Rabu, 30 Mei 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 29 May 2012 03:21 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


SYED ZAINAL ABIDIN LETAK JAWATAN CEO PROTON

Posted: 29 May 2012 06:10 AM PDT

Proton Holdings Bhd hari ini mengesahkan peletakan jawatan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, berkuat kuasa 4 Julai, 2012.

"Syed Zainal telah bersama dengan Proton lebih enam tahun dan kami amat berterima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada syarikat.

"Beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya dan kami menghormati keputusan beliau," kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan susulan pertanyaan media.

Syarikat itu juga mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai.

"Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dalam apa juga bidang yang diceburi di masa depan," kata Proton.

Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat.

HANYA ORANG DUNGU SAHAJA PERCAYA KATA2 NAJIB

Posted: 29 May 2012 05:52 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memastikan had hutang Malaysia tidak melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sebagai strategi pengurusan berhemat dalam mengurus kewangan negara.

Kerajaan juga mengambil langkah mengurangkan defisit fiskal, selari dengan komitmen untuk memastikan pertumbuhan, katanya.

"Tahun lepas, defisit fiskal berada pada kedudukan 4.8 peratus KDNK berbanding 5.0 peratus," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam ucapan dasar pada persidangan "Invest Malaysia 2012" di sini hari ini.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 29 May 2012 03:20 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


MASALAH U-TURN , YB ISKANDAR BOLEH SELESAIKAN !

Posted: 28 May 2012 06:57 PM PDT

Komen : Maaf buka U-Turn Zamuri tapi ini U-TURN laluan kenderaan buka U-TURN ahli politik.

KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD : LAWATAN TAPAK UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH U-TURN DI JALAN PANDAN INDAH DI HADAPAN KEDAI KERETA TERPAKAI KEONG HENG.
Saya telah mendapat banyak aduan dari orang ramai bahawa mereka yang menggunakan MRR2 dari Cheras/Sg Besi dan keluar ke Taman Shamelin Perkasa dan Taman Cheras Indah tidak dapat membelok kanan ke Pandan Indah.

Mereka terpaksa membuat U-turn di simpang Jalan Pandan Indah dan Jalan Indah. Iaitu di hadapan kedai kereta terpakai Keong Heng.

U-turn ini telah menimbulkan masalah kepada laluan trafik dan membahayakan.

Oleh itu saya akan melakukan lawatan tapak ketika "peak hour" untuk mengenalpasti masalah dan mencadangkan penyelesaian.

Tarikh dan masa lawatan adalah seperti berikut.

Tarikh - 29 Mei 2012 (Selasa)
Masa - 4.00 petang
Tempat berkumpul - Di hadapan kedai kereta terpakai Keong Heng.

Para wartawan dan jurufoto dijemput hadir untuk membuat liputan.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Tuan Haji Suhaimi di 0197598622

Sekian. Terima kasih.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor /
Ahli Dewan Negeri Chempaka
28 Mei 2012

SEBELUM PUTRAJAYA DITUKAQ, KITA BERHIMPUN DI ALOR SETAQ !

Posted: 28 May 2012 04:19 PM PDT


PAS KOTA TINGGI

Posted: 29 May 2012 01:41 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Kenyataan Media Presiden PAS : Mengapa PAS bersama Bersih 1, 2 dan 3

Posted: 28 May 2012 04:43 PM PDT

Memilih pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan. Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (Allah S.W.T)

Rasulullah S.A.W bersabda : "Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik ". Ucapan ini adalah menafsirkan perintah Allah yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya.

Ucapan  Abu Bakar R.A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah S.A.W : "Wahai tuan-tuan ! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat ......". Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya.

Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis. Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain  diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat. Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab. Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihanraya yang adil.

Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihanraya. Mereka benar-benar  memahami hak  mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, samada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihanraya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika menegakkan negara contoh di Madinah.

Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk PAS, yang ditubuhkan  daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan  politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai.  Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihanraya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung.

Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat, kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah.

Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Water Gate. Di England  pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing. Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem dictatorship terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihanraya yang adil.

Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. Surahanjaya Pilihanraya yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar. Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa. Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah  menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat. Daftar pengundi yang tidak masuk akal, seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan  penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil. Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihanraya umum.

Semua yang berlaku adalah kemunkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.

PAS wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah S.A.W mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati. Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati.

Rasulullah S.A.W mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Makkah selepas Islamnya Hamzah dan Umar R.A bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim  secara terbuka dan aman tanpa senjata.

Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabatnya, menyebut  peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul: "Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul  (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya ".


Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei  seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu  di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain.

Bersih adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihanraya yang mengotorkan amalan Demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihanraya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain.

PAS berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. UMNO sendiri telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah  besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan, seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia. Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.

Akhirnya PAS wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah S.A.W: "Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh Allah".  Sabdanya lagi: " Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal ".


PAS tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemunkaran nyata yang wajib ditegah, PAS tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri.

Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman, seperti melarang berhimpun di padang dataran merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri. Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar. Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya.  Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan Allah walaupun daripada seorang yang bukan Islam.

Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama UMNO yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:
وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ ( 38
Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38)

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Batu Gajah Mari

Posted: 29 May 2012 11:28 AM PDT

Batu Gajah Mari


Berapa kali Jamal Abdillah nak masuk Umno? HAHAHA

Posted: 29 May 2012 05:34 AM PDT

Hahaha... Ni la artis yang akan menggambarkan wajah sebenar Umno.. Sume artis yang tengah syok melalaikan Umat Islam.. Rambut karat ada.. Bekas penagih ada.. mcm...

Jom kita dengar ceramah artis yang udah berubah dan menyokong Pakatan Rakyat.. jangan ikut perangai artis yang nyokong umno.. ikiki

Dupahang's Weblog

Posted: 29 May 2012 11:25 AM PDT

Dupahang's Weblog


Restoran ‘penari punggung’ Umno kena lelong

Posted: 29 May 2012 09:30 AM PDT

Ketua penghala buntut di depan rumah Dato' S Ambiga rupa-rupanya menghadapi masalah kewangan yang teruk atau hutang bertambun sehingga terpaksa dilelong restorannya. Dato' (beli) Jamal iaitu pemilik Sekinchan Ikan Bakar, telah kehilangan restorannya di Segambut itu kerana akan dilelong pada hari lusa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Telah heboh di laman facebook ada pihak menggesa [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 29 May 2012 11:24 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Mat Zan Sepatutnya Dapat Imbuhan – Abdullah Ali

Posted: 28 May 2012 11:54 AM PDT


KEMAMAN – Bekas Ketua Jurulatih pasukan bola sepak negeri Terengganu tidak sepatutnya ditamatkan perkhidmatannya berdasarkan perjanjian dengan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu  (PBSNT) yang hanya akan berakhir pada bulan November.

Bekas pemain bola sepak Negara Haji Abdullah Ali berpendapat, Mat Zan Mat Aris sepatutnya menerima imbuhan kerana ditamatkan khidmatnya lebih awal.

"Sepatutnya Persatuan Bola Sepak Negeri Terenganu (PBSNT) tidak boleh buat begitu, (Mat Zan) kena (berkhidmat) sampai habis kontrak, habis musim lah,



"sepatutnya (kalau) ada dalam kontrak, (Mat Zan ditamatkan lebih awal) dia (PBSNT) kena bayar banyak tu,"ujarnya ketika diminta mengulas isu bola sepak tanah air masakini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Jalan-jalan di Pasar Chukai pada Sabtu 25 Mei.

Menurutnya, beliau tidak pasti kandungan dalam kontrak yang ditandatangani diantara PBSNT dengan Mat Zan Mat Aris.

Namun begitu, katanya, pada kebiasaan kontrak, klausa penamatan perkhidmatan seseorang jurulatih itu memasukkan pembayaran imbuhan yang lebih, sekiranya penamatan awal berlaku.

Beliau bersetuju, isu sebenarnya yang melanda pasukan bola sepak negeri Terengganu adalah masalah pengurusan PBSNT yang diterajui oleh bekas speaker DUN Terengganu, Che Mat Jusoh.

Menurutnya, Mat Zan Mat Aris seolah-olah menjadi 'kambing hitam' ekoran kekalahan yang dialami oleh pasukan 'Penyu' itu.

Abdullah Ali yang pernah duduk dalam Jawatakuasa Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berpendapat pengurusan sukan khususnya bola sepak negara tidak wajar dicampuradukkan dengan urusan politik.

Oleh sebab itu, katanya, orang yang ada hubungan yang baik dengan Menteri Besar Terengganu masih kekal dalam pengurusan bola sepak Terengganu, walaupun menerima banyak rungutan dari peminat bola sepak.

Jalan-jalan Pasar Chukai Bersama Lagenda Bolasepak Abdullah Ali

Posted: 27 May 2012 11:49 AM PDT



















Pemuda Guchil

Posted: 29 May 2012 09:55 AM PDT

Pemuda Guchil


Mengapa PAS bersama Bersih 1, 2 dan 3

Posted: 29 May 2012 08:53 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 29 May 2012 09:37 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kerajaan mesti bertanggungjawab, bayar pampasan – Ibu mangsa rempuhan

Posted: 28 May 2012 08:06 PM PDT


PUTRAJAYA 28 Mei 2012 : Tujuh sekawan yang mahu menyaksikan acara lumba kereta semasa Himpunan Sejuta Belia yang berlangsung 23 hingga 27 Mei lalu meninggalkan sejarah hitam kepada Fairuz Jalaludin, 27, yang mengalami kecederaan kritikal di bahagian organ dalamannya.

Fairuz antara tiga mangsa lain yang masih kritikal sementara dua lagi rakannya, Muhamad Iskandar Rasiq Shaari, 20, mengalami masalah di bahagian usus dan Ami Nakim, 27, patah kedua-dua kaki dan tangan. Kesemua mangsa dirawat di Hospital Putrajaya.

Fairuz yang bakal melangsungkan perkahwinan Februari tahun depan terpaksa melakukan pembedahan membuang limpa ekoran rempuhan kuat kereta sehingga mengakibatkan limpanya hancur.

Menurut ibunya, Hamidah Zainal Abidin, 51, beliau yang hanya mengetahui lebih kurang jam 1.00 pagi Ahad lalu selepas diberitahu sendiri oleh tunang Fairuz terus bergegas ke hospital.

"Apabila dapat panggilan, mak cik tak boleh gambarkan perasaan risau, bimbang dan takut.

"Mak cik langsung tak boleh tengok gambar dia, sedih sangat. Pak cik pulak tak boleh langsung tengok orang kemalangan," katanya ketika ditemui di hospital hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan N Surendran menziarah Fairuz di bilik rawatan.

Bagaikan mimpi ngeri melihat keadaan Fairuz terlalu kritikal kerana terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), membuatkan Hamidah yang bekerja sebagai guru tadika terlalu sebak memikirkan masa depan anaknya.

"Mak cik daripada malam itu terus berjaga, tak boleh tidur, makan pun tak ada selera, risau sangat. Kaki belah kirinya juga terkoyak, tapi dah dijahit.

"Semua limpa dia kena buang sebab doktor beritahu limpa dia hancur. Akibat itu, pertahanan badannya tidak kuat. Dia juga terpaksa bergantung kepada antibiotik selama tiga tahun," katanya sebak.

Tegas Hamidah, beliau mahu kerajaan dan penganjur bertanggungjawab serta membayar pampasan.

"Mak cik nak penganjur tanggung segala kos dan kerajaan bayar pampasan kepada anak mak cik. Kerajaan mesti bertanggungjawab sebab mereka yang anjur.

"Semalam, Menteri (Datuk Seri Shabery Cheek) hanya datang melawat, beliau tidak beri jaminan apa-apa pun. Hanya tanya keadaan Fairuz sahaja," kata ibu anak empat itu.

Dalam pada itu, beliau turut kecewa dengan tindakan penganjur yang tidak habis-habis menyalahkan anaknya yang didakwa tidak mengikut arahan.

"Dia (kerajaan) salahkan budak-budak ni, tapi bagi mak cik, pihak penganjur kena bertanggungjawab dari segi keselamatan.

"Penganjur ada datang hari Sabtu dan Ahad, tapi mereka salahkan anak mak cik yang tidak ikut arahan, tapi bila mak cik tanya kawan-kawan dia, mereka cakap penganjur tak bagi apa-apa arahan pun," kata Hamidah lagi.

Himpunan Belia saji hiburan melampau, ketepi kerohanian

Posted: 28 May 2012 08:05 PM PDT


KUALA LUMPUR 28 Mei 2012 : Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) kesal dan kecewa kerana Himpunan Belia 'menyajikan' lebih banyak hiburan berbanding program keilmuan dan kerohanian.

Presiden Gamis, Akram Ikrami Taib Azamudden berkata, program hiburan melampau bukan sekadar menghilangkan nilai-nilai ketimuran, malah mencalarkan imej Islam yang sudah lama terpahat di Malaysia.

"Belia wajar digilap dari sudut keilmuan dan kerohanian supaya perkembangan belia seimbang.

"Projek membangunkan belia perlu melalui kebajikan seperti pendidikan percuma, prasarana sukan dan kebudayaan yang lengkap bagi di kawasan pedalaman.

"Institusi belia yang efektif juga perlu diwujudkan bagi mengurangkan pengangguran dan membantu ekonomi belia," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Akram, dalam keghairahan kerajaan membangunkan belia, mereka terlupa perkara asas yang menjadi tonggak iaitu kerohanian.

Akram berkata, kerajaan terpesong dari matlamat asal untuk membangunkan konsep wasatiyyah.

"Wasatiyyah bukannya bermaksud mengambil separuh yang baik lalu dicampur dengan separuh yang buruk.

"Kesilapan memahami konsep ini mencemarkan pandangan masyarakat terhadap Islam, apatah lagi menggunakan Islam untuk mencantikkan yang buruk," katanya.

Himpunan Belia di Putrajaya hujung minggu lalu menyaksikan pelbagai acara hiburan disajikan kepada pengunjung.

Kemuncak himpunan dicemari kemalangan melibatkan acara perlumbaan kereta apabila seorang pelumba hilang kawalan ke atas kenderaan yang dipandunya.

Empat lelaki berusia antara 18 hingga 30 tahun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Seorang daripadanya patah tulang paha, dua lagi mengalami pendarahan dalaman manakala seorang lagi patah tangan dan kaki.

Dato Seri Anwar di N.Sembilan 1 Jun 2012

Posted: 28 May 2012 08:04 PM PDT

Program Dato Seri Anwar Ibrahim di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 1 Jun 2012

CERAMAH UMUM
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Pejabat PKR, Taman Desa Puteri, Bahau (DUN Jeram Padang)

CERAMAH PERDANA
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Al-Falah, Taman Desa Rhu, Sikamat Seremban

Jasindaily Online

Posted: 29 May 2012 09:15 AM PDT

Jasindaily Online


Pakai Baju Hijau 1 Jun Ini Di Stadium Darul Aman

Posted: 28 May 2012 07:45 PM PDT

Semua ahli, pemimpin serta penyokong PAS diseru mengenakan pakaian hijau pada program Ijtimak Pilihanraya parti itu di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah 1 Jun ini. Menurut Pengarah Program Datuk Mahfuz Omar, pakaian hijau itu sempena tema himpunan tersebut iaitu 'Himpunan Hijau ke Putrajaya'. "Hijau itu lambang korporat PAS bukan bermakna kita bersendirian mahu ke Putrajaya, tetapi kita mahu PAS menjadi pendukung utama menggerakkan usaha Pakatan Rakyat menuju Putrajaya," katanya dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

 Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, himpunan tersebut adalah sebagai menggantikan Muktamar PAS yang ditangguhkan untuk persiapan menghadapi pilihan raya. "Oleh kerana laporan kaji cuaca yang menujukkan pilihan raya tidak menentu tarikhnya, jadi kita bimbang berlaku pembubaran, kita tangguh muktamar dan gantikan dengan Himpunan Hijau," katanya lagi. Menurutnya lagi, himpunan tersebut adalah bagi menggerakkan ahli, pimpinan, pendukung serta jentera PAS di semua peringkat bagi membuat persiapan terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Mereka mensasarkan 100,000 menyertai himpunan itu nanti yang dibahagikan kepada tiga peringkat bermula pagi hingga ke malam. Sesi pagi akan dimulakan dengan satu taklimat tertutup kepimpinan tertinggi parti seluruh negara dan ahli yang berhormat bersama Presiden di Kompleks PAS negeri di Kota Sarang Semut.

 Sesi kedua akan bemula selepas solat Jumaat di di Stadium Darul Aman menghimpunkan anak seluruh anak muda dalam program yang dipanggil 'Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya'. Program tersebut akan dimulakan dengan kuliah oleh pendakwah popular Ustaz Azhar Idrus. Selain kuliah, program akan turut di isi dengan persembahan sketsa oleh anak muda dan persembahan lain sehingga jam 6.45 petang. Sesi malam pula akan bermula dengan solat Maghrib secara berjamaah juga di stadium dan munajat perdana yang akan dipimpin oleh Tuan Guru Salleh Musa dari Pondok Sik sehingga Isyak. Mengambil tempat selepas itu adalah program kemuncak iaitu ucapan dan amanat pimpinan utama PAS termasuk Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan selaku tuan rumah, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 Turut akan berucap malam itu adalah wakil bekas penjawat awam, wakil bekas tentera, wakil artis serta wakil selebriti tv yang kesemuanya telah menyertai PAS. Program malam tersebut juga turut menampilkan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang akan mendeklamasikan puisi khas beliau. Sebelum ucapan pemimpin utama juga, semua pemimpin PAS akan berada di pentas bagi melafazkan ikrar komitmen bersama memenangkan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya yang akan diketuai bacaannya oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.~HRKH

Logo Pakatan Rakyat : Rakyat Tahu Nak Pilih Siapa

Posted: 28 May 2012 04:41 PM PDT

Anis Nazri

Selagi lapan perkara yang dituntut Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak dilaksanakan SPR, selagi itu isu dibangkitkan suruhanjaya itu tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat. Khususnya, perkara berkaitan larangan menggunakan logo sendiri membabitkan Pakatan Rakyat pada PRU ke-13, ia merupakan satu diskriminasi yang sengaja dilakukan. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak melarang atau menurunkan mana-mana bendera parti di kalangan Pakatan Rakyat, beliau yakin rakyat tahu menilai dan memilih parti pilihan mereka. 

 "Kita tiada masalah. Jika tiada logo PKR dan DAP di tempat calon PAS bertanding, kita yakin rakyat bijak memilih. Begitu juga di tempat-tempat DAP dan PKR bertanding," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar, yang menyatakan Pakatan Rakyat tidak akan dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri pada PRU ke-13 kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pendaftaran gabungan tersebut. 


Tambah Salahuddin, isu yang lebih penting dibangkitkan SPR ialah isu membabitkan tuntutan Bersih, yang juga merupakan tuntutan bersama Pakatan Rakyat yang sehingga ini tidak diendahkan badan itu. Mengulas status pendaftaran Pakatan Rakyat, Salahuddin melahirkan kekesalan kerana sehingga kini tidak mendapat sebarang jawapan daripada ROS. "Sudah hampir dua tahun permohonan itu dibuat, sehingga kini tiada sebarang jawapan. Saya tidak tahu mengapa, tetapi ia tidak menjejaskan jentera kita bagi menghadapi pilihan raya," tegas Salahuddin lagi.~HRKH

Sah ! Presiden MCA Kurang Cerdik

Posted: 28 May 2012 04:38 PM PDT

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng tidak boleh menjadi perdana menteri walaupun selepas berkhatan dan memeluk Islam. "Kita mahu tanya Lim adakah dia mahu potong (berkhatan). Tapi walaupun dia potong, dia tidak akan diterima (sebagai perdana menteri) kerana dia tidak akan menjadi seorang Islam sebenar," kata Chua seperti dipetik beberapa akhbar berbahasa Cina hari ini. Chua berkata demikian dalam satu ucapan di Kuala Lumpur semalam selepas mengadakan pertemuan dengan persatuan Cina tempatan. Beliau mengulas kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh yang mahu terus berjuang untuk membolehkan seorang bukan Melayu dilantik menjadi perdana menteri.


 "Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri,'' kata Karpal seperti dipetik Utusan Malaysia pada Khamis lalu. Sejak itu akhbar milik Umno itu giat melaporkan reaksi daripada pelbagai kumpulan serta individu yang mengkritik Karpal dan DAP. Bagaimanapun, penasihat DAP Lim Kit Siang mendakwa Utusan salah memetik kenyataan Karpal. Beliau menjelaskan bahawa Karpal hanya merujuk kepada perlembagaan persekutuan yang memperuntukkan bahawa pejabat perdana menteri terbuka kepada semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama atau kawasan. Lim juga berkata beliau menerima realiti politik bahawa sepanjang hayatnya ini, perdana menteri tetap merupakan seorang Melayu. Turut memberi komen dalam isu tersebut ialah mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkata sesiapa saja layak memegang jawatan PM, selagi individu terseut merupakan seorang Muslim.

Orang UMNO Memang Suka Bikin Kecoh

Posted: 28 May 2012 04:36 PM PDT

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Umno belajar menghormati hak berpolitik dan demokrasi yang dibenarkan di negara ini dengan berhenti melakukan provokasi dan keganasan. Berucap di hadapan kira-kira 5,000 orang di perkarangan pejabat PAS Maran di sini malam tadi, Ketua Pembangkang di parlimen itu berkata, kini wujud senario baru di mana pihak Umno atau sekutunya cuba menimbulkan ketegangan dalam setiap program Pakatan Rakyat (PR). Katanya, kini seperti satu trend Umno sengaja mahu menimbulkan suasana kecoh sedangkan PR hanya menggunakan pentas ceramah bagi menjelaskan fitnah yang sudah ditabur melalui media rasmi kerajaan.

 "Hormatilah budaya berpolitik dan prinsip berdemokrasi. Cuba fikir, kita sudah dihentam tiap-tiap malam dalam media yang dikawal kerajaan Umno, kita dibina dan dan dimaki hamun setiap hari, kenapa kita mahu memberi penjelasan di pentas seperti ini juga mahu diganggu? Kita minta Umno hormatilah adab berpolitik," katanya. Kurang 20 meter berhampiran ceramah tersebut, Umno turut mengadakan pesta karaoke Cina dengan menguatkan bunyi pembesar suara bagi tujuan mengganggu ceramah tersebut sehingga ke akhir. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kejadian buruk berlaku hasil kawalan ketat dan berdisiplin petugas-petugas Unit Amal. 

 Anwar turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengajar dan mengawal Umno dan sekutu-sekutunya menghormati undang-undang. "Seorang pemimpin mesti memelihara undang-undang. Bayangkan dalam ceramah-ceramah kami akhir-akhir ini kami diganggu termasuk dibaling telur dan botol, beberapa minggu lalu kereta saya dirosakkan. "Datuk Ambiga seorang warganegara profesional boleh diganggu sesuka hati oleh penyokong Umno dan dibiarkan saja tanpa sebarang tindakan. Sebab itu jika Najib tak mampu lagi memelihara undang-undang dan keamanan baiklah turun daripada jawatan kerana gagal memimpin," tegasnya. Mengenai pilihan raya umum (PRU) akan datang, Anwar menjelaskan rakyat perlu melihat kehidupan pemimpin-pemimpin Pakatan jika mahu membuat keputusan untuk mengundi parti mana untuk memerintah. 

 Beliau berkata, dapat dilihat contohnya bagaimana Tuan Guru Nik Aziz yang sudah 22 rahun menjadi Menteri Besar Kelantan tetapi beliau tidak mengambil kesempatan mengumpul kekayaan berbanding pemimpin Umno yang lain. Sementara itu Anwar berkata, PR memberi komitmen jika menang sahaja PRU, dalam masa 24 jam akan umum turunkan harga minyak kerana itulah punca meningkatnya harga barang dan kos perkhidmatan. "Langkah seterusnya kita akan bincang dengan syarikat-syarikat IPP (pembekal jana kuasa swasta) supaya boleh turunkan harga kadar elektrik. Kita juga bertekad meletakkan gaji minimum RM1,100 sesuai dengan kos kehudupan semasa. 

 "Kita juga tegas menghapuskan hutang PTPTN kerana hasil minyak yang banyak sehingga RM80 bilion setahun. Itu belum termasuk keuntungan hasil sawit, getah balak dan lain-lain. Kita tengok Turki yg tiada hasil minyak boleh memberikan pendidikan percuma," ujarnya. Anwar menambah, beliau hairan bagaimana PM boleh mengatakan jika diberi pendidikan percuma negara boleh bankrap sedangkan ia cuma memerlukan RM5 bilion saja setahun. Anwar dalam rangka lawatan sehari ke Parlimen Maran. Turt berceramah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaafar, Adun Tras Choong Siew Onn dan Yang Dipertua PAS Maran Tuan Guru Baqi Othman.

Tuanku Sultan Johor Pemilik No Plat WWW1

Posted: 28 May 2012 04:35 PM PDT

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menyenaraikan pemilik nombor pendaftaran kenderaan yang paling mahal dalam sejarah Malaysia adalah Sultan Johor. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah membelanjakan RM520,000 untuk mendapatkan nombor plat 'WWW1'. Disiarkan di laman web rasmi JPJ pagi ini adalah senarai pembida yang berjaya untuk plat premium, antara mereka ialah Yang di Pertuan Agong bagi nombor pendaftaran 'WWW5' pada harga RM220,000. Harga tawaran untuk 'WWW1' memecahkan rekod 'MCA 1' yang dijual pada tahun 2010 dengan harga RM300,100. Sultan Johor dikenali sebagai seorang peminat kenderaan mewah yang memiliki koleksi kereta antik dan model terbaru. Putera mahkota Johor Tunku Ismail Idris juga mengesahkan bida tersebut dalam posting Twitternya.~Malaysiakini

FGV bakal lenyapkan 105,382 ekar Tanah Rezab Melayu

Posted: 28 May 2012 04:32 PM PDT

Apabila Felda Global Venture (FGV) disenaraikan, sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu bakal tergadai kerana selepas itu sesiapa sahaja berhak untuk membelinya. Ini kerana, perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian. Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa.

 Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal, kata Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR. "PKR boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini. Semakan mereka menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara. "Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu," katanya.

 Bagi Rafizi, kedudukan FGV selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan. (Perjanjian antara Felda dengan Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis) "Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis," tegas beliau.

 Oleh yang demikian, katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGV yang disenaraikan di pasaran saham? "Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?" soalnya. PKR juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini. "Kami menunggu maklumbalas Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini," katanya.

Program Gempur Masjid Tanah

Posted: 28 May 2012 04:27 PM PDT



PENCERAMAH:
- YB. FAUZIAH SALLEH
- KHAIRUL ANUAR ZAINUDDIN (TIMB. KET. AMK PUSAT)
- UST. JULASAPIYAH KASSIM (NAIB YDP PAS KAWASAN)
- HALIM BACHIK (KET. CABANG PKR MASJID TANAH)


N45 Dr Halimah Ali

Posted: 29 May 2012 09:04 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG serahkan 4 kerusi roda ke rumah pesakit kronik

Posted: 29 May 2012 07:13 AM PDT

 29..5.12
SELAT KLANG

3 orang pesakit strok dan seorang pesakit arthritis  disinari sedikit kelegaan atas penderitaan berpanjangan mereka apabila mendapat perhatian dan sentuhan peribadi ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali.
Lebih lebih lagi apabila mereka dihadiahkan dengan sebuah kerusi roda untuk membantu meningkatkan mobilisasi mereka.

Mak Cik Meah yang terkena arthritis yang teruk dan disyorkan pembedahan telah berseloroh dengan adiknya:' Kalau aku dapat kerusi roda aku akan naik kerusi roda tu sampai kerumah kamu'. Bayangkan betapa riangnya beliau apabila benar-benar mendapat kerusi roda itu.
Seorang mak cik daripada Kpg Sg Sireh pula yang telah 2x strok dan tidak boleh bercakap apabila diangkat dan dinaikkan atas kerusi roda lalu ditolak ke depan rumah oleh YB Dr Hjh Halimah yang terus mengusiknya, tersengih-sengih senyum dan memandang ADUN Selat Klang ini daripada atas ke bawah seolah-olah mahu mengecam siapalah orang ni..


 Hj Mt Hasan pula warga emas yang strok sebelah kanan. Namun apabila beliau diangkat naik ke atas kerusi roda beliau angkat tangan kirinya tinggi ke atas dan banyak bercerita kisah silamnya. Mereka ini juga adalah diantara warga emas yang mendaftar dalam SKIM MESRA USIA EMAS kerajaan Selangor yang telah mendapat manfaat program JOM SHOPPING yang sudah tentu banyak melegakan dan menyuntik semangat mereka agar terus menjaga kesihatan.


Bravo Xin Ci.....Please help us to prevent more victims...join GeMS mission

Posted: 29 May 2012 05:24 AM PDT

How I escaped an attempted kidnapping — Chin Xin-Ci

May 29, 2012
MAY 29 — As I sit here writing this, I am just so grateful to be alive.
To think that 64 hours ago I had a knife to my throat, face to face with the threat of being kidnapped and raped.
It was a Sunday, at 5.22PM. I was alone, walking towards my boyfriend's car in level B2 of The Curve, Mutiara Damansara. He was not in town, and I was running errands with his car. Just as I was putting my shopping bags in the rear seat, the rear car door was slammed against my back, and a meat cleaver was pressed against my throat. A man covered my mouth with his hand, and whispered not to scream. He then shoved me onto the floor of the backseat of the car and waved the cleaver at me, reminding me not to scream. He was skinny, wore a baggy turquoise blue T-shirt, had a thick moustache and short curly hair, was approximately 5'8", in his mid-30s, and of Indian descent.
At this moment, a second man appeared. He was also in his mid-30s. He was wearing a red T-shirt, had a crew-cut, and was of Malay descent. He grabbed my car keys and demanded I hand over my parking ticket. I couldn't remember where it was. They shoved me deeper into the car, and the Indian man got into the back seat with me, while the Malay man got into the driver's seat, driving us out of the car park.
I told them they could take everything, just let me go. But at that point they didn't even ask for money. Instead, the Indian man started to make sexual advances. Then it hit me. "Oh my God. Oh my God. This is really happening. I'm being kidnapped… and I think I know what they want."
From this moment on, there were a few crucial things that happened that I think are the reasons I'm alive today.
1. I managed to get into a position to escape
When they got into the car, the Indian man had tried to force my body down onto the floor. I knew that the moment I'm on the floor, there would be no chance of escape. So I begged him to let me sit up. I promised him I wouldn't scream or alert anyone's attention. Thankfully, he trusted me, and let me sit up, gripping my arm tightly. Then I told him my arm really hurt and to please not grip it so hard. He loosened his grip.
2. I did not fight for the sake of fighting
I was in an enclosed space, with no clear escape route. I would never win in a fight with these two guys, especially when they had sharp weapons. Had I fought from the get go, I may not have been in a position to escape. I might've even been knocked out cold, and God only knows where I would be right now.
3. I was lucky and sneaky
I knew that the only way to escape was to jump out of the car, even if it was moving. They had locked the car doors. So I leaned back, pretended to scratch my hair, and shakily unlocked the door I was leaning against. I'm so lucky they did not see or hear this!
4. I went 'crazy' at the right time
And then I waited. I knew that the car would have to slow down outside the parking lot, as it exits to merge with the main roads. The moment it slowed down, I opened the car door and tried to make a run for it. I failed. I kicked my legs out of the car, but the Indian man had managed to pull my body back in. From this moment on, everything is a blur. I remember the Malay driver temporarily stopping the car, leaning over from the driver's seat and attempting to close the door and pull my legs in. At that point I remember thinking, "Even if I don't get out now, I need to keep the door open and my legs out the door. At the very least, it should cause a scene, and someone would see me. Or, the door might hit another car and they'll be forced to slow down." So I continued kicking. My right foot pushed against the wide-open car door to keep it open. I recall elbowing, struggling, kicking, and even biting. I lost my glasses, and was struggling blindly for my life. At some point the Malay driver yelled, "BAGI DIA LEPAS! BAGI DIA LEPAS!" (Let her go! Let her go!) and the Indian man loosened his grip. I made a jump out of the still-moving car, and ran for my life.
5. I acted despite the fear
My friends said I was brave. But I didn't feel like it. I was quivering and shaking in fear. I was so afraid. I thought I was going to die. I was weak with fear and deathly afraid. I truly thought "this was it". But I knew I HAD to move. I had to run. Or there would be an even worse fate in store for me. While I was quaking in fear, I forced myself to look around and see if there was any way I could escape, or even catch someone's eye.
6. I remembered the people whom I love
The only thing that matters when you're faced with potentially horrendous fate is the people in your life. When I felt the knife to my neck, the first thing I thought was, "This cannot be happening. I must be dreaming." The second? The people who truly matter to me flashed across my mind. It sounds cliche, but it's true. I thought of my parents. My brother. Khailee. Esther. More people. That's all I could think of for a few moments, before I thought, "Shit. I need to get out of here."
I ran towards the Maybank outlet at the Curve. There were plenty of people milling around. I screamed for help over and over again. I was hysterical. I grabbed an older Malay man by his shoulders and begged for help before practically collapsing at his feet.
I will always remember the relief and liberation I felt, running over Mutiara Damansara's manicured grass and into the crowd.
Today, I found out that the entire ordeal from the moment I left the parking ticket payment machine, to my escape, happened in about four minutes. To me, it felt like one long nightmare.
We never think it's going to happen to us... and then it does. I used to think that this is something that happens only in the papers and to people far, far removed from me. But then it did happen to me. I moved to PJ/KL six years ago, and I've spent countless mornings, afternoons and nights at The Curve. When my friends and I were organising Rock Up! back in 2008, we were walking around the place at 4AM even. It's been six years, and never once did I feel that I was unsafe at The Curve. Until yesterday.
I feel like moving out of the country ASAP. Getting the hell out of this state where you hear of a kidnapping or attempted one every month (remember Nayati?), or a snatch theft every week. And yet I'm fully aware of the fact that in another country with more lax firearm laws, they would've been holding a gun to my head, not a cleaver. And that would've been far worse.
I'm Blessed. By God's grace, I am alive and relatively well. And I will live another day to build another cat iPhone app. It just was not my time to go. And for that, I thank God.
I want to share this story with everyone because cops tell me that they rarely get to hear it from someone who escapes.
Girls, be so very careful. Be vigilant, and please try not to go anywhere alone. If you need to walk to the car park, and you're alone, get a guard to go with you. I was recently told that it's part of their job description to assist anyone if needed.
Guys, watch out for your girlfriends, wives, mothers, sisters and friends. Walk with them, don't take their paranoia or fear lightly. Watch out for them.
And everyone, just watch out for each other. Take care of each other. These things really DO happen. As I ran out of the car, so many people came to help me. Strangers who didn't know who I was, came forward and offered me tissue paper, water, cellphones, and general comfort.
Malaysians, please care for one another. You already do. Just keep on caring. Keep watching out for each other. Don't worry about being thought of as "a busybody" or "overreacting". The world can be a cruel place, but all it takes is for people to care for one another to make all the difference.
* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

mtdchenderoh

Posted: 29 May 2012 07:37 AM PDT

mtdchenderoh


HIMPUNAN HIJAU

Posted: 28 May 2012 10:39 AM PDT

SAMBUTAN LUAR JANGKAAN HI TEA BERSAMA YB TIAN CHUA DI SAUK

Posted: 28 May 2012 10:33 AM PDT


Sauk, 26 Mei: Di tengah- tengah kesibukan Pasar Malam Pekan Sauk pada hari itu, Restauran Baru Lau Kai menjadi tumpuan umum apabila masyarakat cina memenuhi ruang restauran tersebut untuk menikmati minum petang bersama pimpinan Pakatan Rakyat.

Pimpinan tempatan pakatan rakyat diwakili oleh Dr. Azalan Radzi (PAS) serta Dr. Meor (PKR).Tetamu khas pada petang itu iaitu YB Tian Chua (Naib Presiden PKR) telah menarik kehadiran kaum tionghua untuk mendengar ucapan serta kupasan isu- isu terkini politik negara. Sambutan di luar jangkaan masyarakat cina pada petang itu tidak pernah berlaku pada musim pilihan raya sebelum ini.

Sebelum ini kaum tionghua lebih selesa bersikap mendiamkan diri terhadap sokongan kepada parti pembangkang, namun suasana masa kini jauh berubah.

Mereka sendiri yang menguruskan program tersebut dari awal hingga akhirnya. Mereka mengeluarkan wang sendiri tanpa sponsor dari pihak penganjur tidak seperti mana program BN yang disediakan secara percuma.

Komitmen yang ditunjukkan ini jelas membuktikan betapa tingginya azam kaum tionghua untuk membuat perubahan politik pada PRU ke- 13 nanti.

Momentum kebangkitan rakyat di DUN Chenderoh diteruskan pada malam tersebut dengan ceramah umum di Dataran Pakatan Rakyat Pekan Sauk oleh YB Tian Chua sendiri sebagai penceramah utama.

PAS SUMBANG JERSEY BOLA SEPAK KEPADA TEAM BELIA

Posted: 28 May 2012 09:16 AM PDT


Kampung Seterus, 25 Mei: Dikala Pas ditohmah oleh UMNO/ BN dengan pelbagai cara oleh media pro BN, masyarakat ternyata semakin matang untuk menilai pemimpin yang benar- benar berjuang untuk kesejahteraan rakyat. UMNO terbukti salah menilai pemikiran politik masyarakat Malaysia kini yang tidak lagi akan menelan bulat- bulat apa sahaja propaganda yang dimainkan oleh media arus perdana.

Sambutan masyarakat di DUN Chenderoh terhadap Pas semakin menyerlah apabila Pas tidak lagi dilihat sebagai sebuah parti politik malah sudah menjadi pilihan utama kepada masyarakat untuk mengadu dan menyelesaikan masalah masyarakat.

Baru- baru ini bertempat di Dewan Orang Ramai, Kg. Seterus, Sauk Pas telah berjaya menyempurnakan permintaan belia- belia tempatan yang memohon sumbangan "Jersey Bola Sepak" untuk pembangunan sukan di peringkat kampung.

Pada malam berkenaan Dr. Azalan Radzi (Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Padang Rengas) telah menyampaikan jesey berkenaan kepada wakil- wakil pasukan untuk 3 buah kampung iaitu Kampung Sauk, Seterus dan Kati.

Dr. Azalan berharap dengan sedikit sumbangan yang mampu diberikan, diharapkan belia- belia  DUN Chenderoh dapat  menarik minat anak- anak muda yang lain untuk bergiat dalam bidang sukan khususnya bola sepak dengan lebih serius hingga mampu mencapai profesional.

Di akhir sesi majlis berkenaan anak- anak muda termasuk penduduk kampung mengambil peluang bergambar dengan Dr. Azalan yang turut dihadiri oleh jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 29 May 2012 07:03 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 29 May 2012 03:43 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Barisan Nasional Memajakkan Tanah Rezab Melayu Ke Pasaran Saham

Posted: 28 May 2012 06:42 AM PDT

Perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian.
Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa. Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal.
KEADILAN boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat. Semakan kami menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara.
Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu. Kedudukan FGV selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan. Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis.
Oleh yang demikian, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGV yang disenaraikan di pasaran saham? Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?
KEADILAN juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini.
Kami menunggu maklumbalas Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
28 MEI 2012

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 29 May 2012 01:16 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Pasukan SAR mula operasi cari sisa serpihan mayat mangsa nahas Sukhoi

Posted: 29 May 2012 12:51 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

JAKARTA - Berikutan laporan penemuan beberapa bahagian tubuh manusia yang dipercayai serpihan mayat penumpang pesawat awam Sukhoi Superjet 100 bersama barang-barang milik mereka di lereng Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat, satu pasukan mencari dan menyelamat memulakan operasi ke tempat berkenaan pagi Selasa.

Pasukan yang dianggotai tentera, polis, sukarelawan dan penduduk tempatan itu akan terus ke tempat berkenaan sebagaimana yang dilapor sekumpulan pencari hasil hutan dari Cicurug, Sukabumi pada Isnin.

Komander Tentera Wilayah Suryakencana, Bogor, Kolonel Putranto berkata di Sukabumi, pasukan SAR itu diharap dapat mengeluarkan semua sepihan mayat bersama barang-barang milik penumpang itu dalam masa sehari.

"Kami sudah berkoordinasi dengan Hospital Polis Indonesia Keramat Jati di Jakarta untuk mengenalpasti milik siapa serpihan mayat itu," kata Putranto.

Beliau tidak menolak kemungkinan serpihan mayat dan barang-barang milik mereka itu beralih ke tempat lain kerana pada hari terakhir operasi SAR oleh Badan SAR Nasional (Basarnas) baru-baru ini, hujan lebat turun di kawasan itu dan ada kemungkinan berlaku kejadian tanah runtuh.

Pada Isnin, Ketua Persatuan Masyarakat Pengelola Hasil Hutan Bukan Kayu Indonesia (AMPHHBKI) cawangan Sukabumi, Junaidi Abdullah berkata sekumpulan anggota mereka menemui serpihan mayat dan barang-barang milik penumpang pesawat itu ketika mencari hasil hutan berhampiran tempat kejadian sepanjang seminggu lepas.

Mereka yang baru keluar dari hutan pada Sabtu lepas membawa beberapa dokumen pengenalan penumpang pesawat itu untuk dijadikan bukti penemuan dan nama-nama di dokumen itu ternyata merupakan mereka yang tersenarai di antara 45 penumpang pesawat berkenaan.

Mereka mendakwa menemui serpihan mayat dan barang-barang milik penumpang itu di kawasan kira-kira 500 hingga 700 meter dari tempat kejadian.

Pesawat awam Sukhoi Superjet 100 terhempas di Gunung Salak pada 9 Mei ketika dalam penerbangan demonstrasi, mengorbankan kesemua 45 penumpang dan anak kapalnya.- Bernama

Ribut Tropika Beryl landa tenggara Amerika Syarikat

Posted: 29 May 2012 12:46 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

Ribut Tropika Beryl melanda pantai tenggara Amerika Syarikat (AS) dengan kekuatan hampir menyamai taufan hari ini, sekali gus menumbangkan pokok-pokok dan merosakkan kabel elektrik.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) melaporkan, pusat ribut tersebut dikesan 60 kilometer ke timur Jacksonville, Florida awal pagi ini.

Beryl membawa angin dengan kelajuan 110 kilometer sejam dan bergerak ke bahagian barat dengan kelajuan 11 kilometer sejam.

Walaupun ribut tersebut dijangka tidak berubah menjadi taufan, kemungkinan itu tetap ada apabila ia melanda timur laut Florida dan tenggara Georgia malam ini.

Peramal kaji cuaca berkata, Beryl akan bergerak ke Florida dan Georgia hari ini dan esok sebelum berpatah balik ke kawasan pantai dan menuju ke Atlantik.

Dalam pada itu, amaran ribut tropika ditingkatkan dari utara Florida ke Selatan Carolina, manakala NHC mengeluarkan amaran bahawa kawasan berhampiran pantai akan dinaiki air.

Selain itu, Beryl juga dijangka menyebabkan hujan lebat sepanjang pantai dari utara Florida ke tenggara Utara Carolina.

Akhbar The Florida Times-Union melaporkan, Beryl telah merosakkan tingkap di Muzium Seni Kontemporari Jacksonville, manakala kira-kira 12,000 penduduk kawasan berhampiran terputus bekalan elektrik.

Satu daripada jambatan terbesar di bandar ini iaitu Jambatan Mathews juga terpaksa ditutup atas faktor keselamatan sehingga notis dikeluarkan. - AFP

3 maut penyokong bola sepak lembar batu, kayu

Posted: 29 May 2012 12:35 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

JAKARTA 29 Mei - Seramai tiga terkorban manakala lima cedera parah apabila peminat dan penyokong bola sepak melemparkan batu dan kayu ketika berlangsungnya perlawanan bola sepak di negara ini semalam, lapor polis.

Kejadian tersebut yang berlaku di Stadium Bung Karno dimana pasukan tuan rumah, Persija menentang pasukan Bandung di hadapan 80,000 penonton.

Ia adalah tempat sama tahun lalu, di mana dua terkorban dalam satu rempuhan semasa berlangsung Kejohanan Sukan Asia Tenggara yang melibatkan Indonesia dan Malaysia. - AFP

Calon Muslim Brotherhood berdepan bekas PM

Posted: 29 May 2012 12:33 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

KAHERAH 29 Mei - Suruhanjaya Pilihan raya Mesir semalam mengesahkan calon Muslim Brotherhood, Mohammed Mursi akan berdepan dengan bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq untuk merebut jawatan Presiden pada Jun depan.

Ketua Suruhanjaya Pilihan raya, Faruq Sultan memberitahu, pilihan raya itu dijadualkan berlangsung pada 16 dan 17 Jun depan selepas kedua-dua calon tidak mendapat undian majoriti pada pilihan raya minggu lepas bagi pusingan pertama.

Dalam undian tersebut, Morsi mendapat 24.8 peratus manakala Shafiq pula mendapat 23.7 peratus. - dpa

Kereta rempuh tiang lampu, dua lelaki nyaris maut

Posted: 29 May 2012 12:01 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

KULIM - Dua lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandu mereka merempuh tiang lampu dan pembahagi jalan di pekan Kulim kira-kira jam 4 pagi semalam.

Mangsa ketika ditemui berkata, dia sedang memandu menghala ke pekan Kulim dan mendakwa secara tiba-tiba ternampak sesuatu melintas di hadapan keretanya.

Mangsa cuba mengelak ke bahagian kanan jalan lalu merempuh pembahagi jalan dan tiang lampu.

Akibat rempuhan itu, kereta mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Pekerja kenderaan tunda yang berada di tempat kejadian dan tidak mahu namanya disiarkan berkata, mangsa mungkin di bawah pengaruh alkohol ketika kemalangan.

Menurutnya, jalan di mana berlaku kemalangan merupakan jalan lurus dan ketika kemalangan berlaku tidak ada sebarang kenderaan di situ.

"Dari keadaan kerosakan di alami mangsa, saya percaya kenderaannya dipandu dalam keadaan laju. Dia mungkin mabuk. Mana ada benda melintas melainkan khayalan.

"Bagaimanapun seorang daripada penumpang yang berada dalam kereta mangsa dikejarkan hospital kerana mengalami kecederaan dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)," katanya.

Sementara itu, Ketua Trafik Kulim ASP Ismail Ayop berkata, sehingga kini kebanyakan kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri.

Sinar Harian

Bertukang sebelum ditemui mati tergantung

Posted: 29 May 2012 12:00 AM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

KULIM - Seorang lelaki warga Myanmar berusia 26 tahun ditemui mati tergantung di bilik tengah di sebuah asrama di Taman Perak Indah, semalam.

Rakan serumah mangsa berkata, sejak kebelakangan ini mangsa sering kelihatan bersedih tetapi tidak menceritakan masalah dihadapi kepada sesiapa sebaliknya berdiam diri.

"Hari Ahad lalu kira-kira jam 3 pagi, saya terdengar dia bertukang di dalam biliknya.

"Saya pelik, pagi-pagi waktu orang semua tidur dia sibuk bertukang.

Jadi, saya suruh dia berhenti sebab apa yang dibuat itu mungkin akan menggangu jiran," katanya.

Dia berkata, ketika dia hendak keluar ke pekan Kulim pada jam 3 petang, dia terdengar mangsa bertukang sekali lagi di biliknya.

"Oleh kerana saya ada hal yang perlu dibereskan, jadi saya terus keluar dan balik semula ke asrama pada jam 4 petang.

"Apabila sampai di rumah saya terdengar mangsa memasang lagu dengan kuat.

Saya kemudiannya masuk ke dalam bilik mangsa dan menemuinya tergantung di dinding berdekatan pintu biliknya," katanya.

Dia kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada jiran sebelum menghubungi polis.

Dari siasatan awal dijalankan mendapati mangsa telah memaku kabel besi di dinding biliknya.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik Forensik Hospital Kulim. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Sinar Harian

Suami isteri ditahan edar dadah

Posted: 28 May 2012 11:59 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

KULIM - Sepasang suami isteri ditahan bersama seorang lelaki dan seorang pelajar tingkatan satu dalam satu serbuan berkaitan pengedaran dadah di sebuah rumah di Taman Rambai kira-kira jam 2 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya telah membuat pemantauan dan mengekori pasangan itu sejak seminggu lalu.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, dengan bantuan Balai Polis Sungai Kob diketuai Pegawai Operasi dan Tahanan, Inspektor Mohd Amin Mat Yasin mengepung rumah suspek dan menunggu kira-kira lima minit sebelum pintu gerigi besi dibuka.

Ghuzlan berkata, seorang daripada suspek cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah tetapi menyerah diri sebaik saja mendapati beberapa polis berada di situ.

"Kami mendapati rumah pasangan berkenaan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah memudahkan mereka melihat pergerakan polis sekiranya diserbu.

"Dengan serbuan ini, kami berjaya menemui dua jenis pil khayal serta beberapa bungkusan lut sinar dipercayai mengandungi dadah seberat 75 gram.

"Plastik lut sinar berkenaan ditemui di dalam peti ais rumah itu.

Kelima-lima suspek dibawa ke IPD Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing dan keempat-empat mereka didapati positif dadah," katanya.

Kesemua ditahan akan disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952, jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum gantung mandatori.

Sinar Harian

Ditemui maut tergantung

Posted: 28 May 2012 11:58 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

IPOH - Seorang warga emas ditemui tidak bernyawa tergantung dipercayai akibat membunuh diri di ruang tamu rumahnya di Kampung Tawas di sini, semalam.

Warga emas itu mati serta merta di tempat kejadian akibat jerutan kuat wayar dihelernya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam sebelum unit Forensik bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan tiada unsur-unsur jenayah ditemui pada Lee Yong Siem, 59, mangsa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa maut akibat jerutan kuat daripada wayar yang digunakan untuk menggantung diri di siling ruang tamu.

"Mayat di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga," katanya

Sinar Harian

Datang ke Kluang edar dadah

Posted: 28 May 2012 11:57 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

KLUANG - Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dengan pengedaran dadah sekitar daerah ini dalam serbuan dibuat di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Pasar Sri Lalang, dekat sini, pada 18 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner, Abdul Majid Mohd Ali berkata, hasil maklumat awam, serbuan dilakukan sepasukan anggota polis dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang kira-kira jam 10.10 pagi.

Menurutnya, suspek ditahan berumur 44 tahun dan berasal dari Muar.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, polis berjaya merampas 1,000 biji pil erimin 5 yang mempunyai berat kasar 265.16 gram dan 110 biji pil Estacy dengan berat kasar 31.83 gram.

"Suspek datang ke daerah ini hanya untuk mengedar dadah tersebut dan dipercayai dia sudah lama melakukan kegiatan itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, semalam

Abdul Majid berkata, suspek disiasat di bawah dua seksyen iaitu Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar pil eramin yang memperuntukkan hukuman gantung ampai mati, jika sabit kesalahan.

"Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki pil estacy, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup atau penjara

Sinar Harian

Mayat penuntut kolej ditemui terapung

Posted: 28 May 2012 11:56 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

LEDANG - Mayat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Muar, ditemui di Teluk Kesang berhampiran Tanjung Emas di sini, petang semalam.

Mangsa, Lim Yew Yea yang berusia 24 tahun dan dipercayai penuntut sebuah kolej swasta di Melaka ditemui orang awam pada jam 2.30 petang.

Ketika ditemui, mayat mangsa lengkap berpakaian.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris mengesahkan menerima laporan berkaitan penemuan mayat berkenaan.

Menurutnya, sebaik menerima laporan, dua anggota Pasukan Polis Marin Muar bergegas ke tempat kejadian menaiki bot dan mayat ditemui dalam keadaan terapung.

"Ketika ditemui, dipercayai mayat berkenaan telah hanyut lebih daripada 24 jam.

"Setakat ini, kami masih belum menerima laporan berkaitan kehilangan ahli keluarga atau kenalan," katanya kepada Sinar Harian.

Harun berkata, mayat tersebut kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini, untuk tujuan bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

Sinar Harian

Culik separuh jalan

Posted: 28 May 2012 11:54 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH - Tindakan bijak pihak polis memasang perangkap dalam usaha menjejaki seorang penculik yang melarikan diri selama dua hari akhirnya berbaloi apabila diberkas tengah hari kelmarin.

Operasi diketuai Ketua Polis Balai Butterworth, Inspektor Mohd Yusof Ibrahim bersama enam anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) balai itu.

Ia adalah hasil arahan Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Mohd Shukri Awang yang mahukan kes itu diselesaikan segera selepas satu laporan dibuat berkaitan kes itu oleh mangsa pada 25 Mei lalu.

Mohd Shukri berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa seorang wanita berusia 26 tahun sedang menunggu suaminya sebaik tiba dari Kuala Lumpur awal pagi Jumaat lalu.

"Wanita yang bekerja di sebuah kilang di Kuala Lumpur itu menaiki bas dan diturunkan di hadapan sebuah bank di Jalan Bagan Luar di sini, pada jam 3 pagi hari berkenaan.

"Ketika menunggu dijemput suaminya untuk pulang ke rumah mereka di Kulim, mangsa didekati oleh seorang lelaki yang memandu kereta Proton Saga Aeroback sebelum bertindak menariknya memasuki kereta berkenaan," katanya.

Menurutnya, kejadian itu dilihat oleh suami mangsa yang kebetulan tiba di kawasan berkenaan sebelum bertindak memaklumkan kejadian itu kepada anggota polis beruniform yang sedang melakukan rondaan.

"Menyedari dikejar, suspek memecut laju keretanya dan apabila tiba di Seberang Jaya, suspek menolak mangsanya keluar dari kereta dan menghilangkan diri.

"Hasil pemeriksaan melalui nombor pendaftaran kereta suspek, kita memasang perangkap untuk menahannya," katanya.

Mohd Shukri berkata, selepas dua hari dijejaki, suspek yang merupakan Pegawai Operasi Pengawal Keselamatan sebuah syarikat keselamatan yang turut menetap di Kulim dapat diberkas.

"Buat masa sekarang suspek direman selama seminggu untuk disiasat di bawah Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan iaitu cuba menculik.

"Bagaimanapun pihak kita tidak dapat memaklumkan perkembangan kes ini, kerana ingin memberi tumpuan kepada penyiasatan selepas mendapati terdapat beberapa kenyataan bercanggah yang diberikan oleh mangsa semasa kejadian dan selepas suspek berjaya diberkas," katanya kepada Sinar Harian.

Sinar Harian

6 didenda RM2,300 seorang kerana main judi

Posted: 28 May 2012 11:52 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Padah bermain judi, enam lelaki didenda RM2,300 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban, di sini, semalam.

Kesemua mereka turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh, Deraman Mohamad, 52, Muhammad Nazar Mokhtar, 43, Samsul Akmar Abu Hassan, 34, Ahmad Khairi Raduan, 24, dan Mohd Nazrin Zainal Abidin, 22, mengaku bersalah di hadapan Hakim Hamizan Mohd Nor.

Kesemua mereka dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah premis perjudian di Kawasan Perindustrian Oakland, di sini, pada jam 1 pagi, 27 April lalu.

Dalam penghakiman, Hamizan berkata, beliau kesal kerana masalah judi terutama judi siber semakin berleluasa ibarat penyakit berjangkit yang sedang merebak.

Menurutnya, sebagai orang Islam, tertuduh perlu tahu judi itu haram dan tidak perlu diterangkan lagi, manakala denda yang dikenakan adalah sebagai peringatan supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sinar Harian

Rumah dirempuh kereta jiran

Posted: 28 May 2012 11:50 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

PORT DICKSON – Perasaan resah yang dialami seorang penduduk dari Taman Intan Perdana, di sini, akhirnya terjawab apabila rumahnya dirempuh sebuah kereta jenis Proton Persona dalam satu kejadian, pada jam 7.30 pagi, semalam.

Menurut Ziadi Jamaluddin, 49, ketika kejadian, dia berada di parkir kereta berdekatan rumah kerana mahu keluar bekerja sementara tiga anaknya berusia antara 14 hingga 21 tahun masih tidur.

Katanya, menurut siasatan yang dijalankan polis, kenderaan yang dipandu seorang wanita yang juga merupakan penghuni taman berkenaan berkelajuan lebih 100 kilometer/ jam (kmj) berdasarkan kesan rempuhan tersebut.

"Apa yang lebih memeranjatkan, pemandu berkenaan merupakan pen-duduk taman ini juga. Ketika itu, saya lihat keadaan mangsa agak serius dengan kepalanya berlumuran darah selain kelihatan sesak nafas.

"Kemudian, saya memaklumkan insiden berkenaan kepada anak mangsa di rumahnya dan anaknya sendiri tidak mengetahui ibunya mahu ke mana," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut Ziadi, laluan di hadapan rumahnya bukan laluan utama tetapi sekadar laluan alternatif. Oleh sebab itu, tidak banyak kenderaan melalui hadapan rumahnya lebih-lebih lagi ia terletak di hujung taman.

Sementara itu, isterinya, Rosie Mohd Jamil,45, berkata, ketika kejadian dia berada di bilik air dan turut terdengar bunyi dentuman kuat dari depan rumahnya.

"Dua, tiga hari kebelakangan ini memang saya berasa resah seperti ada yang tidak kena lebih-lebih lagi kami akan mengadakan majlis pernikahan anak perempuan pada hujung minggu ini, di sini.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dan semua anak-anak selamat. Saya anggap ada hikmah di sebalik kejadian ini dan reda dengan ketentuan- Nya," katanya.

Sinar Harian difahamkan, mangsa dikejarkan ke Hospital Port Dickson bagi mendapat rawatan lanjut.

Sinar Harian

Kumpulan terakhir misi Timor Leste

Posted: 28 May 2012 11:48 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Kumpulan terakhir iaitu 21 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kem Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini telah berangkat ke Timor Leste dalam misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama enam bulan .

Jumlah keseluruhan 140 itu pegawai dan anggota termasuk seorang doktor serta tiga pembantu perubatan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah bertolak secara berperingkat dalam misi Mal-Formed Police Unit (FPU) ke Timor Leste.

Timbalan Komander Kem Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Mohd Kashim Mohd. Ram berkata, misi tersebut bagi menggantikan pasukan Briged Tengah yang akan kembali ke tanah air setelah menamatkan misi selama enam bulan di Timor Leste.

Menurutnya, kumpulan itu telah bertolak secara berperingkat-peringkat sejak awal bulan Mei.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas majlis penghantaran kumpulan itu di Kem Briged Tenggara di sini semalam yang turut disertai ahli keluarga anggota masing-masing.Katanya, semua anggota PGA yang terlibat dalam misi tersebut dipilih melalui ujian pemilihan yang ketat selain perlu menjalani latihan selama dua bulan.

"Pasukan ini akan terlibat dalam menjaga keselamatan penduduk dan ketenteraman awam. selain itu mereka membantu polis tempatan menguatkuasakan undang-undang.

"Kita berharap anggota polis yang terlibat dengan misi pengaman ini dapat menjaga nama baik negara di negara orang dan tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang," katanya.

Kumpulan terakhir ini akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada pukul 4 pagi hari ini.

Sinar Harian

Die Mannschaft tak gentar

Posted: 28 May 2012 11:46 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

JERMAN muncul pasukan paling berjaya di benua Eropah selepas memenangi tiga trofi kejohanan berkenaan sejak diperkenalkan pada 1960.

Bermula dengan menjulangnya buat pertama kali pada 1972, 1980 dan 1996 meletakkan Die Mannschaft satu pasukan yang cukup digeruni hingga kini.

Pada saingan kelayakan Kumpulan A, Jerman merakamkan rekod kemenangan 100 peratus untuk bergelara juara.

Kini, walaupun diundi dalam kumpulan maut bersama Denmark, Belanda dan Portugal, anak didik Joachim Low dijangka tidak bermasalah memburu salah satu slot ke pusingan suku akhir.

Antara nama besar mewarnai skuad Jerman kali ini adalah Manuel Neuer (penjaga gol), Philipp Lahm, Sami Khedira, Bastian Schweinsteiger, Mesut Ozil dan Lukas Podolski serta Thomas Muller.

Portugal menjadi lawan sulung mereka pada aksi yang bakal berlangsung di Arena Lviv, 10 Jun ini.

Sinar Harian

Poland tetap di hati: Klose

Posted: 28 May 2012 11:45 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

PENYERANG Lazio kelahiran Opole, Miroslav Klose mengakui Poland tetap berada dalam hatinya walaupun dia kini memegang kewarganegaraan Jerman. Bapa Klose merupakan etnik Jerman, manakala ibunya berdarah Polish tetapi dia dibesarkan di Kusel sejak zaman kanak-kanak.

Pemain antarabangsa Jerman itu juga menyifatkan Kejohanan Euro 2012 amat bermakna kerana dia 'kembali' ke Poland yang menjadi hos bersama Ukraine.

"Poland tetap dalam ingatan sampai bila-bila dan sukar buat saya melupakan memori indah ketika terpaksa berhijrah ke Jerman pada 1985," katanya.

"Saya tidak pernah menyesal memutuskan beraksi menyarung jersi pasukan Die Mannschaft," katanya yang tidak sesekali melupakan sejarah keturunannya.

Klose, 33, kini bermain dalam kancah Serie A yang sebelum itu pernah menabur bakti bersama Bayern Munich selepas kontraknya dengan gergasi Bundesliga itu tamat tempoh.

Menyifatkan satu keputusan berat meninggalkan Allianz Arena selepas hampir empat tahun berkelanana di sana, Klose akui gemarkan persekitaran dan suasana di Rome.

"Rome satu kota yang aman dan bebas daripada kebisingan. Sebagai pemain profesional, saya harus cepat menyesuaikan diri.

"Pernah saya menyamar menjadi orang biasa apabila keluar bersiar-siar kerana peminat di Itali begitu fanatik," katanya.

Klose berjaya menjaringkan 13 gol buat kelab Lazio pada penampilan sulungnya sejak mula bergabung dengan kelab itu pada musim panas tahun lepas.

Sinar Harian

Mahathir ramal Umno ganas jika kalah?

Posted: 28 May 2012 11:43 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

Sewaktu debat mempertemukan Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan sebagai permulaan budaya politik baru yang sihat dan matang, kita dikejutkan dengan siri aksi brutal terhadap program Pakatan Rakyat.

Ketika rakyat masih mengingati dengan jelas perlakuan ganas polis semasa menyuraikan himpunan aman Bersih 3.0, riak kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka bakal menjadi gelanggang terburuk dalam sejarah, seperti hampir tidak dapat dielakkan lagi.

Terbaru, 24 Mei, di Pantai Dalam, media melaporkan batu dan telur berterbangan semasa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berceramah, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepala. Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis dturut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan.


Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan. Personaliti yang ghairah menabur fitnah, Ummi Hafilda Ali berceramah dengan pembesar suara dihalakan kepada audien program Pakatan Rakyat, dengan menjawab secara langsung isu-isu yang dibangkitkan penceramah Pakatan berhampiran.

Hari yang sama, di Sayong Lembah, Kuala Kangsar, pada majlis ceramah membabitkan bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan, Nizar Jamaluddin, 11 kereta disimbah cat biru. "Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan," kata Nizar.

Minggu ini juga, kumpulan anti-Bersih, yang diketuai pemilik Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Jamal Yunus, secara berterusan melakukan provokasi dan gangguan melampau di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, S Ambiga selepas aksi "senaman punggung" dipamerkan pada 15 Mei.

Minggu lalu, di Melaka, batu dan telur juga berterbangan di majlis minum petang anjuran PAS, di mana Ambiga dijadual hadir. Dua Adun DAP, Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (BAndar Hilir) berkata, tayar kenderaan mereka dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihantam kumpulan pengacau yang didalangi Umno, termasuk beberapa wakil rakyatnya.

Siri gangguan ke atas program dan personaliti pembangkang dijangka berterusan, malah mungkin ditingkatkan, kerana ia sudah menjadi budaya Umno sejak zaman berzaman (ingat zaman Pemuda Tahan Lasak Umno), yang kini pimpinan parti berkenaan gelabah dan kelihatan gabra menghadapi "hukuman rakyat" dalam PRU13.

Secara peribadi, saya pelik memikirkan bagaimana Umno-BN yang meniti saat-saat sukar ini, memilih pendekatan konfrontasi, yang sebenarnya semakin menjauhkan lagi parti itu daripada sokongan pengundi.

Meskipun ia ibarat "baling batu sembunyi tangan, namun banyak bukti boleh ditunjukkan bahawa segala serangan dan provokasi jahat selama ini (ingat siri gangguan sejak keputusan PRU12, Mac 2008, khususnya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan, dengan kemuncaknya rampasan kuasa kerajaan Perak), ditaja oleh Umno.

Sepatutnya, menjelang PRU13 yang cukup kritikal itu, semua parti-parti yang bertanding mempersembahkan pendekatan terbaik bagi memikat hati dan pemikiran pengundi, bukannya melakukan tindakan agresif -- apatah lagi berunsur samseng dan ganas -- yang hanya menyebabkan masyarakat menjadi lebih marah dan jelik.

Aneh sekali strategi Umno ini, 'kan? Ketika perayu kempen berusaha dengan segala tenaga untuk melunakkan hati pengundi, mereka memilih taktik yang boleh menikam belakang sendiri!

Tentu ramai mengingati bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menghadapi asakan di luar adab kemanusiaan, termasuk dihadiahkan "kek tahi" yang menjijikkan sempena hari jadinya tidak lama dahulu.

"Apa nak dihairankan, tengok saja akhbar-akhbar yang dimiliki Umno, yang tidak malu-malu menyiarkan gambar lucah dan porno, hanya untuk memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat. Blogger yang ditaja dan diupah Umno, serta mendapat layanan istimewa pemerintah, bersikap biadab dan kurang ajar ketika memaparkan posting mereka," kata seorang teman, seorang pensyarah sains politik.

Ternyata Umno tidak sabar dan tahan uji menghadapi kekalahan, apatah lagi menunggu "saat kematian". Sedangkan selama ini, sejak pilihan raya umum pertama, pembangkang khususnya PAS, tetap menolak pendekatan kekerasan atau militan meskipun sering diganasi secara fizikal dan istiqamah dengan "muwajahah silmiyyah".

Pemimpin dan aktivis PAS menghadapi ujian perit, termasuk dibunuh, dipenjarakan, dibuang daerah, dinafikan hak sebagai warga dan pelbagai bentuk pengkhianatan lain. Biarpun kalah teruk -- termasuk melalui penipuan -- dalam pilihan raya, PAS tetap menghormati proses demokrasi dan pemimpinnya berjaya meyakinkan ahli-ahlinya agar tidak memilih jalan di luar batas undang-undang.

Justeru, apabila bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad cuba melakukan satu lagi provokasi jahat, bagi saya ia satu tindakan tidak bertanggungjawab dan patut dikecam.

Dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa jika Pakatan Rakyat tewas dalam PRU13, mereka akan menganjurkan "demonstrasi ganas" tanpa henti untuk menolak keputusan itu. Selepas itu, pembangkang akan mengusahakan pilihan raya baru yang dimanipulasi mereka diadakan.

"Tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya. Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan," dakwanya.

Kalah dalam pilih raya bukan satu isu besar bagi pembangkang. Mereka sudah melaluinya sejak sekian lama. Sejarah menjadi saksi pembangkang dapat menerima kekalahan itu tanpa menimbulkan huru-hara. Yang panik dan gelabah apabila ditewaskan adalah Umno. Tidak dapat dengan jalan kasar, mereka memilih pendekatan membeli wakil rakyat dengan sogokan rasuah.

Namun, jika PRU13 berjalan secara tempang, penuh penipuan dan sarat dengan manipulasi, seperti tergambar melalui pelbagai komplot hari ini, saya sendiri tidak dapat menolak kemungkinan rakyat akan bangkit membantah melalui perhimpunan yang lebih ramai daripada Bersih 3.0 lagi.

Apakah Dr Mahathir sudah menduga bahawa Umno-BN sudah bersiap untuk melakukan "kejahatan dahsyat" itu dalam PRU13 nanti? Atau beliau sekadar membayangkan Umno sendiri mungkin mencetuskan huru-hara dan keganasan sekiranya kalah dan hilang kuasa di peringkat persekutuan nanti, seperti terjelma secara kecil-kecilan sehari dua ini?

Harakah Daily

Mengapa Najib, Umno takut debat dengan Anwar?

Posted: 28 May 2012 09:31 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

Di saat budaya debat mula diterima rakyat negara ini sebagai medium membuat penialaian terhadap sesuatu isu, namun masih ada lagi yang melihat debat tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Malangnya, kenyataan 'memperlekeh' debat itu yang seolah-olah dilihat hanya mendatangkan keburukan, datang dari pemimpin negara sendiri.

Terbaru, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang menyifatkan debat tidak menguntungkan mana-mana pihak sebaliknya mendorong kepada perbuatan tuduh menuduh dan kata-kata nista.

Beliau merujuk kepada keperluan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicadangkan banyak pihak.

Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga mengeluarkan pandangan serupa bahawa, debat di antara Najib dengan Anwar tidak perlu.

Beliau memberi alasan pembangkang khususnya Anwar akan mencetuskan suatu keadaan untuk mendapatkan 'mileage' politik dalam debat itu.

Apa yang menjadi persoalan kini, adakah pemimpin Umno ini tidak melihat contoh depan mata debat antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berhubung Pemansuhan PTPTN pada 22 April lalu?

Rata-rata melihatnya sebagai sesuatu yang positif, dan langsung tidak timbul persoalan siapa menang siapa kalah antara mereka.
Bagaimana pula debat antara Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada Julai 2008 untuk menurunkan harga minyak. Adakah debat tersebut mendatangkan keburukan?

Terbaru sebuah NGO Asli sekali lagi mahu menganjurkan debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selepas debat serupa dianjurkan mereka Februari lalu.

Malah Guan Eng yang Ketua Menteri Pulau Pinang dengan hati terbuka menerima tawaran debat itu hari ini.

Jika benar budaya debat tidak membawa kebaikan, patut hapuskan sahaja pertandingan debat di sekolah mahupun di universiti yang sudah diamal sejak sekian lama.

Dalam isu debat Najib-Anwar ini, saya tidak tahu kenapa Najib dan Umno perlu mengelak sampai rapat ke dindidng.

Kenyataan dari pemimpin Umno yang mewakili suara Najib menolak debat ini hanya akan dilihat sebagai 'mengampu' bos sahaja.

Manakala sikap sepi perdana menteri menyahut debat ini hanya mengesahkan pandangan rakyat bahawa Najib sememangnya takut untuk berhadapan dengan Anwar.

Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Harakah Daily

TG Nik Aziz yakin lebuh raya rakyat dapat disiapkan

Posted: 28 May 2012 09:01 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

MACHANG: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion akan dapat disiapkan mengikut jadual.

(TG Nik Aziz menandatangani plak perasmian pembinaan Lebuh raya rakyat Kota Bharu - Kuala Krai semalam)

Mursyidul Am PAS itu berkata pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat, lapor Malaysiakini.

"Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, hari ini.

Nik Aziz mengulas kenyataan sesetengah pemimpin politik, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang sangsi dengan kemampuan kerajaan PAS Kelantan membina lebuh raya melibatkan kos besar dan menyifatkannya sebagai gimik politik.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Katanya lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).

"Pembinaannya berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya.

Tok Guru Nik Aziz sendiri menyumbangkan RM5,000 wang peribadinya semalam untuk menjayakan projek ini.

Anak syarikat kerajaan negeri, Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta manakala syarika Ufuk Budiman menyumbang RM100,000 kepada projek ini.

Di majlis itu, Tok Guru Nik Aziz menyeru semua lapisan masyarakat turut derma atas rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama.

"Iapun bertepatan dengan Islam derma yang menggalakkan kita buat jalan selain masjid dan kita akan dapat pahala berpanjangan," katanya.

Harakah Daily

FGVH: Apa fatwa libatkan tanah rizab Melayu

Posted: 28 May 2012 09:00 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menuntut supaya sebuah fatwa dikeluarkan dalam isu penyenaraian FGVH yang bakal melibatkan lebih 105,000 ekar Tanah Rizab Melayu (TRM) dalam Felda.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, kehilangan tanah milik orang Islam yang berlaku di negara ini adalah mirip kehilangan tanah orang Palestin yang berpindah tangan kepada orang Yahudi.

"Pihak Majlis Fatwa Kebangsaan wajar bersidang untuk membincangkan isu ini dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih parah," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Teras mendapati kuasa yang dimandatkan kepada kerajaan sekarang untuk menjamin status TRM sudah lama disalahguna.

Tambahnya, bukan sahaja TRM banyak dibatalkan pewartaannya secara tidak telus, malah saiz dan lokasi TRM yang diganti tidak pernah didedahkan kepada awam.

Sehubungan itu, tegasnya Teras membantah dengan keras penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) yang bakal melibatkan lebih 105,000 ekar TRM dalam Felda.

"Jika penyenaraian ini diteruskan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan, orang Melayu akan kehilangan TRM yang sangat luas tanpa jaminan bahawa ia akan diganti sepertimana yang diperundangkan dalam Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.

Teras, kata beliau melihat tindakan itu sebagai suatu pengkhianatan yang jelas terhadap masa depan orang Melayu.

Katanya, penyenaraian hartanah dalam bursa saham yang menjadi aset penting kepada orang Melayu bakal melihat tanah milik orang Melayu dengan mudah berganti tangan kepada bukan sahaja orang bukan Melayu dalam negara malah orang dari luar negara.

"Ini adalah suatu tindakan yang tidak boleh dibenarkan.

"Kami menuntut supaya kerajaan menjelaskan dengan terperinci status TRM dalam penyenaraian yang akan dilaksanakan walaupun bantahan terus diketengahkan oleh peneroka," katanya lagi.

Harakah Daily

Hei Mufti! Bila aku kata undi PAS masuk surga - TG Nik Aziz

Posted: 28 May 2012 08:55 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

Nampak sangat la media penchachai Umno dah habis modal. Tak habis-habis depa dok ulang isu lama. Kalau isu lama tapi relevan takpa la jugak ni depa dok guna isu lapok yang langsung tak relevan.

Dua tiga hari lepas depa spin balik isu orang bukan melayu boleh jadi PM. Isu yang dah lama Pakatan Rakyat jawab.

Kali ni depa ulang pulak pasai isu 'Undi PAS masuk syurga'. Tah mana depa dapat tiba-tiba Utusan boleh siarkan wawancara dengan Ahli Majlis Fatwa Masjidi Haram Sheikh Dr Sulaiman Saloomi yang kata "fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan."

Isu ni pun isu lapok yang langsung tak relevan pasai dah lama PAS jawab isu ni. Tepat sekali macam kata Salahuddin Ayub, PAS takmau layan isu ni, lebih baik PAS memberi fokus kepada persiapan menghadapi PRU13.

"Saya rasa itu langkah terdesak UMNO yang sudah tidak mempunyai modal dan isu untuk berhadapan dengan PAS. UMNO mainkan semula lagu lama untuk dapatkan simpati rakyat menjelang pilihan raya umum.

"PAS tidak akan menoleh lagi ke belakang untuk layan perkara ini, kita akan tetap dengan perjuangan dan pendirian kita bersama Pakatan Rakyat (PR).

"Kita tidak akan layan perkara macam ini, kita mempunyai agenda dan perancangan yang harus dilakukan segera.

"PAS ada strategi yang harus dilaksanakan, dan semua ini perlu kepada fokus untuk memastikan kejayaan kita," katanya. - KLPos.

Yang celakanya, akhbar KLPos yang laporkan kenyataan Salahuddin tu pilih tajuk "Fatwa Masuk Syurga : Tiada Keperluan Tarik Kembali - PAS" langsung tak sesuai dengan isi artikel tu.

Isu ni sepatutnya dah lama selesai dengan jawapan yang TG Nik Aziz bagi lama dulu. Tapi main dengan penchachai Umno ni depa bukan kira, selagi boleh spin depa akan spin, jenis tak peduli hal syurga neraka ni bukan peduli betui ka salah, selagi depa rasa boleh untungkan depa, depa akan spin.

Harakah Daily

PM: Tunku Aziz selari dengan Nik Aziz

Posted: 28 May 2012 08:52 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berpandangan selari dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Perdana Menteri negara ini seharusnya beragama Islam tanpa mengira kaum.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyuarakan pendirian beliau untuk melihat seorang calon bukan Melayu jika pembangkang mendapat mandat memerintah negara.

"Mana-mana kaum di Malaysia boleh menjadi Perdana Menteri, asalkan beragama Islam. India Muslim, Cina Muslim sekalipun boleh memerintah, yang penting agama mesti Islam," kata beliau pada sidang media di rumahnya semalam.

Karpal baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa Perlembagaan Negara tidak menetapkan apa-apa peraturan yang menetapkan hanya orang Melayu yang boleh menjadi Perdana Menteri.

DAP juga mendakwa, kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia tidak benar apabila melaporkan Karpal berkata sampai mati beliau akan memperjuangkan agar seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Harakah Daily

Sokongan terhadap PAS di Putrajaya meningkat

Posted: 28 May 2012 08:16 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Sejak akhir-akhir ini, sokongan rakyat terhadap PAS khususnya kakitangan awam yang menetap di Putrajaya dilihat sangat memberangsangkan.

Biarpun Putrajaya terkenal sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di mana masyarakatnya majoriti kakitangan awam, namun mereka kini tidak lagi takut untuk mendekati PAS.

Sabtu lalu, masyarakat Putrajaya mengambil peluang mengenali PAS secara lebih dekat sempena lawatan rasmi PAS Pusat di sana.

Menurut Yang DiPertua PAS Putrajaya Mohd Nazir Zakaria, sambutan yang menggalakkan dikalangan masyarakat menunjukkan PAS bukan asing pada mereka.

"Ini membuktikan yang PAS sudah bertapak di hati mereka dan sokongan terhadap PAS di Putrajaya pada hari ini telah meningkat hampir 5 kali ganda berbanding tahun 2011.

"Perkembangan ini sangat baik yang memberi satu gambaran yang jelas tentang keupayaan PAS dan Pakatan Rakyat untuk mara ke Putrajaya," katanya.

Terdahulu, lawatan tersebut adalah anjuran bersama Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan bersama PAS Kawasan Putrajaya.

Antara Pimpinan PAS Pusat yang hadir sempena program ini ialah Setiausaha Majlis Syura PAS Pusat Ustaz Nik Zawawi, dan Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Pusat Dr. Hatta Ramli.

Pimpinan tertinggi PAS Putrajaya pula ialah YDP PAS Putrajaya Mohd Nazir Zakaria, Timbalan YDP Kamaruzaman Mohamad merangkap Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Selain petugas PAS Putrajaya, program ini dibantu oleh petugas-petugas dari Bandar Tun Razak, Cheras dan Segambut.

Program dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah di Surau Al-Mizan, Presint 8 dan diikuti dengan tazkirah Maghrib yang disampaikan oleh Ust. Nik Zawawi.

Selepas solat Isyak yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Nik Zawawi, rombongan peserta telah beramai-ramai ke Medan Selera Presint 9 untuk acara seterusnya.

Acara dimulakan dengan ceramah santai yang dikendalikan oleh Kamaruzaman Mohamad dengan ucapan dimulakan oleh Dr. Hatta.

Beliau telah menyeru kepada semua penduduk Putrajaya supaya memberikan peluang kepada PAS untuk menang di Putrajaya dan seterusnya mentadbir Malaysia.

Di dalam ucapannya, beliau turut mengucapkan takziah kepada peserta yang kemalangan dalam acara perlumbaan sempena Karnival Hari Belia di Putrajaya.

Ucapan seterusnya disampaikan oleh Ustaz Nik Zawawi. Beliau telah mengingatkan para hadirin bahawa hanya Islam sahaja yang mampu menyelamatkan negara Malaysia yang kian parah ini.

Program diakhiri dengan para pimpinan mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan para hadirin yang menjamu selera di medan selera tersebut.

Harakah Daily

Luar biasa bila Hanif teruskan siasatan

Posted: 28 May 2012 08:12 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tindakan yang paling luar biasa di akhir-akhir ini adalah apabila Tun Hanif Omar berkeras untuk terus mempengerusikan "panel penyiasatan bebas" terhadap keganasan Bersih 3.0.

Ini kerana, hampir semua pihak kecuali kerajaan Umno dan BN yang mengiktiraf perlantikan itu.

Demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.

Beliau mengulas tindakan Hanif yang terus mempengerusikan jawatankuasa siasatan yang tidak berwibawa dan ekoran itu tidak berani berdepan dengan wartawan.

Sesi sidang media yang telah dirancang lebih awal oleh Hanif dan panelnya telah dibatalkan semalam dan sebagai ganti hanya kenyataan media yang telah diedarkan.

"Ini merupakan satu bukti yang jelas bahawa Hanif dan panel bebas ini sedar yang orang awam tidak yakin panel ini boleh bertindak secara bebas, adil dan saksama terhadap keganasan Bersih 3.0 tanpa mengira jika mangsa-mengsa itu adalah kakitangan polis, wakil media dan perserta perhimpunan aman itu," kata Lim Kit Siang yang juga anggota Perlimen Ipoh Timur itu.

Sebelum ini, Hanif meminta agar pihak yang mengkritik serta meragui integritinya untuk mengetuai panel penasihat bebas mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 supaya melihat kembali rekod lama semasa menganggotai beberapa jawatankuasa penyiasatan.

Namun, rekod Hanif yang tidak menjumpai ayat Al Quran yang mengharamkan judi adalah track rekodnya yang paling jelas.

Kalau ayat menentang judi tidak ditemuinya bagaimana beliau mahu memberikan keadilan kepada perhimpunan Bersih 3.0.

Bagi Lim Kit Siang, sememangnya luar biasa – apabila bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berkeras untuk mempengerusikan "panel penyiasatan bebas" terhadap keganasan Bersih 3.0 padahal beliau dan ahli-ahli panel yang lain patut mengundur diri.

"Apa yang Kabinet patut lakukan adalah membatalkan panel ini dan sokongan penuh diberi kepada penyiasatan awam Suhakam terhadap apa-apa pencabulan hak asasi manusia dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 Aprilm," kata beliau.

Dalam tempoh sebulan yang lalu, kerajaan telah melancarkan satu kempen fitnah untuk mencerca Bersih 3.0 dan pakatan Rakyat boleh dianggap sebagai 'watak utama' dalam kempen fitnah ini.

Hanif sendiri memegang 'watak utama' dalam kempen fitnah ini dari awal lagi apabila memberi sokongan membuta tuli terhadap dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang perhimpunan Bersih 3.0 sebenarnya adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan, katanya.

Apa yang lebih menghinakan, kata Kit Siang, adalah apabila Hanif berkata yang beliau dapat mengenalpasti individu-individu pro-komunis di Bersih 3.0.

Ia dibuat berdasarkan demonstrasi-demonstrasi 1970an dan memberitahu media yang ajen-ajen provokasi dan kanak-kanak digunakan dalam Perhimpunan Bersih 3.0 sebagai "taktik komunis".

"Bagaimana Hanif akan menukar prasangka buruk mengenai Bersih 3.0 melainkan beliau menarik balik prasangka ini?" soal beliau.

Dalam beliau mempertahankan integriti beliau dan perlantikan sebagai pengerusi panel penyiasatan itu, Hanif masih tidak sedar akan situasi sebenarnya.

Jika Hanif masih tidak mahu menarik balik kenyataan prasangka mengenai Bersih 3.0, beliau haruslah mengambil tempat sebagai "saksi utama" dihadapan mana-mana penyiasatan Bersih.

Ia bertujuan untuk memberi justifikasi pendirian beliau dan bukan mempengerusikan panel tersebut untuk menyiasat apa yang benar-benar telah berlaku di Bersih 3.0.

"Jika tiada bukti yang didapati selepas penyiastan dijalankan, adakah Hanif bersedia untuk mengumumkan secara terbuka yang kedua-kedua Perdana Menteri dan diri beliau mengaku salah dalam dakwaan yang perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan?" soalnya lagi.

Berbanding dengan kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengambil alih kempen fitnah ini dengan tuduhan perhimpunan Bersih 3.0 adalah "persediaan" Pakatan Rakyat untuk mencetuskan kekecohan dan keganasan bagi menolak keputusan Pilihanraya Umum Ke-13, nampaknya rakyat lebih membenci dan menolak panel Hanif, dakwa Kit Siang.

Dalam tiga tahun yang lepas, selepas menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sering menyebut "era kerajaan serba tahu sudah berakhir" ("the era the government knows best is over").

Oleh itu, bagi Kit Siang, ini merupakan satu ujian samada beliau akan benar-benar mengotakan yang disebut itu dan menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia menolah panel Hanif itu.

Najib mesti bertindak dengan lebih tegas untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau dan kerajaan beliau serius dan ikhlas dengan membatalkan terus panel Hanif dan kerajaan memberi sokongan padu terhadap penyiasatan Suhakam dalam Bersih 3.0.

Harakah Daily

Tak sempat selamatkan ayah

Posted: 28 May 2012 08:10 PM PDT

8 Rejab 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH – "Saya tiada cara lain, kecuali bawa ayah ke klinik kesihatan menggunakan jalan berselekoh tajam," kata Mohd Asrul Zaidi, 24. Mohd Asrul berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dia bergegas menghantar bapanya, Zaidi Abdullah, 50, ke klinik kerana diserang sesak nafas, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, klinik swasta berdekatan tutup menyebabkan dia terpaksa membawa bapanya dari rumahnya di Kampung Solok Duku ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah, di sini yang terletak kira-kira lima kilometer serta terpaksa menempuh selekoh tajam.

Namun, nasib tidak menyebelahi mereka, apabila kereta dipandu Mohd Asrul terbabas di selekoh berkenaan akibat jalan licin selepas hujan, menyebabkan bapanya meninggal dunia di dalam kereta sebelum sempat sampai ke klinik.

Dalam kejadian kira-kira 5.50 pagi itu, Mohd Asrul membawa bapanya menaiki kereta jenis Proton Saga Aeroback ditemani ibunya, Khadijah Seman, 48.

"Ayah terjaga dari tidur kira-kira 5 pagi kerana sesak nafas.

Saya terpaksa papah dia masuk ke dalam kereta kerana keadaan ayah terlalu lemah.

"Mulanya, saya bawa dia ke klinik swasta, namun klinik itu tutup menyebabkan saya dan ibu ambil keputusan menuju ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah melalui jalan berselekoh tajam," katanya.

Menurutnya, disebabkan keadaan jalan yang licin, dia gagal mengawal kenderaan sebaik melalui selekoh sebelum terbabas ke tepi jalan dan melanggar sebuah busut.

"Saya lihat ayah sudah tidak bergerak lagi. Saya terus turun dari kereta menuju ke tengah jalan untuk mendapatkan bantuan orang awam.

"Ibu pula keluar memanggil penduduk di taman berdekatan.

Masa itu, kami tidak pasti sama ada ayah masih hidup atau tidak," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, nasib anak beranak itu disedari seorang pengawal keselamatan, Rapie Mohamad, 53, yang kebetulan melalui jalan berkenaan untuk bertugas.

Menurut Rapie, dia terlihat kelibat seorang lelaki berdiri di tengah jalan sambil melambai tangan menahan motosikal dinaikinya.

"Disebabkan suasana masih gelap, saya tidak sedar ada kereta sudah terbabas menyebabkan saya terus menunggang motosikal tanpa menghiraukannya.

"Tapi, saya berpatah semula ke tempat berkenaan sebelum mendapati orang awam sudah berkerumun berdekatan kereta dinaiki mangsa," katanya.

Ketika itu, katanya, dia mendapati mangsa sudah tidak sedar diri dan tersandar di tempat duduk belakang, sebelum ambulans tiba beberapa minit kemudian selepas dihubungi orang awam.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, polis sedang menjalankan siasatan di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga, semalam untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ujong Repet, Bachok, Kelantan," katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan