Lihatlah post di wall Abby Abadi ni.. dia perli ustaz-ustaz Umno. Malu kepada Abby Abadi yang baru berhijrah tapi lebih faham Islam daripada ustaz-ustaz Umno ni.
Ustaz-ustaz Umno ni hanya menjual agama demi kepentingan diri sendiri. Taraf mana ilmu ustaz Umno hingga nak memperlekehkan ulama-ulama besar dunia.
Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
SHAH ALAM 8 Jan. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang masih mempersoalkan atau memperlekehkan fatwa berkaitan larangan penggunaan kalimah Allah.
Baginda amat kesal kerana titah baginda dipandang ringan oleh sesetengah pihak sehingga isu yang sama dibangkitkan semula sedangkan tiga tahun lalu, titah yang sama pernah dikeluarkan berkaitan penggunaan kalimah Allah.
PENGUMUMAN
anak anak muda yang bijak IT
sila ambil perhatian
adalah salah
adalah tidak bersofan
adalah kurang hajar
memainkan gambar
sademikian dalam net atau facebook
sedarlah bahawa
raja raja melayu ini
adalah ketua agama islam
sedarlah tanpa raja raja melayu
agama islam akan musnah
sedarlah tanpa raja raja melayu
akidah bani melayu
akan goncang
TITAH PERLU DIHORMATI - meloya
SEREMBAN 8 Jan. - Muhyiddin Yassin berkata, rakyat khususnya di negeri Selangor wajar menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.
Menurut beliau, titah dan ketetapan Sultan Selangor itu adalah tepat dan baginda sebagai ketua agama mempunyai hak serta kuasa di peringkat negeri Selangor berhubung perkara tersebut.
"Titah itu juga harus dihormati kerana ada dalam Perlembagaan yang mana bidang agama kuasa terletak di bawah duli Tuanku," kata beliau di Klana Resort, di sini hari ini.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
maka dibawah ini ialah lagu negeri selangor yang baru untuk orang kapir yang makin babi kah kah kah
LAGU NEGERI SELANGOR ... Duli Yang Maha Mulia Selamat Di Atas Takhta Xxxxx Lanjutkan Usia Tuanku Rakyat Mohon Restu Bawah Duli Tuanku Bahagia Selama-lamanya Aman dan Sentosa Duli Yang Maha Mulia
NOTA: untuk orang islam sila gunakan allah pada tanda xxxxx
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis berhubung Himpunan Shamsidar yang dirancang diadakan di ibu negara pada Sabtu ini dipercayai didalangi pemimpin pakatan pembangkang.
Perkasa yang turut mewakili beberapa NGO lain membuat laporan tersebut bagi meminta pihak berkuasa menghalang perhimpunan itu yang dijangka mencetuskan rusuhan.
Menurut Timbalan Ketua Penerangannya, Abdullah Mansor, peserta perhimpunan itu dikatakan akan berhimpun di Dataran Merdeka mulai Jumaat hingga Ahad.
Katanya kemuncak himpunan itu adalah pada Sabtu.
"Kami mendapat maklumat perhimpunan ini akan dibuat di beberapa lokasi di ibu negara, antaranya Stadium Merdeka, Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Masjid Negara.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit.... APA BENDANYA HIMPUNAN SHAMSIDAR?.... kah kah kah..
kah kah kah..... TAK KIRA LAA APA NAMA NAK BAGI...kah kah kah...
kah kah kah.... YANG PENTING SATU JUTA TURUN... kah kah kah..
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit...PASAL APA BUAT LAPORAN LAMBAT SANGAT?.... kah kah kah..
kah kah kah.... SEDANG BERENDAM KE?.... kah kah kah,....
kah kah kah... ATAU AIR BANJIR TAK DAPAT BERENANG.... kah kah kah
Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohd Misri Idris berkata Sultan Selangor "terkejut dan kesal" dengan kenyataan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang dilaporkan meminta kerajaan membenarkan kalimah Allah diguna dalam injil berbahasa Melayu.
Mohd Misri dalam satu kenyataan hari ini berkata, Sultan Selangor dalam satu mesyuarat khas yang turut disertai Mufti Selangor pada Ahad lalu menetapkan bahawa kalimah berkenaan hanya boleh digunakan boleh umat Islam.
"(Kalimah Allah) tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang lain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010", kata Mohd Misri yang menjelaskan ketetapan oleh Sultan Selangor itu.
Jelasnya, larangan berkenaan dikuatkuasa melalui Seksyen 9 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit...MANA LEBIH BETUL...KAVITA SINGAH ATAU TENGGELAM SINGH....kayh kah kah..
kah kah kah.. .MANA LEBIH BERILMU ... KAVITA SINGH ATAU KARAM SINGH... kah kah kah..
kah kah kah...MANA LEBIH BETUL KAVITA SINGH ATAU COOL DEEP SINGH.... kah kah kah
1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: "Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah" pada bulan januari 2010 yang lalu.
2. Kalimah "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.
3. Kalimah "Allah" tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu pengganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.
4. Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Aallah" dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.
5. Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya:
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan sengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Par paderi, sami dan pemimpin ) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudia jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Ali-imran:64)
6. PAS merasa sangat kesal terhadap Umno yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk.
BERITA TER NOW seramai tujuh pemimpin pakatan bersama 3 dari ngo baru sahaja selesai bertemu dengan ketua polis negara di bukit aman delagasi 10 orang ini telah disambut baik perbincangan berjalan secara sivil delegasai jawatakan kuasa HKR berasma pemimpin pakatan telah diberi pengenalan oleh ketua polis negara tentang APA2011 - akta perhimpuan awan 2011 PEKARA YANG DITIMBULKAN 1 - jammer - ketua polis negara kata barang ini ada terjual di pasaran maknanya bukan kerja polis sahaja 2 - ada polis masa bersih 3 tak pakai nama dan number ketua polis negara telah bangun dan menunjukkan pakaian seragam beliau ada nama jelas yang tak ada hanya number kerana KPN pegawai tinggi yang lain wajib ada number dibaju 3 - jangan ada water cannon - ketua polis negar berkata operasi adalah hak beliau 4 - kanak kanak TIDAK dibenarkan ikut serta 5 - kad untuk wartawan - ini mengikut kata ketua polis negara untuk memperbaiki kesilapan yang lalu i.e wartawan kena belasah 6 - KPN bertanya tentang tempat - mat sabu jawab belum ada 7 - perlu ada hot line antara penganjur dengan ocpd dang wangi 8 - perlu ada pemimpin/kepala yang mengepali perjalanan dari tempat permulaan ke tempat berhimpun i.e dari stesen kereta api ke stadium merdeka mat sabu cakap oranag dari pendang tak tahu mana letaknya stadium merdeka KEPUTUSAN TEMPAT esok jawatankuasa penganjur HKR akan akan mengadakan mesyuarat di ibu pejabat pas dan sidang akhbar kjam 4:00 perang sila layari tukar tiub untuk maklumat ter now!
SEBAGAI PENUTUP tuan haji mat sabu telah berkata rakyat dan pakatan rakyat tdak mahu ada PERTUMPAHAN DARAH apabila bertukar kerajaan KPN hanya mendengar sahaja\ DELEGASI mat sabu tok pa yb teng yb chin tong yb saifuddin surendran yb dari pasir panjang maria chin cik gu ishak surin tukar tiub
PENGUMUMAN sila layari tukar tiub untuk perkembangan ter now tentang HKR untuk mendapat maklumat terkini untuk mendapat arahan terkini sila layari tukar tiub
TANJONG MALIM: Seramai 34,980 Orang Kena Saman (OKS) diminta hadir ke Mahkamah Majistret Slim River di sini pagi ini bagi sebutan kes saman berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Difahamkan sebutan kes bermula jam 8.45 pagi ini.
Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) akan berada di sana bagi membantu mereka yang dituduh.
Sementara itu, satu sidang media oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Mohd Misbahul Munir Masduki akan diadakan tengah hari ini di perkarangan mahkamah di sini.
Sidang media akan disertai Ketua Penerangan PAS Negeri Ahmad Nuri Al-Amin.
Sebelum Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk membekukan kesemua prosiding berkaitan dengan saman kesalahan AES, yang dimulakan sejak dua minggu lalu, sehingga beberapa aspek perundangan dan teknikal diselesaikan.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit.... NAMPAK JELAS NEGARA INI TEKAH HANCUR.... kah jkah kah..
kah kah kah....TAK TAHU SIAPA YANG BERKUASA.... kah kah kah..
kah kah kah...HAKIM NEGARA KATA BATALKAN SAMAN.... kah kah kah..
kah kah kah... KRONI NAJIB TERUS MENYAMAN.... kah kah kah..
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit.... 34,980 YANG KENA SAMAN INI DATANG KL SABTU INI...kah kah kah...
kah kah kah...KITA TIBAI NAJIB DAN ROSMAH.... kah kah kah..
kah kah kah... DEMO SABTU INI DARI 5 JUTA BERTAMBAH 34,890... kah kah kah..
Sabtu 12 Januari 2013 minggu ini satu juta anak semua bangsa – tua dan muda - akan berhimpun di Kuala Lumpur. Ini adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat. Satu juta rakyat yang hadir di Kuala Lumpur telah disusun oleh badan-badan Ngo dengan kerjasama yang rapat dengan parti-parti politik dari Pakatan Rakyat.
Pelancaran resmi HKR ini telah dijalankan pada 3 November tahun lalu di Seremban.Pelancaran ini telah disambut oleh 30,000 warga yang tidak berganjak walaupun hujan turun mencurah-curah. Kehadiran dalam hujan lebat ini telah dibaca sebagai 'mood' rakyat telah bersedia keluar ke jalan raya untuk membuat tuntutan. Lalu angka 1 juta dijadikan sasaran.
Selama dua bulan ini para aktivis NGO bersama pekerja dan pemimpin Pakatan Rakyat telah ke hulu he hilir berkempen untuk meledakkan kemarahan orang ramai. Para aktvis Ngo, perkerja dan pemimpin Pakatan Rakyat telah ' mengocak dan mengacau' dari negeri ke negeri – dari kota ke kota – dari kampong ke kampong - dengan niat jujur untuk menerangkan jenayah United Malays National Organisation.
Saya terlibat secara langsung. Tanpa segan silu saya telah memperkenalkan satu 'terminaloji baru' – MENGHASUT - dalam istilah politik kontemperori Malaysia. Saya telah merampas kembali perkataan HASUT yang selama ini melalui Akta Hasutan telah digunakan untuk menindas rakyat. Tanpa berselindung, tanpa berlapik – saya telah menjelajah seluruh Semenanjung untuk 'menghasut' anak semua bangsa – tua dan muda – agar turun pada hari Sabtu ini.
Pasti ada yang akan bertanya : apakah tujuan HKR ini akan menghasilkan sesuatu? Apakah himpunan 1 juta orang ramai ini akan mengubah lanskap politik tanah air? Apakah himpunan ini akan membawa apa-apa kebaikkan? Apakah ianya akan membawa mudarat dan musibah keatas Pakatan Rakyat? Apakah nanti himpunan ini akan ditohmah dan difitnah?
Semua soalan ini adalah soalan yang jujur. Soalan sademikian lahir dari hati jujur penyokong Pakatan Rakyat yang mahukan satu kerajaan dan pentabiran baru didirikan di Putrajaya. Justeru saya wajib menjawab soalan-soalan ini dalam usaha bersama-sama untuk membawa pencerahan dan perubahan.
Himpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah jalinan kerjasama antara Ngo dengan Pakatan Rakyat. Tujuan kerjasama ini cukup jelas. Yang terlibat dalam HKR adalah Ngo-Ngo yang partisan – yang berpihak. Ngo yang berpihak kepada rakyat dan kebenaran. Ngo yang berpihak ini mengajukan 'regime change – ubah kerajaan' sebagai induk dasar perjuangan mereka. Ini bukan gerakan Ngo yang kuntau muntau , berdolak dalik, lembik lagi mandul dengan dasar perjuangan – non partisan – tidak menyebelahi yang zalim atau yang dizalimi.
Himpunan Kebangkitan Rakyat ini bukan gerak kerja Ngo yang takut dengan falsafah 'regime change'. Atau Ngo yang secara senyap-senyap menyamar sebagai pro-rakyat tetapi hakikatnya bersubahat dengan United Malays National Organisation. Ngo-Ngo mandul ini berpura-pura melawan untuk menipu orang ramai walhal, hakikatnya pengamal Ngo bentuk ini menikmati hidup lumayan kerana bersubahat. Dengan konsep 'non partisan' – tidak menyebelahi mana-mana pihak - mereka ingin dilihat 'melawan' tetapi hakikatnya mereka membantu memanjangkan umur United Malays National Organisation.
Ngo sperti Anak, SAMM, UBU, Himpunanan Hijau, Royalti, GMI, SMM, ABU, Mufakat atau Ngo anti PPSMI – adalah pendukong tegar HKR. Ngo-ngo ini tidak menolak jalan raya sebagai kancah politik. Ngo ini menerima tunjuk perasaan sebagai wadah politik. Ngo-ngo ini secara jelas lagi lantang mahukkan 'regime change'. Ngo-ngo ini telah letih dan penat menghantar memo. Mereka telah lelah dan lesu membuat laporan polis. Mereka telah bosan ke mahkamah.
Ngo-Ngo ini telah mengumpulkan pengalaman. Mereka melihat memo mereka ditong sampahkan. Mereka naik bosan berbincang tak habis-habis. Akhirnya mereka menyedari bahawa polis dan mahkamah adalah milik United Malays National Organisation. Mereka juga sedar bahawa SPR dan SPRM pekakas United Malays National Organisation.
Pengalaman mereka telah menunjukkan bahawa membuat sesuatu yang sama berulang-ulang kali dengan harapan ianya akan menghasilkan jawapan yang berbeza adalah kerja orang gila. Hantar memo, buat laporan polis atau ke mahkamah telah menjadi kerja bangang yang tidak membawa apa-apa hasil. Justeru mereka turun ke jalan raya untuk mengampohkan lagi tuntutan mereka.
Jangan silap faham – Ngo ini bukan pro-pembangkang. Ngo ini bukan alat pembangkang. Ngo-Ngo ini adalah penyokong dan penggerak masyarakat madani yang anti-kerajaan. Menuduh Ngo ini sebagai pro-pembangkang ialah satu penghinaan. Konsep Pro-Pembangkang dengan konsep anti-kerajaan adalah dua konsep yang berbeza-beza - gula dan garam tidak sama.
Kerana itu jika kerajaan baru Pakatan Rakyat tidak menunaikan tuntutan-tuntan ini maka semua lembaga Ngo ini akan sekali lagi bangun melawan. Justeru Deklarasi 12 Januari yang akan dinobatkan pada malam Sabtu ini nanti akan mengajukan dan mengingatkan tuntutan bukan hanya kepada kerajaan yang berkuasa pada hari ini. Tuntutan ini juga diajukan kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang akan datang.
Apakah 1 juta dijalan raya ini akan mengubah lanskap politik negara? Jawapannya : sudah pasti. Kemunculan 1 juta warga nanti adalah untuk membuktikan kepada umum bahawa Pakatan Rakyat dengan sokongan Ngo memiliki kekuatan yang ampoh. Dalam bahasa asing... a show of strength...' ini membuktikan tututan orang ramai untuk mendirikan kerajaan baru cukup kuat lagi ampoh.
Kehadiran satu juta dijalan raya akan menenggelamkan segala tohmahan saperti - Amanat Haji Hadi, Murtad Nurul Izzah, kenyataan Allah Mat Sabu, kes liwat Anwar Ibrahim, masaalah air di Selangor dan dan dan....Semuanya akan tenggelam dalam lauangan 1 juta rakyat.
Selama berbulan bulan rakyat melihat Pakatan Rakyat telah dibuli dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Melalui media milik United Malays National Organisation – siang dan malam – Pakatan Raktyat telah diduku. 12 Januari ini ialah tanda noktah untuk pembulian ini.
Satu juta rakyat dijalan raya ini juga bermakna Pakatan Rakyat ini satu gerakan politik yang ampoh dan popular. Satu juta penyokong Pakatan sanggup turun ke jalan raya – tanpa diupah tanpa diancam. Ini adalah petanda bahawa hari akhir United Malays National Organisation telah sampai.
Jumlah 1 juta ini juga akan menyedut para pengundi diatas pagar. Tunjuk perasaan ialah menunjukkan kemarahan dan kebencian terhadap United Malays National Organisation. Kemarahan ini akhirnya akan diterjemahkan sebagai undi. Warga diatas pagar yang tersedut melihat 1 juta dijalan raya pasti tidak mahu dilihat ketinggalan. Mereka juga akan tersedut untuk bersama mengundi Pakatan.
Apakah himpunan ini akan memudaratkan Pakatan Rakyat? Apakah akan berlaku kacau bilau? Disini lebih awal saya terangkan – jika berlaku kacau bilau, jika berlaku gangguan – semua ini adalah provokasi tersusun dan terancang dari jentera resmi dan tidak resmi milik United Malays National Organisation. Jentera dan pekakas resmi yang dimaksudkan ialah polis, FRU, dan mata-mata khas yang kerjanya terlatih untuk membuat huru hara.
Mustahil HKR yang pada ketika ini masih menunggu jawapan kebenaran untuk menggunakan Stadium Merdeka memiliki kudrat dan iradat untuk buat kacau. Jika kunci Stadium Merdeka pun tidak ada pada tangan jawatankuasa HKR maka amatlah mustahil jawatankuasa ini ada keupayaan untuk membuat onar.
Biar saya nyatakan seawal mungkin – jika ada kekacauan berlaku maka kekacaun ini pastilah kerja jahat dari jentera upahan United Malays National Organisation. Hanya parti politik yang terdesak dan akan terkubur sahaja yang suka buat kacau. Manakala Pakatan Rakyat yang imejnya sedang naik cemerlang pasti berfikir 200 juta kali sebelum berfikir untuk membuat onar.
Pasti ada penyokong setia Pakatan Rakyat akan merasa cemas – apakah akan muncul dikaca tv, di muka hadapan akhbar – berita-berita negatif tentang Himpunan ini? Untuk pertanyaan ini saya menjawabnya dengan pertanyaan. Semenjak bila media dan tv milik United Malays National Organisation melaporkan berita tentang Pakatan Rakyat atau pemimpin Pakatan secara tepat dan adil?
Yakinlah - media musuh akan terus menyerang dengan pelbagai fitnah dan tohmah tanpa henti-henti. Jangan ada apa-apa mimpi dan angan-angan disini. Hakikatnya sama ada rakyat berhimpun atau duduk membakar jagung atau memeram telor dirumah - media United Malays National Oganisation akan terus melahirkan berita tohmah dan fitnah. Media musuh akan terus menyerang – ini tugas mereka.
Akhirnya kita sampai kepada niat tersirat Himpunan ini. Saya telah menjelaskan dalam hasutan saya bahawa jumlah 1 juta yang akan datang ke Kuala Lumpur adalah satu amaran kepada Najib, Rosmah, Muhyiddin dan Mahathir. Jumlah 1 juta ini adalah amaran agar mereka TIDAK akan menipu dalam PRU13 yang akan dijalankan tahun ini.
Abang, adik, dan pembaca – jangan salah tafsir. Jumlah 1 juta ini bukan satu ancaman. Jawatankuasa HKR tidak membuat apa-apa ancaman. Jumlah 1 juta adalah satu janji suci dari para pengundi - anak semua bangsa - bahawa mereka TIDAK mahu lagi ditipu dalam PRU13. Hentikan penipuan dan jalankan pilihanraya yang bersih dan adil.
Tarikh 12 Januari 2013 bukan meniru Arab Spring. Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu ini ialah Malaysian Durian. Durian – susah untuk diambil isinya. Tetapi apabila terbuka maka akan terbukalah ruang demokrasi yang isinya akan sama-sama kita nikmati. Kita berjumpa di Kuala Lumpur Sabtu ini. (TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN yang terbaru
sesiapa ingin melanggan akhar
mingguan ini sila pukul talipon
02-22-72-40-45
------
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Semalam apabila kami mendapat email gambar tarian separuh bogel tu, ada banyak komen dari pencacai umno cakap pihak kami edit dan fitnah pihak polis.
Hari ni pihak polis sendiri mengesahkan bahawa gambar itu benar.
Ahmad Fadli KC
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata beliau terkejut dengan bentuk persembahan tarian oleh sekumpulan wanita dalam majlis makan malam ketika meraikan anggotanya pada 4 Januari lalu.
NONEKetua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob menjelaskan tarian itu tidak ditempah pihaknya dan ia dipersembahkan secara mengejut.
"Tarian yang dipersembahkan itu tidak bukanlah yang ditempah dan unsur ini tidak timbul semasa raptai.
"Perkara yang berlaku adalah secara mengejut tanpa izin penganjur," katanya.
1- Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 Januari 2010, dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: “Allah: Kalimah yang Benar,Tujuan Yang Salah” pada bulan Januari 2010 yang lalu.
2- Kalimah “Allah” adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.
3- Kalimah “Allah” tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu penganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.
4- Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah “Allah” dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.
5- Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Para paderi, sami, dan pemimpin) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.” [Ali-Imran: 64]
6- PAS merasa sangat kesal terhadap UMNO yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai agama dalam masyarakat majmuk.
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia
Saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Dr Novandri kerana berani mengakui kesilapan, memohon maaf dan membayar ganti-rugi di atas fitnah beliau terhadap diri saya. Ini merupakan tindakan yang wajar dan waras memandangkan fitnah memfitnah itu adalah satu amalan terkutuk dan perlu dihentikan.
Malaysia memerlukan corak kepimpinan politik yang menjauhkan diri dari budaya politik fitnah di mana hak rakyat dihormati dan diakui. Rakyat perlu diberikan peluang untuk mendengar penjelasan dari semua pihak, menilainya dan membuat keputusan secara bebas berdasarkan maklumat yang tepat. Budaya politik fitnah dan penguasaan maklumat di mana rakyat dihalang dari mendapat penjelasan dari semua pihak secara terus adalah corak politik yang ingin menguasai dan mengongkong rakyat. Ianya budaya politik lapuk yang tidak mempunyai tempat lagi di Malaysia.
Saya mengharapkan bahawa kesediaan Dr Novandri untuk mengakui kesilapannya, memohon maaf, membayar ganti rugi dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi adalah langkah ke arah corak dan budaya politik yang lebih matang dan bertamaddun bagi negara kita.
Budaya politik lapuk yang selama ini mencorakkan politik UMNO/BN perlu dikuburkan dan inilah apa yang perlu dilakukan rakyat dalam PRU ke 13 ini. Melalui kemenangan PR dalam PRU ke 13 ianya akan membuka lembaran baru ke arah politik baru yang akan menjamin terhentinya budaya politik fitnah dan monopoli maklumat, insyaAllah.
Apakah ini Prosedur Operasi Standard Baru (SOP) Baru polis terhadap petugas media?
Memang pelik prosedur baru yang diperkenalkan oleh PDRM kita kali inih! Wartawan yang akan membuat liputan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu ini digesa supaya memakai pas khas yang dikeluarkan oleh pihak polis supaya mereka mudah dikenal pasti.
Wahai, bagaimana pula halnya dengan pihak polis sendiri yang menyamar dan membuat provokasi sewaktu perhimpunan aman rakyat? Ada banyak gambar polis yang bertugas tanpa lencana nama dan nombor. Malah ada yang menutup muka supaya tidak dikenali.
Apakah tujuan penyamaran polis sedemikian kalau bukan kerana mahu membelasah orang ramai? Polis kata ini adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan para wartawan dari dipukul oleh anggota polis seperti semasa perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas.
Pada himpunan itu, dua wartawan dimasukkan ke hospital akibat dipukul polis manakala beberapa wartawan dan jurugambar dikasari termasuk kad memori kamera mereka dirampas dan dilarang mengambil gambar.
Sedangkan wartawan dari organisasi berita sudahpun memiliki kad akreditasi kerajaan, namun polis seolah-olah tidak menghormati pemilik kad tersebut dan hanya mereka yang memakai 'pas polis' adalah wartawan dan patut diberi kerjasama.
Apakah kalau petugas media tanpa 'pas polis' , maka polis bolehlah rampas kamera, belasah mereka macam waktu BERSIH 3.0 dulu tu?
Apakah ini lessen untuk polis mengganas dan membelasah orang? Bagaimana pula dengan hak warga negara yang hanya mempunyai MyKad yang akan menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat, 12 Januari ini di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, bermula jam 2 hingga 5 petang?
Apakah polis diberikan hak untuk membelasah mereka semata-mata kerana mereka tidak mendapat 'Pas Polis' ?
Sudah ada banyak contoh perhimpunan yang berlangsung secara aman hasil kerjasama polis dan orang awam. Seperti Himpunan 901 dan juga Himpunan Oren , tiada masalah apa pun.
Tugas polis adalah mengawal dan menjamin keselamatan orang ramai.Bukan sahaja terhad kepada petugas media, malah seluruh rakyat. Bukan seperti yang ditayangkan melalui video berikut :
Harap, pihak polis yang bertugas akan memakailah pakaian polis yang mudah dikenali dengan nombor masing-masing. Jangan pula menyamar sebagai pendemo dan berantakan membuat provokasi serperti di masa yang lepas-lepas (tengok video atas tuh!) sewaktu rakyat berdemo secara aman.
Sewaktu aku budak-budak dulu, orang-orang dewasa selalu menakut-nakutkan kami dengan cerita 'Pemotong Kepala' "Cepat masuk rumah! Ada tukang ambil kepala orang kat luar tu!"
Begitulah kakak aku selalu kata bila dia nak suruh aku supaya cepat masuk kedalam rumah untuk mandi atau makan. Budak-budak memang leka bermain di luar rumah dan degil bila disuruh masuk ke rumah dengan memberi pelbagai alasan untuk terus bermain.Bukan main apa sangat pun …main-main tanah pasir di laman rumah…
Itulah cara yang paling berkesan supaya kami budak-budak berhambat masuk ke rumah dengan menakutkan kami dengan Pemotong Kepala ….
Aku amat takut bila bertembung dengan Benggali yang sedang menyabit rumput untuk lembu-lembunya.Benggali itu mencekak rumput panjang dengan tangan kirinya, lalu tangan kanannya yang memegang sabit mengerat rumput itu. Aduh! Aku berasa ngeri sangat, terasa macam leher aku pula yang dicekak dan dikeratnya!
Takut betul aku bila jumpa Benggali potong rumput! Maka aku sangatlah percaya pasal cerita Pemotong Kepala ini . Kononnya bila gomen nak bina jambatan, gomen perlukan kepala budak-budak untuk upacara menyemah puaka ditempat pembinaan tersebut…
Kakak aku ni pernah bercerita : Dulu ada seorang budak kena tangkap oleh seorang tukang penggal kepala.
Budak itu disimpan dalam sebuah rumah bersama dengan ramai lagi kanak-kanak yang senasib dengannya.
Untuk melekakan kanak-kanak tu semua supaya tidak menangis , kata kakak aku, mereka diberikan macam-macam permainan dan makanan di rumah itu.
Tapi kanak-kanak itu menyedari, kawan-kawannya itu semakin berkurangan menyebabkan dia ingin tahu kemana perginya…. Entah macam mana dia dapat mengintai dan dapat melihat apa yang terjadi dengan salah sorang kawannya itu…
Budak yang agak cerdik sedikit ini sentiasa berfikir mencari jalan bagaimana untuk melepaskan dirinya dari rumah tersebut. Dia perlu berikhtiar sebelum tiba gilirannya pula…
Semasa dia sedang berada dalam tandas, tiba-tiba dia lihat tong tandas itu ditarik keluar. ( Dulu-dulu kitaorang pakai tandas tong. Ada petugas yang akan mengambil tong berisi najis dan digantikan dengan tong kosong…)
Inilah peluang aku, fikir budak itu dan tanpa membuang masa, dia terus meloloskan dirinya melalui lubang tempat tong najis itu dan merayu kepada pengangkut tong najis itu supaya menolongnya lari dari tempat tersebut.
Tukang angkut tong najis itu pun masukan semula tong yang berisi najis itu semula ke tempatnya lalu meletakan budak itu ke dalam tong najis yang masih kosong itu dan membawanya pergi dari situ.
Budak itu pun selamat kembali kepada keluarganya.Aku pun tanya kakak aku, "Mana sekarang budak tu?"
Kakak aku jawab, budak tu sekarang ada kat Tanjung Rambutan.Dia jadi gila setelah melalui peristiwa yang sangat mengerikan itu …
Aku selalu juga cerita kat member aku masa kecik-kecik dulu cerita ini.Diaorang semua percaya! Ha! ha! ha!
Itu cerita dulu.Setiap kali mahu bina jambatan baru, maka setiap kali itu jugalah gomen mahukan kepala budak-budak untuk menjamu sang puaka.
Ini pula cerita pasal Potong Kepala di Pulau Pinang. Apakah jambatan lama Pulau Pinang tu masih memerlukan kepala?
Berapa banyak kepala diperlukan untuk menjamu puaka jambatan Pulau Pinang tu? Kali ini bukan sahaja kepala budak, tapi kepala bapak budak pun dijadikan mangsa disini
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
ALOR SETAR: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang akan berlangsung di Stadium Merdeka Kuala Lumpur 12 Jan ini bukan sahaja akan disertai ahli dan penyokong politik, malah juga golongan guru pondok.
Antaranya Mudir Pondok Ar Rahmaniah Sik Tuan Guru Salleh Musa yang juga bakal mengepalai 50,000 rakyat Kedah ke perhimpunan itu nanti.
Setiausaha PAS Kedah, Musoddak Ahmad berkata, seluruh ahli PAS Kedah yang akan ke himpunan itu menganggap Tuan Guru Salleh telah mengetuai kontinjen ini.
"Kita anggap Tuan Guru Salleh telah mengetuai seluruh kontinjen PAS Kedah dan kita ambil semangat kesediaan beliau turun untuk menggembleng 50,000 ahli kita turun ke sana," ujarnya pada sidang media selepas Mesyuarat Mobilisasi HKR di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam.
Sebelum ini, tokoh ulama berusia 85 tahun itu telah membuktikan komitmennya dalam menuntut keadilan apabila turut serta dalam himpunan Bersih 3.0 tahun lalu.
Sementara itu Musoddak berkata, seluruh ahli PAS Kedah akan pergi secara konvoi berkenderaan mengikut PAS Kawasan masing-masing termasuk lebih 200 bas yang ditempah khas.
TANJONG MALIM: Perbicaraan kes saman mangsa Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dijadualkan berlangsung di Mahkamah Majistret Slim River hari ini tidak dapat dijalankan apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mendaftarkan kes tersebut di mahkamah.
Seramai lebih 100 Orang Kena Saman (OKS) daripada 34 980 kes hadir untuk mengikuti perbicaraan namun ianya tidak dapat dilaksanakan.
Mangsa saman AES dibenarkan pulang selepas mengisi nama dan memaklumkan kehadiran kepada pegawai JPJ yang bertugas.
Beberapa mangsa yang hadir menyatakan kekesalannya apabila merasakan diri mereka dianiaya serta dipermainkan oleh pihak kerajaan.
Ramai mangsa yang hadir daripada jauh termasuklah Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor berasa terkilan kerana terpaksa menghabiskan wang ringgit untuk hadir ke mahkamah namun ianya tidak dapat dijalankan seperti yang tertulis dalam surat saman.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki (gambar) yang turut hadir ke mahkamah berkata, pihak JPJ seharusnya memaklumkan kepada OKS agar tidak menimbulkan kesukaran kepada mereka.
Menurutnya, proses saman ini dilihat kelam kabut dalam prosuder mengendalikan proses ini dan beliau hairan kenapa saman tersebut masih dikeluarkan walaupun ia tidak dapat dibicarakan.
"Kerajaan mesti bertanggungjawab dalam hal ini kerana tidak memberi penyelesaian yang kongkrit.
"Sepatutnya kerajaan serius kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat di negara ini dan kerajaan tidak sepatutnya berniaga dengan rakyat dalam isu ini," katanya kepada Harakahdaily.
Ditanya tentang jumlah mangsa saman yang tinggi iaitu 34 980 kes, beliau berkata, ianya membuktikan bahawa syarikat kroni akan mendapat keuntungan yang sangat tinggi jika sistem ini diteruskan.
Misbahul menjelaskan, kamera AES ini beroperasi 24 jam tanpa henti sehinggakan berjaya menangkap 34 980 pesalah di Slim River sahaja.
Sementara itu, Peguam PAS, Zamri Ibrahim ketika dihubungi berkata, perbicaraan kes turut berlangsung di beberapa tempat di Perak termasuklah di Mahkamah Majistret Tapah, Mahkamah Majistret Ipoh, Mahkamah Majistret Sungai Siput dan Mahkamah Majistret Taiping.
Beliau berkata, setakat ini tiada makluman Jabatan Peguam Negara untuk melakukan pendakwaan terhadap penerima-penerima notis saman tersebut.
Sehubungan itu katanya, peguam-peguam PAS yang terlihat hanya bersedia dan akan ke mahkamah jika adanya pendakwaan untuk memberikan khidmat guaman percuma sebagaimana telah dinyatakan sebelum ini.
"Kami bagi pihak peguam PAS sentiasa bersedia memberi khidmat guaman kepada mangsa saman AES dan mengajak rakyat terus berjuang menentang sistem ini," tegas beliau.
Hadir sama ke mahkamah ialah Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Nuri Al-Amin dan Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh.
Tiga pertubuhan masyarakat sivil hari ini mengumumkan pembentukan satu badan pemantau pilihan raya umum ke-13 dikenali sebagai Pemantau Pilihan Raya Rakyat (PEMANTAU).
PEMANTAU yang terdiri daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) dan Pusat Komunikasi Masyarakat (Pusat Komas) bercadang merekrut sekurang-kurangnya 10,000 sukarelawan untuk melaksanakan tugas berkenaan.
Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata pemantauan itu meliputi "pemantauan proses pilihan raya semasa tempoh berkempen dan hari pengundian serta menjalankan pemantauan media".
PEMANTAU juga menumpukan kerusi yang dijangkakan panas, selain kawasan dengan bilangan pengundi baru yang tinggi, kata Ambiga.
Menurutnya lagi, pemantauan media akan dibuat dengan kerjasama Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ). Tambahnya, 10,000 sukarelawan yang akan direkrut PEMANTAU juga disyaratkan tidak memiliki sebarang keahlian mana-mana parti politik untuk memelihara sifat tidak partisan badan itu.
"Ahli parti politik tidak boleh menjadi pemantau, kita perlu mengekalkan sifat tidak partisan pemantau ini," katanya.
Pemantauan itu, kata Ambiga akan dibuat berdasarkan piawaian antarabangsa dan deklarasi yang diguna pakai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Maklumat lanjut daripada masa ke masa berkenaan kempen itu boleh diperolehi melalui laman Facebook dan laman web BERSIH, kata Ambiga.
Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh yang turut hadir pada sidang media pagi tadi menegaskan PEMANTAU tiada kuasa untuk campur tangan dalam perjalanan pilihan raya dan akan hanya melihat, merekod dan menerbitkan laporan berkenaan PRU 13 apabila ia tamat.
Pengarah Eksekutif Pusat Komas, Arul Prakkash pula mengumumkan orang ramai turut sama dijemput untuk menyampaikan maklumat berkenaan perjalanan PRU 13 secara terus kepada PEMANTAU.
"Kita juga sudah bangunkan laman web pru13.info dan kita pelawa rakyat biasa untuk pantau dan hantar laporan terus melalui SMS, talian aduan, atau Twitter," katanya.
Beliau turut merayu kepada orang ramai untuk menyalurkan sumbangan melalui kempen "RM10 kepada PEMANTAU" untuk membiayai program berkenaan.
Katanya, sumbangan tersebut boleh disalurkan melalui akaun CIMB Islamic bernombor 1238-0000-6611-00 atas nama Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata pakatan pembangkang harus memastikan perhimpunan yang dicadang dianjurkan mereka Sabtu ini tidak bertukar menjadi rusuhan.
Mereka patut memohon kepada Stadium Negara jika ingin menganjurkan perhimpunan di situ dan memastikan kapasiti yang ditetapkan, dipatuhi, katanya.
Beliau berkata semua pihak harus memastikan perhimpunan itu tidak mencetuskan rusuhan seperti yang berlaku semasa perhimpunan Bersih tahun lepas.
Dalam hal ini Hishammuddin berharap pihak penganjur mengadakan perjumpaan dengan polis mengenai langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.
"Saya cukup yakin bahawa Ketua Polis Negara telah memantau keadaan ini dan boleh memastikan apa yang kita bimbang tidak akan berulang. Yang penting sekarang kita belajar daripada apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih dahulu di mana berlakunya huru-hara dan rusuhan jalanan," katanya.
Hishammuddin memberitahu pemberita demikian di Seremban, selepas majlis taklimat persediaan Barisan Nasional menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Majlis taklimat itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hishammuddin mengingatkan bahawa jika perhimpunan yang dicadangkan, maka peserta patut berhimpun di dalam stadium dan tidak keluar berarak beramai-ramai.
"Ketenteraman awam mesti ditekankan. Saya percaya majoriti rakyat Malaysia memahami dan mahukan hak mereka terhadap ketenteraman dan keamanan dipelihara," katanya.- Bernama
Lebih 100,000 akaun pengguna berhadapan dengan masalah air di Selangor & Kuala Lumpur. Adakah anda salah seorang daripadanya? Secara ringkas kronologinya, berlakunya sekatan air atas alasan pam bocor, pengguna yang terbabit perlu menunggu lama untuk dibaiki. Walaubagaimanapun, masalah yang ada masih tidak diperbaiki pihak Syabas atas alasan tiada alat ganti. Akhirnya kerajaan negeri tampil untuk mengambilalih SYABAS di atas ketidakbolehan Syabas mengawal perkhidmatan air di Selangor dengan baik. Akhirnya…
Akhirnya Syabas terus mengatakan yang mereka sudah pun menukar pam yang telah rosak. Dan memberikan alasan memerlukan masa seminggu lebih untuk memenuhkan semula air di tangki yang terbabit. Seperti biasa Buletin Utama TV3 tidak melepaskan ruang dan peluang ini untuk membuat liputan penuh setiap hari kas untuk rakyat Selangor amnya dan seluruh rakyat Malaysia umumnya.
Masalah Air di Selangor : UMNO Barisan Nasional Lancarkan "Ops Baldi"
Yang menarik perhatian kami adalah kenyataan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan yang sudah menemui punca sebanar di sebalik krisis dan masalah air di Selangor ini…..
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri disifatkan gagal menguruskan keperluan asas rakyat berikutan krisis air yang melanda hampir 100,000 penduduk di Lembah Klang sejak enam hari lalu.
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Kerajaan Negeri sepatutnya mempunyai pelan jangka pendek (bagi mengatasinya jika tidak bersetuju dengan usaha penyelesaian yang ingin dilakukan Kerajaan Pusat.
Menurutnya, kedegilan Kerajaan Negeri itu uhntuk menyelesaikan isu air tidak mustahil akan membawa kesengsaraan berulang kepada penduduk terlibat khususnya di kawasan selatan Selangor.
"Kami kesal apabila Kerajaan Negeri seolah-olah menidakkan kebenaran walaupun pakar-pakar, syarikat konsesi air dan pihak terlibat telah mengeluarkan kenyataan bahawa masalah ini perlu ditangani degan segera dan cadangan Projek LRA Langat 2 dapat mengatasinya.
Apa kena mengena masalah air di Selangor dan Kuala Lumpur yang berlaku sekarang ini dengan projek Langat 2? Kamu nak projek mega atau nak selesaikan masalah rakyat Selangor?
"Waktu sudah suntuk untuk pentingkan diri kerana beberapa loji di negeri ini berada pada tahap maksimum penggunaan dan bila-bila masa sahaja akan menimbulkan krisis air seperti yang sedang berlaku di beberapa kawasan," katanya, semalam.
Sohaimi turut mencabar Kerajaan Negeri supaya membentangkan cadangan utama (Master Plan) mengatasi masalah air daripada terus berdolak dalik mengeluarkan kenyataan politik dengan menuding jari menyalahkan pihak lain.
"Kita sudah masak dengan taktik yang digunakan Kerajaan Negeri yang selalu mencari alasan ketika Kerajaan Pusat tampil dengan cadangan. Mahu guna air lombonglah, mahu guna teknologi membranlah dan macam-macam lagi.
"Tetapi hakikatnya krisis masih berlarutan dan mereka mula menyalahkan Kerajaan Pusat, syarikat konsesi air, peralatan, loji dan sebagainya sedangkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk mitigasi air di Selangor mereka tidak gunakannya," katanya.
Beliau berkata, rakyat negeri ini perlu membuka mata dalam menilai kepimpinan kerajaan pakatan pembangkang yang ternyata gagal memberi khidmat terbaik lebih-lebih lagi dalam memastikan keperluan asas rakyat mencukupi.
Hampir 100,000 penduduk di Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang berkemungkinan terpaksa berhadapan masalah air untuk seminggu lagi berikutan kerosakan sistem rumah pam di Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.
Sebentar, tanggungjawab Kerajaan Negeri perlu baiki pam Syabas? Buat apa lantik Syabas? Syabas uruskan apa? Kerajaan Negeri uruskan Syabas ke?
Jawatan kuasa yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor pula mendapati Masalah Air Di Selangor berpunca daripada :
4 daripada 5 pam telah rosak manakala satu pam sedang diselenggara dan tidak beroperasi pada masa lawatan itu.
pam nombor dua telah rosak sejak setahun lalu dan tidak diperbaiki kerana tiada alat ganti manakala pam nombor 4 dan 5 rosak pada malam 28 Disember 2012 ketika beroperasi secara serentak.
Kasihan kalangan yang terlibat. 10 hari lebih tiada ada air. Seksa…seksa. Kasihan … anak-anak yang terpalit dengan masalah ini. Mandi tidak puas, Baju sekolah dan kasut sekolah tidak berbasuh. Kalau ada baju lebihan bolehlah menyelesaikan masalah untuk sementara waktu, bagaimana yang tidak mampu? Lori air pun tidak kunjung tiba.
Bilakah agaknya krisis dan masalah air di Selangor amnya akan berakhir? Jikalau diikutkan logik pihak Syabas, adakah hari ini Khalid Ibrahim turunkan tandatangan perjanjian projek mega Langat 2, 2,3 hari selepas ini rakyat Selangor akan mula menerima limpahan air?
P/S : Ok. Anda semak semula kronologi, air johor yang membuatkan rakyat Johor bayar air mahal. Semak semula. Oleh itu, andaikatalah projek Langat 2 ini berjaya diluluskan danberapakah harga air di Selangor ketika itu jika alasan Pahang jual air mahal kepada Selangor digunakan kelak? Semak 6 Lagi Berita Yang Berkaitan DI Sini:
Sekumpulan 50 orang termasuk pemimpin Orang Asli Perak berhimpun di hadapan bangunan pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Perak bagi menuntut ketua pengarahnya Datuk Mohd Sani Mistam meletak jawatan.
Timbalan setiausaha PKR Perak Tan Kar Hing yang menyertai perhimpunan itu berkata Mohd Sani perlu meletak jawatan ekoran latihan mengundi yang dijalankan ke atas sekumpulan masyarakat Orang Asli di Tapah bulan lalu. Tindakan itu didakwanya menunjukkan Mohd Sani "gagal melindungi hak orang asli malah mencabuli hak bangsa Orang Asli".
"Pengerusi Umno bahagian Tapah merangkap ADUN Air Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan telah mengakui bahawa kursus latihan mengundi dijalankan di perkampungan Orang Asli di Tapah dengan kerjasama Jakoa Perak.
"Ini telah menunjukkan bahawa Jakoa berpihak kepada Umno BN serta dijadikan alat kempen pilihan raya Umno BN," dakwanya dalam satu kenyataan.
Pakatan Rakyat Perak pada 26 Disember lalu mendedahkan Jakoa menjalankan latihan mengundi itu dengan kerjasama BN Perak.
Mereka mendakwa Orang Asli yang hadir ke latihan itu dipaksa memangkah BN di atas kertas undi olok-olok dengan disaksikan pegawai Jako dan seorang ADUN BN.
Samsuddin kemudian tampil menjelaskan bahawa latihan itu bertujuan mendidik komuniti Orang Asli yang didapati menghasilkan banyak undi rosak dalam pilihan raya lalu.
Dalam kenyataan hari ini, Tan turut menggesa agar latihan itu yang didakwa akan dijalankan di seluruh negara dihentikan segera dan semua pegawai Jakoa yang terlibat dengannya disiasat polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya.
"Ini adalah kerana latihan mengundi tersebut didapati mengandungi unsur jenayah yang melanggari Akta Suruhanjaya Pilihanraya 1957 dan seterusnya boleh disiasat mengikut Kanun Tatacara Jenayah.
"Kami juga mengesyaki program tersebut dilancarkan kepada peringkat kebangsaan sehingga ke kawasan pedalaman Sabah, Sarawak dan perkampungan Orang Asli di Pahang dan Kelantan," katanya.
Menurut kenyatan itu lagi, perhimpunan pada jam 10 pagi ini turut disertai peguam Bah Tony, pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) dan anggota masyarakat Orang Asli Grik, Sungai Siput, Tapah dan Bidor.
Himpunan Kebangkitan Rakyat : Kalau sekitar 6 bulan lepas, berlangsungnya himpunan Bersih 2.0 (KLIK SINI). Macam-macam cerita yang kedengaran sebelum dan selepas himpunan bersih 3.0 tersebut. Kali ini kalangan penganjur himpunan telah meniupkan "semboyan sekali ini" untuk mengadakan satu lagi himpunan yang mana dikenali sebagai "Himpunan Kebangkitan Rakyat".
Mereka mahu mengadakan di sekitar Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013 ini bermula jam 2 petang sehinggalah pukul 5 petang. Walaubagaimanapun…..
Sehingga sekarang pihak pengurusan masih belum bersedia untuk berjumpa dengan pihak penganjur. Sama seperti apa yang terjadi ketika permohonan perhimpunan Bersih 3.0 apabila Dataran Merdeka tidak dibenar untuk digunakan…(LAPORAN BERITA DI SINI). Semestinya pihak penganjur terdiri daripada kalangan pemimpin pembangkang iaitu DAP, PAS dan PKR. Dan mereka tetap berkeras mahu meneruskan Himpunan Kebangkitan Rakyat ini di sekitar Sradium Merdeka
Maknanya sekarang ini, berdasarkan pengumuman demi pengumuman yang dihebahkan oleh kalangan pemimpin Pakatan Rakyat sekarang ini Himpunan Kebangkitan Rakyat tetap akan diteruskan walauapapun yang terjadi. Akhirnya meningggalkan di benak fikiran kami beberapa persoalan…….
Adakah dengan berlangsung Himpunan Kebangkitan Rakyat ini bakal menyebabkan pergolakan dan huru-huru di Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013 ini? (SEPERTI APA YANG BERLAKU DI SINI)
Adakah peniaga-peniaga kedai dan restoran, pemandu teksi akan mengalami kerugian berjuta-juta seperti yang diumumkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia selepas berakhirnya himpunan Bersih 2.0 pada Julai 2012 yang lalu?
Dan akhir sekali, apa pula pendirian Majlis Fatwa dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat kali ini selepas mengharamkan Perhimpunan Bersih 3.0 yang berlaku pada 28 April 2012 yang lalu. (KLIK SINI BUTIRANNYA)
Adakah sambutan Himpuann Kebangkitan Rakyat kali mendapat sambutan? Masakan tidak, berdasarkan anggaran Rais Yatim (LAPORAN DI SINI), hanya 22,700 sahaja yang hadir dalam Perhimpunan Bersih 2.0. Itupun penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat masih lagi mahu mensasarkan 1 juta peserta? Bolehkah?
Ada lagi nak tambah senaraiannya?
Adakah anda bersetuju Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 diadakan? Mengapa?
Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri (gambar) atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.
Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.
Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.
Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.
Dr Novandri melalui blognya, novandri.blogspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.
Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.
Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid.
Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan peguam yang mewakili Dr Novandri.
Berikut adalah permohonan maaf dari Novadri yang mesti disiarkan dalam Harakahdaily dan juga blog beliau, novandri.blogspot.com -HD
Rakyat terkejut! Ada tarian separuh bogel semasa acara "Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan" Jabatan Siasatan Jenayah IPPD Shah Alam.
Ia bukan superimpose, ia bukan cerita rekaan untuk menjatuhkan imej PDRM. Tetapi ia adalah real, dan PDRM sendiri yang menjatuhkan maruah mereka!
Berikut ialah pengakuan Tun Hisan
Hasil pengakuan daripada Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah terbuktilah acara tarian separuh bogel semasa acara "Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan JSJ IPPD Shah Alam" itu benar-benar berlaku.
BAGAIMANA PERKARA INI BOLEH TERLEPAS PANDANG?
SIAPA YANG MENJADI PENGATURCARA PROGRAM? Polis juga ke?
(Tidak diterima akal pihak polis lansung tidak terlibat di dalam pengaturcara program. -GB)
Kalau beginilah halnya, APAKAH MEREKA MASIH BOLEH DIHARAP UNTUK MENJAGA KEMASLAHATAN NEGERI SELANGOR INI DARIPADA JENAYAH SEDANGKAN MEREKA SENDIRI MENGALAKKAN KEMUNGKARAN DALAM KELAMBU MEREKA SENDIRI!
(KPN &) Tun Hisan, ANDA WAJIB BERTANGGUNGJAWAB! mereka yang terlibat termasuklah ketua JSJ IPD Selangor, penganjur program atau sesiapa sahaja WAJIB BERTANGGUNGJAWAB! -
Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat yang mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini gembira dengan jaminan polis untuk berperanan sebagai pemudahcara dalam pada perhimpunan pada 12 Januari di ibu negara.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata Ismail dalam mesyuarat berkenaan turut menyatakan kesediaan untuk menjadikan perhimpunan pada hari tersebut sebagai "detik bersejarah" selepas "belajar daripada kekurangan" yang berlaku semasa perhimpunan sebelum ini.
"Tan Sri Ketua Polis Negara sebut peranan polis sebagai fasilitator. Hubungan polis dan wartawan pada perhimpunan itu, mereka akan menyediakan marsyal untuk memandu petugas media berdasarkan (peruntukan) seksyen Akta Perhimpunan Aman.
"Adalah menjadi tanggungjawab semua supaya tertib dan kami ingatkan mereka yang hadir datang dalam suasana mood festival, bagi membantu menjamin kelangsungan perhimpunan.
"IGP mahu menjadi (perhimpunan ini) sebagai saat bersejarah, iaitu belajar daripada kekurangan yang terdahulu. Mereka berhasrat untuk memberi khidmat yang terbaik, untuk memastikan semua hak mengikut undang-undang dan perlu dihormati," kata Saifuddin.
Saifuddin berkata demikian selepas delegasi penganjur himpunan seramai 11 orang yang diketuai Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, bertemu dengan Ismail di Bukit Aman pada kira-kira jam 2.30 petang ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa beliau berada dalam keadaan sihat.
Pada masa yang sama, beliau meminta semua pihak supaya "tidak mendengar" dakwaan blog tertentu berhubung keadaan kesihatannya yang didakwa terjejas.
"Jadi Bursa Malaysia sihat, sewaktu pasaran dalam keadaan cukup sihat, sukuk sihat. Saya juga sihat. Jangan dengar (dakwaan) blog, tolonglah," katanya yang diiringi dengan gelak ketawa hadirin.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama dalam satu majlis pelancarkan Bon/Sukuk Yang Diniagakan di Bursa (ETSB) di Bursa Malaysia pagi ini.
Blog politik Sarawak Report beberapa hari lalu dalam satu tulisannya mendakwa Najib yang juga presiden Umno diserang "minor stroke".
Tulisan bertarikh 5 Januari itu menimbulkan spekulasi bahawa ia adalah kesan daripada tekanan yang dialami Najib ekoran siri pendedahan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan melibatkan perdana menteri dan keluarga.
Sementara itu, akhbar The Malay Mail hari ini pula memetik kenyataan setiausaha akhbar perdana menteri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad bahawa bosnya itu berada dalam keadaan sihat.
Malah, Najib juga dilapor hadir dalam perhimpunan mingguan Jabatan Perdana Menteri pagi semalam.
"Sudah tentu tidak ada apa-apa yang tidak baik dengannya. Perdana menteri kita sihat.
"(Dakwaan) ini semuanya mengarut dan saya menggesa umum supaya jangan mendengarnya dan mengabaikan desas-desus ini," katanya dipetik.
Pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) yang dikesan mengalami kelewatan hampir dua tahun. Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, kerja pembinaan Puspahanas sepatutnya bermula pada 25 September 2008 dan siap pada 24 Januari 2011.
Kementerian Pertahanan mentauliahkan projek berkenaan dan menandatangani perjanjian dengan pemaju Awan Megah (M) Sdn Bhd ketika semasa Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri.
Awan Megah dimiliki ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah yang diheret ke kancah kontroversi oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan selepas urusniaga kewangan mereka berhubung projek tersebut menghadapi masalah.
Beliau juga mendakwa telah membayar sejumlah wang untuk campurtangan Najib bagi membenarkannya disertakan sebagai satu pihak dalam projek tersebut.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli membawa Malaysiakini ke tapak pembinaan berkenaan di PT111, Presint 1 Putrajaya, untuk melihat kemajuan projek tersebut.
Tapak seluas hampir 40 ekar (16ha) itu dipagar dengan penghadang setinggi tiga meter dan satu-satu nya jalan masuk ke tapak itu hanya memberi laluan kepada kenderaan pembinaan dan pengangkutan untuk pekerja.
Satu papan tanda menyatakan tarikh mula kerja pada 25 November 2008, namun tidak menyatakan tarikh tamat kerja.
Hanya dua bangunan dilihat sedang dibina – di peringkat tingkat kedua – di dalam kawasan berpagar itu, namun dindingnya masih belum didirikan.
Seorang pekerja, yang merupakan antara sebilangan individu yang bekerja di tapak berkenaan berkata, kerja-kerja tanah dan kira-kira 30 peratus pembinaan telah disiapkan hingga kini.
Pekerja berkenaan, yang bertugas bawah subkontraktor Sri Bina Jaya Sdn Bhd – yang ditugaskan dengan kerja-kerja pembinaan fikizkal – berkata syarikat itu hanya dibawa masuk sejak Ogos 2011.
Beliau tidak dapat menyatakan bilakan kerja-kerja itu akan disiapkan.
KUALA LUMPUR - Felda hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan lima lagi berhubung kenyataan penjualan minyak sawit mentah ke Israel.
Felda memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Felda (plaintif) menamakan Mazlan dan Mustafa sebagai defendan pertama dan kedua manakala Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd serta Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, masing-masing sebagai defendan ketiga hingga kelima.
Menerusi pernyataan tuntutan, Felda mendakwa bahawa Mazlan telah memuat naik kata-kata fitnah di laman sosial facebook miliknya pada 19 November tahun lepas dan empat hari selepas itu (23 November), Mazlan mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu perhimpunan yang dilakukan di hadapan pejabat Felda.
Dakwanya, kenyataan fitnah yang dikeluarkan Mazlan telah diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam menerusi beberapa artikel di akhbar Harakah pada 26 hingga 29 November tahun lepas.
Felda mendakwa kenyataan fitnah itu telah menjejaskan reputasi Felda dan mendakwa kesemua defendan sengaja berbuat demikian untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi.
Felda menuntut gantirugi am, khas, teruk, teladan, faedah dan kos ke atas semua defendan.
Felda juga menuntut satu arahan injunksi untuk menahan Mazlan dan ejen-ejennya berbicara atau menerbitkan kata-kata fitnah tersebut di internet atau media cetak.
Selain itu Felda turut menuntut supaya Mazlan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah.
Sementara itu peguam Wan Azmir Wan Majib yang mewakili Felda memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan menghantar writ saman kepada defendan-defendan dalam minggu ini. - Bernama
Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
IPOH - Petualang yang menyebarkan Amanat Haji Hadi 32 tahun lalu perlu dicari kerana individu itubertanggungjawab mencetuskan kontroversi.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petualang dimaksudkan dipercayai bekas ahli Pas dan kini menganggotai Umno di Terengganu.
Beliau mendakwa, bekas ahli Pas itu dipercayai antara mereka yang hadir ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan di Kampung Banggol Peradong, Manir, Terengganu, 7 April1 981.
Katanya, ramai pihak salah tafsir ucapan dan kenyataan Abdul Hadi itu, sedangkan ia hanyalah perkara biasa yang dilakukan ketika menyampaikan ucapan.
"Individu berkenaan seharusnya meneliti sepenuhnya sebelum dan selepas ucapan yang dibuat sebelum membuat kesimpulan," katanya.
Katanya, beliau bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menolak cadangan Pas mengadakan muzakarah secara tertutup mengenai isu Amanat Haji Hadi.
Katanya, sepatutnya Abdul Hadi diberi peluang menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat melalui siaran langsung di televisyen, seperti diminta Abdul Hadi.
"Cadangan (mengadakan muzakarah secara tertutup) itu bukanlah kaedah terbaik untuk mencari kebenaran. Perkara (berkaitan penjelasan) itu perlu dilakukan secara terbuka agar rakyat boleh menilai," katanya.
Mohammad Nizar berkata demikian selepas diminta mengulas cadangan penonton ketika siaran langsung RTM melalui program Bicara Rakyat yang disiarkan TV1 jam 9 malam, Jumaat lalu.
KELAB GREENBOC Muhdalena pohon untuk runding akuan bersalah
PUTRAJAYA - Wanita yang didakwa mengamuk bersama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di hadapan Pejabat Perdana Menteri pada Julai tahun lepas akan memohon kepada pendakwa raya untuk runding akuan bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Peguam M. Visvanathan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau akan menulis surat kepada Jabatan Peguam Negara seperti yang diarah oleh anak guamnya Muhdalena Ahmad.
"Kami sedang menimbang kemungkinan bagi runding akuan bersalah antara pihak pembelaan dan pendakwaan dan kami akan maklumkan kepada mahkamah keputusannya esok," kata Visvanathan.
Terdahulu, Visvanathan, yang batuk dengan teruk di dalam mahkamah, memohon agar perbicaraan yang ditetapkan selama tiga hari mulai hari ini, ditangguhkan sehingga esok memandangkan beliau berasa tidak sihat.
Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh tidak membantah bagi kes itu ditangguhkan.
Kalmizah bagaimanapun meminta Visvanathan mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan jawapan segera.
Hakim Mohamed Kamil Nizam membenarkan permohonan itu tetapi meminta Visvanathan supaya memberitahu Kalmizah lebih awal jika beliau tidak dapat hadir di mahkamah esok, supaya saksi tidak perlu datang ke mahkamah.
Terdahulu, Kalmizah memberitahu mahkamah bahawa 22 daripada 39 saksi pendakwaan hadir di mahkamah hari ini.
Muhdalena, 28, dari Kota Damansara, didakwa pada 16 Julai tahun lepas di dalam wad di Hospital Putrajaya kerana menjalani rawatan selepas ditembak di paha kanan.
Dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut untuk mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis bantuan Ridzuan Megat Ahmad di perkarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri di sini pada 2.30 petang 9 Julai tahun lepas.
Tuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Muhdalena, siswazah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, turut didakwa membawa sebilah pedang di tempat dan masa yang sama. Tuduhan mengikut Seksyen 7 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Dia turut berdepan dua tuduhan mengikut Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.
Bagi tuduhan pertama, Muhdalena didakwa mengingkari arahan Lans Koperal Ridzuan supaya meletakkan senjatanya di tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan dan bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengingkari perintah oleh seorang menteri dengan berada di premis itu tanpa kad atau permit masuk yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa.
Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, bagi setiap tuduhan.
Muhdalena kini dalam jaminan RM11,500 dengan seorang penjamin, sementara menunggu perbicaraan.
Laporan perubatan dari Hospital Bahagia, Ulu Kinta menunjukkan bahawa Muhdalena berada dalam keadaan tidak siuman semasa kejadian itu dan tidak tahu akibat daripada perbuatannnya.
Laporan yang disediakan oleh perunding forensik psikiatri Dr Rabaiah Mohd Salleh, bagaimanapun menyebut bahawa keadaan mental Muhdalena kini stabil dan dia cukup sihat untuk membela diri dan dibicarakan di mahkamah - Bernama
Penduduk Kg Bukit Keluang, Terengganu meneruskan kerja harian masing-masing walaupun diramal Sonamu melanda negeri di Pantai Timur, hari ini. - Foto Bernama
KUANTAN - Pahang sudah membuat persiapan bagi menghadapi ribut tropika atau Sonamu yang diramal melanda negeri ini Rabu dan Khamis ini, diikuti hujan sehingga 11 Januari.
Mengikut ramalan, negeri ini dijangka mengalami keadaan air pasang rendah esok manakala air pasang tinggi Khamis ini.
Malah angin kencang selaju 30 hingga 40 kilometer sejam turut dijangka berlaku dalam tempoh tiga hari bermula Rabu ini dengan ketinggian ombak 4.5 meter.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri Pahang, Datuk Seri Muhamad Saffian Ismail berkata, maklumat terkini daripada Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dijangka tidak lebat pada Khamis ini.
Bagaimanapun, jika hujan lebat pada hari tersebut, beberapa daerah yang berada di persisiran pantai seperti Kuantan, Pekan dan Rompin mungkin berdepan banjir sekali lagi.
"Buat masa ini kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi segala kemungkinan.
"Malah bekalan makanan di pangkalan hadapan yang rosak akan diganti baru seperti di Maran dimaklumkan mengalami kerosakan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri di sini, hari ini.
Muhammad Saffian berkata, persediaan menghadapi kemungkinan banjir kali ini turut membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan memberi bantuan kecemasan.
Selain itu katanya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyediakan tiga helikopter untuk memastikan penghantaran bekalan ke pusat pemindahan berjalan lancar.
"Memandangkan sebelum ini berlaku kelewatan tiba keperluan di pusat pemindahan, jadi kita mendapatkan bantuan daripada TUDM selain Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bersedia menghantar bantuan ke Pulau Tioman," katanya.
Beliau berkata, sebanyak 181 pusat pemindahan banjir disediakan bagi tiga daerah berisiko iaitu 66 di Kuantan yang mampu menampung 20,000 mangsa banjir, 84 di Pekan (9,000 mangsa) manakala 31 di Rompin (4,000 mangsa).
Dalam pada itu, Muhammad Saffian berkata, semua aktiviti berisiko seperti perlombongan, pembalakan dan menangkap ikan dibekukan buat seketika sehingga keadaan cuaca kembali normal.
"Pekerja industri perlombongan, pembalakan dan nelayan diingatkan supaya mengelakkan diri daripada berada di kawasan berkenaan dalam tempoh jangkaan ribut tersebut.
"Selain itu, pencinta aktiviti lasak juga dinasihatkan supaya tidak menjalankan aktiviti di hutan dan laut buat sementara waktu," katanya.
KELAB GREENBOC Seorang pensyarah sebuah kolej swasta didakwa telah mengikat, memukul dan merogol pelajar sebelum memaksa dia menelan air mani.
China Press melaporkan bahawa pensyarah berusia dalam 40-an telah memanggil gadis yang berusia 21 tahun untuk bertemu dengannya di pejabat beliau bagi membincangkan kerja kursus beliau.
Semasa berada di bilik, pensyarah tersebut mengajak mangsa berhubungan badan namun ditolak.
Namun pensyarah tersebut mengugut untuk mengagalkan pelajar tersebut. Kerana takut digagalkan, mangsa bersetuju untuk mengikuti pensyarah pergi untuk sarapan pagi dengan menaiki kereta pensyarahnya.
Namun sebaik memasuki kereta, pensyarah tersebut telah mencekik leher pelajar tersebut dan merampas telefon bimbitnya.
Pensyarah membawa mangsa ke rumahnya di Sentul di mana pelajar itu diikat, dibogelkan dan dirogol.
Tak hanya dirogol, pelajar tersebut juga dipaksa untuk menelan air mani pensyarah tersebut. Beliau kemudian meninggalkan pelajar tersebut di stesen LRT.
Pelajar, disertai oleh kakaknya, telah membuat laporan di balai polis Sentul, Kuala Lumpur – paapaada.blogspot/maklumat.my
Orang ramai memberikan bantuan kepada seorang anggota polis yang cedera selepas dipukul sekumpulan OKT , semalam.
Polis dibelasah penjenayah: Sembur serbuk lada
Polis dibelasah penjenayah: Sembur serbuk lada
BUTTERWORTH - Empat anggota polis cedera dibelasah sembilan tahanan ketika dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Butterworth dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam.
Kesemua mereka akan menghadapi prosiding perbicaraan pagi semalam.
Tahanan berkenaan kemudiannya meninggalkan empat anggota pengiring itu di tepi jalan sebelum bertindak melarikan van polis dinaiki untuk meloloskan diri.
Dalam kejadian di susur keluar ke Pantai Bersih itu, pemandu van polis berkenaan yang dikenali sebagai Nazzwan cedera parah di kepala akibat dihentak dengan gari.
Manakala tiga lagi rakan setugasnya cedera ringan di kepala dan beberapa bahagian badan masing-masing selepas dibelasah tahanan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu berlaku ketika keempat-empat anggota polis dari unit pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth.
"Kesemua mereka dalam keadaan bergari diambil sebelumnya dari Penjara Pulau Pinang untuk proses reman dan pertuduhan berkaitan kes bunuh, samun dan mencederakan orang.
"Pemandu van ditemani seorang anggota duduk di hadapan manakala dua anggota pengiring duduk di bahagian hadapan tengah van mengawasi semua tahanan yang ditempatkan di bahagian belakang," katanya.
Menurut Datuk Abdul Rahim, ketika van melalui Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) berhampiran Bagan Ajam, beberapa OKT (orang kena tuduh) berpura-pura bergaduh sesama sendiri menyebabkan pemandu van memberhentikan kenderaan itu bagi meleraikan pergaduhan tersebut.
"Ketika itulah salah seorang OKT melempar serbuk cili ke arah salah seorang anggota polis menyebabkan berlaku pergelutan antara polis dan OKT.
"Pada masa yang sama, beberapa orang OKT bertindak menendang kesemua anggota polis berkenaan keluar dari kenderaan itu selain membelasah mereka di tepi jalan," katanya.
Rahim berkata, OKT terbabit kemudiannya merampas kunci gari dari salah seorang anggota polis sebelum menaiki semula van dan melarikan diri bersama kenderaan itu.
Beliau berkata demikian semasa ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini semalam ketika melawat keempat-empat mangsa berkenaan yang menerima rawatan.
Kejadian yang berlaku kira-kira dua kilometer dari Kompleks Mahkamah Butterworth itu bagaimanapun sempat dilihat oleh pengguna jalan raya yang kemudiannya memberikan bantuan kecemasan kepada anggota terbabit sebelum semuanya dihantar mendapatkan rawatan ke HSJ kemudiannya.
Menurut Abdul Rahim lagi, sejurus menerima laporan berhubung kejadian itu, polis telah melancarkan gerakan mengesan van dan OKT yang terlibat.
"Tidak sampai 30 minit selepas operasi dilancarkan, pihak kita menemui semula van itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Cempedak, Tasek Gelugor iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.
"Semasa ditemui dua OKT masih berada di lokasi van itu dan tidak mengikuti tujuh rakan mereka yang dipercayai melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit di sekitar kampung berkenaan," katanya.
Menurutnya, polis kini menjejaki Mohd Sharimy Md Nor, 28; Farid Akhtar 24; Mohd Khairul Nizam Abdul Rani, 25; Hamizani Harun, 37; Hisham Abd Rahman, 39; Mohd Fairuz Adam, 31; dan Mohd Noor Mustafa, 28.
"Kita telah melancarkan gerakan mengesan kesemua OKT yang melarikan diri termasuk mengadakan sekatan jalan raya di beberapa kawasan di sekitar Tasek Gelugor.
"Kita juga minta kerjasama orang awam melaporkan kepada polis sekiranya mereka ternampak atau mengetahui lokasi OKT ini bersembunyi dan jangan mengambil tindakan sendiri atau cuba menahan kerana mereka merbahaya," katanya.
Rahim menambah, keempat anggota polis berkenaan akan dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana cuai dan Seksyen 224 kanun sama kerana membiarkan tahanan lari dari jagaan yang sah.
Manakala tujuh suspek terbabit dicari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan mencederakan.
Katanya, jika kelalaian menjadi puncanya hingga OKT terbabit berjaya meloloskan diri pihaknya akan mengambil tindakan ke atas empat anggota pengiring terbabit.
1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 Januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: "Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah" pada bulan Januari 2010 yang lalu.
2. Kalimah "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.
3. Kalimah "Allah" tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu pengganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.
4. Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah "Allah" dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.
5. Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya: "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan sengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Par paderi, sami dan pemimpin ) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudia jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Ali-Imran:64)
6. PAS merasa sangat kesal terhadap Umno yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk.
Abdul Hadi Awang Presiden PAS
8 Januari 2013
P/s: Kalimah Allah: Islam benarkan tetapi tidak boleh disalahgunakan. Persoalannya, adakah penggunaan kalimah Allah tidak akan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu?
Kebimbangan ini telah TM utarakan sejak awal-awal lagi.
[HD] KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengucapkan tahniah kepada Dr Novandri kerana berani mengakui kesilapan, memohon maaf dan membayar ganti rugi di atas fitnah terhadap beliau.
"Ini merupakan tindakan yang wajar dan waras memandangkan fitnah memfitnah itu adalah satu amalan terkutuk dan perlu dihentikan," tulis beliau yang juga AJK PAS Pusat di dalam blognya http://www.khalidsamad.com.
Berikut tulisan penuh beliau.
Kenyataan Maaf Dr Novandri
Saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Dr Novandri kerana berani mengakui kesilapan, memohon maaf dan membayar ganti-rugi di atas fitnah beliau terhadap diri saya. Ini merupakan tindakan yang wajar dan waras memandangkan fitnah memfitnah itu adalah satu amalan terkutuk dan perlu dihentikan.
Malaysia memerlukan corak kepimpinan politik yang menjauhkan diri dari budaya politik fitnah di mana hak rakyat dihormati dan diakui. Rakyat perlu diberikan peluang untuk mendengar penjelasan dari semua pihak, menilainya dan membuat keputusan secara bebas berdasarkan maklumat yang tepat. Budaya politik fitnah dan penguasaan maklumat di mana rakyat dihalang dari mendapat penjelasan dari semua pihak secara terus adalah corak politik yang ingin menguasai dan mengongkong rakyat. Ianya budaya politik lapuk yang tidak mempunyai tempat lagi di Malaysia.
Saya mengharapkan bahawa kesediaan Dr Novandri untuk mengakui kesilapannya, memohon maaf, membayar ganti rugi dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi adalah langkah ke arah corak dan budaya politik yang lebih matang dan bertamaddun bagi negara kita.
Budaya politik lapuk yang selama ini mencorakkan politik UMNO/BN perlu dikuburkan dan inilah apa yang perlu dilakukan rakyat dalam PRU ke 13 ini. Melalui kemenangan PR dalam PRU ke 13 ianya akan membuka lembaran baru ke arah politik baru yang akan menjamin terhentinya budaya politik fitnah dan monopoli maklumat, insyaAllah.
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menyokong cadangan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang mahu membatalkan semua saman membabitkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak ia dilaksana September 2012.
Menurut Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar, cadangan itu adalah satu kebaikan kepada rakyat memandangkan pelaksanaan AES oleh kerajaan Umno BN dibuat secara tergesa-gesa.
Sambil merayu rakyat agar terus mematuhi undang-undang meskipun AES suatu hari nanti ditangguh sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, Mahfuz juga menegaskan satu kajian akan dilakukan terhadap pelaksanaan AES .
"Kajian termasuklah dalam isu perjanjian dengan dua syarikat yang mendapat kontrak AES ini," katanya lagi.
Kata beliau lagi, Kase memandang serius isu AES membabitkan rakyat kerana sehingga kini lebih 400,000 saman telah dikeluarkan.
Pada sidang media di Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Petaling Jaya hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan Pakatan Rakyat untuk membatalkan semua saman AES sejak sistem itu bermula.
Kata Anwar lagi, jika menerajui negara selepas PRU13, Pakatan Rakyat akan mengumumkan penangguhan AES untuk menjalankan kajian terhadap pelaksanaan sistem tersebut.
Stadium Merdeka: Penganjur tunggu hingga tengahari esok
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pihaknya akan menunggu sehingga tengahari esok untuk pihak pengurusan Stadium Merdeka membuat keputusan sama ada membenarkan perhimpunan Kebangkitan Rakyat diadakan di stadium tersebut pada 12 Januari ini.
Setakat ini, kata beliau, pihaknya masih belum menerima apa-apa berita berhubung kelulusan untuk menggunakan Stadium Merdeka.
"Kita tunggu sehingga jam 1 tengahari esok sama ada diizinkan atau tidak. Sebarang pengumuman akan dibuat dalam sidang media esok, jam 4 petang di pejabat agung PAS.
"Kita akan adakan mesyuarat (sebelum itu) dan buat keputusan di situ," katanya dalam sidang media selepas mengetuai delegasi Pakatan Rakyat dan NGO bertemu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman hari ini.
Mohamad berkata pihaknya memilih stadium tersebut bagi memenuhi cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini sewaktu perhimpunan BERSIH 3.0 yang meminta perhimpunan itu diadakan di stadium itu atau Stadium Bukit Jalil.
"Kita memilih Stadium Merdeka. Kita berharap perdana menteri akan menunaikan janjinya. Janji Ditepati," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang bersama dalam delegasi sebelas orang itu, turut membangkitkan mengenai status kelulusan daripada pengurusan stadium tersebut.
"IGP bertanya adakah kami sudah habis ikhtiar untuk mendapatkan Stadium Merdeka. Kami kata, ya. Kami menghantar surat pada 26 Disember lalu, dan membuat susulan. Sehingga semalam tiada berita.
"Kami menyatakan hasrat dan hajat kami secara terbuka, dan IGP mengambil maklum (mengenai perkara itu). Esok tarikh akhirnya," katanya.
Saifuddin berkata pihaknya akan memaklumkan kepada Ismail sebarang perubahan memandangkan mereka akan bermesyuarat esok bagi menentukan pelan seterusnya khususnya berkaitan pemilihan tempat perhimpunan.
Himpunan 12 Jan: Pakatan gembira dengan jaminan polis
Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat yang mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini gembira dengan jaminan polis untuk berperanan sebagai pemudahcara dalam pada perhimpunan pada 12 Januari di ibu negara.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata Ismail dalam mesyuarat berkenaan turut menyatakan kesediaan untuk menjadikan perhimpunan pada hari tersebut sebagai "detik bersejarah" selepas "belajar daripada kekurangan" yang berlaku semasa perhimpunan sebelum ini.
"Tan Sri Ketua Polis Negara sebut peranan polis sebagai fasilitator. Hubungan polis dan wartawan pada perhimpunan itu, mereka akan menyediakan marsyal untuk memandu petugas media berdasarkan (peruntukan) seksyen Akta Perhimpunan Aman.
"Adalah menjadi tanggungjawab semua supaya tertib dan kami ingatkan mereka yang hadir datang dalam suasana mood festival, bagi membantu menjamin kelangsungan perhimpunan.
"IGP mahu menjadi (perhimpunan ini) sebagai saat bersejarah, iaitu belajar daripada kekurangan yang terdahulu.
Mereka berhasrat untuk memberi khidmat yang terbaik, untuk memastikan semua hak mengikut undang-undang dan perlu dihormati," kata Saifuddin.
Saifuddin berkata demikian selepas delegasi penganjur himpunan seramai 11 orang yang diketuai Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, bertemu dengan Ismail di Bukit Aman pada kira-kira jam 2.30 petang ini. -mk
Himpunan Kebangkitan Rakyat: Perkasa lapor polis
KUALA LUMPUR: Perkasa membuat laporan polis terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) anjuran Pakatan Rakyat pada Sabtu ini.
Timbalan Ketua Penerangan Perkasa Abdullah Mansor membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.
Abdullah dalam laporan polisnya berkata, pihaknya bimbang pembangkang sengaja mengadakan himpunan itu sebagai cubaan untuk menghidupkan suasana seperti di Dataran Tahrir, Mesir kerana mendapat maklumat kumpulan itu akan berkumpul di Dataran Merdeka.
"Perkara seperti ini sudah beberapa kali berlaku, termasuk mereka pernah membohongi Tuanku Yang diPertuan Agong (YDPA) untuk mengadakan himpunan haram Bersih 3.0.
"Bersih 3.0 akhirnya mencetuskan rusuhan dan kacau bilau menyebabkan banyak harta awam rosak dan menjejaskan keselamatan awam," katanya dalam laporan polis tersebut.
Beliau berkata, wujud juga keluhan daripada peniaga dan pemandu teksi sekitar Kuala Lumpur yang bimbang perniagaan mereka bakal terjejas sekiranya berlaku rusuhan akibat HKR.
Sehubungan itu, pihaknya berkasa polis dapat mengambil tindakan menghalang himpunan itu kerana bimbang berlakunya rusuhan lagi seperti himpunan lain anjuran pembangkang.
'Countdown' HKR akan bermula pada malam 11 Januari di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dan akan berterusan pada esoknya di sekitar sini.
Tiga lokasi mulanya berkumpul seperti yang dicadangkan penganjur adalah Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), Masjid Negara, Kelab Sultan Sulaiman sebelum berarak menuju ke Stadium Merdeka -FMT
Apa yang tidak terlintas di fikiran kita tetapi Dr Asri mampu menterjemahkan dan mempermudahkannya isu kalimah Allah dengan sebaris ayat. Ayat mudah dan senang untuk difahami bagi memudahkan pemahaman masyarakat. Juga cara bijak pandai menjawab!!
Contoh perkataan Allah dalam lirik lagu untuk negeri Selangor dan Kedah. Negeri-negeri lain juga menggunakan perkataan Allah dalam lirik lagu negeri masing-masing. Kita nak buat lagu lain ke??
Walaupun Tidak Diendahkan, Rakyat Perlu Terus Tekan SPR
Orang ramai perlu terus mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meskipun badan itu masih tidak mengendahkan tuntutan agar pilihan raya bebas dan adil dilaksanakan.
Ini kerana, pilihan raya bebas dan adil merupakan hak rakyat yang perlu diperjuangkan oleh semua lapisan masyarakat dengan memberikan tekanan berterusan kepada pihak berkuasa kata Mohamad Sabu.
Oleh itu kata Mohamad, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), orang ramai diseru agar datang ke himpunan tersebut di Stadium Merdeka Sabtu ini.
Katanya SPR harus memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem pilihanraya negara ini sebelum rakyat memilih cara lain bagi menyuarakan kehendak mereka.
"Kerana itulah kita dapat lihat kerajaan di dunia ketiga akhirnya dijatuhkan melalui jalanraya seperti Iran, Filipina, Indonesia, Poland dan terbaru seperti Tunisia, Mesir, Yaman semuanya melalui jalan raya.
"Kita tak mahu berlaku begitu, kita harap di Malaysia berlaku pertukaran kerajaan melalui pilihan raya.
"Sebab itu kita mahukan pilihan raya yang bersih" kata Mohamad dalam satu wawancara bersama TV Selangor di sini hari ini.
HKR yang akan berlangsung pada Sabtu ini bakal menarik kehadiran ratus ribuan peserta dan akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Setakat ini, Permodalan Nasional Berhad, syarikat yang mengurus Stadium Merdeka masih tidak memberi kebenaran kepada PR untuk menggunakan tapak tersebut.
Ini walaupun PR telah mengemukan permohonan untuk menyewa tapak terbabit.
Himpunan BERSIH 3.0 yang diadakan di kawasan sekitar Dataran Merdeka pada April 28 tahun lalu menarik 250,000 peserta yang turun bagi mendesak Kerajaan Persekutuan agar memperbaiki sistem pilhanraya.
Bantah ikut perundangan diabai, ayuh turun 12 Januari Semua bentuk bantahan yang mematuhi saluran undang-undang sudah digunakan demi membaiki sistem pilihan raya tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan melaksanakan lapan tuntutan Bersih.
Aktivis sosial, Hishamuddin Rais kesal kerana tiada satu pun tuntutan dilaksanakan, malah penggunaan dakwat kekal yang dilihat satu-satunya 'harapan' dikhianati SPR melalui tipu muslihat.
"Sistem dakwat kekal di luar negara, celup jari dan tanda hitam tak boleh mengundi. Di Malaysia, celup jari ke dakwat boleh mengundi. Undang-undang apa ini?
"Patutnya orang yang jarinya kosong (tak bercelup dakwat) dibenar mengundi. Orang yang dah ditanda – tak boleh mengundi. Sistem apa ini? Ini sistem menipu!
"Kenapa SPR tak ikut standard antarabangsa? Kenapa tak ikut macam negara lain? Inilah contoh klasik penipuan SPR," katanya dengan lantang.
Beliau berkata demikian depan 1,000 orang pada program Jelajah Anak Muda ke Himpunan #KL112 di padang Flat PPR Kempas, Johor malam tadi.
Justeru, beliau berkata tiada jalan lain untuk memberi amaran kepada SPR selain turun beramai-ramai ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka 12 Januari ini.
"Bercakap dah cukup. Laporan polis dah dibuat. Mahkamah dah pergi.
Tak ada cara lain untuk kita beri amaran kepada SPR dan kerajaan," katanya.
"Berapa ramai?"tanya Hishamuddin sebelum disambut gamat disambut jawapan 'sejuta! dengan bersemangat daripada hadirin di tapak ceramah.
"Yang kita lawan ialah sistem SPR. Sistem yang menipu. Adakah ayah-ibu, adik-kakak tak nampak lagi? Kalau dah tahu nak buat apa? Kita bantah dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat," katanya.
Turut berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat; Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack dan Pengerusi Gabungan NGO Pengerang (GNP), Anis Afida Mohd Azli. -KD
Bermula di KSS sebelum ke Stadium Merdeka
TEMERLOH: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur Sabtu ini akan bermula di Kelab Sultan Sulaiman (KSS), Kampung Baru pada pukul 11 malam sebelumnya.
Pengarah HKR Mohamad Sabu, berkata himpunan di KSS itu bertujuan menampung peserta perhimpunan yang datang awal ke ibu negara dengan diisi program amanat pemimpin sebelum berarak ke Stadium Merdeka.
Timbalan Presiden PAS itu memaklumkan, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang telah bersepakat menyeru semua rakyat turun berhimpun.
"Jadi datanglah berhimpun pada Sabtu ini dari jam dua petang hingga pukul lima petang. Seelok-eloknya datang awal dan jangan lupa, bawalah keluarga dan anak-anak kerana perhimpunan ini berbentuk santai," katanya ketika berucap secara lintas langsung dalam program Himpunan Anak Muda di sini malam tadi.
Perhimpunan kelmarin merupakan 'road show' peringkat negeri Pahang rapat kemuncak 'count down' HKR 112 satu juta rakyat Sabtu ini.
Muhamad sepatutnya berceramah pada majlis tersebut namun tidak dapat hadir berikutan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada waktu yang sama.
Turut berucap Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, aktivis Hishamudin Rais, Ketua PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, Adun Sekincan Ng Suee Lim, aktivis mahasiswa Safuan Anang dan Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad.
Sementara itu Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, berkata rakyat perlu turun beramai-ramai kerana perlawanan kali ini bukan lagi untuk menjatuhkan BN atau Najib dan menaikkan Anwar Ibrahim tetapi kali ini rakyat bangkit menentang kezaliman dan penipuan sejak 55 tahun.
"Ayuh kosongkan Temerloh, hanya orang-orang yang penakut saja yang terus tinggal di Temerloh pada hari itu," katanya sambil disambut tepukan gemuruh kira-kira 4,000 yang hadir.
Hishamudin pula menasihatkan peserta yang pergi ke HKR supaya tidak menggunakan kenderaan sendiri sebaliknya menaiki pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur -HD
Majlis Fatwa Kebangsaan mesti menjemput Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan bagi menyelesaikan kemelut berkaitan dengan apa yang dipanggil Amanat Haji Hadi.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan, isu yang menjadi kontroversi itu tidak boleh diselesaikan hanya dengan berdasarkan laporan akhbar.
"Ia mesti mengikut prosedur. Datuk Seri Abdul Hadi perlu dijemput untuk berbincang dan bagi mendapatkan penjelasan. Ia tidak boleh diselesaikan mengikut andaian," katanya.
Mengenai fatwa yang dikeluarkan mengenai amanat itu, Hassan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh bergantung kepada fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa di peringkat negeri.
Kuasa mengeluarkan fatwa, katanya, adalah kuasa negeri dan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak semestinya satu keputusan mutlak kerana kuasa agama kekal di bawah kuasa negeri.
Beliau menjelaskan, fatwa sesebuah negeri boleh diguna pakai oleh negeri yang menggazetnya.
"Jika fatwa yang dikeluarkan di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan hanya di peringkat kebangsaan, dan ia tidak akan dibawa ke negeri, ia tidak menjadi undang-undang keseluruhan kerana ia berperanan menyelaras sahaja," katanya.
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya pula menegaskan tiada fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan secara khusus mengenai Amanat Haji Hadi yang menjadi isu kontroversi itu.
Katanya, beberapa fatwa yang dikeluarkan mengenai isu seumpama itu adalah dibuat oleh majlis fatwa peringkat negeri.
Sebuah daripadanya adalah Majlis Fatwa Negeri Melaka, yang dikeluarkan pada 2002.
Fatwa yang diputuskan di peringkat negeri, katanya, tidak semestinya boleh diguna pakai oleh negeri lain.
"Fatwa yang ada itu ialah mengenai isu kafir-mengkafir, sama seperti fatwa (yang dibuat) oleh Kelantan. Fatwa yang ada dalam laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Melaka," katanya kepada Sinar Harian, semalam. -SH
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini akhirnya tampil mempertahankan penglibatan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam perjanjian urusan tanah selepas beberapa minggu mendiamkan diri.
Zahid berkata, rancangan pemilikan tanah daripada Awan Megah Sdn Bhd pada harga RM130 juta dan pemilikan 80 peratus saham Astacanggih Sdn Bhd oleh Boustead Holdings Bhd adalah keputusan korporat dibuat firma tersebut, tanpa arahan daripada kementeriannya atau Kabinet. LTAT memiliki pegangan saham 60 peratus dalam Boustead.
"Transaksi itu transaksi korporat ... Astacanggih Sdn Bhd telah dibeli pada harga RM30 juta ... Tanah Awan Megah Sdn Bhd RM130 juta juga dibeli Boustead," katanya.
"Tiada arahan dari saya, mahupun arahan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) kepada saya," tegas Zahid (gambar).
Beliau juga turut menafikan Boustead memiliki tanah itu melalui dana daripada LTAT sebaliknya menegaskan Boustead mempunyai simpanan kewangan yang besar.
Zahid turut menegaskan dakwaan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli bahawa perjanjian komersial itu tidak masuk akal adalah tidak benar kerana nilai sebenar tanah di Bukit Raja bernilai dua kali ganda daripada apa yang dibayar Boustead.
"Harga pasaran sekitar RM350 juta," kata Zahid, dan menambah nilaian itu adalah nilai yang diberikan oleh jurunilai swasta.
"Ketika transaksi itu diumumkan, harga saham Boustead daripada RM4.98 sen seunit meningkat kepada RM 5.96 sen seunit ... Ini, maknanya ada keyakinan pelabur," tegas Zahid.
Sehubungan itu, beliau menegaskan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Rafizi kerana telah mencemarkan nama baiknya.
Rafizi sebelum ini telah menuduh Zahid menyalahgunakan kuasa membelanjakan dana awam untuk membeli Astacanggih, yang merupakan pemilik usahawan karpet Deepak Jaikishan.
Beliau mendakwa urusniaga itu adalah "rasuah" untuk menutup mulut Deepak daripada terus melakukan pendedahan penyelewengan ahli politik.
"Kalau dia seorang auditor bertauliah, Rafizi harus melakukan semakan, dia menuduh saya salah guna kuasa, sedangkan saya tidak pernah memberi arahan kepada LTAT, jauh sekali kepada Boustead," tegas Zahid.
Sebelum ini Boustead Holdings Bhd, yang dimiliki LTAT merancang untuk membeli tanah di Bukit Raja dari Awan Megah RM130 juta, dan juga 80 peratus kepentingan dalam Astacanggih Sdn Bhd, syarikat pembangunan hartanah yang dimiliki oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan.
Kedua-dua Boustead dan Awan Megah mempertahankan perjanjian itu, dengan mendakwa bahawa ianya satu langkah korporat berdasarkan pertimbangan komersial.
Dalam pendedahannya, Rafizi mendakwa perjanjian komersial itu tidak masuk akal kerana Awan Megah tidak mempunyai rekod dalam pembinaan dan mempunyai rekod kewangan dahsyat, dengan hanya RM6,180 dalam aset.
Beliau merujuk kepada penyata kewangan terkini yang difailkan oleh Awan Megah kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa aktiviti terakhir adalah pada 31 Disember 1993, 12 tahun sebelum anugerah perjanjian Puspahanas.
penyapu sial
lawak kaki kencing bekas menteri agama kaki joget dengan amoii....tak ada arahan orang atas kunun...pirahhhh...
bodoh piang mana yg percaya cakap anjing ini...cakap depan tv dan suratkahabar kamu boleh la...cuba naik mahkamah kalau ingin pertahankan fakta bodoh kamu....
lagi satu pasal harga saham naik....itu bukan keyakinan orang ramai...itu adalah pencuri dan perompak yang memanipulasi harga saham....kalau x caya...tengok ...harga dia cepat ajer naik...cepat pula turut dan akhirnya lingkup....
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ada tanda tanda menunjukkan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari 2013 ini adalah paling aman sekali dan mendapat kerjasama dari pihak Polis.
Pihak Umno dan NGO pro Umno pun tidak membuat sebarang kenyataan menentangnya.
Pihak media pun tidak memburuk-burukkan himpunan ini.
Sang Peniaga yang takut rugi pun tak dengar ceritanya.
Sang pembawa teksi juga tak terdengar suaranya
Sang penunjuk punggung pun tak berhasrat membuka punggngnya lagi.
Inilah penangan jika 1 juta rakyat bangun berhimpun. Kita berhimpun hanya menyatakan sikap sahaja. Kita tidak berniat langsung untuk menyentuh bulu roma Rosmah pun. Wooooo
KUALA LUMPUR, 8 Jan - Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menawarkan diri untuk membeli semula Astacanggih Sdn Bhd dari Boustead Holding Berhad, pembelian yang dikaitkan dengan pertukaran tanah kepada projek kontroversi Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).
Ahli perniagaan kontroversi itu enggan memberi sebarang komen terhadap penjualan syarikat tersebut tetapi mengatakan beliau mahu membeli kembali Astacanggih. "Saya mahu membeli kembali saham dari Boustead," kata Deepak kepada wartawan di sini hari ini.
Dalam penyataan Bursa Malaysia yang difailkan pada 27 Disember, Boustead dikatakan memiliki Bakti Wira Developement Sdn Bhd membeli 80 peratus saham dalam Astacanggih bernilai RM30 juta.
Boustead juga berkata saham tersebut dibeli dari Prestige Dimension Sdn Bhd dan pemegang saham minoriti Astacanggih pada 20 Disember.
Bakti Wira Development dan Astacanggih juga menandatangani perjanjian dengan Awan Megah (M) Sdn Bhd pada 27 Disember untuk memiliki tanah milik kekal seluas 80.94 hektar di Klang, Selangor untuk RM130 juta.
Awan Megah adalah pemaju Puspahanas yang lambat menyiapkan projek, dimana projek ini dianugerahkan kepada syarikat Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah pada 2005 dan sepatutnya siap pada tahun 2011.
Walaupun projek Puspahanas yang bernilai RM100 juta dan pertukaran tanah tersebut mencetuskan kontroversi, Boustead berkata pembelian tanah tersebut adalah peluang untuk kumpulan tersebut meluaskan pemilikan tanahnya.
"Kita juga memiliki tanah untuk pembangunan seluas 283.28 hektar dari Jendela Hikmat Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki 60 peratus saham kepentingan oleh syarikat dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)," menurut sumber Boustead lagi.
Boustead berkata mereka optimis dengan prospek tanah tersebut memandangkan ia berada di lokasi yang strategik.
"Permintaan untuk tanah industri di kawasan ini semakin meningkat dengan siapnya setor terbaru UMW dan kilangnya di Bukit Raja, Klang," katanya lagi. ~tmi
Lihatlah post di wall Abby Abadi ni.. dia perli ustaz-ustaz Umno. Malu kepada Abby Abadi yang baru berhijrah tapi lebih faham Islam daripada ustaz-ustaz Umno ni.
Ustaz-ustaz Umno ni hanya menjual agama demi kepentingan diri sendiri. Taraf mana ilmu ustaz Umno hingga nak memperlekehkan ulama-ulama besar dunia.
Jikalau dilihat statement ustaz-ustaz Umno ni ternyata sudah jauh terpesong dari agama. Moleklah bertaubat sebelum nyawa di hujung halkum..
Tak lama lagi, akan beredar di rumah anak yatim seluruh negara, bahan sisa dari hotel mewah yang hanya beberapa ketika sahaja untuk luput penggunaannya. Itulah yang dilakukan suami perdana menteri, Rosmah Mansor yang mencadangkan agar Program Roti 1Malaysia diperluas untuk meliputi pusat pendidikan awal kanak-kanak PERMATA naungannya.
"Saya ingin merayu dan mencadang untuk pertimbangan program Roti 1Malaysia – mungkin anda boleh pertimbang secara serius untuk memperluas program ini ke semua pusat PERMATA kami di seluruh negara," katanya semasa pelancaran program tersebut di Kuala Lumpur hari ini.
Program Roti 1Malaysia merupakan usaha untuk mengumpul roti lebihan daripada hotel mewah untuk diagihkan ke badan kebajikan, rumah kebajikan dan golongan memerlukan.
"Pastikan roti dan croissant ini sampai kepada anak-anak ini, sebab saya tidak fikir anak-anak daripada pusat PERMATA pernah mengecapi croissant.
"Jadi tolonglah beri mereka peluang untuk merasai croissant – bukan sahaja anak-anak di rumah (jagaan) tetapi juga di pusat PERMATA," katanya. Croissant merupakan pastri dengan lapisan mentega berbentuk bulan sabit.
KUALA LUMPUR 8 Jan: Ketua Polis Negara (KPN) berjanji Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu ini akan menjadi detik bersejarah dan menjamin ia paling aman di bawah keselamatan anggotanya.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah HKR, Mohammad Sabu selepas pertemuan pihak penganjur bersama Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman petang tadi.
Perbincangan khusus mengenai kelancaran HKR itu dimulakan jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira 4.10 petang.
"Penganjur dan polis sama-sama berazam untuk memastikan HKR menjadi himpunan aman dan berjalan lancar," kata Mat Sabu kepada pemberita.
"Kita berbincang berpandukan Akta Perhimpunan Aman dan berjanji setiap pihak perlu mengikuti undang-undang tersebut," jelasnya.
Pertemuan itu turut disertai 10 pimpinan Pakatan Rakyat termasuk wakil NGO.
Mereka terbabit ialah Setiausaha Agung dan dua Naib Presiden KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, N Surendran dan Tian Chua; wakil PAS, Datuk Mustafa Ali dan Siti Zailah; wakil DAP, Datuk Teng Chang Kim dan Liew Chin Tong.
Wakil NGO pula disertai Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah; Pengerusi Permuafakatan Kampung Warisan (Muafakat), Ishak Surin dan aktivis politik, Hishamuddin Rais.
Saifuddin berkata, tugas polis adalah sebagai fasilitator yang akan memudahkan perjalanan himpunan itu nanti.
"Polis juga akan sediakan 'marshal' untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan hari tersebut," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Sabu menyatakan pihak sekretariat HKR belum mendapat maklum balas berhubung kebenaran menggunakan Stadium Merdeka.
"Kita tunggu sampai 1 petang esok, sama ada dibenarkan atau tidak. Kemudian kami akan adakan mesyuarat jawatankuasa pada jam 4 petang. Selepas itu kita akan maklumkan kepada polis, media dan orang awam jika terdapat sebarang perpindahan lokasi," jelasnya. ~kd
KUALA LUMPUR 8 Jan: Polis mesti telus menjaga keselamatan wartawan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini, bukan menyekat kebebasan mereka membuat liputan, kata Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).Ia ekoran wartawan yang akan membuat liputan HKR diarah memakai pas khas yang disediakan polis supaya mudah dikenalpasti.Langkah itu menurut polis sebagai usaha untuk mengelak berulang kejadian petugas media dipukul anggota polis seperti yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 3.0.
"Kita harap dengan pas itu, polis akan mengenal pasti para petugas media dan ini bermakna tiada lagi alasan untuk mereka kata tersilap pukul seperti yang terjadi dalam Bersih 3.0," kata Presidennya, Chin Sung Chew.
Justeru, beliau berharap agar tujuan 'mudah dikenalpasti' bukan alasan untuk menyekat kebebasan wartawan membuat liputan."Tindakan itu tidak patut. Kita harap polis telus dalam mengeluarkan arahan tersebut, khusus untuk menjaga keselamatan wartawan," katanya.
Dalam himpunan Bersih 3.0 28 April tahun lalu, selain orang ramai, turut menjadi mangsa keganasan polis adalah di kalangan wartawan.Polis juga memaksa jurugambar memadam gambar yang dirakam malah ada juga bertindak merampasnya.
NUJ turut menerima 12 laporan daripada petugas media mengatakan mereka diserang polis semasa perhimpunan tersebut. ~kd
TANJONG MALIM: Seramai 34,980 Orang Kena Saman (OKS) diminta hadir ke Mahkamah Majistret Slim River di sini pagi ini bagi sebutan kes saman berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Difahamkan sebutan kes bermula jam 8.45 pagi ini. Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) akan berada di sana bagi membantu mereka yang dituduh.
Sementara itu, satu sidang media oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Mohd Misbahul Munir Masduki akan diadakan tengah hari ini di perkarangan mahkamah di sini.
Sidang media akan disertai Ketua Penerangan PAS Negeri Ahmad Nuri Al-Amin.
Sebelum Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk membekukan kesemua prosiding berkaitan dengan saman kesalahan AES, yang dimulakan sejak dua minggu lalu, sehingga beberapa aspek perundangan dan teknikal diselesaikan. ~harakahdaily
MOSCOW – Rusia telah mengkonsentrasikan lima kapal perang untuk berlabuh di pantai timur Laut Mediterania dalam sebuah aksi untuk menunjukkan kekuatan. Hal itu bertujuan untuk menekan negara-negara Barat agar tidak melakukan intervensi militer terhadap Suriah, demikian laporan akhbar Inggris The Sunday Times mengutip dari seorang diplomat Rusia pada Sabtu (5/1/2013).
Menurut laporan tersebut, kapal-kapal Rusia itu mengangkut peralatan perang dan ratusan tentara marinir Rusia, disertai oleh kapal-kapal tempur.
Pemerintah Rusia beralasan kapal-kapal itu dikerahkan untuk ikut serta dalam latihan untuk "meningkatkan manajemen, pemeliharaan dan pengujian interaksi dari angkatan laut." Namun The Sunday Times mengutip dari diplomat Rusia bahwa tentara mariner Rusia dimaksudkan untuk mencegah negara-negara Barat mengerahkan pasukan darat guna menjatuhkan rezim Bashar Asad.
"Rusia harus bersiap siaga untuk menghadapi perkembangan apapun, konflik di Suriah mungin saja mencapai puncaknya sebelum datangnya Hari raya Paskah," kata diplomat Rusia tersebut.
The Sunday Times melaporkan bahwa sekitar 300 tentara marinir Rusia diputuskan akan mendarat di pelabuhan Tarsus, Suriah. Mereka akan dikerahkan ke daratan untuk mencegah invasi militer darat yang mungkin "akan dilakukan" oleh negara-negara Barat.
Sementara itu koran Lebanon pro rezim Suriah, Ad-Diyar, melaporkan bahwa Rusia telah mengirimkan 71 kapal perangnya yang mengangkut 62 tentara Rusia guna membantu rezim Bashar Asad.
Pasukan militer rezim Nushairiyah Suriah yang didukung oleh militer Rusia, Iran dan milisi Syiah Hizbullah Lebanon selama beberapa pekan terakhir semakin terdesak oleh serangan mujahidin kelompok Islam dan mujahidin FSA.
AS dan Barat sendiri telah memasukkan mujahidin Jabhah Nushrah, salah satu kelompok mujahidin Islam terkuat, dalam daftar kelompok teroris internasional. Rakyat Suriah dan para aktivis revolusi meyakini hal itu sebagai konspirasi AS dan NATO untuk menyelamatkan rezim Bashar Asad.
AS dan NATO dengan mengatas namakan PBB diyakini akan melakukan intervensi militer udara atau darat dengan tujuan memerangi "teroris Islam" dan menyelamatkan senjata kimia rezim Asad agar tidak jatuh ke tangan "teroris Islam."
Tersebarnya gambar penari separuh bogel sedang beraksi di atas dilaman FaceBook dan juga Blog menyebabkan pihak Polis Di Raja Malaysia, khususnya dari IPD Shah Alam dihujani kritikan.
Gambar tersebut telah dirakamkan di Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan Jabatan Siasatan Jenayah IPPD Shah Alam. Ada yang meminta penjelasan dari pihak Polis dan ada juga yang tanpa memberi peluang kepada pihak Polis menjelaskan keadaan terus mengkritik pihak Polis.
Malah oleh kerana gambar di atas disiarkan oleh kebanyakkan Blog-blog Pro Pakatan Rakyat maka secara automatik Blog-blog Pro UMNO mendakwa ianya adalah gambar super impose yang dilakukan oleh penyokong Pakatan Rakyat untuk memburuk-burukkan pihak Polis.
Bagaimanapun tuduhan Blog-blog Pro UMNO itu terjawab bilamana ada individu yang mengambil inisiatif untuk bertanya kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah melalui laman FaceBook beliau.
Beliau melahirkan rasa terkejut bila melihat gambar tersebut dan berjanji akan menyiasat perkara tersebut kerana menurutnya ini adalah satu pelanggaran tata susila PDRM dan mengucapkan terima kasih atas maklumat yang disampaikan kepadanya.
Dan setelah beberapa jam berlalu sekali lagi beliau mengeluarkan kenyataan hasil dari penyiasatannya mendapati "Pihak polis yg hadir (JSJ Shah Alam) juga terperanjat dgn pihak kebudayaan (mlm di Intekma) itu yg tlh membuat "show" sedemikian, namun tindakan disiplin terhadap mereka yg bertanggung jawab &cuai dlm menganjur. Polis Selangor tidak sekali kali menyokong kemungkaran sebegitu. Harap maklum."
ada segolongan manusia di malaysia ni sedang di serang sawan akibat kepanasan bahang pilihanraya tidak lama lagi. itu lah yang membuat kan meraka bercakap merapu meraban, ulasan yamg tiada asas sama sekali, ape cerita pulak nak buat himpunan menghalang shamsidar jadi saksi...karut betul la.nampak sangat tpm tak ambik tau, tak nampak akan kebangkitan rakyat menentang umno bn. atau sengaja buat tak nampak.
ini memang suatu yang menggelikan hati...pulak tu, tpm yang bagi ulasan penat penat orang lain yang bertungkus lumus untuk menjayakan hari kebangkitan rakyat di stadium merdeka,hari memprotes kerajaan, tetiba shamsidar yang dapat nama...
ulasan ni hanya sekadar menimbulkan keraguan kepada rakyat yang berniat memperjuang kesejahteraan rakyat..
You are subscribed to email updates from otai-blues To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Selamat Datang Wahai Pakatan Rakyat..Kami Menantikan Pemerintahan Mu...
Seorang Veteran Umno Telok Bakong dikatakan panas hati dengan perlakuan beberapa pemimpin pemimpin Umno kampong.beliau adalah orang lama UMNO dan bertanggungjawab dalam penubuhan ketiga-tiga cawangan UMNO di Telok Bakong.Beliau telah menyertai UMNO sejak dari tahun 60an lagi,beranggapan bahawa parti itu sudah tidak memperdulikan nasib orang orang lama yang telah banyak berkorban,apa yang diutamakan ialah menjaga kepentingan diri sahaja.Walaupun sudah berusia,beliau masih lagi aktif dan menganggotai JKKK sejak sekian lama kerana perasaan sayangnya pada parti tersebut.
Ketidakpuasan hati beliau berpunca dari sikap pimpinan UMNO yang pilih kasih,beliau yang sebelum ini pernah memohon bantuan atap rumah merasa disisih dan dipinggir apabila permohonan beliau diketepikan dengan alasan "anak anak nya semua kerja besor boleh membantu",.penolakkan ini terus berlangsungan apabila satu permohonan untuk mendapatkan lampu jalan turut ditolak oleh pimpinan UMNO.Sebenarnya segala bentuk bantuan dan peruntukan cuma berlegar-legar dikalangan orang orang tertentu sahaja didalam UMNO.Ada rumah yang mempunyai 2 lampu jalan dan ada juga keluarga keluarga yang dianggap berkemampuan menerima bantuan atap rumah.
Sebagai tidakkan protes diatas ketidakadilan ini,disekeliling rumah beliau telah digantung bendera Parti Keadilan Rakyat sebagai signal menunjukkan bahawa "Perubahan Boleh Berlaku Pada Bila-Bila Masa Sahaja".Bendera akan ditambah dari masa ke semasa sehingga isu ini selesai.Beliau juga menganggap bahawa kebanyakkan pemimpin UMNO di Peringkat Bahagian hanya pandai berlagak dan melupakan tanggungjawab mereka kepada rakyat miskin.
Selepas kerajaan Pakatan Rakyat dirampas oleh BN,warga emas ini serta beberapa JKKK lama pernah cuba dilucutkan jawatan oleh pimpinan kampung yang baru.Namun setelah diugut oleh kumpulan JKKK lama ini untuk mengubah sokongan mereka kepada PR,rancangan perlucutan jawatan ini dibatalkan kerana khuatir tidakkan mereka ini mereka dapat mempengaruhi orang ramai.
Msinc-Cuma perati dan menganalisa perangai penduduk,ada yang dah lompat keluar ..nak masuk PR balik.Ada Tok Tok Sidang kampung yang cuba beli rakan rakan PR.Macam macam usaha.Buat aktiviti pun kena sebotaj.Tapi ingatlah..kami tidak akan termakan atau berundur...LAWAN TETAP....LAWAN..
Pengumuman-.Rapat Jentera Pilihan Raya DUN BOTA di Markaz Gerakan Kg Bt. 16 Lambor Kanan Pada 20 Jan 2012.Pukul 9.00pagi.Semua jentera dan sukarelawan Pilihanraya Dijemput Hadir.Baju T-Shirt Percuma Disediakan Untuk Semua Jentera Dan Sukarelawan Pilihanraya.
Aturcara
7.00pm-Talkimat Khas 7.20pm-Solat Maghrib,Zikir Munajat Bersama Ustaz Badrolamin 8.30pm-Solat Isya,Solat Hajat 8.45pm-Kenduri Rakyat-Makan Malam 9.30pm-Ceramah HIJRAH BOTA-KEMENANGAN PERAK 11.00pm-Bersurai
Tertanya-tanya juga aku bila membaca apa yang disiarkan oleh Sinar Harian pada image di atas.. mengapa agaknya Muhyiddin meletakkan tarafnya sama dengan pencacai-pencacai UMNO sedangkan beliau seorang pemimpin UMNO.
Apa yang meletakkan Muhyiddin setaraf dengan pencacai-pencacai UMNO yang terkenal dengan kebodohan mereka ialah beliau telah menggunakan perkataan Himpunan Shamsidar bagi menggantikan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini.
Antara Blogger pencacai UMNO yang menggunakan perkataan tersebut ialah Blog yang print screennya di bawah ini, yang mempertikaikan artikel dari MiLo SuaM yang boleh di baca di ( SINI )
Dan juga blog pencacai UMNO di bawah ini.. juga mempertikaikan MiLo SuaM.
Kenapa agaknya mereka menggantikan Himpunan Kebangkitan Rakyat dengan nama Himpunan Shamsidar sedangkan dalam lapan tuntutan Himpunan tersebut nama Shamsidar langsung tidak tersenarai.
Antara lapan tuntutan tersebut ialah..
1-Menuntut Pilihanraya adil dan bersih. 2-Bebaskan tahanan ISA 3-Martabatkan Bahasa Ibunda 4-Menuntut pendidikan percuma 5-Selamatkan Kampung Warisan dan tradisi 6-Selamatkan alam sekitar 7-Pulangkan royalti minyak 8-Selamatkan Felda
Jawatankuasanya pula dianggotai oleh wakil-wakil dari Pakatan Rakyat dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang akan bersama-sama menghimpunkan rakyat dari seluruh negara untuk membanjiri ibukota.
Rupa-rupanya Himpunan Kebangkitan Rakyat dengan nama Himpunan Shamsidar berpunca dari dakwaan Nallakurapan ini..
Kononnya menurut Nallakurapan seperti yang disiarkan oleh Utusan diatas ialah 'Himpunan Shamsidar' itu dijadual berlangsung beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan aktiviti biseksual bagi mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah.
Ceh!! Statement sebegitu bodoh oleh si Nallakurapan itu pun boleh mempengaruhi pemikiran Pencacai-pencacai UMNO?
Apakah dengan mengadakan perhimpunan ini proses penghakiman yang berlangsung di Mahkamah akan terganggu atau menjadi keliru seperti apa yang didakwa si Nallakurapan itu?
Sedangkan ianya diadakan beberapa hari sebelum kes dibicarakan..
Jika benar ianya diadakan bagi menghalang isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin dari menjadi saksi di mahkamah, Himpunan Kebangkitan Rakyat itu sewajarnya diadakan ketika hari perbicaraan..
Dan lokasi perhimpunan pula ialah di Mahkamah yang mana perbicaraan itu berlangsung bukannya di perkarangan Stadium Merdeka..
Hmmm... betullah kata Tun Mahathir.. hanya orang-orang bodoh kini bersama UMNO... termasuklah Muhyiddin itu sendiri... kalau tak percaya Mahathir yang kata macam tu sila lihat di ( SINI )
Kata Timbalan Ketua Penerangan Perkasa ni.. Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) adalah cubaan untuk menghidupkan suasana seperti di Dataran Tahrir.
Ini kerana Perkasa mendapat maklumat entah dari mana yang mengatakan kumpulan itu akan berkumpul di Dataran Merdeka.
Jadi Perkasa mahu polis mengambil tindakan menghalang himpunan itu kerana bimbang berlakunya rusuhan lagi seperti himpunan lain anjuran Pakatan Rakyat.
KUALA LUMPUR: Perkasa membuat laporan polis terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) anjuran Pakatan Rakyat pada Sabtu ini.
Timbalan Ketua Penerangan Perkasa Abdullah Mansor membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.
Abdullah dalam laporan polisnya berkata, pihaknya bimbang pembangkang sengaja mengadakan himpunan itu sebagai cubaan untuk menghidupkan suasana seperti di Dataran Tahrir, Mesir kerana mendapat maklumat kumpulan itu akan berkumpul di Dataran Merdeka.
"Perkara seperti ini sudah beberapa kali berlaku, termasuk mereka pernah membohongi Tuanku Yang diPertuan Agong (YDPA) untuk mengadakan himpunan haram Bersih 3.0.
"Bersih 3.0 akhirnya mencetuskan rusuhan dan kacau bilau menyebabkan banyak harta awam rosak dan menjejaskan keselamatan awam," katanya dalam laporan polis tersebut.
Beliau berkata, wujud juga keluhan daripada peniaga dan pemandu teksi sekitar Kuala Lumpur yang bimbang perniagaan mereka bakal terjejas sekiranya berlaku rusuhan akibat HKR.
Sehubungan itu, pihaknya berkasa polis dapat mengambil tindakan menghalang himpunan itu kerana bimbang berlakunya rusuhan lagi seperti himpunan lain anjuran pembangkang.
'Countdown' HKR akan bermula pada malam 11 Januari di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dan akan berterusan pada esoknya di sekitar sini.
Tiga lokasi mulanya berkumpul seperti yang dicadangkan penganjur adalah Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), Masjid Negara, Kelab Sultan Sulaiman sebelum berarak menuju ke Stadium Merdeka ~ Free Malaysia Today.
Banyak betul ya maklumat yang PERKASA ni dapat.. tapi satu pun tak pernah terbukti betul.. mungkin maklumat ini datang dalam mimpi agaknya..
Di sini yang aku maksudkan pada tajuk diatas ialah Admin Portal Suara Pakatan Rakyat bukannya buat tuntutan dari aku.. aku Cuma menyampaikan saja.. he..he..
Ini kerana beliau telah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan membayar elaun sebanyak RM 300 untuk setiap peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan pada 12 Jan ini.
Kita tuntut dulu dari dia, kemudian suruh dia pula tuntut dari Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor..
Menurutnya lagi selain elaun tersebut kemudahan pengangkutan dan penginapan untuk yang layak juga disediakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.
Disamping fitnah bayaran RM300 untuk setiap peserta, pencacai UMNO yang berselindung atau menumpang popularity Pakatan Rakyat dengan menggunakan Suara Pakatan Rakyat sebagai nama portal beliau juga mempersoalkan tentang sasaran 1 Juta peserta.
Kerana menurutnya kapasiti Stadium Merdeka hanya diantara 35 ribu – 45 ribu orang sahaja, dicampur yang akan duduk di atas padang, mungkin sekitar 10 ribu, masih terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan sejuta orang!!
Dia kata lagi "orang bodoh sahaja yang merancang untuk meletakkan satu juta orang dalam Stadium Merdeka!! Siapakah yang bodoh itu, masih menjadi tanda tanya."
Tapi yang bodohnya disini ialah Admin portal tersebut sendiri, kerana Jawatankuasa Penganjur tak katapun 1 Juta peserta itu semuanya mesti berada di dalam Stadium Merdeka.
Dan lokasi terakhir Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu ini akan ditentukan esok petang sekiranya pihak pengurusan Stadium Merdeka masih tidak memberikan sebarang maklum balas.
Pengerusi Jawatankuasa HKR, Mohammad Sabu berkata, pihaknya turut akan berbincang dengan Ketua Polis Negara bagi menerangkan perancangan himpunan bagi memastikan ianya berlangsung secara aman.
"Setakat ini pihak stadium masih belum menyatakan ya atau tidak. "Esok pada jam 4.00 petang kita akan memberikan maklumat terakhir lokasi himpunan," katanya di sidang media di Ibu Pejabat PKR.
Dengar apa kata DS Anwar Ibrahim tentang portal Suara Pakatan Rakyat ini..
Pencacai UMNO mungkin percaya dengan fitnah yang direka oleh Admin Suara Pakatan Rakyat itu.. kerana mereka bergerak berlandaskan duit.. tapi kita yang menyokong Pakatan Rakyat ini bergerak dengan hati yang ikhlas..
Awan Megah Sdn Bhd milik Ketua Wanita UMNO Selangor Senator Datuk Seri Raja Ropiaah Abdullah telah dianugerahkan projek pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional ("Puspahanas") milik Kementerian Pertahanan melalui satu perjanjian bertarikh 8 Jun 2005.
Projek penswastaan tersebut melibatkan kerja-kerja merekabentuk dan membina (design and build) sebuah kolej latihan tentera ianya bernilai RM100Juta.
Pecah tanah projek Pusat Pendidikan Pertahanan Negara atau Puspahanas sudah dilakukan pada 21 November 2008 (baca di SINI ).
Sebagai balasan kepada kerja-kerja merekabentuk dan membina Puspahanas, Kementerian Pertahanan berjanji akan memindahkan tiga bidang tanah iaitu PT220 (seluas 96.825 ekar), Lot 1158 (seluas 45.420 ekar) dan PT216 (seluas 81.085 ekar).
Tanah-tanah seluas 223.33 ekar ini pada asalnya diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan membina kem tentera.
Oleh kerana Syarikat yang dikuasai oleh Ketua Wanita UMNO Selangor itu, iaitu Awan Megah adalah sebuah syarikat yang tidak pernah mempunyai apa-apa aktiviti sejak ia ditubuhkan jadi ianya tidak ada sebarang pengalaman.
Bagi melaksanakan projek tersebut pula sebuah syarikat yang mengeluarkan berus gigi tersebut dilantik sebagai Ali Baba bagi melaksanakan projek PUSPAHANAS yang dianugerahkan kepada Ketua Wanita UMNO Selangor Raja Ropiaah Raja Abdullah ( sila baca di SINI )
Dan setelah sekian lama berlalu, beratus juta RM bertukar tangan... inilah hasilnya..
Beruntungnya Ketua Wanita UMNO tu.... pencacai dapat apa?
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengajak umat Islam berdoa agar ribut Tropika Sonamu tidak berlaku bencana besar.
Katanya, beliau membaca dengan cemas dan bimbang laporan akhbar yang memberikan amaran tentang ribut tropika sonamu yang dijangka melanda Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini.
"Saya menyeru kepada semua pihak agar mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
"Banyakkan berdoa agar tidak berlaku bencana yang besar, berdoalah di mana juga kita berada dan tidak semestinya ketika solat sahaja.
"Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki dan menguji sesiapa yang dikehendaki. Antara doa yang sesuai untuk dibaca ialah :
اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًا
yang bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah angin sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan...
(Gambaran serangan Ribut Tropika Sonamu ke arah pantai timur Malaysia)
Jabatan Meterologi Malaysia (MMD) dalam laman webnya mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.
Situasi ini dijangka berlaku pada 8 Januari, mulai jam dua petang dan berterusan sehingga Jumaat.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DMPM) pula mengarahkan semua unitnya khasnya Jabatan Amal bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
"Melihat kepada senario semangat membara rakyat Sabah mutakhir ini, hati kecil penulis berkata-kata dengan penuh yakin insya Allah dengan izin Allah politik Sabah akan berubah kali ini. Yang penting Pakatan Rakyat Sabah yang diketuai oleh PKR, PAS, DAP, PPPS, APS dengan kerjasama baik SAPP selain dokongan NGO's. Dan teramat-amat penting sokongan kuat majoriti rakyat Sabah.
Kerajaan Negeri Sabah insya Allah akan dinobatkan Pakatan Rakyat Sabah. Rakyat menanti-nanti saat kemenangan rakyat melalui kemenangan Pakatan Rakyat di Sabah dan di Putrajaya.Pakatan Rakyat Sabah perlu mengembeling kekuatan yang ada dengan semaksimanya. Lupakan segala tohmahan dan fitnah umno/BN. Kita mesti berkerja terus tanpa jemu sehingga tercapai kemenangan rakyat. Strategi Kemenangan Satu lawan satu, jangan lagi ulangi sikap tamak, ego, sombong dan kepala batu para pemimpin pembangkang di Sabah. Lupakan sifat tamak, ego dan rasa diri lebih itu. Lihat dihadapan anda amanah dan sokongan majoriti rakyat yang mahukan perubahan. Kerana itu perlu ada formula kemenangan dalam strategi 'SATU LAWAN SATU' melalui agihan kerusi DUN/Parlimen, penulis melihat seperti berikut:1.PKR: 232.PAS: 073.DAP: 044.PPS: 065.APS: 156.SAPP: 05Jumlah: 60Agihan Kerusi DUNDAP (DUN: 2 Tanjung Kapor, 44 Karamunting, 46 Tanjung Papat dan 57 Sri Tanjung)PAS (DUN: 8 Usukan, 6 Tempasuk, 17 Tanjung Aru, 12 Karambunai, 55 Balung, 56 Apas, 58 Merotai, )SAPP (DUN: 16 Luyang, 14 Likas, 19 Kepayan, 13 Inanam, 45 Elopura)APS (DUN: 4 Matunggong, 5 Tandek, 7 Kadamaian, 9 Tamparuli, 11 Kiulu, 20 Moyog, 29 Kundasang, 31 Paginatan, 32 Tambunan, 33 Bingkor, 35 Melalap, 36 Kemabong, 38 Nabawan, 40 Labuk dan 47 Kuamut)PPS (DUN: 23 Bongawan, 24 Membakut, 25 Klias, 26 Kuala Penyu, 27 Lumadan, 28 Sindumin) PKR (DUN: 1 Banggi, 3 Pitas, 10 Sulaman, 15 Api-Api, 18 Petagas, 21 Kawang, 22 Pantai Manis, 30 Karanaan, 34 Liawan, 37 Sook, 39 Sugut, 41 Gum-Gum, 42 Sungai Sibuga, 43 Sekong, 48 Sukau, 49 Tungku, 50 Lahad Datu, 51 Kunak, 52 Sulabayan, 53 Senallang, 54 Bugaya, 59 Tanjong Batu dan 60 Sebatik)Agihan Kerusi ParlimenSabah mempunyai 25 kerusi parlimen, melihat scenario terkini politik negeri ini mengikut cakap-cakap politik setempat, penulis mengambil formula berikut:PKR: 11 (P167 Kudat, P175 Papar, P176 Kimanis, P182 Pensiangan, P183 Beluran, P184 Libaran, P185 Batu Sapi, P187 Kinabatangan, P188 Silam, P189 Semporna dan P191 Kalabakan)PAS: 2 (P169 Kota Belud dan P173 Putatan)DAP: 2 (P172 Kota Kinabalu dan P186 Sandakan)APS: 6 (P168 Kota Marudu, P170 Tuaran, P174 Penampang, P179 Ranau, P180 Keningau dan P181 Tenom)PPS: 2 (P177 Beaufort dan P178 Sipitang)SAPP: 2 (P171 Sepanggar dan P190 Tawau)Agihan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen Sabah ini wajar dilihat kepada kekuatan dan pengaruh parti-parti Pakatan Rakyat Sabah. Jangan ada sikap mementing parti sendiri-sendiri dalam kerja kemenangan Pakatan Rakyat Sabah. Angka-angka agihan kerusi DUN dan parlimen ini sekadar andaian penulis melalui cakap-cakap dengan beberapa rakan penulis. Penulis lebih mempercayai strategi agihan kerusi yang dibuat oleh semua parti Pakatan Rakyat Sabah dan rundingan bersama SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee seorang yang berpengalaman menjadi menteri zaman PBS dan menjadi KM Sabah era pengiliran dulu. Satu lagi strategi kemenangan jangan sekali-kali timbul rasa tamak dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat Sabah untuk berebut ghanimah dari kuasa dan harta rakyat/kerajaan. Pemimpin yang baik dan amanah pasti akan memperolehi habuannya terutama maruah, kehormatan dan keberkatan. Lihat saja berapa ramai pemimpin umno/BN yang tamak, gila dan rakus dengan kedudukan, nama, pengaruh, harta dan berbagai-bagai lagi kerakusan mereka lakukan sewaktu berkuasa, sehingga ada yang didapati terlibat rasuah, skandal yang meragut segala kuasa, maruah dan pengaruh. Sehingga ada yang terhina teruk kerana perbuatan mereka sendiri. Sebaliknya, ada mereka yang tetap berprinsip, jujur, amanah dan walaupun hari-hari siang malam dihina, namun masih ada maruah, bahkan mendapat simpati dan sokongan majoriti rakyat. Ingat-ingatlah bila dah berkuasa. Kuasa bukan lambang kezaliman dan kerakusan. Ingat Firaun, Raja Namrud yang zalim akhirnya tersungkur hina di bumi kuasanya. Kuasa adalah amanah besar. Pemimpin yang amanah akan menggunakan kuasa untuk memimpin negeri dan negara untuk rakyat demi mencari redha Allah. Takbir!!!
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
[Satu sindiket penipuan dengan cara 'memeluk Islam' oleh sebuah keluarga kaum India yang diketuai seorang wanita, dipercayai ibu kepada keluarga tersebut, Paravathiam A/P Mayavan K/P 64073-02-5484, kini sudah terbongkar! Tujuan mereka melafazkan syahadah berkali-kali adalah untuk mendapatkan simpati, bantuan kewangan dan sumbangan orang ramai terutamanya dari penganut Islam di negara ini. Kronologi sindiket : Mula dapat dikesan pada 16/12/12 di Surau Taman Seroja, Salak Tinggi, Selangor. Kali kedua pada 25/12/12 di Masjid Istiqamah, Puchong, Selangor. Kali Ketiga pada 26/12/12 di Surau Madaniah USJ 18, Selangor. Kali Keempat di Masjid Al Ekhsan Sek 24, Shah Alam, Selangor.Terakhir kali kelima di Surau Al Sobah, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 4/01/13. Caranya: Ibu kepada keluarga ini akan berjumpa dengan Imam masjid/surau yang menjadi sasaran dan memberitahu bahawa satu keluarganya berhajat nak memeluk agama Islam. Sudah pasti sebaik saja selesai upacara melafazkan kalimah syahadah dilakukan maka orang ramai yang hadir akan memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada keluarga ini. Harap perkara ini dapat pemerhatian serius oleh pihak berwajib. Sekiranya anda terserempak dengan mereka, mohon laporkan segera kepada pihak masjid/surau atau pihak yang berkaitan. Sebarkan..]. sumber
PEKAN, 8 Jan - Sebuah syarikat bas yang telah lama beroperasi di bandar ini yang dikenali sebagai syarikat Bee Huat Omnibus Company Sdn Bhddilaporkan akan mengadakan protes besar-besaran dihadapan kediaman Menteri Besar Pahang daam masa terdekat ini. Ia berikutan tindakan kerajaan cuba mewujudkan laluan baru perkhidmatan bas awam RapidKuantan dari Kuantan ke Bandar Di Raja Pekan dalam masa terdekat ini. Maklumat yang diterima, pemilik syarikat berkenaan kecewa dengan tindakan kerajaan yang mahu memberi kebenaran RapidKuantan beroperasi sehingga ke Pekan, sedangkan syarikat terbabit diberi tanggungjawab sebagai "bus town services" dan bukannya bas antara bandar. Sebelum ini banyak telah rungutan yang dibuat oleh pemandu kereta sewa dan teksi sekitar Kuantan berkenaan masalah ini. Namun, ia tidak diambil berat oleh kerajaan, malahan mahu menambah laluan baru ke Pekan pula. "RapidKuantan sepatutya hanya beroperasi di dalam kawasan bandar sahaja... bukannya mengambil laluan bas awam yang lain. Sudahlah rezeki kami kini merudum gara-gara perkhidmatan percuma yang ditawarkan hingga pilihanraya... kini mereka mahu mengambil pula laluan kami... ini tidak adil dan jelas mencurah pasir ke dalam periuk nasi kami", kata wakil syarikat terbabit semalam. Paling mengejutkan, ada laporan syarikat terbabit mahu mengatur semua bas-bas mereka dihadapan rumah Menteri Besar Pahang bagi menuntut ganti rugi atas masalah yang mereka hadapi. "Jika RapidKuantan mahu laluan ke Pekan.. kami minta Kerajaan Negeri beli semua bas-bas kami... sebagai gantiruginya... biarlah kami gulung tikar asalkan mendapat jaminan kewangan untuk menceburi bidang perniagaan yang lain pula selepas ini", katanya lagi. Sebelum ini dalam laporanSinar Harian Pahang, Pengurus syarikat terbabit iaitu Mohd Akmal Kong Abdullah, 43, melaporkan syarikat terbabit akan menamatkan operasinya bermula 31 Disember lalu. Ia diakukan berikutan tekanan semasa dan kerugian yang dihadapi serta tidak mampu lagi meneruskan legasi perniagaan nenek moyangnya sejak 75 tahun yang lalu. Bee Huat memulaka perkhidmatan bas henti-henti sejak tahun 1937 lagi ketika zaman datuknya Kong Ah Kay. Mohd Akmal berkata, jika tiada bantuan daripada pihak kerajaan, dia terpaksa menjual semua bas yang dianggarkan bernilai RM2.2 juta untuk membayar pampasan pekerja dan faedah kepada beberapa pemegang saham. Keputusan itu sudah dimaklumkan kepada pekerjanya sejak 22 November lalu setelah pulangan syarikat menjunam 32 peratus berikutan kehilangan laluan Kuantan-Sungai Isap-Permatang Badak-Taman Tas yang diambil RapidKuantan sejak 1 Disember lalu. Beliau berkata, sejak 2009, dia terpaksa bertahan walaupun berdepan kenaikan bahan api dan walaupun ada subsidi kerajaan untuk diesel, syarikatnya tidak mampu menampung kenaikan kosekoran harga alat ganti termasuk juga tayar yang sentiasa meningkat.
[Syarikat Bee Huat telah turun temurun menawarkan perkhidmatan bas awam kepada warga Kuantan yang ingin ke Pekan. Mereka tiada masalah dalam menawarkan perkhidmatan terbabit, namun jika RapidKuantan mencuri laluan ke Pekan ini bermakna ia bakal menjadi masalah besar kepada Bee Huat. Apapun, sama-sama kita nantikan apakah perancangan mewujudkan laluan RapidKuantan ke Pekan bakal dilaksanakan atau sebaliknya. Jika ia menjadi kenyataan, maka sudah pasti sebuah lagi syarikat bas awam akan gulung tikar dalam masa terdekat ini. Nama Bee Huat sudah sinonim dengan warga Kuantan dan Pekan sebenarnya. Malah, ramai generasi muda yang ada hari ini membesar dengan bas awam Bee Huat. Justeru, jika RapidKuantan meneruskan hasrat ke Pekan nescaya nama Bee Huat juga akan hilang ditelan dek zaman. Persoalannya, apakah wajar RapidKuantan dibenarkan beroperasi hingga ke luar pusat bandar?. Sedangkan ia diwujudkan untuk memberi kemudahan bas bandar kepada penduduk setempat. Apakah kerana RapidKuantan akhirnya kerajaan rela membiarkan banyak syarikat bas yang telah lama wujud akhirnya gulung tikar?. Nantikan laporan seterusnya !!].
KUANTAN,8 Jan - Kewujudan perkhidmatan bas bandar "RapidKuantan" melegakan ramai pihak terutamanya penduduk di sini yang telah sekian lama mengharapkan sistem tersebut. Keluhan hati rakyat akhirnya membuahkan hasil apabila Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak mewar-warkan berita gembira itu dalam Bajet 2013 yang lalu. Kini rata-rata warga Kuantan yang ditemui merasa selesa dengan perkhidmatan tersebut yang dilihat telah mempermudahkan segala urusan mereka sekarang ini. Malah, kekerapan bas yang lalu sekitar 20 hingga 30 minit di kawasan mereka telah memberi harapan baru buat rakyat untuk berurusan di bandar dengan lebih mudah lagi. Namun, dalam kecerian tersebut kini heboh diperkatakan ada pihak yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan perkhidmatan terbabit. Mereka bukan kecewa atas perkhidmatan yang diberikan, namun kecewa kerana kerajaan gagal menjaga kebajikan mereka. Inilah yang berlaku kepada pengusaha teksi dan kereta sewa di sekitar bandar Kuantan sekarang. Rata-rata yang ditemui tidak berpuas hati kerana sejak kewujudan perkhidmata bas terbabit kini mata pencarian mereka semakin merudum. Jika dulu mereka memperolehi pendapatan sekitar RM100 hingga RM200 sehari, kini mahu mencari RM50 hingga RM100 pun mereka sudah tidak mampu. Ramai yang mula berkira-kira untuk "gulung tikar" akibat permasalahan tersebut. "Kami tidak kisah kerajaan mewujudkan bas RapidKuantan sekali pun, namun biarlah berpada-pada... Bas bandar "town service" biarlah beroperasi di kawasan bandar sahaja... tapi RapidKuantan sudah tersasar dari matlamat asalnya... mereka bukan saja beroperasi di bandar.. malahan juga hingga ke luar kawasan bandar... mereka pergi sampai ke Gambang, Universiti Malaysia Pahang dan lain-lain kawasan yang jaraknya hampir 30 kilometer dari pusat bandar... Ini tidak adil kepada kami.... ramai diantara kami yang terpaksa ikat perut akibat masalah penumpang sekarang ini", kata wakil persatuan pemandu kereta sewa dan teksi yang ditemui. "Lebih perit lagi apabila kerajaan melanjutkan perkhidmatan bas percuma dari pada sebulan kepada lima bulan (hingga bulan April) ini... Jika sebulan kami tidak kisah sangat.... tapi jika sampai lima bila agi bas percuma.. ini jelas sekali cuba menyekat mata pencarian kami... ramai dikalangan kami yang sedih dan terkilan melihat senario yang berlaku... Kerajaan bagi bas percuma sampai bulan April semata-mata mahu pancing undi pilihanraya umum ke-13 nanti.. nasib kami semakin teruk dan mungkin lebih ramai lagi akan gulung tikar selepas ini..kini kami hanya bergantung kepada pelanggan tetap sahaja untuk mencari rezeki,... penumpang baru tidak mungkin naik teksi atau kereta sewa lagi sekarang, mereka pasti mahu khidmat percuma ditawarkan RapidKuantan", tambahnya.
[Masalah ini juga dilihat turut membelenggu syarikat bas bandar di Kuantan sekarang. Dilaporkan ada syarikat bas yang sudah gulung tikar dan menanti masa untuk bankrap kerana gagal membayar hutang serta pinjaman bank akibat kegagalan mendapatkan penumpang sekarang. Difahamkan, RapidKuantan kini sedang merancang untuk membuat laluan baru hingga ke Pekan yang jaraknya lebih 40 kilometer dari bandar Kuantan. Ini berkemungkinan besar menjejaskan terus syarikat bas sedia ada seperti Bee Huat dan Rahmat Alam yang beroperasi di laluan itu sejak sekian lama. Difahamkan, ada syarikat yang mahu mengadakan mogok terhadap tindakan kerajaan ini yang dilihat menjejaskan pendapatan mereka. Paling mengejutkan bagi pemandu teksi dan kereta sewa yang tidak mahu meneruskan operasi mereka diminta menyerahkan semula permit kepada kerajaan dan dibayar ganti rugi hampir RM30,000 sekarang ini. Begitu juga kepada mana-mana kakitangan syarikat bas yang mahu bersara dibayar sekitar RM8,000 oleh kerajaan jika tidak mahu meneruskan pekerjaan masing-masing. Rata-rata dikalangan mereka adalah orang Melayu yang sepatutnya dibela oleh kerajaan. Senario yang berlaku ini amatlah meyedihkan kerana bas RapidKuantan yang sepatutnya hanyalah bas "Town Services" kini sudah mematikan periuk nasi ramai pihak bila dibenarkan beroperasi percuma "lebih masa" dan laluan di luar kawasan seperti hari ini. Kerajaan diharap masuk campur segera tangani isu ini!].
MORLEY – Seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Cameron Jackson, menang dalam persengketaan dengan doktor giginya di mahkamah atas kes malpraktik. Kanak-kanak itu mendapatkan ganti rugi wang 9.000 Poundsterling Kanak-kanak itu memiliki 13 gigi susu yang sudah membusuk, ke-13 gigi susunya dicabut semua sekali ketika dia masih berusia tiga tahun. Apabila nanti dia membesar sebagai remaja, dia diprediksi hanya memiliki tujuh gigi.Ibunya, Wendy Jackson, mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor gigi yang gagal melihat gejala pembusukan gigi puteranya. Dr Raymond Matloa, doktor gigi di Street Fountain Medis, di Morley, Leeds, menolak bertanggung jawab atas kes gigi susu itu.Sejauh ini, tidak diketahui apa yang menjadi penyebab pembusukan gigi Cameron. Namun Wendy Jackson berkeras menegaskan, puteranya tidak makan gula-gula apa pun."Saya pertama kali menyedari ada sesuatu yang salah ketika Cameron tidak boleh makan makanan padat pada selama 18 bulan yang lalu," kata Wendy."Dia tidak makan makanan padat sama sekali dan bahkan tidak akan menyentuh gula-gula. Dia hanya minum susu," ungkapnya."Doktor giginya terus berkata gigi Cameron baik-baik saja tapi, saya melihat gigi anak saya kuning, bukan putih seperti warna gigi susu biasanya," jelas wanita asal Bradford ini, seperti dikutip Daily Mail, Khamis (3/1/2013)Wendy, mengatakan baawa Doktor Matloa, menyarankan untuk memberus gigi sesering mungkin, tapi ketika dilakukan giginya benar-benar hancur dan akhirnya tampak seperti pasak kecil.“Cameron, menjerit dan gusinya berdarah. Dia bangun setiap malam dan menangis,” ungkap Wendy.Dr. Matloa, mengatakan bahawa Cameron makan gula-gula terlalu banyak. Namun, hal itu tidak benar kerana Cameron tidak pernah menyentuh makanan yang keras apalagi gula-gula.(AUL)
Harakahdaily KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat(gambar) mengajak umat Islam berdoa agar ribut Tropika Sonamu tidak berlaku bencana besar.Katanya, beliau membaca dengan cemas dan bimbang laporan akhbar yang memberikan amaran tentang ribut tropika sonamu yang dijangka melanda Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini. "Saya menyeru kepada semua pihak agar mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. "Banyakkan berdoa agar tidak berlaku bencana yang besar, berdoalah di mana juga kita berada dan tidak semestinya ketika solat sahaja. "Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki dan menguji sesiapa yang dikehendaki. Antara doa yang sesuai untuk dibaca ialah :اللهم حوالَيْنَا ولا علينا، اللهم غَيْثًا مُغِيثًا، لَا مُهْلِكًا وَلَامُدَمِّرًاyang bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah angin sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan...(Gambaran serangan Ribut Tropika Sonamu ke arah pantai timur Malaysia)Jabatan Meterologi Malaysia (MMD) dalam laman webnya mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.Situasi ini dijangka berlaku pada 8 Januari, mulai jam dua petang dan berterusan sehingga Jumaat.Dewan Pemuda PAS Malaysia (DMPM) pula mengarahkan semua unitnya khasnya Jabatan Amal bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
You are subscribed to email updates from KRAI Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Malam ini Tv No 3 akan membesar-besarkan apa yang diistilahkan sebagai kemurkaan Sultan Selangor terhadap pandangan Lim Gua Eng agar perkataan Allah dibenarkan digunakan dalam penulisan kitab Injil di Sabah dan Sarawak.
Tidak tahu sejauh mana kemarahan Sultan itu kepada pandangan Guan Eng itu. Apakah tahap boleh dipancung atau pun halau ke luar negeri?
Tetapi yang nyatakan tv no 3 dan tv lain juga akan perbesarkan. Mereka akan cuba memberi gambaran sultan Selangor tidak senang hati kepada cadangan itu. Yang akan ditarik dan digambarkan nanti sultan juga tidak suka kepada DAP.
Media PB ada agenda tersendiri dengan menggunakan kenyataan marah itu. Sultan tidak mungkin mencampuri urusan politik kerana baginda tahu batas-batas yang boleh dan tidak boleh dilakukannya olehnya. Sultan adalah payung bukan saja untuk Melayu tetapi untuk semua ethnik yang bermukim di negara ini.
Tetapi media akan cuba memberi gambaran sebaliknya.
DAP khasnya Lim Guan Eng jangan mudah melatah dengan tektik media massa PB itu. Lim Guan Eng kena mendiamkan diri dan tidak perlu memberi apa-apa jawaban. Biarlah media massa PB melalak dan melaung sendiri. Rakyat sudah tahu apa yang berlaku di sebalik isu itu. Yang diharap dan didoakan media PB ialah DAP melatah kemudian diikuti pula oleh PKR dan PAS.
Hari ini Pakatan Rakyat mengambil keputusan menerima perkataan Allah digunakan dalam erti kata di luar konteks Allah menurut bahasa al Quran. Apakah sultan Selangor respon kepada kenyataan dan pendirian Pakatan Rakyat itu? Barang kali perlu juga sultan Selangor menegur ketetapan Pakatan Rakyat itu? Kalau Guan Eng ditegur kenapa tidak dengan Pakatan Rakyat?
Dalam keadaan UBN terdesak mereka akan menggunakan apa saja termasuk Raja-raja Melayu. Mereka tahu urusan agama terletak di bawah bidang kuasa raja-raja Melayu. Seboleh-boleh UBN akan mengheret sama Raja-raja bersimpati kepada mereka. Bagaimana pun tidak semudah itu. Raja-raja bukan budak atau pandir.
Raja-raja yang membaca sejarah akan tahu dan ingat apa yang pernah Mahathir Mohamad dan Umno lakukan kepada mereka sebelum ini? Yang bersikap melampau batas dan menghina Raja-raja bukan DAP atau Pakatan Rakyat tetapi Umno. Sejarah kelancangan Umno ini semua orang masih ingat.
Dalam nota ringkas ini sekali lagi diingatkan agar pemimpin DAP jangan melatah dengan kemarahan Sultan Selangor itu. Terimalah seadanya. Jangan sentuh dan kata apa-apa terhadap kenyataan sultan yang dibaca oleh setiausahanya itu. Lainlah kalau Sultan Selangor muncul sendiri di tv 3 barulah DAP boleh memberi reaksi menjawab itu setakat mana yang tidak terlindung oleh imuniti raja. Teguran sultan masih bersifat kabur.
Apabila marah itu diluahkan dalam kertas ia boleh ditafsirkan dengan berbagai tafsiran lagi. Walaupun ia sudah sahih menjadi kenyatan sultan tetapi wajar kalau ia dilafazkan sendiri oleh sultan biar semua orang mendengar dengan jelas. Biar cerat.
Sultan selalunya membuat kenyataan berdasarkan apa yang dinasihatkan kepadanya oleh para penasihatnya. Sebab itu kalau penasihat memberi nasihat yang salah maka salahlah titah raja itu. [wm.kl.5:52 pm 08/01/13]
Politik provokasi yang ditunjukkan oleh ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkahsi tidak menunjukkan beliau seorang ahli politik yang profesional setaraf dengan kedudukan sebagai timbalan menteri pelajaran. Puad walaupun terdesak sangat untuk mempertahankan sokongan Melayu agar terus menyokong Umno tetapi jangan sampai membuat provokasi sebegitu huduh dan buruk.
Puad dilaporkan menggesa DAP agar memberi penjelasan berhubung dakwaan parti itu (DAP) akan mencetak 100,000 naskah Injil dalam bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah.
Laporan itu telah disiarkan dalam akhbar pennjilat buntut dan dipetik oleh proital berita.
Puad tidak mahu memberi tahu mengenai dakwaan itu itu sebaliknya beliau ingin bertanya kepada DAP mengenai maklumat yang beliau difahamkan. Puad tidak sepatutnya berselindung di sebalik ayat atau perkataan belapik "difahami", "dikatakan" atau "menurut sumber." Politik hari ini politik realistik bukan politik halimunan lagi.
Bila DAP meminta bukti dakeaan itu Puad harus memberikan buktikan. Sekiranya Puad tidak dapat menjelaskan sumbernya, ternyata Puad membuat provokasi dengan isu berkenaan. Beliau harus faham isu yang dimainkan itu sangat sensitif dan boleh menyebabkan berlaku perbalahan kaum dan agama.
Apa kata kalau kalau ada orang Islam yang 'gila' dan tidak waras tatkala mendengar dakwaan Puad berasaskan sumber yang tidak sah itu, akan bertindak ke atas mana-mana pemimpin DAP? Puad kena bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kelak.
Puad diingatkan jangan terlalu sangat memanaskan keadaan sehinggakan akan mencambahkan api perkauman dan keagamaan yang melampau. Kebebasan politik itu ada batas dan sempadannya. Sesuatu yang Puad kena insaf dan sedar kalau pun beliau sendiri terlepas kuasa dan kedudukan sebagai ahli parlimen asalkan orang Melayu dan negara selamat beliau harus rela berkorban. Puad bukan segala-galanya untuk negara dan dirinya bukan aset utama.
Kita masih halal untuk memanipulasikan apa juga isu tetapi rasanya bukan isu-isu seperti apa diperkatakan oleh Puad itu. Mungkin Puad berseronok bermain dengan isu-isu seperti itu. Tetapi apa kata kalau ada pihak lain juga membuat provaktif sama beliau dapat menerimanya.
Sehingga ini belum ada provaktif melampau yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat terhadap BN dan Umno. Pakatan Rakyat masih mengelak menggunakan isu-isu agama dan kaum dalam mencapai nawaitu politiknnya. Sehingga kini Pakatan Rakyat merendah diri kepada apa jua provokasi BN. Apakah kalau mereka (oposisi) sudah hilang sabar mereka juga terikut membawa isu sama, apakah Puad sedia untuk menerimanya dan bertanggungjawab atas musibah bakal berlaku?
Puad kena bertangugngjawab di atas dakwaan beliau itu. Kalau beliau gagal mengemukakan bukti, hatta senaskah Injil yang dicetak menggunakan kalimah Allah dan diterbitkan oleh DAP, sudah cukup untuk rakyat akan menghukum beliau nanti. Selamanya Puad akan dilihat sebagai politician yang busuk, kotor dan najis seperti mana Musa Hitam dalam kaitan isu Memali.
Saya bimbang dakwaan tidak berasas itu Puad itu ia bukan memberi laba kepada UBN khasnya Umno tetapi memberi rugi yang besar.
Saya percaya cara Puad berbuat demikian bukan atas restui Najib atau Umno seluruhnya tetapi ia adalah adalah pandai-pandai Puad saja yang kini kian giat untuk menyaingi Ahmad Maslan dalam membantu parti mereka yang juga membuat pelbagai provaksi dan ego tinggi menunjukkan kononnya merekalah yang cerdik.
Baik Puad dan Mat Maslan tirulah cara Ahli Parlimen Temerloh, Saifuddin Abdullah berpolitik, logik, terbuka dan tidak ada unsur-unsur dan sentimen kebencian melampau. Jenis dan rupa diri politik seperti Saifuddin Abdullah itulah yang disenangi semua pihak.Apa lagi sebagai seorang timbalan menteri pelajar Puad tidak patut sesekali berperangai kencing 'kilat' iaini kencing tidak basuh. Cara Puad menyembur politiknya itu tak ubah orang kencing kilat. [wm.kl.4:47 am 08/01/13]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PENGUMUMAN JAWATANKUASA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
semua yang akan turun sila ambil perhatian untuk mengelakan kesesakan sila jangan bawa kereta ke dalam kota kuala lumpur sila jangan buat ganguan jalan sila jangan jamkan jalan raya
perhimpunan ini dijalankan dengan aman perhimpunan ini dijalankan dengan santai suasana pesta suasana bersama kaum keluarga
PANTAI TIMUR - dari pantai timur - dari kelantan - terangganu - dari pahang ambil komuter ambil lrt di wilayah gombak berhenti di masjid jemek dan bergerak dari sana ke stadium merdeka
PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK sila ambil komuter di slim river di tanjung malim di rawang dan kawasan-kawasan yang sama berkumpul di masjid negara dan bergerak ke stadium merdeka
NEGERI SEMBILAN naik komuter dari seremban kajang bangi cuba jangan bawa kereta ke dalam kota
SELANGOR - PJ KLANG SHAH ALAM sila ambil komuter sila ambil lrt berhenti di universiti berhimpun di masjid universiti malaya bergerak ke brickfeilds warga aman sedang menungggu
MAHASISWA dan ANAK MUDA berkumpul di masjid UM bergerak bersama-sama menuju brickfeilds
HIMPUNAN HIJAU berkumpul awal di KLCC
ROYALTI berkumpul awal di KLCC
MUFAKAT berkumpul di jalan sultan
SAMM berkumpul di kelab sultan sulaiman
WARGA YANG LAIN datang terus masuk ke stadium merdeka
NOTA sila berkumpul lebih awal dan mula bergerak ke stadium merdeka
NOTA sila layari semua laman pro pakatan para pemilik laman para bloger anti united malays national orgnisation sila sebarkan maklumat ini
ANAK ANAK MUDA yang bijak desin flyer yang bijak dengan media baru sila sibuk dan gempur alam siber sila gempaq dengan #kl112 sila buat heboh
bangkitlah seniman, apa tunggu lagi. jiwa kesenimananmu tidak celik lagikah? hutang Tajuddin Ramli jutaan ringgit dilupuskan. Khairy masih belum jawab pendedahan Chegubard tentang pinjamannya berjumlah belasan juta ringgit di Bank Pertanian ketika pak mertuanya jadi PM tak berbayar. Anak Datuk Bandar Raja Nong Chik dapat projek juta-juta kroni buat untung saman AES
berhenti dulu melukis conteng warna yang tak siapa faham tu tak payah nyanyi lagu putus cinta lagi sekarang ni tangguhkan dulu lukis kartun ayam main gitar
jom lawan rejim! turun ke jalanraya 12 Januari ini! ibu segala permasalahan ini adalah kerajaan korup!
Transparency International Malaysia (TI-M) menolak pelawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjadi salah satu daripada lima pemerhati tempatan pada pilihan raya umum akan datang berikutan beberapa syarat-syarat yang ditetapkan.
Menerusi satu kenyataan pada Isnin TI-M berkata, selain terma yang ditetapkan, penolakan itu juga kerana pihak mereka percaya bahawa satu lagi kumpulan iaitu Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel) perlu terlibat sebagai pemerhati.
"Bagaimanapun TI-M bersedia untuk terus melibatkan diri dengan SPR terutama berkaitan reformasi pelbagai undang-undang yang berkaitan dengan pilihan raya," kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Selain TI-M, NGO lain yang dijemput oleh SPR untuk menjadi pemerhati tempatan ialah Merdeka Centre, Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham), Pusat Kajian Dasar Awam, (CPPS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).
Keputusan TI-M itu bagaimanapun menerima reaksi negatif daripada Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan.
Beliau mempersoalkan keputusan TI-M menarik diri terutamanya selepas semua NGO terlibat bersetuju mengenai terma dan syarat yang ditetapkan pada pertemuan terakhir bersama SPR.
Wan Saiful menegaskan semua NGO termasuk TI-M sudah mengadakan rundingan selama beberaa bulan dengan SPR untuk memastikan peraturan yang dikenakan terhadap pemerhati selari dengan piawaian antarabangsa.
"Jika TI-M mempunyai apa-apa pertikaian, kenapa tidak dibangkitkan kepada SPR apabila kita sedang duduk bersemuka?" kata Wan Saiful.
Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata keputusan TI-M tidak akan menjejaskan rancangan untuk mempunyai pemerhati tempatan kerana semua NGO lain telah menerima tawaran SPR secara bertulis.
Wan Ahmad juga berkata tidak ada keperluan untuk mengenal pasti kumpulan yang lain bagi mengisi kedudukan TI-M.
KUALA LUMPUR: Dengan ketibaan tahun baru 2013 maka kita telah memasuki fasa pecutan terakhir di dalam persiapan PRU13 untuk mempertahan dan meluaskan kemenangan khususnya bagi menawan Putrajaya.
Demikian kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan.
Fasa terakhir ini, katanya bermula dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 yang akan diadakan pada hari Sabtu, 12 Januari dari jam 2.00 hingga 5.00 petang di Stadium Merdeka.
Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah.
Dengan ketibaan tahun baru 2013 maka kita telah memasuki fasa pecutan terakhir di dalam persiapan PRU13 untuk mempertahan dan meluaskan kemenangan khususnya bagi menawan Putrajaya.
Fasa terakhir ini bermula dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 yang akan diadakan pada hari Sabtu - 12 Januari 2013, dari jam 2.00 pm hingga 5.00 petang di Stadium Merdeka.
Dari soal Lynas, Felda, Royalti, Pengerang, tuntutan Bersih, pembelian kapalselam dan banyak lagi isu rasuah dan penyelewengan; himpunan gergasi ini akan menjadi tanda jelas penolakan rakyat terhadap kejelekan dan sikap semberono pemerintah Umno BN merompak hak Rakyat. Penolakan ini kita akan muktamadkan dalam PRU13 kelak.
Saya juga percaya terdapat usaha sistematik pemerintah dan media arus perdana dengan membangkitkan isu-isu lapuk seperti Amanat Haji Hadi yang telah berusia lebih 30 tahun bagi mengalih perhatian masyarakat dari acara terbesar dalam sejarah tanah air kita ini.
Memandangkan kerajaan takut untuk menjemput Tuan Guru Presiden untuk bermuzakarah secara live, kami berpandangan isu ini telah gagal dieksploitasi oleh Umno dan boleh diisytihar sebagai game over.
Saya ingin mengajak semua pihak untuk meninggalkan permainan media pemerintah, kembali fokus kepada PRU13 dan menggunakan semua ruang yang ada - facebook, twitter, emel, banner dan sebagainya untuk merancakkan hebahan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 ini lantas melipat-gandakan penyertaan.
Dewan Pemuda PAS Malaysia telah pun mengeluarkan arahan kepada seluruh saf pemuda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini. Kita menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 pemuda PAS untuk bersama-sama warga Malaysia yang lain membanjiri dataran Stadium Merdeka kelak. Suara Sejuta Rakyat akan bergema merayakan perubahan, Insya Allah!
Sehingga setakat ini kami dimaklumkan rakyat Malaysia di London, Taiwan dan Sydney telah pun bersedia untuk mengadakan himpunan yang sama bagi meraikan himpunan rakyat di Kuala Lumpur ini. Oleh itu, kita juga telah meminta pendokong PAS luar negara di lokasi-lokasi utama lain untuk mengadakan himpunan yang sama sebagai tanda sokongan.
Pada masa yang sama, DPPM telah pun menjemput wakil-wakil kepimpinan pemuda di dalam Pakatan Rakyat untuk mengadakan mesyuarat koordinasi. Ianya bertujuan untuk memperhebat promosi dan menjayakan himpunan ini sebagai himpunan terbesar dan paling aman di dalam sejarah Malaysia.
Unit Amal Malaysia juga telah siap siaga untuk memainkan peranan penting mengawalselia perhimpunan itu kelak. Pada masa yang sama, kita berharap pihak keselamatan khususnya PDRM dapat menghalang mana-mana anasir jahat yang cuba untuk membuat provokasi bagi mengganggu kesusilaan himpunan.
Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini. Ayuh kita jadikan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 suatu pengalaman yang menakjubkan lalu mencatat lakaran penting dalam lipatan sejarah negara untuk menuntut perubahan. Mari bersama kita mencorak masa depan yang lebih gemilang untuk Malaysia.
Pihak polis telah menggesa wartawan yang akan membuat liputan perhimpunan Pakatan Rakyat Sabtu ini memakai pas khas yang dikeluarkan oleh pihak polis supaya mereka mudah dikenal pasti.
Langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini ini dilihat sebagai satu usaha untuk mengelak berulangnya kejadian petugas media dipukul oleh anggota polis seperti semasa perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas.
Semalam, beberapa wartawan Malaysiakini menerima panggilan telefon dari kontinjen polis Kuala Lumpur meminta senarai wartawan yang akan membuat liputan perhimpunan tersebut.
Senarai itu dikehendaki dikemukakan selewat-lewatnya esok, termasuk butiran peribadi seperti nombor telefon dan MyKad.
Ketika dihubungi, ACP Ramli Mohamed Yoosuf, pembantu kepada ketua urusetia (perhubungan awam) Ketua Polis Negara (IGP), berkata langkah itu bertujuan untuk memastikan keselamatan para wartawan.
"Kita tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti masa lalu," katanya, merujuk kepada BERSIH 3.0.
Ditanya mengapa pasukan polis mengambil langkah tersebut sedangkan wartawan dari organisasi berita sudahpun memiliki kad akreditasi kerajaan, Ramli berkata, pas polis yang dikeluarkan itu akan memudahkan keadaan.
"Kadang-kadang, mungkin kita tidak biasa dengan ini (kad akhbar) ... Tugas saya ialah untuk memberitahu pegawai kami bahawa mereka yang memakai pas kita adalah wartawan dan patut diberi kerjasama."
Beliau juga menggesa wartawan untuk memakai jaket yang dengan jelas menunjukkan media organisasi masing-masing semasa perhimpunan tersebut.
Ramli menolak tanggapan bahawa langkah pengenalan khas itu adalah satu percubaan halus untuk menghalang wartawan daripada menjalankan tugas mereka.
Beliau berkata organisasi media perlu melihat langkah itu secara positif kerana ia bertujuan untuk melindungi mereka.
Majlis Fatwa Kebangsaan mesti menjemput Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan bagi menyelesaikan kemelut berkaitan dengan apa yang dipanggil Amanat Haji Hadi.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan, isu yang menjadi kontroversi itu tidak boleh diselesaikan hanya dengan berdasarkan laporan akhbar.
"Ia mesti mengikut prosedur. Datuk Seri Abdul Hadi perlu dijemput untuk berbincang dan bagi mendapatkan penjelasan. Ia tidak boleh diselesaikan mengikut andaian," katanya.
Mengenai fatwa yang dikeluarkan mengenai amanat itu, Hassan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh bergantung kepada fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa di peringkat negeri.
Kuasa mengeluarkan fatwa, katanya, adalah kuasa negeri dan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak semestinya satu keputusan mutlak kerana kuasa agama kekal di bawah kuasa negeri.
Beliau menjelaskan, fatwa sesebuah negeri boleh diguna pakai oleh negeri yang menggazetnya.
"Jika fatwa yang dikeluarkan di peringkat Majlis Fatwa Kebangsaan hanya di peringkat kebangsaan, dan ia tidak akan dibawa ke negeri, ia tidak menjadi undang-undang keseluruhan kerana ia berperanan menyelaras sahaja," katanya.
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya pula menegaskan tiada fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan secara khusus mengenai Amanat Haji Hadi yang menjadi isu kontroversi itu.
Katanya, beberapa fatwa yang dikeluarkan mengenai isu seumpama itu adalah dibuat oleh majlis fatwa peringkat negeri.
Sebuah daripadanya adalah Majlis Fatwa Negeri Melaka, yang dikeluarkan pada 2002.
Fatwa yang diputuskan di peringkat negeri, katanya, tidak semestinya boleh diguna pakai oleh negeri lain.
"Fatwa yang ada itu ialah mengenai isu kafir-mengkafir, sama seperti fatwa (yang dibuat) oleh Kelantan. Fatwa yang ada dalam laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Melaka," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Anwar ajak rakyat turun HKR Sabtu ini, tuntut kebebasan dan keadilan
KUALA LUMPUR 7 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat seluruh negara turun beramai-ramai ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, Sabtu ini.
"Dedikasi untuk semua pejuang rakyat yang menuntut kebebasan dan keadilan. Ayuh bersama turun ke KL 12 Januari ini! Suara rakyat, suara keramat!" kata Ketua Umum KEADILAN di facebooknya hari ini.
Sebelum itu, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengerahkan semua anggota KEADILAN setiap peringkat agar hadir ke KHR.
Menurut Saifuddin, KEADILAN mendukung penuh himpunan tersebut yang merupakan kemuncak kepada jelajah kebangkitan rakyat yang diadakan di seluruh negara.
"Ia bukan sekadar perhimpunan, tetapi manifestasi kebangkitan rakyat, yang bukan saja disokong KEADILAN dan Pakatan Rakyat, malah badan bukan kerajaan (NGO)," kata Ahli Parlimen Machang itu.
Dalam perkembangan sama, Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor akan menggerakkan 300,000 anggota dan penyokongnya sempena perhimpunan itu.
Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Amirudin Shari, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman dan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pagi tadi.
Himpunan mensasar sejuta rakyat itu bermula jam 2 hingga 5 petang, sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan tuntutan. AMK anjur road show
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengadakan road show seluruh negara sebelum HKR bagi mendesak kerajaan memenuhi semua tuntutan rakyat.
"Road show akan bermula 8 sehingga 11 Januari di Johor, kemudian Perak, Gombak dan yang terakhir sempena countdown akan diadakan di Dataran Anak Muda, Petaling Jaya Selatan," kata kata Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
"Antara acara yang akan diadakan adalah ceramah pimpinan KEADILAN dan juga rakan-rakan Pakatan. Kita juga akan adakan acara-acara lain untuk memeriahkan suasana," katanya menambah Artis Lan Raja Lawak akan turut hadir.
Menurutnya, pada hari himpunan, jentera AMK akan bergerak dari Padang Timur, Petaling Jaya melalui Lebuhraya Persekutuan sebelum menuju Stadium Merdeka. Pakatan rancang 'countdown'
Sementara itu, Pakatan Rakyat merancang acara Rapat Kemuncak Mengira Detik pada malam HKR, berlangsung mulai 5 petang di Padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Selain Anwar, pemimpin Pakatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dijangka berucap, di samping penampilan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Mohd Idrus.
Ratusan NGO sertai, 4 warna tema utama
Ratusan NGO akan bersama dalam HKR terdiri daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Gerakan Anti Lynas, Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti)
Ia turut disertai Gerakan Mansuhkan ISA, 13 pertubuhan gerakan mahasiswa, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Pertubuhan Pertahan Tanah Warisan Kita, Sekretariat Prihatin OKU, dan Gerakan Anti PPSMI.
PETALING JAYA 7 Jan: Pengambilalihan syarikat Awan Megah dan Astacanggih oleh Boustead Holdings Berhad dengan bayaran RM160 juta merupakan pelaburan 'tidak masuk akal', kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Katanya, tanah itu merupakan milik kerajaan Persekutuan dan tidak dimiliki Awan Megah serta tertakluk pada kebenaran pindah milik dan pembangunan oleh kerajaan Selangor.
Beliau merujuk kenyataan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor kononnya pembelian Astacanggih dan Awan Megah bernilai RM160 juta adalah pelaburan yang baik.
Dalam sidang media hari ini, Rafizi menunjukkan surat bertarikh 17 Julai 2009, menyatakan rayuan kerajaan Persekutuan kepada keputusan kerajaan Selangor yang menolak permohonan kerajaan Persekutuan untuk pindah milik tanah 223 ekar di Bukit Raja kepada Awan Megah.
"Maknanya tanah itu masih hak milik kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada kerajaan Selangor bagi kelulusan pindah milik dan pelan pembangunan.
"Oleh itu, bayaran RM130 juta kepada Awan Megah samalah dengan beri wang kepadanya tanpa apa-apa hasil," katanya di ibu pejabat parti.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menurut Rafizi berkata, kerajaan negeri menetapkan bahawa tanah itu tidak boleh dibangunkan kecuali bagi tujuan asalnya seperti yang dipohon oleh kerajaan Persekutuan.
Beliau turut menunjukkan dokumen rahsia perjanjian penswastaan antara kerajaan Persekutuan dan Awan Megah.
"Ia jelas menyatakan Bon Tanah sebagai jaminan Awan Megah untuk siapkan Puspahanas (Pusat Pengajian Pertahanan Nasional) hanya RM72.5 juta.
"Dalam keadaan Puspahanas belum siap dan nilainya RM72.5 juta, bayaran RM160 juta oleh Boustead sudah tentu tidak masuk akal," kata Rafizi.
KUALA LUMPUR: Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat kecewa terhadap keengganan pihak pengurusan Stadium Merdeka bertemu dengan mereka hari ini.
Kunjungan hari ini sepatutnya bagi mendapatkan maklum balas daripada pihak pengurusan Stadium Merdeka berkaitan surat permohonan menyewa Stadium Merdeka bagi mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari ini.
Sekretariat HKR sudah menhantar surat tersebut pada 26 Disember lalu namun belum mendapat sebarang maklum balas daripada pihak pengurusan meskipun dua kali tindakan susulan diambil pihak sekretariat.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia (DMPM), Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, tindakan pihak pengurusan yang langsung tidak menghantar wakil untuk bertemu mereka sangat tidak profesional.
Sedangkan katanya, kehadiran mereka hari ini sudah dimaklumkan lebih awal.
"Pemuda cuma nak hantar surat mendesak pihak pengurusan Stadium Merdeka mengeluarkan surat kebenaran menggunakan stadium.
"Kami tunggu hampir satu jam tapi tak ada seorang pun wakil pihak pengurusan datang berjumpa kami.
"Ini sikap yang tak baik dan tak profesional dari pengurusan stadium melayan tetamu," katanya kepada pemberita di hadapan bangunan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Sementara itu, Setiausaha Angkatan Muda Malaysia (AMK), Julailey Jemadi mempersoal kesukaran pihak pengurusan membenarkan penggunaan stadium sedangkan pihak polis sudah memberi lampu hijau kepada HKR.
"Pihak polis sudah bagi jaminan akan menjaga keselamatan pada hari tersebut jadi kenapa pihak pengurusan stadium masih berlengah-lengah?
"Kami akan terus mendesak pihak pengurusan mengeluarkan surat kebenaran," katanya.
Turut bersama ialah Sekretariat Pakatan Rakyat, Adib Ishar.
Menurutnya, sekretariat Pakatan masih bertekad untuk menggunakan Stadium Merdeka.
"Seperti yang ditegaskan sebelum ini, pilihan pertama kami Stadium Merdeka, pilihan kedua dan ketiga juga Stadium Merdeka," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan