BLOG - BLOG PARTI PKR

Dicatat oleh Admin | | Posted On Selasa, 5 Februari 2013 at 7:27 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 05 Feb 2013 03:26 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


BENGKEL MINDA POSITIF ~9 FEB SABTU~ DEWAN DATO ABD HAMID~BATANG KALI

Posted: 04 Feb 2013 03:59 AM PST

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 05 Feb 2013 01:23 AM PST

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Promo Program Penerangan Taman Kaya, Simpang

Posted: 04 Feb 2013 08:30 PM PST

Program penerangan berikutnya akan diadakan di Taman Kaya, Simpang (Sekitar Pasar Taman Kaya) pada 7hb Feb 2013 bermula pada jam 9:00 malam.

Penceramah terdiri dari Puan Siti Aishah Shaik Ismail- Ketua Serikandi Keadilan Malaysia, En Howard Lee-Setiausaha Pemuda DAP Perak dan En Salman Saleh-Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak.

Wakil tempatan dan wakil NGO KERABAT juga akan memberi ucapan pada program ini.

En Howard dan En Salman kini sedang dalam siri roadshow penerangan isu penyelewengan tanah oleh kerajaan BN Perak.

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 04 Feb 2013 11:25 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM: PAS CAIR KEPADA PKR DAN DAP, US NASHA CAIR KEPADA UMNO?

Posted: 04 Feb 2013 02:00 PM PST

KedahLanie.info: [Video] TV3 & UMNO - Hati Sama Busuk memanipulasik...

Posted: 04 Feb 2013 03:41 AM PST

KedahLanie.info: [Video] TV3 & UMNO - Hati Sama Busuk memanipulasik...:   Begini busuknya TV3 dan UMNO memanipulasikan berita untuk rakyat... Jangan buat seperti rakya BODOH & BENGONG.... dan rakyat pula...

KedahLanie.info: UMNO lah punca menyebabkan Melayu berpecah dan tak...

Posted: 04 Feb 2013 03:34 AM PST

KedahLanie.info: Hutang ditinggalkan bertimbun tapi kerajaan Kedah ...

Posted: 04 Feb 2013 03:26 AM PST

KedahLanie.info: Hutang ditinggalkan bertimbun tapi kerajaan Kedah ...: oleh wartakedah.net KUALA KETIL – Dalam keadaan sumber ekonomi yang terhad dan hutang pemerintahan yang lepas masih 'bertimbun' di ...

KedahLanie.info: Pesanan pada muka-muka baru PAS...berjuanglah dulu...

Posted: 04 Feb 2013 03:23 AM PST

KedahLanie.info: Pesanan pada muka-muka baru PAS...berjuanglah dulu...: "PAS tidak akan dipatuk dari lubang yang sama lagi" (Ustaz Abdul Hadi berucap dengan penuh semangat hari ini di depan muka-muka baru ...

KedahLanie.info: [BONGKAR] Sudah RM3.41b Kerajaan Pusat belanja dui...

Posted: 04 Feb 2013 03:21 AM PST

KedahLanie.info: [BONGKAR] Sudah RM3.41b Kerajaan Pusat belanja dui...: DAP dakwa RM3.41b dibelanja untuk selamatkan SYABAS Setiausaha publisiti DAP Tony Pua mendakwa peruntukan tambahan sebanyak RM120 j...

Cetusan Mukara: Pahang bakal bertukar kerajaan negeri?

Posted: 04 Feb 2013 03:05 AM PST

Cetusan Mukara: Pahang bakal bertukar kerajaan negeri?: Pahang sebelum ini menjadi kubu kuat kepada pengaruh BN dan Umno khususnya. Tahap sokongan di negeri ini menyamai kekuatan Umno-BN di Joh...

Suara Sri Andalas

Posted: 04 Feb 2013 11:09 PM PST

Suara Sri Andalas


MB: Syabas Tidak Bebas Guna Peruntukan RM120 Juta

Posted: 04 Feb 2013 01:30 AM PST

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak sewenang-wenangnya boleh menggunakan peruntukan tambahan bernilai RM120  juta yang disalurkan kerajaan Pusat, kerana terikat dengan perjanjian bersama oleh kerajaan negeri.

Abdul Khalid menjelaskan, Syabas harus menerangkan setiap pelan rancangan untuk pembangunan industri air kepada kerajaan negeri.

"Syabas dan Puncak Niaga tidak bebas gunakan duit kerana dalam perjanjian mereka perlu terangkan kepada negeri dan dapat persetujuan untuk kos modal bagi projek pembangunan yang ingin dilakukan memandangkan terdapat aset-aset dimiliki kerajaan negeri.

"Duit ini mesti diterangkan kepada kerajaan negeri apa yang mereka (Syabas) nak buat kerana itu adalah salah satu perjanjian. Jika mereka tidak bagi projek dan senarai betul maka kami tidak akan luluskan projek," katanya.

Pada Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syabas bagi membantu mengatasi masalah air di Selangor.

Peruntukan itu adalah tambahan kepada dana RM606 juta yang diberikan kepada Syabas sebelum ini.
Ketika ditanya mengenai kenyataan Najib bahawa 430 projek pembangunan tertangguh ekoran masalah air di negeri itu, Abdul Khalid berkata perkara itu sudah selesai.
 
Syabas tidak boleh luluskan

"Dalam perjanjian dengan Syabas dan kerajaan Pusat,  semua pentadbiran air mahupun kelulusan projek yang memerlukan air adalah ditadbir oleh Pengarah Kawal Selia Air di bawah Unit Perancang Ekonomi Selangor. Syabas tidak beri kelulusan,  sebaliknya oleh Pengarah..itu muktamad. Malah Pengarah dan luluskan 400 projek tersebut," jelas beliau.

Beliau ditemui ketika merasmikan Konvensyen Antarabangsa Pendidikan, Dasar Pendidikan Negara 2013-2025 di Universiti Selangor (Unisel) hari ini yang turut dihadiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sumber: FreeMalaysiaToday

Bantuan RM120j Najib Tiada Kena Mengena Dengan Krisis Air, Kata PR Selangor

Posted: 04 Feb 2013 01:20 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor menimbulkan kesangsian sama ada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) ketika ini berhadapan masalah kewangan sehingga menyebabkan Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bantuan tambahan RM120 juta kepada syarikat air tersebut, serta mendakwa langkah tersebut tiada kena mengena dengan krisis air yang dituduh oleh kerajaan pusat sebelum ini.
Pemimpin PR menyifatkan ia hanya lebih kepada gimik politik menjelang pilihan raya tidak lama lagi.

Langkah Perdana Menteri (PM) mengumumkan bantuan tersebut pada hujung minggu lalu mempunyai kaitan dengan tindakan kerajaan PR negeri Selangor apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan tempoh 14 hari kepada Putrajaya untuk menjawab tawaran mereka untuk mengambilalih SYABAS.

"Kenapa perlu Najib suntik wang kepada SYABAS? Kenapa tambah peruntukkan itu, untuk apa? Bagi saya, ia tidak akan selesaikan masalah pengurusan air oleh SYABAS hingga sebabkan bekalan terputus di sekitar Lembah Kelang," kata Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Zuraida juga mengecam langkah Najib yang membuat pengumuman tersebut dikawasannya Ampang serta menyifatkan tindakan tersebut cubaan untuk meraih sokongan dengan mempolitikkan isu air di Selangor.

"Bagi saya ini hanya gimik politik oleh BN untuk meraih sokongan rakyat, ia jelas sebab diumumkan di Ampang," kata Ketua Wanita PKR itu lagi yang merujuk kepada program yang dihadiri oleh Najib di Ampang hujung minggu lalu.

Dalam pada itu, pemimpin DAP Ronnie Liu menegaskan tiada krisis air di Selangor tetapi sebaliknya pengurusan SYABAS yang berhadapan dengan krisis dan masalah hingga menyebabkan rakyat di Selangor menjadi mangsa kepada kegagalan mereka mentadbir air di Selangor dengan baik.

"Bantuan RM120 juta oleh Najib ini buktikan SYABAS gagal menguruskan air di Selangor.

"Bagaimana negeri lain boleh mendapat untung dan mengekalkan infrastruktur tetapi SYABAS tidak boleh?" soal ahli mesyuarat negeri (exco) kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan itu lagi.

Beliau juga mempersoalkan keupayaan SYABAS dalam mengendalikan dan menyelenggara bekalan air di Selangor memandangkan setiap kali masalah air berlaku pentadbiran Najib terpaksa campur tangan.

"Ini bermaksud SYABAS terpaksa bergantung kepada kerajaan dan Najib untuk mengekalkan perniagaan mereka. Wang diberikan Najib itu tiada kena mengena dengan krisis, tiada krisis air di Selangor," tambah beliau lagi.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan pendapat berbeza apabila menyifatkan langkah Najib tersebut sebagai usaha untuk menyelamatkan syarikat kroni daripada terus mengalami kerugian dan mahu Putrajaya menjelaskan bentuk perjanjian dengan SYABAS dalam pemberian bantuan kewangan tersebut.

"Adakah ini untuk menyelamatkan (bail out) dan menebus kerugian yang dialami oleh SYABAS?" kata Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS itu.

"Putrajaya perlu menerangkan dan menjelaskan apakah terma perjanjian dan SYABAS juga perlu memperincikan bentuk penambahbaikan yang akan mereka lakukan. Jika mereka tiada penjelasan, saya rasa tiada gunanya bantuan tersebut, ia sekadar hanya untuk menyelamatkan syarikat kroni," tambah beliau.

Bantuan kewangan tersebut bukan kali pertama disalurkan oleh kerajaan pusat, malahan pada 2009 pinjaman mudah tanpa faedah bernilai RM320.8 juta dilanjutkan hingga 20 tahun serta kemudiaannya dilanjutkan 20 tahun lagi dengan nilai RM110 juta pada Oktober 2011 diberikan kepada SYABAS.

Kemelut isu air di negeri Selangor berterusan selepas pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) menentang projek Langat 2 diumumkan oleh kerajaan pusat kerana menyifatkan ia berkos tinggi dan menyebabkan negeri tersebut terpaksa meningkatkan tarif air dan terpaksa memungkiri janji mereka untuk memberi air murah, polisi PR yang diperkenalkan selepas memenangi pilihan raya 2008.

Untuk melancarkan proses, Selangor memulakan langkah untuk mengambil alih pada 2009 dengan menawarkan untuk membeli Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS pada harga RM5.7 bilion tetapi kemudiaannya telah ditolak.

Abdul Khalid berkata, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air di Sabak Bernam menyatakan Putrajaya tidak menghalang kerajaan negeri mengambil alih perkhidmatan air menyebabkan kerajaan negeri membuat keputusan tersebut.

Tahun lepas, Abdul Khalid dilaporkan telah meningkatkan tawaran lebih daripada RM9 bilion untuk mengambil alih semua aset dan liabiliti syarikat tersebut termasuk bon.

Awal bulan ini, ribuan pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air berikutan kerosakan sistem pam tambahan di Rumah Pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.

Gangguan air tersebut antara yang terburuk sejak PR mengambil alih negeri Selangor.

PR memerintah Selangor dan menguasai 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur.

Sumber: TheMalaysianInsider

Jumlah Pampasan Air : Selangor Tunggu Keputusan Timbang Tara

Posted: 04 Feb 2013 01:10 AM PST

SHAH ALAM 4 FEB : Tawaran harga pampasan kepada empat syarikat konsesi air Selangor dalam usaha mengambil alih perkhidmatan air akan ditentukan melalui proses timbang tara antarabangsa.

Pada ketika ini, operasi air terawat dikendalikan syarikat konsesi Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd.

Sementara pengagihan air terawat pula dikendalikan konsesi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perkara itu akan dimaklumkan kemudian selepas semua prosedur dilaksanakan.

Katanya, syarikat konsesi boleh memaklumkan jangkaan harga tawaran itu kepada media tetapi Kerajaan Negeri menunggu hasil keputusan perunding timbang tara antarabangsa.

"Buat masa ini kita tidak umumkan berapakah jumlahnya kerana ia ada hubungan dengan 'security commision', kita tidak boleh membuat pengumuman sekarang kerana ia adalah maklumat sensitif dan melibatkan bursa saham.

"Jadi kita akan umumkan semasa kita mahu ambil alih nanti," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvesyen Pendidikan Antarabangsa di Universiti Industri Selangor (Unisel) 2013.

Minggu lalu, Kerajaan Negeri mengumumkan akan mengambil alih perkhidmatan air dalam tempoh 14 hari.

Pada 31 Januari 2010, Kerajaan Negeri menawarkan nilai pampasan sebanyak RM 9.27 bilion namun jumlah tersebut ditolak kesemua syarikat tersebut.

Usaha mengambil alih perkhidmatan air daripada empat syarikat tersebut adalah sebahagian daripada objektif Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk menstruktur semula industri air.


Sumber: Selangorku

430 Projek Tertangguh Didakwa BN, Sudah Diselesaikan Kerajaan Negeri

Posted: 04 Feb 2013 01:00 AM PST

SHAH ALAM 4 FEB : Krisis air yang menyebabkan 430 projek pembangunan ditangguhkan seperti yang didakwa oleh Umno-BN kini sudah diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata hal itu diselesaikan selepas Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) membenarkan perkara itu diluluskan.

Katanya, selain Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Kerajaan Negeri turut mempunyai kuasa bagi memberi kelulusan projek pembangunan dilaksanakan mengikut perjanjian konsesi.

"Semua pentadbiran air ini dibawah Pengarah Kawal Selia Air di bawah UPEN, jadi jika Syabas tidak beri kelulusan tetapi UPEN beri kelulusan maka ia boleh dilaksanakan.

"Jadi ia tidak ada masalah, sebab UPEN sudah beri kelulusan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Pendidikan 2013 di Universiti Selangor (Unisel).

Hadir sama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ; Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dan Presiden dan Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa krisis air di Selangor menyebabkan 430 projek pembangunan terpaksa ditangguh dan berbilion pelaburan tidak diperoleh di Selangor.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba menyelamatkan Syabas dengan tambahan peruntukan sebanyak RM120 juta.

Peruntukan ini dakwanya lagi menjadikan jumlah dana yang diberi kepada Syabas meningkat menjadi RM3.41 bilion dalam tempoh empat tahun.

Katanya, peruntukan tambahan itu juga membuktikan bahawa krisis air di Selangor dan Kuala Lumpur tiada kaitan dengan keperluan untuk penyaluran air dari projek Langat 2.

"Sebaliknya, ia membuktikan bahawa krisis itu adalah disengajakan oleh SYABAS untuk menaik taraf loji rawatan, membina kapasiti air tambahan yang dirawat serta membaiki dan menggantikan paip lama dan pecah," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim

Posted: 04 Feb 2013 07:27 PM PST

Anwar Ibrahim


Pakatan Mahu Tingkat Kebajikan Anggota Tentera, Polis

Posted: 03 Feb 2013 08:40 PM PST

KeadilanDaily

Nasib anggota tentera dan polis serta badan pencegahan jenayah tidak akan diabai apabila Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kebajikan badan itu sama ada masih berkhidmat atau bersara akan diberi setimpal dengan pengorbanan menjaga keselamatan negara.

"Pakatan tidak mahu tentera dan polis dianak tiri kerana mereka juga rakyat. Dalam program, kita peruntukkan beberapa kemudahan yang bakal dinikmati mereka.

"Kita tidak mahu ada antara mereka terpaksa tinggal di rumah setinggan tanpa keperluan asas secukupnya seperti yang berlaku dalam pemerintahan Umno BN.

"Bekerja tidak kira siang atau malam, di tengah-tengah panas, patutnya ada insentif tambahan untuk mereka," kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Berucap pada majlis Hi-Tea bersama 500 rakyat di Kampung Gangsa, Durian Tengah, petang semalam, Anwar berkata, jasa dan pengorbanan polis dan tentera tidak boleh sama sekali dipandang rendah.

"Tentera seolah-olah tiada nilai di mata Umno BN apabila wang mereka dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dirompak, kemudian diserah kepada Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Roopiah.

"Dia kebas duit berjuta-juta, dapat tanah seluas 223 ekar, tentera dapat apa? Inilah contoh pemimpin yang tidak jujur. Demi mengkayakan sesama sendiri, sanggup mencuri dana tentera" katanya.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh, Khoo Paoy Tiong dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari.

Wee Choo Keong

Posted: 04 Feb 2013 03:27 PM PST

Wee Choo Keong


Once YM Tunku Aziz was a Malaysian “PAR EXCELLENCE” & “TOWERING MALAY”

Posted: 04 Feb 2013 05:07 AM PST

On 24-8-2008 when welcoming YM Tunku Aziz into the DAP under special “Fast Track” facility in the DAP, only enjoyed by its Supreme leader, YB Lim Kit Siang, who has said in his blog: Welcome Tunku Aziz into the DAP. Tunku Aziz, Malaysia's most famous crusader for integrity and transparency, has been appointed a DAP [...]

BULETIN RAKYAT

Posted: 04 Feb 2013 11:59 AM PST

BULETIN RAKYAT


BENGKEL MINDA POSITIF UTK USAHAWAN ~9 FEB SABTU~ DEWAN DATO ABD HAMID BATANG KALI~

Posted: 04 Feb 2013 04:01 AM PST

PERHATIAN UTK USAHAWAN.BAKAL USAHAWAN!!!!!
Tiada mentor? Tiada ilmu perniagaan? Tiada Strategi perniagaan??
95 persen usahawan gagal dalam bisnes tanpa minda positif utk berjaya. Minda utk jualan melimpah, aliran tunai berganda...Tempat terhad, datang ke BENGKEL MINDA POSITIF ~ 9 fEB 2012 sabtu ~ 9 PAGI~ Dewan Dato Abd Hamid Batang Kali (BERHADAPAN exonsaves...)

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 04 Feb 2013 11:10 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


CERAMAH UMUM

Posted: 03 Feb 2013 11:54 PM PST


Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PKR

Catat Ulasan