Ahad, 10 November 2013

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Razlan's

Posted: 09 Nov 2013 11:24 PM PST

Razlan's


PM sampai merayu ! Tak malu ke ?

Posted: 09 Nov 2013 05:26 AM PST

Negara Malaysia mempunyai rakyat yang pelbagai kaum, dan tidak dinafikan kaum Melayu adalah kaum yang paling miskin di Malaysia.

Walaupun banyak bantuan dan dasar yang ditekankan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada bangsa Melayu, namun ianya tidak banyak mengubah bangsa Melayu dari sudut kejayaan ekonomi.

Melayu masih lagi kebelakang dari sudut pemilikan hartanah, melayu masih lagi bergelumbang dengan mencari formula merebut kek ekonomi dalam Malaysia.

Banyak pihak yang perlu disedarkan untuk kita bersama mencapai kejayaan apabila sesuatu dasar kerajaan itu sudah ditetapkan, banyak juga GLC yang retorik dalam menjayakan dasar kerajaan bagi membantu penumbuhan ekonomi orang Melayu.

Terbaru, YAB Perdana Menteri merayu agar GLC dapat membantu syarikat akhbar Melayu!

Pandangan ikhlas saya, tugasan sekecil ini pun gagal di laksanakan oleh GLC, bagaimana pula agenda yang lebih besar untuk membantu pengagihan kek ekonomi untuk orang Melayu?

Sudah masanya Pengerusi-pengerusi GLC dipanggil setiap minggu bagi melaporkan secara jelas laporan pembanggunan. Perbincangan secara terperinci setiap agenda bangsa melayu.

Memang benar mereka mempunyai KPI untuk keuntungan organisasi mereka, namun ianya bukanlah alasan untuk bersama melaksanakan tugasan bagi meningkatkan ekonomi bangsa melayu.

Minggu lepas, pendedahan oleh YAbhg Tun Mahathir terhadap Petronas yang tidak membantu bumiputra amat memalukan. Rupanya cakap-cakap kedai kopi yang membayangkan petronas tidak membantu orang melayu adalah benar belaka!

Agak malu juga apabila melihat pengerusi-pengerusi dan lembaga pengarah di GLC adalah kebanyakkan Melayu, namun tidak memikirkan masa depan orang melayu secara khususnya. Malu kita kepada bangsa lain yang tidak pernah lekang memikirkan bagaimana mereka dapat meningkatkan ekonomi bangsa mereka!

PEMUDA AYER HITAM

Posted: 09 Nov 2013 07:21 PM PST

PEMUDA AYER HITAM


Posted: 09 Nov 2013 09:33 AM PST

25 keluarga terima bantuan Maal Hijrah Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam

Seramai 25 keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang di sini terharu dengan kunjungan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam yang turut menyampaikan bantuan sempena program Ziarah Kasih Maal Hijrah semalam.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam, Fauzani Salubin berkata, program Ziarah Kasih Maal Hijrah itu adalah yang pertama kali diadakan selepas beliau menang tanpa bertanding jawatan berkenaan pada pemilihan parti baru-baru ini.
Menurutnya, program itu diadakan bagi memastikan masyarakat yang berada dalam kesusahan terbela selain bertanya khabar kepada penduduk sekitar tentang situasi terkini mereka.
"Dalam program ziarah ini, seramai 25 keluarga diziarahi oleh dua kumpulan iaitu di kawasan Parit Sagil dan Kota Dalam bagi menyampaikan sumbangan daripada UMNO Bahagian Ayer Hitam.
"Terdapat keluarga yang menerima bungkusan barangan keperluan asas dan bagi yang mengalami kesulitan kehidupan mereka turut diberikan bantuan kewangan sebagai usaha meringankan beban mereka," katanya.
Fauzani memberitahu, program tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti UMNO Bahagian Ayer Hitam sempena Maal Hijrah selain ceramah agama yang diadakan pada malamnya.
Sementara itu, pasangan penerima bantuan, Suhaimi Sulaiman, 76, dan isterinya, Fatahol Jannah Sidek, 68, mengucapkan terima kasih kepada UMNO Bahagian Ayer Hitam yang memberikan sumbangan tersebut.
"Terima kepada semua pihak yang terlibat dan datang menziarahi saya dan isteri. Saya doakan semoga Allah membalas jasa baik kamu semua atas kebaikan yang telah dilakukan.
"Saya bersyukur dengan pemberian ini kerana walaupun terdapat banyak rumah yang dikunjungi oleh Pemuda UMNO, namun mereka sempat singgah ke rumah saya untuk memberikan sumbangan dan menikmati minuman yang disediakan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan