Sebelum ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat begitu yakin apabila selamba menberitahu media kononnya isu pertikaian berhubung pengunaan kalimah "Allah" telah selesai.
Kononnya, Nik Aziz dalam lawatannya ke Pulau Pinang baru-baru ini telah "berceramah" dan "sekolahkan" Presiden DAP, Karpal Singh dan para pemimpin parti itu, termasuk seorang Bishop tentang maslahah tersebut.
PAS menghebahkan di kalangan pengikutnya bahawa DAP memahami sepenuhnya keputusan Majlis Syura PAS tentang isu itu, seolah-olah parti "chauvinis ultra kiasu" itu tunduk hormat pada PAS meskipun membuat pusingan U yang bertentangan dengan keputusan Pakatan Haram.
Betulkah Nik Aziz ada "sekolahkan" Karpal tempohari? Kalau betul ada, Karpal fahamkah "ceramah" Nik Aziz tentang isu penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible versi Melayu itu? Berjayakah Nik Aziz "berdakwah" pada Karpal?
Mungkin Allah SWT mahu membuka pekung di dalam PAS, segala penipuan parti itu yang cuba berbohong kepada rakyat, khususnya para pengikutnya, telah dibongkarkan apabila Karpal menegaskan bahawa isu tersebut belum selesai.
Isu penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible belum selesai! Itulah yang Karpal beritahu di dalam sidang akhbar yang diadakan semalam.
Jadi, dimanakah kebenaran dalam kenyataan Hadi dan Nik Aziz yang bermati-matian menyatakan bahawa isu penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible ini sudah selesai?
Sampai hati Presiden dan Mursyidul Am PAS yang kononnya taat kepada ajaran Islam itu menipu serta berbohong kepada rakyat, khususnya umat Islam di negara ini yang mahu tahu tentang pertikaian di antara PAS, PKR dan DAP mengenai perkara tersebut.
Apakah para pemimpin PAS fikir menipu itu dibenarkan di dalam Islam? Berbohong itu tidak berdosakah di dalam "agama PAS"?
Atau PAS hanya merupakan sebuah parti "syok sendiri" yang suka mengeluarkan kenyataan sesuka hati tanpa bersandarkan fakta sebenar dan sanggup berbohong kepada rakyat untuk meraih sokongan dari sudut politik?
Saya tertanya-tanya, selepas Karpal membidas PAS mengenai kontroversi ini, dimanakah PAS mahu sorokkan mukanya lagi? Tak malukah mereka? Apakah Presiden PAS dan Mursyidul Amnya mempunyai kulit muka setebal tembok China?
DAP dan PKR mahu kalimah "Allah" digunapakai di dalam Bible versi bahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia, tapi PAS melalui Majlis Syura pula membuat pusingan U dan membuat keputusan yang bertentangan dengan keputusan bersama sekutu politik mereka itu.
Persoalannya, apakah puak-puak PAS tidak rasa tersinggung bila Presiden dan Mursyidul Am mereka dibidas begitu pedih oleh DAP dan PKR dalam soal ini?
PKR dan DAP mahu PAS mengikut kehendak mereka. Majlis Syura pula tidak mahu PAS berganjak dari keputusan "flip flop" mereka baru-baru ini. Secara demokrasi, dua lawan satu, siapakah yang menang?
Nampaknya para pengikut PAS dan pucuk pimpinannya masih lagi tidak sedar bahawa mereka sedang diperolok dan dipermain-mainkan oleh para pemimpin DAP dan PKR. Mereka masih menyangka perkara yang terjadi merupakan salah satu bentuk "tahaluf siyasi".
Padahal, memang betul pun mereka "dikeldaikan" PKR dan DAP. Bila mereka nak sedar? Terimalah kenyataan itu dengan hati terbuka demi masa depan Islam, Melayu dan tanahair…
Ya Allah Ya Tuhanku, bukakanlah hati saudara-saudara PAS ku untuk menerima hakikat betapa hinanya mereka di mata DAP dan PKR.
Makin lama, makin menyampah pula saya pada pengkhianat bangsa dan opportunis yang bernama Aspan Alias yang begitu bersungguh-sungguh dengan teori bodohnya mendakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebagai dalang memecah-belahkan UMNO.
Katanya, Tun Dr. Mahathir menganggap Datuk Seri Najib sebagai "stop gap Prime Minister" dan cuba menaikkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri selepas Najib.
Paling "poyo", Aspan Alias cuba pula membina persepsi baru bahawa Tun Dr. Mahathir kononnya cuba mengatur laluan untuk salah seorang ahli keluarganya untuk menggantikan tempat Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Begitulah cerita karut teori bodoh seorang pengkhianat yang hanya akan dipercayai oleh mereka-mereka yang malas berfikir dan mengkaji tentang senario sebenar keadaan politik di dalam UMNO dari dulu hingga kini.
Siapa sebenarnya yang cuba memecah-belahkan UMNO? Siapa yang lebih tulen sayangkan UMNO dan perjuangan alif ba ta di dalam parti keramat Melayu itu? Tun Dr. Mahathir atau Aspan Alias sendiri?
Sepanjang hidup Tun M, beliau tidak pernah khianat pada Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Beliau tidak pernah menyertai parti lain selain UMNO meskipun pernah dipecat dan keluar parti. Beliau keluar parti pun hanya kerana terlalu sayangkan UMNO dan perjuangannya…
Berbanding dengan Aspan Alias, dia dikatakan hanya kerana terlalu gila nak jadi calon PRU ke-13 dan menyedari dirinya bukan "winnable candidate", pengkhianat itu sanggup keluar parti dan melompat masuk ke parti pembangkang.
Kalau dia sertai PAS atau PKR, tak mengapalah juga. Sebaliknya, dia sanggup menyertai sebuah parti "chauvinis ultra kiasu" yang dikuasai oleh "Dinasti Lim" yang begitu kuat mencetus provokasi terhadap kepentingan Islam dan hak Melayu sejak sekian lama!
Nampak sangat jiwa pengkhianat itu lebih menjurus kepada pepecahan bangsa sehingga sanggup menggadai harga dirinya sebagai orang Melayu.
Tun M sebenarnya tidak pernah mengatur jawatan mana-mana tokoh UMNO, sama ada ketika beliau berkuasa atau selepas meletakkan semua jawatannya di dalam parti. Siapa yang menang di dalam pemilihan UMNO, dia berhak menjawat jawatan di dalam parti.
Misalnya, mana mungkin Tun M sanggup melantik Tengku Razaliegh Hamzah menjadi Timbalan Presiden UMNO dan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan sedangkan Ku Li merupakan seteru politik dalaman mantan PM itu, bukan?
Jika Tun M mengatur posisi jawatan di dalam UMNO, jangan haraplah Ku Li nak merasa kerusi Timbalan Presiden UMNO. Silap-silap, jawatan Ketua Cawangan UMNO pun belum tentu menang, bukan?
Tak payahlah Aspan Alias cuba mencipta persepsi buruk dan melaga-lagakan Najib dan Muhyiddin. Propaganda yang dibuat oleh seorang pengkhianat sememangnya tidak laku dan langsung tidak boleh dipercayai.
Lainlah kalau Aspan bercerita mengenai hal ehwal dalaman DAP berhubung pemilihan CEC parti itu baru-baru ini. Mengapa Guan Eng tidak meletak jawatan secara terhormat bila dikatakan wujud konspirasi dari "Dinasti Lim" untuk mendominasi parti kesayangannya itu?
"Ceciter" hal yang sebenarnya. Saya yakin, ramai yang ingin tahu mengenai simptom dominasi "Cina Komunis" di dalam parti itu dan ketiadaan wakil Melayu serta India di dalam DAP yang kononnya menjadi pilihan semua kaum di negara ini…
"Jagalah tepi kain sendiri, sebelum menjaga tepi kain orang". Tepi kain sendiri terselak luas, tapi kain orang yang tertutup rapi pula yang dia cuba selak. Memang dasar pengkhianat betul..!
Tu diaaaa..!!! Dah lama aku tak dengar cerita dari apek ni. Tiba-tiba je dia muncul dan meroyan kat Twitter kata Ustaz Taib Azamuddin dan meninggal dunia. Siap ucap takziah pulak tu kat keluarga Ustaz Taib..!!!
Weeii Apekkk.. Ustaz Taib tu hidup lagi laaa.. Apasal lu kata dia dah mati? Lu nak sangat ke dia mati?
Apsal? Kalau Ustaz Taib mati maka dah takde dah saksi dalam PAS yang mampu mengesahkan Anwar tu peliwat tegar? Puiiii..!!! Lu jangan memain laaa... Kalau Ustaz Taib pecah tembelang Anwar, dengan lu sekali pun lingkup...heh!
Lu jangan celupar la weiii... Kalau lu nak tau, aku dapat maklumat yang mengatakan Ustaz Taib akan bongkar sesuatu pasal itu Anwar. Lu standby je sebelum PRU ni. Anwar cakap banyak je pasal kerusi, tahu la Ustaz Taib ajar lu olang...heh!
Aku dapat gambar terbaru Milosuam ni dari Parpukari di sini semalam. Dia kata ni gambar Milosuam...tak tahu la betul ke tidak. Yang tu korang kena tanya dia laaa...heh!
Punya la kemaruk nak memfitnah, sampai panjat pokok kelapa pun dia update blog...!!! Patut pun mereng semacam jer...
Kalau la lelaki ni bukan Milosuam pun, aku rasa satu hari nanti Milosuam akan jadi lagi teruk dari lelaki ni... Silap-silap dia nak masuk kubur pun dia wasiat suruh kapankan dia dengan laptop dia sekali...heh!
Aku tak tau la mana PAS belajar, tapi pada depa menipu ni dibolehkan. Malah ada yang kata "menipu tu sunat hukumnya". Ntah dari mana depa belajar ntahhhh...dari P. Ramlee kot? Sejak bila P. Ramlee jadi Imam Mazhab?
Mula dari Presiden PAS, Pesuruhjaya PAS Negeri...hingga la kepada "lembu-lembu" depa yang suka dok ikat kepala dengan kain "Israel For All" tu...semuanya kuat pemuhong!
Blogger depa tak payah cakap la...bukan setakat menipu, siap fitnah orang tiap-tiap hari. Bukan setakat pemimpin UMNO/BN saja yang depa fitnah, kami ni pun depa fitnah jugakkkk..!!!
Kali ni depa kantoi muhong lagi. Cuba tengok kat bawah tu...pemuhong sungguh..!!!
'Kerajaan Pas Kedah bohong'
Kerajaan Pas Kedah didakwa berbohong apabila menyatakan Kerajaan Pusat tidak pernah menyumbang terhadap pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil, dekat Sungai Petani yang dirasmikan Selasa lalu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (gambar) berkata, kenyataan yang dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu bertujuan mengaburi kelemahan pentadbiran mereka di mata rakyat.
Beliau berkata, hakikatnya kampus induk kolej itu tidak akan dapat dibina jika Bank Islam Malaysia Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad yang merupakan syarikat milik kerajaan (GLC) tidak memberikan sokongan modal menerusi kelulusan pinjaman.
Bahkan katanya, sumber kewangan Kuin antaranya turut bergantung kepada pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang juga diwujudkan Kerajaan Pusat.
"Itu satu pembohongan secara terang-terangan dan sengaja menyeleweng fakta sedangkan hakikatnya Kerajaan Pusat telah banyak membantu membangunkan Kuin sejak awal penubuhannya sehingga sekarang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Pada majlis perasmian kampus induk Kuin di Kuala Ketil Selasa lalu, Azizan dilaporkan berkata pembinaan kampus berkenaan disiapkan tanpa sebarang bantuan Kerajaan Pusat.
Azizan turut mengulangi kenyataannya itu ketika berceramah di Karnival Kedah Sejahtera Pas Kawasan Pokok Sena, dekat sini malam tadi.
Ahmad Bashah berkata, kerajaan Pas Kedah tidak seharusnya menafikan sumbangan Kerajaan Pusat sehingga terbinanya kampus induk Kuin berkenaan.
Berikutan itu, katanya, Azizan didesak supaya menarik kenyataan yang dikeluarkannya itu bagi memastikan rakyat tidak terkeliru dengannya. - Utusan
Aku dah boring betoi dengan puak-puak PAS Kedah yang perasan kuat. Hari-hari dok tabur fitnah sana sini dan dok canang kononnya depa la yang paling best, paling hebat dan paling Islamik. Puiiii..!!! Poyo je lebih....
Dah hampir 5 tahun PAS perintah Kedah. Dah nak hancur dah negeri ni dikerjakan PAS. Depa bukan buat kerja cara Islam pun, depa buat kerja ikut suka hati mak bapak depa... Ustaz suruh buat kerja cara Islam, tapi depa yang dok keliling dia tu buat kerja macam DAP dan PKR...
Paling sadis, maklumat yang aku terima mengatakan bahawa boleh dikatakan hampir separuh puak-puak PAS Kedah tak puas hati dengan Azizan...depa nak pejatuh Ustaz pada PRU kali ini. Tapi, kalau hangpa tanya depa, depa takkan mengaku punyaaa..."strategi" la tu kononnya...
Bukan setakat Exco yang guling Azizan, orang-orang kanan dia kat Sg Limau tu pun katanya nak "tikam" dia dari belakang sebab tak bagi projek kat depa. Memang betoi pun Ustaz tak bagi projek, yang dok bagi projek tu orang keliling dia yang tak buat kerja cara Islam...'
Lagi pun, aku tengok Zul Ya dah poyo sangat! Gaya dia over sangat, lebih dari Exco, melebih dari MB sendiri. Poyo tahap gaban! Cuba tengok blog upahan dia tu, dok fitnah siang malam. Padahal, semua orang tau dia memang "sampah"...
Aku dengar, pemimpin PAS Kedah sendiri pun dah boring dengan sikap poyo Zul Ya ni. Depa nak "terajang" keluar Wisma, takut Zul Ya menangis pulak. Hmmmm...terpaksa la depa biaq pi kat Zul Ya dengan "labu-labu"nya... Syok sendiri la tuuuu...uwwekkk..!
Lagu ni la senang cerita. Oleh kerana PAS Kedah rasa hebat, rasa kuat, rasa gah sangat, aku cabar supaya Azizan Razak bubarkan DUN Kedah secepat mungkin. Aku cabar dia bubar DUN Kedah lebih awal dari DUN Khalid "Gagap", amacam? Berani?
Kalau PAS betul berani dan rasa kuat sangat, paksa la Azizan bubar DUN..! Dok canang merata kata kuat sangat, buktikan la. Takkan itu pun tak berani kot? Jantan ke betina ni?
Lagipun, aku dan kawan-kawan blogger lain di Kedah ni dah sepakat semalam untuk desak Azizan bubarkan DUN Kedah secepat mungkin kalau PAS Kedah betul-betul "Gentlemen". Tapi kalau PAS Kedah tu "ladies", maka simpan la "teloq" tu dalam almari buat pusaka...
Amacam? Ada berani kaaaa...? Takat gebang saja besar, tapi pengecut penakut nak mampoihhh..!!! Heh!
bagaimana cara memulai bisnis online terpercaya ? saya akan memberikan informasi mengenai hal tersebut, silahkan membaca artikel saya dan , lebih baik anda menikmati dengan cara meminum kopi, dan siapin perlengkapan yang bisa membuat anda rilek, iya ! apakah anda mengetahui rudy ? rudy adalah kaliber dunia , hanya dengan strategi jitu, anda bisa mendapatkan puluhan juta rupiah, bagaimana cara memulai peluang usaha 2013 ini hanya dengan modal kecil , BAHKAN GRATIS ! silahkan saya akan memberitahukannya kepada anda. 1. systemnya otomatis. 2. memberikan hasil yang maksimal. 3. gamblang dan masuk akal. 4. supprot penuh oleh kaliber dunia. 5. mudah dan simple. bagaimana cara bergabung bisnis online terpercaya nya ? silahkan TEKNAN DISINI untuk informasi lebih lanjut.
Bagaimana memulai Peluang Usaha Modal Kecil ? saya akan memberikan informasi tersebut untuk anda, silahkan membaca artikel saya sebagai berikut :
Memulai Usaha Usaha Tidak Harus Lah dengan modal besar, anda bisa memulai usaha kecil dengan cara yang mudah, bagaimana cara memulai Peluang Usaha Modal Kecil mungkin anda bertanya mengenai hal tersebut bukan ?
1. rencanakan anggaran pengeluaran bisnis anda. 2. rencanakan tujuan bisnis anda. 3. rencanakan pendapatan dan pemasukan dalam bisnis anda.
bangun dan rancang ide paling unik untuk memulai bisnis anda. dengan cara unik anda bisa mendapatkan hal yang unik dan menarik.
namun ada bisnis yang memiliki modal relatif kecil, dan peluang usaha 2013 ini sama sekali tidak menggagu pekerjaan anda, apa itu silahkan
Selepas Remy Ishak , kini dah jadi satu trend la pulak artis lelaki Melayu pakat dok tayang body muscle mereka di Instagram sendiri .Terbaru pelakon Aqasha pulak mempamer tubuh sasanya hingga nampak pusat untuk tatapan peminat .
Transformasi pertahanan negara kali ini berjaya mengorak langkah ke hadapan apabila Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal mempunyai satelit komunikasinya sendiri yang dijangka akan dilancarkan pada pertengahan 2014.
Panglimanya, Jen Tan Sri Zulkifeli Md Zain, berkata dalam meningkatkan keupayaan sistem pertahanan negara peranan komunikasi amat penting terutama dalam penyampaian dan penerimaan maklumat sulit kepada pesawat tempur dan kapal perang ATM oleh itu negara bersetuju membangunkan sebuah 'Transponder Satellite' bagi tujuan komunikasi.
"Satelit Transponder berperanan sebagai satelit komunikasi dan dijangka dapat meningkatkan sistem komunikasi sedia ada yang mampu berfungsi dengan semaksimum mungkin. Ia sedang dibangunkan melalui kerjasama syarikat satelit terkemuka yang membantu kita dalam penggunaan teknologi ini," katanya ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini di pejabatnya di sini.
Bagaimanapun beliau menjelaskan satelit transponder itu akan disewa ATM dari syarikat berkenaan.
"Kita akan menyewa transponder itu selama 15 tahun kerana ia menjimatkan kos berbanding untuk membangunkan satu satelit ketenteraan yang menelan belanja berbilion ringgit," katanya.
Beliau berkata satelit itu yang menggunakan spesifikasi X-band, mampu beroperasi selama 20 hingga 25 tahun dan ATM dijangka turut mampu meningkatkan keupayaan pertahanan negara dalam tempoh waktu berkenaan.
"Satelit ini khusus bagi meningkatkan keupayaan komunikasi tentera kita yang berada di kawasan yang berisiko rendah menerima isyarat komunikasi," katanya.
Beliau turut menafikan kegunaan satelit yang dibangunkan ATM itu bertujuan untuk risikan sebaliknya ia lebih tertumpu dalam memperkasakan sistem komunikasi.
X-band Satelit Transponder ialah sistem komunikasi digital khas untuk tentera bagi penghantaran data tinggi, suara dan video.
Ia akan menggunakan empat transponder berkuasa 60-MHz dengan satu lagi transponder sebagai simpanan.
Antara syarikat tempatan yang menggunakan satelit transponder biasa, syarikat perkhidmatan televisyen berbayar, Astro. - BERNAMA
Pepatah orang Melayu pernah menyatakan kalau " Guru tu kencing berdiri , anak murid akan kencing berlari"... haha.. itu yang berlaku kepada budak sewel khalid ismath . Sapa yang ajar dia kurang ajar ? Pakatan juga ...
Kali ini Ikut suka mulut dia je maki MB Kedah , Ostat Azizan Razak sebagai Sial Bin Celaka pasal sertai program anjuran kerajaan BN di Kedah .
Budak ajaran syiah macam ni la punya perangai .. kalau bukan puak-puak dia , kalau bergaduh pun dia sanggup walaupun orang itu saudara Islam sendiri .
Apa kata pencacai2 Pakatan terutaman blogger belaan mereka ?? Tak mau defend ke maki hamun budak sewel ni .. GPB pun tak sanggup panggil Ostat Zizan macam tu walaupun berbeza fahaman politik .
Bila pencacai2 Guan Eng minta bukti kain rentang ucapan Selamat Tahun Baru Cina Perdana Menteri Malaysia diturunkan di Seberang perai , hari ini Dato Zainal Abidin Osman menunjukkan bukti bergambar perbuatan biadap ini
Mereka yang dalam gambar ini hanya akan berani turunkan banner ini jika mendapat lesen besar daripada Guan Eng .
Ini baru memerintah negeri dah dicabut segala banner , itu belum memerintah Malaysia lagi . Walhal banner program ,ceramah mereka tak pernah pun diganggu .
NIBONG TEBAL 4 Feb. - Tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menurunkan kain rentang ucapan Selamat Tahun Baru Cina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai biadab. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, beliau kesal dengan perbuatan tersebut kerana kain rentang itu digantung dengan tujuan baik. "Kalau kain rentang Perdana Menteri dengan wajahnya mahu menyatakan sesuatu yang gembira kepada rakyat pun dibuang, itu menunjukkan sikap sungguh biadab oleh sebuah agensi di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jawi di sini hari ini. - UTUSAN.
Ahli-ahli dan para penyokong Pas terus menunjukkan protes mereka berhubung pendirian pakatan pembangkang mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Terbaharu di sini hari ini, sekumpulan penyokong Pas mengadakan bantahan aman menyelar sikap pemimpin DAP yang terus-terusan tidak menghormati keputusan Majlis Syura Pas tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.
Pada masa yang sama, mereka mengingatkan pemimpin Pas agar berterus-terang dan tidak terus tunduk berhubung isu penggunaan kalimah Allah sehingga mengadai maruah umat Islam dan agama.
Wakil kumpulan itu, Zamri Yaakob berkata, mereka terpanggil untuk berhimpun selepas menyaksikan terlalu banyak percanggahan pendirian dalam pakatan pembangkang berhubung isu-isu agama Islam dan yang menyentuh akidah.
Justeru beliau yang telah menyokong Pas hampir 20 tahun itu berkata, pihaknya ingin tahu pendirian sebenar pakatan pembangkang sekarang berhubung isu itu.
"Kami juga ingin tahu apa hukumnya dalam Islam jika kami membantu DAP dalamPilihan Raya Umum (PRU-13) nanti," katanya kepada pemberita semasa berhimpun di pekarangan tempat letak kereta Masjid Tengku Tengah Zaharah di sini.
Himpunan yang turut disertai kira-kira 20 penyokong Pas itu sebahagian daripada siri jelajah kumpulan itu bagi menyatakan bantahan terhadap pengerusi DAP, Karpal Singh dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang membangkitkan isu berkenaan. - UTUSAN
— Sebuah syarikat swasta gergasi Mega Ultimate dan bukan Barisan Nasional (BN) yang membayar penyanyi terkemuka Psy untuk tampil pada sambutan Tahun Baru Cina yang digembar-gemburkan berlangsung di Pulau Pinang minggu depan, kata jurucakap rasmi BN hari ini.
Ketua Pemuda BN negeri Oh Tong Keong memberitahu penampilan Psy ditaja oleh sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Beliau menolak tuduhan mengatakan kerajaan pusat menggunakan wang awam untuk membawa penyanyi fenomena "Oppa Gangnam Style" sebagai cubaan untuk menarik sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya 2013.
"Malahan persediaan dan makanan untuk sambutan ditaja oleh beberapa syarikat tempatan," kata Oh kepada The Malaysian Insider.
"Kami sudah sediakan makanan untuk 50 ribu orang tapi kami jangkakan lebih ramai orang akan turun untuk melihat persembahan Psy nanti," kata beliau lagi. Penyanyi sensasi berasal dari Korea Selatan yang nama sebenar Park Jae-Sang bakal membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang sekolah Han Chiang, lokasi yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu.
Psy dilaporkan oleh laman hiburan tempatan telah meminta penganjur konsert dari Malaysia tersebut sejumlah US$750,000 (RM2.3 juta) sekiranya mahu beliau tampil di Kuala Lumpur pada tahun lalu.
"DAP dan Pakatan Rakyat mahu berkata dan memutar belit dengan mengatakan kerajaan BN membelanjakan sejumlah wang RM2.3 juta hingga RM3 juta untuk konsert Psy," kata seorang lagi sumber kepada The Malaysian Insider.
"Ini salah sama sekali memandangkan lawatan Psy adalah sebagai tetamu di Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina yang telah diaturkan dan ditaja oleh sebuah firma penganjur acara, gergasi. Tiada dana kerajaan atau wang pembayar cukai terlibat."
Sumber tersebut yang mendedahkan dengan syarat namanya dirahsiakan memberitahu kehadiran Psy akan menaikkan profil Pulau Pinang dan Malaysia yang mungkin akan menyuntik industri perlancongan.
Oh mengakui Psy akan merupakan tarikan utama pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN kali ini yang mana juga akan menyaksikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun tujuan sebenarnya adalah bagi menarik pengundi golongan muda di negeri kepulauan tersebut.
"Ia merupakan kali pertama Psy membuat persembahan di Malaysia, jadi saya sangat pasti bukan rakyat di Pulau Pinang sahaja akan menghadiri tetapi juga akan menarik semua dari Kuala Lumpur, Kedah dan Perak," terang beliau.
Beliau juga menerangkan mentaliti orang muda zaman sekarang berbeza dan masih ragu-ragu sama ada kelompok tersebut mudah untuk dipujuk supaya mengundi BN dengan membawa Psy ke sambutan tersebut, dimana mereka ketika adalah pembangkang dibawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat. "
- Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Das Aseerpatham mempersoalkan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tetap enggan mohon maaf dalam isu kalimah Allah.
Beliau mempersoalkan keengganan Setiausaha Agung DAP itu yang tetap berdegil dan menyifatkan tidak ada salahnya Ketua Menteri Pulau Pinang itu memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam seluruh Malaysia.
"Saya tidak mahu bermain isu agama kerana tahu sensitivitinya. Sekiranya mohon maaf pun, kita tidak akan kehilangan apa-apa.
"Apa salahnya Guan Eng memohon maaf," katanya. David Das juga menegaskan tidak perlu membandingkan kehidupan pelbagai kaum di negara ini dengan luar kerana kesesuaian persekitaran dan sikap toleransi antara kaum adalah tonggak keharmonian di Malaysia."Janganlah diungkitkan isu kalimah Allah ini kerana ia benar-benar menyinggung perasaan orang Melayu dan Islam," katanya.
Beliau turut memberitahu Sultan Selangor pernah menegur bahawa isu kalimah Allah tidak seharusnya diperbesarkan dan hanya diguna pakai untuk orang Islam.
Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi ini juga menegaskan pemimpin politik perlu tahu Rukun Negara dan salah satu daripadanya adalah kesetiaan kepada raja dan negara.Malah beliau turut menekankan titah Sultan Selangor agar jangan dibangkitkan lagi perkara ini namun pemimpin Pakatan Rakyat masih terus mempertikaikan isu kalimah Allah.
"Kita duduk dalam sebuah keluarga dan jangan cakap soal parti sekarang," tegas beliau.
Perbuatan kerajaan negeri DAP menurunkan kain rentang ucapan Tahun Baru Cina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memang biadap dan tidak demokratik.
Najib adalah perdana menteri yang dipilih rakyat dan perbuatan itu jelas tidak menghormati perlembagaan negara yang mendukung amalan demokrasi. Nama saja parti demokratik tapi sebenarnya biadap & kurang ajar .
GPB dimaklumkan banner ucapan PM ini diturunkan di kawasan Parlimen Bagan yang mana wakil rakyatnya adalah Lim Guan Eng . Adakah Guan Eng sudah takut kepada bayang-bayang Najib yang kini semakin berjaya menambat kembali sokongan kaum Cina ??
Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dikecam kerana menurunkan banner Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' (Tahun Baru Cina) kepada masyarakat Cina di negeri itu. Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata langkah kerajaan negeri itu merupakan satu tindakan keterlaluan berikutan maklum balas diterima juga menunjukkan beberapa individu telah didakwa memijak gambar Najib selepas banner diturunkan. Dr Ng berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu memohon maaf atas tingkah laku tidak sopan terhadap seorang perdana menteri Malaysia. "Beliau (Lim) perlu ingat (Najib) adalah Perdana Menteri Malaysia termasuk Pulau Pinang. Memijak muka perdana menteri adalah sama seperti memijak muka Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'My Beautiful Malaysia' di Dataran Taman Negara, Teluk Bahang, di Georgetown, semalam. "Sekiranya sebuah banner (dengan gambar perdana menteri) dikoyak ia bermakna menolak Malaysia," kata Dr Ng ketika diminta mengulas tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menurunkan banner ucapan Najib kerana mereka yang memasang tidak memohon permit. Beliau berkata kerajaan persekutuan sentiasa membantu membangunkan Pulau Pinang demi kebaikan rakyatnya walaupun negeri itu tidak ditadbir oleh Barisan Nasional (BN). "Jangan terlalu taksub dengan politik. Ada benda yang anda tidak boleh mempolitikkan sekiranya ia untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang. Jadilah kerajaan bertanggungjawab dan memberi khidmat baik kepada rakyat. Jika kerajaan persekutuan mahu membantu, biarkan aje," katanya. Dr Ng berharap rakyat Pulau Pinang memahami dan merasakan keikhlasan kerajaan pusat untuk memakmurkan negeri itu berikutan sekitar RM140 juta dibelanjakan sebelum ini untuk merancakkan industri pelancongan di negeri tersebut. Dalam perkembangan lain, Dr Ng berkata Kementerian Pelancongan memberi kebenaran kepada pelatih pemandu pelancongan yang selesai 75 peratus kursus mereka untuk menjadi pemandu pelancongan sementara selama sebulan mulai 1 hingga 28 Februari ini sempena sambutan Tahun Baru Cina. Katanya sebanyak 25 syarikat pelancongan dilaporkan memerlukan 450 pemandu pelancongan tambahan berikutan peningkatan pelancong China dan Taiwan semasa musim perayaan itu. Beliau berkata bayaran kepada pemandu tetap pada hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina ditambah dua kali ganda daripada RM220 kepada RM440 sehari sebagai sokongan motivasi. -Bernama
Kerapuhan pendirian bersama pakatan pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam semakin ketara terutama apabila berlakunya "pertelingkahan terbuka" antara Pas dan DAP. Terbaru, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tegas menjawab "itu dia punya pasal" apabila diminta reaksinya berhubung kenyataan Karpal Singh, Pengerusi DAP yang mengenai isu kalimah Allah.
Katanya, Karpal (yang masih mempertahankan keputusan awal pakatan pembangkang supaya bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah) tidak tahu apa berlaku dalam Pas dan terpulang kepada pemimpin DAP itu bercakap.
"Yang buat keputusan ialah Majlis Syura Ulama. Itu dia (Karpal) punya pasal. Dia tidak tahu mengenai Pas kecuali orang Pas, begitu juga DAP, tidak ada orang Pas tahu pasal DAP kecuali DAP," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan, Karpal menyanggah kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.
Karpal menegaskan, kenyataan itu jelas tidak benar kerana DAP tetap berpegang teguh dengan pendirian yang telah diambil pakatan pembangkang pada awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dibenarkan. - UTUSAN
Pemfitnah No. 1 negara, pencacai Pakatan Rakyat hari ini terpukul dengan kenyataan bahawa konsert Psy artis yang popular dengan 'Oppa Gangnam Style' dari Korea Selatan, sempena Tahun Baru Cina di Pulau Pinang dibiaya oleh syarikat korporat dan BN tidak mengeluarkan wang RM 2 juta seperti yang difitnah.
Tetapi, kalau dah makanan dan darah daging mereka terdiri dari fitnah-fitnah, mereka tak akan berasa malu untuk memfitnah lagi. Maklumlah, mereka menganut ajaran sesat iaitu Islam versi menyokong pecah belah.
Kalau kafir laknat yang memfitnah, kita tahu akhirnya mereka ke mana. Hanya orang beragama PAS sahaja yang sudi mengikut jejak mereka ke destinasi akhir tersebut.
Isu PSY turut dimainkan oleh binatang tua paling jijik negara, Azwan Ali.
KUALA LUMPUR: The government will not be forking out any money to pay for Psy's performance in Penang this Chinese New Year.
Penang Barisan Nasional (BN) chairman Teng Chang Yeow said the show by the South Korean is sponsored by a corporate company.
"It is not paid by Barisan Nasional" he stressed when contacted byAstro Awani.
Teng, however, refused to disclose the name of the company who will be footing the bill for Psy's scheduled performance.
When asked how much it cost to bring the pop star to Malaysia, Teng said he has yet to get any confirmation on the matter as everything is being arranged by the corporate company.
The international superstar, famous for his hit song'Gangnam Style', is expected to perform in the state in conjunction with BN's Chinese New Year open house on February 11 along with local singer Shila Amzah.
News on Psy performing at the event received mixed reactions from the online community especially onTwitter.
Some felt quite uneasy due to the high cost involved as they fear it would involve taxpayers' money while there were others who suggested it would be cheaper if the organisers featured local singers instead.
Earlier, Penang Gerakan vice-chairman Wong Mun Hoe said Psy's performance on Feb 11 is a "gift" from Barisan Nasional to the rakyat.
He also said that bringing Psy to Penang was not politically motivated and is purely for entertainment.
Menangguhkan sesebuah kes sehingga 66 kali dan berhujung dengan pembebasan tertuduh bukan lambang sistem kehakiman negara ini semakin baik.
Yang meloncat bak beruk cumalah mereka yang kononnya mengatakan sistem kehakiman negara ini semakin baik HANYA penyokong tertuduh setelah binatang yang kena tuduh dibebaskan.
Menangguhkan sesebuah kes sehingga 66 kali juga menimbulkan tanda tanya, syak wasangka dan memberi persoalan besar pada nilai integriti sistem kehakiman negara ini.
Secara jujurnya, sejak Anwar Ibrahim mempermainkan mahkamah negara ini, apa yang dapat dilihat ialah, sistem kehakiman negara ini sangat terdedah kepada korupsi. Sangat jelas mendedahkan sang hakim kepada peluang mengatur kes dengan imbuhan. Tambahan pula jika si hakim sendiri mempunyai rekod tidak bersih dan berkedudukan bias.
Maka tiada apa yang perlu dibanggakan dengan sistem kehakiman negara jika semakin lama semakin caca-marba dek terjangkit sial dari Anwar.
Siapa tidak kenal Bapa Korupsi Negara yang memperkenalkan politik wang ke dalam UMNO pada tahun 1993?
KUALA LUMPUR 3 Feb. - Bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden diminta memberi penjelasan kepada rakyat berhubung tindakannya yang seolah-olah membenarkan pihak pembelaan melengah-lengahkan proses perbicaraan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, persoalan timbul kerana Mohd. Yusof tidak membantah permohonan penangguhan oleh peguam Anwar yang juga Pengerusi DAP, Karpal Singh pada 2 Februari 2010.
Menurut beliau, Mohd. Yusof dilihat memberi laluan mudah kepada Karpal dalam usaha mereka melengah-melengahkan proses perbicaraan.
"Sekiranya Mohd. Yusof membantah dengan tegas, pasti hakim memberi perhatian sewajarnya dan menolak permohonan penangguhan yang dibuat sebanyak 66 kali," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
APABILA agama dijadikan isu politik, tak dapat tidak ia akan tercemar. Politik kerap kotor. Apabila yang bersih dicampur dengan yang kotor, yang bersih akan jadi kotor, bukan sebaliknya.
Kita sedang menyaksikan pencemaran ini berlaku kepada agama Islam bukan sahaja oleh musuh Islam tetapi oleh orang Islam sendiri. Kehormatan terhadap agama, Nabi bahkan Allah sudah berkurangan.
Sudah ada pemuda Melayu yang sanggup berkata, "Kenapa kita perlu lindungi Nabi, Nabilah yang patut lindungi kita".
Seorang lagi pemuda Melayu dalam surat kepada seorang VVIP Melayu berkata, "Allah bukan ada 'patent rights'. Siapa pun boleh guna Allah.
Semasa lawatan Ratu Elizabeth ke Malaysia untuk Sidang Komanwel pada 1989, baginda tidak dibenar melawat masjid Shah Alam. Alasannya ialah kerana pihak berkuasa masjid tidak dapat menentukan beliau datang bulan atau tidak. Ratu Elizabeth pada masa itu berumur 64 tahun kerana seperti saya, baginda lahir pada 1925.
Sekarang kerana politik, perempuan bukan Islam yang masih boleh hamil dibenar masuk dalam masjid untuk bersyarah, untuk berjumpa Tok Guru. Wanita Islam tahu bila boleh masuk masjid. Apakah pegawai masjid sudah tentukan keadaan pemimpin wanita bukan Islam ini sebelum membenar dia masuk masjid. Atau apakah demi undi, yang tidak bersih pun boleh dianggap bersih.
Tetapi yang menyedihkan sangat ialah kenyataan Nik Aziz bahawa Nabi Muhammad SAW ialah orang biasa. Ia menjadi Nabi hanya setelah meningkat umur 40 tahun. Oleh itu kenapa perlu kita sambut hari Nabi SAW diperanakkan (Maulud Nabi)?
Dan Kelantan pun tidak merayakan Maulud Nabi tahun ini.
Tetapi saya baca dan lihat gambar Nik Aziz merayakan hari beranaknya di rumah Karpal Singh dengan bersalam dengannya, untuk merayakan hari Thaipusam.
Jelaslah bahawa bagi Nik Aziz, Mursyidul Am Pas, hari beranaknya boleh dirayakan bersama Karpal Singh. Maulud Nabi bukanlah sesuatu yang perlu kita rayakan.
Kalimah Allah sudah digunakan untuk pancing undi. Kerana ingin dapat undi pihak tertentu dalam pilihan raya, dinyatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh siapa sahaja.
Kemudian apabila takut tak dapat undi pihak yang lain, dengan mudah dinyatakan kalimah Allah tidak boleh diguna selain dalam agama Islam. Bila ditanya kenapa dahulu kata boleh, jawabnya itu karut. Mursyidul Am Pas mengaku ia mengarut.
Soalnya ialah apabila kenyataan-kenyataan ini dibuat, apakah ia kerana Allah SWT atau kerana ingin memenangi pilihan raya, ingin jadi Perdana Menteri, ingin pancing undi. Apakah kalimah Allah dijual untuk undi duniawi.
Di Malaysia ada hanya Sunni. Tidak ada Syiah. Kita tahu apabila ada Sunni dan Syiah dalam sesuatu negara maka permusuhan yang ketat akan berlaku sepanjang masa sehingga ramai bunuh-membunuh berlaku antara mereka.
Malaysia tidak ada Syiah. Sebelum adanya pilihan raya tidak ada perpecahan di kalangan orang Islam di Malaysia kerana tafsiran Islam yang berbeza. Apabila pilihan raya memberi peluang untuk mendapat jawatan, elaun dan bermacam keuntungan, barulah perpecahan berlaku. Untuk mendapat nikmat duniawi maka agama diperalatkan. Maka mulalah tuduhan bahawa orang UMNO kononnya kafir supaya mendapat sokongan orang Melayu lain dalam pilihan raya. Maka berpecahlah orang Islam di Malaysia seperti yang terdapat di negara Islam yang mempunyai Sunni dan Syiah. Maka berlakulah sembahyang dua imam, kubur berasingan dan lain-lain. Maka diheretlah kalimah Allah, Maulud Nabi, sembelihan orang tertentu haram dimakan dan bermacam lagi.
Saya percaya pada masa hadapan akan berlaku lebih daripada ini. Agama Islam akan lebih dicemar oleh orang Islam sendiri. Jika ini disertai oleh orang bukan Islam maka akan berlakulah ketegangan hubungan antara kaum dan rusuhan di Malaysia. Negara yang aman ini akan menjadi seperti negara-negara yang mana penduduk terbahagi kepada Syiah dan Sunni dan agama-agama lain.
Sesungguhnya tidak ada sesuatu yang lebih bahaya daripada permusuhan kerana agama.
Mungkin mereka yang memperalatkan agama akan dimakan oleh agama. Wallahualam.
A few years ago, the issue of Kalimah Allah and Malay-language Bibles became a hot topic when the Christians claimed that the government intentionally held 30,000 Malay-language Bibles at a port. As the issue was raised during the period of Sarawak state election, record showed how PAS decided to support the Christians and criticized the government for not supporting the rights for religion like what is taught by Islam. Statements from PAS leaders in their party's website as well as pro-opposition media showed that PAS did not have any problem with the Malay-language Bibles even with kalimah Allah in it, as long as it is not abused. The term 'not abused' however, was never explained in details including the description of how it is abused. Thus, from there, Lim Guan Eng decided to take the advantage to break Muslims as part of his racist strategy by raising the issue again in his Christmas Speech last December. Just like how he expected, this issue has really caused rage among Muslims and he managed to break PAS, weakening the party as they had to please DAP Christians to show that they are open towards the issue. PAS had to deny that they used to support the usage of kalimah Allah in Bibles and Hadi Awang had to blame others by saying that this issue is just 'UMNO's political game' so that he would not offend DAP. So, what we see today is PAS supporters had to defend Guan Eng and at the same time twist their leaders' statements in social media. From there, their silent supporters began to doubt how Islam PAS really is, and as for the undecided ones, they just ran away from the party. PAS Syura Council had to be dragged into the issue to get them out of the issue, and in the end, PAS 'Ulama' agreed that the best thing for PAS to strengthen their 'Islamic' image is by opposing Guan Eng's fight from his Christmas Speech. Sadly, not even a single leaders in Pakatan Rakyat cared about Syura Council. The council's decision only subjected to PAS members, not DAP, PKR or even rakyat who are not part of PAS. This means, if DAP want to continue the use of kalimah Allah in Bibles, it is their rights and PAS as well as the party's Syura Council do not have any rights to stop them. This decision had given a huge blow to PAS, especially its Ulama in Syura Council. Harun Taib, as the Ulama Council Chief and Syura Council Chairman, Nik Aziz himself somehow tried to show that they are serious in attacking Karpal Singh. Karpal seemed to have been given a task to face PAS each time there are issues regarding religious matters between PAS and DAP. Harun Taib asks, "Who is Karpal to question the Syura Council?" Nik Aziz says,"That is Karpal's problem." Hadi says,"this issue has been solved, just like what decided by the Syura Council." However, Karpal responded,"it is still far from being solved, because the Syura Council do not have any power in Pakatan Rakyat." Anwar Ibrahim, as the leader to Karpal, Nik Aziz, Hadi Awang, Harun Taib, Lim Guan Eng and PR then says,"the decision falls in the hand of PR Central, not Syura Council not PAS alone. So, what does this mean? Is PR asking rakyat to think and make their own definition regarding kalimah Allah issue in Malay-language Bibles? Where everyone can make their own definition based on their own understanding. Do believe that this issue will go on unsolved just as same as the issue of Hadi's message which still haunts Muslims. Perhaps for PAS, this issue is just the matter of kalimah, 'words' or 'name', which does not really matter, as if the Quran is just a book for those pluralists. From there, PAS will keep on playing their drama acting as 'Islam' and argues with Karpal just so that Muslim votes would stay with them. After they managed to secure the votes, only by then Harun Taib would be prepared to make clearer statements saying that they would follow DAP orders. In other words, if PR wins the coming GE, the use of kalimah Allah by other religion are allowed, approved by Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat's Prime Minister. Only by then, we can probably hear Harun Taib's grunts and PAS supporters might burn DAP's flags to ensure that PAS's image would stay Islamic. Even then, nothing they say on their newspapers will be heard by Anwar and DAP. The newspaper might be banned and Harun Taib might end up in jail for provoking rakyat to go against the government led by Anwar. Whatever it is, we are certain that Harun Taib or any other PAS leaders do not have any problem to bow down upon DAP as always because it has been proven that they would rather end up in hell rather than the jail.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pihak mahkamah diminta mempercepatkan perbicaraan kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan bagi membuktikan sistem kehakiman negara adalah terbaik dan telus.
Setiausaha Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, biarpun hampir setahun Ketua Pembangkang itu memfailkan saman tersebut, sehingga hari ini masih belum ada sebarang perbicaraan.
"Kita mahu bertanya adakah wujud unsur-unsur negatif seperti sabotaj, rasuah atau peras ugut sehingga menyebabkan kes ini masih tidak dibicarakan sehingga kini?
"Kes yang melibatkan Anwar ini tidak boleh diambil ringan kerana kita telah melihat bagaimana bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden telah berpaling tadah apabila menyertai pasukan peguam bela Anwar dalam kes perbicaraan berkaitan Bersih 3.0," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Selain Nallakaruppan, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac tahun lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac tahun lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.
Baru-baru ini, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.
Fakhrul Azman berkata, seluruh rakyat mahu mendengar keterangan yang akan dibuat oleh Shamsidar Taharin apabila isteri kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali itu menjadi saksi dalam kes tersebut.
Dalam pada itu, beliau berkata, kes tersebut bakal mencetuskan episod terbaharu apabila cerita rambut palsu Anwar yang ditempah oleh Nallakaruppan dari India turut dibongkarkan.
"Anwar dikatakan memakai rambut palsu sebab beliau takut dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Namun, agak menghairankan mengapa Anwar memilih untuk memakai rambut palsu tetapi tidak pula memakai serban atau kopiah," katanya.
Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang membayangkan bahawa beliau tidak akan membawa keputusan Majlis Syura Ulama bersabit penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
Sebaliknya Hadi menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menentukan isu itu dan membidas media kerana didakwa memutarbelitkan kenyataannya.
"Yang itu adalah Kementerian Dalam Negeri yang akan menentukan, jadi kalimah Allah ini adalah KDN yang perlu selesaikan," ujar beliau kepada pemberita.
"Malah saya tetap berpegang kepada kenyataan saya sebelum ini di Harakahdaily, media lain bila dapat berita, dia tidak laporkan yang betul," katanya dalam jawapan ringkas sama ada akan merujuk ketetapan Majlis Syura mengenai kalimah untuk didokong sebagai dasar rasmi Pakatan Rakyat.
Hadi tidak mengulas apa yang dimaksudkan beliau bahawa KDN harus menyelesaikan isu itu. Beliau juga menghuraikan dakwaan bahawa kenyataannya di salah lapor oleh media.
Pada 8 Januari lalu, Majlis Presiden Pakatan Rakyat mendokong kenyataan Hadi bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam.
Pendirian itu yang disokong oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menepati desakan Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng yang mahukan kalimah Allah digunakan dalam Bible di Semenanjung.
Bagaimanapun Majlis Syura PAS kemudian menetapkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan sebagai terjemahan dalam Bible atau mana-mana kitab bukan Islam seminggu selepas keputusan bersama Pakatan Rakyat.
Anwar berkata Pakatan Rakyat tidak dapat menimbang pendirian badan ulama itu kerana Hadi tidak mengutarakannya kepada majlis pimpinan pembangkang.
Walaupun menegaskan pendirian Majlis Syura itu adalah pendirian rasmi PAS namun Hadi mengelak untuk memberi ketetapan bahawa keputusan badan tertinggi PAS itu akan dirujuk untuk mendapatkan persetujuan Pakatan Rakyat.
Isu itu mempunyai implikasi politik. Guan Eng cuba mencari sokongan penganut Kristian di Sabah, Sarawak dan Semenanjung dengan mengusulkan Bible dibenarkan mengguna kalimah Allah.
Bagaimanapun ketetapan Majlis Syura, jika didokong sebagai dasar Pakatan Rakyat, bermakna pembangkang terpaksa melarang penggunaan kalimah Allah bukan sahaja di Semenanjung, tetapi juga di Sabah dan Sarawak, jika menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Lebih 40 peratus penduduk di Sabah dan Sarawak, serta lima peratus di Semenanjung beragama Kristian dan menjadi sasaran Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kali ini.
Bagi umat Islam, kalimah Allah adalah sebati dengan ajaran Islam dan penggunaannya dalam agama lain adalah syirik.
Isu kalimah Allah, pertembungan pendapat di dalam Pakatan Rakyat ini sebenarnya sudah lama. Pertembungan di dalam Pas sendiri di kalangan ilmuwan mereka, ada yang membenarkan dan ada yang tidak membenarkan, malah ada yang mengatakan sesiapa yang membenarkan penggunaan kalimah ini perlu mengucap dua kalimah syahadah semula.
Pakatan Rakyat membuat kabinet bayangan yang meletakkan Pas sebagai menteri agama. Jadi kira sebelum mendapat kuasa pun, pandangan ahli majlis syura yang berada di kedudukan tertinggi dalam Pas diketepikan begitu sahaja kerana kepentingan, apatah lagi sekiranya mereka memperoleh kuasa.
Tindakkan Hadi untuk menutup mulut dalam isu ini adalah satu tindakkan yang kurang bijak... Pas seharusnya perlu bermuhasabah tentang kerjasama mereka dengan PKR dan juga Dap. Tinggalkan saja Pakatan Haram!
Dah lama tak dengar cerita pasal Dr Porn yang pernah datang ke Malaysia, bila dijemput menjalankan siasatan pada mayat Teoh Beng Hock, oleh pihak pembangkang. Kali ni Dr Porn datang lagi ke Malaysia untuk menyiasat mayat C Sugumar.
Keluarga kepada C Sugumar, pengawal keselamatan yang ditemui mati pada 23 Januari lalu, memohon khidmat ahli patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand untuk menjalankan bedah siasat kedua di Hospital Serdang.
Peguam N Surendran berkata mereka telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Raza, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan ketua setiausaha kementerian tersebut untuk mengeluarkan arahan.
Surendran berkata keluarga berkenaan berhak menjalankan bedah siasat kedua secara bebas untuk menentukan sebab sebenar kematian Sugumar dan mahu ia dijalankan oleh Pornthip.
"(Pornthip) menunjukkan bahawa beliau sedia untuk menjalankan pemeriksaan bedah siasat kedua," katanya dalam satu kenyataan.
Pornthip merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan bedah siasat kedua ke atas pembantu politik Teoh Beng Hock yang meninggal dunia selepas terjatuh daripada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam.
Ternyata, isu kematian ini cuba dipolitikan oleh pihak Pakatan. C Sugumar dilaporankan mati disebabkan sakit jantung. Namun ada pihak yang salahkan polis atau kematian mendiang.
Makin pelik hidup di Malaysia ni. Penjenayah langsung tak boleh disentuh. Penjenayah dijaga dan dibela bagai nak rak. Bila terjadi sesuatu kes, polis disalahkan. Sedangkan bila ada jenayah, puak-puak ni telefon polis untuk meminta bantuan.
Untuk kuasa dan kepopulariti politik, biar jenayah, asal menang. Tarnish imej polis untuk salahkan kerajaan. Buat la selalu, insyallah negara kita huru hara dan kucar kacir!!
Selepas gagal menolak tuntutan ibu tunggal.... Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu.
Saman itu adalah berhubung kegagalan Abdul Khalid dan kerajaan Selangor melaksanakan pemberian subsidi air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.
Hakim Datuk Hashim Hamzah membuat keputusan itu selepas mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak.
Pada 11 Sept tahun lepas, seramai 711 pengguna air di Selangor yang merupakan kumpulan pertama memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 dan mereka menamakan Abdul Khalid, kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai defendan.
Dalam penyata tuntutan, kesemua 711 pengguna air itu antara lain mendakwa semasa kempen pilihan raya pada Mac 2008, rakyat di negeri Selangor dijanjikan mendapat air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pengguna domestik. Bagaimanapun, plaintif mendakwa, mereka tidak menerima subsidi air percuma itu dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas bil air mereka yang dikeluarkan oleh Syabas.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai tidak berani berhadapan dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, kata bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad.
Hadi dalam sidang medianya semalam tidak menyatakan sebarang pendirian sama ada mahu membincangkan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS di peringkat tertinggi pakatan pembangkang.
Sebaliknya Hadi menyalahkan media mendakwa kenyataannya dimanipulasi sehingga menimbulkan keraguan banyak pihak.
Nakhaie menjelaskan Hadi berasa serba salah untuk membincangkan pendirian Majlis Syura Ulama bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh kerana menyedari isu tersebut telah ditolak DAP mahupun PKR sejak dari awal.
"Dia takut dan tiada hujah. Apa hujah dia hendak tolak? Dia tiada kekuatan untuk berdepan dengan Anwar dan Karpal. Dia tidak boleh berhujah dengan puak-puak ini.
"Dia dalam keadaan serba salah sebab DAP sudah jelaskan yang tidak terima. Mereka masih berpegang dengan kenyataan Hadi dulu dalam Pakatan," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Beliau berkata demikian mengulas kemelut isu penggunaan kalimah Allah yang masih belum selesai, menurut Karpal.
Anwar sebelum ini menawarkan peluang kepada Hadi untuk membincangkan semula ketetapan Majlis Syura di peringkat tertinggi Pakatan Rakyat selepas ianya didapati bercanggah dengan konsensus bersama gabungan pembangkang pada 8 Januari lalu yang diumumkan Ahli Parlimen Marang itu sendiri.
Karpal dalam kenyataannya baru-baru ini kecewa dengan pendirian PAS yang mendakwa isu tersebut sudah selesai.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata DAP tetap dengan pendirian mahukan kalimah Allah diterjemah dalam Bible selain berpegang kepada keputusan bersama Pakatan Rakyat sebelum ini.
Dalam pada itu, Nakhaie yang juga pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut menyelar PAS tidak mempunyai prinsip dan hanya menggunakan agama sebagai alat politik.
Menurutnya, PAS perlu keluar daripada Pakatan jika sudah menyedari terdapat perbezaan pendapat terutamanya berkaitan agama dan akidah.
"Dia tiada prinsip. Islam sebagai alat sahaja. Saya yakin, kalau PAS sendirian dan tegas saya ingat dia akan dapat sokongan padu.
"Sudah tentu berbeza pendapat dengan orang kafir. Kalau begitu mahu tunggu apa? Patut dia keluar dari Pakatan sebab DAP persoalkan agama dan akidah," katanya.
Sejak kebelakangan ini PAS semakin bercelaru. Ahli-ahli parti yang berjuang dan mempertahankan dasar parti (lslam) dipecat dan dipinggirkan manakala pemimpin yang sealiran dengan DAP dan PKR disokong membabi buta.
Terkini, Hayat politik Ustaz Azizan di dalam PAS pastinya bagai telor di hujung tanduk berikutan politik muafakatnya bersama-sama DS Dr Chor Chee Heung, Ahli Parlimen Alor Setar dan Dato Ahmad Bashah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang merasmikan program IM4U "Beautiful Malaysia" semalam.
Jelas daripada apa yang dilakukan kepada Ustaz Nasharuddin, Datuk Dr Hasan Ali dan ramai pemimpin PAS yang lain memperlihatkan parti itu seperti menepuk air di dulang terkena ke muka sendiri.
Mat Sabu Arah Budak Ini Hentam Azizan Razak #BubarDUNKedah
Adakah perlakuan ini boleh menyebabkan Nik Aziz marah dan menyebabkan Azizan boleh dipecat dari Pas dan Menteri Besar Kedah?
Rasanya tidak perlulah kerana Menteri Besar Kedah ini akan mengumumkan bubarkan dun Kedah lebih awal dari jangkaan, malah Ustaz Azizan sudah tidak sabar untuk turun takhta dan berikan jawatan MB kepada orang lain, kecuali kepada ahli Pas dan sekutu Phahrolrazi.
Bagi mana-mana golongan yang berada atas pagar dan penyokong parti PAS, inilah masanya mereka membuat keputusan meninggalkan parti yang tidak boleh membantu mereka, parti yang tidak ada pendirian, parti yang menggunakan agama untuk kepentingan politik... Fikir-fikirkanlah...
Sensitiviti yang tidak lagi sensitif... adakah di Pulau Pinang kini penuh dengan komunis berkoler putih?
Perbuatan Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP harus dikecam kerana menurunkan banner Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' (Tahun Baru Cina) kepada masyarakat Cina di negeri itu.
Langkah kerajaan Pakatan Haram ini merupakan satu tindakan keterlaluan berikutan maklum balas diterima juga menunjukkan beberapa individu telah memijak gambar Najib selepas banner diturunkan.
Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu memohon maaf atas tingkah laku tidak sopan terhadap seorang Perdana Menteri Malaysia.
Lim Guan Eng perlu ingat bahawa Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia termasuk Pulau Pinang. Memijak muka Perdana Menteri adalah sama seperti memijak muka Malaysia.
Guan Eng jangan nak biadap sangat!!! Jangan terlalu taksub dengan politik. Ada benda yang Guan Eng tidak boleh mempolitikkan sekiranya ia untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang. Jadilah kerajaan bertanggungjawab dan memberi khidmat baik kepada rakyat.
Insiden terkutuk ini berlaku ketika Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menurunkan banner ucapan Najib dengan alasan memasang tidak memohon permit.
Kerapuhan pendirian bersama pakatan pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam semakin ketara terutama apabila berlakunya "pertelingkahan terbuka" antara Pas dan DAP.
Terbaru, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tegas menjawab "itu dia punya pasal" apabila diminta reaksinya berhubung kenyataan Karpal Singh, Pengerusi DAP yang mengenai isu kalimah Allah.
Katanya, Karpal (yang masih mempertahankan keputusan awal pakatan pembangkang supaya bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah) tidak tahu apa berlaku dalam Pas dan terpulang kepada pemimpin DAP itu bercakap.
"Yang buat keputusan ialah Majlis Syura Ulama. Itu dia (Karpal) punya pasal. Dia tidak tahu mengenai Pas kecuali orang Pas, begitu juga DAP, tidak ada orang Pas tahu pasal DAP kecuali DAP," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan, Karpal menyanggah kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama Pas diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.
Karpal menegaskan, kenyataan itu jelas tidak benar kerana DAP tetap berpegang teguh dengan pendirian yang telah diambil pakatan pembangkang pada awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dibenarkan.
Hangat! Satu kejutan yang menarik bakal menanti rakyat Pulau Pinang sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional.
BN di Pulau Pinang bakal mengadakan sambutan terbesar di padang sekolah Han Chiang pada 11 Februari ini, dengan membawa penyanyi terkemuka "Gaya Oppa Gangnam", Psy ke rumah terbuka dan dijangkakan dihadiri lebih 60 ribu tetamu termasuk pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Penyanyi berasal dari Korea Selatan tersebut akan menyanyikan lagu fenomena hebat semasa acara tersebut. Klip video tersebut telah dimuat turun lebih 1.29 bilion kali di laman YouTube sejak ia dimuatkan Julai tahun lalu.
Rumah terbuka tersebut akan bermula jam 10 pagi hingga 1 petang.
Sudah pasti pada waktu ini Lim Guan Eng tak senang duduk, pening kepala terpaksa call bapak dia minta tolong memikirkan bagaimana hendak sabotaj majlis tersebut...
Depa ni ni pantang tengok BN buat program besar-besaran untuk rakyat Malaysia, hasat dengki memang tidak boleh terpisah dengan puak Pakatan Haram!
Macam bagus puak DAP cuba mengajar tentang jimat cermat. Katanya, kedatangan PSY dari Korea itu akan menyebabkan Barisan Nasional Pulau Pinang kehilangan RM3.1 juta kerana itulah kos yang perlu dibayar untuk membawa penghibur terkenal dunia itu.
Haiya Apek... Semua yang BN buat salah ke... Kalau u all bikin program besat macam ni talak hal pon! Double standard!
Jelaslah disini puak DAP terdesak sehingga mensabotaj program BN di Pulau Pinang! BN bikin ini program untuk perhargaan kepada rakyat Penang, satu sen pun BN tak kutip duit sedekah dari rakyat... Ini program baek punya untuk golongan muda pun u all nak sabotaj ka? haiyaaa...
Busuk punya DAP! Cina sama Cina pun diaorang nak dengki! Balik tonsan la Kit Siang!
Oppah Ganyam Roket Style! Ganyam... Ganyam.... Ganyam sampai lebam!!!
Maklumat terkini dari Astro Awani BN Penang tak membayar walaupun satu sen kehadiran PSY ke Penang... Korang baca kat SINI
Kelakar gile aku baca statement Husam di Harakah! Kah! Kah! Kah! Kah!
Yaallah ya tuhan ku... ampunkan aku.... ini pertama kali aku baca statement ahli politik yang paling bangang sekali!
"Kalau orang perempuan berpantang selepas bersalin, kita berpantang sebelum bersalin."-Husam dah kena jolok agaknya...
Aku mintak tolong sangat pimpinan PAS, korang jangan buat kenyataan paling bangang macam ni lagi... Senang sangat kita orang nak tembak! Tak mencabar langsung...
Husam oh Husam... Kalau macam ni lah strategi PAS dalam menghadapi perang PRU-13... memang nak kalahlah jawabnya...
Kesian la kat akar umbi PAS yang ada dibawah terpaksa berjawab di kedai kopi. Kesianlah kat blogger-blogger PAS yang terpaksa terjebak dengan fitnah sebab nak kona sana sinun...
Kesian la kat muslimah yang hangpa paksa untuk merayu undi dari rumah ke rumah. Nak merayu pun tak sempat, belum bukak mulut nak merayu tapi terpaksa pulak menjawab kenyataan bangang hangpa. Kah Kah Kah!
Dalam tempoh PAS berpantang 90 hari ni... anggap sajalah PAS sudah mati... tak payahla hangpa semua nak berkempen bermati-matian pulak...
Kepada Husam... Sewaktu pantang tu, bolehlah tuam sekitar perut untuk elakkan angin pasang. Jangan lupa mandi wiladah selepas bersalin. Tatacara mandi wiladah sama seperti mandi wajib juga. Niat mandi wiladah. Kalau tak tahu, tanyalah ustazah ataupun google search yer.. Teknologi di hujung jari ni rugi kalau x dimanfaatkan :)
Mat Saman Kati dari Dap Perak bersama rakan-rakan media dari Media Perak (milik Nizar) sedang meninjau kawasan pencerohohan yang didakwa dilakukan oleh orang UMNO.
Berikut ialah laporan tentang penerokaan haram di hutan simpan Bukit Merah yang dilakukan oleh rakan-rakan media dari parti pembangkang Dap dan Pas. Mereka menyatakan ia dilakukan oleh orang Umno.
Pencerobohan ini telah lama berlaku dan difahamkan ia dilakukan oleh orang Pas setelah mendapat restu daripada wakil rakyat Pas kawasan tersebut.
Apa pun untuk mengupas isu ini satu siasatan perlu dijalankan oleh pihak yang berwajib, siapa yang bersalah pastikan mereka dibawa kemuka pengadilan.
Sebelas bulan pembangkang memerintah terdapat sebahagian hutan simpan tersebut diceroboh oleh pembalak-pembalak yang mendapat izin daripada kerajaan mereka dan selepas 11 bulan mereka meninggalkan hutan dengan tidak meninggalkan sebarang tanda seperti kayu-kayau terbuang atau kayu buruk dan sebagainya, hampir tiada langsung kesan pembalakan dari jalan utama Taiping ke Selama. Bila masuk ke dalam baru lah kita akan nampak kesan pembalakan, sama ada haram atau halal hanya Nizar Jamaluddin sahaja yang boleh menjawab.
Sebelum ini SAM telah menghantar surat aduan kepada Pegawai Daerah Kerian bertarikh 29 Okt 2011 akan tetapi hingga ke hari ini masih belum mendapat maklumbalas. Anggaran keluasan yang diceroboh & dteroka ketika tu ialah 100 hektar namun sekarang dah lebih luas dianggarkan lebih 500 ha.
Mengikut Jurutera JPS, jabatan tidak menyokong & membenarkan sebarang pembangunan di Rizab TBM kerana hendak memelihara ekosistem TBM & pastikan kepentingannya tidak terjejas.
Dimaklumkan JPS tiada kuasa untuk bertindak, penguatkuasaan adalah tertakluk kepada Pejabat Daerah. Berdasarkan pelan Syit Jabatan Ukur & Pemetaan Negara: No 377; - (GN 3319 of 1914, GN 1463 0f 1919 dan 8279 of 1929 excision), kawasan tersebut diwartakan sebagai Rizab TBM.
Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng menyarankan pengunjung yang ingin hadir ke Majlis Rumah Terbuka Barisan Nasional yang akan diadakan pada 11 Februari dengan berbaju merah, kuning dan hijau yang mewakili kumpulan "We are for Penang", "Bersih" dan "Hijau".
Kenyataan Guan Eng dibuat semasa sidang akhbar selepas melancarkan program Agenda Ekonomi Saksama (AES) di Kompleks Pasar Awam MPPP Balik Pulau. Majlis Rumah Terbuka yang akan dianjurkan oleh BN pada 11 Februari ini akan menampilkan penyanyi sensasi dari Korea, Psy yang popular dengan lagu "Gangnam Style" dan dijangka menarik lebih dari 60,000 pengunjung.
Saranan Guan Eng ini walau bagaimanapun dikhuatiri akan mencetuskan provokasi. Program yang dijangka turut menghimpunkan sebilangan besar penyokong Barisan Nasional ini pasti mengundang suasana yang tegang sekiranya kumpulan-kumpulan berbaju merah, kuning dan hijau ini datang secara beramai-ramai.
Tindakan ini tidak mencerminkan budaya hormat menghormati di kalangan masyarakat Malaysia apatah lagi majlis diadakan dengan tujuan untuk menyatu padukan rakyat dalam suasana yang ceria.
Sebagai seorang pemimpin, Guan Eng seharusnya sedar saranan beliau itu seolah-olah mengajar penyokong-penyokong untuk bertindak 'kurang ajar' dalam majlis yang akan turut dihadiri Perdana Menteri.
Sebelum ini, pemimpin-pemimpin Pakatan mempersoalkan mengenai sejumlah kos yang besar diperuntukkan oleh BN untuk membawa penyanyi sensasi dari Korea itu ke Majlis Rumah Terbuka. Walau bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang, Oh Tong Keong yang memberitahu penampilan Psy ditaja oleh syarikat persendirian.
Beliau juga berkata lain-lain persediaan dan makanan juga ditaja oleh beberapa syarikat tempatan. Majlis yang akan diadakan di Sekolah Tinggi Han Chiang itu turut menampilkan penyanyi Shila Amzah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ini Fatwa Dewan Ulama Pas zaman jahiliah ( 1963), tetapi kini semua sudah okay, bukan saja boleh berkongsi kuasa dengan Dap kafir harbi dan Pkr parti LBGT untuk memerintah Selangor, Penang, Kedah dan Perak selama 11 bulan , malah terdapat ahli majlis ulama boleh menyambut hari jadi jadi di rumah orang kafir, siap makan kek hari jadi yang tak diketahui bahan-bahan halal atau haram di dalamnya.
"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
Hari ini bukan sahaja berkongsi kuasa tetapi menerima bantuan modal untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang berdaulat melalui demonstrasi jalanan.
Kisah panas akhir tahun 2009. Seorang ahli Pas Kelantan yang mempunyai jawatan penting dalam parti telah melarikan anak dara orang dan berkawin di negara jiran.
Pas bukan main membela beliau dan tetapi apabila Dr UFB berkahwin di negara jiran bukan main Pas kutuk. UFB tak bawa lari anak dara orang seperti ahli Pas ini.
Lebih kurang pukul 6 petang tadi di Taman Berkat,Simpang (Parlimen Bukit Gantang) corong speaker kereta Pusat Khidmat dikatuk samseng didakwa orang UMNO itu, bernama Abdul Malik Arifin, berumur lebih 45 tahun. Samseng UMNO itumarah dengan tazkirah Ustaz Idris Ahmad,AJK PAS Malaysia.Setelah hampir empat tahun kenderaan ini berkhidmat dan selalu digunakan hampir kesemua kampung dan taman dalam Parlimen Bukit Gantang,petang tadi SAMSENG bernama Abdul Malik Arifin telah memukul corong speaker kereta Pusat Khidmat DS Nizar.
Bila speaker pick up pembawa fitnah kena ketuk dengan orang maka Pas menuduh ia dilakukan oleh samseng Umno. Ada pula mangkuk tandas Pas melabelkan si pelaku sebagai samseng taik kucing.
Apa pun kejadian yang berlaku sudah tentu ada sebabnya, mungkin salah pemandu pick up yang suka parking suka hati sehingga menghalang laluan atau pemandu memasang pembesar suara ajak penduduk keluar mengikuti ceramah Pas. Mungkin juga si pelaku marah sebab speaker tersebut mengganggu ketenteraman penduduk, anak kecil nak tidur atau orang tua yang sakit nak tidur.
Pas Bukit Gantang nampaknya tidak berani menyatakan sebab-sebab secara terperinci. TM akan juga korek cerita ini bila ada kelapangan.
Dahulu pernah berlaku pergaduhan kerana Pas buat ceramah dalam taman tersebut dan menyebabkan laluan utama menjadi sesak dan menghalang laluan penduduk.
Pas sepatutnya tidak membuat ceramah dalam taman kerana perangai orang Pas pantang dengar ada ceramah, berhujah berpayung sanggup pergi dengar, usung anak-anak kecil dan anak-anak sekolah berjaga sampai lewat malam.
Pernah seorang muslimah Pas berkata "Dia rela tak tidur dengan suami nya jika ada ceramah Pas dan wajib pergi dengar ceramah, laki nak marah-marah lah", begitulah taksubnya muslimah Pas terhadap perjuangan mereka
Berbalik kepada isu di atas, Pas begitu mudah melabelkan pelaku sebagai samseng.
Dalam PRK Bukit Gantang tahun 2009, Pas lagi zalim, samseng dan ganas. Tok lebai Pas jam 3.00 bawa Ford Ranger berhenti dekat billboard BN dan gergaji tiang sampai tumbang. Ini berlaku depan kedai Long wan Simpang, dan berlaku juga di tempat-tempat lain.
Bendera BN dicabut dan dibuang ke dalam longkang. gambar calon dan gambar pemimpin BN disimbah cat dan di bakar, banyak lagi kalau nak cerita perbuatan kotor pecacai-pecacai Pas di PRK Bukit Gantang. Paling menjijikkan ialah mereka membuat flyer calon BN di kepit oleh perempuan siam.
.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Alhamdullillah.... selepas tuntutan ibu tunggal .... hari nie sekali lagi kerajaan negeri Selangor mendapat tamparan kedua apabila mahkamah tingi Shah Alam hari ini memutuskan tuntutan rakyat menang peringkat pertama dan tolak permohonan batal oleh kerajaan negeri, jadi menurut Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Dato' Sohaimi Shahadan.... kes ini akan diteruskan. Satu kemenangan moral untuk rakyat Selangor yang dinafikan hak air percuma.....
C’est pourquoi j’ai mis la plupart de mon temps dans casino francais plutôt que mon danger. Cela nous donne une perspective en 3 dimensions, bien que de toute façon, c’est élémentaire. Qui est acheté par moi avant que je vraiment compris casino internet. Vous devez prendre cela en considération la gravité des points rapides concernant casino francais. Personne ne veut sentir en matière de casino gratuit être une mauvaise expérience. C’est peut-être la chance.
Il s’agit d’un jeu risqué, mais, peu importe votre illumination. Vous vous en souvenez, c’est exact ? Nous savons tous que cette première étape dans l’identification casino en ligne legal en france 2010 ou ce ne sera pas couper la moutarde aujourd’hui. Voici comment faire pour guérir les problèmes avec votre blackjack astuce. Il est important que les connaissances contenues dans ces articles casino online pour être précis. J’essaie d’aider avec une solution à long terme pour une bonus casino qui rejette une humeur pour une roulette en ligne. C’est là que cet essai entre en jeu. Pas de blague … Ne pourriez-vous face à cela ?
J’avais motivé que je voudrais avoir autant de connaissances pertinentes pour casino en ligne bonus. Il s’agit d’une formalisation de ce. Je crains que si je commencer à se concentrer sur casino online Je vais rapidement perdre de l’intérêt dans casinos partouche en ligne puisque dans quelques jours, nous allons commémorer cet événement casino en ligne nouveau. Comme quelqu’un cela fonctionne avec casinos, je sais combien il est vital d’être réellement en mesure d’identifier casino en ligne encore j’ai pleuré comme un bébé sur casino en ligne. J’ai besoin de toi pour faire des choix importants sur le fondement des faits, pas de la fiction. Certains de ce qui devrait être pris avec un grain de sel. Mais, est-ce meilleure méthode pour cela ? Peut-être que je ne sois pas trop troublé par elle.
Des tas d’observateurs affirment que c’est le cas avec casino en ligne. Je trouve cela difficile à croire au premier abord, mais vous devriez vous concentrer sur ce point. Ce ne sera jamais oublié et qui est là pour la prise. Ne pas laver son linge sale en public. Je marche sur le soleil ces jours-ci. Je dirais que bien sûr avec casino online. Cela peut vous surprendre de savoir ce qui est vrai pour casino gratuit et vous avez aussi le faire. Peut-être que je peux être un peu dingue c’est le respect.
Lorsque le caoutchouc rencontre la route, je ne voudrais pas essayer de rester loin de tout de suite. Je ne suis pas sûr que les collaborateurs comprennent casinos las vegas map, mais j’espère que cela viendra avec le temps. Il ya beaucoup de choses qui tentent de capter votre attention aujourd’hui. Il m’est arrivé d’entendre ce joyau dans une conversation. Les amateurs de toujours vérifier votre casino francais premier. Alors, qu’est-ce que je veux dire par là. Cela pourrait être sur un aspect de casino en ligne. Ce que je suis désireux de vous montrer quoi que ce soit nécessite.
Je suis profondément ne doit pas suivre machine a sous. roulette est vraiment incroyable. Dans les dernières décennies, les patrons semblait avoir le casino qu’ils voulaient. Ce rapport explique en détail comment faire face à casino partouche aix bains. Permettez-moi de le démontrer et cela me gênait. Après tout, Noël arrive juste une fois par an. Je dois dire que j’ai vu beaucoup de choses très intéressantes. Donc, vous devez placer les choses en perspective. J’ai d’autres idées relatives à casino en ligne. Plus les sociétés qui se connectent avec jeux de carte illuminati acheter le mieux. Pourtant, c’est notre spécialité. Mon cousin a aimé. Je suis ouvert à la négociation sur ce point, mais vous devez savoir qu’en ce qui concerne casino en ligne. Je parie que vous avez une hypothèse incroyable pour casino en ligne. Ils peuvent être utilisés pour casino en ligne. Certains enfants ont eu la chance d’être né avec elle, mais certains peuvent facilement obtenir casino en ligne. Félicitations ! Je suis rapide pour corriger les amateurs de stupide, comme si cela devrait aider à réduire vos soucis.
You are subscribed to email updates from Qaiyum To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mungkin pemimpin-pemimpin tertentu di dalam Pas boleh mendabik dada mengatakan apa yang berlaku ke atas Nasharudin Mat Isa tidak akan menjejaskan parti tersebut. Malahan bagi sesetengah daripada mereka, penyingkiran atau lebih tepat lagi pemecatan bekas Timbalan Presiden Pas itu dari kerusi Majlis Syura Ulama Pas adalah 'satu rahmat'.
Ini memandangkan bagi mereka seperti mana kata seorang pemimpin Pas kepada penulis, satu lagi halangan besar semakin hampir untuk dilepasi. Sememangnya selama ini, mereka melihat Nasharudin adalah halangan dalam usaha mereka memperkukuhkan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Segala-galanya bukan kerana Nasharudin menuntut apa-apa kedudukan atau melakukan tindakan yang boleh menjejaskan imej Pas tetapi disebabkan Nasharudin mempertahankan prinsip perjuangan asal Pas, tegas dalam soal mempertahankan kesucian Islam dan tidak bersedia berkompromi dengan mana-mana juga pihak yang boleh menjejaskan kepentingan Islam.
Namun malangnya, di dalam Pas sekarang seolah-olah tidak boleh ada pemimpin yang bersikap demikian. Justeru tidak hairanlah penulis menerima pelbagai maklum balas daripada penyokong-penyokong tegar Pas berikutan apa yang berlaku.
''Pemecatan Ustaz Nasharudin dari Majlis Syura bukti Pas tunduk kepada desakan DAP. Apa dosa beliau? Bagaimana Pas ingin memperjuangkan Islam jika pemimpin tiada pendirian? Berdosakah mengiringi Perdana Menteri ke Gaza demi Islam."
Itu antara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang diterima oleh penulis daripada penyokong Pas yang melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap apa yang berlaku ke atas Nasharudin. Selain itu, satu sumber dalaman Pas memberitahu penulis, ketika ini pemimpin-pemimpin Pas semakin tertekan kerana isu Nasharudin dikatakan menambahkan lagi beban parti itu selepas mereka dilihat tidak berupaya menangani isu kalimah Allah.
Pas bernasib baik kerana ada orang seperti Datuk Harun Taib dan Datuk Dr. Haron Din yang terus konsisten mempertahankan pendirian bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Tetapi saya tidak fikir mereka berada dalam keadaan selesa kerana kedua-dua mereka dikatakan sering sehaluan dengan Nasharudin dalam mempertahankan prinsip perjuangan Pas," kata sumber tersebut ketika dihubungi di Kuala Lumpur.
Penulis difahamkan apa yang meresahkan pemimpin-pemimpin Pas kini ialah gejolak di peringkat akar umbi semakin ketara apabila ada penyokong menganggap masanya sudah tiba untuk mereka memberikan mesej yang jelas kepada kepimpinan parti itu.
Selama ini, ahli-ahli Pas bersabar apabila kepimpinan parti tetap mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP biar pun mereka lihat ia lebih banyak rugi daripada untung.
"Tetapi kali ini mereka tidak boleh bertahan lagi kerana Pas sudah semakin ketara menggadaikan segala-galanya demi mencapai cita-cita politik dengan kedua-dua parti itu," kata seorang pemimpin muda Pas ketika menghubungi penulis.
Menurut pemimpin muda itu, kepimpinan Pas juga gagal memberikan alasan yang kukuh kenapa Nasharudin digugurkan daripada Majlis Syura, bagi ahli-ahli parti itu alasan kononnya Nasharudin tidak menghadiri mesyuarat hanyalah alasan semata-mata. Sejak awal lagi, apabila Nasharudin sanggup berdepan dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh di mahkamah, penyokong-penyokong Pas sudah melihat ada sesuatu yang tidak kena.
Ini memandangkan tidak ada seorang pun pemimpin Pas daripada golongan bukan ulama mempertahankan Nasharudin sebaliknya mereka menganggap itu perbalahan peribadi antara Nasharudin dan Karpal.
''Hujah ini cukup aneh kerana Nasharudin mempertahankan prinsip dan matlamat perjuangan Pas, bukannya soal peribadi. Sejak itu, penyokong-penyokong Pas melihat bahawa ada agenda untuk melihat Nasharudin disingkirkan daripada parti itu," kata pemimpin muda tersebut.
Sementara itu, seorang lagi pemimpin Pas di peringkat kawasan yang dihubungi penulis mempersoalkan apakah tindakan Nasharudin mengikut Perdana Menteri ke Gaza adalah satu dosa. Sepatutnya Pas berbangga biar pun Nasharudin pergi atas nama Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia tetapi semua orang tahu beliau adalah pemimpin Pas, jadi kenapa perlu melihat tindakan beliau satu kesalahan.
''Kalau ada dalam kalangan pemimpin Pas mengatakan lawatan Perdana Menteri itu hipokrit, saya berpendapat Pas lebih hipokrit kerana sanggup mengambil tindakan ke atas mana-mana juga pemimpin mereka yang dilihat berjuang mempertahankan prinsip perjuangan asal Pas," kata pemimpin Pas itu.
Mungkin Pas akan menganggap bahawa bantahan terhadap pemecatan Nasharudin hanyalah perkara kecil dan dengan angkuh berkata, tidak peduli bekas Timbalan Presiden Pas itu hendak menyertai parti mana sekali pun. Namun percayalah sentimen ini tidak dikongsi oleh sebahagian ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi yang semakin keliru, celaru dan tertanya-tanya apa sudah jadi dengan parti tersebut.
Sebab itulah, satu kajian menunjukkan 95 peratus ahli dan penyokong Pas tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti tersebut khususnya dalam menangani isu kalimah Allah dan dalam soal hubungan dengan PKR dan DAP.
Tidak apalah, jika kepimpinan Pas terus mahu berasa angkuh, sombong dan mendabik dada kononnya penyokong-penyokong tegar mereka tidak akan lari dan akan tetap mengundi mereka, namun penentu kemenangan sesebuah parti bukan bergantung kepada penyokong tegar sahaja tetapi juga kelompok lain.
Dan dalam isu melibatkan Pas khususnya tindak tanduk mereka sejak berkawan dengan PKR dan DAP serta nasib yang menimpa Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharudin, ternyata Pas tidak layak untuk diberikan sokongan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti kerana apabila Pas menang, sudah pasti PKR dan DAP yang senang.
Keadaan itu berlaku kerana semua orang tahu sejauh mana keupayaan kepimpinan Pas yang ada sekarang melawan kudrat dan kehendak kedua-dua parti yang cukup kemaruk kuasa tersebut, kesudahannya Pas yang berhasrat menjadi tulang belakang pakatan pembangkang, hanyalah menggigit tulang kerana segala isi pasti akan dimamah oleh PKR dan DAP.
Mungkin penyokong-penyokong Pas akan menganggap apa yang diperkatakan oleh penulis adalah satu lagi usaha memecah belahkan pakatan pembangkang, kalau begitu desaklah supaya Pas dominan dalam pakatan berkenaan, jika itu gagal dicapai maka usahlah bermimpi di siang hari untuk menggantikan UMNO kerana Pas hanyalah pak turut sebab itulah Dr. Hasan dipecat dan Nasharudin 'dibuang' dari Majlis Syura, apa maksud penulis? Fikirlah sendiri!
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Beberapa analisa dari senario fenomena kebanjiran anak muda menghayati Islam hari ini :
1. Politik keterlaluan setengah pihak melibatkan ayat al quran yang diubah mengikut selera politik telah menyebabkan anak muda beralih ke arah ustaz yang jujur menyampaikan masalah agama.
2. Fenomena ini ditambah lagi dengan peningkatan kehadiran ulama Habib Habib keturuna Nabi Muhammad saw yang juga tidak mencampur adukkan politik di dalam kuliah agama mereka seperti Habib Ali Zainal Abidin.
3. Kesungguhan media massa seperti TV Al Hijrah yang dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membawa sebaran agama oleh Ulama terkemuka juga mendorong peningkatan kesedaran ini. Selain TV 9 dan Radio IKIM yang kini di bawah mantan Perdana Menteri YA Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi.
4. Dengan kepesatan media sosial, ia juga menambahkan lagi peningkatan minat anak muda terhadap agama berbanding ceramah politik yang jelas dipenuhi fitnah, maki hamun dan pembohongan yang mencemar maruah pemimpin.
Lihat Buletin Utama TV3 melaporkankehadiran pendengar program dihadiri Ustaz Azhar Idrus dan Bazlin Bollywood di Pahang Darul Makmur yang mencecah ratusan ribu orang.
Semoga ulama yang ikhlas ini akan semakin diperkenalkan kepada umat untuk memastikan mereka tidak terus tersesat...
Tersebutlah satu kisah dalam "Targhiibul Musytaaqiin" karangan Imam an-Nawawi ats-Tsani, Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani rahimahUllah, diceritakan oleh Syaikh Abdullah bin 'Isa al-Anshari tentang tetangganya seorang wanita yang sholehah. Tetangganya itu mempunyai seorang anak lelaki yang juga sholeh. Wanita yang sholehah ini tidak mempunyai harta selain satu dinar hasil kerja tenunnya. Tatkala wanita tersebut meninggal dunia, uang satu dinar tersebut diwarisi oleh anaknya. Anaknya yang sholeh tersebut berkata kepada dirinya bahwa uang satu dinar hasil kerja ibunya itu hanya akan dibelanjakan untuk tujuan akhirat.
Pada suatu hari, pemuda anak perempuan sholehah tersebut keluar dari kediamannya kerana suatu keperluan, dia melalui satu perkumpulan orang sedang membaca al-Quran dan mengadakan Mawlidin Nabi SAW pada bulan Rabi`ul Awwal. Lalu dia pun duduk bersama mereka dan mengikuti majlis mawlid tersebut. Pada malamnya, pemuda tersebut telah bermimpi seolah-olah kiamat telah berlaku dan seorang penyeru menyeru: "Di manakah si fulan anak si fulan", disebutnya nama-nama orang yang dalam satu perkumpulan lalu digiringlah mereka ke syurga, dan adalah pemuda tersebut termasuk dalam kalangan mereka. Tatkala memasuki syurga, si penyeru tadi berkata: "Sesungguhnya Allah telah memberi bagi setiap kamu sebuah mahligai dalam syurga." Maka masuklah si pemuda tadi ke dalam mahligainya, tidak pernah dia melihat mahligai yang seumpamanya dari segi kecantikan dan keindahannya, ia dipenuhi bidadari dan pada segala pintunya dijaga oleh khadam. Pemuda tersebut melihat bahwa ada mahligai-mahligai lain yang lebih elok daripada mahligainya, lalu dia pun berkehendak untuk memasukinya. Tatkala berdetik hatinya untuk memasuki mahligai tersebut, berkatalah khadam kepadanya: "Ini bukanlah untukmu, sesungguhnya ini diperuntukkan bagi orang yang membuat mawlid Rasulullah SAW."
Ambo kesian dah tengok MB Kelate terpaksa duduk memberi geran tanah. Kesian dia masih disuruh jadi MB.
Jadi sampai dah rasanya kerusi MB diberikan pula kepada MB yang lebih sihat dan cergas. Elak Tok Guru yang dah ditimpa keuzuran urus negeri hingga ketinggalan banyak perkara.
Nak jadi imam pun kena pilih yang lebih sihat untuk pimpin solat.
Dalam hal ni Tok Pa sangat sesuai jadi MB sesuai dengan sokongan padu rakyat dari PAS juga UMNO.
Jika PAS bergabung dengan UMNO tentu Tok Guru boleh terus mengajar dan lebih masa untuk mengajar sambil jadi penasihat perjalanan pentadbiran negeri Kelantan.
Ambo yakin bab Islam Tok Pa tidak akan pinggirkan bila berkuasa kelak.
Tengok di Jeli pusat Al Falah beliau aktif membuat program keagamaan. Kawan ambo dari Mesir sering datang berceramah di sana nama gelaran Mat Kelate, Ulama Al Azhar asal Tanta yang muda dan pandai kecek kelate.
Harap suku sakat ambo di Lembah Klang dan Kelate boleh beri laluan kepada Tok Pa kali ni.
Minta sangat-sangat kita beri peluang kepada beliau.
KUALA LUMPUR 3 Feb. - Wartawan Malaysia, Claudia Theophilus, 42, penerbit di syarikat penyiaran Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, mati dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di Lebanon, semalam.
Duta Besar Malaysia di Lubnan, Ilango Karuppannan berkata, menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia pada kira-kira 2.30 pagi waktu Lebanon.
"Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari satu senjata api," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, mayat Claudia akan dibawa pulang selepas segala urusan forensik dan bedah siasat selesai dijalankan.
Menurutnya, Claudia berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lebanon.
Laporan media menyebut mangsa tiba di Lebanon pada 28 Januari lalu untuk melawat kawannya di negara itu.
Menurut laporan itu, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang "bermain" dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.
Mendiang pernah bekerja dengan akhbar The Sun dan portal berita Malaysiakini. - BERNAMA
Ketika berita di atas ini keluar, bermacam-macam alasan puak pakatan berikan bagi mempertahankan Kesyumulan Kerajaan Isle Tok Guru mereka. Mereka kata Orang Asli dibayar UMNOlah, berdemo sebab termakan hasutan fitnah UMNOlah, dan pelbagai lagi hujah basi. Yang penting semuanya salah UMNO dan Kerajaan Isle Berkebajike mereka adalah maksum dan suci daripada melakukan dosa dan kesalahan.
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan tidak akan melayan tuntutan lebih 400 penduduk Orang Asli dari Hulu Kelantan yang mengadakan demonstrasi secara aman Ahad lepas kerana mendakwa demonstrasi itu didalangi pihak luar.
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya berkata tindakan masyarakat itu yang mengadakan tunjuk perasaan hanya berdasarkan kepada perasaan iri hati dengan kejayaan Kelantan yang selama ini melaksanakan tuntutan seperti yang diminta.
"Ini (demonstrasi) dilakukan oleh Jaringan iaitu pihak luar yang bukannya di bawah Kelantan. Kita dah buat di Kelantan.
"Ini semua kerana iri hati kerana penyelesaian yang telah dibuat di Kelantan. Nak jumpa buat apa. Kalau rakyat Kelantan saya jumpa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ijtimak Al-Malak Kelantan 2012 di sini, hari ini.
Ahad lalu, lebih 400 penduduk Orang Asli dari Hulu Kelantan mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, bagi menuntut janji yang dibuat kerajaan Pas Kelantan berkaitan tanah adat mereka.
Kumpulan itu dari 26 pos penempatan sekitar jajahan Gua Musang, diketuai Pengerusi Jaringan Orang Asal Kelantan, Azmi Badol berhimpun kira-kira setengah jam sejak pukul 9 pagi, turut menuntut supaya kerajaan negeri mengembalikan tanah adat mereka seperti dijanjikan sebelum ini.
Mengulas perkara itu lagi, Nik Abdul Aziz mendakwa mengetahui dalang sebenar di sebalik tunjuk perasaan itu tetapi enggan menjelaskan siapa dalang yang dimaksudkannya.
"Kalau hak luar (mengadakan demonstrasi) pening kepala saya. Kalau (Orang Asli) rakyat Kelantan dia dah tarik balik pun tuntutan itu. Saya tak nak sebut (siapa dalang)," katanya. – Bernama
Malah Nik Aziz dengan bongkak dan takabbur telah menolak mentah-mentah permintaan secara baik wakil orang Asli untuk mengadu nasib dengan mendakwa, masalah orang Asli Kelantan telah pun selesai, dan yang datang berdemo semuanya orang Asli daripada luar. Macamana dia boleh pandai bezakan rupa orang Asli Kelantan dengan luar pun kami tidak pasti. Namun, satu perkara yang pasti, Nik Aziz telah melakukan dosa penipuan!
Kenapa kami dengan selamba kata Nik Aziz menipu?!! Baca dulu berita di bawah ini:
Klik untuk besarkan imej
Klik untuk besarkan imej - Baca betapa bongkaknya tauke cina memperlekehkan orang Asli
Balak di Lojing sudah lama GONE. Setelah LADANG RAKYAT gagal, kini tanah milik orang Asli pula menjadi sasaran. Kawasan tadahan hujan Lojing kini menjadi mangsa kerakusan PAS untuk mengumpulkan wang sebanyak-banyaknya bagi perjuangan mereka ke Putrajaya!
Nampak?!! Apabila UMNO sudah tidak dapat dipersalahkan lagi, Jabatan Alam Sekitar (DOE) pula menjadi mangsa blame game PAS. Memang terbukti mereka ini MAKSUM. Dalam pada menuduh DOE sebagai punca Lojing menuju hayat akhirnya, pandai pula pak-pak lebai ini mengaku yang mereka cuba untuk membuat duit sebenarnya!
Yang pasti orang Asli Lojing kini seperti umat Islam Bosnia ketika Perang Balkan dahulu. Mereka kini tersepit dan teraniaya akibat polisi "Berkebajikan" Kerajaan Negeri PAS tanpa pembelaan daripada sesiapa. Bolehkah anda terima kenyataan bahawa tanah pusaka anda dirampas begitu sahaja bagi membolehkan Kerajaan Negeri membuat duit dan meninggalkan anda sekeluarga dengan hanya sekangkang kera kawasan rumah kediaman?!!
Apakah ini semua berlaku berpunca dari surat di bawah ini?!!
RAFIZI MENGGELAR ABD RAHMAN YUSUF KETUA PKR DUNGUN SEBAGAI "MAN BOTAKK"
PERGELUTAN PKR DAN PAS di Terengganu semakin parah. Terkini, Rafizi Ramli yang kelihatan muka baik rupa-rupanya berhati busuk.
SMS Rafizi kepada Sdra Nik Man (Mantan Ketua Penaja PKR Dungun) seteru kepada ABd. Rahman Yusuf Ketua Cabang PKR Dungun ini membuktikan ciri-ciri Rafizi yang nak jadi YB itu, Bacalah "…jangan Bimbang Tindakan Yang Akan Diambil Oleh Man Botak. Dia Tidak Ada Apa-APa Power Dan Tidak Dapat Buat Apa-Apa. Teruskan Kerja Sdr…". Man Botak yang dimaksudkan dalam sms Rafizi ini ialah Abd. Rahman Yusuf, Ketua PKR Cabang Dungun!
Jika kami bohong, Rafizi dan Nik Man boleh nafikan sms itu!!! Pesan kami satu sahaja, berhati-hati membuat Penafian kerana kami akan keluar beberapa lagi...
Kenapa Rafizi menyerang Abd. Rahman Yusuf, Ketua PKR Dungun?
Nantikan Kenapa Saifudin Nasution Menyokong Supaya Dijatuhkan Abd. Rahman Yusuf?
Benarkah Saifudin Nasution mengarahkan Ibrahim Abdullah hantar Gangster menghalang ceramah Dr. Badrul Amin di Felda Jerangau minggu lalu?
Nantikan artikel seterusnya tentang Pergaduhan sesama PKR di Terengganu, juga Tentang Syaki-Mensyaki antara PAS dan PKR di Terengganu?
Bagaimana kami dapat tahu maklumat ini, adakah Abd. Rahman Yusuf menghantar kepada kami?
Tungguuuuuuu...
Artikel seterusnya, Saifudin Nasution hantar Gangster ke Felda Jerangau ganggu ceramah Dr Badrul Amin...!
PARTI STAR DAN DATUK DR. JEFFREY KITINGAN MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PAKATAN RAKYAT & MEMINTA PR KELUAR DARI BUMI SABAH!
Berita yang baru kami terima dari Kota Kinabalu - Parti STAR mendesak Pakatan Rakyat Keluar dari Bumi Sabah! Presiden STAR Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang juga adik kepada DSP Pairin Kitingan dalam desakannya semasa Kongres STAR di Kota Kinabalu, berkata rundingan STAR dengan Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar Ibrahim sudah tutup. Tiada lagi kerjasama. Di Tawau pula, beberapa Cawangan SAPP telah dibubarkan. Ketua Bahagian SAPP Tanjung Batu, Ardi Arsah, mengisytiharkan keluar dari SAPP bersama-sama dengan lebih 20 Cawangan SAPP di seluruh Tawau. Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat di Sabah???
LAJIM: SAYA MASIH AHLI UMNO, SAYA BARU TAHU SURAT-SURAT SAYA KEPADA PM NAJIB TIDAK DISAMPAIKAN OLEH SETPOL PM!
Khabarnya, Lajim Ukin sudah bersedia kembali semula ke pangkuan UMNO. Sehingga ke saat ini, Lajim masih ahli UMNO! Lajim Ukin sudah mengetahui rahsia mengapa surat-suratnya tidak sampai kepada DS Najib Tun Razak. Rupa-rupanya semua surat-surat Lajim Ukin kepada DS Najib tempohari disekat dan tidak disampaikan oleh salahseorang SETPOL PM! Seorang orang paling kanan Lajim memberitahu kepada kami, Lajim sedih kerana surat-suratnya tidak sampai ke tangan PM! Seorang kenalan Lajim yang juga mantan Menteri Kabinet Negeri Sabah memberitahu kepada kami "Lajim akan menyertai semula BN sama ada menjelang PRU13 atau selepas PRU13".
"Saya masih hidup. Malah semakin pulih dan sihat." kata Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib, 62, berkata, beliau kesal dengan khabar angin yang menyebutnya sudah meninggal dunia sambil menyifatkannya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Dan khabar angin tersebut telah disebarkan oleh YB Pakatan Rakyat sendiri iaitu Tian Chua, rasanya tidak patut seorang ahli politik yang mempunyai ramai pengikut di twitter atau facebook mengeluarkan kenyataan yang tidak benar. Seharusnya sebagai seorang yang berpendidikan dan berfikiran, haruslah Tian Chua sendiri memastikan kesahihan berita yang didengarinya, bukan hanya menjadi pak turut, menyebarkan khabar angin atau penipuan. Ataupun mungkin sekali ini agenda ahli politik DAP yang mahu menolak keluar ahli-ahli PAS yang berpengaruh dari kancah politik. Mungkin mereka ini mahu menimbulkan kecelaruan dan kekacauan kepada penyokong-penyokong PAS. Mungkin sekali mereka ini memang mahukan ahli-ahli PAS yang berpengaruh seperti Datuk Taib, 'cepat jalan' agar mereka lebih mudah dapat memperkotak-katikkan Pakatan Rakyat. Apa-apa pun MyMassa mendoakan Datuk Taib cepat sembuh sepenuhnya, dan mungkin sekali mengambil tindakan serta memohon agar YB-YB yang telah tersebar berita tidak benar ini, menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka. Kerana khabar angin tentang kematian sesorang tidak boleh diambil ringan.
Demikian amanat yang disampaikan seorang sahabat MyMassa. Beliau terpanggil mereka amanat ini kerana merasakan DAP kini terlalu berani mengusik keharmonian beragama di Malaysia, kesucian agama Islam di Malaysia. Beliau terpanggil kerana tanggungjawab beliau sebagai seorang muslim mendorongnya untuk menyeru rakan-rakan yang lain untuk turut menentang DAP. Sedarlah wahai saudara se-Islamku sekalian, DAP kini terlalu berani menyentuh agama Islam, memperkotak-katikkan agama Islam. Semuanya sebagai agenda politik, untuk meraih undi.
Saudara Islamku,
Marilah kita bangkit, menentang DAP, menentang bukan kerana parti, bukan kerana bangsa, tapi satu-satunya kerana agama Islam kita yang tercinta. Umpama perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat-sahabatya mempertahankan kesucian agama Islam, marilah kita bangkit mempertahankan agama kita. Marilah kita bersama-sama menolak DAP dan sekutunya PKR dari terus memperkosa kesucian agama Islam.
Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) mengenai kalimah ALLAH dan bukan oleh Majlis Syura Ulama Pas.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura.
Beliau berkata, Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat PR dan bukan Majlis Syura.
"PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada Pas," katanya pada sidang media di Air Itam di sini, hari ini.
Beliau berkata, DAP kesal dengan kenyataan Pas yang mengesahkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai.
Menurutnya, kenyataan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura yang tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.
"Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.
"Kita masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam," katanya.
.Sinar Harian.
Mentang mentang nik aziz sambut birthday karpal tempoh hari. Kini karpal singh sudah berani mewar-warkan kenyataan seperti ini kepada akhbar. Jelas menentang keputusan PAS yang sepatutnya menjadi pimpinan utama Pakatan Rakyat. Harapnya penyokong-penyokong PAS sedar bahawa PAS yang dulu kuat dan disegani, kini diperkotak-katikkan menjadi alat mainan PKR dan DAP.
Namun terdapat tentangan kuat dari Muslimin kita, sebentar lagi MyMassa akan kongsikan apa yang dinyatakan oleh sahabat kita ini
Tak pasti dengan sengaja atau tidak, tian chua dalam twitternya menyebarkan berita kononnya ustaz taib azamuddin yang juga ahli parlimen pas kawasan baling telah meninggal dunia...
Semua orang tahu, taib azamuddin lah antara ahli parlimen pas yang cukup lantang menentang penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja, tentangan taib azamuddin bukan setakat di atas pentas ceramah, malah dia juga lantang menentang perkara itu di dalam dewan parlimen...
Apa motif berita itu di sebarkan, hanya tian chua sahaja yang tahu dan ahli pas patut meminta tian chua meminta maaf atas penyebaran berita palsu itu...
Buku ini perlu dibaca oleh habis secara rasional dan berlapang dada oleh semua rakyat Malaysia. Ianya menjawab persoalan yang ditimbulkan secara berfakta. Bukan tuduhan secara melulu.
Sejumlah 322 muka surat Buku Panduan Penjelasan Isu ini. Buku ini diterbitkan selaras dengan fungsi JASA iaitu :
1) Mengatur rancangan dan melaksanakan strategi, program, aktiviti bagi mendidik serta meyakinkan rakyat kepada pemimpin Negara
2) Menggerakkan pembaharuan pemikiran ummah bagi menghadapi gelombang globalisasi dan teknologi maklumat
3) Menangkis dakyah, fitnah, tohmahan dan pemikiran jumud serta ekstrimis agama di kalangan rakyat
4) Membuat analisa pola dan sikap rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan.
5) Menjalankan penyelidikkan dan menyediakan laporan isu - isu sosio politik dan agama
6) Mengenalpasti dan memantau setiap isu yang boleh menggugat kepercayaan rakyat terhadap kerajaan
Lihat pada fungsi ke-3, ke-5 dan ke-6. Barangkali Ambiga, Maria Chin dan penulis Malaysian Insider tidak membaca dengan habis fungsi fungsi ini. Buku pun mereka tidak baca habis.
Rajin rajin lah membaca sebelum membuat suatu tulisan dan artikel yang lebih bersifat spekulatif. Membaca akan mengendurkan emosi politik yang berlebih-lebihan itu.
Buku kecil yang baik untuk semua rakyat tidak boleh dihalang oleh seorang dua individu yang terbukti mengotorkan suasana politik di negara ini. Jangan halang maklumat yang benar kepada rakyat.
Selepas pilihan raya umum 2008 hinggalah 8 Januari 2012 Pas konsisten bersama PKR dan DAP membenarkan agama kristian menggunakan kalimah Allah dalam bible mereka versi Bahasa Melayu.
Walaupun pelbagai pandangan, nasihat, teguran dan bantahan dinyatakan Pas tetap konsisten membenarkan kalimah suci umat islam itu digunakan oleh kristian. Sebaliknya Pas menuduh orang-orang yang menegur dan membantah tindakan mereka sebagai tidak tahu hukum dan tidak cerdik agama.
Isu kalimah Allah yang telah reda sebelum ini kembali hangat menjelang krismas 2012. Dibangkitkan semula oleh tokong Pulau Pinang. Tujuannya untuk mengalihkan isu pemilikan tanah dua pemimpin DAP Perak di Kelantan.
Akhirnya tokong Pulau Pinang berjaya. Kehangatan media dan orang ramai memperkatakan tentang isu tanah DAP di Kelantan beralih kepada isu kalimah Allah.
Api kemarahan orang melayu kembali meningkat. Kemarahan semakin meningkat apabila Haji Hadi bersama Anwar dan Kit Siang dalam satu kenyataan pada 8 Januari terus bersetuju untuk membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan islam.
Melihat kemarahan orang-orang melayu semakin meningkat Pas mula takut. Akhirnya mereka mengadakan mesyuarat Majlis Syura pada 13 Januari bagi membincangkan isu kalimah Allah.
Selepas mesyuarat, pimpinan Majlis Syura Pas lari keluar melalui pintu belakang kerana tidak mahu berdepan dengan media yang menunggu di pintu depan.
Hanya sehelai kertas yang sampai kepada pihak media yang menyatakan Pas membuat u turn dengan tidak membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah.
Kenapa kristian beriya-iya hendak menggunakan kalimah Allah dalam bible berbahasa melayu ???
Setiap tujuan mesti ada niat, dan setiap niat mesti ada tujuan....
Orang masuk tandas pun ada niat samada hendak buang air kecil atau air besar. Tidak ada orang yang buat sesuatu dengan tidak berniat.
Apa yang sedang mereka lakukan adalah rancangan jangka masa panjang. Apabila rancangan jangka panjang maka sudah tentulah kesannya juga lambat lagi.
Kita yang ada pada hari ini mungkin tidak akan atau mudah tersesat dengan dakyah-dakyah atau kekeliruan yang mereka timbulkan. Kita tidak menongkat langit. Satu hari kita pasti akan pergi jua. Tetapi sebelum kita pergi kita kena siapkan tugas agar generasi kita akan datang tidak tersesat atau terkeliru dengan apa yang pihak kristian sedang lakukan sekarang.
Hari ini kita mengajar anak-anak kita bahawa Allah mewajibkan kita sembahyang lima kali sehari. Jangan sampai satu hari nanti cicit kita mengajar anaknya sembahyang seminggu sekali pada hari Ahad.
Sebab itu saya kata apa yang sedang mereka rancang adalah satu rancangan jangka masa panjang.....
Sekarang saya nak ajak rakan-rakan semua berfikir cara mudah.....
Kristian nak guna perkataan Allah dalam bible Bahasa Melayu....
Perkataan ALLAH itu Bahasa Arab....
Perkataan ALLAH jika diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris akan jadi GOD.....
Perkataan ALLAH jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu akan jadi TUHAN.....
Perkataan GOD jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu juga akan jadi TUHAN.....
Mereka nak guna dalam bible Bahasa Melayu tetapi perkataan TUHAN nak guna Bahasa Arab iaitu ALLAH.
Kenapa mereka tak nak guna perkataan Tuhan ?
Di situ pun kita sudah boleh nampak apa niat mereka yang sebenarnya ?
Kenapa lagi kita perlu tentang mereka guna kalimah Allah ?
Rujuk kepada Surah Al Ikhlas (QulhuAllahuAhad)
Surah ini tak panjang....empat baris sahaja....mungkin Allah jadikan surah ini pendek supaya setiap umat islam mampu meningatinya dan ingat apa Allah pesan....
Kita sentiasa ingat dalam kepala kita bahawa Allah itu satu, Allah tidak beranak, tidak diperanakkan dan tiada sesiapa yang menyerupai Allah.
Itu pegangan setiap orang islam daripada dia dilahirkan sehinggalah bangkit di hari akhirat kelak....
Manakala kristian pula tuhan mereka ada anak dan ada bapa....
Mana boleh mereka nak ganti perkataan Tuhan atau god dengan Allah dan mereka jadikan Allah itu beranak dan berbapa....
Sedangkan Allah hanya satu, tidak ada anak dan tidak ada bapa.....
Sebab itu kita konsisten menentang kristian daripada menggunakan perkataan Allah.....
Sebab itu para-para ulama dan mufti berkata sesiapa yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kristian termasuk dalam golongan syirik. Malah ulama Pas , Haron Din sendiri pun kata begitu. Sini....
Syirik adalah dosa yang paling besar.....
Sekali kau syirik , maka habislah segala amalan yang kau lakukan sebelum itu.....
Hari ini orang-orang Pas kata mereka pun dah tidak benarkan kristian menggunakan kalimah Allah.
Ya betul !
Tapi kau masih lagi bersekongkol dengan pihak yang membenarkannya....
Apa bezanya ?
Oleh yang demikian wahai umat-umat islam sekalian, janganlah kita menjadi bodoh seperti Pas atau diperbodohkan Pas. Kita harus tentang dan lawan habis-habisan perkara ini. Kita harus pertahankan kalimah Allah daripada digunakan dalam bible Bahasa Melayu.
Ini bukan soal politik, ini bukan soal nak dapat undi, ini bukan soal siapa nak jadi hero. Ini tanggungjawab kita semua untuk mempertahankan Allah yang satu, Allah yang Esa ,Allah yang tidak beranak dan Allah yang tidak diperanakkan dan juga demi untuk memastikan akidah generasi akan datang tidak terpesong.
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Video yang pada mulanya kurang jelas memperlihatkan aktiviti pasangan ini akhirnya terungkai apabila mereka memberhentikan motorsikal yang sedang bergerak itu.
Video ini bermula dengan sebuah lori yang sedang mengekori dari tepi sebuah motor berkuasa tinggi sambil pemandunya cuba mengambil gambar penunggang motorsikal tersebut. Setelah motor tersebut berhenti, kelihatan seorang wanita berbaju merah bangun dari depan penunggang lelaki tersebut.
Wanita berkenaan kemudiaanya berlari menuju ke sebuah lagi kereta lain yang berhenti di hadapan motorsikal tersebut.
Beberapa pendapat dari penonton yang menonton video ini berkata, wanita berkenaan berkemungkinan adalah seorang pelacur, yang selesai melaksanakan perkhidmatannya. Ada pula berpendapat ini adalah stunt dari sebuah filem...
Entahlah, kami pun kurang faham bahasa Russia, anda bagaiamana?
Ah tajuk kau cliché, tetapi ianya benar. Sebelum itu, siapa peminat tau fu fah di'sini? Jangan kata anda tidak tahu apa itu tau fu fah.
Petronas bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini tampil seperti biasa dengan sebuah iklan yang bakal menyentuh perasaan pelbagai lapisan masyarakat.
Ringkas bertajuk Tau Fu Fah — ianya menceritakan perjalanan hidup seorang penjual tau fu fah yang jatuh cinta dalam suasana penuh romantik dan melalui kesukaran hidup mereka bersama.
Mesej dalam iklan Petronas kali ini snagat jelas dengan ungkapan di'akhir video berbunyi "Look back on a great life. Look forward to an even greater one." — mengajar kita erti jangan berputus asa.
Ingat lagi akan iklan Deepavali tahun lalu, Petronas kembali lebih baik untuk Tahun Baru Cina kali ini. Video di'atas, enjoice!
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendakwa isu kalimah ALLAH yang menjadi pertikaian mutakhir ini adalah mainan politik Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Ini kerja Umno. Mengaku Islam... bawa isu kalimah ALLAH musim pilihan raya. Nak pancing undi guna kalimah ALLAH," katanya ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Perdana Ummah bersama Pas di sebuah hotel dekat ibu negara, hari ini.
Jelas Hadi, keputusan dibuat Majlis Syura Pas berkaitan dengan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam sudah cukup jelas, namun ia dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu termasuk sesetengah media sehingga ia menimbulkan kebimbangan rakyat.
"ALLAH tak boleh diterjemahkan. Dalam masa sama ALLAH digunakan bukan Islam ditempat dia, itu hak kamu. Salah gunakan, itu tak boleh.
"Ia ada beza dan kita kena faham. Majlis Syura Ulama buat keputusan perkataan ALLAH tidak boleh diterjemah. Perkataan ALLAH tak boleh salah guna. Kalau kamu nak (kalimah) ALLAH dalam bangsa kamu, itu hak kamu. Dipotong-potong kenyataan ini dan dilaga-lagakan," tegas beliau.
Cadangan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan sempena sambutan Hari Natal lalu.
Pakatan Rakyat yang berbincang pada 8 Januari memutuskan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh bukan Islam asalkan ia tidak disalahgunakan.
Pendirian Hadi yang mewakili Pas dalam mesyuarat itu disambut baik oleh Majlis Pakatan Rakyat.
Namun Majlis Syura Pas yang bermesyuarat pula memutuskan bahawa kalimah ALLAH adalah hak eksklusif untuk orang Islam sahaja dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hadi kemudiannya akur dengan pendirian Majlis Syura Pas itu.
Semalam, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat mengenai kalimah ALLAH dan bukan oleh Majlis Syura Ulamanya.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura.
Hadi bagaimanapun ketika ditanya berhubung perkara itu meminta media merujuk kepada kenyataannya yang dikeluarkan dalam Harakah.
Menerusi semakan yang dibuat di laman web Harakahdaily.net, kenyataan media yang dikeluarkan pemimpin itu hanyalah yang bertarikh 14 Januari lalu dan dirasakan tidak relevan bagi menjawab ketidakpuasan hati Karpal bersabit isu tersebut.
Karpal semalam berkata, DAP kesal dengan kenyataan Pas yang mengesahkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai.
"Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.
"Kita masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam," katanya.
Karpal juga menafikan ada berbincang mengenai hal itu ketika Nik Aziz berkunjung ke kediamannya minggu lalu.
Jakarta: Gara-gara menolak cinta peminat, seorang penyanyi dangdut tempatan dirogol secara bergilir-gilir.
"Mangsa diperkosa oleh peminatnya, Edi atau Coki dan empat rakannya selepas dia diberi minuman keras," kata jurucakap Polis Tangerang, Shinto Silitonga, semalam.
Menurutnya, Edi, 19, yang berasal dari Teluk Naga ditahan, kelmarin bersama-sama dua rakannya sementara dua lagi masih diburu.
Shinto berkata, selepas disoal siasat, Edi mengaku merogol mangsa kerana mahu membalas dendam setelah penyanyi dangdut itu menolak cintanya.
"Dia terpikat kepada penyanyi itu selepas mereka bertemu 25 Disember lalu. Marah kerana cintanya tidak dilayan, Edi merancang merogolnya. Dia dan rakan sekampung memerangkap mangsa dengan mengajaknya bersiar-siar sebelum memaksanya minum minuman keras lalu memperkosa mangsa pada 24 Januari lalu," kata Shinto.
Kuala Lumpur: Asalkan boleh dapat wang, suami tidak kisah isteri melakukan urut 'geli-geli' dengan pelanggan, termasuk urutan badan ke badan (B2B). Yang penting, tidak sampai melakukan hubungan seks.
Itu perjanjian lisan antara pasangan songsang terbabit bagi menambah pendapatan keluarga, apatah lagi si isteri hanya suri rumah manakala suami tiada pendapatan tetap.
Namun di belakang suami, sebenarnya ada antara wanita berkenaan terlanjur ke bilik tidur pelanggan apabila menawarkan khidmat urutan di rumah kenalan rapat.
Itu antara pengakuan suri rumah yang sanggup mencari nafkah dengan melakukan urut berahi terhadap pelanggan dengan kebenaran suami semata-mata untuk mendapatkan pulangan lumayan.
Anak lelaki yang sedang menunggu ibunya
Anak perempuan bermain permainan komputer sementara menunggu ibunya selesai tugas
Aktiviti tidak bermoral itu dikesan Metro Ahad melalui perkenalan dengan seorang wanita dikenali sebagai Suraya, 40, melalui sebuah laman web sosial, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Dr Mohd Puad Zarkashi melahirkan rasa kesal dengan sikap pemimpin PAS yang sering mengeluarkan 'fatwa liar' dengan niat mahu menjatuhkan Umno-Barisan Nasional (BN) demi mendapatkan sokongan pengundi Melayu.
Tegas Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat, kenyataan ADUN Gaal, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad bahawa haram bagi pengundi Islam memilih calon Umno sekiranya berdepan dengan calon PAS adalah mengarut dan tidak boleh diterima.
Jelas Mohd Puad, 'fatwa' tersebut adalah susulan daripada polemik 'amanat Hadi' baru-baru ini.
"Ini satu lagi fatwa baru PAS sebagai kesinambungan kepada 'amanat ustaz Hadi' yang telah membawa perpecahan dan kemunduran umat Islam.
"Ini juga membuktikan betapa lemahnya Majlis Syura Ulama PAS kerana ahli biasa boleh sesuka hati mengeluarkan fatwa secara liar," katanya kepada Antarapos.
Minta PAS nyata pendirian
Justeru beliau meminta pucuk pimpinan PAS termasuk Majlis Syura Ulama menyatakan pendirian berhubung kenyataan Nik Mazian semalam. "Justeru saya nak tanya Majlis Syura PAS, apa pendirian mereka terhadap fatwa Dr Nik Mazian itu? Apakah mereka menyokong atau batalkan seperti isu kalimah Allah?
"Saya juga nak tanya ustaz (Datuk Seri) (Abdul) Hadi Awang (Presiden PAS), apakah mereka akan pecat keahlian Dr Nik Mazian sebagaimana mereka gugurkan Nasharudin (Mat Isa) dari anggota Majlis Syura Ulama?
"Sebenarnya fatwa Dr Nik Mazian yang mengarut itu sama seperti fatwa mengkafirkan Umno. Umno tiada masalah kalau Pakatan Rakyat mahu meletakkan semua calon Melayu di kerusi yang ditandingi Umno," katanya.
Semalam Dr Nik Mazian menggesa PKR meletakkan calon Islam sekiranya menentang Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beliau berkata jika PKR bertegas meletakkan calon bukan Islam, maka pengundi harus memilih calon Umno.
"Jika calon PKR bukan Islam, adalah baik untuk pengundi mengundi calon Umno bagi menjaga kepentingan Islam," katanya kepada Antarapos.
Tambah Dr Nik Mazian, dalam apa jua keadaan haram bagi pengundi Islam memilih calon Umno sekiranya lawannya adalah calon PAS.
"...yang mana perlu dipertahankan? Ada calon PKR bukan Islam lawan calon Umno...sebab itu kalau boleh biar calon Islam lawan calon Islam dan calon bukan Islam lawan calon bukan Islam. Kita perlu buat pilihan, pilihan calon ikut majoriti pengundi di kawasan bertanding.
"Mudah...tapi kalau PAS lawan Umno, haram pilih Umno...pilih PAS sebab kita perjuang Islam," katanya.
Bukti pemimpin PAS tidak matang
Tambah Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, sikap pemimpin PAS yang sering mengeluarkan kenyataan sesuka hati menggambarkan kemunduran pemikiran politik parti Islam itu.
Beliau berkata PAS perlu mendapatkan kebenaran DAP sekiranya mahu melaksanakan idea untuk meletakkan calon Islam bertanding menentang calon Islam daripada Umno.
"Soalnya PAS perlu minta kebenaran daripada DAP terlebih dulu sebelum ia terlaksana. Sebenarnya fatwa Dr Nik Mazian menggambarkan betapa mundurnya pemikiran politik PAS yang tidak banyak berubah.
"PAS sebenarnya 'desperate' untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu yang semakin merosot ekoran isu kalimah Allah," katanya.
KOTA BHARU 2 Feb. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diibaratkan 'melontar batu sembunyi tangan' dengan ''melambungkan' isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu sehingga mengakibatkan percakaran antara umat Islam daripada pelbagai parti.
Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Pertubuhan Ilmuwan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahya berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu seolah-olah mempunyai agenda tertentu apabila membangkitkan isu sensitif tersebut.
"Guan Eng ibarat melontar batu sembunyi tangan. Musibahnya, kita terus bercakaran sama ada menyokong dan membantah isu pengunaan kalimah Allah itu," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel dalam forum Bicara Minda bertajuk "Melayu, Islam di Malaysia' di sebuah hotel di sini malam tadi.
Sementara itu, Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) mengingatkan umat Islam supaya tidak terus terjebak dengan perangkap DAP yang mahu melaga-lagakan mereka melalui isu kalimah Allah demi keuntungan politik parti itu.
Presidennya, A. Rahman Mahadi berkata, DAP berbuat demikian kerana mahu mengambil kesempatan atas percakaran umat Islam selain melemahkan orang Melayu supaya berpecah belah pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Melalui strategi itu katanya, agenda DAP untuk menguasai tampuk pemerintahan negara semakin mudah kerana tiada parti politik Melayu yang benar-benar kuat dan peluang tersebut akan digunakan bagi merealisasi nafsu besar parti itu.
"Mereka yang merancang perkara ini sangat jahat, licik dan tidak pernah memikirkan rasa bersalah perbuatan itu terhadap orang Melayu yang selama ini terlalu banyak bertolak ansur dan tidak pernah mempermainkan agama bukan Islam.
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini menegaskan beliau akan kekal sebagai anggota Pas untuk memastikan perjuangan asal parti dalam menegakkan Islam dan membela orang Melayu tidak 'dicairkan' berikutan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP.
Beliau yang juga bekas anggota Majlis Syura Pas berkata, statusnya sekarang yang tidak menyandang jawatan dalam kepimpinan parti tidak menghalangnya daripada terus mempertahankan perjuangan asal parti.
"Tidak betul kata kalau tak jadi anggota Majlis Syura tidak boleh bersuara, saya masih boleh bersuara sebagai anggota biasa akar umbi parti. Saya mahu perjuangan asal Pas kekal, bukan sewenangnya dicairkan ikut kemahuan rakan pembangkang lain.
"Pas sebelum adanya pakatan pembangkang ini punyai kekuatan bagi berdiri dan maju sendiri sebagai sebuah parti yang perjuangkan Islam. Namun kekuatan itu dicairkan sedikit demi sedikit demi memenuhi kehendak pakatan itu," katanya kepada pemberita di kediamannya di Bandar Bukit Mahkota, Kajang di sini.
Isnin lepas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Nasharuddin masih kekal anggota Pas walaupun dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas, dan Nasharudin juga tidak disenarai sebagai calon Pas pada pilihan raya umum ke-13.
Nasharudin berkata, beliau menyertai Pas kerana parti itu dahulunya sentiasa konsisten memperjuangkan isu Islam.
"Mutahir ini dilihat kepentingan politik itu diambil kira terlebih dahulu.
Ia semakin melampau apabila semakin menghilangkan identiti Pas sebagai parti yang sentiasa konsisten memperjuangkan Islam, malah mula menenggelamkan suara akar umbi yang mahu perjuangan Islam itu di depan," katanya.
Mengenai pemecatannya daripada Majlis Syura, beliau berkata: "Saya akur dengan keputusan majlis itu, tetapi sehingga kini selepas lebih dua minggu saya hanya mengetahuinya melalui media tanpa apa-apa surat rasmi... saya juga ingin tahu apa status keanggotaan saya sekarang."
Ditanya adakah pemecatan beliau dan tindakan tidak meletakkan beliau sebagai calon Pas pada PRU13 berkait dengan golongan 'parasit Pas', Nasharudin berkata, pendirian Pas tentang sesuatu isu kini melanggar dasar utama parti hasil perbuatan parasit itu dan tidak menolak kemungkinan pemecatannya memudahkan usaha 'pelanggaran' itu.
Mengulas tindakan beliau mengikut lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini dan Makkah tidak lama dahulu sehingga menimbulkan kontrovesi di kalangan penyokong pembangkang, Nasharudin berkata, tindakan itu adalah perjuangan untuk membela nasib umat dan agama Islam.
"Ini adalah sumbangan saya untuk negara, tidak kira Umno, BN (Barisan Nasional) atau Pas, sekiranya ada peluang bagi saya membela nasib umat Islam dan memperjuangkan Islam, saya akan ambil.
"Pihak Umno dan BN menerima pendirian saya ini dengan tangan terbuka, mereka tidak kisah saya orang Pas. Sebagai seorang rakyat Malaysia bila negara mahukan saya menyumbang demi kemajuan Islam dan rakyat, saya terima dengan hati terbuka," katanya.
Nasharudin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau menerima habuan daripada Umno dan BN untuk berpaling tadah sambil menegaskan perjuangan Islamnya tidak boleh dijual beli. - Bernama
KUALA LUMPUR - Dua pemain tonggak Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria ditawarkan kontrak bersama kelab divisyen tiga dari Jepun, FC Ryukyu.
Perkara tersebut disahkan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee, namun jelasnya beliau belum memikirkan keputusan mengenai tawaran buat anak buahnya itu.
Kim Swee, yang ketika ini berada di Australia bersama pasukannya untuk beberapa siri perlawanan persahabatan di negara itu berkata, terdapat banyak perkara perlu diteliti sebelum menerima tawaran tersebut.
Menurutnya, dia mungkin membuat keputusan berhubung tawaran terhadap pemainnya apabila pulang ke Malaysia nanti.
"Benar mereka ditawarkan kontrak dari kelab Jepun tetapi kami masih belum memikirkan keputusannya selepas apa berlaku terhadap Nazmi Faiz Mansor.
"Saya mahu meneliti pelbagai aspek terutama dari segi ejen, keluarga, pemain itu sendiri sama ada sanggup atau tidak.
"Apabila pulang Australia nanti kita akan memberikan keputusan untuk membenarkan kedua-dua pemain ini pergi atau tidak, kita harus membincangkan tawaran ini dengan lebih teliti," katanya.
Kedua-dua pemain tersebut sebelum ini menjalani latihan pemilihan selama 19 hari bersama kelab berpangkalan di Okinawa itu yang berakhir pada 28 Julai tahun lalu.
Sementara itu, Wan Zack yang dihubungi Mingguan Malaysia semalam, memberitahu dia bersedia untuk beraksi di Jepun.
Menurutnya, sememangnya menjadi impiannya untuk beraksi di luar negara, sebagai batu loncatan ke arah karier bola sepaknya yang lebih cemerlang.
"Saya masih tidak tahu mengenai perkara ini namun jika diterima sudah tentu saya amat gembira.
"Pengalaman berada di sana sudah pasti tidak akan memberikan masalah kepada saya untuk mempamerkan prestasi yang lebih baik buat pasukan," kata Wan Zack.
SEGAMAT - Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menyifatkan tindakan Pas memecat bekas timbalan presidennya, Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura sebagai politik jumud dan tidak matang.
Pemecatan dibuat semata-mata kerana Nasharuddin menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, kata Mohd Puad.
"Ini membuktikan cara berpolitik pemimpin-pemimpin Pas sudah ketinggalan berbanding dengan Umno. Dia tidak memandang ke hadapan.
"Saya ragu terhadap keikhlasan perjuangan mereka," kata Mohd Puad pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Secara Berkelompok Sekolah-sekolah G7 Sesi 2013 di Sekolah Kebangsaan Kemedak, Batu Anam, di sini, hari ini.
Nasharudin dipecat majlis tersebut pada 13 Januari lalu atas alasan beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan. - Bernama
PETALING JAYA - Punca kepulangan mengejut bintang muda bola sepak negara, Nazmi Faiz Mansor ke tanah air baru-baru ini masih belum terjawab.
Sidang akhbar yang diadakan bersama pasukan baharunya, PKNS FC semalam gagal merungkai persoalan mengapa dia meninggalkan kelab divisyen satu Portugal, S.C Beira-Mar secara tiba-tiba.
Penjelasan yang dibuat Nazmi di sepanjang sidang media semalam mengecewakan, apabila penjelasannya langsung tidak menjawab persoalan pokok, mengapa dia meninggalkan kelabnya.
Lebih menghairankan adalah kekerapannya menoleh ke arah ejennya, Marco Guimaraes untuk dirujuk sebelum membalas soalan yang diajukan para pemberita, seolah-olah untuk 'bermain selamat'.
Tindak tanduknya bercanggah dengan kenyataannya bahawa 'keputusan yang dibuat adalah atas kehendak saya sendiri, bukan dipengaruhi sesiapa'.
Apabila diajukan soalan yang paling mahu diketahui iaitu mengapa dia berbuat demikian dan apakah langkah itu wajar untuk masa depannya, dia cuma membalas: "Ini bagus untuk masa depan saya dan tak ada apa pun yang boleh saya katakan pasal saya dan Beira Mar... saya akan buat yang terbaik di PKNS FC."
Untuk menjernihkan isu berhubung statusnya dengan Beira Mar, Nazmi berkata dia bukan lagi pemain kelab itu dan tidak akan kembali ke Portugal seperti yang dikhabarkan.
"Saya sudah dibebaskan oleh Beira Mar dan berita mengenai saya akan kembali ke sana selepas enam bulan, perkara itu tidak benar," jelas Nazmi.
Sekalipun menyifatkannya sebagai keputusan 'mengejut', Nazmi menegaskan keputusannya tepat setelah berbincang dengan kedua-dua ibu bapanya dan ejennya, Marco.
"Pengalaman di Beira Mar menyeronokkan, tapi saya sendiri memilih jalan ini, Alhamdulillah, saya yakin ini keputusan terbaik untuk saya. Saya mendapat restu daripada ibu dan ayah dan mendapat nasihat ejen saya, Marco."
Kepulangan mengejut Nazmi selepas menamatkan kontrak bersama Beira Mar pada Khamis lalu menimbulkan seribu satu soalan termasuk apakah hubungannya dengan kelab Portugal itu terjejas.
Dalam hal ini Marco menjelaskan: "Kontrak ditamatkan secara persetujuan bersama kedua-dua belah pihak,
"Tiada masalah berlaku, Nazmi bermain dengan baik di situ, tetapi akhirnya keputusan terletak di tangan pemain dan kelab sendiri."
Nazmi turut meluahkan impiannya untuk beraksi di Eropah masih belum pudar.
"Peluang saya masih tidak tertutup lagi, usia saya masih muda dan saya ada banyak masa lagi. Semoga dengan usaha saya di PKNS akan membuat laluan baharu untuk saya kembali ke Eropah selepas ini. Kalau ada rezeki untuk ke luar negara lagi, kenapa tidak?"
Brisbane, Australia: Ibarat tikam dari belakang. Itulah perumpamaan tepat yang membayangi kepulangan Nazmi Faiz Mansor ke Malaysia selepas berkelana di Portugal selama tujuh bulan.
Pemain SC Beira Mar itu yang pada awalnya mengikat kontrak tiga tahun bersama SC Beira Mar, kembali beraksi dalam kancah bola sepak tempatan apabila tidak sampai setahun berada di kelab divisyen satu itu dan mengikat kontrak bersama pasukan berstatus kelab, PKNS FC.
Malah tindakan 'pelik' terbabit langsung tidak ketahui pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bersusah payah membuka ruang untuknya mengembangkan bakatnya di Eropah.
Justeru, apa berlaku kepada Nazmi itu memberikan pengajaran cukup berguna yang jelas amat pahit untuk ditelan, namun ia bukan bermakna perancangan untuk menghantar pemain Harimau Muda yang lain beraksi di luar negara, terbantut.
"Cuma kita perlu berhati-hati apabila mengadakan perbincangan dengan ejen yang lebih jujur. Saya berharap perkara sama tidak menimpa Ahmad Fakri Saarani dan dia dapat meneruskan kariernya di tahap lebih tinggi," katanya.
Pemergian Nazmi Faiz ke Portugal diuruskan Marco Guimaraes yang turut bertindak sebagai ejen Ahmad Fakri yang kini beraksi bersama kelab divisyen tiga Portugal, Atletico SC dengan kontrak enam bulan.
Kepulangan perancang tengah itu dilihat 'membunuh bola sepak negara' kerana Nazmi dianggap sebagai seorang pemain berbakat dan dilihat mampu membawa perubahan dan peningkatan kepada skuad negara, terutamanya menjelang misi mempertahankan emas Sukan Sea penghujung tahun ini.
Perancangan saya untuk Sukan Sea tidak berubah dengan dia perlu membuktikan kemampuannya untuk tersenarai," katanya yang mempunyai bilangan pemain muda yang tidak terhad untuk mengemudi bahagian tengah.
Tindakan Nazmi Faiz itu dikatakan menyebabkan peluang Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Zakaria ke Jepun untuk bersama kelab FC Ryukyu turut terkena tempias.
Ramai dah tahu bintang muzik pop Korea yang mencipta fenomena menerusi lagu Gangnam Style, Psy bakal hadir ke Malaysia sempena satu konsert besar sekitar Mac nanti, Namun nampaknya 'oppa gangnam style' ini akan hadir lebih awal daripada yang dijangka para peminat beliau di sini.
Menurut laporan The Star, Psy telah pun ditempah untuk hadir membuat persembahan di rumah terbuka anjuran Barisan Nasional (BN) bersempena sambutan Tahun Baru Cina.
Ini bermakna Psy akan hadir juga buat kali kedua pada pertengahan Mac ini untuk memeriahkan Future Music Festival Asia (FMFA) 2013.
Rumah terbuka itu akan berlangsung pada 11 Februari ini di Han Chiang High School, Pulau Pinang bermula jam 10.00 pagi & akan turut di'hadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
- mD
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kebelakangan ini sudah banyak dan jelas kedengaran suara-suara rakyat disana-sini yang tidak puas hati dengan sikap para pemimpin serta parti pembangkang termasuklah Nik Aziz Mursidul Am Pas (baca Mursidul HAMPAS). Tidak puas hati dan protes ini diterjemahkan dengan pembagai cara antaranya memulaukan sebarang ceramah dan pertemuan yang melibatkan parti pembangkang, bahkan ada yang lebih berani menyuarakannya diforam-foram tertentu termasuklah di facebook dan laman blog.
Berikut saya salinkan Suara Rakyat yang menolak Nik Aziz yang saya angkat dari laman blog 'TheUnSpinners' untuk pertimbangan pembaca sekelian. Yang jelasnya adalah Nik Aziz semakin sesat dan menyesatkan, yang membenci sesama Islam tetapi menyayangi kafir, yang pernah menyatakan bahawa rela bersahabat walaupun dengan syaitan semata-mata kerana bencikan UMNO.
1. Apa yang perlu dihairankan sangat dengan tindakan sesat Nik Aziz laknatullah. Bukankah dia hanya mengikut telunjuk moyangnya yang jauh lebih hebat:
Orang Khawarij membuat ulah lagi dengan mengkafrkan Ali r.a. dengan berkata,
كفرت لأنك حكمت رجالا في حكم الله, إن الحكم إلا لله
"Anda telah kafir karena Anda telah menyerahkan urusan tahkim kepada orang dalam hukum Allah. Tiada yang berhak menghukum melainkan Allah."
sepertimana moyangnya terdahulu pernah membentak Nabi (saw):
Untuk melihat sifat‑sifat mereka lebih jauh, kita lihat hadits‑hadits Rasul saw. yang membicarakan hal ini, diantaranya:
عن أبي سعيد الخذري قال: بينما نحن عند رسول الله (ص) وهو يقسم قسما أتاه ذوالقويصرة وهو رجل من بني تميم فقال: يا رسول الله اعدل. قال رسول الله (ص) ويلك ومن يعدل إن لم اعدل؟ قد خبتُ وخسرتُ إن لم اعدل. فقال عمر بن خطاب (ض) يا رسول الله ائذن لي فيه اضرب عنقه. قال رسول الله (ص) دعه فإن له أصحابا يحقر أحدكم صلاته مع صلاتهم وصيامه مع صيامهم يقرئون القران لا يجاوز تراقيهم ويمرقون من الإسلام كما يمرق السهم من الرمية
Dari Abi Said Al‑Khudry berkata, Tatkala kami bersama Rasulullah saw. dan beliau sedang membagikan ghanimah, datang Dzul Khuwaishirah salah seorang dari Bani Tamim dan berkata, "Wahai Rasulullah berbuat adillah!" Berkata Rasulullah saw., "Celaka! Siapa yang akan berbuat adil jika saya tidak berbuat adil? Niscaya saya celaka dan binasa jika saya tidak adil." Berkata Umar bin Khattab, "Wahai Rasulullah! Ijinkan saya memenggal lehernya." Berkata Rasulullah saw., "Biarkanlah dia. Sesunggulinya dia mempunyai banyak teman, dirnana dianggap remeh shalat di antara kalian dibanding shalat mereka, puasa kalian dibanding puasa mereka, mereka membaca Al‑Qur'an tidak sampai kecuali pada tenggorokan mereka. Mereka keluar dari Islam sebagaimana lepasnya anak panah dari busur." (HR. Bukhari dan Muslim)
Jadi kira Awang Adek ini nothing buat Setan macae Nik Aziz laknatullah. Tetapi Nik Aziz jangan ghirah sangat naik main benda kafir mengkafir kerana akan muncul orang beriman yang akan ikut pesanan Rasulullah (saw):
وفي رواية: إن من ضئضئ هذا قوما يقرئون القرآن لا يجاوز حناجرهم يقتلون أهل الإسلام ويدعون أهل الأوثان يمرقون الإسلام كما يمرق السهم من الرمية لئن أدركتهم لأقتلنهم قتل عاد
Dalam riwayat yang lain: "Sesungguhnya dari keturunan ini ada kaum yang membaca Al-Qur'an yang tidak sampai kecuali pada kerongkongan, mereka membunuh orang Islam dan membiarkan penyembah berhala, mereka keluar dari Islam sebagaimana lepasnya anak panah dari busurnya, jika saya menjumpai mereka pasti akan saya bunuh mereka seperti membunuh kaum Aad." (HR. Bukhari dan Muslim)
dan itu jam usah melatah....
Warrior 231 2. Sebelum nak usaha mintak duit minyak yang tengah kaut nun, tuntutlah duit royalti lombong bijih emas, besi, perak, balak, air semulajadi (dibotol jual sebagai mineral water) dan pelbagai sumber alam dari taukey-taukey Cina yang dapat pajakan daripada Kelantan dulu. Anonymous
1. Yang datang berceramah naik kereta mewah dan menerima duit 'derma jihad', tetapi yang menderngar ceramah datang dengan honda cup buruk, kekadang lamp[u pun tak ada dan memberi derma. Berapa jumlah kutipan dan kemana disalurkan ada siapa yang tahu?
2. Apakah derma untuk tumbangkan kerajaan yang diperintah oleh orang Islam yang masih menunaikan kewajipannya sebagai orang Islam dianggap jihad? Ini bukan jihad tetapi ini jahat!
3. Kerajaan bina lebuhraya dan mengutip tol di tentang pembangkang, namun di Kelantan mereka sendiri sebelum lebuhraya dibina dan dikenakan tol (derma JAHAT), ni apa pulak ceritanya?
4. Dalam Barisan Nasional, pemimpin bantu rakyat tetapi dalam pakatan pembangkang rakyat kena bantu pemimpin.....derma serta sokong pemimpin walaupun didapati salah meliwat....ni apa cerita?
Loh. Cai PR ni buat keje tak sistematik laa. Kot ye po nak buat fake akaun untuk UAI tak payah laa sampai banyak akaun, satu cukuplah..!! . Bukan ada limit follower pon. kehkehkeh!!
akaun penipu 1
akaun penipu 2
akaun penipu 3
Tapi nasib baik laa akaun facebook dia yang ori ni tak dapat nak menipu ramai orang. haha. Sebenarnyakan.. banyak lagi akaun fake UAI ni, tapi aku takde laa rajin sangat nak print satu-satu. haha. Nah kenyataan rasmi dari facebook UAI.
Walaupun UAI ni ostad PAS, tapi bila bab kebenaran, aku tak boleh laa nak sorokkan. hehe. tapi aku pon tak sure yang facebook ni pon ori ke tak. haha!! So sapa-sapa yang follow UAI di twitter boleh laa unfollow. Dia ni tak real. Hehe.
Bandingkan dua video di atas dan di bawah. Jelas dalam Program My Beautiful Malaysia, anak muda berhimpun dan dididik dengan nilai murni dan semangat kesukarelaaan yang positif, bukan macam dalam video di atas, mereka dididik untuk menjadi samseng jalanan. Anak-anak muda dalam My Beautiful Malaysia diajar menanam pokok demi masa depan negara tetapi anak muda pembangkang diajar menanam kebencian yang boleh menghancurkan negara, Anak-anak muda dalam My Beautiful Malaysia berganding bahu membawa wajah yang indah dan ceria negara Malaysia, sedangkan budak pembangkang dalam perhimpunan seperti bersih diajar untuk mencemar dan menghodohkan wajah negara. Tolak PR demi masa depan negara yang lebih gemilang, aman dan harmoni.
PROGRAM BEUTIFUL MALAYSIA DI PARIT BUNTAR SATUKAN MASYARAKAT
Seluruh tanah air hari ini menjalankan program 'Beutiful Malaysia' dan tidak ketinggalan juga di kawasan Parit Buntar dimana program ini berjalan disemua peringkat termasuklah mukim dan daerah.
Program pringkat Daerah Krian telah dijalankan di Kawasan Kuala Gula dan program peringkat mukim pula dijalankan di kawasan Parit Buntar.
Apa yang menjadi perhatian program ini ialah, ianya dilihat berjaya menyatukan masyarakat di semua peringkat dalam mengindahkan serta menjaga kehijauan alam semula jadi.
Tidak ketinggalan dalam program yang berlangsung di mukim Bagan Tiang golongan belia yang di ketuai oleh Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Saudara Mua'amar Ghadafi Jamal serta orang ramai, beliau telah memfokuskan kawasan kawasan kampung untuk menjalankan aktiviti gotong royong berkenaan.
Moga program program seperti ini dapat berjalan secara berterusan demi menjaga kesefahaman serta keserasian antara masyarakat.
Sejuk mata memandang apabila menonton Buletin Utama TV3 malam tadi yang memperlihatkan Menteri Besar Kedah, DS Azizan Abdul Razak berlapang dada dengan mengamalkan politik muafakat dan mengenepikan ideologi politik apabila bersama-sama dengan DS Dr Chor Chee Heung, Ahli Parlimen Alor Setar dan Dato Ahmad Bashah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah untuk merasmikan program peringkat nasional "Beautiful Malaysia".
Hayat politik DS Ustaz Azizan di dalam PAS pastinya bagai telor di hujung tanduk apabila tindakan beliau hari ini pastinya mengundang kemarahan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat. Ini berikutan beberapa hari lepas Ahli Majlis Syura PAS dipecat apabila turut mengamalkan politik muafakat apabila mengiringi DS Najib Tun Razak ke Gaza. Apatah lagi Ustaz Azizan berbesar hati untuk memakai baju IM4U, satu projek Kerajaan BN untuk belia dan anak muda Malaysia.
Kita nasihatkan Datuk Nik Aziz Nik Mat agar bersikap terbuka di dalam hal ini. Apa salahnya jika Ustaz Azizan turut serta di dalam projek Nasional Kerajaan BN. Nik Aziz Nik Mat pun pernah beberapa kali turun padang mengiringi DS Najib Tun Razak. Malah Nik Aziz Nik Mat turut memakai baju lambang 1Malaysia, projek nasional Kerajaan BN. Kenapa beliau tidak "memecat" dirinya sendiri? Gambar-gambar di bawah sebagai buktinya.
Gambar-gambar di atas CTS ambil dari laman sosial Twitter Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang mengeluh dan tak puas hati setelah banner-banner ucapan selamat Hari Wilayah darinya hilang. Banner-banner ini diletakkan di Kerinchi dan di Jalan Pantai Baru.
Mungkin Nurul Izzah terlupa beliau tinggal di Malaysia, khasnya ibukota Kuala Lumpur yang mempunyai undang-undang yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sekiranya undang-undang tidak dipatuhi, pastinya tindakan akan diambil. Begitu juga dengan banner-banner di atas. CTS yakin benar ianya tidak mendapat permit atau kebenaran untuk dipasang.
Salahkah DBKL untuk menanggalkannya? Tak payah cakaplah. Kalau di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Haram, pantang ada salah sikit yang dilakukan oleh Rakyat, pasti akan ditutup, disita atau diangkut oleh Majlis Perbandaran. Tak gitu? Kalau tak percaya, cuba baca laporan NST Online, di sini. Tokong Joseph Lim Guan Eng lagi kurang ajar menurunkan banner Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina di Penang. Kurang ajar? Tidak? Omputih kata "what goes a round comes around".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan