PEMUDA PAS SUNGAI PETANI DAN SUKARELAWAN TABUR BAKTI BANTU MANGSA BANJIR KELANTAN
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
SUNGAI PETANI - 10 Januari 2015
Pada jam 2 petang 10 Januari lalu tamatlah misi Ops Cuci Pemuda PAS Sungai Petani yang disertai anak muda dan belia sejak 1 Januari.
Misi selama 10 hari ini sebenarnya hasil kerjasama antara Jawatankuasa Operasi Banjir Pas Sungai Petani bersama Dewan Pemuda PAs Sungai Petani sebagai menyahut seruan PAS Kedah untuk menumpu misi bantuan di lokaliti tertentu. Sungai Petani telah diamanahkan untuk berbakti mencuci rumah mangsa banjr sekitar Kampung Kroh dan berpangkalan di Masjid Lama Kroh Kuala Krai.
Menurut Saudara Inshomuddin Osman Pengarah Operasi Banjir Pantai Timur PAS Sungai Petani sepanjang misi Ops Cuci ini bukan sekadar hadir sebagai sukarelawan mencuci rumah mangsa banjir yang rata-rata ketiadaan sumber air bersih dan elektrik pada awal air surut, malah sepanjang 10 hari ini pelbagai bantuan makanan, kewangan, pakaian turut dibawa oleh gabungan sukarelawan seramai 168 orang ini.
Misi ini turut disertai oleh mantan ADUN Pantai Merdeka Haji Abdullah Jusoh yag tidak ketinggalan basahm bersumpur dan menghayun kaki dan tangan bersama sukarelawan lain bertugas.
Dewan Pemuda PAS Sungai Petani juga telah menyerahkan 22 biji periuk nasi elektrik kepada ADUN Mengkebang YB Ustaz Latif. pada 9 Januari.
Sepanjang misi ini sebanyak 67 buah rumah berjaya dicuci dengan dibahagi sukarelawan kepada beberapa kumpulan platon kecil.
Rata-rata rakyat tempatan berterimakasih kepada sukarelawan yang bukan sekadar sanggup mencuci rumah mereka malah mengangkut air di sungai semata-mata untuk menyelesaikan tugas mencuci di kawasan tanpa air bersih.
Saudara Izzwan ismail selaku Ketua Pemuda PAS Sungai Petani menyatakan platon Pemuda tidak memilih rumah mangsa, bangsa, fahaman politik atau jenis rumah.
"Kami sedia berkhidmat kepada sesiapa sahaja dan ia telah ditunjukkan sepanajang 10 hari kami di sana. Bukan sekadar itu, pihak kami akan menyusun beberapa siri bantuan susulan di mana bantuan pakaian seragam sekolah baru akan menjadi komoditi penting untuk dibawa ke Pantai Timur akan datang" jelas beliau sambil menceritakan suka duka dan kenangan manis bersama rakan-rakan membantu mangsa banjir.
Pemuda PAS Sungai Petani dan warga sukarelawan Sungai Petani telah merealisasikan moto Unit Amal iaitu Beramal Kerana Allah melalui misi banjir dan Insya Allah siri bantuan akan datang sedang disediakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan