CINA ISLAM (林川興) Posted: 04 Feb 2013 01:37 AM PST 250,000 akaun Twitter digodam Posted: 04 Feb 2013 12:10 AM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Populariti Twitter menurun? NEW YORK - Sebanyak 250,000 akaun Twitter dilaporkan digodam, kelmarin sekali gus ia dilihat sebagai gangguan keselamatan berprofil tinggi terbaru terhadap rangkaian internet. Pengarah maklumat keselamatan Twitter, Bob Lord berkata, penggodam itu berjaya memecah masuk lebih 200,000 akaun laman sosial termasuk nama pengguna, alamat emel dan kata laluan. "Twitter turut mengesan beberapa cubaan pencerobohan melibatkan data pengguna," katanya. Dua minggu lalu, beberapa syarikat terkemuka termasuk Apple dan Mozilla terpaksa menutup perkhidmatan Java mereka bagi mengurangkan risiko digodam. Lord berkata, pengguna Twitter yang berhadapan masalah ini perlu membetulkan semula kata laluan sebelum diberi akses seperti biasa. - Al-Jazeera | Kelab IPT BN: Pesan saya, Khairy letak jawatan Posted: 03 Feb 2013 11:55 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: "Pesan saya kepada Khairy, letak jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno dan daftarlah di mana-mana IPT tempatan untuk melayakkan anda menjadi Pengerusi Kelab IPT Barisan Nasional," kata Syis Abdul Kadir.
Bagi Pengerusi Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) itu, mahasiswa telah bijak untuk membuat penilaian dan pilihan.
Justeru, ujarnya jika Khairy Jamaludin (gambar) sibuk menubuhkan Kelab IPT Barisan Nasional (Kibar) dengan meletakkan sasaran keahlian 5,000 ia bukan idea asli mahasiswa itu sendiri.
"Kenapa Ketua Pemuda UMNO yang bersungguh-sungguh menubuhkan kelab penyokong?" tanya beliau dalam satu kenyataan.
Kenyataan penuh seperti di bawah.
Kerajaan UMNO sekarang ini sangat terdesak untuk meraih simpati dan undi termasuklah dari mahasiswa. Pindaan AUKU dan terbaru pengumuman kelab IPTA BN merupakan sekadar kosmetik supaya kerajaan UMNO/BN ini dilihat mesra mahasiswa serta ingin membawa perubahan dalam universiti.
Jika kerajaan benar-benar ingin menghargai suara mahasiswa mansuhkan AUKU. Itulah kunci yang menyekat pemikiran dan nilai aktivis mahasiswa. Kalau serius kerajaan ingin membawa agenda perubahan kepada universiti perlu disemak kembali polisi pengajian tinggi negara.
Pernyataan saya ini berdasarkan apa yang berlaku dalam penggal ini. Boleh dikatakan 4 tahun kebelakangan ini sekurang-kurangnya 20 orang mahasiswa dijatuhkan hukuman berdasarkan akta rimba AUKU.
Bahkan menurut laporan dari SUARAM aktivis mahasiswa yang paling ramai ditangkap oleh pihak berkuasa berbanding dengan aktivis masyarakat dan politik bagi tahun 2011.
Apa maknanya pindaan terhadap AUKU jika dalam masa yang sama masih ada sekatan-sekatan terhadap mahasiswa di peringkat universiti. Contohnya berkenaan AUKU pindaan 2012 yang membenarkan pelajar universiti memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan atau pertubuhan di dalam dan di luar kampus. Tetapi tetap ada sekatan buat mahasiswa diperingkat universiti dengan peraturan yang dinamakan Kod Tatakelakuan yang tidak membenarkan mahasiswa untuk terlibat aktiviti-aktiviti politik luar. Jadi pindaan ini sekadar gula-gula untuk kerajaan ini dilihat mesra mahasiswa dan membawa agenda perubahan. Mahasiswa tidak bodoh!
Pada saya mahasiswa telah bijak untuk membuat penilaian dan pilihan. Jika Khairy Jamaludin sibuk menubuhkan Kelab IPT Barisan Nasional (BN) (KIBAR) dengan meletakkan sasaran keahlian 5,000 pada saya ia bukan idea asli mahasiswa itu sendiri. Kenapa Ketua Pemuda UMNO yang bersungguh-sungguh menubuhkan kelab penyokong? Jika sekadar kelab semestinya tiada suara untuk berperanan sebagai decision maker di dalam parti. Tidak lain hanya untuk meraih simpati dan sokongan mahasiswa. Ini tindakan terdesak untuk menghadapi PRU 13. Sehingga kini tidak diumumkan organisasi tertinggi dan agenda kelab penyokong ini. Yang dilihat bersungguh-sungguh dalam penubuhan kelab ini hanya Khairy sendiri. Kesian!
Penubuhan kelab ini bukannya ruang untuk meraikan suara mahasiswa tetapi untuk memastikan mahasiswa tunduk dan ikut telunjuk UMNO/BN. ini adalah projek pembodohan!
Pesan saya kepada Khairy, letak jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO dan daftarlah di mana-mana IPT tempatan untuk melayakkan anda menjadi Pengerusi Kelab IPT Barisan Nasional.
harakah/- | PAS Perak ada ramuan untuk menang PRU13 Posted: 03 Feb 2013 11:54 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan bahawa PAS akan sentiasa komited dan istiqamah bersama Pakatan Rakyat bagi menumbangkan kuasa Umno BN yang sudah lama bertapak di Malaysia khususnya di Perak.
Menurutnya, perjuangan melalui landasan dimensi baru oleh Pakatan Rakyat ini adalah suatu perjuangan yang realiti dan pastinya mewakili komposisi kaum, stratafikasi sosial serta pluralisasi budaya yang wujud di bumi Malaysia.
Kata beliau, pemimpin dan pendukung Pakatan Rakyat tidak akan larut serta termakan dengan kempen dan idea-idea perkauman sempit yang kian dikumandangkan oleh BN khususnya Umno menjelang pilihanraya.
Abu Bakar menjelaskan, idea yang menghalang kelancaran persefahaman antara kaum dan agama dalam komponen Pakatan Rakyat perlu diketepikan.
"PAS Perak akan mengenepikan sikap perkauman dan ketuanan bangsa yang digunakan Umno selama ini dalam menghalang masyarakat bukan melayu melihat Islam sebagai suatu agama yang indah dan baik," katanya ketika ditemui Harakahdaily.
Ujar beliau, pertautan kerja erat antara kaum dalam Pakatan Rakyat Perak adalah ramuan utama bagi mencapai kemenangan di Perak dalam PRU13 ini.
Ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi calon-calon PAS, Abu Bakar berkata, secara dasarnya semuanya telah selesai tanpa sebarang permasalahan.
Semua calon katanya sudah digerakkan bersama dengan setiap segmen masyarakat dan membuat kerja kebajikan yang melibatkan kepentingan masyarakat.
"Calon-calon yang akan bertanding mewakili PAS di Perak pada kali ini terdiri dari gabungan kekuatan ulama, pemuda, dan muslimat.
"Alhamdulillah, kesemuanya dibahagikan dengan seimbang dan saya yakin ramuan ini akan memberi kekuatan kepada PAS," jelas beliau.
Jadi secara keseluruhannya, beliau berkata, calon dan jentera pilihanraya PAS Perak sudah bersiap siaga untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa. Dalam perkembangan lain, Abu Bakar menegaskan, rakyat Perak masih bersama dan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat walaupun kerajaan yang tertubuh atas sokongan rakyat pada PRU12 lalu telah dirampas oleh BN.
"Tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak bukan kerana pilihan rakyat tetapi oleh perancangan zalim Umno BN bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.
"Saya yakin BN tidak mampu mempertahankan kerajaan sekarang kerana ianya bukan ditubuh atas kapasiti suara rakyat tetapi atas dasar kezaliman dan tidak menghormati hak rakyat.
"Kelompok rakyat yang selama ini menjadi talian hayat mereka juga sudah beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat," jelasnya lagi.
BN juga katanya tidak lagi ada kekuatan dan hanya mengharapkan saki baki kekuatan Umno yang mendominasi pengundi di kampung-kampung namun ianya tidak mampu untuk memenangkan BN dalam PRU13 nanti.
"MCA, MIC dan Gerakan di Perak sudah lumpuh dan hilang pengaruh kerana sebahagian besar pengundi Cina dan India sudah hilang kepercayaan kepada BN.
"Umno sudah hilang tonggak kekuatan mereka menyebabkan terpaksa menggunakan sentimen perkauman bagi meraih undi simpati orang Melayu dan ianya menyebabkan pengundi bukan Islam semakin benci kepada BN," jelas Abu Bakar.
harakah/-
| Lawat Bishop: PAS tonjol kemanusiaan melangkaui perbezaan Posted: 03 Feb 2013 11:52 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PAS menerima konsep kepelbagaian kaum yang wujud di negara ini dan sentiasa melihat perbezaan tersebut sebagai kelebihan dan keistimewaan dalam membina tamadun negara. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, biarpun wujud perbezaan dari sudut kepercayaan, kaum dan budaya, namun PAS tidak pernah meletakkan ianya sebagai halangan untuk saling hormat menghormati. Menurutnya, tindakan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melawat Pengerusi DAP, Karpal Singh, serta Bishop Pulau Pinang, Sebastian Francis sebagai satu contoh bagaimana PAS tidak pernah memisahkan prinsip kemanusiaan. "Itu satu terjemahan kepada orang Islam yang tak faham bahawa Islam tidak memisahkan kemanusiaan dengan kaum lain. PAS pecahkan dinding perkauman. "Juga memberi faham kepada orang bukan Islam bahawa inilah (cara) Islam dalam menangani masyarakat majmuk. Islam bukan tertutup dalam muamalah dengan pihak lain," katanya. Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama Harakahdaily baru-baru ini. Ketika berkunjung ke kediaman Karpal di Jelutong, Pulau Pinang sebelum ini, TG Nik Aziz diraikan ahli parlimen Bukit Gelugor itu penuh mesra dan akrab. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan turut diminta memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulang tahun kelahirannya ke-82. Dalam kunjungan terhadap Francis Sebastian pula, TG Nik Aziz juga telah dihadiahkan sebiji kek untuk dipotong. Kedua-dua kunjungan spontan tersebut dilihat memberi kesan mendalam kepada keharmonian antara agama di negara ini yang cuba dimainkan pihak tertentu. Ianya juga mencerminkan bahawa hubungan PAS dengan rakan Pakatan Rakyat yang lain sangat ampuh dan berbeza dengan apa yang cuba digambarkan media arus perdana yang dikawal Umno BN. Selain itu, TG Abdul Hadi sendiri sebelum ini memperlihatkan sikap toleransi PAS apabila turun melawat tiga buah gereja yang terbakar termasuk gereja Metro Tabernacle di Wangsa Maju pada 2010 lalu yang dipercayai angkara perbuatan khianat. harakahdaily/- | Arab Saudi cipta beg sekolah pintar Posted: 03 Feb 2013 11:42 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Arab Saudi cipta beg sekolah pintar RIYADH - Arab Saudi memperkenalkan rekaan inovatif dalam dunia pendidikan apabila berjaya mencipta beg pintar untuk pelajar. Pereka, Khalid al Jabal, 31, berkata, beg pintar itu berupaya meringankan beban guru dalam pembelajaran seharian apabila ianya lengkap dengan sistem perisian khas terdiri daripada modul pembelajaran. "Beg ini mengandungi komputer tablet, seberat dua kilogram. Peranti tablet ini mengandungi sistem program.
sinar/-
| Mumia berusia 4,000 tahun diimbas Posted: 03 Feb 2013 11:38 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
RICHMOND, Virginia - Para kakitangan Muzium Seni Halus Virginia di sini menganalisis mumia lelaki yang berusia 4,000 tahun pada Jumaat lalu.
Pihak muzium itu bekerjasama dengan sebuah pusat perubatan untuk membuat analisis itu dengan menggunakan mesin imbasan tomografi berkomputer.
Imbasan itu dibuat di Pusat Pengimejan HCA Virginia di sini.
Penggunaan mesin berkenaan akan membolehkan imej tiga dimensi mumia tersebut diperoleh dan membentuk semula wajah lelaki itu.
Pakar-pakar berharap mereka akan dapat mengetahui umur mumia yang bernama Tjeby dengan tepat, diet dan punca kematiannya menerusi data-data pengimejan mesin itu.
Mereka juga mahu mengetahui bahan yang digunakan untuk mengawet mayat lelaki tersebut dan organ-organ badan yang telah dikeluarkan.
Mumia itu ditemui di sebuah kawasan kubur di Sheikh Farag, Mesir dan digali pada tahun 1923. Penyelidikan yang dilakukan sebelum ini mendapati si mati mungkin berusia antara 23 hingga 40 tahun. - Agensi
| Digilis bas sekolah lepas jatuh motor Posted: 03 Feb 2013 11:25 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Shah Alam: Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila digilis sebuah bas sekolah selepas motosikal ditungganginya bergesel motosikal lain sebelum terjatuh di Kilometer 8.3 Lebuhraya Persekutuan berhampiran Seksyen 7, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa, Mohd Faiz Tasnim Mohd Roshidi, 19, mati di tempat kejadian selepas parah di kepala dan beberapa bahagian badan akibat digilis bas yang gagal mengelak. Mangsa yang juga operator kilang di Klang dalam perjalanan ke tempat kerja apabila dilanggar bas berkenaan yang datang dari Kuala Lumpur.
Ketua Trafik Shah Alam Deputi Superintendan Roslan Aziz berkata, mangsa tidak dapat mengawal motosikal sebelum bergesel motosikal lain yang berada pada kedudukan sama. Akibatnya, mangsa terbabas dan terjatuh.
"Sebuah bas dari belakang gagal mengelak mangsa dan melanggarnya sehingga terseret beberapa meter.
MAYAT mangsa di bawah bas.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat, manakala seorang lagi penunggang cedera ringan dan mendapatkan rawatan di hospital sama," katanya ketika dihubungi, semalam. Pemandu bas berkenaan sudah dipanggil untuk memberi keterangan.
metro/- | Briged tentera pertama wanita Posted: 03 Feb 2013 11:23 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Tentera wanita Assad. Tentera wanita Assad. Tentera wanita Assad. Unit pertama wanita Angkatan Pertahanan Kebangsaan Nasional Syria, diasaskan di bandar Homs mempunyai 500 anggota dari usia 18 dan 50 tahun. Pengarah Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, rejim mencipta pasukan separa tentera itu untuk menambah tentera dalam memerangi pemberontak. "Ia digelar modal revolusi oleh pembangkang. Homs adalah lokasi pertama kebangkitan rakyat melepaskan serangan di kawasan dikuasai pemberontak sejak 22 bulan lalu hingga menyebabkan banyak bangunan musnah dan kematian," katanya. Selain itu, Homs juga adalah kawasan dihuni 1.5 juta penduduk fahaman Sunni, Kristian dan Alawites. Sebanyak 80 peratus daripada penduduk Homs adalah fahaman Sunni dan menyokong tentera pembebasan manakala 10 peratus adalah Alawites seperti Presiden Assad dan Kristian di lima peratus kebanyakannya menyokong rejim Assad. Abir Ramadan Pada usia 40 tahun, Abir Ramadan menyertai unit separa tentera Syria yang merupakan kuasa baru dalam ketenteraan rejim Assad. Beliau berikrar akan terus setia kepada Assad dalam perjuangan bersenjata terhadap cubaan untuk menggulingkan presiden itu. Berpakaian celorong-celoreng, beliau berarak di sebuah stadium di pusat bandar Homs sambil genggaman tangan dan melaungkan "ALLAH, Syria, Bashar wa ukiran" (ALLAH, Syria, Bashar - itu sahaja), dengan penuh semangat . Beliau adalah salah seorang pengawal di pintu masuk pusat pemeriksaan ke bandar Homs. Mereka menonjolkan diri sebagai fedayat, dalam bahasa Arab bermaksud orang yang mengorbankan diri mereka bersebab. "Suami memberikan galakkan untuk menjadi tentera wanita. Beliau menghantar saya ke pusat pengambilan tentera," katanya. Beliau berkata, sekiranya tidak ditugaskan di pusat pemeriksaan, beliau ditempatkan di makmal radiologi di kem tentera yang tidak di beritahu. "Sebelum ini saya tidak tahu mengendalikan senjata dan tidak berani tinggal di rumah berseorangan. Kini, saya yakin dan lebih berani. Saya mahu belajar dan membantu secara sukarela kerana negara saya kini sedang menderita," katanya. Nada Jahjah Bagi Komander Nada Jahjah yang bertanggungjawab sebagai jurulatih anggota baru berkata, Homs dipilih kerana bandar itu sungguh tragis dan 90 peratusnya musnah akibat dari pertempuran. "Ini bukan perang biasa. Ia lebih teruk dari peperangan menentang Israel pada 1973 di mana kami tahu siapakah musuh kami. Kali ini, musuh adalah dari keluarga sendiri. Negara-negara jiran membekalkan senjata dan menyebarkan pemikiran fundamentalis. Mereka membunuh rakyat Syria. Ini adalah perang ganas," katanya. Beliau berkata, wanita di kem ini dilatih menembak dengan senapang Kalashnikovs, mesingan, mengendalikan bom, strategi menyerang pusat pemeriksaan pembangkang, mengawal pos kawalan, menjalankan serbuan dan menyertai kursus taktik ketenteraan. "Mereka bertugas mengikut syif iaitu empat jam pada waktu pagi atau pada waktu petang. Selepas waktu bertugas tentera wanita itu boleh menjalankan tugasan mereka sebagai seorang isteri dan ibu. Etidal Hamad Etidal Hamad, 34, adalah ibu kepada tiga anak perempuan. Beliau berkata, suaminya mendorong dan memberi motivasi kepadanya untuk menyertai pasukan ketenteraan ini. "Saya mengikuti latihan selama tiga bulan selepas itu, saya sungguh bersemangat untuk mempertahankan tanah air," katanya. Sejak protes anti-rejim pada 2011, pihak berkuasa Syria telah menolak pemberontakan sebagai konspirasi asing yang dibiayai dan dirujuk kepada aktivis pembangkang dan pemberontak bersenjata sama ada sebagai pengganas sekutu Al Qaeda.
harakah/-
| TV3 lapor 100,000 hadiri wacana Ustaz Azhar Idrus di Kuantan Posted: 03 Feb 2013 11:21 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Akhirnya kebenaran itu tetap menang dan mengatasi kebatilan, ulas blogger Muslimeen United.
Menurut blogger itu, jika sebelum ini fenomena Ustaz Azhar Idrus cuba disembunyi dan dinafikan oleh media massa arus perdana, tetapi tiba-tiba malam tadi, ada slot berita di dalam Buletin Utama TV3 untuk Ustaz Azhar Idrus.
Malah pembaca berita TV3 turut menyebut wacana yang diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan itu dihadiri oleh 100,000 orang terutama anak muda.
Rasanya ini kali pertama TV3 menyebut angka yang betul di dalam laporannya untuk aktiviti dan majlis yang bukan dianjurkan UMNO BN.
harakah/-
| Samseng UMNO BN Ganggu Pesta Ponggal Di Alor Gajah Posted: 03 Feb 2013 11:19 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Melaka 4 Feb: Sekumpulan samseng Umno BN cuba menganggu sambutan Pesta Ponggal bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melaka Perdana, Alor Gajah, petang semalam.
Lebih 20 samseng berkumpul kira-kira 50 meter dari tapak program dan menaikkan sepanduk provokasi serta memaki hamun dengan kata-kata kesat.
Tiada kejadian buruk berlaku berikutan penyokong Pakatan Rakyat tidak menghiraukan provokasi mereka, sebaliknya menumpu perhatian terhadap atur cara sambutan.
Anwar menyifatkan gangguan berkenaan membuktikan Umno BN semakin terdesak berikutan kebangkitan rakyat yang menolak mereka.
"Jadi, upah orang-orang ini untuk kacau supaya rakyat jangan dengar apa yang kita ingin sampaikan.
"Kita datang untuk cerita apa yang akan kita lakukan bila perintah kelak. Apakah ia salah?
"Nasib rakyat tidak boleh diubah dengan upah RM20 untuk ganggu dan buat kacau. Negeri ini bukan milik Umno BN tapi milik rakyat.
"Kamu di seberang sana boleh kata macam-macam tapi saya tidak akan berganjak untuk menyampaikan agenda keperubahan pada rakyat," katanya.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian depan lebih 1,000 rakyat tempatan yang menyertai program berkenaan.
Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Najwan Halimi, Exco AMK, Ginie Lim dan pimpinan lain.
Anwar kesal kerana Umno BN terus mengamal budaya politik maki hamun sedangkan Pakatan membawa amalan politik menjaga ehwal rakyat.
"Tapi saya percaya – walaupun diganggu – kehadiran ramai rakyat membuktikan mereka mahukan perubahan," katanya. -KD
| Pas: 'Zambry makin terdesak' Posted: 03 Feb 2013 11:11 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Fakhrurrazi PARIT BUNTAR - Kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang mendakwa Pakatan Rakyat (PR) menjadikan isu kewujudan pocong sebagai bahan kempen pilihan raya adalah tidak berasas. Ketua Penerangan Pas Kawasan Parit Buntar, Fakhrurrazi Khalid berkata, kenyataan tersebut adalah cubaan menutup pelbagai kepincangan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Parit Buntar dan mengalih perhatian rakyat terhadap isu utama seperti masalah pembinaan Hospital Kerian, masalah pengagihan tapak lot penempatan Kampung Tersusun Raja Bashah, Kuala Kurau dan peralihan sokongan pengundi cina kepada PR. "Saya percaya beliau terdesak menggunakan apa jua sumber yang dikutip dari 'tepi longkang' untuk mengalihkan perhatian masyarakat terhadap isu lebih serius yang boleh menjejaskan integriti kepimpinan BN dan kerajaan negeri di Dun Kuala Kurau dan Parit Buntar. "Di Kampung Raja Bashah sendiri, setelah kejadian kebakaran berlaku di penempatan kampung itu 10 tahun dahulu, terdapat beberapa individu menyokong PR tidak diberikan lot penempatan di kampung tersusun yang sedang dibina tanpa sebab jelas. "Pada masa sama, projek pembinaan kampung tersusun yang sedang giat dijalankan juga tidak dilaksanakan secara sistematik dan mempunyai banyak masalah berbangkit seperti tanah mendap dan sebagainya," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam. Fakhrurrazi berkata, Zambry sepatutnya 'membantu' Umno Bahagian Parit Buntar menjawab beberapa isu utama melibatkan kepentingan penduduk seperti pembinaan Hospital Kerian yang difahamkan tidak memenuhi kapasiti bilangan katil sebagaimana dijanjikan perdana menteri sebelum ini sebanyak 300 katil. "Sebaliknya, saya difahamkan melalui media bahawa hospital itu hanya menyediakan bilangan katil sebanyak 150 sahaja," katanya. Fakhrurrazi turut menggesa BN dan kerajaan negeri tidak bersikap 'baling batu, sembunyi tangan' dengan mengada-adakan isu yang tidak munasabah untuk menutup kepincangan sendiri. Sementara itu, Adun, Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari sedih dengan kenyataan Zambry yang sanggup merendahkan kedudukannya untuk mengadakan cerita 'dongeng' tersebut. "Saya percaya kenyataan terdesak itu disebabkan beliau (Zambry) cuba hendak mengalihkan isu kegagalan projek Hospital Kerian, perpecahan dalaman Umno bahagian Parit Buntar akibat perebutan calon dan sikap pengundi cina yang sudah beralih arah. "Apapun, saya berterima kasih dengan menteri besar yang sudi meluangkan masa memberi publisiti kepada kami dengan mengemukakan tohmahan mengarut dan tidak masuk akal untuk membodohkan rakyat," katanya.
sinar/-
| Dua gunung meletus Posted: 03 Feb 2013 11:09 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Manado: Gunung Lokon yang terletak di Tomohon, Sulawesi Utara, kembali meletus kira-kira jam 2 petang semalam (waktu tempatan) dengan mengeluarkan kepulan asap dan debu setinggi 3,000 meter.
Ketua Pejabat Pemantau Gunung Berapi Lokon Dan Mahawu, Farid Ruskanda Bima, berkata siri letusan itu berlangsung dari semasa ke semasa dengan kekerapan harian. Kelmarin, katanya, gunung berapi itu meletus sembilan kali dan pihak berkuasa mengklasifikasikan situasi di situ berada di tahap ketiga. Sementara itu, sebuah lagi gunung berapi, Gunung Rokatenda, di Pulau Palue, Nusa Tenggara Timur, juga meletus kelmarin. Agensi berita Antara melaporkan, sebahagian besar wilayah di Pulau Flores diselaputi debu dari gunung berapi berkenaan. "Rumah penduduk, terutama di utara Pulau Flores, diselaputi debu setebal kira-kira satu milimeter," lapor agensi berita rasmi Indonesia itu. Jurucakap badan pemantau gunung berapi itu berkata, ketika letusan kelmarin, hujan turut berlaku menyebabkan debu dari situ menyelubungi sebahagian besar kawasan sekitarnya. "Letusan berlaku diikuti dengan dentuman dan suara gemuruh yang boleh didengar dari pos pemantau yang terletak 17 kilometer ke selatan Gunung Rokatenda," katanya.
Kejadian itu juga, katanya, menyebabkan lahar gunung berapi mengalir menuruni gunung berkenaan, manakala debu terapung sehingga 4,000 meter dari permukaan laut. Katanya, pihak berkuasa menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga kerana debu berkenaan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang teruk. "Untuk sementara, orang ramai diminta tidak keluar rumah, atau jika terpaksa, mereka mesti memakai topeng untuk mengelak diserang masalah pernafasan," katanya. - Lensaindonesia.com
| Hiburan: Agenda BN untuk melalaikan anak muda Posted: 03 Feb 2013 11:07 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Mohd Firdaus Jaafar menegaskan Barisan Nasional (BN) menjadikan hiburan sebagai candu untuk mendekati rakyat terutamanya golongan anak muda.
Malah menurut beliau lagi, BN juga turut gagal untuk memahami budaya anak muda sekarang yang lebih memerlukan kepada bentuk pembangunan kesedaran rohani, dakwah, kebajikan mahupun pembangunan ummah.
"Kita melihat BN sehingga sekarang tidak pernah lari dari bentuk kelalaian dalam program yang mereka anjurkan terutama mendekati anak muda.
"Bagi mereka (BN) hanya pentingkan berseronok dalam menyajikan sesuatu untuk anak muda tanpa memikirkan kesannya, anak muda sekarang lebih memerlukan pembangunan minda dan kesejanteraan rohani dalam menghadapi masa akan datang," jelas beliau kepada Harakahdaily.
Tambah beliau lagi, budaya yang diterap oleh Pakatan Rakyat amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh BN apabila segala aktiviti yang diadakan kepada golongan tersebut lebih kepada sudut ilmiah dan juga pembangunan rohani.
Katanya lagi, perkara ini telah terbukti apabila Selangor dan juga negeri-negeri Pakatan Rakyat setiap kali sambutan tahun baru mahupun kemerdekaan walaupun terdapat sedikit hiburan tetapi unsur keagamaan diterap bersama.
"Sebelum ini kita melihat kepada sambutan hari belia di Putrajaya, tidak ada kesan langsung yang boleh diterap dalam minda anak muda.
"Walaupun mengetahui perkara tersebut tetapi mereka tetap meneruskannya di Pulau Pinang, melalaikan anak muda terus menjadi agenda mereka dengan harapan mereka terus mendapat sokongan dari golongan anak muda," sambung beliau lagi.
Ahli Parlimen Jerai itu turut mempertikaikan jumlah perbelanjaan sekitar USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 hingga RM1,242,800) untuk persembahan ringkas selama 60 minit penyanyi pop Psy - yang popular dengan lagu Gangnam - pada 11 Februari ini semasa majlis rumah terbuka BN Pulau Pinang yang baginya adalah satu pembaziran.
"Bagi saya dengan jumlah yang sebesar itu, kerajaan sepatutnya membelanjakan kepada seluruh kaum Cina yang berada di Pulau Pinang apatah lagi sempena sambutan Tahun Baru Cina.
"Adakah BN ini tidak mengetahui ataupun tidak mahu mengetahui bahawa masih ramai kaum Cina yang memerlukan bantuan untuk mereka menyambut perayaan mereka, jadi bagi mereka (BN) lebih baik berbelanja untuk hiburan dari diberikan kepada rakyat," kata beliau lagi.
harakah/-
| Israel mengaku serang Syria Posted: 03 Feb 2013 07:58 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
MUNICH - Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak memberi petunjuk semalam bahawa negaranya merupakan dalang satu serangan udara ke atas Syria pada Rabu lalu.
Sebelum ini, beberapa pegawai Amerika Syarikat menyatakan sasaran itu ialah senjata-senjata antipesawat yang dihantar untuk anggota-anggota Hezbollah.
"Saya tidak boleh menambah sebarang perkara berhubung apa yang anda telah baca di dalam surat khabar tentang apa yang berlaku di Syria beberapa hari lalu," katanya di sini.
Beliau berada di Jerman untuk menghadiri satu persidangan berhubung keselamatan dengan para diplomat dan pegawai pertahanan dari beberapa buah negara.
"Kami menyatakan bahawa kita tidak berpendapat bahawa ia sepatutnya dibenarkan untuk membawa senjata-senjata canggih ke Lebanon," katanya.
Beliau juga menyatakan bahawa kejatuhan Bashar akan berlaku tidak lama lagi.
Menurutnya, kejatuhan tersebut akan memberi tamparan hebat kepada Iran dan Hezbollah.
Beberapa pemimpin Israel pernah menyuarakan kebimbangan bahawa perang saudara di Syria mungkin telah menyebabkan Presiden Bashar Al-Assad kehilangan kawalan di negaranya termasuk ke atas senjata kimia.
Di Syria, Bashar menyatakan kepada seorang pegawai kanan Iran bahawa negaranya akan berdepan sebarang serangan luar.
Bashar menyatakan bahawa Israel menyerang sebuah kemudahan penyelidikan ketenteraan dekat Damsyik. Ia merupakan kenyataan pertama Bashar berhubung serangan udara Israel.
Beliau membuat kenyataan itu ketika membuat pertemuan dengan perunding kanan nuklear Iran, Saeed Jalili. Iran merupakan sekutu rapat Syria.
Saeed berikrar bahawa Iran akan terus memberi sokongan kepada rejim Bashar. Syria juga berikrar akan menyerang balas serangan Israel itu.
Ketua Pengawal Revolusi Iran, Jeneral Mohammad Ali Jafari berkata, pihaknya berharap Syria akan menyerang balas Israel.
Pertempuran antara tentera Syria dengan para penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan berlaku sejak Mac 2011.
Lebih 60,000 orang dilaporkan terbunuh sejak pertempuran tersebut berlaku. Kumpulan penentang itu mahu Bashar digulingkan kerana mendakwa beliau gagal membawa pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan hak asasi manusia. - Agensi
| Taman tanpa air dan udara selama 40 tahun Posted: 03 Feb 2013 07:56 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
David menunjukkan taman mini dalam botol glob yang boleh bertahan tanpa air dan udara. SURREY - Pesara jurutera, David Latimer, berjaya mencipta taman kecil yang diletakkan di dalam botol selepas 40 tahun tanpa udara dan air di Cranleigh, Surrey, Britain. David berkata, pokok itu ditanam 53 tahun lalu dan kali terakhir ia disiram adalah pada 1972 sebelum penutupnya ditutup ketat untuk mendapatkan tindak balas ekosistem. "Asalnya saya ingin mencuba eksperimen di mana tumbuhan dapat bertahan di persekitaran tanpa air. Saya membuat empat jenis tanaman di dalam botol itu. Tiga daripadanya mati kecuali pokok jenis Spiderworts," katanya. Menurutnya, kesemua pokok itu ditanam di dalam botol glob dan diletakkan kira-kira dua meter dari tingkap supaya mendapat sedikit cahaya matahari. "Tanaman itu menyerap tenaga matahari dan air dihasilkan dari kelembapan karbon dioksida manakala nutrisi dihasilkan dari daun-daun yang membusuk dan berkulat. Proses ini menghasilkan oksigen," katanya. Beliau berkata, keseluruhan eksperimen ini dianggap berjaya kerana tanaman itu terus hidup segar tanpa penyakit. - Daily Mail
| Mati kerana katak Posted: 03 Feb 2013 07:51 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Rawang: Akibat terperanjat melihat seekor katak dalam keretanya, seorang guru yang memandu panik menyebabkan kenderaannya hilang kawalan, lalu merempuh sebatang pokok menyebabkan dia maut, seorang anaknya parah manakala seorang lagi anaknya patah kaki.
Dalam kejadian jam 5.30 petang di Jalan Kota Puteri berhadapan kolam pancing Batu Arang, Jumaat lalu itu, guru berkenaan yang memandu Proton Exora dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat sesi mengajar.
Mangsa, Moey Yin, 36, maut di tempat kejadian akibat parah di dada manakala dua anaknya termasuk seorang parah.
Anak perempuan mangsa, Lee Jet Yu, berusia sembilan tahun, belum sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh, manakala adik lelakinya, Lee Jet Yang, berusia lapan tahun, dilaporkan stabil, tetapi patah kaki kiri. KATAK yang ditemui dalam kereta mangsa. Difahamkan, anak lelaki mangsa yang baru tersedar dari koma pagi semalam memaklumkan ibunya gagal mengawal kenderaan selepas terkejut melihat seekor katak berada dalam kereta.
metro/- | Yahya yakin Pakatan dapat 18 kerusi Parlimen di Sabah Posted: 03 Feb 2013 07:40 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
(Datuk Yahya Lampong...Pakatan akan menang di Sabah kali ini) AMPANG: Bekas Timbalan Menteri persekutuan Datuk Yahya Lampong yakin Sabah akan membentuk kerajaan baru dari Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) nanti. Beliau yakin Pakatan akan menang 18 kerusi parlimen di Sabah yang mana 13 kerusi adalah dari kawasan Kadazan, Dusun, Murut dan Cina (KDMC) dan lima lagi kerusi Bumiputra Islam. Yahya yang merupakan orang Bajau pernah menjadi timbalan menteri ketika Tun Dr Mahathir adalah perdana menteri. Beliau adalah penyokong kepada Tun Datu Mustapha ketika itu pernah menjadi anggota Parlimen dan Adun Sabah beberapa kali. Hari ini beliau berucap dalam Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS bersama tokoh-tokoh yang baru menyertai PAS. "Saya berkeyakinan penuh pada pilihanraya kali ini Sabah akan menyumbangkan 18 kerusi parlimen dari kawasan KDMC. (Tokoh-tokoh baru PAS bertakbir bersama dalam himpunan hari ini) "Di Sabah kita telah kena pasti majoriti pengundi Cina sudah menolak Barisan Nasional dan mereka memberi sepenuhnya sokongan kepada kita (Pakatan)," jelas beliau. Menurutnya lagi, rakyat Sabah kecewa apabila tidak bersama-sama negeri di semenanjung pada 2008 membentuk kerajaan yang baru. "2008 kita sepatutnya telah bersama-sama membentuk kerajaan baru di peringkat negeri. "Kali ini pada PRU13 saya yakin perubahan besar akan berlaku dan menjamin perubahan kerajaan akan berlaku," tambah beliau lagi. Yahya yang menjelaskan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang telah berjaya mengabungkan semua kaum untuk duduk bersama. Tindakan inilah yang telah menyebabkan rakyat Sabah semakin berani untuk membuat perubahan tampuk pemerintahan, jelas beliau di Hotel De Palma hari ini. harakahdaily/- | Bisa muka dipatuk ular Posted: 03 Feb 2013 07:34 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Betong: Seorang lelaki warga emas terpaksa berjalan dalam kesakitan selama sejam untuk mendapatkan bantuan selepas mukanya dipatuk ular berbisa ketika mengutip buah di sebuah hutan berdekatan Kampung Penebak Tengah, di sini, kelmarin.
Selepas mengharungi detik memeritkan, mangsa berusia 78 tahun itu rebah dan terus tidak sedarkan diri sebaik tiba di rumah seorang saudaranya yang terletak berdekatan.
Menurut seorang ahli keluarga yang enggan dikenali, mangsa dikatakan berseorangan ketika masuk ke hutan berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari yang mengambil masa setengah jam dengan berjalan dari rumahnya.
"Dia sebenarnya sudah biasa dengan hutan di sini, bahkan sering masuk mencari buah dan tumbuhan untuk dimakan bersama keluarga atau dijual. MANGSA tiba di HUS sebelum dimasukkan ke ICU, kelmarin. "Bagaimanapun, pada hari kejadian dia tidak menyedari terdapat seekor ular berbisa di atas dahan ketika melalui bawah sebatang pokok menyebabkan haiwan itu menyerang dan mematuknya di muka," katanya.
metro/-
| Dua anak kena culik? Posted: 03 Feb 2013 07:15 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Klang: Ketika keluarga lain sedang sibuk membuat persiapan menyambut Tahun Baru Cina minggu depan, lain pula ceritanya buat sepasang suami isteri yang diselubungi kesedihan mengenangkan dua anak gadisnya yang dikhuatiri diculik kerana tidak pulang ke rumah di Pandamaran Jaya sejak Rabu lalu.
Bapa remaja terbabit, Chen Fook Chai, 42, berkata, dua anaknya Chen Poh Choo, 15, dan Chen Poh Fong, 13, keluar dari rumah untuk ke sekolah berhampiran rumah kira-kira jam 12 tengah hari.
Pada kebiasaannya, anaknya itu berjalan ke sekolah dan akan pulang sebelum jam 7 malam setiap hari.
Bagaimanapun pada hari kejadian, mereka tidak pulang sehingga lewat malam dan memaksa Fook dan isterinya Lee Lay Chin, 35, keluar mencari kedua-dua anak mereka kerana bimbang sesuatu buruk berlaku. POH Choo (kiri) dan Poh Fong yang hilang sejak Rabu lalu. "Saya cuba menghubungi telefon bimbit mereka, namun gagal. Berikutan itu, saya dan isteri keluar mencari mereka di sekolah dan juga rumah rakan terdekat yang dikenali, tapi hampa kerana panggilan tidak dijawab, selain rakannya tidak mengetahui ke mana anak saya pergi selepas sekolah.
metro/- | Wartawan Malaysia mati terkena tembakan di Lubnan Posted: 03 Feb 2013 07:00 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Claudia Theophilus. - Foto ihsan The Star [DIKEMAS KINI] PETALING JAYA - Seorang rakyat Malaysia, yang berkhidmat sebagai penerbit Al-Jazeera Online, mati terkena tembakan, dipercayai secara tidak sengaja, di Lubnan kira-kira jam 2.30 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) semalam. Laporan The Star Online menyebut bahawa ketika kejadian, Claudia Theophilus, 42, berada di Baakleen, bersama dua rakannya.
Mendiang berkhidmat dengan Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar sejak November 2006. Sebelum itu, beliau pernah bekerja dengan Malaysiakini dan akhbar The Sun. Baakleen terletak kira-kira 45 kilometer ke tenggara Beirut.
Menurut laporan itu, salah seorang daripada dua rakannya yang berada bersama Claudia ketika kejadian melaporkan kepada Kedutaan Malaysia di Beirut mengenai kejadian itu.
Polis tempatan dilaporkan telah menahan kedua-dua rakan itu.
Siasatan awal menunjukkan mendiang tertembak secara tidak sengaja.
Laporan itu juga menyebut mendiang dan dua rakannya bermain menggunakan raifal dan salah seorang telah melepaskan tembakan secara tidak sengaja.
Malah menurut beberapa laporan, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang 'bermain' dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.
Duta Malaysia ke Lubnan, Ilango Karuppanan mengesahkan mangsa mati disebabkan tembakan tetapi maklumat sebenar kejadian masih kabur.
Mendiang dikatakan berada di Lubnan sejak 28 Januari lalu untuk mengunjungi rakannya. Ilango dipetik Bernama berkata, menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia.
"Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari satu senjata api," katanya.
Beliau berkata, mayat Claudia akan dibawa pulang selepas segala urusan forensik dan bedah siasat selesai dijalankan.
Menurutnya, Claudia berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lubnan.
sinar/- | RCI: BN kerajaan haram yang perlu dijatuhkan Posted: 03 Feb 2013 06:00 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kerajaan BN boleh disifatkan sebagai 'kerajaan haram' kerana menang melalui penipuan di Sabah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Beliau berkata, pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah pada tahun 90-an dahulu secara jelas bertujuan memenangkan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
Justeru tegasnya, rakyat mesti menjatuhkan kerajaan BN melalui PRU 13 dan memastikan tida berlaku penipuan dalam proses pilihan raya.
"Skandal beri kad pengenalan dan daftar pemilih (di Sabah) betul-betul untuk memenangkan BN. Kalau satu juta orang didaftar di Sabah untuk memenangkan BN, ertinya kerajan BN sekarang ini kerajaan haram kerana menang secara haram di Sabah.
"Oleh sebab itu rakyat Malaysia mesti menjatuhkan kerajaan haram ini dalam pilihan raya akan datang," kata beliau sewaktu berucap di Majlis Minum Petang Pasca Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) KL112 anjuran Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju semalam.
Mohamad juga berkata, akibat skandal pemberian kad pengenalan itu, beberapa orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana tidak mahu ia terbongkar.
"Kalau ikutkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah orang yang paling khianat kerana terlibat dalam skandal pemberian kad pengenalan ini.
"Masa saya ditahan di Kem Kamunting dahulu, ada beberapa orang ditahan di bawah ISA kerana membuat kad pengenalan.
"Sepatutnya mereka didakwa di mahkamah kerana mengkhianati negara. Tapi kenapa di bawah ISA? Sebab kalau diakwa di mahkamah akan terbongkar skandal buat kad pengenalan ini," katanya.
Rakyat jadi Pemantau
Sementara itu, dalam majlis yang sama, ahli jawatankuasa Bersih, Hishamuddin Rais berkata, semua orang berperanan sebagai pemantau sewaktu hari mengundi bagi mengenal pasti kewujudan pengundi hantu.
"Pemantau memang memerlukan bantuan semua orang. Hari mengundi nanti semua pakai baju kuning, hijau dan merah, keluar dan perhatikan pengundi hantu yang hadir dengan pelbagai cara," katanya.
Katanya, jika masih berlau penipuan pada PRU 13, rayat akan turun ke jalan raya sekali lagi bagi membantah pilihan raya yang tidak telus.
"Kerajaan hari ini kerajaan haram kerana undi popular adalah di Semenanjung. BN hanya menang besar di Sabah. Jadi Najib jangan cakap besar dan kalau mereka tipu lagi, kita akan turun lagi ke jalan raya," katanya.
Turut bersama dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad, Yang DiPertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Dr Rainey, Penyelaras Parti Keadilan Rakyat Cabang Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
harakahdaily/- | Kalau dulu bolehlah Mahathir kelentong rakyat Posted: 03 Feb 2013 05:50 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Mahathir sudah sedar yang orang Melayu sudah memahami tanpa UMNO Melayu akan tetap boleh bertahan dan wujud dalam negara dengan kemajuan mengikut waktu dan zamannya. "Dulu-dulu bolehlah Mahathir kelentong rakyat terutamanya orang Melayu yang tanpa UMNO Melayu akan mati dan pupus," tulis Aspan Alias di dalam blognya. Menurutnya, di Kelantan, rakyat sedar UMNO sudah berada di pinggiran tetapi tidak pula kita mendengar Melayu di situ mati bergelimpangan di jalan-jalan raya. Berikut adalah tulisan penuh beliau. UMNO sedang berusaha dan mungkin telah dapat menyenaraikan 'winnable candidate' untuk pilihanraya kali ini. Itulah yang disebut-sebut setiap kali dalam mesyuarat dan perbincangan tentang pemilihan calon dalam UMNO sekarang ini. Tujuannya ialah untuk mendapatkan sokongan dan keyakinan rakyat untuk memperbaiki prestasi UMNO yang sudah merudum sekarang ini. Semalam Mahathir berlainan pula pandangannya. Beliau meminta semua rakyat mengundi UMNO dan jangan memilih calon. 'Siapa sahaja yang diturunkan oleh UMNO sebagai calon kita mesti undi' katanya. Apa yang dikehendaki Dr Mahathir ialah rakyat tidak payah menggunakan otak dan pemikiran. Bagi Mahathir apabila rakyat memilih itu ikut sahaja siapa yang dicalonkan dan tidak payah berfikir banyak. Mahathir sudah biasa dengan membuat arahan sahaja dan arahan beliau mesti diterima. Tidak berapa lama dahulu dia juga yang menyatakan UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya, tetapi semalam beliau juga yang meminta kita mengundi parti yang beliau katakan busuk itu. Beliau juga yang mengatakan beberapa bulan dahulu UMNO sudah tidak ada apa-apa lagi, kerana yang pandai masuk PAS, yang baik sertai PKR dan yang bijak sudah menyokong DAP. Oleh itu jelas Mahathir ini tidak boleh diikuti langsung kerana kita akan diperbodoh-bodohkannya sepanjang masa. Sesungguhnya Mahathir ini mudah lupa, bukannya Melayu yang mudah lupa seperti yang beliau katakan dahulu. Apa yang paling menariknya lagi, pada pilihanraya yang lalu Mahathir telah meminta rakyat jangan mengundi mengikut parti. Beliau mahukan rakyat memilih calon kerana jika parti menurunkan calon yang tidak baik maka ia tidak akan memberikan keuntungan kepada rakyat dan negara termasuk parti-parti yang menurunkan calon-calon itu. Semasa itu Mahathir berkata yang negara perlukan calon-calon yang baik dan mengikut kehendak masa dan zamannya. Memang sikap Mahathir suka membodoh-bodohkan orang lain. Kita bukan tidak faham, tujuan beliau meminta rakyat mengundi calon bukannya parti dalam pilihanraya yang lalu, ialah untuk menjatuhkan Abdullah Badawi kerana beliau terlalu sakit hati dengan penggantinya itu kerana terlalu degil dan tidak mahu bertindak mengikut kehendak beliau. Semasa berkempen di Kedah dalam pilihanraya itu beliau hanya pergi ke Jerlun untuk membantu anaknya Mukhriz. Tujuannya ialah untuk melemahkan keputusan pilihanraya itu. Dengan jatuhnya prestasi kemenangan BN maka mudahlah beliau untuk melakukan dan membantu sesiapa yang hendak mengambilalih Badawi itu dengan mudah dan kehendak beliau telah berjaya dilakukannya. BN menang tetapi hilang sokongan 2/3 dalam Parlimen. Maka mudahlah mendesak Abdullah untuk berundur. Najib pun naik setakuk lagi dan menjadi Perdana Menteri sekarang ini, tetapi mempunyai terlalu banyak dan besar 'baggage' nya untuk menjadi seorang PM yang diyakini rakyat. Walaupun Mahathir sudah membayangkan agar Najib perlu meletakkan jawatan jika keputusan PRU nanti lebih teruk dari keputusan PRU yang lalu. Tetapi kali ini Mahathir tidak boleh lagi meminta rakyat memilih calon dan bukannya parti. Jika itu masih menjadi saranannya maka UMNO akan kalah terus dan Mahathir sudah barang tentu memahami keadaan sekarang . Mahathir bukannya tidak faham keadaan sekarang. Beliau tahu UMNO sedang tenat dan imej UMNO begitu buruk dan parti itu sudah dianggap parti usang oleh majoriti rakyat termasuk orang Melayu sendiri. Memahami keadaan itu sekarang lah yang menyebabkan Mahathir terpaksa mendesak semua pihak memberikan undi terhadap sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh UMNO nanti. Mahathir terlupa yang rakyat yang ramai-ramai ini pergi juga ke sekolah sikit-sikit dan rakyat mampu untuk memberikan pertimbangan yang wajar untuk kebaikan negara. Lagi pun Mahathir sudah disedari oleh ramai yang beliau merupakan seorang yang terlalu mahir memutar belitkan kata-katanya sendiri serta keadaan politik negara. Mahathir mempunyai 'stake' yang begitu besar jika UMNO kalah. Mahathir sudah sedar yang orang Melayu sudah memahami yang tanpa UMNO Melayu akan tetap boleh bertahan dan wujud dalam negara dengan kemajuan mengikut waktu dan zamannya. Dulu-dulu bolehlah Mahathir kelentong rakyat terutamanya orang Melayu yang tanpa UMNO Melayu akan mati dan pupus. Di Kelantan, rakyat sedar UMNO sudah berada di pinggiran tetapi tidak pula kita mendengar Melayu di situ mati bergelimpangan di jalan-jalan raya. Malahan rakyat sudah sedar jika mahukan kemajuan, pemikiran rakyat tidak boleh dikongkong. Mereka sekarang ini sedar jika pemikiran rakyat dikongkong, orang melayu tidak mampu untuk maju kerana pemikiran dan otak yang tidak pernah mempunyai pemikiran sendiri. Selama ini mereka hanya mengharapkan UMNO untuk melakukan pemikiran bagi pihak mereka. Akhirnya mereka sedar yang UMNO itu hanya lah menjadi alat kepada 'warlords' yang tidak pun membantu UMNO untuk kepentingan rakyat ramai. Rakyat sudah sedar yang UMNO yang memperlakukan rakyat sebagai lembu dan kaldai mereka sahaja untuk kepentingan segulungan kecil rakyat semata-mata. Menolak UMNO itu merupakan satu tindakan yang mulia kerana membiarkan UMNO menggunakan kita sebagai kaldai itu adalah satu tindakan yang menzalimi diri sendiri. Rakyat mesti melakukan sesuatu yang memberikan kebaikan kepada rakyat yang ramai, bukannya untuk kebaikan Dr Mahathir dan konco-konconya sahaja. UMNO itu bukan kepunyaan Mahathir sahaja malahan UMNO sudah tidak disegani oleh banyak pihak kini. Apa yang UMNO tahu hanyalah membeli perasaan rakyat dengan BRIM RM500 sahaja. Murah betul nilai jiwa rakyat ini dari pandangan UMNO terutamanya dari pandangan Najib. Cukup-cukuplah rakyat diperkudakan oleh pimpinan UMNO selama ini. Kalau tidak kesian kepada rakyat yang ramai, setidak-tidak kesian lah kepada diri kita sendiri. harakahdaily/-
| Terkini! Najib perlu berundur jika gagal dalam PRU 13, kata Dr M Posted: 03 Feb 2013 05:50 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 31 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu berundur dan memberi laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gagal meraih majoriti besar dalam pilihan raya umum ke-13 tahun ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan bekas perdana menteri itu memberikan gambaran Najib berhadapan tugasan besar bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali mendapat majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen agar kerajaan dapat melaksanakan segala polisi tanpa gangguan daripada pembangkang.
"Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur," kata Dr Mahathir (gambar) kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota hari ini.
Walau bagaimanapun, Dr Mahathir menambah, terpulang kepada ahli-ahli Umno untuk menetukan nasib presiden mereka sekiranya gagal melebihi pencapaian bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi.
"Ianya terpulang kepada ahli untuk tentukan masa depannya.
"Ahli berhak untuk tentukan siapa akan menerajui parti selepas pilihan raya," kata Mahathir menjawab soalan kepada wartawan tentang sama ada Najib perlu memberikan laluan kepada Muhyiddin ataupun tidak jika gagal meraih majoriti besar.
harakah/- | Filem yang semua orang patut tengok Posted: 03 Feb 2013 05:40 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: "Sekali lagi aku nak ulang, filem ni sangat-sangat perlu ditonton oleh semua orang kononnya peduli pasal masalah negara, 36 minit 45 saat yang bagi aku cukup berbaloi," tulis blogger Cenangau Politik Daun Kari.
Petikan tulisan beliau seperti di bawah.
Yang pertama pasai filem Indonesia yang bertajuk " Alangkah lucunya negeri ini". Satu filem masyarakat yang bagi aku cukup unik yang mengisahkan mengenai isu pencopet dari kacamata seorang sarjana ekonomi. Aku boleh ulang 3 kali tengok dalam minggu tu.
Yang kedua posting mengenai filem pendek " Ana ikut enta" yang Dewan Pemuda PAS buat untuk mempromosikan program "Ijtima Tarbawi". Bukan bagus sangat pun filem pendek tu tapi aku sokong pasai 'keberanian' DPP untuk cuba buat sesuatu yang baru dan berusaha 'mendefinasikan' 'hiburan' versi PAS.
harakah/-
| Hak milik tanah serta masalah kemudahan asas penduduk Sealine Baru masih diabaikan Posted: 03 Feb 2013 05:00 PM PST 23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
MIRI - Kampung Sealine Baru terletak hanya 11 km dari bandaraya Miri, terletak di simpang ke SK Senadin / Desa Senadin / Universiti Curtin. Kebanyakan penduduk di situ adalah kaum Iban dan terdapat juga orang Melayu.
Kampung Sealine telah bergabung dengan Kampung Senadin Tetap untuk membentuk Kampung Senadin Jaya sebagai sebahagian daripada program lanjutan kampung. Malangnya, DUN Senadin yang telah mendapat nama 15 tahun yang lalu dari Kampung Senadin telah diabaikan oleh wakil rakyat BN, kepentingan penduduk kampung atau kebajikan mereka tidak dijaga dengan baik atau masalah mereka tidak diketengahkan oleh wakil BN kepada kerajaan negeri untuk diselesaikan setelah sekian lama mereka menunggu.
Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk kampung ialah tidak mempunyai bekalan air bersih dan juga bekalan elektrik. Penduduk kampung berkongsi satu meter air dengan 10 orang lain dan untuk mendapatkan bekalan elektrik mereka terpaksa menggunakan bateri kereta atau Genset .
Mereka sudah beberapa kali mengadu dan merayu kepada bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan ahli Dewan Undangan Negeri dan juga ahli Parlimen bagi kawasan mereka untuk menyalurkan bekalan air dan elektrik ke kampung mereka tetapi sehingga kini janji hanya tinggal janji kosong saja.
Mereka hanya datang membuat berbagai janji sewaktu musim pilihanraya tetapi selepas itu jarang sekali mereka datang semula berjumpa dengan penduduk kampung di situ. Ini semua sebahagian daripada gimik pilihan raya saja untuk meraih undi, menurut penduduk kampung yang tidak mahu namanya disiarkan kepada pihak kami.
Katanya lagi, orang-orang kampung yang telah diberikan lot tanah pada Mac 2011 menghadapi masalah untuk masuk ke tanah mereka disebabkan tiada jalan masuk serta tiada sistem perparitan yang sempurna di mana ada kawasan tertentu mudah dilanda banjir kilat sewaktu musim hujan lebat.
Kita juga mendapat maklumat yang wakil BN bekerjasama dengan Jabatan Tanah dan Ukur telah mengeluarkan surat tawaran tanah (surat tawaran lot kediaman) pada Mac 2011 sebelum pilihan raya negeri yang lepas kepada 288 penerima berkelayakan daripada 460 lot yang dikeluarkan.
Pihak kerajaan perlu mempercepatkan penyerahan hak milik tanah dan menyediakan infrastruktur serta kemudahan asas (sistem perparitan, jalan raya, bekalan air bersih dan bekalan elektrik) ke kampung Sealine Baru di Lutong.
Kita menggesa agar pihak berkuasa tempatan dan mereka yang berkenaan untuk segera menunaikan janji dan menyediakan kemudahan asas seperti yang dikehendaki oleh penduduk kampung Sealine selama ini.
Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah penduduk kampung ini dari terus berlarutan sangat dihargai.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
| |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 03 Feb 2013 11:08 AM PST PRU13: PAS berpantang 90 hari Posted: 02 Feb 2013 03:55 PM PST SERI KEMBANGAN: PAS berada dalam tempoh berpantang selama 90 hari sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa. Beliau berkata, dalam tempoh berpantang ini, PAS tidak boleh melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat untuk memilih PAS pada PRU13. "Kalau orang perempuan berpantang selepas bersalin, kita berpantang sebelum bersalin. Kandungan kita ialah harapan perubahan rakyat Malaysia. "Jadi sewaktu berpantang ini, kita tidak boleh melakukan satu pun kesalahan," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di Konvensyen Mara Bersama Keberkatan Menuju Putrajaya di sebuah hotel dekat sini hari ini. Husam juga berkata, PAS tidak boleh mengabaikan pengundi-pengundi yang sangat penting untuk membantu kemenangan parti. Undi yang dimaksudkan ialah undi tentera dan peneroka Felda yang sebelum ini berpihak kepada BN. "Kali ini kita mensasarkan 45 peratus undi tentera. Kita tak boleh abaikan undi tentera. "Begitu juga undi Felda. Sebab itu kita memberikan fokus khas kepada Felda dengan program-program yang diatur," katanya di hadapan kira-kira 1,000 jentera dari setiap negeri yang hadir. Jentera yang hadir merupakan wakil dari 60 Parlimen yang disasarkan bertanding pada PRU13. Tambah Husam juga, ahli khususnya jentera harus mendekati pengundi dengan komunikasi yang paling baik selain menjaga hubungan dengan Allah. "Dalam tempoh ini kita mesti berhubung dengan manusia lain dengan komunikasi paling baik. "Hubungan kita dengan Allah juga harus diperbaiki dengan memperbanyak doa dan munajat kepada Allah," katanya | Kelantan dapat royalti emas RM10 juta tahun ini Posted: 02 Feb 2013 03:54 PM PST (Tuan Guru menunjukkan mok cek yang diterima hasil dari royalti lombong emas di Kelantan) KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan dijangka menerima RM10 juta royalty emas tahun ini dari Syarikat CNMC Goldmind Ltd, memandangkan hasil bumi itu yang terletak di Sokor, Tanah Merah dijangka bertambah tahun ini. Pada tahun 2012, kerajaan Kelantan telah menerima sebanyak RM5 juta dari syarikat berkenaan sebagai royalty hasil kejayaan syarikat itu. Semalam, Pengarah Eksekutif syarikat terbabit, Prof Lin Xiang Xiong, telah menyerahkan royalty terbabit kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebanyak RM386,926,97. Manakala cek berjumlah RM347,115.45 pula dibayar kepada Ketua Ekesekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, mewakili anak syarikat kerajaan negeri yang turut serta dalam perlombongan itu. Majlis ringkas itu diadakan di Pejabat Menteri Besar, yang turut dihadiri oleh Setiausaha-Setiausaha Menteri Besar, serta pegawai dari syarikat perlombongan emas itu. Lin Xiang Xiong, berkata pihaknya menjangkakan sebanyak RM10 juta royalty bakal diberikan pada kerajaan Kelantan memandangkan syarikatnya berjaya melombong hasil bumi itu dari setahun ke setahun. Jelasnya, di pasaran dunia harga emas kini USD153 billion untuk sekilogram. Sementara itu, Tuan Guru berharap sekiranya syarikat luar dapat membayar balik royalty pada Kelantan melalui perlombongan emas, beliau juga berharap royalty minyak dapat juga dibayar. Menurutnya, mana boleh ambil hak kerajaan negeri begitu sahaja, apa lagi perjanjian telah dibuat. Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa syukur kerana rezeki kerajaan negeri untuk rakyatnya akan bertambah. "Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas rezeki yang dikurniakan Allah ini dan mudahan berkat doa kita semua rezeki yang ada dapat kita kongsikan bersama rakyat,"ujarnya. Syarikat CNMC Holding itu mula beroperasi di Kelantan untuk carigali emas pada tahun 2007, setelah majlis perjanjian usahasama berhubung perkara itu dibuat dengan anak syarikat kerajaan negeri sebelum itu. | Apa kata tukar nama Akta Perhimpunan Aman? Posted: 02 Feb 2013 03:54 PM PST KUALA LUMPUR: Memandangkan Akta Perhimpunan Aman mempunyai pelbagai kekangan yang tidak sesuai pada namanya, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata lebih elok kalau akta tersebut ditukar nama. "Ini kerana syarat dalam akta tersebut tidak menggambarkan semangat dalam akta tersebut seperti larangan membawa kanak-kanak," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Tuan Ibrahim berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan polis untuk mencari 14 orang suspek membawa kanak-kanak ketika perhimpunan raksasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu. "Cari anak orang hilang tak secepat itu," sindir Tuan Ibrahim. Selain Tuan Ibrahim, ramai yang mengeluh mengenai tindakan polis yang disifatkan double standard, kerana ibu bapa yang membawa anak-anak ke himpunan yang dianjurkan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pula diberi 'layanan' yang sama. Oleh yang demikian, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata eloklah untuk Akta Perhimpunan Aman mengambil nama yang lain. "Kalau aman, kenapa banyak sangat pantang larang seolah-olah tidak aman," tambah beliau lagi. Sementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua mendakwa polis sedang mengikut telunjuk Umno dalam memburu 14 ibu bapa terbabit. "Ini hanya tindakan terdesak kerajaan dengan mengerahkan polis sebagai orang suruhan. Umno BN tidak akan senang hati melihat rakyat berkumpul di HKR," kata beliau yang dipetik Suara Keadilan. | 400 Pemuda pastikan Kuala Nerus milik PAS Posted: 02 Feb 2013 03:53 PM PST (Pemuda PAS berikrar menangkan PAS di semua kawasan di Kuala Nerus) KUALA TERENGGANU: Lebih 400 pemuda PAS berikrar akan memastikan semua kawasan pilihan raya di bawah Parlimen Kuala Nerus akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum kali ini. Ikrar itu dibuat dalam pelancaran jentera pilihan raya Pemuda PAS Kuala Nerus semalam. Selain Parlimen, Kuala Nerus mempunyai tiga kawasan Dun di bawahnya iaitu Bukit Tunggal, Seberang Takir, Telok Pasu dan Tepoh. Ketua Pemuda PAS kawasan, Ustaz Riduan Hashim dalam ucapannya berkata, perhimpunan pagi ini adalah jihad dan menandakan pemuda sudah bersiap sedia menghadapi PRU13. "Pemuda akan memastikan semua 4 dun menjadi milik PAS dan Pakatan," katanya. Beliau mengarahkan jentera pemuda mulai hari ini bergerak 100 % dan bersiap siaga untuk mengempur jentera musuh bagi memastikan Kuala Nerus dimenangi oleh PAS. Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam ucapan perasmianya menyeru semua jentera pemuda Kuala Nerus memastikan Pakatan menawan Putrajaya pada PRU13 nanti. "Masanya telah tiba kerajaan rakyat memerintah Malaysia dan Terengganu kembali kepada pemerintah PAS," katanya. Kerajaan PAS Terengganu yang dimenangi pada tahun 1999 hanya bertahan satu penggal apabila dimenangi semula oleh BN melalui penipuan daftar pemilih. Akibat manipulasi ini, banyak kawasan pilihan raya yang mencatatkan hampir 90% pengundi yang turun. Bagi Mohd Nor, pemuda perlu berjuang bersungguh-sungguh untuk memastikan Umno BN ditumbangkan. "Tapi yang penting setiap petugas perlu berakhlak tinggi dan berdisiplin dalam perjuangan," katanya. Pemuda bertanggungjawap memastikan semua bahan kempen parti tidak disabotaj Umno. "Pemuda perlu bersikap lunak dan berhemah menghadapi para pengundi bagi memastikan setiap undi di Kuala Nerus diberikan pada PAS," tegasnya. Beliau juga mahu pemuda memastikan keselamatan bilek gerakan dan petugas parti terjamin kerana PRU 13 adalah pilihanraya paling sengit dalam sejarah Malaysia. "Solat hajat serta qiamulai menjadi santapan jiwa pemuda dalam memastikan kekuatan iman sentiasa berada dalam diri setiap pejuang Islam," arah beliau. | Kelantan bubar Dun ikut proses biasa Posted: 02 Feb 2013 03:53 PM PST PASIR PUTEH: Kelantan masih kekal dengan pendirian sebagaimana sebelum ini, tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) lebih awal. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata Kelantan akan mengikut proses biasa sebagaimana di negeri-negeri lain. Beliau juga berkata, pelbagai perkara buruk akan berlaku sekiranya Dun Kelantan dibubar awal berbanding negeri lain. Beliau berkata demikian kepada media selepas menandatangani perjanjian usahasama projek pembinaan di Tok Bali yang melibatkan empat buah syarikat swasta, di Tok Aman Bali Resort, dekat sini semalam. "Biarlah Selangor nak bubar awal pun, tetapi Kelantan tidak akan buat berasingan sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini," ujarnya. Menurutnya, andainya pilihan raya dibuat berasingan akan melibatkan belanja yang besar, banyak serangan dan sebagainya. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan