BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Selasa, 25 November 2014 at 3:10 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


Jasindaily Online

Posted: 24 Nov 2014 10:35 AM PST

Jasindaily Online


CARI HARTA KARUN SECARA HARAM ??

Posted: 23 Nov 2014 04:37 PM PST

JASIN - Jabatan Warisan memohon mana-mana individu yang melakukan kerja mencari gali artifak lama secara haram segera memberhentikan kegiatan berkenaan jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang. Saranan itu dibuat selepas terdapat sebuah kumpulan melakukan kerja pencarian tanpa berlesen yang kononnya mempercayai terdapat harta peninggalan semasa zaman penjajahan Jepun di Kampung Bukit Senggeh, di sini. Ketua Zon Selatan Jabatan Warisan Negara, Johar Kadis berkata, semasa tinjauan semalam, pihaknya mendapati kumpulan terbabit baharu sahaja mengorek kawasan berkenaan seluas 30 meter itu. 


 Menurutnya, bongkah batu seberat kira-kira 20 tan yang terdapat di Kampung Bukit Senggeh turut beralih dan dipercayai kumpulan berkenaan menggunakan jentera berat bagi melakukan kerja pencarian. Dalam pada itu, Johar berkata, kumpulan terbabit perlu menghubungi jabatan sekiranya menemui sebarang artifak dan perlu diserahkan kepada Pesuruhjaya Warisan atau Pejabat Tanah dan Daerah. "Tiga bulan lalu, saya dimaklumkan kumpulan ini pernah memohon kepada kerajaan negeri sebelum dipanjangkan kepada Perbadanan Muzium Melaka untuk disemak.

 "Namun tiada tindakan susulan dilakukan dan kini mereka sudah melakukan kerja pencarian secara diam-diam yang dirasakan baharu sahaja selesai," katanya. Katanya, bagi menyelesaikan masalah itu, pihak juga memerlukan kerjasama daripada penduduk kampung. "Penduduk kampung yang mempunyai maklumat mengenai pencerobohan itu diminta melaporkan kepada pihak berkuasa seperti Pejabat Tanah dan Daerah," katanya. Dalam perkembangan lain, pihaknya sedang merangka untuk membina sebahagian jajahan Kota Melaka yang bakal menjadi lokasi penyelidikan dan kajian selain menarik kedatangan pelancong.

TG Presiden Dapat Penghormatan Besar

Posted: 23 Nov 2014 04:29 PM PST

PAKISTAN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi penghormatan berucap pada himpunan besar-besaran sempena Ijtimak Jamaat Islami di kota Lahore di sini semalam. Beliau hadir bersama Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menjadi menjadi tetamu kepada himpunan lebih setengah juta penyokong gerakan Islam tertua di Pakistan itu. Himpunan itu berlangsung tiga hari sehingga hari ini. Ahli serta penyokong Jamaah Islam datang dari seluruh pelosok Pakistan.


 Selain pimpinan PAS, tetamu luar negara lain yang turut hadir adalah dari Parti Nahdah Tunisia, Ikhwan Muslimin Mesir, PKS Indonesia, parti Islam dari Sudan, Iraq dan Jordan. Ijtimak pada kali ini amat penting kepada gerakan Islam kerana ia akan membincangkan isu-isu antarabangsa termasuk konflik di Timur Tengah seperti perang di Syria, Libya, Iraq dan juga persoalan pencerobohan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa oleh Zionis Israel. Tuan Guru Abdul Hadi dalam ucapannya menyentuh persoalan antarabangsa yang sedang mencabar ummah kini. Turut bersama dalam ijtimak kali ini adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub.

KHIDMAT MERU

Posted: 24 Nov 2014 09:38 AM PST

KHIDMAT MERU


Jutaan terima kasih.

Posted: 24 Nov 2014 12:59 AM PST









Jutaan terima kasih diucapkan kpd Jabatan Kesihatan Klang dengan kerjasama Nazir Masjid dan JKKK Kg Batu Belah diatas kerjasama yg baik dalam program Gotong Royong Benteras Denggi hari ini. Setakat ini Klang mencatat kes ke 3 denggi tertinggi di Selangor selepas Petaling Jaya dan Kajang. Setakat yg direkodkan terdapat 7187 kes denggi di Klang.
Dalam ucapannya Yb Dr Rani berharap lebih ramai penduduk ambil bahagian dan tidak ambil sikap tidak endah kerana ianya melibatkan kesihatan semua orang.

Klinik Desa Bukit Kapar.

Posted: 24 Nov 2014 12:55 AM PST










Selepas melawat Klinik Desa Bukit Kapar yg dipindahkan buat sementara waktu selama 2 bulan di Balai JKKK Kg Bukit Kapar, Yb Meru melawat kerja2 JKR di sepanjang jalan2 di DUN Meru.
Kos pemindahan Klinik Desa dan penggunaan air dan api selama 2 bulan tersebut insyaAllah di tanggung sepenuhnya oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru.
 

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan