SUARAM BUKAN PERTUBUHAN PERNIAGAAN BERDAFTAR : SSM - meloya
KUALA LUMPUR 31 Julai - Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang dikaitkan dengan Suara Inisiatif Sdn. Bhd., tidak ditubuhkan sama ada di bawah Akta Perniagaan 1956 atau Akta Syarikat 1965, demikian menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Mohd. Naim Daruwish berkata, berdasarkan rekod suruhanjaya itu, Suara Inisiatif ditubuhkan sebagai syarikat perbadanan pada 24 Oktober 2001 dan dianggotai dua pengarah berdaftar iaitu Kua Kia Soong dan Yeoh Seng Gua.
"Deskripsi perniagaan yang direkodkan adalah penganjuran kempen untuk hak asasi manusia dan lain-lain aktiviti berkaitan, manakala pemegang saham syarikat ini adalah dua individu tersebut dengan modal syer berbayar berjumlah RM2," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, SSM telah menyerahkan notis bertarikh 5 Julai 2012 di bawah Akta Syarikat 1965 kepada pihak syarikat dan menghendaki mereka mengemukakan penyata akaun dan dokumen-dokumen sokongan bagi tempoh empat tahun lepas untuk pemeriksaan rutin.
"Pemeriksaan akaun ini juga adalah untuk memastikan pihak syarikat mematuhi piawaian standard perakaunan yang diterima pakai bagi kategori syarikat tersebut," katanya.
Mohd. Naim berkata, pihaknya sedang meneliti semua dokumen yang telah dikemukakan oleh syarikat berkenaan kira-kira seminggu lepas sebelum sebarang rumusan dan penemuan pemeriksaan dapat dibuat.
Beliau menjelaskan bahawa sebagai badan kawal selia korporat, pemeriksaan sebegitu dijalankan secara rutin apabila aduan diterima atau berbangkitnya isu-isu. TIEWNAMA
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit... INI SUDAH TERLAMBAT.... kah kah akh..
kah kah kah...KACAU SUARAM KERANA KES MAT MONGOL DI PARIS...kah kah kah...
kah kah kah...PASAL APA LAMBAT SANGAT KACAU.... kah kah kah..
kah kah kah...KES MAT MONGOL DI PARIS SEDANG DI DENGAR... kah kah kah...
kah kah kah.... KACAU SUARAM SEKARANG TAK GUNA LAGI... kah kah kah..
kah kah kah.... MAT MONGOL PASTI AKAN DI SAPINA.... kah kah kah
NOTA: selalunya kalau individu akan disiasat hutang piutang akan disiasat cukai pendapatan semua ini hanyalah tekanan agar jagan lawan gerombolan
KUALA LUMPUR 31 Julai - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mempersoalkan niat sebenar Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) yang mengugut kerajaan agar memenuhi tuntutan mereka supaya dibina sekolah tinggi bebas Cina di Kuantan baru-baru ini.
Presiden GPMS, Jais Abdul Karim berkata, ini kerana kerajaan sebelum ini telah memberi bermacam-macam faedah dan bantuan kepada semua aspek pendidikan di negara ini tanpa mengira kaum dan latar belakang terutama sekali bagi pendidikan masyarakat Cina.
"Namun, ia seperti tidak pernah cukup bagi mereka (Dong Zong). Sudah diberi betis mahu paha. Apa niat mereka sebenarnya? Apa yang kita lihat sikap ini sudah menjadi permainan persatuan ini apabila menjelang pilihan raya umum," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
KETUA PEMUDA MCA DI SERANG
NOTA: siapa kata semua china bersatu ini china mca kedna serang oleh china pakatan
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit...KENAPA BANGANG SANGAT NGO MELAYU INI...kah kah kah..
berita masih belum jelas apakah putera bandar bin sultan telah mati dibunnuh
mengikut tehran times bandar bin sultan telah mati dibunuh isnin lalu
berita kamatian bandar ini telah disahkan oleh voltaire network di paris
putera bandar ini adalah orang jahat ketua polis rahsia untuk saudi arabia
DARI TEHRAN TIMES
Saudi spy chief Prince Bandar assassinated: report
Unconfirmed reports say Saudi Arabian spy chief Prince Bandar bin Sultan bin Abdulaziz Al Saud has been assassinated.
The death of 63-year-old Prince Bandar has been confirmed, the Paris-based Voltaire Network reported on its website on Monday, citing unofficial sources.
The international non-profit organization, which publishes a free website (voltairenet.org) in eight languages (Arabic, English, French, German, Italian, Portuguese, Russian, Spanish), said that Prince Bandar was killed because of his role in the July 18 deadly bombing in Damascus.
The bombing killed at least four high-profile Syrian security officials, including Defense Minister Dawoud Rajiha and his deputy Assef Shawkat who is also President Assad's brother-in-law.
There's no confirmation or denial yet from Saudi officials, nor from the Syrian government.
Bandar, who served Saudi Arabia as an ambassador to the United States from 1983 to 2005, was named the kingdom's Secretary General of the National Security Council in 2005. On 19 July 2012, he was appointed Director General of the Saudi Intelligence Agency by King Abdullah.
Many analysts said his promotion was a reward for the role he played in organizing the attack in Damascus.
Selepas kontroversi logo sambutan Hari Kebangsaan, Rais Yatim kini meminta pandangan umum mengenai lagu tema sambutan tersebut.
"Apa pandangan saudara tentang lagu Janji Ditepati? Di Youtube dah cecah 140k lebih. Tapi yg 'ibu jari ke bawah' ada juga," tulisnya dalam Twitter lewat malam tadi.
Rais bagaimanapun mengakui bahawa lagu ini turut menerima "beberapa ibu jari ke bawah" - ikon yang menunjukkan penonton YouTube tidak suka lagu tersebut.
Lagu tersebut, yang liriknya ditulis oleh Rais sendiri, telah dikritik oleh penulis lirik dan warga internet kerana tidak dapat membezakan antara konsep kenegaraan dan dasar kerajaan.
Paling ramai mensasarkan lirik "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" yang dilihat sebagai kempen politik.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit...INILAH HIKMAHNYA KERAJAAN LEMAH.... kah kah kah..
kah kah kah...MASA KERAJAAN LEMAH INILAH MASA TERBAIK UNTUK RAKYAT...kah kah kah..
kah kah kah...SILA BUAT TUNTUTAN.... kah kah kah...
kah kah kah...KALAU BOLEH BUAT DEMO... kah kah kah...
kah kah kah... BILA KAYU SUDAH CONDONG KURA KURA PUN BOLEH PANJAT...kah kah kah..
kah kah kah.... JANGAN BAGI CHAN...INI LAH MASANYA UNTUK TIBAI KERAJAAN...kah kah kah...
kah kah kah.... SESUDAH KES SABAH.... LAGI KERAJAAN TAKUT...kah kah kah..
NOTA: kita akan pakai kuning pada malam malapetaka sila bersedia
HARI SELASA SUDAH 12 HARI PUASA heboh olympik di london heboh dalam face book ada teori dajal ada teori iluminati
tapi yang jelas kuasa kaum pemodal lebih kuat dari semua kuasa dalam dunia pada ketika ini
sukan adalah komodoti sukan dijadikan bahan untuk jual beli sukan bukan lagi untuk kesehatan
ramai yang meninati sukan adalah mereka yang gemok adalah mereka yang hotok adalah mereka yang montok
mereka meminati sukan melalui kaca tv mereka bersukan melalui jarak jauh menjadi biawak di ruang tamu berligar dihadapan kaca tv mereka hadapi kencing manis mereka hadapi buasir mereka hadapi darah tinggi kerana mereka hanya bersukan di kaca tv
lihat badan atelit yang erotik lihat badan atelit yang slim lihat badan atelit yang cun adalah iklan perniagaan untuk komoditi kecantikan
KERANA ITU jangan ada tv di rumah jangan menonton tv membaca lebih baik dari menonton
NOTA: tiga perenang wakil saudi ke olympik london telah mati lemas di kolam renang tersangkut oleh jubah dan purdah kah kah kah
APA CERITA ORANG DISANA jam 7 tadi pintu bilik ditutup jam 7 tadi pintu sel ditutup jam 7 tadi semua terkurung
apakah hujan petang ini di taiping apakah redup petang ini di kamunting apakah cuaca panas hari ini
apakah kau berpuasa seorang diri apakah kau dapat berkumpul untuk berbuka apakah maghrib kamu berjamaah
aku tahu apa berbuka petang ini aku ingat lagi dua butir buah kurma itu aku ingat lagi roti dan kaya aku ingat lagi dulang dan isinya
kamu di dalam kami di luar meneruskan perjalanan
kamu didalam kami diluar kamulah yang lebih tenteram
maklumat dari tim teknikal telah memaklumkan bahawa radio bagsar utama boleh dilayari melalui :
- talipon pintar - ipod - ipad
bergumbiralaaaa dengan station punk rock station punk rock yang paling hebat di timur terusan suez
BERITA BAIK!
Kini anda boleh mendengar Radio Bangsar Utama dari telefon bimbit anda. Berikut adalah caranya:
1.Pengguna Android - Download app 'Radio Bangsar' dari Google Play / Play Store.
2. Pengguna Blackberry / iPhone / iPad - Download app 'Tunein' kemudian search 'Radio Bangsar Utama' di dalam apps tersebut. Sila save sebagai favorite untuk kemudahan masa hadapan.
Sekiranya terdapat sebarang masalah untuk mendengar Radio Bangsar Utama dari telefon bimbit anda, sila emailkan kepada kami di radiobangsarutama@gmail.com
*Application 'Radio Bangsar' dan 'Tunein' boleh dimuat turun secara percuma.
pertama badan bebas ini tidak diiktiraf oleh sesiapa pun
hanif omar ialah towkay judi dengan serta merta tak layak untuk menilai hak kebebasan
badan ini telah ditolak oleh bersih badan ini tak ada siapa ambil pot semua parti politik pelekeh badan ini
hanya SUHAKAM yang diiktiraf hanya SUHAKAM yang memiliki trampilan hanya SUKAHAM yang ada rujukan parlimen
apa tujuan badan ini?
jelas tujuan badan ini untuk membersihkan keganasan polis tetapi dengan berita ini ada lagi ajenda yang lebih dalam
apa ajenda itu? dengan memanggil polis dan orang jahat dari luar negara bertujuan untuk membuat laporan
apa laporan ini?
laporan ini ada dua tahap 1 - untuk membeli kelengakapan baru untuk membantai rakyat 2 - kelengkapan barfu ini ialah projek untuk membeli kelengkapanm senjata
sekilas asap berkepul sudah tahu rokok apa
NOTA: badan ini lebioh baik buka pejabat di genting lebih afdal lebih shafie afdal
HAKIKATNYA PENJENAYAH BERLESEN
DEMONSTARSI : PAKAR UK, AS KONGSI PENGALAMAN - meloya
PUTRAJAYA 30 Julai - Pakar keselamatan dari empat negara dipelawa menyertai rundingan meja bulat bagi berkongsi pengalaman menghadapi perhimpunan dan demonstrasi jalanan di negara masing-masing.
Pengerusi Panel Penasihat Bebas, Mohammed Haniff Omar berkata, rundingan yang dijangka diadakan bulan depan itu akan disertai pakar dari Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Kanada dan Pakistan.
Katanya, pelawaan itu disampaikan melalui wakil-wakil suruhanjaya tinggi dan kedutaan negara berkenaan yang mengadakan perjumpaan dengan pihak panel pada hari ini.
"Mereka akan berusaha dapatkan pakar mengenai kawalan ke atas perhimpunan, protes dan perarakan masing-masing.
"Melalui rundingan itu nanti kita dapat mengetahui undang-undang, falsafah dan metodologi serta kelengkapan yang digunakan untuk mengawal orang ramai ketika demonstrasi berlangsung," katanya.
INI JAWAPAN DARI ORANG RAMAI
NOTA: kalau gerombolan menang pru13 dengan cara tipu ini jawapan orang ramai
TERIMA KASEH ATAS INGATAN INI sila baca tulisan dibawah ini adalah kebenaran ini adlah asas manusia
ini ingtan untuk kita semua
TERBAIK UNTUK SEHAT
MANUSIA BUKAN UNTUK MAKAN DAGING Itik, ayam ataupun kuda, ataupun lembu, kambing, unta ataupun haiwan mamalia lain, adalah tidak berapa sesuai untuk perut manusia. Daging binatang yang lebih dekat kepada perkataan "sesuai" untuk tubuh manusia hanyalah ikan dan bukannya haiwan laut yang lain. Penganut Islam menganjurkan dengan membuang darah tetapi, hasilnya hanyalah lebih kurang 60%-80% sama dengan tidak membuang darah. Haiwan yang mati dengan lebih cepat adalah lebih baik untuk tubuh badan manusia berbanding dengan mengeluarkan darah secara semulajadi.
sebenarnya, perut manusia direka sesuai dengan buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Antara buah-buahan yang dikaji bagus dan perlu pada sistem organ dalaman manusia adalah buah-buah yang mempunya fiber yang tinggi seperti pisang. nota kecil - buah kurma kurang memberi khasiat dan bukanlah digembar-gemburkan sebagai buah yang paling sempurna untuk manusia.
BUAH BUAH OH BUAH DADA
Ini mungkin disebabkan buah kurma mudah didapati di tanah arab dan ketika itu, buah-buahan dari Mediterranean adalah sangat sukar dan mahal untuk diperolehi By Pelajar Sains on MENCARI TEMPAT ADA MENJUAL DAGING KUDA on 7/31/12
Keputusan mahkamah terbahagi dua. Pertama Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan bahawa tindakan polis merampas buku saya, Cartoon-O-Phobia dan sebuah lukisan pada September 2010 adalah salah dari segi undang2 dan polis diminta membayar gantirugi kepada saya. (Jumlah akan ditentu kemudian). Namun hakim juga berkata tangkapan yang dilakukan terhadap saya juga pada September 2010 sah dari segi undang-undang.
Komen: Saya bersukur atas keputusan mahkamah. Kejayaan ini bukanlah kejayaan peribadi saya, tetapi adalah kejayaan kartunis-kartunis Malaysia, khususnya yang bergabung di bawah Kumpulan Kartunis Independen (KKI).
PENGUMUMAN UNTUK SEMUA sandiwara ini akan disiarkan petang ini jam 4:00 kemudian akan diulang siar jam 10:30 malam
TEKNIKAL pada ketika ini radio bangsar sedang menambah tinnggi sistem siaran justeru akan berlaku ganguan
BERITA BAIK tidal lama lagi radio bangsar akan dapat didengari: dari semua smart pone dari semua ipod dari semua ipad
radaio bangsar akan umumkan apabila semua telah siap sedia
NOTA: jika ada apa apa cadangan sila menulis ke : radiobangsarutama@gmail.com
RADIO BANGSAR STESEN PUNK ROCK stesen punk rock terulung di timur suez stesen punk rock terulung di asia tenggara hanya radio bangsar menyiarkan lagu punk lagu perjuangan lagu rejimen ke 10 parti komunis malaya lagu rakyat lagu kesatuan sekerja lagui mior lagu blak lagu nik jidan
NOTA: radio bangsar utama tidak akan memainkan lagu anwar zain.period!
KOMENTAR TUKAR TIUB spr telah memperkenalkan sistem undi awal untuk pejerja yang bertugas dihari pilihanrya ini adalah baik
tetapi ada pil kuda dalam teh
rupa rupanya ini adalah satu dari rancangan untuk menipu kerana pengudni awal ini tidak dieknakan dakwat kekal
pasal apa mereak mengundi awal tapi mereka di kecualikan dari kena dakwat?
justeru: 8 tuntuan tidak ditunai ini ditambah lagi dengan tipu helah spr kalau gerombolan menang makan gerombolan menang dengan cara tipu
orang ramai wajib ke jalan raya!
SEJARAH PERJUANGAN KITA
JANGAN BUAT TUDUNAN MELULU: SPR - berita hairan
Putrajaya: Pihak yang meragui sesuatu perkara dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta tidak membuat tuduhan bersandarkan kepada penemuan sendiri. Sebaliknya, mereka perlu tampil dan mengemukakan bukti agar SPR dapat melakukan siasatan di lapangan selain menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), demikian menurut kenyataan suruhanjaya itu, semalam. Kenyataan pembangkang tak benar dan tanpa bukti
Dalam perkembangan berkaitan, siasatan SPR berhubung kenyataan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor, Wan Mohamad Ghazali Mahmood bahawa individu bernama Jarmiah Abu Talib boleh mengundi dua kali kerana memiliki dua MyKad yang sah, adalah tidak benar dan dibuat tanpa bukti.
Kenyataan itu disiarkan Harakah dalam isu bertarikh 30 Julai hingga 2 Ogos 2012 pada muka surat N22 dengan tajuk 'Misteri Pengundi Dua MyKad Didaftarkan Dua Kali Sebagai Pemilih'.
MELAWAN TAK MAHU DITIPU
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit... KENAPA TAK BOLEH BUAT TUDUHAHN MELULU?.... kah kah kah..
kah kah kah...APA SALAH NYA MELULU?.... kah kah kah...
woit...LEBIH BAIK BUAT TUDUHAN MELULU DARI KENA TIPU.... kah kah kah..
woit...KENA TAK JAWAB PASAL APA 240 RIBU PEKERJA SPR TAK PERLU PAKAI DAKWAT?... kah kah kah..
kah kah kah...240 RIBU INI INI PENGUNDI AWAL.... kah kah kah...
kah kah kah...KENAPA DI KECUALIKAN DARI KENA DAKWAT?.... kah kah kah..
woit..APAKAH MEREKA INI TELAH DILATIH UBTUK MENGUNDI BERKALI KALI?... kah kah kah..
woit...INI BUKAN TUDUHAHN MELULU.... INI PERLU JAWAPAN... kah kah kah
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hari ini sudah masuk hari yang ke 13 kita berpuasa dan saya mewakili diri saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua reader muslimin dan muslimat.
saya ingin berkongsi sedikit berkaitan dengan puasa yang kita sedang laksanakan dan bulan yang kita sedang lalui sekarang ini. Ramadhan bulan berpuasa sebagaimana yang kita sedia maklum adalah bulan yang bukan sekadar hanya menahan lapar dan dahaga tetapi merupakan bulan untuk mengekang hawa nafsu kita daripada melakukan dosa dan maksiat.
Mana tidaknya, dalam bulan lain pasti kita tak kan temui apa yang kita temui dalam bulan puasa atau bulan ramadhan. Berbalik pada makna puasa. Puasa dalam erti kata istilah bahasa membawa maksud menahan atau menegah seseorang itu daripada melakukan sesuatu. Sebagai contoh orang yang sakit jantung yang bakal menjalani pembedahan pasti akan diberikan arahan supaya berpuasa dengan tidak makan atau minum bahkan ada yang sekadar tidak makan tapi minum dan ada juga yang tidak minum tapi makan.
Tapi berbeza dengan istilah syarak iaitu menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dan berniat pada malamnya. Jelas kepada kita bahawa puasa bukan sahaja menahan diri kita dari makan dan minum tetapi juga daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
Antara hikmah berpuasa ialah;
1. Dapat mengawal nafsu kita daripada melakukan maksiat sebagaimana yang disabdakan Baginda Nabi SAW : Wahai orang -orang muda, jika ada diantara kamu yang berupaya untuk menyediakan mahar untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin dan sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa.
2. Dapat merasai apa yang yang dialami oleh saudara-saudara kita yang kelaparan dan kehausan. Sebagai contoh kita boleh ambil iktibar daripada sahabat-sahabat kita yang dilanda musibah, kemarau panjang, peperangan dan sebagainya. Kadang-kadang kita di Malaysia khususnya terlalu mewah dalam serba serbi berbanding dengan saudara kita yang lain.
3. menyihatkan tubuh badan. Dengan berpuasa, badan kita akan semakin sihat serta dapat menghindarkan diri daripada penyakit. Sememangnya perlu diketahui disebalik kesedapan sesuatu makanan pasti akan tersimpan disebaliknya penyakit yang kurang dikenali dan diketahui
Daripada 3 hikmah yang diberikan tadi dapat kita simpulkan bahawa berpuasa sebenarnya banyak memberikan manfaat kepada kita.
Selepas kontroversi logo sambutan Hari Kebangsaan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim kini meminta pandangan umum mengenai lagu tema sambutan tersebut.
"Apa pandangan saudara tentang lagu Janji Ditepati? Di Youtube dah cecah 140k lebih. Tapi yg 'ibu jari ke bawah' ada juga," tulisnya dalam Twitter lewat malam tadi.
Rais bagaimanapun mengakui bahawa lagu ini turut menerima
"beberapa ibu jari ke bawah" - ikon yang menunjukkan penonton YouTube tidak suka lagu tersebut.
Lagu tersebut, yang liriknya ditulis oleh Rais sendiri, telah dikritik oleh penulis lirik dan warga internet kerana tidak dapat membezakan antara konsep kenegaraan dan dasar kerajaan.
Paling ramai mensasarkan lirik "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" yang dilihat sebagai kempen politik.
Lagu ini juga mempunyai selingan rap yang menggariskan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak seperti 1Malaysia kedai dan Bantuan Rakyat 1Malaysia.
Beberapa pengguna telah memuat naik lagu dengan liriknya ke YouTube, di mana satu yang dimuat naik pada 27 Julai meraih lebih 170,000 kunjungan.
Bagaimanapun, 20,546 penonton klik "tidak suka" manakala hanya 297 klik "suka".
Melodi lagu itu dihasilkan oleh Aye, Jasnie dan Arman E 6.
Bagaikan trisula menikam sanubari rakyat Malaysia, trio logo dan lagu Hari Merdeka serta kostum yang diperagakan kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik pastinya akan mengekalkan parut untuk sekurang-kurang dua tiga tahun lagi. Barangkali sehingga rakyat puas mencemuh. Dan itu tidak boleh ditentukan bila penghujungnya.
Kostum dengan motif harimau yang diperagakan atlit negara di majlis pembukaan Sukan Olimpik telah dinobatkan sebagai antara kostum paling buruk dalam laporan berita Yahoo!
Seolah-olah sudah tidak ada motif lain bercirikan Malaysia yang boleh digunakan supaya kontinjen negara segak bergaya di pentas antarabangsa. Seolah-olahnya rakyat Malaysia ini tidak punya nilai dan selera budaya yang internasional. Macam kita ini semua suka yang buruk belaka.
Sama kesnya dengan hal logo Hari Merdeka. Isu logo hari Merdeka – meski sudah ditarik balik rekaannya itu secara kelam kabut oleh pihak pemerintah, adalah penghinaan maha besar kepada selera dan intelek rakyat jelata. Ini jelas kelihatan di kalangan komuniti media sosial yang kebanyakannya terdedah kepada aplikasi rekaan grafik digital.
Slogan
Apalagi dengan kemampuan carian gambar di Google yang membolehkan kita mencari logo-logo hari kemerdekaan negara-negara lain untuk dibuat perbandingan. Malu yang ditanggung amatlah besar. Ini belum dikira malu yang ditanggung setelah mendapati bahawa Singapura, pada sambutan kemerdekaannya pada tahun 1990 pernah menggunakan slogan 'One People, One Nation, One Singapore' (Satu Rakyat, Satu Negara, Satu Singapura).
Kita harus sedia tahu bahawa tema hari kemerdekaan ini bukan benda remeh. Cuba kalau kumpulan ultra-Melayu yang bernama Perkasa ubah slogannya kepada 'Bersama Makan Buah-buahan Tempatan', bukankah lari jauh maksud penubuhan organisasi tersebut? Jadi slogan harus selari dengan pertubuhan.
Kita harus pergi kepada persoalan akar umbi yang mencetus kontroversi tema, logo dan lagu Hari Merdeka tahun ini; tidak lain tidak bukan berpokok pangkal kepada Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.
Rais Yatim, dikenali ramai dalam rangkaian media sosial sebagai '#yorais'; setelah dengan cemerlang meletakkan dirinya sebagai 'trending topic' di laman Twitter berikutan komen beliau bahawa Twitter dan Facebook adalah alat dunia Barat yang akan menghakis budaya Malaysia. Beliau kemudiannya meneruskan legasi di alam cyber dengan pelbagai langkah-langkah sekatan yang cuba membungkam kebebasan rakyat di internet.
Lagu
Dan tulisan liriknya untuk lagu tema Hari Merdeka tahun ini barangkali seperti peribahsa Arab yakni menjadi jerami terakhir yang mematahkan belakang unta; dan memperlihatkan betapa lekehnya insan ini sebagai menteri propaganda untuk Barisan Nasional.
Untuk faedah mereka yang tidak begitu ambil berat tentang salah silap menteri Barisan Nasional, saya hadirkan di sini bait-bait syair karya agung yang ditulis Rais Yatim dalam usaha beliau untuk kekal relevan dalam politik transformasi anjuran Menteri Perdana Najib Razak. Rais menulis:
Macam malam ikut siang, Macam bulan ikut matahari, Satu Malaysia terus berjuang, Janji kita ditepati, Kata kita dikota, Janji kita ditepati, Hidup rakyat dibela, Masa depan diberkati, Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi.
Eh! 'Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi'? Ewah-ewah indahnya bahasa. Ayat terakhir itu mungkin faktor utama kenapa video lagu itu di Youtube menerima undi tidak suka paling epik dalam sejarah.
Setakat waktu rencana ini ditulis, video pertama dalam carian 'janji ditepati' di Youtube sudah ditonton 110,210 kali dengan 222 undi 'suka' dan 12,956 undi 'tidak suka'. Pautan kedua dalam senarai itu lebih parah. 169,824 kali ditonton; 265 yang suka, 19,700 tidak suka. Selebihnya barangkali tidak mengundi suka atau tidak, dan terus tutup tetingkap selepas baris 'Kini masa balas budi'.
Pautan ketiga daripada senarai langsung terus tidak membenarkan pengundian dan komen. Takut, mungkin.
Kenapa begitu ganas sekali daya tolakan rakyat terhadap propaganda si Rais ini? Apa salahnya kalau 'Janji Ditepati'? Bukankah Barisan Nasional dikatakan telah berjaya menepati janji-janjinya memajukan negara? Bukankah Utusan Malaysia dan TV3 sudah membuktikan betapa agungnya Barisan Nasional? Kenapa masih ditolak tema itu?
Adakah kerana melodi lagunya itu diplagiat daripada lagu 'Tuhanku Maha Besar' yang menurut Youtube, telah dinyanyikan di majlis "Ibadah Peringatan Kenaikan Tuhan Yesus Kristus ke Surga" pada 21 Mei 2009 di Jalan Lengkong Kecil 34 -36 Bandung, Indonesia?
Apa pula kata Perkasa dan Hasan Ali dengan hakikat ini? Adakah wujud pula konspirasi mahu menubuhkan negara Kristian dengan lagu melodi saduran itu sempena Hari Merdeka kita?
Logo
Segala bobrok dan celaka yang terpalit dengan pembikinan lagu ini tambah membusuk apabila dipasangkan dengan logo yang barangkali dibuat guna Microsoft Word dalam jangkamasa kurang tiga minit itu.
Pihak pemerintah walau bagaimanapun akhirnya akur dengan tekanan dan menggantikan logo yang maha buruk itu dengan logo 1Malaysia, sama seperti tahun sudah dan tahun sebelum itu.
Kata Rais Yatim, langkah itu diambil bagi membendung salah faham yang timbul. Tidak, Rais; kami tidak salah faham. Kami faham sangat bahawa logo tersebut telah direka secara malas, dan dipamerkan kepada rakyat jelata tanpa segan silu.
Tidak susah untuk faham propaganda 'Janji Ditepati' yang cuba dihidangkan kepada rakyat. Tidak ada salah faham di situ. Namun mesejnya akan jauh lebih jelas jika diletak sekali logo Barisan Nasional dengan saranan supaya parti tersebut terus diundi pada pilhanraya umum yang nampak gayanya hanya akan berlangsung tahun hadapan.
Sabotaj?
Ini membawa kita kepada persoalan seterusnya: Adakah Rais Yatim sedang cuba mensabotaj perancangan Najib Razak?
Kita tahu Rais Yatim pernah dahulu duduk bersama oposisi, di zaman beliau begitu tidak percaya kepada media arus perdana. Pastinya Rais masih ingat kata-katanya di dalam ceramah Semangat 46 dahulu. Katanya, "Tuan-tuan dengar lah. Tapi kalau dengar daripada tivi-tiga, mungkin lain bunyinya. Kalau dengar dari ar-ti-em, jangan katakan lain bunyi, langsung tak berbunyi". Inilah insan yang akhirnya kini menjabat portfolio propaganda dalam pentadbiran Najib Razak.
Apakah Rais Yatim tidak perhati baik-baik senarai tema Hari Merdeka yang ada di Wikipedia (kalau dia cari tak jumpa di pejabatnya itu)? Apakah Rais tidak menilai aspek bahasa dan mesej yang mahu disampaikan kepada sekian banyak pengundi yang mahu ditarbiahnya supaya memangkah logo dacing? Penyudahnya 'Janji Ditepati' dan 'kini masa balas budi' yang dipilih?
Bukankah baik jika mencontohi bahasa yang baik dalam tema tahun 1978 contohnya, "Kebudayaan Sendiri Perpaduan". Atau mengikut trend bermula 1979 sehingga 1982 yang mengekalkan kata 'disiplin' di dalam temanya.
Rais Yatim harus jawab, apa sebenarnya yang sedang cuba beliau lakukan kepada kempen politik Najib Razak.
Apakah beliau juga bertanggungjawab terhadap rekaan kostum hodoh kontinjen Malaysia di sukan Olimpik? Saya harap tidak. – Roketkini.com
KUALA LUMPUR 31 Julai: Zunar menyifatkan kemenangannya dalam kes saman menentang kerajaan adalah kejayaan buat semua kartunis di Malaysia dan Kumpulan Kartunis Independent (KKI) khasnya.
Berikutan keputusan itu, beliau berharap, tiada lagi penindasan terhadap kartunis pada era pemerintahan Perdana Menteri Najib Razak.
"Sebenarnya, pada era pemerintahan Najib ini, kartunis banyak ditekan dan ia tak pernah berlaku sebelum ini.
"Saya harap dengan keputusan mahkamah tak akan berlaku lagi tindakan seperti yang terjadi pada saya selepas ini," katanya ketika ditemui selepas itu.
"Najib pernah kata akan menggubal Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 yang turut digunakan untuk merampas karya saya, jadi saya harap Perdana Menteri akan tunaikan janji itu, jangan berterusan jadi demokrat palsu," kata Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque.
"Justeru saya harap kerajaan akan patuh dan ikut keputusan mahkamah, pulangkan kesemua koleksi kartun saya secepat mungkin," katanya.
Zunar memfailkan saman sivil itu pada 15 Jun tahun lalu terhadap polis dan empat defendan lain termasuk kerajaan Malaysia.
Ia dibuat ekoran penangkapan tidak sah terhadap beliau dan rampasan 66 naskah Cartoon-O-Phobia serta karya seninya pada 24 September 2010. Beliau turut ditahan di bawah Akta Hasutan.
Dalam saman tersebut, beliau menuntut ganti rugi, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya dan perintah supaya lukisan kartun dikembalikan.
Zunar memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany dan diwakili peguam N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri.
Dalam keputusannya pagi tadi, Hakim Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi dan memulangkan semula buku-buku Zunar yang dirampas secepat mungkin.
Jumlah ganti rugi akan dinilai oleh pendaftar mahkamah.
Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.
Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Tajuk perbincangan: Umat Islam ditindas dan dizalimi di bumi sendiri, dimana kah peranan OIC, PBB, Pemimpin-pemimpin dunia Islam serta peranan badan-badan bukan kerajaan (NGO) didalam menegakan keadilan kepada umat Islam di bumi bergolak seperti apa yang berlaku di bumi Palestine dan Burma!!!..
Ulasan Penulis: Rata-rata rakyat dunia telah pun mengetahui apa yang berlaku di bumi Palestine dan Burma pada masa sekarang, konvension keselamatan dunia tidak banyak yang membantu untuk menyelesaikan isu-isu sebegini. Dimanakah peranan OIC dan negara-negara Islam lain untuk membantu umat Islam yang dizalimi di bumi Allah SWT? Adakah mereka hanya melihat dari jauh dan hanya menyampaikan rasa simpati kepada mangsa-mangsa?
Perhatian: Tolong jangan keluarkan perkataan yang berunsur lucah semasa perbincangan, kerjasama anda semua amat saya hargai. Terima kasih.. "BBMH"
Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku' untuk 'Itidal.
Doa dibaca ketika berdiri untuk I'tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.
DOA QUNUT NAZILAH
Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah."
Tindakan Lajim letak jawatan panaskan politik negara
KUALA TERENGGANU – Tindakan Datuk Seri Lajim Ukin meletak kesemua jawatan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu memanaskan lagi suasana politik di negara ini.
Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani tidak menolak kemungkinan besar pemimpin itu akan menyertai pembangkang tidak lama lagi dan mampu mengubah landskap politik di Sabah dan Sarawak, yang didakwa sebagai talian hayat Umno dan BN.
"Beliau merupakan orang lama dalam Umno dan juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Mungkin perubahan dilakukan itu adalah atas kesedaran politik memandangkan BN tiada keyakinan bantu masyarakat di Sabah dan Sarawak," katanya.
Azman Shapawi yang tidak menolak tindakan Lajim itu akan disusuli pemimpin-pemimpin Umno dan BN Sabah yang lain.
Beliau turut menaruh keyakinan bahawa sebahagian penyokong Lajim juga akan mengikuti parti yang menjadi pilihan pimpinan itu nanti.
"Senario ini sebagaimana artis iaitu apabila seorang menyertai pembangkang, yang lain pun akan menyusul. Yang membezakan adalah cepat atau lambat," katanya.
Beliau turut meramalkan keadaan itu akan berjangkit kepada pemimpin di Sarawak, lebih-lebih lagi apabila berlaku kebangkitan terhadap pembangkang sebagaimana ditunjukkan rakyat dalam pilihan raya kecil di Parlimen Sibu yang dianggap kemenangan luar jangkaan di pihak pembangkang.
"Kita lihat apa yang berlaku ini sebagai perkara positif terhadap PR dan landskap politik negara," katanya.
Seorang wartawan Jepun telah memeluk agama Islam di hadapan para pejuang Syria baru-baru ini.
Dalam sebuah video yang disiarkan di Youtube, wartawan Jepun itu dilihat mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Mujahidin daripada batalion Mamduh Julha yang bermukim di gunung Al-Turkman, di sempadan Syria-Turki.
Menurut laporan, wartawan itu memilih untuk memeluk Islam setelah tersentuh apabila melihat sikap baik para Mujahidin tersebut ketika dia membuat liputan pertempuran di wilayah yang bergolak.
Dengan perlahan-lahan dia mengucapkan "Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah" sambil dibimbing oleh seorang mujahid. Kemudian para mujahidin melaungkan takbir, dan muallaf ini turut mengikutinya dengan wajah gembira "Allahu Akbar, Allahu Akbar!".
Wartawan itu memilih nama Musthafa. Saksikan video pengislamannya di bawah ini:
Hanya 156 pilih 'like' lagu tema kemerdekaan Janji Ditepati
[SH] ALOR SETAR – 11,734 pengunjung laman youtube memilih dislike (tidak suka) berbanding hanya 156 memilih like (suka) terhadap lagu tema kemerdekaan kali ke-55 yang bertemakan Janji Ditepati.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Usahawan dan Pembangunan Insan, Abdul Ghani Ahmad berkata, lagu tema Janji Ditepati lebih mirip ke arah memaksa rakyat menyokong slogan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, slogan kemerdekaan kali ke-55 bukan membawa ke arah menghayati semangat kemerdekaan yang dicapai, sebaliknya sebagai kempen menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).
"Sepatutnya penghayatan erti kemerdekaan lebih umum agar boleh diterima oleh seluruh rakyat di negara ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Abdul Ghani berkata, bagi melahirkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat, Kerajaan Negeri Kedah telah menukar tema kemerdekaan kepada Terus Berbakti.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Darul Aman, Lee Guan Aik berkata lagu tema kemerdekaan kali ini adalah sebagai kempen terhadap PRU Umno dan BN bagi meraih sokongan pengundi.
Guan Aik berkata, ini merupakan kali pertama lagu tema kemerdekaan negara yang tidak mempunyai semangat patriotik.
Katanya, rakyat langsung tidak memahami apa yang ingin disampaikan di sebalik lagu tema kemerdekaan kali ke-55 ini.
"Rakyat kini semakin celik dan memahami apakah maksud tersirat yang ingin disampaikan dengan slogan Janji Ditepati," katanya.
Lepas berbuka sahaja, ramailah yang jadi macam makhluk ini! Tadak ada kerja lain - meratah rokok ajer taunya! Ha! ha! ha!
Kenkawan aku ramai yang merokok. Khairul, Rahmat, Rahim, Zaki dan lain-lain tu lebih kurang sama dengan gambar yang di sebelah ini. Kenapa tidak? Dia tiru koranglah!
Korang jangan marah aku kata gitu, cer tengok sendiri! Gaya menghisap dan memegang rokok pada celah jarinya itu .... mata tu khusyuuuu'
Orang Hutan ini jadi ketagih menghisap rokok sebab meniru aksi manusia yang datang mengunjunginya di Zoo Taro Jurung, Jolo, Jawa Tengah Indonesia.
Akibatnya kini pihak pengurusan zoo terpaksa mengasingkan Orang Hutan ini dari dikunjungi orang ramai supaya ketagihan menghisap rokok yang lazim diberikan oleh mereka dapat dihindari.
Seorang jurucakap zoo tersebut menyatakan, Orang Hutan tersebut dan pasangannya dipindahkan ke sebuah pulau kecil dalam kawasan zoo itu. Terdapat 4 ekor Orang Hutan di zoo tersebut .
Menghisap rokok yang diberikan pengunjung
Orang Hutan yang berusia 15 tahun itu telah menghisap rokok sejak 10 tahun lalu. Dia meniru lagak manusia memegang rokok sementara para pengunjung begitu gembira mengambil gambarnya yang sedang beraksi menghisap rokok itu.
Meniru lagak pengunjung sejak 10 tahun lalu.
Bukan sahaja Orang Hutan yang patut berhenti merokok, tetapi Orang BUKAN Hutan macam kita pun patut berhenti merokok! Pihak Zoo tersebut sepatutnya mencegah orang ramai dari menghisab rokok apabila berkunjung ke situ.
Ujudkan zon larangan merokok di setiap zoo. Sesiapa yang mahu merokok juga, masukan sahaja kedalam Kandang Bebas Merokok.
Berkat doa Azli Sabran sekeluarga satu pembedahan memisahkan kembar siam, Muaiman dan Muaimin telah berjaya dilakukan.
Buat masa sekarang, saya hanya gembira bahawa mereka adalah selamat, Azli Sabran, bapa kepada kembar siam, berkata selepas pembedahan. Satu pasukan perubatan melibatkan 60 orang untuk menjalankan pembedahan tersebut.
Dua kanak-kanak lelaki kembar itu berkongsi pundi kencing dan alat kelamin yang sama.
"Saya berasa lega. Saya tidak dapat tidur lena sebelum pembedahan kerana saya amat bimbang, "kata Azli Sabran, 40, ayah yang gembira itu.
Kembar tersebut - Muaiman dan Muaimin - dilahirkan April 14, 2011, dan berkongsi pelvis dan kaki yang sama. Mereka juga dilahirkan tanpa pembukaan dubur.
Satu pasukan perubatan seramai 60 anggota - termasuk 19 pakar bedah dan pakar bius - di Hospital Kuala Lumpur untuk menjalankan pembedahan 24 jam pada 14 Julai.
Mereka berkongsi zakar dan telah dibina semula semasa pembedahan untuk sesuai dengan setiap kanak-kanak.
"Dengan pemulihan yang betul, kedua-dua kanak-kanak lelaki ini boleh menjalani kehidupan yang agak normal dan bebas," kata Dr Zakaria Zahari, ketua jabatan pembedahan pediatrik, kepada pemberita.
"Fungsi seksual dan pembiakan kedua-dua kembar akan dinilai lagi apabila mereka membesar," katanya.
Zahari berkata, bayi itu juga memerlukan pembinaan semula pundi kencing dan usus besar.
"Keadaan mereka adalah stabil," kata Azli, seorang mekanik, kepada pemberita, "walaupun mereka masih lagi tidak bermaya berikutan pembedahan mereka dua minggu lalu."
Mereka berkongsi kaki, Muaiman, yang ditinggalkan dengan hanya satu selepas pembedahan, akan memerlukan kaki palsu apabila dia lebih tua, Zahari berkata.
"Kami menjangka kembar akan memerlukan satu siri pembedahan kecil untuk membetulkan kaki dan usus dan bahawa kedua-duanya akan dapat mengawal saluran kencing," katanya.
Menurut doktor itu lagi, pembedahan itu merupakan operasi ke-21 bagi kembar siam seumpamanya di Malaysia.
"Buat masa sekarang, saya hanya gembira bahawa mereka adalah selamat," kata Azli
Minggu lepas, Hospital Kuala Lumpur telah melakarkan satu lagi kejayaan apabila menyelia pemindahan buah pinggang yang berjaya antara suami dan isteri dengan jenis darah yang berbeza. Sumber : New Straits Times
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR: PAS membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memasukkan sejumlah 196 pemilih pos daripada lokaliti KD Sri Gombak dari Setiawangsa sebagai pengundi di Titiwangsa.
Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohamad Nor Mohamad berkata, sebelum ini lokaliti KD Sri Gombak tidak ada dalam senarai pemilih pos, ia adalah lokaliti baru yang diwujudkan dan pemilih di dalamnya terus dijadikan sebagai pengundi parlimen Titiwangsa.
Beliau difahamkan, jumlah pemilih pos pada suku pertama daftar pemilih SPR 2012 adalah sebanyak 1600 namun ia meningkat menjelang suku kedua tahun ini sebanyak 317 orang.
"Berbeza dengan jumlah pemilih pos pada tahun 2008 yang hanya ada sekitar 450 orang sahaja, ia meningkat naik secara mendadak dan begitu ketara sekali," katanya dalam sidang media di Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa hari ini.
Mohammad melahirkan rasa bimbang ekoran peningkatan pemilih pos yang begitu ketara walaupun pada suku pertama dan tidak mustahil peningkatan akan terus berlaku jika PRU diadakan tahun depan.
Beliau turut mempersoalkan apakah relevan SPR memasukkan sejumlah pengundi pos daripada lokaliti KD Sri Gombak ke parlimen Titiwangsa?
Katanya, sepatutnya SPR berusaha mengurangkan jumlah pengundi pos memandangkan keperluannya tidak ada di situ.
Mohamad tidak menolak ada unsur-unsur konspirasi terancang yang dijalankan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan undi pos yang sememangnya dikenali sebagai 'fixed deposit' untuk BN.
"Ada pihak yang merasa cemas terhadap kebangkitan rakyat sehingga gagal menarik sokongan pengundi biasa, lalu terpaksa menggunakan kaedah pengundi pos bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka," katanya.
Malah katanya, PAS mampu kekal di kerusi Titiwangsa dalam PRU-13 nanti sekiranya tidak berlaku peningkatan undi pos.
Tegasnya yang turut mendesak SPR mengeluarkan sejumlah pengundi pos di Titiwangsa khususny lokaliti baru yang diwujudkan iaitu KD Sri Gombak dan kem Markas Latihan Tentera Darat.
Justeru katanya, nilai demokrasi dan pemulihan sistem pilihan raya negara ini tidak memberi apa-apa makna sekiranya SPR sendiri tidak bertegas dan bersungguh dalam memastikan sistem pilihan raya di negara ini dibersihkan.
"Biarkan pilihan raya di negara ini ditentukan oleh rakyat sebagai pemilih biasa di atas gelanggang yang sama rata, bukan dibantu oleh daftar pemilih yang dipertikaikan banyak pihak," katanya.
Turut bersama dalam sidang media itu, YDP PAS Titiwangsa Abdullah Abdul Wahab, Pengarah Pilihan Raya Titiwangsa Khairul Anuar Abdul Manap dan Ketua Penerangan PAS Titiwangsa Suhaimi Abdul Aziz.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini memberi tempoh seminggu kepada Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin untuk membuat penjelasan mengenai sebuah syarikat yang memasukkan cek bernilai RM80,000 ke akaun beliau.
Cek tersebut didakwa sebagai rasuah bagi melanjutkan kontrak sebuah Syarikat Bumiputera dalam Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB).
Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, sekiranya Awang Adek tidak memberikan sebarang respon berhubung tuduhan tersebut, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan.
"Kita beri Dr Awang Adek seminggu untuk menafikan dokumen yang kita perolehi ini sebagai palsu atau tidak benar.
"Jika tidak kita akan mempertimbangkan untuk tindakan selanjutnya dan bawa perkara ini kepada SPRM untuk siasat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Cek CIMB Bank yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 setiap satu itu dimasukkan ke dalam akaun Awang Adek ketika beliau menjadi Pengerusi SJJB pada tahun 2010.
Pertengahan Julai lalu, DPPP mendakwa Awang Adek pernah menerima dua cek bernilai RM80,000 sebagai dorongan untuk melanjutkan kontrak pengurusan kemudahan di Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral oleh Syarikat Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd. (AMPM).
DPPP mendakwa cek tersebut diberi sebagai dorongan bagi melanjutkan kontrak penyelenggaraan kedua-dua bangunan daripada lima tahun bagi Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral daripada 3 tahun 5 bulan kepada 10 tahun.
Mengulas lanjut, Khairul Faizi yang juga Ketua Pemuda PAS Johor mendakwa pihaknya memiliki dokumen serta surat permohonan lanjutan kontrak penyelenggaraan syarikat AMPM yang dihantar kepada Awang Adek.
"Surat permohonan lanjutan kontrak itu dihantar pada 6 Disember 2010 dan tarikh cek dikeluarkan juga pada tarikh yang sama. Selepas itu kita dapat maklumat satu mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif SJJB diadakan pada 25 Ogos 2011, keputusannya mesyuarat bersetuju untuk melanjutkan kontrak kedua-dua bangunan kepada 10 tahun pada syarikat yang sama.
"Pemuda PAS ingin tahu adakah cek ini sebagai dorongan untuk memudahkan mereka (AMPM) mendapat perlanjutan kontrak? Sebab itu kita minta Dr Awang Adek tampil menjawab atau menafikan dakwaan itu sekiranya ia tidak benar," katanya.
Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan DPPP, Nik Abduh Nik Aziz, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad dan Exconya Nurul Islam.
(Lagu Janji Ditepati yang mencipta sejarah apabila sangat ramai menyatakan benci kepadanya)
KUALA LUMPUR: Baru empat hari disiarkan di Youtube, namun sudah 22,263 orang menyatakan benci kepada lagu tema Kemerdekaan ke 55 berjudul 'Janji Ditetapati'.
Hanya 313 sahaja menyatakan suka kepada lagu yang penuh mengampu kerajaan BN ini.
Pendekata, setiap kali lagu ini di'referesh', bilangan mereka yang menyatakan 'dislike' bertambah.
Lagu yang mengambil masa 3:36 minit penuh dengan puji-pujian kepada kerajaan BN.
"Ini bukan lagu tema Hari Merdeka, ini lagu Barisan Nasional. Rais...betul? admit sahajalah..." tulis salah seorang pengunjung yang mendengar lagu ini.
Sebelum ini, Menteri Penerangan dan Kebudayaan serta Warisan, Datuk Seri Rais Yatim telah mengumumkan penarikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 selepas mendapat bantahan ramai.
Ekoran itu, beliau mengumumkan,logo 1 Malaysia sebagai logo rasmi Hari Kemerdekaan kali ini.
Orang ramai juga membantah tema sambutan iaitu 'Janji Ditepati' kerana ia adalah tema kempen BN.
Kini lagu sempena sambutan ini juga dibantah pelbagi pihak.
Berikut adalah lirik lagu Janji Ditepati yang mendapat bantahan menyeluruh ini.
Lagu Tema - Janji Ditepati (Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55) Lirik dan Video
Macam malam ikut siang Macam bulan ikut matahari 1Malaysia terus berjuang Janji Kita ditepati
Kata Kita dikota Janji Kita ditepati Hidup Rakyat Dibela Masa Depan Diberkati Janji sudah ditepati Kini masa balas budi
(Chorus) Janji siapa? Janji kita Janji apa? Janji 1Malaysia Janji siapa? Janji kita Janji apa? Janji 1Malaysia
Ini janji kita BR1M 1Malaysia Ini janji 1Malaysia TR1M 1Malaysia Kata kita dikota Kini 1Malaysia Janji kita ditepati Kedai 1Malaysia
Pihak polis mengangkat mayat bayi yang dijumpai di Taman Salak Jaya di sini, hari ini.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Mayat seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan dan cukup sifat ditemui di tepi sebuah longkang besar di Taman Salak Jaya di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata mayat itu ditemui kira-kira 10 pagi oleh orang awam yang lalu di kawasan itu.
"Bayi tidak berpakaian itu masih mempunyai tali pusat dan ditemui dalam keadaan mengiring di tebing longkang itu," katanya ketika ditemui Bernama.
Mohan berkata mayat bayi berkulit cerah itu dipercayai diletakkan di lokasi itu dalam tempoh 24 jam lepas dan bukan akibat dihanyutkan arus sungai berdekatan.
"Kami meminta sesiapa yang tahu atau melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan," katanya. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat. - Bernama
SHAH ALAM - Susulan kejadian rogol beramai-ramai pada bulan Ramadan dua tahun lalu terhadap seorang pelajar berusua 16 tahun, dua lagi dijatuhi hukuman penjara dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Kedua-duanya yang bekerja di kilang membaiki piano merogol remaja itu ketika mangsa tidak sedarkan diri selepas diberikan dadah dan alkohol ke dalam minumannya, tanpa disedari.
Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan terhadap Majirin Masungkit, 31, manakala rakannya, Saladin Ajim, 33, dikenakan 10 tahun penjara dan tiga sebatan kerana bersubahat dengan Majirin.
Saladin merupakan bapa kepada empat anak.
Hakim turut memerintahkan hukuman penjara itu berjalan dari tarikh tangkap kedua-dua tertuduh iaitu pada 28 Ogos 2010.
Majirin mengaku salah merogol mangsa di tingkat atas rumah kedai di sebuah taman perumahan di Serendah, antara jam 4 pagi dan 10.30 malam pada 27 Ogos 2010.
Saladin pula mengaku salah bersubahat dengan Majirin dan dua lagi rakan mereka merogol pelajar itu di tempat dan pada masa sama.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Mereka yang berasal dari Sabah menukar pengakuan selepas selepas 11 saksi pendakwaan tampil memberi keterangan.
Sebelum ini, Slamat menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan masing-masing terhadap dua lagi rakan tertuduh, Mohamad Yasar Wandi Modin, 22, dan Suhimin Tius, 21 yang mengaku salah merogol remaja sama.
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim.
Fakta kes menyebut mangsa dihubungi teman lelakinya, Mohamad Yasar untuk bertemu di warung bersama-sama Suhimin.
Selepas minum mangsa pitam dan apabila tersedar dia dalam keadaan bogel dikelilingi lima lelaki juga bogel, yang sedang tidur.
Mangsa cuba melarikan diri, tetapi terlanggar botol arak menyebabkan rakan teman lelakinya tersedar.
Mereka kemudian mengikat remaja itu dan dan menindih kakinya dengan batu, sebelum merogolnya beberapa kali pada pagi, tengah hari dan malam.
Salah seorang daripada mereka mentertawakan mangsa yang melawan sebelum merogol remaja itu secara bergilir-gilir.
Mangsa dibiarkan keletihan tanpa diberi makan atau minum sehingga dia berjaya melepaskan diri.
KUALA TERENGGANU - Akibat perselisihan faham dengan pemandu bot pelancong, seorang pelancong Eropah cedera di belakang badan akibat ditikam dengan senjata tajam dalam kejadian di Pulau Perhentian, Besut, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu pemandu bot berkenaan bertindak menyerang pelancong berkenaan bersama seorang lagi rakannya.
Katanya akibat kejadian itu mangsa yang berusia 24 tahun itu cedera di belakang badan dan dihantar ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
"Mangsa telah dihantar ke HUSM untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Manoharan berkata pemandu bot yang berusia 28 tahun itu telah menyerah diri kira-kira pukul 10 malam tadi.
Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau objek berbahaya. - Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 15,000 pegawai dan anggota tentera akan menyertai operasi khusus mengawal sempadan negara pada sambutan Aidilfitri kali ini.
Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, mereka akan bertugas mengawasi sempadan negara termasuk pintu masuk ke negara ini meliputi darat, udara dan laut.
Beliau berkata, jumlah itu turut merangkumi pegawai dan anggota yang dihantar bertugas di luar negara bagi melaksanakan misi serta operasi ditetapkan ATM.
"Soal keselamatan negara tidak harus dikompromi, ancaman kepada kestabilan boleh berlaku tanpa mengira masa.
"Pada musim perayaan inilah kita perlu sentiasa lebih bersedia dan berwaspada bagi menghadapi ancaman. Sebab itu, kita tetapkan operasi khusus untuk dilaksanakan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mengulas kerjasama ATM dan Polis Diraja Malaysia dalam mengawasi sempadan negara, Zulkifeli berkata, kerjasama erat sentiasa diamalkan walaupun kedua-dua pihak telah ditetapkan kawasan masing-masing untuk dijaga.
"Kami saling bekerjasama, polis ada kawasan yang dikawal, begitu juga kita.
"Namun dalam soal keselamatan, kita lakukan pengawasan bersama seperti bertukar maklumat khasnya dalam hal yang melibatkan keselamatan sempadan dan aktiviti penyeludupan," katanya.
Sempena Aidilfitri kali ini, beliau berkata, ATM akan meneruskan tradisi menyampaikan sumbangan berupa hamper dan kuih raya kepada pegawai dan anggotanyayang bertugas di sempadan negara. - BERNAMA
PETALING JAYA: Keadaan jerebu di negara ini masih berlarutan dengan Pelabuhan Klang mencatatkan kualiti udara tidak sihat, dua hari berturut-turut.
Bilangan kawasan yang merekodkan bacaan kualiti udara sederhana turut meningkat dari 33 pada pukul 5 petang Isnin kepada 36 kawasan sehingga pukul 11 pagi Selasa, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar.
Beberapa kawasan lain berada pada tahap baik.
Pelabuhan Klang merupakan satu-satunya kawasan di negara ini yang mencatatkan bacaan kualiti udara tidak sihat walaupun Indeks Pencemaran Udara (IPU) menurun dari 122 pada petang Isnin kepada 105 sehingga 11 pagi Selasa.
Bacaaan seterusnya akan direkodkan pada pukul 5 petang.
IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).
Beberapa kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana sehingga pukul 11 pagi.
Antaranya, Seberang Jaya 2, Perai di Pulau Pinang yang mencatatkan IPU 83, Alor Star (78), Sg Petani (78), Kuala Selangor (77), Banting (77), Bukit Rambai di Melaka (76), Taiping (75) dan Cheras (73). Petaling Jaya mencatatkan IPU 63.
KUALA LUMPUR - Kartunis politik Zulkiflee SM Anwar atau dikenali sebagai Zunar, hari ini menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya dua tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan Zunar.
Pada 15 Jun tahun lalu, Zunar memfailkan saman sivil ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden berhubung penangkapannya dan rampasan terhadap 66 buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010.
Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Dipetik oleh The Star hari ini, Zunar berkata, keputusan mahkamah hari ini sebahagian kemenangan bagi kesemua kartunis politik memandangkan Vazeer memutuskan bahawa tindakan menahan buku-buku berkenaan adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, tetapi penahanan Zunar adalah sah pada waktu itu.
Dalam pada itu, salah seorang peguam Zunar, N. Surendran berkata, kemenangan ini membuktikan kerajaan tidak munasabah dengan merampas dan menyimpan koleksi buku kartun beliau selama lebih dua tahun.
"Kami terima baik keputusan mahkamah. Itu jelas menunjukkan kerajaan berniat jahat sebelum ini berhubung penangkapan dan rampasan buku sewaktu Zunar sedang melancarkannya.
"Mereka cuba menghentikan karya Zunar yang mengandungi kritikan terhadap kerajaan," kata Surendran.
Zunar turut diwakili oleh Fadiah Nadwa Fikri.
Dipetik Keadilan Daily, Surendran berkata, rayuan akan dibuat berhubung keputusan mahkamah yang memutuskan penangkapan Zunar adalah sah.
Nur Haniza Mohd Azhar, 25, menunjukkan pernyataan tuntutannya terhadap penyanyi Mohd Hafiz Mohd Suip atau lebih dikenali Hafiz AF. - Foto Bernama.
Hafiz AF
KUALA LUMPUR - Penyanyi Hafiz AF yang popular dengan lagu 'Awan Nano' hari ini disaman bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepadanya.
Nur Haniza Mohd Azhar, 25, selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, yang juga juara Akademi Fantasia ke-7, sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000.
Beliau memfail saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co.
Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Mohd Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.
Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak Mohd Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara.
Nur Haniza, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan di syarikat permotoran, mendakwa ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Mohd Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya.
Beliau mendakwa tindakan Mohd Hafiz itu menyebabkannya mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan beliau juga mendakwa penyanyi itu tidak membantunya.
Nur Haniza mendakwa beliau telah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas supaya Mohd Hafiz memohon maaf dan membayar ganti rugi tetapi Mohd Hafiz menafikan ada mencederakannya.
Nur Haniza mendakwa akibat kejadian itu, beliau kini masih merasa sakit pada bahagian kaki kanannya akibat kecederaan yang dialami dan hilang mata pencarian kerana disenarai hitam daripada bekerja untuk rancangan terbitan Astro serta terpaksa menanggung malu selepas kejadian itu yang turut disiarkan media.
Oleh itu, Nur Haniza menuntut gantirugi am, gantirugi khas, gantirugi teruk, gantirugi kehilangan aminiti, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - Bernama
BESTARI JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa berkata satu firma akauntan bertaraf antarabangsa kini sedang menjalankan kerja-kerja mengaudit proses pengambilalihan hutang Talam Corp oleh kerajaan negeri.
Katanya kerajaan Negeri membelanjakan RM500,000 bagi syarikat itu melakukan kajian supaya satu laporan profesional dan menyeluruh yang dapat difahami oleh semua pihak akan dapat dikeluarkan.
Abdul Khalid berkata demikian selepas menyampaikan bantuan makanan kepada 486 warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya di sini.
Beliau diminta mengulas permintaan Barisan Nasional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai sebab Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor diminta membeli hutang Talam.
Ditanya nama firma berkenaan, beliau berkata: "Syarikat itu meminta saya tidak memberikan namanya sebelum laporan itu dikeluarkan kerana takut banyak pihak yang akan tanya banyak soalan sehingga susah nak buat kerja."
Bagaimana pun, beliau berkata firma itu dijangka mengeluarkan laporannya pada penghujung bulan hadapan.
Mengenai masalah bekalan air yang melanda para penduduk Bukit Belimbing, Kuala Selangor, Abdul Khalid berkata masalah kekurangan bekalan air di sana bukannya kerana air terawat tidak mencukupi tetapi tekanan air yang rendah.
Oleh itu, beliau telah mengarahkan Majlis Daerah Kuala Selangor untuk mengkaji bagaimana tekanan air paip di sana dapat ditingkatkan dan menghantar air supaya keperluan orang ramai mencukupi. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu. Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersamaFasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Lajim pada Sabtu lepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.
Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai anggota Umno.
Lajim yang mengumumkan peletakan jawatannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu, dilaporkan menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Najib kemudian pada satu majlis di Pekan dilaporkan berkata kedudukan Lajim sebagai timbalan menteri akan diputuskan pada Isnin.
Lajim, 57, dipilih ke Parlimen pada pilihan raya umum 2008 menggantikan penyandang kerusi Beaufort, Azizah Mohd Dun selepas menewaskan Lajim Md Yusof (PKR), dengan majoriti 10,914 undi.
Beliau kemudian dilantik menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan pada tahun 2008 sebelum ditukarkan portfolio kepada Timbalan Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan pada 2009. - BERNAMA
APABILA Datuk Seri Lajim Ukim mengumumkan meletakkan semua jawatannya di dalam Umno dan paling `menghiris' hati Najib adalah apabila Lajim mencabar Najib agar memecatnya dari kabinet dan parti seberapa segera. Lajim kini masih memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan walaupun beberapa hari lalu beliau secara terus terang menyebut akan menyokong PR dan berada di pihak DS Anwar.
Mengapa Najib tidak mahu pecat Lajim? Umno kini benar-benar tenat. Mahu mencari ahli baru amat susah maka bukan mudah juga mahu buang ahli apatah lagi tokoh berpengaruh seperti Lajim. Tapi yang peliknya, Zul Kulum pula terhegeh-terhegeh suruh Lajim letak jawatan dari kabinet dan parti itu apa hal? Zul Kulum selaku Naib Presiden PERKASA berkata, perkara itu perlu dilakukan Lajim sebagai menghormati prinsip demokrasi memandangkan perjuangan bekas ketua Umno Beaufort itu sudah lagi tidak sehaluan dengan PM, Najib.
Mimpikah Zul Kulum? Beliau lupakah yang beliau sendiri paling tidak bermaruah dan bangsat sekali apabila tidak meletakkan jawatan sebagai MP Kulim Bandar Baru setelah beliau dipecat dari parti. Beliau sedar, beliau menjadi MP adalah atas anugerah parti beliau dahulu iaitu PKR dan rakyat mengundi beliau pun atas logo yang beliau bawa. Kini, beliau bawa logo apa? Mungkin sekarang beliau berlogo `katak' maka adalah lebih bermaruah jika beliau meletakkan jawatannya.
Sabtu lalu, Lajim, 57, mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta merta. Beliau sebelum itu meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu.
Besar kemungkinan Zul Kulum cuba mengintai kalau-kalau beliau boleh ampu Najib untuk menggantikan tempat yang bakal dikosongkan oleh Lajim. Sebab itulah tidak sabar-sabar Naib Presiden PERKASA ini menggesa Lajim letak jawatan segera sehingga dia sendiri lupa dia menenggek atas kerusi hak milik orang lain. Tidak malukah beliau?/wfauzdin.blogspot.com
Alasan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk menarik balik logo Hari Kemerdekaan Malaysia merupakan suatu tindakan yang amat memalukan kerajaan, khususnya mencemar integriti Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Kata Rais,"Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi."
Sebagai pengerusi sambutan kemerdekaan, Rais tidak harus membohongi rakyat. Semua orang tahu perancangan untuk mengatur acara Hari Kebangsaan memerlukan masa, tenaga dan peruntukan besar. Maka sudah tentu ia bukan kerja ad-hoc.
Tiada rakyat yang boleh percaya bahawa jawatankuasa sambutan kemerdekaan sudah sampai ke tahap ini, sebulan sebelum Hari Merdeka, masih belum memutuskan logo dan temanya.
Hakikatnya, Rais dan seluruh anggota Kabinet sedar bahawa memang logo dan tema itulah yang diputuskan kerajaan untuk dijadikan moto utama Hari Kemerdekaan.
Jika tidak, mengapa Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan beriya-iya mempertahankan logo dan tema Hari Merdeka, selepas dikritik hebat rakyat.
Saban tahun, iaitu pada setiap 31 Ogos ini rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 55 daripada penjajahan British.
Bagi rakyat Malaysia, yang terdiri dari kalangan pelbagai kaum dan agama, Hari Kemerdekaan merupakan suatu perayaan yang bukan sahaja membebaskan negara dari cengkaman penjajahan, malah ianya adalah pencetus nilai keharmonian dan permuafakatan.
Dalam erti kata lain, menyambut merdeka harus diasingkan dari kongkongan fahaman ideologi kepartian dan politik.
Tidak kira Melayu, Cina, India, Punjabi, Iban, Melanau, Kadazan, Dusun, Orang Asal, semuanya adalah rakyat Malaysia, yang harus patriotik mencintai negara.
Tidak kira PAS, Umno, KeADILan, DAP, MCA, MIC dan sebagainya, semuanya bertanggungjawab menyuburkan semangat kemerdekaan, dengan hasrat untuk terus memelihara kemakmuran negara.
Kita harus bertegas, tiada kompromi dalam soal keamanan, kemakmuran dan keharmonian negara. Tiada sesiapa yang harus mencemarkan imej negara. Tiada sesiapa yang harus dibenar untuk menggugat keharmonian yang kita kecapi selama ini.
Dan, tidak harus bagi sesiapa pun yang boleh dibenarkan untuk mencemar kesucian kemerdekaan negara, dengan matlamat politik yang sempit.
Tidak harus sama sekali kerajaan Umno-Barisan Nasional, khususnya Perdana Menteri, mempergunakan semangat kemerdekaan, demi menggapai sokongan rakyat yang semakin tiris terhadap mereka.
Inilah peristiwa malang yang berlaku dalam negara kita. Malang apabila slogan 'Janji Ditepati', yang digunapakai sebagai slogan teras kempen Pengerusi BN dan Presiden Umno, dijadikan slogan menyambut Hari Kemerdekaan.
Slogan ini tidak harus diterima kerana ia tidak melambangkan permuafakatan rakyat. Ia tidak melambangkan cetusan untuk memupuk keharmonian kaum.
Ianya adalah slogan satu hala, semata-mata untuk menyemarakkan propaganda BN, kononnya 55 tahun pentadbiran mereka, segala janji sudah ditunaikan.
Jelas pada kita, sama ada mereka dari kalangan pemimpin Umno tidak tahu membezakan peranan parti dengan kerajaan, atau pun, selama ini mereka hanya menganggap kerajaan itu Umno, Umno itu kerajaan. Suka hati hendak buat apa.
Ternyata Umno-BN tidak sedar bahawa mereka kini berstatus pembangkang. Pilihan Raya Umum 2008 rakyat sudah meletakkan Umno-BN menjadi pembangkang di lima buah negeri.
Umno-BN tidak harus 'perasan' mereka akan duduk ditampuk kuasa kerajaan buat selama-lamanya.
Dengan meletakkan tema 'Janji Ditepati' sebagai slogan kemerdekaan, seolah-olah Umno-BN mahu menyatakan kepada rakyat bahawa Jalur Gemilang adalah hak milik mereka. Mereka menghakmilikkan bendera negara macam bendera BN.
Sebab itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak ramai kalangan rakyat yang mahu mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan atau premis milik mereka. Yang mengibarkan bendera negara hanya penyokong Umno-BN sahaja. Itu pun hanya dua tiga kerat.
Justeru, rakyat yang semakin sedia menolak Umno-BN, enggan menaikkan bendera Malaysia. Rakyat takut, dengan mengibarkan Jalur Gemilang mereka dilabel penyokong Umno-BN.
Jelas pada kita bahawa, akibat daripada kerakusan dan ketamakan kuasa, Umno-BN sudah mencabut roh dan semangat patriotik rakyat terhadap negara.
Maka tiada jalan lain bagi kita untuk menyelamatkan negara, selain daripada usaha gigih kita, mencabut roh dan nyawa Umno, dari tampuk kuasa pada PRU ke-13 nanti.
Sebelum roh dan nyawa Umno dicabut rakyat pada PRU depan, ruh dan semangat 'Janji Ditepati' yang dicanang Najib, sudah tercabut akibat kedangkalan Rais Yatim yang hendak 'mengampu tidak kena tempat.'
Ramadan melewati fasa 10 hari pertama. Begitu pantas masa berlalu. Bagaimana azam untuk menyempurnakan amalan-amalan wajib, juga melipatgandakan tuntutan sunat, selain bertadarus, tarawikh, sedekah, menaja berbuka puasa, berbuat baik dengan ibu bapa, famili dan umat seluruhnya?
Semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya tempoh keemasan penuh keberkatan. Ya, mungkin ini Ramadan terakhir kita ... Bayangkan, rakan-rakan atau saudara-mara yang bersama kita pada Ramadan tahun lalu, kini sudah pergi buat selamanya.
Sekembalinya saya menjalani latihan fisio dan terapi, selepas hampir seminggu di wad HUKM, mengingatkan betapa tinggi nilai kesihatan dan masa lapang. Ramai pesakit kronik, termasuk strok, merupakan orang muda. Saya perhatikan mereka begitu gigih dan tekun menjalani rawatan pemulihan, meskipun perlu memakan masa lama. Pergantungan kepada Allah begitu tinggi dalam saat-saat sukar seperti itu.
Melalui Harakah, untuk Ramadan berbaki ini, di samping lebih berdisiplin mengikuti pelan rawatan pemulihan yang ditekankan Prof Dr Zamrin Dimon, saya bertekad untuk mempromosi kerja-kerja kebajikan, khususnya membantu keluarga tahanan ISA, fakir miskin, ibu tunggal, dan mereka yang terlantar tidak berupaya.
Alhamdulillah, respons pembaca Harakah, seperti lazimnya, cukup menggalakkan. Ada rakan lama tiba-tiba menghubungi saya, selepas terusik dengan rayuan dana ISA itu, sekali gus menderma. Rupanya ramai yang tidak menyedari masih ada insan dizalimi dan dikurung tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting, Taiping selepas ISA diisytihar mansuh.
Meneliti penyata akuan Maybank, saya dapati begitu ramai menyumbang, daripada sekecil RM5 sehingga ribuan ringgit. Dalam hati terdetik, kita perlukan gerakan kebajikan yang lebih tersusun, sistematik dan efisyen, serta dapat dipercayai. (Sumbangan kepada keluarga mangsa yang teraniaya dan bekas tahanan ISA itu boleh disalurkan terus kepada akaun Maybank 564070000336 atas nama HARAKAHDAILY DOT COM).
Tidak dilupakan kisah tragis saudara seaqidah yang paling teruk dizalimi, iaitu minoriti Muslim Rohingya di Myanmar. Ramai di antaranya menjadi pelarian sejak sekian lama, dan sebahagiannya berada di sekeliling kita, di Malaysia tercinta ini.
Tidur saya agak terganggu mengenangkan nasib mereka. Saya kira ramai lagi resah mendengar dan menatap berita sedih itu. Rasanya, tidak banyak yang telah kita lakukan untuk membantu mereka, dan ini amat menyedihkan.
Kita seperti begitu tidak berupaya, cukup daif dan sekadar menunggu takdir, apatah lagi dengan sekatan tertentu daripada regim junta Burma, yang memisahkan minoriti Muslim itu daripada masyarakat antarabangsa. Sekurang-kurangnya untuk masa terdekat, sokongan dana kewangan dan bekalan makanan amat diperlukan; dan kita tentu saja boleh meringankan bebanan mereka.
Petang Jumaat lalu, selepas mendapat rawatan alternatif daripada Ustaz Kamal Ashaari, yang juga berpengalaman diserang strok, saya tiba-tiba menyedari, Harakah juga tidak mengambil sikap proaktif dalam menyalurkan bantuan kepada Rohingya.
Dan ini tentu sahaja memalukan diri saya sendiri, yang sekian lama cuba berusaha membantu golongan teraniaya di negara ini, yang nasib mereka lebih beruntung daripada Muslim Rohingya.
Agak gelisah saya mencari idea, terutama dalam keadaan tubuh yang mudah penat. Segera saya teringat sosok personaliti NGO yang tidak pernah kenal lelah, Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid. Difahamkan Presiden Teras itu pun "bukannya sihat sangat", tetapi ia langsung tidak membataskan aktiviti kemasyarakatannya.
Saya mengirim SMS memaklumkan hasrat Harakah untuk lebih berperanan dalam isu Rohingya ini, terutama dari segi menyalurkan bantuan kewangan. Cikgu Azmi mencadangkan tabung khas dibentuk Harakah, tetapi bagi saya, kami sudah banyak menubuhkan dana khas seumpama itu. Lebih baik yang sedia ada di bawah kawalan beliau sendiri.
Cikgu Azmi bersetuju dan minta diiklankan Tabung Mustadhafin Rohingya, atas nama akaun Sekretariat Himpuna Ulama Rantau Asia (SHURA), BIMB 12047010037282. Ia anjuran Majlis Perundingan Prtubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan SHURA. Dia memberi nama-nama untuk dihubungi, Ahmad Tarmizi 0175606131, Salman Siddiqy 0134013342
Insya-Allah, tabung itu akan Harakah uar-uarkan secara lebih meluas bagi menggembleng sokongan berterusan umat Islam Malaysia. Saya menyeru pembaca agar dapat menyumbang, terutama semasa bulan Ramadan ini. Moga-moga ia dapat meringankan sedikit keperitan yang ditanggung generasi demi generasi itu.
Desakan, tekanan dan lobi juga perlu diteruskan, termasuk terhadap kerajaan negara ini, dalam usaha mencari penyelesaian yang tuntas ke atas krisis kemanusiaan yang semakin parah itu. Dunia yang nampak bisu itu mesti digerakkan. Info perlu disalurkan, kempen kesedaran wajar dimulakan secara lebih terancang dan menyeluruh. II.
Dalam perkembangan lain, saya tertarik dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam forum "ISA: Penyeksaan yang sempurna", anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), minggu lalu. Bukan soal pengalaman penalis, termasuk Mat Sabu dan Hishamuddin Rais, mengenai penyeksaan semasa dikurung tanpa bicara. Kisah dan cerita sedih seumpama itu bukan rahsia lagi.
Saya lebih teruja dengan pendirian Mat Sabu mengenai peranan penting badan bukan kerajaan (NGO), termasuk sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 nanti. Satu pandangan terbuka yang meraikan penyertaan politik lebih menyeluruh daripada masyarakat sivil.
Beliau mahu NGO, seperti GMI, terus bersikap kritikal terhadap pemerintah dan bekerja kuat untuk membangkitkan kesedaran rakyat terhadap hak mereka. Mereka harus terus menjadi kumpulan pendesak untuk mengkritik dasar kerajaan, termasuk Pakatan Rakyat, jika ia meneruskan dasar yang zalim dan penyelewengan seperti kerajaan BN.
Tambah Mat Sabu, jika keberanian itu tidak ditonjolkan, beliau bimbang, kerajaan yang mengambil alih, iaitu Pakatan, "akan mencari jalan memperkenalkan undang-undang malah kadang kala lebih teruk daripada kerajaan yang diambil alih" demi mempertahankan kuasa mereka.
"Bila orang dapat kuasa, amat susah kuasa itu digugat. Sebab itu kumpulan memperjuang hak asasi perlu terus hidup dan kuat, walaupun sesiapa sahaja memerintah. Sebab, senang kita cakap apabila dapat kuasa. Bila dapat kuasa, sudah mula kita ugut orang. Aku bongkar ini, aku dakwa (kau) bawah OSA (Akta Rahsia Rasmi), sedangkan kita nak hapuskan OSA itu.
"Penyakit orang berkuasa, dia (buat apa sahaja) nak kekalkan kuasa... Dalam sejarah pemerintah nak serah kuasa memang susah nak berlaku," katanya, seperti dilaporkan Malaysiakini.
Sememangnya kuasa perlu dibataskan dan dihadkan. Seseorang individu atau mana-mana kumpulan yang berkuasa mutlak, walaupun awalnya nampak baik dan menguasai kerajaan melalui sokongan orang ramai (demokrasi) dengan menjatuhkan sang diktatotor, ia boleh bertindak zalim dan lupa diri jika kuasanya tidak dihadkan atau diimbangi.
Ungkapan popular yang selalu kita dengar ialah kenyataan Lord Acton, pakar perundangan England, iaitu "power tendes to corrupts and absolute power corrupts absolutly", atau "kuasa itu cenderung disalahgunakan, dan kuasa yang mutlak itu lebih dahsyat penyalahgunaannya."
Justeru, peranan NGO atau kumpulan pendesak atau dalam pengertian lebih menyeluruh, masyarakat sivil, amat perlu disuburkan. Setiap pemerintah tidak perlu gundah-gulana dengan penyertaan politik proaktif oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan itu.
Mereka harus didampingi dan bukannya dimusuhi, meskipun suara kumpulan berkenaan begitu lantang, vokal dan mungkin mendedahkan kelemahan dan membongkar kesilapan pemerintah. Pastinya NGO yang bebas daripada kawalan pemerintah ini harus dibiar bertindak sebagai watchdog terhadap dasar-dasar dan program kerajaan.
NGO seumpama itu sebenarnya berperanan untuk menyuburkan demokrasi dan mampu menjaga kepentingan rakyat terbanyak, yang mengatasi atau melangkaui kepentingan politik yang sempit. Untuk mengharapkan fungsi "semak dan imbang" dalam parti pemerintah sendiri, tentulah cukup sukar. Cabaran daripada parti lawan pula sering ditafsirkan sebagai "bermotif politik"dfan mahu merebut kuasa.
Saya kira tafsiran yang diberikan terhadap masyarakat sivil ini agak menarik untuk diteliti: "Masyarakat sivil adalah satu set institusi bukan kerajaan yang punya kekuatan untuk mengimbangi kuasa kerajan, menghalang pemerintah daripada bertindak bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan. Masyarakat sivil juga bertindak sebagai pengawal keamanan dan penjaga kepentingan umum. Masyarakat sivil juga merupakan sebuah institusi yang mampu menghalang pemerintah daripada mendominasi dan memanipulasi masyarakat terbanyak."
Keterbukaan Mat Sabu itu menandakan satu bentuk politik baru yang cuba diperkenalkan Pakatan Rakyat, yang wajar dialu-alukan. Ramai yang menantikan bagaimana konsep itu dapat dilaksanakan nanti jika rakyat benar-benar mahukan satu kerajaan baru terbentuk selepas PRU13 nanti.
KUALA LUMPUR: Adakah Ibrahim Ali menangis kerana menyesal mengkhianati PAS dan hina mencaci Tuan Guru Nik Abdul Aziz walaupun diberikan peluang sebagai calon Parlimen Pasir Mas dengan bertanding di atas tiket PAS?
Ini ekoran Ibrahim selaku pengasas dan Mursyidul Am seumur hidup Perkasa kelihatan menangis teresak-esak di satu majlis Iftar anjuran pertubuhan itu malam semalam di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur.
"Peliknya.. semasa beliau menangis tidak ada seorang pun kelihatan sedih walaupun ketika itu beliau sedang berucap di depan ahli-ahli Perkasa," tulis blogger itu lagi.
KUALA TERENGGANU: Apakah kerajaan negeri Terengganu terlelong ekoran tanah yang dicagarkan kerajaan negeri kepada sebuah bank dilelong baru-baru ini?
Inilah persoalan yang dbangkitkan oleh Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad (gambar) dalam satu tulisannya.
Inilah yang berlaku kepada tanah milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) seluas kira-kira 15 hektar yang terletak di Mukim Kerteh yang terpaksa di lelong.
Tanah yang menjadi milik kerajaan negeri ini telah digadaikan kepada bank pada tahun 1997 bagi membangunkan satu projek 432 lot perumahan bercampur yang dikenali sebagai 'Bandar Baru Kerteh Jaya'.
"Amat memalukan! Akibat kegagalan membayar pinjaman, Hong Leong Bank telah melelong tanah milik kerajaan negeri ini melalui satu lelongan awam yang telah diadakan pada 18 Julai, 2012," tulis beliau.
Menurut dokumen Lelongan Awam terbabit, tanah tersebut telah di lelong pada jam 10.30 pagi di Bilik Lelong Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Sebuah syarikat bukan Bumiputera, yang berpengkalan di Pulau Pinang, Alam Sierra Development Sdn Bhd telah menjadi pembida tunggal yang berjaya membida tanah kerajaan negeri itu dengan harga rezab RM 5.594 juta.
Ia mempunyai 158 lot tapak rumah banglo, 168 lot tapak rumah berkembar dan 106 lot tapak rumah kedai.
"Persoalan besar yang menjadi tanda-tanya kepada seluruh rakyat Terengganu kini adalah, siapakah yang bertanggungjawab dengan kejadian yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu ini?" soal Syed Azman dalam tulisan itu.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kecewa kerana kerajaan khususnya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tidak sensitif dalam memilih dan menentukan logo Hari Merdeka sehingga terpaksa menarik balik atau menafikan logo yang dikatakan akan digunakan sebagai logo Hari Merdeka tahun ini setelah mendapat bantahan ramai.
Bagi DPPM, kata ketuanya, Riduan Mohd Nor (gambar), sikap cuai atau sambil lewa Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dalam menentukan logo Hari Merdeka sehingga ia 'terlepas' ke media memberi gambaran negatif rakyat terhadap kerajaan.
Katanya, jika ia hanya paparan selingan (artwork) dan bukan logo rasmi sekalipun seperti yang dikatakan oleh Rais Yatim, ia terlalu teruk dan langsung tidak mempunyai nilai seni yang tinggi.
"Tidak sepatutnya paparan selingan ini muncul di media-media sebagai penghias sambutan Hari Merdeka tahun ini," katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, ujarnya DPPM melihat tema "Janji Ditepati" tetap tidak wajar dijadikan sebagai tema hari kebangsaan tahun ini.
Menurutnya, DPPM berpendapat, "Janji Ditepati" adalah kempen politik yang hanya boleh digunakan oleh BN kepada pengundinya, bukan daripada kerajaan kepada rakyat.
"Tema ini secara jelas berkempen mengenai jasa kerajaan kepada rakyat dan seharusnya rakyat menuai bakti kepada kerajaan BN," ujarnya.
Tambahnya, ia juga membawa mesej seolah-olah kerajaan mengugut rakyat supaya menyokong parti pemerintah kerana hanya pemerintah menunaikan janji.
DPPM menegaskan, katanya sambutan Hari Merdeka adalah sambutan untuk rakyat semua tanpa mengenal ideologi politik masing-masing.
Justeru, ujarnya lagi kerajaan tidak wajar menyelitkan sebarang unsur politik kepartian hanya semata-mata mahukan sokongan dan undi daripada rakyat.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu bersikap profesional dengan membuang sikap terlalu kepartian dalam merayakan Hari Kebangsaan negara ini.
Riduan mempersoalkan adakah Najib hanya mahu menjadi Perdana Menteri kepada ahli Umno atau BN sahaja dan bukan untuk rakyat seluruhnya?
"Jika benar beliau adalah PM kepada semua rakyat, beliau perlu menukar logo serta tema kepada yang lebih menepati citarasa rakyat yang mahukan sikap patriotsme ditanam dalam diri merekak," katanya lagi.
Kali pertama menyambut Ramadan selepas berhijrah tahun lalu pastinya memberi kelainan kepada pelakon cantik dan manis, Diana Amir.
Diana atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Hashim berkata, berbanding tahun sebelumnya, tahun ini dia dapat merasakan lebih ketenangan ketika menunaikan ibadah puasa.
"Jika dibandingkan dengan sebelum ini, memang ketara perbezaannya. Malah, nikmat berpuasa lebih dirasai kerana saya benar-benar memberikan perhatian kepadanya sahaja.
"Lagi pun dahulu bagi saya, berpuasa hanya menahan makan daripada lapar dan dahaga. Tetapi kini, saya sedar bulan ini memberikan seribu satu fadilat dan kelebihan," katanya kepada Zass.
Jelas anak kelahiran Birmingham, England ini juga, dikesempatan yang ada, dia tidak ketinggalan melakukan pelbagai ibadah seperti melibatkan diri dengan aktiviti keagamaan.
"Alhamdulillah, biasanya saya sering menerima undangan untuk memberikan ceramah mengenai hijrah di hari-hari biasa, tetapi di bulan Ramadan, saya tetap diberi peluang untuk berkongsi pengalaman," katanya.
Pada masa sama, akui Diana, tahun ini dia turut berhasrat memenuhi solat Tarawih.
"Kalau dulu saya tidak peka dengan ibadat yang perlu dilakukan ketika bulan Ramadan, tetapi tahun ini saya tidak mahu mengulanginya lagi.
"Biarlah saya yang dahulu menjadi satu kenangan dan pengalaman. Kerana terlalu asyik mengejar tugas sebagai pelakon, saya mengabaikan tanggungjawab terhadap solat wajib dan solat Tarawih," katanya.
Tolak tawaran seni
Lari dari kebiasaannya, Diana juga mengambil peluang berehat sepenuhnya daripada karier seninya.
"Bulan ini merupakan bulan terbaik untuk muhasabah dan mendidik diri, sebab itulah sepanjang menjalani ibadah puasa, saya tidak menerima sebarang tawaran lakonan.
"Bagi saya biarlah perhatian diberikan kepada aktiviti keagamaan sahaja. Lagi pun, bulan-bulan lain kita sudah sibuk bekerja," kata pelakon filem 7 Petala Cinta ini.
Bagaimanapun, jelas Diana, dia tidak menolak sekiranya menerima undangan bagi aktiviti kebajikan seperti berbuka puasa bersama golongan memerlukan dan anak yatim.
"Program kebajikan juga adalah cara kita mendekatkan diri dengan Allah SWT. Selain dapat menggembirakan insan yang kurang bernasib baik, kita juga dapat membuka mata serta hati golongan lain untuk turut bersama dalam program ini.
"Saya yakin sebagai selebriti adakala apa yang dilakukan oleh kita menjadi ikutan. Dan biarlah, apa yang diikut itu adalah ke arah kebaikan," ujarnya yang berpeluang mengerjakan umrah buat kali pertama pada Jun lalu.
Selain itu, Diana turut meluangkan masa sebanyak tiga kali seminggu untuk menghadiri kelas agama dan usrah.
Berbuka dengan keluarga
Bercerita menu pilihannya di bulan puasa, Diana berkata, dia tidak kisah untuk menikmati apa saja juadah ketika berbuka dan bersahur.
"Walaupun menetap bersama kawan-kawan tetapi saya akan pulang ke rumah emak di Puchong untuk berbuka bersama mereka.
"Jadi apa sahaja yang dimasak oleh emak, saya akan makan. Antara menu kegemaran saya seperti Masak Lemak Cili Padi dan Ayam Goreng Berempah," ujarnya.
Sehingga kini, Diana berkata, dia masih belum berkesempatan berkunjung ke bazar Ramadan.
"Saya jarang pergi ke bazar sementelah lagi emak sudah memasak banyak makanan di rumah. Selain boleh mendatangkan pembaziran, rasanya lebih baik saya bersederhana sahaja," kata anak keempat daripada tujuh beradik ini.
Dalam perkembangan lain, Diana bakal muncul dengan filem terbarunya September ini yang berjudul Assalamualaikum Cinta, bergandingan bersama aktor, Kamal Adli.
Menerusi filem itu, Diana memainkan peranan sebagai anak kepada seorang ustaz yang membantu Kamal Adli (seorang selebriti), untuk mendalami ilmu agama. -SH
MCA dan Gerakan meneruskan serangan yang tidak bertanggungjawab dan tidak jujur kononnya DAP menyokong PAS dalam perlaksanaan undang-undang hudud dan penubuhan negara Islam serta serangan peribadi yang menampakkan keadaan terdesak mereka untuk meraih kembali sokongan yang sudah hilang. Kedua-dua MCA dan Gerakan seakan-akan "pesalah yang melemparkan tuduhan dahulu" dengan cubaan mereka untuk menutup kegagalan untuk menuntut tindakan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang menyokong perlaksanaan hudud malah ke atas bukan Islam.
Saya ingin mengulangi sekali lagi pendirian DAP yang tidak menyokong perlaksanaan negara Islam di Malaysia dan perlaksanaan undang-undang hudud oleh PAS.
Pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah. Namun begitu, DAP dan PAS sama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalah gunaan kuasa serta perlaksanaan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabel dan telus. Kita bersetuju dalam negara berkebajikan yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan.
DAP dan PAS boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat Malaysia berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita. Untuk sebab ini, DAP dan PAS telah menandatangani "dasar bersama" yang menyatakan kerangka kerjasama kita dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan PR masa depan. Jelas, "dasar bersama" tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan.
Ini berbeza dengan UMNO Pulau Pinang yang telah memanggil untuk perlaksaan hudud di Pulau Pinang dan di serata negara. Malah ADUN Kemelah, Johor daripada UMNO Ayub Rahmat telah menyeru agar Johor menjadi negeri pertama untuk melaksanakan "undang-undang hudud sebenar", yang berbeza dengan versi PAS kerana "undang-undang hudud sebenar" UMNO akan merangkumi rakyat bukan Islam juga. Bukan sahaja Ketua Pembangkang Pulau Pinang Azhar Ibrahim tetapi Ketua Wanita UMNO Kepala Batas juga telah meluluskan ketetapan untuk menyokong undang-undang hudud untuk semua.
Dalam erti kata lain, UMNO yang ingin melaksanakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam adalah lebih ekstrem berbanding PAS yang hanya ingin melaksanakannya ke atas orang Islam. Saya tidak kedengaran pemimpin-pemimpin tertinggi Gerakan mengutuk UMNO ataupun Presiden MCA Chua Soi Lek menggunakan kata-kata "sida politik" terhadap UMNO. Kenapa MCA atau Gerakan tidak meninggalkan BN atas sokongan pemimpin-pemimpin UMNO terhadap hudud untuk semua? DAP tidak akan menggunakan taktik jijik dan kotor yang digunakan oleh MCA dan Gerakan terhadap pemimpin-pemimpin DAP.
DAP tidak pernah menyalah gunakan imuniti parlimen untuk menonjolkan video seks Chua Soi Lek. Kami juga tidak menyerang Chua sebagai orang tidak bermoral yang mempimpin parti tidak bermoral. Kami juga tidak menjalankan kempen memburuk-burukkan sepertimana Gerakan buat terhadap saya dan keluarga saya. Malangnya, keberanian sedemikian tidak pernah ditunjuk oleh pemimpin-pemimpin Gerakan terhadap UMNO yang disokong penuh walaupun UMNO bagai tidak endah apabila gambar potret Presiden Gerakan Koh Tsu Koon telah dikoyakkan.
Jangan kita lupa bahawa UMNO-lah yang telah mengharamkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab injil bahasa Melayu yang digunakan secara luas di Sabah dan Sarawak. Ini berbeza dengan PAS yang mengambil jalan sederhana yang membenarkan orang Kristian untuk menggunakan kalimah "Allah" seperti yang menjadi kelaziman selama beratus-ratus tahun di Timur Tengah dan Indonesia.
Jelas terdapat perbezaan antara kerjasama DAP dengan PAS dan kerjasama MCA atau Gerakan dengan UMNO, apabila PAS dan UMNO dua-dua menyokong hudud dan negara Islam. PAS menyokong hudud secara terbuka dan tidak ingin melaksanakannya ke atas bukan Islam sementara UMNO hanya menyokong hudud untuk semua dalam media bahasa Melayu tetapi tidak dalam media bahasa Cina atau Inggeris. DAP bekerjasama dengan PAS atas prinsip bersama iaitu keadilan, kebebasan dan demokrasi dengan mata terbuka sedangkan MCA, MIC dan Gerakan menyerah diri kepada UMNO dengan mata tertutup.
*Lim Guan Eng ialah Setiausaha Agong DAP dan ahli parlimen Bagan.
Pengasas Durian FM, Jamaluddin Ibrahim mengesahkan bahawa orang rapat Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Siew Ka Wei telah mengambil-alih 50% saham Durian FM. Pada masa yang sama, Jamaluddin Ibrahim menegaskan bahawa kedua-dua pihaknya mencapai persetujuan agar pihak Siew Ka Wei tidak campur tangan dalam kandungan rancangan radio internet tersebut.
Daripada maklumat yang dipetik dari Reuters, Bursa, dan Alacrastore.com, Redberry Sdn Bhd di bawah syarikat Ancom telah membeli 50% saham Durian FM dengan harga RM1 pada awal Julai 2012. Pengakuan Jamaluddin Ibrahim hari ini telah mengesahkan laporan MerdekaReview pada 29 Februari 2012, walaupun Jamaluddin pada ketika itu menafikan khabar tersebut.
Ketika ditanya wartawan MerdekaReview sejak bila rundingan antara dirinya dengan Siew Ka Wei bermula, beliau menjawab, "Bila rundingan berlaku?... emm...ini... Usahlah dimaklumkan hal ini."
Wartawan menyusul lagi dengan soalan sama ada kandungan rancangan akan berubah pada masa depan, berikutan 50% saham Durian FM kini dipegang orang pro-Barisan Nasional, Jamaluddin Ibrahim berkata, "harap-harap tiada pengaruh (ke atas kandungan rancangan)."
Sementara mendakwa pihak Siew Ka Wei tidak memiliki bidang kuasa untuk campur tangan dalam kandungan media, Jamaluddin Ibrahim juga "berharap" agar pihak Siew tidak campur tangan dalam kandungan mediannya. Di samping itu, Jamaluddin Ibrahim berkata kedua-dua pihaknya telah memeterai perjanjian, dan termaktub dalam perjanjian bahawa kandungan radio akan ditentukan Jamaluddin.
Bagaimanapun, Jamaluddin tetap menegaskan bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab kepada kandungan rancangan radionya, pihak Siew tidak berkuasa untuk campur tangan dalam kandungan media sungguhpun memiliki 50% saham.
Ketika ditanya sama ada beliau bimbang imejnya terjejas, memandangkan dirinya pernah dilihat sebagai penganalisa politik yang lantang bersuara, kini pula membuka pintunya kepada syarikat pro-BN.
"Saya tak boleh halang pandangan orang terhadap diri saya," sebelum beliau menambah, "Usahlah label secara keterlaluan dia (Siew Ka Wei) orang siapa, mengapa nak buat benda ni... Benda komersial ini berlaku tiap-tiap hari, cuma dia ada keperluannya, dan saya pula ada benda yang ingin saya lakukan."
Jamaluddin berkata, halatuju Durian FM tidak akan berubah pada masa depan, dan berharap radio ini akan menjadi lebih baik.
Siew Ka Wei ialah salah seorang pemilik Kumpulan Redberry, dilihat sebagai orang yang rapat dengan Najib. Syarikat itu memiliki Malay Mail, Malaysian Reserve, dan juga pengendali Bernama TV. Selain itu, Siew Ka Wei ialah pemegang saham besar Ancom, 4758, AncomLB,0048,dan Nylex,4944.
Durian FM ditubuhkan pada 8 Mac 2011, selepas Jamaluddin Ibrahim digugurkan dari rancangan call-in "Say Hi to Malaysia" di FM98.9 milikan MCA pada tahun 2010. Rancangan tersebut didakwa "mengutarakan hujah yang tidak sesuai dan bias", sehingga disiasat Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC). Susulan daripada kejadian tersebut, Star Rfm Sdn. Bhd milikan MCA mengambil langkah untuk menggantung jawatan (suspend) Ketua Pegawai Eksekutif (CEO 98.8) Wong Lai Ngo, dan Pengarah Program (Director of Programming 98.8) Tan Chia Yong, sebelum memecat mereka kemudiannya.
Exco kerajaan negeri Datuk Hamdan Mohamed Khalib berkata, jawatan Timbalan Presiden PAS mewajarkan tokoh popular itu bertanding.
PETALING JAYA: Beberapa pemimpin PAS Kedah mahu Mohd Sabu diberi peluang bertanding dalam pilihan raya umum ke 13.
Exco kerajaan negeri Datuk Hamdan Mohamed Khalib berkata, jawatan Timbalan Presiden PAS mewajarkan yokoh popular itu bertanding.
"Perjuangan Mohd Sabu dalam parti sangat konsisten termasuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu," katanya.
ADUN Tanjong Dawai itu berkata, bagaimanapun, kata putus terletak di tangan pimpinan tertinggi dan ahli perlu mematuhi keputusan tersebut.
Sementara itu, Ketua Muslimah PAS negeri, Siti Aishah Ghazali berkata, PAS Kedah tidak menyekat Mohd Sabu bertanding di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kita terima sesiapa sahaja bertanding di Kedah."
"Kita ikut pemimpin. Kalau PAS pusat setuku mencalonkan Mohd Sabu bertanding di Kedah, kita terima," katanya yang juga seorang Exco kerajaan negeri.
Bagaimanapun, Siti Aishah enggan mengulas lanjut dengan alasan beliau tidak terbabit dengan pemilihan calon lelaki.
Mohd atau lebih dikenali dengan panggilan abang Mad menjadi spekulasi sama ada bertanding di Kedah dalam PRU 13.
Bagaiamanapun, tokoh popular PAS itu bukan asing bertanding di Kedah kerana belau merupakan ahli Parlimen Kuala Kedah pada tahun 1999.
Azmin Ali menyatakan bahawa dua pengumuman penting di Tuaran dan di Beaufort pastinya mengubah landskap politik Sabah.
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat melihat perkembangan politik Negeri Sabah sebagai kejayaan agenda reformasi yang disemai lebih 10 tahun yang lalu dan kini menyaksikan hasilnya dengan kebangkitan rakyat Sabah yang berani meruntuhkan tembok ketakutan dan kezaliman, lalu menuntut reformasi yang tulen.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak menyatakan bahawa dua pengumuman penting di Tuaran dan di Beaufort pastinya mengubah landskap politik Sabah dan menzahirkan iltizam politik rakyat Sabah untuk mencetus serta melaksanakan agenda perubahan.
"PKR mengalu-alukan pengumuman Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang meletakkan semua jawatan dari parti masing-masing serta kesediaan mereka untuk bersama Pakatan Rakyat dalam usaha melakukan perubahan dalam sistem kenegaraan".
"Kita juga menyambut baik iltizam mereka untuk menjana kekuatan rakyat bagi melakukan perubahan di Negeri Sabah. Makanya kerana komitmen yang jelas di kalangan pimpinan negeri Sabah yang berani mengambil risiko. PKR tidak teragak-agak untuk bersama-sama mereka demi rakyat Sabah",jelas beliau.
"Kerjasama yang disepakati bersama Pakatan Rakyat merupakan titik permulaan kepada perubahan politik Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Slogan 'Ini kali-lah' menandakan angin perubahan telah sampai ke bumi Sabah. Sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah sendiri menentukan masa depan negeri Sabah serta menikmati hasil kekayaan negeri yang selama ini diagihkan secara tidak adil oleh pentadbiran UMNO dan (BN). Rakyat Sabah juga perlu menolak UMNO – BN yang mengkhianati semangat pembentukan Malaysia".
"Dua pengumuman penting yang bersejarah itu menjadi bukti betapa rakyat Sabah sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN. Tambah pula, pentadbiran Dato' Seri Najib hanya sekadar menabur janji dan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, ianya ditandai kegagalan untuk menepati janji".
"Tekad rakyat Sabah untuk bersama Pakatan Rakyat pada hari ini adalah berpaksikan kepada keyakinan mereka terhadap agenda Pakatan Rakyat untuk melaksanakan perubahan. Mereka yakin dengan dasar – dasar Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga dan perlaksanaannya akan menepati dan memenuhi hasrat dan cita – cita murni rakyat Malaysia yang mahukan urus tadbir yang baik serta pengagihan ekonomi yang adil kepada semua rakyat",ujar beliau lagi.
"PKR turut mengalu – alukan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) serta kesediaannya bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat untuk menjana arus perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 13".
"Ini menandakan keyakinan rakyat Sabah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peneraju utama dalam Pakatan Rakyat yang Insyaallah akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.
Semoga kebangkitan rakyat Sabah pada hari ini akan menghasilkan kejayaan dengan tertubuhnya kerajaan rakyat negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke 13".
Tinjauan populariti Perdana Menteri Najib Razak oleh Merdeka Center bulan Jun lalu naik sikit dibandingkan bulan Mei. Pada keseluruhannya popularitinya jauh mengatasi Anwar Ibrahim.
Populariti di kalangan Melayu dan India turun sikit tapi masih di atas 50 peratus. Yang mungkin menyenangkannya sokongan orang Cina naik sikit tapi masih sekitar 40 peratus saja.
Apapun tinjauan pendapat adalah seperti pasaran saham, ada turun naiknya. Hari ini naik, esok ia boleh turun. Dua bulan dulu ia merudum, bulan ini melunjak. Jika ada agensi lain membuat tinjauan, lain pula penemuannya.
Tinjauan pendapat di mana-mana pun, boleh diambil sebagai satu panduan bagi mengukur sesuatu keadaan tetapi ia tidak boleh dijadikan ukuran muktamat. Kadang-kadang kita boleh ditipu oleh penemuan itu.
Contoh terbaik tinjauan pendapat yang popular di Britian tahun 1970 mendapati kerajaan Perdana Menteri Edward Heath dari Parti Konservatif punya harapan cerah memenangi semula pilihan raya sekitar Mei dan Jun. Bukan satu tinjauan kata begitu. Ia penemuan kebanyakan agensi tinjauan.
Masyarakat barat memangnya prihatin dengan tinjauan seperti itu. Ia pun memanggil pilihanraya umum mengejut walaupun tempoh penggalnya masih ada hampir setahun lagi. Kerajaan Edward Heath kalah pilihanraya itu.
Ada tinjauan pendapat yang tepat tetapi ambillah sebagai penyedap hati seperti kata peri bahasa Melayu, harap ada percaya tidak. Boleh terima tetapi jangan percaya sangat.
Apapun tinjauan Merdeka Center itu adalah atas Najib sebagai Perdana Menteri. Kata Dr Ong Kian Ming dari Fakulti Ekonomi dan Sains Polisi UCSI, tinjauan tidak pula dibuat terhadap BN. Jika tinjauan tentang populariti BN dan Pakatan Rakyat mungkin lain pula.
Dan seperti komen Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, tinjauan itu adalah atas peluang Najib menang pilihan raya, tinjauan tidak dibuat atas isu-isu yang berbangkit tentang persiapan pilihanraya oleh SPR.
Kalau tinjauan dibuat tentang Bersih 3.0 mungkin popularity BN dan PR berbeza.
Apa yang memungkin angka Najib naik dalam beberapa bulan ini ialah dia memberi tayar percuma kepada semua pemandu teksi, dia beri BRIM, dia beri cermin mata percuma kepada warga emas. Dan mungkin juga dia tidak banyak diikuti oleh isterinya ke mana-mana.
Kata penyokongnya di Pekan, kalau PM balik ke Pekan sendiri masih ramai orang menyambutnya, tapi kalau isterinya ikut, hampir separuh kurang penyambutnya.
Elok juga dibuat tinjauan tentang penerimaan orang Pekan kepadanya sekarang. Berapa peratus yang menyokongnya jika isterinya duduk diam di rumah seperti bondanya di zaman ayahndanya jadi PM? Betapa pula sambuntannya apabila isterinya sama menonjol sepertinya.
Kita jangan buat ukuran ketika Perdana Menteri berjumpa orang India. Tentulah dalam majlis dengan orang India, 100 yang hadir orang India. Dan bila dia berjumpa orang Cina pula, tentulah yang menyambutnya semua orang Cina. Jika kita buat tinjauan pada masa itu maka penemuannya bukan 37 atau 40 peratus Cina dan India menyokongnya, tetapi 100 peratus.
Penemuan yang diumumkan sekarang adalah terhadap batang tubuh Datuk Najib. Tidak diragu dia akan menang di mana-mana kawasan Melayu yang ditandinginya kecuali di Permatang Pauh.
Tetapi calon BN yang lain belum ada jaminan. Popularitinya tidak menjamin kemenangan calon BN.
Itulah sebabnya dia BN bersetuju dengannya untuk meletakkan calon boleh menang. Ong Kee Tiat sudah tidak ada apa-apa dalam MCA. Dia mungkin dikekalkan sebagai calon kerana dia mungkin menang. Dr Soi Lek adalah Presiden MCA, tetapi dia belum dijamin menang.
Populariti Najib tidak menjamin BN menang di Kepala Batas dan Gua Musang kalau calonnya selain dari Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Apapun penemuan Merdeka Center itu boleh menyedapkan hati penyokong Umno, Najib masih belum sedap. Dan bagi Pakatan pula ia mendorongnya bekerja lebih kuat. Merdeka Center mesti selepas ini mengeluarkan pula tinjauan bulan Julai, Ogos dan seterusnya hingga minggu kempen terakhir PRU 13 dengan isu yang berbagai seperti rasuah, pengundi asing dan lain-lain.-The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR: Seorang peserta Perhimpunan Bersih 3.0 menegaskan bahawa beliau memberikan keterangan yang benar mengenai peristiwa yang dialaminya dan peserta lain di perhimpunan tersebut pada 28 April lalu.
Goh Ban Huat, 48, (gambar) berkata, beliau faham dan tidak mungkin melanggar akuan bersumpah yang dibaca sebelum memberi keterangan di hadapan panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan pemerhati pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.
"Tidak mungkin saya berbohong dalam keterangan saya. Saya tidak fikir kamu semua bodoh untuk mendengar cerita bohong saya," katanya yang merupakan saksi ke-18.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemerhati dari pihak polis yang mengandaikan kemungkinan saksi menokok tambah dan mereka-reka cerita.
"Adakah Encik Goh rasa saksi berpeluang untuk mengada-ngadakan atau mereka-reka cerita?" soal wakil polis yang kemudiannya mendapat teguran daripada panel.
"Sebelum memberi keterangan saksi membacakan akuan bersumpah. Adakah Encik Goh faham akuan bersumpah itu?" soal salah seorang panel dan disusuli dengan jawapan, "Ya, saya faham" oleh Goh.
Sebelum itu, Goh memberitahu, sepuluh orang polis menendang pintu sebuah hotel dan masuk ke lobi untuk menangkap peserta yang berada di dalam selepas lari menyelamatkan diri akibat tembakan gas pemedih mata oleh polis.
"Polis mengarahkan semua orang keluar. Walaupun ada orang cakap 'ini tempat private', tapi polis tak endah.
"Saya memberikan kerjasama yang baik kepada polis sebab tidak mahu dipukul tapi bila keluar saya ditumbuk dan ditendang di pinggang," katanya sambil menambah, pinggangnya bengkak dan ada kesan lebam berwarna biru.
Tambah beliau lagi, semua peserta yang ditangkap dibawa ke Dataran Merdeka dan dibawa ke Pulapol kira-kira jam 7 malam.
Sepanjang dikumpulkan di Dataran Merdeka, mereka tidak diberikan makanan mahupun minuman.
"Saya nampak sudah ramai yang berada di Dataran Merdeka sewaktu saya sampai dan ada beberapa orang yang mukanya bengkak dan berdarah," katanya yang merupakan seorang guru.
"Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
PKR hari ini menjelaskan bahawa rancangannya untuk menghapuskan duti eksais kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat bagi megurangkan kesan ke atas pasaran kereta terpakai.
Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata penghapusan duti eksais itu perlu dilakukan secara demikian untuk memastikan nilai kereta terpakai juga turut berperingkat-peringkat.
Katanya, penurunan harga kereta tidak akan menyebabkan peningkatan jumlah kereta di jalan raya dan menyebakan kesesakan.
Jelasnya, harga kereta tidak naik turun dengan mudah kerana ia bukannya seperti baranga keperluan harian.
Perubahan harga tidak akan memberi impak segera ke atas jumlah kereta yang dibeli, katanya.
"Kereta adalah kenderaan, bkn barang harian. Jika rakyat ada wang lebih, mereka naiktaraf kereta lei baik, bukan beli lebih banyak kereta," katanya yang menambah, jualan kereta menjunam pada 2006 dan 2007 walaupun harga jatuh pada 2006.
Untuk menaiktaraf, pengguna perlu menjual kereta sedia ada terlebih dahulu dan pengguna akan menunggu masa sesuai untuk menjual kereta tersebut, jelasnya.
"Bila harga terpakai akan turun, pengguna akan tunggu masa yang nilainya berbaloi untuk dijual berbanding baki pinjaman.
"Sebab (itu) pengguna tak akan jual kereta sedia ada serentak, maka pembelian kereta baru pun berperingkat, jadi bukannya tiba-tiba semua beli kereta baru.
"Sebab itu penghapusan cukai eksais perlu beperingkat supaya nilai terpakai kereta sedia ada turun beransur-ansur. Ini perlu seimbang," katanya.
Setelah Tunku Abd Rahman ditekan kuat oleh ultra Melayu UMNO dan elit-elit politik Perikatan pada pertengahan 1960-an, maka Singapura ditendang keluar dari Malaysia.
Apabila Singapura bukan lagi sebuah entiti yang sah dalam Persekutuan Malaysia, maka secara automatiknya Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang menerajui negeri/negara itu tidak boleh bergiat aktif lagi dalam Malaysia. Jika ada, maka ia dianggap seperti pertubuhan haram sama seperti Parti Komunis Malaya (PKM) atau Angkatan Pemuda Insaf (API) yang telah dilarang wujud oleh penjajah British dan dipersetujui kemudiannya oleh kerajaan Perikatan.
Selepas Singapura dipecat keluar dari Malaysia melalui undi Parlimen, sebuah parti baru ditubuhkan pada 1966 yang dinamakan Parti Tindakan Demokrasi atau DAP.
Maka bertolak dari idea inilah, UMNO mendakwa DAP adalah ejen PAP di Malaysia. Sehingga hari ini fitnah ini terus disebarkan oleh sesetengah pemimpin UMNO dan para pecacai mereka.
Sedangkan realiti hari ini amat berbeza kerana jika dibandingkan dalam segala aspek, UMNO di Malaysia adalah hampir sama dengan PAP di Singapura, walau gayanya sedikit berlainan.
Persamaan di antara PAP dan UMNO
Di Malaysia, UMNO suka memenjarakan musuh politiknya tanpa bicara melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Undang-undang zalim itu digunakan untuk menutup mulut pengkritik kerajaan. PAP di Singpura juga memenjarakan musuh politiknya dengan ISA dan kemudian memanipulasikan undang-undang dengan cara saman bankrap hingga lawannya hanya tinggal sehelai sepinggang – tak mampu dan tak layak bertanding buat selama-lamanya. Pimpinan Singapura dan Malaysia sama-sama kekalkan akta drakonian, iaitu ISA. Ada beza?
Di Malaysia, UMNO dan Barisan Nasional mengawal media massa arus perdana, termasuk TV dan radio. Kerajaan PAP Singapura juga melakukan cengkaman yang sama.
Dalam erti kata yang lain, kebebasan bersuara dan tuntutan hak tidak mempunyai banyak ruang akibat pemerintahan autokratik di kedua-dua negara.
Jadi apa pula persamaan di antara DAP dan PAP?
Dakwaan DAP ejen PAP sangat melucukan. Ia tidak berbangkit sama sekali kecuali dalam minda manusia yang bencikan kaum lain. Kebencian terhadap DAP dan PAP bukan kerana ideologi tetapi ia adalah hasad dengki terhadap kaum yang menjadi ahli terbanyak dalam parti-parti tersebut.
Sebenarnya, jika mahu dikatakan ada persamaan di antara DAP dan PAP, ia boleh dilihat dari satu sudut sahaja, yakni PAP dan DAP yang menekankan kecekapan dan ketelusan dalam bidang ekonomi seperti pengurusan kewangan, tender terbuka dan amalan berasaskan merit.
Malah Pulau Pinang yang diterajui DAP lebih baik daripada PAP di Singapura kerana merit yang ditambah pula dengan amalan bantuan kepada golongan yang memerlukan, khususnya kepada kaum Bumiputera yang berpendapatan rendah. Justeru, Pulau Pinang bukan sahaja meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan pelaksanaan yang lebih adil dan telus berbanding UMNO-BN yang dilihat lebih mementingkan kroni daripada usahawan Melayu yang layak.
DAP yang menerajui kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang mendapat pujian oleh Jabatan Audit Negara kerana pengurusan kewangan yang bagus. Transparency International dua kali berturut-turut memuji dasar tender terbuka di Pulau Pinang.
Di Singapura pula, walaupun PAP berperangai seperti UMNO dalam soal demokrasi dan hak asasi serta kebebasan, ekonominya adalah antara yang terbaik di dunia kerana kecekapan pengurusan ekonomi serta ketegasan membanteras rasuah.
Inilah persamaan yang ada di antara DAP dan PAP, iaitu dalam soal pentadbiran awam dan kewangan yang bersih, telus serta anti-rasuah. Dalam soal politik, tentunya DAP bertentangan dengan PAP kerana DAP mahu kepada demokrasi yang bersih, kebebasan dan hak asasi dijamin.
Bagaimana membezakan di antara DAP, UMNO dan PAP?
Justeru, dalam soal demokrasi dan kebebasan, PAP adalah seperti adik kepada UMNO. Yang serupa di antara UMNO dan PAP ialah undang-undang zalim dan amalan mengekang kebebasan dan hak asasi, antaranya media yang tidak bebas dan tindakan undang-undang untuk memastikan pembangkang tidak ada ruang bersuara.
Sebaliknya, yang ada persamaan di antara DAP dan PAP pula adalah dasar pentadbiran yang anti- rasuah. DAP amalkan tender terbuka manakala PAP tidak memberi muka langsung kepada mereka yang melakukan rasuah, walaupun undang-undang anti-rasuah di antara Singapura dan Malaysia hampir sama. Yang berbeza ialah penguatkuasaannya.
DAP dan Pakatan Rakyat berjaya mengurus semua aset yang terhad hingga berjaya menambah hasil negeri dan menjelaskan hutang kepada kerajaan persekutuan. PAP pula berjaya menjadikan Singapura sebagai kuasa ekonomi dunia walaupun tidak mempunyai hasil sumber alam.
Hanya jauhari mengenal manikam
Jadi berdasarkan perbandingan secara objektif ini, kita sebagai rakyat Malaysia yang berakal dan berhati budi, termasuk umat Islam yang diajar supaya jujur, amanah dan beriman, pastinya boleh menilai kembali segala dakwaan dan fitnah UMNO kepada DAP.
Bagi mereka yang sedar bahawa dakwaan UMNO adalah fitnah tetapi tetap menerima dan menyebarkannya, maka jelaslah bahawa semangat assabiyah yang dibajai oleh UMNO ini telah melumpuhkan akal waras yang telah Tuhan kurniakan kepada kita. Ini adalah tragedi yang memilukan.
Kini, kita harus memilih sama ada mahu mempercayai pembohongan atau memerima hakikat sebenar. – Roketkini.com
rahim kote kecik lah jadi dalang pelingkup harta peneroka....!!!
Risda juga akan disenarai di Bursa Malaysia
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berhasrat mengikut jejak Felda Global Ventures Holdings (FGVH) untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
Pengerusi Risda Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata pihaknya sedang melakukan kajian berhubung kaedah terbaik bagi tujuan itu.
"Risda berbeza dengan Felda kerana tanah ladang dimiliki pekebun sendiri, dan perancangan ini bergantung kepada kelulusan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dividen peserta Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersil (TSK) negeri Melaka di Masjid Tanah di sini.
kumpulan datuk T tak lepas peluang ambil kesempatan merembat hak peneroka RISDA
Seramai 2,113 peserta di seluruh negeri itu menerima dividen keseluruhan berjumlah RM26.98 juta.
Rahim berkata bagi tempoh terdekat, Risda bercadang mewujudkan unit amanah melalui Risda Holdings bagi menjaga kepentingan dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta kakitangan Risda.
Sementara itu, menurutnya, Risda menjangkakan pengagihan dividen kepada peserta RTBB dan TSK di seluruh negara akan diselesaikan sebelum Aidilfitri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas mengumumkan pembayaran dividen berjumlah RM314.6 juta kepada 39,306 peserta RTBB dan TSK bagi tahun 2011. - Bernama
yang ini keturunan lahabau selama 60 tahun membangkrapkan negara....!!!
Selepas Singapura dipecat keluar dari Malaysia melalui undi Parlimen, sebuah parti baru ditubuhkan pada 1966 yang dinamakan Parti Tindakan Demokrasi atau DAP.
Maka bertolak dari idea inilah, UMNO mendakwa DAP adalah ejen PAP di Malaysia. Sehingga hari ini fitnah ini terus disebarkan oleh sesetengah pemimpin UMNO dan para pecacai mereka.
Sedangkan realiti hari ini amat berbeza kerana jika dibandingkan dalam segala aspek, UMNO di Malaysia adalah hampir sama dengan PAP di Singapura, walau gayanya sedikit berlainan.
PAP memakmurkan negaranya....!!!
Di Malaysia, UMNO suka memenjarakan musuh politiknya tanpa bicara melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Undang-undang zalim itu digunakan untuk menutup mulut pengkritik kerajaan. PAP di Singpura juga memenjarakan musuh politiknya dengan ISA dan kemudian memanipulasikan undang-undang dengan cara saman bankrap hingga lawannya hanya tinggal sehelai sepinggang – tak mampu dan tak layak bertanding buat selama-lamanya. Pimpinan Singapura dan Malaysia sama-sama kekalkan akta drakonian, iaitu ISA. Ada beza?
Di Malaysia, UMNO dan Barisan Nasional mengawal media massa arus perdana, termasuk TV dan radio. Kerajaan PAP Singapura juga melakukan cengkaman yang sama.
Dalam erti kata yang lain, kebebasan bersuara dan tuntutan hak tidak mempunyai banyak ruang akibat pemerintahan autokratik di kedua-dua negara adalah sama
jantan dengan kapal selam nie pulak memakmorkan negara,,,,dapat suntut altantuya juga suntut duit rakyat RM 3 billion....
Dakwaan DAP ejen PAP sangat melucukan. Ia tidak berbangkit sama sekali kecuali dalam minda manusia yang bencikan kaum lain. Kebencian terhadap DAP dan PAP bukan kerana ideologi tetapi ia adalah hasad dengki terhadap kaum yang menjadi ahli terbanyak dalam parti-parti tersebut.
Sebenarnya, jika mahu dikatakan ada persamaan di antara DAP dan PAP, ia boleh dilihat dari satu sudut sahaja, yakni PAP dan DAP yang menekankan kecekapan dan ketelusan dalam bidang ekonomi seperti pengurusan kewangan, tender terbuka dan amalan berasaskan merit.
Malah Pulau Pinang yang diterajui DAP lebih baik daripada PAP di Singapura kerana merit yang ditambah pula dengan amalan bantuan kepada golongan yang memerlukan, khususnya kepada kaum Bumiputera yang berpendapatan rendah. Justeru, Pulau Pinang bukan sahaja meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan pelaksanaan yang lebih adil dan telus berbanding UMNO-BN yang dilihat lebih mementingkan kroni daripada usahawan Melayu yang layak.
DAP yang menerajui kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang mendapat pujian oleh Jabatan Audit Negara kerana pengurusan kewangan yang bagus. Transparency International dua kali berturut-turut memuji dasar tender terbuka di Pulau Pinang.
Di Singapura pula, walaupun PAP berperangai seperti UMNO dalam soal demokrasi dan hak asasi serta kebebasan, ekonominya adalah antara yang terbaik di dunia kerana kecekapan pengurusan ekonomi serta ketegasan membanteras rasuah.
Inilah persamaan yang ada di antara DAP dan PAP, iaitu dalam soal pentadbiran awam dan kewangan yang bersih, telus serta anti-rasuah. Dalam soal politik, tentunya DAP bertentangan dengan PAP kerana DAP mahu kepada demokrasi yang bersih, kebebasan dan hak asasi dijamin.
rembat duit lembu jantan di atas yang ajar....tu pasal tunjuk samseng lembu tak memasal....habis tuan rumah kena dakwa sementara pencuri lepas lari...
Dalam soal demokrasi dan kebebasan, PAP adalah seperti adik kepada UMNO. Yang serupa di antara UMNO dan PAP ialah undang-undang zalim dan amalan mengekang kebebasan dan hak asasi, antaranya media yang tidak bebas dan tindakan undang-undang untuk memastikan pembangkang tidak ada ruang bersuara.
Sebaliknya, yang ada persamaan di antara DAP dan PAP pula adalah dasar pentadbiran yang anti- rasuah. DAP amalkan tender terbuka manakala PAP tidak memberi muka langsung kepada mereka yang melakukan rasuah, walaupun undang-undang anti-rasuah di antara Singapura dan Malaysia hampir sama. Yang berbeza ialah penguatkuasaannya.
DAP dan Pakatan Rakyat berjaya mengurus semua aset yang terhad hingga berjaya menambah hasil negeri dan menjelaskan hutang kepada kerajaan persekutuan. PAP pula berjaya menjadikan Singapura sebagai kuasa ekonomi dunia walaupun tidak mempunyai hasil sumber alam.
Jadi kita sebagai rakyat Malaysia yang berakal dan berhati budi, termasuk umat Islam yang diajar supaya jujur, amanah dan beriman, pastinya boleh menilai kembali segala dakwaan dan fitnah UMNO kepada DAP.
dan puak UMNO akan jadi seperti ini.....kah kah kah....mooooooooo
Bagi mereka yang sedar bahawa dakwaan UMNO adalah fitnah tetapi tetap menerima dan menyebarkannya, maka jelaslah bahawa semangat assabiyah yang dibajai oleh UMNO ini telah melumpuhkan akal waras yang telah Tuhan kurniakan kepada kita. Ini adalah tragedi yang memilukan.kita harus memilih sama ada mahu mempercayai pembohongan atau memerima hakikat sebenar..
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Petang ini kebanyakkan media menyiarkan laporan yang mengatakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Tidak langsung disebutkan nama Najib dalam hal pemecatan Datuk Seri Lajim ini, padahal Agong hanya bertindak begitu atas nasihat Najib..
Ini laporan dari Sinar Harian..
Lajim digugur Timbalan Menteri
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkuatkuasa serta-merta, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini. - Bernama
Ini laporan dari Malaysiakini juga tidak menyebutkan nama Najib sebagai dalang pemecatan Datuk Seri Lajim Ukin..
Agong perkenan batal pelantikan Lajim ke kabinet
Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.
Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan - Malaysiakini
Ini adalah Perkara 43A yang terdapat dalamPerlembagaan Persekutuan Malaysia
(1) Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Perdana Menteri melantik Timbalan-Timbalan Menteri daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen; tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidaklah boleh memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan jika dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
(2) Timbalan-Timbalan Menteri hendaklah membantu Menteri-Menteri pada menunaikan tugas dan fungsi mereka, dan bagi maksud sedemikian hendaklah mempunyai segala kuasa Menteri.
(3) Peruntukan Fasal (5) dan (6) Perkara 43 hendaklah terpakai bagi Timbalan Menteri sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi Menteri.
Ini pula adalah sebahagian dari Perkara 43.
(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
(5) Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya.
Tujuan tidak disebut nama Najib sebenarnya bagi mengelakkan publisiti kurang baik terhadapnya berikutan pemecatan itu.. oleh itu nama Agong telah diberikan penekanan oleh Pejabat Perdana Menteri.
Hakikatnya Agong hanya memperkenankan atas nasihat Najib.. kalau Najib tak nasihat tak akan dipecatnya..
Untuk menjaga popularitinya,, Najib menggunakan nama Agong bagi melindungi pemecatan Lajim oleh nya...
Kuala Nerus – Selebriti dan pelakun tersohor Hairie Othman atau dikenali sebagai 'Leftenan Adnan' yang telah menjadi ahli PAS sebulan yang lalu, kembali mengadakan jelajah berceramah ke negeri Terengganu
Sehari selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Johor pada 28 Jun lalu, beliau telah menyampaikan ceramah pada program PGU04 dan Himpunan Hijau ke Putrajaya di Marang.
Beliau berkata sejak sebulan lalu itu, beliau tidak berlakun lagi dalam mana-mana filem atau drama.
Katanya, kali akhir beliau berlakun adalah sebagai watak hantu dalam drama bersiri 'WARIS'.
Menurutnya, pada pelancaran 'siri hantu' yang kini ditayangkan di sebuah stesyen TV, beliau telah pun membuat pengumuman tidak mahu lagi jadi hantu.
"Pada majlis pelancaran saya dah buat pengumuman tak mahu jadi hantu, samada dalam filem atau di luar filem,"jelasnya
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penerangan di Kampung Petai Bubus dekat sini, Isnin 30 Julai
Sehubungan itu, beliau menyeru anak-anak muda menyertai satu pembaharuan sebagaimana golongan artis yang sudah berani berubah.
Menurutnya perbandingan dan penilaian boleh dibuat oleh anak-anak muda berdasarkan media yang ada pada masakini.
"Sekarang bukan hanya ada TV1, TV2, dan TV3 tetapi sudah ada media internet laman web, you tube, facebook dan twitter,
"Anak-anak muda boleh bersama perubahan golongan artis yang kini berani menyatakan kebenaran,"tegasnya.
Turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Ridhuan Hashim dan Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani. -BO
Kartunis politik Zulkiflee SM Anwar atau dikenali sebagai Zunar, hari ini menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya dua tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan Zunar.
Pada 15 Jun tahun lalu, Zunar memfailkan saman sivil ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden berhubung penangkapannya dan rampasan terhadap 66 buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010.
Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Dipetik oleh The Star hari ini, Zunar berkata, keputusan mahkamah hari ini sebahagian kemenangan bagi kesemua kartunis politik memandangkan Vazeer memutuskan bahawa tindakan menahan buku-buku berkenaan adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, tetapi penahanan Zunar adalah sah pada waktu itu. -SH
KENYATAAN ZUNAR TERHADAP KEPUTUSAN MAHKAMAH
Keputusan mahkamah terbahagi dua. Pertama Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan bahawa tindakan polis merampas buku saya, Cartoon-O-Phobia dan sebuah lukisan pada September 2010 adalah salah dari segi undang2 dan polis diminta membayar gantirugi kepada saya. (Jumlah akan ditentu kemudian). Namun hakim juga berkata tangkapan yang dilakukan terhadap saya juga pada September 2010 sah dari segi undang-undang.
Komen: Saya bersukur atas keputusan mahkamah. Kejayaan ini bukanlah kejayaan peribadi saya, tetapi adalah kejayaan kartunis-kartunis Malaysia, khususnya yang bergabung di bawah Kumpulan Kartunis Independen (KKI).
Saya dengan ini mencabar pentadbiran Najib supaya mengikut keputusan mahkamah secara moral dengan melaksanakan tuntutan seperti berikut:
* Menarik balik pengharaman ke atas buku-buku saya: 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun, Isu Dalam Kartun Vol 1, Isu Dalam Kartun Vol 11 dan Isu Dalam Kartun Vol 111.
* Memulangkan buku-buku saya yang dirampas. Terdapat lebih 1000 naskah buku-buku yang masih dalam simpanan polis/KDN. Ini termasuk 408 naskah Gedung Kartun yang dirampas di pejabat saya pada tahun 2009.
* Menghentikan tekanan dan ugutan ke atas pengilang yang mencetak buku-buku saya dan peniaga serta pengedar yang menjual buku-buku saya.
Selain itu, saya telah mengarahkan peguam saya supaya mengemukakan rayuan ke mahkamah lebih tinggi mengenai keputusan hakim yang menyatakan bahawa penahanan saya sah dari segi undang-undang.
Fenomena pelik cara berbuka puasa di bandar Kuantan.. di katakan begitu kerana fenemona ini berlaku di awal Ramadhan pada pada tahun ini. Sebelum nih mungkin berlaku tapi tak semeriah tahun ini. Macam berpesta..
Cara berbuka macam nih memanglah bagus bagi mengeratkan ukhwah sesama kita akan tetapi.. ada tetapinya..
Dari pemerhatian Addin melalui gambar-gambar dari blog nih, ada unsur-unsur pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.. itu yang tak berapa bagusnya.
Seperkara lagi.. alangkah baiknya jikalau semua yang berbuka di padang tersebut dapat menunaikan solat berjemaah Maghrib dan terus solat berjemaah Isyak dan solat sunat Terawih di Masjid Negeri yang berdekatan.
Addin andaikan semua yang berada di situ pergi menunaikan solat berjemaah di Masjid selepas berbuka.
Ye lah.. kita di bulan Ramadhan nih hendak mengejar amal ibadat yang Allah SWT janjikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Jikalau tidak.. rugilah kita semua.
Insya Allah.. balik cuti beraya nanti Addin akan membuat tinjauan sendiri untuk mendapat kepastian berkenaan fenomena pelik ini.
Kepada sesiapa yang ada info berkenaan isu ini bolehlah e-mel terus ke Addin. Dan juga kepada alim ulamak dan pihak berkuasa mohon membuat pencerahan berkenaan isu ini..
Anggota Polis Didakwa Atas Enam Pertuduhan Di Tiga Mahkamah
SEREMBAN: Seorang anggota polis pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berbeza, di sini atas enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan pada 17 Julai lalu.
Gambar: Anggota polis Insp Mohd Azuan Yasin dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Seremban selepas mengaku tidak bersalah terhadap enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan, dua minggu lepas. -fotoBERNAMA
Tertuduh, Insp Mohd Azuan Yasin, 32, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Haslina Basarudin dan S.Megaswary.
Di hadapan Mohamad Izwan dan Haslina, Mohd Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan masing-masing terhadap Mohamaed Nadzeem Zainal Larifin, 25, dan Koh Wen Gio, 32, dengan menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai senjata pistol kira-kira pukul 2.50 pagi di lobi Hotel S2 di sini pada 17 Julai lepas.
Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua dari hukuman tersebut.
Mohd Azuan turut dituduh di hadapan kedua-dua majistret itu melakukan kesalahan dengan menakutkan secara jenayah ke atas kedua-dua mangsa dengan cara menggunakan senjata menyerupai pistol berwarna hitam di lokasi, masa dan tarikh yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Satu lagi tuduhan di hadapan Mohamad Izwan, tertuduh didakwa memecah cemin pintu hadapan kereta nombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, yang menyebabkan kerugian RM150 dalam satu kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di sebuah kedai kopitiam di Temiang di sini pada tarikh yang sama.
Bagi pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Di hadapan Majistret S.Megaswary, tertuduh dituduh memecah pintu kereta belakang sebelah kiri, nombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan kerugian RM180 dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di sini pada tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kesemua kesnya akan disebut semula pada 13 September depan.
Bagi semua kes, tertuduh diwakli peguam bela Hanif Hassan manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Dalam pada itu, Mohamad Izwan dan Haslina turut mengarahkan agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar luas di dalam laman sesawang www.youtube.com bertajuk "Polis Memukul Pekerja Hotel di Seremban" berdurasi selama 3 minit 41 saat dikeluar serta merta dari laman berkenaan dan melarang sebarang penyebaran rakaman itu dalam apa jua bentuk saluran bagi mengelak prejudis kepada tertuduh yang minta dibicara. - BERNAMA
Dukacitanya program KEL'LOH R @ KLCC pada 3 Ogos 2012 terpaksa ditangguhkan memandangkan terdapat program bertindih pada hari yang sama, semua rakan2 di PERANTAUAN dijemput hadir ramai2 ke program iaitu:
# 3 Ogos 2012 - KONVOI MOTOR R dan BERBUKA PUASA di Pasir Puteh + Penubuhan R Pasir Puteh. 2ptg di Masjid Kubang Kerian berkumpul dgn warna MERAH.
# 3 Ogos 2012 - R Berterawih Bersama Ustaz Azhar Idrus
# 4 Ogos 2012 - R BERSAMA ANAK PERANTAUAN
** Hotel Vistana, KL anjuran PERSADA -- Majlis Berbuka Puasa dan penubuhan R KL
** Karangkraf, Shah Alam anjuran PERAKAN -- Majis Berbuka Puasa dan penubuhan R Selangor
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Setakat ini tarikh program yg disebutkan adalah yg sudah COMFIRM :) -- SEBARKAN kepada rakan2 lain.
InsyaAllah di KLCC alang2 nak buat kita akan buat besar-besaran.
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
***LAGI, BEKAS PEGAWAI KANAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI YANG JUGA BEKAS PENGARAH JABATAN KAWAL SELIA AIR SELANGOR, PENOLONG PEGAWAI DAERAH PORT DICKSON DAN PENOLONG PEGAWAI DAERAH SEREMBAN MENYERTAI PAS***
KEPADA SAHABAT-SAHABAT SAYA DALAM UMNO DAN BARISAN NASIONAL, ANDA BILA LAGI??? AYUH TINGGALKAN KAPAL YANG SEDANG KARAM. UMNO DAN BARISAN NASIONAL SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI KEPADA MELAYU DAN ISLAM.
Amek hang... lagi kuat bodek, lagi dalam lubang kubur Umno...
Hari Kebangsaan: Benar sungguh kritikan Mat Sabu
Kira-kira setahun yang lalu sewaktu umat Islam di negara kita sedang sibuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) pula sedang enak 'dilanyak' oleh media perdana mengenai isu Mat Indera dan komunis. Mat Sabu menekankan isu lain, tetapi dek kerana manipulasi media pemerintah, rakyat tertumpu kepada isu komunis pula yang kemudiannya menyaksikan perbicaraan mahkamah yang cukup melucukan dan masih berlangsung sehingga sekarang.
Jika diimbas kembali, Mat Sabu mengkritik bagaimana sambutan Hari Kebangsaan 'disabotaj' oleh parti pemerintah seolah-olah Umno dan Barisan Nasional (BN) sahajalah yang berjuang memerdekakan negara. Walaupun propaganda ini tidak dizahirkan sekurang-kurangnya melalui logo dan tema Hari Kebangsaan, tetapi mesej ini tetap meniti bibir-bibir pak menteri, bagaimana tanpa perjuangan Umno dan BN (dahulunya Parti Perikatan), rakyat negara kita ini masih duduk di atas pokok.
Teguran Mat Sabu ternyata tidak diambil endah oleh parti pemerintah malah makin menjadi-jadi perangainya untuk sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Buat julung-julung kalinya, parti pemerintah telah membuat kesilapan hatrick (setakat inilah) dalam menangani isu sambutan Hari Kebangsaan yang ke-55.
Kesilapan pertama bermula dengan pemilihan tema Hari Kebangsaan iaitu "Janji Ditepati". Meskipun kritikan lantang diberikan di atas pemilihan tema yang mirip kempen pilihanraya ini, tapi para pemimpin parti pemerintah tetap tegar mempertahankan tema ini (syok sendiri barangkali?). Hatta bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir juga meluahkan rasa 'meluat'nya dengan pemilihan tema yang jelas tidak neutral dan "tidak mengalu-alukan" penglibatan semua rakyat termasuklah penyokong parti pembangkang.
Belum selesai kesilapan pertama, kesilapan kedua dilakar pula dengan pemilihan logo Hari Kebangsaan yang begitu hodoh, "lekeh" dan menjadi bahan sendaan rakyat jelata di internet. Kali ini rakyat di atas pagar juga tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini?
Tema yang syok sendiri dan logo yang menyedihkan tidak cukup untuk memberi pengajaran kepada parti pemerintah. Diundang pula kesilapan ketiga dengan pemilihan lagu tema Hari Kebangsaan yang selayaknya menjadi lagu tema kempen pilihanraya BN! Liriknya yang 'murah' dan tiada jati diri membuatkan rakyat kebanyakan sekali lagi tertanya-tanya, apa kaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan perjuangan Tunku Abdul Rahman memerdekakan negara? (Walaupun sarjana kangkung mengatakan negara tidak pernah dijajah). Patutkah kita salahkan Tun Abdul Razak kerana di zaman beliau tiada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) seperti yang di'rap'kan dalam lagu nukilan Rais Yatim itu? Rasanya baru sahaja Perdana Menteri Najib Tun Razak mengingatkan bahawa zaman bodek sudah berlalu, tetapi nampaknya lagu tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah manifestasi 'bodek tahap tertinggi' yang dipamerkan oleh Rais Yatim.
Kesilapan-kesilapan hatrick ini tidak mampu untuk dibetulkan lagi. Menteri Penerangan yang sudah begitu veteran sudah tidak mampu memahami bahasa rakyat yang celik maklumat. Tidak keterlaluan jika dikatakan Perdana Menteri berjaya dimalukan dengan aksi tempang anak-anak buahnya. Benarlah kritikan Mat Sabu bahawa sambutan Hari Kebangsaan sudah dimonopoli oleh parti pemerintah semahu-mahunya. Lagu tema pun sudah menjadi lagu manifesto BN. Jika begini gaya Perdana Menteri ingin melangkah ke gelanggang pilihanraya umum ke-13, rasa-rasanya tidak salah jika kita katakan inilah sambutan Hari Kebangsaan terakhir yang dikendalikan oleh Umno dan BN.
Isnin, 30 Julai 2012 Syria - Seorang wartawan Jepun masuk Islam di Syria, di depan para pejuang Syria, Subhanallah Allahu Akbar walillahilhamd.
Dalam sebuah video yang diterbitkan di Youtube, menunjukkan seorang lelaki bermata sipit, seorang wartawan Jepun menyatakan dua kalimah syahadat di depan Mujahidin dari batalion Mamduh Julha yang bergerilya di gunung Al-Turkman di sempadan Syria-Turki.
Menurut laporan, ia masuk islam setelah tersentuh melihat sikap baik dari para Mujahidin ketika ia sedang membuat liputan pertempuran di wilayah tersebut.
Dengan terbata-bata ia mengucapkan "Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah" dibimbing oleh seorang mujahid dari brigade tersebut. Kemudian para mujahidin mengucapkan takbir, dan muallaf ini pun mengikutinya dengan wajah terlihat gembira "Allahu Akbar, Allahu Akbar!". Kini ia bernama Musthofa, hamba Allah yang mencari hidayah di bumi para syuhada, Syam.
Pada saat itu, bertepatan pada waktu solat Asar, maka Musthofa langsung diajak untuk solat. Ia diajar berwudhu oleh salah seorang mujahid. Nampak penuh keseriusan saat ia mengikuti tahap-tahap wudhu yang diajarkan. Selalu ada dakwah di sebalik jihad, Allahu Akbar!
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Setelah keluar dari PAS, kini Hassan Ali di tawar kembali menjadi sebagai Pengacara sebuah Forum berkaitan Islam menerusi Forum Khas : Ehya' Ramadhan yang telah disiarkan di TV1. Tempat yang hanya menjadi angan-angan sekiranya Hassan Ali masih bersama dengan PAS.
Forum yang dipaparkan pada setiap hari Khamis jam 10 malam itu bakal berlangsung selama 4 minggu sepanjang bulan Ramadhan dengan tajuk perbincangan berkaitan Islam.
Rancangan ini telah membuka tirai pada malam 27 Julai 2012 di PWTC itu telah menjemput 2 panel khas iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi & Prof. Dr. Muhaya Hj Mohammed membincangkan tajuk 'Ramadhan Pembinaan Sahsiah'.
Presiden JATI ini pernah mengendalikan program Forum Perdana Ehwal Islam yang disiarkan di TV1 sekitar pertengahan era 1990an.
Gambar di atas: Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu.
Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan upacara pembukaan Olimpik 2012, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.
Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa kan.
Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau.
Nabi Musa A.S menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah.
Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya.
Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta.
1 HASTA = 45.72 CM 40 HASTA = 1828.8 CM 1828.8 CM = 18.2 M
Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu'alam.. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, Sama ada baik ataupun yang buruk. Jadi banyak-banyakkan lah meminta ampun kepadaNya. InsyaAllah, Dimakbulkan doa kita semua.. Amin, Assalamu'alaikum.
Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain.
Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.
Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:
1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi. Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.
2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.
3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.
Bagaimana dengan anda? Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya? Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang. InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya.
Suatu perkara aneh telah mengejutkan umat Islam di sebuah negara yang diberi nama Malaysia yang telah berlaku kira-kira jam 8 hingga 10 malam tadi. Keanehan ini dijangka akan bertahan selama satu minggu atau dua minggu lagi.
"Saya terkejut!" kata seorang saksi memulakan ceritanya. "Semalam, masjid ini, besar dan luas," sambungnya. "Tiba-tiba sahaja malam ini, masjid ini menjadi sempit dan kecil, terutamanya menjelang waktu isyak tadi."
Perkara aneh, di mana masjid-masjid dan surau-surau di Negara ini menjadi kecil dan sempit berlaku, hampir di seluruh Negara pada malam ini.
Keanehan ini, amat dirasakan oleh umat Islam yang setiap hari atau selalu ke masjid sebelum ini. Namun bagi yang baru mengunjungi masjid atau surau pada malam ini, tidaklah dapat menyedari keanehan yang berlaku itu.
AJK kepada beberapa buah masjid dan surau dikatakan, sedang memikirkan untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan bagi membesar serta meluaskan masjid dan surau mereka bagi menghadapi perkara aneh yang berlaku secara tiba-tiba ini.
Umat Islam, dinasihatkan supaya pergi ke masjid awal untuk mendapat tempat yang lebih selesa bagi menunaikan ibadah pada malam-malam yang akan datang. ~jomberita.com
Fenomena pelik cara berbuka puasa di bandar Kuantan.. di katakan begitu kerana fenemona ini berlaku di awal Ramadhan pada pada tahun ini. Sebelum nih mungkin berlaku tapi tak semeriah tahun ini. Macam berpesta..
Cara berbuka macam nih memanglah bagus bagi mengeratkan ukhwah sesama kita akan tetapi.. ada tetapinya..
Dari pemerhatian Addin melalui gambar-gambar dari blog nih, ada unsur-unsur pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.. itu yang tak berapa bagusnya.
Seperkara lagi.. alangkah baiknya jikalau semua yang berbuka di padang tersebut dapat menunaikan solat berjemaah Maghrib dan terus solat berjemaah Isyak dan solat sunat Terawih di Masjid Negeri yang berdekatan.
Addin andaikan semua yang berada di situ pergi menunaikan solat berjemaah di Masjid selepas berbuka.
Ye lah.. kita di bulan Ramadhan nih hendak mengejar amal ibadat yang Allah SWT janjikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Jikalau tidak.. rugilah kita semua.
Insya Allah.. balik cuti beraya nanti Addin akan membuat tinjauan sendiri untuk mendapat kepastian berkenaan fenomena pelik ini.
Kepada sesiapa yang ada info berkenaan isu ini bolehlah e-mel terus ke Addin. Dan juga kepada alim ulamak dan pihak berkuasa mohon membuat pencerahan berkenaan isu ini..
KUALA LUMPUR - Kartunis politik Zulkiflee SM Anwar atau dikenali sebagai Zunar, hari ini menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya dua tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan Zunar.
Pada 15 Jun tahun lalu, Zunar memfailkan saman sivil ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden berhubung penangkapannya dan rampasan terhadap 66 buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010.
Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Dipetik oleh The Star hari ini, Zunar berkata, keputusan mahkamah hari ini sebahagian kemenangan bagi kesemua kartunis politik memandangkan Vazeer memutuskan bahawa tindakan menahan buku-buku berkenaan adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, tetapi penahanan Zunar adalah sah pada waktu itu.
Dalam pada itu, salah seorang peguam Zunar, N. Surendran berkata, kemenangan ini membuktikan kerajaan tidak munasabah dengan merampas dan menyimpan koleksi buku kartun beliau selama lebih dua tahun.
"Kami terima baik keputusan mahkamah. Itu jelas menunjukkan kerajaan berniat jahat sebelum ini berhubung penangkapan dan rampasan buku sewaktu Zunar sedang melancarkannya. "Mereka cuba menghentikan karya Zunar yang mengandungi kritikan terhadap kerajaan," kata Surendran.
Zunar turut diwakili oleh Fadiah Nadwa Fikri.
Dipetik Keadilan Daily, Surendran berkata, rayuan akan dibuat berhubung keputusan mahkamah yang memutuskan penangkapan Zunar adalah sah.
SHAH ALAM 30 Julai - Polis menahan suami kepada Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membantu siasatan kes kematian wanita itu yang mayatnya dikatakan ditemui tergantung di dalam biliknya di Apartmen Saujana, Petaling Jaya, kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suami mangsa yang berusia 31 tahun itu ditahan di Segamat, Johor kira-kira pukul 10.15 malam bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan terhadap kes tersebut.
Katanya, pihaknya mengklasifikasikan kes kematian Syaleza di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Kita sudah buat penahanan (suami Syaleza) di Segamat, Johor dan kita bawa beliau ke sini (Selangor). Kita cuma tahan untuk siasatan lanjut dan reman seminggu bermula hari ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Keluarga mahu tahu punca sebenar kematian Syaleza
Keluarga Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, yang ditemui mati di dalam bilik rumahnya di Apartmen Saujana Damansara Damai, Petaling Jaya kelmarin reda dan menganggap kejadian itu sebagai ketentuan Ilahi, namun mahu punca sebenar kematiannya disiasat.
Bapa mangsa, Jaffar Bakri, 60, berkata, keluarganya yang masih diselubungi perasaan sedih dan terkilan kerana punca dan cerita sebenar mengenai kematian mengejut anak keduanya itu masih belum jelas.
"Saya reda dengan ketentuan-Nya yang mahu anak saya pergi dahulu, namun saya terkilan kerana punca dan cerita sebenar meragut nyawanya masih belum jelas hingga kini.
Sebelum ini Rafizi pernah mendakwa, laporan dari Halcrow, sebuah perunding kejuruteraan terkemuka dunia membuktikan bahawa George Kent JV tidak mempunyai kemampuan dalam teknikal dan kewangan.
Menurut Rafizi Konsortium George Kent Bhd yang telah gagal penilaian teknikal dan kewangan telah membida pada harga jauh lebih mahal dari dari Balfour Beatty, tetapi Najib tetap menganugerahkan projek LRT ini kepadanya...
Konsortium George Kent Bhd. menawarkan kos RM1.18 bilion sementara Balfour Beatty pula RM1.01 bilion perbezaannya ialah RM167 juta.
Selain lebih rendah harga yang ditawarnya Balfour Beatty punya pengalaman dalam bidang ini tetapi Konsortium George Kent Bhd tidak punya pengalaman dalam bidang ini..
Tidak berpengalaman dan harganya juga lebih RM167 Juta..
Dan dari laporan Malaysiakini di bawah.. George Kent-Lion Pasific Venture (JV) tidak dinyatakan punya kepakaran dalam bidang ini tetapi yang punya kepakaran ialah rakan kongsinya..
Syarikat Prasarana Negara Bhd hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa kontrak untuk projek sambungan LRT Ampang dianugerahkan kepada syarikat kerjasama George Kent-Lion Pasific Venture (JV).
Menurutnya, JV adalah 100 peratus syarikat milik tempatan dan disokong oleh rakan kongsi yang berwibawa pelbagai disiplin teknikal tempatan dan antarabangsa, semua mempunyai rekod pencapaian yang terbukti dalam bidang kepakaran masing-masing - Malaysiakini
Projek yang bernilai RM7 billion itu merangkumi laluan baru dari laluan Kelana Jaya dan laluan Ampang yang akan bersambung di stesen baru di Putra Heights.
Projek tambahan LRT Ampang ini akan merangkumi sepanjang 17.7 kilometer dari Stesen Sri Petaling dan akan mempunyai 11 stesen baru dengan dua stesen tambahan untuk masa hadapan.
Projek tambahan LRT Ampang ini juga tersenarai dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk membangunkan perkhidmatan pengangkutan awam di tengah bandar raya Kuala Lumpur.
Percayalah selagi UMNO/BN kekal berkuasa kita akan terus menyaksikan projek-projek Mega dianugerahkan kepada kroni mereka yang tak punya kelayakkan.. dan hasilnya projek terpaksa di 'Bail Out' lagi..
Tapi... orang UMNO kata kat aku jangan tulis kroni UMNO tapi tulis kroni Najib dan Rosmah.. pasal yang dapat projek dari Najib ni semuanya kroni dia dan Rosmah saja..
Pendedahan oleh Rafizi tentang projek ini, sila baca di ( SINI )
Petang ini kebanyakkan media menyiarkan laporan yang mengatakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Tidak langsung disebutkan nama Najib dalam hal pemecatan Datuk Seri Lajim ini, padahal Agong hanya bertindak begitu atas nasihat Najib..
Ini laporan dari Sinar Harian..
Lajim digugur Timbalan Menteri
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkuatkuasa serta-merta, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini. - Bernama
Ini laporan dari Malaysiakini juga tidak menyebutkan nama Najib sebagai dalang pemecatan Datuk Seri Lajim Ukin..
Agong perkenan batal pelantikan Lajim ke kabinet
Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.
Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan - Malaysiakini
Ini adalah Perkara 43A yang terdapat dalamPerlembagaan Persekutuan Malaysia
(1) Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Perdana Menteri melantik Timbalan-Timbalan Menteri daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen; tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidaklah boleh memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan jika dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
(2) Timbalan-Timbalan Menteri hendaklah membantu Menteri-Menteri pada menunaikan tugas dan fungsi mereka, dan bagi maksud sedemikian hendaklah mempunyai segala kuasa Menteri.
(3) Peruntukan Fasal (5) dan (6) Perkara 43 hendaklah terpakai bagi Timbalan Menteri sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi Menteri.
Ini pula adalah sebahagian dari Perkara 43.
(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
(5) Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya.
Tujuan tidak disebut nama Najib sebenarnya bagi mengelakkan publisiti kurang baik terhadapnya berikutan pemecatan itu.. oleh itu nama Agong telah diberikan penekanan oleh Pejabat Perdana Menteri.
Hakikatnya Agong hanya memperkenankan atas nasihat Najib.. kalau Najib tak nasihat tak akan dipecatnya..
Untuk menjaga popularitinya,, Najib menggunakan nama Agong bagi melindungi pemecatan Lajim oleh nya...
Polis menahan suami kepada Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membantu siasatan kes kematian wanita itu yang mayatnya dikatakan ditemui tergantung di dalam biliknya di Apartmen Saujana, Petaling Jaya, kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suami mangsa yang berusia 31 tahun itu ditahan di Segamat, Johor kira-kira pukul 10.15 malam bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan terhadap kes tersebut.
Katanya, pihaknya mengklasifikasikan kes kematian Syaleza di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Kita sudah buat penahanan (suami Syaleza) di Segamat, Johor dan kita bawa beliau ke sini (Selangor). Kita cuma tahan untuk siasatan lanjut dan reman seminggu bermula hari ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Allahyarhamah Syaleza selamat disemadikan
Keluarga mahu tahu punca sebenar kematian Syaleza
Keluarga Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, yang ditemui mati di dalam bilik rumahnya di Apartmen Saujana Damansara Damai, Petaling Jaya kelmarin reda dan menganggap kejadian itu sebagai ketentuan Ilahi, namun mahu punca sebenar kematiannya disiasat.
Bapa mangsa, Jaffar Bakri, 60, berkata, keluarganya yang masih diselubungi perasaan sedih dan terkilan kerana punca dan cerita sebenar mengenai kematian mengejut anak keduanya itu masih belum jelas. "Saya reda dengan ketentuan-Nya yang mahu anak saya pergi dahulu, namun saya terkilan kerana punca dan cerita sebenar meragut nyawanya masih belum jelas hingga kini.
Kronologi Kematian Syaleza Jaffar
Berikut adalah krologi penuh kematian Ekesekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar bermula dari penerimaan status Blackberry Messenger terakhir Syaleza sehingga penahanan suami mangsa iaitu Norazman Bashah. -Status Blackberry Messenger terakhir Syaleza yang sempat ditulis berbunyi 'sabar duhai hati' kira-kira pukul 4 petang Sabtu lalu.
-Beberapa jam kemudian, Syaleza didakwa bertengkar dengan suaminya, Norazman Bashah, di rumah mereka di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Sungai Buloh.
-Syaleza dipercayai mula mengurung diri dalam bilik selepas bertengkar.
-Jiran rumahnya memaklumkan turut mendengar pertengkaran yang terjadi antara Syaleza dan Norazman yang dikatakan puncanya adalah kerana suaminya pulang kerja lewat.
-Norazman mendakwa dia bertindak memecah masuk pintu bilik selepas terdengar bunyi dentuman dari dalam bilik ketika hendak memanggil isterinya berbuka puasa.
-Norazman kemudian mendakwa melihat isterinya tergantung pada siling dalam keadaan tidak bernyawa kira-kira pukul 7 malam. -Abang sulung Syaleza didakwa menerima berita kematian arwah pada pukul 9.30 malam selepas dimaklumkan oleh Norazman. -Pasukan bantuan perubatan tiba pada pukul 10.30 malam.
-Norazman kemudian ditahan sebaik upacara pengebumian Syaleza di Segamat, Johor selesai pada pukul 10.15 malam kelmarin.
Walaupun Sabtu lalu, Datuk Seri Lajim Ukin telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort,Ibu Pejabat UMNO masih menghantar surat tunjuk sebab kepadanya, meminta beliau menjelaskan mengapa beliau tidak boleh dipecat daripada UMNO.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada pihak media.
Menurutnya "Lajim perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan Umno"
Takkan Setiausaha Agung UMNO ni tak faham bahasa kot??
Dia faham sebenarnya.. samada surat tunjuk sebab dihantar atau tidak ianya tidak membawa sebarang makna kerana Lajim dah umum letak jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort.
Tujuan sebenarnya ialah apabila cukup tempoh 14 hari, Najib akan mengeluarkan kenyataan bahawa Lajim dipecat dari UMNO.
Mungkin Najib akan berkata macam ni.. "Berikutan kegagalan Datuk Seri Lajim Ukin menyatakan sebab mengapa beliau tidak boleh dipecat dari UMNO maka dengan ini saya mengumumkan bahawa beliau dipecat dari UMNO".
"Ini membuktikan saya tidak akan bertolak ansur terhadap pemimpin biarpun ianya seorang Timbalan Menteri sekalipun, jika mereka melanggar Perlembagaan UMNO Fasal 20.8 yang menetapkan bahawa semua ahlinya hendaklah cintakan parti serta patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli selain sentiasa memelihara nama baik dan maruah parti, saya tidak akan teragak-agak memecatnya".
Rentetan dari pengumuman Najib itu.. media-media cetak tunggangan UMNO akan menjadikannya sebagai headline berita mereka dan tajuknya ialah "LAJIM DIPECAT" ataupun "NAJIB PECAT TIMBALAN MENTERI!"..
Jadi... kuranglah sikit kemaluan yang Najib tanggung kerana Timbalan Menterinya sendiri letak jawatan sebab janji tak ditepati..
Kemudiannya pula akan muncullah pemimpin-pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan mereka pula dan mereka sudah pasti akan menyatakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap tindakan Najib itu.
Mungkin mereka akan berkata.. "Tindakan Najib itu membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang tegas dan punya integriti"
Mungkin akan ada yang menambah "Ini juga adalah bukti UMNO/BN tak akan goyah dengan kehilangan seorang dua pemimpin yang kecewa dengan parti dan juga membuktikan UMNO/BN masih teguh"
Mungkin juga begini.. "Mereka ini sebenarnya jenis pemimpin tak sedar diri, tamak haloba dan apabila kepentingan peribadi tidak dipenuhi, pantas keluar parti dan ikut pembangkang."
Seterusnya pula maka tiga hari tiga malam media tunggangan UMNO termasuk Blogger Upahan UMNO akan menyiarkan kisah kegagalan Lajim dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk memburukkan beliau..
Ha..ha..ha... segalanya mugkin.. bersamalah kita tunggu lagi 14 hari..
Ini laporan dari Media UMNO..
Tindakan Persenda Parti, Lajim Diberi Surat Tunjuk Sebab
KUALA LUMPUR, 30 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa Ibu Pejabat UMNO telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Datuk Seri Lajim Ukin berkaitan mengapa beliau tidak boleh dipecat daripada UMNO berikutan pengumuman perletakan semua jawatan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada 28 Julai lalu.
Katanya, Lajim perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan UMNO.
"UMNO memandang serius apa yang dilakukan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim Bin Ukin khususnya dalam pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) selain hubungan akrab dengan pakatan pembangkang yang seolah-olah mempersenda kepimpinan dalam UMNO," katanya.
Jelas beliau, Perlembagaan UMNO Fasal 20.8 telah menetapkan bahawa semua ahlinya hendaklah cintakan parti serta patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli selain sentiasa memelihara nama baik dan maruah parti.
"Apa yang berlaku ini adalah isu dalaman yang bersifat peribadi membabitkan Lajim dan orang-orang tertentu dalam kancah politik negeri maka ia tidak sewajarnya dikaitkan dengan parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan rakyat keseluruhannya," tegas beliau.
Lajim telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta Sabtu lalu di kediamannya di Likas Jaya.
Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli UMNO serta ahli UMNO - UMNO Online
Sebuah laporan menunjukkan bahawa tentera AS telah menghabiskan berbilion-bilion dollar untuk membina pengawasan pesawat tanpa pemandu dan mengembangkan pesawat mikro yang boleh hadir dalam sekumpulan serangga sebagai mata-mata bersaiz kecil dan mampu terbang.
Sebuah laporan menunjukkan bahawa tentera AS telah menghabiskan berbilion-bilion dollar untuk membina pengawasan pesawat tanpa pemandu dan mengembangkan pesawat mikro yang boleh hadir dalam sekumpulan serangga sebagai mata-mata bersaiz kecil dan mampu terbang.
Menurut sumber internet yang dihimpun dari pelbagai pasukan penyelidik di Johns Hopkins University kerjasama dengan Pejabat Penyelidikan Ilmiah Tentera Udara AS di Wright-Patterson Air Force Base di Arlington, Virginia, mengatakan bahawa mereka sedang mengembangkan apa yang mereka sebut dengan kenderaan udara mikro MAV yang akan melakukan tugas sebagai perisikan di pelbagai tempat dan negara.
Serangga robot itu direka sedemikian rupa sehingga dengan mudah dapat menyusup kawasan bandar, walaupun faktor padatnya bangunan dan konsentrasi orang-orang, namun kewujudan enjin pembunuh ini tak terduga dan tanpa halangan dan sangat praktikal.
Robot serangga super mini ini juga boleh dikendalikan dari jarak jauh dan dilengkapi dengan kamera dan mikrofon built-in.
Walaupun peranti perisikan baru ini mempunyai kemampuan untuk mendarat tepat pada kulit manusia, dengan menggunakan super-mikron jarum bersaiz kecil untuk mengambil sampel DNA dan terbang lagi dengan kelajuan tinggi. Orang hanya akan merasa sedikit rasa sakit seperti gigitan nyamuk tanpa sensasi terbakar dan bengkak.
Drone serangga super surveilans ini sukar dikesan dan juga boleh menyuntik racun melalui pengenalan frekuensi radio mikro RFID sebagai peranti pengesan yang boleh menyusup di bawah kulit, dan dapat menyuntik racun ke tubuh musuh jika berlaku peperangan.
Pada awal tahun 2007, kerajaan AS dituduh secara diam-diam mengembangkan perisik serangga robot tersebut ketika para penunjuk perasaan anti perang di Amerika Syarikat menyaksikan beberapa benda terbang mirip dengan pepatung atau helikopter melayang-melayang di atas kepala mereka
AS tidak sendirian dalam membuat drone ini, terdapat negara seperti Perancis, Belanda dan Israel juga mengembangkan peranti yang sama.
Perancis juga telah mengembangkan kepakan sayap dengan bio-terinspirasi drone mikro. Sementara badan Netherlands BioMAV Biologically Inspired AI for Micro Aerial Vehicles juga telah mencipta drone burung Kakak tua AR.
Sementara itu, Israel Aerospace Industries IAI telah menghasilkan pesawat berbentuk kupu-kupu, beratnya hanya 20 gram, yang kemampuannya dapat mengumpulkan semua data perisikan yang disimpan di dalam bangunan.
Sementara drone serangga AS ini dilengkapi dengan kamera 0,15 gram dan kad memori, yang dikawal dari jarak jauh dengan helm khusus. Mengenakan helm, pembekal akan mendapati diri mereka dalam "badan kupu-kupu" dan melihat drone tersebut tepat seperti kupu-kupu secara real.
Pada sepuluh yang akhir bulan Ramadhan kita digalakkan ber 'iktikaf di masjid supaya mendapat malam Lailatul-Qadar.
Mengikut pendapat Imam Syafie malam Lailatul-Qadar boleh ditemui pada sepuluh yang akhir, tetapi malam yang ganjil terlebih diharapkan. Malam yang terlebih diharapkan daripada sekelian malam ganjil ialah malam dua puluh satu dan malam dua puluh tiga bulan Ramadan.
Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh diketahui dengan meneliti satu hari bulan jatuh pada hari apa? Sekiranya satu hari bulan pada hari ahad atau hari rabu maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke 29.
Sekiranya satu hari bulan hari isnin maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke 21.
Sekiranya satu hari bulan pada hari selasa atau jumat maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke 27.
Sekiranya satu hari bulan pada hari khamis maka Lailatul-Qadar pada malam yang ke 25.
Sekiranya satu hari bulan hari sabtu maka Lailatul-Qadar malam yang ke 23.
Berkata Syeikh Abu Hasan Syazili selama baligh aku, aku tiada luput malam Lailatul-Qadar dengan menguna kaedah (cara) ini
Lihat jadual dibawah
No
Awal bulan hari
Lailatul-Qadar pada malam
1
Ahad
29
2
Isnin
21
3
Selasa
27
4
Rabu
29
5
Khamis
25
6
Jumat
27
7
Sabtu
23
Seorang yang dapat berbuat ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama lapan puluh tiga tahun. Orang yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Martabat yang paling tinggi menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan pelbagai ibadat sepanjang malam, seperti solat sunat, membaca Al-Quran dan berdo'a.
Martabat pertengahan menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan menghidup separuh malam dengan pelbagai ibadat.
Martabat yang paling rendah menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan solat Isyak berjamaah, dan azam hendak solat Subuh berjamaah.
Fadhilat malam Lailatul-Qadar tidak tertentu pada mereka yamg mengetahuinya tetapi hasil fadhilat malam Lailatul-Qadar bagi mereka yang menghidupkannya walaupun mereka itu tidak mengetahui malam itu malam Lailatul-Qadar.
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR,31 Julai - Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin(foto) sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu. Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan. Lajim pada Sabtu lepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta. Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai anggota UMNO. Lajim yang umumkan peletakan jawatannya dilaporkan menyerahkan kepada PM Najib Razakuntuk tentukan kedudukannya sebagaiTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Najib kemudian pada satu majlis di Pekan dilaporkan berkata kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri akan diputuskanIsnin. Lajim, 57, dipilih ke Parlimen pada pilihan raya umum 2008 menggantikan penyandang kerusi Beaufort, Azizah Mohd Dun selepas menewaskan Lajim Md Yusof (PKR), dengan majoriti 10,914 undi. Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan pada tahun 2008 sebelum ditukarkan portfolio Timbalan Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan (2009).
[Satu keputusan yang memang sudah dijangka sebenarnya, malah ia amat dinanti-nantikan oleh Lajim Ukin sendiri. Apapun yang terjadi tindakan Lajim dan Bumburing mahu bersama Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang sungguh menggusarkan UMNO BN terutamanya di Sabah. Walau pun selama ini pemimpin UMNO mengutuk dan mengatakan hasrat Anwar untuk membawa wakil rakyat BN bersama pakatan hanyalah omongan kosong semata-mata termasuk insiden "16 September" dulu, namun kini ia bagai mengesahkan lagi cerita tersebut. Walau pun baru dua orang berbuat demikian namun ia sudah pasti tamparan yang cukup hebat buat Najib untuk mengekalkan kuasa beliau di Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Tindakan Lajim dan Bumburing ini memang amat berat untuk diterima mereka, walau pun masing-masing mengatakan tidak memberi impak besar tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Rakyat Sabah kini sudah jemu dan muak dengan janji manis BN sejak sekian lama].
Tanggal 31 Ogos 2012 ini maka genaplah tiga tahun Pahang Daily Online (PDO) mewarnai persada media baru. Selepas mengharungi berbagai rintangan dan keperitan kini nama PDO sudah boleh berdiri gagah dan megah seantero dunia, malah paling membanggakan blog ini telah dikunjungan oleh pelawat dari 138 negara seluruh dunia sejak tiga tahun yang lalu. Selaras dengan itu maka PDO amatlah memerlukan dana bagi menggerakkan lagi operasi blog ini agak ia lebih mantap dan terkini. Ramai yang tidak mengetahui mutakhir ini PDO tidak mendapat sebarang tajaan dan peruntukkan daripada mana-mana pihak secara berkala (bulanan), hatta daripada parti pembangkang sekali pun. Namun konsep perjuangan rakyat terus diutamakan bagi memberi maklumat kepada semua pihak. Walau pun krew-krew PDO bergerak tanpa gaji, elaun dan sebagainya namun blog ini masih dapat terus bertahan sehingga ke hari ini. Hanya semangat sahaja yang menyebabkan PDO terus berdiri. Dengan hasrat untuk menyedarkan rakyat tentang perlunya mereka melakukan perubahan bagi menjalani kehidupan yang lebih selesa dan terjamin pada masa akan datang. PDO akan terus kekal sebagai blog yang bebas dan berani selaras dengan hasrat semua pihak. Bagi mengorak langkah akan datang, PDO amatlah berharap mana-mana pihak tidak kira individu, syarikat atau NGO yang berkemampuan untuk menyumbangkan dana kepada blog ini. Tanpa dana yang mencukupi, PDO gagal menghantar krew bertugas untuk ke lokasi tertentu untuk mendapatkan isu berkaitan.
Oleh itu, PDO mempelawa mana-mana pihak yang prihatin dan simpati untuk menghulurkan sumbangan berkala semaksima RM10 sebulan ke Tabung Dana Pahang Daily Online (PDO). Jika ada 100 atau 1,000 pembaca menyumbang RM10 sebulan, maka berbagai aktiviti boleh dilaksanakan oleh PDO selepas ini. Sudah tiba masanya pembaca budiman dengan ikhlas membantu demi perjuangan seterusnya. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 06-10000-1938-208 atas nama Eksekutif Pengiklanan kami (Mohd Shukri Mohd Ramli). Kepada yang berminat untuk menyumbang dan menaja blog ini sila berhubung di talian 012-3854400 untuk perbincangan lanjut. Perhatian dan kerjasama semua pihak amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga Allah juga yang dapat membalasnya.
KUANTAN, 31 Julai - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob digesa mempertimbangkan pemberian bonus raya tambahan kepada kakitangan awam di negeri Pahang menjelang Aidil Fitri tidak lama lagi. Ini bagi membolehkan mereka membuat persiapan raya secara lebih baik lagi dari tahun-tahun sebelumnya. Walau pun kerajaan pusat sudah berbuat demikian seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, namun bagi mereka yang mempunyai keluarga besar dengan anak yang ramai pemberian setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam itu tidak memadai sebenarnya. Kebanyakan daripada mereka hairan, kenapa negeri Pahang ditadbir oleh UMNO BN tetapi jarang sekali kerajaan negeri dapat berbuat demikian melainkan hanya mengharapkan bonus yang dihulurkan oleh kerajaan pusat semata-mata. "Sudah lama kami mengharapkan keperihatinan kerajaan ini.. namun ternyata hampa... sedangkan rakan-rakan kami di negeri pembangkang seperti Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor menikmatinya. Kami tidak kisah jika negeri BN berbuat demikian... tapi bila pembangkang mampu berikan bonus tambahan.. maka ia bermakna kerajaan negeri di bawah pembangkan lebih prihatin dan menjaga kebajikan kakitangannya", kata seorang penjawat awam. Sementara itu menurut seorang kakitangan awam yang bertugas di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pahang berkata kerajaan negeri seharusnya mengambiberat masalah yang ditanggung oleh kakitangannya yang telah banyak menyumbangkan jasa membangunkan negeri ini. "Kenapa kerajaan boleh beri kemewahan kepada beberapa kerat individu tetapi tidak berani beri kebajikan kepada ribuan kakitangan awam. Bila pembangkang tuduh kerajaan negeri muflis, bukan main lagi mereka melenting.. tetapi yang sebenarnya itulah hakikat yang berlaku. Banyak wang yang sepatutnya masuk ke kantung kerajaan tidak dilakukan secara betul (tiris).. ini menyebabkan kerajaan negeri senantiasa bermasalah dengan kewangan.. maka itulah tidak hairan mereka gagal beri bonus tambahan", tambahnya.
Kakitangan awam negeri pembangkan dapat bonus tambahan tetapi negeri Pahang yang banyak hasil kerajaan tidak mampu laksanakan
Paling menarik sebahagian besar dari mereka berkata lebih baik berada di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang daripada BN. "Di Pulau Pinang bukan sahaja kakitangan negeri dapat bonus raya, malahan guru-guru agama yang mengajar di Kelas Al-Quran & Fardhu Ain (KAFA) pun dapat.. Pahang apa dapat... dapat tengok jer lar.. rasanya eloklah kakitangan awam Pahang buat perubahan pada PRU13 ini nanti. Kita undi pembangkang dan tengok apa yang berlaku... Jika tidak pasti selamanya kita akan begini.. hasil mahsul kerajaan dirompak sesuka hati oleh mereka yang berkepentingan.. cukai dan premiun gagal dibayar secara betul.. inilah punca kerajaan tak berduit. Elok kita tukar agar masa depan kita lebih terbela", kata mereka lagi.
[Sememangnya apa yang diluahkan oleh kakitangan awam di negeri Pahang ini ada kebenarannya. Negeri Pahang adalah sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi seperti emas, bijih besi, balak, pasir, tanah dan sebagainya. Namun, apa yang berlaku banyak premium yang sepatutnya dibayar oleh pihak yang mendapat lesen (Mining Certificate) dan membalak gagal memberi pulangan yang sepatutnya kepada kerajaan negeri. Malah ada sesetengah pelombong yang tidak membayar mengikut harga sepatutnya. Akhirnya apa yang berlaku mereka kaya raya menikmati hasil bumi Pahang tetapi kantung kerajaan negeri tipis akibat kegagalan menguatkuasakan undang-undang berkaitan. Malasah berlaku apabila kerajaan negeri meluluskan kawasan berkenaan kepada proksi, kroni atau ahli keluarga mereka. Begitu juga apabila banyak kawasan diluluskan kepada exco dan wakil rakyat BN. Mereka ini bukan sahaja gagal membayar premium mengikut undang-undang malahan ramai yang mengelak daripada berbuat demikian sebenarnya. Anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang juga banyak yang mengalami kerugian malah yang terus muflis. Inilah hakikat yang berlaku apabila sistem pentadbiran yang penuh dengan rasuah, korupsi dan penyelewengan dilakukan. Akhirnya tidak punyai wang yang cukup untuk menjaga kebajikan kakitangan awam yang telah banyak menyumbangkan jasa ke arah pembangunan negeri itu].
KUANTAN,30 Julai - Program edaran bubur lambuk anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Kuantan hari ini terganggu dengan sikap "ala samseng" beberapa orang kuat Pemuda UMNO bahagian itu. Dilaporkan insiden yang tidak diingini itu berlaku di persimpangan lampu isyarat hadapan Pasaraya Pantai Selamat, Jalan Teluk Sisek petang tadi. Bukan setakat menghalang, mereka juga tidak membenarkan pihak terbabit memacakkan bendera PKR di sepanjang persimpangan lampu isyarat di situ. Difahamkan aktiviti edaran bubur lambuk yang dijalankan oleh PKR Kuantan itu dipercayai sudah masuk hari ke lapan Ramadhan dan tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di lokasi lain sebelum ini iaitu di persimpangan lampu isyarat dihadapan pejabat PKR Kuantan Jalan Beserah, persimpangan Megamall Jalan Tun Ismail dan juga lokasi lain. Cuma, edaran yang dilakukan ketika lampu isyarat merah di persimpangan Pantai Selamat tiba-tiba gangguan berlaku. Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kuantan (AMK), Kamarul Hatta Mohamed Ali (foto)yang bertindak selaku penyelaras program itu berkata sebelum kejadian, sambutan yang diberikan oleh orang ramai yang lalu lalang disitu amat menggalakkan. "Kereta bunyikan hon, budak-budak motor juga bunyikan hon.. tiba-tiba tiga orang yang tidak dikenali yang diketuai oleh salah seorang dari mereka yang memperkenalkan diri sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Kuantan... meminta kami memberhentikan agihan bubur lambuk DEMI RAKYAT itu.. Dia bagi alasan supaya kami menghormati kawasan terbabit kerana dekat dengan kediaman Ketua UMNO Bahagian Kuantan dan ADUN Tanjung Lumpur iaitu Dato' Wan Adnan Wan Mamat. Saya cuba menjawab ... bahawa negara kita negara demokrasi ... kat mana-mana pun boleh buat kerja amal, seperti dalam Parlimen Kuantan. Kami kemudian cuba agihkan baki bubur lambuk terbabit dengan dipantau oleh mereka", kata Hatta lagi.
400 bekas bubur lambuk sedang disiapkan untuk edaran setiap hari Kamarul Hatta Ali, Mr.Sim Chon Siang dan lain-lain petugas terbabit
Beliau yang juga merupakan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Chegubard itu turut menegaskan pihak terbabit disyaki berbuat demikian atas arahan Dato' Wan Adnan sendiri kerana sebelum itu beliau dipercayai turut menyaksikan aktiviti kami di situ. "Dek kerana masih tidak berpuas hati akhirnya ketiga-tiga individu terbabit pergi pula menghampiri Mr.Sim Chon Siang (Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh) dengan berkata... orang Cina jangan masuk campur dalam urusan Melayu. Malah mereka kemudian mengarahkan Sim delete beberapa rakaman foto yang diambil ketika mereka menghampiri saya sebelum itu", kata Hatta lagi. Menurut Hatta, agihan bubur lambuk itu melibatkan enam orang pimpinan PKR Kuantan serta dibantu oleh Sukarelawan Asal BukanUMNO (ABU).
[Sebagai sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini, perkara sebegini tidak wajar berlaku sebenarnya. Hak dan kebebasan untuk mana-mana parti politik berdaftar menjalankan aktivi mereka tidak perlu dipertikaikan, apatah lagi untuk kerja-kerja amal seperti ini. Namun, mungkin dek kerana takut hilang sokongan rakyat dan gusar mereka akan terus memilih Pakatan Rakyat untuk kekal berkuasa di Parlimen Kuantan dan seterusnya merampas DUN yang berkenaan inilah yang terjadi akhirnya. Tidak perlu ada provokasi dalam aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat seperti ini, lainlah kalau mereka ini berceramah tanpa permit di lokasi berkenaan. Jika edaran bubur lambuk seperti ini pun dihalang, maka akhirnya rakyat terutamanya atas pagar pasti akan terus membenci UMNO Barisan Nasional. Mereka pasti akan menolak parti yang jumud seperti ini pada PRU-13 nanti. Justeru, berhati-hatilah dalam membuat sesuatu tindakan yang boleh memalukan diri sendiri dan parti secara amnya. UMNO sepatutnya mengadakan program yang sama, dimana-mana lokasi PKR adakan program seperti ini. Itu lebih terbaik dari menghalang pihak lain berbuat demikian. Suburkanlah amalan demokrasi].
Semakin sabar kita menghadapi dugaan Ramadhan semakin menjadi-jadi pula komen dan kritikan berkenaan Negara Islam dan Hukum Hudud. Ia bermula apabila Ketua Dewan Pemuda PAS menegaskan kembali perjuangan dan pendirian PAS apabila berdebat dengan wakil Umno sebelum Ramadhan lalu.
Rupanya penegasan itu berdesing di telinga Karpal Singh, Pengerusi DAP sehingga beliau bangkit mengulangi pendiriannya yang memang jelas sebelum ini bahawa Negara Islam dan Hudud tidak ada tempat di Malaysia yang berbilang kaum.
Saya kira setelah Mursyidul Am PAS membuat penjelasan sebagaimana saya ulas dalam posting sebelum ini, isu ini reda, rupanya tidak.
Desingan di telinga Karpal terus riuh, mengakibatkan beliau perlu bangkit lagi menyerang Ustaz Nasaruddin Tantawi. Dalam NST hari ini beliau dipetik sebagai berkata:
"I must warn this political upstart to mind his language. No one, no party (and) no organisation can claim to have monopoly of God," Karpal said.
Saya mesti memberi amaran kepada ahli politik setahun jagung ini agar menjaga mulutnya. Tidak ada satu parti atau organisasi yang boleh mendakwa bahawa mereka memonopoli Tuhan
Kelihatan komen-komen Karpal ini semakin hamper menyinggung hati dan perasaan umat Islam dan beliau harus berhati-hati. Beliau dalam kenyataannya di NST menyatakan bahwa kononnya kenyataan Nasaruddin akan mengakibatkan Pakatan Rakyat nanti kehilangan undi, tapi dalam waktu yang sama beliau tidak sedar serangan terbuka seumpama ini terkena atas batang hidup setiap individu Muslim dan ia boleh mengakibatkan sokongan orang Melayu Islam turut terjejas.
Nasaruddin dalam kenyataannya sebelum ini menyatakan sesiapa yang menolak Hukum Hudud adalah "kufur" atau dalam isitlah Inggerisnya "non-believer". Saya yakin rujukannya adalah kepada orang Islam. Malah beliau berkata wajarlah Karpal menolak Hudud kerana beliau "non believer'.
Dan memang diakui bahawa sesiapa yang bukan Islam adalah "non believer" sebagaimana orang yang tidak Kristian bagi orang Krisitian adalah "non believer" dan orang yang tidak Sikh bagi orang Sikh adalah "non believer". Apa amasalahnya dan kenapa harus Karpal mahu cari masalah?
Kerana itu orang Islam percaya sebagaimana diajar di dalam al Quran dalam surah al Kafirun:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
Say : O ye that reject Faith! [1] I worship not that which ye worship, [2] Nor will ye worship that which I worship. [3] And I will not worship that which ye have been wont to worship, [4] Nor will ye worship that which I worship. [5] To you be your Way, and to me mine. (terjemahan Yusuf Ali)
Janganlah ditarik-tarik lagi isu ini melainkan memang kita mahu cari masalah. Samada Karpal akan senyap atau terus mengaum, saya tidak pasti tetapi jika isu ini berterusan yang akan rugi bukan hanya Pakatan Rakyat malah PAS sekali.
PAS sudah menyatakan bahawa ia akan terus menegakkan perjuangannya sebagaimana termaktub dalam dasar perjuangannya iaitu menegakkan Islam.Karpal berkawan dengan PAS, maka hormatilah dasar parti kawan sendiri.
Monday, July 30, 2012 Panas: Memalukan, 'Pemuda UMNO' Ganggu PKR Kuantan Buat 'Kerja Amal' Edar Bubur Lambuk !! KUANTAN, 30 Julai - Program edaran bubur lambuk anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Kuantan hari ini terganggu dengan sikap "ala samseng" beberapa orang kuat Pemuda UMNO bahagian itu. Dilaporkan insiden yang tidak diingini itu berlaku di persimpangan lampu isyarat hadapan Pasaraya Pantai Selamat, Jalan Teluk Sisek petang tadi. Bukan setakat menghalang, mereka juga tidak membenarkan pihak terbabit memacakkan bendera PKR di sepanjang persimpangan lampu isyarat di situ. Difahamkan aktiviti edaran bubur lambuk yang dijalankan oleh PKR Kuantan itu dipercayai sudah masuk hari ke lapan Ramadhan dan tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di lokasi lain sebelum ini iaitu di persimpangan lampu isyarat dihadapan pejabat PKR Kuantan Jalan Beserah, persimpangan Megamall Jalan Tun Ismail dan juga lokasi lain. Cuma, edaran yang dilakukan ketika lampu isyarat merah di persimpangan Pantai Selamat tiba-tiba gangguan berlaku. Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kuantan (AMK), Kamarul Hatta Mohamed Ali (foto) yang bertindak selaku penyelaras program itu berkata sebelum kejadian, sambutan yang diberikan oleh orang ramai yang lalu lalang disitu amat menggalakkan. "Kereta bunyikan hon, budak-budak motor juga bunyikan hon.. tiba-tiba tiga orang yang tidak dikenali yang diketuai oleh salah seorang dari mereka yang memperkenalkan diri sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Kuantan... meminta kami memberhentikan agihan bubur lambuk DEMI RAKYAT itu.. Dia bagi alasan supaya kami menghormati kawasan terbabit kerana dekat dengan kediaman Ketua UMNO Bahagian Kuantan dan ADUN Tanjung Lumpur iaitu Dato' Wan Adnan Wan Mamat. Saya cuba menjawab ... bahawa negara kita negara demokrasi ... kat mana-mana pun boleh buat kerja amal, seperti dalam Parlimen Kuantan. Kami kemudian cuba agihkan baki bubur lambuk terbabit dengan dipantau oleh mereka", kata Hatta lagi.
400 bekas bubur lambuk sedang disiapkan untuk edaran setiap hari
Kamarul Hatta Ali, Mr.Sim Chon Siang dan lain-lain petugas terbabit Beliau yang juga merupakan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Chegubard itu turut menegaskan pihak terbabit disyaki berbuat demikian atas arahan Dato' Wan Adnan sendiri kerana sebelum itu beliau dipercayai turut menyaksikan aktiviti kami di situ. "Dek kerana masih tidak berpuas hati akhirnya ketiga-tiga individu terbabit pergi pula menghampiri Mr.Sim Chon Siang (Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh) dengan berkata... orang Cina jangan masuk campur dalam urusan Melayu. Malah mereka kemudian mengarahkan Sim delete beberapa rakaman foto yang diambil ketika mereka menghampiri saya sebelum itu", kata Hatta lagi. Menurut Hatta, agihan bubur lambuk itu melibatkan enam orang pimpinan PKR Kuantan serta dibantu oleh Sukarelawan Asal Bukan UMNO (ABU).
Boleh dikatakan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan parlimen di Kelantan sudah bertuan atau sudah ada sang pemilik. Baik dipihak Pas maupun Umno sudah ada calon masing-masing. Tapisan nama-nama calon di peringkat akhir sudah dibuat dan berada dalam tangan ketua parti masing-masing. Bagi Pas ia tergenggam erat ditangan Nik Abdul Aziz Nik Mat, manakala Umno pula tergenggam erat ditangan Mustapa Mohamed.
Sesiapa yang boleh 'menyekah' tangan kedua orang ini mereka akan dapat mengetahui apakah nama mereka ditanda (right) atau pun dipangkah. Nama-nama calon yang sudah ada dalam genggaman Nik Aziz sukar untuk diketahui. Sebagai pemegang amanah beliau tidak akan berkongsi maklumat dengan sesiapa. Sukar untuk Nik Aziz membuka mulut dan semuanya menjadi rahsia beliau seorang.
Mustapa Mohamed
Kedudukan anaknya, Nik Mohamad Abduh sendiri tidak diceritakan kepada sesiapa. Apakah timbalan Dewan Pemuda Pas Pusat itu bertanding atau tidak belum dapat dipastikan. Tanya berapa kali pun beliau tidak akan membuka mulut. Tetapi saya pasti kali ini Nik Abduh akan turun gelanggang.
Berlainan dengan Mustapa. Beliau agak bertolak ansur dan terbuka mengenai calon. Walaupun sesetengahnya sudah dikenal pasti tetapi berubah kembali. Mustapa juga tidak lokek untuk berbincang dan bertanya pihak-pihak tertentu mengenai calon yang dikemukakan kepadanya. Ini menjelaskan Mustapa tidak ada 'kunci' khas untuk memuktamad calon-calon. Bahkan yang pernah dikunci pun ada yang terbuka dan terlepas balik.
Makanya walaupun nama-nama calon Umno sudah ada dalam kocek Mustapa, tidak bermakna nama-nama itu sudah muktamad. Masih dalam penilaian dan semakan terakhir. Semakan secara menyeluruh bukan saja mengenai latar belakang diri, tetapi latar belakang keluarga dan 'sain sobat' juga. Ini dirasakan kerana nama-nama ini masih bertukar ganti di peringkat akhir.
Pertukaran ini menyebabkan bakal-bakal calon jadi tidur tidak lena, makan tidak kenyang. Sekali berhajat untuk ke kedai gambar untuk pukul gambar buat poster calon, sekali tangguh dulu. Begitu juga yang terpaksa menanggung biaya sendiri sudah pun ada bayangan untuk mengadai tanah atau harta untuk dijadikan belanja pilihan raya.
Dalam Umno berbeza, mereka yang merasa akan jadi calon sudah membayangkan berapa banyak yang akan mereka perolehi sekiranya menjadi calon. Mereka akan membungkus wang berkenaan. Sebab itu dalam Umno kalau kalah bertanding tidak mengapa kerana wang imbuhan pasti dapat. Dalam Umno pilihan itu dianggap sebagai perdagangan yang tidak perlu mengeluarkan modal. Perangailah antara punca kenapa berlaku perebutan.
Berbalik kepada mauduk awal tadi hari ini lobi melobi masih berterusan di kalangan mereka berhajat untuk jadi calon. Lobi melobi ini bukan saja setakat bahagian, negeri tetapi yang langkah panjang sedikit sanggup melangkah ke Putrajaya atau pun mengikut ke mana perdana menteri pergi, sampai PM yang mempunyai berbagai masalah itu pun naik pening untuk melayan mereka yang tergila hendak bertanding. Pantang kalau Najib Razak atau Muhyuddin Yassin ajak berbuka puasa mereka akan 'berungga' ke rumah presiden dan timbalan presiden itu sanggup tinggal anak isteri atau penyokong di kawasan. Yang penting kena tunjukkan muka kepada pemimpin dulu.
Bercakap hal ini bagi Umno ada beberapa kawasan di Kelantan nampak gawat berhubung pemilihan calon ini. Bagaimana Mustapa tidak pening... kalau sampai enam orang nama dicadangkan untuk satu-satu kerusi. Bayangkan yang akan dipilih hanya seorang. Masing-masing mengaku dan merasa layak dan boleh bawa kemenangan kepada parti. Yang 'merohakkan' Mustapa beliau tidak boleh membuat keputusan. Walaupun ada kuasa prerogetif sebagai ketua perhubungan tetapi jarang keputusan itu dihormati.
Pernah berlaku sebelum ini nama yang diputuskan oleh Pengerusi Perhubungan kemudian dipotong atau dibatalkan disaat-saat akhir. Implikasinya menyebabkan berlakulah "berkucar wak yah" di dalam parti itu akhirnya membawa kekalahan. Umno di Kelantan bukan lemah dan lawannya Pas bukan kuat. Tetapi kelemahan yang ada kepada Umno ialah ahli tidak dapat menerima dan akur kepada keputusan pucuk pimpinan dan sikap cah keting sesama sendiri terus menjadi kongkalikong politik. Masalah atau budaya inilah menyebabkan Umno kalah.
Sekiranya Umno akur, tenang dan menerima keputusan parti dengan redha, barang kali sukar juga untuk Pas merangkul banyak kerusi dan menang secara berterusan sebanyak empat penggal. Kalau budaya cah keting dan kongkalikong politik itu dibuang Umno tidak mustahil berpeluang untuk membentuk kerajaan di Kelantan.
Salah satu kawasan yang dikatakan bermasalah dan memeningkan kepala Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan hari ini ialah Kuala Krai. Nama calon untuk kerusi parlimen ini sudah pun ada, tetapi Mustapa sendiri tidak dapat memuktamadkan siapa sebenarnya berhak. Perang untuk menaikkan calon masing-masing berlangsung hangat di Kuala Krai. Keadaan dikatakan parah apabila ada pelobi sanggup memburukkan pihak pesaingnya dengan menaikkan sepanduk dan banner memberi gambaran buruk kepada calon tertentu.
Ada tiga nama yang disebut-sebut atau merasakan mereka layak untuk mewakili Kuala Krai, mereka; ketua bahagian Kuala Krai Ramzi Abdul Rahman, bekas calon di pilihan raya kecil Manik Urai, Tuan Aziz Tuan dan seorang ahli akademik Dr Junaidy Abu Bakar. Tuan Aziz merupakan ketua pemuda manakala Junaidy tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno Kuala Krai. Khabarnya kehadirannya di Kuala Krai adalah atas kehendak atasan.
Ramzi (kanan) dan Junaidy kedua berpotensi untuk jadi calon Parlimen Kuala Krai.
Kalau mengikut hierarki Ramzi dan Tuan Aziz memang layak kerana mereka adalah pemimpin peringkat bahagian. Tetapi sekiranya formula winnable candidate seperti mana disarankan Najib ternyata Dr Junaidy mengatasi kedua calon berkenaan berdasarkan kepada latar belakang pendidikan serta pengalaman dalam pentadbiran. Dan apabila beliau dihantar dari Kuala Lumpur sepatutnya Ramzi dan Tuan Aziz akur dengan order berkenaan.
Lagipun tidak ada kemunasabahan untuk Ramzi beralih ke parlimen sebab kalau bertanding di Dun Dabong pun beliau kalah. Macam mana beliau boleh menguasai parlimen yang kawasannya lebih luas dari Dabong. Secara logiknya peluang untuk beliau menang di parlimen lebih sukar. Tetapi inilah yang selalu berlaku terhadap orang politik tetap merasakan kuat walaupun sudah bertongkat.
Begitu juga dengan Tuan Aziz. Kalau dalam pilihan raya kecil pun boleh kalah di mana pilihan raya kecil selalunya berpihak kepada BN, apa pula dengan pilihan raya umum. Kerusi parlimen Kuala Krai tentulah lebih sulit dari kerusi Manik Urai. Jika diukur baju kepada badan sendiri, baik Ramzi dan Tuan Aziz elok bertanding (return) di kerusi masing-masing, Ramzi di Dabong, Tuan Aziz di Manik Urai.
Manakala ada 'kuliha' kalau Dr Junaidy berhajat untuk mencuba kerusi parlimen Kuala Krai. Kedudukan sebagai anak jati Kuala Krai sudah tentu sedikit sebanyak dapat mengaut simpati dari undi anak beranaknya. Junaidy dikatakan mempunyai keluarga besar dan hubungan dengan pelbagai komuniti di Kuala Krai juga baik termasuk dengan orang Pas. Khabarnya orang yang menjadi pembawa jalan untuk beliau memasuki kawasan hari ini adalah orang Pas yang ada hubungan darah daging dengannya.
Selain itu beliau juga ada rangkaian politiknya sendiri kerana abangnya pernah menjadi ketua pemuda Kuala Krai selama dua penggal. Sudah pasti rangkaian dan pengaruh abangnya boleh dipergunakan.
Modal paling besar yang ada kepadanya ialah latar belakang pendidikannya serta pengalaman berkhidmat dalam kerajaan. Kini dia merupakan Timbalan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI) Tanjung Malim. Sebelum ini seorang diplomatik. Beliau menjadi Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Malaysia di Indonesia. Pernah juga berkhidmat di beberapa buah syarikat GLC termasuk Proton.
Kalau diukur dari segi pengalaman, pendidikan serta track rekod dalam perkhidmatan Junaidy jauh ke depan berbanding dengan Ramzi dan Tuan Aziz. Memang kena kalau Umno membawa pulang Junaidy ke Kuala Krai atas kapasiti sebagai calon berkelayakan.
Persoalan kini sejauh manakah winnable candidate boleh diterima dalam Umno Kuala Krai? Tampaknya ia bukan senang. Hari ini pun bila Junaidy dikatakan sudah mulai bergerak dengan mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dalam bidang pendidikan dan mendapat sambutan beliau sudah mulai diserang hendap dari belakang oleh pihak-pihak tertentu.
Ciri-ciri yang terserlah di Kuala Krai ini penentangan terhadap agenda pucuk pimpinan sebeginilah menyukarkan Umno untuk menang. Seperti diakui kekalahan Umno bukan kerana Pas kuat, tetapi kekalahan Umno kerana kelemahan yang ada kepada parti itu. Tidak dapat menerima orang lebih baik dari kita sebagai calon dan berusaha untuk melemahkan juga termasuk dalam ciri-ciri kelemahan itu yang boleh disifatkan Umno selalu menggali lubang untuk mengambus diri sendiri. [wm.kl.8:41 am 31/07/12]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
"Ni kat Banting, cikgu Razak meninggal dunia pagi tadi..." sayup kedengaran suarah abah Suhaib di hujung telefon.
"Inna lillahi wainna ilaihi rojiuuun..." segera berita duka itu ku kongsikan kepada beberapa orang teman-teman di GMI. Sebaik saja tiba di rumah, aku terus menggeledah fail dan album gambar lama.... sekadar ingin mengimbas kembali wajah sebenar bekas tahanan ISA Abd Razak Baharuddin yang baru meninggal dunia pagi tadi...namun hampa akhirnya kerana tiada sekeping gambar pun yang tinggal untuk dijadikan tatapan bersama.....
Allahyarham cikgu Razak ditahan di bawah ISA pada Disember 2001. Ketika itu, beliau adalah seorang guru besar di sebuah sekolah di daerah Banting. Tuduhan sebagai tahanan ISA "Jemaah Islamiyyah" atau "JI" ketika itu memang terlalu pahit untuk di telan. Walaupun pada sikap dan wajahnya , beliau adalah seorang yang sentiasa menitik beratkan amalan Islam dan amat di senangi oleh penduduk setempat, namun tuduhan ahli "JI" @ "pengganas Islam" yang di sebarkan oleh akhbar akhbar arus perdana ketika itu, telah meranap dan menghancurkan terus imej soleh yang ada pada arwah Cikgu Razak....
Arwah di bebaskan pada tahun 2004 kerana sakit kencing manis, darah tinggi dan gout yang di deritainya. Namun, sebelum itu, beliau sempat mengambil Habeas Corpus pada 2003 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ...namun, permohonan pembebasan itu telah di tolak oleh mahkamah.
Abah Suhaib adalah antara orang yang amat terkesan dengan pemergian Cikgu Razak.Mana tidaknya.... Sepanjang hampir 3 tahun mereka menghuni blok yang sama di Kem kamunting, Cikgu Razak adalah individu yang amat di senangi oleh semua tahanan ISA ketika itu kerana kerajinannya menyantuni teman tahanan yang lain, terutama dalam membimbing mereka membaca dan menyemak bacaan Al Quran.
Cikgu Razak ketika menjadi tahanan ISA dan selepas di bebaskan, tidak pernah sekali pun di dakwa kesalahannaya di mana-mana mahkamah. Namun arwah terpaksa akur menjalani kehidupan dengan maruah yang tercalar dan kehilangan pendapatan tetap serta pencen dari tugasnya sebagai seorang guru.Kematian beliau telah menoktahkan penderitaan dan penyiksaan di hadapi , berpunca dari kezaliman ISA.
Moga Allah ampuni segala dosa beliau dan di kumpulkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh...serta digantikan segala kesusahan sewaktu dizalimi ISA dengan sesuatu yang lebih baik di alam barunya kini dan akhirat sana.
Al Faatihah.....
You are subscribed to email updates from Merah Hitam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
ini Ramadhan ke 40 untuk aku tetapi aku mula berpuasa ketika berumur 9 tahun. tiada upah gula-gula atau duit raya dari abah. ini kerana abah tidak pernah menekankan sangat ibadah ini kepada aku.apabila tak larat aku berbuka, abah dengan mak tak marah/ tetapi seperti Melayu yang lain, puasa adalah ibadah kegemaran. ketika bujang dan bekerja sebagai mekanik aku sangat kuat berpuasa kerana pada pemikiran aku ketika itu aku harus menunjukkan kepada kawan-kawan sekerjaku yang ke semuanya bukan Islam yang aku sangat kuat. Ramadhan ketika sudah berkeluarga adalah sangat mengesankan jiwa sentimental aku. hari ini aku duduk bersama an-nur dan mengimbas Ramadhan yang telah dilalui. saat kami berempat beranak mengais dan mengutip rintik-rintik rezeki. saat aku yang kudrat tidak lasak ini kuperah demi anak isteriku. sham jual mi sup sementara aku memerah tebu dengan mesin yang diberi pinjam oleh seorang insan yang aku sendiri tidak kenal selama sebulan ia percuma. saat sham pergi menjual kuih raya di bukit dokong dan aku menjaga anak. ke hulu ke hilir aku bawa annisa dan annur di dalam kereta. aku takkan lupa pada suatu malam hujan lebat bersama annisa dan annur di dalam kereta proton tua bocor atap tiada air cond menjemput sham pulang dari berniaga. malam yang aku nyanyikan kuat-kuat lagu cinta kepada anak-anak ini. saat kedua-dua anakku masuk wad dan hanya keluar tiga hari sebelum Raya. Bisnis kami dijaga oleh pembantu dari Indonesia dengan jujurnya... Irwan Aku Skizo di twitter mengucapkan selamat kepadaku dan mendoakan kesabaranku apabila hanya raya tigaberanak sahaja tahun ini, Insyaallah! inilah perjalanan... aku semakin mengerti...
You are subscribed to email updates from ronasina To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan