Ahad, 28 September 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Tukar Tiub

Posted: 28 Sep 2014 07:05 PM PDT

Tukar Tiub


PIPIT SUDAH TERBANG

Posted: 28 Sep 2014 06:39 PM PDT





Alvin Tan
JOHOR BAHRU - Pemuda Umno Bahagian Pulai bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Alvin Tan yang secara terang-terangan mengutuk dan mengaibkan Mohd Najib Tun Abdul Razak, Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar di akaun Facebook miliknya.

Exco Pemuda Umno, Sheikh Nafiq Alfirdaous Sheikh Abd Rahman berkata, tindakan blogger yang pernah mencetuskan beberapa isu sensitif dilihat semakin melampau dan biadab.


KAH KAH KAH

woit
ini kenyataan sexist
ini kenyataan macho
kenyataan macam ini
sudah expired
lagi pun tak perlu 
malaon ini tunjuk jantan
tengok klip video
dah nampak kulup yang kenit

burung pipit
sudah terbang

KAH KAH KAH




----------

CARI KALAU TAK TAHU

Posted: 28 Sep 2014 06:08 PM PDT







Polis akan cari Alvin Tan hingga ke 'lubang cacing', kata Khalid

29 Sep — Polis akan terus mencari penulis blog seks Alvin Tan sehingga ke lubang cacing, kata Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar. 
Khalid berkata, tindakan Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara tidak boleh dimaafkan.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-akan-cari-alvin-tan-hingga-ke-lubang-cacing-kata-khalid#sthash.PGMrwxZt.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ini contoh ayat semantik
ketua polis kata
akan cari ke lubang cacing
ertinya cari sampai dapat

cari maknanya tak tahu dimana berada
mencari kerana kerana tak tahu
dimana malaon ini berada
tapi satu dunia tahu
malaoan ini berada di amerika
nak cari buat apa

kenyataan cari ini hanya sandiwara
kenyataan cari ini hanya teater
nak jaga imej polis
yang ditibai oleh malaoan ini

yang wajib dilakukan bukan cari
tapi bawa pulang malaon ini
kah kah kah







--------

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

Posted: 28 Sep 2014 05:00 PM PDT






SALUT ANAK MUDA 
HONG KONG 
AKHIRNYA DUNIA INI
MILIK KAMU











------------

PROGRAM MELAWAN DAN MENGHASUT

Posted: 28 Sep 2014 07:14 AM PDT

 
 
 

 
 
PROGRAM MELAWAN
 DAN
MENGHASUT
JOHOR BAHRU

Diskusi Ujong Tanah dengan kerjasama PKR Cabang Johor Bahru membawakan "Forum Ulang Tahun Ke-40 Tragedi Tasek Utara"
Panelis :

Hishamuddin Rais
Hassan Karim
Syed Hamid Ali

Tarikh : Jumaat, 3 Oktober 2014
Masa : 8.00 malam
Tempat : Pejabat KEADILAN Johor Bahru, Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, Johor Bahru
 
 

---------

BERITA SEDIH LAGI PILU

Posted: 28 Sep 2014 07:07 AM PDT





Dulu dibuli Umno, kini dibuli PKR dan DAP, kata anak Nik Aziz

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui PAS mangsa buli rakan sendiri DAP dan PKR rentetan krisis di Selangor dan pemecatan ahli majlis di Pulau Pinang baru-baru ini.

Anak Mursyidul Am PAS itu berkata jika dahulu PAS mangsa buli Umno, sekarang mereka dibuli rakan sendiri dalam Pakatan Rakyat (PR).

 "Hari ini, selain umno, PKR dan DAP mula hendak buli PAS.


KAH KAH KAH

woit
ini berita sedih
ini berita sayu
ini berita mengusik jiwa
ini berita amat pilu
ini berita mengoyak hati

kesian meleleh air mata
bergantang gantang air mata meleleh
tak sanggup baca berita ini
kah kah kah



-----------

HOTT TERNOWW TERKINI

Posted: 28 Sep 2014 06:35 AM PDT





PasMa dilancarkan di Terengganu esok ketika PAS melarang penyertaan

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan tetap dilancarkan di Terengganu walaupun mendapat tentangan sengit dari PAS negeri itu yang memberikan amaran agar ahlinya jangan menyertai NGO pelobi Pakatan Rakyat itu. "Rasanya sebagai NGO berdaftar kami tidak salah. Yang salahnya pemimpin PAS di Terengganu yang menyerang rakan dalam Pakatan sehingga melemahkannya.

 "Padahal PAS membuat keputusan memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan," kata Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad.

 Mulai hari ini PasMa memulakan programnya di negeri pantai timur bermula di Pahang petang ini (Ahad) di Raub. Taib mendakwa 300,000 pendengar radio Internet mendengar sesi forum itu melalui DPedas.fm.


 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasma-dilancarkan-di-terengganu-esok-ketika-pas-melarang-penyertaan#sthash.pR4sY8Uj.dpuf

KAH KAH KAH




gwa tak ada apa nak cakap
gwa tak ada apa nak tambah
kah kah kah

SARAWAK SUDAH MERDEKA

Posted: 28 Sep 2014 01:30 AM PDT









KENAPA DULU PAKAI PASPOT
saja nak tanya... kalau sabah sarawak ni malaysia.kenapa zaman mak pak kita kena pakai pasport pi sana? la ni memang dah mansuh. dah tu duduk sabah serawak tak leh lebih masa. kata kita ni malaysia...kenapa ada had masa pulak. kena buat pas kerja kalau nak duduk lebih masa. dan bila dah lebih masa nak keluar dicadangkan keluar ikut labuan. apa semua ini??? apa... tolong la... on TAHNIAH SARAWAK!
Publish | Delete | Spam
underBear
on 9/28/14
ZAMAN SEKARANG
Salam...knp manusia zaman skrg lebih suka berpecah belah dan memporakperandakan negara sendiri..apa motif sebenar yang ingin di capai agknya. jangan kerana segelintir individu ini negara akan dipandang serong dan akhirnya musnah.itu ke yang saudara inginkan..apa kemahuan saudara isham sebenarnya??

cuba tunjukkan teladan yang elok sikit pada lapis2 yang baru.kalaulah dari muda dah disemai sifat begini memang malaysia ni tak jadi apa rakyatnya.takkan disbbkan politik kita berpecah??demokrasi sbnrnya mmg alat utk memecahkan ummah. on TAHNIAH SARAWAK!
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/28/14
BANGANG
Negara paling bangang dalam dunia, sarawak! Dah lama merdeka tapi sanggup jadi hamba pada malaya. Apa punya turrr daaaa on TAHNIAH SARAWAK!
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/27/14





-----------

JANGAN HINA BEROK

Posted: 28 Sep 2014 12:50 AM PDT




INI BUKAN ROAD BLOK
INI MONYET DI JALAN RAYA

INI MATA MATA 
BUKAN MONYET
BUAT ROAD BLOK

Perkara yang tidak boleh dilakukan 

di Malaysia

Kini apabila kita tahu menjadi satu kesalahan kerana mengeji polis sebagai monyet dalam tulisan komen Facebook dan Twitter, di bawah adalah beberapa senarai garis panduan kepada rakyat Malaysia dan pelawat ke Malaysia, Yang Benar-benar Menghasut.

*Jangan lepaskan kemarahan anda dalam laman sosial terhadap anggota polis yang menahan kamu kerana memandu laju dan meminta wang untuk lepaskan kamu.

Mengapa? Kerana ia menjadi kesalahan untuk memanggil pegawai beruniform dengan gelaran tidak senonoh daripada bercakap mengenai rasuah.


-
SATU 

INGATAN
tolong jangan hina berok
tolong jangan hina monyet
tolong jangan samakan
polis dengan monyet
tolong jangan hina binatang 

KAH KAH KAH

----------

NAIK KERETA MINI COOPER

Posted: 28 Sep 2014 12:33 AM PDT








Jangan cakap soal gabung PAS - Umno 

selagi Nik Aziz ada, kata penganalisis

Ketika isu penggabungan Umno dan PAS hangat dibincangkan semula ekoran krisis di Selangor, seorang penganalisis politik mencadangkan lebih baik ia tidak dibincangkan kerana ia termasuk dalam perkara mustahil terutama selagi Mursyidul Am PAS  Nik Aziz Nik Mat masih ada.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Ahmad Sunawari Long (gambar bawah) berkata, lebih baik isu penggabungan ini tidak dibincangkan kerana ia perkara mustahil terutama kepada Nik Aziz.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-cakap-soal-gabung-pas-umno-selagi-nik-aziz-hidup-kata-penganalisis#sthash.DXhfyqEp.dpuf

KAH KAH KAH


woit
ini cakap bahaya
apa jadi
kalau nik aziz
meninggalkan dunia?

KAH KAH KAH
woit
apakah maknanya
akan u-turn 
dengan naik kereta
mini cooper



KAH KAH KAH





-----------

SALUT ANAK MUDA

Posted: 27 Sep 2014 07:30 PM PDT






KOMENTAR
salut anak muda
salut anak muda yang berani
akhirnya dunia ini
adalah milik kamu


Sahabat Adam Adli ambil alih tugas, ikrar bermatian demi hak asasi manusia

Tidak terjejas dengan sabitan bersalah dan hukuman penjara yang dikenakan terhadap aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim dalam dakwaan hasutan besar-besaran Putrajaya, rakan seperjuangannya berjanji untuk meneruskan pertempuran menegakkan hak asasi manusia walaupun diancam pendakwaan mengikut undang-undang zaman penjajah itu.

Ashraf Zulkifli dan Seth, kedua-duanya pelajar di universiti awam tidak akan berganjak daripada perjuangan mendapatkan hak asasi manusia lebih baik di Malaysia walaupun Adam dipenjarakan.

"Kami tidak akan berhenti. Kami tidak akan mudah berputus asa dan tunduk kerana takut kepada pihak berkuasa," kata Ashraf kepada The Malaysian Insider.

Kedua-duanya menyertai dengan kumpulan aktivis yang menggunakan nama "Budak-Budak Bangsar", yang menjalankan kelas falsafah dan politik, serta menganjurkan dapur jalanan dan tuisyen untuk kanak-kanak di kawasan kejiranan itu sebagai sebahagian aktiviti mereka.
"Apa yang kami lakukan sekarang ialah menyedarkan masyarakat. Kita mahu masyarakat di mana mereka tahu hak masing-masing dan ia memerlukan pendidikan," kata Ashraf, 22.

- BACA DI SINI: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sahabat-adam-adli-ambil-alih-tugas-ikrar-bermatian-demi-hak-asasi-manusia#sthash.c70uI87m.dpuf

-----------

ALHUSSEYN

Posted: 28 Sep 2014 03:34 PM PDT

ALHUSSEYN


Pejuang Islam ini macamkah?

Posted: 28 Sep 2014 02:00 AM PDT

Aku suka dengan status sahabat saya ini, Hj Anuar Hashim :


Fakta: Pas kalah di PENGKALAN KUBUR kerana dikatakan tanpa 
sokongn Dap dan PKR. Ok je.. Jangan lak buat lupa di Telok Intan... 


 Pengkalan kubor Pas tewas tapi bukan sbg penyandang. Tempat tersebut memang kubu kuat Umno. Bermula PRU 2004 sehingga sekarang kerusi itu kekal di tangan BN.

Walaupun Pengkalan Kubor sebelum ini ditandingi oleh calon PKR, tetapi kerana PAS berhajat sangat tempat itu, maka PKR dengan rasa berat menyerahkannya kepada PAS.

Kalau PKR bertanding pun, sudah pasti kalah juga sebab PAS akan memboikot calon PKR sebagaimana PAS pernah lakukan kepada calon DAP , Dyana yang tidak bertudung dan cakap tidak sokong Hudud....

Ketika kempen PRK Pengkalan Kubur berlangsung, PAS mengecam segelintir pemimpin PAS yang dituduh terlalu mengikut telunjuk PKR dan DAP. Dah macam Perhimpunan Agong Umno bunyinya siap memaki hamun pimpinan sendiri yang tidak sehaluan dan menempelak PKR dan DAP.

Hj Hadi dalam ucapan penggulungan di muktamar berkata: 
"Ahli-ahli PAS dan pemimpin-pemimpin PAS mesti tahu kita ada perbezaan ideologi dan matlamat perjuangan. Ini mesti faham. PAS berdasarkan kepada Islam, PKR berdasarkan kepada sekular pragmatik, DAP berdasarkan kepada sekular sosialis. Kita bukan satu parti. Ini arah kita tahaluf macam satu parti, nak tidur sama, nak makan sama. Ini silap."
Siapa yang nak tidur sama, nak makan sama? DAP dan PKR ajak sama-sama bermesyuarat. Putuskan perbezaan melalui mesyuarat. Tapi Hj Hadi selalu ponteng.Tau-tau, dia buat keputusan sendiri! Alahai.



Jangan lupa, depa ada duk mai sama-sama sewaktu penamaan calon untuk memberi semangat kepada calon PAS. Tapi hang dah kalut duk gasak rakan tahaluf sendiri, kau nak harapkan depa mai tolong? Silap hang sendiri tidak tahu menghargai rakan tahaluf. Kalut betuilah hang! Depa pun dah hilang semangat, macam mana nak mai tolong bantu bagi semangat kat hang?

Walau bagaimana pun, komposisi pengundi Cina di Pengkalan Kubur hanyalah 0.96 %, 231 orang sahaja.Tidak memberi kesan jika Cina situ memboikot PAS. Paparan berikut menunjukan perlunya PAS muhasabah diri. Jangan hanya pandai mendabik dada bangga diri: 


PAS merosot banyak berbanding BN

Undi DAP jauh merosot.Mana pergi undi DAP? 
BN tak bertambah pun...

Betui lah apa yang sahabat saya kata : Janganlah buat lupa kat Teluk Intan....Cer bandingkan betapa jauhnya merosot undi DAP sebagai penyandang yg penah memenanginya dgn majoriti besar di situ, tetapi gara-gara kawan tahaluf siasi main tikam belakang....DAP kecundang. Undi BN tidak bertambah banyak mana pun. Lihat rajah atas.Kemana pergi undi DAP sebelum ini?

Rupa-rupanya depa memerap undi kat rumah....korang bacalah sendiri analisa keputusan PRK Teluk Intan oleh Mazlan Aliman berikut:



(Penjelasan : Saya telah cuba susuli status asal di Fbook Mazlan Aliman, tapi nampaknya dia dah delete ... Saya semak  statusnya selepas May 30 dan hanya menulis pada 10 Jun 2014. Hanya Mazlan Aliman sahaja tahu kenapa. Mujurlah aku masih ada menyimpan status bekas Ketua Pemuda Tambun nih!)

Ada tak dengor DAP melenting kata PAS Barua atau pengkhianat bagai? Depa pun manusia juga, bukan plastik, itu pinjam kata-kata Mat Sabu...

Walaupun depa tu kapiak, sosialis sekular bagai... mereka tak seperti sesetengah orang kita yang pakai lebai dan berjanggut berjurai, maki seranah ikut nafsu serakah....pejuang Islam ini macamkah?

Biaqpila

Posted: 28 Sep 2014 03:13 PM PDT

Biaqpila


TINDAKAN KEJAM DBKL UNDANG RESPON NEGATIF PENGGUNA MEDIA SOSIAL

Posted: 28 Sep 2014 06:33 AM PDT








Kenyataan Media


Tindakan Kejam DBKL Undang Respon Negetif Pengguna Media Sosial

Telah tersebar secara meluas di laman sosial, sebuah klip footage berdurasi hampir 3 minit yang menunjukkan bagaimana kejamnya pendekatan penguasa DBKL ketika menjalankan tugas. Klip tersebut memperlihatkan penguasa DBKL merampas barang peniaga untuk tujuan disita hingga menimbulkan pergelutan antara penguasa dan orang awam.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius cara yang sangat tidak beretika pihak DBKL menangani peniaga kecilan yang juga merupakan rakyat tempatan. Apakah DBKL tidak mempunyai perasaan dan hati perut?

Harus diingat, rakyat Malaysia ketika ini menghadapi kemelut kewangan yang parah. Fakta menunjukkan nisbah hutang isi rumah telah mencecah 854 bilion bersamaan 86.8% Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK). Hampir 80% rakyat Malaysia tidak mampu menyimpan (saving) di atas kesempitan hidup dengan kenaikan harga barang/perkhidmatan yang tidak terkawal.

Justeru, berniaga secara kecil-kecilan menjadi trend rakyat Malaysia untuk menampung keperluan bulanan selain kerja tetap. Dalam masa sama, peluang untuk mendapat ruang perniagaan telah dimonopoli oleh golongan tertentu termasuklah warga asing. Ini yang berlaku dalam negara dan ia tidak dapat dikawal.

Sebagai contoh, wujud pasar kemboja, pasar vietnam di merata ceruk. Pusat perniagaan Chow Kit pula telah dikuasai warga asing manakala pusat perniagaan barang tiruan terbesar negara iaitu Petaling Street telah diiktiraf sejak sekian lama. Malah, Petaling Street dibangunkan dengan bumbung dan pintu gerbang yang menelan perbelanjaan besar serta mendapat layanan istimewa dari penguasa.

Mengapa wujud perbezaan layanan seperti ini? Apakah kerana rakyat tempatan yang baru hendak mulakan perniagaan tidak mampu membayar 'wang perlindungan' maka perniagaan halal mereka diberkas?

Persoalan ini turut diluahkan oleh ramai pengguna laman sosial yang telah menonton klip tersebut. Orang ramai berpendapat DBKL tidak berani mengambil tindakan terhadap warga asing yang berniaga di merata tempat tetapi bertindak kasar dengan warga tempatan. Ini bukan kes pertama DBKL bertindak buas dan tidak berperi kemanusiaan, banyak lagi gerai rakyat tempatan diroboh penguasa DBKL telah dilaporkan.

SAMM memberi amaran kepada DBKL supaya tidak menguji kesabaran rakyat. Janganlah bertindak seperti zionis terhadap rakyat sendiri, malah zionis Israel tidak pernah menindas rakyatnya sendiri.

SAMM juga mencadangkan supaya diwujudkan mekanisma pengeluaran permit 'on the spot' kepada peniaga tempatan, dengan syarat-syarat tertentu seperti tahap kebersihan jualan (jika berbentuk hidangan) dan persekitaran.

Pokoknya, soal peniaga kecilan ini wajar diselesaikan cara yang berhemah dan tiada keperluan untuk bertindak kasar khususnya terhadap warga tempatan.

"Rakyat bersatu tidak dapat dikalahkan"

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


LAWAK AHAD: TUHAN

Posted: 27 Sep 2014 06:55 PM PDT


Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika: "Anak-anak, nampak tak pen ini?"
Murid-murid: "Nampak cikgu."
Guru tadika: "Pen ada kan?"
Murid-murid: "Ada cikgu."

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika: "Anak-anak, nampak tak pen?"
Murid-murid: "Tak nampak cikgu."
Guru tadika: "Pen ada tak?"
Murid-murid: "Tak ada cikgu."
Guru tadika: "Anak-anak nampak Tuhan tak?"
Murid-murid: "Tak nampak cikgu."
Guru tadika: "Tuhan ada tak?"
Murid-murid: "Tak ada cikgu."

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Burhan lalu dia pun mengangkat tangan...

Burhan: "Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?"
Guru tadika: "Boleh, mari ke depan."
Burhan: "Kawan-kawan nampak cikgu tak?"
Murid-murid: "Nampak."
Burhan: "Cikgu ada kan?"
Murid-murid: "Ada."
Burhan: "Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?"
Murid-murid: "Tak nampak."
Burhan: "Cikgu ada otak tak?"
Murid-murid: "Tak ada."



DUNIACACAMARBA

Posted: 28 Sep 2014 03:04 PM PDT

DUNIACACAMARBA


PAS pada Pandangan Bukan Islam

Posted: 27 Sep 2014 04:46 PM PDT



PAS yang Saya Kenali 

[Harakah] Gelombang "Reformasi" meledak sebelum saya memasuki dewan peperiksaan SPM. Saya tidak mengenali PAS ketika itu. Imej PAS dibentuk melalui bacaan komentar dalam media bahasa Cina. Negara Islam, hukum hudud, konservatif, ektremis dan sebagainya, antara inilah yang paling memahat dalam minda.

Pengalaman bersemuka dengan orang PAS hanya bermula selepas memasuki universiti. Kami dibawa senior untuk menghadiri ceramah politik. Ketika itu saya amat teruja dengan ucapan Mahfuz Omar yang berapi-api. Kemudian kami diatur untuk berdialog dengan Hu Pang Chaw (bekas Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS), melawat ke Kelantan untuk melihat dengan mata sendiri keadaan sebenarnya.

Pemikiran kami dipengaruhi senior pada ketika itu, yang aktif dalam DEMA – satu pertubuhan mahasiswa. Kami lebih cenderung untuk mempertahankan Barisan Alternatif, maka DAP dianggap sebagai "penghalang", yang menggagalkan pertukaran kerajaan. Kami berkempen untuk calon Parti KeADILan ketika PRU11 pada tahun 2004. Seringkali kami ditanya oleh pengundi Cina yang tebal prejudisnya terhadap agama, bagaimana ulamak boleh mentadbir negeri, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa tentang ekonomi?

Terpegun juga kami di situ, kerana gagal memberi jawapan. Akhirnya kami dicelikkan seorang senior, "Padahal pemimpin tertinggi hanya memainkan peranan untuk memastikan agar halatuju pentadbiran tidak terpesong dari landasan demokrasi. Soal teknikal dalam pentadbiran boleh diuruskan oleh teknokrat dan birokrat." Kami menganggap jawapan itu memuaskan, lalu kita menggunakan jawapan skema ini berkali-kali untuk meyakinkan mereka yang masih keraguan.

Ini kisah lama. Generasi kami melalui proses kematangan secara berperingkat-peringkat. Pada satu peringkat saya mulai bersikap kritis terhadap PAS. Saya masih ingat pengalaman saya sebagai wartawan, hadir di sidang media Mujahid Yusof Rawa, yang pada ketika itu bersungguh-sungguh untuk berdialog dengan masyarakat Cina selepas PRU11.

Beberapa soalan dilontarkan oleh wartawan Cina lain, berdasarkan prejudisnya terhadap PAS. Mujahid ketika itu berjaya menyanggah tuduhan-tuduhan dalam soalan itu dengan fakta, kerana sememangnya PAS tidak seburuk sebagaimana yang digambarkan. Akhirnya saya mengajukan soalan, bagaimana PAS mendakwa dirinya mendukung kebebasan bersuara, sedangkan dirinya mengharamkan tulisan Farish Noor dan Khalid Jaafar di Harakah, ketika itu.

Giliran Mujahid terpegun seketika dengan soalan itu. Bagaimanapun soalan-soalan sedemikian kerap ditimbulkan pada zaman pasca PRU11 dan sebelum PRU12. Saya masih ingat pengalaman Dr.Dzulkefly Ahmad diasak oleh NGO dalam satu forum, bagaimana PAS mendakwa dirinya memperjuangkan kebebasan berpersatuan, sedangkan PAS mengambil sikap yang agak keras terhadap Sister-In-Islam, sehingga mencadangkan agar ianya diharamkan?

Namun saya sedar keperluan politik ketika itu. Saya nampak bagaimana sekumpulan pemimpin PAS, seperti Mohamad Sabu, Hatta Ramli, Dzulkefly Ahmad, Syed Azman dan lain-lain lagi, turun untuk memprotes kenaikan harga minyak. Maka semakin yakinlah saya bahawa adanya sekumpulan pemimpin dalam PAS yang memperjuangkan nasib rakyat. Lebih penting, susuk tubuh pemimpin inilah yang dijadikan contoh untuk meyakinkan masyarakat Cina bahawa PAS juga komited dalam perjuangan pendemokrasian politik dan ekonomi. Ikon-ikon ini digunakan untuk memecah imej stereotaip masyarakat Cina, bahawa pemimpin PAS hanya memperjuangkan isu agama semata-mata.

Ia memakan tempoh bertahun-tahun untuk membina semula keyakinan khalayak umum terhadap PAS. Ramai Cina yang masih ragu-ragu, takut bahawa PAS akan bersikap angkuh seperti UMNO setelah berkuasa. Mungkin PAS tidak mengambil pendekatan perkauman, tetapi diganti dengan agama. Maka kami cuba menonjolkan betapa indahnya Islam yang ditampilkan PAS. Tokoh-tokoh seperti Mat Sabu dijadikan jambatan, untuk membawa masyarakat Cina mengenali semula Islam yang ditampilkan PAS. Barulah masyarakat Cina mula menghayati nilai Islam, dan menyanjung Tok Guru Nik Aziz melalui kesederhanaan cara hidup beliau.

Kesemua ini dilonggok sedikit demi sedikit, dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun – sehinggalah kita mengecapi hasilnya dalam PRU13. Hasil perjuangan ini bukan datang dengan tohmahan atau tuduhan tanpa bukti ke atas benda yang belum kita tahu. Ia datang dengan curahan titisan peluh mereka yang memperjuangkan perubahan dan pendemokrasian di Malaysia.

Secara terus-terang saya terkilan dengan apa yang berlaku dalam tempoh beberapa bulan ini, khususnya muktamar kali ini. Belum berkuasa sudah ada orang PAS yang menggunakan istilah "jentik" terhadap "non-muslim". Malah label-label dihamburkan begitu sahaja secara terbuka tanpa bukti. Ada pula yang secara angkuh mempertikaikan kelayakan Wan Azizah untuk mentadbir. Pemimpin yang selama ini menyumbang untuk menggilap imej PAS seperti Mat Sabu, cuba dihina. Malah muktamar PAS membenarkan perwakilan untuk membaca doa bagi mengutuk rakan seperjuangannya!

Saya tidak terdaya untuk mempertahankan gelagat sebegini. Molek bunyinya untuk mendakwa "kita meraih perbezaan pandangan", "mendengar luahan dari hati pemimpin" dan sebagainya. Namun orang umum tidak mempertikaikan perbezaan pandangan dalam PAS, yang dipertikaikan adalah cara untuk menangani perbezaan pandangan. Hatta Mahathir Mohamad, musuh politik kita sekalipun kita doakan agar beliau dipanjangkan umur, mengapa dibacakan doa untuk mengutuk pemimpin dalam parti?

Orang yang kuat agama sentiasa menyeru agar kita bersyukur. Bersyukur kepada Tuhan mempunyai maksud tersurat, bahawa apapun kejayaan kita padahalnya disempurnakan Tuhan, dengan mempertemukan kita dengan orang-orang yang sudi membantu kita. Maksud tersiratnya saya tafsirkan sebagai "padahal kehebatan kita tidak ke mana tanpa faktor-faktor lain yang turut sama menyumbang".

Hari ini kita menyaksikan bagaimana sekumpulan perwakilan cuba menyerang tokoh-tokoh yang membina semula keyakinan orang ramai terhadap PAS seketika dahulu. Mereka menyerang kedua-dua orang ADUN yang menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, seolah-olah tidak sedar bahawa dua orang inilah yang menjadi "penyelamat Pakatan Rakyat di Selangor" di mata kebanyakan penyokong.

Saya tidak pasti apakah ini PAS yang saya kenali. Hu Pang Chaw yang seketika dahulu cuba membuktikan bahawa masyarakat Cina boleh menyokong PAS – kini sudah tiada tempat di dalam parti. Tokoh yang seketika dahulu turun untuk bertembung dengan FRU, kini dijadikan sebagai musuh dan parasit dalam parti.

Loceng amaran membingitkan telinga, apabila saya membaca komen-komen dalam laman sosial. Ada yang kata lebih baik PKR dan DAP meninggalkan PAS sebelum diheret untuk tenggelam bersama PAS. Saya tidak terkata apa-apa, melainkan menterjemahkan semula apa yang saya nampak kepada kalian. – Lim Hong Siang/Harakah versi cetak, 26-28 September 2014, edisi Jumaat





18 Coli Didakwa Milik PUNTIANAK

Posted: 27 Sep 2014 04:36 PM PDT


Sekadar hiasan.

[Harian Metro] Klaten: Penduduk sebuah kampung di daerah Jawa Tengah ini gempar apabila 18 coli ditemui tersidai di jemuran belakang rumah seorang penduduk, kelmarin.

Sehubungan itu, ketua polis daerah berkenaan, Suginoto berkata, pihaknya akan menyiasat dan menjejaki pemilik pakaian dalam itu. 

"Kami sudah menerima laporan dan sudah mengambil coli itu untuk menjalankan siasatan. 

"Kami juga ingin tahu motif orang yang meletakkan coli itu di rumah berkenaan," katanya.. seperti yang dipetik akhbar tempatan, Jateng Pos.

Polis mengambil coli berkenaan untuk memastikan tidak ada perkara buruk berlaku. Selain itu, beberapa kenyataan daripada penduduk juga diambil.


Penemuan coli itu menggemparkan penduduk kampung berkenaan kerana khabar angin mendakwa ia milik puntianak. 

Seorang penduduk, Eko, 22, yang mendiami sebelah rumah tempat coli itu ditemui berkata, sebelum ini, 17 coli bersaiz besar ditemui di tempat sama. 

"Ini kejadian kedua. Sebelum ini pernah berlaku. Dulu jumlahnya 17 dan saiznya juga besar. Penduduk membakar semuanya," kata Eko. 

Menurutnya, coli itu berada di ampaian jirannya secara tiba-tiba. 

"Ada penduduk mendakwa melihat wanita tua, berkuku dan berambut panjang di kawasan itu," katanya. 

Cerita penemuan coli itu tersebar begitu pantas, termasuk ke kampung berhampiran menyebabkan ramai yang datang ke rumah terbabit untuk melihat sendiri coli yang tergantung itu. 

Mulanya jumlah coli yang ditemui 18. Tetapi, ketika polis tiba, jumlah berkurangan kepada 17. 

"Mungkin ada yang datang untuk melihat mengambil satu coli itu," kata Eko. - 28/9/14/JPNN


[Gambar] Tubuh Wanita Hamil Berkecai Digilis Kereta Api

Posted: 27 Sep 2014 04:16 PM PDT


[TerengganuTimes] Alor Setar – Seorang wanita bersama janinnya maut dipercayai digilis kereta api barang yang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Pulau Pinang, berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah, dekat sini, pagi ini.

Mayat Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, yang juga ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan ditemui penduduk kampung yang kemudiannya memaklumkan kejadian kepada polis.

Difahamkan, mangsa difahamkan ke kedai berhampiran rumahnya kira-kira 8 pagi, namun gagal pulang selepas 30 minit menyebabkan ahli keluarga termasuk suaminya keluar mencarinya.

Bagaimanapun, mereka kemudian dimaklumkan penemuan mayat dan janin cukup sifat dalam keadaan menyayatkan hati di landasan kereta api terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan kejadian 10 pagi.

"Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah," katanya. -28/9/14



Berkaitan:

Ibu, Janin Berkecai

[Harian Metro] Alor Setar: Seorang wanita yang sarat mengandung ditemui meninggal dunia dalam keadaan mengerikan dengan anggota badannya terpisah, begitu juga janinnya, akibat dilanggar kereta api dalam kejadian berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa, Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, yang sarat mengandung tujuh bulan ditemui dalam keadaan anggota badan terpisah pada jarak kira-kira 50 meter manakala janinnya, daripada bahagian pinggang ke bawah, dijumpai di tepi landasan kereta api oleh penduduk kampung.

Penduduk kemudiannya memaklumkan kejadian kepada polis.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 bulan dilihat berjalan di sekitar kampung berkenaan sambil menegur beberapa penduduk.

Tanpa disedari, Ku Nurul Shuhada masuk ke kawasan landasan kereta api yang berpagar itu.

Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Saiful, 43, berkata, Ku Nurul Shuhada memaklumkan mahu ke kedai yang terletak berhampiran kediaman mereka.

"Bagaimanapun, saya tidak sedap hati apabila isteri masih tidak pulang selepas 30 minit sedangkan kebiasaannya, ia hanya mengambil masa kira-kira 10 minit.

"Saya bersama bapa mentua, Ku Rosli Ku Hassan yang berusia 50-an, dengan bantuan penduduk kemudian keluar mencari Ku Nurul Shuhada di sekitar kawasan kampung tetapi gagal sebelum pulang ke rumah jam 10 pagi," katanya ketika ditemui di Balai Polis Alor Setar.

Menurut Saiful, tidak lama kemudian, penduduk kampung memaklumkan ada kejadian membabitkan orang dilanggar kereta api di belakang kampung, lalu dia pergi ke sana untuk mengetahui siapa mangsanya.

"Apabila melihat baju serta serangkai kunci kereta, saya terus sebak kerana tahu ia adalah mayat isteri kerana saya memang mencari kunci kereta dan arwah pula membawanya bersama.

"Isteri saya mengalami kemurungan sejak beberapa bulan lalu. Kami sudah melakukan pelbagai ikhtiar termasuk mengubatinya secara tradisional. Keadaannya berubah agak baik tetapi kembali teruk seperti sejak seminggu kebelakangan ini," katanya.

Ku Rosli pula berkata, dia puas mencari anak sulung daripada lima beradik berkenaan selepas Ku Nurul Shuhada keluar dari rumah.

"Dia (Ku Nurul Shuhada) keluar rumah (ke kedai) dan lambat balik lalu saya keluar cari melilau (merata-rata) sampai ke hospital tapi dia tiada. Apabila balik rumah, orang beritahu ada kemalangan di landasan kereta api, saya tak sangka dia boleh ditimpa kejadian itu.

"Arwah salam saya dan salam serta cium ibunya juga sambil minta maaf kelmarin. Saya kata, dari dia beranak (lahir) sehingga la ni (sekarang), sudah maafkan dia (Ku Nurul Shuhada), selepas itu dia hanya gelak," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika mengesahkan perkara terbabit berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dipercayai digilis kereta api barang yang dalam perjalanan dari arah Bukit Kayu Hitam menuju ke Pulau Pinang.

"Kami menerima laporan berkaitan kejadian jam 10 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar untuk melakukan siasatan di tempat kejadian.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat," katanya. - Ahmad Saufi Mansor/28/9/14



PKR Kecewa Kenaikan Tarif Air di Johor

Posted: 27 Sep 2014 04:10 PM PDT



[Malaysia Kini] PKR Johor kecewa dengan kenaikan tarif air di negeri Johor bermula pada tahun depan yang turut menyaksikan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula April 2015.

ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah dan Ketua Cabang PKR Johor Bahru Akmal Nasir menggesa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasni Mohammad menjelaskan kenaikan itu atas alasan menjaga kepentingan Syarikat Air Johor (SAJ).

Dalam kenyataan bersama, mereka mendakwa Hasni mengumumkan kenaikan itu ekoran kenaikan kos merawat air akibat kenaikan elektrik dan meningkatnya pencemaran air.

"Adakah benar kerajaan Johor meletakkan kepentingan SAJ yang majoriti sahamnya dipegang oleh syarikat swasta sebagai perkara utama tanpa mengambil kira nasib rakyat Johor juga berdepan dengan peningkatan kos sara hidup?

"Adakah kerajaan negeri tidak peka bahawa rakyat Johor akan turut berdepan kenaikan harga barang akibat pelaksanaan GST yang akan bermula pada April 2015?" kenyataan bersama mereka dipetik.

Dalam kenyataan sama mereka turut mempersoalkan alasan tarif air Johor yang merupakan yang tertinggi dalam negara terus dinaikkan ketika ia baru sahaja dinaikkan pada 2011.

Mereka juga mempertikaikan dasar air percuma di Johor yang didakwa hanya dinikmati sebahagian kecil pengguna sahaja.

"Mengikut jawapan di sidang DUN tahun 2013, hanya 791 keluarga menerima manfaat skim ini sedangkan terdapat lebih kurang 1.5 juta akaun pengguna yang berdaftar dengan SAJ," kata mereka lagi. -27/9/14


P/s: Masa PRU13, bukan main hebat promosi air percuma di Johor, rupa2nya hanya 791 keluarga yang terima manfaat walaupun ada lebih 1.5 akaun pengguna yang berdaftar dengan SAJ.

Nasiblah orang Johor yang masih memilih Amno.

Sebelum ii juga Kerajaan P. Pinang bercadang untuk menaikan tarif air. Tindakan ini dijaja satu Malaysia dan laporan dibuat seolah-olah kerajaan negeri bertindak zalim dan membebankan rakyat.

Mari kita lihat carta tarif air mengikut negeri pada tahun 2012:


Berdasarkan carta di atas, walaupun kerajaan P. Pinang menaikkan tarif harga 100%, harga air di sana masih lagi antara yang terendah di Malaysia. Bayangkan jika Johor menaikkan tarif air? Hidup Melayu!



Kalau Bukan Kerana Mereka, Khalid Mungkin Masih MB

Posted: 27 Sep 2014 03:58 PM PDT


Penasihat DAP, Lim Kit Siang (tengah) bersama Adun Morib, Hasnul Baharudin dan Adun Hulu Kelang, Shaari Sungib. - Foto Sinar Harian Online

[Sinar Harian] PETALING JAYA - Kalau bukan kerana tindakan dua Adun Pas yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, mungkin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal sebagai menteri besar.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rashyakaran berkata, tindakan Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib inilah yang mengubah haluan krisis politik Selangor dan akhirnya membawa kepada penyelesaian konflik.

"Walaupun pada asalnya sokongan itu dibuat untuk Wan Azizah, tetapi akhirnya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang dipilih.
"Mereka ini bukan pengkhianat, mereka ini perwira rakyat. Disebabkan mereka, cubaan Umno untuk bergabung dengan Pas dan membentuk kerajaan di Selangor tidak berjaya," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam DAP di sini, malam ini.

Katanya lagi, tindakan dua Adun tersebut dianggap wira kerana menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR).

Hasnul dan Shaari adalah dua ahli Pas masing-masing Adun mewakili kawasan Morib dan Hulu Kelang yang menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Abdul Khalid.

Tindakan dua Adun tersebut jelas tidak diketahui pimpinan Pas dan mereka kini berhadapan dengan tindakan tatatertib yang bakal diputuskan oleh Pas Pusat.

Turut hadir dalan majlis tersebut ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib. - 27/9/14/FATHIN ATHIRAH HASLI


P/s: Fakta ini cuba dibelitkan oleh macai UG.  Mereka masih mempertahankan tindakan Presideng dan 4 Exco menyokong Tan Sri Khalid yang sudah dipecat oleh PKR. Bagi mereka 4 Excotersebut merupakan wira sebenar yang mengelakkan "Kerajaan PR" daripada tumbang. Walhal yang dipertahankan oleh mereka ialah Kerajaan PUKI (PAS + UMNO + Khalid Ibrahim). Sedangkan pada masa itu, TSKI telah memecat hampir kesemua ADUN DAP dan PKR. YB Roziah kemudian mengambil tindakan meletakkan jawatan untuk menyatakan solidariti dan sokongan kepada PR.

Malah, PR sendiri melalui calon pilihan mereka sudah memperoleh sokongan 30 ADUN dan jika mengikut kes Perak, peralihan kuasa sepatutnya berjalan dengan lancar. Namun, penolakan geng pak lebai terhadap calon PR menyebabkan krisis ini berlanjutan.  

Kenyataan "Kalau Bukan Kerana Mereka, Khalid Mungkin Masih MB" menunjukkan sikap kumpulan Presideng dalam isu MB ini.


Kerabu Bersuara ®

Posted: 28 Sep 2014 03:01 PM PDT

Kerabu Bersuara ®


Suspek kes rompak di pasir puteh. Sebarkan!

Posted: 28 Sep 2014 04:14 AM PDT



Diberi maklumat seorang wanita cina hampir putus tangan kerana gelang diragut.

Tolong sebarkan. Tangkap manusia ni hidup-hidup!

Fakta Pilihanraya Kecil

Posted: 28 Sep 2014 03:50 AM PDT



Biar jelas sebelum tibai.

Kaki Fitnah Dah Mula U Turn Pula

Posted: 27 Sep 2014 11:37 PM PDT



Lepas fitnah, orang jawab dengan fakta dan gambar, mula la pusing tajuk lain.

Nak pusing sampai mana bang?

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 28 Sep 2014 01:25 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


HARGA RUMAH - MELAYU TERTIPU LAGI

Posted: 27 Sep 2014 06:32 PM PDT

PAS KINI TERUS DI PERTIKAIKAN

Posted: 27 Sep 2014 06:24 PM PDT

SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 28 Sep 2014 01:19 PM PDT

SOKONG PAKATAN RAKYAT


CIKGU BAD DAN AZMIN BERDAMAILAH

Posted: 27 Sep 2014 10:52 PM PDT

Akhirnya Azmin Ali jadi MB.  Selain dikhuatiri beliau akan berperangai macam pimpinan Umno, Azmin layak sebagai MB. Ha ha.

Sebagai penggerak awal reformasi dan pendokong utama Anwar, Azmin adalah calon yang paling sesuai.  Jika Cikgu Badrol tak ngam dengan Azmin, cubalah belajar bekerjasama.dengan  Azmin. Ha ha. Cikgu Badrol pun pejuang politik yang baik. Kita  mahu kedua dua tokoh ini terus berperanan dengan hebat untuk terus melawan Umno/BN.  Rakyat juga akan rugi jika mereka sabotaj mensabotaj satu sama lain.  Cukuplah geng Ustaz muda  buat kat Mat Sabu dalam Pas. Woooo.

Azmin mepuunyai cukup masa sebelum PRU akan datang untuk berbuat sesuatu yang baik di dalam kerajaan negeri Selangor.

Selamat bekerja Azmin!!!

"BERANI KERANA BENAR!"

Posted: 28 Sep 2014 11:34 AM PDT

"BERANI KERANA BENAR!"


Saya orang kecil

Posted: 28 Sep 2014 12:53 AM PDT

Oleh SHARIF PUTERA

INI kali ketiga Usu Dolah panjat bangunan 18 tingkat itu dalam tempoh dua minggu. Ini hajat yang tidak boleh disekat. Menyekat hajat bermakna mengakui gagal. Gagal bukan prinsip hidup Uda Dolah, sasterawan kerdil dari Kampung Hujung Pasir.

Tetapi dalam usia yang hampir melangkah 66 tahun ini, prinsip itu mungkin berakhir. Dia tidak akan memanjatnya untuk kali keempat, takdirnya hajat itu tidak juga kesampaian. Sebaik-baik sahaja dia tiba di permukaan lif iaitu pukul sepuluh suku pagi, hajat itu akan dikuburkan.

Memang sahlah cerita orang, suara halus itu melintas deras ke dalam hatinya, Datuk Makhluk tidak berminat dengan cerita daripada orang luar. Memang benarlah juga, siang malam dia dalam kipasan rakan taulan yang menunggu buah sampai ke tangannya. Barangkali hukumnya, orang seperti Usu Dolah yang serba selekeh tidak begitu dilayan, sungutnya sendiri.

Ketika lif paling kanan terbuka dan memuntahkan lima orang lelaki yang kesemuanya memakai tali leher, Uda Dolah menapak ke dalamnya. Di belakangnya dan bersama masuk dua pekerja perempuan berpakaian serba putih dengan masing-masing memegang sebuah baldi dan sebatang penyapu.

" Pak Cik nak ke tingkat berapa?" Tanya pekerja perempuan itu sambil tangannya pada papan tunjuk tingkat lif.
" Enam belas!"
" Nak jumpa Datuk ke?"
" Hajatnya tu."
" Rasanya hari ni Datuk tak masuk pejabat."
" Mana kamu tahu? Kamu kerja dalam pejabat Datuk ke?"
" Saya tukang sapu pejabat dia," balas pekerja perempuan itu.
" Saya datang kali ketiga ni."

" Sikit tu Pak Cik. Kelmarin saya jumpa seorang tu datang kali ke-10. Tak jumpa-jumpa juga. Dia sumpah saya. Tak pasal-pasal saya kena marah."

Usu Dolah menyapu dagu yang memiliki sejemput janggut. Tidak berusaha menjawab cerita dan aduan pekerja wanita itu. Mungkin nasibnya berbeza. Dia datang itu pun selepas diberi tarikh oleh seorang pegawai dalam sebuah bilik .

"Saya cadangkan Pak Usu datang semula hari Selasa depan. Insya-Allah Datuk ada. Datuk tak ada jadual hari itu."

Lega Usu Dolah mendengar pegawai itu menuturkan janji walaupun pedihnya selepas menunggu lebih sejam di luar biliknya.

Kalau saya datang kali ketiga Selasa ini, akan jadi macam ini juga? Kali pertama pun janji yang sama? Macam hafal saja.

Pegawai itu seperti tersintak. Merah padam mukanya macam udang kena bakar. Usu Dolah merasakan pegawai itu terkena tempias sindiran. Mungkin pertama kali dilaluinya. Orang lama seni janganlah dipermainkan, katanya dalam hati. Pegawai itu meraba sebuah diari di hujung sikunya.
Cuba membuka tetapi menutupnya kembali. Gelisah amat. Tiba-tiba matanya terarah kepada sebuah sampul surat di tangan kanan Usu Dolah.

"Kalau ada apa-apa surat untuk disampaikan, apa salahnya Pak Usu tinggalkan untuk saya serahkan kepada Datuk."

"Yang penting saya nak berjumpa mata dengan ketua saya. Saya pengundi kawasan dia. Saya tak akan puas kalau saya tidak dapat menerangkan lebih lanjut apa yang saya tulis dalam surat pendek ini. "

Dan Usu Dolah meninggalkan muka separuh kecewa di meja pegawai khas Datuk Makhluk.
Ketika turun dari lif Usu Dolah teringat kata-kata anak saudaranya Majid, yang datang ketika dia berehat di bengkel ukirnya selepas waktu solat Zuhur sehari selepas dia gagal menemui Datuk Makhluk pada kali pertama itu.

"Pergi ke rumah dia saja," anjurnya.

Usu Dolah mendongak muka bulat anak saudaranya. Melihat hidungnya yang lebar dan kepalanya yang separuh gondola. Dia meletakkan pahat kecil di sisi lutut.

"Apabila jadi orang besar umpama kuih nikbat di atas meja. Letak sekejap saja akan penuhlah semut. Datuk Makhluk macam tulah. Berjujut orang di rumahnya. Rata-ratanya orang senang dan nak senang lagi. Nak minta projek. Selasarnya penuh. Sampai diturunkan kerusi ke bawah pokok pauh. Ayah Su ni tukang ukir. Orang seni, bukan kontrakor. Ayah Su sekadar nak jumpa, nak cakaplah sikit."

"Biar saya cakap kepadanya yang Pak Usu nak jumpa."
"Tak payah. Tak boleh jumpa di rumah, Pak Usu ke pejabat."
"Lagi susah Pak Usu."
"Lelah Pak Usu tak kena mengena dengan orang."

Sampai sekarang Majid tidak lagi menjengok rumahnya. Usu Dolah tidak ambil kisah sama ada anak saudaranya itu merasa kecil hati terhadap layanannya atau ada hal lain. Marahnya pun tidak jadi kudis gatal kepadanya. Sudah acap kali dia kena marah kerana tidak sempat siapkan ukiran cemagan pintu tempahan orang.

Lagi pun bukan penat mana berjalan dari tempat letak kereta ke bangunan utama pejabat Datuk Makhluk itu. Hajat yang hendak disampaikan itu bukan hajat peribadinya. Dia akan bercakap mewakili ramai karyawan biarpun mereka tidak memintanya diwakili.

Sudah hampir sedekad, orang seni sepertinya tidak diberi perhatian walaupun ukirannya sudah terpapar di beberapa bangunan kedutaan Malaysia di luar negara. Lukisan cat minyak karya rakan pelukisnya seperti Zek dan Jali juga sudah berada di bilik-bilik hotel mewah di ibu kota dan khabarnya tergantung di pejabat perdagangan negara di beberapa kota perdagangan di Eropah. Tak ada sesiapa ambil peduli .

Novelis Salehuddin sudah banyak karyanya diterbit. Sudah ada diterjemah ke beberapa bahasa dunia, dibaca ribuan orang. Pun tidak ada yang ambil hirau. Usu Dolah rasa kecewa dan marah apabila seorang ahli sukan yang menang di peringkat global disambut, disanjung begitu rupa dengan pelbagai hadiah yang lumayan: dapat duit puluhan ribu, dapat tanah lagi. Hanya sekali itulah sahaja. Hanya sekali.

Tetapi pengukir sepertinya, pelukis seperti Zek dan Jali, Salehuddin dan ramai lagi yang sudah tersohor dan sudah kerap kali namanya disanjung dalam halaman seni seperti pengemis. Sudah berdekad mencipta nama.

Dia mahu orang besar itu dapat mendengar luahan hatinya. Mendengarnya sahaja sudah memadai. Hendak menerima atau tidak bukan urusannya lagi. Kalau separuh daripada hujah yang disampaikan itu meresap ke dalam hati pembesar itu memadai. Lenalah dia tidur, amanlah jasadnya ditakdirkan dia pergi.

Usu Dolah sudah masuk ke dalam pejabat Datuk Makhluk. Diminta duduk oleh penyambut tamu seorang perempuan muda yang separuh cantik.

"Pakcik nak jumpa Datuk ke?" soal perempuan muda dari meja kaunter. Hanya wajah separuh comelnya yang kelihatan. Usu Dolah angguk.

"Datuk belum masuk," sambung perempuan itu, selamba.
"Saya ni orang pertama sampai agaknya," kata Usu Dolah.
"Tak semestinya orang pertama dapat jumpa awal," tingkah perempuan di kaunter itu.
"Kenapa jadi begitu?"
"Sekejap lagi orang besar dari KL nak datang. Dua hari lepas mereka buat janji."
"Pakcik dah tiga minggu."
"Nasib orang kecik pakcik," suara simpati daripada perempuan kaunter.
"Kalau pak cik jadi orang besar mungkin tak jadi begini ya?"
"Pakcik nak minta balak ke?"
"Pakcik bukan ada kilang papan," balas Usu Dolah, jujur.
"Tapi saya dapat tahu yang minta balak tu bukan ada kilang pun. Mereka nak kaya segera, nak beli kereta besar, lepas tu cari bini dua tiga."

Usu Dolah senyum. Menurunkan cermin mata berbingkai hitam yang dipakainya ke atas pahanya. Dia yakin dengan apa yang diperkatakan pegawai perempuan kaunter itu. Sebahagian pejuang bangsa hari ini merosakkan pertubuhan yang diwakilinya.

"Pak nak jumpa Datuk, nak minta Datuk bina sebuah kompleks budaya macam di Solo. Semua orang seni berkumpul di situ. Yang pandai ukir buat kerja ukir di sana. Yang pandai lukis, melukis di sana. Yang pandai main drama berlatih dan bermain di sana. Yang nak tulis cerita ,tulis di sana. Bukan untuk pakcik tapi untuk generasi baru yang sudah hanyut."
"Bagus idea pakcik tu," puji perempuan kaunter.

Usu Dolah merasa sedikit lega. Ada manusia yang memuji ideanya itu. Tetapi bukan sasaran perempuan itu untuk didengar. Dia mahu Datuk mendengar. Biar Datuk Makhluk mendengar sendiri cadangan dan rintihannya.

Ketika Usu Dolah hendak menyambung pandangannya, tiba-tiba perempuan separuh cantik di kaunter itu bangkit dan berjalan tergesa-gesa ke pintu besar. Pegawai Datuk yang pernah ditemui Usu Dolah menerpa sama. "Orang dari KL datang pak," ujar wanita itu, menarik daun pintu. Daun pintu terkuak lebar. Masuk beberapa orang korporat berpakaian seragam kelabu. Ketua kumpulan tiba-tiba terhenti, berpaling kepada Usu Dolah.

"Ehhh Usu Dolah pun ada," sapa tokoh korporat, bergerak ke arah Usu Dolah. Pegawai Datuk Makhluk tercengang ketika tokoh korporat itu memeluk Usu Dolah.

"Pak Usu masih sihat nampaknya?"
"Alhamdulillah," balas Usu Dolah.
"Masih mengukir? Masih menulis?"
"Belum berhenti. Periuk nasi Datuk," kata Usu Dolah.
"Kawan lama, " ujar Datuk berbadan gempal kepada rakan-rakannya itu.

Beberapa orang rakan yang dipanggil Datuk oleh Usu Dolah ikut menjabat tangan pengukir dan penulis itu.

Ketika mempersilakan rombongan dari Kuala Lumpur itu memasuki ruang tamu kedua, Pegawai Datuk Makhluk mendekati Usu Dolah.

"Mereka dari Kuala Lumpur nak jumpa Datuk. Lambat sikit. Selepas inilah.

" Encik , siapa yang lebih dahulu membuat temu janji? Saya atau mereka? Siapa yang lebih dahulu sampai di sini? Saya atau mereka?"

Pegawai itu tersengih dan cepat-cepat melangkah. Perempuan kaunter yang dari tadi memegang tombol pintu dengan selamba ke kaunter, menampakkan separuh badannya dan dari jauh seperti kepala anak patung.

Usu Dolah kembali bersandar di sofa. Menerawang ke zaman mudanya, menjadi penggerak utama permainan-permainan tradisi seperti gasing, lumba perahu dan gayung ota-ota. Kini setelah orang sepertinya seorang demi seorang pupus, permainan-permainan itu tinggal dalam sebutan sahaja.

Usu Dolah juga teringat bagaimana susah payahnya dia mengaktifkan gerakan penulisan sehingga melahirkan ramai barisan penulis novel, cerpen dan puisi. Ingatannya bergerak daripada seorang demi seorang , kemudian seorang demi seorang meninggalkan dia buat selama-lamanya.

Dan dalam masa yang sama, dia berjinak-jinak dengan batang-batang kayu lama. Membeli beberapa bilah pahat besar dan kecil. Menghabiskan masa petangnya dengan mengukir batang-batang itu.

Kemudian minat itu semakin lebar sehingga mendorongnya membuka bengkel ukir untuk anak-anak muda menjadi pengukir muda. Indahnya bermain seni. Kepuasan datang bertunda-tunda walaupun harga yang dibayar tidak seberapa.

Hari ini, anak-anak muda hampir kehilangan arah. Tidak ada pembimbing yang mampu mengarahkan mereka menjadi manusia seni bangsanya. Ramai yang menjadi pembimbing kepada kemusnahan dan keganasan. Inilah tekad Usu Dolah untuk menemui Datuk Makhluk. Binalah sebuah komplek seni dan budaya.

Usu Dolah merasa kagum dengan bala tentera orang muda Solo, Jogja yang memenuhi pusat latihan seni di kompleks yang dibangunkan. Alangkah hebatnya kalau kompleks itu dapat dibangunkan di hujung tanjung yang saujana tanahnya.

Usu Dolah sudah terlena di sofa.

Dia memasuki bilik Datuk Makhluk. Datuk Menteri segera meluru menjabat tangan dan mendakapnya. Terasa mesra dan terhibur dengan sambutan luar biasa itu.

"Jarang Pak Usu datang jumpa saya ni," ujar Datuk Makhluk.

"Ada hajat sikit. Kalau nak kata kecil, rasanya besar. Terkandung dalam surat ini." Usu Dolah mengunjukkan surat di dalam sampul putih berukiran 4''x 8 ". Datuk Makhluk menarik surat itu dan membacanya.

"Saya sedang kaji perkara ini. Memang tidak adil."

"Perkara kedua tu?" Usu Dolah ikut meletakkan jari telunjuk kepada perkara dua- Komplek Seni/Budaya.

"Kosnya besar ni," ujar Datuk Makhluk, memandang tepat wajah Usu Dolah.
"Tapi tak sebanyak membina stadium," tingkah Usu Dolah.

"Beri peluang saya kaji," balas Datuk Makhluk.

Usu Dolah menjabat salam Datuk Menteri itu dengan eratnya.

"Terima kasih, Datuk... terima kasih!"

Perempuan di kaunter terbangkit apabila mendengar suara itu. Lantas ke tempat duduk Usu Dolah. Kemudian kembali semula apabila telefon berdering di belakangnya.

"Ya saya. Ya saya." Dia meletakkan kembali gagang dan bergerak ke tempat Usu Dolah semula. Usu Dolah membuka mata. Melihat jam. Sudah dua belas setengah.

"Pak...pegawai Datuk cakap, pak tak sempat nak jumpa Datuk hari ini. Dia minta pak datang minggu depan."

"Pak dah agak. Pak orang kecil kan?"

Usu Dolah menyapu matanya. Bangkit dari sofa.

"Siksanya menungggu orang besar ya?" Dia melepaskan kata-katanya ke daun pintu, membuka dan menutupnya dengan keras. Perempuan kaunter terangkat muka, tersentak. Menggeleng-geleng kepala.

Ulang tahun bonda

Posted: 28 Sep 2014 12:44 AM PDT

Hujan sudah lama tidak membasahi bumi kami. Mungkin kerana air mata kami sudah cukup membuatkan tanah ini basah dan sentiasa basah.

Langit di sini juga sudah lama runtuh. Dan kami perlahan-lahan sedang bangkit membina langit, membina awan dan memintal pelangi.

Sejak hujung tahun lalu kami diuji. Satu demi satu dugaan menimpa. Kami hampir bangkit selepas satu dugaan tetapi kami jatuh kembali dan begitulah hingga detik ini kami jatuh dan bangkit, hati kami sudah terluka, terlalu banyak.

Yang paling terseksa tentu saja bonda. Bonda yang kerap menangis dan merintih.

Bonda perempuan yang kuat kami tahu. Bonda pada usianya sudah menempuh pelbagai duri dan ranjau.

Usia bonda adalah saksi bonda hidup merentas dugaan dan cabaran untuk terus hidup.

Kejujuran bukan lagi percuma. Dan bonda terlalu tahu dia harus menjadi kuat dari kami.

Bonda sejak akhir tahun lalu belum langsai sebaknya. Bonda kerap menangis.

Tapi kali ini kata bonda, sesudah lama dia tidak menangis sebegini nikmat, alangkah sedih dia menikmati nikmat menangis pada ulang tahun kelahirannya..

Kata bonda dia tidak pernah merasai nikmat menangis yang sebegini. Nikmat menangis yang penuh telus, luhur dan jujur. Nikmat menangis yang mahu dirasanya beradab-abad lama.

Kata bonda, selama hidupnya inilah nikmat menangis yang dimimpikan.

Selama ini setiap kali dia menangis, seluruh tubuhnya terasa sakit. Bahunya yang tua seksa menahan getar tangisan dan jantung ada kala terasa bagai mahu tercabut mengenang seribu satu kemungkinan. Tentang malam dan siang, tentang susah dan senang kami, anak-anaknya.

Tapi nikmat menangis pada ulang tahun kelahirannya kali ini terasa lain benar. Menangis yang nikmat, amat.

Saya tahu kebelakangan ini, bonda memang mudah menangis. Mungkin usia yang tua menjelaskan keadaan itu. Orang tua hatinya rapuh. Mudah tersentuh, mudah juga berderai dan berkecai kalau tidak ditangani dengan betul.

Abang-abang saya tidak pernah peduli tentang bonda. Kata mereka adatlah apabila tua semua perkara menjadi isu. Malah teh yang kurang gula pun jadi isu.

Aneh! Bonda dalam meniti usia tuanya, menjadi semakin aneh. Sewaktu kami anak-anak mendoakan bonda terus sihat dan sejahtera, bonda sebaliknya. Dia berdoa untuk menangis dengan penuh nikmat.

"Orang tua dan tangisan itu tidak berpisah, apabila kita semakin tua hati kita makin tersentuh," itu kata bonda sewaktu saya menyeka air matanya seraya memintanya jangan lagi menangis.

"Jadi bagaimana menzahirkan rasa gembira kalau tidak menangis?," bonda bertanya.

"Ketawa" saya menjawab.

"Banyak ketawa hanya akan menghitamkan hati,"

"Banyak menangis nanti jadi Kassim Selamat," saya menjawab dan bonda tersenyum.

Tapi sungguh, bonda memang kerap menangis. Apatah sebulan dua ini, bonda diuji dengan pelbagai musibah. Anak-anak bonda, berperang secara terbuka, caci mencaci, kafir mengkafir malah menafikan hak anak lain apabila melakukan pelbagai gerak silat, sepak terajang, langkah melangkah untuk memegang tampuk kuasa.

Dan dalam masa yang sama, bonda perlu menanggung luka waktu nyawa anak-anaknya diragut, satu persatu di tanah utara di bawah bayu.

Kata bonda, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, bonda halalkan susu yang diberikan kepada mereka dan bonda doakan mereka dimasukkan ke syurga tanpa hisab kerana sesungguhnya mereka terkorban sewaktu bertarung dengan musuh yang mahu merobek kehormatan bonda mereka.

Tidak lama pun selepas itu, waktu bonda masih berkabung hati tua bonda bagai runtuh dan berderai waktu anak-anaknya hilang begitu saja di balik awan. Hilang tanpa dikesan, hilang dari radar entahkan mati entahkan masih bernyawa. Bonda tidak pernah tahu.

Hati bonda selalu rusuh memikirkan mereka. Dan seperti selalu, air mata menjadi peneman setia.

"Di mana anak-anakku disorokkan? Apakah dosa anak-anakku pada kalian?," bonda selalu bertanya sendiri. Malah dalam igau, itu juga yang bonda tanyakan.
Kelip kelip kusangka api
Kalau api mana puntungnya
Hilang ghaib disangka mati
Kalau mati mana kuburnya?

Selalu bonda melagukan pantun itu sendiri. Katakan hati ibu mana yang tidak rusuh, sewaktu anak-anak hilang begitu saja dalam sekelip mata.

Tapi saya katakan kepada bonda, bertabah bonda. Tidak semua kematian itu akan bertanda. Walau di mana pun kita, kematian akan datang tanpa atau dengan tanda. Dan bonda akan mengangguk setuju walau mungkin hatinya kurang ikhlas menerima.

Kebelakangan ini, rutin makan malam kami yang sudah berzaman-zaman itu tidak semeriah dulu. Daripada 14 kerusi yang sepatutnya menampung anak-anaknya, hanya beberapa sahaja yang terisi. Selebihnya, ada kerusi tanpa penghuni.

Dan bonda di hulu meja akan duduk termenung memikirkan apa salahnya dia sebagai bonda. Apakah salah dia mengasuh, atau apakah sebenarnya anak-anak ini mahu?

Bonda tidak pernah ada jawapan kerana anak-anak yang membesar menjadi lelaki-lelaki perkasa tidak mahu pun mendengar. Untuk mereka, bonda adalah perempuan yang semakin dimamah usia dan tidak lagi berada dalam arus masa.

Kata mereka, bonda sudah terlalu lama dicengkam nostalgia. Bonda didendangkan dengan lagu-lagu zaman awal merdeka, sedang anak-anak bonda sudah lama menjadi anak merdeka dan tidak berkongsi lagi aspirasi dengan bonda.

"Kisah bonda dan lelah bonda berjuang membangunkan tanah ini dan membesarkan kami hanya relik yang ada atau tidak, kami akan terus berada di sini,"

Bonda diam. Mendengar suara keangkuhan seorang demi seorang anak-anaknya. Ah, bukan sekali dua anak-anak bonda bertekak di meja makan, baling membaling makanan malah juga kerusi.

Kata bonda, anak-anaknya semakin bijak bersiasah, bijak untuk memperjuangkan tekak sendiri. Dan mereka tidak segan silu mempergunakan saudara yang lain.

Bonda tidak pernah mengajar anak-anak ini menjadi derhaka. Bonda tidak pernah mengajar anak-anak ini menjadi kurang ajar juga. Tapi kedewasaan dalam siasah menjadikan mereka lebih bijak. Bijak memanipulasi sementara yang lain rela dimanipulasi.

Kebenaran pada mereka apabila ada yang harus menyalahkan. Sistem kehakiman dikecam, sistem pengurusan pilihan raya juga ditikam. Semuanya salah, semuanya pincang.

Bonda menjadi semakin takut dan selalu saya mendengar suara bonda bergetar-getar berdoa, Tuhanku, bukakanlah pintu hati anak-anakku. Jadikanlah mereka yang bijaksana, bebas dan merdeka!
Kata bonda, dulu runtuhnya sistem demokrasi di sesetengah negara Afrika adalah kerana sindrom yang serupa. Sindrom saling salah menyalahkan dan hilang kepercayaan kepada badan kehakiman dan suruhanjaya pilihan raya.

Dan bonda sangat gentar, penyakit yang sama mewabak dan memusnahkan seluruh kasih sayang yang dibaja dan dijaga selama ini.

Bonda tahu, setiap anak-anak punya kehendak sendiri. Setiap anak-anak punya muslihat sendiri. Mereka mahu menguasai pemikiran bonda, menguasai jantung dan hati bonda untuk menguasai seluruh kepunyaan bonda.

Tapi bonda juga tahu mereka tidak pun berminat menjaga bonda, mengambil tahu sakit atau susahnya bonda. Demam atau tidaknya bonda. Mereka mahu menguasai bonda untuk diri sendiri. Kata bonda mereka sudah lama menjadi hamba materi.

Dan bonda, untuk setiap semua dugaan dan luka yang menoreh hatinya, bonda hanya mengadu pada Tuhan yang adi. Dan bonda akan bercakap-cakap dengan Tuhan, bonda akan meluahkan seluruh duka dalam dada dan bonda akan menangis.

Ya, menangis untuk menzahirkan segala duka.
Kelmarin, cucu-cucu bonda bertanya:
Nenek salahkah kita berkawan dengan orang berlainan bangsa dan agama? Nenek salahkah kalau kita saling sayang menyayangi sebagai saudara kalau mereka berlainan agama dengan kita? Nenek Tuhan tidak marahkah kalau kita melawan orang tua dan menjadi derhaka?

Lama bonda diam, memerhati wajah cucu-cucunya satu persatu sebelum menjawab.
"Kamu tanyalah bapa-bapa kamu kerana mereka sekarang galak menabur benci dalam hati anak sendiri."

Dan bonda bangun, berlalu dengan menangis.
Ramadan lalu, waktu bonda berteleku membawa al-Quran sementara menanti sahur, bonda dikejutkan lagi dengan berita duka.

Anak-anaknya dimangsakan dalam pelan perang geopolitik. Anak-anaknya yang mahu pulang ke pangkuan bonda, mahu mendakap tubuh bonda yang tua hilang dalam sekelip mata.
Bonda terjelepuk di sejadah menangis dengan hati tercedera.

Apakah mungkin dosa anak-anaknya hingga mereka dibunuh sebegitu kejam? Apakah salah mereka? Bonda menangis lagi dan waktu bonda membaca yassin, mengisi gelap malam, saya terasa masuk ikut bersama dalam hati bonda yang sendu.

Waktu itu, perjalanan masa bagai terhenti. Setiap jiwa bagai derita. Melihat bonda menangis, melihat bonda dalam usia tuanya perlu menanggung musibah demi musibah, setiap anak-anak bagai dipanah petir, terkejut dan terpaku.

Setiap mereka terdiam. Bisu dan pucat lesu. Mereka mendatangi bonda kemudiannya, memeluk bonda, mendakap dan mengucup bonda. Mereka malah ikut menangis.

Malam itu, rutin makan malam kami di rumah tua ini kembali seperti zaman-zaman awal kelahiran bonda. Semua kerusi diisi, semua anak-anak bonda ada di sisi.

Wajah bonda mendung terlalu hingga bonda tidak mampu pun mengucap sepatah kata. Bonda pada setiap detik ingatan bagaimana nyawa anak-anaknya diragut, akan menangis.

"Bonda tidak mampu hendak bayangkan, bagaimana ada hati-hati hitam yang bisa meragut nyawa yang lain untuk permainan politik bangsat!" suara bonda bergetar-getar.
Anak-anak bonda berteleku. Semuanya mengangguk setuju.

Minggu lalu, beberapa minggu sebelum tibanya ulang tahun bonda, jasa anak-anak bonda yang melayang di bumi Ukraine, dibawa pulang untuk disemadikan.

Bonda menyambut setiap jasad yang tiba dengan hati yang sangat sengsara. Setiap jasad berbalut jalur gemilang, setiap bekas abu yang bersalut bendera negara itu bonda dakap dan bonda cium.

Kata bonda, walau dalam apa bentuk pun, semua mereka ini adalah anak-anaknya. Mereka adalah anak-anak kandungnya.

Bonda menangis dan setiap anak-anak bonda ikut menangis. Bonda berkabung dan setiap anak-anak bonda ikut berkabung.

Dan itulah harinya, kata bonda dia menangis dengan penuh nikmat.

"Duka rupanya mampu menyatukan setiap hati anakku. Duka rupanya yang mampu membuat kalian bersatu. Hakikat ini benar tetapi berat anak, rupanya duka yang bias menyatukan kita."-Utusan Malaysia

Telok Bakong Online

Posted: 28 Sep 2014 11:01 AM PDT

Telok Bakong Online


Awas Dadah Merbahaya..Pesanan Kemasyarakatan Dari Telok Bakong Online

Posted: 28 Sep 2014 06:43 AM PDT





Dadah membawa kesengsaraan kepada manusia dan masyarakat.Pelbagai kesan negatif telah berlaku akibat penyalahgunaan bahan ini.Oleh itu dadah perlu dijauhi bagi menjamin masa depan anak bangsa dan masyarakat yang cemerlang.Kesan dadah sungguh lah memberikan kesan buruk pada masyarakat.Kebanyakan kes kes jenayah kecil yang berlaku dewasa ini seperti kes ragut,curi,samun,ugut dan sebagainya lahir dari gejala penagihan dadah.untuk memenuhi naluri penagihan,mereka sanggup melakukan apa saja asal kehendak dipenuhi.





Dewasa ini usaha kerajaan untuk membenteras gejala penagihan dadah ini adalah terlalu lemah,Agensi agensi yang terlibat nampak nya seperti menemui jalan buntu untuk menyelesaikan permasalahan ini.Kejadian jenayah semakin meningkat dimana sahaja tak kira bandar mahu pun luar bandar.Dikawasan luar bandar yang majoriti penghuni nya adalah warga emas turut terancam dari aspek keselamatan.kerajaan harus memikirkan suatu kaedah atau mekanisma yang sesuai sebagai langkah pencegahan kepada kadar jenayah yang terus membimbangkan ini.JPAM dan RELA boleh digunakan untuk membuat kawalan dan rondaan di kampung dan juga taman taman perumahan.Mereka mereka ini harus lah dibayar elaun seperti yang telah ditetapkan.Adanya skim seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi para anggota.Sekira nya anggota JPAM dan RELA ini boleh digunakan dalam acara acara keramaian seperti menyambut Menteri dan Wakil Rakyat,mengapa khidmat mereka tidak boleh digunakan untuk keselamatan rakyat?.Anggota anggota ini bukanlah bertugas untuk buat tangkapan,tetapi hanyalah melaporkan pada pihak berkuasa jika terdapatnya kejadian jenayah atau melaporkan kepada peduduk sekiranya ada kes kebakaran dan sebagainya.

Skim Rukun Tetangga dianggap sudah ketinggalan zaman kerana ianya banyak menjejaskan produktiviti rakyat.Jika seorang Guru disuruh mengadakan kawalan Rukuntetangga pada malam hari,nescaya beliau tidak mampu menjalankan tugasnya untuk mendidik pada siang hari.Begitu juga mereka mereka yang terlibat di sektor lain.Oleh itu suatu kaedah harus lah dilakukan.


Msinc-Kalau tak tau nak buat,berilah kepada puak yang mampu..

Kelab Greenboc

Posted: 28 Sep 2014 01:38 AM PDT

Kelab Greenboc


Di Mana Suara Kamu Ketika Nik Amar Pecat Tim Pengasas KIAS?

Posted: 28 Sep 2014 01:34 AM PDT


Nasrudin bidas k'jaan PP hukum Iszuree

MP PAS Temerloh Nasrudin Hassan membidas tindakan kerajaan Pulau Pinang "mengeluarkan" ahli majlis PAS Iszuree Ibrahim daripada jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang sekaligus membeku peruntukan terhadapnya.

Nasrudin percaya tindakan itu diambil ekoran "teguran dan kritikan" bendahari PAS Pulau Pinang itu dalam muktamar PAS terhadap polisi pembangunan khususnya melibatkan kepentingan umat Islam di negeri itu.

Katanya lagi, ucapan Iszuree bukan atas kapasiti peribadi sebaliknya mewakili PAS Pulau Pinang dan difahamkan teks ucapannya disemak oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Mujahid Yusof.

"Malangnya tindak balas dari Kerajaan Pulau Pinang sangat drastik. Saudara Iszuree "dipancung" gara-gara kritikan yang membina itu.

"Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar "harga yang tidak sedikit"," kata Nasrudin.

Dalam kenyataannya, beliau itu mendakwa tindakan itu dilihat seperti kerajaan PAP Singapura yang mendiamkan pengkritik mereka dengan tekanan dan tindakan undang-undang.

"Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau mendakwa tindakan terhadap Iszuree diambil tanpa surat tunjuk sebab atau dipanggil memberi penjelasan.

Kesal dengan tindakan itu, Nasrudin tetap mempertahankan Iszuree yang menurutnya membangkitkan masalah yang sekian lama berlaku di negeri Pulau Mutiara itu.

Bukan fitnah

"Saudara Iszuree bukanlah memfitnah apatah lagi mengkhianati kerajaan sebaliknya beliau menggunakan forum muktamar tahunan PAS bagi membangkit isu ini agar ia menjadi perhatian PAS Pusat.

"Di mana secara kebetulannya pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ialah timbalan presiden PAS.

"Malangnya belum sempat PAS Pusat mengambil apa-apa langkah wajar, saudara Iszuree telah dimangsakan," kata Nasrudin.

Nasrudin turut mempersoalkan sama ada kerajaan DAP di negeri itu mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum mengenai masalah penempatan dan tanah yang dibangkitkan oleh Iszuree yang menurutnya mempunyai asas dan fakta.

Pemimpin muda PAS itu juga berkata beliau maklum dan pernah turun padang berhubung isu itu sewaktu menjadi ketua Pemuda PAS dan Lajnah Tanah PAS Pusat sangat maklum mengenai masalah itu.

Sehubungan itu, Nasrudin menggesa supaya PAS Pusat campurtangan mengenai hal ini dan mendesak PAS negeri membela Iszuree dalam hal tersebut.

"Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pastinya boleh berperanan untuk menangani isu berbangkit dan berkait kepentingan ummat Islam khasnya tindakan kerajaan Pulau Pinang ke atas bendahari PAS negeri.

"Sewajarnya Pas Pulau Pinang mengambil tindakan yang bertanggungjawab bagi membela saudara Iszuree yang telah dizalimi oleh DAP," katanya. -MK


Patutlah Ahli Majlis Pulau Pinang Dipecat Selepas Ucapan Di Muktamar PAS.. Ikuti Penjelasan Rakannya

PETALING JAYA: Ucapan perwakilan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim di Muktamar PAS minggu lepas tidak disenangi oleh Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Hariszuan Jaharudin.

Iszuree mendakwa dasar pembangunan Kerajaan Pulau Pinang sama seperti Umno, tidak menggambarkan situasi sebenar di negeri ini.

Mohd Hariszuan berkata ucapan Saudara Iszuree langsung tidak menyebut berkenaan cadangan projek pemindahan pangkalan TUDM Butterworth yang jika direalisasikan akan menyebabkan 19 perkampungan serta pekan di kawasan sekitar Tasek Gelugor dan Kepala Batas di SPU lenyap, sekaligus mengubah demografi penduduk secara agresif.

" Apakah sikap dan solusi yang boleh ditawarkan oleh Saudara Izuree dalam isu ini?

"Mengapakah Saudara Iszuree tidak mengkhabarkan kepada dewan muktamar betapa banyak kes mahkamah antara pemaju dan penduduk yang cuba dibantu oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menjadi pemudahcara?

"Sebaliknya, Saudara Iszuree menyebut mengenai projek pembangunan Batu Uban. Siapa disebalik projek pembangunan di Batu Uban? Apakah Saudara Iszuree mencadangkan agar Kerajaan Negeri melanggar perjanjian yang dibuat awal sebelum ini?

"Sebagai rakan Ahli Majlis dalam MPPP, saya sentiasa cuba memahami segala kerisauan Saudara Iszuree mengenai isu pemilikan rumah dan status kampung Melayu di negeri ini.," katanya.

Mohd Hariszuan berkata, malah, beliau antara yang menyokong kuat cadangan Saudara Iszuree untuk mengadakan sesi taklimat khas oleh pakar kebudayaan dan warisan Melayu di peringkat kerajaan tempatan bagi membolehkan dasar yang lebih inklusif dapat dirangka bagi menjaga perkampungan warisan Melayu.

"Namun, belum pun sempat taklimat ini diadakan, Saudara Iszuree telah dengan semberono memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengamalkan dasar pembangunan ala BN.

"Saya tiada masalah jika Saudara Iszuree mahu mencari populariti dalam muktamar, namun jangan sesekali mengkhianati persahabatan antara parti dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dengan tidak berkata benar.


"Saya khuatir, jika kenyataan ini tidak diperbetulkan, akan wujud tanggapan bahawa sikap Saudara Izuree ini umpama musuh dalam selimut," katanya. ~free malaysia today
-


ULASAN GB

Tindakan DAP mengeluarkan Iszuree daripada semua jawatankuasa tetap di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ekoran kritikannya terhadap polisi setinggan kerajaan negeri di muktamar PAS baru-baru ini tiba-tiba mengundang respons dan kritikan tajam bekas Ketua Pemuda PAS Nasruddin Tantawi.

Tetapi yang menghairan GB ialah di mana suara mereka tatkala Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Mohd Amar Nik Abdullah memecat bekas kadi, Che Ibrahim Mohamed daripada jawatan Timbalan Pendaftar Kolej Islam Sultan Yahya Petra (KIAS), sebuah kolej yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Kelantan?

Malah turut dipecat ialah Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) selain beberapa kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya.

Jika DAP lakkan terhadap PAS tidak boleh, tetapi PAS sendiri boleh lakukan ke atas ahli-ahli PAS hanya semata-mata mereka bukan sekumpulan (UG) dengan kamu?

Kamu bising untuk menunjukkan kononnya DAP zalim, DAP tidak demokratik dan sebagainya sedangkan sebelum itu pemimpin dari kalangan kamu sudah pun berlaku zalim dan sudah tidak demokratik ke atas ahli-ahli PAS sendiri!

Kalau hendak dikisahkan semula betapa kumpulan UG ini gila jawatan gila kuasa, memang banyak. Tetapi kita usah bongkar yang lain, cukup anda menjawab mengenai tindakan tidak demokratik Nik Amar tersebut. Dimana suara kamu ketika itu?







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Tubuh Ibu Sarat Mengandung Bekecai Dililis Kereta Api

Posted: 27 Sep 2014 10:05 PM PDT


Alor Setar - [DIKEMASKINI] Seorang wanita hamil tujuh bulan sempat memohon maaf sebelum ditemui maut di lintasan kereta api berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah, dekat sini, pagi tadi.

Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila serpihan anggota badannya ditemui dan dipercayai dilanggar kereta api.

Wanita itu dipercayai diseret kereta api barang dalam perjalanan dari Padang Besar ke Pulau Pinang sejauh 300 meter sebelum ditemui orang awam kira-kira jam 10 pagi.

Suami mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Saiful, 43, berkata, isterinya keluar ke kedai berhampiran kira-kira jam 8 pagi namun masih tidak pulang sejam kemudian.

"Selalunya, isteri ke kedai dalam tempoh 10 minit sahaja, namun dia didapati tidak pulang ke kediaman seperti kebiasaannya meskipun sudah jam 9 pagi.

"Lalu, saya dan bapa mertua keluar mencarinya sekitar kampung, namun masih gagal sebelum pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini.

Namun, rakannya memaklumkan ada orang digilis kereta api sebaik mereka tiba di rumah sekitar jam 10 pagi menyebabkannya bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau terkejut apabila mengenal pasti mayat itu adalah isterinya melalui pakaian dan kunci miliknya.

Menurut suami mangsa lagi, mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun setengah dan sedang menunggu kelahiran anak kedua dijangka dua bulan lagi.

Beliau berkata, isterinya sempat memohon maaf kepadanya dan kedua ibu bapa Allahyarham pada malam sebelum kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Al-Fatihah.


Ibu hamil hancur digilis kereta api

ALOR SETAR – Mayat seorang ibu muda yang hamil tujuh bulan ditemui dalam keadaan mengerikan dengan badannya hancur digilis kereta api di Kampung Kuala Alor, Alor Merah di sini semalam.

Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, dipercayai diseret lebih 300 meter oleh kereta api barang yang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam dekat sini ke Pulau Pinang.

Mayatnya ditemui orang awam pada pukul 10 pagi.

Akibat rempuhan kereta api itu, beberapa bahagian badan mangsa dan cebisan daging tubuhnya berselerakan di tepi landasan kereta api tersebut.

Lebih menyedihkan, Ku Nurul Shuhada turut terkorban bersama bayi perempuan dikandungnya yang terputus dua tercampak di tepi landasan tersebut.
-










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





PAS Kini Pada Pandangan Seorang Bukan Islam

Posted: 27 Sep 2014 05:41 PM PDT


PAS yang saya kenali Oleh Lim Hong Siang

Gelombang "Reformasi" meledak sebelum saya memasuki dewan peperiksaan SPM. Saya tidak mengenali PAS ketika itu. Imej PAS dibentuk melalui bacaan komentar dalam media bahasa Cina. Negara Islam, hukum hudud, konservatif, ektremis dan sebagainya, antara inilah yang paling memahat dalam minda.

Pengalaman bersemuka dengan orang PAS hanya bermula selepas memasuki universiti. Kami dibawa senior untuk menghadiri ceramah politik. Ketika itu saya amat teruja dengan ucapan Mahfuz Omar yang berapi-api. Kemudian kami diatur untuk berdialog dengan Hu Pang Chaw (bekas Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS), melawat ke Kelantan untuk melihat dengan mata sendiri keadaan sebenarnya.

Pemikiran kami dipengaruhi senior pada ketika itu, yang aktif dalam DEMA - satu pertubuhan mahasiswa. Kami lebih cenderung untuk mempertahankan Barisan Alternatif, maka DAP dianggap sebagai "penghalang", yang menggagalkan pertukaran kerajaan. Kami berkempen untuk calon Parti KeADILan ketika PRU11 pada tahun 2004. Seringkali kami ditanya oleh pengundi Cina yang tebal prejudisnya terhadap agama, bagaimana ulamak boleh mentadbir negeri, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa tentang ekonomi?

Terpegun juga kami di situ, kerana gagal memberi jawapan. Akhirnya kami dicelikkan seorang senior, "Padahal pemimpin tertinggi hanya memainkan peranan untuk memastikan agar halatuju pentadbiran tidak terpesong dari landasan demokrasi. Soal teknikal dalam pentadbiran boleh diuruskan oleh teknokrat dan birokrat." Kami menganggap jawapan itu memuaskan, lalu kita menggunakan jawapan skema ini berkali-kali untuk meyakinkan mereka yang masih keraguan.

Ini kisah lama. Generasi kami melalui proses kematangan secara berperingkat-peringkat. Pada satu peringkat saya mulai bersikap kritis terhadap PAS. Saya masih ingat pengalaman saya sebagai wartawan, hadir di sidang media Mujahid Yusof Rawa, yang pada ketika itu bersungguh-sungguh untuk berdialog dengan masyarakat Cina selepas PRU11.

Beberapa soalan dilontarkan oleh wartawan Cina lain, berdasarkan prejudisnya terhadap PAS. Mujahid ketika itu berjaya menyanggah tuduhan-tuduhan dalam soalan itu dengan fakta, kerana sememangnya PAS tidak seburuk sebagaimana yang digambarkan. Akhirnya saya mengajukan soalan, bagaimana PAS mendakwa dirinya mendukung kebebasan bersuara, sedangkan dirinya mengharamkan tulisan Farish Noor dan Khalid Jaafar di Harakah, ketika itu.

Giliran Mujahid terpegun seketika dengan soalan itu. Bagaimanapun soalan-soalan sedemikian kerap ditimbulkan pada zaman pasca PRU11 dan sebelum PRU12. Saya masih ingat pengalaman Dr.Dzulkefly Ahmad diasak oleh NGO dalam satu forum, bagaimana PAS mendakwa dirinya memperjuangkan kebebasan berpersatuan, sedangkan PAS mengambil sikap yang agak keras terhadap Sister-In-Islam, sehingga mencadangkan agar ianya diharamkan?

Namun saya sedar keperluan politik ketika itu. Saya nampak bagaimana sekumpulan pemimpin PAS, seperti Mohamad Sabu, Hatta Ramli, Dzulkefly Ahmad, Syed Azman dan lain-lain lagi, turun untuk memprotes kenaikan harga minyak. Maka semakin yakinlah saya bahawa adanya sekumpulan pemimpin dalam PAS yang memperjuangkan nasib rakyat. Lebih penting, susuk tubuh pemimpin inilah yang dijadikan contoh untuk meyakinkan masyarakat Cina bahawa PAS juga komited dalam perjuangan pendemokrasian politik dan ekonomi. Ikon-ikon ini digunakan untuk memecah imej stereotaip masyarakat Cina, bahawa pemimpin PAS hanya memperjuangkan isu agama semata-mata.

Ia memakan tempoh bertahun-tahun untuk membina semula keyakinan khalayak umum terhadap PAS. Ramai Cina yang masih ragu-ragu, takut bahawa PAS akan bersikap angkuh seperti UMNO setelah berkuasa. Mungkin PAS tidak mengambil pendekatan perkauman, tetapi diganti dengan agama. Maka kami cuba menonjolkan betapa indahnya Islam yang ditampilkan PAS. Tokoh-tokoh seperti Mat Sabu dijadikan jambatan, untuk membawa masyarakat Cina mengenali semula Islam yang ditampilkan PAS. Barulah masyarakat Cina mula menghayati nilai Islam, dan menyanjung Tok Guru Nik Aziz melalui kesederhanaan cara hidup beliau.

Kesemua ini dilonggok sedikit demi sedikit, dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun - sehinggalah kita mengecapi hasilnya dalam PRU13. Hasil perjuangan ini bukan datang dengan tohmahan atau tuduhan tanpa bukti ke atas benda yang belum kita tahu. Ia datang dengan curahan titisan peluh mereka yang memperjuangkan perubahan dan pendemokrasian di Malaysia.

Secara terus-terang saya terkilan dengan apa yang berlaku dalam tempoh beberapa bulan ini, khususnya muktamar kali ini. Belum berkuasa sudah ada orang PAS yang menggunakan istilah "jentik" terhadap "non-muslim". Malah label-label dihamburkan begitu sahaja secara terbuka tanpa bukti. Ada pula yang secara angkuh mempertikaikan kelayakan Wan Azizah untuk mentadbir. Pemimpin yang selama ini menyumbang untuk menggilap imej PAS seperti Mat Sabu, cuba dihina. Malah muktamar PAS membenarkan perwakilan untuk membaca doa bagi mengutuk rakan seperjuangannya!

Saya tidak terdaya untuk mempertahankan gelagat sebegini. Molek bunyinya untuk mendakwa "kita meraih perbezaan pandangan", "mendengar luahan dari hati pemimpin" dan sebagainya. Namun orang umum tidak mempertikaikan perbezaan pandangan dalam PAS, yang dipertikaikan adalah cara untuk menangani perbezaan pandangan. Hatta Mahathir Mohamad, musuh politik kita sekalipun kita doakan agar beliau dipanjangkan umur, mengapa dibacakan doa untuk mengutuk pemimpin dalam parti?

Orang yang kuat agama sentiasa menyeru agar kita bersyukur. Bersyukur kepada Tuhan mempunyai maksud tersurat, bahawa apapun kejayaan kita padahalnya disempurnakan Tuhan, dengan mempertemukan kita dengan orang-orang yang sudi membantu kita. Maksud tersiratnya saya tafsirkan sebagai "padahal kehebatan kita tidak ke mana tanpa faktor-faktor lain yang turut sama menyumbang".

Hari ini kita menyaksikan bagaimana sekumpulan perwakilan cuba menyerang tokoh-tokoh yang membina semula keyakinan orang ramai terhadap PAS seketika dahulu. Mereka menyerang kedua-dua orang ADUN yang menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, seolah-olah tidak sedar bahawa dua orang inilah yang menjadi "penyelamat Pakatan Rakyat di Selangor" di mata kebanyakan penyokong.

Saya tidak pasti apakah ini PAS yang saya kenali. Hu Pang Chaw yang seketika dahulu cuba membuktikan bahawa masyarakat Cina boleh menyokong PAS - kini sudah tiada tempat di dalam parti. Tokoh yang seketika dahulu turun untuk bertembung dengan FRU, kini dijadikan sebagai musuh dan parasit dalam parti.

Loceng amaran membingitkan telinga, apabila saya membaca komen-komen dalam laman sosial. Ada yang kata lebih baik PKR dan DAP meninggalkan PAS sebelum diheret untuk tenggelam bersama PAS. Saya tidak terkata apa-apa, melainkan menterjemahkan semula apa yang saya nampak kepada kalian. (Harakah versi cetak, 26-28 September 2014, edisi Jumaat)










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Halimah Bersama Pakatan Atau Khalid Semasa Kemelut PR Selangor?

Posted: 27 Sep 2014 05:01 AM PDT


Halimah: Exco baru tak berdasar 'semangat Pakatan'

Barisan baru Exco kerajaan negeri Selangor tidak dilakukan mengikut "semangat Pakatan", dakwa ADUN PAS Selat Klang, Halimah Ali.

"...Itu bermakna nama-nama (dalam barisan exco)... tidak ada semangat Pakatan, itu pemahamannya," kata bekas ahli exco negeri itu, yang digugurkan daripada senarai exco baru Menteri Besar Azmin Ali.

Ditanya mengenai barisan exco baru itu, respon awal beliau adalah, "Apa lagi yang saya boleh komen?

Beliau yang juga bekas exco negeri berkata demikian sewaktu diminta mengulas senarai exco baru yang menyaksikan hanya tiga wakil rakyat PAS dilantik berbanding empat orang sebelum ini.

Pentadbiran Selangor menyaksikan PKR kini mempunyai empat orang exco, DAP kekal dengan tiga orang sementara PAS pula dengan tiga orang sahaja.

Sebelum itu, Halimah secara ringkas turut mengucapkan selamat maju jaya kepada exco-exco yang baru dilantik.

"Selamat maju jaya. Tunaikan tanggungjawab anda," katanya.

Halimah yang ditemui wartawan selepas menghadiri taklimat ringkas pembinaan jambatan ketiga Klang, tidak mahu mengulas lanjut mengenai apa yang beliau rasakan masalah dengan barisan baru itu dari segi semangat gabungan itu.

Ketika ditemui di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kemudian, Azmin menolak kenyataan itu Halimah dengan berkata pemimpin PAS telah bersetuju dengan barisan barisan baru Exco itu.

"Saya secara peribadi telah berkomunikasi dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang;,Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, dan mereka telah bersetuju," katanya. -MK

ULASAN GB

Lain macam ajer kedengaran kenyataan bekas exco Halimah Ai di atas. Dulu GB respek juga dengan beliau, tetapi semasa kemelut MB Selangor berlaku, beliau bertindak dengan cara yang tidak sepatutnyanya.

Bukankah PAS tak pelahap jawatan, mengapa sekarang Halimah menampakkan rasa tidak puashati dengan penggugurannya sebagai exco?

Kedua, mengapa serang Azmin? Bukankah yang menetukan yang menjadi exco dari PAS itu adalah PAS Selangor sendiri terutama Pesuruhjayanya iaitu Iskandar Samad? Iskandar Samad yang menyerahkan nama kepada PAS Pusat yang kemudian menyerahkan nama itu kepada MB Selangor. Tidakkah tindakan Halimah itu sebenarnya mencabar Pesuruhjaya PAS Selangor dan PAS Pusat sendiri?

Ketiga, kemungkinan Azmin menrima perkataan beberapa orang ulama PAS yang menyatakan perempuan tak boleh jadi pemimpin, jadi beliau tak lantiklah exco dari PAS.

Presiden PAS sendiri kata beliau tak calonkan WAWI kerana tiada kebolehan, jadi berkemungkinan Iskandar dan PAS Pusat pun berpandangan demikian.

Kelima GB tertarik dengan satu komen di mkini. Kasar bunyinya tetapi tak sekasar ungkapan BARUA oleh Presiden.

Semangat pakatan kau mana waktu krisis???bersama khalid...semangat atok kau









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Tiada ulasan:

Catat Ulasan