Khamis, 15 Januari 2015

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 15 Jan 2015 11:22 AM PST

PEJUANG BANGSA


GUAN ENG DESAK GST DITANGGUH SEBAB PENIAGA CINA PENANG AKAN BANGKRAP

Posted: 15 Jan 2015 09:30 AM PST





Jika anda membaca surat LGE kepada PM , menampakkan dia cuba jadi hero dengan  membela peniaga Cina yang enggan mahu ikut sistem GST .  

Apakah threshold jualan yang dikenakan GST iaitu RM500 ribu dianggap membebankan lagi  peniaga hingga perlu diminta ke RM2 juta setahun ?

Kelonggaran hingga RM500 ribu sudah cukup banyak sekali dan tindakan aduan peniaga ini dilihat hanya mencari alasan untuk tidak mahu bayar cukai . 

GST sudah dilaksanakan lebih 136 buah negara malah di Singapura sendiri juga dilaksanakan . Kalau sistem ini tak bagus , negara lain tak pakai pun GST ini . 

Jika kedai ubat tradisional di negeri lain seperti Indonesia, Thailand , Singapura sertai GST , mengapa 3 kedai runcit Penang ini tak mahu ?

 Alasan macam-macam    tak computer literate la , kedai kecil , guna buku 555 sahaja ... 



''Kesan negatif daripada pelaksanaan GST telah melandai beberapa sektor, khususnya industri perdagangan kecil seperti kedai runcit dan kedai ubat tradisional. Malah, terdapat sekurang-kurangnya tiga (3) buah kedai runcit yang beroperasi puluhan tahun di pekan kecil dalam kawasan Parlimen Balik Pulau (yang kini diwakili oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan) akan gulung tikar atau menghentikan perniagaan kerana sukar memenuhi syarat-syarat GST.

3. Oleh kerana pelaksanaan GST masih diharungi oleh persoalan apa yang boleh dan tidak dikecualikan serta mempunyai jawapan berbeza-beza yang mana akan menambahkan kos pengurusan, sekaligus membebankan peniaga-peniaga kecil, maka adalah wajar ianya ditangguhkan untuk suatu tempoh waktu sehingga semua kemusykilan ini dapat diperjelaskan.

4. Di samping itu, adalah perlu had 'threshold' jumlah jualan dikenakan GST dinaikkan daripada RM500,000.00 kepada RM2 juta setahun, demi membantu peniaga kecil. Pada masa yang sama, penurunan nilai matawang ringgit Malaysia menjadikan 'threshold' RM500,000.00 nilai jualan setahun mudah dicapai oleh peniaga kecil dan sekaligus membebankan serta menjejaskan mereka.




– Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjadikan tiga kedai runcit yang beroperasi puluhan tahun di Balik Pulau di sini sebagai contoh dalam menggesa Kerajaan Pusat menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

 Menurut beliau, ketiga-tiga kedai itu akan gulung tikar atau
menghentikan perniagaan masing-masing kerana gagal memenuhi syarat-syarat pelaksanaan GST.

"Kesan pelaksanaan GST juga telah berlaku terhadap beberapa sektor khususnya industri perdagangan kecil seperti kedai runcit dan kedai ubat tradisional," katanya.



 Beliau berkata demikian dalam surat rasmi yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertujuan memohon supaya pelaksanaan GST yang akan dikuatkuasakan April ini ditangguhkan.

Menurut Guan Eng, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada mesyuarat penggal kedua 14 November tahun lalu sudah membuat ketetapan supaya GST ditangguhkan sehingga negara mencapai status maju dan berpendapatan tinggi.


Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan boleh mempertimbangkan permintaan itu bukan sahaja untuk rakyat negeri ini tetapi bagi meringankan beban kewangan mangsa bencana banjir di Pantai Timur. - UTUSAN-

ORANG BANGKRAP SEMAKIN SAWAN, KINI MEROYAN GELAR UMNO BODOH !

Posted: 15 Jan 2015 08:08 AM PST



Orang seperti Khairuddin  kalau tengah susah sanggup buat apa sahaja walaupun menjadi Con Man .

Khairuddin telah membuat repot polis pasal 1MDB pada 13 Disember 2014. Mengikut salinan carian Jabatan Insolvensi dia telah diisytiharkan muflis atau bankrap pada 14 Mei 2014, lebih lima bulan sebelum beliau membuat repot polis.

Beliau diisytiharkan muflis oleh Mahkamah kerana petisyen bankrap yang dibuat oleh sebuah syarikat bernama Artisan Fokus Sdn Bhd.

Hari ini beliau mengelar UMNO parti bodoh dan akan mempertimbangkan meninggalkan parti .

Elok lah orang opportunis seperti dia ini keluar parti dan kalau nak molek sertai PKR parti Anwar Ibrahim . haha..



Nak menipu pun guna otak la ..cakap rumah tak dilelong tapi diri
sendiri cakap dilelong harga RM2.1 juta itu apa kejadahnya ?









MELAYU PKR CAKAP BERBELIT ,TAK SETUJU KENYATAAN ERIC & DITAHAN POLIS

Posted: 14 Jan 2015 04:49 PM PST





Kaedah berdialog dilihat lebih baik berbanding serbuan melibatkan 20 anggota polis semasa penahanan Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen baru-baru ini.

Ketua Penerangan Keadilan, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, serbuan itu sekali gus menggambarkan Paulsen seolah-olah seorang penjenayah besar yang cuba melarikan diri.

"Walaupun saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan kenyataan umum Paulsen yang boleh ditafsir menghina secara serkap jarang, namun saya juga tidak bersetuju beliau ditahan begitu rupa.

"Apatah lagi disusuli dengan tweet Ketua Polis Negara tentang penangkapannya seolah-olah penjenayah besar yang cuba melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Paulsen menerusi catatan di laman Twitternya pada Jumaat lepas berkata: "Jakim sedang mempromosikan ekstremisme pada setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia".

Kenyataan itu bagaimanapun telah dipadam setelah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Kata Syed Ibrahim, pihak berkuasa perlu memahami beberapa perkara dasar di dalam konteks Malaysia sebagai negara majmuk.

"Saya percaya perkara ini boleh ditangani dengan cara berdialog secara paling baik (ahsan) dan berhikmah sebagaimana yang disarankan oleh Islam.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim turut menyarankan semua pihak agar kembali kepada dasar Islam selain melihat ia hanya tinggal dasar jika kefahaman dan pelaksanaannya bercelaru atas motif politik dan emosi sentimen semata-mata.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada pihak tertentu agar tidak mempolitik atau memanipulasikan isu tangkapan peguam Eric Paulsen sehingga boleh menjejaskan keselamatan awam.


IPOHMALAY

Posted: 15 Jan 2015 09:05 AM PST

IPOHMALAY


Ribut Tropika Mekkhala 'sambut' kedatangan Pope Francis ke Filipina

Posted: 15 Jan 2015 04:30 AM PST

Filipina menetapkan Kota Manila bercuti umum 3 hari dari 15 hingga 18 Januari bagi menyambut kedatangan Pope Francis ke negara Katolik terbesar di rantau Timur itu. Ini bagi melancarkan trafik sempena kali pertama seorang Pope mengunjungi negara tersebut.

Namun, cerapan agensi cuaca Jepun menunjukkan kedatangan Pope itu turut disambut oleh Ribut Tropika Mekkhala yang baru dinaikkan kepada status ribut tropika setelah beberapa hari lahir sebagai Tropical Depression di Lautan Pasifik dan merupakan pembentukan pertama bibit taufan dalam musim 2015.

Lebih dari itu, Pope yang merancang mengunjungi pulau Leyte hujung minggu ini bagi melihat pembangunan kawasan yang terjejas dengan Taufan Heiyan,  berkebetulan dengan masa di mana ribut tropika itu diunjurkan melanda pulau tersebut hujung minggu ini.

Walaubagaimanapun angin kering dan dingin dari timur laut dinilai akan melemahkan taufan tersebut atau mengalihkan arahnya ke utara.

Setakat ini, ribut tropika tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda berpotensi untuk meningkat kepada status taufan.



Kamis, 15/01/2015 18:32 WIB

Puluhan Ribu Orang Sambut Kedatangan Paus Fransiskus di Filipina

Rita Uli Hutapea - detikNews
Foto: Reuters
Manila, - Puluhan ribu orang berbaris di pinggir-pinggir jalan di Manila, ibukota Filipina hari ini untuk menyambut kedatangan Paus Fransiskus. Ini merupakan lawatan pertama Paus ke negara Katolik terbesar di Asia tersebut.

Seperti dilansir Reuters, Kamis (15/1/2015), kedatangan Paus disambut dengan penjagaan super ketat. Hampir 50 ribu tentara dan polisi dikerahkan di Manila, juga di provinsi Leyte yang akan dikunjungi Paus pada akhir pekan ini. Penjagaan super ketat ini dikarenakan lawatan dua Paus lainnya di masa silam diwarnai dengan percobaan pembunuhan.

Lonceng-lonceng gereja dibunyikan di berbagai penjuru Filipina saat pesawat yang mengangkut Paus mendarat di bandara internasional Manila hari ini. Warga yang berkerumun di bandara bertepuk tangan dan bersorak-sorai ketika Paus Fransiskus melangkah keluar dari dalam pesawat.

Sebelumnya pada Rabu, 14 Januari kemarin, Presiden Benigno Aquino meninjau langsung tempat-tempat publik dan rute iring-iringan kendaraan yang akan membawa Paus. Bahkan menurut Menteri Dalam Negeri Filipina Manuel Roxas, Aquino bersedia menjadi "pengawal pribadi" Paus guna memastikan keselamatannya.

Di Manila, sekitar enam juta orang diperkirakan akan membanjiri Taman Rizal, taman terbesar di ibukota Filipina itu pada Minggu, 18 Januari mendatang. Mereka akan datang untuk mendengarkan apa yang akan disampaikan Paus dalam acara misa.

Paus berumur 78 tahun itu juga dijadwalkan berkunjung ke provinsi Leyte, yang masih berjuang untuk pulih usai Topan Haiyan yang menewaskan sekitar 6.300 orang pada tahun 2013. Sekitar dua juta orang diperkirakan akan menghadiri misa terbuka yang akan digelar pada Sabtu, 17 Januari di bandara Tacloban City, yang nyaris hancur total akibat amukan Topan Haiyan.

Dalam rangka lawatan Paus ini, pemerintah Filipina telah menetapkan tiga hari libur umum guna mengosongkan lalu lintas di Manila, yang dihuni sekitar 12 juta jiwa. Pemerintah bahkan juga menutup pasar-pasar finansial.

Ikuti blog Pemikir Jawi , blog bertulisan jawi sepenuhnya

Posted: 15 Jan 2015 12:51 AM PST

Atas reaksi yang menggalakkan, bermula 14.1.2015 bersamaan 24.3.1436, sebuah blog jawi telah terbit menemui pembaca dari kalangan orang-orang Jawi.



Blog ini boleh diakses di alamat http://pemikirjawi.blogspot.com. Ia berdiri dengan dasar-dasar yang ada tersiar di blog tersebut.

Jika anda adalah antara pecinta Jawi, intelektualis atau pemimpin masyarakat Jawi, anda boleh menyumbang penulisan anda dengan menggunakan ruangan komen yang telahpun ditetapkan untuk tidak muncul secara automatik melainkan tiba terlebih dahulu ke pentadbir blog.

Selain itu juga, Pemikir Jawi juga telah mempunyai Page di Facebook yang didirikan serentak dengan blog tersebut. Untuk menziarahinya, sila klik di SINI. Jangan lupa tekan LIKE. Hehe. Admin yang boleh bertulisan jawi sangat-sangat diperlukan.



Diharapkan ia mampu menjadi pendorong untuk lebih banyak lagi blog dan Page di Facebook yang mengangkat tulisan jawi sebagai medium dan asas kewujudannya.


Ini punca pelajar bukan Melayu berbaju kurung, dihalau dari sekolah

Posted: 14 Jan 2015 07:08 PM PST


Ahli akademik terkenal yang berang dengan tindakan guru sebuah sekolah yang menghalau pelajar bukan Melayu berbaju kurung mungkin tak pernah melihat pemakaian baju kurung dengan trend kain nipis sampai nampak baju dalam dan coli.

Ini kerana disebalik keayuan pelajar bukan Melayu berbaju kurung terselit sebuah kejanggalan yang telah lama diperhatikan iaitu trend berbaju kurung nipis hingga tali coli atau baju dalam kelihatan.

Lihat sahaja di Ipoh seperti contoh sekolah yang bersebelahan dengan sebuah mall.

Memang telah lama pelajar bukan Melayu di sana mengenakan baju kurung. Cukup ayu dan sopan dari kejauhan. Tetapi bila semakin hampir, aduhai, bagaikan ada niat tersembunyi yang dibukukan. Keseksian.

Benar, baju kurung adalah sebahagian dari pakaian kebangsaan untuk dipaai semua kaum. Tetapi material yang digunapakai hendaklah terlebih dahulu bersesuaian.

Apapun, pihak yang mahu bersuara di media hendaklah mendesak kepada pihak yang sewajarnya supaya mereka menjelaskan apa justifikasi mereka dalam tindakan ini terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.


DAP kata Malaysia dulu lebih toleransi dari hari ini

Posted: 14 Jan 2015 04:01 PM PST

Bila budak-budak berlaku biadap, itu cerminan didikan dari ibu bapa mereka. Bila ibu-bapa biadap, itu cerminan ideologi yang diikuti ibu-bapa mereka itu.



Seorang remaja Cina ini mungkin bernasib malang kerana dilaporkan ke pihak polis. Tetapi masih ramai lagi yang terlepas di kalangan dua bangsa ini.

DAP dalam Majlis Memperingati Tun Razak menyebut bahawa Malaysia dahulunya harmoni. Tidak diganggu ekstemis. Tolak ansur dan saling menghormati. Memang wayang opera Cina begitu. Padahal DAP tak join BN pun.



Tetapi DAP tidak pernah mengambil apa-apa langkah, apatah lagi memberi kecaman terhadap anak bangsa mereka yang  perlakuannya seperti Derek di atas.

DAP tidak pernah mahu tahu kewujudan pelampau Cina yang menjadi-jadi inilah yang menjadikan Malaysia tidak lagi seperti dulu. Akibat dari ini juga reaksi orang Melayu bertambah agresif sehingga tertubuhnya Perkasa yang mereka allergik sangat itu.

Apatah lagi untuk DAP mendidik  anak-anak bangsanya dengan nilai-nilai yang baik sejajar dengan ajaran Confucius, Buddha dan Kristian yang mereka anuti. DAP sendiri bukanlah terdiri dari orang yang berakhlak terpuji. Sebab itulah kebiadaban dari kalangan anak bangsa mereka muncul menjadi-jadi.

Mereka bagaikan hanya mahu kuasa politik, menjadi tokong, menyapu kontrak jahit dan memungut balak dan menumbuhkan premis maksiat bersekali dengan mengekang perkembangan Islam dan memberi makan ternakan Melayu mereka dalam memastikan dua pertiga dewan rakyat tidak jatuh ke tangan orang Islam.

Walaubagaimanapun, anak Cina bernama Derek ini perlu tahu bahawa anjing sebenar bukanlah orang Melayu. Tetapi orang Cina sendiri.Bukan saya kata. Ti Lian Ker yang kata.






tunku

Posted: 15 Jan 2015 03:42 AM PST

tunku


Muhyiddin: No directive on baju kurung for non-Muslim students

Posted: 14 Jan 2015 11:07 PM PST

There has been no directive by the Education Ministry to stop non-Muslims students from wearing baju kurung to school said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Muhyiddin said on Thursday that the regulation was probably issued by the school itself and added that the ruling was not right.

"We will speak to the school authorities and correct this ruling so that it is in accordance to the regulations set by the ministry," he said.

Muhyiddin, who is also Education Minister, said that schools should not set their own regulations as they wished.

It was previously reported that a secondary student who was non-Muslim was barred from entering class as she wore a baju kurung.

The school claimed that it was against their dress code.

bumiyang

Posted: 15 Jan 2015 03:16 AM PST

bumiyang


Apa Lebihnya Koperal Shirul Berbanding Anwar???

Posted: 14 Jan 2015 05:19 PM PST

Eric Paulsen Bukti Mengaoa Orang Melayu/Islam Perlu Bersatu???

Posted: 13 Jan 2015 03:35 PM PST

Belantan

Posted: 14 Jan 2015 11:39 PM PST

Belantan


Kapten tembak MH17 didedah - Rusia gesa pegawai tentera Ukraine disiasat?

Posted: 14 Jan 2015 12:59 AM PST

Juruterbang jet tempur tentera Ukraine, Kapten Vladislav Voloshin dipercayai menembak jatuh pesawat MAS MH17 pada 17 Julai lalu di wilayah Donetsk sehingga mengorbankan 298 orang.

KIEV - Pemberontak pro-Rusia mendedahkan identiti serta gambar juruterbang pesawat tentera Ukraine yang didakwa menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sehingga mengorbankan 298 nyawa di timur negara ini pada 17 Julai lalu.

Jawatankuasa Siasatan yang diketuai oleh Alexander Bastrykin, bekas sekelas Presiden Rusia, Vladimir Putin, melaporkan bahawa juruterbang terbabit yang dikenali sebagai Kapten Vladislav Voloshin perlu disiasat oleh pihak berkuasa Belanda yang mengetuai siasatan berhubung nahas tersebut.

Menurut Bastrykin, Voloshin dipercayai mengemudi pesawat tempur SU-17 yang dilengkapi peluru berpandu udara ke udara jenis R-60 pada 17 Julai lalu, hari yang sama pesawat MH17 ditembak jatuh di wilayah Donetsk ketika dalam penerbangan dari Armsterdam ke Kuala Lumpur.




Jelas beliau, juruterbang yang dianggarkan berusia lewat 20-an itu pulang ke pangkalan Tentera Udara Ukraine di Dnipropetrovsk tanpa peluru berpandu berkenaan, dipercayai digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17.

"Berdasarkan maklumat saksi yang kami peroleh dari pangkalan tentera Ukraine, Voloshin kelihatan takut apabila memaklumkan dia tersalah tembak pesawat, dipercayai MH17 yang berada di lokasi kejadian pada waktu dan tempat yang salah.

"Saksi yang memberi maklumat itu kini berada di lokasi rahsia di Rusia dan segala laporan yang disalurkan boleh dipercayai kerana dia lulus dalam ujian pembohongan," katanya seperti yang dilaporkan portal berita Mail Online.

Sementara itu jurucakap jawatankuasa terbabit, Vladimir Markin berkata, Voloshin perlu menjalani ujian pembohongan yang dengan pemantauan pasukan penyiasat Belanda atau Malaysia bagi mengetahui kebenaran tentang insiden tersebut.


Selain itu katanya, tentera Ukraine juga perlu mendedahkan semua data penerbangan pesawat tentera pada hari kejadian dan membenarkan pihak berkuasa Rusia menyiasat pusat kawalan trafik udara negara itu.

"Kami masih menunggu jawapan daripada Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) berhubung perkara itu.

"Jika anggota penyiasat antarabangsa berminat untuk mengetahui kebenaran dan meminta maklumat daripada kami, saya sedia untuk berkongsi segala bukti yang telah dikumpulkan," katanya.

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

Posted: 14 Jan 2015 11:36 PM PST

Panglima Perang Cyber


Kenyataan Media @Zahid_Hamidi Jawab Isu Surat Status Paul Phua Kepada @FBI CC @NajibRazak @BarackObama @Malaysiakini @kdnputrajaya

Posted: 14 Jan 2015 09:27 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 14 Jan 2015 11:35 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SILA TONTON: PECAT 3 WARTAWAN ANWARINAS DI HARAKAH LANGKAH TEPAT BUANG PENGARUH SESAT ANWAR

Posted: 14 Jan 2015 09:26 PM PST


Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz Hassan Basri berpendapat pemecatan tiga wartawan Anwarinas dalam Harakah adalah tepat.
"Isu pemecatan tiga orang termasuklah Ketua Pengarang Harakah (Ahmad Lutfi Othman) adalah satu tindakan yang betul kerana Harakah itu merupakan suara rasmi parti (PAS).
"Tetapi apabila pengarang-pengarang dalam Harakah yang lebih meletakkan kepentingan kepada kelompok yang dikuasai oleh saudara Anwar Ibrahim sehingga menafi dan mengenepikan suara-suara ulama dalam aktiviti parti.
"Sebagai contoh apabila Lutfi memberi ruang yang cukup besar kepada abangnya sendiri, Dinsman dalam kolumnya sendiri (dalam Harakah), menghentam ulama-ulama yang tidak sepatutnya (berlaku).
"Merupakan sesuatu yang pelik suara rasmi PAS melalui Harakah telah digunakan secara halus atau terbuka (untuk) menghentam ulama-ulama, sekaligus mahu menolak kepimpinan ulama itu sendiri,"katanya.Ustaz Hassan Basri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin mengkritik Datuk Mustafa Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah di atas pemecatan tiga wartawan Harakah itu.
Cikgu Ishak yang lebih rapat dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tindakan Mustafa yang disebut-sebut dari kumpulan ulama di atas Ahmad Lutfi Othman (Ketua Pengarang Harakah), Tarmizi Mohd Jam (Pengarang) dan Roslan Hamid (Pengarang) sebagai zalim dan tidak berperi kemanusiaan.
"Kami juga ingin bertanya apakah tindakan yang dibuat ini ekoran daripada pergolakan yang berlaku dalam PAS ?
"Semua orang tahu, berlaku (pergolakan) di antara dua golongan tertentu…,"kata Cikgu Ishak

BANJIR: BILA ADA PAKATAN PENCACAI MENYALAK KATA KERAJAAN TAK BANTU...GILO APO???

Posted: 14 Jan 2015 05:35 PM PST


Sejak mula banjir sampailah sekarang masih ada pihak macai-pencacai pakatan yang dok bising fitnah kononnya kerajaan tak pernah membantu pihak mangsa. Kononnya semuanya NGO buat.

Beri bantuan makanan... NGO jer yang buat... mana agensi kerajaan?

Beri bantuan pembersihan sekolah, surau, bangunan dan rumah...NGO jer yang buat... mana agensi kerajaan?

Beri bantuan khemah...NGO jer yang buat...mana agensi kerajaan?

Beri wang saku... NGO jer yang bagi....mana agensi kerajaan?

Pencacai-pencacai ini ada kalangan mereka yang duduk di negeri atau kawasan lain yang tak terlibat banjir langsung tetapi hanya mendengar khabar dari facebook, whatsapp, sms atau portal sebelah pihak saja. 

Sukarelawan 1Mindef adalah NGO yang digerakkan atas inisiatif Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH)
Nak harapkan mereka tengok berita di TV atau dengar berita di radio tak pun. Apatah lagi nak baca surat khabar atau portal arus perdana jauh sekali...kononnya tak percaya laporan-laporan tersebut. 

Sebaliknya mereka ni lebih percaya kepada berita sensasi yang kerjanya mencari salah dan mencaci siapa yang dibenci.

Bertambah bangang lagi jika mereka yang kononnya dah lama duduk di luar negara turut tumpang semangkuk dalam media sosial menambah lagi fitnah kononnya agensi kerajaan tak buat apa-apa untuk membantu mangsa banjir.  

Hakikatnya boleh dikatakan semua kementerian dan agensi kerajaan telah bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir sejak awal banjir hinggalah kepada pengurusan pasca banjir. 

Sukarelawan NGO pasca banjir yang bernaung di bawah Kelab Bukit Perdana, Jabatan Perdana Menteri terdiri dari lebih 30 gabungan persatuan, kelab, pertubuhan...dimanakah yang dikatakan agensi kerajaan tak terlibat bantu mangsa banjir? 
Agensi-agensi kerajaan ini mempunyai kelab-kelab atau persatuan-persatuan tersendiri di jabatan masing-masing yang didaftarkan di bawah pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sah mewakili agensi mereka yang terdiri dari penjawat-penjawat awam yang berkhidmat di agensi itu.

Penglibatan aktif kegiatan kesukarelawan oleh penjawat-penjawat awam selalunya diambil kira dalam soal kenaikan pangkat mereka.

Sukarelawan pasca banjir dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terdiri dari gabungan pegawai, guru, pensyarah dan pelajar-pelajar sekolah dan IPT. Yang manakah dikatakan kononnya pihak kerajaan langsung tak bantu mangsa banjir???
Bahkan ada banyak juga agensi-agensi kerajaan yang di bawahnya menyelia berpuluh-puluh NGO yang mempunyai keanggotaan berpuluh-puluh ribu anggota.

Apakah agensi-agensi tersebut tidak boleh menggerakkan kekuatan mereka itu untuk bekerja membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan bencana?

Jadi tang mana yang dikatakan agensi-agensi kerajaan tak membantu langsung mangsa-mangsa banjir?

Apakah NGO-NGO yang digerakkan oleh agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri ini pergi dengan tangan kosong, tiada bajet, tiada koordinasi dan tidak memberikan maklum balas kepada pembiaya atau stakeholders  yang membiayai mereka?

Khemah dalam dewan oleh pertubuhan NGO IM4U di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Yang manakah dikatakan agensi kerajaan tak bantu mangsa banjir???

Bantuan khemah lapangan oleh agensi kerajaan MKN di bawah JPM kepada mangsa banjir. Dimanakah yang dikatakan agensi kerajaan tak bantu magsa banjir ??? 

Jadi kalau nak menuduh kononnya kerajaan tak berbuat apa-apa tu sedar-sedarlah diri tu sikit. Apa pula jasa kita pada rakyat?

Kalau setakat nak maki hamun orang lain yang bertungkus lumus berkhidmat sedangkan diri kita hanya jadi pengkritik lebih baik kita pergi mampos saja. 

Sama juga kalau hanya setakat beri beras sekampit dua dah rasa hebat bantu masyarakat dan mempersoalkan pula apa orang lain buat...soal pulak mana pergi agensi kerajaan.

Kategori macam  ni pun lebih baik pergi mampos.

Memang kasar bunyi namun fitnah dan dakyah perlu dilawan dengan fakta dan kebenaran. 

Fitnah tidak boleh dibiarkan berleluasa hingga dianggap sebagai satu kebenaran yang akhirnya akan membarah dan merosakkan segala kebaikan yang dibuat. 

Berdosa kalau kita yang mempunyai kemampuan untuk berjuang melawan fitnah tetapi masih duduk berdiam diri membiarkan ia berleluasa....pun lebih baik pergi @#$%^&!

Kepada semua sukarelawan banjir tahniah anda adalah hero-hero masyarakat Malaysia.

Suka Rela Lawan!!!  







HUDUD 5 PERKARA

Posted: 14 Jan 2015 07:02 AM PST

Dr Mashitah Ibrahim – Menurut Lim Kit Siang, DAP mengambil keputusan tidak menyertai pakatan pembangkang bersama Pas ketika hadapi Pilihan Raya Umum 1986 dan 1990 kerana membantah hasrat melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan Negara Islam.
Malah, dalam PRU 1990, DAP meletakkan calonnya untuk bertanding di kerusi Dun Padang Garong dalam kawasan Parlimen Kota Bharu. Namun, calon itu, Lim Kok Kee, tewas.
Walaupun pemimpin Parti Semangat 46 kemudian berjaya menggabungkan DAP dan Pas dalam Barisan Alternatif, pakatan ini akhirnya berpecah pada 2001 kerana kepimpinan Pas menolak satu persefahaman yang dipanggil Pendirian Lima Perkara.
Inti pati Pendirian Lima Perkara adalah 
(1) Pas kena setuju tidak akan berlaku perubahan radikal terhadap Perlembagaan Persekutuan seperti penubuhan Negara Islam, Kristian, Buddhis atau Hindu 
(2) Selagi berada dalam pakatan pembangkang, Pas mesti bekerjasama dengan parti sekutu untuk mengangkat demokrasi, bukan Negara Islam 
(3) Sebelum membuat sebarang keputusan atau pindaan kepada undang-undang negeri, Pas mesti rujuk dan mendapat persetujuan parti sekutu 
(4) Pas kena bersetuju dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tertinggi yang mesti dirujuk jika ingin buat kenyataan atau tindakan sensitif berkaitan agama, dan 
(5) Pas mesti terima hakikat Malaysia sebuah negara plural dan Negara Islam tidak sesuai serta tidak boleh ditubuhkan.
Walaupun Pas berpakat semula dengan DAP dan berserta PKR menghadapi tiga PRU selepas itu, DAP tetap membantah hukum hudud dan hasrat Pas menubuhkan Negara Islam.
Ramai penyokong Pas tidak setuju, malah marah dengan tahaluf siyasi yang dijalin parti itu dengan DAP. Pemimpin Pas cuba menenangkan penyokong dengan berkata mereka akan mendidik pemimpin DAP mengenai Islam. Selama 15 tahun, Pas bukan sahaja gagal berbuat demikian, malah pendirian DAP terhadap hukum hudud semakin keras.
Kit Siang, anaknya dan pemimpin DAP terus-menerus mengkritik pemimpin Pas hingga ke hari ini, termasuk cadangan mengadakan sesi khas persediaan membawa rang undang-undang hudud ke Parlimen pada 29 Disember lalu yang terpaksa ditunda kerana bencana banjir.
"Pas leaders know very clearly DAP's stand on hukum hudud. DAP will stand firm in Parliament to defeat any Pas attempt to amend the Federal Constitution for this purpose," tegas Kit Siang, yang juga mendapat sokongan pemimpin PKR dan beberapa pemimpin Pas sendiri.
Beliau berhujah bahawa di negara yang melaksanakan hudud seperti Pakistan, wanita dan mangsa rogol tidak mendapat perlindungan kerana perogol jarang dikenakan hukuman.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Amar Nik Abdullah berkata Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan tahun ini, walaupun tidak keseluruhannya atau berperingkat, selain terpaksa membuat beberapa pindaan ekoran kritikan banyak pihak. Beliau juga menepis bantahan dan ugutan DAP akan keluar Pakatan Rakyat jika Pas teruskan hajatnya itu. "DAP hanya lihat dari aspek politik. Mereka bimbang hilang sokongan pengundi bukan Melayu. Tapi mereka perlu fikir sensitiviti orang Islam.
Kita hendak tunggu bila lagi bagi melaksanakan hudud sebab ia adalah tuntutan agama. Pas sudah terajui kerajaan di Kelantan lebih 23 tahun. Soal jenayah kurang atau tidak itu masalah nombor dua. Pas sudah banyak berkompromi dengan DAP dan PKR.
Kita sanggup ubah pendekatan kepada Negara Berkebajikan pada PRU lepas, kesannya Pas Kelantan merosot sehingga hilang tiga kerusi Dewan Undangan Negeri," ujarnya.
Pemimpin Pas termasuk Mohamed Amar mengambil masa begitu lama untuk sedar hakikat. Baru sekarang mereka memahami strategi politik parti rasis-cauvinis ini.
Kesannya, Pas menjadi parti paling lemah dalam Pakatan Rakyat ekoran kekalahan banyak kerusi dalam PRU 2013 dan hilang sokongan pengundi akar umbi terutama di luar bandar.
DAP berusaha menjadi parti lebih kuat untuk mencapai matlamat serampang dua mata, yakni mencabar kekuatan Umno-Barisan Nasional di Parlimen selain menyekat hasrat Pas menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. Hari ini, DAP berada pada kedudukan paling kuat dalam sejak penubuhannya 50 tahun lalu, dan Umno-BN telah hilang penguasaan dua pertiga majoriti di Parlimen.
Justeru dalam isu hukum hudud, DAP tidak mahu melihat sokong-menyokong antara Pas dan Umno di Parlimen, dan menganggap komitmen Umno Kelantan untuk menyokong hasrat kerajaan negeri pimpinan Pas sebagai tidak sihat.
Menurut Kit Siang, apabila Pas dan Umno saling berjuang menegakkan agama Islam, ini tidak baik untuk demokrasi dan hak asasi rakyat, boleh menjejas kemajuan ekonomi dan persaingan antarabangsa serta membantut usaha mengekalkan Malaysia sebuah negara sekular.
* Datuk Dr Mashitah Ibrahim ialah Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM)

The Unspinners

Posted: 14 Jan 2015 11:16 PM PST

The Unspinners


Eric Paulsen akan berhati-hati pilih perkataan?

Posted: 14 Jan 2015 08:32 PM PST


Ayat-ayat di atas adalah ayat membenci dan bukannya salah perkataan.



Layaklah tu ... Eric bukan peguam tapi penjenayah. Hanya penjenayah berbahasa seperti berikut:



Hipokrit sesiapa pertahan Charlie Hebdo dan Eric Paulsen

Posted: 14 Jan 2015 06:34 PM PST











Kenapa pulak ada peguam2 Melayu mangkok yang bela Estrimis ini?

UMNO dan PAS bekerjasama mencuci jamban

Posted: 14 Jan 2015 04:27 PM PST







Gambar-gambar di atas adalah pemuda-pemuda BN dan PAS bekerjasama membantu mangsa banjir. Sama-sama cuci jamban.

Sungguh simbolik :)

Asas GST untuk Rafizi yang tak faham-faham lagi

Posted: 14 Jan 2015 07:30 AM PST



Oleh itu wahai Rafizi, tidak ada cerita harga bertambah mahal.

Kalau peniaga2 cina tak menipu dan berkomplot naikkan harga yang mana cina DAP ini akan lakukan untuk sabotaj kerajaan, maka tiada isu harga barang naik pasal Gst.

Ada faham wahai lembu????

DAP Sarawak sudah setuju dengan hudud?

Posted: 14 Jan 2015 05:30 AM PST


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada PAS Negeri Sarawak untuk berunding bagi menyelesaikan "persengketaan" antara DAP. 

(Baca sepenuhnya Sarakiana di SINI)

Jika DAP Sarawak setuju, maknanya mereka hanya berpura2 menolak PAS dan menentang Hudud.

Kira DAP Sarawak setuju dengan Hudud. Syabaslah PAS pasal DAP masih tak setuju PAS jalankan Hudud di Kelantan.



Pompuan hanya main beranak, Didek anak kasi gomen

Posted: 14 Jan 2015 03:30 AM PST



Itulah implikasi kenyataan Ketua Muslimah PASma yamg bodoh nak mampus.

Hai ... malas nak ulas. Bodoh sangat.

Mejar Zaidi: Hero atau Boneka Politik?

Posted: 14 Jan 2015 01:29 AM PST


Mejar Zaidi dikenakan tatatertib oleh mahkamah tentera kerana buat kenyataan awam.

Dalam tentera, disiplin memang ketat. Takde kena mengena dengan isi kandung kentataannya.

Nak sangat berpolitik, berentilah tentera dan masuk parti politik. Mana boleh berpolitik dalam army .... tu pun tak faham ke????


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 14 Jan 2015 09:42 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


ELOK ELOK KERJA BAGUS... DAH HILANG.

Posted: 14 Jan 2015 04:00 AM PST

RADIO ERA DIMOHON HENTIKAN PROMOSI IKLAN K POP .

Posted: 14 Jan 2015 12:13 AM PST

ISU MYEG PENGKALAN DATA PEKERJA ASING MASUK FASA BARU.. SAMSENG BUAT KACAU !

Posted: 13 Jan 2015 11:46 PM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 14 Jan 2015 09:25 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Sanggupkah Rafizi Pandang Gambar Gambar Ini?

Posted: 14 Jan 2015 08:31 AM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 14 Jan 2015 03:06 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Video) 'Isteri, makcik pun pernah raba, kucup artis lelaki'

Posted: 14 Jan 2015 04:00 PM PST

Usaha Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyiasat remaja yang dirangkul dan dicium artis K-Pop terus mendapat kritikan dan sindiran sinis oleh para artis, dan pemimpin gerakan sivil tempatan.

Pelakon dan pelawak terkenal Adibah Noor dalam Twitter berkata dirinya pernah melihat gelagat para "isteri orang" dan "makcik-makcik" ketika berdepan dengan artis pujaan mereka.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim pula mempersoalkan kegagalan JAWI untuk bertindak ke atas orang kenamaan yang juga berpelukan semasa satu persembahan konsert oleh bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan.

Pegang Coli, Aaron Aziz Harap Tiada Yang Salah Sangka

Posted: 13 Jan 2015 10:31 PM PST

Aktor kacak Aaron Aziz berharap aksinya memegang coli berwarna merah jambu dalam filem terbarunya, Suamiku Encik Perfect 10 tidak menimbulkan spekulasi atau disalah erti kerana tindakannya itu sekadar memenuhi tuntutan skrip dan plot filem berkenaan.

"Itu hanya 'props' saja. Saya rasa ia tidaklah teruk dan babak itu pun tidaklah nampak lucah.

"Bukan saya suka-suka nak pegang tetapi itu cara kita nak sampaikan babak itu yang berkait tentang hal kehamilan dan ada fakta yang mahu disampaikan.

"Sebenarnya, fakta itu pun sesuatu yang baru pada saya sebab walaupun isteri saya sudah tiga kali hamil tetapi saya pun tidak pernah tahu tentang fakta itu," katanya ketika ditemui pada sesi prebiu filem berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Filem yang diadaptasi novel karya Syamnuriezmil diarahkan Mohamed Feroz Abdul Kader menggandingkan teraju utama, Aaron membawakan watak Zarief Daniel dan Lisa Surihani sebagai Aleeya Azmin.

Berkongsi pengalaman sewaktu penggambaran, Aaron menyatakan tidak sukar untuk menghidupkan watak itu kerana karakternya tidak banyak beza dengan watak dalam filem dan drama percintaan yang pernah dilakonkan sebelum ini.

Aaron juga mengakui dia serasi berlakon bersama lisa ketika pernah membintangi bersama filem Ombak Rindu yang ditayangkan pada tahun 2011.

"Karakter saya tak banyak beza dengan karakter yang pernah saya bawakan sebelum ini. Zarief seorang yang periang dan dia akan buat apa yang dia mahukan dan selepas itu baru memikirkan akibatnya.

"Saya berharap gandingan kami boleh memberi satu kelainan dan kami tiada masalah mewujudkan keserasian atas faktor masing-masing komited dengan karakter yang dibawa," katanya.

Penggambaran filem ini yang dijalankan pada tahun lalu diterbitkan Astro Shaw dan Global Station yang menjalani penggambaran di London dan sekitar Lembah Klang, Ipoh, Sungai Petani dan Alor Setar.

Plot filem ini mengisahkan Aleeya dan Zarief bertemu di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan pulang dari London ke Malaysia. Pertolongan ikhlas Zarief untuk meringankan beban Aleeya telah membibitkan rasa cinta di antara mereka berdua.

Namun, keegoan Aleeya menghalang cinta Zarief untuk terus berputik walaupun mereka ditakdirkan bersama. Filem ini yang turut dijayakan Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Raja Ilya dan Jehan Miskin akan ditayangkan bermula 22 Januari ini.

Selain mempertaruhkan Aaron dan Lisa sebagai sandaran utama, lagu tema filem ini juga menyaksikan gandingan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza bersama penyanyi Indonesia, Cakra Khan berjudul Seluruh Cinta.

- mD

Suami curang, kunci rumah dari dalam dengan pasangan ketika diserbu isteri

Posted: 13 Jan 2015 09:31 PM PST

Kisah kecurangan memang membuatkan kita rasa geram namun ada juga yang mencuit hati. Seorang lelaki, 60, telah membawa pulang seorang gadis muda dan mengunci mereka berdua di dalam rumahnya. Beliau kemudian menghubungi pihak polis kerana takut dibelasah isteri dan keluarganya.

Kejadian yang dilaporkan Shin Min Daily pada 27 September tahun lepas ini menulis, lelaki yang juga pemandu teksi itu telah mengunci dirinya di dalam rumah selepas perbuatannya diketahui oleh isterinya. Si isteri pula mengumpulkan semua ahli keluarga, kakak, menantu, cucu dan seorang rakan untuk bertemu dengan suami dan gadis yang didakwa kekasih gelapnya itu.

Si isteri dan keluarganya mengetuk pintu rumah namun tiada jawapan.

"Kami mengetuk pintu selama setengah jam, tapi suami saya tidak mahu membukakan pintu," ujar isterinya dengan nada kesal.



"Saya kemudian menghubungi pihak polis," katanya seperti mana dipetik dari stomp.sg

Si suami membuka pintu ketika polis tiba. Isterinya yang sedang marah terus menerkam masuk ke dalam rumah tersebut untuk menemui wanita itu, namun tindakannya dihalang pihak polis. Selama setengah jam pertengkaran mulut berlaku di dalam rumah tersebut. Akhirnya pihak polis terpaksa masuk campur bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2011 tetapi memutuskan untuk bercerai serta merta. Si isteri pula menolak kerana mendakwa suaminya sedang berselingkuh.

"Kami sudah memutuskan untuk bercerai," kata si suami.

"Kenapa kita tidak boleh berpisah secara damai?" tanya beliau lanjut.

Menurut si suami, wanita yang dibawanya hanya teman. Ketika ditanya alasan mengapa mengunci pintu rumah dari dalam, si suami beri alasan kerana isterinya membawa ramai orang dan dia tidak berani membuka pintu rumah.


(Foto) Malang nasib selamatkan gadis bogel

Posted: 13 Jan 2015 08:35 PM PST

Nanjing: Seorang wanita yang terjun ke dalam sungai dalam keadaan berbogel di bandar ini berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki dan dijaga dengan baik oleh orang ramai yang berkerumun di tebing.

Lelaki yang menyelamatkan wanita itu bagaimanapun tidak dihiraukan.

Wanita itu dilihat terjun ke dalam sungai berkenaan petang kelmarin.

Tidak lama selepas itu, seorang lelaki turut dilihat terjun ke dalam sungai itu untuk menyelamatkannya.

Gambar di laman web di China menunjukkan orang ramai mengerumuni wanita itu selepas dia berjaya ditarik naik ke atas.

Mereka bagaimanapun tidak mempedulikan lelaki yang menyelamat wanita itu hingga dia terpaksa memanjat sendiri untuk naik ke tebing.

Menurut laporan, penyelamat itu ialah pelajar sebuah universiti di Nanjing. - Agensi

Curang: Wanita Potong Alat Sulit Suami Dua Kali

Posted: 13 Jan 2015 07:01 PM PST

CHINA – Gara-gara geram dengan suami yang curang, seorang isteri, Feng, 30, hilang pertimbangan lalu memotong alat sulit suaminya. Bukan sekali, tetapi dua kali menyebabkan alat kelakian suaminya itu, Fan Lung, 32, tidak dapat berfungsi lagi.

Kecurangan Fan telah dikesan oleh isterinya selepas dia meminjam telefon bimbit wanita itu untuk menghantar emel kepada kekasihnya, Zhang Hung, 21. Fan telah terlupa mendaftar keluar dari emel berkenaan menyebabkan isterinya dapat membaca kandungan emel tersebut.

Ketika suaminya sedang tidur, Feng telah mengambil gunting dan memotong alat sulit Fan.

Fan kemudiannya dikejarkan ke hospital dan kemaluannya itu dapat disambung semula. Namun Feng secara senyap-senyap masuk ke dalam wad dan sekali lagi memotong alat sulit suaminya itu lalu dibuang keluar tingkap.

Pihak hospital hanya menyedari keadaan itu apabila Feng yang dalam keadaan berbogel memukul isterinya di luar bangunan hospital.

"Kakitangan hospital kemudiannya mendapati Feng berada dalam keadaan berlumuran darah dan barulah kami sedar alat sulitnya yang baru disambung itu dipotong sekali lagi oleh isterinya.

"Feng kehilangan banyak darah dan dimasukkan ke unit kecemasan. Kakitangan hospital cuba mencari zakarnya yang putus itu namun gagal, dipercayai dimakan oleh anjing atau kucing liar," kata jurucakap hospital.

Feng kini berada dalam keadaan stabil namun mengalami tekanan. Manakala isterinya pula telah ditangkap polis.

Sementara kekasihnya pula, Zhang, tidak kisah dengan kecacatan dialami oleh Feng dan sudi mengahwini lelaki itu.

"Saya tidak kisah dia tidak subur lagi kerana Feng sendiri sudah memiliki lima anak," kata Zhang.

Cacah tatu kemaluan ditubuh

Posted: 13 Jan 2015 06:09 PM PST

Holly Aston, 20, tidak pernah menyangka parti tatu yang dihadirinya tiga tahun lalu mengubah hidupnya dalam sekelip mata.

Alkisahnya, dia telah memberi keizinan kepada beberapa rakan untuk mencacah tatu di bahunya dengan menggunakan pencacah yang dibelinya di internet.

Dek kerana kesemua mereka dalam keadaan mabuk, Holly tidak menyedari yang salah seorang daripada rakannya itu mencacah tatu bercorak kemaluan lelaki di bahunya itu.

"Sebaik sahaja terjaga daripada tidur pada keesokan harinya, saya melihat tatu tersebut dan berfikir, apa yang telah saya lakukan?" katanya, memetik Mail Online.

Bimbang diketahui ibu bapanya, Holly terpaksa membatalkan beberapa percutian bersama keluarga dan juga menutup tatu tersebut dengan pelekat kerana tidak mahu dilihat oleh kanak-kanak.

Dia juga tidak mampu untuk membuang tatu tersebut kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

Bagaimanapun, kemunculannya untuk program televisyen Bodyshockers: Nips, Tucks and Tattoos baru-baru ini umpama memberi kehidupan baru kepadanya apabila pihak produksi sanggup membiayai kos membuang tatu tersebut.

Pada masa yang sama juga, Holly turut memberanikan diri membuka rahsia tatu kemaluan itu kepada keluarganya.

Mujurlah mereka dapat menerima penjelasannya itu dan dia kini sedang menjalani sesi kelima pembuangan tatu tersebut.

waadat

Posted: 14 Jan 2015 01:46 PM PST

waadat


Sebalik isu khutbah

Posted: 13 Jan 2015 09:31 PM PST



Kira-kira 20 tahun dulu ketika Demang baru pindah ke Melaka dan kali pertama solat Aidil Fitri di masjid negeri (Al-Azim), kereta Demang disaman kerana diletakkan di tepi jalan.
Banyak kereta lain turut di saman.

Ya, memang ia satu kesalahan namun di mana hendak diletakkan kenderaan dalam keadaan begitu? Hari Raya cuma dua kali setahun. Takkanlah pihak masjid boleh sediakan tempat letak kereta yang mencukupi untuk kes terpencil begitu?

Makanya perlu ada budi bicara pihak tertentu. Atau, pihak masjid perlu minta kebenaran daripada pihak berkuasa bagi pihak orang ramai yang ingin berjemaah?

Di negara ini, kalau orang Islam yang buat maka banyaklah kerenah pihak tertentu. Selalunya kita kena beralah. Terbaru ada pula individu yang mempertikai khutbah Jumaat atas tuduhan menghasut.

Kenapa khutbah dalam bahasa Melayu yang sepatutnya difahami semua rakyat Malaysia itu dipertikai? Bagaimana dengan perhimpunan dan ucapan dalam bahasa ibunda yang cuma kaum berkenaan sahaja yang faham? Kenapa tidak dicurigai?

Padahal pernah berlaku pada 1969 ketika orang ramai sedang nenonton filem di dalam pawagam, tiba-tiba tertera tulisan asing di layar menyebabkan sebahagian penonton yang memahami bahasa tersebut bergegas keluar. Malang penonton yang tidak faham telah dikurung dan ramai yang terbunuh setelah pintu dikunci!

Kenapa orang Islam yang selalu dianiaya tetapi orang Islam pula yang acap dicurigai?

Sepatutnya ahli parlimen perjuangkan perkara ini dalam sidang. Orang Islam adalah penduduk majoriti maka perlu dilindungi.

Jangan tunggu orang Islam mengamuk setelah tidak mampu bersabar dan jangan sekali-kali provok orang Islam sebab bukan semua orang Islam itu sabar.

Kalaupun boleh, kesabaran itu tentu ada hadnya.

Apa Yang Tersirat

Posted: 14 Jan 2015 01:19 PM PST

Apa Yang Tersirat


Mengapa Masalah Yang Menyelubungi Najib Tidak Dijawab- A Kadir Jasin

Posted: 14 Jan 2015 01:15 AM PST

A Kadir Jasin PANTUN Melayu paling indah dan bermakna dalam hal ilmu dan kebijaksanaan berbunyi: 

Pergi memburu di padang datar, 

Dapat rusa belang kaki; 

Kalau berguru kepalang ajar, 

Ibarat bunga kembang tak jadi. 

Pantun nasihat itu berguna kepada kita semua dan, dalam konteks semasa amat afdal kepada pendiayah, tukang cerita dan tentera siber Perdana Menteri, Umno, Barisan Nasional dan kerajaan. 

Taktik hingusan menyerang peribadi pengkritik Mohd Najib Abdul Razak dan kerajaannya tidak berkesan sebaliknya boleh menjadi senjata makan tuan. 

Apatah lagi kalau peribadi Perdana Menteri, lebih rentan (vulnerable) dan mudah ditelanjangkan oleh para pengkritik beliau sebagai serangan balas. 

Apa halnya kalau petugas-petugas propaganda Perdana Menteri adalah orang muda yang tohor ilmu dan tidak pun kenal siapa sebenarnya pengkritik bos mereka? 

Saya yakin ramai daripada mereka, kerana muda usia dan tidak berada di tengah-tengah pergelutan politik, khususnya yang membabitkan Mohd Najib, tidak pun tahu bentuk perhubungan di antara Perdana Menteri dengan orang yang hari ini menegur beliau. 

MAP Sambung Lidah PR? 

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sesetengah elemen dan wartawan media arus perdana (MAP), termasuk dalam kumpulan Media Prima, telah secara terbuka bertindak sebagai penyambung lidah Pakatan Rakyat, khususnya dalam membelasah (Tun ) Daim Zainuddin. 

PR, terutamanya Parti Keadilan Rakyat, mempunyai agenda tersendiri memburuk-burukkan Daim. Pemuka PR seperti (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tahu kehebatan saluran maklumat dan strategi Daim. 

Mengapa tidak? Daim adalah antara orang penting memainkan peranan menaik dan menurunkan Anwar dalam politik negara. Mereka tahu perisikan, analisis dan strategi Daim lebih hebat daripada mana-mana pihak dalam Umno dan BN. Oleh sebab Daim tidak berminat dalam politik maka analisis dan strategi beliau adalah lebih bebas dan berkecuali. 

Tambah memeningkan PR adalah hakikat bahawa Daim mempunyai perhubungan baik dengan sesetengah orang mereka sendiri. 

Di kalangan penyokong dan petugas Mohd Najib pula, ramai bimbang Perdana Menteri meminta atau menerima nasihat Daim. Mereka tidak mahu kemungkinan itu berlaku kerana nasihat Daim mungkin merugikan mereka. 

Jadi mereka berusaha melemahkan kredibiliti Daim dan pada masa yang sama cuba melaga-lagakan Mohd Najib dengan Daim. 

Apakah para pengarang dan wartawan MAP tidak sedar matlamat tersirat PR atau mereka diarahkan menyerang Daim dengan apa cara juga, termasuk bersekongkol dengan PR? 

Boleh jadi juga mereka tidak mendalami atau sengaja menidakkan perhubungan antara Mohd Najib dan Daim lantas mereka mengambil agenda PR, khususnya PKR, sebagai agenda mereka sendiri dan menyerang Daim atas tanggapan inilah yang terbaik bagi mempertahankan Mohd Najib. 

Mungkin mereka tidak tahu dan PM pun tidak mahu memperbesar-besarkan keakraban beliau dengan Daim. Namun, antara yang terawal beliau hubungi selepas mendarat di Kota Bharu (dari Hawaii) ialah Daim. 

Pendiayah muda PM yang kini dikatakan amat berkuasa dan kaya dengan sumber kewangan mungkin tidak tahu atau tidak sedar bahawa kalau bukan kerana orang seperti (Tun) Dr Mahathir, Daim, (Tan Sri) Sanusi Junid, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin dan beberapa orang lagi veteran Umno, bos mereka mungkin tidak merasa menjadi PM atau tidak menjadi PM secepat itu. Malah kalau diserahkan bulat-bulat kepada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan para penerajunya, ada kemungkinan Mohd Najib tidak menjadi PM. 

Jadi elok para propagandis, laskar siber dan penggilap epal Mohd Najib buang dulu hingus mereka dan belajar daripada sejarah. Jangan terlalu angkuh dengan operasi gelap mereka dan dengan wang yang mereka ada untuk mengupah dan membeli. 

Cerita Peribadi Siapa Lebih Sensasi? 

Kalau mereka kata mereka ada maklumat "juicy" (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka. 

Mungkin diayah murahan mengenai para pengkritik Mohd Najib boleh merosakkan imej mereka, tetapi mereka bukan PM dan mereka pun tidak berkedudukan politik. 

Tetapi cerita-cerita yang menyelerakan mengenai Mohd Najib, kalau ada, boleh menjatuhkan beliau. Setidak-tidaknya pun beliau tidak nyenyak tidur malam yang lebih teruk daripada gangguan bunyi motosikal pelumba haram seperti yang isterinya, Rosmah Mansor, ceritakan baru-baru ini. 

Para pendiayah dan laskar siber wajib sedar, iaitu ketika mereka masih merangkak dalam dunia maklumat dan propaganda, para pengkritik Mohd Najib sudah pun makan sekarung garam dan kenal bos mereka dari A ke Z. 

Daripada cuba membunuh pembawa khabar (the messengers) adalah lebih baik mereka tajamkan sedikit pemikiran dan jawab kritikan terhadap bos mereka satu persatu. 

Kalau mereka kurang faham, biar saya beri sedikit "hint" dalam bentuk soalan, khususnya berkaitan ekonomi sebab saya yakin ramai daripada mereka tidak faham ekonomi. Antaranya: 

1. Mengapakah PM tidak mengisytiharkan darurat kerana banjir besar sedangkan kerajaan mengisytiharkan darurat ketika berlaku wabak SARS pada tahun 2009 dan jerebu pada tahun 2013? 

2. Bagaimanakah PM, sebagai Menteri Kewangan, hendak melestarikan (sustain) Belanjawan 2015 apabila harga minyak mentah sudah jatuh di bawah paras AS$50 setong sedangkan anggaran belanjawan adalah antara AS$100 hingga AS$105 setong? 

3. Apakah laskar siber Mohd Najib peduli membaca berita ekonomi untuk mengetahui bahawa harga minyak mentah Brent yang digunakan sebagai penanda aras telah jatuh kepada AS$48.90 setong Jumaat lepas dan harga di New York jatuh kepada AS$46.85 pada hari Rabu, iaitu paras paling rendah sejak April 2009? 

4. Bolehkah GST dan punca-punca lain pendapatan menampung kejatuhan hasil akibat kemerosotan harga minyak mentah yang menyumbang hampir 40% kepada perolehan kerajaan? 

5. Apakah implikasi kejatuhan nilai ringgit terhadap kos import, khususnya import bahan makanan seperti beras, gandum, jagung, gula, kacang soya, susu dan daging yang bernilai lebih RM35 bilion setahun? 

6. Apakah potensi inflasi import (imported inflation) ke atas harga barang pengguna akibat kejatuhan nilai ringgit? 

7. Sebanyak manakah kita dapat menambah eksport negara kerana nilai ringgit jatuh dan eksport kita menjadi lebih murah? 

8. Mengapakah prestasi pasaran saham kita buruk sehingga dikalahkan oleh Filipina, Indonesia dan Thailand dan banyak lagi pasaran membangun? 

9. Tidak percaya tanyalah peneroka Felda atau sesiapa saja yang melabur dalam saham Felda Global Ventures Berhad. Bukankah harga saham FGVB telah merosot daripada harga IPO RM4.55 pada tahun 2012 kepada RM2.18 pada 9 Jan, kejatuhan lebih 50 peratus? 

[Image] Mohd Najib "Mentor" Felda 10. Apakah sebabnya rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh daripada RM441.9 bilion pada akhir 2013 kepada RM405.5 bilion – merosot RM36.4 bilion- dalam masa 12 bulan hingga akhir bulan lalu? 

11. Adakah Bank Negara masuk ke pasaran bagi mempertahankan nilai ringgit dan rugi? 

12. Apakah akan terjadi kepada sistem perbankan negara dan penarafan antarabangsa pasaran modal kita kalau 1MDB gagal memenuhi obligasi hutangnya yang berjumlah RM42 bilion itu? 

13. Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit terhadap hutang 1MDB yang kebanyakannya dalam mata wang dolar Amerika? 

14. Apakah tepat laporan CIMB (yang dibina oleh adik PM sendiri) pada awal bulan ini bahawa 1MDB "telah gagal" membayar balik pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada Maybank yang sepatutnya dilakukan pada Disember lalu? 

15. Apakah tepat unjuran CIMB bahawa Maybank terdedah kepada RM5.5 bilion hutang 1MDB? 

16. Apakah tepat unjuran jika Maybank (milik PNB) membuat peruntukan (provision) hutang lapuk bagi tahun kewangan 2015 akibat pinjaman 1MDB keuntungan bersihnya akan merosot 5.6 peratus? 

17. Adakah benar syarikat-syarikat yang menjual IPP hujung hayat kepada 1MDB belum mendapat bayaran sepenuhnya dan mempunyai opsyen membeli balik IPP itu dengan harga potongan? 

18. Dan satu soalan yang mudah – mengapakah kerajaan tidak memberi penjelasan terperinci dan terus terang mengenai apa sebenarnya terjadi kepada pesawat eksekutif TUDM yang membawa PM ke Hawaii, tetapi tidak membawa beliau balik? 

Para pendiayah, laskar siber PM dan kaki ampu perlu faham dan ada keutamaan. Yang hendak dipertahankan adalah PM – peribadi beliau, dasar beliau, prestasi beliau dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah. 

Peribadi, dasar, prestasi dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah tidak akan menjadi bertambah baik dengan membunuh pembawa khabar ngeri. 

Atau apakah pendiayah, laskar siber dan pengampu PM mempunyai agenda sendiri yang mirip sokong bawa rebah dan gunting dalam lipatan? 

Perdana Menteri wajib berhati-hati terhadap musuh dalam selimut yang mendakap dan menggosok belakang beliau, tetapi di tangan keris terhunus. 

sumber:http://kadirjasin.blogspot.com/2015/01/perang-saraf-hingusan-ancam-kewibawaan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan