Isnin, 7 Januari 2013

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 06 Jan 2013 11:11 AM PST

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


SELAMAT TAHUN BAHARU 2013

Posted: 06 Jan 2013 06:25 AM PST


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Rasanya belum terlambat untuk saya merakamkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2013 kepada anda semua, terumanya mereka yang selalu menjengah laman blog saya ini.

Apakah azam tahun baru anda. Adakah azam lama anda sudah tertunai atau adakah ia sebaliknya. Apa pun, saya berharap kita semua tetap mempunyai niat yang baik untuk diri kita dan kerana itu, kita berlumba-lumba menanam azam.

Jujurnya, saya gembira dengan semangat orang kita. Setiap kali datangnya tahun baharu, kita akan terus menanam azam da tekad. Semuanya mahu berjaya, mahu melakar lebih banyak kelebihan dalam hidup. Itu sudah bagus.

Kedatangan tahun baharu juga mencerminkan kepada kita mengenai usia kita yang semakin meningkat. Dan, sudah tentu hal tersebut telah diambil dalam menentukan azam seseorang, termasuk kita semua.

Pastinya, di saat kita menjengah tahun baharu, kita bermuhasabah diri, mengimbau kembali apa yang telah kita tinggalkan setahun yang lalu. Apakah kita telah mencapai apa yang kita kehendaki atau apakah setahun yang lalu sama sahaja dengan tahun-tahun yang lain pada sebelumnya.

Dengan kaedah itu, kita akan dapat membentuk jati diri ke arah yang lebih cemerlang. Kegembiraan yang kita temui, kita raikan dengan penuh rasa syukur, dan kekecewaan yang kita temui akan kita jadikan sebagai satu pengajaran hidup yang sangat berguna.

Kita harus menjadi insan yang bersyukur, tatkala kita memasuki tahun baharu 2013 ini kerana kita telah dilahirkan sebagai rakyat Malaysia – sebuah negara yang kekal makmur, aman dan membangun dengan pesatnya. Percayalah, bukan semua negara mampu memiliki sebagaimana apa yang kita ada.

Oleh itu, marilah kita bersyukur dan meraikan kedatangan 2013 dengan semangat yang kuat untuk menjadi rakyat yang cintakan negara demi masa depan kita dan generasi kita.

Selamat menyambut tahun baharu 2013.

RAKYAT PERLU TOLAK FTNAH PEMBANGKANG

Posted: 06 Jan 2013 05:49 AM PST


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Semakin dekat dengan PRU, semakin galak usaha melebarkan fitnah dilakukan pembangkang dilakukan. Atas semangat kerakusan mereka kononnya mahu menguasai Putrajaya – satu pusat pentadbiran yang mahu mereka lelong suatu ketika dulu – mereka ini sanggup melakukan apa sahaja demi itu.

Saban hari, tidak kira ketika rakyat sedang bersusah payah dan derita, golongan ini haya pandai bermain politik. Malah, banjir besar yang berlaku itu pun dianggapnya kerana UMNO. Demikianlah sifat dan perangai manusia yang bercakap mengenai Islam, namun tidak boleh menerima ketentuan Allah terhadap kejadian alam ini.

Saban hari, golongan ini – walau di mana sahaja – mereka akan melebarkan fitnah. Mereka bercakap tanpa bukti, dan ikut sedap mulut sahaja kerana itu sahajalah modal politik mereka.

Berbeza dengan pemimpin kita – pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) – yang sentiasa menumpukan usaha membantu rakyat berbanding politik. Politik bukan tidak boleh, namun selepas sesuatu PRU itu berlangsung, politik mestilah dihentikan. Adalah amat malang jika kita berada di sebuah negara yang parti politiknya bermain politik sepanjang masa.

BN adalah sebuah parti yang sentiasa memberikan perhatian terhadap rakyat dan pemimpin BN akan memberikanlebih fokus kepada rakyat berbanding melayan karenah atau fitnah politik yang dilemparkan pembangkang.

Zama sudah jauh berubah. Rakyat tidak akan mudah atau sewenang-wenangnya menelan fitnah yang dilemparkan. Rakyat mampu melihat bahawa BN sahaja yang bekerja untuk rakyat berbanding pembangkang yang hanya menghabiskan masa di pentas ceramah dan memusuhi pemimpin kerajaan BN.

Saya percaya, dengan perkembangan dan iklim politik yang berlaku sekarang, rakyat semakin sedar akan hakikat itu. Kepada rakyat yang masih enggan berubah dan terperangkap dalam kepompong pemikiran yang sempit pembangkang, saya menyeru kepada mereka agar kembalilah ke pangkal jalan.

Marilah sama-sama kita menjadi rakyat yang mementingkan kehidupan kita dan masa depan generasi kita akan datang.


DUGAAN BANJIR

Posted: 06 Jan 2013 05:20 AM PST


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t saya diberikan kesempatan untuk menulis lagi. Sejak beberapa hari  yang lalu, sebagaimana yang kita semua tahu bagaimana kita telah dilanda banjir yang agak teruk.

Banyak rumah yang ditenggelami air, manakala jumlah mereka yang terpaksa berpindah juga ramai. Seperti biasa, saya berkesempatan untuk menjenguk dan bertemu mereka – mendengar keluhan dan suara hati mereka – memberikan bantuan keperluan bagi meringankan beban mereka.

Selain melihat bagaimana peritnya menghadapi kejadian banjir, namun semuanya tabah dan redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Walaupun terpaksa meninggalkan rumah dan harta benda, demi nyawa mereka, mereka berpindah.

Mereka tidak pernah merungut dengan keadaan di pusat pemindahan sementara  yang diwujudkan – namun kerajaan kita, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa cakna dan prihatin dengan nasib mereka.

Bagi pihak kerajaan, bantuan segera dihulurkan. Pucuk kepimpinan Kerajaan Pusat pula mengumumkan bantuan Wang Ehsan sebanyak RM500 kepada semua keluarga mangsa.

Tidak cukup dengan itu, mangsa banjir dibantu oleh pelbagai lapisan masyarakat yang menjadi sukarelawan untuk membantu mangsa banjir. Bukan sahaja dari Terengganu, malah dari luar Terengganu  juga datang.

Tidak cukup dengan itu, isteri Perdana Menteri kita, Datin Seri Rosmah Mansor turut turun padang di Parlimen Kuala Nerus bagi membantu dan mendengar rintihan rakyat yang ditimpa banjir.

Demikianlah indahnya kehidupan kita di Malaysia, msyarakatnya sangat kaya dengan sifat kasih sayang sesama mereka.

Kepada mereka yang terlibat, mereka kena lebih banyak bersabar. Dan, yang lebih penting janganlah disangka cuaca akan cerah selamanya dalam keadaan kita masih berada dalam musim tengkujuhini.

Kebimbangan mengenai gelombang kedua dan ketiga banjir perlu diberikan perhatian. Kita kena lebih berhati-hati dan bersedia. Saya doakan, banjir yang berlaku akan habis setakat itu sahaja dan berharap, kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Insya'Allah.


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 06 Jan 2013 07:16 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


PANAS ! ZIZAN MAHARAJA LAWAK IKUT USTAZ AZHAR IDRUS!!!!!

Posted: 05 Jan 2013 10:02 PM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan