Barisan Nasional

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Ahad, 28 September 2014 at 1:03 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 28 Sep 2014 11:06 AM PDT

PEJUANG BANGSA


KERAJAAN DAP TIDAK BOLEH DIKRITIK PUNCA SINGKIR ISZUREE DARI MPPP - UMNO PP @dzainalabidin

Posted: 27 Sep 2014 09:14 PM PDT



Komen terhadap tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggugurkan Iszuree Ibrahim, Bendahari PAS Pulau Pinang dari semua Jawatankuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

1. Tindakan drastik Kerajaan DAP Pulau Pinang menggugurkan Sdr Iszuree Ibrahim dari semua Jawatankuasa MPPP yang dianggotai beliau sebagai Ahli Majlis MPPP mewakili PAS Pulau Pinang Jumaat lalu tidak mengejutkan.

2. DAP dan kerajaan Negeri Pulau Pinang menunjukkan sikap sebenar mereka yang tidak boleh menerima kritikan walaupun daripada sekutu politik mereka sendiri. DAP mengambil pendekatan 'silence your critics' sebagaimana yang dilakukan PAP Singapura terhadap pihak yang mengkritik mereka.

3. Iszuree Ibrahim dalam ucapan beliau di Muktamar PAS ke-60 di Johor baru-baru ini membangkitkan permasalahan orang Melayu Pulau Pinang serta pengusiran penduduk- penduduk kampung tradisional untuk tujuan pembangunan yang banyak berlaku sejak 2008, dua isu yang sering kali dibangkitkan oleh UMNO Pulau Pinang sendiri.

4. Ucapan Iszuree mewakili PAS Pulau Pinang pada Muktamar PAS itu membuktikan bahawa kedua-dua isu ini benar-benar berlaku di Pulau Pinang sejak DAP menjadi kerajaan negeri. Kerajaan negeri Pulau Pinang dilihat tidak bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam menangani isu-isu ini.

5. Ahli Majlis MPPP mewakili PAS digugurkan kerana mengkritik kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ia menunjukkan bahawa kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat tidak diraikan dalam Pakatan Rakyat terutamanya oleh DAP walaupun DAP melaungkan mereka mendokong kebebasan bersuara. Kenapa Kerajaan DAP Pulau Pinang begitu marah dengan pendedahan yang dibuat oleh Iszuree dalam ucapannya di Muktamar PAS?

6.  Dalam dua Pilihanraya Umum yang lalu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS Pulau Pinang turut bekerja keras untuk memenangkan calon-calon DAP dan PKR. Namun begitu, ADUN tunggal PAS tidak juga dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Inilah balasan untuk kesetiaan dan pengorbanan PAS di Pulau Pinang.

7. Beberapa hari lalu, DAP dalam satu kenyataan oleh Lim Guan Eng telah menggelarkan 4 orang Adun PAS yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor sebagai ' pengkhianat '. UMNO Pulau Pinang turut bersimpati dengan layanan buruk yang diberikan oleh DAP kepada PAS, samada di Pulau Pinang ataupun di peringkat nasional. UMNO Pulau Pinang berpandangan PAS perlu mengkaji semula peranan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Terima kasih.

Dato' Zainal Abidin Osman
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
28 September 2014

bumiyang

Posted: 28 Sep 2014 03:07 AM PDT

bumiyang


Bergaduh Dgn Guan Eng Kini Ustaz Nasrudin Lebih Mesra Kerajaan Malaysia???

Posted: 27 Sep 2014 11:30 PM PDT

tunku

Posted: 28 Sep 2014 03:02 AM PDT

tunku


Azmin to reveal companies benefitting from Selangor water deal

Posted: 27 Sep 2014 09:09 PM PDT

The newly appointed Selangor Mentri Besar Azmin Ali is expected to reveal the companies benefitting from the water deal approved by his predecessor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim who told Azmin to make the exposure, said he has a list of those benefitting millions of ringgit from the deal based on some 'homework' he did.

"I'm quite aware not because it was given to me but I did my homework and I realised why people are bent on defending and refusing to listen due to the huge interests and benefits at stake.

"When it comes to the issue of public interest, my concern is that it has direct relationship to the water rates and the people will suffer from it.

"The pious platitude not withstanding, the issue is finally dollars and cents," Anwar told reporters after a ceramah against the Sedition Act 1948 at the Seberang Jaya market here on Saturday.

He added that it was not a question of people amassing wealth but when exorbitant profit or interests arise from the deal, it will hit back at the Selangorians.

"Penang is successful in keeping water rates low because their water authority was corporatised, not privatised.

"When you privatise something and the deals are not transparent, then we have a problem.

"Why are you defending these excesses? Why are you defending these huge contracts that are not transparent and did not go through proper tender exercises?" Anwar questioned.

The Unspinners

Posted: 27 Sep 2014 11:32 PM PDT

The Unspinners


DAP komunis penipu, Mana ada kebebasan bersuara?

Posted: 27 Sep 2014 06:48 PM PDT


Mahukah mereka yang menentang Akta Hasutan mengkritik.DAP yang menindas kebebasan bersuara?

AZLI SHUKRI

Posted: 27 Sep 2014 11:23 PM PDT

AZLI SHUKRI


Tiada Lagi Jalan Pintas ke Syurga

Posted: 27 Sep 2014 09:56 PM PDT

Kenyataan anak Nik Aziz ini agak keras, sekali gus membuktikan dakwaan UMNO selama ini bahawa PAS hanyalah kuda tunggangan DAP adalah benar dan tepat. Dalam sejarah tahaluf siyasi PAS, inilah tahaluf siyasi yang paling merugikan PAS. PAS sekadar pernah ditendang keluar oleh BN, manakala S46 dan Hamim pula pernah mengetuk kepala PAS. Tetapi, DAP dan PKR melakukan pengkhianatan terhadap PAS jauh lebih zalim daripada UMNO dan S46 lakukan. Janggut dan serban PAS tidak hanya dijerut dan dibuang, bahkan tengkuk PAS juga telah diikat sehingga PAS tidak mampu berbuat apa-apa..terpekik dan melolonglah dalam muktamar..tetapi tiada makna..yang berkuasa tetap PKR dan DAP. Baca berita di bawah:
 
KUALA LUMPUR : Seorang pemimpin PAS hari ini mendakwa partinya kini menjadi mangsa buli sekutunya, DAP dan terdapat usaha bagi membakar sentimen penyokong Pakatan Rakyat supaya membenci PAS. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, berkata adalah menjadi satu kerugian besar kepada Pakatan Rakyat andai DAP yang menyokong PKR terus membuli PAS.

"Mungkin susah DAP nak terima. Tapi pada saya, bila PAS tukar angin, PAS marah pada DAP, saat itu DAP akan rugi. DAP akan rugi lama. Mungkin undi Cina dan India akan bertukar. "Mereka jadi cuak dengan DAP. Mereka rakyat yang mahukan keamanan, kebenaran dan setia kawan dalam kehidupan. Itu pandangan saya. DAP akan rugi lama jika PAS marahkan DAP," katanya menerusi entri terbaru dalam laman Fecebooknya yang dimuat naik awal pagi ini.

Nik Abduh mendakwa ada pemimpin DAP yang menyatakan bahawa PAS akan dihukum rakyat berikutan isu Selangor yang sehingga kini masih tidak menentu. Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menempelak sekutunya yang seolah-olah terlalu gembira dan megah bila mendapat kuasa. "Gembira dan megah sangat bila sudah ada kuasa. Maklumlah, lama jadi pembangkang bersama PAS, baru penggal lepas DAP mula dapat kuasa memerintah, sedangkan PAS yang hidupnya sering dibuli sudah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu," katanya. Biarpun PAS sentiasa dibuli, katanya, parti itu tetap berjaya dalam hidupnya serta memenangi banyak pilihan raya dan memerintah beberapa negeri. Beliau menjelaskan PAS juga parti yang tidak akan terkubur kerana nyawa dan ideologinya adalah Islam, malah sehingga kini masih belum kelihatan pengganti yang sesuai untuk meneruskan perjuangan PAS. Kenyataan Nik Abduh itu merujuk kepada beberapa keadaan malang yang ditimpa PAS termasuk isu pengurangan jawatan EXCO Selangor yang diberi kepada PAS serta penggantungan tugas seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang juga Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim.

Panglima Perang Cyber

Posted: 27 Sep 2014 11:07 PM PDT

Panglima Perang Cyber


DAP isytihar tamat kerjasama dengan PAS - Sampai Bila PAS Mahu Dipermainkan ???

Posted: 27 Sep 2014 09:50 PM PDT

Jawapan Kepada Fitnah Sahih Bukhari dan Ihya Ulumuddin Ada Hadis Palsu (Mauduk) @realdrmaza @ustazfathulbari @najibrazak

Posted: 27 Sep 2014 01:45 AM PDT


1. Fitnah dilakukan terhadap Sahih Imam Bukhari yang mendakwa ada hadis palsu (mauduk) tidak sahih



Jawapan kepada fitnah Kitab Sahih Imam Bukhari mengandungi hadis tidak sahih  

http://majelisrasulullah.org/index.php?option=com_simpleboard&Itemid=4&func=view&id=22922&catid=9

Kajian Ilmiah lengkap tentang Imam Bukhari 




2. Penjelasan Fitnah Terhadap Kitab Ihya Imam Ghazali seperti artikel ini 


Maka jawapan dijawab dengan panjang lebar di sini :




Link 4 : Hamka nafi hadis mauduk(palsu) dalam Kitab Ihya http://ibnuwafi.blogspot.com/2012/06/pandangan-hamka-terhadap-al-imam-al.html?m=1


Mohon kita bantu membantu atas kebenaran dengan forward mesej ini demi ilmu iman amal umat Islam akan terus terpelihara.



Sent from my iPhone

Belantan

Posted: 27 Sep 2014 11:04 PM PDT

Belantan


Exco baharu Selangor : Pas hilang satu kerusi, angkara siapa?

Posted: 27 Sep 2014 06:17 AM PDT


Hanya tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas kekal dilantik semula sebagai Exco Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar baharu, Mohamed Azmin Ali.

Tiga ADUN terbabit, masing-masing ialah ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan ADUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib dan keputusan tersebut diumumkan oleh Mohamed Azmin dalam satu sidang akhbar khas di tingkat 22, bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

Jumlah Exco Pas itu dilihat berkurangan satu kerusi berbanding sebelum yang menyaksikan Pas mempunyai empat kerusi Exco.

Sebaliknya, PKR kali ini telah meletakkan empat wakil mereka sebagai Exco dengan melantik semula ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong; ADUN Sementa, Dr. Daroyah Alwi selain melantik dua muka baharu iaitu ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari.

Pada masa sama, Azmin turut memaklumkan bahawa DAP masih mengekalkan tiga Exco sebelum ini untuk dilantik semua di bawah pentadbirannya iaitu ADUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim; Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) dan ADUN Kota Alam Shah, V. Ganabatirau.

Sebelum itu, Sultan tidak perkenan Exco?

Senarai calon barisan Exco kerajaan negeri yang dipersembahkan oleh Menteri Besar yang baharu, Mohamed Azmin Ali kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini, dipercayai belum mendapat perkenan daripada baginda.

Ini kerana sehingga malam semalam, perbincangan di antara ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dikatakan masih berjalan berhubung pelantikan barisan Exco kerajaan negeri yang baharu itu.


Malah Mohamed Azmin dalam akaun Twitter miliknya turut mengakui laporan media berhubung pembahagian komposisi barisan Exco kerajaan negeri iaitu 4-3-3 adalah tidak tepat.

"Laporan media mengenai pengagihan kuota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan," katanya dalam akaun Twitter lewat petang ini.

Sementara itu, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi mengesahkan pihak istana belum memuktamadkan senarai calon Exco kerajaan negeri yang dikemukakan oleh Mohamed Azmin.

Menurutnya, perkara itu mungkin hanya dapat diselesaikan pagi esok sebelum majlis angkat sumpah Exco kerajaan negeri dijadual pada sebelah petang.

Mohamed Azmin hari ini menghadap Sultan Sharafuddin pada pukul 3 petang bagi mendapat perkenan baginda berhubung senarai calon Exco kerajaan negeri yang baharu di Istana Mestika di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu telah mempersembahkan 10 nama untuk dipertimbangkan dan diperkenankan oleh baginda sebagai Exco kerajaan negeri.


Sebaik sahaja keluar dari pekarangan istana tersebut, beliau memaklumkan kepada pihak media bahawa komposisi 4-3-3 barisan Exco kerajaan negeri sebelum ini iaitu empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, tiga ADUN PKR dan tiga lagi daripada DAP akan dikekalkan.

Bagaimanapun, kira-kira empat jam kemudian, beliau menyatakan dalam Twitter bahawa laporan media berhubung pengagihan kuota Exco terbabit adalah tidak tepat.

Mohamed Azmin dikatakan berdepan dilema untuk melantik barisan Exco kerajaan negeri ekoran wujud suara-suara daripada pemimpin PKR sendiri supaya kerusi Exco Pas dikurangkan sebagai hukuman kepada tindakan bekas empat Exco parti Islam itu sebelum ini yang menyokong bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

DAP sendiri menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng secara terang-terangan turut melabelkan empat Exco Pas iaitu Iskandar Abdul Samad, Dr. Halimah Ali, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi yang menyokong Abdul Khalid sebelum ini sebagai pengkhianat kerana mengingkari prinsip solidariti dan demokrasi dalam pakatan pembangkang.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 27 Sep 2014 11:02 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Ceramah Anwar Ibrahim Hanya 300 orang Penonton vs Ribuan Sertai Selawat Perdana.

Posted: 27 Sep 2014 09:38 PM PDT

Blogger Penang, GPB melaporkan hanya 300 orang hadir ceramah Anwar Ibrahim (http://sejarahmelayu.blogspot.com/2014/09/pelancaran-mahsuhaktahasutan-permatang.html?m=1)


Ceramah Pelancaran Mahsuh Akta Hasutan di Tapak Pesta Seberang Jaya malam ini  pastinya memalukan ANWAR  IBRAHIM yang juga Ahli Parlimen Pmtg Pauh .

Apa tidaknya pelancaran sesuatu gerakan besar seperti Mahsuh Akta Hasutan sepatutnya dihadiri ribuan penyokong mereka dan lokasinya pulak kubu kuat PKR sendiri iaitu Permatang Pauh .

Di manakah silapnya ia tidak mendapat sambutan penyokong dan rakyat khusunya Permatang Pauh walaupun menampilkan ramai pemimpin terkenal dalam Pakatan seperti Mat Sabu , Tian Chua , Dr Afif Bahardin , Rayer serta Adam Adli .

Dianggarkan  300 orang sahaja menurut maklumat rakan GPB  yang hadir di ceramah berkenaan dan ia memberi tamparan hebat kepada Anwar dan PKR .

Baca seterusnya di sini : http://sejarahmelayu.blogspot.com/2014/09/pelancaran-mahsuhaktahasutan-permatang.html?m=1

Jika masih tak percaya, anda boleh lihat lihat di blog CTS (http://khairulryezal.blogspot.com/2014/09/pelancaran-ceramah-mansuhkan-akta.html)


Sumber : (http://khairulryezal.blogspot.com/2014/09/pelancaran-ceramah-mansuhkan-akta.html

Manakala blogger Parpu pula melaporkan ribuan yang hadir ke majlis selawat perdana anjuran Yayasan Perdana Ummah.



Sumber : http://parpukari.blogspot.com/2014/09/ya-hanana-puluhan-ribu-turun-di.html

Walaupun kedua-dua program berjalan di tempat yang berlainan namun secara kasar boleh dirumuskan bahawa rakyat sebenarya sudah muak dengan mainan politik parti-parti siasah. Mereka kini lebih tertumpu kepada majlis-majlis agama dan ilmu daripada mendengar retorik pemimpin politik. Kita tidak boleh menolak bahawa negara ini sedang dilanda gelombang islamisasi yang mana rakyat lebih berminat dengan perkara-perkara berkaitan Islam. Usaha-usaha NGO-NGO dan Yayasan mesra Kerajaan menganjurkan program-program sebegini amatlah baik dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh masyarakat setempat.

Selain itu, Anwar mungkin lupa bahawa selama ini yang memenuhi ceramah-ceramahnya adalah penyokong-penyokong Ulama dalam PAS. Geng professional mana ada penyokong yang ramai. Ketika UMNO dan PAS terus menerus menganjurkan program-program agama, Anwar dan PKR pula sibuk menghasut dan menyebarkan fahaman liberal.

*Cukup-cukuplah pak sheikh.....pilihan raya lambat lagi. Daripada asyik tambah kontroversi, lebih baik tingkatkan prestasi kerajaan negeri yang pakatan pegang. Jika betul perjuangkan rakyat, kenapa Pak Sheikh tak perjuangkan rumah mampu milik yang makin pupus di Penang?

6 SEBAB PAS KELUAR PAKATAN RAKYAT

Posted: 27 Sep 2014 05:21 PM PDT

PERKEMBANGAN-PERKEMBANGAN yang berlaku di dalam parti PAS akan hubungan politiknya dengan PKR dan DAP nampaknya banyak merugikan parti PAS dan ahli-ahlinya.

Kemelut di Selangor baru-baru ini menguji kematangan politik PAS dalam hubungan tahalul siyasi mereka. Pendirian PAS tidak dihormati oleh rakan-rakan mereka malah lihatlah kesan buruknya kepada PAS:-

1. Jumlah Exco PAS telah dikurangkan daripada 4 kepada 3. Rujuk

2. Sebelumnya 2 Wakil Rakyat PAS sudah tidak lagi wala' dan bai'ah kepada Presiden. Rujuk

3. PAS kalah dalam PRK Pengkalan Kubor di mana BN menang majoriti yang lebih besar. PKR dan DAP tidak begitu membantu atau langsung tidak membantu. Rujuk

4. Ahli Jawatankuasa Tetap MPPP telah dikeluarkan hanya kerana ucapannya semasa Muktamar PAS di Batu Pahat. Rujuk

5. Wakil Rakyat PAS tidak menolak kemungkinan menyaman Presiden PAS. Rujuk

6. DAP pula memutuskan 4 Wakil Rakyat PAS sebagai Pengkhianat walaupun telah dijelaskan oleh mereka bahawa ianya suatu pengorbanan mereka untuk mengelak mantan MB TS Khalid Ibrahim daripada terpaksa melantik Exco dari parti lain. Rujuk

Berdasarkan rentetan tindakan DAP dan PKR ke atas PAS itu, kita dapati mereka sudah tidak lagi menghormati PAS. Malah mereka tidak lagi memandang PAS sebagai kawan mereka. Malahan mereka tidak segan silu menghukum PAS tanpa memikirkan sumbangan PAS selama ini.

Sebagai pemerhati politik, saya mencadangkan supaya PAS tidak perlu menunggu keadaan lebih parah dan merugikan PAS sebagai sebuah parti politik Islam dan sebagai sebuah gerakan Islam. Tanda-tanda yang sedang berlaku menunjukkan adalah lebih baik PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan berdiri sendiri sebagai sebuah parti dan gerakan Islam yang bermaruah dan dihormati.

JIKA SAYA JADI CALON PAS? 
PAS tidak perlu bergabung dengan UMNO, kerana kewujudan PAS sangat penting untuk memberi check and balance kepada pemerintah. Walaupun dari sudut sejarah parti PAS itu lahir daripada tulang rusuk UMNO, tidaklah menghalang ahli-ahlinya daripada bekerjasama dengan parti UMNO. 

Sekarang pun ramai ahli-ahli PAS bekerjasama dan rapat dengan kerajaan dan pemimpin-pemimpin UMNO, contohnya mantan Timbalan Presiden PAS dan ramai lagi. Mereka membantu kepimpinan DS Najib dalam hal-hal yang berkaitan Islam, dia tidak pun dipecat sebagai ahli PAS.

Begitu juga, apabila Tun Dr Mahathir keluar sekejap dari UMNO semasa era Pak Lah, pada masa itu TG Nik Aziz mempelawa Tun Dr. Mahathir menyertai PAS. 

Baca sambungan di sini




SAARI SUNGIP AKAN SAMAN HAJI HADI

Posted: 27 Sep 2014 03:12 PM PDT

Sambil mengakui label'broker,' 'barua,' 'dicuri' dan 'dibeli' yang dilemparkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai kesat, namun ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungib mengakui beliau tidak menutup pilihan mahu menyaman Presiden PAS itu.
"Walaupun ramai rakan-rakan pimpinan menyatakan benda ini tidak akan selesai sehinggalah menghantar (saman) membersihkan melalui proses mahkamah.
"Saya tidak menutup pilihan tersebut, tetapi saya menganggap satu perkara yang perlu saya buat pada masa ini,"katanya dalam satu wacana bertajuk 'PAS, Ke Mana Selepas Muktamar?' 25 September di Restoren Amjal, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Selain Saari, wacana anjuran LENSA (Lensa Anak Muda Malaysia) turut membariskan Ir. Izham Hashim – Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya dan Ustaz Ridzwan Abu Bakar – Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah.
Ir. Izham dalam ceramahnya menempelak Abdul Hadi yang tidak hadir dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.
"Mesyuarat (PR) tak nak pergi, lepas tu buat keputusan sendiri," katanya
Namun, katanya, ia telah memberi satu hikmah bahawa PAS parti bermasalah.
"Dia kata, PKR ni buat taik, kita yang bermasalah. Kalau PKR buat taik, kau pergi main buat apa, sekarang terpalit semua orang.
"Tapi saya rasa PKR bukan buat taik, dia ada masalah betul, (sepatutnya) kita tolong dia selesaikan."katanya.
Ir. Izham mendakwa PAS berkeras mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar kerana parti itu mempunyai kawalan yang kuat terhadap GLC Selangor.
"Kawalan yang kuat melalui Raja Idris di GLC Selangor. Di kalangan pegawai-pegawai kerajaan, disebut Raja Idris sebagai 'Timbalan Menteri Besar Selangor.'
"Raja Idris ini orang kepercayaan rapat Tuan Guru Presiden PAS," katanya lagi

tok gajah

Posted: 27 Sep 2014 09:34 PM PDT

tok gajah


Melayu masih perlukan Akta Hasutan

Posted: 27 Sep 2014 08:55 PM PDT

Permatang Pauh malam ini memalukan Anwar !!

Ceramah Pelancaran Mahsuh Akta Hasutan di Tapak Pesta Seberang Jaya pastinya memalukan KETUM yang juga Ahli Parlimen Pmtg Pauh .

Apa tidaknya pelancaran sesuatu gerakan besar seperti Mahsuh Akta Hasutan sepatutnya dihadiri ribuan penyokong mereka dan lokasinya pulak kubu kuat PKR sendiri iaitu Permatang Pauh .

Di manakah silapnya ia tidak mendapat sambutan penyokong dan rakyat khusunya Permatang Pauh walaupun menampilkan ramai pemimpin terkenal dalam Pakatan seperti Mat Sabu , Tian Chua , Dr Afif Bahardin , Rayer serta Adam Adli .

Dianggarkan 300 orang sahaja menurut maklumat rakan GPB yang hadir di ceramah berkenaan dan ia memberi tamparan hebat kepada Anwar dan PKR .


Atuk yakin rancangan jahat Pakatan Rakyat untuk menghapuskan Akta Hasutan pasti akan gagal. Rakyat Malaysia terutame nye kaum melayu/Islam tahu dan sedar bahawe Akta Hasutan ini sangat perlu untuk mengekalkan kesejahteraan dan keamanan negare yang penduduk nye berbilang kaum.

Negare pasti akan jadi huru-hare dan kacai-bilau jike akta ini di mansuhkan. Akta ini sangat diperlukan untuk mengawal dan mengekang individu2 yang berniat jahat untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah negare. 

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 27 Sep 2014 09:17 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Dua ADUN "Barua" Dijulang Sebagai Wira Oleh DAP

Posted: 27 Sep 2014 09:53 AM PDT

Nasruddin Tantawi Samakan DAP Seperti PAP

Posted: 27 Sep 2014 08:07 AM PDT

Sudahlah Berkurang Exco, Kena "Warning Pula Dengan MB Baru

Posted: 27 Sep 2014 06:00 AM PDT

1) Inilah calon yang Hadi Awang cadang untuk jadi MB Selangor

2) Azmin Ali barangkali sudah lupa bahawa Hadi pernah mencalonkan dia

3) Hadi Awang pula tidak pernah serik serik ditipu hidup hidup oleh PKR. Bersilih ganti kena tipu masih lagi setia duduk dalam pakatan pembangkang.

4) PAS adalah parti yang menang 15 kerusi di Selangor. Parti yang menang 15 kerusi tunduk pada parti yang menang 13 kerusi.

5) Silap PAS juga, mereka salah memilih kawan dalam berparti. Di Selangor kena kurang Exco, di Penang kena pecat sebagai ahli majlis dan Pengkalan Kubor mereka kena khianat dengan PasMa yang pro PKR.

6) PAS masih tidak sedar. Mereka masih lagi mahu hidup berkeluarga dengan DAP dan PKR, biarpun di Sarawak, DAP sudah ceraikan mereka.

7) Kenapa PAS hilang keberanian pada PKR dan DAP? Jika begitu, PAS bukanlah parti Islam dan Melayu yang relevan lagi di Malaysia. Hanya tinggal kerangka tapi roh sudah tercabut sebenarnya.

Maksud Teguran Bagi Parti Demokrasi Bernama DAP

Posted: 26 Sep 2014 11:26 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 27 Sep 2014 09:09 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


SERANGAN PASMA TERHADAP PAS SUDAH MEMASUKI PERINGKAT PENDEDAHAN MAKLUMAT KRONISME ???

Posted: 27 Sep 2014 06:00 AM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 27 Sep 2014 03:02 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Bomih lakukab seks luar tabiee, kelucahan melampau

Posted: 26 Sep 2014 09:18 PM PDT

SEREMBAN: Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan seks di luar tabie, kelucahan melampau dan mencabul pesakitnya di sebuah rumah di Gedung Lalang, Ampangan di sini.

Mohd Rashid Mohd Din, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan kesemua kesalahan itu terhadap seorang wanita berusia 26 tahun antara pukul 2.30 petang dan 7.00 malam pada 20 September lepas.

Bagi pertuduhan melakukan seks di luar tabie, Mohd Rashid didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Isteri tertuduh, Noralia Daie, 51, pula berdepan pertuduhan bersubahat dengan Mohd Rashid melakukan seks di luar tabie dan mencabul mangsa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membenarkan Mohd Rashid diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin manakala Noralia sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Bagi kesalahan mencabul, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau dengan denda, atau dengan sebatan, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Majistret Siti Kahiriah Abd Razak membenarkan Mohd Rashid diikat jamin RM7,800 dengan seorang penjamin manakala Noralia sebanyak RM3,600 dengan seorang penjamin.

Bagi kesalahan melakukan kelucahan melampau, dia didakwa mengikut Seksyen 377 D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh membenarkan Mohd Rashid diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin.

Kes di Mahkamah Sesyen dikendali Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Abu Hassan Ramli manakala Timbalan Pendakwa Raya Kaiyisah Shukri dan Nabilah Mohammad Zanudin mengendali kes di Mahkamah Majistret.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam A. Partheeban.

Kesemua kes akan disebut semula pada 27 Oktober ini.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/bomoh-lakukan-seks-luar-tabie-kelucahan-melampau-didakwa-44802?cp

Cucu Tok Selampit

Posted: 27 Sep 2014 01:23 PM PDT

Cucu Tok Selampit


MyJourney - Applikasi Pengangkutan Awam Pada Masa Hadapan

Posted: 20 Sep 2014 06:46 AM PDT


Sebuah syarikat berstatus MSC, Mapit MSC Sdn Bhd, telah mereka bentuk applikasi mudah alih untuk menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam dan cuba untuk mengelakkan persepsi umum bahawa mod pengangkutan awam adalah tidak cekap. Applikasi ini direka dengan sokongan daripada Suruhanjaya Malaysia Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Applikasi yang belum dilancarkan secara rasmi ini, dikenali sebagai 'MyJourney'. Applikasi ini akan membolehkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam dengan penuh keselesaan dan dapat merancang perjalanan dengan tepat dan teratur. Dalam fasa pertama, applikasi itu akan menyediakan pengguna dengan maklumat mengenai pilihan laluan yang ada dan mod pengangkutan seperti RapidKL, LRT, bas dan teksi untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 

Walaupun jika pengguna tidak tahu di mana mereka berada, mereka masih boleh menggunakan applikasi ini yang dimuat turun di telefon mudah alih mereka untuk sampai ke destinasi yang mereka ingini. Seterusnya di fasa kedua pula, applikasi MyJourney akan memberi maklumat-maklumat seperti data masa ketibaan dan pelepasan bas. 

Di samping itu, kita mengharapkan pada masa depan, terdapat rancangan untuk mengadakan ciri-ciri seperti data masa sebenar ketibaan bas, komuter, monorel dan sebagainya serta menyediakan satu sistem maklum balas yang membolehkan pengguna untuk memfailkan aduan. Adalah diharapkan usaha ini dapat mengurangkan keresahan penumpang pengangkutan awam yang berhadapan dengan kesesakan jalanraya dengan memberi maklumat keadaan kesesakan jalanraya terutama di ibu kota di samping dapat merancang perjalanan mereka.

Operasi SPAD Berterusan Untuk Membendung Kegiatan Teksi Sapu Dan Ulat Teksi

Posted: 19 Sep 2014 07:15 AM PDT


Kebanjiran teksi sapu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 bukanlah merupakan satu perkara baru. Isu ini semakin membimbangkan sehinggakan pemandu-pemandu teksi sapu dan ulat teksi begitu berani menawarkan perkhidmatan secara terbuka tanpa menghiraukan kehadiran pihak berkuasa. 

Lebih memburukkan keadaan, kegiatan itu turut mencemarkan imej negara apabila terdapat pelancong asing yang tertipu setelah dikenakan bayaran tidak munasabah untuk ke mana-mana destinasi berbanding kadar dikenakan oleh pengangkutan awam sedia ada.

Pada Rabu lepas, operasi bersepadu yang dilakukan hasil dari aduan orang ramai, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah menahan dua ulat teksi yang cuba memperdaya dua penumpang warga asing dalam satu operasi khas di KLIA2.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad berkata salah seorang daripada ulat teksi itu cuba memperdaya penumpang warga China yang baru sahaja tiba dengan menawarkan khidmat teksi. Menurut Che Hasni lagi, lelaki itu yang menggunakan kereta jenis Mercedes Benz milik persendirian mengenakan caj sebanyak RM120 untuk ke destinasi sebuah hotel di Ibu Negara. 

Lelaki yang berusia 57 tahun itu ditahan untuk diambil keterangan manakala kenderaannya akan disita. Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Darat 2010 untuk kereta sapu manakala Akta 205 Pengangkutan Darat untuk aktiviti ulat.

Apa Yang Tersirat

Posted: 27 Sep 2014 01:06 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Benar Kah Umno Lemah? dan Najib Kuat

Posted: 27 Sep 2014 09:05 AM PDT

PRU-12 Umno hanya menang 79 kerusi, manakala PRU-13 88. Kerusi Umno hanya 35.6 peratus daripada 222 kerusi Parlimen (tahun 2012) dan 39.6 peratus tahun 2013. 

Pada PRU-12 kerusi Umno 56.4 peratus daripada 140 kerusi yang dimenangi Bn, manakala tahun 2013 menjadi 66.17 peratus daripada kerusi yang dimenangi Bn. 

Melihat kepada peratusan itu, hepotisa bahawa Umno lemah semasa Najib, sudah ditepis. Memang kalau dilihat daripada segi kerusi yang dimenangi Bn, prestasi Najib lebih buruk berbanding Abdullah Badawi, kerana Abdullah mampu menang 140 daripada 222, manakala Najib hanya 133.

Kalau dilihat daripada segi kuasa, sama saja, angka 140 ataupun 133; dua-dua angka itu, Bn tiada kuasa 2/3 dalam dewan rakyat. Kuasa 2/3 hanya pada angka 148.

Untuk mengatakan Umno lemah tidak dapat diterima, hanya kalau di lihat di Negeri Selangor, ia memang, Umno lemah. 

Dalam keadaan politik sekarang, kembali kepada kemampuan Umno sebelum PRU-12, adalah sesuatu yang sudah menjadi sejarah. Dalam keadaan sekarang, menangpun sudah cukup baik, jangan lagi bermimpikan majoriti yang luarbiasa banyaknya. Menang satu undipun dikira sudah menang. 

Apa yang parti Umno boleh lakukan, adalah mempertahankan kawasan yang sedia ada, selain berusaha untuk merampas semula kawasan-kawasan yang telah hilang pada PRU-13, seperti Temerloh, Batu Bahat dan beberapa kawasan lagi. Pada PRU-14, apabila Umno boleh mempertahankan jumlah 88, apatah lagi dapat menambah kerusi, maka Umno bersama komponen Bn yang lain akan dapat terus mempertahankan Putrajaya.

Apa yang merisaukan Bn, adalah kerusi-kerusi Bumiputera di Sarawak dan Sabah. Jika kawasan-kawasan di dua negeri itu terlepas, maka Umno dalam keadaan bahaya.

Melihat kepada situasi politik masa kini, Umno bukan sahaja perlu menumpukan kepada kekuatannya, akan tetapi juga perlu melihat kekuatan parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak.

Umno tidak boleh bersandar lagi kepada parti MCA, Gerakan atau MIC; kerana pada PRU-14, diperkirakan kemampuan parti-parti itu memberikan kerusi kepada Bn di Semenanjung adalah samar-samar.

Umno kena membantu parti-parti bumiputera di Sabah dan Sarawak, untuk menjamin agar Umno akan terus menjadi tulang belakang kerajaan.

Di Sabah misalnya, kemampuan parti-parti kompnen Bn yang berasaskan KDM, pada PRU-14 sungguh kritikal, demikian juga di Sarawak terutama parti PRS.

Mengukur lemah atau kuatnya Umno bukan lagi sebagai penjamin kepada kerajaan Bn; tetapi kekuatan parti komponen Bn di Sabah dan Sarawak perlu diberi perhatian utama.

Comments:

There are 0 ulasan for Barisan Nasional

Catat Ulasan