BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Rabu, 9 Januari 2013 at 3:26 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 08 Jan 2013 11:22 PM PST

Peghelih La...


Arahan-arahan bagi peserta KL112

Posted: 08 Jan 2013 12:27 AM PST


Perkara yang perlu anda bawa/sediakan :-
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning, Oren, Merah dan Hijau. Sebaiknya ada logo
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut bertutup.
5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Berkaitan HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SAHAJA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia, Bendera negeri masing-masing & Bendera NGO yang menyokong HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112
7. Air Mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit Garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain Tuala Kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai Penutup Mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai Asma atau Alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email peghelihla@yahoo.com

Perkara yang tidak dibenarkan :-
1. Jangan bawa Kad Matrik Pelajar bagi student atau Pass Kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112
6. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112 tidak dibenarkan.
7. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
8. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti C4, mancis, molotov cocktail dan mercun.
9. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain. (jika merokok jauhkan dari orang ramai)
10. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
11. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
12. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan :-
1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8. Jangan lupa *charge* bateri handphone dan kamera.
9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan.
10. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
11. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
12. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki.
13. Jangan memakai baju HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112 sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan :-
1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
12. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
13. Pegang bendera Malaysia, negeri atau ngo terlibat anda sepanjang perarakan.
14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
15. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email.
16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan :-
1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
Dapatkan maklumat dari Penganjur HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email peghelihla@yahoo.com

Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112 buat Provokasi :-
1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan :-
1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan :-
APABILA DISOAL OLEH POLIS
1. Pengenalan Anda
2. Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
3. Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan? "
BILAKAH ANDA DITAHAN
4. Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab "ya" pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis apabila anda digari
5. Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.

BILAKAH ANDA TIDAK BOLEH DITAHAN
6. Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).

Apa yang anda buat selepas dibebaskan :-
1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Ayuh Semua...Demi Masa Depan Malaysia..

Posted: 08 Jan 2013 12:26 AM PST


Idris Ahmad

Posted: 08 Jan 2013 11:14 PM PST

Idris Ahmad


Tun Mahathir Mengaku Najib Lemah.

Posted: 08 Jan 2013 02:13 AM PST

    Tun Mahathir Mengaku Najib Lemah.

Idris Hj Ahmad
8/1/13

Tun Dr Mahathir Muhamad mengaku Umno lemah di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak, walau bagaimanapun kena pertahankan. Beliau berkata selepas menghadiri sesi dialog bersama anggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Beliau mengharapkan semua
semua ahli Umno agar tidak membuat penilaian terbuka tentang baik buruknya, sebaliknya mengemblengkan tenaga untuk memastikan BN boleh mendapat majoriti dua pertiga. Apabila BN menang dan bentuk kerajaan maka bolehlah tegur dan menggodam.
Semua maklum, era kepimpinan Najib sarat dengan masalah, daripada masalah peribadi, isteri dan parti. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah Perdana Menteri yang lepas teragak-agak untuk mengadakan pilihanraya.

Tun memberi ingatan kepada generasi muda supaya kenang jasa Umno kepada negara. Beliau masih menggunakan tektik lama jika kerajaan bertukar negara akan menghadapi bahaya. Nampaknya Tun masih belum sedar bahawa beliau bercakap dengan anak muda yang mempunyai kesedaran maklumat yang tinggi. Mungkin dia membayangkan beliau berucap di hadapan pemuda tahun 80 an.
Tun terpaksa mempertahankan Najib kerana demi masa depan anak-anaknya dan kroni. Beliau sedar jika kerajaan bertukar pemimpin Umno dan kroni beliau akan kebuluran dan kehausan. Selepas PRU 12, rakyat di empat negeri telah membuat percubaan. Sekarang giliran rakyat seluruh negeri akan mengembelingkan tenaga untuk menukar kerajaan di peringkat pusat. InsyaAllah rakyat akan hidup selesa dalam dunia baru yang mereka tidak pernah kecapi setelah 55 tahun merdeka
Atas asas apa Tun bercakap bahawa negara bahaya jika bertukar kerajaan? Mungkin beliau tidak sedar bahawa sudah ada empat negeri, Umno menjadi pembangkang.
Kelantan sudah 22 tahun berkembang dengan pesat. Rakyat hidup aman tanpa apa-apa rusuhan. Tiga negeri PR berpindah kuasa dengan baik, dan berjaya mengurus tadbir dengan baik. Buktinya ialah pelabur berani melabur. Simpanan kerajaan Selangor daripada RM400 juta kepada RM2.53 bilion.


Filed under: Pilihanraya, Politik

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 08 Jan 2013 09:11 PM PST

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Oley 2 Episod 3

Posted: 08 Jan 2013 05:23 AM PST

Dupahang's Weblog

Posted: 08 Jan 2013 12:00 PM PST

Dupahang's Weblog


Kisah mujahid muda dan sang istri penyabar di tanah Iran

Posted: 07 Jan 2013 11:50 PM PST

(Arrahmah.com) – Kisah nyata ini diceritakan oleh seorang anggota Harakah Ansar Iran (Kelompok Mujahidin Ahlus Sunnah wal Jamaah di Iran) melalui situs resminya, tentang seorang mujahid dan istrinya yang penyabar. Berikut kisahnya: Saya akan menceritakan kepada kalian sebuah kisah yang indah tentang seorang mujahid muda ketika ia baru pertama kali bergabung di jajaran Mujahidin, beberapa [...]

Kali ini, Abby betul-betul panas!!

Posted: 07 Jan 2013 11:37 PM PST

Melalui video di bawah, Abby Abadi membuatkan puak-puak UMno terutamanya Perkasa paling panas punggong. Antara ucapan Abby.. 1) Ahli Perkasa adalah Melayu bermasalah. "Kebanyakan ahli Perkasa itu adalah orang-orang Melayu yang sangat tidak mempunyai akhlak yang baik yang mana berlaku satu peristiwa mereka membaling kasut di masjid. "Saya rasa benda itu tidak patut berlakulah untuk [...]

Berhati-Hati, Sindiket Peluk Islam Terbongkar

Posted: 07 Jan 2013 11:29 PM PST

Satu sindiket penipuan dengan cara ‘memeluk Islam’ oleh sebuah keluarga kaum India yang diketuai seorang wanita, dipercayai ibu kepada keluarga tersebut, Paravathiam A/P Mayavan K/P 64073-02-5484, kini sudah terbongkar! Tujuan mereka melafazkan syahadah berkali-kali adalah untuk mendapatkan simpati, bantuan kewangan dan sumbangan orang ramai terutamanya dari penganut Islam di negara ini. Kronologi sindiket : Mula dapat [...]

Ustazah Mashitah jelaskan hukum beliau salam dan cium Tangan Pak Lah?

Posted: 07 Jan 2013 11:23 PM PST

Oleh: AnakSgDerhaka “Beberapa ketika yang lalu gambar Ustazah UMNO Dr. Mashitah Ibrahim yang arif tentang hukum Islam sedang mencium tangan Pak Lah telah tersebar dilaman Blog, FaceBook dan juga Twitter. Beliau bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia sambil diperhatikan oleh Menteri Agama, Jamil Khir yang tersengeh-sengeh. Ramai yang mempersoalkan tindakannya [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 08 Jan 2013 11:43 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 07 Jan 2013 08:52 PM PST


#KL112 - Ketua Polis Negara Setuju Berbincang

  • PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/112.jpgKUALA TERENGGANU - PAS Terengganu mensasarkan sekurang-kurangnya 50,000 orang 'turun' ke Kuala Lumpur bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) yang djadualkan berlangsung di Stadium Merdeka pada Sabtu 12 Januari.

Demikian menurut satu 'memo' yang diedarkan ke kawasan-kawasan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu pada Selasa, 24 Safar 1434 bersamaan 7 Januari 2013.

Sehubungan itu, DUN Chukai, kawasan Dewan Undangan Negeri yang dianggap paling hampir dengan Kuala Lumpur telah memutuskan menghantar sekurang-kurangnya 1, 500 orang peserta ke perhimpunan tersebut.

Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat, kerahan dibuat melalui surat elektronik (e-mel), laman sosial face book, dan sistem pesanan ringkas (SMS).

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/112chukai.jpg"(DUN) Chukai bersetuju menghantar sekurang-kurangna 1, 500 orang peserta meliputi Pemuda, Muslimat, Ameerah dan cawangan-cawangan (dan) kerahan (dibuat) melalui E-mel, FB, SMS (dan edaran) surat arahan daripada (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Nik Aziz,"ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas membincangkan perkara tersebut pada Ahad malam 6 Januari. [Gambar Bawah]

Beliau berkata, pihak MTD Chukai menyediakan perkhidmatan dua buah bas sebagai pengangktan percuma, selain para peserta akan pergi degan menaiki kereta, van persendirian, serta penyertaan konvoi bermotosikal Alternative Riding Club (ARC) sebanyak 40 buah.

Sementara itu, lewat minggu lalu, Kelab Kakitangan Badan Perhubungan PAS Terengganu (KEBAP) telah mempromosi #KL112 dengan memperagakan 'T-Shirt' berwana kuning-hitam bertulis 'Himpunan Kebangkitan 1 juta Rakyat', sebagai pembakar semangat kepada peserta yang akan 'turun' menyertai Himpunan tersebut. [Gambar Atas]

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/112%20bukit%20aman.jpgPada 20 Disember lalu, Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu menyatakan himpunan besar-besaran yang digelar Himpunan Kebangkitan Rakyat diadakan untuk memberi tekanan kepada kerajaan menjelang pilihan raya umum ke 13 bagi menyelesaikan pelbagai isu tertangguh.

Katanya, Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianggotai oleh parti pembangkang dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) akan bersama-sama menghimpunkan rakyat dari seluruh negara untuk membanjiri ibukota.

Dalam satu edaran semalam, Isnin 7 Januari, seluruh media cetak dan elektronik dijemput untuk menghadiri dan membuat liputan berkaitan satu sesi pertemuan antara Pengarah Himpunan #KL112, Tuan Hj. Mohamad Sabu, para pimpinan kanan parti-parti Pakatan Rakyat serta wakil-wakil NGO bersama Ketua Polis Negara (KPN).

Menurut surat yang ditandatangani sendiri oleh Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail Haji Omar, pertemuan akan diadakan pada Selasa 8 Januari (hari ini) di bilik mesyuarat KPN Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman jam 2.30 petang.

Pertemuan itu adalah bagi membincangkan berkaitan keselamatan Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) yang akan diadakan pada 12 Januari 2013 ini dan juga isu-isu berkaitan keselamatan petugas dan program Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Last Updated on Monday, 07 January 2013 23:56

DUN Lembah Jaya

Posted: 08 Jan 2013 11:28 AM PST

DUN Lembah Jaya


Program 'Back To School' Sekitar Lembah Jaya Rancak

Posted: 07 Jan 2013 07:36 PM PST

Program 'BACK TO SCHOOL' sudah menjadi lumrah sejak pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor selama lebih empat tahun. Tidak terkecuali di Dewan Negeri (DN) Kawasan Lembah Jaya. 

Dengan pemberian beg sekolah dan saguhati wang tunai, sumbangan ini dilihat amat membantu dalam meringankan beban para ibubapa dalam kesibukan persiapan persekolahan anak-anak.

Pelbagai lagi kemudahan untuk rakyat dapat dinikmati di negeri Selangor. Sila layari laman sesawang
http://mes.selangor.gov.my/


Desa Lembah Permai, Lembah Jaya Utara
30 Disember 2012, 4:30 petang



Kg. Ampang Campuran
1 Januari 2013, 9:30 pagi




Flat Sri Nilam
1 Januari 2013, 8:30 malam





Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 08 Jan 2013 11:23 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


TG Nik Aziz ajar doa hadapi ribut Sonamu

Posted: 07 Jan 2013 03:54 PM PST


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengajak umat Islam berdoa agar ribut Tropika Sonamu tidak berlaku bencana besar.

Katanya, beliau membaca dengan cemas dan bimbang laporan akhbar yang memberikan amaran tentang ribut tropika sonamu yang dijangka melanda Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini.

"Saya menyeru kepada semua pihak agar mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Banyakkan berdoa agar tidak berlaku bencana yang besar, berdoalah di mana juga kita berada dan tidak semestinya ketika solat sahaja.

"Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki dan menguji sesiapa yang dikehendaki.
Antara doa yang sesuai untuk dibaca ialah :

اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًا

yang bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah angin sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan...

(Gambaran serangan Ribut Tropika Sonamu ke arah pantai timur Malaysia)

Jabatan Meterologi Malaysia (MMD) dalam laman webnya mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

Situasi ini dijangka berlaku pada 8 Januari, mulai jam dua petang dan berterusan sehingga Jumaat.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DMPM) pula mengarahkan semua unitnya khasnya Jabatan Amal bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Saya buka pejabat 25 jam sehari untuk siasatan - TG Nik Aziz

Posted: 07 Jan 2013 03:53 PM PST


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), mengulangi lagi bahawa kerajaan negeri membuka pejabatnya 25 jam sehari untuk disiasat termasuk kes 4,400 hektar tanah yang dimiliki oleh syarikat pemimpin Perak.

Menurutnya, kerajaan negeri tiada masaalah langsung berhubung perkara itu kerana Kelantan sebuah negeri yang sentiasa bersifat terbuka.

Menurutnya, berhubung kes yang didakwa pemberian tanah keapda syarikat yang dimiliki dua pemimpin DAP Perak itu, beliau memberitahu pegawainya telah menyerahkan fail berkaitan urusan pajakan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya beri peluang kepada orang buat apa saja (menyiasat) termasuk melalui suruhanjaya diraja ke, dan saya selalu sebut pejabat saya ni dibuka 25 jam sehari bukan 24 jam,"ujarnya.

Sambungnya, dengan cara itu beliau dapat mengingatkan diri sendiri berhubung amanah sebagai pemimpin disamping pegawainya agar sentiasa mengingati perkara yang sama.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam di Kompleks Kota Darulnaim, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk seri Mustapha Mohamed yang mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi mengatasi berhubung penjelasan kerajaan negeri tentang pajakan tanah yang membabitkan syarikat dari Perak itu.

Mustapha dalam media dua hari lalu dilaporkan berkata masih terlalu banyak persoalan tidak dijawab kerajaan negeri termasuk kemusykilan apakah pemimpin DAP terbabit mendapat keistimewaan tertentu daripada PAS.

Tuan Guru seterusnya turut mengulangi, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan untuk dibawa ke mahkamah pihak yang membuat tuduhan palsu berkaitan isu pajakan tanah tersebut dan sudahpun mengarahkan pegawainya mengambil tindakan itu.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 08 Jan 2013 09:28 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


JOM KE HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

Posted: 07 Jan 2013 08:31 PM PST


PAS Kulaijaya

Posted: 08 Jan 2013 07:29 AM PST

PAS Kulaijaya


IWAN (Dangdut)

Posted: 07 Jan 2013 10:43 PM PST

20 Tahun Tanpa Air Bersih

Posted: 07 Jan 2013 10:16 PM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 08 Jan 2013 07:12 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PERHENTIAN BAS : RAKYAT MOHON MPTI AMBIL TINDAKAN SEGERA

Posted: 07 Jan 2013 09:32 PM PST

SINDIRAN MUFTI KEPADA TV3!

Posted: 07 Jan 2013 07:06 PM PST

SUDAH DIJANGKA, PENGURUSAN STADIUM KERAS KEPALA!

Posted: 07 Jan 2013 06:54 PM PST

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 08 Jan 2013 01:34 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


‘Toyol’ pecah kedai dipenjara

Posted: 07 Jan 2013 06:33 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - Perbuatan dua sahabat yang layak digelar 'toyol' melakukan pecah kedai dan mencuri pelbagai barangan runcit bernilai keseluruhan RM500 menerima pembalasan apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan tiga bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Hukuman itu diputuskan selepas kedua-dua mereka, Muhamad Aminurdin Mamat, 32, dari Kampung Kuala Bekah, di sini, dan Muhammad Hishamudin Baharun, 29, dari Kampung Pulau Musang, di sini, mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah bangunan. Kedua-dua mereka yang bekerja sebagai buruh itu mengaku bersalah melakukan pecah kedai runcit milik Suhaimi Abdul Ghani, 67, terletak di Jalan Kamarudin, di sini, pada 27 Disember lalu lebih kurang antara jam 5 pagi hingga 5.30 pagi. Mereka turut mengaku bersalah telah mencuri enam botol minyak wangi jenama Al-Habib; 13 batang pemetik api jenama Aladin; tujuh kotak pemetik api jenama Yeppi; tiga bungkusan tembakau rokok gulung jenama Cherry Choice; dua bungkusan tembakau rokok gulung jenis perisa Blueberry dan wang syiling berjumlah RM13.70 yang melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM500. Justeru itu, mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 14 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna di hadapan Majistret Noradila Ab Latif manakala kedua-dua mereka tidak diwakili peguam. Susulan pengakuan bersalah kedua-duanya, Noradila menjatuhkan hukuman lima bulan penjara terhadap Muhamad Aminurdin manakala tiga bulan penjara bagi Muhammad Hishamudin. Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian lebih kurang jam 5.05 pagi, mangsa telah pergi ke kedai miliknya bagi membuat persiapan awal sebelum memulakan operasi perniagaan seperti biasa. Bagaimanapun, setibanya di kedai, mangsa ternampak kelibat dua lelaki tidak dikenali sedang terjun dari bumbung kedainya sebelum bertindak menangkap seorang daripada mereka, Muhamad Aminurdin manakala seorang lagi iaitu Muhammad Hishamudin, berjaya melarikan diri. Mangsa membuat laporan di Balai Polis daerah Kuala Terengganu dan susulan laporan dibuat, pada 28 Disember lalu lebih kurang jam 3.15 pagi, Muhamad Hishamudin yang berjaya melarikan diri itu ditangkap ketika berada di perkarangan Masjid Jamek Pengadang Baru, Chabang Tiga, di sini. Sinar Harian

Penyamun masuk melalui tingkap

Posted: 07 Jan 2013 06:31 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] - PORT DICKSON – Seorang pengusaha sebuah kedai serbaneka di sini mengalami kerugian lebih RM1,000 apabila kedainya dipecah masuk, malam kelmarin. Kejadian disedari oleh pemilik kedai, Mohd Ikram Azmi, 26, dan isterinya Nurul Nabilah Kamal, 27, ketika membuka kedai mereka pada jam 9.20 pagi semalam. Mohd Ikram berkata, dia mengesyaki kedainya dimasuki penyamun selepas 4 pagi kerana mesin tambah nilai telefon yang diletakkan di kedainya berfungsi sehingga 3.50 pagi dan selepas itu bekalan elektrik dipercayai diputuskan oleh mereka. "Sebaik memasuki kedai, isteri saya curiga dan bertanyakan kenapa saya tidak menutup laci ketika meninggalkan kedai. Dari situ saya terus mengesyaki kedai dipecah masuk ditambah pula rokok yang disusun pada rak sudah kosong. "Saya segera memeriksa laci tempat menyimpan wang dan mendapati wang berjumlah RM501 turut hilang," katanya ketika ditemui di kedainya, semalam. Menurutnya, dia kemudiannya segera memeriksa bahagian belakang kedai dan mendapati tiga keping cermin tingkap telah dipecahkan selain besinya dibengkokkan. "Sejak setahun saya berniaga di sini, ini adalah kejadian pertama kedai dipecah masuk pencuri dan sebelum ini kedai saya pernah disembur cat dipercayai perbuatan remaja nakal di sini," katanya. Berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir remaja di kawasan itu, Mohd Ikram turut menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang boleh memberikan maklumat sehingga tertangkapnya pencuri ini dengan memberi maklumat terus kepada polis ataupun kepadanya untuk tindakan memerangkap mereka bagi mengurangkan kejadian seperti ini. Katanya, akibat bekalan elektrik yang telah diputuskan oleh pencuri menyebabkan banyak aiskrim cair dan rosak serta tidak boleh dijual lagi. "Pada masa akan datang, saya khuatir kejadian seumpama ini akan berlaku lagi memandangkan kawasan ini sering dijadikan tempat melepak remaja sehingga lewat malam," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Lukut. Tinjauan Sinar Harian mendapati, beberapa keping cermin yang dipecahkan dibiarkan berselerak berhampiran kedai berkenaan. Sinar Harian

Nenek, cucu dituduh miliki heroin

Posted: 07 Jan 2013 06:30 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] - AYER KEROH - Seorang nenek dan cucunya dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memiliki lebih 2 gram dadah, di Sungai Udang, minggu lalu. Tertuduh, Norma Hamid, 71 dan cucunya Shaharudin Mohd Zin, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majisret, Ida Rahayu Sharif. Berdasarkan pertuduhan, kedua-duanya didakwa memiliki dadah jenis heroin berat kasar 2.3 gram di sebuah rumah tidak bernombor di Sungai Udang kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 3 Januari 2013. Mereka dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum minima dua tahun dan maksima lima tahun dan sebat dari tiga hingga sembilan kali sebatan. Shaharudin turut dituduh memiliki heroin seberat 0.3 gram pada tarikh, masa dan lokasi yang sama. Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya. Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM3,000 bagi pertuduhan yang dihadapi kedua-dua pertuduhan dan RM3,000 bagi pertuduhan dihadapi Shaharudin. Bagaimanapun, hanya Shaharudin yang merupakan pekerja mekanik merayu jaminan dikurangkan dengan alasan perlu menyara nenek dan ibunya. Selepas mendengar rayuan tersebut, Ida Rahayu kemudian menetapkan ikat jamin RM1,000 terhadap Norma dan RM4,000 bagi kedua-dua pertuduhan dihadapi Shaharudin. Beliau menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 19 Februari depan bagi mendengar laporan kimia untuk mengetahui berat sebenar dadah. Sinar Harian

OKU, pembantu dibunuh kejam

Posted: 07 Jan 2013 06:29 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] - MANJUNG - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) bersama pembantunya ditemui mati dibunuh kejam di sebuah rumah di New Vilage, Kampung Koh, petang semalam. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam berkenaan kejadian itu pada jam 4.30 petang. Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku awal pagi semalam sebelum disedari rakan mangsa yang ke kediaman tersebut untuk melawat mangsa. "Mangsa OKU dikenali sebagai Nga Mee Jai @ Nga Mee Kok, 68, manakala pembantunya dikenali sebagai D Hemalata, 23, yang datang setiap hari untuk menjaganya dan membersihkan rumah sebelum pulang pada waktu malam. "Semasa dijumpai, keadaan rumah mangsa berselerak dipercayai dilakukan oleh suspek terlibat," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, mangsa OKU mengalami kecederaan di leher manakala pembantunya mengalami kecederaan di kepala. "Kita masih lagi menyiasat motif pembunuhan ini dan suspek terlibat sedang diburu," katanya yang menjelaskan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Jaafar berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Manjung untuk bedah siasat. Sinar Harian

4 polis dibelasah tahanan, sembur serbuk lada

Posted: 07 Jan 2013 06:28 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] - BUTTERWORTH - Empat anggota polis cedera dibelasah sembilan tahanan ketika dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Butterworth dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam. Kesemua mereka akan menghadapi prosiding perbicaraan pagi semalam. Tahanan berkenaan kemudiannya meninggalkan empat anggota pengiring itu di tepi jalan sebelum bertindak melarikan van polis dinaiki untuk meloloskan diri. Dalam kejadian di susur keluar ke Pantai Bersih itu, pemandu van polis berkenaan yang dikenali sebagai Nazzwan cedera parah di kepala akibat dihentak dengan gari. Manakala tiga lagi rakan setugasnya cedera ringan di kepala dan beberapa bahagian badan masing-masing selepas dibelasah tahanan. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu berlaku ketika keempat-empat anggota polis dari unit pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth. "Kesemua mereka dalam keadaan bergari diambil sebelumnya dari Penjara Pulau Pinang untuk proses reman dan pertuduhan berkaitan kes bunuh, samun dan mencederakan orang. "Pemandu van ditemani seorang anggota duduk di hadapan manakala dua anggota pengiring duduk di bahagian hadapan tengah van mengawasi semua tahanan yang ditempatkan di bahagian belakang," katanya. Menurut Datuk Abdul Rahim, ketika van melalui Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) berhampiran Bagan Ajam, beberapa OKT (orang kena tuduh) berpura-pura bergaduh sesama sendiri menyebabkan pemandu van memberhentikan kenderaan itu bagi meleraikan pergaduhan tersebut. "Ketika itulah salah seorang OKT melempar serbuk cili ke arah salah seorang anggota polis menyebabkan berlaku pergelutan antara polis dan OKT. "Pada masa yang sama, beberapa orang OKT bertindak menendang kesemua anggota polis berkenaan keluar dari kenderaan itu selain membelasah mereka di tepi jalan," katanya. Rahim berkata, OKT terbabit kemudiannya merampas kunci gari dari salah seorang anggota polis sebelum menaiki semula van dan melarikan diri bersama kenderaan itu. Beliau berkata demikian semasa ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini semalam ketika melawat keempat-empat mangsa berkenaan yang menerima rawatan. Kejadian yang berlaku kira-kira dua kilometer dari Kompleks Mahkamah Butterworth itu bagaimanapun sempat dilihat oleh pengguna jalan raya yang kemudiannya memberikan bantuan kecemasan kepada anggota terbabit sebelum semuanya dihantar mendapatkan rawatan ke HSJ kemudiannya. Menurut Abdul Rahim lagi, sejurus menerima laporan berhubung kejadian itu, polis telah melancarkan gerakan mengesan van dan OKT yang terlibat. "Tidak sampai 30 minit selepas operasi dilancarkan, pihak kita menemui semula van itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Cempedak, Tasek Gelugor iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian. "Semasa ditemui dua OKT masih berada di lokasi van itu dan tidak mengikuti tujuh rakan mereka yang dipercayai melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit di sekitar kampung berkenaan," katanya. Menurutnya, polis kini menjejaki Mohd Sharimy Md Nor, 28; Farid Akhtar 24; Mohd Khairul Nizam Abdul Rani, 25; Hamizani Harun, 37; Hisham Abd Rahman, 39; Mohd Fairuz Adam, 31; dan Mohd Noor Mustafa, 28. "Kita telah melancarkan gerakan mengesan kesemua OKT yang melarikan diri termasuk mengadakan sekatan jalan raya di beberapa kawasan di sekitar Tasek Gelugor. "Kita juga minta kerjasama orang awam melaporkan kepada polis sekiranya mereka ternampak atau mengetahui lokasi OKT ini bersembunyi dan jangan mengambil tindakan sendiri atau cuba menahan kerana mereka merbahaya," katanya. Rahim menambah, keempat anggota polis berkenaan akan dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana cuai dan Seksyen 224 kanun sama kerana membiarkan tahanan lari dari jagaan yang sah. Manakala tujuh suspek terbabit dicari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan mencederakan. Katanya, jika kelalaian menjadi puncanya hingga OKT terbabit berjaya meloloskan diri pihaknya akan mengambil tindakan ke atas empat anggota pengiring terbabit. Sinar Harian

Umno Titiwangsa dicabar debat isu tanah Kg. Baru

Posted: 07 Jan 2013 06:25 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa (PKWR), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi mencabar Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani untuk berdebat tentang isu 'Umno gadai tanah Kg. Baru'. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) melontarkan cabaran debat itu di dalam satu ceramah di perkarangan pejabat PKWR Titiwangsa di sini Kelmarin. "Saya cabar Umno Titiwangsa untuk berdebat, kamu bentangkan fakta kamu dan kita akan kemukakan segala fakta bahawa Umno sedang menggadaikan tanah orang Melayu di Kuala Lumpur untuk kaut keuntungan kepada kroni," jelas beliau yang juga merupakan Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM), Pemuda PAS Malaysia. Menurut beliau, Umno sengaja membodohkan orang Melayu di Kampung Baru dengan memutar belitkan fakta sebenar. Menurutnya lagi, Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2012 (APPKB) telah diluluskan secara tergesa-gesa, dibahas hanya dalam masa 4 jam sebelum diluluskan di Parlimen. Zamri mengulangi pendirian bahawa Pakatan Rakyat akan memastikan satu-satunya tanah orang Melayu di tengah kota Kuala Lumpur ini akan dipelihara sepenuhnya hak pemilik dan pewaris yang asal. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan penduduk Melayu di Kampung Baru agar tidak termakan penipuan Umno dalam usaha merampas tanah warisan mereka. "Kita tidak mahu tanah milik orang Melayu di Kampung Baru menerima nasib sama seperti tanah Kg. Abdullah Hukum dan Kg. Kerinchi. "Orang Melayu merempat di tanah sendiri, kononnya mahu dibuat pembangunan. Walhal ia adalah gedung-gedung mewah untuk golongan kaya," ujar beliau. Terdahulu, Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menegaskan bahawa jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, APPKB 2012 akan dibatalkan dan tanah warisan itu akan dikembalikan kepada penduduk, pemilik dan pewaris yang asal. Turut sama dalam program ceramah itu ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Cabang Titiwangsa, Zahir Hasan, Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Ustazah Nuridah Salleh dan Ketua Penerangan PAS Titiwangsa, Abdul Hadi. Harakah Daily

AES: 34,980 dipanggil ke mahkamah Slim River hari ini

Posted: 07 Jan 2013 06:24 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] - TANJONG MALIM: Seramai 34,980 Orang Kena Saman (OKS) diminta hadir ke Mahkamah Majistret Slim River di sini pagi ini bagi sebutan kes saman berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Difahamkan sebutan kes bermula jam 8.45 pagi ini. Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) akan berada di sana bagi membantu mereka yang dituduh. Sementara itu, satu sidang media oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Mohd Misbahul Munir Masduki akan diadakan tengah hari ini di perkarangan mahkamah di sini. Sidang media akan disertai Ketua Penerangan PAS Negeri Ahmad Nuri Al-Amin. Sebelum Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk membekukan kesemua prosiding berkaitan dengan saman kesalahan AES, yang dimulakan sejak dua minggu lalu, sehingga beberapa aspek perundangan dan teknikal diselesaikan. Harakah Daily

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 07 Jan 2013 09:37 PM PST

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Amanat Haji Hadi 1981 oleh Speaker Kelantan 5.1.2013

Posted: 07 Jan 2013 02:36 AM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 07 Jan 2013 09:35 PM PST

PAS Negeri Sembilan


JOM KE HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

Posted: 07 Jan 2013 08:35 PM PST


PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 07 Jan 2013 09:12 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Ilmuan UMNO & kuncu-kuncunya Cerahkan AMANAT KERAMAT AQIDAH Ummah yang BACUL ini

Posted: 07 Jan 2013 06:47 AM PST

PAS LENGGONG

Posted: 07 Jan 2013 07:39 PM PST

PAS LENGGONG


Posted: 07 Jan 2013 07:33 PM PST

Bacalah  jadi ??????????


Posted: 07 Jan 2013 07:33 PM PST

Harussani tiada kedengaran menegur akan najib. Mengapakah majlis fatwa tak keluarkan fatwa haram lelaki mamakai emas sebagai perhiasan?

Sebab hukum itu amat jelas.


Posted: 07 Jan 2013 07:29 PM PST

Mashitah yang jahil tak tahu hukum bersalam dengan lelaki?

Posted: 07 Jan 2013 07:27 PM PST

Sang jahil bersuara dalam syariat.

Posted: 06 Jan 2013 10:35 PM PST



07 JANUARI 2013


TERKINI ! BAYARAN RM160 JUTA HANYA RASUAH NAJIB UNTUK TUTUP MULUT DEEPAK..!!!

Bayaran RM160 Juta Dana Pencen Angkatan Tentera Kepada Asta canggih dan Awan Megah Tiada Asas

Kenyataan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Dato' Sri Mohd Anwar Mohd Nor bahawa urusan pembelian Astacanggih dan Awan Megah oleh Boustead Holdings Berhad ("Boustead") merupakan satu pelaburan yang baik adalah tidak masuk akal.

Sekiranya LTAT benar-benar berminat untuk mengambilalih syarikat ini, ada dua perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan nilaian syarikat-syarikat ini, iaitu:

1. Tanah yang dimiliki oleh Awan Megah yang menentukan bayaran kepada Awan Megah. Nilaian yang dibuat oleh Boustead adalah RM130 juta kononnya untuk membeli tanah 223 ekar yang didakwa milik Awan Megah

2. Nilai projek penswastaan dan keuntungan yang bakal diperolehi dari projek penswastaan Puspahanas. Nilaian yang dibuat oleh Boustead adalah RM30 juta untuk membeli saham Astacanggih dan RM130 juta kepada Awan Megah

Saya telah meneliti dokumen-dokumen yang diserahkan kepada saya untuk menentukan nilaian yang adil bagi urusan ini, jika LTAT dan Boustead benar-benar berminat mengambilalih syarikat ini berdasarkan pertimbangan komersil.

NILAIAN TANAH 223 EKAR

Saya merujuk kepada surat bertarikh 17 Julai 2009 dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor yang dilampirkan bersama.


Kandungan surat tersebut menyatakan rayuan Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak kepada keputusan Kerajaan Selangor yang menolak permohonan Kerajaan Persekutuan untuk memindahmilik tanah seluas 223 ekar kepada Awan Megah.

Ini bermakna, tanah seluas 223 ekar yang kononnya dibeli oleh Boustead itu masih lagi hakmilik Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada kebenaran Kerajaan Selangor bagi kelulusan pindahmilik dan kelulusan pelan pembangunan.

Status terkini tanah 223 ekar itu adalah jelas: ia bukan hakmilik Awan Megah dan Kerajaan Selangor telah menetapkan bahawa ia tidak boleh dibangunkan kecuali bagi tujuan pembinaan markas, seperti mana tujuan asal tanah itu dipohon oleh Kerajaan Persekutuan dahulu.

Oleh yang demikian, pembayaran RM130 juta oleh anak syarikat Boustead kepada Awan Megah yang dimiliki Raja Ropiah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor samalah dengan memberi wang RM130 juta kepadanya tanpa ada apa-apa hasil kepada Boustead.

Jika urusniaga ini tetap berlaku, Boustead akan menyalahgunakan RM130 juta dana pencen anggota tentera untuk membayar 223 ekar tanah kepada Awan Megah yang tidak mempunyai hakmilik tanah itu.

PROJEK PENSWASTAAN PUSPAHANAS


Boustead terpaksa menyiapkan Puspahanas yang kini tergendala mengikut perjanjian dengan Astacanggih dan Awan Megah. Salah satu pertimbangan nilaian berjumlah RM160 juta (iaitu RM30 juta kepada Astacanggih dan RM130 juta kepada Awan Megah) adalah kos projek yang telah dilaksanakan oleh Awan Megah.

Tanggungan Awan Megah kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyiapkan projek ini boleh dirujuk kepada Perjanjian Penswastaan muka surat 13, Perkara 3.3 mengenai Bon Tanah ("Land Bond") yang perlu dibayar oleh Awan Megah.


Bon Tanah ini adalah satu bentuk jaminan kewangan yang bersamaan dengan jumlah keseluruhan projek penswastaan, iaitu pembinaan Puspahanas yang perlu dilaksanakan oleh Awan Megah. Sekiranya Awan Megah gagal menyiapkan projek, Kerajaan Persekutuan berhak menuntukan Bon Tanah ini untuk digunakan bagi menyiapkan projek tersebut.

Perjanjian Penswastaan secara jelas menyatakan bahawa Bon Tanah sebagai jaminan Awan Megah untuk menyiapkan Puspahanas hanyalah RM72.5 juta sahaja. Ini bermakna, kos keseluruhan Puspahanas hanyalah RM72.5 juta sahaja.

Dalam keadaan Puspahanas masih belum disiapkan dan nilainya RM72.5 juta sahaja, pembayaran RM160 juta oleh Boustead sudah tentu satu harga yang tidak masuk akal.


Oleh yang demikian, jelas bahawa urusniaga membabitkan RM160 juta ini hanyalah bayaran rasuah oleh Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini.

Pembayaran sedemikian rupa bagi membeli tanah yang hakmiliknya tidak wujud dan projek yang jumlahnya jauh lebih rendah adalah satu pengkhianatan kepada anggota tentera dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan tertinggi negara.


RAFIZI RAMLI

Posted: 06 Jan 2013 09:40 PM PST



Beratus jam diserang, Ustaz Hadi mahu 1 jam

Harakahdaily,07 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Apabila Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta diberi peluang membuat penjelasan hanya satu jam secara siaran langsung, setelah beratus-ratus jam diserang dan diputar-belit kenyataan beliau, Rais Yatim memberanikan diri dengan menyatakan boleh.

Demikian tulisan AJK PAS Pusat, Khalid Samad di dalam blognya http://www.khalidsamad.com.

"Terkejut jugalah saya, maklumlah anggota kabinet 'PM takut debat', tiba-tiba jadi berani. Tengok-tengok keberaniannya hanyalah bersifat sementara, bagaikan 'mirage di tengah-tengah padang pasir' kerana beberapa hari kemudian dikatakan pula tidak boleh!" ujarnya.

Di bawah adalah tulisan penuh beliau.

UMNO nampak sangat kehabisan modal kerana terpaksa dikitar semula cerita lama dengan harapan kalau ada yang boleh menyengat. Maka ditimbulkan kembali soal 'Amanat Hj. Hadi' yang kononnya merupakan fatwa mengkafirkan ahli UMNO! Saya telah baca berulang kali, tetapi tidak pula jumpa ayat yang mengkafirkan ahli UMNO sempertimana yang telah digembar-gemburkan! Jangan-jangan ada yang terasa kot?!

Selepas itu apabila TGHH minta diberi peluang buat penjelasan, hanya satu jam secara siaran langsung, setelah beratus-ratus jam diserang dan diputar-belit kenyataan beliau, Rais Yatim memberanikan diri dengan menyatakan boleh. Terkejut jugalah saya, maklumlah anggota kabinet 'PM takut debat', tiba-tiba jadi berani. Tengok-tengok keberaniannya hanyalah bersifat sementara, bagaikan 'mirage di tengah-tengah padang pasir' kerana beberapa hari kemudian dikatakan pula tidak boleh!

Aduhai, nampak sangat UMNO/BN tidak tahu menahu bagaimana untuk menangani isu yang ditimbulkan sendiri! Kalau TGHH sudah dituduh dengan begitu hebat sekali, berilah beliau peluang bela diri, kalau jujur! Apa kata pujangga, 'berani kerana benar'? Ini jelas takut kerana pembohong!

Sudah jelas bahawa peluang itu tidak akan diberi oleh kerajaan BN dan kalau sekiranya rakyat mahu mendengar penjelasan TGHH dan membenarkan beliau membela diri, hanya satu cara sahaja yang ada, iaitu tukar kerajaan BN dengan kerajaan PR. Sekira itu berlaku maka debat ilmiah berhubung semua isu akan diusahakan. Seperti isu Amanat Hj Hadi, Kalimah Allah, Altantuya, Deepak, Teo Beng Hock dan segala-galanya boleh diadakan. Pada ketika itu akan dibebaskan minda rakyat daripada dibelenggu, sepertimana selama ini, oleh propaganda UMNO/BN. Pada masa itu juga pimpinan UMNO/BN boleh bersemuka dengan pimpinan PR dalam debat secara siaran langsung dan segala yang ingin ditanya dan dinyatakan boleh dikemukakan untuk tujuan kebaikan bersama.

Pada ketika itu akan terserlah siapa yang bercakap benar dan siapa penipu. Ada berani?

Posted: 06 Jan 2013 09:40 PM PST



Menteri: Kafir-mengkafir sudah difatwakan haram
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bukan sahaja dalam soal amanat itu, istilah kafir-mengkafir sudah difatwakan bertentangan dengan ajaran Islam, bercanggah dengan usluk dan pendekatan dakwah, malah ia bertentangan dengan kaedah Islam.
Masyarakat Islam di negara ini perlu merujuk kembali keputusan Persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 (yang diperbaharui pada 2002) berhubung isu amanat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata bukan sahaja dalam soal amanat itu, istilah kafir-mengkafir sudah difatwakan bertentangan dengan ajaran Islam, bercanggah dengan usluk dan pendekatan dakwah, malah ia bertentangan dengan kaedah Islam.

Beliau berkata keputusan yang dicapai dalam persidangan pada November 1984 itu, sudah diangkat kepada Majlis Raja-raja pada 3 Dis tahun sama serta telah mendapat perkenan, dan itulah yang seharusnya dipegang oleh masyarakat Islam di negara ini.

"Fatwa itu kekal begitu dan ia tidak terikat menjurus kepada satu amanat sahaja, (sebaliknya) mana-mana pendekatan mengkafirkan (individu lain) adalah bercanggah dengan Islam. Ada orang ingat ia khusus kepada satu amanat, ia merangkumi semua dan sesiapa yang mengkafirkan orang lain, itu tidak
dibenarkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM26,000 kepada persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), sekolah dan masyarakat kawasan Gurun di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungai Puntar dekat Gurun hari ini.

Jamil Khir berkata ketaksuban sebilangan masyarakat terhadap amanat itu akan memberi implikasi yang amat besar, malah hujah-hujah politik yang diseret ke dalam agama akhirnya hanya membawa perpecahan dalam masyarakat.

"Media turut memaparkan kes penceraian yang berlaku (disebabkan ketaksuban terhadap amanat itu), ia bukan sekadar cakap tetapi ada fakta, malah sampai sekarang masih berlaku, tahun lepas di Kelantan. 

"Ada yang tidak sembahyang jenazah (disebabkan perbezaan politik), tidak makan kenduri, ada berlaku akad nikah dua kali, malah ada masjid mempunyai dua imam dalam satu masa," katanya.

Beliau berkata hal seperti itu berlaku mungkin atas kefahaman terhadap apa yang disebut sebagai amanat tetapi beliau yakin, masyarakat hari ini telah mempunyai kesedaran. 

"Nasihat saya, kita berpegang kembali kepada apa yang dipesan mufti, khususnya dalam muzakarah khas itu, termasuk muzakarah di negeri Kelantan dan Melaka," katanya.

Antara sekolah yang menerima sumbangan ialah SJKT Ladang Harvard Bahagian 2, SJKT Ladang Harvard Bahagian 1, SJKT Ladang Sungai Puntar, SJKT Ladang Sungai Bongkok dengan masing-masing menerima sumbangan RM3,000, manakala kelas tadika SJKT Ladang Sungai Puntar pula menerima sumbangan RM2,000.

Turut menerima sumbangan, PIBG SJKT Ladang Sungai Bongkok (RM4,000), Persatuan Kebajikan Kemajuan Kaum India Kawasan Gurun (RM3,000) dan Barisan Badan Kemajuan India SeMalaysia (RM5,000).

Bernama

dari malaysia kini

  • Kenji Tsuyoshi ·  Pengulas Tertinggi
    Bila seorg guru pondok mengkafirkan TGNA..knp semua senyap? siap muka depan akhbar utama..ni di katakan jaman edan..zaman gila..
    • Ahmad Khalil ·  Pengulas Tertinggi · Methodist High School, Ipoh
      semua manusia akan diserah kembali kepada Allah jawablah apa yg kamu semua kata...kerana dialam kubur lah bermulanya selangkah ke syurga atau selangkah ke neraka x takut ke?????
    • Hasmira Hasmi ·  Pengulas Tertinggi · SGB
      menteri ni dituduh kebas duit zakat,dah kaya pun masih nak rembat lagi
  • Raja Mohd Shahrim ·  ·  Pengulas Tertinggi · 375 orang pelanggan
    Pada 11 April 2012 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, UMNO Terengganu telah diadakan program yg jelas mengkafirkan PAS..!! Tajuk program tersebut.. Pas . Parti Ajaran Sesat...!! adakah Menteri makan duit zakat org miskin Jamban Khir Balon tidak melihat itu satu cubaan utk memecahbelahkan org islam.. tambahan pula pihak yg menuduh itu adalah UMNO..!! Parti yg mengamalak Rasuahiyah sebagai pegangan mereka..!!


Posted: 06 Jan 2013 08:49 PM PST



Amanat: TG Haji Salleh Musa minta Ustaz Hadi pertahan

Harakahdaily,07 Jan 2013
ALOR SETAR: Tuan Guru Haji Salleh bin Musa, Mudir Madrasah Ar Rahmaniah, Sik Kedah meminta Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertahankan amanatnya kerana ia tidak perlu ditarik semula kerana bertepatan dengan hukum agama.

Tuan Guru Haji Salleh Musa, 85 tahun, merupakan tokoh ulama Kedah yang sangat kuat berjuang memastikan kemenangan Islam di Malaysia.

Beliau berkata, sebagaimana dipetik oleh blog Gendang Perang (www.wasukalu.com), ucapan Ustaz Hadi dikeluarkan disebabkan pimpinan Umno pada masa itu menghina Islam seperti mempertikai hukum Hudud, mempersenda hukum Allah dan mempersenda sunnah Rasulullah SAW.

"Banyak perkara Umno buat yang bertentangan dengan syarak dan aqidah, yang paling nyata kesalahan Umno adalah kerana asingkan agama dari politik," katanya.

Haji Salleh amat kecewa dengan isu amanat ini yang sengaja dimainkan Umno yang bagi beliau sangat ketandusan isu.

Haji Salleh berkata, "Insyallah isu ini tidak lama, nanti depa (mereka /Umno) akan diam."

Bagi beliau, golongan agama seperti beberapa orang mufti dan termasuk Datuk Dr Hassan Ali tidak amanah dengan ilmu.

"Contohya Hassan Ali mengapa dulu masa ada jawatan dalam PAS tidak bangkitkan isu ini hingga dia dapat jadi Exco PAS di Selangor?" soal beliau.

Mengapa sekarang Hassan Ali baru bersuara, ini menunjukkan Hassan Ali tidak ikhlas berjuang, katanya.

Haji Salleh juga menemplak Jakim dan beberapa orang mufti terutamanya Datuk Harussani mengapa isu amanat ini dibesarkan?

"Mengapa tidak tegur Mahathir yang kata 'Baik kawan dengan syaitan yang dikenali dari malaikat' dan Mahathir berkata Malaikat ada yang baik dan ada yang jahat mengapa tidak ambil tindakan, ini soal aqidah," katanya.

Posted: 06 Jan 2013 08:48 PM PST



Mapim ucap takziah kepada keluarga Qazi Hussein

Harakahdaily,07 Jan 2013
KUALA LUMPUR: NGO Islam di bawah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) merakamkan takziah kepada ahli keluarga Sheikh Qazi Hussein Ahmed, bekas Amir Jamaat-e-Islam Pakistan yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.

"Kami turut merakamkan pemergian beliau adalah kehilangan besar bukan sahaja kepada rakyat Islam di Pakistan malah seluruh umat Islam di seluruh dunia," ujar Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Kami mewakili seluruh NGO Islam di bawah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia  (Mapim) merakamkan takziah kepada ahli keluarga Sheikh Qazi Hussein Ahmed, bekas Amir Jamaat-e-Islam Pakistan yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini.

Kami turut merakamkan pemergian beliau adalah kehilangan besar bukan sahaja kepada rakyat Islam di Pakistan malah seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Beliau terlibat dengan pelbagai wadah penting termasuk dipilih sebagai ahli Senat Pakistan pada 1986 selama 6 tahun dan menunjukkan ketegasannya dengan meletakkan jawatan kerana protes terhadap sistem politik yang korup walaupun dilantik semula pada 1992 hingga 1996.

Ketokohan beliau menyerlah dalam peranannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen atas nama partinya Muttahida Majlis-e-Amal.

Beliau mengetuai banyak misi antarabangsa untuk turut menyumbang fikirannya mengenai pelbagai isu ummah.

Khidmatnya sangat besar dalam mengenengahkan sikap umat terhadap perang Iran-Iraq, Perang Teluk, krisis Balkan (Bosnia) dan perjuangan di Afghanistan pasca Soviet. Beliau juga berjasa besar dalam mengangkat perjuangan mujahiddin di Afghanistan.

Beliau merupakan pejuang Islam yang sangat berjasa dalam mengenengahkan Islam sebagai gagasan kepada Pakistan dan konsisten dalam menuntut supaya perlaksanaan Islam di negara tersebut dijadikan asas sebagaimana tujuan asal penubuhan negara Pakistan itu sendiri.

Seluruh hayatnya telah diberikan kepada perjuangan Islam dan beliau boleh dijadi tokoh gerakan Islam yang boleh dicontohi oleh generasi muda.

Kami mengharapkan sumbangannya dapat dilanjutkan oleh para pejuang Islam dalam Jamaat-e-Islam Pakistan Islam untuk mengangkat martabat umat Islam di Pakistan yang memerlukan kepimpinan Islam yang kuat bagi memerdekakan negara tersebut dari hegemoni kuasa besar seperti Amerika.

Rembau Hari Ini

Posted: 07 Jan 2013 07:22 PM PST

Rembau Hari Ini


Huni rumah reput

Posted: 06 Jan 2013 07:51 PM PST



28 Dis 2012

REMBAU: Nasib seorang warga emas di Kampung Chengkau Hulu, dekat sini, ibarat menunggu buah yang tidak gugur apabila permohonannya sejak tiga tahun lalu bagi membaiki rumah rosak teruk dimakan anak-anai, belum mendapat perhatian pihak berkaitan.

Aini Nikmat, 80, yang tinggal bersama anak lelakinya, Afendi Parjo, 44, juga orang kelainan upaya (OKU), kini terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka mendiami rumah yang semakin uzur dan boleh roboh pada bila-bila masa.

"Semakin hari rumah semakin reput dimakan anai-anai dan banyak atap yang bocor sehingga saya terpaksa menadah besen dan baldi setiap kali hujan.

"Keadaan bertambah teruk terutama sekarang musim hujan, habis rumah basah dan tidur malam saya tidak lena kerana bilik dimasuki air namun terpaksa juga tidur dalam kebasahan kerana tiada pilihan disebabkan rumah di tingkat atas langsung tidak dapat digunakan lagi kerana reput," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Aini berkata, setiap kali hujan dia menangis memikirkan nasib dan keadaan rumahnya itu serta sentiasa berdoa supaya ada pihak prihatin dan sudi membantunya.

"Nak harapkan anak, mereka semua hanya kerja kampung dan mempunyai tanggungan masing-masing, jadi saya terpaksa mengambil upah mengurut menambah pendapatan.

"Walaupun anak lelaki tinggal bersama, dia tidak dapat bekerja kerana cacat pendengaran dan bisu serta terpaksa bergantung hidup dengan saya.

"Saya menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 setiap bulan, namun jumlah itu tidak cukup untuk membaiki rumah yang rosak ini," katanya.

Cucunya, Yazaini Noryazid, 32, berkata, sebelum ini dia pernah membuat permohonan melalui ketua kampung bagi pihak neneknya dan mendapat kelulusan bantuan membaiki rumah, tetapi hairan sehingga hari ini tiada tindakan dilakukan.

"Saya kasihan melihat keadaan nenek yang tua dan tinggal di rumah yang uzur seperti ini tambahan pula jauh dari penduduk kampung.

"Dinding dan lantai rumah semua reput dimakan anai-anai, saya bimbang rumah ini boleh roboh pada bila-bila masa dan boleh membahayakan keselamatan.

"Saya berharap ada pihak dapat membantu dan mengambil tindakan segera untuk membaiki rumah nenek," katanya.

Majlis Ramah Mesra DUN Chembong

Posted: 06 Jan 2013 07:38 PM PST



Majlis Ramah Mesra Anak Muda & Anak Perantau Rembau
bersama Pimpinan Pakatan Rakyat Chembong.

Tarikh : 28 Januari 2013 ( Isnin )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Restoran Pinggiran Corner,Pinggiran Pedas ( bersebelahan Kolej Komuniti Rembau

Pimpinan :
* YB. Mohd Taufek Abd Ghani ( ADUN PAROI & Pesuruhjaya PAS NS )
* Dr. Rosli Yaakop ( MTD PAS Chembong & Timb. Pesuruhjaya PAS NS )

Anjuran : MTD PAS DUN Chembong
Hubungi : Ustaz. Nazri - 0196823159

PAS Kawasan Miri

Posted: 07 Jan 2013 07:15 PM PST

PAS Kawasan Miri


Kami Melapor Aduan Rakyat Untuk Pihak Kerajaan Bertindak

Posted: 07 Jan 2013 02:22 AM PST

Laporan Kami adalah Betul dan Benar

Kami ingin merujuk kepada laporan Borneo Post pada 7hb Jan 2013 dengan tajuk "Villagers refute PAS claim".

Apa yang kami lapor adalah benar dan kami sendiri datang berjumpa dengan penduduk kampung yang mengadu masalah ini.

Salah seorang pengadu yang dikenali sebagai Sibutir telah menunjuk kepada kami keadaan jalan masuk ke kampung tersebut dan di situ kami mengambil gambar sebagai bukti bukannya rekaan semata-mata seperti dakwaan dalam akhbar tersebut.

Kalaulah benar pihak JKR telah meluluskan RM200, 000 projek untuk jalan kerikil menuju ke kampung seperti yang dinyatakan oleh Madan dalam 'The Borneo Post' mengapa sampai sekarang jalan tersebut masih berlumpur dan teruk. Begitu juga keadaan jambatan di kampung tersebut yang hampir roboh.

Kalau pihak kerajaan atau sesiapa saja tidak percaya kepada apa yang kami laporkan, sila lihat sendiri dan berjumpa dengan penduduk kampung yang tersebut tadi. Kami tidak akan melapor sesuatu perkara yang tidak benar dalam media tanpa ada bukti. 

Harap pihak media dapat penjelasan serta keterangan lanjut dari penduduk setempat bukan dengan mempercayai kata-kata dua tiga kerat penyokong PBB yang ada kepentingan.

Menurut penduduk kampung tersebut lagi, janganlah disebabkan oleh dua tiga orang ini menyebabkan kampung mereka terus ketinggalan dalam arus pembangunan.

Kita mengesa pihak yang berkenaan datang sendiri ke kampung Tukau Jaya melihat sendiri keadaan jalan dan masalah penduduk di kampung itu daripada hanya mendengar sebelah pihak saja.

Kerjasama dengan pihak berkenaan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Our report is True and Correct
We would like to refer to the reports of Borneo Post on 7th January 2013 with the title ""Villagers refute PAS claim".

What we reported is true and we come and meet with villagers who complained of this problem. One of the complainants called Sibutir was pointing to us the road conditions into the village and from there we took photos as evidence not fictitious as claimed in the paper.

If only true JKR has approved RM200, 000 project for gravel road leading to the village as described by Madan in 'The Borneo Post 'why until now the roads are still muddy and worse. Similarly to the bridge in the village that is almost collapse.

If the government or anyone else does not believe in what we are reporting, please see for yourself and meet with the villagers as we mentioned above. We will not report things that are not true in the media without any evidence.

Hope the media get the clarification and further information from the local people not to believe the words of two or three cut supporters of PBB which have an interest.
According to the villagers again, do not because by two or three men allegation, led to their villages continue to lag in the current development.

We urge the parties concerned come to the village of Tukau Jaya see the road conditions and the problems of the village than just listening to one side only.

The cooperation with the authorities is very much appreciated.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief

Dr Azman Ibrahim

Posted: 07 Jan 2013 07:13 PM PST

Dr Azman Ibrahim


MBKT... Khidmat Mesti Seiring Status Bandaraya

Posted: 06 Jan 2013 07:34 PM PST


Mengulas rungutan penduduk sekitar kawasan pentadbiran MBKT sejak beberapa hari kebelakangan ini, berkaitan longgokan sampah yang tidak diangkut di beberapa lokasi antaranya di sekitar kawasan Batu Enam, sehingga mewujudkan suasana dan keadaan yang sangat tidak menyelesakan, Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar Pas Terengganu terpanggil untuk membuat beberapa gesaan berikut:

Kami memohon pihak berwajib memanfaatkan seoptimun mungkin tenaga kakitangan serta sumber logistik yang dimiliki dalam rangka untuk memastikan suasana persekitaran yang bersih dan nyaman terutamanya disaat negeri kita masih berada dalam edah musim tengkujuh dengan penyakit bawaan air sangat mudah untuk tersebar. Kalau jadual waktu pungutan yang sedia ada tidak memadai, maka ianya perlu ditambah seiring dengan keperluan rakyat.

Amalan beberapa Bandar di dunia dengan konsep bandar tanpa tong sampah sangat menarik untuk dipraktikkan. Konsepnya mudah... Pihak PBT boleh menjadualkan tempoh waktu tertentu untuk plastik-plastik sampah diletakkan dihadapan kediaman atau premis masing-masing untuk dipungut dalam tempoh singkat oleh pekerja-pekerja bandaran. Antara yang biasa dipraktikkan adalah jadual buang sampah 2 kali sehari. Jam 7 – 8 pagi dan 7 - 8 malam. Sampah-sampah yang diletakkan di hadapan rumah atau premis tidak akan terbiar busuk dan berlonggok serta bersepah kerana ianya akan dipungut dengan segera oleh lori sampah bandaran yang akan beroperasi dua kali sehari, bermula pada jam 8 pagi disusuli dengan sesi kedua pada jam 8 malam.

Amalan meletakkan tong-tong sampah mungkin cuma sesuai dibeberapa lokasi strategik sahaja kerana malangnya ramai masyarakat kita mempunyai tabiat tidak sihat, suka membuang sampah di tepi tong sampah walaupun sebenarnya tong sampah belum dipenuhi. Hasilnya, apabila lambat dipungut, pemandangannya sangat menjijikkan.

Kita meyakini, kaedah ini sangat mudah untuk diamalkan apatah lagi dengan jumlah peruntukan besar dari wang rakyat sebagaimana kenyataan Ahmad Said sebelum ini bahawa kerajaan negeri mengeluarkan peruntukkan melebihi RM300 juta setahun untuk membantu PBT di negeri ini bagi membolehkan perancangan bandar dan daerah dilaksanakan. Daripada lebih RM300 juta tersebut, RM50 juta lebih diperuntukkan untuk MBKT, Bandaraya Warisan Pesisir Air.

Ditambah lagi sebelum ini, Menteri Besar Ahmad Said juga memaklumkan bahawa kerajaan mempunyai perancangan untuk menaikkan kadar cukai pintu di kawasan pentadbiran MBKT dalam rangka untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan. Peningkatan beban rakyat sepatutnya dibalas dengan peningkatan mutu khidmat yang lebih baik.

Menteri Besar juga pernah memaklumkan bahawa setakat ini hanya tiga buah PBT iaitu Majlis Perbandaran Dungun, Majlis Daerah Besut dan Majlis Daerah Hulu Terengganu dilihat berpotensi untuk berdikari seperti yang berjaya dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kemaman. Bermakna MBKT bukan setakat tidak mampu berdikari malah belum dilihat berpotensi untuk berdikari.

Kita tidak berminat lagi untuk menimbulkan isu lama, mempertikaikan status Kuala Terengganu sebagai bandaraya yang mungkin ditafsirkan seumpama rumah siap pahat berbunyi. Ianya tidak akan memberi sebarang faedah kepada rakyat. Tambahan pula tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia sesebuah bandar ditarik balik status bandarayanya kerana sebab-sebab tertentu, walaupun jumlah pendapatan tahunan sesebuah PBT adalah antara kriteria yang diambil kira sebelum sesebuah bandar layak diistiharkan sebagai bandaraya.

Saya tidak mempunyai data lengkap tentang jumlah pendapatan tahunan MBKT. Tetapi mudah difahami apabila kerajaan negeri terbeban dengan peruntukkan tahunan sebanyak melebihi RM50 juta kepada MBKT, bermakna jumlah pendapatan PBT ini masih jauh dari mencukupi dengan makna lain belum mampu berdiri sendiri.

Tumpuan fokus dalam konteks permasalahan ini adalah bagaimana perancangan kerajaan untuk kesejahteraan dan kemakmuran penduduk bandaraya.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 07 Jan 2013 01:46 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Baju Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 januari 2013- EDISI TERHAD!!

Posted: 07 Jan 2013 05:11 AM PST





Bahagian Belakang
 Bahagian Depan

Baju RM 20 sehelai. COD sekitar melaka...HIDUP RAKYAT!!!

kepada sesiapa yang berminat untuk beli sila hubungi :  Naufal 0133212498

TPM: BR1M boleh dinaik ke RM1,000 jika BN menang

Posted: 07 Jan 2013 05:09 AM PST

Ketika rakyat Malaysia menunggu menjelang pilihan raya umum ke-13, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata wang tunai RM500 untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh ditambah kepada RM1,000 dan menjadi dasar kekal jika BN mengekalkan Putrajaya.

Menurut laporan akhbar berbahasa Cina Oriental Daily News, Muhyiddin berkata semasa sesi bertemu rakyat di Tanjung Malim semalam bahawa BR1M akan diberi "bukan sahaja untuk kali kedua, tetapi untuk masa ketiga, keempat, kelima, atau malah selama-lamanya jika BN menang kerajaan ".

Sekiranya pendapatan nasional dan hasil cukai melebihi RM125 bilion, kerajaan akan menimbang menaikkan pemberian wang tunai RM500 itu kepada RM1,000, kata Muhyiddin, yang juga timbalan presiden BN.

Agensi Berita Nasional, Bernama melaporkan bahawa Muhyiddin juga berkata BR1M diberikan untuk memastikan bahawa pendapatan rakyat tidak akan terjejas oleh kenaikan harga.

Muhyiddin juga mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya oleh pembangkang yang mendakwa kerajaan BN telah mengecewakan rakyat.

Beliau berkata bahawa kemakmuran dan keamanan membuktikan bahawa kerajaan BN berada di landasan yang betul untuk terus memerintah negara.

kredit: malaysiakini

P/S: belum pilihanraya TPM dah mengunakan politik wang demi membeli undi rakyat.Bangkitlah Rakyat jangan biar diri kita di gula2kan oleh sang pemerintah...ABU!!!!!!

Bila Terdesak Datanglah Bijak (Senjata Pemusnah FSA)

Posted: 07 Jan 2013 05:03 AM PST



Syam II, kereta perisai buatan tangan Mujahidin Suriah,
 
 
BISHQATIN

Dari kejauhan terlihat seperti kotak logam besar berkarat, tetapi ketika dilihat dari dekat ternyata itu adalah sebuah kendaraan tempur lapis besi-waja yang menunjukkan prestasi baru Mujahidin Suriah, kereta tank buatan tangan sendiri (dengan izin Allah) sedang menanti untuk dikerahkan.
Syam II, diambil dari nama Arab Suriah, dibuat dari kerangka kereta dan dimodifikasi oleh Mujahidin menjadi sebuah kendaraan seperti kereta tank lapis besi-waja yang biasa digunakan tentera. Syam II, dipuji-puji oleh para Mujahidin dengan menyebutnya "100 persen buatan Suriah."

Untuk menciptakan Syam II, memerlukan waktu satu bulan bagi merancang, melakar dan mengembangkan kendaraan tersebut, kata designer Syam II, Mahmud Abud dari brigade Al-Ansar yang berpengkalan di kota Aleppo, dikutip SaudiGazette.

Dari luar, penampilan Syam II memang sederhana tetapi tak kalah canggih dengan tank buatan terkemuka. Syam II dilengkapi lima kamera, terletak tiga di bahagian depan, satu di bagian belakang dan lebihnya di dipasang di senjata.

Awak di dalam kabin sepenuhnya terlindungi, pengemudi menjalankan Syam II dengan melihat layar yang menampilkan video dari kamera yang terpasang tersebut.
 
 
 
 
Mujahidin di dalam Syam II
 
Sementara penembak duduk di samping pengemudi, dapat mengaktifkan senjata mesin dengan melihat layar untuk melihat target dan menggunakan stick yang mengawal peralatan dilengkapi dengan tombol-tombol (joy stick).

Dinding logam badan Syam II setebal 2,5 cm dan dikatakan mampu menahan tembakan meriam 23 mm. Namun, Syam II dikatakan belum mampu menahan tembakan tank atau senjata anti-tank RPG.


"Saudara saya, seorang insinyur terlatih, yang punya ide ini. Kami memiliki kereta, melepaskan mesin dieselnya dari kerangkanya dan membangun mesin," kata Abud, yang berbasis di pusat komando Mujahidin di Bishqatin.
 
 
 
 
Mujahidin di dalam Syam II 


Biaya yang dikeluarkan untuk menciptakan Syam II, tidak termasuk senjata, mencapai USD 10.000.

"Tidak termasuk senjata, kendaraan ini bernilai sekitar USD 10.000," ungkap Abud.
Mujahidin Suriah dengan segala keterbatasannya berusaha kreatif menciptakan senjata dan peralatan tempur sendiri dengan memanfaatkan barang-barang yang ada.

Bagaimanapun, bagi Mujahidin senjata canggih bukan faktor utama memenangi pertempuran, sebab mereka sepenuhnya yakin bahwa kemenangan datangnya dari pertolongan Allah s.w.t. Mereka akan tetap bertempur meskipun dengan peralatan tak secanggih milik musuh.
 

Pemain Arsenal Ini Menghafaz 19 Juzuk Al-Quran

Posted: 07 Jan 2013 04:56 AM PST

Thumbnail image for Pemain Arsenal Ini Menghafaz 19 Juzuk Al-Quran 







Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Alhamdulillah.. jarang kita dengar tentang pemain Arsenal ini, bukan hanya handal di padang bola sepak tetapi seorang penganut Islam yang taat beribadah, beliau yang dimaksudkan adalah pemain kelab Arsenal dan pemain kebangsaan Perancis, Abou Diaby, berumur 27 tahun.
Selain sukan bola sepak yang menjadi kerjayanya, Diaby dikenali sebagai seorang yang mempunyai minat besar di dalam menghafaz al-Quran.
Setakat ini, beliau dilaporkan sudah menghafaz 19 juzuk al-Quran.
Salah seorang tenaga pengajar di Ebrahim College di London tempat Diaby belajar, Mufti Muhammad, di dalam akaun twitternya @Mufti–Muhammad – mengesahkan bahawa Diaby sudah hafaz 19 juzuk al-Quran.
"Mengadakan perbincangan dengan pemain bola sepak Arsenal Abou Diaby di Ebrahim College malam ini, yang sudah menghafaz 19 ajza (juzuk) al-Quran," kata beliau di dalam mesejnya di akaun twitter.
Rasa tenang bersama Islam
Namun bagi Diaby sendiri, mengunjungi Ebrahim College, adalah perkara biasa baginya. Beliau mengaku berasa tenang setiap kali bersama kelompok masyarakat Islam.
Selain menjadi penyumbang untuk pembangunan kolej berkenaan, Diaby turut membantu mendidik dan membimbing saudara baru yang mahu mempelajari Islam secara lebih mendalam.
Diaby turut bergiat aktif di dalam pelbagai kegiatan sosial untuk membantu etnik Rohingya yang menjadi mangsa penindasan dan kekejaman kerajaan Myanmar.
Pada majlis makan malam amal yang diadakan di Pusat Islam London baru-baru ini, Diaby melahirkan rasa prihatin dengan isu ketidakadilan yang dihadapi warga Rohingya.
Sumbangan wang
"Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim untuk membantu saudara saya yang hidup di bawah penindasan," katanya, yang dipetik laman web Forum Islam Eropah.
Web berkenaan juga mendedahkan bahawa pemain itu menyumbang wang untuk membantu etnik Rohingya tetapi jumlahnya dirahsiakan. – Berita Harian Online


Saya buka pejabat 25 jam sehari untuk siasatan - TG Nik Aziz

Posted: 07 Jan 2013 04:49 AM PST

 




KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), mengulangi lagi bahawa kerajaan negeri membuka pejabatnya 25 jam sehari untuk disiasat termasuk kes 4,400 hektar tanah yang dimiliki oleh syarikat pemimpin Perak.
Menurutnya, kerajaan negeri tiada masaalah langsung berhubung perkara itu kerana Kelantan sebuah negeri yang sentiasa bersifat terbuka.

Menurutnya, berhubung kes yang didakwa pemberian tanah keapda syarikat yang dimiliki dua pemimpin DAP Perak itu, beliau memberitahu pegawainya telah menyerahkan fail berkaitan urusan pajakan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya beri peluang kepada orang buat apa saja (menyiasat) termasuk melalui suruhanjaya diraja ke, dan saya selalu sebut pejabat saya ni dibuka 25 jam sehari bukan 24 jam,"ujarnya.

Sambungnya, dengan cara itu beliau dapat mengingatkan diri sendiri berhubung amanah sebagai pemimpin disamping pegawainya agar sentiasa mengingati perkara yang sama.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam di Kompleks Kota Darulnaim, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk seri Mustapha Mohamed yang mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi mengatasi berhubung penjelasan kerajaan negeri tentang pajakan tanah yang membabitkan syarikat dari Perak itu.

Mustapha dalam media dua hari lalu dilaporkan berkata masih terlalu banyak persoalan tidak dijawab kerajaan negeri termasuk kemusykilan apakah pemimpin DAP terbabit mendapat keistimewaan tertentu daripada PAS.

Tuan Guru seterusnya turut mengulangi, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan untuk dibawa ke mahkamah pihak yang membuat tuduhan palsu berkaitan isu pajakan tanah tersebut dan sudahpun mengarahkan pegawainya mengambil tindakan itu.

P/S: isu penyelewengan PERTAM.Ali rustam ada berani ker nk buat macam tok guru buat??...tepuk dada tanya iman...

Pertunjukan Fesyen kondom di Megamall Melaka??

Posted: 07 Jan 2013 04:47 AM PST

Ingat x kes budak kecil cabul kehormatan wanita di sebuah stesen minyak jalan munshi?link adakah budak tersebut di pengaruhi oleh persekitarannya?mungkin ya..jawapannya ada di bawah nie...tp apa nk kisah kalu di melaka nie pon ada toy sex shop di dataran pahlawan....melaka sekarang tidak seperti dalam sejarah perkembangan syiar islam suatu ketika dulu....jauh bezanya...ini ker 750 tahun yang ali rustam nk banggakan?



Ingat x projek kondom percuma BArisan Nasional......tapi Melaka dah ciap ada patung Kondom lagi...perghh dashyat....Dato' Ali ape cer nie? dapat permit ker nie?



mana mufti melaka...kenapa diam?makan gaji buta.kalu pasal amanat haji hadi bukan men lagi...jamil khir knpa bagi reaksi isu nie?kuman seberang laut nampak gajah depan mata xnampak...hangpa jawab la depan Allah nanti..










TV3 Kantoi isu Air di Selangor

Posted: 07 Jan 2013 04:12 AM PST


Rasanya ramai yang sudah lama tidak mengikuti siaran berita dari rejim Zionis Barisan Nasional (BN) terutamanya Buletin Utama yang diterbitkan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3).

Berikutan krisis air di Lembah Klang ekoran kegagalan syarikat penyedia bekalan air menaik taraf sistem pam di beberapa rumah pam miliknya, TV3 sekali lagi cuba menipu penonton dengan menyertakan bukti berbeza dari segi kandungan audio dan visualnya!

Rakaman visual krisis air di Johor 'dikitar semula' kununnya sebagai bukti menunjukkan Selangor menghadapi krisis air tahap gaban!


Dalam laporan Buletin Utama dinyatakan lori tangki milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) yang dihantar tetapi visual menunjukkan bahawa sebenarnya lori tangki tersebut kepunyaan Syarikat Air Johor (SAJ) yang menghantar air ke kawasan kritikal ekoran krisis air di negeri itu beberapa tahun lalu.

Stesen televisyen swasta dasar pengampu Umno itu dikatakan cuba membodohkan penonton dengan paparan tersebut tetapi jika dikira logik akal, cuba kira berapa buah lori dari Johor digunakan semata-mata kunun membantu 'krisis air' di Selangor yang terletak lebih 200 kilometer jauhnya?

Berapa pula muatan meter padu yang mampu dihantar ke Selangor?

Jika difikir secara logik, sepatutnya negeri jiran terdekat Selangor seperti Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) atau Lembaga Air Perak (LAP) tampil membantu sama ada dari Seremban atau pun Tanjung Malim, bukannya dari Batu Pahat atau Ledang!

Tempat nama yang ditunjukkan dalam visual berita itu ialah Desa Lembah Permai tetapi audionya menyebut Desa Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, paparan di Majalah 3 yang mengulas keperluan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hingga menggelar penunggang motosikal berkuasa tinggi sebagai 'pelesit jalanan' oleh wartawannya Mazidul Akmal Sidik mendapat bantahan hingga mereka mengadakan protes di hadapan ibu pejabat stesen televisyen tersebut di Petaling Jaya dua minggu lalu. ~paspb

kredit: addin77.blogspot.com

p/s: lepas satu-satu kantoi...terdesak bila tiada isu...ini ler ghupenya...

Kisah pengasas Bank Al-Rajhi yang miskin...

Posted: 06 Jan 2013 04:30 PM PST

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.


Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.
Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.

Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi 'miskin' sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran 'faedah' adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.

Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.
Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.
Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.
Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.
Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.
Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.
Temubual:
Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.
Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.
Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.
Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : 'Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.
Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.
Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. "Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun."
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.
Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: "Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki." Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: "Alhamdulillah." – Mynewshub.my

Dupahang's Weblog

Posted: 07 Jan 2013 11:35 AM PST

Dupahang's Weblog


Doa hadapi ribut Sonamu

Posted: 07 Jan 2013 08:17 AM PST

  (Gambaran serangan Ribut Tropika Sonamu ke arah pantai timur Malaysia) Jabatan Meterologi Malaysia (MMD) dalam laman webnya mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan. Situasi ini dijangka berlaku pada 8 Januari, mulai jam dua petang [...]

Pengumuman Dari Jawatan Kuasa Hiimpunan Kebagkitan Rakyat

Posted: 07 Jan 2013 08:01 AM PST

blog Tukar Tiub PENGUMUMAN PENTING PAKAIAN sila pakai seringan mungkin, baju t, seluar, bukan kain ketat,seluar jeans,kasut sneaker kasut getah,bukan kasut tingi tumit, topi kain tudung, bawa towel kecil, gunakan beg selendang melekat ke badan APA YANG WAJIB DI BAWA air dalam botol,  garam halus, dan semangat berani melawan. TALIPON BIMBIT pastikan cukup bateri, pastikan [...]

Jangan Lupa Himpunan Mega Kebangkitan Rakyat 12 Jan 2013..sebarkan!!!!

Posted: 07 Jan 2013 07:55 AM PST

Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_1

Posted: 07 Jan 2013 07:51 AM PST

Mufti Perlis sindir TV3

Posted: 07 Jan 2013 07:45 AM PST

"amanat hadi dibincang tanpa menjemput hadi sendiri," tweet dari Juanda Jaya. Juanda Jaya, Mufti Perlis sindir TV3 kerana hanya berani menjemput mereka yang menghentam TG Hadi tetapi tak berani menjemput TG Hadi mempertahankan diri dalam forum "Amanat Hadi." Masih ingat debat olok-olok UMNO-PAS yang dianjurkan UMno sendiri, samalah dengan forum di atas. Lihat video… Baca [...]

Ada pimpinan UMNO ajak debat…. Ustaz Fadzil Noor ulas lama dah!!!

Posted: 06 Jan 2013 07:52 PM PST

Pak mufti, ulamak muda dan tua, Isma, Jati , perkasa dll, dengar ni!!!!!!!

Posted: 06 Jan 2013 07:47 PM PST

Oleh: senik “Assalamualaikum,, Bukan amanat Hadi yang jadi pencetus perpecahan, bukan DSAI yang jadi negara musnah dan bukan DAP yang menyebabkan Islam mundur, tetapi beberapa kerakusan yang berlaku dan dilakukan oleh UMNO yang menjadi punca segala kekalutan.Satu demi satu pendedahan kepada penyelewengan yang telah dibongkar oleh rakyat dan segala pembongkaran ini amat amat memerlukan respon [...]

Kematian Azrul: Sebuah Noktah Déjà vu

Posted: 06 Jan 2013 02:52 PM PST

Oleh Edy Noor Reduan Peristiwa kematian seorang remaja Mohd Azrul Zulkifli yang maut selepas motosikal yang dipandunya didakwa ditendang seorang anggota polis merupakan satu lagi detik hitam yang mencerminkan keganasan penguasa di dalam negara ini. Pihak polis tidak akan mengaku bersalah di atas motto ‘polis sentiasa betul’ yang diamalkan sejak sekian lama. Apa lagi yang [...]

apa nak jadi umno ni – KL112

Posted: 06 Jan 2013 02:48 PM PST

 

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 07 Jan 2013 11:22 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 06 Jan 2013 07:09 PM PST


Debaran 'Sonamu'; Amaran Kecemasan Telah DiAktifkan!

  • PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/sonamu.jpgKUALA TERENGGANU - Ribut Tropika 'Sonamu' dilaporkan laman sesawang 'Global Disaster Alert and Coordination System' (GDACS) akan melanda pantai Timur Semenanjung malaysia pada 6.00 GMT pada Selasa 8 Januari.

Data yang dibekalkan bersama oleh Pusat Amaran Ribut Angkatan Laut dan Udara Amerika Syarikat yang mencadangkan Sonamu akan mendarat di kedudukan 6.3 N,103.3 E.

Namun begitu kenyataan pada hari Sabtu 5 Januari Majlis Keselamatan Negara, yang diterbitkan akhbar The Sun meramalkan keadaan laut bergelora dan banjir di kawasan-kawasan rendah bermula semalam (Ahad) sehingga Rabu.

[Gambar Kanan - Imej satelit yang dirakam memaparkan pergerakan Sonamu (awan tebal puti) yang bergerak dari Vietnam menuju Laut China Selatan yang dijangka melanda Pantai Timur Semananjung pada pagi 8 Januari]


Setiausahanya Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir harus berwaspada amaran hujan lebat dan perlu membuat persediaan awal bagi kemungkinan banjir dan orang ramai harus menurut perintah daripada pihak berkuasa untuk mengosongkan rumah mereka. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah meramalkan keadaan laut bergelora dan banjir di kawasan-kawasan rendah akan berterusan sehingga Rabu.

Laman webnya telah mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/storm-sonamu.jpgSusulan itu, Buletinonline dimaklumkan satu berita yang agak tergempar apabila pihak Hospital Sultanah NurZahirah di sini telah memindahkan ubat-ubatan ke tingkat atas bagi menghadapi risiko ribut tersebut.

Menurut sumber dalaman itu, hospital turut mengarahkan pesakit-pesakit yang 'ringan' dan yang tidak melibatkan 'wayar' pulang ke umah masing-masing.

Sehubungan itu, seorang pengamal perubatan telah mengesahkan mendapat pesanan ringkas dari pihak Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian yang turut meminta semua pihak berjaga-jaga.

[Gambar kiiri - Ilustrasi yang melukiskan pergerakan Sonamu ]


"harap semua bersedia. 'Meeting' telah (dibuat) diperingkat MKN (Majlis Keselamatan Negara). 'Emergency response' di east cost(inner ring) activated already today (Amaran Kecemasan telah diaktifkan hari ini untuk Pantai Timur). 

"Banyakkan doa semoga semua ok. Cuti 'emergency staff' dibekukan,"sebagaimana yang dipetik dari pesanan ringkas itu.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz azman Shapawi Abdul Rani, beliau juga diberitahu oleh anaknya yang bersekolah di Batu Rakit, satu persiapan berjaga-jaga teah diambil pihak pihak sekolah.

"Anak saya di Batu rakit telefon, Cikgu arah kemas barang untuk pindah ke tingkat tiga (asrama), dijangka 9akan berlaku) banjir besar,"respon beliau pada Ahad malam 6 Januari.

Batu Gajah Mari

Posted: 07 Jan 2013 11:16 AM PST

Batu Gajah Mari


Pra Himpunan Kebangkitan Rakyat bersama Nizar esok!

Posted: 06 Jan 2013 08:39 PM PST

Jom hadir beramai ramai!

Ustaz Radzi Edar kalendar

Posted: 06 Jan 2013 08:37 PM PST



Medan Gopeng- 6 Januari 2013
Sempena menyambut tahun baru 2013, Pusat Khidmat Masyarakat  (PAS) DUN Sungai Rapat telah menganjurkan  Program mengedar kalender Pusat Khidmat  di Pasar Tani Medan Gopeng pagi tadi yang juga disertai  oleh bakal Calon PAS DUN 43 Sg Rapat, Ustaz Radzi Zainon.
Beliau telah diringi oleh Sdr Majer (B) Yaakub bin Mohd Yasin dan Encik Mat Osman beserta 8 petugas. Program yang bermula jam 10 pg itu  berakhir pada 11.30 pg dan menyelesaikan edaran sebanyak 700 keping kalender.
"Ini antara langkah mudah saya menyantuni rakyat, bertanya khabar dan mengetahui isu-isu setempat iaitu melalui edaran kelander dan risalah. Kalender mudah diterima ramai berbanding risalah kerana masyarakat kita tidak pernah menolak pemberian kalender percuma" jelas Radzi zainon apabila ditanya pandangan berkenaan program berkenaan.
Rata-rata masyarakat di Pasar Tani telah mengenali personaliti Radzi malah menganggap beliau adalah antara calon yang menjadi pilihan rakyat masakini.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat







N45 Dr Halimah Ali

Posted: 07 Jan 2013 09:25 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


STATISTIK KELUARAN JABATAN PERANGKAAN KEJAYAAN NEGERI SELANGOR

Posted: 07 Jan 2013 02:34 AM PST

Carta Statistik GDP dalam RM negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat dari tahun 2005 hingga 2010 dalam kategori (aktiviti) pertanian, perlombongan, pembinaan dan perkhidmatan.
Jelas menunjukkan peningkatan dalam semua aktiviti. Di Selangor sektor yang paling pesat pembangunannya ialah sektor pembinaan setelah PR mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.


 DS Noh Omar juga mungkin terperanjat melihat peningkatan sektor pertanian di Selangor.


 'BN, Umno, hentikan pembohongan'
Oleh  TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
   
 Tahun 2012 adalah satu tahun yang produktif untuk Kerajaan Negeri Selangor dan saya serta barisan pimpinan kerajaan mulakan tahun baru 2013 dengan azam untuk menggandakan usaha dalam memberi perkhidmatan pada rakyat.

Namun amat menyedihkan Timbalan Perdana Menteri telah memulakan tahun baru ini dengan terus membuat tohmahan politik dengan mendakwa rakyat Selangor telah empat tahun diperdaya Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, rakyat Selangor dan Malaysia yang telah 55 tahun diperdaya Barisan Nasional.

Artikel ini berhasrat menunjukkan bukti kukuh berkenaan keutamaan yang diberi oleh Pakatan Rakyat khususnya kerajaan negeri Selangor kepada kebajikan rakyat serta komitmen kami untuk mengamalkan tadbirurus beramanah.

Kami yakin bukan sahaja di Selangor bawah Barisan Nasional dahulu tetapi di mana-mana negeri bawah naungan Barisan Nasional sekarang, bukti sebegini tidak mungkin dibentangkan.

Dari segi pengurusan dan kedudukan kewangan serta peruntukan untuk program kebajikan, kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat jauh mendahului negeri-negeri bawah Barisan Nasional mahupun kerajaan persekutuan sendiri.

Kedudukan Kewangan

Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor pada tahun 2008, rizab tunai negeri hanya berjumlah RM760 juta.
Dalam masa singkat empat tahun, kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya meningkatkan jumlah ini lebih tiga kali ganda ke RM2.5 bilion.

Adakah ini hasil pengurangan perbelanjaan pembangunan?

Semestinya tidak. Sebaliknya, perbelanjaan untuk program-program kebajikan rakyat ditingkatkan setiap tahun, bukan diturunkan.

Kelebihan dana tercapai bukannya melalui pengurangan perbelanjaan, tetapi dengan penghapusan ketirisan dan gejala rasuah yang sebelumnya amat berleluasa.

Saya amat tegas dalam memastikan setiap sen duit rakyat diurus dengan rapi dan dibelanja secara beramanah. Justeru itu, hasil negeri berjaya dikongsi secara sama rata kepada semua rakyat Selangor, tanpa mengira bangsa, agama atau pendirian politik. 

Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) 


Program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor mencerminkan dasar asas kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang menegaskan bahawa segala hasil negeri harus disalurkan terus kepada rakyat, tanpa sebarang ketirisan dan tanpa "untung" yang bukan-bukan kepada pihak berkepentingan.

Rekod yang disimpan berkenaan perbelanjaan program MES merupakan bukti keprihatinan kerajaan negeri yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat memulakan program MES sebaik sahaja mengambil alih pada tahun 2008.

Pada tahun itu, jumlah peruntukan adalah RM73 juta. Jumlah ini meningkat secara berterusan setiap tahun: RM161 juta (2009), RM173 juta (2010), dan RM192 juta (2011).

Untuk 2012 sehingga September, peruntukan adalah RM 165 juta dan jumlah keseluruhan yang dibelanja demi kebajikan rakyat melalui program MES dalam empat tahun ini adalah RM 766 juta.

Sebanyak empat program telah berjalan secara berterusan sejak 2008 - 20 meter padu air percuma, Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas dan Tabung Pendidikan Anak-Anak.

Setiap tahun, program-program MES baru diperkenalkan. Program-program ini tidak mengambil pendekatan seperti dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional, yang menabur gula-gula berupa duit dan barangan secara buta dengan tujuan membeli undi.

Sebaliknya, asas MES adalah pemerkasaan dan pemberdayaan lestari, di mana rakyat diberi modal, latihan dan pertolongan supaya mampu dan sedia berhadapan dengan segala cabaran ekonomi secara berdikari.

Jumlah rakyat yang menerima bantuan MES juga telah meningkat secara konsisten sejak 2008 - 1.10 juta orang (2008), 1.19 juta orang (2009), 1.25 juta orang (2010), 1.30 juta orang (2011) dan 1.34 juta orang (2012, sehingga September).

Bukti terperinci komitmen kerajaan negeri Pakatan Rakyat terhadap kebajikan rakyat boleh dilihat dalam lamanweb rasmi.
 
Fokus kepada rakyat, bukan mainan politik


Maka, dengan bukti yang dikemukan di atas, jelas ternampak bahawa komen-komen Timbalan Perdana Menteri adalah komen pemimpin Umno yang kian terdesak sehingga tanpa segan silu sanggup membuat pembohongan secara terbuka kepada rakyat.

Saya ingin bertanya kepada beliau apa yang beliau telah lakukan sebagai Menteri Besar Johor ketika pemberian kontrak secara monopoli kepada Syed Bukhari? Bagaimana pula ketika rakyat Johor dipaksa membayar tarif air di antara tertinggi di Malaysia?

Sekarang di peringkat persekutuan, bilakah beliau akan berhenti berdolak dalih tentang isu pengembalian kawalan industri air kepada kerajaan negeri sepertimana yang diniatkan dalam Akta WSIA 2006 – satu proses yang dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional sendiri.

Timbalan Perdana Menteri sepatutnya berfikir dua kali sebelum membuat tohmahan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit bagi tahun 2013. Meskipun demikian, memandangkan PRU13 begitu hampir, maka ianya penuh dengan gula-gula pilihan raya. Lebih teruk lagi hutang Negara pula melebihi RM 500 billion.

Sebaliknya Selangor berjaya membentangkan belanjawan berimbang lima tahun berturut-turut dan lebih menekankan pelaburan jangka masa panjang demi kebaikan rakyat.

Ini mencerminkan prinsip kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang enggan menggadai masa depan generasi akan datang hanya untuk menang pilihanraya melalui kaedah-kaedah yang tidak halal.

Saya seru berhenti membuat fitnah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor dan bertanding dengan berhemah. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi Umno Selangor telah gagal menggoyahkan semangat rakyat Selangor, jadi tiada sebab Tan Sri Muhyidin harus mencuba.

Sumber: malaysiakini

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 07 Jan 2013 09:04 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Huni rumah reput

Posted: 06 Jan 2013 07:51 PM PST



28 Dis 2012

REMBAU: Nasib seorang warga emas di Kampung Chengkau Hulu, dekat sini, ibarat menunggu buah yang tidak gugur apabila permohonannya sejak tiga tahun lalu bagi membaiki rumah rosak teruk dimakan anak-anai, belum mendapat perhatian pihak berkaitan.

Aini Nikmat, 80, yang tinggal bersama anak lelakinya, Afendi Parjo, 44, juga orang kelainan upaya (OKU), kini terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka mendiami rumah yang semakin uzur dan boleh roboh pada bila-bila masa.

"Semakin hari rumah semakin reput dimakan anai-anai dan banyak atap yang bocor sehingga saya terpaksa menadah besen dan baldi setiap kali hujan.

"Keadaan bertambah teruk terutama sekarang musim hujan, habis rumah basah dan tidur malam saya tidak lena kerana bilik dimasuki air namun terpaksa juga tidur dalam kebasahan kerana tiada pilihan disebabkan rumah di tingkat atas langsung tidak dapat digunakan lagi kerana reput," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Aini berkata, setiap kali hujan dia menangis memikirkan nasib dan keadaan rumahnya itu serta sentiasa berdoa supaya ada pihak prihatin dan sudi membantunya.

"Nak harapkan anak, mereka semua hanya kerja kampung dan mempunyai tanggungan masing-masing, jadi saya terpaksa mengambil upah mengurut menambah pendapatan.

"Walaupun anak lelaki tinggal bersama, dia tidak dapat bekerja kerana cacat pendengaran dan bisu serta terpaksa bergantung hidup dengan saya.

"Saya menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 setiap bulan, namun jumlah itu tidak cukup untuk membaiki rumah yang rosak ini," katanya.

Cucunya, Yazaini Noryazid, 32, berkata, sebelum ini dia pernah membuat permohonan melalui ketua kampung bagi pihak neneknya dan mendapat kelulusan bantuan membaiki rumah, tetapi hairan sehingga hari ini tiada tindakan dilakukan.

"Saya kasihan melihat keadaan nenek yang tua dan tinggal di rumah yang uzur seperti ini tambahan pula jauh dari penduduk kampung.

"Dinding dan lantai rumah semua reput dimakan anai-anai, saya bimbang rumah ini boleh roboh pada bila-bila masa dan boleh membahayakan keselamatan.

"Saya berharap ada pihak dapat membantu dan mengambil tindakan segera untuk membaiki rumah nenek," katanya.

Majlis Ramah Mesra DUN Chembong

Posted: 06 Jan 2013 07:40 PM PST



Majlis Ramah Mesra Anak Muda & Anak Perantau Rembau
bersama Pimpinan Pakatan Rakyat Chembong.

Tarikh : 28 Januari 2013 ( Isnin )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Restoran Pinggiran Corner,Pinggiran Pedas ( bersebelahan Kolej Komuniti Rembau

Pimpinan :
* YB. Mohd Taufek Abd Ghani ( ADUN PAROI & Pesuruhjaya PAS NS )
* Dr. Rosli Yaakop ( MTD PAS Chembong & Timb. Pesuruhjaya PAS NS )

Anjuran : MTD PAS DUN Chembong
Hubungi : Ustaz. Nazri - 0196823159

KHIDMAT MERU

Posted: 07 Jan 2013 09:04 AM PST

KHIDMAT MERU


KENYATAAN MEDIA MENGENAI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

Posted: 07 Jan 2013 02:28 AM PST





YB Dr Abd Rani bin Osman mewakili PAS, YB Amiruddin mewakili PKR dan YB Teresa Kok mewakili DAP membuat kenyataan media mengenai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang insyaAllah akan di adakan pada 12 hb January di Stadium Merdeka . Mereka mensasarkan 300,000 orang rakyat akan turun padang dari kalangan anggota parti, penggerak dan penyokong Pakatan Rakyat untuk menyuarakan tuntutan rakyat .

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan