CINA ISLAM (林川興) Posted: 05 Feb 2013 01:27 AM PST Berharap pada Allah Posted: 04 Feb 2013 03:45 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Oleh Jarjani Usman
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (QS. al-Baqarah: 186).
Hidup akan terasa lebih hidup dan menyenangkan bila memiliki harapan-harapan. Sebaliknya, hidup menjadi hambar tak bersemangat bila tak punya harapan. Dan bahkan ada yang ingin segera mengakhiri hidupnya, bila putus harapan atau putus asa. Kalau mencermati ayat di atas, siapapun kiranya tak pantas merasa putus harapan.
Apalagi Allah senantiasa memberi harapan kepada manusia. Siang malam dibuka kesempatan seluas-luasnya bagi manusia untuk bermohon kepadaNya. Bagi orang beriman, akan merasa yakin bahwa pada Allah lah sumber segala rezeki. Bahkan dijanjikan akan dikabulkan, bila dilakukan dengan sungguh-sungguh. Memang ada doa yang tidak atau belum dikabulkan. Bisa jadi doa itu belum memenuhi syarat untuk dikabulkan. Misalnya, tergopoh-gopoh, asal jadi, makan harta haram, tidak ikhlas, dan sejenisnya.
Juga bisa jadi saat itu doanya sudah memenuhi syarat, tetapi Allah masih ingin menguji sejauhmana hambaNya mampu bertahan dalam ujian. Maksudnya, ujian kesabaran, terutama ketika diuji lewat doanya yang sengaja belum dikabulkan dalam beberapa waktu. Dengan kata lain, kita diajak untuk belajar bersabar.
Bisa jadi juga karena belum membina hubungan baik dengan sesama manusia. Sebab, tidak jarang, suatu rezeki kadangkala dititipkan melalui mulut atau tangan orang lain. Sedikit kata yang dikeluarkan dari mulut orang lain, tak tertutup kemungkinan menjadi pembuka jalan bagi upaya meraih rezeki. Apalagi Rasulullah pernah mengingatkan bahwa apabila ingin mendapatkan rezeki, maka tebar salam dan jalin silaturrahim.
Serambi/- | Mengikuti Rasul Posted: 04 Feb 2013 03:43 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Oleh: Jarjani Usman
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang bersikap baik kepada keluarganya. Dan aku adalah orang yang terbaik bagi keluargaku" (HR. at-Tirmidzi dan Abu Daud).
Merayakan Maulid Nabi bukan merupakan usaha terakhir dari upaya meneladani kehidupan Rasulullah SAW. Ia bisa jadi sebagai upaya awal sekali, karena baru pada usaha mengenang kembali hidup dan perjuangan Rasulullah. Dengan demikian, kegiatan awal ini akan tak bermanfaat bila tidak ada tindakan lanjutan. Termasuk tindakan yang tidak boleh tidak adalah bagaimana berbuat (yang lebih) baik untuk keluarga sendiri.
Apalagi umat yang besar juga terbentuk dari keluarga-keluarga kecil. Baiknya kehidupan keluarga akan membantu meningkatkan kualitas umat. Anak-anak yang baik dari keluarga yang baik lazimnya akan menjadi pemimpin yang baik di masa yang akan datang. Sebaliknya, buruknya keluarga, akan menambah beban umat. Seperti anak-anak nakal yang muncul akibat ketidakpedulian orang tua, menimbulkan kesusahan orang banyak dan menambah besar kebutuhan tenaga untuk menanganinya.
Rasulullah juga sangat luar biasa mencurahkan perhatian terhadap keluarganya, meskipun di saat sedang membangun umat. Isterinya diperlakukan sebagai mitra, bukan sebagai buruh. Bila pulang ke rumah dan mendapati tiada makanan, beliau akan bersabar dan bahkan berpuasa. Bila memanggil isterinya, beliau menggunakan kata-kata yang baik dan lembut. Rasulullah sendiri mengakui kalau beliu adalah orang yang terbaik untuk keluarganya. Hal ini juga diakui oleh orang yang pernah membantunya. Katanya, selama sekian tahun bersama Rasul, tak pernah mendengar kata-kata yang tidak enak di hati.
Serambi/- | Tanah Orang Asal Sarawak Terancam Posted: 04 Feb 2013 03:39 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
LAMBIR – Batu 1f Sungai Jaung terletak dalam kawasan DUN Lambir. Kebanyakan penduduk di situ berketurunan Malayu asal dari suku kaum Jati Miriek, Kadayan dan terdapat juga kaum Iban. Tanah merupakan satu-satunya harta pusaka yang sangat berharga bagi kaum peribumi Sarawak. Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk asal peribumi Sarawak terutama bangsa Melayu dan Dayak adalah tanah mereka sekarang semakin terhakis akibat pembalakan dan perladangan dari syarikat swasta yang dikuasai oleh kroni pihak pemerintah.
Pihak kami telah menerima aduan dari salah seorang peneroka tanah temuda di kawasan Lambir yang mengatakan yang tanah mereka yang berjumlah ratusan hektar telah dicerobohi oleh syarikat perladangan yang menanam kelapa sawit di sekitar kawasan tanah temuda mereka.
Menurut salah seorang dari peneroka tanah tersebut yang dikenali sebagai Nordin Jukin memberitahu pihak kami yang tanah mereka sudah lama diterokai oleh datuk nenek moyang mereka puluhan tahun yang lalu semasa zaman penjajahan British tetapi sampai sekarang pihak kerajaan atau Jabatan Tanah dan Ukur tidak memberi hak milik tanah kepada penduduk asal tersebut.
Apabila mereka mengadu dan memohon hak milik dari pihak Jabatan Tanah dan Ukur langsung tidak memberi jawaban yang positif sebaliknya mereka terus menanti dengan penuh pengharapan agar tanah datuk nenek moyang mereka dulu tidak dirampas atau dimiliki oleh syarikat perladangan.
Tanah seluas 1236.03 ekar di Batu 1f Sungai Jaung jalan Miri Bintulu itu telah pun disukat dan dimiliki oleh seramai 83 orang penduduk tempatan di kawasan Lambir. Tanah mereka telah mula dicerobohi oleh sebuah syarikat perladangan yang menanam kelapa sawit dalam kawasan tersebut.
Mereka juga mengadu kepada pihak kami yang mereka sudah banyak kali mengadu masalah ini kepada pihak berkuasa, Jabatan Tanah dan Ukur, wakil rakyat, pihak polis serta pihak Suhakam tetapi masalah ini masih belum dapat diselesaikan. Mereka amat khuatir yang status tanah mereka yang telah diteroka oleh datuk nenek moyang mereka dulu akan hilang begitu saja dirampas oleh syarikat perladangan yang telah diberi peruntukan untuk memajak atau 'Provision Lease (PL)'
Tanah yang dimiliki oleh penduduk asal sepatutnya diiktiraf oleh kerajaan dan Jabatan Tanah dan Ukur bukannya diberi kepada syarikat perladangan yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan akan nasib masa depan anak cucu penduduk asal yang tiada tempat untuk tinggal nanti sekiranya tanah mereka dirampas.
Mereka bertekad akan terus mempertahankan tanah hak milik mereka sekiranya pihak kerajaan tidak mempedulikan akan nasib mereka kerana mereka sudah bosan dengan janji-janji kosong pihak pemerintah untuk membantu mereka tetapi hakikatnya hanya mementingkan pihak syarikat dari rakyat sendiri.
Tanpa kebenaran pihak pemerintah sudah pasti pihak syarikat tidak berani menceroboh atau merampas tanah rakyat dengan sewenang-wenangnya. Mengapa pihak pemerintah lebih pentingkan pihak syarikat dari rakyat sendiri yang perlu tempat tinggal dan tempat untuk bertani. Sepatutnya rakyat didahulukan bukannya dipinggirkan begitu saja tanpa sebarang pembelaan dari pihak berkuasa.
Kami mengesa pihak berkuasa terutama sekali pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai dan kembalikan semula hak rakyat tanpa pilih kasih.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak | Esei pemenang tempat pertama Posted: 04 Feb 2013 03:33 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Yang berikut disiarkan tulisan pemenang tempat pertama peraduan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran surah an-Nisa ayat 58.
Tuntutan Membentuk Kerajaan Yang Adil
"Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat ". (Surah an-Nisa, ayat 58)
Saya pernah menyangka konsep Kerajaan yang Adil ataupun Negara Berkebajikan adalah konsep baru diperkenalkan oleh PAS setelah akur kepada desakan rakan sepasukan, DAP dan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat – PKR). Pernah juga saya beranggapan konsep ini ingin menandingi slogan 1Malaysia Barisan Nasional. Rupa-rupannya, sangkaan saya meleset. Anggapan saya juga tidak betul. Ia bukan konsep baru. Bukan juga istilah terkini dalam kamus politik kenegaraan. Bahkan tuntutan membentuk kerajaan yang adil sudah terakam dalam al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu melalui kisah Nabi Sulaiman dan Nabi Yusuf a.s.
Ayat 58 dalam Surah an-Nisa ini mengetuk minda saya untuk membuka jendela sejarah Islam melihat runtuhnya sistem pemerintahan Jahiliyah secara rasminya pada hari pembukaan Kota Makkah. Menurut satu pendapat, ayat ini turun berikutan satu peristiwa pada hari berkenaan apabila seorang sahabat meminta Nabi SAW memberikan amanah kepadanya untuk membuka pintu kaabah. Melihat keinginan berkobar-kobar itu, Rasulullah SAW menegur serta mengingatkan bahawa urusan penyerahan amanah ataupun memberikan tauliah hanyalah untuk mereka yang ahli lagi dipercayai. Dalam peristiwa tersebut, Bani Syaibah dipilih oleh baginda SAW sebagai pemegang kunci kaabah. Ayat ini turut membawa saya meneroka lebih jauh peristiwa sebelum berlakunya Fathul Makkah. Catatan sirah membawa kita kembali menghirup iklim Madinah, mengkaji era kepimpinan yang adil dibentuk oleh Rasulullah SAW.
Kota Yathrib yang dihuni oleh masyarakat berbilang kaum telah mendapat limpahan rahmat Allah, apabila dua suku terbesar Aus dan Khazraj, asalnya seteru, telah berdamai dan bergabung membentuk kesatuan yang kukuh melebihi kekuatan dan monopoli kaum Yahudi Yathrib. Mereka telah menjemput Nabi Muhammad SAW, seorang yang paling amanah di Makkah sebagai pemimpin Madinah.
Jika di Makkah, baginda dimusuhi, disakiti serta ditentang dahsyat oleh pemimpin Quraisy yang merupakan darah daging sendiri, suasana di Madinah terlalu jauh bezanya. Sejauh jarak timur dan barat. Berbeza seperti langit dan bumi. Kepimpinan baginda yang inklusif untuk semua diterima mesra oleh golongan Islam dan bukan Islam sekalipun mereka tiada ikatan kekeluargaan.
Beberapa karya tafsir al-Quran memberikan huraian yang mengaitkan keintiman konsep amanah dengan akidah muslim. Contohnya al-Alusi (meninggal 1270 Hijrah) menyebut sabda Nabi SAW dalam mafhumnya:Sesiapa yang tidak amanah adalah natijah daripada tiada iman di dalam dirinya.
Sabda Nabi ini mendidik kita untuk melihat alam spiritual yang berkait rapat dengan dunia sosial dan fizikal. Kaitan amanah dengan akidah di dalam huraian ini dilihat dari aspek religiositi iaitu bagaimana amanah ini dilahirkan dalam diri manusia melalui pendidikan akidah Islam.
Kebimbangan Rasulullah SAW melihat lonjakkan semangat sahabat ada teladan yang harus kita ambil sebagai pedoman hidup bermasyarakat. Hal ini kerana, soal amanah kepimpinan bukan hanya berada dalam daerah perbincangan religiositi ataupun teologi tinggi dan rendah iman sahaja. Namun impak besar bakal menimpa seluruh masyarakat sekiranya pemimpin yang amanah tidak berjaya dilahirkan. Bukan menjaga amanah tetapi memecah dan memusnahkan kepercayaan rakyat.
Kita boleh memahami pedoman ini dalam konteks hari ini. Contohnya, negara yang dipimpin oleh mereka yang pecah amanah ataupun tiada integriti. Tempias keburukan perbuatan mereka akan menimpa seluruh alam. Pokok ditebang, bukit dan tanah dilapang, stadium dan bangunan sepatutnya bertahan, telah runtuh menyembah bumi setelah status projek 'kroni' diluluskan oleh mereka yang rasuah, pembekal bahan binaan penipu, mengurangkan kualiti dan kuantiti bahan semata-mata keuntungan lumayan. Kesan perbuatan mereka tidak hanya menjatuhkan indeks kepercayaan masyarakat terhadap sebuah kerajaan yang dipilih melalui sistem pilihan raya, malah risikonya melibatkan bencana alam seperti banjir kilat, pemanasan global, pembakaran dan kemusnahan hutan simpanan, kerosakan alam sekitar dan ekosistem, kerugian berganda melibatkan kehilangan nyawa dan kos pembaikian pembinaan semula bangunan runtuh. Semua akibat penyelewengan dan rasuah yang diamalkan.
Al-Alusi menyebut tentang amaran Ali k.w mengenai taklifan memimpin:'Anakku, awasilah kalian dalam memimpin, sesungguhnya Allah akan menyoalsiasat satu persatu pada hari akhirat'.
Nasihat ini memandu pemimpin hari ini untuk melihat ke jendela akhirat dari amalan mereka di dunia. Impak pengabaian amanah ini tidak hanya di dunia tetapi rakyat yang terabai akan mendapat pembelaan suatu hari kelak, sama ada di dunia ini ataupun di akhirat.
Huraian keintiman ikatan di antara amanah dan akidah ini bersambung di dalam tafsir Fi Zilal al-Quran. Sewaktu mentafsir ayat, "Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)…" Sayyid Qutb (meninggal 1387 Hijrah) menekankan bahawa kepercayaan insan (di atas asas-asas iman/islam/ihsan) seharusnya diterjemahkan di dalam sebuah sistem yang paling asas untuk seluruh ummah bermula dengan melaksanakan amanah dengan melaksanakan sistem hidup berlandaskan titah perintah Allah.
Justeru, Sayyid Qutb berpandangan terdapat dua kewajipan yang harus dilakukan dalam bentuk tanggungjawab down-top (rakyat ataupun individu kepada pemimpin) dan top-down (pemimpin kepada rakyat). Pertama, rakyat memilih dan menyerah amanah kepimpinan kerajaan hanya kepada mereka yang berhak dan layak untuk menjadi pemimpin mereka. Kedua kewajipan pemimpin yang dipilih untuk memimpin secara adil untuk semua manusia tanpa ada perbezaan status dan prejudis.
Saya tinggalkan tafsiran al-Alusi dan Sayyid Qutb ini untuk kita fahami sendiri secara kritikal. Kini, saya ingin mengajak pembaca untuk melihat dengan lebih dekat ayat ini dalam konteks iklim sosial dan politik semasa di negara kita. Tariq Ramadan di dalam tulisan beliau berulangkali menegaskan kepentingan umat Islam hari ini, walau di mana mereka berada, untuk kembali kepada pedoman wahyu (nas) dan menghayatinya dalam kontek masa kini. Kegagalan memahami nas dalam konteks masa kini akan menyebabkan kita mengambil panduan nas secara literal dan paling malang kita tidak berupaya memahami realiti semasa.
Permulaan ayat 58 menyebut: "Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)", merujuk kepada amanah kepimpinan dan tugas eksekutif iaitu setiap individu ataupun kumpulan organisasi memberikan amanah, kepercayaan serta hak kepada seseorang yang layak untuk melaksanakan sesuatu tugasan ataupun menjawat sesuatu jawatan.
Secara mudahnya Allah mengingatkan kita semua dalam sekecil-kecil urusan seperti mencari pembantu rumah ataupun pekerja gerai, melantik penghulu di kampung, memilih JKKK baru ataupun lama, guru besar ataupun para pendidik, ketika memilih pegawai yang bakal memegang amanah syarikat institusi, menemuduga dan memperakukan mereka yang layak mendapat tender, melantik pegawai kewangan untuk menguruskan baitulmal dan wang zakat, hartanah pekebun atau peneroka, pengurus sumber pendapatan carigali dan banyak lagi posisi eksekutif dalam institusi kerajaan ataupun agensi lain. Sehinggalah dalam urusan yang lebih besar yang melibatkan kepentingan lebih ramai pihak seperti membentuk sebuah kerajaan untuk mentadbir urus negara, maka hendaklah hanya mereka yang selayaknya sahaja dipilih.
Secara idealnya, arahan Allah ini merujuk kepada menempatkan seorang yang ahli ataupun pakar untuk menguruskan sesuatu tugas. Dalam konteks amalan pilihan raya, rakyat mengundi (memilih dan memberi kuasa) untuk menempatkan wakil rakyat di dalam dewan undangan negeri dan parlimen mewakili rakyat memutuskan keputusan dan membuat rancangan demi kemaslahatan mereka semua.
Soalnya ialah siapakah yang selayaknya dilantik. Mencari jawapan soalan ini bukan mudah namun ia menjadi kewajipan semua untuk mendapatkannya. Ayat ke-58 surah al-Nisa' menggariskan dua ciri pemimpin berhak dipilih untuk dilantik. Pun begitu, terdapat ayat-ayat lain yang menyenaraikan ciri-ciri tambahan untuk ditekuni. Contohnya, di dalam ayat yang lain Allah gilirkan ciri amanah (amin) dengan ciri berkemampuan ataupun ada kekuatan (qawwiy)."Sesungguhnya orang yang paling baik untuk kamu ambil sebagai pekerja ialah yang kuat (berkemampuan) lagi amanah" (Surah al-Qasas, ayat 26).
Syarat pertama dalam ayat 58 ini merujuk kepada orang yang ahli, iaitu pemimpin yang berkelayakan (sama ada berpengetahuan, pakar, menguasai bidang/tahu selok-belok posisi tersebut) serta dipercayai untuk menanggung tugas tersebut. (Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya).
Manakala syarat kedua ialah adil kepada dan/untuk semua rakyat. (…dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil).
Dua perkataan 'al-Amanah' dan 'al-Nas' di dalam ayat ini amat ringkas tetapi signifikan. Ia memberikan gambaran hanya pemimpin yang punya integriti yang tinggi mampu memikul amanah Allah, rakyat dan negara. Kesan positifnya ialah mereka ini apabila menghukum dan mentadbir negara kelak bukan hanya berkhidmat untuk rakyat yang menyokong, mengundi ataupun hanya memberikan perhatian agenda bangsa mereka semata-mata tetapi mewakili seluruh masyarakat tanpa melihat kepada jurang perbezaan, status sosio-ekonomi, agama, perbezaan politik, gender, usia ataupun tahap pendidikan. Ini sesuai dengan firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum (pihak yang lain) itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan". (Surah al-Maidah, ayat 8).
Perkataan 'al-Nas' di dalam ayat ini seakan memberikan pukulan maut kepada konsep 1Malaysia Kerajaan Pusat bahawa seluruh rakyat tanpa mengira asal negeri mereka perlu 'didahulukan' tanpa sebarang prejudis, penganiayaan ataupun disebabkan oleh perbezaan politik.
Akhir-akhir ini kita dapati, kegagalan konsep ini dalam menyatukan rakyat telah timbul sedikit demi sedikit. Bermula daripada ketidakadilan pembiayaan kewangan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri yang dipimpin pembangkang seperti pemberian wang bantuan untuk penduduk termiskin di Kelantan, isu wang ehsan dan royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sehinggalah pendirian yang berbaur rasis kepada pihak yang tidak menyokong ataupun mengkritik kerajaan. Contoh terkini ialah kes pelajar UUM berketurunan India, Bawani yang telah mengkritik pengurusan kewangan pendidikan negara. Respon biadab yang beliau terima daripada presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) tempohari menunjukkan kegagalan yang paling ketara konsep 1Malaysia yang asalnya untuk menyatupadukan rakyat berbilang bangsa.
Sepatutnya seorang pemimpin sebuah perkumpulan menjadi teladan menghormati orang lain. Malangnya, telah berlaku sebaliknya. Padahal Rasulullah SAW amat menitikberatkan hubungan antara kaum dalam masyarakat.
"Ketahuilah! Sesiapa yang menzalimi mu'ahid (rakyat non-muslim) ataupun mengurangkan haknya, ataupun membebankannya di luar kemampuannya, ataupun mengambil sesuatu (hak) daripadanya tanpa kerelaannya, maka aku menjadi penentang sesiapa yang berbuat demikian pada Hari Kiamat". (Riwayat Abu Daud, sahih).
Sebenarnya ayat ke 58 al-Nisa' bukan semata-mata melihat kepada seorang ataupun dua orang calon terbaik yang dilantik untuk memimpin masyarakat. Tetapi menuntut kita sebagai rakyat, memikirkan langkah berikutnya iaitu membentuk kerajaan yang terbaik dan adil untuk semua. Justeru, bukan semata-mata memilih calon paling layak sebagai pemimpin namun bagaimana kesemua calon daripada sebuah ataupun beberapa buah parti terbaik membentuk kerajaan yang akan menjadi nadi, suara dan benteng menjaga kebajikan seluruh rakyat.
Setelah mengkaji huraian kepada ayat ini dapatlah saya simpulkan bahawa pembentukan sebuah kerajaan yang adil ini bermula daripada rakyat. Kuasa rakyat memilih pemimpin ini amat penting diberikan perhatian yang serius. Bahkan, Allah menjelaskan isu kepimpinan ini di dalam banyak ayat al-Quran (berkaitan tugas Khalifah dan mereka yang diberikan amanah memimpin masyarakat). "Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu".
Selain itu, dirumuskan bahawa kepimpinan sama ada pada peringkat eksekutif dan legislatif adalah elemen pelaksana yang penting menjadi enjin dan pemandu kerajaan. Mereka inilah yang bertungkus-lumus menjadi 'khadam' rakyat menggerakkan jentera negara. Sekiranya berlaku pengabaian, kecuaian ataupun kerosakan pada 'enjin' dan 'pemandu' sewaktu menjalankan amanah mereka akan diperbaiki ataupun ditukar ganti. Sebagai Khadam, pemimpin negara haruslah insaf bahawa kuasa mereka tidak bertahan. Rakyat boleh menukar mereka dan menggantikan dengan kepimpinan yang lebih diyakini. Oleh itu, sedarlah wahai pemimpin di semua peringkat, kalian sentiasa berada dalam pengawasan dan tidak lepas daripada rekod audit semasa lebih-lebih lagi terdapat pengawasan yang lebih cekap dan efektif daripada para malaikat katibin dan Allah SWT. "Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat ".
Jelaslah, konsep sebuah Negara yang Adil ini bukan baru timbul setelah munculnya Pakatan Rakyat. Malah telah dihidupkan kembali dengan nafas baru sesuai dengan konteks semasa dan iklim negara. Konsep ini menjelaskan kepada masyarakat bahawa PAS tidak tunduk kepada sesiapa dalam mengemukakan ataupun mempertahankan konsep negara bersifat Baldatun Tayyibah melainkan mematuhi perlembagaan parti yang sedia ada iaitu perlembagaan yang meletakkan nas al-Quran dan Sunnah sebagai asas tindakan dan keputusan mereka.
Kajian terhadap teks ayat ini juga mendapati untuk memahami nas al-Quran secara efektif, kita haruslah mengkaji wahyu ini secara menyeluruh dengan melihat kepada pentafsiran para ulama tradisi dan kontemporari, mengkaji latar turunnya ayat, ataupun sirah nabawiyah kemudian berusaha untuk mengaitkannya dengan pengalaman semasa ataupun kontek masa kini. Gabungan yang rapat tiga elemen ini iaitu gabungan fiqh al-Nas (teks wahyu), fiqh al-Sirah (sejarah/kisah yang berkaitan sewaktu zaman nabi) serta fiqh al-Waqi'iy (konteks semasa) akan memandu kefahaman kita untuk memahami tuntutan sebuah Kerajaan yang adil dan menterjemahkannya secara praktikal.
Penulis berasal dari Kota Bharu Kelantan. Kini berada di Springvale, Victoria Australia dan sedang menyiapkan Ijazah Doktor Falsafah di University of Aberdeen, Scotland. United Kingdom. | Pelajar menang RM10,000 pertandingan menulis Harakahdaily Posted: 04 Feb 2013 03:30 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
AMPANG: Bertempat Di Hotel De Palma, Ampang, teka-teki siapakah pemenang RM10,000 bagi Peraduan Menulis Esei Politik Berdasarkan Ayat Al-Quran akhirnya terjawab.
Tempat pertama dimenangi oleh Najah Nadiah binti Amran. Beliau merupakan Pelajar PhD di University of Aberdeen, Scotland, United Kingdom dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
Sementara tempat kedua dimenangi oleh Mohd Azmir Maideen dari Meru, Klang. Beliau membawa pulang wang tunai RM5,000. Sementara tempat ketiga dimenangi oleh Noraini Ismail yang berasal dari Terengganu.
Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Yang berikut adalah senarai 17 lagi penulis yang menerima hadian saguhati RM100.
1. Muhammad Fakhrurrazi Bin Ahmad 2. Nik Muhammad Nasri Bin Nik Malek 3. Abdul Karim Bin Ahmad Fauzi 4. Muhamad Helmi Bin Hashim 5. Zuraidah Bt Othman 6. Shukeri Bin Mohamad 7. Mohamad Aiyad Bin Ramli 8. Hasri Bin Harun 9. Mohammad Suffian Bin Fauzi 10. Ahmad Safuan Bin Zakaria 11.Hanafi Bin Jamil 12. Izzati Farhana Mahadzir 13.Siti Nur Solehah Bt Juma'at 14. Nik Azri Nik Mohamed Arriff 15. Sujaidi Dasuki 16. Abdul Hafiz Mohamed 17. Mohd Nizam Sahad
Tahniah diucapkan kepada pemenang.
Harakahdaily/- | Kunyah gula-gula getah baik untuk otak Posted: 04 Feb 2013 03:03 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
TOKYO 4 Feb. - Tabiat mengunyah gula-gula getah di khalayak ramai, mungkin menimbulkan rasa kurang selesa bagi sesetengah individu, namun satu kajian saintifik terkini mendedahkan perlakuan mengunyah itu sebenarnya baik untuk kecergasan otak.
Kajian oleh Institut Sains Radiologi Kebangsaan Jepun dan beberapa institusi sains itu membuktikan, sekurang-kurangnya lapan tempat pada otak manusia boleh mendapat manfaat daripada perlakuan tersebut.
Ketua penyelidik, Profesor Andy Smith, berkata, mengunyah gula-gula getah, mampu meningkatkan ghairah dan mengundang tindakan sementara kepada aliran darah dalam otak.
Menurutnya, responden yang terlibat diberi tugas ketika mengunyah gula-gula getah dan tidak mengunyah serta bahagian otak mereka diimbas untuk melihat bahagian mana yang paling aktif.
Ketika sesi ujian selama 30 minit dijalankan, responden akan menekan butang dengan ibu jari bagi memberi tindak balas terhadap soalan yang diberi pada skrin.
Responden yang tidak mengunyah gula-gula getah mengambil masa 545 mili saat untuk memberi tindak balas, berbanding 493 mili saat oleh responden yang mengunyah gula-gula getah.
Menurut beliau, kawasan otak yang paling aktif ketika mengunyah merupakan kawasan yang terlibat dengan pergerakan dan pemerhatian.
"Satu kes yang boleh dijadikan contoh, situasi pengurus bola sepak kelab Manchester United, Alex Fergusson yang sentiasa mengunyah gula-gula getah ketika pasukannya beraksi. Mungkin ia hanya kebetulan, namun, tindakan itu dilihat sangat tepat dalam keadaan yang getir seperti itu," katanya.
Jelas beliau, keputusan ujian mencadangkan kunyahan meningkatkan paras keghairahan dan kewaspadaan yang menjana kawalan motor, sekali gus membantu meningkatkan persembahan kognitif individu. - AGENSI
| 23 maut dalam serangan berani mati di Baghdad Posted: 04 Feb 2013 03:01 PM PST 24 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
BAGHDAD 5 Feb. - Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan 44 lagi cedera apabila seorang pengebom berani mati meletupkan diri ketika askar upahan yang memerangi kumpulan militan al-Qaeda sedang mengambil gaji di sini, semalam.
Serangan itu berlaku di pekan Taji, kira-kira 25 kilometer di utara Baghdad, dan kebanyakan mangsa merupakan askar dari kumpulan Sahwa yang ditugaskan memburu militan al-Qaeda. Beberapa anggota tentera Iraq turut dilaporkan terbunuh dalam serangan tersebut. - AFP
| |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 05 Feb 2013 01:10 AM PST PAS Tidak Akan Dipatuk 2 Kali Posted: 04 Feb 2013 07:04 AM PST Ucapan yang hebat dari Tuan Guru Abdul Hadi Awang | Guru Tidur Dalam Kereta : Ditukar Serta Merta Kerana Aktif PAS Posted: 04 Feb 2013 06:57 AM PST Kalau guru itu meyokong UMNO, bukan sahaja tidak ditukar tapi pihak sekolah terpaksa bagi cuti tanpa rekod untuk membolehkan guru tersebut menghadiri program UMNO. Inilah nasib hidup di Malaysia, pembangkang tidak wujud, yang wujud hanya BN _________________________________________________________ BERA: Seorang guru terpaksa bermalam dalam kereta akibat ditukarkan secara tergesa-gesa dari sebuah sekolah di Temerloh ke sini [...] | |
Peghelih La... Posted: 04 Feb 2013 11:45 PM PST Bendera, sepanduk Umno/BN di pusat agihan BR1M 2.0..macam harta pak dia.. Posted: 04 Feb 2013 09:43 PM PST | Dewan 1Malaysia, Simpang Empat |
| Dewan Serbaguna Seri Melati, Beseri |
Bendera Umno dan Barisan Nasional dikesan telah dipasang pada pagar dewan tempat pengagihan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) di dua lokasi di Perlis hari ini.
Kedua-dua tempat yang dimaksudkan iaitu di Dewan 1Malaysia, Simpang Empat dan Dewan Serbaguna Seri Melati, Beseri di mana pengagihan BR1M 2.0 dibuat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Simpan Empat dan Santan masing-masing.
Tinjauan juga mendapati terdapat sepanduk Undilah Barisan Nasional turut dipasang pada pagar Dewan 1Malaysia, Simpang Empat.
| |
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 04 Feb 2013 09:24 PM PST Akta Laut Wilayah Jejas Kedaulatan Sabah Posted: 04 Feb 2013 04:31 PM PST KOTA KINABALU: Dewan Pemuda PAS Sabah menyifatkan penggubalan rang undang-undang berkaitan pelantar benua dan dasar laut di negeri ini sebagai satu cubaan halus yang menghapuskan secara halus hak dan kedaulatan negeri.
Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, akta yang diluluskan pada April 2012 lalu telah menghapuskan hak dan kuasa kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang sudah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.
"Meskipun akta ini adalah bertujuan menetapkan lebar laut wilayah Malaysia, namun ianya perlu dilihat juga sebagai satu akta yang bakal menghapuskan hak dan kuasa kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang sudah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan dipelihara dalam Perkara 2 Perlembagaan Malaysia.
"Ini sekaligus menyaksikan kedaulatan, kehormatan dan hak kerajaan Negeri Sabah bakal 'hilang' buat selama-lamanya," ujar beliau.
Menurutnya, telah ada satu ordinan yang berkaitan sempadan Negeri Sabah yang meliputi pelantar benua dan dasar laut serta tanah dalam Perjanjian Malaysia 1963.
"Dalam Section (2) of the North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954.
"Di sini apa yang tercatat dalam bahasa Inggerisnya, the boundaries of the colony of North Borneo are hereby extended to include the area of the continental shelf being the seabed and its subsoil which lies beneath the high seas contiguous to the territorial waters of North Borneo... maksudnya sudah jelas mengenai satu-satu perlembagaan dan akta," jelasnya.
Katanya, rang undang-undang Laut Wilayah 2012 turut menafikan hak Kerajaan Negeri Sabah dan rakyatnya seperti mana yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.
"Dalam perkara 2, Perlembagaan Malaysia ada menyebut mengenai pengubahan sempadan mana-mana negeri yang tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan negeri tersebut.
"Dalam kes ini, adakah penguatkuasaan akta baru tersebut sudah melalui perbincangan dan saringan dan kelulusan di peringkat Dewan Undangan Negeri Sabah," soalnya.
Beliau turut menyentuh mengenai dua seksyen dalam Akta Laut Wilayah 2012 yang menunjukkan had wilayah laut di semua negeri di Malaysia termasuk sabah dan Sarawak.
"Dua seksyen utama yang terkandung dalam akta ini, iaitu Seksyen 3 dan Seksyen 4 yang menghadkan wilayah laut di semua negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak hanya kepada tiga batu nautika, berbanding dengan kuasa Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang meliputi keseluruhan pelantar benua.
"Dua seksyen dalamyang baru diperkenalkan ini dilihat ingin menghapuskan secara halus kedudukan istimewa, kuasa negeri dan hak Negeri Sabah dan Sarawak ke atas pelantar benua tersebut," ujarnya.
Jelasnya, akta tersebut juga telah menjejaskan kedaulatan Sabah termasuk dalam soal pembayaran royalti petroleum.
"Royalti petroleum akan tertakluk kepada hanya ehsan Kerajaan Persekutuan semata-mata dan tidak lagi wajib dibayar sebagai satu kewajipan dalam perjanjian," jelasnya.
Pemuda PAS Sabah katanya, meminta wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) menyatakan pendirian mereka dan menolak akta ini.
"Buka setakat Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak patut menolak akta ini, malah setiap wakil ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah dan Sarawak perlu menyatakan pendirian mereka terhadap akta ini.
"Rakyat di kedua-kedua buah negeri Sabah dan Sarawak diajak untuk bersama-sama mempertahankan kuasa dan hak sedia ada ini bagi menjamin sebuah negeri yang berdaulat, berprinsip dan tidak mudah dijadikan bahan eksploitasi mana-mana pihak," tegas beliau. | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 04 Feb 2013 09:08 PM PST PAS Negeri Sembilan cabar Adun Umno isytihar harta Posted: 03 Feb 2013 11:58 PM PST
4 Feb 2012 - Adun Pilah, Adnan Abu Hassan didakwa memiliki 50 peratus saham syarikat Cekap Sejagat yang mempunyai 7.4 peratus kepentingan Negeri Roadstone, milik PKNNS.
SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan hari ini mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pilah, Adnan Abu Hassan agar mengisytiharkan harta dan kepentingan-kepentingan beliau.
Ketua Penerangan, Nor Azman Mohamad dalam sidang akhbar sebentar tadi mempertikaikan kedudukan Adnan sebagai salah seorang pemegang saham dalam sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri.
"Sedia maklum Negeri Roadstone Sdn Bhd adalah syarikat milik kerajaan Negeri Sembilan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) yang memiliki kepentingan 51 peratus dan selebihnya dimiliki oleh syarikat swasta lain.
"Syarikat Cekap Sejagat Sdn Bhd pula memiliki 7.4 peratus dalam Negeri Roadstone Sdn Bhd. Hasil carian kami di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Adnan memiliki 50 peratus saham di dalam syarikat Cekap Sejagat.
"Sebuah syarikat ditubuhkan bertujuan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Jika ada keuntungan ia akan disalurkan kembali kepada rakyat. Malangnya Adun Pilah ini telah mengambil kesempatan bagi mencabuli hak rakyat dengan memiliki kepentingan dalam Negeri Roadstone melalui syarikat Cekap Sejagat.
"Jika seorang Adun mendapat tender kerajaan pun sudah menjadi satu amalan yang ditolak, apatah lagi dalam kes seperti ini iaitu seolah-olah mengambil keuntungan yang sepatutnya dimiliki oleh kerajaan negeri. Kedudukan ini mewujudkan situasi 'konflik kepentingan'," kata Norazman.
Nor Azman juga memaklumkan bahawa adalah sesuatu yang janggal apabila PKNNS hanya diwakili oleh seorang ahli lembaga pengarah daripada lima ahli lembaga pengarah di dalam Negeri Roadstone.
"Ia satu kejanggalan seolah-olah PKNNS tiada kuasa terhadap dasar dan pengurusan Negeri Roadstone sedangkan PKNNS mempunyai kepentingan majoriti dalam Negeri Roadstone iaitu sebanyak 51 peratus. Mengapa ini berlaku?
"Saya juga mencabar Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya mendedahkan siapa lagi Adun dan bekas Adun Umno yang terlibat dalam Negeri Roadstone.
"Jika tiada tindakan sehingga Jumaat ini, kami akan mengambil tindakan susulan dengan membuat satu laporan polis dan dikuti dengan laporan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Ia akan disusuli dengan pendedahan lain," tegas Nor Azman.
| CERAMAH UMUM Posted: 03 Feb 2013 11:53 PM PST | |
PAS Kawasan Miri Posted: 04 Feb 2013 07:48 PM PST Syarikat Kroni Diberi Keutamaan Rakyat Sendiri Dipinggirkan Posted: 04 Feb 2013 12:23 AM PST Tanah Orang Asal Sarawak Terancam LAMBIR – Batu 1f Sungai Jaung terletak dalam kawasan DUN Lambir. Kebanyakan penduduk di situ berketurunan Malayu asal dari suku kaum Jati Miriek, Kadayan dan terdapat juga kaum Iban. Tanah merupakan satu-satunya harta pusaka yang sangat berharga bagi kaum peribumi Sarawak. Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk asal peribumi Sarawak terutama bangsa Melayu dan Dayak adalah tanah mereka sekarang semakin terhakis akibat pembalakan dan perladangan dari syarikat swasta yang dikuasai oleh kroni pihak pemerintah.
Pihak kami telah menerima aduan dari salah seorang peneroka tanah temuda di kawasan Lambir yang mengatakan yang tanah mereka yang berjumlah ratusan hektar telah dicerobohi oleh syarikat perladangan yang menanam kelapa sawit di sekitar kawasan tanah temuda mereka.
Menurut salah seorang dari peneroka tanah tersebut yang dikenali sebagai Nordin Jukin memberitahu pihak kami yang tanah mereka sudah lama diterokai oleh datuk nenek moyang mereka puluhan tahun yang lalu semasa zaman penjajahan British tetapi sampai sekarang pihak kerajaan atau Jabatan Tanah dan Ukur tidak memberi hak milik tanah kepada penduduk asal tersebut.
Apabila mereka mengadu dan memohon hak milik dari pihak Jabatan Tanah dan Ukur langsung tidak memberi jawaban yang positif sebaliknya mereka terus menanti dengan penuh pengharapan agar tanah datuk nenek moyang mereka dulu tidak dirampas atau dimiliki oleh syarikat perladangan.
Tanah seluas 1236.03 ekar di Batu 1f Sungai Jaung jalan Miri Bintulu itu telah pun disukat dan dimiliki oleh seramai 83 orang penduduk tempatan di kawasan Lambir. Tanah mereka telah mula dicerobohi oleh sebuah syarikat perladangan yang menanam kelapa sawit dalam kawasan tersebut.
Mereka juga mengadu kepada pihak kami yang mereka sudah banyak kali mengadu masalah ini kepada pihak berkuasa, Jabatan Tanah dan Ukur, wakil rakyat, pihak polis serta pihak Suhakam tetapi masalah ini masih belum dapat diselesaikan. Mereka amat khuatir yang status tanah mereka yang telah diteroka oleh datuk nenek moyang mereka dulu akan hilang begitu saja dirampas oleh syarikat perladangan yang telah diberi peruntukan untuk memajak atau 'Provision Lease (PL)'
Tanah yang dimiliki oleh penduduk asal sepatutnya diiktiraf oleh kerajaan dan Jabatan Tanah dan Ukur bukannya diberi kepada syarikat perladangan yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan akan nasib masa depan anak cucu penduduk asal yang tiada tempat untuk tinggal nanti sekiranya tanah mereka dirampas.
Mereka bertekad akan terus mempertahankan tanah hak milik mereka sekiranya pihak kerajaan tidak mempedulikan akan nasib mereka kerana mereka sudah bosan dengan janji-janji kosong pihak pemerintah untuk membantu mereka tetapi hakikatnya hanya mementingkan pihak syarikat dari rakyat sendiri.
Tanpa kebenaran pihak pemerintah sudah pasti pihak syarikat tidak berani menceroboh atau merampas tanah rakyat dengan sewenang-wenangnya. Mengapa pihak pemerintah lebih pentingkan pihak syarikat dari rakyat sendiri yang perlu tempat tinggal dan tempat untuk bertani. Sepatutnya rakyat didahulukan bukannya dipinggirkan begitu saja tanpa sebarang pembelaan dari pihak berkuasa.
Kami mengesa pihak berkuasa terutama sekali pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai dan kembalikan semula hak rakyat tanpa pilih kasih.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version Public's complaints "Sarawak indigenous land Endangered"
LAMBIR - Batu 1f Jaung River located in Lambir constituency. Most of the residents descended from the tribe of Malay origin Jati Miriek, Kadayan and there is also Iban. Land is the only valuable inheritance of the indigenous people of Sarawak.
The main problem faced by the indigenous natives of Sarawak, especially the Malay and Dayak is their land now is increasingly eroded due to logging and farming from the private companies that controlled by government cronies.
We have been received a complaint from one of the settlers temuda land in Lambir that say that their land amounting to hundreds of hectares have been encroached by plantations that planting oil palm in their temuda land area.
According to one of the settlers, known as Nordin Jukin inform us which their land has long been explored by their forefathers decades ago during the British colonial period, but until now the government or the Department of Land and Survey did not give ownership of the land to the original inhabitants.
When their complained and apply for ownership from the Land and Survey Department did not give a positive answer instead they continue to look forward with great hope that the land of their forefathers did not confiscated or owned by plantation companies.
Land area of 1236.03 acres in the Batu 1f Jaung River Miri Bintulu road has been measured and is owned by a total of 83 local residents of Lambir. Their land has begun encroached on by a plantation company that plant oil palm in the area.
They also complained to us that they have many times complained this problem to the authorities, the Department of Lands and Survey, the elected representatives, the police and the Suhakam but this problem remains to be solved. They are very concerned with the status of their land that has been explored by their forefathers before will be just disappear confiscated by plantation companies that was given an allocation to lease or 'Provision Lease (PL)'.
Land owned by the original inhabitants should be recognized by the government and the Department of Lands and Survey, it should not given to plantation companies which pursue profits solely without considering the plight future of children and grandchildren of the original inhabitants which have no place to stay later if their land confiscated.
They are determined to continue to defend their land ownership if the government did not pay heed to their plight because they are tired of empty promises of the government to help them but the truth is only concerned with the company from its own people.
Without the permission of the government, the company certainly did not dare trespassing or seize the land of the people with impunity. Why the government more concerned with the company from its own people which need a place to stay and a place to farm. Should people first rather than simply been marginalized without any support from the authorities.
We urge the authorities especially the Sarawak Land and Survey Department can solve the problem immediately. Cooperation with the parties concerned is very much appreciated and restores the rights of the people without favoritism.
| |
DUN CHINI Posted: 04 Feb 2013 07:33 PM PST |
Rembau Hari Ini Posted: 04 Feb 2013 07:26 PM PST Apakah Nasha layak bertanding di Rembau? Posted: 03 Feb 2013 11:44 PM PST
Free Malaysia Today , 4 Feb 2013 – REMBAU: Selepas bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa digugurkan daripada Majlis Syura dan pengumuman Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Nasharuddin juga digugurkan sebagai calon parlimen Bachok dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13); timbul pula desas desus apakah beliau layak diturunkan di kerusi parlimen Rembau, Negeri Sembilan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Nasharuddin sebenarnya merupakan anak jati Rembau.
FMT cuba mendapatkan pandangan suara akar umbi di Rembau berhubung cadangan ini.
Rozmal Malakan dari Rembau yang merupakan seorang aktivis yang memperjuangkan sistem Adat Perpatih berpendapat Nasharuddin harus bertanding di Rembau.
"Ini adalah kerana mengikut adat di Rembau, nasab (keturunan) anak adalah mengikut ibunya, dan ibunya adalah orang Rembau, tak silap saya dari suku Sri Melenggang. Ini bermakna Nasharuddin adalah dari suku Sri Melenggang.
"Berbeza dengan ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (Barisan Nasional); hanya ayahnya sahaja yang berasal dari Rembau. Oleh itu beliau tidak termasuk dalam mana-mana suku di Rembau, melainkan beliau telah menjalani upacara adat iaitu berkedim.
"Amatlah sesuai sekali jika Nasharudin diberi peluang untuk bertanding di parlimen Rembau atau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota, kerana kampung beliau ialah di Air Melintang di dalam DUN Kota.
"Semoga dengan kehadiran Nasharudin di Rembau akan menyemarakkan lagi usaha mengimarahkan masjid-masjid yang semakin mati di daerah ini," kata Rozmal.
Apabila ditanya FMT apakah Nasharuddin harus bertanding atas tiket PAS atau Umno? Rozmal berkata itu terpulang kepada Nasharuddin sendiri.
Orang Rembau tidak kenal Nasharuddin
Abdul Hadi Abuyan seorang penyokong PAS dari Rembau pula tidak bersetuju jika PAS menawarkan Nasharuddin bertanding di parlimen Rembau mahu pun di mana-mana kerusi di Negeri Sembilan, sama ada kerusi Parlimen atau DUN.
"Beliau bukan popular pun di peringkat akar umbi. Malah orang Negeri Sembilan dan Rembau sendiri ramai yang tidak tahu yang Nasharuddin anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan sebenarnya.
"Saya rasa beliau dapat peluang bertanding di Bachok dulu pun sebab status Timbalan Presiden dulu. Parti bagi kerusi selamat agaknya.
"Bagi saya cuma ada tiga individu sahaja yang mempunyai karisma dan mampu menang jika bertanding selain dari kerusi asal masing-masing. Mereka itu ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
"Nasharuddin langsung tidak menepati ciri-ciri kekuatan personalti yang ada pada Anwar, Nik Aziz dan Tengku Razaleigh.
"Saya cadangkan elok sahaja Nasharuddin menjadi Timbalan Pengerusi JATI," ulas Abdul Hadi.
Nasharuddin bertanding tiket Umno di Rembau?
Azhar Mohamad dari Chembong pula mencadangkan Umno menawarkan Nasharuddin bertanding di kerusi parlimen Rembau atas tiket Umno jika parti itu benar-benar ingin membela nasib Nasharuddin yang kononnya dizalimi oleh PAS.
"Jangan sekadar cakap sahaja bahawa PAS menzalimi Nasharuddin lah, PAS sudah lari dari perjuangan asal lah, Nasharuddin pemimpin berprinsip lah.
"Sejak 2008, saya memang perasan Umno mempertahankan Nasharuddin habis-habisan terutama ketika bertanding jawatan timbalan presiden pada tahun 2009 dan 2011. Sejak Nasharuddin digugurkan dari Majlis Syura, sokongan pemimpin Umno kepada Nasharuddin semakin jelas dan kuat termasuk daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Oleh itu jika benar Najib ikhlas dan merasakan satu aset yang amat berharga kepada perjuangan Islam dan bangsa Melayu, mengapa Najih tidak melamar sahaja Nasharuddin dan menurunkan Nasharuddin di Rembau? tanya Azhar.
| |
PAS KOTA TINGGI Posted: 04 Feb 2013 01:30 PM PST Posted: 03 Feb 2013 09:59 PM PST | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 04 Feb 2013 01:01 PM PST PAS pecat Nasharudin ? Cabaran Ali Rustam Tidak Relevan Posted: 04 Feb 2013 05:38 AM PST KOTA BHARU - Cabaran yang dilontarkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pas untuk memecat keahlian Nasharudin Mat Isa dalam parti itu dianggap tidak relevan. Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Kelantan, Fadhli Shaari berkata, cabaran ahli majlis tertinggi Umno itu dianggap tidak relevan dan tidak sepatutnya dipersoalkan. "Beliau (Nasha) hanya melakukan beberapa kesilapan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang Ahli Majlis Syura, bukanlah sehingga peringkat wajib dikenakan tindakan keluar parti," katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau diminta mengulas isu Ali Rustam yang mencabar Parti kepimpinan Datuk Abdul Hadi Awang itu membuang keahlian Pas yang dimiliki Nasharudin Isa kelmarin. Menurutnya, Nasha juga tidak pernah dikaitkan dengan politik wang untuk menang pemilihan parti dan tidak juga mencadangkan supaya kelab malam dibuka sehingga jam 3 pagi. Beliau berkata, walaupun Nasha kini bukan lagi Ahli Majlis Syura, namun beliau masih tetap sebagai ahli Pas. "Sebagai contohnya, walaupun majlis perkahwinan anaknya (Nasha) sedikit besar, namun tidak sampai ratusan ribu duit rakyat dihabiskan, jangan pandang rendah pada kepimpinan kami. "Cabaran itu tidak masuk akal dan Pas tidak akan runtuh jika apa-apa berlaku pada Nasha, bukan sebagaimana yang didakwa beliau (Ali) yang menganggap nasib Pas bergantung pada Nasha," katanya. Fadhli berkata, Pas juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan pemecatan keahlian Nasha dalam parti tersebut walaupun tidak dicalonkan mana-mana kawasan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Sumber : Sinar HarianBerita berkaitan : MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar Pas memecat Nasharudin Mat Isa sebagai anggota parti itu selepas menggugurkannya daripada pelbagai jawatan dalam parti itu. Sambil mempersoalkan mengapa Pas tidak berbuat demikian, beliau berkata mungkin Pas takut kehilangan sokongan kerana bekas timbalan presiden Pas itu masih mempunyai pengaruh yang kuat. "Saya nak tengok apakah Pas berani pecat Nasharuddin...saya cabar Nik Aziz (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pecat Nasharuddin. "Mengapa mereka tak pecat, nampak mereka ini takut pada Nasharudin kerana beliau mungkin lagi hebat daripada pemimpin tertinggi Pas yang ada sekarang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Tun Sri Lanang, Sekolah Menengah Kebangsaan Malim dan penyampaian Anugerah Kecemerlangan PMR 2012 di sini, hari ini. Beliau mengulas pemecatan Nasharuddin daripada Majlis Syura Ulama Pas dan tidak dicalonkan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bachok. Sementara itu, Mohd Ali berkata pembinaan dewan bernilai RM520,000 hasil sumbangan kerajaan negeri dan Jabatan Perdana Menteri itu bertujuan menambahbaik kemudahan di sekolah tersebut. Di NIBONG TEBAL, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pemecatan Nasharuddin daripada Majlis Syura adalah hasil perasaan saling tidak mempercayai dan syak wasangka. Beliau menyifatkan tindakan pemecatan itu merupakan perpecahan dalam Pas yang mengamalkan politik taksub. "Kalau sesama pemimpin Pas pun mereka tak boleh bersatu...macam mana mereka nak bersatu dalam kepentingan ummah bersama orang Islam lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara, dekat sini, hari ini. Beliau berkata, jika wujud perasaan saling tidak mempercayai dan syak wasangka sesama pemimpin dan anggota parti, mereka sebenarnya tidak layak untuk mentadbir kerajaan. - Bernama | Ali Rustam Biadap - Ketua AMK Posted: 03 Feb 2013 02:58 PM PST Kenyataan Media Ketua AMK/Pengerusi Keadilan Melaka berkaitan penghinaan Ali Rustam terhadap Lim Kit SiangAngkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberi respon mengenai kenyataan terbaharu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang menggelar Penasihat DAP sebagai biadap. Kenyataan Ali tersebut diberi sebagai respon kepada kenyataan ringkas Kit Siang melalui laman social Twitter bahawa negara Malaysia seolah tidak selamat bagi kanak-kanak berikutan pemergian mendiang adik William Yau Zhen Zhong. Membiadapkan mana-mana individu atas satu kenyataan realiti adalah satu tindakan yang tidak matang, khususnya bagi seorang pemimpin veteran seperti Ali. Di saat pemerintahan Umno-BN bangga dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-19 daripada 153 negara sebagai negara paling selamat di dunia pada tahun 2011, rentetan kes kehilangan kanak-kanak termasuklah penculikan dan pembunuhan kejam masih lagi berlaku secara berleluasa. Apakah Ali tidak sedar bahawa memang wujud masalah berlarutan seumpama ini sejak bertahun selamanya, malah tidak terhad kepada kanak-kanak, malah turut menglibatkan wanita dan juga kelompok rakyat yang lemah dan tidak berdaya. Di saat ada kelompok Cawangan Khas yang diarah mengekor jejak langkah pimpinan-pimpinan pembangkang di seluruh Negara, masih ramai penjenayah yang berlegar secara bebas yang mengancam keselamatan Negara tanpa kita sedar di kiri dan kanan kita. Tambah menjelekkan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sendiri pada Julai 2012 pernah menyebut bahawa kadar jenayah Negara membimbangkan sehingga menggesa kerajaan tidak menyorok keadaan sebenar kepada rakyat. AMK menyokong kenyataan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bahawa wujud keperluan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi keutamaan kepada agenda keselamatan terutama melibatkan wanita dan kanak-kanak. Inilah keutamaan yang harus diletakkan oleh PDRM. Ali perlu berhenti membiadapkan pimpinan pembangkang yang peduli dengan permasalahan rakyat, sebaliknya Ali yang perlu lebih bersantun dan berlapang dada menerima kelemahan dan kritikan untuk menambah baik kualiti keselamatan masyarakat seluruh Negara. Shamsul Iskandar Mohd Akin Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) MalaysiaSumber : shamsuliskandar.wordpress.com | |
Batu Gajah Mari Posted: 04 Feb 2013 11:36 AM PST PANAS! Datang beramai-ramai ke Ara Payong! Posted: 04 Feb 2013 02:56 AM PST
Jom datang beramai-ramai mendengan isu-isu semasa termasuklah pendedahan penyelewengan tanah di Perak! Jemput kawan dan sedara mara datang ye.. tapi x ada makan free.. HIHI | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 04 Feb 2013 10:20 AM PST |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 04 Feb 2013 09:07 AM PST JOHAN ESEI POLITIK Posted: 04 Feb 2013 07:49 AM PST Tuntutan Membentuk Kerajaan Yang AdilNajah Nadiah binti Amran "Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat ". (Surah an-Nisa, ayat 58) Saya pernah menyangka konsep Kerajaan yang Adil ataupun Negara Berkebajikan adalah konsep baru diperkenalkan oleh PAS setelah akur kepada desakan rakan sepasukan, DAP dan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat – PKR). Pernah juga saya beranggapan konsep ini ingin menandingi slogan 1Malaysia Barisan Nasional. Rupa-rupannya, sangkaan saya meleset. Anggapan saya juga tidak betul. Ia bukan konsep baru. Bukan juga istilah terkini dalam kamus politik kenegaraan. Bahkan tuntutan membentuk kerajaan yang adil sudah terakam dalam al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu melalui kisah Nabi Sulaiman dan Nabi Yusuf a.s. Ayat 58 dalam Surah an-Nisa ini mengetuk minda saya untuk membuka jendela sejarah Islam melihat runtuhnya sistem pemerintahan Jahiliyah secara rasminya pada hari pembukaan Kota Makkah. Menurut satu pendapat, ayat ini turun berikutan satu peristiwa pada hari berkenaan apabila seorang sahabat meminta Nabi SAW memberikan amanah kepadanya untuk membuka pintu kaabah. Melihat keinginan berkobar-kobar itu, Rasulullah SAW menegur serta mengingatkan bahawa urusan penyerahan amanah ataupun memberikan tauliah hanyalah untuk mereka yang ahli lagi dipercayai. Dalam peristiwa tersebut, Bani Syaibah dipilih oleh baginda SAW sebagai pemegang kunci kaabah. Ayat ini turut membawa saya meneroka lebih jauh peristiwa sebelum berlakunya Fathul Makkah. Catatan sirah membawa kita kembali menghirup iklim Madinah, mengkaji era kepimpinan yang adil dibentuk oleh Rasulullah SAW.
Kota Yathrib yang dihuni oleh masyarakat berbilang kaum telah mendapat limpahan rahmat Allah, apabila dua suku terbesar Aus dan Khazraj, asalnya seteru, telah berdamai dan bergabung membentuk kesatuan yang kukuh melebihi kekuatan dan monopoli kaum Yahudi Yathrib. Mereka telah menjemput Nabi Muhammad SAW, seorang yang paling amanah di Makkah sebagai pemimpin Madinah.
Jika di Makkah, baginda dimusuhi, disakiti serta ditentang dahsyat oleh pemimpin Quraisy yang merupakan darah daging sendiri, suasana di Madinah terlalu jauh bezanya. Sejauh jarak timur dan barat. Berbeza seperti langit dan bumi. Kepimpinan baginda yang inklusif untuk semua diterima mesra oleh golongan Islam dan bukan Islam sekalipun mereka tiada ikatan kekeluargaan.
Beberapa karya tafsir al-Quran memberikan huraian yang mengaitkan keintiman konsep amanah dengan akidah muslim. Contohnya al-Alusi (meninggal 1270 Hijrah) menyebut sabda Nabi SAW dalam mafhumnya: Sesiapa yang tidak amanah adalah natijah daripada tiada iman di dalam dirinya.
Sabda Nabi ini mendidik kita untuk melihat alam spiritual yang berkait rapat dengan dunia sosial dan fizikal. Kaitan amanah dengan akidah di dalam huraian ini dilihat dari aspek religiositi iaitu bagaimana amanah ini dilahirkan dalam diri manusia melalui pendidikan akidah Islam.
Kebimbangan Rasulullah SAW melihat lonjakkan semangat sahabat ada teladan yang harus kita ambil sebagai pedoman hidup bermasyarakat. Hal ini kerana, soal amanah kepimpinan bukan hanya berada dalam daerah perbincangan religiositi ataupun teologi tinggi dan rendah iman sahaja. Namun impak besar bakal menimpa seluruh masyarakat sekiranya pemimpin yang amanah tidak berjaya dilahirkan. Bukan menjaga amanah tetapi memecah dan memusnahkan kepercayaan rakyat.
Kita boleh memahami pedoman ini dalam konteks hari ini. Contohnya, negara yang dipimpin oleh mereka yang pecah amanah ataupun tiada integriti. Tempias keburukan perbuatan mereka akan menimpa seluruh alam. Pokok ditebang, bukit dan tanah dilapang, stadium dan bangunan sepatutnya bertahan, telah runtuh menyembah bumi setelah status projek 'kroni' diluluskan oleh mereka yang rasuah, pembekal bahan binaan penipu, mengurangkan kualiti dan kuantiti bahan semata-mata keuntungan lumayan. Kesan perbuatan mereka tidak hanya menjatuhkan indeks kepercayaan masyarakat terhadap sebuah kerajaan yang dipilih melalui sistem pilihan raya, malah risikonya melibatkan bencana alam seperti banjir kilat, pemanasan global, pembakaran dan kemusnahan hutan simpanan, kerosakan alam sekitar dan ekosistem, kerugian berganda melibatkan kehilangan nyawa dan kos pembaikian pembinaan semula bangunan runtuh. Semua akibat penyelewengan dan rasuah yang diamalkan.
Al-Alusi menyebut tentang amaran Ali k.w mengenai taklifan memimpin: 'Anakku, awasilah kalian dalam memimpin, sesungguhnya Allah akan menyoalsiasat satu persatu pada hari akhirat'.
Nasihat ini memandu pemimpin hari ini untuk melihat ke jendela akhirat dari amalan mereka di dunia. Impak pengabaian amanah ini tidak hanya di dunia tetapi rakyat yang terabai akan mendapat pembelaan suatu hari kelak, sama ada di dunia ini ataupun di akhirat.
Huraian keintiman ikatan di antara amanah dan akidah ini bersambung di dalam tafsir Fi Zilal al-Quran. Sewaktu mentafsir ayat, "Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)…" Sayyid Qutb (meninggal 1387 Hijrah) menekankan bahawa kepercayaan insan (di atas asas-asas iman/islam/ihsan) seharusnya diterjemahkan di dalam sebuah sistem yang paling asas untuk seluruh ummah bermula dengan melaksanakan amanah dengan melaksanakan sistem hidup berlandaskan titah perintah Allah.
Justeru, Sayyid Qutb berpandangan terdapat dua kewajipan yang harus dilakukan dalam bentuk tanggungjawab down-top (rakyat ataupun individu kepada pemimpin) dan top-down (pemimpin kepada rakyat). Pertama, rakyat memilih dan menyerah amanah kepimpinan kerajaan hanya kepada mereka yang berhak dan layak untuk menjadi pemimpin mereka. Kedua kewajipan pemimpin yang dipilih untuk memimpin secara adil untuk semua manusia tanpa ada perbezaan status dan prejudis.
Saya tinggalkan tafsiran al-Alusi dan Sayyid Qutb ini untuk kita fahami sendiri secara kritikal. Kini, saya ingin mengajak pembaca untuk melihat dengan lebih dekat ayat ini dalam konteks iklim sosial dan politik semasa di negara kita. Tariq Ramadan di dalam tulisan beliau berulangkali menegaskan kepentingan umat Islam hari ini, walau di mana mereka berada, untuk kembali kepada pedoman wahyu (nas) dan menghayatinya dalam kontek masa kini. Kegagalan memahami nas dalam konteks masa kini akan menyebabkan kita mengambil panduan nas secara literal dan paling malang kita tidak berupaya memahami realiti semasa.
Permulaan ayat 58 menyebut: "Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)", merujuk kepada amanah kepimpinan dan tugas eksekutif iaitu setiap individu ataupun kumpulan organisasi memberikan amanah, kepercayaan serta hak kepada seseorang yang layak untuk melaksanakan sesuatu tugasan ataupun menjawat sesuatu jawatan.
Secara mudahnya Allah mengingatkan kita semua dalam sekecil-kecil urusan seperti mencari pembantu rumah ataupun pekerja gerai, melantik penghulu di kampung, memilih JKKK baru ataupun lama, guru besar ataupun para pendidik, ketika memilih pegawai yang bakal memegang amanah syarikat institusi, menemuduga dan memperakukan mereka yang layak mendapat tender, melantik pegawai kewangan untuk menguruskan baitulmal dan wang zakat, hartanah pekebun atau peneroka, pengurus sumber pendapatan carigali dan banyak lagi posisi eksekutif dalam institusi kerajaan ataupun agensi lain. Sehinggalah dalam urusan yang lebih besar yang melibatkan kepentingan lebih ramai pihak seperti membentuk sebuah kerajaan untuk mentadbir urus negara, maka hendaklah hanya mereka yang selayaknya sahaja dipilih.
Secara idealnya, arahan Allah ini merujuk kepada menempatkan seorang yang ahli ataupun pakar untuk menguruskan sesuatu tugas. Dalam konteks amalan pilihan raya, rakyat mengundi (memilih dan memberi kuasa) untuk menempatkan wakil rakyat di dalam dewan undangan negeri dan parlimen mewakili rakyat memutuskan keputusan dan membuat rancangan demi kemaslahatan mereka semua.
Soalnya ialah siapakah yang selayaknya dilantik. Mencari jawapan soalan ini bukan mudah namun ia menjadi kewajipan semua untuk mendapatkannya. Ayat ke-58 surah al-Nisa' menggariskan dua ciri pemimpin berhak dipilih untuk dilantik. Pun begitu, terdapat ayat-ayat lain yang menyenaraikan ciri-ciri tambahan untuk ditekuni. Contohnya, di dalam ayat yang lain Allah gilirkan ciri amanah (amin) dengan ciri berkemampuan ataupun ada kekuatan (qawwiy). "Sesungguhnya orang yang paling baik untuk kamu ambil sebagai pekerja ialah yang kuat (berkemampuan) lagi amanah" (Surah al-Qasas, ayat 26).
Syarat pertama dalam ayat 58 ini merujuk kepada orang yang ahli, iaitu pemimpin yang berkelayakan (sama ada berpengetahuan, pakar, menguasai bidang/tahu selok-belok posisi tersebut) serta dipercayai untuk menanggung tugas tersebut. (Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya).
Manakala syarat kedua ialah adil kepada dan/untuk semua rakyat. (…dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil).
Dua perkataan 'al-Amanah' dan 'al-Nas' di dalam ayat ini amat ringkas tetapi signifikan. Ia memberikan gambaran hanya pemimpin yang punya integriti yang tinggi mampu memikul amanah Allah, rakyat dan negara. Kesan positifnya ialah mereka ini apabila menghukum dan mentadbir negara kelak bukan hanya berkhidmat untuk rakyat yang menyokong, mengundi ataupun hanya memberikan perhatian agenda bangsa mereka semata-mata tetapi mewakili seluruh masyarakat tanpa melihat kepada jurang perbezaan, status sosio-ekonomi, agama, perbezaan politik, gender, usia ataupun tahap pendidikan. Ini sesuai dengan firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum (pihak yang lain) itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan". (Surah al-Maidah, ayat 8).
Perkataan 'al-Nas' di dalam ayat ini seakan memberikan pukulan maut kepada konsep 1Malaysia Kerajaan Pusat bahawa seluruh rakyat tanpa mengira asal negeri mereka perlu 'didahulukan' tanpa sebarang prejudis, penganiayaan ataupun disebabkan oleh perbezaan politik.
Akhir-akhir ini kita dapati, kegagalan konsep ini dalam menyatukan rakyat telah timbul sedikit demi sedikit. Bermula daripada ketidakadilan pembiayaan kewangan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri yang dipimpin pembangkang seperti pemberian wang bantuan untuk penduduk termiskin di Kelantan, isu wang ehsan dan royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sehinggalah pendirian yang berbaur rasis kepada pihak yang tidak menyokong ataupun mengkritik kerajaan. Contoh terkini ialah kes pelajar UUM berketurunan India, Bawani yang telah mengkritik pengurusan kewangan pendidikan negara. Respon biadab yang beliau terima daripada presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) tempohari menunjukkan kegagalan yang paling ketara konsep 1Malaysia yang asalnya untuk menyatupadukan rakyat berbilang bangsa.
Sepatutnya seorang pemimpin sebuah perkumpulan menjadi teladan menghormati orang lain. Malangnya, telah berlaku sebaliknya. Padahal Rasulullah SAW amat menitikberatkan hubungan antara kaum dalam masyarakat.
"Ketahuilah! Sesiapa yang menzalimi mu'ahid (rakyat non-muslim) ataupun mengurangkan haknya, ataupun membebankannya di luar kemampuannya, ataupun mengambil sesuatu (hak) daripadanya tanpa kerelaannya, maka aku menjadi penentang sesiapa yang berbuat demikian pada Hari Kiamat". (Riwayat Abu Daud, sahih).
Sebenarnya ayat ke 58 al-Nisa' bukan semata-mata melihat kepada seorang ataupun dua orang calon terbaik yang dilantik untuk memimpin masyarakat. Tetapi menuntut kita sebagai rakyat, memikirkan langkah berikutnya iaitu membentuk kerajaan yang terbaik dan adil untuk semua. Justeru, bukan semata-mata memilih calon paling layak sebagai pemimpin namun bagaimana kesemua calon daripada sebuah ataupun beberapa buah parti terbaik membentuk kerajaan yang akan menjadi nadi, suara dan benteng menjaga kebajikan seluruh rakyat.
Setelah mengkaji huraian kepada ayat ini dapatlah saya simpulkan bahawa pembentukan sebuah kerajaan yang adil ini bermula daripada rakyat. Kuasa rakyat memilih pemimpin ini amat penting diberikan perhatian yang serius. Bahkan, Allah menjelaskan isu kepimpinan ini di dalam banyak ayat al-Quran (berkaitan tugas Khalifah dan mereka yang diberikan amanah memimpin masyarakat). "Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu".
Selain itu, dirumuskan bahawa kepimpinan sama ada pada peringkat eksekutif dan legislatif adalah elemen pelaksana yang penting menjadi enjin dan pemandu kerajaan. Mereka inilah yang bertungkus-lumus menjadi 'khadam' rakyat menggerakkan jentera negara. Sekiranya berlaku pengabaian, kecuaian ataupun kerosakan pada 'enjin' dan 'pemandu' sewaktu menjalankan amanah mereka akan diperbaiki ataupun ditukar ganti. Sebagai Khadam, pemimpin negara haruslah insaf bahawa kuasa mereka tidak bertahan. Rakyat boleh menukar mereka dan menggantikan dengan kepimpinan yang lebih diyakini. Oleh itu, sedarlah wahai pemimpin di semua peringkat, kalian sentiasa berada dalam pengawasan dan tidak lepas daripada rekod audit semasa lebih-lebih lagi terdapat pengawasan yang lebih cekap dan efektif daripada para malaikat katibin dan Allah SWT. "Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat ".
Jelaslah, konsep sebuah Negara yang Adil ini bukan baru timbul setelah munculnya Pakatan Rakyat. Malah telah dihidupkan kembali dengan nafas baru sesuai dengan konteks semasa dan iklim negara. Konsep ini menjelaskan kepada masyarakat bahawa PAS tidak tunduk kepada sesiapa dalam mengemukakan ataupun mempertahankan konsep negara bersifat Baldatun Tayyibah melainkan mematuhi perlembagaan parti yang sedia ada iaitu perlembagaan yang meletakkan nas al-Quran dan Sunnah sebagai asas tindakan dan keputusan mereka.
Kajian terhadap teks ayat ini juga mendapati untuk memahami nas al-Quran secara efektif, kita haruslah mengkaji wahyu ini secara menyeluruh dengan melihat kepada pentafsiran para ulama tradisi dan kontemporari, mengkaji latar turunnya ayat, ataupun sirah nabawiyah kemudian berusaha untuk mengaitkannya dengan pengalaman semasa ataupun kontek masa kini. Gabungan yang rapat tiga elemen ini iaitu gabungan fiqh al-Nas (teks wahyu), fiqh al-Sirah (sejarah/kisah yang berkaitan sewaktu zaman nabi) serta fiqh al-Waqi'iy (konteks semasa) akan memandu kefahaman kita untuk memahami tuntutan sebuah Kerajaan yang adil dan menterjemahkannya secara praktikal.
pemenang tempat pertama peraduan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran surah an-Nisa ayat 58.
Penulis berasal dari Kota Bharu Kelantan. Kini berada di Springvale, Victoria Australia dan sedang menyiapkan Ijazah Doktor Falsafah di University of Aberdeen, Scotland. United Kingdom. Sumber Harakahdaily | SPRM TOLONG TENGOK-TENGOK SIKIT Posted: 03 Feb 2013 05:06 PM PST Penyanyi Psy ditaja oleh syarikat swasta, kata BN Pulau PinangGEORGE TOWN, 3 Feb — Sebuah syarikat swasta gergasi Mega Ultimate dan bukan Barisan Nasional (BN) yang membayar penyanyi terkemuka Psy untuk tampil pada sambutan Tahun Baru Cina yang digembar-gemburkan berlangsung di Pulau Pinang minggu depan, kata jurucakap rasmi BN hari ini. Ketua Pemuda BN negeri Oh Tong Keong memberitahu penampilan Psy ditaja oleh sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Berita penuh di SINI | |
PAS Kulaijaya Posted: 04 Feb 2013 08:01 AM PST |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan