Maran-Kehadiran Anwar ke Maran kali ini dikawal ketat oleh Unit amal pas dan juga keadilan agar peristiwa yang berlaku sebelum ini tidak berulang.Dengan kawalan yang begitu ketat, kehadiran beliau ke rumah salah seorang peneroak jengka 4, anwar sempat bertemu dengan masyarakat felda dan makan malam bersama.
Beliau kemudiannya bertolak ke kawasan perniagaan kaum cina di kawasan felda . Selain bandar pusat jengka yang dikenali pusat tumpuan masyarakat jengka ini, terdapat sebuah lagi pekan kecil yang menjalankan perniagaan bagi penduduk sekitarnya di kenali sebagai Tong Kiat. Anwar yang pertama kali dibawa melawat pekan kecil Tong Kiat ini dan dihadiri oleh hampir 3000 masyarakat sekitar yang mahu mendengar cermah beliau .Menurut anwar, inilah pertama kali beliau hadir dan amat berbangga dengan kehadiran seramai itu walau ianya berada di Bandar dan kawasan felda.
Sehingga dua tempat lawatan beliau ini, tiada sebarang gangguan yang diterima.mungkin dengan kehadiran ramai masyarakat sekeliling, tidak seperti minggu sebelumnya sebagaimana peristiwa di Lembah Pantai dan Johor, kali ini anwar tidak diganggu walau melalui jalan jengka.Ini adalah kerana kehadiran ramai pengiring dan kawalan ketat unit amal juga sambutan dalam ceramah beliau.Sekalung tahniah , kepada unit amal dan keadilan yang membantu.
Di sini anwar menjelaskan dasar-dasar pakatan Rakyat mengenai rancangan reformasi para pimpinan pakatan rakyat iaitu mahukan pendidikan percuma,membanteras rasuah,pembahruan sistem kehakiman,pendidikan,melahirkan masyarakat yang tahu menghormati antara satu sama lain.Malah budaya yang dibawa ahli Umno sejak akhir-akhir ini menunjukkan budaya samseng dengan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.Beliau juga mempersoalkan budaya ala samseng ini jika semuanya mahu bertindakbalas akan menjadikan negara kecoh dan huruhara.malah pimpinan pakatan rakayt dan semua rakyat mahukan perubahan dalam sistem pemilih dan perbetulkannnya dengan cara membuang undi.Saya cakap di parlimen engenai adanya bukti menggunakan warga asing yang boleh membuang undi. Kita punya bukti terhadap kes ini namun , pengerusi SPR membisu.
"Budaya mengutuk tok guru nik aziz dianggap sebagai sesuatu yang tidak patut.adakah nikaziz menghina sesiapa?seorang yang alim digelar sebagai bapa kafir adalah budaya yang amat jijik, sedangkan semua orang tahu siapa nik aziz yang meminpin kelantan selama lebih 20 tahun.Adakah Nik aziz ambil tanah?adakah nik aziz ambil duit lembu?adakaha nik aziz memperkayajkan anak beranak beliau?
"Apa yang berlaku kepada saya, adalah menunjukkan betapa Umno tidak bertanggungjawab terhadap rakyat malah negara.Apa salah saya dan apa salahnya berbeza pendapat , saya juga pernah menjadi ahli Umno dan timbalan Presiden, akan tetapi dizaman saya tidak berlaku sedemikian rupa dan ini baiasa dalam sistem demokrasi , namun membaling batu dan mengganggu ceramah Pakatan adalah tidak bermoral sama sekali.Apa pula akan terjadi jika ini dilakukan terhadap kediaman najib jika perbuatan melakukannya dihadapan rumah Datuk Ambiga? Bagaimana pula kalau ahli Pas,PKR dan Dap pula bertindak balas ? Dimana moralnya ahli Umno? Samseng kah?kita menyokong ambiga atas sebab pilihanraya dan mahukannya dibersiahkan.Soal lain kita tetap menentang , itu demokrasi " Soalnya dan teriakan hadirin yang setuju .
Anwar menjelaskan betapa sistem pendidikan negara ini mampu dilaksanakan tanpa pinjaman PTPTN kerana menurut beliau Umno yang sentiasa salah dalam mentadbir kewangan negara menyatakan bahawa PTPTN membebankan negara.Menurut anwar pimpinan Pakatan Rakyat telah berbincang dan menganggap debat Khairy mengenai PTPTN menjelaskan hasrat sebenar kerajaan Umno yang tidak mampu untuk melaksanakannnya dan lebih mementingkan golongantertentu dari membaiki kehidupan rakyat.
"Hutang lembu bagaimana?Hutang MAS bagaimana? Kalau rakyat kampong dan orang bawahan jumlah hutang kena bayar.?Kita perintah selangor dan kita mampu membayar untuk kepentingan rakyat.ini yang kita yakin kita akan dapat melakukannya jika rakyat memilih Pakatan Rakyat yang mampu kamilaksanakan." Demikian jelas beliau yang mendapat tepukan gemuruh yang hadir.
MCA PROVOKASI CERAMAH ANWAR
Selepas berceramah di Pekan kecil Tong Kiat,beliau bergerak ke Bandar Maran.Keadaan agak tegang apabila diberitahu bahawa MCA mengadakan pertandingan karaoke sejauh 200 meter dari tempat Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat bercermah.Risalah dan banner memburukkan beliau terpampang malahan bertaburan dengan risalah memaki hamun beliau.Sangkaan bahawa Umno memprovokasi ceramah meleset , namun kali ini, MCA pula yang meniru perangai Umno.Pertandingan karaoke berjalan lancar, bunyi bising mencecah telingan hadirin, namun sesekali kita melihat antara kaum tionghua yang hadir menyeberang mendengar ceramah Anwar.Inilah yang menjadikan lawatan ini mencapai matlamatnya.Di sini hampir 5000 orang hadir dari berbagai kaum.Masyarakat cina yang mendengar karaoke menyeberang mendengar amanat Anwar menjadikan hanya pembesar suara sahaja yang kuat namun kehadirannya boleh dibilang.
Setibanya di jalan utama yang diiringi dengan penuh hormat rakayat sebagai pimpinan, bunyi bising berhampiran bergema.namun Suara Anwar tetap kedengaran juga dengan pembesar suara yang juga kuat.
Beliau memulakan ceramah beliau dengan menyatakan bahawa negara yang kaya , namun rakyat menjadi miskin apabila kerajaan yang ada tidak mahu membantu rakyat.dan melakukan banyak pembaziran..Beliau juga menyatakan tentang sambutan pimpinan timur tengah dan juga pimpinan arab yangmasih mempercayai
"Kita kena ingat nak suruh orang cina , dan nak suruh orang India sokong untuk apa? .Umno dok cerca kononnya saya ni dan kita ni nak bagi kat cina dan India.Yang depa bagi kepada tauke cina dan tauke judi tak pa pulak,bukit,pulau,gunung….mana dia orang Umno tak tegur..mana dia ulamak dan mufti tak tegur….Tak malu kah sebagai orang tak ada akhlak,mana dia imam dan mufti.Buat gerai banyak-banyak depan rumah Ambiga.Mana ada islam hina orang, malah ada jenazah dizaman rasullah dia sendiri hormat.Polis pi mana?tapi mencerca kita macam-macam .Jangan kawan dengan orang sombong,baling batu pada saya,simbah cat,laporan nik aziz terima rasuh,hantar kek taik kepada lim guan eng.ada akai ka orang macam ni.Kita perlu ubah.Sudah tiba masanya kita berubah.Menang saja pakatan rakyat, Insyallah akan ada seorang pelabur dari negara arab yang berjanji mahu melabur dengan kekayaannya hampir 10 billion US,Ayuh semua rakyat beri peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah,kita ubah semuanya demi rakyat."demikian kata Anwar dan disambut dengan laungan takbir dan laungan reformasi..reformasi reformasi yang bergema di tengah Bandar Maran menenggelamkan karaoke yang semakin hilang lantangnya walau hanya sedikit yang menontonnya..
sudah mula berjaya banyak yang bungkus dan banyak lagi akan mengikut sama syabas!
APA ITU RABU : RADIO BANGSAR UTAMA
rabu ialah stesen radio internet rabu ialah stesen radio melawan rabu ialah stesen radio melanggar rabu ialah stesen radio cool rabu ialah stesen radio chic rabu ialah stesen radio radikal
dari rabu akan dapat didengari: berita bersih berita menghasut berita terkini
dari rabu akan berkumandang: lagu punk rock lagu rock klasik lagu rock kapak lagu metal lagu perjuangan lagu melawan lagu sosialis lagu komunis lagu lagu perjuangan dari seluruh dunia
sesekali lagu mat bunga sesekali lagu mat jiwang
NOTA: untuk mengiklankan program untuk berhubung untuk membuat bantahan untuk memberi komen untuk mengutuk untuk mencaci untuk membodek sila hubungi:
pemandu lori ini menghalang satu laluan jalan ini menjadikan jalan sesak
DARI PEMBERITA TT MELAKA
Pemandu Lori Berdemo Lebih 100 orang pemandu lori pasir berdemo di jalanraya berhampiran Seri Negeri Melaka. Mereka berdemo bagi menyuarakan kekesalan terhadap tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang sering menahan pemandu lori walaupun muatan yang dibawa dikatakan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. Hal ini dibebankan lagi dengan kos pembaikan yang tinggi dan kos-kos lain seperti cukai jalan dan lesen memandu.
Menurut salah seorang pemandu lori, beliau seringkali ditahan kerana dikatakan membawa muatan lebih daripada had sedangkan ukuran pasir memenuhi spesifikasi. "Setiap kali saya bawa lori, mesti bawa pasir sikit. Tak melebihi badan lori. Itu spesifikasinya. Jadi kami ikut. Tapi, saya tetap disaman sebab tak ikut spek katanya. Takkan kami nak bawa pasir separuh dari badan lori. Duit kami dapat RM30 je. Nak bayar diesel pun tak lepas."
NOTA: pemandu lori telah mula berani menunjukan kekuatan mereka syabas!
KUALA LUMPUR 29 Mei - Senator Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mendakwa rakaman video `panas' yang beliau serahkan kepada peguam membabitkan seorang pemimpin politik dengan isteri orang.
Video tersebut dirakam pada tahun 90-an di ibu negara dan ia akan menjadi bukti kukuh bahawa pemimpin parti politik itu mempunyai masalah moral. - UTUSAN MELOYA KURAP PAN
DARI FACEBOOK شهرول نظا Yang ini bukan bangla.. yang ini pemimpin2 UMNO dan bukan MIC.. yang bangla ada belakang.. Bersih 3.0 ini worang tarak nampak muka lagi..
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit...INI PERSATUAN HITAM DAN LEGAM.... kah kah kah..
kah kah kah ..ATAU PERSATUAN GELAP DAN HITAM.... kah kah kah..
KUALA LUMPUR 29 Mei - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan bidaan nombor plat WWW 1 oleh ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggunakan wang rakyat.
Malah titah baginda, keluarga Sultan Johor juga tidak sesekali menggunakan wang kerajaan negeri untuk membida nombor plat tersebut.
"Keluarga Kesultanan Johor tidak mengambil wang daripada kerajaan negeri. Boleh tanyakan kepada Menteri Besar Johor atau mana-mana pegawai kerajaan negeri.
"Wang yang diperuntukkan kepada ayahanda sebagai Sultan Johor dan saya selaku Tunku Mahkota Johor setiap bulan pun disalurkan kepada Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.
"Tujuan (penubuhan) yayasan itu adalah untuk rakyat dan membantu kerajaan negeri," titah baginda seperti dipetik melalui akaun Twitternya.
Bila Sebut Pasal Amanah nie memang satu perkara yang cukup berat yang kena dipikul oleh semua tak kira lah apa juga jenis, bangsa,agama warna kulit. Semua orang ade amanah yang perlu ditunaikan oleh mereka. Kalau Suami, Isteri dan Anak-anak adalah amanah mereka, Kalau pemimpin rakyat adalah amanah mereka. Pendek kata Setiap orang ade amanah yang perlu ditunaikan dan bakal dipersoalkan oleh Allah di Akhirat nanti.Sepertimana yang dijelaskan dalam Alquran berkaitan dengan amanah :
1. Firman Allah "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu untuk menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya." (An Nisa : 58).
2. Firman Allah "Akan tetapi jika sebagian kamu mempercayai sebagian yang lain, hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah, Rabb-Nya." (Al Baqarah : 283).
3. Firman Allah "Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; semuanya enggan untuk memikul amanat dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, lalu dipikullah manah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zhalim dan amat bodoh." (Al Ahzab : 72)
4. Firman Allah "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." (Al Anfal : 27).
5. Firman Allah "Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya." (Al Mukminuun : 8).
Begitu juga diriwayatkan dalam Hadis Nabi SAW Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi Shallalhu Alaihi wa Sallam, beliau bersabda: "Tunaikanlah amanat kepada orang yang mempercayakan kepadamu dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi) juga hadis Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi Shalllahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Tanda orang munafiq itu ada tiga, yaitu: apabila berbicara berdusta, apabila berjanji menyalahi, dan apabila dipercaya, berkhianat." Dalam riwayat lain, "Sekalipun ia melakukan shaum, shalat dan mengaku sebagai seorang muslim."
Demikianlah Persoalan Amanah yang perlu diambil perhatian oleh kita semua.
Saja timbulkan isu ini pada reader semua. Bukan apa sebelum ni kita banyak dengar pemimpin –pemimpin kita yang nak minta kita berjuang atas nama bangsa. Pada aku baik lupakan saja.
Apalah yang boleh dibanggakan nanti depan Allah SWT di akhirat andai kita berjuang bukan kerana Allah tapi kerana bangsa. Kalau kita sorot kembali tragedi yang menimpa ummat islam semasa kejatuhan khilafah islam yang terakhir antara puncanya ialah semangat kebangsaan yang ditiupkan oleh nasionalis sendiri "Arab untuk Arab dan Turki untuk Turki" . Nak bangga lagi dengan kebangsaan ?
Rasanya kalau kita singkap sirah perjuangan Nabi kita Muhammad SAW, Adakah Nabi sendiri berjuang atas nama bangsa atau atas nama agama ? Sebagai muhasabah pada kita sendiri yang mengaku kita ummat Muhammad bukan Ummat Melayu. Begitu juga Amanah yang diberikan oleh Allah pada Nabi , adakah dakwah nabi untuk bangsa Arab Sahaja ?
Kadang-kadang rasa tak senang juga lah bila ade ustaz-ustaz kita para Alim ulama, tok-tok guru yang kata kita kena berjuang atas nama bangsa. Bukan tak boleh tapi agama jangan dijadikan sampingan sehingga menggadaikan prinsip-prinsip agama.
Kita boleh lihat sendiri situasi yang melanda negara kita pada hari ini. Dek kerana terlalu memperjuangkan bangsa maka agama dikesampingkan. Agama hanya dijadikan alat atau wiget sahaja untuk mencapai sesuatu. Lupakah kita pada akujanji kita yang selalu kita lafazkan setiap kali solat dalam doa iftitah ( kot ade yang tak ngafal dan tak berapa nak faham) maksudnya " Sesungguhnya Solat ku , Ibadatku, Hidupku dan Mati Ku hanya Untuk Allah, Tiada Sekutu baginya dan dengan perintah itu aku menjadi orang yang menyerah diri".
Jelas dalam ayat ini dinyatakan bahawa Allah tak ade sekutu dan tidak boleh disekutukan dengan yang lain. Ini juga berkait rapat dengan amalan kita. Bak kata ulama sufi, kalau kita tak faham maksud apa yang kita lafazkan tak sah solat kita. Nah kalau macam tu memang berat tugas dan tanggungjawab kita. Sekadar renungan untuk kita, Berjuang Atas Nama Bangsa tapi Jangan Gadai Agama.
Kuala Terengganu -Seorang remaja perempuan bawah umur antara lima warga Thailand yang dicekup dalam sebuah bilik rahsia selepas digeledah selama dua jam oleh anggota Jabatan Imigresen Terengganu dalam satu operasi 'OPS Sayang' 8 Mei lalu jam 3 pagi di sebuah rumah urut "Macam-macam ada' di Jalan Ladang, di sini.
Gambar: Remaja berusia 16 tahun ini (kiri) dipercayai bekerja sebagai tukang urut di sebuah rumah urut, "Macam-macam ada' di Jalan Ladang, Kuala Terengganu
Bagaimanapun, remaja berusia 16 tahun itu yang berasal dari Narathiwat Thailand diarahkan dijaga di bawah pengawasan Rumah Perlindungan Kanak-kanak sementara menunggu siasatan penuh laporan Jabatan Imigresen Terengganu atas pertuduhan Anti Pemerdagangan Orang 2007 oleh Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin.
Majistret Noradila Ab Latif mengeluarkan perintah perlaksanaan dikuatkuasa selama 14 hari manakala empat lagi wanita yang berusia dari 26 tahun hingga 37 tahun itu diperintah dijaga di bawah pengawasan rumah perlindungan wanita.
Terdahulu, laporan Jabatan Imigresen Terengganu mengenal pasti kelima-lima mereka dicekup ketika itu menggunakan pasport lawatan sosial serta tidak mempunyai permit sah bekerja di premis berkenaan.
Mereka dipercayai bekerja sebagai tukang urut yang turut menawarkan khidmat urutan 'istimewa' serendah RM50 dengan berpakaian seksi bagi menarik pelanggan. -SH
DEY MACHA!!! MUFTI DAH MULA BERSUARA TAPI TAK BERANI NAK KATA HARAM MACAMANA DEPA KATA PERHIMPUNAN BERSIH HARAM KAH! KAH! KAH!
ANTARA K-POP DAN CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS KALAU MASALAH TRAFIK JADI ALASAN KENAPA PULAK CERAMAH AGAMA YANG DIBATALKAN? PATUTNYA KONSERT K-POP YANG DIBATALKAN MENTERI PUN IKUT NAFSU PROGRAM AGAMA LETAK TEPI HIBURAN JADI ELEMEN MENDIDIK BELIA KAH! KAH! KAH!
Mufti Perak tegur konsert K-Pop
KUALA TERENGGANU – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur penganjur yang mengundang artis dari Korea menghiburkan pengunjung program tersebut minggu lalu.
Menurut beliau, perhimpunan itu bertujuan baik bagi menyatukan golongan belia di negara ini tetapi tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaiannya.
"Sepatutnya tidak ada benda-benda macam itu (artis K-Pop). Kita sekarang dalam proses pembentukan akhlak muda-mudi kita yang sedang merosot, jadi tidak patut ada perkara yang boleh menaikkan nafsu.
"Harap pihak penganjur ambil perhatian serius dalam hal ini," katanya di sini kelmarin.
Beliau, bagaimanapun, tidak menafikan golongan muda lebih cenderung kepada hiburan seperti itu, namun, katanya, tidak semestinya ia dipenuhi dengan aksi bersifat nafsu semata-mata.
"Kita harus bertindak dengan baik, mungkin boleh digantikan dengan aktiviti lain lebih positif yang boleh menarik minat golongan belia.
"Jangan hanya untuk dapatkan sokongan dan kedudukan sahaja; bimbang nanti ada orang nak dapat sokongan tapi sebaliknya tak disokong pula," katanya mengulas kritikan segelintir pihak berhubung persembahan artis K-Pop pada perhimpunan itu yang tidak sesuai dengan budaya negara ini kerana artis berpakaian menjolok mata.
Tangguh ceramah Ustaz Azhar Idrus tiada kaitan konsert K-Pop
Tangguh ceramah Ustaz Azhar Idrus tiada kaitan konsert K-Pop Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan dakwaan kononnya penangguhan majlis ceramah oleh penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya berlangsung pada 26 Mei lepas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disebabkan konsert K-Pop.
Sebaliknya, beliau berkata, penangguhan itu berkaitan dengan masalah trafik kerana kedua- dua program terbabit berlangsung pada hari yang sama dan memerlukan komponen tambahan dalam menguruskan perjalanan trafik.
"Kementerian saya tidak ada kena mengena dengan soal ini (pembatalan ceramah) dan bukan disebabkan konsert ini. Ia di bawah kawalan pihak pengurusan PICC yang merasakan masalah trafik menjadi punca (pembatalan ceramah) dan perlu ditangguhkan," katanya semalam seperti dilaporkan Bernama.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang dalam laman portal bahawa penangguhan ceramah tersebut dibuat kerana serentak dengan konsert K-Pop dan dibimbangi konsert itu tidak mendapat sambutan hangat apabila bersaing dengan majlis ceramah berkenaan.
Mengenai ketiadaan sambutan pada himpunan itu sekiranya ceramah itu juga berlangsung, Ahmad Shabery memberi contoh pada hari tersebut, himpunan belia turut diadakan di Shah Alam, namun tidak mendapat sambutan hangat.
"Pada himpunan belia di Shah Alam (penganjurnya) mengharapkan belia akan pergi ke sana. Difahamkan pemimpin besar mereka yang sepatutnya merasmikan himpunan itu tidak hadir dan akhirnya 150 orang sahaja yang datang, dibandingkan dengan himpunan di Putrajaya yang lebih ramai," katanya.-SH
Di saat budaya debat mula diterima rakyat negara ini sebagai medium membuat penialaian terhadap sesuatu isu, namun masih ada lagi yang melihat debat tidak mendatangkan apa-apa faedah.Malangnya, kenyataan 'memperlekeh' debat itu yang seolah-olah dilihat hanya mendatangkan keburukan, datang dari pemimpin negara sendiri.Terbaru, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang menyifatkan debat tidak menguntungkan mana-mana pihak sebaliknya mendorong kepada perbuatan tuduh menuduh dan kata-kata nista.
Beliau merujuk kepada keperluan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicadangkan banyak pihak.
Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga mengeluarkan pandangan serupa bahawa, debat di antara Najib dengan Anwar tidak perlu.
Beliau memberi alasan pembangkang khususnya Anwar akan mencetuskan suatu keadaan untuk mendapatkan 'mileage' politik dalam debat itu.
Apa yang menjadi persoalan kini, adakah pemimpin Umno ini tidak melihat contoh depan mata debat antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berhubung Pemansuhan PTPTN pada 22 April lalu?
Rata-rata melihatnya sebagai sesuatu yang positif, dan langsung tidak timbul persoalan siapa menang siapa kalah antara mereka.
Bagaimana pula debat antara Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada Julai 2008 untuk menurunkan harga minyak. Adakah debat tersebut mendatangkan keburukan?
Terbaru sebuah NGO Asli sekali lagi mahu menganjurkan debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selepas debat serupa dianjurkan mereka Februari lalu.
Malah Guan Eng yang Ketua Menteri Pulau Pinang dengan hati terbuka menerima tawaran debat itu hari ini.
Jika benar budaya debat tidak membawa kebaikan, patut hapuskan sahaja pertandingan debat di sekolah mahupun di universiti yang sudah diamal sejak sekian lama.
Dalam isu debat Najib-Anwar ini, saya tidak tahu kenapa Najib dan Umno perlu mengelak sampai rapat ke dindidng.
Kenyataan dari pemimpin Umno yang mewakili suara Najib menolak debat ini hanya akan dilihat sebagai 'mengampu' bos sahaja.
Manakala sikap sepi perdana menteri menyahut debat ini hanya mengesahkan pandangan rakyat bahawa Najib sememangnya takut untuk berhadapan dengan Anwar.
Penulis: Ridhuan Mohd Noor - ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Kerajaan Umno BN didakwa berbelanja sebanyak RM20 juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu.
Menurut sumber yang enggan namanya didedahkan memberitahu, Kementerian Belia dan Sukan turut melantik sebuah syarikat baru yang dikhususkan untuk mengurus sepenuhnya program yang berlangsung sepanjang lima hari di Putrajaya itu.
“Saya dapat maklumat daripada orang dalam iaitu rakan saya yang bertugas dari Kementeria Belia dan Sukan sendiri memberitahu bahawa kerajaan telah berbelanja sebanyak RM20 juta untuk penganjuran Himpunan Belia di Putrajaya itu.
“Malah beliau turut memaklumkan kementerian juga melantik sebuah syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan program tersebut,” kata pesara kakitangan kerajaan itu menghubungi pejabat Keadilan Daily, hari ini.
Berikutan itu, lelaki itu menuntut penyiasatan lanjut mengenai perbelanjaan kerajaan mengadakan himpunan itu.
“Saya minta perkara ini disiasat kerana sudah tentu kerajaan menggunakan duit rakyat untuk penganjuran program ini,” katanya.
Bertemakan ‘Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok’, 500 aktiviti yang membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan diadakan sejak Rabu lalu, memperlihatkan kerajaan lebih ghairah menghidangkan elemen hiburan berbanding kerohanian.
Aktiviti hiburan seperti tarian dan nyanyian juga bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Adakah penganjuran seperti ini menjadi kebanggaan kerajaan walaupun Himpunan Jutaan Belia tahun ini ‘tercemar’ apabila satu kemalangan berlaku ketika acara perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 pada Sabtu.
Seramai 17 penonton perlumbaan drag cedera termasuk empat parah apabila sebuah kereta perlumbaan terbabas sebelum melanggar penonton.
Mangsa kini berada di Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan lanjut. - Keadilandaily
Kalau anda tidak kuat iman dan miskin pula tapi bercita-cita mahu jadi kaya raya dan terdesak, anda pasti akan lakukan seperti mereka ini :
Hoi Makcik! itu bukan outlet BRIM!
Walaupun bekerja, tapi gaji tak cukup...
Walau baru lepas dengar khutbah jumaat : Ittakullah hatta tuqatih ...
Tetapi sekiranya anda orang berada, mahu jaga mertabat, mahu jaga status, anda tidak akan beli nombor sebagaimana mereka diatas itu; tetapi tetap juga gila mahu beli nombor. Maka anda akan tunjukan mertabat, status dan kekayaan yang pada anda dengan kegilaan berikut :
Sekiranya anda cuba cakap sesuatu mengenainya, mungkin anda akan jadi macam kawan kita sorang ini:
Orang Umno/BN seringkali menghina dengan mengatakan orang Kelantan miskin dan mundur - tidak maju macam Melayu di negeri-negeri lain terutamanya yang diperintah oleh Umno / BN.
Kaya macam mana pun Melayu di negeri lain selain Kelantan, semangatnya tidak sama dengan orang Kelantan. Ini kerana mereka menyedari kerajaan mereka, Kelantan itu telah dianaktirikan oleh kerajaan Pusat Umno /BN.
Maka sebab itu, rakyat terus memberi sokongan dan kerjasama terhadap projek yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang diterajui oleh Tuan Guru Nik Aziz kerana rakyat menyedari betapa kesungguhan kerajaan negeri Kelantan dalam usaha untuk membawa kesejahteraan kepada rakyatnya.
Berikut berita terbaru dari sumber Topeng Perak Unmasked mengenai rakyat Kelantan yang miskin itu....
Rakyat Kelantan sumbang derma hampir RM1.5 juta di Majlis Pecah Tanah Projek Lebuhraya Rakyat Machang - Kuala Krai (fasa 1).
Sumbangan derma tertinggi yang diterima oleh Kerajaan Negeri Kelantan di Majlis Pecah Tanah Projek Lebuhraya Rakyat ialah sebanyak RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) yang diterima dari Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn. Bhd.
Benar kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz pagi tadi: "Ore Klate sejak zame-berzame suko buat kebajike" (Orang Kelantan sejak zaman-berzaman, suka buat kebajikan) apabila Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (PERAKAN) pun ikut sama menderma sebanyak RM10,000.00 & sumbangan terbesar yang diterima dari SEORANG individu ialah sebanyak RM100,000.00 pagi tadi.
Gua percaya, apabila Lebuhraya Impian Rakyat Kelantan siap kelak, ia akan diingati oleh semua Rakyat Kelantan sebagai "SIMBOL KEZALIMAN" Kerajaan Pusat Pimpinan UMNO/BN sampai bila-bila..
[MK] Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.
Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."
Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.
Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.
"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya.
Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.
"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.
Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.
Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam pasukan polis.
"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.
"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.
Maklum kepada Pak Lah
Menurutnya, beliau sendiri pernah bertemu secara peribadi dengan ahli politik yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap agar mereka menghentikan hubungan itu.
"Saya dah tegur Menteri berkenaan perkara ini. Tugas saya menyampaikan sahaja. Nak berubah awak kena arahkan sayalah dan saya akan buat cara saya (untuk banteras)," katanya.
Malah, beliau mendakwa turut memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Perdana Menteri (Abdullah) pun saya beritahu," katanya.
Menurut Musa, beliau tidak mahu peminjam wang tidak berlesen (Along) terus mewujudkan masalah kepada orang ramai sehingga mengakibatkan kanak-kanak takut pulang ke rumah kerana serangan Along.
Menurutnya, orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan peminjam sahaja dalam situasi ini, kerana tindakan perlu diambil terhadap sindiket itu yang mengenakan faedah melebihi 18 peratus setahun.
"Jika mereka bebas mengenakan kadar faedah melebihi 18 peratus, ini bermakna tiada penguatkuasaan," katanya.
"Malah, siapa yang memberikan peminjam wang ini lesen? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ada anggota polis bertugas di kementerian itu tetapi masih ada orang menjadi mangsa hari ini," katanya.
Ketegasan beliau, menurutnya, menimbulkan "reaksi balas" dari mereka yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap terbabit.
Menurutnya, individu berkenaan cuba memburukkan namanya dengan menuduhnya mengatur pelantikan pegawai kanan polis dengan "restu" kumpulan kongsi gelap terbabit.
"Saya terima backlash kerana satu saya cuba banteras aktiviti haram dan kerana saya hendak bersihkan (pasukan polis).
"Kalau saya sertai mereka (kongsi gelap) sayalah IGP terbaik," katanya.
Dalam temubual sama, Musa turut mengiyakan bahawa rangkaian ahli politik-kongsi gelap-polis itu adalah "kuasa ketiga" yang sebelum ini didakwanya membantutkan usaha-usaha reformasi dalam pasukan polis yang cuba dibawa beliau.
"Campur tangan datang dari banyak pihak termasuk ahli politik," katanya.
P/s: Pekung PDRM, pekung menteri mula terbuka. Busuk! Ubah sekarang!
Peserta yang didakwa menghadiri Himpunan Jutaan Belia. Sumber di sini.
Baju T percuma, pengangkutan disediakan, duit poket hanya RM30? Itulah "nilai" segelintir belia kita. Samalah seperti sesetengah warga kampung yang disogok dengan sehelai kain batik atau kain pelikat untuk memangkah dacing semasa PRU.
[Bernama] Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara.
"Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya," kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno bersama Mus May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini.
Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.
"Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulamak. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja," katanya.
Sementara itu, Mus, 44, berkata beliau menyertai Umno selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.
"Umno sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia,"katanya.
Bagi Ibnor Riza, 51, beliau telah lama bercadang untuk menyertai Umno setelah sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara.
Borang mereka diterima Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh, dan ketiga-tiga artis akan menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang.
Ab Rauf berkata Umno sentiasa menyokong langkah penggiat seni tanah air menyertai parti itu, dan mereka boleh bertindak sebagai duta Umno.
"Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga Umno," katanya.
Kini terdapat 43 anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah.
P/s: Cuba dengar/baca alasan mereka untuk masuk UMNO.
May 29 2012 / Keadilan Daily KUALA LUMPUR 29 Mei: Kerajaan Umno BN didakwa berbelanja sebanyak RM20 juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu.
Menurut sumber yang enggan namanya didedahkan memberitahu, Kementerian Belia dan Sukan turut melantik sebuah syarikat baru yang dikhususkan untuk mengurus sepenuhnya program yang berlangsung sepanjang lima hari di Putrajaya itu.
"Saya dapat maklumat daripada orang dalam iaitu rakan saya yang bertugas dari Kementeria Belia dan Sukan sendiri memberitahu bahawa kerajaan telah berbelanja sebanyak RM20 juta untuk penganjuran Himpunan Belia di Putrajaya itu.
"Malah beliau turut memaklumkan kementerian juga melantik sebuah syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan program tersebut," kata pesara kakitangan kerajaan itu menghubungi pejabat Keadilan Daily, hari ini.
Berikutan itu, lelaki itu menuntut penyiasatan lanjut mengenai perbelanjaan kerajaan mengadakan himpunan itu.
"Saya minta perkara ini disiasat kerana sudah tentu kerajaan menggunakan duit rakyat untuk penganjuran program ini," katanya.
Bertemakan 'Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok', 500 aktiviti yang membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan diadakan sejak Rabu lalu, memperlihatkan kerajaan lebih ghairah menghidangkan elemen hiburan berbanding kerohanian.
Aktiviti hiburan seperti tarian dan nyanyian juga bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Adakah penganjuran seperti ini menjadi kebanggaan kerajaan walaupun Himpunan Jutaan Belia tahun ini 'tercemar' apabila satu kemalangan berlaku ketika acara perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 pada Sabtu.
Seramai 17 penonton perlumbaan drag cedera termasuk empat parah apabila sebuah kereta perlumbaan terbabas sebelum melanggar penonton.
Mangsa kini berada di Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan lanjut.
IPOH – "Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin.
Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.
Sebaliknya, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.
"Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.
"Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian," tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.
"Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya," katanya.
Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.
Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.
Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar.Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.
Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.
Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK.
Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.
PANAS!! Dua ADUN UMNO terlibat urusan jual beli tanah kes bunuh Sosilawati..
SHAH ALAM - Beberapa individu penting didedahkan di Mahkamah Tinggi, di sini semalam sebagai terlibat dalam urusan pembelian tanah di Pulau Pinang melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh, dua tahun lalu.
Selain syarikat Sosilawati, Southern Simphony, mereka adalah Adun Dengkil, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali (gambar bawah) pembantu peribadinya, Sabari Misran dan Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil (gambar atas) menerusi Syarikat Ample Quality Sdn Bhd.
Perkara itu dimaklumkan bekas peguam, N Pathmanabhan, tertuduh pertama kes pembunuhan itu. Pathmanabhan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama selepas diperintah membela diri, semalam.
Pathmanabhan berkata, pada 2008, ahli perniagaan India, Allal Kathan Muturaja, menjual tiga lot tanah di Batu Feringghi kepada Southern Simphony dengan harga RM25 juta.
"Sebanyak RM2.5 juta deposit dibayar kepada Muturaja, RM1.2 juta oleh Sosilawati, manakala RM1.3 juta dibayar oleh saya, Suhaimi dan Sabari," katanya.
Ditanya bagaimana kepentingan antara dia dan dua lain dijaga menerusi pembelian itu, Pathmanabhan berkata, ada satu lagi perjanjian sefahaman dibuat antara mereka dan Southern Simphony.
Manjeet: Kenapa buat perjanjian lain? Kenapa tidak letak nama Suhaimi dalam perjanjian jual beli dengan Muturaja?
Pathmanabhan: Sebab dia Adun, jadi tidak boleh letak atas perjanjian jual beli.
Manjeet: Sosilawati tahu fasal rakan kongsi ini?
Pathmanabhan: Ya. Pathmanabhan seterusnya memberitahu, baki RM22.5 juta akan dibayar selepas tanah itu mendapat arahan pelepasan sekatan oleh Mahkamah Majistret.
Bagaimanapun katanya, Southern Simphony kemudian jual tanah itu kepada Ample Quality pada harga RM29 juta dan Ample Quality mahu jual kepada One United Sdn Bhd bernilai RM200 juta.
Manjeet turut kemukakan soalan kepada Pathmanabhan mengenai Abdul Rahman dan saksi itu jawab 'dia seorang berkuasa' dan terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, berkaitan urusan jual beli tanah.
Jawapan Pathmanabhan membuatkan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani membantah soalan itu, namun dibenarkan Hakim Datuk Wira Akhtar Tahir dengan syarat, Patahmanabhan hanya perlu jawab apa yang dia tahu. Perbicaraan bersambung hari ini.
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memohon maaf berhubung mesej Twitternya berkaitan isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.
Sebaliknya, kata beliau, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.
"Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian," lapor akhbar Sinar Harian yang menghubungi beliau semalam.
"Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian," tambahnya
Nizar memohon maaf melalui mesej Twitter berbunyi: "Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf".
"Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian," katanya kepada Sinar Harian.
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.
"Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya," katanya.
Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.
Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.- Malaysiakini
Naib Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor Yusri Ishak telah mengisytiharkan keluar parti . Beliau membuat pengisytiharan di hadapan penyokongnya . Apabila ditanya wartawan Sinar, adakah hanya beliau yang keluar. Penyokongnya bersorak mengatakan mereka juga akan keluar UMNO.
Namun, benarkah beliau betul-betul mahu keluar UMNO , jangan jadi macam Naib Ketua Pemuda UMNO Kampar yang begitu marah nak masuk DAP akhirnya menangis berlagu UMNO. Yusri Ishak berkata, beliau keluar parti kerana nak tumpu kepada perniagaan dan keluarga. Tak kan itu sahaja alasannya. Tentu ada alasan lain. Tunggu la nanti tentu ada pendedahannya.
Gasak kat hangpa waktu nie hangpa nak tarik perhatian ke nak berlakon ke ini masa yang TEPAT, mintak apa yang depa tak tunaikan sebelum nie, Pemimpin atasan tengah penin dan gelabah biawak....ha..ha...
Pemuda PAS : Inikah Nilai Wasatiyyah Yang Hndak Di Terapkan UMNO
Program Hari Belia di Putrajaya yang diadakan sepanjang hujung minggu lalu antara lainnya menampilkan kumpulan Korea, U-Kiss, Dal Shabet dan Teen Top.
PM Di perkenalkan Kumpulan U-Kiss
Kehadiran artis seksi dari Korea di program Hari Belia menunjukkan kerajaan kini ketandusan idea untuk menarik sokongan golongan muda sehingga sanggup menganjurkan "program maksiat," menurut Dewan Pemuda PAS.
Ketua penerangan sayap part itu, Riduan Mohd Nor berkata, persembahan oleh kumpulan artis "seksi" itu "tidak lebih daripada usaha untuk menyuburkan kemungkaran di kalangan generasi muda," katanya dalam satu kenyataan.
"Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya.
"Mungkin inilah nilai wassatiyyah yang hendak diterapkan oleh perdana menteri," katanya sinis.
Penganjur mendakwa lebih dua juta menyertai program tersebut.
Sambutan itu turut dicemari tragedi apabila salah sebuah kereta terlibat dalam kemalangan ketika acara perlumbaan kereta dalam sambutan tersebut.
Dalam kejadian itu, seramai 17 orang penonton cedera akibat dirempuh oleh kenderaan tersebut.
Hampir 4 juta orang hadir mendengar ceramah BN yang penuh dengan ayat-ayat Quran... kalu sebelum nie agak mustahil nak dengar ayat Quran dalam ceramah-ceramah BN...
Tapi sejak wujudnya insan yang kononnya dulu ketua Penerangan Pas Selangor (2001-2003), Hasan Basri yang telah keluar dari Pas mengikut ketuanya Hasan Ali, maka terus mendapat tempat dihati pimpinan BN untuk memanggil puak-puak ini berceramah atas pentas mereka kononnya atas dasar amal maarof dan cegah segala kefasikan dalam negara....
Umno yang mula berjinak-jinak dengan ceramah agama kalu sebelum ini hanya dengar bacaan ayat Quran time khutbah Jumaat sahaja... tapi berjaya menjemput Hasan Basri untuk berceramah di Wakaf Bharu, jajahan Tumpat...
Tapi kehadiran Hasan Basri yang dibuang dari Selangor ke Kelantan semalam kurang mendapat perhatian daripada masyarakat tempat... kehadiran dalam 200 orang sahaja... tak padan dengan poster dan banner yang digantung sekitar Wakaf Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Pekan, Pengkalan Kubur... tapi yang hadir sebahagian besar orang-orang Pas turut hadir nak dengar ucapan orang Pas sendiri diatas pentas BN...
.... apapun sebotol air mineral hadiah buat tetamu yang hadir dari jauh nak dengar ucapan orang yang kononnya pejuang Pas satu ketika dulu.... apapun ok le tue...
Peguam Perancis yang dilantik oleh NGO Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Joseph Breham kini berada di Kelab Wartawan Asing (Foreign Reporters Club) di Bangkok, Thailand, yang akan mengadakan sidang media perkembangan terkini skandal rasuah kapal selam Scorpene yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia, Najib Altantuya. Joseph yang tiba beberapa hari lalu dari Paris, Perancis, akan memberikan butir-butir terbaru kes pendakwaan yang sudah bermula sejak tahun 2009.
Wakil SUARAM seperti Pengarahnya, Cynthia Gabriel dan ahli parlimen Batu, Tian Chua dijangka akan mengadakan sidang akhbar sejurus Joseph mengemukakan fakta dan bukti terbaru yang ditemui beberapa minggu lalu.
Pada 20 April lalu, peguam SUARAM Malaysia telah mengemukakan kertas siasatan pendakwaan kepada dua hakim di Mahkamah Paris dan tujuh individu termasuk Najib Altantuya, Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi dan Lodin Wok Kamaruddin serta bapa mendiang model Mongolia, Setev Shaaribuu turut disenaraikan.
Pemandu Lori Berdemo Lebih 100 orang pemandu lori pasir berdemo di jalanraya berhampiran Seri Negeri Melaka. Mereka berdemo bagi menyuarakan kekesalan terhadap tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang sering menahan pemandu lori walaupun muatan yang dibawa dikatakan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. Hal ini dibebankan lagi dengan kos pembaikan yang tinggi dan kos-kos lain seperti cukai jalan dan lesen memandu.
Menurut salah seorang pemandu lori, beliau seringkali ditahan kerana dikatakan membawa muatan lebih daripada had sedangkan ukuran pasir memenuhi spesifikasi.
"Setiap kali saya bawa lori, mesti bawa pasir sikit. Tak melebihi badan lori. Itu spesifikasinya. Jadi kami ikut. Tapi, saya tetap disaman sebab tak ikut spek katanya. Takkan kami nak bawa pasir separuh dari badan lori. Duit kami dapat RM30 je. Nak bayar diesel pun tak lepas."
Beberapa individu penting didedahkan di Mahkamah Tinggi, di sini semalam sebagai terlibat dalam urusan pembelian tanah di Pulau Pinang melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh, dua tahun lalu. Selain syarikat Sosilawati, Southern Simphony, mereka adalah Adun Dengkil, Suhaimi Mohd Ghazali; pembantu peribadinya, Sabari Misran dan Adun Sementa, Abdul Rahman Palil (gambar) menerusi Syarikat Ample Quality Sdn Bhd.
Perkara itu dimaklumkan bekas peguam, N Pathmanabhan, tertuduh pertama kes pembunuhan itu.
Pathmanabhan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama selepas diperintah membela diri, semalam.
Pathmanabhan berkata, pada 2008, ahli perniagaan India, Allal Kathan Muturaja, menjual tiga lot tanah di Batu Feringghi kepada Southern Simphony dengan harga RM25 juta.
Adun Dengkil, Suhaimi Ghazali
"Sebanyak RM2.5 juta deposit dibayar kepada Muturaja, RM1.2 juta oleh Sosilawati, manakala RM1.3 juta dibayar oleh saya, Suhaimi dan Sabari," katanya.
Ditanya bagaimana kepentingan antara dia dan dua lain dijaga menerusi pembelian itu, Pathmanabhan berkata, ada satu lagi perjanjian sefahaman dibuat antara mereka dan Southern Simphony.
Manjeet: Kenapa buat perjanjian lain?
Kenapa tidak letak nama Suhaimi dalam perjanjian jual beli dengan Muturaja?
Pathmanabhan: Sebab dia Adun, jadi tidak boleh letak atas perjanjian jual beli.
Manjeet: Sosilawati tahu fasal rakan kongsi ini? Pathmanabhan: Ya. Pathmanabhan seterusnya memberitahu, baki RM22.5 juta akan dibayar selepas tanah itu mendapat arahan pelepasan sekatan oleh Mahkamah Majistret.
Bagaimanapun katanya, Southern Simphony kemudian jual tanah itu kepada Ample Quality pada harga RM29 juta dan Ample Quality mahu jual kepada One United Sdn Bhd bernilai RM200 juta.
Manjeet turut kemukakan soalan kepada Pathmanabhan mengenai Abdul Rahman dan saksi itu jawab 'dia seorang berkuasa' dan terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), berkaitan urusan jual beli tanah.
Jawapan Pathmanabhan membuatkan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani membantah soalan itu, namun dibenarkan Hakim Akhtar Tahir dengan syarat, Patahmanabhan hanya perlu jawab apa yang dia tahu.
Sekarang berlaku demonstrasi di hadapan pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Addin terima mesej daripada sahabat-sahabat yang berada di situ, mereka mengatakan hampir 200 lori berada di perkarangan Seri Negeri.
Demostrasi pemandu lori berkenaan dikatakan ada kaitan dengan isu SPAD. Maklumet terperinci Addin belum terima lagi.
Berikut mesej yang Addin ada terima daripada sahabat-sahabat berkenaan demo tersebut..
From Ust. Mohd
Skrg tgh berlangsung demo pemandu lori bantah spad d seri negeri.. addin ada buat liputan?
From SU DPPK
Ramaikan DEMO BERSAMA PEMANDU LORI.. LEBIH 200 lori telah berkampung d dpn pejabat ketua menteri DI SERI NEGERI. JALAN SESAK TERUK!! DATANG SEKARANG.. Sebarkan
Demonstrasi ini merupakan tamparan hebat buat Ketua Menteri Melaka. Melalui maklumat sahabat dan Addin sendiri, pagi tadi dikatakan banyak sekatan jalan raya tela di buat menuju ke Seri Negeri. Sesiapa ada maklumat tambahan sila e-mel..
Umno sudah pasti kecoh dengan kemasukan 3 orang artis iaitu Amy Search, Mus May dan Ibno Riza.. Mungkin diaorang belum di tunjukkan hidayah untuk menyokong perjuangan Islam, kita sama-sama doakan semoga di buka pintu hatinya.
Dalam isu Lebuhraya Rakyat, salah seorang artis yang berasal dari Kelantan iaitu Mustapha Kamal menyokong usaha murni kerajaan Kelantan.Walaupun pencacai Umno mengeluarkan pelbagai tohmahan tetapi artis yang berfikiran positif nih sentiasa menyokong pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz.
Artis ini juga menyatakan bahawa impian untuk membuat lebuhraya sendiri tidak pernah terfikir oleh negeri lain. Kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang menerima tekanan hebat dari Umno tapi masih mampu untuk membina lebuh raya tanpa tol dengan sendirinya.
Inilah karamoh kepimpinan seorang ulama. Dengan terbinanya Lebuhraya Rakyat tanpa tol nih, boleh dikatakan Umno telah ditunjukkan jalan keluar dari Kelantan sebelum PRU13..
Addin:
Ada jugak orang yang tak suka benda percuma, betul-betul bingai!!..
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
yang merembat duit rakyat kes dah masuk mahkamah..
Tapi ntah bila mahkamah nak bersidang ntahhh!
Alih-alih..
Sibuk nak siasat mana tukang report dapat maklumat!
Aduyaiii!!
Akta-akta tu patut digunakan untuk elak kes pecah amanah dan sebagainya..
Tapi akta-akta yang sama jugak digunakan untuk menyorokkan si pemecah amanah!
Mujur ada yang masih lagi amanah, menyalurkan maklumat yang membuktikan betapa pecah amanahnya segolongan manusia yang mengaku hebat memimpin!
phuiii!!
budakbalun 30052012
Rafizi: Bank Negara juga perlu siasat Salleh
Muhammad Faizal,
30 Mei 2012
PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mempersoal, kenapa pihak Bank Negara tidak pula menyiasat Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp) Datuk Seri Dr Muhamad Salleh Ismail.
Menurutnya, Bank Negara sepatutnya mengambil tindakan terhadap Salleh dan keluarga yang secara jelas memindahkan wang rakyat secara tidak sah ke syarikat-syarikat mereka yang berada di Singapura dan Kazakhstan.
"Perkara ini diakui oleh mereka dan bukankah ini perlu disiasat juga oleh Bank Negara di bawah Akta Pengubahan Wang Haram," katanya.
Beliau semalam menerima notis untuk hadir memberi keterangan di Bank Negara petang ini di bawah Seksyen 87(1)(a), Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.
Menurut beliau lagi, tindakan ke atasnya menunjukkan pihak kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengalu-alukan pendedahan penyelewengan dan rasuah oleh rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga katanya gagal mengotakan janjinya bahawa pentadbiran beliau tidak memangsakan penberi maklumat dan melindungi perasuah.
"Sementara saya menghormati tanggungjawab Bank Negara dan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan tetapi saya risau tekanan ini dilakukan adalah bertujuan untuk menutup skandal NFC.
"Saya akan terus membuat pendedahan sehinggalah kredibiliti pihak berkuasa yang bertanggungjawab terutamanya SPRM dipulihkan di mata rakyat,"sambung beliau lagi.
Alahai.. apa dah jadi dengan Najib dan UMNO ni?? Nak buat demo kena bayar upah kat pencacai, nak baling batu dan telur pun kena bayar upah.. ni pulak nak ke Himpunan Jutaan Belia 2012 pun kena bayar upah..
Tak pasti pulak aku samada RM30 yang dipegang oleh budak-budak dalam gambar diatas termasuk dalam RM20Juta yang dikatakan telah dihabiskan oleh Najib untuk menjayakan program itu..
Laporan tentang Najib habiskan RM20Juta tu sila baca di ( SINI )
Selain baju T dan pengangkutan percuma, belia, anak-anak muda yang hadir di Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini diberi wang saku sebanyak RM 30 bagi meramaikan.
Walaupun disediakan beberapa hiburan percuma termasuk import dari Korea kumpulan K-Pop namun pihak penganjur tidak yakin keramaian yang diharapkan tanpa disogok serta diangkut .
Sebab itu keramaian yang dihebohkan hadir bukannya tulin dan sukarela.
Lihat saja para belia mempermainkan pihak yang menyogok mereka.
Itulah sebabnya Najib Razak masih ragu-ragu mau membubarkan parlimen. Dia sendiri tahu program Himpun Jutaan Belia tidak menyumbang kepada mentermahkannya kepada bentuk undi.
Semakan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan bahawa MalTechPro telah didaftarkan dua bulan yang lalu iaitu pada 5 April 2012 dengan modal berbayar RM1000.
35 Peratus dari sahamnya dipegang oleh Ketua Pemuda Umno Selayang yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia merangkap Ketua Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno Malaysia, Sohaimi Shahadan.
Khamis lalu MalTechPro telah menjemput Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Ismail Sabri melancarkan 1MPad.
Kata Sohaimi, MalTechPro Sdn Bhd turut mencadangkan kepada kementerian penerangan untuk menjadikan tablet itu sebagai ganti kepada komputer netbook 1Malaysia sedia ada yang diberikan kepada pelajar sekolah.
Beliau berkata, 1Malaysia Pad yang dibangunkan sejak tahun lalu adalah produk setanding jenama lain di pasaran yang mempunyai kualiti tinggi dengan harga murah.
Selain itu, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian akan membantu dalam mempromosikan tablet itu kepada 1.4 juta pelajar seluruh negara menerusi program jelajah beli barangan Malaysia.
1Malaysia Pad berukuran tujuh inci adalah tablet yang menggunakan sistem operasi Android Gingerbread 2.3, kamera belakang tiga megapiksel dan hadapan 0.3 megapiksel, mempunyai sambungan WiFi serta dilengkapi aplikasi terbaru 1Malaysia Club, 1Malaysia Messenger dan 1Malaysia Info - Sinar Harian
Sebahagian dari 5000 unit 1MPad akan mula dipasarkan pada bulan hadapan dengan harga RM999 sebuah.
Meskipun ianya baru dipasaran produk ini dipertikaikan ramai kerana ianya menggunakan sistem operasi Android Gingerbread 2.3 yang sudah out of dated.
Harganya juga adalah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan apa yang dibekalkan oleh Kerajaan Thailan kepada pelajarnya yang berumur enam hingga lapan tahun pada harga US$81 atau RM256 bagi setiap unit.
Kerajaan Thailand dilaporkan membekalkan kepada pelajarnya tablet yang punya screen berukuran tujuh inci yang menggunakan sistem operasi Andriod 4.0.
Bayangkan berapa banyak untung yang bakal dikaut oleh Ketua Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno Malaysia jika 1.4 Juta pelajar seluruh Negara dikerah membelinya….
*************************************
Umno businessman denies 1MPad a 'crony' project
Although the tablet computer 1Malaysia Pad (1MPad) is yet to be seen in the market, it has already drawn a lot of harsh criticisms on the Internet.
Netizens are picking on its outdated software, "exorbitant price" and even exposed the executive chairman of the company that designed and produced the tablet computer, MalTechPro Sdn Bhd, as an Umno Youth leader.
In a telephone interview withMalaysiakini yesterday, MalTechPro executive chairman Sohaimi Shahadan (left) admitted to being an Umno member, but insisted that 1MPad is not a "crony project".
"I am indeed an Umno man... everyone can do business in Malaysia, whether you are from MIC, MCA, PKR, DAP or other political parties."
"Why is 1MPad called a crony (project)? Do we have to propose that Umno people cannot be involved in business?" Sohaimi asked.
Sohaimi is a member of the Umno Youth executive council and the headof its economic and entrepreneur development bureau.
He came under the spotlight before, when it was reported that he was among those involved in the infamous "cow head protest" in front of the Selangor state secretariat building. However, Sohaimi denied that he had instigated the protest.
Overpriced, if compared with other tablets
MalTechPro, which is 35 percent owned by Sohaimi, last Thursday invited Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Ismail Sabri tolaunch the 1MPad, which features a seven- inch screen and has call and camera functions.
Some 5,000 units of 1MPad will be put on sale from next month, at RM999 each.
However, netizens and technology writers feel that it is overpriced, if compared with other tablet computers in the market.
"At its current high price listed, the tablet doesn't appear to be a fantastic deal," says technology website Engadget.com's senior associate editorZach Honig.
Some also pointed out that an Ipad2 with minimum specifications costs only RM1,199 or a mere RM200 more than the 1MPad.
In addition, the tablet computer runs on the Andriod Gingerbread 2.3 operating system, which is considered outdated if compared with the latest Andriod 4.0 operating system, which is widely knowly as Ice Cream Sandwich.
The price is also seen as ridiculous, considering that the Thai government recently signed a deal with a manufacturer from China to provide seven- inch tablet computers equipped with the Andriod 4.0 operating system.
These tablet computers are to be provided to every Thai school child aged six to eight years at a price of US$81 or RM256 a unit, a comparison chart that went viral on Facebook points out.
DAP's Jelutong MP Jeff Ooi, who is familiar with the latest developments in computer technology, told Malaysiakini that a tablet computer with specifications similar to the 1MPad if mass produced in Shenzhen, China, would cost only US$110 to US$120 - or RM347 to RM380 a unit.
'No government funds involved'
Some netizens also expressed concern that the price of the 1MPad would be subsidised by the government if forced on the 1.4 million university students under a discount card programme that covers the students.
"The price is too expensive. RM999 each for the first 5,000 units only. The news report also says it might substitute the 1Malaysia Netbook, which is now used by the students. At the end, the cost will still be borne by taxpayers," says a netizen in the Cari Chinese Forum who calls himself San Ye Cao Fu.
However, Sohaimi denied that the product, named with Prime Minister Najib Abdul Razak's political slogan 1Malaysia, would be provided with subsidy from the government.
"All is done by me (and my business partners) on our own. It has nothing to do with the government."
Sohaimi said any discount given to students would be borne by MalTechPro, as it is part of the company's corporate social responsibility.
The company would never persuade the government to make it compulsory for every student to buy the 1MPad as MalTechPro's intention is to give consumers an alternative to the dominant Apple Ipad and Samsung Galaxy Tab.
"Purchase at your liberty... We will not ask the government to provide every student with a 1MPad."
Asked whether the tablet was overpriced, Sohaimi replied, "Those who want to buy Ipad can still buy it at their liberty. We just want to provide an alternative."
Manufactured locally, not in China
He also denied that 1MPad was manufactured in China, as widely speculated by netizens. Sohaimi said it was produced at an original equipment manufacturer (OEM) plant in Selangor.
"However, the sources of the components are mixed, some are imported and some are locally manufactured." A search with the Companies Commission of Malaysia showed that MalTechPro was registered only two months ago, on April 5, with a paid-up capital of RM1,000.
Sohaimi is one of the major shareholders, with a 35 percent stake, while the other three shareholders hold stakes of between 10 percent and 35 percent each.
Asked about the "newness" of the company, Sohaimi said MalTechPro was only one of the subsidiary companies that he and his partners had set up for their businesses, and that they have a "parent company".
However, he refused to name parent company and would only say that he has been involved in businesses for 15 years and that he and his partners have set up some 20 companies in all.
They have enough capital to expand the 1MPad business if needed. Therefore, the fact that MalTechPro's paid-up capital is only RM1,000 is irrelevant.
"We have a lot of money that we can pump into the company anytime," Sohaimi said.
"I am not a government official and this is not the first day of my business. So, there is no issue (of me) using government funds in this business."
SHAH ALAM - Beberapa individu penting didedahkan di Mahkamah Tinggi, di sini semalam sebagai terlibat dalam urusan pembelian tanah di Pulau Pinang melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh, dua tahun lalu.
Selain syarikat Sosilawati, Southern Simphony, mereka adalah Adun Dengkil, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali (gambar bawah) pembantu peribadinya, Sabari Misran dan Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil (gambar atas)menerusi Syarikat Ample Quality Sdn Bhd.
Perkara itu dimaklumkan bekas peguam, N Pathmanabhan, tertuduh pertama kes pembunuhan itu.
Pathmanabhan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama selepas diperintah membela diri, semalam.
Pathmanabhan berkata, pada 2008, ahli perniagaan India, Allal Kathan Muturaja, menjual tiga lot tanah di Batu Feringghi kepada Southern Simphony dengan harga RM25 juta.
"Sebanyak RM2.5 juta deposit dibayar kepada Muturaja, RM1.2 juta oleh Sosilawati, manakala RM1.3 juta dibayar oleh saya, Suhaimi dan Sabari," katanya.
Ditanya bagaimana kepentingan antara dia dan dua lain dijaga menerusi pembelian itu, Pathmanabhan berkata, ada satu lagi perjanjian sefahaman dibuat antara mereka dan Southern Simphony.
Manjeet: Kenapa buat perjanjian lain? Kenapa tidak letak nama Suhaimi dalam perjanjian jual beli dengan Muturaja?
Pathmanabhan: Sebab dia Adun, jadi tidak boleh letak atas perjanjian jual beli.
Manjeet: Sosilawati tahu fasal rakan kongsi ini?
Pathmanabhan: Ya. Pathmanabhan seterusnya memberitahu, baki RM22.5 juta akan dibayar selepas tanah itu mendapat arahan pelepasan sekatan oleh Mahkamah Majistret.
Bagaimanapun katanya, Southern Simphony kemudian jual tanah itu kepada Ample Quality pada harga RM29 juta dan Ample Quality mahu jual kepada One United Sdn Bhd bernilai RM200 juta.
Manjeet turut kemukakan soalan kepada Pathmanabhan mengenai Abdul Rahman dan saksi itu jawab 'dia seorang berkuasa' dan terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, berkaitan urusan jual beli tanah.
Jawapan Pathmanabhan membuatkan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani membantah soalan itu, namun dibenarkan Hakim Datuk Wira Akhtar Tahir dengan syarat, Patahmanabhan hanya perlu jawab apa yang dia tahu. Perbicaraan bersambung hari ini.
Ini bukanlah teguran yang pertama oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terhadap tindakan Najib yang tak memperdulikan nilai-nilai Islam demi meraih sokongan.
Tan Sri Harussani Zakaria, suatu masa dulu pernah menegur dan mengatakan bahawa Najib telah menggadai akidah kerana hadir dalam satu perayaan keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves.
Menurut Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. - sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Kini Mufti Perak sekali lagi menegur tindakan Najib yang kelihatan amat terdesak untuk meraih sokongan... tapi.. ada Najib kisah?
Mufti Perak tegur penganjur 'K-Pop'
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur penganjur yang mengundang artis dari Korea menghiburkan pengunjung program tersebut minggu lalu.
Menurut beliau, perhimpunan itu bertujuan baik bagi menyatukan golongan belia di negara ini tetapi tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaiannya.
"Sepatutnya tidak ada benda-benda macam itu (artis K-Pop). Kita sekarang dalam proses pembentukan akhlak muda-mudi kita yang sedang merosot, jadi tidak patut ada perkara yang boleh menaikkan nafsu.
"Harap pihak penganjur ambil perhatian serius dalam hal ini," katanya di sini kelmarin.
Beliau, bagaimanapun, tidak menafikan golongan muda lebih cenderung kepada hiburan seperti itu, namun, katanya, tidak semestinya ia dipenuhi dengan aksi bersifat nafsu semata-mata.
"Kita harus bertindak dengan baik, mungkin boleh digantikan dengan aktiviti lain lebih positif yang boleh menarik minat golongan belia.
"Jangan hanya untuk dapatkan sokongan dan kedudukan sahaja; bimbang nanti ada orang nak dapat sokongan tapi sebaliknya tak disokong pula," katanya mengulas kritikan segelintir pihak berhubung persembahan artis K-Pop pada perhimpunan itu yang tidak sesuai dengan budaya negara ini kerana artis berpakaian menjolok mata.
Tangguh ceramah Ustaz Azhar Idrus tiada kaitan konsert K-Pop
Tangguh ceramah Ustaz Azhar Idrus tiada kaitan konsert K-Pop Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan dakwaan kononnya penangguhan majlis ceramah oleh penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya berlangsung pada 26 Mei lepas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disebabkan konsert K-Pop.
Sebaliknya, beliau berkata, penangguhan itu berkaitan dengan masalah trafik kerana kedua- dua program terbabit berlangsung pada hari yang sama dan memerlukan komponen tambahan dalam menguruskan perjalanan trafik.
"Kementerian saya tidak ada kena mengena dengan soal ini (pembatalan ceramah) dan bukan disebabkan konsert ini. Ia di bawah kawalan pihak pengurusan PICC yang merasakan masalah trafik menjadi punca (pembatalan ceramah) dan perlu ditangguhkan," katanya semalam seperti dilaporkan Bernama.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang dalam laman portal bahawa penangguhan ceramah tersebut dibuat kerana serentak dengan konsert K-Pop dan dibimbangi konsert itu tidak mendapat sambutan hangat apabila bersaing dengan majlis ceramah berkenaan.
Mengenai ketiadaan sambutan pada himpunan itu sekiranya ceramah itu juga berlangsung, Ahmad Shabery memberi contoh pada hari tersebut, himpunan belia turut diadakan di Shah Alam, namun tidak mendapat sambutan hangat.
"Pada himpunan belia di Shah Alam (penganjurnya) mengharapkan belia akan pergi ke sana. Difahamkan pemimpin besar mereka yang sepatutnya merasmikan himpunan itu tidak hadir dan akhirnya 150 orang sahaja yang datang, dibandingkan dengan himpunan di Putrajaya yang lebih ramai," katanya.
Mungkin kerana terlalu seronok membelasah seorang lelaki yang menganggu ucapan Najib di London baru-baru ini, Exco Pemuda UMNO Datuk Muhd Khairun Che Aseh telah secara tidak langsung menyindir Najib.
Beliau menyifatkan Hiu Woong Sin, individu yang mengganggu ucapan perdana menteri di London baru-baru ini - sebagai "lemah jiwa" kerana menolak cabaran debat dengan pergerakan itu.
Beliau juga menyifatkan tindakan Hiu itu sebagai "(ayam) berkokok di luar gelanggang, tiba di tengah menyusup di celah kelangkang."- sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Sudah menjadi rahsia umum bahawa Najib sudah beberapa kali dicabar oleh Anwar untuk berdebat, tapi kerana takut dimalukan beliau tidak menjawab..
Kalau tak silap beliau hanya menjawab pada cabaran yang pertama dulu, katanya beliau takut Anwar Ibrahim demam kalau berdebat dengannya.
Yang lain-lain cabaran termasuk yang terbaru cabaran oleh Moderator debat Rafizi dan Kairy, hanya pencacai-pencacainya yang sibuk menjawab dengan berbagai alasan tak masuk akal dan bodoh.
Sebenarnya bukan Najib seorang pemimpin UMNO yang "lemah jiwa" tetapi di Utara Semenanjung terdapat seorang lagi pemimpin UMNO yang "lemah jiwa" juga.
Beliau ialah MB Perlis iaitu Md Isa Sabu.
Beliau telah dicabar berdebat tentang pengumuman rasmi yang dibuat olehnya pada tahun 2005 untuk menjadikan Perlis sebagai sebuah negeri maju menjelang Wawasan 2020.
Gagasan yang dinamakan sebagai 'Perlis Maju 2015' itu mensasarkan tahun 2015 di mana Perlis akan mencapai tahap negeri maju sepenuhnya.
Namun, sehingga kini, setelah hampir 7 tahun pengumuman itu dibuat, tidak ada sebarang perkembangan signifikan yang dapat dibanggakan oleh rakyat Perlis.
Cabaran telah dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan Perlis..jwapan dari Md Isa Sabu pula ialah enggan bazir masa kononnya.
Ceh!! Lagi teruk MB Perlis nih!! Berdebat dengan orang yang lebih muda dari dia pun dia takut?
Bolehjadi Najib dah tetapkan kriteria untuk jadi MB bagi pihak UMNO/BN di mana-mana negeri ialah perlu lebih penakut dari dia sendiri..
Lagi satu kriteria yang aku dengar ialah untuk menjadi pemimpin UMNO perlu takut bini.. kriteria ni dimiliki oleh beberapa pemimpin UMNO Permatang Pauh… ha..ha..ha..
DEBAT 'PERLIS MAJU 2015: REALITI ATAU FANTASI' ANJURAN AMK PERLIS.
Pada tahun 2005, Kerajaan Negeri Perlis telah membuat pengumuman rasmi untuk menjadikan Perlis sebagai sebuah negeri maju menjelang Wawasan 2020.
Gagasan yang dinamakan sebagai 'Perlis Maju 2015' itu mensasarkan tahun 2015 di mana Perlis akan mencapai tahap negeri maju sepenuhnya.
Namun, sehingga kini, setelah hampir 7 tahun pengumuman itu dibuat, Angkatan Muda Keadilan Perlis mendapati bahawa tidak ada sebarang perkembangan signifikan yang dapat dibanggakan oleh rakyat Perlis.
Bahkan maklumat berkenaan dasar dan pencapaian petunjuk-petunjuk penting ke arah merealisasikan Perlis Maju 2015 tidak diketahui oleh rakyat Perlis. Rakyat hanya dapat melihat beberapa publisiti di laman web rasmi Kerajaan Negeri Perlis dan papan-papan iklan di sekitar Kangar.
Sehubungan dengan itu, Angkatan Muda Keadilan Perlis berpendapat bahawa satu debat ilmiah wajar diadakan secara terbuka dan berlangsung dengan sihat.
Debat ini akan memberi ruang yang luas kepada rakyat Perlis untuk menilai secara rasional polisi dan program 'Perlis Maju 2015' yang dirangka kerajaan negeri Perlis untuk mereka.
Justeru, Angkatan Muda Keadilan Perlis menawarkan kesediaan untuk menjadi penganjur kepada debat ini di antara Menteri Besar Perlis YAB Dato' Seri Dr Md Isa Sabu dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perlis saudara Mohammad Faisol Abd Rahman. Tajuk yang kami cadangkan: "Perlis Maju 2015: Realiti atau Fantasi".
Kami akan menghantar undangan rasmi kepada YAB Menteri Besar Perlis dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perlis pada hari Jumaat, 31 Mei 2012.
Kami berharap agar kedua-dua orang pemimpin ini bersedia untuk menerima undangan daripada pihak kami. Semoga debat ini akan berlangsung dengan baik demi mendatangkan manfaat kepada rakyat Perlis secara keseluruhannya.
Sekian, terima kasih.
Ammar bin Gazali Ketua Angkatan Muda Keadilan Perlis
Berita terkini yang dilaporkan di internet adalah berkenaan tindakan provokasi segerombolan tentera Israel yang telah menaikkan bendera Negara haram itu di perkarangan Masjid al Aqsa iaitu berhampiran Kubah as Saqharah atau Dome of the Rock (tapak yang dipercayai Rasulullah saw naik ke langit semasa Isra Mikraj). Berikut laporan agensi berita AFP:
Soldiers on Monday violated the status quo on the esplanade of the mosques in east Jerusalem by raising Israel's flag, the head of the Islamic Waqf organization that oversees the compound charged. "More than 180 soldiers from a special Israeli army unit today raised a large Israeli flag opposite the mosque of the Rock, which is a grave provocation," Sheikh Azzam al-Khatib told AFP. The sprawling esplanade containing the Al-Aqsa mosque and the adjacent Dome of the Rock in the historic Old City is the third-holiest site in Islam after Saudi Arabia's Mecca and Medina.
It is also the holiest site for Jews, who refer to it as the Temple Mount because it was the location of the Second Temple, destroyed by the Romans in 70 AD.Sheikh Khatib said the soldiers entered the esplanade during a visit approved and organized by Israeli police.He said he had made a complaint both to the Israeli police and to the Jordanian authorities. Jordan, which has a 1994 peace treaty with Israel, is the custodian of Muslim holy sites in Jerusalem. Police spokeswoman Luba Samri confirmed to AFP that there had been an incident but said it concerned "a small flag," and said that a senior officer at the scene quickly intervened to expel the soldiers from the compound.
Demikianlah tindakan biadap tentera Israel malangnya kita tidak mampu melakukan apa-apa sedangkan tapak tersebut merupakan tempat ketiga paling suci buat kita setelah Masjidil Haram Makah dan Masjid Nabawi Medinah. Bagi Israel keseluruhan Jurusalem termasuklah komplek Masjid al Aqsa adalah merupakan jajahan mereka.
Sejak dijajah Negara Haram Israel begitulah nasib kita umat Islam, saudara-saudara kita yang lemah namun cekal semangatnya bertahan walau dijajah demi membela al Aqsa, namun kita yang bersenang-lenang di sini dan merata dunia Islam lain duduk sekadar melihat. Lebih malang lagi sibuk berbalah pula sesama sendiri……………..
Berita dari seberang, yakni Singapura sering memikat minat saya. Nasib dan kemajuan masyarakat Melayu di sana terutamanya akan selalu saya ambil tahu dengan cara membaca dan melayari maklumat terkini khasnya melalui akhbar-akhbar online mereka.
Terkini saya terpegun apabila membaca berita berkenaan:
iaitu berkenaan seorang anak gadis Singapura Cik Mira Abdul Razak 20 tahun yang kini merupakan seorang jurulatih bolakeranjang atau "basketball" di sana.
Memang di Malaysia sekalipun tidak ramai anak Melayu yang minat atau terlatih dalam sukan ini berbanding sukan lain. Di Singapura seorang anak gadis Melayu bertudung lulusan Sekolah Menengah Atas Ma'had Al-Zaytun di Indramayu, Jawa Barat mahir dan malah bertugas sebagai seorang jurulatih, sudah pasti berita ini sesuatu yang hebat.
Barangkali pihak Malaysia boleh meninjau-ninjau gadis ini dan kalau layak boleh mengimpot beliau untuk melatih anak-naka kita di sini. Apa pandangan anda?
Sementara itu dalam akhbar Berita Harian (Singapura) yang sama dilaporkan bahawa dari 14 jurulatih tenis Singapura yang dinaungi Persatuan Tenis Singapura (STA) di bawah Majlis Sukan Singapura, 13 merupakan jurulatih Melayu. Mereka ini pun perlu ditinjau oleh pihak Malaysia dan jika perlu diimpot masuk ke sini bagi melatih pula anak-anak kita. Apa pandangan anda?
Badan Hak Asasi Manusia, SUARAM, mendedahkan nama individu yang rapat yang mempunyai kaitan dengan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin, disebut dalam kertas siasatan pendakwaan berhubung dengan skandal rasuah pembelian dua buah kapal selam kelas Scorpene pada 5 Jun 2002.
Peguam Perancis yang mewakili SUARAM, Joseph Brehem mendedahkan penemuan terbaru tersebut semasa sidang media yang diadakan di Kelab Wartawan Asing (International Reportes Club) di Bangkok, Thailand, setelah Joseph gagal memasuki Malaysia walaupun telah memohon visa kerja beberapa minggu lalu.
Joseph ketika menerangkan penemuan tersebut menambah, Daim dan bekas perdana menteri, Mahathir menggunakan proksi mereka dalam urusan pembelian kapal selam untuk kepentingan kewangan Umno-APCO yang melibatkan pembiayaan wang pembayar cukai yang sangat banyak iaitu sebanyak EUR2.1 bilion (RM7.3 bilion).
Dalam sidang media yang dipancarkan ke seluruh dunia menerusi laman sesawang video popular, Ustream, Joseph mendedahkan lagi isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor mempunyai hubungan rapat dengan isteri pakar strategis Najib Altantuya, Razak Baginda, iaitu Mazlinda Makhzan.
Mendedahkan lanjut, Joseph menambah, Dokumen 97 yang dirampas dari pejabat Thales International di Paris, Perancis menunjukkan bahawa Razak Baginda dan Mohd Ibrahim Noor dua adalah individu utama yang dirujuk juga sebagai orang tengah dalam urusan pembelian dan hubungan erat antara Najib Altantuya dan Mahathir.
Dokumen 97 itu juga menjelaskan nota yang tertulis di dalamnya adalah sebagai dokumen perlu dan mesti digunakan sebagai rujukan pindahan pembayaran kepada individu dan organisasi politik rejim pemerintah iaitu Umno-APCO.
Malah, dokumen itu juga membuktikan bahawa kaitan antara kedua mereka adalah seperti berikut:
a) Razak Baginda adalah orang suruhan Najib Altantuya, dan;
b) Mohd Ibrahim Noor adalah orang yang rapat dengan Daim Zainuddin.
Berhubung dengan isu sama ada Najib Altantuya dan enam individu lain yang dipohon SUARAM untuk hadir ke mahkamah, Joseph menjelaskan ia sememangnya tidak mustahil untuk memanggil kesemua mereka sebagai saksi perbicaraan, dan sekiranya enggan, mahkamah akan mengeluarkan sapina ke atas mereka.
Jika sapina telah dikeluarkan tetapi masih enggan hadir, makan amaran waran tangkap kod merah akan dikeluarkan, iaitu kod tertinggi bagi polis antarabangsa (Interpol) untuk bertindak setelah kesemua prosedur dipatuhi.
Joseph juga menambah, amaun rasuah yang diperolehi daripada pembelian kapal selam ini boleh digunakan untuk pembinaan hospital, sekolah, jalan raya dan infrastruktur kemudahan awam kerana hasil siasatan menunjukkan wang rasuah boleh melebihi jumlah asal yang dianggarkan iaitu RM3 bilion.
Wartawan yang hadir dari seluruh dunia bagi mengikuti pendedahan khas ini ada yang datang sejauh Brazil dan Amerika Syarikat kerana skandal rasuah kapal selam ini mirip kes yang pernah dilaporkan di Pakistan, India, Bolivia dan beberapa negara lain, juga menerusi dua buah syarikat usahasama antara DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol.
Musa Hassan sahkan rangkaian politik - kongsi gelap WAWANCARA Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.
Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."
Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor. Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.
"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya.
Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.
"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.
Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.
Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam pasukan polis.
"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.
"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya. Maklum kepada Pak Lah
Menurutnya, beliau sendiri pernah bertemu secara peribadi dengan ahli politik yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap agar mereka menghentikan hubungan itu.
"Saya dah tegur Menteri berkenaan perkara ini. Tugas saya menyampaikan sahaja. Nak berubah awak kena arahkan sayalah dan saya akan buat cara saya (untuk banteras)," katanya.
Malah, beliau mendakwa turut memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Perdana Menteri (Abdullah) pun saya beritahu," katanya.
Menurut Musa, beliau tidak mahu peminjam wang tidak berlesen (Along) terus mewujudkan masalah kepada orang ramai sehingga mengakibatkan kanak-kanak takut pulang ke rumah kerana serangan Along.
Menurutnya, orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan peminjam sahaja dalam situasi ini, kerana tindakan perlu diambil terhadap sindiket itu yang mengenakan faedah melebihi 18 peratus setahun.
"Jika mereka bebas mengenakan kadar faedah melebihi 18 peratus, ini bermakna tiada penguatkuasaan," katanya.
"Malah, siapa yang memberikan peminjam wang ini lesen? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ada anggota polis bertugas di kementerian itu tetapi masih ada orang menjadi mangsa hari ini," katanya.
Ketegasan beliau, menurutnya, menimbulkan "reaksi balas" dari mereka yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap terbabit.
Menurutnya, individu berkenaan cuba memburukkan namanya dengan menuduhnya mengatur pelantikan pegawai kanan polis dengan "restu" kumpulan kongsi gelap terbabit.
"Saya terima backlash kerana satu saya cuba banteras aktiviti haram dan kerana saya hendak bersihkan (pasukan polis).
"Kalau saya sertai mereka (kongsi gelap) sayalah IGP terbaik," katanya.
Dalam temubual sama, Musa turut mengiyakan bahawa rangkaian ahli politik-kongsi gelap-polis itu adalah "kuasa ketiga" yang sebelum ini didakwanya membantutkan usaha-usaha reformasi dalam pasukan polis yang cuba dibawa beliau.
"Campur tangan datang dari banyak pihak termasuk ahli politik," katanya. ________________________________________ Wawancara dijalankan Fathi Aris Omar, Hafiz Yatim, Ahmad Fadli KC dan Nigel Aw
[Apa sudah jadi dengan UMNO agaknya. Ke mana arah dan hala tuju belia yang mahu dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak?. Ternyata, Himpunan 2 Juta Beliau sempena Hari Beliau Negara 2012 di Bukit Jalil baru-baru ini lebih dasyat daripada apa yang telah kita gambarkan. Video panas berkenaan "disko hari belia" yang tersebar ini membuktikan dengan jelas kepada kita bahawa kerajaan UMNO BN yang ada sekarang sengaja mahu menjauhkan anak-anak muda dari agama. Mereka sengaja mengadakan program maksiat yang menjurus ke arah pergaulan bebas lelaki perempuan yang sungguh membimbangkan. Hiburan dikatakan untuk mendidik rohani para belia, maka program agama bersama Ustaz Azhar Idrus terpaksa dibatalkan untuk digantikan dengan hiburan demi hiburan. Lebih teruk lagi apabila kumpulan K-Pop yang menampilkan gaya seksi itu juga diundang untuk membuat persembahan. Tidak cukup dengan itu turut diadakan Battle Of The Band serta lain-lain acara hiburan yang cukup melalaikan. Dengan terdedahnya video ini, maka terbukti kini UMNO BN memang mahu menjauhkan diri anak-anak muda daripada agama Islam. Justeru, apakah kita rela membenarkan anak-anak kita hidup di dalam dunia khayalan seperti ini?].
[Dalam keghairahan kerajaan UMNO BN menerusi NGO mereka memainkan isu para peniaga di Jalan Tunku Abd Rahman (TAR) dan sekitar ibu negara mengalami kerugian jutaan ringgit gara-gara terjejas akibat penganjuran Himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini, kini dikejutkan dengan berita 200 peniaga dan penjaja di Jalan Chow Kit menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) semalam (29 Mei). Difahamkan, satu majlis penyerahan borang telah dilakukan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Abd Hadi Awang. Paling menarik, turut bersama dalam program berkenaan ialah pendakwah agama terkenal Ustaz Azhar Idrus. Dengan senario terkini ini, maka ia membuktikan dakwaan kononnya para peniaga mengalami kerugian akihat Bersih 3.0 serta menolak Pakatan Rakyat meleset sama sekali. Apa yang pasti, perniagaan mereka dipaksa tutup oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri. Kerugian adalah sandiwara kerajaan sebenarnya].
SHAH ALAM, 29 Mei - Tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta derma rakyat Kelantan bagi menampung kos pembinaan projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) atau dikenali sebagai "lebuh raya rakyat" disifatkan sebagai sandiwara politik terhebat abad ke-21. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (foto) berkata, pembinaan lebuh raya itu hanyalah propaganda dan retorik Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) . Menurutnya lagi, sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan mengharapkan derma untuk membina lebuh raya itu, maka ia akan mengambil tempoh yang lama kerana menelan kos sebanyak RM1.8 bilion. "Sungguh kelakar. Dulu letak batu asas jambatan Kampung Laut ke Kota Bharu, projek pelabuhan dan Bandar Pantai 7, Tumpat dan Pelabuhan Darat, Kuala Krai, mana projek tersebut? Sebatang besi pun tak ada. "Nik Abdul Aziz dan Pas ingat mereka boleh perbodohkan rakyat Kelantan sepanjang masa. Kalau harap derma, mahu siap lebuh raya yang dicadangkan mungkin tunggu 50 ke 100 tahun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Sehubungan itu, Ibrahim menyeru supaya Nik Abdul Aziz menghentikan temberangnya dan berpijak di bumi yang nyata demi kepentingan rakyat Kelantan. "Kasihan rakyat Kelantan kerja pun tidak ada, ekonomi tidak meningkat dan air bersih pun tak ada, tanah rizab melayu digadai, inikan nak minta derma pula. Tak cukup lagi derma jihad masa ceramah, ini sesuatu yang dahsyat," katanya. Semalam, Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan pembinaan lebuh raya ini bukan berniat mahu mencabar mana-mana pihak. Sumber Kerajaan Negeri mengesahkan setakat semalam hampir RM1.4 jutaderma dikutip melibatkan cek bernilai RM1,355,000 manakala RM14,777 lagi diberikan secara tunai.
[Kenyataan terbaru Ibrahim Ali ini pasti melukakan dan mengecewakan majoriti rakyat Kelantan sebenarnya. Malah, sudah pasti mereka yang mengundi beliau yang bertanding atas tiket PAS di Parlimen Pasir Mas pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu lebih lagi kecewa. Ibrahim Perkasa ini sepatutnya mencari jalan untuk membantu kerajaan pusat membayar royalti minyak Kelantan jika benar dia mahu membela rakyat. Mungkin dengan cara itu, wang tersebut boleh digunakan untuk menampung pembinaan lebuhraya terbabit. Malah, beliau juga sepatutnya mendesak kerajaan UMNO BN agar meneruskan projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) terus hingga ke Kelantan dan bukannya tamat setakat di Terengganu sahaja. Jika benar dia membela rakyat, maka dia sepatutnya lantang bersuara isu ini di parlimen. Tambahan pula dia begitu akrab dengan kepimpinan UMNO BN sekarang ini. Namun, dia memilih untuk terus menghentam Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Beliau lupa, riwayat politiknya masih bernyawa kerana ehsan Nik Aziz membenarkan dia bertanding atas tiket PAS di Parlimen Mas pada PRU-12 lalu. Namun kini, Ibrahim bagai "kacang lupakan kulit". Baginya hanya UMNO BN yang betul dan PAS itu tetap salah. Sedangkan UMNO memecat beliau dan PAS menerima beliau bertanding atas tiket parti itu sebenarnya. Mungkinkah Ibrahim Ali akan tingggal sejarah selepas PRU13 agaknya?].
KUALA LUMPUR, 29 Mei - Penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin(foto) mendakwa memiliki "fail rahsia" mengenai Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995. Dalam entri terkini bertajuk "MACC 'Deep Throat' comes out of the closet" (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri), Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK, mendedahkan beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah bersara satu ketika dulu. RPK mendakwa kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menegaskan fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit. RPK berkata fail berkenaan bertarikh sejak 17 tahun lepas ketika SPRM masih lagi dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).
[Ramai yang tidak terkejut sebenarnya dengan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Blogger terkenal seperti Raja Petra Kamaruddin ini. Beliau kini, sedang bersedia untuk mendedahkan segala macam fail yang melibatkan pemimpin PKR terutamanya yang melibatkan kepimpinan tertinggi. Anehnya, segala fail yang ada padanya tentang keborokan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN selama ini seolah-olah sudah ditutup oleh beliau sendiri. Maka itulah rakyat tidak hairan dengan kelibat RPK sekarang. Kini, tumpuan beliau lebih terarah kepada pihak lawan PM Najib Razak. Mungkinkah RPK sememangnya telah pun dibeli atau menjual harga dirinya sekarang ini?].
KUALA LUMPUR 29 Mei - Setelah sekian lama kedudukannya sebagai Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton) diperkatakan sejak pembuat kereta nasional berkenaan diambil alih oleh DRB-Hicom, akhirnya Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (foto) mengundurkan diri. Sementara itu, Proton mengesahkan perletakan jawatan berkenaan berkuat kuasa 4 Julai ini. "Syed Zainal telah bersama dengan Proton lebih enam tahun dan kami amat berterima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada syarikat. "Beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya dan kami menghormati keputusan beliau," kata satu kenyataan pengeluar kereta nasional itu hari ini. Syarikat itu juga umumkan perletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai. "Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dalam apa juga bidang yang diceburi di masa depan," kata Proton. Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat. Ditubuhkan pada tahun 1983, Proton merupakan anak syarikat DRB-HICOM Bhd dan pengeluar automobil terbesar Malaysia, dan satu-satunya pengeluar kelengkapan asli atau pengeluar kereta menyeluruh di Asia Tenggara. Ia beroperasi di pasaran-pasaran utama dari United Kingdom hingga ke Timur Tengah, seluruh Asia Tenggara dan Australasia, terutama di negara seperti China dan juga Iran.
[Dengan pengesahan ini maka kontroversi yang melanda selama ini akhirnya terbukti jua. Spekulasi dan khabar angin mengenai perletakan jawatan beliau sememangnya telah lama disebarkan sebelum ini. Kini, segalanya terbukti dan apa yang difikirkan oleh rakyat akhirnya menjadi kenyataan. Nampaknya, kini ramai pihak yang tercari-cari apakah punca sebenar yang menyebabkan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir terpaksa mengundur diri. Apakah beliau juga menerima tekanan demi tekanan daripada pihak yang berkenaan agaknya. Harus diingat bahawa mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad masih berkuasa terhadap Proton. Apakah beliau memainkan peranan terhadap kontroversi ini agaknya?. Kini, siapa pun penganti sudah pasti mereka perlulah mencari individu yang sanggup mengikut arahan dan tidak berani membantah apa saja tindakan yang dilakukan oleh syarikat itu. Soalnya, siapakah yang paling layak dan berani menerima jawatan itu selepas ini?].
Wah cepat dan pantas sekali SPRM bertindak ke atas pendedahan bloger yang kini berada di tanah asing Raja Petra Kamarudin yang mendakwa kononya beliau memiliki fail rahsia timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dikatakan melakukan rasuah.
Raja Petra seorang bloger yang mempunyai banyak bapak tiri (god father) kini berada di luar negeri kerana mengelakkan untuk didakwa di mahkamah atas beberapa kes. Kata Raja Petra fail tentang rasuah Azmin itu diberikan oleh bekas pegawai SPRM kepadanya.
Bloger satu ini, sebelum ini banyak telah mendakwa memiliki rahsia peribadi para pemimpin negara ini yang mana kebenaran rahsia dan maklumat dimilikinya jauh meleset dan ia hanya sebuah ilusi beliau yang kini kesepian di luar negara saja. Mungkin orang masih ingat bagaimana dia membuat surat sumpah kononnya ada memiliki beberapa dokumen mengenai siasatan ke atas Altantuya Sharribu yang mati dibunuh kemudian jasadnya diletup.
Ekoran pendedahan itu, Raja Petra yang kononya mengaku mendapat maklumat dari seorang pegawai tinggi tentera menyebabkan pegawai yang tentera berkenaan yang masih bertugas dikenakan tindakan tatatertib.
Selain itu beliau mendakwa memiliki segulung dokumen lagi yang diterima dari berbagai pihak mengenai berbagai skandal bertaraf dunia. Cara Raja Petera mengestbelishkan dirinya seolah-olah beliau adalah bank rahsia orang politik di Malaysia ini.
Berbalik kepada sikap cergas SPRM untuk membuka siasatan berhubung apa didakwa bloger yang berkepala goling ini (botak) itu ia agak anih dan menghairankan sedikit. Kenapa SPRM begitu cepat membuat siasatan sebaik saja perkara itu didedahkan. Dalam hal ini kenyataan tindakan segera SPRM yang membuat laporan polis terhadap pendedahan Raja Petra itu membolehkan badan itu menyiasat menakjubkan. Apakah bukan keutamaan untuk SPRM memanggil Raja Petra terlebih dulu untuk mengesahkan maklumat yang didakwa itu?
Menurut laporan Panle Operasi SPRM akan bermesyuarat esok untuk membincangkan dakwaan Raja Petra bahawa ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah terhadap Azmin di dihentikan. Nampaknya isu kini bukan tertumpu kepada Azmin tetapi meluas kepada Anwar Ibrahim pula.
Menurut pengarah siasaran SPRM Mustafar Ali bahawa panel itu membincang dakwaan Raja Petra kerana menurutnya jiwa benar siasatan itu akan dilakukan. Alasannya siasatan jenayah tidak ada tempoh masa walaupun kes itu berlalu? Cara SPRM menguar-uarkan apa yang masih kabur kepada umum seakan satu permainan politik untuk menimbulkan keraguan umum kepada orang ramai.
Kenyatan Mustafar itu sekana siasatan berkaitan apa didedahkan oleh Raja Petra itu bukan lagi menjurus kepada Azmin tetapi kepada Anwar Ibrahim. Apakah SPRM akan menyiasat Anwar atas salah guna kuasa serperti mana pernah didakwa semasa Anwar jadi TPM itu yang meminta pegawai polis supaya melakukan gertakan ke atas seorang betina yang telah cuba mengaibkan dan memfinah Anwar?
Tidak mustahil itu akan diberlaku. Mungkin sudah ada pakatan di dalam hal ini dengan Raja Petra dijadikan alat atau pun sumber untuk membolehkan SPRM menyiasat Anwar. Dan sekiranya dakwaan Raja Petra itu benar pihak yang seharusnya perlu disiasat ialah Raja Petra sendiri dan orang yang memberi fail itu kepadanya. Tanpa menyiasat dan mengenakan tindakan ke atas kedua mereka adalah tidak adil dan wajar untuk SPRM menyiasat Anwar dan Azmin.
Nampaknya usaha untuk mengena dan memenjarakan Anwar tidak pernah berhenti dan akan dilakukan sehinggalah Ubn dan Najib Razak merasakan parti itu akan menang dalam pilihan raya. Di sini saya ulangi sekali lagi apa yang pernah saya ramalkan; pilihan raya tidak akan diadakan selagi Anwar Ibrahim tidak ditolak masuk ke dalam penjara? Ramalan ini nampak makin menjadi realiti. [wm.kl. 6:23 pm 30/05/12]
Murai sudah nak tidur tadi tapi tiba-tiba terbaca pula satu posting di wall Fb seorang kawan mengenai berita Salentia yang mengkritik dan menghina si Cak Abun Kepala Putih yang hendak buat lebuh raya dengan meminta duit rakyat.
Naik angin benar Salentia dengan rancangan itu yang dianggap sebagai gimik politik. Murai dapat merasakan dengan telatah Salentia itu gimik politik kali ini ada kelas sekaligus meletakkan Salentia dalam keadaan sukar dan 'rohok' untuk mengekalkan kerusinya. Dia juga sudah ilang akal.
Dengan telatah itu Murai sahkan bahawa Salentia ini sebenarnya bukan saja 'babuk' tetapi sudah gila tidak dapat membezakan di antara lembu dengan kambing lagi, atau membezakan ular dengan lipan. Biasalah kalau orang sudah sasan dan menghidap gila babi akan jadi lagu tu lah. Kerana hilang akal begitu Salentia boleh dan tergamak memakan apa saja yang halal, makruh dan haram. Politik beliau tidak ada moral dan cemar sampai ke akhirat.
Katanya projek lebuh raya rakyat itu sebagai modal politik saja. Dia minta Cak Abun tidak mengeliru dan menipu rakyat. Dia yakin projek itu tidak akan berjaya. Wah.. Salentia ini mengira orang lain juga sepertinya buat kerja tidak pernah sudah dan berporah di jalanan... sanggup memakan buah dalam tahi. Begitulah kalau orang bodoh dan perut labuh mencecah bumi akan mengatakan orang sama dengannya. Jenis pak pandir otak kemetot.
Katanya lagi, lebuh raya itu tidak akan siap walaupun 50 atau 100 tahun lagi. Dari mana hendak ambil dan cari duit, tanyanya. Harganya sampai RM1.8 billion. Begitulah kalau orang tidak ada iman di dada dan pengetahuan agamanya setakat tahu mengambil air sembahyang dengan hanya membasuh sebelah kaki kiri saja. Dia akan bercakap di luar kekuasaanya dan menafikan kuasa Allah s.w.t. Kalau berfikir dengan perut memang lebuh raya itu tidak akan siap. Tetapi cuba berfikir dengan otak. Guna kedua belah otak.
Rasanya Cak Abun dan sekutunya tidak sebodoh yang difikirkan Salentia. Nak punggut duit dan minta duit dengan rakyat itu hanya gimik saja atau bukan itu sumber utama untuk membina lebih raya itu. Apa yang Murai fikir gimik itu bagi menunjukkan kepada umum sikap orang Kelantan yang rela berkorban untuk diri sendiri. Orang Kelantan tidak pelahap dan mudah berputus asa dengan apa yang mereka hendak dan apa dilakukan kepada mereka. Cak Abun tentu sudah menyediakan dana mencukupi. Negeri Kelantan bukan sesak sangat.
Tidak mengapa bagi Murai bagus juga Salentia berbuat begitu. Ia akan mencabar rakyat Kelantan untuk membuktikan lebuh raya itu akan siap tanpa bantuan UBN. Teringat akan Murai kepada satu surah dalam Quran mengenai pesanan Nabi Nuh kepada umatnya. (Kenalkah Salentia dengan Nabi Nuh... bukan Noh Omar..tetapi nabi, nabi?). Kata Nabi Nuh kamu jangan mengira patung-patung yang disembah itu akan dapat membantu mu. Kaum Nabi Nuh mengira patung itu Tuhan nyang akan membantu mereka. Nah begitu jugalah Murai nak bagi tahu Salentia bahawa UBN itu bukan Tuhan yang boleh membantu manusia. UBN hanya parti yang sama taraf dengan dengan patung di zaman Nabi Nuh.
Perangai Salentia ini samalah dengan perangai gemulah seorang ahli Umno yang berkata dia akan berlari sambil telajang bulat di atas jambatan Sultan Yahaya Petra yang merentangi sungai Kelantan itu kalau Pas berjaya menyiapkan jambatan itu. Betapa sombong dan bongkoknya orang Umno ini bertuhankan kepada parti itu.
Dengan kehendak Allah dan kegigihan kerajaan Pas ketika itu akhirnya jambatan itu yang pada masa itu terpanjang di pantai timur akhirnya siap. Tidaklah Murai tahu apakah orang itu menunaikan nazarnya itu, tetapi apa yang Murai diberi tahu orang Umno itu akhirnya mati lemas air dua tahun kemudian. Murai tidak mahu melihat sesuatu yang buruk akan berlaku kepada Salentia kerana melawan takdir?
Cuma di sini Murai ingin berpesan kepada Salentia jangan menghina dan memandang rendah kepada orang lain. Kepada si Cak Abun itu kalau pun tidak bersetuju dengannya janganlah menghina dan memperlekehkan dan tuduh dia temberang, belawak. Ingatlah sikit kerusi tempat anda bertenggek hari ini adalah atas ehsannya. Kalau dia tidak memberi laluan mungkin anda kini sudah lama masuk 'rak' dan merunyai tong sampah di bandar Kota Bharu.
Kalau Salentia merasa dirinya hebat sama-sama kita tunggu apa jadi kepadanya dalam pilihan raya ke-13 nanti. Apakah dia masih menjadi sabut yang terampung di lautan luas ataupun akan jadi batu tenggelam ke dasar sungai Kelantan bakal ilang dari padangan. Murai nasihatkan Salentia waktu ini sudah ada di penghujung jalan politiknya. Sayang sekali biarpun sudah sampai ke penghujung beliau masih kesesatan. Apakah orang ini akan sesat sampai ke akhirat? Nampaknya begitulah...
Murai: Salentia kini seperti cicak terkapit pintu yang bakal kehilangan ekor.
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kuala Terengganu -Seorang remaja perempuan bawah umur antara lima warga Thailand yang dicekup dalam sebuah bilik rahsia selepas digeledah selama dua jam oleh anggota Jabatan Imigresen Terengganu dalam satu operasi 'OPS Sayang' 8 Mei lalu jam 3 pagi di sebuah rumah urut "Macam-macam ada' di Jalan Ladang, di sini.
Gambar: Remaja berusia 16 tahun ini (kiri) dipercayai bekerja sebagai tukang urut di sebuah rumah urut, "Macam-macam ada' di Jalan Ladang, Kuala Terengganu
Bagaimanapun, remaja berusia 16 tahun itu yang berasal dari Narathiwat Thailand diarahkan dijaga di bawah pengawasan Rumah Perlindungan Kanak-kanak sementara menunggu siasatan penuh laporan Jabatan Imigresen Terengganu atas pertuduhan Anti Pemerdagangan Orang 2007 oleh Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin.
Majistret Noradila Ab Latif mengeluarkan perintah perlaksanaan dikuatkuasa selama 14 hari manakala empat lagi wanita yang berusia dari 26 tahun hingga 37 tahun itu diperintah dijaga di bawah pengawasan rumah perlindungan wanita.
Terdahulu, laporan Jabatan Imigresen Terengganu mengenal pasti kelima-lima mereka dicekup ketika itu menggunakan pasport lawatan sosial serta tidak mempunyai permit sah bekerja di premis berkenaan.
Mereka dipercayai bekerja sebagai tukang urut yang turut menawarkan khidmat urutan 'istimewa' serendah RM50 dengan berpakaian seksi bagi menarik pelanggan. -SH
Bekas IGP: Ada orang politik marah 'rezeki' disekat
WAWANCARA Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.
Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."
Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.
Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.
"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya.
Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.
"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.
Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.
Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam pasukan polis.
"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.
"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.
Maklum kepada Pak Lah
Menurutnya, beliau sendiri pernah bertemu secara peribadi dengan ahli politik yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap agar mereka menghentikan hubungan itu.
"Saya dah tegur Menteri berkenaan perkara ini. Tugas saya menyampaikan sahaja. Nak berubah awak kena arahkan sayalah dan saya akan buat cara saya (untuk banteras)," katanya.
Malah, beliau mendakwa turut memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Perdana Menteri (Abdullah) pun saya beritahu," katanya.
Menurut Musa, beliau tidak mahu peminjam wang tidak berlesen (Along) terus mewujudkan masalah kepada orang ramai sehingga mengakibatkan kanak-kanak takut pulang ke rumah kerana serangan Along.
Menurutnya, orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan peminjam sahaja dalam situasi ini, kerana tindakan perlu diambil terhadap sindiket itu yang mengenakan faedah melebihi 18 peratus setahun.
"Jika mereka bebas mengenakan kadar faedah melebihi 18 peratus, ini bermakna tiada penguatkuasaan," katanya.
"Malah, siapa yang memberikan peminjam wang ini lesen? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ada anggota polis bertugas di kementerian itu tetapi masih ada orang menjadi mangsa hari ini," katanya.
Ketegasan beliau, menurutnya, menimbulkan "reaksi balas" dari mereka yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap terbabit.
Menurutnya, individu berkenaan cuba memburukkan namanya dengan menuduhnya mengatur pelantikan pegawai kanan polis dengan "restu" kumpulan kongsi gelap terbabit.
"Saya terima backlash kerana satu saya cuba banteras aktiviti haram dan kerana saya hendak bersihkan (pasukan polis).
"Kalau saya sertai mereka (kongsi gelap) sayalah IGP terbaik," katanya.
Dalam temubual sama, Musa turut mengiyakan bahawa rangkaian ahli politik-kongsi gelap-polis itu adalah "kuasa ketiga" yang sebelum ini didakwanya membantutkan usaha-usaha reformasi dalam pasukan polis yang cuba dibawa beliau.
"Campur tangan datang dari banyak pihak termasuk ahli politik," katanya. -mk
Ulasan GB
Macam-macam ada di dalam PDRM.
Patutlah dituduh menjadi lembu UMNO BN selama ini.
Demi menjaga kredibiliti dan intgriti pasukan polis, sebuah Suruhanjaya Siasatan perlu diwujudkan untuk mebersihkan PDRM.
Tetapi malang, tuntutan rakyat dipekakkan telinga oleh Najib, sehinggakan tuntutan Suruhanjaya untuk bersihkan SPR pun tidak diindahkan.
Tidak mengapa, hukum kebenaran akan "menghukum" Najib akhirnya. Itu keyakinan kita.
Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara......
Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya," kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno bersama Mus May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini....
Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.
"Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulamak. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja," katanya.
Sementara itu, Mus, 44, berkata beliau menyertai Umno selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.
"Umno sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia,"katanya.
Bagi Ibnor Riza, 51, beliau telah lama bercadang untuk menyertai Umno setelah sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara.
Borang mereka diterima Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh, dan ketiga-tiga artis akan menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang.
Ab Rauf berkata Umno sentiasa menyokong langkah penggiat seni tanah air menyertai parti itu, dan mereka boleh bertindak sebagai duta Umno.
"Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga Umno," katanya.
Kini terdapat 43 anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah. -Bernama
Ulasan GB
Amy Search masuk UMNO?
Tidak memeranjatkan. Malah PAS gembira apabila Amy memilih UMNO kerana ia tidak lagi "mengelirukan" ahli-ahli PAS yang sedia ada kerana sebelum ini dilaporkan Amy Search pernah menemui TG Nik Aziz.
Artis atau selebriti yang menyertai PAS adalah mereka yang telah "berhijrah", yang telah berubah dan yang telah bertukar dari mereka yang sekian lama tenggelam dalam kefasikan dan kemungkaran, bukan mereka yang masih terus bergelumang di dalam dunia kemaksiatan dan dunia kelalaian. Amy bukan dari kalangan mereka itu.
GB amat memahami keadaan Amy Search: bahawa beliau belum boleh mampu untuk meninggalkan dunia hiburan, (tidak seperti mereka yang telah berhijrah), masih belum ada kekuatan jiwa untuk meninggalkan pentas hiburan untuk melalaikan para pemuda dan remaja.
Jadi sekalipun pernah bertemu Mursyidul Am PAS, ia tidak bermakna beliau sudah berubah. Eh si munafik Abdullah Ubai juga pernah bertemu Rasulullah saw di Mekah dahulu, jadi apa ada hairan jika ada pertemuan Amy Search dengan TG Nik Aziz? Malah lebih dasyat daripada itu pernah berlaku, di mana ada seorang dari Pasir Mas pernah menipu Mursyidul Am PAS untuk menjadi wakil rakyat tetapi kemudian menikam semula TG Nik Aziz!
Serbannya lebih hebat dari TG Nik Aziz. Tetapi hukum kebenaran tak boleh ditipu. Dia tetap Amy yang dulu sekalipun pakaiannya nampak macam sudah berubah.
Justeru, kemasukan Amy Search ke dalam UMNO adalah Wal Hasil Balik Asal. Jiwanya lebih sesuai dengan UMNO, tak sesuai dengan PAS. UMNO menatang subur untuk mereka yang masih dengan dunia lagha, dunia maksiat dan dunia kemungkaran. Sambutan hari belia baru-baru ini mensahihkannya.
Kemasukan Amy ke dalam UMNO berarti Allah belum dapat menerimanya untuk berada di dalam jemaah orang yang terpilih, jemaah orang yang menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran (amal makruf wa nahi mungkar).
Kemasukan Amy ke dalam UMNO adalah ibarat sireh pulang ke ganggang. Dia sesuai di situ. Bukankah Tun Mahathir pernah mengakui bahawa dah berpuluh tahun, mereka yang cerdikpandai memilih PAS, UMNO hanya dipenuhi lembu-lembu...
Yang pandai-pandai yang baik-baik memilih PAS, yang bodoh-bodoh dan yang jahat-jahat pilih UMNO. Itu sebab sekarang ini ramai samseng dalam UMNO. Tunjuk punggung tunjuk bontot kepada tetamu. Bukankah itu budaya sang lembu? Sekarang ini di mana, samseng UMNO baling telur baling batu. Mencarut sudah lagi bukan perkara baru.
Petikan ulasan GB dahulu:
Beliau mungkin dah fed-up dalam UMNO dah tak ada orang yang pandai-pandai. Bererti TDM akui fakta bahawa UMNO kini dianggotai oleh kebanyakannya ahli yang bangang-bangang dan bebal-bebal yang sinonim dengan perkataan bodoh. Di dalam pepatah Melayu ada binatang yang dikaitkan dengan "bodoh" iaitu si lembu - bodoh macam lembu.
Bermakna, TDM mengakui yang di dalam UMNO kini terlalu banyak lembu-lembu dan mahu kandang UMNO dibuka supaya lebih ramai golongan profesyenal dan cerdik pandai menyertainya.
Hidayah, bukan milik kita dan kita tak mampu untuk memberikannya kepada sesiapa sekalipun terhadap orang yang paling kita sayang:
Sungguh, engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang paling engkau sayang, tetapi Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yangg mahu menerima petunjuk (Al-Qasas: 56)
Kadang-kadang Puteri naik heran...dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih tak "peka" dengan sikap UMNO haprak....
Umpama kerbau yang dicucuk hidung...umpama robot yang disetkan suisnya....ikut telunjuk..tak mengira halal haram...seolah-olah apa yang dibuat oleh pemimpin UMNO busuk...yang haram bertukar halal....
Himpunan Sejuta Belia.....bukan main gah...canang pelusuk alam..nak sajikan pengisian rohani...tapi apa yang terjadi....program maksiat menjadi agenda....anak-anak muda didedahkan dengan budaya barat. yang menyimpang jauh dari ajaran Islam...apakah ini nilai pengisian rohani dimata pemimpin UMNO haprak!
Anak muda rosak di tangan UMNO..anak muda akan hilang pedoman bila bersama UMNO...anak muda akan jauh dari agama bila berkawan dengan UMNO...yang nyata dan perlu lagi bersuluh...pemimpin no 1 UMNO sanggup turun padang bersama-sama menunjukkan taring kehebatan melakukan perkara mungkar...pemimpin-pemimpin UMNO busuk yang lain....tak segan silu..bersama-sama terkinja-kinja dengan anak-anak muda ...kononnya nak tunjuk kebersamaan....
Makcik-makcik...pakcik-pakcik kat kampung..yang selalunya asyik...angguk-angguk...geleng-geleng..iya-iya...saya-saya...kiri kanan ikut saja....bukalah mata luas-luas...kalau macam tu perangai pemimpin yang menerajui Malaysia..jamin ka anak-anak makcik selamat...bukan selamat kat dunia saja...fikir sama selamatkah diakhirat kelak....
Bila anak-anak muda ke perhimpunan bersih.....mereka dibelasah..mereka diseret macam penjenayah...bila anak muda pergi kuliah agama...mereka dicop pelampau..mereka dituduh sesat...bila anak muda bangun membantah kerakusan UMNO..mereka dikatakan tidak kenang budi..terpedaya dengan pembangkang dan sebagainya...tapi bila anak muda dilalaikan dengan program maksiat....didedahkan dengan pergaulan bebas...mendedahkan aurat....minum arak....tak ada pun suara-suara UMNO haprak yang menyalak menyalahkan pemimpin UMNO...seumpama direstu....lagi pun apa nak susah..kalau termengandung..sekolah mengandung sedia menanti pendaftarannya....tak gitu....
Tepuk dada tanya iman...jangan tanya selera....kalau begini rupanya pemimpin kita...fikirkanlah...apa akan terjadi kepada masa depan anak-anak muda kita.....mau tak mau..suka tak suka....PRU 13 ni...buatlah sesuatu...rasanya tak perlulah Puteri sebut...faham dah kut........
Bagi Puteri..tidak akan sesekali redha UMNO haprak menjadi pembimbing anak-anak Puteri.....bak kata orang Baling....tak kelapaa....... -puteri bulan/kedahla
Bukankah GB sudah katakan selalu: Hukum Kebenaran terdedah sendiri. Hishamuddin dan Khairy, mereka mendedahkan sendiri siapa mereka sebenarnya. Di bawah ini, zaman jahiliyah sebenar mereka (Wal Hasil balik asal):
Panas: Video "Disko Hari Belia Negara" Tersebar, Terbukti PM Mahu Jauhkan Anak Muda Dari Agama
Ulasan GB
Di dalam entri sebelum ini GB sudah menyatakan ada sebuah parti politik yang giat mengajak dan menggalakkan para belia termasuk remaja kembali ke zaman kebodohan (jahiliyah).
Kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Junjungan ialah untuk menghapuskan sistem kehidupan jahiliyah tetapi UMNO tidak segan silu memikul bangkai jahiliyah untuk dihidup semula untuk dijadikan teladan para belianya.
Memang benar apa dikatakan bekas Presiden mereka, Tun Mahathir menyatakan bahawa yang ada dalam UMNO kini hanya yang jahil-jahil (bodoh-bodoh).
Tuhan semakin mendedahkan pekung UMNO yang sebenarnya.
Kebelakangan ini budaya hedonisma di kalangan para remaja termasuk para pelajar semakin menjadi-jadi. Ia menunjukkan gejala keruntuhan akhlak semakin parah.
Di bawah ini dipaparkan sebuah video klip gelagat beberapa orang pelajar perempuan yang masih di bangku sekolah menampilkan aksi budaya tidak senonoh yang begitu memalukan. Benar ia hodoh dan bodoh (jahil) - yang mengembalikan suasana kehidupan "jahiliyah".
Berikut ini dipetik dari mynewsbub.
Amacam…ada tak macam aksi gedik paling bodoh kat dunia? Dah la buat benda tak berapa senonoh, lepas tu rakam dan yang terakhir muat naik ke Youtube.
Tahniah…tanda kejayaan akal yang luar biasa.
Untuk yang sudah menonton, boleh bagi pandangan sikit apa agaknya yang ada dalam pemikiran bebudak ni?
Sumber: Mynewshub.my
Ada sebuah parti politik di negara ini yang menjunjung tinggi kehidupan jahiliyah ini. Para pemimpinnya mengajak dan menggalakkan pemuda-pemudi (para belia) tenggelam dalam kebodohan zaman jahiliyah. Tunggu laporannya selepas ini.
Kontroversi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) semakin hangat apabila PKR mendakwa para peneroka hanya diberi peruntukan sebanyak 91 juta saham atau 2.5% dari jumlah keseluruhan saham di bawah Tawaran Awam Permulaan (IPO – Initial Public Offering).
Data dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mengesahkan sebahagian besar jumlah saham akan dibolot oleh kroni Umno, yang diistilahkan sebagai "pelabur-pelabur bumiputera yang diiktiraf Miti". Mereka diberi peruntukan sebanyak 420 juta saham atau 11.5% dari jumlah saham.
Ketua biro perdagangan dan pelaburan parti itu Wong Chen semalam mendedahkan bahawa para pelabur yang dimaksudkan ialah mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Barisan Nasional.
Prospektus FGVH menunjukkan peruntukan 2.5% untuk 112,635 peneroka itu sebenarnya adalah kurang dari peruntukan saham untuk para pekerja Felda sendiri. Para pekerja Felda diberi peruntukan sebanyak 109 juta saham atau 3% dari jumlah keseluruhan IPO.
Kenapa para peneroka mendapat jumlah saham yang kurang berbanding dengan peruntukan saham bagi golongan pekerja di Felda yang seramai 3,835 orang itu adalah sesuatu yang sukar dijelaskan.
Jika diandaikan kesemua saham dibeli maka setiap peneroka hanya mendapat 810 saham sedangkan setiap pekerja Felda mendapat sebanyak 28,368 saham.
Berbalik kepada janji yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mana dalam ucapannya beliau sering mencanangkan bahawa kerajaan pimpinannya sangat mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan para peneroka.
"Hanya BN sahaja yang mampu membela nasih para peneroka," begitulah apa yang sering beliau laung-laungkan di mana sahaja beliau pergi bagi menjustifikasikan niatnya untuk mengapong saham FGVH di Bursa Malaysia.
Kroni Umno untung besar
Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa tokoh-tokoh korporat dan kroni Umno akan mengaut faedah dan keuntungan yang besar hasil dari titik peluh para peneroka.
Mereka ini tidak perlu berusaha untuk meneroka, meratakan tanah dan menanam tanaman, kalau dulu getah dan sekarang kelapa sawit.
Mereka juga tidak perlu menunggu masa kira-kira tujuh tahun untuk menuaikan hasil seperti peneroka yang berhempas pulas untuk mengerjakannya selama 10 hingga 20 tahun dan lebih.
Dengan kekuatan wang ringgit yang mereka miliki mereka boleh membeli seberapa banyak jumlah saham yang mereka ingini apabila terapong di Bursa Malaysia nanti.
Benarkah Najib prihatin dengan nasib para peneroka atau Najib mempunyai kepentingan lain sehingga membuka ruang kepada golongan kaya untuk menambah kekayaan mereka.
Data dari Miti juga mendedahkan bahawa sebanyak 1.5 bilion saham FGVH iaitu setinggi 41% diperuntukan kepada para pelabur gergasi termasuk syarikat komoditi Peranchis, Louis Dreyfus milik keluarga Yahudi.
Akhbar mingguan bisnes dan pelaburan, The Edge juga menyebut tentang syarikat Yahudi ini di mana Louis Dreyfus akan menerima 4.9 peratus kepentingan dalam FGVH.
Ini mengesahkan kebimbangan kita bahawa berkemungkinan FGVH pada suatu hari nanti, akan jatuh ke tangan Yahudi berdasarkan kekuatan kewangan dan pengaruh mereka di pasaran antarabangsa.
Peruntukan 4.9 peratus ini bermakna syarikat Yahudi itu mendapat peruntukan saham lebih daripada keseluruhan jumlah 112,635 peneroka di negara ini yang hanya mendapat peruntukan sebanyak 2.5 peratus.
Dengan kepintaran mereka dalam selok belok permainan saham dan ditambah dengan kekuatan kewangan yang mereka miliki, maka tidak mustahil syarikat seperti Louis Dreyfus boleh menambah pegangan sahamnya dalam FGVH.
Mereka bebas untuk membeli lebih banyak saham dalam pasaran terbuka, apabila saham FGVH diapongkan nanti.
Walaupun kerajaan menjanjikan bahawa kepentingan majoriti FGVH tetap kekal di tangan para pelabur tempatan, bumiputera dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan tetapi ianya tidak semudah itu.
Melihat kepada saham MAS yang kini jatuh ke paras serendah RM1.08 sesaham yang ditutup semalam, yakinkah kita bahawa kerajaan BN mampu memelihara dan mengawal saham FGVH dari jatuh kepada pelabur-pelabur asing?
Prospektus FGVH dijangka diedarkan Khamis ini dan permohonan sahamnya akan ditutup 10 hari atau dua minggu selepas itu. -FMT
FGVH Memajak Tanah Rezab Melayu Di Pasaran Saham
SHAH ALAM, 28 MEI : Lebih 105,000 daripada 847,362 ekar tanah yang diusahakan Felda Plantations Sdn Bhd (Felda Plantations) untuk penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) adalah Tanah Rezab Melayu.
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mempersoalkan perkara itu kerana tindakan memajakkan tanah 105,382 ekar itu boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu.
Malah, katanya, kedudukan FGVH di Bursa Saham Malaysia selepas ini juga tidak boleh dikira sebagai sebuah syarikat berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan.
"Setakat ini peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5 peratus dari jumlah pegangan saham sementara manakala kakitangan Felda pula hanya 3 peratus.
"Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad termasuk Louis Dreyfus iaitu sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis.
"Oleh itu, Perdana Menterti, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isa wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGVH yang disenaraikan di pasaran saham?
"Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?," soalnya dalam satu kenyataan dibuat di sini hari ini.
Mohd Rafizi berkata perkara itu disahkan berdasarkan salinan laporan yang diterima dalam perjanjian FGVH dan senarai tanah yang terlibat.
PKR menyeru setiap Kerajaan Negeri yang terlibat menolak sebarang usaha membatalkan status Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar itu.
Tanah rezab Melayu itu akan terletak di bawah pengurusan FGVH selepas penyenaraian dan boleh diusahakan mengikut syarat-syarat perjanjian. -selangorku
ALOR SETAR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah bersedia dari segi logistik, termasuk melantik lebih 15,000 petugas, untuk membantu mengendalikan pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.
Timbalan pengarah jabatan itu, Norazam Mohd Noor berkata semua petugas tersebut termasuk pegawai pengurus, diberi taklimat persediaan pada November dan Disember tahun lepas manakala taklimat ulangan pula pada Jun ini.
"SPR juga telah mengenal pasti pusat pengundian, kebanyakannya sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat khas kepada hampir 40 pengamal media di negeri ini bagi menghadapi PRU ke-13 di Jabatan Penerangan Kedah di sini, hari ini.
Norazam berkata taklimat persediaan kepada petugas pilihan raya, antaranya menyentuh peraturan baru yang diguna pakai pada PRU ke-13, penggunaan dakwat kekal, cop SPR pada kertas undi, 'istilah orang dipercayai,' undi awal dan undi pos.
Mengenai daftar pengundi, beliau berkata daftar terbaru pada suku pertama tahun ini belum diwartakan lagi kerana baru selesai dipamerkan kepada umum.
Katanya pengundi negeri Kedah yang berdaftar dan layak mengundi berdasarkan daftar tahun lepas sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat berjumlah hampir 994,000 orang.
Dalam taklimatnya sebelum itu, beliau meminta pengamal media memberi kerjasama kepada SPR dengan membuat laporan betul dan tepat, menyampaikan maklumat tepat kepada pengundi di samping mematuhi etika kewartawanan.
"Langkah mewartakan pengamal media boleh mengundi secara pos masih dalam proses. Saya tidak pasti sama ada sempat diwartakan atau tidak dalam masa terdekat," katanya. - Bernama
Bertemakan 'Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok', 500 aktiviti yang membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan diadakan sejak Rabu lalu, memperlihatkan kerajaan lebih ghairah menghidangkan elemen hiburan berbanding kerohanian.
Aktiviti hiburan seperti tarian dan nyanyian juga bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Adakah penganjuran seperti ini menjadi kebanggaan kerajaan walaupun Himpunan Jutaan Belia tahun ini 'tercemar' apabila satu kemalangan berlaku ketika acara perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 pada Sabtu.
Dipetik dari - http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/05/najib-habiskan-rm20juta-untuk-himpunan.html
Panas: Video "Disko Hari Belia Negara" Tersebar, Terbukti Najib Mahu Jauhkan Belia Dari Agama !
[Apa sudah jadi dengan UMNO agaknya. Ke mana arah dan hala tuju belia yang mahu dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak?. Ternyata, Himpunan 2 Juta Beliau sempena Hari Beliau Negara 2012 di Bukit Jalil baru-baru ini lebih dasyat daripada apa yang telah kita gambarkan. Video panas berkenaan "disko hari belia" yang tersebar ini membuktikan dengan jelas kepada kita bahawa kerajaan UMNO BN yang ada sekarang sengaja mahu menjauhkan anak-anak muda dari agama. Mereka sengaja mengadakan program maksiat yang menjurus ke arah pergaulan bebas lelaki perempuan yang sungguh membimbangkan. Hiburan dikatakan untuk mendidik rohani para belia, maka program agama bersama Ustaz Azhar Idrus terpaksa dibatalkan untuk digantikan dengan hiburan demi hiburan. Lebih teruk lagi apabila kumpulan K-Pop yang menampilkan gaya seksi itu juga diundang untuk membuat persembahan. Tidak cukup dengan itu turut diadakan Battle Of The Band serta lain-lain acara hiburan yang cukup melalaikan. Dengan terdedahnya video ini, maka terbukti kini UMNO BN memang mahu menjauhkan diri anak-anak muda daripada agama Islam. Justeru, apakah kita rela membenarkan anak-anak kita hidup di dalam dunia khayalan seperti ini?].
Kalau Mufti nak tahu, kami lagi kecewa dgn Tok Mufti yg hanya sibuk nak selamatkan UMNO tapi membisu bila hal kemungkaran dan maksiat melibatkan UMNO berlaku depan mata...
Hingga hari ini pun Tok Mufti tak komen Himpunan Belia UMNO yang jelas banyak "kemungkaran" depan mata.
Macam mana PAS nak bersatu dengan UMNO kalau UMNO itu sendiri "Menghalalkan Yang Haram"....
Berjuanglah Demi ISLAM dan bukannya demi UMNO... Alahai....
Kredit photo kpd: https://www.facebook.com/boikotutusan
Umno sudah pasti kecoh dengan kemasukan 3 orang artis iaitu Amy Search, Mus May dan Ibno Riza.. Mungkin diaorang belum di tunjukkan hidayah untuk menyokong perjuangan Islam, kita sama-sama doakan semoga di buka pintu hatinya.
Dalam isu Lebuhraya Rakyat, salah seorang artis yang berasal dari Kelantan iaitu Mustapha Kamal menyokong usaha murni kerajaan Kelantan.Walaupun pencacai Umno mengeluarkan pelbagai tohmahan tetapi artis yang berfikiran positif nih sentiasa menyokong pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz.
Artis ini juga menyatakan bahawa impian untuk membuat lebuhraya sendiri tidak pernah terfikir oleh negeri lain. Kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang menerima tekanan hebat dari Umno tapi masih mampu untuk membina lebuh raya tanpa tol dengan sendirinya.
Inilah karamoh kepimpinan seorang ulama. Dengan terbinanya Lebuhraya Rakyat tanpa tol nih, boleh dikatakan Umno telah ditunjukkan jalan keluar dari Kelantan sebelum PRU13..
KUALA LUMPUR, 29 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengutuk cadangan ekonomi Pakatan Rakyat (PR) sebagai janji populis yang direka untuk mendapat kuasa.
Najib (gambar) berkata bahawa cadangan PR untuk memansuhkan skim pinjaman pelajar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bernilai RM45 bilion dan polisi untuk menetapkan gaji minima pada kadar RM4,000 adalah tidak realistik.
"Tidak perlu ahli ekonomi untuk melihat bahawa janji-janji ini adalah tidak realistik (far-fetched)," beliau berkata dalam satu sesi soal jawab di persidangan Invest Malaysia hari ini.
"Mereka (PR) tidak ada niat untuk melaksanakan janji-janji yang telah dibuat supaya mereka diundi," tambah beliau.
Najib berkata bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil pendekatan "populis" dan adalah lebih munasabah semasa merangka polisinya.
"Kami mempunyai visi yang jelas (clarity of vision) dan program yang kredibel serta pelan tindakan (roadmap) untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi," beliau berkata apabila ditanya mengapa beliau patut mendapat mandat yang kukuh dalam pilihan raya yang akan datang.
Beliau berkata bahawa mandat yang kukuh adalah penting supaya agenda transformasi kekal dilaksanakan.
BN dan PR bertentangan pendapat dalam merangka polisi ekonomi, di mana para pembangkang berjanji untuk berusaha untuk menetapkan gaji minima yang lebih tinggi dan lebih banyak subsidi minyak untuk menghadapi kos hidup yang kian meningkat.
Pemansuhan skim pinjaman pelajar ini mungkin akan jadi penarik undian yang kuat untuk pembangkang persekutuan, memandangkan banyak graduan yang baru mendapati mereka dibebankan dengan hutang dan orang dewasa muda yang merupakan kebanyakan pengundi yang baru didaftarkan dan mungkin menjadi faktor penting dalam pilihan raya.
Pentadbiran Najib telah berkata bahawa negara ini tidak mampu menanggung subsidi minyak tambahan dan kos untuk memansuhkan pinjaman pelajar dan konsesi tol yang tidak popular.
Tetapi ia juga dilihatkan telah mengambil langkah populis sendiri seperti menangguhkan initiatif rationalisasi subsidi dan pemindahan wang terus di bawah program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Ia juga telah memperkenalkan polisi gaji minima pada awal bulan ini, dengan RM900 di Penisular Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak walaupun ada kritikan bahawa polisi ini boleh menjadikan pasaran pekerja menjadi lebih tegar.
Sebentar tadi satu sidang media yang bertempat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia mengesahkan kemasukkan beberapa artis tanahair menyertai parti UMNO. Amy dari kumpulan Search, Ibnu Reza, Mus dari kumpulan May serta Jamal Abdillah kini merupakan ahli UMNO bahagian Bukit Bintang Wilayah Persekutuan.
Rasanya politik artis akan menjadi lebih menarik selepas ini. Kita lihat siapa artis akan dicucuk hidung dalam mendapat dan mengekalkan kuasa negara!
Walaupun aku benci lagu dan artis aku bangga dengan mamat ni walaupun pakai rantai jumpa TG Nik Abdul Aziz.... tapi sekarang dengan tiba-tiba aku meluap dan aku rasa ada something yang mamat ni buat yang pasti dia tak akan ke mana... ramai artis jadi rosak semula setelah cuba untuk baik.. walaupun aku tak doa tapi sikap masuk umno itu adalah kerosakkan yang jelas!! itu pendapat aku! engkau boleh canggah!
Lebuh raya berkonsepkan wakaf dibina. Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion akan dapat disiapkan mengikut jadual.
Mursyidul Am PAS itu berkata pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat, lapor Malaysiakini.
"Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, hari ini.
Nik Aziz mengulas kenyataan sesetengah pemimpin politik, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang sangsi dengan kemampuan kerajaan PAS Kelantan membina lebuh raya melibatkan kos besar dan menyifatkannya sebagai gimik politik.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Ladang Sungai terah menyumbangkan RM1 juta untuk pembinaan lebuh raya bagi meringankan kesusahan rakyat Kelantan yang pulang ke kampung pada setiap hari raya dan cuti sekolah
Katanya lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).
"Pembinaannya berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya.
Tok Guru Nik Aziz sendiri menyumbangkan RM5,000 wang peribadinya semalam untuk menjayakan projek ini.
Anak syarikat kerajaan negeri, Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta manakala syarika Ufuk Budiman menyumbang RM100,000 kepada projek ini.
Di majlis itu, Tok Guru Nik Aziz menyeru semua lapisan masyarakat turut derma atas rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama.
"Iapun bertepatan dengan Islam derma yang menggalakkan kita buat jalan selain masjid dan kita akan dapat pahala berpanjangan," katanya.
Sementara itu di Kuala Lumpur , Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada kerajaan PAS Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana berjaya mengusahakan projek pembinaan lebuhraya dari Kuala Krai ke Kota Bharu yang bernilai RM1.8 bilion.
"DPPM percaya pembinaan lebuhraya ini adalah hasil dari kecekalan dan kesungguhan pemimpin PAS berjuang demi rakyat dan bukannya khayalan atau gimik politik seperti tohmahan sesetengah pihak," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Beliau berkata, hanya dengan sikap amanah, adil, jujur dan bersih serta menjauhi rasuah atau penyelewengan kuasa menjadikan kerajaan PAS Kelantan mampu berdikari meskipun tanpa bantuan kerajaan pusat.
Katanya, ia juga menjadi petanda bahawa PAS bersedia memimpin negara ini jika diberikan mandat oleh rakyat kelak.
Apa yang lebih membanggakan lagi, ujar beliau kerajaan Kelantan berjaya menunjukkan contoh Negara Berkebajikan yang dicanangkan PAS selama ini dan juga dalam Buku Jingga seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat iaitu dengan pembinaan lebuhraya tanpa tol, sesuatu yang tidak pernah difikirkan munasabah oleh pemerintahan Umno BN.
Malah, katganya konsep wakaf dan sumbangan daripada orang ramai serta syarikat berteraskan kerajaan (GLC) memberi gambaran bahawa projek ini adalah hasil titik peluh daripada kerajaan dan rakyat negeri itu yang bekerjasama membangunkan negeri tersebut.
DPPM juga, ujarnya merasa kecewa kerana kerajaan pusat gagal memberikan kemudahan lebuhraya kepada rakyat Kelantan seperti yang sepatutnya. Menurutnya, berpuluh tahun rakyat Kelantan dinafikan hak daripada memiliki pelbagai kemudahan sehingga mereka terpaksa memikirkan kaedah lain bagi mengatasi masalah mereka.
BETAPA bangsatnya media pencacai lidah syaitan ini. Semua orang tahu selepas Raja Petra membuat akuan bersumpah bahawa bik mama ada di lokasi sewaktu Altantuya dibunuh, Raja Petra terus lari tinggalkan negara dan beliau menjadi buruan sehinggakan sewaktu anaknya dibicarakan atas tuduhan mencuri di negara ini, Raja Petra tidak berani pulang.
Sehingga kini kita tidak tahu samada Raja Petra ini masih menjadi buruan atau tidak, apatah lagi semenjak kebelakangan ini beliau boleh berkomunikasi bebas melalui lidah syaitan tv3 suku.
Terbaru, beliau mendedahkan kononnya ada seorang bekas pegawai BPR kini dikenali sebagai SPRM mendakwa Azmin Ali telah dilindungi oleh DS Anwar di dalam kes rasuah sewaktu DS Anwar di dalam kabinet. Peliknya, Raja Petra hilang telor untuk mendedahkan siapa bekas Pegawai BPR itu? Selagi beliau tidak sebut nama pegawai berkenaan, kita anggap itu hanyalah imiginasi Raja Petra untuk dia mengampu Najib agar Najib ampunkan beliau bagi membolehkan beliau kembali ke negara in.
Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."
Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.
"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya.Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.
"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.
Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam pasukan polis.
"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.
"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.
Maklum kepada Pak Lah
Menurutnya, beliau sendiri pernah bertemu secara peribadi dengan ahli politik yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap agar mereka menghentikan hubungan itu.
"Saya dah tegur Menteri berkenaan perkara ini. Tugas saya menyampaikan sahaja. Nak berubah awak kena arahkan sayalah dan saya akan buat cara saya (untuk banteras)," katanya.Malah, beliau mendakwa turut memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Perdana Menteri (Abdullah) pun saya beritahu," katanya.
Menurut Musa, beliau tidak mahu peminjam wang tidak berlesen (Along) terus mewujudkan masalah kepada orang ramai sehingga mengakibatkan kanak-kanak takut pulang ke rumah kerana serangan Along.
Menurutnya, orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan peminjam sahaja dalam situasi ini, kerana tindakan perlu diambil terhadap sindiket itu yang mengenakan faedah melebihi 18 peratus setahun.
"Jika mereka bebas mengenakan kadar faedah melebihi 18 peratus, ini bermakna tiada penguatkuasaan," katanya.
"Malah, siapa yang memberikan peminjam wang ini lesen? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ada anggota polis bertugas di kementerian itu tetapi masih ada orang menjadi mangsa hari ini," katanya.
Ketegasan beliau, menurutnya, menimbulkan "reaksi balas" dari mereka yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap terbabit.Menurutnya, individu berkenaan cuba memburukkan namanya dengan menuduhnya mengatur pelantikan pegawai kanan polis dengan "restu" kumpulan kongsi gelap terbabit.
"Saya terima backlash kerana satu saya cuba banteras aktiviti haram dan kerana saya hendak bersihkan (pasukan polis).Kalau saya sertai mereka (kongsi gelap) sayalah IGP terbaik," katanya.
Dalam temubual sama, Musa turut mengiyakan bahawa rangkaian ahli politik-kongsi gelap-polis itu adalah "kuasa ketiga" yang sebelum ini didakwanya membantutkan usaha-usaha reformasi dalam pasukan polis yang cuba dibawa beliau.
"Campur tangan datang dari banyak pihak termasuk ahli politik," katanya.
You are subscribed to email updates from bumiperak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,
Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat
Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.
Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.
Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,
Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda. Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)
Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,
BalasPadamSelepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat
Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.
Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.
Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,
Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)
Terima kasih semua.