GEORGETOWN: Keadaan berjerebu yang dikesan di beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak semalam dan bertambah buruk hari ini, adalah berpunca dari aktiviti pembakaran terbuka. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh, berkata Pulau Pinang dilanda jerebu tahap sederhana dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sekitar 69 hingga 84 hari [...]
SHAH ALAM:Kerajaan Selangor merakamkan takziah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta kerabat Diraja Selangor atas kemangkatan adinda Tengku Puteri Aishah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. Berikut kenyataan penuh beliau. Kerajaan Selangor merakamkan takziah [...]
PULAU PINANG: Kini isu Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sudah selesai sekaligus membuatkan Umno terpaksa ‘gigit jari’ kerana tidak lagi berpeluang memainkan isu tersebut menjelang pilihanraya umum nanti kata, Setiausaha PAS Negeri, Mohd Nor Harun. Baginya, perkenan Yang Dipertuan Agung terhadap nama Datuk Saleh Man (gambar) telah diduga walaupun sebelum ini timbul [...]
KLANG: Sebuah premis rumah urut haram yang disyaki menawarkan perkhidmatan seks disita dalam satu serbuan di Bandar Botanic di sini.
Ketika serbuan,terdapat dua pelanggan dan tiga pekerja warga asing dari Thailand dan Myanmar manakala pemilik premis bertindak melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa di situ.
Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), Andry Arman Masrom berkata, operasi yang diadakan adalah hasil risikan dan maklumat orang ramai serta pemantauan berterusan pihaknya terhadap premis-premis rumah urut khususnya sekitar kawasan ini.
"Antara barangan yang disita ialah tilam, bantal dan langsir serta tindakan diambil di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3, Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPK 2007 kerana beroperasi tanpa lesen.
"Operasi seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan tiada pihak yang melanggar undang-undang ditetapkan majlis terutama berkaitan premis rumah urut," katanya.
Andry berkata, rumah urut berkenaan dipercayai menawarkan tiga pakej kepada pelanggan antaranya urut batin, B2B dan perkhidmatan seks dan bayaran sekitar RM135 sehingga RM168.
Menurutnya, MPK tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang ingkar kepada undang-undang dan majlis sentiasa mengalu-alukan aduan dan pendapat daripada orang awam bagi tujuan pencegahan.
Utara India alami masalah bekalan elektrik terburuk
New Delhi: Sistem penyambungan bekalan tenaga elektrik di seluruh utara India lumpuh semalam, menyebabkan lebih 370 juta penduduk terpaksa bergelap dalam satu daripada masalah tenaga elektrik terburuk sejak beberapa dekad lalu, kata pihak berkuasa.
Beratus-ratus kereta api termasuk Rangkaian Metro di ibu kota India terpaksa memberhentikan perkhidmatan manakala hospital menggunakan generator, apabila sistem penyambungan bekalan di bahagian utara negara itu tiba-tiba gagal berfungsi kira-kira jam 2.30 pagi, selepas tidak lagi mampu menampung permintaan berlebihan ketika musim panas.
Menjelang lewat pagi, 60 peratus bekalan kuasa dipulihkan di lapan negeri utara terjejas akibat terputus bekalan". - Sushil Kumar Shinde, Menteri tenaga
Bandar bertukar gelap
Penduduk terjaga daripada tidur apabila kipas dan penghawa tidak berfungsi sebelum keluar rumah dalam keadaan panas di ibu kota ini ketika keseluruhan bandar bertukar gelap.
"Menjelang lewat pagi, 60 peratus bekalan kuasa dipulihkan di lapan negeri utara yang terjejas akibat terputus bekalan," kata Menteri tenaga Sushil Kumar Shinde.
Bekalan di sebahagian lagi wilayah, dijangka kembali pulih menjelang lewat tengah hari, katanya, menambah bahawa beliau membentuk satu jawatankuasa untuk menyiasat kejadian itu.
Kegagalan itu adalah kali pertama sejak 2001 ketika sistem penyambungan gagal berfungsi. Namun permintaan untuk bekalan elektrik di India semakin meningkat sejak ekonomi bertumbuh mendadak.
Sebagai tambahan, musim monsun menyebabkan suhu bertambah tinggi tahun ini, menambah penggunaan elektrik ketika penduduk mahu menyejukkan diri.
Menteri kuasa di Uttar Pradesh, Shivpal Singh Yadav, kediaman 200 juta penduduk, berkata ketika permintaan waktu puncak mencecah 11,000 megawatt, negeri itu hanya mampu menyediakan 9,000 megawatt.
Sistem bekalan lumpuh kerana sesetengah negeri jelas mengambil lebih banyak tenaga berbanding yang dibenarkan bagi memenuhi permintaan musim panas, kata ketua Uttar Pradesh Power Corporation, Avnish Awasthi.
Grid elektrik usang
Bekalan elektrik terputus kerap berlaku di kebanyakan bandar di India kerana kekurangan bekalan dan sistem grid elektrik usang. Pada masa sama, puluhan juta penduduk tinggal di perkampungan di utara India tiada capaian kepada grid elektrik sama sekali.
Awal bulan ini, orang ramai yang berang menyekat lalu lintas dan bertembung dengan polis selepas bekalan elektrik terputus di pinggir Delhi di Gurgaon yang menempatkan kebanyakan blok pangsapuri dan pejabat tinggi. Tanpa bekalan elektrik di beberapa kejiranan lebih 24 jam, orang ramai mendirikan halangan yang melumpuhkan lalu lintas selama beberapa jam.
50 peratus kehilangan agihan dan transmisi sesetengah negeri disebabkan kecurian dan kecuaian kakitangan dalam industri jana kuasa. - AP/Agensi
Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur. Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.
Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote).
Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.
Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.
Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik 'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.
Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.
Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ. -Muhammad Hanifa Hamdzah
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuik Mahfuz Omar meminta rakyat bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan tindak balas Umno dan Barisan Nasional (BN) berikutan perubahan yang berlaku kini.
"Maklumat-maklumat menyatakan lebih ramai lagi yang akan meninggalkan Umno dan BN. Apa sahaja boleh terjadi termasuklah runtuhnya pemerintahan 55 tahun parti yang dipanggil parti perasuah yang busuk hingga ke usus oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu.
"Walaupun satu dua tokoh Umno peringkat bawahan pernah membuat kenyataan bahawa parti itu akan menerima perubahan tanpa bertindak ganas, tetapi rakyat perlulah bersedia menghadapi dengan matang apa jua kemungkinan tindak balas parti yang hanya hidup dengan mengapi-apikan isu perkauman itu," kata beliau.
Bagi Mahfuz, apa yang disifatkannya sebagai permulaan penghijrahan lebih ramai wakil rakyat dan tokoh Umno BN itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.
"Dari perbincangan-perbincangan secara jujur dengan mereka sebelum ini, sebenarnya ramai ahli-ahli Parlimen BN yang sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak).
"Mereka melihat pentadbiran Najib sebagai pentadbiran 'flip flop' yang lebih teruk dari pentadbiran Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebelum ini, lemah dan kucar kacir," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mereka, katanya lagi, melihat keputusan kabinet Najib bersifat separuh masak seperti keputusan mengenai Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
"Mereka juga melihat polisi-polisi kabinet di"u turn"kan seperti keputusan mengenai penggabungan MAS-Air Asia sebelum ini.
"Mereka juga tidak sanggup menghadapi tekanan akar umbi Umno yang semakin tidak berpuas hati apabila kroni-kroni seperti George Kent ditawarkan projek berbilion ringgit walaupun tidak layak.
"Kesemua ini menyebabkan rasa meluat mereka terhadap Najib dan kerajaannya sampai ke tahap kemuncak," kata Mahfuz.
Menambahkan rasa benci mereka, katanya lagi, ialah apa yang mereka lihat dan dakwa sebagai campur tangan berlebihan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam urusan pentadbiran kerajaan.
"Dalam perbualan-perbualan tersebut, ada pemimpin tertinggi Umno secara bergurau menyatakan BN maknanya 'bini Najib'.
"Walaupun bergurau dalam rungutan tersebut, tetapi kita dapat melihat keresahan mereka terhadap apa berlaku sehingga ada di antara mereka yang menyifatkan Rosmah adalah Perdana Menteri sebenar atau de facto Prime Minister," katanya.
Sebahahagian yang lain pula, kata Mahfuz, menyatakan rasa meluat mereka kepada bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir.
"Walaupun tidak ramai dan tidak lantang kerana Dr Mahathir begitu dirasai sangat berpengaruh dan mata serta telinganya dikatakan ada di mana-mana di dalam Umno termasuk di kalangan ahli-ahli Parlimen parti itu, golongan yang meluat kepada Dr Mahathir mahu bekas Presiden Umno itu tutup mulut atau 'shut up'," kata Mahfuz.
Dalam perkembangan berkaitan, para pemimpin Umno kini dilaporkan sibuk menangani gelora yang berlaku di Sabah yang dimulakan dengan tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan Umno dan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing meninggalkan BN.
Tarikh pilihan raya yang dirancang oleh Najib juga dilaporkan terpaksa dipinda berikutan perkembangan yang dilihat sebagai permulaan kepada bencana yang lebih besar kepada BN itu.
Sekumpulan peminat pelakon Abby Abadi melancarkan kempen memboikot satu syarikat jualan tudung yang didakwa telah menamatkan kontrak seniman tersebut sebagai duta produk mereka.
Kempen "Kami Boikot Syarikat Al-Humaira Contemporary" itu pada hari ini dikesan menerima sokongan lebih 5,000 pengguna sejak dilancarkan semalam.
"Kita minta Abby Abadi buka syarikat tudung sendiri jenama 'Tudung Abby Abadi'. Setuju?," tulis pengendali laman tersebut.
Selang beberapa jam selepas kempen itu dikesan, syarikat mengeluarkan satu kenyataan yang antara lainnya mengancam untuk membawa isu tersebut ke mahkamah.
Syarikat itu mengancam berbuat demikian sekiranya isu penamatan kontrak itu gagal diselesaikan dengan baik sehingga menjejaskan reputasinya.
Dalam pengumuman sama di Facebook, syarikat itu menjelaskan yang mereka tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lagi berhubung perkara itu.
"Kami rasa cukup setakat ini sahaja penerangan pihak kami.
"Jika situasi ini berlanjutan hingga mencemarkan reputasi kami dengan lebih teruk dan pihak terbabit gagal untuk bersemuka dan berbincang untuk menamatkan kontrak secara baik, kami akan membawa isu ini untuk diselesaikan secara profesional mengikut undang-undang," kenyataan itu dipetik.
Kempen itu dijalankan susulan satu penjelasan syarikat tersebut semalam bahawa kontrak berkenaan belum ditamatkan secara bertulis kerana perbincangan masih sedang berlangsung.
Tanpa merujuk secara langsung kepada Abby, syarikat itu mendakwa artis tersebut membuat anggapan kontraknya ditamatkan kerana tidak mampu memberi komitmen kepada tugasan bersama syarikat itu.
Kenyataan itu timbul susulan tulisan Abby di Twitter semalam bahawa kontraknya sebagai duta syarikat tersebut ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.
"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.
"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," katanya.
Anggota Polis Didakwa Atas Enam Pertuduhan Di Tiga Mahkamah
SEREMBAN: Seorang anggota polis pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berbeza, di sini atas enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan pada 17 Julai lalu.
Gambar: Anggota polis Insp Mohd Azuan Yasin dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Seremban selepas mengaku tidak bersalah terhadap enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan, dua minggu lepas. -fotoBERNAMA
Tertuduh, Insp Mohd Azuan Yasin, 32, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Haslina Basarudin dan S.Megaswary.
Di hadapan Mohamad Izwan dan Haslina, Mohd Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan masing-masing terhadap Mohamaed Nadzeem Zainal Larifin, 25, dan Koh Wen Gio, 32, dengan menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai senjata pistol kira-kira pukul 2.50 pagi di lobi Hotel S2 di sini pada 17 Julai lepas.
Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua dari hukuman tersebut.
Mohd Azuan turut dituduh di hadapan kedua-dua majistret itu melakukan kesalahan dengan menakutkan secara jenayah ke atas kedua-dua mangsa dengan cara menggunakan senjata menyerupai pistol berwarna hitam di lokasi, masa dan tarikh yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Satu lagi tuduhan di hadapan Mohamad Izwan, tertuduh didakwa memecah cemin pintu hadapan kereta nombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, yang menyebabkan kerugian RM150 dalam satu kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di sebuah kedai kopitiam di Temiang di sini pada tarikh yang sama.
Bagi pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Di hadapan Majistret S.Megaswary, tertuduh dituduh memecah pintu kereta belakang sebelah kiri, nombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan kerugian RM180 dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di sini pada tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kesemua kesnya akan disebut semula pada 13 September depan.
Bagi semua kes, tertuduh diwakli peguam bela Hanif Hassan manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Dalam pada itu, Mohamad Izwan dan Haslina turut mengarahkan agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar luas di dalam laman sesawang www.youtube.com bertajuk "Polis Memukul Pekerja Hotel di Seremban" berdurasi selama 3 minit 41 saat dikeluar serta merta dari laman berkenaan dan melarang sebarang penyebaran rakaman itu dalam apa jua bentuk saluran bagi mengelak prejudis kepada tertuduh yang minta dibicara. - BERNAMA
PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata pengurusan permit import (AP) kereta yang lebih baik bukan sahaja menjadikan harga kereta lebih murah malah pendapatan negara juga bertambah.
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Tropicana di sini beliau beliau melahirkan keyakinan bahawa jualan AP secara bidaan umum juga lebih menguntungkan negara dan boleh menggantikan cukai eksais.
"PKR telah menjelaskan bahawa jumlah cukai RM8 bilion yang dianggarkan dikenakan ke atas rakyat sekarang ini sebenarnya akan dipulangkan kepada rakyat.
"Jumlah ini akan dibelanjakan oleh rakyat di dalam ekonomi negara yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi," katanya.
Umno BN ujarnya telah mungkir janji untuk menghapuskan AP seperti yang diumumkan di dalam Dasar Automotif Negara yang berkuatkuasa bermula 20 Oktober 2005.
Janji untuk menghapuskan AP menjelang 31 Disember 2010 tidak ditepati, sebaliknya kini sasaran itu ditangguhkan pula ke 31 Disember 2015.
"Sistem AP bukan sahaja menyebabkan harga kereta yang lebih tinggi tetapi hanya menguntungkan sesetengah pihak yang rapat dengan Umno BN.
"Janji Umno BN supaya hasil dari AP ini akan digunakan untuk membantu usahawan Bumiputra di dalam sektor automotif juga tidak ditepati," katanya.
Sehubungan itu katanya, Pakatan Rakyat menwarkan beberapa langkah baru bagi mendapatkan nilai terbaik dari AP yang dikeluarkan.
Antaranya termasuk membuka penjualan AP kepada bidaan umum bermula dengan harga-harga tertentu mengikut kategori kereta dan penggunaan bahan api.
Harga permulaan bidaan menurutnya ditetapkan pada RM10,000 bagi kategori jimat bahan api, RM20,000 bagi kategori kenderaan biasa dan RM30,000 bagi kategori kenderaan berkuasa tinggi yang menggunakan bahan api yang lebih;
"PKR percaya harga purata bagi setiap AP yang dikeluarkan boleh mencecah RM40,000 apabila penjualan AP dibuka kepada proses bidaan.
"Dengan anggaran sebanyak 70,000 AP dikeluarkan setiap tahun, ini akan membawa hasil sebanyak RM2.8 bilion setiap tahun kepada kerajaan," katanya.
Menurutnya lagi, walaupun harga AP akan ditentukan oleh proses bidaan untuk mendapatkan hasil terbaik kepada negara, penghapusan cukai eksais secara berperingkat bermakna harga kereta secara purata akan tetap turun.
Pendapatan tambahan dari hasil AP yang dirombak dianggarkan akan memastikan perbendaharaan negara kekal mendapat di antara RM2 bilion hingga RM3 bilion setiap tahun bagi mengimbangi penurunan kutipan cukai eksais.
"PKR merasakan formula ini adalah lebih baik berbanding pendekatan mencekik darah rakyat melalui cukai eksais berkali ganda yang menyebabkan rakyat terpaksa berhutang untuk membayar cukai kepada kerajaan," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis ini dijangkakan akan mengumumkan satu mekanisma baru bagi mengantikan cukai eksais dalam memastikan tidak akan berlaku impak yang besar kepada ekonomi negara.
TEL AVIV - Calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Mitt Romney, kelmarin dengan lantang menyatakan sokongannya terhadap Israel dan memberi jaminan untuk melindungi negara sekutu AS itu daripada ancaman nuklear Iran.
Dalam ucapan semasa lawatannya ke Tel Aviv, Romney, 65, menegaskan beliau menghormati hak rejim Zionis kononnya untuk mempertahankan negara mereka daripada sebarang ancaman luar terutamanya Iran.
Untuk menunjukkan kepimpinannya menerusi dasar luar semasa lawatan ke Tel Aviv, Romney turut memaklumkan cadangan yang bakal mencetuskan kemarahan penduduk Palestin, iaitu menamakan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, sekali gus melanggar perjanjian sempadan 1967.
"Kami bersedia untuk memindahkan lokasi pejabat kedutaan AS ke Baitulmaqdis jika mendapat kebenaran Israel," katanya dengan yakin.
Di bawah tuntutan sebelum ini, jika Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerajaan itu menuntut Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka.
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menubuhkan jawatankuasa pemilihan tema Hari Kemerdekaan bagi menukar tema yang diberikan kerajaan, 'Janji Ditepati' yang merupakan slogan Barisan Nasional.
Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan dianggotai bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, bekas ahli jawatankuasa kerja Gerakan, Dr Toh Kin Woon dan pengarah eksekutif Women's Aid Organisation ( WAO), Ivy Josiah.
Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, jawatankuasa itu akan memilih tema Hari Kemerdekaan yang dicadangkan oleh rakyat, selepas Pakatan membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berbuat demikian.
"Sebelum ini kita beri tempoh seminggu kepada kerajaan untuk tukar tema hari merdeka agar lebih inklusif dan merangkumi semangat kemerdekaan rakyat Malaysia," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersama wakil DAP dan PKR.
Beliau berkata, selepas pengumuman tersebut, Pakatan menerima lebih kurang 250 cadangan tema kemerdekaan daripada pelbagai pihak.
"Setakat ini kita terima lebih kurang 250 cadangan tema daripada rakyat, jadi kita tubuhkan jawatankuasa untuk memilih tema yang terbaik," katanya.
Hadir sama, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari.
KUANTAN - Seorang pelajar Tingkatan Lima di sebuah sekolah di sini maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Felda Lepar Hilir 4 dekat sini malam tadi.
Muhammad Amirul Ermey Anuar, 17, dari Felda Lepar Hilir 4, Gambang mati ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gambang.
Pegawai Turus Trafik Pahang DSP Mohd Rizal Abdullah berkata dalam kejadian 11.30 malam itu pemandu kereta terbabit yang datang dari arah Felda Hilir 4 sedang membelok ke kanan untuk masuk ke rumahnya.
"Ketika membelok ke simpang kanan, keretanya dirempuh motosikal yang ditunggangi mangsa yang datang dari arah bertentangan.
"Berdasarkan siasatan awal, motosikal mangsa tiada lampu dan kawasan itu juga agak gelap," katanya di sini hari ini.
Mohd Rizal berkata mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Gambang untuk rawatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia di klinik berkenaan pada 1.30 pagi tadi.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Bernama
MIRI - Seorang ahli perniagaan berusia 48 tahun maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam kejadian berhampiran lampu isyarat di Jalan Bendahara, di sini petang semalam.
Mangsa yang juga pemilik sebuah pusat hiburan di sini, sedang memandu kenderaan pacuan empat roda dalam perjalanan balik ke rumahnya apabila ditembak di kepala dan leher dalam kejadian 5.30 petang itu.
Mangsa mati di tempat kejadian.
Kejadian turut menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk kerana lokasi insiden merupakan tempat tumpuan warga tempatan dan pelancong menjamu selera dan berhibur.
Ketua Polis Miri, Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, polis sedang menyiasat motif pembunuhan. Kejadian tembak itu adalah yang ketiga di negeri ini selepas kejadian pertama pada 11 Januari lepas di Sibu dan kedua di Kuching pada 12 Julai. - BERNAMA
NEW DELHI - Aktivis veteran India, Anna Hazare sekali lagi melancarkan mogok lapar, semalam bagi menuntut tindakan tegas diambil terhadap individu yang terlibat dengan rasuah.
Hazare, 75, turut mengancam untuk meneruskan mogok lapar walaupun ia bakal meragut nyawanya jika tuntutannya tidak dipenuhi.
Difahamkan, beberapa anggota kanan kempen Hazare dilaporkan telah memulakan mogok lapar di New Delhi sejak empat hari lalu.
Ogos lalu, jutaan penduduk menyokong beliau dengan membantah draf undang-undang baru antirasuah yang mengecualikan ramai pegawai tinggi termasuk Perdana Menteri Manmohan.
KUALA LUMPUR - Kartunis politik Zulkiflee SM Anwar atau dikenali sebagai Zunar, hari ini menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya dua tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan Zunar.
Pada 15 Jun tahun lalu, Zunar memfailkan saman sivil ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden berhubung penangkapannya dan rampasan terhadap 66 buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010.
Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Dipetik oleh The Star hari ini, Zunar berkata, keputusan mahkamah hari ini sebahagian kemenangan bagi kesemua kartunis politik memandangkan Vazeer memutuskan bahawa tindakan menahan buku-buku berkenaan adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, tetapi penahanan Zunar adalah sah pada waktu itu.
KUCHING: Seorang warga emas yang bertarung nyawa lebih seminggu selepas koma dipercayai akibat dipukul anak sendiri, disahkan meninggal dunia di hospital, semalam.
Difahamkan, mangsa, 77, dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dipercayai dipukul seorang anaknya berusia 40-an yang tinggal bersama lelaki berkenaan di rumahnya di Batu Kawa, di sini.
Menurut sumber, sejurus mangsa dimasukkan ke hospital, adik suspek membuat laporan polis mendakwa lelaki itu dipukul abangnya selepas berlaku pertengkaran.
Katanya, adik suspek mendakwa bapa ditolak dan dipukul suspek menyebabkan dia patah tulang rusuk.
"Sebaik menyedari mangsa jatuh dan tidak sedarkan diri, suspek membawa mangsa ke HUS bagi mendapatkan rawatan sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga mangsa disahkan meninggal dunia hari ini (semalam).
Pelakon Hairie Othman yang baru sahaja menyertai PAS tidak menolak kemungkinan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang jika dicalonkan.
Hairie ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun menegaskan bahawa beliau sendiri sendiri belum merancang untuk berbuat demikian buat masa ini.
"Itu saya saya tidak menolak (kemungkinan akan dicalonkan). Tetapi buat masa ini saya masih belum memikirkan ke arah itu. Saya anggap diri saya ini sebagai aktivis parti sahaja," kata Hairie.
Ura-ura itu timbul apabila beliau dilihat semakin rancak berceramah di pentas PAS selepas menyertai parti itu secara rasmi akhir Jun lalu.
Mengulas lanjut, Hairie berkata penyertaannya ke dalam PAS merupakan satu bentuk penghijrahan agama dan politik.
"Dua-dua sekali (hijrah agama dan politik), dan sejak masuk PAS ini saya banyak belajar tentang agama," kata Hairie.
Penyertaan golongan pelakon dan penyanyi ke dalam parti pembangkang merupakan sesuatu yang jarang berlaku sebelum ini.
Salah satu penyebabnya adalah tanggapan bahawa mereka yang berbuat demikian akan sukar mencari makan menerusi media massa perdana yang dilihat menyebelahi parti pemerintah.
Mengulas perkara itu, Hairie menegaskan yang beliau yakin rezekinya tetap akan terjamin walaupun bergiat aktif dengan PAS.
"Kita sentiasa boleh cari sumber rezeki yang lain," katanya.
Menurutnya lagi, sokongan terhadap Pakatan Rakyat di kalangan seniman dan selebriti tanah air juga semakin meningkat akhir-akhir ini.
Namun demikian tambahnya, ramai yang memilih untuk tidak menyatakan sokongan mereka secara terbuka kerana tidak mahu sumber pendapatan mereka terjejas.
"Kawan-kawan artis ada yang menyokong dan bersama Pakatan Rakyat secara senyap-senyap.
"Cuma kebanyakannya memilih untuk tidak menyuarakannya kerana masih mahu kekal dalam industri," kata Hairie.
Selain Hairie, turut menyertai PAS setakat ini ialah penyanyi Aishah, pelawak Bob Lokman, dan terbaru pelakon Abby Abadi ketika parti itu dilihat semakin rancak menerima keanggotaan dari selebriti dan bekas pegawai kanan kerajaan.
Penglibatan Hairie dalam bidang lakonan bermula menerusi filem pertamanya, Kad Cinta pada tahun 1995.
Popularitinya melonjak naik pada tahun 2000 selepas memegang watak Leftenan Adnan dalam filem dengan judul sama.
TEHERAN - Empat orang dikenakan hukuman mati atas peranan mereka dalam skandal penyelewengan bank terbesar Iran tahun lalu.
Dua yang lain menerima hukuman penjara seumur hidup manakala 33 lagi akan menjalani hukuman penjara 25 tahun.
Skandal itu melibatkan pemalsuan dokumen, yang digunakan oleh sebuah syarikat pelaburan untuk mendapatkan pnjaman AS$2.6 bilion (RM7.8 bilion).
Seramai 39 orang telah dibicarkan ekoran pembabitan mereka dalam skandal ini.
"Kami sedang menaip hukuman mereka sekarang dan berdasarkan hukuman yang telah dijatuhkan, empat yang tertuduh dalam kes ini dihukum mati," kata jurucakap kehakiman, Gholam-Hossein Mohseni-Ejei kepada agensi berita Iran.
BACHOK: Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang menyifatkan program Konvoi NGO Royalti ke beberapa destinasi di Hulu Kelantan baru-baru ini sebagai mendahului keputusan mahkamah sangat tidak disenangi oleh ramai pihak.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Bachok Tuntut Royalti dan Pendaratan Minyak di Bachok (Cabar), Ahmad Marzuk Shaary (gambar) ketika dihubungi menyatakan sokongan penuh kepada program konvoi tersebut.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak agar sedar dan mengambil berat terhadap desakan dan tuntutan itu kerana ianya adalah untuk kepentingan rakyat Kelantan.
Beliau yang turut menyertai konvoi tersebut sebelum ini beberapa kali mengulangi desakan supaya gas dan petroleum didaratkan di Kelantan khususnya Bachok dengan hasrat menjunjung titah Sultan Kelantan yang telah menyediakan zon perindustrian petroleum di kawasan Bachok seluas 4,000 ekar.
"Kalau sekiranya penganjuran konvoi tersebut mendahului mahkamah kerana tuntutan royalti oleh Kerajaan Kelantan dalam proses mahkamah, maka membelanjakan wang royalti oleh sebuah jawatankuasa atas nama ehsan itu jauh lebih mendahului mahkamah, tidak patuh kepada perjanjian juga menghina mahkamah," katanya.
Ini, ujarnya kerana mahkamah adalah simbol keadilan, dalam perjanjian yang telah termeterai sejak 1975 secara jelas memperuntukkan lima peratus royalti untuk kerajaan Kelantan.
Bila menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan beberapa pemimpin kerajaan pusat sendiri yang meminta pihak tertentu mengembalikan royalti untuk Kelantan.
"Saya amat berterima kasih dan bersyukur dengan beberapa kenyataan ini antaranya Ku Li dan ini menandakan bahawa perjuangan tuntutan royalti oleh kerajaan negeri kelantan sudah mula diberi perhatian, tetapi jangan hanya untuk gimik dan menarik sokongan dalam pilihanraya yang semakin hampir,"
"Semua pihak yang bersungguh menafikan royalti untuk rakyat Kelantan ini perlu akur dengan hak rakyat Kelantan dan kena berlaku adillah walaupun Kelantan di perintah oleh PAS kerana ini bukan untuk PAS tetapi untuk kerajaan dan rakyat Kelantan.
"Nak berpolitik politiklah tapi jangan sampai mendiskriminasi anak bangsa sendiri," tambahnya.
KOTA BHARU- Daging lembu yang bercampur lemak tidak tepu atau dikenali sebagai daging 'harimau menangis' menjadi rebutan pada bulan puasa memandangkan bahagiannya yang terhad pada seekor lembu.
Peniaga daging, Mohd Rozi Abdullah, 46 berkata, kebanyakan pelanggan di gerainya yang terletak di Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa, di sini lebih gemar mendapatkan bahagian itu untuk dimasak secara bakar.
"Di Kelantan, daging ini lebih dikenali sebagai 'daging senonok' dan ada pula yang memanggilnya 'daging batang pinang' yang biasanya dibakar berempah untuk dijadikan lauk dalam nasi kerabu.
"Daging ini bercampur lemak tidak tepu dan ada juga di kalangan pelanggan yang gemar membakar daging ini untuk dicicah dengan air asam," katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Mohd Rozi berkata, permintaan daging itu dua kali ganda pada bulan puasa berbanding hari biasa.
Menurutnya, daging tersebut dijual dengan harga RM20 sekilogram dan ia terhad kerana kedudukannya hanya berada dua bahagian pada seekor lembu yang disembelih.\
"Daging ini terletak di bahagian celah paha bahagian kaki belakang lembu dan biasanya bagi penggemar daging ini, mereka mendapatkannya seawal jam 8 pagi," katanya.
Dia yang sebelum ini meniaga ayam di pasar itu (pada hari biasa) mengambil inisiatif meniaga daging lembu 'harimau menangis' bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Katanya, sejak meniaga daging tersebut bulan ini, ia memberi kepuasan kepadanya dan berhasrat meneruskan perniagaan berkenaan bergantung pada permintaan pembeli.
Peningkatan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia sejak Khamis lepas menyebabkan kemerosotan kualiti udara di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataannya semalam, berkata kawasan Pelabuhan Klang, Selangor berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 118 setakat 11 pagi tadi.
Sebanyak 16 kawasan berada pada tahap baik daripada 51 stesen pengawasan kualiti udara JAS, manakala 31 lagi berada pada tahap sederhana.
Pengaruh angin monsun barat daya yang bertiup dari kawasan titik panas atau kawasan berlakunya pembakaran terbuka yang tidak terkawal di Sumatera, telah membawa pencemaran merentasi sempadan dan menyebabkan kemerosotan kualiti udara di kawasan pantai barat Semenanjung terutamanya di Pelabuhan Klang, kata kenyataan itu.
Selain meningkatkan penguatkuasaan terhadap pelepasan asap daripada kenderaan bermotor dan pelepasan dari industri, JAS juga menegaskan larangan pembakaran terbuka bagi kawasan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Tudan, Permai Jaya dan Kuala Baram di Miri, Sarawak yang dikeluarkan bulan lepas masih berkuat kuasa.
SUNGAI CHOH - Peniaga sebuah premis perniagaan terkedu melihat lensa kamera Sinar Harian merakam aktivitinya melayan pelanggan Melayu membeli makanan pada waktu siang, semalam.
Itu reaksi Marisol, 47, atau Noraini sebaik melihat wartawan Sinar Harian bersama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Stesen, Rosli Kahan tiba di kedainya di kawasan industri kecil, Taman Anugerah Suria, di sini.
Dia yang berniaga melalui pintu belakang restoran milik suaminya jelas terkejut dengan kehadiran Sinar Harian dan meminta maaf atas perbuatannya.
"Maaflah, saya tak akan jual lagi. Saya tahu saya salah," katanya sambil kelihatan serba tidak kena.
Ditanya mengapa berniaga makanan di siang hari, Noraini menjelaskan tujuannya untuk mencari wang membayar sewa kedainya.
Menurutnya, dia terpaksa berniaga walaupun sedar suatu kesalahan memandangkan keadaan memaksa ditambah suaminya sakit kencing manis dan darah tinggi.
"Suami saya sakit dia tinggal di rumah saja jadi saya terpaksa berniaga untuk bayar sewa kedai," katanya yang berasal dari Filipina.
Noraini dibantu dua pekerja warga Myanmar dan menjual makanan pelbagai lauk untuk hidangan semua pelanggan yang kebanyakannya Melayu.
Menurutnya, dia turut berniaga di bazar Ramadan namun pendapatan tidak seberapa kerana hanya menjual martabak.
Tinjauan mendapati rata-rata pelanggan di kedai tersebut adalah pekerja sebuah kilang pengeluar kereta di sini.
Sementara itu, Rosli berkata, setiap tahun apabila tiba Ramadan beliau menasihati peniaga restoran tersebut agar tidak berniaga di siang hari terutama kepada orang Islam.
Bagaimanapun, peniaga terbabit sering ingkar dan tetap berniaga melalui pintu belakang bermula seawal jam 10 pagi hingga 3 petang.
"Tinjauan saya semalam (kelmarin) sekitar jam 1.15 petang, ramai pelanggan yang makan dan membungkus makanan di kedai tersebut.
"Tapi, hari ini (semalam) kurang sebab pelanggan menyedari kehadiran saya bersama wartawan, mereka tidak berani mahu beli," katanya.
Menurutnya, peniaga terbabit turut memberi isyarat kepada pelanggannya yang berhenti di depan kedainya supaya beredar bagi mengelak perbuatan mereka dirakam.
AFP GAMBAR fail menunjukkan sebuah kereta yang dinaiki seorang diplomat Israel terbakar di New Delhi pada 13 Februari lalu.
NEW DELHI - Polis India telah membuat rumusan bahawa anggota-anggota Pengawal Revolusi Iran telah melancarkan serangan terhadap seorang diplomat Israel di sini pada Februari lalu, menurut satu laporan semalam.
Akhbar Times of India yang memetik siasatan polis melaporkan, lima orang suspek dipercayai bekerjasama dengan seorang wartawan tempatan untuk merancang serangan itu.
Pengawal Revolusi merupakan unit ketenteraan Iran.
Dalam serangan berkenaan, seorang lelaki bermotosikal melekatkan sebutir bom bermagnet pada sebuah kenderaan Kedutaan Israel.
Interpol telah mengeluarkan waran tangkap antarabangsa terhadap empat suspek yang dinamakan dalam laporan polis pada Mac lalu.
Namun, buat pertama kalinya, anggota unit tentera Pengawal Revolusi Iran menjadi suspek dalam serangan tersebut.
"Butiran terperinci tentang suspek telah dimaklumkan kepada Iran," menurut akhbar berkenaan.
Akhbar yang sama turut menamakan seorang jurubina Iran, Houshang Afshar Irani sebagai dalang serangan itu dengan dia turut merancang plot berasingan untuk membunuh warga Israel di Thailand dan Georgia pada waktu yang sama.
Perancang utama serangan itu dipercayai polis telah memasuki negara ini dengan menggunakan visa pelancong.
Dia kemudian meninggalkan India selepas percubaan membunuh itu dilakukan.
Pada Mac lalu, seorang wartawan veteran India, Syed Mohammed Kazmi yang bekerja sambilan dengan agensi berita Iran (IRNA) menjadi individu pertama yang ditangkap berhubung serangan ke atas diplomat Israel.
Seorang diplomat Yahudi yang berusia 42 tahun dan isteri atase pertahanan di Kedutaan Israel cedera parah dalam serangan itu yang berlaku dekat kediaman Perdana Menteri, Manmohan Singh di New Delhi.
Israel kemudian menyalahkan Iran ekoran serangan tersebut.
Beberapa penganalisis menyatakan, Iran melakukan serangan balas selepas seorang saintis nuklear negara tersebut mati di Teheran. Iran mendakwa serangan itu dilakukan agensi perisikan Israel, Mossad. - AFP
SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan menerima suntikan semangat baru apabila bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mustapah Mohd Omar menyertai PAS secara rasmi kelmarin.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kawal Selia Air Selangor; Penolong Pegawai Daerah Port Dickson dan Penolong Pegawai Daerah Seremban.
Mustapah bersara pada tahun lepas.
Mustapah menyerahkan borang ahli PAS kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di majlis berbuka puasa anjuran PAS Seremban di PASTI Wildan, Ampangan, Seremban.
Turut menerima penyertaan Mustapah ke dalam PAS ialah Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Mohamad Hassan Tamby.
Sesiapa yang mengetahui status terkini projek di bawah ini harap dapat maklum perkembangannya. Kerana dikhabarkan sebelum ini , projek ini masih belum berjalan dan telah mendatangkan kesulitan kepada para pelajar.
Tajuk Projek : Cadangan Kerja-Kerja Mengganti Bumbung Bangunan Asrama Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di SMK Agama Dato Haji Abu Hassan Bin Haji Sail, Daerah Rembau, NSDK.
Lebih 20 pembeli rumah terbabit mendakwa pemaju gagal mengotakan janji untuk menyelesaikan masalah CF selewat-lewatnya selepas sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.
SENAWANG – Suasana sambutan Hari Raya Aidil Fitri dua minggu lagi mungkin suram kepada pembeli rumah Taman Tuanku Jaafar (Fasa 3), Senawang, apabila hasrat mereka untuk mendiami rumah baru masih tidak kesampaian apabila pemaju masih gagal memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF).
Lebih 20 pembeli rumah terbabit mendakwa pemaju gagal mengotakan janji untuk menyelesaikan masalah CF selewat-lewatnya selepas sambutan Tahun Baru Cina tahun ini. Walaubagaimanapun sehingga kini, belum ada sebarang berita gembira buat pembeli rumah terbabit.
"Kalau ikutkan perjanjian kami dapat menduduki rumah ini selepas dua tahun. Adalah menjadi hasrat saya untuk menyambut bulan Ramadhan dan Aidil Fitri tahun ini di rumah baru ini.
"Anak saya juga mahu berkahwin dan menjadi impian saya untuk adakan majlis perkahwinan anak saya di rumah baru ini, tetapi semua impian saya ini sudah terbantut kerana rumah tidak boleh didiami tanpa CF.
"Saya ada hubungi pemaju beberapa kali dan bertanya status rumah ini, tetapi pemaju meminta saya bersabar", kata Abu Bakar Ujang yang berusia 59 tahun.
Zurina Maxtar, 34 pula membuat keputusan drastik dengan menduduki rumah ini sejak sebulan yang lalu walaupun rumah ini masih belum memiliki CF.
`Tinggal di rumah sewa'
"Saya terpaksa mengambil keputusan ini kerana tidak mampu lagi menanggung kos perbelanjaan hidup yang tinggi dan perlu membayar sewa rumah lain.
"Saya tiada pilihan lain kerana gaji saya sudah dipotong untuk bayar ansuran rumah. Pada masa yang sama saya dan suami terpaksa membayar duit sewa rumah jika terus tinggal di rumah sewa.
"Kami sudah putus asa dan oleh sebab itu kami mengambil keputusan nekad untuk berpindah ke rumah baru ini walaupun rumah ini belum mempunyai bekalan air dan CF", jelas Zurina.
Mehrad Sulaiman, 41, berharap ada pihak yang dapat campur tangan menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan sekian lama.
"Kami bercadang menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mencari jalan penyelesaian berhubung masalah ini".
Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani (PAS) berkata beliau difahamkan bahawa pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan CF kepada pemaju kerana ada masalah lereng bukit yang pemaju perlu selesaikan terlebih dahulu di lorong 7 hingga 10.
"Walaubagaimanapun pemaju pula berkata lereng bukit yang bermasalah (hakisan tanah) itu berada di luar kawasan perumahan yang mereka bangunkan.
"Saya berharap pihak berkuasa tempatan dan pemaju dapat duduk berbincang dan selesaikan masalah ini dengan segera demi kepentingan pembeli rumah.
"Rata-rata pembeli rumah yang menemui saya menghadapi kesukaran kewangan apabila terpaksa membayar pinjaman perumahan kepada pihak bank dan pada masa yang sama terpaksa juga membayar sewa rumah kerana masih tinggal di rumah sewa sementara rumah baru ini boleh diduduki", kata Mohd Taufek.
PEDAS - Penduduk Taman Pedas Perdana dikatakan tidak tahan dengan bau busuk yang dipercayai berpunca daripada kilang ayam berhampiran, sejak beberapa bulan lalu.
Seorang penduduk, Normah Md Din, 51, berkata, bau busuk itu sememangnya mengganggu kehidupan penduduk sekitar taman, terutama pada waktu subuh, tengah hari dan petang.
"Keadaan ini menyebabkan kami terpaksa menghidu bau busuk setiap hari dan selera makan turut terbantut.
"Bau busuk ini juga boleh menyebabkan anggota badan kita menjadi lemah dan tidak sihat serta mudah letih," katanya ketika ditemui pemberita kepada Sinar Harian.
Malah, Normah berkata, masalah itu bukan sahaja menyebabkan mereka hilang selera makan, tetapi ibadat solat mereka juga turut terganggu kerana tidak khusyuk ketika menunaikan solat.
"Saya, anak dan cucu boleh termuntah jika menghidu bau busuk ini. Tiada siapa yang tahan kalau terpaksa hidu bau busuk setiap hari cuma kami di sini, sudah lali dengan keadaan ini. Apatah lagi kawasan ini menjadi tempat tinggal kami," katanya.
Menurutnya, masalah yang dihadapi itu telah dikemukakan semasa menghadiri mesyuarat sebelum ini supaya dapat mengenal pasti punca sebenar bau busuk berkenaan.
Namun, katanya, sehingga kini penduduk masih berdepan dengan masalah sama apabila masalah bau busuk ini masih lagi berlaku.
"Saya berharap agar pihak berkaitan dapat mengambil tindakan sewajarnya dan tidak terus membiarkan penduduk terseksa, akhirnya terdedah kepada penyakit pada masa akan datang," katanya.
Saya penduduk di Kampung Kuala Sawah, 71200 Rantau, Negeri Sembilan ingin membuat aduan mengenai sebuah kilang yang membeli getah beku dan getah cair berhampiran, sentiasa membuang sisa getah ke sungai yang alirannya melalui kampung dan menyebabkan sungai berkenaan tercemar dan sungguh tidak menyenangkan bau yang terhidu di seluruh kawasan kampung terutama rumah saya yang terganngu selalu kerana bersebelahan dengan sungai tersebut.
Saya khuatir keadaan yang telah berlalu sekian lama akan menjejaskan kesihatan penduduk kampung. Perkara ini telah lama berlaku dan tiada mana-mana pihak yang tampil untuk menghentikan pencemaran ini.
Diharap Pihak Jabatan Alam Sekitar dapat membantu menghentikan pencemaran tersebut.
Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap sebuah kilang memproses ayam berhampiran Kg Merbau Sembilan di Rembau yang beroperasi sejak enam tahun lalu yang dilaporkan membawa pelbagai masalah kepada penduduk setempat khususnya dari segi pencemaran bau yang turut menjejaskan kesihatan mereka?
2. HOSPITAL REMBAU
Apakah status pembinaan Hospital Daerah Rembau untuk fasa pertama kerja-kerja tanah dan fasa kedua pembinaan bangunan dimana diberitakan sebelum ini tender bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, dijangka dibuka pada hujung Mei 2012?
3. KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) REMBAU
Apakah status cadangan pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau yang diumumkan pada tahun 2008?
4. KAWASAN REKREASI KOLAM AIR PANAS PEDAS
Apakah status cadangan pembinaan hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan di kawasan rekreasi kolam air panas Pedas yang diumumkan pada tahun 2008?
5. LANDASAN PESAWAT KECIL DIBINA DI REMBAU
Apakah status pembinaan landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan di Batu Hampar, Rembau yang diumumkan pada tahun 2008?
SULAIMAN menunjukkan karikatur menghina sahabat Nabi yang didakwa digunakan oleh sebuah pusat tuisyen sebagai bahan mengajar di Ledang, Johor semalam.
LEDANG - Sebuah pusat tuisyen di Tangkak dekat sini didakwa bertindak biadab memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan empat di pusat berkenaan. Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, pusat tuisyen tersebut melukiskan 16 karakter sahabat nabi dalam bentuk kartun dengan watak berbeza dan bahan-bahan tersebut disediakan tenaga pengajarnya dikenali sebagai Mr. Fu. "Antara karikatur yang keterlaluan ialah lukisan seorang sahabat nabi yang dilukis dengan wajah khinzir. Imej seorang lagi pula diletakkan gambar wanita dengan bahagian dadanya ditutup dengan tulisan Cina, selain ada yang dikelilingi tiga wanita.. Kosmo ulasan kita tunggu KDN atau pihak berwajib mengambil tindakan..ini sudah melampau
Меня зовут Александр Сибиряков, я решил обратиться, т.к. отметил что Ваша компания использует сайт dppnkedah.blogspot.com для привлечения потенциальных заказчиков. Моя работа - анализировать результаты выдачи поисковых систем и находить компании, которым может быть недостаточно входящих звонков от клиентов из Интернета.
Мы с коллегами проявили инициативу и подготовили для dppnkedah.blogspot.com конкретное предложение по целевому привлечению клиентов Fresh-Up. Данный метод, на практике, позволяет существенно увеличить эффективность сайта как инструмента продаж.
Я буду крайне признателен, если Вы прокомментируете наши выкладки (во вложении) или передадите человеку, ответственному за продажи.
С уважением, Александр Сибиряков Специалист отдела продуктивных решений Компания Fruitful Solutions Тел./Факс: +7 (495) 661-6100 Моб.: +7 (925) 060-93-64 Web: www.future-adv.ru
TUARAN: PAS mengalu-alukan semua pemimpin politik di Sabah kalau mahu bersama-sama dengan PAS dalam memperjuangkan keadilan di negara ini.
Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Hatta Ramli (gambar) membuka laluan itu ketika berucap dalam majlis pengumuman pimpinan BN Sabah yang meninggalkan BN.
Mereka diketuai oleh anggota Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang mengumumkan tindakan beliau meninggalkan BN dan akan bersama Pakatan Rakyat.
"Saya memuji keberanian tuan-puan semua menolak BN yang sememangnya sudah melampaui batas.
"Tindakan tuan-puan semua bukannya terburu-buru tetapi setelah mengambil masa begitu lama namun BN tidak berubah," kata Dr Hatta di majlis itu.
Turut serta di majlis pengumuman Wilfred itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminudin Aling.
Semalam, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin membuat pengumuman di satu majlis yang lain meletakkan semua jawatannya dalam Umno. Namun beliau masih kekal ahli Umno.
Dalam ucapan itu, Dr Hatta turut berkata, kunjungan hormat Lajim menemui Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menimbulkan pelbagai spekulasi.
"Saya mengalu-alukan kalau tuan-puan mahu bersama PAS tetapi yang lebih penting buat masa ini adalah keluar dari BN dan membantu Pakatan Rakyat membawa perubahan kepada Sabah," kata Dr Hatta di majlis itu.
Beliau yang berucap lebih awal dari Wilfred Bumburing kerana terpaksa bergegas ke Kota Kinabalu untuk mengejar pesawatnya untuk pulang ke Kuala Lumpur.
(Tuan Ibrahim menerima dekoder TV Impian daripada Izham.)
TEMERLOH : PAS Pahang maju setapak lagi dalam bidang penyampaian maklumat apabila membeli 100 unit dekoder televisyen internet, TV Impian hari ini.
Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dekoder saluran baru media alternatif yang berpengkalan di Selangor itu akan diagihkan ke semua Majlis Tindakan Dun (MTD) seluruh Pahang.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat menjelaskan, televisyen internet di negara ini dijangka dapat menyaingi televisyen yang dikawal kerajaan Barisan Nasional (BN) sepenuhnya pada ketika ini.
"Cabaran paling besar bagi PAS menyampaikan maklumat-maklumat mutakhir kepada rakyat ialah apabila parlimen dibubarkan kerana penceramah-penceramah berkubu di kawasan masing-masing.
"Sedangkan pada waktu itu media arus perdana elektronik dan massa yang dikawal sepenuhnya oleh BN akan memanipulasi pelbagai isu dan fitnah menyerang kita.
(Anggota AJK PAS Pahang menunjukkan tanda bagus kepada TV Impian.)
"Ingat dulu isu Tengku Razaleigh memakai tengkolok yang dimainkan oleh media menjelang pilihan raya (1990) ketika itu, di mana kita tidak sempat untuk memberi penerangan balas sehingga kemenangan yang sepatutnya kita peroleh terkandas," ujarnya.
Tuan Ibrahim berkata, dengan adanya saluran alternatif Tv Impian itu dapatlah memberi penerangan pantas dan tepat terus kepada sasaran.
Tambahnya lagi, PAS Pahang mensasarkan semua markas Unit Peti Undi (UPU) PAS memiliki dekoder TV Impian masing-masing menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti bagi tujuan akses maklumat.
TV Impian dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini di majlis penutup Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor.
Penyelaras TV Impian Ir. Izham Hashim, yang memberi penerangan sebelum itu berkata, saluran tersebut adalah media rakyat untuk mendapatkan maklumat yang telus dan tepat.
Katanya, sebanyak lima saluran disediakan dalam televisyen tersebut dengan memuatkan saluran berita dan ulasan, dokumentari dan ceramah-ceramah agama serta filem-filem yang sihat dan hiburan yang dibenarkan Islam.
"Tv Impian akan meletakkan TV Makmur (saluran televisyen versi internet PAS Pahang) dalam Channel 1, sementara kemaskini maklumat dan berita mutakhir akan dipaparkan setiap masa pada sebelah bawah," katanya.
TUARAN: Rakyat Sabah diajak agar memilih pemimpin yang tepat untuk negeri itu bukan sekadar "Sabah untuk orang Sabah sahaja."
(Anwar berucap di Tuaran hari ini sempena pengisytiharan Wilfred keluar BN)
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ramai orang bercakap "Sabah untuk orang Sabah sahaja." tetapi bagi beliau tidak cukup sekadar itu.
"Kalau orang semenanjung juga kaki curi balak, orang Sabah pun tidak ketinggalan.
"Jadi saya sarankan, pilihlah pemimpin Sabah yang tepat dan baik dari kalangan orang Sabah," kata Anwar.
Beliau berucap di majlis pengisytiharan anggota Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar Barisan Nasional (BN) dan menyokong Pakatan Rakyat.
Janji Pakatan
Dalam ucapan itu, Anwar juga mengulangi janji Pakatan Rakyat sebelum ini akan memberikan 20 peratus royalti minyak kepada semua negeri yang mengeluarkan minyak di negara ini termasuk Sabah.
Beliau yakin, dengan penjimatan dan urustadbir yang baik, kerajaan mampu menjimatkan RM20 bilion setahun dari ketirisan akibat salah guna kuasa dan korupsi sekarang ini.
Beliau juga mengumumkan, harga petrol akan diturunkan jika Pakatan Rakyat memerintah negara.
"Hari ini menang, esok saya akan umumkan penurunan harga petrol," kata beliau.
Beliau juga memberikan jaminan tidak akan melakukan politik dendam apabila Pakatan Rakyat menang nanti.
"Saya berpengalaman di penjara, dipukul, ditelanjang dan sebagainya. Mereka ingat bila kita menang kita akan lakukan semua itu.
"Tidak. Kita tidak akan lakukan politik dendam. Apa yang kita mahu adalah negara ini ditadbir dengan baik dan melaksanakan politik bersih," kata Anwar.
(Tok Guru Nik Aziz gembira bertemu dengan Orang Asli Gua Musang)
GUA MUSANG: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempuh perjalanan sejauh kira-kira 100 km dari bandar Gua Musang untuk berbuka puasa bersama penduduk Orang Asli kelmarin.
Pos Tuel, Lojing dihuni seramai 40 keluarga Orang Asli, terletak jauh di pedalaman Gua Musang, penduduk bertuah dapat berbuka puasa bersama Menteri Besar.
Separuh daripada laluannya menggunakan jalan lori balak. Debu berterbangan ketika dilalui kenderaan. Jalannya terpaksa mendaki dan menuruni bukit bukau.
Turut hadir anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah, Pengarah JAHEIK, Datuk Che Rahim Mat Jusoh dan pemimpin tempatan Gua Musang.
Program Ihya Ramadan di Pos Tuel dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) dengan kerjasama Maahad Muhammadi Gua Musang julung kali diadakan.
Sehari sebelum itu seramai 40 pelajar bersama guru bermalam di rumah keluarga angkat masing-masing di pos berkenaan.
Ketibaan rombongan Menteri Besar menaiki kenderaan pacuan empat roda kira-kira jam 5 petang disambut Tok batin dan penduduk tempatan. Mereka kelihatan begitu gembira dapat bertemu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
"Saya berasa terharu kerana pertama kali sampai di Pos Tuel dan dapat bertemu mata dengan penduduk tempatan.
"Walau pun agak letih kerana perjalanan begitu jauh namun saya berasa gembira kerana dapat bertemu penduduk di sini," katanya di majlis tersebut.
Biar pun kelihatan Menteri Besar menyampaikan kuliah agama menunggu masa waktu berbuka puasa bersama penduduk.
Pada majlis itu Mohd Amar menyampaikan bantuan zakat kepada penduduk Orang Asli. Mereka sudah lama menganut Islam.
Kerajaan negeri juga membina sebuah masjid yang dinamakan Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq membabitkan kos kira-kira RM500,000.
Sesiapa yang mengetahui status terkini projek di bawah ini harap dapat maklum perkembangannya. Kerana dikhabarkan sebelum ini , projek ini masih belum berjalan dan telah mendatangkan kesulitan kepada para pelajar.
Tajuk Projek : Cadangan Kerja-Kerja Mengganti Bumbung Bangunan Asrama Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di SMK Agama Dato Haji Abu Hassan Bin Haji Sail, Daerah Rembau, NSDK.
Lebih 20 pembeli rumah terbabit mendakwa pemaju gagal mengotakan janji untuk menyelesaikan masalah CF selewat-lewatnya selepas sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.
SENAWANG – Suasana sambutan Hari Raya Aidil Fitri dua minggu lagi mungkin suram kepada pembeli rumah Taman Tuanku Jaafar (Fasa 3), Senawang, apabila hasrat mereka untuk mendiami rumah baru masih tidak kesampaian apabila pemaju masih gagal memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF).
Lebih 20 pembeli rumah terbabit mendakwa pemaju gagal mengotakan janji untuk menyelesaikan masalah CF selewat-lewatnya selepas sambutan Tahun Baru Cina tahun ini. Walaubagaimanapun sehingga kini, belum ada sebarang berita gembira buat pembeli rumah terbabit.
"Kalau ikutkan perjanjian kami dapat menduduki rumah ini selepas dua tahun. Adalah menjadi hasrat saya untuk menyambut bulan Ramadhan dan Aidil Fitri tahun ini di rumah baru ini.
"Anak saya juga mahu berkahwin dan menjadi impian saya untuk adakan majlis perkahwinan anak saya di rumah baru ini, tetapi semua impian saya ini sudah terbantut kerana rumah tidak boleh didiami tanpa CF.
"Saya ada hubungi pemaju beberapa kali dan bertanya status rumah ini, tetapi pemaju meminta saya bersabar", kata Abu Bakar Ujang yang berusia 59 tahun.
Zurina Maxtar, 34 pula membuat keputusan drastik dengan menduduki rumah ini sejak sebulan yang lalu walaupun rumah ini masih belum memiliki CF.
`Tinggal di rumah sewa'
"Saya terpaksa mengambil keputusan ini kerana tidak mampu lagi menanggung kos perbelanjaan hidup yang tinggi dan perlu membayar sewa rumah lain.
"Saya tiada pilihan lain kerana gaji saya sudah dipotong untuk bayar ansuran rumah. Pada masa yang sama saya dan suami terpaksa membayar duit sewa rumah jika terus tinggal di rumah sewa.
"Kami sudah putus asa dan oleh sebab itu kami mengambil keputusan nekad untuk berpindah ke rumah baru ini walaupun rumah ini belum mempunyai bekalan air dan CF", jelas Zurina.
Mehrad Sulaiman, 41, berharap ada pihak yang dapat campur tangan menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan sekian lama.
"Kami bercadang menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mencari jalan penyelesaian berhubung masalah ini".
Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani (PAS) berkata beliau difahamkan bahawa pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan CF kepada pemaju kerana ada masalah lereng bukit yang pemaju perlu selesaikan terlebih dahulu di lorong 7 hingga 10.
"Walaubagaimanapun pemaju pula berkata lereng bukit yang bermasalah (hakisan tanah) itu berada di luar kawasan perumahan yang mereka bangunkan.
"Saya berharap pihak berkuasa tempatan dan pemaju dapat duduk berbincang dan selesaikan masalah ini dengan segera demi kepentingan pembeli rumah.
"Rata-rata pembeli rumah yang menemui saya menghadapi kesukaran kewangan apabila terpaksa membayar pinjaman perumahan kepada pihak bank dan pada masa yang sama terpaksa juga membayar sewa rumah kerana masih tinggal di rumah sewa sementara rumah baru ini boleh diduduki", kata Mohd Taufek.
Jika kita lalu kawasan projek Hospital Rembau di Chembong pada waktu pagi sekitar jam 7 pagi dengan tingkap kereta dibuka, selalunya kita akan dapat menghidu bau busuk yang dikhabarkan datangnya dari kilang memproses ayam atau kilang lain yang berhampiran yang melepaskan air terawat ke parit atau sungai berhampiran.
Untuk pengetahuan, projek hospital Rembau ini didirikan atas tanah industri yang dikelilingi oleh beberapa kilang. Apakah Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan membuat pemantauan yang lebih kerap ke atas kilang-kilang berhampiran untuk mempastikan semua kilang sekitar Hospital Rembau ini akan mematuhi peraturan pelepasan asap, pelepasan air terawat, pembuangan bahan buangan dan sebagainya?
Sudah pasti penduduk di kampung dan taman perumahan berasa sangsi akan tahap pematuhan kilang-kilang di sini memandangkan sesiapa sahaja yang lalu jalan utama Seremban-Tampin akan pasti terbau bau yang amat kurang menyenangkan apabila lalu di kawasan ini pada waktu-waktu tertentu, terutamanya pada waktu pagi.
BAU BUSUK GANGGU PENDUDUK
REMBAU 12 Julai 2012 - Penduduk di Kg Merbau Sembilan dekat sini mendakwa sebuah kilang memproses ayam yang beroperasi sejak enam tahun lalu membawa pelbagai masalah khususnya dari segi pencemaran bau yang turut menjejaskan kesihatan mereka.
SENAWANG, 25 Jan 2012 – Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong.
KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Hospital Daerah Rembau akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong. enteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini. Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini.
SEREMBAN, 2002 Sept 23 (Bernama) -- The Chembong Industrial Area being developed near Pedas here, is expected to be ready by end of this year, said Menteri Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad. He said the industrial estate, covering a land area of 27.2 hectares and being developed by the State Development Corporation of Negeri Sembilan (PKNNS), cost RM19 million.
BERITA HARIAN 15 Mac 2012 -Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaimanapin, masalah harga tanah pula timbul dan menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS ialah RM18 sekaki. Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki.
Perenang Tunisia Taqi Murabit menarik dari menyertai acara saringan renang Sukan Olimpik London kerana acara saringan tersebut turut disertai perenang Israel yang merupakan anggota tentera Zionis yang saban hari mengebom rakyat Palestin yang tidak berdosa. Tindakan beliau disifatkan suatu tindakan tegas terhadap kezaliman Zionis terhadap umat Palestin yang dibunuh bagaikan binatang saban hari tanpa belas kasihan dan peri kemanusiaan. Inilah semangat persaudaraan Islam dan sesama manusia yang ditunjukkan oleh seorang atlit yang mempunyai prinsip.~ Mutaligat
KM Pulau Pinang Di Majlis Berbuka Puasa Persatuan Iman P.Pinang
Persatuan Iman Pulau Pinang menjemput Ketua Menteri Pulau Pinang dan Ahli Exco Chow Kon Yeow yang juga merangkap Ahli Parlimen Tanjung ke Majlis Berbuka Puasa di Persatuan Saudagar Emas dan Pengurup Wang Pulau Pinang.
KAHERAH - Pemimpin Islamis Gaza, Ismail Haniyeh, bertemu Presiden Mesir, Mohamed Mursi, kelmarin dalam kunjungan rasmi yang mengisyaratkan perubahan besar dalam pendirian Kahirah terhadap pergerakan Hamas, setelah seorang bekas anggota kumpulan Persaudaraan Islam (Ikhwanul Muslim) dipilih sebagai ketua negara Mesir. Dua pemimpin itu berbuka bersama selepas Imail Haniyeh bertemu ketua perisikan Mesir, Murad Muwafi, menggambarkan peranan yang masih dimainkan pasukan keselamatan Mesir dalam soal menangani isu Palestin.
Seorang pegawai Palestin berkata ketua jabatan perisikan Mesir itu telah berjanji akan melaksana langkah-langkah bagi meningkatkan penyaluran minyak yang dibekalkan Qatar ke Gaza melalui Mesir dan sangat diperlukan bagi mengurangkan kekurangan bekalan tenaga ke wilayah Palestin. Namun, tiada tanda-tanda segera bahawa Kahirah sedia membuka sempadannnya dengan Gaza ke tahap yang diinginkan Hamas. "Hati Mursi bersama Hamas tetapi fikirannya di tempat lain. Beliau akan beri seberapa banyak yang termampu tetapi beliau tidak dapat berikan banyak kerana kuasanya terbatas," kata Hany Al-Masri, seorang komentator politik Palestin. Kemenangan Mursi menjawat presiden Mesir dirai di Gaza, yang melihat ia sebagai titik perubahan bagi wilayah yang ekonominya terjejas dek tindakan Israel mengenakan sekatan.
Namun, sebagai ketua negara Mursi perlu mengimbangi sokongan bagi Gaza dengan perlunya menghormati komitmen antarabangsa, termasuk perjanjian damai Mesir dengan Israel. "Beliau akan sangat berhati-hati. Jabatan perisikan dan tentera tentu ada pendapat mereka sendiri mengenai hal ini," kata Encik Mustapha Kamel Al-Sayyid, seorang penganalisis Mesir. Menurut jurucakap Mursi, mereka membincangkan isu-isu seperti "menghentikan pengepungan dan penderitaan penduduk Gaza" serta perdamaian dengan Penguasa Palestin, yang berpangkalan di Ramallah dan dipimpin Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. Sebelum ini, mantan presiden Mesir, Hosni Mubarak, tidak pernah mengiktiraf pentadbiran Hamas, yang memerintah Gaza sejak 2007 setelah ia mengalahkan Penguasa Palestin pimpinan Encik Abbas. Awal bulan ini, Mursi menerima kunjungan kedua-dua Abbas dan pemimpin Hamas yang berada dalam buangan, Khaled Meshaal. - Reuters.
Hukum Allah @ Hukum Manusia?? Adakah kita Mengetahui dan memahami Tentang hukuman2 Lord Reid iaitu perlembagaan BRITISH??? Tak ramai Yang tahu!! Sebab Bukan Kerja mereka utk mereka mengetahui.. Betul X??? Tapi Apa BIla hukum ISLAM Ingin Di laksanakan Semua Org nak Amik tahu.. Nak kena Paham Dulu Dan mcm2 lagi alasan...
Sedangkan Mereka Semua ni bukan Lah Wakil Mahkamah.. SalahKah Utk Memahami?? X salah.. Cuma Adakah Kerajaan Membenarkan Saluran2 Kerajaan Utk menerangkan Hudud, Qisas, dan Takzir.. " Polis Suruh Bersama2 Mencegah jenayah bersama Kami, Sedangkan Allah yang berhak mencegah Segala Jenayah" Kenapa X Mintak Dengan Allah??? Allah menyediakan hukum utk manusia Tapi kenapa kamu berpaling?? Sedangkan Segala Alam Dan makhluk Adalah milik Allah mutlak.. Ibnu Abbas menyatakan: . وَمَنْ أَقَرَّ بَهَ وَلَمْ يَحْكُمْ، فَهُوَ ظَالِمٌ فَاسِقٌ . مَنْ جَحَدَ مَا أَنْزَلَ اللهُ فَقَدْ كَفَرَ "Barangsiapa yang mengingkari apa yang diturunkan oleh Allah, sesungguhnya dia telah kafir. Dan barangsiapa yang mengakuinya (keberadaan hukum) namun tidak berhukum dengannya, maka dia adalah zalim, fasik". Fikir2kan LAh...~https://www.facebook.com/hezbul.islam
Mufti Dubai, Ahmed Abdul Aziz Al Haddad berkata, umat Islam yang bersaing di sukan Olimpik perlu menjalani ibadah berpuasa tanpa mengira ia akan memberi kesan kepada prestasi mereka ataupun tidak.
"Atlet Muslim mesti berpuasa kerana mereka mewakili Islam di sukan Olimpik. "Mereka menjadi duta untuk iman mereka. Pengertian Islam mestilah hadir dalam tindakan mereka, dan mereka tidak jatuh ke dalam apa-apa yang Islam melarang." katanya.~https://www.facebook.com/andi.silahhuddin
Olimpik London 2012 dikaitkan dengan agenda Zionis dan Illuminati untuk menyebarkan dakyah-dakyah mereka sebenarnya. Perkara itu disahkan lagi dengan banyak pendedahan tentang perkara ini. Malah, melihat kepada pelancaran upacara sukan tersebut kelmarin jelas membuktikan ia ada kaitan jelas dengan Illuminati dan Freemason. Betulkah sampai begitu sekali? Olimpik dan Yahudi? Sebelum ini Iran mengancam akan memboikot Sukan Olimpik 2012 London kerana mendakwa logo rasmi untuk sukan Olimpik 2012 itu menyerupai kata "ZION," yang merupakan istilah alkitabiah bagi Jerusalem.
Bahram Afsharzadeh, setiausaha agung dari Jawatankuasa Olimpik Nasional Iran, mengatakan dia menghantar surat kepada presiden IOC Jacques Rogge di mana ia mengutuk logo tersebut sebagai "rasis" dan menyeru kepada negara-negara Muslim lain untuk bersama membantah. Majlis pembukaan rasmi sukan Olimpik 2012 dipengaruhi unsur Majusi versi moden, moscot dajjal mata satu dan unsur illuminati/freemason dikesan digunakan secara meluas. Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. ! Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi. Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin
Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa. Di dalam laman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok.
Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal. Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION. 2012 = ZOIZ = ZIOZ =ZION Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini. Waallahu 'allam..~Ridhuan HelangSenja
Kontroversi melanda kedua-dua maskot Olimpik London 2012 ini apabila ia hanya mempunyai satu mata sahaja..Seperti yang diketahui, bentuk tersebut sering kali dikaitkan dengan simbol Dajjal serta simbol rasisme, kiamat, nabi palsu dan antichrist..
LIHAT GAMBAR INI..INI ADALAH SEWAKTU PEMBUKAAN SUKAN OLIMPIK LONDON 2012..! DICERITAKAN BAHAWA NABI MUSA A.S DIHANYUTKAN OLEH IBUNYA DI SUNGAI NIL KERANA BIMBANG AKAN TENTERA FIRAUN YANG AKAN MEMBUNUH MANA-MANA BAYI LELAKI YANG DILAHIRKAN PADA WAKTU ITU. LIHAT GAMBAR INI SEORANG BAYI SEDANG TIDUR DAN DIBAWA SECARA PERLAHAN-LAHAN.. MENGGAMBARKAN BAHAWA BAYI TERSEBUT ADALAH MUSA A.S YANG SEDANG DIHANYUTKAN DIATAS SUNGAI NIL KETIKA WAKTU MALAM.. SELEPAS ITU DALAM GAMBAR INI MUNCUL PULA PATUNG SEOLAH-OLAH AHLI SIHIR YANG MEMEGANG TONGKAT.. KITA PERNAH DENGAR CERITA-CERITA MENGENAI NABI DAN RASUL KITA TERMASUKLAH NABI MUSA A.S..
NABI MUSA A.S MEMPUNYAI TONGKAT YANG MEMPUNYAI KUASA DAN ITU ADALAH MUKJIZAT YANG DIBERIKAN ALLAH SWT KEPADANYA.. NABI MUSA A.S JUGA MENGGUNAKAN TONGKAT ITU UNTUK MEMBELAH LAUT SETELAH MENDAPAT PETUNJUK DARI ALLAH SWT BAGI MENYELAMATKAN KAUMNYA BANI ISRAIL UNTUK MELARIKAN DIRI DARI DIKEJAR FIRAUN LAKANATULLAH. DAN DENGAN KUASA ALLAH SWT LAUT ITU TERBELAH DUA DAN KETIKA FIRAUN MELINTASINYA LAUT ITU KEMBALI SEPERTI SEDIA KALA DAN MENENGGELAMKAN FIRAUN DAN PENGIKUTNYA. GAMBAR INI ADALAH SATU PENGHINAAN KEPADA ISLAM UMUMNYA.. MEREKA MENGGAMBARKAN NABI MUSA A.S SEBAGAI AHLI SIHIR TERSEBUT.. DIKATAKAN KETINGGIAN NABI MUSA ADALAH 40 HASTA. 1 HASTA = 45.72 CM 40 HASTA = 1828.8 CM 1828.8CM = 18.2 M BUKANKAN KETINGGIAN AHLI SIHIR ITU LEBIH KURANG 18 METER???? WALLAHUALAM..SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MENGAGUMI ACARA PEMBUKAAN ITU KERANA PERCAYALAH BANYAK LAGI BUKTI-BUKTI UPACARA PENYEMBAHAN SYAITAN DAN PENGHINAAN KEPADA ISLAM BERLAKU PADA ACARA ITU. CUMA KITA SEDAR ATAUPUN TIDAK SAHAJA. INSYAALLAH LEPAS INI KAJIAN AKAN DIBUAT LAGI DAN AKAN DIBONGKARKAN.SEBARKAN KEPADA KAWAN-KAWAN YANG LAIN AGAR KITA TAHU BAHAWA MEREKA INGIN MEMANIPULASI DAN MENIPU KITA. WALLAHUALAM.ALLAH MAHA BESAR.! LINK DIBAWAH INI ADALAH AGENDA OLIMPIK 2012. SEMOGA MALAPETAKA TIDAK AKAN BERLAKU PADA TEMASYA BESAR INI
Dewan Himpunan Penyokong Pas ( DHPP ) Negeri Selangor telah mengadakan satu retreat disebuah resort di Hulu Klang. Ketua DHPP Negeri Selangor, Encik Letchumanan bersama-sama Naib Ketua DHPP Pusat, Encik Vincent Lee adalah diantara pimpinan DHPP yang hadir yang turut memberi semangat kepada ahli-ahli DHPP mewakili kawasan seluruh Selangor dalam retreat selama 2 hari itu. YB Dr Rani yang dijemput selaku perasmi tutup majlis tersebut telah memberi suntikan semangat kepada peserta retreat dalam meningkatkan komitmen mereka bagi memastikan PR akan menang lebih besar dalam PRU akan datang insyaAllah.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan