Khamis, 14 Mac 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 13 Mar 2013 08:23 PM PDT

Anwar Ibrahim


Tian Chua didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Posted: 13 Mar 2013 07:00 AM PDT

 KeadilanDaily

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua akan didakwa mengikut Akta Hasutan esok di Mahkamah Sesyen 2, Jalan Duta di sini, jam 9 pagi esok.

Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, berkata Tian akan diwakili peguam, N Surendran.

Hari ini, Tian memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan berhubung kes kenyataannya berkaitan kontroversi Lahad Datu

Keterangannya dirakam bermula jam 11 pagi selama 30 minit untuk siasatan kes mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas dakwaan memfitnah.

Ia susulan kenyataannya yang dimuat naik dalam portal berita rasmi KEADILAN, Keadilan Daily 1 Mac lalu.

Beberapa hari lalu, Editor Keadilan Daily, Fazallah Pit; Sub Editor, Norasikin Samsi dan wartawan, Aisha Geoffrey, secara berasingan turut diarah memberi keterangan.

How The Nation Is Sold By Mahathir !

Posted: 13 Mar 2013 06:32 AM PDT

From malaysians must know the truth
By: Nash Ar-Rawy

Citizenship is not a game to be played with as a mockery by the politicians , National Leadership and government servants such the Immigration Department, NRD " PDRM " , " SPRM" and EC. Because it involves the future of the country and national security. But Mahathir had sold out Malaysia just to win the General Election in Sabah . He had also humiliated the Chinese and Indians in this country when he argued about the citizenship given by Tunku to the British Subjects in Malaysia.

As a matter a fact, many old Chinese who came here until now were not given the Blue IC's and many Indians who were born here are " nationless " . But, on the other hand; foreigners such as Bangla, Indon, Filipinos, Pakistani and Mynmars were given the Blue IC's by NRD and listed as votes in the ELECTORAL ROLL by EC! . The act of treason by Mahathir of the BLUE IC's SCANDALS in a syndicate collaborations of : Mahathir ( now with Najib) – NRD and EC and the key person in NRD is Wan Ahmad b. Wan Omar ; who was the traitor of BLUE IC's syndicate since 1999 being the Sabah EC Director and now still in office as the Deputy EC Malaysia Director . How come a traitor of the nation is still in office?

How did Mahathir sold the nation with the NRD and EC Collaborations:

Phase 1 : G17( Group 17 ) BLUE IC's Projects : 1990-1992

Leader: Ex Sabah NRD Chief : Abdul Rauf Sani ( 1990-1092)

G17 Blue IC's syndicate members:

2.1 . NRD officers: Kee Dzulkifly Kee Abdul Jalil, Yakub Damsah, Asli Sidup.
2.2 Politician: Political Sec.of Mahathir at that time: Aziz Shamsuddin.
2.3 Duration: Since 1990

MODUS OPERANDI: RCI FINDINGS

Sabah NRD officers processed between 40,000 to 100,00 BLUE IC's for foreigners; particulars and IC's at that time were processed by hand.

Afer the particulars were written in the respective cards according to the forms supplied to the respective officers; it's being sent to NRD HQ at Petaling Jaya to be laminated prior to sending it to Kota Kinabalu.

The respective officers told that they never argued on the application forms and how they received it , and only filled up the forms for the BLUE IC's purpose.

They claimed operation operated from Tan Sri Aziz Shamsuddin's residence at Kpg Pandan. Asli Sidup described the activities as " Extra Ordinary Practice ".

Another officer, Khee Dzulkifly Khee Abdul Jalil described the operation as " G17 " ( Group 17 ) said: they also issued about 200,000 BIRTH CERTIFICATES to the immigrants.

These documents are essential for the application of BLUE IC's follow-up. It's called G17 because it involved 17 members.

The Operation Chief, abdul Rauf Sani confirmed that about the info ( above ) but denied using the name " G 17" he claimed acted on his own.

All the known personalities were later detained under the ISA for at least 2 years.
Only one i.e. Abdul Rauf, was detained under ISA for 2 months, followed by a house limitation detained for 5 months.

Abdul Rauf now is he Chief Executive Officer of Totalisator Board of Malaysia under the Ministry Of Finance.

PHASE 2 : BLUE IC's SYNDICATE: OPS DURIAN BURUK SINCE 1993

Leader: Operation Chief: Ramli Kamaruddin ( 1993-1995)
Syndicate Members:

2.1. Ex Sabah NRD Chief: Ramli Kamaruddin ( 1993-1995 )
2.2. Ex Sabah NRD Deputy Chief Director: Mohd Nasir Sugip
2.3. Asli Sidu NRD Officer also a member of G17
2.4. Ex Sabah EC: WAN AHMAD WAN OMAR ( The Current Deputy Director Of EC Malaysia still )
2.5. Ex Sabah CM : Osu Sukam.
2.6. Ex Deputy Minister Of Home Affairs: Megat Junid Megat Ayub.
3.DURATION: Since 1993

MODUS OPERANDI : RCI FINDINGS

Sabah EC gave electorates info to Sabah NRD. All info were taken inclusive of names, I.C. No. of registered voters who never voted or died.
NRD issued IC RECEIPTS to foreigners using these info ( above ) implaced the foreigners as legal and registered voters in order to vote as the original voters! ) .
According to the Election Regulations; these TEMPORARY RECEIPTS issued prior to issuing of the Blue Ic's are good enough to ALLOW ANY INDIVIDUAL TO VOTE . In this case involving FOREIGNERS!
" PANTOM VOTERS" were implaced in areas difficult for UBN to win according to the RCI witnesses.
The Operation Chief, Ramli Kamaruddin clarified that; he implemented these projects after he received the DIRECTION in a meeting with the EX DEPUTY HOME MINISTER, Megat Junid Megat Ayub at HYATT HOTEL, KOTA KINABALU.
Also presence at the meeting was Asli Sidup. NRD Officer and OSU SUKAM who was later became the Sabah CM in the year 1999 ( A SUCCESS OF MAHATHIR SELLING OFF THE NATION FOR GE PSEUDO VICTORY! ).

ACTION NOW DEMANDED BY THE RAKYAT!

The current Deputy EC Malaysia,( WAN AHMAD WAN OMAR ) must RESIGN effective immediately or must be suspended for good; for the sake of the nation safety and security; for he's the man involved in EC scandals with NRD initiated by Megat Junid and Aziz Shamsuddin with Mahathir as the MASTER MIND as admitted by him himself! .The well known veteran devil TRAITOR OF THE NATION . Why he's not send to ISA! Or awaiting to become as Suharto ! or Mubarak!

And how the nation was sold with: 138,000 of ' PANTOM VOTERS " unidentified locality but allowed by EC Selangor; just for the reason that their names have been registered as voters . And Lajim parliamentarian of Sabah said: 40,000 of Sabahans were sent by EC as voters in Selangor! 80% are foreigners; Filipinos and Indonesia. And PM of Bangladesh once said many Bangla were given BLUE IC's by NRD and registered as voters in the ELECTORAL ROLL by EC ! ( the portal in the internet was deleted then ) .

If all these Mahathir( and Najib now ) –NRD- EC scandals has occurred in Sabah! Who could say no it won't recur in Selangor , Penang, kedah, Terengganu and Kelantan with the same MODUS OPERANDI ! "SPRM" SUHAKAM must take up these treacherous matter with the Parliament and Agong LEGAL authorized to clean up the ELECTORAL ROLL immediately in order to avoid " Arab Spring" !

SOURCE: RCI FINDINGS in harakah dated : 1-3 FEB 2013.

[VIDEO] Lt.Gen.Ghafir: Military intelligence failure in Lahad Datu

Posted: 13 Mar 2013 04:47 AM PDT

In the ‘Solidariti Lahad Datu’ forum organised by Akademi Pak Sako on 12 March 2013, Lt.Gen.Ghafir Abdul Hamid stresses on the importance of winning the information war and that there has been an absence of military intelligence in Sabah has been detrimental in achieving their mission

Musa Hitam: Tak bankrap jika Pakatan memerintah

Posted: 13 Mar 2013 02:27 AM PDT

Malaysiakini

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menegaskan tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.

Menurutnya, sekiranya mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik, lapor Sinar Harian.

Harian itu melaporkan Musa (kanan) sebagai berkata, perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur.

“Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya.

“Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari.

“Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap,” beliau dilapor sebagai berkata dalam sidang media, semalam.

[ARTIKEL] Reformasi Sistem Kesihatan Malaysia

Posted: 13 Mar 2013 02:22 AM PDT

Oleh Dr. Afif Bahardin

 "…I will apply dietetic measures for the benefit of the sick according to my ability and judgment; I will keep them from harm and injustice…"

Ikrar Hippocratic

Petikan di atas adalah sebahagian daripada ikrar yang menjadi pegangan etika terpenting untuk seorang pengamal perubatan moden. Ikrar ini dipercayai telah ditulis lebih lima dekad sebelum masihi sama ada oleh Hippocrates sendiri atau salah seorang anak muridnya.

Hari ini, dunia perubatan moden menyaksikan setiap individu yang ingin memulakan karier mereka sebagai pengamal perubatan perlulah sekurangnya membaca ikrar ini sekali dan memahami intipatinya dengan jelas.

Pengenalan

Perkhidmatan kesihatan sentiasa menjadi kayu ukur penting akan tahap kemajuan dan kestabilan sesebuah negara. Menurut WHO, sistem perkhidmatan kesihatan yang baik mampu untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada warganya, setiap kali diperlukan.

Sistem itu juga perlulah mempunyai mekanisma kewangan yang utuh; sumber tenaga manusia yang terlatih dan dibayar gaji yang setimpal; sumber maklumat yang boleh dipercayai sebagai asas bagi membuat keputusan dan juga menggubal polisi; serta kemudahan infrasturuktur dan logisitik yang diselia dengan baik untuk membekalkan ubatan dan teknologi perubatan yang berkualiti.1

Sebelum penjajahan, perkhidmatan kesihatan berkisar kepada pengubatan tradisional di kalangan penduduk tempatan, Melayu, Cina dan banyak etnik lain. Selepas zaman penjajahan, amalan perubatan Barat mula diperkenalkan di negara ini. Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pegawai-pegawai kolonial dan pekerja-pekerja dalam industri kolonial.

Pada tahun 1880, Hospital Taiping iaitu antara hospital tertua di Malaysia dibina dan dikenali sebagai Hospital Yeng Wah. Sejarah perkhidmatan kesihatan turut dicatatkan di Sarawak. Ia bermula ketika era Raja Brooke di mana hospital dibina khusus untuk merawat pegawai-pegawai berbangsa Eropah dan keluarga mereka.

Dalam pada itu, perkhidmatan kesihatan di Sabah ditubuhkan oleh North Borneo Chartered Company yang memerintah negeri itu dari tahun 1881 hingga 1942. Selepas Merdeka, sistem yang diwarisi daripada para kolonial ini diteruskan. Hari ini, perkhidmatan kesihatan Malaysia terbahagi kepada perkhidmatan universal yang dibiaya kerajaan; dan perkhidmatan swasta.

Senario Perkhidmatan Kesihatan Malaysia

Menurut laporan Fakta Kesihatan 2012, yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada Julai 20122 ; bancian jumlah penduduk Malaysia kini hampir mencecah 29 juta rakyat, 2.3 juta pendatang asing dengan pertumbuhan populasi sekitar 1.3 % setiap tahun. Jumlah hospital yang telah dibina kerajaan dan mula beroperasi setakat 2012 hanyalah 138 buah hospital berbanding 220 buah hospital milik swasta.

Perkhidmatan yang melibatkan kerajaan terutamanya perkhidmatan primer, menyaksikan bahawa terdapat lebih 985 buah Klinik Kesihatan Kerajaan, 1864 buah Klinik Desa, 51 Klinik Pergigian dan semenjak diperkenalkan pada tahun 2009, kini terdapat lebih daripada 109 buah Klinik 1Malaysia. Namun jumlah ini masih tidak dapat mengatasi jumlah klinik swasta yang berada di pasaran sebanyak 6859 buah dan lebih 1576 buah klinik pergigian swasta.

Namun apabila kita melihat jumlah pesakit yang dirawat di dua institusi ini (kerajaan dan swasta) masing-masing terdapat ketidakseimbangan yang ketara serta membimbangkan. Jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di insititusi kerajaan menyaksikan lebih 2.9 juta pesakit dimasukkan ke wad di seluruh negara atas pelbagai sebab.

Bagi rawatan pesakit luar pula  – lebih daripada 30 juta rakyat pernah atau sedang menerima rawatan di klinik-klinik kendalian kerajaan di seluruh negara. Jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di institusi kesihatan swasta hanya mencecah lebih 3 juta pesakit untuk rawatan pesakit luar dan tidak sampai 1 juta pesakit dimasukkan ke wad di hospital swasta.

Perbelanjaan kerajaan untuk perkhidmatan kesihatan sepanjang tahun 2012 adalah lebih daripada RM16.8 bilion, mewakili 7% daripada pembahagian Belanjawan negara untuk tahun 2012. Walhal negara serantau seperti Thailand membelanjakan lebih 13% daripada dana kerajaan untuk perkhidmatan kesihatan. Di negara seperti Jerman, 77% peratus daripada perbelanjaan kesihatan rakyat ditanggung oleh kerajaan dan kerajaannya membelanjakan hampir setinggi 19% daripada dana kerajaan untuk tujuan kesihatan.

Menurut WHO, pada 2008 – Malaysia kekal sebagai negara yang membelanjakan hanya sekitar 3 peratus ke 4 peratus daripada jumlah KDNK, berbanding 6 peratus di kebanyakan negara perindustrian dan lebih 14 peratus di negara seperti Amerika Syarikat. Negara seperti Amerika Syarikat terpaksa membelanjakan dana yang besar untuk kesihatan akibat kos perkhidmatan yang terlampau tinggi akibat kos pemilikan insurans yang tinggi dan tiadanya perkhidmatan kesihatan universal.

Selain itu, jumlah tenaga manusia, terutamanya doktor – Malaysia memiliki lebih daripada 36 ribu orang doktor (25 845 orang dalam perkhidmatan kerajaan, 10 762 orang bersama pihak swasta) dengan nisbah satu 1 : 791 orang rakyat.3 Nisbah bagi doktor seperti yang ditetapkan oleh WHO adalah 1 : 600 orang rakyat dan dengan jumlah pelajar dan graduan perubatan yang semakin meningkat, Malaysia dijangka akan mencapai nisbah yang ditetapkan itu menjelang tahun 2020. Nisbah doktor gigi pula adalah 1 : 6810 orang rakyat, dan manakala nisbah ahli farmasi pula menyaksikan 1 : 3385 orang rakyat. Jumlah jururawat di negara ini pula adalah lebih daripada 74 ribu orang baik di sektor awam atau swasta.

Namun hampir di dalam kesemua kategori ini mencatatkan lebih daripada 50% tenaga profesional ini berkhidmat di dalam sektor swasta – sektor yang merawat lebih sedikit pesakit berbanding sektor awam. Di kalangan anggota perkhidmatan kesihatan, antara faktor utama lebih ramai daripada mereka selesa di sektor swasta adalah kerana rumput di sebalik pagar sana sering tampak lebih hijau dan subur – perumpamaan menggambarkan tahap penghargaan (baca: gaji dan kemudahan) yang ditawarkan pihak swasta lebih lumayan berbanding perkhidmatan awam.

Tatkala kita merujuk kepada ketidakseimbangan ini (berasaskan data yang disebut tadi) – kuantiti kemudahan infrastrukutur (yakni hospital dan klinik) dan sumber manusia di dalam sektor swasta yang mengatasi jumlah kuantiti perkhidmatan yang disediakan kerajaan walhal sektor swasta hanya merawat jumlah pesakit yang jauh lebih sedikit berbanding institutsi kerajaan – persoalan yang timbul adalah mengapa ketidakseimbangan ini wujud? Kesimpulannya mereka yang berada di dalam sektor awam terpaksa memikul bebanan kerja yang terlampau banyak tetapi merupakan golongan yang paling kurang dihargai berbanding sektor swasta.

Antara rungutan umum yang sering kita dengar apabila berbicara soal perkhidmatan kesihatan – keluhan akan waktu menunggu yang lama (baik untuk konsultasi mahupun giliran untuk pembedahan) dan kesesakan hospital atau klinik kerajaan. Tidak cukup dengan itu, tahap kecepatan dan kompetensi doktor, jururawat dan juga paramedik acap kali dipertikaikan terutamanya apabila banyak skandal kecuaian amalan perubatan dihebahkan baik melalui media massa mahupun media sosial. Masalah kecuaian ini tidak hanya berlaku di institusi kerajaan, tetapi juga tidak sedikit bilangannya yang berlaku di institusi swasta.

Selain itu falsafah polisi perubatan yang dipegang oleh penggubal mahupun pentadbir perkhidmatan kesihatan negara ini yang terlampau memberi fokus kepada rawatan penyembuhan (tertiari) berbanding rawatan pencegahan (primer) terutamanya apabila melibatkan penyakit-penyakit kronik seperti diabetis mellitus, tekanan darah tinggi, hiperkolesterolemia dan penyakit kardiovaskular adalah satu dasar yang terkebelakang dan tidak sejajar dengan saranan WHO yang menggalakkan kerajaan untuk berbelanja lebih dalam usaha pencegahan penyakit (perkhidmatan primer).

Keluhan majoriti rakyat yang merasakan perbelanjaan di institusi swasta terlalu tinggi sering kita dengar dan tidak menghairankan apabila adanya seruan kepada kerajaan untuk mengawal harga perkhidmatan ini. Negara telah menyaksikan sejak awal 1980an, penswastaan perkhidmatan kesihatan mengalihkan fokus kerajaan daripada sistem berorientasikan kebajikan kepada satu sistem penswastaan yang mengutamakan keuntungan.

Peralihan ini terbukti apabila kerajaan juga terlibat dalam menyediakan pembiayaan dan insentif untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk turut sama melabur di dalam penswastaan perkhidmatan kesihatan. Masalah ini timbul apabila penggubal dasar (kerajaan) tidak lagi melihat perkhidmatan kesihatan sebagai tanggungjawab sosial kerajaan tetapi sebagai medan untuk pelaburan dan mengaut keuntungan. Akibatnya pada tahun 2007, perbelanjaan kesihatan swasta mencatat lebih 55.6% daripada jumlah perbelanjaan kesihatan di Malaysia, mengatasi jumlah perbelanjaan awam (rajah 1).

 rajah1

 

Rajah 1 : Perbelanjaan Kesihatan Awam (Public) dan Swasta (Private), Malaysia, 1977 – 2007.

Di manakah keutamaan kerajaan kita yang sepatutnya mengutamakan rakyat kerana perkhidmatan kesihatan adalah antara tanggungjawab utama sebuah kerajaan. Perkhidmatan awam juga mengalami masalah merosotnya daya penarik berserta kombinasi pengagihan sumber yang lemah dan pertumbuhan syarikat perkhidmatan kesihatan swasta yang banyak telah mengakibatkan perubahan arus yang pesat kepada penswastaan perkhidmatan kesihatan di Malaysia.4

Proses penswastaan telah berkembang tanpa pertumbuhan sejajar di dalam perkhidmatan kesihatan awam; bagi memastikan keperluan mereka yang kurang bernasib baik tidak diabaikan. Bayaran yang dikenakan hospital swasta sering kali melampaui batas sehingga mengakibatkan kebanyakan rakyat jatuh ke dalam kancah hutang terutamanya apabila berhadapan dengan penyakit serius yang memerlukan rawatan yang mahal dan kadang kala gagal untuk didapatkan daripada hospital awam atau kerana pakar di dalam perawatan terbabit telah meninggalkan sektor awam dan bekerja di institusi-institusi swasta yang lebih lumayan.5

Reformasi Sistem Perkhidmatan Kesihatan

Pakatan melalui Buku Jingga telah menggariskan beberapa panduan utama di dalam mereformasikan sistem perkhidmatan kesihatan Malaysia. Asas yang dipegang oleh Pakatan adalah setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan selain capaian perkhidmatan yang lebih meluas dan bermutu.

Dalam reformasi ini, beberapa langkah utama harus diambil bermula dengan; mereformasikan institusi – melibatkan Kerajaan Pusat, Kementerian Kesihatan, Majlis Perubatan Malaysia, Kerajaan Negeri dan juga Jabatan Kesihatan Negeri, termasuk institusi swasta. Reformasi ini termasuklah kepada menyusun semula asas kepada polisi kesihatan yang dibentuk, desentralisasi perkhidmatan, penekanan kepada pendidikan kesihatan, penstrukturan pembiayaan kos perkhidmatan, pengupayaan sistem farmasi, dan pemerkasaan skim ganjaran perkhidmatan awam dalam bidang kesihatan.

Reformasi ini harus bermula dengan kesedaran bahawa sistem perkhidmatan kesihatan yang kita ada sekarang masih pincang dan masih banyak lagi ruang yang perlu kita perbaiki dan pertingkatkan. Dalam kita terus membenarkan industri kesihatan swasta berkembang, khidmat kesihatan mestilah terus dianggap sebagai tanggungjawab sosial, agar setiap polisi yang ingin dilaksana mengambil kira fakta ini.6

Di peringkat kerajaan pusat, sebagai pengurus kepada dana dan khazanah negara, jumlah perbelanjaan perkhidmatan kesihatan yang disediakan daripada belanjawan negara mestilah ditingkatkan daripada hanya 7 peratus sekarang kepada 10 peratus.7 Meningkatnya peratusan belanjawan, haruslah difikirkan juga sumber bagi menampung pembiayaan ini.

Langkah utama adalah mengatasi faktor-faktor yang menyumbang kepada ketirisan wang negara (dilaporkan Global Financial Integrity sudah lebih RM 1 trillion) seperti rasuah, penyelewengan dan juga pembaziran perbelanjaan kerajaan. Terhentinya ketirisan ini, maka lebihan dana akan dapat dikumpulkan dan disalurkan pada belanjawan yang lebih bermakna seperti perkhidmatan kesihatan.

Cadangan kerajaan Barisan Nasional untuk mewujudkan 1Care adalah satu langkah yang tidak bertanggungjawab kerana di saat kerajaan masih lagi tidak membelanjakan dana yang sewajarnya untuk kesihatan, beban itu telah ingin dipindahkan kepada rakyat. Cadangan seperti pemotongan gaji sebanyak 10% dan mewajibkan setiap rakyat untuk memiliki 1Care, bukan saja dilihat bakal meningkatkan kos perkhdimatan kesihatan, tetapi juga mengurangkan lagi pendapatan rakyat.

Lebih malang, apabila lebih banyak pesakit dilihat akan dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan dan skim ini menjadi tiket untuk mewujudkan monopoli di dalam bidang perubatan yang akhirnya menjadi modal untuk para kapitalis mengaut untung atas sesuatu yang sepatutnya menjadi tanggungjawab sosial sesebuah kerajaan.
Oleh itu formulanya adalah kerajaan perlu menambahkan jumlah perbelanjaan untuk kesihatan dan juga mempelbagaikan sumber kewangan untuk membiayai perkhidmatan kesihatan, yang mana langkah–langkah ini adalah selaras dengan saranan WHO.

Sumber utama perbelanjaan negara antaranya adalah kutipan cukai dan juga royalti khazanah asli negara. Selain cukai dan kutipan royalti, inisiatif untuk mengalakkan rakyat menyimpan untuk kesihatan juga harus diwujudkan. Peranan institusi simpanan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) harus diperhalusi, sebagai contoh, klausa sekarang yang membenarkan wang simpanan KWSP dikeluarkan untuk merawat penyakit serius perlu diperluaskan untuk perkhidmatan kesihatan yang lain termasuk pembiayaan untuk ahli keluarga dan tanggungan. Selain itu, potongan cukai mesti diberikan kepada individu yang memiliki insurans kesihatan dan hayat, termasuk juga pembiayaan insurans terhadap tanggungan dan ahli keluarga mereka. Inisiatif-inisiatif ini dilihat bakal menambahkan lagi jumlah dana terkumpul dalam pembiayaan perkhidmatan kesihatan.

Dengan peningkatan dana ini, fokus utama haruslah diberi kepada membina lebih banyak kemudahan infrastruktur (membina hospital dan klinik kesihatan) dan juga mempertingkatkan tahap capaian perkhidmatan. Nisbah satu klinik kesihatan kerajaan kepada 10,001 rakyat harus dilihat mengikut kepada pecahan negeri memandangkan negeri yang berkepadatan penduduk tinggi masih lagi mencatat nisbah setinggi 1:16,436 seperti di Pulau Pinang, 1:28,598 di Selangor dan 1:55,821 di Kuala Lumpur.8

Nisbah ini dapat dikurangkan dengan membina lebih banyak klinik kesihatan (bukan Klinik 1Malaysia yang tidak dilengkapi doktor dan hanya dibekal dengan ubatan dan peralatan yang minima). Banyak klinik-klinik desa juga harus dinaik taraf bagi membolehkan kawasan yang diliputi perkhidmatan kesihatan ditingkatkan.

Selain itu jumlah hospital kerajaan juga harus diperbanyakkan di setiap negeri, agar sejajar dengan jumlah hospital swasta yang ada dan juga meluaskan lagi tahap capaian perkhidmatan kepada seluruh rakyat. Tidak wajar jika kita masih meneruskan polisi satu daerah satu hospital, hakikatnya wujud kewajaran untuk melihat keperluan hospital berdasarkan kepada jumlah kepadatan penduduk. Lebih-lebih lagi di negeri seperti Selangor dan Kuala Lumpur, yang mana Selangor hanya memiliki 11 hospital kerajaan berbanding 65 hospital swasta dan di Kuala Lumpur terdapat lebih 45 buah hospital swasta berbanding dua sahaja hospital kerajaan.

Antara contoh daerah seperti Petaling (jumlah penduduk adalah mencecah 1.2 juta orang meliputi kawasan seperti Damansara, Bandar Petaling Jaya) masih hanya memiliki satu hospital awam – itupun Pusat Perubatan Universtiti Malaya, dan di ibu negeri seperti Shah Alam, hospital yang diharapkan – masih lagi di dalam pembinaan setelah beberapa kali tergendala akibat kelemahan pengurusan dan kecuaian memilih kontraktor. Akhirnya, hak rakyat di bandar-bandar besar seperti ini dinafikan daripada mendapatkan perkhidmatan kesihatan kerajaan.

Tidak cukup dengan pembinaan infrastruktur semata-mata, harapan kita dengan meningkatnya jumlah perbelanjaan kerajaan untuk kesihatan, ianya juga dapat menyumbang kepada pembelian lebih banyak alatan dan teknologi perubatan yang sangat diperlukan sebagai contoh peralatan radiologi, radioterapi, dan juga pembedahan di seluruh negara.

Dengan pertambahan belanjawan untuk perkhidmatan kesihatan, salah satu cara untuk mengatasi ketidakseimbangan sumber manusia di dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta, skim gaji dan ganjaran untuk individu seperti pakar perubatan, doktor, ahli farmasi, jururawat, dan paramedik di dalam perkhidmatan awam perlu dikaji semula dan ditingkatkan. Penstrukturan ini perlu sebagai galakan untuk mereka terus berkhidmat dengan kerajaan dan juga meningkatkan prestasi kerja mereka.

Bagi menambah keberkesanan langkah ini, skim ganjaran berpandukan prestasi kerja mestilah diperkenalkan. Skim ini harus melihat kepada perlunya penstrukturan semula proses kenaikan pangkat di kalangan kakitangan awam dengan penekanan kepada proses kenaikan pangkat berasaskan prestasi kerja, bukan lagi kekananan (seniority) semata-mata.

Langkah ini bukan saja menjadikan sektor awam itu lebih kompetitif, tetapi juga melahirkan individu yang lebih proaktif dan progresif dalam mereformasikan sistem perkhidmatan kesihatan negara kita. Sasaran prestasi kerja yang dicapai; sebagai contoh mengurangkan jumlah penghisap rokok di kalangan pesakit mereka atau memastikan kawalan tekanan darah pesakit berada di tahap yang optimum; mestilah diberikan ganjaran.

Sistem ganjaran ini juga akan turut sama menjadi pendorong kepada wujudnya sistem perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti dan berkesan serta menghadiahkan penghargaan yang setimpal kepada kakitangan awam yang bertungkus–lumus menjayakan tugasan mereka.

Mentadbir urus satu–satu sektor seperti perkhidmatan kesihatan bukanlah satu tugas mudah, lebih–lebih lagi di sebuah negara yang mempunyai ciri geografi yang luas dan terpisah–pisah seperti Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia, sebagai teraju induk dengan dibantu jabatan kesihatan negeri, harus melihat kepada usaha desentralisasi – bukan hanya autonomi yang lebih untuk jabatan kesihatan negeri, tetapi juga melibatkan kerajaan negeri dengan lebih aktif; sebagai contoh menyediakan kemudahan infrastruktur seperti hospital dan klinik kesihatan kerana dengan cara ini, capaian perkhidmatan akan lebih meluas dan berkesan.

Kerjasama ini juga akan membolehkan tanggungjawab penyediaan dana dikongsi bersama di antara kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri. Tambahan kepada itu, setiap hospital perlu diberikan autonomi untuk memilih tenaga kerja mereka sendiri. Proses penempatan dan amalan pelantikan jawatan secara automatik selepas tamat pengajian wajar dikaji semula terutama untuk jawatan doktor.

Dengan cara ini, mereka yang tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik, boleh dipertanggungjawabkan dan malah dihentikan kerja. Cara ini bukan hanya bakal mewujudkan persaingan tetapi juga membolehkan dana yang dibelanjakan diurus dengan lebih baik dan penjimatan sumber dapat dilaksanakan. Desentralisasi perkhidmatan ini juga sewajarnya melibatkan pengupayaan pusat–pusat farmasi seluruh negara, baik swasta mahupun kerajaan.

Ini bermakna, farmasi-farmasi hospital tidak harus menjadi satunya–satunya tempat bagi mendapatkan bekalan ubatan. Khidmat farmasi seluruh negara harus dipertingkatkan dengan membolehkan pesakit mendapatkan bekalan ubatan mereka, terutamanya penghidap penyakit kronik seperti diabetis mellitus, tekanan darah tinggi dan yang lain–lain. Apabila perkhidmatan farmasi diperkasakan, tahap pematuhan pesakit terhadap ubatan mereka akan menjadi lebih baik dan mencapai tahap kawalan penyakit yang optimal.

Penyebab kematian di Malaysia paling utama bagi tahun 2012 adalah penyakit berkaitan kardiovaskular yang mencatatkan lebih daripada 25 peratus jumlah kematian yang dicatatkan, diikuti penyakit berkaitan respiratori (18.46 peratus), jangkitan kuman atau parasit (17.81 peratus) dan seterusnya penyakit barah (11.87 peratus).9  Empat penyebab utama ini berkongsi ciri yang sama iaitu sebahagian besar spektrumnya mampu dicegah atau dikenal pasti awal untuk tujuan rawatan.

Oleh itu, aspek yang penting apabila melibatkan pengurusan dana kesihatan, fokus terhadap rawatan primer harus dipertingkatkan. Rawatan primer melibatkan pencegahan, pengesanan awal dan juga pendidikan kesihatan komuniti. Maka dalam menstruktur semula perkhidmatan kesihatan primer, kerajaan dan Majlis Perubatan Malaysia harus memandang jauh ke depan dengan mempertimbangkan agar wujudnya kerjasama bersepadu antara klinik kesihatan awam dan lebih 6000 klinik swasta seluruh negara.

Penstrukturan ini termasuk, memberikan latihan atau input perawatan kepada ramai doktor swasta yang mengendalikan klinik–klinik swasta di seluruh negara. Perlu wujudnya satu garis panduan yang seragam dalam memastikan kualiti perkhidmatan primer baik di klinik kerajaan mahupun swasta. Maka dengan cara ini, beban untuk mendidik, merawat dan membantu pesakit mencapai tahap kawalan penyakit kronik yang optimum dapat dikongsi bersama.

Oleh itu, sebagai ganjaran, pihak kerajaan dan swasta yang terlibat dengan usaha ini, haruslah diberikan penghargaan sewajarnya berdasarkan kepada sasaran kawalan penyakit yang telah ditetapkan untuk mereka bagi satu–satu kawasan. Ini bakal menjadi galakan kepada individu yang terbabit untuk memastikan pesakit di bawah jagaan mereka diberikan rawatan yang berkualiti dan tepat.

Pepatah Melayu sering menyebut; melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Atas semangat ini, pendidikan dari zaman kanak – kanak menjadi langkah penting dalam kita mewujudkan bangsa yang sihat dan cergas di masa hadapan. Pencegahan penyakit tidak akan berlaku tanpa pendidikan. Oleh sebab itu, adalah penting pendidikan kesihatan didedahkan dari awal dan diberi penekanan yang serius.

Pendidikan kesihatan yang serius ini harus diajar di sekolah; baik di sekolah rendah mahupun menengah, dengan syarat guru–guru yang terlatih turut sama disediakan – usaha ini bagi melahirkan individu yang mandiri dan mampu menjaga kesihatan badannya sendiri.

Komuniti mestilah terdidik dengan ilmu yang lengkap sehingga kepada tahap mereka sendiri mampu merawat beberapa penyakit yang tidak serius dengan sendirinya dan diajar akan kepentingan mencegah penyakit kronik dan juga mengenal pasti tanda-tanda amaran kecemasan apabila berhadapan dengan sesuatu penyakit atau situasi. Program-program seperti penjagaan kesbersihan diri, amalan pemakanan yang sihat dan latihan-latihan keselamatan dan kesihatan adalah sangat berguna untuk kanak-kanak dan remaja dalam menyediakan mereka untuk menjadi warga dewasa yang mandiri.

Proses pendidikan ini pastinya memakan masa yang panjang tetapi hasilnya nanti adalah satu generasi yang lestari dan mengamalkan gaya hidup sihat. Tidak cukup jika sistem pendidikan kita hanya mampu melahirkan 'robot-robot' yang pandai mengira dan mengukur semata-mata, mereka perlulah lahir sebagai warga yang sihat dan celik tentang tubuh dan kesihatan diri mereka agar akhirnya mereka membentuk satu komuniti yang madani dan sihat. Masyarakat yang sihat adalah masyarakat yang produktif, dan masyarakat yang produktif adalah masyarakat yang bakal menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat untuk negara.

Reformasi ini tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa penglibatan sektor swasta secara serius. Stigma yang wujud di kalangan masyarakat – tahap perkhidmatan kesihatan kerajaan adalah lebih rendah (inferior) berbanding swasta adalah tidak tepat. Hakikatnya kecuaian amalan perubatan (medical negligence) berlaku bukan hanya di hospital kerajaan tetapi juga di hospital swasta. Beza dengan perkhidmatan kerajaan, kadangkala penguatkuasaan dan pengawalan terhadap perkhidmatan sektor swasta masih longgar.

Kerajaan perlu untuk menguatkuasakan undang–undang yang lebih ketat terutamanya apabila melibatkan hak pesakit. Individu di dalam sektor perkhidmatan kesihatan swasta juga perlulah mematuhi peraturan dan piawaian yang lebih ketat dan dipertanggungjawabkan terutama apabila berlaku kecuaian. Langkah ini bukanlah untk menghukum mana-mana individu, tetapi dengan harapan untuk menjaga kebajikan dan hak pesakit selain mengekalkan etika pengamalan perubatan yang baik. Usaha ini akan mampu meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan dan sekaligus membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan terjamin.

Langkah–langkah reformasi yang disebut ini akan hanya berlaku bilamana pemerintah mempunyai keinginan politik yang tinggi untuk melakukan perubahan. Perubahan tidak akan berlaku dengan hanya retorika atau laungan slogan–slogan kosong semata–mata. Perubahan akan hanya berlaku apabila pimpinan mempunyai keyakinan dan tekad yang tinggi untuk melaksanakan dan memperkenalkan kebijakan–kebijakan baru kepada rakyat untuk dipertimbang dan dilaksanakan.

Untuk negara ini maju ke hadapan, reformasi perkhidmatan kesihatan di negara ini adalah kunci penting kepada membentuk masyarakat yang madani dan juga merealisasikan harapan rakyat untuk mewujudkan negara Malaysia yang maju dan peduli akan kebajikan rakyatnya.

Dr. Afif Bahardin, merupakan seorang doktor perubatan di dalam cabang Otorinolaringologi, Pembedahan Kepala dan Leher. Beliau bergerak aktif bersama Akademi Pak Sako dan Skuad PRIHATIN Seberang Jaya. Kini beliau memegang jawatan sebagai Naib Ketua AMK Pulau Pinang.

 

 

Nota Hujung

[1]^ (ke atas) World Health Organization. http://www.who.int

[2]^ Fakta Kesihatan 2012; Kementerian Kesihatan, Malaysia

[3]^ Rajah Rasiah, Nik Rosnah Wan Abdullah, Makmor Tumin : Markets and Healthcare Services in Malaysia. International Journal of Institutions and Economies, Vol. 3, No. 3, October 2011, pp. 467-486

[4]^ Heaney, H. (1995) Life before Medicare: Canadian Experiences, Toronto: Ontario.

[5]^Jeyakumar, M.D. (2009) Malaysia at the Crossroads: A Socialist Perspective, Ipoh

[6]^  Rajah Rasiah, Nik Rosnah Wan Abdullah, Makmor Tumin : ibid

[7]^Jomo, K.S. and Chowdhury, A. (2009) "Reconsidering Public-Private Partnerships in Developing Countries", International Journal of Institutions and Economies, 1(2): 191-205
Petunjuk Kesihatan 2010, Kementerian Kesihatan, Malaysia

[8]^ibid

[9]^ Fakta Kesihatan 2012; ibid

Azmin bidas WikiLeaks, gesa jangan salahkan Anwar

Posted: 13 Mar 2013 02:14 AM PDT

Sinar Harian

Menjawab mengenai spekulasi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditahan tidak lama lagi ekoran dakwaan pembabitannya dalam insiden di Lahad Datu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang turut membidas WikiLeaks menegaskan, ia perkara lumrah apabila Ketua Pembangkang itu sering dikaitkan dengan pelbagai masalah dan isu negara.

“Sudah berbelas-belas tahun semua masalah diletakkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Maka kita minta rakyat bangkit untuk menyatakan pendirian mereka memberi amaran yang keras kepada pimpinan politik kerajaan pusat, jangan bermain politik tetapi menumpukan kepada usaha menangani isu keselamatan rakyat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Menurut Azmin, tindakan itu hanyalah bertujuan untuk mengalihn perhatian daripada isu sebenar yang dalam kes Lahad Datu ini, jelas gagal ditangani oleh kerajaan.

“Untuk menutup kelemahan diri, pihak berkenaan cuba menyalahkan pimpinan Pakatan.

“Walau bagaimanapun, ini bukan perkara baru,” kata Azmin.

Azmin berkata, beliau turut berhadapan tindakan sama apabila dipanggil petang ini untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang kononnya dikaitkan dalam isu Sabah.

Azmin turut menyangkal keras laporan WikiLeaks kononnya Anwar punya hubungan dengan Nur Misuari.

“Semua pimpinan bertemu dengan Nur Misuari, jangan mereka cuba menafikan. Tetapi cubaan hendak mengaitkan dengan insiden yang berlaku itu sebagai sesuatu yang melampau,” tegas Azmin.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, laman web WikiLeaks pada 2007 pernah mendedahkan Misuari yang merupakan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), ketika menjadi tahanan di rumahnya pernah mempunyai hasrat untuk
menakluk Sabah dari Malaysia.

Kabel itu turut mendedahkan pemimpin Kanan Angkatan Tentera Filipina (AFP), Mejar Jeneral Ben Dolorfino sebagai berkata, Malaysia bimbang terhadap niat Misuari yang masih mempunyai beratus pengikut di negeri itu.

Malah katanya, Malaysia juga bimbang tentang hubungan Anwar yang disifatkan sebagai ‘rakan lama’ Nur Misuari.

[VIDEO] Pastikan Ambil Melayu Yang Cerdik & Bersih

Posted: 12 Mar 2013 09:19 PM PDT

[VIDEO] Sistem Nilai Dalam Negara Kita Mesti Ubah

Posted: 12 Mar 2013 09:18 PM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 13 Mar 2013 02:33 PM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


13 tahun risikan tentera diguna untuk politik – Lt Jen (B) Ghafir

Posted: 13 Mar 2013 02:13 AM PDT



PETALING JAYA 13 MAC: Risikan tentera yang lemah dan diguna untuk matlamat politik menyebabkan musuh menceroboh perairan dan membolos masuk ke dalam negara, kata mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.
Beliau mendedahkan, mulai tahun 2000, aset dan keupayaan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) cenderung digunakan untuk operasi politik.
"Selama 13 tahun mereka hilang kepakaran dan aset untuk melaksanakan tugas utama untuk merisik. Sepatutnya kita boleh menjangka apa yang bakal berlaku dengan risikan yang baik.
"Dalam BSPP ada bahagian yang mengendali risikan luar. Mereka ini sepatutnya mengumpul maklumat dan analisis risikan. Itu kerja utama mereka. Tugas pemikiran politik bukan kerja mereka.
"Sumber maklumat yang diproses untuk perisikan. Ini yang akan kita gunakan untuk memberi pilihan berhubung tindakan yang akan diambil. Bukannya musuh dah sampai ke darat baru nak ambil tindakan. Ini sangat deactive (lambat)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Beliau merujuk isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah mengakibatkan 10 anggota keselamatan negara terkorban sehingga ke hari ini.
Ghafir mempertikai alasan kerajaan kononnya tentera tidak boleh dilibatkan dalam operasi keselamatan kerana perlu mematuhi Konvensyen Gineva 1949 dalam menangani insiden Lahad Datu.
"Bila ini berlaku, (bagaimana kerajaan) ubah pula dengan menggunakan angkatan tentera dengan konvensyen yang sama?" soalnya.
"Mereka (penceroboh) datang untuk mengambil tanah wilayah kita dan mengancam nyawa rakyat," kata Ghafir menjelaskan definisi pencerobohan adalah termasuk atas tujuan kepentingan ekonomi. – NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47208

Konflik Lahad Datu berlanjutan akibat campur tangan BN – Lt Jen (B) Ghafir

Posted: 13 Mar 2013 01:11 AM PDT


KUALA LUMPUR 13 MAC: Pasukan keselamatan negara gagal menyelesaikan konflik di Lahad Datu, Sabah dalam masa singkat ekoran campur tangan politik kerajaan BN, kata mantan Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.
Beliau menganggap Ops Daulat secara keseluruhan gagal menentang penceroboh kerana tumpuan operasi terganggu dengan matlamat politik.
jen
"Terlalu banyak objektif politik, (contohnya) nak 'tangkap' Datuk Seri Anwar Ibrahim. Isu politik yang dibawa menyebabkan tentera tidak jelas dengan objektif operasi mereka.

"Jadi saya rasa (ia punca) operasi keselamatan 'gagal sepenuhnya' sejak hari pertama," katanya pada Forum 'Solidariti Lahad Datu' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.
Beliau merujuk tuduhan media kawalan Umno BN mengaitkan Ketua Umum KEADILAN itu dengan pencerobohan pengganas Sulu, di Sabah.
Ops Daulat dilancarkan polis dan tentera Malaysia pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.
Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan 10 anggota keselamatan negara terkorban dan 57 penceroboh terbunuh sehingga ke hari ini.
Dalam pada itu, Ghafir yakin isu keganasan tentera kesultanan Sulu di Lahad Datu tidak akan berpanjangan, sehingga menyebabkan pilihan raya umum ditangguh.
Katanya, sejumlah 200 pengganas Sulu tidak akan dapat menandingi kekuatan pasukan keselamatan negara.
"Ia tidak akan jadi operasi yang berpanjangan dan menjejaskan PRU.
"Pilihan raya patut diteruskan. Tiba masa itu, tentera dan polis sudah (berjaya) laksanakan misi mereka," kata Ghafir.
Sambung beliau, tentera Malaysia berpotensi untuk menjadi pasukan keselamatan terbaik di di Asia Tenggara jika setiap peruntukan digunakan dengan telus.
"Saya dah cakap berulang kali mengenai peruntukan yang banyak hilang di tengah jalan. Kalau kita guna dengan efektif, kita boleh jadi tentera paling canggih di rantau ini.
"(Tetapi) saya tak nak ulas panjang. Anda boleh pergi ke Kementerian Pertahanan dan tanya Ketua Setiausaha sendiri," sinisnya.
Forum anjuran Akademi Pak Sako itu dimudahcara Exco Pemuda KEADILAN, Dr Afif Bahardin.
Panelis lain terlibat adalah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing

Negara tidak bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah – Musa Hitam

Posted: 13 Mar 2013 01:08 AM PDT


KUALA LUMPUR 13 MAC: Negara tidak akan bankrap jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara, kata Tun Musa Hitam.
musa hitam
Tegas bekas Timbalan Perdana Menteri itu, tidak adil jika menganggap negara akan bankrap di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, jika Pakatan mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik.
Beliau berkata, perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur.
"Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya.
"Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari. Mereka tidak akan buat sedemikian dan buat ekonomi bankrap," kata Musa dipetik Sinar Harian.
Musa berkata demikian pada sidang media semalam ketika mengulas dakwaan negara akan bankrap jika Pakatan mentadbir negara setelah menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47198

BULETIN RAKYAT

Posted: 13 Mar 2013 12:46 PM PDT

BULETIN RAKYAT


TIDAK ADIL ANGGAP NEGARA AKAN BANGKRUP JIKA PR AMBILALEH NEGARA ~ MUSA HITAM

Posted: 12 Mar 2013 10:09 PM PDT

Tun Musa Hitam.
Tun Musa Hitam.
Tun Musa Hitam menegaskan tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.
Menurutnya, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik.

Beliau berkata, perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur.

"Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya.

"Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari. Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap," katanya dalam sidang media, semalam.

Musa berkata demikian ketika mengulas dakwaan negara akan bankrap jika PR mentadbir negara setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau menegaskan, pembangkang tidak akan berbuat demikian kerana mahu terus kekal sebagai pilihan rakyat dalam pilihan raya akan datang.

"Ini harapan mereka, itu sebab mereka masuk pilihan raya. Mereka akan kata, kami yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Jika anda menerima konsep demokrasi, maka anda tidak akan kata pihak yang lain akan membuat negara bankrap," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan