Bangladesh dikesali

Posted: 31 Jul 2012 07:41 PM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) mengutuk sikap Bangladesh yang tidak mahu membantu pelarian Rohingya dari Arakan yang sedang ditindas dengan zalim oleh regim Myanmar.

Setiausaha Agung Mapim, Azmi Abdul Hamid berkata, kenyataan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina semalam mengatakan negaranya tidak bertanggungjawab untuk membantu pelarian itu adalah kenyataan yang tidak layak keluar dari seorang pemimpin Islam dari sebuah negara umat Islam.

"Pendirian yang diambil oleh beliau dalam isu yang sudah mendapat perhatian dunia sewajarnya dikutuk kerana tindakannya sama dengan bekas Presiden Mesir Husni Mubarak yang menutup sempadan Rafah yang telah menyekat sabarang bantuan untuk dihantar ke Gaza.

"Bangladesh bertanggungjawab ke atas kematian begitu ramai orang Rohingya kerana menutup sempadan dalam keadaan darurat yang sepatutnya difahami oleh Perdana Menteri Bangladesh," tegasnya.

Kini keadaan pelarian yang terputus bekalan makanan bakal menghadapi kebuluran jika bantuan tidak segera dihantar .

Laporan yang diterima menunjukkan keganasan ke atas Muslim Rohingya masih berterusan oleh operasi tentera Myanmar dan esktremis Rakhine yang telah membunuh ribuan etnik Rohingya.

Nyawa kanak-kanak dan kaum wanita menurut Azmi, berada dalam keadaan yang sangat genting kerana pembunuhan tidak mengira umur sedang berlakukan secara sangat ganas dan brutal.

"Kami menegaskan bahawa seluruh pemimpin Islam dalam OIC dan gerakan Islam perlu segera bertindak untuk membela nasib umat Islam Rohingya yang sedang ditindas .

"Tekanan kepada Myanmar dan Bangladesh hendaklah dilakukan semada menerusi saluran diplomasi mahupun saluran ketenteraan," katanya.

harakahdaily/-

Rafizi ditangkap di bawah Bafia

Posted: 31 Jul 2012 07:24 PM PDT

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ditangkap oleh polis pagi ini kerana didakwa terbabit dalam mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

"Saya kini ditahan di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dan akan dibawa ke mahkamah sekarang," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Beliau berkata pihak polis datang ke rumahnya pada kira-kira jam 7 pagi ini.

"Saya percaya saya sedang dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa," katanya.

Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.

Syarikat itu dikendalikan oleh suami dan anak-anak bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

malaysiakini/-

PAS Negeri Sembilan

Posted: 31 Jul 2012 09:29 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


REMAJA RAIKAN RAMADHAN

Posted: 31 Jul 2012 12:05 AM PDT


Rembau Hari Ini

Posted: 31 Jul 2012 07:50 PM PDT

Rembau Hari Ini


Nur Aimie perlu kerusi roda

Posted: 31 Jul 2012 06:50 PM PDT


1 Ogos 2012

SEREMBAN: "Bukan mudah menjaganya kerana dia tidak seperti kanak-kanak OKU (orang kelainan upaya) yang lain apabila bahagian sebelah kanan badannya tidak berfungsi dan perlu diberikan perhatian sepenuhnya," kata Badariah Baharudin, 45, ibu kepada kanak-kanak OKU, Nur Aimie Shahira Abd Malek, 9.

Suri rumah yang tinggal di Taman Desa Dahlia Senawang, dekat sini, berkata anak bongsu daripada enam beradik itu mula dikesan mengalami kecacatan ketika berusia sebulan setengah iaitu sebaik dia keluar dari Hospital Tuanku Najihah Kuala Pilah.

"Berpandukan laporan doktor, dia mengalami masalah di bahagian otak dan kini tidak boleh bercakap, berjalan serta duduk dan hanya berbaring saja. Selain itu terdapat kecacatan pada tulang punggungnya menyebabkan dia memerlukan perhatian sepanjang masa.

"Namun Nur Aimie Shahira masih boleh makan dengan disuap," katanya di sini, semalam. Katanya, dia memerlukan RM450 sebulan untuk keperluan makanan Nur Aimie Shahira termasuk susu khas, bijirin dan lampin pakai buang.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana menerima bantuan sara hidup daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan sejak tiga bulan lalu berikutan suami yang juga pesara tentera hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di bandar ini dengan pendapatan kira-kira RM1,100 sebulan," katanya.

Badariah berkata, dia sedang berusaha untuk mendapatkan sebuah kerusi roda khas untuk anaknya itu bagi membolehkan Nur Aimie Shahira mudah dibawa terutama ke HTJS.


DUN CHINI

Posted: 31 Jul 2012 07:36 PM PDT

DUN CHINI


GENDANG PERANG PRU13 SUDAH BERBUNYI

Posted: 31 Jul 2012 02:33 AM PDT




"Hudud" Alamat Kubra PRU 13

1. Apabila gendang hudud dipalu sekuatnya, maka ia antara tanda - tanda pilihanraya umum semakin hampir. UMNO terpaksa sekali lagi menggunakan peluru karatnya iaitu hudud untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat. Saya akui hudud bukan agenda Pakatan Rakyat tetapi hudud adalah sebahagian daripada Islam yang tetap diperjuangkan oleh PAS di sepanjang zaman insyaallah.



2. Pakatan Rakyat telah beberapa kali bincang perkara ini dan simpul ringkasnya ialah kami "setuju untuk tidak bersetuju" atau dalam dalam bahasa lebih mudah ialah : DAP tidak menerima hudud dan PAS tidak boleh paksa mereka untuk menerimanya sebagaimana mereka tidak boleh menghalang hasrat PAS mahu mendaulatkan syariat Islam itu.

3. Kedudukan ini jauh lebih baik daripada UMNO dan BN. Bukan sahaja parti kompenan mereka yang biadab terhadap Islam, malah UMNO sendiri bersetuju untuk tidak melaksanakan syariat Islam di Malaysia termasuk undang - undang jenayah syariat. Malah UMNO menikus dihadapan MCA apabila Presiden MCA 'menengking' Adun UMNO Kemelah sebagai pemimpin yang hilang aqal tatkala Adun itu mencadangkan perlaksanaan hudud di negeri Johor sedang rata - rata pimpinan PAS memberikan sokongan terbuka kepada Adun Kemelah.

4. Tidak hairan jika perlaksanaan hudud belum mendapat kata sepakat dari kalangan parti kompenan Pakatan Rakyat yang hanya baru dibentuk pada tahun 2008, kerana ia sekali lagi jauh lebih baik daripada UMNO dalam BN yang gagal melaksanakan syariat Islam ini sejak lebih 50 tahun memegang mandat rakyat sebagai pemerintah meskipun mereka sering mendabik dada kononnya mereka adalah parti dominan dalam BN.

5. Sewaktu debat Sinar Harian baru - baru ini, saya telah qoute kenyataan Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang berlangsung pada tahun 2010 yang lalu, bahawa kenyataannya "langkah mayat saya dulu" untuk menubuhkan Islamic State sebagai ucapan yang disebut 20 tahun yang lalu [ 1990 ] pula ia dipetik di luar konteks. Malah Karpal Singh sendiri menyebut perkara ini boleh dibincangkan.

6. Lantaran itu, Pakatan Rakyat melalui mesyuarat tertingginya telahpun membincangkan perkara ini. Sebahagian dari keputusannya sebagaimana yang saya catat pada point ke 2 di atas. Selebihnya menjadi dakwah berterusan PAS untuk memahamkan masyarakat terhadap hukum syariat Islam. Saya doakan semoga Karpal Singh diberikan hidayah oleh Allah swt. sebagaimana doa saya buat yang lain juga.

7. Hudud adalah undang - undang jenayah syariah yang telah diwahyukan oleh Allah swt. Satu realiti yang tidak boleh siapa nafikan bahawa ia adalah satu kewajipan yang mesti dilunaskan oleh sebuah pemerintahan Islam. Sementara pemerintahan Islam itu pula adalah terbentuk dari mandat [ baiah ] rakyat khasnya rakyat yang beragama Islam. Tanpa mandat tersebut, pemerintahan Islam tidak dapat dibina dengan kukuh dan baik.

8. Hudud adalah sebahagian dari Islam yang diperjuangkan oleh PAS sejak awal penubuhannya. Ertinya perjuangan PAS bukan berpaksikan hudud semata - mata, sebaliknya paksi perjuangan PAS ialah Islam dan hudud itu adalah sebahagian daripadanya. Seunjuran dengan itu, ditegaskan bahawa PAS konsisten memperjuangkan Islam.

9. Jika PAS menang bersendirian melalui mandat majoriti rakyat yang diterjemah melalui peti undi [ melalui proses demokrasi ] maka PAS pastinya akan melaksanakan malah selesa untuk melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek termasuk undang - undang jenayah Syariah sebagai alternatif kepada kegagalan sistem dan undang - undang ciptaan manusia menangani gejala mungkar dan jenayah.

10. Namun secara realitinya, iklim politik dan latar belakang masyarakat yang majmuk dalam negara kita sangat sukar untuk PAS menang dan membentuk sebuah pemerintahan secara bersendirian. Ini satu realiti yang diakui walaupun ia bukanlah suatu yang mustahil.

11. Namun bagi memastikan hasrat perlaksanaan syariat Islam di Malaysia menjadi satu kenyataan mudah, ia memerlukan semua pengundi dari kalangan ummat Islam termasuk ahli UMNO dan atas pagar mengundi PAS. Maksudnya, UMNO perlu menyerahkan semua kerusinya kepada PAS atau paling tidak bersama menyertai PAS, dengan itu jumlah kerusi PAS atau muslim akan melonjak maksimum ke 130 kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan Islam yang bersedia mendaulatkan syariat Islam yang adil saksama dan telus. [ bebas korupsi dan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana negara ]

12. Penegasan ini saya buat kerana untuk PAS menyertai UMNO bagi melaksanakan syariat Allah swt sukar menjadi kenyataan.

Pertama : PAS pernah dikhianati oleh UMNO sewaktu PAS menyertai Kerajaan Campuran bersama UMNO.

Kedua : UMNO pernah menang banyak dan menjadi kuasa besar sejak sekian lama termasuk kemenangan mereka pada tahun 2004 tetapi mereka tidak pernah berhasrat untuk mendaulatkan syariat Allah swt sebaliknya memperkayakan kerajaan pimpinan mereka dengan rasuah , penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan dana rakyat dan negara.

Ketiga : Sehingga saat ini, hanya PAS yang konsisten sebagai salah satu parti besar dalam negara yang berhasrat mahu melaksana dan mendaulatkan syariat Islam. Cuma keterbatasan kuasa dan mandat rakyat meletakkan PAS masih belum memiliki keupayaan sebenar bagi membangunkan negara bersama syariat Allah swt. [nota ini memerlukan ahli UMNO menyokong PAS untuk melaksanakan Islam jika mereka juga mahu melihat Islam tegak di atas tanahair kita]

12. UMNO pula konsisten membelasah PAS dan menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Disamping itu UMNO terus dengan legasi mereka, bergelumang dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa serta menyeleweng dalam mengurus dana rakyat dan negara. Lalu PAS mengadakan kerjasama politik [Tahaaluf Siasi] dengan parti - parti pembangkang yang lain iaitu DAP dan PKR lalu membentuk Pakatan Rakyat untuk mendepani UMNO dan BN.

13. Kerjasama ini adalah kerjasama politik bukan kerjasama agama dan ideologi perjuangan. Terdapat beberapa persamaan dalam tindakan politik antara parti - parti yang berbeza ideologi ini, antaranya seperti menentang ISA, AUKU, rasuah, pembaziran dalam projek mega negara, ketirisan dalam perbelanjaan dana awam, keadilan dalam sistem pengurusan dan kendalian pilihanraya dan banyak lagi.

14. Apabila kerjasama politik [tahaluf siasi] ini berjaya dan hampir menumbangkan kerajaan UMNO dan BN dalam tsunami politik 2008, barulah UMNO kenal rabu dan khamis, lalu mereka pantas mendendangkan lagu perpaduan pada setiap hari jumaat, sabtu, ahad, isnin dan selasa. UMNO desprate lalu mencari PAS untuk bersatu padu. Kita tidak menolak mentah tetapi kita meletakkan syarat Islam sebagai tali pengikat untuk bersatu padu, justeru Islam mengajar kita sedemikian. UMNO tidak bersedia dengan syarat itu, maka PAS mohon jalan dulu . Tinggallah UMNO dengan lagu lamanya.

15. ما لا يدركه كله ، لا تتركه كله Tidak boleh laksanakan semua [kandungan Islam] maka jangan tinggalkan semua [ ertinya, laksanakanlah apa yang termampu daripada Islam itu ]. Bertolak dari kaedah ini, PAS kemukakan pendekatan baru melalui projek "Negara Berkebajikan" yang merupakan subtance kepada ajaran Islam itu sendiri. Sebuah projek yang dikemuka kepada rakyat ke arah pembentukan sebuah negara yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa politik, penyelewengan ekonomi dan menepati piawaian " Good Governence" . Inilah yang menjadi keutamaan PAS masa kini.

Nasrudin bun Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 31 Jul 2012 03:12 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


BAB INI UMNO TERLALU HUDUH DAN BUDUH !

Posted: 31 Jul 2012 01:46 AM PDT

Pasal Hudud UMNO/BN mainkan sentimen untuk memburukkan perjuangan PAS mendaulatkan Hukuman Hudud bagi mengurus tadbir kerajaan yang baik terutama menghadapi kes sosial dan teknologi tanpa sempadan sekarang.
Mereka (UMNO) sanggup menggunakan media menemubual individu yang tidak mahu hudud bukan sahaja. Kenapa tak temubual dan disiarkan yang sokong hudud di dalam media elektronik? Sikap UMNO yang menunjangi BN ini amat JAHAT dan ZALIM serta MENDERHAKA kepada ALLAH dan RASUL kerana meremehkan hukuman hudud yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Hukuman hudud buat dilakukan atau dilaksanakan atas sokongan individu tetapi melalui Pemerintah yang mengangkat Al-QURAN sebagai rujukan dan panduan hidup.
Di dalam bulan Ramdan yang mulia ini sanggup mereka (UMNO/BN) menidakkan Hudud disebabkan ada pemimpin bukan Islam yang tidak setuju Hudud dilaksanakan.

Isu Hudud - Biar Rakyat tentukan, bukan Karpal

KOTA BHARU - Biarkan pelaksana hukuman hudud ditentang keras Pengerusi DAP Karpal Singh, Pas Kelantan menegaskan hanya rakyat berkuasa menentukan dasar kerajaan termasuk pelaksanaan undang-undang Islam.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, situasi itu berlaku melalui sistem demokrasi khususnya pilihan raya.

"Dalam soal ini, rakyat memainkan peranan utama, contohnya, Pas tidak bersetuju perjuangan menegakkan negara sekular, tetapi kita hendak halang macam mana sebab rakyat yang menentukan perkara itu," katanya kepada pemberita.
Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengatakan DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini biarpun mengakui Islam agama rasmi negara mengikut perlembagaan.

Dalam kenyataan itu, Karpal berkata, kenyataan itu adalah pendirian DAP bukan pandangan peribadinya.

Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah itu menegaskan Pas akan tetap berjuang secara berterusan menegakkan syariat Islam biarpun terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan dasar perjuangan parti itu.

"Bagi memperjuangkan agenda Islam seperti yang Pas bawa ini pun rakyat yang boleh menentukan kejayaan ia. Tetapi kita tidak akan berhenti memperjuangkan Islam, semata-mata sebab ada orang yang tidak bersetuju. Di sini usaha kita ialah berterusan memberi penjelasan kepada rakyat dan biar rakyat membuat keputusan," katanya.

Mohd Amar yang dilantik sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa teknikal hudud Kelantan menyifatkan penentangan daripada Karpal itu bukan suatu perkara yang luar biasa memandangkan Umno sendiri tidak menyukai pelaksanaan hukum itu di negara ini.

Malah beliau berkata, MCA turut menolak undang-undang Islam itu dengan menyuarakan hasrat akan keluar daripada Barisan Nasional (BN), sekiranya Umno menyokong hudud.

"Dari segi politik bukan satu benda yang pelik sebab MCA sendiri pun menentang undang-undang hudud dan bila Adun Kemelah mencadangkan supaya Johor melaksanakan undang-undang hudud, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menggunakan istilah keras, jadi saya rasa lebih teruk lagi dari DAP," katanya.

Bagaimanapun Mohd Amar berkata, Pas menghormati pendirian DAP tersebut dan tidak menjangkakan DAP boleh menerima secara terbuka memandangkan berkemungkinan tidak memahami sepenuhnya tentang hukum tersebut.

SAPA ANIAYA CIKGU, TANGGUNGLAH KAMU ! Al-FATIHAH

Posted: 30 Jul 2012 10:14 PM PDT

"Ni kat Banting, cikgu Razak meninggal dunia pagi tadi..." sayup kedengaran suarah abah Suhaib di hujung telefon.
"Inna lillahi wainna ilaihi rojiuuun..." segera berita duka itu ku kongsikan kepada beberapa orang teman-teman di GMI.
Sebaik saja tiba di rumah, aku terus menggeledah fail dan album gambar lama.... sekadar ingin mengimbas kembali wajah sebenar bekas tahanan ISA Abd Razak Baharuddin yang baru meninggal dunia pagi tadi...namun hampa akhirnya kerana tiada sekeping gambar pun yang tinggal untuk dijadikan tatapan bersama.....

Allahyarham cikgu Razak ditahan di bawah ISA pada Disember 2001. Ketika itu, beliau adalah seorang guru besar di sebuah sekolah di daerah Banting. Tuduhan sebagai tahanan ISA "Jemaah Islamiyyah" atau "JI" ketika itu memang terlalu pahit untuk di telan. Walaupun pada sikap dan wajahnya , beliau adalah seorang yang sentiasa menitik beratkan amalan Islam dan amat di senangi oleh penduduk setempat, namun tuduhan ahli "JI" @ "pengganas Islam" yang di sebarkan oleh akhbar akhbar arus perdana ketika itu, telah meranap dan menghancurkan terus imej soleh yang ada pada arwah Cikgu Razak....

Arwah di bebaskan pada tahun 2004 kerana sakit kencing manis, darah tinggi dan gout yang di deritainya. Namun, sebelum itu, beliau sempat mengambil Habeas Corpus pada 2003 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ...namun, permohonan pembebasan itu telah di tolak oleh mahkamah.

Abah Suhaib adalah antara orang yang amat terkesan dengan pemergian Cikgu Razak.Mana tidaknya.... Sepanjang hampir 3 tahun mereka menghuni blok yang sama di Kem kamunting, Cikgu Razak adalah individu yang amat di senangi oleh semua tahanan ISA ketika itu kerana kerajinannya menyantuni teman tahanan yang lain, terutama dalam membimbing mereka membaca dan menyemak bacaan Al Quran.

Cikgu Razak ketika menjadi tahanan ISA dan selepas di bebaskan, tidak pernah sekali pun di dakwa kesalahannaya di mana-mana mahkamah. Namun arwah terpaksa akur menjalani kehidupan dengan maruah yang tercalar dan kehilangan pendapatan tetap serta pencen dari tugasnya sebagai seorang guru.Kematian beliau telah menoktahkan penderitaan dan penyiksaan di hadapi , berpunca dari kezaliman ISA.

Moga Allah ampuni segala dosa beliau dan di kumpulkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh...serta digantikan segala kesusahan sewaktu dizalimi ISA dengan sesuatu yang lebih baik di alam barunya kini dan akhirat sana.

Al Faatihah.....

HEBAT ! INSPEKTOR DIDAKWA 3 MAHKAMAH 6 TUDUHAN

Posted: 30 Jul 2012 06:14 PM PDT

Ini Dia Polis Yang Mengamuk Hari Itu, Mengapa Beliau Tidak Digari?

Anggota Polis Didakwa Atas Enam Pertuduhan Di Tiga Mahkamah

SEREMBAN: Seorang anggota polis pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berbeza, di sini atas enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan pada 17 Julai lalu.

Gambar: Anggota polis Insp Mohd Azuan Yasin dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Seremban selepas mengaku tidak bersalah terhadap enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan, dua minggu lepas. -fotoBERNAMA

Tertuduh, Insp Mohd Azuan Yasin, 32, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Haslina Basarudin dan S.Megaswary.

Di hadapan Mohamad Izwan dan Haslina, Mohd Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan masing-masing terhadap Mohamaed Nadzeem Zainal Larifin, 25, dan Koh Wen Gio, 32, dengan menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai senjata pistol kira-kira pukul 2.50 pagi di lobi Hotel S2 di sini pada 17 Julai lepas.

Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua dari hukuman tersebut.

Mohd Azuan turut dituduh di hadapan kedua-dua majistret itu melakukan kesalahan dengan menakutkan secara jenayah ke atas kedua-dua mangsa dengan cara menggunakan senjata menyerupai pistol berwarna hitam di lokasi, masa dan tarikh yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Satu lagi tuduhan di hadapan Mohamad Izwan, tertuduh didakwa memecah cemin pintu hadapan kereta nombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, yang menyebabkan kerugian RM150 dalam satu kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di sebuah kedai kopitiam di Temiang di sini pada tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Di hadapan Majistret S.Megaswary, tertuduh dituduh memecah pintu kereta belakang sebelah kiri, nombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan kerugian RM180 dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di sini pada tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kesemua kesnya akan disebut semula pada 13 September depan.

Bagi semua kes, tertuduh diwakli peguam bela Hanif Hassan manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Dalam pada itu, Mohamad Izwan dan Haslina turut mengarahkan agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar luas di dalam laman sesawang www.youtube.com bertajuk "Polis Memukul Pekerja Hotel di Seremban" berdurasi selama 3 minit 41 saat dikeluar serta merta dari laman berkenaan dan melarang sebarang penyebaran rakaman itu dalam apa jua bentuk saluran bagi mengelak prejudis kepada tertuduh yang minta dibicara. - BERNAMA

Batu Gajah Mari

Posted: 31 Jul 2012 11:56 AM PDT

Batu Gajah Mari


Satu lagi Skandal di Dun Sungai Rapat

Posted: 31 Jul 2012 06:57 AM PDT

IPOH – Seramai 30 penternak dari Batu Gajah bertekad tidak mahu berpindah dari padang ragut di Sungai Terap setelah berbelanja hampir jutaan ringgit untuk membangunkan padang ragut berserta kandang lembu mengikut spesifikasi yang dikehendaki Jabatan Veterinar Negeri.

Sebelum ini, pada 2008 tanah seluas hampir 116.5 hektar di Sungai Terap, Batu Gajah telah diwartakan sebagai padang ragut untuk ternakan lembu tenusu.

Salah seorang penternak, R Elangovan, 45, berkata, mereka kecewa padang ragut yang diusahakan hampir empat tahun itu akan berakhir tidak lama lagi apabila syarikat swasta yang mengambil alih kawasan mengemukakan tawaran untuk menjalankan aktiviti penternakan di situ.

Menurutnya, pada 2009, pihak Jabatan Veterinar telah membawa mereka dari kawasan Kinta untuk mengusahakan padang ragut tersebut dengan memberi jaminan mereka akan diberi hak milik selepas kawasan itu dibangunkan mengikut perincian yang ditetapkan.

"Kami turut menerima subsidi lembu untuk menternak lembu tenusu selain membangunkan kawasan itu dengan perbelanjaan sendiri mencecah hampir RM2 juta dengan ternakan 300 lembu tenusu.

"Ada antara penternak sanggup menggunakan wang KWSP, menjual rumah dan juga barangan berharga semata-mata untuk merealisasikan lokasi itu menjadi padang ragut," katanya ketika sidang media di Pejabat Pas Medan Istana, semalam.

Bagaimanapun, baru-baru ini pihak syarikat ada menemui penternak untuk menandatangani perjanjian tawaran dan perlu membayar RM770 sekiranya masih mahu mengusahakan ternakan di kawasan itu, jika tidak ia akan dibuka kepada sesiapa yang berminat.

Katanya, dalam pertemuan itu juga, mereka dimaklumkan b tiada pemberimilikan akan diberikan sebaliknya hanya sewaan ditawarkan.

"Kami tidak kisah membayar sewa atau apa sahaja kepada kerajaan tetapi kami tidak mahu bayar kepada orang tengah.

"Jika kami tidak bekerja, pendapatan akan terjejas dan bagaimana hendak menanggung keluarga.

"Jika diikutkan tempoh tawaran itu telah berakhir, kini kami masih mengusahakan ternakan di kawasan itu tanpa diganggu sesiapa," katanya.

Sementara itu, Penyelaras Ahli Parlimen Ipoh Barat, RK Muthu berkata, pihaknya simpati dengan penternak yang terlibat dan curiga kerana tanah seluas itu hanya dimiliki oleh sebuah syarikat yang tidak mempunyai latar belakang ternakan.

"Satu laporan polis juga akan dibuat selain memohon pihak SPRM untuk menyiasat isu ini," katanya.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang turut bersama dalam sidang media itu berkata, Pakatan Rakyat berpendapat perkara itu tidak patut berlaku dan akan membawa isu ini ke sidang Dewan Undangan Negeri atau ke Parlimen.

"Usaha gigih ini tidak boleh terbiar begitu sahaja. Mereka perlu dibantu kerana tanah yang diusahakan selama ini tiba-tiba diberikan kepada orang lain," katanya.

HARI PAHLAWAN: Rasulullah Pahlawan Ulung Tertinggi Ummah

Posted: 30 Jul 2012 08:04 PM PDT


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh perjuangan-perjuangan tanahair ketika era mereka agar menjadi kenangan dan teladan bagi membina kedaulatan negara yang kita cintai ini. Jadikanlah hari ini sebagai suatu hari kepada permulaan untuk kita menginsafi diri kepada para perjuang yang ikhlas berjuang dan telah berkorban apa jua demi memastikan keharmonian sistem bernegara kita dirasai hingga ke saat ini dalam semangat kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing.

Kepada umat muslim, hari pahlawan ini juga boleh diperluaskan skopnya kepada peringatan kita kepada Baginda Rasulullah SAW iaitu Pahlawan Ulung Tertinggi Ummah Islam dari dahulu sehingga akhir zaman yang banyak dikisahkan dalam sirah Nabi selama ini. Kita sewajarnya mengambil sempena hari pahlawan ini sebagai menunjukkan rasa kekaguman kita kepada Baginda dan para sahabatnya Baginda. Sudah tentu agama Islam mendidik umatnya agar menunjukkan adap seorang muslim yang sejati hatta di dalam medan berjuang sekali pun.

Akhirnya, kami doakan agar semoga roh-roh para pahlawan negara akan ditempatkan di tempat yang tertinggi di Akhirat kelak dengan keizinan Allah SWT. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa para pahlawan negara yang telah kembali kerahmatullah. Dan kepada para pahlawan negara yang masih di medan agar mencontohi tentera-tentera yang pernah dipimpinan oleh Baginda Rasulullah SAW agar kekuatan dan iltizam mereka adalah pahlawan sejati yang dicorakkan oleh Islam yang sebenarnya.

DR RAJA AHMAD AL-HISS

Timbalan Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

DUN Lembah Jaya

Posted: 31 Jul 2012 11:53 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Edar Bubur Lambuk: Ambil Peluang Ramah Mesra Bersama Rakyat

Posted: 31 Jul 2012 01:49 AM PDT


Ahad, 29 Julai 2012 - Bersama penduduk dan Ketua Kampung Dato' Mufti, Tuan Hj Arshad Ali


Chef utama bubur lambuk JKKK Ampang Campuran Tuan Hj Abdul Kodir sedang memasukkan ramuan istimewa ke dalam salah satu periuk




Jambatan Kg. Bukit Sg. Putih Bakal Siap Menjelang Syawal

Posted: 31 Jul 2012 01:29 AM PDT


LANCAR.. Meninjau kerja-kerja pembinaan jambatan bagi memastikan siap sebelum Aidil Fitri. Jambatan penghubung utama ke Kg Bukit Sg Putih ROBOH akibat banjir besar yang melanda Mac lalu.


PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 31 Jul 2012 11:47 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


Masjid Bujal Dalam Kenangan

Posted: 31 Jul 2012 09:05 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 31 Jul 2012 11:12 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Hari Pahlawan: Perluas skop pada sirah Rasulullah

Posted: 30 Jul 2012 09:27 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh perjuangan-perjuangan tanah air ketika era mereka agar menjadi kenangan dan teladan bagi membina kedaulatan negara yang kita cintai ini.
"Jadikanlah hari ini sebagai suatu hari kepada permulaan untuk kita menginsafi diri kepada para perjuang yang ikhlas berjuang dan telah berkorban apa jua demi memastikan keharmonian sistem bernegara kita dirasai hingga ke saat ini dalam semangat kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing," kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss (gambar).

Kepada umat muslim, ujarnya hari pahlawan juga boleh diperluaskan skopnya kepada peringatan umat Islam kepada Baginda Rasulullah SAW iaitu Pahlawan Ulung Tertinggi Ummah Islam dari dahulu sehingga akhir zaman yang banyak dikisahkan dalam sirah Nabi selama ini.

"Kita sewajarnya mengambil sempena hari pahlawan ini sebagai menunjukkan rasa kekaguman kita kepada Baginda dan para sahabatnya Baginda," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, sudah tentu agama Islam mendidik umatnya agar menunjukkan adab seorang muslim yang sejati hatta di dalam medan berjuang sekali pun.

"Akhirnya, kami doakan agar semoga roh-roh para pahlawan negara akan ditempatkan di tempat yang tertinggi di akhirat kelak dengan keizinan Allah SWT.

"Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa para pahlawan negara yang telah kembali ke rahmatullah," ujarnya.

Beliau juga menyeru para pahlawan negara yang masih di medan agar mencontohi tentera-tentera yang pernah dipimpin oleh Baginda Rasulullah SAW agar kekuatan dan iltizam mereka adalah pahlawan sejati yang dicorakkan oleh Islam yang sebenarnya.

Tukar royalti kepada ehsan mendahului mahkamah

Posted: 30 Jul 2012 09:27 PM PDT


BACHOK: Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang menyifatkan program Konvoi NGO Royalti ke beberapa destinasi di Hulu Kelantan baru-baru ini sebagai mendahului keputusan mahkamah sangat tidak disenangi oleh ramai pihak.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Bachok Tuntut Royalti dan Pendaratan Minyak di Bachok (Cabar), Ahmad Marzuk Shaary (gambar) ketika dihubungi menyatakan sokongan penuh kepada program konvoi tersebut.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak agar sedar dan mengambil berat terhadap desakan dan tuntutan itu kerana ianya adalah untuk kepentingan rakyat Kelantan.

Beliau yang turut menyertai konvoi tersebut sebelum ini beberapa kali mengulangi desakan supaya gas dan petroleum didaratkan di Kelantan khususnya Bachok dengan hasrat menjunjung titah Sultan Kelantan yang  telah menyediakan zon perindustrian petroleum di kawasan Bachok seluas 4,000 ekar.

"Kalau sekiranya penganjuran konvoi tersebut mendahului mahkamah kerana tuntutan royalti oleh Kerajaan Kelantan dalam proses mahkamah, maka membelanjakan wang royalti oleh sebuah jawatankuasa  atas nama ehsan itu jauh lebih mendahului mahkamah, tidak patuh kepada perjanjian juga menghina mahkamah," katanya.

Ini, ujarnya kerana mahkamah adalah simbol keadilan, dalam perjanjian yang telah termeterai sejak 1975 secara jelas memperuntukkan lima peratus royalti untuk kerajaan Kelantan.

Bila menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan beberapa pemimpin kerajaan pusat sendiri yang meminta pihak tertentu mengembalikan royalti untuk Kelantan.

"Saya amat berterima kasih dan bersyukur dengan beberapa kenyataan ini antaranya Ku Li dan ini menandakan bahawa perjuangan tuntutan royalti oleh kerajaan negeri kelantan sudah mula diberi perhatian, tetapi jangan hanya untuk gimik dan menarik sokongan dalam pilihanraya yang semakin hampir,"

"Semua pihak yang bersungguh menafikan royalti untuk rakyat Kelantan ini perlu akur dengan hak rakyat Kelantan dan kena berlaku adillah walaupun Kelantan di perintah oleh PAS kerana ini bukan untuk PAS tetapi untuk kerajaan dan rakyat Kelantan.

"Nak berpolitik politiklah tapi jangan sampai mendiskriminasi anak bangsa sendiri," tambahnya.

Xpresi Anak Muda Ramadhan

Posted: 30 Jul 2012 09:24 PM PDT

Pakat mari ramai!

Posted: 30 Jul 2012 04:36 PM PDT


AWANG ADEK NAK ALIH ISU

Posted: 30 Jul 2012 04:35 PM PDT

KELANTAN : Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan bahawa kenyataan Timbalan Pengerusi Badang Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mempersoalkan kerjasama politik di antara PAS dengan DAP sebagai cubaan untuk mengalih perhatian masyarakat daripada isu dakwaan penyalahgunaan kuasa yang menyelubungi dirinya.

Ketua Penerangan DPPNK, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari di dalam satu kenyataan menyifatkan segala dakwaan yang dinyatakan oleh Awang Adek adalah rapuh dan tidak sesuai dengan taraf dirinya sebagai seorang Timbalan Menteri di peringkat kerajaan pusat.

"Awang Adek telah mempersoalkan tindakan PAS yang masih bersama dengan DAP sekalipun katanya DAP menentang pelaksanaan Islam termasuk hukum hudud", ulas beliau yang merujuk kenyataan Awang Adek
yang disiarkan oleh Sinar Harian Isnin 30 Julai semalam

"Adakah Awang Adek sedar, ketika mana Datuk Ayub Rahmat daripada DUN Kemelah sendiri yang mencadangkan perlaksanaan hudud di Johor beliau telah ditempelak oleh Presiden MCA dan menyifatkannya sebagai hilang akal ? Apa pula pendirian UMNO mengenai hukum hudud dan mengapa beliau tidak mengulas sikap pimpinan utama UMNO yang membisu seribu bahasa sedangkan ADUNnya telah dihina sedemikian rupa oleh MCA ?", soal beliau.

Beliau juga mengingatkan bahawa perjuangan PAS sangat konsisten mengenai hukum hudud. Beliau turut membuktikan kepada Awang Adek bahawa cadangan daripada ADUN Kemelah ini telah disambut baik oleh YAB Menteri Besar Kelantan dengan mengucapkan tahniah kepada beliau begitu juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang memberi jaminan untuk bekerjasama sekiranya Johor ingin melaksanakan hudud"

Beliau juga turut mengulas tindakan Awang Adek yang mempertikaikan kerjasama PAS dengan DAP yang didakwa menolak hudud, "adakah UMNO tidak menolak hudud? Dan sekiranya UMNO tidak menolak hudud, kenapa pula ia masih gagal dilaksanakan sekalipun sudah separuh abad usia kemerdekaan negara?".

"Beliau perlu berikan perhatian kepada isu-isu peribadinya terlebih dahulu sebelum mahu mempertikaikan kerjasama politik PAS dengan DAP. Mana jawapan beliau dalam isu hubungan beliau dengan ahli perniagaan, Chung Hon Cheong dan skandal percetakan RM2 sebanyak 100 juta." "

"Beliau juga perlu menjelaskan dari mana sumber dua cek bernilai RM80,000 yang dimasukkan dalam akaun beliau ketika beliau menjadi Pengerusi Skim Jejakjaya Bumiputra pada tahun 2010."

DPPNK turut mengingatkan bahawa dua keping Cek CIMB Bank yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 setiap satu itu dimasukkan ke dalam akaun beliau pada 6 Disember 2010 daripada sebuah syarikat yang berkepentingan seperti yang didedahkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia dua minggu lepas.

"Jadi Awang Adek tidak perlulah berlagak dalam isu hudud ini. Jangan menjadi batu api yang menyebabkan salah faham di kalangan non muslim terhadap hukum hudud. Hakikatnya hudud hanya akan dijatuhkan kepada mereka yang melakukan kesalahan. Hanya tangan pencuri sahaja yang akan dipotong dan itupun jika cukup syarat dan kadarnya. Dalam hal ini, ada kemungkinan jumlah RM80,000.00 contohnya sudah mencukupi untuk dipotong tangan sekiranya disabitkan kesalahan," tambah beliau lagi.

Klik Pilihan Dalam Sinar Harian

Posted: 30 Jul 2012 04:34 PM PDT

14 kerusi Sabah untuk Pakatan?

Posted: 30 Jul 2012 04:32 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dijangka akan mendapat sekurang-kurangnya 14 kerusi di Sabah ekoran tindakan dua anggota Parlimen BN menyokongnya baru-baru ini.

Ini bermakna, simpanan tetap BN di Sabah dan Sarawak sudah tamat, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) dalam satu tulisannya.

Beliau berkata, 55 kerusi parlimen dari 57 dari Sabah-Sarawak (Borneo) telah dibolosi dan sudah tidak ada lagi jaminan BN mendapat sokongan dari kedua-dua negeri ini.

"Hari ini ramalannya ialah 14 kerusi dari Sabah termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan akan mudah-mudah tumbang kepada Pakatan Pembangkang," tulis beliau.

Anggota Parlimen Kuala Selangor itu mengulas tindakan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing yang meninggalkan BN dan menyokong Pakatan Rakyat.

"Kejutan buat Najib bukan kepalang, amat menyiksakannnya. Mimpi ngerinya semakin menjadi realiti, tambahan masa bukan disebelahnya untuk membuat apa jua percaturan strategik kecuali memandang ke hujung tahun atau dilajakkan ke tahun depan," ulas beliau ekoran kenyataan kedua-dua anggota Parlimen BN dari Sabah itu.

Bagi beliau, tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sejak akhir-akhir ini hanya menjaga kepentingan dirinya sahaja tanpa memikirkan BN secara menyeluruh.

"Apakah maknanya bagi Najib yang mengikut kajian mutakhir Merdeka Centre bahawa 'tahap keyakinan' atau 'Approval Rating' pada paras 64%, (Jun) menurun 1% dari bulan Mei (65%), sementara tahap keyakinan kepada parti dan BN yang dipimpin terus mengalami penghaksian sokongan ke paras 42%," kata AJK PAS Pusat itu.

Bagi beliau, Najib hanya mahu pujian dan pengiktirafan rakyat maka dia terus memberi – BRIM 1 dan kini bonus dan sebagainya.

"Kesemua untuk membuktikan bahawa beliau peka dan prihatin kepada rakyat sementara kesan pemberian itu tidak lagi seperti dulu,begitu hebat dan mendalam, termasuk kepada peneroka Felda mutahkir ini," tulis beliau.

Pada pendapat beliau, rakyat umumnya semakin membenci tindakan pemimpin yang cuba untuk memujuk dan menggula-gulakan rakyat seperti.


Tidak kira dari BN atau Pakatan penolakan rakyat terhadap kepimpinan 'populist' seperti ini semakin ketara, dakwa beliau.

"Kecuali golongan yang boleh terus ditipu dan dibeli dengan pelbagai 'pemberian' ini, rakyat umumnya sedang menyaksikan gelagat kepimpinan Umno-BN yang semacam cacing kepanasan mutakhir ini," katanya lagi.

Bagi beliau, masa untuk berubah telah sampai.

"Mampukah rakyat lakukan perubahan ini? dan Mampukah Pakatan mengisi pengharapan rakyat nanti?" soal Dr Dzul.

Rumah terbengkalai, 477 tentera jadi mangsa

Posted: 30 Jul 2012 04:29 PM PDT


MACHANG: Polis diminta menyiasat bagaimana satu pemaju perumahan mendapat tuntutan 100 peratus bayaran pinjaman perumahan padahal projeknya terbengkalai.


(Dokumen berupa laporan polis dan surat dari Kementerian Kewangan yang diberikan Zainal kepada Harakahdaily)

Ini kerana, akibat apa yang berlaku, 477 tentera yang terlibat dalam membeli rumah di projek berkenaan dipotong gaji mereka untuk bayaran pinjaman tetapi rumah tidak boleh diduduki.

Menurut salah seorang dari mangsa ini, Zainal Ismail, beliau bersama anggota tentera yang lain membeli rumah di Taman Sri Labok, Machang pada pertengahan 2008.

Mengikut perjanjian jual beli antara mereka, rumah itu akan disiapkan pada tahun 2009 namun sehingga sekarang ia tidak disiapkan.

Yang memeranjatkan mereka adalah, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan telah mengeluarkan 100 peratus bayaran tuntutan kepada syarikat pemaju ini walaupun rumah mereka belum disiapkan lagi.

Ia bermakna, syarikat ini mendapat tuntutan lebih RM40 juta duit dari Kementerian Kewangan itu walaupun tidak menyiapkan rumah yang mereka bina.

Zainal telah membuat laporan polis Balai Polis Machang pada 12 April 2011 ekoran apa yang berlaku.

Beliau juga telah membuat laporan kepada Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan tentang apa yang berlaku.

Hasilnya, Kementerian Kewangan pada 14 Mac 2012 telah mengeluarkan surat kepada Biro Pengaduan Awam, Kuala Terengganu bagi melaporkan kes ini.

Mereka mengesahkan projek ini memang terbengkalai tetapi telah mendapat tuntutan 100 peratus dari kementerian.

Ekoran itu, BPP telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pemaju itu kerana mengemukakan tuntutan palsu kepada kerajaan tanpa menyiapkan rumah itu.

Sehubungan itu, BPP telah membuat laporan polis pada 1 Mac 2012 di IPD Putrajaya yang melibat 12 projek perumahan yang melibatkan pemaju perumahan berkenaan.

BPP juga membuat laporan kepada Lembaga Arkitek Malaysia kerana terdapat pengesahan arkitek terhadap semua tuntutan yang dibuat oleh pemaju berkenaan.

Bagi menguatkan laporannya, Zainal telah menghantar satu surat khas kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar agar membantu beliau dan rakan-rakannya yang teraniaya.

Saleh Man jadi YDP MAIPP, Umno gigit jari

Posted: 30 Jul 2012 04:29 PM PDT


PULAU PINANG: Kini isu Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sudah selesai sekaligus membuatkan Umno terpaksa 'gigit jari' kerana tidak lagi berpeluang memainkan isu tersebut menjelang pilihanraya umum nanti kata, Setiausaha PAS Negeri, Mohd Nor Harun.

Baginya, perkenan Yang Dipertuan Agung terhadap nama Datuk Saleh Man (gambar) telah diduga walaupun sebelum ini timbul berbagai persoalan terhadap jawatan berkenaan setelah tamat tempuh YDP lama, Ustaz Elias Zakaria.

"PAS Pulau Pinang ucap tahniah terhadap perkenan Yang Dipertuan Agung dan berharap isu yang dimainkan oleh Umno kononya PAS diperkotak katikkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat nyata gagal, " tegasnya ketika dihubungi.

Menurut beliau lagi, perlantikan tersebut merupakan 'janji ditepati' Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mahukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang mewakili PAS dilantik mengisi kekosongan YDP MAIPP.

Menurut Mohd Nor, beliau dan barisan kepimpinan PAS Negeri Pulau Pinang akan berdiri teguh di belakang Datuk Saleh disamping membantu beliau merencanakan atau meringgankan tanggungjawab yang semakin besar di sandangnya sejak diberikan kepercayaan menang pilihanraya kecil Permatang Pasir menggantikan Allayarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang meninggal dunia tiga tahun lalu.

Walaupun penuh dengan dugaan sebelum mendapat mandat sebagai YDP MAIPP namun beliau tidak pernah resah sebaliknya melaksanakana tugasan sebagai Timbalan YDP MAIPP dengan penuh tanggungjawab.

"Sepanjang tugasanya sebagai Timbalan YDP MAIPP kami nampak ada peningkatan. Di mana banyak program yang dirasmikan nampak tersusun serta mempunyai gaya pengucapan yang bernas, " tambahnya.

Pengumuman perlantikan baru itu dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman di aras 52 Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) baru-baru ini mengantikan Abdul Malik Kassim yang melepaskan jawatan ekoran kesilapan teknik.

Peristiwa lebih besar menunggu politik Sabah

Posted: 30 Jul 2012 04:29 PM PDT


KOTA BHARU: PAS meramalkan akan berlaku lagi peristiwa lebih besar dalam politik Sabah selepas tindakan dua pemimpinnya baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) meramalkan perkara itu ekoran tindakan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing yang meninggalkan BN.

Nik Amar mengulas tindakan terbaru tokoh politik Sabah Timbalan Menteri, Datuk Seri Lajim Ukin meletak semua jawatan dalam Umno, dan seterusnya menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR).

Turut meninggalkan BN Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (UPKO) parti komponen BN, Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing.

Jadi apa yang dilakukan Lajim dan Bumburing itu, dakwa Nik Amar, adalah sebahagian daripada manifestasi dan mungkin selepas daripada ini akan berlaku lagi berkara-perkara lebih besar pada masa-masa akan datang.

"Ini kerana kita dengar banyak cerita tentang ketidakpuasan  terhadap kepimpinan kerajaan di Sabah," dakwa Timbalan Pesurujaya PAS Kelantan itu.

Bagi beliau, perkembangan terbaru politik Sabah membabitkan tokoh dari komponen Barisan Nasional keluar parti itu dan seterusnya menyokong Pakatan  Rakyuat (PR) merupakan manifestasi ketidakpuasan hati rakyat dan  kalangan pemimpin politik Sabah terhadap Umno-BN.

Beliau mendakwa peristiwa itu adalah rentetan beberapa perkara yang berlaku di Sabah sebelum ini.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Royal Thai Consulate-General dekat sini petang semalam.

(Nik Amar berucap di majlis berbuka anjuran Konsulat Thai)

Turut  hadir Consul-General Jackrid Kanjasoon, para pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta pemimpin masyarakat.

"Dan apa yang dilakukan oleh Datuk Lajim Ukin itu merupakan manifestasi daipada ketidapuasan hati rakyat dan juga kalangan pemimpin politik di Sabah terhadap Umno-BN," katanya.

Nik Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri turut mengulas kenyataan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa perjuangan BN berada di landasan yang betul walau pun parti itu tidak melabelkan "Islam".

Bahkan, dakwa Najib yang dipetik media ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Perak baru-baru ini bahawa segala program transformasi Kerajaan BN berlandaskan 'maqasid syariah'.

Najib mendakwa segala program transformasi yang dilaksanakan kerajaan BN untuk rakyat adalah berlandaskan 'maqasid syariah'.


Menurut Nik Amar, 'maqasid syariah' terlaksana adalah apabila (sesebuah) kerajaan itu tegak di atas dasar Islam dan mana-mana kerajaan yang tidak berlandaskan syariat, tidak boleh bercakap tentang 'maqasid syariah'.

"Itu adalah asas, dan kita mestilah faham dahulu.

"Jadi apabila kita nak bercakap tentang maqasid syariah maka (sesebuah) kerajaan itu sendiri mestilah kerajaan yang berasaskan syariah, yang tegak di atas dasar Islam.

"Kalau (sesebuah)  kerajaan itu tidak menerima Islam sebagai dasar, macam mana boleh bercakap tentang maqasid syariah.

"Itu asasnya dahulu. Kenalah faham.  Bukanlah boleh senang-senang (sewenang-wenang) kita kata ini (adalah) maqasid syariah atau seumpamanya," jelas beliau yang merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa sebelum menyertai politik.

Nik Amar mendakwa walau pun ada beberapa perkara dilaksanakan mungkin bertepatan dengan kehendak agama, namun ia tidak menjadi asas.

Beliau mengajak masyarakat supaya memahami dahulu soal dasar kedudukan perkara itu.

"Jadi di sini saya fikir kita kenalah faham dahulu bahawa Kerajaan Malaysia ini bukanlah Kerajaan Islam, itu asasnya.

"Bahkan bukan kerajaan yang berlandaskan kepada ajaran agama Islam," dakwanya.

Bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian masuk PAS

Posted: 30 Jul 2012 04:27 PM PDT


SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan menerima suntikan semangat baru apabila bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mustapah Mohd Omar menyertai PAS secara rasmi kelmarin.

(Mustapah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Mohamad Sabu)

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kawal Selia Air Selangor; Penolong Pegawai Daerah Port Dickson dan Penolong Pegawai Daerah Seremban.

Mustapah bersara pada tahun lepas.

Mustapah menyerahkan borang ahli PAS kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di majlis berbuka puasa anjuran PAS Seremban di PASTI Wildan, Ampangan, Seremban.

Turut menerima penyertaan Mustapah ke dalam PAS ialah Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Mohamad Hassan Tamby.

KHIDMAT MERU

Posted: 31 Jul 2012 09:51 AM PDT

KHIDMAT MERU


SEMARAK KASIH RAMADHAN DI PAYA JARAS

Posted: 30 Jul 2012 05:31 PM PDT









Program Semarak Kasih Ramadhan anjuran bersama Akhbar Harakah, Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor dan Dewan Muslimat Pusat telah diadakan di sebuah Dewan Orang Ramai DUN Paya Jaras.
Selain dari Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, YB Dr Abd Rani bin Osman, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Siti Zailah bt Mohd Yusof juga hadir bagi meriahkan lagi majlis tersebut.
Ustazah Siti Maryam selaku Ketua Lajnah Kebajikan BPPNS berharap majlis penyerahan sumbangan dana dari Harakah dan makanan berhasiat dari Pas Negeri Selangor itu dapat meringankan bebanan kumpulan fuqarak dan ibu tunggal yang hadir sebagai penerima sumbangan pada petang itu.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 31 Jul 2012 09:40 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Sarjan Hassan berasal dari Negeri Sembilan

Posted: 31 Jul 2012 12:42 AM PDT

Tahukah kita semua filem Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee adalah berdasarkan watak sebenar. Diceritakan Sarjan Hassan dilahirkan di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan pada Julai 1927. Pada usia 7 tahun, ibunya meninggal dunia. Oleh kerana kesukaran bapanya untuk menjaga adik beradik beliau seramai 5 orang, datuknya, Penghulu Ismail telah membawa Sarjan Hassan pulang ke Pantai dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai.

Beliau bersara dengan menyandang pangkat Kapten. Di penghujung tempoh perkhidmatannya sebagai tentera, beliau telah berjaya membunuh seramai 54 orang komunis di samping menerima pelbagai pingat anugerah sama ada daripada pihak British mahupun Kerajaan Malaysia.

Beliau meninggal dunia pada 30 April 1991, jam 4.30 pagi di Hospital Besar Seremban dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Muhammad Said, Seremban.

Kisah sepenuhnya mengenai Sarjan Hassan di http://www.nagarinantuo.com/?p=1520#more-1520

Selamat Menyambut Hari Pahlawan

REMAJA RAIKAN RAMADHAN

Posted: 31 Jul 2012 12:06 AM PDT


JADUAL IFTAR JAMAIE

Posted: 30 Jul 2012 05:58 PM PDT

JADUAL IFTAR JAMAIE RAMADHAN 1433 H/2012 M
PAS NEGERI SEMBILAN

Kawasan : RASAH
Tarikh & Hari : 1 OGOS 2012 / 12 RAMADHAN 1433 ( RABU)
Tempat : Markas MTD Labu, Lot 7772, Bt 16 1/2 , Jln Nilai-Salak/Sepang
Hadir Wakil Perhubungan : YB. Taufek & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan : Ustaz Hadi 019-6627374

Kawasan : TAMPIN
Tarikh & Hari : 5 OGOS 2012 / 16 RAMADHAN 1433 (AHAD)
Tempat : MARKAS TAMPIN BANDAR
Hadir Wakil Perhubungan : Khairul Wafa (Ketua Pemuda) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan : CERAMAH BOB LOKMAN

Kawasan : REMBAU
Tarikh & Hari : 10 OGOS 2012 / 21 RAMADHAN 1433 (JUMAAT)
Tempat : Teratak Amal. Kg Sg Layang, Rembau
Hadir Wakil Perhubungan : Hasan Tambi ( SU Negeri ) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :

Kawasan : JEMPOL
Tarikh & Hari : 11 OGOS 2012 / 22 RAMADHAN 1433 (SABTU)
Tempat : MUASSASAH DARUL SHARIF
Hadir Wakil Perhubungan : YB Taufek (PJ Negeri) & Seluruh Pimpinan Perhubungan, Ulama, Pemuda & Muslimat
Catatan/ Hubungan : MUNAJAT PERDANA

Kawasan : KUALA PILAH
Tarikh & Hari : 12 OGOS 2012 / 23 RAMADHAN 1433 (AHAD)
Tempat :
Hadir Wakil Perhubungan : Abd. Rahman (Timb. PJ 3) & Semua Barisan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :

Kawasan : JELEBU
Tarikh & Hari : 14 OGOS 2012 / 25 RAMADHAN 1433 (SELASA)
Tempat :
Hadir Wakil Perhubungan : Dr. Rosli (Timb. PJ 1) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Catatan/ Hubungan :

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 31 Jul 2012 09:20 AM PDT

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


Iftar Anak Pahang di Perantauan

Posted: 30 Jul 2012 08:24 PM PDT


Jasindaily Online

Posted: 31 Jul 2012 09:14 AM PDT

Jasindaily Online


Kembara Muda Ramadhan Dewan Pemuda Pas Kawasan Jasin

Posted: 30 Jul 2012 04:54 PM PDT

Kembara Muda Ramadhan telah diadakan di sekitar Dun Sungai Rambai oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Jasin Sempena Ramadhan ini.

































DUN BUKIT PAYONG

Posted: 31 Jul 2012 03:42 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


BERSIH Entiti Sah; Sambung Semula Pinjaman Pelajaran 9 Mahasiswa Mesir!

Posted: 30 Jul 2012 11:25 PM PDT

Petikan Buletinonline:

MARANG - Dewan Pemuda PAS Terengganu menggesa Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said, Kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu supaya menyambung semula pinjaman pelajaran yang telah ditamatkan ke atas sembilan orang mahasiswa yang sedang menuntut di negara Mesir

Ketuanya,YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, keputusan kerajaan menamatkan pinjaman tersebut adalah berdasarkan gambar yang menunjukkan mahasiswa itu terbabit dengan Himpunan Aman Bersih yang dituduh sebagai 'haram dan kotor'.

Sebaliknya kata beliau, mahkamah pada 24 Julai lalu, telah memutuskan bahawa BERSIH adalah entiti yang sah disisi undang-undang.

Beliau menegaskan, mahkamah juga membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 1 Julai tahun lepas yang mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.

"Saya minta MB Ahmad Said bertindak dengan rasional berlandaskan undang-undang selaras dengan keputusan mahkamah yang telah dibuat,

"Pinjaman sembilan mahasiswa tersebut ditamatkan dengan tuduhan terlibat dengan himpunan 'haram' BERSIH.

"Seharusnya apabila mahkamah sudah memutuskan tentang BERSIH maka wajarlah hak mahasiswa untuk mendapatkan pinjaman tersebut di kembalikan," ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, Ahmad Said, kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu dianggap sebagai melanggar perintah mahkamah dan menghina keputusan Hakim Datuk Rohana Yusof, sekiranya tidak mengembalikan semula pinjaman tersebut.

[Gambar atas - Ustaz Mohd Nor menyampaikan sumbangan kepada salah seorang bapa mahasiswa Mesir yang ditamatkan pinjaman dalam satu majlis pada Jun lalu]
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong turut meminta kerajaan negeri berlapang dada dan meminta maaf kepada keluarga pelajar terbabit yang telah dizalimi sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

"Buangkanlah sifat 'angkuh dan sombong' dalam bulan Ramadhan ini, yang benar tetap benar,

"Tidak salah, bahkan di tuntut, kerajaan sudah mengambil langkah yang salah, wajarlah meminta maaf kepada keluarga pelajar yang terbabit," jelasnya.

Beliau turut meminta mana-mana penggiat media dan wartawan, yang sudah 'terlebih' menyatakan sesuatu terhadap perkara yang tidak benar menggunakan bukan yang baik ini untuk memohon keampunan kepada ilahi.

Kecam kezaliman atas umat Islam Rohingya

Posted: 30 Jul 2012 03:51 AM PDT

Petikan Sinar Harian (29 Julai)

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mendesak kerajaan mengambil tindakan bagi memastikan kekejaman ke atas masyarakat Islam Rohingya di Myanmar dihentikan.

Menurut DPPNT, perbincangan dengan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Negara-negara Islam lain perlu bagi mengecam kezaliman ke atas etnik terbabit yang ditindas sejak Jun lalu.

Ketuanya, Mohd Nor Hamzah berkata, usaha yang jitu daripada semua pihak juga dapat memastikan etnik Rohingya diberi bantuan dan menyambut Ramadhan dalam keadaan sewajarnya.

"Kita berharap kerajaan cakna terhadap perkara ini dan mengadakan perbincangan dengan OIC serta negara-negara lain bagi menghentikan keganasan dan menghulurkan bantuan kepada masyarakat Rohingya," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Mohd Nor berkata, desakan itu dibuat memandangkan pihaknya belum mendengar apa-apa tindakan yang diambil kerajaan dalam usaha menangani perkara itu.

Pada masa sama, beliau turut menyeru masyarakat Islam di negara ini peka terhadap kesengsaraan masyarakat Islam di negara lain yang tidak berkemampuan menyambut Ramadhan dalam suasana selesa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong berkata, bulan puasa dilihat sebagai masa terbaik kepada masyarakat di negara ini merasai penderitaan dan keperitan umat Islam termasuk di Palestin dan Syria.

Sementara itu, Setiausaha DPPNT, Muhammad Zaidan Abdullah memberitahu pihaknya telah menerima arahan daripada Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mengadakan munajat dan bantahan berhubung kekejaman ke atas umat Islam Rohingya.

Beliau menjelaskan, bantahan tersebut berkemungkinan diadakan serentak dengan Dewan Pemuda Pas Pusat pada Jumaat ini, namun mengakui belum mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara itu.

"Kita turut menjemput pertubuhan bukan kerjaaan (NGO) seperti Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) dan Yayasan Amal untuk bersama-sama dalam bantahan tersebut," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan