Selasa, 31 Julai 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


www.telokkemang.blogspot.com/

Posted: 31 Jul 2012 07:23 AM PDT

www.telokkemang.blogspot.com/


Sumbangan Ramadhan Parlimen Telok Kemang

Posted: 30 Jul 2012 07:09 PM PDT

Ramadhan adalah bulan yang mulia yang mana kita digalakkan untuk bersedekah dan memberikan sumbangan. Maka seperti tahun-tahun yang sudah, Parlimen Telok Kemang menggerakkan usaha kerja sumbangan Ramadhan kepada golongan yang memerlukan.

Terima kasih buah penyumbang-penyumbang yang dermawan. Mudah-mudahan dengan usaha kita ini dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati Ramadhan yang mulia ini dengan lebih selesa.

Marilah kita bersama meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita terhadap Allah SWT. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa Ramadhan dengan penuh keinsafan dan memohon keampunan daripadaNYA.





Lawatan Kerja Jentera Parlimen Telok Kemang ke Kedah

Posted: 30 Jul 2012 07:01 PM PDT

Lawatan kerja dibuat bagi memantapkan jentera dengan pengalaman Pakatan Rakyat Kedah & Keadilan Kedah menguruskan kemenangan rakyat.

Taklimat telah diberikan oleh YB. Dato' Johari Abdul - MP Sungai Petani. Banyak perkongsian yang telah diberikan oleh YB. Sungai Petani kepada deligasi dari Telok Kemang yang hadir.

Semoga usaha kita untuk membawa kemenangan rakyat di N. Sembilan berhasil, insyallah. Sikap disiplin serta istiqamah dalam perjuangan akan membawa kepada kemenangan Pakatan Rakyat khususnya Keadilan di N. Sembilan.



Kenyataan Media-SEKOLAH MENENGAH AGAMA KEMBALIKAN SUMBANGAN ORANG RAMAI

Posted: 30 Jul 2012 06:51 PM PDT

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG
27 JULAI 2012
SEKOLAH MENENGAH AGAMA KEMBALIKAN SUMBANGAN ORANG RAMAI
                Pada 2 bulan yang lepas, saya selaku Ahli Parlimen Telok Kemang melalui Pejabat Khidmat Rakyat saya telah menyampaikan sumbangan sebanyak 7 buah papan tulis/'whiteboard' untuk menggantikan papan hitam yang sedia ada di 7 bilik darjah dan dipasang di Sekolah Menengah Agama Chuah, Port Dickson dan diterima baik oleh pihak sekolah. Ini merupakan sumbangan orang ramai yang telah diamanahkan kepada saya untuk disampaikan kepada institusi pendidikan atau mana-mana pihak yang memerlukan.
Saya kecewa dan kesal apabila mendapat makluman bahawa 7 buah papan tulis/'whiteboard' tersebut telah dibuka dan dialihkan ke suatu tempat tanpa dimaklumkan kepada Pejabat Parlimen Telok Kemang sedangkan sumbangan tersebut merupakan amanah orang ramai.
                Justeru saya memohon agar pihak Pengetua sekolah tersebut, Ustaz Zaki bertanggungjawab atas pembukaan dan pengalihan papan putih/'whiteboard' tersebut. Ini tidak sewajarnya berlaku kerana pihak pengetua sekolah yang pada awalnya mengalu-alukan sumbangan dan menerima sumbangan papan putih tersebut. Perkara ini harus menjadi tanggungjawab penuh pihak pengetua kerana sumbangan yang diberikan oleh  orang ramai merupakan suatu amanah yang tidak boleh diambil ringan.
Bulan Ramadhan adalah bulan mulia yang mana menjadi medan buat umat Islam meningkatkan amal ibadah dan juga sedekah. Banyak sumbangan orang ramai terhadap golongan yang memerlukan telah disalurkan melalui pelbagai saluran termasuk melalui Pejabat Parlimen. Sewajar kita tidak mensia-siakan dengan mudah sumbangan rakyat dan orang ramai apatah lagi ketika dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak.
YB. Dato' Kamarul Baharin Abbas
Ahli Parlimen Telok Kemang

MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 31 Jul 2012 03:12 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Bila dia buat, dia cakap orang lain buat ~ Puad Zarkashi

Posted: 30 Jul 2012 07:10 PM PDT

Anwar Ibrahim

Posted: 30 Jul 2012 07:47 PM PDT

Anwar Ibrahim


Rakaman Angkatan Perubahan Sabah Di Tuaran 29/07/2012

Posted: 30 Jul 2012 04:28 PM PDT



Rakaman Pidato Dato Seri Anwar Ibrahim Di Beaufort Sabah 29/07/2012

Posted: 30 Jul 2012 01:32 PM PDT



Muhyiddin Datang Dan Nampak, Namun Tak Berdaya: Anwar Mementerai Perintah Baru Sabah

Posted: 30 Jul 2012 01:01 PM PDT

Malaysia Chronicle

Muhyiddin Yassin datang, dia nampak, namun tidak dapat melakukan apa-apa. Ini membuktikan kuatnya angin perubahan yang melanda negeri Sabah. Ia juga mencerminkan pengaruh parti Timbalan Perdana Menteri, iaitu Umno semakin berkurangan begitu juga Barisan Nasional yang diterajuinya.

Bosnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mampu mengulangi apa yang telah katakan oleh rakan-rakannya yang lain – bahawa keputusan untuk berhenti oleh 2 pemimpin kanan Sabah BN, Lajim Ukim dan Wilfrid Bumburing “telah dijangka” dan “tiada siapa yang lebih penting daripada parti”.

“Muhyiddin tidak mempunyai pengaruh langsung. Dahulu, sentiasa ada kemungkinan tawaran semula dan wang yang akan dibayar untuk mengubah fikiran sesiapa yang mahu keluar parti. Tetapi sekarang, tiada seorang pun yang peduli lagi. Kami menghabiskan satu hari suntuk bersama Lajim dan Wilfrid dan apa yang penting bagi mereka sekarang adalah bagaimana membentuk platform yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat Sabah bagi melakukan perubahan, “naib presiden PKR Tian Chua, yang menjadi ketua perunding berkata kepada Malaysia Chronicle.

Pakatan Rakyat – dimana PKR adalah salah satu ahlinya – telah berunding dengan Lajim dan Wilfrid untuk mengelakkan pertemuan berpenjuru dalam pilihan raya umum yang akan datang. Pakatan pembangkang menyokong inisiatif mereka untuk membentuk satu platform baru bagi pemimpin-pemimpin Sabah supaya bersatu dan berjuang untuk perubahan untuk mengubah keadaan mereka yang masih kedaifan.

“Saya mesti tegaskan bahawa ini bukanlah untuk membentuk sebuah parti politik yang baru. Ia adalah satu inisiatif untuk menyatu padukan kuasa politik di Sabah untuk memastikan perubahan akan berlaku. Jika kita tidak bersama menyelaras dan berjuang, kita tidak mungkin akan mencapai hasrat rakyat,” kata Tian.

Anwar yang menjadi penghubung

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu lewat malam Sabtu dan telah disambut oleh Lajim, menyangkal spekulasi liar bahawa kedua-dua pemimpin Sabah ini telah mengubah fikiran mereka dan Anwar yang ‘malu’ terpaksa mengambil penerbangan pulang. Laman web pro-pembangkang seperti Malaysia Chronicle telah menghadapi serangan siber bertubi-tubi dan juga berpanjangan.

Wilfrid, Ahli parlimen Tuaran, akan melancarkan gerakan “reformasi” pada 1 tengah hari, manakala Lajim, ahli parlimen Beaufort pula akan membuat pengumuman pada pukul 6 petang di kawasannya.

Bakal dikenali sebagai Barisan Reformasi Sabah, pergerakan baru ini akan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Jika ia berjaya, buat pertama kalinya ahli-ahli politik ini membuat keputusan yang mengutamakan kepentingan negeri melebihi kepentingan peribadi mereka.

Sementara itu, Anwar dan pemimpin Sabah sedang memberi sentuhan terakhir pada pakatan mereka. Mesyuarat mereka bermula pada pukul 9 pagi pada hari Ahad dan pada masa media bersidang, semuanya berjalan lancar.

Anwar yang berusia 64 tahun sering dipanggil “gam” yang melekatkan parti-parti pembangkang PKR, PAS dan DAP. Beliau bertanggungjawab untuk menyatukan parti-parti pembangkang untuk bertanding sebagai satu pasukan yang padu menentang BN-Umno dalam pilihan raya umum 2008.

Ia telah membuahkan hasil yang belum pernah disaksikan selama ini, memberikan Pembangkang kemenangan ke atas 5 daripada 13 buah negeri di negara ini dan mengakhiri monopoli jangka panjang BN ke atas dua pertiga kerusi di Parlimen.

Ia juga memberi kesempatan bagi rakyat Malaysia buat pertama kalinya untuk merasakan sistem politik ‘dua parti dan sama ada Pakatan Rakyat berjaya merampas kerajaan persekutuan pada masa yang akan datang, ramai yakin bahawa pengundi tidak akan memberi BN satu lagi peluang “dua pertiga” monopoli kerana khuatir ia mungkin akan mengharamkan persaingan dalam politik.

Anwar yang berkarisma dijangka mengulangi pencapaian yang sama seperti yang dicapai pada 2008 dan mementerai sejarah penting bagi Sabah dan selepas itu, Sarawak. Ini membuka peluang yang lebih besar bagi perubahan rejim yang pertama di Malaysia setelah 5 dekad.

Populariti Umno semakin menyusut

Dalam kes Lajim, ia adalah satu amaran bagi Najib, yang juga Presiden Umno. Pihak yang telah memerintah Malaysia selama 55 tahun dan cengkamam ke atas pengundi Melayu telah dirungkai sejak beberapa tahun yang lalu, dengan aduan terbesar pengundi adalah rasuah dan politik perkauman.

Penurunan sokongan didapati hasil tinjauan terbaru Merdeka Centre yang menunjukkan skor BN menjunam 6 peratusan kepada hanya 42% dalam penarafan populariti pada bulan Jun – yang paling rendah setakat ini. Penurunan sokongan majoritinya adalah dari responden Melayu.

Kini, dengan langkah terbaru Lajim tidak mungkin Najib boleh menolak untuk melakukan transformasi dalam parti dan gabungan terbaru ini telah mempercepatkan kematian mereka. Lajim bukan sahaja Timbalan Menteri perumahan dan kerajaan tempatan dalam Kabinet persekutuan, beliau adalah ahli Majlis Tertinggi Umno yang pertama untuk keluar parti.

Tidak lama lagi, Najib dijangka akan memecat Lajim dari Umno. Pemimpin Sabah ini masih lagi ahli biasa walaupun beliau telah melepaskan jawatan parti yang lain. Lajim juga akan dilucutkan dari jawatan timbalan menteri yang diberikan.

“Saya tidak terkejut dengan keputusan beliau. Dalam mana-mana keadaan pun tiada seorang pun lebih penting daripada parti dan kesetiaanlah yang diambil kira. Kita menerima hakikat bahawa terdapat perbezaan pendapat antara kita tetapi ini boleh diselesaikan melalui saluran yang betul dan kita lihat sama ada ia boleh dilakukan dengan cepat atau tidak. Namun begitu, sebagai sebuah parti yang berpengalaman, kita akan dapat mengatasi cabaran ini,” Bernama melaporkan kenyataan Najib.

Najib bakal batalkan pilihanraya September untuk halang perletakan jawatan lagi?

Semua sedang menanti sama ada Najib akan 'flip-flop' pada petunjuknya bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada bulan September untuk mengelakkan banyak lagi perletakan jawatan dari kalangan pemimpin-pemimpin BN yang tidak berpuas hati. Dia telah melakukan ini pada bulan Jun apabila khabar angin bahawa pilihan raya akan diadakan pada Julai bertiup kencang, disamping menawarkan peruntukan RM1.5 juta tambahan kepada ahli Parlimen BN tetapi umpan nampaknya tidak mengena.

Selain daripada Wilfrid dan Lajim, lebih ramai pemimpin BN bukan sahaja dari Sabah dan Sarawak tetapi juga dari Johor dan negeri-negeri lain sedang menunggu masa untuk meninggalkan BN. Ini disebabkan Umno yang terlalu mendominasi dan keengganan untuk meninggalkan amalan tradisi pecah dan pemerintahan kerajaan sekarang.

Rasuah, perkaum dan menakutkan orang dengan menggunakan agama telah menjadi amalan Umno dan ini membuatkan parti itu menjadi liabiliti kepada rakan-rakan gabungan. Pengundi, kecuali penyokong tegar Umno, menolak cara politik ketinggalan zaman, berbahaya dan “jahat” ini.

Pencabar Najib berkata sekarang “sudah terlambat” dan sekarang tiada siapa yang peduli sama ada pilihan raya umum ke-13 diadakan pada bulan September atau awal tahun depan. Kepada pemimpin-pemimpin Pakatan, kekalahan BN semakin pasti .

“Kami sebenarnya lebih suka PRU ke-13 diadakan pada tahun depan kerana ia memberikan kita lebih banyak masa untuk menghalusi isu-isu dengan rakyat. Kami mempunyai keyakinan bahawa rakyat Malaysia akan kekal bersama kami tanpa mengira gula-gula pilihan raya Najib yang mungkin akan diumumkan dalam Bajet 2013,” kata Tian.

“Saya yakin pengundi sudah matang, mereka tahu dia hanya membelanjakan wang demi mendapatkan undi tetapi bagi Lajim dan Wilfrid, situasi sebenar terlalu jelas. Najib tidak boleh berbohong untuk mengelaknya lagi. Semua orang tahu jika BN memerintah selama 5 tahun lagi, Malaysia akan bankrap, mereka akan lebih menderita dan ini adalah mengapa pemimpin Sabah seperti Lajim dan Ukim akhirnya mahu melakukan sesuatu yang betul.”

Kerajaan Negeri Rakam Takziah Kemangkatan Adinda DYMM Sultan Selangor

Posted: 30 Jul 2012 04:27 AM PDT

Kerajaan Selangor merakamkan takziah kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj serta kerabat Diraja Selangor atas kemangkatan adinda YAM Tengku Puteri Aishah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Kerajaan Negeri turut merasa sedih atas kehilangan ini dan menyeru seluruh rakyat Selangor memanjatkan doa agar roh Allahyarham di tempatkan bersama-sama mereka yang beriman.

Jenazah YAM Tengku Puteri Aishah, 56, dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, jam 12 tengahari hari ini.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Semoga Allah mengampuni segala dosa dan menerima semua amalan baiknya dan merahmatinya di alam barzakh. Al-Fatihah.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Who Owns Port Dredging Concession?

Posted: 30 Jul 2012 03:01 AM PDT

From Anilnetto.com

Dredging of a ports is big business and can cost hundreds of millions of ringgit. Do you know who has the concession to dredge ports in Malaysia?

The federal government wants to privatise the Penang port operations to Syed Mokhtar's Sea Terminal Shd Bhd.

In Penang, the dredging of the northern channel is expected to cost RM350m. Transport Minister and MCA secretary-general Kong Cho Ha was reported as saying that "one of the conditions in the privatisation agreement for the Penang port is that the successful company must bear the cost of dredging Penang Port".

So which companies are involved in port dredging in Malaysia?

According to the Borneo Post, Integrated Marine Works, incorporated in 1993, entered into a 15-year concession agreement with the Malaysian government in 2004 to carry out the dredging of all ports and harbours under federal jurisdiction.

IMW has been involved in Johor, Port Klang and Penang, among others.

IMW even filed a suit in the KL High Court claiming that the dredging work for the new Samalaju Port in Sarawak, undertaken by Bintulu Port Holdings Bhd, should have been awarded to IMW without tender under the Concession Agreement. The work is believed to be worth hundreds of millions of ringgit.

But the High Court tossed out the case after agreeing with the federal government and Bintulu Port Holdings Bhd that Samalaju Port was a state port and hence did not come under the concession agreement, which covers ports under the federal government. (Others want a slice of the action!)

(Petronas has a 32.8 per cent stake in BPHB, Sarawak State Financial Secretary (30.7 per cent) and Kumpulan Wang Persaraan (9.5 per cent). (Source: Dredging Today.)

So who owns IMW?

In 2002, news reports said that Integrated Marine Works Sdn Bhd, "a joint venture between local dredging specialist Inai Kiara Sdn Bhd and Syed Mokhtar-controlled Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd – has signed an agreement with Ballast Ham Dredging (BHD) (of Netherlands), to establish a reclamation and dredging company based in Malaysia.

"The joint-venture company, IMW-BHD Sdn Bhd, would be 51 per cent owned by IMW and 49 per cent owned by BHD.

(Source: Dredging News and India Times

Ballast Ham transferred a 12,500 m3 capacity trailing suction hopper dredger HAM 310 to the new IMW Dredging and into the Malaysian registry (Maritime Journal).

Mahathir reportedly witnessed the agreement signing ceremony on board BHD's trailing suction hopper dredger Rotterdam in Johor port (Sand and Gravel).

In 2007, MMC Corporation Bhd informed Bursa that IMW was a 51 per cent subsidiary of Seaport Terminal (Johore) Sdn. Bhd. MMC said that IMW "is involved in the business of dredging, breakwater, revetment, shore protection works, land reclamation and other marine infrastructure construction activities." And it noted that IMW was the only company approved by the Malaysian government to conduct dredging for all major ports in Malaysia.

But by 2012, the Borneo Post reported that IMW "was the subsidiary of Inai Kiara Sdn Bhd, the largest Malaysian-based dredging company".

Now who really owns Inai Kiara Sdn Bhd, which began as a small dredging concern in 1997?

For the largest dredging company in Malaysia, Inai Kiara's website remarkably only has one page! Its Facebook page is not very revealing either.

Some questions to ponder over:

Who really owns Inai Kiara Sdn Bhd?
How did IMW become the only company approved to carry out dredging work in all ports under federal jurisdiction for 15 years?
Why didn't Bintulu port opt for IMW?
What are the checks and balances in place to ensure that the federal government/ports are getting their money's worth from dredging?
Is there a competent truly independent operations audit on the entire process of maintenance dredging including the pre-survey, the post-survey and the cubic metres actually dredged?

Operasi Cegah Jenayah Wajib Diperluas Ke Seluruh WP Kuala Lumpur

Posted: 30 Jul 2012 01:19 AM PDT

Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PR KL) menyambut baik usaha Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk mencegah jenayah melalui operasi yang dimulakan di Bangsar sejak hari pertama Ramadhan tahun ini.

PR KL turut difahamkan operasi di Lembah Pantai ini melibatkan 90 anggota PDRM dari Bukit Aman dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dikerah untuk menjaga keselamatan penduduk, dan akan diluaskan ke Desa Seri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail yang terletak dalam kawasan parlimen Segambut.

Walaupun dilaporkan kadar jenayah makin menurun, penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sudah letih dan jemu mendengar khabar kejadian rompakan, penculikan, dan lain-lain kejadian jenayah yang seakan-akan tidak berkurangan langsung.

Oleh itu, PR KL berpendirian PDRM serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajib memperluas operasi cegah jenayah ini ke seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan bukannya menumpukan usaha di dua kawasan parlimen ini sahaja.

Seperti yang dibangkitkan YB Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Bukit Bendera), hingga Januari 2011 kurang dari 14% dari 105,929 orang anggota PDRM ditugaskan untuk siasatan jenayah (8% di Jabatan Siasatan Jenayah, 4% di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, 1.3% di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil). Dari sudut ini, tindakan PDRM mengerah anggota polis dari Bukit Aman dan FRU dalam operasi cegah jenayah ini adalah satu langkah yang positif dan harus diperluas.

Maka PR KL turut menggesa PDRM untuk meningkatkan jumlah anggota polis yang ditugaskan untuk siasatan jenayah bukan dengan menambah lagi jumlah anggota polis secara keseluruhannya tetapi dengan melatih semula (retrain) dan memasukkan anggota polis dari jabatan lain ke jabatan siasatan jenayah.

PR KL berpendapat gerak kerja PDRM di lapangan sebegini adalah langkah positif yang seharusnya dilaksanakan dpd peringkat awal. Malangnya, kontroversi penurunan statistik telah dijadikan alasan oleh kerajaan BN untuk berlengah-lengah sebelum bertindak.

Apapun, diharapkan tindakan objektif dan tidak dipengaruhi arahan politik menjadi prinsip utama gerak kerja seterusnya.

YB Nurul Izzah Anwar – Ahli Parlimen Lembah Pantai
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim – Ahli Parlimen Bandar Tun Razak
YB Dr Tan Seng Giaw – Ahli Parlimen Kepong
YB Tian Chua – Ahli Parlimen Batu
YB Tan Kok Wai – Ahli Parlimen Cheras
YB Teresa Kok – Ahli Parlimen Seputeh
YB Fong Kui Lun – Ahli Parlimen Bukit Bintang
YB Lim Lip Eng – Ahli Parlimen Segambut
Pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa

Perkembangan Politik Sabah

Posted: 30 Jul 2012 01:16 AM PDT

KEADILAN melihat perkembangan politik Negeri Sabah sebagai kejayaan agenda reformasi yang disemai lebih 10 tahun yang lalu dan kini menyaksikan hasilnya dengan kebangkitan rakyat Sabah yang berani meruntuhkan tembok ketakutan dan kezaliman; lalu menuntut reformasi yang tulen.

Dua pengumuman penting di Tuaran dan di Beaufort pastinya mengubah landskap politik Sabah dan menzahirkan iltizam politik rakyat Sabah untuk mencetus serta melaksanakan agenda perubahan.

KEADILAN mengalu – alukan pengumuman Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang meletakkan semua jawatan dari parti masing-masing; UMNO dan UPKO serta kesediaan mereka untuk bersama Pakatan Rakyat dalam usaha melakukan perubahan dalam sistem kenegaraan.

Kita juga menyambut baik iltizam mereka untuk menjana kekuatan rakyat bagi melakukan perubahan di Negeri Sabah. Makanya kerana komitmen yang jelas di kalangan pimpinan Negeri Sabah yang berani mengambil risiko; KEADILAN tidak teragak-agak untuk bersama-sama mereka demi rakyat Sabah.

Kerjasama yang disepakati bersama Pakatan Rakyat merupakan titik permulaan kepada perubahan politik Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Slogan ‘Ini kali-lah’ menandakan angin perubahan telah sampai ke bumi Sabah. Sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah sendiri menentukan masa depan Negeri Sabah serta menikmati hasil kekayaan Negeri yang selama ini diagihkan secara tidak adil oleh pentadbiran UMNO – Barisan Nasional (BN). Rakyat Sabah juga perlu menolak UMNO – BN yang mengkhianati semangat pembentukan Malaysia.

Dua pengumuman penting yang bersejarah itu menjadi bukti betapa rakyat Sabah sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan BN. Tambah pula, pentadbiran Dato’ Seri Najib hanya sekadar menabur janji dan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, ianya ditandai kegagalan untuk menepati janji.

Tekad rakyat Sabah untuk bersama Pakatan Rakyat pada hari ini adalah berpaksikan kepada keyakinan mereka terhadap agenda Pakatan Rakyat untuk melaksanakan perubahan. Mereka yakin dengan dasar – dasar Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga dan perlaksanaannya akan menepati dan memenuhi hasrat dan cita – cita murni rakyat Malaysia yang mahukan urus tadbir yang baik serta pengagihan ekonomi yang adil kepada semua rakyat.

KEADILAN turut mengalu – alukan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) serta kesediaannya bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat untuk menjana arus perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Ini menandakan keyakinan rakyat Sabah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai peneraju utama dalam Pakatan Rakyat yang insha Allah akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7. Semoga kebangkitan rakyat Sabah pada hari ini akan menghasilkan kejayaan dengan tertubuhnya Kerajaan Rakyat Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Salam reformasi

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 30 Jul 2012 11:04 AM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Kerajaan BN Sabah pasti tumbang PRU 13 – Kalakau Untol

Posted: 29 Jul 2012 06:50 PM PDT


KOTA KINABALU 29 Julai: Perubahan kerajaan hampir pasti berlaku di Sabah apabila pemimpin berpengaruh meninggalkan Barisan Nasional (BN), kata bekas Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Kalakau Untol.
Mengikut sejarah, bekas Timbalan Menteri Buruh antara 1986 hingga 1990 itu, berkata pertukaran kerajaan berlaku setiap kali beberapa pemimpin utama mengubah haluan politik.
Dalam pilihan raya Sabah pada 1967, katanya, kerajaan negeri tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menyertai Usno.
Pada 1976, katanya, kerajaan BN tumbang apabila Datuk Salleh Sulung dan Datuk Haris Saleh meninggalkan Usno yang menjadi kerajaan ketika itu.
"Kerajaan yang dipimpin Parti Berjaya itu juga tidak kekal apabila Datuk Seri Pairin Kitingan dan Mark Kodding keluar parti dan menubuhkan PBS pada 1985.
"Namun kerajaan PBS itu pula tumbang walaupun menang pilihan raya negeri dengan kehilangan banyak kerusi, apabila BN melakukan rampasan kuasa seumpama di Perak," katanya kepada Keadilan Daily.
Kalakau adalah Ketua Pemuda UPKO selama 12 tahun sejak 1985 sebelum meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat pada 16 Februari 2010.
Beliau juga adalah presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda) dan pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Disember 2005.
Kalakau percaya, kerajaan BN Sabah bakal tumbang berikutan gerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah yang diterajui pemimpin berpengaruh.
APS yang didominasi suku etnik Kadazan-Dusun-Murut, diketuai Ahli Parlimen Tuaran dari BN, manakala PPS yang dominasinya Melayu-Islam diterajui Datuk Seri Lajim Ukim.
"Apabila masyarakat Kadazan-Dusun-Murut dan Melayu-Islam bersatu, perubahan politik di peringkat negeri pasti terjadi.
"Ia tentunya melakar kemenangan dan meroboh kerajaan BN Sabah, sekali gus melengkapkan lanskap perubahan politik di Malaysia," katanya.

Penyertaan 2 Ahli Parlimen BN Sabah jadi titik peralihan – Anwar

Posted: 29 Jul 2012 06:42 PM PDT

dipetik daripada Keadilan Daily


KOTA KINABALU 30 Julai: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyertaan dua pemimpin berpengaruh di Sabah, sebagai titik peralihan dalam senario politik negara kali ini.
Ketua Pembangkang itu berkata, kesabaran rakyat sudah memuncak manakala pemimpin dalam BN sendiri sudah bosan dipermainkan pucuk pimpinan.
"Ini turning point (titik peralihan) dalam politik negara. Kali ini, kita akan bantu kemenangan Pakatan dengan menumbangkan BN," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Angkatan Perubahan sabah (APS) di Tuaran di sini, hari ini, yang dihadiri kira-kira 10,000 orang.
APS yang diterajui Datuk Seri Wilfred Bumburing adalah gerakan masyarakat Kadazan-Dusun-Murut yang menyokong Pakatan Rakyat untuk mentadbir Sabah dan memerintah Malaysia.
Terdahulu, Wilfred pada majlis sama mengisytihar keluar BN dan menyokong Pakatan.
Selepas majlis itu, Anwar akan bertolak ke Beaufort untuk menghadiri majlis pelancaran Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang diterajui Datuk Seri Lajim Ukim.
Lajim – Ahli Parlimen Beaufort dan Timbalan Menteri Kabinet, mengumumkan peletakan semua jawatan dalam Umno dan menyatakan sokongannya kepada Pakatan semalam.

MP Tuaran keluar BN, sokong Pakatan

Posted: 29 Jul 2012 06:40 PM PDT


MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko dan  seterusnya menyokong Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran.
"Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN," katanya.

Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab.

Beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian.
Sementara itu Bernama melaporkan pengumuman itu dibuat dalam satu majlis yang dihadiri oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dalit.

Bumburing berkata beliau bersama beberapa pemimpin akar umbi UPKO yang lain telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada ibu pejabat parti berkenaan minggu lepas.

"Setelah mengambil kira semua faktor, saya dengan ini mengumumkan keluar BN," katanya.

Beliau turut mengumumkan penubuhan Angkatan Perubahan Sabah atau Sabah Reform Front.
Pada 23 Julai lepas, Bumburing yang juga Anggota Parlimen Tuaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran.

Semalam, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta dan mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan