Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak Posted: 30 May 2012 01:35 AM PDT Posted: 30 May 2012 12:23 AM PDT Ceramah Chegu Bard
Penceramah : Chegu Bard (Ketua SAMM Malaysia) Dr Muhd Nur Manuty (Pengerusi MPN Perak)
Tarikh : 1 Jun 2012 (Jumaat) Masa : 9 Malam Tempat : Perkarangan Pejabat Keadilan Cabang Bukit Gantang, Taman Molek, Simpang, Taiping.
Anjuran : Keadilan Cabang Bukit Gantang
Semua Dijemput Hadir Beramai-ramai | |
Suara Sri Andalas Posted: 29 May 2012 11:08 PM PDT Dr Xavier : Pakatan Membawa Komuniti India Keluar Dari Estet Posted: 28 May 2012 12:00 AM PDT SHAH ALAM, 28 MEI : Dalam jangkamasa lima ke 10 tahun akan datang, label "warga estet" tidak boleh lagi dipakai untuk rakyat Malaysia berketurunan India yang menetap di Selangor.
Ini kerana, jika usaha Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat berterusan, taraf kehidupan masyarakat India kelas bawahan akan meningkat sampai mereka berhijrah keluar dari ladang-ladang kelapa sawit dan getah.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata perubahan dalam kehidupan masyarakat India amat ketara sejak Pakatan mengambil tampok pentadbiran negeri.
"Masih ada yang bekerja di ladang tetapi semakin kurang. Mereka hanya tinggal di situ tetapi bekerja di kawasan luar.
"Perkembangan ini akan terus berlaku dalam tempoh lima ke 10 tahun yang mana kaum India tidak akan lagi dianggap masyarakat ladang. "Di Selangor kita akan lihat perubahan ini dengan ia semakin kurang mengikut peredaran masa," katanya di dalam satu wawancara dengan TVSelangor. Taraf hidup komuniti India yang semakin baik disebabkan penekanan kepada pendidikan oleh pentadbiran Pakatan. Melalui strategi ini, anak pekerja ladang yang semakin berpendidikan akan mecari kerja di luar estet dan akan membawa keluar ibu bapa mereka yang masih tinggal di situ. Beliau berkata, Kerajaan Negeri telah menyalurkan RM 4 juta untuk pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Selangor. Selain itu RM6 juta telah diberikan untuk rumah ibadat bukan Islam termasuk kuil-kuil Hindu. "SJKT dan kuil Hindu adalah dua institusi yang rapat dengan masyarakat India maka kita beri penekanan terhadap pembangunannya. "Di Selangor terdapat 97 SJKT dan kita beri bantuan kepada semua sekolah ini melalui PIBG dan pengelola sekolah. "Bila kita mula mentadbir negeri, ada antara SJKT yang kerusi meja pun tiada, makan di kantin pun terpaksa bersila. "Sepatutnya dalam abad ke 21 ini keadaan sebegini tidak wujud lagi," ujarnya. Dr Xavier berkata, penambahbaikan infrastruktur SJKT menyumbang kepada peningkatan pencapaian akademik pelajar India. Sebagai contoh, sejak tahun lalu, pencapaian pelajar India dalam UPSR meningkat dari 30 ke 50.2 peratus. Katanya, bantuan kelas tambahan, makanan dan minuman percuma serta pengangkutan bas untuk menghadiri kelas membolehkan anak komuniti India dapat mengikuti pelajaran dengan lebih baik dan sempurna. "Untuk terus membela kaum India, kita juga telah memulakan kelas komputer di kira-kira 40 SJKT supaya semua pelajar boleh belajar dan mahir di dalam bidang teknologi maklumat. "In bermula dari Tahun 1 hingga 6. Ini semua tambahan kepada program meningkatkan taraf hidup mereka," katanya. Beliau berkata, dari lebih lima juta rakyat Selangor, hanya 13 peratus iaitu kira-kira 600 ribu adalah masyarakat India. Dari jumlah ini, 30 peratus adalah dari kalangan berpendapatan rendah.
Sumber: Selangorku | |
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 29 May 2012 11:02 PM PDT Alangkah sakitnya tanpa telefon bimbit Posted: 29 May 2012 12:23 AM PDT Saya tertinggal handphone saya diatas meja di Dewan MPP Parti Keadilan Rakyat di Tropicana semasa menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan pada 27hb Mei 2012, dan Sdri Nurul telah diberitahu mengenai ini, beliau telah berikan handphone itu kepada Pak Guard yang bertugas.
Pada 28hb Mei, sepatutnya saya pergi ke Tropicana untuk mengambil hp saya itu daripada Pak Guard, malangnya saya tidak sihat, dan oleh kerana anak saya nak ke Kuala Lumpur, saya pinta anak saya saja mengambilkan hp itu.
Beliau telah ambilkan hp itu tetapi malangnya kereta dia pulak buat hal dan sehingga hari ini dia tidak pulang ke Temerloh, maka saya sudah dua hari tidak ada hp.
Alangkah sakitnya tanpa hp, apatah lagi saya sendiri masih berehat di rumah kerana masih kurang sihat. Dengan tiada hp, saya betul-betul hilang perhubungan dengan rakan-rakan, apatah lagi dengan rakan-rakan didalam JK PKR Cabang Kuala Krau.
Sumber hubungan saya hanyalah melalui fb dan mesej-mesej melalui fb. Jika rakan-rakan tidak membukan fb dan mesej-mesej, maka terputuslah hubungan saya dengan mereka. Walaupun di rumah saya ada bekalan talipon, tetapi rakan-rakan saya tidak mengetahui nombor talian saya itu.
Bilakah kereta anak saya siap dan bilakah secepat mungkin dia boleh balik?
Saya nak tunggu juga hingga ke petang ini, walaupun badan tidak sihat, Insya Allah saya nak turun juga ke Kuala Krau petang ini dan setidak-tidaknya ingin sampai ke Kg Pian untuk mengaturkan ceramah kelompok yang akan diadakan di minggu ini. | Ceramah Kelompok di Perkampongan Orang Asal Kuala Krau Posted: 29 May 2012 12:12 AM PDT Perjuangan untuk Orang Asal oleh PKR Kuala Krau sejak 3 tahun yang lepas telah menampakkan hasil yang sangat positif.
Kejayaan utamanya ialah penubuhan ranting-ranting PKR di semua 10 buah kampong mereka di DUN Jendeak, Kuala Krau iaitu di Kg Galung, Kg Pian, Kg Lubok Wong, Kg Pasu, Kg Penderas, Kg Paya Mendoi, Kg Seboi, Kg Paya Pelong, Kg Rekoh dan Kg Beredut, dengan keseluruhan keahlian mencecah 700 orang.
Dari sejak 3 tahun yang lampau, PKR Kuala Krau tidak henti-henti mengadakan program diantaranya program yang dianjurkan adalah pertandingan bola sepak dan bola tampar dikalangan anak-anak muda, program pertandingan menganyam dikalangan kaum wanita dan ceramah-ceramah kelompok di setiap kampong tanpa henti.
Diantara pimpinan Pusat, Negeri dan Biro yang telah sampai memberikan ceramah termasuklah YB Zuraida Kamaruddin, Che'GuBard, Rebin Birham, Bob Manolan, Yusri Ahon, Pak Jabit, Shafei Dris, Fuziah Saleh, Fellicia Ling, Dato Fauzi Abdul Rahman dan penceramah tempatan seperti Kin Kasim, Jahidin, Hamid Tow, Jalil Penderas dan Daud Busu.
Kini telah lahir begitu ramai dari tenaga tempatan dari kaum OA sendiri dan yang terakhir adalah Hamid Tow iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO Kg Penderas yang kini memimpin NGO Jaringan Kampong Orang Asal Negeri Pahang.
Didalam 2 minggu ini sahaja PKR Kuala Krau telah menyempurnakan ceramah kelompok di Kg Beredut, Kg Paya Pelong, Kg Pian, Kg Penderas, Kg Pasu dan Kg Paya mendoi. Ceramah kelompok ini akan diteruskan lagi. Didalam minggu ini akan kita tampilkan penceramah-penceramah pimpinan PKR Pahang dari kaum Orang Asal termasuklah Fatimah Bahsin, Ismail Leh (kedua-duanya bekas orang kuat UMNO di kampong masing-masing), Yusri Ahon, Shafei Dris dan Hamid Tow.
Didalam tempoh yang terdekat ini, sasaran PKR Kuala Krau ialah untuk mendapatkan paling minima sokongan Orang Asal ke tahap 55%, dan dengan tenaga aktif dikalangan pimpinan OA sendiri, target ini Insya Allah akan berjaya. | Tenaga Muda kaum India di Estet Kuala Mai Posted: 28 May 2012 11:57 PM PDT Didalam usaha kami menziarahi kaum-kaum dhaif, warga tua dan ibu tunggal di Kg Dato Shariff Ahmad, Kuala Krau, tiba-tiba kami ditemani oleh 3 orang anak muda dari kaum India. Mereka bermotosikal dengan setiap motosikal itu berbendera PKR dan menemani kami ke setiap buah rumah yang kami ziarah.
Program ziarah ini adalah anjuran Wanita PKR Kuala Krau dan disetiap buah rumah itu kami sediakan sedikit bantuan, seperti beras, sardin, minyak masak, ikan bilis, bawang dan bahan-bahan makanan yang lain.
Ziarah ini tidak memilih bulu. Kami Ziarah rumah-rumah Orang UMNO, PAS, PKR dan mereka yang tidak berparti.
Walaupun Kg Dato Shariff Ahmad ini merupakan kampong kubu UMNO, tetapi apabila program ziarah wanita ini diijalankan kami telah diterima dengan baik bukan sahaja oleh mereka yang bakal menerima sumbangan dari kami tetapi juga oleh kaum keluarga mereka.
Dan ada diantara Orang-Orang Tua dari kalangan mereka mengeluarkan air mata dan menyatakan bahawa walaupun sudah berpuluh tahun mereka menjadi ahli UMNO, tidak ada pimpinan UMNO yang datang menziarahi mereka usahkan nak memberikan buah tangan.
Mereka cukup berterima kasih diatas lawatan yang dibuat oleh pimpiinan PKR Kuala Krau ke rumah-rumah mereka.
Program ziarah itu telah disempurnakan juga di Estet Kuala Mai, Kg Jenderak, Kg Matau, dan Kg Paya Luas; dan sebelum ini disempurnakan di Felda Jenderak Utara. | The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok KawahKawan seperjuangan baru semakin bertambah Posted: 28 May 2012 11:44 PM PDT Saya nak ucapkan ribuan terima kasih bahawa sejak mengambil lebih masa turun padang di kawasan DUN Jenderak, saya berjaya menemui rakan-rakan baru didalam perjuangan. Sesetengah mereka adalah bekas kakitangan kerajaan, sesetengahnya daripada ahli-ahli UMNO dan sesetengahnya daripada mereka yang belum pernah berparti.
Dari Kg Kuala Mai, seorang bekas anggota polis yang baru berpencen, Sdr Hamid, telah menyertai PKR, dari Kg Penderas, Sdr Hamid Tow, seorang pemimpin Orang Asal dari NGO Jaringan Kampong Orang Asal telah keluar dari UMNO dan kini mennjadi penceramah tetap PKR khusus dikalangan Orang Asal dan amnya penceramah PKR Kuala Krau, juga Sdr Jalil, seorang Orang Asal yang baru berpencen menambahkan tenaga baru di kalangan pejuang-pejuang Orang Asal.
Dari Gajah Mati, Sdr Isman, menawarkan diri untuk bertugas dengan PKR khususnya untuk Bilik Gerakan PKR di Kg Dato Shariff Ahmad.
Dari Kg Terengging, 3 orang Pemuda yang ingin berkhidmat sepenuh masa untuk PRU ini dari Kg Terengging, dan mereka sudah pun menyediakan Bilik Gerakan di Kg Terengging, dan menaikkan bendera PKR di kampong mereka.
Ini adalah perkembangan baru yang sangat positif kerana selama ini walaupun ada sokongan kecil di Kg Terengging, tetapi tidak pernah mempunyai sokongan terbuka apatah lagi sokongan terbuka ini diperkemaskan dengan penubuhan Markas Pakatan Rakyat.
Penduduk Bukit Dinding yang menyokong PKR pula mengambil ketetapan untuk bergerak bersama-sama rakan-rakan didalam Pakatan Rakyat bagi kawasan UPU di Kg Kuala Mai dan Kg Gong Halt.
Terima kasih kepada rakan-rakan perjuangan yang baru. | |
Anwar Ibrahim Posted: 29 May 2012 07:12 PM PDT Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Negeri Sembilan Posted: 29 May 2012 12:39 PM PDT Merdeka Rakyat 1 Jun 2012 (Jumaat) 1) 6.00 ptg – Jamuan Rakyat di Rumah Haji Rosli Omar, Pekan Juasseh 2) 7.15 mlm – Solat Maghrib di Masjid Kariah Kg Juasseh 3) 8.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1 – Merdeka Rakyat Lokasi: Taman Desa Puteri, Bahau Penceramah: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YB Dato' Kamarul Bahrin Abbas iii. YB Teo Kok Seong iv. YBhg Nazree Yunus v. YBhg T. Kumar vi. YBhg Karip Salleh 4) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 2 – Merdeka Rakyat Lokasi: Taman Desaru, Sikamat, Seremban Penceramah: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YB Dato' Kamarul Baharin Abbas iii. YB Loke Siew Fook iv. YB Taufek Abd Ghani v. YB Aminuddin Harun vi. YBhg Dr Ahmad Azam Hamzah | Prove You’re Not Afraid to Debate, Najib Told Posted: 29 May 2012 02:52 AM PDT Malaysiakini Prime Minister Najib Abdul Razak should debate with PKR de facto leader Anwar Ibrahim to prove that he is not “psychologically weak”, PKR Youth said today. The statement came in the wake of Umno Youth’s criticism of one the pro-Bersih hecklers at Najib’s May 14 speech in London, Hiu Woong Sin, who had turned down the wing’s challenge to a debate. For that, Umno Youth exco member Muhd Khairun Che Aseh slammed Hiu as “psychologically weak” and “lacking in courage” at a press conference today. “PKR Youth views Muhd Khairun’s statement as an Umno Youth exco member as a veiled message to Umno president Najib to accept the challenge to debate thrown to him by Anwar recently,” its deputy information chief Najwan Halimi said. Najwan said Najib should display the maturity and authority of a leader, as did PKR strategy director Rafizi Ramli and Umno Youth chief Khairy Jamaluddin Abu Bakar in a debate last Tuesday. The debate on the nation’s higher education policy sparked fresh calls for a debate between Najib and Anwar. “Therefore, Najib should prove to the people that he is not 'psychologically weak’ as characterised by Umno Youth towards Hiu for rejecting the challenge to debate,” said Najwan. | Barisan Nasional Memajakkan Tanah Rezab Melayu Ke Pasaran Saham Posted: 29 May 2012 12:50 AM PDT Perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian. Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa. Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal. KEADILAN boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat. Semakan kami menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara. Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu. Kedudukan FGV selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan. Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis. Oleh yang demikian, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGV yang disenaraikan di pasaran saham? Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu? KEADILAN juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini. Kami menunggu maklumbalas Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN | Mengapa Takut Debat? Posted: 28 May 2012 09:55 PM PDT Harakah Di saat budaya debat mula diterima rakyat negara ini sebagai medium membuat penialaian terhadap sesuatu isu, namun masih ada lagi yang melihat debat tidak mendatangkan apa-apa faedah. Malangnya, kenyataan ‘memperlekeh’ debat itu yang seolah-olah dilihat hanya mendatangkan keburukan, datang dari pemimpin negara sendiri. Terbaru, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang menyifatkan debat tidak menguntungkan mana-mana pihak sebaliknya mendorong kepada perbuatan tuduh menuduh dan kata-kata nista. Beliau merujuk kepada keperluan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicadangkan banyak pihak. Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga mengeluarkan pandangan serupa bahawa, debat di antara Najib dengan Anwar tidak perlu. Beliau memberi alasan pembangkang khususnya Anwar akan mencetuskan suatu keadaan untuk mendapatkan ‘mileage’ politik dalam debat itu. Apa yang menjadi persoalan kini, adakah pemimpin Umno ini tidak melihat contoh depan mata debat antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berhubung Pemansuhan PTPTN pada 22 April lalu? Rata-rata melihatnya sebagai sesuatu yang positif, dan langsung tidak timbul persoalan siapa menang siapa kalah antara mereka. Bagaimana pula debat antara Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada Julai 2008 untuk menurunkan harga minyak. Adakah debat tersebut mendatangkan keburukan? Terbaru sebuah NGO Asli sekali lagi mahu menganjurkan debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selepas debat serupa dianjurkan mereka Februari lalu. Malah Guan Eng yang Ketua Menteri Pulau Pinang dengan hati terbuka menerima tawaran debat itu hari ini. Jika benar budaya debat tidak membawa kebaikan, patut hapuskan sahaja pertandingan debat di sekolah mahupun di universiti yang sudah diamal sejak sekian lama. Dalam isu debat Najib-Anwar ini, saya tidak tahu kenapa Najib dan Umno perlu mengelak sampai rapat ke dindidng. Kenyataan dari pemimpin Umno yang mewakili suara Najib menolak debat ini hanya akan dilihat sebagai ‘mengampu’ bos sahaja. Manakala sikap sepi perdana menteri menyahut debat ini hanya mengesahkan pandangan rakyat bahawa Najib sememangnya takut untuk berhadapan dengan Anwar. | Scorpene: Maklumat Lanjut Akan Didedah di Bangkok Posted: 28 May 2012 09:21 PM PDT Malaysiakini Badan hak asasi manusia, Suaram, akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai samannya dalam kes Scorpene di Bangkok, Thailand esok, kerana peguamnya dari Perancis sehingga ini masih gagal mendapatkan kebenaran memasuki Malaysia. Tidak pasti bila peguam Suaram dari Perancis, Joseph Breham akan diberi visa kerja untuk memasuki Malaysia, dan oleh itu, pemimpin NGO berkenaan memutuskan untuk menemuinya di Thailand. Brehem (kiri) dan pasukan Suaram yang diketuai pengarahnya Cynthia Gabriel dan peguamnya Fadiah Nadwa Fikri akan mengadakan sidang akhbar kemudiannya mengenai perkembangan baru dalam kes kapal selam Scorpene yang difailkan oleh badan hak asasi manusia di Paris. Gabriel berkata ia akan diadakan di Kelab Wartawan Asing di Thailand untuk mendedahkan lagi butiran hasil siasatan awal pihak pendakwa serta perkembangan terbaru kes tersebut. Breham sepatutnya melawat Malaysia minggu ini, tetapi permohonannya untuk mendapatkan visa kerja untuk memasuki negara, masih belum diluluskan pihak berkuasa Malaysia. Berikutan itu beliau akan menemui pihak Suaran di Bangkok. | |
Wee Choo Keong Posted: 29 May 2012 03:23 PM PDT Amok’s crony Rashdan is OUT, who are NEXT? Posted: 29 May 2012 09:58 AM PDT YB Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah, Minister of Finance II said that MAS has been instructed to submit its projection plans to the Government to monitor its performance and ensure it remain competitive. MAS has been also instructed to submit its projection plans for the next five years to the government. For full report in [...] | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 29 May 2012 11:14 AM PDT Dato Seri Anwar di N.Sembilan 1 Jun 2012 Posted: 28 May 2012 08:14 PM PDT Program Dato Seri Anwar Ibrahim di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 1 Jun 2012
CERAMAH UMUM Masa : 7.30 mlm Tempat : Pejabat PKR, Taman Desa Puteri, Bahau (DUN Jeram Padang)
CERAMAH PERDANA Masa : 9 mlm Tempat : PASTI Al-Falah, Taman Desa Rhu, Sikamat Seremban | |
Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党 Posted: 29 May 2012 09:17 AM PDT Isu pembinaan bangunan tanpa kelulusan di tapak padang Taman Pegoh Aman Posted: 29 May 2012 01:19 AM PDT Isu tersebut dibangkitkan kerana UMNO ingin menakluki Dewan Orang Ramai Kg Pengkalan Pegoh (selama ini merupakan tapak Sekolah Agama Rakyat Pengkalan Pegoh) untuk dijadikan sebagai bilik gerakan UMNO BN menjelang musim pilihanraya. UMNO telah mengarahkan SAR tersebut supaya mengosongkan Dewan Orang Ramai untuk kegunaan piliharaya. Dalam masa yang singkat, SAR terpaksa menumpang di Surau Taman [...] | |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! Posted: 29 May 2012 09:03 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan