BLOG - BLOG PARTI UMNO

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Rabu, 7 Januari 2015 at 3:36 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 06 Jan 2015 11:04 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


KENYATAAN AKHBAR KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA DATUK MAS ERMIEYATI SAMSUDIN MENGENAI BANTUAN YURAN PIBG KEPADA KELUARGA MANGSA BANJIR #puteriprihatin #puteripeduli

Posted: 06 Jan 2015 01:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri UMNO mencadangkan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk anak-anak mangsa banjir ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan bagi meringankan bebanan pelajar dan ibu bapa mereka selepas dilanda banjir teruk.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, langkah itu tentu sekali melegakan ibu bapa dan membolehkan mereka menggunakan wang yang sepatutnya dibayar kepada tabung PIBG  untuk keperluan lain yang lebih mendesak selepas banjir berakhir.

"Jika yuran PIBG sekadar ditangguhkan, ibu bapa terutama mereka yang mempunyai ramai anak tetap tidak mampu untuk membayar pada bulan-bulan akan datang berikutan situasi sukar yang dihadapi dalam membina kehidupan baharu selepas kehilangan rumah dan harta benda akibat banjir.

"Puteri UMNO yakin jika cadangan itu dilaksanakan ia akan menjadi satu hadiah yang sangat bermakna untuk mangsa banjir khususnya keluarga yang terjejas teruk akibat bencana alam itu," katanya.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) baru-baru ini mencadangkan yuran persekolahan bagi anak-anak mangsa banjir ditangguhkan sehingga pertengahan atau akhir tahun ini bagi meringankan beban ibu bapa mereka.

Mas Ermieyati berkata, yuran PIBG yang kebiasaannya antara RM50 hingga RM200 untuk seorang pelajar bukan satu jumlah yang kecil  bagi keluarga yang langsung tidak berkemampuan kerana mengalami kerugian yang besar apabila segala harta benda musnah akibat banjir.


Sehubungan itu jelasnya, pihak kerajaan dan PIBG sekolah wajar memberi perhatian terhadap perkara tersebut, malah, sebagai ibu beliau turut merasai tekanan dialami ibu bapa yang perlu menanggung pelbagai keperluan anak-anak dan ia  melibatkan perbelanjaan yang bukannya sedikit.

Beliau berkata, prestasi PIBG setiap sekolah bukan diukur pada kemewahan jumlah tabung sebaliknya dilihat daripada aspek kejayaan pelajar-pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.

"Pihak PIBG juga boleh membantu kerajaan dengan mengurangkan jumlah yuran tersebut untuk musim ini sahaja. PIBG bukan satu badan korporat yang perlu memikirkan keuntungan untuk tabung itu semata-mata.

''Usaha ini hanyalah sebagai salah satu langkah bagi meringankan beban mangsa banjir. Pihak lain juga harus turut sama menyumbang dan kita tidak boleh hanya bergantung kepada kerajaan untuk menguruskan soal pendidikan," katanya.

Beliau turut meminta syarikat-syarikat swasta supaya tampil menghulurkan bantuan alat tulis, buku dan pakaian seragam sekolah kepada pelajar yang terlibat dengan bencana banjir.

#PuteriPrihatin
#PuteriPeduli

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI UMNO

Catat Ulasan