NASA Catches Tropical Storm Sonamu in South China Sea
AYUH KITA BERDOA...MOGA MALAYSIA SELAMAT
Sonamu has left the Philippines and Palawan behind and NASA satellite imagery showed the storm intensified into a tropical storm while moving through the easternmost South China Sea.
At Jan. 4, 2013 at 0535 UTC (12:35 a.m. EST), a visible image of Tropical Storm Sonamu was captured by the Moderate Resolution Imaging Spectroradiometer (MODIS) instrument that flies aboard NASA's Aqua satellite.
The Joint Typhoon Warning Center (JTWC) noted that some animated infrared satellite imagery shows central convection persisting over the low level circulation center and some fragmented formative banding over the northern semi-circle.
By 1500 UTC (10 a.m. EST/U.S.), Sonamu's maximum sustained winds had increased to near 35 knots (40.2 mph/64.8 kph). Sonamu's center was located near 8.9 north latitude and 113.2 east longitude, about 430 nautical miles (494.8 miles/ 796.4 km) east-southeast of Ho Chi Minh City, Vietnam. Sonamu is moving to the west at 14 knots (16.1. mph/26 kph) and is expected to continue in that general direction for the next couple of days with its center staying over open waters as it passes southern Vietnam.
Extreme southern Vietnam, from near Ho Chi Minh City southward may feel the effects of the outer fringes of the storm, with gusty winds, heavy rainfall, and rough coastal conditions.
JTWC forecasters expect that Sonamu will peak in intensity sometime on Jan. 5 and then weaken as vertical wind shear increases.
Sonamu is forecast to turn to the south-southwest and make landfall early next week in east central Malaysia. http://www.nasa.gov/mission_pages/hurricanes/archives/2013/h2013_Sonamu.html
Tropical storm Sonamu expected to hit east coast today
Posted on 6 January 2013 - 09:33pm
PETALING JAYA (Jan 6, 2013): With tropical storm Sonamu expected to pound the east coast of Peninsular Malaysia this week, all residents and fishermen in those states have been advised to stay away from the sea.
National Security Council Secretary Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab said in a statement on Saturday that the Malaysian Meteorological Department (MMD) has forecast turbulent sea conditions and flooding in low-lying areas today until Wednesday.
The storm is expected to affect Kelantan, Terengganu and Pahang.
"Those in flood-prone areas should be alert for warnings of heavy rain and should make advance preparations for the possibility of floods," said Mohamed Thajudeen.
He said the public should heed orders from the authorities to evacuate their homes.
The MMD on its website has issued a warning of strong northeasterly winds over 60 kmph with waves more than 4.5m occurring over the waters off Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang and Palawan.
These conditions are expected to continue until Friday.
-THE SUN-
Tropical storm Sonamu is forecast to strike Malaysia at about 06:00 GMT on 8 January.
Sat, 5 Jan 2013 09:24 GMT
Source: Content Partner // Tropical Storm Risk
Tropical storm Sonamu is forecast to strike Malaysia at about 06:00 GMT on 8 January.Data supplied by the US Navy and Air Force Joint Typhoon Warning Centersuggest that the point of landfall will be near6.3 N,103.3 E.Sonamu is expected to bring 1-minute maximum sustained winds to the region of around 64 km/h (40 mph).Wind gusts in the area may be considerably higher.
The information above is provided for guidance only and should not be used to make life or death decisions or decisions relating to property. Anyone in the region who is concerned for their personal safety or property should contact their official national weather agency or warning centre for advice.
This alert is provided by TropicalStorm Risk (TSR) which is sponsored by Aon Benfield, Crawford & Company and University College London (UCL).
Dikeluarkan pada pukul 08:59PM, 06 Januari 2013
AMARAN KATEGORI KETIGA AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
Di Perairan Laut China Selatan
Kemaskini:
Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 7.5 U dan Longitud 109.3 T, pada jam 8:00 malam 6 Januari 2013, kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan bergerak ke arah Barat dengan perlahan.
SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) - Kemaskini
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013. Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan & Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin,7 Januari 2013. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Kemaskini
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), Tioman & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
SEKSYEN C: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Kuching), Sabah(Sandakan), Bunguran & Sulu dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
i) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Condore & Palawan dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
ii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sabah (Kudat dan Pantai Barat) dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
iii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Sandakan) & Sulu dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. Dikemaskini pada 06 Januari 2013, jam 08:59PM
CURRENT TECHNICAL INFORMATION Time/Date: 12:00 NN PhT Sun January 06, 2013 Class/Name: TS Sonamu (Auring) Location of Center: 7.2º N Lat 109.9º E Lon Distance 1: 533 km (SE) from Ho Chi Minh, Vietnam Distance 2: 561 km (SSE) from Nha Trang, Vietnam Distance 3: 649 km (SW) away from Pagasa Is., Spratlys MaxWinds (1-min avg): 85 kph near the center Peak Wind Gusts: 100 kph Present Movement: West @ 5 kph Towards: South China Sea 24hr Rainfall Accum (near center): Extreme [450 mm] Minimum Central Pressure: 989 millibars (hPa) Size (in Diameter): 390 km [Average] Max Sea Wave Height (near center): 22 feet Possible Storm Surge Height: 1-3 ft (0.3-0.9 m) T2K/WP StormTracks (for Public): GIF | Google Map (Flash)
_____________________________________________________________________________ NOTE: >> To know the meteorological terminologies and acronyms used on this update visit the ff: http://typhoon2000.ph/tcterm.htm http://www.nhc.noaa.gov/aboutgloss.shtml http://www.nhc.noaa.gov/acronyms.shtml __________________________________________________________________________________________For the complete details on TS SONAMU (AURING)...go visit our website @:> http://www.typhoon2000.com > http://www.maybagyo.com > http://www.typhoon2000.ph :: Kindly view our site's disclaimer at: http://www.typhoon2000.ph/disclaimer.htm
JTWC and JMA upgraded to a Sonamu to a severe Tropical Storm yesterday. The system continues to move across the South China Sea, for now staying south of Vietnam. Heavy rains and strong winds remain offshore although light rains may affect Southern Vietnam in the next 24 hours.
Storm region visible satellite image (Credit: MTSAT/FNMOC)
According to latest report by JTWC, Tropical Storm Sonamu was located approximately 270 nm southeast of Ho Chi Minh city, Vietnam, has tracked west-southwestward at 5 knots. As Sonamu has been tracking westward, it has started to slow in the weakening steering environment. Sea surface temperatures are currently favorable for further development (28 to 29 degrees Celsius).
TC Sonamu seen by MODIS/Aqua satellite on January 5, 2013 (Credit: LANCE/MODIS)
Sonamu is forecast to begin weakening by Monday as it heads towards the Malay Peninsula. It will track slowly along the southern periphery of the low- to mid-level subtropical ridge over the Andaman Aea in a generally westward direction through the next three days. It is forecasted to weaken to a Tropical Depression before making landfall near Thailand and Malaysia. A large swath of vertical wind shear associated with the North East monsoon will rapidly weaken the system.
TC Sonamu forecast track by JTWC
Two more areas of low pressure formed along Inter-Tropical Convergence Zone – the trail of convection running eastward from the Philippines. They could potentially develop into weak cyclones next week.
Dari Anas r.a, kami para sahabat r.a bertanya: Ya Rasullullah s.a.w, kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan menjauhi semua kemungkaran. Maka Nabi s.a.w bersabda: Tidak, bahkan serulah orang untuk berbuat baik, meskipun kalian belum mengamalkan semuanya. Dan cegahlah kemungkaran, meskipun kalian belum menghindari semuanya. (H.R. Thabrani)
Video Diatas adalah Contoh Tindakan Ganas Regim Zionis Najib Razak memperkudakan Polis Menyerang Rombongan Tuan Guru Haji Hadi di Terowong KL Sentral dan Menembak Tepat Gas Pemedih kepada Rombongan Presiden PAS - Tidak ada Provokasi, Tidak ada Sebarang Keganasan tetapi Polis Bertindak Zalim - Tidak Cukup dgn Itu Presiden PAS disumbat didalam Black Maria Tanpa Belas Kasihan - Inilah Wajah Regim Zionis Najib Razak.
MAKLUMAN MEDIA NO. 3: STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK
KENYATAAN MEDIA
4 JANUARI 2012
(MAKLUMAN MEDIA NO. 3)
STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK
Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin mengemaskini laporan tentang status terkini Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning yang telah diaktifkan pada 6.00 petang, 1 Januari 2013 di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak berikutan kegagalan sistem pam Wangsa Maju dan di rumah pam di Pudu Hulu Baru.
Setakat ini, sistem pam di Rumah Pam Wangsa Maju dan Rumah Pam Pudu Hulu Baru ini telah beroperasi dengan stabil semenjak 2 Januari 2012. Rumah pam Wangsa Maju juga pada masa ini beroperasi pada tahap 170 JLH berbanding kadar biasa di tahap 210 JLH. Justeru itu, tempoh pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terlibat akan berlaku secara berperingkat-peringkat bergantung kepada kedudukan kawasan yang mana kawasan yang berkedudukan tinggi akan mengambil masa untuk dipulihkan berbanding dengan kawasan yang berada di kedudukan rendah. Walau bagaimanapun, oleh kerana kadar pengepaman telah dikawal pada 170 JLH dan kurang daripada permintaan harian biasa sebanyak 210 JLH, SYABAS menjangkakan ada beberapa kawasan yang akan tidak dapat dipulihkan sepenuhnya.
Bagi kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak, bekalan air telah mula pulih seperti sedia kala dan antara sebahagian kawasan yang telah mula mendapat bekalan air adalah seperti berikut:
Kawasan Yang Mendapat Bekalan Air
Wilayah Kuala Lumpur:
Bil
Kawasan
Bil
Kawasan
1.
Flat DBKL Dato' Keramat
9.
UTM
2.
Jalan Padang Tembak
10
FELDA
3.
Jalan Semarak
11
Pusat Latihan Telekom
4.
Jalan Gurney
12
Jalan U Thant
5.
Kementah
13
Jalan Ampang Hilir
6.
Pulapol
14
Taman Miharja
7.
Wisma Tanah
15
Taman Kobena
8.
JUPEM
Wilayah Gombak:
Bil
Kawasan
Bil
Kawasan
1
Kampung Baru Ampang
31
Sri Rampai
2
Kampung Melayu Ampang
32
Taman Ampang
3
Taman Hillview
33
Taman Dagang Permai
4
Bukit Jobina
34
Taman Pandan Ria
5
Taman Dato Ahmad Razali
35
Taman Permai Jaya
6
Taman Bukit Indah
36
Taman Permata
7
Taman TAR
37
Taman Saujana Ampang
8
Ukay Heights
38
Taman Ampang Mewah
9
Ampang Jaya
39
Taman Ampang Utama
10
Dataran Ukay
40
Taman Bukit Ampang
11
Pinggiran Ukay
41
Taman Cahaya Ampang
12
Sri Ukay
42
Taman Dagang Jaya
13
Beverly Heights
43
Taman Halaman
14
Ampang Indah
44
Taman Kesuma Ampang
15
Ampang Saujana
45
Taman Kosas
16
Ampang Water Front
46
Taman Mulia Jaya
17
Bandar Baru Ampang
47
Taman Rasmi Jaya
18
Bukit Ampang Permai
48
Taman Sri Ampang
19
Bukit Indah
49
Taman Watan
20
Desa Setapak
50
Wangsa Melawati
21
JalanAmpang
51
Mesra Ria
22
Kampung Bukit Sungai Puteh
52
Mesra Prima
23
Keramat AU 1 hingga AU 5
53
Mesra Villa
24
Kampung Indah Mulia
54
Ukay Bestari
25
Kampung Kemensah
26
Kampung Lembah Jaya
27
Kampung Pinggir Tiga Jaya
28
Kampung Tengah Lembah Jaya
29
Lembah Jaya Utara
30
Lembah Jaya Selatan
Walaubagaimanapun, antara kawasan yang masih mengalami gangguan bekalan air di kedua-dua wilayah ini adalah seperti berikut:
Kawasan Yang Masih Mengalami Gangguan Bekalan Air
Wilayah Kuala Lumpur:
Bil
Kawasan
Bil
Kawasan
1.
Taman Pandan Jaya
12.
Desa Pandan
2.
Taman Cempaka
13.
Flat Sri Melaka
3.
Taman Bakti
14.
Taman Muda
4.
Taman Nirwana
15.
Taman Seraya
5.
Kampung Pandan Dalam
16.
Taman Bukit Permai
6.
Taman Cahaya
17
Taman Melur
7.
PandanCahaya
18
Taman Teratai
8.
Taman Dagang
19
Taman Mega Jaya
9.
Taman Shamelin
20
Kampung Cheras Baru
10.
Taman Tenaga
21
Taman Saga
11.
Bandar Sri Permaisuri
Wilayah Gombak:
Bil
Kawasan
Bil
Kawasan
1.
Kampung Tasek Permai
3.
Kampung Ampang Campuran
2.
Desa Lembah Permai
4.
Tasek Tambahan
Untuk makluman juga, sepanjang Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) diaktifkan iaitu dari tempoh 29 Disember 2012 hingga 4 Januari 2013, secara keseluruhannya bekalan air menerusi lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas telah dihantar sebanyak 707 trip penghantaran, yang mana sebanyak 392 pergerakan lori tangki telah dilakukan di wilayah Kuala Lumpur dan bakinya sebanyak 315 pergerakan di wilayah Gombak. Bagi tangki air statik, SYABAS telah meletakkan sejumlah 173 tangki air statik di wilayah Kuala Lumpur dan Gombak. Walau bagaimanapun, SYABAS akan menggerakkan semua sumber yang ada pada SYABAS dan juga bantuan yang boleh diperolehi, tetapi memandangkan kawasan dan bilangan akaun yang terlibat adalah terlalu tinggi, pihak SYABAS tidak dapat menjanjikan tangki-tangki statik ini dapat dipenuhkan setiap masa.
Walau bagaimanapun, SYABAS akan terus melakukan pemantauan berterusan khususnya di semua kawasan yang terlibat di kedua-dua wilayah ini dari semasa ke semasa dan akan memaklumkan terus kepada para pengguna berhubung perkembangan terkini status gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlaku ini.
Justeru itu, orang ramai dinasihatkan agar terus menggunakan air secara berhemah dan berjimat cermat sepanjang tempoh pemulihan bekalan air ini berlaku bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi.
Pada masa ini, jumlah panggilan yang diterima oleh SYABAS menerusi talian bebas tol 1 800 88 5252 adalah tinggi. Justeru itu, bagi menjimatkan masa, SYABAS menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air ini menerusi laman web www.syabas.com.my. Pengguna juga boleh membuat aduan atau pertanyaan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.
-tamat-
MS. PRISCILLA ALFRED Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Tel : 03-2088 5276 Fax : 03-2088 5288 Email : priscilla@syabas.com.my
Tuan Guru Hj Salleh bin Musa Mudir Madrasah Ar Rahmaniah Sik Kedah merupakan tokoh ulama Kedah berusia 85 tahun yang sangat kuat berjuang memastikan kemenangan Islam di Malaysia meminta Tn Guru Hj Hadi Awang mempertahankan Amanat 1981
Amanat tersebut tidak perlu ditarik semula kerana bertepatan dengan hukum agama kata Tuan Guru Hj Salleh Musa
Tn Guru Hj Salleh berkata ucapan Tn Guru Hj Hadi dikeluarkan disebabkan pimpinan UMNO pada masa itu menghina Islam seperti mempertikai hukum Hudud , mempersenda hukum Allah , mempersenda sunnah Rasulullah SAW . Banyak perkara UMNO buat yang bertentangan dengan syaraq dan aqidah, yang paling nyata kesalahan UMNO adalah kerana asingkan agama dari politik .
Tuan Guru Hj Salleh amat kecewa dengan isu amanat ini yang sengaja dimainkan UMNO yang sangat ketandusan isu . Tn Guru Hj Salleh berkata Insyallah isu ini tidak lama , nanti depa (mereka /UMNO ) akan diam .
Golongan agama seperti beberapa orang mufti dan termasuk Hassan Ali tidak amanah dengan ilmu .
Contohya Hassan Ali mengapa dulu masa ada jawatan dalam PAS tidak bangkitkan isu ini hingga dia dapat jadi exco PAS di Selangor ? Mengapa sekarang Hassan Ali baru bersuara , ini menunjukkan Hassan Ali tidak ikhlas berjuang .
Begitu juga Tn Guru Hj Salleh menemplak JAKIM dan beberapa orang mufti terutamanya Dato Harussani mengapa isu amanat ini dibesarkan ? Mengapa tidak tegur Mahathir yang kata " Baik kawan dengan syaitan yang dikenali dari malaikat " dan Mahathir berkata Malaikat ada yang baik dan ada yang jahat mengapa tidak ambil tindakkan , ini soal aqidah .
Begitu juga mengapa tidak ambil tindakan kepada Rahim Noor yang kata kepada Nik Aziz bapa kafir ?
Ini menunjukan ramai mufti jahat mufti pengampu kerajaan .
Begitu juga ramai pimpinan UMNO mempersenda hudud mengapa tidak diambil tindakkan dan mengapa tidak dihebohkan ?
Tn Guru Hj Salleh menyeru ahli PAS supaya memperbanyakan doa munajat agar fithnah jahat UMNO/BN terhadap Tn Guru Hj Hadi dalam isu ini diangkat dengan segera .
Tn Guru Hj Salleh mengadakan munajat khas mengenai isu amanat Hj Hadi ini di Masjid Bukit Besar Yan pada 2.1.2013 lalu , kehadiran lebih kurang hampir 400 orang yang hadir . Tn Guru Hj Salleh Musa akan jelajah setiap daerah seluruh kedah menggerakan munajat bagi menghadapi pilihanraya 13.
Tn Guru Hj Salleh menghubungi Tn Guru Hj Hadi Jumaat lalu meminta Tn Guru Hj Hadi bersabar dan mempertahankan amanat , Alhamdulillah Tn Guru Hj Hadi dengan berkata tak pa Tok Guru saya tenggah mengarang 100 alasan mengenai amanat ini Insyallah saya pertahankan. TAKBIR!!!
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kejutan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menarik balik fakta ucapan kontroversinya yang dilabelkan sebagai Amanat Haji Hadi.
Beliau bertegas mahu diberi peluang untuk menjelaskan perkara sebenar berhubung dengan ucapan yang dibuatnya di Kampung Banggol Peradong, Manir, dekat sini, 32 tahun lalu.
Menurutnya, masyarakat perlu mendengar penjelasan beliau dahulu, sebelum menilai sendiri sama ada apa yang beliau ucapkan itu betul atau salah.
"(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais (Yatim) tak nak bagi peluang (kepadanya menjelaskan perkara itu melalui siaran langsung RTM dan TV3).
"Itu hak dia, tetapi saya tetap dengan pendirian saya, supaya masyarakat berlaku adil kepada semua pihak. Hanya cara (memberi penjelasan melalui siaran langsung) itu boleh memulihkan keadaan, kerana kita (Pas) tiada media. Biar rakyat tahu dan jangan dengar sebelah pihak.
"Biar mereka nilai betul atau tidak. Televisyen perlu siarkan satu jam ucapan saya. Amanat itu pentingkan?" katanya di Masjid Abidin, di sini, selepas menziarahi makam bonda saudara Sultan Mizan, Tengku Zaleha Ismail binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang mangkat pagi semalam.
Pada 17 Disember lalu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh menggesa Abdul Hadi menarik balik Amanat Haji Hadi.
Harussani berkata, selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadat, mengamalkan ajaran agama, orang itu tidak boleh dituduh kafir.
Wan Zahidi pula menyifatkan, amanat tersebut tidak memberi bahaya kepada Umno, sebaliknya ke atas Hadi sendiri.
Pendapat sama turut disuarakan Pengerusi Penerbitan Dakwah Islamiah Malaysia (Pedim), Datuk Mat Jahaya Hussin yang berharap semua pihak bercakap perkara yang benar sahaja.
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, namun Abdul Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat.
Gesaan yang sama turut dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahya, Ketua Penerangan Umno Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Pengarah Pusat Pemikiran Islam dan Peradaban Melayu, Shamsudin Munir dan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, antara lain.
Saya tidak label ucapan saya
Beliau berkata, beliau tidak pernah melabelkan ucapan dan kenyataan yang dibuat di Kampung Dong Perada pada 7 April, 1981 itu sebagai Amanat Haji Hadi.
"Saya tidak berikan nama amanat, tetapi orang lain yang berikan nama amanat. Mereka petik ucapan saya dan bentang dalam Dun.
"Saya akui ia memang ucapan saya, tetapi mereka (pihak berkuasa) hanya senyap selepas itu. Itu ceritanya. Kenapa mereka tidak hujah pada masa itu, tetapi 30 tahun kemudian?" kata Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang dan Adun Rhu Rendang.
Beliau turut menyanggah kenyataan Rais yang memutuskan tidak akan melaksanakan cadangan untuk mengadakan forum bagi membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM kerana penyiarannya menyalahi fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan, pada 24 Julai 2002.
Sambil menempelak Majlis Fatwa Kebangsaan, Abdul Hadi mempertikaikan kenapa kenyataannya di Kampung Banggol Peradong itu didakwa bercanggah dengan ajaran Islam.
"Saya tidak menerima apa-apa surat daripada Majlis Fatwa Kebangsaan (mengenai perkara itu) dan saya cabar mereka (membuktikan mereka ada menghantar kepada beliau surat mengenainya).
"Mereka membuat keputusan untuk mengharamkannya tanpa memanggil saya memberi penjelasan.
"Saya tidak dengar. Surat rasmi pun tiada. Hanya atas angin. Berniaga pun tiada (dibuat) atas angin. Saya bercakap bukan kerana pilihan raya (sudah hampir) tetapi kerana akhirat. Kita semua akan mati, hanya tuhan yang akan menentukan siapa yang betul, siapa yang salah. "Ada ke mereka (boleh) membuat keputusan tanpa bertemu dengan saya? Betul ke? Mereka menjatuhkan hukuman tanpa perbicaraan," katanya.
Selepas penganjuran Karnival Sayangi Selangor oleh UMNO/BN Selangor yang dikepalai oleh Zin Badak, maka satu survey diadakan untuk mendapat maklum balas dan reaksi dari rakyat siapa yang mereka akan memberikan sokongan pada PRU 13 nanti, dengan mengajukan soalan berbunyi:...' DIANTARA PR DAN BN, YANG MANA SATU ANDA YAKIN BANYAK MEMBANTU RAKYAT' Punyalah terkejut beruk UMNO Selangor bila dapati jauh berganda lebih ramai rakyat memberikan sokongan padu kepada Pakatan rakyat untuk menerajui negara ini.
Akibat dari respon yang tidak mereka duga ini maka terus posting tersebut yang dipaparkan di muka Facebooknya SAYANGI SELANGOR dipadamkan. Tetapi ada pihak yang sempat buat print screen kerana telah menduga insiden memadamkan terus kaji selidik itu akan pasti berlaku apabila keputusan tidak memihak kepada UMNO.
PRU 13 adalah PRU anak-anak muda....Anak-anak muda yang bakal menentukan siapa yang harus diberi mandat dan amanah untuk mentadbir urus negara.
Kelompok ini hanya percaya kepada media ketiga.. INTERNET, bukannya media arus perdana sama ada cetak maupun elektronik milik dan kawalam UMNO.
Sudah pasti hasil kaji selidik ini akan menambah pening kepala UMNO dalam menghadapi PRU 13.
INI KALILAH TUKAR... JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA. -omakkau
Tok Guru Nik Aziz menghadiri majlis kenduri kesyukuran perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat(Apek) dan Leuniey Natasha di kediaman beliau Kg. Cherang, Kota Bharu pada tengahari semalam 5hb. Jan 2013. Sumber FB
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi berkenaan keputusan mengenai 'Amanat Haji Hadi'.
Mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah, beliau menafikan menerima sebarang surat daripada mufti tersebut.
"Saya tidak menerima surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya cabar Majlis Fatwa hantar surat kepada saya. Dia (Majlis Fatwa) tak panggil saya.
"Surat rasmi pun tidak ada…atas angin sahaja. Bukan boleh atas angin begitu…bukan 'meniaga' ni dan kalau berniaga pun tidak boleh atas angin. Ini soal agama," tegasnya.
Beliau berkata 'amanat' itu merupakan satu petikan daripada ucapan beliau yang dibuat di Banggol Peradong 31 tahun yang lalu.
Ustaz Abdul Hadi menjelaskan beliau tidak pernah menamakan ucapan tersebut sebagai amanat tetapi dibuat oleh pihak lain.
"Amanat itu satu petikan, saya tidak menamakan 'amanat' tetapi orang lain yang menamakan 'amanat' dan yang beri nama 'amanat' itu termasuk Umnolah.
"Bukan saya menamakan 'amanat', ia petikan ucapan saya selepas itu dibentang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu. Ketua Biro Agama Umno bentang dan saya bangun (jawab)…betul, itu ucapan saya. Masa itu kenapa tidak hujah, selepas 30 tahun baru hendak hujah," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat jenazah allahyarham Tengku Zaliha binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Maqam Diraja Masjid Abidin, di sini petang tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan isu penjelasan amanat tersebut bukan sekadar pilihan raya tetapi kerana hari akhirat.
Menurutnya, jika Perdana Menteri atau mufti enggan bersemuka di atas dunia, maka tunggulah pada hari akhirat ketika mengadap Allah SWT.
"Saya akan mati, mufti-mufti juga akan mati, Perdana Menteri mati, saya mati…kita mengadap Tuhan. Tuhan yang akan menentukan betul atau pun salah. Jika tidak atas dunia ini..akhiratlah. Kita bertemu dengan Tuhan jika atas dunia tak mahu bertemu," tegasnya.
Justeru, Ustaz Abdul Hadi tetap bertegas mahukan ruang penjelasan selama satu jam bersiaran di RTM milik kerajaan kerana PAS tidak memiliki media yang menyeluruh.
"Saya tetap mahukan (siaran langsung) supaya masyarakat berlaku adil. Adil ini kena dengar semua pihak dan dengan cara itulah, sebab kita tiada media.
"Biar rakyat tahu…dia (rakyat) dengar semua barulah (faham). Ini dengar sebelah pihak, macam mana.
" Kena dengar dulu apa yang saya hendak kata, supaya masyarakat dengar betul atau tidak apa yang saya hendak kata," ujarnya. -Hrkh
KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan didesak agar menuntut pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), menyiasat dan membentangkan Laporan Kewangan Jawatankuasa Wang Ehsan Kelantan, kepada rakyat negeri ini.
Ini berikutan adanya laporan, sejumlah RM12.3 juta telah lesap dari akaunnya.
Justeru itu, satu memorandum telah dihantar oleh Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti), kepada pihak JPP, tengah hari tadi, di bangunan JPP Kota Bharu.
"Ini memorandum kali ke dua dari pihak kami kepada JPP bagi membentangkan laporan kewangan wang ehsan yang lesap sebanyak RM12.3 juta," kata Presiden Royalti, Nazri Deraman dalam sidang medianya, selepas menyampaikan memerandum kepada wakil JPP, di sini.
"Pihak kami juga dapat tahu, sebanyak RM2 juta dari wang royalti minyak yang dijadikan sebagai wang ehsan di negeri ini telah disalurkan kepada Umno bahagian negeri Kelantan.
"Walaupun menurut maklumat dari Kerajaan Persekutuan bahawa wang ehsan ini digunakan sebagai peruntukan membina kemudahan infra, namum begitu ianya digunakan oleh pihak JPP dan Umno bahagian sesuka hati mereka bagi kepentingan mereka," ujarnya.
Bermula tahun 2010, jumlah sebenar wang ehsan yang disalurkan kepada JPP sentiasa berubah-rubah.
Perbezaan ini dapat dilihat melalui kenyataan dari Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, iaitu peruntukan sebanyak RM49.1 juta.
Manakala menurut kenyatan yang dibuat Datuk Mustapha Mohamed dan juga Perdana Menteri peruntukannya sebanyak RM61.4 juta.
"Telah terbukti jumlah sebenar wang ehsan berubah dan terdapat penyelewengan yang ketara yang berlaku kerana perbezaaan yang ketara iaitu sebanyak RM12.3 juta," tegasnya.
Katanya lagi, pihak Royalti akan mengambil tindakan ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya JPP mengambil sikap mendiamkan diri sehingga ke peringkat antarbangsa.
Sementara itu, pihak Royalti juga meminta agar JPP ditutup kerana kerajaan negeri yang ada sekarang ini ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui demokrasi sejak tahun 1990.
Adalah satu percabulan kepada semangat persekutuan iaitu menghormati kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan apabila JPP ditubuhkan.
Dalam himpunan bagi menyampaikan memorandum berkenaan, beberapa pihak yang mewakili kumpulan masing-masing telah menyampaikan ucapan, antaranya wakil mahasiswa, wakil kaum wanita Kelantan dan wakil anak muda Kelantan.
Memorandum berkenaan telah disampaikan oleh Nazri Deraman sebagai Presiden Royalti kepada Penolong Pengarah (Khas) JPP, Mohd Hanif Aiman Mohd Anuar Musardar.
Seramai 50 orang ahli Umno yang terdiri dari 23 cawangan berhimpun di hadapan balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 8.00 pagi semalam sebagai membantah ketua Umno Pengkalan Chepa, Datuk Dali Hussin.
Perhimpunan itu untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapha Mohamed.
Bagaimanapun, memorandum itu hanya diserahkan kepada setiausaha politik Mustapha berikutan beliau dikatakan telah pulang ke Kelantan semalam.
Penyerahan itu dibuat di bilik vip, dalam keadaan setiausaha politik Datuk Mustapha yang baru dilantik itu enggan keluar.
Bantahan itu kata mereka dibuat bukan hanya tindakan Dali yang tidak menjaga kebajikan penyokong dan pimpinan semua peringkat cawangan, sebaliknya tidak amanah.
Mengikut memorandum yang dikenali sebagai Memorandum Rakyat, Dali mengamalkan pemerintahan kroni, pengalaman yang lemah, rasuah dan lain-lain lagi.
Bekas Setiausaha Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zulkifli Mat Hassan, ketika memberitahu media berkata bantahan itu dibuat berikutan tiada kepercayaan dikalangan ahli lagi terhadap Dali.
"Dalam Umno masih segar demokrasi, tetapi jika tidak amalkan demokrasi ianya tiada guna.
"Surat telah dihantar kepada presiden dan timbalan presiden parti, tetapi tiada sebarang tindakan,"ujarnya yang juga Ketua Umno Cawangan Lapang Terbang.
Selepas berdemo di lapangan terbang, pemimpin-pemimpin cawangan ini berarak dalam Parlimen Pengkalan Chepa termasuk di hadapan rumah Dali untuk menyatakan bantahan pada pemimpin Umno bahagian itu.
Sepanduk seperti Kami Ketua-Ketua Umno Cawangan, mendesak Dali meletakkan jawatan', SPRM tolong siasat, 'Rakyat Dihimpit' dan lain-lain lagi seperti Asal Bukan Dali turut diarak. -Hrkh
Orang Melayu dikatakan tidak mahu berubah, takut berubah, tak peka untuk berubah, selesa dengan yang ada, tak mahu susah-susah, bersyukur apa yang ada dan 1000 macam dalih untuk tidak berubah.
Betul ke?
Mungkin benar kepada sebahagian orang Meayu. Mungkin tidak. Yang jelas orang Melayu tidak menunjukkan "reaksi segera".
Wang BMF hilang - tiada reaksi segera. Yusof Jalil, pegawai BMF dibunuh, tiada reaksi.
Penswastaan pembinaan lebuh raya dalam negara ini, walau pun membebankan pengguna tidak menyebabkan reaksi segera dari orang Melayu. Hanya sekadar mengeluh bila kadar tol naik dari tahun ke tahun.
Penswastaan pendidikan dengan wujudnya IPTS menyebabkan tanggungan yuran yang tinggi melalui pinjaman - tidak ada reaksi segera. Bagi orang Melayu, asalkan boleh belajar sudahlah. Soal kena bayar hutang selepas tamat belajar, tiada hal bagi orang Melayu. Berlagak macam orang kaya nampaknya. Ha ha.
Hutang negara meningkat mendadak di bawah regim Najib, tiada hal. Kononnya, bukan dia kena bayar!!!
Wang LTAT disalah guna tiada hal, bukan wang dia yang bakal hilang.
Suami Sharizat salah guna pinjaman projek lembu RM 250 juta, lantak pi lah. Orang Melayu tarak hal.
Pokoknya orang Melayu tidak hairan dengan apa "hak" yang dia patut dapat. Orang Melayu tidak mampu menuntut suatu yang "lebih baik". Adakah orang Melayu 'malu' atau 'malas' menuntut haknya sebagai rakyat. Atau orang Melayu berjiwa "hamba" - taat setia dengan apa sahaja dibuat oleh orang atasannya. Jiwa feudal orang Melayu amat tebal sekali!!!!
Logiknya jika Datuk Seri Anwar atau Pakatan Rakyat berada di belakang pendedahan eksklusif Deepak, maka tak sampai 48 jam selepas pendedahan maka Deepak akan diangkut oleh SB untuk disoalsiasat. Dia akan didera mental dan mungkin fizikal, atau mungkin ditawarkan habuan yang banyak untuk mengubah pengakuan.
Selepas itu akan muncul akuan bersumpah Deepak untuk menafikan segala 'kejahatan' Najib Rosmah atau mana-mana pihak dalam BN. Itu senario yang rakyat Malaysia sedia maklum berlaku dalam negara dalam beratus-ratus kes politik sepanjang 55 tahun merdeka. Betul tak?!
Anehnya dalam isu pendedahan Deepak, beliau masih bebas bercakap, membuat pendedahan satu demi satu sedangkan dia bukan aktivis politik pembangkang (yang biasanya tahan uji). Deepak tidak diganggu gugat, tidak diserang oleh media UMNO/BN bertalu-talu, jauh sekali untuk diletupkan macam Altantuya. Maka logiknya, ada tokoh penting di belakang Deepak sehingga beliau jadi begitu berani!
Orang yang berada di belakang Deepak pastinya tak lain dan tak bukan ialah Tun Dr Mahathir dan Mahyudin Yasin. Jika Tun ditanya tentu dia akan menafikan sekeras-kerasnya tetapi masihkah kita ingat apabila Khalid Jafri menulis buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tak layak jadi PM' bukankah Tun M juga nafikan tetapi akhirnya tersengih-sengih macam kerang busuk apabila satu dunia tahu buku itu ditulis atas restu beliau.
Mahyudin Yasin juga mempunyai sejarah yang banyak menjatuhkan orang-orang di atasnya untuk cepat naik. Antara yang berusaha dijatuhkannya dahulu ialah Pak Lah selaku Perdana Menteri, sehingga terpancul ayat dari mulut PM, "Apakah Mahyudin tak sabar-sabar lagi nak jadi TPM?". Satu dunia dengar kenyataan Pak Lah yang menyelar Mahyudin sewaktu Pak Lah masih PM.
Apabila khabar angin bertiup kencang menceritakan 2M (Mahathir-Mahyuddin) kini berusaha jatuhkan Najib sebelum PRU13 kononnya untuk selamatkan UMNO/BN dari kalah akibat imej buruk Najib-Rosmah maka berita tersebut ada asasnya.
Ingat tak, Mat Sabu mendedahkan di Parlimen 15 tahun lalu, bahawa berlaku pertembungan Mahathir dengan Anwar ramai yang menganggap Mat Sabu 'mulut jahat' pandai mereka-reka cerita? Hanya sejurus selepas itu 'cerita rekaan' menjadi kenyataan maka ramai yang melopong.
maka kita akan tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya...tunggulah episod yang mendebarkan ini seterusnya....siapa yang bakal terlingkup....
Buku setebal 26 halaman dengan pengarangnya dinama sebagai ‘Spirit of Altantuya’ tidak menyebut mana-mana personaliti individu sebaliknya menggunakan nama samaran tertentu.
Antaranya ialah Kapeed, Bijan, Black Rose, Popiah, Lala, Jim dan beberapa personaliti lain. Buku itu dikatakan mengisahkan persengketaan Deepak-Najib-Rosmah berhubung beberapa kontroversi termasuk penukaran akuan bersumpah P Balasubramaniam, dalam bentuk satira.
Beberapa dokumen tertentu turut dilampir dalam buku berkenaan. Sebelum ini, Deepak yang pernah menganggap Rosmah Mansor sebagai ‘kakak’ mahu menghasilkan buku yang mendedahkan penglibatan beliau, Najib Razak dan isteri dalam penukaran akuan bersumpah Bala.
Kes ini rasanya nampak sama je dengan apa yang berlaku di Perak semasa Umno nak merampas kuasa dari Pakatan Rakyat. Apatah lagi ia hampir dengan PRU13. . Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjadi sasaran utama. Saban hari hanya isu menghentam PAS dan DAP. TV3 dan segala media perdana serata alam sedaya upaya spin isu-isu membangkit kebencian rakyat sedang Pakatan Rakyat tidak berkesempatan menjawabnya. Yang peliknya dah beberapa bulan berlaku kes ini (bacalah laporan itu). Jadi rakyat bacalah dengan teliti dan fahami in between the line.. Dilaporkan hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan seorang pembantu kepada timbalan ketua menteri Pulau Pinang berhubung satu dakwaan rasuah. Laporan oleh Mingguan Meloya itu menyebut pembantu itu menyaksikan cubaan untuk menyerahkan rasuah RM30,000 kepada seorang individu untuk diserahkan kepada seorang wanita.
Pengarah SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan kepada akhbar berkenaan bahawa pembantu berkenaan bekerja kepada salah seorang daripada dua timbalan ketua menteri di Pulau Pinang.
Laporan The Star pula menyebut, jumlah sogokan itu adalah untuk mendorong wanita berkenaan agar menggugurkan satu aduan gangguan seksual ke atas seorang penjawat awam kanan.
Laporan itu menyebut Penjawat awam tersebut didakwa di mahkamah beberapa bulan lalu.
Susulan itu, penjawat awam berkenaan meminta bantuan daripada pembantu berkenaan yang seterusnnya menghubungi wanita tersebut, menurut laporan itu yang memetik satu sumber.
Sementara itu, Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri bertindak untuk menggantikan seorang pegawai daerah di negeri itu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan rasuah.
"Seorang daripada pegawai daerah baru adalah seorang wanita. Beliau akan menjadi pegawai daerah wanita kedua di negara ini," kata Lim seperti dilaporkan Malaysiakini.
Lim berkata kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan tindakan curang penjawat awam dan akan mengambil langkah tegas ke atas individu yang bersalah atas dakwaan rasuah.
Beliau mengulas laporan media hari ini bahawa seorang pegawai kanan kerajaan yang merupakan pembantu kepada salah seorang timbalan ketua menterinya serta seorang lagi individu ditahan pada 3 Januari berhubung dakwaan rasuah.
Kedua-duanya dijangka akan dituduh di mahkamah dalam masa beberapa hari dan identiti kedua-duanya juga bakal diketahui pada tarikh tersebut.
Ali Rustam, Ketua Menteri Umno di Melaka kena jawab kes ini..kes pesta Kondom sptmana terbukti melalui gambar2 ini. TS Harusaani, Fathul Bari sila komen pasal pertunjukan ni di adakan di Melaka.
Tapi konpem, Ali Rustam buat tak nampak je.. tok peti dan alamak muda Umno juga kunci mulut...
depa buat kat Dataran Pahlawan , bukti tengok lah poster tu..
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
kemuncak masaalah air di selangor, kerajaan negeri nak ambik alih pengurusan syabas, serta merta bekalan air pulih hampir seperti biasa,
tapi kenapa kes air di pekan pahang senyap je..di rtm saluran rakyat, di tv3 saluran kerajaan tak ada pun berita tentang itu.
kenapa ye? sebab di selangpr pakatan yang perintah. yang betul pun akan jadi salah,,di pahang bn yang pegang, yang salah akan di gambar kan sebagai betul.
You are subscribed to email updates from otai-blues To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Selepas penganjuran Karnival Sayangi Selangor oleh UMNO/BN Selangor yang dikepalai oleh Zin Badak, maka satu survey diadakan untuk mendapat maklum balas dan reaksi dari rakyat siapa yang mereka akan memberikan sokongan pada PRU 13 nanti.
Dengan mengajukan soalan berbunyi:...' DIANTARA PR DAN BN, YANG MANA SATU ANDA YAKIN BANYAK MEMBANTU RAKYAT' Punyalah terkejut beruk UMNO Selangor bila dapati jauh berganda lebih ramai rakyat memberikan sokongan padu kepada Pakatan rakyat untuk menerajui negara ini.
Akibat dari respon yang tidak mereka duga ini maka terus posting tersebut yang dipaparkan di muka Facebooknya SAYANGI SELANGOR dipadamkan. Tetapi ada pihak yang sempat buat print screen kerana telah menduga insiden memadamkan terus kaji selidik itu akan pasti berlaku apabila keputusan tidak memihak kepada UMNO.
PRU 13 adalah PRU anak-anak muda....Anak-anak muda yang bakal menentukan siapa yang harus diberi mandat dan amanah untuk mentadbir urus negara.
Kelompok ini hanya percaya kepada media ketiga.. INTERNET, bukannya media arus perdana sama ada cetak maupun elektronik milik dan kawalam UMNO.
Sudah pasti hasil kaji selidik ini akan menambah pening kepala UMNO dalam menghadapi PRU 13.
INI KALILAH TUKAR... JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA. ~omakkau
Ustaz Azhar Idrus bersama peminat bukan Islam di hentian Temerloh ketika beliau singgah dalam perjalanan untuk satu program.
Allah telah campakkan dalam hati orang bukan Islam, utk duduk bersama dengan ulamak. Moga dia dibukakan pintu hidayah, dan faham akan Islam. Takbir!~ FB
KUALA LUMPUR, 5 Jan — Pemimpin DAP hari ini menyifatkan kesilapan dalam pemilihan parti sebagai "memalukan" dan cuba menyelamatkan diri mereka dengan menyalahkan kesilapan yang berpunca dari teknikal dan bukannya cuba menipu undi seperti didakwa lawan mereka.Pengerusi DAP, Karpal Singh dan penasihatnya, Lim Kit Siang, mengatakan mereka mengakui bahawa adalah kesilapan, dan ia menjadikan satu kekuatan bahawa mereka boleh dianggap oleh rakyat Malaysia sebagai berakauntabiliti atas tindakan mereka.
"Kami sudah dapat mengagak bahawa ia akan menerima kritikan dari pelbagai pihak, tetapi mengumumkan kesilapan tersebut menunjukkan kami bersikap telus," kata Karpal dalam sidang medianya di George Town.Lim turut mengeluarkan nada yang sama dengan ahli parlimen Bukit Gelugor itu dengan berkata walaupun akan berlaku serangan politik mengenai isu ini, tetapi pimpinan telah bersatu hati mengatakan parti tersebut perlu bersikap jujur kepada parti untuk rakyat, dan menghadapi reaksi negatif dengan terbuka.
Lawan politik kita mungkin melihat ini sebagai satu kelemahan untuk mereka cuba eksploitasi dan memecahkan parti, tetapi sebenarnya inilah kekuatan kami di mana pimpinan DAP bersedia untuk mengakui kesalahan, yang memang memalukan kerana kita percaya kepada sifat rendah diri, dan 'kejujuran adalah terbaik'," kata ahli parlimen Ipoh Timor dalam kenyataannya.
Pihak lawan mereka dari parti pemerintah Barisan Nasional (BN) telah secara terbuka di laman sosial dan media arus perdana mengkritik parti yang didominasi kaum Cina tentang cara mereka menguruskan pemilihan parti Disember lalu, dengan melihat calon Melayu diketepikan dari jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) walaupun cuba untuk tidak menjadi dominan kepada sebuah kaum sahaja. Kesilapan pemilihan parti DAP menjadi tajuk utama di akhbar seluruh negara hari ini.
Timbalan pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan oleh agensi berita Bernama berkata setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng bertanggungjawab ke atas kesilapan yang "pelik" ini."Walaupun ini mungkin perkara kecil tapi implikasinya amat besar, banyak orang boleh mempertikaikan integriti, kewibawaan serta ketelusan yang diperjuangkan DAP di mana Guan Eng kena jawab dan jelaskan," kata Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri, yang dilaporkan oleh Bernama di Tanjung Malim, Perak hari ini.
Parti tersebut juga dikritik oleh bekas timbalan pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang berkata Melayu tidak ada tempat dalam parti tersebut.Pendatang baru, Zairil Khir Johari (gambar, kiri), 30, dilantik sebagai anggota CEC, selaku pembantu setiausaha publisiti nasional, satu tindakan yang dikatakan pengkritik dan musuh politik mereka sebagai "cuba mengawal kerosakan dari berlaku".
Setiausaha politik Guan Eng, yang juga ketua menteri Pulau Pinang, pada Khamis lalu bahawa pengiraan semula menyebabkan beliau percaya kepada DAP sebagai parti yang berdiri teguh dengan ketelusan dan boleh dipercayai oleh generasi muda.CEC kini mempunyai dua wakil Melayu, seorang lagi ialah Senator Dr Ariffin SM Omar yang dilantik sebagai naib pengerusi parti.
Beberapa informasi yang diterima daripada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkaitan isu utama mereka kini iaitu masalah bekalan air yang tidak mencukupi di Pekan.
"Masalah ini berlarutan adalah berpunca daripada tekanan air yang rendah," kata Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini.
Katanya, akibat daripada itu, mahasiswa UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2,000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki yang berada di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar.
Menurutnya, setelah beberapa kali siri perbincangan antara pimpinan mahasiswa UMP bersama pihak pentadbiran dan pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) di sana, pihak JBA memaklumkan bahawa kemungkinan pihak mereka akan memperuntukkan saluran air yang baik untuk keperluan asas bekalan air di UMP.
Banyak persoalan timbul berkaitan isu itu dalam kalangan mahasiswa dan barisan pentadbiran mahupun rakyat setempat.
Persoalannya, kata beliau mengapakah projek pembinaan UMP yang kini telah pun menempatkan mahasiswa di sana dalam keadaan tidak lengkap dengan keperluan asas seperti bekalan air.
"Katanya, mengapa kawasan Perdana Menteri boleh jadi seperti itu sedangkan beliau merupakan ahli parlimen Pekan.
"Adakah beliau tidak turun padang dan tidak ambil tahu permasalahan mahasiswa di UMP yang kian parah?
"Di mana duit peruntukan yang disalurkan untuk membina saluran air di UMP tersebut sedangkan dalam meluluskan sesuatu projek pastinya perkara asas seperti bekalan air ini seharusnya telah di atasi dengan baik," katanya.
Katanya, apa yang mahasiswa inginkan sekarang ialah kecaknaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar segera turun kawasan dan atasi permasalahan air itu dengan segera.
Berikut ulasan daripada YDP Pas Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf berkenaan krisis air di Parlimen Pekan..
Iklan C (ii)
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Biarpun telah mengumpan rakyat Selangor dengan berbagai-bagai imbuhan yang ketika mereka memerintah Selangor dulu langsung tidak mereka fikirkan, namun kaji selidik yang dilakukan masih memberikan jawapan yang mengecewakan UMNO Selangor.
Kerana terlalu yakin bahawa 'Karnival Sayangi Selangor' yang kecoh pada malam tahun baru baru-baru ini ( baca di SINI ) berjaya memancing rakyat Selangor, UMNO/BN Selangor telah mengadakan satu kaji selidik.
Dalam kekecohan tersebut enam ditahan, lima warganegara asing berusia dalam lingkungan 20-an dan seorang remaja lelaki tempatan telah ditahan.
Soalan yang diutarakan dalam kaji selidik tersebut ialah "Diantara PR &BN, yang mana satu anda yakin banyak membantu rakyat?
Dari 3,270 orang yang mengambil bahagian dalam survey yang dilakukan oleh FB Sayangi Selangor milik UMNO/BN Selangor itu 2,300 mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat lebih banyak membantu rakyat berbanding dengan hanya 766 yang mengatakan Kerajaan Barisan Nasional lebih banyak membantu rakyat.
Terkejut, kecewa dan malu dengan hasil poll yang tidak menyebelahi mereka, Admin Pages tersebut telah memadamkannya dari laman FaceBook mereka.
Bagaimanapun ada individu telah 'Print Screen' kaji selidik tersebut kerana yakin ianya akan dipadamkan seperti kebanyakkan kaji selidik yang keputusannya tidak memihak UMNO/BN.
Kah..kah..kah.. Dah perasan popular lah tu.. tak apa tabur lagi banyak duit yang ada tu...
Seramai 50 orang ahli Umno yang terdiri dari 23 cawangan berhimpun di hadapan balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 8.00 pagi semalam sebagai membantah ketua Umno Pengkalan Chepa, Datuk Dali Hussin.
Perhimpunan itu untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapha Mohamed.
Bagaimanapun, memorandum itu hanya diserahkan kepada setiausaha politik Mustapha berikutan beliau dikatakan telah pulang ke Kelantan semalam.
Penyerahan itu dibuat di bilik vip, dalam keadaan setiausaha politik Datuk Mustapha yang baru dilantik itu enggan keluar.
Bantahan itu kata mereka dibuat bukan hanya tindakan Dali yang tidak menjaga kebajikan penyokong dan pimpinan semua peringkat cawangan, sebaliknya tidak amanah.
Mengikut memorandum yang dikenali sebagai Memorandum Rakyat, Dali mengamalkan pemerintahan kroni, pengalaman yang lemah, rasuah dan lain-lain lagi.
Bekas Setiausaha Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zulkifli Mat Hassan, ketika memberitahu media berkata bantahan itu dibuat berikutan tiada kepercayaan dikalangan ahli lagi terhadap Dali.
"Dalam Umno masih segar demokrasi, tetapi jika tidak amalkan demokrasi ianya tiada guna.
"Surat telah dihantar kepada presiden dan timbalan presiden parti, tetapi tiada sebarang tindakan,"ujarnya yang juga Ketua Umno Cawangan Lapang Terbang.
Selepas berdemo di lapangan terbang, pemimpin-pemimpin cawangan ini berarak dalam Parlimen Pengkalan Chepa termasuk di hadapan rumah Dali untuk menyatakan bantahan pada pemimpin Umno bahagian itu.
Sepanduk seperti Kami Ketua-Ketua Umno Cawangan, mendesak Dali meletakkan jawatan', SPRM tolong siasat, 'Rakyat Dihimpit' dan lain-lain lagi seperti Asal Bukan Dali turut diarak.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata setiap satu undi untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU) nanti, bermakna "satu undi untuk masa depan".
Katanya beliau optimis rakyat tidak akan memperjudikan masa depan kepada pihak pembangkang, sebaliknya rakyat kini dilihat semakin yakin dengan kerajaan BN untuk terus menerajui negara bagi mencapai wawasan negara maju.
"Alhamdulillah, sekarang rakyat (dilihat) bertambah yakin dengan kerajaan Barisan Nasional, undi satu untuk BN adalah adalah satu undi untuk masa depan, (kalau) undi pembangkang, (masa depan) tidak menentu," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dan minum petang bersama pemimpin setempat Dewan Undangan Negeri kawasan Pulau Manis di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai, di Kuantan, Sabtu.
Perdana Menteri berkata kerajaan BN adalah kerajaan yang sentiasa prihatin dengan setiap masalah yang dihadapi rakyat.
"Kalau rakyat susah, kerajaan prihatin, wang ehsan (bantuan untuk rakyat misalnya) baru permulaan, nanti kita akan bagi lagi, ini adalah konsep kerajaan Barisan Nasional," katanya.
Najib berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) misalnya, dapat diberikan kepada rakyat kerana kerajaan dapat menguruskan kewangan negara dengan baik.
"Kalau kita tidak rancang secara sistematik, kita tentu akan dapat hasil yang mengecewakan, pihak pembangkang katanya nak buat perubahan, adakah perubahan itu baik atau lebih buruk, tidak semua perubahan akan lebih baik tapi mungkin kekecewaan," katanya.
Najib berkata negara Malaysia sebenarnya telah mencapai satu kejayaan tertentu yang setaraf dengan negara maju yang diiktiraf negara-negara luar dan badan-badan tertentu.
"Ini kita dapat lihat dari segi tadbir negara, agenda transformasi telah beri keyakinan kepada dunia dan daya saing kita mengikut pihak yang buat penarafan, Malaysia adalah antara 14 buah negara yang setaraf dengan negara-negara maju," katanya.
Beliau berkata kisah kejayaan negara dalam pelbagai bidang bukanlah sesuatu yang boleh dinafikan, sebaliknya ianya terbukti menerusi pengiktirafan oleh syarikat-syarikat besar dan antarabangsa.
"(Contohnya) Tadi terbang (menaiki pesawat ke Kuantan) dengan AirAsia sebab saya nak bagi sokongan kepada syarikat yang jenamanya sudah sampai ke peringkat internasional, (dahulu), dua flight uzur (berusia) 11 tahun dulu, kini (AisAsia) ada 145 pesawat, (dahulu) 250 penumpang, kini 38 juta (penumpang), ini adalah kejayaan yang patut kita banggakan," katanya.
Beliau berkata fasa pertama pembinaan projek Aliran Transit Massa (MRT) misalnya, yang dijangka siap pada akhir 2016, juga adalah antara contoh kejayaan negara dan kejayaan kerajaan BN dalam mengurus dan mentadbir negara ini.
"Semalam saya lihat pelaksanaan MRT, saya bangga, bangga anak muda kita adalah jurutera dan terlibat dalam projek besar, ia (projek MRT) akan letak Kuala Lumpur sebagai bandar raya maju di dunia, 45 peratus (projek berkenaan) dikendalikan syarikat-syarikat tempatan," katanya.
I.S.L.A.M = I Sincerely Love Allah & Muhammad's photo. subhanalllah...amin.. >> 10 fakta tentang kelahiran yg anda patut tahu <<1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.4. 80% wanita mengalami sindrom "Baby Blues" semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.>> Sayangi ibu anda...redha Allah terletak pada keredhaan ibubapa <<~az-zahra~
Skandal Malaysia - Demi projek wanita ini rela diPROJEK dahulu MENGGEMPARKAN! Sebaik sahaja mendengar khabar Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada seorang Timbalan Menteri dari Sabah telah menggunakan kedudukannya untuk mengatur kelulusan projek melalui imbuhan seks, Papparazzi telah bergegas ke Keningau.Malangnya, salah seorang 'mangsa' yang menjadi habuan seks SUSK berkenaan ialah Ketua Puteri Parti XXX salah satu bahagian di kawasan pedalaman Sabah.Agak memalukan kerana Paparazzi yang membuat pengintipan sejak tiga minggu lalu terkejut melihat Ketua Puteri Parti XXX berselingkuh di Hotel Juta dengan SUSK berkenaan.Paparazzi kesal kerana Ketua Puteri Parti XXX berkenaan sudah bersuami tetapi sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan projek bagi membiayai politik dan nafsunya. Mudah-mudahan suami Ketua Puteri Parti XXX berkenaan lekas sedar dan menyiasat sendiri kejalangan isterinya sebelum terlambat.Paparazzi yang menginap di Hotel Juta selama tiga minggu agak terkejut kerana mendapati bukan sahaja Ketua Puteri parti XXX berkenaan yang keluar masuk bilik di Tingkat 9, Hotel Juta; malah SUSK berkenaan turut melepaskan nafsu syahwatnya dengan Kontraktor Wanita dan Geisha yang dipasang kontraktor yang melobi projek 'Direct Award'.Demi nama baik suami Ketua Puteri Parti XXX berkenaan, Paparazzi tidak bercadang untuk mendedahkan nama SUSK berkenaan buat sementara waktu; apatah lagi Papparzzi sedang mengintip kemungkinan besar Timbalan Menteri berkenaan juga turut mendapatkan habuan yang sama; malah mungkin menagih korban perawan!- SabahKini
Hanya kerana terlantarkan anak anaknya seorang ibu di hukum sedikit unik yakni dilarang hamil selama 13 tahun setidaknya ibu ini harus menunda kehamilan hingga tahun 2025.Seorang ibu di Florida bernama Kimberly Lightsey (30 tahun), mendapatkan hukuman yang sedikit unik yakni dilarang untuk hamil lagi selama 13 tahun hukuman ini merupakan hukuman pengganti 5 tahun penjara yang dijatuhkan Kimberly Lightsey.Kimberly Lightsey yang merupakan orang tua tunggal dari ke 4 anaknya terbukti menterlantarkan anaknya di kamar hotel untuk pergi berpesta sedangkan anaknya yang berusia rata rata antara 1 tahun hingga 11 tahun tidak ada yang menjaga bahkan seorang pengunjung hotel yang menempati kamar sebelah mendengar suara kereta dorong terbalik serta tangisan anak-anak ini kemudian langsung menghubungi polis .Ketika pulang dari pesta Kimberly Lightsey langsung ditangkap polis sebenarnya Kimberly Lightsey masih menjalani hukuman percubaan akibat dari penganiyayaan anaknya yang berusia 6 tahun anak tersebut dipukulnya dengan sabuk di bahagian muka pada tahun 2009.Selain mendapatkan hukuman dilarang hamil selama 13 tahun Kimberly Lightsey juga dikenakan tahanan rumah dan masih diwajibkan untuk menjalani kerja sosial selama 100 jam sebagai hukuman tambahannya.sumber:palingseru
You are subscribed to email updates from KRAI Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Projek Pembangunan Empangan Paya Peda ini terletak di daerah Besut kira-kira 17 kilometer dari Bandar Jerteh.
Dewan Pemuda PAS Malaysia diberitahu bahawa Jaks Resources Berhad diamanahkan untuk menyiapkan projek ini dengan kerjasama Pembinaan Sujaman Sdn Bhd bermula 19 November 2009 dan dijangka siap pada Julai 2013.
Projek ini mendapat peruntukkan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysiasebanyak RM333 juta bagi membiayai projek tersebut. Akan tetapi, catatan CIDB menunjukkan nilai sebenar projek hanyalah RM166,549,799.42.
Pada 25 Disember, Sinar Harian melaporkan 'Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecah'. Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said membuat kenyataan bahawa empangan terpaksa dipecahkan demi mengurangkan risiko tekanan.
Akibatnya sejumlah 1000 penduduk dipindah ke pusat pemindahan banjir(sesetengah akhbar melaporkan lebih kurang 2000 penduduk terlibat (230 buah rumah).
Pada 27 Disember, Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA) di dalam akhbar Berita Harian Online telah membuat kenyataan media yang bercanggah dengan kenyataan Dato' Ahmad Said pada 25 Disember lalu. Beliau menyatakan bahawa punca kejadian ialah satu bahagian tebing hulu empangan berkenaan telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan.
Beliau menyatakan bahawa terdapar campur tangan penduduk setempat ketika pekerja mereka sedang melakukan kerja-kerja pengorekan bagi membuat lencongan air untuk memastikan takungan air dalam empangan utama tidak melimpah keluar.
Anggaran kerugian sekitar RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap buah rumah yang terlibat (230 buah rumah keseluruhan). Premis perniagaan pula dianggarkan menanggung kerugian sekitar RM20ribu hingga RM30ribu setiap premis.
Dewan Pemuda PAS Malaysiasendiri telah mengadakan lawatan ke Empangan Paya Peda tersebut pada 29 Disember 2012 bagi melihat sendiri keadaannya. Pihak Dewan Pemuda PAS juga telah mengadakan lawatan ke rumah-rumah penduduk yang telah terlibat secara langsung dengan kesan empangan yang pecah ini. Rata-ratanya melahirkan rasa kecewa kerana penduduk tidak diberitahu oleh pihak berkuasa tentang keadaan yang sebenar sebelum kejadian berlaku.
Di sini, Dewan Pemuda PAS Malaysiaingin mempersoalkan ;
Kenapa terdapat percanggahan di antara kenyataan
1.Dato' Ahmad Said dengan kenyataan jurutera KETARA, Ir Wee Yit Ming?
2. Kenapa tiada notis awal tidak dikeluarkan dan dimaklumkan kepada penduduk setempat sekiranya benar dipecahkan?
3. Kenapa sekumpulan penduduk menghalang kerja-kerja pengorekan lencongan bagi mengelakkan limpahan air takungan keluar daripada empangan utama?
Mengapa boleh berlaku jurang yang sangat ketara di
4. Antara nilai projek sebenar yang dilaporkan CIDB iaitu RM166,549,799.42 dengan apa yang diumumkan oleh Kementerian dan juga Menteri Besar sendiri iaitu RM333 juta?
5. Kenapa projek sebesar ini tiada Emergency Response Plan bagi menangani isu-isu kecemasan seperti ini.
Dewan Pemuda PAS Malaysiajuga ingin mendesak :
1. Pihak Jabatan Saliran Negeri Terengganu dan Pihak Kerajaan Negeri sendiri menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Bebas yang akan menyiasat secara terperinci Plan Tindakan Kecemasan sekiranya ada dan apa punca-punca berlaku kejadian itu.
2. Semua penduduk yang terbabit hendaklah diberikan pampasan sewajarnya agar meringankan beban mereka.
Semua 29 OKT Himpunan Anti-ISA dibicarakan di Mahkamah Sesyen Jenayah. Maknanya, sesiapa saja yang ditahan di tempat himpunan itu di kategorikan sebagai pesalah bahagian jenayah . Kami semua melalui perbicaraan yang agak lama juga iaitu dari akhir tahun 2009 dan berakhir pada 2012.
Hakim yang mendengar kes kami juga turut bertukar ganti. Akhirnya, kes ini didengar oleh seorang hakim perempuan.
Kami mendapat sokongan yang padu dari PAS. Kes anti-ISA ini di ambil oleh para peguam (JUHAM)yang hebat-hebat dari PAS di mana mereka ini semuanya pakar dalam kes masing-masing yang melibatkan isu-isu jenayah termasuk pembunuhan.....
Para penyokong PAS juga amat rajin datang ke Mahkamah pada hari perbicaraan untuk memberi "moral support" pada anak-anak muda dari unit amal yang telah ditahan pada 1 Ogos 2009 dulu. Semua OKT amat gembira dan bersemangat.....
Selain PAS, pimpinan PKR juga turut bersimpati dan memberi sokongan pada kami rakyat marhaen yang cuba berjuang untuk mendapatkan keadilan untuk generasi yang akan datang....Kehadiran DSAI dan Kak Wan amat menggembirakan hati semua OKT..
Perbicaraan bermula dari 29 Nov 2009 berlanjutan hingga 22 Feb 2012. Hampir setiap dua bulan kami akan datang ke mahkamah untuk di bicarakan. Bagi orang bekerja macam saya ni, memang terpaksa mengambil cuti dan membuat kelas gantian....Syukur teman-teman di sekolah amat memahami keadaan saya...:))
Perbicaraan tersebut memang ternyata amat berat sebelah. Walaupun para saksi yang dipilih jelas bercakap bohong dan pihak peguam beberapa kali membuat bantahan, namun semua itu tiada memberi apa-apa makna. Semua OKT merasakan ,perbiucaraan ini hanyalah satu "drama ringkas' sahaja. Keputusannaya kami rasakan telah lama di tentukan oleh Pn hakim!!!
You are subscribed to email updates from Merah Hitam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mungkin korang masih ingat pasal satu kes dimana Najib dan Rosmah dikaitkan ngan BOMOH HINDU? Sengaja aku ungkit kembali kerana tanpa aku sedari, ramai yg masih x tahu kes nih. Bila dibawa ke ceramah, maka meloponglah rakyat mendengar.. Akuan bersumpah dari Mr Thagarajoo bertarikh 22 Ogos 2008 dan disahkan oleh Peguam Mohan S Maniam di KL. Malu aku ada PM macam ni..
Mr. Thagarajoo dari Bandar Kinrara Puchong, Selangor yang pernah berkhidmat dengan Datuk KS Nallakaruppan dan kemudiannya berkerja sebagai pemandu kepada Datuk Kenneth Eswaran telah mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor telah menjadikan berbomoh (bomoh Hindu) sebagai amalan mereka. Datuk Kenneth Eswaran adalah rakan akrab kepada Datuk Seri Najib Razak..
Antara apa yang dinyatakan oleh Thagarajoo dalam 'akuan bersumpah'nya ialah:
Beliau sendiri (atas arahan Datuk Kenneth) yang membawa bomoh bernama Mr. Ji berbangsa India dan beragama Hindu ke rumah Datuk Seri Najib untuk upacara berbomoh mengikut amalan Hindu. Bomoh tersebut didatangkan khas dari Kerala, India.
Bomoh tersebut bukan sekali ke rumah Najib tetapi banyak kali.
Antara kaedah berbomoh yang dilakukan di dalam rumah Najib termasuklah yang memerlukan Najib dan Rosmah duduk di tengah-tengah sementara Mr. Ji menjalankan upacara menteranya (mungkin dengan berjampi mengelilingi Najib dan Rosmah) yang menggunakan segala peralatan berunsur kepercayaan agama Hindu. Kemudiannya Najib dan Rosmah akan dimandikan dengan susu lembu oleh bomoh tersebut.
Menurut Thagarajoo, setiap kali amalan Hindu ini dilakukan ke atas Najib dan Rosmah, beliau hadir sama.
Semasa pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Thagarajoo telah memandu Mr. Ji ke Pusat Pembuangan undi untuk menjalankan aktiviti menteranya bagi menjamin kemenangan calon Barisan Nasional dari MIC, K. Partiban.
Thagarajoo penuh yakin amalan berbomoh Hindu ini masih diteruskan oleh Najib dan Rosmah. Malahan beliau yakin Mr. Ji turut dibawa ke Permatang Pauh.
Datin Seri Rosmah pernah meluahkan rasa bimbangnya kepada Datuk Kenneth sekiranya Datuk Seri Abdullah Badawi berkahwin dengan Jeanne. Datuk Kenneth kemudiannya memberi jaminan dia akan meminta bantuan bomoh Hindu itu untuk menghalang perkahwinan Abdullah dengan Jeanne.
Seperti biasa, semua ni TAKKAN disiasat. Malah Ulama UMNO, MUFTI UMNO, Jamil Khir, Hassan Akidah dan juga Ibrahim Ali masih berdiam diri... KENAPA? Ini kerana ada nama..
Mana mufti Hamsani? Mana Hasan Jati? Mana Fathul Bari yang kalut pasai isu amanat Haji Hadi??Jakim??awat tak komen pasai pertunjukan ni???ka pasai Melaka negeri Maju maka Mufti tak berani nak kata apa??
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi berkenaan keputusan mengenai 'Amanat Haji Hadi'.
Mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah, beliau menafikan menerima sebarang surat daripada mufti tersebut.
"Saya tidak menerima surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya cabar Majlis Fatwa hantar surat kepada saya. Dia (Majlis Fatwa) tak panggil saya.
"Surat rasmi pun tidak ada…atas angin sahaja. Bukan boleh atas angin begitu…bukan 'meniaga' ni dan kalau berniaga pun tidak boleh atas angin. Ini soal agama," tegasnya.
Beliau berkata 'amanat' itu merupakan satu petikan daripada ucapan beliau yang dibuat di Banggol Peradong 31 tahun yang lalu.
Ustaz Abdul Hadi menjelaskan beliau tidak pernah menamakan ucapan tersebut sebagai amanat tetapi dibuat oleh pihak lain.
"Amanat itu satu petikan, saya tidak menamakan 'amanat' tetapi orang lain yang menamakan 'amanat' dan yang beri nama 'amanat' itu termasuk Umnolah.
"Bukan saya menamakan 'amanat', ia petikan ucapan saya selepas itu dibentang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu. Ketua Biro Agama Umno bentang dan saya bangun (jawab)…betul, itu ucapan saya. Masa itu kenapa tidak hujah, selepas 30 tahun baru hendak hujah," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat jenazah allahyarham Tengku Zaliha binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Maqam Diraja Masjid Abidin, di sini petang tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan isu penjelasan amanat tersebut bukan sekadar pilihan raya tetapi kerana hari akhirat.
Menurutnya, jika Perdana Menteri atau mufti enggan bersemuka di atas dunia, maka tunggulah pada hari akhirat ketika mengadap Allah SWT.
"Saya akan mati, mufti-mufti juga akan mati, Perdana Menteri mati, saya mati…kita mengadap Tuhan. Tuhan yang akan menentukan betul atau pun salah. Jika tidak atas dunia ini..akhiratlah. Kita bertemu dengan Tuhan jika atas dunia tak mahu bertemu," tegasnya.
Justeru, Ustaz Abdul Hadi tetap bertegas mahukan ruang penjelasan selama satu jam bersiaran di RTM milik kerajaan kerana PAS tidak memiliki media yang menyeluruh.
"Saya tetap mahukan (siaran langsung) supaya masyarakat berlaku adil. Adil ini kena dengar semua pihak dan dengan cara itulah, sebab kita tiada media.
"Biar rakyat tahu…dia (rakyat) dengar semua barulah (faham). Ini dengar sebelah pihak, macam mana.
" Kena dengar dulu apa yang saya hendak kata, supaya masyarakat dengar betul atau tidak apa yang saya hendak kata," ujarnya.
KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan didesak agar menuntut pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), menyiasat dan membentangkan Laporan Kewangan Jawatankuasa Wang Ehsan Kelantan, kepada rakyat negeri ini.
Ini berikutan adanya laporan, sejumlah RM12.3 juta telah lesap dari akaunnya.
Justeru itu, satu memorandum telah dihantar oleh Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti), kepada pihak JPP, tengah hari tadi, di bangunan JPP Kota Bharu.
"Ini memorandum kali ke dua dari pihak kami kepada JPP bagi membentangkan laporan kewangan wang ehsan yang lesap sebanyak RM12.3 juta," kata Presiden Royalti, Nazri Deraman dalam sidang medianya, selepas menyampaikan memerandum kepada wakil JPP, di sini.
"Pihak kami juga dapat tahu, sebanyak RM2 juta dari wang royalti minyak yang dijadikan sebagai wang ehsan di negeri ini telah disalurkan kepada Umno bahagian negeri Kelantan.
"Walaupun menurut maklumat dari Kerajaan Persekutuan bahawa wang ehsan ini digunakan sebagai peruntukan membina kemudahan infra, namum begitu ianya digunakan oleh pihak JPP dan Umno bahagian sesuka hati mereka bagi kepentingan mereka," ujarnya.
Bermula tahun 2010, jumlah sebenar wang ehsan yang disalurkan kepada JPP sentiasa berubah-rubah.
Perbezaan ini dapat dilihat melalui kenyataan dari Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, iaitu peruntukan sebanyak RM49.1 juta.
Manakala menurut kenyatan yang dibuat Datuk Mustapha Mohamed dan juga Perdana Menteri peruntukannya sebanyak RM61.4 juta.
"Telah terbukti jumlah sebenar wang ehsan berubah dan terdapat penyelewengan yang ketara yang berlaku kerana perbezaaan yang ketara iaitu sebanyak RM12.3 juta," tegasnya.
Katanya lagi, pihak Royalti akan mengambil tindakan ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya JPP mengambil sikap mendiamkan diri sehingga ke peringkat antarbangsa.
Sementara itu, pihak Royalti juga meminta agar JPP ditutup kerana kerajaan negeri yang ada sekarang ini ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui demokrasi sejak tahun 1990.
Adalah satu percabulan kepada semangat persekutuan iaitu menghormati kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan apabila JPP ditubuhkan.
Dalam himpunan bagi menyampaikan memorandum berkenaan, beberapa pihak yang mewakili kumpulan masing-masing telah menyampaikan ucapan, antaranya wakil mahasiswa, wakil kaum wanita Kelantan dan wakil anak muda Kelantan.
Memorandum berkenaan telah disampaikan oleh Nazri Deraman sebagai Presiden Royalti kepada Penolong Pengarah (Khas) JPP, Mohd Hanif Aiman Mohd Anuar Musardar.
HAH ALAM - Pas menolak cadangan agar diadakan muzakarah secara tertutup, seperti yang diutarakan oleh seorang penonton satu program siaran langsung RTM malam tadi, sambil menyifatkannya sebagai tidak adil kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, media arus perdana setiap hari memaparkan kritikan dan kutukan terhadap Hadi secara terbuka dan boleh ditonton oleh semua rakyat Malaysia.
Menurutnya, cadangan yang diberikan untuk mengadakan sesi muzakarah secara tertutup itu tidak adil kepada Hadi.
Beliau juga berkata, Pas tidak bersetuju bukan kerana takut atau untuk lari daripada isu tersebut, tetapi cadangan itu dilihat tidak adil.
"Bukan kita tidak setuju buat secara tertutup, tetapi masalahnya media arus perdana menghentam dan mengkritik Hadi secara terbuka.
"Tetapi bila dekat Hadi, nak buat secara tertutup, ini tak adil.
"Sekarang ini pun semakin melampau kritikan dibuat terhadap Hadi, kita tak setuju bukan sebab kita nak lari dari isu, (atau) sebab kita takut, tapi cadangan itu tak adil," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Dalam laporan media yang dikeluarkan Bernama lewat semalam, sesi muzakarah tertutup dicadangkan sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan isu Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan lebih 30 tahun dulu dan didakwa menjadi punca perpecahan dikalangan umat Islam di negara ini.
Cadangan berkenaan diutarakan oleh seorang penonton di studio ketika siaran langsung program bual bicara RTM, Bicara Rakyat menerusi TV1 pada pukul 9 malam tadi.
"Saya mencadangkan supaya Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pas dipanggil bersama beberapa tokoh yang tidak berkepentingan politik seperti mufti dan ahli akedamik.
"Kesan Amanat Haji Hadi masih berlaku sehingga kini. Kafir-mengkafir masih wujud. Melalui muzakarah, kita bukan berpolitik tetapi membincangkan masalah ummah," kata penonton tersebut sebelum program berkenaan berakhir.
Mengulas lanjut Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, muzakarah yang dilakukan secara tertutup tidak akan sampai kepada rakyat yang menanti penjelasan daripada Hadi.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas turut menolak cadangan agar diadakan muzakarah secara tertutup itu.
Mustafa berkata, Pas tetap berpendirian untuk menyelesaikan isu Amanat Haji Hadi itu secara langsung.
Tambahnya, melalui rakaman atau tertutup penjelasan yang akan dilakukan tidak akan sampai kepada masyarakat.
"... seperti yang kita katakan sebelum ini, kita mahukan secara langsung. "Kita tolak cadangan itu, kalau secara tertutup penjelasan itu tidak akan sampai kepada masyarakat," katanya.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tiada pembangunan akan diluluskan atas tanah yang dijual oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan juga kepada Boustead Holdings di kawasan perindustrian Bukit Raja.
"Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan sebarang permohonan pembangunan di atas tanah yang telah diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang," katanya.
"Kita tidak akan membenarkan sebarang pembangunan di atas tanah itu kecuali bagi pembinaan kem latihan tentera seperti yang ditetapkan, itu pun selepas mendapat kebenaran Mesyuarat kerajaan Negeri Selangor (MMKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES)," kata menteri besar.
"Jika ada apa-apa pembangunan dan urusniaga dilakukan ke atas tanah tersebut, maka ianya dilakukan tanpa pengetahuan kerajaan negeri dan Kerajaan Negeri tidak mengiktirafnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MTES yang dipengerusikan Abdul Khalid selepas mendengar taklimat Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan tiga pegawai daerah, semalam.
Dalam mesyuarat MTES itu, menteri besar telah dimaklumkan bahawa semua tanah yang diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dikhususkan untuk pembinaan kem latihan tentera dan tanah tersebut masih lagi di bawah nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan tidak dipindahmilik kepada mana-mana syarikat atau individu.
Menteri Besar berkata keputusan ini sejajar dengan prinsip kerajaan negeri yang telus, bertanggungjawab dan menolak sama sekali amalan rasuah serta salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi dan politik yang akhirnya rakyat menangung beban.
Selepas penganjuran Karnival Sayangi Selangor oleh UMNO/BN Selangor yang dikepalai oleh Zin Badak, maka satu survey diadakan untuk mendapat maklum balas dan reaksi dari rakyat siapa yang mereka akan memberikan sokongan pada PRU 13 nanti, dengan mengajukan soalan berbunyi:...' DIANTARA PR DAN BN, YANG MANA SATU ANDA YAKIN BANYAK MEMBANTU RAKYAT' Punyalah terkejut beruk UMNO Selangor bila dapati jauh berganda lebih ramai rakyat memberikan sokongan padu kepada Pakatan rakyat untuk menerajui negara ini.
Akibat dari respon yang tidak mereka duga ini maka terus posting tersebut yang dipaparkan di muka Facebooknya SAYANGI SELANGOR dipadamkan. Tetapi ada pihak yang sempat buat print screen kerana telah menduga insiden memadamkan terus kaji selidik itu akan pasti berlaku apabila keputusan tidak memihak kepada UMNO.
PRU 13 adalah PRU anak-anak muda....Anak-anak muda yang bakal menentukan siapa yang harus diberi mandat dan amanah untuk mentadbir urus negara.
Kelompok ini hanya percaya kepada media ketiga.. INTERNET, bukannya media arus perdana sama ada cetak maupun elektronik milik dan kawalam UMNO.
Sudah pasti hasil kaji selidik ini akan menambah pening kepala UMNO dalam menghadapi PRU 13.
INI KALILAH TUKAR... JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA. -omakkau
Foto ini ialah aksi seorang Ketua Kampung (Tok Empat UMNO) yang menghalau petugas Pakatan Rakyat yang hadir untuk memberikan bantua banjir kepada mangsa di Rancangan Rumah Murah (RRM) Semambu Kuantan baru-baru ini.
Tindakan beliau amatlah memalukan, kerana memberi bantuan banjir sebenarnya tidak terikat kepada mana-mana parti politik.
Malah, pemimpin UMNO BN yang turun padang meninjau mangsa banjir selama ini pun dilihat tidak membezakan fahaman politik kepartiaan.
Semua mangsa diberi bantuaan seadanya mengikut keperluan masing-masing.
Persoalannya, wajarkah ada pihak yang menghalau pihak lain memberikan bantuan hanya kerana berbeza fahaman politik?.
Bukankah bantuan itu bagi meringankan bebanan mangsa terbabit.
Makanya, kenapa terbawa-bawa politik ketika musibah melanda?
Apa yang berlaku ini jelas sekali memalukan dan tidak wajar.
Tambahan pula dikala kerajaan sendiri mengatakan semua rakyat akan didahulukan sekarang ini.
Menerima adalah hak kita, sama ada mahu menggunakan bantuan tersebut itu perkara lain.
Justeru semoga kejadian seperti ini tidak beraku lagi pada masa akan datang.
RRM Semambu terletak di DUN Semambu yang diwakili oleh MCA, manakala parlimennya pula ialah Indera Mahkota yang diwakili oleh PKR.
Tidak salah pembangkang hulur bantuan kerana Semambu berada di dalam parlimen mereka.
Hujan lebat petang kelmarin menyebabkan tembok di Kolej Serumpun, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang runtuh.
Kejadian yang berlaku pada pukul 6 petang itu turut merosakkan tujuh buah motosikal di tempat letak motosikal akibat dihempap tembok setinggi 1.5 meter itu.
Pakar kejuruteraan geologi UPM, Dr Husaini Omar berkata tembok tersebut dipercayai runtuh kerana tidak dapat menahan kapasiti air yang banyak akibat hujan berlarutan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya yang menerima panggilan turut menghantar enam anggota dan sebuah jentera dari balai Serdang untuk memantau keadaan. - Bernama
SSeramai 50 orang ahli Umno yang terdiri dari 23 cawangan berhimpun di hadapan balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 8.00 pagi tadi sebagai membantah ketua Umno Pengkalan Chepa, Datuk Dali Hussin.
Perhimpunan itu untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapha Mohamed.
Bagaimanapun, memorandum itu hanya diserahkan kepada setiausaha politik Mustapha berikutan beliau dikatakan telah pulang ke Kelantan semalam.
Penyerahan itu dibuat di bilik vip, dalam keadaan setiausaha politik Datuk Mustapha yang baru dilantik itu enggan keluar.
Bantahan itu kata mereka dibuat bukan hanya tindakan Dali yang tidak menjaga kebajikan penyokong dan pimpinan semua peringkat cawangan, sebaliknya tidak amanah.
Mengikut memorandum yang dikenali sebagai Memorandum Rakyat, Dali mengamalkan pemerintahan kroni, pengalaman yang lemah, rasuah dan lain-lain lagi.
Bekas Setiausaha Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zulkifli Mat Hassan, ketika memberitahu media berkata bantahan itu dibuat berikutan tiada kepercayaan dikalangan ahli lagi terhadap Dali.
"Dalam Umno masih segar demokrasi, tetapi jika tidak amalkan demokrasi ianya tiada guna.
"Surat telah dihantar kepada presiden dan timbalan presiden parti, tetapi tiada sebarang tindakan,"ujarnya yang juga Ketua Umno Cawangan Lapang Terbang.
Selepas berdemo di lapangan terbang, pemimpin-pemimpin cawangan ini berarak dalam Parlimen Pengkalan Chepa termasuk di hadapan rumah Dali untuk menyatakan bantahan pada pemimpin Umno bahagian itu.
Sepanduk seperti Kami Ketua-Ketua Umno Cawangan, mendesak Dali meletakkan jawatan', SPRM tolong siasat, 'Rakyat Dihimpit' dan lain-lain lagi seperti Asal Bukan Dali turut diarak. -HD
PENGKALAN CHEPA: Umno Kelantan sudah mula gaduh.
Barang kali tidak ada berita lain paling panas di Kelantan hari ini dalam padang politik melainkan cerita tunjuk perasaan di lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, Kota Bharu oleh beberapa orang ahli Umno yang meminta supaya Dali Hussin tidak dipilih menjadi calon.
Dali ialah bekas ketua pemuda Umno Kelantan dan kini adalah Ketua Bahagian Umno Pengkalan Chepa.
Dengar khabar banyak juga sepanduk dan kain rentang diangkat semasa tunjuk perasaan berkenaan.
Di sebuah kain rentang terpampang tulisan antara lain menyebut "ketua-ketua cawangan". Bermakna yang tunjuk perasaan itu terdiri dari ahli Umno sendiri.
Tidak jelas lagi apakah sebab musababnya. Khabarnya tunjuk perasaan itu mahukan agar Dali tidak dipilih menjadi calon. Satu memorandum juga hendak diserahkan kepada Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed tetapi gagal.
Apa yang terdengar Dali dikatakan mengamalkan kronisme di Pengkalan Chepa. Kronisme apa tidak pula dijelaskan lanjut. Sikap kronisme itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ketua-ketua bahagian.
Menurut maklumat dalam usaha melaporkan perkara itu kepada pihak tertinggi dalam parti termasuk presiden dan timbalan presiden juga telah dibuat tetapi tidak ada apa-apa tindakan. Selalu berlaku begitu (ketidakpedulian) di dalam Umno dimana laporan orang bawahan tidak dipedulikan yang kemudian menimbulkan masalah.
Contohnya apa yang berlaku dalam Umno Bahagian Tanah Merah. Segelintir ahli tidak senang dengan politiking ketua bahagiannya, Ikhmal Hisham yang dikatakan memaslukan keahlian. Ekoran itu laporan dibuat kepada Pejabat Setiausaha Agung namun ia dibekukan begitu saja. Apa jadi, akhirnya maslaah keahlian palsu di dalam Umno Kelantan terpaksa diheret ke mahkamah ekoran itu juga menyebabkan Umno Tanah Merah berkucah.
Tampaknya begitu juga apa yang berlaku di Pengkalan Chepa. Sebelum ini Umno Pengkalan Chepa adalah bahagian yang agak lantang dan kerap mencabar Nik Abdul Aziz Nik Mat. Segala tindakan Umno Pengkalan Chepa seolah-olah menunjukkan ia berada dalam kekompakan. Tetapi dengan apa yang berlaku hari ini ia memberi gambaran sebaliknya.
Dengan apa yang berlaku di Pengkalan Chepa itu memberi petanda kurang baik kepada Umno Kelantan.
Kalau tunjuk perasaan dan desakan ke atas Dali itu merupakan protes dalaman, ini bermakna kejadian cas keting dan sebotaj sesama sendiri tidak dapat dielakkan.
Sebelum ini sudah kedengaran berlaku rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan pimpinan Umno di beberapa buah bahagian berhubung masalah calon. Perihal calon boleh menang (winnable candidate) ini sudah merebak perlahan-lahan ia membakar seperti api membakar dalam sekam.
Katanya ada pimpinan bahagian yang merasakan mereka lebih layak dan senior dalam parti kurang senang dengan penampilan beberapa calon boleh menang. Mereka juga mendakwa sudah bertahun menggerak jentera parti serta mendekati ahli serta sudah berbelanja ratusan ribu tiba-tiba bila calon hendak diserahkan kepada orang lain ia kurang disenangi.
Sudah kedengaran desas desus dan cakap-cakap mengatakan sekiranya pihak atasan tetap mengutamakan calon boleh menang dan mengenepikan calon pilihan bahagian, calon berkenaan akan disebatoj Jika ini berlaku ia boleh merosakan potensi Umno untuk merampas Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.
Justeru apa yang berlaku bakal memeningkan Mustapa Mohamed sebagai ketua Umno Kelantan. Di Kelantan dengarnya sekurang-kurang empat atau lima calon boleh menang akan diletakkan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Idea winnable candidate yang cetuskan Najib Razak ini juga katanya telah mencelarukan keadaan.
Ada pimpimpin yang katanya bersetujuan dengan konsep calon boleh menang itu tetapi ianya di depan saja tetapi bersedia melakukan sebotaj di belakang. Insiden yang berlaku di Pengkalan Chepa itu perlu disekat oleh pihak Umno. Kalau ia tidak disekat, aksi-aksi protes calon itu akan berjangkit dan merebak ke kawasan lain.
Sudah pasti tunjuk perasaan di airport itu akan menjadi idea kepada pihak-pihak lain pula yang tidak berpuas hati dengan keputusan atau pemilihan calon di bahagian masing-masing. Tambahan pula berlaku di Kelantan di mana orang Kelantan ia unik dan sedia berpatah arang berkerat rotan dalam apa juga situasi jika mereka kecewa -mso
Manusia kini semakin kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mana mungkin ayah yang selama ini menjadi tempat bergantung telah sanggup mempergadaikan maruah anak sendiri.
Di Ipoh, satu peristiwa menyayat hati telah berlaku kepada dua adik-beradik perempuan yang masing-masing berusia enam dan lapan tahun.
Mereka dikhabarkan telah diperlakukan seperti hamba seks sejak beberapa tahun lalu.
Lebih menyedihkan apabila bukan bapa saja yang terjebak dalam kejadian yang dilaknat Allah SWT ini, malah datuk, makcik dan pakcik turut berkelakuan sama!
Menurut The Star, ibu dan bapa kanak-kanak itu telah bercerai. Jadi setiap kali ibunya mahu ke tempat kerja, dia akan meninggalkan anak-anaknya dengan saudara yang menetap di Taiping.
Oleh yang demikian, bapa kepada dua kanak-kanak ini telah 'menculik' mereka ke rumahnya dengan mengikat mata mereka, memberi dadah dan ubat malah mengikat tangan tanpa belas kasihan.
Lalu, mereka (termasuk datuk, pakcik dan makcik) melakukan serangan seksual dan menyiksa kanak-kanak yang masih 'mentah' itu! Perkara ini hanya dikenalpasti, apabila kanak-kanak berkenaan mengadu yang mereka berasa sakit pada alat kemaluan kepada ibunya.
Selepas ibunya membawa anak perempuannya ke hospital, doktor memberitahu anaknya yang berusia lapan tahun mengalami koyakkan pada selaput dara manakala anak bongsunya telah mengalami luka pada bahagian sama.
Lebih mengejutkan, apabila ibunya mendakwa yang bekas suami dan keluarga lelaki itu telah mengadakan pesta seks!
Sehubungan itu, dia telah membuat laporan polis pada 27 Disember lalu.
Ketua Polis Perak Timbalan Comm Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.
Terkini, menerusi Berita Harian, polis telah menahan lima suspek bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol dan cabul dua adik-beradik perempuan berkenaan.
Suspek berusia antara 17 dan 70 tahun.
DCP Mohd Shukri berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 (b) Kanun Keseksaan kerana rogol.
Semoga pesalah mendapat hukuman setimpal!
Oleh: KASIH ISA/mynewshub
Sisters sexually abused by dad, uncle and even grandpa
IPOH: Two sisters, aged six and eight, are alleged to have been sexually abused by their father, grandfather, aunt and uncle over several years.
Their mother only learned of the abuse recently after her daughters complained to a relative of pain in the lower part of their bodies.
The parents are divorced and the mother usually leaves her daughters with a relative in Taiping before going to work.
It is learnt that the ex-husband would forcibly take his daughters to his home, feed them drugs, blindfold them and tie their hands together.
It was claimed that the father, grandfather, aunt and uncle would sexually abuse and torture the girls.
After sending her daughters to a hospital, the mother claimed that her eight-year-old daughter was found to have a torn hymen while her youngest daughter's private part had wounds.
The mother, who also claimed that her ex-husband and his family would organise sex parties, lodged a police report on Dec 27.
When contacted, Perak police chief Deputy Comm Datuk Mohd Shukri Dahlan confirmed that a police report had been lodged and investigations are ongoing.
"We cannot simply arrest anyone and we are in the midst of getting a child expert to get statements from the two girls," he said, declining to elaborate further.
DCP Mohd Shukri said the case was being investigated under Section 376(b) of the Penal Code for rape. -thestar
KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan didesak agar menuntut pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), menyiasat dan membentangkan Laporan Kewangan Jawatankuasa Wang Ehsan Kelantan, kepada rakyat negeri ini.
Ini berikutan adanya laporan, sejumlah RM12.3 juta telah lesap dari akaunnya.
Justeru itu, satu memorandum telah dihantar oleh Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti), kepada pihak JPP, tengah hari tadi, di bangunan JPP Kota Bharu.
"Ini memorandum kali ke dua dari pihak kami kepada JPP bagi membentangkan laporan kewangan wang ehsan yang lesap sebanyak RM12.3 juta," kata Presiden Royalti, Nazri Deraman dalam sidang medianya, selepas menyampaikan memerandum kepada wakil JPP, di sini.
"Pihak kami juga dapat tahu, sebanyak RM2 juta dari wang royalti minyak yang dijadikan sebagai wang ehsan di negeri ini telah disalurkan kepada Umno bahagian negeri Kelantan.
"Walaupun menurut maklumat dari Kerajaan Persekutuan bahawa wang ehsan ini digunakan sebagai peruntukan membina kemudahan infra, namum begitu ianya digunakan oleh pihak JPP dan Umno bahagian sesuka hati mereka bagi kepentingan mereka," ujarnya.
Bermula tahun 2010, jumlah sebenar wang ehsan yang disalurkan kepada JPP sentiasa berubah-rubah.
Perbezaan ini dapat dilihat melalui kenyataan dari Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, iaitu peruntukan sebanyak RM49.1 juta.
Manakala menurut kenyatan yang dibuat Datuk Mustapha Mohamed dan juga Perdana Menteri peruntukannya sebanyak RM61.4 juta.
"Telah terbukti jumlah sebenar wang ehsan berubah dan terdapat penyelewengan yang ketara yang berlaku kerana perbezaaan yang ketara iaitu sebanyak RM12.3 juta," tegasnya.
Katanya lagi, pihak Royalti akan mengambil tindakan ke peringkat yang lebih tinggi sekiranya JPP mengambil sikap mendiamkan diri sehingga ke peringkat antarbangsa.
Sementara itu, pihak Royalti juga meminta agar JPP ditutup kerana kerajaan negeri yang ada sekarang ini ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui demokrasi sejak tahun 1990.
Adalah satu percabulan kepada semangat persekutuan iaitu menghormati kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan apabila JPP ditubuhkan.
Dalam himpunan bagi menyampaikan memorandum berkenaan, beberapa pihak yang mewakili kumpulan masing-masing telah menyampaikan ucapan, antaranya wakil mahasiswa, wakil kaum wanita Kelantan dan wakil anak muda Kelantan.
Memorandum berkenaan telah disampaikan oleh Nazri Deraman sebagai Presiden Royalti kepada Penolong Pengarah (Khas) JPP, Mohd Hanif Aiman Mohd Anuar Musardar.
Inilah orangnya yang menjadi wira ummah. Detik itu ucapannya menyinga membelah kebejadan sekularisme yang membelenggu masyarakat.
Kata - katanya dipetik menjadi amanat yang membugarkan semangat juang anak muda diwaktu itu termasuk diriku. Puluhan tahun kata - katanya ibarat semalam baru dilafazkan membuatkan syaithan yang dikenali tidak mampu lena sepanjang zaman. -fb Ust Nasruddin Hassan
Ulasan GB
Asiaweek pernah menyenaraikan Presiden PAS di tangga ke-7 paling berpengaruh di Asia, jauh meninggalkan Dr Mahathir di tangga Ke 39 dan meletakkan gambar Abdul Hadi pada kulit depannya dengan paparan tajuk "Will he one day lead Malaysia?"
Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus malam ini di Astro Oasis.Pihak Astro memaklumkan bahawa rating kemah keming UAI sebanyak 700 ribu dan (siaran) Ulangan 600 ribu penonton.
Ia mengatasi rancangan Maharaja Lawak. Takbir..!!!
Semoga Ustaz Teruskan berdakwah walaupun dimana berada. -kacipemas
KUALA LUMPUR 6 Jan: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya sedar bahawa Umno BN sebenarnya yang membawa kehancuran kepada negara, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Beliau mengulas kenyataan Mahathir di blognya baru-baru ini, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memusnahkan negara sekiranya diberi peluang menjadi perdana menteri.
Johari berkata, kenyataan itu membayangkan ketakutan Mahathir terhadap salah laku beliau selama 22 tahun akan dibongkar jika Pakatan Rakyat memegang tampuk pentadbiran negara.
"Ya, memang benar, Anwar akan membawa kemusnahan, tetapi bukan kepada negara. Anwar membawa kemusnahan kepada Umno BN, golongan yang mencuri duit rakyat, merompak harta bangsa sendiri, memusnahkan nepotisme dan kronisme yang menjahanamkan negara," katanya ketika dihubungi.
Menyifatkan kenyataan itu tidak berasas, Johari berkata, Mahathir sendiri suatu ketika pernah memberi kepercayaan kepada Anwar ketika masih di dalam kerajaan.
"Beliau sendiri tahu rekod cemerlang Anwar ketika memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Sepanjang 8 tahun berkhidmat di kementerian kewangan, Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga berkembang pesat.
"Apa jadi kepada ekonomi negara sekarang? Siapa sebenarnya yang menjahanamkannya? Mahathir patut sedar Umno BN sebenarnya yang melingkupkan negara," tegasnya.
(Wanita Umno Selangor yang dipimpin Raja Popiah (ehh bukan) Raja Ropiaah)
SHAH ALAM: Wanita Umno Selangor diminta bertanggungjawab dengan kekayaan segera yang diberikan kepada ketuanya, Raja Ropiaah Raja Abdullah.
Kali ini tekanan itu datang Wanita PKR Selangor ekoran projek besar yang diberikan kepadanya iaitu membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).
Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha dalam kenyataannya mempersoalkan, mengapa tabung pencen bekas anggota tentera ini digunakan sewenang-wenangnya, "pemimpin Umno yang korup kaya-raya, rakyat yang mempertahankan negara melopong."
Raja Ropiaah, katanya, perlu jelaskan apakah yang melayakkan Awan Megah diberikan projek Puspahanas serta segala transaksi pemberian dan penjualan tanah kepada pihak LTAT.
Wanita Keadilan Selangor, katanya, mengutuk sikap korup Ketua Wanita Umno Selangor yang pada masa yang sama kempen Sayangi Selangor konon ingin menyelamatkan rakyat.
Situasi yang melanda Ketua Wanita Umno Malaysia kini berulang ke atas Ketua Wanita Umno Selangor.
"Sudah terang lagi jelas, rakyat perlu tolak Umno-Barisan Nasional kerana pemimpin-pemimpin Umno lelaki dan wanita menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi dan merompak harta rakyat tanpa rasa bersalah," kata Haniza (gambar) dalam kenyataannya.
Raja Popiah (ehh bukan) Raja Ropiaah dilantik oleh Najib sebagai senator setelah penggal Datuk Seri Shahrizat Jalil ditamatkan ekoran skandal NFC.
Negara sekali lagi digemparkan dengan beberapa pendedahan isu dan skandal yang melibatkan pemimpin-pemimpin Umno baru-baru ini.
Antara yang paling "menarik' perhatian ialah isu jual-beli tanah yang melibatkan seorang ahli perniagaan Deepak Jakishan yang merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat Astanacanggih Sdn Bhd yang hangat dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, termasuklah "The Star".
Dengan berita yang termuat sebagai "Bakti to buy stake in Astacanggih" dan pada waktu yang sama memuatkan berita "Deepak withdraws lawsuit over land", maka ia sangat jelas bahawa ada unsur-unsur yang boleh dicurigakan dan menjadi tanda tanya; iaitu bagaimana sebuah anak syarikat milik penuh Boustead Holdings (M) Sdn, Bakti Wira Development Sdn Bhd membeli 80% saham Astacanggih pada harga RM30 juta sedangkan ia tidak mempunyai sebarang aset.
Dengan tiba-tiba pula Bakti Wira telah terbabit sekali dalam persetujuan pembelian tanah seluas 200 ekar di Bukit Raja Klang daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd, iaitu syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Senator Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor yang menelan belanja secara keseluruhannya RM130j uta!
Awan Megah adalah syarikat yang dianugerahkan kerja membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).
Baru saja reda isu keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan projek NFC, kini seorang lagi pemimpin Wanita Umno terpalit dengan skandal projek kerajaan.
Syarikat Raja Ropiaah Raja Abdullah Ketua Wanita Umno Selangor telah mendapat projek bernilai RM27 juta dan mendapat tanah seluas 223 ekar, walaupun syarikatnya tiada aktiviti perniagaan dan pengalaman.
Akibat daripada itu, projek Puspahanas telah terbengkalai selama lima tahun sehingga di'alibaba'kan kepada syarikat lain.
Persoalannya, kata Haniza yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor, bagaimana Ketua Wanita Umno Selangor begitu mudah mendapat projek penting tanpa syarat layak melaksanakan projek tersebut.
Kedua, bagaimana tanah seluas 223 ekar dianugerahkan sewenang-wenangnya, sedangkan rakyat marhaen terpaksa menunggu puluhan tahun untuk mendapat tanah yang sekangkang kera.
Ketiga, Raja Ropiaah terus mengaut keuntungan dengan menjual sebahagian tanah tersebut, yang belum dipindahmilik kepada anak syarikat Boustead Holdings (M) yang merupakan sayap pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
AYER KEROH 6 Jan. - Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak, Isnin lalu.
Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Ida Rahayu Syarif pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar majistret di sini kelmarin.
Berdasarkan pertuduhan, remaja berkenaan didapati dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 28 tahun itu dengan memeluk, mencium pipi kanan dan meraba buah dada.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas wanita Stesen Minyak Shell, Jalan Munsyi Abdullah, dekat sini, kira-kira jam 2.45 petang pada 31 Disember 2012.
Remaja berkenaan yang hadir ke mahkamah dengan ditemani penjaganya dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya telah meminta mahkamah memberikan wang jaminan RM2,000 terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.
"Namun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 Februari 2012 bagi mendengar laporan akhlak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jatuh hukum," katanya.
KUALA SELANGOR, 6 JAN :Sejak Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, kutipan premium tanah meningkat kepada RM800 juta berbanding RM300 juta sebelumnya. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dengan perolehan yang semakin meningkat itu maka ia menuntut kepada sistem penyimpanan yang efektif di mana hasil daripada simpanan itu dapat digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat ketika ditimpa bencana alam. Katanya dengan adanya sumber ini maka ia memudahkan Kerajaan Negeri menggunakan wang tersebut di waktu kecemasan. Tambah beliau lagi, Kerajaan Negeri mempunyai sistem penyimpanan rekod dan data penerima bantuan bencana yang bersistematik dan memudahkan untuk tindakan selanjutnya. "Kita mempunyai semua rekod dengan apabila RM2juta kita memberikannya, kita mempunyai dua juta rekod tersebut. Read More / Baca Lagi >>
KUALA SELANGOR, 6 JAN : Kerajaan Negeri Selangor mengalu-alukan tindakan pengguna yang mengalami gangguan air di Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika Syabas tidak mampu untuk menguruskan perkhidmatannya maka sewajarnya ia dikembalikan kepada Kerajaan Negeri untuk menguruskannya. "Syabas diberi tugas untuk berkhidmat, jika kita rasa tugas Syabas tidak bagus maka kita ada kuasa sebagai pengguna untuk menyamannya," kata Abdul Khalid. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Penyampaian Bantuan Banjir di Pekarangan Pejabat Dato' Menteri Besar di Ijok di sini. Ujarnya, aset-aset dan peralatan seperti paip-paip air masih milik Kerajaan Negeri. Katanya, Kerajaan Negeri tidak akan menyediakan khidmat guaman untuk tindakan itu kerana tidak mahu berlakunya konflik kepentingan. Read More / Baca Lagi >>
KUANTAN- The Prime Minister's wife, Datin Seri Rosmah Mansor and Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar took part in a gotong royong programme today, to clean up Sekolah Agama Rakyat Al-Amin in Kampung Seri Damai, which was affected by the recent floods. Rosmah, who is the Girl Guides Association of Malaysia president, and 250 Pahang branch members of the association helped to paint the school and plant trees. She then distributed exercises books and stationery to the school, and prayer mats and Quranic verses booklets to the Al-Amin Mosque located within the compound. She also presented RM5,000 to the Tengku Puan Pahang, who is president of the Pahang Girl Guides. – Bernama
The past three days have been the most difficult days for DAP leaders, members and supporters in the 47-year history of the party, testified by the fact that the DAP had dominated the front-pages of the Barisan Nasional mainstream media (MSM) in the past two days and hogged the Barisan Nasional-controlled air waves. The following are the screaming front-page headlines in the BN MSM in the past two days: DAP silap kira undi? – Pengarah pilihan raya parti itu letak jawatan (Utusan Malaysia 5.1.13) Drama DAP – Lagi persoal isu silap kira undi (Mingguan Malaysia 5.1.13) DAP election FIASCO – Error raises doubts about party's ability to rule country (New Straits Times 5.1.13) 'Embarrassing glitch' – (New Sunday Times 6.1.13) Sandiwara DAP pujuk Melayu – Ambil masa tiga minggua akui kesilapan pemilihan CEC (Berita Harian 5.1.13) Tindakan DAP 'luar biasa' – Pinda keputusan pemilihan janggal, timbul banyak persoalan: Muhyiddin (Berita Harian t6.1.13) It doesn't add up (Star 5.1.13) When DAP appears in the BN MSM, especially on their front-pages, it is not good news. In fact, often they are about lies – as in the infamous case on May 7, 2011 when Utusan Malaysia carried a front-page article headlined "Kristian agama rasmi?" ("Christianity the official religion?"), claiming that DAP was conspiring with Christian leaders to instal Christianity as the religion of the federation instead of Islam and the other infamous case on July 9, 2012 on the Utusan Malaysia front-page about the falsehood that the DAP would contest 90 of the 222 parliamentary seats to dominate Pakatan Rakyat and appoint the Prime Minister in the 13th general election. Gag-order on Deepak?
The money - RM207 billion - is believed to have been transferred by the Japanese government to Malaysia in the 1990s. What has happened to it?
By Chua Jui Meng
Is Dr Mahathir Mohamad going to take the same "silence is golden" stand as Najib Tun Razak and his infamous diamond-loving wife Rosmah Mansor when cornered by an issue? The revelation by the Japanese Embassy that it had paid compensation to the Malaysian government for families of victims of the so called "Death Railway" project in the 1940s is shocking. The sum of RM207 billion or whatever the amount must be revealed by Mahathir. He was close to the Japanese government and corporate sector when he promoted his Look East Policy aimed at enhancing trade with Japan. The money, believed to be amounting to RM207 billion, was meant to be distributed to some 30,000 Malaysians who had been recruited as forced labourers by the Japanese to build the Thai-Burma rail link. This means each affected family is entitled to receive between RM2.8 million and RM3 million as compensation. The stinking part of the Umno-led Barisan Nasional federal government is that the public is today unaware of the compensation payment by the Japanese. We would have thought Mahathir would have brought the money back from Japan in triumph, like a victorious Roman general. Umno would have organised a huge gathering of the victims or their families and distributed the money. No, it was all covered in secrecy. National probe needed
TANJUNG MALIM - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan tohmahan pembangkang bahawa kerajaaan Barisan Nasional (BN) gagal membela nasib rakyat. Katanya, kemakmuran dan keamanan negara membuktikan kerajaan BN berada di landasan yang betul untuk terus menerajui negara. "Semua telah elok, tersusun dan terancang, mempunyai ekonomi yang baik, tiada pergaduhan, kenapa nak sokong pembangkang?," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di padang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, malam tadi. Beliau berkata, banyak yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu menangani masalah kos hidup rakyat. Katanya antara yang telah dilakukan ialah pemberian subsidi yang besar untuk barang-barang keperluan, kawalan harga barang, bantuan sara hidup dan bantuan persekolahan. Muhyiddin berkata, bagi menentukan pendapatan rakyat tidak terjejas dengan kenaikan harga barang, kerajaan turut memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
PETALING JAYA, 6 JAN : Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan Umno-BN berhadapan krisis menentukan calon Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan Datuk Seri Najib Razak cuba meletakkan mereka yang mampu setia kepadanya dan bukan berdasarkan kesetiaan kepada parti. Menurutnya, usaha ini dibuat bagi memastikan kedudukan Najib masih selamat selaku Perdana Menteri sekiranya Umno kekal berkuasa meskipun beliau bakal 'disingkirkan' daripada jawatan Presiden Umno selepas PRU-13. Percaturan ini dilihat sebagai usaha monopoli bagi 'mengikat' Ahli Parlimen BN supaya terus setia menyokongnya. "Ini yang saya tidak pernah sebut secara terbuka Umno-BN kini ada masalah dan krisis menentukan calon kerana pimpinan Umno terutamanya sudah nekad untuk 'buang' Najib dan Rosmah selepas PRU-13. "Dia (Najib) tidak akan menang dan Najib akan 'terpelanting'. Tapi kalau dia (Umno-BN) tipu pun dan menang, Najib akan 'terpelanting'. "Kalau lima tahun menjadi perdana menteri cincin Rosmah sudah muat satu dewan, kalau bagi dia lima tahun lagi, lepas ini memang habis Umno. Memang tidak wujud lagi Umno kalau terus bagi Rosmah menjadi Isteri Perdana Menteri," katanya ketika menyampaikan ucapan pada sesi Simulasi dan Taklimat Pilihan Raya PKR Selangor. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR 6 JANUARI: Pertubuhan Pertahankan Taman Merdeka Negara (PTMN) berikrar untuk berjuang hingga perancangan kerajaan Umno BN membina Menara Warisan 118 tingkat di Taman Merdeka Negara dibatal. "Kita berhimpun menyatakan bantahan kita, tidak suka kepada pembinaan menara 118 tingkat yang akan jahanamkan warisan kemerdekaan negara. "Kita akan teruskan perjuangan hingga dibatalkan pembinaan menara ini," kata Pengerusinya, Ishak Surin pada majlis perlancaran kempen 'Pertahankan Taman Merdeka Negara' malam tadi. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR: Para pimpinan PAS mengucapkan takziah kepada Jamiat Islami Pakistan di atas kematian pemimpin ulung mereka, Sheikh Qazi Hussein Ahmed (gambar).
Qazi meninggal dunia hari ini akibat sakit jantung.
Qazi adalah bekas Amir Jamiat Islami dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pimpinan PAS khasnya Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Beliau pernah datang ke Malaysia beberapa kali sebagai tetamu PAS dan berjanji akan datang lagi ke Malaysia selepas tidak dapat menyertai muktamar PAS yang lalu di Kota Bharu.
Presiden PAS telah mengarahkan semua pimpinan dan ahli menunaikan solat ghaib untuk Allahyarham.
Beliau sendiri telah menghubungi pimpinan Jamiat untuk mengucapkan takziah atas pemergian Almarhum.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Datuk Kamarudin Jaffar bersama Dr Syed Azman dan Khalil Abdul Hadi bertemu Allahyarham di Islamabad dua bulan lalu.
KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perak akan menganjurkan satu majlis ramah mesra dengan pengundi-pengundi Perak yang berada di Lembah Klang pada hari Ahad, 13 Januari ini di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, Kuala Lumpur bermula jam 2.30 petang.
Program atas nama Majlis Ramah Mesra Anak-Anak Perak di Perantauan Lembah Klang ini julung-julung kalinya diadakan bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
"Program berbentuk santai ini bakal mengumpul semua penyokong-penyokong PAS / Pakatan Rakyat (PR) daripada Perak untuk disusun menjelangnya PRU13 bagi memastikan mereka akan balik dan seterusnya mengundi PR kelak," kata Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS negeri, Salman Saleh (gambar).
Katanya, pimpinan utama PR Perak dan kebangsaan dari Perak akan memberikan ucapan ringkas untuk memberikan semangat kepada semua yang akan hadir nanti.
KUALA LUMPUR 6 JANUARI: Semua bentuk bantahan yang mematuhi saluran undang-undang sudah digunakan demi membaiki sistem pilihan raya tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan melaksanakan lapan tuntutan Bersih. Aktivis sosial, Hishamuddin Rais kesal kerana tiada satu pun tuntutan dilaksanakan, malah penggunaan dakwat kekal yang dilihat satu-satunya 'harapan' dikhianati SPR melalui tipu muslihat. "Sistem dakwat kekal di luar negara, celup jari dan tanda hitam tak boleh mengundi. Di Malaysia, celup jari ke dakwat boleh mengundi. Undang-undang apa ini? "Patutnya orang yang jarinya kosong (tak bercelup dakwat) dibenar mengundi. Orang yang dah ditanda – tak boleh mengundi. Sistem apa ini? Ini sistem menipu! "Kenapa SPR tak ikut standard antarabangsa? Kenapa tak ikut macam negara lain? Inilah contoh klasik penipuan SPR," katanya dengan lantang. Read More / Baca Lagi >>
(Wanita Umno Selangor yang dipimpin Raja Popiah (ehh bukan) Raja Ropiaah)
SHAH ALAM: Wanita Umno Selangor diminta bertanggungjawab dengan kekayaan segera yang diberikan kepada ketuanya, Raja Ropiaah Raja Abdullah.
Kali ini tekanan itu datang Wanita PKR Selangor ekoran projek besar yang diberikan kepadanya iaitu membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).
Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha dalam kenyataannya mempersoalkan, mengapa tabung pencen bekas anggota tentera ini digunakan sewenang-wenangnya, "pemimpin Umno yang korup kaya-raya, rakyat yang mempertahankan negara melopong."
Raja Ropiaah, katanya, perlu jelaskan apakah yang melayakkan Awan Megah diberikan projek Puspahanas serta segala transaksi pemberian dan penjualan tanah kepada pihak LTAT.
Wanita Keadilan Selangor, katanya, mengutuk sikap korup Ketua Wanita Umno Selangor yang pada masa yang sama kempen Sayangi Selangor konon ingin menyelamatkan rakyat.
Situasi yang melanda Ketua Wanita Umno Malaysia kini berulang ke atas Ketua Wanita Umno Selangor. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR, 6 Jan ― Skandal projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) bernilai RM100 juta yang dikaitkan dengan ketua Wanita Umno Selangor adalah isu "peribadi" dan tidak menjejaskan peluang Barisan Nasional dalam pilihan raya umum tahun ini, menurut pimpinan sayap tersebut. Sayap wanita yang dianggap sebagai tulang belakang Umno ― parti komponen terbesar Barisan Nasional (BN) ― mengalami satu demi satu skandal dalam peringkat kepimpinan, yang menurut para penganalisis akan menjejaskan sokongan terhadap gabungan parti pemerintah itu menjelang pilihan raya umum ke 13. "Apa juga yang dilakukan yang bersifat peribadi tidak akan menjejaskan parti," kata ketua Wanita Umno Gombak, Datin Sharifah Salmah Syed Agil kepada The Malaysian Insider semalam. Kontroversi terbaru melibatkan perjanjian tanah untuk membina pusat pengajian pertahanan yang masih belum dibina oleh syarikat Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah (gambar), tidak sampai setahun selepas skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang menyebabkan ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kehilangan jawatan Senator dan Menteri Kabinet. Sharifah Salmah menyatakan isu Raja Ropiaah adalah isu peribadi dan tidak akan melemahkan sayap tersebut, kerana isu tersebut masih dibicarakan di mahkamah, dan dimainkan berdasarkan spekulasi orang ramai. "Pengundi akan mengundi untuk parti, bukan individu," kata Radziah Ahmad yang merupakan ketua wanita Umno Shah Alam.
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kejutan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menarik balik fakta ucapan kontroversinya yang dilabelkan sebagai Amanat Haji Hadi.
Beliau bertegas mahu diberi peluang untuk menjelaskan perkara sebenar berhubung dengan ucapan yang dibuatnya di Kampung Banggol Peradong, Manir, dekat sini, 32 tahun lalu.
Menurutnya, masyarakat perlu mendengar penjelasan beliau dahulu, sebelum menilai sendiri sama ada apa yang beliau ucapkan itu betul atau salah.
"(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais (Yatim) tak nak bagi peluang (kepadanya menjelaskan perkara itu melalui siaran langsung RTM dan TV3).
"Itu hak dia, tetapi saya tetap dengan pendirian saya, supaya masyarakat berlaku adil kepada semua pihak. Hanya cara (memberi penjelasan melalui siaran langsung) itu boleh memulihkan keadaan, kerana kita (Pas) tiada media. Biar rakyat tahu dan jangan dengar sebelah pihak.
"Biar mereka nilai betul atau tidak. Televisyen perlu siarkan satu jam ucapan saya. Amanat itu pentingkan?" katanya di Masjid Abidin, di sini, selepas menziarahi makam bonda saudara Sultan Mizan, Tengku Zaleha Ismail binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang mangkat pagi semalam. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR, 6 Jan ― Skandal-skandal menyelubungi pemimpin tertinggi Wanita Umno melemahkan tulang belakang parti pemerintah dan akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 2013, kata para penganalisis. Skandal terbaru adalah perjanjian tanah yang lumayan untuk kemudahan kajian pertahanan yang masih belum dibina oleh firma Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah, hampir satu tahun selepas skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) bosnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyebabkan kehilangan jawatan senator dan Kabinet. "Isu-isu yang dibangkitkan pembangkang tidak boleh dinafikan dapat menjejaskan imej Wanita Umno sendiri, dan kita tahu sokongan kuat Umno datangnya dari kalangan sayap wanita," kata pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani kepada The Malaysian Insider. "Jadi, terpulang kepada Wanita Umno untuk berubah untuk menangkis tohmahan ini," kata beliau merujuk kepada sayap yang aktif merayu undi untuk BN. Azizuddin berkata ramai di luar parti sedang memerhatikan Wanita Umno, dan kerana itu mereka perlu lakukan perubahan untuk memastikan mereka dilihat bersih dari skandal-skandal yang boleh menjejaskan peluang BN dalam pilihan raya akan datang. "Segalanya terpulang buat mereka," ulang Azizuddin lagi. Raja Ropiaah (gambar) hanya mendiamkan diri tentang syarikatnya Awan Megah Sdn Bhd yang gagal untuk membina Pusat Pendidikan Pertahanan Negara (Puspahanas) di Putrajaya berharga RM100 juta walaupun dia telah menjual tanah kerajaan yang ditukar untuk kos pembinaan.
Seperti biasa, menjelang pilihan raya umum, semua pihak akan mula merancang pelbagai strategi demi mencapai apa yang mereka hajati, sama ada majoriti atau mungkin juga populariti.
Maka akan timbullah pelbagai isu, segala rahsia yang disimpan beberapa tahun akan dibongkar, segala salah laku yang selama ini tak terlihat akan diperlihatkan dengan jelas dan nyata di mata rakyat marhaen semuanya.
Mereka yang ketandusan isu akan cuba memainkan isu lama yang sudah basi. Terbaru, tiba-tiba sahaja isu 'Amanat Hadi' yang disampaikan pada tahun 1981 dimainkan kembali.
Dan dalam isu ini, Presiden ISMA Abdullah Zaik Abdul Rahman begitu pantas memberi pendapat mewakili NGO itu. Entah apa tujuan ISMA begitu pantas memberi pandangan dalam isu ini.
Dalam buletin TVISMA terbaru, dimuatkan sidang media oleh presiden ISMA yang memohon agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya kerana pada pandangan mereka ia memecahbelahkan umat Islam.
Masih segar di ingatan, ketika ramai memberi komen terhadap "Melayu Sepakat Islam berdaulat" yang ISMA canangkan, mereka meminta agar diberi ruang untuk menjelaskan.
Tetapi apabila sampai kepada Abdul Hadi, begitu pantas pula mereka memberi pandangan sedang beliau belum lagi memberi penjelasan. Alangkah lucunya mereka ini.
Adalah bahaya kerajaan memanipulasi harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) yang sebenarnya bernilai rendah tetapi menyuntik dana institusi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menunjukkan harga yang lebih tinggi tetapi palsu.
Sudah banyak contoh betapa harga saham yang bukan membayangkan harga pasaran sebenar akan memperjudikan nasib para pelabur kecil kerana terpedaya dengan kenaikan yang diperbuat tersebut
Dengan melakukan tindakan ini bermakna kerajaan terlibat dalam kegiatan spekulasi pasaran saham yang amat bahaya bukan sahaja kepada pelabur tetapi juga kepada ekonomi negara.
Kerajaan ini akan menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab kepada pasaran modal dengan memalsukan aliran pasaran sebenar.
Teras kesal bila analisis bebas menunjukkan harga sebenar saham FGV adalah RM3.50 seunit sedangkan RM4.62 adalah harga kerana campur tangan dalam bentuk pembelian oleh KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan institusi-institusi lain. Read More / Baca Lagi >>
Antara yang menarik, sebenarnya biz deal Kapeed dan Black Rose bernilai RM3 billion.
Kapeed diberitahu oleh Taz, Black Rose mengarahkan 40-50 pegawai kerajaan dengan 6 buah lori merampas berbagai dokumen dari kilang, rumah dan pejabat Kapeed semata-mata untuk memusnahkan dokumen asal yang mengaitkan biz deal dan dokumen bayaran menerusi telegraphic transfers dan money changers dalam matawang asing.
Yang menarik lagi, orang tua kutuk TokDet juga telah diberitahu oleh Kapeed akan semua yang berlaku, A-Z mengenai pembunuhan wanita 'itu'.
Rakyat jangan terpedaya tohmahan pembangkang, kata Muhyiddin
January 06, 2013
TANJUNG MALIM, 6 Jan — Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan tohmahan pembangkang bahawa kerajaaan Barisan Nasional (BN) gagal membela nasib rakyat.
Katanya kemakmuran dan keamanan negara membuktikan kerajaan BN berada di landasan yang betul untuk terus menerajui negara.
"Semua telah elok, tersusun dan terancang, mempunyai ekonomi yang baik, tiada pergaduhan, kenapa nak sokong pembangkang?," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Rakyat 1 Malaysia di padang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, malam semalam.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit.... KATA JANGAN IKUT APA YANG PEMBANGKANG BUAT...kah kah kah...
kah kah kah...PEMBANGKANG BUAT HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT...kah kah kah..
kah kah kah...GEROMBOLAN PUN BUAT MAJLIS PERHIMPUNAN RAKYAT...kah kah kah..
woit... KAMI BUAT SATU JUTA ORANG..... kah kah kah...
kah kah kah...IKUTLAAA DENGAN DUA JUTA ORANG...kah kah kah..
kah kah kah...JANGAN TIRU DENGAN 173 RIBU....OPPPS... `173 ORANG PELAJAR UPSI... kah kah kah
"WANITA KEADILAN DESAK WANITA UMNO SELANGOR JELASKAN ISU TANAH DI BUKIT RAJA"
Negara sekali lagi digemparkan dengan beberapa pendedahan isu dan skandal yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO baru-baru ini. Antara yang paling "menarik' perhatian Wanita Parti Keadilan Rakyat Selangor ialah isu jual-beli tanah yang melibatkan seorang ahli perniagaan Deepak Jakishan yang merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat Astanacanggih Sdn Bhd yang hangat dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, termasuklah "The Star".
Dengan berita yang termuat sebagai "Bakti to buy stake in Astacanggih" dan pada waktu yang sama memuatkan berita "Deepak withdraws lawsuit over land", maka ia sangat jelas bahawa ada unsur-unsur yang boleh dicurigakan dan menjadi tanda tanya; iaitu bagaimana sebuah anak syarikat milik penuh Boustead Holdings (M) Sdn, Bakti Wira Development Sdn Bhd membeli 80% saham Astacanggih pada harga RM30 juta sedangkan ia tidak mempunyai sebarang aset, dan dengan tiba-tiba Bakti Wira telah terbabit sekali dalam persetujuan pembelian tanah seluas 200 ekar di Bukit Raja Klang daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd, iaitu syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh YB Senator Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor yang menelan belanja secara keseluruhannya RM130j uta! Awan Megah adalah syarikat yang dianugerahkan kerja membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).
Baru saja reda isu keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan projek NFC, kini seorang lagi pemimpin Wanita Umno terpalit dengan skandal projek kerajaan. Syarikat Raja Ropiaah Raja Abdullah Ketua Wanita Umno Selangor telah mendapat projek bernilai RM 27 juta dan mendapat tanah seluas 223 ekar, walaupun syarikatnya tiada aktiviti perniagaan dan pengalaman. Akibat daripada itu, projek PUSPAHANAS telah terbengkalai selama lima tahun sehingga di'alibaba'kan kepada syarikat lain.
Persoalannya, bagaimana Ketua Wanita Umno Selangor begitu mudah mendapat projek penting tanpa syarat layak melaksanakan projek tersebut. Kedua, bagaimana tanah seluas 223 ekar dianugerahkan sewenang-wenangnya, sedangkan rakyat marhaen terpaksa menunggu puluhan tahun untuk mendapat tanah yang sekangkang kera.
Ketiga, Raja Ropiaah terus mengaut keuntungan dengan menjual sebahagian tanah tersebut, yang belum dipindahmilik kepada anak syarikat Boustead Holdings (M) yang merupakan sayap pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Mengapa tabung pencen bekas anggota tentera ini digunakan sewenang-wenangnya, pemimpin Umno yang korup kaya-raya, rakyat yang mempertahankan negara melopong.
Raja Ropiaah perlu jelaskan apakah yang melayakkan Awan Megah diberikan projek PUSPAHANAS serta segala transaksi pemberian dan penjualan tanah kepada pihak LTAT.
Wanita Keadilan Selangor mengutuk sikap korup Ketua Wanita Umno Selangor yang pada masa yang sama kempen Sayangi Selangor konon ingin menyelamatkan rakyat. Situasi yang melanda Ketua Wanita Umno Malaysia kini berulang ke atas Ketua Wanita Umno Selangor. Sudah terang lagi jelas, rakyat perlu tolak Umno-Barisan Nasional kerana pemimpin-pemimpin Umno lelaki dan wanita menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi dan merompak harta rakyat tanpa rasa bersalah.
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman menyeru seluruh ahli dan kepimpinan PAS negeri turut serta dalam Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari yang dirancang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Beliau berkata, himpunan 1 juta rakyat itu merupakan kemuncak himpunan yang telah diadakan di seluruh negara bagi menuntut pilihan raya yang bersih dilaksanakan. "Saya mengarahkan semua ahli dan pimpinan PAS cawangan, kawasan dan negeri serta penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mesti turun menyatakan kehendak untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih," katanya. Beliau menjamin ahli dan pimpinan PAS Selangor tidak akan melakukan sebarang provokasi sebaliknya hanya berkumpul secara aman di Stadium sebagaimana yang pernah dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
PENGUMUMAN
JAWATANKUASA
HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
semua yang akan turun sila ambil perhatian
untuk mengelakan kesesakan
sila jangan bawa kereta ke dalam kota kuala lumpur
sila jangan buat ganguan jalan
sila jangan jamkan jalan raya
perhimpunan ini dijalankan dengan aman
perhimpunan ini dijalankan dengan santai
suasana pesta
suasana bersama kaum keluarga
PANTAI TIMUR
- dari pantai timur
- dari kelantan
- terangganu
- dari pahang
ambil komuter ambil lrt
di wilayah gombak
berhenti di masjid jemek
dan bergerak dari sana ke stadium merdeka
PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK
sila ambil komuter
di slim river
di tanjung malim
di rawang
dan kawasan-kawasan yang sama
berkumpul di masjid negara
dan bergerak ke stadium merdeka
NEGERI SEMBILAN
naik komuter dari seremban kajang bangi
cuba jangan bawa kereta ke dalam kota
SELANGOR - PJ KLANG SHAH ALAM
sila ambil komuter
sila ambil lrt berhenti di universiti
berhimpun di masjid universiti malaya
bergerak ke brickfeilds
warga aman sedang menungggu
MAHASISWA dan ANAK MUDA
berkumpul di masjid UM
bergerak bersama-sama menuju brickfeilds
HIMPUNAN HIJAU
berkumpul awal di KLCC
ROYALTI
berkumpul awal di KLCC
MUFAKAT
berkumpul di jalan sultan
SAMM
berkumpul di kelab sultan sulaiman
WARGA YANG LAIN datang terus masuk ke stadium merdeka
NOTA
sila berkumpul lebih awal
dan mula bergerak ke stadium merdeka
NOTA
sila layari semua laman pro pakatan
para pemilik laman
para bloger anti united malays national orgnisation
KUALA LUMPUR: "Tuan-tuan dengarlah, tapi kalau dengar daripada TV3, mungkin lain bunyinya. Kalau dengar dari RTM, jangan katakan lain bunyi, langsung tak berbunyi..."
Demikian sedutan ucapan Datuk Seri Dr Rais Yatim sewaktu menjadi Timbalan Presiden Parti Melayu Semangat 46 pada satu majlis satu ketika dahulu.
Kini beliau selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan membuat kenyataan yang berbelit-belit berhubung 'Amanat Haji Hadi' apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta diberikan masa satu jam untuk menjelaskan 'amanat' itu secara langsung menerusi TV1 dan TV3.
Di bawah adalah ulasan daripada blog Pejuang Rakyat berhubung perkara itu
KOMENTAR TUKAR TIUB selama ini united malays national organisation akan meminta tanah dari negeri atas alasan kegunaan awam misalnya nak buat sekolah misalnya nak buat hospital misalnya nak buat balai polis apabila sudah dapat tanah ini akan di tukar tujuan dam akan dijual lihat balai polis brickfeild kroni mana yang rembat lihat sekolah bukit nenas kroni mana yang rembat lihat kolej tunku khursiah kroni mana yang rembat inilah yang telah berlaku selama ini di selangor tapi kali ini kerajaan pakatan telah mengubah semua ini KANTOI tindakan kerajaan selangor tindakan kerajaan pakatan rakyat adalah tepat dan tepat NOTA padan muka kah kah kah kah kah kah
INI JANJI BERSIH
KITA BERSIHKAN
SATU KALI
Selangor Tidak Benar Pembangunan Tanah Di Bukit Raja
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor tidak akan meluluskan sebarang permohonan pembangunan di atas tanah yang telah diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di kawasan perindustrian Bukit Raja, Klang.
Kerajaan negeri dalam kenyataan media di sini hari ini berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut kenyataan itu, keputusan dicapai selepas mendengar taklimat Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan tiga pegawai daerah pada Jumaat.
Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan sebarang pembangunan di atas tanah itu kecuali bagi pembinaan kem latihan tentera seperti yang ditetapkan, itu pun selepas mendapat kebenaran Mesyuarat kerajaan Negeri Selangor (MMKN) dan MTES, katanya.
Pada mesyuarat MTES itu, Menteri Besar telah dimaklumkan bahawa semua tanah yang diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dikhususkan untuk pembinaan kem latihan tentera dan tanah-tanah ini masih lagi di bawah nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan tidak dipindahmilik kepada mana-mana syarikat atau individu. -TIEWNAMA
JENG JENG JENG JENG JENG JENG
kah kah kah.... PADAN MUKA.... kah kah kah...
kah kah kah... TAHNIAH KEPADA KHALID.... kah kah kah..
kah kah kah...TAHNIAH KERAJAAN SELANGOR... kah kah kah...
kah kah kah.... DEEPAK MENANGIS TAK BERLAGU.... kah kah kah...
kah kah kah...NAJIB MENANGIS TAK KELUAR AIR MATA...kah kah kah..
Kaedah penggunaan dakwat kekal pada hari mengundi berbeza dengan tuntutan Bersih dan Pakatan Rakyat.
SEREMBAN: Ahli Jawatankuasa Pemandu Himpunan Kebangkitan Rakyat , Hishamuddin Rais berkata pengunaan dakwat kekal masih tidak mampu menghalang penipuan pada hari mengundi.
Ini kerana sistem dan cara pengunaan dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbeza dengan yang dituntut Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pakatan Rakyat.
Dalam ceramah Pra Himpunan Kebangkitan Rakyat 'Menuju #KL 112-Sejuta Rakyat' di sini malam kelmarin, Hishamuddin berkata tuntutan Bersih ialah mahu pengunaan dakwat kekal pada kuku jari untuk menghalang pemilih mengundi berulang kali di pusat mengundi yang berbeza.
"Kita mahu selepas seseorang telah mengundi, maka dicalitkan dakwat kekal pada kuku jari pengundi tersebut sebagai tanda telah mengundi. "Dengan cara ini pengundi ini tidak boleh masuk semula ke mana-mana pusat mengundi selepas itu.
"Tetapi SPR pula akan melaksanakan sistem yang tidak pernah diamalkan oleh mana-mana negara di dunia yang menggunakan sistem dakwat iaitu seseorang pengundi akan dicalitkan dakwat terlebih dahulu sebelum diberikan kertas undi untuk mengundi.
"Maknanya jika seorang itu merupakan pengundi hantu, maka beliau tetap boleh masuk ke pusat mengundi tanpa sekatan kerana sistem SPR itu sendiri memberi maksud bila kuku jari individu itu dicalit dengan dakwat kekal maka individu itu boleh mengundi.
"Kalau ada dakwat hitam kekal di kuku jari, anda akan diberi kertas undi. Orang akan berpusing-pusing untuk mengundi. Akidah SPR menipu untuk pastikan Umno menang.
"Maka desakan kami meminta SPR perkenalkan dakwat kekal sudah lari dari matlamat asal. Cara pelaksanaan dakwat kekal yang dilakukan oleh SPR ini memang tidak masuk akal sama sekali," kata Hishamuddin.
Hishamuddin berkata antara lapan tuntutan Bersih, dakwat kekal lah satu-satunya tuntutan yang dipenuhi oleh SPR. Malangnya itu pun dilaksanakan dengan tidak betul yang jelas untuk menyebelahi parti pemerintah.
Letak jawatan
Sementara itu bercakap berhubung Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini; Hishamuddin dengan nada lantang mengingatkan orang ramai agar jangan takut turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.
"Jangan takut jatuhkan kerajaan. Yang dilawan Pakatan Rakyat bukan Umno dan kuncu-kuncunya tetapi tuan lawan satu sistem yang diwujudkan SPR untuk menangkan Umno.
"Ini belum kira dengan pendatang asing. Zaman takut sudah berakhir. Tahun ini kita tekad jatuhkan Barisan Nasional. Sudah 55 tahun kita ditipu dan dibodohkan. Kita pergi untuk bertindak. Rakyat wajib bangun," katanya.
Hishamuddin juga menggamatkan lebih 500 orang ramai yang hadir pada malam itu apabila berkata:
"Jika ayah-ayah dan ibu-ibu yang berada malam ini takut dengan ucapan saya, maka letaklah jawatan sebagai manusia." Ucapan itu menyebabkan orang ramai ketawa besar.
"Saya begitu yakin kalau daftar pemilih bersih, Selangor tetap di bawah Pakatan Rakyat selepas PRU-13. "Tetapi mereka merancang mengambil semula Selangor. Hasil kajian kerajaan Negeri Selangor, didapati kira-kira 134, 000 nama pengundi di Selangor tiada identiti jantina dan alamat lengkap.
"Contohnya nama Norizan dan beralamat Jalan Kelang sahaja.
"Penipuan dirancang untuk pastikan orang-orang jahat ini terus berkuasa. Bukan itu sahaja kematian di dalam balai polis bukan drama tetapi hakikat.
"Kalau tuan-tuan dan puan-puan tidak marah, maka letaklah jawatan sebagai manusia," kata Hishamuddin yang menyebabkan tapak ceramah gamat dengan gelak ketawa orang ramai.
BN dalam keadaan keliru
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dalam ucapan berkata kerajaan Barisan Nasional berada dalam keadaan yang keliru dengan kebangkitan rakyat yang semakin tidak boleh dibendung lagi.
"Mereka keliru dengan kebangkitan rakyat dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
"Mereka panik dan tidak tahu hendak buat apa bila kita kumpul beramai-ramai di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.
"Ketika mereka keliru, kita harus keluar beramai-ramai memberi isyarat kepada mereka dan SPR bahawa daftar pemilih harus dibersihkan dan pilihan raya harus dikendalikan dengan adil dan telus.
"Saya yakin sejuta rakyat akan berjaya dikumpulkan pada 12 Januari ini," katanya.
Turut berceramah ialah Adun Teja, Chah Li Kang; Khalid Ismath dari Solidariti Mahasiswa Malaysia dan S Tinagaran dari Parti Sosialis Malaysia.
[HM] NEW DELHI: Lima lelaki yang didakwa merogol seorang mahasiswa universiti selama berjam-jam dalam sebuah bas ketika kenderaan itu dipandu di sekitar ibu negara India, kini berdepan tuduhan membunuh, merogol serta beberapa tuduhan lain.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum mati. Pendakwa, Rajiv Mohan, memfailkan tuduhan berkenaan semalam.
Selain merogol, lima lelaki terbabit juga didakwa melakukan pencemaran bahan bukti, menculik, membunuh serta beberapa tuduhan lain.
Kertas tuduhan tidak didedahkan dan Rajiv memohon supaya perbicaraan itu dijadual hari ini dijalankan secara tertutup. Tertuduh dikenali sebagai Ram Singh seorang pemandu bas; adiknya, Mukesh Singh (tukang cuci bas di syarikat sama); Pavan Gupta, (penjaja buah-buahan); Akshay Singh (tukang cuci bas) dan Vinay Sharma (jurulatih kecergasan). Tertuduh keenam, seorang remaja berusia 17 tahun dijangka dibicarakan di mahkamah juvana yang menyediakan hukuman maksimum penjara selama tiga tahun.
Pemilik bas berkenaan juga ditahan dan didakwa kerana menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan permit mengendalikan perkhidmatan bas persendirian.
Semua tertuduh tidak hadir di mahkamah.
Pihak berkuasa berkata, mereka akan memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman mati.
Rancangan itu mendapat sokongan bapa mangsa.
Katanya, hukuman paling berat perlu dikenakan ke atas pesalah yang merogol anaknya. "Jika ada undang-undang baru digubal, ia patut dinamakan sempena anak saya," katanya.
Serangan ke atas wanita berusia 23 tahun itu menyebabkan mangsa mati kerana kecederaan dalaman yang parah.
Insiden itu juga mencetuskan perdebatan mengenai layanan pihak berkuasa terhadap wanita di seluruh India serta mendorong demonstrasi harian bagi mendesak kerajaan bertindak tegas.
Sementara itu, Persatuan Peguam India berkata, ahli badan itu tidak sepatutnya memberikan sebarang khidmat membela tertuduh kerana kekejaman yang mereka lakukan. Mahkamah dijangka melantik peguam bela untuk mewakili semua tertuduh dalam perbicaraan nanti. - AP
Berkaitan:
Bapa buat aduan gambar anak disalah guna dalam Facebook
[HM] THIRUVANANTHAPURAM (India): Seorang bapa membuat aduan kepada polis selepas pengguna Internet menyebarkan sekeping gambar di Internet dengan mendakwa dia adalah mangsa rogol beramai-ramai di New Delhi, semalam.
Gambar yang dikaitkan dengan mahasiswa mangsa rogol dalam bas pada 16 Disember lalu dilaporkan tersebar pantas di Facebook.
Nama dan identiti mangsa sebenar dirahsiakan polis daripada media selaras dengan undang-undang melindungi mangsa daripada pandangan serong masyarakat.
Jurucakap polis di Kerala berkata, gambar yang tersebar di Internet itu adalah palsu dan menyebabkan tekanan kepada individu terbabit.
"Kami mengarahkan Facebook memadamkan gambar berkenaan dan membantu mengesan dalang yang menyebarkannya," katanya. - AFP
P/s: Adakah gambar di bawah ini yang dimaksudkan oleh berita di atas? TM jumpa gambar ini dalam beberapa blog.
Selain gambar, tulisan yang disalin dan ditampal dari FB itu turut mendakwa mangsa selain dirogol turut disula dari bahagian vagina sehingga ususnya cedera teruk. Gila kejam!
Moga-moga suspek akan dikenakan hukuman mati. Kepada wanita di luar sana, berhati-hati, kerana budak berusia 13 tahun pun mampu menggelapkan masa depan anda! Baca di sini.
Sebelum ini, DCM ada menyiarkan berita budak berusia 9 tahun merogol rakan sekelasnya. Mahu baca? cari di bahagian bagasi kiriman atau klik label yang berkenaan.
[BH] Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak, Isnin lalu.
Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Ida Rahayu Syarif pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar majistret di sini, semalam.
Berdasarkan pertuduhan, remaja berkenaan didapati dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 28 tahun itu dengan memeluk, mencium pipi kanan dan meraba buah dada.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas wanita Stesen Minyak Shell, Jalan Munsyi Abdullah, dekat sini, kira-kira jam 2.45 petang pada 31 Disember 2012.
Remaja berkenaan yang hadir ke mahkamah dengan ditemani penjaganya dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya telah meminta mahkamah memberikan wang jaminan RM2,000 terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.
"Namun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 Februari 2012 bagi mendengar laporan akhlak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jatuh hukum," katanya.
P/s; Apakah yang mendorong budak mentah ini berbuat demikian? Rasa-rasanya banyak orang tahu sebab banyak remaja terlibat dalam salah laku seks dan aktiviti antimoral.
Graduan Adam Pacitti, dari Isle of Wight, melakukan sesuatu yang unik untuk menarik perhatian majikan. Dia dilaporkan menggunakan wang terakhirnya, iaitu £500 untuk menyewa tapak iklan. Gambar iklannya menjadi hangat selepas Adam memuatnaikkan gambar tersebut di Tweeter.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan