27 April 2014 - KUALA PILAH – Penduduk Jalan Sri Bulan, Kampung Padang Lebar, Batu Kikir, dekat sini merayu pihak berkaitan membina semula tebing jambatan konkrit yang runtuh sejak dua tahun lalu.
Penduduk, Daud Mohamad, 57, berkata, jambatan itu merupakan laluan alternatif yang sering digunakan penduduk ke Pekan Lebar, selain untuk pergi bekerja serta menghantar anak-anak ke sekolah berhampiran.
"Sejak ia runtuh, kami mengalami kesukaran untuk ke pusat bandar kerana perlu melalui jarak sejauh lima kilometer dalam masa 15 hingga 20 minit berbanding tiga kilometer sebelum ini yang hanya mengambil masa 10 minit sahaja," katanya.
Menurutnya, penduduk terpaksa bersabung nyawa guna titi kayu sebagai alternatif untuk menyeberangi kawasan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan