BLOG - BLOG PARTI PKR

Dicatat oleh Admin | | Posted On Jumaat, 4 Januari 2013 at 7:41 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 03 Jan 2013 11:31 PM PST

Suara Sri Andalas


Hormati Sumbangan Keng Yaik, Benarkan Penstrukturan Semula Industri Air

Posted: 03 Jan 2013 01:30 AM PST

SHAH ALAM 3 JAN : Kerajaan Pusat seharusnya menghormati usaha mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik sebagai pemimpin yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara dengan membenarkan penstrukturan semula industri air di Selangor.

Tambahan pula, mendiang Keng Yaik memainkan peranan penting dengan mengkaji semula dasar penswastaan perkhidmatan air Kerajaan Persekutuan yang dilihat tidak menyebelahi kepentingan rakyat.

"Kerajaan Negeri komited dan berusaha keras untuk meneruskan usaha mendiang yang ingin membetulkan industri perkhidmatan air dengan melaksanakan kehendak WSIA sepertimana diperjuangkan mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik."

Demikian menurut satu kenyataan daripada Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri mendesak Kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan serius bagi melaksanakan penstrukturan semula industri air.

"Kerajaan Persekutuan perlu menghormati usaha mendiang dengan mengembalikan hak air kepada rakyat dan membenarkan kerajaan Selangor menguruskan perkhidmatan air untuk kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Datuk Seri Peter Chin Kah Fui perlu memikul tanggungjawab ini selaras dengan kuasa yang ada padanya mengikut WSIA," ujar kenyataan itu lagi.

Mendiang Keng Yaik merupakan Menteri Kabinet yang bertanggungjawab memperkenalkan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) yang mengembalikan hak air kepada kerajaan negeri.

"Beliau pernah mengetuai kementerian yang berlainan seperti kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

"Namun beliau sentiasa berusaha gigih membuat kajian dan persediaan supaya setiap keputusan yang dibuat relevan dengan perubahan semasa," kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak berpeluang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang kerana berada di luar negara.

Bagaimanapun, Menteri Besar berkesempatan menziarahi keluarga mendiang Keng Yaik sebagai tanda penghormatan terakhir.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Negeri Sedia Pelan Bantuan Atasi Gangguan Air

Posted: 03 Jan 2013 01:15 AM PST

SHAH ALAM, 2 JAN : Kerajaan Negeri menyediakan pelan bantuan dengan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bersiap sedia bagi mengatasi gangguan bekalan air dibeberapa kawasan di negeri ini.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Kerajaan Negeri meminta Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk menghantar lori-lori tangki air ke kawasan terlibat di Bandar Tun Razak, Hulu Langat dan Ampang.

Sehingga kini, sebanyak tujuh lori tangki air dihantar oleh PBT-PBT di Selangor ke Wilayah Persekutuan khusus ke kawasan yang terjejas teruk akibat kegagalan Syabas menyelenggara rumah pam air dan membuat pemeriksaan berkala.

"Menteri Besar juga meminta Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor untuk memantau pembekalan air di seluruh negeri dan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur serta Putrajaya.

"Pelan bantuan juga disediakan termasuk menghantar lori-lori tangki air ke kawasan yang bermasalah," katanya.

Gangguan bekalan air ini juga menurut Faekah membuktikan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak mampu untuk menguruskan pembekalan air kepada seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

"Ini juga akibat projek penswastaan industri air yang tidak dilakukan secara berhemah oleh kerajaan BN Selangor.

"Konsesi air bukan diberikan kepada syarikat yang mampu dari segi pengalaman mengurus dan kemampuan kewangan tetapi atas dasar mahu mengkayakan kroni.

"Rakyat yang akhirnya menanggung beban, beban membayar harga yang tinggi dan risiko catuan air yang tidak menentu," kata Faekah dalam kenyataan medianya.

Ujar beliau, ini menguatkan azam Kerajaan Negeri untuk terus mendesak Kerajaan Pusat melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Setakat ini, Kerajaan Pusat sengaja melambat-lambatkan proses penstrukturan semula industri air yang dicadangkan Kerajaan Negeri.

Jelas Faekah, gangguan bekalan air dijangka berlarutan dan menjejaskan lebih 100,000 akaun pengguna.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Pusat Gagal Tunai Janji Bina Hospital

Posted: 03 Jan 2013 01:00 AM PST

PETALING JAYA 2 DIS : Kementerian Kesihatan didakwa gagal menunaikan janji dalam melaksanakan pembinaan hospital dan klinik yang mencukupi mengikut jumlah penduduk.

Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri berkata, selepas dianalisa Umno-BN hanya mampu menyediakan pembinaan hospital kira-kira hanya 58 peratus.

Sebelum ini, kementerian terbabit menjanjikan menyediakan hospital dengan nisbah dua katil bagi setiap penduduk yang mana dianggarkan sebanyak 60,000 buah katil.

Namun, hasil analisa, setakat ini hanya terdapat 34,794 buah katil daripada 125 buah hospital di negara ini.

Manakala, lebih 10 buah hospital masih dikategori sebagai projek sakit selain masih tidak dibangunkan sedangkan majlis pecah tanah sudah dijalankan.

"Daripada penelitian pihak kami juga, lebih 50 peratus bangunan sudah usang yang mana usianya sudah mencecah lebih 50 tahun.

"Banyak hospital yang dijanjikan dengan perkhabaran baik untuk dibangunkan, ditukar menjadi kompleks hospital baru, namun hakikatnya tiada. Janji ini dilafazkan ketika ingin meraih undi setiap kali pilihan raya," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Antara projek hospital yang dijanjikan untuk dinaik taraf ialah Hospital Tanjung Karang, Hospital Parit Buntar, Hospital Sri Aman dan Hospital Lawas, Sarawak.

Manakala, antara projek pembinaan yang masih belum didirikan ialah Hospital Shah Alam, Hospital Dungun, Hospital Pendang, hospital Bandar Baru, Hospital Petra Jaya, Hospital Bera dan Hospital Rembau.

Yahya menambah biro kepenggunaan menyimpulkan bahawa punca kegagalan pembinaan hospital adalah disebabkan terlalu banyak penyelewengan, salah guna dan ketirisan wang rakyat.

"Jika dihitung, jumlah penyelewengan dan salah guna wang rakyat bernilai lebih RM153 bilion.

"Antaranya, skandal PKFZ, komisyen kapal selam, 'bailout' konsortium perkapalan milik Mirzan Mahathir, kerugian pembelian aset oleh Sime Darby, pembelian Eurocopter dan sebagainya," katanya.

Jelasnya, dengan menganggarkan sebuah hospital berkapasiti 100 buah katil dengan nilai projek RM100 juta setiap satu, kekurangan kapasiti katil berjumlah 25,000 itu hanya memerlukan 250 buah hospital.

"Daripada jumlah itu, jumlah anggaran kos pembinaan bernilai RM25 bilion sahaja yang mana sekitar 15 peratus daripada jumlah kehilangan wang rakyat sebanyak RM153 bilion itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Yahya mendakwa Kementerian Kesihatan akan menukar skim rawatan pesakit yang mana hospital atau klinik kerajaan akan hanya memberi rawatan sahaja manakala ubat tidak akan dibekalkan kepada pesakit.

"Ia kerana kos ubat yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dianggarkan lebih RM1.2 bilion setiap tahun.

"Perbelanjaan itu dikatakan tinggi dan meningkat sebanyak 10 peratus setiap tahun, maka sistem baru itu akan diperkenalkan di mana pesakit terpaksa menanggung kos ubatan itu sendiri," katanya.


Sumber: Selangorku

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 03 Jan 2013 11:14 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Denai Semalam yassinsalleh: Tapi Aduhai, Maaflah Dzulkifli Ismail dan Pak Sama...

Posted: 03 Jan 2013 12:49 PM PST

Denai Semalam yassinsalleh: Tapi Aduhai, Maaflah Dzulkifli Ismail dan Pak Sama...: Dulu sejarah ditulis oleh mereka yang menang dan rakyat yang tidak berpelajaran jadi penerima sejarah tanpa bantah. Makan...

Kedahkini: Terkini!! Bubar UPKO Bahagian Kota Marudu - Senato...

Posted: 03 Jan 2013 12:39 PM PST

Kedahkini: Terkini!! Bubar UPKO Bahagian Kota Marudu - Senato...: Berita Terkini: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebentar tadi menyaksikan Senator Majiol Mahap mengisytiharkan dirinya dan kesemua kepim...

Kedahkini: TERKINI! MAHKAMAH PERANCIS KELUAR SEPINA ORANG KA...

Posted: 03 Jan 2013 12:35 PM PST

Kedahkini: TERKINI! MAHKAMAH PERANCIS KELUAR SEPINA ORANG KA...: Sepina pertama untuk mendapatkan testimoni dalam siasatan di Perancis berhubung dakwaan sogokan terhadap seorang tokoh politik Malaysia ...

Anwar Ibrahim

Posted: 03 Jan 2013 07:29 PM PST

Anwar Ibrahim


[Media Statements] The Latest Insult to Prophet Muhammad PBUH

Posted: 03 Jan 2013 06:33 PM PST

We deplore in the strongest terms the latest act of sacrilege against Islam by the publication in France of a comic book on the life of the Prophet Muhammad which is clearly aimed at provoking Muslims and causing unrest. This must be strongly condemned by world leaders.

The portrayal of the image of the Prophet is forbidden in Islam let alone caricaturing him in any way. This is blasphemy and highly offensive to Muslims. A clear line must be drawn between freedom of expression and hate crimes. This is yet another instance of the rise of Islamophobia in France and other parts of Europe.

The French government must act swiftly to hold to account the culprits responsible for this latest act of profanity.

ANWAR IBRAHIM

[Kenyataan Media] Mengecam Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW

Posted: 03 Jan 2013 05:14 AM PST

Saya mengecam sekeras-kerasnya penghinaan terbaru terhadap Nabi Muhammad dengan melakar kisah kehidupannya dalam sebuah majalah satira yang diterbitkan di Perancis baru-baru ini. Karya tersebut, yang bertujuan untuk menimbulkan provokasi umat Islam serta cuba untuk membangkitkan kekacauan sewajarnya ditarik semula dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh pemimpin-pemimpin dunia.

Allah SWT melarang sama sekali menggambarkan Nabi Muhammad SAW dalam apa jua cara, melainkan seperti yang telah digambarkan dalam Al Quran. Sewajarnya diletakkan suatu batas yang membedakan di antara penghinaan dan penyelewengan agama dengan kebebasan bersuara dan hak untuk berkarya.

Perancis perlu bertanggungjawab dengan bertindak terhadap mereka yang sengaja mencetuskan provokasi ini dengan kadar segera. Hak kebebasan berkarya bukan alasan untuk disalahguna oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

ANWAR IBRAHIM

[KENYATAAN MEDIA] Perancangan Ekonomi Khusus Demi Menjamin Kestabilan Harga Komoditi Utama Negara

Posted: 02 Jan 2013 07:49 PM PST

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

3 JANUARI 2013

PERANCANGAN EKONOMI KHUSUS DEMI MENJAMIN KESTABILAN HARGA KOMODITI UTAMA NEGARA

Kejatuhan harga komoditi pertanian utama negara iaitu kelapa sawit dan getah membawa kesan yang besar kepada jutaan rakyat yang bergantung kepada aktiviti pertanian dan perladangan.

Harga minyak kelapa sawit mentah susut 23% dalam tempoh setahun. Harga purata terkini iaitu RM2,477 per tan metrik (minggu pertama Januari 2013) jatuh merudum berbanding harganya setahun yang lalu, iaitu RM3,225 per tan metrik . Harga ramalan minyak sawit mentah di pasaran hadapan (crude palm oil futures) juga tidak memberangsangkan, iaitu diramalkan hanya mencecah RM2,666 per tan metrik dalam bulan Januari 2014.

Begitu juga dengan harga komoditi getah yang turut terjejas. Harga tawaran getah beku gred SMR CV bagi minggu pertama Januari 2013 ialah RM9.61 per kilogram, berbanding harga RM10.87 per kilogram bagi tempoh yang sama setahun lalu (iaitu penurunan harga sebanyak 12%).

Kejatuhan harga komoditi kelapa sawit dan getah yang berterusan sejak setahun yang lalu ini sudah tentu membawa kesan ekonomi yang buruk kepada sebahagian besar rakyat Malaysia. Jumlah keluarga Malaysia yang terlibat di dalam skim penerokaan tanah kelolaan FELDA dianggarkan mencecah 112,000 keluarga yang melibatkan sejuta rakyat Malaysia . Jumlah keluarga yang ekonominya berasaskan komoditi getah adalah 400,598 pada tahun 2009 melibatkan anggaran dua juta rakyat Malaysia.

Tambahan pula, industri kelapa sawit adalah hasil eksport kedua terbesar negara (selepas minyak dan gas) yang mencecah lebih RM100 bilion setiap tahun.

Justeru, kegagalan Dato' Seri Najib Tun Razak menangani masalah kejatuhan harga komoditi kelapa sawit dan getah sejak setahun lalu membawa kesengsaraan ekonomi kepada sebahagian besar rakyat dan melemahkan kedudukan dagangan negara.

Setakat ini, pentadbiran Dato' Seri Najib tidak pernah sekali pun membentangkan rancangan khusus untuk membendung kejatuhan harga ini dan mengurangkan beban kepada keluarga yang terkesan dengan masalah tersebut. Sebaliknya, beliau lebih terbawa-bawa untuk menyenaraikan hartanah rakyat melalui Felda Global Ventures Berhad (FGV) walaupun telah diberi amaran tindakan itu akan membawa kerugian kepada rakyat.

Keperitan akibat kegagalan pentadbiran beliau menangani masalah kejatuhan harga komoditi dan kedegilan untuk terus menyenaraikan FGV kini dirasai oleh segenap pihak. Sedang keluarga yang bergantung kepada kegiatan ekonomi berasaskan kelapa sawit dan getah susut pendapatan bulannya, kakitangan FELDA yang dianggarkan berjumlah 30,000 menanggung kerugian apabila harga saham FGV terus susut di bawah paras RM4.62 sesaham (iaitu harga lantai dan kos penyenaraian semasa FGV disenaraikan).

Pada masa yang sama, dasar-dasar pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak yang menganugerahkan permit eksport kelapa sawit yang tidak telus kepada pihak berkepentingan telah menyebabkan lambakan minyak kelapa sawit mentah dalam pasaran dalam negara. Ini berlaku apabila syarikat yang tidak mempunyai permit eksport tidak mampu menjualnya di pasaran antarabangsa kerana cukai yang dikenakan kerajaan menjadikan komoditi mereka lebih mahal berbanding kargo dari negara lain. Akibatnya, keluaran syarikat-syarikat ini dilambakkan dalam negara hingga menyebabkan harga kelapa sawit terus jatuh, di samping kejatuhan sedia ada di peringkat pasaran antarabangsa.

Oleh itu, KEADILAN mengambil pendirian bahawa masalah kejatuhan harga komoditi kelapa sawit dan getah ini adalah masalah nasional yang memerlukan tumpuan segera. Satu perancangan khusus dan praktikal bagi tempoh jangka masa pendek, sederhana dan panjang perlu dilaksanakan segera bagi menjamin kestabilan harga komoditi utama negara.

Secara amnya, KEADILAN menggariskan prinsip-prinsip berikut sebagai asas program penstabilan harga dan jaminan kebajikan yang boleh dilaksanakan apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak:

  1. Satu Tabung Kebajikan Komoditi Negara wajar ditubuhkan dengan sumbangan asas sebanyak RM100 juta setahun oleh Kerajaan Persekutuan. Tabung ini bertindak sebagai skim jaringan sosial (dalam bentuk pinjaman mudah, takaful perlindungan, bantuan pendidikan dan lain-lain) untuk membantu keluarga-keluarga yang ekonominya bergantung kepada komoditi utama apabila harga komoditi mula jatuh di bawah paras minima yang ditetapkan dari setahun ke setahun;
  2. Kerajaan Persekutuan wajib bekerjasama erat dengan industri perladangan bagi mencari jalan menyelesaikan fenomena pergantungan kepada pekerja Indonesia yang memberi kesan besar kepada kedudukan Malaysia sebagai negara pengeluar kelapa sawit utama dunia. Kadar upah yang semakin lumayan di Indonesia menimbulkan kesukaran kepada industri perladangan Malaysia untuk terus bersaing dengan pesaing Indonesia;
  3. Kerajaan Pakatan Rakyat akan merombak semula sistem permit eksport yang memberi keuntungan berganda kepada sesetengah pihak dan menjejaskan harga keluaran kelapa sawit negara. Matlamat utama sebarang sistem permit atau cukai melibatkan keluaran kelapa sawit negara adalah menjamin kestabilan harga dan merancakkan industri hiliran berteknologi tinggi di Malaysia; dan
  4. Hubungan diplomatik dan persaudaraan dengan kerajaan dan rakyat Indonesia perlu diperkukuhkan kerana Indonesia merupakan pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia. Hubungan dengan kerajaan dan rakyat Indonesia yang retak di bawah pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak menyukarkan sebarang usaha pelarasan dan kerjasama untuk berhadapan dengan ketidaktentuan pasaran komoditi dunia.

KEADILAN juga telah memohon YAB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengetuai satu pasukan khas merangka program-program terperinci (berdasarkan asas-asas yang digariskan di sini) yang boleh dilaksanakan sejurus selepas Pakatan Rakyat berkuasa untuk menjamin kestabilan harga komoditi dan kebajikan rakyat.

Kepakaran YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang pernah menerajui gergasi perladangan negara iaitu Guthrie sudah tentu akan menyumbang kepada fokus KEADILAN untuk menyelesaikan masalah kejatuhan harga komoditi berpanjangan yang diabaikan oleh pentadbiran sedia ada.

ANWAR IBRAHIM

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PKR

Catat Ulasan