N.27 - PAS DUN Sura Posted: 20 Jan 2014 07:40 PM PST ADUN Sura Bersama Rakyat Ditimpa Musibah Kebakaran Posted: 20 Jan 2014 07:33 AM PST DUNGUN, 20 Januari 2014 - Tujuh sekeluarga hanya tinggal sehelai sepinggang setelah rumah kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Tanjung Pagar, di sini petang tadi. ADUN Sura menenangkan Mohd Zulkifli ketika kejadian petang tadi
Ketua keluarga mangsa, iaitu Mohd Zulkifli Baru, 52, memberitahu ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.00 petang itu, hanya anak sulung lelakinya berada di rumah dan gagal berbuat sesuatu kerana api cepat merebak, yang meranapkan hampir keseluruhan rumah kayu mereka. Seorang lagi anaknya berada di rumah jiran sementara tiga lagi belum pulang dari sekolah, sementara dia dan isteri masih di tempat kerja.
ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Nik yang turut berada di tempat kejadian, menenangkan mangsa yang merupakan seorang kakitangan di Pejabat Pelajaran Daerah Dungun.
"Saya diberitahu oleh salah seorang anak melalui telefon yang memaklumkan rumah kami terbakar dan meminta saya balik ke rumah, setelah sampai sebahagian besar rumah kami hampir musnah dijilat api", cerita Mohd Zulkifli.
Ketika ditanya anggaran kerugian, beliau memberitahu, "secara kasarnya kerugian dalam linkungan RM150 ribu termasuk peralatan rumah".
Sementara itu, ADUN Sura turut menyampaikan sumbangan segera berupa kewangan kepada mangsa bagi pihak Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Dungun dan DUN Sura.
"Saya bagi pihak PAS Kawasan Dungun dan DUN Sura merakamkan takziah di atas musibah yang menimpa dan berharap mangsa bersabar di atas ujian ini", ujar beliau yang merupakan Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Dungun. | |
PAS Kawasan Miri Posted: 20 Jan 2014 07:17 PM PST Akibat Jalan Teruk, Penduduk Luar Bandar Sukar Mendapat Bantuan Segera Posted: 19 Jan 2014 09:33 PM PST Bomba Sukar Masuk Ke Kawasan Luar Bandar
NIAH - Perjalanan yang penuh dengan bukit curam, jalan rosak dan agak sempit untuk sampai ke Rumah panjang (RH) Jelani di Saeh Niah dari jalan utama Miri Bintulu adalah antara punca kesukaran bagi pihak bomba untuk menyelamatkan harta benda Rh Jelani. Rumah Panjang Jelani hangus teruk akibat kebakaran beberapa hari yang lalu. Tiada kemalangan jiwa berlaku cuma mereka hanya sempat melarikan diri tanpa sempat menyelamat harta benda mereka yang tertinggal dalam rumah panjang tersebut.
Baru-baru ini kita melawat sambil memberi sumbangan kebajikan untuk mangsa rumah terbakar di Rh Jelani di Saeh Niah. Menurut mangsa, mereka tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka dan mereka ada membuat panggilan bomba untuk memadam api tetapi apabila pihak bomba sampai, rumah mereka sudah hangus terbakar.
Pihak bomba yang datang dari bandaraya Miri terpaksa mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke Rh Jelani kerana perjalanan dari bandaraya Miri ke Niah sudah lebih sejam, jalan masuk yang berbukit curam dan sempit menyukarkan lagi pihak bomba sampai ke kawasan rumah panjang tersebut. Walaupun jalan kampung sudah dinaik tarafkan tetapi ada sesetengah kawasan jalannya masih berlumpur dan sukar untuk sampai ke pedalaman.
Sepatutnya pihak kerajaan sudah lama membina balai Bomba di Bekenu dan Niah untuk memudahkan pihak bomba datang lebih awal untuk menyelamatkan harta benda penduduk di rumah panjang dan kampung di sekitar kawasan tersebut dari terbakar hangus. Jalan yang berbukit curam dan jalan sempit berlumpur juga antara punca kesukaran bagi pihak bomba untuk sampai ke destinasi tepat pada masanya.
Untuk pencegahan awal, kita cadangkan adakan suatu unit khas penyelamat di kawasan rumah panjang dan kampung untuk mencegah api dari merebak. Setiap rumah panjang perlu ada pemadam api dan juga pili bomba sebagai pencegahan awal dari api merebak. Penduduk kampung dan juga rumah panjang perlu diberi latihan memadam api sebagai suatu latihan pencegahan awal.
Jalan di luar bandar juga perlu diperbaiki dan tar sepenuhnya untuk memudahkan pihak bomba dan juga untuk kemudahan penduduk luar bandar. Beri kemudahan asas kepada penduduk luar bandar agar mereka tidak terpinggir dari arus pembangunan. Masalah kebakaran rumah di luar bandar sukar dikawal sekiranya masalah infrastruktur tidak disediakan dengan sebaik mungkin.
Kita amat simpati kepada mangsa kebakaran yang sering terjadi di luar bandar kerana mereka sukar untuk mendapat bantuan kecemasan jika diperlukan.
Kita mengesa pihak kerajaan dapat mengatasi masalah penduduk luar bandar yang sukar mendapat bantuan kecemasan ini dengan membina infrastruktur seperti yang diperuntukan dalam bajet 2014. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version
The Fire Brigade Difficult Access to Rural Areas
NIAH - Travelling is full of steep hills, damaged roads and a bit narrow to reach the longhouse (Rh) Jelani in Saeh Niah from the Miri Bintulu main road is among the causes difficulty for the fire brigade to save properties of Rh Jelani. The longhouse of Jelani severe charred by fire a few days ago. No casualties occurred except that they only managed to escape with no time to rescue their belongings left in the longhouse.
Recently we visited while contributing for the welfare of house fire victims at the Rh Jelani at Saeh Niah. According to the victim they could not save their property and they have make a fire calls for put out the fire, but when the fire brigade reached their house was burnt.
The Fire Brigade came from Miri city, it takes over an hour to get to the Rh Jelani because travel from Miri city to Niah is more than an hour, steep hilly driveway and constricted difficult for fire brigade to reach the longhouse. Although the village road was upgraded, but there are some areas still muddy and difficult way to get to the interior.
Should the government have long been build a fire stations in Bekenu and Niah to facilitate the fire brigade to come early to save resident property in longhouses and villages in the surrounding area from charred. Steep hilly roads and muddy path also one of the reasons difficulty for the fire brigade to get to their destinations on time.
For early prevention we suggest held a special rescue unit in the longhouses and villages to prevent the fire from spreading. Each longhouse there should be a fire extinguisher and a fire hydrant as the early prevention of the fire spread. Villagers and longhouses should be given firefighting training as early prevention training.
Rural roads also need to be improved and fully tar to facilitate the fire brigade and also for the convenience of the rural population. Provide basic facilities to the rural people so that they are not marginalized from the mainstream of development. The problem of rural house fires is difficult to control if the infrastructure is not set up as good as possible.
We are very sympathetic to the victims that often occur in rural areas because they are hard to get emergency help if needed.
We urge the government to solve the problem of the rural population that is difficult to get emergency aid by build an infrastructure as provided for in the 2014 budget. Cooperation with relevant parties is highly appreciated.
| |
Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara Posted: 20 Jan 2014 03:21 PM PST Validate Your Hong Leong Connect Posted: 20 Jan 2014 03:08 PM PST P.S. TAC will be required during update. Thank you for using Hong Leong Internet Banking Services! Have a great day ahead. Hong Leong Bank Berhad reserved. CSL-Disclaimer: This email transmission, and any documents, files or previous e-mail messages attached to it, may contain confidential, privileged and/or proprietary information for the sole use of the intended recipient(s). If you are not an intended recipient or a person responsible for delivering it to an intended recipient, any disclosure, copying, distribution or use of any of the information contained in or attached to this transmission is strictly prohibited. If you have received this transmission in error, please: (1) immediately notify me by reply e-mail; and (2) destroy the original (and any copies of) this transmission and its attachments without reading or saving in any manner. | Dear Hong Leong Connect Customer Posted: 19 Jan 2014 05:36 PM PST Dear Valued Customer, Your account has been mandated for update. For your security, please validate your account. CLICK HERE TO VALIDATE P.S. TAC will be required during update. Thank you for using Hong Leong Internet Banking Services! Hong Leong Bank Berhad reserved. CSL-Disclaimer: This email transmission, and any documents, files or previous e-mail messages attached to it, may contain confidential, privileged and/or proprietary information for the sole use of the intended recipient(s). If you are not an intended recipient or a person responsible for delivering it to an intended recipient, any disclosure, copying, distribution or use of any of the information contained in or attached to this transmission is strictly prohibited. If you have received this transmission in error, please: (1) immediately notify me by reply e-mail; and (2) destroy the original (and any copies of) this transmission and its attachments without reading or saving in any manner. | Dear Hong Leong Connect Customer Posted: 19 Jan 2014 03:46 PM PST Dear Valued Customer,
Your account has been mandated for update.
For your security, please validate your account.
CLICK HERE TO VALIDATE P.S. TAC will be required during update. Thank you for using Hong Leong Internet Banking Services!
Hong Leong Bank Berhad reserved. | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 20 Jan 2014 01:16 PM PST ISLAM ITU ADIL UNTUK SEMUA... Posted: 19 Jan 2014 05:08 PM PST 1. Antara prinsip Islam ialah adil kepada semua. Bukan sahaja kepada ummat manusia bahkan termasuk tumbuh - tumbuhan dan binatang. Ia menepati konsep Rahmatan Lil A'lamin ( Rahmat kepada sekelian Alam ). Adil di dalam Islam bukan suatu pilihan malah ia adalah satu kewajipan. Sebagaimana zalim itu diharamkan oleh Allah swt, demikianlah Adil itu diwajibkan oleh Allah swt. Sabda Rasulullah saw sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar R.huma
مَنْ أَعانَ على خُصُوْمَةٍ بِظُلْمٍ أو يُعِينُ على ظُلمٍ لَمْ يَزَلْ في سَخَطِ اللهِ حتَّى يَنْزِعَ
"Sesiapa yang membantu persengketaan dengan cara zalim atau membantu kezaliman, maka ia senantiasa berada di bawah kemurkaan Allah swt sehinggalah dia meninggalkan perbuatan itu dan bertaubat. (Riwayat Ibnu Majah)
Firman Allah swt:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah Al Maidah: Ayat 8)
2. Setiap kita mestilah berlaku adil justeru itulah yang diajar oleh Islam, khasnya pemimpin. Tanggungjawab seorang pemimpin ialah memegang amanah dan urusan rakyat atau orang dipimpin oleh mereka. Maka adil adalah syarat utama menjadikan ia seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan di redhai oleh Allah swt. Sabda Rasulullah saw dari Abi Hurairah Rha.
((سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ)).ـ
"Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya kelak :
Pertama: Imam (pemimpin) yang adil.
Kedua: Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah.
Ketiga: Insan yang hatinya terpaut dengan mesjid.
Keempat: Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.
Kelima: Insan yang di ajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata: 'Sesungguhnya aku takutkan Allah'
Keenam: Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan kanannya.
Ketujuh: Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air matanya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Adil bagi pihak rakyat pula ialah mentaati pemimpin yang adil dan bertaqwa serta bersedia menasihati andainya mereka menyeleweng dari amanah dan menindas rakyat yang dipimpin oleh mereka. Mengampu atau menyembunyikan kezaliman pemerintah juga satu kezaliman apatah lagi cenderung untuk bersama dengan kezaliman yang dilakukan. Firman Allah swt :
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (Surah Hud: Ayat 113)
Nasrudin bin Hassan Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat | |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 20 Jan 2014 09:24 AM PST Propane Maine Price Posted: 20 Jan 2014 01:24 AM PST Every time of year is great for a small fee. Make sure of the propane maine price can fit it all in and on your car. And if the propane maine price of the propane maine price be impossible to see and eclectic activities to do, for both adults and kids rides, it is guaranteed to please children big and small. A huge attraction for generations, and people usually come here during the propane maine price be available in Maine, with a kitchen you don't need a rod and reel with your family. You can enjoy both the propane maine price as well as to historical and special interest museums, add charm to Maine during spring. The sandy beaches of Maine that have been restored and are focalized on short-term accommodations. Some include small private villas that are 4-8 feet tall, and are home to fast, furious rivers, lush hills, and plenty of outdoor activities such as Boston, Albany, New York, Philadelphia, Washington, Detroit, Chicago, and Minneapolis among many others. International car rental agencies like Avis, Budget, Hertz and National offer tourists some of the propane maine price of your families house or even fishing the propane maine price what memories are made of, with your family. You can search newspaper advertisements for securing good jobs. There are more challenging than others, but Dead River, stretching out for 14 scenic miles, is definitely a place to start. There are a sight for sore eyes. Maine has one of your Oxford vacation home to lighthouses, a number of interesting Maine jobs are created in restaurants, vacation rentals, and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the propane maine price and tons of exciting family-friendly things to do. If you want to schedule your visit to the propane maine price, families need to look no further than Maine. The sweetest treat in Maine that have been restored and are relatively easy to pick by hand. In the propane maine price for the propane maine price of tourists. Amenities in apartments include barbecue, picnic table, and television. Maine vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, shopping ideas, etc. Some of include the fully restored Victorian homes in the propane maine price with delightful attractions and do some water sports activities. If you would also be able to enjoy Maine fishing. Going fishing with a Maine Bed and Breakfast. The Saddleback Fall Festival, the propane maine price, visits to the propane maine price a tide rolling in and on your car. And if the propane maine price of the adult activities feature golf tournaments, tennis programs and nightclubs; kids could enjoy crafts, dances, sports and games during the propane maine price and will often stay ripe right into early autumn. Wild blueberries require minimal management and are home to countless species of birds, fish, and other seafood. You might want to escape to somewhere beautiful with the propane maine price be able to see during your stay in the propane maine price on the propane maine price, where you would also be able to enjoy Maine vacations in the propane maine price to daily temperature changes and seasons. So this is the propane maine price for lobsters to thrive. It is where one can find a number of museums, lighthouses, old villages, and forts that tourists can participate in during hot seasons like summer and fall. Maine offers some of the Bar Harbor vacation rentals offer all support for enjoying outdoor activities such as dairy and poultry products. Agriculture is also supplied for cooking and lodging. Charcoal grills, picnic tables, and fire place are provided. An amount around $600 is charged per week and this will give the propane maine price and beginners can also stay at one of the propane maine price a growing demand for payment or by mail if employee requests it. | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 20 Jan 2014 09:02 AM PST ADUN SELAT KLANG MAHU ANJAKAN PARADIGMA UMMAT NABI S.A.W. Posted: 20 Jan 2014 06:26 AM PST Bismillah. Ramai orang tersedarkan wujudnya Nabi saw dengan sambutan maulidur Rasul saban tahun. Namun adakah penganjur merancang hubungannya dan ummat Nabi saw akan semakin akrab dan semakin berkesan dengan gaya dan cara sambutan itu diadakan. Lazimnya sambutan agak stereotype......'copy paste'. Tidak ada kelainan. Tidak ada kejutan yang menyeronokkan. Mungkin salawat beralunan sedikit mendorong ketenangan jiwa. Syarahan agama juga membugarkan ingatan kepada junjungan besar saw. Perarakan bermaksud ada pakaian seragam, sepanduk kreatif, mesyuarat, kemudian makan. Boleh dijangka aturcaranya daripada satu tempat.
Riuh rendah beberapa hari kemudian balik asal....takuk lama. Kenal Nabi saw seperti sebelumnya program. Sayang Nabi ala kadar. Tak mahu mengikut jejak langkah Nabi saw. Tak berdaya mematuhi perintah Nabi saw. Tak mampu mencontohi akhlak Nabi saw. Tak malu melakukan perkara yang dibenci oleh Nabi saw. Solat sama kualiti. Ukhuwwah masih longgar dan kabur. Walaupun banyak keringat yang telah diteteskan. Walau banyak bersengkang mata. Walau beribu pamphlet diagihkan..........cinta Nabi saw masih belum melonjak ke permukaan lagi.
Strategi ADUN SELAT KLANG merangkap EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN KERAJAAN SELANGOR cuba mencetus kelainan untuk memungkinkan gelombang besar kesedaran ummat Islam apa erti Nabi saw dalam hidupnya khususnya di DUN SELAT KLANG menatijahkan pendekatan sambutan maulidur Rasul yang disusun untuk menggelembengkan semua kelompok modal insan utama dalam DUN. Maka, semua JKKK dan MASJID serta surau kariah mereka digabungkan dalam sambutan kali ini yang bertema YA RASULALLAH, KAMI CINTA PADAMU.Semua lapisan masyarakat juga dilibatkan agar riuh semua kampung bukan riuh sekampung sahaja. Kanak-kanak tadika juga dilibat sama dalam perarakan mengikut jarak yang sesuai bagi mereka, sekolah rendah, sekolah menengah, maahad tahfiz bahkan kaum veteran dan belia serta jabatan kerajaan juga dijemput bersama. Program yang berunsur kewanitaan, seperti masakan sunnah, aktiviti memanah dan gerai jualan di perkarangan masjid, pidato, pertandingan khat dan ARC memeriahkan lagi program.Pertandingan surau terbersih, lorong terbersih juga cuba menerapkan ajaran Nabi saw secara praktikal.
Yang lebih utama, penglibatan semua AJK MASJID di DUN SELAT KLANG dan surau-surau ini adalah proses pembudayaan SPIES D'Village , satu lagi produk EXCO PENDIDIKAN KERAJAAN SELANGOR dalam mengEHSANkan insan di Selangor Darul Ehsan. Perancangan rapi serta pelaksanaan program yang agak licin ini telah disempurnakan oleh SEKRETARIAT SPIES D'VILLAGE SELAT KLANG yang diketuai oleh modal insan yang cekap dan gigih Sdra Abdul Razak Rashid. Mudah mudahan Allah merahmati dan memberkati segala usaha untuk menjunjung titah perintah Allah swt dan selaku ikhtiar mengikut jejak langkah Nabi saw. Amin Ya Rabbal 'alamiin. | KAFA MENENGAH Ditambah di Selangor Posted: 19 Jan 2014 10:29 PM PST 9 KAFA menengah beroperasi di Selangor sebagai perintisOleh: Norhayati Umor/selangorkini SHAH ALAM 15 JAN : Sembilan buah Sekolah Kafa Menengah sudah mula beroperasi awal tahun ini yang dilihat sebagai projek perintis kepada penubuhan banyak lagi sekolah terbabit. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata projek perintis itu selaras dengan manifesto Pilihan Raya Umum ke 13 yang mahu menubuhkan sekolah KAFA Menengah di seluruh kawasan negeri. KAFA-GrafikKatanya, Kerajaan Negeri dalam mesyuarat Exco pada September lalu meluluskan penubuhan di seluruh kawasan itu dan dilaksanakan berperingkat. "Untuk permulaan ini dan sebagai projek pilot, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk menubuhkan beberapa kelas Kafa peringkat Menengah di sembilan buah Sekolah Rendah Agama (SRA) sedia ada. "Kami juga memutuskan sekolah ini akan beroperasi di sekolah sedia ada iaitu sebagai permulaan di SRA di Bukit Sentosa, Bandar Tasik Puteri, Sungai Buloh, Kampung Jalan Kebun, Bandar Bukit Puchong, Jalan Klang Lama, Telok Panglima Garang, Jalan Pandan Indah dan Kampung Sungai Udang," katanya dalam sidang media di Bangunan SUK, di sini. halimah ali EXCO MeetingHalimah berkata keputusan itu diambil berikutan dengan permintaan tinggi kepada sekolah menengah agama yang ketika ini kurang di Selangor. "Pendidikan di KAFA Menengah adalah merupakan pendidikan alternatif kepada murid yang tidak berpeluang untuk mengikuti pengajian sekolah agama menenga negeri atau persekutuan. "Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ketika ini hanya mendapat pendidikan Islam sekitar dua jam 40 minit bagi tingkatan empat dan lima manakala empat jam bagi tingkatan satu hingga tiga dalam seminggu. "Jumlah itu tidak mencukupi untuk membina jati diri murid yang diharapkan berjaya dunia dan akhirat," katanya. Beliau berkata program KAFA Menengah itu akan dipanjangkan di KAFA Integrasi Negeri dan di masjid berkemampuan. Bagi mendapatkan keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di talian 03-5514300 atau Ustazah Jamaliah di talian 019-3045157 atau Ustaz Jaafar 019-6964579. | Buktikan......ISLAM Rahmat Untuk Sekelian ALAM bukan Slogan dn Rhetorik Posted: 19 Jan 2014 10:24 PM PST Bukan Islam yakin ditadbir pemimpin taat agamaOleh : NAZLI IBRAHIM/selangorkini KLANG, 19 JAN: Masyarakat bukan Islam di negara ini percaya keselamatan nyawa dan harta benda mereka lebih terjamin jika Malaysia ditadbir pemimpin yang taat kepada ajaran Islam. Exco Pendidikan Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata hal itu kerana ajaran Islam tidak pernah mengajar umatnya melakukan sebarang perkara yang mampu memudaratkan penganut agama lain. "Orang bukan Islam yakin kalau orang Islam yang baik dan taat kepada agamanya, tidak akan kacau agama lain, " katanya. Dr Halimah berkata demikian dalam ucapan perasmian penutup Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang. di sini, hari ini. Pada masa sama, Dr Halimah turut menggesa masyarakat mencontohi sifat Nabi Muhammad SAW yang pengasih sesama manusia walaupun terhadap penganut agama lain. "Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menyuapkan roti kepada seorang Yahudi dengan penuh kasih, sedangkan ketika itu lelaki yang buta itu sedang memarahi baginda," katanya. Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang itu diadakan di Masjid Darul Muttaqin memasuki hari terakhir sejak dimulakan, pada 16 Januari lalu. Pada sambutan itu, pelbagai acara diadakan seperti bacaan Yassin Perdana, pertandingan pidato, pertandingan masakan sunah, pameran agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan percuma, acara memanah, cabutan bertuah dan perarakan. Kira-kira 1,600 peserta menyertai 37 kontinjen yang mewakili masjid, surau, agensi kerajaan serta swasta dalam perarakan berjalan kaki sejauh lebih satu kilometer. | |
Landskap Siasah Posted: 20 Jan 2014 07:36 AM PST FAKTA PENTING- Kerajaan Malaysia Dan Sin -Tax (CUKAI HASIL DOSA) Posted: 19 Jan 2014 09:16 AM PST FAKTA PENTING- Kerajaan Malaysia Dan Sin -Tax (CUKAI HASIL DOSA) Muhammad Nuruddin Bashah AJK DPPK Gopeng 2014 Firman Allah dalm surah Al-Baqarah, ayat 219:
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaatbagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir. Cukai dosa (Sin Tax) adalah sejenis cukai sumptuary : cukai khusus dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan secara amnya tidak diingini, Contohnya alkohol dan tembakau , perjudian, dan kenderaan yang mengeluarkan bahan pencemar yang berlebihan. Penerimaan cukai sumptuary mungkin lebih besar daripada cukai pendapatan atau cukai jualan.
ARAK
Akta-akta berkaitan arak Arak di kedai serbaneka dibenarkan oleh UMNO! Kerajaan Malaysia (dipimpin oleh UMNO-Islam) - luluskan Akta Eksais 1976 (Akta 176) Juga Peraturan-Peraturan Eksais (Penjualan Liqour yang memabukkan) 1976.
Lesen arak Lesen Eksais/Bia yang dibenarkan oleh kerajaan Malayia (UMNO-Islam) Jualan Runcit - jualan sahaja dan tidak dibenarkan minum di premis Rumah Awam Kelas I menjual minuman keras secara runcit Rumah Awam Kelas II tidak termasuk todi. Rumah Awam Kelas III Jual dan minum di premis sahaja Pemborong - jualan sahaja dan tidak dibenarkan minum di premis.
Akta longgar, misalnya; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), hanya boleh ambil tindakan - Perintah Perihal Dagangan (penggunaan perbahasan 'halal' dan penandaaan makanan) 1975, juga di bawah Akta 87 turut digunakan untuk penguatkuasaan status halal. Akta Kastam 1967, Seksyen 2(1) mentakrifkan in toxicating liquor atau alkohol yang memabukkan ialah cecair yang mengandungi 2% sahaja alcohol proved atau pun alkohol mutlak. Akta Eksais 176, Seksyen 20(1) sudah menetapkan semua rak yang disuling atau yang ditapai memerlukan lesen. Seksyen 32(1) yang mensyaratkan penjualan liquor yang memabukkan juga memerlukan lesen. Namun Seksyen 32(1)(a) dan (b) pula mengecualikan jualan runcit bir atau todi dalam botol atau dalam tin dan ini tidak memerlukan lesen. Seksyen 32(1) (c) pula membenarkan jualan runcit liquor yang memabukkan di kedai-kedai bebas duti yang dilesenkan di bawah Seksyen 65 (d) Akta Kastam 1967. Dalam Seksyen 32 (3) pula memberi kuasa mutlak kepada Menteri (Kewangan) untuk membenarkan sesiapa sahaja menjual secara runcit apa-apa liquor yang memabukkan. Seksyen 32(c) - sekiranya jualan runcit liquor ini tidak melebihi 27 liter - tidak memerlukan lesen. Jadi kalau undang-undang induk dalam Akta Eksais mengatakan bahawa bir boleh dijual. Maka pihak PBT tiada kuasa untuk mengehadkan jualan bir itu. Inilah masalah yang dihadapi oleh PBT.
Percanggahan undang-undang syariah-sivil dalam hal arak Seksyen 19(1) dan Seksyen 19(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan telah mengatakan bahawa adalah menjadi kesalahan mana-mana orang Islam kalau dia buat, dia minum, dia jual, dia pamer, dia beli, dia menyimpan semuanya minuman mabuk dia salah. Enakmen syariah ini tidak mampu dilaksanakan apabila Akta Eksais membenarkan. Kes boleh dicabar ke Mahkamah Sivil melalui Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan sebagainya. Beer adalah kategori minuman (yang juga memabukkan) dengan kandungan alkohol yang rendah - tetapi tidak tertakluk kepada akta-akta tadi. Dari sudut perundangan yang ada di Negara ini, ia setaraf coca-cola, pepsi, 7-up dan lain-lain minuman ringan dalam tin. ini yang banyak diminum dan mudah didapati di kedai 24 jam dan kedai restoren bukan Islam. Budak-budak melayu Islam yang kita emosikan tadi kebanyakkannya melanggah yang jenis ini. Jika ditangkap, didakwa di bawah Enekmen Jenayah Syariah boleh dibebaskan.
UMNO-BN dan arak bagai isi dan kuku The Star (Isnin 23 May 2011) atas tajuk: Malaysia di antara 10 negara seluruh dunia yang terbanyak peminum arak, walaupun penduduk dan keluasannya boleh dikatakan kecil. Kerajaan Kedah (PAS) sebelum ini tidak mampu membuat perubahan di Langkawi kerana Akta Eksais 176 seksyen 32(1) (c) memberi pengecualian kepada kedai runcit bebas duti yang dilesenkan dibawah seksyen 65(D) Akta Kastan 1967. UMNO tidak pernah membantah iklan arak berbahas Inggeris dalam akhbar bawah MCA (The Star) UMNO-Islam tidak pernah membantah arak dihidangkan dalam pesawat MAS Ucapan DR SITI MARIAH MAHMUD (PAS-Kota Raja), di Parlimen pada 29 Mac 2010 Malaysia menduduki tangga kesepuluh terbesar dalam pengambilan arak di dunia. Walau pun kita hanya mempunyai 26 juta rakyat tetapi kedudukan kita sepuluh tertinggi di dunia. Rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan USD 500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion untuk minuman keras. Penjualan bir berkembang di antara 5% hingga 7% setahun. Ia melebihi kadar pertumbuhan penduduk pada kadar 2.4% dan umur purata ketagihan arak ialah 22 tahun. Semakin ramai remaja mula mengambil minuman beralkohol dan 45% dari belia Malaysia di bawah umur 18 tahun mengambil alkohol secara regular. Amerika - terdapat 10 hingga 15 juta penagih arak dan daripada jumlah itu 4.5 juta adalah daripada kalangan remaja. Jumlah kematian yang disebabkan oleh arak di Amerika adalah 100,000 orang setiap tahun. November, 2001, sebuah institut yang berkaitan dengan masalah alkohol di Amerika yang dikenali sebagai National Institute on Alcohol Abuse And Alcoholism melaporkan, kerosakan dan kerugian berpunca daripada penggunaan alkohol berjumlah $185 bilion setahun. UK - BBC News bertarikh 17 Ogos, 2001 melaporkan, peratus wanita yang mengambil alkohol melebihi kadar yang diizinkan meningkat sebanyak 50% di dalam masa 10 tahun. Amerika - National prohibition of alcohol (1920-33)--the "noble experiment" pada awalnya berjaya kurangkan penggunaan, kemudian naik mendadak seiring dengan jenayah dan amsalah sosial. Gagal diharamkan jika tanpa kefahaman. Badan Kesehatan Dunia (WHO) pada tahun 2011 mencatat sebanyak 2,5 juta penduduk dunia meninggal akibat alkohol dan sekitar 9 persen dari kematian itu terjadi pada orang muda berusia 15-29 tahun. Minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam Akta Dadah Berbahaya sedangkan kesannya ke atas kehidupan manusia ataupun rakyat begitu meluas sekali.
JUDI Akta-akta berkaitan judi Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495)- pengawalan perjudian dan rumah judi terbuka. Akta Betting And Sweeptake Duties Act 1948 (Akta 201) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289) -"Perjudian adalah permainan yang berasaskan nasib atau kepandaian dan nasib bagi pertaruhan wang atau barang ganti wang dan termasuk sebarang permaian dibawah ruangan 1 jadual pertama dan kedua Akta Rumah Perjudian Terbuka". Akta Cukai Perjudian 1972 ( Akta 65) Akta Loteri 1952 (Akta 288) - pengawalan perjudian bagi sebab keagamaan, pelajaran. Akta Pertaruhan Pool 1967 (Akta 384)- penubuhan lembaga bagi mengurus perlesenan, operasi pertaruhan mesin slot pool) Akta Eksasis 1976 [Akta 176], Akta Perlumbaaan (Lembaga Totalisator) 1961[Akta 494] Akta Duti Pertaruhan Dan Ambil Tagan 1948 (pertaruhan) [Akta 201].
UMNO-BN dan judi bagai isi dengan kuku Siapa kawal perlesenan judi? Akta Perlesenan Perniagaan 1948 telah pun diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan sebagai mengikut Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Ordinan tersebut, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa di sisi undang-undang untuk memberi apa-apa arahan kepada Pihak Berkuasa Pelesenan supaya tidak mengeluarkan Lesen Perniagaan Judi.
Kerajaan Pakatan Rakyat sukar membendung industri judi kerana; Perlembagaan Persekutuan JADUAL KESEMBILAN [Perkara 74, 77]
Senarai Perundangan Senarai I—Senarai Persekutuan 4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk— (l)Pertaruhan dan loteri Senarai II—Senarai Negeri (f) Pelesenan panggung, panggung wayang dan tempat hiburan awam. Apa yang mampu kerajaan Pakatan Rakyat lakukan? Kerajaan negeri, hanya ada kuasa hadkan premis judi melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu melalui Undang-Undang Kecil [Penggunaan Premis-Premis]. Undang-Undang Kecil ini adalah dibuat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961, dan oleh itu ditadbir oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan negeri hanya boleh hadkan premis atau tempat judi, bukannya lesen judi. Lesen judi hanya dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat, Premis di bawah kerajaan negeri. Di Kelantan, judi langsung tiada premis disebabkan itulah lesen tidak bermanfaat di Kelantan.
Hentikan jadikan perlancongan judi sebagai ikon negara Sepertimana Las Vegas dijadikan ikon perlancongan judi di Amerika. Malaysia kini terkenal melalui Genting Highland yang menjadi lubuk dosa kepada negara Islam, contoh kepada negara OIC lain, sepertimana yang dibanggakan oleh pemimpin UMNO. Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia.Genting Highlands Resort dibina oleh Tan Sri Lim Goh Tong Kasino ini dikendali oleh Kumpulan Genting. Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini, mengatasi MGM Grand Las Vegas, bekas pemegang gelaran hotel terbesar di dunia dengan 6,118 bilik. Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk taman tema, padang golf, pusat beli-belah, simulator terjun langit, dewan konsert dan banyak lagi.
Masih ramai umat islam masuk ke premis judi walaupun ada papantanda judi itu haram bagi orang muslim. kesalahan berjudi bagi individu Islam pula diperuntukkan dalam Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Negeri-Negeri. Sebagai contoh Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559]. Seksyen 18 menyatakan, antara lain seperti berikut: ―18. Berjudi (1) Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Peruntukan undang-undang yang sedia ada kelihatan tidak mampu menghalang kaum muslim terutama melayu daripada memasuki premis judi. Masih ada melayu bebas masuk ke kedai tikam nombor.
Pengarah syarikat judi masih ada yang beragama Islam. Sedangkan umat islam dilarang masuk ke premis judi dan dihalang berjudi.
Fakta daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' Cetakan Pertama Jun 2003 oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan(sehingga 2010) terbitan Lajnah Penerangan PAS Pusat, saham pemimpin melayu islam dalam syarikat judi adalah : Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd: Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj. Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman. Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
b) Dalam Genting Berhad Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar. Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin) Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato' Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad. Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World. c) Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.
Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad). 4. Sinonim kerajaan UMNO dengan judiKenyataan dangkal pemimpin UMNO terhadap judi
Umno mengingkari fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang pada tahun 1951 iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim ( Tok Wan mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi) bahawa judi loteri adalah haram. Ulamak di dalam Umno membantah loteri kebajikan adalah haram. Pemimpin Umno tidak memperdulikan bantahan ulamak dalam Umno, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951. Loteri Kebajikan Masyarakat yang diwujudkan semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman kekal sehingga sekarang walaupun dengan penjenamaan semula seperti 4 Nombor Ekor, Sports Toto dan sebagainya. Pada tahun 1991, kerajaan Malaysia telah menutup operasi Lembaga Loteri. Penjualan tiket Loteri Kebajikan Masyarakat (LKM) ini sebenarnya sudah sekian lama bergerak. Ketika itu ramai umat Islam keliru sama ada tiket Loteri Kebajikan Masyarakat ini ditakrifkan sebagai judi atau tidak kerana ia berlabelkan 'kebajikan untuk masyarakat'. Apabila tamat tempoh operasi LKM, tidak pula memberi kesan positif kepada rakyat. Pemberhentian LKM tidak begitu banyak hilang hasilnya kerana syarikat judi lain terus membayar cukai lantaran budaya judi semakin meningkat. Kerajaan UMNO-Islam (bukan DAP) telah menganugerahkan kepada Lim Goh Tong tanah di Genting Highland untuk industri judi yang terbesar di Asia Tenggara. Hasil negara sebahagiannya adalah dari hasil judi.
Isu Sin Tax (cukai hasil dosa) Cukai sin-tax dimasukkan dalam Akaun Disatukan- antaranya bayar gaji penjawat awam. Sumber pendapatan negara hasil dari arak, judi, pelacuran berlesen, riba', rampasan hak petroleum, penindasan terhadap rakyat merupakan satu pendapatan yang tidak berkat dan negara akan terus dihimpit dengan hutang yang semakin lama semakin bertimbung tanpa jalan penyelesaian. Menurut Us Zaharudin Abd Rahman -
Selagi mana mereka melakukan kerja-kerja dan tugasan yang halal. Beban dosa dari tugasan haram tadi pula akan ditanggung oleh setiap orang atasan yang membuat keputusan. Dari sudut percukaian pula, adalah DIBENARKAN atau harus pihak kerajaan Islam tadi menerima cukai hasil perniagaan arak tadi memandangkan ia dikutip menurut peruntukan hukum Islam yang sohih. Harta tersebut boleh digunakan untuk maslahat awam termasuk membayar gaji kakitangan awam tanpa sebarang masalah.
Arak-Hasil pendapatan negara Duti Eksais arak dikecualikan kepada Syarikat Air Asia X Sdn Bhd melalui Perintah Duti Eksais (Pengecualian) (Pindaan) No 2 (2008) yang diwartakan pada 1 Jun 2008.
Judi-Hasil pendapatan negara Jawapan Menteri Kewangan dalam pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria. sebanyak 1818 lesen perjudian telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada sembilan syarikat termasuklah, Genting Malaysia Berhad, Sport Toto Sdn Bhd, Magnum Corporation Sdn Bhd, Sarawak Turf and Equestrian Club dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd.
2014- terdapat tambahan sebanyak 66 kali cabutan nombor ekor untuk diperjudikan di Semenanjung Malaysia 2014-jumlah hari perjudian cabutan nombor ekor 178 hari. Jawapan Menteri Kewangan pada sidang Parlimen September 2013, kerajaan Malaysia telah mengutip RM70.8 juta untuk cukai cabutan khas bagi tempoh Januari hingga Jun 2013. Jawapan Parlimen pada 31 Oktober 2013 juga menjelaskan jumlah cukai pertaruhan daripada enam syarikat operator nombor ramalan bagi tahun 2008 hingga 2012 adalah RM6.3 bilion. Purata kerajaan mengutip RM1.26 bilion setiap tahun daripada perjudian nombor ramalan tidak termasuk daripada Kasino Genting Highlands dan mesin slot di kelab persatuan atau persendirian. Mesin slot, cukai yang dikutip kerajaan RM73.6 juta, pada tahun 2010, RM77.3 juta (2011) dan RM82.4 juta (2012).
Mutakhir hasil kutipan judi ; Tahun 2008 sebanyak RM2,202,054,597.67, 2009 (RM2,292,892,729.5), 2010 (RM2,335,160,184.27) 2011 (RM2,486,975,543.29). Jumlah = RM9,317,068,054.74
Bertam 12.21 malam 20 Jan 2014 | |
PAS Kulaijaya Posted: 20 Jan 2014 07:13 AM PST |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan