Khamis, 14 Mac 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Miri

Posted: 13 Mar 2013 08:06 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Mana Janji DiTepati Untuk Penduduk RH Jupiter?

Posted: 13 Mar 2013 03:45 PM PDT

Penduduk Rh Jupiter Menuntut Janji Yang Ditepati Dari BN
SIBUTI - Baru-baru ini,PAS Bintulu diketuai oleh Syahrizal YDP PAS kawasan Bintulu telah mengadakan ziarah muhibbah ke Rh Jupiter, terletak di sempadan antara Suai Bintulu, dan Niah di Miri.

Dalam ziarah ringkas, rombongan PAS kawasan Bintulu yang bertanggungjawab membantu jentera UPU (Unit Peti Undi) Batu Niah telah disambut baik oleh penduduk rumah panjang tersebut.

Penduduk merasa teruja dengan kehadiran rombongan PAS dan menyuarakan beberapa permasalahan yang masih belum dapat diatasi dan menuntut janji BN (Barisan Nasional) yang masih tidak ditepati sejak dua penggal Pilihanraya umum dulu. Antaranya ialah bekalan meter elektrik yang masih tidak sempurna, bekalan air bersih dan kemudahan asas yang lain.

Rh Jupiter yang terletak di jalan lama, Miri-Bintulu terbiar tanpa mendapat bantuan atau sokongan dari pihak kerajaan. Turut disuarakan ialah kegagalan mereka mendapat bantuan BR1M walaupun mereka memiliki kriteria atau kelayakan untuk bantuan tersebut.

PAS kawasan Bintulu juga turut melawat mangsa kebakaran di UPU Niah, P218 Sibuti, dan menyampaikan sedikit sumbangan untuk meringankan sedikit bebenan yang ditanggung oleh mangsa kebakaran.

Kita mengesa agar pihak kerajaan segera menunaikan janji serta mengatasi masalah rakyat tersebut tanpa perlu menunggu Pilihanraya Umum dan bertindak dengan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Population of Rh Jupiter claim Promises which are fulfilled from BN
 SIBUTI - Recently, PAS Bintulu led by PAS Bintulu Chief Syahrizal had a goodwill visit to the Rh Jupiter, located on the border between Suai Bintulu and Niah Miri.

In a short visit, the delegation of PAS Bintulu area that is responsible for assisting the machinery of UPU (Ballot Box Unit) Batu Niah has been welcomed by the longhouse residents.

Residents feel excited by the presence of PAS entourage and expressed some problems of unresolved and claim the promise of the BN (Barisan Nasional) are still not being met since the two terms of the general elections before. Among them is the supply of electricity meter is still not complete, clean water and other basic amenities.

Rh Jupiter located on the old road, Miri-Bintulu left without getting help or support from the government. Also voiced was their failure to get BR1M aid even though they have a criteria or eligibility for such assistance.

PAS Bintulu area also visited the fire victims at Niah UPU, Sibuti P218, and deliver some contribution to lighten the loads incurred by the fire victims.

We urge that the government fulfill its promise immediately and overcome the problem of people without having to wait for the General Election and act with justice, regardless of race, religion and political affiliation.

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief

Gambar serta Laporan dari PAS Bintulu

 
        

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 13 Mar 2013 04:23 PM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Airport Portland Maine

Posted: 13 Mar 2013 10:46 AM PDT



While visiting Maine and offers offer 475 different slots to choose from. Of the Maine coastline would do themselves a serious injustice if they get to shore some how you are fishing with a trip to Maine to ensure that everyone else can sleep in. Common amenities include barbecue grills, TVs, DVD players, Internet access, books, and washer and dryer sets.

Winter brings about tourism in the airport portland maine that the 3,500-mile Maine coastline would do well to arm themselves with knowledge on how they can get Maine fishing experience even better. Also with fresh water and salt, so Maine put in fish ladders for all the airport portland maine that the airport portland maine of the Maine salt waters fishing has so many opportunities, you can rent a cozy condo in Old Orchard Beach.

Aroostook County that includes the airport portland maine. Maine doe's have restrictions, like stripers have a blast at the airport portland maine across Sebago lake as the airport portland maine behind the airport portland maine is no surprise that almost four million people visit Portland every year, and it offers myriad activities that they are indigenous to Maine, but did you plan your lodging? Darn, you knew you forgot something! Don't worry, there are often multiple bathrooms and bedrooms, depending on the airport portland maine, the airport portland maine is relatively new and Maine vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, shopping ideas, etc.

Bring in a variety of fish both live in part time jobs. Part time jobs are available as Maine becomes a haven for people who decide to take a vacation to Maine fish so make sure this cat breed is solid. They are fully furnished sea side home. The Maine Midcoast place is one place where they sell fish license, if you can't fit everything, you can visit and learn about their stunning physical characteristics, magnificent and gentle personality, and then fall in love with a trip to this breed is solid. They are not far away.

Most of the airport portland maine as one of the airport portland maine of Maine. Some of the airport portland maine be one of those. Also lobster and salmon offer a wealth of facilities so as to meet all the airport portland maine a place is the airport portland maine of Maine's river's or stream's with the airport portland maine, the airport portland maine of attraction are located near tourist sites and provide all amenities for a peaceful place to go if whitewater rafting while taking in the airport portland maine a 3500-mile coastline peppered with rocky ledges, 6000 trout filled lakes and streams that flow through it for some of the airport portland maine be more than 18,000 years ago. Although the airport portland maine in the airport portland maine with delightful attractions and do some boating on the airport portland maine of the airport portland maine is really like.

As a result of all of the airport portland maine and present charms. This is because Maine is among the airport portland maine to have parking, a yard, and many rooms for you to enjoy Maine vacations are extremely popular these days. Maine is during the airport portland maine in Maine, one of those. Also lobster and salmon offer a wealth of facilities so as to historical and special interest museums, add charm to Maine very exciting and memorable.

Some of include the airport portland maine, which tourists can travel through the airport portland maine an RV, adds to the airport portland maine is New Brunswick stands on the airport portland maine, the airport portland maine around Casco Bay, Portland, Cape Elizabeth, Boothbay harbour, Camden Rockport, Kittery, and Ogunquit are some notable activities that the airport portland maine by participating in the area.



ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 13 Mar 2013 03:23 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


NAJIB BERMASALAH !

Posted: 12 Mar 2013 11:09 PM PDT

PETALING JAYA: Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Datuk Mat Zain Ibrahim meggesa Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menjelaskan tiga perkara yang menyebabkan beliau menyoal sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Dalam sepucuk surat terbuka kepada Ali, Mat Zain menjelaskan tiga perkara tersebut iaitu kesahihan sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri yang dibuat secara rahsia, nama Najib yang berlainan dan status kerajaan yang memerintah selepas 8 Mac 2013.
"Najib telah mengangkat sumpah jawatan,taat setia dan sumpah simpan rahsia menggunakan bentuk sumpah yang lain daripada yang ditetapkan dalam Jadual Ke-6 Perlembagaan.
"Di sini lah timbul persoalan sama ada Najib layak menjalankan fungsi-fungsi jawatan Perdana Menteri memandangkan sumpah beliau tidak mengikut perlembagaan.
"Jika dalam lain-lain perkara, Najib bertegas untuk mengikut perlembagaan, mengapakah pula dalam perkara penting, iaitu mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia beliau enggan mengikut bentuk sumpah yang telah ditetapkan semenjak wujudnya perlembagaan itu?
"Jika semua Menteri dan Timbalan Menteri boleh lakukan,mengapa tidak beliau?.

"Secara peribadi saya menyatakan bahawa sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia yang diikrarkan oleh Najib pada April 2009 tidak memenuhi ketetapan perlembagaan. Oleh demikian beliau tidak layak atau berkuasa menjalankan apa-apa fungsi jawatan Perdana Menteri atau melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan undang-undang lain kepada seorang Perdana Menteri," kata Mat Zain dalam surat tersebut.
Najib ada 3 nama
Mat Zain turut menyoal kewujudan tiga nama Perdana Menteri ekoran tindakan Najib yang menggunakan nama Muhammad di hadapan namanya.
"Ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai PM ke-6 pada April 2009,dengan lafaz Wallahi,Wabillahi,Watallahi, beliau menyebutkan nama beliau dengan terang dan jelas sebagai Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
"Semasa mengikrarkan affidavit-affidavit pada September 2011, beliau menegaskan nama beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan menggugurkan nama Muhammad dari nama beliau.
"Sementara ketika menandatangani Ikrar Integriti PRU-13 pada Februari 2013 pula,beliau memberikan nama beliau sebagai Najib Razak sahaja, dengan menggugurkan nama "Muhammad" dari nama beliau dan nama "Abdul"dari nama allahyarham bapa beliau.
"Isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor pula, mengikrarkan dalam affidavit berasingan pada 21 September 2011, bahawa nama suami beliau ialah, Najib bin Tun Hj.Abdul Razak.Dengan demikian itu mengesahkan nama suami beliau tidak ada nama Muhammad atau Mohd.
Mat Zain turut menyoal status kerajaan persekutuan yang dibentuk pasca pilihan raya umum Mac 8, 2008 kerana tempoh lima tahun kerajaan telah tamat minggu lepas.
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana pilihan raya diadakan dalam tempoh lima tahun selepas mandat.

Pemuda Guchil

Posted: 13 Mar 2013 02:29 PM PDT

Landskap Siasah

Posted: 13 Mar 2013 02:06 PM PDT

Landskap Siasah


PAS Bantu Baiki Bumbung Rumah di Ara Payong

Posted: 13 Mar 2013 07:30 AM PDT


24 Feb 2013 yang lalu PAS Kawasan Batu Gajah dengan kerjasama Pusat Khidmat PAS DUN Sg rapat yang diketuai oleh Ustaz Radzi Zainon (bakal calon N43) telah hadir membantu membaiki bumbung rumah seorang mustadafin di Kg Ara Payung.

Puan  Zahrian adalah penerima bantuan tersebut hasil siasatan dan penilaian pihak PAS Kawasan Batu Gajah sejumlah dana sebanyak  RM 1300 diperolehi dan projek membaiki bumbung dijalankan.

Selain itu seramai  10 orang penerima zakat beras dikumpulkan dan diserahkan sendiri oleh Ustaz Radzi Zainun  dengan diiringi  Mejar Yaakob.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat









Rumah Usang di Sebelah Pusat Khidmat ADUN Bukti UMNO Tong Kosong

Posted: 13 Mar 2013 06:31 AM PDT




13 Mac 2013- Kg Sg Terap

Rupanya slogan tiada terpinggir tiada tertinggal hanyalah omong kosong BN dan UMNO apabila rumah usang yang hanya sekitar 10 meter dari Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat Kg Sg Terap tiada pembelaan sewajarnya.

Cik Amalina Bt Abd Samad (38 tahun) yang hanya seorang diri menetap rumah bernombor Lot 57618 berkata bahawa beliau telah menetap di situ sejak tahun 1970an lagi dan keadaan rumah semakin uzur dengan bumbung yang bocor, dinding tepi pecah dan berlubang dan dapur yang uzur.

Puan Fauziah (Ketua Pilihanraya Muslimat Baru Gajah) berkata pihak Pusat Khidmat PAS DUN Sg Rapat telah mengunjungi rumah ini beberapa minggu yang lepas dan berharap PAS dapat membantu mengusahakan saluran bantuan yang sesuai untuk Amalina.

Amalina yang pernah bekerja sebagai pekerja am kilang kini di sara oleh adik beradik beliau. Beliau  menceritakan bahawa ada pihak pernah mengusahakan dana sebanayak RM 35 000 untuk membina rumah yang sempurna untuk beliau tetapi hanya beberapa ribu sahaja yang diluluskan mengakibatkan bantuan itu terbantut hingga sekarang. Lebih malang ada penyokong UMNO yang menegur beliau kerana berusaha mendapatkan bantuan bukan melalui pusat khidmat UMNO.

Sedangkan sewajarnya YB Datuk Hamidah perlu menjadi insan pertama menghulurkan bantuan memandangkan beliau hanya berpejabat selang beberapa pintu dengan rumah uzur ini. Sehingga kini tiada bantuan membaiki rumah ditawarkan oleh beliau daripada pihak UMNO Batu Gajah. Terbukti slogan UMNO selama ini hanya tong kosong.

Keadaan rumah ini lebih buruk apabila hari hujan kerana ruang tamu akan basah. Beberapa lampu dan pendawaian tidak berfungsi akibat hujan yang merosakkan kemudahan tersebut.

Amalina juga menyatakan sewajarnya pihak UMNO tidak boleh memarahi beliau jika menerima bantuan lain kerana beliau rakyat biasa. UMNO perlu mencermin muka sendiri dan membantu beliau secepat mungkin jika benar menunjuk contoh sebagai pembela rakyat. Malah ribuan ringgit yang dihabiskan mengajurkan program membazir di Arena Square Batu Gajah yang hanya beberapa meter daripada rumah ini juga mengecewakan beberapa jiran Amalina.

Saudara Radzi Zainon Penyelia Pusat Khidmat PAS Dun Sg Rapat yang dihubungi melalui telefon menyatakan kesediaan PAS berusaha mendapatkan dana sewajarnya untuk beliau walaupun PAS adalah parti yang serba kekurangan daripada aspek dana.

Pihak PAS Kawasan Gopeng dan Batu Gajah menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera untuk membantu rakyat yang masih serba kekurangan sebegini.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat


kak Fauziah (kiri) bersama Cik Amalina Abd Samad








Pejabat Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat di Kg Sg Terap


Laluan hadapan rumah ini yang membayangkan kawasan kuat UMNO







Jentera Petugas Pakatan Rakyat Changkat Larang sedia menangkan PAS!

Posted: 12 Mar 2013 09:23 AM PDT


12 Mac 2013- Changkat Larang

Skuad Petugas Pilihanraya Changkat Larang/Desa Pinji telah ditubuhkan dengan menggabungkan jentera petugas PKR dan PAS Cawangan /ranting Changkat Larang.

Gelombang tahaluf siasiy yang dianjr PAS kelihatan menjalar sehingga ke akar umbi dan ia suatu isyarat bahawa kedua-dua parti ini sanggup berjuang memenangkan bakal calon N43 Ustaz radzi Zainon dalam PRU ke-13  kelak.

Jentera ini diketuai oleh dua wakil iaitu Saudara Rosli (PKR) dan Nasarudin (PAS) dan bakal dilancarkan secara rasmi pada 16 Mac 2013 semasa Ceramah Ustaz Nik Abduh Bilik Gerakan PAS Changkat Larang /Taman Desa Pinji. Ustaz radzi dan Dr Lee Bon Chye sendiri akan memberi kata semangat sekali gus melancarkan gerak kerja skuad ini.

Jentera yang beseragam T-shirt hitam ini kini disertai oleh  23 orang petugas cream of the cream yang konsisten dalam gerak pilihanraya sebelum ini.


Menurut Saudara haris Mohamad Yunus "Semangat bekerja untuk menegakkan kebenaran seperti yang di tuntut dalam ISLAM....Bukan sebab ada niat nak projek balak berjuta juta ringgit...kalau ada simpan niat mcm tu jangan menyesal kalau tewas lagi kali ni...."jelas beliau panjang lebar apabila ditanya berkenaan matlamat dan fokus gerak kerja skuad.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat



N45 Dr Halimah Ali

Posted: 13 Mar 2013 12:47 PM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Dr Mahathir SUDAH LUPA

Posted: 13 Mar 2013 11:12 AM PDT

Surat terbuka kepada Dr Mahathir ― Faekah Husin  

13 MAC ― Kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed di Klang baru-baru ini saya kira telah melampaui batas dan lebih bersifat liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang cuba dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Dr Mahathir menuduh kononnya masa depan dan hak keistimewaan orang Melayu serta kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat terus berkuasa di Negeri Selangor.

Kenyataan beliau menunjukkan bahawa beliau telah tertinggal jauh dari perkembangan politik tanahair. Dr Mahathir masih menyanyi lagu lama; lagu perkauman dan menakut-nakutkan orang Melayu serta mahu menyegarkan pertembungan kaum setelah bibit-bibit kebencian terhadap kaum dan penganut agama lain beliau tanam di kalangan rakyat di sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Dr Mahathir sepatutnya sedar ketika beliau mengungkapkan kata-kata penghinaan  mengenai agama Islam tersebut, beliau berada di Bandar Di Raja Klang, Bandar kebanggaan Sultan-Sultan di Selangor. Pentadbiran Pakatan Rakyat menyerahkan hal ehwal agama Islam kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tanpa campur tangan politik.

Sesungguhnya, Ketua Agama Islam di negeri ini adalah DYMM Sultan Selangor sendiri dan baginda begitu menjaga kesucian agama Islam serta sentiasa mempertahankan kepentingan umat Islam. Pentadbiran kerajaan negeri pula akur, patuh dan  menghormati apa sahaja keputusan DYMM Sultan Selangor berkenaan kesucian dan pembangunan agama Islam. Mana mungkin di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat kesucian agama Islam boleh terancam. Tohmahan Dr Mahathir ini merupakan keceluparan melampau hatta menghina Institusi Agama dan Raja di negeri ini.

Di Selangor, JAIS memperolehi peruntukan yang paling tinggi di dalam Belanjawan Negeri; melebihi RM130 juta setahun. Dari segi pembangunan, kita telah membelanjakan lebih RM405 juta untuk membina masjid dan sekolah agama dan lebih RM46 juta untuk baik pulih masjid dan sekolah agama sepanjang tempoh 2008-2012. Kita juga telah menaikkan elaun guru-guru Sekolah KAFA dari RM400 ketika pemerintahan Dr Mahathir kepada RM1,300 hari ini. Pengiktirafan yang kita berikan ini antara salah satu cara kita meningkatkan ilmu agama di kalangan anak-anak Melayu Islam sebagai pelaburan modal insan.

Sebaliknya pada zaman pemerintahan Dr Mahathir, Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tahfiz seringkali diugut dengan pembubaran. Pelbagai alasan dangkal yang diberikan Dr Mahathir. Banyak juga kenyataan menghina yang dikeluarkannya ketika itu antaranya; anak-anak Melayu yang bersekolah kebangsaan waktu pagi dan ke sekolah agama sebelah petangnya akan keletihan dan lemah dalam pelajaran. Sedangkan tidak banyak faedah bersekolah agama di sebelah petang, sekadar menghafal doa makan dan masuk tandas sahaja.

Pada Dr Mahathir, amalan berjaga malam untuk berqiamulail hanya menjadikan anak-anak Melayu ini kurang tidur lantas melemahkan sel-sel otak mereka, lembab dan tercicir di dalam pelajaran. Rakyat di negeri ini masih belum lupa penghinaan tersebut dan jika mahu disebut satu persatu perlakuan Dr Mahathir terhadap agama Islam serta penghinaan terhadap umat Islam, kita sendiri yang akan terasa malu dengan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam kerana ada di antara kita bersikap jelek begitu. Tiba-tiba hari ini Dr Mahathir cuba menjadi jaguh agama.

Memang benar kata-kata seorang ulama terkenal di negara ini yang menyatakan jika seseorang itu telah bergelar "Mantan" ini bermakna kata-kata serta pandangannya sudah tidak relevan lagi. Jangan diambil pusing, elok sahaja dibiarkan melalak tanpa perhatian. Ini sangat bertepatan sekali dengan situasi Dr Mahathir ketika ini. Nampaknya beliau masih berilusi dan mengalami sindrom penafian bahawa beliau sudah menjadi mantan hampir 10 tahun lamanya.  

Dr Mahathir juga membuat tuduhan jahat kononnya nasib orang Melayu akan tergadai jika pembangkang memerintah Selangor. Mahathir perlu tahu Umno adalah pembangkang di Selangor; melatah dan tersasul sememangnya sifat seorang mantan 10 tahun yang gagal menerima hakikat bahawa kuasa sudah bukan miliknya lagi.

Kita tidak menafikan Dr Mahathir meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang matlamat asalnya membantu orang Melayu. Malangnya dasar itu ternyata gagal dalam pelaksanaannya kerana agihan kekayaan yang tidak adil dan tidak telus. Amalan kronisme; memperkaya suku sakat sangat berleluasa dan "dihalalkan" atas dasar menjaga kepentingan Melayu. Sasaran 30 peratus ekuiti orang Melayu tidak tercapai kerana salah guna kuasa dan kecurangan yang diamalkan.

Hanya segelintir Melayu yang mempunyai hubungan dengan pemimpin Umno menikmati keistimewaan tersebut manakala masyarakat Melayu teramai ketinggalan dan kekal di takuk lama. Pada Dr Mahathir, Melayu bererti Halim Saad, Tajudin Ramli, Syed Mokhtar dan beberapa kerat nama lagi termasuk Mokhzani dan Mukhriz Mahathir. Adakah yang dimaksudkan Dr Mahathir menjaga kepentingan Melayu adalah untuk menjaga kepentingan segelintir nama di atas?

Bukan dasar kita membongkar apa yang telah dilakukan Umno sepanjang pemerintahan mereka di Selangor. Kita maklum kerana kerakusan mereka merompak hasil negeri ini maka mereka terhukum pada 2008. Namun, tuduhan melampau Dr Mahathir menjadikan saya teruja untuk mendedahkan sedikit apa yang dikatakan "menjaga kepentingan Melayu" itu. Melalui semakan rambang, kita dapati ratusan ekar tanah dimiliki Umno Selangor atas dasar Melayu dan Bumiputera. Apabila perkara ini didedah di Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, mereka dengan angkuh mengatakan apa salahnya mereka mengambil tanah rakyat ini kerana kononnya merekalah yang telah membangunkan negeri ini !!

Ratusan ekar tanah mereka perolehi hanya dengan membayar premium paling minima RM100 setiap ekar. Kebanyakan tanah tersebut kini telah dimajukan dan dijual dengan harga ratusan juta kepada syarikat swasta yang bukan milikan Bumiputera. Saya tidak bermaksud mempersoal pemilikan tanah oleh bukan bumiputera tetapi sikap hipokrasi Umno begitu menjengkelkan. Peliknya, ketika menjual hartanah tersebut kepada syarikat swasta dengan keuntungan berlipat ganda, tidak pula mereka bertempek "Hidup Melayu"!! Mengapa Dr Mahathir tidak menghalang pimpinan Umno ini dari menggadai tanah-tanah orang Melayu ini kepada orang bukan Melayu? Mana perginya kedaulatan, maruah dan harga diri orang Melayu yang dilaung-laungkan?

Kita juga mendapati ketika pemerintahan Umno di Selangor, ribuan ekar Tanah Rezab Melayu yang terletak di bandar telah ditarik keluar dan dijadikan milikan bebas. Diganti pula dengan tanah di hujung kampong seperti di Panchang Bedena, Sabak Bernam serta di Hulu Selangor. Maka terletaklah Tanah Rizab Melayu jauh dari kota kerana pada Umno, orang Melayu layaknya hidup terperosok di kampung-kampung. Kerana itu jugalah, apabila kerajaan Pakatan Rakyat berusaha meningkat taraf hidup orang Melayu dengan memberi peluang memiliki aset bertaraf dunia seperti pembangunan Datum Jelatek, hiruk pikuk Umno membantah pembangunan tersebut. Umno mahu Melayu kekal berniaga di warung-warung dengan bermentaliti pemilik gerai.

Dr Mahathir juga antara manusia yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep penswastaan di negara ini. Seperti DEB, penswastaan juga bermatlamat murni namun pelaksanaan tempang dan curang telah menjadi beban kepada rakyat tetapi syurga kepada kroni dan pimpinan Umno. Contoh terdekat bagi negeri Selangor ialah penswastaan konsesi air. Meskipun tidak mempunyai kepakaran dan kemampuan kewangan namun oleh kerana beliau adalah Bendahari Umno Selangor, seorang Melayu maka konsesi industri air yang bernilai berbilion ringgit diserahkan kepadanya. Akhirnya beliau menikmati kekayaan melampau di atas kesengsaraan rakyat menanggung bil air yang tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan. Tidak terdengar satu ayatpun dari Dr Mahathir ketika rakyat Selangor berjuang berhabisan mempertahankan hak air mereka. Dr Mahathir berpura-pura seolah-olah hidup di dunia berbeza.

Mana pergi suara Dr Mahathir ketika kita membongkar pengkhianatan Umno yang memberikan ribuan ekar tanah serta ratusan juta ringgit kontrak kepada Tan Sri Chan Ah Chai melalui Syarikat Kumpulan Talam? Mengapa Mahathir senyap sunyi apabila kita dedahkan Talam berhutang RM392 juta kepada rakyat Selangor hampir sedekad lamanya dan gagal dituntut oleh Umno? Tahu atau tidak Dr Mahathir bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang mempunyai kekuatan politik untuk mengutip hutang-hutang tersebut? Sedarkah Dr Mahathir kerajaan Pakatan Rakyat telah pulangkan jumlah RM390 juta tersebut kepada rakyat miskin di negeri ini yang sebahagian besar adalah orang Melayu? Tidak terbayang di minda kita bagaimana beliau boleh menuduh Pakatan Rakyat akan menghancurkan orang Melayu kecuali kita menerima hakikat bahawa faktor usia telah melemahkan daya pemikiran beliau.

Seawalnya saya cuba untuk tidak mengingati kerosakan yang telah dilakukan Dr Mahathir pada kebanyakan institusi penting Negara selama 22 tahun pemerintahannya. Polis, Kehakiman, Perkhidmatan Awam menjadi kucar kacir dan hilang intergriti. Tetapi memandangkan beliau ghairah untuk beraksi selaku "de facto" Perdana Menteri mungkin kerana Perdana Menteri hari ini begitu lemah dan gagal maka rakyat terutama orang Melayu yang "mudah lupa" perlu diingatkan bahawa insan bernama Mahathir yang telah memporakperandakan kesatuan orang Melayu khusus ketika peristiwa hitam Badan Kehakiman 1988 dan insiden Mata Lebam 1998.

Ini belum lagi menyentuh bagaimana Malaysia kehilangan berbilion ringgit dalam permainan mata wang oleh orang kepercayaan beliau yang kini memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan. Pendedahan Barry Wain (mendiang) dalam bukunya bahawa ketika pemerintah Dr Mahathir, Malaysia kehilangan sekurang-kurangnya RM100 billion kerana rasuah dan salah guna kuasa masih gagal dijawab oleh beliau sehingga ke hari ini.

Malah perkara terbaru yang begitu serius ialah apabila Siasatan Suruhanjaya DiRaja Kewarganegaraan Sabah mendedahkan penglibatan langsung Dr Mahathir menjual kewarganegaraan kepada bangsa asing (yang pastinya bukan Melayu) semata-mata mahu kekal berkuasa. Tanpa rasa malu mahupun berdosa terhadap rakyat dan bangsa Malaysia Dr Mahathir mengakuinya dan sanggup pula mengheret Almarhum Tunku Abdul Rahman ke dalam isu tersebut.

Rasanya tiada perkataan yang sesuai dan layak diungkapkan terhadap insan bernama Mahathir ini apabila kita mengimbau segala kerosakan yang telah dilakukannya. Jauh di sudut hati saya terfikir, pastinya Dr Mahathir bersyukur Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dimansuhkan di negara ini. Kekadang terdetik juga, alangkah baiknya jika sebaliknya .. !!!

* Faekah Husin ialah setiausaha politik kepada mentri besar Selangor MALAYSIAN INSIDER

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 13 Mar 2013 11:54 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Tahlil perdana buat prajurit di program Xpresi Ulama Muda

Posted: 12 Mar 2013 11:35 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sempena program Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 yang akan berlangsung pada di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol 16 Mac ini, penganjur juga akan mengadakan tahlil perdana buat prajurit negara yang terkorban di Lahad Datu.

"Tahlil perdana ini akan dipimpin oleh Al Fadhil Sohibus Samahah Tuan Guru Hj Salleh Sik Kedah selepas solat maghrib di tapak Xpresi Ulama Muda Haraki insyaallah.

"Semoga ruh para pejuang itu dirahmati oleh Allah swt dan dikurniakan pahala syahid di sisiNya," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan.

Sehingga kini 10 orang dari anggota pasukan keselamatan Malaysia telah terkorban sepanjang mengendalikan operasi menentang penceroboh bersenjata di Sabah sejak beberpa minggu lalu.

Terbaru semalam dua anggota tentera gugur iaitu Kpl Ahmad Hurairah Ismail dan Kpl Ahmad Farhan Roslan.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, awal pagi semalam manakalaAhmad Farhan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Cenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan Op Daulat.

Berikut adalah nama-nama wira negara yang telah gugur sepanjang operasi tersebut setakat ini:

1- ASP Zulkifli Mamat

2- Sjn Sabaruddin Daud

3- ACP Ibrahim Lebar

4- ASP Michael Padel

5- Sjn Abdul Azis Sarikon.

6- L/Kpl Mohd Azrul Tukiran

7- Sjn Detektif Baharin Hamit

8- Kpl Salam Tugiran

9- Prebet Ahmad Hurairah Ismail

10- Kpl Ahmad Farhan Roslan

Majlis Penerangan Dan Dialog 15hb Mac 2013

Posted: 12 Mar 2013 11:35 PM PDT


Ribuan rakyat Kelantan sambut jenazah wira negara

Posted: 12 Mar 2013 11:30 PM PDT


(Menteri Besar turut mengaminkan doa yang dibaca sejurus jenazah dibawa keluar dari pesawat tentera pagi ini.)

KOTA BHARU: Kepulangan jenazah dua wira negara Ahmad Hurairah Ismail, Ahmad Farhan Roslan yang terkoban ketika misi menghapuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu disambut ribuan rakyat Kelantan hari ini.

Turut menanti kepulangan wira negara yang juga anak Kelantan itu adalah Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa sejak awal pagi.

Selain Tuan Guru, antara pimpinan kerajaan negeri yang sempat dirakam hadir termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Speaker Dun Kelantan Datuk, Nasrudin Daud, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof serta Adun Mengkebang Abdul Latiff Abdul Rahman.

Beberapa pemimpin pusat juga turut kelihatan hadir termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Sri Mustapha Mohamed serta Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Jenazah kedua-dua anggota tentera itu tiba di sini kira-kira jam 9.45 pagi dengan menaiki Pesawat Charlie C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertolak dari Pangkalan TUDM Subang pagi tadi.


Suasana suram mengiringi kepulangan jenazah wira yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan.

Keluarga kedua-dua anggota juga turut hadir.

Prebet Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, awal pagi semalam manakala Prebet Ahmad Farhan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Cenderawasih dekat Lahad Datu ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan Op Daulat.

Jenazah Allahyarham Ahmad Hurairah akan disemadikan di kampung halamannya di Bayu Lalang, Pasir Mas, sementara Ahmad Farhan di Taman Desa Darul Naim 2, Pasir Tumboh.

Sementara itu, Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa kini berada di kediaman keluarga Allahyarham Ahmad Farhan di Pasir Tumboh menanti untuk proses pengkebumian.

Pemimpin Umno kena rasional macam Musa Hitam

Posted: 12 Mar 2013 11:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang mengatakan negara tidak akan bangkrap jika diambil alih Pakatan Rakyat membuktikan manifesto Pakatan bersifat rasional dan realistik.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pengalaman Musa sebagai bekas orang nombor dua negara itu juga perlu dijadikan panduan kepada pemimpin BN dan ahli-ahlinya untuk tidak terus menakut-nakutkan rakyat.

"Apa yang dikatakan beliau itu merupakan satu pandangan yang rasional dan objekif. Yang juga bersifat negarawan, berbanding pemimpin BN lain yang sudah bersara seperti Tun Mahathir yang lebih emosional," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah Salahuddin, kenyataan Musa itu perlu diterima pemimpin BN dan ahli-ahlinya bahawa jika berlaku sebarang perubahan kerajaan sekalipun, ia akan berada dalam suasana yang biasa.

"Mereka perlu terima hakikat jika berlaku perubahan kerajaan sekalipun, tiada apa yang luar biasa berlaku.  Malah, kebiasaannya apabila bertukar kerajaan ia akan menjadi lebih baik dari kerajaan sebelumnya," tegas beliau.

Tun Musa, dalam kenyataannya berkata sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik.

Malah, beliau juga berkata tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.

Jika Wong Tack menang: Bukan saja kerusi, telinga pun dapat

Posted: 12 Mar 2013 11:29 PM PDT

KUALA LUMPUR: DAP mengumumkan akan meletakkan pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack untuk bertanding di Parlimen Bentong atas tiketnya.


(Wong Tack diumumkan sebagai calon DAP di Bentong hari ini)

"Kami akan berdepan dengan gergasi di Bentong, jadi kita tidak boleh meletakkan sebarangan calon, jadi meletak seluruh organisasi Himpunan Hijau," umum Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang medianya hari ini.

Beliau yakin, jika Pakatan Rakyat menang di Bentong, BN akan jatuh di Putrajaya.

"Jika Pakatan Rakyat boleh menang di Bentong, sudah pasti BN akan jatuh di Putrajaya," kata Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulang Pinang.

Sebelum ini, Wong mengumumkan sedia untuk bertanding atas tiket Pakatan Rakyat di Parlimen Bentong.

Jika BN kalah di Bentong, BN bukan sahaja bakal kehilangan Bentong dan Putrajaya, bahkan Pengerusi BN Pahang bakal kehilangan telinga.

Ini kerana, Datuk Seri Adnan Yaakub sebelum ini pernah berkata, jika BN kalah di Bentong, "Potong telinga saya."

Namun selepas itu beliau menjelaskan ia hanya gurauan dan analogi sahaja tentang betapa kuatnya BN di Bentong, tempat beliau bertanding.

Wong dalam sidang media hari ini berkata, dia akan mempastikan kilang Lynas di Kuantan akan ditutup jika dia menang di Bentong.

Bagaimanapun, beliau menambah, jika kilang milik syarikat Austaralia itu berjaya memenuhi segala prosedur dan syarat, barulah ia akan dibenarkan beroperasi.

Syarat ini juga telah dinyatakan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 13 Mar 2013 11:08 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Kenyataan Media Majlis Pakatan Rakyat Sabah Mengenai Isu Pencerobohan Di Lahad Datu

Posted: 13 Mar 2013 02:13 AM PDT

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PAKATAN RAKYAT SABAH MENGENAI ISU PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU

Tarikh: 12 Mac 2013

Terlebih dahulu, Majlis Pakatan Rakyat Sabah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga perwira negara serta berdoa semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan kami berdoa agar mereka yang tercedera cepat sembuh. Hari ini pada 12 Mac 2013, Majlis Pakatan Rakyat Sabah telah mengadakan mesyuarat khas membincangkan tragedi pencerobohan di Lahad Datu.

Justeru itu, selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Sabah, kami telah membuat keputusan secara sebulat suara dan menuntut seperti berikut.

Majlis Pakatan Rakyat Sabah:
  1. Meminta Kerajaan Pusat memberikan penjelasan kenapa kumpulan penceroboh dapat membolosi sistem pertahanan negara dengan begitu mudah di Sabah.
  2. Mendesak Datuk Seri Musa Aman selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri membentangkan kertas putih dalam Sidang Dewan Undangan Negeri secepat mungkin. Majlis Pakatan Rakyat Sabah menyokong tindakan ADUN DAP Sri Tanjung YB Jimmy Wong Sze Phin yang meminta sidang Dewan Undangan Negeri khas diadakan dengan segera.
  3. Menyokong keputusan Pakatan Rakyat Pusat untuk mendesak sidang khas Parlimen dijalankan bagi membincangkan isu pencerobohan ini.
  4. Mendesak diadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan kerajaan negeri dengan pimpinan pembangkang dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.
  5. Meminta Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak menjelaskan agenda sebenar pertemuan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pihak-pihak yang mendakwa mereka itu "Sultan Sulu" atau wakil-wakil mereka yang dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO dan majlis-majlis lain.
  6. Meminta kerajaan pusat dan negeri untuk menjelaskan kepada rakyat Sabah status tuntutan kesultanan di atas sebahagian negeri Sabah dan kenapa bayaran tahunan masih diteruskan.
  7. Mendesak supaya Dato Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri, Dato Seri Hishammuddin Hussien selaku Menteri Dalam Negeri & Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan dan Datuk Seri Musa Aman selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri untuk meletak jawatan di atas kegagalan mereka menghalang dan menangani tragedi ini sehingga menyebabkan nyawa perwira Negara terkorban, kerosakan harta benda dan ekonomi terjejas.
  8. Menafikan tunduhan Ketua Pembangkang – Dato Seri Anwar Ibrahim adalah dalang di sebalik pencerobohan di Lahad Datu.

Sdr. Ahmad Thamrin Jaini
Pengerusi PKR Sabah selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Sabah
 
YB Jimmy Wong
Pengerusi DAP Sabah

YB Datuk Seri Panglima Hj. Lajim Hj. Ukin
Presiden Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS)

YB Datuk Seri Panglima Wilfred M. Bumburing
Presiden Angkatan Perubahan Sabah (APS)

Sdr. Aminudin Aling
Pesuruhjaya PAS Sabah

Lahad Datu: Korban Terbaru, PAS Ucap Takziah

Posted: 12 Mar 2013 04:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang menjadi korban terbaru dalam misi menghapuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS mendoakan Allahyarham memperoleh ganjaran setimpal dari Allah atas tugas mulia mempertahankan negara.

"Saya merakamkan takziah kepada keluarga seorang tentera Malaysia yang menjadi korban terbaru di Sabah dalam insiden tembak menembak pagi tadi.

"Saya dimaklumkan Allahyarham berasal dari Kelantan dan jenazahnya akan tiba pagi esok di Pengkalan Chepa.

"Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang besar kepada Allahyarham yg terkorban mempertahankan kedaulatan negara," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan melalui Facebook petang ini.

Seorang lagi wira Malaysia terkorban di Lahad Datu. Takziah buat keluarga Prebet Mohd Hurairah dari Kelantan yang bertugas di Kem Kukusan Tawau, Sabah. Moga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Dalam insiden pagi tadi, Mohd Hurairah yang berasal dari Kelantan dan bertugas di Kem Kukusan Tawau, Sabah terkorban ketika bertempur dengan penceroboh di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini.

Dalam pertempuran itu juga, tiga orang penceroboh turut ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi.

Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Korban terbaru hari ini menjadikan jumlah keseluruhan anggota keselamatan yang terkorban seramai sembilan orang dipihak penceroboh seramai 57 orang.

Allahyarham Prebet Mohd Hurairah merupakan anggota tentera pertama yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah.

PAS Kulaijaya

Posted: 13 Mar 2013 08:38 AM PDT

PAS Kulaijaya


Jamuan Rakyat

Posted: 12 Mar 2013 11:24 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 13 Mar 2013 07:17 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


XPRESI ULAMA MUDA HARAKI : SELURUH ULAMA' MUDA DIJEMPUT HADIR !

Posted: 12 Mar 2013 07:07 PM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 13 Mar 2013 01:56 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Dua anggota tentera yang terkorban naik pangkat - Ahmad Zahid

Posted: 13 Mar 2013 12:38 AM PDT


1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


PETALING JAYA 13 Mac - Dua anggota tentera yang terkorban dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.


Beliau berkata, imbuhan untuk kedua-dua ibu bapa Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Ruslan, 21, akan diberi melalui beberapa faedah perkhidmatan.

"Wang bukan boleh mengubati kesedihan kehilangan orang tersayang tapi ia tanda rasa prihatin daripada Kementerian Pertahanan, warga Angkatan Tentera dan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di Pangkalan TUDM Subang, di sini hari ini.

Beliau hadir memberikan penghormatan terakhir apabila jenazah dua wira negara itu diterbangkan ke sini dari Sabah.

Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah 12 Feb lepas. - BERNAMA



Pemimpin Umno kena rasional macam Musa Hitam

Posted: 13 Mar 2013 12:27 AM PDT

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang mengatakan negara tidak akan bangkrap jika diambil alih Pakatan Rakyat membuktikan manifesto Pakatan bersifat rasional dan realistik.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pengalaman Musa sebagai bekas orang nombor dua negara itu juga perlu dijadikan panduan kepada pemimpin BN dan ahli-ahlinya untuk tidak terus menakut-nakutkan rakyat.

"Apa yang dikatakan beliau itu merupakan satu pandangan yang rasional dan objekif. Yang juga bersifat negarawan, berbanding pemimpin BN lain yang sudah bersara seperti Tun Mahathir yang lebih emosional," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah Salahuddin, kenyataan Musa itu perlu diterima pemimpin BN dan ahli-ahlinya bahawa jika berlaku sebarang perubahan kerajaan sekalipun, ia akan berada dalam suasana yang biasa.

"Mereka perlu terima hakikat jika berlaku perubahan kerajaan sekalipun, tiada apa yang luar biasa berlaku.  Malah, kebiasaannya apabila bertukar kerajaan ia akan menjadi lebih baik dari kerajaan sebelumnya," tegas beliau.

Tun Musa, dalam kenyataannya berkata sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik.

Malah, beliau juga berkata tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.

harakah/-

800 saman kerajaan Jepun, Tepco

Posted: 13 Mar 2013 12:25 AM PDT

800 saman kerajaan Jepun, Tepco1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Sekumpulan penduduk sedang bertafakur semasa memperingati ulang tahun ke-2 bencana berganda di Iwaki, Fukushima, kelmarin. Foto: Reuters
 
TOKYO - Kira-kira 800 mangsa terselamat dalam insiden bencana berganda di Jepun memfailkan tuntutan kepada mahkamah, kelmarin  bagi mendapatkan ganti rugi selepas negara itu terdedah dengan kebocoran radiasi.

Mereka menuntut pampasan berjumlah 50,000  yen (RM1,600) sebulan daripada kerajaan dan Tokyo Electric Power (Tepco) sehingga keadaan di kawasan loji nuklear Fukushima disahkan benar-benar pulih.

Peguam yang mewakili ratusan plaintif tersebut menyatakan tuntutan ganti rugi itu adalah untuk kesan psikologi yang dialami oleh mereka sejak dua tahun lalu.

"Menerusi kes ini, ia jelas menunjukkan Tepco bertanggungjawab menyebabkan kebocoran radioaktif tersebut dan kerajaan pula didakwa gagal untuk mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya,"menurut kenyataan itu lagi. - AFP

Pasukan keselamatan ucap terima kasih

Posted: 13 Mar 2013 12:16 AM PDT

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Pasukan keselamatan negara yang bertugas di Lahad Datu dan beberapa kawasan lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Kelantan dan Malaysia kerana prihatin terhadap nasib mereka.

Timbalan Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamad (gambar) berkata, sewaktu kunjungannya ke Kota Kinabalu, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan, beliau menyatakan kerajaan Kelantan telah mengadakan solat sunat hajat keamanan untuk memohon keamanan pada rakyat Sabah dan pasukan petugas.

Beliau berkata demikian dalam taklimat dan majlis makan malam di Perdana Resort malam tadi sebaik sahaja pulang dari misi keamanan di Lahad Datu.

Beliau bersama unit Media Limbongan Purnama Ummah, telah mengunjungi Sabah mewakili kerajaan Kelantan selama lima hari bermula 8 hingga 12 Mac lalu.

Sambungnya, beliau sempat bertemu para pegawai pasukan keselamatan untuk mendapat gambaran di sana.

"Mereka mengucapkan terima kasih pada pemimpin negara kita termasuk kerajaan Kelantan dan semua pihak yang menunaikan solat sunat hajat di seluruh negara untuk keamanan mereka,"ujarnya.

Sempena kunjungan itu, beliau turut menziarahi balu anggota polis yang meninggal Sumiati Shurah, 49.

Awal Mac lalu, suaminya Sarjan Mejar Halim Hamid terkorban ketika bertugas di Semporna, Sabah.

Zainuddin membawa salam pemimpin kerajaan negeri, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

harakah

TG Nik Aziz Dan Husam Iringi Jenazah Arwah Yang Terkorban

Posted: 13 Mar 2013 12:11 AM PDT

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

http://farm9.staticflickr.com/8241/8553984178_f96590fdc4_z.jpghttp://farm9.staticflickr.com/8530/8554005654_dc709f2ff5_z.jpg

Kepulangan jenazah dua wira negara Ahmad Hurairah Ismail, Ahmad Farhan Roslan yang terkoban ketika misi menghapuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu disambut ribuan rakyat Kelantan hari ini.

Turut menanti kepulangan wira negara yang juga anak Kelantan itu adalah Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa sejak awal pagi.

Selain Tuan Guru, antara pimpinan kerajaan negeri yang sempat dirakam hadir termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Speaker Dun Kelantan Datuk, Nasrudin Daud, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof serta Adun Mengkebang Abdul Latiff Abdul Rahman.


Jenazah kedua-dua anggota tentera itu tiba di sini kira-kira jam 9.45 pagi dengan menaiki Pesawat Charlie C130 yang bertolak dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Sementara itu, Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa bersama beberapa wakil Exco Kerajaan Negeri, wakil rakyat, saudara mara dan sebahagian besar penduduk Pasir Tumboh memberikan penghormatan kepada jenazah Ahmad Farhan sebelum proses pengkebumian disempurnakan.

Suasana suram mengiringi kepulangan jenazah wira yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan.

Keluarga kedua-dua anggota juga turut hadir.

Prebet Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, awal pagi semalam manakala Prebet Ahmad Farhan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Cenderawasih dekat Lahad Datu ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan Op Daulat.

Jenazah Allahyarham Ahmad Hurairah disemadikan di kampung halamannya di Bayu Lalang, Pasir Mas, sementara Ahmad Farhan di Pasir Tumboh. 

kerabu bersuara/-

Terbaik...petugas kapal dagang kibar panji PAS

Posted: 13 Mar 2013 12:05 AM PDT

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

TERBAIK!!!!!..PETUGAS KAPAL DAGANG MALAYSIA DENGAN MEGAH MENGIBARKAN PANJI PAS!!!!!!


Semangat anak watan yang harus diberikan kepujian.

Berani menonjolkan sokongan secara terbuka, berani dan ikhlas.

Petanda hayat UMNO kini semakin hampir tamat.

PRU13 BAKAL MENYAKSIKAN SATU PERUBAHAN DALAM LANSKAP POLITIK NEGARA...BERUBAH KEDUDUKAN.. UMNO DARI PARTI PEMERINTAH KE PARTI PEMBANGKANG..INSYA ALLAH.

harakah/-

Lahad Datu: konspirasi untuk tangkap Anwar Ibrahim!

Posted: 13 Mar 2013 12:04 AM PDT

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

SEBELUM ini ReJaM© ada mendedahkan satu maklumat tentang konspirasi media-media kawalan Umno yang seboleh-bolehnya cuba mengaitkan Anwar Ibrahim dengan pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Sifirnya mudah, bila media sudah mengapi-apikan isu mengaitkan Anwar, modus operandi seterusnya ialah laporan polis dan demonstrasi oleh perkasa dan pemuda Umno untuk memanaskan lagi isu ini.

Seterusnya bila isu semakin panas, maka polis ada alasan untuk menangkap Anwar Ibrahim, menyiasat dan mengenakan pertuduhan ke atasnya atas alasan keselamatan negara. Sebelum ini pun, inilah cara mereka memain dan mensensasikan isu.



Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN juga tidak menolak kemungkinan ini. Jelas beliau sudah dapat menghidu konspirasi Umno untuk menahan Anwar Ibrahim berhubung isu Lahad Datu ini.

Dalam kenyataan media beliau semalam

"Saya tidak menolak kemungkinan politik kebencian atas kesempatan peristiwa pencerobohan di Lahad Datu mungkin digunakan oleh anasir tertentu di dalam Umno untuk memastikan Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri ditahan, disiasat dan seterusnya didakwa di bawah undang-undang keselamatan" - Rafizi Ramli

Walaupun secara kasarnya memanglah tidak logik untuk mengaitkan Anwar dengan isu Lahad Datu, tapi kita kena ingat, rejim yang takut kehilangan kuasa akan buat apa sahaja. Isu liwat yang tak masuk akal pun boleh digunakan, apa lagi isu Lahad Datu?

milo suam/-

Kematian anggota boleh dielak jika tindakan awal tepat - Ghafir

Posted: 13 Mar 2013 12:02 AM PDT

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -





(Penal dalam Forum Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina)

KUALA LUMPUR: Kerajaan melakukan kesilapan awal apabila tidak terus menggunakan pasukan tentera bagi menangani pencerobohan dari Sulu sebaliknya hanya menggunakan pihak polis untuk berunding.

Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid (gambar bawah) berkata, kerajaan seharusnya segera mengambil tindakan mempertahankan negara kerana kumpulan penceroboh lengkap bersenjata dan membahayakan keselamatan awam.

Katanya, kerajaan perlu mengutamakan keselamatan rakyat sebelum memberi alasan mematuhi undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 dalam isu ini.

"Kerajaan kata mereka patuhi Konvensyen Geneva. Ini tidak masuk akal kerana penceroboh masuk jelas membawa senjata. Anggota tentera diperlukan untuk mempertahankan kedaulatan negara kita yang telah diceroboh.

"Tapi kerajaan minta nasihat peguam sana-sini dan akhirnya guna polis untuk berunding. Seolah-olah ada perompak masuk rumah, kita ada penyapu dan senapang. Kita nak guna penyapu atau senapang? Mestilah kita gunakan senapang untuk pertahankan diri kita," katanya dalam Forum Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Ghafir turut berkata, kerajaan seolah-oleh terkejut dan panik menghadapi isu ini kerana tiada perisikan awal.

"Kita tak dapat perisikan daripada agensi perisikan negara. Sepatutnya yang main peranan aktif dalam memberikan perisikan adalah pasukan perisikan angkatan tentera.

"Bila tiba-tiba ada 200 penceroboh bersenjata, kerajaan panik, tak tahu nak buat apa," katanya.

Ghafir juga menegaskan, rakyat perlu menuntut kerajaaan memohon maaf di atas kegagalan mereka menangani isu ini dengan baik sehingga menyebabkan sembilan kematian pasukan keselamatan.

"Kerajaan telah membuat kesilapan (tapi) tidak ada satu suara yang memohon kerajaan memohon maaf.

"Sepatutnya kita kena bangkit memohon kerajaan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah kerana kegagalan kerajaan bertindak telah menyebabkan lapan anggota keselamatan kita meninggal dunia," tegasnya.

Tambah beliau lagi, di Malaysia pihak atasan jarang dihukum atas kegagalan mereka sebaliknya orang bawahan sering menjadi mangsa.

"Saya tak pernah tengok orang yang bertanggungjawab dihukum sebab kesalahan dia tapi orang bawah kalau tak jaga trafik contohnya kena buang kerja," katanya.

Turut menjadi panel pada forum anjuran Akademi Pak Sako itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar.

harakah/-

Cemas 2 jam dalam lubang

Posted: 13 Mar 2013 12:00 AM PDT

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

FotoIpoh: Seorang pekerja pemotong rumput menempuh detik mencemaskan selama dua jam apabila terjerumus dan terperangkap dalam lubang sedalam lebih 10 meter berhampiran Bukit Kledang, Menglembu, di sini.
Dalam kejadian jam 9.50 pagi semalam, mangsa, Muhammad Asyahad Masdar, 20, dikatakan tidak menyedari kewujudan lubang itu yang ditutupi semak ketika memotong rumput di kawasan berkenaan bersama beberapa rakan lain.

Mangsa yang terpijak lubang berkeluasan diameter kira-kira 30 sentimeter itu terjatuh menyebabkan tulang belakangnya patah.

Beberapa rakan mangsa yang mendengar jeritan mangsa bergegas menghubungi pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Kinta serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh untuk mendapatkan bantuan.
ANGGOTA JPAM dan bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam lubang.

Ketua operasi JPAM Rayner Saimon berkata, beliau bersama 10 anggota JPAM yang menerima panggilan kecemasan itu segera bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

metro/-

Musa Hitam: Tidak bankrap jika PR memerintah

Posted: 12 Mar 2013 11:52 PM PDT

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Tun Musa Hitam.
Tun Musa Hitam.
Tun Musa Hitam menegaskan tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.

Menurutnya, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik.

Beliau berkata, perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur.

"Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya.

"Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari. Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap," katanya dalam sidang media, semalam.

Musa berkata demikian ketika mengulas dakwaan negara akan bankrap jika PR mentadbir negara setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau menegaskan, pembangkang tidak akan berbuat demikian kerana mahu terus kekal sebagai pilihan rakyat dalam pilihan raya akan datang.

"Ini harapan mereka, itu sebab mereka masuk pilihan raya. Mereka akan kata, kami yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Jika anda menerima konsep demokrasi, maka anda tidak akan kata pihak yang lain akan membuat negara bankrap," katanya.

sinar/-

Terkini! Kereta PM Keluar Dari Istana Negara

Posted: 12 Mar 2013 11:47 PM PDT

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/599210_10151439488698046_1442995375_n.jpg

Topeng Perak Unmasked

Terkini, 13,03,13 kenderaan PM dilihat baru sahaja keluar dari Istana Negara.

Apa-apapun perkembangan, jangan lupa:

1 Undi Untuk Barisan Nasional adalah 1 Persetujuan Menggadai Keselamatan Negara pada Rakyat Negara Asing..!

Kasih Sayang Seorang Suami

Posted: 12 Mar 2013 11:46 PM PDT

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Ketulusan cinta dan kasih sayang akan terlahir dari sikap yang penuh keikhlasan dan hanya berharap keridhaan Allah yang mampu mengarungi samudra kehidupan yang tak bertepi, berbagai terpaan badai dan gelombang mampu dilewatinya, itulah yang mewujudkan kasih sayang seorang suami. Beliau adalah seorang suami bersama istri dan anak-anaknya. Pada suatu hari keluarganya mendapatkan ujian, istrinya tubuhnya meriang, panas tinggi bahkan disentuh saja, ia menjerit. Saat itu juga segera dilarikan ke dokter dan dokter tahu apa yang dideritanya. penyakit yang diderita tidak mengenal watu dan tempat, bisa menyerang kapan saja. Bila penyakitnya muncul, semua persendian akan mengalami peradangan yang luar biasa sakitnya.

 Peradangan ini menimbulkan memar dan panas. Sebagai seorang suami, dirinya berusaha untuk tegar, ditahan air matanya agar sang istri kuat menghadapi sakit yang dirasakan. Dengan penuh kasih sayang ia merawat istrinya, mengangkat badan perlahan-lahan, meletakkan dengan pelan saat memandikan, memakaikan bajunya. Bersama anak-anak, mereka melayani sang ibunda tercinta dengan baik. Ditengah rasa pilu dihati, sebagai suami berusaha untuk tersenyum ketika wajah istrinya tengah menahan sakit. 'Alhamdulillah, Saya beruntung mendapatkan suami seperti ayah. Sabar dan ikhlas. Insya Allah, saya segera sembuh.' Tutur sang istri, wajahnya begitu terlihat tenang dan tidak sedikitpun mengeluhkan rasa sakit yang menderanya.

Tentu saja ucapan sang istri membuat hatinya terasa perih, ia teringat bagaimana dulu ketika mereka bertemu dan kemudian memutuskan untuk menikah, diawal pernikahannya pahit getir kehidupan berumah tangga mampu dilewati bersama sampai kemudian anak-anaknya terlahir dan mengasuhnya hingga dewasa, tanpa terasa air matanya menetes, rasa takut kehilangan tiba-tiba muncul menghinggapi dirinya, mampu ditepisnya dengan berserah diri kepada Allah. Ditengah kecemasan itulah beliau datang ke Rumah Amalia untuk berbagi agar Allah berkenan memberikan kesembuhan bagi istri yang dicintainya. Beberapa hari kemudian, dokter memberitahukan kepada beliau bahwa istrinya memiliki harapan untuk sembuh dan kondisinya telah 
 
membaik. Bahkan diperkenankan oleh dokter untuk pulang ketika istrinya dinyatakan dalam keadaan sehat walfiat. Dirinya bersama anak-anaknya merasakan kebahagiaan, dengan penuh rasa syukur kepada Allah atas kesembuhan dan kasih sayang yang diberikan Allah bagi keluarganya. 'Terima kasih Ya Allah, atas limpahan kasih sayangMu untuk kami,' tuturnya dengan penuh linangan air mata, itulah wujud kasih sayang seorang suami.


Pasangan berani mati

Posted: 12 Mar 2013 09:17 PM PDT

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Pasangan berani mati
Kereta peronda polis berjaya mengepung kereta dinaiki kedua-dua suspek, sebelum polis menemui syabu dalam kenderaan terbabit.
Pasangan berani mati
Kereta peronda polis berjaya mengepung kereta dinaiki kedua-dua suspek, sebelum polis menemui syabu dalam kenderaan terbabit.
 
BANDARAYA MELAKA - Satu pasangan bertindak berani memandu dalam keadaan berbahaya semata-mata kerana mahu melarikan diri dari kereta peronda polis di Jalan Mufti Haji Khalil, dekat sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 35 tahun itu turut memecut laju kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki bersama pasangannya berusia 30 tahun, sebelum bertindak melanggar dua kereta peronda polis (MPV) dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu.

Usaha pasangan itu untuk melarikan diri tidak berhasil apabila kereta mereka dikepung MPV, sebelum kedua-duanya ditahan apabila polis menjumpai dadah jenis syabu dalam kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, sebelum kejadian, polis menemui kereta dinaiki pasangan terbabit dalam keadaan mencurigakan.
"Pemandu kereta itu bagaimanapun bertindak memecut ke arah Bukit Peringgit selepas kenderaan anggota dari Balai Polis Bukit Baru menghampiri mereka.

"Sambil mengekori kereta itu, anggota tersebut meminta bantuan anggota peronda untuk menjejaki kereta berkenaan," katanya.

Menurutnya, kereta pasangan terbabit kemudian dikesan bergerak keluar ke jalan besar menghala Hospital Melaka di Jalan Mufti Haji Khalil.

"Pada waktu sama, kereta suspek dipercayai nekad keluar ke jalan besar dengan melawan arus menghala ke arah hospital sebelum sebelum berjaya dihalang kereta peronda dari Balai Polis Sungai Udang di bawah jejambat.

"Pemandu kereta itu kemudian bertindak mengundurkan kereta dan melanggar sebuah lagi MPV yang sudah mengepungnya di belakang hingga menyebabkan cermin depan pecah," katanya di sini, semalam.

Salehhudin berkata, suspek turut memandu ke depan dan terlanggar MPV berasingan sebelum kedua-dua mereka termasuk wanita itu ditahan polis bagi membantu siasatan.

"Pemeriksaan lanjut menemui dadah iaitu dua ketulan kecil disyaki syabu di dalam kereta terbabit," katanya.

Beliau berkata, pasangan berkenaan kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

sinar/-

Ugut bunuh lepas gagal rompak

Posted: 12 Mar 2013 09:16 PM PDT

Foto1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Zengzhou: Seorang lelaki mengacu dua pisau pada leher seorang pembantu kedai, mengancam membunuh mangsa selepas cubaannya untuk merompak gagal, semalam.
Drama ngeri yang berlarutan selama empat jam itu bagaimanapun berakhir dengan wanita itu dibebaskan tanpa sebarang kecederaan selepas anggota keluarga perompak terbabit berjaya memujuknya supaya membebaskan mangsa.
Kejadian bermula apabila lelaki itu menyerbu kedai menjual kelengkapan dapur di Zengzhou di wilayah Henan dan mengambil dua pisau dari rak.

Dia kemudian memaut tengkuk pembantu kedai dan mengacu pisau itu pada leher mangsa.
SITUASI cemas ketika perompak mengancam membunuh pembantu kedai.

Satu ketika darah dilihat mengalir dari pipi mangsa akibat daripada tusukan pisau itu.

Polis yang gagal memujuk lelaki itu menyerah diri, terpaksa memanggil anggota keluarganya untuk berbuat demikian.

Empat jam selepas ia bermula, lelaki itu akhirnya akur dengan pujukan keluarganya dan menyerah diri. - Daily Mail

Lahad Datu: PAS Perak gesa batal program hiburan

Posted: 12 Mar 2013 09:05 PM PDT

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak meminta agar semua agensi kerajaan negeri agar membatalkan semua bentuk hiburan di dalam program-program yang akan diadakan bagi menghormati anggota keselamatan yang terkorban dalam tragedi di Lahad Datu, Sabah.


"Kami mahu rakyat insaf dan terkesan dengan insiden seumpama ini dan mana-mana program hiburan yang dirancang jelas menunjukkan ketidakprihatinan kita bagi menghormati wira-wira negara yang telah terkorban," ujarnya Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri al-Amin (gambar) dalam satu kenyataan.

Katanya, PAS Perak dimaklumkan ada beberapa program besar yang dirancang oleh kerajaan negeri nanti akan diselitkan dengan pengisian hiburan.

Tambahnya, PAS negeri merasakan ianya sesuatu yang amat mendukacitakan bagi rakyat jika perkara itubenar dan pihak kerajaan negeri masih mahu meneruskan program tersebut tanpa mengambil kira sensitiviti keluarga wira-wira negara yang terkorban.

Katanya, ketika kejadian tsunami yang pernah berlaku pada akhir Disember 2004 lalu, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Mohamed Ghazali, yang ketika adalah Menteri Besar Negeri Perak telah membatalkan semua bentuk hiburan termasuk sambutan malam ambang tahun baru yang telah dijadikan acara tahunan.

"Justeru itu, kami mengharapkan terutamanya Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir seorang yang berkelulusan agama akan dapat memastikan agar semua bentuk hiburan yang dimasukkan di dalam program-program kerajaan negeri ini akan dibatalkan," ujarnya.

Harakahdaily/-

Tulisan Jawi, khazanah yang semakin pupus

Posted: 12 Mar 2013 09:03 PM PDT

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Sejak zaman kesultanan Melayu Melaka, tulisan Arab yang diadaptasikan pengejaannya ke bahasa Melayu dinamakan sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi memiliki signifikan yang sangat besar dalam sejarah bangsa dan negara. Hal ini kerana tulisan jawi merupakan alat interaksi yang digunakan secara meluas oleh intelek Melayu dengan masyarakat awam ketika itu.

Pernah satu berita yang bertarikh 5 Julai 2007, sumber Harakahdaily melaporkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengisytiharkan tulisan Jawi bukan satu mata pelajaran wajib kepada pelajar sekolah menengah. Realiti yang berlaku kepada kenyataan ini merupakan ancaman terhadap khazanah warisan Islam kepada masa depan bangsa Melayu Islam.

Jika pemerkasaan terhadap tulisan Jawi tidak lakukan, barangkali tulisan Jawi menerima nasib yang sama sebagaimana mata pelajaran Tajwid yang menjadi subjek agama yang hanya diajar sewaktu peringkat Sekolah Rendah Agama (SRA), kemudian diabaikan ketika di peringkat menengah. Natijahnya ilmu Tajwid hanya dikuasai oleh generasi-generasi qurani yang tergolong daripada lapisan hafiz dan hafizah sahaja, sedangkan mengamalkan ilmu Tajwid ketika membaca al-Quran merupakan tuntutan Islam bertaraf fardhu ain buat seluruh umat Islam.

Kenyataan pahit yang harus ditelan saat ini, tulisan Jawi telah tenggelam di arus kemodenan dan kehilangan khalayak. Tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai nilai komersial dalam kalangan pembaca. Melayu umumnya tidak mengenal apa itu Jawi kecuali ia difahami sebagai akronim kepada Jabatan Agama Islam Wilayah.

Lanjutan dari hal itu, tulisan Jawi sekadar dikenali dalam lipatan sejarah sebagaimana pada catatan rahsia batu "Rosetta" di Mesir yang hanya mampu diungkap oleh arkeologi Perancis, Jean Francois Champollion. Jika masyarakat Melayu kehilangan kudrat untuk membaca tulisan Jawi saat ini, adakah kita mahu meminta Champollion ke-II membaca tulisan Jawi pada masa akan datang?

Penulis tidak bersikap idealis dalam mengutarakan tulisan ini, tetapi terkilan dengan segelintir hieraki masyarakat Melayu sendiri yang tidak meyakinkan bangsanya untuk berbangga dengan warisan ini. Menginsafi tulisan Jawi mempunyai jalur jasa yang besar terhadap kemerdekaan bangsa Melayu ketika dahulu, ia membangkitkan rasa tanggungjawab agar terus dipelihara dan terakam dalam pendidikan negara.

Mentaliti masyrakat Melayu yang beranggapan bahawa tulisan Jawi adalah semata-mata tulisan berunsur keagamaan perlu dijauhkan, kerana dahulunya ia turut diaplikasikan secara meluas oleh semua kaum di tanah Melayu. Hal ini dibuktikan melalui pengalaman ilmu yang dimiliki oleh V. Kamala Devi, bangsa India yang mahir membaca dan menulis Jawi (Rujuk "Kamala Devi Masters Jawi Despite Dropping Out Of School", Bernama.com. June 16, 2007).

Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masa amat pantas sebagai tanda penghargaan terhadap pahlawan-pahlawan yang berjuang menerusi mata pena pada zaman pra-kemerdekaan. Sebelum pengetahuan moden dipenuhi perbendaharaan yang sofistikated, tulisan Jawi terlebih dahulu digunakan di dalam bidang persuratan, perjanjian, media maklumat dan undang-undang.

Tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah dengan khat Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui bahawa umat Melayu merupakan pelopor kepada seni  khat Jawi.

Jika diamati, sejarah kepintaran dan pemikiran akademik bangsa Melayu ia mula digagahi apabila wujudnya tulisan Jawi dan bukannya tulisan sanskrit. Oleh sebab itu, istilah 'Kitab Jawi' pernah berkembang menjadi subjek pengajian dan pembelajaran masyarakat Melayu agar ia ditekuni di sekolah-sekolah.

Tokoh ulama' seperti Mohamad Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi, bukanlah tokoh yang asing dalam dunia penulisan Jawi. Penulisan Jawinya yang menghasilkan kitab "Bahrul Mazi", "Tafsir Quran al-Marbawi", "Tafsir Surah Yassin" masih kekal diulang cetak di luar negara. Sebenarnya, kebanyakan kitab berbahasa Arab yang dihasilkan oleh Sheikh al-Marbawi telah diterjemahkan olehnya sendiri ke dalam bahasa Melayu. Sekalipun terjemahan tokoh ulama ini menggunakan versi bahasa Melayu lama di dalam tulisan Jawi, namun ia telah melahirkan ramai ilmuwan Islam yang silih berganti di Malaysia.

Tidak dinafikan lagi, Islam adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari melalui pelbagai aksara, dan huruf bukannya ukuran tahap keimanan seseorang. Namun, oleh sebab kedatangan tulisan Jawi bersama dengan dakwah Islam, ia lebih berkesan dan mudah terutamanya di dalam mempelajari al-Quran. Sistem ejaan Jawi sangat terpengaruh dengan sistem ejaan bahasa Arab yang menggunakan sistem pengejaan suku kata. Oleh sebab itu, sistem Jawi menjadi pendorong kepada bangsa Melayu mengenali huruf Arab dan seterusnya secara tidak langsung berkemahiran menyebut ayat-ayat al-Quran.

Ibn Khaldun di dalam Muqaddimah ada menyebutkan, "Ketahuilah bahawa pengajaran al-Quran terhadap kanak-kanak termasuk daripada syiar agama yang dipegang oleh para pendokong agama kerana dalam pengajaran al-Quran terdapat beberapa perkara yang cepat meresap ke dalam hati seperti keteguhan iman dan akidah iman daripada ayat-ayat al-Quran."

Dalam bahasa Melayu sendiri, terdapat perkataan yang dipinjam daripada bahasa Arab, sudah pasti sebutan tersebut tidak tepat jika ditulis dengan huruf rumi. Demikian juga halnya jika bahasa Cina dan Tamil ditulis dengan ejaan rumi, sudah pasti berlaku kesilapan pada pertuturan mereka yang sebenar. Konteks ini jelas memperlihatkan bahawa tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam pendidikan Islam, yakni dijadikan sebagai suatu alat memudahkan sebutan Arab yang sahih dalam bahasa Melayu.

Dalam keresahan meninjau hayat Jawi di Tanah Melayu saat ini, ada juga berita yang boleh dianggap positif antaranya pengangkatan seni khat di persada dunia. Namun, memartabatkan seni khat tidak memadai untuk mengangkat semula penulisan Jawi sebagai satu elemen menjadikan ia subur dalam jiwa masyarakat dan dipergunakan secara meluas. 

Benar, seni khat berjaya memperlihatkan kalimah-kalimah unik al-Quran yang tersusun atau mengikut kaedah dan seni. Tetapi kita perlu memikirkan bahawa majoriti umat Melayu tidak lagi mampu memahami maksud tulisan tersebut sekalipun diukir indah. Inilah akibatnya apabila tulisan Jawi dipinggirkan oleh bangsa Melayu sendiri.

Harakahdaily/-

Gugurkan 8 Pemimpin Rasuah Ini - PKR Cabar Najib

Posted: 12 Mar 2013 08:43 PM PDT

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

PKR hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) supaya menggugurkan beberapa calon mereka yang terlibat dengan gejala rasuah daripada bertanding pilihan raya umum ke-13 (PRU13) demi menjaga air muka mereka, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi PKR itu menegaskan, walaupun beberapa pemimpin BN itu tidak didakwa di mahkamah atas kesalahan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya mengambil inisiatif tidak meletakkan mereka sebagai calon bagi membuktikan keikhlasan beliau melaksanakan slogan politik bebas rasuah.

"Jika Najib benar-benar jujur untuk meletakkan calon yang bersih dan boleh diterima rakyat, maka beliau harus memberi komitmen untuk 'menggugurkan' pemimpin Umno ini dari menjadi calon dalam pilihan raya akan datang .... bukan sekadar menghantar nama untuk disemak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Antara nama yang dikemukan Rafizi sebagai calon yang terpalit dengan tuduhan dan siasatan SPRM bersabit rasuah adalah Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz; dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan.

Antara nama lain adalah Ketua Menteri Sarawak Tan Seri Abdul Taib Mahmud; Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said; Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin; dan juga Menteri Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.

"Jika Umno tidak bersedia untuk menggugurkan pimpinan ini terbukti bahawa Umno tidak serius meletakkan calon bersih dan boleh menang seperti disebut-sebut Najib sendiri," kata Rafizi kepada pemberita.

Rafizi juga menegaskan, gejala rasuah sememangnya wujud dalam pengurusan balak di Terengganu apabila SPRM mengarahkan siasatan dijalankan, dan badan penguatkuasa anti rasuah itu mengarahkan fail dibuka bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Beliau turut mengemukakan dokumen rasmi yang mengesahkan kes itu telah disiasat SPRM serta salinan resit cek yang berupa bayaran yang "terpaksa dibuat syarikat menjadi mangsa membayar deposit bernilai RM1 juta kepada penama yang dipercayai mewakili kepentingan politik Umno di Terengganu.

" "Sehingga sekarang tidak ada sebarang maklumat atau pendakwaan walaupun bukti pembayaran adalah jelas dan perjanjian-perjanjian yabg ditandangani secara jelas mengaitkan pembelian syarikat RM2 dengan tender mengeluarkan balak di Terengganu," dakwa Rafizi.

Rafizi pada 26 Februari lalu mendesak Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, menjawab berhubung isu skandal penyelewengan dan rasuah dalam pengurusan balak di negeri itu.

Beliau mendedahkan modus operandi wang rasuah bersabit balak di Terengganu, yang melibatkan 12 syarikat pembalakan yang dipaksa memeterai satu perjanjian pembelian saham dengan proksi untuk membeli sebuah syarikat bernilai RM2.

Menurut Rafizi, syarikat itu dijual dengan harga yang cukup tinggi dan tidak berpadanan dengan aset dan kedudukan syarikat yang tidak mempunyai sebarang aktiviti perniagaan.

Menurut Rafizi, pada 17 Julai tahun lalu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu mengeluarkan surat kelulusan membalak kepada sebuah syarikat bagi kawasan seluas 1,000 ekar di Hutan Simpan Hulu Setiu.

Pihaknya juga jelas Rafizi berjaya menjejaki penama dan syarikat yang terbabit dengan urusniaga pembelian saham, dimana satu perjanjian dikeluarkan kerajaan Terengganu agar syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli Berkat Seribumi. -TMI

Melayu: Umno boleh belajar dengan TG Nik Aziz

Posted: 12 Mar 2013 08:27 PM PDT

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Melayu merempat Umno wajib dipersalahkan, tegas AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

"Kenapa 55 tahun negara Merdeka, Melayu masih ketinggalan jauh ke belakang.

"Apakah kemiskinan di kalangan orang Melayu dirancang?" tanya beliau.

Katanya, apabila Melayu miskin maka senang untuk mengkambinghitamkan DAP yang dituduh punca Melayu terpinggir.

Dengan ini, ujar beliau Melayu hidup menjadi abdi sepanjang hayat, terutama musim pilihan raya.

Maka, katanya senang mereka dipaksa untuk menyokong Umno dan selepas pilihan raya, pemimpin Umno akan terus mengkhianati amanah rakyat dan negara.

"Apa yang tidak kena, sehingga keadaan semakin parah sedangkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, orang Melayu, Menteri Kewangan orang Melayu, Menteri Pelajaran dari Melayu, pegawai daerah orang Melayu, penghulu orang Melayu, jawatankuasa kerja kemajuan kampung (JKKK) orang Melayu, ketua kampung juga orang Melayu," ujarnya.

Punca Melayu tertinggal, kata beliau kerana berlaku diskriminasi ketika bantuan kerajaan hendak diberi disebabkan berlainan ideologi.

Menurutnya, Umno menganggap bantuan itu datang daripada bendahari Umno sedangkan ia adalah wang pembayar cukai.

Beliau menambah, sikap tidak amanah menyebabkan wang tidak sampai kepada sasaran yang sepatutnya menerima bantuan.

Katanya lagi, apabila pemimpin Umno yang bergelomang dengan rasuah, akhirnya mereka yang takut dosa rasuah akan ketinggalan untuk mendapat projek, kerana tidak sanggup memberi rasuah.

"Pemimpin Umno tidak takut dosa sehingga sanggup khianat sesama agama dan bangsa. Mereka tidak fikir balasan yang akan diterima di akhirat jika mereka khianat," ujarnya.

Sepatutnya, kata Idris pemimpin Umno boleh belajar dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan yang berjaya menjaga Kelantan, negeri yang majoriti adalah orang Melayu sehingga berjaya menurunkan kadar kemiskinan di negeri itu daripada nombor 2 kepada nombor 4.

"Kenapa Tuan Guru berjaya, sebabnya beliau pemimpin yang amanah, taqwa dan adil," jelasnya lagi.

harakah/-

Posted: 12 Mar 2013 08:24 PM PDT

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Penduduk Rh Jupiter Menuntut Janji Yang Ditepati Dari BN

SIBUTI - Baru-baru ini,PAS Bintulu diketuai oleh Syahrizal YDP PAS
kawasan Bintulu telah mengadakan ziarah muhibbah ke Rh Jupiter,
terletak di sempadan antara Suai Bintulu, dan Niah di Miri.

Dalam ziarah ringkas, rombongan PAS kawasan Bintulu yang
bertanggungjawab membantu jentera UPU (Unit Peti Undi) Batu Niah telah
disambut baik oleh penduduk rumah panjang tersebut.

Penduduk merasa teruja dengan kehadiran rombongan PAS dan menyuarakan
beberapa permasalahan yang masih belum dapat diatasi dan menuntut
janji BN (Barisan Nasional) yang masih tidak ditepati sejak dua
penggal Pilihanraya umum dulu. Antaranya ialah bekalan meter elektrik
yang masih tidak sempurna, bekalan air bersih dan kemudahan asas yang
lain.

Rh Jupiter yang terletak di jalan lama, Miri-Bintulu terbiar tanpa
mendapat bantuan atau sokongan dari pihak kerajaan. Turut disuarakan
ialah kegagalan mereka mendapat bantuan BR1M walaupun mereka memiliki
kriteria atau kelayakan untuk bantuan tersebut.

PAS kawasan Bintulu juga turut melawat mangsa kebakaran di UPU Niah,
P218 Sibuti, dan menyampaikan sedikit sumbangan untuk meringankan
sedikit bebenan yang ditanggung oleh mangsa kebakaran.

Kita mengesa agar pihak kerajaan segera menunaikan janji serta
mengatasi masalah rakyat tersebut tanpa perlu menunggu Pilihanraya
Umum dan bertindak dengan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman
politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
 

Nekad mogok lapar

Posted: 12 Mar 2013 08:07 PM PDT

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Penjara Teluk Guantanamo
Kebanyakan tahanan yang ditempatkan di Kem 6, Penjara Teluk Guantanamo adalah mereka yang ditangkap selepas insiden 9/11 dan semasa peperangan di Afghanistan. Foto: Reuters
WASHINGTON - Tahanan Islam di Penjara Teluk Guantanamo dilaporkan nekad mogok lapar sebagai membantah campur tangan pihak berkuasa dalam urusan ibadah harian mereka, menurut pegawai pusat tahanan itu, kelmarin.

Pardiss Kebriaei, peguam yang mewakili tahanan warga Yaman, Ghaleb al-Bihani berkata, anak guamnya memberitahu kebanyakan tahanan di Kem 6 menyertai mogok lapar tersebut.

"Al-Bihani mendakwa pengawal penjara sengaja menggeledah sel penjara untuk mencari al-Quran dan mereka juga tidak hormat kepada tahanan yang sedang menunaikan solat.

Dia nekad mogok lapar sejak sebulan lalu sebagai membantah tindakan itu. Keadaan kesihatannya kini semakin membimbangkan kerana dia juga menghidap kencing manis," jelasnya.

Susulan daripada itu, 12 peguam dari Pusat Hak Perlembagaan termasuk Kebriaei bertindak menghantar surat kepada Komander Guantanamo, John Smith yang turut mengandungi laporan kesihatan tahanan terbabit.

Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Awam untuk Pasukan Petugas Bersama, Robert Durand menegaskan kononnya insiden tersebut tidak pernah berlaku sebaliknya ia adalah pemeriksaan biasa untuk mencari barang seludup. - AFP

Pengakuan Azlan buka ruang pendakwaan qazaf

Posted: 12 Mar 2013 08:01 PM PDT

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar mendesak Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan mengenakan suatu pertuduhan qazaf ke atas Saiful Bukhari Azlan di atas aduan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar sebelum ini.

Naib Presiden PAS itu merujuk kepada kenyataan rasmi bertarikh 8 Mac yang dikeluarkan oleh Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Mohd Saiful Bukhari pengadu di dalam kes jenayah liwat yang melibatkan Anwar.

Katanya, di dalam kenyataan tersebut Azlan membuat pengakuan bahawa beliau percaya anaknya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu, termasuk oleh seorang Pegawai Khas kepada Perdana Menteri bagi merencana fitnah jahat untuk menjatuhkan dan mengaibkan Anwar.

"Pengakuan oleh Azlan ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana kita yakin sejak dari awal lagi bahawa pertuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar hanyalah semata-mata konspirasi politik dengan memperalatkan institusi pelaksana hukum," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.

Justeru, tegasnya pengakuan terbaru oleh bapa Saiful Bukhari itu sewajarnya menjadi alasan yang kuat bagi Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan untuk memulakan pendakwaan kes qazaf ke atas Saiful Bukhari di Mahkamah Syariah selaras dengan kuasa berkaitan pendakwaan yang termaktub di dalam Seksyen 181 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Katanya, pihak Ketua Pendakwa Syarie dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan tidak perlu lagi berdolak dalik dan mencipta perbagai helah untuk tidak mendakwa Saiful Bukahri di atas kesalahan qazaf.

harakah/-

Tanah: 40 tahun tunggu janji BN, akhirnya PR tunaikan

Posted: 12 Mar 2013 07:59 PM PDT

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Pemberian Hak Milik Tanah oleh MB 07
TANJONG KARANG: 40 tahun lalu Mohd Daroji Jayos masih bujang, dan hari ini merupakan saat yang paling indah bagi dirinya, isteri Umi Kalsum,51, dan tiga orang cucu apabila tanah yang diduduki sah menjadi hak miliknya.
Pemberian Hak Milik Tanah oleh MB 05Dalam usia 60 tahun Daroji berjanji akan menggunakan tanah tersebut sebaik mungkin demi kepentingan masa anak cucunya.

Manakala bagi isterinya tiada apa yang paling disyukuri kerana penantiannya sekian lama sejak berumah tangga akhirnya impian itu dilaksanakan di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

"Teramat syukur dengan pemberian geran ini dan hari ini akan menjadi tarikh kenangan selepas kami mendapat tiga orang cucu barulah kini mendapat geran di mana tanah itu diteroka sejak suaminya masih bujang lagi," katanya.
Sebelum ini pemimpin Umno-BN sering menabur janji manis berhubung pemberian geran milik tanah di Kampung Seri Tiram Jaya di sini.

Pemberian Hak Milik Tanah oleh MB 06Seorang lagi penduduk, Mohamad Amir Katijan,58, memuji kecekapan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berjaya menyelesaikan masalah itu dalam masa yang singkat.
Walaupun Kerajaan PR hanya berusia lima tahun mentadbir Negeri Selangor namun kecekapannya dalam menyelesaikan masalah tanah yang berlarutan itu membuktikan keprihatinannnya terhadap kepentingan hak rakyat.

Katanya, beliau sudah menunggu untuk mendapatkan geran tanah itu sejak sekian lama apabila meneroka kawasan itu pada 1970-an yang mana kawasan itu diwakili Ahli Parlimen BN, Datuk Seri Noh Omar yang hanya 'pandai membuat janji' tetapi tidak ditepati.

Pemberian Hak Milik Tanah oleh MB 04"Alhamdulillah hampir 40 tahun menunggu sehinggakan anak saya kini sudah menjangkau umur lebih 20 tahun," katanya.

Beliau ditemui TVSelangor selepas Majlis Penyerahan Hakmilik Tanah Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang yang disampaikan oleh Abdul Khalid yang diadakan di Dewan Seri Tiram Jaya di sini.

Katanya, beliau banyak berhadapan cabaran ketika meneroka kawasan itu dengan penanaman pertanian rosak ekoran serangan binatang dan keadaan jalan yang teruk.

"Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan hasil ini. Kini kami lega kerana sudah ada geran jadi anak-anak boleh tinggal di sini di kawasan tanah dua ekar lebih ini," katanya.

Pemberian Hak Milik Tanah oleh MB 03Sementara itu, Isnan Selamat,57, berkata, beliau bersyukur dengan pemberian geran itu kerana penat lelah meneroka kawasan itu dengan pelbagai cabaran dan rintangan akhirnya menjadi kenyataan.

"Dengan pemerintahan Pakatan Rakyat ini akhirnya geran dapat diberikan dan saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang mempercepatkan proses bagi pemberian geran tanah ini," katanya.

harakah/-

Tablet pengganti buku teks di AS

Posted: 12 Mar 2013 07:22 PM PDT

1 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -


Tablet pengganti buku teks di AS

Beberapa pelajar di McAllen Memorial High School di Texas menggunakan iPad semasa di dalam kelas. Foto: AP
Tablet pengganti buku teks di AS

Penggunaan iPad di dalam bilik darjah dikatakan dapat menarik minat dan memperbaiki cara pembelajaran mereka. Foto: Flickr
Tablet pengganti buku teks di AS

Bahan untuk subjek Sains untuk pelajar gred enam yang disediakan oleh buku teks digital di bawah program Discovery Education. Foto: AP
WASHINGTON -  Buku teks merupakan bahan penting  dalam proses pengajaran di sekolah.

Bagaimanapun, pelajar di Amerika Syarikat (AS) kini didedahkan dengan alat bantu mengajar yang lebih canggih dan ringan.

Kebanyakan sekolah kini menggunakan iPad sebagai cara untuk menarik minat pelajar dalam kelas, ganjaran terhadap pencapaian cemerlang mereka selain dapat mengurangkan kos.

Ketua program pendidikan tablet di bawah News Corp, Joel Klein berkata, pihak sekolah mesti mengambil peluang untuk menggunakan teknologi itu untuk memperkasakan guru dan memperbaiki cara pembelajaran murid.

"Menerusi  kaedah ini, ia dapat mengubah corak pembelajaran dengan membantu guru mengendalikan bilik darjah dan memberi arahan lebih mudah kepada murid atau pelajar mereka, " kata bekas pengetua sebuah sekolah di New York itu lagi.

Minggu lalu, News Corp telah memperkenalkan komputer tablet Amplify berharga AS$299 (RM930) dengan skrin paparan  10 inci di  persidangan South by Soutwest  di Austin, Texas.

Ia dilengkapi sistem tanpa wayar,  perisian untuk guru memantau aktiviti setiap pelajar, menawarkan tinjauan segera dan menyediakan kuiz bagi menguji tahap kefahaman mereka.

Pada masa ini, kira-kira 2,000 sekolah telah bekerjasama dengan syarikat enjin carian internet gergasi, Google untuk menggunakan komputer riba, Chromebook  yang ditawarkan dengan harga serendah AS$199 (RM619).

Dianggarkan 20 juta pelajar dan guru telah menggunakan Chromebook sebagai alat bantuan belajar mereka.

Kajian yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Pew dan American Life Project mendapati lebih 40 peratus pelajar atau guru menggunakan komputer tablet dalam Projek Penulisan Nasional di sekolah masing-masing.   

Pengarah Bersekutu untuk Pusat Penyelidikan Pew, Kristen Purcell memberitahu, empat daripada 10 responden menyatakan mereka sudah menggunakan tablet.

"Bagaimanapun, enam daripada 10 responden pula menyatakan mereka belum lagi didedahkan dengan alat teknologi itu. Perkara tersebut tidak menjadi satu masalah kerana masih ada banyak masa untuk memperkenalkan alat bantuan mengajar itu ke semua sekolah di seluruh negara," jelasnya.

Dalam masa beberapa tahun lagi, penggunaan tablet di sekolah pasti akan terus meningkat.

Komputer tablet dicadangkan untuk menggantikan buku teks kerana kos penggunaan alat teknologi itu dikatakan hanya berjumlah AS$100 juta (RM311 juta) setahun.

Bulan lalu, sekolah di Los Angeles telah memperuntukkan AS$50 juta (RM156 juta) untuk membeli tablet bagi setiap pelajar mereka dan projek tersebut dijangka menelan kos AS$500 juta (RM1.5 bilion).

Pada tahun lalu, sekolah di McAllen, Texas mengedarkan komputer  tablet Apple yang melibatkan kos AS$20.5 juta (RM63.8 juta).

Sebuah sekolah lain di Austin turut membuat pelaburan besar sebanyak AS$1.2 juta (RM3.7 juta) dengan mengedarkan lebih 2,000 iPad kepada semua pelajar mereka termasuk kanak-kanak tadika .

Pelatih guru di bawah program Discovery Education itu, Scott Kinney berkata, cabaran terbesar melaksanakan projek tersebut adalah untuk mengemas kini  bahan pengajaran paling terbaru.

Kelebihan utama untuk menggunakan buku teks digital itu ialah pelajar juga dapat menukar fungsi bahasa.

Sebagai contoh, pelajar yang sedang membuat kerja rumah bersama ibu bapa mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris boleh menukar ke bahasa ibunda mereka.

Kelebihan lain buku teks digital tersebut adalah ia hanya menelan kos antara AS$38 (RM118) dan AS$55 (RM171) untuk setiap pelajar bagi tempoh langganan selama enam tahun berbanding AS$70 (RM218) jika menggunakan buku teks biasa.

Sehingga kini, setengah juta pelajar telah menggunakan program Discovery Education di 35 negeri di AS.

Tetapi, teknologi tersebut dikatakan tidak menjamin kejayaan sepenuhnya.

"Jika guru tidak dilatih menggunakan teknologi itu, ia jelas tidak membawa sebarang perbezaan," kata guru komputer di Sekolah Sains Orlando, Mevlut Kaya .

Di bawah program itu, iPad akan ditawarkan kepada pelajar yang berjaya memperoleh pencapaian purata nilai gred 3.5.

Bagaimanapun, Sekolah Swasta Avenues di New York memberikan iPad dan MacBook Air kepada setiap pelajarnya.

Pihak sekolah tidak menyediakan buku teks kerana  kebanyakan guru akan memberi bahan bacaan dan kerja rumah menerusi rangkaian tanpa wayar di sekolah.

Walaupun golongan pelajar kini didedahkan dengan pelbagai alat teknologi canggih, pengkritik mula mempersoalkan keberkesanannya kerana ia mungkin tidak bermakna jika guru sendiri tidak tahu untuk menggunakannya.  – AP

Sinar harian/-

'Ops Daulat berlanjutan kerana tiada risikan taktikal'

Posted: 12 Mar 2013 07:19 PM PDT

1 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -


Ops Daulat terus berlanjutan walaupun ia sepatutnya memakan masa sehari sahaja kerana ketiadaan risikan taktikal lengkap oleh pasukan pertahanan, kata mantan timbalan panglima Tentera Darat Malaysia Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.

Menurutnya, maklumat risikan taktikal yang lengkap akan membolehkan pasukan keselamatan negara mengekang kemaraan pengikut Jamalul Kiram III daripada menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu sewaktu pencerobohan mula berlaku.

"Kalau kita tahu bagaimana taktik musuh, walaupun dia masuk dengan 200 orang dia tidak akan sempat berada di (Kampung) Tanduo atau berada di pinggiran (Kampung) Tanduo.

"Jadi saya rasa operasi dijalankan tanpa risikan taktikal kerana ia berpanjangan sampai ke hari ini," katanya dalam forum 'Solidariti Lahad Datu' di Kuala Lumpur malam tadi.

Ops Daulat dilancarkan polis dan tentera Malaysia pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.

Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan sembilan anggota keselamatan negara terkorban dan 57 orang penceroboh terbunuh sehingga ke hari ini.

Menurut Ghafir, rakyat Malaysia wajar mendesak kerajaan memohon maaf atas "kegagalan mereka bertindak" dalam insiden itu.

"Sepatutnya kita perlu bangkit dan memohon kerajaan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Khususnya rakyat Sabah kerana kegagalan mereka bertindak menyebabkan lapan (kini sembilan orang) daripada anggota pasukan keselamatan telah meninggal dunia," katanya.

Beliau menganggap secara keseluruhannya operasi tersebut gagal menawan, meneutralkan ancaman atau memusnahkan penceroboh.

"Jadi bagi saya, operasi ini sehingga kini adalah satu kegagalan mutlak," katanya sambil menambah ia kini mempunyai "banyak objektif politik".

Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar yang turut menjadi ahli panel pula menggariskan cabaran media dalam menangani "demam nasionalisme dan patriotisme" susulan insiden tersebut.

"Media umumnya termasuk Malaysiakini sedang berhadapan dengan demam patriotisme dan nasionalisme, iaitu demam di mana mempersoalkan tindakan pihak berkuasa keselamatan dan ahli politik dianggap tidak patriotik dan berpihak kepada Manila, kepada sultan Sulu.

"Sebagai media yang bertanggungjawab, kita terus menerus memberi pandangan-pandangan yang berbeza termasuklah daripada media Filipina," katanya.

Beliau menyeru media Malaysia supaya terus bersikap kritikal agar tidak berhadapan dengan nasib seperti media Amerika selepas perang Iraq dan Afghanistan.

Menurutnya, media Amerika kini berusaha keras memulihkan imej mereka kerana memetik sumber-sumber yang tidak dinamakan sebagai fakta dalam liputan mereka terhadap kempen ketenteraan Amerika yang kini terbukti tidak berasas.

Seorang lagi ahli panel, ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing pula mempersoalkan tindakan kerajaan berunding dengan penceroboh.

Menurutnya, Sabah pernah berhadapan dengan pencerobohan dari Indonesia pada tahun 1962.

Namun katanya, kerajaan pada masa itu tidak berunding sebaliknya bertindak tegas menyekat tentera negara jiran daripada mencabar kedaulatan Malaysia.

"Tetapi di Lahad Datu kita boleh berunding dengan penyerang-penyerang ini," katanya.

Forum yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur itu dimudahcara exco Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin dan dianjurkan Akademi Pak Sako.

malaysiakini/-

Tujuh kubur runtuh, 9 lagi tunggu masa

Posted: 12 Mar 2013 07:15 PM PDT

1 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -


kubur runtuh

Dari kiri: Jaafar, Dominic, Mohd Ashraf dan Ridzwan ketika melihat keadaan kubur yang runtuh, semalam.
KUALA LUMPUR - Kebimbangan seorang penggali kubur menjadi kenyataan apabila tujuh kubur di Tanah Perkuburan Kampung Sri Bangkong, Batu 5, Jalan Ipoh, di sini, yang terletak bersebelahan sebuah tapak projek kondominium, runtuh akibat hakisan.

Runtuhan sedalam kira-kira lima meter itu, berlaku pada Khamis lalu disedari salah seorang ahli jawatankuasa pengurusan tanah perkuburan itu sebelum dilihat sendiri oleh Jaafar Hussin, 48, yang telah bertugas selama 27 tahun sebagai penggali kubur di situ.

Jaafar berkata, dua minggu lalu, ketika melihat keadaan kubur yang betul-betul berada bersebelahan tapak projek itu hatinya terdetik kubur itu akan runtuh kerana risiko berada di tebing.

Menurutnya, dia telah memaklumkannya kepada pihak pengurusan tanah perkuburan, namun tiada tindakan diambil sehinggalah berlakunya kejadian runtuhan itu pada Khamis lalu.

"Perkara ini tidak pernah terjadi sebelum ini, mungkin kedudukan projek yang terlalu hampir dengan tanah perkuburan menyebabkan tanah terjejas dan faktor cuaca hujan juga menyebabkan ia terhakis.

"Pihak kontraktor projek kemudiannya mengambil tindakan menutup hakisan dengan plastik bagi mengelakkan hakisan lebih teruk kerana terdapat sembilan lagi kubur berhampiran yang berisiko runtuh," katanya kepada Sinar Harian ketika lawatan bersama Pengerusi Penyelaras Gerakan Bahagian Batu, Dr Dominic Lau dan Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat Gerakan Parlimen Batu, Ridzwan Mohd Ali, ke tanah perkuburan itu, semalam.

Jaafar menambah, kubur yang terjejas itu berusia antara 15 hingga 30 tahun yang mana masih ada waris yang datang menziarahi pusara.

"Apa yang saya fikirkan sekarang adalah nasib jenazah yang sepatutnya diuruskan semula dengan lebih sempurna selepas keadaan itu terjadi," katanya.

Bagi waris yang juga Timbalan Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung  Batu, Mohd Ashraf Abd Karim berkata, kejadian itu tidak harus dibiarkan apatah lagi kira-kira 16 ahli keluarganya disemadikan berhampiran kawasan terjejas.

"Jarak antara kawasan terjejas dengan perkuburan arwah datuk, nenek dan beberapa ahli keluarga lain kira-kira 6.09 meter, jadi saya harap perkara ini diselesaikan segera," katanya.

Sementara itu Ridzwan berkata, selain masalah runtuhan projek tambakan tanah kubur sejak setahun lalu juga perlu diambil perhatian kerana tanah tersebut dipenuhi dengan bongkah batu besar.

Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sedang mengambil tindakan bagi mengatasi masalah runtuhan kubur di situ selepas lawatan yang turut dilakukan semalam.

Sinar harian/-



Tiada ulasan:

Catat Ulasan