Pakatan Rakyat

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Sabtu, 27 September 2014 at 9:20 PTG

sumber :-

Pakatan Rakyat


dollah yankee

Posted: 27 Sep 2014 09:19 PM PDT

dollah yankee


Berapa pula nak kena?!

Posted: 27 Sep 2014 03:12 AM PDT

Nampaknya akauntan Utusan Malaysia kena lah mempersiapkan chek untuk dibayar kepada Lim Kiat Siang. 
Berapa bayaran nya masih belum diputuskan hakim (kerana kes masih sedang bicara). Kalau dilihat pada kes-kes yang sebelum ini, memang Utusan Malaysia akan kalah dalam kes Kit Siang lawan Mingguan Malaysia ini.
Kah..Kah..Kah..

Beliau bekali-kali telah mengatakan yang "saya hanya mengikut arahan".

Penulis artikel fitnah Mingguan Malaysia terhadap Lim Kit Siang, Kasturi K Manimaran mengaku artikel itu bertujuan untuk menjatuhkan reputasi dan memburukkan imej tokoh veteran DAP itu di mata masyarakat.

_UFI2871

dollah yankee -
Awang dah tak Selamat ! 
Kah..Kah..Kah..

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 27 Sep 2014 09:19 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Respon awal Tulang Besi pada tulisan Din Ayam Isu ESOS dan Kereta

Posted: 27 Sep 2014 04:08 PM PDT

Respon awal Tulang Besi pada tulisan Din Ayam Isu ESOS dan Kereta-Ayuh Din Ayam..dah ramai pulak yang kata guna hadis  pulak nak jawab  bab yang sendiri untung.Sila Jawab Tulang Besi

Respon awal Tulang Besi pada tulisan Din Ayam:

1) Berkenaan dgn kereta BMW, Tulang Besi berterima kasih di atas penerangan beliau. Tulang Besi terpaksa menaikkan isu ni krana sudah ada dokumen berkenaan kereta tersebut. Eloklah Din Ayam dah terangkan semuanya.
Cumanya, nak tengok bukti samada Syarikat yang dinyatakan oleh Din Ayam itu bena-benar dalam nama beliau. Kurang-kurang cerita Din Ayam lebih logik dari cerita Vellfire. 

2) Juga, bolehkan Din Ayam mempunyai perniagaan lain dalam keadaan beliau memegang jawatan yang tinggi dalam sebuah syarikat public seperti Perangsang? Tidakkah berlaku conflict of interest?

Bagaimanakah dari segi pembahagian masa kerana bekerja di syarikat public di tahap tinggi biasanya memakan masa yang lebih dari jam 9 ke 5?

3) Berkenaan dgn isu ESOS, sila rujuk gambarajah di bawah.

4) Sepanjang perjelasan Din Ayam yang panjang itu tidak sekali pun dia menyatakan bahawa dia tidak exercise ESOS tersebut. Din Ayam hanya perlu menyatakan bahwa beliau TIDAK MENGGUNAKAN tawaran ESOS dan isu nya selesai. Tetapi tiada pernyataan sebegitu langsung.
5) Din Ayam kata waktu ESOS ditawarkan (17 Oct 2012) harga saham berada di tahap Rm1.00 per unit. Ini adalah betul. 
Namun sewaktu offer ESOS tersebut hampir tamat yakni akhir September 2013 harga saham Perangsang telah naik mencapai Rm1.90 per unit hasil dari penstrukturan air yang tengah hangat pada waktu itu. 
6) Walaupun pemberian ESOS diluluskan dalam AGM tetapi nama-nama mereka yang ditawarkan ESOS di calonkan melalui JK ESOS yg didalam nya duduk Raja Idris sendiri. Apakah hebatnya DIn Ayam sampai boleh dapat ESOS. Itu yang orang nak tau tu? Kena jawab soalan ni sebab sampai sekarang tak jawab 
7) Jadi, untuk menyelesaikan ESOS isu ini Din Ayam perlu menyatakan: 
a. Samada dia menggunakan tawaran ESOS ini atau tidak
b. Bilakah beliau telah menggunakan tawaran ini 
8) Seawal Julai 2013 lagi kesah kenaikkan saham syarikat-syarikat yang berkaitan penstrukturan air di Selangor kerana Perangsang mempunyai bisness berkaitan fasilitas air di Selangor melalui Konsortium Abbass, Aquaflo and Hydrovest. 
a. Kawan-kawan Tulang Besi yang terlibat dalam pasaran Saham pada waktu itu sudah pun ternanti-nanti berita supaya mereka dapat membeli saham Perangsang waktu murah dan menjualnya bila sudah jadi mahal.
Pokoknya ESOS ni datang pada masa cerita-cerita kenaikan harga Saham Perangsang sedang hebat diperkatakan.


Sekian.

MINTA MAAF PAS..ISU EXCO DAH SELESAI...WALA...WALA PADA MB BARU

Posted: 27 Sep 2014 05:07 AM PDT



Kalau Khalid Ibrahim boleh sokong ...tak kan Azmin tak boleh sokong? Kan itu namanya Tahalus Siyasi. Tahniah YB Azmin....Perlu diingatkan kepada PAS Selangor bahawa kamu telah derhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku apabila kamu mempersoalkan bilangan exco yang diperuntukan kepada PAS.
Senarai exco telah pun di perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku seharusnya kamu PAS Selangor wajib patuh dan taat sepenuhnya.
Tindakan mempersoalkannya adalah tindakan derhaka yang cukup jijik.
Lain kali nak wala' biarlah pakai o....... Jgn wala' membabi buta. Yang untungnya Din Ayam sbb dapat ESOS. Apa yang PAS Selangor dapat?

Kata orang tua-tua  Sesal Dahulu Pendapatan. Sesal Kemudian Tiada Berguna.

TULANG BESI

Tukar Tiub

Posted: 27 Sep 2014 07:04 PM PDT

Tukar Tiub


TAHNIAH SARAWAK!

Posted: 27 Sep 2014 06:30 AM PDT





KOMENTAR

kita tidak pernah tahu hal ini
kita tidak diberi perncerahan
ini buktinya bahawa
antara sarawak dan semenajung
amat sadikit hubungan sejarah
malah kita tidak tahu menahu
budaya dan sejarah serawak

tahniah!


Aktivis sambut Sarawak Merdeka 173 tahun

KUCHING: Sarawak Association of People's Aspirations (Sapa), sebuah NGO yang memperjuangkan penentuan diri bagi Sarawak, selepas ini akan menyambut 24 September sebagai hari bersejarah di mana Sarawak telah ditubuhkan sebagai sebuah negara yang berdaulat.
"24 September adalah sangat penting. Ia adalah hari di mana Sarawak telah secara rasmi ditubuhkan dengan permulaan Dinasti Brooke serta Kerajaan Sarawak, "kata Presiden Sapa Lina Soo dalam satu kenyataan semasa sambutan 173 tahun Sarawak pada Rabu.
"Ini adalah tarikh bersejarah yang perlu disambut agar ia kekal utuh. Sejarah Sarawak sebagai sebuah negara yang berdaulat berkembang pada tarikh ini. "

KAH KAH KAH

woit
dah lama merdeka
napa tak beritahu

KAH KAH KAH

-------------

BERITA BANGANG

Posted: 27 Sep 2014 01:51 AM PDT








GST tingkat daya saing eksport Malaysia di ASEAN

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negara ini pada tahun depan dapat meningkatkan daya saing negara dalam pasaran eksport di peringkat ASEAN.

Timbalan Menteri Kewangan,  Chua Tee Yong berkata, GST dapat meningkatkan jumlah dan nilai eksport negara kerana pelaksanaan itu dapat mengurangkan kos mengeksport barangan dan produk.

 

KAH KAH KAH

woit
bangang betul berita ini
bila barangan kena cukai
harga lagi mahal
macam mana nak jual
lagi tingi cukai
lagi mahalk barang
macam mana nak jual banyak

harga mahal
sempitkan pasaran


macam mana pulak
cukai boleh kurangkan
kos ekspot

semua nak tipu melayu
akhirnya melayu jadi bodoh

KAH KAH KAH

----------

SATU PANDANGAN

Posted: 26 Sep 2014 11:25 PM PDT








Kemelut politik PAS punca kekalahan di Pangkalan Kubor

PAS menafikan perpecahan dalaman sebagai punca utama kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Pangkalan Kubor. Bagaimanapun, bersetuju faktor utama tidak kembalinya pengundi anak perantau telah menjejaskan peluang parti itu untuk menundukkan Umno.


Kelemahan  itu sewajarnya menyedarkan PAS mengenai realiti perjuangan. Anak perantau tidak merantau dan bekerja di Terengganu yang mana PAS muncul sebagai kuasa terhebat dan tidak memerlukan Pakatan Rakyat sebagai rakan politik.

Sebaliknya anak rantau berada di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Baharu dan Pulau Pinang. Kota-kota ini jelas perjuangan Pakatan jauh mengatasi perjuangan walak sempit PAS. Apabila PAS mengakui anak rantau tidak kembali maka mereka harus sedar sikap berdolak-dalik Presiden Hadi Awang dan kepimpinan ulama dalam kemelut politik Selangor sebagai penyumbang terbesar kehilangan sokongan anak perantau terhadap parti agama itu.

Mungkin pemimpin PAS Pantai Timur apabila turun ke bawah, para pengikut PAS masih lagi berbisik mereka akan walak walau apa pun terjadi. Walaupun Hadi mencaci pemimpin Pakatan, ia tidak menjadi masalah kepada golongan tersebut.

Tetapi sekiranya pemimpin PAS bertanya penyokong mereka di Pantai Barat maka telinga mereka akan panas dengan kritikan pedas, kepimpinan ulama telah merosakkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan yang diharap akan mengganti BN. Maka sudah tentu anak perantau yang lebih terdedah dengan pemikiran politik Pantai Barat tidak bersetuju dengan pemimpin PAS Pantai Timur dan membiarkan mereka bersendirian melawan BN seandainya benar PAS hebat.

Kekalahan di Pengkalan Kubor juga merupakan langkah 'terjun jurang' kepada puak UG. Calon PAS yang bertanding ialah Wan Rosdi Wan Ibrahim, seorang penyelaras DUN dan dikatakan disenangi oleh pengundi di kawasan tersebut melalui perkhidmatannya. Tetapi mengapakah beliau kalah lebih teruk berbanding calon PKR sebelum ini?

Ketika PKR bertanding, calon mereka hanya kalah dengan 1700 undi majoriti tetapi calon PAS kalah 2,600 undi. Sebelum pilihan raya Menteri Besar Ahmad Yaakob, Timbalan MB Nik Amar, Hadi, Tuan Ibrahim dan lain-lain semuanya meramalkan Rosdi akan menang atau sekurang-kurangnya merapatkan jurang majoriti PAS.

Ada dua perkara yang jelas daripada kekalahan PAS ini. Pertama, selepas pemimpin UG PAS mencaci PKR, rakyat Kelantan sendiri melihat PAS tidak ada masa depan lewat ancaman untuk keluar Pakatan berulang-kali.

Bagi mereka, tanpa Pakatan PAS akan kembali ke zaman lama yang tidak terbuka. Tiada lagi ciri-ciri moderat, dinamik, akauntabiliti dan sebagainya. Pemerintahan PAS akan kembali ke era ala kadar dan tanpa perancangan masa depan yang baik.

Oleh ketana itu, penyokong PAS lebih mudah mengundi BN yang mampu memberi pembangunan dan membelanjakan kewangan yang banyak kepada rakyat. Strategi BN ini hanya mampu dilawan oleh Pakatan. Dengan imej kepimpinan Anwar Ibrahim dan rakan-rakan beliau dalam DAP maka harapan rakyat lebih menyerlah untuk menyaksikan BN digantikan oleh sekumpulan pentadbir yang lebih baik.


Kedua, kekalahan PAS juga adalah kerana kurangnya perancangan pembangunan oleh kepimpinan ulama Kelantan. Memang Nik Aziz juga seorang ulama, tetapi beliau lebih proaktif dan progresif. Beliau tidak bermasalah untuk bekerjasama dengan Husam Musa dalam merancang pembangunan Kelantan. Hasilnya adalah Bandar Baru Tunjung, pembinaan stadium baru dan pelbagai prasarana yang menaikkan imej Kota Bharu.

Pentadbiran Ahmad Yaakob dilihat hanya mengikut pelan bercita-cita tinggi Husam tanpa melakukan sesuatu yang baru. Bagi rakyat, petanda kelemahan PAS sudah tiba. Dan sepertimana diakui oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, bahawa tanpa pengundi anak rantau maka Kelantan mungkin jatuh ke tangan BN.

Pengajaran yang perlu diambil dari peristiwa Pangkalan Kubor ialah pengaruh PAS di Kelantan telah sampai ke penghujung. Strategi yang mereka amalkan tidak sesuai. Apatah lagi Kelantan telah masuk ke dalam perangkap Umno dan berkerjasama ingin meluluskan undang-undang Hudud di peringkat persekutuan.

Apabila Umno juga inginkan Hudud maka dosa mengundi Umno telah lupus. Fatwa yang terpakai di kalangan penyokong PAS, Umno adalah sekular dan berdosa mengundi mereka lenyap apabila Umno juga inginkan undang-undang Islam. Jadi dengan itu lebih baik rakyat Kelantan mengundi Umno yang mewah serba serbi berbanding kerajaan PAS yang hanya mengharap peruntukan Persekutuan tanpa berusaha sendiri mencari sumber kewangan.

PAS hanya akan selamat apabila mereka berjuang bersama Pakatan. Tetapi dengan perangani Ahmad Yaakob dan Nik Amar yang setuju parti itu menghentam Anwar, Azizah dalam krisis Selangor, tiada rakyat Kelantan percaya PAS akan bekerjasama baik dengan Pakatan selepas ini.

PAS perlu sedar sekelilingnya telah jauh berubah. Mereka juga perlu berubah dan tidak mengutamakan ijtihad ulama untuk menang. Hadi telah luput tarikh. Dia kalah ketika menjawat MB mentadbir Terengganu. Faktor Hadi mempertahankan MB Azizan Razak juga punca kekalahan Pakatan di Kedah.

Tetapi jika PAS hanya inginkan gerakan agama dan tidak mahu memperbaiki diri dalam pemerintahan maka lebih baik ia bertukar menjadi gerakan tabligh. Sekurang-kurangnya rakyat tidak perlu membantah jika tidak selesa dengan sesebuah pertubuhan dakwah.


----------

BERHATI BESAR

Posted: 26 Sep 2014 08:36 PM PDT





MALAM INI



KOMENTAR

kenyataan berjiwa besar
tanda kesepakatan
biduk lalu
kiambang bartaut

PAS anggap pengurangan exco pengorbanan selesaikan krisis

Walaupun PAS Selangor berkata mereka tidak memberi persetujuan dengan keputusan pengurangan jumlah exco mereka, PAS Pusat menerimanya dengan hati terbuka walaupun ianya di luar jangkaan.

Setiausaha Agung PAS  Mustafa Ali berkata PAS memahami "kesukaran membuat pilihan" oleh menteri besar, lapor lidah rasmi parti Islam itu, Harakahdaily.

"Apapun kita yakin beliau (menteri besar) berusaha mengimbangi suasana yang ada sebaik-baiknya.

--------

MAT SEWEL MAT LEMBIK

Posted: 26 Sep 2014 08:00 PM PDT






KOMENTAR

ini terbaik najib
di malaysia calap lain
di amerika cakap lain
tukar tiub minta panda












Tindakan Isil bertentangan Islam dan 

kemanusiaan, kata Najib - 

Najib Razak menyifatkan tindakan militan Negara Islam (IS) atau Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) bertentangan dengan Islam dan kemanusiaan.

Perdana menteri menegaskan kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang jihad tidak mewakili Islam sebenar.

"Mereka tidak sepatutnya merujuk diri mereka sebagai negara kerana mereka bukan sebuah negara atau negeri.

"Malaysia negara Islam yang sederhana dan progresif dan menolak fahaman pelampau," katanya kepada pengurus dana Amerika Syarikat (AS) semasa mengadakan pertemuan di sebuah hotel pada Khamis (Jumaat di Malaysia).

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tindakan-is-atau-isil-bertentangan-islam-dan-kemanusiaan-kata-najib#sthash.2fGrQG3t.dpuf


Najib: UMNO SEHARUSNYA 


MENCONTOHI MILITAN ISIL


Najib Razak malam tadi mengutarakan enam sifat kemulian yang perlu ada pada jentera Umno dalam perjuangan jentera kerajaan itu di negara ini antaranya ialah keberanian, dalam pada itu beliau mengambil contoh seperti yang dipaparkan oleh sesetengah kumpulan militan penganas Takfiri Timur Tengah, sebagai sifat yang perlu dicontohi.
Presiden Umno itu berkata parti itu perlu mencontohi pengeksploitasi kumpulan militan Takfiri di Timur Tengah yang mengalahkan pihak keselamatan Iraq dalam angka yang kecil.
"Sebagai contoh, apabila seseorang itu berani untuk berjuang sampai mati, dia mampu mengalahkan pasukan yang lebih besar," katanya, mencontohi kumpulan militan Takfiri Negara Islam di Iraq dan Levant (ISIL) yang terkenal dengan kekejaman dan keganasan terhadap kerajaan Iraq dan orang awamnya.

KAH KAH KAH

woit
tahu takut
takut kena bom
oleh amerika
belum kena gertak
dah ngaku kalah
ini yg madey kata lembik
mat sewel lagi lembik
kah kah kah

----------

ALHUSSEYN

Posted: 27 Sep 2014 03:21 PM PDT

ALHUSSEYN


Presiden PAS kuat tetapi PAS lemah

Posted: 27 Sep 2014 01:25 PM PDT

Mengapa sekadar menyokong pemimpin tertentu sahaja?
Berikut adalah tulisan A.Kadir Jasin (saya alihkan ke Melayu) yang memetik kritikan mantan PM Mahathir terhadap PM Najib secara terbuka. 

Kritikan yang terbuka ini dilakukan setelah Najib enggan menerima teguran dan nasihat dari Mahathir yang dibuat secara empat mata.

 Saya melihatnya ada beberapa perkara yang perlu orang PAS turut sama memikirkan mengenai parti mereka juga. Jangan mudah melemparkan kata nista semata-mata menjadi tukang bodek, pengilat telor...(omputih kata apple, org tengganu kata 'batu') 

Sebab itu tajuk entri ini saya ubah, agar PAS juga memikirkan sama, betul atau tidak.....


Presiden Umno "Kuat", Umno adalah lemah

 A Kadir Jasin 

   Kedai Kopi Assembly (KKA) terus bersidang. Tidak seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, KKA tidak mempunyai rehat dan ahli-ahlinya tidak menerima gaji dan elaun.

 Antara ahli-ahli yang terlibat dalam beberapa sesi lepas ialah (Tun) Dr Mahathir Mohamad, dua bekas menteri Umno, beberapa penulis blog, wartawan, eksekutif sektor korporat, anggota polis yang telah bersara, petani padi, jurujual kereta Bumiputera, pemimpin muda cawangan Umno, doktor Cina di hospital swasta dan seorang bekas broker saham.

 Antara isu-isu, fakta dan cadangan yang dibincangkan ialah: -

 1. Apabila (Tun) Dr Mahathir Mohamad telah menulis dalam blognya pada 10 Sept (di sini) mengumumkan bahawa beliau telah menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dia tidak biadab atau berkasar. Beliau telah memaklumkan kepada PM itu sebelumnya lagi.

 2. Minggu sebelum posting blog tersebut, beliau telah menulis surat kepada PM yang menggariskan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan kedua dan menyatakan bahawa dia tidak lagi boleh menyokong beliau.

 3. Dalam sesi KKA dengan Dr Mahathir pada 19 Sept, dihadiri juga oleh dua blogger lain - salah seorang daripada mereka adalah seorang bekas menteri - bekas PM berkata, beberapa perkara yg dia dibangkitkan dalam surat tersebut ialah isu-isu rakyat yang dibawa kepada perhatiannya.

 4 Dia tidak kata semua orang Melayu muda menentang Umno dan tidak semua bukan Melayu menentang BN. Mereka menentang kepimpinan tertinggi Umno, BN dan kerajaan. Mereka juga membangkitkan isu isteri dan pasangan pemimpin-pemimpin tertinggi ini .

 5. Hanya selepas beliau tidak menerima sebarang maklum balas daripada PM barulah dia mendedahkan pendiriannya  melalui blognya kerana merasakan bertanggungjawab kepada orang-orang yang datang berjumpa beliau dan meminta beliau untuk membawa kebimbangan mereka untuk perhatian PM.

 6. Dr Mahathir memberitahu kami bahawa bukannya bertindak balas kepada surat, PM telah menghantar perantara untuk meminta beliau menarik balik (surat tersebut).

 7. Dr Mahathir berkata beliau telah melakukan peranannya dan ia adalah terpulang kepada Umno dan rakyat untuk membuat keputusan masa depan PM tetapi beliau tidak percaya Umno akan bertindak ke atas Presiden. Presiden Umno menjadi kuat tetapi parti yang lemah.

 8. Cakap-cakap bahawa Muhyiddin Mohd Yassin adalah letih dan tidak berminat untuk menjadi PM adalah tidak produktif. TPM dan Timbalan Presiden UMNO perlu berhenti bercakap tentang menjadi letih dan mahu bersara. Sebaliknya dia perlu meningkatkan desakan sebagai suara daripada ahli-ahli Umno biasa khususnya dan orang Melayu amnya.

Muhyiddin perlu meningkatkan desakan demi Umno

9
. Seorang eksekutif muda dan bekas ahli jawatankuasa  Kelab Umno luar negara berkata pemimpin muda seperti Khairy Jamaluddin dan Muhkriz Mahathir harus berani dan terbuka dalam mempertahankan masa depan bangsa dan negara dan memenuhi aspirasi muda Melayu dan rakyat Malaysia. Mereka harus berhenti bermain selamat dan menjadi pengilap epal (kaki bodek). Mereka harus mencontohi pemimpin muda UMNO yang telah lalu seperti Dr Mahathir dan Allahyarham Harun Idris yang mengambil risiko demi parti dan negara.

 10. Orang munafik dan pengilap epal perlu berhenti melayan rakyat seperti orang bodoh dengan mengatakan bahawa mereka menghormati Dr Mahathir dan menyokong PM. Mereka perlu menjawab kepada teguran Dr Mahathir. Untuk mengatakan mereka menghormati Dr Mahathir dan menyokong PM bukanlah jawapannya. Untuk mengatakan masa telah berubah juga bukanlah jawapannya. Bab Larangan Dr Mahathir adalah mengenai dasar dan mereka memerlukan jawapan yang serius.

 11. Dr Mahathir tidak menuntut rasa hormat. Beliau meminta mereka untuk mendengar rintihan rakyat, memperbaiki amalan mereka, kurang rasuah, bekerja lebih keras dan membuat Umno kuat dan  dihormati semula. Mereka harus bersama ahli-ahli dan bukan bergayut pada ekor baju menteri.

 12. Beberapa elemen media arus perdana nampaknya telah kembali kepada era Abdullah yang dengan menafikan Dr Mahathir hak menjawab. Sebuah akhbar Melayu milik Umno telah mengulas kritikan Dr Mahathir terhadap Mohd Najib. Tetapi apabila Dr Mahathir hantar jawapan (surat menjawab), akhbar itu "menolak" untuk menerbitkan surat tersebut . NST melakukan perkara yang sama semasa era Abdullah. 

13. KKA ketawakan Musa Hitam mempertahankan PM. Musa yang sangat peribadi. Dr Mahathir bercakap mengenai dasar-dasar dan program-program seperti hutang-sarat 1MDB. Musa bercakap tentang personaliti. Adakah dia serius mengenai mempertahankan PM atau hanya melepaskan dendam terhadap Dr Mahathir?

 14. Dr Mahathir ingin tahu mengapa 1MDB membeli Pengeluar Tenaga Bebas (IPP)  yang sudah lanjut usia, apabila kerajaan boleh menunggu beberapa tahun lagi dan mendapatkan mereka secara "percuma". Sesuatu yang tidak kena!

 15. Seorang eksekutif kuasa yang mempelopori salah satu IPP yang tidak dibeli oleh 1MDB berkata, IPP kami dibina, memiliki, mengendali dan jenis pemindahan. Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) adalah selama 21 tahun dalam kes loji gas dan 25 tahun bagi arang batu dengan pilihan untuk melanjutkan tempoh lima tahun. Jika pada akhir tempoh PPA itu, IPP gagal untuk mendapatkan lanjutan, loji-loji itu akan dipindahkan kepada TNB untuk jumlah token, sesuatu seperti RM100. Beberapa IPP dibeli oleh 1MDB mempunyai kurang daripada tujuh tahun baki tempoh konsesi. IPP sudah mendapat pulangan modal kos mereka dan telah membuat keuntungan yang besar. Satu sumber berkata, dalam tempoh tujuh atau lapan tahun mereka kembali pelaburan mereka. Jadi menjual kilang mereka ke 1MDB mereka memperolehi bonus besar atau keuntungan yang luar biasa.

16 Mengapa kita memerlukan 1MDB sebagai dana sovereign  apabila kita sudah mempunyai Khazanah? Untuk siapakah ada 1MDB? Mengapa dana 1MDB disimpan di luar negara apabila MIDA bekerja keras untuk menarik FDI? Mengapa begitu sukar untuk juruaudit untuk meluluskan akaun 1MDB jika segala-galanya adalah di jujur dan ikut perundangan? 

Mengapa 1MDB apabila kita mempunyai Khazanah?
17 Rakyat Penting Malaysia seperti Musa harus berhenti menjadikan orang ramai bodoh. Untuk rekod, Musa tidak dapat bekerja dengan Dr Mahathir dan beliau meletak jawatan dengan kerelaannya sendiri, mempercayai bahawa Umno akan meminta beliau untuk kembali dan memaksa Dr Mahathir untuk menolak perletakan jawatan beliau.

 18. (Tun) Abdul Ghafar Baba merupakan Timbalan setia tetapi Anwar menggulingkannya. Anwar benar-benar "memecat" dirinya dengan tingkah laku dan tindakannya.

 19. Dr Mahathir tidak pernah benar-benar mempercayai (Tun) Abdullah Ahmad Bagawi (Badawi) tetapi terpaksa menerima beliau kerana beliau (Abdullah) adalah popular dengan Umno dan Dr Mahathir memerlukan seseorang untuk berdepan dengan PAS.

 20. Abdullah tidak dipecat oleh Dr Mahathir. Dr Mahathir bukan  ahli Umno pun ketika itu. Abdullah terpaksa meletakkan jawatan oleh Umno. Tetapi Umno tidak akan memberi tekanan kepada Mohd Najib untuk meletak jawatan. 

 21. Kalaulah Musa menjadi lebih sabar sedikit dan tidak meletak jawatan, beliau akan menjadi PM dan Anwar tidak akan mewujudkan keadaan huru-hara ini jika dia telah menunggu gilirannya.

 22. Dr Mahathir telah cuba untuk menasihati Mohd Najib (tanpa hebahan) dalam pertemuan satu-sama-satu. Enam bulan selepas pilihan raya umum Mei 2013  Dr Mahathir bertemu beliau. Dr Mahathir berkata beliau memberitahu PM bahawa strategi pilihan raya adalah salah. PM itu bergantung pada populariti peribadinya dan pemberian tunai. Dr Mahathir berkata, wang tunai tidak membeli undi tetapi PM seolah-olah percaya bahawa wang tunai adalah raja.

PM percaya populariti peribadinya
 23. Dr Mahathir berkata Mohd Najib melakukan yang teruk pada tahun 2013 - lebih buruk daripada Abdullah pada tahun 2008. Umno meminggirkan Abdullah tetapi tidak Mohd Najib. Apa pengajaran yang telah Umno pelajari ? Apa yang telah berlaku kepada bedah siasat? Umno telah membuat perubahan? Ini adalah persoalan yang "ikhlas" Pemimpin Umno perlu jawab daripada mereka berkata menghormati Dr Mahathir dan menyokong PM.

 24. Kerajaan mendakwa bahawa pertumbuhan ekonomi kita adalah antara yang terbaik di dunia. Jika ya mengapa hutang negara dan hutang peribadi begitu tinggi? Kerajaan hidup atas wang yang dipinjam begitu juga rakyat. Ini bukan pertumbuhan berkualiti.

 25. Jika ekonomi baik-baik, mengapa tidak kerajaan mengurangkan hutang negara? Jika inflasi adalah rendah dan pendapatan isi rumah semakin meningkat, bagaimana datang kurang dan orang kurang mampu untuk membeli rumah? Walaupun bank-bank enggan meluluskan pinjaman bagi rumah berharga sederhana.

 26. Memasuki perumahan (dalam) keadaan tidak menentu ini adalah apabila kerajaan terpaksa masuk (bidang) perumahan tetapi setakat ini tiada projeknya telah siap. Kedua-dua Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mempunyai pengalaman sifar dalam perumahan.

 27. Pemansuhan ISA adalah satu kesilapan besar. Sekarang Mohd Najib mahu menghapuskan Akta Hasutan. Akar umbi ahli-ahli Umno tidak bersetuju. Adakah PM membuat kesilapan lagi dengan menghapuskan Akta Hasutan?

 28. Sekumpulan berpengaruh Melayu telah mengemukakan petisyen kepada Majlis Raja-tidak bersetuju dengan pemansuhan Akta Hasutan. PM ada bersama mesyuarat itu. Adakah dia telah melakukan apa-apa? Semua yang kita dengar adalah media arus perdana mengeluarkan propaganda harian Akta Keharmonian yang dicadangkan untuk menggantikan Akta Hasutan.

 29 Jika kita sedang melakukan dengan baik, mengapa kerajaan begitu terdesak mengenai mahu menyertai TPPA? Bolehkah syarikat kita pergi ke Amerika Syarikat untuk bersaing? Bolehkah syarikat-syarikat Bumiputera bersaing dengan syarikat-syarikat Amerika di sini? (negara sendiri). Rayuan KKA kepada Mustapa Muhamed untuk memberitahu kebenaran tentang TPPA dan ekonomi.

 30. KKA terus bimbang tentang masa depan dan kualiti pendidikan negara dan elitisme pendidikan swasta yang semakin meningkat  apabila Menteri-menteri, ahli-ahli politik kanan dan ahli perniagaan bersaing untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta manakala memberitahu rakyat keistimewaan Sekolah Kebangsaan. Malah sekolah pencapaian tinggi seperti Abdul Hamid College di Alor Star telah jatuh dari tangga (prestasinya) kerana "campur tangan politik" dengan mengorbankan kecemerlangan. Wallahuaklam. - di alihbahasa dari sumber ini

Kelantan jatuh jika PAS rasa boleh terus bersendirian, kata PasMa

Posted: 26 Sep 2014 11:00 PM PDT

Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad meyenaraikan punca 
kekalahan PAS di Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor, dan 
menegaskan PAS perlu mengekalkan pakatan dengan rakan 
parti DAP dan PKR untuk kekal relevan. – Gambar TMI.
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubur memberi tanda jelas PAS akan kehilangan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang jika parti Islam itu terus berfikir boleh menang dengan duduk bersendirian tanpa bekerjasama dengan pihak lain, kata Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad.

 Kerjasama yang baik dalam Pakatan Rakyat akan membolehkan PAS mempertahankan Kelantan daripada jatuh ke tangan Barisan Nasional, kata NGO yang menjadi pelobi kuat agar PAS teruskan kerjasama dengan Pakatan itu.

 PAS kalah dengan majoriti yang lebih besar dalam PRK Pengkalan Kubor berbanding kekalahan PKR dalam pilihan raya umum lalu.9 Calon BN Mat Razi Mat Ail memperoleh undi sebanyak 9,981 manakala calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim mendapat 7,326 undi.

 BN menang dengan majoriti lebih besar iaitu 2,635 undi berbanding kemenangan parti itu pada PRU13, iaitu 1,736 undi. Bagi PasMa, PAS perlu membuka mata seluas-luasnya ekoran kekalahan lebih besar di Pengkalan Kubor ini kerana ia memalukan parti itu selepas mengambil kerusi yang dimiliki PKR sebelum ini.

 Taib juga memberi alasan kelemahan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub dalam memahami kehendak rakyat Kelantan dan tidak dapat melaksanakan janji-janji yang ditetapkan dalam manifesto dalam pilihan raya lalu antara punca kekalahan ini.

 Penyingkiran Datuk Husam Musa, naib presiden yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan dari dalam kerajaan negeri juga menyebabkan berlaku kelemahan dalam kerajaan negeri, dakwa beliau.9 "Bukan beliau sahaja tetapi pasukan beliau yang ada dalam GLC dan parti dibersihkan oleh kepimpinan PAS Kelantan," tambahnya.

 Bagi beliau, jika perkara ini tidak dibetulkan, ia bakal menjadi penyebab kerajaan negeri Kelantan kecundang dalam pilihan raya umum akan datang.

 "Beliau perlu dikembalikan ke dalam kerajaan negeri untuk kembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri Kelantan kerana beliau mempunyai peranan yang besar bersama Tuan Guru Nik Aziz dalam membina Kelantan sehingga pilihan raya umum lalu," katanya merujuk kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat, bekas menteri besar Kelantan.

 Selain itu, Taib juga menyalahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekalahan Pengkalan Kubor.

 "Kenyataan presiden PAS dalam muktamar mengenai PR. Kenyataaan kepada DAP dan PKR sebabkan hubungan dalam PR retak juga puncanya," kata Taib, kerana bagi beliau, keretakan dan krisis dalam PR juga menyebabkan pengundi tidak senang dengan PAS.

 Selain itu, beliau menyalahkan kenyataan pemimpin Kelantan lain, termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz sebagai punca kekalahan.

 "Timbalan menteri besar dan Nik Abduh banyak membuat kenyataan mempertikai rakan-rakan dalam PR. Sebaliknya mereka memuji Umno dan BN. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang menjadi bahan serangan. Sebab itu bagi saya, rakyat Kelantan membuat keputusan yang bijak," katanya. Sebelum ini, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof berkata sikap anak muda yang muak dengan apa yang berlaku dalam PAS dan Pakatan antara punca PAS kalah di Pengkalan Kubor.

 Menurut Agus yang menulis di dalam laman media sosial Facebook, BN menang di Pengkalan Kubor kerana anak muda sudah muak dengan cara PAS dan PR berpolitik.

 "Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR. "Maka ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi, dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini," katanya.

 Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mendakwa kekalahan PAS dalam PRK Pengkalan Kubor disebabkan lemahnya hubungan dalam PR.

 Timbalan presiden Umno itu berkata faktor itu menjadi pertimbangan pengundi di Pengkalan Kubor selain krisis Selangor yang dibiarkan lama berlarutan.

 "Mereka melihat keadaan PR, peristiwa yang berlaku di Selangor, perhubungan yang begitu tidak mantap antara PAS, PKR dan DAP.

 "Saya percaya pengundi di kawasan ini juga dapat membuat penilaian, situasi begini tidak baik. Kalau berterusan membawa impak tidak baik kepada Pengkalan Kubor," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail di Tumpat malam kelmarin. – 27 September, 2014. -  SUMBER 

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kekalahan calon mereka Wan Rosdi Wan Ibrahim juga kekalahan Pakatan Rakyat (PR), selepas keretakan hubungan antara rakan mereka dalam gabungan tersebut.

 Nik Aziz mempertahankan calon PAS walaupun kalah kerana menurutnya, pemilihan calon dipersetujui bersama dalam Pakatan.

 "Calon di Pengkalan Kubor adalah calon PR, bukan calon PAS sahaja. PR terima calon ini, apa lagi yang ingin dibangkitkan," kata beliau yang dipetik dalam akhbar Sinar Harian hari ini. - Baca lagi di sini

PAS yang Empat, tidak perlu berlakon tidak bersalah dengan rakyat

Posted: 26 Sep 2014 07:00 PM PDT

Boleh baca kenyataannya di sini

 Mahfuz ni ingat kita semua ni macam cerita orang buta dengan gajah? Awat kalut sangat Mahfuz? Hang suruh kita orang pegang belalai gajah, lepas tu hang cakap gajah macam ulaq... Hang suruh pegang kaki gajah, hang bagi tau kami, gajah macam pokok nyok...

Suruh pegang telinga, hang cakap macam kipas satey... bagai? Suruh pegang ekoq, hang pi kata gajah ni macam tali....Kita ada mata. Tidak perlu pandangan kasyaf macam kamu tu Mahfuz!

Berikut adalah beberapa komen komuniti Malaysiakini berkaitan dakwaan 4 bekas exco PAS itu sebagai penyelamat.

Soalan terbaik untuk 4 Bekas Exco Penyelambat :

Adakah PKR atau DAP di rundingi sebelum anda memilih untuk kekal exco?

Keturunan Malaysia:  Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad, anda masih tidak memahaminya. Orang dah cerdik pada masa kini dan mungkin lebih bijak daripada anda. 

 Memberitahu kami bahawa ia adalah seekor gajah berdiri di hadapan kami apabila mata dan fikiran kami melihat lembu jantan (dan s ** t) adalah satu gurauan yang terbaik. Bagi kami, tidak ada makan tengah hari percuma untuk PAS yang Empat.

 Saya menerima jenaka pagi ini dan saya fikir saya ingin berkongsi dengan anda.

 "Ada seorang yang nampak tampan dan seorang wanita cantik duduk di meja yang sama dan pemuda tampan itu berkata kepada wanita cantik itu, 'Hi Saya 32. saya seorang ahli politik dan saya jujur,!' - Dan wanita cantik menjawab, 'Hi, saya 29, saya seorang pekerja seks dan saya dara'. " 

 Tembikai: Kuasa membawa padah, kuasa mutlak, padah sama sekali. Jika anda tidak boleh hidup baik sebagaimana nama baik Islam, saya cadangkan bahawa apabila PAS berpecah kepada dua kumpulan, kumpulan baru sila tidak menggunakan perkataan Islam dalam nama parti anda. 

 Cukup mencemarkan nama baik Islam untuk mewajarkan ketamakan anda sendiri. 

 Old Timer :  Jika apa yang kamu katakan adalah benar, adalah PKR atau DAP dirundingi sebelum anda memilih untuk kekal exco? 

 Avatar1: Apabila Abdul Khalid Ibrahim meyakinkan DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Sultan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti... di mana dia mendapatkan majoriti tersebut? 

 Setiap orang akan berkata apabila PKR dan ahli-ahli exco DAP telah dibuang, sokongan itu datang dari BN. Jadi  ahli exco PAS ini berkonspirasi dan membiarkan  Khalid untuk membentuk kerajaan dengan BN yang dikenali   sebagai kerajaan perpaduan. Sekarang mereka berlakon tidak bersalah dan berkata ia adalah untuk mengelakkan itu dan ini. 

 Pada hari Selasa, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden dan MB baru Azmin Ali PKR dan menasihati beliau untuk mentadbir dengan integriti. Ia agak melucukan bahawa nasihat itu datang daripada seseorang yang telah menikam belakang rakan-rakannya untuk mendapatkan kuasa di Selangor.

 Beliau mencalonkan hanya 'goons' partinya untuk jawatan MB ini juga. Sekarang dia bimbang Azmin mungkin melakukan perkara yang sama kepadanya. 

 Mari kita lihat apabila PAS mencalonkan ahli exconya, Apakah Azmin akan membuat keputusan untuk memilih orangnya sendiri dari PAS untuk menjadi anggota exco ... 

 Mushiro: Iskandar boleh bercakap apa yang dia mahu, menjadi apologetik pada masa yang sama dan bertepuk sorak bahawa PAS yang Empat terpaksa menyelamatkan kerajaan. Kalaulah PAS telah memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail, Khalid akan telah keluar lebih awal dan dapat elakan perjanjian air yang mencurigakan.

 Hakikatnya bahawa PAS tidak boleh dan tidak mahu bekerjasama dengan PKR dan DAP dan tidak bersetuju atas apa-apa isu yang mudah untuk bersetuju dengan calon MB. Alasan seperti Sultan berkeras mahukan tiga nama tidak berasas. PAS telah membuang sepana dalam kerja-kerja Pakatan ini beberapa kali dan ia jelas bukan rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk gabungan itu. 

 Jbsuara: Krisis MB Selangor telah berpanjangan disebabkan oleh pendirian flip-flop Presiden PAS, yang membawa kepada pertelingkahan dalam Pakatan semasa krisis. Walau bagaimanapun, kebanyakan ahli-ahli akar umbi dan pemimpin PAS bersama Pakatan semasa krisis. 

 Empat ahli exco adalah terikat untuk tinggal untuk menghalang kerajaan negeri runtuh. Rakyat Selangor mesti sangat berhati-hati dengan 'peminat' Umno dan kekal berwaspada. 

 Anakkampung: soalan mudah, kenapa anda bersetuju untuk memecat Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri, jika anda benar-benar mengambil berat tentang menegakkan kerajaan Pakatan? 

 Kesimpulan saya adalah, semua empat daripada anda perlu dikeluarkan dari exco negeri. Dapatkan empat baru atau mungkin hanya tiga daripada PAS. 

Orang Melaka: Andaikan Iskandar mengatakan yang benar, mengapa perlu untuk empat anggota exco itu memuji dan menyokong MB, mengatakan dia adalah yang terbaik walaupun selepas beliau mencabar parti dan secara unilateral memecat enam anggota exco Pakatan. 

 Empat ahli exco PAS meletakkan diri mereka dalam kedudukan di mana mereka terpaksa tunduk kepada semua kemahuan Khalid untuk kekal dalam exco. 

Iskandar juga cuba menafikan bahawa isu krisis ini tidak akan berlaku jika PAS telah bersama-sama dengan PKR dan DAP dari awal. Khalid tidak akan berani untuk menggantikan keseluruhan barisan dengan empat wakil rakyat dari Umno. 

 PAS tidak tahu jika HRH akan membenarkan pilihan raya negeri jika Khalid hilang keyakinan exco. HRH boleh melantik seorang lagi MB seperti yang berlaku di Perak. Dalam mana-mana acara, Pakatan adalah lebih baik menghadapi pilihan raya negeri jika perlu. 

 Ia adalah jauh lebih meyakinkan bahawa ahli-ahli Exco PAS memelihara kerusi panas bagi kerajaan perpaduan yang akan dibentuk atau dengan harapan salah seorang daripada mereka yang dijemput untuk menjadi bakal MB depan.

 Victor Johan: Iskandar, ketua strategi PAS anda dalam kumpulan WhatsApp di mana anda juga sebahagian daripadanya, telah mendedahkan Umno-PAS bekerja untuk menggulingkan kerajaan Pakatan yang dipimpin. 

 Kami mengalu-alukan anda untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara ini, bukan hanya retorik anda "kami tidak mahu kerajaan Pakatan runtuh". 

 Adalah diingatkan bahawa rakyat, terutamanya rakyat Selangor, tidak bodoh. Saya rasa ia adalah kehendak Allah yang anda terpaksa melakukan apa yang anda lakukan dan ia telah menjadi jelas bahawa empat bekas exco  termasuk Abdul Hadi Awang dan sekutu, rancangan politik anda telah terdedah.

 Sekarang, janganlah mengatakan bahawa ia adalah kehendak Allah yang anda semua telah  bertindak mementingkan diri sendiri dan bodoh begitu 

 Di atas adalah pilihan komen dihantar oleh pelanggan Malaysiakini. Hanya pelanggan membayar boleh menghantar komen. Lebih daripada satu tahun yang lalu, Malaysiakini telah menyiarkan lebih 100,000 komen.

 Sertai komuniti Malaysiakini dan membantu menetapkan agenda berita. Langgan sekarang .

 Komen-komen ini disusun untuk menggambarkan pandangan pelanggan Malaysiakini mengenai perkara-perkara kepentingan awam. Malaysiakini tidak berhasrat untuk mewakili pandangan ini sebagai fakta.~ SUMBER

Kerabu Bersuara ®

Posted: 27 Sep 2014 03:01 PM PDT

Kerabu Bersuara ®


Umno Bergaduh Walaupun Menang Di P.Kubor

Posted: 27 Sep 2014 03:45 AM PDT



Ini semua kerana berebut duit. Percaya lah, mereka sekarang tengah berebut hasil yanh dijanjikan.

Semua orang penting dah balik kl. Tinggal anak bilis yang kena tanggung.

DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG KECAM TINDAKAN GANTUNG TUGAS AHLI MAJLIS PAS DALAM MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP).

Posted: 26 Sep 2014 04:40 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG KECAM TINDAKAN GANTUNG TUGAS AHLI MAJLIS PAS DALAM MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP).

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengecam tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang difahamkan telah membuat keputusan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 25 September 2014 untuk mengeluarkan Sdr Iszuree Ibrahim (Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang - PAS) dari semua Jawatankuasa Tetap MPPP serta membekukan semua peruntukan beliau, meskipun beliau mempunyai 'track record' cemerlang sebagai Ahli Majlis.

Tindakan ini dipercayai susulan dari ucapan bernada teguran membina & memberi pandangan untuk menambah baik polisi pembangunan rakyat Pulau Pinang oleh Sdr Iszuree Ibrahim yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) P.Pinang sebagai pembahas yang dilantik mewakili PAS P.Pinang dalam Muktamar PAS yang berlangsung di Johor tempoh hari.

Hukuman 'gantung tugas' yang dikenakan terhadap beliau dengan berdasarkan laporan media yang disalah petik tanpa perbincangan secara bersemuka disifatkan sebagai keputusan yang tidak mencerminkan sikap demokratik, berat sebelah & tergesa-gesa.

Perlu diingatkan, perlantikan jawatan beliau bukanlah atas kapasiti individu, sebaliknya ia adalah atas kapasiti parti politik mewakili PAS. Maka sewajarnya pihak MMK turut mengambil kira pandangan & keputusan dari PAS P.Pinang sebelum membuat apa-apa keputusan, jika benar semangat kerjasama Pakatan Rakyat itu dihormati. Tindakan yang diambil ini dilihat seumpama merobek kembali luka yang baru hendak sembuh.

Bagi terus memelihara hubungan kerjasama Pakatan Rakyat, DPPN P.Pinang menggesa agar tindakan ini ditarik semula seberapa segera, sebelum timbul persepsi awam bahawa pemerintahan Kerajaan PR P.Pinang dilihat sama dengan Barisan Nasional dari sudut kebebasan bersuara.

Sidang mesyuarat Pakatan Rakyat yang tertangguh sejak selesai PRU13 perlu segera diadakan. PAS Pulau Pinang bersama Sdr Iszuree perlu diberi hak untuk memberi penjelasan penuh. Keputusan perlu diputuskan secara kolektif & bersama, andai PAS masih dianggap rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sepertimana kami boleh bersabar dengan perbezaan pandangan & terbuka menerima kritikan, kecaman, cemuhan, sehingga dituduh "pengkhianat di Selangor" dari rakan kami, maka kami juga meminta supaya rakan kami juga dapat berjiwa besar berbuat begitu.

Selaras dengan tema "Memperkukuh Muafakat" yang diketengahkan Ketua Pemuda PAS Malaysia & penegasan Presiden PAS supaya "Terus Beristiqamah" dalam muktamar kami yang lalu, kami desak supaya isu ini diselesaikan segera sebagai rakan, bukan sebagai lawan!


MOHD YUSNI MAT PIAH
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang
27 September 2014

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 27 Sep 2014 01:22 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


SELANGOR - KEMELUT DAN PENDEDAHAN DI TERUSKAN

Posted: 27 Sep 2014 02:34 AM PDT

Telok Bakong Online

Posted: 27 Sep 2014 11:33 AM PDT

Telok Bakong Online


Curi Motor Siang Hari Di Telok Bakong

Posted: 26 Sep 2014 06:17 PM PDT

                   Memang mengemparkan,satu kejadian curi motorsikal telah berlaku pada hari Khamis 24 September  yang lalu di Telok Bakong.Kejadian yang berlaku dihadapan pemilik motorsikal dan isterinya itu adalah suatu yang tidak disangka.Pemilik motorsikal telah meletakkan motornya dihadapan rumah dan kemudian berehat dengan isterinya didalam rumah.Tiba tiba seorang pemuda yang menaiki basikal telah mengambil motorsikal tersebut dan meninggalkan basikalnya.Pemuda itu juga sempat melambai kepada pemilik dan isterinya yang terpinga-pinga itu.
                   
                      Kejadian yang serupa ini sudah semakin menjadi tidak asing di kampung, kerana dikawasan kejiranan ini telah belaku kejadian ragut dan curi kereta.Berlakunya peristiwa yang tidak disangka ini telah mencemaskan penduduk terutamanya warga emas.Suatu skim atau mekanisma perlu dibentuk untuk mengekang permasalahan ini.Dirasakan perkara yang melibatkan isu isu keselamatan ini,Pihak Rela atau JPAM boleh memainkan peranan dengan mengaturkan anggota anggota untuk mengadakan rondaan dan kawalan.Anggota anggota ini mestilah diberi elaun seperti yang telah ditetapkan.Skim Rukun Tetangga adalah tidak efektif kerana ianya menjejaskan produktiviti rakyat kerana perlu berjaga malan untuk membuat rondaan dan kawalan.


Kelab Greenboc

Posted: 27 Sep 2014 01:06 AM PDT

Kelab Greenboc


PAS Selangor Buat Onar Lagi, Cabar Perkenan Sultan

Posted: 27 Sep 2014 12:10 AM PDT


PAS Selangor tidak setuju Azmin kurangkan kuota exco

PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan ia bersetuju agar bilangan ahlinya yang menduduki Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dikurangkan daripada 4 sebelum ini kepada 3.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata, beliau dimaklumkan yang PAS Pusat juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan yang diputuskan menteri besar baharu itu.

"Kami berasakan tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik. Bagaimanapun, PAS mahu melihat kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat," katanya.

Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras berkata, sebelum ini, 4 exco PAS kekal di dalam kerajaan negeri walaupun yang lain dipecat oleh menteri besar terdahulu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, mereka mengambil keputusan kekal demi memastikan kerajaan PR Selangor tidak tumbang walaupun rakan dalam PR lain mempertikaikan tindakan mereka.

"Oleh demikian, PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Terdahulu hari ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan kehilangan itu di luar jangkaan tetapi menerimanya dengan hati terbuka kerana memahami kesukaran Azmin membuat pilihan, lapor Harakahdaily.

Manakala, Dr Ahmad Yunus Hairi, seorang daripada dua exco PAS yang dilantik semula berkata pihaknya terpaksa berpuas hati dengan keputusan itu sambil menyifatkan mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Sebelum ini, 4 exco daripada PAS ialah Yunus, yang juga Adun Sijangkang, Iskandar Abdul Samad (Adun Cempaka), Sallehen Mukhyi (Adun Sabak) dan Dr Halimah Ali (Adun Selat Klang).

Bagaimanapun, di dalam exco baru diumumkan Azmin pagi tadi, Sallehen dan Dr Halimah digugurkan, digantikan dengan Adun Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib.

Khairuddin berkata PAS Selangor juga berpandangan penguguran Dr Halimah dan Sallehen yang berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

Dalam sidang medianya pagi tadi, Azmin menjelaskan keputusan mengurangkan kuota exco PAS itu dibuat setelah mengambil kira pandangan semua pihak dan dipersetujui pemimpin tertinggi PAS.

"Ini mengambil kira pandangan terbaru dan pandangan semua pihak, dan ia disampaikan kepada semua parti berkenaan, dan itu muafakat yang dicapai semalam," katanya.

Beliau menafikan keputusan dibuat kerana PAS tidak menyokong calon menteri besar yang dikemukakan PKR dan DAP sebelum ini sehingga dianggap mengkhianati permuafakatan PR.

"Itu bukan isu. Kita mahu maju ke hadapan dan perkara itu sudah dibincangkan beberapa hari lalu," katanya.


Exco: Satu lagi pengorbanan yang PAS lakukan

KUALA LUMPUR: PAS menerima dengan hati terbuka pengurangan jumlah Exco Kerajaan Selangor daripada empat kepada tiga orang biarpun ianya di luar jangkaan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS memahami 'kesukaran membuat pilihan' oleh Menteri Besar.

"Apapun kita yakin beliau (menteri besar) telah berusaha mengimbangi suasana yang ada sebaik-baiknya.

"Apa yang lebih penting bagi kita ialah, ini satu lagi pengorbanan yang PAS perlu lakukan untuk melihat krisis di negeri Selangor selesai, dan Pakatan boleh bergerak ke hadapan," katanya kepada Harakahdaily.

Mustafa menegaskan, semua pihak perlu menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

Tegasnya, musuh sebenar Pakatan adalah BN dan bukan sesama parti dalam Pakatan Rakyat.

Pagi tadi, menteri besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan pelantikan 10 exco dengan kuota 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS.

Adun PAS terdiri daripada Iskandar Abdul Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).

Zaidy adalah muka baru manakala exco yang tidak dikekalkan ialah Ustaz Sallehen Mukhyi (Sabak) dan Dr Halimah Ali (Selat Klang).

Sebelum ini, komposisi exco ialah 4 PAS, 3 PKR dan 3 DAP.
-HD


ULASAN GB

Nampaknya PAS Selangor buat onar lagi, tak setuju dengan peruntukan jawatan exco sedangkan PAS Pusat melalui kenyataan Setiausaha Agongnya menyatakan "PAS menerima dengan hati terbuka pengurangan jumlah Exco Kerajaan Selangor daripada empat kepada tiga orang ".

Semua orang tahu, Khairuddin adalah seorang anak didik Hassan Ali. Kini beliau menggunakan kedudukannya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor untuk menafikan kenyataan Setiausaha Agong PAS Pusat. Saya katakan begitu kerana jika PAS Selangor tidak bersetuju sudah tentu Iskandar Samad, Dr Ahmad Hairi Yunos dan Mohd Zaidy Abd Talib tidak menerima perlantikan jawatan exco. Tetapi ketiga-tiga telah bersetuju. Mengapa tiba-tiba sekarang PAS Selangor kata tidak bersetuju?

Apakah kerana Khairuddin kecewa kerana dirinya tidak dilantik? Samalah perangai Hassan Ali dulu.

Dr. Ahmad Yunos Hairi pula menyatakan "ada hikmah" di sebalik pengurangan jawatan exco yang diperuntukkan kepada PAS.

Sikap yang ditunjukkan oleh Khairuddin itu seperti mencabar dan tidak patuh kepada perkenan Sultan. Sedangkan golongan inilah juga yang meminta supaya semua pihak perlu menghormati Sultan di dalam pemilihan MB yang baru dulu. Saya bersetuju dengan saranan seorang sahabat, Khairuddin boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghina Sultan. Amacam?

Kerana jawatan, kini golongan UG di Selangor berantakan. Mereka berantakan sesama sendiri. Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Mendedahkan wajah-wajah sebenar siapa mereka di dalam PAS yang Pesuruhjayanya dilantik oleh Tn Presiden PAS sendiri mengenepikan Dr.Abd Rani Osman dulu.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[BONGKAR] Patutlah Dia Sebut BARUA... Ada Kepentingan Peribadi Di Selangor (?)

Posted: 26 Sep 2014 05:30 PM PDT


Pemimpin PAS ada kawalan kuat di GLC S'gor melalui Khalid'

Ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, Ir. Izham Hashim malam semalam mendedahkan bahawa pemimpin tertentu di parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana ada kepentingan peribadi.

Beliau berkata demikian di dalam satu forum bertajuk "PAS, Ke Mana Selepas Muktamar?" anjuran Lensa Anak Muda Malaysia di ibukota malam tadi.

Tanpa menamakan pemimpin kanan PAS itu, katanya, individu berkenaan ada ikatan emosi dengan Khalid.

Meskipun tanpa menyebut nama, namun yang nyata kritikan beliau terhadap pemimpin kanan parti tersebut mengesahkan spekulasi sebelum ini bahawa wujudkan kepentingan peribadi pemimpin kanan berkenaan tentang mengapa beliau beriya-iya mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sehingga mengeluarkan perkataan BROKER dan BARUA di dalam ucapan penggulungannya di muktamar baru-baru ini.

Dengan menyebut nama Raja Idris sebagai orang yang disifatkan sebagai "MB Kedua", Raja Idris merupakan orang yang dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan merupakan orang yang rapat dengan Presiden PAS.

(Blog ini pernah mendedahkan kisah ini di dalam entri bertajuk: Gambar Ini Untuk Kite-kite Aje....?)

Sebelum itu, Izham yang juga Yang Dipertua PAS Kelana Jaya juga menyelar tindakan pemimpin kanan berkenaan yang tidak menghadiri mensyuarat Pakatan Rakyat tetapi kemudian membuat keputusannya sendiri.

Beliau menyatakan jika pemimpin kanan berkenaan betul-betul mengamalkan semangat setiakawan, tidak berlaku apa yang dinamakan kemelut MB Selangor sejak beberapa bulan yang lalu.

Walaubagaimana pun beliau tidak menafikan ada hikmah apabila berlaku hal sedemikian. Ia mendedahkan beberapa perkara terutama tentang (pemimpin) PAS yang bermasalah.

Sementara itu, di dalam wacana yang sama, Ustaz Ridwan Abu Bakar yang terkenal dengan insiden Unit AMal merampas mikrofonnya di muktamar yang lalu kerana menegur perwakilan Wilayah yang membaca doa laknat, menyatakan PAS perlu reform, perlukan tajdid pemikrian jika mahu ke arus perdana.

Beliau turut mendedahkan perlunya definisi "ulama" itu diperbetulkan kerana menurut beliau, kini terdapat banyak kategori yang dipanggil "ustaz', namun yang diperlukan oleh kita sekarang ialah "gerakan pemikiran".

Dengan mengambil contoh ulama-ulama di Mooroko, ulama di sana telah berjaya melepaskan diri dari istilah-istilah haraki seperti wala, tsiqah dan sebagainya menjadi kelompok yang menawarkan pemikiran yang pemikiran itu diambil dari Al-Quran dan Sunnah Nabi.

"PAS jika kita nak bawa ke depan, perlu tajdid, perlu reform..", tegasnya.


TRANSKRIP

0:01 ~ Sepatutnya kita rakan dalam Pakatan Rakyat, kita bantu dia untuk menyelesaikan masalah, itulah kawan!Semangat setia kawan.

Adakah Islam ajar kita, untuk jadi parti Islam atau pejuang Islam ni, istilah wala' sahaja...wala' sahaja, feqah...apa lagi ustaz? ...Taat, yang tu saja Islam? Setiakawan bukan Islam ker?

0:23 ~ Tak bohong bukan Islam ker? Cakap bahasa elok-elok bukan Islam ker? Islam kalau nak perjuangkan Islam, semua benda kena ikut yang Islam ler...baru boleh klem kita berjuang Islam.

0:36 ~ Rakan kita sedang ada masalah, ini masa dia ada masalah, kita kena tolong dia...nanti kita suatu hari ada masalah, dia tolong kita pula!Itulah semangat setiakawan! Jadi bila isu timbul dah masalah, patut yang pertamanya ialah, kita jumpa mesyuarat Pakatan Rakyat, ini mesyuarat tak pergi....mesyuarat tak nak pergi....tak nak pergi....tak taulah... Mesyuarat Pakatan Rakyat tak mau pergi lepas tu buat keputusan sendiri.

1:02 ~ Dia; pergilah mesyuarat, itulah gunanya mesyuarat - syura bainahum, syuralah kamu.9Nanti kita bincang-bincang,,tapi tak pergi, bincang macam mana? Bincanglah dalam mesyuarat elok-elok ... bincang apa masalah nak tukar Khalid...OK, kalau kita setuju, siapa calunnya...tak berlaku benda tu!Kalau berlaku benda tu, bulan tiga dah selesai dah!Tak akan timbul isu kemelut nih! Mungkin ada hikmahnya ustaz, benda ni berlaku; nak tunjukkan kita ni ada masalah... PAS ni sebenarnya yang masalah nih!

1:36 ~ Dia kata "Oh, PKR ni buat taik, kita yang masalah" Kalau PKR buat taik kau, engkau tau taik, kau pergi main buat apa? Sekarang terpalit semua orang!9 Betul tak? Tak payahlah main kalau tau tu taik!

1:49 ~ Tapi saya rasa PKR bukan main taik, dia memang ada masalah betul.Kita tolong selesaikan isu Menteri Besar. kalau dah selesai tak timbul! Ni pergi sekejap, kita pun Selangor dah bagi pandangan, bagi pandangan dah dua kali jumpa lagi bagi tau kita tak nak.

2:06 ~ Tapi ada dikalangan PAS dalam Selangor ni, yang cara diam-diam pi jumpa pimpinan pi lobbi, kita nak Khalid Ibrahim; saya tahu siapa dia... pergi lobi, kita buang mai, orang pejabat agong mai bagi tau, lobi kita nak juga!melanggari keputusan kita.Dia nak kekal juga Khalid Ibrahim. Kalau saya tak jadi Khalid Ibrahim, Kalau Khalid Ibrahim dah tak jadi lagi Menteri Besar, saya ganti, saya jaga adat-adat Melayu saja nanti...Tak dapat exco lain.Nampak kepentingan diri!

2:37 ~ Saya cakap terus terang. Ini, saya cakap fakta.Cuma saya tak nak sebut nama ...fakta benda ini berlaku.

2:44 ~ Kau pergi, nak kekalkan Khalid Ibrahim juga pasal apa nak kekalkan Khalid Ibrahim, saya tanya...

Sebab utama dia ialah kerana PAS mempunyai Kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim? Sebab utama ialah kerana PAS mempunyai kawalan yang kuat kepada GLC Selangor melalui Raja Idris.

3:09 ~ Dikalangan pegawai-pegawai kerajaan dikatakan, Raja Idris ini disebut sebagai Timbalan Menteri Besar sebenarnya di Selangor.Ini cara tidak resmi disebut kerana apa? Dia menjadi orang yang sangat dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan Raja Idris ini adalah orang kepercayaan, rapat dengan Tuan Guru Presiden PAS!

3:30 ~ Jadi dia berkeyakinan, melalui Raja Idris ini, banyak agenda-agenda yang ... mungkin agenda yang baik, saya tidak nafikan itu, tapi atas ikatan emosi. Ikatan begini menyebabkan Khalid Ibrahim perlu dikekalkan kerana kalau naik orang lain, Raja idris tidak akan mendapat tempat yang sewajarnya kepada Menteri Besar yang baru, itu saja saya sebutkan.

3:55 ~ Dia bukan sahaja CEO Perangsang, dia juga adalah board of director kepada KDEB dan juga executif konsaltan kepada MBI.
-alhusseyn













IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Comments:

There are 0 ulasan for Pakatan Rakyat

Catat Ulasan