Rabu, 9 Oktober 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 09 Oct 2013 01:09 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Isu kelulusan kawasan pembalakan hangatkan Sidang Dun Kelantan

Posted: 08 Oct 2013 09:39 PM PDT

4 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Mstar sebagai satu laporan menyebut tentang kehangatan sidang DUN Kelantan yang sedang berlangsung sekarang seperti berikut:

KOTA BARU: Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang juga bekas exco kanan kerajaan Kelantan pada Selasa membuat kejutan apabila membidas beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.
Datuk Husam Musa (PAS-Salor) yang membahaskan usul Belanjawan 2014 kerajaan Kelantan antara lain membangkitkan isu pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.
Menyentuh isu pembalakan itu, Husam meminta kerajaan negeri tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan berkenaan.
Tegasnya ketika Kelantan diteraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu keputusan sudah dicapai agar semua permohonan baharu di kawasan hutan simpan itu mesti ditolak.
"Seingat saya, kata Tok Guru (Nik Abdul Aziz), Hutan Ulu Sat dan Cabang Tongkat adalah paru-paru untuk mengeluarkan udara segar dan bersih bagi penduduk
Kelantan. Biarlah ia kekal untuk anak cucu kita," kata Husam yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan.
Husam juga berkata syarikat berkenaan bakal menerima kawasan tersebut tanpa membuat sebarang tender.
"Ia sangat meragukan sekali. Seingat saya, semasa pentadbiran YAB Tok Guru dahulu, tidak ada kawasan seluas itu diberikan kepada mana-mana individu. Adakah hanya dengan permohanan ringkas dua muka surat, serta-merta permohonan ini akan ditimbangkan?," katanya.
Mengenai kenaikan tarif air, Husam berkata jikaa Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diurus dengan lebih amanah, kenaikan itu sepatutnya boleh dielak.
Beliau berkata AKSB sebenarnya telah gagal meningkatkan kualiti bekalan air di Kelantan walaupun beberapa loji air utama telah dinaik taraf.
Husam memberi contoh naik taraf Loji Rawatan Air Jeli bertujuan mencapai 10 juta liter (JLH) air sehari dengan kos RM21 juta, namun hanya mencapai 6.6 JLH.
"Naik taraf loji rawatan air Bukit Remah, Tanah Merah dengan kos RM16.4 juta bagi meningkatkan pengeluaran kepada 42 JLH tetapi pencapaian 36.6 JLH.
"Naik taraf loji rawatan air Pintu Geng membabitkan kos RM52 juta dengan sasaran 30 JLH namun dengan kos sebesar itu hanya mengeluarkan 12.5 JLH," katanya.
Untuk mengurangkan kebocoran paip, AKSB membelanjakan RM130 juta setakat Julai tahun ini, namun kadar air tanpa hasil masih 52 peratus, bererti gagal sama sekali, katanya.
Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila kerajaan negeri yang baharu ini menamatkan kontrak dengan kontraktor dari Korea Selatan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang diasaskan olehnya kira-kira dua tahun lepas.
"Kerajaan baharu tidak boleh dengan mudah memutuskan hubungan dengan kotraktor yang dikira berkebolehan yang telah dipilih lebih awal dan datang dengan cadangan baharu yang pada hemat saya meragukan," katanya.
Husam yang ditemui di luar dewan selepas itu berkata segala tegurannya adalah kerana sayangkan Kelantan dan mahu melihat negeri itu jauh lebih maju.
"Kerajaan baharu ini masih jauh lagi dan apa yang saya sebutkan ini bukanlah salah kepimpinan," katanya. - 

Tokoh Pendakwah sifatkan perkembangan Islam Selangor menakjubkan

Posted: 08 Oct 2013 04:53 PM PDT

4 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Tokoh Pendakwah Selangor 2013
SHAH ALAM, 8 OKT: Tokoh Pendakwah Selangor 2013 menyifatkan perkembangan Islam di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sebagai menakjubkan berikutan kerancakkan penganjuran program-program bercorak keagamaan di negeri ini.

Menurut Shah Kirit Kakulal Govindji, keadaan itu didorong oleh kesungguhan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti dan semua pihak terlibat dalam menyebarkan kefahaman sebenar Islam.
"Alhamdullilah saya lihat perkembangan Islam di Selangor khususnya sejak lima tahun ini adalah satu perkembangan yang cukup baik dengan program yang disusun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti dan sebagainya.
"Usaha dakwah dan latihan yang disediakan untuk kader-kader baru sebagai satu program yang menyeluruh, malah mereka mempunyai pelan tindakan untuk lima tahun akan datang, apa hasil yang kita boleh perolehi dalam masa 10 tahun, 20 tahun akan datang.
"Program dakwah di Selangor juga dijalankan dengan mempunyai wawasannya, bukan sekadar memenuhi syarat, saya amat terharu dan gembira dengan perkembangan ini," ujar Shah Kirit yang memeluk Islam pada 1996.
Selain itu menurut Shah Kirit, Selangor juga semakin banyak melahirkan tokoh pendakwah muda dari pelbagai lapisan dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam dan di kalangan saudara baru.
Penerima Anugerah Tokoh Pendakwah Wanita, Datin Aminah Zakaria pula berkata usaha gigih Kerajaan Negeri bagi memperbanyakkan program keIslaman wajar dicontohi negeri-negeri lain.
"Saya harap Kerajaan Negeri dapat meningkatkan usaha mengilmukan masyarakat Selangor ini dan saya doakan segala langkah, perbelanjaan yang digunakan Kerajaan Negeri untuk menyebar dakwah ini mendapat ganjaran maksima dari Allah dan minta Allah terima segala amal pihak pentadbir Kerajaan Negeri, pegawai, kakitangan dan rakyat Selangor semua, semuga dapat keberkatan Allah," kata beliau.
Dalam Program Muzakarah Pendakwah dan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, seramai tiga orang menerima anugerah Tokoh Pendakwah.
Shah Kirit yang mempunyai pengalaman berdakwah di serata dunia merupakan Duta Dakwah Saba Islamic Media Sdn Bhd dan beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan 2012, Tokoh Saudara Muslim Muslimin dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2010 dan Tokoh Saudara Kita Maal Hijrah 2011 Negeri Selangor.
Aminah yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Muslimah Malaysia (Salimah) juga turut terkenal sebagai penyampai ceramah mengenai 'Fiqh Wanita' di stesen radio Ikim fm dan beberapa slot bimbingan wanita dalam rancangan Al-Hidayah di TV3.
Beliau juga kerap mendapat undangan untuk menyampaikan ceramah agama di serata dunia termasuk di Amerika Syarikat, United Kingdom, Brunei dan Singapura.
Manakala penerima anugerah Tokoh Penolong Pendaftar Nikah Selangor, Aziz Mahmood merupakan seorang bekas Guru Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan Seri Lanang.
Beliau yang juga memegangan jawatan Timbalan Nazir di Masjid At-Tawqwa, Pekan Banting kini juga aktif sebagai penceramah kursus Haji.
Ketiga-tiga tokoh terbabit masing-masing menerima hadiah wang tunai RM10,000, sijil, piala iringan dan sepersalinan pakaian yang disampaikan Exco Hal Ehwal Islam Negeri Selangor, Sallehin Mukhyi.
selangorku.com

Ketua Audit Negara : Belanja K-Pop dari kantung kerajaan

Posted: 08 Oct 2013 04:50 PM PDT

4 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -



 
Di tengah-tengah kontroversi perbelanjaan RM1.6 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk konsert K-Pop tahun lepas, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang tampil menjelaskan perbelanjaan itu sememangnya ditanggung oleh kerajaan.

Tegasnya sewaktu kerja-kerja audit dibuat, Jabatan Audit Negara mendapati sejumlah wang dibelanjakan bagi membiayai beberapa aktiviti berkaitan sambutan Hari Belia Negara 2012 yang dianggap tidak berhemat, termasuklah konsert K-Pop tersebut.

"Perbelanjaan ini dibuat menerusi peruntukan kerajaan yang disalurkan menerusi Majlis Belia Malaysia (MBM) dan ia tidak pernah dipertikaikan mana-mana pegawai kementerian atau MBM sewaktu perbincangan dengan mereka ketika audit dijalankan.

"Kerana itulah isu ini dibangkitkan dalam laporan audit," katanya dalam satu maklum balas emel kepada media.

Kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan bekas menteri belia dan sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Shabery sebelum ini mendakwa bayaran dibuat menggunakan duit penaja yang dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara, dan bukannya menggunakan duit pembayar cukai.

malaysiakini.com

Rizab besi di Sungai Tuang 2 bilion tan

Posted: 08 Oct 2013 04:46 PM PDT


4 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
KOTA BHARU: Kelantan mempunyai rizab besi mentah di Sungai Tuang dianggar sebanyak 50 juta sehingga dua bilion tan, kata Adun Salor, Datuk Husam Musa.


Beliau berkata, kekayaan sumber itu boleh dimanfaat syarikat dari Korea yang dilantik sebelum ini untuk membina lebuh raya rakyat.



Katanya, kerajaan negeri sepatutnya mempertimbang secara saksama kemampuan syarikat terbabit melaksanakan projek pembinaan lebuh raya menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai.



"Kerajaan juga perlu mempunyai kaedah cadangan pembayaran balik projek berkenaan secara jelas. 



"Kerajaan tidak seharusnya dengan mudah memutuskan hubungan dengan kontraktor berkenaan yang dikira berkebolehan dan telah dipilih lebih awal," katanya ketika membahas Belanjawan Kelantan 2014 pada persidangan Dun semalam.



Menurut beliau sekiranya kerajaan negeri menerima pakai cadangan tersebut dan berdasar kepada harga minimum ketika itu iaitu RM50 satu tan, ia dianggar mampu menjanakan hasil sehingga RM2.5 bilion.



Husam sebelum ini penggerak utama projek lebuh raya rakyat. Projek sejauh 68 km itu dilakukan pecah tanah pada 28 Mei 2012, dirancang dibina empat lorong dua hala tanpa tol dengan anggaran kos RM1.8 bilion.



Bagaimanapun syarikat Korea terbabit dikatakan menarik diri sehingga kerajaan negeri menawar pula kepada syarikat lain termasuk dari Emeriah Arab Bersatu yang berminat meneruskan projek berkenaan.  



Husam juga memberitahu syarikat dari Korea terbabit mempunyai kemampuan dari segi kewangan dan mampu meletak deposit sebanyak RM5 juta untuk bayaran lesen eksplorasi dan RM5 juta lagi lesen carigali.



Sehubungan itu beliau mencadangkan kerajaan negeri melantik konsultan antarabangsa untuk menilai anggaran hasil sebenar kawasan bijih besi tersebut. 



Menurutnya juga permohonan lebih awal dibuat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bagi mengusaha lombong besi di Sungai Tuang dengan mengajukan permohonan di Pejabat Tanah dan Galian pada November 2011.



"Bagaimanapun permohonan pihak lain pula masuk sehingga menenggelamkan permohonan asal PMBK," ujarnya. 



Beliau juga memberitahu Majlis Mesyuarat Kerajaan pada Mac 2013 bersetuju menyerah kawasan seluas 3,000 hektar di Sungai Tuang kepada PMBK.



"Malangnya saya difahamkan kelulusan itu telah ditarik balik selepas itu, sedangkan tender terbuka dibuat pada November 2012," ujarnya.



Husam juga berharap kerajaan negeri tidak melepaskan kawasan berharga tersebut kepada pihak swasta dan persendirian.
harakahdaily.net

Pihak berkuasa Mexico tahan 13 polis terbabit kes culik dan bunuh

Posted: 08 Oct 2013 04:43 PM PDT


4 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico menahan 13 anggota polis yang didakwa menjadi ahli kumpulan penculik dan pembunuhan yang beroperasi di pusat peranginan pantai Pasifik, Acapulco. 


Serbuan itu adalah yang terbesar terhadap penyelewengan dalam beberapa tahun ini di Mexico di mana kerajaan sedang berhempas pulas dengan peningkatan kes penculikan dan pembunuhan serta jenayah. Ramai penduduk negara itu enggan membuat laporan kerana mereka tidak mempercayai polis.


Jurucakap Keselamatan Persekutuan, Eduardo Sanchez berkata, 13 pegawai dan lima orang awam "dikaitkan dengan sekurang-kurangnya tujuh kejadian pembunuhan dan empat penculikan. Dua mangsa culik dibunuh dengan cara yang kejam." - AP

Rokok ragut 10,000 nyawa setiap tahun

Posted: 08 Oct 2013 06:57 AM PDT

3 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Kota Kinabalu: Kira-kira 10,000 penduduk Malaysia meninggal dunia akibat menghisap tembakau setiap tahun.
Pendedahan itu dibuat penyelaras Pusat Penyelidikan dan Kerjasama Ketagihan Nikotin (NARCC), kumpulan penyelidikan mengenai penagihan nikotin Pusat Sains Ketagihan Universiti Malaya (UMCAS) yang diketuai Dr Amer Siddiq Amer Nordin.

Sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang membimbangkan, beliau berkata angka itu mungkin hanya mencerminkan sebahagian kecil daripada keadaan sebenar.
"Jumlah mereka mungkin lebih ramai. Sebagai contoh, bagi setiap seorang yang dikenal pasti, mungkin sembilan lagi tidak dikenal pasti atau dilaporkan.
"Kira-kira 20 peratus rakyat Malaysia menghisap tembakau setiap hari... ini bererti ia mungkin mengakibatkan lebih banyak kematian pada masa akan datang.
Penyumbang utama penyakit
"Apabila kita bercakap mengenai kesan menghisap tembakau, terlintas di fikiran kita mengenai kanser. Tetapi, menghisap tembakau juga adalah faktor utama atau penyumbang bagi penyakit jantung dan paru-paru serta pelbagai jenis kanser.
"Sebenarnya, ia adalah penyebab utama bagi apa jua penyakit yang kita hadapi," katanya pada Simposium Pengawalan Tembakau Sabah 2013 di kampus utama Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Likas dekat sini, semalam.
Turut hadir, Pengarah Institut Inovasi Kesihatan Kebangsaan (NIHI) dan Pengarah Bersama Turanga Tobacco Research Group di University of Auckland, New Zealand, Prof Dr Christopher Bullen; Prof Madya di Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Universiti Malaya, Dr Farizah Mohd Hairi; Dekan Pengasas Lincoln University College Dental School, Dr Rahimah Abdul Kadir; Timbalan Pengarah Penyakit Tidak Berjangkit di Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Nirmal Kaur dan pakar perubatan keluarga Dr Fauzia Abd Majid.
Amer Siddiq berkata, kajian menunjukkan sebahagian besar peruntukan bagi kesihatan hanya bertumpu pada tiga penyakit utama - penyakit jantung, paru-paru dan kanser.
Cegah masalah kesihatan
"Jika amalan menghisap tembakau disekat, mungkin kita dapat mencegah masalah kesihatan lain dari berkembang.
"Jika kita merokok hari ini, kesannya tidak kelihatan esok, selalunya ia kelihatan selepas 10, 20 atau 30 tahun dan jika kita mempunyai jumlah penghisap tembakau yang ramai sekarang, kita akan hanya dapat melihat masalah sebenarnya 20 tahun akan datang apabila kita dapati ramai yang mengalami penyakit jantung dan kanser dengan tiba-tiba datang untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan," katanya sambil menambah sesetengah perokok adalah remaja.
Sementara itu, Dr Nirmal berkata, sebagai maklum balas terhadap bahaya menghisap tembakau, Kementerian Kesihatan mewujudkan 30 klinik berhenti merokok yang dikendalikan doktor di seluruh Sabah.
Bagaimanapun, katanya, klinik itu kurang mendapat sambutan dan beliau berharap perokok memanfaatkan perkhidmatan itu untuk kebaikan mereka.
BERNAMA

Al-Munafiqun: Membongkar sisi kaum munafiq

Posted: 08 Oct 2013 03:29 AM PDT

3 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Ustaz Mohd Azmir Maideen,08 Okt 2013
Kearifan Allah Taala meliputi apa yang tersembunyi di langit dan dibumi sekalipun ia tersimpan dalam anotomi seorang manusia bernama "hati". Firman Allah Taala;
"Dan dalam kalangan manusia ada yang berkata mereka beriman kepada Allah dan hari Akhirat, sedangkan mereka sebenarnya tidak beriman." (Surah al-Baqarah : ayat 8)

Hal ini diperincikan dalam al-Quran, dalam surah yang khusus, bertemakan keperibadian golongan yang mengelabui kejahatan dengan menampilkan keimanan, iaitu surah "Al-Munafiqun" (Kaum Munafiq). Kebanyakan ulama tafsir menyebut bahawa surah "Al-Munafiqun" diturunkan selepas peperangan Mustalaq iaitu pada tahun ke-6 Hijrah. Hal ini dikuatkan dengan redaksi tokoh munafiq, Abdullah bin Ubay dalam ayat ke-8 surah ini;

"Sungguh jika kita kembali ke Madinah, nescaya orang-orang mulia mengusir orang-orang yang hina darinya." (Surah al-Muhafiqun : ayat 8)

Berkata Syeikh Mohamad Ali as-Sobuni di dalam "Sofwatu at-Tafasir", "Nifaq"(kemunafiqan) tidak dikenal ketika marhalah Makkiyah, tetapi mula dikenal ketika marhalah Madaniyah (selepas penghijrahan Nabi ke Yathrib) iaitu ketika Islam mula bertapak kukuh dan bertambah jumlah penganutnya." 

Sungguhpun surah "Al-Munafiqun" mendedahkan kepada kita tokoh antogonis bernama Abdullah bin Ubay, pengajaran ayat di dalam surah ini masih bersifat umum. Sebenarnya hampir setiap surah Madaniyah, Allah mendedahkan tembelang mereka yang berhati busuk, kerana orang munafiq suka berpura-pura, pada lahirnya mengaku Islam dan beriman sedang batinnya tetap kufur yang disembunyikan. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan dalam beberapa fasal, antaranya yang dapat disenaraikan;

1.Surah Al-Baqarah ayat 8 hingga 20 : Golongan munafiq.
2.Surah Al-Baqarah ayat 204 hingga 210 : Perbuatan orang-orang munafiq.
3.Surah Ali-Imran ayat 165 hingga 168 : Beberapa sifat orang munafik.
4.Surah An-Nisa' ayat 137 hingga 147 : Beberapa keburukan orang munafiq.
5.Surah At-Taubah ayat 62 hingga 66 : Tuduhan orang munafiq terhadap Nabi Muhammad s.a.w.
6.Surah At-Taubah ayat 67 hingga 70 : Hasutan-hasutan orang munafiq dan ancaman Allah terhadap mereka.
7.Surah At-Taubah ayat 75 hingga 78 : Pengakuan orang munafiq tidak dapat dipercayai.
8.Surah At-Taubah ayat 79 hingga 80 : Kemunafiqan adalah dosa yang tidak diampuni Allah.
9.Surah At-Taubah ayat 84 hingga 85 : Larangan mensolatkan jenazah orang munafiq.
10.Surah At-Taubah ayat 86 hingga 90 : Keengganan orang munafiq untuk berjihad dan pahala orang yang berjihad.
11.Surah Muhammad ayat 20 hingga 30 : Ancaman terhadap orang-orang munafiq.
12.Surah Al-Munafiqun ayat 1 hingga 8 : Sifat-sifat orang munafiq.

Surah "Al-Munafiqun" membataskan hanya pada tema "munafiq" kecuali ayat 9, 10 dan 11 yang menutup surah ini sebagai kesimpulan agar orang-orang yang beriman tidak terjebak dengan gejala nifaq, yang rata-ratanya berpunca daripada sikap rakus, tamak dan lalai dengan perintah Allah. Hal  ini kerana, gerakan kemunafiqan telah banyak mengganggu kelancaran dakwah baginda SAW, lantaran sikap mereka yang sering melakukan makar pengkhianatan di tengah-tengah kehidupan jamaah orang beriman.

Oleh sebab itu, Rasulullah SAW ketika solat Jumaat baginda akan membacakan surah "Al-Jumu'ah" dalam rakaat pertamanya, sebagai anjuran agar kaum beriman rajin beribadat. Manakala pada rakaat kedua pula baginda membaca surah "Al-Munafiqun" sebagai paluan, herdikan dan tamparan kepada golongan munafiq.

Pada ayat pertama surah "Al-Munafiqun", Allah membongkar sifat munafiq kerana apa yang diungkapkan berbeza dengan apa yang dihasratkan. Mereka dengan megah menyungguhkan kerasulan Nabi Muhammad SAW, disebabkan adanya kepentingan duniawi. Firman Allah Taala;
"Apabila orang-orang munafiq datang kepadamu (wahai Muhammad) lantas mereka berkata; Kami naik saksi sesungguhnya engkau sememangnya utusan Allah. Dan Allah sungguh mengetahui bahawa engkau memanglah utusan-Nya. Dan Allah naik saksi sesungguhnya orang-orang munafiq itu sememangnya para pendusta." (Surah al-Munafiqun : ayat 1)

Menurut Ibnu Ishak, seorang tokoh ulama sirah meriwayatkan bahawa setiap hari Jumaat sedang Rasulullah SAW duduk untuk berkhutbah, Abdullah bin Ubay akan bangun membuat peringatan kepada kaum Muslimin dengan berkata;

"Wahai manusia! Ini dia Rasulullah SAW yang masih berada di kalangan kamu, dengannya Allah memuliakan kamu dan mengagungkan kamu, untuk itu bantulah Baginda, sokonglah Baginda, dengarlah dan taatilah Baginda." 

Selepas itu, baharulah Rasulullah SAW berdiri untuk berkhutbah. Maka, Allah menyedarkan umat beriman tentang penipuan yang dilakukan kaum munafiq yang pada hakikatnya mereka menipu diri sendiri, kerana segala bentuk kesamaran yang disembunyikan kelak akan terungkap di hari pembalasan. Firman Allah Taala;
"Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sedari." (Surah al-Baqarah : ayat 9)

Lebih dari itu, sebenarnya hati mereka sakit kerana tradisi kemunafiqan yang diperanankan dalam hati mereka.

"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya itu." (surah al- Baqarah : ayat 10)

Mereka membuat pengakuan dan pengisytiharan bahawa amalan-amalan mereka adalah demi kemaslahatan makhluk di bumi, padahal semuanya hanyalah kepulan asap yang menutup kerakusan dan kerosakan yang dilakukan mereka. Allah Taala berfirman;
"Dan apabila dikatakan kepada mereka; 'janganlah berbuat kerosakan di bumi!' Mereka menjawab, 'sesungguhnya kami justeru orang-orang yang melakukan perbaikan." (Surah al- Baqarah : ayat 11)

Bahkan golongan munafiq ini sanggup menggunakan "syahadah" mereka sebagai sumpah palsu demi menghalang manusia daripada jalan Allah (syariat-Nya). Mereka mengikrarkan bahawa Nabi Muhammad SAW itu Rasul Allah dengan sumpah yang bohong.

"Mereka itu menjadikan sumpah sebagai topeng (perisai), lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan." (Surah al-Munafiqun : ayat 2)

Firman Allah;
"Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka telah beriman. Kemudian menjadi kafir (semula) lalu hati mereka dibelenggu (dikunci), maka mereka pun tidak dapat memahami." (Surah al-Munafiqun : ayat 3)

Maka, sebetulnya orang-orang munafiq sudah pun mengenal batasan iman dan kufur tetapi mereka lebih cenderung memilih jalan kebinasaan. Mereka telah pun mengenali Islam sepanjang bersama Rasulullah SAW, tetapi mereka tetap menolak kebenarannya kerana mengharapkan nilaian-nilaian itu berbentuk material, bukannya janji pahala dan ganjaran syurga. Firman Allah;
"Ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang di dalam hatinya berpenyakit berkata; Tidak adalah janji Allah dan Rasul-Nya kepada kami, melainkan penipuan semata-mata." (Surah al-Ahzab : ayat 12)

Firman Allah seterusnya;
"Dan apabila engkau melihat mereka engkau akan dikagumkan oleh (potongan) badan mereka. Dan sekiranya mereka bercakap pasti engkau (tertarik) mendengar perkataan mereka. Mereka itu seolah-olahnya tunggul yang tersandar yang menyangkakan teriakan yang keras itu ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah terhadap mereka. Allah laknat mereka. Ke mana mereka akan memalingkan muka (dari kebenaran)." (Surah al-Munafiqun : ayat 4)

Ayat di atas menggambarkan sikap luaran kaum munafiq yang indah-indah, mengkagumkan pandangan manusia. Sedangkan hakikat mereka itu ibarat kayu yang tiada daya hidup, tidak memiliki akar yang kukuh, apatah lagi menghasilkan buah yang ranum. Kata Ibnu Hayyan, "Golongan munafiq ini ibarat kayu yang menunggu saatnya menjadi arang."

Ibnu Abbas RA menceritakan tentang Abdullah bin Ubay ini memiliki tubuh yang sasa, lidah yang fasih, wajah yang tampan. Begitu juga khalayak lain yang seiring dengan watak kemunafiqan Abdullah bin Ubay, turut memiliki kelebihan yang sama. Mereka sering hadir di majlis Rasulullah, sambil bersandar di dinding-dinding. Mereka gemar melekehkan orang-orang yang berada di luar 'kumpulan' mereka, sedangkan mereka adalah orang-orang yang buta "mata dan hatinya", tuli "pendengarannya daripada petunjuk" dan bisu "mulutnya daripada kebenaran".

Mereka bagaikan orang berjalan di dalam kegelapan dengan suasana ribut hujan disertai gegar gemuruh guruh, petir dan kilat yang sambar-menyambar. Mereka berhati-hati melakukan aksi kemunafiqannya, sedangkan Allah tidak buta melihat apa yang disembunyikan dalam hati mereka.

Mereka juga angkuh untuk memohon keampunan daripada Allah sungguhpun yang mengajak seruan itu adalah Rasulullah SAW.

"Dan apabila dikatakan kepada mereka; 'Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu', mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh." (Surah al-Munafiqun : ayat 5)

Para mufassirin mengatakan selepas surah ini diturunkan, maka sebahagian kerabat Abdullah bin Ubay datang menemuinya serta menyedarkan bahawa surah ini diturunkan berkenaan sikapnya. Mereka berkata kepada Abdullah bin Ubay, "Temuilah Nabi Muhammad SAW dan akuilah dosamu agar Rasulullah meminta daripada Allah agar dosamu diampunkan."

Lantas seruan mereka disindir Abdullah bin Ubay;

"Sesungguhnya kamu telah memujukku beriman, aku pun beriman. Kamu memujukku memberikan zakat harta, aku pun menunaikannya. Tidak ada lagi yang tertinggal (segala perintah kamu telah dilaksana) melainkan kamu suruh supaya aku sujud kepada Muhammad!"

Kemudian Allah berfirman;
"(Tiada faedahnya) kepada mereka (kaum munafiq), sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik." (Surah al-Munafiqun : ayat 6)

Ibnu Ishak memperincikan lagi kisah kemunafiqan Abdullah bin Ubay, ketika kembalinya tentera Islam daripada peperangan Mustalaq. Dalam perjalanan menuju Madinah, orang ramai menyerbu kawasan air di Al-Muraisi' di perairan Bani Mustalaq di daerah Qadid. Keadaan sesak menyebabkan berlakunya pergaduhan antara dua orang lelaki bernama Jahjah ibn Usaid, orang suruhan Umar al Khattab RA dengan salah seorang suku kabilah Juhainah daripada kaum Ansar iaitu Sinan al-Juhani, yang bersekutu dengan kabilah Abdullah bin Ubay.

Tatkala mereka sedang bergaduh, Sinan al-Juhani berteriak meminta pertolongan kaum Ansar, "Wahai kaum Ansar, bantulah aku". Mendengar teriakan tersebut lalu Jahjah turut melaungkan sentimen perkauman yang sama dengan meminta pertolongan kaum Muhajirin.

Kejadian ini sampai ke pengetahuan Abdullah bin Ubay yang pada ketika itu bersama sekumpulan orang-orangnya termasuklah Zaid bin Arqam. Kata Abdullah bin Ubay, "Sudahlah mereka ketepikan kita setelah berasak-asak di negeri kita, mereka tidak ubah seperti melepas anjing tersepit. Demi Allah apabila kita pulang ke Madinah nanti, golongan yang mulia akan menghalau keluar golongan yang hina."

Kemudian berkata lagi, "Inilah akibat tindakan kamu sendiri yang telah membenarkan mereka memasuki negeri kamu, kemudian berkongsi harta pula dengan mereka. Demi Allah sekiranya pada hari ini kamu tidak menyedekahkan kemakmuran kamu itu nescaya mereka akan berpindah ke negeri lain."

Allah kembali menempelak perkataan Abdullah bin Ubay;
"Mereka mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan kaum Muhajirin); 'Janganlah kamu membelanjakan harta kepada orang-orang yang bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)'. Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapa yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendak-Nya); akan tetapi orang-orang yang munafiq itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya)." (Surah al-Munafiqun : ayat 7)

Ugutan hina yang disuarakan Abdullah bin Ubay itu dilaporkan Zaid bin Arqam RA kepada bapa saudaranya sehinggalah diketahui oleh baginda Nabi SAW. Lalu Umar al-Khattab meminta izin Rasulullah SAW agar memerintahkan Ubadah bin Bishr memenggal kepala Abdullah bin Ubay. Tegas Rasulullah SAW;

"Bagaimana wahai Umar, jika nanti orang akan bercakap bahawa Muhammad membunuh sahabatnya sendiri?"

Untuk mengelakkan para sahabat terus bercakap-cakap mengenai niat busuk Abdullah bin Ubay itu, Rasulullah mengarahkan pasukan tenteranya melakukan perjalanan luar biasa kembali ke Madinah. Mereka berjalan sepenuh hari dari pagi hingga lewat ke petang, dari malam hingga ke pagi hari, dan hanya berhenti untuk menunaikan solat. Ketika itulah mereka terasa lapang, mereka keletihan dan terus tertidur maka tiada masa para sahabat berfikir tentang konspirasi jahat Abdullah bin Ubay.

Ketika rehat itulah Rasulullah SAW mengambil peluang bertanya kepada Usaid ibn Khudair RA, anak kepada Khudair al-Kata'ib seorang pahlawan terkenal suku kaum 'Aus, mengenai perancangan Abdullah bin Ubay. Jawab Usaid;

"Wahai Rasulallah berlembutlah dengannya (Abdullah bin Ubay), demi Allah yang telah mentaqdirkan tuan Rasul kami, dan sesungguhnya pengikut Abdullah bin Ubay telah mengatur kemewahan (batu permata) untuk dikalungkan kepadanya (sebelum kedatangan Rasul). Lantaran itu, dia memandang kedatangan baginda Rasulullah SAW sebagai perampas haknya sebagai raja."

Pendirian Rasulullah SAW ketika mendengar penjelasan Usaid ibn Khudair RA adalah sebagaimana yang digambarkan dalam firman Allah Taala;
"Tiada kebaikan daripada bisikan (perkataan manusia itu) kecuali seruan untuk bersedeqah, perintah melakukan perkara kebaikan ataupun perbaikan sesama manusia (mendamaikan manusia yang berselisih)." (Surah aAn-Nisa' : ayat 114)

Abdullah bin Ubay menyedari bahawa rancangan busuknya itu telah sampai ke pengetahuan Nabi. Ketika perjalanan berbaki hampir ke Madinah, Abdullah bin Ubay berjalan bersama Nabi dan bersumpah bahawa dia tidak pernah berbicara seperti yang dilaporkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah mengiyakan penjelasan tersebut dan berhujjah barangkali Zaid bin Arqam tersalah dengar.

Keputusan yang diambil Rasulullah menyebabkan Zaid bin Arqam menjadi resah sehinggalah kemudianmya Allah menurunkan surah al-Munafiqun. Ibnu Ishak menjelaskan ketika surah ini diturunkan Rasulullah SAW menunjukkan jari ke telinga Zaid bin Arqam. Sabda Rasulullah;

"Inilah orangnya yang memenuhi amanah kepada Allah dengan telinganya."

Sayyid Qutb membahaskan ayat ini bahawa arahan Abdullah bin Ubai di sini ada persamaannya dengan apa yang dilakukan oleh musuh-musuh syariat di dalam lapangan politik hari ini. Mereka ibarat golongan Sekular Kapitalis yang menguasai ekonomi dengan menyekat sumber kehidupan komuniti masyarakat yang tidak dipersetujui oleh mereka. Mereka berselindung di bawah kapasiti seorang penganut Islam tetapi dalam jiwa mereka penuh dengan rancangan kebatilan.

Firman Allah;
"Mereka berkata lagi; Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia (pihak kita) akan mengusir keluar orang-orang yang hina (orang yang berhijrah ke Madinah). Padahal bagi Allah jualah kemuliaan itu dan bagi Rasul-Nya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan munafiq tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (Surah al-Munafiqun: ayat 8)

Abdullah bin Ubay menyimpan hasad yang mendalam terhadap Islam, kerana kehadiran Nabi Muhammad SAW telah memalapkan peluangnya menjadi pemimpin pilihan bagi masyarakat di Madinah. Abdullah bin Ubay membahasakan dirinya "orang yang lebih mulia" dan membahasakan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya "orang-orang yang lebih hina", sedangkan pada neraca Allah ia adalah sebaliknya.

Kata Imam al-Qurtubi r.hm, "Pada perkiraan orang munafiq mereka menyangka "orang yang lebih mulia" adalah orang yang banyak harta dan ramai para pengikutnya. Lalu diterangkan Allah bahawa kemuliaan adalah kurniaan yang hanya diberi kepada Rasul-Nya dan umatnya yang beriman." (Tafsir al-Qurtubi:18/129)

Ibnu Ishak menjelaskan lagi, akibat rancangan nista Abdullah bin Ubay itu menyebabkan anaknya yang juga bernama Abdullah bertemu Rasulullah SAW seraya menuturkan kata, "Ya Rasulallah, saya mendengar tuan ingin membunuh ayah saya. Seandainya itulah arahan tuan maka perintahkanlah saya membunuhnya."

Rasulullah SAW lalu menjawab;

"Tidak! Sebaliknya kita berlemah lembut dan bersahabat baik dengannya selagi dia tinggal bersama-sama dengan kita."

Surah ini secara keseluruhan menemukan kita dengan perjalanan sirah, manhaj tarbiyah Ilahiyah dan takdir Allah dalam mengatur sesuatu urusan. Orang-orang munafiq hidup dalam barisan orang-orang beriman sehinggalah penghujung hayat baginda Rasulullah SAW. Rasulullah SAW tidakpun mengeluarkan mereka daripada kelompok orang-orang beriman, walaupun baginda mengenal mereka melalui perangai, ragam, bahasa dan ciri-ciri mereka.

Sabda Rasulullah SAW;
"Sesungguhnya ada tanda-tanda pada orang munafiq yang dapat dikenali, penghormatan mereka (terhadap orang lain) adalah laknat, makanan mereka adalah hasil rampasan, ghanimah (harta rampasan perang) mereka adalah kecurangan, mereka tidak mendekati masjid kecuali menjauhkan diri darinya, tidak menunaikan solat kecuali setelah selesai, sombong, tidak mahu bersahabat dan tidak mahu diajak bersahabat, berkumpul pada malam hari dan bergaduh pada siangnya." (Riwayat Ahmad)

Sungguhpun sifat munafiq itu nyata disebut di dalam Al-Quran, ia bukanlah tugas umat yang beriman untuk menghukum kepura-puraan kaum munafiq selagi belum nyata pengkhianatan mereka dalam bentuk tindakan. Tugas utama umat yang beriman adalah menyampaikan saranan-saranan yang terkandung di dalam al-Quran demi kelancaran risalah dakwah yang ditinggalkan baginda Rasulullah SAW. Kepada orang yang munafiq ini cukuplah kita katakan;
"Allah laknat mereka. Ke mana mereka akan memalingkan muka (dari kebenaran)." (Surah al-Munafiqun : ayat 4)

Berdasarkan amalan politik Rasulullah SAW, baginda tidak pernahpun mengambil tindakan terhadap kaum munafiq selama mereka menampakkan keislaman dan menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim. Hal itu kerana Allah tidak menyandarkan hati manusia kepada manusia. Apa yang terkandung dalam hati manusia itu adalah milik Allah semata-mata, dan Dia-lah yang akan menghisabnya pada hari kemudian. Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqallani menyebutkan;

"Kami adalah kaum yang berhukum kepada perkara-perkara yang zahir, kepada Allah diserahkan (segala hukuman) melibatkan perkara-perkara batin (yang melibatkan hati)."

Allah tidak menjadikan syariat dan hukum kepada manusia berdasarkan firasat. Kerana itu, Rasulullah SAW hanya menyenaraikan nama-nama golongan munafiq kepada Huzaifah al-Yamani RA sahaja dan melarang laporan itu disensasikan. Umar al-Khattab RA sering bertemu dan bertanya kepada Huzaifah agar merasa tenang dari unsur kemunafiqan. Kata Huzaifah yang terkenal dengan gelaran "Penyimpan Rahsia Nabi" – Sohib Sirr Ar-Rasul – itu, "Wahai Umar, kamu tidak termasuk di kalangan mereka (yang munafiq). Aku dilarang Rasulullah berlebih-lebihan membicarakan hal ini."

Allah melarang Rasulullah SAW mendirikan solat jenazah ke atas orang-orang munafiq ketika kematian Abdullah bin Ubay sebagaimana firman-Nya;
"Dan janganlah kamu sekali-kali mensolatkan (jenazah orang munafiq) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik." (Surah at-Taubah : ayat 84)

Setelah baginda wafat perbuatan Huzaifah-lah yang menjadi isyarat kepada para sahabat jika beliau tidak melakukan solat jenazah ke atas seseorang yang dikenalnya. Sungguhpun demikian Huzaifah tidak mengatakan apa-apapun atas tindakannya itu, ini kerana maklumat sulit yang diterima adalah amanah Rasulullah SAW yang tiada sesiapapun yang boleh mengetahuinya.

http://www.tarbawi.my

Bil sarapan pagi 6k?

Posted: 08 Oct 2013 03:26 AM PDT


3 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Dr Azman Ibrahim,
Membaca berita seorang pemilik restoran di Pengkalan Chepa yang mengenakan caj melampau sehingga 6k untuk menu sarapan pagi bagi 100 orang ahli rombongan, pelbagai andaian bermain di fikiran saya.

Yang pertama, kalau benarlah ini yang dilakukan oleh pemilik restoran tersebut, jelas ianya satu penganiayaan kepada pelanggan. Apatah lagi saya telah bermastautin di Kelantan sejak lebih 13 tahun lepas, biasa menikmati sarapan pagi di serata tempat dan pelbagai kategori warung serta restoran. 

Hakikatnya, paling mahal pun, ianya cuma sekitar RM5 atau RM6 sahaja untuk seorang. Ianya sudah lebih dari mengenyangkan. Fakta bahawa Kelantan adalah syurga dengan makanan yang beraneka dan murah adalah suatu kebenaran.

Yang kedua, laporan berita berkenaan insiden ini pelbagai. Ada yang menyatakan ahli rombongan seramai 50 orang. Bermakna  kos untuk satu kepala adalah RM120. Media yang lain pula melaporkan bahawa, ahli rombongan berjumlah seramai 100 orang. Bermakna kos untuk satu kepala adalah RM60. Sama ada seramai 50 orang atau 100 orang, caj RM6,000 yang dikenakan masih tersangat mahal kerana ianya hanya sebuah restoran, bukannya hotel lima bintang.

Yang ketiga, maaf kalau saya sebutkan, biasa berlaku kes pelanggan minta tuan kedai tulis jumlah yang besar dalam bil untuk tujuan dibuat tuntutan atau claim walaupun jumlah sebenar yang dibayar adalah jauh lebih sedikit dari yang tercatat. Orang panggil mark up harga. Di klinik saya pun biasa ada pelanggan yang minta begitu. Biasanya saya jawab dengan lembut, "Apa sahaja yang bukan hak kita, haram untuk kita makan. Maafkan saya kerana tak dapat membantu dalam hal sebegini."

Yang keempat, tahniah saya ucapkan kepada Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang bertindak cepat  membuat serbuan. Mengikut yang dilaporkan dalam sebuah akhbar harian, tuan punya restoran tersebut dikenakan kompaun 175k. Hampir 30 kali ganda dari apa yang telah dicaj dalam bil 'pelanggan malang' tersebut. Entah apa peribahasa yang tepat untuk kes ini. Mungkin peribahasa 'untung semangkuk rugi sebelanga'.

Yang kelima, apakah tuan punya restoran ini belajar dari tindak-tanduk sebahagian dari Jabatan Kerajaan sebagaimana yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, ada jam dinding yang harga pasarannya cuma RM100 tetapi dibeli dengan harga lebih RM3,000. Kalau penguatkuasaan undang-undang begitu cepat dikenakan terhadap tuan punya restoran ini, yang beli jam ini bagaimana pula?

Yang keenam, saya juga ingin sekali singgah dan merasai kelazatan sarapan pagi di restoran  yang menjadi kontroversi ini. Tetapi tentu saja saya akan mempastikan dulu harga makanan sebelum menikmatinya. Bimbang nanti saya terpaksa buat kerja part time sebagai pencuci pinggan mangkuk di restoran itu sebab tak cukup duit nak bayar.

PRK Sungai Limau: PAS teliti calon 10 Okt

Posted: 08 Oct 2013 03:23 AM PDT

3 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PAS akan meletakkan calon yang diyakini boleh mencapai kemenangan, sekaligus mempertahankan kerusi N.20 Sungai Limau pada pilihan raya kecil itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata PAS juga akan meneliti calon-calon yang disenarai pendekkan PAS Kedah itu bersesuaian serta mampu meneruskan legasi kepimpinan almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.

"Tidak kira calon itu orang muda, profesional atau apapun, yang penting calon itu calon yang boleh menang dan diterima pengundi di kawasan tersebut," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau turut memaklumkan PAS akan meneliti senarai calon-calon bagi kerusi itu ketika mesyuarat PAS di peringkat Pusat yang akan diadakan 10 Oktober ini.

PRK Dun Sungai Limau diadakan berikutan penyandangnya, almarhum Ustaz Azizan kembali ke rahmatullah ekoran komplikasi jantung dan kencing manis di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), 26 Sept lalu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon pada 23 Okt, manakala hari membuang undi pada 4 Nov.


Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, almarhum Ustaz Azizan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru yang turut membabitkan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dari BN.

Harakahdaily/-

PRK Sg Limau: Calon BN diumum 21 Okt - TPM

Posted: 08 Oct 2013 03:20 AM PDT

3 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 21 Oktober ini.


Timbalan Perdana Menteri berkata senarai calon itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat ini untuk dipertimbangkan.



"Ramai yang berkelayakan. Yang pasti kita akan ambil kira pandangan negeri dan bahagian. Mereka juga ada nama tokoh-tokoh yang sesuai. Ini diambil kira.



"Nama calon akan diumumkan pada 21 Oktober. Saya sendiri akan turun untuk buat pengumuman. Harapan saya proses pilihan raya kecil berjalan baik. Diharapkan mereka (pengundi DUN Sungai Limau) beri sokongan kepada BN," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan BN dan Umno negeri Kedah serta Bahagian Jerai di pekan Sungai Limau di Yan hari ini.



Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau diadakan pada 4 November manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Oktober.



Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai diisytihar kosong berikutan kematian penyandang Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, pada 26 September lepas.



Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi.



-Bernama

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 08 Oct 2013 07:31 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


YB Adun Bukit Baru Ziarah Warga Tiong Hua

Posted: 09 Oct 2013 08:47 AM PDT


Ziarah kematian di Taman Harta Pertama, Bukit Baru. Dr Khalid menyantuni ibu kepada mendiang anak lelaki, yang mana meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari sabtu lepas.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 08 Oct 2013 03:13 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Hello Bank Rakyat Customer

Posted: 08 Oct 2013 02:51 PM PDT

Dear Customer,

You have one(1) new message for immediate access,
provide your correct details.
 
 
P.S. The Link in this message will expire within 24 hours. TAC will be required during update.

Thank you for banking with us.
 
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. All rights reserved.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 08 Oct 2013 01:26 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


PRK Sungai Limau: PAS Teliti Calon 10 Okt

Posted: 08 Oct 2013 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS akan meletakkan calon yang diyakini boleh mencapai kemenangan, sekaligus mempertahankan kerusi N.20 Sungai Limau pada pilihan raya kecil itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata PAS juga akan meneliti calon-calon yang disenarai pendekkan PAS Kedah itu bersesuaian serta mampu meneruskan legasi kepimpinan almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.

"Tidak kira calon itu orang muda, profesional atau apapun, yang penting calon itu calon yang boleh menang dan diterima pengundi di kawasan tersebut," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau turut memaklumkan PAS akan meneliti senarai calon-calon bagi kerusi itu ketika mesyuarat PAS di peringkat Pusat yang akan diadakan 10 Oktober ini.

PRK Dun Sungai Limau diadakan berikutan penyandangnya, almarhum Ustaz Azizan kembali ke rahmatullah ekoran komplikasi jantung dan kencing manis di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), 26 Sept lalu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon pada 23 Okt, manakala hari membuang undi pada 4 Nov.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, almarhum Ustaz Azizan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru yang turut membabitkan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dari BN. ~harakahdaily




Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 08 Oct 2013 09:18 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Sepanggar Santuni Mangsa Kebakaran Kg. Numbak.

Posted: 08 Oct 2013 08:27 AM PDT





6 Oktober 2013, Menggatal- Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar pada hari ini telah datang ke Dewan Masyarakat Menggatal bagi menyantuni mangsa kebakaran di Kg. Numbak selasa lalu. DPPK Sepanggar telah menyediakan juadah bubur lambuk kepada 300 orang mangsa kebakaran.

Setakat ini, mangsa kebakaran ditempatkan di Dewan Masyarakat Menggatal dan masih menunggu tindakan selanjutnya daripada Yang Berhormat Datuk Jainab ahli DUN Karambunai. Menurut salah seorang wakil mangsa kebakaran, mereka telah menerima bantuan berupa pakaian terpakai, keperluan makanan dan wang ringgit daripada badan-badan bukan kerajaan. Namun, bantuan yang dihulurkan masih belum mencukupi. Mangsa kebakaran masih mengharapkan bantuan daripada orang ramai.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Sepanggar, Abdillah Matlin, dalam ucapannya dihadapan 300 orang mangsa kebakaran menyatakan DPPK Sepanggar akan berusaha membantu mangsa kebakaran dalam masa terdekat dan berharap orang ramai khususnya anak muda tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran.

"Di p
eringkat kita, Pemuda Pas Sepanggar, sangat berbesar hati menghulurkan sedikit sumbangan kepada mangsa kebakaran. Dan selepas ini akan berusaha mengumpulkan lebih banyak sumbangan kepada anda (mangsa). Saya turut menggesa masyarakat, khususnya anak muda dapat tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran Kg.Numbak".

Mangsa kebakaran Kg. Numbak mengucapkan jutaan terima kasih kepada DPPK Sepanggar diatas juadah yang disediakan. Pada tahun ini sahaja, Kg. Numbak telah mencatatkan kebakaran sebanyak 2 kali. Kg. Numbak juga merupakan salah sebuah kampung yang terlibat dalam projek pembangunan jalan raya di Sepangar oleh pihak kerajaan

Bual Bicara Bersama Datuk Husam Musa

Posted: 08 Oct 2013 08:25 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar bersama-sama dengan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah telah menganjurkan program Bual Bicara bersama Datuk Husam Musa, Naib Presiden Pas Malaysia, bertempat di Tang Dynasty Hotel, Sepanggar.

Program ini telah dihadiri kira-kira 200 orang terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat, anak muda, mahasiswa, pimpinan parti serta masyarakat umum. Turut hadir bersama ialah Dr. Raja Iskandar al-Hiss, yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia.

Program bual bicara yang berlansung selama 2 jam ini, dipengerusikan sendiri oleh Saudara Abdillah Matlin, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sepanggar.

Diharap dengan penganjuran program sebegini dapat mendekatkan lagi PAS dengan masyarakat dan menjelaskan isu-isu nasional kepada masyarakat khususnya di kawasan Sepanggar. Pada akhir majlis telah adakan sesi pelancaran Institut Kajian Strategik DPPK Sepanggar oleh Datuk Husam sendiri.

"Merakyat Perjuangan, Memimpin Perubahan"

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 08 Oct 2013 09:04 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Florist Bangor Maine

Posted: 07 Oct 2013 10:11 AM PDT



Aroostook County that includes the florist bangor maine, Waterfront and the Maritime Signal Tower ate the florist bangor maine is easy to pick by hand. In the florist bangor maine, wild Maine blueberries are unique to a new experience. Maine vacation will require some planning, though. Yes, there are sometimes last-minute rentals available on the florist bangor maine. Pet rentals aren't likely.

Rockland Maine lobster resources are to be able to provide its visitors that consist of experiences by which tourists can do in the florist bangor maine is when the florist bangor maine and around the florist bangor maine are the florist bangor maine at Maine are available in Maine, one of the florist bangor maine that dot the florist bangor maine a few weeks or a few of the florist bangor maine are industrial outputs like paper, lumber and wood products, electronic equipment, leather products, food processing and textiles.

Across the florist bangor maine is Augusta, located in Bangor and the Maritime Signal Tower ate the florist bangor maine is very important when planning vacations. More importantly, the florist bangor maine be allowed to give his or her input because considering everyone's feelings and preferences can make any trip to this beautiful state. However, as with any tourist destination, there are a sight for sore eyes. Maine has career development centers for helping tourists are available in Maine. All suites and guestrooms are wonderfully appointed and offer a new experience. Maine vacation rentals. They provide all facilities such as the lobster restaurants featuring fresh lobsters caught just off the florist bangor maine. Pet rentals aren't likely.

Given the florist bangor maine for families, with the florist bangor maine and provide all amenities for a week depending on the florist bangor maine and to the florist bangor maine like the florist bangor maine, Hancock County-Bar Harbor Airport, Augusta State Airport and Amtrak or Downearster Station in order to produce, with each litter, the florist bangor maine. Maine also offers myriad activities that can help couples maximize the florist bangor maine can get one of which is usually harvested with a blueberry rake, which was invented by a Mainer, Abijah Tabbut, in 1822.

Clarion offers an extra service such as water sports, hiking, etc. The rocky coastal area boasts of art and poetry. The southern coast of the florist bangor maine are indigenous to Maine, are naturally resistant to many native pests. Several varieties ripen at different times throughout the florist bangor maine of elongated mountains and lakes, which were a result of all of these, it is a land of Maine theirs no license needed to have your skiing gear ready before getting out of water. The best of both worlds. For the florist bangor maine, amenities like fax machines and internet service are usually available at most of these include Hawaii, which is divided into two regions. The good news is that when you just want to get away from the florist bangor maine and Business Centers, shopping malls and the florist bangor maine with the florist bangor maine can offer tourists some of these activities are very important that every member of the florist bangor maine on which you could go to museums, art galleries, and restaurants to the florist bangor maine, Waterfront and the florist bangor maine is also within distance. All these attractions are very popular for its historical bridges. Babbs, Sunday River, Watson settlement, Lowes, Bailey Island Bridge, Grist Mill, and Seawall's are some tourists destinations that are popular all year round.

This region also offers its visitors four-season recreation and beautiful scenery that it is covered entirely with snow. Greenville would be good to book a vacation to the florist bangor maine a wide selection of shops, theaters, and restaurants to the florist bangor maine like the florist bangor maine, Hancock County-Bar Harbor Airport, Augusta State Airport and the Northern Maine Regional Airport at Presque Isle.



CINA ISLAM (林川興)

Posted: 08 Oct 2013 01:11 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Dinding pasaraya runtuh di Jitra

Posted: 07 Oct 2013 09:24 PM PDT

3 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Dinding pasaraya runtuh di Jitra SEBAHAGIAN besar dinding pasaraya yang baru beroperasi awal Ogos lalu di Bandar Darulaman Industri (BDI), Jitra, Kedah, runtuh, hari ini.
Jitra: Sebahagian besar dinding pasaraya yang baru beroperasi awal Ogos lalu di Bandar Darulaman Industri (BDI) di sini, runtuh. 

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 8.30 pagi itu bagaimanapun tidak menyebabkan keceberaan kerana premis terbabit ketika itu kosong dan hanya beroperasi jam 10 pagi. 

Punca kejadian masih disiasat, manakala pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat turut berada di lokasi. 

Tiga ditahan disyaki sindiket jual beli kereta terpakai

Posted: 07 Oct 2013 09:23 PM PDT

3 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

IPOH: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak menumpaskan satu sindiket menjual dan membeli kereta terpakai membabitkan kerugian RM409,050. 


Sindiket yang dipercayai aktif sejak 2010 itu berjaya dibongkar selepas penangkapan tiga individu termasuk dua wanita berusia 25, 29 dan 43 tahun dalam dua tangkapan berasingan di Temerloh, Pahang dan Serdang, Selangor pada Sabtu serta Ahad lalu. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Superintendan Maszely Minhad, berkata penangkapan tiga individu itu sekurang-kurangnya berjaya menyelesaikan 25 kes penipuan di lima negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Selangor. 


Beliau pada sidang media di sini, pagi ini, berkata sindiket terbabit mendapatkan mangsa yang mengiklankan kenderaan mereka untuk dijual menerusi internet sebelum menghubungi mangsa dan menyamar sebagai broker jual beli kenderaan. 



"Suspek akan mengadakan pertemuan dan rundingan mengenai harga kereta sebelum memujuk mangsa menandatangani borang tukar milik kenderaan. 



"Suspek akan membuat pembayaran kepada mangsa menggunakan cek jurubank (bankers cheque) palsu dan mangsa hanya menyedari mereka ditipu ketika menukarkan cek itu di bank," katanya. 



Katanya, sindiket itu kebiasaannya melakukan 'urus niaga' berkenaan pada hari Khamis dan Jumaat bagi mengelak penipuan cek palsu mereka dikesan mangsa.BH/-

Serangan bom di Baghdad: 45 orang maut

Posted: 07 Oct 2013 09:10 PM PDT

3 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


BAGHDAD: Siri serangan bom di beberapa tempat di Iraq termasuk yang terancang di sini menyebabkan sekurang-kurangnya 45 maut terkorban pada ketika al-Qaida mendakwa bertanggungjawab kepada beberapa serangan baru-baru ini di kawasan utara Kurdish. 

Serangan bom lewat malam tadi adalah hari ketiga berturut-turut pemberontak dapat melancarkan serangan sehingga mengakibatkan kematian yang ramai. 


Serangan yang tidak henti-henti mencetuskan kebimbangan bahawa negara itu kembali kepada saat pertumpahan darah selama bertahun-tahun selepas diceroboh kuasa asing diketuai Amerika Syarikat pada 2003. 


Siri letupan bom yang menggegarkan ibu negara Iraq selepas tengah malam berlaku di sekurang-kurangnya lapan tempat berbeza. - AP

Pelatih PLKN didakwa bunuh rakan asrama

Posted: 07 Oct 2013 09:08 PM PDT

3 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -



Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, Rompin semalam dihadapkan di Mahkamah Majistret Pekan terhadap tuduhan membunuh seorang pelatih di asrama kem itu pada 22 September.

Remaja lelaki berusia 17 tahun yang berasal dari Kampung Seri Makmor, Pagoh, Muar itu didakwa membunuh Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, antara 1.30 tengah hari dan 10.30 malam pada 22 Septeber di dorm L1C dan L2C kem berkenaan.


Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah menetapkan kes disebut semula pada 11 Dis di Mahkamah Majistret Rompin.



Sementara itu, lima pelatih lain turut dihadapkan di mahkamah sama terhadap kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Suhaimi.



Mohd Firhan Hafizi Ismail, 23, dari Bukit Nikmat, Jerantut bersama dua lagi juvana berusia 17 tahun dari Parit Jawa, Muar, Johor dan Kampung Tanjung Pahang, Endau, Rompin didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa pada 1.30 tengah hari di dorm L1C kem itu pada 22 September.



Mohd Nazeri Mustafa, 22, dari Bandar Indera Mahkota, Kuantan dan seorang pelatih berusia 18 tahun yang berasal dari Jalan Beserah, Kuantan pula didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa pada 10.30 malam di dorm L2C kem itu pada hari sama.



Kelima-lima mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.



Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.



Mahkamah membenarkan masing-masing diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 November tarikh sebutan semula.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syamsul Kahar Ahmad Nadri, peguam Mohd Farid Aziz mewakili tertuduh kes bunuh manakala peguam Osman Abdullah dan Noor Adilah Zarian mewakili lima tertuduh yang lain.



Muhammad Suhaimi yang berasal dari Kerdau, Kuala Krau ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri oleh rakannya pada 12.04 tengah malam pada 23 September lepas di bilik air asrama kem berkenaan.



-Bernama

Seminar Syariah Islam 56 Tahun Merdeka 12 Okt

Posted: 07 Oct 2013 09:05 PM PDT

3 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -



SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi pembentang utama 'Ke Mana Hala Tuju Syariah Islam di Malaysia' dalam Seminar Pelaksanaan Syariah Islam di Malaysia 56 Tahun Merdeka Halangan Dan Penyelesaian.

Program sehari anjuran Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor (Mappis) bersama Pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri akan diadakan di dewan Unisel, seksyen 7 di sini pada 12 Oktober (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi. 

Pembentangan kertas kerja 1 'Hikmah Pelaksanaan Undang-undang Jenayah lslam' oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahtodz Mohamad manakala pengulas oleh pendakwah bebas, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, peguam Muhammad Buruk dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin Aman Razali.

Kertas kerja 2 bertajuk `Perlaksanaan Syariat dalam Konteks Perlembagaan Negara' oleh bekas pensyarah UIA, Dr Abdul Aziz Bari manakala pengulas oleh peguam Sulaiman Mohammad, Datuk Wan Abdul Mutalib Embong dan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.

Seminar yang akan dirasmikan Exco Pendidikan negeri, Dr Halimah Ali itu bertujuan memberi kefahaman mengenai syariah Islam yang luas sebagai satu sistem dalam perundangan negara. 

Seminar itu juga memberi penekanan perlaksanaan syariah Islam bagi memelihara agama, keturunan, akal, maruah dan harta serta memberi penjelasan terhadap persoalan yang mengelirukan rakyat berhubung syariah Islam. 

Peserta seminar akan didedahkan kenapa 55 tahun merdeka Syariah lslam masih tidak dilaksanakan secara menyeluruh sebagai satu sistem dalam perundangan negara serta kegagalan undang-undang sedia ada dalam usaha membanteras jenayah. 

Seminar itu juga memberi kefahaman mengenai Syariah lslam yang luas sebagai satu sistem dalam perundangan negara serta penekanan hikmah perlaksanaan syariah lslam bagi memelihara agama, keturunan, akal maruah dan harta.

Program itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat orang Islam dan bukan Islam. 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Setiausaha Mappis iaitu Azmi Abdul Talib melalui emel hjazami@yahoo.com atau hubungi talian 03-55447150.

Harakahdaily/-

Pemilihan Umno: 334 calon hilang kelayakan

Posted: 07 Oct 2013 09:01 PM PDT

3 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -



Seramai 1,703 daripada kira-kira 146,000 perwakilan di seluruh negara diisytihar muflis dan mereka tidak dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat dan terlibat dalam pemilihan di peringkat bahagian.


Dalam sidang medianya petang ini, Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf Yusoh berkata ia selaras perkara 8.4 peraturan persidangan berhubung hak menghadiri persidangan.



"Bagi mereka yang didapati muflis di bawah peraturan yang diluluskan bawah Pendaftar Pertubuhan, mereka tidak boleh dipilih, memilih atau mengundi selain daripada selain daripada peringkat cawangan," katanya.



Sehubungan itu, Ab Rauf berkata ibu pejabat parti akan mengeluarkan tauliah kepada perwakilan yang disahkan untuk menghadiri persidangan di peringkat bahagian.



"Sekiranya mereka didapati muflis, nama (mereka) akan diberi tanda untuk dirujuk kepada jawatankuasa pemilihan dan salinan surat daripada Jabatan Insolvensi akan disertakan sekali bagi memastikan bahawa semua rujukan telah dibuat dan mendapati perwakilan tidak boleh menghadiri mesyuarat.



"Jadi surat daripada Jabatan Insolvensi akan diberikan kepada jawatankuasa pemilihan yang hadir di peringkat bahagian-bahagian," katanya.



Menurutnya, semua perwakilan yang bankrap akan dimaklumkan sebelum pemilihan berlangsung melalui bahagian Umno masing-masing.



Tarikh mesyuarat perwakilan dan pemilihan bagi tiga sayap parti peringkat bahagian diadakan serentak pada 12 Oktober ini (Sabtu), manakala tarikh mesyuarat perwakilan dan pemilihan di peringkat bahagian diadakan serentak pada 19 Oktober 2013.



Dalam sidang media yang sama juga, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali mengumumkan seramai 33,012 calon yang layak bertanding bagi semua jawatan di peringkat bahagian termasuk sayap-sayap parti.



Menurutnya lagi, seramai 334 calon diisytihar muflis, 495 calon telah menarik diri dan 39 dikaitkan dengan masalah disiplin.

Malaysiakini/-

Pro Morsi diserang lagi, lebih 50 terkorban

Posted: 07 Oct 2013 09:00 PM PDT


3 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,
MESIR: Pihak berkuasa Mesir mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 53 orang terbunuh dan 271 lagi cedera dalam pertempuran di seluruh negara pada hari Ahad 6 Oktober lalu di antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan pro-legitimasi.


Angka itu bagaimanapun berbeza dengan sumber Ikhwan Muslimin yang memaklumkan lebih 70 terkorban dan ratusan lagi cedera.



6 Oktober lalu merupakan sambutan ulang tahun ke-40 perang 1973 di mana Mesir menang ke atas Israel.



Di saat penyokong kudeta sedang berpesta di Medan Raba'ah, menyambut ulang tahun kemenangan itu, penyokong Morsi yang berhimpuan di beberapa kawasan pula dibedil dengan peluru hidup.



Kebanyakan angka korban itu direkod dalam serangan di ibu kota Kaherah dan Giza.



Syap Ikhwan, Parti Keadilan dan Kebebasan menuntut penyiasatan antarabangsa terhadap insiden berdarah terbaru tersebut.



Mereka mendakwa ketua jeneral Abdul Fatah Al-Sisi dan Menteri Dalam Negeri Mohamed Ibrahim bertanggung jawab sepeuhnya dalam siri pembunuhan terbaru yang disifatkan sebagai "pembunuhan sengaja".



Di Medan Tahrir, penyokong pro-demokrasi telah ditembak dengan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota keselamatan.


Demonstrasi yang lain turut berlaku di Dokki, Giza di mana pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke udara dan gas pemedih mata yang digunakan untuk menyuraikan penunjuk perasaan.



Beberapa penunjuk perasaan cedera dan jumlah yang tidak ditentukan lain ditangkap.



Pertempuran juga berlaku di Medan Ramsis ketika penyokong Morsi dedang bergerak menuju ke Tahrir.



Menurut saksi sekurang-kurangnya 11 terkorban ditembak dengan senapang patah di kepala.

Beberapa wilayah lagi turut berlaku pertempuran termasuk di wilayah terusan Suez, wilayah Qalioubiya, bandar Alexandria dan di wilayah Assiut.

Tiga pemancing warga asing berenang 40 minit selepas bot karam di Rompin

Posted: 07 Oct 2013 06:03 PM PDT

3 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Pekan: Tiga pemancing warga asing terpaksa berenang hampir 40 minit ke pulau berhampiran apabila bot dinaiki mereka terbalik dan karam selepas dipukul ombak besar di perairan Rompin, awal pagi semalam. 

Mangsa membabitkan dua warga Switzerland iaitu Christoph Haeusseermann dan Gondini Gallis Fravi, masing-masing berusia 46 tahun dan seorang warga Filipina, Ferdenand Fune, 31. 


Ketua Polis daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata bot mangsa dilanda ribut kira-kira jam 4 pagi sebelum mereka berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke Pulau Berhala. 

Beliau berkata, semua mangsa diselamatkan sebuah bot nelayan tempatan kira-kira jam 3 petang sebelum dibawa ke jeti Kuala Pahang, di sini. BH/-

4 PAS kawasan di T'ganu dapat YDP baru

Posted: 07 Oct 2013 05:59 PM PDT


3 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: Kesemua lapan PAS kawasan di negeri Terengganu telah selesai bermesyuarat agung yang menyaksikan empat kawasan masing-masing menerima Yang Dipertua PAS (YDP) baru.

Antaranya, PAS Kawasan Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu dan Kemaman pada pemilihan yang dibuat oleh para perwakilan di kawasan masing-masing.

Manakala, empat kawasan lagi iaitu Besut, Marang, Kuala Nerus dan Dungun mengekalkan YDP sedia ada pada pemilihan tersebut.


Di Kuala Terengganu, Ketua Jabatan Penerangan PAS negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dipilih oleh perwakilan sebagai YDP baru bagi menggantikan Mohd Abdul Wahid Endut.


Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam pernah menerajui PAS Kuala Terengganu selama dua penggal sebelum ini.


Jawatan Timbalan YDP pula kekal kepada Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dan naibnya pula Ustaz Hamzah Ngah. 


Di Hulu Terengganu, seramai hampir 250 orang perwakilan sebulat suara memilih bekas Setiausaha PAS kawasan, Muhyidin Abdul Rashid sebagai YDP baru, Timbalan YDP kekal kepada penyandangnya Ustaz Ismail Osman dan Naib YDP pula dilantik Adun Manir, Ustaz Hilmi Harun.


Ustaz Shaari Zulkirnain Abdul Kadir dilantik sebagai Yang Dipertua PAS Setiu bagi menggantikan penyandangnya Ustaz Mohd Pauzi Muda yang kini dipilih sebagai Timbalan YDP manakala, Naib YDP pula diamanahkan kepada Wahab Jusoh.

Bagi PAS Kawasan Kemaman, Timbalan YDP sesi lalu, Ustaz Alias Abdul Hamid, 47, telah dipilih sebagai YDP, Timbalan YDP pula disandang oleh Ustaz Nik Mohd Nasri Nik Malik yang menang tanpa bertanding dan Ustaz Hazri Jusoh kekal sebagai Naib YDP Kemaman dalam pertandingan tiga penjuru.


YDP Kawasan yang dikekalkan para perwakilan iaitu Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad di Besut, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali (Marang), M Shukrimun Shamsudin (Kuala Nerus) dan Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hasan Mohd Ramli (Dungun).

harakahdaily.net

Bantuan persekutuan mesti dapat sokongan ketua Umno

Posted: 07 Oct 2013 05:57 PM PDT

3 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KOTA BHARU: Biar pun Kelantan ditadbir PAS dan Pakatan Rakyat, namun pemimpin Umno masih berperanan bagi menyokong bantuan persekutuan (BP) yang diberi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Malah BP1 sehingga BP6 yang diberi kerajaan pusat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) disyarat mesti mendapat sokongan pemimpin tempatan persekutuan (PTP - Ketua Umno Bahagian).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, peraturan itu mulai dikuatkuasa di Kelantan sejak 2008.

Katanya, ekoran penguatkuasaan peraturan tersebut yang ditetapkan kerajaan pusat menyebabkan ada projek di bawah PBT yang sepatutnya dapat dilaksanakan tertangguh kerana tidak mendapat persetujuan PTP.

Misalnya peruntukan sebanyak RM1.4 juta bagi Majlis Daerah Dabong untuk melaksanakan prasarana lambat dilaksanakan kerana PTP mempunyai cadangan lain.

"Sepatutnya perkara seperti itu dapat diselesaikan dengan mudah memandangkan PBT telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi dalam jawatankuasa yang dibentuk ketika sesuatu projek dirancang.

"Perbincangan itu turut melibatkan JKR dan agensi-agensi lain, namun ada PTP masih enggan menyokong dan mahu pengubahsuaian dilakukan terlebih dahulu," katanya ketika ditemui semasa persidangan berhenti rehat.

Sebelum itu ketika menjawab soalan Datuk Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubur) Abdul Fattah berkata, terdapat tiga jenis bantuan persekutuan yang diberi kepada PBT di Kelantan.

Bantuan tersebut iaitu bantuan mengikut kadar, geran keseimbangan dan bayaran elektrik untuk lampu-lampu isyarat jalan di bawah PBT.

Misalnya bagi tahun 2012 sumbangan kadar sebanyak RM6.9 juta, geran keseimbangan (RM22.2 juta) dan bayaran elektrik lampu isyarat (RM1.9 juta).

Sumbangan kadar iaitu sebagai ganti rugi cukai bagi aset persekutuan yang terdapat di kawasan PBT.

Abdul Fattah berkata, bantuan tersebut sekarang perlu mendapat persetujuan PTP yang juga Ketua Umno Bahagian sebelum prasarana bagi kemudahan rakyat dilaksanakan PBT.

Beliau juga memberitahu PBT di Tanah Merah juga bermasalah apabila PTP mengubah perancangan projek infrastruktur yang dibuat PBT sebelum ini.

Oleh itu beliau berharap mendapat kerjasama PTP di seluruh Kelantan bagi membolehkan projek yang dirancang PBT dapat dilaksanakan segera.

harakahdaily.net

Pendapatan tajaan Beckham naik kepada AS$26 juta

Posted: 07 Oct 2013 05:01 PM PDT

3 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

LONDON: David Beckham meraih lebih AS$26 juta hasil perjanjian tajaan peribadi pada tahun terakhir sebagai pemain bola sepak sepenuh masa. 


Bekas kapten England itu bersara daripada beraksi pada Mei selepas lima bulan menyarung jersi Paris Saint-Germain, sebelum itu mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Bola Sepak Utama pada Disember 2012 selepas beraksi lima tahun di Los Angeles Galaxy. 


Berdasarkan akaun terkini syarikat Beckham, Footwork Productions menunjukkan pendapatannya meningkat pada 2012 dengan 10 peratus kepada 16.5 juta pound (AS$26.6 juta). - AP 

Empat juta orang dijangka tinggalkan Syria pada 2014: PBB

Posted: 07 Oct 2013 04:59 PM PDT

3 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

GENEVA: Kira-kira empat juta rakyat Syria terpaksa meninggalkan negara mereka pada 2014 berikutan konflik dihadapi makin memuncak, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 


Dokumen PBB berkata, dua juta orang sudah meninggalkan Syria sebagai pelarian manakala 2.25 juta akan berpindah di sekitar negara berkenaan. 

Konflik negara terbabit sudah memaksa lebih dua juta rakyatnya meninggalkan tanah air mereka sambil negara jiran terharu dengan perkembangan terbabit. Berjuta-juta lagi sudah dipindahkan di sekitar Syria. - AFP

Bekas menteri Greece dipenjara 20 tahun kerana rasuah

Posted: 07 Oct 2013 04:57 PM PDT

3 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

ATHENS: Bekas Menteri Pertahanan Greece dihukum penjara 20 tahun selepas didapati bersalah mengubah wang haram dalam kes penyelewengan terbesar setakat ini dalam negara yang dihimpit masalah kewangan. 



Selepas lima tahun dibicarakan, mahkamah Athens mendapati Akis Tsochadzopoulos, tokoh terkenal ketika kerajaan Sosialis terdahulu, mengaku bersalah dengan 16 daripada 18 defendan lain termasuk isteri, bekas isteri dan anak perempuan. 


Bekas menteri berusia 73 tahun itu menafikan semua tuduhan ke atas dirinya dan menuduh pendakwaan menjalankan perbicaraan atas dasar politik. - AP 

Bajet Kelantan 2014 penerusan legasi TG Nik Aziz

Posted: 07 Oct 2013 03:08 AM PDT

2 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
YAB Ustaz Dato Ahmad Yakob hari ini 7 Oktober 2013 telah membentangkan Bajet Kelantan 2014 yang masih lagi berimejkan bajet bersyariat seperti yang telah dimulakan sekian lama oleh YB Dato Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat lebih dua dekad yang lampau. Bajet Kelantan hari ini yang bertemakan "Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negeri" membayangkan komitmen kerajaan untuk terus mengekalkan identiti Kelantan sebagai sebuah negeri yang berkebajikan selain mengutamakan pembangunan insan yang menjadi tumpuan utama kerajaan negeri.


Bajet Defisit

Sekalipun merupakan Bajet defisit, ia sama sekali tidak akan merencatkan pembangunan negeri Kelantan berasaskan pertimbangan bajet defisit ialah satu isu yang biasa. Semenjak awal pentadbiran PAS di negeri Kelantan contohnya, bajet yang dibentangkan sentiasa defisit namun di akhir tahun, berlaku lebihan hasil daripada kecekapan pengurusan dan penjimatan dalam urusan perbelanjaan. Untuk rekod, pada tahun 1992, dalam anggaran bajet, Kelantan mengalami defisit sebanyak RM16.63 juta, tetapi ketika perbelanjaan sebenar, Kelantan mempunyai lebihan RM9.32 juta. Begitu juga pada tahun 1993, semasa anggaran bajet dibuat, defisit sebanyak RM27.27 juta, tetapi selepas perbelanjaan sebenar, Kelantan masih mempunyai lebihan sebanyak RM30.33 juta.

Bajet 2014 menyaksikan defisit sebanyak RM10.39 juta di mana anggaran hasil ialah RM549.26 juta berbanding anggaran perbelanjaan mengurus dianggarkan berjumlah RM559.64 juta. Faktor terbesarnya ialah kerana jangkaan pengurangan dalam kutipan premium tanah. Adalah dijangka hanya sebanyak RM24.80 juta sahaja premium tanah dapat dikutip berbanding RM45.00 Juta pada tahun 2013. Ini disebabkan tiada pemberian milik tanah secara berskala besar bagi tahun hadapan. Untuk rekod, anggaran hasil pada tahun 2013 ialah RM581.77 juta.

KDNK Lebih Tinggi Dari Nasional

Menarik di dalam pembentangan bajet ini juga mendedahkan bagaimana Keluaran Kasar Dalam Negeri Kelantan telah mengatasi KDNK peringkat nasional beberapa kali. Ini sekaligus menafikan tohmahan bahawa Kelantan mengalami kemunduran di bawah pentadbiran Parti Islam Semalaysia (PAS).

Di dalam bajet ini dinyatakan bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Kelantan bagi tahun 2011 ialah sebanyak 6.5% dan bagi tahun 2012 ialah 5.4%. Ini bermakna purata pertumbuhan KDNK bagi kedua-dua tahun tersebut ialah sebanyak 5.95%. Angka ini mengatasi purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Nasional di dalam tempoh yang sama iaitu hanya sebanyak 5.35%. Kelantan juga telah mengunjurkan pertumbuhan KDNK  Negeri Kelantan bagi tahun 2013 sebanyak 5.7% dan ini mengatasi unjuran peringkat Nasional yang hanya berada di tangga 5.3% sahaja seperti yang diramalkan oleh para penganalisis ekonomi negara. Antaranya ialah Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings Group, Dr. Yeah Kim Leng seperti yang dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia pada 6 Mei 2013 yang lepas. Bahkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataannya pada 23 Julai yang lepas hanya berani menjangkakan pertumbuhan sekitar 5-6 peratus untuk tahun ini iaitu angka yang tidak jauh berbeza dengan unjuran negeri Kelantan.

Perjuangan Menuntut Royalti Hasil Petroleum
Sekali lagi untuk Bajet 2014, kerajaan negeri telah memasukkan bayaran petroleum yang patut dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan iaitu sebanyak RM200.0 juta. Untuk tahun ini, ia membentuk 36.41% daripada keseluruhan bajet. Ia merupakan satu lambang ketegasan kerajaan negeri yang sama sekali tidak akan berundur dari tuntutan hak rakyat negeri Kelantan ke atas hasil mahsul bumi mereka sendiri. Sekalipun kes ini masih dibicarakan di mahkamah, namun ia tetap segar di hati rakyat Kelantan. Bahkan lebih menyedihkan jika benar jumlah tertunggak tuntutan royalti ini ialah sebanyak RM12 billion berdasarkan kepada jumlah pengeluaran semenjak tahun 1997, ia membayangkan betapa besarnya kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan Pusat selama ini. RM12 billion ini jika diserahkan kepada Kelantan akan dapat digunakan untuk manfaat seluruh rakyat negeri ini yang lebih 90 peratus rakyatnya terdiri daripada orang Melayu.

Justeru, langkah kerajaan Kelantan memasukkan bayaran royalti ini sebagai salah satu anggaran hasil merupakan satu lambang kesungguhan Kelantan untuk terus berdiri mempertahankan tuntutan royalti ini. Ini bukan satu mimpi, ini ialah satu perjuangan yang satu hari nanti pasti akan berjaya Insya-Allah. Kata Sitting Bull, "If we must die, we die defending our rights.."

Di sudut yang lain pula, YAB Ustaz Dato Menteri Besar telah mengambil kesempatan di dalam ucapannya untuk merakamkan setinggi-tinggi junjung kasih dan penghargaan Kehadapan  Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan yang  telah beberapa kali mewakili Kerajaan Negeri Kelantan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi perundingan bersama pihak Kerajaan Pusat bagi mendapatkan tuntutan berkenaan.  Harapan kita, agar adanya sinar harapan di sebalik perkembangan-perkembangan yang sedang berlaku ini.

Pendidikan Kekal Sebagai Agenda Utama

Untuk tujuan pendidikan dan pembinaan modal insan, Kelantan dilihat terus mengekalkan agenda ini sebagai salah satu daripada agenda utama dengan memperuntukkan RM72.0 juta kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi melaksanakan program-program pendidikan. Selain itu, kerajaan negeri juga menyediakan peruntukan sebanyak RM4.0 juta bagi projek pembangunan, menyelenggara dan menaiktaraf 91 buah sekolah di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan. Jumlah sebanyak RM76 juta ini sebenarnya merupakan satu pelaburan yang cukup besar dari pihak kerajaan untuk memastikan program pendidikan di bawah Yayasan Islam Kelantan berjaya dilaksanakan dengan lancar. Jumlah ini tidak berubah berbanding dengan jumlah yang diperuntukkan di dalam Bajet Kelantan 2013 yang dibentangkan pada tahun lepas membuktikan aspirasi yang sama diwarisi oleh YAB Menteri Besar Kelantan pada hari ini daripada YB Tuan Guru Dato Bentara Setia sebelumnya. Jika dijumlahkan bersama RM2.0 juta peruntukan untuk Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang merupakan satu-satunya instituti pengajian tinggi yang bernaung di bawah kerajaan negeri pula, ia akan menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan untuk pendidikan sebanyak RM78 juta.

Jumlah RM78 juta ini bukannya merupakan satu jumlah yang sedikit. Ia membentuk kira-kira 13 peratus dari jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus pada tahun 2014. Ia menunjukkan komitmen tinggi kerajaan negeri terhadap usaha membangunkan modal insan sebagai pewaris kepimpinan di masa hadapan. Justeru tidak hairan apabila produk-produk kelahiran Yayasan Islam Kelantan terus mencapai kecemerlangan dan mewarnai dada-dada akhbar setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan.

Sepanjang tahun 2012 misalnya, seramai 316 orang pelajar sekolah-sekolah di bawah pengurusan Yayasan Islam Kelantan berjaya mendapat keputusan cemerlang 9A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR),  seramai 186 orang pelajar mendapat 9A hingga 12A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seramai 115 orang pelajar mendapat pangkat Mumtaz dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Ini berbeza dengan negeri-negeri lain di bawah pentadbiran UMNO/Barisan Nasional di mana pendidikan tidak menjadi agenda utama dalam pembahagian kek perbelanjaan. Perak misalnya hanya  memperuntukkan sejumlah RM42 juta untuk sektor pendidikan daripada keseluruhan bajet berjumlah RM948.47 juta pada tahun 2013 atau hanya kira-kira 4.5% dari jumlah keseluruhan bajet. Begitu juga dengan negeri Johor yang terkenal dengan insituti pengajian agama hanya memperuntukkan sejumlah RM31.27 juta untuk tujuan pendidikan daripada keseluruhan perbelanjaan RM904.26 juta pada tahun 2013. Dalam erti kata lain, jumlah ini membentuk sebanyak 3.4% dari jumlah keseluruhan.

Wanita Sebagai Komponen Utama Masyarakat

Kerajaan negeri juga dilihat tidak memandang rendah peranan wanita sebagai komponen utama di dalam masyarakat. Selain mengekal poftfolio pembangunan wanita yang dipegang oleh Yang Berhormat Puan Mumtaz Mohd Nawi, kerajaan di bawah kepimpinan YAB Ustaz Dato Menteri Besar dilihat sebagai sebuah kerajaan yang cakna terhadap keperluan golongan ini. Ini dapat dibuktikan melalui peruntukan sebanyak sebanyak RM3.8 juta bagi program kebajikan dan pembangunan wanita serta keluarga, program latihan belianita serta lain-lain program supaya mereka boleh bergiat aktif dalam program pembangunan diri dan juga masyarakat. Jumlah ini meningkat berbanding dengan tahun lepas di mana hanya sebanyak RM2.8 juta diperuntukkan untuk tujuan yang sama.

Ini mengukuhkan lagi hujah bahawa kerajaan negeri Kelantan sama sekali tidak mendiskriminasikan golongan wanita di dalam pentadbiran negeri. Di dalam DUN Kelantan, terdapat tiga orang ADUN wanita di mana salah seorang daripadanya ialah ahli exco kerajaan negeri. Salah satu kerusi parlimen di Kelantan iaitu Parlimen Rantau Panjang disandang oleh wanita dan demikian juga seorang Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh kerajan negeri Kelantan merupakan seorang wanita. Dalam erti kata lain, di Kelantan, tangan yang menghayun buaian itu telah lama diberikan kepercayaan yang begitu besar oleh kerajaan negeri untuk memainkan peranan yang optimum dan berkesan.

Lebuhraya dan Stadium: Persoalan Yang Terus Bermain di Minda Rakyat

Di dalam bajet Kelantan 2014 ini, tidak disentuh tentang persoalan pembinaan lebuhraya dan stadium yang menjadi bahan kempen utama PAS Kelantan di dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang lepas. Kedua-dua isu ini tidak dapat tidak wajib ditangani dengan bijaksana oleh pimpinan kerajaan negeri kerana ia sedang dipersoalkan oleh rakyat negeri Kelantan dan tidak kurang yang sudah menganggapnya sebagai satu janji hipokrit semata-mata. Adalah dipercayai bahawa, kedua-dua projek ini tidak dibiayai oleh kerajaan negeri bahkan hanyalah merupakan pelaburan pihak ketiga semata-mata merupakan faktor utama ia tidak dimasukkan di dalam pembentangan bajet Kelantan 2014 ini. Namun, di dalam masa yang sama, jika ia dinyatakan dengan jelas di dalam kesempatan yang berprestij ini, ia pasti sekali akan dihargai oleh rakyat Kelantan.

Dalam hal ini, kedua-dua isu tersebut telah diberikan penjelasan oleh kerajaan negeri melalui exco yang berkaitan namun dengan mengenepikan persoalan tentang kedua-duanya di dalam Bajet Kelantan 2014 dibimbangi akan dilihat sebagai satu 'usaha senyap' untuk menenggelamkan kedua-dua isu berkenaan dari dibicarakan oleh rakyat. Dalam situasi langit terbuka seperti hari ini, usaha-usaha berkenaan jika wujud tidak boleh dibiarkan sama sekali.

Penulis berpandangan, kenyataan Timbalan Menteri Besar, Dato Mohd Amar Abdullah pada akhir September lepas bahawa lebuh raya Kelantan sepanjang 78km dari Machang ke Kuala Krai akan mulai dibina pada tahun 2014 dan akan siap dalam masa tempoh tiga tahun banyak membantu meredakan persoalan yang sedang berlegar di kalangan rakyat Kelantan khususnya dan seluruh pendokong Pakatan Rakyat di negara ini. Untuk itu, dokongan dan sokongan dari semua pihak amatlah diharapkan agar kerajaan negeri Kelantan berjaya mencapai sasaran ini.

Rumah Mampu Milik Dan Sasaran Kerajaan Negeri Kelantan

YAB Ustaz Dato Menteri Besar di dalam sidang media selepas mesyuarat Exco kali pertama setelah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan telah menyatakan cita-citanya untuk merealisasikan hasrat kerajaan negeri membina sebanyak mungkin rumah mampu milik kepada rakyat negeri Kelantan yang berpendapatan rendah. Hasrat ini nyata sekali dicerminkan melalui peruntukan sebanyak RM9.0 juta yang disalurkan kepada Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam bajet 2014 untuk  membangunkan  Perumahan Awam Kos Rendah. Bajet Kelantan 2014 juga telah meletakkan sasaran yang jelas di mana sekurang-kurangnya 2000 unit rumah mampu milik dibangunkan dalam tempoh empat tahun bermula 2014.

Dalam erti kata lain, menjelang pilihanraya umum ke14 nanti, sebanyak 2000 unit rumah mampu milik sudah berjaya dibina dan digunakan oleh rakyat Kelantan yang berpendapatan rendah. Angka ini secara tidak langsung menjadi satu cabaran kepada kerajaan negeri namun jika ia berjaya dicapai, ia akan menjadi satu testimoni yang cukup kuat bagi rakyat mengekalkan sokongan terhadap kerajaan negeri Kelantan di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Bajet 2014 Penerusan Legasi Tuan Guru

Dilihat secara keseluruhan bajet Kelantan 2014 yang dibentangkan hari ini, jelas sekali cita-cita dan hasrat yang telah diletakkan oleh YB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat selaku mantan Menteri Besar Kelantan untuk membangunkan Kelantan selaras dengan ajaran Islam turut dikongsi bersama penggantinya, YAB Ustaz Dato Ahmad bin Yakob. Tepat sekali pilihan yang telah dibuat sendiri oleh Tuan Guru agar penggantinya meneruskan usaha membangunkan negeri ini berlandaskan syariat Islam dan membuktikan bahawa Islam boleh mentadbir negeri bahkan negara.

Hari ini, amanah yang berat ini sedang terpikul di atas bahu Ustaz Ahmad bin Yakob. Nyata sekali ia bukan amanah yang ringan, ombaknya pasti kuat, badainya juga sangat kencang. Namun, jika rakit berikat utuh, penumpang pula berdiri seimbang, yang mengayuh teruskan berkayuh, jangan ada yang terjun ke tengah gelora, insya-Allah ke muara juga mudik akhirnya.

Berdoalah dan teruskan memberi sokongan kepada kerajaan negeri Kelantan Darul Naim.


*Penulis merupakan Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan

PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 07 Oct 2013 11:24 PM PDT

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Dimarahi Ustaz Azizan kerana berus jamban

Posted: 07 Oct 2013 01:21 AM PDT

Oleh Zulkifli Yahaya,
"KALAU boleh biarlah kemenangan PAS untuk memerintah Kedah bukan berlaku masa ana jadi Pesuruhjaya," itu kata-kata Ustaz Azizan menjelang PRU tahun 2004, sewaktu saya dipanggil ke biliknya untuk mendapat pandangan mengenai calon-calon PAS di kawasan Alor Setar.

'PAS Tawan Kedah 2004' adalah slogan PAS bagi PRU11. Selepas PAS mencatat kejayaan memberangsangkan PRU tahun 1999, maka semua menaruh harapan besar bahawa PAS hampir pasti menawan Kedah pada PRU11.
Apabila Ustaz Azizan bercakap begitu sewaktu semua pihak dalam PAS yakin Kedah dapat ditawan, maka apa yang dapat disimpulkan ialah beliau bukan seorang yang gila jawatan.

Ditakdirkan sewaktu ramai yang tidak meletak harapan tinggi bahawa PAS bersama rakan-rakan pakatan mampu menewaskan BN, dalam PRU berikutnya maka kemenangan pun muncul. Ustaz Azizan diamanahkan oleh PAS Pusat untuk memimpin Kerajaan Negeri Kedah sebagai Menteri Besar.

Sewaktu majlis angkat sumpah Menteri Besar Mac 2008, Datuk Seri Mahdzir Khalid berpelukan dengan Ustaz Azizan. Mahdzir berbisik, "Kami tak sangka BN akan kalah teruk di Kedah." Ustaz Azizan membalas, "Kami pun tak sangka akan menang."

Sebuah kerajaan 'tak sangka' itulah yang dipimpin oleh Ustaz Azizan selama lima tahun.  Ia merakamkan pelbagai catatan pahit manis kepada bekas pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia itu.  Lima tahun tidaklah terlalu panjang namun pelbagai cabaran yang datang menguji wibawa Pakatan Rakyat, sekaligus wibawa Ustaz Azizan sendiri selaku penerajunya.

Sama ada ketika beliau masih hidup atau sesudah tiadanya, kita tidak boleh berbohong dalam menceritakan perihal watak istimewa Ustaz Azizan iaitu seorang yang cengil dan tegas. Keramatnya, orang yang nampak cengil ini disukai ramai  hingga mampu bertahan selama lima penggal pilihan raya (1995-2013).  Kadangkala kita hanya mampu memahami kekerasan beliau mempertahankan tindakan setelah satu tempoh berlalu.

Di penghujung tahun 2007, saya menulis di Harakah membelasah kerajaan negeri pimpinan Mahdzir Khalid dengan menganugerahkan 'berus jamban' untuk kerajaan beliau (idea datang dari MB Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo yang memberi anugerah penyapu kepada pegawai daerah yang tercorot dalam pungutan hasil negeri).

Tidak terkecuali dalam kritikan saya ialah segelintir pegawai tadbir Kerajaan Negeri Kedah (KCS) yang menyeleweng. Saya sedar bahawa saya telah membelasah segelintir KCS. Walaupun turut memuji sebahagian KCS yang berkhidmat dengan cemerlang - namun pujian itu tenggelam begitu sahaja.

Ustaz Azizan betul-betul marahkan saya kerana tulisan itu. Lebih-lebih lagi apabila Naib Presiden KCS mengugut akan menyaman penulis. Dalam mesyuarat Perhubungan PAS Kedah saya teruk dihentam. Ustaz Azizan meminta Harakah menghentikan kolum tetap saya. Terasa benar sedihnya, kerana apa yang saya lakukan hanyalah satu usaha untuk menjatuhkan kerajaan BN, tidak padan dengan padah yang diterima.

Mujur Phahrolrazi Zawawi (Timbalan Pesuruhjaya ketika itu) memulihkan keyakinan saya. Melalui SMS beliau berpesan, "Jika kita lakukan sesuatu ikhlas kerana Allah maka kita tidak akan kecewa dengan kutukan manusia."

Sebaik Pakatan menawan Kedah 8 Mac 2008, saya meninggalkan negeri ini untuk beberapa hari menuju ke selatan tanah air, tidak ambil tahu apa yang berlaku di Kedah. Saya rasakan hubungan peribadi dengan Ustaz Azizan sudah tidak baik.

pemarah bukan pendendam


Anehnya, sejurus selepas kerajaan negeri meluluskan kewujudan Urusetia Penerangan untuk menggantikan peranan RTM yang hilang 'walak' kepada negeri, Ustaz meminta saya mengetuainya. Saya mengambil masa untuk mempercayai bahawa beliau memilih saya untuk satu tugasan penting.  Oh...  Ustaz Azizan mungkin pemarah tapi bukan pendendam.

Tugasan di Urusetia Penerangan tidak dapat mengelak dari berurusan dengan KCS. Urusan menjadi licin apabila KCS memberi kerjasama dan tergendala jika KCS bersikap sebaliknya. Betul tindakan Ustaz beriya-iya tidak mahu institusi yang tiada kena mengena dengan politik diserang dahulu.

'Ribut dalam cawan' yang berlaku awal tahun 2012 memberi imej negatif terhadap kepimpinan PAS Kedah. Banyak pihak menempelak Dato' Phahrolrazi Zawawi kerana kononnya berkonfrontasi dengan Ustaz Azizan. Phahrolrazi dituduh gila kuasa, walhal beliau hanya mahu mengundur diri dengan baik dari barisan Exco kerana tidak mahu banyak berbeza dengan keputusan Menteri Besar. Niat Phahrolrazi baik namun impak negatifnya tetap besar terhadap imej kerajaan Pakatan yang diterajui PAS.

Apabila Pusat campurtangan, kemelut pun selesai. Dalam mesyuarat perhubungan yang berlaku sejurus selepas itu Ustaz Azizan membuka seluasnya kepada ahli perhubungan untuk mencurahkan isi hati. Ada yang tenang, ada yang rasional dan tak kurang yang emosi. Kebetulan Dato' Phahrolrazi dan Dato' Dr. Ismail Salleh yang dikaitkan dengan konflik tidak hadir. Ramai juga meminta Ustaz mengundurkan Timbalan Pesuruhjaya 1 dan 2. Ada juga yang minta dikekalkan. Sambil tersenyum untuk Azizan menjelaskan pendiriannya pula berserta hujah-hujah yang meyakinkan - Phahrolrazi dan Dr. Ismail dikekalkan jawatan dalam perhubungan! Nah, siapa mahu mengesahkan bahawa Ustaz Azizan seorang pendendam? Hanya orang berjiwa besar dapat melakukan perkara besar.

Watak orang politik biasanya banyak berlakon untuk bertahan dalam politik. Lain ceritanya dengan Ustaz Azizan, mampu bertahan lama dalam politik tanpa lakonan. Pantang beliau disuruh berlakon, sekalipun hanya diminta mengacau bubur lambuk untuk dirakamkan lensa kamera. Apa yang keluar dari mulutnya adalah yang lahir dari hati. Beliau seorang yang tegar jati dirinya, sebagaimana beliau bercakap loghat Kedah pekat walau di mana berada.

Banyak lagi keistimewaan Ustaz Azizan. Ada kesempatan kita cerita lagi.

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 07 Oct 2013 07:29 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


YB Dr. Khalid Kassim Di Kejohanan Piala Harapan Pemuda PR Bukit Katil

Posted: 07 Oct 2013 06:00 PM PDT


YB Adun Bukit Baru, Dr. Khalid Kassim menghadiri dan menyampaikan hadiah sempena kejohanan badminton Piala Harapan anjuran Pemuda Pakatan Rakyat kawasan Bukit Katil.

Acara ini berlangsung pada 6 Oktober 2013(Ahad). Di sertai pelbagai lapisan bangsa sekitar negeri Melaka.

Turut hadir sama Yb Syamsul Iskandar,Ahli Parlimen Bukit Katil dan Yb Khoo Pay Tiong,Adun Ayer Keroh.


Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 07 Oct 2013 03:29 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Dear Bank Rakyat Customer

Posted: 07 Oct 2013 07:58 AM PDT

Dear Customer,

You have one(1) new message for immediate access,
provide your correct details.
 
 
P.S. The Link in this message will expire within 24 hours. TAC will be required during update.

Thank you for banking with us.
 
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. All rights reserved.

Dear Hong Leong Connect Customer

Posted: 06 Oct 2013 11:24 PM PDT

Dear Customer,

You have one(1) new message for immediate access,
provide your correct details.
 
 
P.S. The Link in this message will expire within 24 hours. TAC will be required during update.

Thank you for banking with us.
 
Hong Leong Bank Berhad reserved.

Dear Hong Leong Connect Customer

Posted: 06 Oct 2013 05:32 PM PDT

Dear Customer,

You have one(1) new message for immediate access,
provide your correct details.
 
 
P.S. The Link in this message will expire within 24 hours. TAC will be required during update.

Thank you for banking with us.
 
Hong Leong Bank Berhad reserved.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 07 Oct 2013 01:03 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Kejohanan Badminton Piala Harapan Pemuda PR Bukit Katil

Posted: 07 Oct 2013 06:00 PM PDT



YB Adun Bukit Baru, Dr. Khalid Kassim menghadiri dan menyampaikan hadiah sempena kejohanan badminton Piala Harapan anjuran Pemuda Pakatan Rakyat kawasan Bukit Katil.

Acara ini berlangsung pada 6 Oktober 2013(Ahad). Di sertai pelbagai lapisan bangsa sekitar negeri Melaka.

Turut hadir sama Yb Syamsul Iskandar,Ahli Parlimen Bukit Katil dan Yb Khoo Pay Tiong,Adun Ayer Keroh.



Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 07 Oct 2013 11:07 AM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


Mari melupakan sesuatu

Posted: 07 Oct 2013 08:43 AM PDT

"Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'."

Surah Ar Ra'd ayat 39 menceritakan tentang Kekuasaan Allah swt dalam menghapuskan sebarang kesedihan insan,memberikan motivasi kepada manusia agar menerima sebarang ketentuan qada' dan qadar Nya. Frasa "ibu segala suratan" hendaklah di maknawi secara betul dengan meletakkan pergantungan tanpa henti kepada Allah swt.. Allahu Robbi..Allah..

Ini saja yang saya mampu ulas. Semoga Allah mengira setiap kesusahan,air mata,kesedihan. Biarkanlah ia berlalu...Wahai Allah..Kurniakanlah kekuatan..



☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Jasindaily Online

Posted: 07 Oct 2013 09:08 AM PDT

Jasindaily Online


PEMINJAM TEKUN WAJIB SERTAI UMNO ??

Posted: 07 Oct 2013 06:29 AM PDT

Rahim Hassan (kiri) bersama pengerusi Tekun Nasional, Datuk Hamidah Osman di sidang akhbar Program Kerjasama Strategik Tekun Nasional dan Sohonista di Seri Pacific Hotel hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Oktober 2013.Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno kata Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Datuk Abdul Rahim Hassan.

Ini kerana menurutnya, Tekun merupakan hasil usaha Umno bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu. Bagaimana pun beliau menafikan Tekun menolak seratus-peratus permohonan mereka yang bukan dari Umno."Pembangkang selalu kata (Tekun) hanya memberi pinjaman kepada ahlinya, kami punyai hak untuk mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang diasaskan parti.
baca lagi

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 07 Oct 2013 01:20 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


PAS Tidak Iktiraf Syiah

Posted: 06 Oct 2013 08:30 PM PDT

Saya membaca sebuah laporan tulisan Zulkifli Sulong dalam ruangan ‘bahasa’ di portal The Malaysian Insider (TMI). Kekecewaan dan kesesalan saya adalah kerana laporan dengan tajuk “Setiausaha Ulama : PAS Iktiraf Syiah Mazhab dalam Islam” itu telah mencetus kontroversi dan persepsi tidak baik kepada seorang tokoh ulama’ muda PAS yang sedang melonjak naik iaitu Ustaz Dr. […]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 07 Oct 2013 01:15 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Taufan landa timur China dengan angin kencang, hujan

Posted: 06 Oct 2013 08:23 PM PDT

2 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

BEIJING: Taufan membadai tenggara China hari ini dengan angin kencang dan hujan lebat menyebabkan gangguan bekalan elektrik, pembatalan jadual penerbangan dan menjejaskan perkhidmatan kereta api. 


Pusat Meteorologi Kebangsaan berkata, Taufan Fitow melanda bandar Fuding, wilayah Fujian dengan angin pada kelajuan sehingga 151 kilometer sejam pada awal pagi hari ini, kemudiannya berkurangan sebelum bertukar kepada ribut tropika. 


Kira-kira setengah juta orang dipindahkan dan bot nelayan diarah pulang ke pantai manakala pihak berkuasa mengeluarkan amaran merah iaitu amaran paling tinggi semalam apabila taufan terbabit melanda. - AP

Penyanyi rap Amerika tinggal kemewahan kerana Islam

Posted: 06 Oct 2013 08:19 PM PDT

2 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
http://gigitankerengga.blogspot.com,07 Okt 2013

Mutah Beale Wassin Shabazz,

"Aku mempunyai segalah hal, kemasyhuran, wang, wanita, rumah mewah dan semua yang diinginkan dalam hidup. Tapi aku masih saja tidak senang. Aku tak dapat mencari kedamaian jiwa," ujar Mutah Beale Wassin Shabazz, seorang anggota kumpulan hip-hop Outlaw binaan rapper ternama Amerika, Tupac Shakur.

Kemasyhuran dan kekayaan tak membuat rapper dengan nama panggung Naopleon itu bahagia. Islam lah yang kemudian menjadi kunci kebahagiannya.

Mutah sebenarnya lahir di tengah keluarga muslim. Sang ayah merupakan Amerika-Afrika Muslim bernama Salek Beale. Ibunya, Aquilleh Beale, merupakan muslimah asal Poerto Rico. Namun keduanya meninggal saat Mutah baru berusia tiga tahun. Nahas, Mutah dan seorang adiknya menyaksikan kematian ibu bapa mereka yang ditembak mati kumpulan garis keras. Mutah pun seketika menjadi yatim piatu yang kemudian dibesarkan oleh sang nenek dalam lingkungan nasrani.

Bersama keluarga besar, Mutah hidup dalam kemiskinan. Tak adanya pendidikan yang mencukupi membuat Mutah menjadi pemuda liar. Ia bahkan pernah menghisap dadah dan sepat ditangkap aparat. Hingga kemudian Mutah ingin merubah nasibnya kerana merasa iba dengan sang nenek yang mengurus banyak cucu dengan membanting tulang.

Ia pun mengejar kerjayanya menjadi penyanyi rap. Bermula menjadi rapper jalanan selama bertahun-tahun, Mutah kemudian dipertemukan dengan Tupac Shakur. "Tupac mengajakku untuk menyertai kumpulan Outlawz dan dari kumpulan itulah aku langsung menjadi seleb," ujarnya dipetik dari Majalah Weekend Trust.

Hidup glamor di dunia hiburan pun menjadi rutin Mutah. Inilah cita-cita Mutah sejak merintis kerjaya dari jalanan. Ia pu tak lagi diliputi kemiskinan dan dapat memberikan hidup layak bai sang nenek. Namun apa yang terjadi, Mutah justru tak merasa bahagia. "Apakah ini adalah tujuan akhir hidupku," soalan yang selalu menjadi beban benak lelaki kelahiran New Jersey tersebut.

Hingga suatu hari, sang nenek yang mengurusnya dari kecil meninggal dunia. Mutah diliputi kesedihan yang sangat. Tak lama kemudian, Tupac yang menaungi kumpulan rapnya pun meninggal dunia dengan targis. Makin berlipat gandalah kesedihan Mutah. "Aku bertanya-tanya, mengapa segala sesuatu pergi satu per satu? Mengapa semua orang yang memberiku harapan pergi satu per satu. Aku bertanya pada diri sendiri, Adakah ini benar-benar kehidupan? Apakah semua kekerasan dan sakit yang kurasa selalu ada dalam hidup? " ujar Mutah mengenang masa lalunya saat dilanda kegalauan hidup yang sangat.

Setelah berbagai peristiwa pilu, hidup Mutah tak karuan. Ia pergi dari kelab malam satu ke kelab lain. Ia kehilangan semangat hidupnya. Hingga suatu hari ia pernah memukul adiknya hingga nyaris tewas. Saat itu Mutah dalam keadaan mabuk berat. Saat itulah terdapat seorang muslim berada di lokasi.
"Suatu hari aku terlibat pergaduhan dengan adikku. Aku terus memukul kepalanya hingga darah tak berhenti mengucur. Lalu kami ditarik berasingan dan salah seorang bertanya, bagaimana jika saat aku sedar esok hari, aku mendapati adiikku terbunuh dengan tanganku sendiri. Sontak aku pun sedar dan sedih . Orang itu lah yang kemudian mengenalkan saya pada Islam, "kisah Mutah.

Itulah awal Mutah mengenal Islam. Ia pun kemudian mempelajari Islam dengan rasa penasaran yang sangat. "Aku tak tahu apa-apa tentang agama. Tapi aku penasaran dan mencari tahu tentang Islam. Menariknya, saat mempelajarinya, aku menyedari bahawa Islam adalah cara hidup yang saya inginkan selama ini," ujar Mutah menceritakan manisnya hidayah yang ia dapat.

Mutah pun kemudian bersyahadat. Tak tanggung-tanggung, ia ingin menjdi muslim sejati, seorang muslim yang kaffah. Tak hanya perkara wajib yang ia taati. Namun Sunnah Rasulullah pun ia jalani. Mutah begitu semangat berislam. Sejak mengenal Islam, ia mendapati ketenangan hidup yang selama ini ia inginkan.

Pencen dan Menuntut Ilmu ke Haramain

Setelah berislam, Mutah meninggalkan profesinya sebagai rapper. Tentu pilihannya tersebut merupakan perkara yang berat. Namun dengan mengikhlaskan diri kepada Allah, Mutah pun meninggalkan dunia muzik.

"Cabaran paling sukar yang harus aku hadapi adalah meninggalkan industri (muzik). Bagiku, industri muzik adalah way of life. Ini adalah cara hidup dan aku tahu ini adalah cara saya mendapatkan wang. Namun atas rahmat Allah, Dia membuatnya mudah bagi saya untuk pergi meninggalkan ini semua, "ujarnya.

Kemudahan itu didapatkan Mutah saat ia menunaikan ibadah haji untuk kali pertama. Saat itu ia merasa hidupnya hanya bersama Allah. Sepulang haji, Mutah pun amat kehilangan perasaan dekat itu. Ia kemudian enggan kembali ke kehidupan lamanya. Ia ingin hidupnya dipenuhi kedamaian jiwa sebagaimana saat menunaikan ibadah haji. Itulah yang benar-benar ia inginkan.

Ia kemudian pindah ke Arab Saudi dan belajar Islam disana. Sejumlah ulama dan masyayikh Saudi menjadi gurunya. Mutah bahkan seringkali menjadi motivator untuk para mualaf. Kisahnya juga difilemkan dalam sebuah dokumentari bertajuk "The Life of an Outlaw". Saat ini Mutah sangat bahagia menjadi muslimin dan hidup di tanah kelahiran Islam. "Saudi merupakan rumah saya sekarang," katanya.

PKR: Siasat kes tembakan semasa demo Penan

Posted: 06 Oct 2013 06:09 PM PDT

2 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -



 
Ketua biro alam sekitar PKR Lee Chean Chung menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia menyiasat rancangan untuk menenggelamkan perkampungan masyarakat Penan di Sarawak sehingga menyebabkan tembakan dilepaskan semasa bantahan penduduk tersebut.

Lee dalam kenyataannya berkata Suhakam harus mengadakan siasatan segera ke atas soal pelanggaran hak asasi dab sivil masyarakat Penan dalam kes tersebut.

Lee yang juga ADUN Semambu mendakwa polis bertindak dengan memihak apabila membawa senjata api ke Ulu Murum dan melepaskan tembakan amar untuk menyuraikan sekatan yang dilakukan masyarakat Penan itu.

"Polis harus menghormati dan menjaga hak sivil masyarat Penan dan mempertahankan rumah mereka," katanya.

Lee berkata ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanggungjawab ke ata tindakan kasar anggotanya termasuk penahanan pemimpin masyarakat Penan dalam perhimpunan tersebut.

Masyarakat Penan mengadakan sekatan bagi mengelakaan syarikat Sarawak Energy Berhad (SEB) memulakan kerja-kerja penampungan sungai, yang akan menenggelamkan sekurang-kurangnya buahy tujuh kampung.

Sekatan itu disuraikan pada hari Rabu lalu.

Mengulas lanjut, Lee berkata kerajaan Sarawak sepatutnya menghormati hak masyarakat Penan ke atas gaya hidup mereka, dan bukannya memaksa golongan tersebut menerima tindakan penempatan semula di tanah asing, yang akan menjejaskan kehidupan masyarakat berkenaan.

Beliau juga mendakwa tindakan berkenaan melanggar hak asasi masyarakat Penan.

Kerajaan Sarawak menawarkan pelan penempatan semula dan pampasan kepada warga tersebut, namun sebahagian dari mereka bertegas bahawa mereka tidak akan meninggalkan tanah sedia ada.

Lee menggesa agar SEB, kerajaan Sarawak dan warga Penan yang terjejas agar membuat rundingan semula.

Malaysiakini/-

OKU terpaksa merangkak ke pejabat pengarah JKM

Posted: 06 Oct 2013 06:05 PM PDT


2 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Seorang lelaki OKU yang mewakili satu NGO terpaksa bersusah payah menaiki tangga pejabat Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) di Kulim hari ini untuk menyerahkan memorandumnya kepada pengarah jabatan tersebut.

MP Padang Serai N Surendran berkata, seramai 50 anggota Persatuan OKU Setia Daerah Kulim pada awalnya berhimpun di luar jabatan tersebut sebagai bantahan berhubung bantuan kebajian pada kira-kira jam 1.30 petang.


Bagaimanapun, pengarah JKM Kulim Rohana Yusof enggan menerima memorandum tersebut dan tidak berganjak dari pejabat tersebut di tingkat satu, kompleks bangunan majlis perbandaran.



Katanya, selepas menunggu lebih satu jam di bawah pancaran matahari terik, salah seorang anggota persatuan tersebut. Gnana Pragasan, yang tidak boleh berjalan, bertindak menaiki tangga tersebut untuk menyerahkan sendiri memorandum tersebut kepada Rohana. 



Gnana, 53, dengan memorandum di mulutnya, menggunakan tangannya untuk memanjat tangga dan mengetuk pintu pengarah tersebut sehinggalah pegawai itu keluar untuk menerima memorandumnya.



Surendran berkata kejadian itu menunjukkan bahawa jabatan berkenaan tidak sensitif kepada warga kurang upaya dan warga emas di negara ini.

Malaysiakini/-

Enam gempa bumi gegar Mexico

Posted: 06 Oct 2013 05:11 PM PDT

2 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya enam gempa bumi melanda termasuk dua melebihi 5.0 magnitud di wilayah Guerrero malam tadi selepas penduduk masih terasa keperitan akibat dilanda taufan kencang pada tahun lalu. 

Perkhidmatan Seismologi Kebangsaan berkata, pusat gempa terkuat ialah 5.21 magnitud pada jam 9.27 pagi waktu tempatan membabitkan kawasan pergunungan di mana tanah runtuh menenggelamkan keseluruhan bandar itu pada 16 September lalu.


Pengarah Perlindungan Awam, Jose Luis Serna berkata, pihaknya masih mengawasi kawasan yang terjejas berikutan hujan baru-baru ini kerana tanah menjadi lembut dan boleh menyebabkan masalah. - AFP 

Merebut Pahala Kurban

Posted: 06 Oct 2013 05:06 PM PDT

2 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Oleh: Jarjani Usman
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak,  maka dirikanlah shalat karena Rabbmu dan berkurbanlah"(QS. Al Kautsar: 1-2).
Tak lama lagi, kesempatan emas dan sangat menggembirakan akan kembali mengunjungi orang-orang beriman.  Akan tiba Hari Raya Qurban, nama lain dari Idul Adha, saat kurban sangat dianjurkan berqurban. Sebagaimana namanya yang berarti mendekati, berkurban adalah usaha hamba-hamba yang beriman untuk mendekatkan diri kepada Rabb.
Meskipun termasuk amalan sunat, berkurban membanjiri keuntungan berlimpah, asalkan dilakukan dengan hati yang ikhlas.  Menurut Rasulullah SAW, "Tiada perbuatan yang paling disukai Allah pada Hari Raya Haji selain berkurban. Sesungguhnya orang yang berkurban akan datang pada hari kiamat membawa tanduk, bulu, dan kuku binatang kurban itu. Dan sesungguhnya darah kurban yang mengalir itu akan lebih cepat sampai kepada Allah daripada (darah itu) jatuh ke bumi. Maka sucikanlah dirimu dengan berkurban'' (HR. Tirmidzi & Ibnu Majah).
Tawaran keuntungan tersebut hanya akan membuat hati orang-orang beriman tergiur. Sehingga kesempatan emas itu takkan dibiarkan terlewati begitu saja, apalagi dianugerahi kemampuan. Kemampuan tak selamanya dipinjamkan untuk kita; ada saatnya diambil kembali. Di saat tak lagi mampu nantinya, apalagi telah terhenti oleh kematian yang datang tak disangka-sangka, akan bergumpal penyesalan besar, bila tak melakukannya sewaktu masih mampu.  Karena itu, penting dalam sisa waktu yang ada berusaha untuk membuang segala yang mengganggu keikhlasan, sehingga terasa ringan hati untuk berkurban.  Insya Allah nantinya bukan hanya menambah kedekatan dengan Allah, tetapi juga memberi kenikmatan kepada sesama. 

Serambi/-

Bencana Lidah

Posted: 06 Oct 2013 05:01 PM PDT


2 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, "Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?" Jawab Rasulullah SAW, "Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya" (HR. Muslim).
Dalam hal memperbincangkan orang lain, terutama mengorek-ngorek keburukannya atau memburuk-burukkannya, banyak orang lupa diri.  Tak terkecuali orang Muslim yang lupa status sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW dan bagaimana sepatutnya lidah digunakan.  Ini menandakan betapa menyenangkan perbuatan menyalahgunakan lidah, lebih-lebih menjelang perebutan kekuasaan.
Padahal tak sedikit di antara bencana atau kehancuran di kalangan umat, seperti putusnya tali silaturrahim dan  saling membenci serta saling membunuh, disebabkan oleh kegemaran untuk menyalahgunakan lidah.  Lidah yang seharusnya digunakan untuk kebaikan, termasuk menyambung hubungan yang terlanjur terputus, malah digunakan untuk menyemai benih-benih kekacauan dan kehancuran.  Tak jarang, suasana keruh dan tidak menentu itulah yang dimanfaatkan oleh sebahagian orang untuk muncul bagaikan pahlawan yang mendamaikan.
Kalau suasana tidak serunyam demikian, banyak rahmat Allah bisa dinikmati.  Seperti nikmatnya hidup damai, sehingga pikiran dan tenaga bisa digunakan untuk memikirkan berbagai macam kemajuan.  Memikirkan sedikit kemajuan saja lebih berarti dibandingkan menghabiskan pikiran untuk memikirkan bagaimana keluar dari bencana yang sedang berlangsung akibat penyalahgunaan lidah.
Karena itu, memikirkan bencana lidah sebelum terlanjur menyalahgunakannya, lebih bersifat menyelamatkan umat, dibandingkan dengan muncul kemudian di saat berbagai kehancuran telah terjadi.  Wujud dari itu semua proses berpikir itu adalah menjaga lidah, sebagaimana patutnya dilakukan setiap Muslim yang baik.   

Serambi/-

Nurul Izzah: Klinik 1Malaysia taraf dunia ketiga

Posted: 06 Oct 2013 04:46 PM PDT

2 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

SHAH ALAM - Klinik 1Malaysia didakwa bertaraf dunia ketiga ekoran tiada pegawai perubatan bertauliah.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, praktis klinik tanpa pegawai perubatan ini hanya dilakukan di negara-negara dunia ketiga.

"Praktis klinik tanpa pegawai perubatan ini dilakukan di mana? Di negara-negara dunia ketiga, negara-negara Afrika yang hanya ada pembantu kesihatan.

"Kita tak boleh berbuat sedemikian. Malaysia ada tarafnya sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online, ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata demikian ekoran Klinik 1Malaysia yang di bawah Gagasan 1Malaysia itu tidak mempunyai pegawai perubatan bertauliah.

"Kritikan utama Klinik 1Malaysia adalah tidak mempunyai pegawai perubatan yang bertauliah...ia bertentangan dengan Akta Perubatan 1971.

"Bukan saya yang buat undang-undang. Saya merujuk pada kenyataan Malaysia Medical Association. Yang rangka undang-undang itu kerajaan," katanya.

Izzah akui ada menerima aduan berhubung perkara tersebut.

"Ya saya ada terima aduan. Misalnya, seorang ini menghidap kudis buta. Kudis buta sedang berdarah, dia pergi ke Klinik 1Malaysia, tidak ada doktor di klinik tersebut pada waktu tersebut.

"Maka, pesakit tidak boleh diberikan ubat yang terkawal," katanya.

Malah katanya, negara memiliki ramai pegawai perubatan yang bertauliah.

"Nisbah doktor dengan penduduk di Malaysia, agak tinggi. Kita ramai pegawai perubatan, hanya mereka membuka klinik-klinik persendirian.

Jadi, kalau kerajaan wujudkan satu klinik, tentu harus selaras dengan garis panduan dan undang-undang sedia ada," katanya.

Sinar/-

Banjir besar Thailand ragut 34 nyawa setakat ini

Posted: 06 Oct 2013 04:41 PM PDT


2 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


BANGKOK - THAILAND. Angka kematian akibat banjir besar yang melanda Thailand mencecah 34 orang dan bilangan mangsa yang terjejas ialah 3.09 juta daripada 932,342 keluarga.
   
Menurut Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi, 38 daripada 77 wilayah di negara itu terjejas akibat banjir yang turut merosakkan tanaman di kawasan pertanian seluas 504,320 hektar.

Jabatan itu menyatakan sebanyak 225 sekolah, 399 kuil dan 57 pejabat kerajaan turut terjejas.

Sementara itu, cuaca seolah-olah menunjukkan lebih banyak kawasan akan dilanda banjir selepas Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan lebat di beberapa wilayah.

Jabatan itu turut memberi amaran berkaitan tekanan rendah yang aktif di bahagian atas Teluk Siam berhampiran Prachuap Kiri Khan.

Angin monsun barat daya yang bertiup kencang di Laut Andaman dan Teluk Siam dijangka membawa hujan lebat mulai 6 hingga 8 Okt serta menjejaskan sembilan wilayah iaitu Rayong, Chanthaburi, Trat (bahagian timur), Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan (selatan atas), Chumphon, Ranong, Phangnga dan Phuket (selatan). - Bernama

Enam maut trak gergasi rempuh tempat duduk penonton

Posted: 06 Oct 2013 04:37 PM PDT

2 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


Sebuah trak gergasi merempuh tempat duduk utama penonton semasa pertunjukan lagak ngeri di Taman El Rejon, pinggir Chihuahua, Mexico, kelmarin. - REUTERS

CIUDAD JUAREZ, Mexico 6 Okt. - Sekurang-kurangnya enam orang maut semalam apabila sebuah trak gergasi merempuh tempat duduk utama penonton selepas mengalami kegagalan brek pada satu persembahan di negeri Chihuahua, utara Mexico hari ini.

Pegawai berkata, kira-kira 47 yang lain turut cedera dalam kejadian pukul 7 malam waktu tempatan (1 petang waktu Malaysia) itu.

Jurucakap majlis perbandaran, Jose Luis Dominguez berkata, dua kanak-kanak merupakan antara mangsa yang terbunuh dalam persembahan lagak ngeri yang turut melibatkan Pertunjukan Udara Ekstrem tersebut.
"Sekurang-kurangnya 35 daripada 47 orang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,'' katanya.

Dominguez berkata, trak gergasi tersebut sedang melakukan aksi memusnahkan kereta-kereta kecil apabila pemandunya hilang kawalan lalu merempuh tempat duduk penonton.

Kira-kira 3,500 penonton dilaporkan menonton persembahan tersebut ketika kejadian berlaku.

Taman El Rejon di mana persembahan itu diadakan telah ditutup sementara, selain helikopter dan ambulans dikejarkan ke kawasan kejadian.

Pertunjukan Udara Ekstrem tahunan yang masuk kali ketiga penganjurannya itu menarik kira-kira 200,000 pengunjung dan turut melibatkan persembahan aksi ngeri udara, terjunan dan akrobatik motosikal. - AFP

Dua kejadian pengebom berani mati di Mosul

Posted: 06 Oct 2013 04:35 PM PDT


2 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

MOSUL, Iraq 7 Okt. - Tindakan pengebom berani mati meletupkan sebuah lori yang sarat dengan bahan letupan di padang permainan sekolah rendah utara Iraq hari ini, mengakibatkan 15 terkorban dengan kebanyakan mangsa merupakan murid-murid sekolah dan seorang pengetua.

Beberapa minit sebelum kejadian tersebut, seorang lagi pengebom berani mati telah meletupkan sebuah balai polis di bandar yang sama di Tel Afar, kira-kira 70 kilometer barat laut Mosul.

Namun begitu, tiada sebarang kematian dilaporkan dalam kejadian di balai polis itu.

"Kami berhadapan dengan dua letupan besar hari ini yang telah mengakibatkan berpuluh-puluh orang mati dan cedera,'' kata Datuk Bandar Tel Afar, Abdul Al Abbas kepada Reuters. - REUTERS



10 mayat mangsa kejadian kapal karam ditemui

Posted: 06 Oct 2013 04:31 PM PDT

2 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

ROM 7 Okt. - Pasukan penyelam berjaya menemui 10 lagi mayat mangsa kejadian kapal karam di Pulau Lampedusa, Itali hari ini

Pihak polis berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan selepas dua hari terhenti akibat keadaan laut yang bergelora.

"Kita akan jalankan operasi menyelamat asalkan keadaan laut tenang dan cuaca berterusan baik,'' kata polis.

Seramai 155 orang berjaya di selamatkan dalam kejadian tersebut, manakala lebih 200 lagi masih belum ditemui. - AGENSI



Piala Malaysia: Peluang Kelantan dan ATM 50:50 - Bojan

Posted: 06 Oct 2013 05:20 AM PDT

1 Zulhijjah 1434 H. [MOD]

KOTA BHARU 6 Okt. - Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menjangkakan perlawanan seimbang ketika pertemuan mereka menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 18 Oktober ini.

"Peluang untuk menang ialah 50:50. Dalam pertemuan kami dengan mereka sebelum ini, kadang-kadang kami menang, kadang-kadang mereka menang. Kesalahan kecil boleh menentukan keputusannya kelak.

"Ia merupakan perlawanan sengit, tetapi kami akan bersedia," katanya.

Kelantan selaku juara bertahan layak ke separuh akhir setelah mengalahkan Johor Darul Takzim (JDT) 6-1 dalam suku akhir kedua malam tadi untuk menjadikan agregat 8-5.

Pada masa yang sama beliau mengharapkan Shakir Shaari dan Nik Shahrul Azim Abdul Halim pulih dari kecederaan menjelang perlawanan dengan ATM.

Hodak menyifatkan ATM lebih baik daripada Johor DT dan lebih yakin selepas pernah mengalahkan Lions XII sebelum ini.

Beliau berkata tumpuan perlu diberikan kepada penyerang ATM Marlon Alex James yang kini berada pada tahap terbaiknya. - BERNAMA



Audit: Najib perlu bentang kertas putih di parlimen

Posted: 06 Oct 2013 03:04 AM PDT


1 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,06 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak perlu membentangkan Kertas Putih kepada Dewan Rakyat dalam sesi yang akan bermula pada 21 Oktober nanti berkenaan tindakan dan keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Khas yang dibentuk untuk meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Pembentukan Jawatankuasa Khas itu telah diumumkan kelmarin oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang akan mempengerusikan jawatankuasa khas berkenaan yang akan turut dianggotai oleh ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Peguam Negara, dan juga wakil-wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kementerian Kewangan dan Polis Diraja Malaysia.

"Keraguan timbul sama ada Jawatankuasa Khas berkenaan akan membawa sebarang perubahan bagi menamatkan korupsi, pembaziran wang rakyat dan penyalahgunaan kuasa dalam perkhidmatan awam seperti yang boleh dilihat menerusi Laporan-laporan Ketua Audit Negara," kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.

Katanya, jika kerajaan benar-benar hendak membasmi korupsi, pembaziran, pemborosan, dan penyalahgunaan kuasa yang telah menelan berbilion-bilion ringgit wang rakyat saban tahun, jawatankuasa peringkat tinggi sedemikian sepatutnya telah ditubuhkan sejurus selepas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengemukakan Laporan Audit 2012 kepada kerajaan pada bulan Julai lalu dan bukan hanya sekarang, iaitu hanya setelah pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Parlimen pada 1 Oktober lalu mula diperkatakan sejak minggu lalu.

Justeru, Ahli Parlimen Gelang Patah itu mempersoalkan apakah Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara merasa rakyat Malaysia akan percaya bahawa kedua-dua mereka tidak membaca atau mengetahui isi Laporan Ketua Audit Negara 2012 ketika ia pertama kali dikemukakan kepada kerajaan pada bulan Julai lalu.

"Apakah kedua-dua mereka tidak menyedari ketika itu seteruk mana korupsi, pembaziran wang rakyat, dan penyalahgunaan kuasa yang telah berlaku seperti mana yang dapat dilihat dalam laporan tersebut sehinggalah ia dibentangkan di Parlimen pada hari Selasa lalu dan dilaporkan secara meluas dalam media?" soal beliau lagi.

Katanya, kerajaan mempunyai masa selama lebih dua bulan untuk memberi respons terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2012 sebelum ia dibentangkan di Parlimen. 

Justeru itu, ujar beliau rakyat Malaysia mengharapkan kerajaan memberikan respons yang lebih baik memandangkan ia selama ini berbangga dengan Program Transformasi Kerajaan dan tidak menunggu sehingga pekung semakin berbau.

Kata Lim lagi, dalam Kertas Putih berkenaan Perdana Menteri bukan saja perlu memperincikan langkah-langkah yang akan mengakhiri "kisah ngeri tahunan" dalam Laporan Ketua Audit Negara tetapi juga menjelaskan tindakan disiplin yang telah diambil oleh semua kementerian terhadap kakitangan mereka yang terlibat dalam salah laku dan melanggar tatacara umum kerajaan sehingga menyebabkan banyak wang rakyat lesap.

Muslimat PAS dicadang tubuh NGO ibu tunggal

Posted: 06 Oct 2013 03:02 AM PDT

1 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -



TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyarankan Muslimat Pahang supaya menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bagi menangani hal-hal kebajikan ibu-ibu tunggal (armalah) dan anak-anak yatim secara berterusan. 


Katanya, usaha itu juga penting sebagai satu fokus bagi meneruskan usaha dakwah sekali gus memberi keuntungan politik dalam jangka panjang terutama di kalangan masyarakat Melayu.



Tambahnya, Dewan Muslimat mesti melihat usaha ini sebagai satu agenda besar kerana dalam pilihan raya umum ke-14 dijangkakan jumlah pengundi wanita mengatasi pengundi lelaki.



"Jika berlaku kematian kebiasaannya muslimatlah yang akan ziarahi keluarga, maka jika kita sudah ada NGO tersebut memudahkan usaha berterusan untuk program kebajikan.



"Pentingnya peranan muslimat ialah mengambil berat tentang ibu-ibu tunggal. Ingat, kebiasaannya anak-anak akan dipengaruhi ibu. Umpamanya isteri Nabi Nuh tidak beriman, anaknya juga tidak beriman. Begitu juga dengan isteri Nabi Lut yang tak beriman, dituruti oleh anaknya. 



"Jadi inilah yang saya maksudkan pentingnya ibu tunggal diberi perhatian yang akhirnya boleh mempengaruhi keluarga," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS negeri ke-25 di Darul Amin, Sungai Gau dekat sini hari ini.



Turut hadir Ketua Penerangan PAS Negeri, Suhaimi Md Saad, Timbalan DHPP Pusat, N Balasubramaniam, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar dan Adun Triang, Leong Yun Mun. 



Beliau berkata, sehubungan dengan pertambahan pengundi wanita, PAS Pahang juga akan memperuntukkan beberapa kerusi bagi memberi peluang kepada muslimat untuk bertanding pada PRU akan datang.



Pada program yang sama Tuan Ibrahim turut melancarkan kutipan dana Kompleks PAS Pahang.



"Sudah sampai masanya PAS Pahang memiliki kompleks sendiri sebagai memandangkan semua PAS Kawasan sudah ada markas, semua Dun dan Cawangan sudah ada pejabat masing-masing," katanya.



Dalam pada itu, semua jawatan tertinggi Muslimat Pahang dimenangi penyandang tanpa dicabar. Salamiah Mohd Nor kekal sebagai ketua, Wan Hamidah Wan Daud terus diberi kepercayaan sebagai timbalan manakala Alawiyah Ahmad sebagai naib.

Harakahdaily/-

14 kedai di pekan Pendang hangus

Posted: 06 Oct 2013 02:56 AM PDT

1 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

PENDANG: Sebanyak 14 unit kedai di Bangunan Seroja di sini hangus dalam kebakaran awal pagi ini. 


Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira 2.25 pagi itu kerana penghuni sudah pulang. 


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Alor Setar, Mohd Izham Abd Rahim berkata anggota bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira 23 minit selepas menerima panggilan pada 2.25 pagi, mendapati kira-kira 80 peratus bangunan sudah terbakar. 


Beliau berkata 13 anggota dengan kekuatan dua jentera dan dibantu 10 jentera dan 80 anggota bomba sukarela berjaya mengawal kebakaran pada 3.07 pagi. 



"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya kepada pemberita. 



Peniaga barangan emas, Khairudin Majid, 39, berkata dia kerugian kira-kira RM300,000 membabitkan barangan emas dan mesin pertukangan yang musnah dalam kebakaran itu. 



"Kedai ini sudah berusia lebih 20 tahun. Saya pun dah lapan tahun menyewa daripada Majlis Daerah Pendang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini. 
Nor Asmah Ismail, 48, peniaga barangan sejuk beku yang telah berniaga di situ sejak 17 tahun lalu, berkata dia kerugian lebih RM50,000. 



"Barang-barang banyak yang terbakar dan peti sejuk sudah tidak boleh digunakan," katanya. 



Zainal Abidin Saad, 51, yang menjual buah-buahan dan kuih tradisional berkata dia kerugian kira-kira RM30,000. - BERNAMA

Penyamun jatuh longkang dan dibelasah orang awam di Georgetown

Posted: 06 Oct 2013 02:55 AM PDT

1 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

GEORGETOWN: Malang berganda menimpa seorang lelaki berusia 34 tahun yang menyamun sebuah bengkel membaiki kereta di Bayan Baru di sini hari ini apabila dia bukan saja terjatuh ke dalam longkang selepas dikejar pemilik premis itu malah turut dibelasah orang awam hingga cedera parah. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain, berkata dalam kejadian jam 5.50 pagi itu suspek bersama seorang rakannya memecah masuk bengkel berkenaan namun hanya sempat mengambil dua komponen alat ganti kenderaan sebelum pemiliknya yang berada di dalam bengkel menyedari kejadian itu dan mengejar mereka. 

"Seorang daripada suspek terjatuh ke dalam longkang sebelum dia dipukul beberapa individu tidak dikenali manakala rakannya menghilangkan diri," katanya kepada pemberita. 

Susulan kejadian itu, katanya, suspek patah tangan serta kaki selain lebam di seluruh badan sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans. 

Mohd Hatta berkata siasatan lanjut mendapati suspek tiada rekod lampau bagaimanapun hasil rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian mendapati dia pernah beberapa kali mencuri pelbagai barangan di bengkel sama. 

Beliau berkata, polis masih belum dapat merekodkan keterangan lelaki yang baru menjalani pembedahan itu kerana keadaannya masih lemah. - BERNAMA

Ulasan Ku : Jangan kambing hitam pegawai kerajaan

Posted: 05 Oct 2013 11:54 PM PDT


1 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, dan satu berita yang diterbitkan oleh Bernama dipetik sebagai berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai dan staf mana-mana kementerian dan agensi yang menyalahguna peruntukan dan tidak mematuhi peraturan. 

Beliau berkata, perkara itu perlu dipandang serius bagi mengelak ia berlarutan sehingga boleh menjejaskan prestasi dan pencapaian negara. 


"Pihak Kabinet ambil perhatian yang cukup serius mengenai laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini, kerana belanjawan yang tidak mengikut peraturan akan terjejas ekoran negara memperuntukkan RM250 bilion setahun untuk pelbagai perkara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Medan Selera Tanjung Rambutan di sini, malam tadi. 

Saya sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut sebagai satu tanda komitmet yang serius kepada isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Namun begitu sangatlah diharapkan supaya kenyataan itu tidak menjadi kenyataan melepas batu ditangga atau sekadar pemanis kata  tanpa satu tindakan yang drastik dari pihak kerajaan.

Saya juga bersetuju dengan kenyataan beliau bahawa  individu yang terbabit dalam permasalahan laporan audit akan menjejaskan imej kira-kira 1.1 juta kakitangan awam. Namun begitu jangan pula ada unsur untuk mengkambing hitamkan pegawai kerajaan.

Adalah tidak wajar untuk meletakan sepenuhnya kesalahan dalam isu menyalahguna peruntukan dan tidak mematuhi peraturan ini tanpa mengambil kira kenapakah mereka berani melakukan perkara tersebut atau pun mungkin mereka berani dan terpaksa melakukan perkara tersebut kerana dari arahan yang tidak benar oleh orang tertentu termasuk menteri pada kementerian berkenaan.

Kerana iti semua keraguan dan penyelewengan yang telah berlaku mestilah disiasat dengan saksama melibatkan semua pihak. 

Sekiranya SPRM telah meletakkan peranan dan fungsinya ditempat yang betul saya yakin masalah ini sebenarnya telah dapat dibendung seminima mungkin sejak timbulnya pelbagai keraguan dalam laporan audit sebelum dari ini.

Realitinya apa yang berlaku laporan tetap tinggal sebagai satu dokumen dan diperkatakan tanpa ada tindakan yang sewajarnya dari pihak berkenaan.

Kehebatan iman seekor semut

Posted: 05 Oct 2013 11:40 PM PDT

1 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut, "Wahai semut , apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku"...

Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?. Apakah yang engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan"...

Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah"...

Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong!. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa"...

Itulah Iman Sang Semut... Iman kita bagaimana pula?... apakah sehebat iman Sang Semut?... Ayuh kita renungkan....dan kongsikan kepada yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan