MTD N34 kini telah mula menjalankan Gerak Gempur Daftar Pengundi baru bagi seluruh UPU-UPU di Dun Bukit Chandan. MTD N34 kini telah menjalankan operasi Gerak Gempur bagi fasa ke 3, setelah mula dijalankan bermula bulan Ogos tahun lalu. Kita mula bergerak dari rumah-kerumah setiap ahli dan penyokong PAS serta pakatan Rakyat.
Setiap ahli keluarga PAS & penyokong Pakatan Rakyat yang berumur 21 tahun ke atas, akan didaftarkan untuk menjadi pengundi yang sah. Kita berharap usaha kita ini akan menambahkan pengundi Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU 13 yang dijangkan akan berlaku pada tahun ini. Diharapkan PRU 13 diadakan paling awal bulan 11, supaya nama pengundi baru yang telah didaftar ini dapat mengundi, InsyaAllah dan supaya persediaan untuk menghadapi dapat dikemaskan lagi. Diharapkan semua AJK & petugas pilihanraya perlu bangkit & menyediakan diri untuk menghadapi kerja-kerja pilihanraya.
Untuk mereka yang ingin membantu untuk menjadi petugas, boleh menghubungi pihak sekretariat MAJLIS TINDAKAN DUN seperti no berikut: Pengerusi : 019-5121196 Setiausaha : 010-4633453
Kita amat memerlukan petugas yang ramai untuk melaksanakan kerja-kerja pilihanraya PRU 13 kelak. Marilah kita menyumbang tenaga untuk perjuangan Islam bagi menumbangkan BN yang zalim. Takbirrrr
KUALA LUMPUR: Perasaan curiga dan sifat ingin tahu seorang pengawal keselamatan mengenai bungkusan yang diletakkan di satu laluan kenderaan membawa kepada penemuan seorang bayi yang baru dilahirkan.
Sebelum itu, pengawal keselamatan terbabit, Nair Sagar, 19, menerima maklumat daripada seorang lelaki yang melalui laluan menuju ke ruang meletak kenderaan di Platinum Walk, Jalan Langkawi, Danau Kota, Setapak, yang melihat satu bungkusan bergerak-gerak di laluan berkenaan.
"Ketika saya periksa, saya terkejut selepas mendapati ada seorang bayi perempuan berkulit cerah yang masih hidup serta masih bertali pusat dibalut dengan beg plastik dan ditutup dengan baju-T berwarna merah.
"Malah, ketika saya pegang badannya saya dapati berada dalam keadaan panas mungkin kerana diletakkan di bawah terik matahari," katanya.
Katanya, dia kemudian segera mencari payung bagi menutup bayi berkenaan sebelum menghubungi majikan dan pihak polis.
"Masa itu, saya takut untuk mengalihkan bayi berkenaan sebab bimbang ia akan mengganggu siasatan polis," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Nair berkata, polis dan anggota paramedik yang tiba 10 minit selepas dimaklumkan bertindak memotong tali pusat bayi berkenaan bagi mengelak dijangkiti kuman.
Bayi malang itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan penemuan bayi berkenaan dan siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan, termasuk melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan individu yang bertanggungjawab.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran.
KOTA BELUD - Hajat seorang warga emas, Bandari Ampung dari Kampung Tapukan dekat sini, untuk memiliki rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) masih belum kesampaian.
Bandari, 67, yang menyara keluarga dengan hasil kerja-kerja kampung berjumlah kira-kira RM150 sebulan bimbang kerana rumah yang mereka duduki sekarang boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja.
"Saya telah mengemukakan permohonan bagi memiliki PPRT sejak 1998, namun sehingga kini belum berjaya memperolehinya.
"Saya tidak pernah berputus asa untuk memohon bila sahaja ada khabar permohonan PPRT yang baru dibuka setiap tahun, tetapi malangnya rezeki belum berpihak kepada saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tapukan.
Menurutnya, dalam usia yang semakin lanjut, pendapatannya tidak memungkinkannya untuk mendirikan rumah sendiri.
Rumah tersebut yang diduduki Bandari sekeluarga sejak 30 tahun lalu sangat uzur terutama bahagian dapur yang senget sementara dinding dan atapnya pula dibuat daripada nipah.
Bandari berkata, pihak berkaitan pernah melawat dan meninjau keadaan rumahnya di samping memberikannya harapan dengan memintanya agar banyak bersabar.
"Apabila angin bertiup, rumah ini akan bergoyang. Saat itu kami sekeluarga hanya pasrah dengan ketentuan Allah," katanya.
Sehubungan itu, dia berharap pihak berkenaan dapat memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapinya.
KUALA LUMPUR: Keputusan rayuan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan yang setaraf untuk sesi akademik 2011/2012 boleh disemak mulai tengah hari ini.
Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media, di sini semalam, berkata pemohon boleh berbuat demikian menerusi laman webnya di www.upu.mohe.gov.my atau pada laman web universiti yang dipohon.
Keputusan rayuan adalah muktamad dan rayuan calon dianggap gagal jika mereka tidak menerima sebarang tawaran rasmi sehingga 3 Julai ini, kata kenyataan itu.
Kementerian berkenaan juga tidak melantik ejen atau wakil dalam pemilihan kes rayuan terbabit.
"Orang ramai diminta berhati-hati berikutan kementerian tidak pernah melantik ejen atau wakil dalam kes rayuan.
"Semua pengurusan berpusat adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dengan mengguna pakai dasar, kriteria pemilihan prosedur serta prosedur yang sudah ditetapkan oleh kementerian," katanya.
Untuk sebarang pertanyaan, pemohon diminta hubungi talian 03-88835858 dan 03-88835848.
Calon juga boleh menyemak keputusan rayuan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No.KP) dan hantar ke 15888. – BERNAMA
KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir menahan seorang lelaki Israel yang kini disiasat atas dakwaan melakukan pengintipan di Kaherah, menurut pendakwa raya, kelmarin.
Suspek, Ilan Chaim Grabel dipercayai bekerja dengan agensi perisikan Israel, Mossad, turut menghasut penunjuk perasaan supaya menentang kerajaan tentera yang memerintah Mesir selepas kejatuhan pemimpin pro-Israel, Presiden Hosni Mubarak.
Mahkamah Kaherah mengarahkan lelaki itu ditahan selama 15 hari kerana cubaan mengintip Mesir dengan niat memusnahkan ekonomi dan kepentingan politik negara itu.
Kerajaan rejim Zionis seperti dijangka menafikan dakwaan itu dan menegaskan kononnya Tel Aviv tidak tahu mengenai perkara itu.
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengkaji bagi membolehkan pendaftaran pemilih yang mempunyai bantahan tidak mengganggu pendaftaran bagi pemilih lain.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pada masa ini mana-mana pemilih yang mendaftar di satu-satu kawasan pilihan raya yang mempunyai bantahan tidak dapat diwartakan sehingga semua bantahan yang diterima dapat diselesaikan.
"Ini akan menyebabkan pendaftaran dan pewartaan mereka yang mendaftar yang tidak mempunyai bantahan turut tertangguh disebabkan pendaftaran pemilih lain yang mempunyai bantahan.
"Jadi kita tidak mahu ini berlaku bagi mengelakkan mereka tidak dapat mengundi apabila pilihan raya kelak. Untuk itu kita sedang mengkaji secepat mungkin untuk mengubah peraturan ini," katanya.
Sebagai contoh, katanya sekiranya pendaftaran pemilih baru sebanyak 10,000 di sesuatu kawasan pilihan raya itu dan terdapat beberapa bantahan sekalipun, ini bermakna kesemua mereka yang didaftarkan tidak dapat diwartakan sebagai pemilih baru - Bernama
KUALA LUMPUR, 14 Jun: Harga ayam semakin melampau dan sukar diterima khususnya masyarakat bawahan.
"Persoalannya, kenapa harga ayam semakin tinggi seperti tidak ada tanda akan turun lagi?" tanya Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar).
Di Johor Bahru, katanya harga ayam proses mencecah RM8.10 sekilo dan dijangka akan meningkat lagi 30 sen dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum memberikan alasan bahawa musim cuti sekolah memang sering menjadi pendorong kenaikan harga bahan makanan tersebut selain sikap sesetengah peniaga yang cuba mengaut untung berlebihan.
Katanya, walaupun Datuk Mohd Johari memberikan komitmen bahawa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan memastikan harga serta bekalan bahan makanan itu di pasar-pasar tani dipantau dan dikawal namun ia masih lagi tidak dapat dilaksanakan.
Beliau baru mendapat maklumat bahawa harga ayam di ladang naik dan pemborong mendapatkan harga RM6.90 dan seterusnya mendorong penetapan harga lebih mahal di peringkat peruncit.
Tambahnya, jika harga ayam yang dijual oleh pemborong telah mencecah RM6.90 maka apakah harga jualan kepada pengguna akan dijual pada harga yang sama dengan harga itu.
Apabila harga semakin mendadak naik sehingga mencemaskan pengguna, pada 7 Jun 2011 maka seperti kebiasaannya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan bahawa pasukan pemantau akan bertindak untuk memastikan peniaga yang mengambil bahagian menjual barangan mereka pada harga yang berpatutan.
Cuma bezanya, kata beliau kali ini ia dipantau melalui portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) yang akan mengemas kini sebarang perubahan harga secara harian oleh seramai 1,200 pegawai pemantau harga (PPH) dari KPDNKK.
Sebelum itu, pada 21 Mei lalu, Timbalan Menteri KPDNKK telah menasihatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga ayam ekoran permintaannya yang tinggi ketika itu.
Datuk Tan Lian Hoe berkata, peniaga tidak sepatutnya berbuat demikian hanya kerana kementerian tidak boleh mengawal harga ayam pada waktu biasa kerana ia ditentukan berdasarkan permintaan dan bekalan.
Menurutnya, isu kenaikan harga sebelum itu telah dibangkitkan iaitu sekitar bulan Mac lalu yang mana harga ayam mencecah sehingga purata RM8.20 satu kilogram, namun pada ketika itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberi jaminan harga ayam yang naik mendadak sehingga sekarang akan kembali normal menjelang April.
Apa pun alasan dan cadangan bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga ayam, beliau ingin mendapatkan penjelasan, antaranya kenapa kerajaan tidak mampu mengawal kenaikan harga ayam.
"Adakah alasan yang diberikan oleh penternak sebenarnya berasas dan tidak mampu ditolak oleh kerajaan?
"Adakah kenaikan ini adalah kesan daripada penyelarasan subsidi seperti mana yang telah diumumkan oleh kerajaan?" soalnya lagi.
Beliau turut mempersoalkan, adakah kerajaan telah mewujudkan Program Stok Penimbal Ayam seperti yang pernah dicadangkan.
Katanya lagi, kenaikan harga ayam perlu ditangani segera.
KUALA LUMPUR 14 Jun – Penghuni di beberapa buah bangunan yang mempunyai ketinggian lebih lapan tingkat di sekitar ibu negara hari ini panik apabila merasai dua gegaran iaitu kira-kira pukul 8 dan 11 pagi.
Sekurang-kurangnya 10 lokasi terlibat dikenal pasti dan antaranya di Pekeliling, Wangsa Maju, Jalan Sultan Ismail, Bangsar, Salak Selatan, Bukit Bintang dan Putrajaya.
Gegaran berpunca daripada dua gempa bumi bermagnitud 5.5 dan 5.6 skala Richter yang berlaku di Sumatera Utara pada pukul 8.08 dan 11.01 pagi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pertama pada pukul 8.23 pagi.
Menurutnya, berikutan itu, bangunan seperti Menara Dion dan Kenanga di Jalan Sultan Ismail serta Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) dekat Bangsar telah diperiksa sebanyak dua kali untuk tujuan keselamatan. - Utusan
KUALA LUMPUR, 14 Jun: Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan pemilihan jawatankuasa masjid ala pilihan raya, Umno yang bersikap berpenyakit bebal cuba eksploit isu itu dengan harapan supaya orang Melayu semakin marah dengan Pakatan Rakyat kerana mempolitikkan masjid.
"Pada hal pemilihan itu adalah cara sahaja berubah, dulu angkat tangan sekarang hendak dibuat ala pilihan raya," kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) kepada Harakahdaily.
Katanya, pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 adalah mengikut Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4(1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (negeri Pulau Pinang).
Tambahnya, tatacara baru itu memberikan hak kepada anak kariah untuk mencadangkan jawatankuasa masjid masing-masing kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Menurutnya, selepas tarikh pencalonan ditutup Selasa lalu, 193 daripada 200 masjid sudah menghantar senarai pencalonan masing-masing yang membuktikan majoriti kariah menerima pakai tatacara pemilihan diperkenalkan.
Malah, ujarnya ada masjid mengadakan kompromi di kalangan ahli kariah masing-masing untuk mengelak berlakunya pertandingan.
"Memang Umno anti pembaharuan, kerana selama ini mereka berfikiran jumud dan zero IQ.
"Sebab itu setiap pembaharuan yang dibuat selain daripada Umno ia akan ditentang secara melulu, walaupun akhirnya mereka akan meniru," ujarnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia tentu masih ingat ketika kerajaan Kelantan memperkenalkan hari bekerja selama lima hari seminggu, pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan malas dan akan merendahkan produktiviti.
Tambahnya, tidak berapa lama kerajaan pusat mengikut jejak langkah yang sama.
Mereka, ujarnya akan manipulasi isu ini untuk menuduh kerajaan Pakatan Rakyat menimbulkan kecelaruan kepada orang Islam.
"Apa yang paling kelakar mereka berhujah kenapa kuil dan gereja tidak ada pemilihan ahli jawatankuasa seperti pemilihan ahli jawatankuasa masjid," katanya.
Sebenarnya, kata beliau Umno hendak melindung kerja jahat mereka terhadap institusi masjid di bawah kerajaan Barisan Nasional.
Katanya, pemilihan yang tidak demokratik, ia hanya dipilih oleh pemimpin Umno bukan anak kariah.
"Perlantikan bukan ahli masjid, yang tidak layak dari segi peribadi untuk imarahkan masjid. Tetapi oleh kerana ia 'dibinkan' dengan Umno maka semua boleh.
"Kita boleh lihat masjid di negeri Umno dan Pakatan Rakyat dari segi imarah. Masjid di negeri Umno mati sebelum ahli kariah mati," ujarnya.
KETIGA-TIGA aktivis ini mengajak orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup vegetarian.
KETIKA waktu tengah hari, orang ramai pasti memilih untuk berdiam di dalam kawasan berhawa dingin ataupun mencari kawasan teduh bagi mengelak bahang matahari.
Bukit Bintang, Kuala Lumpur seperti hari- hari biasa tetap dibanjiri manusia. Derapan langkah orang ramai di situ kelihatan pantas kerana tidak tahan berlama-lama dalam suhu panas sebegitu.
Keadaan berbeza pula buat tiga manusia hijau yang tidak putus-putus mengedar risalah kepada orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu.
Sambil memegang papan tanda bertulis Bertindak hijau! Menjadi vegan!, ketiga-tiga mereka yang mewarnakan tubuh badan dengan cat hijau turut melaung-laungkan slogan tersebut dalam bahasa Inggeris sambil melayan permintaan pengunjung untuk bergambar bersama.
Inisiatif Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (PETA) itu merupakan antara usaha mereka bagi menggalakkan manusia menjadi vegetarian dengan mengelakkan pengambilan daging haiwan sebagai juadah harian.
Pemimpin kempen tersebut, Ashley Fruno menjelaskan, selain daripada perubahan iklim, penggunaan tanah berlebihan serta pencemaran air dan udara, memakan daging haiwan juga mengundang malapetaka kepada bumi.
"Saya menjadi vegetarian sejak usia 13 tahun dan saya berharap lebih ramai orang memilih untuk menjadi vegetarian.
Kesan penternakan
"Kita tahu kebanyakan bencana alam yang terjadi hari ini sering dikaitkan dengan aktiviti manusia dalam pembangunan dan pengindustrian tetapi kajian oleh kebanyakan pertubuhan alam sekitar dunia menjumpai sesuatu di luar jangkaan.
"Pertubuhan seperti Institut Worldwatch, Kelab Sierra, Kesatuan Saintis Prihatin dan Al Gore's Live Earth mengesahkan tahap kerosakan alam sekitar akibat penternakan haiwan lebih buruk berbanding aktiviti manusia yang lain," jelasnya.
Selepas berkempen di Filipina, Australia dan Malaysia, aktivis itu akan berlegar-legar pula di ibu negara Indonesia dan Thailand pada pertengahan bulan ini.
Melihat Malaysia sebagai negara yang bersifat terbuka berkaitan perihal kemanusiaan, Ashley meluahkan rasa senangnya sepanjang melakukan kempen tersebut di negara ini yang turut diadakan di Batu Pahat, Johor.
Tidak berdepan cabaran besar seperti yang dialami di beberapa negara lain, reaksi positif masyarakat Malaysia terhadap kempen tersebut melegakannya.
"Saya pernah ditahan pihak berkuasa ketika melakukan kempen yang sama di Korea Selatan atas kesalahan mewarnakan tubuh badan dan berlegar-legar di kawasan awam.
"Tetapi itu semua merupakan dugaan sebagai aktivis dan tidak dinafikan cabaran melakukan kempen di Malaysia ialah cuacanya yang terlalu panas bagi saya," katanya jujur.
Turut sama menyertai Ashley pada hari itu ialah dua sukarelawan lelaki, Malte Schwarzer dari Jerman dan Rezza yang merupakan anak tempatan Malaysia.
Inkues bagi menyiasat kematian misteri penolong pengarah kanan Kastam Ahmad Sarbani Mohamed di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua bulan lalu telah ditetapkan pada 4 hingga 15 Julai ini.
Tarikh itu ditetapkan di mahkamah majistret 3 di hadapan koroner Aizatul Akmar Maharani dan disahkan oleh pegawai polis yang bertugas di mahkamah Kuala Lumpur R Munusamy hari ini.
Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM di Kuala Lumpur pada 6 April lalu.
Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.
Permohonan untuk mengadakan inkues itu dikemukakan mengikut Seksyen 399(1) Kanun Prosedur Jenayah, katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR, 13 Jun: Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, PAS tidak akan berganjak bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk mengadakan himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur, 9 Julai ini.
Katanya, biarpun kumpulan pendesak Melayu, Perkasa memberi amaran untuk menghalang, namun himpunan tersebut tetap akan diteruskan.
"Kita akan buat terus, dia (Perkasa) nak buat himpunan itu hak dia," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dalam sidang media di parlimen hari ini memberitahu pertubuhan itu akan melawan habis-habisan himpunan Bersih 2.0 itu.
Sambil menyifatkan himpunan itu sebagai "mengacau", Ibrahim turut memberi amaran akan membuat himpunan serupa bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 tersebut walaupun terpaksa berlaku pertembungan.
Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, juga mendakwa himpunan Bersih itu akan menimbulkan huru hara apabila ada pesertanya membaling batu dan membakar kereta.
Membidas kenyataan Ibrahim itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, bukan Perkasa yang menentukan himpunan tersebut huru-hara atau tidak.
"Itu kerja polis la nak tentukan aman atau tidak. Datuk Ambiga (Pengurusi Bersih), sudah beri jaminan kita akan buat himpunan secara aman," katanya.
Beliau turut memberi contoh himpunan Bersih pertama pada 2007 lalu, menyaksikan himpunan berlangsung secara aman.
"Perkasa kalau nak buat juga himpunan, buat hari lain la, kita dah cadang tarikh ni lebih awal lagi," katanya.
Declare perang fizikal
Seorang lagi AJK Bersih, Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan tindakan Perkasa memberi amaran mahu bertembung dengan peserta himpunan Bersih sebagai tidak wajar.
"Kita tak pernah halang Perkasa nak berhimpun. Tapi berhimpun lah untuk memperjuang hak sendiri, bukan sebab nak halang kita semata-mata.
"Ini sudah declare perang secara fizikal. Bukan begini caranya, ini cara pengganas," katanya.
GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang tetap akan meneruskan kaedah pemilihan anggota jawatankuasa masjid melalui pilihan raya dan mempertahankan tindakan itu mengikut undang-undang.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Abdul Malik Abul Kassim berkata, Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 adalah mengikut Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4(1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang).
"Tatacara baru yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) ini merupakan penambahbaikan tatacara peraturan yang sedia ada diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak bahawa kaedah baru itu perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Abdul Malik berkata, "Kita ikut undang-undang dan enakmen yang diwartakan Kerajaan Negeri."
Katanya tatacara baru itu memberikan hak kepada anggota kariah untuk mencadangkan jawatankuasa masjid masing-masing kepada MAIPP sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Ditanya cara menentukan anggota kariah yang layak mengundi, beliau berkata, jawatankuasa kariah sedia ada yang akan memutuskan mereka yang layak mengundi.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan satu pangkalan data mengenai maklumat kariah selepas selesai pemilihan itu.
Katanya selepas tarikh pencalonan ditutup Selasa lalu, sebanyak 193 daripada 200 masjid telah menghantar senarai pencalonan masing-masing.
"Ini membuktikan bahawa majoriti kariah menerima pakai tatacara pemilihan yang diperkenalkan MAIPP. Malah terdapat masjid yang mengadakan kompromi di kalangan anak-anak kariah masing-masing untuk mengelakkan berlakunya pertandingan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata, UMNO negeri telah menghantar surat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong beberapa hari lalu melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, supaya membatalkan pilihan raya itu.
"Saya berharap Yang di-pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dapat menghalang perkara yang boleh memecah-belahkan orang Islam," katanya pada sidang akhbar.
Beliau juga mempersoalkan adakah kaedah yang sama akan digunakan untuk memilih jawatankuasa untuk kuil, gereja dan tokong.
"Perkara ini perlu ditelitikan secara mendalam sebelum membuat apa-apa keputusan kerana ini membabitkan hal ehwal agama," katanya.- Bernama
KUALA LUMPUR, 14 Jun: Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) akan meneruskan siri jelajah ke seluruh negara untuk bertemu dengan anak-anak Terengganu yang tertangguh seketika selepas dimulakan di Ipoh, Perak pada 26 Mac lepas.
Setiausaha Perantau, Suhaimi Embong memberitahu Harakahdaily, beliau dan rombongannya akan ke Sabah untuk bertemu dan beramah mesra dengan anak-anak Terengganu yang berada di negeri itu pada 18 dan 19 Jun ini yang akan diadakan
di sebuah resort terkemuka di Kundasang.
Beliau berharap anak-anak Terengganu di Sabah yang ingin turut serta dalam dalam program yang akan diadakan di kawasan pergunungan yang nyaman itu dapat menghubungi penyelaras Program Ramah Mesra Anak-anak Terengganu (Perantau) di Sabah,
Dua wanita warga Singapura dilaporkan dipaksa ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh anggota Jabatan Imigresen selepas ditangkap atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah.
Tindakan seumpama itu pernah diisytiharkan sebagai "tidak berperikemanusiaan dan menghina" serta diarahkan dihentikan serta-merta oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat Peraturan Prosedur Operasi Standard (IGSO) berhubung laporan mengenai pemeriksaan badan, ketika ditangkap dan dalam tahanan pada 2006.
Suruhanjaya lima anggota yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Dzaiddin Abdullah itu berkata amalan tersebut juga haram di sisi Syariah dan mencabul hak asasi manusia.
Menurut akhbar harian berbahasa Cina Singapura - Lianhe Zaobao, kejadian berlaku pada awal pagi 9 Jun lalu apabila dua wanita berkenaan memandu menyeberangi Tambak Johor dari republik itu.
Mereka menuju ke Johor Bahru dengan tujuan untuk makan malam tetapi secara cuai dan lalai melalui kaunter imigresen tanpa mengecop passport masing-masing.
Atas kesilapan itu, mereka ditahan dan didakwa sebagai pendatang asing dan dikurung di lokap di Pontian, Johor.
Wanita yang menggunakan nama samaran Lin Li Li, memberitahu akhbar itu, dia dan rakannya Zhan Ting Ting, juga nama samaran, kemudiannya diarahkan supaya menanggalkan semua pakaian mereka dan melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali.
Selepas selesai melakukannya, mereka diberi pakaian tahanan dan mendakwa digari dan dikurung di bilik tahanan yang cukup memilukan.
"Baju yang diberikan itu kotor dan berbau. Sel itu sebesar dua pertiga gelanggang bola keranjang tetapi ada 50 ditempatkan di dalamnya. Ada banyak nyamuk dan juga lipas.
"Kami digari dan dilayan seperti banduan meskipun kami belum didapati bersalah. Ini amat menghina," kata Lin kepada akhbar itu.
Selepas dikurung selama 24 jam, mereka kemudiannya dibebaskan dengan surat amaran daripada seorang pegawai imigresen.
Berang layanan yang tidak berperikemanusiaan itu, kedua-dua mereka berkata tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia walaupun dijemput berbuat demikian.
Menurut laman web akhbar harian Sin Chew, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmud Adam enggan mengulas kerana belum menerima laporan berhubung perkara itu.
PETALING JAYA, 14 Jun — Satu kumpulan yang dikenali sebagai Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan www.malaysia.gov.my di bawah "Operation Malaysia" awal Khamis ini.
Kumpulan itu menghantar mesej mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi Khamis ini waktu Malaysia (7.30 petang, waktu GMT esok).
Laporan The Star Online pagi ini menyebut ugutan dalam bentuk grafik disiarkan di laman web http://i.imgur.com/PTFWh.png.
Mikko Hypponen, ketua pejabat penyelidikan di F-Secure Corporation, sebuah firma sekuriti perisian yang berpejabat di Helsinki, Finland menghantar mesej mengenainya menerusi Twitter kira-kira 4.42 pagi tadi (waktu Malaysia).
Tiada butiran lain diperoleh ketika ini, kata laporan itu.
Laporan itu menambah, tidak diketahui sebab Anonymous menyasarkan laman web Malaysia.
KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) bakal menamatkan perkhidmatan kereta api pergi balik Kuala Lumpur – Ipoh – Kuala Lumpur bermula 1 Julai depan.
Unit Komunikasi Korporat KTM berkata, penamatan perkhidmatan itu bertujuan penambahan koc-koc penumpang bagi laluan tersebut dengan kapasiti lebih padat.
"Sebagai alternatif, KTM Intercity menyediakan beberapa perkhidmatan kereta api ekspres ke laluan tersebut.
"Selain itu, penumpang boleh menaiki perkhidmatan kereta api Elektrik (ETS) untuk ke laluan tersebut. Penumpang juga dapat menikmati tambang serendah RM25.00*," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, sebarang pertanyaan boleh layari laman sesawang KTM Berhad, www.ktmb.com.my dan KTM Intercity www.ktmintercity.com.my atau hubungi pusat panggilan KTM Berhad di talian 1-300-88-KTMB (5862).
*Kadar tambang rendah RM25.00/sehala untuk perjalanan ETS silver sahaja. Sila layari www.ets-train.com.my untuk jadual dan tambang tren ETS.
BANGKOK - Majoriti penduduk Thailand bersedia mempunyai perdana menteri wanita pertama, menurut keputusan tinjauan Institut Kebangsaan Pentadbiran Pembangunan Thailand, semalam.
Tinjauan itu menunjukkan sebanyak 63.5 peratus daripada responden sedia menerima kemungkinan itu manakala 15.8 peratus tidak bersetuju jika wanita menjadi pemimpin tertinggi negara itu.
Yingluck Shinawatra, adik kepada bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra menjadi calon perdana menteri wanita pertama parti pembangkang, Pheu Thai bagi pilihan raya 3 Julai depan.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi bermagnitud 5.9 melanda Sumatera Utara 8.08 pagi tadi dengan gegarannya dirasai di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka, demikian kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, sebentar tadi.
Pakatan Rakyat menyifatkan kebimbangan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman terhadap kemampuan gabungan itu merampas Johor "ada asasnya" sekiranya pakatan itu menguasai 50 peratus pengundi luar bandar.
Gabungan itu sedang berusaha untuk mencapai sasaran tersebut dengan melaksanakan pelbagai aktiviti, program turun padang dalam usaha menguasai negeri itu daripada BN.
Pakatan memenangi enam kerusi negeri di Johor - dua kerusi dimenangi oleh calon PAS (Sungai Abong dan Maharani) dan empat lagi oleh calon DAP (Bentayan, Mengkibol, Skudai dan Senai).
Pengerusi Pakatan Rakyat Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata beberapa kayu ukur pertambahan sokongan masyarakat luar bandar dapat dilihat daripada kehadiran mereka pada ceramah Pakatan yang bertambah sehingga 30 peratus.
"Ceramah adalah cara paling efektif untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat luar bandar. Ada peningkatan hadirin dalam ceramah kita... Dalam satu minggu ada dua atau tiga ceramah Pakatan.
"Selepas pilihan raya Sarawak, peningkatan 30 peratus (hadirin) dalam ceramah kita. Ada juga ramai penyokong Umno yang hadir... Tidak kira ceramah kita di seluruh Johor, sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran," katanya.
Dr Boo yang juga pengerusi DAP Johor mengulas kenyataan Abdul Ghani yang mengarahkan semua jentera BN di 26 bahagian di negeri itu bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Abdul Ghani juga dilaporkan berkata sekira Pakatan menguasai 50 peratus pengundi luar bandar, 80 peratus pengundi bandar dan 60 peratus pengundi India, maka gabungan itu berupaya merampas Johor daripada BN.
Dr Boo berkata untuk tujuan berkenaan, Pakatan juga menubuhkan pusat aduan masyarakat terutama di kawasan luar bandar bagi menyelesaikan masalah rakyat.
Menurutnya, DAP turut menubuhkan 15 pusat aduan masyarakat di luar bandar antaranya masing-masing dua di Skudai dan Muar serta beberapa lagi di Tangkak, Labis, Segamat, dan Johor Bharu.
"Mereka (BN) memang terasa tekanannya. Dua tiga tahun ini, kita mengadakan pelbagai aktiviti dan menubuhkan pusat aduan rakyat," kata beliau yang juga ADUN Skudai.
Dr Boo berpandangan wujudnya kecenderungan pengundi luar bandar untuk menyokong Pakatan berdasar sokongan mereka dalam pilihan raya kecil Tenang, walaupun calon PAS Normala Sudirman tewas akibat kesulitan seperti banjir dan masalah pengangkutan.
Sementara itu, ADUN PAS Maharani Dr Muhammad Taslim bersetuju dengan pandangan Dr Boo bahawa BN "sedang kepanasan dengan sambutan rakyat Johor terhadap Pakatan".
"Agak tepat apa yang dibimbangi (Abdul Ghani)... Sokongan pengundi bandar dan luar bandar tidak berubah sejak (pilihan raya) 2008, bahkan bertambah.
"Kita juga bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. (Menarik sokongan) di luar bandar, kita mengambil masa (sedikit).
"Kita ada kumpulan sasaran, kita beri bantuan tak ikut parti politik. Mereka nampak keikhlasan kita, kita cuba sedaya-upaya kita sekadar yang mampu (membantu rakyat)," katanya.
Menurutnya lagi, khidmat wakil rakyat pembangkang kepada masyarakat tidak bermusim, sebaliknya berterusan dan bertambah walaupun dalam skala yang kecil.
Bagi tujuan tersebut, Dr Muhammad yang juga ahli jawatankuasa PAS Johor menubuhkan pusat aduan masyarakat di luar bandar, antaranya di Sungai Balang dalam parlimen Muar dan beberapa lagi di Johor Bahru.
Dr Muhammad yang juga naib yang dipertua PAS Muar berkata beliau juga mendapat "maklum balas yang cukup baik" daripada pengundi di luar bandar, khususnya kaum Cina, terhadap aktiviti yang dilaksanakannya.
Difahamkan PAS juga menubuhkan pusat aduan dan khidmat masyarakat di kawasan luar bandar dan pinggir bandar antaranya di sebuah kampung Melayu di Gelang Patah, Taman Permas di Pasir Gudang dan kampung tradisi di Tampoi, Pulai.
AYER KEROH - Seorang juruwang Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam selepas mengaku bersalah terhadap 56 pertuduhan mendepositkan cek RM1,925,500.
Roslizam Zabar, 40, berhadapan tiga pertuduhan pilihan merangkumi 56 pertuduhan mengikut tahun, 2008, 2009 dan 2010, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim, Abu Bakar Katar.
Pada pertuduhan pilihan pertama, Roslizam didapati curang dan tanpa pengetahuan serta kebenaran bank membuat deposit cek yang tidak wujud berjumlah RM95,000 dan dimasukkan ke dalam akaun BIMB atas nama Roslen Enterprise di nombor akaun 04024010016444 di BIMB cawangan Masjid Tanah, Kompleks Perniagaan Masjid Tanah, Alor Gajah antara 5 dan 26 Disember 2008.
Bagi pertuduhan pilihan kedua, dia lakukan perkara sama dengan jumlah RM1,578 di dalam akaun dan bank sama pada 2009, iaitu dari 9 Januari hingga 25 Ogos.
Menerusi pertuduhan pilihan ketiga pada 2010, dia melakukan perkara sama dengan jumlah wang RM252,500 ketika bertugas dari 2 hingga 17 Ogos.
Roslizam, diwakili peguam, Shah Rizal Alias dan Shahrul Amali Shafie ketika rayuan, meminta mahkamah berikan hukuman ringan kerana dia berniat pulangkan semula keseluruhan wang diambil.
"Tertuduh insaf. Dia turut beri kerjasama ketika majikannya menyiasat perkara berkenaan dengan menyerahkan borang deposit cek yang berada dalam simpanan.
"Mahkamah dimohon pertimbangkan tanggungjawab tertuduh untuk menyara seorang isteri dan tiga anak yang masih kecil berusia dari setahun hingga enam tahun, di samping ia kesalahan kali pertama," kata Shah Rizal.
Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar, mohon dikenakan hukuman berat kerana kesalahan dilakukannya serius dan tidak sepatutnya tertuduh guna wang pihak ketiga dalam menyelesaikan masalah kewangan.
"Niat jahat berlaku ketika transaksi pertama, kemudian dipengaruhi nafsu tamak kerana tertuduh didapati mengulangi perbuatan sehingga membabitkan 56 transaksi dilakukan.
"Sekiranya tertuduh berniat mahu memulangkan semula wang terbabit, dia sepatutnya sudah memulakannya sejak awal, tetapi sehingga sekarang tiada usaha dilakukannya," katanya.
Setelah meneliti fakta kes dan mendengar hujah serta rayuan kedua-dua belah pihak, Abu Bakar kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan empat sebatan halus bagi setiap pertuduhan pilihan dari 2008 hingga 2010.
Beliau, bagaimanapun, mengarahkan hukuman dijalankan secara serentak menjadikan hukuman dijalankan ke atas tertuduh adalah 10 tahun penjara dan 12 sebatan.
LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.
Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."
"Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.
Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.
Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun.
Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu.
PEKERJA memeriksa kerosakan yang berlaku di Gereja St John selepas gempa bumi melanda Christchurch, New Zealand semalam.
WELLINGTON: Beberapa siri gempa susulan melanda bandar Christchurch semalam, bandar yang pernah dilanda gempa bumi besar Februari lalu, meruntuhkan satu bangunan di antara beberapa lagi bangunan yang masih berdiri di kawasan bandar dan menyebabkan bekalan elektrik di beribu-ribu kediaman terputus.
Kira-kira 200 orang berada di kawasan gempa bumi semalam dan dua mangsa masih terperangkap dalam gereja, manakala 10 lagi cedera.
"Kami diselaputi debu. Ia sangat menakutkan," kata Datuk Bandar Christchurch, Bob Parker kepada radio nasional New Zealand.
Penduduk di bandar itu keluar dari bangunan dalam keadaan panik apabila gempa berukuran 5.2 magnitud melanda ketika waktu makan tengah hari, dan sejam kemudian gegaran berukuran 6 magnitud melanda, menurut Kajian Geologikal Amerika Syarikat.
Di pusat bandar dan pinggir bandar, beberapa bangunan turut rosak.
Akhbar NZ Herald melaporkan 50 bangunan berkemungkinan runtuh dalam kejadian gempa bumi itu. Gegaran turut dirasai sejauh Wellington dan Invercargill. Terminal lapangan terbang Christchurch kembali dibuka tetapi pemeriksaan landasan diteruskan. Penerbangan dijangka lewat.
Jambatan di Jalan Gayhurst, Avonside turut runtuh berikutan gempa itu, manakala beberapa lagi jambatan ditutup.
Stesen bersejarah Lyttelton Timeball Station yang rosak dalam gempa bumi Februari lalu turut runtuh.
"Semua kedai runtuh. Separuh daripada bumbung jatuh tetapi tidak runtuh keseluruhan," kata pekerja Domino's Pizza, Renee Murray.
Bandar itu digegarkan ratusan gempa susulan sejak gempa bumi berukuran 6.3 magnitud membunuh 181 orang pada 22 Februari. Seperti gegaran sebelum ini, dua gempa besar semalam terjadi dalam hanya dalam kedalaman 10 kilometer, menurut USGS.
Kira-kira 47,000 kediaman di timur bandar mengalami gangguan tenaga elektrik ketika penduduk berdepan dengan cuaca musim sejuk.
Batu bergolek menuruni bukit di kawasan paling teruk dilanda gempa pada Februari apabila mendapan menggelembung dari bumi, satu proses yang dikenali sebagai 'liquefaction' yang kadangkala terjadi ketika kejadian gempa. –
AP/ Agensi
INFO: GEMPA DI CHRISTCHURCH
Selepas gempa pada Februari lalu, 300,000 tan mendapan memenuhi bandar dan mendapan memenuhi bandar dan menjadikan ribuan rumah tidak boleh didiami.
Dalam kejadian semalam, kenderaan SUV terjerumus memasuki lubang besar yang terjadi akibat gempa, manakala kereta polis tertimbun antara satu sama lain.
Dengan kerosakan di pusat bandar bermakna ada bangunan yang sudah diselamatkan kini mengalami kerosakan yang teruk.
BENGHAZI 14 Jun – Pasukan tentera yang setia kepada pemimpin Libya Muammar Gaddafi hari ini membunuh 21 orang pemberontak yang berada di barisan hadapan antara Ajdabiya dan Brega yang terletak di timur Libya, lapor komander pemberontak.
Menurut Mussa al-Mograbi, kumpulan pemberonta terpedaya dengan muslihat tentera Gaddafi yang berpura-pura untuk menyerah diri dengan membawa bendera putih dan kemudian menembak ke arah mereka.
Kira-kira 20 orang pemberontak tercedera dan dibawa ke hospital Ajdabiya, 160 kilometer dari selatan Benghazi untuk menerima rawatan.
AMMAN 14 Jun – Sekumpulan remaja Jordan menyerang perarakan kereta Raja Abdullah II dengan melempar batu ke arahnya ketika baginda melawat bandar di Tafileh di selatan negara itu, kata seorang pegawai keselamatan tetapi kenyataan itu dinafikan oleh kerajaan.
Menurut pegawai tersebut, sebahagian daripada perarakan kereta tersebut diserang dengan dilemparkan batu serta botol kosong oleh sekumpulan lelaki yang berusia 20 hingga 30 tahun apabila kereta raja itu memasuki Tafileh.
"Tiada siapa yang tercedera dan kereta-kereta yang mengiringi raja itu menukarkan arah laluannya," ujarnya.
ISTANBUL, 14 Jun: Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang baru dilantik, Taufek Abdul Ghani berazam untuk membentuk pasukan yang kuat di negeri itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Saya berazam untuk menggabungkan semua pihak dan golongan untuk membentuk kombinasi terbaik dalam pasukan pilihan raya ini," kata Taufek ketika ditemui Harakahdaily di sini.
Beliau kini dalam rangka kunjungan ke Turki untuk menjadi pemerhati pilihan raya umum negara itu bersama sembilan lagi anggota.
Taufek mendapat maklumat dia dilantik menjadi Pesuruhjaya Negeri Sembilan yang baru bagi menggantikan Zulkefli Mohd Omar ketika berada di atas kapal untuk menyeberangi Selat Bosporus di Istanbul.
Maklumat itu dibacakan oleh Dr Mariah Mahmud melalui berita yang diterima melalui email beliau. Ketika itu rombongan baru sahaja selesai melawat sebuah sekolah yang dijadikan sebagai salah satu pusat pembuangan undi di Turki.
Semua anggota rombangan PAS dan PKR yang menyertai delegasi Malaysia itu mengucapkan tahniah kepada Taufek atas pemilihan itu.
Bagaimanapun, berita itu tidak mengejutkan sangat kerana sejak tiba di Istanbul lagi gurauan sudah dibuat oleh anggota rombongan kononnya beliau akan dilantik sebagai pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang baru.
"Tak boleh tolak ke?"
Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut Taufek, seorang yang berpewatakan lembut, ketika ditanya apa perasaan dilantik menjadi pesuruhjaya yang baru.
Ketika itu, Taufek tidak mahu bercakap banyak mengenainya.
Namun, sehari selepas itu, baru Taufek mula menerima kenyataan beliau adalah pesuruhjaya baru PAS Negeri Sembilan dan perlu berfikir apa yang perlu dibuat.
"Saya mengucap ribuan terima kasih atas perlantikan ini. Bagi saya ini satu penghargaan kepada golongan muda dalam PAS dan saya yakin ia akan dibalas dengan memberikan sumbangan terbaik untuk parti.
"Ini merupakan satu cabaran dan amanah yang berat kepada saya tetapi saya akan berusaha untuk mencapai yang terbaik," kata Taufek.
Menurut satu-satunya Adun PAS di Negeri Sembilan itu, beliau masih terkejut dengan pemilihan yang tidak disangka-sangka itu.
"Saya akan jadikan pengalaman dan kejayaan kerja pilihan raya AKP sebagai satu inspirasi untuk menghasilkan kemenangan untuk PAS di Malaysia dan Negeri Sembilan khasnya," kata Adun Paroi itu.
PAS bertanding di 13 kerusi dalam pilihan raya umum lalu di Negeri Sembilan namun hanya Taufek sahaja yang menang.
Saya mewakili seluruh pengguna jalanraya di Daerah Jempol hendak menyatakan rasa tidak puas hati dengan keadaan jalanraya di daerah kami.Terutamanya jalan dari kawasan MAHSAN ke Bandar Seri Jempol yang tidak rata membahayakan keselamatan pengguna-pengguna jalanraya yang menggunakan jalan ini untuk pergi ke Temerloh,Muadzam dan ke Bahau.
Tambahan lagi pihak yang memperbaiki jalan ini hanya menampal sahaja lubang-lubang di jalan itu dengan bahan yang tidak berkualiti dan mudah pecah serta ini boleh menyumbang kemalangan jiwa pada ketika hujan lebat. Untuk pengetahuan Aduan Rakyat saya terpaksa menukar suspensi kereta saya sebanyak 4 kali sepanjang 2 tahun dibeli.
Ini disebabkan keadaan jalan yang tak ubah macam litar perlumbaan rally membuat saya tidak selesa untuk pergi bekerja dari Bandar Seri jempol ke Bahau setiap hari. Adakah jalan ini hanya diperbaiki tiap kali pilihanraya berlangsung? Mana perhatian ADUN tentang keselamatan rakyat yang menggunakan jalan ini/ Saya harap pihak Aduan Rakyat dapat mengambil perhatian berkenaan masalah ini agar tidak lagi berlaku kemalangan jiwa yang meragut nyawa orang-orang tersayang.
Langkah Kerajaan memansuhkan pemberian diesel subsidi super kepada nelayan telah menyebabkan lebih 500 nelayan dan pengusaha bot tunggal engan turun ke laut dan berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan bagi menuntut kerajaan mengembalikan sunsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini.
Langkah kurang bijak kerajaan ini akan menyebabkan harga ikan dan makanan laut akan meningkat berikutan Nelayan terpaksa menampung kos yang lebih untuk turun kelaut bagi menangkap ikan. Ini sekaligus akan mendatangkan bebanan hidup kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk membeli ikan dan makanan laut untuk keperluan harian mereka. Bagi Pimpinan tertinggi UMNO dan kroni-kroninya, kenaikan harga ini tidak akan dirasakan oleh mereka kerana mereka terdiri daripada golongan yang berpendapatan tinggi.
Cuba kita bayangkan bagi penduduk yang tinggal di Kampung-kampung seperti di Gugusan Manjoi khasnya di Kg Dato Ahmad Said Tambahan 3 ini yang kebanyakannya adalah pekerja kilang. Apakah ini Negara Kebajikan yang dilaungkan oleh UMNO selama ini. Semoga penduduk disini paham dengan situasi ini dan mengundi Pas dan Pakatan rakyat dalam PRU ke 13 nanti bagi menjamin masa depan yang gemilang untuk Malaysia.
You are subscribed to email updates from PAS KDAS 3 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Imbas kembali: Menyantuni masyarakat petani di Baroh Gong Nibong, Jabi
Suatuhimpunanbertemakan 'DemiSetitisKeringatPetani' anjuranBadanPerhubungan PAS Negeri Terengganu melaluiLujnahPetani, NelayandanPenerokabertujuanmenghimpunkanmasyarakatpetani, nelayandanpenternaksekitarZon Utara Terengganu meliputi Daerah Besut, Setiu, Kuala NerusdanHulu Terengganu denganobjektifbagimencetuskangelombangkebangkitanmasyarakatpetani, nelayandanpenternakberkaitanisu-isumasadepandanhak-hakmerekamerekasebagairakyatdidalamsebuahnegarasupayamerekamenyedaribagaimanaselamainidasar-dasarkerajaanUmno/BN telahmenzalimimereka.
Program seharisuntukini, bermuladaripagihinggatengahmalampada 23 Julai 2011 bertempatdiKampung Bari, Permaisuriakanbermuladengankuliahdhuha yang akandisampaikanoleh YB UstazDato' HjNasuruddinDaud, Speaker Dun Kelantan disusulidenganmajlisperasmianolehPesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, YB HjMohd Abdul Wahid Endut. Perjalanan program akandimeriahkanlagidenganacara 'PestaJualanHasil-HasilPertaniandanPenternakan' yang akanberlangsungsepanjang program serta 'Jamuan Rakyat' padatengahharinya.
Acarasukanekadan program muslimatakanmengisijadualwaktupetangnya, serentakdenganitujugasatu seminar tertutupdenganpembentangan 2 kertaskerjaakanberlangsungdi Taman TekreasiMerang.
Penutuppadamalamnya, suatuceramahumumditapakhimpunan yang akanmenampilkanTimbalanPresiden PAS, Tuan Haji Muhammad SabudanKetuaPemuda PAS, UstazNasruddin Hassan TantawidisampingUstazDato' Haji Abu BakarChik, PengerusiLujnahPetani, NelayandanPeneroka Terengganu.
CERAMAH PERDANA Bersama : YB Hj Taufek, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka Chegubard, Pengerusi SAMM Ustaz Shamsul Firdaus Al-Hafiz, bekas Imam Masjid Saidina Omar AlKhattab, Bukit Damansara Tarikh : 18 Jun 2011 , SABTU Masa : 9 mlm Tempat : Kg Astana Raja, Rembau, N.Sembilan
Mulakan pagi ini dgn jihad mentang kezaliman dgn mengajak peserta felcra hadir taklimat dan ceramah menuntut hak dan bebas dr ugutan felcra pd 18 jun 2011 jam 9 mlm di kg cepor Lenggong . Felcra amek hasil atas tanah org kg belanja unt msyt agong UMNO org kg nak keluo felcra nak amek tindakan mahkamah.sampai bila kita nak bio sedara kita di bodohkan bersama tumbanhkan umporno
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PAS Kawasan Bukit Katil mengujudkan 2 laman facebook untuk berinteraksi dengan ahli-ahli PAS Kawasan.
Laman Facebook pertama AJK PAS Kawasan Bukit Katil dan yang kedua Ahli-Ahli PAS Kawasan Bukit Katil. Diharapkan semua ahli dan penyokong dapat join FB Ahli-ahli PAS Kawasan Bukit Katil, boleh request dan Insya Allah akan diterima.
BUKIT KATIL, 13 Jun: PAS Kawasan Bukit Katil mengucap tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang baru iaitu Adly Zahari.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata PAS Kawasan sentiasa komited untuk membantu Pesuruhjaya Negeri Melaka yang bagi memacu perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat di negeri Melaka.
"PAS Kawasan memberikan sokongan penuh atas perlantikan beliau dan percaya Adly berupaya untuk memimpin PAS negeri dengan baik.
"Dengan pengalaman dan karisma yang ada pada beliau saya yakin PAS Melaka akan lebih maju dan mantap berjuang seiring dengan DAP dan PKR di Melaka," kata Yusof.
Semalam Presiden PAS telah mengumumkan bahawa Adly Zahari dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang baru menggantikan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.
Yusof berkata, dengan tenaga, ilmu dan pengalaman serta kenalan yang ramai, beliau yakin Adly mampu mentadbir dan mengepelai jentera PAS Melaka pada Pilihanraya Umum akan datang dengan lebih baik.
"PAS Bukit Katil sentiasa menyokong penuh sesiapa juga yang dilantik oleh Presiden untuk memimpin PAS Negeri, kita akan bekerja secara berpasukan bagi memimpin PAS Negeri dan Kawasan sebagai persediaan untuk kita menggantikan Umno yang semakin lama semakin tenat," kata Yusof.
Berusia 40 tahun, Adly berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari UTM merupakan bekas Jurutera dan pentadbir beberapa syarikat korporat sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Beliau kini seorang ahli perniagaan yang berjaya. Berasal dari Durian Tunggal Melaka, beristeri dan mempunyai 6 orang cahaya mata.
Pernah diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Setiausaha PAS Negeri, AJK Dewan Pemuda PAS Negeri. Sekarang ini beliau juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.
Beliau merupakan anak muda yang komited kepada perjuangan di mana sebaik sahaja tamat pengajiannya beliau bertugas sepenuh masa di Pejabat Perhubungan PAS Melaka selama beberapa tahun.
Berpengalaman bertugas di bawah beberapa orang Pesuruhjaya antara Ustaz Jalaluddin Abdul Wahid, Haji Omar Baba dan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.
Beberapa orang pemimpin kawasan yang ditemui yakin pengalaman dan komitmen beliau kepada PAS selama ini menjadi teras kepimpinan beliau bagi membawa PAS Melaka ke era gemilang pasca Pilihanraya Umum ke 13.
Kuala Lumpur, 12 Jun : Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kapar, Dr Haji Abd Rani Osman, yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Meru telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor bagi sesi 2011 / 2013 menggantikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato' Dr Haji Hasan Mohamed Ali.
Perlantikan tersebut telah diumumkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, selepas Mesyuarat Pertama Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.
Dalam mesyuarat tersebut juga, Dato' Haji Mustafa Ali, dilantik semula sebagai Setiausaha Agung PAS dan dibantu oleh tiga orang Penolong Setiausaha iaitu, Dato' Haji Taqiuddin Hasan, Dr Syed Azman Syed Ahmad dan Ahmad Sabki Yusof. Dato' Haji Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik sebagai Bendahari PAS Pusat, manakala Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat yang baru manakala Dr Hatta Ramli dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat. Selain itu, Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengumumkan perlantikan Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, Ustaz Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Zulkefly Mohamad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus sebagai AJK PAS Pusat.
Sementara itu, selain negeri Selangor, turut mendapat Pesuruhjaya yang baru iailah Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Melaka, Adly Zahari, Negeri Sembilan, Haji Mohd Taufek Abdul Ghani dan Sabah, Aminuddin Halim.
Manakala Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Kelantan), Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang), Dato' Dr Mahfodz Mohamad (Johor), Dato' Seri Azizan Abdul Razak (Kedah), Ustaz Hashim Jasin (Perlis), Ustaz Salleh Man (Pulau Pinang) dan Adam Ahid (Serawak) kekal sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri.
Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya merakamkan tahniah kepada YB Dr Hj Abd Rani Osman di atas tanggungjawab baru tersebut. Semoga di permudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan untuk memberi khidmat yang terbaik.
Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan mengurangkan harga bahan api dalam tempoh 24 jam sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan. "Pemimpin-pemimpin Umno boleh mengatakan apa sahaja (mereka) mahukan," kata Anwar pada satu ceramah di Brickfields di sini hari ini. "Saya pernah menjadi menteri kewangan. Saya tidak mahu menjanjikan perkara-perkara yang mustahil," katanya lagi. Pentadbiran Najib baru-baru ini menaikkan tarif elektrik selain mengurangkan subsidi diesel bagi kapal-kapal perikanan laut dalam dan sembilan kelas kenderaan komersial. Putrajaya sejak tahun lalu memperkenalkan dasar pelarasan subsidi yang membawa kepada kenaikan harga bahan api dengan harga RON97 diapungkan secara berperigkat-peringkat. Sejak awal tahun ini harga RON97 sudah naik empat kali. Anwar juga mengecam pentadbiran Najib kerana mengurangkan subsidi pengguna sedangkan subsidi kepada pengeluar tenaga bebas, yang mencecah RM19 bilion tahun ini tidak disentuh sama sekali. "Apabila yang kaya menerimanya, ia (dikatakan) insentif. Apabila nelayan miskin menerima, ia subsidi," kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin.
Surat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kepada Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Dato' Seri Peter Chin Fah Kui pada hari Isnin, 13hb Jun 2011:
Pendedahan tanpa persetujuan oleh Dato' Dr Teng Hock Nan mengenai peruntukan untuk pembinaan Empangan Air Mengkuang
PSUKPP/21/
13 Jun 2011
Y. B. Dato' Seri Peter Chin Fah Kui Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Aras 2, Blok E4/E5 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62668 PUTRAJAYA
Y.B. Dato' Seri,
PENDEDAHAN TANPA PERSETUJUAN KERAJAAN PULAU PINANG DAN KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR OLEH DATO DR TENG HOCK NAN MENGENAI PERUNTUKAN RM1.2 BILION KEPADA KERAJAAN NEGERI UNTUK PEMBINAAN EMPANGAN AIR MENGKUANG OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG ASALNYA PINJAMAN TANPA FAEDAH
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perbincangan di antara saya dan Yang Berhormat Dato' Seri pada 2 Jun 2011 ketika menghadiri Majlis Menandatangani Migrasi tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mengenai perkara di atas.
2. Kerajaan Negeri kesal dan terkejut dengan kenyataan akhbar yang telah dibuat oleh Dato' Dr. Teng Hock Nan di Pulau Pinang pada 30hb Mei 2011 bahawa Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan RM1.2 bilion untuk pembinaan Empangan Air Mengkuang. Dato' Dr. Teng Hock Nan harus tahu bahawa sebelum ini jumlah RM1.2 bilion ini diberikan secara pinjaman tanpa faedah. Walau bagaimanapun jumlah RM1.2 bilion ini telah ditukar kepada peruntukan geran selepas perbincangan di antara pihak Yang Berhormat Dato' Seri dan pihak kami tanpa melibatkan Dato' Dr. Teng dan oleh itu beliau tidak sepatutnya mengetahui tentang perkara tersebut serta membuat kenyataan akhbar. Maka apabila saya timbulkan perkara ini dengan Yang Berhormat Dato' Seri, Dato' Seri mengesahkan bahawa Dato' Dr. Teng Hock Nan tidak dimaklumkan.
3. Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa Dato' Dr. Teng tidak sepatutnya mengemukakan kenyataan berkenaan kerana maklumat peruntukan geran untuk Empangan Air Mengkuang dianggap satu perkara sulit yang hanya boleh didedahkan oleh Kementerian Yang Berhormat Dato' Seri ataupun Kerajaan Negeri. Tidak wajar dan salah bagi Dato' Dr. Teng membuat kenyataan media apabila beliau tidak ada locus standi langsung.
4. Sehubungan dengan kenyataan tersebut, Kerajaan Negeri melahirkan perasaan bimbang bahawa perkara sulit ini mungkin "dibocorkan"oleh pihak yang tidak berhak untuk berbuat demikian. Ini mempunyai implikasi besar kerana Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) merupakan anak Syarikat Perbadanan Bekalan Air Berhad (PBA) yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Pengetahuan maklumat tersebut oleh pihak yang tidak berhak tahu boleh digunakan sebagai maklumat dalaman yang boleh mempengaruhi harga saham PBA. Maka pada tempoh masa dua tiga hari sebelum surat perjanjian migrasi aset air ditandatangani, ada aktiviti transaksi yang sangat aktif dalam perdagangan saham PBA dan menyebabkan harga saham PBA naik secara mendadak.
5. Itulah sebabnya Kerajaan Negeri hanya berhasrat mendedahkan butir terperinci perjanjian migrasi aset air serentak dengan satu pengumuman dengan Bursa Malaysia. Malangnya Dato' Dr. Teng telah "hijack" perkara ini. Saya berharap Yang Berhormat Dato' Seri boleh jalankan satu siasatan untuk menentukan siapa yang 'bocorkan' maklumat tersebut kepada pihak yang tidak berhak mengetahuinya agar ia tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
6. Diharap hasil siasatan dapat dimaklumkan kepada saya secepat mungkin.
Sekian.
"CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
TAK SUDAH-SUDAH NEGERI YANG TERKENAL DENGAN SEGALANYA BESAR, ALMAKLUMLAH TERBESAR DI SEMENANJUNG JEr. Negeri yang pernah dikatakan oleh MBnya sendiri dah muflis. Yang menarik negeri ini adalah terdapat ahli parlimennya yang menjadi Perdana Menteri Malaysia sekarang. Pengurusan negeri pun tak boleh urus nak uruskan ekonomi negara. Setakat uruskan wang negara untuk belanja sapa pun boleh. Pahang terutama di Kuantan ibu negerinya dan bandar Temerloh berterusan dilanda masalah seperti masalah air paip kurang dan selalu terputus, bantahan projek mautkan rakyat iaiitu projek Lynas, kes peneroka saman FELDA dan kini kes pemimpin BN jual tanah pada bukan bumiputera. Yang bantah terdiri pemuda UMNO Temerloh dan NOG2 yang berat kepada perjuangan Melayu.
Mungkin dikalangan pemuda UMNO, pemuda UMNO Temerloh mungkin tidak bijak sebijak pemuda umno di tempat lain (BIJAK MEMBELIT WANG RAKYAT) dan UMNO2 di negeri lain. Setakat jual tanah SAWIT, TANAH REZAB DAN TANAH DALAM MAJLIS memang lumrah, SAMPAIKAN TANAH negara PUN BOLEH TERJUAL KEPADA NEGARA luar seperti kes Pulau Batu Puti dan kes Tanjung Pagar INIKAN PULA TANAH BIASA.
Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
"Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya."
Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!
Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:
"Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya."
Memang minyak naik jadikan orang naik minyak. Kenaiakan harga minyak petrol SANGAT MEMBEBANKAN RAKYAT. Tuntutan nelayan tidak dilayan
TANJONG KARANG - Kerajaan tidak akan melayan tuntutan kira-kira 1,000 pengusaha bot pukat tunda dari 3 negeri yang ditadbir oleh BN iaitu di Pahang, Johor dan Perlis yang melancarkan mogok sejak kelmarin untuk menuntut pemberian subsidi super diesel kepada mereka.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu.
"Kita bukan tarik (terus) subsidi, kerajaan masih beri subsidi kira-kira RM1 untuk satu liter dengan harga diesel biasa, jadi tidak ada sebab mereka ingin ugut kerajaan untuk boikot dan sebagainya.
"Kalau kita betul-betul tak nak beri subsidi, kita samakan mereka dengan harga industri, tetapi ini masih jauh lebih rendah daripada harga industri,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang di sini semalam.
Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang juga Ketua UMNO bahagian itu.
Kelmarin, pengusaha bot pukat tunda berkenaan mengancam untuk mogok selama tiga hari dan akan meneruskannya selagi kerajaan tidak mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.
Kerajaan sebelum ini memutuskan pengusaha bot pukat tunda berkenaan perlu membeli diesel pada kadar RM1.80 seliter, dan bukan pada harga subsidi super RM1.25 seliter yang layak mereka nikmati sebelum ini.
Ismail Sabri berkata, langkah itu diambil kerana golongan terbabit merupakan pengusaha bot laut dalam yang berpendapatan lumayan berbanding nelayan pantai atau Zon A, B dan C.
"Kalau mereka nak bincang, kita tidak ada masalah, tetapi kalau ugut dan beri tempoh tiga hari, saya kata teruskanlah (mogok), dan kita tidak berminat untuk berbincang dengan orang seperti ini,'' katanya yang tidak menolak kemungkinan terdapat campur tangan pihak tertentu yang mempunyai agenda politik dalam memainkan isu berkenaan. -kosmo
PAS Hulu Selangor terus positif dan agresif bersama YDP Kawasan yang baru Tn Hj Idris Ahmad. Hadir sama penyelaras DUN Hulu Bernam Tn Hj Syukor. Alhamdulillah gerak gempur FELDA Gedangsa amat melegakan apabila maklumbalas bertambah positif dengan penerimaan peneroka dengan tadbirurus Pakatan Rakyat yang memang mendAhulukan rakyat. Mereka (peneroka) ramai yang sedar betapa Kerajaan Barisan Nasional amat menekan dan menyusahkan rakyat. PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 bersyukur dapat menghantar seramai 5 orang ahli yang terdiri dari ajk cawanagan. Pak Ali tuan rumah di FELDA Gedangsa amat bersedia menerima kunjungan kerja kami dan ajk/ahlinya banyak membantu mengenali sekitar rumah yang kami singgahi.
SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.
Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.
Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.
Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.
Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.
Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.
Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai 'saya' bukannya 'beta' sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.
Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:
> Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan "Daulat Tuanku" yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan "Allahu Akhbar". Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.
> Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik... Insya-Allah.
> Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)
> Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah "Alhamdulillah..."
> Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.
> Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.
> Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)
> Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.
> Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soal kekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara...
> Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.
> Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.
> Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.
Walaupun beberapa Ahli Majlis Tertinggi Umporno yang jahil agama Islamnya seperti Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi meminta Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan penggunaan nama Islam pada PAS serta menghalang parti lain daripada menggunakan nama agama dalam parti mereka.
Isu negara berkebajikan menjadi bahan serangan Umno-BN sejak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada muktamar baru lalu menekankan soal negara berkebajikan.
Ekoran itu pemimpin-pemimpin Umno mahu PAS menggugurkan perkataan Islam.
Namun pihak PAS menyeru agar Umporna meletakkan perkataan Islam dan menggantikan perkataan Melayu/ Malays kepada perkataan Islam supaya semua ahli UIMO (dah ganti M kepada I) agar takut nak buat fitnah... takut nak makan rasuah... takut nak dedah aurat... takut nak salah guna duit rakyat.... laksana hukuman Syariah... buang hiburan melampau..... takut kat Allah Taala....
Di Malaysia pula, seorang remaja perempuan berumur 14 tahun telah mengaku dengan menulis di blog dia sendiri yang dia dah takde dara dan berbangga dengan maksiat yang dia telah lakukan.
Begitulah tulisan 'budak' ni kat blog dia. Kesian kat dia dan mak bapa dia yang tak beri dia didikan agama atau pun dah diberi didikan agama tetapi oleh kerana mengikut nafsu duniawi, bangga dengan zina yang telah dia lakukan... mungkin kerana UMporNO yang ajar selama ini!!!
"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman." (An Nur [24]: 2)
Kalu UMporNo kate dia pejuang Islam dan Melayu... kenapa tak dilaksanakan hukuman Allah di Malaysia??
KUALA LUMPUR, 13 Jun — Kerajaan tidak akan mengeluarkan senarai penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meskipun banyak pihak mendesak agar dibuat demikian, kata Datuk Seri Nazri Aziz hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata bukan dasar kerajaan untuk mengeluarkan senarai penerima, malah tiada jaminan bahawa isu berkaitan akan selesai dengan mengeluarkan senarai nama penerima.
"Bukan dasar kerajaan mengeluarkan nama mereka yang berjaya memperoleh biasiswa (JPA)," kata Nazri ketika menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat hari ini.
Fong berpendapat bahawa pendedahan senarai penerima biasiswa JPA akan mengelakkan kekeliruan berhubung polemik mengenai isu yang muncul hampir setiap tahun itu.
.... benar ke kerajaan bagi biasiswa kepada pelajar kita? atau hanya sembang atas angin je... maklum le kerajaan bukan ade duit pun.... kalu bagi pun kat anak-anak kroni je...
antara yg gagal mendapatkan biasiswa walaupun dapat 9+ dalam SPM lalu
Saya terpanggil memberi komentar terhadap kenyataan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS yang baru dipilih, dalam interview beliau dengan Malaysiakini bertarikh 10 Jun lalu.
Nasihat terus terang beliau sebagai Timbalan Presiden dan pemimpin lama PAS yang telah teruji, wajar dilihat dengan positif demi kebaikan parti dan kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS.
Menurut Mohamad dalam bab harta dan pangkat - 'Kalau PAS tak ambil, UMNO akan ambil' - adalah satu pegangan atau tanggapan yang menyalahi matlamat perjuangan PAS, dan ini wajib diubah, dengan perubahan yang lebih besar.
Tanggapan ini wujud terpahat dalam kepala orang PAS di mana-mana, dan bagi Kedah dan Kelantan, yang dipimpin oleh PAS, perubahan yang berlaku dalam hal ini tidak mencukupi. Contohi Pulau Pinang yang dipimpin DAP, kata Mohamad.
Saya setuju dan akur, tetapi (maafkan saya!) kalau kenyataan ini dibuat sebelum muktamar, saya percaya Timbalan Presiden PAS yang baru bukannya Mohamad. Apa telah berlaku di Kedah dan Kelantan dan ada apa di Pulau Pinang dan hingga beliau membuat seruan mencontohi negeri itu?
Gelaran Datuk
Saya tidak melihat kewujudan pemikiran itu ataupun natijah 'pegangan salah' itu di kalangan pemimpin PAS di Kedah, malah tidak berlaku sebarang perlumbaan di kalangan pimpinan PAS Kedah untuk mengejar harta atau pingat, jauh sekali memohon tanah di kalangan wakil rakyat atau Exco.
Gelaran Datuk misalnya, adalah hak mutlak KDYMM Tuanku Sultan, tiada Exco atau wakil rakyat daripada PAS yang mengisi borang bagi pihak diri sendiri untuk memohon gelaran itu.
Menteri Besar ada mencalonkan beberapa nama dari kalangan ahli politik, termasuk daripada PAS, yang mana tuan tubuhnya pun tidak dimaklumkan sehingga surat perkenan dari pejabat KDYMM Tuanku Sultan sampai ke tangan, barulah individu tersebut tahu.
Dalam bab Pengurniaan Bintang dan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Dato' dalam mana-mana kategori, terdapat cadangan yang ditolak di peringkat Jawatankuasa Jemaah Datuk-Datuk Kedah, dan ada yang belum diperkenankan oleh KDYMM Tuanku Sultan sendiri. Ada juga calon yang dicadangkan pingat lain, tetapi KDYMM Tuanku Sultan memperkenankan calon itu diberikan Datuk.
Di Pejabat Menteri Besar, sayalah yang menguruskan borang pencalonan dan menapis semua permohonan Pingat, Bintang dan Darjah Kebesaran bagi kategori ahli politik dan aktivis masyarakat bagi pihak Menteri Besar, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganugerahan Pingat, Bintang dan Darjah Kebesaran.
Bagi pencalonan dalam kategori lain, ada jawatankuasa lain yang bertanggungjawab. Semua pencalonan akan diangkat untuk perkenan KDYMM Tuanku Sultan setelah melalui tahap-tahap tapisan beberapa jawatankuasa. Ia tidak semudah sangkaan tidak tepat sesetengah pihak. Dalam tempoh tiga tahun ini, saya telah melihat trend yang jelas dalam hal ini, iaitu, tiada pemimpin PAS yang menunjukkan minat yang mendalam untuk mendapat gelaran Datuk - sehingga perlu ditegur oleh Mohamad.
Dalam hal ini, saya akui ada di kalangan ahli dan penyokong di peringkat akar umbi yang tidak berpuas hati dan merungut kenapa waktu kita menjadi kerajaanpun, penerima pingat, bintang dan darjah kebesaran masih ramai dari kalangan UMNO dan BN.
Pada saya, teguran Mohamad itu wajar ditujukan kepada mereka, bukan kepada pimpinan. Pun begitu, saya memahami bahawa itulah budaya nilai yang diwarisi daripada sejarah kerana kita lahir dan hidup membesar di Malaysia, sebuah negara dengan sistem Raja Berperlembagaan.
Mereka tidak mengenal budaya Cuba, China, Russia maupun Libya atau Iran. Negeri Pulau Pinang dan DAP yang Mohamad jadikan contoh dalam hal ini, tidak mempunyai Sultan, Raja maupun Istana yang memayungi pembentukan adat, nilai dan budaya hidup rakyatnya.
Balak Kedah.
Dalam bab balak yang juga disebut oleh Mohamad, tidak ada kalangan pemimpin PAS Kedah yang pernah atau cuba memohon kawasan. Walaupun ruang dan peluang terbuka luas kepada sesiapa sahaja, kerana Kedah mengamalkan sistem tender terbuka, belum ada seorangpun wakil rakyat, exco atau pemimpin PAS yang pernah memohon, masuk tender atau meminta balak daripada kerajaan.
Apatah lagi mendapat kawasan. Memang ada ahli dan penyokong PAS yang menerima konsesi balak hasil sistem tender terbuka, tetapi mereka bergiat dalam bidang ini sejak bertahun-tahun dulu, sebelum kerajaan bertukar tangan, kerana mereka menawarkan harga yang terbaik.
Untuk pengetahuan Mohamad, sejak Kedah ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS, dengan kuota keluasan tebangan yang sama yang ditetapkan oleh kementerian yang bertanggungjawab (2,340 hektar setahun bagi Negeri Kedah), hasil balak untuk negeri Kedah telah meningkat berlipat kali ganda setiap tahun.
Daripada purata RM9.5 juta di zaman BN, mencapai kepada RM53 juta pada tahun 2010. (RM35 juta pada 2008, RM38 juta pada 2009). Dalam hal meningkatkan hasil dari industri pembalakan, kerajaan negeri pimpinan PAS tidak melihat kepada latar belakang parti pemohon/pembida, tetapi berapa harga yang ditawarkan.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 memperakukan Kerajaan Negeri telah berupaya meningkat pendapatan melalui industri pembalakan pada kadar 205% pada tahun 2008 dari tahun sebelumnya.
Pencapaian ini sudah semestinya melalui perancangan yang rapi yang disusun oleh kepimpinan YAB Menteri Besar untuk membuktikan pentadbiran PAS dan Pakatan jauh lebih baik daripada era Umno/BN.
Negeri Pulau Pinang dan DAP yang Mohamad jadikan contoh dalam bab ini sudah tidak mempunyai hutan dan balak untuk ditender dan ditebang, kerana negerinya sudah dipenuhi hutan batu.
Permohonan tanah
Dalam bab memohon tanah, sepanjang pengetahuan saya, belum ada kes Exco atau wakil rakyat PAS di Kedah yang memohon tanah untuk diri sendiri maupun kaum keluarga.
Memang telah menjadi dasar yang tidak bertulis di Kedah, dan difahami dan dihayati dengan sebaik-baiknya oleh sekelian Exco dan wakil rakyat PAS bahawa mereka tidak mungkin boleh melakukan hal itu.
Kalau ada permohonan tanah sebelum menjadi Exco atau wakil rakyat yang masih belum selesai prosesnya, saya tidak tahu.
Negeri yang Mohamad jadikan contoh itu sudah tidak ada tanah yang luas untuk dipohon, bukan sahaja oleh exco atau wakil rakyat, malah rakyatnya juga telah ramai berhijrah ke Kulim, Sungai Petani dan utara Perak gara-gara harga hartanah yang terlalu tinggi dan sebahagian penduduknya sudah tidak mampu memilikinya lagi.
Saya akur dan berterima kasih di atas ingatan dan nasihat daripada Mohamad yang berterus terang dalam hal ini, yang saya percaya bertujuan memelihara kepentingan dan matlamat perjuangan parti.
PAS tidak boleh dan tidak mungkin bergerak menyamai apa yang telah dibuat oleh Umno/BN yang membawa kebencian rakyat ketika menjadi kerajaan.
Maklumat pinggiran
Saya menghormati dan menyanjung tinggi keberanian dan 'drive' Mohamad menerajui kepimpinan parti sebagai Timbalan Presiden PAS yang inginkan parti kita terus maju dan disenangi dan disayangi oleh rakyat, dalam hal-hal yang bersangkut dengan keperluan dan kemahuan dalam hidup sebagai manusia yang diberi amanah kuasa.
Untuk melaksanakan hasrat yang mulia Mohamad itu, alangkah baiknya jika beliau mendapatkan maklumat dan gambaran yang jelas dari kepimpinan PAS di Kedah maupun di Kelantan melalui hubungan dan persahabatan yang baik lagi mesra, sebagaimana Mohamad berjaya lakukan dengan kepimpinan kerajaan di Pulau Pinang.
Maklumat dari pinggiran yang (jika) menjadi asas penilaian Mohamad, saya khuatiri akan menyebabkan tegurannya menjadi tidak bermakna dan tidak menguntungkan sesiapa.
Teguran terbuka seperti ini juga lebih manis dibuat dulu dalam mesyuarat di peringkat PAS Pusat yang dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS negeri-negeri terbabit. Saya mohon ampun dan maaf daripada Mohamad jika terkasar bahasa dan terlajak bicara.
Penulis adalah setiausaha politik kepada Menteri Besar Kedah dan ulasan ini adalah pandangan peribadinya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini
Lebuhraya Pasir Gudang – Desaru Memalukan Rakyat Johor
Rakyat Negeri Johor sememangnya tertunggu-tunggu siapnya lebuhraya daripada Senai ke Desaru di Kota Tinggi. Lebuhraya ini adalah sebahagian daripada projek pembagunan Iskandar Malaysia. Panjangnya 77 km melingkari daripada Senai, Ulu Tiram, Pasir Gudang dan Desaru. Nama singkatan lebuhraya ini adalah Senai-Desaru Expressway(SDE). Ia boleh menjimatkan masa perjalanan daripada jalan biasa dua jam setengah kepada hanya satu jam sahaja. Projek ini telah dibina oleh syarikat Ranhill Engineers & Constructors Sdn Bhd dan merentasi Sungai Johor berhampiran Pasir Gudang sepanjang 1.7 km. Fasa terakhir lebuhraya adalah daripada Pasir Gudang Ke Desaru telah dibuka pada hari jumaat 10 jun 2011 dan percuma tampa bayaran tol selama sebulan.
Pemuda PAS Johor begitu kecewa apabila fasa terakhir lebuhraya Pasir Gudang ke Desaru hanya mempunyai satu lorong sahaja. Tidak pernah rakyat Johor mendengar atau melihat lebuhraya dalam dunia ini hanya satu lorong dan bakal dikenakan tol selepas 10 Julai 2011. Laluannya terlalu sempit dan tidak mempunyai 'side table' atau bahu jalan yang cukup untuk tujuan kecemasan. Laluan ini sangat merbahaya kepada kenderaan khususnya waktu malam kerana kawasannya yang gelap tampa lampu jalan yang cukup. Pengguna hanya selesa membawa kenderaan dengan kelajuan 60 km sejam sahaja.
Apabila kemalangan atau kerosakkan kenderaan berlaku maka lebuhraya ini akan berlaku kesesakan yang teruk di kedua-dua belah lorong. Kesesakan yang paling ketara dijangka akan berlaku dihujung minggu atau musim cuti adalah laluan menurun dari atas Jambatan Sungai Johor dan di tol Desaru. Ini kerana Laluan di atas jambatan terdapat dua lorong tetapi malangnya laluan selepas jambatan hanya mempunyai satu lorong sahaja. Kaunter tol pula hanya ada dua sahaja untuk bayaran tunai.
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan mengapa projek Lebuhraya Pasir Gudang–Desaru hanya mempunyai satu lorong sahaja? Jika pihak kerajaan membenarkan syarikat konsesi ini mengutip bayaran tol selepas 10 Julai 2011 maka Dewan Pemuda PAS Negeri Johor akan membuat bantahan besar-besaran kepada pihak kerajaan.
SHAH ALAM: Keindahan taman tasik berhadapan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, dicemari gelagat beberapa pasangan kekasih yang tanpa segan silu melakukan aksi manja di tempat awam.
Pasangan yang asyik bercinta itu berpelukan dan berciuman di kerusi rehat yang disediakan untuk orang awam.
Telatah merpati dua sejoli terbabit diperhatikan orang awam di kawasan itu, tetapi ia tidak diendahkan pasangan terbabit.
Menurut pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, 37, dia terkejut melihat telatah mereka kerana ia tidak boleh diterima masyarakat Melayu yang kaya nilai budaya timur.
"Walaupun jika mereka sah sebagai suami isteri sekalipun, ia tidak bermaksud mereka sewenang-wenangnya boleh melakukan aksi tidak senonoh di tempat awam," katanya ketika ditemui di sini.
Status pasangan terbabit sama ada berkahwin mahupun bujang tidak diketahui. Namun, rata-rata pengunjung menggeleng kepala melihat aksi mereka.
KUALA LUMPUR, 13 Jun — Penganalisis-penganalisis politik meramalkan serangan video seks ke atas timbalan presiden baru PAS Mohamad Sabu, melibatkan pemimpin kedua dari Pakatan Rakyat (PR), akan memberi kesan buruk ke atas parti pesaing mereka.
Pengarah Centre for Policy Initiatives Dr Lim Teck Ghee berkata, lebih banyak taktik kotor dan usaha mengaibkan dari kedua-dua sebelah perikatan akan muncul memandangkan persekitaran politik semakin "panas" di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum semakin dekat.
"Ini satu lagi usaha kotor bertujuan merosakkan imej parti-parti politik khususnya seorang pemimpin PAS.
"Memandangkan parti yang memperoleh manfaat adalah Umno, publik akan meragui parti memerintah," katanya kepada The Malaysian Insider.
Kata beliau, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah pasti akan menafikan mereka bertanggungjawab manakala media dikawal perikatan itu akan menggunakan isu berkenaan untuk terus melakukan serangan.
"Oleh itu, terserah kepada pemimpin-pemimpin dalam masyarakat untuk mengecam tindakan ini dan mendedahkan pihak-pihak yang mahu mendapatkan manfaat daripadanya," kata beliau.
Minggu lalu, Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin menerima satu VCD menerusi peti suratnya, yang tertera gambar Mohamad dengan kata-kata "Skandal Seks Mat Sabu", dan satu kepala surat palsu bersama logo PAS selain risalah berkaitan video seks didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata mereka, Umno kelihatan terdesak untuk menyerang PAS dan komponen Pakatan Rakyat susulan keputusan pemilihan pusat parti Islam itu.
Mohamad menewaskan Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Penganalisis politik James Chin dari Universiti Monash berkata, serangan terbaru menggunakan video seks tidak akan membawa impak sama sekali memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun "penat" dengan taktik sedemikian.
"Strategi menjelang pilihan raya umum ialah ada kumpulan orang yang dibayar untuk menyerang Pakatan Rakyat," katanya.
Kata beliau, kebanyakan rakyat sudah membuat keputusan dan pihak yang belum berbuat demikian semakin mengecil.
Chin berkata beliau menjangkakan banyak lagi taktik murahan seperti itu, contohnya video seks Anwar, skandal melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan juga isu membabitkan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik akan dibangkitkan menjelang pilihan raya umum ke-13. ". . . tetapi ia akan membawa kesan buruk ke atas (makan diri) mereka," katanya.
Pandangan itu disetujui oleh penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian sambil berkata, pengundi atas pagar juga tidak berminat dengan isu-isu tersebut.
"Tindakan bergantung pada isu yang sama hanya akan merosakkan parti masing-masing dan dalam kes ini selepas Mat Sabu menang, kemungkinan mahu menghantar mesej bahawa beliau tidak layak secara moral memegang jawatan itu," katanya.
Beliau menjangkakan lebih banyak taktik akan digunakan untuk memikat persepsi dan sentimen pengundi kawasan luar bandar.
"Ia cara murahan untuk mendapatkan undi dalam landskap politik semasa," kata beliau sambil menambah, parti-parti politik perlu menggunakan pendekatan sofistikated untuk memenangi hati pengundi kawasan luar bandar.
YB SEN MEJAR JEN DATO JAMIL KHIR, MENTERI DIJABATAN PERDANA MENTERI MENYATAKAN BAHAWA KERAJAAN MENGGALAKKAN UMAT ISLAM DINEGARA INI MEMILIH PRODUK MAKANAN YANG MEMILIKI LOGO HALAL YG DIKELUARKAN OLEH JAKIM DAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI BAGI MEMANTAU PRODUK DAN PREMIS YNG MEMOHON ATAU MENYALAHGUNAKAN SIJIL HALAL MALAYSIA. HAL INI KERANA PADA MASA SEKARANG TIADA UNDANG UNDANG YANG MEWAJIBKAN SEMUA PRODUK DAN PREMIS MEMOHON SIJIL HALAL.
RANG UNDANG UNDANG PERIHAL DAGANGAN 2011 YG TELAH DIGUBAL MENGGANTIKAN AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972 AKAN MEMBERI KUASA KEPADA JAKIM DAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SEBAGAI PEHAK BERKUASA BERWIBAWA UNTUK MENGELUARKAN SIJIL DAN LOGO HALAL, AKAN MENYEBABKAN PENGUNA LEBIH DILINDUNGI BILA LULUS AKTA TERSEBUT DIDEWAN RAKYAT.
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT INGIN MENGEMUKAKAN SATU GAGASAN ATAU VISI UNTUK MENYELAMATKAN MASYARAKAT MALAYSIA DARI KEMELUT KERUNTUHAN AKHLAK DAN INSTITUSI SOSIAL DALAM NEGARA YANG SEMAKIN TENAT SEBAGAI SATU PILIHAN UNTUK MUSLIMAT DAN WANITA MALAYSIA.
Allah berfirman dalam Surah Al-Zaariyaat ayat 56 yang bermaksud:
*Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.*
Sesungguhnya setiap manusia dilahirkan untuk menjadi mengabdikan diri kepada Allah swt. Apa pun kedudukan mereka di kalangan masyarakat, mereka tidak terlepas dari menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Ini termasuklah mereka yang diberi amanah kepimpinan. Justeru itu, realiti jawatan bukan perkara yang harus dibanggakan kerana di dalam Islam, mereka yang diberi amanah memimpin merupakan orang yang paling berat tanggungannya di hadapan Allah kelak.
Rasulullah s.a.w berkata,
*Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan tentang kepimpinannya. *
*Hadis Muttafaq 'alaih*
Setiap individu mempunyai peranannya masing-masing. Setiap peranan dan amanah walaupun kecil tetap akan dihitung di mahkamah Allah kelak. Oleh itu, marilah sama-sama kita melunasi amanah ini dengan penuh keikhlasan dan itqan.
*Mengangkat martabat wanita *
Golongan wanita pada kurun-kurun terdahulu sering dipandang rendah dan dipergunakan untuk kepentingan kaum lelaki. Para ibubapa juga tidak gembira bila menerima anak perempuan. Mereka lebih gembira menerima anak lelaki. Pernah berlaku dalam sejarah Arab jahiliyah, anak perempuan ditanam hidup-hidup. Manakala perempuan yang muda belia dijadikan alat hiburan
untuk memuaskan nafsu kaum lelaki sahaja. Mereka juga tidak mempunyai hak memiliki harta, tidak dihormati, tidak diberi tanggungjawab memimpin keluarga bersama suami dan sebagainya lagi. Ringkasnya, kaum wanita dahulu dianggap warga kelas kedua; berdiri tidak sama tinggi dengan lelaki, duduk pula lebih rendah dari lelaki.
Kita akui dalam beberapa perkara, wanita Malaysia diberikan hak sama rata dengan lelaki seperti hak mendapatkan pendidikan sehingga peringkat tertinggi, pemilikan harta, berkerjaya dalam pelbagai bidang, bersukan, berpolitik dan sebagainya. Namun begitu, kita berdukacita kerana dalam masa yang sama, simptom wanita era jahiliyah masih jelas kelihatan di negara
Malaysia tercinta. Golongan wanita masih dijadikan 'barang perhiasan' di media-media, menjadi 'alat' melariskan barang jualan, menjadi 'alat hiburan' melampau dan sebagainya lagi.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilihat tidak bersungguh-sungguh melindungi kaum wanita dari dieksploitasi seperti barang dagangan, maka yang menjadi mangsa kebanyakannya adalah wanita itu sendiri.
Ditambah pula sistem pendidikan negara yang menggalakkan pergaulan bebas lelaki dan wanita. Sebagai contoh; sekolah dan kolej yang asalnya untuk pelajar perempuan sahaja dimasukkan pelajar lelaki dan sebaliknya. Wanita dicabul, dirogol dan melahirkan anak luar nikah yang jumlahnya begitu membimbangkan negara mutakhir ini. Bukan itu sahaja, budaya memperdagangkan wanita sebagai kosmetik barang jualan juga secara tidak langsung mengiklankan agar masyarakat mendekati zina. Akibat perzinaan yang berleluasa, negara menghadapi musibah ramai generasi baru dibunuh serta dibuang merata-rata tanpa belas kasihan dari ibu kandungnya sendiri.
Dalam era semua tamaddun terdahulu menindas kaum wanita, Nabi Muhammad S.A.W diutus kan oleh Allah untuk membawa Islam sebagai 'rahmatan lil 'alamin'. Maksudnya sebagai tanda cinta Tuhan ke seluruh alam. "Rahmatan lil 'alamin" juga boleh diinterpretasi sebagai kasih sayang dan belas kasihan Allah kepada setiap makhluknya. Justeru Islam datang membebaskan manusia dari diperhambakan sesama manusia, mengangkat martabat kaum wanita setaraf dengan lelaki dan memelihara alam sekitar.
*"Dan tidaklah Kami (Allah) mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam semesta."*
*Al-Anbiya' : 107*
Sehubungan dengan itu, kita mahu membina imej wanita Malaysia sesuai dengan acuan Islam. Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna bukan sahaja menitik beratkan pembangunan intelek dan material, bahkan mengutamakan pembangunan spiritual dan moral yang mana kedua-duanya bersepadu menjadi modal untuk membina masyarakat penyayang. Masyarakat yang stabil dari semua aspek inilah akan meneruskan kelangsungan sesebuah tamadun untuk jangka waktu yang lama.
Kita meyakini bahawa para wanita Malaysia akan bertambah anggun, bijak, bermaruah tinggi, berkeyakinan dan progresif dengan Islam sebagai cara hidup mereka. Ini kerana Islam memenuhi semua kehendak murni manusia dan syariatnya selaras dengan fitrah manusia lelaki dan wanita.
Islam itu sendiri datang dari Yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna, maka tiada sebab kita menolak sistem hidup terbaik ciptaan Allah ini dalam setiap tindakan kita.
Sejarah juga pernah membuktikan tamadun manusia yang paling gemilang dan cemerlang ialah tatkala kaum wanitanya diberi kedudukan istimewa berpandukan al-Quran dan Sunnah. Tamadun itu tidak lain dari tamadun Islam sendiri yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w di Madinah. Seterusnya ia berkembang sehingga zaman Khalifah Uthmaniyyah.
*Peranan Wanita*
"Ibu ibarat sekolah"
"Syurga itu dibawah telapak kaki ibu"
Begitulah antara gambaran-gambaran yang diberikan dalam menafsirkan peranan penting kaum wanita. Perumpamaan yang diberikan begitu dekat dengan jiwa dan naluri wanita sebagai ibu. Peranan sebagai isteri dan ibu merupakan tugas asasi kaum wanita dalam pembangunan negara. Dari seorang ibu yang ikhlas dan dedikasi mendidik anak-anaknya, maka lahirlah generasi pelapis pembangun dan pemimpin negara yang berkualiti. Manakala ibu-ibu yang cuai dalam mendidik anak-anaknya akan melahirkan rakyat dan pemimpin yang korup.
Peranan wanita sejak zaman awal Islam realitinya tidak terbatas kepada tugasan sebagai isteri dan ibu sahaja, bahkan isteri Rasulullah s.a.w sendiri merupakan tokoh korporat yang begitu berjaya di zamannya. Khadijah binti Khuwailid menjalankan perniagaan import dan eksport yang mana Rasulullah sendiri pernah ditugaskan mewakili Khadijah membawa barang dagangan ke Syam.
Isteri Rasulullah bernama Aisyah r.a pula terkenal dengan daya intelek yang tinggi. Aisyah seorang yang bijak pernah memberi kuliah kepada sahabat-sahabat suaminya sendiri.
Anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w, Fatimah r.a pernah mengiringi ayahandanya ke medan perang bertugas merawat tentera yang cedera.
Ummu Salamah pula pernah menyuarakan pandangannya kepada Rasulullah s.a.w dalam urusan pentadbiran.
Beberapa contoh di atas menunjukkan bahawa wanita dibenarkan bergiat dalam urusan masyarakat awam sejak di zaman Rasulullah s.a.w lagi. Mereka tidak dikurung di dalam rumah-rumah suaminya sahaja sebagaimana anggapan para orientalis barat. Namun perbezaan paling penting antara wanita muslimah dan wanita barat ialah mereka berjaya memberi sumbangan langsung atau tidak langsung dalam pembangunan negara, dalam masa yang sama maruah mereka terpelihara dengan konsep hijab. Konsep hijab menjadi pemugar kepada kaum
wanita dari dieksploitasikan sebagai bahan tarikan seks atau bahan pelaris barang jualan.
Wanita juga dipandang dengan standard yang sama dipakai terhadap kaum lelaki. Jika kaum lelaki dinilai berdasarkan merit keilmuan dan kepakarannya dalam sesuatu bidang tanpa sedikit pun melihat kepada kecantikan jasmani, maka wanita Islam yang mengenakan hijab juga dinilai
dengan piawaian yang sama. Dari sinilah, wanita Islam diletakkan sama taraf dengan lelaki. Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.
Berbeza dengan ramai wanita yang dijadikan model-model, mereka yang memiliki kecantikan lahiriah sahaja yang layak dieksploitasikan meskipun mereka mungkin tidak bijak dalam banyak perkara. Di sini, para peniaga sebenarnya telah merendah-rendahkan martabat wanita tersebut.
Sifat syariat Islam itu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan sosial masyarakat moden. Sehubungan dengan itu, menjadi harapan kita kepada para muslimah sama ada bergelar isteri, ibu, pekerja, pemimpin masyarakat dan lain-lain agar memantapkan syakhsiah dengan informasi berguna, meningkatkan kemahiran diri dalam bidang yang diminati, menguasai ilmu IT serta berakhlak mulia. Rukun Islam yang lima hendaklah menjadi amalan berterusan, mematuhi peraturan hijab demi kerukunan masyarakat dan memelihara maruah diri sebaik mungkin.
Kita percaya, bahawa secara dasarnya semua agama mengajar penganutnya berbuat baik dan menjauhi perkara yang menyakiti orang lain. Tiada agama yang membenarkan perzinaan, pelacuran serta menghamilkan anak luar nikah. Oleh itu diharapkan semua wanita yang tidak beragama Islam mengamalkan ajaran agama masing-masing agar mereka tidak mudah terpedaya dengan arus yang merosakkan ramai manusia hari ini.
ASSSALAMUALAIKUM,SEKIAN LAMA TIADA PELUANG MENULIS DALAM BLOG.HARI INI SIDANG DEWAN RAKYAT BERSIDANG SEMULA.DIANTARA ATURAN URUSAN MESYUARAT ADALAH DEWAN DIMINTA MEMBAHAS DAN MELULUSKAN AKTA:
1. RANG UNDANG UNDANG PERKHIDMATAN KURANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2010.
2. RANG UNDANG UNDANG (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU (PINDAAN )2011
3. RANG UNDANG UNDANG MAKTAB KERJASAMA (PERBADANAN )(PINDAAN )2010
4. RANG UNDANG UNDANG LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (PERBADANAN )(PINDAAN )2011
ALOR SETAR, 13 Jun 2011 - Buku Pencapaian Kedah Sejahtera kini sedang diedarkan.
Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Haji Zulkifli Yahaya hari ini melancarkan buku Pencapaian Kedah Sejahtera di pejabat UPKNKed. Buku tersebut bagi merungkai persoalan pencapaian Kerajaan Negeri Kedah berdasarkan manifesto Pilihanraya Umum Ke-12. Buku tersebut akan di edarkan kepada semua MKK, Penghulu, Pejabat Daerah, Imam dan rakyat Negeri Kedah.
KUALA TERENGGANU – Tuduhan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kononnya Pas semakin lari daripada perjuangan asal apabila memperkenalkan negara berkebajikan hanyalah kenyataan retorik pihak yang takut perubahan kepimpinan parti itu.
Bekas Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, UMNO dan BN bimbang dengan perkembangan terkini Pas lalu mencipta pelbagai isu bagi mengelirukan rakyat termasuk provokasi bahawa Pas tidak lagi perjuangkan Islam.
Bagaimanapun katanya, semua itu hanya tuduhan palsu kerana Pas sebenarnya masih kekal dan tidak pernah lari daripada perjuangan asal walaupun memperkenalkan dasar negara berkebajikan.
"Soal kebajikan memang dituntut dalam Islam, melalui dasar ini kita laksanakan perkara yang diminta oleh Allah SWT dan kebajikan sebenarnya bukan hanya beri bantuan semata-mata, malah lebih daripada itu termasuk tidak mengamalkan rasuah dan memfitnah.
"Apabila kita buat semua ini secara automatik kita telah melaksanakan dasar Islam, jadi kata-kata UMNO dan pihak tertentu bahawa kita telah lari daripada perjuangan asal itu langsung tidak tepat," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Hanafiah berkata, UMNO dan BN sentiasa melaungkan bahawa mereka juara dalam menjaga kebajikan rakyat, namun tidak sedar bahawa di sebalik segala pembangunan itu mereka sebenarnya menyusahkan masyarakat dengan pelbagai cukai.
Katanya, menyedari beban yang ditanggung rakyat, Pas mengambil jalan menghapuskan cukai pintu dan tol di Jambatan Sultan Mahmud ketika diberi tanggungjawab memerintah Terengganu sebelum ini dan ia salah satu contoh dasar kebajikan parti itu.
"Oleh itu, jangan cakap kita sudah lari daripada Islam kerana kebajikan dan Islam sebenarnya saling berkait," katanya.sinar harian
Skuad Kebajikan "PAS Kawasan Batu Gajah Prihatin" telah turun padang bertemu rakyat semalam. Skuad itu diketuai oleh Calon PAS DUN Sungai Rapat Ustaz Radzi Zainon, YDP Pas Kawasan Hj Ismail, Timbalan YDP Ustaz Nuri Al-Amin, Naib YDP merangkap ketua lujnah kebajikan Sdr Rosdy bersama-sama pimpinan lain telah turun ke Kampung Ara Payong seterusnya melawat pesakit di Hospital Batu Gajah.
Pelbagai rintihan rakyat diterima. Kehadiran kami diberi respon yang positif daripada masyarakat. Bantuan keperluan harian diberikan kepada golongan miskin dan memerlukan. Program kebajikan ini sentiasa berjalan dan terus berjalan.
Ustaz Radzi menyerahkan bantuan kepada seorang penerima
Dewan Muslimat turut bersama-sama dalam program ini
Melawat seorang pesakit di Hospital Batu Gajah
Skuad Kebajikan berkesempatan melawat ahli PAS yang diserang strok
Telah lebih seminggu berakhirnya muktamar PAS yang berlangsung di Taman Melewar. Seminggu lebih jugalah media2 berat sebelah UMNO memainkan pelbagai isu yang berkait dengan keputusan muktamar yang lalu. Geram dan meluat dengan isu2 yang dimanipulasikan dan dikelirukan membuatkan aku ingin berkongsi sedikit apa yang aku dapati dan fahami dari muktamar yang lalu.
Sebelum kita terus kepada isu2 yang di bangkitkan mari kita lihat perbezaan suasana muktamar PAS dengan Mesyuarat Agung UMNO. Kita tengok tempat pun cukup lah. Dengan tengok tempat berlangsungnya muktamar pun kita sudah dapat tahu perbelanjaan wang untuk menjayakan muktamar tersebut. Selidik pula UMNO di mana tempatnya. Kalau nak dibandingkan perbelanjaan dari sudut persediaan tempat ternyata PAS tewas di situ. Tapi persoalannya dari mana datangnya dana tersebut? UMNO.. Sudah pasti mereka menggunakan wang kerajaan yang mereka anggap duit kerajaan adalah duit UMNO sendiri. PAS.. hanya mampu menggunakan duit parti yang juga tempat simpanannya adalah didalam kocek ahli sendiri. Ini baru kita tengok tempat berlangsungnya program. Belum kita tengok tempat perwakilan menginap. Umno.. Perwakilan di sediakan hotel yang selesa. PAS.. Pandai2 la perwakilan sendiri. Kalau takde duit. Kat dalam kereta pun jadi la.
Mari kita tengok isu2 yang dimainkan selepas muktamar berakhir. Pertamanya persoalan perubahan pucuk pimpinan. Kalau kita tengok sebelum muktamar berlangsung media2 UMNO sibuk mencanang bahawa gandingan ulama' antara Tn Guru Hj Hadi dan Ustaz Nasa adalah satu gandingan yang sangat mantap. Apa tanda di situ? Mereka sangat takut andai Mat Sabu pemidato yang vokal dalam isu2 negara dari memenangi jawatan Timbalan Presiden. Akhirnya apa yang ditakuti UMNO menjadi kenyataan apabila keputusan pemilihan muktamirin memihak kepada pimpinan yang diistilahkan pimpinan perang di angkat menjadi pimpinan. Bila berlaku perkara ini mereka mula mencanang tentang isu kepimpinan ulama' disisihkan pula.
Kita kena faham bahawa hiraki kepimpinan PAS tidak sama dengan UMNO. Kalau dalam UMNO ulama' di letak di bawah biro agama semata2. Tapi jauh berbeza di dalam PAS. Ulama' telah di letakkan khas di tempat tersendiri. Setiap keputusan yang ingin diputuskan akan di syurakan di majlis syura yang sememangnya terdiri dari ulama'. Penegerusi Majlis Syura ataupun dikenali Mursyidul Am PAS selaku penasihat tertinggi pula adalah merupakan seorang ulama' haraki yang di segani kawan mahupun lawan iaitu Tn Guru Nik Aziz Nik Mat. So kat sini kita boleh lihat ulama' tetap diletakkan di hiraki tertinggi dalam pembuat keputusan2 akhir yang melibatkan pergerakan parti.
Timbul pula isu golongan professional. Ini pun aku tak faham. Dulu ketika PAS di dokongi kebanyakan dari golongan ulama' UMNO mengatakan Gerakan Islam berbentuk parti ini adalah JUMUD kerana hanya didokongi oleh golongan berkopiah. Namun kini, Setelah fikrah PAS berkembang dari sekolah pondok ke bilik bedah, ke bengkel kereta, ke makmal sains, ke meja akauntan, ke cerun batuan, ke meja jurutera dan ke setiap ceruk minda professional masyarakat maka mereka kecoh pula tentang ulama' di sisihkan. Memprofessionalkan ulama' dan mengulama'kan professional. Usaha yang sangat menarik yang berjaya dilaksanakan oleh PAS. Jika dahulu Ulama' hanya pandai mengajar kitab kuning di pondok2. Tapi kini telah berubah. Begitu banyak ulama' yang begitu hebat dari sudut organisasi dan skill interpersonal. Golongan professional pula kini sudah mampu untuk ke hadapan memberi ceramah memetik ayat2 quran dan hadith di dalam ceramah mereka.
Seterusnya isu merubah dasar parti. Sebelum cakap banyak aku cadangkan UMNO pergi baca dulu dasar PAS dan bandingkan dengan dasar diorang. Di mana islam itu diletakkan dalam kedua dasar parti tersebut? Dari negara islam ke negara kebajikan. Isu dasar yang dimainkan oleh media UMNO. Sebelum tu kita perlu memahami tentang negara islam terlebih dahulu. Kalau diikutkan sememangnya istilah negara islam dalam islam sememangnya tidak wujud. Yang ada adalah wilayah islam ataupun Darul Islam. Dalam usaha menghalau penjajah lah yang memangkinkan munculnya istilah negara islam yang ditambah lagi dengan tercetusnya Revolusi Iran.
Jenama dan pengisian. Istilah seterusnya yang perlu kita beri perhatian. Antara kedua jenama dan pengisian ini mana yang lebih penting? Kita melihat negara kita telahpun dijenamakan sebagai negara islam namun di mana letaknya pengsianya dari segala aspek? Dalam membentuk sesuatu ada 2 method yang kita boleh pilih. Kita analogikan dengan perbuatan ingin menunjukkan air milo kepada kawan kita. Pilihan pertama kita mengambil mug milo percuma dan mengatakan ini adalah air milo.(walaupun di dalamnya mungkin hanya air bio aura je.) Pilihan kedua adalah kita buat dahulu air milo itu di dalam mug nescafe. Kita tunjukkan kepada kawan kita. Ini adalah airi milo. Bila sampai satu masa yang sesuai kita tuangkan ke dalam mug milo yang tersedia. Hakikatnya ianya masih terisi dengan air milo bukan?
Pandangan aku yang kerdil di gelanggang siasah ini merasakan pilihan kedua ini yang cuba dilakukan oleh pimpinan PAS. Substance nya masih sama cuma jenamanya berubah atas dasar kedinamikan jemaah itu sendiri. Prinsipnya masih sama cuma perlaksanaannya sedikit diharmonikan dengan rakan Pakatan Rakyat yang lain. Memetik kata2 Ustaz Asri di webnya.
"Politik kenegaraan dan seninya sentiasa berubah mengikut keperluan suasana. Namun, prinsipnya kekal. Ini kerana Islam satu agama realistik. Perjuangan politik dalam Islam, bukanlah perjuangan menegakkan jenama negara, tetapi menegak tanggungjawab dan prinsip-prinsip keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya. Bukan penting pada jenama, tetapi pada isinya. Islam agama yang menjamin keadilan, keamanan, memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan, menyebarkan kebajikan dan seterusnya. Itulah negara yang dikehendaki oleh Islam"
Begitu juga kata2 Tn Guru Hj Hadi..
"Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan".
Inlah yang terjadi di Malaysia. Meletakkan jenama Negara Islam sebagai satu jenama sempena rakyatnya yang majoritinya adalah umat islam. Namun kita selidiki di mana perlaksanaannya di medan masyarakat? Islam itu hanya diletakkan sebagai nama semata2.
PAS kini menerima sokongan bukan ISLAM
Negara kebajikan adalah satu istilah yang menjadi titik temu antara PAS PKR dan DAP. Dalam memacu perubahan di Malaysia titik temu seperti ini amat penting. Namun harus diingat prinsip dan dasar utama masih kekal. Semoga suatu masa nanti air milo di dalam mug nescafe ini mampu di tuang ke dalam mug milo.
Cukup sekadar ini sedikit ulasan aku di atas isu2 yang berlegar di media berat sebelah BN kini. Mereka memanipulasi kenyataan dan cuba mengelirukan masyarakat bahawa PAS telah mengubah prinsipnya. Perlu jelas disini bahawa prinsipnya masih kekal hanya penjenamaan yang berubah seperti yang telah aku nyatakan di atas. Semoga sedikit ulasan ini mampu memperjelas fikrah korang dan terutamanya juga kepada aku yang bersama dengan Jemaah Islam PAS ini.
Wallahualam..
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 13 Jun: Umno tetap tidak mahu berubah dan menjadikan Islam sebagai mainan politik jijik mereka apabila mempertikaikan khutbah Jumaat Negeri Selangor yang bertajuk 'Jenayah Qazaf adalah berdosa besar'. Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, qazaf dan hudud sama seperti sembahyang, puasa dan perintah-perintah lain yang terdapat di dalam Al-Quran adalah perintah Allah dan wajib dilaksanakan. Menurutnya, masjid merupakan tempat yang sesuai bagi menerangkan perintah Allah SWT walaupun sebenarnya menyampaikan dakwah tidak terhad hanya di masjid namun apabila menerangkan hukum Allah supaya umat Islam faham akan betapa besarnya dosa memfitnah dan mengaibkan seseorang kemudian dibawa sekali jalan penyelesaian sepertimana yang dituntut oleh agama dianggap politik, ini benar-benar menunjukkan yang Umno sememangnya jahil. Baru-baru ini, Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal dan Ketua Pemuda Umno Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan mempertikaikan isi kandungan khutbah tersebut yang mana kononnya bermotifkan politik dan mempunyai maksud di sebaliknya. Firdaus menganggap tindakan Kerajaan Negeri Selangor memberikan kefahaman kepada rakyat akan dosa qazaf semasa khutbah Jumaat bertepatan dengan masanya memandangkan ketika itulah rata-rata umat Islam memenuhi ruang masjid berbanding dengan semasa kuliah-kuliah umum di waktu lain. Tambahan pula, katanya isu fitnah video seks sedang berleluasa ketika ini yang mana umum mengetahui siapa dalang di sebalik penyebaran video tersebut. Umno jelas tidak boleh membezakan antara politik dengan perintah Allah di mana hukum qazaf wujud sebelum wujudnya Umno di muka bumi ini. "Apakah menerangkan perkara-perkara wajib yang terkandung di dalam Al Quran salah? "Bukankah itu satu kewajipan bagi pemerintah bagi menjadikan rakyat berilmu dan tidak mudah ditipu?" soalnya. Menurutnya, Umno sememangnya suka jika rakyat dibiarkan hidup dalam keadaan jahil serta buta ilmu supaya rakyat mudah ditipu oleh Umno. Bagi Umno, ujarnya selagi rakyat buta maklumat dan ilmu, selagi itu mereka boleh terus berkuasa dan memperbodohkan rakyat. Kata beliau, sememangnya Umno tidak boleh dibiarkan lagi menjadi pemerintah di Malaysia ini. Mereka, katanya jelas bertopengkan agama demi meraih habuan politik. "Bagi mereka agama sekadar solat, puasa dan zakat, tidak lebih daripada itu sedangkan Islam syumul dan menjadi panduan kepada kehidupan kita," katanya.
KOTA BHARU, 13 Jun: Impian Umno mahu merampas Kelantan rupa-rupanya berselindung di sebalik agenda sulit dengan memperalat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Difahamkan PPD diminta menyenaraikan nama-nama guru Kelas al Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang mengajar di sekitar Kota Bharu untuk ditukar alamat kad pengenalan (IC) ke kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bunut Payong. Modus operandi sulit tersebut berjaya dikesan pada 28 Mei lalu apabila ramai guru Kafa dilihat berada di perkarangan Wisma Persekutuan bagi menukar alamat kad pengenalan. Setiausaha Majlis Tindakan Dun Bunut Payong, Shaari Mat Yaman berkata, seramai hampir 50 guru Kafa dilihat berada di sebuah wakaf dalam kawasan Wisma Persekutuan antara jam 9 hingga 11 pagi 28 Mei lalu. Katanya, seorang lelaki mengaku bertanggungjawab membekalkan borang pertukaran alamat kepada setiap guru Kafa yang datang. "Kemudian seorang demi seorang guru Kafa diminta lelaki terbabit naik ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara untuk menyerahkan borang yang telah diisi di wakaf. "Lelaki itu memberitahu alamat-alamat baru yang diisi guru Kafa terbabit menggunakan alamat milik anggota jawatankuasa Umno Kota Bharu yang tinggal di Dun Bunut Payong," katanya di sini. Shaari berkata, beliau bersama empat lagi jawatankuasa MTD Bunut Payong dan penghulu melihat sendiri tindak tanduk agen yang mungkin dilantik Umno bagi membekalkan borang pertukaran alamat kad pengenalan kepada guru Kafa. Menurutnya guru Kafa yang selesai urusan di pejabat JPN kemudian dilihat turun semula ke wakaf menemui lelaki terbabit. Difahamkan juga guru Kafa yang sedia menukar alamat diberi sedikit habuan. Sementara itu tinjauan Harakahdaily di perkarangan Wisma Persekutuan dan pejabat JPN pagi tadi tidak lagi kelihatan kelibat agen berkenaan. Difahamkan juga Umno cuba mempengaruhi pegawai di JPN bagi membolehkan pertukaran alamat dilakukan secara berkumpulan bagi mempercepatkan urusan pertukaran alamat kad pengenalan pemohon. Satu sumber memberitahu pemimpin Umno terbabit datang merayu kepada pegawai kanan di JPN bagi membolehkan proses pertukaran alamat dipercepatkan. Bagaimanapun rancangan itu gagal memandangkan JPN Kelantan tidak melayan kerana menyalahi peraturan. Difahamkan pertukaran alamat kad pengenalan pemohon hanya boleh dibuat di pejabat JPN bukan melalui agen tertentu.
KUALA LUMPUR, 13 Jun: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan berkesempatan bersama dengan anak-anak muda Chow Kit di Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu negara semalam dan bertemu dengan kumpulan underground. Program yang di bertemakan "Chow Kit Kita" yang dianjurkan oleh anak-anak muda dan aktivis di sekitar Chow Kit dan Kuala Lumpur telah mengadakan berberapa aktiviti seperti pameran, menyanyi bersama, jualan baju dan lain-lain lagi. Beberapa orang peserta program agak terkejut dan gembira dengan kehadiran Nasrudin dan sempat bergambar bersama-sama beliau dan rombongan. Selepas itu, rombongan pemuda PAS menjenguk kumpulan underground yang sedang mengadakan konsert mereka berhampiran di situ. Anak-anak muda underground dan punk yang pada mulanya agak rimas dengan kehadiran Ketua Pemuda PAS yang memakai kopiah itu, akhirnya serasi dan biasa dengan penampilan itu. Selain bersama-sama mengambil gambar, Nasrudin juga diberi peluang masuk ke dalam dewan konsert yang gelap, yang hanya disuluh oleh lampu neon yang bersimpang siur serta disantap dengan muzik-muzik punk dan underground. Turut menyertai Nasrudin ialah Khairul Faizi Ahmad Kamil (setiausaha), Kamaruzaman Mohamad (exco), Firdaus Jaafar (exco), Zamri As'ad Khuzaimi (exco) dan kepimpinan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.
KUALA LUMPUR, 12 Jun: Rakyat digesa memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 jika mahu merasai nikmat negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat bakal menikmati kehidupan lebih baik dibawah konsep negara berkebajikan Pakatan Rakyat berbanding di bawah BN sekarang ini. Tambahnya, ianya boleh dilihat di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dan juga sebahagiannya telah ditawarkan dalam Buku Jingga. "Kalau nak tahu apa itu negara kebajikan, rakyat pilih kita pada pilihan raya akan datang. "Beri kita lima tahun, kita akan tunjuk apa kita akan lakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat kali pertama untuk sesi 2011-2013 di Pejabat Agung PAS hari ini. Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata hasrat PAS mahu melaksanakan negara berkebajikan itu 'meniru' apa yang telah dibuat BN sejak lama. Terbaru, seorang lagi bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan PAS menggugurkan perjuangan negara Islam dan diganti negara kebajikan, sekadar umpan untuk meraih undi bukan Islam. Menjawab tomahan itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, "itu kenyataan orang yang tidak membaca apa dia politik Islam". Katanya, negara berkebajikan PAS jauh berbeza dengan Umno di mana PAS meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan yang tidak dibuat oleh Umno BN. "Sebahagiannya kita berjaya buat di negeri yang kita perintah di Kelantan, Kedah, pernah di Perak dan Terengganu termasuk di Selangor dan Pulau Pinang. "Konsep berkebajikan bukan sahaja kebajikan kepada rakyat, tetapi juga tidak mengerjakan perkara yang haram antaranya meninggalkan rasuah bukan sahaja kerana SPRM tetapi kerana perintah Allah," katanya lagi. Mengulas lanjut, beliau menyifatkan pemimpin Umno BN itu sedang 'kepanasan' dengan apa yang mahu diperkenal PAS itu. Apatah lagi, katanya ekonomi negara berkebajikan yang mahu dilaksanakan PAS akan menambah pendapatan negara tanpa membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang dan menaikkan cukai kepada rakyat kebanyakan seperti dibuat BN. "Terengganu kita (PAS) pernah hapuskan tol (jambatan). Jelas itu satu kebajikan yang kita buat kerana melihat yang lalu itu peniaga-peniaga kecil, orang kampung. "Walaupun kita rugi berjuta, namun kita tampung dengan menaikkan cukai kepada mereka yang kaya seperti industri dan pembalakan," ujarnya.
KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.
Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.
Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.
Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.
Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.
"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.
"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.
Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.
Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:
Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed Perak- Ust Abu Bakar Husin Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak P.Pinang- Ust Salleh Man Perlis- Ust Hashim Jasin Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad Sarawak- Ust Adam Ahid
Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada En. Aminuddin Aling di atas perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS baru Negeri Sabah. Sehubungan dengan itu, DPP Sepangar mendoakan agar beliau sentiasa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t di dalam memimpin PAS Sabah ke mercu kejayaan.
En. Aminuddin Aling (kanan sekali) semasa mengadakan ziarah serta menyampaikan sumbangan
Sejumlah RM50 juta telah dibelanjakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10 pada April lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, bagi kementerian-kementerian dan agensi-agensi lain, jumlah perbelanjaan mereka adalah mengikut anggaran bajet yang telah ditetapkan oleh kementerian dan agensi masing-masing.
Mohamad Nazri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) di Dewan Rakyat hari ini.
Teo bertanya mengenai perbelanjaan SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan dalam pilihan raya DUN Sarawak yang lalu. - Bernama
Telah lebih seminggu berakhirnya muktamar PAS yang berlangsung di Taman Melewar. Seminggu lebih jugalah media2 berat sebelah UMNO memainkan pelbagai isu yang berkait dengan keputusan muktamar yang lalu. Geram dan meluat dengan isu2 yang dimanipulasikan dan dikelirukan membuatkan aku ingin berkongsi sedikit apa yang aku dapati dan fahami dari muktamar yang lalu.
Sebelum kita terus kepada isu2 yang di bangkitkan mari kita lihat perbezaan suasana muktamar PAS dengan Mesyuarat Agung UMNO. Kita tengok tempat pun cukup lah. Dengan tengok tempat berlangsungnya muktamar pun kita sudah dapat tahu perbelanjaan wang untuk menjayakan muktamar tersebut. Selidik pula UMNO di mana tempatnya. Kalau nak dibandingkan perbelanjaan dari sudut persediaan tempat ternyata PAS tewas di situ. Tapi persoalannya dari mana datangnya dana tersebut? UMNO.. Sudah pasti mereka menggunakan wang kerajaan yang mereka anggap duit kerajaan adalah duit UMNO sendiri. PAS.. hanya mampu menggunakan duit parti yang juga tempat simpanannya adalah didalam kocek ahli sendiri. Ini baru kita tengok tempat berlangsungnya program. Belum kita tengok tempat perwakilan menginap. Umno.. Perwakilan di sediakan hotel yang selesa. PAS.. Pandai2 la perwakilan sendiri. Kalau takde duit. Kat dalam kereta pun jadi la.
Mari kita tengok isu2 yang dimainkan selepas muktamar berakhir. Pertamanya persoalan perubahan pucuk pimpinan. Kalau kita tengok sebelum muktamar berlangsung media2 UMNO sibuk mencanang bahawa gandingan ulama' antara Tn Guru Hj Hadi dan Ustaz Nasa adalah satu gandingan yang sangat mantap. Apa tanda di situ? Mereka sangat takut andai Mat Sabu pemidato yang vokal dalam isu2 negara dari memenangi jawatan Timbalan Presiden. Akhirnya apa yang ditakuti UMNO menjadi kenyataan apabila keputusan pemilihan muktamirin memihak kepada pimpinan yang diistilahkan pimpinan perang di angkat menjadi pimpinan. Bila berlaku perkara ini mereka mula mencanang tentang isu kepimpinan ulama' disisihkan pula.
Kita kena faham bahawa hiraki kepimpinan PAS tidak sama dengan UMNO. Kalau dalam UMNO ulama' di letak di bawah biro agama semata2. Tapi jauh berbeza di dalam PAS. Ulama' telah di letakkan khas di tempat tersendiri. Setiap keputusan yang ingin diputuskan akan di syurakan di majlis syura yang sememangnya terdiri dari ulama'. Penegerusi Majlis Syura ataupun dikenali Mursyidul Am PAS selaku penasihat tertinggi pula adalah merupakan seorang ulama' haraki yang di segani kawan mahupun lawan iaitu Tn Guru Nik Aziz Nik Mat. So kat sini kita boleh lihat ulama' tetap diletakkan di hiraki tertinggi dalam pembuat keputusan2 akhir yang melibatkan pergerakan parti.
Timbul pula isu golongan professional. Ini pun aku tak faham. Dulu ketika PAS di dokongi kebanyakan dari golongan ulama' UMNO mengatakan Gerakan Islam berbentuk parti ini adalah JUMUD kerana hanya didokongi oleh golongan berkopiah. Namun kini, Setelah fikrah PAS berkembang dari sekolah pondok ke bilik bedah, ke bengkel kereta, ke makmal sains, ke meja akauntan, ke cerun batuan, ke meja jurutera dan ke setiap ceruk minda professional masyarakat maka mereka kecoh pula tentang ulama' di sisihkan. Memprofessionalkan ulama' dan mengulama'kan professional. Usaha yang sangat menarik yang berjaya dilaksanakan oleh PAS. Jika dahulu Ulama' hanya pandai mengajar kitab kuning di pondok2. Tapi kini telah berubah. Begitu banyak ulama' yang begitu hebat dari sudut organisasi dan skill interpersonal. Golongan professional pula kini sudah mampu untuk ke hadapan memberi ceramah memetik ayat2 quran dan hadith di dalam ceramah mereka.
Seterusnya isu merubah dasar parti. Sebelum cakap banyak aku cadangkan UMNO pergi baca dulu dasar PAS dan bandingkan dengan dasar diorang. Di mana islam itu diletakkan dalam kedua dasar parti tersebut? Dari negara islam ke negara kebajikan. Isu dasar yang dimainkan oleh media UMNO. Sebelum tu kita perlu memahami tentang negara islam terlebih dahulu. Kalau diikutkan sememangnya istilah negara islam dalam islam sememangnya tidak wujud. Yang ada adalah wilayah islam ataupun Darul Islam. Dalam usaha menghalau penjajah lah yang memangkinkan munculnya istilah negara islam yang ditambah lagi dengan tercetusnya Revolusi Iran.
Jenama dan pengisian. Istilah seterusnya yang perlu kita beri perhatian. Antara kedua jenama dan pengisian ini mana yang lebih penting? Kita melihat negara kita telahpun dijenamakan sebagai negara islam namun di mana letaknya pengsianya dari segala aspek? Dalam membentuk sesuatu ada 2 method yang kita boleh pilih. Kita analogikan dengan perbuatan ingin menunjukkan air milo kepada kawan kita. Pilihan pertama kita mengambil mug milo percuma dan mengatakan ini adalah air milo.(walaupun di dalamnya mungkin hanya air bio aura je.) Pilihan kedua adalah kita buat dahulu air milo itu di dalam mug nescafe. Kita tunjukkan kepada kawan kita. Ini adalah airi milo. Bila sampai satu masa yang sesuai kita tuangkan ke dalam mug milo yang tersedia. Hakikatnya ianya masih terisi dengan air milo bukan?
Pandangan aku yang kerdil di gelanggang siasah ini merasakan pilihan kedua ini yang cuba dilakukan oleh pimpinan PAS. Substance nya masih sama cuma jenamanya berubah atas dasar kedinamikan jemaah itu sendiri. Prinsipnya masih sama cuma perlaksanaannya sedikit diharmonikan dengan rakan Pakatan Rakyat yang lain. Memetik kata2 Ustaz Asri di webnya.
"Politik kenegaraan dan seninya sentiasa berubah mengikut keperluan suasana. Namun, prinsipnya kekal. Ini kerana Islam satu agama realistik. Perjuangan politik dalam Islam, bukanlah perjuangan menegakkan jenama negara, tetapi menegak tanggungjawab dan prinsip-prinsip keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya. Bukan penting pada jenama, tetapi pada isinya. Islam agama yang menjamin keadilan, keamanan, memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan, menyebarkan kebajikan dan seterusnya. Itulah negara yang dikehendaki oleh Islam"
Begitu juga kata2 Tn Guru Hj Hadi..
"Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan".
Inlah yang terjadi di Malaysia. Meletakkan jenama Negara Islam sebagai satu jenama sempena rakyatnya yang majoritinya adalah umat islam. Namun kita selidiki di mana perlaksanaannya di medan masyarakat? Islam itu hanya diletakkan sebagai nama semata2.
PAS kini menerima sokongan bukan ISLAM
Negara kebajikan adalah satu istilah yang menjadi titik temu antara PAS PKR dan DAP. Dalam memacu perubahan di Malaysia titik temu seperti ini amat penting. Namun harus diingat prinsip dan dasar utama masih kekal. Semoga suatu masa nanti air milo di dalam mug nescafe ini mampu di tuang ke dalam mug milo.
Cukup sekadar ini sedikit ulasan aku di atas isu2 yang berlegar di media berat sebelah BN kini. Mereka memanipulasi kenyataan dan cuba mengelirukan masyarakat bahawa PAS telah mengubah prinsipnya. Perlu jelas disini bahawa prinsipnya masih kekal hanya penjenamaan yang berubah seperti yang telah aku nyatakan di atas. Semoga sedikit ulasan ini mampu memperjelas fikrah korang dan terutamanya juga kepada aku yang bersama dengan Jemaah Islam PAS ini.
7 Jun 2011, Pasir Hitam - Fokus Dewan Pemuda PAS Langkawi (DPPPL) untuk menjadikan medium sukan sebagai penghubung antara DPPPL bersama masyarakat disemarakkan lagi dengan penganjuran Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Bawah 10 tahun yang berlangsung selama hampir sebulan di Padang Bola Pasir Hitam. Penganjuran kejohanan ini mendapat kerjasama erat pemuda-pemuda Pakatan Rakyat di kawasan berkenaan dengan penyertaan lebih 15 pasukan dari seluruh Langkawi. Penganjuran yang juga melibatkan aktiviti sukaneka bersama masyarakat setempat ternyata mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Ketua Pemuda PAS Langkawi Ustaz Mohd Shazuri Saad membayangkan akan menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti tahunan di sini dan akan meluaskan ke kawasan-kawasan lain pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan