BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Rabu, 16 Januari 2013 at 3:56 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 16 Jan 2013 03:52 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Maaflah kami tak layan HA

Posted: 15 Jan 2013 03:51 PM PST

Pas berpendirian isu kalimah ALLAH sudah tidak perlu dibangkit lagi selepas Majlis Syura mengumumkan ketetapannya, kelmarin.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, sama ada DAP atau PKR perlu buat pengumuman rasmi mengenainya, semuanya terserah kepada pucuk pimpinan tertinggi kedua-dua parti itu.

“Kalau nak tahu mereka nak buat pengumuman mengenai perkara itu, kenalah Tanya mereka (PKR dan DAP) sendiri.

“Tetapi, rasanya mereka boleh nilai sendiri berdasarkan pengumuman itu,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Ekoran keputusan Majlis Syura Pas, Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohd Ali mencabar Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP tampil membuat kenyataan rasmi menerima keputusan yang dicapai badan tertinggi Pas itu.

Mengulas desakan Hasan itu, Mustafa berkata, “kalau pasal Hasan, maaflah... memang kami malas layan.

"Selebihnya saya tidak mahu komen,” ujarnya lagi.

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok ketika diminta mengulas perkara sama berkata, kenyataan Hasan itu memang sudah dijangka terutamanya berkaitan apa sahaja isu yang membabitkan PR.

V“Beliau memang dijangka akan buat kenyataan seperti itu dan ini bukan perkara baru. Semua orang pun tahu,” katanya.

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 16 Jan 2013 03:27 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Bekas pegawai JPN dakwa SPR arah beri IC

Posted: 15 Jan 2013 11:00 PM PST

 
Petikan : Malaysiakini
 
Seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an.

 
Mohd Nasir Sugip ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah imigrasi Sabah hari ini mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi.

Mohd Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.

Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam".

"Bos saya, pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin kemudiannya secara lisan memberitahu saya untuk menjalankan projek ini," katanya.

Mohd Nasir turut mengaitkan tiga lagi individu yang hadir ketika arahan itu dikeluarkan.

Bagaimanapun, nama individu berkenaan tidak dapat diperolehi memandangkan pegawai RCI – wakil daripada pejabat peguam negara – enggan memberi kerjasama.

Katanya, beliau mengikut arahan tersebut dan mengambil pegawai yang tidak dinamakan di peringkat negeri untuk operasi berkenaan.

Mohd Nasir mendakwa, operasi berkenaan melibatkan tindakan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing dan mengeluarkan nombor kad pengenalan berdasarkan tarikh lahir, foto dan nama yang diberikan SPR.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 16 Jan 2013 01:52 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Lubang besar di sawah padi

Posted: 15 Jan 2013 01:36 AM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

 BEIJING - Pihak berkuasa China menyiasat kejadian 20 lubang besar yang terbentuk di sebuah kawasan sawah padi di negara berkenaan.

Setakat ini lebih 20 lubang misteri itu terbentuk di daerah Fukou, dalam wilayah Hunan sejak empat bulan lalu.

Menurut media tempatan, siasatan awal mendapati fenomena itu berpunca daripada industri perlombongan setempat yang menyebabkan sistem saliran bawah tanah di kawasan berkenaan musnah.
Keadaan itu membawa kepada tanah jerlus yang membentuk lubang-lubang besar tersebut. - REUTERS

Johor perlu panggil Ustaz Hadi sebelum sekat bukunya

Posted: 14 Jan 2013 11:25 PM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pihak berwajib perlu mengikut prosedur tertentu sebelum mengambil sebarang tindakan untuk menghalang mana-mana penerbitan.

Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed (gambar), berkata antara prosedur yang perlu dipatuhi ialah memanggil pihak yang berkaitan untuk memberikan penjelasan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Perkasa Johor bagi mengharamkan kemasukan semua buku 'Amanat Haji Hadi' di negeri itu.

"Kalau 'gentleman', panggil Tuan Guru Haji Hadi untuk beri penjelasan mengenai isu tersebut, baru adil," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga berkata isu amanat itu sudah tidak menjadi isu di kalangan ahli PAS kerana ia perkara lama, namun sengaja diungkit pihak lain.

Katanya, mereka bercakap tentang perkara yang tidak ada, yang hanya untuk menambahkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Mereka mahu sekat, tak guna.  Mereka cakap benda yang tidak ada. Sengaja mahu timbulkan polemik," tegas beliau lagi.

Sebelum ini, pelbagai pihak dalam Umno mendesak agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memberikan penjelasan mengenai isu 'Amanat Haji Hadi' itu.

Ekoran itu, Tuan Guru Abdul Hadi meminta Umno memberikan masa satu jam siaran secara langsung dalam RTM 1 atau TV3 untuk memberikan penjelasan.

Namun ia ditolak oleh kerajaan BN.

Sehubungan itu, baru-baru ini beliau melancarkan kembali buku yang pernah ditulis oleh beliau pada tahun 2002 bertajuk 'Amanat Haji Hadi, Antara Fitnah dan Fakta' dengan pengemasan fakta terbaru.

Buku setebal 74 muka surat itu juga mengandungi fakta selain tajuk kecil di bawahnya yang menyebut Penghuraian dan Penjelasan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang disusun oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi iaitu anak Presiden PAS itu.

harakahdaily-

Posted: 14 Jan 2013 11:50 AM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Padi diserang penyakit karak

PADANG SERAI - Lebih 100 pesawah di Kampung Sidam Kanan dekat sini mengalami kerugian besar apabila tanaman padi musim ini tidak menjadi setelah diserang penyakit karak tangkai sejak tiga minggu lalu.

Ekoran itu, rata-rata petani mendakwa mengalami kerugian antara RM4,000 hingga RM7,000 bergantung kepada keluasan bendang yang mereka usahakan.

Seorang pesawah, Kames Awang, 57, berkata, dia terkejut apabila melihat hujung tangkai padi tidak mengeluarkan buah seperti biasa dan bertukar menjadi warna hitam.

"Sebelum ini, tangkai padi tidak jadi hitam dan apabila diperiksa di bahagian bawahnya, banyak hama kecil berwarna putih di situ," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dia berharap agar kakitangan Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertubuhan Peladang daerah Kulim melakukan sesuatu dan bertindak segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk.
Rakannya, Subhi Ahmad, 61, berkata, pihak berkaitan perlu bertindak cepat bagi memastikan penyakit tersebut tidak terus merebak.

"Apa yang mendukacitakan ialah pihak berkenaan sekadar datang melihat sahaja tanpa memberi sebarang nasihat tentang cara-cara untuk mengatasinya," ujarnya.

sinar/-

19 maut kereta api Mesir tergelincir

Posted: 14 Jan 2013 10:45 AM PST

3 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

19 maut kereta api Mesir tergelincir
Laporan NileTV yang menunjukan keadaan salah satu gerabak kereta api yang tergelincir.
 
KAHERAH - Kereta api yang membawa anggota keselamatan Mesir tergelincir dari landasan lalu terbabas di Giza awal hari ini, membunuh sekurang-kurangnya 19 orang dan mencederakan 107 yang lain.

Pengerusi Lembaga Kereta Api Kebangsaan, Hussain Zakaria berkata, kereta api yang membawa anggota Central Security itu dalam perjalanan dari Assiut menuju Kaherah apabila sebahagian roda kereta api tergelincir sekitar 8 pagi waktu tempatan.

Kemalangan itu berlaku selepas dua gerabak terpisah dari keseluruhan bahagian kereta api itu, kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, Mohammed Shahat yang dipetik laporan EGYNews.

Sementara itu, video yang disiarkan oleh petugas media Nile TV menunjukkan bahagian depan kereta api yang hancur dan keadaan salah satu gerabak tersadai di luar landasan serta dikerumuni penduduk tempatan.

Dalam pada itu, salah seorang mangsa kemalangan yang terselamat, Ali Abdul Rahman berkata, kejadian itu berlaku di Stesen Badrasheen di bandar selatan Kaherah.

Mengulas perkara sama, Ketua Perkhidmatan Ambulans Mesir, Dr Mohammed Sultan berkata, bilangan yang cedera dalam kejadian itu dijangka meningkat.

Beliau memberitahu EGYNews terdapat 66 ambulans ditempatkan di lokasi kejadian untuk urusan membawa penumpang yang cedera dan meninggal dunia.

Kemalangan kereta api maut bukan perkara luar biasa di Mesir.

November lalu, seramai 51 penumpang meninggal dunia manakala 17 yang lain cedera apabila kereta api merempuh sebuah bas di Assiut, sebuah bandar yang terletak kira-kira 320 kilometer di selatan Kaherah.

kosmo/-

Idris Ahmad

Posted: 15 Jan 2013 11:33 PM PST

Idris Ahmad


Muhyiddin Ajar Rakyat Berbohong

Posted: 14 Jan 2013 11:27 PM PST

Muhyiddin Ajar Rakyat Berbohong
Idris Hj Ahmad
15/1/13

Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Timbalan Perdana Menteri mengajar rakyat berbohong. Beliau masih menggatakan Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 sebagai Himpunan Shamsidar. Rakyat tidak hairan jika yang bercakap itu bloger upahan Umno yang tidak takut dosa dan pahala. Sedangkan Muhyiddin ialah Timbalan Presiden Umno merangkap Menteri Pelajaran. Tidak hairan kepada kita jika murid sekolah bercakap bohong kerana Menterinya seorang pembohong. Lebih memalukan lagi Muhyiddin ini anak seorang Tuan Guru. Kenapa terjadi begini?. Adakah layak seorang Menteri terikut-ikut rentak Utusan Malaysia dan akhbar pro Umno yang menamakan Himpunan Shamsidar. Apakah otak seorang yang bertaraf Timbalan Perdana Menteri boleh berbohong walaupun satu dunia sudah maklum ini adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat, tidak ada kaitan langsung dengan Himpunan Shamsidar.
Apakah pemimpin yang pembohong seperti ini boleh dipercayai untuk menjaga harta rakyat. Jika perkara yang jelas seperti ini pun dia boleh berbohong, cuba bayangkan perkara yang rakyat tidak ketahui. Patutlah nasib Melayu di Johor tidak terbela semasa beliau menjadi Menteri Besar Johor. Pemimpin yang pembohong ini mesti dinyahkan daripada terus memegang kuasa, kerana ia amat merbahaya kepada negara.


Filed under: Politik

PAS Negeri Sembilan

Posted: 15 Jan 2013 09:49 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Imam Masjid Jamek Rembau dipecat kerana berkhutbah

Posted: 15 Jan 2013 07:08 PM PST



Imam veteran (tua/warga emas) pesan pada imam muda jangan gentar untuk menyampaikan kebenaran dengan berkhutbah walaupun akan diambil tindakan kena pecat.

Rembau 13 Jan 2013 – Bekas Imam Masjid Jamek An Nur Pekan Rembau atau lebih dikenali oleh orang Rembau sebagai Imam Rosli menceritakan pengalaman beliau yang dipecat pada lewat tahun 90an kerana beliau berkhutbah cara Rasulullah SAW, bukannya membaca teks khutbah. Beliau berpesan kepada imam-imam muda pada ketika ini supaya jangan gentar untuk berkhutbah untuk menaikkan semangat para jemaah untuk menghayati dan mengamalkan Islam sepenuhnya.

Imam Rosli berucap dalam majlis meraikan veteran PAS DUN Chembong di rumah Tn Hj Idris di Kg Tanjung Sena.

Seterusnya Imam Rosli mengingatkan bahawa golongan veteran ini memainkan peranan besar dalam perjuangan Islam dan semasa kempen pilihanraya. Imam Rosli menyeru kepada golongan veteran agar sentiasa menunaikan solat hajat, bertahajjud serta bermunajat agar Islam di beri kemenangan di Negeri Sembilan.

Turut sama dalam majlis bersama veteran PAS DUN Chembong ialah YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani (Pesuruhjaya PAS N.Sembilan/ADUN Paroi) dan Dr Rosli Yaakop (AJK PAS Pusat).

Dalam perkembangan lain seorang pendakwah terkenal dengan program motivasi remaja dan pelajar, Ustaz Nor Azman Mohamad telah diberi surat amaran untuk tidak lagi bekhutbah Jumaat di mana-mana masjid di daerah Seremban susulan beliau berkhutbah Jumaat di sebuah surau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang tersohor di Seremban.

Gambar Imam Rosli yang begitu bersemangat berucap walaupun sudah uzur serta surat amaran terhadap Ustaz Nor Azman kerana berkhutbah di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/01/imam-masjid-rembau-dipecat-kerana.html

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 15 Jan 2013 09:32 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Masalah Tiada Bekalan Air Juga Berlaku di Sabah

Posted: 15 Jan 2013 08:49 PM PST


BEAUFORT: Pemuda PAS Sabah mendesak pihak Umno Barisan Nasional agar lebih menumpukan perhatian mereka terhadap permasalahan di peringkat negeri yang dikuasainya daripada berterusan 'menyerang' dan 'memperbodohkan' rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Ketuanya, Lahirul Latigu (gambar) berkata masalah kemudahan dan infrastruktur dilihat lebih bermasalah di Sabah berbanding negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, antara yang paling ketara ialah, masalah ketiadaan bekalan air yang kerap berlaku di beberapa buah daerah di negeri ini.

Menurutnya, masalah air turut sering berlaku di daerah Beaufort yang dikatakan daerah maju oleh sesetengah wakil rakyatnya.



"Ada wakil rakyat di Beaufort mendakwa banyak kemajuan sudah dibuat, tapi saya nak beritahu bahawa wakil rakyat ini cuba untuk membohongi rakyat setempat.

"Sudah bertahun-tahun penduduk kampung terseksa dengan bekalan air yang sering terputus ditambah elektrik yang 'sekejap ada sekejap tiada' seolah-olah ini kemajuan yang dibangga-banggakan pemimpin Umno," jelasnya.

Lahirul mendakwa, pemasangan saluran paip ke Labuan melalui Beaufort turut menghampakan sebilangan besar penduduk setempat di daerah itu yang lebih memerlukan bekalan air untuk kegiatan harian.

"Saluran pemasangan paip air dipasang melalui Beaufort ke Labuan, tetapi apa yang penduduk sekitar dapat.

"Masalah air di sini masih keadaan kritikal, sedangkan air merupakan sumber utama kegiatan rakyat... nak mandi, nak berniaga... apa semua orang Beaufort ni tak perlukan air ke," dakwa Lahirul yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Beaufort.

Beliau turut kecewa dengan pentadbiran negeri ini yang langsung tidak mempedulikan nasib rakyat, sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri.

"Inilah satu kezaliman yang dibuat oleh Umno. Saban hari mereka memburuk-burukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat... TV1, TV2, TV3... saling bersilih ganti memutarbelitkan isu.

"Tapi masalah rakyat yang ada di negeri mereka sendiri, mereka tidak nampak," ujar Lahirul.

Rasa Dulu Masakan, Baru Tahu Sedap Atau Tidak

Posted: 15 Jan 2013 06:27 PM PST


BEAUFORT: Rakyat di negeri ini, khususnya di Sipitang tidak perlu ragu-ragu memilih Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Yang Dipertua PAS Kawasan Sipitang, Ahmad Khambar berkata sudah tiba masanya rakyat di negeri ini perlu melakukan perubahan demi kelangsungan hidup dan masa depan yang lebih baik.

"Kita adalah tuan, tuan kepada wakil-wakil rakyat yang ada sekarang. Sebab itu kita mesti tahu hak kita," katanya.

Katanya, demokrasi di Malaysia yang mengadakan pilihanraya setiap lima tahun menunjukkan bahawa rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan membentuk kerajaan yang lebih merakyat.

"Rakyat yang lebih berkuasa, bukan Datuk Seri Najib. Sebab itu ada pilihanraya dan pengundian memilih wakil rakyat.

"Insya Allah, kalau Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memimpin negeri Sabah, kita akan berusaha menyelesaikan permasalahan yang dialami rakyat khususnya di daerah ini," ujarnya selepas mengadakan pertemuan dan penyampaian sumbangan kepada penduduk di Kampung Suasa dekat sini petang kelmarin.

Beliau turut menyentuh mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan beberapa hari lalu yang menyaksikan ribuan rakyat berhimpun di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu sebagai petanda bahawa rakyat sudah bersedia melakukan perubahan.

"Kita di sini, kata orang... mesti rasa dulu masakan. Baru dapat tahu sedap atau tidak. Jangan kita terus menolak dengan mengatakan 'tidak sedap'.

"Justeru, cuba dulu Pakatan Rakyat, baru dapat tahu bagus atau tidak," jelas beliau.

Pertemuan dan penyampaian bantuan tersebut turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Sabah yang juga Yang Dipertua PAS Beaufort, Lahirul Latigu serta beberapa pimpinan PAS kawasan yang lain.

DPP PADANG TERAP

Posted: 15 Jan 2013 09:11 PM PST

DPP PADANG TERAP


Agenda 6 : Kebajikan Langsung, Menyeluruh dan Mesra Rakyat

Posted: 15 Jan 2013 05:40 PM PST


PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 15 Jan 2013 09:07 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Listen: Video dedah apa yang berlaku di universiti

Posted: 15 Jan 2013 05:17 PM PST

Rembau Hari Ini

Posted: 15 Jan 2013 07:40 PM PST

Rembau Hari Ini


Imam Masjid Rembau dipecat kerana berkhutbah

Posted: 15 Jan 2013 06:50 PM PST


 



Imam veteran pesan pada imam muda jangan gentar untuk menyampaikan kebenaran dengan berkhutbah walaupun akan diambil tindakan kena pecat.

Rembau 13 Jan 2013 – Bekas Imam Masjid Jamek An Nur Pekan Rembau atau lebih dikenali oleh orang Rembau sebagai Imam Rosli menceritakan pengalaman beliau yang dipecat pada lewat tahun 90an kerana beliau berkhutbah cara Rasulullah SAW, bukannya membaca teks khutbah. Beliau berpesan kepada imam-imam muda pada ketika ini supaya jangan gentar untuk berkhutbah untuk menaikkan semangat para jemaah untuk menghayati dan mengamalkan Islam sepenuhnya.

Imam Rosli berucap dalam majlis meraikan veteran PAS DUN Chembong di rumah Tn Hj Idris di Kg Tanjung Sena.

Seterusnya Imam Rosli mengingatkan bahawa golongan veteran ini memainkan peranan besar dalam perjuangan Islam dan semasa kempen pilihanraya. Imam Rosli menyeru kepada golongan veteran agar sentiasa menunaikan solat hajat, bertahajjud serta bermunajat agar Islam di beri kemenangan di Negeri Sembilan.

Turut sama dalam majlis bersama veteran PAS DUN Chembong ialah YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani (Pesuruhjaya PAS N.Sembilan/ADUN Paroi) dan Dr Rosli Yaakop (AJK PAS Pusat).

Dalam perkembangan lain seorang pendakwah terkenal dengan program motivasi remaja dan pelajar Ustaz Nor Azman Mohamad telah diberi surat amaran untuk tidak lagi bekhutbah Jumaat di mana-mana masjid di daerah Seremban susulan beliau berkhutbah Jumaat di sebuah surau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang tersohor di Seremban.

PAS Kawasan Miri

Posted: 15 Jan 2013 07:33 PM PST

PAS Kawasan Miri


Penduduk Rumah Panjang Perlu Perubahan

Posted: 15 Jan 2013 01:17 AM PST

Kebajikan Penduduk Rh Mangun Diabaikan Serta Tiada Kemudahan Asas

NIAH –Rumah (Rh) Mangun sungai Sebatuk, Suai terletak dalam DUN Bekenu. Majoriti penduduknya kaum Iban dan ada juga keluarga Muslim tinggal di rumah panjang tersebut.  Kebanyakkan mereka bekerja sebagai petani dan ada juga bekerja dengan syarikat swasta.

Perjalanan dari bandaraya Miri ke Rh Mangun di Pekan Niah mengambil masa lebih dari 1 jam. Jalan masuk ke Rh Mangun lebih kurang 3 kilometer, jalannya agak teruk dan berlumpur. Apabila musim hujan jalannya becak dan licin.

Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk di Rh Mangun adalah jalanraya dan juga bekalan air bersih. Mereka sudah banyak kali memohon kepada pihak berkuasa untuk menurap jalan masuk kampung dengan tar dan juga menyalurkan bekalan air bersih, tetapi sehingga kini masalah tersebut belum dapat diatasi.

Mereka terpaksa menadah air hujan untuk keperluan harian mereka, apabila musim kemarau mereka terpaksa menggunakan air sungai yang berdekatan. Menurut mereka lagi, air sungai tersebut tercemar dengan bahan sisa dari ladang kelapa sawit yang berdekatan.  Air takungan kering serta sukar untuk mendapat air bersih apabila musim kemarau. Mereka juga belum menerima tangki 1Malaysia dari pihak kerajaan, sedangkan ada rumah yang berdekatan dengan Rh Mangun mendapat tangki tersebut.

Selain masalah jalanraya dan bekalan air bersih, terdapat seorang warga emas dan juga ibu tunggal mengadu masalahnya kepada pihak kami. Sengayan Anak Jinga berumur 76 tahun telah beberapa kali mohon bantuan dari pihak jabatan kebajikan masyarakat Miri tetapi sehingga kini beliau belum mendapat sebarang bantuan.

Menurut beliau lagi, setelah kematian suaminya 10 tahun yang lalu sehingga kini tiada sebarang bantuan diterima dari jabatan kebajikan masyarakat. Beliau sangat berharap pihak kebajikan dapat membantu meringankan bebannya dengan segera setelah sekian lama menunggu.

Kita mengesa pihak berkuasa serta mereka yang berkenaan segera membantu rakyat yang memerlukan bantuan dan kebajikan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Begitu juga masalah infrastruktur, kemudahan asas serta kebajikan rakyat perlu diberi perhatian dan jangan hanya menunggu musim tertentu barulah datang untuk membantu.

Kita berharap pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera dan kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Public's complaints "Welfare of Rh Mangun Population Ignored and No Basic Amenities

NIAH – (Rh) Mangun Longhouse sungai Sebatuk, Suai is located in Bekenu constituency. The majority of the population is Ibans and some Muslim families living in the longhouse. Most of them worked as farmers and others working with private companies.

The journey from Miri city to Rh Mangun at Niah town takes more than one hour. The entrance to the Rh Mangun about 3 miles, the road is quite bad and muddy. During rainy season the road is muddy and slippery.

The main problem faced by the people of Rh Mangun is road and water supply. They already apply for many times to the authorities for road paving in the village with tar and also the supply of clean water, but so far the problem has not been resolved.

They had to collect rain water for their daily needs, when the dry season they had to use a nearby river. According to them again, the river water is contaminated with waste from the nearby palm oil plantations.
Water tank dry and difficult to get clean water when the dry season. They also have not received 1Malaysia tank from the government, while some residence near the Rh Mangun get the tank.

Aside from the issue of roads and water supply, there is an elderly and a single mother also complained of her problem to us. Sengayan Anak Jinga 76-year old has several times begged assistance from the Miri social welfare department but until now she has not got any assistance.

According to her, after the death of her husband 10 years ago until now there was no assistance received from the department of social welfare. She really hoped that the charity can help lighten her load immediately after waiting for so long.

We urge the authorities and those concerned immediately help the people who need assistance and the welfare regardless of race, religion and political affiliation.

Similarly, problems of infrastructure, facilities and the welfare of the people should be given attention and do not just wait for a particular season then came to help.

We hope the relevant authorities can resolve the problem immediately and the cooperation with parties concerned is very much appreciated.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 15 Jan 2013 03:17 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


DARI SINGAPORE, INI SAJA BN BOLEH SKOR ?

Posted: 14 Jan 2013 10:53 PM PST

KUALA LUMPUR: Kerana meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum nanti, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, digantung kerja.

Ekoran itu, pelbagai pihak menyifatkan tindakan itu sebagai zalim, "kerana betindak ke atas mereka yang berkata benar."

Namun begitu, banyak pihak yakin, jiwa anak muda tidak goyah dengannya.

"Pasti ada ganjaran untuk si pemberani dan bercakap benar," komen Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail.

Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah dalam PRU 13 nanti.

Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu.

Azrul berkata, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.


Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.

Bank Islam Malaysia dalam kenyataannya 11 Januari lepas, menjarakkan diri dari ramalan ketua penganalisis ekonominya itu, dengan mengatakan "kami tidak terlibat dengan forum tersebut".


Dalam satu kenyataannya, pengarah urusan BIMB Datuk Seri Zukri Samat memberi komen tentang laporan The Straits Times Singapura itu berkata;

"Kami kesal dengan laporan yang mengaitkan Bank Islam dengan pandangannya dan ramalannya, dan kami mahu laporan yang silap tersebut dibetulkan.

"Untuk pengetahuan anda, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dalam forum tersebut," kata Zukri dalam sebuah kenyataan dihantar ke The Straits Times.

Namun hari ini, Azrul Azwar digantung dari tugasnya sebagai Ketua Ekonomi BIMB.

PRU perlu dipercepatkan

Hujung Julai 2012, Azrul dilaporkan berkata, ekonomi dan pasaran akan memberi reaksi lebih baik seandainya pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat (pertengahan tahun 2012) berbanding ditangguhkan kepada tahun depan (2013).

Katanya, pandangan itu berdasarkan persekitaran dan ketidaktentuan ekonomi luaran dan dalaman.

Menurut beliau, pelbagai spekulasi mengenai tarikh pilihan raya telah menyebabkan ekonomi dan pasaran tidak boleh bergerak pada landasan yang betul.

Jelasnya, masalah itu dihadapi oleh syarikat-syarikat korporat kerana sukar untuk membuat keputusan dalam operasi dan hala tuju mereka.

"Meskipun ekonomi negara sekarang dalam keadaan baik tetapi keputusan tidak boleh dilakukan kerana sukar untuk menjangkakan apa yang akan berlaku dalam tempoh jangka pendek dan sederhana.

"Malah, ia juga menjejaskan aliran masuk pelaburan asing kerana mereka juga mahu satu kepastian dalam pelaburan yang dibuat.

"Justeru, kebanyakan korporat memang menyambut baik seandainya pilihan raya diadakan lebih cepat," ujarnya sebagaimana dilaporkan Utusan.

Posted by Kedah Lanie

JANGAN RAKYAT DIANIAYA SEMATA PILIHANRAYA !

Posted: 14 Jan 2013 06:55 PM PST

Pemimpin PKR menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi lampu hijau kepada SYABAS syarikat air untuk "mensabotaj" bekalan air di Selangor dalam usaha terakhir untuk merampas kembali negeri ini oleh parti Umno.
Mereka memberi amaran bahawa jika Rozali Ismail, Selangor bekas bendahari Umno dan pengerusi eksekutif di SYABAS sekarang, terus menyalahgunakan kuasanya untuk memuaskan hati "tuan politiknya" dengan membiarkan rakyat menderita, mereka akan mendedahkan gaya hidup mewahnya dan memotongkan gaji lumayannya yang bernilai RM17.25 juta setahun supaya dipotong sebanyak RM10 juta dan jumlah ini diagihkan kepada rakyat yang terjejas oleh masalah air sebagai pampasan.

"Kami tidak pernah terfikir ia pergi ke tahap ini - satu bulan tanpa air (bagi penduduk Wangsa Maju) Ia jelas merupakan rancangan untuk mewujudkan satu situasi krisis dan membuat orang benci kepada Pakatan Rakyat bagi saya, Syabas bertanggungjawab kerana cuba mengelirukan rakyat dengan fakta-fakta yang diputar belit. Ini merupakan masalah politik dan jawapan politik wajib diberikan. SYABAS tidak patut menjadikan rakyat sebagai tebusan kepada kerajaan negeri seperti ini, "pengarah strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu sidang akhbar pada hari Jumaat.

"Kelangsungan politik Najib bergantung pada kepada Selangor (pada pilihan raya umum akan datang). Tanpa Selangor, ia adalah hampir pasti bahawa Umno akan menolak dia keluar. Tetapi, Rozali Ismail, ketua SYABAS sudah ada. Rozali tidak faham apa itu berunding. Dia hanya memahami cakap-cakap politik. Jadi kita perlu menjelaskan kepada orang ramai apa yang sedang berlaku. Apabila tuan politik SYABAS menyedari betapa kecewa dan bermasalahlah rakyat akibat mainan politik mereka, mereka akan berundur dan SYABAS juga akan berundur. Jika tidak, ia tidak akan berakhir. "

Selangor kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Najib telah secara terbuka berikrar untuk mengambil kembali negeri ini dengan "apa jua cara sekalipun".

Orang yang digunakan dalam mainan politik kotor Najib untuk mendapatkan S'gor kembali

Rafizi merujuk kepada laporan membimbangkan baru-baru ini di mana Rozali telah memberi amaran bahawa kekurangan air di beberapa bahagian di Selangor boleh berterusan sehingga Tahun Baru Cina bulan depan.

4 pam air yang rosak di kawasan Wangsa Maju yang padat, dengan SYABAS yang berdiam diri sama ada ia merancang untuk mengganti atau membaiki pam juga membimbangkan pemimpin-pemimpin PKR.

Wangsa Maju adalah sebahagian dari kawasan MP PKR Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin manakala rakan partinya Khalid Ibrahim merupakan ketua menteri Selangor.


"Kami telah melakukan dan membuat apa yang diperlukan. Kami juga akan mempertimbangkan untuk membeli pam sendiri. Tetapi kita tidak boleh menerima penjelasan karut dan ancaman Rozali itu lagi. Rakyat yang menderita setiap hari manakala SYABAS hanya melambatkan kerja dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan untuk membuang masa," Zuraida memberitahu Malaysia Chronicle pada persidangan itu.


"Kami memutuskan untuk mendedahkan perkara sebenarnya kepada rakyat. Biar rakyat tahu mereka sedang digunakan sebagai bidak dalam permainan politik UMNO. Biarkan mereka tahu siapa yang menggunakan taktik kotor untuk kepentingan politik."

Dedahkan gaya hidup mewah dan potong gaji Rozali


Sementara itu, Rafizi melancarkan kempen 'Potong Gaji Rozali Ismail', yang katanya merupakan satu-satunya cara untuk mengajar Rozali kerana tidak melakukan tugasnya dan sengaja"bermain politik".


"PKR akan menuntut untuk memotong RM10 juta daripada gajinya dan memasukkannya ke dalam dana untuk memberi bantuan segera kepada penduduk yang terlibat. Mengapa Rozali layak mendapat M17.25 juta apabila dia tidak dapat menyelesaikan satupun masalah yang mudah (berkenaan 4 pam di Wangsa Maju), "kata Rozali.

Menurut Puncak Niga Holdings Bhd laporan tahunan yang dikemukakan oleh Rozali telah menyatakan bahawa Rozali memperoleh gaji sebanyak RM8.255 juta, bonus bernilai RM2.39 juta, faedah-faedah lain sebanyak RM405, 646, KWSP bernilai RM1.777 juta, elaun percutian RM663, 582 dan perbelanjaan lain pula sebanyak RM3.754mil. Ini berjumlah RM17.25mil bagi tahun berakhir 31 Disember, 2011.

Puncak Niaga merupakan syarikat holding SYABAS yang juga punca perniagaan bagi Rozali.

Rafizi juga berjanji untuk mendedahkan gaya hidup Rozali yang mewah pada "perhatian umum".

"Biar rakyat tahu bagaimana orang besar Umno menikmati hidup manakala mereka bersusah payah untuk mengangkut air setiap hari. Lihatlah kereta-kereta sports, rumah-rumahnya dan majlis-majlis perkahwinan anak-anaknya. Ia akan membuka mata rakyat ," kata Rafizi.

Pemimpin PKR yang namanya melonjak naik dan memainkan peranan penting dalam mendedahkan skandal NFC yang melibatkan wang sejumlah RM250 juta dan sekarang kes penipuan tanah Deepak-Ropiaah-LTAT menambah bahawa tugasannya untuk mendedahkan Rozali merupakan keutamaan baginya sekarang.
-Malaysia Chronicle-

Dupahang's Weblog

Posted: 15 Jan 2013 11:40 AM PST

Dupahang's Weblog


Isu Kalimah Allah: Hadi Betul dari Sudut Agama – Dr Asri

Posted: 14 Jan 2013 04:39 PM PST

[FMT] Pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu kalimah Allah adalah betul dari sudut agama, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin."Dari sudut agama, pandangan Hadi betul. Umat bukan Islam mempunyai hak memanggil Supreme Being sebagai Allah. Orang Yahudi dan Kristian juga boleh menggunakan kalimah Allah," kata Asri. Beliau menambah [...]

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 15 Jan 2013 09:07 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


BANGKITLAH DARI TIDURMU WAHAI MELAYU JOHOR SEBELUM.....

Posted: 15 Jan 2013 08:39 AM PST

 Pembangunan Iskandar memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing.   Iskandar Malaysia, berkeluasan 221,634 hektar, meliputi keseluruhan daerah Johor Baharu, Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serdat dan Pulau Kukup di dalam Mukim Ayer Masin, yang kesemuanya terletak dalam daerah Pontian.
 Melayu Johor paling miskin di Malaysia kerana faktor kos hidup, kata DPMM
 KUALA LUMPUR, 15 Jan — Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.
Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.
"Pada tahun 1800, Melayu Johor adalah paling kaya di negara ini, tetapi kini yang paling miskin, kerana kedatangan orang asing yang membeli tanah di sini, kita tidak lagi mampu untuk menampung kos hidup, terutamanya di Johor Bahru.
"Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing," kata Syed Ali dalam sidang media di ibu pejabat DPMM hari ini.
DPMM juga menggesa kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula projek Iskandar Malaysia, dengan memperuntukkan 30 peratus projek di Nusajaya kepada orang Melayu.
"Dalam resolusi Kongres Ekonomi Melayu Zon Selatan yang berlangsung pada 6 Januari lalu, kedudukan orang Melayu di Johor jauh ketinggalan dari segi perbezaan ekonomi.
"Orang Melayu di Kelantan lebih kaya di Johor kerana setiap ringgitnya lebih bernilai, umpamanya mereka boleh beli rumah banglo RM200,000 sedangkan di Johor RM1.5 juta," katanya lagi.
Iskandar Malaysia, berkeluasan 221,634 hektar, meliputi keseluruhan daerah Johor Baharu, Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serdat dan Pulau Kukup di dalam Mukim Ayer Masin, yang kesemuanya terletak dalam daerah Pontian.
Sejak pelancarannya pada November 2006, koridor ekonomi itu telah menerima banyak kepentingan asing, bukan sahaja dari Singapura yang berjiran, malah dari Timur Tengah dan United Kingdom.
Kerajaan telah menyenaraikan enam sektor yang disasarkan yang berasaskan perkhidmatan di dalam industri kreatif, pendidikan, khidmat nasihat kewangan dan perundingan, penjagaan kesihatan, logistik dan pelancongan bagi Iskandar Malaysia.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira bahawa pelaburan di Iskandar Malaysia telah melepasi sasaran RM100 bilion dalam tempoh enam tahun dan sebahagian besar daripada jumlah itu diperolehi baru-baru ini. 

Sumber : Malaysian Insider





PAS Kulaijaya

Posted: 15 Jan 2013 07:33 AM PST

PAS Kulaijaya


Apa Kata Mereka.......

Posted: 14 Jan 2013 06:47 PM PST

HKR 112

Posted: 14 Jan 2013 05:50 PM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 15 Jan 2013 07:05 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PERANTAU DISERU PULANG UNTUK PRU 13 : USTAZ MISBAH, YDP PAS BAGAN DATOH.

Posted: 14 Jan 2013 07:04 PM PST

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan