Barisan Nasional

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Rabu, 14 Januari 2015 at 1:11 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 14 Jan 2015 11:23 AM PST

PEJUANG BANGSA


MUSLIMAT PAS PUN NAK TUMPANG SEKAKI ISU ARTIS K-POP

Posted: 14 Jan 2015 10:30 AM PST



Apabila anak gadis kita naik ke pentas sebagai peminat artis K-Pop lalu di peluk cium , maka satu negara bangun dan kecoh, ia memalukan malah menjatuhkan maruah anak gadis kita hatta emak bapak nya sekali.
Turut enter frame dalam isu ini termasuk lah Ketua Dewan Muslimah PAS.
Beliau juga turut persoal maruah maruah mereka mereka ini, bah kan pergi lebih lanjut dan mempersalah kan UMNO dan kerajaan.
Ahli politik jika pakai baju atau jubah apapun tetap ahli politik juga.
Political mileage tetap akan cuba di perolehi bagi apa sahaja isu.
Sebagai Ketua Dewan Muslimah kenyataan tershohor beliau ada lah kesal dan malu dan kata nya "di mana maruah seorang muslimat berhijab bila rela di peluk dan di cium".
Mungkin pada ketua muslimah ini sama juga dengan ustaz dan ustzah PAS yang lain, selektif dan memilih mana yang dia suka dan tidak untuk di tegur.
Bukan kah PAS amat diam dalam apa sahaja yang di lakukan oleh pemimpin pembangkang? PAS terus menyokong perbuatan peluk cium Ketua Umum atas dasar politik dan bersembunyi belakang perkataan fitnah?
Ketika Dyana Sofyea di peluk cium oleh Zahril Khir Johari ketika tersebar gambar itu kenapa pula PAS tidak menegur? Bukan kah Dyana mewakili Pakatan Rakyat yang PAS ada di dalam nya? Lagi tidak berhijab?
PAS paling banyak melindungi perbuatan songsang dan kelakuan buruk dari kalangan ahli ahli nya bermula dengan Mat Sabu dan Stopa Ali.
PAS sembunyi belakang politik tiap kali ahli nya dan sekutu nya melakukan perbuatan liar.
Jika di ukur adik adik yang bukan dari kalangan agama dengan PAS yang terhebat dan terlebih agama , maka PAS lebih menjijik kan.
Jika kalangan agama seperti PAS boleh tidak menegur kelakuan ahli sendiri, amat payah lah untuk PAS bercerita tentang pelakuan orang lain.
Bukan kah agama bermula dengan diri? Jika PAS tidak mampu mentarbiyah ahli sendiri , jalan terbaik  elok PAS duduk diam perbetul kan diri sendiri sahaja .
Bukan lah di kira perbuatan adik adik K-Pop itu baik tetapi PAS pelopor kepada banyak pembiaran maksiat ahli dan sekutu.
PAS tiada rekod menyampah dan membenci ahli yang maksiat pegang seluar dalam, kalwat dan pelbagai lagi.
PAS kawan sebantal dengan ustaz 3 pagi , pelanggan chinadoll dan yang gambar tersebar macam macam lagi.
Untuk sebuah parti yang tiada rekod mengambil tindakan kepada ahli terkeluar landasan PAS elok cermin diri dulu.
Jika PAS mahu menuduh kerajaan penyebab nya, kerajaan dan rakyat juga boleh tuduh PAS lahir kan ramai ulama tetapi masyarakat tidak menafaat dari mereka, apa pula PAS akan jawap?
Ulama PAS lahir kan makmun yang kuat berpolitik dan bukan kuat beragama.
Jadi pendek kata lagi ramai ustaz dan ustazah yang PAS lahirkan bahkan dari usaha kerajaan ada rakyat tetap tidak hebat dan tidak pandai dalam soal beragama , jadi apa kah yang ustzah dan ustaz PAS buat?
Persoal kan apa peranan ustzah dan ustzah PAS laku kan selama ini?
Rakyat teringin juga lihat muslimah PAS menegur atau menyuruh kalangan kepimpinan PAS yang ada rekod maksiat kalwat dan pegang seluar dalam size XXL undur diri dan biar kan yang terbaik mewakili PAS.
Jika PAS tidak mampu dan ketua Muslimah pun tidak mampu, maka slow slow sikit lah menghentam orang lain , kerana kain sendiri yang koyak di bawa pakai sampai ke pasar , tetapi kain koyak yang di pakai orang lain pula di tegur, itu juga satu perkara yang memalukan.
Jika pihak lain buat salah di jadi kan modal , PAS harus fikir, mereka bukan golongan hebat agama, bah kan jahil, tetapi jika yang hebat agama pun dua kali Lima elok sangat lah muhasabah diri.

TAPAK PROJEK KONDO MEWAH DI BANDAR PERDA SEPERTI KAT HONG KONG ?

Posted: 14 Jan 2015 09:24 AM PST


Ini kondo nak naik Hong Kong ke Singapore ?

Sebab tengok besar nala punya bahasa Cina ...

Hairan betul GPB , pejabat HQ  MPSP  tak sampai 2 km  je  yang meluluskan projek kondo mewah BM City di Bandar Perda ini boleh buat bodoh dengan tulisan besar nala dalam bahasa Cina dan pinggirkan bahasa kebangsaan  .

Apakah mereka tak nampak atau buat bodoh ??

Atau pun  kondo ini hanya untuk Cina sahaja sebab mereka je yang mampu ..

YDP MPSP kalau boleh jangan dok seronok sangat main ice bucket challenge je sampai terlepas pandang papan iklan seperti ini . Sekurang-kurangnya letak la bahasa inggeris ke bukannnya bahasa Cina .




POLIS DIMINTA JELASKAN SIASATAN ISU KALIMAH ALLAH KE ATAS GUAN ENG @dzainalabidin @Rrafizal

Posted: 13 Jan 2015 04:30 PM PST




Pemuda & UMNO P.Pinang hari ini meminta pihak POLIS menjelaskan  tindakan dan siasatan dijalankan terhadap laporan polis dibuat Pemuda UMNO negeri  ke atas Lim Guan Eng dalam isu kalimah Allah yang mana cuba campur tangan dalam hal ehwal agama  Islam . 








Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi jaminan hari ini, tiada larangan dikenakan terhadap masyarakat bukan Islam di negeri itu daripada menggunakan kalimah "Allah". 
Katanya, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri 2004, yang dilampirkan padanya satu fatwa berhubung perkara itu pada 2010, tidak terpakai kepada orang bukan Islam. 
"Masyarakat bukan Islam tidak tertakluk di bawah undang-undang Islam," kata Lim pada sidang media di pejabatnya di Komtar hari ini. 
"Enakmen itu hanya digunapakai oleh masyarakat Islam, tidak oleh bukan Islam. Jadi, tiada isu timbul," katanya mengulas gesaan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker agar Pulau Pinang membatalkan larangan itu. 
"Kita tidak meluluskan mana-mana undang yang membenarkan larangan itu terpakai kepada masyarakat bukan Islam," kata Lim yang merupakan setiausaha agung DAP. seterusnya 

Ini kerana kelmarin Guan Eng telah  mencabar  KPN yang didakwanya  bersikap double standard dalam siasatan   ke atas Dr Mashitah Ibrahim & Ibrahim Ali  tetapi ia dijawab  . klik di sini





Jadi di sini, Guan Eng tak perlu nak melatah sangat menpersoal KPN dalam menjalankan tugas beliau kerana beliau pun kini dalam siasatan cuba mencetuskan ketegangan & sensitiviti   agama dalam isu kalimah Allah.

Kita berharap  Guan Eng juga akan diambil tindakan oleh POLIS seperti mana Eric Paulsen ..


bumiyang

Posted: 14 Jan 2015 03:51 AM PST

bumiyang


Dunia Islam Terus Diperkotak-katik dan Nabi Muhammad saw Terus Dihina!!!

Posted: 13 Jan 2015 10:06 PM PST

Belantan

Posted: 13 Jan 2015 11:31 PM PST

Belantan


'Saya bukan hidup bawah undang-undang al-Quran'?

Posted: 13 Jan 2015 04:18 AM PST


Ketua editor majalah Charlie Hebdo, Stephane Charbonnier pernah mengeluarkan kenyataan bongkak berhubung tindakan majalah berkenaan menerbitkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Charbonnier atau lebih dikenali sebagai Charb adalah kartunis yang mengagungkan kebebasan bersuara yang melampau.

Malah dia kerap menyiarkan karikatur berbaur penghinaan terhadap agama Islam.

Dalam satu temu bual yang diterbitkan majalah itu pada 2012, Charb menghina Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, dia tidak menyesal dan tidak berasa bertanggungjawab berhubung sebarang keganasan yang bakal tercetus ekoran penerbitan tersebut.

"Saya tidak menyalahkan orang Islam kerana tidak tertawa melihat kartun kami. Saya hidup di bawah undang-undang Perancis dan bukan undang-undang al-Quran," katanya.

Charb, 47, antara yang terbunuh dalam serangan berdarah di pejabat majalah itu di Paris, Rabu lalu.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 13 Jan 2015 11:30 PM PST

The Unspinners


SAH!!! Ada terima duit Tonto hentam MyEG

Posted: 13 Jan 2015 09:55 PM PST


Baca kisah Myeg diikut dan diugut Tonto dalam MI di SINI.


Peristiwa ini dilaporkan minggu lepas. Minggu ini, DAP dan PKR bising pula. Takkan tiada kaitan?

Felcra OK saja dan puashati. Baca The Star SINI

Apa benda Jo Bedul cerita pasal keselamatan maklumat? Dia tanya ke bagaimana proses?

Maklumat kepunyaan kerajaan maka tanya gomen.

Lagi bahaya jika maklumat tak dikumpul dan keadaan sebenar tak diketahui.

Berapa underworld sudah kasi RM masyukk????

Berita tipu 1M4U dan BR1M untuk kucar kacir rakyat

Posted: 13 Jan 2015 08:50 PM PST



Sister in Sesat berdiam suka bila gadis Muslim dicabul?

Posted: 13 Jan 2015 07:20 PM PST


GadisMuslim dicabul penyanyi k pop di atas pentas dalam khalayak ramai. Difahami mamat ini mahu keliling di Msia dan lebih ramai gadis dikhuatiri akan dicabul


Ramai pula ambil mudah hal ini.



K pop mungkin ada agenda tersembunyi.

Kenapa Sister in Sesat diam saja terhadap gejala ini? Mereka ini suka ke apa yang berlaku sekarang?

Seperti ISIS, Eric Paulsen extrimis ugama tajaan CIA

Posted: 13 Jan 2015 04:30 PM PST



Siapa Eric Paulsen?

NAMA Eric Paulsen mula disebut sejak beberapa hari lalu susulan kenyataannya yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme atau fahaman pelampau pada setiap Jumaat.

Siapa beliau? 

Beliau adalah seorang peguam, yang juga pengarah eksekutif dan pengasas bersama pertubuhan bukan kerajaan, Lawyers for Liberty (LFL).

Paulsen dilihat kerap bercakap mengenai pelbagai perkara mengenai Islam di akaun Twitternya, terutama mengenai hukum hudud.

Antara status terkini di Twitter beliau mengenai Islam ialah:

1) "Golongan ulama adalah seperti raja/Tuhan, tidak boleh dikritik."- 6 Januari 2015

2) "Hmm apabila agamawan palsu samakan doa dengan cara dapat kontrak besar kroni. Syirik besar ini." - 31 Disember 2014

3) "Lagi agamawan menjaja agama" (merujuk kepada Malam Cinta Rasul 2015 di Dataran Merdeka) - 29 Disember 2014

4) "Ada majlis di tempat terbuka (dan) nampak nak hujan. Jadi penganjur doa agar tak hujan. Tak lama pun hujan. Jadi penganjur kata rahmat Tuhan. Kisah benar." - 27 Disember 2014

5) "Cara Pas Kelantan cakap macam tak ada benda lain dalam dunia/akhirat kecuali hudud. Isu-isu kebajikan, ekonomi, sosial dan keselamatan masyarakat?" - 24 Disember 2014

6) "Taliban menggila. Inilah akibatnya bila terlalu taksub dengan hukum (dan) haram tanpa tahu nilai agama, keadilan, belas kasihan (dan) penyayang." - 17 Disember 2014

7) "Tak faham obsesi Pas dengan hudud. Ia tak berperlembagaan, zalim (dan) tak sesuai dengan zaman moden." - 14 Disember 2014

LFL yang diasaskan beliau pula adalah pertubuhan hak asasi manusia dan undang-undang yang bermatlamat mencabar keputusan dan tindakan tidak berperlembagaan yang dilakukan kerajaan dan pihak berkuasa lain.

Berdasarkan laman web National Endowment for Democracy (NED), LFL mendapat dana sebanyak AS$45,000 (RM160,000) setiap tahun dari 2011 hingga 2013.

NED adalah sebuah yayasan bukan berasaskan keuntungan bermatlamat mengembangkan dan mengukuhkan institusi demokrasi di seluruh dunia.

Mendapat dana daripada Kongres AS, NED menyokong lebih 1,000 projek kumpulan bukan kerajaan di lebih 90 negara.

Menurut laman web NED, sejak penubuhannya pada 1983, NED mengetuai perjuangan demokrasi di dunia dan kedudukannya sebagai badan bukan kerajaan memberikan yayasan itu fleksibiliti untuk bertindak segera apabila ada peluang perubahan politik di mana-mana negara.

Dari Whats App

Jom sokong Ketua Polis Negara!!!

Posted: 13 Jan 2015 07:28 AM PST



Mari tengok, Bar Council dan Bersuh 2.0, sapa ramai?



Banyak ini saja malam tadi ...


EXPOSED!!! Kok & Bedul helping human trafficking cartel?

Posted: 13 Jan 2015 04:00 AM PST


Think!

Foreign workers can be found everywhere and everyday. They are at the coffeeshop or mamak.

Some of them are illegals. Penang had to ban foreign workers from cooking hawker food. Most likely the small little hawker stall hire illegal foreign workers.  
They are depriving Malaysians of jobs. Same with factories who hire illegal foreign workers are not fair to businesses who spend good money to hire legal workers. 

Illegal foreign workers clearing the land at Cameron Highlands was believed to be part of the cause of the landslide.

There have been many cases of foreign maids running away after working for a few months but employers spent more than rm10,000 to hire a maid. There are syndicates that gave these maids jobs at food stalls.

By raising issue on MyEG, Teresa Kok and Johari Abdul are using their Kok and Bedul story to sabotage effort to properly monitor and keep information on foreign workers so as to address problem of illegal workers.

What they are doing is to be popular with these food stall owners harbouring foreign workers.

Maybe they are playing their political role as part of helping to protect illegal foreign worker syndicates. Could be that they are head of the human trafficking cartel.

Aku wrap up kan.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 13 Jan 2015 11:24 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MENJAWAB KERISAUAN DATUK A. KADIR JASIN

Posted: 13 Jan 2015 10:02 PM PST

Tokoh Wartawan Negara - Datuk A. Kadir Jasin
P. Ramlee adalah tokoh dalam bidangnya yang tahu bila masa untuk berdiam diri. Zaman kegelapan P. Ramlee bermula apabila irama Pop Yeh Yeh menguasai muzik tanah air. Namun begitu, sumbangan besar P. Ramlee dalam penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan sangat membanggakan. 

Hari ini, sangat malang apabila seseorang tidak tahu bila masa yang sesuai untuk berhenti dan berehat. Mereka ini tidak menyelami nasihat Tun Dr. Mahathir, supaya berhenti makan sebelum kekenyangan. 

Inilah masalah di dalam negara kita, mereka selalu mahu mencipta news of the year

Kewartawanan Era DS Najib
Kewartawanan hari ini sangat-sangat berbeza dengan era tahun 1960an hingga ke hujung 1990an. Keberuntungan para pengarang pada zaman sebelum DS Najib ialah mereka kurang keberanian untuk mengkritik Perdana Menteri sebagaimana yang mereka lakukan sekarang.

Ada satu cerita oleh wartawan lama, seandainya anda sedang bertanya kepada seseorang menteri soalan yang sukar, tiba-tiba kaki anda akan dipijak sebagai tanda anda tidak boleh meneruskan soalan itu.

Malang kepada mereka kerana, pada hari ini kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak menghalang dirinya dikritik, walaupun rekabentuk kritikan itu kelihatan sangat hodoh malah menelanjangi kekurangan si pengkritus. 

Mereka tewas kepada kesederhanaan Perdana Menteri yang menerima sebarang bentuk kritikan, dan mereka sangat sakit hati kerana Perdana Menteri boleh bersabar, tenang dan kelihatan hebat di tengah-tengah kritikan yang menggila.

Apalah sangat ketohoran idea wartawan kunos (bukan kuno) yang merasakan diri sebagai pemikir terhebat konon, walhal mereka sering lupa tanpa peranan Kerajaan yang memberikan peluang kepada kita bersuara dan berbisnes, ianya hanya umpama kertas-kertas hangus yang diterbang angin ke ruang kotor udara. 

Saya sangat yakin bahawa kerana semakin vacumnya mereka dengan pemikiran lama, dan tidak berada di dalam cycle kerajaan, mereka menjadi syok sendiri hinggakan berperasan merekalah pengkritik tersohor dekad ini walhal kritikan-kritikan itu tidak signifikan kerana tidak up to date. Mereka ingat Kerajaan hari ini sebuah Kerajaan yang statik. Sedarlah zaman sudah berubah.
Sejak tahun 2009, DS Najib secara peribadi tidak pernah pun menyinggung apa yang dibuat oleh Tun Daim Zainuddin (Tun Daim) hinggalah sekarang ini. Sumbangan Tun Daim tidak pernah pun dipertikaikan oleh Kerajaan. Mengapakah merasakan kerajaan mempertikai atau mengenepikan sumbangan Tun Daim? Mengapa ada orang lain terasa sangat? Hubungan kerajaan dengan Tun Daim Zaindudin dan Tun Dr Mahathir sentiasa dalam keadaan baik sepanjang masa. Jika mereka mempunyai pandangan yang berbeza dengan Kerajaan, bukanlah bermakna Kerajaan bermusuhan dengan mereka.

Baru-baru ini saya terserempak dengan Tun Daim di IJN, walaupun ketuaan beliau sangat jelas, saya tidak fikir Tun Daim mempunyai apa-apa masalah dengan Kerajaan dan DS Najib. 

Kita kena sedar DS Najib tidak mempunyai pegawai tingkat 4 untuk bermesyuarat di luar waktu pejabat atau di luar kawasan.

Saya tidak tahu kepada siapakah Datuk A. Kadir Jasin (Kadir Jasin) menujukan kritikannya, jika orang muda yang berdampingan dengan Perdana Menteri yang dimaksudkan, maka saya bukanlah orangnya. Saya menerima sebahagian kritikan Kadir Jasin, tetapi saya menolak sebahagiannya juga. 

Sebagai ahli Kerajaan yang baik, dan sebagai warganegara yang baik, saya mesti mempertahankan Kerajaan, Negara dan Perdana Menteri. Tetapi percayalah, saya tidak akan mempertahankan menteri yang bertanggungjawab di bawah bidang kuasanya terhadap penganjuran K-Pop baru-baru ini.

Inilah jawapan saya terhadap 18 soalannya.

1. DS Najib telah memberikan jawapan sebab mengapa Darurat tidak diisytiharkan semasa banjir besar baru-baru ini, di antaranya kerana isu insurans sebagaimana dalam laporan Malaysiakini. Majoriti rakyat menerimanya dan pengamal insurans tidak menolak alasan itu, di mana keputusan tersebut dilakukan demi kebaikan rakyat yang ditimpa musibah.

Tanpa Darurat pun, kebijaksanaan kerajaan lebih terkehadapan di mana langkah-langkah pro aktif seperti kerjasama Kerajaan PAS dan Kerajaan UMNO dilihat lebih berkesan. Di peringkat Kerajaan persekutuan pun, agensi-agensi Kerajaan sudah all out sepanjang masa. 

Saya sedar terdapat kekeliruan bilamana angka RM800juta disebut kononnya telah dibelanjakan sepanjang banjir besar baru-baru ini. Walhal, faktanya peruntukan wang itu belum pun dibelanjakan pun, di mana agensi-agensi kerajaan masih menggunakan peruntukan bencana banjir tahun 2014. 

DS Najib seorang Perdana Menteri yang sangat teliti, kerana itulah dua hari lepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara (JAN) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menubuhkan Jawatankuasa Memastikan Pengurusan Bencana Banjir sebanyak RM500 juta itu dibelanjakan mengikut cara yang betul, telus dan bertanggungjawab. Satu sen pun daripada RM500 juta itu akan menjadi kawalan ketat oleh pihak SPRM, JAN dan MKN. Sudah pasti rakyat sangat gembira dengan kerjasama Integriti ini

Kerana itulah, jika anda duduk di Kuala Lumpur dan menulis soalan mengapa tidak diisytiharkan Darurat, ianya sama keadaan apabila anda duduk di Brickfields dan seseorang menghantar wassap gambar Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Barrack Obama sedang bermain golf, dan anda membuat pemikiran sendiri kononnya mereka bermain golf selama 8 jam. Saya sudah jelaskan kisah sebenar di Hawai di sini .

2. DS Najib adalah CEO kepada Kerajaan Malaysia. Negara kita mempunyai asas ekonomi yang kukuh. Pemain bisnes minyak di Arab Saudi dan Rusia sedikitpun tidak terganggu dengan kejatuhan harga minyak yang dilaporkan di New York itu. Mereka sangat yakin ianya akan kembali menaik mencecah USD105 ataupun lebih dalam tempoh beberapa bulan mendatang. 

Laporan Reuters dan The Economy tidak boleh dijadikan asas untuk menjatuhkan hukuman awal kononnya Kerajaan akan mengalami kesukaran untuk sustain. Orang luar yang duduk di luar kerajaan boleh bercakap apa sahaja mitos dan hipotesis, yang akhirnya ianya akan menjadi tidak relevan. Sebelum ini, saya sudah menyatakan bahawa kita mesti bersatu mempertahankan PETRONAS, kerana salahsatu sumber ekonomi negara kita ialah melalui PETRONAS. Di sini

3. Kita janganlah terlalu American nice apabila terpikat sangat dengan harga minyak yang dispekulatorkan di New York. Anda harus mengubah sisi tempat duduk anda kerana harga minyak yang sebenar berada di Beijing, Moscow dan Riyadh bukan semata-mata di New York. 

New York adalah pemikiran lama kata Profesor Samuel P. Huntington. Katanya 20 tahun dahulu, bahawa New York dan Barat adalah pemikiran lama, kuno dan ketinggalan zaman. Pemikiran baharu itu berada di Timur Jauh dan Asia Barat. Pemain bisnes minyak di Amerika sengaja melambakkan simpanan minyak mereka untuk memastikan harga setong minyak itu turun ke paras USD40.00 setong tetapi simpanan mereka sendiri sudah pasti hanya mampu bertahan dua tiga bulan. Selepas itu mereka terpaksa menyembah semula negara-negara pengeluar minyak utama dunia, kerana itulah negara-negara Arab tidak peduli permainan harga minyak di New York malah Arab Saudi memberi amaran akan menambah pengeluaran minyak beberapa juta tong sehari tanpa memperdulikan kejatuhan harga yang disengajakan itu. Adakah ada sesiapa tidak mempercayai Kerajaan Malaysia masih boleh sustain?

4. GST telah diterangkan dengan panjang lebar oleh Kerajaan, jika ada seseorang tidak mampu memahaminya, ianya adalah kerana beberapa sebab. Pertama pemikiran sudah tepu dan keras, kedua terlibat dengan bisnes jua, dan ketiga sudah tahu tetapi bertanya semula. Yang saya sangat pasti adalah "penjual pisang goreng tidak dikenakan GST", tetapi saya yakin dakwat, kertas dan bisnes percetakan akan mengalami GST, barangkali kerana itu harga Berita Harian naik 30 sen. 

Saya tidak sangka ada rakyat Malaysia sangat takut dengan GST sedangkan Indonesia sudah lama melaksanakannya, kalaulah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, saya percaya Anwar akan melaksanakan GST paling lewat pada tahun 2000.

5. Dua keadaan yang mencengkam mana-mana negara di seluruh dunia. Pertama kejatuhan harga minyak dan kedua kejatuhan nilai matawang masing-masing. Malaysia sudah pasti tidak terkecuali, melainkan Malaysia terletak di planet Marikh. 

Dengan soalan ke-5 itu, saya ada satu jawapan untuk kita fikirkan iaitu, Kalendar Formula 1 tahun 2015 di Korea Selatan ditutup kerana penganjurnya bankrap, banyak hutang dan Kerajaan mereka tidak mampu membantu. Manakala, Formula 1 di Malaysia terus sustain pada tahun 2015 dan tahun-tahun seterusnya.

Soalan 6 dan 7 saya memberi peluang kepada pembaca untuk menjawabnya kerana saya harus bersikap terbuka dan realistik. Soalannya di sini


8. Berita terkini hari ini (13/1/2015) melaporkan pasaran saham di negara-negara Asia Tenggara khususnya Indonesia, Filipina dan Thailand menjunam. Di Malaysia kita sangat malang kerana ada orang menulis pasaran saham Malaysia lebih buruk daripada negara-negara itu. Jika anda tidak lagi membaca Berita Harian kerana harga sudah naik kepada RM1.80, bacalah Jakarta Post, Manila Times dan Bangkok Post di layar internet supaya gambaran yang lebih adil boleh diberikan.

9. Seseorang wartawan, adalah lumrah bagi mereka membandingkan angka tahun 2012 dengan angka semasa pada tahun 2015. Tetapi wartawan yang rajin akan membuat sedikit homework untuk melihat pula semakan kenaikan harga IPO saham FGVB pada tahun 2016 hingga tahun 2020. Angka-angka pada tahun mendatang menjadi kebiasaan diramal oleh pakar-pakar pelaburan di mana mereka memberikan justifikasi masa hadapan yang sangat tepat dan jelas.

Soalan 10 dan 11 merujuk kepada Bank Negara, di mana tidak mungkin saya boleh memberi gambaran yang tepat. Saya lebih suka mengulasnya dalam bentuk yang lain. Gabenor Bank Negara Malaysia sejak 20 tahun ini menerima pelbagai Pengiktirafan/Anugerah Antarabangsa telah memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia bahawa ekonomi Malaysia tidak akan bankrap, prestasi ekonomi Malaysia tidak akan sampai memberi kesan yang buruk kepada negara, di mana ianya terbukti di mana tatkala Malaysia mampu menurunkan harga minyak negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura tidak mampu melakukannya.

Soalan 12 hingga 17 berkaitan kes 1MDB. Oleh kerana saya bukan ahli ekonomi saya tidak berani untuk memberikan angka kerana angka yang baik hendaklah tidak statik. Saya telah menjawab dengan cara saya sendiri isu 1MDB di sini. Saya percaya gambaran saya sangat mudah, malah saya percaya amatlah tidak adil kepada sesiapapun untuk menilai 1MDB di bawah pengurusan baharu Arul Kanda tanpa memberikannya masa tetapi dia sudah pun ada kejayaan terpantas, iaitu mengembalikan wang pelaburan keseluruhannya berjumlah US$2.318 Bilion di Pulau Cayman (US$1.215 Bilion + US$1.103 Bilion)


Dengan kejayaan terbaharu ini, keenam-enam soalan itu menjadi tidak relevan. Saya juga percaya Kadir Jasin akan lebih memuji Arul Kanda berbanding Rafizi.

18. Soalan nombor 18 elok dijawab oleh pelajar tingkatan 6 kerana mereka boleh menjawab dengan tepat. Saya juga percaya DS Anwar Ibrahim pun akan menjawab dengan mudah. Semasa DS Najib berada di Hawai kerana menghormati jemputan Presiden Barrack Obama, pada masa yang sama pula di tanah air situasi banjir khususnya di Kelantan semakin kritikal. Maka sudah pasti DS Najib menggunakan apa jua kemudahan kapal yang ada dan selamat untuk segera pulang ke tanah air selepas menjadi tetamu Presiden Amerika. Sama ada Perdana Menteri pergi menggunakan kapal rasmi dan pulang ke Malaysia menggunakan kapal tentera dan sebagainya, itu adalah secondary. Keutamaan ialah rakyat mahu DS Najib pulang segera bersama-sama mereka dan itulah yang dilakukan oleh DS Najib setiap hari. Kita jangan lupa, menghormati jemputan dan menghormati tetamu adalah ajaran agama Islam. 

Kesimpulan
Akhir sekali, selepas bersoal jawab di sini, suka saya membuat kesimpulan, bahawa amarah, kebencian kalau ada dan kekecewaan Kadir Jasin adalah kerana kebimbangannya melihat DS Najib dikelilingi musuh dalam selimut, ataupun musang berbulu ayam. Namun, pada saya Kadir Jasin perlu mendedahkan siapakah mereka itu?

Jika di sini saya bertanya siapakah pengganti DS Najib itu? Kali ini saya bertanya pula, siapakah musang-musang berbulu ayam itu?

SUMBER

GST: HAJAT GUAN ENG NAK PELECEH BN TAPI TERKENA BALIK...APA PUNYA TUR !

Posted: 13 Jan 2015 07:44 PM PST


Ni chek nak habaq mai kat Penang sana Ketua Menteri hangpa punya la turrrrr...

Nama saja Ketua Menteri tapi apa punya haflah jingga dia dok merepek hantaq surat kat PM mintak tangguh GST.

Dia mintak tangguh sebab dia habaq kat PM yang tiga pekedai kat Balik Pulau akan gulung tikaq sebab tak sedia nak hadapi GST.

La awat hang haflah sangat tur. Guna tiga contoh hang nak habaq orang Penang dan Malaysia tak sedia terima GST.

Utusan Malaysia: Rabu 14 Januari 2015 halaman 22 

Ni habaq mai la ni kat seluruh negara dah lebih 225,000 buah syarikat berdaftar di bawah GST. Kebanyakkan mereka tu syarikat-syarikat kecil untung tak sampai pun RM500,000 setahun tapi depa sukarela nak daftar. 

Ada jugak syarikat besaq yang untung berpuluh juta setahun depa lagi suka dengan GST dapat banyak insentif dari kerajaan nanti.

Kami tak nak cakap banyaklah. Tapi kalau lagu nilah kualiti Ketua Menteri DAP Penang memang patut lama dia diberhentikan. Ganti yang lebih layak, banyak lagi ADUN DAP yang layak. 

Dari ramai-ramai hanya peniaga 3 orang dijadikan contoh untuk menolak GST, dah tu surat pula dihantar kat PM...malulah wei, saja buat ramai.

Guan Eng hang sebagai penjawat awam negeri hantar surat kat boss dengan fakta tak kukuh...tak malu ke wei kat orang Tanjung?

Agaknya hang banyak makan nasi kandaq daun ketum ka Guan Eng?

Malu mamu lagu nih...

Nasi kandaq satu...
* Hangpa baca dengan lenggok bahasa Penang baru faham...

TRAGEDI LAHAD DATU: SEORANG LAGI SEKUTU ANWAR DAH MAMPOS...

Posted: 13 Jan 2015 04:31 PM PST



Ketua pengganas Sulu Filipina yang mengetuai insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah Mac 2013 lalu, Agbimuddin Kiram meninggal dunia pada Selasa akibat serangan jantung, lapor portal berita Filipina, Rappler.

Agbimuddin pernah mendakwa dirinya sebagai 'Raja Muda Kesultanan Sulu' itu meninggal di kediamannya di Barangay Tubig Indangan di pekan Simunul, Tawi-Tawi.

Sebelum itu pada 30 Oktober 2013, ayahnya Jamalul Kiram III turut meninggal dunia kerana masalah jantung dan buah pinggang.

Pada 9 Februari 2013, sebuah kumpulan pengganas telah menceroboh perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Agbimuddin (dalam bulatan) bersama bersama Jamalul Kiram (sudah meninggal) dan adik-beradik mereka.
Selepas itu kawasan tersebut menjadi medan pertempuran antara pasukan keselamatan negara dengan penceroboh Sulu yang merebak ke beberapa kampung hinggalah ke perkampungan air Sri Jaya Simunul.

Pencerobohan ini berpunca berikutan desakan dari Jamalul Kiram yang mengaku sebagai Waris Kesultanan Sulu yang menuntut hak kedaulatan ke atas Sabah secara kekerasan.

Agbimuddin mengetuai insiden pencerobohan itu bersama kira-kira 200 orang bersenjata dari selatan Filipina yang menyaksikan 63 militan terbunuh selebihnya ditangkap dan melarikan diri termasuk Agbimuddin, manakala 10 anggota keselamatan Malaysia gugur.

http://www.rappler.com/nation/80696-agbimuddin-kiram-dies

Susulan itu, kerajaan telah menubuhkan kawasan keselamatan khas sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah yang dinamakan dikenali sebagai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Ia diwujudkan khusus bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.

Selain itu, Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) juga diwujudkan yang merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau.


Walaupun dah mampos beberapa musuh negara, kita tidak boleh leka dan selalu kena beringat bahawa masih ada segelintir manusia dalam negara ini yang sanggup buat apa saja untuk memperlekeh dan melemahkan kerajaan sedia ada semata-mata kemaruk menjadi Perdana Menteri atau Presiden sebuah republik di negara ini.


Rombak semula UMNO Selangor untuk menang. @NajibRazak @NohOmar

Posted: 13 Jan 2015 01:00 AM PST

Sebelum kita mengulas lanjut mengenai rombakan UMNO Selangor, jom sama-sama kita kaji struktur parti tersebut yang sedia ada.

Carta organisasi UMNO Selangor dibahagikan kepada dua iaitu Organisasi Pengurusan Parti dan Organisasi Pengurusan Pentadbiran.



Carta organisasi pengurusan parti. Sila klik untuk besarkan


Carta organisasi pengurusan dan pentadbiran. Sila klik untuk besarkan

Secara amnya, dalam struktur pengurusan parti, ianya disusun mengikut ranking jawatan yang mana ketua-ketua sayap mengisi ketiga-tiga jawatan naib pengerusi. Selain Bendahari, kesemua jawatan yang lain diisi secara automatik oleh ketua-ketua bahagian di Selangor. Daripada keseluruhan jawatan, hanya ada dua ADUN iaitu YB Datuk Johan Aziz - Semenyih dan YB Datuk Abdul Shukur Idrus - Kuang dan tiga ahli Parlimen iaitu YB Datuk Seri Noh Omar, YB Datuk Nor Hayati dan YB Fasiah Fakeh yang terlibat dalam struktur ini.

Manakala dalam struktur pengurusan dan pentadbiran, baki jawatan dibahagi-bahagikan kepada mana-mana Ketua Bahagian yang tidak terlibat dalam struktur sebelum ini. Hanya ada seorang ADUN yang terlibat iaitu YB Tuan Mat Nadzari Ahmad Dahalan - Batang Kali.

Di Selangor, BN hanya mempunyai 12 orang ADUN. Berikut merupakan senarai ADUN tersebut dan jawatan mereka di dalam parti (tanpa gelaran pangkat dan mengikut maklumat terkini UMNO Selangor - Mohon komen jika terdapat ralat) :

1) YB Kamarol Zaki Malik - Sg. Air Tawar (AJK Bahagian)

2) YB Budiman Zohdi - Sg. Panjang (Naib Ketua Bahagian)

3) YB Rosni Sohar - Hulu Bernam (Ketua Wanita)

4) YB Mat Nadzari Dahalan - Batang Kali (Ketua Bahagian)

5) YB Mohd Shamsudin Bin Lias - Sg. Burong (Timbalan Ketua Bahagian)

6) YB Sulaiman Razak - Permatang (Naib Ketua Bahagian)

7) YB Jakiran Jacomah - Bkt. Melawati (Ketua Cawangan)

8) YB Amiruddin Setro - Jeram (Ketua Cawangan)

9) YB Shukur Idrus - Kuang (Ketua Bahagian)

10) YB Johan Aziz - Semenyih (Ketua Bahagian)

11) YB Halimaton Saadiah Bohan - Kota Damansara (Ketua Wanita)

12) YB Shahrum Sharif - Dengkil (Timbalan Ketua Bahagian)

Daripada 12 ADUN tersebut, didapati hanya DUA orang sahaja yang betul-betul aktif dalam media sosial iaitu YB Budiman (http://mindabudiman.blogspot.com/) dan YB Rosni (rosnisohar.huluselangor.com). Sementara, laman-laman web rasmi UMNO Bahagian, sama ada tidak wujud, atau tidak aktif dan tidak dikemas kini setelah beberapa tahun. Ini merupakan satu perkembangan yang tidak baik.

Walaupun sesetengah ADUN atau Ketua Bahagian sangat popular di peringkat akar umbi/DUN, namun dalam konteks negeri Selangor, pengaruh mereka di media sosial juga memainkan peranan yang amat penting. Berdasarkan pemerhatian kami, hanya ada beberapa orang sahaja pemimpin UMNO yang agak popular dan aktif di media sosial iaitu, DS Noh Omar, YB Budiman, YB Rosni dan Tn. Azahari Shaari. Manakala selainnya hanya kelihatan di laman Facebook atau Twitter sahaja tanpa sebarang impak yang jelas.

Selain itu, struktur badan perhubungan UMNO kini juga tampak mengelirukan dan wujud hanya untuk mengiktiraf ketua-ketua bahagian sahaja. Jawatan-jawatan penting seperti Ketua Penerangan dan Pengerusi Jabatan Pilihanraya seharusnya diberikan kepada mereka yang mampu dan layak melaksanakan tugas tanpa mengambil kira jawatannya dalam parti. Sehubungan itu, kami pernah mencadangkan agar sedikit rombakan drastik dibuat di peringkat pengurusan tertinggi terlebih dahulu:



Justifikasi mengenai peranan dan kelayakan setiap calon bagi rombakan ini kami telah bincangkan dalam artikel seperti URL di atas. Di bawah ini kami perincikan lagi rombakan melalui penyusunan semula struktur organisasi bagi memperkasakan semula Badan Perhubungan UMNO Selangor.




Bagi mengatasi kecelaruan fungsi dan struktur organisasi sebelum ini, kami telah mengkaji prestasi keseluruhan pemimpin UMNO Selangor secara teliti. Peranan pemimpin yang telah memenangi pilihanraya diiktiraf dengan tanggungjawab tertentu agar mereka dapat membantu parti di peringkat negeri pula. Malah, kemahiran dan pengalaman Senator Ezam juga tidak sepatutnya diketepikan demi menjayakan usaha untuk mengembalikan semula kuasa BN di Selangor.

Perubahan dalam beberapa portfolio biro sosial perlu dilakukan bagi memberikan peluang kepada pemimpin lain yang lebih berkeupayaan dan bersemangat untuk menyumbang tenaga dan idea. Para pemimpin pelapis/muda juga sepatutnya diberikan peranan yang lebih berkesan agar transformasi dan peremajaan parti dapat berjalan serentak dengan jayanya.

Sekali lagi, ini merupakan cadangan dari kami yang bukan ahli dan tiada jawatan di dalam UMNO. Niat kami hanya satu, mahu membantu UMNO Selangor berubah.Kalau Kedah dan Terengganu boleh ditawan semula kerana mereka berubah, maka tidak mustahil UMNO Selangor juga mampu melakukan perkara yang sama. Rakyat sebenarnya mengharapkan UMNO Selangor berubah demi masa depan dan nasib orang Melayu Selangor itu sendiri!!!

Berubahlah sebelum semuanya terlambat.



Panglima Perang Cyber

Posted: 13 Jan 2015 11:18 PM PST

Panglima Perang Cyber


Kes Altantuya: Azilah dan Sirul dihukum mati

Posted: 12 Jan 2015 11:41 PM PST




NORLIZAH ABAS DAN NORAZLITA MOHD. SIES | 13 Januari 2015 10:16 AM

113 0 Google +0


CIF Inspektor Azilah Hadri (kiri) dan Koperal Sirul Azhar Umar (kanan) yang di tuduh membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu diiringi anggota polis ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. - Gambar fail UTUSAN 2009.



Advertisement




PUTRAJAYA 13 Jan. - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar bersalah dan disabitkan atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Mereka berdua dihukum gantung sampai mati.

Mahkamah juga mengeluarkan waran tangkap terhadap Sirul Azhar selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah ekoran kegagalan anggota polis itu hadir ke mahkamah hari ini.

Keputusan itu mula dibacakan pada pukul 9.30 pagi tanpa kehadiran Sirul Azhar.

Azilah, 39, dan Sirul Azhar, 44, dituduh membunuh wanita kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun itu di antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang, Selangor.

Kedua-duanya yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Bukit Aman ketika kejadian itu berlaku menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, 51, yang pada mulanya didakwa bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong; Tan Sri Ahmad Maarop serta Tan Sri Suriyadi Halim Omar. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/kes-altantuya-azilah-dan-sirul-dihukum-mati-1.47489#sthash.1SepzIpn.dpuf

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 13 Jan 2015 09:31 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Tegur Peguamnya Agar Jangan Provokasi Khutbah Jumaat?

Posted: 12 Jan 2015 09:30 PM PST


Ini bukti jelas Eric Paulsen adalah peguam Anwar Ibrahim dalam kes rayuan liwatnya. Mengapa Sheikh Anwar Ibrahim langsung tidak tegur peguamnya itu agar jangan provokasi khutbah Jumaat? Kenapa diam sahaja? Biarkan sahaja Eric Paulsen buat perangai begitu? Anwar Ibrahim sanggup subahat sama dengan Eric Paulsen?

tok gajah

Posted: 13 Jan 2015 09:27 PM PST

tok gajah


Tidak munasabah 30,000 PATI di Cameron Highlands - KP Imigresen

Posted: 13 Jan 2015 04:04 PM PST

Operasi Bersepadu Khas tidak akan dilakukan secara bermusim tetapi ia akan diteruskan dengan mengesan PATI yang cuba menyorok atau lari ke kawasan lain. - Foto TRP

CAMERON HIGHLANDS, 14 Januari:

Sebanyak 979 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas di sekitar Cameron Highlands dalam tempoh 4 Disember hingga 31 Disember tahun lepas.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim berkata PATI yang ditahan itu ditempatkan di depot yang ditetapkan untuk siasatan lanjut dan sebahagiannya sudah dihantar pulang ke negara masing-masing.

Beliau berkata operasi tersebut tidak akan dilakukan secara bermusim tetapi ia akan diteruskan dengan mengesan PATI yang cuba menyorok atau lari ke kawasan lain.

"Kita tidak akan berhenti melakukan operasi…hari ini, esok dan lusa akan diteruskan secara berkala dan tidak berhenti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Imigresen Cawangan Cameron Highlands pada Selasa.

Beliau berkata pihaknya akan terus menjalankan risikan untuk memantau perkembangan mengenai PATI di kawasan tanah tinggi itu yang melibatkan agensi penguat kuasa antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan beberapa agensi penguat kuasa lain.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan laporan media sebelum ini mengenai kebanjiran kira-kira 30,000 PATI sebagai tidak munasabah kerana sehingga kini dakwaan itu tidak dapat dibuktikan.

"Apabila kita buat operasi tidak dapat membuktikan (dakwaan) sedemikian, jumlah yang dapat ditangkap setakat ini jauh berbanding apa yang dilaporkan media.

"Ada yang dakwa PATI sudah lari ke Lojing di Kelantan atau Tapah, tapi bila kita lakukan operasi sebenarnya tak ramaipun PATI di sana. Saya harap media berhati-hati apabila melaporkan sesuatu isu," katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/14/tidak-munasabah-30000-pati-di-cameron-highlands-kp-imigresen/#ixzz3OkVS9Myr

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 13 Jan 2015 09:10 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 13 Jan 2015 03:47 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Rozana simpan patung kemaluan lelaki dalam botol dedah Awie

Posted: 13 Jan 2015 04:01 PM PST

Dalam prosiding terbaru di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur peguam Awie mendedahkan yang anak guamnya mempunyai bukti kukuh yang isterinya Rozana Misbun mengamalkan perkara syirik dan khurafat.

Rozana Misbun didakwa mengamalkan amalan khurafat sepanjang sembilan tahun perkahwinan mereka selepas penemuan barang-barang seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen.

Barang barang tersebut termasuk patung logam Buddha ditemui di rumah kelamin Awie & Rozana Misbun di Ukay Bestari, Ampang yang didakwa disorokkan oleh wanita itu.

"Anak guam saya menemui sebahagian barang-barang tersebut sebelum responden (Rozana) meninggalkan kediaman mereka dan sebahagian lagi dijumpai setelah responden meninggalkan rumah," ujar peguam Syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Dalam perbicaraan sama, peguam syarie Awie juga mendedahkan yang Rozana Misbun seorang tidak amanah apabila membelanjakan wang simpanan Awie.

"Responden juga seorang yang tidak amanah apabila telah menggunakan dan belanjakan wang simpanan pemohon (Awie) yang telah diamanahkan untuk disimpan di dalam akaun bank dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) demi masa depan keluarga"

"Wang berkenaan telah digunakan untuk membeli barangan jenama seperti Louis Vuitton, Chanel, Dolce & Gabanna dan lain-lain tanpa keizinan pemohon," tambahnya lagi. (rtky/m)

Jiwai watak, pelakon wanita tergamak 'sekatil' dengan pasangan di luar set penggambaran

Posted: 13 Jan 2015 01:01 AM PST

Gambar hiasan
Demi menjayakan watak dalam lakonan, SS faham kalau pelakon terpaksa melakukan aksi yang mungkin boleh jadi isu namun apakan daya semua itu untuk memenuhi jiwa cerita itu.

Namun yang SS tak faham, dengarnya ada seorang pelakon wanita ini terlampau mahu menjiwai watak sehingga membawa pasangannya dalam cerita berkenaan hingga ke kamar tidur.

Memang SS terkejut kerana dengarnya pelakon berkenaan seakan-akan tidak malu melakukan perbuatan itu depan rakan serumahnya. Dengarnya, dia malah tiada timbul sekelumit rasa bersalah pun.

Patutlah apabila SS sesekali menonton drama berkenaan, menjadi betul keserasian antara dua pelakon berkenaan dan tidak dinafikan memang itulah kekuatan yang dibawakan drama berkenaan.

Bagaimanapun, SS tidak sangka pula di sebalik keserasian itu rupanya tersembunyi sebuah rahsia yang nampaknya menjadi resipi kejayaan mereka di depan tabir.

Khabarnya lagi, pelakon berkenaan dengan bangganya membawa masuk pasangannya itu tanpa memaklumkan apa-apa pun kepada rakan serumah. Sudah tu, bukan sekejap, dengarnya lama juga mereka berada dalam bilik berkenaan.

Sumber SS berkata rakan serumahnya itu tidaklah mahu menyangka yang bukan-bukan, namun kalau sudah berada lama dalam bilik sambil pintunya ditutup, SS pun tak tahulah nak cakap apa lagi. Harap-harapnya tidak!

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23403#sthash.FTKwzcxZ.dpuf

Pelajar asing lakukan kelucahan melampau terhadap penyelia surau

Posted: 12 Jan 2015 07:31 PM PST

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 12 Jan. - Seorang penuntut universiti tempatan dari Yemen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang penyelia surau, akhir tahun lalu.

Ameen Noman Ali Al-Qadasi, 53, didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap lelaki berumur 22 tahun itu di dalam bilik surau Bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Dang Wangi, di sini pada pukul 12.30 tengah hari, 8 Disember 2014.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Diana Nor Azwa mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 377(D) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Ameen Noman turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan kedua iaitu tinggal di negara ini selepas tamat tempoh pas lawatan sosial di tempat sama pada pukul 2.45 petang, 29 Disember tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/53 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh kerana merupakan warga asing.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menetapkan sebutan semula kes pada 16 Februari ini. - UTUSAN ONLINE

Alasan banjir puas nafsu di hotel bajet

Posted: 12 Jan 2015 07:01 PM PST

Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu menurunkan dua beradik lelaki yang lari naik ke bumbung sebuah hotel murah setinggi hampir 20 meter untuk mengelak daripada dicekup penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu(PADKP) kerana disyaki berkhalwat, di sini, malam kelmarin.

Dua lelaki berusia 20 dan 25 tahun itu dikatakan bertindak demikian selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa yang membuat serbuan di hotel berkenaan jam 12.30 tengah malam kelmarin ketika mereka berada dalam sebuah bilik bersama pasangan masing-masing, berusia 16 dan 18 tahun.

Semua mereka dipercayai berasal dari Kelantan datang dengan menunggang motosikal dan menyewa di hotel terbabit sejak dua hari lalu dengan alasan mencari kerja di daerah ini selepas negeri itu dilanda banjir.

Gadis berusia 18 tahun itu dipercayai tunang si abang manakala gadis berusia 16 tahun itu pula dikatakan janda selepas berkahwin pada usia 14 tahun.

Pegawai PADKP Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, berdasarkan aduan, lapan anggota penguat kuasa diketuai Abd Rahim Abu menjalankan pemeriksaan di hotel berkenaan.




- Harian Metro

(Foto) Bertelanjang tunggang motosikal di kampung

Posted: 12 Jan 2015 06:01 PM PST

Phnom Penh: Seorang lelaki Britain yang menunggang motosikal dalam keadaan bogel akan diusir dari Kemboja hari ini kerana "mencemari keindahan budaya" setempat.

Crawford Brown, 24, menghabiskan hujung minggunya baru-baru ini di dalam penjara selepas ditangkap polis kerana bermotosikal tanpa berpakaian.

Polis juga menangkap dua warga asing lain, Catarina Aarnio, 22, dari Finland, dan Giancarlo Allocca, 30, dari Itali yang turut berbogel bersama Brown.

Brown adalah siswa Universiti Scotland Barat.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan menanggalkan pakaian masing-masing sebelum bermotosikal di daerah Leuk Daek, kira-kira 80 kilometer di tenggara Phnom Penh.

Jurucakap polis, Chuon Chomkol berkata, warga asing itu dikesan ketika mereka lalu di depan balai polis.

"Kelakuan mereka sangat keterlaluan walaupun mereka warga asing dan mungkin tidak faham budaya setempat," katanya. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23433#sthash.7KE88wsi.dpuf

Nenek berkhalwat beri alasan pelik ketika dicekup

Posted: 12 Jan 2015 05:01 PM PST

Gambar hiasan
Kuala Terengganu: Seorang nenek kepada dua cucu dan pasangannya yang sembilan tahun lebih muda masing-masing dijatuhi hukuman denda RM2,600 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, selepas ditahan berkhalwat di dalam sebuah bilik pada Ogos tahun lalu.

Malah, Nor Kamalizani Ibrahim, 48, dan pasangannya, Khairol Ibrahim, 39, turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya mereka gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan itu diputuskan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Terdahulu dalam rayuannya, Nor Kamalizani yang juga seorang janda memohon mahkamah mengurangkan hukuman dengan alasan dia tiada pendapatan tetap dan perlu menanggung anaknya yang masih bersekolah termasuk seorang yang baru memasuki tahun satu.

Sementara itu, Khairol mencuri perhatian apabila memohon mahkamah mengurangkan hukumannya dengan alasan dia perlu menanggung anak Nor Kamalizani dan mempunyai hutang ansuran bulanan motosikal yang belum habis dibayar.

Jawapan Khairol itu menyebabkan hakim mempersoalkan keperluan tertuduh menanggung anak Nor Kamalizani sedangkan mereka tiada sebarang hubungan sah.

"Apa kaitan anak dia dengan kamu? Wanita ini bukan isteri kamu, jadi apa kaitan," kata Kamalruazmi.

Mengikut pertuduhan, Nor Kamalizani dan Khairol didakwa berkhalwat di dalam sebuah bilik sewa di Jalan Engku Pengiran Anom, di sini, jam 1.50 pagi pada 12 Ogos tahun lalu.

Nor Kamalizani yang mempunyai empat anak berusia tujuh hingga 24 tahun bersama pasangannya itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu yang membuat serbuan selepas menerima maklumat awam mengenai perlakuan sumbang mereka.

Dalam serbuan itu, pasukan penguat kuasa mengetuk pintu bilik berkenaan yang tertutup dan berkunci sebelum ia dibuka seorang lelaki lima minit kemudian.

Pemeriksaan menemui tertuduh wanita dalam keadaan berselimut di atas katil dan soal siasat mendapati mereka bukan suami isteri atau mahram.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23495#sthash.hWwNXqku.dpuf

Comments:

There are 0 ulasan for Barisan Nasional

Catat Ulasan