PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN Posted: 13 Jun 2011 03:15 PM PDT ANTARA NEGARA "KEBAJIKAN" PEMBANGKANG DAN 54 TAHUN JASA KERAJAAN BN Posted: 12 Jun 2011 09:46 PM PDT Dr Juanda ulang desakan SHAH ALAM – Pas sekali lagi digesa menubuhkan segera jawatankuasa kerja bagi menggubal rangka tindakan konsep negara berkebajikan kerana berlaku pertembungan antara pemerintah dan pembangkang. Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya (gambar) berkata, cadangan itu perlu diberi perhatian Pas memandangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bersaing untuk membuktikan mereka yang terlebih dahulu mempraktikkan konsep itu. "Sekiranya konsep negara berkebajikan menjadi keutamaan Pas, mereka perlu segera gubal barisan panel yang dianggotai pemikir aktif dan realis merangka konsep itu. "Saya yakin, rakyat gembira melihat kerajaan dan pembangkang berebut-rebut mahu buktikan agenda mereka yang terbaik untuk kebajikan rakyat, jadi, saya sekali lagi menggesa Pas supaya tubuhkan segera jawatankuasa untuk menggubal konsep itu," katanya kepada Sinar Harian dalam sistem pesanan ringkas (SMS), semalam. Menurutnya, objektif penubuhan jawatankuasa itu untuk merealisasikan bentuk dan hala tuju agar selari dengan Islam dan rakyat mendapat maklumat yang jelas mengenainya. "Ini kemuncak pertembungan untuk meraih sokongan serius terhadap agenda perubahan bagi membela rakyat. "Pas berupaya menggunakan peluang ini kerana rakyat kini mahukan perubahan dinamik, manakala, kerajaan juga berusaha buktikan merekalah juara kebajikan dan akan cuba lakukan pelbagai perubahan untuk bersaing," katanya. Sehubungan itu, beliau menyarankan Pas supaya membuktikan yang mereka mampu melaksanakan perubahan melebihi kerajaan sedia ada dan tidak tergugat dengan asakan UMNO bahawa mereka tidak praktikal. "Ketepikan dahulu perkara kurang penting. Pelan induk itu nanti akan jadi satu model standard bagi Pas untuk menjelaskan dasar parti. Bukannya setiap penceramah ada tafsiran sendiri seperti berlaku kepada konsep negara Islam sebelum ini," katanya. Isnin lalu, Sinar Harian menyiarkan desakan Juanda supaya Pas mewujudkan jawatankuasa bagi menggubal konsep negara berkebajikan yang disebut Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas ke-57, 3 Jun lalu. Abdul Hadi menyatakan, konsep negara berkebajikan bukan perkara baru dalam Pas dan ia adalah hasil muzakarah sesama Ulama Majlis Syura serta perbincangan Pas bersama rakan komponen dalam PR. Katanya, ia berbeza dengan acuan sosialisme dan komunisme yang hanya berteraskan kebajikan sosial. "Kita perkenalkan negara berkebajikan. Bukan seperti komunis atau sosialis. Walaupun ada persamaan jaga kebajikan rakyat, tetapi Islam hormat hak individu. Islam ada konsep dosa dan pahala," katanya. Muktamar Pas yang bertemakan 'Menuju Negara Berkebajikan' menitikberatkan sebuah negara bebas rasuah dan penyelewengan kuasa serta menggunakan kemakmuran negara untuk membela rakyat. | APA TUJUAN SEBENAR PAS GANTI KEPIMPINAN 5 NEGERI ? Posted: 12 Jun 2011 09:37 PM PDT Lima pemimpin ditukar PPUBJ : NAK MENANG PRU 13? KUASA DAN PUTRAJAYA..... KUALA LUMPUR – Lima Pesuruhjaya negeri ditukar setelah Jawatankuasa Pas Pusat selesai bermesyuarat buat kali pertama petang semalam yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas Muktamar Pas ke-57 baru-baru ini. Lima negeri yang bertukar kepimpinan adalah Selangor, Dr Abd Rani Osman menggantikan Datuk Dr Hasan Ali; Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menggantikan Datuk Harun Taib dan Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abd Ghani menggantikan Zulkifli Mohamad Omar. Dua negeri lagi adalah Melaka, Adli Zahari menggantikan Abdul Ghani Abdul Rahman dan Sabah iaitu Aminuddin Alim menggantikan Mohamad Abdullah. Bagi Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali dikekalkan sebagai Setiausaha Agung manakala Datuk Abd Halim Abd Rahman dilantik menjadi Bendahari Agung. Jawatan Ketua Penerangan pula diberi kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr Mohd Hatta Ramli menjadi Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat. Pada sidang media selepas itu, Hadi mengumumkan terdapat tujuh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat tambahan yang dilantik untuk penggal 2011-2013 kali ini. "Tujuh mereka yang dilantik adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dan Zulkefly Mohamad Omar. "Insya-Allah semua mereka akan menerima jawatan ini dan tugas mereka akan bermula sejurus selepas Setiausaha Agung menyerahkan surat tauliah," katanya. Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menyifatkan negara berkebajikan Pas hanyalah topeng untuk mendapatkan undi bukan Islam, Hadi berkata kenyataan tersebut datangnya dari seorang yang 'tidak membaca'. Menurutnya, kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengeluarkan pelbagai kenyataan mengenai negara berkebajikan yang dibawa Pas jelas membuktikan bahawa pemimpin mereka 'kepanasan' kerana bimbang rakyat tidak lagi menyokong mereka. "Bagi peluang Pas memerintah selama satu penggal, kita akan buktikan apa itu negara berkebajikan, kita akan hapuskan banyak cukai persendirian tetapi akan tingkatkan cukai daripada yang kaya," katanya | DAP BERBOHONG DI PENANG ? Posted: 12 Jun 2011 09:30 PM PDT Kegagalan kerajaan DAP umum pelan induk dipersoal
2011/06/13
GEORGETOWN: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mempersoalkan kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang mengumumkan Pelan Induk Perindustrian Pulau Pinang walaupun sudah lebih setahun perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), berkata Guan Eng ketika membuat lawatan kerja di Singapura Jun tahun lalu, mengumumkan pihaknya sudah mempunyai pelan berkenaan kepada pelabur antarabangsa. "Tetapi sehingga kini, tiada sebarang perkembangan Pelan Induk Perindustrian Pulau Pinang itu, sekali gus menimbulkan persoalan kepada pelbagai pihak termasuk rakyat kerana sudah lebih 12 bulan beliau (Guan Eng) mengumumkannya, tetapi bayang pun tidak nampak sehingga sekarang.
"Saya mahu Ketua Menteri cepat umumkan pelan itu sebab sudah tiga tahun mereka (pakatan pembangkang) memerintah negeri dan ia boleh dijadikan kayu ukur dan menilai keupayaan mereka," katanya ketika merasmikan konvensyen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di sini, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan, Pengerusi MIC negeri, Senator Datuk P K Subaiyah dan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Pulau Pinang, Datuk Dr Loga Bala Mohan.
Tsu Koon berkata, kegagalan menyediakan pelan itu menunjukkan prestasi sebenar kerajaan pembangkang itu yang kononnya mengamalkan konsep cekap, akauntabiliti dan telus (CAT).
"Adakah ini CAT Government...kerajaan kucing. Saya tidak hairan kalau beliau (Guan Eng) akan umumkan dalam dua atau tiga hari ini kerana saya sudah faham dengan sikapnya. "Mereka perlu mempunyai pelan dasar sendiri dan tidak hanya menumpang rancangan pembangunan dirancang Kerajaan Persekutuan seperti Koridor Pembangunan Wilayah Utara (NCER) sejak 2006," katanya.
Tsu Koon yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang berkata, BN negeri ini sudah pulih daripada menerima tamparan hebat selepas tewas pada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan pentadbiran negeri jatuh kepada pakatan pembangkang.
"BN Pulau Pinang sudah pulih sejak setahun setengah ini dan akan mara ke depan membantu serta memenangi semula hati rakyat," katanya. |
| APA DAH JADI NI USTAZ AZIZAN ? Posted: 12 Jun 2011 09:27 PM PDT 275 bawah umur mohon nikah Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar ctfa@bharian.com.my 2011/06/13
90 peratus babitkan gadis kurang 16 tahun tempoh 3 tahun di Kedah
ALOR SETAR: Sejumlah 275 permohonan nikah membabitkan remaja lelaki dan perempuan bawah umur difailkan di negeri ini sejak tiga tahun lalu, dengan lebih 90 peratus daripadanya membabitkan gadis berusia kurang 16 tahun. Perkahwinan membabitkan remaja bawah umur dilapor semakin meningkat sejak 2008 dan dikatakan ada kaitan dengan beberapa masalah termasuk peningkatan gejala sosial, kemudahan teknologi komunikasi seperti penggunaan laman sosial seperti Facebook dan kesempitan hidup.
Difahamkan, ada juga ibu bapa terpaksa membenarkan anak gadis bernikah bawah umur dan mengaku di depan Hakim Syarie mereka tidak mampu menjaga anak yang didakwa terlalu 'liar' dan menganggap pernikahan jalan terbaik bagi mengelak perkara tidak baik berlaku.
Sumber Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) berkata, sejumlah 75 permohonan kebenaran nikah bawah umur direkodkan sepanjang 2008 dan jumlah itu meningkat 35 peratus kepada 101 kes tahun lalu.
Katanya, ada juga kes membabitkan keluarga miskin di kawasan pedalaman menganggap tindakan mengahwinkan anak gadis mereka dengan orang berada, dianggap dapat memberi kehidupan lebih selesa kepada anak.
Malah, katanya, ada ibu bapa tidak sabar mengahwinkan anak gadis masing-masing sebaik mencecah usia 16 tahun, terutama jika anak itu sudah tidak mampu meneruskan persekolahan. "Bagi keluarga miskin yang ada anak gadis berwajah cantik, akan dibenarkan kahwin jika ada pihak `meminta' walaupun mereka baru berusia 15 tahun. Kes ini banyak berlaku di Sik dan Baling.
"Justeru, ibu bapa menganggap lebih baik anak mereka dikahwinkan awal, kerana sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan keluarga, apatah lagi jika lelaki terbabit orang berada yang diyakini dapat memberi kehidupan lebih terjamin terhadap anak mereka," katanya.
Sementara itu, bagi anak gadis yang dianggap 'liar' pula, sumber itu berkata, perkahwinan dianggap jalan penyelesaian terbaik untuk membendung pergerakan mereka, sebelum terlambat.
"Walaupun dilihat seperti memperjudikan masa depan anak gadis, namun ramai ibu bapa menganggap ia risiko sanggup ditanggung, berbanding melepaskan anak bergaul bebas sehingga mengandung luar nikah," katanya.
Difahamkan, ada di kalangan remaja yang berkahwin muda mengaku di depan Hakim Syarie mereka berkenalan melalui laman sosial sebelum membuat keputusan bernikah bagi mengelak terlanjur.
"Apabila ditanya alasan mahu berkahwin awal, mereka memberi alasan tidak mahu melakukan dosa, selain mengakui pernikahan tidak menghalang mereka terus bersekolah," katanya.
Mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah, had umur minimum pasangan lelaki dibenarkan berkahwin ialah 18 tahun, manakala perempuan 16 tahun. Enakmen itu juga menyebut perkahwinan bawah umur hanya boleh dilakukan dengan kebenaran Hakim Syarie.
Sumber itu berkata, ada juga kes pasangan remaja bawah umur yang berkahwin, kembali ke Mahkamah Syariah untuk bercerai tidak sampai setahun perkahwinan kerana tiada persefahaman. |
| GANU KITA HEBAT - TAHNIAH DAN SYABAS... Posted: 12 Jun 2011 09:24 PM PDT | BILA ADA KUASA TAPI TAK TAHU GUNA DI PANGGIL APA? Posted: 12 Jun 2011 06:43 PM PDT 1. Demo BERSIH2 yang dirancang pada awal Julai akan menguji sejauhmana keberkesanan dan kecekapan pihak berkuasa menghalangnya.
2. Masalah utama kerajaan kita ialah kita tidak memiliki individu yang hebat untuk menangani penganjuran demo seperti BERSIH ini. Anda boleh cadangkan mereka lakukan Demo BERSIH2 di dalam stadium, namun mereka menjawab ianya bukan pertunjukan.
Cuba baca Memoir Lee Kuan Yew, katanya, Tun Razak dan Tun Dr. Ismail, individu yang sangat dihormati dan ditakuti. Kita tidak perlu mencari Umar Al-Khatab, apabila dia marah, syaitan pun bertempiaran lari.
3. Anda memberikan isu merosakkan perniagaan para peniaga, mereka tidak akan peduli, malah Timbalan Presiden PAS yang baru mengatakan tiada yang bankrap selepas demo.
4. Maka, apakah caranya? Ada kuasa tetapi tidak tahu menggunakannya? Berikan jawatan tersebut kepada Mr. Lim Guan Eng, penulis percaya tindakan yang lebih tegas malah berat akan diambil.
5. Perhatikan Singapura, seorang penulis, hanya menulis dan mengkritik pemerintah, dia dipenjara berpuluh-puluh tahun! http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PenuliswargaBritaindipenjarakeranahinasistemkehakimanSingapura/Article/pos_art
6. Kesimpulannya, anda perlu lebih tegas, bukan memberi amaran. Rakyat Malaysia perlu hidup dalam suasana harmonis dan aman, bukan demo yang mengganggu lalu lintas, urusan harian dan sebagainya. Kuala Lumpur perlu tenang, gembira dan peacefull.
Jika kamu tandus idea, bilang aja, barangkali idea saya boleh digunakan. |
| Bila Pas gugur perkataan Islam... UMNO sambut dan laksanakan Posted: 12 Jun 2011 06:22 PM PDT Penulis tertarik dengan tulisan ini di Utusan Malaysia yang membuat satu cabaran kepada PAS supaya gugurkan perkataan ISLAM. Hakikatnya perkataan ISLAM itu bukanlah milik PAS atau juga individu-individu dalam PAS lebih tepat lagi pemimpin PAS. Ianya milik semua orang. Jika sebelum ini tawaran yang dibuat oleh PAS bahawa PAS akan bersedia mengikut UMNO bila mana UMNO menukar sistemnya dan juga pentadbiran negara kepada sistem Islam atau bersetuju menerima Islam. Persoalannya saya ingin ajukan kepada anda pembaca yang budiman adakah PAS akan menuruti segala janji mereka bila mana UMNO bersetuju buat semua itu ?
Hanya masa dan keadaan sahaja yang dapat menentukan PAS macam biasa "semua boleh"....lebih-lebih lagi bila saudagar mimpi ini telah bermimpi kerusi Putrajaya. Mereka lupa akan adanya 2 lagi parti yang dihadapan mereka iaitu PKR dan DAP yang memainkan peranan besar dalam menentukan soal halatuju parti. Bila bercakap mengenai UMNO seringkali perkataan yang keluar dari mulut pemimpin PAS dan pengikutnya adalah SEKULAR...itu sebab PAS tolak UMNO. Dan dicampur lagi dengan sebab sebab lain termasuk kepentingan peribadi....
Sebenarnya dah lama dah...UMNO melaksanakannya tapi cuma tak dinyatakan secara terus terang. UMNO ni bila buat sesuatu ianya tak amalkan falsafah "telur sebiji riuh sekampung" Walau pun kadang-kadang tu bukan sebiji malah berbiji-biji masih lagi senyap aje. Ada pihak tu, buat sedikit sahaja tapi riuhnya seentaro dunia jadi Takabur...pulak. Kini rasanya sudah sampai masanya UMNO sambut ISLAM yang dipinggirkan oleh PAS...apa salahnya, kan orang Melayu di Malaysia semuanya ISLAM....PAS mula kata tengok UMNO mula sensasikan berita mengenai PAS menolak negara Islam bertukar kepada negara kebajikan...Ini umpan PRU 13....lah supaya orang UMNO lalai dan leka sepaya senang DAP dan PKR buat strrategi lain. . |
| PEMANTAPAN UNIT CYBER - ADAKAH KEGAGALAN UMB- satu analisis..... Posted: 12 Jun 2011 06:00 PM PDT Kenyataan Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO mengenai perlunya Unit Cyber BN di mantapkan sebagai satu saluran komunikasi dengan rakyat dan pengundi perlu di ambil perhatian serius. Sudah pasti disebalik teguran itu, tersirat apa yang beliau rasakan perlunya di buat peningkatan dari segi aplikasi dan tindakan. Semua tahun Unit Cyber di letakan di bawah UMB - Pemuda UMNO. Atau lebih dekat lagi penyelarasnya adalah Tun Faisal. Mengikut Naib Presiden UMNO itu, ini perlu dilakukan berikutan kegagalan unit itu tidak memberikan perincian dan penghayatan kepada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar.
"Unit berkenaan sering kalah dalam
menjawab isu-isu yang dibangkitkan
oleh pembangkang dalam media baru
berbanding unit siber pembangkang.
"Unit siber pembangkang mengumpul
dan mengupas isu mengikut tafsiran
masing-masing yang kebanyakannya
menjurus ke arah membelasah
kerajaan," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, maklumat yang tepat dan jelas amat penting bagi menarik rakyat, terutama golongan muda dan 'pengundi atas pagar' daripada terjebak dalam dakyah parti pembangkang.
Suhubungan dengan itu, maklumat yang sedemikian datangnya dari pihak yang berautoriti sama ada menteri berkenaan atau pun kementeriannya. Dalam hal ini, persoalannya adakah unit cyber gagal memperolehi maklumat atau pun kelemahan unit ini sendiri. Atau pun menteri berkenaan yang gagal memberikan penjelasan terperinci?
Tidak dinafikan bahawa antara senjata psywar pembangkang adalah unit cyber ini. Tidak dinafikan kerana mereka mendahului kita dari segi perlaksanaannya. Kata seorang rakan cyber, mereka dah masuk universiti kita masih berada di tadika.
Malah YAB Presiden UMNO ini ada membuat teguran mengenai kelalaian kita semua dalam menterjemahkan teknologi ini sewaktu PRU 12 2008 yang menyebabkan kita kehilangan 5 buah negeri dan majoriti 2/3 di dewan rakyat. Malangnya tidak ramai yang sedar akan kehebatan teknologi ini dalam mempengaruhi generasi muda.
Malah masih terdapat ramai Ketua UMNO Bahagian dan juga sebahagian besar YB yang masih "buta IT". Ada sahaja alasan yang diberikan apabila sedikit peruntukan diminta untuk membiayai kos unit ini. Pemikiran lama Ketua UMNO Bahagian ini jelas menyebabkan pengendali-pengendali unit cyber ini berjauh hati. Lebih malang lagi mereka mula menyerang UMNO dan juga kepimpinan UMNO.(Pengalaman penulis sendiri)
Unit Cyber bukan sahaja digunakan dalam soal menjawab tohmahan dan fitnah yang dibuat oleh pembangkang malah kegunaannya dalam politik begitu luas sekali. Malah face book sendiri dari soal hubungan sosial kini telah digunakan oleh Obama dalam kempen politiknya.
Tidak ramai yang sedar, Perdana Menteri YAB Datu Seri Najib sendiri begitu komited dalam soal komunikasi dengan rakyat...khususnya golongan muda....Beliau telah gunakan apa jua kaedah agar segala pemasalahan rakyat dapat beliau ikuti dengan lebih dekat lagi.
Berbalik semula kepada UMB....yang ditugaskan untuk menjadi pengendali unit cyber ini. Berjaya atau gagal nya UMB ini adalah bergantung kepada komitmen , dedikasi, inovasi Ketua dan juga AJKnya.....Sebelum ini ada kedengaran sewaktu pilihanraya kecil Merlimau 2011 - pergeseran unit ini dengan PMM - Pahlawan Maya Melaka. Begitu juga sebelum ini.... Moga ini jadi pengajaran kepada kita semua....dalam menghadapi PRU 13.
| BELAJAR UCAP TERIMA KASIH...... Posted: 08 Jun 2011 05:47 PM PDT | |
Apo Kono Eh Jang! Posted: 13 Jun 2011 07:37 AM PDT Petrol harga 16 sen seliter kalau Anwar jadi PM?? Posted: 13 Jun 2011 06:03 AM PDT Dalam satu ceramah di Brickfields semalam, Anwar janji yang dia akan turunkan harga minyak petrol dalam masa 24 jam kalau dia jadi PM dan Pakatan menang PRU13. Spy nampak, Anwar dah mula pakai balik modal lama macam masa PRU12 dulu.. Anwar ni macam biasalah.. sapa boleh lawan dia punya jurus kungfu kencing kuat yang terkenal tu.. Tun Mahathir dulu pun hampir kena kencing dengan mat bontot ni. Tapi nasib baiklah Tun M lebih bijak tak bagi Anwar jadi PM.., kalau tak, susah kita baii..
Spy terfikir jugak.., Anwar ni tak sedar ke yang rakyat dah makin meluat pada dia? Tengok sajalah audience yang datang ceramah dia di Brickfields tu tak sampai pun 300 orang.. Dulu kalau Anwar buat ceramah, mesti ribu-ribu punya yang berduyun tiba.., tapi sekarang ni dah lain sebab ramai yang dah tak rela dibohongi oleh Anwar.
Lagi satu.., kenapa teruk sangat kena tunggu 24 jam kalau Anwar nak turunkan harga minyak bila dia jadi PM.? Kalau betul Anwar ni utamakan rakyat.., masa pengurus pilihanraya umum Pakatan menang majori nanti terus lah umum harga minyak turun.. Alahhh…, setakat janji je takkan lah tak boleh kot Anwar?
Spy nak tengok jugak kat mana Anwar nak gagau duit untuk tampung subsidi minyak tu nanti.. Sekarang ni Najib dok pening kepala fikir macam mana nak cover duit subsidi tu untuk jaga hati rakyat. Kan bagus kalau Najib pun pandai janji kosong macam Anwar…
Spy pun kadang-kadang pelik dengan manusia zaman sekarang ni.. Banyak sangat yang mudah terpedaya dengan janji kosong.. Anwar janji minyak turun dorang percaya…, Nik Aziz janji nak bagi syurga pun dorang percaya jugak.. Nasib baik tak ada orang yang janji mati boleh hidup balik kalau lawan kerajaan.., kalau tak, mesti ramai yang akan "syahid" masa lawan dengan FRU..
Kita janganlah jadi bodoh sangat untuk percaya pada janji-janji kosong dan tak masuk akal..
Anwar dan Nik Aziz tu sedang bodohkan rakyat bila dorang janji macam-macam untuk dapat undi..
Bila kita percaya, maknanya kita memang bodoh lah.. Kalau bodoh pun janganlah tunjuk sangat..
Malu baii…
Kita memang marah kalau minyak naik.., tol naik.., barang keperluan naik.. Tapi kita akan jadi lagi marah kalau kena tipu dan harga minyak, tol dan barang keperluan tak turun lepas kita bagi undi kita pada puak-puak yang pandai janji kosong..
Korang cuba fikir.., kenapa Anwar hanya berani janji minyak akan turun tapi dia tak pernah cakap berapa yang dia akan bagi turun? Sebabnya, kalau dia menang dan dia turunkan lima sen punnn..,
korang semua tak boleh kata apa.. Dia akan kata, dia dah penuhi janji dia..
Patutnya, korang kena mintak dia janji turunkan harga minyak macam di Venezuela.. Seliter minyak kat situ cuma 16 sen je baii.. Berani ke Anwar janji macam tu?
Dan satu lagi, Spy rasa Anwar tak payah nak susah-susah janji nak turunkan harga minyak kalau dia menang nanti.. Sekarang ni kan dia tu penasihat ekonomi di Selangor, jadi kenapa dia tak suruh balaci dia si Khalid Gagap tu turunkan harga makanan, barang keperluan dan jugak cukai di situ.?
Kan Selangor tu negeri paling kaya dalam Malaysia.., takkan lah Anwar tak boleh buat kot? Dia kata dulu dia adalah menteri kewangan yang terbaik di Asia Tenggara, jadi kenapa nak urus tadbir ekonomi Selangor pun Anwar tak mampu?
Tak payahlah Anwar nak sibuk janji ke hulu hilir nak turunkan harga minyak.., cukuplah dengan jaga kebajikan rakyat di Selangor tu.. Jadikan Selangor sebagai model pemerintahan kerajaan Pakatan.. Itu baru betul..
Ini tidak.., macam mana rakyat nak percaya kan Anwar kalau negeri-negeri Pakatan pun tunggang langgang macam diuruskan oleh orang gila? Kalau setakat pandai berjanji tapi tak pandai tadbir negeri.., Spy rasa Nik Aziz lagi hebat dari Anwar..
Anwar hanya mampu janji turunkan harga minyak.., tapi Pok Nik terus janji syurga dan pahala kepada sesapa yang join parti jumud dia.. So, sapa lagi hebat baii…? Kalau Spy, mesti pilih Pok Nik jadi PM sebab dia boleh bagi syurga… Ada bidadari ooooo dalam tuu… Hehehehehe…
| Nizar meroyan: Kalah bertanding, terus kutuk Tun M..!!! Posted: 12 Jun 2011 05:28 PM PDT Kebodohan dan kedangkalan otak Nizar mungkin membuatkan dia kalah dalam perebutan jawatan Naib Presiden Pas baru-baru ini kepada Mahfuz. Meskipun Mahfuz berotak udang dan dikatakan hanya lulusan SRP, manakala Nizar adalah merupakan seorang Ir. dalam bidang kejuruteraan, tapi nampaknya otak Mahfuz lebih diterima pakai oleh ahli-ahli Pas. Itu jelas membuktikan Nizar seorang yang tidak berakal! Baru-baru ini, Nizar mengulang tayang kebodohannya untuk membezakan antara yang benar dan yang salah. Katanya "Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak layak untuk dijadikan contoh dan pemimpin teladan walaupun telah memimpin negara selama 22 tahun."
Nizar berkata, Tun M bukan saja menolak hukum Islam yang cuba dilaksanakan oleh kepimpinan Nik Aziz di Kelantan, tetapi memperlekehkan hukum Islam apabila mengugut akaan menggunakan pelbagai cara serta peruntukan bagi menghalang pelaksanaan hukum itu. Kata Nizar…
"Kenyataan Nik Aziz bahawa beliau masih lagi menyimpan surat larangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan oleh Presiden Umno dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir bukan satu omongan kosong. Surat tersebut juga bukan satu cerita palsu yang direka seperti video seks lucah atau seumpamanya, tetapi ia adalah kenyataan yang tidak sepatutnya lahir dari seorang pemimpin yang mendakwa mereka memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam dalam negara ini."
Lihatlah betapa bodohnya Nizar memberikan kenyataan. Dia kata Tun M tidak boleh menjadi teladan?
Tahukah dia bahawa Tun M itu menjadi idola ramai rakyat Malaysia? Tahukah dia bahawa Tun M itu sering didoakan kesejahteraannya oleh para ulama? Tahukah dia bahawa Tun M itu disayangi, dihormati dan disegani seluruh dunia, khususnya pemimpin dan umat Islam di negara-negara Islam?
Apa Nizar fikir, kita semua tidak ada surat Tun M yang dihantar pada Nik Aziz yang menolak draf hudud Pas Kelantan yang jelas menghina dan menunjukkan seolah-olah Islam tidak adil itu ditolak Kerajaan Pusat? Sila klik di sini dan Tun M pun sudah menjelaskan perkara ini di sini. Apa Nizar buta kayu atau tidak tahu membaca?
Apa yang ada pada Nizar? Apakah pernah ada mana-mana pihak yang mahu mengkaji minda Nizar sebagaimana minda Tun M? Apakah ada mana-mana pihak yang mahu meminjam Nizar untuk mentadbir negara mereka sebagaimana Tun M? Apakah jasa Nizar dan dasarnya begitu hebat sebagaimana Tun M?
Pada saya, sekiranya dibandingkan Tun M dan Nizar, sebesar hama pun sekali Nizar tidak mampu menyaingi Tun M!
Saya bukanlah taksub kepada Tun M, tapi Tun M merupakan idola saya sejak kecil. Saya membesar di zamannya menjadi Perdana Menteri. Saya merasai segala jasa dan sumbangan Tun M. Dan saya akui, bahawa mungkin beliau merupakan Perdana Menteri terhebat, seorang negarawan yang paling ulung, seorang ulama yang disegani oleh ramai tokoh-tokoh ulama dunia, dan seorang individu yang "simple" tapi begitu komited pada Islam, Melayu dan Tanah Melayu.
Siapa Nizar untuk mempertikaikan kewibawaan Tun M? Siapa Nizar untuk menyatakan sama ada Tun M layak dijadikan contoh atau tidak? Siapa Nizar untuk berkata itu dan ini terhadap Tun M?
Sedangkan bertanding Naib Presiden pun Nizar hanya mendapat undian yang paling corot dan jauh lebih rendah berbanding calon lain, apa haknya untuk memberi komen sebegitu terhadap seorang tokoh dunia seperti Tun M?
Apakah Nizar tidak tahu bahawa Tun M dihormati dan disegani ketokohannya diperingkat dunia?
Nizar tidak baca buku karangan Tom Plate, "Doctor M: Operation Malaysia", kah? Tidakkah dia tahu bahawa Tun M dapat pelbagai pengiktirafan dari pelbagai pihak dalam dan luar negara? Apa yang pernah Nizar dapat? Jangankan Nizar, Nik Aziz dan Hadi pun tak pernah dapat apa-apa! Anwar? Itu kena tanya Mat Sabu, lah. Dia yang gelar Anwar "Al-Juburi", bukan Tun M!
Pada saya, Nizar mungkin sudah meroyan ekoran kekalahan teruknya pada pemilihan Pas baru-baru ini. Dia fikir, dia "glamour" dikalangan ahli Pas? Tahukah dia bahawa puak-puak Pas Perak pun menyampah dengan kelaku Nizar masa dia bergelar MB Perak dulu? Tahukah dia bahawa ahli Pas Perak sendiri mengutuk dasarnya yang menjadi boneka DAP dulu?
Nizar harus bermuhasabah. Ada sebabnya dia kalah. Kalau kalah sekalipun, janganlah lepas geram pada Tun M. Tak ada faedahnya. Malah, jika Nizar mengutuk Tun M sekalipun, kutukannya itu akan berbalik kepadanya, "makan tuan" kata orang Melayu. Nizar tak layak pun bercakap mengenai Tun M..!!!
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan