PAS dan Pakatan Rakyat Tetap Bersama Meraikan Sambutan Tahun Baru Cina
MIRI – Lawatan singkat Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohammad Sabu ke Miri baru-baru ini telah digunakan sepenuhnya untuk berkunjung ke rumah terbuka rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dari PKR, DAP dan juga ke rumah Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak En Yeo Kian Leong.
Dalam kunjungan sempena Tahun Baru Cina, Mat Sabu telah dibawa berkunjung ke rumah Ketua Pemuda PKR Miri Steve Teo Jia Jun, Mdm Lim DAP, YB Alan Ling DAP Piasau.
Antara yang hadir ialah Tuan Haji Adam Ahid Pesuruhjaya PAS Sarawak, YDP PAS Miri, pimpinan PAS kawasan serta ahli-ahli.
Walaupun ada sedikit perselisihan faham dalam soal politik tetapi pada Tahun Kambing ini, ianya mengeratkan lagi hubungan antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat Sarawak dan ini menunjukkan bahawa rakyat di Sarawak lebih suka hidup dalam harmoni tanpa mengira bangsa dan agama.
PAS ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Cina walau dimanapun mereka berada.
Tahun Kambing adalah tahun untuk kita sama-sama bekerja keras untuk menyatukan masyarakat Sarawak yang berbilang kaum agar dapat hidup dalam rukun dan damai.
Budaya dan adat resam yang baik perlu dikekalkan walaupun berlainan bangsa, agama dan fahaman politik untuk kita dapat hidup bersama dengan aman dan harmoni.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
PAS and Pakatan Rakyat Stay Together Celebrate the Chinese New Year Celebration
MIRI – A short visit of the PAS Deputy President Tuan Haji Mohammad Sabu to Miri recently has been fully utilized for visiting to the open house of the Pakatan Rakyat colleagues from PKR, DAP and also to the house of Sarawak PAS supporters' congress chairman Mr Yeo Kian Leong.
During the visit of the Chinese New Year, Mat Sabu has been taken to the house of Miri PKR Youth chief Steve Teo Jia Jun, Mdm Lim DAP, YB Alan Ling DAP Piasau.
Among those present were Tuan Haji Adam Ahid Sarawak PAS commissioner, PAS Miri Chief, PAS leader as well as members.
Although there is some disagreement in politics but in this Year of Goats, they strengthen the relationship between the component parties in Pakatan Rakyat Sarawak and this shows that the people in Sarawak prefer to live in harmony regardless of race and religion.
PAS would like to take this opportunity to congratulate the Chinese New Year to all the Chinese community despite wherever they are.
Goats year is the year for us all to work hard to unite people of all races in Sarawak in order to live in harmony and peace.
The good culture and customs should be maintained regardless of race, religion and political ideology for us to live together in peace and harmony.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan