PRK Sungai Limau : PAS Sambut Baik Tarikh PRK Posted: 05 Oct 2013 10:37 PM PDT SHAH ALAM - Pas menyambut baik penetapan tarikh yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, pada 4 November depan.Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tarikh tersebut sesuai memandangkan jarak antara Muktamar Pas agak jauh.Menurutnya, tarikh tersebut membolehkan jentera pilihan raya parti dan PR bersiap sedia untuk menghadapi PRK kawasan itu. "Kita sambut baik tarikh tersebut, apa yang kita risaukan sebelum ini tarikh PRK hampir dengan Muktamar Pas pada 22 November depan."Tapi kila lihat 4 November itu, adalah tarikh yang sesuai untuk kita mengadakan mesyuarat dan memperkemaskan jentera kita bagi menghadapi PRK Sungai Limau," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.Tuan Ibrahim menambah, Pas yakin mampu mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau kerana bekas penyandangnya mempunyai pengaruh yang kuat. baca lagi |
PRK Sungai Limau : Peluang Cerah Pertahan Kerusi Posted: 05 Oct 2013 10:35 PM PDT KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas mempunyai peluang yang cerah untuk mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 4 November depan. Beliau yang juga Ketua Umum PKR memberi jaminan semua jentera Pakatan Rakyat akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon Pas untuk memenangi kawasan itu nanti. "Saya akan pastikan semangat seluruh jentera PKR dan DAP membantu dan menyokong calon Pas untuk menang nanti. "Insya-ALLAH dengan isu kenaikan harga barang, minyak dan laporan audit yang mendedahkan penyelewengan kementerian, kita yakin PR boleh pertahankan kerusi itu," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini. baca lagi |
PRK Sungai Limau 4 November Ini Posted: 05 Oct 2013 10:30 PM PDT PUTRAJAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau bakal diadakan pada 4 November depan. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan perkara tersebut, hari ini pada sidang media selepas mesyuarat khas. "SPR telah menetapkan penamaan calon pada 23 Oktober dan pengundian biasa pada 4 November 2013. "Permohonan undi pos boleh dibuat pada hari ini. "Tarikh tutup undi pos luar negara adalah pada hari penamaan calon (23 Oktober) dan untuk petugas media dua hari selepas penamaan calon", katanya.Menurutnya daftar pemilih tersebut mengandungi 27,222 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 27,220 pemilih biasa dan dua orang pengundi tidak hadir luar negara. Namun kedua-duanya sudah pun pulang ke tanah air tetapi status mereka masih sama. Berhubung penggunaan dakwat kekal pula Abdul Aziz berkata, PRK Sungai Limau nanti akan masih menggunakan dakwat kekal kerana penggunaannya tertakluk kepada undang-undang sedia ada. baca lagi |
Anak Didik Allahyarham Ustaz Azizan Bakal Calon Sungai Limau Posted: 05 Oct 2013 10:17 PM PDT Menjelang penamaan calon pilihan raya kecil DUN Sungai Limau pada 23 Oktober ini, seorang lagi nama pemimpin PAS kawasan Jerai disebut-sebut turut tersenarai untuk dipertimbang dicalonkan bagi mewakili parti itu. Beliau adalah Ketua Pemuda PAS Jerai Azam Samad, 38, (kiri) seorang pendidik berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.
"Beliau adalah anak didik politik Tan Sri Azizan Abdul Razak. Sekalipun tidak pernah bertanding (dalam pilihan raya), beliau mempunyai rekod baik dalam parti. Tidak ada musuh dalaman dan boleh memerangkap agenda BN. baca lagi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan