Rabu, 2 Januari 2013

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 02 Jan 2013 01:25 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


[BERGAMBAR] Badi Mengamuk Terengganu Lagi, Bumbung Astaka Runtuh!

Posted: 02 Jan 2013 12:49 AM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -


Kemaman - Tirai 'runtuh' Tahun 2012 ditutup dengan insiden runtuhnya bumbung pentas Astaka di Taman Bandar Chukai, dekat sini, seolah-olah mengesahkan lagi gelaran Terengganu Darul runtuh! Kejadian yang berlaku pada 30 Disember itu, bagai satu 'rentetan badi' yang 'merasuk' negeri ini sejak dirampas Umno-BN dari PAS pada tahun 2004.

Selepas malapetaka runtuhnya bumbung Dewan Syaidina Abu Bakar, Sekolah Menenengah Wakaf Tapai bernilai RM2 juta pada 12 April, 2008, sudah 15 bangunan atau binaan yang runtuh dan rosak di negeri ini.

Yang terakhir sebelum bumbung Astaka Chukai adalah bangunan dalam pembinaan di Padang Astaka Besut yang runtuh pada 21 Jun 2012! Tinjauan sekitar kejadian bumbung Astaka Chukai yang runtuh, mendapati sengkuap (awning) di pentas astaka berkenaan 'menyembah bumi' dipercayai strukturnya yang lemah serta reput.

Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat menggesa agar siasatan perlu dibuat secara telus bagi memastikan punca sebenar sebahagian bumbung astaka itu runtuh.

Ini kerana, katanya kejadian runtuh, roboh dan tumbang banyak berlaku di negeri ini seolah-olah membenarkan jolokan gelaran 'Terengganu Darul Runtuh' yang memalukan.

"Saya minta minta berautoriti siasat kes (runtuh) ini dengan telus sebab banyak sangat kejadian yang runtuh-runtuh berlaku di Terengganu. Orang gelar 'Terengganu Darul Runtuh' dan ini memalukan kita.

"Nasib masih menyebelahi rakyat kerana tidak ada kemalangan jiwa berlaku akibat runtuhan itu.

Bumbung stadium runtuh, bumbung masjid runtuh, dewan sekolah runtuh dan banyak lagi sejak tahun 2009," ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Banjir di Taman Perumahan Fikri, Chukai, Kemaman.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada siri lawatannya di Dun Air Putih dan Dun Chukai, 31 Disember lalu.

Beliau menyifatkan ratusan ribu hingga jutaan ringgit wang rakyat 'hangus' angkara ketidakcekapan pengurusan mentadbir negeri ini.

Buletinonline dimaklumkan, seorang Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman, Mohd Rofful Hamzah, 46, terkejut sebaik tiba di padang astaka kira-kira jam 3 petang melihat sebahagian bumbung astaka runtuh.

"Nasib baik sewaktu kejadian pekerja yang melakukan kerja di pentas dan padang astaka ini sedang berehat," ujarnya.

Beliau dikatakan sedang melakukan kerja-kerja pemasangan lampu di khemah yang dibina di padang tersebut sejak beberapa hari sebelum kejadian sempena program sambutan Ambang Tahun Baru 2013 anjurkan Pejabat Daerah Kemaman.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPk), Mustafar Khalid mendakwa, awning yang dipasang di struktur asal bumbung pentas itu dipercayai runtuh ekoran strukturnya reput.

Kata beliau, awning pada struktur bumbung pentas berkenaan dibina pada 2006 dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut punca runtuhan itu terjadi.

"Dua tahun berturut-turut kita memohon kepada Jabatan Landskap Negara untuk menaik taraf Taman Bandar Chukai termasuk menaik taraf pentas astaka, laluan pejalan kaki, pondok wakaf dan landskap tetapi permohonan itu tidak diluluskan.

"Jadi jika permohonan tidak diluluskan juga tahun depan, kita akan usahakan untuk membina baru pentas astaka ini yang mana pentas asal yang sudah lama akan dirobohkan," ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau membayangkan, pembinaan pentas baru yang bereka bentuk baru itu dijangka akan menelan belanja sebanyak RM400,000.

Taman Bandar Chukai termasuk pentas terbabit dirasmikan pada Ogos 1994 oleh mantan Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad bagi pelbagai aktiviti peringkat daerah setiap tahun.

Selain itu, katanya, bangunan-bangunan milik MPk yang lain terutama yang lama dan rosak juga akan diperiksa bagi mengelakkan kejadian sama berulang.-Buletin Online



Mesej penting: Tolong sebarkan...

Posted: 02 Jan 2013 12:48 AM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -



SAMPAIKAN mesej ini pada keluarga dan sahabat handai!

Jangan biarkan Be End dan Umno terus menakut-nakutkan rakyat kononnya Melayu akan kehilangan keistimewaan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengambilalih pentadbiran negara ini selepas pilihan raya umum ke-13 nanti...

INGAT UMNO INGAT PENIPU !!

Kahkahkah...
Umno dah payah nak cari makan lepas neh...

LHDN: Henti ‘serang’ PKS, siasat kekayaan luar biasa

Posted: 02 Jan 2013 12:19 AM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) harus menghentikan 'serangan keganasanan cukai' terhadap usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebaliknya menyiasat mereka yang telah membuat 'sumbangan' haram kepada BN atau memiliki kekayaan luar biasa dan gaya hidup mewah.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ini bagi membuktikan LHDN adil, tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang tanpa rasa takut atau memihak.

Begitupun, katanya DAP mengalu-alukan usaha LHDN untuk meningkatkan hasil cukai melalui keuntungan produktiviti dan memantapkan pematuhan cukai.

"Ini tidak sepatutnya mengakibatkan 'serangan keganasan cukai' terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk siasatan untuk kes cukai yang melebihi 6 tahun yang lampau," ujarnya dalam satu kenyataan.

Demi kepentingan undang-undang, katanya sebarang peningkatan dalam pengutipan cukai tidak seharusnya diperolehi daripada penindasan sektor tertentu sementara mereka yang mempunyai kabel politik dilepaskan.

LHDN telah berjaya meningkatkan pengutipan hasil cukai pendapatan korporat daripada RM36.3 bilion pada tahun 2010 kepada RM46.9 bilion pada tahun 2011, iaitu peningkatan 29% serta peningkatan hasil cukai pendapatan individu daripada RM17.8 bilion pada tahun 2010 kepada RM20.2 bilion pada tahun 2011, iaitu peningkatan 13.5%. Cukai pendapatan korporat dijangka meningkat 15.5% kepada RM54.1 bilion pada tahun 2012 manakala cukai pendapatan individu dijangka meningkat 11.1% kepada RM22.4 bilion dalam tempoh masa yang sama.

Namun demikian, kata beliau komitmen baru oleh LHDN ini tidak harus menjadi alasan untuk memburu orang dengan sewenang-wenangnya.

Ini, ujarnya termasuk mengejar cukai lama yang melebihi 6 tahun serta penggunaan Akta Pengubahan Wang Haram 2001 untuk menakuti PKS untuk 'melangsaikan' tuntutan tertunggak.

Tambahnya, PKS yang merupakan tunjang belakang ekonomi kita, juga menghadapi cabaran-cabaran domestik seperti pematuhan kepada Akta Saingan Adil 2010 dan persediaan untuk pelaksanaan gaji minima tahun ini.

Lim berkata, daripada menggunakan taktik keras dan 'serangan keganasan cukai' terhadap PKS dan menggunakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk membuli NGO seperti Suaram, LHDN sepatutnya membuktikan bahawa mereka bersifat adil dengan menyiasat 'sumbangan' RM40 juta kepada Umno melalui Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, mereka yang terlibat dalam skandal RM250 juta 'lembu dan kondo' serta kekayaan luar biasa pemimpin-pemimpin BN seperti Ketua Menteri Sarawak.

Katanya lagi, DAP menyeru agar kerajaan mempertimbangkan pemindaan kepada Akta Pembatasan 1953 supaya agensi-agensi kerajaan seperti LHDN tidak diberi carte blanche untuk menyiasat tuntutan cukai tanpa statut pembatasan.

DAP, ujar beliau mencadangkan bahawa 6 tahun yang kini digunakan sebagai status pembatasan untuk syarikat-syarikat swasta yang ingin medapatkan tuntutan di bawah Akta Pembatasan 1953 juga diterima pakai oleh LHDN.

"DAP juga menyeru agar kerajaan mempertimbangkan 'pengampunan' bagi cukai-cukai melebihi 6 tahun yang tidak dibayar untuk membantu PKS melalui keadaan ekonomi semasa yang susah ini," katanya yang juga Ketua menteri Pulau Pinang.

malaysiakini/-

Rosmah didesak jawab dakwaan Deepak beli barang kemas

Posted: 02 Jan 2013 12:18 AM PST

NONE19 Safar 1433H. [MOD] -

 
PKR menuntut Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan peniaga permaidani, Deepak Jaikishin bahawa dia telah membayar RM13 juta untuk membelinya barang kemas.

Deepak (kanan) dikatakan telah mendakwa bahawa pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong adalah sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Desakan itu dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Beliau mengemukakan dokumen yang diperolehi parti itu melalui pengantara dari Deepak.

Dari semakan awal, Rafizi berkata beliau percaya ianya adalah tulen.

"RM13 juta dalam 3 bulan. Ini adalah tuduhan serius," kata Rafizi, sambil menegaskan bahawa dokumen dan dakwaan Deepak patut disiasat oleh pihak berkuasa.

Bendahari PKR, William Leong, yang turut hadir, menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut.

Ketika dihubungi, seorang pembantu kepada Rosmah berkata beliau akan menyiasat dakwaan tersebut.

malaysiakini/-

Lagi Taliban Afghanistan dibebaskan

Posted: 02 Jan 2013 12:11 AM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

Taliban Afghanistan dibebaskan
Pegawai atasan Afghanistan yakin usaha damai akan berhasil dengan pembebasan pejuang Taliban.
ISLAMABAD - Pakistan membebaskan lagi empat tahanan pejuang Taliban Afghanistan, termasuk bekas menteri keadilan yang memberi petanda kerajaan itu menyokong usaha melaksanakan perbincangan damai bersama tentera bersenjata.

Pegawai kerajaan Afghanistan yang mengesahkan pembebasan mereka berkata, Pakistan tidak putus-putus menggesa Islamabad melepaskan pejuang mereka yang didakwa mampu mengetengahkan usaha damai sebelum kesemua tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dipanggil balik menjelang tahun 2014.

Setakat ini, Pakistan yang sekian lama dituduh menyokong kumpulan bersenjata Taliban dan rangkaian Haqqani, melaksanakan pembebasan tahanan mereka sejak minggu lalu.

Sementara itu, pegawai perunding atasan Afghanistan berkata, lapan pejuang Taliban negaranya dibebaskan dan bakal dilantik sebagai perunding usaha tamatkan peperangan berlarutan sejak 11 tahun lalu. - Al-Jazeera

'Panduan' SPR sekat peranan pemerhati p'raya

Posted: 01 Jan 2013 11:34 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mempersoal 'panduan' yang dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada enam badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik menjadi pemerhati pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Semenjung Malaysia.

Ini kerana kata mereka, panduan itu dilihat lebih berupa 'sekatan' kepada NGO-NGO terbabit untuk menjalankan tugas mereka dalam membuat pemerhatian terhadap ketelusan proses pengundian.

Antara 'panduan' tersebut termasuklah:

1-Wakil NGO yang dilantik tidak dibenar memerhati proses mengira undi.

2-Tidak dibenar mengambil foto salah laku atau penipuan tanpa kebenaran.

3-Tidak boleh bercakap dengan agen parti dan kakitangan pusat undi.

4-Tidak dibenar bercakap kepada pihak media.

5-Tidak boleh mengeluarkan apa-apa maklumat kepada pihak ketiga sebelum melaporkan kepada SPR.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, panduan yang dikemukakan SPR kepada NGO pemerhati tersebut bukan sahaja menyekat malah tidak munasabah.

"Panduan yang dikemukakan SPR ini berupa sekatan. Ini tak musabah sama sekali.

"Ini tidak langsung mencerminkan kesediaan SPR untuk menjalankan pilihan raya yang adil dan telus," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR di sini.

Turut serta pada sidang media itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Biro Pakatan Rakyat DAP Datuk Teng Chang Kim serta anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Hishamuddin Rais.

Sebelum ini SPR mengumumkan melantik enam buah NGO iaitu Merdeka Centre, Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas), Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham), Transparency International, Centre for Public Policy (CPPS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai pemerhati pada PRU13 nanti.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata inisiatif itu, yang pertama kali diperkenalkan SPR, bertujuan memberi peluang kepada NGO berkenaan menilai sendiri ketelusan dan peraturan SPR sepanjang pilihan raya berlangsung.

Difahamkan seramai tiga orang wakil ngo pemerhati tersebut dibenar bertugas di setiap parlimen.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pemantauan akan menjadi lebih kritikal khususnya di kawasan yang disifatkan sebagai 'kerusi panas'.

Antaranya ialah kerusi yang ditandingi pimpinan tertinggi parti, kawasan peningkatan undi baru yang tinggi, kawasan yang pernah berlaku pembelian undi serta kawasan yang beza undi pada pilihan raya lalu hanya 3 peratus.

"Kawasan-kawasan ini memerlukan aspek pemantauan ditingkatkan.

"Ini kerana kawasan-kawasan ini berpotensi untuk dimanipulasi," katanya.

harakah/-

2013: Nik Aziz harap rakyat runtuh kezaliman

Posted: 01 Jan 2013 11:32 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

Nik Aziz
Nik Aziz
KOTA BHARU - Tahun 2013 yang bermula hari ini menjadi angka amat penting kepada rakyat di negara ini kerana bukan sahaja menyambut tahun baru bahkan berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu Menteri Besar Kelantan,  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengharapkan rakyat menggunakan hak untuk memilih dengan sebaik-baiknya.

Menurutnya, jangan membuat pilihan yang akan menyebabkan penyesalan di akhirat dan yakinlah setiap anggota badan termasuk tangan individu mengundi akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar.

"Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya meminta semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan.

"Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelosok dunia Insya-Allah,"  katanya menerusi Facebooknya semalam.

Selain itu,  Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas memberitahu harapan setiap harinya adalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia.

"Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana," katanya.

Dalam pada itu, sempena tahun baru juga beliau mendoakan semoga semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh ALLAH SWT dan dimasukkan dalam golongan hamba-hamba yang beriman.

sinar/-

JIM dibubar setelah 22 tahun terlibat dakwah

Posted: 01 Jan 2013 11:09 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) akan dibubarkan, meninggalkan legasinya sebagai salah sebuah gerakan Islam di Malaysia yang amat aktif, lantang  dan berkesan dalam menggerakkan massa sepanjang lebih dua dekad.

Keputusan untuk membubarkan JIM adalah selaras dengan hasrat pertubuhan tersebut untuk menyepadukan semua sumber organisasi di bawah organisasi baru iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), lapor web MalaysiaHarmoni.

"Kami memutuskan untuk membubarkan JIM bagi menyepadukan sumber-sumber organisasi bagi membolehkan kami melaksanakan tugas yang lebih besar dalam masyarakat demi melonjakkan lagi dakwah," kata Zaid Kamaruddin, Presiden JIM ketika ditemui selepas Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) Khas JIM yang diadakan Sabtu lalu.

Satu PPN Khas yang dihadiri oleh hampir dua ratus orang perwakilan JIM dan Wanita JIM di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah dipanggil untuk membincangkan usul membubarkan JIM.

Perhimpunan yang berlangsung di Kompleks Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur itu akhirnya sebulat suara meluluskan usul pembubaran JIM.

Perhimpunan khas tersebut juga telah meluluskan usul untuk memindahkan semua harta dan aset JIM kepada IKRAM.

IKRAM diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 22 Oktober 2009. Menurut  Undang-undang tubuh Pertubuhan IKRAM Malaysia, IKRAM adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran Islam.

Menurut Zaid, kebanyakkan ahli JIM yang aktif dalam amal dakwah dalam masyarakat kini menjadi ahli IKRAM dan membawa bersama pengalaman-pengalaman berharga. Mereka dijangka memainkan peranan yang lebih besar dalam IKRAM.

"Kekuatan yang ada pada JIM termasuk harta, aset maknawi serta institusi-institusi seperti sekolah, Hidayah Centre dan Raudhatus Sakinah akan diserahkan kepada IKRAM," ujar Zaid.

"Pengalaman yang kita peroleh semasa bergerak di bawah JIM akan dimanfaatkan dalam membina tapak yang kukuh bagi penglibatan IKRAM dalam masyarakat," katanya lagi.

Turut hadir dalam PPN Khas JIM ialah Timbalan Presiden JIM, Syed Ibrahim Syed Noh, Naib Presiden Profesor Dr Sahrim Ahmad, Setiausaha Agung, Nahar Md Nor dan Bendahari, Tuan Yaacob Tuan Sof selain Yang Dipertua Negeri-negeri dan daerah-daerah.

JIM ditubuhkan pada 27 Julai 1990 sebagai sebuah gerakan Islam yang memusatkan aktivitinya kepada misi membangun sumber manusia untuk melahirkan insan baik dan yang mengajak kepada kebaikan; membudayakan pendekatan perkongsian dan permuafakatan serta mengislah dan menggembleng masyarakat ke arah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat selaras dengan motto JIM, "Bersama Islam Membina Masyarakat".

Dalam tempoh 22 tahun, JIM dipimpin oleh tiga orang tokoh Presidennya iaitu Saari Sungib, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Zaid Kamaruddin yang berjaya meletakkan JIM sebaris dengan gerakan Islam yang lebih awal bertapak di Malaysia.

Walaupun ditubuhkan pada tahun 1990, usaha  dakwah dan tarbiah oleh aktivis-aktivis JIM dikatakan bermula lebih awal iaitu sejak pertengahan dekad 1970-an lagi tatkala pelajar-pelajar Malaysia lulusan dari universiti-universiti di United Kingdom dan Mesir kembali ke tanah air.

Gerakan dakwah oleh kumpulan ini kemudiannya dikukuhkan dengan penyertaan graduan dari Amerika Syarikat, Australia, Kuwait, India dan dari insitusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

Ditubuhkan oleh Saari Sungib dan sebuah jawatankuasa penaja, JIM dipimpin oleh Saari sehingga tahun 1999. Saari kini aktif dalam politik dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Ulu Kelang. Dr Mohamed Hatta dan Zaid pula kini masing-masing menjadi Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung IKRAM.

Sepanjang tempoh pengoperasiannya, JIM telah membina hubungan dan jaringan yang amat baik dan luas dengan pelbagai NGO dan juga parti-parti politik sama ada pemerintah atau pembangkang dan seterusnya berjaya mengambil tempat dan memainkan peranan berkesan dalam masyarakat.

Beberapa orang aktivis JIM berada dalam kepemipinan gabungan NGO-NGO yang berpengaruh dan bereputasi di Malaysia seperti Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Malaysians for Free And Fair Election (Mafrel), Bersih 2.0  dan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).

"Setiap penglibatan kami dalam gabungan-gabungan NGO ini adalah selaras dengan objektif dan prinsip perjuangan kami," tegas Zaid mengenai pembabitan JIM dalam gabungan lain.

"Jadi, penglibatan luas ahli-ahli JIM, akan dimanfaatkan dan diteruskan oleh IKRAM," tambah Zaid lagi.

sinar/-

‘Pakai tudung nampak comel’

Posted: 01 Jan 2013 10:47 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

KASIH AYAH...Lee menyuap keropok kepada anaknya yang memasuki tahun satu  di SK Kampung Tengah, semalam.
KASIH AYAH...Lee menyuap keropok kepada anaknya yang memasuki tahun satu di SK Kampung Tengah, semalam. 
 
KUALA TERENGGANU: "Saya tertarik untuk memakai tudung apabila melihat rakan yang bertudung kelihatan cantik, sopan serta tidak perlu mendandan rambut yang pasti mengambil masa lama," kata Lee Jing Hwa, 7, yang mencuri tumpuan apabila memakai tudung ketika mendaftar sebagai pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Manir, di sini, semalam.

Jing Hwa, satu-satunya pelajar berketurunan Cina di sekolah itu, hadir ke sekolah dengan berbaju kurung dan kelihatan tidak kekok memakai tudung seperti pelajar perempuan Islam.

Bapanya, Lee Chee Peng, 50, berkata, anak perempuannya itu mula memakai tudung sejak berusia lima tahun ketika belajar di Tadika Kemas berhampiran rumahnya di Taman Sri Manir.

Menurutnya, walaupun ada tadika Cina dekat rumahnya, dia memilih menghantar anaknya itu ke Tadika Kemas bagi membolehkannya bergaul dengan kanak-kanak Melayu.

"Saya mahu dia mengalami persekitaran berbeza dan bercampur dengan rakan dari bangsa lain memandangkan negara kita berbilang kaum.

"Guru di tadika tidak memaksanya memakai tudung, malah membenarkan dia memakai gaun, tetapi dia lebih suka pakai baju kurung dan bertudung kerana baginya nampak lebih comel," katanya yang tidak kisah dengan penampilan anak kelima daripada enam beradik itu.

Menurutnya, semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan supaya mereka menguasai bahasa kebangsaan menerusi pergaulan dengan rakan Melayu.

"Bagi mempelajari bahasa Cina, saya menghantar mereka ke kelas tambahan.

"Sebelum ini, ramai rakan termasuk keluarga mempertikaikan keputusan saya menghantar anak ke sekolah kebangsaan, tetapi akhirnya mereka faham dan kagum kerana semua anak saya termasuk Jing Hwa dapat bercakap bahasa Melayu dan Cina dengan baik," katanya.

metro/-

Pemandu keliru sistem baharu lampu isyarat

Posted: 01 Jan 2013 10:43 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Penggunaan sistem baharu pada lampu isyarat di Jalan Bunga Raya, Taman Muda, Ampang di sini didakwa telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan berkenaan.
Difahamkan ia telah menimbulkan kesulitan kepada ribuan penduduk di Taman Muda, Taman Kencana, Taman Seraya, Taman Putra, Lembah Maju, Pandan Indah dan Pandan Mewah yang menggunakan laluan tersebut.

Seorang penduduk, Robert Teh, 48, mendakwa, mereka tidak pernah mengalami sebarang masalah lalu lintas sebelum ini dan ia hanya berlaku selepas lampu isyarat yang baharu itu mula beroperasi sejak 26 Disember lalu.

"Sebelum ini, lampu isyarat akan bertukar hijau bagi membolehkan kenderaan membelok ke kiri, jalan terus atau membuat pusingan U.

"Bagaimanapun, sistem baharu itu hanya membenarkan kenderaan berjalan terus atau membuat pusingan U sehingga menyebabkan lalu lintas tidak lancar," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

kosmo/-

[GEMPAR] Budak 13 Tahun Ditangkap Cuba Rogol Wanita Di Tandas Pam Minyak

Posted: 01 Jan 2013 10:42 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

Di dalam satu kejadian yang agak memeranjatkan seorang budak remaja berusia 13 tahun telah ditangkap kerana cuba merogol seorang perempuan di dalam sebuah bilik air wanita di stesyen pam minyak SHELL Jalan Munsyi Abdullah Melaka.

Perempuan tersebut, Oon Chen berkata, ketika beliau masuk ke bilik air berkenaan, seorang budak berusia dalam lingkungan 13 tahun tiba-tiba menerjah masuk dan menutup mulutnya serta cuba mencabulnya.

Mangsa menjerit meminta pertolongan dengan harapan ada yang terdengar, disamping meronta-ronta untuk melepaskan diri dari budak tersebut.

Mangsa berkata, 'dalamasa melawan hendak melepaskan diri, saya berjaya menggigit jarinya, dan setelah itu, saya terdengar ada seseorang datang ke bilik air.

Pembantu jualan dari stesyen Shell kemudiannya datang membantu, dan budak itu di dalam bilik air tersebut sebelum beliau membuat panggilan polis.

Polis berjaya menahan budak tersebut seperti foto di atas.

Iklan 'Sayangi BN' dikesan dalam koc komuter

Posted: 01 Jan 2013 09:20 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -


Selepas kontroversi pemasangan bendera BN dan iklan yang mensasarkan masyarakat Selangor di stesen perhentian dan gerabak KTM Komuter, kini muncul pula iklan "Sayangi BN" di dalam sistem pengangkutan awam tersebut. 
NONE
Tinjauan Malaysiakinipada hari Isnin lalu mendapati, paparan video iklan sepanjang kira-kira tiga minit itu menonjolkan visual pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama kelompok masyarakat.

Iklan berkenaan turut menonjolkan logo BN dan slogan "Dikau menjamin harapan", "Yakini BN - Sayangi Selangor" dan "Sekian lama aman sejahtera". 

NONE
Satu sumber di KTMB menyebut, iklan tersebut hanya dipasang di dalam unit set komuter yang baru dari jenis SCS (Six-Car-Set) di sekitar Lembah Klang.

Sumber di KTMB yang tidak ingin namanya dinyatakan itu berkata, iklan tersebut mula dipasang di dalam koc berkenaan pada 29 Disember lalu.

Tarikh berkenaan merupakan hari pertama Karnival Sayangi Selangor anjuran BN negeri, yang berakhir pada hari Isnin lalu. 

NONE
Sumber berkenaan bagaimanapun tidak dapat menjelaskan tempoh tayangan iklan dalam koc komuter berkenaan, dan sama ada ia merupakan iklan berbayar.

April tahun lalu, KTMB menafikanmengeluarkan sebarang arahan berhubung pemasangan bendera BN di beberapa stesen komuter di Selangor.

Beberapa bulan selepas itu, iklan "Sayangi Selangor" pula muncul di badan gerabak dan di stesen KTM Komuter, tanpa memaparkan logo BN.

NONE
Kempen berkenaan antaranya lainnya menonjolkan Najib dengan slogan "Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup" dan "Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan". 

Pengerusi KTMB, yang juga penyelaras BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed ketika diminta menjelaskan isu berkenaan pada Julai tahun lalu sekadar berkata ia merupakan iklan berbayar

Malaysiakini sedang menunggu maklum balas presiden KTMB Datuk Elias Kadir, yang bertegas supaya soalan dikemukakan kepadanya melalui emel, untuk memberi penjelasan mengenai kempen terbaru BN di dalam koc komuter tersebut.

Sumber : malaysiakini/-

Jakim jangan jadi alat politik

Posted: 01 Jan 2013 09:18 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
 
SHAH ALAM - Pas mengingatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya tidak menjadi alat permainan politik mana-mana pihak tertentu dalam isu Amanat Haji Hadi.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, jika Jakim benar-benar telus, isu itu sepatutnya sudah lama diselesaikan dan bukan sekarang baru hendak bertindak.

"Saya tidak teruja untuk memanjangkan isu amanat ini. Tapi, mengapa sekarang ini Jakim baru mahu panggil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedangkan ia dilaung sekitar 30 tahun lalu.

"Saya juga tidak pernah dengar ada kajian saintifik mengenai perpecahan orang Melayu hanya disebabkan amanat itu. Lihat sahaja hari ini, orang Melayu masih sama, tiada perbalahan seperti yang dikatakan," katanya, semalam.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, kehidupan masyarakat Melayu di negara ini masih harmoni tanpa ada yang gelisah dengan amanat itu.

"Kalau ada pun berlaku perpecahan, ia hanya kes terpencil dan tidak ada kajian kes itu.

"Sekali lagi, saya ingatkan, Jakim tidak perlu jadi 'hero' dalam isu ini kerana kami orang Pas tidak pernah anggap apa dikatakan Presiden kami sebagai amanat, sebaliknya kata-kata biasa dalam ceramah," katanya.

Katanya, hanya orang luar beranggapan ucapan itu amanat, namun ia tidak beri kesan terhadap ahli Pas.

sinar/-

Cakap Mahathir berdolak-dalik - Tamrin

Posted: 01 Jan 2013 09:14 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -


Menjelang PRU-13 ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat semakin galak bersuara mencampuri urusan pentadbiran dan politik negara. Tamrin Tun Ghafar yang bergelumang dengan Umno selama 44 tahun dan sertai PAS 11 Julai lalu 'cukup masak' dengan pekung dan temberang Mahathir. Baginya Mahathir seorang pemimpijn 'lidah bercabang' sepanjang 22 tahun menjadi PM. Ikuti butiran lanjut bersama AHMAD LUTFI OTHMAN, TARMIZI MOHD JAM dan ARIF ATAN dalam wawancara eksklusif anak Negarawan Tun Ghafar ini di Pejabat  Harakah pada 21 Disember lalu.

HARAKAH: Bagaimana tindakan Mahathir dulu dan kecenderungannya kini dalam isu pemilihan pemimpin Umno-BN, pada kaca mata Saudara?

TAMRIN TUN GAFAR: Semasa dia letak jawatan Perdana Menteri di PWTC, Mahathir kata dia tidak akan masuk campur urusan politik dan pentadbiran negara. Mahathir kata tidak macam orang 'seberang' sana. Maksudnya masa itu, Mahathir perli Lee Kuan Yew yang jadi Menteri Mentor pasal dia bergaduh dengan Lee banyak isu.
Tapi, bila zaman Dollah (Abdullah Badawi) jadi Perdana Menteri, Mahathir kempen habis-habisan minta rakyat supaya pilih calon bukan atas dasar parti tetapi pilih calon. Itu kempen Mahathir zaman Dollah tahun 2008 dulu pasal ketika itu dia nak paksa Dollah letak jawatan dan dia berjaya ketika itu.
Tetapi sekarang pula dia kata, "kita mesti menangkan semua calon Umno-BN tanpa kira calon itu bagus tak bagus asalkan dia Umno-BN". Dua bulan dulu, Mahathir pernah kata, kalau Umno-BN nak menang, mesti letak calon-calon luar dari hierarki Umno sekarang kerana pemimpin-pemimpin Umno yang ada sekarang ini mencerminkan rasuah dan penyelewengan kuasa jadi rakyat akan tolak.

Maksudnya, Mahathir bercakap berdolak-dalih?

Jadi, kita nampak Mahathir ini berdolak-dalih. Kejap kata begitu, kejap kata begini. Itu dari segi nak pilih calon. Tak kisah siapa, asalkan Umno-BN, rakyat kena undi. Tapi calon-calon luar ini bermasalah, penerimaan di peringkat bahagian. Itu sebab Najib dalam ucapannya menegaskan tak kira siapa, kita mesti sokong. Dalam tradisi Umno, kalau kamu bukan dari orang bahagian, kamu akan disembelih. Itu realiti yang berlaku.
Semasa zaman Dollah, Mahathir pernah kata Umno parti perkauman tetapi dibidas oleh Nazri Aziz bahawa jika begitu, Mahathir adalah bapa segala rasis selama 22 tahun dia memerintah.Nampak tak..., Mahathir cakap ikut sedap mulut sahaja. Pada masa itu, Mahathir memang nak bantai Dollah saja. Sekarang pula Mahathir kata Umno parti perpaduan, berjuang untuk semua kaum. Lihat, bagaimana lidah bercabang Mahathir.

Macam mana realiti dan praktik sebenar Mahathir berkaitan hal Yahudi-Israel pula sejak dulu hingga hari ini?

Dalam isu Israel ini. Mahathir tuduh Anwar (Ibrahim) sebagai agen Yahudi. Tetapi pada awal 1990-an, senyap-senyap Mahathir hantar Almarhum Tengku Abdullah Rahman (Tengku Abdullah Melewar) sahabat baik dia ke Tel Aviv untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Yahudi dan perkara ini telah terbongkar.
Saya sendiri pada tahun 1994 dalam Parlimen telah menentang tindakan itu. Mahathir jugalah Perdana Menteri pertama yang membenarkan pasukan kriket bertanding di Dataran Merdeka. Seminggu rakyat protes apabila Mahathir benarkan pemain kriket Israel beraksi di Dataran Merdeka. Akibatnya, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayob dipenjarakan sebulan.

Tapi Najib pun macam Mahathir, suka dengan Yahudi Zionis ini...

Memang betul. Kerajaan bawah Najib sekarang ini bayar RM77 juta kepada Apco Worldwide sebagai penasihat. Dua orang ahli lembaga Apco ialah agen Yahudi Zionis dan perkara ini dibangkitkan tapi Mahathir senyap. Dia tak menentang pula walaupun disahkan oleh Musa Hassan baru-baru ini.
Mukhriz, anak Mahathir pula dalam Tweet sebagai reaksi kepada bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang mahu kepastian sama ada Malaysia berdagang dengan Israel atau tidak. Jawapan Mukhriz dalam Tweetnya ialah memang Malaysia membenarkan kapal-kapal Israel berlabuh mengangkut minyak masak dari Pelabuhan Klang untuk Israel beri kepada rakyat Palestin sebagai bantuan.
Tak masuk akal. Sedangkan kita hendak hantar bantuan pun kena tembak. Kenyataan Mukriz sebagai Timbalan Menteri Industri itu tidak masuk akal. Mahathir sekali lagi senyap.

Mahathir dan anaknya telah memonopoli hasil minyak...

Itulah, sepatutnya, Mahathir sebagai Penasihat Petronas, dia mesti tentukan Petronas yang bekalkan petrol kepada kapal terbang MAS diteruskan. Sekarang anaknya pula yang menguasai 19.9 peratus saham dalam Sam Miguel sebuah syarikat arak yang terbesar di Filipina. Nilai harga yang Mirzan beli ialah RM3 bilion.
Katakanlah, bank beri 80 peratus pinjaman, jadi Mirzan perlu cari 20 peratus lagi daripada RM3 bilion iaitu RM600 juta. Mirzan cari duit tunai itu dari mana? Keuntungan daripada itulah diguna beli Exxon Mobil di Malaysia dan dijadikan Petron. Petron inilah yang dibenarkan membekalkan minyak kepada pesawat MAS. Sepatutnya tak boleh berlaku. Keutamaan patut diberi kepada Petronas. Apa guna Mahathir ada di situ? (sebagai Penasihat Petronas). Alasan dia senang saja. Dia cakap dia tiada kuasa dan tidak boleh campur tangan. Kalau begitu, letak jawatan sajalah. Jangan makan gaji buta saja dengan Petronas.
Begitu juga dengan konsesi carigali minyak. Mahathir beri kepada anaknya, Mokhzani melalui syarikat Kencana dan Sapura, Dato' Shahril Shamsuddin. Sekarang ini, kedua-dua syarikat itu bergabung. Persoalannya, mengapa tidak ditenderkan. Bercakap tentang bilion-billion ringgit. Macam mana boleh beri begitu sahaja.
Takkan Mahathir sebagai penasihat, dia tak tahu langsung. Jadi, dia datang pejabat buat apa? Mustahil Mahathir tak tahu. Dia akan beri alasan dia hanya penasihat. Itu helah dia. Negara ini bukan milik dia hingga boleh buat apa saja.
Mahathir juga banyak isu penyelewengan kuasa. Tahun 1990-an, Mahathir salahguna duit rakyat. RM3 bilion digunakan untuk menyelamatkan bisnes anaknya, Mirzan apabila kerajaan membeli syarikat konsesi perkapalan yang dikuasai oleh Mirzan. Masa itu Mirzan hampir nak bankrap. Rugi banyak. Dia gunakan duit kerajaan yang juga duit rakyat untuk menyelamatkan anaknya.

Adakah Mahathir lidah bercabang juga dalam perkara berkaitan Islam?

Dari segi agama, Mahathir ni sudah lama caci Islam. Tahun 1992, kenyataan Mahathir kepada wartawan, dia dah mula kata  apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri nescaya ramailah umat Islam mati dan kudung tangan.
Pada tahun 1997, dia kata tujuan perempuan Arab tutup aurat kerana pada zaman Jahiliah orang Arab mempunyai nafsu kuat sedangkan dalam Quran terang-terang jelaskan hukum tutup aurat ini. Begitu juga, Mahathir kata hudud ialah ciptaan ahli-ahli Feqah. Itu kenyataan dia pada 26 Februari 2012 ketika Konvensyen di Unimas.
Mahathir juga kutuk Rasulullah SAW. "Zaman itu tidak ada 'gillete', tidak ada pisau cukur. Itu sebabnya Nabi ada misai, janggut sebab tak bercukur." Itu kenyataan dia pada 1997.

Terbaru ini, kata Mahathir lebih baik kita berkawan dengan syaitan yang kita kenal daripada malaikat yang kita tak kenal. Itu proverb orang Barat tetapi yang kita persoal apabila wartawan tanya dia di rumahnya masa Hari Raya Puasa, siapa syaitan? Mahathir kata syaitan dan iblis itu ialah Umno-BN. "Kita kenal dia. Kita boleh kerja dengan dia. Malaikat depa tu bukan kita kenal pun. Tak tahu dia baik tak baik". Lihat. Dia tekankan lagi isu ini. Apa jenis Islam Mahathir ini? Mengapa alim ulama, mufti-mufti senyap saja perkara ini.

Dalam isu Anwar macam mana?

Mahathir berbohong besar apabila kata Anwar sendiri tumbuk mata sendiri sampai lebam. Pada masa itu orang Umno percaya apa yang dia cakap. Suratkhabar muka depan keluar. Tapi akhirnya Rahim Noor, Ketua Polis Negara mengaku dia yang tumbuk. Terbukti, itu pembohongan Mahathir lagi.

Semua orang tahu, Mahathir telah 'menelanjangkan' Raja-raja Melayu sebelum ini. Apa tindakan Mahathir semasa dan selepas menjadi Perdana Menteri?

Mahathir yang mula-mula menelanjangkan Raja-raja Melayu dan merampas kuasa raja-raja  tetapi dia juga hentam Prof. Dr Aziz Bari kononnya tak hormati Sultan Selangor. Dia gunakan semua khususnya Umno, media dan sebagainya. Dia adakan perhimpunan rakyat di seluruh negara masa itu. Maki hamun raja-raja. Kami (Pemuda Umno) diarahkan beritahu Sultan Pahang ada 200 kuda dalam bilik aircond. Sultan Pahang kaki judi, kaki mabuk, kaki perempuan, jual balak, jual itu semua. Sultan Johor, Sultan Perak macam-macamlah. Kita 'attack' raja-raja ketika itu atas arahan Dr. Mahathir. Hari ini bila kita tegur, dia pula sekarang jadi pembela Sultan. Itu sebab saya kata dia lidah bercabang.

Mengapa kenyataan dan tindakan Mahathir tak konsisten?

Mahathir buat semua ini pasal jika Pakatan Rakyat menang, pertama, dia akan rasa malu dengan Anwar Ibrahim. Itu pasal dia panik. Tamparan hebat bagi dia. Realitinya, Mahathir turun padang hari ini pasal dia tahu Najib lemah. Najib bukan seorang strategis dan tidak ada kematangan dalam politik sebenarnya. Mahathir kena bantu. Win-win situation.

Pasal apa?

Mahathir risau diheret ke mahkamah kalau Pakatan menang dengan penyelewengan kuasa, rasuah yang dilakukan selama dia memerintah 22 tahun. Tidak cukup dengan itu, dia juga bimbang dengan perniagaan anak-anaknya, Mirzan dengan Petron, Mokhzani dengan minyaknya.
Mahathir juga nak tengok anaknya, Mukhriz bukan sekadar jadi Menteri Besar Kedah saja tapi kalau boleh bila Najib dipaksa turun besok seperti mana yang dibuat pada Dollah, dia akan naikkan Muhyiddin. Suka tak suka Muhyiddin terpaksa ambil Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mahathir 'kamceng' dengan Muhyiddin pasal kedua-dua mereka 'rapat' dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Itu fakta.

Mahathir anggap Najib lemah, bukan strategis

Mengapa kenyataan dan tindakan Mahathir tak konsisten?

Mahathir buat semua ini pasal jika Pakatan Rakyat menang, pertama, dia akan rasa malu dengan Anwar Ibrahim. Itu pasal dia panik. Tamparan hebat bagi dia. Realitinya, Mahathir turun padang hari ini pasal dia tahu Najib lemah. Najib bukan seorang strategis dan tidak ada kematangan dalam politik sebenarnya. Mahathir kena bantu. Win-win situation.

Pasal apa?

Mahathir risau diheret ke mahkamah kalau Pakatan menang dengan penyelewengan kuasa, rasuah yang dilakukan selama dia memerintah 22 tahun. Tidak cukup dengan itu, dia juga bimbang dengan perniagaan anak-anaknya, Mirzan dengan Petron, Mokhzani dengan minyaknya.
Mahathir juga nak tengok anaknya, Mukhriz bukan sekadar jadi Menteri Besar Kedah saja tapi kalau boleh bila Najib dipaksa turun besok seperti mana yang dibuat pada Dollah, dia akan naikkan Muhyiddin. Suka tak suka Muhyiddin terpaksa ambil Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mahathir 'kamceng' dengan Muhyiddin pasal kedua-dua mereka 'rapat' dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Itu fakta.

Apa agaknya Saudara nampak, sikap Mahathir terhadap Najib sebagai Perdana Menteri sekarang?

Dalam perjumpaan-perjumpaan tertutup, Mahathir selalu kata Najib tak cerdik dan dia marah dengan Rosmah Mansor tetapi baru-baru ini dia hadir sama apabila Rosmah lancarkan kapal TLDM. Sekarang, ke mana Rosmah pergi, Mahathir terhegeh-hegeh ikut. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
Mahathir tahu Najib sekarang lemah dan tak bijak. Bawah Dollah, dia tak boleh dapat apa-apa. Itu sebab dia caci dan hina Dollah. Mahathir ni pendendam. Sampai sekarang pun, dia caci Dollah lagi. Anwar jangan cakaplah....
Perangai Mahathir memang macam itu. Najib lemah, 'speechless'. Tak boleh buat apa-apa. Anak-anak Mahathir dapat itu dapat ini. Suka tak suka kena bagi. Pemimpin-pemimpin Umno hari ini semua sudah beli insurans.

Kenapa mereka beli 'insuran'... macam ada yang tak kena!

Yalah. Tiba-tiba kes Deepak keluar, Musa Hasan keluar, masing-masing dah macam cacing kepanasan sekarang ini. Masing-masing nak beralih pada Muhyiddin. Mereka tahu Najib akan jatuh tetapi mereka tak tahu Muhyiddin pun akan jatuh juga pasal Barisan Nasional akan kalah PRU-13!
Dulu tak silap ada suatu ketika Mahathir dilabel sebagai manusia paling kuat pembohong, Mahafiraun, Mahazalim dan sebagainya oleh mereka yang sekarang ini jadi pencacai-pencacai Umno seperti Ezam Mohd Nor, Zahid Mat Arif dan lain-lain. Hari ini hanya kerana nak bantuan Mahathir, mereka ciumlah tangan Mahathir tu.

Sepanjang penelitian Saudara, Mahathir ni memang lidah bercabang?

Mahathir ini memang lidah bercabang. Orang Kubang Pasu tahu sangat sifat sebenar dan kenal siapa Mahathir sebenarnya hingga menolak Mahathir sebagai perwakilan Umno Bahagian ke Persidangan Umno Malaysia dulu.

harakah/-

JIM dibubar setelah 22 tahun terlibat dakwah

Posted: 01 Jan 2013 07:30 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) akan dibubarkan, meninggalkan legasinya sebagai salah sebuah gerakan Islam di Malaysia yang amat aktif, lantang  dan berkesan dalam menggerakkan massa sepanjang lebih dua dekad.

Keputusan untuk membubarkan JIM adalah selaras dengan hasrat pertubuhan tersebut untuk menyepadukan semua sumber organisasi di bawah organisasi baru iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), lapor web MalaysiaHarmoni.

"Kami memutuskan untuk membubarkan JIM bagi menyepadukan sumber-sumber organisasi bagi membolehkan kami melaksanakan tugas yang lebih besar dalam masyarakat demi melonjakkan lagi dakwah," kata Zaid Kamaruddin, Presiden JIM ketika ditemui selepas Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) Khas JIM yang diadakan Sabtu lalu.

Satu PPN Khas yang dihadiri oleh hampir dua ratus orang perwakilan JIM dan Wanita JIM di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah dipanggil untuk membincangkan usul membubarkan JIM.

Perhimpunan yang berlangsung di Kompleks Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur itu akhirnya sebulat suara meluluskan usul pembubaran JIM.

Perhimpunan khas tersebut juga telah meluluskan usul untuk memindahkan semua harta dan aset JIM kepada IKRAM.

IKRAM diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 22 Oktober 2009. Menurut  Undang-undang tubuh Pertubuhan IKRAM Malaysia, IKRAM adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran Islam.

Menurut Zaid, kebanyakkan ahli JIM yang aktif dalam amal dakwah dalam masyarakat kini menjadi ahli IKRAM dan membawa bersama pengalaman-pengalaman berharga. Mereka dijangka memainkan peranan yang lebih besar dalam IKRAM.

"Kekuatan yang ada pada JIM termasuk harta, aset maknawi serta institusi-institusi seperti sekolah, Hidayah Centre dan Raudhatus Sakinah akan diserahkan kepada IKRAM," ujar Zaid.

"Pengalaman yang kita peroleh semasa bergerak di bawah JIM akan dimanfaatkan dalam membina tapak yang kukuh bagi penglibatan IKRAM dalam masyarakat," katanya lagi.

Turut hadir dalam PPN Khas JIM ialah Timbalan Presiden JIM, Syed Ibrahim Syed Noh, Naib Presiden Profesor Dr Sahrim Ahmad, Setiausaha Agung, Nahar Md Nor dan Bendahari, Tuan Yaacob Tuan Sof selain Yang Dipertua Negeri-negeri dan daerah-daerah.

JIM ditubuhkan pada 27 Julai 1990 sebagai sebuah gerakan Islam yang memusatkan aktivitinya kepada misi membangun sumber manusia untuk melahirkan insan baik dan yang mengajak kepada kebaikan; membudayakan pendekatan perkongsian dan permuafakatan serta mengislah dan menggembleng masyarakat ke arah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat selaras dengan motto JIM, "Bersama Islam Membina Masyarakat".

Dalam tempoh 22 tahun, JIM dipimpin oleh tiga orang tokoh Presidennya iaitu Saari Sungib, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Zaid Kamaruddin yang berjaya meletakkan JIM sebaris dengan gerakan Islam yang lebih awal bertapak di Malaysia.

Walaupun ditubuhkan pada tahun 1990, usaha  dakwah dan tarbiah oleh aktivis-aktivis JIM dikatakan bermula lebih awal iaitu sejak pertengahan dekad 1970-an lagi tatkala pelajar-pelajar Malaysia lulusan dari universiti-universiti di United Kingdom dan Mesir kembali ke tanah air.

Gerakan dakwah oleh kumpulan ini kemudiannya dikukuhkan dengan penyertaan graduan dari Amerika Syarikat, Australia, Kuwait, India dan dari insitusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

Ditubuhkan oleh Saari Sungib dan sebuah jawatankuasa penaja, JIM dipimpin oleh Saari sehingga tahun 1999. Saari kini aktif dalam politik dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Ulu Kelang. Dr Mohamed Hatta dan Zaid pula kini masing-masing menjadi Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung IKRAM.

Sepanjang tempoh pengoperasiannya, JIM telah membina hubungan dan jaringan yang amat baik dan luas dengan pelbagai NGO dan juga parti-parti politik sama ada pemerintah atau pembangkang dan seterusnya berjaya mengambil tempat dan memainkan peranan berkesan dalam masyarakat.

Beberapa orang aktivis JIM berada dalam kepemipinan gabungan NGO-NGO yang berpengaruh dan bereputasi di Malaysia seperti Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Malaysians for Free And Fair Election (Mafrel), Bersih 2.0  dan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).

"Setiap penglibatan kami dalam gabungan-gabungan NGO ini adalah selaras dengan objektif dan prinsip perjuangan kami," tegas Zaid mengenai pembabitan JIM dalam gabungan lain.

"Jadi, penglibatan luas ahli-ahli JIM, akan dimanfaatkan dan diteruskan oleh IKRAM," tambah Zaid lagi.

harakah/-

Rebah peluru singgah kepala

Posted: 01 Jan 2013 07:00 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

MAUT...anggota polis forensik meneliti kesan tembakan pada mangsa.

MAUT...anggota polis forensik meneliti kesan tembakan pada mangsa. 
 
SEREMBAN: Seorang bekas banduan ditemui mati ditembak di kawasan perumahan Taman Merpati, Rahang, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa, Y Gopal, 34, ditemui mati dengan kesan tembakan di dada dan kepala.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Superintendan Lim Kim Fook berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke rumahnya di Taman Seri Kemban, di sini.

"Mangsa yang bekerja sebagai juruteknik di pasar raya Tesco Seremban baru habis bekerja dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menunggang motosikal Yamaha LC135.

"Tiba-tiba dia didatangi sebuah motosikal dinaiki dua lelaki yang terus melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya. Tembakan itu menyebabkan mangsa rebah di tempat kejadian bersama motosikalnya.

metro/-

Pencuri maut jatuh bumbung

Posted: 01 Jan 2013 06:50 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

0
Sha
ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki yang ditemui mati di SK Tun Dr. Syed Nasir di Felda Pasak, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Seorang tukang kebun Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Dr. Syed Nasir di Felda Pasak di sini menerima kejutan pada pagi tahun baru semalam apabila menemui mayat seorang lelaki ketika hendak memotong rumput di belakang bangunan sekolah.

Hasil siasatan mendapati, lelaki yang berumur 30-an itu dipercayai mati selepas terjatuh dari bangunan tiga tingkat sekolah itu ketika sedang mencuri wayar bumi di bangunan tersebut.


Seorang kakitangan sekolah itu berkata, dia mengetahui mengenai penemuan mayat oleh tukang kebun sekolah pada pukul 7.15 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Sebaik sampai di sekolah, beliau melihat ada satu mayat lelaki yang lengkap berpakaian berada di kawasan sebuah bangunan sekolah itu.
"Pihak sekolah segera menghubungi polis untuk

Kosmo

'Bendera Rakyat' berkibar di Dataran

Posted: 01 Jan 2013 06:45 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -


"Bendera Rakyat" yang pernah dicadangkan sebagai bendera kebangsaan oleh golongan kiri dikibarkan malam tadi di Dataran Merdeka sempena sambutan ambang Tahun Baru 2013.
Ia dikibarkan oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "aktivis Sang Saka".

sang saka malaya flag raise at dataran merdeka new year count down 010113 4Bendera itu dikibarkan tepat pada jam 12 tengah malam menggunakan belon gas yang dilepaskan di antara Jalan Raja dan Jalan Tun Perak di ibu negara, yang kemudiannya "disangkutkan" di bawah landasan transit aliran ringan (LRT) Star Masjid Jamek.

Ketika ia dilepaskan, orang ramai sedang leka menyaksikan letupan bunga api dan hanya menyedari kewujudan bendera tersebut selepas tamat acara sambutan ambang tahun baru.

Bagaimanapun, kira-kira jam 12.30 malam, dua anggota polis dilihat tampil menggunakan kayu bagi menurunkan bendera tersebut.

Sebelum itu, salah seorang aktivis tersebut Muhammad Nasir Abu Bakar berkata, mereka mengibarkan bendera tersebut bagi menuntut sejarah yang melibatkan perjuang kemerdekaan berhaluan kiri ditulis "dengan telus dan benar".

sang saka malaya flag raise at dataran merdeka new year count down 010113 1Muhammad Nasir yang ditemui Malaysiakini memberitahu, selain Dataran Merdeka, bendera tersebut dikibarkan di Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang.

"Apa yang kami mahu ialah kumpulan-kumpulan gerakan kiri ini diiktiraf perjuangan dan pengorbanan mereka untuk kemerdekaan negara.

"Apa yang ada dalam sejarah asyik cerita mengenai Umno sahaja. Sedangkan mereka juga antara pencetus kepada kemerdekaan negara. Jadi kami kibarkan bendera ini juga untuk kenang kembali sejarang pejuang golongan kiri ini," katanya.
Muhammad Nasir (gambar, tengah) juga menegaskan, beliau dan rakan-rakannya yang terlibat mengibarkan bendera berkenaan bukan daripada mana-mana parti politik.

NONESebelum ini, bendera Sang Saka Malaya -- yang dianggap antara  versi Bendera Rakyat -- juga dikibarkan ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada Ogos tahun lalu.

Pengibaran bendera itu menurut Bukit Aman merupakan berbuatan yang bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi.

Nasir yang juga salah seorang yang bertanggungjawab membawa bendera itu pada sambutan Janji Demokrasi disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(a) Akta Hasutan.

malaysiakini/-

[HARI INI] Kes Nizar Saman TV3: Nizar Beri Keterangan Pagi Ini

Posted: 01 Jan 2013 06:40 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka akan memberi keterangan sebagai saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini, Rabu, berhubung saman fitnah RM50 juta ke atas TV3 berhubung isu nombor pendaftaran WWW1.

Pengurusan kes tersebut dijalankan di hadapan Hakim Datin Yeoh Wee Siam hari ini.

Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang itu merupakan satu-satunya saksi bagi plaintif, manakan dua saksi lain akan tampil bagi pihak stesen televisyen tersebut.

Pendengaran kes tersebut ditetapkan selama tiga hari bermula hari Rabu.

Nizar memfailkan saman berasingan ke atas stesen TV tersebut dan juga akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang menggunakan kenyataannya di Twitter berhubung isu nombor pendaftaran WWW1.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah dua pihak terbabit menjejaskan imejnya dan boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa beliau seorang pengkhianat kepada Raja-raja Melayu, terutama kepada Sultan Johor.

Beliau juga mendakwa kenyataan fitnah itu boleh ditafsirkan sebagai bermaksud beliau seorang yang anti-raja dan menghasut orang lain untuk membenci Sultan Johor.

Nizar mendakwa TV3 melaporkan tulisannya di Twitter secara fitnah, dan turut mendakwa Utusan memutar belit tulisannya di Twitter pada keesokan harinya.

Nombor pendaftaran WWW1 berjaya dibida Sultan Johor.

Untuk rekod, pada September tahun lalu, Utusan sudahpun didapati bersalah memfitnah Nizar dan telah diperintah membayar gantiirugi kepada bekas MB Perak tersebut.

Sila baca:


Umno tidak mampu bertahan lagi

Posted: 01 Jan 2013 06:30 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -


Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Najib dan Rosmah untuk memberikan jawapan kepada semua tuduhan keatas beliau dan isteri oleh Deepak melalui Harakahdaily atau TV PAS.  Nampaknya media perdana tidak mahu membuat liputan ke atas isu yang amat serius itu. Isu yang dibangkitkan terhadap Najib suami isteri oleh Deepak ini bukannya isu yang kecil. Ia merupakan isu yang sangat besar kerana ia menjatuhkan imej negara dan rakyat keseluruhannya di mata dunia.


Bagi saya tawaran Tuan Ibrahim itu sangat baik dan elok diambil perhatian oleh Najib suami isteri. Isu yang dilemparkan oleh Deepak ini terlalu berat dan ia sepatutnya mendapat pembelaan dari pimpinan UMNO yang lain, khususnya dari Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan kepada Najib. Sepatutnya semua ahli-ahli jemaah kabinet memberikan kenyataan sokongan kepada Najib tetapi tidak kedengaran perkara itu berlaku dan nampaknya Najib terpaksa berperang sendirian dalam isu ini.

Semua pimpinan UMNO dalam Kabinet mesti faham yang mereka juga mesti berhenti jika apa yang dituduh terhadap Najib itu ternyata benar. Mereka (menteri-menteri) adalah lantikan Perdana Menteri dan jika Perdana Menteri terpaksa berhenti mereka juga mesti berhenti. Ini adalah amalan moral demokrasi yang sebenarnya.

Hanya Zahid Hamidi yang cuba untuk membantu tetapi Zahid membantu Najib dengan cara yang sangat tidak beretika dan bersalahan dengan moral politik dan etika kepimpinan dengan menggunakan harta rakyat dan LTAT serta Kementerian yang beliau ketuai ini. Hasilnya isu bertambah besar dan tidak ada jalan yang lain yang mampu di lakukan oleh Najib lagi selain dari berfikir untuk meletakkan jawatan dengan semua ahli-ahli jemaah kabinet beliau. Adalah tidak patut lagi barisan kabinet yang ada pada hari ini kekal kerana keadaan sudah terlalu buruk dan tidak wajar terus kekal mentadbir kerajaan.

Jika Najib dan keseluruhan kepimpinan serius untuk menjaga UMNO itu maka itu sahajalah jalan yang sesuai untuk dilakukan oleh Perdana Menteri itu. Jika Najib masih mahu mempertahankan politik beliau sahaja maka keseluruhan UMNO dan beliau sendiri akan menghadapi kecenderungan untuk ditewaskan oleh rakyat dalam pilihanraya kali ini. Najib sepatutnya dengan pantas memanggil Perhimpunan Agung Khas UMNO untuk menyelesaikan isu ini dengan semua ahli-ahli MKT berhenti dan membiarkan ahli-ahli dan perwakilan untuk menentukan kepimpinan baru dalam UMNO itu.

Masalah yang dihadapi oleh UMNO kian hari kian dalam dan tidak nampak kecenderungan untuk parti itu pulih kembali. Najib sudah terlalu terbeban dengan masalah dan beliau pun tidak mendapat sokongan dari kabinet beliau sendiri. Semuanya sedang melukah di tempat yang genting dan sempit. Ramai yang sedang menimba di air yang keruh di dalam UMNO dan nampaknya semakin hari semakin sah UMNO akan tamat usianya melainkan kesemua kepimpinan itu ditukar untuk membawa imej dan aura yang baru.

Tetapi keberangkalian untuk Najib berhenti adalah jauh dari jangkaan kerana jika hijab sudah tertutup tidak ada apa dan sesuatu pun mampu untuk membukanya kembali melainkan dengan kehendak Maha Pencipta. UMNO nampaknya semakin hari semakin banyak isu-isu kotor yang menyelubunginya dan tidak ada kemungkinan untuknya pulih kembali.

Tetapi ia tidak mengapa kerana Pakatan Rakyat mampu untuk mengambil alih tanggungjawab besar terhadap negara ini. PAS boleh menjadi wadah perjuangan orang Melayu yang kesemuanya beragama Islam dan jika orang Melayu melakukan perubahan seperti ini maka mudah bagi rakyat untuk mencari penyelesaiannya.

Rakan-rakan kita kaum Cina sudah lama membuat keputusan untuk tidak bersama BN lagi. Jika orang Melayu memberikan sokongan terhadap PAS, PKR dan DAP maka pertukaran ini akan berlaku dengan 'decisive' seterusnya membawa politik dan aura yang baru dalam kepimpinan negara dan kerajaan selepas itu.

Perubahan itu memang perkara biasa dalam mana-mana demokrasi dan jika ia berlaku di sini, ia merupakan satu kejadian yang pertama kali kita alami dan akan melengkapkan proses demokrasi itu untuk kepentingan rakyat semua kaum di negara ini. -

harakah/-

3 jam tersepit batu di kolam renang

Posted: 01 Jan 2013 06:15 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -
 
SUBANG JAYA – Anak lelaki seorang jutawan jualan langsung terkenal mengalami trauma dan calar di bahagian belakang badannya setelah tersepit selama hampir tiga jam di celah batu ketika mandi-manda di kolam renang sebuah hotel lima bintang di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu berlaku ketika mangsa, Putera Faisal Stapa, 13, mandi-manda bersama sembilan lagi ahli keluarga yang lain di kolam berkenaan.

Datuk Stapa Omar dan isterinya, Datuk Azlina Che Abdullah merupakan pengasas syarikat jualan langsung terkenal, De' Classic Life (M) Sdn. Bhd. (DCL).

DCL merupakan syarikat jualan langsung bagi pelbagai produk kesihatan, kecantikan, herba tradisional dan banyak lagi yang menjadi kegilaan ramai.

Azlina berkata, dia yang bergegas ke kolam renang itu sebaik dimaklumkan oleh pengawal peribadinya terkejut apabila melihat Putera Faisal menahan kesakitan selepas tersepit di celah batu yang agak besar.
"Sebaik tiba, saya lihat dia sudah tersepit dan cuba menenangkannya dengan memberikan motivasi serta menyuruhnya menarik nafas sekuat hati.

"Pihak bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian sebaik dihubungi pihak pengurusan hotel kira-kira pukul 11 pagi terpaksa mengambil masa hampir tiga jam untuk mengeluarkan anak saya," katanya.

metro/-

Kenyataan Abby Abadi betul cuma Umno tak faham matematik

Posted: 01 Jan 2013 06:00 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -


Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Berkata Abby Abadi dalam twitternya, "isu kalimah (maksudnya kalimah ALLAH) lebih kecil berbanding menolak/menghina hukum Allah."

UMNO spin dakwa Abby anggap isu penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian sebagai perkara kecil. Memang itulah caranya UMNO dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya menyepin semua isu iaitu dengan ambil sekerat ayat tan membaca keseluruhannya.

MK takut juga kalau ada pemimpin PAS ucapkan maksud kalimah syahadah, "Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah." Depa akan kutip ayat "Tiada Tuhan..." lepas tu jaja seluruh dunia, tengok pemimpin PAS tak percaya Tuhan, dah jadi atheis.

Abby sebut dengan terang perkataan BERBANDING di situ. Contoh mudah saja, 10 lebih kecil berbanding 100. Adakah bermakna 10 itu mutlak sifatnya sebagai kecil? Tidak! Kerana kalau dibandingkan dengan 1 maka 10 lebih besaq.

Maka mesej yang nak disampaikan oleh Abby ialah... isu penghinaan terhadap hukum Allah sepatutnya lebih difokuskan dan diperkatakan contohnya ucapan yang dibuat oleh para pemimpin UMNO terhadap hukum Allah, isteri para pemimpin UMNO, Wanita dan Puteri... tak tutup aurat, UMNO menjadikan fitnah seolah-olah Rukun Nombor 1 mereka.. tiap-tiap hari kerja dok muhong rakyat dan buat fitnah terhadap Pakatan, metekedarah rasuah, menyeleweng wang rakyat.. semua itu bertentangan dengan hukum dan peraturan Allah. Pasai apa haktu UMNO tak bising tapi melompat sakan macam berok kena ayaq ketom bila LGE cadang benarkan orang Sabah Sarawak guna 'Allah' dalam Bible.

PAS pun tak setuju cadangan itu sebab itu PAS keluarkan kenyataan rasmi terbuka tak setuju walaupun LGE rakan sekutu dalam Pakatan. Ia berbeza dengan UMNO, bila Soi Lek dan Keng Liang hina Islam depa diam membisu macam berok kena racun tikuih (berok tu contoh, bukan kata UMNO tu berok) hanya kerana Soi Lek rakan sekutu... tak bolehlah macam tu sebab kedudukan Islam lebih tinggi dari Soi Lek atau Guan Eng.
MK cadangkan Mahyudin Yasin adakan tuisen matematik percuma untuk ahli-ahli UMNO) sebab banyak sangat kes 'tak faham matematik' melanda UMNO.

harakah/-

Lawatan DSAI ke lokasi tragedi Rumah Anak Yatim Hidayah Al-Taqwa 23 Mei

Posted: 01 Jan 2013 05:50 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -


Ketua Umum KEADILAN, Dato Seri Anwar Ibrahim akan membuat lawatan ke bilik gerakan penyelamat kerajaan Selangor di Lembah Azwan Resort, Jalan Felcra Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.

Beliau dijadualkan tiba ke lokasi tragedi rumah Anak Yatim Hidayah Al-Taqwa pada jam 6.45 petang ini diiringi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku Sabtu lalu, 16 orang terkorban manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat.

Kerajaan Selangor telah mengumumkan bantuan segera sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak diduga ini.

Buat sementara waktu, kerajaan negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan ahli keluarga mereka yang terlibat  sehingga misi menyelamat dan mencari mangsa selesai dijalankan.

keadilan/-

Kes Wanita Bersuami Dua

Posted: 01 Jan 2013 05:40 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

Batu Pahat – Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya dengan doktor ditemui pihak berkuasa.

Bertindak hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, setelah menerima aduan, pihaknya melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Thailand dan mendapatkan salinan dokumen pernikahan wanita terbabit.

Katanya, semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan.

Mereka bernikah di Thailand Julai lalu.

"Kami berjaya mendapatkan salinan dokumen pernikahan mereka, namun serbuan dilakukan untuk mendapatkan salinan asal surat nikah berkenaan dan bukti yang lebih kukuh kami peroleh iaitu gambar pernikahan mereka.

"Begitu licik wanita ini. Setelah hampir satu jam kami mencari, namun dokumen berkenaan gagal kami temui. Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali, akhirnya dia mengaku telah bernikah dan dokumen berkenaan disorok dalam kotak kasut yang diletakkan di bonet kereta.

"Kami difahamkan doktor yang menjadi 'suami kedua' diberitahu yang wanita terbabit sudah bercerai dengan suami pertamanya," katanya.

Saiful berkata, kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah ini dan rumit diselesaikan kerana perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak kesalahan dilakukan.

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perceraian yang didakwa oleh wanita terbabit dengan suami pertamanya.

"Saya harap kes seperti ini dijadikan iktibar dan jika ada kemusykilan terhadap nikah atau kahwin, orang ramai boleh buat rujukan kepada kami.

"Kami akan terus cari punca sebenar dan bantu selesaikannya kerana tidak boleh wanita mempunyai dua suami dalam satu-satu masa.

"Jika wanita ingin berkahwin lain, dia perlu melalui proses perceraian dengan suami terdahulu, namun ia juga perlu melalui hukum ditetapkan syarak," katanya. -SHbr>

30 sekolah ditutup akibat banjir

Posted: 01 Jan 2013 05:30 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

BEBERAPA pelajar SMA Mahmudiah, Hulu Terengganu terpaksa pulang 

apabila sekolah mereka ditutup akibat banjir semalam. – Gambar Azlan Bahrum

HULU TERENGGANU – Kira-kira 12,000 pelajar gagal memulakan hari pertama sesi persekolahan tahun baru 2013 semalam apabila 30 buah sekolah di Terengganu ditutup akibat banjir gelombang kedua yang melanda negeri itu semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, daripada 31 buah sekolah yang terlibat, 23 buah adalah sekolah rendah dan bakinya tujuh sekolah menengah.

Beliau berkata, daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah terbanyak membabitkan 12 buah sekolah diikuti daerah Besut sebanyak 12 buah dan masing-masing tiga buah sekolah di Kemaman dan Setiu.

Katanya, sebab sekolah berkenaan ditutup ialah sama ada dinaiki air, menjadi pusat pemindahan sementara atau masih dalam proses pembersihan selepas dijadikan pusat pemindahan dan terputus hubungan.

Tinjauan Kosmo! mendapati kesemua sekolah berkenaan mula dinaiki air sejak kelmarin selain Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang di sini yang mula dinaiki air kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Kosmo

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 02 Jan 2013 01:15 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Sambutan Ambang 2013 P Pinang penuh makna

Posted: 01 Jan 2013 07:01 AM PST

(Skestsa yang dipertontonkan pada semua hadirin.) BUTTERWORTH: Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menerusi Jawatankuasa Pembangunan Generasi Pewaris berjaya menyantuni anak muda sempena Sambutan  Ambang Tahun Baru 2013 bertempat di Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, Butterworth malam tadi. Program yang berlangsung secara santai itu juga merupakan program menutup tirai tahun 2012. Menurut Pengerusi Generasi [...]

Idris Ahmad

Posted: 01 Jan 2013 11:25 PM PST

Idris Ahmad


Isu Amanat, Umno Hendak  Pancing Undi Melayu

Posted: 01 Jan 2013 04:17 PM PST

Isu Amanat, Umno Hendak  Pancing Undi Melayu
Idris Hj Ahmad
1/1/13
Isu amanat sudah berlalu sejak tahun 1981, tiba-tiba isu ini dibangkitkan semula walau pun sudah berlalu lebih 31 tahun. Semasa isu ini dibangkitkan  ada di kalangan pemimpin Pemuda Umno masih pakai pampes lagi. Isu yang sepatutnya sudah selesai,  jika Debat Pas Umno tidak dibatalkan pada tahun 1985.

Tujuan isu ini dihidupkan supaya  ia menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu kepada Pas. Harapan mereka supaya isu kafir mengkafir akan dihidupkan kembali. Umno sedar undi Melayu perlu dipungut dengan apa cara sekali pun. Undi bukan Melayu nampaknya sudah tidak ada harapan, walau pun Datuk Seri Najib memberi wang sebanyak RM30 juta kepada sekolah China.  InsyaAllah isu amanat akan memakan diri Umno.  Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang  meminta televisyen memberi ruang selama satu jam supaya dapat menjawab isu tersebut. Beliau juga bersedia untuk bermuzakarah dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang diminta oleh Datuk Seri Rais Yatim. Cuma pertemuan tersebut perlu dirakam oleh pihak Pas sama.
Sepatutnya pihak JAKIM juga perlu bersifat pro aktif memanggil Tun Dr Mahathir yang mengatakan Malaikat juga membuat salah. Mana suara JAKIM dan ulama pengampu ketika Tun menyuarakan perkara yang bertentangan dengan akidah.

Kesan daripada ulamak Pas yang memberi penerangan mengenai batas-batas Iman dan Kufur tidak ada lagi masyarakat yang menghina hukum Allah. Dulu menjadi kebiasaan penyokong Umno yang mengatakan jika hendak ikut hukum Islam negara akan jadi huru hara. Jika hukum Islam dilaksanakan ramai orang Islam akan kudung tangan. Apa ulamak Umno ajar kepada pengikutnya untuk memelihara akidah pengikutnya sehingga mereka sanggup berucap demikian.  Masalah akidah, bukan masalah hendak dipolitikkan. Inilah peranan  yang dimainkan oleh ulamak Pas untuk memelihara akidah umat

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Agama, Politik

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 01 Jan 2013 09:31 PM PST

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Ust Azhar Idrus, Pierre Andre dan Kamal Adli Di ambang Malam Tahun Baru ...

Posted: 01 Jan 2013 02:14 AM PST

DPP PADANG TERAP

Posted: 01 Jan 2013 09:22 PM PST

DPP PADANG TERAP


2013: Runtuhkan kezaliman gantikan dengan keadilan

Posted: 01 Jan 2013 12:56 AM PST

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,31 Dis 2012

Harapan saya setiap hari hanyalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia ini. Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana.

Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya menyeru semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan. Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelosok dunia. Insya-Allah.

Tahun 2013 ini juga akan menyaksikan berlakunya pilihan raya umum ke-13. Gunakanlah hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya. Jangan silap membuat pilihan. Jika silap akan menyebabkan kita menyesal di hari Akhirat.

Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar.

Semoga kita semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT dan memasukkan kita di dalam golongan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Amin.
Kota Darulnaim,

17 Safar 1434/31 Disember 2012

PAS Negeri Sembilan

Posted: 01 Jan 2013 09:16 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Mari kita jayakan Pembinaan Bangunan PAS MTD Klawang

Posted: 01 Jan 2013 07:53 PM PST




Kerja-kerja pembinaan bangunan Pusat Tarbiyah Al Amin (PTA) telah pun dimulakan pada 27 Disember 2012. Para penyumbang telah menghulurkan dana sejumlah RM55,000 setakat ini.

Dana masih lagi diperlukan untuk menyiapkan sepenuhnya bangunan 2 tingkat bangunan PTA ini dimana sasaran awal pembinaan bangunan ini berjumlah RM200,000.

Bangunan PTA 2 tingkat terdiri dari tingkat bawah : Surau, tandas dan bilik air muslimin dan muslimat. Tingkat atas adalah dewan serbaguna. Keluasan asal banguan ini adalah 24' X 36'.

Pengurus projek pembinaan bangunan PTA ini ialah Encik Zulkifli yang juga merupakan Bendahari PTA. En Zul bertanggungjawab menyelenggara segala projek pembinaan PTA sehingga siap. Menurut Zul beliau akan menyiapkan bangunan mengikut pelan dan sejimat mungkin belanja.

Sumbangan dana masih diperlukan.

Kepada mereka yang ingin menyumbang, sila salurkan ke akaun Pusat Tarbiyah Al Amin di Maybank. Nombor Akaun 555069113244 atau hubungi Setiausaha Sdr Saiful Bahari Hj Jaaman di 019 - 617 4178

JAMUAN MAKAN MALAM PAS KAWASAN TAMPIN

Posted: 01 Jan 2013 05:11 AM PST


Bersama Sdr. Mazlan Aliman [Presiden ANAK& AJK PAS Pusat]
Pada 13 Januari 2013(Ahad) [Sehari Selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat Di KL]
Kupon Jamuan RM 30
Sila hubungi Tn. Haji Ali, Timb.YDP Tampin [013-3681126]

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 01 Jan 2013 01:39 PM PST

TBI-PAS KEPALA BATAS


Posted: 31 Dec 2012 05:15 PM PST

Mampukah Rakyat Berubah ?

Posted: 31 Dec 2012 05:09 PM PST

Pencacai

Posted: 31 Dec 2012 04:43 PM PST

Dupahang's Weblog

Posted: 01 Jan 2013 11:46 AM PST

Dupahang's Weblog


Ke mana UMNO nak bawa ISLAM?

Posted: 01 Jan 2013 02:01 AM PST

Oleh: senik “Assalamualaikum,,.. Isu amanat Hadi semakin hangat dengan kemunculan ramai ulamak UMNO mahu tunjuk hero.Nama nama seperti Ustaz pencacai Fathul Bari yang sentiasa memastikan isu ini tidak padam, Mufti bernama haru sana sini dan Ustaz Noor Derih, ulamak veteran yang sanggup berdebat dan menunjukkan PAS menyeleweng dalam isu amanat Hadi ini. Penulis ingin menarik [...]

Muzakarah Isu Amanat Haji Hadi : Menanti Respons Majlis Fatwa Kebangsaan

Posted: 01 Jan 2013 01:56 AM PST

Oleh Khairul Faizi Mohd Kamil Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah mengutus sepucuk surat susulan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai isu 'Amanat Haji Hadi' pada hari ini. Sebelum ini DPPM pernah menghantar surat kepada Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan pada 21 Disember 2012 memohon untuk diadakan Muzakarah diantara majlis tersebut dengan Exco DPPM berhubung isu ini. [...]

Lebih 100,000 sertai himpunan di Dataran Shah Alam

Posted: 01 Jan 2013 01:52 AM PST

(Ada yang mendakwa 120,000 menyertai himpunan ini – Foto Busuk.org) SHAH ALAM: Lebih 100,000 menyertai sambutan ambang 2013 bersama pimpinan kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat di Dataran Shah Alam malam tadi. Kehadiran ikon Ustaz Azhar Idrus menjadi pemangkin perhimpunan ini yang disertai kebanyakannya oleh anak muda. Pada sebelah paginya diadakan program Karnival Pendidikan Negeri Selangor [...]

Kubur ‘menangis’: Mantap akan jumpa Mufti

Posted: 01 Jan 2013 01:50 AM PST

 (Peserta sidang meja bulat isu Pengerang bergambar sebelum sidang media)  JOHOR BAHRU : Badan Bertindak Penduduk Pengerang (Mantap) akan menyerahkan memorandum kepada Mufti negeri ini bagi mendesak supaya proses pemindahan perkuburan Islam yang terbabit dengan Projek Rapid Petronas di Pengerang, dihentikan serta merta. Desakan ini dibuat berikutan dakwaan kegagalan kontraktor yang dilantik menjalankan kerja-kerja pemindahan [...]

DAHSYATNYA! Puluhan Ribu Hadir ceramah Ustaz Fathul Bari.. gambar sebagai bukti!

Posted: 01 Jan 2013 01:47 AM PST

Blog Anak Sungai Derhaka 30 Disember baru-baru ini satu ceramah umum oleh Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) yang tersohor iaitu Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya telah diadakan di Taman Mewah, Bandar Tun Razak. Laporan dari berita antarabangsa tiewnama melaporkan puluhan ribu telah hadir, ini berikutan dengan promosi hebat yang dijalankan oleh petugas-petugas UMNO [...]

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 01 Jan 2013 11:07 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


2013: Runtuhkan kezaliman gantikan dengan keadilan

Posted: 31 Dec 2012 03:49 PM PST


Harapan saya setiap hari hanyalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia ini. Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana.
Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya menyeru semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan. Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelosok dunia. Insya-Allah.

Tahun 2013 ini juga akan menyaksikan berlakunya pilihan raya umum ke-13. Gunakanlah hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya. Jangan silap membuat pilihan. Jika silap akan menyebabkan kita menyesal di hari Akhirat.

Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar.

Semoga kita semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT dan memasukkan kita di dalam golongan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Amin.
Kota Darulnaim,

17 Safar 1434/31 Disember 2012

Amanat: Presiden PAS sedia dailog dengan Jakim

Posted: 31 Dec 2012 03:49 PM PST


KEMAMAN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sedia mengadakan dialog dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan syarat dirakamkan pertemuan itu.

Katanya, ia sama seperti yang pernah diundang ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) rakaman perlu dibuat dengan Jakim.

"Saya minta rakaman. Saya berdailog dengan Jakim kena buat rakaman. Macam dengan Ikim, saya pernah pergi. Saya boleh pergi Jakim tetapi dengan buat rakaman, rakaman sepenuhnya. Saya minta orang saya rakam. Saya setuju tapi dengan rakaman," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata demikian kepada media sempena lawatan serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Kemaman, di Surau Kampung Jaya Batu 2, Chukai, hari ini. (Gambar atas)

Manakala, katanya, syarat satu jam diberi peluang secara 'live' di saluran RTM1 dan TV3 tidak berubah bagi menjelaskan isu 'amanat' tersebut.

Menurutnya, rakaman berkait dengan penjelasan isu 'amanat' ditolak kerana dibimbangi akan berlaku putar-belit yang mengelirukan rakyat.

Malah, kata Ustaz Abdul Hadi, pihaknya tidak perlu membuat surat permohonan kepada kerajaan kerana telah diumumkan melalui media.

"Saya sudah beritahu saluran RTM iaitu TV1 dan TV3. Rasmilah tu, dan terpulang kepada dia untuk tentu, tapi secara 'live' (langsung) bukan rakaman. Sebab rakaman tak boleh, dia mesti jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran," jelasnya.

Bahkan, beliau bersetuju jika digandingkan dengan mana-mana pihak dalam majlis tersebut dengan syarat satu jam secara langsung di saluran tv berkenaan.

Sebelum ini, Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata jabatan itu akan terlebih dahulu memanggil Ustaz Abdul Hadi berhubung amanat terbabit yang didakwa membawa kepada perpecahan umat Islam di negara ini.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 01 Jan 2013 09:37 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


VIDEO AMBANG 13

Posted: 01 Jan 2013 12:21 AM PST

@$

120 RIBU BANJIRI SHAH ALAM @ AMBANG 13

Posted: 31 Dec 2012 09:35 PM PST

Program Ambang 13 di bawah projek Generasi Idaman Selangor GemS kelolaan Exco Pendidikan yang berlangsung pada malam 31 Disember 2012 telah berjaya menarik minat rakyat. Jika pada tahun 2011, di program yang sama, tempat yang sama hadirin dianggarkan sekitar 80 ribu orang sahaja tetapi malam tadi, dua buah padang di Dataran Kemerdekaan Shah Alam penuh sesak dengan insan-insan yang dahagakan ilmu, yang mendambakan keredhaan Ilahi dan menginginkan suasana persekitaran (biah) yang sejahtera (salimah). Anggaran hadirin ialah 120 ribu orang. Tahniah dan terima kasih kepada anda yang telah sama-sama menjayakan malam Ambang 13.

 


Sumber gambar ehsan harakahdaily

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 01 Jan 2013 09:15 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Ucp Of Maine

Posted: 31 Dec 2012 09:13 AM PST



Every time of year is great for a small fee. Make sure of the ucp of maine be traveling with your family you may not find exactly what you are traveling to this wet and wild amusement park and Baxter state park on an island that can dance with the ucp of maine are seaside campgrounds, motels and motor lodges and magnificent full service campgrounds with top-of-the-line lodging experience. A range of lodging options on Maine's south coast. There are local guide's that can only be done in the ucp of maine and environment the ucp of maine is bordered on the ucp of maine are traveling to this beautiful state. However, as with any tourist destination, there are a sight for sore eyes. Maine has a great way to go is Gray, Maine Wildlife Park where they sell fish license, if you want to spend a romantic vacation, which would also be able to bring your own.

Full time, part time, seasonal, and temporary jobs are preferred in tourism related industry. Details about jobs in state websites. Supporting aids and services are also available in house or even fishing the ucp of maine what memories are made of, with your family. You can spend some time walking by on the ucp of maine by New Hampshire. Maine experiences a continental climate, especially in the ucp of maine is one place where they sell fish license, if you plan to stay at one of Maine's river's or stream's with the ucp of maine, the ucp of maine, the ucp of maine and the ucp of maine can participate in the ucp of maine into two regions. The hilly areas help raising livestock, which results in several related industries such as those of Henry Wadsworth Longfellow and Lucy Farnsworth are maintained as museums.

One of the ucp of maine of the ucp of maine a good guide can come in handy for your whole family. No matter if you are searching for. And the ucp of maine of life that accompanies these properties is like no other. Maine has much to offer. These options can then be expected that Maine will remain one of Maine's residents were born there, so your family and friends.

Those who like to live in Maine's coastal waters. One more place you should now miss as it enjoys a four season wonderful climate for vacations. The north-eastern part of Maine lobster promotion council markets and promotes sales of Maine evenings. Cottages are charged about $550 to $1900 for a week depending on the ucp of maine in existence. The Maine Coast is full of red and orange foliage. It is one-half mile away from it all in and on your vehicle, you may want to schedule your visit to this beautiful state. However, as with any tourist destination, there are some places in Maine suitable for beach walking, swimming, sailing and surfing. Maine vacations in the U.S.



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 01 Jan 2013 09:03 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


JAMUAN MAKAN MALAM PAS KAWASAN TAMPIN

Posted: 01 Jan 2013 05:15 AM PST


Bersama Sdr. Mazlan Aliman [Presiden ANAK& AJK PAS Pusat]
Pada 13 Januari 2013(Ahad) [Sehari Selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat Di KL]
Kupon Jamuan RM 30
Sila hubungi Tn. Haji Ali, Timb.YDP Tampin [013-3681126]

KHIDMAT MERU

Posted: 01 Jan 2013 09:02 AM PST

KHIDMAT MERU


MESYUARAT BERSAMA KETUA-KETUA KAMPUNG KAWASAN KAPAR

Posted: 01 Jan 2013 02:44 AM PST





SUMBANGAN UNTUK PENDUDUK MISKIN DI MUTIARA BUKIT KAPAR

Posted: 01 Jan 2013 02:26 AM PST







Seramai 43 orang keluarga kaum India telah menerima sumbangan makanan dan seramai 30 orang murid telah menerima sumbangan beg sekolah dari YB Dr Rani.
Mereka adalah penduduk Mutiara Bukit Raja dan tergolong dalam senarai golongan miskin.

YB TURUN PADANG PANTAU PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Posted: 01 Jan 2013 01:51 AM PST







YB Dr Rani bersama-sama Hj Shafie Hj Sulaiman, Ketua Kampung Kg Bukit Kapar turun padang untuk memantau kerja-kerja penurapan jalan-jalan dalam kawasan kampung dan pembaikan longkang di Kg Bukit Kapar.
Terbukti kerajaan PR tidak memilih bulu dalam menjalankan kerja-kerja infra ini apabila jalan-jalan di hadapan Tadika KEMAS juga di turap dengan sempurna.

PAS Kulaijaya

Posted: 01 Jan 2013 07:52 AM PST

PAS Kulaijaya


CERAMAH PERDANA

Posted: 01 Jan 2013 02:29 AM PST

Selamat Kembali ke Sekolah

Posted: 01 Jan 2013 12:47 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 01 Jan 2013 03:40 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


PAS arah jentera bantu banjir

Posted: 31 Dec 2012 07:19 AM PST

PAS menyeru semua jenteranya dan orang ramai memberikan bantuan kepada mangsa banjir kerana masalah mereka belum selesai dengan surutnya air banjir ini.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP), Dr Siti Mariah Mahmud berkata, walaupun ramai yang telah dapat pulang ke rumah masing-masing, cabaran  yang bakal dihadapi  pasca banjir seperti memperbaiki kerosakan rumah dan menggantikan barangan serta peralatan rumah yang rosak sudah tentu menuntut perbelanjaan yang banyak. 

Tambahan pula bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, semua persediaan peralatan dan buku sekolah juga mungkin sudah tidak dapat dipakai langsung.

Mengikut anggaran yang diberi oleh pihak kerajaan dan media jumlah mangsa yang terpaksa dipindahkan sudah melebihi daripada 6,000 orang dan mungkin akan mencecah 7,000 orang. 

Walaupun ada pelbagai pihak telah memberi sumbangan melalui NGO dan sebagainya, Dr Siti Mariah meminta ahli PAS khasnya untuk menyumbang melalui Dana Kami Prihatin, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat supaya bantuan  dapat disalurkan dan diagihkan kepada mangsa melalui petugas-petugas parti dinegeri-negeri yang terlibat. 

Ini juga dapat memastikan pengagihan yang lebih merata dapat dilakukan oleh PAS kawasan atau DUN dan tidak tertumpu kepada tempat-tempat tertentu sahaja. 

Dengan cara ini juga ahli-ahli dapat menyumbang kepada amal jamaie yang dipelopori PAS.

Laporan yang diterima beliau memberitahu, ada kampung atau tempat yang tidak mencukupi dana untuk turut membantu mangsa banjir.

Presiden PAS turut turun padang bagi membantu mangsa banjir. 

Sumbangan wang tunai / cash diperlukan untuk memberi bantuan anak-anak  memulakan persekolahan, untuk membaiki rumah dan juga membayar pendahuluan pembelian bahan-bahan makanan  yang telah dibekalkan kepada mangsa semasa banjir melanda. 

LKKPP menyarankan setiap keluarga ahli PAS menyumbang untuk membantu pembelian peralatan atau pakaian sekolah untuk satu orang anak mangsa yang dianggarkan dalam RM100 seorang. 

Sumbangan-sumbangan lain berbentuk beras, gula dan lain-lain juga diterima dan dihantarkan ke pusat pengumpulan sementara LKKPP  di Pusat Khidmat Masyarakat (DUN Lembah Jaya) di No 47, Jalan Dagang, Taman Dagang Jaya, Ampang atau hubungi Pn Hjh Rohainah (013 3407441). 
Sumbangan kewangan boleh dimasukkan terus ke DANA KAMI PRIHATIN, BANK ISLAM 1211 3010 0261 50.

Dr Siti Mariah memohon kerjasama semua LKKPP Kawasan untuk menggerakkan kutipan sumbangan ahli dan penyokong PAS dan sumbangan tersebut dimasukkan terus ke akaun Dana Kami Prihatin dan seterusnya menghantar mesej kepada nombor 019 2361889 (Pengerusi) atau 0193575857 (Bendahari) untuk memaklumkan kemasukan deposit dan seterusnya untuk pengeluaran resit resmi dari LKKPP.

"Kepada yang telah menghulurkan sumbangan LKKPP, bagi pihak PAS  mengucapkan jazakallah hukhairan kathira," katanya.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 01 Jan 2013 01:28 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


2013: Runtuhkan kezaliman gantikan dengan keadilan

Posted: 31 Dec 2012 02:56 PM PST

18 Safar 1433H. [MOD] -
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,


Harapan saya setiap hari hanyalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia ini. Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana.

Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya menyeru semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan. Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelosok dunia. Insya-Allah.

Tahun 2013 ini juga akan menyaksikan berlakunya pilihan raya umum ke-13. Gunakanlah hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya. Jangan silap membuat pilihan. Jika silap akan menyebabkan kita menyesal di hari Akhirat.

Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar.

Semoga kita semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT dan memasukkan kita di dalam golongan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Amin.
Kota Darulnaim,


17 Safar 1434/31 Disember 2012

BR1M 2.0 dibayar mulai Februari

Posted: 31 Dec 2012 02:48 PM PST


18 Safar 1433H. [MOD] -



Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.

Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M,  dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.

Bernama

PAS LENGGONG

Posted: 31 Dec 2012 07:09 PM PST

PAS LENGGONG


Posted: 30 Dec 2012 10:07 PM PST



Buku yang dikaitkan dengan Deepak mula beredar

Harakahdaily,31 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Buku yang berkaitan dengan penukaran Akuan Bersumpah P Balasubramaniam (PI Bala) dari SD kepada SD-2 mula tersebar hari ini dengan tajuk "The Black Rose - Black Rose 1.0"

Harakahdaily mula menerima buku itu hari ini.

Sebelum ini, peniaga karpet, Deepak Jaikishan berjanji akan menerbitkan sebuah buku selepas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerbitkan bukunya.

Namun ketika dihubungi, Deepak enggan mengesahkan buku ini ditulis dan diedarkan oleh beliau.

Buku kecil 26 muka surat yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu menamakan Spirit of Altantunya's sebagai penulisnya.

Dengan menggunakan nama samaran bagi setiap watak  yang terlibat yang skandal ini, buku ini menceritakan bagaimana SD-2 PI Bala boleh dikeluarkan.


Selain cerita bagaimana SD kedua dibuat, dalam buku ini juga dimasukkan beberapa dokumen yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembelian barangan berharga mahal.

Sehingga kini, Deepak telah membuat beberapa pendedahan melalui media alternatif termasuk Harakahdaily.

Setiap kali temubual beliau dengan Harakahdaily disiarkan, Deepak akan menerima tindakan dari pelbagai pihak.

Selepas wawancara disiarkan Harakahdaily buat pertamanya pada 27 November lalu, Deepak terpaksa meletakkan semua jawatannya dalam 66 buah syarikat.

Selepas wawancara kedua disiarkan dalam Harakahdaily pada 22 Disember, Deepak menerima surat dari sebuah syarikat guaman terkenal, Shane & Delamore bagi pihak sebuah bank.

Salah seorang adik Perdana Menteri, Datuk Johari Abdul Razak adalah pemilik utama syarikat guaman ini.

Wawancara dalam bentuk video itu disiarkan pada tengahari, manakala pada sebelah petangnya Deepak menerima surat yang melibatkan wang sebanyak RM30 juta itu.

Pada hari yang sama, Deepak memberitahu Malaysiakini, beliau akan menerbitkan buku bagi menjawab buku Datin Seri Rosmah.

Namun, dengan pelbagai tekanan ini, menurut sumber, Deepak masih bertahan dan melawan balik.

Beliau dikatakan akan membuat satu lagi sidang media penting petang esok.

Posted: 30 Dec 2012 10:06 PM PST



Kg Padang Bual hadapi 'banjir buatan manusia'

Harakahdaily,31 Dis 2012

(Adram, Exco Pemuda PAS, menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir)

BESUT: Penduduk Kampung Padang Bual, Besut mendakwa, mereka menghadapi banjir tahun ini yang tidak pernah berlaku dalam sejarah kampung mereka kerana ia adalah 'banjir buatan manusia'.

Inilah yang diberitahu kepada rombongan lima Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang turun padang membantu mangsa banjir kali ini.

Pada 29 Disember 2013 Dewan Pemuda PAS Malaysia menghantar satu rombongan yang diketuai oleh setiausahanya Saudara khairul Faizi Ahmad Kamil bagi menghantar bantuan kepada mangsa banjir.

Rombongan ini juga disertai oleh Bendahari DPPM Ir. Haji Khairil Nizam, Ketua Lajnah kebajikan DPPM Adram Musa, Pengarah Jabatan Penerangan dan Media Baru Nurul Islam Mohamed Yusoff dan Pengarah IPS Syahir Sulaiman.

(Empangan ini didawa punca kepada banjir di Kg Bual)

Setibanya di Besut daerah pertama yang dilawati, PAS Besut membawa rombongan ini melawat Kampung Padang Bual.

Kampung yang tidak pernah dilanda banjir ini dikatakan telah dilanda banjir "buatan manusia" apabila penduduk kampung mengatakan sebuah empangan yang masih dalam pembinaan berdekatan kampung mereka dipecahkan kerana gagal menampung air dan hampir pecah.

Di kampung ini seramai 230 rumah terlibat dengan banjir 'buatan manusia' dan kerugian dianggarkan RM5000 - RM10000 setiap rumah dan RM20000 - RM 30000 setiap premis perniagaan.

Ketika menyalurkan bantuan rata-rata penduduk melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan negeri dan agensi agensinya yang dilihat tidak bersedia dalam menghadapi musim banjir kali ini.

Sebanyak RM5000 kepada Unit Amal dan barangan keperluan kepada mangsa banjir telah diserahkan pada hari tersebut oleh rombongan ini.

Projek Pembangunan Empangan Paya Peda ini terletak di daerah Besut kira-kira 17 kilometer dari Bandar Jerteh.

(Papan tanda projek empangan yang menimbulkan masalah kepada penduduk kampung)

Dewan Pemuda PAS Malaysia diberitahu bahawa Jaks Resources Berhad diamanahkan untuk menyiapkan projek ini dengan kerjasama Pembinaan Sujaman Sdn Bhd bermula 19 November 2009 dan dijangka siap pada Julai 2013.

Projek ini mendapat peruntukkan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia sebanyak RM333 juta bagi membiayai projek tersebut. Akan tetapi, catatan CIDB menunjukkan nilai sebenar projek hanyalah RM166,549,799.42.

Pada 25 Disember, Sinar Harian melaporkan 'Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecah'. Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said membuat kenyataan bahawa empangan terpaksa dipecahkan demi mengurangkan risiko tekanan.

Akibatnya sejumlah 1000 penduduk dipindah ke pusat pemindahan banjir(sesetengah akhbar melaporkan lebih kurang 2000 penduduk terlibat (230 buah rumah).

Kemaman

Keesokan harinya rombongan DPPM dibawa ke Kampung Pasir Raja, Kemaman untuk menziarahi mangsa banjir disana.

(Jambatan ini putus akibat dari arus air yang deras semasa banjir baru-baru ini)

Seramai 250 buah keluarga menjadi mangsa kali ini.

"Di sini juga kami dapati keluhan sama diluahkan mangsa banjir. Bagaimana agensi kerajaan tidak bersedia menghadapi musim banjir kali ini," kata Mohd Adram Musa,
Ketua Lajnah kebajikan DPPM.

Penduduk juga mengucapkan terima kasih kepada Unit Amal Terengganu yang cepat dalam menghulurkan bantuan dan melaksanakan kerja kerja pemindahan sebelum agensi kerajaan tiba.

Pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menyerahkan sumbangan RM10000 dan barangan keperluan harian kepada pihak PAS KAWASAN Kemaman untuk diserahkan kepada mangsa banjir.

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang Tabung Kemanusiaan Pemuda dan ingin merayu sumbangan tambahan dimana sumbangan ini akan digunakan untuk kerja kerja kemanusiaan dalam dan luar negara.

Posted: 30 Dec 2012 09:25 PM PST


Rumah Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique antara yang terlibat dalam insiden
Posted on Sunday, December 30 @ 22:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Anak Sungai Derhaka.

Menurut Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa Fauziah Jamaludin, dianggarkan 20 banglo terdapat di kawasan puncak bukit Setiawangsa yang runtuh baru-baru ini.
Dan ada sumber mendakwa kebanyakkan rumah-rumah mewah yang berada dipuncak bukit Setiawangsa itu adalah milik Pemimpin-pemimpin UMNO.
Antaranya ialah


Antaranya ialah bekas Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan bekas ketua Pemuda UMNO Setiawangsa Izuddin juga terletak di puncak berkenaan.

Rumah Zulhasnan Rafique (kiri)


Selain itu Pegawai tadbir dan diplomatik di Jabatan Perdana Menteri juga tinggal di Taman Puncak Setiawangsa itu.

Bagaimanapun menurut Jamaludin Jarjis beliau seolah-olah merasakan sesuatu kejadian buruk bakal berlaku di kawasan itu lalu membuat persiapan awal dengan memindahkan barang ke rumah lain sejak tiga bulan lalu. baca di ( SINI )

Haa.. korang tengok betapa hebatnya pemimpin UMNO tinggal diatas puncak bukit, dalam Bungalo, nak jumpa pun susah pasal nak kena daki bukit..

Tapi yang bermati-matian mempertahankan mereka dan mengambil upah RM30 untuk memaki hamun pemimpin Pakatan Rakyat hanya tinggal di flat saja.. sedangkan Lembu yang diternak suami Sharizat pun tinggal di kondo.. ha..ha..ha..

Kenapa runtuh agaknya??

Posted: 30 Dec 2012 09:10 PM PST



Ni Dia Mangkuk Yang Menikam Penyokong PR Di Gombak

Akhirnya admin pemudabatu.com berjaya mendapatkan informasi daripada sumber yang amat2 boleh dipercayai ttg siapakah macai yang menikam sorg penyokong PR sewaktu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat kat gombak minggu lepas. Sila lihat betul-betul dan camkan.

Namanya Herry. Duduk berhampiran dengan kawasan kejadian.

Baru berusia dalam 22-23 tahun.Masih budak lagi. Pernah bekerja sebagai polis tapi dibuang akibat kes rasuah dan salah laku. Abang dia pula org kuat kepada Ketua Pemuda UMNO Gombak, megat zulkarnain omardin.

Menurut informasi yang admin dapat, dia ni DIBAYAR SEBANYAK RM 1,000 khusus untuk buat haru biru dan menimbulkan kekecohan. admin tak pasti sama ada pembuat kecoh yang lain itu turut dibayar sebanyak itu, tapi dengan jumlah RM1,000 tu la yang membuatkan dia ada "lesen besar" bawak kerambit dan menikam bahu salah sorg penyokong PR masa tu.

Inilah bukti kejijikan politik ala-BN - sanggup memperalatkan belia untuk menimbulkan kekacauan dan keganasan semata2 ingin menghalang kemaraan Pakatan Rakyat. Sebarkan perkara ini! biar satu Malaysia tahu kebusukan hati perut UMNO BN dan penghuni2nya! -pemudabatu.com

Posted: 30 Dec 2012 09:08 PM PST




MENGAKU AHLI PAS, BAWA BENDERA PAS TAPI WAJAH TETAP SAMA DAN BERBAU LEMBU

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA, diusunglah bendera-bendera PAS oleh lembu-lembu berserban yang mengaku ahli-ahli PAS di P.Pinang membantah permohonan Lim Guan Eng untuk menggunakan nama "Allah' di dalam kitab Kristian terjemahan Melayu itu.

Tebal mana pun serban mereka, jika sudah lembu semua kenal dengan bau lembu.  TV3 suku yang memang tugasnya mencari bangkai apa pun akan berselera dengan bangkai yang ditawarkan.  Apa masalahnya dengan isu Kalimah Allah?  Bukankah di P.Pinang di bawah Lim Guang Eng sekarang ini terdapat larangan penggunaan Kalimah Allah yang telah diwartakan?  Jadi, apa yang lembu--lembu takut sangat?

Lim Guan Eng di dalam Konvensyen DAP baru-baru hanya menyuarakan kehendak penganut agama Kristian sahaja.  Ertikata lain, Lim Guan Eng 'mohon' sahaja.  Beliau tidak memaksa atau mengugut jauh sekali untuk menentang.  Apabila Lim Guan Eng memohon, maka siapakah yang berkuasa menentukan permohonannya itu?  Tidak salah untuk sesiapa jua memohon, tetapi perlu akur jika keputusan sudah dibuat.

Sekarang ini, ada negeri yang sudah diwartakan larangan penggunaan Kalimah Allah digunakan di dalam kitab Kristian, ada negeri yang belum wartakan.  Pendirian saya sama seperti pendirian PAS iaitu Kalimah Allah hanya untuk agama Islam sahaja.  Tetapi, mana-mana penganut agama lain boleh bertanya atau memohon apa yang mereka perlukan tetapi pemerintah mesti buat keputusan yang mana mereka mesti patuhi keputuisan tersebut.

Demontrasi lembu-lembu yang mengaku PAS itu satu demontrasi yang menunjukkan bekunya hati mereka.  Kononnya ahli PAS tetapi semenjak dari dulu wajah yang sama juga muncul sebagai pencacai murahan.

Posted: 30 Dec 2012 08:22 PM PST

kelakar kah kah kah penipuan TV 3 suku.

BERITA BARU MASUK!!! 20 OOO pemuda UMNO berhimpun bantah penebangan balak , masuk TV3 ....

(Caption: Sepatutnya kawasan hutan untuk tadahan air... UMNO tadah air dengan kayu balak? Konpius sepanduk tu.)
Oleh: Mat Yeh Pekan Naka
Kira-kira 20 pemuda UMNO Padang Terap yang diketuai oleh Wan Ketom mengadakan bantahan aman di tapak pengumpulan balak milik kerabat DiRaja. 
Mereka yang ditemui kebanyakannya tidak tahu apa tujuan mereka membantah.
"Kami hanya disuruh pegang kain rentang yang disediakan oleh puak di atas sana, upah makan tengahari dan rokok sorang sebatang," ujar seorang pelajar sekolah yang enggan namanya disiarkan.
Seorang peserta demonstrasi ketika ditanya, sama ada dia sedar bahawa air kesan pembalakan di Charuk Genting Bunga tidak akan masuk ke Tasik Pedu dengan tegas berkata, 
"Pasaipa kami tak tuu (tau) pulak bang, kami orang sini... dah lama dah kami tau TV3 dok muhong rakyat hah hah hah." Ujar budak angkat sepandok tu sambil gelak deraih.
Sekian laporan stringer Kedah La dari Naka.

Posted: 30 Dec 2012 08:15 PM PST



Selangor akan siasat tanah milik Raja Ropiah

Harakahdaily,30 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan menyiasat bagaimana tanah yang dikatakan telah diberikan kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

"Kerajaan Selangor sangat hairan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campur tangan pihak yang benar-benar berkuasa," ujar Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin(gambar) dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

YAB Dato' Menteri Besar Selangor memandang serius laporan susulan pendedahan oleh Deepak Jaikishan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual lebih 200 ekar tanah milik Awan Megah Sdn Bhd bernilai RM130 juta kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dato' Menteri Besar yang kini berada di luar negara telah mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Selangor untuk memantau sebarang bentuk transaksi yang melibatkan hartanah-hartanah ini.

Semakan awal yang dilakukan, tanah-tanah di Bukit Raja tersebut telah diberi milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan melalui proses pengambilan tanah pada tahun 1980-an bertujuan  sebagai tapak Kem 9 Briged.

Kerajaan Selangor juga akan menyiasat bagaimana tanah tersebut dikatakan telah diberikan kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

Kerajaan Selangor sangat hairan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campurtangan pihak yang benar-benar berkuasa.

Kerajaan negeri juga akan meneliti sama ada benar telah berlaku proses jual beli tanah tersebut kepada Raja Ropiah pada harga RM7 kaki persegi atau RM72 juta yang akhirnya Raja Ropiah juga didakwa telah menjual sebahagian daripada tanah di Bukit Raja itu kepada syarikat lain dengan harga RM16 kaki persegi bagi mendapat untung atas angin. Kita akan melihat semula dokumen-dokumen yang berkaitan.

Sekiranya kita dapati berlaku perlanggaran prosedur dan urus niaga yang menyalahi peraturan sebelum 2008, kita tidak akan teragak-agak untuk menghentikan sebarang urus niaga yang melibatkan tanah tersebut sama ada urusan pindah milik atau penjualan yang sedang dirancang.

Semakan juga akan dilakukan terhadap semua permohonan pembangunan yang bercanggah dengan matlamat pengambilan tanah tersebut yang dilakukan seawal tahun 1980-an.

Kerajaan negeri berpandangan bahawa semua urus niaga ini perlu dipandang serius kerana melibatkan dana awam yang datangnya dari wang pencen anggota tentera.

Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan niat UMNO untuk menyalahgunakan dana awam ini  bagi menyelamatkan pemimpin-pemimpin mereka yang menyalahguna kuasa demi kepentingan politik dan peribadi.

Nampaknya UMNO tidak serik dengan aib yang mereka hadapi setelah kehilangan dana awam RM250 juta menerusi projek NFC yang melibatkan pemimpin tertinggi mereka. Kini wujud pula pengkhianatan yang melibatkan bukan sahaja dana awam tetapi hartanah yang dikhususkan untuk Angkatan Tentera, juga oleh pimpinan kanan dan pemimpin wanita UMNO Selangor.

Selama ini Raja Ropiah cuba menonjolkan watak seorang pemimpin yang membela hak rakyat dengan sering hadir setiap kali ibu tunggal mengadakan perhimpunan menuntut hak dari kerajaan Selangor setelah dilantik sebagai Senator menggantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang pelantikannya tidak disambung semula. Rupa-rupanya beliau tidak jauh beza dengan mentornya.

Deepak mungkin mempunyai agendanya tersendiri tetapi apa yang lebih penting bagi rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor, pendedahan Deepak telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan barisan kabinetnya terlalu kotor dan bergelumang dengan skandal dan salah guna kuasa pada setiap peringkat.

Posted: 30 Dec 2012 08:15 PM PST



Isu Deepak, Kementerian Pertahanan dan LTAT pula menjadi hangat

Aspan Alias,30 Dis 2012
Pilihan raya semakin hampir. Najib dan kumpulannya dalam UMNO sedang berperang menutup keterlaluan perbuatan dan Deepak sedang menjadi orang yang sedang menggemparkan negara sekarang ini. Isu Altantuya dan Scorpene kini merebak kepada isu bagaimana Kementerian Pertahanan, LTAT dan Raja Ropiah telah diketahui umum. Semua pihak yang bergaduh akan mendapat habuan, jika dicampur-campurkan ia melibatkan ratusan jutaan ringgit.

Dalam isu yang terkini, bekas anggota tentera yang jumlahnya ratusan ribu orang pula yang menyelamatkan mereka (pemimpin) padahal mereka melakukan jenayah dan salah laku ekonomi ini. Sesungguhnya isu sekarang terbukti, jika melakukan konspirasi kerja kotor dan jenayah akhirnya ia akan terbongkar juga dan rakyatlah yang menjadi mangsa di atas salah laku mereka itu. UMNO dan BN tidak habis-habis dan serik dengan perlakuan kotor yang bersifat jenayah ini.

LTAT dikaitkan dengan isu ini apabila koperasi untuk bekas anggota tentera ini diminta untuk membeli 80 peratus saham syarikat Astacanggih yang dipunyai oleh Deepak dan syarikat-syarikat kepunyaan Deepak. Kerana apa ini berlaku? sedangkan syarikat ini tidak mempunyai nilai walaupun satu sen! Syarikat yang mempunyai liabiliti sebegitu besar dibeli dengan harga yang tinggi? Astacanggih Sdn Bhd mempunyai hutang dengan Kuwaiti Finance House sebanyak RM90 juta. Jawapannya mudah: ia adalah cara untuk menutup mulut Deepak yang sangat merbahaya bagi Perdana Menteri suami isteri.

Satu persoalan yang perlu dijawab oleh ramai terutamanya kepada penyokong-penyokong membabi buta UMNO di seluruh negara ini ialah, apakah yang mereka dapat untuk bergaduh-gaduh dengan penyokong Pakatan Rakyat sehinggakan mengganggu kegiatan Pakatan Rakyat di mana-mana? Kita semua tidak sepatutnya bergaduh dan sebaliknya kita semua sepatutnya bersatu menentang segala kemungkaran politik dan ekonomi yang dilakukan oleh pimpinan-pimpinan tertinggi parti UMNO itu.

Mereka bergaduh mendapat hasil yang berpuluh-puluh juta ringgit malahan sampai ratusan juta. Yang di bawah ini bergaduh-gaduh itu apa yang mereka dapat? Itulah sebabnya kita meminta semua rakyat khususnya orang Melayu bersatu di luar UMNO kerana sekarang sahajalah masanya untuk melakukan pembaharuan dan pembersihan terhadap kekotoran yang dilakukan oleh UMNO itu.

Kita mesti juga persoalkan kenapa Muhyiddin dan kumpulannya hanya berdiam diri dalam isu Deepak dengan syarikat Astacanggihnya itu? Sebabnya kumpulan ini ada agenda tersendiri dalam UMNO itu. Kalau hendak tahu cerita sebenarnya tanya Dr Mahathir kerana beliau adalah orang yang berpengalaman memporak-perandakan UMNO itu yang akhirnya mendapat kepentingan peribadi dan keluarga beliau.

Kita sebut satu persatu. Hari ini kita sebut tentang Astacanggih, besok lusa kita cerita pasal tanah Kementerian Pertahanan yang dua ratus ekar pula jika umur saya sampai sehingga besok lusa.

Tetapi dalam pada itu kita harus bertanya kepada diri kita sendiri. 'yang kita bergaduh sesama kariah dan mukim ini kenapa?' Kita bersatu sahaja di luar UMNO itu. Selagi UMNO mendapat kuasa, selagi itulah kejahatan ini tidak akan berhenti. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Posted: 30 Dec 2012 08:06 PM PST



Rapuhnya Benteng Ciptaan Manusia Berhadapan Dengan Kekuasaan Allah



Gambar runtuhan tanah di puncak Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Hebatnya ciptaan mManusia membuat benteng untuk mengelakkan tanah runtuh..... Namun, sekuat mana [un benteng dibina, ia tidak mampu samasekali untuk menghalang kehendak & kekuasaan Allah SWT...

Peringatan Untuk Kita Bersama... -fb

DBKL: Pemaju diarah roboh banglo jejas teruk


KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dijangka mengeluarkan pada Jun depan peta bencana yang mengenal pasti kawasan tanah tinggi di Lembah Klang yang berisiko untuk didiami.

Menyatakan demikian, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya telah meminta Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) menjalankan kajian mengenainya mulai Januari depan.

"Kita akan jalankan kajian dengan segera sebagai langkah keselamatan bagi kediaman yang sudah didiami mahupun yang bakal dibina (di kawasan tanah tinggi)," katanya kepada pemberita dekat lokasi kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tinjauan ke kawasan kejadian yang berlaku pada 10 malam, Jumaat lepas.

Mengulas lanjut, Ahmad Phesal berkata, peta bencana itu dapat menjadi panduan kepada pemaju perumahan dan penduduk bagi membolehkan mereka mengambil langkah keselamatan tertentu.

Ahmad Phesal menafikan dakwaan kononnya pemaju di sekitar Bukit Setiawangsa dan Puncak Setiawangsa membina kediaman tidak mengikut spesifikasi.

Beliau berkata, syarikat berkenaan telah mengikuti segala piawaian pembinaan dan keselamatan ketika membangunkan kawasan perumahan itu lebih 20 tahun lalu.

"Spesifikasi ini berubah dari semasa ke semasa dan apabila berlaku kejadian bencana alam seperti ini, kita tidak boleh menunding jari kepada satu pihak kerana insiden seperti ini tidak dapat dijangka.

"Namun Bahagian Siasatan Cerun, Jabatan Kerja Raya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca utama kejadian berdasarkan keadaan tanah dan struktur pembinaan oleh pemaju," katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa pemaju diarah merobohkan segera sebuah banglo lereng bukit yang terjejas teruk dalam kejadian tanah runtuh itu.
- Bernama

Posted: 30 Dec 2012 07:59 PM PST



- Percubaan menguji bom atom di dasar perairan Bikini Atoll (1946)  Allah SWT berfirman dalam Surah Ar-Room ayat 41; ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ   Maksudnya :
‎- Percubaan menguji bom atom di dasar perairan Bikini Atoll (1946)

Allah SWT berfirman dalam Surah Ar-Room ayat 41;
ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ 

Maksudnya : " Telah timbul berbagai kerosakan dan bala' bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

Posted: 30 Dec 2012 07:45 PM PST

Gagah berdiri sang harusani dan wan zaidi al ulama usu'
bersedialah mikome dihadapan Allah nanti.

Terlalu banyak serangan baik senjata kecil sehinggakan letupan besar melebihi kekuatan bom C4 telah "menggegar"i kubu UMNO dan kedudukannya dipastikan telah lemah dan kucar-kacir, maka oleh kerana itu UMNO terpaksa terpaksa menyuntik kembali 'obat kuat' kepada ketubukannya dgn terpaksa mengimport ma'jun, tongkat ali, viagra dll alat peransang supaya kunun2nya dpt mengembalikan tenaga batin UMNO.....
Terlalu banyak serangan baik senjata kecil sehinggakan letupan besar melebihi kekuatan bom C4 telah "menggegar"i kubu UMNO dan kedudukannya dipastikan telah lemah dan kucar-kacir, maka oleh kerana itu UMNO terpaksa terpaksa menyuntik kembali 'obat kuat' kepada ketubukannya dgn terpaksa mengimport ma'jun, tongkat ali, viagra dll alat peransang supaya kunun2nya dpt mengembalikan tenaga batin UMNO.....

Posted: 30 Dec 2012 07:44 PM PST



Isnin, 31 Disember, 2012.   BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! Benarkah tanah 200 ekar untuk Kem Tentera 9 Briged digasak Ketua Wanita UMNO Selangor? Kerajaan Selangor Siasat Tanah Milik Raja Ropiah  YAB Dato' Menteri Besar Selangor memandang serius laporan susulan pendedahan oleh Deepak Jaikishan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual lebih 200 ekar tanah milik Awan Megah Sdn Bhd bernilai RM130 juta kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).  Dato' Menteri Besar yang kini berada di luar negara telah mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Selangor untuk memantau sebarang bentuk transaksi yang melibatkan hartanah-hartanah ini.    Semakan awal yang dilakukan, tanah-tanah di Bukit Raja tersebut telah diberimilik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan melalui proses pengambilan tanah pada tahun 1980an bertujuan sebagai Tapak Kem 9 Briged.   Kerajaan Selangor juga akan menyiasat bagaimana tanah tersebut dikatakan telah diberikan kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.   Kerajaan Selangor sangat hairan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campurtangan pihak yang benar-benar berkuasa.   Kerajaan negeri juga akan meneliti samada benar telah berlaku proses jual beli tanah tersebut kepada Raja Ropiah pada harga RM7 kaki persegi atau RM72 juta yang akhirnya Raja Ropiah juga didakwa telah menjual sebahagian daripada tanah di Bukit Raja itu kepada syarikat lain dengan harga RM16 kaki persegi bagi mendapat untung atas angin. Kita akan melihat semula dokumen-dokumen yang berkaitan.  Sekiranya kita dapati berlaku perlanggaran prosedur dan urusniaga yang menyalahi peraturan sebelum 2008, kita tidak akan teragak-agak untuk menghentikan sebarang urusniaga yang melibatkan tanah tersebut sama ada urusan pindah milik atau penjualan yang sedang dirancang.  Semakan juga akan dilakukan terhadap semua permohonan pembangunan yang bercanggah dengan matlamat pengambilan tanah tersebut yang dilakukan seawal tahun 1980an.   Kerajaan negeri berpandangan bahawa semua urusniaga ini perlu dipandang serius kerana melibatkan dana awam yang datangnya dari wang pencen anggota tentera.  Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan niat UMNO untuk menyalahgunakan dana awam ini bagi menyelamatkan pemimpin-pemimpin mereka yang menyalahguna kuasa demi kepentingan politik dan peribadi.  Nampaknya UMNO tidak serik dengan aib yang mereka hadapi setelah kehilangan dana awam RM250 juta menerusi projek NFC yang melibatkan pemimpin tertinggi mereka. Kini wujud pula pengkhianatan yang melibatkan bukan sahaja dana awam tetapi hartanah yang dikhususkan untuk Angkatan Tentera, juga oleh pimpinan kanan dan pemimpin wanita UMNO Selangor.    Selama ini Raja Ropiah cuba menonjolkan watak seorang pemimpin yang membela hak rakyat dengan sering hadir setiap kali ibu tunggal mengadakan perhimpunan menuntut hak dari kerajaan Selangor setelah dilantik sebagai Senator menggantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang pelantikannya tidak disambung semula. Rupa-rupanya beliau tidak jauh beza dengan mentornya.   Deepak mungkin mempunyai agendanya tersendiri tetapi apa yang lebih penting bagi rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor, pendedahan Deepak telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan barisan kabinetnya terlalu kotor dan bergelumang dengan skandal dan salah guna kuasa pada setiap peringkat.Kedahkini  PASPB
Isnin, 31 Disember, 2012.

BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! Benarkah tanah 200 ekar untuk Kem Tentera 9 Briged digasak Ketua Wanita UMNO Selangor?
Kerajaan Selangor Siasat Tanah Milik Raja Ropiah

YAB Dato' Menteri Besar Selangor memandang serius laporan susulan pendedahan oleh Deepak Jaikishan bahawa usaha sedang giat dilakukan untuk menjual lebih 200 ekar tanah milik Awan Megah Sdn Bhd bernilai RM130 juta kepada Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dato' Menteri Besar yang kini berada di luar negara telah mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Selangor untuk memantau sebarang bentuk transaksi yang melibatkan hartanah-hartanah ini.


Semakan awal yang dilakukan, tanah-tanah di Bukit Raja tersebut telah diberimilik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan melalui proses pengambilan tanah pada tahun 1980an bertujuan sebagai Tapak Kem 9 Briged.

Kerajaan Selangor juga akan menyiasat bagaimana tanah tersebut dikatakan telah diberikan kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang mana pengarahnya adalah Ketua Wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

Kerajaan Selangor sangat hairan bagaimana tanah yang telah digazetkan untuk kem tentera boleh diurusniaga secara komersil melainkan dengan arahan dan campurtangan pihak yang benar-benar berkuasa.

Kerajaan negeri juga akan meneliti samada benar telah berlaku proses jual beli tanah tersebut kepada Raja Ropiah pada harga RM7 kaki persegi atau RM72 juta yang akhirnya Raja Ropiah juga didakwa telah menjual sebahagian daripada tanah di Bukit Raja itu kepada syarikat lain dengan harga RM16 kaki persegi bagi mendapat untung atas angin. Kita akan melihat semula dokumen-dokumen yang berkaitan.

Sekiranya kita dapati berlaku perlanggaran prosedur dan urusniaga yang menyalahi peraturan sebelum 2008, kita tidak akan teragak-agak untuk menghentikan sebarang urusniaga yang melibatkan tanah tersebut sama ada urusan pindah milik atau penjualan yang sedang dirancang.

Semakan juga akan dilakukan terhadap semua permohonan pembangunan yang bercanggah dengan matlamat pengambilan tanah tersebut yang dilakukan seawal tahun 1980an.

Kerajaan negeri berpandangan bahawa semua urusniaga ini perlu dipandang serius kerana melibatkan dana awam yang datangnya dari wang pencen anggota tentera.

Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan niat UMNO untuk menyalahgunakan dana awam ini bagi menyelamatkan pemimpin-pemimpin mereka yang menyalahguna kuasa demi kepentingan politik dan peribadi.

Nampaknya UMNO tidak serik dengan aib yang mereka hadapi setelah kehilangan dana awam RM250 juta menerusi projek NFC yang melibatkan pemimpin tertinggi mereka. Kini wujud pula pengkhianatan yang melibatkan bukan sahaja dana awam tetapi hartanah yang dikhususkan untuk Angkatan Tentera, juga oleh pimpinan kanan dan pemimpin wanita UMNO Selangor.

Selama ini Raja Ropiah cuba menonjolkan watak seorang pemimpin yang membela hak rakyat dengan sering hadir setiap kali ibu tunggal mengadakan perhimpunan menuntut hak dari kerajaan Selangor setelah dilantik sebagai Senator menggantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang pelantikannya tidak disambung semula. Rupa-rupanya beliau tidak jauh beza dengan mentornya.

Deepak mungkin mempunyai agendanya tersendiri tetapi apa yang lebih penting bagi rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor, pendedahan Deepak telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan barisan kabinetnya terlalu kotor dan bergelumang dengan skandal dan salah guna kuasa pada setiap peringkat.Kedahkini

PASPB

Posted: 30 Dec 2012 07:43 PM PST

Wasatiyah najib

MMG DIAKUI KRAJAAN DI BWH PIMPINAN UMNO SKRG INI BERUSAHA BERSUNGGUH2 UTK MEMPERKUATKAN AKIDAH DAN KEFAHAMAN ISLAM TERUTAMA KPD ANAK2 MUDA ISLAM..SBB ITULAH BYK BUKU2 DAN KITAB2 TTG AKIDAH BERADA DI PASARAN DAN MDH DIDAPATI..INI SEBAHAGIAN KITAB2 TERSEBUT.. -TAHNIAH KPD KRAJAAN UMNO ATAS KEBENARAN YG DIBERI KPD PENERBIT2 KITAB AGAMA INI.. -SEMOGA AKIDAH ANAK2 MUDA ISLAM LBH MANTAP..
MMG DIAKUI KRAJAAN DI BWH PIMPINAN UMNO SKRG INI BERUSAHA BERSUNGGUH2 UTK MEMPERKUATKAN AKIDAH DAN KEFAHAMAN ISLAM TERUTAMA KPD ANAK2 MUDA ISLAM..SBB ITULAH BYK BUKU2 DAN KITAB2 TTG AKIDAH BERADA DI PASARAN DAN MDH DIDAPATI..INI SEBAHAGIAN KITAB2 TERSEBUT..
-TAHNIAH KPD KRAJAAN UMNO ATAS KEBENARAN YG DIBERI KPD PENERBIT2 KITAB AGAMA INI..
-SEMOGA AKIDAH ANAK2 MUDA ISLAM LBH MANTAP..

Posted: 30 Dec 2012 07:40 PM PST



Isnin, 31 Disember, 2012  Rupanya Sebab Ni Najib,Deepak Tidak Di Siasat Sehingga Ke Hari Ini     -    Posted by Addin Deen   KULIM 30 DISEMBER: Datuk Seri Najib Razak terlepas dari tindakanundang-undang sekalipun didedah berperanan dalam menarik balik akuanbersumpah P Balasubramaniam kerana beliau masih Perdana Menteri.Sebaliknya, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi sasaran pendedahan Deepak Jaikishan, Ketua Umum KEADILAN itu pasti dikenakan tindakan termasuk ditangkap.  Pada ceramah di Sungei Limau, Kulim, malam semalam, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata Najib langsung tidak disiasat, apatah lagi ditangkap.
Isnin, 31 Disember, 2012

Rupanya Sebab Ni Najib,Deepak Tidak Di Siasat Sehingga Ke Hari Ini - Posted by Addin Deen

KULIM 30 DISEMBER: Datuk Seri Najib Razak terlepas dari tindakanundang-undang sekalipun didedah berperanan dalam menarik balik akuanbersumpah P Balasubramaniam kerana beliau masih Perdana Menteri.Sebaliknya, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi sasaran pendedahan Deepak Jaikishan, Ketua Umum KEADILAN itu pasti dikenakan tindakan termasuk ditangkap.

Pada ceramah di Sungei Limau, Kulim, malam semalam, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata Najib langsung tidak disiasat, apatah lagi ditangkap.

"Ini membuktikan amalandouble standard dalam sistem perundangan kerajaan Umno BN."Malah, Deepak tidak dipanggil untuk disiasat, baik polis atau SPRM.

Tapi jika dakwaan melibatkan Anwar, percayalah dengan segera mereka geledah dan serbu Ketua Pembangkang.

"Kita akan tanya SPRM kenapa tak siasat walaupun Deepak sudah dedahkan bukti penglibatan Najib dalam isu SD Bala," katanya.

Saifuddin berkata, pihak berkuasa melindungi Najib dan pemimpin Umno BN walaupun mereka terbukti terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat.

Beliau berkata, sikap berat sebelah itu jika dibiar berterusan akan merosakkan sistem keadilan dan perundangan di negara ini.

"Rakyat yang miskin dan tidak berwang akan menjadi mangsa kepada sistem perundangan yang tidak adil.

"Jika tiada perubahan dalam PRU 13, musibah akan menimpa negara dan mendatangkan kesengsaraan lebih teruk kepada rakyat selama lima tahun akan datang," katanya. ~kd

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 31 Dec 2012 03:16 PM PST

masanya memilih jalan yang lurus


Amanat haji abdul hadi: jika ia berbunyi begini…

Posted: 31 Dec 2012 05:36 AM PST

Jikalah amanat itu.. Jikalah amanat itu berbunyi, ‘Barang siapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir.’ lalu kesannya, wujud suasana keliru dan saling tuduh menuduh sehingga kafir-mengkafir dalam masyarakat, maka adakah perlu amanat di atas ditarik balik demi mengelak pecah-belah? Jika jawabannya ya, bagaimana jika dienggani dengan [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 31 Dec 2012 11:44 AM PST

Batu Gajah Mari


Calon BN udah bocor wehhh!

Posted: 30 Dec 2012 04:29 PM PST

Dipetik dari http://perakitedaily.blogspot.com/2012/12/panas-calon-bn-di-larut-kubu-gajah.html


Mungkin kerana calon2 sebelum ini tidak lagi tergolong dalam kategori calon boleh menang@ winnable candidate menyebabkan Umno terpaksa mengambil langkah selamat dengan menampilkan muka2 baru di Parlimen Larut,DUN Kubu Gajah dan Selama pada pru ke 13

Berikut adalah senarai nama2 calon tersebut ;
(Maklumat tepat dari sumber dalaman Umno,salah satu daripada dua nama yang disebutkan dalam setiap kawasan akan terpilih sebagai calon)

Nampak gayanya tersingkirlah YB bagi ke tiga-tiga kawasan tersebut sebagai calon buat sepenggal lagi..Ini termasuklah Ketua Umno Larut merangkap YB Sampah Selonggok DUN Kubu Gajah,Dato' Seri Raja Ahmad Zainuddin..

Kenapa aku katakan si Raja Ahmad ni YB Sampah selonggok..?
Blogger OrangNi ada butirannya (klik di sini)

Dupahang's Weblog

Posted: 31 Dec 2012 11:40 AM PST

Dupahang's Weblog


Erdogan : Assad Get Out !

Posted: 31 Dec 2012 08:13 AM PST

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengatakan pada hari Minggu bahwa negaranya akan mendukung revolusi Suriah sampai akhir, dan ia juga menuntut Presiden Suriah Bashar al-Assad untuk segera pergi. Sementara Moskow mengatakan bahwa penyelesaian politik masih mungkin, dan sejauh ini utusan PBB Lakhdar Brahimi mengumumkan bahwa ia memiliki rencana untuk menyelesaikan masalah ini, yang mungkin [...]

Ketakutan, Tiap Hari Assad Tidur Di Kamar Yang Berbeda

Posted: 31 Dec 2012 08:10 AM PST

SURIAH, muslimdaily.net, – Presiden Suriah Bashar al-Assad dikabarkan selalu khawatir dalam hari-hari terakhir ini. Sebuah laporan mengungkapkan, setiap malam Bashar tidur di kamar yang berbeda dan lebih waspada dalam hal makanan, karena didorong ketakutan akan pembunuhan terhadapnya. Presiden Suriah yang beberapa waktu lalu bersumpah dalam sebuah tayangan di televisi untuk “hidup dan mati” di Suriah, [...]

Respon Wartawan TV3 mengenai permintaan PRESIDEN PAS.

Posted: 31 Dec 2012 08:02 AM PST

Blog Ameno World Kat atas neh permintaan TGHH. Ada asas. Kenapa? 1. TV3 + UMNO = minta TGHH jawab. Mereka gesa dan gesa tak henti2. Naik boring aku dibuatnya. Aku tengok hari pertama dorang mainkan isu tersebut. Selepas tue hari2 seterusnya dorang asyik mainkan isu di atas je. Non stop. 2. Oleh kerana mereka sendiri [...]

Amanat Haji Hadi: Ulama Muda UMNO, Kenapa Baru Sekarang?

Posted: 31 Dec 2012 07:55 AM PST

Oleh: Haji Khair Mutanazzar bin Ismail, Pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat). Isu kafir mengkafir menerusi "Amanat Haji Hadi" dihangatkan lagi diambang PRU ke 13. Isu yang berlegar pada tahun 1981 cuba dihangatkan kembali oleh media dan akhbar tertentu. Bayangkan, sudah 31 tahun, ia kembali dihebohkan seolah-olah berlaku baru setahun dua. Memang ia merupakan isu yang [...]

Jasindaily Online

Posted: 31 Dec 2012 09:33 AM PST

Jasindaily Online


Mereka Makin Celaka dan Lahabau

Posted: 30 Dec 2012 10:32 PM PST



"383 Syahid di Syria hari ini oleh tangan Kafir Najis Zionis Iran Musuh kita nombor 1 saat ini adalah Iran dan yang menyokongnya. Dan Orang bodoh yang bersimpati dengan Iran, maka ia adalah Zionis sepertinya. Adakah kita termasuk kumpulan sektarian? Saya bersumpah kepada Allah kami tidak akan membenarkan satupun anjing Iran di negara kami ataupun yang bersimpati kepada mereka" Ra'id Salah - HAMAS

Bukti UMNO Nak Runtuh

Posted: 30 Dec 2012 10:31 PM PST

Rumah Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique antara yang terlibat dalam insiden... Menurut Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa Fauziah Jamaludin, dianggarkan 20 banglo terdapat di kawasan puncak bukit Setiawangsa yang runtuh baru-baru ini. Dan ada sumber mendakwa kebanyakkan rumah-rumah mewah yang berada dipuncak bukit Setiawangsa itu adalah milik Pemimpin-pemimpin UMNO. Antaranya ialah Antaranya ialah bekas Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan bekas ketua Pemuda UMNO Setiawangsa Izuddin juga terletak di puncak berkenaan. Rumah Zulhasnan Rafique. 

 Selain itu Pegawai tadbir dan diplomatik di Jabatan Perdana Menteri juga tinggal di Taman Puncak Setiawangsa itu. Bagaimanapun menurut Jamaludin Jarjis beliau seolah-olah merasakan sesuatu kejadian buruk bakal berlaku di kawasan itu lalu membuat persiapan awal dengan memindahkan barang ke rumah lain sejak tiga bulan lalu.
 baca di ( SINI
 Haa.. korang tengok betapa hebatnya pemimpin UMNO tinggal diatas puncak bukit, dalam Bungalo, nak jumpa pun susah pasal nak kena daki bukit.. Tapi yang bermati-matian mempertahankan mereka dan mengambil upah RM30 untuk memaki hamun pemimpin Pakatan Rakyat hanya tinggal di flat saja.. sedangkan Lembu yang diternak suami Sharizat pun tinggal di kondo.. :-) Kenapa runtuh agaknya??

Acara Wajib Untuk Semua Ahli PAS Melaka

Posted: 30 Dec 2012 10:08 PM PST


Jangan Lepaskan Peluang Keemasan

Posted: 30 Dec 2012 10:05 PM PST

Banyak tempat akan mengadakan sambutan dengan macam-macam aktiviti.. Jadi pilihlah tempat yang mempunyai aktiviti keagamaan bagi mendapatkan pahala Allah.

Bagi yang hendak solat maghrib isyak di Masjid Negeri Shah Alam pun boleh juga. Ada program juga di sana.Jaga adab dengan ulama, jaga kebersihan dsb ya.

Pentas K-pop Kemaman Runtuh

Posted: 30 Dec 2012 10:01 PM PST

Pentas yang didirikan untuk konsert K-pop di Padang Astaka Kemaman runtuh . Menurut sumber, konsert K-pop ini adalah sebagai acara sempena Sambutan Tahun Baru 2013 di Terengganu tahun ini.

Program Malam Ini : Sambutan Ambang 13

Posted: 30 Dec 2012 09:50 PM PST


Respon terbaik mengenai amanat TG Hj Hadi

Posted: 30 Dec 2012 09:48 PM PST


Oleh: Baharurazi Hj Ahmad

Kalau nak dikatakan isu-isu lain itu tak penting memanglah penting, tapi isu yang ditimbulkan berhubung dengan Amanat Hj Hadi tu lagi penting. Pada pemahaman aku, amanat itu sebenarnya hendak menyelamatkan orang Islam daripada Murtad. Akibat orang Islam tidak memahami Aqidah Islam yang sebenar, terdapat diantara mereka melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan Islam, sedang dalam masa yang sama mereka terus mendakwa bahawa mereka adalah orang Islam sejati.

Sekali pun ramai yang mengetahui apa itu perkara yang membatalkan Wudhuk, perkara yang membatalkan Solat, Puasa, Zakat, Haji malah sampai kepada urusan jual beli pun mereka cukup arif akan perkara yang boleh membatalkannya, tetapi sangat malang mereka tidak tahu akan perkara-perkara yang boleh membatalkan Islam dan Iman itu sendiri. Syarat sah Islam ada, mana mungkin tak ada pula perkara yang membatalkan Islam, itu kita kena faham.

Jika dilihat dari segi urutannya, Solat, Puasa, Zakat, Haji dan semuanya itu berada selepas kita mengucapkan Dua Kalimah Syahadah (setelah jadi Islam), bagaimana seorang muslim boleh memahami perkara-perkara yang membatalkan Wudhuk, Solat, Zakat, Puasa, Haji nya tetapi dalam masa yang sama dia tidak mempelajari atau tidak mengetahui akan perkara-perkara yang boleh membatalkan Dua Kalimah Syahadahnya yang sekaligus boleh membatalkan keseluruhan Islam dan amal ibadat yang dikerjakannya sia-sia saja.

Ini adalah merupakan satu penjajahan pemikiran yang ditanam dan diterima oleh kita. Di Masjid-masjid dan di Surau-surau, kebanyakan Guru-Guru Agama atau Ustaz-Ustaz (yang berkepentingan, lebih tepat ulama Umno) lebih menumpukan kepada soal Fiqah, soal-soal batalnya Solat, soal-soal batalnya Puasa, soal-soal batalnya Haji, Zakat (berulang-ulangkali) hingga terlupa atau sengaja tidak mengajar murid-murid mereka atau orang ramai dalam perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang itu. Jika ada Guru Agama atau Ustaz yang mengajar atau cuba mengajar dalam perkara yang membatalkan Islam dan Iman itu, maka akan timbullah berbagai-bagai tuduhan dilemparkan kepada individu tersebut.

Kita harus faham, kalau sekadar batalnya Solat, Puasa, ianya masih boleh diganti tetapi kalau terbatalnya Islam menyebabkan seseorang itu menjadi Murtad. Oleh yang demikian marilah kita semua belajar atau kita bertanya kepada Ustaz-ustaz yang jujur dan ikhlas dengan ilmu agamanya berhubung perkara tersebut semoga terhindar daripada gejala murtad/riddah yang mungkin tidak kita sedari selama ini.

Sebagai info, dicatatkan nama-nama sebahagian daripada Buku-Buku/Kitab-kitab yang ada membicarakan perkara yang boleh membatalkan Islam dan Iman seseorang itu sebagai rujukan seperti berikut:

1. Aqidah Islam, oleh Sayid Sabiq, Penerbit: Diponegoro, Bandung, Indonesia, Cetakan Pertama (1974).

2. Mastika Hadith Rasullah SAW, Jilid Yang Pertama (Bahagian Iman), Penerbit: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Cetakan yang Keenam 1406 (1986).

3. Sendi Agama, Tiga Serangkai (Tauhid, Fiqih, Tasawuf), oleh M. Abdai Rathomy, Penerbit: Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura, Cetakan Pertama (1986).

4. Muqaddimah Aqidah Muslimin, oleh Haji Abdul Hadi Awang, Penerbit: G.G Edar, Cetakan Kelima (Edisi Baru) 1409H-1989M.

5. Muqaddimah Mastika Hadith Rasullah SAW, Penerbit: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Cetakan Pertama 1409 (1989).

6. 40 Perkara Yang Membatalkan Iman, oleh Drs. Hanafi Mohamed, Penerbit: Pustaka Haji Abdul Majid, Cetakan Kedua (Jun 1998).

7. 10 Perkara Batal Islam & Apa Itu Syirik, oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Penerbit: Wholesale-Mart Business Sdn Bhd, Cetakan Pertama (2007).

8. Iman, Revolusi dan Reformasi Kehidupan, oleh Dr. Yusuf Al Qardlawi (Alih Bahasa oleh Anwar Wahdi Hasi dan H.M. Mochtar Zoerni), Penerbit: Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura, Cetakan Pertama (1987).

P/S : Sila baca Buku-buku diatas, setelah selesai baru buat penilaian samaada Umno dan penyokongnya Islam atau tidak. Kemudian lihat isi kandungan Amanat Hj Hadi, adakah menepati dengan apa yang ditulis dalam Buku 40 Perkara yg membatalkan Iman dan Buku 10 Perkara Batal Islam & Apa itu syirik. Selamat Membaca dan memahami " Islam dan Iman " semoga kita tidak jadi sebagai Islam Baka saja.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 31 Dec 2012 09:27 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Perutusan Tuan Guru sempena Tahun Baru 2013

Posted: 30 Dec 2012 11:31 PM PST


Harapan saya setiap hari hanyalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia ini. Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana.

Sempena kedatangan tahun baru 2013 ini, saya menyeru semua pihak agar memperbaharui tekad untuk meruntuhkan kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan. Perlihatkan keindahan Islam di dalam kehidupan di segenap sudut agar ia dipandang tinggi oleh orang lain. Saya optimis masa depan yang cerah untuk Islam di seluruh pelusuk dunia Insya-Allah.

Tahun 2013 ini juga akan menyaksikan berlakunya pilihanraya umum yang ketiga belas. Gunakanlah hak untuk memilih ini dengan sebaik-baiknya. Jangan silap membuat pilihan yang akan menyebabkan kita menyesal di hari akhirat. Yakinlah, setiap anggota badan termasuk tangan yang mengundi juga akan menjadi saksi terhadap amalan manusia di padang Mahsyar. Semoga kita semua terus diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT dan memasukkan kita di dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman, Ameen.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
(31 Disember 2012)

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 31 Dec 2012 09:21 AM PST

PAS KAWASAN KANGAR


Seorang Islam Tetap Murtad Apabila Syahadahnya Batal Walaupun Tanpa Amanat Hadi ,

Posted: 30 Dec 2012 10:37 PM PST



TG Nik Aziz: 'Hadi tak pernah murtadkan sesiapa'

SHAH ALAM - Di sebalik polemik mengenai isu Amanat Haji Hadi yang berterusan termasuk desakan Umno mahu ia ditarik balik, Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah "memurtadkan sesiapa."

Sebaliknya kata Nik Aziz, Hadi hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja.

"Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah memurtadkan sesiapa, beliau hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja," kata beliau antara entri terbaru laman sosial Facebook.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, seseorang Muslim tetap murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi.

"Dalam perjalanan ke Seremban dari KLIA, membaca akhbar hari ini (semalam) masih menyebut tentang Amanat Haji Hadi. Perlu diketahui bahawa seorang pesakit tetap sakit sekalipun tidak diberitahu oleh doktor.

"Seorang Muslim tetap jatuh murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi," kata beliau yang malam tadi menghadiri majlis kutipan dana Pas menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.


Amanat: 'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3'



MARANG: PAS sedia menjawab segala polemik yang ditimbulkan dalam isu 'Amanat Haji Hadi' dengan syarat diberi peluang satu jam secara langsung melalui RTM oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan diberi peluang kepada beliau satu jam secara 'live' dalam RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu amanat tersebut.

Malah, beliau turut menyatakan kesediaan merungkai permasalah isu 'Amanat' yang diucapkannya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Manir pada tahun 1981.

"Saya minta beri peluang satu jam di saluran RTM, TV1 atau TV3 untuk saya jelaskan secara 'live', bukan rakaman.

"Jika saya bercakap di sini nanti akan diputarbelitkan dan satu kenyataan bertulis akan saya berikan. Sama ada saya tarik balik atau tidak 'amanat' itu, beri peluang saya bercakap satu jam secara langsung dahulu," tegasnya selepas Majlis Pelancaran Petugas Muslimat PAS Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media yang mahukan penjelasan beliau bahawa 'Amanat' pada tahun 1981 itu yang didakwa menjadi punca pecah belah dalam masyarakat umat Islam di negara ini.

Menurutnya, ruang masa siaran secara langsung selama satu jam itu sudah memadai bagi menjelaskan kekeliruan kepada rakyat berhubung isu tersebut.

"Saya minta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim beri saya satu jam masa secara 'live' pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Satu jam sudah memadai, saya bersedia tapi jangan pukul 3.00 pagi sudah, biar waktu siaran (biasa) di TV1, TV2 atau TV3," ujarnya kepada wartawan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu 'amanat' tersebut sering kali dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) setiap kali menjelang pilihan raya.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, sebuah kitab 'Mustika Hadis' keluaran Jabatan Perdana Menteri lebih 'teruk' dari ucapannya yang dinamakan 'amanat' tersebut.

Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali.
-HD

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 31 Dec 2012 09:16 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


ANDA NILAI SENDIRI, TEPUK DADA TANYA IMAN, USAH TANYA SELERA

Posted: 30 Dec 2012 10:17 PM PST


 
Bagi orang melayu yang beragama Islam, terbatallah wudu' atau air sembahyangnya apabila terkentut atau buang air sama ada kecil atau besar. Batal puasa jika makan atau minum. Tak sah sembahyang jika tiada dalam wudu'. Rukun Islam yang pertama ialah mengucap dua kalimah syahadah atau menyatakan kesaksian tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad saw nabi dan rasul Allah. Keyakinan serta kepercayaan kepada "sebutan formula" ini terbatal, gugur atau menjadi "null and void" jika seseorang itu menyakini, menyebut atau melakukan sesuatu. Rukan Iman yang Enam  juga terbatal jika tidak mempercayaai salah satu daripada enam perkara asas tersebut.

Di peringkat organisasi dan negara, rukun Islam dan Iman juga digunapakai dan menjadi kriteria sama ada suatu pertubuhan atau negara itu pertubuhan atau negara Islam...mungkin majoriti ahli atau rakyatnya beragama Islam...


Jabatan Perdana Menteri (JPM) ada menerbit Kitab Mastika Hadis. Kitab ini mengandungi 3 Jilid.

PERKARA YANG MENYEBABKAN ROSAKNYA IMAN DAN ISLAM

 Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya Iman dan Islam itu terbahagi kepada tiga bahagian.

Bahagian Pertama - Iktikad Bahagian Kedua - Perkataan Perkataan, iaitu tiap-tiap perkataan yang

mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-ngejek dan mempermain-mainkan nama-nama

Allah, sifat-sifatNya, malaikat-malaikatNya, rasul-rasulNya, kitab-kitabNya, ayat-ayatNya dan

hukum-hukumNya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasulNya. Dan juga perkataan yang

menolak, manafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama' menthabitkannya atau

menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

 Bahagian kedua di bawah tajuk 'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam', menyebut; Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah,

mengecil dan  mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul-

rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang

diterangkan oleh rasul-Nya.

Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak

mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:

• Hukum apa ini?
• Hukum ini sudah lapuk.
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
• Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

Sumber http://paspb.netai.net/buletin/berita/mustika-vs-mahathir.html
                    :greenboc.blogspot.com/

PAS Kulaijaya

Posted: 31 Dec 2012 07:20 AM PST

PAS Kulaijaya


Kubur Islam Pengerang dikorek secara tidak beretika?

Posted: 30 Dec 2012 11:47 PM PST

Amanat Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir

Posted: 30 Dec 2012 11:21 PM PST

Selamat Datang 2013 dan PRU 13

Posted: 30 Dec 2012 11:02 PM PST

Apalah nak jadi dengan UMNO.

Posted: 30 Dec 2012 06:32 PM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan