CINA ISLAM (林川興) Posted: 09 Nov 2013 01:13 AM PST Taufan Haiyan: Filipina kerah ribuan tentera ke zon bencana Posted: 08 Nov 2013 08:10 PM PST 5 Muharram 1435H. [MOD] - IMEJ satelit menunjukkan pergerakan Taufan Haiyan yang membadai Filipina, diambil oleh Agensi Meteorologi Jepun pada jam 11.30 malam tadi. - Foto Reuters MANILA: Ribuan anggota tentera dikerah ke kawasan terpencil bagi menjalankan kerja menyelamat dan membantu penduduk yang terjejas akibat Taufan Haiyan yang melanda Filipina sejak semalam.
Taufan paling kuat di dunia sepanjang tahun ini yang mengganas di Filipina itu menyebabkan rangkaian pengangkutan darat terjejas terus dengan penduduk dilaporkan dihanyutkan ke laut. Setakat in lima korban nyawa disahkan namun pihak berkuasa masih tidak mempunyai angka yang tepat berapa ramai kematian di seluruh Negara disebabkan bencana itu. Ini kerana kebanyakan Bandar dan perkampungan masih terputus saluran komunikasi dengan kesan kerosakan dalam jumlah yang besar.
"Kami mempunyai laporan mengenai bangunan yang tumbang, ramah yang ranap serta Tanah runtuh," kata Ketua Palang Merah Filipina, Gwendolyn Pang.
Taufan Haiyan yang membadai bahagian tengah dan selatan Filipina selama seharian semalam sebelum menghala ke Laut China Selatan ke arah Vietnam.
Palang Merah mengesahkan angka kematian setakat ini lima orang, manakala Majlis Pengurusan Bencana Negara berkata, jumlah korban empat orang dengan empat lagi masih hilang. Pegawai kerajaan berkata, anggota tentera dan Palang Merah diberi tugas utama untuk menghubungi atau masuk ke kawasan yang teruk terjejas di Leyte dan Samar, dua wilayah yang paling teruk dilanda taufan berkenaan.
Pihak tentera memulakan penerbangan pesawat C-130 yang dipenuhi bekalan bantuan ke Tacloban, iaitu ibu negeri Leyte, sejak pagi ini.
Di wilayah itu lebih 200,000 penduduk dan kawasan sekitarnya terjejas akibat taufan berkenaan.
Wartawan dari stesen televisyen tempatan, GMA melaporkan, berpuluh mayat bergelimpangan di sepanjang jalan raya serta dikumpulkan di gereja di Tacloban serta pekan Palo yang berhampiran pantai. - AFP | Taufan Haiyan: Lebih 100 maut, ratusan cedera di Filipina Posted: 08 Nov 2013 07:58 PM PST 5 Muharram 1435H. [MOD] - OMBAK besar menghempas pesisir pantai di bandar Legaspi, wilayah Albay, selatan Manila berikutan Taufan Haiyan yang mula membadai negara itu semalam. - Foto AFP MANILA: Seorang pegawai penerbangan awam berkata, beliau menerima laporan bahawa lebih 100 mayat bergelimpangan di jalan raya di Tacloban, ibu negara Pulau Leyte, di tengah Filipina. Kapten John Andrews, Timbalan Ketua Pengarah Agensi Penerbangan Awam Filipina berkata, lebih 100 lagi dilaporkan cedera di wilayah yang paling teruk terjejas apabila Taufan Haiyan, yang terkuat di dunia membadai Filipina sejak semalam. - AP | Saingan sengit isi kerusi Timbalan, Naib Presiden Posted: 08 Nov 2013 06:33 PM PST 5 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS ke-59 akan menyaksikan pemilihan untuk jawatan tertinggi di peringkat pusat dan dewan-dewan bagi penggal 2013-2015, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi.
Bagi jawatan Timbalan Presiden, menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon bertahan, Mohamad Sabu yang akan dicabar Datuk Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.
Sementara itu, kerusi Naib Presiden pula menggamit pertandingan lima penjuru. Tiga yang mempertahankan jawatan masing-masing iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub akan berdepan dengan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik.
Seramai 61 orang akan bertanding untuk kerusi AJK PAS Pusat.
Bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pula, tiga pencalonan disahkan iaitu Suhaizan Kaiat, Kamarulzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif. Ia ekoran ketua pemuda sekarang, Ustaz Nasrudin Hassan mengundur diri daripada jawatan itu.
Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi dan Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob pula bertanding bagi mengisi kerusi timbalan ketua yang dikosongkan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Kerusi Naib Ketua Pemuda juga menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Ir Mohd Khairul Nizam Khairuddin. Ia dikosongkan oleh Dr Raja Ahmad Iskandar yang bertanding timbalan ketua.
Seramai 26 orang akan bertanding untuk mengisi kerusi AJK Dewan Pemuda.
Bagi Dewan Muslimat PAS, jawatan Pengerusi Tetap menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Norhashimah Deraman, Nor Azlin Md Samsudin dan Saadiah Abu Bakar manakala jawatan Timbalan Pengerusi Tetap akan diputuskan di dalam muktamar.
Ketua Dewan Muslimat pula memperlihatkan pertandingan antara Ustazah Nuridah Salleh dan penyandang, Siti Zailah Mohd Yusof.
Sementara jawatan Timbalan Ketua Muslimat yang kini disandang Dr Siti Mariah Mahmud akan dicabar oleh Dr Najihatussalehah Ahmad.
Calon bertahan bagi kerusi Naib Ketua, Mumtaz Mohd Nawi pula akan dicabar oleh Dr Rosni Adam manakala 23 calon bertanding untuk mengisi AJK Dewan Muslimat.
Tiga jawatan utama Dewan Ulama PAS Pusat telah dimenangi tanpa bertanding. Mereka ialah Ketua, Datuk Ustaz Harun Taib, Timbalan Ketua, Datuk Ustaz Ahmad Yakob dan Naib Ketua, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.
Ustaz Hamdan Mohamad dipilih sebagai Pengerusi Tetap manakala pelantikan Timbalan Pengerusi Tetap akan diputuskan dalam muktamar.
Hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar ini yang akan diadakan di Shah Alam bermula 20 November ini. | 4 maut serangan bom di hotel Mogadishu Posted: 08 Nov 2013 05:37 PM PST 5 Muharram 1435H. [MOD] - ANGGOTA polis Somalia memeriksa di kawasan kejadian serangan bom kereta di pekarangan Hotel Maka al Mukarama di ibu negara Somalia, hari ini. - Foto Reuters MOGADISHU: Sekurang-kurangnya empat terbunuh, termasuk seorang pegawai kerajaan dalam satu serangan bom kereta di luar sebuah hotel terkemuka di ibu negara Somalia, hari ini.
Susulan kejadian, polis dan pasukan keselamatan segera menutup kawasan berkenaan selepas letupan besar di pekarangan Hotel Maka al Mukarama yang menjadi tempat penginapan popular ahli perniagaan dan pegawai tinggi kerajaa.
Pada awal kejadian, polis meletakkan angka kematian 11 orang. Seorang pegawai kerajaan Somali berkata, kejadian pada sebelah petang waktu tempatan itu dikaitkan dengan anggota Shebab dinaungi al-Qaeda.
"Empat orang setakat ini terbunuh manakala 15 lagi cedera," kata jurucakap kerajaan, Ridwan Abdiwali. - AFP | Satelit GOCE terhempas ke bumi minggu depan - Saintis Posted: 08 Nov 2013 05:35 PM PST 5 Muharram 1435H. [MOD] -
BERLIN: Agensi Penyelidikan Angkasa Eropah (ESA) berkata satu satelit penyelidikan GOCE miliknya akan jatuh dan terhempas ke bumi pada malam Ahad atau Isnin ini, namun serpihannya tidak membawa kepada sebarang kemalangan jiwa.
Saintis agensi itu berkata, satelit seberat 1,100 kilogram itu sudahpun jatuh pada paras altitut 170 kilometer dari kedudukan asalnya dan ketika ini sedang menjunam ke bumi.
"Sebaik ia mencapai altitut 80 kilometer, satelit pemantau bumi itu akan mula berkecai dengan satu perempat bahagiannya akan terbakar di atmosfera," kata agensi itu hari ini. Satelit GOCE dilancarkan pada 2009 untuk melakukan operasi pemetaan bumi dan satelit itu kehabisan sumber tenaga, sekali gus mengakhiri misi berkenaan. - AP | Bayi warga Britain dilarikan di depan rumahnya Posted: 08 Nov 2013 05:31 PM PST 5 Muharram 1435H. [MOD] - Seorang bayi lelaki warga Britain berusia setahun lapan bulan dilarikan dua individu di hadapan rumahnya di Jalan Terasik 7, Bangsar, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa dikenali sebagai Freddie Joseph dipercayai dilarikan seorang suspek lelaki bersama seorang wanita ketika bayi itu bersama ibunya sedang minum petang di halaman rumah mereka.
"Ketika kejadian pukul 6.10 petang itu, ibunya Sarah Joseph berusia 38 tahun yang masuk sekejap ke rumah terdengar bunyi bising di luar lalu keluar semula untuk melihat apa yang berlaku. "Dia yang ternampak seorang lelaki cuba melarikan anaknya terus menerpa ke arah lelaki berkenaan untuk menyelamatkan anaknya itu sambil menjerit meminta tolong sehingga berlaku pergelutan," katanya dalam satu sidang media di ibunegara.
Akibat daripada pergelutan itu, ibu bayi berkenaan mengalami kecederaan di pergelangan tangan kanan, katanya.
Ku berkata polis percaya lelaki itu datang bersama seorang wanita menggunakan kereta jenis Toyota Camry merupakan orang yang dikenali ibu mangsa yang juga merupakan ibu tunggal. "Ketika ini siasatan kami lebih menjurus kepada masalah peribadi ibu mangsa, bagaimanapun ada juga kemungkinan ia bermotifkan untuk mendapatkan wang tebusan," katanya. Ku memberitahu polis akan mengedarkan gambar kanak-kanak itu kepada pengetahuan umum untuk memudahkan gerakan mencari suspek. Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.
- Bernama | Persatuan Peguam Syarie Sokong Pinda Hukuman Maksimum Syariah Posted: 08 Nov 2013 03:38 PM PST 5 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) telah lama menunggu agar pindaan dibuat bagi meningkatkan hukuman di bawah undang-undang syariah dan tidak tertakluk dengan hukuman '356' pada masa kini. Menurut Presiden PGSM, Musa Awang, hampir 30 tahun Mahkamah Syariah terikat dengan batasan hukuman '356' iaitu maksimum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan atau '653' yang dibataskan oleh Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1984. "Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai Jabatan Peguam Negara (JPN) telah memberi kebenaran (untuk meminda undang-undang syariah itu) merupakan pengumuman yang ditunggu-tunggu oleh peguam syarie, pendakwa syarie, pegawai penguat kuasa agama dan masyarakat Islam," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat. Menurutnya peningkatan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah ini selari dengan kedudukan Mahkamah Syariah, setaraf dengan Mahkamah Sivil selepas pindaan perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. "Saya mencadangkan agar hukuman baharu yang dikenakan mestilah berbentuk hukuman yang boleh menggerunkan pesalah berbanding hukuman sedia ada hari ini yang terlalu ringan dan dipandang ringan oleh pesalah," katanya. Musa juga mencadangkan supaya diadakan suatu hukuman yang tidak terbatas tetapi tidak melibatkan hukuman mati. "Dengan peningkatan hukuman ini, bukan sahaja melibatkan kesalahan jenayah syariah tetapi turut melibatkan kesalahan kekeluargaan seperti lafaz cerai luar mahkamah dan poligami tanpa kebenaran mahkamah yang secara tidak langsung menyelesaikan masalah kekeluargaan yang dialami masyarakat Islam," katanya. Jamil Khir pada Khamis melaporkan JPN telah memberi kebenaran bagi hukuman maksimum '356' undang-undang syariah sedia ada dipinda untuk hukuman lebih berat selepas merasmikan Konvensyen Pendakwah Negara 2013 di sini. - BERNAMA | Tragedi 37 Maut Di Genting: Bas Dipandu Melebihi Had Laju Posted: 08 Nov 2013 03:35 PM PST 5 Muharram 1435H. [MOD] - Beginilah keadaan bas yang remuk akibat terhumban ke dalam gaung sehingga meragut 37 nyawa di Genting Highlands pada 21 Ogos lalu. KUALA LUMPUR: Nahas di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos lepas, yang mengorbankan 37 nyawa manakala 16 lagi cedera, berpunca daripada beberapa faktor antaranya dipandu laju ketika menuruni kawasan berbukit. Rumusan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) itu, yang didedah pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media Jumaat, menunjukkan bas berkenaan dipandu melebihi 50 km sejam. Beliau berkata hasil analisis dan rekonstruksi terhadap kemalangan itu oleh Miros mendapati bas berkenaan dipandu laju semasa menuruni kawasan berbukit yang berselekoh sehingga menyebabkan ia hilang kawalan dan merempuh tembok penghadang sebelum terhumban dan melanggar batu besar di dalam gaung. "Enam kesan brek ditemui di lokasi kemalangan dan pada kesan brek kelima, ditemui kesan geseran bahagian bawah bas akibat tayar pecah sebelum bas itu melanggar tembok penghadang dalam kelajuan 61.2km sejam," katanya. Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berkata faktor penyumbang lain ialah brek tidak cekap berfungsi selain lokasi Truck Escape Ramp (TER) yang terlindung oleh geometri jalan menyukarkan pemandu menggunakan TER untuk mengelak daripada terjatuh ke dalam gaung. "Lorong jalan terlebih lebar iaitu antara 4.2 dan 4.9 meter daripada standard iaitu 3.25 meter menyebabkan pemandu cenderung memandu melebihi had kelajuan dan penggunaan tembok penghadang serta penghadang jalan didapati tidak sesuai sebagai halangan keselamatan di kawasan cerun dan turut menjadi punca kemalangan itu," katanya. Hishammuddin berkata kajian Miros juga mendapati implementasi syarikat bas itu, Genting Highlands Transport Sdn Bhd terhadap kod amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran, khususnya berkaitan aspek polisi keselamatan serta sokongan pengurusan, pengurusan pemandu, pengurusan kenderaan dan pengurusan laluan dan risiko, adalah sangat tidak memuaskan. Beliau berkata Miros bertemu pihak bertanggungjawab dalam melengkapkan kajian itu termasuk polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Hospital Kuala Lumpur, Lembaga Getah Malaysia, Puspakom Sdn Bhd, Genting Malaysia Bhd, Scania (Malaysia) Sdn Bhd, Bridgestone Tire Sales (Malaysia) Sdn Bhd dan pengusaha bas berkenaan. Justeru, katanya, beberapa langkah segera diambil mulai 1 Dis, termasuk menubuhkan satu seksyen baharu dalam JPJ yang dinamakan Seksyen Profil Pemandu bagi memfokuskan kepada isu berkaitan pemanduan dan JPJ berkuasa menggantung atau membatalkan lesen memandu. Hishammuddin berkata pegawai JPJ dan Puspakom akan ditempatkan di Genting Highlands bagi menjalankan pemeriksaan fizikal terhadap bas untuk menjamin keselamatannya dari sudut teknikal. Turut dilaksanakan penguatkuasaan terhadap pemandu bas di Genting Highlands bagi memastikan kesihatan pemandu di tahap baik tanpa pengaruh dadah atau alkohol. Hishammudin berkata kementeriannya menubuhkan Panel Penasihat Bebas kepada Menteri Pengangkutan pada 29 Okt lepas untuk mengkaji semua aspek laporan siasatan oleh setiap agensi terbabit. Beliau berkata panel itu diketuai Tan Sri Lee Lam Thye dan dianggotai lima lagi iaitu Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N. Marimuthu, Presiden Institusi Jurutera Malaysia Choo Kok Beng, Presiden Chartered Institut of Logistics and Transport Malaysia Datuk Abd Radzak Abd Malek, Pakar Jurutera Perunding Mekanikal dan Kenderaan Bertauliah Datuk Foong Choy Chye dan Pakar Jurutera Perunding Lebuhraya/Juruaudit Keselamatan Jalan Bertauliah Aik Siaw Kong. Panel itu akan mengemukakan syor serta penambahbaikan bagi mengelak risiko kemalangan yang sama di Genting Highlands sebelum dibawa kepada jemaah menteri untuk pertimbangan. "Panel itu juga bertanggungjawab menasihati saya mengenai usaha bagi mempertingkat tahap keselamatan jalan raya di seluruh negara," katanya. Mengulas pengusaha bas terbabit, Hishammuddin berkata tindakan undang-undang akan diambil termasuk tindakan sivil ke atas pengarah syarikat itu. Selain itu, pihaknya juga akan mengarahkan operasi bas berkenaan dihentikan. - BERNAMA | Dialog cinta Presiden Mursi dan isteri di penjara Posted: 08 Nov 2013 03:30 PM PST 5 Muharram 1435H. [MOD] - http://kerabubersuara.blogspot.com
Dr. Najla Mahmud baru saja mengunjungi suaminya, Presiden Muhammad Mursi, di penjara Burj Arab, Alexandria, Kamis (7/11).
Najla tidak dapat menutupi kebahagiaannya bisa bertemu sang suami kali pertama sejak kudeta 3 Juli lalu.
Pertemuan itu laksana hadiah tahun baru hijriyah.Namun, jiwa besar sepasang negarawan itu membuat pertemuan mereka bukan sekelas pertemuan pelepas rindu.
Luapan cinta Presiden Mursi yang sangat besar kepada rakyatnya membuat pertemuan mereka didominasi dialog cinta untuk rakyat Mesir.
"Aku pergi untuk memberikan dukungan kepada beliau. Tapi yang aku dapati tetaplah Presiden Mursi, seorang yang gagah dan tidak mengenal kalah," kata Najla bercerita kepada televisiAljazeera, Kamis (7/11) sore, mengenai pertemuan dengan suaminya.
Presiden Mursi, lanjut Najla, menyampaikan pesan kepada rakyatnya agar tetap kuat dalam mempertahankan Revolusi 25 Januari. Rakyat jangan mau mengorbankan hasil-hasil revolusi itu.
Presiden Mursi menegaskan bahwa ia akan tetap mempertahankan revolusi hingga akhir nafasnya.
"Presiden Mursi bertanya tentang kabar rakyat. Beliau tidak berubah. Sama seperti yang dilakukannya saat memimpin negara. Bahkan beliau bertanya tentang harga sayuran.
Pertanyaan pertama beliau adalah 'Bagaimana kabar rakyat Mesir?'" tambah Najla.Dari sekian banyak dialog cinta rakyat itu, Mursi tak lupa menyelipkan dialog cinta keluarga.
"Presiden Mursi juga memintaku agar sabar, kuat, dan tidak menyerah. Beliau tidak mengakui keabsahan pengadilan dilakukan atas dirinya." [IK/Ajz/Dkw/bsb] | Mahathir mahu saya mati, saya berdoa Mahathir hidup Posted: 08 Nov 2013 03:26 PM PST 5 Muharram 1435H. [MOD] - Lim Kit Siang, | 08 Nov 2013 | Mahathir mahu saya mati, kerana itu beliau menjalankan misinya dalam Pilihanraya Umum ke-13 dengan berkempen di Gelang Patah untuk menjadikan kawasan itu "kubur" politik saya. Sebelum pilihanraya umum ke-13, Mahathir menyeru rakyat Johor untuk mengerah tenaga bagi memastikan negeri Johor menjadi "kubur" saya. Seruan beliau itu diberi sambutan hangat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengisytiharkan bahawa saya "terperangkap" di Gelang Patah dan kerjaya politik saya telah "tamat". Persaingan di Gelang Patah dalam PRU13 adalah pertempuran politik "hidup dan mati" bagi saya kerana saya berdepan bukan saja dengan Datuk Abdul Ghani Othman yang telah menjadi Menteri Besar selama empat penggal, tetapi juga kerana saya terpaksa berdepan dengan tiga lagi orang kuat Umno – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin dan Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan di Malaysia, iaitu Tun Mahathir sendiri.
Tetapi saya bersedia mempertaruhkan nasib, meninggalkan kerusi parlimen selamat bagi saya, iaitu Ipoh Timur, yang telah saya menangi pada tahun 2008 dengan majoriti lebih dari 21,000 undi, untuk bertanding di Gelang Patah di mana MCA/BN telah menang hampir 9,000 undi majoriti pada tahun 2008 dan 21,666 undi majoriti pada tahun 2004.
Saya mahu berterimakasih kepada ahli-ahli parti, para penyokong dan semua pihak yang mendoakan kejayaan saya pada malam 5 Mei 2013 lalu. Menerusi lawatan saya ke seluruh negara sepanjang beberapa bulan lalu, saya mendapat tahu bahawa mereka bimbang tentang kedudukan parlimen Gelang Patah ketika pilihanraya umum dan bahawa mereka, seperti juga saya, sama sekali tidak dapat menjangkakan keputusan pilihanraya di kawasan parlimen itu. Ketika itu, saya menggantungkan masa depan politik saya sepenuhnya di tangan para pengundi di Gelang Patah.
Pada malam 5 Mei 2013 itu Mahathir kalah dan saya menang. Saya telah membuktikan Mahathir telah berbuat silap kerana bekas Perdana Menteri itu telah bermain politik rendah yang jelek dan tidak bermoral dengan menyebarkan pembohongan dengan mendakwa saya bertanding di Gelang Patah untuk meninbulkan ketegangan antara kaum Cina dan Melayu dan bahawa saya mahu Cina membenci Melayu dan menolak kerjasama dengan Melayu. Sedangkan hakikatnya berlawanan. Sepanjang kempen saya telah menggesa semua pengundi, tanpa mengira kaum, untuk bekerjsama sebagai satu bangsa Malaysia untuk mengejar Impian Malaysia dan menyokong Pakatan Rakyat sebagai pakatan politik pelbagai kaum dan agama yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS.
Dalam semua ceramah saya di Gelang Patah sepanjang kempen pilihanraya selama tiga minggu itu, saya telah menegaskan bahawa saya mahu menang bukan saja dengan undi Cina, tetapi juga dengan sokongan Melayu dan India. Saya merasa lega pada malam keputusan pilihanraya kerana saya tidak mungkin menang di Gelang Patah dengan majoriti lebih 14,000 undi tanpa sokongan para pengundi Melayu – ini adalah bukti nyata bahawa orang Melayu di Johor tidak semudah itu menjadi mangsa pembohongan Mahathir yang mahu mewarnakan kempen Gelang Patah dengan unsur perkauman.
Kegagalan Mahathir dalam PRU13, khususnya di Gelang Patah, Shah Alam, dan Pasir Mas, di mana bekas Perdana Menteri itu telah mempertaruhkan seluruh reputasi politiknya atas keupayaannya untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya, bukan satu-satunya petanda kuasa dan pengaruh Mahathir dan Mahathirisme tidak lagi sehebat dan seperkasa yang cuba ditonjolkan.
Sebenarnya, telah ada beberapa tanda awal kemerosotan tersebut, misalnya kegagalan Mahathir pada tahun 2006 untuk menjadi perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno. Rentetan daripada itu beliau telah keluar daripada Umno dan meningkatkan kempen beliau untuk menjatuhkan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Tetapi kegagalan Mahathir dalam PRU13, khususnya di Gelang Patah, Shah Alam, dan Pasir Mas adalah petanda pertama daripada tiga petanda penting kemerosotan pengaruh Mahathir dan Mahathirisme sejak enam bulan lalu.
Dua petanda lain:
- Kegagalan anak beliau, Mukhriz Mahathir, untuk merebut salah satu dari tiga kerusi Naib Presiden Umno dalam pemilihan Umno bulan lalu, walaupun Mahathir menyalahkan politik wang sebagai punca kekalahan Mukhriz; dan - Kegagalan beliau untuk membawa kemenangan kepada Muhkriz sebagai Menteri Besar Kedah dalam pilihanraya kecil Sungai Limau (kawasan yang termasuk dalam parlimen Kota Setar Selatan yang Mahathir adalah Ahli Parlimennya di tahun 1964 hingga1969) walaupun beliau turun berkempen di sana. Mungkin kerana menyedari kemerosotan pengaruhnya, Mahathir menunjukkan kekecewaan dengan menulis dalam blog beliau bahawa saya takut pada "bayang" beliau dan bertanya: "When will Kit Siang retire? When he is dead?" (Bila Kit Siang hendak bersara? Setelah mati?)
Tiada sebab untuk sesiapa pun takut dengan "bayang" Mahathir dalam keadaan bayang itu sendiri telah mula pudar.
Rakyat Malaysia sepatutnya lebih bimbang dengan kesan buruk daripada Mahathirisme – warisan Mahathir setelah 22 tahun menjadi Perdana Menteri.
Kesan buruk Mahathirisme paling besar ialah apabila Mahathir sendiri meminggirkan Wawasan 2020 dan dasar Bangsa Malaysia beliau (selain dasar 1Malaysia Najib) dengan menjadi Godfather gerakan Ku Klux Klan Malaysia yang sarah dengan khutbah pemecah-belah dan politik kebencian dalam menjuarai ketuanan kaum dan bukannya ketuanan bangsa Malaysia. Ini menghasilkan jurang perkauman paling lebar dalam sejarah Malaysia.
Kesan buruk Mahathirisme yang lain: - Terjejasnya kebebasan badan kehakiman dan prinsip kedaulatan undang-undang;
- Merosotnya keyakinan pihak di dalam dan luar negeri terhadap kecekapan, mutu, profesionalisme dan integriti institusi-institusi negara yang utama;
- Kemerosotan sistem pendidikan yang dulunya bertaraf antarabangsa – di peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi; dan
- Berleluasanya korupsi, kronisme, dan penyalahgunaan kuasa di jabatan politik tertinggi
Mahathirisme akan terus memberi kesan buruk kepada Malaysia dan tidak akan membantu negara ini mencapai cita-cita untuk menjadi sebuah negara yang rakyatnya bersatu, berjaya, dan berdaya saing di peringkat dunia. Mahathir mahu saya mati, tetapi saya berdoa Mahathir akan hidup sehingga 100 tahun untuk menyaksikan kemerosotan dan berakhirnya Mahathirisme.
Untuk menjawab pertanyaan "Bila Kit Siang hendak bersara? Setelah mati?", izinkan saya memetik kata-kata terkenal Wen Tianxiang, seorang sarjana dan panglima Dinasti Sung, untuk direnung oleh Mahathir: "Semua manusia akan mati, tetapi kesetiaanku akan menyinari catatan sejarah selama-lamanya." Untuk makluman Mahathir, "kesetiaan" yang saya maksudkan di sini adalah kesetiaan kepada Malaysia. | Husam pertahan Naib Presiden, tolak timbalan Posted: 08 Nov 2013 03:04 AM PST 4 Muharram 1435H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Datuk Husam Musa hari ini mengesahkan hanya akan mempertahan jawatan Naib Presiden PAS yang disandangnya dan menolak untuk pencalonan jawatan Timbalan Presiden. Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, pengesahan penerimaan pencalonan itu baru sahaja dibuat sebentar tadi. "Penerimaan untuk bertanding hanya jawatan Naib Presiden sahaja dan tidak jawatan lain adalah berpedoman kepada jumlah pencalonan terbanyak untuk saya adalah untuk jawatan tersebut. "Saya menggagap itu adalah isi hati dan pilihan akar umbi PAS jawatan mana mereka inginkan saya tempatkan diri saya," katanya. Dalam pada itu beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawasan yang telah mencalonkannya. "Semoga amal perjuangan kita diterima oleh Allah dan keutuhan PAS sentiasa terpelihara. "Kepada semua kawasan yang menaruh harapan kepada saya dengan pelbagai bentuk pencalonan yang mereka berikan, saya hargai dan berterima kasih," katanya | Saya tidak menyeru PAS dibatal pendaftaran – Karpal Posted: 07 Nov 2013 11:59 PM PST 4 Muharram 1435H. [MOD] - KUALA LUMPUR: "Saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya di dalam sidang akhbar itu," tegas Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.
Justeru, beliau yang juga dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor agak terkejut dengan serangan yang dilakukan terhadapnya oleh beberapa pemerhati politik, ahli akademik dan para pengulas politik tertentu.
"Ia sememangnya satu penghinaan teruk kepada Utusan Malaysia kerana membuat tuduhan keji ini," ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Saya agak terkejut dengan serangan yang dilakukan terhadap saya oleh beberapa pemerhati politik, mereka yang kononnya ahli akademik dan para pengulas tertentu terhadap kenyataan saya pada Selasa lalu berkenaan parti-parti politik dan badan-badan profesional yang ditubuhkan dengan garis perkauman harus membuka pintu kepada semua kaum atau dibatalkan pendaftarannya, khususnya kenyataan saya yang dikatakan bahawa saya telah menyeru agar PAS dibatalkan pendaftarannya.
Ia sememangnya satu penghinaan teruk kepada Utusan Malaysia kerana membuat tuduhan keji ini.
Terence Netto telah benar-benar termakan dengan putar belit Utusan Malaysia bahawa saya telah menyeru agar PAS dibatalkan pendaftarannya; yang kemuncaknya menyifatkan saya sebagai seorang yang cuai serta tidak cermat dan saya tidak bertambah matang seiring dengan usia dan pelbagai kata-kata buruk lain di dalam artikelnya.
Saya terkejut bagaimana Terence Netto yang telah meningkat usianya tetapi tidak banyak mengambil pengajaran. Tidak mahu kalah, sesetengah orang kuat PAS pun turut terjun ke dalam kancah yang buruk ini melalui kritikan mereka terhadap saya tentang dakwaan seruan saya ke atas PAS itu.
Sudah tentu, terdapat ramai lagi, termasuklah seorang profesor, yang turut mempamerkan ketidakmatangan dengan mengeluarkan kenyataan tanpa memastikan kebenaran fakta atau memastikan saya telah benar-benar membuat dakwaan itu terhadap PAS.
Benar, saya telah menyeru agar Persatuan Peguam-Peguam Muslim dibatalkan pendaftarannya kerana mengecam Majlis Peguam bahkan, melakukan ugutan jenayah, terhadap majlis itu kerana menyokong mingguan Katolik Herald berkenaan penggunaan kalimah Allah.
Presiden kepada Persatuan Peguam-Peguam Muslim mengugut akan bertindak ke atas Majlis Peguam. Saya tegas dengan pendirian saya menyeru agar dibatalkan pendaftaran Persatuan Peguam-Peguam Muslim yang ditubuhkan pada tahun 1988 ketika kemuncak pemecatan Tun Salleh Abas dan terang-terang mendapat sokongan penuh perdana menteri waktu itu Dr. Mahathir, yang langsung membawa kepada perhimpunan dan demonstrasi agak ganas di hadapan pejabat Majlis Peguam berdekatan stesen Masjid Jamek.
Benar, saya telah menyatakan bahawa parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum yang malang sekali termasuklah PAS, sepatutnya membuka pintu kepada kaum lain; akan tetapi saya lekas menambah bahawa PAS telah pun memperakui keperluan berbilang kaum dengan mewujudkan sayap penyokong bukan bergama Islam.
Saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya di dalam sidang akhbar itu.
Terence Netto dan mereka yang seangkatan dengannya jelas telah terlepas pandang akan perkara itu. Sama ada disengajakan atau disebabkan oleh nurani personaliti-personaliti ini.
Bolehkah PAS menafikan ia telah menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebelum pilihan raya umum 2004?
Bolehkah PAS menafikan ia telah bersetuju untuk meletakkan calon bukan beragama Islam di dalam pilihan raya umum 2013?
Bolehkah PAS menafikan bahawa Naib Presidennya, Salahuddin Ayub, pada 13.10.13 telah berkata, ketika ditanya sama ada keahlian penuh akan diberikan kepada bukan beragama Islam berikutan sokongan besar yang PAS terima daripada DHPP di dalam pilihan raya umum, beliau berkata,
'Buat masa ini, kami mempunyai sayap penyokong PAS (DHPP) untuk yang bukan beragama Islam. Ia adalah cara yang baik untuk kami meletakkan di kami di kalangan bukan beragama Islam. Seterusnya, cabaran kami ialah untuk menjadikan diri kami releven di kalangan semua rakyat Malaysia. Cabaran kami sekarang adalah untuk mengekalkan sokongan yang kami terima daripada bukan beragama Islam dan meningkatkan sokongan daripada umat Islam'?
Bolehkah PAS menafikan pada pilihan raya umum 2008, ia meletakkan calon dari masyarakat India, R. Kumutha, untuk bertanding kerusi dewan undangan negeri Tiram di kawasan parlimen Johor Bharu?
Bolehkah PAS menafikan pada 6.11.2013, DHPP melalui setiausahanya K. Deepakaran dalam membahaskan ucapan dasar Presiden sewaktu Muktamar PAS di Pengkalan Chepa menggesa ahli parti supaya tidak melihat DHPP dengan rasa curiga sebaliknya menganggap golongan bukan beragama Islam di dalam PAS sebagai sebahagian daripada jenteranya.
'Kita ikhlas dan sukarela nak memberi sokongan kepada sebuah parti Islam di Malaysia iaitu PAS. Saya selalu katakan DHPP adalah tentera perjuangan Islam. Kenapa saya katakan kami tentera Islam? kerana Islam untuk semua, Islam hadir untuk semua dan terima kasih untuk logo PAS For All'.
Beliau juga menekankan, 'Kalau dahulu memang PAS untuk orang Islam sahaja tapi sekarang PAS sudah terbuka kepada semua yang mahu menjadi sebahagian daripada perjuangan Islam'.
Di sidang akhbar pada hari Selasa, saya menekankan sekali lagi, saya tidak meminta PAS dibatalkan pendaftarannya malah memberikannya talian hayat dengan menyatakan bahawa PAS telah sedar keperluan berbilang kaum dengan mewujudkan DHPP tidak seperti Umno, MCA dan MIC yang jelas-jelas merupakan parti rasis yang perlu dibatalkan pendaftarannya.
Saya tidak meletakkan PAS di dalam bakul yang sama apabila saya menentang parti politik dan badan profesional yang ditubuhkan atas dasar kaum. Saya telah menyatakan kebenaran. Tuntutan memohon maaf oleh pemimpin-pemimpin PAS tidak akan dipenuhi. Itu saya boleh jamin.
PAS seharusnya sudah boleh menunjukkan keikhlasannya dengan menjadikan DHPP sebagai ahli penuh parti. Jauh daripada dibatalkan pendaftaran, tindakan sedemikian akan menjadikan PAS salah satu parti politik berbilang kaum di negara ini. | Idris Ahmad tolak tanding Naib Presiden PAS Posted: 07 Nov 2013 11:58 PM PST 4 Muharram 1435H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad memutuskan untuk tidak bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan parti bagi sesi 2013-2015, sebaliknya hanya menerima untuk bertanding di peringkat Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.
Ketika dihubungi Hrakahdaily, hari ini, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata keputusan yang dibuatnya itu tidak dipengaruhi mana-mana pihak, sebaliknya telah diperhalusi beliau sendiri.
"Saya fikir, cukuplah untuk AJK. Belum masanya untuk saya bertanding untuk jawatan naib presiden. Apa yang penting, bagi saya untuk memastikan parti dalam perjuangan yang diterima masyarakat, yang boleh menjadi amal soleh apabila kita mati kelak," tegas beliau.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kawasan yang mencalonkan beliau untuk kedua-dua jawatan tersebut, bagaimanapun memohon maaf kerana menolak pencalonan untuk bertanding jawatan naib presiden
Ustaz Idris telah menyerahkan surat pengesahan untuk bertanding kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti semalam, sebelum ia ditutup petang ini.
Selain Ustaz Idris, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan telah menarik diri untuk bertanding jawatan ini.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abu Bakar Chik yang turut tercalon juga telah mengesahkan bertanding bagi jawatan ini.
Tiga penyandang jawatan ini termasuk Salahudin Ayub telah menyatakan kesediaan untuk mempertahan jawatan ini manakala Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa belum menyatakan pendirian.
Selain Mahfuz dan Husam, dua lagi yang belum membuat keputusan adalah Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Mujahid Yusof Rawa.
Harakahdaily/- | Denggi: 409 lokaliti dipantau, tertinggi setakat ini Posted: 07 Nov 2013 07:26 PM PST 4 Muharram 1435H. [MOD] -
Seorang pemuda berusia 22 tahun meninggal dunia di Kuala Lumpur minggu lepas akibat Sindrom Kejutan Denggi, menjadikan jumlah kematian akibat demam denggi ialah 61 orang setakat tahun ini. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata pemuda itu telah mengalami demam, sakit perut dan sakit kepala.
"Mangsa mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke wad pada hari yang sama. Setelah dua hari dirawat di wad, pesakit kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah keadaannya bertambah serius," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata kawasan kediaman lelaki itu merupakan kawasan wabak denggi dan hasil pemeriksaan Aedes di sekitar kediamannya, pihaknya menemui pembiakan nyamuk itu di dalam akuarium, bekas polistrine, botol, tayar dan tong.
Susulan itu, katanya dua gotong royong dilakukan di di kawasan berkenaan dengan kerjasama penduduk dan agensi berkenaan untuk memusnahkan tempat-tempat pembiakan Aedes.
Dr Lokman berkata jumlah kematian kes denggi itu meningkat sebanyak 29 kematian berbanding 32 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata sebanyak 1,547 kes demam denggi dilaporkan berlaku dalam tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas menjadikan jumlah kes demam denggi di seluruh negara dari Januari hingga 3 Nov ialah 29,754 kes.
"Berlaku peningkatan sebanyak 11,486 kes yang dilaporkan atau 63% berbanding 18,268 kes denggi dalam tempoh sama tahun lepas," katanya.
Menurutnya sebanyak 409 lokaliti aktif wabak denggi dipantau di seluruh negara di mana ia merupakan jumlah tertinggi pernah dilaporkan setakat ini.
Sebanyak 327 lokaliti dilaporkan di Selangor, 36 lokaliti di Johor, 15 lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, 10 lokaliti di Perak, enam di Pulau Pinang, lima di Negeri Sembilan, empat di Melaka, tiga di Pahang serta masing-masing satu di Kedah, Terengganu dan Sarawak.
Daripada jumlah itu, sebanyak 72 lokaliti tompok panas dilaporkan di Selangor dan Pulau Pinang.
Dr Lokman juga meminta orang ramai menjalankan aktiviti gotong-royong untuk memusnahkan tempat pembiakan Aedes manakala mereka yang tinggal di kawasan pesisir pantai dan sungai dinasihatkan tidak membuang sampah merata-rata bagi mengelakkan kewujudan tempat berpotensi pembiakan Aedes.
"Masyarakat turut dinasihatkan supaya menyembur racun serangga aerosol sekiranya terdapat nyamuk di dalam rumah dan menggunakan ubat pembunuh jentik-jentik bagi memastikan bekas menyimpan air tidak menjadi tempat pembiakan Aedes," katanya.
- Bernama | Stesen minyak kantoi menipu Posted: 07 Nov 2013 06:35 PM PST 4 Muharram 1435H. [MOD] - IPOH - Dalam bahasa mudah, pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM100, tetapi sebaliknya hanya menerima 65 liter sahaja. Itu penipuan yang berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor didapati mengubah suai pam pengagih minyak (pump dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat sejak beberapa bulan lalu.
Daripada tiga stesen diserbu, hanya satu daripadanya disita secara keseluruhannya kerana kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd. Penipuan itu dikesan selepas pengguna kenderaan mendapati sukatan petrol atau diesel kurang dengan harga sebenar dan mereka bertindak membuat aduan ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri. Penolong Pengarah Kanan Unit Metrologi Sah Bahagian Penguatkuasaan PPDNKK Putrajaya, Mohd Zulkifli Saidi berkata, berdasarkan aduan yang diterima, beliau bersama 10 pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di stesen minyak berkenaan sejak jam 3 petang kelmarin. Menurutnya, dalam Ops Sekat Minyak itu, pihaknya berjaya mengesan sebuah stesen minyak yang menjalankan kegiatan tersebut selepas membuat pemeriksaan menggunakan silinder penyukat bahan api. "Malah, sebuah lagi stesen minyak turut dikesan melakukan perkara yang sama ke atas tiga pam di premis mereka," katanya ketika ditemui semalam. Katanya, premis yang gagal menepati kehendak kementerian disita supaya pam pengagih minyak tersebut dapat memperbaharui penentusahan semula dengan MCM Sdn Bhd. "Sepatutnya, pengusaha stesen minyak perlu memperbaharui penentusahan semula pam tersebut genap 12 bulan bagi memastikan alat timbang dan sukatnya tepat. "Kita menggesa semua pengusaha stesen minyak mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zulkifli berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda RM4,000 bagi setiap sukatan yang diselewengkan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Katanya, operasi diperluas ke seluruh negara bagi memastikan pengusaha tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih. | Pengawal Keselamatan Filipina Guna IC Palsu Ditahan Posted: 07 Nov 2013 06:29 PM PST 4 Muharram 1435H. [MOD] -
BUTTERWORTH: Dia menggambarkan dirinya sebagai pengawal keselamatan yang mempunyai pangkat pegawai apabila bertugas di sebuah kondominium di Lebuh Sungai Pinang di sini. Ketika pegawai penguatkuasa menemuinya ketika Ops Bersepadu awal pagi Khamis, wanita berusia 45 tahun itu mendakwa dia berasal dari Sabah. Namun siasatan mendapati dia menggunakan nombor Mykad palsu kerana ia berbeza daripada tag nama yang dipakainya yang tertera, nama 'Nuraini'. Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Basri Othman berkata siasatan latar belakang mendapati wanita berkenaan sebenarnya berasal dari Filipina. "Tag nama yang diberikan oleh syarikat pengawal keselamatan kepada pengawal keselamatan itu adalah bagi menyakinkan penduduk bahawa dia adalah pengawal keselamatan yang sebenar," katanya pada sidang media di ibu pejabat Jabatan Imigresen negeri pada Khamis. Wanita berkenaan antara 20 pendatang asing tanpa izin yang ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Beliau berkata mereka yang ditahan berusia antara 25 dan 45 tahun membabitkan 12 warga Nepal, lima rakyat Pakistan dan tiga warga Filipina termasuk wanita terbabit. Katanya siasatan mendapati mereka bekerja dengan beberapa syarikat kawalan keselamatan tempatan sejak enam bulan lepas. Basri berkata semua yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan Imigresen 39 (b) akta yang sama. Pihaknya juga akan menjalankan siasatan terhadap syarikat keselamatan terbabit dan jika syarikat itu berdaftar boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 55(b) dan Seksyen 56(1)(b) Akta Imigresen kerana menggaji dan melindungi pekerja terbabit, katanya. mStar/- | Kes Dera: KPWKM Tutup Taska Permata Harapan Posted: 07 Nov 2013 06:24 PM PST 4 Muharram 1435H. [MOD] -
SERDANG: Pusat jagaan kanak-kanak (taska) yang disiasat berhubung kes penderaan kanak-kanak ditutup dan disita kira-kira pukul 4 petang Khamis oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), kata Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. "Kami sedang mencari pemilik taska tersebut dan kami telah menyita premis itu apabila menemui pemiliknya," katanya. Rohani yang menziarahi kanak-kanak di wad pediatrik Hospital Serdang di sini ditanya mengenai siasatan ke atas Taska Permata Harapan di Taman Permai, Kuala Lumpur yang disiasat berhubung dakwaan penderaan kanak-kanak. Pemilik taska tersebut, seorang wanita berusia 35 tahun dilaporkan telah menyerah diri kepada polis kira-kira pukul 10.30 pagi. Rohani berkata, pada 2013, kira-kira 2,910 taska didaftarkan dibawah kementerian tersebut manakala 864 daripada jumlah itu berdaftar dengan kementerian ini buat pertama kalinya. Beliau menasihatkan semua pengusaha taska untuk berdaftar bagi menjamin keselamatan kanak-kanak dibawah jagaan mereka. "Kami boleh membimbing mereka sepanjang proses pendaftaran itu. Kami tahu apa yang diperlukan kerana ia dibawah bidang kuasa kami. "Kesemua taska perlu didaftarkan supaya kita boleh memantau mereka memandangkan pemeriksaan mengejut dilakukan ke atas taska berdaftar kami, sekurang-kurangnya tiga kali setahun," kata Rohani. mStar/- | S'gor dimuktamad ambilalih SYABAS dan 3 syarikat konsesi air Posted: 07 Nov 2013 06:19 PM PST 4 Muharram 1435H. [MOD] - Kerajaan negeri Selangor dimuktamadkan untuk mengambil alih dan mengurus sepenuhnya empat syarikat konsesi bekalan air di negeri itu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau berkata surat rasmi yang diterima pada 9 September lepas daripada kerajaan persekutuan menunjukkan kesepakatan untuk kedua-dua pihak menyelesaikan segera isu pengurusan air demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. "Benar, pengurusan SYABAS telah diberikan kepada kerajaan negeri namun sekarang, kita masih berunding dengan pihak terlibat tentang bayaran dan nilai pengambilalihan tersebut. "Jika rundingan dapat diselesaikan pada hujung tahun ini, proses mengambi alih akan memakan sedikit masa...mungkin dalam tiga hingga enam bulan. "Apa yang penting, para pekerja syarikat konsesi air itu tidak akan diberhentikan malah boleh bekerja seperti biasa cuma di bawah pentadbiran baru saja," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini. Katanya, biarpun pihaknya diberi kuasa penuh mentadbir industri air di negeri itu, namun kerajaan persekutuan tetap menjadi pemegang saham emas sebagai syarat keempat-empat syarikat itu tidak boleh dijual kepada pihak lain melainkan kerajaan persekutuan.
Terdapat empat syarikat konsesi air di Selangor - Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) yang merupakan anak syarikat Kumpulan Gamuda; dua anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd, iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS); serta Korsortium Abass Sdn Bhd. Kerajaan negeri telah membuat tawaran RM9.65 bilion untuk mengambil alih kesemua empat syarikat tersebut. Abdul Khalid sebelum itu menghadiri majlis Himpunan Penghulu, Ketua-ketua kampung serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) seluruh negeri Selangor bagi mengenal pasti permasalahan penduduk. Berhubung isu-isu penduduk yang disuarakan semasa himpunan itu, Abdul Khalid berkata pihaknya akan berusaha membantu menyelesaikan isu yang timbul. Beliau berkata jumlah peruntukan kepada ketua-ketua masyarakat itu sebagai dana pembangunan komuniti desa akan diumum pada pembentangan belanjawan negeri 18 November ini.
- Bernama | Taufan Haiyan yang terkuat di dunia landa Filipina Posted: 07 Nov 2013 06:15 PM PST 4 Muharram 1435H. [MOD] - IMEJ diambil Japan Meteorological Agency's MTSAT menunjukkan Taufan Haiyan yang turut membawa putting beliung terkuat di dunia tahun ini, mula membadai Filipina awal pagi ini dengan kelajuan angin sehingga 275 kilometre sejam. - Foto AFP MANILA: Taufan Haiyan yang turut membawa puting beliung terkuat di dunia tahun ini, mula membadai Filipina awal pagi ini dengan kelajuan angin sehingga 275 kilometer sejam, demikian menurut agensi perkhidmatan kaji cuaca.
Haiyan yang bermula di Pulau Samar, kira-kira 600 kilometer di barat daya Manila, membadai di pesisir pantai Guiuan jam 4.40 pagi tadi waktu tempatan, demikian menurut pegawai kaji cuaca Romeo Cajulis.
Presiden Benigno Aquino semalam memberi amaran kepada penduduk agar membuat segala persiapan untuk menghadapi Taufan Haiyan yang kelajuan anginnya boleh mencecah sehingga 380 kilometer sejam apabila membadai Filipina. "Kepada pegawai tempatan, wilayah anda akan berdepan bencana yang serius. Sama-samalah kita menghadapinya dan memberi bantuan sedaya upaya sementara Haiyan belum membadai," katamya dalam pengumuman di stesen televisyen.
"Kita cuba mengharungi kesan taufan ini sekecil mungkin dengan sikap tolong menolong. Marilah kita bertenang terutama dalam kita berpindah dan membawa keperluan kita ke tempat selamat," katanya.
Aquino juga memberi amaran jangkaan rebut berkenaan turut membawa banjir besar dan memusnahkan herta benda terutama di sebelah pantai dengan ombak boleh menjangkau setinggi enam meter atau 20 kaki.
Lebih 125,000 penduduk di kawasan beririko sudah dipindahkan sebelum Haiyan melanda, demikian menurut pegawai pertahanan awam Filipina. Pihak berkuasa berkata sekolah di kawasan yang bakal dilanda taufan sudah diarah tutup, manakala perkhidmatan feri dan nelayan diarah menyelamatkan bot mereka atau balik ke pantai.
Di ibu negara Manila, yang dijangka tidak mendapat kesan langsung dari taufan berkenaan bagaimanapun menyaksikan banyak sekolah ditutup hari ini.
Syarikat penerbangan seperti Philippine Airlines, Cebu Pacific dan beberapa syarikat penerbangan lain mengumumkan penggantungan ratusan penerbangan yang kebanyakannya domestic dan beberapa penerbangan antarabangsa. - AFP | Khutbah Jumaat : Kewajipan berhijrah dan berjihad Posted: 07 Nov 2013 06:02 PM PST 4 Muharram 1435H. [MOD] - Jabatan Agama Islam Perak
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ، إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَئِكَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يُهَاجِرُوا مَا لَكُمْ مِنْ وَلَايَتِهِمْ مِنْ شَيْءٍ حَتَّى يُهَاجِرُوا وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ إِلَّا عَلَى قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ (الأنفال:72) Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan. أَشْهَدُ أَنْ لآإِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اِتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ Wahai hamba-hamba Allah sekelian! Marilah kita bersama bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kita mati melainkan dalam keadaan Islam. Marilah kita berhijrah daripada kehidupan yang hanya mementingkan dunia dan kepentingannya, kepada kehidupan yang penuh dengan iman dan taqwa, yang hanya akan memenangkan Islam berbanding dunia dan seisinya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Hijrah Rasulullah saw dari Mekah ke Madinah bukan sahaja perlu dilihat dari sudut dan bentuk penghijrahan peribadi tetapi yang lebih besar dari itu adalah penghijrahan tanahair baginda dari sebuah negara pimpinan golongan bangsawan yang berpaksikan sistem keadilan sejagat semata-mata kepada sebuah negara Islam yang dipimpin oleh seorang nabi yang hanya menurut ketentuan Allah dan rasulnya. Negara Mekah bukan tidak memiliki undang-undang yang mampu mengawal keamanan masyarakat malah mereka amat menjaga keadilan mengikut peraturan yang mereka bina sendiri. Mereka mengikat Perjanjian Fudhul yang melibatkan para pembesar Mekah yang berkumpul di kediaman Abdullah bin Jad'an al-Taiyimi. Kesemua mereka bersetuju dan berjanji untuk memihak kepada sesiapa sahaja yang dianiayai, dan bertindak terhadap penganiaya, hingga dapat dikembalikan hak kepada tuannya. Rasulullah saw yang turut serta dalam perjanjian tersebut sebelum dilantik menjadi rasul telah memuji, dengan sabdanya: Aku telah menyertai satu perjanjian yang dilangsungkan di rumah Abdullah bin al-Jad'an. Perjanjian yang menyenangkan hatiku, lebih dari kesenanganku kepada unta-unta gemuk, sekiranya aku dijemput semasa di dalam Islam nescaya aku beri persetujuan segera.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Jika hanya sekadar mencari kehidupan yang aman sejahtera, Rasulullah saw tidak perlu berhijrah ke Madinah. Namun negara yang aman tetapi tidak dinaungi petunjuk Ilahi tidak mencukupi untuk mendapatkan keredhaan tuhan. Inilah punca berhijrahnya rasulullah saw untuk membina negara Islam yang meletakkan Islam di kedudukan tertinggi. Islam mesti dinobatkan sebagai undang-undang tertinggi dan Umat Islam mestilah memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Muslimin yang dirahmati Allah, Kita sudah memiliki negara yang meletakkan Islam sebagai agamanya. Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi merupakan Agama Persekutuan. Jika dinisbahkan kepada individu maka agama negara ini adalah Islam. Maka akidahnya, syariatnya, akhlaknya, undang-undang dan budayanya adalah Islam. Dalam masa yang sama agama-agama lain masih bebas diamalkan oleh setiap penganutnya. Namun begitu, penganut agama-agama lain tidak dibenarkan melakukan penyebaran apa-apa kepercayaan atau ajaran agama mereka dikalangan orang Islam. Sebagai Agama Persekutuan, Islam menjadi agama yang dominan dan mendapat banyak keistimewaan di negara ini berbanding agama-agama lain. Namun jika kita gagal mengambil manfaat daripada peruntukan sedia ada, maka tidak ada jaminan untuk Islam menjadi cara hidup yang sempurna di negara ini. Jika umat Islam sendiri tidak berjihad mempertahankan ketuanan Islam di negara ini, maka hijrah kita hanyalah seumpama hijrah para sahabat ke Habsyah yang hanya bagi mendapatkan kebebasan melaksanakan amalan keagamaan semata-mata. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Para Mufassirin membahagikan para sahabat kepada 4 kelompok berdasarkan ayat yang dibacakan tadi. Ada sahabat yang berhijrah sebelum berlakunya Perang Badar serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah. Ada sahabat yang terdiri dari golongan Ansar yang memberi tempat kediaman dan pertolongan kepada orang-orang Islam yang berhijrah. Ada sahabat yang belum berhijrah sehinggalah berlakunya Perjanjian Hudaibiah. Dan ada yang berhijrah selepas berlakunya Perjanjian Hudaibiah. Allah mewajibkan bantuan diberikan kepada yang berhijrah dan golongan yang meminta pertolongan daripada penindasan kuffar melainkan jika adanya perjanjian antara orang kafir dan orang Islam. Dalam hal ini, Islam tetap berpegang teguh dengan perjanjian walaupun zahirnya seolah-olah merugikan Islam. Di negara ini terdapat berbagai sikap umat Islam terhadap Islam dan perjuangan memartabatkan Islam. Sebahagian dari kita berjuang dan berjihad dalam berbagai bidang untuk memartabatkan Islam, memenangkan Islam berbanding kepentingan lain dan sanggup mati demi perjuangan Islam. Sebahagian dari kita tidak mempunyai ilmu dan tidak berkemampuan untuk berjuang dan berjihad, namun membantu perjuangan Islam samada secara terang-terangan ataupun secara bersembunyi. Namun ada sebahagian lagi yang hanya menangguk di air keruh, menunjukkan kegembiraan dengan kebangkitan Islam jika memberikan manfaat kepadanya namun turut sama menekan pejuang Islam jika Islam berada di bawah. Ada di antara kita sibuk mempersoalkan apa yang mampu kita perolehi daripada Islam tanpa melihat kepada apa sumbangan kita terhadap Islam.
Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah, Kita wajib mempertahankan ketuanan Islam yang masih ada dalam Negara demi memastikan Islam sentiasa memimpin negara. Apa perlunya umat Islam sibuk mempertahankan hak orang kafir menggunakan kalimah Allah sedangkan kita memandang ringan ancaman terhadap aqidah umat Islam dari tindakan tersebut. Wajarkah kita menghentikan ibadat qurban di sekolah-sekolah kerana menghormati penganut agama Hindu, sedangkan mereka sewenang-wenangnya melakukan upacara keagamaan mereka di jalan-jalan raya sehingga tanpa menghormati sesiapa. Apakah kita akan tunduk kepada tuntutan golongan yang menyalahgunakan hak asasi manusia sehingga membiarkan hubungan sejenis yang menjijikkan dan mengiktiraf golongan sesat seperti Syiah sedangkan para sahabat menggunakan penguatkuasaan undang-undang dan kekuatan ketenteraan bagi menghapuskan golongan sesat seperti mereka. Islam amat menghormati hak agama lain tapi tidaklah sampai menjolok mata sehingga tidak ada bezanya Negara yang kuasai dengan negara yang masih mereka jajahi. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ. خطبة كدوا اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ : وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ قُتِلُوا أَوْ مَاتُوا لَيَرْزُقَنَّهُمُ اللَّهُ رِزْقًا حَسَنًا وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ (الحج:58) Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَماَّ بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Sudah sekian lama kita merdeka dan meraikan Maal Hijrah, apakah kita semakin menghampiri dan menuju ke arah Negara Islam sebagaimana yang diasaskan oleh rasulullah saw di Madinatul Munawwarah. Apakah cukup sekadar meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan sedangkan Umat Islam tidak sebebas penganut agama lain dalam mengamalkan ibadat dan ajaran Islam sepenuhnya. Semua pihak mesti berhijrah dengan memihak dan memenangkan Islam dalam apa sahaja yang berkaitan dengan agama-agama lain. Jika para sahabat berhijrah meninggalkan tanahair sehingga ada yang terbunuh, janganlah kita yang sudah berada di Negara yang dikuasai oleh Umat Islam kembali meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
Disediakan oleh:
Kamal Izat Bin Ahmed (Abu Izzah at-Tualanji) Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak
| Yusuf Al-Qardawi: Presiden Mursi Diadili, Kemenangan Semakin Dekat Posted: 07 Nov 2013 05:49 PM PST 4 Muharram 1435H. [MOD] - http://greenboc.blogspot.com, |
| Kaherah - Persatuan Ulama Muslimin Dunia, yang dipimpin oleh Syeikh Yusuf Qaradhawi, mengeluarkan satu kenyataan yang mengecam pengadilan Presiden Mursi, Isnin (4/11/2013) kemarin. Dalam kenyataan ulama yang berjudul "Bergembiralah, Kemenangan Sudah Dekat" disebutkan: "Untuk pertama kalinya terjadi di Mesir, seorang presiden sah yang dipilih oleh rakyatnya dalam pilihanraya yang bersih, diajukan ke pengadilan, setelah sebelumnya diculik dalam waktu yang cukup lama oleh penguasa kudeta. Selain itu, penguasa kudeta juga menculik dan membunuhi ribuan rakyat Mesir yang memperjuangkan kebebasan."
Pernyataan ulama yang disiar dalam lamanweb rasmi Syeikh Qaradhawi ini juga mengajak seluruh rakyat Mesir untuk memenuhi jalan-jalan dan tempat luas di Mesir, memprotes kejahatan-kejahatan penguasa kudeta, dengan tetap mempertahankan sikap damai dalam melaksanakannya.
Beberapa kejahatan penguasa kudeta yang dilakukan hari-hari terakhir ini di antaranya menginjak-injak kemuliaan Universiti Al-Azhar dan universiti-universiti yang lain, menangkap kaum wanita (baik mahasiswa ataupun warga biasa), dan yang terakhir adalah mengadili Muhammad Mursi, presiden sah Mesir yang dipilih rakyat secara demokrasi.
Para ulama juga menyatakan, "Ikatan Ulama Muslimin Dunia mengajak seluruh rakyat Mesir yang sedang berjuang untuk berbahagia kerana kemenangan dari Allah swt. akan segera datang."
Terakhir, para ulama mengajak orang-orang yang terlibat dalam kudeta (militer, orang awam dan media) agar kembali kepada kebenaran, mengembalikan pemerintahan yang sah dan lembaga-lembaga perlembagaan hasil proses demokrasi. Jangan sia-siakan pengorbanan yang diberikan pada Revolusi 25 Januari.
Optimisme Beltagi dari Penjara: 10 Muharram adalah Hari Binasanya Firaun
Kaherah - Dr. Muhammad Beltagi, salah satu pimpinan Ikhwanul Muslimin yang saat ini berada dalam penjara kudeta, mengucapkan selamat kepada umat Islam dengan datangnya tahun baru Islam 1 Muharram 1435.
Dalam sebuah surat yang ditulisnya dari penjara lalu dimuat dalam akun facebooknya, Beltagi mengatakan, "Selamat Tahun Baru Hijriah. Dengan kehendak Allah swt., tahun ini umat Islam akan menuliskan pertempuran yang paling besar.
Umat Islam mempersembahkan pengorbanannya yang sangat besar untuk memperjuangkan kehendaknya yang merdeka. Umat Islam memperjuangkan nilai-nilai kebenaran, keadilan, kebebasan, dan kemuliaan. Memerangi kezaliman, kesewenang-wenangan, pemaksaan, dan pembunuhan. Umat Islam akan memperjuangkan hak-hak darah para syuhada; memperjuangkan pengadilan atas para penyiksa dan pengkhianat.
Di antara umat Islam ini ada yang meninggal dunia, menderita luka-luka, dan dipenjara. Sungguh besar pengorbanan yang telah dipersembahkannya. Tapi lebih besar lagi jiwa umat Islam ini yang telah menganggap semua itu biasa saja; harga yang harus dibayarkan dalam perjuangan mendapatkan ridha Allah swt. dan memenangkan keadilan, kebenaran dan kebebasan.
Tidak lama lagi umat Islam akan melaksanakan puasa Tasu'a dan Asyura (9 dan 10 Muharram). Puasa hari itu adalah ungkapan syukur kepada Allah swt. yang telah membinasakan Firaun. Raja yang memaksakan kekuasaannya saat rakyatnya lemah.
Raja yang mengaku seenaknya mengatas-namakan rakyatnya berbuat kejahatan. "Aku tidak mengemukakan kepadamu, melainkan apa yang aku pandang baik; dan aku tiada menunjukkan kepadamu selain jalan yang benar." [Ghafir; 29].
Raja yang meminta mandat untuk membunuhi rakyatnya dengan dalih memerangi terorisme. "Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya, karena sesungguhnya aku khawatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerusakan di muka bumi." [Ghafir; 26].
Raja yang membunuhi anak-anak muda, aset masa depan negara, "Akan kita bunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup perempuan-perempuan mereka dan sesungguhnya kita berkuasa penuh di atas mereka." [Al-A'raf: 127].
Raja ini terus melakukan kejahatannya, hingga datanglah siksaan dari Allah swt. "Maka Kami hukumlah Firaun dan bala tentaranya, lalu Kami lemparkan mereka ke dalam laut. Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang dlalim." [Al-Qashash: 40]. -sumber asal:dakwatuna | Di belakang tabir pencalonan Ustaz Azam Posted: 07 Nov 2013 05:47 PM PST 4 Muharram 1435H. [MOD] - http://www.kedahlanie.info, |
| Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Pertama sekali, tahniah dan takziah kepada Ustaz Azam kerana memenangi PRK N20 Sungai Limau dan menggalas amanah mewakili rakyat Sungai Limau dalam Dewan Undangan Negeri.
2) Kemenangan Ustaz Azam bukanlah kemenangan yang mudah sekalipun Sungai Limau dikatakan kubu kuat PAS kerana hanya 4 pusat mengundi sahaja yang dimenangi oleh PAS sejak dahulu lagi, sedangkan 13 pusat mengundi lain kebanyakannya PAS selalu kalah. Tambahan pula asakan kebendaan menerjah Sg Limau seolah-olah serangan Amerika ke atas Afghanistan dengan Tomahawk, Apache dan Armada-armada laut.
3) Ustaz Azam adalah calon yang terbaik hasil syura dan ketaatan kepada arahan pimpinan mencorakkan kemenangan kepaa PAS mengekalkan penguasaan di DUN tersebut.
4) Al-Kisah, sebelum pencalonan, Ustaz Azam adalah antara nama bakal-bakal calon daripada PAS, termasuk Ustaz Muaz, Ustaz Nasir (Che Pi), Ustaz Musoddak, Mozaini dan beberapa lagi.
5) Ustaz Nasir (Che Pi) awal-awal lagi menolak dirinya dicalonkan. Dia adalah seorang pemimpin PAS yang berpengaruh di Bukit Besar, anak kepada Tok Guru Pak Man di situ.
6) Beliau turut menyekat adik beliau, Ustaz Muaz daripada dicalonkan. "Muaz aku tak bagi. Sapa nak jadi Penolong Kanan (SMA Nahdzah)?" Beliau lebih memilih Ustaz Muaz mengurus hal ehwal sekolah tersebut.
7) Akhirnya beliau nampak Ustaz Azam Abd Samat. "Azam boleh" Katanya. Ustaz Azam tenang. Dia tahu, menjadi calon PAS bukan semudah menjadi calon BN. Beliau akan terpaksa meletak jawatan sebagai guru di sekolah yang sama.
8 ) Bonda Ustaz Azam dan beberapa orang bapa saudara beliau sendiri tidak bersetuju Ustaz Azam dicalonkan, kerana mereka sangat bimbang masa depan Ustaz Azam. Kebimbangan yang biasa sebagai manusia. Mereka bimbang dengan kekuatan hamburan kebendaan oleh BN, jika Ustaz Azam kalah, beliau akan hilang pekerjaan.
9) Beliau mempunyai tanggungan seorang isteri dan 5 orang anak yang masih kecil. Dan juga beliau masih mempunyai 3 orang adik yang masih belajar, yang turut ditanggungnya selepas kematian bapanya Ustaz Samat beberapa hampir 10 tahun lalu.
10) Che Pi memberitahu bonda Ustaz Azam, "hang suruh dia solat istikharah. PAS dah pilih dia untuk jadi calon".
11) Dipendekkan cerita, akhirnya mereka semua merestui ustaz Azam. Ustaz Azam akur dan taat kepada pimpinan yang memilihnya untuk dicalonkan. Ustaz Azam meletakkan jawatan sebagai guru di sekolah SMA Nahdzah tersebut. Akibatnya, beliau terpaksa membayar balik duit lebih kurang 3 bulan gaji kepada jabatan Pendidikan, lebih kurang RM5000.00.
12) Guru-guru sekolah tersebut bersimpati dengan ujian yang menimpa Ustaz Azam. Mereka berpakat mengutip duit sesama mereka untuk membantu meringankan beban Ustaz Azam. Ustaz Azam menolak untuk menerimanya. "Ambil lah ini arahan parti (untuk menerima sumbangan ini)".
13) "Aku bukannya ada duit sangat, tapi aku kesian kat ustaz Azam" kata salah seorang guru yang menghulurkan sumbangan untuk membantu. Sehinggakan guru yang diketahui penykong BN juga turut memberi sumbangan, kerana simpati.
14) "Tak mengapa, jika kalah, kita akan ambil ustaz Azam jadi guru di sini semula" ujar salah seorang pihak pengurusan sekolah. Namun perkara ini dihidu oleh jabatan Pendidikan, yang kemudian menyatakan bahawa Ustaz Azam tak boleh diambil semula jika kalah, atau menang.
15) Ahli keluarga bimbang. Rakan-rakan beliau juga bimbang. Mereka bimbang bagaimana nasib ustaz Azam ika kalah. Bukan tidak yakin dengan kuasa Allah sebagai Maha Pemberi Rezeki, tetapi sebagai manusia biasa, kebimbangan tetap ada. Ustaz Azam tenang dengan keputusan tersebut. Cabaran di depannya amat besar. Jentera BN seluruh negara akan turun membedil kubu kuat PAS ini.
16) Tidak semena-mena seorang sahabat seperjuangan beliau memberitahu, jika beliau kalah, dia akan cuba recommend Ustaz Azam bekerja dengan sebuah syarikat swasta sebagai ahli panel syariah syarikat tersebut. Sesuatu yang agak melegakan ahli keluarga Ustaz Azam.
17) Akhirnya berkat taat beliau kepada syura dan pimpinan, kesabaran, usaha dan tawakkal beliau kepada Allah, permuafakatan jentera PAS Sg Limau dan kesudian jentera PAS dari seluruh negara yang berkampung di Sg Limau, beliau berjaya memenangi pilihanraya kecil ini.
18) Cabaran getir beliau ini tidak mungkin dilalui oleh calon BN, walaupun calon BN juga terpaksa meletakkan jawatan sebagai pensyarah di UPSI.
19) BN boleh berbangga dengan penambahan undi sebanyak 465 undi dengan pelaburan sebanyak kurang lebih RM15juta. Tetapi ahli PAS, jentera PAS dan semua yang terlibat dengan kemenangan PAS sedang gembira dan berpuas hati dan bersyukur dengan kemenangan ini walaupun mejoriti merosot banyak.
20) Siapa sangka asakan BN di kawasan mengundi Bukit Besar dengan karnival lebih seminggu, pengumuman bantuan jutaan ringgit, gula-tepung-beras murah, beratus-ratus anak ayam, kambing dan sebagainya... akhirnya BN kalah juga di Bukit Besar dengan majoriti paling besar yang boleh menampung kekalahan PAS di peti-pti undi pusat mengundi lain.
21) Semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan semua pihak yang memenangkan PAS dan mengangat Ustaz Azam sebagai wakil rakyat Dun Sg Limau.
Sekian. | Tuan Ibrahim umum tanding Naib Presiden Posted: 07 Nov 2013 07:31 AM PST 3 Muharram 1435H. [MOD] - Ketua Penerangan PAS, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man lewat petang ini mengeluarkan kenyataan tentang jawatan yang akan ditandinginya.
Beliau mengumumkan menerima pencalonan untuk jawatan Naib Presiden dalam Muktamar PAS yang akan berlangsung pada penghujung bulan ini.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
Keputusan penerimaan pencalonan
Terdahulunya, saya ucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya dalam Mesyuarat Agung PAS kawasan masing-masing.
Pencalonan ini adalah satu penghormatan tinggi kepada saya. Setelah surat pencalonan yang dihantar oleh Jawatankuasa pemilihan, saya dapati ada tiga jawatan yang dicalonkan, iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pusat. Saya berasa amat bertuah atas kepercayaan dan penilaian tinggi yang diberikan oleh kalian semua.
Di dalam Perlembagaan PAS, hak pencalonan diberikan sepenuhnya kepada PAS kawasan, manakala yang dicalon pula diberikan hak untuk menerima atau tidak menerima. Keputusan seseorang calon untuk tidak menerima pencalonan bukan bermakna calon tidak menghargai pencalonan kawasan; manakala keputusan menerima pula tidak harus dilakukan sekadar untuk alasan merai kehendak kawasan.
Pada pandangan saya, kepimpinan adalah amanah besar yang perlu dipikul di dunia sampai ke akhirat. Kerana itu, keputusan menerima atau tidak menerima perlu dilakukan berdasarkan kemampuan seseorang untuk memikul amanah tersebut. PAS kini berhadapan dengan cabaran besar masa depan dan muafakat dalam Pakatan Rakyat yang perlu diperkukuhkan serta ukhuwah jamaah yang perlu diperkasakan, antara faktor penting dalam penilaian kemampuan menerima atau tidak sesuatu jawatan itu. Walaupun saya amat menghargai kepercayaan dan penilaian tinggi yang diberikan oleh PAS kawasan yang mencalonkan saya ke jawatan Timbalan Presiden, namun pada saya, jawatan itu adalah sangat besar dan di luar kemampuan saya untuk memikulnya buat masa kini, tambahan pula terdapat beberapa nama lain yang layak untuk memikul amanah ini.
Tambahan pula buat masa ini, saya masih diamanahkan sebagai Pesuruhjaya Negeri Pahang, yang memerlukan tumpuan gerakerja dan masa yang banyak bagi menghadapi PRU ke-14 akan datang.
Setelah meneliti ketiga-tiga jawatan yang saya dicalonkan, antara Ahli Jawatankuasa, Naib Presiden dan Timbalan Presiden, maka saya dengan rendah diri menawarkan diri untuk menerima pencalonan sebagai Naib Presiden dalam Muktamar PAS ke-59 kali ini.
Penerimaan ini adalah seimbang bagi merai kehendak kawasan yang mencalonkan saya sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Timbalan Presiden.
Namun, saya menyerahkan kepada perwakilan untuk memilih barisan kepimpinan parti dalam menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa depan. Keputusan untuk bertanding Naib Presiden adalah keputusan yang diambil diri saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana- mana pihak. Ia lebih kepada penilaian diri dengan kemampuan melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Sebagai seorang ahli PAS, saya tetap istiqamah dalam memberi khidmat dan terus berusaha menguatkan jamaah dan memenangkan parti Islam sekalipun tanpa sebarang jawatan.
Akhirnya, saya ingin berpesan agar jangan sesekali kita termasuk dalam perangkap yang dipasang oleh musuh bagi memecah-belah antara kita, dan jangan pula kita membenarkan apa yang musuh tuduh kepada kita. Semua pihak sama ada aktivis, ulamak atau profesional adalah tenaga penting bagi memperkukuhkan perjuangan parti. erikut kenyataan penuh beliau.
Mari kita memperkukuhkan jamaah ini dengan memelihara ukhuwah, thiqah pada pimpinan dan menghargai mereka yang lama dalam perjuangan yang berliku ini, serta tasamuh dalam perbezaan pandangan. Setiap orang perlu memainkan peranan sebagai faktor penyatu parti. Menyatukan parti tidak harus diletakkan di atas bahu mana-mana individu tertentu sahaja.
Kepada semua yang telah memberikan sokongan, kepercayaan, bantuan, nasihat dan teguran kepada saya, saya ucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan.
Tuan Ibrahim Tuan Man Salam dari Doha 7 November 2013 | Masjid bawah tanah pertama di dunia Posted: 07 Nov 2013 07:24 AM PST 3 Muharram 1435H. [MOD] - http://detikislam.blogspot.com, | 07 Nov 2013 |
Turki kini sedang membina sebuah Masjid di bawah tanah yang pertama di dunia di daerah Buyukcekmece di Istanbul. Reka bentuk seni bina ini pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Seni Bina Festival Dunia untuk kategori tempat ibadah.
"Masjid adalah tempat untuk ketenangan dan Solat," kata Mehmet Narin, Mufti Buyukcekmece mengatakan kepada World Buletin pada Isnin, 4 November.
"Masjid adalah lanjutan daripada Kaabah ," tambahnya. Penggabungan intipati Islam dan sandaran reka bentuk dengan sentuhan moden, Masjid Sancaklar yang diilhamkan oleh Gua Hira iaitu tempat Nabi Muhammad SAW pertama kali menerima wahyu.
Dibina tujuh meter di bawah permukaan, Masjid ini dibina oleh arkitek Turki saudara Emre Arolat.
Masjid dibina dengan keluasan 1200 meter persegi di bawah tanah, diterangi oleh beberapa jalur lampu dan cahaya matahari untuk menampakkan kesan persekitaran jiwa.
Berdasarkan dari reka bentuk masjid standard, Masjid Sancaklar mempunyai ruang ibadah yang luas dengan kapasiti lebih dari 650 jamaah.
Menjadi Masjid di bawah tanah pertama di dunia jadi Masjid Sancaklar direka tanpa menara atau sabit. | TG Nik Aziz terima Anugerah Khas Ikon Anak Muda Kelate Posted: 07 Nov 2013 07:23 AM PST 3 Muharram 1435H. [MOD] -
KOTA BHARU: Bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapat Anugerah Khas Ikon Anak Muda Kelate oleh kerajaan negeri.
Anugerah julung kali diadakan itu sempena program Penganugerahan Tokoh Anak Muda Kelate 2013 yang diadakan dua tahun sekali.
Majlis yang penuh bersejarah itu diadakan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim di sini tengah hari tadi.
Anugerah berkenaan diberikan kepadanya memandangkan beliau sentiasa menjadi idola pada anak muda tanpa mengira bangsa di negara ini.
Sementara itu, pemain berbisa pasukan The Red Warriors, Mohammad Badri Mohd Radzi, atau lebih dikenali sebagai 'Piya' dianugerahkan Tokoh Sukan.
Penyerang di posisi 'attacking midfielder' itu juga turut mendapat jolokan 'Kapten Marvel'.
Sementara itu Tokoh Ulama Muda pula dianugerahkan kepada pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Ustaz Mohd Asri Mat Daud, Tokoh Akademik pula Prof Madya Dr Irfan Mohammad.
Selain itu Tokoh Usahawan, Syeikh Kyairder Syamzarey Wan Idris dan Anugerah Khas Murabi Anak Muda Kelate pula dianugerahkan kepada allahyarham Datuk Yahya Othman.
Kerajaan Kelantan turut menghadiahkan wang tunai RM2,000, pakej umrah, plak dan sijil yang ditanda tangani oleh Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob kepada empat orang tokoh tersebut.
Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi dan wakil-wakil rakyat.
Ustaz Ahmad ketika berucap pada majlis perasmian itu, berkata kerajaan negeri menganugerahkan beberapa tokoh kepada golongan muda dengan harapan mereka menjadi contoh pada masyarakat khasnya anak muda.
"Kehebatan anak muda dalam beberapa kategori telah dicungkil untuk diberi anugerah khas pada mereka semoga anak muda yang lain ingin menjadikan contoh yang sama," ujarnya.
Sambungnya, kerajaan negeri tidak akan membiarkan golongan itu bersendirian tanpa memandu arah pada jalan kebaikan kerana mereka adalah bakal pentadbir negeri dan negara.
Tegasnya, apa lagi golongan ini mudah dibentuk, ke arah mana mereka ingin dibawa.
"Sejarah Islam di zaman Rasulullah telah membuktikan anak-anak muda sebagai perisai kekuatan Islam seperti Saidina Ali, Saidina Omar, Abu Bakar dan sebagainya.
"Sahabat baginda ini sewajarnya menjadi contoh bagaimana kehebatan darah muda mereka dimanfaatkan untuk Islam dan masyarakat," ujarnya.
Turut berucap pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Dr Ramli Mamat.
Harakahdaily/-
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan