Jumaat, 4 Januari 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 04 Jan 2013 11:26 AM PST

PEJUANG BANGSA


Hot ! Gambar bayi baru dilahirkan shake hand dengan Doktor

Posted: 04 Jan 2013 09:50 AM PST



Satu keajaiban bila GPB melihat gambar seorang bayi yang baru dilahirkan melalui pembedahan boleh shake hand dengan Doktor. Macam memberi salam perkenalan pulak bila tengok.



Isteri tangkap suami hampir rogol jiran yang sedang hamil !!

Posted: 03 Jan 2013 07:13 PM PST




KAJANG - Seorang wanita terselamat daripada menjadi mangsa rogol oleh jiran sendiri apabila jeritannya didengari isteri suspek dalam kejadian di sebuah rumah flat di Semenyih dekat sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 8 malam itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang sedang menonton televisyen seorang diri di ruang tamu ternampak kelibat seorang lelaki masuk ke dalam rumahnya.
Mangsa berusia 27 tahun dan telah mendirikan rumah tangga yang panik cuba lari ke dalam bilik tidur namun jatuh tergelincir di depan pintu bilik.
Kesempatan itu digunakan oleh suspek yang hanya memakai seluar pendek dan menutup muka dengan baju T untuk menindih mangsa.
Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa dan suspek bergelut sebelum baju yang melilit muka suspek berusia 30-an itu tertanggal.
Mangsa yang terkejut melihat lelaki itu merupakan jiran sendiri menjerit meminta tolong sambil merayu supaya tidak diapa-apakan kerana mendakwa dirinya sedang hamil.
Jeritan itu didengari oleh isteri suspek yang kemudian masuk ke rumah mangsa untuk melihat apa yang berlaku.
Suspek yang panik melihat kelibat isterinya muncul terus melarikan diri tanpa sempat merogol mangsa.
Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan pengsan akibat dicekik oleh suspek ketika bergelut.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek terlibat yang masih menghilangkan diri.
Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu menyerang dengan niat hendak mencabul yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.








Hot ! Tun Mahathir bongkar mengapa rakyat perlu tolak pembangkang di PRU13 !!

Posted: 03 Jan 2013 06:59 PM PST


Rakyat dinasihatkan agar tidak bereksperimen untuk menukar kerajaan serta terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang yang mampu membuatkan negara ini tidak stabil dan berkembang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mengambil contoh beberapa janji pembangkang yang mahu mengubah negara ini kepada 'negara berkebajikan' seperti pendidikan percuma, pemansuhan tol, meningkatkan subsidi petrol dan royalti minyak, semua janji itu akan meletakkan negara dalam keadaan bahaya.

Menurutnya, idea-idea itu pernah cuba dilaksanakan oleh negara-negara sosialis dan komunis, tetapi semuanya gagal.

''Realitinya, semua kerajaan perlu wang untuk pembangunan selain memberi subsidi kepada rakyat.

Tetapi jika sesebuah kerajaan mengorbankan cukai, tol dan yuran, kerajaan akan kekurangan wang. Dan dalam masa sama, kerajaan itu perlu membelanjakan wang untuk kemudahan awam, lebuh raya, sekolah, hospital, kos operasi dan pembangunan, pencen serta subsidi-subsidi lain.

''Jadi, di manakah kerajaan mahu mendapatkan dana yang diperlukan? Boleh sahaja membuat pinjaman jika wang itu dilabur dan memberi pulangan untuk membayar semula pinjaman. Tetapi jika pinjaman dilakukan hanya untuk perbelanjaan, ia tidak akan mampu melangsaikan hutang,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaharu di blognya, http://chedet.cc hari ini.

Beliau berkata, dalam kempennya untuk kembali memegang 'takhta' Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pernah menjanjikan beberapa perubahan seperti menutup kem tahanan AS di Teluk Guantanamo selain menamatkan operasi ketenteraan di Iraq dan Afghanistan.Namun jelasnya, segala janji-janji itu gagal dilaksanakan.

''Membuat janji semasa berkempen cukup mudah. Sekarang ini, pembangkang di negara ini cuba meniru rentak Obama dan menjanjikan perubahan. Mereka kata, berilah mereka peluang kerana Barisan Nasional (BN) telah mentadbir negara ini selama 55 tahun.
''Memang diakui BN telah mentadbir negara ini sejak merdeka.

Tetapi bandingkanlah Malaysia dengan negara-negara lain yang sama mencapai kemerdekaan. Bandingkan dengan negara-negara membangun di Barat. Mereka kini berdepan masalah kewangan dan tidak mampu mengatasi krisis,'' tegasnya.

Beliau kemudiannya mengajak rakyat mengimbau kembali krisis kewangan yang melanda dunia sekitar 1997 dan 1998.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu cuba menggunakan penyelesaian Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) tanpa pinjaman IMF.

''Bank dan syarikat berdepan dengan ancaman kebankrapan. Kos import meningkat manakala kos sara hidup melonjak. Rekod Menteri Kewangan itu buruk walaupun beliau sering mendakwa kejayaan yang dibawa oleh orang lain itu sebagai kejayaannya.

''Kini sebagai pemimpin pembangkang, beliau mendakwa mahu membawa perubahan.

Apakah perubahan terbaik yang diperkenalkannya sepanjang berada dalam kerajaan? Apa yang diminatinya hanyalah meniti tangga kepimpinan UMNO untuk menjadi Perdana Menteri,'' ujarnya.

Atas dasar itu katanya, rakyat tidak seharusnya terpedaya seperti mana beliau sendiri terpedaya dengan gaya pemimpin berkenaan suatu ketika dahulu.

''Memberi tempoh lima tahun kepada pembangkang sebagai kerajaan cukup bahaya. Banyak perkara boleh musnah dalam tempoh itu. Mereka yang kononnya berjuang kebebasan bersuara tetapi sering kali mengambil jalan mahkamah untuk menutup mulut pengkritiknya,'' tambahnya.


Ir Shaik Hussein ada bukti penyelewengan skandal Taman Mangis

Posted: 03 Jan 2013 05:30 PM PST




Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin kini sedang mengumpul beberapa lagi bukti tentang berlakunya penyelewengan dalam proses penjualan tanah di Pulau Pinang yang didakwanya berlaku ketika pemerintahan DAP hari ini, untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan seterusnya.
Tegas beliau, setelah cukup maklumat yang diperolehinya berhubung berlakunya penyalahgunaan kuasa yang dipercayainya berlaku dalam proses penjualan tanah di negeri tersebut,  maka beliau akan mendedahkan kepada rakyat di seluruh negara, khususnya di Pulau Pinang.
"Ya memang kami sedang mengumpul bukti tentang beberapa isu penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku di dalam kerajaan pemerintah DAP hari ini. Daripada beberapa maklumat yang kami terima, penyalahgunaan kuasa telah berlaku semasa proses jual beli tanah tersebut. Jika sudah cukup kami akan serahkan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya," beritahu beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Beliau yang kini sedang dalam proses perbicaraan kes saman fitnah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap beliau berhubung isu Tanah Manggis II, berkeyakinan bahawa segala bukti dapat dikumpulkan tidak berapa lama lagi.
Di samping itu,  beliau terus membidas DAP di mana setelah lebih empat tahun memerintah Pulau Pinang, barulah terserlah wajah sebenar DAP yang bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan nasib rakyat, sebaliknya merupakan sebuah parti yang langsung tidak prihatin terhadap nasib rakyat terutamanya golongan rakyat miskin.
Hari sudah terbukti, bahawa DAP yang selama ini melaung-laungkan kebajikan rakyat, intergriti dan anti rasuah,  merupakan sebuah parti yang sebenarnya mengamalkan sistem pemerintahan talam dua muka, hipokrasi, tidak adil dan tidak peduli terhadap nasib rakyat khususnya rakyat miskin tanpa mengira bangsa, ujarnya tegas.
"Dulu DAP kata, mereka telah buat lebih 11,596 buah rumah kos rendah di dalam Pulau Pinang. Setelah kami siasat, angka sebenarnya hanyalah 4000 buah rumah. Itupun sebahagian daripada jumlah tersebut, merupakan projek BN di mana mereka hanya meneruskannya saja.
"Bila diserang dan dikritik, kerajaan DAP mula buat upacara pecah tanah di sana sini, umum pada rakyat kata nak buat lagi rumah kos rendah dan mampu milik, tapi sampai ke hari ini bayang pun takda. Sebenarnya mereka hanya buat majlis pecah tanah saja, tapi rumah untuk rakyat miskin mereka tak mahu buat,"tegas beliau.
Beliau menyeru rakyat, khususnya rakyat Pulau Pinang agar tidak terus terpengaruh dan percaya dengan permainan politik DAP yang cuba menggula-gulakan rakyat dengan upacara pecah tanah, dan pengumuman untuk membuat itu dan ini, kerana apa yang keluar dari mulut kepimpinan DAP hanya tipu daya belaka. -MediaUMNO

Khazanah negara di Eropah bakal dibawa semula ke negara !

Posted: 03 Jan 2013 04:00 PM PST




 Kerajaan Melaka menyasarkan untuk mengumpul puluhan ribu manuskrip Bahasa Melayu di Eropah sebagai usaha pembangunan bahasa itu menerusi Pusat Kecemerlangan Persuratan Melayu Antarabangsa mula beroperasi di sini hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata ke arah usaha itu, kerajaan negeri akan mengadakan kerjasama dengan Universiti Leiden di Belanda yang merupakan pusat Bahasa Melayu terunggul di dunia yang menyimpan koleksi khazanah, buku serta manuskrip Bahasa Melayu.

Katanya lawatan ke universiti tertua di Belanda itu akan diadakan minggu depan dan berharap mendapat kerjasama dalam usaha menyalin ribuan manuskrip untuk disimpan dan dijadikan sumber rujukan dan penyelidikan pusat itu.

"Usaha kali pertama secara besar-besaran ini untuk mengumpul salinan manuskrip serta koleksi lain bagi pusat bahasa terunggul di rantau sebelah sini akan mengangkat martabat Bahasa Melayu ke era kegemilangan sebagaimana sejarahMelaka suatu masa dulu," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pusat itu di Bangunan Yayasan Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Prof Datuk Dr Md Salleh Yaapar dan Ketua Pengarah DBP Dr Awang Sariyan.

Selain Universiti Leiden, Mohd Ali berkata kerajaan Melaka juga akan menjalinkan kerjasama menyalin manuskrip dan dokumentasi Bahasa Melayu yang disimpan di negara Eropah lain seperti England dan Portugal.

Menurutnya pusat kecemerlangan yang diterajui seorang pengarah itu berperanan mengadakan seminar serta bengkel dalam memantapkan penggunaan Bahasa Melayu.

Kerajaan Melaka juga katanya, akan menjalinkan kerjasama mengumpul dan menyalin manuskrip dan dokumentasi Bahasa Melayu yang disimpan di negara Eropah lain seperti England dan Portugal.

Sementara itu, Md Salleh memberitahu Universiti Leiden mempunyai hampir 100,000 manuskrip Bahasa Melayu bermula sejak zaman penjajahan Belanda yang menakluki Nusantara pada kurun ke-17.

"Hampir semua khazanah bahasa Melayu terdapat di Leiden dan saya yakin usaha bersungguh-sungguh kerajaan Melaka ini untuk menyalin semula manuskrip di universiti boleh dicapai," katanya yang pernah dilantik sebagai profesor pelawat di universiti itu pada tahun 2003 hingga 2006.

Katanya semasa di situ, beliau diberikan peranan untuk menyebarluaskan persuratan, pengajian dan dunia Melayu selain membantu penyelidikan pihak universiti dan universiti lain di Eropah yang mempunyai pusat pengajian Melayu seperti di Britain, Perancis dan Jerman.

Menurut beliau usaha kerajaan Melaka menubuhkan pusat kecemerlangan itu bukan sahaja memberi impak positif dalam perkembangan Bahasa Melayu malah memberi pulangan ekonomi dalam jangka masa panjang. – Bernama

DIMENSI

Posted: 04 Jan 2013 11:10 AM PST

DIMENSI


Omegay: Nikah Koboi...

Posted: 04 Jan 2013 12:00 AM PST








bumiyang

Posted: 04 Jan 2013 03:20 AM PST

bumiyang


Isu Amanat Hadi - Mengapa Najib Pula Yang Nak Kena Jawab?

Posted: 04 Jan 2013 02:09 AM PST

Pemergian Kanang - Negara Kehilangan Pejuang Keamanan Tulen...

Posted: 03 Jan 2013 06:42 AM PST

Politik Harian

Posted: 04 Jan 2013 03:14 AM PST

Politik Harian


Rafizi Nak Jadi Diva Macam AA Pulak!!

Posted: 04 Jan 2013 12:52 AM PST

Rakyat Malaysia sekali lagi dihidangkan dengan permainan wayang kulit pembangkang yang gemar mendedahkan dokumen sulit sebagai senjata politik kotor mereka.

Kali ini Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli muncul lagi sebagai watak hero parti itu untuk mengelirukan rakyat dengan 'pendedahan panas' seolah-olah beliaulah Julian Assange Malaysia!

Assange adalah seorang pengarang dari Australia yang juga merupakan pengasas laman web Wikipedia.

Beliau kini bersembunyi di bawah suaka politik dalam kedutaan Ecuador kerana takut di buru pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Eropah berhubung aktiviti beliau mendedahkan banyak dokumen sulit kerajaan terutamanya berkaitan pengintipan dan ketenteraan.

Mungkin Rafizi juga bercita-cita untuk mencapai status seperti Assange dan menyorok pula di dalam kedutaan Turki!

Terkini pemimpin muda kesayangan Anwar Ibrahim ini mendedahkan melalui kenyataan media isi kandungan beberapa dokumen serta invois berhubung pembelian barang kemas bernilai RM13 juta dari Hong Kong.

Kononnya, Rafizi mendakwa, invois tersebut adalah kepunyaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan barangan kemas tersebut adalah pemberian kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri.

Strategi yang dirancang oleh Rafizi mudah sahaja - kaitkan Perdana Menteri, isteri atau mana-mana pemimpin kerajaan dengan amalan rasuah, jenayah dan penyelewengan kuasa dengan menggunakan dokumen sulit, milik peribadi atau rasmi.

Tanpa mengesahkan samada dokumen yang didedahkan itu adalah sahih ataupun palsu, dan diperjelaskan dari mana sumbernya, rakyat terus diperbodohkan dengan rekaan cerita dan hikayat berunsur fitnah dan tohmahan pembangkang.

Dalam pendedahan terbaru, Deepak telahpun membuat penafian bahawa dokumen dalam tangan Rafizi bukan datang darinya.

Jadi persoalannya dari manakah Rafizi memperolehi dokumen-dokumen tersebut?
Dalam dunia digital dengan teknologi digital komputer yang canggih, semuanya boleh menjadi kenyataan.

Tidak mustahil mana-mana dokumen boleh dipalsukan menggunakan teknologi masa kini termasuk yang didakwa Rafizi sebagai kepunyaan Deepak.

Jikapun benar barang kemas tersebut dibeli oleh Deepak, kemungkinan ia adalah untuk ibu atau adik beradik perempuannya atau sebagai pelaburan malah boleh juga dibeli untuk Rafizi sekalipun!

Mengapa pula tanpa sebarang bukti kukuh, pembelian barang kemas itu disabitkan pula dengan isteri Perdana Menteri?

Apakah asas Rafizi untuk menuduh Datin Seri Rosmah menerima barangan kemas itu dari Deepak hanya berdasarkan beberapa invois yang diragukan keasliannya?

Terlebih dahulu pembangkang pernah menuduh isteri Perdana Menteri kononnya memiliki cincin berlian bernilai RM73 juta yang dibeli dari Amerika Syarikat.

Hanya berdasarkan cetakan dokumen yang kononnya di ambil dari skrin komputer pihak kastam, pembangkang terus mengaitkannya kepada Datin Seri Rosmah.

Akhirnya isu tersebut terkubur begitu sahaja kerana nyata apa yang dituduh adalah fitnah semata-mata dengan niat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Begitu juga pendedahan terdahulu seperti isu NFC, projek LRT Ampang, dan sistem kawalan trafik udara KLIA yang semuanya senyap dan tidak bersuara lagi apabila pihak kerajaan atau agensi yang dituduh melakukan penyelewengan memberi penjelasan dan kenyataan sebenar.

Namun kedudukan pembangkang seolah-olahnya melebihi undang-undang negara dan mereka mampu membuat fitnah serta dakwa dakwi tanpa sebarang rasa tanggungjawab malah dan terlepas lupa daripada tindakan.

Mereka tahu individu seperti isteri Perdana Menteri atau Perdana Menteri sendiri tidak berpeluang menjawab segala tuduhan dan dakwaan palsu yang dilempar terhadap mereka.

Oleh kerana itu pembangkang bermaharajalela memyebar sebanyak mungkin fitnah dan berita palsu mengenai pemimpin kerajaan untuk mengaburi mata rakyat demi kepentingan politik mereka.

Pilihan Raya Umum ke-13 semakin dekat dan gendang fitnah pembangkang pun semakin kuat dan rancak.

Disebabkan ketandusan isu konkrit untuk membuktikan kemampuan mereka untuik mentadbir negara, pembangkang kini tangkap muat apa sahaja isu yang boleh dieksploitasikan.

Tidak kira isu kecil atau besar, pembangkang sekarang sudah terdesak untuk menutup segala kepincangan mereka sendiri dan penipuan yang telah mereka lakukan selama ini.

Rakyat kini sudah bijak bestari membandingkan antara permata dan batu, dan tidak mungkin pembangkang boleh menggangap mereka mampu diperbodohkan selamanya.

Nota: Hahaha Rafizi tak payah lah nak ganti diva AA pulak... Buang karen jew!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

tunku

Posted: 04 Jan 2013 03:07 AM PST

tunku


CEC members told to ‘zip it’ over logging deal

Posted: 04 Jan 2013 01:00 AM PST

PETALING JAYA: A gag order has been issued to party central executive committee members against making any statement on the alleged involvement of Perak DAP duo Nga Kor Ming and Ngeh Koo Ham in a logging business venture in Kelantan. Several CEC members said they had been "told to zip it". Nga, who, along with his cousin Ngeh, had reportedly been ordered by the CEC to explain the business deal, said those who divulged information over what had transpired during the meeting to outsiders were "not fit to be members". "This is because they would have failed to preserve the party's confidentiality," he said. Both Nga and Ngeh, who is also DAP deputy secretary-general, have not denied holding shares in Upayapadu Plantation Sdn Bhd, which was involved in planting rubber clone trees on a 4,259ha land in Kelantan. "But I dare swear that both Ngeh and I have not taken even an inch of land from the state government," said Nga, adding that the land was bought by Upayapadu and not as compensation for losing the Perak Mentri Besar post to PAS in 2008. The duo, said Nga, had explained to the CEC via e-mail that it was "purely a business transaction". Claiming that the allegations were politically motivated to tarnish their image, he said nearly 100 investors were involved in buying over Upayapadu. "They engaged both Ngeh and me as lawyers. "Later, they invited us to invest in the company. The sales and purchase agreement was signed in April last year. "It is a bona fide, purely commercial transaction. It is a private deal and has nothing to do with the Kelantan Government or the Perak Mentri Besar's post as we lost the state four years ago anyway," he said, adding that they had every right to invest in a business as as Malaysia was a democratic country.

 tunku : dap-democratic action party.....after all its not democratic. gag order there , gag order here. where is the democracy here? gag order has been issued so that they can hide the actual scene.

World Debt Crisis: Malaysia Is In The Safe Lane

Posted: 03 Jan 2013 10:54 PM PST

The global economic crisis which we faced during 1997/98 has recovered on the third quarter of 2009. However, the growth is beginning to slow down this year, 2012. The global economy often depend on the status of developed countries and as for state economy, that usually depend on debt crisis as well as market confidence. Today, global debt has increased to USD1 trillion with only slow growth. According to the report from the Global Wealth 2012 ran by Credit Suisse Research Institute, the total household debt rose to more than U.S. $ 1 trillion, debt to asset ratio increased on average by 50 cent from 2000 to 2008. In a way, countries which has a comfortable economic status tend to have higher household debt. Position on ratio of debt to assets in developed countries like the United States and United Kingdom shows the same pattern where they increase drastically from 2008 and it went down to around 20% in 2011-2012. The Economist reported that the record percentage of U.S. public debt from the GDP is at 74.2% or USD36,873.70 per capita and UK at 90.6% or USD35,325.24 per capita. In Europe, taking Italy as an example, recorded debt to assets ratio of 11.1% in 2012, one of the lowest in the world but it is a substantial increase since it started on a low base. However, the total public debt in Italy registered a 120.7% percentage of GDP or USD40, 590.48 per capita. Spain debt to asset ratio, however, recorded a 90% higher than in 2000 and there are no signs of decline while public debt percentage of GDP is 73.2% or about USD21, 837.18 per capita. France recorded a debt to asset ratio of 12.8%, representing a decrease of 10% from ten years ago for improving assets. French public debt figures recorded 89.8% of GDP or USD36, 723.23 per capita. Germany also succeeded in lowering the ratio of 24.3% in 2000 to just 16.4% this year. German public debt position stood at 82.8% of GDP or USD34, 224.93 per capita. Singapore is reported to almost achieve the same performance as Germany in decreasing their debt while Malaysia and Philippine, according to Credit Suisse Research Institute's report, was not clear, but both the countries probably have good records. However, according to The Economist, position of Malaysia's public debt to GDP is 56.7%, or USD5, 903.21 per capita, the Philippines 46.6% or USD1, 209.84 per capita, and Singapore 96.4% or USD50, 074.83 per capita. Just like any other countries, Malaysia also could not avoid from getting the impact from the debt and economic crisis from America and Europe. The economic status in those developed countries has resulted in a decrease in the global market. Malaysia was affected with the situation through international trade and commodity prices. It also caused the global financial uncertainty, thus, affecting the financial position for Malaysia which made its impact on household income. Due to that, the various warnings about the high debt position was never been taken for granted by the government. Malaysia is lucky because the government often ensure that we would have various exports and we do not only depend on electrical components alone. Instead, the government even covers other manufacturing industries, other than commodity. This also means that Malaysia has greater trading partners and it does not have to depend too much on developed countries. In 2011, 47% of Malaysia's exports goes to Asian countries, while only 30.2% to the U.S. and Europe. Taking note from the decrease in private investments since the Asian economic crisis in 1997 probably became an obstacle for economic growth, the government began to outline several strategic transformation to revitalize the private sector under the New Economic Model. They include developing a quality workforce and reducing foreign labor, building basic infrastructures, increasing resources and others. To date, the measures taken by Malaysia has already demonstrated success in the Economic Report 2012/2013 by the Ministry of Finance where funds raised by the private sector through private sector debt securities increased significantly by 97.9 per cent to RM70.9 billion for the first seven months of 2012 compared to 67.7 per cent increase to RM35.8 billion previously. Gross funds raised in the capital market increased significantly by 46.3 per cent to RM155.5 billion in the first seven months of this year and it has been supported mainly by the needs on infrastructure financing compared with 31.8 per cent increase to RM106.3 billion in the same period last year. Funds raised by the public sector also grew 3.3 per cent to RM64.3 billion in the first seven months of 2012 compared with RM62.2 billion, an increase of 47.6 percent for the same period last year. That is why, Malaysia could expect consistent growth even if the global economy became unstable. The Malaysian government's ability to look forward and making early preparations to face the world debt issue should be complimented. Without such performance, Malaysia might not have been able to achieve such great record. Even though some still question the abilities and performance by the government, but the fact is, entrepreneurs around the world knows best. This is proven through the increase in foreign direct investment which came from the confidence of investors. The record on foreign direct investment which fell from RM24.1 billion in 2008 to RM5 billion in 2009 went up to RM29 billion in 2010 and to RM33 billion in 2011. Malaysia is in second as the most competitive countries in Asia, 6th in Asia Pacific and 25th in the world. Malaysia is currently ranked 10th in the list of most reliable country for foreign investment, a huge leap from 21st back in 2010.

Taipingmali (tm)

Posted: 04 Jan 2013 01:11 AM PST

Taipingmali (tm)


Harakah berbohong lagi

Posted: 04 Jan 2013 01:06 AM PST

Harakah terus degil dan tidak mengindahkan kritikan ahli yang mahukan harakah bercerita perkara yang benar, bukan cerita palsu, fitnah dan bohong.

Pengarah Harakah Dato Tarmizi nampaknya perlulah bertanggungjawab terhadap kegagalan anak buahnya yang masih menulis cerita bohong dan fitnah.

Terkini ialah kisah kematian satu keluarga di Pengerang Johor.

Baca petikan berikut:

Akhbar Harakah baru-baru ini kantoi menipu sekali lagi apabila menggembar-gemburkan berita mengenai kejadian bunuh diri sekeluarga tiga beranak dari kaum Cina di Pengerang Johor sebagai berpunca dari Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang bernilai RM60billion.

Jika pembangkang menggunakan penyamaran berbentuk Himpunan Hijau untuk menentang Lynas, maka RAPID pula memakai topeng Gabungan NGO Pengerang (GNP).

Merujuk kepada tragedi tersebut, Harakah melaporkan bahawa Bendahari GNP, Chua Peng Sin berkata, "GNP sangat sedih dengan tragedi yang melanda keluarga miskin itu yang gagal mengawal tekanan hidup, disebabkan pengambilan tanah oleh pemaju dan akhirnya membunuh diri". Ini adalah tuduhan yang serius seolah-olah menyatakan yang keluarga ini dibunuh oleh kerajaan.

Alasan yang dinyatakan ialah jumlah pampasan sebanyak RM20,000 sebagai tidak setimpal dengan kos untuk membina rumah atau hidup baru.

Laporan Harakah tersebut adalah jelas berniat jahat dan tidak bertanggungjawab apabila didapati amat bertentangan dengan laporan polis serta laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina dari sumber terdekat keluarga mangsa yang melaporkan sebaliknya.

Akhbar China Press (p3 lead ), Guang Ming (p4lead), Kwong Wah Yit Poh (back page.pix), Oriental Daily (p14 lead.pix),Sin Chew semuanya melaporkan kenyataan adik mangsa, Pang Mao Song 55 tahun, iaitu kejadian itu tiada kena mengena dengan projek RAPID tetapi kerana masalah kesihatan.

Laporan polis dari sumber jiran terdekat pula menyatakan bahawa mangsa telah pernah menyebut mengenai niatnya untuk membunuh diri kerana tertekan akibat terpaksa mengurus isteri yang uzur serta anak yang 'down-syndrome'.

Kini, motif mangsa membunuh diri telah berjaya dicari dan motif Harakah untuk berbohong juga tidak sukar untuk dibaca.

Sepertimana kilang Lynas, projek RAPID ini juga merupakan antara sisa-sisa modal politik pembangkang dalam percubaan untuk memburukkan kerajaan dengan bersandarkan isu alam sekitar dan kesan sosiologi terhadap penduduk setempat.

Pembangunan projek RAPID turut meliputi kawasan beberapa kampung tradisi termasuk Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang, Kampung Langkah Baik, Kampung Sebong, Kampung Batu Mas, Kampung Jawa dan Kampung Sungai Buntu.

Projek RAPID dijangkan akan meliputi kawasan seluas lebih 6424 ekar untuk pembangunan Projek Kompleks Bersepadu Pembangunan Pengerang (PIPC) seluas 22.500 ekar, di selatan Johor. Projek yang menelan belanja RM170 bilion itu dijangka akan menjadikan Malaysia sebagai hab petrokimia mega dunia.

Malang bagi Malaysia kerana pembangkang kita mempunyai hobi pelik iaitu gemar menentang apa saja yang membawa kebaikan untuk negara. Lebih besar faedahnya untuk negara, lebih hebatlah penentangan mereka. Contoh lain selain Lynas dan RAPID, ialah FGVH. Dalam semua isu ini, pembangkang sanggup mengerah balaci mereka berdemo, berjalan kaki dari jauh dan mogok lapar semata-mata untuk mencipta 'impak' bagi menggoyahkan kerajaan.

Namun, kerajaan BN tidak goyah malah semakin kukuh bertapak tetapi pembangkang pula yang kelihatannya semakin hari semakin tumbang.

Ini kerana, kerajaan BN tidak pernah menganiaya rakyat, dan buktinya tidak perlu lagi diceritakan kerana boleh dilihat oleh sesiapa saja dengan seimbas lalu jua. Jika benar keluarga yang membunuh diri itu terjebak dalam kemiskinan tegar maka beliau akan diserapkan ke bawah program Rimbunan Kasih yang termasuk dalam pembangunan sampingan RAPID. Andai kata ada pihak yang terlepas pandang akan keadaan mereka, mereka punya banyak saluran untuk meminta bantuan, termasuklah melalui pembangkang.

Namun, membantu mereka yang memerlukan bukanlah niat pembangkang. Niat pembangkang hanyalah untuk memburukkan kerajaan walaupun ia bermakna membiarkan negara kerugian kerana terlepas peluang untuk menjana pendapatan lumayan.

Percayalah, pembangkang bukannya sedih dengan kejadian bunuh diri itu, tetapi mereka cukup gembira. Malah mereka telah pun merancang untuk meraikannya melalui demonstrasi bersiri sepertimana yang berlaku dalam kes kematian Teoh Beng Hock.

Kita sudah tidak hairan lagi jika pembangkang sentiasa mengharapkan hatta, 'merencanakan' sesuatu yang buruk seperti ini berlaku terhadap rakyat kerana hanya dengan cara itu mereka boleh mengambil peluang untuk 'membuktikan' kononnya kerajaan BN benar-benar zalim.

Tidak mustahil keluarga yang membunuh diri itu menjadi tertekan akibat terlalu sering disogokkan dengan momokkan pembangkang kononnya nasib mereka tidak akan dibela dan rumah mereka akan dirampas tanpa mendapat pampasan setimpal. Mungkin mereka dihasut tanpa henti oleh pembangkang dengan gambaran yang jauh lebih buruk dari itu mengenai nasib yang bakal menimpa mereka selepas projek RAPID. Siapa tahu?

Mungkin inilah yang sebenarnya berlaku.

Adalah mudah bagi sebuah keluarga miskin yang kurang mendapat maklumat terkini, untuk terpedaya dengan hasutan tersebut sehingga akhirnya menjadi begitu tertekan. Hasutan yang berlarutan pasti membawa kepada tekanan yang serius sehingga akhirnya tidak dapat dibendung lagi.

Justeru, kita tidak harus mengenepikan kemungkinan bahawa PR yang menjadi punca tragedi tersebut sama ada secara langsung, tidak langsung serta halus. Tragedi yang sama mungkin berulang jika PR begitu terdesak untuk menang dalam pilihanraya akan datang

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP: Kesilapan Microsoft menyebabkan Zairil kalah

Posted: 03 Jan 2013 09:00 PM PST

Memalukan


Dalam Roket Kini 3 Januari, melaporkan bahawa kesilapan teknikal pada komputer yang menggunakan perisian Excel menyebabkan Zairil anak tumpang bin Khir Johari di isytiharkan kalah semasa kongres Dap bulan lepas. Dap patut disaman oleh Microsoft kerana kenyataan mereka menjatuhkan reputasi syarikat komputer tersebut dan kemungkinan besar Dap juga menggunakan perisian tiruan.

Begitu mudah CEC Dap memberi jawapan demi mempertahankan ikon Melayu dalam parti mereka. Zairil sememang satu nama yang diangkat oleh Dap agar parti itu lebih bercorak pelbagai kaum. Zairal yang baru setahun jagung juga  telah menjadi jurucakap dalam satu wacana Islam, Melayu dan Dap bersama Dr Mazlee Malek di dewan Annex Shah Alam. Anjuran roketkini.com.

Panelis : Zairil Khir Johari, YB Khalid Samad, Dr. Mazslee Malek , Wan Saiful Wan Jan.dan Lim Guan Eng 
Dap sepatutnya membuat pengundian semula dan bukan mengumumkan kesilapan teknikal akibat komputer. Ini satu wayang yang sangat memalukan dan melucukan.

Untuk mengulas seterusnya blog  Dr MIM telah mengupas isu ini dengan lebih detail

GM 13 Mahasewel

Posted: 03 Jan 2013 06:54 PM PST

Kelmarin Khamis, Safwan Anang, Adam Adli ( Syiah dan Pkr) serta rakan-rakan Gamis (Pas) sekali lagi cuba menjadi kuda tunggangan Pas dan Pkr untuk mengganggu proses Pilihanraya 13 yang bakal diadakan selewat-lewatnya Mei depan.

GM 13 sudah tentulah tidak berdaftar dan tujuuan utama mereka ialah menentang BN dengan membawa isu PTPTN, AUKU dan lain-lain isu nasional seperti Lynas dan sebagainya.

Yang pasti ia sudah tentu majoriti yang akan turut serta ialah pelajar Melayu. Bukan melayu akan terus menumpukan kepada pelajaran agar keputusan mereka akhir tahun mendapat ijazah kelas pertama dan sudah tentu pinjaman ptptn akan bertukar menjadi biasiswa.

Safwan dan Adam juga menipu media kononnya mereka memperolehi dana untuk menyewa lori RM 150 sehari adalah hasil derma orang ramai. Padahal kita semua maklum bahawa mereka adalah balaci Anwar Ibrahim yang dibayar gajinya secara rahsia jika tidak masakan Adam Adli mampu senyum sepanjang masa padahal beliau adalah penganjur dan daripada keluarga miskin di Bertam Pulau Pinang.

Jangan lah menjadi munafik, ceritalah bahawa segala-gala perbelanjaan anda GM 13 adalah ditanggung oleh Yahudi, Kawarij. Syiah dan musuh negara.

Hairannya kenapa pihak univeriti masih tak buang mahasewel ini. Buanglah suruh mereka cari universiti lain.

Ops ! Silap pula. Sebenarnya mereka mendapat sokongan daripada pensyarah mereka yang 80% adalah pro pembangkang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Obsesi Pkr

Posted: 03 Jan 2013 03:38 PM PST

"Ada hati al-Jub nak jadi PM" Hadi Awang
" Sooiww punya olang mahu jadi PM" LKS

WAJAH PELAJAR DARI KELANTAN YANG MURTAD !!

Posted: 03 Jan 2013 03:22 PM PST



Mahkamah Rayuan Syarie Kelantan mengarahkan Mohd Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, pelajar Diploma Seni Kulinari UiTM yang pernah membuat pengakuan menukar agama kepada Kristian, diberi bimbingan khas oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Perintah itu dikeluarkan Hakim Datuk Daud Muhammad yang dibantu dua ahli panel, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abd Halim dan Tan Sri Ghazali Abd Rahman selepas menolak permohonan Ketua Pendakwa Syarie Kelantan, Hashim Deraman supaya pelajar itu diletakkan di Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.
Hashim memohon Mahkamah Rayuan membuat semakan semula keputusan Mahkamah Tinggi pada Mei lalu terhadap Mohd Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, pelajar Diploma Seni Kulinari UiTM Dungun, supaya diletak di bawah pengawasan Unit Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).Hashim berhujah, Unit Dakwah JAHEAIK hanya sebuah jabatan yang tidak mempunyai kelengkapan khas untuk memberi bimbingan secara khusus kepada Mohd Fariz Ilham dalam usaha memulihkan akidahnya.

Pelajar ini juga difahamkan bergiat aktif dalam perhimpunan haram Bersih 2.0 dan beberapa demontrasi yang dilaksanakan oleh pembangkang.

sumber FB...

Perpaduan Masyarakat Malaya

Posted: 03 Jan 2013 03:17 PM PST

PAS DAYUS kerana biarkan Kalimah "Allah" diperdagangkan oleh Anwar

Posted: 03 Jan 2013 06:40 AM PST

Hadi Hina Guru

Posted: 03 Jan 2013 06:24 AM PST

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sokong Pas Hanya Kerana Menganggap Ia Jihad

Posted: 03 Jan 2013 06:23 AM PST

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rakyat Nantikan Penjelasan Shamsidar

Posted: 03 Jan 2013 06:22 AM PST

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kalimah Allah Untuk Bible Versi Melayu Sahaja

Posted: 03 Jan 2013 06:21 AM PST

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa niat sebenar Hadi! (Utusan)

Posted: 03 Jan 2013 05:17 AM PST

DATUK Zulkifli Noordin ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah.

Saya tertarik dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendesak diberi ruang selama satu jam bersiaran secara langsung untuk memberikan penjelasan mengenai isu Amanat Haji Hadi yang mencetuskan kontroversi berikutan pendedahan pengikut taksub dan ahli seumur hidup Pas, CN Al-Afghani melalui bukunya Kafirkah Aku!.

Desakan Abdul Hadi turut disokong oleh Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandarkan hujahnya kepada hukum Islam yang mewajibkan semua pihak diberi hak bersuara dan membela diri.

Saya tidak menafikan syariat Islam mewajibkan mana-mana pihak diberi hak membela diri dan bersuara dalam mana-mana isu yang membabitkan dirinya. Malah hak asasi kemanusiaan juga menuntut seseorang diberi hak membela diri dan hak bersuara.

Apa yang saya pertikaikan ialah amalan politik dua alam, cakap tak serupa bikin dan demokrasi hipokrit amalan pembangkang.

Contohnya, mengapa semasa Pas membat keputusan memecat Datuk Dr. Hasan Ali, beliau langsung tidak diberi hak membela diri dan hak bersuara.

Malah, Hasan Ali langsung tidak diberi notis tunjuk sebab atau alasan tindakan memecat akan diambil terhadap beliau. Sehingga hari ini Hasan Ali tidak tahu apa sebab beliau dipecat!

Mana suara Nik Aziz atau Abdul Hadi semasa itu. Bukan sahaja mereka tidak memberi hak bersuara itu kepada Hasan Ali, malah mereka turut bersekongkol dalam tindakan memecat Hasan Ali tanpa diberi sebab, tak diberi hak bela diri, tak diberi hak bersuara, malah tak diberi notis!

Tetapi bila terkena batang hidung sendiri, dengan segera segala ayat al-Quran dan hadis serta hukum Islam dicedok dan digali untuk melapik tuntutan serta desakan mereka!

Ini pada saya adalah amalan politik jijik dan kotor kerana mempergunakan syariat Islam hanya untuk kepentingan politik peribadi!

Kedua, Abdul Hadi perlu ingat, beliau ada ruang di Harakah dan media-media portal pembangkang yang lain untuk memberi penjelasan. Apatah lagi dengan dunia Internet, beliau boleh merakam sendiri penjelasannya dan disiarkan tanpa tapis di Youtube dan media lain. Malah beliau boleh buat rakaman dalam bentuk CD/DVD dan disebarkan kepada orang ramai.

Dalam keadaan ruang cukup luas yang ada untuk beliau memberikan penjelasan, Abdul Hadi memilih untuk mendesak satu jam siaran langsung di RTM! Tidakkah ini menimbulkan keraguan tentang niat sebenar beliau?

Selanjutnya, Abdul Hadi perlu ingat yang membongkar dan mencetuskan isu kesan Amanat Haji Hadi 1981 itu ialah seorang pengikut taksub dan bekas ahli seumur hidup Pas.

CN Al-Afghani bukan calang-calang orang. Beliau pernah duduk dipimpinan Pemuda Pas Negeri. Malah Naqib usrah beliau ialah arwah Ustaz Fadzil Mohd Noor, bekas Presiden Pas! Beliau juga pejuang mujahidin di Afghanistan dan Kashmir. Malah beliau pembela balu syuhada Memali dan tinggal bersama mereka! Dan beliau pernah ditahan ISA kerana menjadi Ketua Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM)!

Beliau yang membongkar kesan Amanat Haji Hadi 1981 melalui bukunya Kafirkah Aku!.

Beliau turut menceritakan bagaimana beliau sendiri menjadi begitu taksub dengan Amanat Haji Hadi itu sehingga mengkafirkan ahli keluarganya sendiri yang menjadi ahli atau penyokong UMNO!

Berikutan pendedahan beliau, ramai lagi pengikut taksub Pas yang terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi tampil ke depan mendedahkan bagaimana mereka melalui kehidupan yang sangat menyesatkan akibat amanat itu.

Kita dengar mereka menceritakan tentang nikah kali kedua, sembelihan keluarga sendiri daripada kalangan UMNO dianggap bangkai, ada imam yang enggan solatkan jenazah umat Islam daripada UMNO, solat dua imam, boikot masjid dan macam-macam onak mehnah akibat Amanat Haji Hadi.

Jadi pada saya, Abdul Hadi tidak perlu beri penjelasan kepada umat Islam berbangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Kami semua sudah faham bahawa amanat itu sesat dan bercanggah dengan akidah/ syariat Islam. Malah para ulama, mufti dan ahli agama telah memberikan fatwa dan pendapat yang jelas membuktikan Amanat Haji Hadi itu sesat dan bercanggah dengan syariat Islam.

Jadi umat Islam bangsa Melayu serta rakyat Malaysia tidak perlu dengar dan faham penjelasan Abdul Hadi kerana kami sudah tahu. Malah kami tidak pernah mengikut pun Amanat Haji Hadi itu.

Yang perlu tahu, dan yang perlukan penjelasan ialah para pengikut taksub Pas dan Abdul Hadi yang sehingga ke hari ini tidak menyedari tentang kesesatan Amanat Haji Hadi tersebut. Sehingga hari ini ada yang masih mengkafirkan saudara seagama dan sama akidah hanya kerana amanat itu.

Malah semasa berbual dengan beberapa sahabat daripada Baling, mereka menyatakan kerisauan tentang status 'mati syahid' Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang lain yang mati terbunuh dalam Peristiwa Memali.

Kalau Amanat Haji Hadi itu tidak betul, bagaimana keadaan jenazah mereka yang tidak dimandi dan dikafankan! Terus dikuburkan dalam keadaan berlumuran darah kerana dikatakan mati syahid. Malah empat anggota polis yang satu akidah turut dibunuh kononnya halal kerana 'Polis UMNO'!

Apa nasib mereka ini semua?

Kepada mereka ini yang Abdul Hadi wajib berikan penjelasan. Mereka mahu tahu benarkah UMNO kafir kerana kononnya mengekalkan dan melaksanakan Perlembagaan, undang-undang dan peraturan kafir serta jahiliyah!

Kalau begitu kedudukannya, mereka mahu tahu mengapa pada 18 Januari 2003, Abdul Hadi membuat 'Amanat Hadi' yang menyatakan peruntukan mengenai Islam cukup seperti dalam Perlembagaan!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sahabat-Gunung

Posted: 04 Jan 2013 01:06 AM PST

Sahabat-Gunung


Krisis Air Selangor: Mereka Hanya Berjanji, Tapi Gagal Uruskan Keperluan Rakyat

Posted: 03 Jan 2013 06:35 PM PST


Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) hari ini menuntut kerajaan negeri untuk tidak lagi bermain wayang atau memperbaharui janji-janji palsu mereka khususnya dalam pemberian air percuma kepada rakyat negeri Selangor.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kegagalan Selangor mengotakan janji dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum 2008 sebagai 'senjata makan tuan' dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

"Jika kita perhalusi satu-persatu janji-janji mereka manifesto pembangkang (sebelum PRU12) di Selangor, mereka gagal kotakan janji. Malah mereka juga kini mengatakan bahawa manifesto bukannya janji.

Contohnya dalam isu air yang melanda Selangor dan Lembah Klang hari ini, GPRS menyifatkan kerajaan negeri bersikap tidak acuh dalam menyelesaikan kemelut tersebut.

Kerajaan negeri seolah-olah tidak serius. Kerajaan persekutuan sudah mewujudkan jawatankuasa khas bagi memantau kemelut air," ujarnya ketika ditemui bagi mengulas kemelut terkini isu air di Selangor dan Lembah Klang.

Tambahnya, pembangkang hanya pandai menabur janji namun gagal melaksanakannya dengan baik.

"Daripada banyak-banyak ini (janji)... apa pun yang dibuat hanya ala kadar.

"Kalau janji nak bagi air percuma, dipilih-pilih. Kalau nak bagi pelajar universiti RM1,000 seorang seperti yang dijanjikan dalam manifesto lalu, akhirnya dia (kerajaan negeri) mengatakan keluarga pelajar yang berpendapatan RM1,500 ke bawah sahaja (yang menerima). Bagaimana pula janji dengan anak-anak di Taska dan bantuan elaun kepada golongan ibu tunggal," tambahnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang.

Dalam masa yang sama, Sohaimi melihat kedegilan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu air ini tidak mustahil akan membawa kepada kesengsaraan berulang kepada penduduk terlibat khususnya di negeri Selangor ini.

"Saya cabar kerajaan negeri untuk membentangkan cadangan utama (master plan) dalam menangani masalah air ini daripada terus berdolak dalih mengeluarkan kenyataan politik  dengan menuding jari menyalahkan pihak lain.

Kita sebagai rakyat negeri Selangor perlu menilai kepimpinan kerajaan negeri yang ternyata gagal memberikan khidmat terbaik lebih-lebih lagi dalam memastikan keperluan asas rakyat mencukupi dan tidak membebankan rakyat," ujarnya lagi. 

BN Selangor Yakin Menang 30 Kerusi - Noh

Posted: 03 Jan 2013 04:39 PM PST


Barisan Nasional (BN-Selangor) yakin akan dapat memenangi 30 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.

Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan pelbagai program yang telah  dilaksanakan.

Menurutnya, dengan isu air yang semakin serius antara faktor rakyat sudah beralih kpada BN.

"Kita yakin untuk menang sekurang-kurangnya 30 kerusi untuk menawan kembali Selangor. BN juga sudah bersedia untuk hadapi pilihan raya seolah-olah PRU13 akan berlaku hari esok," katanya kepada media sempena mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan ke Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua semalam.

Sementara itu, Noh turut mengulas berkenaan isu air yang melanda negeri itu dan menyifatkan kerajaan negeri bersikap tidak acuh dalam menyelesaikan kemelut tersebut.

"Kerajaan negeri seolah-olah tidak serius. Kerajaan persekutuan sudah mewujudkan jawatankuasa khas bagi memantau kemelut air," katanya.

Kata beliau, apa yang dilakukan kerajaan hari ini adalah perancangan jangka panjang.

"Kita berfikir sehingga tahun 2020, tidak seperti kerajaan negeri yang hanaya berfikir untuk jangka pendek.

"Jika kerajaan negeri tetap berdegil, tiada pelabur untuk Selangor dan boleh menyebabkan negeri menjadi mundur," katanya.

The Unspinners

Posted: 03 Jan 2013 11:38 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 03 Jan 2013 11:34 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Santai Pagi: Video Tarian Kuda Guan Eng & Kit Siang

Posted: 03 Jan 2013 04:41 PM PST


Jom layanz....



@AbdulHadiAwang WAJIB tempeleng SUPOLnya kerana dua poster ini!

Posted: 03 Jan 2013 04:00 AM PST

 
 
Hadi Awang minta SATU jam untuk perjelaskan amanatnya yang membawa kepada berlakunya perbuatan kafir-mengkafir sesama Muslim, perpecahan keluarga, rumahtangga dan masyarakat serta akhirnya membawa kepada peristiwa berbunuhan di Memali tahun 80-an dahulu. Namun, persoalannya, layakkah Hadi Awang diberi peluang selama SATU jam di TV milik Kerajaan, sedangkan ketika Datuk Hasan Ali berkeras mahu mempertahankan akidah ummah di negara ini, beliau telah dipecat tanpa sesaat pembelaan pun dari parti yang mendakwa sebagai wadah Islam?!!
 


 
 
Selain itu, satu persoalan besar yang Hadi Awang perlu perjelaskan di sini adalah: ADAKAH junjungan kita Nabi Muhammad SAW serta para sahabat Baginda dan Ahlul Bait juga jatuh kafir kerana tidak masuk PAS sepanjang hayat mereka?!! Dan adakah kesemua ahli DAP, termasuk yang memusuhi Islam seperti Karpal Singh dan Lim and sons akan masuk SYURGA semata-mata kerana mereka bersama PAS kini?!!
 
Jawab, jangan tak jawab Hadi!  
 
 
*Nate demo pecoh peruk...

Ancaman Komunis Bukan Satu Propaganda

Posted: 03 Jan 2013 02:00 AM PST

Ada di kalangan rakyat Malaysia yang terpedaya dengan dakyah pembangkang bahawa ancaman Komunis adalah satu propaganda.

Perhatikan apa yang berlaku di negara jiran kita.

Keratan Akhbar dari Harian Metro.

Walaupun ancaman Komunis memuncak ketika perang dingin antara Rusia dan Amerika, namun ideologi Komunis tetap ada sehingga sekarang. Tidak mustahil jika negara kita juga menerima nasib yang sama jika tidak berjaga-jaga.

Bersyukur dan berterima kasih kerana ancaman-ancaman seperti ini dapat dibendung di negara ini.


WAJIB BACA : DAP MAHU TRAGEDI 13 MAY BERULANG

Posted: 03 Jan 2013 12:37 AM PST



Majlis Fatwa Kebangsaan bimbang dengan tindakan pihak yang enggan menghiraukan sensitiviti umat Islam di negara ini, dengan mendesak penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata pihak yang menimbulkan isu itu tiada kejujuran dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini dan sengaja mencari perpecahan selain mahukan keuntungan politik.

Tidak endah
"Selama mana orang Islam boleh bertahan dengan sikap tidak endah sedemikian dan `diketuk' apabila senyap? Perkara ini tidak sepatutnya ditimbulkan lagi kerana ia boleh mengguris dan menyentuh sensitiviti.

"Kita bimbang ia akan mengakibatkan berlakunya perkara lebih besar yang tidak menguntungkan sesiapa di Malaysia, tetapi musuh di luar negara," katanya – ( Dipetik daripada Berita Harian)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 – 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

HASIL KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA KE-82 PADA 5-7 MEI 2008.
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 – 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
 
Keterangan/Hujah:
  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada 'Tuhan Bapa' iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah 'Theos' bukannya Allah.
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
  3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
  4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
  5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
  6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
  7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.
  8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
  9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar'iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
  10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
  11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama

    Kenapa dibangkitkan isu yang sudah tenggelam? Walhal umum tahu tidak pernah timbul isu penggunaan kalimah suci Allah S.W.T oleh agama Kristian.  Tetapi ianya dibangkitkan oleh Joseph Lim Guan Eng yang mencabar keutuhan dan kesejahteraan agama di Malaysia. Lim Guan Eng cuba membangkitkan isu ini untuk menimbulkan sifat tidak puas hati pada golongan kaum Krisitan. Tetapi tahukan anda di Vatican sendiri mereka tidak merujuk tuhan mereka sebagai 'Allah'. Ianya merupakan kalimah suci agama Islam sejak ribuan tahun lagi. Ianya mampu atau secara langsung, mampu menyemarakkan semangat perkauman, dan mencetus kepada pergaduhan kaum atau Agama. Menggugat kesejahteraan dan keamanan bumi Malaysia tercinta

sekupangdua

Posted: 03 Jan 2013 11:28 PM PST

sekupangdua


SEMBANG HUDUD BUKAN MAIN, MURTAD NIE DAH LUPA KER?

Posted: 03 Jan 2013 05:34 PM PST


Dah lupa ker kita? KELANTAN dan BERSIH memang HEBAT!.... Mahkamah Rayuan Syarie Kelantan mengarahkan Mohd Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, pelajar Diploma Seni Kulinari UiTM yang pernah membuat pengakuan menukar agama kepada Kristian, diberi bimbingan khas oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Perintah itu dikeluarkan Hakim Datuk Daud Muhammad yang dibantu dua ahli panel, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abd Halim dan Tan Sri Ghazali Abd Rahman selepas menolak permohonan Ketua Pendakwa Syarie Kelantan, Hashim Deraman supaya pelajar itu diletakkan di Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.Hashim memohon Mahkamah Rayuan membuat semakan semula keputusan Mahkamah Tinggi pada Mei lalu terhadap Mohd Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, pelajar Diploma Seni Kulinari UiTM Dungun, supaya diletak di bawah pengawasan Unit Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).Hashim berhujah, Unit Dakwah JAHEAIK hanya sebuah jabatan yang tidak mempunyai kelengkapan khas untuk memberi bimbingan secara khusus kepada Mohd Fariz Ilham dalam usaha memulihkan akidahnya.Pelajar ini juga difahamkan bergiat aktif dalam perhimpunan haram Bersih 2.0 dan beberapa demontrasi yang dilaksanakan oleh pembangkang.

P/S : SEORANG YANG MURTAD BERASAL DARI SERAMBI MEKAH !! ADAKAH KERANA KURANG DIDIKAN AGAMA ?? YANG PASTI KERAJAAN KELANTAN MESTI MEMANTAU JANGAN ASYIK BERCERAMAH SAHAJA !! APA YANG AKU LIHAT CERAMAH2 DI KELANTAN HANYA LEBIH BERBAUR POLITIK KURANG BERKISAR KEPADA AGAMA..WALLAHHUALAM

Sembang bagai-bagai, konon HUDUD ler... tapi benda pasal Murtad pun tak lepas, patutler selalu salahkan UMNO, nak buat... buat jer ler, jangan sembang bagai-bagai dan tunding jari kat UMNO bila rasa salah dan kantoi, Ingat!!!  kata takut kat tuhan jer, tapi boleh kata salah orang lain pulak ... hehehe takut kat UMNO rupanya PAS nie, dengan tuhan tak takut ker? Jangan mimpila kalau nak tengok HUDUD diKelantan, macam biasa ler setiap kali PRU datang setiap kali tu ler hukum HUDUD akan dipermainkan dan dihinakan...  cerita lanjut dan komen ramai... (KLIK SINI)

NUAR ANGIN SAMA NGEH?

Posted: 03 Jan 2013 04:00 AM PST

Manisnya muka... kikiki...
Bukan main angin lagi nuar, terpacul dari mulut ayat ayang nampaknya bukan saja rakyat getek tapi dengan PM Jenin dema pun angin satu badan, mana tidaknya sampai menganggap Kak Ijat Lagi Mulia dari Ngeh, itu antara yang dalam posting teman baca kat blog Parpu kari. dalam blog tersebut ternyata ayat yang keluar dari mulut PM DAP nie 'They (DAP leaders) are trying hard to portray as if they are the cleanest party of us all. Now? Voters will surely compare Ngeh Koo Ham' case to Shahrizat. Mind you, she RESIGNED!' 

Marah benor tu yop! apa sebabnya kita tahu tapi tang mana marahnya kita tak berapa tau, sebab apa? pasal buat kerojer dia tak tau ker? pasal handeinya dia senyap buat kerojer ker? pasal dia tak ngajak sekali ker? Pasai dia legi hebat ker? Pasai depa buat dia punya nama naik lagi ke? perghhh banyak sebab tu yang kita tak boleh nak pilih...

Kat sini jugak nampaknya makin kronik bila kes tersebar luas bila isu 10,526 ekar tanah yang disedekahkan nampaknya menjadi isu yang paling hangat diperkatakan oleh rakyat, pembongkaran dalam blog Pisau.com nampaknya tak boleh lagi di tutup oleh nama-nama yang disebutkan terlibat, tak boleh nak menyorok lagi, cubaan mengalih perhatian bila ngeh dalam cubaan nya mengadakan cerita kerajaan negeri Perak juga terlibat dalam pemberian pembalakan dan tak kurang juga cubaan HERO TAMIL dengan kononnya ada VIDEO BLUE Dato Speaker Ganesan jugak nampaknya gagal... kita ikuti apa kata Parpu dalam blognya...

Anwar bersungguh menyampaikan hasrat kepada Karpal agar 'pressure' DAP supaya mengambil TINDAKAN DISIPLIN segera dalam isu Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. Anwar tidak risau dengan PAS – sebab PAS boleh ada ayat quran untuk tenangkan hati pengundi Melayu. DAP? Integriti dan kebolehpercayaan adalah segalanya untuk DAP. Kalau terbukti bahawa mereka terlibat – DAP is gone. 

Anwar sangat khuatir jika kes Ngeh/Nga ini MEREBAK sampai ke pengundi di Sabah dan Sarawak. Budaya 'kickbacks' ini tak sepatutnya jadi budaya Pakatan Rakyat. 

Anwar bandingkan bagaimana dalam kes Shahrizat – NAMA Shahrizat tidak timbul langsung dalam syarikat. Tak ada. Apapun yang dikatakan, NFCorp tidak ada nama Shahrizat. Kalau kita, tegas Anwar, menggunakan asas yang sama – Ngeh dan Komeng patut letak jawatan dalam CEC, ataupun dikenakan tindakan disiplin 'pending investigation'. 
Sekurang-kurangnya kes Ngeh/Komeng ini memberikan sedikit MARKAH untuk Anwar bercakap dengan DAP. Kalau sebelum ini DAP sangat sombong dan cocky dalam mengurus isu Mansor Othman, inilah masanya. Anwar mahu DAP ambil tindakan kepada kedua-dua YB tersebut. Noktah.  



KEBEBASAN BERSUARA KEPALA BAPAK KO?

Posted: 03 Jan 2013 01:07 AM PST

Gambar nie tiada kaiatan dgn sesapa termasuk sivakum, hahaha, hero Tamil tu
APA lagi pembohong nie nak! dulu kemain lagi kata KEBEBASAN BERSUARA! bukan main lagi dia kononnya berdiri atas bebas bersuara menghina rakyat terutama Umat Islam, menghina islam dalam twitter nya, nie Kebebasan apa namanya! Nampaknya seperti biasa dia akan ugut pembongkaran oleh rakyat dan akhbar dengan SAMAN... eee takut wooo, dia boleh beli puluh juta tu, jutawan tu, saman sana... saman sini...

menghina umat Islam atas kebebasan bersuara?
Nie kalau komer dah lupa bagaimana dia menghina Umat Islam dan rakyat terutamanya atas kerana KEBEBASAN BERSUARA, teman nak bagi tau umat Islam terutama nya PAS yang kata ahli syurga, mana jihad komer menentang jenis macam nie, pembohong besar terutama dalam sidang pun dia buat macam kat rumah dia main suka temberang, 

PAS bukan MUSLIM?

tang mana telor komer sorokan...

Jenis macam ni diangkat jadi khalifah? dah bersunat ker belum? Hari ini didalam Peraknews Ngeh kononnya beri amaran dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada blogger Piasu.net, Eksekutif Yayasan Bina Upaya(YBU), Mohd Jeffrey Amin dan Akhbar Berita Harian atas pembongkaran isu pemberian tanah seluas 10,526 ekar di gua musang di Kelantan Utusan Malaysia dan TV3 juga tidak terlepas dari SAMAN... semua diberi tempoh 7 hari untuk mintak maaf... hik hik dah dia buat salah mintak orang sujud kat kaki dia... kan betui kata teman KEBEBASAN KEPALA BAPAK KO LER... 

Memang kita dah tau dia akan buat tindakan macam nie, kalau kena tang orang lain termasuk menghina Islam dia akan guna ayat KEBEBASAN BERSUARA, tapi kalau kena tang dia pulak saman ler jawabnya dan pencacai PAS macam biasa akan angguk sekalipun kalau dijual dan lelong Islam sendriri pun tak apa... Sepatutnya bukan ker dia kena beri penjelasan tentang isu tanah tersebut! tang rakyat nak bersuara lantaknya,dah kata pun KEBEBASAN BERSUARA! amenda nya kalau dah macam nie yang dia buat ternyata ler ada punca kenapa sampai nak  saman?

Ishhh... manisnya muka abang kita,
Sebelum itu kemarahan PM jenin makin ketara terhadap isu tanah ini yang buat dia kata Kak Ijat lebih Terhormat dari dia, siap sound kat Karpal untuk amik tindakan, muka manis abang Besor kesayangan PAS nie nampaknya bagi dia angin satu badan, pasai apa kita tak tau ler... tak ngajak atau tak kasi tempias ker tak tau ler...  'They (DAP leaders) are trying hard to portray as if they are the cleanest party of us all. Now? Voters will surely compare Ngeh Koo Ham' case to Shahrizat. Mind you, she RESIGNED!' itu ayat yang keluar dengan muka yang manis abang jenin PM nie, kisah penuh disini (KLIK) 

'Anuar misti bertaubat' ... err sekarang lain la...
Sebenarnya bertempoh sehingga hari ini pulak telah diberi amaran oleh abang karpal kepada Ngeh yang menduduki tangga tercurut dalam pemilihan Kongres DAP baru-baru nie sebagai amaran selesaikan isu Tanah sedekah 10,526. dalam makna lain semacam kata ini nombor 3 lu nombor brapa? lagi mau kasi busuk parti?

Menurut laporan News Straits Timeshari ni , kata dua itu diberi selepas kontrovesi berhubung pelaburan besar yang dibuat oleh Koo Ham bersama-sama sepupunya yang juga setiausaha DAP Perak yang mendapat projek pembalakan di Kelantan. Cerita penuh dema (KAT SINI)

Apa-apa pun tindakan yang dema buat kita dah tau, dema nie bukan suka apa jer, semua spesis angguk akan kuat angguk, bior pun Ugama dan pembohongan sesuka hati sekali pun pasti akan kuat pencacai akan angguk, Munkin ada iktibar kenapa Allah swt hanya membenarkan 11 bulan diperintah rejim MB 10.526 nie, mungkin atas doa rakyat yang terinaya, nyata rakyat sudah mula boleh mengenal pembohong, penyamun dan khalifah yang sebenarnya, kalau dah ikut kena dema tak boleh, kalau kena orang lain tak boleh, maka memang betui ler macam orang perak selalu berkata, KEBEBASAN BERSUARA KEPALA PABAK KO LER....

Buat pencacai kaki angguk Parti Ajaran Sesat, tak payah sorok lagi dah, jangan nak kehulu hilir jaja janggut dan serban dalam menghina Islam, rakyat dah tau komer jer layak jadi pencacai tuang kaut sedekah Tok Guru 10, 526 ekar nie, rentikan bercakap pasal Islam yang sebenarnya komer yang menyesatkan Islam... tungguler pembalasannya nanti, tau ler komer langgit tinggi rendah di PRU 13 nanti...

Ater... cuba raba telor komer, dah hilang ker?





 

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 03 Jan 2013 11:26 PM PST

SELALU ADA YANG BARU


BENARKAH HADI TAKUT PADA PARASIT PAS?...

Posted: 03 Jan 2013 04:30 PM PST

Belantan

Posted: 03 Jan 2013 11:20 PM PST

Belantan


Kerja Terkutuk Anwar Terbongkar!

Posted: 03 Jan 2013 08:15 PM PST



Pendedahan tentang perangai buruk Anwar Ibrahim oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Murad Khalid sungguh menjijikkan.

Ini membuktikan dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat bahawa pertalian Anwar dengan Barat adalah konspirasi yang terbesar bukan sahaja untuk menjadi Perdana Menteri tetapi juga pemimpin kesayangan Barat.

Dalam Akuan Berkanun, Murad berkata Anwar mempunyai 20 akaun induk bernilai RM3 bilion untuk menjaga kepentingannya.

Pendedahan-pendedahan yang telah dilakukan oleh pihak-pihak lain dan perlakuan melampau Anwar sendiri dengan pemimpin-pemimpin Barat membuktikan bahawa Anwar licik berkonspirasi semasa Dr. Mahathir sibuk membangunkan negara.

Dari akuan-akuan tersebut, dia memperuntukkan wang untuk beberapa individu yang rapat dengannya dan organisasi-organisasi untuk meningkatkan imejnya, termasuk Pusat Dasar Asia Pasifik yang mendapat RM38 juta.

Ini merupakan satu angka yang sangat menakjubkan untuk kerja-kerja mempromosikan seorang pemimpin dan bukannya sebuah negara.

Kepentingan Pusat Dasar Asia Pasifik untuk Malaysia tidak dapat dinilai kerana ia hanya merupakan kuda tunggangan Anwar untuk menaikkan imejnya dan menjadikannya Perdana Menteri.

Pusat ini hanya beroperasi untuk Anwar kerana selepas Anwar dipecat, pusat ini tidak lagi aktif. Kalau dilihat laman webnya, input terakhir ialah pada 24 Ogos 1998, lebih kurang seminggu sebelum Anwar dipecat akibat tuduhan penyalahgunaan kuasa dan salah laku seksnya.

Mungkin pada masa itu Anwar tidak lagi menyalurkan wang kepada pusat tersebut kerana menghadapi masalah yang amat besar akibat dari salah lakunya.

Pelik lagi ajaib, ketua pusat tersebut, Douglas H. Paal yang mendapat wang yang banyak ini hanya merupakan seorang pakar lobi dan kerjanya untuk meyakinkan dunia Barat bahawa Anwarlah sepatutnya menjadi PM. Hasil dari kerja-kerja inilah yang memberikan Anwar harapan palsu bahawa dia adalah pemimpin terpilih di Asia.

Perasaan ini membuak-buak sehingga Anwar menjadi terlampau yakin dan mula merancang untuk menjadi pemimpin nombor satu Malaysia.

Anwar boleh menafikan semua ini tetapi Murad Khalid sudah ada segala bukti-bukti dan telah membuat pertimbangan yang komprehensif sebelum membuat Akuan Berkanunnya. Pendedahan Anwar membuktikan bahawa dialah "BAPAK SEGALA KONSPIRASI".

Dialah yang merancang untuk menjatuhkan Ghaffar Baba sebagai TPM. Dia telah menderhaka dengan menyimpan berkotak-kotak surat rahsia kerajaan di luar negara untuk mengugut kerajaan. Dia juga telah bersekongkol dengan IMF dan menggunakan kaedah-kaedah mereka semasa gawat melanda Malaysia yang hampir melumpuhkan ekonomi negara ini.

Sepertimana dia mengadu diracun dan apabila didapati tidak benar, Anwar selamba sahaja kerana kegagalan terakhir ini hanya merupakan salah satu dari puluhan atau ratusan malah ribuan rangkaian konspirasinya.

Anwar tidak boleh melarikan diri lagi. Dia terperangkap dengan sistem konspirasi yang telah dia sendiri wujudkan. Akhirnya, jerat makan tuan. Sesungguhnya pembalasan Tuhan bukan sahaja di akhirat.

Kepada semua rakyat, selamatkanlah negara ini dari pemimpin yang sedemikian rupa.

Suara Politik
Belantan

Anwar sifatkan hakim 'Bahalol'...!!! - Laporan polis sudah dibuat, hasil siasatannya bagaimana?

Posted: 03 Jan 2013 09:29 AM PST


Pemuda UMNO lapor polis, Anwar sifatkan hakim 'bahalol'!

Pada 3 Jun 2010, Pergerakan Pemuda UMNO telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Penasihat Parti Keadilan, Anwar Ibrahim yang telah menghina dan membuat tuduhan jahat terhadap institusi kehakiman negara apabila menggelarkan hakim yang mengadili kes beliau sebagai 'bahalol'.

Laporan polis itu dibuat oleh setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pukul 4 petang.

Megat Firdouz berkata, laporan itu dibuat kerana pihaknya mendapati kenyataan Anwar seperti yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 30 dan 31 Mei lalu adalah subjudis kepada kes beliau yang sedang dibicarakan. Sila klik di sini.

"Sebagai ketua pembangkang di Parlimen, Anwar tidak sepatutnya membawa sistem kehakiman sebagai bahan tohmahan di pentas politik dengan meracuni fikiran rakyat. "Saya juga percaya Anwar mempunyai niat jahat yang sengaja dilakukan untuk menghasut dan menimbulkan kesangsian orang ramai terhadap sistem kehakiman negara," katanya selepas membuat laporan tersebut.

Pada 29 Mei 2010 lalu, Anwar dilaporkan membuat kenyataan mengejut dengan menggambarkan hakim yang mengadili perbicaraan tuduhan liwatnya sebagai 'bahalol' ketika berucap dalam Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di Padang Majlis Daerah Tanah Merah, Kota Bharu, Kelantan.

Anwar turut menyifatkan badan kehakiman negara sebagai 'rosak dan punah' serta masih gagal dipulihkan kerana diterajui oleh individu-individu yang tidak layak. Megat Firdouz menambah, kenyataan jahat Anwar yang merupakan seorang pemimpin atasan tidak boleh dipandang mudah oleh pihak berkuasa.

"Kami mahu pihak polis bertindak tegas terhadap laporan ini kerana bimbang orang ramai juga turut bertindak seperti Anwar selepas ini. "Jika terus dibiarkan, di mana kita hendak letak maruah institusi kehakiman selepas ini," soal beliau.

Bagaimana pula dengan yang ini?











Suara Politik
Belantan

Siapa sebenarnya Assabiyah, PAS atau UMNO?

Posted: 03 Jan 2013 03:14 AM PST



Assabiyah menurut pengertian yang sebenarnya ialah satu sikap ta'asub atau fanatik yang melahirkan sikap ego dan bangga terhadap dirinya, kumpulannya dan keluarganya. Sikap ini menyebabkan seseorang itu sanggup melakukan kezaliman terhadap pihak lain dan sanggup menolak kebenaran dan mengenepikan keadilan.

Sikap ta'asub dan fanatik ini telah wujud dan hidup subur dikalangan masyarakat jahiliah. Oleh kerana sikap inilah mereka hidup berpuak puak dan bermusuhan antara satu sama lain sepanjang zaman.

Apabila datang Islam sikap ta'asub dan fanatik ini telah dihapuskan dan diganti dengan sikap muhibbah dan kasih sayang sesama manusia untuk mencapai kemajuan, keamanan dan perpaduan sejagat umat Islam (Ukhwah Islamiah). Antara ajaran ajaran Islam untuk menghapuskan sikap ini iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud :-

"Bukan dari golongan kami mereka yang menyeru menghidupkan asobiah dan bukan dari golongan kami mereka yang berperang mempertahankan asobiah dan bukan dari golongan kami mereka yang mati kerana assabiyah".

Oleh kerana perjuangan asobiah itu tidak diakui oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW dan ianya bertentangan dengan Islam, maka dalam menghadapi Pilihanraya Umum 1982 PAS telah menggunakan asobiah itu untuk menuduh UMNO.

Tuduhan itu dibuat berdasarkan pentafsiran yang direka oleh PAS bahawa semangat kebangsaan melayu (Nasionalisma Melayu) itu diertikan sebagai asobiah, sedangkan menurut pengertian yang sebenarnya ialah semangat cintakan bangsa dan tanahair, yang mana dalam bahasa Arab disebut "Wathoniah" dan bukan "Asobiah".

Rasullulah SAW sendiri cintakan bangsa dan tanahair dan menyeru umat Islam mencintainya sebagaimana hadis yang bermaksud :- "Cintakan watan itu adalah sebahagian dari Iman".

Walaubagaimanpun isu ini tidak lama di perkatakan kerana pemimpin pemimpin PAS telah menyedari kalau pada satu ketika mereka dengan begitu lantang menuduh ahli ahli UMNO kafir disebabkan bekerjasama dengan MCA dan MIC (Parti Bukan Islam) tidak logiknya UMNO dituduh Asobiah, sedangkan asobiah itu adalah suatu sikap taasub yang semata mata mementingkan bangsanya sahaja, tanpa bersedia untuk bekerjasama dengan bangsa bangsa lain.

Kalau tuduhan itu diteruskan secara berpanjangan, mungkin umat Islam akan menyedari bahawa sebenarnya bukan UMNO parti assabiyah tetapi PAS.

Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

Posted: 03 Jan 2013 11:05 PM PST

Panglima Perang Cyber


@Anwaribrahim dan @RafiziRamli Boleh Juling Mata Tengok Angka-Angka Kejayaan @NajibRazak Urus Ekonomi Malaysia !!!

Posted: 03 Jan 2013 10:33 PM PST

Krisis Hutang Dunia: Malaysia Di Jalan Yang Betul

Ekonomi global yang merudum pada tahun 1997/98 telah pun pulih pada separuh kedua tahun 2009. Namun, perkembangannya semakin perlahan bermula tahun ini, iaitu tahun 2012. Ekonomi global banyak bergantung kepada kedudukan ekonomi negara maju dan perkembangan ekonomi di dalam negara pula sebahagian besarnya bergantung kepada krisis hutang serta keyakinan pasaran.

Hari ini, hutang dunia telah meningkat dari USD18 Trillion kepada USD51 Trillion berbanding kadar pertumbuhan yang jauh lebih rendah. Menurut laporan Global Wealth 2012 oleh Credit Suisse Research Institute, negara di mana jumlah hutang isi rumah meningkat melebihi USD1 trillion, nisbah hutang berbanding aset meningkat secara purata sebanyak 50 sen dalam jangkamasa 2000 hingga 2008.

Secara dasarnya, negara yang berada dalam keadaan ekonomi yang selesa cenderung mencatatkan hutang isi rumah yang lebih tinggi.

Kedudukan nisbah hutang berbanding aset di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom menunjukkan paten yang sama iaitu meningkat secara drastik pada tahun 2008 dan kemudiannya menurun sekitar 20% pada tahun 2011-2012. The Economist pula mencatatkan peratusan hutang awam Amerika daripada KDNK adalah pada 74.2% atau USD36,873.70 per kapita dan UK pula 90.6% atau USD35,325.24 per kapita.

Di Eropah, mengambil contoh Itali yang mencatatkan nisbah hutang berbanding aset sebanyak 11.1 % pada tahun 2012 iaitu antara yang terendah di dunia tetapi ia adalah satu peningkatan yang banyak kerana ia bermula pada asas yang rendah. Tetapi, jumlah hutang awam di Itali pula mencatatkan peratusan 120.7% dari KDNK atau USD40,590.48 per kapita.

Hutang berbanding aset Sepanyol bagaimanapun mencatatkan nisbah 90% lebih tinggi dari tahun 2000 dan tiada tanda-tanda penurunan manakala peratusan hutang awam dari KDNK pula ialah 73.2% atau USD21,837.18 per kapita.

Perancis mencatatkan nisbah hutang berbanding aset sebanyak 12.8% iaitu berkurangan sebanyak 10% dari sepuluh tahun lalu kerana berjaya meningkatkan asetnya. Hutang awam Perancis mencatatkan angka 89.8% dari KDNK atau USD36,723.23 per kapita.

Jerman juga berjaya menurunkan nisbah daripada 24.3% pada tahun 2000 sehingga hanya 16.4% pada tahun ini. Kedudukan hutang awam Jerman pula berada pada tahap 82.8% dari KDNK atau USD34,224.93per kapita.

Singapura dilaporkan hampir menyamai prestasi Jerman dalam mengurangkan beban hutang sementara Malaysia dan Filipina pula menurut laporan Credit Suisse Research Institute, telah tidak dapat dipastikan, tetapi berkemungkinan mempunyai rekod yang lebih baik.

Bagaimanapun, menurut The Economist, kedudukan hutang awam Malaysia berbanding KDNK ialah 56.7%, atau USD5,903.21 per kapita, Filipina 46.6% atau USD1,209.84 per kapita, dan Singapura 96.4% atau USD50,074.83 per kapita.

Seperti negara-negara lain, Malaysia juga tidak dapat mengelak dari menerima akibat daripada limpahan hutang dan kelembapan ekonomi Amerika dan Eropah. Keadaan ekonomi di negara maju ini mengakibatkan penurunan dalam pasaran global. Malaysia terkesan dengan keadaan ini melalui perdagangan antarabangsa dan harga komoditi. Ia juga menyebabkan kedudukan kewangan global menjadi tidak menentu sekali gus mempengaruhi kedudukan kewangan dalam negara yang mana memberi kesan kepada pendapatan isi rumah.

Oleh yang demikian, amaran berbagai pihak mengenai kedudukan hutang negara yang tinggi tidak pernah diambil remeh oleh kerajaan.

Malaysia bernasib baik kerana kerajaan sentiasa memastikan eksport negara ini berbentuk berbagai dan tidak bergantung kepada elektrikal dan elektronik semata-mata tetapi turut merangkumi industri pembuatan lain, selain komoditi. Ini juga bererti rakan dagangan Malaysia lebih meluas dan tidak banyak bergantung kepada negara maju. Pada tahun 2011, 47% eksport Malaysia adalah ke negara Asia manakala hanya 30.2% ke Amerika dan Eropah.

Mengenalpasti penurunan dari segi pelaburan swasta semenjak krisis ekonomi Asia 1997 mungkin menjadi penghalang kepada pertumbuhan ekonomi, maka kerajaan menggariskan beberapa transformasi strategik untuk menggiatkan sektor swasta di bawah Model Ekonomi Baru. Antaranya, mengembangkan tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan buruh asing, membina asas infrastruktur, meningkatkan sumber dan lain-lain lagi.



Sehingga kini, langkah yang diambil oleh Malaysia telah pun menunjukkan kejayaan di mana Laporan Ekonomi 2012/2013 oleh Kementerian Kewangan menunjukkan dana kasar yang diperoleh oleh sektor swasta melalui terbitan sekuriti hutang sektor swasta meningkat dengan ketara sebanyak 97.9 peratus kepada RM70.9 bilion untuk tujuh bulan pertama 2012 berbanding hingga 67.7 peratus kenaikan kepada RM35.8 bilion sebelumnya.

Dana kasar yang diperoleh dalam pasaran modal meningkat dengan ketara sebanyak 46.3 peratus kepada RM155.5 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini yang telah disokong terutamanya oleh keperluan pembiayaan infrastruktur berbanding dengan peningkatan 31.8 peratus kepada RM106.3 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Dana kasar yang diperoleh oleh sektor awam juga berkembang 3.3 peratus kepada RM64.3 bilion bagi tujuh bulan pertama 2012 berbanding dengan RM62.2 bilion, iaitu peningkatan 47.6 peratus untuk tempoh yang sama tahun lepas.

Oleh yang demikian, Malaysia mampu menjangkakan pertumbuhan yang berterusan walaupun dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan lembab.

Keupayaan kerajaan Malaysia untuk memandang ke hadapan dan bersiap sedia lebih awal untuk menghadapi kemungkinan limpahan hutang dunia memberi kesan kepada negara wajar diberi pujian. Tanpa pengurusan dan pentadbiran yang cekap, rekod yang baik seperti yang tertera di atas adalah mustahil.

Walaupun ada pihak yang cuba menafikan keupayaan dan kecekapan kerajaan, tetapi hakikatnya, masyarakat peniaga dunia lebih arif mengenainya. Ini terbukti dari peningkatan jumlah pelaburan langsung asing yang bertitik tolak dari peningkatan keyakinan pelabur. Rekod pelaburan langsung asing yang menjunam dari RM24.1 billion pada 2008 kepada RM5 billion pada 2009 meningkat kepada RM29 billion pada 2010 dan seterusnya kepada RM33 billion pada 2011.

Malaysia kini berada pada tangga ke-2 dalam senarai negara paling berdaya saing di Asia, ke-6 di Asia Pasifik dan ke-25 di dunia. Malaysia kini berada di tangga ke 10 dalam senarai negara paling diyakini bagi pelaburan asing,iaitu lonjakan dari tangga ke 21 pada tahun 2010.
Kiriman Email

Rizab Selangor Bertambah Malangnya...

Posted: 03 Jan 2013 08:37 PM PST

Lebih 10 juta rakyat akan terima #KDR1M

Posted: 03 Jan 2013 06:28 PM PST




Maglin Dennis D'Cruz menandatangani plak perasmian ibu pejabat Informasi Malaysia sambil diperhatikan Abd. Rahman Manan (kiri) di Jalan Diplomatik 3/1 Presint 15, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin



PUTRAJAYA 3 Jan. - Lebih 10 juta rakyat akan menerima Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M) yang akan menawarkan diskaun dari 10 hingga 50 peratus di kedai-kedai dan perkhidmatan terpilih di seluruh negara.


Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, sehingga kini lebih 4,500 peniaga bersetuju menawarkan diskaun itu untuk kegunaan semua lapisan masyarakat dan menjangka angka itu terus meningkat.


KDR1M merangkumi perkhidmatan perubatan klinik; restoran makanan & minuman; hotel penginapan; arena sukan & kecergasan; pemborong & runcit; taman tema tertutup & luar; pembinaan & hiasan dalaman; resort peranginan; pakaian & aksesori kenderaan; perlindungan insurans am dan sebagainya.


"Pada masa ini telah diwujudkan kad diskaun untuk polis, tentera dan siswa. Selepas ini kita akan keluarkan KDR1M, di mana lebih ramai rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun apabila membeli barang keperluan mereka," katanya ketika merasmikan ibu pejabat baru Informasi Malaysia di No 30B, Jalan Diplomatik 3/1 Presint 15, hari ini.


Maglin berkata, KDR1M akan diurus oleh Informasi Malaysia iaitu sebuah agensi yang ditubuhkan pada 22 Oktober 2009 untuk menjalankan program dan aktiviti dalam usaha menerangkan objektif dan fungsi gagasan 1Malaysia melalui penerbitan Buletin Informasi Malaysia. 


Beliau berkata, inisiatif memperkenalkan KDR1M jelas menunjukkan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.


"Melalui transformasi nasional, kejayaan demi kejayaan telah dinikmati oleh semua golongan rakyat di negara ini. Ia jelas menunjukkan bahawa hanya kerajaan BN boleh mentadbir negara ini secara sistematik dan teratur," katanya.


Sementara itu, Pengerusi Informasi Malaysia, Datuk Abd. Rahman Manan berkata, KDR1M akan dilancarkan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat selepas memperincikan pelaksanaan dan kriteria pemberian kad itu.


"Kami sudah mereka kad diskaun itu dan akan kemukakan kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan persetujuan," katanya. - BERNAMA



Sent from Samsung Galaxy Note

Hadis Nabi: Sabar Ujian Penyakit Diberi Pahala Syurga

Posted: 03 Jan 2013 10:17 AM PST

Riwayat:   Bukhari dan MuslimHadith: Daripada Ata' bin Abu Rabah menerangkan bahawa Ibnu Abbas RA berkata, "Adakah engkau suka melihat seorang perempuan daripada ahli syurga?" Aku menjawab: Bahkan "Tunjukkanlah". Ibnu Abbas RA berkata, itulah dia wanita yang hitam yang pada suatu hari telah datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata, "Ya Rasulullah, Aku berpenyakit gila babi hingga terbuka aurat. Doakanlah semoga Allah menyembuhkan penyakit aku".

Dijawab oleh Nabi SAW, "Jika mahu engkau hendaklah bersabar dan bagimu syurga, sebaliknya jika engkau mahu aku akan berdoa kepada Allah semoga dia menyembuhkan engkau". Dijawab oleh wanita itu, "Aku akan bersabar. Jika begitu doakanlah kepada Allah supaya aku tidak terbuka aurat ".

Rasulullah SAW lalu mendoakan untuknya sebagaimana dikehendakinya.

Huraian Hadith: 

Allah SWT menjanjikan syurga kepada orang yang bersabar menghadapi bala dunia.

Mengubati penyakit dengan doa dan harapan yang bersungguh-sungguh kepada Allah memberi kesan dan manfaat di samping mengambil ubat.

Meminta tolong orang lain supaya berdoa kepada Allah bagi diri kita adalah harus.

Seseorang itu dikehendaki bersabar menanggung penyakit yang menimpa diri kerana penyakit itu sebagai dugaan daripada Allah. 

SUMBER : JAKIM

kiriman email...

Blogger Taiping Mali Dedah Pandangan Takfir Sayyid Qutb Isu Hudud Canggah Sahabat Nabi & Ulama Dunia Islam

Posted: 03 Jan 2013 12:45 AM PST


SIAPAKAH SYED QUTB DAN KHAWARIJ???

Di sini juga kami akan menjelaskan tentang fahaman sesat Sayyid Qutub dan pengikutnya yang mengikut fahaman Khawarij iaitu golongan yang mudah mengkafirkan umat Islam yang tidak sebulu dengan golongan mereka. Fahaman sesat Sayyid Qutub ini jelas apabila beliau dan pengikutnya telah mengkafirkan pemerintah Islam yang tidak melaksanakan undang-undang Islam dengan berdalilkan ayat al Quran di dalam Surah al-Maidah ayat 44.



Allah Ta`ala berfirman:

]وَمَنْ لَمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَل اللهُ فَأُلَئِكَ هُمُ الْكَافِرُوْنَ[  ]سورة المائدة : 44[

 Maksudnya: 
"Barangsiapa yang tidak memutuskan dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir".      

(Surah Al-Maidah : 44)                                                                       


Para ulama' kita menyatakan bahwa ayat di atas tidak boleh difahami secara harfiyah. Sebab apabila memahami ayat tersebut secara harfiyah, dengan memakai makna zahirnya akan menghasilkan penghukuman. Ertinya, menghukum "kafir" secara mutlak terhadap orang yang tidak memakai hukum Allah dan kekafiran itu akan kembali kepada dirinya sendiri. Ertinya sedar atau tidak sedar ia akan mengkafirkan dirinya sendiri, kerana seorang muslim walau sesiapapun dia, (kecuali para Nabi dalam masalah ajaran agama), akan jatuh ke dalam dosa dan maksiat. Ertinya, ketika orang muslim tersebut melakukan dosa dan maksiat bererti ia sedang tidak melaksanakan hukum Allah. Lalu, apakah hanya kerana dosa dan maksiat, bahkan bila dosa tersebut dalam kategori dosa kecil sekalipun, ia dihukumi sebagai orang kafir???

Bila demikian bererti semenjak dimulainya sejarah kehidupan manusia tidak ada seorangpun yang beragama Islam, sebab sesiapapun yang dikatkan manusia kecuali Nabi dan Rasul pasti berbuat dosa dan maksiat. Oleh itu, firman Allah di atas tidak boleh difahami secara harfiyah iaitu "Barangsiapa tidak memakai hukum Allah maka ia adalah orang kafir", pemahaman harfiyah semacam ini salah dan menyesatkan bahkan boleh membawa kepada kekufuran diri sendiri iaitu apabila seseorang itu mengkafirkan umat Islam yang tidak berhukum dengan hukum Allah.

Pentafsiran yang dinyatakan oleh Syed Qutb[1] bertentangan dengan pentafsiran `Abdullah ibn `Abbas radhiyallahu`anhu yang merupakan sahabat dan anak saudara Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam yang masyhur dengan gelaran Tarjuman al-Qur'an (pentafsir yang terulung dalam mentafsirkan al-Qur'an). Beliau didoakan secara lansung oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallamsehingga beliau mempunyai pemahaman yang luas dan mendalam mengenai tafsiran terhadap ayat-ayat suci al-Qur'an. Di dalam kitab Sahih al-Bukhari, jilid 1, halaman 25, pada bab ucapan Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam اللهم علمه الكتاب bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam memeluk Ibn `Abbas dan bersabda اللهم علمه الكتاب. Al-Hafiz Ibn al-Jawzi di dalam kitabnya al-Majalis berkata : "Tidak diragukan lagi bahwa Allah telah mengkabulkan doa Rasulullah ini".

Di dalam riwayat yang lain, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam telah memohon doa kepada Allah untuk Ibn `Abbas dengan sabdanya[2]:

"اَللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ وَتَأْوِيْلَ الْكِتَابِ".

Maksudnya:                                                                                                     
"Ya Allah ajarlah ia hikmah dan (kemampuan untuk) menta'wil al Quran".

Pentafsiran Sayid Qutb bukan sahaja menyalahi atau bertentangan dengan pentafsiran Ibn `Abbas bahkan pentafsiran Sayid Qutb juga menyalahi pentafsiran para sahabat Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam yang lain dan juga para ulama' Islam yang mengikut mereka hingga kini.
Diriwayatkan daripada Ibn `Abbas di dalam kitab al-Mustadarak, juzuk 2, halaman 313. Al-Imam al-Hakim menyatakan: "Mengkhabarkan kepada kami Ahmad Ibn Sulaiman al-Maushili, mengkhabarkan kepada kami Ali Ibn Harb, mengkhabarkan kepada kami Sufyan Ibn Uyainah daripada Hisyam Ibn Hujair dari Thawus (murid Ibn `Abbas), beliau berkata: Ibn `Abbas berkata:[3]

"إِنَّهُ لَيْسَ بِالْكُفْرِ الَّذِيْ يَذْهَبُوْنَ إِلَيْهِ إِنَّهُ لَيْسَ كُفْرًا يَنْقُلُ عَنِ الْمِلَّةِ ((وَمَنْ لَمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَل اللهُ فَؤُلَئكَ هُمُ الْكَافِرُوْنَ)) كُفْرٌ دُوْنَ كُفْرٍ".

Maksudnya:  
"Sesungguhnya kufur tersebut (yang disebut dalam ayat) bukanlah kekufuran yang mengeluarkan seseorang dari agama ((وَمَنْ لَمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَل اللهُ فَأُلَئِكَ هُمُ الْكَافِرُوْنَ)) [tetapi sebaliknya] adalah kekufuran seseorang yang bukan kekufuran (dosa besar yang tidak mengeluarkan seseorang itu daripada Islam)".

[Disahihkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan dipersetujui oleh al-Dzahabi]

Pentafsiran yang dibuat oleh Ibn `Abbas "kekufuran di bawah kekufuran (yang bukan membawa maksud terkeluarnya seseorang itu daripada Islam)" adalah seperti riya' (melakukan amal soleh dengan tujuan agar dipuji oleh orang lain). Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menamakan riya' ini dengan al-Syirk al-Ashghar. Maksud syirik di sini adalah bukan syirik yang menyekutukan Allah (al-Syirk al-Akbar) yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam. Syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam seperti menyembah selain daripada Allah dan menyamakan Allah dengan makhluk. Inilah yang dikatakan syirik yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam.

Di dalam kitab al-Mustadarak al-Imam al-Hakim meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"اِتَّقُوْا الرِّيَاءَ فَإِنَّهُ الشِّرْكُ الأَصْغَرُ".

Maksudnya:                                                                                                     
"Jauhilah sikap riya' kerana ia adalah syirik kecil."

Hadis di atas ini menyatakan Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menetapkan adanya al-Syirk al-Ashghar. Begitu juga sahabat Nabi, Ibn `Abbas ketika mentafsirkan firman Allah: فَؤُلَئكَ هُمُ الْكَافِرُوْنَ,beliau menetapkan bahawa adanya kufur di bawah kekufuran iaitu kufur yang tidak menjadikan seseorang itu keluar daripada Islam. Semoga Allah meredhai Tarjuman al-Qur'an Abdullah Ibn `Abbas (sahabat Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam).

Selain itu, di dalam kitab Sahih Muslim daripada sahabat al-Bara' Ibn 'Azib, bahawa beliau berkata: "Sesungguhnya firman Allah ta`ala:

"وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَ اللهُ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْكَافِرُوْنَ". (Surah al-Maidah: 44)

Dan dua ayat sesudahnya yang berbunyi:

"فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُوْنَ". (Surah al-Maidah: 45)

"فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُوْنَ". (Surah al-Maidah: 47)

Ayat-ayat di atas diturunkan kepada orang-orang kafir yang tidak mahu memakai hukum Allah. Ayat ini bukan diturunkan kepada orang-orang Islam yang tidak memakai hukum Allah tetapi ayat ini diturunkan kepada orang-orang Yahudi dan orang-orang kafir.

Al-Imam al-Qurthubi berkata di dalam kitab tafsirnya dalam penjelasan ayat ini menyatakan bahwa ayat ini mengandung takwil sebagaimana dinyatakan oleh sahabat Abdullah ibn Abbas dan sahabat al-Bara' ibn Azib. Al-Imam al-Qurtubi menyatakan di dalam kitabnya yang berjudul al-Jami` Li Ahkam al-Al-Qur'an pada jilid 6, halaman 190 seperti berikut:

"Seluruh ayat ini turun di kalangan orang-orang kafir (Yahudi). Sebagaimana hal ini dijelaskan dalam Shahih Muslim dari hadits sahabat al-Bara' ibn Azib. Adapun seorang muslim, walaupun ia melakukan dosa besar [selama ia tidak menghalalkannya], maka ia tetap dihukumi sebagai orang Islam, tidak menjadi kafir. Kemudian menurut satu pendapat lainnya, bahawa dalam ayat di atas terdapat makna tersembunyi (izhmar), yang dimaksud ialah: "Barang siapa tidak memakai hukum Allah, kerana menolak al-Qur'an dan mengingkarinya, maka ia digolongkan sebagai orang-orang kafir". Sebagaimana hal ini telah dinyatakan dari Rasullah oleh sahabat Abdullah ibn Abbas dan Mujahid. Inilah yang dimaksud dengan ayat tersebut".

Al-Imam al-Sya'bi juga menyatakan bahawa ayat ini khusus tentang orang-orang Yahudi. Pendapat ini juga dipilih oleh al-Nahhas. Alasan pendapat ini ialah:

  • Bahawa pada permulaan ayat ini yang dibicarakan adalah orang-orang Yahudi, yaitu pada firman Allah; "Lilladzin Hadu…". Dengan demikian maka dhamir (kata ganti) yang dimaksud dalam ayat tersebut adalah orang-orang Yahudi, bukan orang-orang Islam.
  • Bahwa pada ayat sesudah ayat ini, yaitu pada ayat 45, adalah firman Allah; "Wa Katabna 'Alaihim…". Ayat 45 ini telah disepakati oleh para ahli tafsir, bahawa dhamir yang ada di dalamnya yang dimaksud adalah orang-orang Yahudi. Dengan demikian jelas antara ayat 44 dan 45 mempunyai kaitan kuat bahawa yang dimaksud adalah orang-orang Yahudi [sebagaimana hal ini dapat difahami dengan 'Ilm Munasabat al-Ayat].
Penjelasannya bahawa dosa-dosa besar seperti membunuh orang Islam dan meninggalkan solat adalah perbuatan kufur sebagaimana yang diriwayatkan di dalam beberapa hadis dengan sanad yang sahih. Namun makna kufur yang dimaksudkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam di dalam hadis-hadis tersebut bukanlah kufur yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam. Makna yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut adalah perbuatan tersebut menyerupai kekufuran dan bukan membawa kepada kekufuran yang menyebabkan terkeluarnya seseorang itu daripada Islam. Seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis sahih  yang lain mengenai orang yang pergi berjumpa dukun atau bomoh dan membenarkan atau mempercayai kata-kata bomoh tersebut.
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"مَنْ أَتَى عَرَّافًا أَوْ كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ".

Maksudnya:  
"Barangsiapa yang berjumpa dukun atau peramal dan membenarkan apa yang diucapkannya, maka ia telah "kafir" dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad."

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tidak memaksudkan bahawa seseorang muslim akan menjadi kafir dengan hanya pergi berjumpa dukun dan membenarkan ucapannya. Tetapi maksud Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam adalah bahawa perbuatan tersebut adalah dosa besar yang menyerupai kekufuran.
Di dalam hadis sahih lain Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوْقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ".

Maksudnya:  
"Mencaci seorang muslim adalah kefasikan dan membunuhnya adalah kekufuran."

"Kufur" yang dimaksud dalam hadits ini bukan kufur yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam. Bukan ertinya, bila dua orang muslim saling bunuh, maka yang membunuhnya menjadi kafir. Bukankah "hukum bunuh" itu sendiri salah satu yang disyari'atkan oleh Allah, misalkan terhadap para pelaku zina muhsan (yang telah memliki pasangan), hukum qishas iaitu bunuh dengan bunuh, memerangi kaum bughat (orang-orang Islam yang memberontak), dan lain-lain. Apakah kemudian mereka yang memberlakukan hukum bunuh tersebut telah menjadi kafir??!! Tentu tidak, karena nyatanya jelas mereka sedang melaksanakan hukum Allah. Kufur yang dimaksudkan adalah perbuatan memerangi atau membunuh orang muslim adalah dosa besar yang menyerupai kekufuran.

Oleh itu,  peperangan sesama orang Islam sudah terjadi dari semenjak masa sahabat dahulu (lihat misalkan antara kelompok sahabat Ali Ibn Abi Thalib, sebagai khalifah yang sah saat itu, dengan kelompok Mu`awiyah), dan kejadian semacam ini terus berlanjut hingga sekarang. Apakah kemudian orang-orang mukmin yang berperang atau saling bunuh sesama mereka tersebut menjadi kafir; keluar dari Islam??? Siapa yang berani mengkafirkan sahabat Ali ibn Abi Thalib, Ammar ibn Yasir, al-Zubair Ibn al-Awwam, Thalhah Ibn Ubadillah, Siti Aisyah (Isteri Rasulullah), dan para sahabat lainnya yang terlibat dalam perang tersebut??? Orang yang berani mengkafirkan mereka, maka dia sendiri yang akan menjadi kafir. Di dalam al-Qur'an menamakan dua kelompok orang-orang Islam yang saling berperang sebagai orang-orang mukmin.

Allah ta`ala berfirman:

"وإن طآئفتان من المؤمنين اقتتلوا فأصلحوا بينهما فإن بغت إحدا هما على الأخرى فقاتلوا التى تبغى حتى تقىء إلى أمر الله فإن فآءت فأصلحوا بينهما بالعدل وأقسطوا إن الله تحب المقسطين".

Maksudnya:
"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya, jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah, jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil".

(Surah al-Hujurat : 9)

Di dalam hadis sahih yang lain, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"لا يَزْنِي الزَّانِيْ حِيْنَ يَزْنِيْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِيْنَ يَشْرَبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلا يَسْرِقُ حِيْنَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ".

Maksudnya:  
"Seorang penzina tidaklah berbuat zina dalam keadaan beriman, seorang yang meminum khamr (arak) tidaklah meminum khamr dalam keadaan beriman dan seorang yang mencuri tidaklah mencuri dalam keadaan beriman."

Hadis ini menjelaskan bahawa orang beriman tidak akan melakukan perbuatan zina, minum arak dan mencuri. Ini bukan bermakna orang yang melakukan tersebut dikatakan tidak beriman, sebaliknya maksud hadis di atas adalah orang yang melakukan zina, minum arak dan mencuri tetapi yang dimaksudkan adalah orang yang melakukan perbuatan tersebut adalah berdosa dan tidak mengeluarkan seseorang itu daripada Islam sekiranya ia melakukan perkara tersebut.

Oleh itu jelaslah, berdasarkan kepada pentafsiran yang dibuat oleh Ibn `Abbas dan pentafsiran yang dibuat oleh al-Bara' Ibn `Azib dan sahabat-sahabat  yang lainnya bahawa yang dimaksudkan oleh ayat tersebut adalah dosa besar bukan kufur sebagaimana yang telah di tafsir oleh Sayyid Qutub[4]. Di antaranya penafsiran Abdullah Ibn Mas`ud dan al-Hasan yang menyebutkan bahwa ayat tersebut berlaku umum bagi orang-orang Islam, orang-orang Yahudi mahupun orang-orang kafir, dalam pengertian bahawa sesiapapun yang tidak memakai hukum Allah dengan menyakini bahawa perbuatan tersebut adalah sesuatu yang halal maka ia telah menjadi kafir.

Adapun seorang muslim yang berbuat dosa atau tidak memakai hukum Allah dengan tetap menyakini bahawa hal tersebut suatu dosa yang haram dikerjakan maka ia digolongkan sebagai muslim fasik. Dan seorang muslim fasik semacam ini berada di bawah kehendak Allah, antara diampuni atau tidak. Pentafsiran inilah yang dipegang teguh oleh para ulama' Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah.

Oleh itu perlu diingat bahawa al-Quran tidak boleh ditafsir dengan pendapat sendiri tanpa berpandukan ulama' yang `alim dan ulama' yang telah dii`tiraf sebagai orang yang `alim dalam bidang menafsirkan al-Quran seperti Ibn `Abbas (sahabat Rasulullah) yang tidak diragukan lagi tentang kebenaran dan kelayakan beliau. Hal ini telah ditegaskan sendiri oleh Rasulullah di dalam hadis baginda tentang akibat perbuatan mentafsir al-Quran dengan menggunakan pendapat sendiri.

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda[5]:

"مَنْ فَسَّرَالْقُرْآنَ بِرَأْيِهِ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ".

Maksudnya:                                                                                                     
"Barangsiapa menafsirkan al Quran dengan pendapatnya saja, maka tempatnya di dalam neraka."

Golongan wahhabi juga sering mentafsirkan al-Qur'an dengan pendapat mereka sahaja tanpa berpandukan ilmu tafsir dan pentafsiran yang telah dibuat oleh ulama'-ulama' muktabar. Disebabkan pentafsiran tanpa dilandasi ilmu tafsir, maka telah mentafsirkan surah Taha ayat 5 sehingga menisbahkan tempat bagi Dzat Allah sedangkan untuk mengetahui makna ayat ini dengan benar, kita harus bertanya kepada ahlinya iaitu para mufassir (ahli tafsir). Orang-orang yang memahami ayat-ayat al-Quran dengan pemikirannya sendiri tanpa dilandasi ilmu yang luas, diancam oleh Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam dengan sabdanya.

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda[6]:

"مَنْ قَالَ فِيْ الْقُرْآنِ بِغَيْرِ عِلْمٍ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ".

Maksudnya:                                                                                                     
"Barangsiapa berbicara tentang (ayat-ayat) yang terdapat di dalam al-Quran tanpa dilandasi ilmu, maka siapkanlah tempat duduknya di dalam neraka."

Pembohongan dan penipuan ini adalah jenayah ilmiah yang paling teruk kerana Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam bersabda[7]:

"مَنْ كَذَّبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ لنَّارِ".

Maksudnya:                                                                                                     
"Barangsiapa yang melakukan pembohongan terhadapku, maka siapkanlah tempat duduknya di dalam neraka." 

Dan sabdanya lagi[8]:

"مَنْ حَدَّثَ عَنِّيْ بِحَدِيْثٍ يُرَىْ أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِيْنَ".

Maksudnya:                                                                                                     
"Barangsiapa berbicara tentangku ternyata ianya suatu pembohongan, maka dialah salah seorang daripada pembohong-pembohong." 

Inilah prinsip dasar yang harus dipegang, berbicara dengan ilmu, bukan dengan nafsu dan emosi. Cubalah untuk memahami huraian ayat-ayat al-Quran dari huraian para alim ulama' dan hal ini telah ditegaskan oleh Allah ta`ala di dalam al-Qur'an.


Allah ta`ala berfirman:

"فَاسْأَلُوْا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْمَلُوْنَ".

Maksudnya:
 "Maka bertanyalah kepada ahli zikir (orang yang mempunyai ilmu dan alim), jika kamu tidak mengetahui".

(Surah An-Nahl : 43 dan al-Anbiya' : 21)

Perintah untuk bertanya kepada ahli zikir yakni ulama' yang berilmu, bertakwa dan mengamalkan ilmunya, dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran sebanyak dua kali. Ini membuktikan bahawa pendapat para ulama sangat penting, sebab mereka adalah pewaris para Nabi.


[1] Sayyid Qutb dalam karyanya "Fi Zhilal al-Qur'an" menyatakan bahwa masa sekarang tidak ada lagi orang Islam yang hidup di dunia ini, karena tidak ada satupun negara yang memakai hukum Allah. Menurutnya suatu negara yang tidak memakai hukum Allah waluapun dalam masalah sepele maka pemerintahan negara tersebut dan rakyat yang ada di dalamnya adalah orang-orang kafir. Keadaan semacam ini menurutnya tak ubah seperti kehidupan masa jahiliyah dahulu sebelum kedatangan Islam. Pernyataan Sayyid Quthub ini banyak terulang dalam karyanya; Fi Zhilal al-Qur'an. Lihat misalkan j. 2, h. 590, dan h. 898/ j. 2, Juz 6, h. 898/ j. 2, h. 1057/ j. 2, h. 1077/ j. 2, h. 841/ j. 2, h. 972/ j. 2, h. 1018/ j. 4, h. 1945 dan dalam beberapa tempat lainnya. Juga ia sebutkan dalam karyanya yang lain, seperti Ma'alim Fi al-Thariq, h. 5-6/ h. 17-18.

[2] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan  Ibnu Hibban.

[3] Hadith ini diriwayatkan dengan sanad yang sahih.

[4] Sayyid Qutub bukanlah seorang yang `alim, beliau tidak pernah belajar dengan ulama' Ahl al-Sunnah, sebaliknya beliau  telah  menyerang ulama' al-Azhar dan mengajak untuk tidak menuntut ilmu Syar`i. Kemudian beliau mula mengarang dan menulis tanpa dibekali dengan ilmu yang cukup sehingga karya-karyanya seperti "Tafsir Fi Zhilal al Quran" yang penuh dengan kesesatan. Di antara kesesatan tersebut, adalah beliau telah menamakan Allah dengan nama "al-Aql al-Mudabbir" iaitu aqal yang mentadbir, menuduh Nabi Ibrahim telah musyrik. Selain itu beliau juga telah  mengkafirkan umat Islam yang hidup di bawah pemerintahan yang mempraktikkan selain hukum Islam dan masih banyak kesesatan-kesesatan lain seperti yang dijelaskan oleh para ulama` dalam karya-karya mereka seperti kitab "al-Nahj al-Sawiyy". Perlu diketahui juga di sini bahawa Sayyid Qutub telah membawa aqidah manhaj pemahaman dan manhaj pemikiran yang berbeza daripada  Al-Imam Hassan al-Banna.

[5] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmizi dan Nasa`i.

[6] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmizi dan al-Imam Ahmad

[7] Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam Sahih Muslim pada bab Wajib meriwayatkan hadith dari golongan thiqah dan meninggalkan pembohongan. Lihat juga di dalam Sunan al-Tirmizi di dalam kitab al-Ilmu dan Ibn Majah di dalam Sunannya.

[8] Ibid.



Sumber :

http://taipingmali.blogspot.com/2011/03/kenali-syed-qutb-dan-khawarij-ahlu.html?m=1


Sent from my iPad

PISAU.NET

Posted: 03 Jan 2013 09:48 PM PST

PISAU.NET


Tanah Sebesar Putrajaya,Untungnya Jadi Ahli DAP Daripada Jadi Anak Kelantan

Posted: 03 Jan 2013 04:30 PM PST

Ngeh dan Nga sudah kaya.. kawtim angkat tanah sebesar Putrajaya.. apa lagi lu mau bising.. pi tanam pokok kasi jaga baik baik sudah la.. Orang Kelantan pun talak untung sama macam lu orang tau..

Ngeh dan Nga lu pandai meniaga ma..orang Kelantan pun talak pandai selupa dengan lu.. lembuNizar lu boleh tunggang..tanah besar Putrajaya pun lu boleh angkat.. apa lagi lu mau? Sekarang lu mau  gaduh sama blogger ka?Ngeh...lu sudah kaya berhenti politik la..pi jaga lu punya pokok sana lagi bagus..

Ngeh lu kena lawan itu tokong DAP...dia broker tanah Penang paling kaya..lu angkat tanah hutan..tokong DAP angkat tanah pekan..mana sama taraf...

Ngeh dan Nga.. sekarang lu jawap dulu ini Unspinner punca cerita..


Laporan demi laporan masuk

Pada 1 Jan 2013, jam 1045, bertempat di , Che Dollah bin Che Ismail-Ketua Penerangan PKMR Pasir Mas telah membuat laporan polis Balai Polis Pasir Mas berhubung skandal tanah-untuk-jawatan MB melibatkan tanah di Relai, Gua Musang Kelantan.


Mencurah-curahlah lagi laporan akan menyuarakan kemarahan rakyat Kelantan tetapi N.Ajis tetap berdiam saja. Di sini ada tiga persoalan:



Jika Nik Aziz sudah bisu 17 hari tak komen isu tanah Relai ini, Setiausaha Akhbarnya pula bengap. Dia berkata dan berikut adalah bukti dari laporan Harakahdaily bahwa pejakkan ini adalah untuk 50 tahun.


Sementara itu, Upahdaya di bawah Tengku Wong telah dipercayai konon-konon buat advertisement padahal dah set untuk ditransfer ke Ngeh Nga.


Ditulis sini 70 tahun. Lamanya???? Mana satu betul, sila jelaskan????

Isu kedua melibatkan kenyataan Ngeh bahwa dia terlibat dalam tanaman semula balak yang tidak dilakukan pihak lain. Bca Sg Rapat Online SINI. dan Utusan Malaysia SINI

Macam mana ceritanya bila Fadhili kata tanam kelapa sait dan getah klon dalam Harakahdaily?


Utusan dan Ngeh tipu ke atau Harakah tipu?

Persoalan ke tiga pula berkenaan kenapa perlu Upahdaya bayar RM1.5 juta kepada YIK kerana transfer hakmilik syarikat.dari Tengku Wong kepada Ngeh?

Pisau kata " Upahdaya dari Nik Aziz kepada Ngeh...kaya kaya kaya"

Apa niat sebenar Hadi!

Posted: 03 Jan 2013 12:14 PM PST


Saya tertarik dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendesak diberi ruang selama satu jam bersiaran secara langsung untuk memberikan penjelasan mengenai isu Amanat Haji Hadi yang mencetuskan kontroversi berikutan pendedahan pengikut taksub dan ahli seumur hidup Pas, CN Al-Afghani melalui bukunya Kafirkah Aku!.

Desakan Abdul Hadi turut disokong oleh Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandarkan hujahnya kepada hukum Islam yang mewajibkan semua pihak diberi hak bersuara dan membela diri.

Saya tidak menafikan syariat Islam mewajibkan mana-mana pihak diberi hak membela diri dan bersuara dalam mana-mana isu yang membabitkan dirinya. Malah hak asasi kemanusiaan juga menuntut seseorang diberi hak membela diri dan hak bersuara.

Apa yang saya pertikaikan ialah amalan politik dua alam, cakap tak serupa bikin dan demokrasi hipokrit amalan pembangkang.

Contohnya, mengapa semasa Pas membat keputusan memecat Datuk Dr. Hasan Ali, beliau langsung tidak diberi hak membela diri dan hak bersuara.

Malah, Hasan Ali langsung tidak diberi notis tunjuk sebab atau alasan tindakan memecat akan diambil terhadap beliau. Sehingga hari ini Hasan Ali tidak tahu apa sebab beliau dipecat!

Mana suara Nik Aziz atau Abdul Hadi semasa itu. Bukan sahaja mereka tidak memberi hak bersuara itu kepada Hasan Ali, malah mereka turut bersekongkol dalam tindakan memecat Hasan Ali tanpa diberi sebab, tak diberi hak bela diri, tak diberi hak bersuara, malah tak diberi notis!

Tetapi bila terkena batang hidung sendiri, dengan segera segala ayat al-Quran dan hadis serta hukum Islam dicedok dan digali untuk melapik tuntutan serta desakan mereka!

Ini pada saya adalah amalan politik jijik dan kotor kerana mempergunakan syariat Islam hanya untuk kepentingan politik peribadi!

Kedua, Abdul Hadi perlu ingat, beliau ada ruang di Harakah dan media-media portal pembangkang yang lain untuk memberi penjelasan. Apatah lagi dengan dunia Internet, beliau boleh merakam sendiri penjelasannya dan disiarkan tanpa tapis di Youtube dan media lain. Malah beliau boleh buat rakaman dalam bentuk CD/DVD dan disebarkan kepada orang ramai.

Dalam keadaan ruang cukup luas yang ada untuk beliau memberikan penjelasan, Abdul Hadi memilih untuk mendesak satu jam siaran langsung di RTM! Tidakkah ini menimbulkan keraguan tentang niat sebenar beliau?

Selanjutnya, Abdul Hadi perlu ingat yang membongkar dan mencetuskan isu kesan Amanat Haji Hadi 1981 itu ialah seorang pengikut taksub dan bekas ahli seumur hidup Pas.

CN Al-Afghani bukan calang-calang orang. Beliau pernah duduk dipimpinan Pemuda Pas Negeri. Malah Naqib usrah beliau ialah arwah Ustaz Fadzil Mohd Noor, bekas Presiden Pas! Beliau juga pejuang mujahidin di Afghanistan dan Kashmir. Malah beliau pembela balu syuhada Memali dan tinggal bersama mereka! Dan beliau pernah ditahan ISA kerana menjadi Ketua Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM)!

Beliau yang membongkar kesan Amanat Haji Hadi 1981 melalui bukunya Kafirkah Aku!.

Beliau turut menceritakan bagaimana beliau sendiri menjadi begitu taksub dengan Amanat Haji Hadi itu sehingga mengkafirkan ahli keluarganya sendiri yang menjadi ahli atau penyokong UMNO!

Berikutan pendedahan beliau, ramai lagi pengikut taksub Pas yang terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi tampil ke depan mendedahkan bagaimana mereka melalui kehidupan yang sangat menyesatkan akibat amanat itu.

Kita dengar mereka menceritakan tentang nikah kali kedua, sembelihan keluarga sendiri daripada kalangan UMNO dianggap bangkai, ada imam yang enggan solatkan jenazah umat Islam daripada UMNO, solat dua imam, boikot masjid dan macam-macam onak mehnah akibat Amanat Haji Hadi.

Jadi pada saya, Abdul Hadi tidak perlu beri penjelasan kepada umat Islam berbangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Kami semua sudah faham bahawa amanat itu sesat dan bercanggah dengan akidah/ syariat Islam. Malah para ulama, mufti dan ahli agama telah memberikan fatwa dan pendapat yang jelas membuktikan Amanat Haji Hadi itu sesat dan bercanggah dengan syariat Islam.

Jadi umat Islam bangsa Melayu serta rakyat Malaysia tidak perlu dengar dan faham penjelasan Abdul Hadi kerana kami sudah tahu. Malah kami tidak pernah mengikut pun Amanat Haji Hadi itu.

Yang perlu tahu, dan yang perlukan penjelasan ialah para pengikut taksub Pas dan Abdul Hadi yang sehingga ke hari ini tidak menyedari tentang kesesatan Amanat Haji Hadi tersebut. Sehingga hari ini ada yang masih mengkafirkan saudara seagama dan sama akidah hanya kerana amanat itu.

Malah semasa berbual dengan beberapa sahabat daripada Baling, mereka menyatakan kerisauan tentang status 'mati syahid' Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang lain yang mati terbunuh dalam Peristiwa Memali.

Kalau Amanat Haji Hadi itu tidak betul, bagaimana keadaan jenazah mereka yang tidak dimandi dan dikafankan! Terus dikuburkan dalam keadaan berlumuran darah kerana dikatakan mati syahid. Malah empat anggota polis yang satu akidah turut dibunuh kononnya halal kerana 'Polis UMNO'!

Apa nasib mereka ini semua?

Kepada mereka ini yang Abdul Hadi wajib berikan penjelasan. Mereka mahu tahu benarkah UMNO kafir kerana kononnya mengekalkan dan melaksanakan Perlembagaan, undang-undang dan peraturan kafir serta jahiliyah!

Kalau begitu kedudukannya, mereka mahu tahu mengapa pada 18 Januari 2003, Abdul Hadi membuat 'Amanat Hadi' yang menyatakan peruntukan mengenai Islam cukup seperti dalam Perlembagaan!

Mereka juga mahu tahu kenapa perjuangan negara Islam dibuang, diganti dengan negara kebajikan!

Mereka mahu tahu benarkah negara Islam tiada dalam al-Quran? Kalau benar, mengapa Abdul Hadi melancarkan Dokumen Negara Islam pada tahun 2004?

Mereka mahu tahu apa kedudukan Dokumen Negara Islam yang digubal oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din? Apakah Dokumen Negara Islam itu kini bercanggah dengan al-Quran memandangkan Negara Islam rupanya tiada dalam kitab suci itu?

Mereka juga mahu tahu adakah Mesir yang masih mengekalkan undang-undang penjajah walaupun diperintah oleh Presiden Mursi daripada Ikhwanul Muslimin juga adalah negara kafir?

Kalau Mesir masih kafir, bagaimana kelulusan dan ijazah Abdul Hadi dan ramai ustaz dalam Pas yang mendapatnya daripada Mesir? Adakah kelulusan dan ijazah mereka tidak mengikut syariat kerana dikeluarkan oleh negara kafir?

Mereka juga mahu tahu adakah Turki juga kafir kerana bukan sahaja mengekalkan undang-undang penjajah, tetapi meneruskan status sekularisme mereka walaupun kini diperintah oleh Reccep Tayyib Erdogan daripada Parti AKP!

Mereka juga mahu tahu adakah Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia kafir kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah Belanda dan meletakkan Pancasila sebagai prinsip rukun negara Indonesia! Malah amalan homoseks bukan kesalahan jenayah di Indonesia! Apakah Indonesia kafir?

Kalau mengambil Amanat Haji Hadi sebagai kayu pengukur, maka Mesir, Turki dan Indonesia adalah negara kafir, dan kerajaannya kafir kerana masih mengekalkan Perlembagaan, undang-undang dan peraturan penjajah!

Kalau Mesir, Turki dan Indonesia tidak kafir, mereka mahu tahu mengapa Malaysia dan kerajaannya kafir?

Sebenarnya banyak persoalan yang pengikut taksub dan ahli serta penyokong Pas mahu tahu. Bukan kepada umat Melayu-Islam di Malaysia sebab kami sudah tahu dan kami memang menolak Amanat Haji Hadi.

Jadi tidak perlu Abdul Hadi memberi penjelasan melalui RTM, TV3 atau Utusan Malaysia.

Cukup kalau Abdul Hadi memberi penjelasan melalui Harakah dan media pembangkang, juga melalui Youtube dan media alternatif yang lain.

Awang Hadi juga boleh kerahkan semua ahli, penyokong dan pengikut taksub Pas mengadakan perhimpunan besar di Stadium Kota Bharu, Kelantan untuk tujuan itu. Kalau perlukan bantuan, Abdul Hadi boleh minta bantuan Ambiga Sreenavasan untuk menganjurkan perhimpunan tersebut.

Boleh begitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

sumber: DATUK Zulkifli Noordin
 Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah.

Barang Kemas RM13 Juta: Rafizi Atau Deepak Yang Menipu?

Posted: 03 Jan 2013 06:37 AM PST

Barang Kemas RM13 Juta:  Rafizi Atau Deepak Yang Menipu?

Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila mendesak Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan bahawa Deepak Jaishikin telah membayar sejumlah RM13 juta untuk membeli 19 jenis barang kemas khas untuk beliau, dari dua firma di Hong Kong kononnya untuk melicinkan satu urusniaga hartanah.

Dakwaan Rafizi ini disokong oleh dokumen pembelian seperti invois dan email dan disebar secara meluas di laman-laman web pembangkang.  

Bagaimanapun, isu yang baru sahaja mula dijerang dan belum sempat hangat, menjadi sejuk tiba-tiba apabila Deepak muncul dalam youtube yang membuatkan Rafizi dan bosnya, Anwar Ibrahim pula yang kepanasan.   Rakaman percakapan Deepak tersebut dilihat bagaikan satu lagi bom atom yang menimpa kepala Anwar Ibrahim kerana ia mengingatkan kita kepada skrip lama, iaitu scorpene.

Sebelum ini, Raja Petra Kamaruddin, blogger upahan pembangkang yang separa gila perasan diri sebagai seorang yang berintegriti, telah pun mendedahkan bagaimana beliau diarahkan oleh pihak tertentu untuk memburukkan Dato' Seri Najib dengan mereka cerita penglibatan beliau dalam rasuah dan pembunuhan yang berkait dengan urusniaga kapal selam scorpene.   Pendedahan ini konsisten dengan kronologi akuan bersumpah oleh Bala yang mengambil U-turn sebelum lari mengikut jejak blogger tersebut. 

Fitnah scorpene ini kemudiannya diambil alih oleh SUARAM, sebelum mereka semuanya kantoi terduduk dan terbarai secara besar-besaran apabila pihak Perancis sendiri tampil memberi kenyataan yang menyangkal semua dakwaan mereka. 

Oleh itu, kita melihat pendedahan Deepak ini sebagai tepat dengan jangkaan awal kita iaitu beliau hanyalah satu lagi usaha terdesak pembangkang untuk menyambung apa yang telah gagal dilakukan oleh SUARAM.  Apa yang diperkatakan Deepak mengenai hubungannya dengan Anwar Ibrahim adalah konsisten dengan modus operandi pembangkang dalam isu scorpene iaitu, diarahkan membalas budi dengan cara memburukkan kerajaan bagi pihak pembangkang. 

Sekali gus, pendedahan Deepak telah membantu kita melengkapkan gambaran mengenai strategi Anwar Ibrahim untuk berkuasa.  Namun timbul juga persoalan mengenai kredibiliti Deepak dalam kisah barang kemas yang dibangkitkan oleh Rafizi. 

Setakat ini, isu barang kemas ini begitu mudah ia dipatahkan oleh blog-blog pro-kerajaan kerana ia langsung tidak membuktikan penglibatan Datin Seri Rosmah di mana-mana.  Malah, invois tersebut pula begitu mudah ditiru manakala email boleh direka pada bila-bila masa.   Jika ada apa-apa yang boleh dibuktikan dari dokumen yang dicanangkan Rafizi hanyalah bahawa Syarikat Carpet Plus telah membuat bayaran kepada syarikat Dehres dan Firestone atas pembelian barang kemas, itu saja. 

Pemilik syarikat dan kepada siapa barang kemas tersebut diberikan tidak dapat dibuktikan.  Ia mungkin untuk dijual kembali, mungkin untuk hadiah perkahwinan seorang taikun besar, mungkin juga untuk Rafizi sendiri, siapa tahu?  

Dengan 'serangan' yang begitu lemah, sepatutnya Anwar Ibrahim pecat sahaja si Rafizi.  Ini kerana sudah amat jelas sekali bahawa jawatan Pengarah Strategi yang dipegang oleh Rafizi, adalah tidak layak baginya. 

Ini bukan kali pertama Rafizi kantoi, sebelum ini beliau telah kantoi dalam percubaan menipu seolah-olah ICAC Hong Kong akan menyiasat Musa Aman, atas kerjasama pihak pembangkang.  (Modus Operandinya adalah lebih kurang sama dengan kes pembelian kapal selam scorpene di mana SUARAM menipu kononnya mahkamah Perancis sedang menyiasat sedangkan kes tersebut langsung tidak wujud).

Rafizi juga pernah kantoi dalam isu NFC setelah melanggar 21 undang-undang BAFIA apabila mendapat akses kepada dokumen-dokumen sulit bank dengan cara mengelirukan pegawai bank. 

Tidak cukup dengan itu, Rafizi juga terkantoi menipu mempunyai bukti mengenai kononnya LRT Ampang tidak selamat dan diberi kepada syarikat yang tidak berwibawa.   Begitu juga apabila Rafizi bergandingan dengan Nurul Izzah membawa isu kononnya projek KLIA2 Air Traffic Control (ATC) sistem kepada syarikat yang tidak berwibawa sedangkan syarikat tersebut telah 17 tahun berkhidmat di KLIA tanpa sebarang masalah.  

Memandangkan rekod Rafizi yang begitu banyak sekali menipu dan terkantoi, manakala Deepak pula merupakan ahli perniagaan yang berjaya, maka persoalan mengenai siapa yang menipu atau siapa yang cuba menipu siapa rasanya tidak sukar untuk dijawab. 

Apa yang pasti, pendedahan Deepak kelihatannya 'masuk akal' atau 'muat elok' jika kita menjejak kembali jalan yang 'dilalui' oleh isu scorpene, terus kepada SUARAM, Bala dan Raja Petra Kamaruddin di mana akhirnya ia tetap membawa kita kepada satu nama, iaitu Anwar Ibrahim. 

Siapa Amalkan Politik Suku Agama Suku?

Posted: 03 Jan 2013 03:10 AM PST

Salah satu intipati utama dalam Amanat Hadi yang mendorong ramai pengikut PAS percaya dan yakini yang UMNO adalah kafir ialah ungkapan "politik suku agama suku" yang difahami oleh penyokong PAS ia merujuk pada fahaman yang kononnya menjadi pegangan UMNO.

Rentetan dari situ, para penyokong PAS beriktikad dalam hati dan tutur katanya bahawa menyokong UMNO adalah haram di sisi Islam dan jika mengundi BN hukumnya kafir atau akan gugur akidahnya.

Kepercayaan songsang sebegini berlaku kerana wujudnya sikap taksub buta tuli yang dikembang biak oleh pemimpin PAS dan ia bertambah parah apabila dalam mana-mana ceramah di pentas politik PAS tidak pernah lupa memainkan propagandanya bahawa UMNO juga menolak Islam.

Kesan daripada doktrin sedemikian akhirnya terus terpahat kukuh di sanubari ramai pengikut PAS tanpa sekelumit pun timbul persoalan sejauh mana benarnya dakwaan songsang pemimpin-pemimpin PAS yang hanya bermodalkan air liur itu.

Langsung tak terdetik di hati mereka betulkah pemimpin UMNO mengemudi parti dengan bersandarkan pegangan bahawa politik suku dan agama suku atau dengan maksud lain politik dan agama Islam mesti diasingkan?

Tak terlintas di benak mereka untuk bertanya lebih lanjut apakah menyokong UMNO benar-benar akan menyebabkan akidah gugur atau terpesong seterusnya menjadi kafir dan tak termungkin mencium bau syurga di akhirat kelak?

Jawapan-jawapan kepada persoalan tersebut sebenarnya tidak sukar untuk ditemui jika pengikut PAS dan pemimpinnya ikhlas meletakkan kebenaran hakiki melampaui kepentingan politik kepartian.

Sebetulnya, sebagaimana penganut Islam yang lain, para pemimpin UMNO, ahli dan penyokongnya senantiasa berpegang teguh bahawa politik adalah sebahagian daripada Islam.

Bezanya antara UMNO dan PAS ialah, UMNO memperalatkan kuasa politik demi kepentingan agama serta memartabatkan Islam, di masa yang sama memanfaatkan kuasa yang diperolehi untuk manfaat orang Melayu Islam.

Manakala PAS pula, mempergunakan agama Islam untuk mengejar laba politik duniawi demi memenuhi selera peribadi. Dek kerana itulah walaupun kalimah Allah s.w.t dituntut oleh mubaligh dan paderi Kristian, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa berselindung telah mempersetujui tuntutan tersebut.

UMNO sejak ia ditubuhkan hingga sekarang sentiasa peka dengan tuntutan ummah apabila berjaya memperjuangkan martabat agama Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan Negara.

Dan Perlembagaan Negara yang terbentuk dari hasil perjuangan UMNO itulah yang kini mahu dipertahankan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang melalui Buku Jingga yang ditandatanganinya sendiri.

Walhal lebih 3 dekad lalu dalam Amanat Hadi pada 1981, beliau mengajak penyokong PAS menentang Perlembagaan Negara yang didakwanya adalah perlembagaan jahiliah, sekular dan kafir.

Jika benar UMNO mengamalkan fahaman "politik suku agama suku" sebagaimana dipropagandakan oleh PAS, nescaya jadi sekularlah negara kita sebagaimana Indonesia yang menetapkan Pancasila sebagai roh negaranya ataupun menjadi seperti Turki yang menetapkan agenda sekular sebagai pegangan negara.

Dalam hal "politik suku agama suku" para pengikut PAS sepatutnya menuntut pemimpin mereka supaya mencerminkan muka sendiri untuk mengetahui siapa sebenarnya mengamalkan pegangan songsang itu.

Bukankah Nik Aziz pernah memperlekehkan teguran Mufti Perak, Ustaz Harussani Zakaria dengan meminta Tuan Mufti yang lantang bersuara itu supaya menjauhi politik? Tidakkah itu bermakna Mursyidul Am PAS tanpa sedar mahu mengasingkan politik dan agama?

Begitu juga apabila Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjauhi unsur politik, bukankah gesaan itu bermatlamat menghalang teguran pihak JAKIM berkaitan politik sekaligus memberi gambaran PAS menolak campurtangan Jabatan Agama dalam hal politik? suku agama suku". Bukan begitu?

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 03 Jan 2013 09:38 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


SERANGAN LUAR BIASA MEDIA SINGAPURA TERHADAP MALAYSIA : PRU 13 PAKATAN DIBANTU PENUH SINGAPURA !

Posted: 03 Jan 2013 10:12 AM PST

AZHAR IDRUS NAFAS BARU INDUSTRI LAWAK NEGARA.

Posted: 02 Jan 2013 10:00 PM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 03 Jan 2013 09:33 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Video Amanat Hadi Awang Di Banggol Paradong 1981 #KafirkahAku

Posted: 03 Jan 2013 08:30 PM PST

Hadi Awang Perlu Tarik Balik Amanatnya #KafirkahAku

Posted: 03 Jan 2013 07:00 PM PST

Video Hadi Awang Menghina Guru Sekolah Rendah #KafirkahAku

Posted: 03 Jan 2013 06:00 PM PST





Hadi Awang menghina CN Al Afghani dengan mengatakan itu cikgu sekolah ajar A, B, C ja. Sila lihat apa yang ditulis oleh CN Al Afghani di belakang bukunya bertajuk "Kafirkah Aku?", beliau berhenti menjadi guru semata-mata untuk ikut PAS kerana menganggap itu sebagai satu perjuangan.

Terbukti akhirnya apa yang dianggap sebagai pejuangan itu tidak langsung dihargai oleh pemimpin nombor satu dalam PAS, malah dihina lagi. Hadi Awang sebenarnya takut berdepan dengan CN Al Afghani ini. PAS pun ada webTV, kenapa Hadi Awang tidak ulas dalam TV milik mereka itu terlebih dahulu?


Superimpose Gambar Dato Seri @Najibrazak : Tergamak Penyokong Pembangkang Buat Begini

Posted: 03 Jan 2013 04:45 PM PST



Masalah Air Selangor : Khalid Ibrahim Hanya Mahu Kuasa, Tidak Mahu Selesai Masalah Rakyat

Posted: 03 Jan 2013 03:00 PM PST

Pemergian Seorang Perwira Negara : Datuk Kanang Anak Langkau

Posted: 03 Jan 2013 08:30 AM PST

Abby Abadi Gelar Parti PAS Sebagai Sesat

Posted: 03 Jan 2013 06:48 AM PST


r b f

Posted: 03 Jan 2013 07:38 PM PST

r b f


Haji Hadi Kafirkan Diri Sendiri ?

Posted: 02 Jan 2013 11:23 PM PST

Suatu ketika dahulu pada 7 April 1981, berlangsunglah satu ceramah umum di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu yang menampilkan Hadi Awang sebagai penceramah utama yang kemudiannya telah mencipta sejarah perpecahan ummah yang berpanjangan sehingga lebih dua dekad.  Semuanya gara-gara sebuah Amanat atau Fatwa yang disampaikannya, yang antaranya berbunyi: 

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'. 


Daripada Amanat Hadi di atas, adalah jelas bahawa beliau menyeru pengikutnya menentang UMNO kerana mengamalkan  perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, dan peraturan jahiliyah.  Beliau  kemudian merujuk kepada penentangan itu sebagai jihad di mana sekiranya terkorban dalam keadaan menentang UMNO adalah syahid kerana UMNO itu kafir akibat mengambil sikap  'politik suku, agama suku' iaitu mengamalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, dan peraturan jahiliyah yang seperti yang disebut sebelum itu. 

Menurut Islam, dalam konteks di atas, sebuah penentangan yang dipanggil jihad adalah penentangan yang bersifat peperangan atau pertempuran antara orang Islam dengan pihak yang  memerangi Islam dan orang Islam.   Syahid pula adalah kematian dalam ketika sedang berjuang ke jalan Allah SWT iaitu memerangi pihak yang memerangi Islam dan orang Islam itu tadi.   Kafir pula adalah merujuk kepada mereka yang tidak mengucap kalimah syahadah iaitu tidak beriman kepada Allah SWT.  

Justeru, kita tidak perlu pergi jauh untuk melihat betapa Amanat Hadi itu adalah bercanggah dengan ajaran Islam kerana terbukti UMNO langsung tidak menepati ciri-ciri kafir sepertimana yang digariskan oleh Al-Quran. 

Malang bagi kita kerana ramai juga umat Islam di Malaysia yang terlalu mudah terpengaruh dan menjadi taksub dengan Amanat Hadi kerana enggan menggunakan akal yang dikurniakan Allah SWT untuk mengupas intipati Al-Quran.  Kerana itu terjadilah perpecahan yang teruk dan berpanjangan di kalangan umat Islam iaitu antara jiran tetangga, saudara mara, adik beradik, keluarga dan suami-isteri.   Walaupun zaman telah berubah, namun ketaksuban segelintir mereka masih kekal sama selagi Hadi sendiri tidak meletakkan titik noktah mahupun memadamkan amanatnya. 

Dari perkembangan semasa, nampaknya Hadi tidak akan sekali-kali menarik balik Amanatnya, atau dalam ertikata lain, masih inginkan pengikutnya berpegang kepada kepercayaan bahawa UMNO itu kafir kerana masih mengamalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, dan peraturan jahiliyah.

Namun, yang menggerunkan kita ialah dalam keghairahan 'berjihad' menentang UMNO yang 'kafir', Hadi telah tidak semena-mena telah 'mengkafirkan' diri sendiri apabila turut menjunjung perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah yang diamalkan UMNO.  Untuk itu, Buku Jingga yang menjadi Dasar Bersama Pakatan Rakyat merupakan dokumen rasmi yang merekodkan bagaimana Hadi mengkafirkan diri sendiri kerana di dalamnya terdapat ikrar PR yang berbunyi: 
"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153."
Ini diperkuatkan lagi dengan Ucapan Dasar Hadi sebagai Presiden PAS di dalam Muktamar PAS 2012 yang bertajuk, Negara Berkebajikan Teras Perpaduan.  Antara kandungan ucapan ini ialah:  
"Selain dari melaksanakan tekad kita bersama Pakatan Rakyat sebagaimana yang sama-sama kita rangkakan dalam Buku Jingga, PAS juga ingin melebarkan 20 komitmen untuk membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita sekiranya diberi ruang untuk ke Putrajaya, selain dari iltizam untuk sama-sama membangunkan negara kita ke arah yang lebih baik menerusi MANIFESTO khusus yang akan dibentangkan kepada rakyat bila tiba masanya yang sesuai nanti."

Antara intipati terpenting komitmen PAS ialah, untuk memartabatkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, mengiktiraf dan mengupayakan peranan generasi muda, meningkatkan dan mengiktiraf peranan wanita, membela dan memajukan golongan petani, meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan tanpa membebankan rakyat, agenda khas ekonomi dan pengurusan kewangan, memperkenalkan keadilan sistem pendidikan, memperkenalkan seni-budaya yang memartabatkan nilai hidup insan, dan sebagainya.

Sebenarnya, Hadi telah lama mengkafirkan dirinya iaitu ketika menuju PRU-11 lagi,  iaitu ketika  PAS mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihan raya.  PAS kemudian membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, Hadi berkata; 
"Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan.  Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"

Justeru, apa sudah jadi Hadi?  Akhirnya, perlembagaan dan undang-undang yang dahulunya dikatakan menjadi punca UMNO jatuh kafir kini turut dijunjung dan dipegang oleh Hadi. 

Nampaknya, begitu tinggi sekali riak, takbur dan egonya manusia yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama ini, sehingga sanggup mengkafirkan diri sendiri daripada menarik balik amanatnya.   MasyaAllah!   Apa lagi yang nak dikata..??

Beruang Biru

Nik Aziz: Terima Azab Akhirat Jika Salah Pilih

Posted: 02 Jan 2013 08:59 PM PST

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membayangkan pengundi akan menerima akibat di akhirat kelak sekiranya salah membuat pilihan pada pilihan raya umum nanti.

"Yakinlah, setiap bahagian badan, termasuk tangan yang mengundi, akan menjadi saksi pada hari kiamat. Jangan membuat pilihan yang salah.

"Kesilapan akan membawa menyesal di akhirat nanti," kata Menteri Besar Kelantan itu memberi amaran dalam mesej tahun baru yang disampaikan.

Nik Aziz kemudian berkata pendekatan sekular telah lama menyusup ke dalam politik negara sehingga membawa kepada kerosakan kepada orang Melayu dan umat Islam terutamanya.

Justeru menurut beliau cara hidup Ad'din seperti yang diunjurkan dalam Islam harus dijadikan panduan negara Malaysia supaya dicontohi masyarakat lain.

"Sekularisme telah berakar dalam politik untuk terlalu lama, menyebabkan kerosakan yang amat besar. Memanjangkan sekularisme akan menjejaskan orang Melayu dan Islam," katanya.

Namun DAP yang merupakan rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat menunjukkan pendirian sebaliknya di mana parti itu lebih cenderung kearah memperjuangkan negara sekular.

Melalui pengerusinya Karpal Singh sebelum ini berkali-kali menegaskan bahawa Malaysia harus kekal di bawah prinsip negara sekular mengambil kira masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Pada kongres parti itu di Pulau Pinang bulan lalu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut menegaskan bahawa DAP akan sentiasa memperjuangkan prinsip berkenaan untuk Malaysia.

Malah Guan Eng baru-baru ini dalam ucapannya bersempena sambutan Hari Krismas turut meminta kerajaan agar membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible sepertimana yang dilaksanakan di negeri Sabah dan Sarawak.

Ini kata beliau bagi meraikan keadilan dan kesamarataan semua pihak.

Namun gesaannya itu mendapat kritikan semua pihak termasuk rakan komponen PAS sendiri sehingga memaksa Guan Eng untuk mempalitkan kesilapannya itu kepada media dengan mendakwa ianya disalah lapor.

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 03 Jan 2013 03:44 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


ANWAR TIDAK BERIMAN DENGAN AYAT "KAU DGN AGAMA KAU!, AKU DGN AGAMA KU"!!!???

Posted: 02 Jan 2013 05:13 PM PST

Pelbagai petanda sudah semakin jelas kelihatan bahawa pakatan pembangkang sedang hanyut dibawa oleh arus yang diciptanya sendiri. 

Mereka yang gemar melepaskan empangan air, mereka sendiri yang dihanyutkan oleh arus.

Adakah sesiapa yang lebih bodoh dari seorang penebang pokok yang menebang sambil duduk di dahan? Tidakkah cara begini akan menyebabkan si penenbang pokok akan menjadi mangsa pertama hasil dari penebangan yang dilakukannya?

Anwar sendiri yang menyaman Nalla, akhirnya dia sendiri yang tak keruan bila pihak yang disamannya membawa saksi-saksi pembelaan.

Hadi Awang sendiri yang mengeluarkan amanat hukum kafir bagi pihak yang berkongsi kuasa dengan bukan Islam, akhirnya dia sendiri yang bergabung dengan bukan Islam untuk menjatuhkan pemerintah Islam.

DAP yang begitu tegas kononnya, dalam isu ketelusan dan anti-rasuah, akhirnya Ngeh Nga sendiri yang memberi rasuah berbentuk "jawatan MB Perak" kepada PAS dengan meminta habuan tanah lebih 10,000 ekar dari PAS Kelantan.

Mereka sendiri yang menyarung-nyarungkan pelbagai bentuk cincin berlian yang dikatakan bernilai puluhan juta di tangan DS Rosmah, Isteri Perdana Menteri, akhirnya mereka sendiri yang tertangkap kerana semua cincin yang cuba disarong ke jari DS Rosmah itu didapati berlian palsu.

Segala dokumen pembelian cincin tersebut telah dipalsukan. Tuan punya syarikat yang telah dibabitkan dalam urusan kononnya pembelian cincin, Deepak telah menafikan tidak tahu menahu dengan dokumen yang didedahkan oleh rafizi. Malahan Deepak sendiri sudah meminta peguamnya untuk meniliti pendedahan palsu yang dibuat oleh Rafizi.

Sehingga kini, Anwar masih berdiam diri dengan desakan LG Eng supaya kerajaan memberi kebenaran untuk "berkongsi nama Allah dalam kitab injil versi melayu sahaja". PAS pula "tidak ketawan" dan tidak tahu bagaimana untuk "positioning" dalam isu kalimah Allah ini. Nak diluah takut hilang undi kristian, nak ditelan takut tuhan Allah marah.

Kalimah Allah yang selama ini menjadi nama khas kepada tuhan Anwar, telah dibenarkan penggunaannya dalam bible versi melayu oleh Anwar. Merestui penggunaan nama "Allah" dalam kitab bible melayu bermakna merestui "kekeliruan yang bakal wujud hasil dari perkongsiam nama khas kepada tuhan agama masing-masing". Maksud ayat alQuran, "kau dengan agama kau, aku dengan agama ku" mungkin sudah tidak digunapakai lagi oleh Anwar. Jika benar, maka Anwar tidak lagi beriman dengan ayat Al Quran yang ini.

Semua yang berlaku ini membayangkan manifestasi betapa terdesaknya dan betapa pihak pembangkang sudah semakin hilang fokus dan teraba-raba di dalam gelap. Mereka sudah tidak tidak nampak apa-apa di hadapan, ibarat orag buta yang "merewai-rewaikan" tongkat ketika berjalan. 

Pakatan pembangkang juga boleh diibaratkan seperti peninju yang sudah cedera parah di kedua-dua belah mata. Hanya mampu melayang-layangkan penumbuk membuta tuli tanpa melihat sasaran. 

Pihak lawan, BN, hanya menunggu masa yang sesuai untuk meledakkan tumbukan padu yang bakal menyebabkan peninju buta ini "jatuh terkelontang" menyembah tanah di tengah gelanggang.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Itulah tajuk manifesto yang bakal digunakan oleh pakatan pembangkang pada PRU kali ini.

melayuangkat

Posted: 03 Jan 2013 03:17 PM PST

melayuangkat


Kesian Mak Bapak budak2 ni..Anak Anwar dan Shamsidar pun ada?

Posted: 02 Jan 2013 10:40 PM PST

Bayangkan Mak Bapak jika anak ke Menara Gading betapa bangganya mereka masing2.  Harapan mereka semua sama, segulung ijazah yang akan membawar sinar pada masa hadapan anak2 dan keluarga.  Tapi dengar cerita lain pulak kisahnya mereka yang akan berhimpun untuk 'selamatkan' maruah Shamsidar dalam isu peribadi Anwar Ibrahim menyaman Nallakarupan..

Kita pun heran bin Ajaib...Mengapalah isu peribadi ini anak anak muda anak orang pula yang jadi mangsa?

Anak2 Anwar dan Shamsidar pun akan berkhemah di sini juga ke?  Atau anak orang je yang jadi kuda kuda?

Wahai anak-anak, perbetulkan diri masing masing dahulu.  Jangan sia siakan masa dengan kerja kerja yang tidak membawa kepada apa-apa...

Percayalah Pemimpin yang baik dan bijak tidak akan membiarkan anda semua membazir masa dan tenaga untuk kerja tidak berguna.  Renung-renungkanlah..

Pasal Deepak Melayu2 Gempak

Posted: 02 Jan 2013 07:56 PM PST

Senang je Orang Melayu yang berkecimpong dalam arena Politik diheret lagi ke medan fitnah yang menggelirukan...Kali ini oleh insan bernama Deepak..

Tiba2 sahaja Deepak ni disebut2...blog demi blog yang berkecelaru dengan fakta entah betul entah tidak...sekejap terbaca dia sebut jumlah 8 juta yang melibatkan isteri PM, dua tiga hari pulak 13 juta...main juta je...besok lusa mungkin 100 juta.  Lebih banyak jutanya lebih bertaburanlah fitnahnya..lebih besarlah pula Dosanya...

Kita tunggulah sampai bila Deepak ni bertapak...

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 03 Jan 2013 03:15 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Aksi terlampau tak senonoh dalam restoran makanan segera

Posted: 03 Jan 2013 03:30 PM PST

Kami kurang pasti di mana kejadian ini berlaku. Rasanya di sebuah makanan segera, tapi bukan di Malaysia kot..heh!

Melihatkan gaya abg sorang yang lalok, dengan wajah kuyu, leher lebam bekas gigitan, nampaknya 'pertarungan semalam' tak habis di kamar.

Aksinya bersambung pula dibawah meja. Kelihatan kaki si pasangannya sedang mengusik-usik dalam baju si abang...entah apa lah yang diperlakukannnya..

Get a room laa..!

Rafizi oh Rafizi...fitnah dah jadi makanan ruji beliau sekarang...

Posted: 03 Jan 2013 06:15 AM PST

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dengan bangganya baru-baru ini mendedahkan satu dokumen KONONNYA adalah bukti wujudnya transaksi melibatkan seorang taukeh karpet, Deepak Jaikishan.

Rafizi berkata, dokumen itu menunjukkan Deepak menjadi orang tengah dalam pembelian barang kemas dari dua syarikat yang berpangkalan di Hong Kong.

Katanya;

"Jika dilihat kepada amaun di sini Deepak membeli barang kemas berharga USD3 66 juta. Saya tidak akan berkata Deepak membeli kesemua barang kemas itu untuk dirinya. Demi kepentingan orang ramai kita perlu mendapatkan penjelasan kedua-dua pihak " katanya lagi .

Antara dokumen pembelian yang diedarkan kepada media adalah termasuk dokumen yang menunjukkan pembayaran sejumlah USD115 000 bagi berlian daripada Dehres Ltd pengedar barang kemas terkemuka di Hong Kong Dokumen lain pula menunjukkan transaksi bernilai USD3 9 juta bagi pembelian cincin dan subang daripada Firestone Co Ltd yang juga merupakan pengedar barang kemas dari Hong Kong.

Deepak yang selama ini memang mengharapkan sokongan PKR untuk membantu dalam kes mahkamahnya bagaimanapun kecewa kerana ternyata dia sendiri tidak tahu menahu mengenai dokumen yang Rafizi katakan itu.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.

"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan," tegasnya.

Lihat video di bawah ini…hai, macam-macamlah kau Rafizi…sesuka hati menuduh, sesuka hati memfitnah, sesuka hati membuat tuduhan.

Senang betul kerja Rafizi ketika ini, tak perlu fikir bagaimana nak menyatupadukan rakyat Malaysia, bagaimana nak makmurkan negara dan sebagainya.

Kerjanya hanya perlu cipta kesangsian, hanya perlu cipta keraguan, hanya perlu cerita keaiban…sampai dia lupa akhirnya dia sendiri yang terkena aib itu kerana semua tuduhan itu ternyata fitnah yang memualkan!

-mynewshub

Kenapa sibuk sgt nak guna kalimah Allah dalam bible bahasa Melayu?

Posted: 03 Jan 2013 05:45 AM PST

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta memberi penjelasan sama ada beliau akan turut menuntut penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Tamil dan Mandarin seperti tuntutannya terhadap Bible versi bahasa Melayu.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, penjelasan tersebut perlu untuk mengetahui niat sebenar Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhubung tuntutan yang dilakukan.

"Saya mahu tanya Guan Eng mengenai penggunaan kalimah Allah ini, adakah beliau akan tuntut digunakan juga dalam Bible versi bahasa Tamil dan Cina (Mandarin)?

"Kerana kalau tidak guna kepada kedua-dua Bible versi itu, mengapa beliau sibuk sangat nak gunakannya dalam Bible versi bahasa Melayu? Adakah beliau ada agenda tertentu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas isu kalimah Allah, kata nama khas bagi Tuhan orang Islam yang dicetuskan semula oleh Guan Eng dalam perutusan sambutan Hari Krismas baru-baru ini apabila menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah itu dalam Bible versi bahasa Melayu.

Tindakan beliau telah menerima kecaman daripada pelbagai pihak yang marah serta menuntutnya menarik balik kenyataan dianggap sengaja menghina umat Islam di negara ini.

Kenyataan Guan Eng itu turut mengundang komen Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk Islam dan seluruh umatnya sahaja.

Menurut Harun, agama lain termasuk Kristian tidak berhak sama sekali untuk menggunakan kalimah suci itu apatah lagi diguna pakai di dalam Bible versi bahasa Melayu.

Tengku Abdullah: 'Desakan rombak FAM lumrah dalam persatuan'

Posted: 03 Jan 2013 05:31 AM PST

KUANTAN - Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak menafikan bahawa apa sahaja jawatan yang disandang pada masa kini akan berakhir sama ada secara baik atau tidak.

Baginda bertitah situasi itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk diri baginda.

"Tidak dinafikan satu hari nanti kita semua termasuklah saya kena tamatkan (jawatan) secara baik atau tidak baik.

"Kita ambil ia sebagai lumrah dalam persatuan, pasukan negara kalah macam-macam kita dituduh tetapi bila menang, tiada orang pun nak kaitkan semua isu letak jawatan ini," titahnya kepada pemberita selepas meninjau ke beberapa perkampungan yang terjejas akibat banjir di sini, hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan beberapa pihak mahukan Presiden FAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada pemimpin baru yang mempunyai banyak visi dan idea segar dalam memartabatkan bola sepak negara.

Perkara itu turut menjadi perhatian beberapa bekas pemain kebangsaan yang meluahkan perasaan sama dengan berharap berlaku transformasi dalam pengurusan bola sepak Malaysia.

"Desakan seperti itu seharusnya tidak datang secara bertalu-talu, sekalipun ingin menukar muka baharu, kita perlu cari pengganti yang baik dan boleh membawa kejayaan," titahnya.

Mengenai pendekatan berdiam diri yang diambil Sultan Ahmad Shah berhubung isu itu, Tengku Mahkota Pahang itu bertitah adalah hak baginda untuk menjawabnya atau tidak kerana masing-masing ada kebebasan bersuara. - Bernama

AJL 27: Aizat bakal nyanyi 'Terukir Bintang', gantikan Yuna

Posted: 03 Jan 2013 04:31 AM PST

PETALING JAYA: Teka-teki siapakah pengganti Yuna dalam Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad ini terjawab apabila penyanyi Aizat akan mengambil tempat penyanyi wanita itu.

Stesen televisyen TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online pada petang Khamis, memberitahu, pemilihan Aizat yang akan membawakan lagu Terukir Di Bintang telah dipersetujui oleh semua pihak.

Kata kenyataan itu, dalam persembahan tersebut nanti Aizat akan diiringi oleh pemuzik Yuna sendiri iaitu Efry Arwis (bass), Farhan Fadzlishah (gitar) dan Adil Ali (drum).

"Keputusan itu dicapai selepas perbincangan bersama yang dibuat antara pihak pengurusan Yuna iaitu Yuna Room Records dan pihak produksi AJL27," kata kenyataan itu.
Yuna

Tambah kenyataan itu lagi, Aizat bersama ahli pemuzik Yuna kini sedang giat menjalani latihan persiapan saat akhir bermula Khamis (hari ini), kerana mereka mempunyai waktu yang agak singkat sebelum acara itu berlangsung Ahad ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Yuna terpaksa menarik diri daripada beraksi pada kemuncak AJL27 pada saat-saat akhir kerana dia terpaksa memberikan komitmen dalam proses rakaman albumnya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Menurut pengurus kepada penyanyi itu, Nor Zaina Wardah (Wawa), keputusan itu dibuat bukan disengajakan tetapi Yuna perlu mengikut jadual rakaman album yang ditetapkan oleh syarikat rakaman yang baru disertainya itu.

Sementara itu, lagu Terukir Di Bintang yang dicipta sepenuhnya oleh Yuna merupakan lagu ke sembilan yang akan dipersembahkan pada malam kemuncak itu nanti.

mStar

Johan terpaksa lupakan Maharajalawak Mega...perjalanan JOZAN berkubur?

Posted: 03 Jan 2013 04:04 AM PST


KUALA LUMPUR, 3 JAN 2013: Dalam debaran menanti isterinya melahirkan anak yang ketiga, Johan yang sedang rancak beradu nasib dalam Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM) bersama Zizan baru saja selamat menjalani pembedahan di bahagian lutut pada 29 Disember lalu.

Atas alasan itu, Johan dinasihatkan doktor agar bercuti selama tiga hingga enam bulan serta tidak dibenarkan beraksi dalam MLM.

Berkongsi situasi yang menimpa suaminya itu, Ozlyn yang sarat mengandung memberitahu Johan kini sedang dirawat di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur dan masih menerima ubat tahan sakit.

"Dia sudah lama sakit. Ligamen dia sudah putus manakala meniscus dia pula koyak. Ini semua disebabkan dia kerap main futsal dan terlalu aktif. Doktor pun memberitahu saya bahawa sakitnya itu sudah pun lama.

"Sekarang ini, Johan terpaksa berehat tiga hingga enam bulan. Malah, dia masih terima ubat tahan sakit dan sedang menjalani fisiotrapi. Setakat ini, doktor tidak benarkan dia sertai MLM. Jika dia mahu, dia perlu membuat rakaman MLM di hospital. Sekarang ini pun, kaki dia masih lagi bengkak," katanya kepada murai.com.my.

Sungguhpun berada dalam keadaan sakit, Johan nyata masih sempat menyembunyikan perasaan sakitnyaitu.

"Saya sihat cuma kaki saya saja sakit. Bila sakit menyerang, saya akan meracau untuk menahan kesakitan. Sebenarnya, ligemen kaki saya sudah putus. Ia berlaku tiga hari sebelum MLM minggu lalu, peha saya terpusing dan waktu itu, ligemen saya dah putus dan Meniscus koyak.

"Sekarang, saya sedang menjalani rawatan dan kena jaga kesihatan. Tidak guna kalau saya tetap di MLM dengan ketepikan kesihatan saya. Kalau ada rezeki saya di MLM, adalah.Saya tidak mahu meraih simpati. Saya yang ingin jalani pembedahan untuk jaga kesihatan saya.

"Ini adalah ujian dari Allah. Saya perlu sihat untuk keluarga saya. Lebih-lebih lagi buat isteri saya yang sedang menunggu waktu bersalin. Saya kena sihat untuk dia dan ini adalah tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga," ujarnya.

Warga murai.com.my mendoakan agar Johan cepat sembuh dan selamat menjalani karier beliau seperti biasa.

Kalimah Allah: PAS jadi tikus

Posted: 02 Jan 2013 07:01 PM PST

Lazimnya, ahli politik yang tidak pernah memegang jawatan kerajaan, lebih-lebih lagi dari pembangkang, begitu ghairah apabila dilantik menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Bermula hari pertama, tidak ada lain diperkatakan melainkan dialah sahaja yang jauh lebih pandai buat kerja berbanding bekas MB atau KM dari parti kerajaan.

Tapi akhirnya bila menyedari pentadbiran kerajaan di peringkat tertinggi bukan macam mendayung sampan di permukaan tasik tenang, tempoh yang kononnya mahu diperjuangkan untuk membangunkan negeri dan memperjuangkan nasib rakyat digunakan pula untuk mengatur strategi politik bagi menutup segala pekong yang sudah semerbak dihidu rakyat.

Perbuatan seperti ini adalah taktik terdesak terakhir yang masih ada untuk digunakan bagi mempertahankan kedudukan dan jawatan menjelang PRU13. Walau tidak pernah dilahirkan secara terbuka, namun jauh di lubuk hati mereka tentu berkata, "sekiranya ahli politik kerajaan sendiri boleh hilang jawatan MB, KM atau menteri dan timbalan menteri, inikan pula mereka."

Dalam konteks ini Lim Guan Eng misalnya, kembali menimbulkan semula isu kalimah ALLAH yang pernah mengeruhkan politik tanah air suatu ketika dulu. Siapalah Guan Eng untuk berkata hal seperti ini. Dia bukan seorang pakar agama apatah lagi beragama Islam.

Namun, Guan Eng tidak ada banyak pilihan. Mahu tidak mahu inilah cara terbaik untuk cuba alih perhatian umum pada masalah yang membelenggu DAP.

Kegagalannya memakmurkan Pulau Pinang dan melaksanakan janji memperbanyakkan rumah kos rendah pada rakyat miskin terus jadi isu politik di negeri itu. Justeru bagi umat Islam, mereka bukannya sudah lupa dengan isu-isu yang ditimbulkan DAP lebih-lebih lagi masyarakat Melayu di Pulau Pinang, tetapi merasakan belum lagi sampai masa bagi mereka bertindak.

Kalau adapun tindakan, ia hanya kenyataan dalam kain rentang serta demonstrasi kecil-kecilan. Tindakan selanjutnya dan muktamad sudah tentulah kertas undi yang kiraannya tidak lagi memihak kepada lambang roket.

Apa pun isu terbaru yang dicetuskan Guan Eng baru-baru ini mengundang pelbagai pertanyaan. Isu itu sepatut tidak lagi menjadi isu setelah semua pihak bersetuju untuk menggugurkan sebarang tuntutan.

Dengan Guan Eng mempermodal semula isu ini diambang penutupan tirai 2012 dan ketika PRU13 kian menghampiri, ia boleh memberi erti beliau mahu menarik sokongan puak Kristian, khusus di Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri ini merupakan fixed deposit buat BN, justeru ia harus dipecah bagi memudahkan rancangan DAP dan regunya menguasai Putrajaya.

Penyakit menggunakan agama atau isu agama untuk mendapatkan kelebihan politik dan sokongan yang menjadi trademark Pas selama ini nampaknya sudah mula menjangkiti DAP.

Agak malang puak pembangkang yang bersidang, tidak lama dulu, secara tergempar menerima penggunaan kalimah ALLAH. Ketua Pembangkang yang rapat dengan fahaman pluralisme macam memberi lampu hijau.

Sebab itu Pengerusi DAP negeri Perak Ngeh Koo Ham dalam twit terbaru berkata "marilah kita bersama-sama memastikan isu penggunaan ALLAH tidak dijadikan isu pilihan raya, malah Pas telah pun membuat keputusan perkataan ALLAH boleh digunakan oleh bukan Islam."

Pas nampaknya cuba menjarakkan diri dari terbabit sama ada dengan berdemonstrasi atau mengeluarkan kenyataan membidas kerana takut dipandang serong oleh pencetusnya. Pengerusi Pas negeri Datuk Saleh Man menafikan ahli-ahli Pas turut berdemonstrasi membantah keceluparan Guan Eng tempoh hari.

Isu yang kini dilihat menguji sikap ahli-ahli di peringkat akar umbi berhubung kerjasama Pas dan DAP menampakkan kebimbangan di peringkat atasan. Hadi dan Nik Aziz Nik Mat mengambil jalan selamat dengan kurang memberikan komen. Mereka sedar projek Putrajaya bersama DAP dan PKR bakal menjadi cerita sebelum tidur.

Pas yakin jika ahli-ahli mereka turut berdemonstrasi, implikasinya ia boleh menakutkan pengundi-pengundi Cina. Biar satu atau seratus demonstrasi membantah, Guan Eng, Pas mesti mengelak daripada terbabit.

Sebab itu dalam hal ini Presiden Pas dan timbalannya tidak kelihatan serta menjauhkan diri dari isu berkenaan. Tapi kedua-duanya lupa di peringkat akar umbi, ahli-ahli Pas berasa kecewa pucuk pimpinan menjadi macam seekor tikus apabila berdepan Guan Eng.

Ia memberi gambaran DAP seolah-olah ada lesen memperlekeh Islam dan Pas pula terus membisu.

YUSOF HARUN@Sinar

Agihan kerusi: MCA sedia tolak ansur

Posted: 02 Jan 2013 06:31 PM PST

PUTRAJAYA - MCA bersedia bertolak ansur dan melepaskan kerusi tradisi yang ditandinginya kepada parti komponen lain jika cara itu menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, secara umumnya, kerusi yang sedia ada secara tradisi akan diteruskan, tetapi ia terserah kepada keputusan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan berlaku percaturan sama ada pengurangan atau pertambahan kerusi sedia ada.

"Tidak semestinya bertukar dan kemungkinan akan berlaku pertambahan, ini secara logiknya. Saya tidak boleh katakan sekarang. Jika MCA mempunyai peluang, kita ada kekuatan, mengapa tidak.. begitu juga keadaannya dengan parti lain.

"Itu terpulang kepada pucuk pimpinan untuk tambah atau tukar dan bergantung kepada keadaan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, marginal adalah perkara yang perlu diperhalusi untuk menang dan yang lebih penting untuk mempertahankan mandat dan kuasa pemerintahan BN.

Pada PRU 2008, MCA menang 15 kerusi Parlimen daripada 40 kerusi yang ditandingi.

Sebelum ini Soi Lek juga menyatakan kesediaan parti itu untuk melepaskan kerusi tradisi yang ditandingi kepada parti komponen dan tidak akan menuntut mana-mana kerusi jika parti itu tidak berpeluang menang.

Dalam pada itu, Ka Siong berkata, MCA kini telah 95 peratus bersedia menghadapi PRU yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja.

Katanya, MCA tidak terjerat dengan keyakinan melampau, meskipun optimis BN mampu menawan kembali negeri-negeri yang kalah.

"Itu komitmen kami untuk kekalkan kerusi sedia ada," katanya.

Sinar

Janda muda menggatal

Posted: 02 Jan 2013 05:15 PM PST

Gambar hiasan
JITRA: Seorang janda muda yang baru sebulan berpisah dengan bekas suaminya ditahan bersama seorang lelaki yang juga kekasihnya ketika zaman persekolahan kerana disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik sewa di Padang Sera, dekat sini, awal pagi semalam.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 3.30 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), sebelum menemui wanita berusia 18 tahun itu dan pasangannya yang berpura-pura mengaku sebagai pasangan suami isteri.

Turut berada dalam bilik sewa itu ialah seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan yang juga anak wanita terbabit dipercayai dijadikan umpan kononnya anak mereka sekali gus untuk mengelak kegiatan tidak bermoral itu diketahui penduduk.

Sumber berkata, ketika pemeriksaan di bilik berkenaan, pintu bilik dibuka seorang lelaki dan seorang wanita serta bayi lelakinya berusia tujuh bulan ditemui dalam bilik itu.

"Selepas meminta dokumen pernikahan untuk membuktikan mereka adalah suami isteri, pasangan itu memberi alasan tertinggal di rumah dan selepas soal siasat lanjut dijalankan, hubungan sebenar mereka diketahui," katanya.

Difahamkan, pasangan itu dipercayai dari Simpang Empat, Perlis dan sanggup datang ke Padang Sera, di sini untuk melepaskan rindu.

Katanya, pasangan itu akhirnya mengaku mereka hanya kawan dan pernah menjalinkan hubungan ketika zaman persekolahan sebelum wanita terbabit berkahwin dengan lelaki lain.

"Pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan tangkapan. Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.

"Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. Mereka kemudian dibebaskan selepas keterangan diambil di pejabat PADKP," katanya.

Kata Pakteh...!!

Posted: 03 Jan 2013 01:42 PM PST

Kata Pakteh...!!


Kegilaan melampau hasil asuhan Anwar

Posted: 02 Jan 2013 04:34 PM PST

Apabila Najib dituduh ada hubungan dengan Altantuya,
Najib bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak ada hubungan dengan Altantuya

Apabila Anwar dituduh menusukkan zakarnya kedalam dubur Saiful
Anwar mengelak untuk bersumpah sejak 2008 hingga sekarang, Sebaliknya Saiful yang dianiaya begitu berani dan yakin untuk bersumpah dengan nama Allah

Apabila Deepak menuduh/menfitnah bermacam2 perkara terhadap Rosmah isteri Najib, Puak Pakatan bikin gila meminta Rosmah tampil membuktikan beliau tidak bersalah/bersalah

Apabila Nallakarupan memberikan 10 nama kepada mahkamah untuk perbicaaran dan nama Samsidar Taharin terselit dalam 10 nama tersebut, Pakatan lagi bikin gila....membuat bantahan supaya nama tersebut dibuang sehingga sanggup berdemo.

Bukankah ini gila namanya. Rosmah belum ditunjukkan apa2 bukti kukuh...terus diserbu minta tampil memberikan penjelasan.
Peliknya Samsidar yang sememangnya sering dikaitkan dengan Anwar dan kini Nalla memberikan sesuatu kepada mahkamah....meroyan habis melompat2 meminta nama Samsidar dibuang.

Betul-betul menghayati segala yang songsang.

Politik apakah ini?
Budaya apakah ini?
Fahaman apakah ini?

Malaysia akan hancur lebur jika puak inilah yang diberikan amanah untuk mentadbir.


Segala yang songsang disokong dan didokong.

tun faisal dot com

Posted: 03 Jan 2013 01:39 PM PST

tun faisal dot com


Kes Deepak : Rafizi #kantoi menipu lagi? #PenipuRakyat

Posted: 02 Jan 2013 08:06 PM PST

KUALA LUMPUR, 2 Jan - Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.

"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen.

"Saya juga tidak pernah melalui seseorang (proksi) memberikan sebarang dokumen itu kepadanya. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan," katanya.

Beliau yang ditanya pemberita meluahkan kekecewaan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya menggunakan Rafizi Ramli untuk mendedahkan dokumen-dokumen yang bukan miliknya.

"Secara jujur saya tidak tahu apa yang dikatakan oleh Rafizi. Saya rasa ianya bertujuan untuk mensensasikan isu (urusniaga tanah) dan saya sekali lagi berkata tidak pernah melihat dokumen itu.

"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini," katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.

Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.

Beliau juga mahu Rafizi tampil untuk menunjukkan dokumen-dokumen tersebut yang dipaparkan dalam blog beliau rafiziramli.com

Ditanya lagi mengenai kesahihan dokumen-dokumen tersebut yang turut memperlihatkan nama syarikat Carpet Raya Sdn Bhd, Deepak berkata "Syarikat itu memang milik saya, namun dokumen-dokumen yang didakwa Rafizi bukan milik syarikat saya."

Sebelum itu, Pengarah Strategi PKR itu mendakwa dokumen-dokumen pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong bernilai RM13 juta adalah untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Cucu Tok Selampit

Posted: 03 Jan 2013 01:10 PM PST

Cucu Tok Selampit


Terkini - 10,000 Mahasewel Berkumpul Di Dataran Merdeka Semperna Pra #KL112

Posted: 02 Jan 2013 09:54 PM PST

Hebat gerakan mahasiswa yang pro kepada Pakatan Pembangkang. Semperna Himpunan Rakyat Selamatkan Shamsidar yang bakal berlangsung pada 12 Januari 2012, hari ini, pada waktu ini, golongan mahasewel-mahasewel telah berjaya menghimpunkan lebih 10,000 orang (kalau tidak percaya lihat gambar) membanjiri Dataran Merdeka bagi mewujudkan momentum dan memberi isyarat jelas kepada Rakyat Malaysia betapa mereka sayangkan Shamsidar Taharin. 

Himpunan Rakyat yang terkenal dengan singkatan #KL112 perlu dilaksanakan bagi menjaga air muka Shamsidar Taharin, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Lihatlah keletah bakal-bakal pembancuh kopi Anwar Ibrahim. Ada Safwan Anang, ada Adam Adli, cuma yang tiada di sini adalah mahasiswa-mahasiswa matang yang cintakan tanahair.





Cara Mudah Zarina Anjoulie Untuk Membersihkan Nama - Sertai Ustazah Segera PAS

Posted: 02 Jan 2013 07:34 PM PST


Pelakon kontroversi Zarina An-Julie Mohd Fahizul, 26 buat hal lagi. Beberapa hari lepas, beliau telah ditahan bersama kekasih beliau di kediaman mewah mereka di Damansara Damai. Pelakon dan model ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram. 

Pelakon penuh kontroversi ini ditahan bersama teman lelaki Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, dekat sini pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.

Pelakon yang sama juga pernah ditahan dalam satu sekatan jalan raya 'Ops Perayaan Tahun Baru Cina' berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini bulan Februari 2012, dan disahkan positif dadah selepas menjalani saringan ujian air kencing.

CTS sebenarnya amat kesian dengan pelakon ini. Disarankan supaya selepas ini demi untuk mengubah persepsi masyarakat dan demi untuk membersihkan nama baiknya, Zarina disarankan agar menuruti jejak langkah kedua-dua rakan artisnya iaitu Abby Abadi dan Diana Amir untuk menjadi Ustazah Segera PAS. Sebelum bergelar Ustazah dan layak untuk mengeluarkan fatwa hukum hakam, perjumpaan dengan Mursyidul Am PAS harus diatur bagi menyucikan dosa-dosa yang lampau. Dan InsyaAllah, satu lagi Ustazah PAS dapat dilihat pada masa terdekat.








yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 03 Jan 2013 01:10 PM PST

yang ku dengar dan ku lihat


Cari tempat untuk membawa Ustaz Azhar Idrus di Gua Musang.

Posted: 02 Jan 2013 10:37 PM PST

Esok akan ke Kelantan melalui Gua Musang, ada jemputan disana sebilangan orang-orang asli ingin berjumpa bagi menyambungkan cerita semasa YBM Tengku Razaleigh Hamzah (Calun Semangat 46) lawan Tan Sri Husein Ahmad (Calun BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Gua Musang dulu.

Tahun itu jugalah helikopter yang membawa Tan Sri Anuar Musa untuk pulang ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan cemas kerana enjinnya rosak, maka tumpanglah Tan Sri Anuar Musa menaiki kereta saya untuk dihantar ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa yang mana Abang Zainal Abidin Abdul Rahman (Abe Zaar) jadi pemandu.

Banyak perjanjian antara Abe Zainal dengan Tan Sri Anuar Musa dimeterikan semasa dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pengakalan Chepa. Tapi satu pun tidak berlaku, janji tinggal janji bahkan dikhianati oleh Tan Sri Anuar Musa.

Di Gua Musang nanti selain perjumpaan dengan bekas-bekas tokoh orang asli yang bekerja kepada UMNO semasa pilihanraya kecil dulu yang saya membawanya round diseluruh peti undi dengan menaiki helikopter akan saya ambil kesempatan untuk bertemu mata dengan pegawai pegawai KESEDAR yang dulunya berkerja rapat dengan saya semasa saya ditugaskan oleh Kementerian Kemajuan Tanah bagi mengawasi agensi dibawahnya iaitu KESEDAR, RISDA dan FELDA dengan menempatkan saya di Ibu Pejabat KESEDAR Gua Musang.

Semuga perjalanan saya besok akan membuahkan hasil untuk pejuangan bagi menegakan keadilan dan menentang kemungkaran dan rasuah. Marilah kita mendengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus sebagai sebuah ilmu bagi menghadapi mereka yang menjadi ahli UMNO dan menyokong UMNO semata-mata untuk kepentingan diri.


Apa Yang Tersirat

Posted: 03 Jan 2013 01:09 PM PST

Apa Yang Tersirat


Melayu lawan Melayu- Lim Guan Eng Dapat untung

Posted: 02 Jan 2013 07:26 PM PST

BAYANGKAN sejak DAP ditubuhkan pada tahun 1965, belum pernah parti itu menang besar dalam pilihanraya, apatah lagi menubuhkan kerajaan.

Parti itu berusaha mempergunakan kaum melayu bermula pada tahun 1989 melalui Gagasan Rakyat yang diketuai oleh Tengku Razalegh Hamzah dan kemudian tahun 1999-Barisan Alternatif juga diketuai oleh Tengku Razalegh, namun DAP masih gagal mempergunakan melayu, hanyalah pada tahun 2008, DAP berjaya apabila kumpulan pembangkang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Ironinya pada tahun 1999, walaupun melayu marah kerana pemecatan Anwar, akan tetapi BN masih menang 2/3 kerusi dewan rakyat kerana parti MCA dan Gerakan masih mendapat sokongan kaum cina, demikian juga MIC masih disokong kaum india.

Pada tahun 2008, entah silap mana parti-parti MCA, Gerakan dan MIC ditolak oleh kaum masing-masing, sedangkan yang bertelengkah adalah pemimpin melayu. Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri bukan sahaja berhadapan dengan Anwar Ibrahim dan Nik Aziz, malah berhadapan juga dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Kaum cina dan india mengambil kesempatan yang dibuka oleh kaum melayu sendiri, kerana saat-saat itulah yang ditunggu; atas sebab itulah kebanyakan kerusi yang sepatutnya dimenangi MCA, Gerakan dan MIC berjaya dirampas samada oleh DAP ataupun PKR.

Demikian juga kerusi-kerusi yang ditandingi Umno di mana pengundi melayu pada asalnya tergolong kepada penyokong Umno dan Pas dengan peratusan yang hampir sama, di mana parti mana yang disokong kaum cina atau india, maka parti itulah yang akan menang pada pilihanraya. Atas faktor kaum cina dan india menolak MCA dan Gerakan serta MIC, maka calon-calon Umno juga turut kecundang pada PRU-12 yang lalu.

Kini melayu dalam Umno tersentak, bahawa parti itu tidak boleh lagi bersandar kepada sokongan kaum cina dan india  untuk mempertahankan kuasa; atas sebab itu kesilapan lalu cuba diperbetulkan melalui pendekatan tranformasi politik. Perhatian kepada pengundi Sarawak dan Sabah dipertingkat, di mana sebelum ini kurang mendapat perhatian.

Sebagai nostalgia, kalaulah bukan pengundi Sarawak dan Sabah pada PRU-12 lalu, kerajaan Pusat mungkin sudah diambilalih oleh pembangkang. Melihat kepada keputusan PRU-12 itu, pembangkang juga memberi perhatian khusus kepada Sabah dan Sarawak. Berbagai janji dan pendekatan ditabur oleh pembangkang kepada rakyat Sabah dan Sarawak, termasuk janji pemberian Hak Otonomi; selain itu pembangkang memberi janji akan memberikan 20 peratus royalti minyak berbanding 5 peratus yang berkuaktuasa sekarang.

Ujian kepada janji-janji Pembangkang itu, nampaknya hanya berjaya menembusi kaum cina, kerana pada PRN Sarawak April 2011, terbuka kawasan-kawasan cina di Sarawak berjaya dirampas pembangkang, termasuk kekalahan Presiden Parti kaum cina-SUPP komponen Bn Sarawak.

Di Sabah pula, janji-janji pembangkang itu belum berjaya mempengaruhi rakyat Sabah, apabila PRK Parlimen Batu Sapi pada Oktober 2010, Bn mempertahankan kawasan itu. Keputusan PRK Batu Sapi, menunjukkan bahawa undi kaum bumiputera masih kukuh pada Bn, manakala undi kaum cina seperti trend yang lalu-lalu.

Namun yang membimbangkan bagi Sabah, bukan Sarawak, ada kalangan pemimpin Bn sendiri percaya bahawa trend tahun 2008 akan berterusan terutama pada PRU-13; atas sebab itu ada beberapa orang pemimpin Bn negeri bertukar kepada kubu pembangkang, dengan satu tujuan, bahawa mereka akan menjadi pemimpin kanan dalam kerajaan negeri apabila pembangkang berjaya menang.

Pemimin Bn seperti Yong Teck Lee, Lajim Ukin, Welfred Mojilip Bumburing serta beberapa pemimpin veteran seperti Yahya Lampong, Karim Ghani bertukar kubu menentang Bn. 

Melihat keadaan perekonomian negeri dan cara pengurusan kewangan negeri di bawah teraju Ketua Menteri Sabah-Musa Aman; nampaknya rakyat Sabah sukar menerima janji-janji pembangkang yang masih bersifat retorik.

Rakyat Sabah mengikuti dengan penuh minat apa yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah pembangkang seperti Selangor, Pulau Pinang dan dalam masa singkat Perak. Di negeri-negeri itu, peluang-peluang dalam bentuk apapun bukan lagi berorentasi kepada penduduk majoriti atau yang berpenghidupan sederhana, akan tetapi lebih condong kepada rakyat minoriti dan berpenghidupan lebih mewah dan sejahtera.

Berasaskan kepada senario semasa, nampaknya pembangkang belum berjaya menembusi hati nurani rakyat Sabah; walaupun ada pemimpin Bn yang menongkah arah. Kerusi Sabah baik Parlimen mahupun Dun masih merupakan penyumbang kepada kerusi-kerusi Bn. Terserah kepada pengundi Semenanjung, apakah akan mempertahankan kerajaan Bn yang diterajui Umno.

Pada PRU-13, Rakyat Sabah dan Sarawak akan "lead The Way" untuk mempertahankan Putrajaya.

1 ulasan:

  1. Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.

    BalasPadam