BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Rabu, 7 Januari 2015 at 3:14 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


Landskap Siasah

Posted: 06 Jan 2015 07:26 AM PST

Landskap Siasah


SALIMAH KEDAH ANJUR PROGRAM PEMULIHAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK MANGSA BANJIR DI KELANTAN

Posted: 06 Jan 2015 06:28 AM PST

SALIMAH KEDAH ANJUR PROGRAM PEMULIHAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK MANGSA BANJIR DI KELANTAN

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
SUNGAI PETANI- 3 Jan 2015

Suau majlis perlancaran Program Pemulihan Pendidikan Kanak-Kanak Mangsa Banjir Kelantan telah diadakan di tingkat 4 SP Plaza bermula jam 3 petang tadi.

Majlis yang dianjur oleh NGO SALIMAH cawangan Kedah dengan kerjasama NGO MAPIM Utara bertujuan khusu untuk membangun rasarana pendidikan awal kanak-kanak yang bukan seliaan kerajaan.

" Terlalu banyak premis tadika dan sekolah rendah islam yang dibina oleh pihak swasta tertentu dan kini semuanya musnah terutama di wilayah Kuala Krai, adalah menjadi tanggungjawab kita di negeri-negeri selamat untuk menyalurkan bantuan seperti pakaian seragam percuma, alatan tulis, buku-buku serta prasarana yang musnah", jelas Ustazah Rubiyah bt Haron selaku Pengerusi Salimah Kedah yang telah enitiskan air mata sepanjang menceritakan kemusnahan prasarana pendidikan kanak-kanak di Kelantan.

Majlis ini diserikana dengan gimik Ikrar Kanak-Kanak islam oleh pelajar PASTI Sungai Petani, penyerahan contoh pakaian seragam PASTI oleh adik Syahmil Hakim Bin Shahrul Mukhtar kepada Ustazah Rubiyah sendiri.

SALIMAH sebenarnya adalah NGO yang dibangunkan oleh bekas-bekas guru yang berkesedaran membangunkan ummah dan membenteras gejala sosial melalui solusi Islamik. Lantaran itu kemusnahan dan kepayahan anak-anak di kelantan amat dirasai oleh para veteran guru ini.

Majlis ini juga disuntik semangat oleh Presiden MAPIM Cikgu Haji Mohd Azmi Bin Abd Hamid yang mengambarkan semnagat dan tekad MAPIM untuk terus membantu SALIMAH menyediakan bantuan berharga ini. MAPIM juga merupakan NGO 'pioneer' dalam misi kemanusiaan di Kelantan selain Jabatan Amal dan Ngo-NGO lain.

Ustaz Azahan bekas Juara Akademi Nasyid telah menyampaikan ucapan bersemangat pengalaman beliau mambantu membersih kawssan yang musnah walaupun penglihatan beliau amat terbatas.

Kepada masyarakat awam yang ingin menyumbang wang untuk dana peralatan pra sekolah boleh menyalurkan ke akaun Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia ( 02020002665718) Bank Muamalat.









Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan