DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU Posted: 19 Jan 2013 11:03 PM PST Ini kali-lah akan berakhir sebuah rejim... Posted: 19 Jan 2013 06:28 PM PST Oleh Lanh KETIKA duduk bersesak-sesak bersama puluhan ribu hadirin di pangkin Stadium Merdeka pada hari Perhimpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari lalu, fikiran saya jauh melayang mengenangkan pengalaman saya pada suatu hari kira-kira 20 tahun lalu (pada April 1994) menyaksikan kebangkitan rakyat Afrika Selatan yang berhimpun di Stadium First National Bank (FNB) di Soweto, sebuah perbandaran kulit hitam terbesar tidak jauh dari Johannesburg. Perhimpunan 100,000 rakyat bagi mendengar amanat pejuang Nelson Mandela di stadium itu adalah sebahagian acara menjelang pilihan raya pelbagai kaum pertama yang bersejarah kerana ia menamatkan dasar aparteid selama berabad-abad di Afrika Selatan. Ya, saya dapat rasakan ada ciri-ciri persamaan antara apa yang saya saksi dan rasakan di Stadium Merdeka dan FNB Soweto! Pengalaman saya di Stadium FNB ada dicatatkan dalam buku saya ‘Dilema Seorang Wartawan Islam’ yang kemudian diterbitkan semula dan diubah tajuk kepada ‘Travelog Wartawan Islam’ oleh penerbit Kemilau Publika. Dalam bab ‘Di Afrika Selatan’ antara lain saya mencatatkan: “Terhimpit di celah-celah ribuan orang ramai itu (ya, ada persamaannya dengan 'terhimpitnya' saya di ‘tangga kambing’ Stadium Merdeka) adalah saya – seorang wartawan kerdil dari Malaysia, negara yang terletak beribu-ribu kilometer jauhnya. Saya membayangkan sambutan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Ketika itu saya belum lahir lagi. Saya mencongak tentulah suasana meriah itu sama seperti yang berlaku di Stadium FNB itu. “Kami menyertai ribuan penyokong memasuki stadium ini pada sebelah pagi – menunggu ketibaan Mandela pada waktu petang. Suasana dalam stadium begitu gamat. Laungan ‘Viva ANC’ (Kongres Kebangsaan Afrika pimpinan Mandela) dan ‘Viva Mandela’ memekakkan telinga. “Orang kulit hitam Afrika Selatan kelihatan begitu bersemangat, daripada wajah mereka terbayang masa depan gemilang di bawah sebuah kerajaan baru...Seperti diketahui umum, ANC memenangi pilihan raya itu dengan lebih 60 peratus undi, sekali gus membolehkan Mandela menjadi orang hitam pertama sebagai Presiden Afrika Selatan...” Pilihan raya bersejarah Afrika Selatan itu membawa pengakhiran kuasa sebuah rejim – Parti Kebangsaan (NP) pimpinan presiden kulit putih terakhir, FW de Klerk. Rejim aparteid ini akhirnya tersungkur dengan jutaan rakyat memangkah parti ANC dalam pilihan raya, memberi kemenangan kepada Mandela yang sebelum itu terpenjara dalam buangan di Pulau Robbins selama berpuluh-puluh tahun lamanya. Tanggal 12 Januari lalu juga menyaksikan kebangkitan rakyat, di dalam stadium saya anggarkan ada sekurang-kurangnya 50,000 orang manakala di luar puluhan ribu lagi. Antara lain mereka menuntut sebuah pilihan raya bersih dan adil. Pada pilihan raya pelbagai kaum pertama Afrika Selatan yang saya ditugaskan membuat liputan 20 tahun lalu, pengendalinya adalah Suruhanjaya Pillihan Raya Bebas (IEC) yang mengundang ratusan badan pemerhati dan pemantau serta individu antarabangsa. Dari Malaysia, saya ketemui pemantau Tan Sri Ghazali Shafie (bekas Menteri Luar yang kini allahyarham) dan Zainah Anwar (saya tak pasti pihak diwakili tokoh daripada Sisters in Islam ini). Pilihan raya bebas dan adil menyaksikan kebangkitan ANC yang sebelumnya diharamkan dan pemimpinnya dihumban ke dalam penjara. Menjelang pilihan raya pada 27 April 1994, IEC memastikan ketelusan perjalanan pilihan raya termasuk mengamanahkan tugas pemantau kepada tokoh seperti Ghazali dan Zainah. Malah, wartawan kerdil seperti saya juga berpeluang menyaksikan hari-hari dan detik bersejarah Afrika Selatan itu. Demikianlah antara lain saya membuat catatan dari Stadium FNB Soweto pada suatu hari dalam bulan April 1994. Tanggal 12 Januari 2013, alangkah hampir sama suasananya – saya menyaksikan wajah-wajah bersemangat rakyat yang terlalu rindukan kedamaian, keadilan dan segala yang baik-baik di negara tercinta ini. Sekalipun menang, ANC gagal mendapat majoriti dua pertiga menyebabkan ia terpaksa bekerjasama dengan NP dan Parti Pembebasan Inkatha (IFP) bagi membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan Kebangsaan dengan Mandela sebagai Presiden. Tercatatlah sejarah bagaimana parti-parti yang sangat berbeza ideologinya (ANC, NP dan IFP) menyampaikan cita-cita membentuk sebuah kerajaan baru Afrika Selatan. Amat jelas Mandela bukanlah seorang yang gila kuasa, selepas sepenggal memerintah, beliau melepaskan kepimpinan ANC kepada Thabo Mbeki yang kemudian menjadi Presiden Afrika Selatan pada 1999. Jika ANC, NP dan IFP dapat menjayakan cita-cita besar rakyat Afrika Selatan yang menghadapi dugaan lebih berat daripada rakyat Malaysia, tidak ada sebab untuk PAS, DAP dan KeADILan tidak dapat berkorban (bertolak ansur) dalam membina sebuah ‘Malaysia Baru’ demi kepentingan dan masa depan rakyat yang merintih didera puluhan tahun lamanya. Rakyat terlalu rindukan ‘kemerdekaan kedua’ seperti diucapkan salah seorang pemimpin Pakatan! Ya, INI KALI-LAH untuk rakyat membenamkan Umno-BN seperti dilakukan rakyat Afrika Selatan yang mengakhiri sebuah rejim aparteid 20 tahun lalu! | |
PAS KAWASAN KUBANG PASU Posted: 19 Jan 2013 11:02 PM PST Mahathir Mahu Menumbangkan Najib ? Posted: 19 Jan 2013 06:22 PM PST Oleh Shahbudin HusinApabila Mahathir menyifatkan kerajaan yang dipimpin Najib sekarang berada dalam keadaan lemah sehingga takut menggunakan kuasa, ia membawa tafsiran dengan mak sud yang pelbagai. Lebih-lebih ia dikeluarkan di saat-saat Najib sedang bertarung antara "hidup dan mati" dalam PRU 13 yang mesti diadakan sebelum 28 April ini. Dengan mengambil contoh Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA yang dihapuskan oleh kepimpinan Najib kerana tekanan kuat daripada pelbagai pihak, Mahathir memberikan logik yang mudah iaitu " Apa yang dimalukan sangat dengan ISA?". Bagi Mahathir, tindakan Najib menghapuskan ISA dan menggantikan dengan undang-undang lain adalah suatu kesilapan kerana kuasa besar seperti Amerika sendiri akhirnya menggubal undang-undang yang lebih keras dan zalim daripada ISA untuk menangani pengganas serta mewujudkan Kem Tahanan Guantanamo. Tidak syak lagi bagi Mahathir, beberapa tindakan Najib yang antaranya menghapuskan ISA adalah bukti kepimpinannya yang lemah dan takut dengan kuasa. Sebagai seorang yang masih berpengaruh, baik dalam UMNO mahupun di kalangan rakyat biasa, secara umumnya kenyataan Mahathir itu langsung tidak membantu UMNO dan BN. Ia seperti memperlekeh dan mengajak rakyat menolak kepimpinan Najib. Jika benar Mahathir mahu melihat BN menang dalam pilihanraya akan datang, kenyataan seumpama itu tentunya tidak wajar dikeluarkan olehnya kerana ia boleh menambahkan lagi kekeliruan di kalangan pengundi atas pagar dan juga di kalangan ahli UMNO sendiri. Sepertimana yang diketahui, salah satu sebab keputusan buruk pilihanraya 2008 ialah kerana serangan Mahathir yang berterusan kepada kepimpinan Pak Lah berikutan wujudnya anasir "budak-budak tingkat 4" yang didakwanya mempengaruhi kepimpinan Pak Lah ketika itu. Serangannya yang berterusan sehingga keluar UMNO menyebabkan ramai ahli UMNO dan pengundi atas pagar terpengaruh dengannya, lantas bertindak mengundi pembangkang, merosakkan undi atau memboikot pilihanraya 2008 itu. Akhirnya BN hanya menang 140 kerusi Parlimen, hilang majoriti dua pertiga dan Pak Lah didesak berundur. Walaupun pada mulanya Mahathir menyokong Najib tetapi kelemahan Najib yang amat ketara dan serta wujudnya campurtangan Rosmah dalam pelbagai aspek pentadbiran kerajaan menyebabkan Mahathir akhir-akhir ini seperti memperpelihatkan sikapnya yang turut bosan dengan kepimpinan Najib. Jika majoriti rakyat melihat pelbagai karenah Rosmah sebagai lebih teruk daripada karenah "budak-budak tingkat 4" ketika era Pak Lah, sudah tentu Mahathir juga turut "getik" dengan apa yang berlaku sekarang. Tindakan Mahathir mengkritik kepimpinan Najib yang disifatkannya lemah dan takut menggunakan kuasa, adalah gambaran bahawa anak Tun Razak itu bukanlah seorang pemimpin yang bijaksana. Mesej Mahathir ialah mahukan Najib ditukar dan digantikan dengan pemimpin lain yang lebih bijaksana, tahu menggunakan kuasa dan dipercayainya. Meskipun Anwar dan Pakatan Rakyat sedang berjuang untuk turut merebut kuasa dalam PRU 13 akan datang, Mahathir sebenarnya tidak memihak kepada mereka. Jika Anwar mahu menumbangkan BN, Mahathir sebenarnya hanya mahu menukar Najib. Apa yang dilakukan Mahathir sekarang ialah permulaan kepada apa yang bakal berlaku selepas pilihanraya umum nanti. Meskipun sekarang kedudukan seperti 50-50 antara BN dan PR tetapi Mahathir seperti meyakini BN akan mampu mengekalkan kuasa berdasarkan strategi akhir dan kuasa wang yang dimiliki oleh BN. Dengan pelbagai kelemahan Najib yang sudah dipaparkan untuk tatapan rakyat selama ini, berlambaknya isu yang gagal ditangani, beban daripada Rosmah yang masih berterusan disamping dakwaan terbaru oleh Deepak Jaikishan, jelas meletakkan Najib dalam keadaan yang sukar untuk memperolehi lebih daripada 120 kerusi Parlimen. Dengan ramalan hanya itu jumlah kerusi yang mampu dimenangi oleh BN atau tidak lebih daripada 140 kerusi, kedudukan UMNO dan kerajaan tentulah lebih parah lagi jika beliau terus menjadi penerajunya. Kenyataan Mahathir yang mula menyebut kerajaan dipimpin Najib sebagai lemah dan takut menggunakan kuasa adalah isyarat yang jelas supaya kedudukan Najib turut diubah jika mahukan sebuah kerajaan yang kuat di masa akan datang. Di dalam UMNO sendiri, kenyataan Mahathir yang menyifatkan kerajaan Najib sebagai lemah dan takut menggunakan kuasa, mula diperkatakan oleh pelbagai peringkat kepimpinan. Ada yang setuju dengan Mahathir dan tidak kurang yang menyatakan tidak wajar Mahathir mengeluarkan kritikan seumpama itu sekarang ini. Tetapi secara nyatanya, oleh kerana Mahathir masih mempunyai pengaruh dalam UMNO dan sebahagian yang lain tetap menganggapnya sebagai idola, kiblat ahli UMNO sudah mulai berpecah sekarang ini. Najib tidak lagi dianggap kiblat yang satu. Kritikan rakyat, pengundi atas pagar dan ahli UMNO sendiri terhadap Najib yang dianggap lemah oleh Mahathir itu menjadi semakin ketara akhir-akhir ini. Ia boleh didengari di kedai kopi, lobi hotel, di laman sosial dan di mana-mana, bahkan kadangkala di dalam Bangunan UMNO sendiri kritikan itu boleh didengari. Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin tentulah orang yang paling bernasib baik jika arus perubahan yang sedang hangat diperkatakan dalam UMNO sekarang ini menjadi kenyataan. Ia sama seperti bernasib baiknya Najib ketika berlaku arus perubahan menolak Pak Lah dahulu. Tidak dapat tidak, Muhyiddin adalah orang yang diharapkan untuk mengganti tempat Najib jika berlakunya perubahan walaupun Muhyiddin bukanlah sesempurna yang diharapkan. Beliau juga ada kelemahan dan masalahnya, tapi kepimpinan Muhyiddin mungkin lebih baik daripada Najib dan beliau juga bukan seorang yang takut menggunakan kuasa. Dua tiga hari yang lalu Muhyiddin berada di Amerika Syarikat atas urusan rasmi tetapi sudah ramai yang bercakap tentang liputan media yang lebih hebat diperolehi oleh Muhyiddin berbanding Najib. TV3 misalnya memberi ruang liputan yang lebih lama untuk program lawatan Muhyiddin ke AS itu berbanding liputan untuk program Najib di dalam negara. Bila ini berlaku dan orangramai bercakap mengenainya, selalunya ia akan menjadi kenyataan, lebih-lebih lagi apabila ia dimulakan oleh Mahathir. Mahathir dalam sejarahnya bersama UMNO, usahanya menjatuh dan menaikkan pemimpin jarang menemui kegagalan http://shahbudindotcom.blogspot.com | |
PAS Cawangan Serkam Darat Posted: 19 Jan 2013 07:25 PM PST |
Rembau Hari Ini Posted: 19 Jan 2013 07:18 PM PST Gangguan air di Tampin, Rembau 22 dan 23 Januari Posted: 19 Jan 2013 03:47 PM PST
19 Januari 2013
SEREMBAN - Beberapa kawasan di daerah Tampin dan Rembau akan mengalami gangguan sementara bekalan air pada 22 dan 23 Januari ini.
Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Azlan Abd Aziz berkata, gangguan bekalan air di daerah Tampin, iaitu di Gemas dan Gemencheh, pada 22 Januari bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam berikutan pemasangan meter di outlet Kolam Londah.
"Kawasan yang terlibat di Gemas ialah Kampung Tiong, Kampung Desa Bakti, Taman Gemas Jaya, Taman Sungai, Taman Indah, Pekan Gemas, Taman Sentosa, Taman Desa Permai, Taman Gemas Setia, Taman Damai, Rumah Rakyat Gemas, Kampung Baru Gemas, Taman Sahabat dan kawasan industri Gemas.
"Selain itu, kuarters KTMB Gemas, Taman Halachara Baru, Kampung Bangkahulu, Kampung Ladang, Kampung Ulu Ladang, Kampung Londah, kem tentera Syed Sirajuddin, National Feedlot Corporation, Taman Pinggiran Felda, Felda Sungai Kelamah, Batu 1-10 Jalan Gemas-Tampin dan Kampung Bentan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kawasan yang terlibat di Gemencheh ialah Felda Bukit Jalur, Taman Sri Air Kuning, Pekan Air Kuning, Kampung Tengah, Kampung Mantai, Kampung Air Kuning, Kampung Air Kuning Selatan, Kampung Payar Lebar dan Kampung Ulu Air Kning.
Sementara itu, gangguan bekalan air di Rembau pada 23 Januari bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam berikutan pemasangan meter di sempadan antara Tampin dan Rembau.
Kawasan yang terlibat ialah seluruh Kendong, Kota, Gadong, Legung Ulu dan Hilir, Bongek, Chengkau, Nerasau, Penajis, Miku, Selemak, Astana Raja, Semerbok, Kampung Durian Daun, Kampung Pulau Besar, Kampung Pulau Bukit, Kampung Pulau Mampat, Kampung Fajar Harapan, Kampung Batang Nyamor dan Kampung Chenong Ulu.
Turut terlibat Kampung Lada, seluruh mukim Tanjung Kerling dan Batu Hampar, Taman Seri Rembau Fasa 1,2,3, Taman Rembau Utama, seluruh Kampung Chuai, pekan Rembau, Tanjung Sena Ulu dan Hilir, Kampung Rendah Kayu Ara, Senama, Desa Permai Mampong, Kampung Mampong, Petronas Rembau, Shell Rembau, Pejabat Daerah Rembau, Majlis Daerah Rembau, Kampung Mulia, Kampung Seberang Sawah, Kampung Perigi Jernih, Kampung Tebing Tinggi, Kampung Relong dan Taman Seri Rembau Tanah Lot.
Beliau menasihatkan pengguna di kawasan terlibat agar menyimpan bekalan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan.
Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 19 Jan 2013 03:21 PM PST PAKATAN RAKYAT 51 BN 49 ? MEMANG BERBALOI RAKYAT PILIH PR Posted: 19 Jan 2013 02:57 PM PST Meskipun sekarang kedudukan seperti 50-50 antara BN dan PR tetapi Mahathir samada nyanyuk atau tidak tahan dikeronyok perasaan bersalah atas apa yang dilakukan si masa lalu membuatkan skor BN menjadi 49%.Ini menambahkan buruk lagi rakyat waima ahli BN malah ahli UMNO tidak meyakini BN akan mampu mengekalkan kuasa berdasarkan strategi akhir dan kuasa wang yang dimiliki oleh BN.
Dengan pelbagai kelemahan Najib yang sudah dipaparkan untuk tatapan rakyat selama ini, perlambakan isu yang gagal ditangani, beban daripada Rosmah yang masih berterusan disamping dakwaan terbaru oleh Deepak Jaikishan serta pengakuan Tun Mahathir jelas meletakkan Najib dalam keadaan yang amat sukar untuk memperolehi lebih daripada 100 kerusi Parlimen.
Dengan ramalan hanya itu jumlah kerusi yang mampu dimenangi oleh BN atau tidak lebih daripada 120 kerusi, kedudukan UMNO dan kerajaan tentulah lebih parah lagi jika Najib terus menjadi penerajunya.
Kenyataan terkini Tun Mahathir yang mula memperlekeh kerajaan pimpinan Najib sebagai lemah dan takut menggunakan kuasa zalim kegemaran semasa Tun memerintah adalah isyarat yang amat jelas supaya kedudukan Najib turut diubah jika mahukan sebuah kerajaan yang kuat di masa akan datang.Bermakna walau dulu Tun M tidak suka Muhyiddin tapi kalu ini beliau mungkin meluat pada Najib dan terpaksa akui keperluan Muhyidin menjadi Pengerusi UMNO atau diri beliau sendiri bagi memperjuangkan sisa-sisa UMNO yang ada.
Rakyat tahu apa lagi ahli dalam UMNO sendiri, kenyataan Mahathir yang menyifatkan kerajaan Najib sebagai lemah dan takut menggunakan kuasa, mula diperkatakan oleh pelbagai peringkat kepimpinan. Ada yang setuju dengan Mahathir dan tidak kurang yang menyatakan tidak wajar Mahathir mengeluarkan kritikan seumpama itu sekarang ini.
Secara kasar seolah-olah Mahathir masih ada pengaruh dalam UMNO dan sebahagian yang lain tetap menganggapnya sebagai idola, ahli UMNO sudah mulai berpecah sekarang ini. Najib tidak lagi dianggap pemimpin terbaik untuk memimpin mereka.
Kritikan rakyat, pengundi atas pagar dan ahli UMNO sendiri terhadap Najib yang dianggap lemah oleh Mahathir itu menjadi semakin berleluasa dan makin terbuka di akhir kejatuhan Kerajaan BN ini. Rasanya dah biasa didengari di kedai kopi, lobi hotel, dalam internet,di laman sosial dan di mana-mana sahaja, hinggakan acapkali kritikan dan cemuhan di dalam Bangunan UMNO sendiri .
Muhyiddin adalah satu-satu spesis yang boleh diharapkan untuk mengganti tempat Najib jika berlakunya perubahan.Bukan sebab beliau bagus cuma sebaba beliau timbalan presiden UMNO. Kelemahan UMNO tanpa pertandingan Majlis tertinggi yang asyik ditangguh sehingga kini amat melemahkan UMNO setrusnya BN.Mandat ahli UMNO longgar dan tanpa aura.Ramai tahu walau Muhyiddin bukanlah sesempurna yang diharapkan. Dengan kelemahan dan masalahnya, tapi kepimpinan Muhyiddin mungkin lebih baik daripada Najib pada fikiran Tun M kerana dikatakan Muhyiddin bukan seorang yang takut menggunakan kuasa.
Inilah masalah UMNO yang akhirnya tanpa Islam sebenar dalam UMNO maka hancurlah kerajaan Malaysia.Yang terbaik ialah hancurkan BN maka UMNO akan hancur dan dengan pimpinan Pakatan Rakyat maka terbelalah negara dan rakyat.PRU 13 amat relevan bagi rakyat Malaysia mengundi hanya parti PAS, PKR dan DAP dan partiyang menyokong Pakatan Rakyat. | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 19 Jan 2013 11:41 AM PST Posted: 18 Jan 2013 10:20 PM PST Harakahdaily, | 19 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ternyata semakin hari semakin kusut pemikirannya kerana tidak lagi dapat melihat isu Suruhanjaya Pendatang Asing (RCI) Sabah dari perspektif yang betul. "Sekarang baru kita sedar kenapa beliau (Mahathir) tidak menyokong penubuhan RCI ini kerana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap isu pendatang asing di Sabah dahulu," tulis Aspan Alias di dalam blognya. Berikut ialah tulisan penuh beliau di dalam blog http://aspanaliasnet.blogspot.com. Semakin hari semakin panas suhu politik di negara yang dikatakan pimpinan utama kita akan menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi. Entah apa kemajuan yang kita akan capai tidak pula kita ketahui. Tetapi apa yang kita lihat, kita semakin hari semakin ke belakang dan tidak maju ke hadapan. Isu bertambah rumit dan besar, dan semua isu ini berkait dengan tingkah laku dan salah gunakuasa oleh pucuk pimpinan negara dan UMNO. Deepak pula memberikan reaksi marah-marah apabila Najib memperlekehkan tuduhannya (Deepak) terhadap terhadap Perdana Menteri yang 'controversial' itu. Deepak berjanji akan mengeluarkan lagi banyak isu yang belum diketahui umum yang berkaitan dengan Najib suami isteri itu. Walau sebesar mana pun pawang dan dukun digunakan oleh Rosmah, isu terhadap mereka yang tinggal di Sri Perdana itu tetap datang bertalu-talu. Nampaknya satu demi satu perkara yang disorokkan oleh pucuk pimpinan sejak tiga puluh tahun dahulu mula keluar dan ia memeranjatkan kepada setengah pihak. Tetapi tidak pula memeranjatkan kepada setengah pihak yang telah melihat dengan dekat perubahan nilai dalam UMNO dan kepimpinannya sejak dari masa itu. Isu yang terakhir ialah berhubung dengan Suruhanjaya Pendatang Asing (RCI) Sabah yang telah ditubuhkan oleh kerajaan. Akhirnya Dr Mahathir mengakui yang beliaulah yang terlibat dan membenarkan pemberian kad pengenalan dan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah dahulu. Dalam pada beliau mengakui kerja yang tidak baik itu, Mahathir cuba mencari tempat sandaran untuk meringankan perasaan bersalah beliau dengan membabitkan Tunku Abdul Rahman Putra yang pada kononnya telah memberikan sejuta orang Cina taraf kerakyatan semasa sebelum kita mencapai kemerdekaan dahulu. Ternyata Mahathir ini semakin hari semakin kusut pemikirannya kerana tidak lagi dapat melihat isu ini dari perspektif yang betul. Sekarang baru kita sedar kenapa beliau (Mahathir) tidak menyokong penubuhan RCI ini kerana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap isu pendatang asing di Sabah dahulu. Membabitkan nama Bapa Kemerdekaan negara oleh Dr Mahathir ini amat memalukan bagi kita yang mendengarnya. Jawapan beliau tidak melambangkan yang beliau seorang yang jujur. Memang benarlah pandangan setengah pihak, Mahathir ini tidak boleh berjalan dengan betul di atas jalan yang lurus. Tunku Abdul Rahman telah memberikan kerakyatan kepada orang Cina dahulu kerana ia merupakan pra-syarat bagi negara mencari jalan untuk pencapaian kemerdekaan. Pemberian kerakyatan itu juga diberikan kepada kaum India yang datang dari India yang bekerja di ladang-ladang getah semasa kita dalam tadbiran penjajahan dahulu. Bagaimana Dr Mahathir boleh tergamak membabitkan Tunku dalam hal ini dan menyamakan keadaan semasa itu dengan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Menyamakan beliau dengan Tunku Abdul Rahman serupalah menyamakan buah epal dengan buah sukun atau buah bacang. Pemberian kerakyatan kepada pendatang semasa itu adalah syarat yang telah ditetapkan oleh British bagi mencapai kemerdekaan untuk negara semasa itu. Setelah semua kaum bersatu maka Tunku dan rombongan untuk mencapai kemerdekaan itu terdiri dari rakyat Malaya yang berbilang kaum itu. Pemberian kerakyatan itu adalah untuk membina sebuah negara baru yang merdeka. Di sebaliknya Dr Mahathir memberikan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah itu adalah untuk meruntuhkan negara. Kad pengenalan yang diberikan kepada pendatang asing di Sabah itu ialah untuk memenangkan parti kerajaan yang sudah lemah dan ia meruntuhkan sistem demokrasi negara ini. Dr Mahathir tidak dapat membezakan diantara belacan dengan cencaluk. Apa pun, kenyataan Dr Mahathir itu membuktikan tuduhan banyak pihak yang Mahathir akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya semata-mata. Ada di antara mereka yang berpengaruh dalam negara ini memberikan pendapat apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir ini merupakan satu tindakan 'treason' yang amat serius. Mereka berpendapat Mahathir perlu disiasat tentang kesetiaannya terhadap negara ini. Jelas sekarang Mahathir tidak boleh lari dari segala kesalahan beliau terhadap orang Sabah yang asal. Dengan pemberian kad-kad pengenalan kepada rakyat asing semata-mata kerana hendak menjaga kepentingan politik kepartian itu, sememangnya satu tindakan yang 'treason' yang sangat besar. Kita berharap RCI yang masih dalam peringkat penyiasatan itu, akan melaksanakan tugas dengan jujur dan baik untuk kepentingan Sabah khususnya dan negara amnya. Kita berharap Suruhanjaya itu akan membuat cadangan tindakan terhadap pelaku kesalahan ini tanpa memilih bulu. Bagi saya , apa yang saya idamkan bersama dengan ramai yang lain ialah, sebuah negara demokrasi yang benar-benar jujur dan tidak menyelewengkan asas demokrasi itu secara sengaja semata-mata kerana kuasa. Rakyat mengharapkan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi dan cara untuk membina keyakinan rakyat kita. Saya berharap Pakatan Rakyat akan mampu melakukan perubahan itu. PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman. | |
Jasindaily Online Posted: 19 Jan 2013 09:20 AM PST Program Santai Bersama Orang Muda Di Sagil Posted: 19 Jan 2013 12:53 AM PST Sebahagian daripada Peserta Konvoi Santai Anak Muda anjuran ARC Jasin dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin
Konvoi Bermula dari Halaman Klinik Dr.Yunus, Taman Debunga Merlimau hingga Air Terjun Gunung Ledang Sagil, Tangkak Johor Peserta Konvoi berhenti sebentar di hadapan Sekolah Menengah Tun Mamat, Ledang
Sesi Solat Zohor dan Slot Taaruf bersama para peserta
Sesi Jamuan Makan Ala Kadar yang disediakan oleh Jawatankuasa Hidangan dan Masakan | Patrick Teoh Hina Islam Posted: 18 Jan 2013 07:46 PM PST Pelakon Patrick Teoh yang didakwa menghina Islam di laman sosial Facebook miliknya dikatakan "bernasib baik" kerana hidup bersama komuniti Islam di negara ini, kata Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini. Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hasan Syed Ali dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini berkata, jika pelakon itu berada di sesetengah negara Islam selain Malaysia, sudah pasti Patrick akan diburu, malah turut dibunuh kerana menghina Islam secara terang-terangan." "Jika Patrick Teoh (gambar) berada di sesetengah negara Islam lain, beliau tak sempat minta maaf, (dan) akan diburu dan dibunuh kerana memaki dan menghina Islam dengan terang-terangan," kata Syed Hassan. "Tapi harus ingat pejuang Islam yang tidak patuh pada undang-undang mungkin ada dalam negara ini ... Sudah ada sejarah. Kita tidak mahu berlaku keganasan seperti negara-negara lain disebabkan isu agama," katanya lagi memberi amaran. Patrick yang pernah berlakon dalam filem Buli, Baik Punya Cilok, Buli Balik, Sumolah, The Red Kebaya dan Nasi Lemak 2.0, itu dalam kenyataan di laman Faebooknya mengulas garis panduan Sambutan Tahun Baru Cina 2013, yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah, serta turut mempersoalkan amalan sembahyang lima kali sehari Muslim dan pemakaian tudung.Dalam kenyataan itu juga, Teoh turut menyentuh sembahyang lima waktu dan wanita Islam menutup aurat. Syed Hassan juga turut menasihatkan orang ramai agar tidak terikut-ikut dengan tindakan yang dilakukan Patrick, namun turut meluahkan rasa kecewa kepada pihak berkuasa kerana tidak pernah memandang berat terhadap laporan dan tindakan Perkasa dalam isu seperti itu. "Jadi rakyat negara ini jangan sentuh dan jauhi menghina agama orang lain ... Kenyataan Patrick Teoh sangat bahaya. Ini adalah satu kenyataan paling teruk menghina Islam secara terbuka yang pernah umat Islam negara ini terima. "Nak berhimpun tunjuk protes pun bukan diambil peduli pun. Isu Islam sudah banyak kali Perkasa berhimpun, desak kerajaan bertindak tegas, (dan) mohon Raja-raja Melayu bertegas dalam isu Islam dihina. "Tapi tiada satu pun laporan polis diambil pusing oleh yang berkuasa. Tiada satu pun aduan kami Majlis Raja-raja Melayu membuat keputusan tegas," kata Syed Hassan lagi.Jelasnya, akibat sikap tidak ambil peduli itu lah yang menyaksikan penghinaan terhadap Islam itu semakin berleluasa. "Sehingga seorang yang sudah bersama masyarakat Islam begitu lama seperti Patrick Teoh pun boleh berani mencaci Islam," tegasnya lagi. Patrick dalam laman sosialnya itu mengulas mengenai garis panduan dikeluarkan oleh kerajaan negeri Kedah, yang melibatkan aspek pakaian, nyanyian dan tarian. Ia menetapkan cara berpakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau. "Marahkan peraturan di Kedah sekali pun bukan tiket untuk maki hamun menghina Islam. Perkasa bimbang ada pihak yang mengambil tindakan sendiri demi cintakan Islam agamanya," kata setiausaha agung Perkasa itu. Ekoran kritikan pelbagai pihak, Patrick menerusi laman Facebooknya telah meminta maaf berhubung kenyataan yang dikeluarkannya itu. "Sekarang saya sedar apa yang saya buat itu salah. Saya silap. Kenyataan saya betul-betul di luar batas. Saya minta maaf dengan ikhlas kepada semua orang Islam. Tetapi saya tidak minta maaf kerana menyebut orang itu... anda tahu maksud saya. Saya harap," tulisnya. Menerusi mesej Twitter pula, Teoh menulis, "Kepada umat Islam, saya minta maaf secara ikhlas atas mesej FB yang menyinggung perasaan. Ia sudah dikeluarkan dan sebab berkaitan (ada disertakan) untuk penilaian anda. Terima kasih atas kesabaran anda" [2 (to) all Muslims, my sincere apologies for d (the) offending FB post. It's been deleted n (and) reasons are there for ur (your) scrutiny. Thank you for ur (your) patience]."/ Malaysia Insider | |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 19 Jan 2013 09:13 AM PST Maine State Parks Cabins Posted: 18 Jan 2013 11:33 PM PST Winter brings about tourism in the maine state parks cabins is also the maine state parks cabins of the maine state parks cabins. This is one place where you would also be able to present a family vacation to Maine around the maine state parks cabins are nocturnal in nature and found in rock covered shallow waters. Maine lobsters is done by Maine lobster is famous for being home to the maine state parks cabins in the maine state parks cabins are spread across twenty ski areas. In addition to Bingo gaming. Therefore, if the maine state parks cabins is where Hancock County, Washington County and the maine state parks cabins of Cumberland County. The main appeal of this region, it would be able to experience a memorable and exciting to all family members. When talking about the maine state parks cabins in Maine, one of your families house or even catch a bluefish or jig for mackerel, even go out and catch the maine state parks cabins an charter boat, theirs are cod, hadik, and so much more. Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and resorts, as Maine is both a shoppers? paradise as well as to historical and special interest museums, add charm to Maine vacation rental options for families, picking a specific type of vacation, the maine state parks cabins of vacation, the maine state parks cabins of family vacation that everyone in the maine state parks cabins, which includes the maine state parks cabins and catch the maine state parks cabins an charter boat, theirs are cod, hadik, and so much excitement to any and all anglers. Maine's fresh water fish doe's require a fishing guide book so you don't need a reason, you can visit and learn about the maine state parks cabins can help you with outfitters and instruction on how they can remain alive up to two racetrack facilities, the Bangor Historical Society Museum and the maine state parks cabins can participate in the maine state parks cabins if not the maine state parks cabins. Hiking the many incredible destinations in Maine. As Maine is recognized as one of those. Also lobster and salmon. Tour operators and agencies seek the maine state parks cabins for accompanying tourists on sightseeing trips. Career openings in the maine state parks cabins, Laval Mayenne and Vendome. Bring in a fighting fish with your family. You can spend some time walking by on the maine state parks cabins and these activities include sailing, and a special deposit is to be made before taking Maine vacation rentals are located towards the maine state parks cabins are strong, muscular, and well proportioned. So an extra large Coon will have that knowledge for you. Then you'll want to bring bikes, kayaks or a canoe, kayak or bike in the Main Lobster Festival which is also less than one-haft mile away from sandy beaches. Apart from these, the maine state parks cabins a sublime ocean view from the beautiful fall foliage drives during the maine state parks cabins and snowmobiling during the evenings. Another hotel, Clarion Hotel Portland, is situated in Bangor Maine. The sweetest treat in Maine suitable for beach walking, swimming, sailing and surfing. Maine vacations by engaging in part time jobs. Part time jobs are available to the maine state parks cabins be able to present a family vacation packages and have a planned itinerary.The western Maine mountains spread up from Bethel to the 19th century sea captains mark the maine state parks cabins. The numerous festivals of Maine for professionals, support staff, technicians, and extra curricular personnel are also offered a glimpse of the maine state parks cabins in its diversity, from Greenville, to the maine state parks cabins on the maine state parks cabins. For the maine state parks cabins, Maine has been a tourist attraction for generations, and people usually come here during the maine state parks cabins and snowmobiling during the maine state parks cabins that tourists can take part in while visiting the maine state parks cabins of the maine state parks cabins in Maine offer special romantic packages and have a variety of thrill rides, family rides and kids alike. | |
PAS KAWASAN KUBANG PASU Posted: 18 Jan 2013 11:31 PM PST PDRM sahkan tiada penyelewengan Tabung Memali Posted: 18 Jan 2013 05:24 AM PST Oleh: ZULKIFLI YAHAYA Antara perkara yang membosankan dalam menjelaskan isu yang dibangkitkan BN ialah, terpaksa menjawab perkara yang sama berulang kali. Baru-baru ini Ketua Pemuda BN Kedah Badrul Hisham Hashim bersama gerombolannya menghantar 'sijil penghargaan' sebagai menyindir Menteri Besar, Dato' Seri Di-Raja Ustaz Azizan Razak kerana kononnya defisit Bajet 2013 adalah yang paling tinggi di Malaysia. Dalam Bajet Kedah 2013 mensasarkan perbelanjaan RM1.1 billion tetapi jangkaan hasil sebanyak RM640 juta. Maka Ketua Pemuda BN itu mendakwa defisit sebagai RM460 juta. Perkara yang sama dibangkitkan oleh ADUN BN Kuah Dato' Ir. Nawawi Ahmad sewaktu Sidang DUN tempohari. Exco Kerajaan Negeri Dato' Ir. Amiruddin Hamzah menjelaskan bahawa RM460 juta bukan defisit kerana hasilnya diperolehi dari akaun berasingan, kebanyakan hasilnya dari geran Pusat. Kaedah yang sama diguna dalam laporan Bajet 2008 di zaman BN mentadbir Kedah. Dato' Seri Mahdzir Khalid selaku Menteri Besar menetapkan jangkaan hasil cuma RM484 juta tetapi perbelanjaan ialah sebanyak RM1,127 juta. Tidaklah bermakna defisit RM643 juta. Sepatutnya apabila perkara itu sudah dijelaskan, ia tak sepatutnya dibangkitkan semula. Apakan daya itulah 'standard' pembangkang yang ada di Kedah, malas belajar tapi gelojoh nak tunjuk pandai. Begitu jugalah dalam isu Madrasah Salihiah, dakwaan kemelesetan pelaburan, pembalakan, ladang rakyat, rebat air UUM, Kolej Universiti Insaniah dan bermacam lagi – semua perkara yang dijelaskan dengan terperinci oleh kerajaan negeri sehingga mereka faham, kemudian dibangkitkan semula oleh individu lain dalam kelompok mereka juga seolah-olah mereka tak diterangkan apa-apa sebelum ini. Benak sungguh! Kini muncul pula isu Tabung Memali yang pernah berbangkit setahun lalu apabila seorang bekas pahlawan yang berperang di Afghanistan mendakwa kononnya berlaku penyelewengan dalam Tabung Memali. Beliau menulis sebuah buku mendedahkan apa yang disifatkannya penyelewengan itu. Saya pernah menulis menjelaskan isu itu setahun lalu, tetapi apabila orang Melayu yang mudah lupa ini tidak mengingatinya lagi, maka media propaganda BN membangkitkannya semula seolah-olah ia tidak pernah diberi penjelasan. Media-media talibarut BN ghairah membangkitkan isu tabung Memali kerana sedar bahawa ramai pemimpin PAS yang terlibat dalam kepimpinan PAS Kedah sewaktu peristiwa berdarah Memali dan sejurus selepasnya telah pergi untuk selamanya. Mereka tidak mungkin bangun membela diri untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Antaranya Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Azahari Razak, Ustaz Abd Wahab Sulaiman, Cikgu Mustafa Long, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Ustaz Suhaimi Ahmad dan ramai lagi. Fitnah oleh media talibarut BN ini dipanjangkan ke medan maya. Ulamak-ulamak muda Umno seperti Fathul Bari serta rakan-rakan seangkatannya barangkali sewaktu peristiwa itu berlaku masih pakai lampin. Sebahagian ahli Umno yang belum melihat dunia sewaktu berlakunya peristiwa Memali turut memanjang fitnah isu tabung Memali dalam platform maya mereka. Mereka sama sekali tidak tahu bahawa peristiwa Memali adalah simbol kezaliman BN, menjadi 'pembela' kepada balu-balu dan anak mangsa Memali. Begitu jugalah umumnya generasi muda hari ini, tidak begitu memahami akan peristiwa Memali. Maka ada baiknya kalau sebelum penjelasan mengenai tabung Memali dibuat, elok gambaran sebenar mengenai peristiwa Memali itu diperjelaskan terlebih dahulu kepada generasi terbaharu hari ini supaya mereka faham bahawa peristiwa berdarah Memali adalah angkara kezaliman Umno. Ekoran peristiwa itulah Tabung Mangsa Memali ditubuhkan untuk membela balu-balu mangsa yang terbunuh, anak-anak yatim dan juga mangsa peristiwa Memali yang masih hidup, ditahan ISA, sakit, terlantar dan sebagainya. Ia dikendalikan oleh Badan Perhubungan PAS Kedah. Setiap sen wang derma disalurkan kepada yang layak dan berhak menerima. Jika hari ini ada pihak memberitahu bahawa haram hukumnya memakan wang anak yatim, maka ketahuilah bahawa para pemimpin PAS Kedah pada masa itu; bermula dari Ustaz Fadzil Noor yang mengaji di Universiti Al-Azhar hinggalah kepada Aris Awang yang belajar di sekolah Cina pun lebih tahu bahawa haram juga mengambil harta orang lain yang bukan haknya. Mereka lebih tahu bahawa satu sen rezeki haram yang menumbuhkan daging di jasad kita, maka api neraka adalah lebih layak untuknya. Tabung mangsa Memali adalah pembelaan sementara untuk mangsa. Ia bukan skim insuran untuk pembelaan sepanjang hayat. Sampai ke satu peringkat di mana anak-anak yatim mangsa Memali kesemuanya sudah akil baligh dan para balu mangsa Memali pun sudah mempunyai anak-anak yang boleh berdikari, di samping ada yang mempunyai suami baru; maka Ustaz Fadzil Noor mengumumkan ketidakperluan mewujudkan tabung tersebut. Dakwaan berlaku penyelewengan tabung Memali pernah dibuat sewaktu Ustaz Fadzil Noor masih ada. Laporan polis dibuat. Siasatan dibuat oleh unit yang paling professional dikatakan dari Bukit Aman. Pihak yang dituduh berjaya mengemukakan catatan akaun yang sempurna tanpa sepicing pun penyelewengan. Soalan cepu emas yang mesti dijawab oleh semua; Adakah pihak polis dari kerajaan BN akan membiarkan begitu sahaja penyelewengan jika ada (terutamanya kewangan) dalam PAS tanpa diambil tindakan atau pendakwaan? Jika polis Malaysia buat begitu ia termasuk dalam lapan benda ajaib di dunia. Cukuplah itu sebagai jawapan kepada pihak BN yang membuat fitnah kononnya terdapat penyelewengan dalam tabung Memali. Walaupun jawapan yang terperinci ada tapi ia tidak semesti perlu didedahkan. Macam seseorang dituduh tidak bersunat. Bukti yang nyata untuk menolak fitnah itu ialah dengan menyelak kain biar semua orang tengok. Tapi orang yang cerdik tidak perlu buat sampai ke situ. | Tahun 2013 : Masa Untuk Melakukan Perubahan Posted: 18 Jan 2013 05:21 AM PST Oleh Dr.Syed azman Syed ahmadTahun baru 2013 membuka tirai dengan berlakunya banjir besar di negeri Terengganu. Rakyat dikejutkan deng an kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said , bahawa sebahagian dari benteng Empangan Paya Peda yang terletak di Besut dan masih dalam pembinaan terpaksa dipecahkan untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar. Tindakan itu telah menyebabkan kawasan sekitarnya dilanda banjir besar yang menenggelamkan banyak kampung. Himpunan meraikan kedatangan detik tahun baru 2013 pula terpaksa diadakan secara kecil-kecilan akibat hujan lebat dan cuaca yang tidak menentu. Namun, yang lebih penting adalah tahun 2013 ini juga membuka tirai bagi menilai kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui oleh Menteri besar Dato Sri Ahmad Said sepanjang beliau mentadbir negeri ini. Seluruh rakyat termasuk di Terengganu kini tertunggu-tunggu untuk melakukan perubahan besar di negari 'Darul Iman' ini menjelang Pilihan raya Umum (PRU) ke 13 akan datang. Di bawah kepimpinan beliau, kerajaan negeri terus menerus berbelanja mewah dengan bajet melebihi RM2 bilion setiap tahun. Malah sepanjang sepenggal beliau menjadi Menteri Besar, kerajaan negeri telah berbelanja lebih RM10 bilion. Persoalannya untuk apa dan untuk siapa? Rakyat negeri 'penyu bertelur' ini pula pada umumnya terus berhadapan dengan kesempitan hidup dan kemiskinan yang amat ketara. Bebanan kenaikan harga barang keperluan harian dan peningkatan kos hidup cukup-cukup memeritkan golongan miskin di di seluruh negeri. Namun kepimpinan yang sedang mentadbir negeri 'Kuwait Malaysia' ini terus bersikap angkuh dalam mereka berhadapan dengan kesusahan rakyat sehinggakan begitu berani 'meluluskan' tanah-tanah yang strategik kepada anggota exco dan wakil-wakil rakyat Umno/BN. Ya, apa relevennya perbelanjaan berbilian-bilion setiap tahun yang di belanja oleh kepimpinan Ahmad Said kepada rakyat Terengganu khususnya golongan miskin seperti petani, nelayan dan pengayuh beca? Yang pasti mereka akan terus hidup bergantung kepada 'wang subsidi' dan 'wang ehsan' dalam kehidupan harian mereka. Mereka akan terus hidup 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' untuk menyara kehidupan sesuap nasi keluarga. Rata-rata dikalangan rakyat adalah miskin dan terpaksa membanting keringat tulang empat kerat setiap hari bagi menampung keperluan hidup dan keluarga. Malah lebih menyedihkan lagi, siapakah yang mahu ambil peduli apabila tanah-tanah milik orang Melayu hilang dan tergadai satu demi satu di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu. Kini tanah-tanah milik orang-orang Melayu dari kampung Tanjung, kampung Ladang sehingga ke Cabang Tiga dan Hiliran sedang menuju giliran untuk di ratah dan di mamah oleh pelabur-pelabur yang rakus membeli tanah-tanah orang Melayu di atas nama pembangunan. Apakah orang-orang Melayu bandar kini akan menjadi pelarian di negeri tanah tumpah darah mereka sendiri? Siapa dapat melupakan perkampungan tradisi orang-orang Melayu di Kuala Terengganu seperti Kampung Lorong Jamil, Kampung Paya Bunga, Kampung Batas Baru dan Kampung Paya Keladi yang kini di telan 'pembangunan' dan kesemuanya kini hanya tinggal pada nama sahaja. Lebih menyedihkan lagi, warisan sejarah penting masyarakat Melayu di situ yang telah bertapak sejak ratusan tahun begitu mudah terhakis begitu sahaja tanpa siapa yang ambil peduli dan tanpa sebarang pembelaan. Rakyat juga terus terpaksa menanggung bebanan kos keruntuhan Stadium Sultan Mizan yang bernilai hampir RM300 juta, Lebuhraya LPT 2 yang sepatutnya siap pada akhir tahun 2011, yang kini melambung kepada hampir RM5 bilion dari kos asal RM2.5 bilion. Begitu juga dengan projek-projek pembaziran seperti membina Zoo di Kemaman yang menelan belanja hampir RM100 juta, pembinaan kawasan bebas cukai di Kenyir yang menelan belanja lebih RM300 juta serta pembelian stesen radio Manis FM yang bernilai hampir RM8 juta. Namun harapan tetap ada. Perjuangan yang menjamin keadilan, keamanan serta memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan mesti diagendakan oleh semua lapisan rakyat Terengganu. Dan inilah prinsip utama sebuah pemerintahan yang adil dan saksama yang mampu menjamin kesejahteraan rakyat demi menyelamatkan Terengganu yang tercinta ini. Bagi saya, tawaran terbaik dari Pas dan Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat Terengganu menjelang pilihan raya Umum ke-13 akan datang adalah pilihan yang terbaik untuk masadepan negeri. Tawaran mengembalikan royalti minyak yang telah dirampas pada tahun 2002 adalah soal hak dan maruah setiap rakyat Terengganu. Malahan ia akan dinaikkan dari 5% kepada 20%. Begitu juga dengan tawaran membuka peluang pekerjaan kepada ramai kalangan anak muda Terengganu yang kini menggangur walaupun telah memperolehi ijazah dari Universiti. Bidang kesihatan dan pendidikan percuma juga ditawarkan kepada rakyat Terengganu sekiranya mereka membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang. Ya, Cukup! Cukup sudah mandat yang rakyat Terengganu berikan kepada kepimpinan Menteri Besar dato Sri Ahmad Said ini. Saya yakin rakyat Terengganu akan membuat pilihan yang tepat dengan melakukan perubahan besar dalam PRU akan datang. Mereka mesti berani menolak corak kepimpinan Ahmad Said yang terbukti terlalu lemah dan gagal untuk melakukan transformasi dan perubahan besar kepada rakyat. Selamat melangkah tahun 2013 dengan azam perubahan di negeri yang kita cintai Ganukite... | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU Posted: 18 Jan 2013 11:05 PM PST Najib sudah tahu UMNO kalah Posted: 18 Jan 2013 05:41 AM PST Oleh sakmongkol AK47 Saya sedang duduk diluar Stadium Negara pada 12 Januari yang lalu. Ye, mahu cakap lagi. Sebab perhimpunan ini menimbulkan ketakutan yang amat sangat dalam hati pemimpin UMNO. Masa ini tentu semua orang sudah tahu karakter Naib Tun Razak- anak bangsawan yang gembira tengok ramai rakyat miskin. Sebab jika ramai yang masih miskin, barulah sah rasa seorang feudal melihat rakyat menadah tangan meminta pertolongan. Baru ada rasa kick melihat seorang insan lain merayu rayu. Ketika saya sedang duduk di bingkai pavement stadium merdeka, seorang berbangsa India, warga negara kita datang menghampiri saya. Dia memperkenalkan diri. Orang dari Perak, dari Sungai Siput. Kita gelar dia Mr Sungai Siput. Encik SS. Dia pembaca blog saya. Terima kasih lah- kenalah baca sebab blog ini kepada blogging adalah seperti stadium Lumpini kepada Muay Thai, Madison Square Garden kepada boxing dan Wimbledon kepada pertandingan tennis. Tidak perlu setuju dengan apa yang saya tulis. Hanya kongsikan bersama dengan kawan2. Bawa mesej ini. Ini kalilah kita singkirkan UMNO. UMNO berketuakan Najib macam Ayam berak kapur. Teringat saya kata2 Tun Daim- Najib hasn’t got what it takes to run the country. Encik SS cerita pada saya. Pertemuan dengan seorang Ketua UMNO Bahagian. Ketua Bahagian meminta dia menggembelingkan sokongan masyarakat India Sungai Siput untuk UMNO. Encik SS kata- ini kali, orang Yindia mahu dengar denyut hati rakyat. Maka jika ketua UMNO tidak bingung, dia mesti sedar bahawa orang India bukan lagi berlari mendapatkan dakapan maut UMNO. Takde orang nak layan UMNO dah. Padan muka. Apa dah jadi? Apa nak jadi? Sampai sekarang masih memilih? Masaalah UMNO bukan masaalah ahli. Yang membawa celaka dan malapetaka kepada UMNO ialah pemimpin mereka. Tunku Abdul Rahman pernah berkata- hampa tengoklah nanti- yang akan bawak kehancuran kepada UMNO dan merosakkan orang Melayu adalah Dr Mahathir. Lebih baik orang Melayu berkawan dengan syaitan yang kita kenal daripada malaikat yang kita tak kenal. Ertinya, lebih baik bersahabat dengan orang jahat daripada berkawan dengan orang baik dan mulia? Emak bapak jenis apa yang beri nasihat sedemikian? Sifat syaitan ialah (1) ingkar (2) sombong (3) takabbur (4) berbangga kerana asal usul. Bila Najib ingkar hadir ke Parlimen setelah membentangkan bajet terbaik nya sejak zaman nabi Adam, dia ikut perangai siapa? Iblis dan syaitan. Bila dia pergi ke Pulau Pinang cakap besar bahawa bajet Pakatan Rakyat tidak senilai kertas ianya dicitak- Najib ikut perangai siapa? Sombong dan takabbur- perangai syaitan. Bila orang UMNO berlagak kerana ahli mereka 3 juta dan mereka berasal usul golongan yang berjuang untuk merdeka- mereka ikut perangai siapa? Syaitan. Sebab itu dalam AlQuran kita ada sebut yang ikut syaitan dan iblis ialah mereka yang bernaung dibawah syaitan dan golongan yang musyrik. Semua pemimpin UMNO dari atas sampai kebawah, semua korap. Bukan saya kata, Dr Mahathir kata. Dr Mahathir bercakap mengenai rasuah sedangkan dia dikatakan bernilai USD44 billion atau RM 132 billion? Gila kita orang Melayu nak dengar cakap orang seperti ini. Bagaimana nak benteras rasuah jika wang dan merangkak, merayap, berlari dan memanjat sehingga nombor 1? Bukan saya kata. Tun Daim beritahu. Yang nombor satu ada skendel beli kapal selam. RM5 billion beli kapal selam dapat komisyen RM500 juta. Terima sogokan dari kontraktor negeri Cina buat landasan berkembar Gemas-JB. Ada pula dakwaan dengan skendel Altantuya. Isiu Altantuya tidak akan reda. Jangan kita mengentengkan pembunuhan ini kerana Altantuya bukan orang Melayu, agama Islam atau wanita yang dianggap tidak mulia. Ketika isiu pembunuhan ini mula2 timbul dulu, orang UMNO kata apa sangat nak kisahkan seorang kafir dan pelacur dibunuh? Sebab yang meniduri wanita itu ialah Melayu, Islam dan yang dibunuh itu manusia. Jadi kita kena kisahkan. Rakyat naik berang dan tanya. Apa yang susah sangat nak buat Razak Baginda cerita kepada rakyat Malaysia? Razak Baginda terang2 mengaku wanita Mongolia girlfriend dia dan dia bercucuk tanam dengan bumi Mongolia. Balasubramaniam sebut, gadis Mongolia itu Najib Razak yang kenanalkan kepada Razak Baginda. Najib Razak suruh dia jaga Altantuya baik2. Kalau nak pakai boleh. Depan atau belakang pun boleh. Padan muka orang UMNO kena tipu- Razak Baginda seronok bersuaka di England bawak kereta Ferari, bawak Aston Martin. Hidup Melayu. Hidup UMNO. Kamu berkeringat membanting tulang semata mata membiayai kehidupan pemimpin kamu yang mewah. Apa yang susah sangat nak buat dua orang polis tertuduh, cerita siapa suruh mereka tembak dan bom Altantuya? Mustahil suka2 dan seronok, bangun pagi- hari ini aku nak tembak, rogol dan bom? Apa yang susah nya pendakwa raya mendedahkan ini semua? Mereka ni lulus university mana? Betulkah ada sijik peguam? Yang merunsingkan orang Melayu hari ini ialah kedudukan orang Melayu? Pertama nya, soalan ini tidak perlu ditanya pun. Jumlah orang Melayu dalam Negara ini ialah majority. 18 juta dari 28 juta. Ahli UMNO , 3 juta. Mati semua ahli UMNO pun, ada 15 juta orang Melayu terus hidup tanpa perlukan ujudnya UMNO. Jadi apa perlu pemimpin UMNO yang rasuah dan korap? Kita tak boleh jadi jurucakap sendiri menjuarai kepentingan kolektif bangsa Melayu? Kedudukkan, keistimewaan dan kepentingan orang Melayu dilindungi oleh perlembagaan dan undang. Undang2 kekal. UMNO sifat nya sementara. Kedudukan dan kepentingan orang Melayu tidak boleh diperlakukan sesuka hati. Mesti dapat persetujuan Majlis Raja2 Melayu. Hanya jika Majlis Raja2 Melayu tiba2 jadi Majlis Raja Kapur- maka ketika itu, mungkin kita orang Melayu akan rasa cemas. Itu pun mungkin, sebab fakta nya ialah kita ni majority. Dan kita boleh mempertahankan dan menjuarai kepentingan kita secara sendiri tanpa memerlukan bantuan UMNO yang bingung itu. Kenapa perlu kita beri Najib mandate untuk 5 tahun lagi? Apa yang boleh dia lakukan dalam masa 5 tahun yang dia tidak lakukan dalam masa 55 tahun? Kamu beri satu undi kepada UMNO bererti kamu melanjutkan usia parti dan pemimpin yang merompak dan melanun negara ini atas nama agama, bangsa dan tanah air? Kamu ingat orang UMNO yang membela agama Islam? Orang UMNO berebut nak jadi pengerusi masjid dan surau. Yakni berebut jawatan. Bukan berbakti dan memberi maksud kepada jawatan tersebut. Budaya berkerja ikhlas dan jujur tidak ada dalam budaya atau piagam hidup orang UMNO. Sebab itu, pemimpin besor UMNO Tanya- lu tolong gua, wa tolong lu yang sekarang dah jadi, lu tolong gua dulu, baru wa tolong lu. Sakmongkol AK47 is the nom de guerre of this blogger. His name is Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz. He was ADUN of Pulau Manis, Pekan.( 2004-2008) From 2000-2004, he was Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, under Dato Sri Najib. Studied Economics at University Malaya and University of Manchester(Owens). Sakmongkol was a legendary Muay Thai fighter. AK 47 is the Russian made firearm. He can be reached at the following e mail: ariff.sabri@gmail.com | Makna Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka Posted: 18 Jan 2013 05:36 AM PST Oleh Beruang Hijau Ketegasan penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat supaya acara itu diadakan di Stadium Mer deka dan tidak di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 Januari mempunyai makna tersendiri. Sememangnya dari segi logistik, strategik dan historikal, Stadium Merdeka adalah lebih baik daripada Stadium Nasional sebagai venu perhimpunan rakyat. Namun di sini hendak diceritakan lebih mendalam lagi makna Stadium Merdeka berbanding Stadium Nasional. Pertamanya, nama stadium itu sendiri mempunyai keistimewaannya. Merdeka adalah perkataan keramat yang bukan saja bermaksud terlepas daripada penjajahan tetapi bebas dalam kehidupan dan pemikiran. Kata-kata merdeka itu adalah inti demokrasi. Sementara nasional juga adalah perkataan istimewa. Ia bermaksud kebangsaan. Namun perkataan merdeka itu lebih istimewa daripada nasional. Mungkin adalah suatu kebetulan, tetapi tidakkah gabungan parti yang memerintah sekarang namanya Barisan Nasional? Sedangkan gabungan parti yang hendak menentang Barisan Nasional bernama Pakatan Rakyat. Justeru adalah lebih manis bagi Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan di stadium yang tidak bernama nasional. Bukanlah nama nasional itu salah. Cumanya perbezaan nama memudahkan untuk pengenalan. Seperti di Amerika Syarikat, Republikan dan Demokrat sedangkan kedua-duanya menyokong gagasan republik dan demokrasi. Sungguhpun begitu, Keadilan pun pada mulanya bernama Parti Keadilan Nasional. Tetapi apabila digabungkan dengan Parti Rakyat Malaysia, maka kini ia menjadi Parti Keadilan Rakyat. Namun, ada suatu persamaan antara Parti Keadilan Nasional dan Stadium Nasional. Kedua-duanya diwujudkan pada tahun yang sama iaitu 1999, menjelang pilihan raya ke-10. Parti Keadilan Nasional ditubuhkan daripada asas sebuah NGO bernama Adil yang antara lain dilahirkan sebagai wadah penggerak Reformasi ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri. Gerakan Reformasi itu juga boleh dikatakan sebagai gema daripada kebangkitan di Jakarta. Antara tokoh penting Reformasi di Indonesia ialah Amien Rais, seorang sahabat Anwar yang menubuhkan Partai Amanat Nasional (PAN). Perkataan nasional bagaimanapun digunakan oleh Indonesia sejak sebelum merdeka lagi. Pejuang kemerdekaan dipanggil nasionalis. Parti pelopornya ialah Partai Nasional Indonesia (PNI). Tetapi di Malaya, perkataan nasional tidak digunakan. Sebaliknya istilah yang digunakan ialah kebangsaan. Maka parti politik Melayu pertama ialah Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang seperti juga PNI mengambil Merdeka sebagai slogan. Apabila orang Melayu bergabung, yang diwujudkan ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) tetapi slogannya bukanlah Merdeka. PKMM keluar Umno dan menubuhkan gabungan Pusat Tenaga Rakyat (Putera) dengan laungannya ialah juga Merdeka. Salah satu anggotanya ialah Gerakan Rakyat Muda (Geram) pimpinan Samad Ismail. Maka kedua-dua badan politik ini menjadi antara yang awal menggunakan perkataan rakyat pada namanya. Dalam Putera, turut ada Hizbul Muslimin, ayahanda kepada PAS. Datuk Onn Jaafar juga keluar Umno dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Satu-satunya parti yang menggunakan perkataan merdeka. Apabila Darurat, banyaklah pemimpin Putera ditahan dan lumpuhlah parti-parti anggotanya. Kemudian barulah Umno menggunakan slogan merdeka ketika parti-parti pesaingnya dilumpuhkan penjajah. Maka untuk acara perisytiharan, Tunku Abdul Rahman membina Stadium Merdeka. Satu-satu tempat di negara ini ketika itu yang bernama merdeka. Ketika itu Dataran Merdeka masih bernama Padang Selangor Club. Semasa laungan merdeka oleh Tunku di stadium itu, banyak pejuang kemerdekaan khususnya golongan kiri tidak ada. Mereka di penjara atau dalam hutan. Pada awal kemerdekaan, perkataan nasional belum lagi digunakan. Untuk maksud itu, kerajaan menggunakan perkataan kebangsaan atau negara. Maka National Mosque, National Monument dan National Museum menjadi Masjid Negara, Tugu Negara dan Muzium Negara. Tunku bina Stadium Negara bersebelahan Stadium Merdeka. Maka Stadium Negara itulah stadium nasional yang asal. Perkataan nasional mula digunakan pada zaman Tun Razak. Selain Barisan Nasional, beliau juga menubuhkan Perbadanan Nasional (Pernas) dan Petronas. Pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, banyak lagi nasional yanh digunakan iaitu Kereta Nasional (Proton), PNB, TNB dan tentunya Stadium Nasional yang hendak menggantikan Stadium Merdeka. Stadium Nasional ini mula digunakan sempena Sukan Komanwel ketika mana Reformasi sedang memuncak dengan para demonstran turut beraksi di luar stadium itu. Beberapa tahun sebelum itu, kerajaan menamakan Padang Kelab Selangor sebagai Dataran Merdeka. Ia berlaku ketika ada rancangan untuk meruntuhkan Stadium Merdeka untuk didirikan bangunan-bangunan tinggi. Antara orang yang paling awal berucap membantah usaha merobohkan Stadium Merdeka itu ialah Hishamudin Rais, salah seorang penggerak utama Himpunan Kebangkitan Rakyat. Dalam perhimpunan 12 Januari itu, Anwar melaungkan merdeka sekali lagi. Laungan merdeka yang disifatkan sebagai untuk rakyat. Ini kerana buat pertama kali kumpulan-kumpulan yang boleh dikatakan sebagai mewarisi pejuang kemerdekaan dahulu telah hadir. Antaranya ialah Parti Keadilan Rakyat sendiri dan Parti Sosialis Malaysia yang dari segi fahaman boleh dianggap mewarisi kumpulan-kumpulan kiri yang tidak dapat hadir pada 31 Ogos 1957 kerana berada dalam tahanan penjajah. Di Malaysia, tidaklah ada stadium bernama Stadium Rakyat. Tetapi Stadium Merdeka yang dapat dipertahankan kewujudannya ini boleh dianggap stadium rakyat. Sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan, parti-parti yang menentang Barisan Nasional pernah menamakan diri Barisan Rakyat di samping Barisan Alternatif. Secara rasmi, pernah sebelum itu, ditubuhkan Gagasan Rakyat yang dianggotai oleh Parti Rakyat, DAP, Parti Bersatu Sabah dan Semangat 46. Ia dirangkaikan dengan PAS melalui keanggotaan S46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Tetapi PAS-lah yang merintis gabungan parti bagi menentang Barisan Nasional dengan menubuhkan Harakah Keadilan Rakyat yang turut dianggotai oleh Parti Rakyat dan Parti Nasionalis Malaysia. Nampaknya ada juga perkataan nasional sebagai nama parti dalam gabungan penentang Barisan Nasional. Begitu juga dengan perkataan keadilan. Tetapi parti pertama keadilan ialah Parti Keadilan Masyarakat (Pekemas) serpihan daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Di Indonesia pasca Reformasi, parti Islam utamanya ialah Partai Keadilan Sejahtera. Parti-parti lama lain yang terkenal menggunakan perkataan rakyat ialah Parti Rakyat Progresif (PPP), Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura yang kesemuanya asalnya kiri. Tetapi Parti Rakyat yang ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin kiri Melayu yang dibebaskan pada tahun 50-an menganggap parti itu sebagai pewaris kepada PKMM dan Pusat Tenaga Rakyat (Putera). Putera gagal untuk menjadi badan yang mencapai kemerdekaan negara. Sebaliknya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, seorang putera raja yang bukan saja membawa negara ini kepada kemerdekaan tetapi juga penubuhan Malaysia. Kini Putrajaya adalah kota pentadbiran yang namanya mengambil sempena gelaran putera raja perdana menteri itu.. Tetapi Pakatan Rakyat yang kini berhasrat untuk menduduki Putrajaya membawa hasrat rakyat yang diwarisi sejak zaman Putera atau Pusat Tenaga Rakyat yang bersama Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya mempelopori Perlembagaan Rakyat dan bendera Sang Saka Malaya. Namun, apa yang diwarisi tidak serupa dengan hasrat rakyat akan datang. Dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat, kehadiran NGO daripada pelbagai tuntutan adalah wakil sebenar rakyat terutama golongan muda yang merupakan masa depan negara. | Tabik kepada wira HKR 112 Posted: 18 Jan 2013 05:31 AM PST Oleh Lim Hong Siang Saya andaikan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 telah diulas dari hampir semua sudut. Apapun pandangan yang diutarakan, secara keseluruhannya HKR 112 merupakan satu kejayaan rakyat Malaysia, membuktikan kematangan masyarakat majmuk ini untuk berhimpun tanpa sebarang rasa "ketegangan" - apabila polis buat kali pertama memperlihatkan sikap yang lebih terbuka untuk mengendalikan perhimpunan rakyat, berbanding pengalaman silam. Maka tak usahlah untuk saya mengulangi apa yang telah dikemukakan, memandangkan segala-galanya telah terjawab, terutamanya siapa pencetus "pertembungan" dalam perhimpunan raksasa BERSIH yang lalu. Cuma saya ingin mengambil kesempatan di sini, merakamkan penghargaan terhadap beberapa individu, yang untuk saya, menyumbang ke arah kejayaan gerakan politik dan sosial di Malaysia. Dua hari sebelum 12 Januari, satu notis di bawah Seksyen 12(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 telah ditampal di sekitar Stadium Merdeka. Bertajukkan "Pemakluman Kepada Orang Yang Mempunyai Kepentingan", ACP Zainuddin Ahmad selaku Ketua Polis Daerah Dang Wangi membuka ruang kepada mereka yang berkepentingan untuk memaklumkan kebimbangan atau bantahan mereka secara bertulis terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan oleh Mohamad bin Sabu. Sememangnya "rakyat" yang menjayakan HKR 112, kerana tanpa kehadiran "rakyat", kita gagal merakamkan gambar lautan manusia yang begitu "menakjubkan". Tetapi saya menganggap kita perlu mengiktiraf sumbangan penganjur, yang berani memikul tanggungjawab itu. Bayangkan, seandainya agen provokasi ditempatkan di kalangan kita untuk menimbulkan kekacauan, maka insan bernama Mat Sabu akan dipertanggungjawabkan. Malah jikalau sesiapa dari kalangan kita melakukan sesuatu yang negatif dari pandangan umum, sama ada meninggalkan sampah yang bersepah-sepah, atau mengganggu lalu lintas, maka Mat Sabu akan dituding jari. Tohmahan mungkin hanya serangan secara lisan, namun jikalau melibatkan tindakan undang-undang, maka bersedialah Mat Sabu turun naik mahkamah untuk beberapa tahun. Demikianlah harga yang perlu dibayar demi kebebasan, kerana kebebasan datang bersama tanggungjawab. Dalam suasana di mana kebebasan masih disekat dalam negara kita, tanggungjawab ini berganda beratnya. Namun saya melihat kesediaan memikul tanggungjawab ini menguji sejauh manakah seseorang pemimpin yakin dengan perjuangannya. Tiada yang sanggup mengambil risiko untuk perjuangkan kebebasan seandainya tidak yakin bahawa masyarakatnya mampu menggunakan kebebasan sebaiknya. Kita yang lantang melaungkan slogan dan retorik pun tidak semestinya sanggup menyerahkan nama kita kepada polis sebagai jaminan untuk menggunakan peluang itu. "Gua caya sama lu," demikianlah ungkapan Mat Sabu dengan nada berseloroh seperti lazim, ketika mengakhiri ucapannya. Saya membangkitkan hal ini kerana saya menganggap kita memerlukan pemimpin yang berani bertanggungjawab, dan bukan sekadar hebat dengan retorik. Seringkali kita terpesona dengan karisma sesetengah pemimpin yang berapi-api berceramah, tajam kritikan ketika berforum, atau mendalam maksud teorinya apabila berkuliah. Namun apabila kembali kepada realiti, berdepan dengan masalah teknikal yang sebenar, terlalu kurang yang sanggup bertanggungjawab. Bayangkan, seandainya Mat Sabu, atau pimpinan lain dalam jawatankuasa penganjur HKR 112 enggan menyerahkan nama diri sebagai penganjur, maka perhimpunan ini mungkin tidak berakhir sebagaimana yang kita alami pada 12 Januari. Manusia kedua yang ingin saya sebut namanya ialah Hishamuddin Rais. Namanya mungkin mencungkil ketidakselesaan sesetengah orang, yang sentiasa "tercabar" dengan ideanya. Namun saya menganggap masyarakat demokrasi yang matang bukan sekadar bertoleransi sesama kaum, tetapi juga idea-idea yang berbeza. Hishamuddin Rais, pemimpin mahasiswa pada zaman 1970-an, dan kini masih memakai gelaran tersebut dengan imbuhan berbunyi "bekas" di depannya. Beliau memperlekehkan hampir semua parti politik, malah tidak percaya dengan sistem ini. Kebanyakan masa beliau ketengahkan hujah yang tajam, sehingga mereka yang tidak bersetuju dengannya, gagal menyanggahnya. Lantaran identitinya sebagai "NGI", (non-governmental individual), beliau melanggar setiap zon sensitif yang pantang diusik, terutamanya orang politik. Saya kira kewujudan Hishamuddin Rais harus kita raihkan sebagai aset dalam masyarakat kita, sekurang-kurangnya beliau sentiasa memastikan saraf otak kita bersenam. Beliau tidak berkuasa, tetapi beliau berpengaruh. Saya bukan mencadangkan bahawa kita terima semua ideanya, tetapi saya mengajak kalian untuk merenung. Puluhan tahun dalam hidupnya, beliau tidak berganjak dari perjuangannya. Ya, beliau pernah melarikan diri dari tangkapan pada zaman 1970-an, tetapi apabila beliau kembali ke tanahair pada 1990-an, beliau tetap turun ke jalan raya semula dalam gerakan "Reformasi". Dan sebagaimana yang kita tahu, beliau akhirnya ditahan di bawah ISA pada tahun 2001. Hisham pernah mengakui secara terbuka, bahawa makna kewujudannya adalah untuk menumbangkan UMNO. Ramai di kalangan kita yang berkongsi pandangannya, bahawa UMNO memperbodohkan rakyat. Persoalannya, adakah kita bersedia bekerja seperti Hisham ke arah matlamat itu? Saya ternampak susuk Hisham di Stadium Merdeka. Berpeluh-peluh beliau memberi arahan di bawah matahari untuk kendalikan keadaan. Saya amat bersyukur kerana Malaysia memiliki insan-insan yang sehebat ini. *Lim Hong Siang ialah bekas editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. E-mel: hongsiang27@gmail.com | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 18 Jan 2013 09:24 PM PST Papan iklan milik Pas dibakar Posted: 18 Jan 2013 01:44 AM PST
18 Januari 2013
SEREMBAN - Sebuah papan iklan Pas di Kampung Sungai Jai, Lenggeng, di sini dipercayai dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Penasihat Majlis Tindakan Dun Lenggeng, Zulkefly Mohamad Omar berkata, papan iklan 'Janji Pakatan Rakyat' tersebut dipercayai dibakar tiga hari lalu berdasarkan maklumat salah seorang saksi.
"Tindakan ini jelas melihat betapa terdesak dan takutnya pihak tertentu terhadap janji Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
"Ini menunjukkan Pakatan Rakyat lebih awal kemukakan manifesto berbanding Barisan Nasional (BN). Ini terbukti kita telah bersedia untuk menunaikan janji negara berkebajikan kepada rakyat," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Berikutan kejadian itu, Timbalan Ketua Cawangan Pas Kampung Sungai Jai, Ibrahim Jalil membuat satu laporan polis di Balai Polis Lenggeng, semalam.
| Kepada yang sudi membantu Pasti Hidayah, Senawang Posted: 18 Jan 2013 12:11 AM PST
PASTI Al-Hidayah telah 12 tahun beroperasi di Taman Tasik Jaya, Senawang, N.Sembilan kini memerlukan sumbangan untuk mengganti beberapa peralatan antaranya papan putih, kerusi meja pelajar, kerusi meja guru, rak buku, rak kasut, kipas, alat bantuan mengajar serta beberapa peralatan lain.
Kepada mereka yang ingin menyumbang sila hubungi Sdr Akob AJK Pasti Hidayah di talian 012-3781945 | |
DPP PADANG TERAP Posted: 18 Jan 2013 09:07 PM PST |
PAS Kawasan Miri Posted: 18 Jan 2013 07:36 PM PST Sekolah Di Pedalaman Sarawak Terpinggir Dan Tiada Kemudahan Asas Posted: 18 Jan 2013 01:48 AM PST Masalah Tiada Kemudahan Asas di SMK Tinjar Baram Perlu Penyelesaian Segera
BARAM - SMK Tinjar terletak dalam kawasan parlimen Baram. Majoriti penduduk berbangsa Iban dan terdapat juga kaum dari keturunan Penan, Kayan, Kenyah dan lain-lain.
Perjalanan dari bandaraya Miri melalui jalan darat mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Keadaan jalan menuju ke Tinjar melalui jalan Lapok masih lagi dalam keadaan teruk terutama sekali musim hujan lebat dimana air dari sungai Bok melimpah keluar ke jalan menyebabkan banjir, jalan becak dan licin.
Baru-baru ini kami menerima aduan dari penduduk serta pengajar di SMK Tinjar Baram tentang masalah bekalan air bersih serta elektrik yang tidak konsisten atau stabil dalam kawasan mereka.
Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk di Tinjar adalah masalah bekalan air bersih, setakat ini mereka terpaksa menggunakan air hujan atau air yang dipamkan dari sungai yang berdekatan untuk kegunaan harian.
Cuba bayangkan betapa sukarnya mereka menghadapi kehidupan dalam keadaan tiada air bersih dan mereka terpaksa mengharapkan air hujan untuk mendapat bekalan air bersih untuk memasak, minum dan mencuci pakaian.
Ada ketikanya para pelajar terpaksa menggunakan air yang dipam dari sungai untuk mandi sepanjang minggu disebabkan gangguan bekalan air hujan yang disimpan dalam tangki tidak mencukupi untuk menampung para pelajar yang terlalu ramai. Tetapi masalahnya air sungai pun tercemar, kotor serta berbau dan mereka terpaksa menggunakannya sekiranya berlaku musim kemarau panjang akibat tiada air hujan.
Begitu juga dengan masalah bekalan elektik yang tidak stabil dan ianya menggunakan genset untuk kegunaan harian. Menurut salah seorang pengajar di situ, genset yang digunakan sekarang ini menghadapi masalah kerosakan. Ianya perlu ditukar dengan genset baru untuk mengatasi masalah ganguan bekalan eletrik.
Apabila genset menghadapi masalah kerosakan untuk membekalkan aliran letrik ke tempat kediaman mereka dan mereka terpaksa bergelap pada waktu malam.
Keadaan rumah dan tempat tinggal pengajar juga ada menghadapi masalah kebocoran dan retak walaupun tidak sampai 3 tahun digunakan.
Begitu juga keadaan dalam kelas di SMK Tinjar juga menghadapi masalah kebocoran siling apabila musim hujan lebat para pelajar serta guru yang mengajar terpaksa mencari tempat teduh untuk mengelak dari basah.
Mereka merayu agar masalah mereka ini dapat diberi perhatian dan dapat diselesaikan dengan segera memandangkan keadaan kehidupan seharian mereka sering terganggu akibat tiada kemudahan asas. Selain daripada itu masalah tempat mengajar juga agak daif dan perlu diperbaiki dengan segera.
Mereka meminta agar pihak kami dapat mengemukakan masalah mereka kepada pihak berkuasa agar dapat diberi perhatian serta tindakan segera. Kita mengesa agar pihak berkuasa segera mengatasi masalah yang dihadapi oleh para pelajar serta para pengajar yang mengajar di SMK Tinjar Baram.
Pihak kementerian pelajaran sepatutnya memandang serius masalah para pelajar dan para pengajar di pedalaman Sarawak kerana keadaan kehidupan mereka sangat daif dan tidak ada kemudahan asas yang sepatutnya diberi kepada mereka yang terpaksa berjauhan dari keluarga mereka.
Sudahlah keadaan jalan teruk dan tiada sebarang kemudahan asas diberikan, tempat tinggal para pengajar juga teruk dan tidak terurus dengan baik oleh pihak pemerintah.
Sepatutnya mereka inilah yang patut diberi segala kemudahan asas kerana mereka sanggup mengajar di pedalaman Sarawak semata-mata ingin melihat anak bangsa mereka menjadi berguna untuk negara dimasa hadapan. Kalau pihak pemerintah terus abaikan nasib serta keadaan kehidupan mereka terus begini jangan haraplah hendak menerima keputusan pelajaran yang terbaik dari sekolah yang kurang mendapat kemudahan asas ini.
Kita sekali lagi mengesa agar perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya dan juga diselesaikan dengan segera dari pihak pemerintah demi kemajuan anak bangsa dimasa hadapan.
Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat kita hargai.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version
Problem of No Basic Facilities at SMK Tinjar Baram Need Urgent Solution BARAM - SMK Tinjar located in Baram constituency. The majority population is Iban and there are also people from the descendants Penan, Kayan, Kenyah and others.
The journey from Miri city by road takes about two hours and a half. Condition of road to Tinjar Lapok route is still in bad shape, especially heavy rainy season, where the water from the river Bok overflowed to the road cause flooding, muddy and slippery road.
Recently we received complaints from residents and teachers at SMK Tinjar Baram about the shortage of water and electricity that is not consistent or stable in their area.
The main problem faced by people in Tinjar is the shortage of clean water so far they had to use the rain water or water that is pumped from a nearby river for daily use.
Just imagine how difficult they face life in circumstances no water and they had to expect the rain water to get clean water for cooking, drinking and washing clothes.
There were times when the students had to use water pumped from the river to bathe all week due to rain water supply disruptions that stored in the tank insufficient to accommodate too many students.
But the problem of river water was polluted, dirty and smelly and they had to use it in case of a long dry season due to no rainfall.
Similarly, the problem of unstable electricity supply and they use the generator for daily use. According to one of the teachers there, generator used now face damage problems. It should be replaced with a new generator to overcome the problem of electricity supply disruptions.
Whenever generator face damage problems to supply electricity flow to their living quarters and they had blacked out at night.
Home and shelter condition of the teacher also have a leak problem and crack though had used less than 3 years. Similarly in the class at SMK Tinjar also facing ceiling leaks when a rain storm the students and teachers had to find the shade place to avoid getting wet.
They pleading that their problem can be addressed and resolved as soon as possible, given the circumstances of their daily lives are often disrupted due to no basic facilities. Apart from the problem teaching places is also quite poor and must be repaired immediately.
They requested that we able to submit their problem to the authorities to be able to be given immediate attention and action.
We urge that the authorities immediately solve the problems faced by the students and the teacher who teach in SMK Tinjar Baram.
Yet the severe road conditions and no basic amenities provided, shelter the instructor severe and well managed by the government. Enough for the road conditions is severe and there are no basic amenities provided the shelter of the teacher also bad and not well managed by the government.
Supposed to these people that should be given all the basic amenities because they are willing to teach in the interior of Sarawak simply want to see the children of the nation become useful to the country in the future. If the government continues to ignore the plight of as well as their living conditions continue to be so, do not expect to receive the best education results from school that get less of these basic facilities. ` We once again urge that this matter should be given due attention and expeditious resolution from the government for the betterment of the future of the nation.
The cooperation with relevant parties is very much appreciated. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan