Rabu, 29 Oktober 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Rembau Hari Ini

Posted: 28 Oct 2014 07:33 PM PDT

Rembau Hari Ini


USRAH MTD KOTA

Posted: 28 Oct 2014 02:45 AM PDT




USRAH MTD KOTA
Tarikh : 1 November  2014, Sabtu
Masa : 7.00 mlm
Tempat :  Kg Baharu Penajis, Rembau

Anjuran PAS DUN Kota

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 28 Oct 2014 09:43 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Membuat Keputusan Terbaik

Posted: 27 Oct 2014 07:23 PM PDT

Keputusan sesuatu perkara sekaligus membawa natijah yang berangkai. Impaknya dipengaruhi oleh skop perkara yang berkaitan dan jumlah orang yang terlibat dalam lingkaran perkara tersebut.
Contohnya, isu yang panas yang berlegar dalam media yang melibatkan orang berpengaruh akan sudah tentu menimbulkan pelbagai reaksi samada berskala kecil mahupun besar, bersifat sementara mahupun mencetus gerakan atau kebangkitan berpanjangan. Kesan pengaruhnya juga boleh merubahkan lanskap sosio politik sesebuah masyarakat.

Justeru proses membuat sesuatu keputusan yang besar memerlukan kerja yang teliti, insan yang benar dan jujur, prosedur yang adil dan diyakini khalayak. Persepsi ketidakadilan di peringkat orang awam akan mencetuskan kemarahan bak api dalam sekam.

Untuk sampai ke tahap ideal di kalangan pembuat keputusan yang amanah, ikhlas dan bijaksana ia memerlukan proses pendidikan yang komprehensif, insan-sentrik dan berteraskan nilai-nilai murni yang universal dan dijalankan serentak oleh guru dan masyarakat yang bersifat murabbi. Pemerintah WAJIB memudahcarakan proses ini.

Bilakah kita akan sampai ke tahap ini.
Wallahu'alam.

Landskap Siasah

Posted: 28 Oct 2014 08:04 AM PDT

Landskap Siasah


Cabaran Anak Muda Hadapi Suasana Belenggu Ekonomi

Posted: 27 Oct 2014 05:26 PM PDT

Cabaran Anak Muda Hadapi Suasana Belenggu Ekonomi

Berdasarkan perangkaan 2013, golongan belia di Malaysia kini hampir separuh daripada penduduk Malaysia, iaitu 49 peratus. Jumlah belia di Malaysia kini adalah seramai 13.73 juta orang. Daripada jumlah itu, 2.9 juta orang merupakan belia berumur antara 20 hingga 24 tahun. Kelompok ini merupakan paling ramai dalam golongan belia.

Usia belia atau bahasa lunaknya anak muda adalah lapis masyarakatyang popular menerima sebarang impak politik mahupun ekonomi. Hal ini adalah kerana dalam usia ini jika yang berkeluarga mereka berada dalam para hidup menstabilkan keluarga dariaspek ekonomi, pengurusan hidup dan kerjaya. Rumah baru dibeli, anak masih kecil-kecil belaka, kerja belum kukuh jawatan, pengalaman dan kedudukan.


Malah anak muda adalah generasi paling sukar menyimpan wang akibat bebanan kos sara hidup mutakhir ini.

Ketua Ekonomi Dr Yeah Kim Leng RAM Holdings mendedahkan bilangan rakyat negara ini akan terus bankrup berikutan langkah rasionalisasi subsidi kerajaan untuk menangani defisit bajet.

Pihak beliau menjangkakan bilangan tunggakan meningkat, terutama di kalangan pekerja muda dalam sektor swasta yang mempunyai akses kepada kredit yang berlebihan melalui kad kredit dan pinjaman peribadi , tetapi tidak mencukupibahawa ia akan menjadi setara dengan gaya hidup mereka.

Suatu yang serius untuk kita perhatikan apabila kini didapati 37 000 orang anak muda (berumur antara 25 tahun – 35 tahun) diisytihar muflis, bangkrap atau dalam kata yang mudah, telah gulung tikar dalam bisnes.
Dari segi bangsa, statistik Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan kaum tertinggi diisytihar muflis ialah Melayu (39.76%) diikuti Cina 33.36%, India 9.53% sementara lain-lain 17.34%. Jabatan Insolvensi Malaysia juga merekodkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan muflis pada 2009 dan 72.74% atau 790 adalah lelaki yang merupakan teras bangsa.
Media juga mendedahkan bahawa 41 orang anak muda menjadi muflis setiap hari di negara ini akibat berbelanja secara tidak terkawal melalui penggunaan kad kredit.

Dalam aspek budaya konsumerisme, anak muda yang bernafsu ammarah akan mudah untuk berhutang demi mengejar budaya ranggi, budaya popular dan trend masakini yang disumbat iklan dan kempennya saban minit dalam media elektronik.

Walaupun ia merupakan isu anak muda itu sendiri yang perlu mengawal kehendak dan membina gaya hidup sederhana, namun lambakan kempen budaya ranggi dan hidup gaya mewah adalah didikan siapa kalau bukan datangnya daripada kerajaan juga?

Lihat lagi akibat kesan budaya ranggi. Penggunaan kad kredit kelihatan semakin berkali lipat ganda. Misalnya pada 2003, penduduk Malaysia melakukan transaksi kad kredit secara purata sebanyak 5.8 kali, meningkat sekitar 8.7 kali pada 2007.

Nilai purata transaksi jual beli menggunakan kad kredit penduduk Malaysia pada 2003 ialah RM1,159.60 dan jumlah itu meningkat kepada RM2355.32 pada 2007.
Pada tahun 2003, keseluruhan isi rumah di Malaysia terhutang kepada syarikat-syarikat kad kredit sebanyak RM275.176 bilion. Pada 2007, nilai hutang meningkat menjadi RM427.912 bilion.

Boros perlu dikikisdan ini suatu krisis! Apakah tiada suatu tindakan untuk menghentikan pemborosan di kalangan rakyatterutamanya anak muda? Ramai kontraktor muda Melayu yang masih belum kukuh perniagaannya telah mula membeli Mercedes Kompressor. Sanggup membayar hampir RM 3,000 sebulan untuk gaya dan nama sedangkan berhutang untuk menutup kelemahan perniagaan. Ada yang mengambil tender sedangkan modal tetap syarikat adalah negatif. Sanggup berhutang untuk mendapatkan projek sedangkan projek yang sedia ada dan yang dipohon belum tentu berjaya.Gaya pemimpin, gaya artis gaya popular yang disaksikan oleh rakyat yang meracuni minda mereka sebenarnya.

Menurut Pengarah Komunikasi Kumpulan, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman, rakyat negara ini seharusnya mengikis tabiat berhutang dan liat membayar hutang agar tidak terus menjadi satu budaya.

Berhutang bukan sekadar untuk membesarkan perniagaan tetapi ia kerap dilakukan untuk memenuhi keperluan hidup ranggi di kalangananak muda.



Namun selain disebabkan nafsu ingin ranggi faktor apakah yang menyebabkan rakyat berhutang kalau bukan disebabkan himpitan kos yang semakin meningkat dan gaya hidup yang menggalakkan gaya hidup mewah?

Merujuk kepada statistik kes muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tempoh 2005 hingga Mei 2010, terdapat seramai 80,348 orang disenarai muflis.
Sebab-sebab kebankrapan yang disenarai adalah akibat hutang cukai pendapatan, hutang kad kredit, hutang pinjaman perniagaan, sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, penjamin korporat, penjamin sosial, biasiswa/pinjaman pelajaran dan keberhutangan yang lain.
Statistik daripada jabatan tersebut juga menunjukkan sebab kebankrapan utama adalah
  • Kepelbagaian hutang (29.05%),
  • sewa beli kenderaan (24.12 %),
  • pinjaman perniagaan (10.93 %),
  • pinjaman perumahan (7.49 %)
  • kad kredit (5.50 %).
Perkara yang meruntun hati kita adalah apabila statistik Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tempoh yang dikaji menunjukkan kaum yang paling ramai muflis ialah Melayu 39.76%.Jelas kaum Melayu itu pastilah di kalangan umat Islam!

Menurut Utusan Malaysia pada 19 Januari 2012, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan 30% daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan. Malah jika dikaji tahun ini mungkin peratusannya meningkat lagi.

Bukan suatu kritikan membuta tuli, umum rakyat melihat sejak kepimpinan Khairi Jamaludin, pemuda UMNO dikatakan telus, terbuka, muda dan cakna dengan isu anak muda terutama dalam isu politik dan himpitan ekonomi. Penulis melihat sebaliknya. Beberapa siri Pemuda UMNO bersama anak muda kelihatan perihatin dengan permasalahan rakyat namun dalam isu Bajet 2015 misalnya suara anak muda nampaknya tenggelam kerana Pemuda UMNO juga terpaksa meraikan bajet one off Perdana Menteri, bejet apalogetik terhadap rakyat selepas membaham sekian banyak subsidi, bajet Ali Baba yang kaya diautamakan yang marhain diretorikkan.Pemuda UMNO juga tidak mampu membela anak muda.

Misalnya adakah Pemuda UMNO yang kelihatan'muda remaja' kini itu sedar bahawa kerajaan telah berusaha membina Pejabat Pembangunan Usahawan Kebangsaan serta Pusat Inovasi Global dan lreativiti Malaysia (MaGIC)dengan bajet 2014 sebanyak RM 50 juta.Malah Perdana Menteri tahun lepas mewar-warkan akan menubuhkan Usahawan 1Malaysia dengan menyasarkan sebanyak 5,000 usahawan belia.

Persoalannya dimana bukti kejayaannya? Kerajaan perlu nyatakan jumlah usahawan yang berjaya diasuh di kalangan muda belia. Atau belia elit sahaja yang dibantu dalam program ini? Adakah bajet itu juga tiris sepertimana bajet-bajet lain?

Suka untuk penulis mengungkit beberapa aspek penting dalam Bajet 2014 tahun lalu yang kelihatan nampaknya cuba mendekati anak muda? Pendekatan yang kerajaan BN lakukan adalah pendekatan menutup mulut anak muda dengan program one off payment. Umpama samseng filem 70an menutup mulut saksi pembunuhan dengan seguni dua beras. Formula yang sama juga diasuh kepada generasi Y hari ini.

Sebenarnya Bajet untuk belia2014 adalah lebih kepada one off paymentuntuk menarik undi bukan memina jatidiri, dayasaing dan kemandirian belia.

Biar penulis senaraikan antaranya :
  1. Program Baucar Buku 1Malaysia - RM250 kepada pelajar universiti -Manfaat 1.3 juta pelajar universiti dan tingkatan 6 2.
  2. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) -Bantuan tunai RM500 - isirumah berpendapatan ≤ RM3,000 -Bantuan tunai RM250 - individu bujang berumur 21 tahun ke atas ≤ RM2,0003.
  3. Rebat RM200 kepada belia 21‐30 tahun bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G - manfaat 1 .5 juta pengguna. Kerajaan telah belanja RM260 juta daripada peruntukan RM300 juta bagi menawarkan rebat bayaran sekali sahaja sebanyak RM200 di bawah pakej Komunikasi Belia untuk pembelian telefon pintar 3G.
  4. Penubuhan New Enterpreneur Fundation (NEF) - usahawan muda menceburi bidang ICT. Penubuhan Young Enterpreneur Fund - pinjaman perniagaan untuk belia dengan subsidi kadar faedah 2% ditanggung oleh Kerajaan (had pinjaman: RM100 ribu)

Himpitan ekonomi hari ini yang melanda kestabilan hidup anak muda dibantu kerajaan dengan bantuan rebat telefon pintar? Adakah kerajaan tidak faham bahasa, apa sebenarnya keperluan anak muda? Adakah disebabkan mereka generasi Y, mereka bulurkan telefon pintar sehinggakan ia dimasukkan dalam bajet negara?

Penubuhan NEF juga misalnya masih boleh dipertikai keberkesanannya. Di mana laporan penuh kejayaan NEF?

Untuk Bajet 2015 antara 'habuan' yang diharapkan memuaskan hati anak muda antaranya;

  1. Perluasan program MyBrain,
  2. Skim Perumahan Beia (SPB)
  3. Pengurangan kadar cukai pendapatan dan juga
  4. Projek 1Malaysia Youth City

MyBrain antara program bernilai dan perlu diteruskan kalau benar kerajaan inginkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Namun penambahan bajet untuk MyBrain juga digencatkan dengan unsur kapitalisme dalam pendidikan tinggi yang meningkatkan yuran sekali ganda baru-baru ini teruama dalam bidang sains. Bagaimana minat anak muda untuk belajar boleh disemai jika skrol mereka diperdagang dengan harga yang kian meningkat.

Bagi Skim Perumahan Belia (SPB) iaitu sebuah skim pembiayaan pemilikan rumah yang ditawarkan kepada belia berkahwin dan berumur 25 hingga 40 tahun dan mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000kononnya tanpa deposit itu, adakah ia bakal mengulangi kehambaran program SRP (Skim Rumah Pertamaku)? Lebih lucu skim ini hanya untuk 20 000 anak muda sahaja di Malaysia. Sehingga kini anak muda tidak mengangkat ibu jari tanda puas dalam isu membeli rumah. Pada 14 Mac 2012, Bank Negara mengumumkan, selepas SRP setahun dilancarkan, hanya 1,062 permohonan diterima. Kenapa terlalu sedikit? Malah cuma 37% permohonan diluluskan, manakala 48% lagi permohonan ditolak kerana tidak mencapai kelayakan kredit yang minimum. Perkara ini sebenarnya sudah dijangka memandangkan syarat had pendapatan RM3,000 adalah terlalu rendah untuk membolehkan seseorang membeli rumah sendiri, lebih-lebih lagi dengan beban kewangan lain seperti hutang PTPTN, pinjaman kereta dan pembayaran kad kredit. Sebagai contoh, pinjaman sebanyak RM220,000 selama 30 tahun pada kadar 4.8% (iaitu BFR-1.8% semasa BFR berada pada 6.6%) akan memerlukan peminjam membayar sebanyak RM1,154 sebulan, iaitu sebanyak hampir separuh daripada gaji bulanan seorang anak muda yang berpendapatan RM2,500 sebulan.

Cukai pendapatan disusun semula adakah ia berita gembira anak muda yang rata-rata memang bergaji bawah RM 4000. Sebenarnya Bajet 2015 akan menambahkan penggayutan rakyat terhadap kerajaan. Kerajaan seolah tidak mahu rakyat berdikari bebas membina ekonomi sendiri. Yang miskin akan terus bergantung hidup dengan kerajaan dengan pemberian BR1M secara ansuran dan perlaksanaan GST.

Yang kaya pula menjadi lebih kaya apabila cukai pendapatan individu distruktur semula di mana kadar maksimum akan dinaikkan kepada tahap lebih daripada RM100,000 kepada tahap lebih daripada RM400,000.

Bagi projek 1Malaysia Youth City pula ia adalah idea yang hanya bombastik tetapi langsung tidak megujakan anak muda penjual ikan, penoreh gerah, pekerja kilang, pembantu am rendah dan seangkatan dengannya. Projek ini mungkin habuan Perdana Menteri untuk bercakap indah sesama pemimpin antarabangsa jika bertemu di PBB kelak.

Sebenarnya bejet bukan sekadar untuk menaikkan kemampanan ekonomi negara atau target negara brpendapatan tinggi. Kerajaan hanya anggap human capital sebagai alat untuk gahkan nama negara bukan jadikan negara sebagai wahana pembangunan keselesaan, keharmonian rakyat. Konsep kini telah terbalik.Bajet jangan hanya pandang prasarana, komoditi, materialisme. Kerajaan yang manusiawi perlu lihat pembangunan minda, jiwa dan masa depan belia.

Jika benar kerajaan perihatin dengan anak muda, sediakan juga Tabung khas bantu belia muflis. Satu dana khas ditubuhkan bagi membolehkan orang yang muflis meminjam dengan menggunakan simpanan KWSP sebagai jaminan pinjaman untuk bayar pokok hutang muflis.

Perkahwinan juga adalah antara permasahan di usia anak muda. Dengan belanja yang mahal, kos dan ada yang sanggup membuat beberapa 'personal loan' semata-mata untuk menghalalkan perhubungan. Kerajaan boleh sediakan dana khas untuk mudahkan perkahwinan belia.

Pendek kata, anak muda yang diramalkan menyebelahi BN dalam PRU akan datang berkemungkinan melakukan swing kerana rata-rata anak muda pragmatik dengan isu tepi kain mereka.

Muhammad Nuruddin Bashah
Timbalan Ketua Penerangan DPPN Kedah

AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan