Rabu, 16 Januari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 16 Jan 2013 03:37 PM PST

Biaqpila


Kehadiran 500,000 amaran akhir kepada BN

Posted: 16 Jan 2013 02:00 PM PST


KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) menegaskan kehadiran 500,000 ke himpunan Sabtu lalu merupakan amaran akhir rakyat kepada kerajaan BN.

Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, himpunan tersebut jelas menggambarkan amaran rakyat agar kerajaan menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan telus.

"Himpunan baru-baru ini merupakan amaran kepada BN agar melakukan pilihan raya dengan telus dan adil.

"Kalau berlaku penipuan, rakyat akan keluar ke jalan raya lagi untuk humban mereka," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini. (Gambar atas)

Mohamad juga berkata, pihaknya sudah membuktikan bahawa mereka memberikan kerjasama kepada pihak polis dan bersedia untuk terus bekerjasama dengan pihak keselamatan.

"Pihak sekretariat beri kerjasama sebelum, semasa dan selepas himpunan ini pun kita akan terus bekerjasama dengan polis," katanya sambil merakamkan ucapan penghargaan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan semua pihak yang terlibat menjayakan HKR.

Menjawab tuduhan sesetengah pihak bahawa HKR bertujuan menggulingkan kerajaan, beliau berkata perkara itu akan dilakukan dalam PRU ke-13.

"Ya, memang kita mahu menggulingkan kerajaan. Kita akan gulingkan kerajaan melalui peti undi dalam PRU ke-13," katanya.

HKR berjaya membuat kutipan derma dari rakyat berjumlah RM268,802.10.

Wang itu akan digunakan bagi menampung perbelanjaan HKR yang telah dianjurkan di seluruh negara.

"Dengan ini saya merayu orang ramai agar terus menghulurkan sumbangan kepada kami ke akaun "Tabung Impian Rakyat Malaysia" Maybank 562106235615," katanya.

HD

Khatavarayan dakwa Sosilawati masih hidup

Posted: 16 Jan 2013 06:47 AM PST



SHAH ALAM – Tertuduh keempat, R. Kathavarayan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa dia melihat seorang wanita yang didakwa sebagai Datuk Sosilawati Lawiya di sebuah restoran di Tanjung Sepat, Banting lapan hari selepas jutawan kosmetik terbabit dikatakan mati dibunuh.

Kathavarayan, 32, berkata, dia hanya mengetahui wanita itu merupakan Sosilawati selepas diberitahu oleh bekas majikannya, N. Pathmanabhan, 43, ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas berjumpa dengan rakan-rakan bekas peguam itu di sebuah restoran pada petang, 7 September 2010.

Bagaimanapun, kata tertuduh itu, pada masa tersebut wanita terbabit berambut pendek dan berbeza dengan Sosilawati yang dilihat pada kali terakhir datang ke Ladang Gadong pada 30 Ogos 2010 yang berambut panjang.

Terdahulu, Kathavarayan yang disoal peguam yang dilantik mahkamah Hasshahari Johari Mawi berkata, pada hari kejadian dia diminta Pathmanabhan membawanya ke sebuah restoran di Tanjung Sepat.

"Saya diarah tunggu di dalam kereta dan Pathmanabhan kemudian makan dan bersembang dengan rakan-rakannya dengan agak lama," katanya dalam bahasa Tamil yang diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

Dakwa Kathavarayan atau nama panggilan Ravi, semasa berada di dalam kereta dia tidak dapat melihat dengan jelas rakan-rakan Pathmanabhan kerana berada dalam jarak kira-kira 12 meter hingga 13 meter sehingga ada antara lima dan enam orang termasuk seorang wanita pergi ke kenderaan masing-masing.

"Dalam perjalanan pulang saya tanya Pathmanabhan siapa wanita di restoran, dia cakap itulah perempuan yang datang ke ladang tempoh hari.

"Saya tanya dia nampak lain, rambut pendek tetapi Pathmanabhan cakap itu merupakan perempuan yang sama (Sosilawati)," katanya.

Wanita itu jelas Kathavarayan menaiki kenderaan seperti jip bersama seorang lelaki yang berkemeja lengan panjang namun tertuduh mendakwa tidak pernah melihat lelaki tersebut.

Kathavarayan juga memberitahu, itu merupakan kali terakhir dia melihat wanita berkenaan.

Kathavarayan kemudian diberi sekeping gambar Sosilawati untuk pengecaman dan bekas pekerja ladang itu mengaku itu merupakan wanita yang dilihatnya di restoran cuma berbeza kerana berambut pendek dan berpakaian perempuan.

Kathavarayan bersama Pathmanabhan selaku tertuduh pertama manakala Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22, masing-masing tertuduh kedua dan ketiga kini pada peringkat pembelaan.

Mereka kini membela diri atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan pukul 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Sementara itu, pada awal keterangan, Kathavarayan berkata, dia ada terdengar Pathmanabhan mengarahkan Thilaiyalagan supaya membunuh pemandu Sosilawati iaitu Kamarudin atas arahan wanita itu sendiri.

Dakwa tertuduh, perbualan itu didengar di luar bilik karaoke di belakang ladang selepas Pathmanabhan selesai berbincang dengan Sosilawati di dalam bilik tersebut.

Ketika keluar dari bilik berkenaan, muka Sosilawati kelihatan muram manakala Pathmanabhan dalam keadaan tergesa-gesa menuju ke keretanya.

Keesokan harinya, pada petang 31 Ogos 2010, Kathavarayan berkata, semasa pulang dari pekan Banting, dia ada ternampak Thilaiyalagan dan Matan sedang membakar orang-orang yang dibunuh di satu lokasi pembakaran di belakang ladang.

"Apa yang dimaksudkan dengan orang-orang?," tanya peguam sebelum Kathavarayan menjelaskan; "Seorang pemandu, seorang peguam Melayu dan juga seorang yang saya tidak kenal, saya tidak lihat muka."

kosmo


Megat Junid dikaitkan dalam dakwaan beri IC di Sabah

Posted: 16 Jan 2013 04:05 AM PST


Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mendakwa beliau mula merekrut pengundi hantu selepas secara peribadi menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Ketika memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah hari ini, Ramli mendakwa beliau telah diarahkan untuk mengeluarkan resit kad pengenalan (IC) kepada pendatang asing menggunakan butiran mereka yang sudahpun ada dalam daftar pemilih tetapi tidak pernah mengundi sebelumnya.

Beliau mendakwa menerima panggilan dua minggu sebelum pilihan raya negeri Sabah pada 1994 untuk menemui Megat Junid di sebuah hotel.

Beliau mendakwa telah diarahkan untuk membantu memastikan akan kemenangan kerajaan negeri yang disokong oleh kerajaan persekutuan.

Ramli mendakwa telah diarahkan untuk mengeluarkan resit JPN menggunakan nama dan nombor IC pengundi yang sudah ada dalam daftar pemilih dengan tujuan bagi memboleh mereka mengundi.

Resit JPN adalah slip kad pengenalan sementara yang dikeluarkan sebelum menerima kad pengenalan sebenarnya. Dokumen tersebut adalah memadai untuk mengundi, jelas beliau.

MK

DIALOG RAKYAT

Posted: 16 Jan 2013 03:33 PM PST

DIALOG RAKYAT


Kes Azrul & Bawani; Pemikiran Umno Terkongkong, Tahap Intelektual Rendah

Posted: 16 Jan 2013 03:32 PM PST

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/bawani%20azrul.jpgEditor BULETIN

JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA, DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA (JUHAM) amat terkejut dengan insiden penggantungan ketua ekonomis Bank Islam Azrul Azwar Ahmad Tajudin - yang membuat pembentangan mengenai PRU13 di Singapura minggu lalu  yang jelas bertentangan dengan prinsip asas undang-undang dan kebebasan hak asasi.

Malah, adalah suatu yang ironi apabila berlakunya suatu insiden berasingan melibatkan seorang mahasiswa undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga penyelaras JERIT, KS Bawani yang 'berperang mulut' dengan pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.

Kedua-dua insiden ini bukanlah sesuatu yang baru dan aneh, tetapi ia sebenarnya sudah sinonim dengan sikap UMNO/Barisan Nasional dari dulu lagi yang gemar untuk menyekat suara-suara yang bertentangan dengan indoktrinasi lapuk UMNO/Barisan Nasional bagi mengekalkan tahap pemikiran rakyat di kedudukan jahiliyah demi mengekalkan kuasa di Putrajaya.

Hal ini kerana UMNO/Barisan Nasional khuatir kuasa mereka di Putrajaya akan pupus sekiranya rakyat menjadi cerdik dan celik terhadap kezaliman dan korupsi yang dilakukan mereka selama ini.  Oleh itu, UMNO/Barisan Nasional inginkan tahap pemikiran rakyat di tahap jahil dan bodoh yang paling maksimum dengan cara menyekat suara rakyat yang boleh membuka pekung di dada mereka.

Jika dilihat kepada kedua-dua insiden tersebut, Azrul dan Bawani kedua-duanya bersuara berasaskan kepada fakta dan kajian; bukannya  berasaskan kepada sesuatu yang retorik. Namun, oleh kerana UMNO/Barisan Nasional dayus dan gagal untuk berhujah balas menggunakan fakta dan khuatir populariti mereka terus menjunam, maka tindakan terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan menyekat mereka daripada terus bersuara.

Inilah sikap UMNO/Barisan Nasional yang sebenar. Biarlah rakyat bodoh, asalkan mereka kekal berkuasa. Tindakan UMNO/Barisan Nasional melalui agen-agen mereka ini jelas mencerminkan status pemikiran yang terkongkong dan tahap intelektual yang rendah mutunya serta memalukan imej Negara Malaysia sebagai sebuah Negara membangun. Maka tidak hairanlah Malaysia akan kekal sebagai Negara Membangun, dan bukannya Negara Maju. Tindakan menyekat kebebasan bersuara ini adalah bersifat mengundur ke belakang malah bertentangan dengan aspirasi dan ekspektasi intelektual yang suci.

Ironinya, saudari Bawani dikecam kerana bersikap biadap dan telah mencemarkan nama baik Universiti. Sebaliknya, tindakan Sharifah Zohra Jabeen yang merampas mikrofon dan memaksa Bawani untuk berhenti bercakap itu sendiri sebenarnya amat memalukan dan tidak mencerminkan keintelektualan dirinya yang cukup berbangga kerana mempunyai Ijazah.

JUHAM amat kesal dengan tindakan ini dan percaya tindakan tidak berintelektual sebegini juga ada diamalkan di kebanyakan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain.

Maka, tidak hairanlah kebanyakan daripada institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia gagal untuk menyaingi institusi-institusi pengajian tinggi di luar negara kerana tindakan UMNO/Barisan Nasional yang gemar melahirkan graduan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata, bukannya berfikiran kritis dan kritikal.

Malah, ia juga menyebabkan lebih ramai rakyat Malaysia yang bijak dan terpelajar akan lari berkerja di luar negara. JUHAM menggesa Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyiasat perkara ini dan JUHAM mencadangkan supaya Kementerian Pengajian Tinggi menggubal modul pengajaran dan pembelajaran di seluruh Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia agar mutu intelektual graduan di Negara kita tidak seperti Sharifah Zohra Jabeen.

Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi
Pengarah Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan Pemuda Pas Pusat Malaysia

Wacana ‘Benarkah Melayu akan hilang kuasa tanpa UMNO?’ di Johor

Posted: 16 Jan 2013 03:29 PM PST

Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Portal informasi Bahasa Malaysia Parti Tindakan Demokratik (DAP), Roketkini.com sekali lagi menganjurkan wacana ilmiah; kali ini di Johor Darul Takzim dengan topik hangat, 'Benarkah Melayu akan hilang kuasa tanpa UMNO?'

Siri Wacana Roketkini yang masuk kali kelima ini akan berlangsung di Johor Bahru pada Jumaat 18 Januari 2013, jam 8 malam bertempat di Hotel Good Hope, Skudai.

Ketua Pengarang Roketkini.com, Wan Hamidi Hamid berkata, wacana yang julung kali diadakan di negeri kubu kuat UMNO itu amat sesuai dengan iklim politik yang serba subur pada hari ini.

"Wacana ini merupakan program yang julung kali diadakan di negeri Johor yang sedang pesat membangun bukan sahaja dari segi kemajuan fizikal tetapi juga keterbukaan minda," ujar beliau dalam kenyataan medianya.

Forum tersebut bakal menampilkan panelis yang terdiri daripada Senator Dr Ariffin Omar, Naib Pengerusi DAP; Sdr Zairil Khir Johari, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dan Prof Dr Tajudin Omar yang juga Pensyarah UTM.

Ahli akademik dan penulis terkemuka, Dr Mazslee Malik akan bertindak sebagai moderator.

Wacana anjuran DAP Johor itu bakal dirasmikan oleh Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Orang ramai dijemput hadir bagi sama-sama meraikan program ilmu tersebut. Masuk adalah percuma. – Roketkini.com


Pojok: Anak Mami di Perantauan Ada juga jerung yang tidak punya masalah.

Posted: 16 Jan 2013 03:23 PM PST

 Roketkini.com

SUARA Wanita 1Malaysia, ringkasnya (SW1M) pastinya akan dipertanggungjawabkan kerana telah melahirkan kesedaran di kalangan golongan atas pagar untuk menolak United Malays National Organisation dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang semakin dekat tarikh hari jadinya.

Sudah masuk empat hari dan jenaka #listen masih lagi menjadi bualan ramai. Mujur videonya itu tidak ada babak menari ala Gangnam. Jika tidak, barangkali populariti Sharifah Zohra Jabeen akan melonjak naik hatta mendapat tawaran berlakon atau mungkin dilantik menjadi Ketua Wanita UMNO. Ya lah, Ketua Wanita yang dahulu hanya prihatin kepada lembu. Si Zohra Jabeen ini bukan sahaja pedulikan lembu, tetapi juga haiwan lain yang menanggung pelbagai masalah. Termasuk ikan jerung.

Menurut Zohra Jabeen, jerunglah haiwan paling sengsara di atas muka bumi ini kerana diburu untuk siripnya yang dibuat sup. Sebagai nota pinggir, saya sarankan tuan-tuan janganlah makan sup sirip ikan yu (jerung) menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang. Kasihan ikan jerung tersebut.

Namun kita tidak patut merasa kasihan dengan jerung lain yang tidak sangat bermasalah, malah hidup aman sentosa sebagai kroni UMNO. Jerung ini mandiri dalam UMNO sebagai konco-konco pemerintah yang sentiasa mengalirkan projek dan dana kepada mereka untuk terus mengisi tembolok sendiri di kala rakyat ramainya miskin melarat dan hidup dalam kesusahan serta dibebani hutang.

Namun jerung-jerung UMNO tiadalah peduli akan susah senang rakyat jelata, kerana menurut Zohra Jabeen, haiwan pun ada masalah.

Tidak payah peduli dengan krisis air yang menjadi senjata ampuh UMNO untuk menekan warga Selangor dan Kuala Lumpur hanya demi memperkayakan kroninya yang mengawal urusan jual beli air. Dasar jerung.

Jerung UMNO mahu kita semua berada di bawah rantaian makanan, supaya dia boleh 'ngap' kita bila-bila masa, termasuk dengan mengganggu bekalan air sambil selamba berkata bahawa masalah yang ia cetuskan itu boleh diselesaikan jika UMNO dan BN diberi mandat untuk ke sekian kalinya. Eh? Mestikah tunggu pilihan raya baru mahu selesaikan masalah air yang puncanya datang dari Tuhan?

Bagi UMNO dan para pengikutnya, penyelesaian untuk setiap masalah terletak pada mengekalkan kuasa UMNO. Ini boleh difahami dengan mudah kerana memang dialah punca masalah. Dari dialah masalah datang, dan kepada dialah masalah kembali. Kalau tidak suka, boleh keluar dari Malaysia. Mudah betul.

Mentaliti beginilah yang melahirkan bukan sahaja satu malah ribuan lagi Sharifah Zohra yang mempunyai kapasiti intelek sebesar hama.

Masanya telah tiba untuk lawan pembodohan. Masa telah tiba untuk bangkit dan lawan. – Roketkini.com


Mungkin Khairy Akan Tanding Atas Tikit PKR?

Posted: 16 Jan 2013 05:36 AM PST

MSO

Khairy Jamaluddin Abu Bakar sendiri pernah berkata beliau mungkin tidak akan bertanding dalam pilihan raya ke-13. Saya pernah membuat spekulasi antara ahli parlimen Umno yang mungkin tidak akan dicalonkan semula ialah Khairy Jamaluddin.

Khairy: Terselamat.
Ada 'kemisteri' tersendiri kenapa kalau Khairy tidak dicalonkan. Kedudukan Khairy didalam Umno tidak begitu sdelesa dan bernasib baik seperti orang lain. Dia tidak disenangi oleh pemimpin Umno sendiri. Ada orang yang bermusuh dengannya dan tidak pernah berhenti menyerang dan mengkritiknya.

Adalah dipercayai kenapa Najib Razak tidak memberi apa-apa jawatan kepada menantu bekas PM ini adalah kerana mengikut telunjuk apa yang diajarkan bekas PM sebelum ini. Mahathir Mohamad semasa menjadi PM dia tidak memberi apa-apa jawatan kepada Zahid Hamidi walaupun Zahid ketika itu adalah ketua pemuda.Zahid dilantik menjadi menteri apabila Abdullah Badawi menjadi perdana menteri.

Sebaliknya Hishmuddin Hussein yang menjadi naib ketua pemuda dilantil menjadi menteri. Formula atau dendam yang diguna pakai Mahathir itu seakan digunakan pula oleh Najib Razak.

Najib memberi jawatan kepada naib ketua Pemuda, Razali Ismail, kepada ketua wanita yang lakinya pelihara lembu gemuk, Shahrizat Jalil dan juga kepada ketua Puteri berbinti Serlin itu. Tetapi untuk Khairy tidak diberi apa-apa cuma tahun lepas saja diberi menjadi pengerusi sebuah agensi kerajaan yang tidak dikenali pun. Elaun pun sebesaqr tahi gigi budak saja.

Atas diskriminasi itu menyebabkan kemungkinan Khairy membuat kenyataan yang dia tidak akan bertanding. Semasa berjumpa dengannya pasa satu majlis kenduri tiga tahun lepas saya pernah memberi tahunya yang beliau tidak ada harapan dalam Umno. Saya kata kepadanya; "elok you menyertai Pakatan Rakyat saja, jadi ketua pemuda...Pas pun boleh."

Beliau secara spontan mengangkat tangan dan saya meminta Dr Harun Din yang hadir sama agar berdoa sebagai merestuinya.

Ketua Pemuda ini agak kontroversil juga. Beliaulah yang menghantar passport Anwar ke rumahnya di Bukit Damansara sewaktu Anwar menghadapi masalah untuk berubat ke German. Pemergian Khairy itu menimbulkan tanda tanya dan mereka dalam Umno yang dengki dengannya membuat berbagai spekulasi yang negatif terhadap Khairy.

Dan hari ini pula kes saman ke atas oleh Anwar berhubung laporan media PB kononnya mendakwa Khairy menuduh Anwar pengkhianat negara ditarik balik. Anwar telah bersetuju kes itu tidak diteruskan dengan syarat Khairy menarik balik tuduhan seperti mana dilaporkan itu.

Khairy dalam kenyataan kepada tv no 3, dia tidak membuat apa-apa bayaran dan berita itu menggambarkan yang Anwar yang hendak tarik kes itu. Ini jahat tv3. Khairy apabila ditanya oleh wartawan kenapa baru kini, jawabnya kerana dekat pilihan raya mungkin ada impak kepadanya. Maksudnya Anwar takut, takut apa? Bila masa pula Anwar tahu erti takut. Di rumahnya tidak ada kamus takut.

Saya tidak melihat begitu, penarikan balik saman bernilai RM100 juga itu bukan kerana terdesak atau apa-apa. Iya juga bukan menunjukkan ada mana-mana pihak takut dan bimbang akan kesannya. Tetapi ia adalah satu persefaham saya nampak. Anwar yang mengemukakan saman tidak logik kalau dia tiba-tiba tarik. Apakah dia bimbang dalam perbicaraan itu akan dikeluarkan apa-apa maklumat seperti laporan yang memetik dakwaan Khairy itu.

Bukankah Khairy menafikan yang dia mengatakan seperti mana dilaporkan oleh akhbar itu. Ertinya Khairy tidak menuduh Anwar sebagai pengkhianat. Kalau Khairy benar tuduh seperti dilaporkan tentu dia ada bukti dan hujah untuk mempertahankan diri dalam mahkamah. Saya lebih bersetuju atau menduga Khairy tidak berkata seperti dilaporkan itu, sebaliknya media berkenaan saja yang pandai-pandai membuat fitnah.

Saya cadangkan kepada Anwar agar terus saman itu terhadap akhbar (The New Starits Time Press Sdn Bhd). yang menyiarkan dakwaaan tidak betul Khairy itu? Khairy pula boleh dipanggil (sepina) menjadi saksi di sebelah Anwar. Saya tidak tahu apakah Anwar menarik saman ke atas akhbar berkenaan. Kalau ia tidak diteruskan pastilah penarikan saman itu ada undang di sebalik batu.

Kita tidak dapat mengagak apakah persefahaman sehingga saman ini dibuat. Cuma hati kecil saya berbisik penarikan itu ada strateginya. Apakah mungkin kalau BN tidak menamakan Khairy sebagai calon dalam pilihan raya, maka PKR akan "mencuri' Khairy untuk menjadi calonnya? Ha ha.

PAS menjauhkan parti dari garis panduan Tahun Baru Cina Kedah

Posted: 16 Jan 2013 05:29 AM PST


KUALA LUMPUR — PAS hari ini menjarakkandiri dengan kontroversi garis panduan Tahun Baru Cina yang dicetuskan oleh kerajaan negeri Kedah, dengan mengatakan itu adalah hal kerajaan negeri dan tidak melibatkan kepimpinan PAS pusat. 
"Itu adalah keputusan kerajaan negeri, tidak ada kena mengena dengan parti," kata naib presiden Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Naib presiden PAS bagaimanapun enggan menyatakan bahawa Majlis Syura, badan tertinggi dalam parti itu memberi arahan agar garis panduan tersebut juga dimasukkan dalam acara Sambutan 1Malaysia Tahun Baru Cina, diantaranya pemakaian sopan untuk pegawai dan peserta persembahan.

Ia juga menyatakan bahawa peserta persembahan digalakkan untuk menyanyi lagu berunsur ketuhanan dan nasihat dan jika aktiviti tarian dan menyanyi melampau berlaku, kerajaan negeri mempunyai hak untuk membatalkan acara tersebut.

Dalam garis panduan tersebut melarang peserta persembahan wanita dewasa untuk berada di pentas semasa persembahan Tahun Baru Cina.

Pemimpin dari kedua pihak menganggap garis panduan ini sebagai menghalang hak orang bukan Islam.

Rakan PAS dalam Pakatan Rakyat, DAP turut menegur sikap kerajaan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana sering memalukan pakatan pembangkang dengan dasar konservatifnya dengan mengenepikan pandangan orang ramai.

Berikutan dari tekanan orang ramai, ahli Exco Kedah Dr Hamdan Mohamed Khalib semalam mengakui kerajaan negeri "terlepas pandang" ke atas garis panduan sambutan Tahun Baru Cina.

Hamdan dalam kenyataannya semalam berkata satu garis panduan baru tanpa menyebut syarat sebelumnya akan dikeluarkan.

Exco tersebut mengatakan garis panduan tersebut diadakan untuk mengawal hiburan terbuka yang mencetuskan masalah sosial terutamanya di kalangan remaja Melayu-Islam.

Beliau juga berkata kelonggaran akan diberikan kepada acara keagamaan dan kebudayaan yang melibatkan masyarakat Cina, India dan Siam di negeri itu.

Dalam masa sama Azizan memberi lampu hijau kepada acara 15 Februari itu, dalam masa sama meletakkan syarat mestilah berpakaian sopan.

Mahfuz berkata dengan kenyataan tersebut menunjukkan masalah tersebut sudah diselesaikan.

"Jadik kalau (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek nak datang bogel pun boleh," kata naib presiden PAS sambil bergurau merujuk kepada presiden MCA itu.

Chua sebelum ini mengkritik PAS dan kerajaan negeri Kedah kerana garis panduan tersebut tetapi pemimpin pembangkang mendakwa serangan beliau adalah salah satu cara MCA cuba merosakkan imej parti Islam tersebut terhadap bukan Islam.

Selangor Sedia Bantu Penduduk Tuntutan Mahkamah Daripada Syabas

Posted: 16 Jan 2013 05:25 AM PST


Miter_air_Syabas

SHAH ALAM  : Kerajaan Negeri sedia membantu penduduk di beberapa kawasan yang mengalami gangguan bekalan air untuk mengemukakan tuntutan mahkamah daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Kira-kira 500,000 penduduk di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang mengalami gangguan bekalan air sejak dua minggu akibat kegagalan pam di rumah pam Wangsa Maju.

Syabas juga didakwa cuai kerana kesemua lima pam termasuk dua pam dalam simpanan (standby pump) rosak dan keraguan timbul apabila dua pam yang jarang digunakan turut rosak menunjukkan syarikat konsesi air itu gagal menyelenggaranya dengan baik.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan menggunakan peruntukan daripada Geran Selangorku untuk membiayai penduduk yang ingin mengemukakan tuntutan daripada Syabas di mahkamah.

Katanya, penduduk berhak mengemukakan tuntutan di atas kegagalan Syabas menyediakan perkhidmatan yang sempurna kepada penduduk.

"Rakyat boleh memfailkan tuntutan di mahkamah dan Kerajaan Negeri akan membantu melalui Geran Selangorku untuk membela perkara-perkara yang tidak adil," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita di sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor yang dipengerusikan Datuk Mohamed Khusrin Munawi akan memantau operasi Syabas setiap hari terutamanya pelan tindakan dan pemulihan air syarikat itu.

Jawatankuasa tersebut juga telah meminta penjelasan daripada Syabas mengenai kegagalan rumah pam dan penyelesaian jangka pendek dan panjang gangguan itu.

Teresa : Syarat Polis Untuk Ceramah Tidak Munasabah

Posted: 16 Jan 2013 05:23 AM PST


teresa red exco 01

SHAH ALAM: Exco Selangor, Teresa Kok akan menulis surat kepada Ketua Polis Selangor bagi menyampaikan ketidakpuasan berhubung syarat dan sekatan perhimpunan yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Serdang terhadap ceramah politik di Padang Puchong Jaya yang disifatkan tidak munasabah.

Menurut Teresa yang juga Adun Kinrara, pada asalnya ceramah tersebut diadakan pada 8 Januari lalu di tempat sama tetapi polis menolak permohonan berkenaan dengan alasan tempoh pemberitahuan pihak DUN kepada polis hanya lapan hari sedangkan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, pihak polis perlu dimaklumkan 10 hari lebih awal sebelum tarikh program.

Namun demikian, selepas pihak penganjur menunda ke tarikh 17 Januari, polis pula mencetak 1,500 naskah notis kepada penduduk sekitar tapak ceramah yang menggalakkan orang ramai membantah.

Pada 14 Januari lalu, Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd Razak Elias mengeluarkan senarai 25 'syarat-syarat kepada menganjur' yang mengundang rasa tidak senang penganjur.

Aantara syarat yang terkandung dalam surat berkenaan adalah amat tidak munasabah iaitu;Unit Amal PAS tidak dibenarkan sama saekali mengawal kenderaan lalu lintas kerana ini akan dan boleh membangkitkan perasaan provokasi kepada masyarakat awam yang tidak terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Penganjur menyatakan jangkaan kehadiran peserta seramai 500 orang di dalam borang di bawah jadual keeempat (seksyen 10) Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), sekiranya kehadiran peserta melebihi jangkaan dan berada di luar kawasan yang dibenarkan, Ketua Polis Daerah mempunyai kuasa untuk menyuraikan perhimpunan di bawah Seksyen 21(1)(a) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Penganjur hendaklah memastikan peserta atau hadirin tidak meminum minuman keras atau mengambil dadah semasa menghadiri ceramah ini untuk mengelakkan tingkah laku yang agresif di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

"Ceramah politik diadakan di tempat ruang tepi jalan dan di hadapan restoran, sekiranya Unit Amal PAS tidak dibenarkan untuk mengarah trafik, ia kemungkinan akan menyebabkan kesesakkan lalu lintas di tempat berkenaan.

"Bagi syarat jumlah kehadiran, kami tidak dapat memastikan bilangan jumlah peserta yang menghadiri ceramah kurang dariapda 500 orang. Bagi polis menyuraikan peserta sekiranya kehadiran melebihi dari jangkaan adalah tidak munasabah.

"Manakala tapak ceramah diadakan di hadapan restoran yang mana pelanggannya juga makan dan minum di tapak di luar restoran. Kami memang tidak boleh menghalang pelanggan restoran untuk minum di tapak luar restoran. Jadi syarat ini sukar untuk dipenuhi," katanya dalam satu sidang media.

Tegasnya, objektif Akta Himpunan Aman adalah untuk memudahkan penganjur mengadakan program dan bukannya digunakan polis untuk menghalang perhimpunan dan program.

[TERBONGKAR] Memang Wujud Kerjasama SPR-JPN Beri IC Kepada PATI

Posted: 16 Jan 2013 05:19 AM PST


KELAB GREENBOC

Bekas pegawai JPN dakwa SPR arah beri IC

Seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an.

Mohd Nasir Sugip ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah imigrasi Sabah hari ini mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi.

Mohd Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.

Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam".

"Bos saya, pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin kemudiannya secara lisan memberitahu saya untuk menjalankan projek ini," katanya.

Mohd Nasir turut mengaitkan tiga lagi individu yang hadir ketika arahan itu dikeluarkan.

Bagaimanapun, nama individu berkenaan tidak dapat diperolehi memandangkan pegawai RCI – wakil daripada pejabat peguam negara – enggan memberi kerjasama.

Katanya, beliau mengikut arahan tersebut dan mengambil pegawai yang tidak dinamakan di peringkat negeri untuk operasi berkenaan.

Mohd Nasir mendakwa, operasi berkenaan melibatkan tindakan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing dan mengeluarkan nombor kad pengenalan berdasarkan tarikh lahir, foto dan nama yang diberikan SPR. mk

Ulasan GB

Pendedahan kes di atas membuktikan apa yang didedahkan oleh PAS sebelum ini adalah benar.

PAS sebelum ini pernah mendesak Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) menyiasat kewujudan sindiket dianggotai pegawai kerajaan yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk menjadi pengundi.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata RCI itu penting bukan sahaja di Sabah tapi seluruh negara bagi menyiasat isu pemberian kad pengenalan palsu kepada warga asing seterusnya didaftarkan menjadi pengundi pilihan raya.

Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa antara individu yang terlibat adalah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan diketuai Pegawai Penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Othman Razak.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Lim Guan Eng & PRkah Yang Sebabkan Melayu Di Johor Semakin Merempat?

Posted: 16 Jan 2013 05:18 AM PST


KELAB GREENBOC
 

Kedudukan Melayu Johor membimbangkan

Tanah kerajaan diswastakan tanpa mengira harga dan mudaratnya kepada bangsa Melayu serta rakyat Johor keseluruhannya.

KUALA LUMPUR: Masa depan hak ekuiti masyarakat Melayu Johor kini didakwa semakin merosot dan jurang perbezaan prestasi ekonominya kian membesar akibat lambakan pelabur asing masuk ke negeri itu.

Kebimbangan itu dinyatakan wakil agensi kerajaan, perwakilan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPPMM) dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam satu resolusi Kongres Ekonomi Melayu Peringkat Zon Selatan.

Presiden DPMM Datuk Syed Ali Alattas ketika membentangkan resolusi yang tercapai pada 6 Januari lalu itu berkata, kongres turut kesal dengan isu hak milik tanah orang Melayu Johor apabila tanah kerajaan diswastakan tanpa mengira harga dan mudaratnya kepada bangsa Melayu serta rakyat Johor keseluruhannya.

Syed Ali berkata, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Johor akan ditentukan daripada projek pembangunan Iskandar Malaysia di mana 80 peratus daripadanya dikuasai pelabur asing.

"Projek Iskandar memundur dan memiggirkan orang Melayu dari segi ekonomi sekaligus meningkatkan jurang kemiskinan," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Katanya, pendapatan perkapita penduduk Johor juga semakin rendah apabila kebanyakan masyarakat Melayu kini tidak mampu lagi membeli rumah di sekitar kawasan Iskandar.

`Tanah sendiri dimiliki orang asing'

"Bayangkan rumah dengan keluasan 1, 300 kaki persegi kini mencecah RM1juta.

Individu yang bergaji RM5,000 pun tak mampu membelinya kerana bank hanya membenarkan pinjaman sehingga RM200,000 sahaja.

"Lebih teruk tanah sendiri dimiliki orang asing…ini situasi merbahaya yang dihadapi penduduk Johor," katanya.

Koridor pembangunan yang dimiliki Khazanah Nasional Berhad dan terletak di Selatan Johor itu mempunyai keluasan kira-kira 500,000 ekar, kira-kira tiga kali ganda daripada keluasan Singapura.

Sehubungan itu, Kongres itu mencapai satu resolusi mahu mendesak kerajaan memperuntukkan 30 peratus (24,000 ekar) Nusajaya kepada orang Melayu.

Selain itu, kongres turut meminta Jambatan Selat Tebrau yang dikenali sebagai 'Jambatan Bengkok' yang terbengkalai diteruskan semula.

"Rugi kalau jambatan yang dibina dengan kos RM700 juta itu terbiar.

Kalau tambah modal RM700 juta lagi boleh selesai," katanya.

Kongres itu juga mengambil ketetapan untuk menggunakan status Melayu, dan bukan lagi Bumiputera bagi mengelakkan daripada penyelewengan dan kekeliruan kepada status 'Bumiputera' dimanipulasi oleh pihak lain demi keuntungan pihak tertentu. -FMT

Ulasan GB

Sebelum ini media pencacai heboh menyerang kerajaan Pulau Pinang kononnya penyebab kepada tergadainya tanah-tanah milik orang Melayu di negeri itu.

Lim Guan Eng caivinis, Lim Guan Eng pengkhianat, Lim Guan Eng hapus tanah milik Melayu dan segala macam ungkapan mak nenek untuk memfitnah kerajaan PR di Pulau Pinang.

Bangunlah segala jenis pencacai dan malaon todi berdemo dan berarak untuk menghentam kerajaan negeri Pulau Pinang, siap dengan mencarut dan bahasa perkauman.

Tup tup hukum kebenaran dan keadilan pun terdedah. Rupa-rupanya di negeri dimana UMNO berkuasa dan paling kuat di negara ini, itulah negeri yang telah menyebabkankan tanah-tanah milik orang Melayu terjual dan tergadai bukan kepada rakyat di negara ini tetapi kepada warga asing.

Sekarang meludah ke langit terkena sendiri!

Kerajaan negeri tidak kuasa mutlak dalam Syabas

Posted: 16 Jan 2013 05:11 AM PST

 
Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDB) memiliki saham 30 peratus tetapi tidak memiliki kuasa sepenuhnya seperti Perbadanan Menteri Kewangan.



SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa mutlak walaupun memiliki saham 30 peratus dalam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang memiliki saham itu tidak memiliki kuasa sepenuhnya seperti Perbadanan Menteri Kewangan.

Katanya, Perbadanan Menteri Kewangan memiliki 'golden share' dalam Syabas manakala Puncak Niaga Holdings Berhad pula mempunyai saham majoriti melalui syarikat berkenaan.

"Pemilik saham istimewa adalah Perbadanan Menteri Kewangan yang memiliki golden share. Mereka ada semua kuasa," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco hari ini.

Ditanya mengenai tuduhan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed agar penyelesaian kemelut air diselesaikan kerana milikan saham itu, Abdul Khalid menjelaskan syarikat pengurusan air terbabit bukan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik kerajaan negeri.

Menjawab dakwaan Syabas berhubung tindakan kerajaan negeri membekukan Perbelanjaan Modal (Capex) yang menyebabkan usaha  menaik taraf perkhidmatan air di Selangor terjejas, beliau berkata sebarang usaha baik pulih yang dijalankan syarikat pengurusan air itu perlu mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.

"Dalam perjanjian Capex ia perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri kerana secara teorinya usaha baik pulih yang dijalankan oleh Syabas adalah melibatkan aset dimiliki oleh kerajaan negeri.

"Sebab itu kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada usaha tersebut boleh dijalankan atau tidak," katanya.

Prosedur perlu dipatuhi

Beliau berkata sebarang usaha baik pulih, ada prosedur yang perlu dipatuhi serta  perlu ditender dan tidak boleh dijalankan secara rundingan terus dengan kerajaan negeri.

"Dalam setengah kes kerajaan negeri sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk melaksanakan Capex. Jadi saya tidak lihat ia sebagai satu isu di sini," ujarnya.

Beliau berkata apa yang menjadi isu pada ketika ini adalah adalah pengurusan Syabas sangat lemah dan mereka perlu menilai kembali program air tidak terawat yang dijalankan.

"Sehingga hari ini mereka (Syabas) tidak pernah membentangkan kepada saya mengenai program untuk mengurangkan air tidak terawat mereka daripada 30 kepada 15 peratus seperti mana yang dipersetujui dengan kami sebelum ini," katanya.

Abdul Khalid menjelaskan beliau mahu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memanggil Syabas bagi mengetahui status Capex mereka dalam usaha mengurangkan air tidak terawat.

Pada Selasa, Syabas  mendakwa sikap kerajaan negeri menghalang kerja-kerja penambaikan perkhidmatan syarikat dengan pembekuan Capex menyebabkan krisis air yang semakin buruk di Selangor.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas Ir.V.Subramaniam dilaporkan berkata tindakan seperti itu belum pernah terjadi di mana sebuah kerajaan negeri menghalang kerja-kerja penambahbaikan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Pakatan masih belum putuskan nasib AES

Posted: 16 Jan 2013 05:08 AM PST

 
Namun memberi jaminan membatalkan saman AES yang dikenakan terhadap rakyat sejurus menguasai pentadbiran Pusat. 



KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat belum membuat keputusan sama ada memansuhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sekiranya memerintah Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Pakatan Rakyat masih belum mengkaji secara keseluruhan sama ada mahu meneruskan pelaksanaan AES termasuk perjanjian yang dibuat kerajaan dengan dua syarikat kontraktor Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.

Namun, beliau memberi jaminan membatalkan saman AES yang dikenakan terhadap rakyat itu sesuatu yang pasti dilakukan Pakatan Rakyat sejurus menguasai pentadbiran Pusat.

"Saya tak tahu…sebab tu antara kajian yang kita akan buat untuk melihat perjanjian yang dibuat oleh kerajaan dan dua syarikat ni

"Sehingga Pakatan Rakyat dapat tawan Putrajaya pada saat itu semua saman akan dibatalkan," katanya dalam sidang media  Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Sementara itu, beliau menggesa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai prosiding baru saman AES selepas ditangguhkan sejak bulan lalu.

Katanya, Abdul Gani perlu menunggu sehingga selesai PRU bagi mengelakkan sebarang kekeliruan teknikal mengenai prosedur dan undang-undang AES sekiranya pemerintahan bertukar tangan.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengulas kenyataan Abdul Gani yang mahu mengumumkan prosiding baru AES selepas semua isu kontroversi membabitkan sistem itu diselesaikan.

Beliau turut menggesa Abdul Gani supaya membuat satu kenyataan jelas nsupaya orang kena saman (OKS) tidak perlu hadir ke mahkamah memandangkan masih ramai lagi yang menerima surat saman dan hadir ke mahkamah.

BN kalah: Tun M lagi takut dari Najib

Posted: 16 Jan 2013 04:12 AM PST

Shahbudin Husin

 

Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka yang berjaya menghimpukan ratusan ribu rakyat pelbagai kaum Sabtu lalu, pada mulanya hanya menyerlahkan rasa gundah-gulana para pemimpin UMNO terhadap masa parti itu sehingga mereka tidak habis-habis mencipta teori dan logik untuk menafikan perhimpunan itu sebenarnya memang mendapat sambutan yang jitu daripada rakyat.

Ada antara mereka yang tampil menafikan jumlah ratusan ribu yang hadir, ada yang mengatakan hanya Melayu dan Cina yang hadir manakala orang India tidak memberi sambutan, ada yang cuba mengorek kesalahan dengan mengaitkan kehadiran kanak-kanak, perhimpunan didakwa melanggar undang-undang kerana melebihi 30 ribu dan pelbagai rekayasa lagi dicipta untuk memujuk hati sendiri.

Dalam ada itu, ramai pula yang terdiam tidak mampu berkata apa-apa kerana mengakui kebangkitan yang ditunjukkan rakyat kali ini adalah sesuatu yang tidak mampu ditahan oleh sesiapa pun.

Najib Razak yang selalunya akan mengecam perhimpunan seperti itu, kali ini turut mengubah nada. 
Beliau cuba menumpang kredit dengan mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya mengendalikan perhimpunan itu dengan aman.

Sambil memuji tindakan profesional pihak berkuasa dalam menjalankan tugas, Najib berkata kesediaan Pakatan Rakyat menghormati semangat Akta Perhimpunan Aman, jelas menunjukkan kejayaan politik BN dan reformasi yang diusahakan kerajaan.

Menurut Perdana Menteri lagi, walaupun tidak bersetuju dengan pembangkang tetapi tindakan mereka yang berjaya mengendalikan perhimpunan dengan aman wajar diberikan ucapan terima kasih.

Dalam hal ini, Najib nampaknya sedar dengan kemahuan rakyat. Hak berhimpun dan menyatakan pendirian adalah hak asasi manusia yang dibenarkan oleh undang-undang. Dunia juga mengiktiraf hak tersebut.

Najib cuba mengambil sikap yang lebih lunak dalam hal ini. Beliau tidak mahu berkeras lagi kerana lagi keras sikap yang ditunjukkannya, lagi keras penolakan rakyat. Beberapa sikap kerasnya sebelum ini membuktikan hakikat tersebut. Sebab itu, Najib menukar nada dengan cuba menumpang kredit di sebalik himpunan kebangkitan rakyat kali ini.

Dengan membenarkan perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka, tidak lagi mengerah pihak polis bersikap keras sebagaimana Himpunan Bersih 2.0 dan 3.0 sebelum ini dan kemudian memberikan penghargaan kepada Pakatan Rakyat, Najib sebenarnya cuba menunjukkan beliau seorang pemimpin yang baik, sedia bertolak ansur dan "gentleman".

Walaupun beliau menyedari penyokong setia PAS, PKR dan DAP tidak mungkin menyokong dan memberi undi kepada BN, tetapi sasarannya ialah pengundi atas pagar. Beliau mahu pengundi atas pagar menilai kebaikannya dan melupakan kesilapannya selama ini.

Dengan tarikh pilihanraya kian hampir, Najib kini mahu dilihat sebagai seorang yang serba baru. Tidak saja menunjuk baik, budiman dan sedia bertolak ansur, Najib juga meminjam perkataan reformasi untuk menunjukkan sikapnya itu sedangkan perkataan yang selalu disebutnya ialah transformasi, bukannya reformasi. Reformasi adalah perkataan popular Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi.

Walaupun ada yang berkata Najib seperti "buang tabiat" bila menyebut perkataan reformasi dan menyimpan perkaraan transformasi yang sering menjadi basahan mulutnya selama ini, hakikatnya Najib sedang cuba memenangi hati rakyat yang lebih memihak kepada pembangkang ketika ini.

Beliau sedang cuba melakukan "reverse psikologi" untuk mendapatkan undi. Ini merupakan usaha terbarunya untuk menghadapi PRU 13 setelah melakukan pelbagai cara seperti memujuk, merayu, menabur janji, memberi wang, memberi beras dan sebagainya.

Walaupun Najib mungkin turut takut, bimbang dangundah-gulana akan kehilangan kuasa, tetapi beliau cuba menyembunyikan perasaan itu.

Sikap itu berbeza dengan Mahathir yang nampaknya tidak mampu menyembunyikan lagi perasaan dalam hatinya. Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu secara terang-terangan menyifatkan #HKR112 adalah bertujuan menggulingkan kerajaan.

Menurut Mahathir, PAS,PKR dan DAP merancangkan himpunan tersebut adalah bertujuan mencetuskan kebencian rakyat terhadap kerajaan dan berharap kerajaan dapat digulingkan dengannya sebagaimana yang berlaku di beberapa negara Arab sebelum ini.

Selain berterus-terang dan gagal menyembunyikan resah dijiwa, Mahathir juga menunjukkan beliau lebih takut daripada Najib jika UMNO dan BN tumbang dalam pilihanraya akan datang dan seterusnya tidak lagi menjadi kerajaan.

Walaupun Najib dan semua pemimpin UMNO turut bimbang akan kehilangan kuasa, tetapi nampaknya ketakutan Mahathir amat besar. Apakah yang paling ditakutinya dan apakah kepentingannya yang bakal hilang jika UMNO tumbang? Apakah Mahathir takut Anwar berdendam terhadapnya?

Diakui jika BN kalah, Najiblah yang mengalami kehilangan paling besar iaitu jawatan Perdana Menteri yang disandangnya serta pelbagai nikmat yang melimpah ruah untuknya sekeluarga tetapi dalam hal ini Mahathir kelihatan lebih takut daripada Najib. Najib masih boleh menyembunyikan kerisauan dan gundah-gulananya tetapi Mahathir seperti tidak tertahan kebimbangannya dan seolah-olah mahukan semua jentera BN segera bangun dan mengumpul segala kekuatan yang ada untuk mempertahankan kerajaan yang ada.

Semua orang mungkin boleh menelah apakah kebimbangan Mahathir jika BN tumbang dalam pilihanraya nanti. Mungkin legasi selama 22 tahun yang dibimbanginya, mungkin masa depan anaknya dalam politik yang difikirkannya, mungkin kontrak berbillion ringgit yang melibatkan anak-anaknya bakal berakhir yang merisaukannya, mungkin kecurangannya selama berkuasa bakal terbongkar yang menghantuinya dan pelbagai kemungkinan lain lagi yang menghimpit jiwa raganya.

Wikipedia sebelum ini menyenaraikan Mahathir sebagai bekas pemimpin kedua terkaya di dunia selepas Hosni Mubarak dengan kekayaan dianggarkan berjumlah US$44 billion (senarai itu kemudian dipadamkan. Apakah Mahathir juga bimbang kekayaannya dibongkar dan diketahui umum sebagaimana bekas-bekas pemimpin sebelum ini?

Namun oleh kerana Mahathir secara terbuka menunjukkan beliau lebih risau, takut dan gundah-gulana akan kemungkinan tumbangnya UMNO dan hilangnya kuasa BN dalam pilihanraya akan datang berbanding Najib, sudah tentunya kepentingan yang mahu dilindunginya juga amat besar, tentunya lebih besar daripada semua kepentingan Najib sekeluarga.

Hanya dengan tumbangnya BN, semua itu bakal terungkai nanti.

Uji Rashid kesal TV3 belum mohon maaf

Posted: 16 Jan 2013 04:09 AM PST

KL TODAY

 

Kata orang, rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi. Begitulah yang berlaku kepada penganjuran Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27), yang berlangsung pada 6 Januari lagu.Pertukaran penyanyi Terukir Di Bintang di saat akhir melibatkan penyanyi veteran, Uji Rashid dan Aizat menimbulkan kontroversi.Apatah lagi, Uji dikatakan sudah membuat banyak persiapan dan masih menjalani latihan, biarpun ketika itu, Aizat sudah mendapat mandat untuk membawakan lagu berkenaan.

Kontroversi yang masih belum senyap biarpun sudah hampir dua minggu malam kemuncak berlalu, menarik perhatian Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang menuntut pihak TV3 memohon maaf kepada Uji.

"Saya membuat kenyataan setelah melihat kronologi dan kenyataan-kenyataan daripada mereka yang terlibat dengan isu ini. Mula-mula, Aizat mengakui tidak tahu menahu dengan sebab pertukaran dan hanya menjalankan tugas apabila diminta oleh Yuna.

"Kemudian pihak TV3 sebaik majlis berakhir memaklumkan tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, manakala Datuk Ramli M.S juga mengakui tidak ada kuasa untuk menyingkirkan mana-mana penyanyi.

"Pada pendapat saya pula, Aizat hanyalah mangsa keadaan dan yang perlu bertanggungjawab di sini adalah pihak penganjur. Mereka sepatutnya mengeluarkan surat rasmi atau memaklumkan lebih awal kepada kak Uji mengenai pertukaran ini dan tidak menganiayai dia kerana apabila pertukaran sudah di buat, dia masih tidak dimaklumkan mengenai perkara itu," katanya kepada Zass.

Menurut Zed, dia bukan sengaja untuk masuk campur dengan kontroversi ini, namun hanya memperjuangkan hak artis termasuk artis veteran apabila diperlakukan sedemikian.

"Bagi saya, ini adalah penganiayaan stesen televisyen kepada artis veteran kita, apatah lagi, seperti yang kita ketahui, kak Uji sudah membuat baju dan membuat persediaan yang lainnya. Ke semua itu melibatkan kos dan bukannya dilakukan secara percuma.

"Saya bersuara kerana tidak mahu perkara ini terus berulang kerana ia secara tidak langsung membunuh artis veteran," katanya.

Bawa kepada Suhakam

Zed berkata, dia juga merasakan tidak mustahil kemenangan Terukir Di Bintang pada AJL27 yang lalu, hanyalah untuk menutup aib.

Katanya, dia berharap TV3 bertanggungjawab dan memohon maaf secara terbuka kepada Uji dalam masa terdekat. Jika tiada perkembangan, dia akan menasihati Uji untuk membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

"Saya harap TV3 bersikap profesional dan ini juga melibatkan hak seorang artis. Jika masih tiada perkembangan, kita akan bawa perkara ini kepada Suhakam.

Uji menganggap tindakan pihak di stesen televisyen TV3 yang masih tidak memohon maaf kepadanya berhubung isu digugurkan daripada membuat persembahan semasa Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) pada 6 Januari lalu sebagai satu tindakan yang kurang sopan.

Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al Rashid, berkata, tidak kira stesen TV atau mana-mana pihak, sewajarnya mereka harus mempunyai adab jika ingin membuat keputusan terhadap sesuatu tindakan yang boleh menyebabkan seseorang itu berkecil hati.

"Memang kalau nak cakap secara kasarnya, pihak itu (TV3) agak kurang sopan. Mereka tidak patut membuat saya atau sesiapa pun begitu.

"Sepanjang 38 tahun saya berada dalam industri muzik tempatan, peristiwa ini antara kejadian paling teruk yang pernah saya hadapi.

KL112 Diadakan Untuk Gulingkan Kerajaan

Posted: 16 Jan 2013 03:23 AM PST

KL TODAY

 

KUALA LUMPUR: Penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) diadakan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada. Bagaimanapun, Penganjur Sekteriat KL112, Mohamad Sabu berkata mereka akan hanya menjatuhkan kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Memang kami ada niat untuk menggulingkan kerajaan pada PRU.

"Bohong lah saya kalau tidak ada niat itu (gulingkan kerajaan). Kami memang hendak gulingkan kerajaan tapi dalam PRU," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa penganjuran KL112 Sabtu lalu menunjukkan pakatan pembangkang mempunyai niat untuk menumbangkan kerajaan pilihan rakyat melalui cara yang ditiru dari negara-negara Arab.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, kaedah menggulingkan kerajaan dari benua Arab yang ingin digunakan pembangkang itu bagaimanapun tidak menunjukkan ciri-ciri demokrasi serta tidak kena pada tempatnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad turut merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia yang telah memberikan kerjasama dengan Unit Amal PAS dan Angkatan Muda Keadilan dalam menjaga keselamatan para peserta himpunan.

"Ini merupakan detik bersejarah kerana tiada kecelakaan dilaporkan pada himpunan tersebut.

"Daripada kutipan derma kilat yang kita buat dalam Stadium Merdeka kita berjaya mengumpulkan RM268,802. Wang ini kita akan gunakan untuk menggerakkan jentera untuk menuntut pilihan raya yang adil," katanya.

Berhubung perlanggaran tiga syarat yang ditetapkan oleh polis dalam menganjurkan perhimpunan tersebut, Mohamad yang juga timbalan presiden PAS berkata, setakat ini pihaknya masih belum dipanggil oleh polis untuk memberi kenyataan.

"Setakat ini kita belum dipanggil. Kita janji akan beri kerjasama dengan pihak polis sama ada sebelum mahupun selepas himpunan diadakan," katanya.

Sementara itu, salah seorang ahli Jawatankuasa KL112, Hishamuddin Rais berkata, Himpunan Kebangkitan Rakyat itu turut di adakan di beberapa tempat seperti Melbourne, Sydney, Jordan, Mesir dan London.

Polis benarkan bedah siasat kedua kematian Chang

Posted: 16 Jan 2013 03:20 AM PST

TERKINI

KUALA LUMPUR — Pihak polis membenarkan bedah siasat kematian seorang tahanan polis Chang Chin Te selepas didesak oleh ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini. 
 
Menurut Pegawai Perhubungan Bukit Aman, DSP Lai Lee Ching, pihak polis akan menandatangani borang 61 untuk membenarkan bedah siasat kedua diadakan selepas hampir tiga jam menunggu keputusan dari pihak atasan polis.

"Pihak polis akan menghubungi pihak hospital untuk membenarkan bedah siasat kedua ke atas mayat Chang diadakan," kata Gobind (gambar) pada sidang media di hadapan ibu pejabat Bukit Aman, hari ini.

Sebelum itu, Gobind bersama ahli parlimen Subang, R. Sivarasa, dan Yang di-Pertua PAS Subang, Hadi Misni Dahlan serta ahli keluarga Chang berhimpun di hadapan Bukit Aman untuk menuntut bedah siasat kedua diadakan, selepas mendapati Chang dipukul semasa ditahan di Balai Polis USJ 8 pada Khamis lalu.

"Kita nampak sudah ada assault pada mangsa," kata Sivarasa.

Sementara itu, isteri mangsa, Lim Wei Ni berkata, ketika beliau melawat mayat suaminya, beliau mengambil gambar suaminya tetapi diminta pihak polis dan pegawai perubatan di hospital untuk memadamkan gambar suaminya di dalam telefon bimbitnya.

"Saya lihat ada lebam-lebam di muka dan di dada.

"Saya ambil gambar suami saya, tetapi diarahkan pihak polis dan pihak perubatan untuk memadam gambar selepas saya mengambil gambar suami saya," kata Lim dalam sidang media tersebut.

Kematian dalam tahanan bukan perkara yang baru melibatkan agensi penguatkuasa di dalam negara, malahan sebelum ini Putrajaya juga sering dikritik kerana tidak bertanggungjawab dan bersikap lepas tangan dalam mengendalikan kes-kes tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa kes kematian dalam tahanan yang menyebabkan Putrajaya menerima tekanan hebat daripada orang awam antaranya kes melibatkan kematian A Kugan dalam tahanan polis dan dua kematian di bawah tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini Mohamed.

Lim, balu kepada Chang, ditemani kira-kira 30 orang penyokong pada awalnya ke Bukit Aman pada 1:30 tengah hari bagi menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk menuntut permohonan mereka untuk bedah siasat kedua dijalankan.

Patrick Teoh dikecam hina Islam

Posted: 16 Jan 2013 03:13 AM PST

KL TODAY

 

SHAH ALAM – Laman sosial Facebook dan Twitter hari ini menyaksikan satu lagi kontroversi – kali ini berkaitan dengan kenyataan dikeluarkan salah seorang pelakon tanah air, Patrick Teoh. 

Kenyataannya yang menyentuh Islam mengundang kemarahan banyak pihak termasuk ahli politik dan selebriti tempatan yang mengenali pelakon itu secara dekat.

Teoh pernah berlakon dalam filem Buli, BAIK Punya Cilok, Buli Balik, Sumolah, The Red Kebaya dan Nasi Lemak 2.0.


Dalam kenyataan yang dibuat di laman Faebook itu, Teoh yang mengulas soal garis panduan 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013, yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah, turut mempersoalkan amalan sembahyang lima kali sehari Muslim dan pemakaian tudung.

Garis panduan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah melibatkan aspek pakaian, nyanyian dan tarian.
Ia menetapkan cara berpakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau.

Dalam kenyataan itu juga, Teoh menyentuh sembahyang lima waktu dan wanita Islam menutup aurat.
Pagi tadi, kenyataan itu nyata turut mendapat perhatian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

"Komen yang sangat kasar terhadap Islam. Patrick Teoh mungkin boleh mengkritik keputusan kerajaan Pas tanpa komen yang kesat terhadap Muslim. Tolong jangan turun ke tahap dia," tulis Khairy melalui laman mikro Twitternya yang berharap bukan Teoh menulis kenyataan itu.

Ekoran kritikan pelbagai pihak, Teoh menerusi laman Facebooknya telah meminta maaf berhubung kenyataan yang dikeluarkannya itu.

"Sekarang saya sedar apa yang saya buat itu salah. Saya silap. Kenyataan saya betul-betul di luar batas. Saya minta maaf dengan ikhlas kepada semua orang Islam. Tetapi saya tidak minta maaf kerana menyebut orang itu… anda tahu maksud saya. Saya harap," tulisnya.


Menerusi mesej Twitter kira-kira 12.30 tengah hari tadi, Teoh menulis, "2 (to) all Muslims, my sincere apologies for d (the) offending FB post. It's been deleted n (and) reasons are there for ur (your) scrutiny. Thank you for ur (your) patience. [Kepada umat Islam, saya minta maaf secara ikhlas atas mesej FB yang menyinggung perasaan. Ia sudah dikeluarkan dan sebab berkaitan (ada disertakan) untuk penilaian anda. Terima kasih atas kesabaran anda]."

Pelakon dan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal pula menulis, "tolong lupakan fahaman politik kita apabila Patrick Teoh mengutuk dan mengeji agama Islam kita. Tidak kira anda Umno atau Pas."

Beberapa artis lain seperti Tomok, Danny X-Factor dan Natasha Hudson turut mengecam tindakan itu melalui laman mikro Twitter masing-masing.

SPR disahkan arah beri IC pada PATI

Posted: 16 Jan 2013 03:10 AM PST

KL TODAY

 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama 16,000 pendatang haram di Sabah dan untuk memberikan mereka kad pengenalan (IC), Suruhanjaya Di Raja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah diberitahu hari ini. 

Pengarah SPR Sabah pada ketika itu Datuk Wan Ahmad telah mengarahkan JPN untuk menukar nama pendatang Indonesia dan Filipina untuk meningkatkan jumlah pengundi Muslim di Sabah, kata bekas timbalan pengarah JPN Mohd Nasir Sugip yang betugas dari 1992 sehingga 1994 kepada RCI hari ini.

"Ops Durian Buruk adalah operasi yang melibatkan penukaran dan mencipta nama baru dari nama yang diberi SPR," kata Nasir.

"Maksudnya nama ditukar, nombor IC ditukar, tarikh lahir ditukar.. . Dan gambar," tambahnya.

Dakwanya, pengarah SPR Sabah menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam".

"Bos saya, pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin kemudiannya secara lisan memberitahu saya untuk menjalankan projek ini," katanya.

Mohd Nasir turut mengaitkan tiga lagi individu yang hadir ketika arahan itu dikeluarkan.

Nasir mengatakan beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1995 hingga 1998 kerana memberikan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak.

SPR lantik pemerhati asing kalangan negara ASEAN untuk PRU-13

Posted: 16 Jan 2013 03:08 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA TERENGGANU— Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melantik pemerhati dari kalangan beberapa negara anggota Asean untuk membantu memantau proses pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata melalui satu panel pemilih yang ditubuhkan atas nasihat Wisma Putra, SPR dijangka melantik pemerhati dari Indonesia, Filipina, Myanmar dan Thailand selain beberapa pemerhati daripada Sekretariat Asean.

"Setakat ini belum muktamad, ada beberapa negara tidak dijemput seperti Brunei, Singapura, Kemboja dan Laos. Wisma Putra yang kendalikan," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat PRU-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus SPR zon timur di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata selain pemerhati asing, SPR juga melantik 16 badan bukan kerajaan (NGO) yang bebas untuk turut menjadi pemerhati pada pilihan raya kali ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sembilan membabitkan NGO dari Sarawak, Semenanjung (empat) dan Sabah (tiga).

Beliau berkata pemerhati asing dan NGO yang terbabit perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan SPR, dan jika gagal mematuhinya, nama mereka akan digugurkan daripada senarai.

"Setiap NGO boleh hantar tiga wakil untuk satu bahagian. Kalau ada lima NGO berminat untuk satu bahagian, maka ada 15 pemerhati di bahagian itu dan mereka boleh memohon mana tempat yang mereka nak pergi," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata SPR menjangka pemilih berdaftar yang kini berjumlah 13.1 juta akan bertambah kepada 13.3 juta sekiranya senarai pemilih baharu, iaitu 295,173 orang termasuk 51,421 pemilih yang bertukar alamat pada suku terakhir 2012, dimasukkan ke dalam senarai daftar pemilih.

Katanya, SPR menetapkan 21 Jan ini sebagai tarikh mendaftar permohonan undi pos membabitkan pelajar dan pekerja rakyat Malaysia di luar negara yang sebelum ini sudah mendaftar sebagai pengundi.

Untuk permohonan pengundian pos dalam negara, iaitu untuk anggota polis, tentera selain petugas media dan SPR, permohonan hanya boleh dibuat selepas Parlimen dibubarkan, katanya. — Bernama

RCI diberitahu 100,000 kad pengenalan diberikan kepada pendatang pada 1993

Posted: 16 Jan 2013 03:06 AM PST


Seorang kanak-kanak membawa bot berhampiran penempatan pendatang di Sabah. — Gambar fail.
 
KOTA KINABALU, — Kira-kira 100,000 kad pengenalan biru diberi kepada pendatang Sabah pada tahun 1993, kata bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai pendatang haram hari ini.

Penolong pendaftar JPN Sabah Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil berkata hari ini beliau menerima RM80,000 daripada Pengarah JPN Sabah pada ketika itu Ramli Kamarudin untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang Filipina, Indonesia dan Pakistan di Sabah.

"Ketua jabatan saya kata terdapat surat dari ketua menteri (Sabah), Tan Sri Harris Salleh. Ketua jabatan saya mengarahkan saya untuk memberi kad pengenalan kepada orang yang memohon di kaunter," Kee Dzulkifly memberitahu RCI di sini hari ini.

Kee Dzulkifly berkata, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1995 hingga 1999.

Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui "Projek IC", di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke1985, menafikan kewujudan "Projek IC" semalam.

Loji rawatan Sungai Semenyih kembali beroperasi seperti biasa

Posted: 16 Jan 2013 02:57 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

1. Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dihentikan tugas sepenuhnya pada 14 Januari 2013, jam 1.30 petang setelah operator loji mengesan terdapat bau minyak yang melebihi parameter yang dibenarkan.

2. Pam Air Mentah Loji Semenyih telah beroperasi semula pada jam 4.00 petang pada hari yang sama dan telah beroperasi seperti biasa pada jam 8.00 malam (14 Januari 2013).

3. Pada ketika ini, bekalan air terawat telah mula dibekalkan kepada SYABAS pada jumlah 554.52 juta liter sehari. Mengikut rekod, purata pengeluaran Loji Semenyih untuk bulan Januari 2013 adalah 670JLH, terdapat pengurangan pengeluaran sebanyak 116JLH.

4. Walaupun Loji Semenyih telah beroperasi seperti sedia kala, tetapi ia masih memerlukan masa untuk air terawat sampai kepada pengguna kerana sistem agihan air kepada pengguna adalah di bawah kawalan SYABAS sepenuhnya sebagai operator tunggal agihan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

5. Kawasan yang terjejas berikutan pemberhentian sementara operasi loji selama enam jam ini ialah Subang, Puchong dan Sri Kembangan. Bagaimanapun, gangguan ini dijangka tidak berpanjangan.

6. Pada 15 Januari 2013, Loji Semenyih telah mengeluarkan air bersih pada kadar 665 JLH hingga 670 JLH, walaupun mengikut reka bentuk hanya boleh mengeluarkan air pada jumlah 545 JLH.

7. Tindakan pencegahan yang segera dan berkesan oleh operator Loji Sungai Semenyih iaitu Konsortium Abbas Sdn Bhd dan semua pihak yang terlibat telah dapat mengatasi masalah gangguan bekalan air berpanjangan kepada pengguna.

8. Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor telah meminta SYABAS supaya memastikan rumah-rumah pam diselenggarakan secara berjadual bagi mengelakkan sebarang kejadian seperti yang menimpa Rumah Pam Wangsa Maju.

Azrul Azwar Ahmad Tajuddin (Ketua Ekonomi Bank Islam) Kena Gantung Tugas, Sebab Ramal Barisan Nasional Kalah Tipis Dalam PRU Ke 13?

Posted: 16 Jan 2013 02:47 AM PST

Staff Berita Semasa 
 
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Azrul Azwar Ahmad Tajuddin (Ketua Ekonomi Bank Islam) Kena Gantung Tugas, Sebab Ramal Barisan Nasional Kalah Tipis Dalam PRU Ke 13?

Azrul Azwar Ahmad Tajuddin pernah dijulang, diangkat dan dipuja ikon ekonomi muda yang dimiliki Malaysia ketika ini. Pandangannya mengenai perjalanan ekonomi negara Malaysia sentiasa diambil kira dan dipaparkan di media arus perdana. Itu dahulu. Sekarang? Status terkini Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, sedang dikenakan tindakan gantung tugas sebagai Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia.

Sebelum ini negara pernah kehilangan seorang permata yang menguruskan "emas hitam" yang bernilai beratus bilion milik negara. (KLIK SINI).

Jadi adakah kita mahu senario seperti ini dibiarkan berterusan, hanya disebabkan "tidak sebulu"? Semuanya bermula gara-garanya tindakan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin….

Semasa berlangsungnya seminar di Singapura, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin memberikan kenyataan menjangkakan atau dalam kata lain meramalkan yang mana Pakatan Rakyat bakal menang tipis pada Pilihanraya Umum ke 13 akan datang seperti yang dilaporkan oleh akhbar utama di Singapura, The  Straits Times pada 11 Januari 2013 yang lalu.

Azrul Azwar Bank Islam Azrul Azwar Ahmad Tajuddin (Ketua Ekonomi Bank Islam) Kena Gantung Tugas, Sebab Ramal Barisan Nasional Kalah Tipis Dalam PRU Ke 13?

Dan semalam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin menerima perkhabaran yang tidak baik menimpa dirinya. Azrul Azwar Ahmad Tajuddin dikenakan tindakan gantung tugas. Sampai bila? Tidak dapat kami pastikan..

Kesilapan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin adalah memberikan kenyataan "yang tidak sedap didengar oleh kalangan orang-orang yang berkepentingan di atas sana". Azrul Azwar Ahmad Tajuddin bercakap bercakap berdasarkan analisa dan kajian maklumat yang diperolehinya dan mendapati :
  1. Barisan Nasional hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang
  2. Berbanding 140 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu
  3. Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin mengatakan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.
Negara Malaysia dikenali sebagai negara demokrasi. Tetapi apabila kejadian yang menimpa Azrul Azwar Ahmad Tajuddin membuat kami tertanya-tanya. Adakah jika saudara Azrul Azwar Ahmad Tajuddin meramalkan Barisan Nasional akan kekal memerintah sepanjang masa, adakah jawatan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin sebagai Ketua Ekonomi Bank Islam akan terjejas? Adakah ayat di bawah ini sahaja yang dibenarkan dikeluarkan :
  • BN menang selesa
  • BN akan rampas Selangor
  • BN akan menang besar
Azrul Anwar Barisan Nasional Azrul Azwar Ahmad Tajuddin (Ketua Ekonomi Bank Islam) Kena Gantung Tugas, Sebab Ramal Barisan Nasional Kalah Tipis Dalam PRU Ke 13? 

Ya….disebabkan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin sebagai seorang yang merangkap tugas sebagai ketua ekonomi sesebuah bank, jadi beliau seharusnya membuat analisa yang mempengaruhi ekonomi, dan politik mempunyai kaitan rapat dengan ekonomi. Sebagai ketua ekonomi, keadaan cuaca pun beliau perlu ambil tahu.

Nampaknya, Talent Corp perlu bekerja keras selepas ini untuk menangani masalah brain drain. Dan rasanya Azrul Azwar Ahmad Tajuddin perlu lebih banyak belajar dengan seorang pensyarah UUM yang memberikan komen memuji mengenai isu air dan memuji Barisan Nasional dan tidak lupa juga analisa analisa JP Morgan. Semua media arus perdana berebut mengeluarkan kenyatannya.

Malaysia seharusnya beruntung kerana terus dikurniakan barisan intelektual daripada kalangan orang muda yang berani melontarkan pendapat. Malangnya apabila pendapat tu bertentangan dengan kehendak pemerintah dah dicop sebagai menentang kerajaan dan bakal dicantas.

Sepatutnya, kajilah kenapa Azrul Azwar Ahmad Tajuddin membuat analisis sebegitu rupa, barulah boleh dibuat penambahbaikan dan pembaharuan…mungkin ada benarnya….kebenaran tu pahit untuk ditelan. Apa kata dan pendapat anda pula?

#Listen #Listen #Listen

Posted: 15 Jan 2013 09:25 PM PST

Oleh Izmil Amri

MUSTAHIL anda tidak faham lawak tajuk di atas . Mustahil! Dalam dunia serba canggih dan maklumat di hujung jari ini, tipulah kalau anda kata anda tak tahu apa yang saya maksudkan.

Begitu pantas sekali lelucon 'listen, listen, listen' ini tersebar di ruang maya sehinggakan dalam kurang 24 jam, Presiden Suara Wanita 1Malaya (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin berjaya menumpaskan seorang warga siber sensasi 'Shasha Mendoza' yang menjadi sumber hilai tawa ketika berlangsungnya himpunan KL112.

Saya tidak sanggup menonton video forum 'Seiringkah Mahasiswa Dengan Politik' yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu. Satu kerana saya rasa tajuk forum itu bodoh. Dan kedua, saya
tak sanggup tengok orang bodoh memperbodohkan diri.



Apa yang saya tahu ialah Sharifah Zohra bertindak merampas mikrofon daripada seorang mahasiswi UUM bernama Bawani, mungkin kerana sudah tidak dapat menahan lagi keperluan untuk mematahkan soalan Bawani mengenai perkara sensitif, termasuk perihal ekonomi dan pendidikan.

Lumrah orang yang tidak boleh menjawab soalan, akan membalas soalan dengan meroyan. Itulah yang dilakukan Sharifah Zohra. Bukan sekali, malah SEPULUH kali beliau berkata 'Listen' (dengar) kepada Bawani, ketika belum sempat mahasiswi itu menghabiskan soalannya. Sambil memegang mikrofon yang dirampas, Sharifah Zohra harus pula menuturkan 'Let me speak' (bagi saya bercakap) sehingga tujuh kali. Kau dah pegang mikrofon, siapa lah yang nak halang kau bercakap.

Yang lebih menggelikan buah pinggang, hujah-hujah Bawani dibalas Sharifah Zohra dengan 'animals have problem', 'kucing ada masalah', 'anjing boleh menggonggong', 'lembu kambing ada masalah', 'kita manusia lebih rakus daripada ikan', 'and you tau tak binatang apa yang paling banyak sekali masalah?', 'pernah makan shark fin?'

Ini saya kutip daripada surat terbuka yang ditulis orang kepada sang Presiden SW1M. Saya sehingga kini masih tidak sanggup menonton sepenuhnya video terbabit; risau saya akan dapat mendengar IQ saya jatuh merudum. Tambahan pula saya punya pundi kencing yang lemah.

Pembodohan

Apa yang kita lihat (err.. anda lihat) dalam video itu adalah sejenis pembodohan terancang yang dijana kelestariannya oleh kehendak United Malays National Organisation yang mahukan orang Melayu ini bengap sebengap-bengapnya supaya mudah ditolak ke tepi ke tengah dan diperintah-perintah. Lihat sahaja gaya macainya di SW1M itu yang menyuruh orang 'listen' sampai sepuluh kali kepada kata-katanya yang entah apa-apa.

Inilah dia 'template' pentarbiyahan UMNO terhadap anak-anak kalian di universiti dan sekolah-sekolah yang diheret ke latihan Biro Tata Negara. Pembodohan yang dipaksakan ini adalah rencah asli sup bunjut UMNO yang dihidangkan saban hari melalui media arus perdananya di kaca televisyen dan dada akhbar serta menjadi asas pembentukan mentaliti rakyat supaya tidak menyoal dan merelakan apa sahaja yang berlaku.

Namun begitu apa yang menyebabkan semua ini menjadi kelakar ialah respon Ketua Pemuda UMNO, Saudara Khairy Jamaluddin. Ketawa besar saya semalam setelah membaca kicauannya di laman sosial 'Twitter'.

Akaun rasminya, @Khairykj menyiarkan 'And on UUM issue. Please #listen to me: this Jabeen lady DOES NOT represent BN. Sekian,' (Dan tentang isu UUM itu, tolonglah dengarkan saya. Perempuan Jabeen ini tidak mewakili BN. Sekian). Barangkali KJ pun sudah puas ketawa berdekah dan rasa terpaksa ikut serta untuk 'menganjing' respon si Jabeen.

Usaha Khairy untuk mengawal keadaan ini ternyata gagal. Takkan lah UUM nak biar siapa-siapa sahaja masuk berpogram dalam kawasannya jika tidak punya tauliah, apatah lagi tauliahan UMNO dan logo 1Malaysia. Lumrah, kalau sudah bodoh dan buruk, semua orang tak mahu mengaku kawan. Kasihan si Jabeen.

Fungsi universiti

Pastinya universiti itu adalah tempat untuk belajar dan tiada cara yang lebih baik untuk belajar selain bertanya soalan. Untuk ini Pakatan Rakyat menjanjikan kebebasan akademik tanpa campur tangan politik yang mengekang kebebasan berfikir dan bertanya soalan, lagi-lagi soalan yang bisa menyengat dan sensitif mengusik kalbu pemerintah.

Universiti pastinya bukan tadika. Tidak ada pasal untuk ada pihak-pihak tertentu masuk ke kampus dan menyuruh orang mendengar kata-katanya. Mahasiswa punya hak untuk memilih; samada untuk mendengar atau tidak, untuk percaya atau tidak. Dan mahasiswa juga berhak menyoal. Barulah namanya forum. Kalau mahu bercakap sahaja tanpa perhubungan dua hala daripada audien, jadilah DJ radio. Mudah.

Pindaan terhadap AUKU yang membenarkan mahasiswa berpolitik seharusnya dijadikan titik tolak untuk menerapkan kesedaran dan partisipasi politik di kalangan anak muda. Kalaupun UMNO mahu terus mendoktrinkan kebodohan ideologi politik etnosentriknya, lakukanlah dengan bijaksana dan dengan hujah-hujah yang ilmiah. Apabila saya sebut ilmiah, maksud saya hujah yang tidak mengaitkan masalah-masalah kambing, anjing dan ikan jerung dalam perdebatan yang sihat.

Forum akademik, walaupun tajuknya berbunyi bodoh; sewajarnya dijalankan dengan penuh rasa hormat kepada ilmu dan tempat menuntut ilmu. Universiti bukan taman asuhan kanak-kanak riang untuk disumbat-sumbat kepala otak anak mahasiswa itu dengan maklumat tanpa soal jawab. Malahan budak-budak tadika sekarang pun sudah pandai bersoal jawab. Jabeen mungkin tidak datang daripada sistem pendidikan yang maju itu.

Listen

Ya, pastinya ada masa untuk mendengar. Dan masanya ialah sekarang. UMNO dan juak-juaknya telah menutup telinga sejak Mac 2008 dan tidak mempedulikan suara rakyat yang mahukan perubahan.

Seperti budak kecil yang menutup telinga sambil menyanyi 'lalalala' tidak mahu dengar cakap orang tua; begitulah perangai kanak-kanak UMNO dan Barisan Nasional kini yang tidak akan langsung mengambil iktibar daripada tempeleng maha hebat lima tahun lalu.

Kini UMNO terus hidup dalam penafian, dan akan mati dalam penafian dan angan-angan yang mengabui matanya sendiri.

Penyudah kepada forum anjuran proksi UMNO di UUM itu pastinya tidak mendapatkan apa-apa hasil selain daripada hilai tawa masyarakat yang menyaksikan pembodohan oleh pecacainya yang gagal sama sekali mengubah pendirian rakyat untuk menghumbankan UMNO dan macai-macainya itu ke lohong paling gelap dalam sejarah negara.

UMNO seharusnya mendengar teguran ramai, atau menanggung risiko untuk pupus selama-lamanya.
Listen! – Roketkini.com

Cerita demokrasi ekonomi dan pasar malam

Posted: 15 Jan 2013 09:19 PM PST

 Oleh Muhammad Nazreen



Pasar malam adalah contoh persaingan ekonomi yang sihat, dengan peluang yang saksama. Memang, ada yang mendapat untung yang lebih dan mengalami kerugian kerana produk yang mereka tawarkan bukanlah pilihan kebanyakan para pengguna. Ini lumrah berniaga. Pasti ada pasang surutnya.

Cuma, soal peluang yang sama rata ditekankan para peniaga. Sekurang-kurangnya, mereka sebagai peniaga lebih senang untuk menerokai peluang-peluang baru tanpa dikawal oleh 'elit' peniaga yang lain.

Cerita pasar malam

Saya kira, pasar malam menjanjikan keseronokan yang tersendiri. Pengalaman saya, pasar malamlah yang menjadi tempat untuk membeli pelbagai jenis juadah makanan, dengan keasyikan dan kesedapan yang pelbagai. Ibu-bapa saya juga memilih untuk membeli 'barang basah' dan 'kering' sebagai kegunaan di dapur. Bagi mereka, di sana, mereka menerima peluang untuk tawar-menawar dengan alternatif yang banyak.

Kos untuk membeli barang dapur juga lebih murah, kerana harga dan kualiti yang menentukan murah atau mahalnya sesuatu barang dapur. Dari satu sudut yang lain, koleksi permainan seperti 'patung askar' dan 'pistol air' tetap menjadi kesukaan saya semasa kecil. Saya bolehkan mendapatkannya dengan harga-harga yang lebih murah berbanding di pasaraya kerana di sana, sudah pasti harganya  jauh lebih mahal dan tetap.

Jadi, itu cerita pasar malam. Sekarang, cuba kita tukarkan konsep 'pasar malam' ini sebagai kerajaan dan rakyat.

Cerita kerajaan dan pasar malam

Bagaimana pula sekiranya 'kerajaan' adalah penyewa tapak, 'pasar malam' sebagai medan awam dan 'peniaga' sebagai rakyat? Tentu sekali, dalam bayangan awal kita mendapati ianya tidak masuk akal.

Bahkan, mungkin ada komen yang mengatakan bahawa menyamakan 'kerajaan' dan 'pasar malam' tentu sekali tidak masuk akal kerana dua hal:

Pertama – peranan kerajaan adalah sulit kerana mereka menyelia seluruh negara, manakala pasar malam hanyalah pusat kegiatan ekonomi yang kecil dan mudah. Kedua – kerajaan bertanggungjawab mengelola segala jenis isu yang membabitkan hal-hal keseharian kita, tetapi pasar malam hanya meliputi kegiatan perniagaan runcit-runcitan.

Namun, jika kita benar-benar mengamati falsafah sistem kerajaan itu, sebenarnya ia tidak banyak beza dengan konsep pasar malam. Cuma, subjeknya sahaja yang berbeza.

Menjelaskan cerita

Baiklah, saya akan cuba jelaskan dengan mudah bagaimana konsep kerajaan dapat disamakan dengan pasar malam.

Pertama, seperti anekdot yang saya pinjamkan tadi – 'kerajaan' adalah 'penyewa tapak'. Jadi, sebagai penyewa tapak yang berprinsip, mereka pasti akan tetapkan peraturan untuk' para peniaga'(rakyat) dengan adil dan saksama. Setiap peniaga perlu diberikan kos sewa tapak yang sama, waktu perniagaan yang sama dan tanggungjawab untuk membersihkan tapak yang sama peraturannya.

Di sini, kita dapat memahami sebenarnya di dalam projek pembangunan yang ditawarkan kerajaan, misalnya di dalam tender untuk membangunkan MRT, pusat pembiakan lembu dan pembelian kapal selam secara saksama kepada ahli perniagaan yang lain.

Jadi, pemilihan untuk memiliki tender-tender terbabit haruslah disandarkan berdasarkan kemampuan ahli perniagaan dari segi modal, cadangan dan kepakaran masing-masing. Kerajaan perlu memilih mereka berdasarkan kriteria ini secara saksama. Siapa lebih baik, maka mereka akan dipilih.

Kedua, konsep pasar malam dari bahasa ekonominya, akan mencipta 'multiplier effect' atau kesan langsung daripada tindakan yang dilakukan. Misalnya, pasar malam yang memberikan persaingan yang baik, pasti akan menarik minat para pengguna untuk mengunjungi pasar malam mereka kerana di sana mereka boleh mendapatkan barangan atau juadah yang lebih baik. Seterusnya, mereka dapat membantu untuk menjana pendapatan para peniaga di pasar malam.

Cerita demokrasi ekonomi DAP

Jadi, pendapatan mereka meningkat atas usaha persaingan para peniaga memperbaiki produk yang mereka tawarkan.

Begitu juga dengan kerajaan, sekiranya kerajaan mempunyai etika di dalam memilih kontraktor yang dipertanggungjawab untuk mendapat tender mega-projek kerajaan yang memakan belanja berjuta-juta ringgit, sudah tentu pelabur-pelabur yang sudi melabur di dalam projek terbabit akan bertambah seterusnya menambahkan kemampuan kontraktor tersebut mengupah lebih ramai pekerja untuk menyiapkan projek terbabit.

Inilah yang dimaksudkan dengan demokrasi ekonomi, dimana kerajaan sebagai kuasa pusat memberikan peluang yang saksama kepada pakar-pakar untuk menjayakan pelaburan kerajaan. Dengan adanya demokrasi ekonomi, ekonomi kita pasti akan menjangkaui pertumbuhan yang lebih baik.

Tawaran DAP untuk menawarkan demokrasi ekonomi di mana dalam manifesto pilihanraya mereka untuk menyediakan peluang yang saksama ketika mentadbir negara, dirundum dengan pelbagai kritik-kritik pakar ekonomi Barisan Nasional yang mengatakan hal ini mustahil, hanya propaganda parti pembangkang yang lunas di atas janji-janji kertas tetapi tidak realistik untuk dilaksanakan ternyata bersifat berat sebelah dan retorik.

Saya kira, mereka lupa bahawa konsep asas ekonomi adalah seperti 'pasar malam' yang mesra kepada pengguna dan pada masa yang sama, memuaskan para peniaga kerana mereka diberikan peluang yang adil oleh penyewa tapak (baca: kerajaan). Asas kepada demokrasi ekonomi yang sebenar adalah prinsip cekap, akauntabel dan telus (C.A.T) di dalam menyelia kehendak rakyat.

Cerita kejayaan di Pulau Pinang

Contoh di Pulau Pinang, setelah DAP yang memimpin kerajaan negeri, saya dapat melihat banyak perubahan ekonomi yang lebih baik. Peruntukan semakin hari semakin bertambah, kegiatan ekonomi runcitan seperti kedai-kedai kecil dan restoran berkadar sederhana dapat menjana pertumbuhan ekonomi bumiputera dan bukan bumiputera.

Seterusnya, pelaburan langsung yang masuk daripada pelabur-pelabur luar meningkat kerana usaha-usaha kerajaan Pakatan Pulau Pinang dapat meyakinkan mereka dengan pelaburan yang sihat.

Kejayaan-kejayaan ini yang membuatkan saya komited dengan perubahan yang dijanjikan untuk membersihkan dosa-dosa ekonomi kala ini setelah berjaya memimpin Malaysia kelak.

Akhirul kalam, cuba kita berfikir sejenak : Adakah 'pasar malam' yang kita ada setakat ini memuaskan atau kita berhak untuk mendapat 'pasar malam' yang lebih baik? – Roketkini.com

Mahu kaut untung, pelajar dipaksa beli buku mahal di sekolah

Posted: 15 Jan 2013 09:16 PM PST

Oleh Aisha Geoffrey
PETALING JAYA : Beberapa wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak berpuas hati dengan arahan pihak sekolah yang mewajibkan pembelian buku tulis bersaiz A4 di sekolah, jauh lebih mahal berbanding kedai biasa.

Perkara itu diadu ramai ibu bapa kepada Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri.



Menurut aduan yang diterima, kata Yahya, mereka dipaksa membeli empat set buku tulis yang berbeza daripada buku tulis biasa, berharga RM2.40 setiap satu menerusi kedai koperasi sekolah.

"Buku tersebut dibekalkan oleh Edaran Pro Dinasti yang dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM).

"Penjualannya mendapat keizinan daripada semua Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)," jelas Yahya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Menurut Yahya, penjualan buku tersebut melibatkan semua sekolah menengah di seluruh negara dan sebahagian sekolah rendah.

"Mengikut anggaran, setiap tahun bilangan pelajar sekolah menengah lebih 2.3 juta. Bermakna anggaran jualan yang akan diterima berjumlah RM19,200,000, iaitu anggaran dua juta pelajar x RM9.60 (4 buku x RM2.40)," jelas Yahya menyatakan tindakan itu semata-mata bagi mengaut keuntungan kepada kroni.

Katanya, KPM, JPN dan MPSM patut menjadi badan yang membolehkan bekalan buku serta alat tulis di koperasi sekolah dijual dengan harga lebih murah.

"Kalau di kedai biasa, buku saiz tersebut boleh dibeli dengan harga RM1.70 sehingga RM1.80. Tapi di koperasi sekolah sampai RM2.40 hingga RM2.50," katanya.



Beliau juga mendapat aduan PIBG dan ibu bapa berhubung pembelian buku lembaran kerja atau buku latihan.

"Ada ibu bapa menyatakan cikgu langsung tidak gunakan buku yang dibeli. Kalau ada pun hanya dua hingga tiga muka surat sahaja. Tidak cukupkah dengan hanya gunakan buku teks? Apakah buku teks yang dibekalkan KPM tak cukup baik?" soalnya.

Ibu bapa juga mengadu isu harga makanan dan minuman serta kualiti di kantin sekolah yang menurutnya sering menjadi pertikaian.

"Sebagai contoh, beberapa kantin sekolah menjual seketul nugget dengan harga 50 sen sedangkan di pasar malam boleh diperolehi empat atau tiga ketul dengan RM1.00. Begitu juga harga segelas air dijual RM1.00," kata Yahya.
Beliau menyeru semua badan yang terlibat dengan institusi sekolah mengambil langkah terbaik bagi menangani isu-isu tersebut.
"Isu ini mungkin kecil bagi sesetengah pihak, tapi semua orang merasai bebanan itu. Apa lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah mempunyai ramai anak yang bersekolah," katanya.

Wacana ‘Benarkah Melayu akan hilang kuasa tanpa UMNO?’ di Johor

Posted: 15 Jan 2013 09:12 PM PST

Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Portal informasi Bahasa Malaysia Parti Tindakan Demokratik (DAP), Roketkini.com sekali lagi menganjurkan wacana ilmiah; kali ini di Johor Darul Takzim dengan topik hangat, 'Benarkah Melayu akan hilang kuasa tanpa UMNO?'

Siri Wacana Roketkini yang masuk kali kelima ini akan berlangsung di Johor Bahru pada Jumaat 18 Januari 2013, jam 8 malam bertempat di Hotel Good Hope, Skudai.

Ketua Pengarang Roketkini.com, Wan Hamidi Hamid berkata, wacana yang julung kali diadakan di negeri kubu kuat UMNO itu amat sesuai dengan iklim politik yang serba subur pada hari ini.

"Wacana ini merupakan program yang julung kali diadakan di negeri Johor yang sedang pesat membangun bukan sahaja dari segi kemajuan fizikal tetapi juga keterbukaan minda," ujar beliau dalam kenyataan medianya.

Forum tersebut bakal menampilkan panelis yang terdiri daripada Senator Dr Ariffin Omar, Naib Pengerusi DAP; Sdr Zairil Khir Johari, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dan Prof Dr Tajudin Omar yang juga Pensyarah UTM.

Ahli akademik dan penulis terkemuka, Dr Mazslee Malik akan bertindak sebagai moderator.

Wacana anjuran DAP Johor itu bakal dirasmikan oleh Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Orang ramai dijemput hadir bagi sama-sama meraikan program ilmu tersebut. Masuk adalah percuma. – Roketkini.com

DUNIACACAMARBA

Posted: 16 Jan 2013 03:20 PM PST

DUNIACACAMARBA


Dr. Asri Mahu Jumpa Bawani yang "Diaibkan" oleh Listen, Listen, Listen

Posted: 15 Jan 2013 08:15 PM PST


+1 RT ": "Listen listen listen" itu mmbangkit jiwa yg merdeka bhw keadaan spt ini mesti diubah segera demi kebebasan intelek.


 Patutny benarkn Bawani habis brcakap,lps tu jawab dgn bijaksana(ikut an Nahl 125).Sy fon Bawani mlm td,dia in high spirits.

+1 RT " ..dia spatutny tunjuk qudwah yg baik. Nasihatkn Bavani tanya dgn nada perlahan dan benarkan diteruskan." 
Kredit Abu Luqman




Sharifah "Listen, Listen, Listen" Rupa-rupanya Bekas Timbalan Ketua Wanita KIMMA

Posted: 15 Jan 2013 08:04 PM PST

Umno Jauhkan Diri Daripada Sharifah Zohra, Tetapi...

[MK] Walau pemimpin Umno menjauhkan diri daripada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, panelis yang menegur seorang pelajar Universiti Utara Malaysia dalam satu forum, Sharifah Zohra didapati aktif di kalangan kelompok Umno.

Semakan dengan ibu pejabat parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) mengesahkan bahawa Sharifah Zohra merupakan bekas timbalan ketua Wanita Kimma.

Jawatan beliau itu kini diisi timbalan ketua Wanita Kimma sekarang, Nafisah Mammoo.

Kimma merupakan ahli gabungan Umno yang mendakwa mewakili kepentingan masyarakat India Muslim dan berkempen untuk BN dalam pilihan raya sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikan perhimpunan agung Kimma pada Oktober tahun lalu dan menyifatkan parti itu sebagai parti yang "dekat dan rakan setia BN".

Kakitangan ibu pejabat Kimma yang mengesahkan jawatan Sharifah Zohra dalam parti bagaimanapun tidak mengetahui tempoh jawatannya sebagai timbalan ketua Wanita Kimma.

Carian di Google juga menunjukkan beliau menjawat jawatan itu pada akhir 2011 dan gambarnya turut dirakam bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam satu program di Tanjung Bidara, Melaka.

Kain rentang berkenaan menunjukkan Sharifah Zohra sebagai salah seorang daripada dua orang kenamaan dalam program yang turut melibatkan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Tulisan Sharifah Zohra di Facebook pada Februari 2011 ketika menjemput orang ramai menghadiri program Kimma turut menyatakan jawatannya sebagai timbalan ketua Wanita.

Perkara ini bercanggah dengan dakwaan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa Sharifah Zohra dan NGO Suara Wanita 1Malaysia yang diketuai Sharifah Zohra mempunyai hubungan dengan BN.

"Dan berhubung isu UUM. Tolong dengar kata saya: Jabeen ini tidak mewakili BN. Muktamad," kata Khairy dalam tulisan di Twitter semalam.

Berkaitan:
Sokongan kepada Bawani, Kritikan untuk Sharifah



[MK] Pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga penyelaras JERIT, KS Bawani terus menerima pujian selepas insiden 'perang mulut' dengan pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang sebaliknya menjadi sasaran cemuhan pelbagai pihak.

Sebuah video 24 minit Sharifah 'menegur' Bawani semasa sebuah forum di UUM bulan lepas, hangat di Youtube minggu lalu, dan mencetuskan pelbagai jenaka di internet serta gambar dan video yang mempersendakan pengerusi SW1M itu.

Walaupun Bawani adalah dari NGO yang berkaitan dengan PSM, namun sokongan turut diterima dari parti BN manakala Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menjawab dalam tweet menjauhkan parti pemerintah itu dari Sharifah.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah juga tampil mempertahankan Bawani, mengatakan bahawa Sharifah tidak sepatutnya bercakap begitu kepada pelajar tersebut.

NONESesetengah warga siber mencadangkan supaya baju-T dihasilkan dengan memaparkan kata-kata Sharifah -  "listen, listen, listen..." - yang diulanginya sebanyak 11 kali terhadap Bawani.

Manakala Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya yang didominasi kumpulan pro-Aspirasi turut mengecam tindakan Sharifah itu, dengan berkata Sharifah berbicara perihal "menghormati", namun dia mungkin terlupa perihal "menghina". .

"Saya percaya, seandainya Saudari Sharifah mahu membuka mata mahasiswa, saudari perlu juga belajar untuk membuka mata saudari menghormati kami," tegas Yang Dipertuanya, Izham Ismail.

"Saya juga percaya, seandainya haiwan seperti kucing, jerung, lembu dan lain-lain pun boleh bercakap, nescaya mereka akan menyuruh Saudari Sharifah berhenti bertindak sebegitu rupa.," katanya merujuk kepada hujah Sharifah bahawa orang ramai tidak sepatutnya mengadu banyak sangat kerana haiwan pun mempunyai masalah.

Izham juga semua pihak perlu belajar daripada insiden tersebut.

NONE"Usah menuding jari ke arah Sharifah semata-mata, mungkin
kita juga ada kekurangan yang menuntut kita bermuhasabah diri.

"Musuh sebenar kita bukanlah Sharifah Zohra, tetapi adalah rasa hormat dan rasional yang kian hilang dalam diri kita," tambahnya.

Menurut Izham, beliau saya mewakili kepimpinan MPPUM untuk menyatakan pendirian mereka menentang segala bentuk tindakan yang merendahkan martabat mahasiswa.

"Saya menjemput Saudari Sharifah Zohra untuk mengadakan sesi dialog di Universiti Malaya untuk kita bersama-sama membincangkan soal halatuju negara. Moga kedua-dua pihak mendapat manfaat daripadanya," tambahnya. 



Video Listen, listen, listen boleh ditonton di sini.



Statistik Jenayah MENURUN, Siapa Percaya?

Posted: 15 Jan 2013 05:07 PM PST

 
Kes Jenayah Catat Penurunan - KPN

[Bernama] KUALA LUMPUR: Keyakinan orang ramai terhadap kemampuan polis menangani jenayah dijangka meningkat memandangkan jumlah kes jenayah menurun kepada 153,309 tahun lepas daripada 157,629 pada tahun sebelumnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kemajuan itu adalah sebahagian daripada pencapaian program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)mengurangkan jenayah, yang menyaksikan penurunan sebanyak 4,320 kes.

"Polis terus melaksanakan usaha menaikkan imej pasukannya dan meningkatkan keyakinan orang ramai," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Jenayah dan Isu Keselamatan - Antara Persepsi dan Kenyataan' pada seminar Transformasi Keselamatan dan Hak Asasi dan Undang-undang di sini, Selasa.

Ismail berkata polis mengamalkan pendekatan berkesan dengan memberi fokus kepada penglibatan rakyat dalam program pencegahan jenayah.

NKRA mengurangkan jenayah adalah antara enam NKRA, yang menjadi sebahagian daripada inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Julai, 2009.

Menurut Indeks Peraturan Undang-undang Projek Keadilan Dunia (WJP) 2011, inisiatif GTP mengenai pengurangan jenayah, antara lain, merupakan faktor yang meletakkan Malaysia selangkah di hadapan Amerika dalam aspek keamanan dan ketenteraman.

Laporan Tahunan WJP 2011 meletakkan Malaysia di tangga ke-12 dalam kalangan 66 negara yang diliputi penilaiannya tentang keamanan dan ketenteraman.

Sementara itu, naib pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye menyeru orang ramai supaya meningkatkan penyertaan mereka dalam program pencegahan jenayah kerana sikap prihatin terhadap jenayah mendorong seseorang untuk melibatkan diri dalam program pencegahannya.

Katanya objektif akhir program itu ialah menyemai budaya mencegah jenayah dalam masyarakat.

Sejajar dengan itu, kata beliau, polis perlu meningkatkan perkhidmatan kepolisan untuk orang ramai kerana cabaran paling besar bagi pasukan itu ialah meyakinkan mereka tentang pengurangan kadar jenayah dan mengatasi ketakutan mereka mengenai jenayah.
 
 
 
P/s: Beza jumlah jenayah dalam tempoh yang sama pada tahun lalu dan tahun ini hanya 4320 kes. Penurunan kes sebanyak itu menjadi alasan PDRM menyatakan bahawa kes jenayah catat penurunan. 

Penurunan itu hanya disebut secara umum, tidak dijelaskan secara terperinci. Adakah penurunan itu sebahagian besarnya melibatkan jenayah berat atau penurunan itu majoritinya melibatkan jenayah ringan.

Siapa yang sediakan statistik jenayah?

Apakah yang berlaku dalam masa sebulan dua ini? Sudah tentu PRU13.

Apakah signifikan pengisytiharan statistik ini kepada parti pemerintah yang ketika ini sedang mencari jalan untuk menang besar dalam PRU nanti?
 
Malaysia semakin selamat? Malaysia negara paling selamat di Asia Tenggara?
 
 Yang pasti, setiap hari anda membaca kisah jenayah yang kejam dan menakutkan berlaku di serata pelosok negara. Malah, penjenayah kini semakin berani sehingga ada yang melakukan jenayah secara terang-terangan tanpa berselindung.




Kerabu Bersuara ®

Posted: 16 Jan 2013 03:04 PM PST

Kerabu Bersuara ®


Giler Beb! Melayu Dah Hilang Di Malaysia? Ong Tee Keat Dilantik Pengerusi PENDEKAR?

Posted: 16 Jan 2013 01:09 AM PST

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/480247_490115847696186_1540272693_n.jpg

ini dah melampau!

mana hassan ali?

mana ibrahim ali?

mana zulkifli noodin?

mana mahathir?

gila!

kes memalukan melayu ni!

hahahahahahahaha

Selepas Dikritik Hebat Segenap Penjuru, Akhirnya Ada Juga Ahli Umno Yang Sokong Sharifah Zohra

Posted: 16 Jan 2013 12:00 AM PST

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/480274_498246806880116_670906510_n.jpg

Woot Media

Bukan nak berpolitik, tapi kalau macam ini racist, kutuk bangsa lain. no respect for u orang tua

UMNO menyatukan kaum di malaysia? i dont think so.

Isu Tentera Diraja Johor Masuk Stadium Siap Dengan Senjata M-16. Apa Kata FAM?

Posted: 15 Jan 2013 09:06 PM PST

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/58257_388438604583437_2142671726_n.jpg
http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/379236_487772224599041_1810013226_n.jpg

KelantanFA.com

Bos..baik gi jago di Palestin nuh..Rama lagi hok memerlukan perlindungan..Ore kelate ni baik baik belako tadok sapa nok katok ore kalu ore tok buat hal dulu..cumo hok pekong bedil 2 3 ore tu jah hok tok berapo nok ceridik..

Kito ore kelate kemah keming..Bos besar Jeneral ATM pun ore kelate..Pasuke ATM pun tadok duk bowok tentero bersenjata laguni.Tok bersungguh pun tak apo bos wei..

Foto : The Red Warriors Malaysia

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/c0.0.403.403/p403x403/385209_513486132019244_1387763722_n.jpg

UNTUK SEMUA YANG BERTANDANG KE KB :

1. Provokasi suruh pasukan pelawat balik tu adalah perkara biasa jah di setiap stadium di malaysia. Tapi semalam,penyokong kelantan yang beratur sambil keluar stadium melaungkan balik johor balik...tapi ada salah seorang penyokong johor siap turun dan ajak salah seorang pakcik utk bertumbuk...dari situlah sebenarnya membuatkan situasi makin panas. Kami dari uktrm sudah nasihatkan mereka supaya jangan layan sangat provokasi selagi tidak mencederakan diri....
Tapi dah nak buat mcm mana salah sorg dr mereka rasa keras dan kebal sangat nk fight dgn ratusan penyokong yang berpusu keluar. Kami UKTRM xmampu nk kawal peyokong kelantan yg lain. Satu lagi seorang akak pon dorng ajk bertumbuk. Tu apa crita plak?
JMF fan club rasanya

Ultras Kelantan-The Red Mania

#listen! Mohon 'Sekolah'kan Budak Ini. Ajaran BN Ke Ni?

Posted: 15 Jan 2013 07:20 PM PST

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/541747_10151307290918046_531726224_n.jpg

Topeng Perak Unmasked

#listen - Lauk untuk hari ni - https://www.facebook.com/pennz.desauza

Sila beri tunjuk ajar...

Muslimeen United

Posted: 16 Jan 2013 01:41 PM PST

Muslimeen United


Fenomena "Listen Listen Listen": Template Tarbiyah UMNO BN Untuk Pelajar IPT

Posted: 15 Jan 2013 11:15 PM PST


#Listen #Listen #Listen

MUSTAHIL anda tidak faham lawak tajuk di atas. Mustahil! Dalam dunia serba canggih dan maklumat di hujung jari ini, tipulah kalau anda kata anda tak tahu apa yang saya maksudkan. Begitu pantas sekali lelucon 'listen, listen, listen' ini tersebar di ruang maya sehinggakan dalam kurang 24 jam, Presiden Suara Wanita 1Malaya (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin berjaya menumpaskan seorang warga siber sensasi 'Shasha Mendoza' yang menjadi sumber hilai tawa ketika berlangsungnya himpunan KL112.

Saya tidak sanggup menonton video forum 'Seiringkah Mahasiswa Dengan Politik' yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu. Satu kerana saya rasa tajuk forum itu bodoh. Dan kedua, saya tak sanggup tengok orang bodoh memperbodohkan diri.

Apa yang saya tahu ialah Sharifah Zohra bertindak merampas mikrofon daripada seorang mahasiswi UUM bernama Bawani, mungkin kerana sudah tidak dapat menahan lagi keperluan untuk mematahkan soalan Bawani mengenai perkara sensitif, termasuk perihal ekonomi dan pendidikan.

Lumrah orang yang tidak boleh menjawab soalan, akan membalas soalan dengan meroyan. Itulah yang dilakukan Sharifah Zohra. Bukan sekali, malah SEPULUH kali beliau berkata 'Listen' (dengar) kepada Bawani, ketika belum sempat mahasiswi itu menghabiskan soalannya. Sambil memegang mikrofon yang dirampas, Sharifah Zohra harus pula menuturkan 'Let me speak' (bagi saya bercakap) sehingga tujuh kali. Kau dah pegang mikrofon, siapa lah yang nak halang kau bercakap.

Yang lebih menggelikan buah pinggang, hujah-hujah Bawani dibalas Sharifah Zohra dengan 'animals have problem', 'kucing ada masalah', 'anjing boleh menggonggong', 'lembu kambing ada masalah', 'kita manusia lebih rakus daripada ikan', 'and you tau tak binatang apa yang paling banyak sekali masalah?', 'pernah makan shark fin?'

Ini saya kutip daripada surat terbuka yang ditulis orang kepada sang Presiden SW1M. Saya sehingga kini masih tidak sanggup menonton sepenuhnya video terbabit; risau saya akan dapat mendengar IQ saya jatuh merudum. Tambahan pula saya punya pundi kencing yang lemah.

Pembodohan

Apa yang kita lihat (err.. anda lihat) dalam video itu adalah sejenis pembodohan terancang yang dijana kelestariannya oleh kehendak United Malays National Organisation yang mahukan orang Melayu ini bengap sebengap-bengapnya supaya mudah ditolak ke tepi ke tengah dan diperintah-perintah. Lihat sahaja gaya macainya di SW1M itu yang menyuruh orang 'listen' sampai sepuluh kali kepada kata-katanya yang entah apa-apa.

Inilah dia 'template' pentarbiyahan UMNO terhadap anak-anak kalian di universiti dan sekolah-sekolah yang diheret ke latihan Biro Tata Negara. Pembodohan yang dipaksakan ini adalah rencah asli sup bunjut UMNO yang dihidangkan saban hari melalui media arus perdananya di kaca televisyen dan dada akhbar serta menjadi asas pembentukan mentaliti rakyat supaya tidak menyoal dan merelakan apa sahaja yang berlaku.

Namun begitu apa yang menyebabkan semua ini menjadi kelakar ialah respon Ketua Pemuda UMNO, Saudara Khairy Jamaluddin.Ketawa besar saya semalam setelah membaca kicauannya di laman sosial 'Twitter'.

Akaun rasminya, @Khairykj menyiarkan 'And on UUM issue. Please #listen to me: this Jabeen lady DOES NOT represent BN. Sekian,' (Dan tentang isu UUM itu, tolonglah dengarkan saya. Perempuan Jabeen ini tidak mewakili BN.Sekian). Barangkali KJ pun sudah puas ketawa berdekah dan rasa terpaksa ikut serta untuk 'menganjing' respon si Jabeen.

Usaha Khairy untuk mengawal keadaan ini ternyata gagal. Takkan lah UUM nak biar siapa-siapa sahaja masuk berpogram dalam kawasannya jika tidak punya tauliah, apatah lagi tauliahan UMNO dan logo 1Malaysia. Lumrah, kalau sudah bodoh dan buruk, semua orang tak mahu mengaku kawan. Kasihan si Jabeen.

Fungsi universiti

Pastinya universiti itu adalah tempat untuk belajar dan tiada cara yang lebih baik untuk belajar selain bertanya soalan. Untuk ini Pakatan Rakyat menjanjikan kebebasan akademik tanpa campur tangan politik yang mengekang kebebasan berfikir dan bertanya soalan, lagi-lagi soalan yang bisa menyengat dan sensitif mengusik kalbu pemerintah.

Universiti pastinya bukan tadika. Tidak ada pasal untuk ada pihak-pihak tertentu masuk ke kampus dan menyuruh orang mendengar kata-katanya. Mahasiswa punya hak untuk memilih; samada untuk mendengar atau tidak, untuk percaya atau tidak. Dan mahasiswa juga berhak menyoal. Barulah namanya forum. Kalau mahu bercakap sahaja tanpa perhubungan dua hala daripada audien, jadilah DJ radio. Mudah.

Pindaan terhadap AUKU yang membenarkan mahasiswa berpolitik seharusnya dijadikan titik tolak untuk menerapkan kesedaran dan partisipasi politik di kalangan anak muda. Kalaupun UMNO mahu terus mendoktrinkan kebodohan ideologi politik etnosentriknya, lakukanlah dengan bijaksana dan dengan hujah-hujah yang ilmiah. Apabila saya sebut ilmiah, maksud saya hujah yang tidak mengaitkan masalah-masalah kambing, anjing dan ikan jerung dalam perdebatan yang sihat.

Forum akademik, walaupun tajuknya berbunyi bodoh; sewajarnya dijalankan dengan penuh rasa hormat kepada ilmu dan tempat menuntut ilmu Universiti bukan taman asuhan kanak-kanak riang untuk disumbat-sumbat kepala otak anak mahasiswa itu dengan maklumat tanpa soal jawab. Malahan budak-budak tadika sekarang pun sudah pandai bersoal jawab. Jabeen mungkin tidak datang daripada sistem pendidikan yang maju itu.

Listen

Ya, pastinya ada masa untuk mendengar. Dan masanya ialah sekarang. UMNO dan juak-juaknya telah menutup telinga sejak Mac 2008 dan tidak mempedulikan suara rakyat yang mahukan perubahan. Seperti budak kecil yang menutup telinga sambil menyanyi 'lalalala' tidak mahu dengar cakap orang tua; begitulah perangai kanak-kanak UMNO dan Barisan Nasional kini yang tidak akan langsung mengambil iktibar daripada tempeleng maha hebat lima tahun lalu.

Kini UMNO terus hidup dalam penafian, dan akan mati dalam penafian dan angan-angan yang mengabui matanya sendiri.

Penyudah kepada forum anjuran proksi UMNO di UUM itu pastinya tidak mendapatkan apa-apa hasil selain daripada hilai tawa masyarakat yang menyaksikan pembodohan oleh pecacainya yang gagal sama sekali mengubah pendirian rakyat untuk menghumbankan UMNO dan macai-macainya itu ke lohong paling gelap dalam sejarah negara.

UMNO seharusnya mendengar teguran ramai, atau menanggung risiko untuk pupus selama-lamanya.

Listen! – Izmil Amri/[Roketkini]

Semuga Datuk Siti Istiqamah Bertudung Penuh

Posted: 15 Jan 2013 08:13 PM PST



Berhijab Penuh: Siti Nurhaliza Tunai Janji Dengan Fans Manis bertudung litup sejak menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada 11 Januari lalu, penyanyi tersohor Dato' Siti Nurhaliza Taruddin mengesahkan bahawa keputusannya untuk berimej sopan dengan berhijab penuh itu dilakukan dengan kerelaan hatinya sendiri.

Malah, Siti Nurhaliza berkata sudah tiba masanya dia menunaikan kata-kata serta janjinya selama ini yang mahu berhijab penuh sebaik sahaja pulang daripada menunaikan Haji di Kota Suci Mekah tidak lama dulu.

"Inilah doa daripada orang ramai dan peminat. Saya pernah kata dulu yang saya akan berhijab penuh, dan kini saya tunaikan jua. Alhamdulilah pada hari jadi saya yang ke 34 yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat saya mengambil keputusan untuk berhijab penuh," katanya ringkas yang tidak berniat untuk mengulas lanjut.

Siti Nurhaliza ditemui murai.com.my di majlis resepsi ketiga penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan Leuniey di Hotel Royale Damansara, malam semalam.

Pada majlis yang berkonsepkan English itu, Siti telah menyumbangkan sebuah lagu untuk kedua-dua mempelai yang berjudul Kengan Terindah dendangan Samsons.

Mengenakan gaun berwarna cokelat lembut atau nude colour rekaan pereka fesyen kegemarannya, Rizman Ruzaini, penampilan Siti itu telah dipadankan dengan tudung litup dari rona serupa.

Bukan sekadar tudung dan gaun dari rona serupa, dia turut memadankan penampilan mempesonanya itu dengan clutch serta tumit tinggi warna yang sama. -murai

Semuga Datuk Siti istiqamah dengan tindakannya memakai tudung penuh tersebut.

Itu yang pertama. Yang kedua semuga Datuk Siti mensucikan niat bertudung penuh itu kerana Dia, bukan dikeranakan dengan kerana-keranan yang lain.

Semuga kehidupan Datuk Siti sekeluarga dilimpahi hidayah, inayah, perlindungan dan rahmatNya. -GB

Penjelasan Bawani Berkenaan Isu Cik Pah LISTEN

Posted: 15 Jan 2013 08:12 PM PST


Insiden memalukan di Universiti Utara Malaysia (UUM) secara jelas memperlihatkan sisi hodoh bagaimana universiti kita hanya mahu mengajar surah-surah yang memuja Barisan Nasional (BN) dan memburukkan Pakatan Rakyat semata-mata.


Jika tidak dengan keberanian mahasiswa bernama Bawani KS mempertahankan hujah hingga gagal dijawab panelis serba dangkal pro-BN, Sharifah Zohra Jabeen tersebar di laman perkongsian video Youtube, tiada siapa yang terasa panas termasuk timbalan menteri pengajian tinggi, Saifuddin Abdullah.

"Sekarang orang ramai akan tahu apa yang berlaku di universiti awam dan bagaimana mereka boleh menganjurkan forum 'Mahasiswa dalam politik' dan menggunakannya untuk 'brainwash' pelajar dengan memberitahu mereka perhimpunan jalanan adalah salah sambil menunjukkan gambar-gambar pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah dan memberitahu kita agar tidak mencontohi mereka," kata Bawani.

Walaupun tidak kecewa kerana dicaci secara terbuka, Bawani masih kesal tentang bagaimana keseluruhan forum dianjurkan untuk menjadikan pelajar universiti menentang perhimpunan Bersih dan perhimpunan jalanan untuk memperjuangkan hak rakyat.

"Dalam kebanyakan forum, mereka menunjukkan klip video perhimpunan dan gambar-gambar wanita yang terlibat dalam perhimpunan dan kemudian memberitahu pelajar-pelajar ini bagaimana wanita perlu bertindak atau berkelakuan dan tindakan tersebut adalah salah," katanya menceritakan ketika dihubungi.

Nampaknya Saifuddin lebih berminat mencari publisiti murahan sanggup meminta supaya Bawani berhubung dengannya daripada meminta penjelasan Sharifah Zohra yang terang-terang menghina keintelektuakan mahasiswa dalam konteks minda terbuka, mengkritik dan dikritik.

"Dia memberitahu saya dia menyokong saya dan saya menjawab pemimpin NGO seperti Sharifah tidak harus dibenarkan untuk menganjurkan apa-apa forum yang berat sebelah dalam universiti awam," katanya.

Sepatutnya Saifuddin menasihatkan mana-mana panelis yang dijemput hadir ke sesi percambahan minda sebegini supaya mengenepikan sentimen 'mahu menang' sebaliknya menumpukan perhatian dengan mendengar pandangan mahasiswa kemudian menjawabnya dengan fakta bukannya ikan jerung.

Jika beginilah yang ditunjukkan Sharifah Zohra bermakna Saifuddin telah gagal 'mendisiplinkan' penyokong BN seperti Sharifah Zohra dan harus meminta maaf secara terbuka kerana ia bukan setakat menghina mahasiswa malah program cuci otak sebegini sudah tidak relevan dengan perkembangan semasa yang maklumat diterima begitu pantas.

Nyata kementerian pengajian tinggi sekali lagi hanya membenarkan program memandulkan pemikiran mahasiswa diadakan di universiti awam tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya terhadap kemajuan negara pada masa akan datang.

PANAS - Wanita Umno Hina Bawani.. Suruh Balik India..

Posted: 15 Jan 2013 08:11 PM PST

UMNO Kalah Lagi: Anwar Menang Saman, Khairy Tarik Balik Fitnah

Posted: 15 Jan 2013 08:06 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.

"Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati," kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…," seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Hadir sama mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Su Geok Yiam adalah Khairy dan seorang lagi peguam Anwar, Gobind Singh Deo.

Ekoran tindakan Khairy itu, Anwar mengingatkan pemimpin Umno agar berhenti menggunakan saluran media sesuka hati untuk memburukkan imej beliau.

Peguam mewakili Anwar, Haijan Omar turut berpuas hati dengan penarikan tersebut.

"Dia (Khairy) menarik balik sebab bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini. Kita berpuas hati dan setuju untuk selesaikan," kata Haijan kepada pemberita.

"Lagipun ia menjimatkan masa dan kos semua pihak," tambahnya.

Anwar memfailkan saman tersebut pada 7 September 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Menurut beliau, kenyataan fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan eletronik dalam negara pada 3 Ogos 2007.

Anwar juga mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak mereka, dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara.

Beliau turut berkata, Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir bahawa beliau (Anwar) merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya, dan Khairy menurutnya berniat jahat ketika membuat kenyataan itu yang merupakan satu pembohongan, tidak berasas dan tidak benar.

Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi bagi menghalang Khairy, atau ejennya, daripada mengulangi kenyataan itu.

Listen: Pemuda PAS temui Bawani ucap tahniah

Posted: 15 Jan 2013 08:05 PM PST



KAMPAR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang diwakili Exconya, Mohd Hakim Mohd Nor telah bertemu dengan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi buah mulut masyarakat ketika ini setelah berani tampil ke depan menyatakan pandangannya pada satu forum yang dianjurkan di universiti tersebut.

Pertemuan singkat itu diadakan di kediamannya di Air Kuning, Kampar semalam yang turut disertai oleh Exco Pemuda PAS Perak, Isran Fahmi dan Ketua Pemuda PAS Tapah, Shamsul Busra.

Mohd Hakim mengucapkan sekalung ucapan tahniah kepada Biwani mewakili DPPM atas keberaniannya menyatakan pandangan di program yang dianjurkan itu.

Katanya, Pemuda PAS sentiasa memberi sokongan kepada beliau yang berani berhadapan untuk menyatakan kebenaran di khalayak ramai.

Bawani, seorang pelajar yang aktif memperjuangkan hak rakyat dan mahasiswa menceritakan tentang kejadian itu kepada wakil Pemuda PAS.

Menurutnya, program tersebut berlaku kira-kira sebulan lalu dan sangat terkejut video itu meletup sejak semalam selepas Harakahdaily mengeluarkan berita video tersebut.

Kata beliau, ramai yang menelefon beliau memberi sokongan dan semangat termasuklah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Ketika ditanya apakah respons UUM selepas tersebarnya video itu, Bawani berkata beliau belum menerima sebarang panggilan daripada pihak universiti.

Beliau sangat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan padu kepadanya dan ianya akan menambahkan lagi semangatnya untuk berjuang mengangkat hak rakyat khususnya suara mahasiswa. -Hrkh


Lim Guan Eng & PRkah Yang Sebabkan Melayu Di Johor Semakin Merempat?

Posted: 15 Jan 2013 08:04 PM PST


Kedudukan Melayu Johor membimbangkan

Tanah kerajaan diswastakan tanpa mengira harga dan mudaratnya kepada bangsa Melayu serta rakyat Johor keseluruhannya.

KUALA LUMPUR: Masa depan hak ekuiti masyarakat Melayu Johor kini didakwa semakin merosot dan jurang perbezaan prestasi ekonominya kian membesar akibat lambakan pelabur asing masuk ke negeri itu.

Kebimbangan itu dinyatakan wakil agensi kerajaan, perwakilan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPPMM) dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam satu resolusi Kongres Ekonomi Melayu Peringkat Zon Selatan.

Presiden DPMM Datuk Syed Ali Alattas ketika membentangkan resolusi yang tercapai pada 6 Januari lalu itu berkata, kongres turut kesal dengan isu hak milik tanah orang Melayu Johor apabila tanah kerajaan diswastakan tanpa mengira harga dan mudaratnya kepada bangsa Melayu serta rakyat Johor keseluruhannya.

Syed Ali berkata, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Johor akan ditentukan daripada projek pembangunan Iskandar Malaysia di mana 80 peratus daripadanya dikuasai pelabur asing.

"Projek Iskandar memundur dan memiggirkan orang Melayu dari segi ekonomi sekaligus meningkatkan jurang kemiskinan," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Katanya, pendapatan perkapita penduduk Johor juga semakin rendah apabila kebanyakan masyarakat Melayu kini tidak mampu lagi membeli rumah di sekitar kawasan Iskandar.

`Tanah sendiri dimiliki orang asing'

"Bayangkan rumah dengan keluasan 1, 300 kaki persegi kini mencecah RM1juta.

Individu yang bergaji RM5,000 pun tak mampu membelinya kerana bank hanya membenarkan pinjaman sehingga RM200,000 sahaja.

"Lebih teruk tanah sendiri dimiliki orang asing…ini situasi merbahaya yang dihadapi penduduk Johor," katanya.

Koridor pembangunan yang dimiliki Khazanah Nasional Berhad dan terletak di Selatan Johor itu mempunyai keluasan kira-kira 500,000 ekar, kira-kira tiga kali ganda daripada keluasan Singapura.

Sehubungan itu, Kongres itu mencapai satu resolusi mahu mendesak kerajaan memperuntukkan 30 peratus (24,000 ekar) Nusajaya kepada orang Melayu.

Selain itu, kongres turut meminta Jambatan Selat Tebrau yang dikenali sebagai 'Jambatan Bengkok' yang terbengkalai diteruskan semula.

"Rugi kalau jambatan yang dibina dengan kos RM700 juta itu terbiar.

Kalau tambah modal RM700 juta lagi boleh selesai," katanya.

Kongres itu juga mengambil ketetapan untuk menggunakan status Melayu, dan bukan lagi Bumiputera bagi mengelakkan daripada penyelewengan dan kekeliruan kepada status 'Bumiputera' dimanipulasi oleh pihak lain demi keuntungan pihak tertentu. -FMT

SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 16 Jan 2013 01:37 PM PST

SOKONG PAKATAN RAKYAT


ADUHAI PEGAWAI KERAJAAN

Posted: 15 Jan 2013 09:37 PM PST

Kekadang kecewa sungguh jumpa kawan lama yang bekerja di sektor kerajaan. Terlampau "taat" dengan dasar kerajaan, sehingga tak sanggup menerima beberapa polisi atau dasar kerajaan ada kelemahan dan kesilapannya.  Hilang kewarasan dan kecerdikan kerana terlalu "takut" dengan orang politik.

Isu monopoli permit teksi dan AP kereta mewah adalah satu contoh mudah, bagaimana hanya orang tertentu sahaja yang meraihnya.  

Dalam kes permit teksi, orang yang benar-benar bawa teksi ditindas oleh yang empunya permit. Kos yang  sepatutnya tidak ditanggung oleh pembawa teksi, terpaksa ditanggung juga. Pendapatan pembawa teksi taklah  seberapa  tetapi  terpaksa  terpaksa menanggung  kos  sewaan permit  dan sewaan kereta yang agak tinggi jika dibandingkan kalau pemandu teksi yang membeli sendiri secara sewa beli.  Takkan  congak mudah ini, tidak boleh dibuat oleh sang pegawai kerajaan.  Bodek sehingga menampakan kebangangannya!!!

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 16 Jan 2013 01:33 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


PECAH BERITA - SAH JPN IKUT ARAHAN SPR

Posted: 15 Jan 2013 10:53 PM PST

MELAYU JOHOR MISKIN - BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG

Posted: 15 Jan 2013 08:13 PM PST

LAGI-LAGI PARLIMEN BUBAR - TAPI TAK BUBAR JUGA

Posted: 15 Jan 2013 03:58 PM PST

Addin

Posted: 16 Jan 2013 11:45 AM PST

Addin


Gempar!! Nik Nazmi Di Tendang Samseng Umno

Posted: 16 Jan 2013 08:00 AM PST

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor mengutuk serangan ala samseng yang dilakukan oleh sekumpulan Pemuda Umno BN terhadap Yang Berhormat Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Sri Setia) bagi menghalang program ceramah diadakan di Flat Sri Stulang, Johor Bahru malam tadi.

Ketua AMK Johor, Mohamad Nazri Ismail yang turut berada di Balai Polis Majidee selepas dimaklumkan mengenai insiden itu, menyelar tindakan pemuda Umno/BN yang tidak menghormati dan memahami sistem demokrasi yang di amalkan di negara ini.

Beliau turut mengingatkan agar Pemuda Umno BN mengamalkan politik matang bukan mengamalkan politik rakus dan menyerang ganas seperti binatang.

Beliau juga meminta agar Ketua Pemuda Umno Johor mentarbiah pemudanya agar bertindak matang dan bukan bertindak kebudak-budakan.

Kejadian ini juga jelas membuktikan bahawa Umno BN mendidik anak muda supaya menjadi pelaku jenayah, samseng serta menjadi penyebab kepada kerosakan ahlak anak muda dengan tindakan serangan ganas terhadap beberapa program Pakatan Rakyat sebelum ini.

Justeru beliau menyeru anak-anak muda agar bersama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno/BN pada pilihanraya umum nanti.

Jelas apa yang dilakukan oleh sekumpulan pemuda Umno BN adalah ketakutan mereka sendiri yang berdepan dengan jentera penerangan Keadilan yang semakin aktif dan mengorak langkah serta serius untuk menumbangkan Umno BN pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Nazri juga meminta kerjasama mana-mana Ketua Cabang untuk mengadakan perbincangan dengan AMK di cabang masing-masing sebelum mengadakan aktiviti atau program parti yang melibatkan kepimpinan pusat agar AMK dapat membuat tinjauan di kawasan tersebut terlebih dahulu dan membuat persiapan yang perlu bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau turut mengingatkan agar AMK di setiap cabang perlu aktif dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku menjelangnya pilihanraya umum.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang berjaya menghalang pemuda Umno BN dari bertindak lebih ganas.

Pun begitu, YB Nik Nazmi turut ditendang di kakinya manakala sebuah kenderaan turut di tendang sehingga kemek di bahagian pintu.

Nazri juga mengucapkan terima kasih kepada AMK Pasir Gudang, Johor Bahru dan Gelang Patah yang hadir memberi bantuan dan sokongan.

AMK Johor



Iklan C (ii)




(Video) Bawani Tak Sangka Video Forum Cik Pah LISTEN Meletop

Posted: 16 Jan 2013 05:44 AM PST

Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang mencetuskan fenomena listen berkata, penyebaran video tersebut menunjukkan kepada rakyat tentang usaha pihak tertentu untuk menarik sokongan mahasiswa di universiti dalam suasana PRU13 yang semakin hampir.

Menurutnya, program tersebut adalah salah satu agenda untuk brainwash mahasiswa supaya tidak memberi sokongan kepada pembangkang.

"Kini rakyat di seluruh Malaysia telah membuka mata dan mengetahui apa yang berlaku di dalam universiti," katanya kepada Harakahdaily yang bertemu beliau di kediamannya di Air Kuning, Kampar semalam.

Bawani menjelaskan, program yang diberi tajuk Forum Mahasiswa dan Politk itu membangkitkan pelbagai isu politik di negara ini khususnya melibatkan mahasiswa.

Program yang bermotif politik itu, katanya turut diisi dengan pelbagai video yang mengutuk pembangkang seperti Himpunan Bersih, isu kontroversi melibatkan Nurul Izzah dan Himpunan Hapus PTPTN.

Jelasnya, pelbagai isu telah diceritakan oleh panelis termasuklah mempertikai protes PTPTN oleh mahasiswa dan mengatakan tuntutan pendidikan percuma tidak masuk akal.

"Saya cuba bangun mencelah untuk memberikan pandangan tetapi tidak dilayan dan saya menunggu sesi soal jawab.

"Namun semasa sesi soal jawab saya tidak sempat kerana hanya dua soalan yang boleh ditanya dan saya mengambil keputusan ke pembesar suara dan memberikan pandangan berhubung apa yang dibangkitkan.

"Saya terus memberikan hujah-hujah terutama isu pendidikan percuma tetapi belum sempat menghabiskan ucapan, moderator yang juga Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin telah enggan memberi saya peluang untuk menghabiskan ucapan saya dengan mengatakan listen, listen, listen seperti yang dapat dilihat di video itu," jelasnya lagi.

Tegas beliau, ini adalah satu penindasan kepada mahasiswa yang berhak bersuara dan memberikan pandangan.

Bawani berkata, sepatutnya moderator memberi peluang kepadanya menghabiskan ucapan kerana ia berkaitan isu yang dibangkitkan.

Ketika ditanya apakah respons daripada rakan mahasiswa yang lain, beliau menjelaskan, pada mulanya semua memberikan respons negatif terhadap saya yang dilihat tidak respect kepada Sharifah Zobra.

Namun katanya, selepas menonton kembali video tersebut, rakan-rakan memberikan sokongan padu kepadanya dan melihat tindakan Sharifah seolah-olah menyekat suara mahasiswa.

Beliau yang diminta mengulas tentang video yang menjadi buah mulut masyarakat itu, Bawani sangat terkejut dengan sambutan tersebut dan menganggap ianya menggambarkan masyarakat prihatin dengan isu mahasiswa.

"Ketika ini saya mendapat panggilan tanpa henti daripada rakan-rakan terutama daripada UUM yang memberikan sokongan padu kepada saya," jelasnya.

Bawani secara peribadi berterima kasih kepada seluruh masyarakat yang memberikan sokongan padu kepadanya dan berharap suara mahasiswa terus menjadi perhatian masyarakat. ~harakahdaily






Iklan C (ii)





Cik Pah LISTEN Dakwa Di Ugut, Kini Menyembunyikan Diri

Posted: 16 Jan 2013 05:35 AM PST

Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) mendakwa presidennya Sharifah Zohra Jabeen diperas ugut berhubung video beliau mencaci seorang pelajar universiti yang kini tersebar luas.Emalee yang lebih dikenali sebagai "Ratu Naga" yang menguruskan akaun Facebook SW1M menyatakan perkara tersebut apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider."Mengapa saya tidak pernah meminta beliau untuk mendedahkan dirinya? Seseorang memeras ugutnya.

Jadi saya fikir cara terbaik (adalah) untuk beliau berdiam diri dan saya melakukan semua muatnaik dan penjelasan," kata anggota majlis tertinggi dan penasihat SW1M.Emalee mengatakan beliau boleh membuat penjelasan oleh kerana turut hadir dalam forum pada 8 Disember di Universiti Utara Malaysia yang dirakamkan dan tersebar luas sebagai sebuah video melebihi 20 minit dan membangkitkan kemarahan di Internet."Saya menyuruh beliau ke tempat lain yang lebih selamat kerana beliau mempunyai anak. Seseorang cuba memeras ugutnya dan isu ini menjadi bertambah serius," tambah beliau lagi.

Beliau mengesahkan Sahrifah Zohra tidak menyerahkan kuasa kepadanya untuk sebarang muatnaik di Facebook SW1M sambil menambah presidennya tidak tahu menahu tentang Facebook tersebut.Menurut Emalee, pertubuhan tersebut yang bertujuan untuk memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak ditubuhkan sekitar Januari-Febuari tahun lalu.Beliau berkata SW1M membantu wanita dengan mendengar masalah mereka, termasuk kes-kes penderaan domestik, dimana organisasi tersebut kemudian menyerahkan kepada Perdana Menteri dalam bentuk memorandum.Beliau mengakui bahawa ada yang melihat SW1M sebagai "NGO untuk BN" akan tetapi menekankan organisasi tersebut bebas dan "tidak mewakili mana-mana parti politik".

Beliau bersetuju bahawa kehadiran slogan "1 Malaysia" dalam nama organisasi mungkin menyebabkan kekeliruan, tetapi berkata bahawa salah satu daripada sebab-sebab ianya dipilih adalah kerana mereka "menghormati" perdana menteri.SW1M telah mempertahankan Sharifah Zohra diatas video yang menunjukkan beliau mencaci pelajar undang-undang Bawani KS dengan kata-kata seperti "apabila ini adalah program kami, kami benarkan anda untuk bercakap "dan" apabila saya bercakap, anda dengar".Video menunjukkan Bawani bercakap mengenai perhimpunan Bersih untuk pembaharuan pilihan raya dan pendidikan percuma, sebelum ahli panel forum Sharifah Zohra mengganggu serta merampas mikrofon beliau.

Beliau kemudiannya memanggil pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai "anarkis" dan memberitahu pelajar universiti untuk pergi ke negara-negara lain jika mahu membandingkan Malaysia dengan negara luar.Pentadbir organisasi telah berkata Sharifah Zohra tidak tidak perlu meminta maaf kepada Bawani berhubung kenyataannya.Dua pemimpin Barisan Nasional (BN) telah mempertahankan Bawani di Twitter dan berkata bahawa Sharifah Zohra tidak berkaitan dengan gabungan pemerintah itu.Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Senator Datuk Syed Ibrahim Kader semalam berkata Sharifah Zohra tidak lagi menjadi ahli parti tersebut, sebelum menuduh beliau mempunyai "sukar mengawal" tingkah laku.

Semalam Emalee berkata politik tidak pernah disebut sepanjang forum dan mendakwa Bawani tidak bercakap semasa sesi soal-jawab tetapi hanya berdiri selepas program berakhir.Beliau berkata bahawa Sharifah Zohra tidak memberi ruang Bawani dan masa untuk bercakap, tetapi mengucapkan perkataan terkenal "dengar, dengar, dengar" garisan apabila pelajar tersebut enggan membiarkan ahli panel bercakap.Beliau berkata forum, yang bertajuk Seiringkah mahasiswa dan politik telah dijalankan?' anjuran oleh SW1M dengan kerjasama UUM.Bawani, seorang aktivis sosial berumur 27 tahun, memberitahu The Malaysian Insider video menunjukkan bagaimana universiti yang dibiayai oleh negara menggunakan forum pelajar untuk "cuci otak" mereka. ~tmi


Iklan C (ii)




Penjelasan Bawani Berkenaan Isu Cik Pah LISTEN

Posted: 15 Jan 2013 11:00 PM PST


Insiden memalukan di Universiti Utara Malaysia (UUM) secara jelas memperlihatkan sisi hodoh bagaimana universiti kita hanya mahu mengajar surah-surah yang memuja Barisan Nasional (BN) dan memburukkan Pakatan Rakyat semata-mata.


Jika tidak dengan keberanian mahasiswa bernama Bawani KS mempertahankan hujah hingga gagal dijawab panelis serba dangkal pro-BN, Sharifah Zohra Jabeen tersebar di laman perkongsian video Youtube, tiada siapa yang terasa panas termasuk timbalan menteri pengajian tinggi, Saifuddin Abdullah.

"Sekarang orang ramai akan tahu apa yang berlaku di universiti awam dan bagaimana mereka boleh menganjurkan forum 'Mahasiswa dalam politik' dan menggunakannya untuk 'brainwash' pelajar dengan memberitahu mereka perhimpunan jalanan adalah salah sambil menunjukkan gambar-gambar pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah dan memberitahu kita agar tidak mencontohi mereka," kata Bawani.

Walaupun tidak kecewa kerana dicaci secara terbuka, Bawani masih kesal tentang bagaimana keseluruhan forum dianjurkan untuk menjadikan pelajar universiti menentang perhimpunan Bersih dan perhimpunan jalanan untuk memperjuangkan hak rakyat.

"Dalam kebanyakan forum, mereka menunjukkan klip video perhimpunan dan gambar-gambar wanita yang terlibat dalam perhimpunan dan kemudian memberitahu pelajar-pelajar ini bagaimana wanita perlu bertindak atau berkelakuan dan tindakan tersebut adalah salah," katanya menceritakan ketika dihubungi.

Nampaknya Saifuddin lebih berminat mencari publisiti murahan sanggup meminta supaya Bawani berhubung dengannya daripada meminta penjelasan Sharifah Zohra yang terang-terang menghina keintelektuakan mahasiswa dalam konteks minda terbuka, mengkritik dan dikritik.

"Dia memberitahu saya dia menyokong saya dan saya menjawab pemimpin NGO seperti Sharifah tidak harus dibenarkan untuk menganjurkan apa-apa forum yang berat sebelah dalam universiti awam," katanya.

Sepatutnya Saifuddin menasihatkan mana-mana panelis yang dijemput hadir ke sesi percambahan minda sebegini supaya mengenepikan sentimen 'mahu menang' sebaliknya menumpukan perhatian dengan mendengar pandangan mahasiswa kemudian menjawabnya dengan fakta bukannya ikan jerung.

Jika beginilah yang ditunjukkan Sharifah Zohra bermakna Saifuddin telah gagal 'mendisiplinkan' penyokong BN seperti Sharifah Zohra dan harus meminta maaf secara terbuka kerana ia bukan setakat menghina mahasiswa malah program cuci otak sebegini sudah tidak relevan dengan perkembangan semasa yang maklumat diterima begitu pantas.

Nyata kementerian pengajian tinggi sekali lagi hanya membenarkan program memandulkan pemikiran mahasiswa diadakan di universiti awam tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya terhadap kemajuan negara pada masa akan datang.


Iklan C (ii)




otaiblues

Posted: 16 Jan 2013 11:39 AM PST

otaiblues


TV3 Soal jawab..protes jalanan pasca pilihanraya.

Posted: 16 Jan 2013 07:43 AM PST

pengurusi dan dua ahli penal..prof candra dan pengerusi spr dato wan

awal awal lagi dah mengutuk akan pemimpin parti pembangkang.kenapa ye?
jika nak bersoal jawab kenapa tidak di jemput se orang wakil parti pakatan .soalan dan jawaban di kalangan penerusi dah ahli penal hanya akan membenarkan sikap pemerintah menyalahkan pembangkang.
tidakakh ini hanya proram yang berat sebelah.dan program bacul.

awal awal lagi pengerusi spr menyebut pemimpin pakatan sebagai pemimpin pembangkang..

Spr sepatutnya suatu badan yang berkecuali.tidak boleh membezakan pemerintah atau pembangkang..
jika pengerusi spr sendiri menyebut bagitu bermakna spr itu adalah badan kerajaan,,
dan bagaimana sebuah badan kerajaan akan bersikap adil dalam pilihanraya..

sudah semestinya sebuah badan kerajaan akan memenang kan kerajaan nya..

itu sebabnya di dalam suatu perlawanan antara dua pasukan. pengadilnya adalah dari pasukan yang ke3. baru adil.
bukan nya seperti pilihanraya di malaysia,,pengadilnya adalah dari parti kerajaan juga..
tak sedikit, mesti banyak ia akan memihak kepada kerajaan.

Berapa ikhlasnya spr?
yang menilai keikhlasan itu adalah orang lain,,
bukan pengerusi spr sendiri yang cakap.spr ni ikhlas..

Pengerusi spr hanya berani menjawab soalan pengacara..tetapi tak berani menjawab atau bersemuka dengan pemimpin pakatan yang di di panggilnya pemimpin pembangkang.atau pemimpin ngo yang lain..kenapa?

Kenapa tak berani membenarkan pemimpin pakatan menyertai program ini..
sebab mereka semua ini takut,,orang takut, biasanya orang berbuat salah...

berbicara dalam program sendiri dengan orang orang sendiri,di tempat sendiri,dan mengaku sendiri bagus..berani kutuk hina orang tapi tak berani berdepan pun.

arakh ptuii


majlis pendekar melayu malaysia berpengurusikan seefuu

Posted: 16 Jan 2013 03:50 AM PST

Untuk ape sebenarnya mengambil OKT tu sebagai pengerusi?
pelek pelek..

OKT ni kungfu master ke?

Ikut je la..hangpa pendekar kan..

AdukaTaruna

Posted: 16 Jan 2013 11:39 AM PST

AdukaTaruna


Nama anak kedua gua ialah .....

Posted: 15 Jan 2013 10:11 PM PST

[1]
Nama saintifik adalah nama penuh yang lengkap. Bila lengkap, ianya mestilah panjang. Nama panggilan kepada nama penuh adalah nama yang diambil dari sebagaian nama penuh. Itu atas kertas. Cuma, dalam budaya nama panggilan adalah ikut suka.

[2]
Remaja lagi gua dah ambil keputusan untuk memulakan keturunan gua sendiri. Sama seperti Wan / Nik / Meor dan sebagainya. Takdirnya, nama isteri gua ialah Khairuz dan gua Khairul. Khair adalah word Arab. Bermaksud baik.

Untuk memulakan keturunan anarki gua, gua tidak mahu ada 2 unsur Arab dalam nama penuh setelah Muhammad digunakan bagi melambangkan identiti agama. So, gua putuskan hanya guna KHAI sebagai nama baka / anarki / keturunan.

[3]
Selepas nama baka, nama identiti agama. Maka, Muhammad dipilih. Katakan anak gua esok lusa kerja di planet Marikh bersama makhluk Marikh, nama Muhammad tersebut akan dikenali di sana sebagai muslim bersaudara dengan makhluk Marikh yang Islam. Semoga dia malu dengan nama Muhammad itu kalau2 dia terdorong untuk berbuat jahat. Amin.

[4]
Selepas nama agama, barulah nama sebenar. Nama sebenar gua pilih harus melambangkan geografi dirinya. Anak gua lahir di Kota Bharu. Nusantara. Takan nak letak nama Jean Francoise? Mudah2an jika dia menjadi some body suatu hari nanti, katakan peringkat dunia, nama geografi itu akan membawa dia ke asal usulnya. Berasal dari Nusantara rupanya si tokoh ini. Ada video bagaimana dia keluar dari perut ibunya. Bla bla bla.

Jadi kesimpulan setakat ini ialah KHAI (identiti baka) MUHAMMAD (identiti agama) QURSANY (identiti geografi).

[5]
QURSANY / Kersani / Kursani adalah sejenis logam yang hilang dalam dunia Nusantara. Banyak ilmu Melayu hilang sebab Melayu malas catit buat kitab. Logam ini bersifat kepahlawanan. M Nasir ada mengabadikan nama logam yang hilang ini dalam lagunya.

Hei.. Kersani.. mengalirlah dikau..

Anak kedua gua adalah lelaki. 3.47. Kedua-dua anak lelaki gua lebih due selama seminggu. Anak pertama diteran ketika 10cm. Anak kedua diteran ketika 7cm. Ini sebahagian kecil asal-usul yang gua catit.

Anak kedua Taruna bermaksud jantan / lelaki.
Anak kedua Qursany bermaksud logam dunia kepahlawanan Melayu yang sesuai untuk jantan / lelaki.

KHAI MUHAMMAD QURSANY

Terbuka untuk bantahan / cadangan para pembaca semua. Sebelum gua daftar sehari dua lagi.

PERAKITE

Posted: 16 Jan 2013 11:32 AM PST

PERAKITE


ngomel calon PAS boleh belako asal pandai b.....

Posted: 16 Jan 2013 06:11 AM PST

NGEMEL sikit.

La orang sibuk nak jadi calon. jadi satu dua hari lagi saya nak tulis mengenai bakal2 calon PAS di Pulau Pinang termasuk yang tak munasabah menjadi calon.. dan ada juga yang kan dicalonkan di tempat yang juga tidak munasabah dicalonkan.

Macam payung terjun itulah kelebihan orang yang pandai, Ada juga pada 2008 dulu,, tolak bila ditawarkan jadi calon tapi kali ini tanpa segan dan silu menawar diri untuk menjadi calon malah siap pilihan sendiri tempat yang minat dia nak bertanding walaupun diberkan kawasan lain.

Bukan hanya di Pulau Pinang... di Perak pun sama..dulu pada 2008 takda sapa mahu jadi calon...maka di pilihlah mereka yang dah pencen guru, askar atau ustaz yang dok meniaga. tup tup menang... tapi kali ni depa yang dok kat atas tu kata.. yb-yb buatan 2008 ni tak bagus..tak perform... Maka macam2 onar lah dibuat.. agar Yb-YB berkenaan tidak dicalonkan lagi. Pikir2 lah..depa ni habis duit ringgit ...pencen dan segala mempertahankan maruah PAS.


Esok lusa kita tulis bakal2 calon PAS di Penang dan sikit2 di Perak. Jangan marah wehhh... benda sungguh.. pilihanrayapun dah dekat.

Posted: 16 Jan 2013 05:55 AM PST

PAS Pulau Pinang nampaknya masih bermain catur dalam menentukan calon-calonnya untuk bertanding pada pilihanraya umum ke-13 yang sudah terhidu baunya, Konsep tangkap muat dan rakan kongsi nampaknya menjadi ukuran utama calon-calon yang terpilih.

Hairan melihat pendirian Pas negeri yang tidak tegas dalam menentukan bakal calon yang bertanding. Sesungguhnya tidak semestinya seseorang itu berwatak atau bekelulusan sebagai seorang ustaz maka itu melayakkannya menjadi calon.

Juga tidak semestinya seseorang itu menjadi Ketua Pemuda Negeri maupun Ketua Dewan Ulama Negeri ataupun Pengarah Pilihanraya Negeri, maka secara automatisnya layak menjadi calon. Wal hal jika menjadi pengarah pilihanraya negeri sepatutnya yang berkenaan itu mengasingkan dirinya daripada menjadi calon. Itu secara logikalnya.

Pengarah pilihanraya tentunya perlu menumpukan pada satu negeri, jadi jika yang berkenaan bertanding bagaimanapun dia hendak menumpukan pada kawasan2 lain..

Syabaslah yang beoleh melaksanakan tugasan dengan bijaksana sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri.

PAS diberi kerusi khususnya Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di Permatang Berangan, Sungai Dua  dalam parlimen Tasek Gelugor yang juga ditandingi PAS.  Parlimen Kepala Batas juga diberi pada PAS, manakala kerusi negeri hanya di Penaga.

Satu lagi kerusi negeri ialah di Permatang Pasir yang ditandingi dan dimenangi oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Dato Salleh Man.  

Semasa PRU 2008, masih saya ingat betapa susahnya hendaklah mencari calon untuk bertanding di Permatang Berangan dan Sungai Dua. Takda siapa yang mahu..semasa itu ada beberapa nama disebut dan ditawarkan untuk bertanding di Sungai Dua tetapi dia menolak dan kini nama berkenaan menjadi salah seorang calon yang disebut2 tetapi akan bertanding di kerusi lain.

Sungai Dua dilihat sebagai salah satu kerusi yang mampu dimenangi PAS pada PRU13 ini memandangkan perubahan sikap pengundi Cina yang ramai di kawasan  tu. Gerak kerja yang dilakukan oleh Allahyarham Cikgu Fahmi Abdul Wahab selama tiga tahun sebagai Pegawai Penyelaras KAdun kawasna itu banyak membawa perubahan pemikiran dan penerimaan rakyat setempat.

Lantaran itu, kini ramai yang berminat untuk bertanding di kawasan itu. Namun pilihlah yang berkualiti dan tahap perhubungan kerakyatan yang tinggi.. janganlah dibawa calon luar yang baru setahun jagung memegang jawatan. Masih ramai yang berkelayakkan untuk dicalonkan.

Khabarnya Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Mohd Nor Harun akan dicalonkan di kawasan itu. Saper yang kenal dia... bukan Mohd Nor ini menetap di  Butterworth.

Begitu juga di Permatang Berangan, khabaranya nama Ketua Pemuda Pas negeri Yusni Mat Piah yang seketika kecoh dikatakan bersekongkol dengan Hafiz Nordin, yang seringkali menghentam PAS tetapi tidak dipecat2 oleh PAS.

Yusri menafikan bahawa dia, bersama-sama Mohd. Noor Harun, Afnan Hamimi Taib Azamudden (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang) dan beberapa pemimpin utama negeri didedah mengadakan pertemuan sulit serta usrah dengan Mohd Hafiz.

Hafiz Nordin sepentas dengan Hasan Ali JATI

Pada 2008, Arshad Salleh telah diangkat menjadi calon di Permatang Berangan. Sungguh beliau tidak mempunyai jawatan dalam Pas negeri tetapi selama lebih 4 tahun beliau diangkat menjadi Pegawai Penyelaras KAdun Permatang Berangan, melaksanakan segala kesungguh kerajaan negeri. 

Secara peribadi Rashad atau Pak Chad lebih mengenali pelusok Permatang Berangan berbanding Yusni Mat Piah. Pak Chad telah melaksanakan pelbagai program di kawasan Permatang Berangan. Umno pasti bertepuk tangan jika calon lain diletakkan di sini.

Tasik Gelugor

Kepala Batas

Penanti

Telok Bakong Online

Posted: 16 Jan 2013 11:02 AM PST

Telok Bakong Online


Bersantai Di Bilik Gerakan BN...Konvoi Menjejak Dan Membelah Arus Biru di Kg Tua Batu 16

Posted: 15 Jan 2013 04:10 PM PST

Taklimat Oleh Pengarah Jentera Pilihanraya
Bacaan Doa Oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim

                 Semalam 19 hb 2013,telah berlangsung suatu program konvoi jejak pengundi di Daerah Mengundi Kg Tua Batu 16 Lambor Kanan Perak.Tujuan program ini adalah untuk menjejak pengundi pengundi dalam daerah mengundi berkenaan untuk menerangkan info dan isu semasa dengan lebih mendalam kepada pengundi.Dalam program ini,pengundi dapat bertemu muka sendiri dengan bakal calon Pakatan Rakyat untuk memgemukakan persoalan yang mereka kurang faham.
Pakatan Rakyat...Best Beb..

                 Jentera pilihan raya telah dipecahkan kepada dua kumpulan.Kumpulan pertama dibabah pimpinan Saudara Anuar dan Kumpulan kedua dibawah kelolaan Saudara Basharuddin.Kumpulan ini telah bergerak secara berkonvoi dan berjalan kaki bagi menemui para pengundi.Ketibaan jentera Parti Keadilan ini rata ratanya diterima dengan baik oleh penduduk disini.Jentera juga sempat menyampaikan maklumat maklumat tentang aktiviti semasa Jentera Pilihanraya.sebagai contoh pada 14 hb Januari akan berlangsung Pelancaran Bilik Gerakan DUN Bota yang akan dirasmikan oleh Saudara Rafizi Ramli pada pukul 9.00pm.

Bertemu Sendiri Dengan Pengundi

              Setelah selesai segala aktiviti menjejak pengundi,para jentera telah dijemput oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim untuk menjamu selera di sebuah kedai kopi di Batu 16.Disana sempat juga para jentera beramah tamah dengan penduduk yang kebanyakkannya berjanji akan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.Diakhir majlis menjamu selera ini,dibawah pimpinan Encik Zakaria,semua hadirin bersama sama menyanyi dan melaungkan "Rakyat Bangkit ..Bota Berubah, "Hijrah BOTA".
Menjamu Selera Di Bilik Gerakan BN Batu 16
Rakyat Bangkit Bota Berubah..HIJRAH BOTA

Anak Sungai Derhaka

Posted: 16 Jan 2013 09:36 AM PST

Anak Sungai Derhaka


Patric Teoh mohon maaf.. katanya dia sekadar bergurau..

Posted: 16 Jan 2013 01:02 AM PST


Melalui laman Twitter dan juga laman Facebook miliknya Patric Teoh telah memohon maaf kepada semua umat Islam berikutan kenyataannya yang telah menimbulkan kontroversi menerusi kenyataannya yang menyentuh sensitiviti penganut agama Islam negara ini.

Menurutnya ianya dilakukan atas nasihat individu yang dipercayainya dan beliau telah mengambil keputusan untuk memadam kenyataan tersebut yang ditulis di laman Facebook-nya.

Kenyataan tersebut boleh di baca di ( SINI )

Dia kemudiannya meminta maaf dan menjelaskan tidak mempunyai niat lain selain bergurau.

Sebagai rakyat Malaysia, Patrick Teoh sepatutnya memahami sensitiviti agama yang ada pada masyarakat kita, beliau tak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati orang lain.

Ini kenyataan dari FaceBook beliau..



Hmm.. apalah lu.. nak berguraupun janganlah sentuh bab agama...

Kenyataan jenis apa Patric Teoh keluarkan terhadap Islam dan Al-Quran ni?

Posted: 15 Jan 2013 08:47 PM PST

Semalam The Malaysian Insider melaporkan Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib telah berkata Kerajaan Kedah menarik balik garis panduan mengenai sambutan Tahun Baru Cina, dan memberi kelonggaran berdasarkan kesesuaian sambutan perayaan tersebut.

Beliau yang merupakan Exco Belia dan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan berkata, kelulusan diberikan oleh kerajaan negeri bagi melaksanakan program tersebut dengan tatacara yang sesuai berdasarkan kod etika pemakaian yang sesuai dengan budaya kaum tersebut.

Katanya "Ini cuma garis panduan, boleh diubahsuai mengikut keadaan, yang penting kerajaan Pakatan Rakyat tidak sombong dan tidak takut untuk mengakui kesilapan yang berlaku,".

Ini laporannya..

KUALA LUMPUR, 15 Jan—Kerajaan Kedah menarik balik garis panduan mengenai sambutan Tahun Baru Cina, dan memberi kelonggaran berdasarkan kesesuaian sambutan perayaan tersebut, kata Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib.

Beliau yang merupakan Exco Belia dan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan berkata, kelulusan diberikan oleh kerajaan negeri bagi melaksanakan program tersebut dengan tatacara yang sesuai berdasarkan kod etika pemakaian yang sesuai dengan budaya kaum tersebut.

"Garis panduan yang baru dikeluarkan untuk pihak badan City Plaza dan Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia Negeri Kedah untuk menjalankan program tersebut dengan jayanya tanpa syarat-syarat garis panduan yang terdahulu.

"Ini cuma garis panduan, boleh diubahsuai mengikut keadaan, yang penting kerajaan Pakatan Rakyat tidak sombong dan tidak takut untuk mengakui kesilapan yang berlaku," kata Khalib melalui satu kenyataan hari ini.

Menurut Khalib, mengenai isu berkenaan garis panduan bagi penganjuran program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013', Khalib berkata, berlaku terlepas pandang mengenai garis panduan yang melibatkan acara perayaan.

Beliau berkata, garis panduan yang dikeluarkan kerajaan negeri bertujuan untuk mengawal masalah sosial yang berlaku di negeri tersebut, terutamanya melibatkan remaja Melayu-Islam.

"Pun demikian, untuk program-program melibatkan kaum Cina, India dan Siam, berkaitan dengan sambutan perayaan keagamaan dan budaya, garis panduan diberikan kelonggaran," kata Khalib lagi.

Berkenaan dengan isu hanya pelajar sekolah yang dibenarkan dalam persembahan itu, Khalib enggan mengulas, sebaliknya berkata ia bergantung kepada garis panduan yang ditetapkan.

Dalam kenyataan media dari pejabat Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak berkata penganjur hendaklah memastikan setiap peserta yang terlibat dalam persembahan pentas pada program tersebut, sama ada lelaki atau perempuan (kanak-kanak atau dewasa) mestilah berpakaian sopan atau tidak menjolok mata.

Penganjuran program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013' oleh kerajaan negeri Kedah yang akan berlangsung di Star Walk Alor Setar, Kedah, pada 15 Februari depan.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan garis panduan kerajaan PAS Kedah mengenai sambutan Tahun Baru Cina, sebagai menggugat serta menghakis hak dan kebebasan golongan bukan Islam di negeri itu.

Beliau berkata garis panduan dikeluarkan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 9 Januari lepas antaranya melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian, dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya MCA berpendapat isu tersebut bukan sesuatu yang remeh kerana ia berkaitan dengan sikap menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak golongan bukan Islam.

Isu tersebut turut dikritik oleh rakan PAS dalam Pakatan Rakyat, DAP yang mengatakan ini bukan sahaja menyekat hak kaum lain menyambut perayaan, bahkan menyekat hak kaum wanita.

Semalam, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching, peraturan melarang wanita dari persembahan di pentas sempena Tahun Baru Cina dianggap sebagai mengarut dan tidak boleh diterima.

"Ini bukan sahaja tidak menghormati hak orang bukan Islam, ini juga diskrimikasi terhadap wanita. Kerajaan negeri Kedah yang dipimpin PAS harus mengkaji semula dan membatalkan garis panduan ini," kata Teo yang merupakan ahli parlimen Serdang.

Menurut Teo, kerajaan yang tidak mendengar kehendak rakyat tidak akan bertahan lama, dan berharap kerajaan Kedah untuk lebih inklusif dalam menyentuh isu-isu sensitif.

Bagaimanapun Patric Teoh yang rasanya tak perlu diperkenalkan lagi telah mengeluarkan kenyataan seperti di bawah mengenai isu ini..


Aku tak kisah kalau beliau mahu mengkritik Kerajaan PAS/PR Negeri Kedah.. tapi janganlah hingga mempersendakan Al-Quran dan Agama Islam...

#Listen : Ini penjelasan dari KS Bawani

Posted: 15 Jan 2013 05:06 PM PST


Video pelajar universiti dicaci kerana menyatakan pandangannya di laman Youtube yang tersebar luas mendedahkan kepada umum bagaimana institut pengajian tinggi awam menggunakan forum untuk "mencuci otak" mahasiswa.

Pelajar undang-undang tahun dua Bawani K.S. menyatakan rasa terkejut sekarang kerana dirinya bertukar menjadi wira dalam masa satu malam kerana mempersoalkan ahli panel Sharifah Zohra Jabeen dalam forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 Disember.

"Sekarang orang ramai akan tahu apa yang berlaku di universiti awam dan bagaimana mereka boleh menganjurkan forum 'Mahasiswa dalam politik' dan menggunakannya untuk 'brainwash' pelajar dengan memberitahu mereka perhimpunan jalanan adalah salah sambil menunjukkan gambar-gambar pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah dan memberitahu kita agar tidak mencontohi mereka," kata Bawani .

Aktivis sosial berumur 27 tahun lega insiden tersebut tersebar luas kerana beliau berpeluang mendapatkan lebih ramai orang menyertainya untuk memperjuangkan pendidikan percuma bagi semua rakyat Malaysia.

Apabila diberitahu beliau digelar sebagai "Ambiga Kecil", Bawani tertawa dan mengatakan betapa pentingnya rakyat mengetahui keperluan meneruskan perjuangan menuntut hak mereka.

Beliau juga berkata Sharifah Zohra tidak perlu meminta maaf kepada dirinya tetapi berhutang maaf kepada semua pelajar dalam forum tersebut.

"Beliau telah perkecilkan semua pelajar dan memperkecilkan kita semua," kata pelajar tersebut yang juga merupakan seorang ahli Parti Sosialis Malaysia dan organisasi Jaringan Rakyat Tertindas.

Walaupun tidak kecewa kerana dicaci secara terbuka, Bawani masih kesal tentang bagaimana keseluruhan forum dianjurkan untuk menjadikan pelajar universiti menentang perhimpunan Bersih dan perhimpunan jalanan untuk memperjuangkan hak rakyat.

"Dalam kebanyakan forum, mereka menunjukkan klip video perhimpunan dan gambar-gambar wanita yang terlibat dalam perhimpunan dan kemudian memberitahu pelajar-pelajar ini bagaimana wanita perlu bertindak atau berkelakuan dan tindakan tersebut adalah salah," katanya menceritakan ketika dihubungi.

Beliau juga menyatakan rasa terkejutnya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menghubungi beliau berhubung kejadian itu.

"Dia memberitahu saya dia menyokong saya dan saya menjawab pemimpin NGO seperti Sharifah tidak harus dibenarkan untuk menganjurkan apa-apa forum yang berat sebelah dalam universiti awam," katanya.

Bawani berkata adalah lebih adil untuk mempunyai satu forum di mana kedua-dua belah seteru politik hadir membahaskan secara terbuka pandangan yang berbeza mereka mengenai isu-isu. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna internet dan pelajar kerana menyokong beliau dan menggesa mereka untuk menggunakan ini untuk meneruskan perjuangan untuk hak-hak mereka sendiri.

"Marilah berjuang bersama-sama untuk pendidikan percuma bagi semua rakyat Malaysia," kata pelajar undang-undang yang sudah mempunyai ijazah pertama dalam bidang psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mengenai perjuangan beliau untuk pendidikan percuma, Bawani mengkaji isu itu pada tahun 2010 dan merasakan Malaysia sebagai negara pengeluar minyak, mampu untuk menyediakan pendidikan percuma kepada semua pelajar dari tadika hingga ke peringkat tertinggi.

Video YouTube yang menunjukkan Sharifah Zohra yang mengetuai organisasi tidak dikenali Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), mencaci Bawani tersebar luas semalam di laman media ~ The Malaysian Insider

Sila lihat video tersebut di ( SINI )

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 16 Jan 2013 09:31 AM PST

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Lebih kaya dari Abdul Wahab dan ...?

Posted: 16 Jan 2013 09:04 AM PST

Lebih kaya dari Abdul Wahab dan ...?
Lebih kaya dari Abdul Wahib ...?
Kaahhh, kah kah ...?

Aik ... Amanat Mahathir Mohammad pulak ...?

Posted: 16 Jan 2013 05:05 AM PST

Amanat Mahathir Mohammad pulak ...?

Wow ... SetiaKawan ker GosokBelakang ...?

Posted: 15 Jan 2013 10:55 PM PST

Wow ... SetiaKawan ker GosokBelakang ...?
Ziarah ada Makna tuh ...?
Kaahhh, kah kah ...?
Tahniah untuk Biwani ...!!!

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 16 Jan 2013 09:14 AM PST

BRIGED MP SEGAMBUT


DS NAJIB YG LULUSKAN TERJEMAHAN BIBLE DALAM BAHASA MELAYU?

Posted: 15 Jan 2013 07:37 PM PST


Al Ikram

Posted: 16 Jan 2013 09:05 AM PST

Al Ikram


PUNCA BAWANI DISEKAT DARI TERUS BERCAKAP ...

Posted: 15 Jan 2013 07:40 PM PST

Roslan SMS Corner

Posted: 16 Jan 2013 07:49 AM PST

Roslan SMS Corner


Setimpalkah hukuman ini??? (16/1/13)

Posted: 15 Jan 2013 09:36 PM PST


Klip yang dimuatkan dalam youtube http://youtu.be/wsh5v2kcXwM sungguh memualkan dan pasti membangkitkan kemarahan siapa pun yang menontonnya. Pelakunya sadis, tidak berotak bagaikan binatang, binatng pun tidak memperlakukan begitu kepada anaknya.
Saya merujuk kepada kes bapa tiri T.Rajasekaran, 32 tahun, yang telah membelasah anak tirinya berumur 3 tahun kononnya untuk memberi pengajaran kepada anak kecil itu yang bermain dengan paip di tong gas rumahnya. Anak tirinya telah dipukul, ditendang dan kepala serta tubuhnya dibelasah dengan senduk nasi dan acuan muruku.

Laporan perubatan mendapati tubuh anak kecil itu mempunyai kesan dan parut kecederaan di kepala, dada , tangan serta mata dan pergelengan tangan.
Mahkamah Majistret Kelang semalam telah mendapati si bapa tiri bersalah mendera anak kecil berkenaan. Tetapi malangnya si "binatang" itu sekadar dikenakan hukuman setahun penjara itu pun bermula dari tarikh penahanan beliau, bermakna tak sampai 12 bulan beliau akan dibebaskan!

Setimpalkah hukuman sebegini ringan dikenakan ke atas pesalah yang telah memperlakukan anak tirinya dalam keadaan yang begitu kejam dan tanpa peri kemanusiaan?
Undang-undang buatan manusia sesungguhnya hanya memenuhi kehendak dan nafsu manusia, jauh dari keadilan hakiki yang terjamin dalam hukum yang diturunkan oleh Allah swt. Demikianlah betapa lemahnya manusia.

Bagi saya manusia seumpama Rajasekaran ini wajar dibiarkan menghabiskan usianya dalam penjara, masyarakat tidak memerlukan manusia seumpama beliau di luar sini.

KRAI Utara

Posted: 16 Jan 2013 07:33 AM PST

KRAI Utara


Oh! Artis: Penghinaan Uji Rashid, Zed Zaidi tuntut TV3 mohon maaf

Posted: 16 Jan 2013 03:05 AM PST

WARTAWAN SINAR HARIAN
Zed Zaidi Laman mikro, Twitter Zed ZaidiKata orang, rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi. Begitulah yang berlaku kepada penganjuran Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27), yang berlangsung pada 6 Januari lagu.Pertukaran penyanyi Terukir Di Bintang di saat akhir melibatkan penyanyi veteran, Uji Rashid dan Aizat menimbulkan kontroversi.Apatah lagi, Uji dikatakan sudah membuat banyak persiapan dan masih menjalani latihan, biarpun ketika itu, Aizat sudah mendapat mandat untuk membawakan lagu berkenaan.Kontroversi yang masih belum senyap biarpun sudah hampir dua minggu malam kemuncak berlalu, menarik perhatian Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang menuntut pihak TV3 memohon maaf kepada Uji."Saya membuat kenyataan setelah melihat kronologi dan kenyataan-kenyataan daripada mereka yang terlibat dengan isu ini. Mula-mula, Aizat mengakui tidak tahu menahu dengan sebab pertukaran dan hanya menjalankan tugas apabila diminta oleh Yuna."Kemudian pihak TV3 sebaik majlis berakhir memaklumkan tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, manakala Datuk Ramli M.S juga mengakui tidak ada kuasa untuk menyingkirkan mana-mana penyanyi."Pada pendapat saya pula, Aizat hanyalah mangsa keadaan dan yang perlu bertanggungjawab di sini adalah pihak penganjur. Mereka sepatutnya mengeluarkan surat rasmi atau memaklumkan lebih awal kepada kak Uji mengenai pertukaran ini dan tidak menganiayai dia kerana apabila pertukaran sudah di buat, dia masih tidak dimaklumkan mengenai perkara itu," katanya kepada Zass.Menurut Zed, dia bukan sengaja untuk masuk campur dengan kontroversi ini, namun hanya memperjuangkan hak artis termasuk artis veteran apabila diperlakukan sedemikian."Bagi saya, ini adalah penganiayaan stesen televisyen kepada artis veteran kita, apatah lagi, seperti yang kita ketahui, kak Uji sudah membuat baju dan membuat persediaan yang lainnya. Ke semua itu melibatkan kos dan bukannya dilakukan secara percuma."Saya bersuara kerana tidak mahu perkara ini terus berulang kerana ia secara tidak langsung membunuh artis veteran," katanya.Bawa kepada SuhakamZed berkata, dia juga merasakan tidak mustahil kemenangan Terukir Di Bintang pada AJL27 yang lalu, hanyalah untuk menutup aib.Katanya, dia berharap TV3 bertanggungjawab dan memohon maaf secara terbuka kepada Uji dalam masa terdekat. Jika tiada perkembangan, dia akan menasihati Uji untuk membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)."Saya harap TV3 bersikap profesional dan ini juga melibatkan hak seorang artis. Jika masih tiada perkembangan, kita akan bawa perkara ini kepada Suhakam.

HOT! 4 Peluru Ditemuidi Kerusi Penumpang Pesawat China Airlines

Posted: 15 Jan 2013 07:44 PM PST

Novi Christiastuti Adiputri - detikNewsReutersTaipei - Entah bagaimana boleh, 4 butir peluru ditemukan di dalam pesawat milik kapal terbang China Airlines (CAL). Peluru-peluru berukuran kecil tersebut ditemukan usai pesawat tersebut mendarat di Taiwan setelah terbang dari Amerika Syarikat  .Kantor  polis  Airport setempat menuturkan, 4 peluru tersebut ditemukan di dalam pesawat dengan nombor penerbangan CI-005 pada Isnin (14/1). Saat itu, pesawat ini baru mendarat di Lapangan Terbang Internasional Taoyuan, Taiwan. Pendaratan dilakukan dengan baik tanpa insiden apapun.Pesawat ini lepas landas dari Bandara Los Angeles pada Minggu (13/1) sekitar pukul 21.54 waktu setempat. Demikian seperti dilansir Asia One, Selasa (15/1/2013).Menurut polisi setempat, peluru tersebut pertama kali ditemukan oleh petugas kebersihan pesawat. Peluru tersebut ditemukan di kantong tempat duduk penumpang pada kabin kelas ekonomi, Senin pagi waktu setempat.Segera setelah mendapat temuan tak biasa tersebut, petugas melapor ke kepolisian bandara dan juga pihak maskapai CAL.Saat dikonfirmasi, CAL membenarkan bahwa pihaknya menerima laporan dari petugas bersih-bersih soal temuan 4 butir peluru tersebut. Pihak CAL mengaku heran dan tak tahu-menahu mengapa bisa ada peluru di dalam pesawat. Tidak diketahui pasti apakah peluru tersebut sudah digunakan atau masih utuh. CAL menyatakan, pihaknya hanya diberitahu soal lokasi temuan tersebut.Kasus ini tengah diselidiki lebih lanjut oleh kepolisian Taiwan. Demi membantu penyelidikan, pihak CAL pun telah menyerahkan daftar penumpang saat penerbangan tersebut. CAL juga berjanji akan bekerja sama dengan polisi dalam penyelidikan ini.

Pahang Daily Online

Posted: 16 Jan 2013 07:17 AM PST

Pahang Daily Online


Panas: "HKR112", Kejayaan Polis Mengawal Program Membuktikan Himpunan Aman Jika Tiada Provokasi !

Posted: 15 Jan 2013 05:10 PM PST

Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Jauari lalu menjadi satu detik bersejarah buat rakyat Malaysia dalam meluahkan hasrat mereka untuk melakukan perubahan pada Pilihanraya Umum ke-13 ini. Ratusan ribu rakyat hadir berbondong-bondong dari seluruh negara untuk bersama-sama berhimpun secara aman bagi menunjukkan kepada kerajaan bahawa mereka mahukan perubahan dan tidak mahu negara ini terus dibelenggu dengan undang-undang penjajah yang telah banyak menyusahkan rakyat selama ini. Paling menarik untuk diperkatakan ialah tiada provokasi oleh pihak polis seperti sebelum ini. Kerajaan dengan bangganya memuji tindakan polis yang dikatakan bertindak profesional dalam menjaga ketenteraman awam sepanjang program itu berlangsung. Menurut mereka jika polis tidak bertindak cemerlang, maka sudah pasti himpunan terbabit akan huru-hara dan kacau-bilau seperti sebelumnya. Soalnya sekarang, apakah wajar kerajaan mengeluarkan kenyataan sedemikian?. Huru-hara dan provokasi yang berlaku dalam himpunan rakyat sebelum ini apakah ia dimulakan oleh peserta itu sendiri?. Denga apa yang ditunjukkan oleh pihak polis pada Himpunan Kebangkitan Rakyat baru-baru ini, ia jelas membuktikan bahawa  merekalah yang selama ini mencetuskan provokasi hingga menyebabkan huru-hara berlaku. Jika tiada tindakan provokasi polis menggempur peserta himpunan nescaya adengan-adengan panas tidak akan disaksikan. Inilah hakikat yang sebenarnya. Jika tiada tindakan polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menyemburkan gas pemedih mata dan water canon kepada peserta himpunan sudah pasti himpunan akan berjalan secara aman. Namun, sedarkan kerajaan bahawa tindakan polis itulah yang menyebabkan kekecohan. Itu belum termasuk polis Cawangan Khas (SB) yang diarahkan menyamar menjadi peserta dan kemudiannya membuat provokasi terhadap polis sendiri, kononnya ia dilakukan oleh peserta  himpunan berkenaan. Bukankah semua ini adalah berdasarkan arahan daripada pihak kerajaan terutamanya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein sendiri. Makanya, usahlah kerajaan terlalu berbangga dan mendabik dada kononnya pihak polis melaksanakan tugas cemerlang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka baru-baru ini. Semua itu berlaku atas satu arahan daripada menteri yang berkenaan supaya polis tidak menggempur peserta tetapi hanya memantau. 


[Apa yang jelas dapat dilihat ialah ketiadaan trak-trak FRU berkeliaran seperti sebelumnya malah anggota polis boleh berbual-bual sambil tersenyum kepada peserta himpunan. Senario ini tidak pernah berlaku dalam himpunan terdahulu. Namun, harus diingat semua yang dilakukan itu adalah usaha kerajaan untuk mengatakan mereka menhormati akta perhimpunan aman yang baru digubal di parlimen sebelum ini. Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengucapkan terima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana berhimpunan secara aman dalam program itu. Apapun, simbolik atas tindakan polis ini ialah kerajaan mahu menjaga imej mereka menjelang pilihanraya umum yang dijangka tiba sebelum bulan April ini. Jika tercalar imej sudah pasti rakyat akan tolak BN. Maka, jalan terbaik ialah mengarahkan polis hanya memantau dan berjaga-jaga. Oleh itu, usahlah kerajaan terlalu mendabik dada, kerana Himpunan Kebangkitan Rakyat juga membuktikan perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat adalah aman sebenarnya jika tiada tindakan provokasi melampau oleh pihak polis. Maknanya, kecememerlangan polis mengawal peserta sepanjang perhimpunan baru-baru ini jelas membuktikan kepada rakyat ia akan aman jika tiada provokasi].

Panas: "Lagi Isu Air Di Pahang", Ahli Parlimen Rompin Selesa Di Luar Negara Tapi Rakyat Tanggung Derita !!

Posted: 15 Jan 2013 04:04 PM PST

Dikala media arus perdana meneruskan propaganda mereka memainkan isu air di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang (Pakatan Rakyat), bagai ditakdir dalam masa yang sama berbagai masalah air pula dilihat melanda negeri Perdana Menteri iaitu Pahang Darul Makmur. Jika di Selangor, rakyat yang mendapat air percuma dikatakan tersalah memilih kerajaan hingga menyebabkan masalah air berlaku. Malah, di Kelantan pun sama. Rakyat dikatakan tersalah piliha kerajaan yang senantiasa membekalkan air kotor kepada penduduk di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Kini, jika ia sering berlaku di bumi Pahang apakah boleh dikatakan rakyat tersalah memilih kerajaan lantaran membiarkan masalah air terus berlarutan sejak sekian lama. Jika di negeri pembangkang, isu air melanda mungkin kerana masalah kekurangan sumber kewangan negeri untuk mengatasi isu itu. Namun, jika ia beraku di negeri yang ditadbir oleh UMNO BN, apakah masalah ekonomi juga jadi faktornya?. Kenapa di negeri yang ditadbir oleh BN senarionya tetap sama?. Sepatutnya isu air ini tidak timbul di negeri-negeri BN termasuk Pahang sendiri. Namun, hakikatnya inilah yang berlaku. Cuma, bezanya isu itu disembunyikan daripada pengetahuan rakyat marhaen. Apa yang lebih difokuskan oleh media arus perdana ialah masalah air di negeri pembangkang. Seolah-olah negeri BN tidak terpalit dengan isu seperti itu. Walhal di Pahang, isu air semakin kronik sebenarnya, terutama yang melibatkan kawasan Felda, kampung-kampung termasuk juga penempatan orang asli. Bila orang asli atau orang asal bangkit memberontak, dikatakan mereka tidak sedar diri dan kerajaan sudah banyak membantu. Namun, realitinya orang asli di Pahang terus terpinggir dari arus kemajuan sejak sekian lama. Pendedaha panas oleh media arus perdana yang lebih adil dan telus iaitu Sinar Harian edisi Pahang semalam sungguh mengejutkan. Mujurlah ada akhbar yang bersuara rakyat masih bersikap terbuka dalam membongkarkan isu-isu sebegini. Jika tidak, pasti rakyat tidak tahu masalah yang berlaku di negeri dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri UMNO BN sebenarnya. Sebab itu kita tidak hairan, Sinar Harian itu sendiri sering diserang oleh pemimpin UMNO BN kononnya berat sebelah. Walhal, apa yang diaporkan oleh akhbar itu jelas sekali menggambarkan kebebasan media yang sepatutnya diamalkan oleh media arus perdana yang lain.


Laporan eksklusif "Terpaksa Kongsi Air Perigi: Ketiadaan Bekalan Air Beban Penduduk Kampung Denai" di Rompin sungguh menyedihkan kita. Sudahlah mereka tiada bekalan air bersih, terpaksa pula berkongsi bekalan air perigi yang kotor dan berkarat. Apa yang dibuat oleh kerajaan? Tidak lebih dari berjanji dan terus berjanji, tetapi ia tetap gagal ditepati sejak 50 tahun yang lalu. Sudahlah tanah adat orang asli ini dicerobohi secara haram sesuka hati oleh mereka yang ada kaitan dengan pemimpin politik negeri, kini kebajikan orang asli juga terus menjadi tanda tanya. Parlimen Rompin diwakili oleh Datuk Jamaluddin Jarjis (foto), yang telah diangkat oleh PM Najib Razak menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat selepas Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Kini beliau selesa berada di luar negara, sedangkan rakyat di kawasannya menanggung derita. Apakah kesengsaraan ini disedari olehnya, yang dikhabarkan bakal diangkat sebagai Menteri Besar Pahang jika Najib terus berkuasa di Putrajaya dan UMNO BN masih mendiami Wisma Sri Pahang selepas pilihanraya umum akan datang. Jika ini keadaannya, sudah pasti rakyat Pahang akan terus hidup sengsara dan merana buat selamanya. Dalam laporan Sinar Harian itu mendakwa ketika penduduk lain berpeluang menikmati pelbagai kemudahan asas dengan selesa, penduduk Orang Asli di sini pula terpaksa menggunakan air perigi dalam menjalankan urusan harian sejak kira-kira 50 tahun lalu. Malah ketika orang lain hanya perlu membuka paip di dalam rumah masing-masing, mereka pula terpaksa bersusah-payah mengangkut air perigi yang kotor serta berbau di rumah jiran mempunyai telaga.


Bagaimanapun masalah bekalan air paip di Kampung Denai bukanlah perkara baru, malah sering dibangkitkan penduduk kepada pemimpin setempat termasuk pihak berwajib. Malangnya sehingga kini, aduan dan permasalahan itu seolah-olah dipandang sepi hingga menyebabkan penduduk kecewa.  Penduduk, Sakila Muharam, 19, berkata, masalah itu bukan baru, malah penduduk berdepan ketiadaan bekalan air sejak mula-mula kampung terbabit dibuka pada 1960-an. Menurutnya, dia yang baru berkahwin terpaksa mengangkut air dari perigi rumah bapanya sejauh kira-kira 500 meter untuk memasak dan mencuci pinggan mangkuk, malah mereka sekeluarga menumpang mandi dan membasuh pakaian di situ setiap hari. "Keadaan ini sungguh membebankan kerana saya terpaksa mengangkat bebanan air dalam jarak jauh, apatah lagi mempunyai seorang anak masih kecil. "Sampai bila kami perlu hidup melarat kerana tidak memperoleh kemudahan asas sempurna? Oleh itu, kami rayu kerajaan mempercepatkan projek bekalan air bersih ke kampung ini. Cukuplah nenek moyang kami menderita, berilah kami peluang untuk menikmati kemudahan sempurna seperti masyarakat lain," katanya. Baca info seterusnya di SINI

[Sesungguhnya rakyat Pahang sendiri sahaja yang tahu betapa tersiksanya mereka menghadapi isu air yang tidak berkesudahan sejak sekian lama ini. Malah, di kawasan Felda terutamanya isu air sudah menjadi terlalu kritikal dan menghantui warga peneroka terutamanya pada musim perayaan atau kenduri kendara. Kerajaan hanya berjanji dan terus berjanji setiap kali musim pilihanraya. Namun sehingga kini ia masih tidak ditepati, sedangkan rakyat terus menderita dan sengsara. Malah, jika dikatakan air paip kotor seperti di Kelantan misalnya, kotor lagi air paip yang dibekalkan kepada beberapa buah tanah rancangan Felda di sekitar wilayah Jengka. Namun, kenapa perkara ini tidak didedahkans ecara eksklusif oleh media arus perdana?. Ini kerana mereka tidak berani berkata benar dan berpijak dibumi yang nyata. Mereka diarahkan hanya highlightkan isu-isu air yang membabitkan negeri-negeri pembangkang terutamanya Kelantan dan Selangor. Apakah cara ini yang dituntut oleh agama?. Menipu rakyat, sebaliknya pada masa yang sama menyerang negeri lain kononnya tidak pandai mentadbir. Justeru, rakyat digesa bijak berfikir sebelum isu air ini bertambah serius lagi. Lakukan perubahan pada pilihanraya umum ini, jika mahu kehidupan lebih selesa].

Panas: Penyokong Kecewa, Di Saman Ketika Saksikan Bola Sepak Pahang VS Negeri Sembilan Malam Tadi !!

Posted: 15 Jan 2013 08:26 AM PST

KUANTAN, 16 Jan - Para penyokong pasukan bola sepak Tok Gajah yang menyaksikan perlawanan Liga Super antara Pahang menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur kecewa dengan tindakan polis trafik menyaman sebahagian besar kenderaan mereka yang diletakkan di sepanjang jalan berhampiran dengan Malay Town dan East Cost Mall dekat sini malam tadi. Mereka kecewa kerana polis sepatutnya memberi kelonggaran kepada penyokong bolasepak untuk memberi sokongan padu kepada pasukan Pahang, namun akhirnya dihadiahkan surat saman. Menurut seorang mangsa, dia hairan kenapa polis bertindak demikian sedangkan mereka tahu Pahang kini berada di ranking teratas Liga Super yang sudah pasti mengundang ribuan penyokong dari seluruh negeri untuk menyaksikan permainan pasukan negeri ini. "Kenapa perlu saman? Apakah polis sudah tiada duit?... Bukankah semua tempat letak kereta di sekeliling stadium sudah penuh.. maka pastilah kami letakkan disepanjang jalan termasuk di kawasan East Cost Mall ini... Kami tidak halang pun lalu lintas.. selama ini sudah beberapa kali saya sendiri letak di situ dan tiada sebarang saman yang diterima.. Tapi malam nii.... polis jadikan kami sebagai mangsa..kami disaman.. bukan satu dua kenderaan.. malah berpuluh-puluh yang alami nasib yang sama", kata penyokong Pahang yang datang dari Temerloh itu. "Jika tidak mahu kami letak kereta di merata tempat.. suruh stadium buat parkir bertingkat... agar senang kami letak kenderaan.. Tiket berharga RM12 tapi kami disaman RM300... sungguh tidak berbaloi dan amat merugikan.. dahlah kami datang dari jauh dengan kos minyak dan tol.. kenapa polis trafik tak terfikir semua ini.. Kenapa masa Jom Heboh mereka tak saman.. masa bola pulak mereka nak cari untung... memang saya tak puas hati dengan semua nii", tambah beliau lagi. Dalam perlawanan malam tadi, Pahang berjaya mendapat tiga mata untuk terus ungguli takhta Liga Super bila berjaya tewaskan Negeri Sembilan 2-1.


[Apa yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Pihak polis memang ada kuasa untuk menyaman mana-mana kenderaan yang diletakkan diluar petak parkir yang telah ditetapkan. Namun, pada masa yang sama mereka juga harus berbudi bicara dan bertimbang rasa. Tambahn pula ketika semua parkir penuh dengan kenderaan semasa hari peristiwa seperti perlawanan bolasepak ini. Kasihan benar kepada mangsa yang datang dari jauh untuk memberikan sokongan kepada pasuka Pahang tiba-tiba mereka pula disaman. Bukankah ini satu penganiayaan. Jika itu keadaannya, maka pihak stadium boleh dipersalahkan kerana tidak menyediakan petak parkir yang mencukupi kepada orang ramai yang ingin menyaksikan sesuatu acara besar di situ. Apapun, pihak polis perlulah memberi kelonggaran kepada orang ramai yang ingin menyaksiakn mana-mana acara sukan di Stadium Darul Makmur. Usahlah gunakan kuasa sewenangnya tanpa mengambilkira acara yang sedang berlangsung. Mereka boleh saman jika ada kenderaaan yang diletakkan sewenang-wenangnya yang bioleh menganggu lalu lintas. Jika tidak, berilah kelonggaran kerana mereka yang hadir untuk menyokong bolasepak Pahang sendiri, bukannya untuk bersuka ria semata-mata].

Era Pasca

Posted: 16 Jan 2013 03:47 AM PST

Era Pasca


DUIT PAMPASAN : UTUSAN KANTOI SAH BN PENIPU!

Posted: 15 Jan 2013 05:10 PM PST


Click gambar untuk membaca
GEMPAR BERITA BERKENAAN WANG PAMPASAN BURUH PAKSA, UMNO DIKANTOIKAN OLEH AKHBAR UTUSAN YANG MEREKA SAYANGI,

BERITA PADA 10 MEI 2007 MENYATAKAN WANG PAMPASAN BURUH DIGUNAKAN UTK MENUBUHKAN MISC SEBUAH SYARIKAT KRONI IAITU ANAK TUN MAHATDIR.

15 JAN 2013 MEMBERITAHU JEPUN TIDAK PERNAH MEMBERI WANG TERSEBUT KEPADA KERAJAAN MALAYSIA. JADI YANG MANA SATU BERITA BENAR???

KITA DESAK KERAJAAN WAJIB BAYAR KEMBALI BERSAMA KEUNTUNGAN 4% KEPADA 30,000 RAKYAT YANG TERLIBAT.RAKYAT SENDIRI BOLEH NILAI.

COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

.

Posted: 16 Jan 2013 03:13 AM PST

.


Pujian Najib Kepada HKR Tidak Ikhlas

Posted: 15 Jan 2013 06:02 PM PST

ULASAN HKR                                                                                                                 

Najib Razak tampaknya cuba hendak menunjukkan baik dengan pembangkang dan dalam masa sama untuk melembutkan hati rakyat apabila beliau mengucapkan terima kasih kepada para peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu lalu kerana himpunan itu berlangsung dalam keadaan aman dan tidak menimbulkan sebarang kekalutan dan kekacauan seperti sebelum ini.

Yang duduk di kaki lima itu adalah SB.
Kata Najib, dia ucap terima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya berhimpun secara baik, walaupun tegasnya dia tidak bersetuju dengan Pakatan Rakyat. Ucapan terima kasih Najib itu disambut dengan rasa senang hati oleh setiap peserta himpunan dan juga orang ramai yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat.

Sejak lebih 10 tahun lalu 'ini kalilah' perdana menteri mengucap terima kasih kepada pembangkang. Cara itu terima kasih itu menunjukkan Najib setidak-tidak ada sedikit telor masak merah. Begitu pun beliau tetap 'bermukah kata' dengan mengatakan kejayaan himpunan itu adalah kerana kejayaan polis kawal keselamnatan.

Pujian terhadap polis itu menjadi pesimis kepada mereka yang menyertai himpunan. Apa yang boleh lakukan pada hari itu, dari bentuk mana kawalan dilakukan polis? Sekali lagi Najib mendapat gambaran serong mengenai peranan polis. Apakah sebuah halikeptor yang berlegar-legar di langit stadium hari itu adalah pasukan polis yang membuat kawalan agar hujan tidak turun?



Walhal yang patut dikalungkan ucapan terima kasih dan syabas di atas kejayaan himpunan itu adalah rakyat dulu (PR) sebelum berterima kasih kepada polis.

Najib perlu memahami faktor utama kejayaan himpunan - tidak kecoh dan berlaku sebarang kekecauan ianya adalah kerana sifat profesional seluruh penyokong Pakatan Rakyat. Selama ini kenapa himpunan menjadi tegang, kecoh dan bagaikan perang ialah kerana sikap polis yang terlalu gila mempertahankan kerajaan UBN atas keyakinan dengan cara itu sajalah rakyat boleh dihambat dan dihalang.

Hari itu saya nampak polis tidak menjadi anjing kepada UBN. Dua tiga puluh anggota yang ada benar-benar bersikap profesional, dan berdiri atas paksi sebagai pasukan keselamatan. Polis yang dihantar juga harus itu berwajah manis, kaya senyum dan bukan bengis macam muka Salleh Kamil atau pun Malik Selamat.

Lantaran itu apakah Najib ikhlas dengan ucapan itu, atau pun ia hanya sandiwara bertujuan untuk nmengambil nhati rakyat. Untuk menunjukkan yang transformasinya  yang dilakunanya berjaya dan memberi kesan ke atas pentadbiran negara. Bahawa dia adalah seorang mesra rakyat.

Ada juga orang mentafsir Najib terpaksa berbuat begitu, menngambil pendekatan lunak bagi melembutkan hati rakyat setelah menyedari pihak kerajaan sudah tidak dapat berbuat apa-apa dengan kebangkitan rakyat. Sama ada disekat atau tidak, rakyat sudah nekad bangkit. Jadi alang-alang rakyat sudah bangkit dan sekatan tidak dapat dilakukan lebih baik bersikap mengalah dan sedia memberi kelonggoran.

Najib mengubah strategi. Sebenarnya bukan saja Najib pemimpin Umno lain yang sebelum ini bersikap macam rimau anaknya dipijak kerbau juga akan memberi ulasan-ulasan bengis terhadap himpunan itu. Adan diputar belitkan semahunya untuk menggambarkan betapa buruknya Pakatan Rakyat.

Hanya Tv nombor tiga bersama media PB saja terus memutar belit fakta dan memberi gambaran himpunan tetap menimbulkan masalah. Tv nombor tiga menamakan himpunan itu sebagai Himpunan Shamsidar. Nampaknya tv itu pun terpengaruh dengan seekor keling yang membenci kepada Anwar Ibrahim.

Berbalik kepada pujian Najib tadi, kalau beliau ikhlas, tidak perlu ada lagi tindakan susulan ke atas himpunan berkenaan. Misalnya cadangan pihak polis untuk mendakwa pihak penganjur kerana melanggar syarat himpunan tidak timbul lagi. Apa perlu mendakwa pengajur kalau himpunan itu berjaya dan berlaku dalam keadaan aman?

Di sini ada sedikit pertentangan. Kalau sikap Najib memuji himpunan itu sebagai signal agar ia tidak diperapa-apakan kerana ia aman dan bersih, kenapa tindakan susulan tetap juga diambil. Apakah disini arahan Najib itu sudah tidak dihormati?

Bila menghalus pertentangan ini macam ada yang tidak balance di antara Najib sebagai perdana menteri dengan Hishamuddin Hussein yang mengawal polis. Sepatutnya mereka bercakap senada. Bila Najib puji himpunan itu maka Hishamuddin juga perlu menokak tambahnya. Di sinilah baru nampak apa yang disuarakan Najib itu ikhlas.

Tetapi bila Najib cakap lain dan Hishamuddin cakap lain, nayata pujian Najib tidak ikhlas dan sengaja mengambil hati rakyat saja. Dari satu segi Najib suka kepada keadaan begitu dan dalam masa sama beliau juga suka kalau himpunan itu diberikan imej yang buruk dan disekat.

Pertentangan kenyataan mereka berdua ini dapat dinilai sebaik mungkin oleh rakyat. Kesimpulannya, pujian Najib jangan disimpan didalam hati kerana ia tidak ikhlas, dan tindakan polis membuka kertas siasatan mengenai himpunan itu perlu diterima dan dianggap siasatan itu selepas himpunan diakui bersih dan aman adalah usaha berterusan UBN untuk menghalang kemkaraan rakyat memberi sokongan kepada PR.

Cuma bezanya kali ini mereka tidak hantar 'Salih Kamil' dan 'Malik Selamat' direct ke atas jalan raya dan lorong-lorong di sekitar stadium Merdeka. [wm.kl.9:56 am 16/01/13]

Kelab Greenboc

Posted: 16 Jan 2013 01:26 AM PST

Kelab Greenboc


Fenomena "Listen Listen Listen": Template Tarbiyah UMNO BN Untuk Pelajar IPT

Posted: 16 Jan 2013 12:41 AM PST

#Listen #Listen #Listen

MUSTAHIL anda tidak faham lawak tajuk di atas. Mustahil! Dalam dunia serba canggih dan maklumat di hunnjung jari ini, tipulah kalau anda kata anda tak tahu apa yang saya maksudkan. Begitu pantas sekali lelucon 'listen, listen, listen' ini tersebar di ruang maya sehinggakan dalam kurang 24 jam, Presiden Suara Wanita 1Malaya (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin berjaya menumpaskan seorang warga siber sensasi 'Shasha Mendoza' yang menjadi sumber hilai tawa ketika berlangsungnya himpunan KL112.

Saya tidak sanggup menonton video forum 'Seiringkah Mahasiswa Dengan Politik' yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu. Satu kerana saya rasa tajuk forum itu bodoh. Dan kedua, saya tak sanggup tengok orang bodoh memperbodohkan diri.

Apa yang saya tahu ialah Sharifah Zohra bertindak merampas mikrofon daripada seorang mahasiswi UUM bernama Bawani, mungkin kerana sudah tidak dapat menahan lagi keperluan untuk mematahkan soalan Bawani mengenai perkara sensitif, termasuk perihal ekonomi dan pendidikan.

Lumrah orang yang tidak boleh menjawab soalan, akan membalas soalan dengan meroyan. Itulah yang dilakukan Sharifah Zohra. Bukan sekali, malah SEPULUH kali beliau berkata 'Listen' (dengar) kepada Bawani, ketika belum sempat mahasiswi itu menghabiskan soalannya. Sambil memegang mikrofon yang dirampas, Sharifah Zohra harus pula menuturkan 'Let me speak' (bagi saya bercakap) sehingga tujuh kali. Kau dah pegang mikrofon, siapa lah yang nak halang kau bercakap.

Yang lebih menggelikan buah pinggang, hujah-hujah Bawani dibalas Sharifah Zohra dengan 'animals have problem', 'kucing ada masalah', 'anjing boleh menggonggong', 'lembu kambing ada masalah', 'kita manusia lebih rakus daripada ikan', 'and you tau tak binatang apa yang paling banyak sekali masalah?', 'pernah makan shark fin?'

Ini saya kutip daripada surat terbuka yang ditulis orang kepada sang Presiden SW1M. Saya sehingga kini masih tidak sanggup menonton sepenuhnya video terbabit; risau saya akan dapat mendengar IQ saya jatuh merudum. Tambahan pula saya punya pundi kencing yang lemah.

Pembodohan

Apa yang kita lihat (err.. anda lihat) dalam video itu adalah sejenis pembodohan terancang yang dijana kelestariannya oleh kehendak United Malays National Organisation yang mahukan orang Melayu ini bengap sebengap-bengapnya supaya mudah ditolak ke tepi ke tengah dan diperintah-perintah. Lihat sahaja gaya macainya di SW1M itu yang menyuruh orang 'listen' sampai sepuluh kali kepada kata-katanya yang entah apa-apa.

Inilah dia 'template' pentarbiyahan UMNO terhadap anak-anak kalian di universiti dan sekolah-sekolah yang diheret ke latihan Biro Tata Negara. Pembodohan yang dipaksakan ini adalah rencah asli sup bunjut UMNO yang dihidangkan saban hari melalui media arus perdananya di kaca televisyen dan dada akhbar serta menjadi asas pembentukan mentaliti rakyat supaya tidak menyoal dan merelakan apa sahaja yang berlaku.

Namun begitu apa yang menyebabkan semua ini menjadi kelakar ialah respon Ketua Pemuda UMNO, Saudara Khairy Jamaluddin.Ketawa besar saya semalam setelah membaca kicauannya di laman sosial 'Twitter'.

Akaun rasminya, @Khairykj menyiarkan 'And on UUM issue. Please #listen to me: this Jabeen lady DOES NOT represent BN. Sekian,' (Dan tentang isu UUM itu, tolonglah dengarkan saya. Perempuan Jabeen ini tidak mewakili BN.Sekian). Barangkali KJ pun sudah puas ketawa berdekah dan rasa terpaksa ikut serta untuk 'menganjing' respon si Jabeen.

Usaha Khairy untuk mengawal keadaan ini ternyata gagal. Takkan lah UUM nak biar siapa-siapa sahaja masuk berpogram dalam kawasannya jika tidak punya tauliah, apatah lagi tauliahan UMNO dan logo 1Malaysia. Lumrah, kalau sudah bodoh dan buruk, semua orang tak mahu mengaku kawan. Kasihan si Jabeen.

Fungsi universiti

Pastinya universiti itu adalah tempat untuk belajar dan tiada cara yang lebih baik untuk belajar selain bertanya soalan. Untuk ini Pakatan Rakyat menjanjikan kebebasan akademik tanpa campur tangan politik yang mengekang kebebasan berfikir dan bertanya soalan, lagi-lagi soalan yang bisa menyengat dan sensitif mengusik kalbu pemerintah.

Universiti pastinya bukan tadika. Tidak ada pasal untuk ada pihak-pihak tertentu masuk ke kampus dan menyuruh orang mendengar kata-katanya. Mahasiswa punya hak untuk memilih; samada untuk mendengar atau tidak, untuk percaya atau tidak. Dan mahasiswa juga berhak menyoal. Barulah namanya forum. Kalau mahu bercakap sahaja tanpa perhubungan dua hala daripada audien, jadilah DJ radio. Mudah.

Pindaan terhadap AUKU yang membenarkan mahasiswa berpolitik seharusnya dijadikan titik tolak untuk menerapkan kesedaran dan partisipasi politik di kalangan anak muda. Kalaupun UMNO mahu terus mendoktrinkan kebodohan ideologi politik etnosentriknya, lakukanlah dengan bijaksana dan dengan hujah-hujah yang ilmiah. Apabila saya sebut ilmiah, maksud saya hujah yang tidak mengaitkan masalah-masalah kambing, anjing dan ikan jerung dalam perdebatan yang sihat.

Forum akademik, walaupun tajuknya berbunyi bodoh; sewajarnya dijalankan dengan penuh rasa hormat kepada ilmu dan tempat menuntut ilmu Universiti bukan taman asuhan kanak-kanak riang untuk disumbat-sumbat kepala otak anak mahasiswa itu dengan maklumat tanpa soal jawab. Malahan budak-budak tadika sekarang pun sudah pandai bersoal jawab. Jabeen mungkin tidak datang daripada sistem pendidikan yang maju itu.

Listen

Ya, pastinya ada masa untuk mendengar. Dan masanya ialah sekarang. UMNO dan juak-juaknya telah menutup telinga sejak Mac 2008 dan tidak mempedulikan suara rakyat yang mahukan perubahan. Seperti budak kecil yang menutup telinga sambil menyanyi 'lalalala' tidak mahu dengar cakap orang tua; begitulah perangai kanak-kanak UMNO dan Barisan Nasional kini yang tidak akan langsung mengambil iktibar daripada tempeleng maha hebat lima tahun lalu.

Kini UMNO terus hidup dalam penafian, dan akan mati dalam penafian dan angan-angan yang mengabui matanya sendiri.

Penyudah kepada forum anjuran proksi UMNO di UUM itu pastinya tidak mendapatkan apa-apa hasil selain daripada hilai tawa masyarakat yang menyaksikan pembodohan oleh pecacainya yang gagal sama sekali mengubah pendirian rakyat untuk menghumbankan UMNO dan macai-macainya itu ke lohong paling gelap dalam sejarah negara.

UMNO seharusnya mendengar teguran ramai, atau menanggung risiko untuk pupus selama-lamanya.

Listen! – Izmil Amri/[Roketkini]

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


[MAHKAMAH] UMNO Kalah Lagi: Anwar Menang Saman, Khairy Tarik Balik Fitnah

Posted: 15 Jan 2013 10:29 PM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.

"Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati," kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…," seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Hadir sama mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Su Geok Yiam adalah Khairy dan seorang lagi peguam Anwar, Gobind Singh Deo.

Ekoran tindakan Khairy itu, Anwar mengingatkan pemimpin Umno agar berhenti menggunakan saluran media sesuka hati untuk memburukkan imej beliau.

Peguam mewakili Anwar, Haijan Omar turut berpuas hati dengan penarikan tersebut.

"Dia (Khairy) menarik balik sebab bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini. Kita berpuas hati dan setuju untuk selesaikan," kata Haijan kepada pemberita.

"Lagipun ia menjimatkan masa dan kos semua pihak," tambahnya.

Anwar memfailkan saman tersebut pada 7 September 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Menurut beliau, kenyataan fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan eletronik dalam negara pada 3 Ogos 2007.

Anwar juga mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak mereka, dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara.

Beliau turut berkata, Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir bahawa beliau (Anwar) merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya, dan Khairy menurutnya berniat jahat ketika membuat kenyataan itu yang merupakan satu pembohongan, tidak berasas dan tidak benar.

Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi bagi menghalang Khairy, atau ejennya, daripada mengulangi kenyataan itu. -KD

Lim Guan Eng & PRkah Yang Sebabkan Melayu Di Johor Semakin Merempat?

Posted: 15 Jan 2013 07:08 PM PST

Kedudukan Melayu Johor membimbangkan

Tanah kerajaan diswastakan tanpa mengira harga dan mudaratnya kepada bangsa Melayu serta rakyat Johor keseluruhannya.

KUALA LUMPUR: Masa depan hak ekuiti masyarakat Melayu Johor kini didakwa semakin merosot dan jurang perbezaan prestasi ekonominya kian membesar akibat lambakan pelabur asing masuk ke negeri itu.

Kebimbangan itu dinyatakan wakil agensi kerajaan, perwakilan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPPMM) dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam satu resolusi Kongres Ekonomi Melayu Peringkat Zon Selatan.

Presiden DPMM Datuk Syed Ali Alattas ketika membentangkan resolusi yang tercapai pada 6 Januari lalu itu berkata, kongres turut kesal dengan isu hak milik tanah orang Melayu Johor apabila tanah kerajaan diswastakan tanpa mengira harga dan mudaratnya kepada bangsa Melayu serta rakyat Johor keseluruhannya.

Syed Ali berkata, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Johor akan ditentukan daripada projek pembangunan Iskandar Malaysia di mana 80 peratus daripadanya dikuasai pelabur asing.

"Projek Iskandar memundur dan memiggirkan orang Melayu dari segi ekonomi sekaligus meningkatkan jurang kemiskinan," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Katanya, pendapatan perkapita penduduk Johor juga semakin rendah apabila kebanyakan masyarakat Melayu kini tidak mampu lagi membeli rumah di sekitar kawasan Iskandar.

`Tanah sendiri dimiliki orang asing'

"Bayangkan rumah dengan keluasan 1, 300 kaki persegi kini mencecah RM1juta.

Individu yang bergaji RM5,000 pun tak mampu membelinya kerana bank hanya membenarkan pinjaman sehingga RM200,000 sahaja.

"Lebih teruk tanah sendiri dimiliki orang asing…ini situasi merbahaya yang dihadapi penduduk Johor," katanya.

Koridor pembangunan yang dimiliki Khazanah Nasional Berhad dan terletak di Selatan Johor itu mempunyai keluasan kira-kira 500,000 ekar, kira-kira tiga kali ganda daripada keluasan Singapura.

Sehubungan itu, Kongres itu mencapai satu resolusi mahu mendesak kerajaan memperuntukkan 30 peratus (24,000 ekar) Nusajaya kepada orang Melayu.

Selain itu, kongres turut meminta Jambatan Selat Tebrau yang dikenali sebagai 'Jambatan Bengkok' yang terbengkalai diteruskan semula.

"Rugi kalau jambatan yang dibina dengan kos RM700 juta itu terbiar.

Kalau tambah modal RM700 juta lagi boleh selesai," katanya.

Kongres itu juga mengambil ketetapan untuk menggunakan status Melayu, dan bukan lagi Bumiputera bagi mengelakkan daripada penyelewengan dan kekeliruan kepada status 'Bumiputera' dimanipulasi oleh pihak lain demi keuntungan pihak tertentu. -FMT

Ulasan GB

Sebelum ini media pencacai heboh menyerang kerajaan Pulau Pinang kononnya penyebab kepada tergadainya tanah-tanah milik orang Melayu di negeri itu.

Lim Guan Eng caivinis, Lim Guan Eng pengkhianat, Lim Guan Eng hapus tanah milik Melayu dan segala macam ungkapan mak nenek untuk memfitnah kerajaan PR di Pulau Pinang.

Bangunlah segala jenis pencacai dan malaon todi berdemo dan berarak untuk menghentam kerajaan negeri Pulau Pinang, siap dengan mencarut dan bahasa perkauman.

Tup tup hukum kebenaran dan keadilan pun terdedah. Rupa-rupanya di negeri dimana UMNO berkuasa dan paling kuat di negara ini, itulah negeri yang telah menyebabkankan tanah-tanah milik orang Melayu terjual dan tergadai bukan kepada rakyat di negara ini tetapi kepada warga asing.

Sekarang meludah ke langit terkena sendiri!

Semuga Datuk Siti Istiqamah Bertudung Penuh

Posted: 15 Jan 2013 04:00 PM PST


Berhijab Penuh: Siti Nurhaliza Tunai Janji Dengan Fans Manis bertudung litup sejak menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada 11 Januari lalu, penyanyi tersohor Dato' Siti Nurhaliza Taruddin mengesahkan bahawa keputusannya untuk berimej sopan dengan berhijab penuh itu dilakukan dengan kerelaan hatinya sendiri.

Malah, Siti Nurhaliza berkata sudah tiba masanya dia menunaikan kata-kata serta janjinya selama ini yang mahu berhijab penuh sebaik sahaja pulang daripada menunaikan Haji di Kota Suci Mekah tidak lama dulu.

"Inilah doa daripada orang ramai dan peminat. Saya pernah kata dulu yang saya akan berhijab penuh, dan kini saya tunaikan jua. Alhamdulilah pada hari jadi saya yang ke 34 yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat saya mengambil keputusan untuk berhijab penuh," katanya ringkas yang tidak berniat untuk mengulas lanjut.

Siti Nurhaliza ditemui murai.com.my di majlis resepsi ketiga penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan Leuniey di Hotel Royale Damansara, malam semalam.

Pada majlis yang berkonsepkan English itu, Siti telah menyumbangkan sebuah lagu untuk kedua-dua mempelai yang berjudul Kengan Terindah dendangan Samsons.

Mengenakan gaun berwarna cokelat lembut atau nude colour rekaan pereka fesyen kegemarannya, Rizman Ruzaini, penampilan Siti itu telah dipadankan dengan tudung litup dari rona serupa.

Bukan sekadar tudung dan gaun dari rona serupa, dia turut memadankan penampilan mempesonanya itu dengan clutch serta tumit tinggi warna yang sama. -murai

Ulasan GB

Semuga Datuk Siti istiqamah dengan tindakannya memakai tudung penuh tersebut.

Itu yang pertama. Yang kedua semuga Datuk Siti mensucikan niat bertudung penuh itu kerana Dia, bukan dikeranakan dengan kerana-keranan yang lain.

Semuga kehidupan Datuk Siti sekeluarga dilimpahi hidayah, inayah, perlindungan dan rahmatNya.

Islamikkah Tindakan Bank Islam Menggantung Azrul Azwar?

Posted: 15 Jan 2013 06:16 AM PST

Azrul Azwar: Bank Islam rugi, bank lain untung

KUALA LUMPUR: Kehilangan Ketua Ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin di Bank Islam mempunyai potensi untuk menjejaskan nama bank itu sebagai institusi kewangan negara.

Ini kerana ia kelihatan sebagai permainan politik oleh Bank Islam.

Lantas, badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berpendapat kehilangan Azrul Azwar sebagai Ketua Ekonomi Bank Islam merupakan suatu kerugian kepada bank itu dan keuntungan kepada mana-mana institusi kewangan lain yang mungkin mengambil beliau.

Berikut kenyataan KPRU berhubung isu berkenaan.

Badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berpendapat bahawa tindakan Bank Islam menggantung tugas Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, hanya menunjukkan Bank Islam mementingkan kepentingan politiknya berbanding melindungi hak kebebasan bersuara kakitangannya.

Justeru, KPRU menyarankan Bank Islam menyemak semula keputusan menggantung tugas Azrul Azwar dan mengembalikan jawatan dan tugas Azrul Azwar kepadanya.

Azrul Azwar mempunyai pengalaman selama melebihi sepuluh tahun dalam bidang ekonomi.

Beliau telah bertugas sebagai penganalisa di Meridian Asset Management Sdn Bhd, RHB Bank, Malaysia Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dan Islamic Financial Services Board (IFSB).

Hanya kerana memajukan pendapatnya mengenai peluang kemenangan Barisan Nasional, beliau telah digantung daripada tugasnya dan menghadapi risiko untuk kehilangan jawatan beliau sebagai Ketua Ekonomi di Bank Islam.

KPRU menyarankan individu seperti Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar yang berpengalaman tinggi, dalam bidang ekonomi diangkat penggantungannya dan dilayani sebagai aset dan bukannya musuh politik. Memandangkan Bank Islam telah menjauhi daripada pendapat Ketua Ekonomi Bank Islam Azrul Azwar maka, tindakan menggantung tugas merupakan suatu tindakan ekstrem dan tidak mencerminkan sikap profesionalisme Bank Islam dalam menangani pendapat politik berbeza-beza.

Kehilangan Ketua Ekonomi Azrul Azwar di Bank Islam mempunyai potensi untuk menjejaskan nama Bank Islam sebagai antara institusi kewangan negara kerana ianya kelihatan sebagai permainan politik yang dimainkan oleh Bank Islam. Lantas, kehilangan Azrul Azwar sebagai Ketua Ekonomi Bank Islam merupakan suatu kerugian Bank Islam dan suatu keuntungan mana-mana institusi kewangan lain yang mungkin menggaji beliau.

Sebagai rakyat Malaysia, Azrul Azwar mempunyai hak kebebasan untuk menyuarakan pendapatnya. Sebagai sebuah institusi kewangan negara ini, Bank Islam seharusnya bersikap neutral terhadap para pekerjanya terutamanya dalam mengendalikan pendapat politik yang berbeza.

Kegagalan Bank Islam untuk bersikap neutral hanya merugikan Bank tersebut dan menampakkan Bank Islam sebagai suatu alat politik kerajaan Barisan Nasional.
-HD

Ulasan GB

Bank Islam yang sepatutnya menyerlahkan ciri-ciri keadilan Islam tiba-tiba kini bertindak zalim dan kejam apabila menggantung tugas Ketua Ekonominya, Azrul Azwar.

Sekaligus tindakan Bank Islam itu memberikan gambaran buruk terhadap agama Islam apabila ia menjadi alat politik kerajaan BN.

Perkasa basic sebegitu pun Bank Islam gagal untuk pamerkan keadilan Islam, lagi mahu harapkan keadilan melalui ekonomi dan perbankan Islam?

Bangang dan kebodohan yang tiada taranya. Sanggup memecat Ketua Ekonominya sendiri kerana tunduk dan akur kepada tekanan pihak lain.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berlaku, Bank Islam sewajarnya menggugurkan nama "Islam" apabila ia sendiri gagal untuk menjunjung kebenaran dan keadilan seperti yang dituntut oleh ajaran Islam sendiri!

[VIDEO] UMNO Kini Kelam-kabut Dengan Isu Bawani

Posted: 15 Jan 2013 04:31 AM PST

Menteri 'rayu' Bawani, mahu pulih isu

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi merayu' KS Bawani, pelajar kontroversi Universiti Utara Malaysia (UUM) yang lantang dengan pendirian mengenai perhimpunan Bersih dan tuntutan pendidikan percuma supaya menghubunginya, dipercayai untuk meredakan isu.

Saifuddin Abdullah menulis di twitter semalam, nombor telefon peribadinya dengan mesej meminta pelajar tersebut meghubunginya, selepas seorang pengguna twitter memberitahu Bawani mempunyai akaun twitter.

Menurut beliau, mahasiswa termasuk Bawani berhak menyuarakan pandangan tanpa ada sekatan.

Isu ini tercetus apabila rakaman video forum suara mahasiswa yang dimuat naik ke youtube sejak beberapa hari lalu, menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila salah seorang ahli panel enggan memberi ruang kepada seorang mahasiswa, iaitu Bawani untuk memberi pandangan.

Video selama 24 minit yang dirakam dalam forum untuk pelajar UUM bulan lepas memaparkan ahli panel, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menyekat pelajar itu dari menghabiskan soalannya berhubung pendidikan percuma.

Ekoran kelantangan Bawani memberi pandangan, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di hadapan pelajar itu.

Sharifah dengan nada tegas berkata 'Listen' sebanyak 10 kali sebelum mengambil pembesar suara dari Bawani, kemudian Bawani berhenti bercakap.

Difahamkan bahawa Syarifah Zohrah adalah Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) dan Timbalan Ketua Wanita KIMMA. Semua tahu Kimma atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia adalah komponen baru dalam BN.

Blog-list Malaysia

Posted: 16 Jan 2013 01:25 AM PST

Blog-list Malaysia


Sharifah Zohra Dakwa Diugut Dan Kini Menyembunyikan Diri

Posted: 15 Jan 2013 11:14 PM PST

Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) mendakwa presidennya Sharifah Zohra Jabeen diperas ugut berhubung video beliau mencaci seorang pelajar universiti yang kini tersebar luas.Emalee yang lebih dikenali sebagai "Ratu Naga" yang menguruskan akaun Facebook SW1M menyatakan perkara tersebut apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

"Mengapa saya tidak pernah meminta beliau untuk mendedahkan dirinya? Seseorang memeras ugutnya. Jadi saya fikir cara terbaik (adalah) untuk beliau berdiam diri dan saya melakukan semua muatnaik dan penjelasan," kata anggota majlis tertinggi dan penasihat SW1M.


Emalee mengatakan beliau boleh membuat penjelasan oleh kerana turut hadir dalam forum pada 8 Disember di Universiti Utara Malaysia yang dirakamkan dan tersebar luas sebagai sebuah video melebihi 20 minit dan membangkitkan kemarahan di Internet.

"Saya menyuruh beliau ke tempat lain yang lebih selamat kerana beliau mempunyai anak. Seseorang cuba memeras ugutnya dan isu ini menjadi bertambah serius," tambah beliau lagi.

Beliau mengesahkan Sahrifah Zohra tidak menyerahkan kuasa kepadanya untuk sebarang muatnaik di Facebook SW1M sambil menambah presidennya tidak tahu menahu tentang Facebook tersebut.

Menurut Emalee, pertubuhan tersebut yang bertujuan untuk memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak ditubuhkan sekitar Januari-Febuari tahun lalu.

Beliau berkata SW1M membantu wanita dengan mendengar masalah mereka, termasuk kes-kes penderaan domestik, dimana organisasi tersebut kemudian menyerahkan kepada Perdana Menteri dalam bentuk memorandum.

Beliau mengakui bahawa ada yang melihat SW1M sebagai "NGO untuk BN" akan tetapi menekankan organisasi tersebut bebas dan "tidak mewakili mana-mana parti politik".

Beliau bersetuju bahawa kehadiran slogan "1 Malaysia" dalam nama organisasi mungkin menyebabkan kekeliruan, tetapi berkata bahawa salah satu daripada sebab-sebab ianya dipilih adalah kerana mereka "menghormati" perdana menteri.

SW1M telah mempertahankan Sharifah Zohra diatas video yang menunjukkan beliau mencaci pelajar undang-undang Bawani KS dengan kata-kata seperti "apabila ini adalah program kami, kami benarkan anda untuk bercakap "dan" apabila saya bercakap, anda dengar".

Video menunjukkan Bawani bercakap mengenai perhimpunan Bersih untuk pembaharuan pilihan raya dan pendidikan percuma, sebelum ahli panel forum Sharifah Zohra mengganggu serta merampas mikrofon beliau.

Beliau kemudiannya memanggil pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai "anarkis" dan memberitahu pelajar universiti untuk pergi ke negara-negara lain jika mahu membandingkan Malaysia dengan negara luar.

Pentadbir organisasi telah berkata Sharifah Zohra tidak tidak perlu meminta maaf kepada Bawani berhubung kenyataannya.

Dua pemimpin Barisan Nasional (BN) telah mempertahankan Bawani di Twitter dan berkata bahawa Sharifah Zohra tidak berkaitan dengan gabungan pemerintah itu.

Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Senator Datuk Syed Ibrahim Kader semalam berkata Sharifah Zohra tidak lagi menjadi ahli parti tersebut, sebelum menuduh beliau mempunyai "sukar mengawal" tingkah laku.

Semalam Emalee berkata politik tidak pernah disebut sepanjang forum dan mendakwa Bawani tidak bercakap semasa sesi soal-jawab tetapi hanya berdiri selepas program berakhir.

Beliau berkata bahawa Sharifah Zohra tidak memberi ruang Bawani dan masa untuk bercakap, tetapi mengucapkan perkataan terkenal "dengar, dengar, dengar" garisan apabila pelajar tersebut enggan membiarkan ahli panel bercakap.

Beliau berkata forum, yang bertajuk Seiringkah mahasiswa dan politik telah dijalankan?' anjuran oleh SW1M dengan kerjasama UUM.

Bawani, seorang aktivis sosial berumur 27 tahun, memberitahu The Malaysian Insider video menunjukkan bagaimana universiti yang dibiayai oleh negara menggunakan forum pelajar untuk "cuci otak" mereka.


PANAS - Patrick Teoh Menghina Al-Quran Dan Islam

Posted: 15 Jan 2013 10:38 PM PST




Akhirnya bimbang kesan yang bakal terjadi Patrik Teoh telah memohon maaf atas kenyataan kurang ajar lagi CELAKA dia tu. Tapi nampak macam tak berapa ikhlas la..



UUM kata tiada kena mengena dengan forum SW1M

Posted: 15 Jan 2013 10:28 PM PST

Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini menjelaskan bahawa ia hanya menyediakan dewan untuk forum kontroversi melibatkan teguran pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin kepada pelajar jurusan undang-undang KS Bawani.

Naib canselor UUM Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak dalam kenyataan kepada beberapa akhbar berbahasa Cina semalam berkata, universiti itu tiada kena mengena dengan forum berkenaan selain menyediakan tempat.


"Untuk mengaitkan UUM dengan forum ini amat tidak adil kepada pihak berkuasa universiti," katanya kepada akhbar China Press.

Laporan Oriental Daily News pula menyebut, Mustafa kecewa apabila ramai yang menuding jari kepada UUM selepas menonton konfrontasi di antara Bawani dan Sharifah.

Beliau turut menegaskan bahawa kenyataan Sharifah tidak mewakili pendirian UUM dan turut memuji keberanian Bawani dalam menyatakan pandangan.

"Sebenaranya, sikap kedua-dua mereka amat keras. Bawani bertegas untuk bertanya soalan selepas sesi soal jawab tamat dan berlanjutan. Ini mungkin menyebabkan Sharifah berang.

"Universiti sentiasa memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyatakan buah fikiran," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini menghubungi seorang pengurus program SW1M yang dikenali dengan nama Azhar untuk mendapatkan reaksi pagi ini.

Azhar yang enggan mengulas lanjut berkata NGO berkenaan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.


Bawani Terkejut Tiba-Tiba Menjadi Wira..

Posted: 15 Jan 2013 08:28 PM PST

GEORGE TOWN, 16 Jan — Video pelajar universiti dicaci kerana menyatakan pandangannya di laman Youtube yang tersebar luas mendedahkan kepada umum bagaimana institut pengajian tinggi awam menggunakan forum untuk "mencuci otak" mahasiswa.

Pelajar undang-undang tahun dua Bawani K.S. menyatakan rasa terkejut sekarang kerana dirinya bertukar menjadi wira dalam masa satu malam kerana mempersoalkan ahli panel Sharifah Zohra Jabeen dalam forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 Disember.


"Sekarang orang ramai akan tahu apa yang berlaku di universiti awam dan bagaimana mereka boleh menganjurkan forum 'Mahasiswa dalam politik' dan menggunakannya untuk 'brainwash' pelajar dengan memberitahu mereka perhimpunan jalanan adalah salah sambil menunjukkan gambar-gambar pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah dan memberitahu kita agar tidak mencontohi mereka," kata Bawani kepada The Malaysian Insider.

Aktivis sosial berumur 27 tahun lega insiden tersebut tersebar luas kerana beliau berpeluang mendapatkan lebih ramai orang menyertainya untuk memperjuangkan pendidikan percuma bagi semua rakyat Malaysia.

Apabila diberitahu beliau digelar sebagai "Ambiga Kecil", Bawani tertawa dan mengatakan betapa pentingnya rakyat mengetahui keperluan meneruskan perjuangan menuntut hak mereka.

Beliau juga berkata Sharifah Zohra tidak perlu meminta maaf kepada dirinya tetapi berhutang maaf kepada semua pelajar dalam forum tersebut.

"Beliau telah perkecilkan semua pelajar dan memperkecilkan kita semua," kata pelajar tersebut yang juga merupakan seorang ahli Parti Sosialis Malaysia dan organisasi Jaringan Rakyat Tertindas.

Walaupun tidak kecewa kerana dicaci secara terbuka, Bawani masih kesal tentang bagaimana keseluruhan forum dianjurkan untuk menjadikan pelajar universiti menentang perhimpunan Bersih dan perhimpunan jalanan untuk memperjuangkan hak rakyat.

"Dalam kebanyakan forum, mereka menunjukkan klip video perhimpunan dan gambar-gambar wanita yang terlibat dalam perhimpunan dan kemudian memberitahu pelajar-pelajar ini bagaimana wanita perlu bertindak atau berkelakuan dan tindakan tersebut adalah salah," katanya menceritakan ketika dihubungi.

Beliau juga menyatakan rasa terkejutnya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menghubungi beliau berhubung kejadian itu.

"Dia memberitahu saya dia menyokong saya dan saya menjawab pemimpin NGO seperti Sharifah tidak harus dibenarkan untuk menganjurkan apa-apa forum yang berat sebelah dalam universiti awam," katanya.

Bawani berkata adalah lebih adil untuk mempunyai satu forum di mana kedua-dua belah seteru politik hadir membahaskan secara terbuka pandangan yang berbeza mereka mengenai isu-isu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna internet dan pelajar kerana menyokong beliau dan menggesa mereka untuk menggunakan ini untuk meneruskan perjuangan untuk hak-hak mereka sendiri.

"Marilah berjuang bersama-sama untuk pendidikan percuma bagi semua rakyat Malaysia," kata pelajar undang-undang yang sudah mempunyai ijazah pertama dalam bidang psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mengenai perjuangan beliau untuk pendidikan percuma, Bawani mengkaji isu itu pada tahun 2010 dan merasakan Malaysia sebagai negara pengeluar minyak, mampu untuk menyediakan pendidikan percuma kepada semua pelajar dari tadika hingga ke peringkat tertinggi.

Video YouTube yang menunjukkan Sharifah Zohra yang mengetuai organisasi tidak dikenali Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), mencaci Bawani tersebar luas semalam di laman media sosial.- TMI


PANAS - Wanita Umno Hina Bawani.. Suruh Balik India..

Posted: 15 Jan 2013 07:36 PM PST




Anwar makin hilang sokongan - Ruslan Kasim

Posted: 15 Jan 2013 05:52 PM PST

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Tindakan peserta himpunan pembangkang keluar dari Stadium Merdeka sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap membuktikan sokongan rakyat terhadap Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri semakin suram.

Difahamkan, peserta yang bertindak keluar stadium ketika Anwar bersemangat memberikan ucapan tersebut terdiri daripada ahli-ahli Pas.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim (gambar) berkata, ternyata penyokong Pas mahu meletakkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang majoriti pada pilihan raya umum akan datang dan bukannya Anwar.


Katanya, penyokong dan ahli Pas seakan-akan sedar tentang masalah moral serta nafsu Ahli Parlimen Permatang Pauh yang merupakan liabiliti politik kepada pembangkang.

"Ahli-ahli Pas juga sudah percaya dengan pengakuan yang dibuat Pengerusi DAP, Karpal Singh pada Oktober 1997 bahawa beliau mempunyai bukti kukuh tentang kegiatan liwat Anwar.

"Sehingga hari ini, Karpal enggan menarik balik kenyataan itu daripada hansard Parlimen. Takkan peguam Anwar (Karpal) hendak berbohong dalam perkara sebegini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut laman blog papagomo.com, dianggarkan sekitar 5,000 penyokong pakatan pembangkang bergegas keluar stadium ketika Anwar memberikan ucapan.

Sehubungan itu, jelas Ruslan, Anwar seharusnya sedar dan bersara daripada dunia politik ekoran penolakan penyokong terhadap beliau.

Tambah Ruslan, penolakan Anwar sebagai Perdana Menteri itu juga menimbulkan keraguan dalam kalangan ahli-ahli Pas tentang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin yang masih tidak membuat penafian serta menyangkal dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan Anwar.

"Kita juga ingin bertanya apakah berdiam diri itu bermakna mengesahkan atau mengiyakan apa yang dikatakan oleh rakyat atau mereka sebenarnya telah tersepit serta tak berani mengeluarkan sebarang kenyataan?

"Rakyat diminta buka mata untuk menilai agenda politik pembangkang ini supaya kerajaan yang memerintah selepas pilihan raya umum akan datang merupakan kerajaan berkaliber dan dapat memakmurkan negara," katanya. -Utuseks Malaysia


Sharifah Zohra Seorang Yang Liar Dan Sukar Dikawal - Kimma

Posted: 15 Jan 2013 02:42 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Pembicara kontroversi Sharifah Zohra Jabeen yang menyerang seorang mahasiswi secara terbuka dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan lagi ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) kata presidennya Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dan mendakwa tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan tersebut sukar dikawal.

Pembicara tersebut adalah presiden sebuah pertubuhan tidak pernah didengari dikenali sebagai Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang dilihat rapat dengan BN, dilihat didalam video mencaci seorang mahasiswi yang bangkit menyatakan pendiriannya mengenai perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 dan pehimpunan menuntut pendidikan percuma - dengan mengeluarkan kenyataan "bila dalam program kami, kami benarkan anda bercakap" dan "apabila saya bercakap, anda dengar."


"Banyak panggilan telefon saya dapat yang bertanyakan perkara sama.

"Jadi, saya ingin tegaskan beliau sudah tidak bersama KIMMA lagi. Segala yang beliau lakukan dan katakan sekarang tidak lagi melibatkan kami dan bukan pendirian kami," tegas Syed Ibrahim yang tidak menyatakan secara terperinci sama ada Sharifah Zohra dibuang daripada parti atau sudah meletak jawatan.

Ekoran kontroversi video tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan rakannya Khairy Jamaluddin juga mempertahankan mangsa sikap biadap tersebut, Bawani dalam laman Twitter mereka.

Syed Ibrahim mengakui kelantangan dan sikap agresif Sharifah Zohra semasa berada dalam KIMMA dan telah menerima pelbagai laporan negatif mengenai individu tersebut.

"Ya, kami memang tahu tentang sikap liar dan agresif beliau (Sharifah Zohra) ini dan susah nak kawal beliau ini," tambah beliau lagi.
"Namun, beliau kini tidak berada dalam parti lagi."

Forum "Seiringkah mahasiswa dan politik?" diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah pada 8 Disember lepas, akan tetapi hanya heboh selepas video tersebut dimasukkan di Youtube minggu lalu.

Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra Jabeen menegur Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

Bawani juga menegaskan sejumlah negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton.

Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya.
Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan terus bercakap.

Sharifah kemudian berkata "dengar" kira-kira 11 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar," kata Sharifah kepada Bawani.
Tindakan Sharifah telah menerima banyak kritikan daripada rakyat Malaysia yang menonton klip video tersebut.


Apabila teringat Mahathir, teringat pula kelindan lori

Posted: 15 Jan 2013 06:54 AM PST

UMNO begitu gusar dengan apa yang berlaku di Stadium Merdeka pada Sabtu lepas. HKR112 sangat berjaya dan kejayaan perhimpunan itu bukannya kejayaan menghimpunkan seramai ratusan ribu umat semata-mata, tetapi kejayaan rakyat yang mahukan perubahan menunjukkan manifestasi mereka hendak mengalih dan menganjak kepimpinan negara dengan pimpinan dari parti pilihan mereka. Kalau kita ikut hukum akal UMNO telah pun merudum jika pilihanraya ke-13 di adakan setahun sebelum HKR112 itu atau bila-bila selepas perhimpunan bersejarah itu.

Tetapi ada seorang bekas pemimpin kita yang lebih gusar dari pucuk pimpinan yang rakyat hendak ambil alih ini. Nama pemimpin itu ialah Dr Mahathir Mohammad dan beliau secara deras telah memberikan reaksi beliau tentang HKR112 itu. Beliau menyamakan himpunan itu sebagai bukti yang parti-parti pembangkang sedang membina gerakan untuk menumbangkan kerajaan BN seperti yang berlaku dalam siri Arab Spring di negara-negara Timur Tengah.


Komen Dr Mahathir itu tidak melambangkan beliau sebagai seorang pemimpin yang berpuas hati setelah begitu lama menjadi Perdana Menteri negara ini. Walaupun masyarakat dunia telah menganggap beliau sebagai bekas pemimpin yang kedua terkaya di dunia ini, nampaknya masih ada yang merunsingkan bekas PM yang 'famous' ini.. Semua tindakan dan pemikiran beliau amat mudah dibaca oleh sesiapa yang berkemampuan untuk berfikir. Rakyat sudah mahir membaca Dr Mahathir dan rakyat faham apa yang mencelarukan pemikiran beliau.

Kata perpatah, rakyat 'sudah dapat menyelam air dalam tunggak'. Apa yang terselindung dalam hati dan benak beliau itu difahami oleh rakyat yang ramai dengan mudah. Otak beliau nampaknya belum bersara lagi walaupun tubuh dan fizik beliau sudah bersara. Pemikiran beliau lebih kencang berfikir dari semasa beliau dalam jawatan lagi. Sesungguhnya Mahathir sememangnya sudah terlalu susah untuk bersara seperti PM-PM lain yang telah tamat perkhidmatannya.

Tetapi itu semua bukannya dilakukan oleh pembangkang yang bakal mengambilalih pimpinan kerajaan ini, tetapi itu adalah hasil dari tingkah laku politik beliau sendiri. Bukan tidak pernah rakyat khususnya ahli-ahli UMNO sendiri pernah berusaha untuk menyelamatkan beliau menghadapi apa yang beliau sedang hadapi sekarang. Partinya sendiri pernah cuba untuk merehatkan beliau untuk mengelakkan beliau terus-terusan untuk merosakkan diri beliau sendiri dengan cara memberhentikan beliau.

Beliau tidak mahu akur dengan kehendak sebilangan besar ahli-ahli partinya sendiri dan sebaliknya beliau telah membunuh partinya itu semata-mata untuk beliau melakukan kerosakan bukan sahaja kepada negara tetapi terbukti beliau merosakkan pemikiran dan kehidupan beliau sendiri.

Kekalahan UMNO itu merupakan igauan beliau kerana beliau telalu takut dengan perbuatan beliau sendiri. Menganggapkan himpunan Sabtu lepas sama seperti Arab Spring yang telah menjatuhkan banyak Ketua Kerajaan di Timur Tengah adalah tidak bermoral. Rakyat keluar untuk ke Stadium bagi menunjukkan sikap mahu berubah dengan pihak kerajaan membetulkan sistem pilihanraya kita yang terlalu 'out moded' yang berat sebelah itu. Kita hendak merubah melalui pilihanraya dan kita hendakkan pilihanraya terlaksana dengan telus dan adil.

Perarakan ke Stadium Merdeka itu adalah untuk berkumpul dan tidak boleh menganggap perjalanan ramai-ramai ke stadium itu sebagai demonstrasi jalanan. Kita telah berarak dengan aman kerana tiada provokasi dari pihak FRU seperti yang berlaku semasa perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.

Dr Mahathir terlalu banyak agenda. Selain dari agenda mempertahankan UMNO untuk mempertahankan diri beliau, beliau juga mempunyai agenda tersendiri di dalam UMNO itu sendiri. Beliau sedang bertindak untuk menjatuhkan seorang pimpinan UMNO dan diambil alih pimpinan itu oleh seorang yang lain. Mahathir telah sentiasa bermain politik 'intra-parti' sejak dari dulu sampailah sekarang.

Tetapi sekarang Mahathir berhadapan dengan masalah kerana permainan politik intra-parti beliau tidak pasti menjadi kerana UMNO itu sendiri dijangka akan gugur dalam pilihanraya itu nanti. Justeru kekuatan PR yang bertambah-tambah itu sangat menggusarkan Mahathir kerana keadaan itu merupakan 'spoiler' kepada rancangan beliau untuk menaik dan menurunkan pimpinan UMNO sebelum pilihanraya kali ini.

Beliau ini tidak ubah seperti seorang kelindan lori yang menaikkan dan menurunkan barangan dari lori yang beliau naiki itu. Itulah kerja beliau selama ini. Justeru adalah penting bagi rakyat melakukan sesuatu yang baru dalam politik negara khususnya dalam pilihanraya nanti .

- http://aspanaliasnet.blogspot.com/


Bank Islam Buat Lawak Bodoh

Posted: 15 Jan 2013 05:06 AM PST

Gantung Staf Adalah Polisi Jika Terlibat Dalam Aktiviti Politik ~ Bank Islam

Bank Islam hari ini berkata menjadi amalan bank tersebut untuk menggantung pekerja yang terlibat dengan aktiviti politik atau membuat kenyataan politik.

"Berdasarkan polisi Bank Islam Malaysia Berhad, sebarang staf tidak kira apa jawatannya, termasuk bahagian pengurusan, yang pihak Bank merasakan melanggar polisi dalaman Bank, akan digantung dengan dibayar gaji penuh, untuk meneruskan siasatan," kata bank dalam kenyataan satu perenggan bertarikh hari ini.

Kenyataan Bank Islam ini dikeluarkan sebagai respon kepada pertanyaan The Malaysian Insider berkenaan dengan penggantungan ketua penganalisis ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin mengenai ramalan keputusan Pilihan Raya 2013.


Apabila dihubungi hari ini, pegawai Bank Islam berkata "polisi dalaman" bank tidak membenarkan pekerjanya menyertai aktiviti politik.

"Kami adalah entiti komersil, kita tidak dibenarkan [untuk menyertai] dalam kegiatan politik."

Pegawai tersebut berkata staf bank tidak boleh bercakap tentang hal politik apabila bercakap di khalayak ramai.

"Kami tidak memberi komen tentang isu politik atau yang berkaitan dengan perkara tersebut," kata pegawai tersebut.

Apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini, Azrul Azwar mengesahkan spekulasi bahawa Bank Islam telah menggantung perkhidmatannya sebagai ketua penganalisis ekonomi selepas ramalannya tentang keputusan Pilihan Raya 2013.

Apabila ditanya berapa lama penggantungan tersebut, beliau menjawab "Saya tidak pasti, mungkin selepas notis yang berikutnya."

Azrul Azwar minggu lalu dilaporkan akhbar Singapura The Straits Times menjangkakan kemenangan tipis kepada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya 2013 dan memberitahu tiga senario yang mungkin berlaku.

Selepas laporan berita tersebut disiarkan The Straits Times dan The Malaysian Insider, Bank Islam menjauhkan dirinya dari pandangan Azrul Azwar.

Kenyataan pengarah urusan Bank Islam Datuk Seri Zukri Samat pada 11 Januari kesal dengan laporan berita mengenai sebuah forum di Singapura yang mengaitkan bank dengan pandangan Azrul Azwar dan ramalannya.

"Untuk pengetahuan, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dengan forum tersebut.

"Pandangan yang dikeluarkan Azrul dalam forum tersebut adalah pandangan peribadinya dan tidak harus dikaitkan dengan Bank Islam," kata Zukri dalam kenyataan empat perenggan.

Dalam laporan The Straits Times, Azrul Azwar menjangka senario yang akan berlaku apabila Barisan Nasional hanya mampu memenangi 97 hingga 107 dari 222 kerusi parlimen, yang tidak cukup untuk sebuah kerajaan.

Tetapi keputusan tersebut juga bermakna PR hanya mempunyai sebuah kerajaan yang goyah, jauh dari majoriti yang sering diterima oleh musuh politik mereka.

Dua lagi senario yang dibentangkan Azrul Azwar ialah kemenangan tipis BN dan kemenangan lebih besar pada PR.

Azrul Azwar mengambil faktor seperti kaum dan demografik.

Beliau juga menjangkakan kemenangan tipis bagi PR, dimana pasaran saham akan jatuh kerana "kejutan" dan ketidakstabilan.

Beliau juga mengatakan akan berlakunya "sabotaj ekonomi" oleh peniaga dan pekerja awam yang bersama BN. - MI


Timbalan Menteri ‘rayu’ Bawani, mahu pulih isu

Posted: 15 Jan 2013 04:11 AM PST

KUALA LUMPUR 15 Jan: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 'merayu' KS Bawani, pelajar kontroversi Universiti Utara Malaysia (UUM) yang lantang dengan pendirian mengenai perhimpunan Bersih dan tuntutan pendidikan percuma supaya menghubunginya, dipercayai untuk meredakan isu.

Datuk Saifuddin Abdullah menulis di twitter semalam, nombor telefon peribadinya dengan mesej meminta pelajar tersebut meghubunginya, selepas seorang pengguna twitter memberitahu Bawani mempunyai akaun twitter.


Menurut beliau, mahasiswa termasuk Bawani berhak menyuarakan pandangan tanpa ada sekatan.

Isu ini tercetus apabila rakaman video forum suara mahasiswa yang dimuat naik ke youtube sejak beberapa hari lalu, menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila salah seorang ahli panel enggan memberi ruang kepada seorang mahasiswa, iaitu Bawani untuk memberi pandangan.

Video selama 24 minit yang dirakam dalam forum untuk pelajar UUM bulan lepas memaparkan ahli panel, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menyekat pelajar itu dari menghabiskan soalannya berhubung pendidikan percuma.

Ekoran kelantangan Bawani memberi pandangan, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di hadapan pelajar itu.

Sharifah dengan nada tegas berkata 'Listen' sebanyak 10 kali sebelum mengambil pembesar suara dari Bawani, kemudian Bawani berhenti bercakap.

Difahamkan bahawa Syarifah Zohrah adalah Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) dan Timbalan Ketua Wanita KIMMA. Semua tahu Kimma atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia adalah komponen baru dalam BN.

- keadilandaily.com/


MiLo SuaM

Posted: 16 Jan 2013 01:12 AM PST

MiLo SuaM


Utusan Malaysia cuba tipu pembaca dengan gambar hantu pulak

Posted: 15 Jan 2013 11:51 PM PST

KALAU sudah namanya Utusan Malaysia (sebut Utusan Syaitan) ada sahaja berita bodoh yang dikeluarkan oleh akhbar paling banyak kalah saman di mahkamah kerana memfitnah itu.

Sudahlah berita politik selalu diputar belitkan untuk memperbodohkan rakyat, kali ini Utusan Syaitan cuba nak bodohkan pembacanya dengan gambar hantu pula.

Lihat gambar di bawah ini. Gambar objek yang kononnya misteri ini disiar dan disebarkan oleh Utusan Malaysia versi cetak hari ini. Namun objek misteri tersebut sebenarnya adalah hantu bodoh kah kah kah...



Pengguna-pengguna Samsung S3 tentu awal-awal sudah tergelak besar dengan gambar bodoh dari Utusan Syaitan ini. Ini kerana, objek yang dikatakan misteri ini sebenarnya boleh dihasilkan dengan salah satu applikasi telefon pintar berkenaan (S3 Photo Mood Effect New 2012)

ReJaM© "Hantu pun kena fitnah dengan Utusan Syaitan kah kah kah... "

MIMPI SENJA

Posted: 15 Jan 2013 11:17 PM PST

MIMPI SENJA


Janda anak satu dicekup dalam keadaan bogel dengan lelaki asing

Posted: 15 Jan 2013 06:41 PM PST



DUNGUN : Seorang janda montel kemaruk seks dicekup dalam keadaan berbogel bersama pasangannya di sebuah bilik hotel murah, dekat sini, pagi semalam.

Ketika serbuan di sebuah hotel murah di bandar Kuala Dungun, kira-kira jam 7.30 pagi itu, pasangan terbabit dikatakan dalam keadaan memalukan dan hanya menutupi badannya dengan selimut dibekalkan pihak hotel.

Dengan pelaburan RM15 untuk menyewa bilik hotel murah, janda beranak satu yang difahamkan sudah dua tahun kesepian setelah bercerai dengan suaminya itu mendaftar masuk kira-kira jam 7 petang sebelum menghubungi teman lelakinya yang tinggal di Kuala Terengganu untuk dijadikan pasangan bagi menyempurnakan aksi panas.

Walaupun terpaksa menaiki bas awam sejauh hampir 80 kilometer, buah hati janda berkenaan yang bekerja di kedai aluminium di Kuala Terengganu itu sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memenuhi keinginan seks pasangannya yang bekerja sebagai tukang masak.

Janda terbabit ketika pengakuan beberapa kali melakukan hubungan seks dengan teman lelaki 'import' yang masih bujang itu dan perbuatan terkutuk itu dilakukan di rumah saudara angkatnya di Kuala Terengganu..

Sharifah Zohra memang bersikap liar - Presiden KIMMA

Posted: 15 Jan 2013 06:11 AM PST

January 15, 2013
KUALA LUMPUR, 15 Jan — Pembicara kontroversi Sharifah Zohra Jabeen yang menyerang seorang mahasiswi secara terbuka dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan lagi ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) kata presidennya Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dan mendakwa tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan tersebut sukar dikawal.
Pembicara tersebut adalah presiden sebuah pertubuhan tidak pernah didengari dikenali sebagai Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang dilihat rapat dengan BN, dilihat didalam video mencaci seorang mahasiswi yang bangkit menyatakan pendiriannya mengenai perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 dan pehimpunan menuntut pendidikan percuma - dengan mengeluarkan kenyataan "bila dalam program kami, kami benarkan anda bercakap" dan "apabila saya bercakap, anda dengar."
"Banyak panggilan telefon saya dapat yang bertanyakan perkara sama.
"Jadi, saya ingin tegaskan beliau sudah tidak bersama KIMMA lagi. Segala yang beliau lakukan dan katakan sekarang tidak lagi melibatkan kami dan bukan pendirian kami," tegas Syed Ibrahim yang tidak menyatakan secara terperinci sama ada Sharifah Zohra dibuang daripada parti atau sudah meletak jawatan.
Ekoran kontroversi video tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan rakannya Khairy Jamaluddin juga mempertahankan mangsa sikap biadap tersebut, Bawani dalam laman Twitter mereka.
Syed Ibrahim mengakui kelantangan dan sikap agresif Sharifah Zohra semasa berada dalam KIMMA dan telah menerima pelbagai laporan negatif mengenai individu tersebut.
"Ya, kami memang tahu tentang sikap liar dan agresif beliau (Sharifah Zohra) ini dan susah nak kawal beliau ini," tambah beliau lagi.
"Namun, beliau kini tidak berada dalam parti lagi."
Forum "Seiringkah mahasiswa dan politik?" diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah pada 8 Disember lepas, akan tetapi hanya heboh selepas video tersebut dimasukkan di Youtube minggu lalu.
Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra Jabeen menegur Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.
Bawani juga menegaskan sejumlah negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton.
Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya.
Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan terus bercakap.
Sharifah kemudian berkata "dengar" kira-kira 11 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
"Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar," kata Sharifah kepada Bawani.
Tindakan Sharifah telah menerima banyak kritikan daripada rakyat Malaysia yang menonton klip video tersebut.




Hormati Pelajar, Sharifah Zohra Digesa Minta Maaf

  
Tuesday, 15 January 2013 22:29
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan berkata, adalah penting suara mahasiswa diberi perhatian apabila ia menyentuh mengenai pembaharuan pendidikan dan pembangunan negara. 
Pendapat mereka perlu didengar kerana ia akan membantu mengubah persepsi dan menyediakan idea kreatif bagi menambah baik masa depan mereka di negara ini.


Dipetik Bernama, beliau menegaskan, sistem pendidikan dan negara boleh memenuhi keperluan kebanyakan mahasiswa dengan menggalakkan kebebasan dan berdikari dan mampu menyuarakan pendapat dengan bebas.

"Bagaimana kita nak harap mereka menjadi warganegara yang boleh didekati pada masa depan jika kita tidak membenarka mereka turut serta dalam perbincangan mengenai dasar-dasar yang memberi kesan kepada mereka hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Mugilan mengulas klip video 24 minit yang menunjukkan pertikaman lidah antara anggota panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia KS Bawani, yang menjadi topik hangat perbincangan dalam forum Internet dan Facebook.

"Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktiraf bahawa mahasiswa di universiti-universiti tempatan telah menjadi lebih vokal dan kritikal tentang kerajaan dan melonggarkan beberapa undang-undang membenarkan pelajar menyertai politik.

 "Kami (MIC) kecewa dengan Sharifah Zohra, sebagai seorang anggota panel, tidak dapat mengawal keadaan secara bijaksana dan berdiplomasi," katanya.

Tinjauan ke atas Facebook menunjukkan forum, bertajuk 'Seiringkan Mahasiswa dan Politik' berlangsung pada 8 Disember dan video mengenai sesi soal jawab itu hanya dimuatnaik dalam YouTube, Rabu lepas.

"Pagi ini, lebih daripada 170,000 pendapat mengenai video itu telah menarik sejumlah besar "dislikes".

Satu laman diwujudkan dalam Facebook - 'Kami mahu Sharifah Zohra Jabeen memohon maaf secara terbuka kepada Cik Bavani', dengan 26,814 'likes' pada laman itu.

Dalam pada itu, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, pihaknya kesal dengan insiden yang tercetus di antara Sharifah Zohra dan Bawani apabila pelajar itu dimalukan pada forum berkenaan.

"Semua sedia maklum bahawa program yang dihadiri oleh Bawani ialah sesi forum dialog yang pengisiannya pastilah berkisar kepada pemahaman dan sesi soal jawab.

"Srikandi yang meneliti persoalan yang cuba dibangkitkan oleh Bawani dalam program itu melihat bahawa Bawani cuba untuk menyuarakan pendapat dan persoalan yang jelas berkaitan dengan pemasaalahan yang dekat dengan generasi muda hari ini.

"Sharifah telah memperlihatkan ketidakmatangan beliau dalam berhadapan dengan kenyataan dan persoalan yang diberikan oleh Bawani," kata beliau.

Katanya, Srikandi melihat ia sebagai satu sikap yang biadap, tidak matang dan tidak profesional.

"Persoalannya jelas, Bawani bicara soal isu yang menekan mahasiswa, isu yang membelenggu mahasiswa namun jawapan yang diberikan hanyalah dengar!

"Untuk itu dalam ruang demokrasi di negara ini yang dilihat semakin tercemar dengan budaya "diam dan dengar", ia menjelaskan bagaimana suara rakyat tanpa mengira siapa pun jika yang dibangkitkan itu ialah soal kelemahan kerajaan maka ia harus 'didiamkan'," katanya lagi.

Siti Aishah berkata, Srikandi mengambil pendirian bahawa Bawani berhak diberikan ruang tanpa dimalukan dan mendesak Sharifah Zohra dalam kadar segara memohon maaf kepada Bawani dan seluruh mahasiswa.

"Mungkin Puan Sharifah harus diingatkan bahawa dia bakal berhadapan dengan ribuan anak muda yang tidak akan hanya 'diam dan dengar', tetapi akan bangkit bersama dalam mempertahankan hak mereka," katanya sambil menambah, "ini masa untuk generasi muda bangkit dengan prinsip bahawa budaya biadap dan usaha pembodohan ini harus ditolak."


Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan