Riuh rendah hari ini di kalangan Bloggers baik dari pihak pembangkang maupun yang mesra Kerajaan. Ini angkara sidang media yang dibuat oleh gayboy PGayR, Rafizi Ramli mengenai kononnya dakwaan Deepak Jaikishin bahawa dia telah membayar RM13 juta untuk membeli barang kemas untuk DS Rosmah Mansor. Rafizi Ramli juga ada menulis panjang lebar di dalam blognya di bawah tajuk "Datin Seri Rosmah Mansor Perlu Jelaskan Dakwaan Bayaran Dibuat Oleh Deepak Bagi Pembelian Barang Kemas Mewah", baca di sini.
Rafizi Ramli telah mengemukakan 12 kononnya bukti pembelian barang kemas mewah oleh Deepak untuk Rosmah. Namun setelah meneliti keduabelas-duabelas dokumen berkenaan, hanya satu sahaja yang mempunyai nama Rosmah Mansor. Itupun hanya e-mail!!! Kalau setakat satu e-mail yang mempunyai nama Rosmah Mansor, siasatan perlu dilakukan oleh pihak SPRM dan PDRM, makanya CTS boleh buat 100 e-mail palsu yang sama yang boleh mengaitkan sesiapa sahaja di dalam PGayR. Lihat bukti e-mail yang diambil dari blog Rafizi Ramli:
Ini sahaja bukti yang mampu diberikan oleh Rafizi Ramli untuk mengaitkan pembelian barang kemas mewah oleh Deepak untuk Rosmah Mansor. Rafizi Ramli telah memperbodohkan kecerdikan kita sebagai Rakyat Malaysia yang berpelajaran. Sesiapa sahaja boleh buat dokumen di atas. Hanya sebuah e-mail "bodoh" yang ada nama "Datin Rosmah" dan kepilan (attachment) dalam Excel kononnya yang diberi nama "Datin Mansor Rosmah($116,000) Feb 12 08". Ini sahaja Rafizi Gayboy?
Letak sahaja "attachment" dan hantar e-mail nama Rosmah, semua boleh dijadikan bukti, begitu? Jadi boleh tunding jari itu memang Rosmah punya angkara? Kalau kita letak nama Wan Azizah apa macam? Adakah akan wujud persepsi mengatakan penerima barang kemas tu adalah Wan Azizah? Kalau orang-orang didalam PGayR kata video lucah China Doll Anwar Ibrahim adalah konspirasi besar-besaran, bolehkah kita katakan ini satu konspirasi besar-besaran jugak?
Dalam e-mel di atas tidak dipaparkan hantaran terus (direct contact) dengan DS Rosmah. Hanya ditujukan kepada seorang yang menggunakan akaun gmail? Perniagaan berjuta-juta hanya guna e-mail akaun gmail? Bodoh piang!!! Sesiapa saja boleh buka dan guna e-mail melalui akaun gmail! Dan pertanyaan kedua CTS kepada Rafizi Ramli, untuk apakah tujuan pembelian di atas? Kenapa Deepak mesti bayar Rosmah Mansor? Deepak mahu bagi rasuah ke? Lucu betul Rafizi Ramli ini. Tidak pernah beliau serik setiap kali isu beliau dipatahkan oleh Rakyat Malaysia.
Masih panas diperkatakan mengenai isu amanat Hadi yang terbit dari keceluparan mulut Presiden PAS itu pada tahun 1981 dan meskipun sudah lebih dari tiga dekad dia didesak untuk menarik balik amanat itu, dia masih pening-pening lalat dan terus berdolak-dalih.
Sekonyong-konyong dihentam kiri dan kanan, atas dan bawah, depan dan belakang, maka datanglah seorang "think tank" PAS yang paling hebat untuk menyelamatkan "boss"nya…
Dia yang saya maksudkan ialah Dr. Dzulkefly Ahmad yang begitu kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal dan dangkal!
Terbaru, Dzulkefly meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya jangan melatah terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, setelah badan kerajaan itu mengeluarkan kenyataan dan mendesak agar amanat Hadi ditarik balik.
Menurut Dzulkefly, JAKIM tidak faham istilah ijtihad sosio-politik di dalam Islam dan mahu agensi yang dipenuhi oleh para ulama muktabar itu menganjurkan wacana untuk membahaskan isu amanat "sesat" tersebut.
Saya tidak pasti sama ada akal Dzulkefly ini berpura-pura tak faham atau dia sebenarnya langsung tak faham apa yang dia perkatakan?
Pada saya, segala pertikaian mengenai amanat "songsang" itu sangat jelas dan ia sudah pun "dibayan" dengan baik oleh para Mufti yang bersuara, termasuk salah seorang mufti yang sangat dihormati, Sahibussamahah Tan Sri Harussani Zakaria.
Saya berpendapat, sekiranya dianjurkan sama ada wacana, forum, debat atau apa jenis ijtihad sekali pun mengenai amanat tersebut, maka sudah tentu ia akan berakhir dengan kesalahan yang berpihak kepada Abdul Hadi yang mengeluarkan amanat tersebut.
Sudah lebih tiga dekad amanat tersebut dibiar memecah-belahkan umat Islam di negara ini dan di dalam tempoh itu sudah "berbuih-buih" Hadi digesa untuk menarik balik amanatnya itu dari terus merosakkan umat Islam.
Mungkin sampai di sini saja kesabaran umat Islam terhadap Presiden PAS tersebut dan umat Islam perlu disedarkan dari kekeliruan yang mengakibatkan lebih 3 juta umat Islam di negara ini dikafirkan, tidak termasuk yang sudah meninggal dunia.
Hadi diminta menarik balik amanatnya yang mengkafirkan umat Islam itu kerana dia masih hidup dan ramai lagi umat Islam yang dikafirkannya itu masih bernyawa serta masih sempat untuk dia meminta maaf kepada mereka.
Mana-mana umat Islam yang telah dikafirkan Hadi dalam amanatnya itu dan mereka telah meninggal dunia, maka pandai-pandailah Hadi mencari mereka di padang Mahsyar nanti dan pandai-pandailah dia meminta maaf dari mereka.
Persoalannya, salahkah JAKIM mendesak Hadi menarik balik amanatnya yang mengkafirkan umat Islam itu?
Apakah Dzulkefly fikir JAKIM hanya ditugaskan untuk mengambil tahu tentang soal nikah kahwin, haji, sijil halal, zakat serta solat lima waktu saja, dan langsung tak payah fikir tentang maslahah ummah di negara ini?
Seperkara yang Dzulkefly perlu tahu, JAKIM memiliki ramai ilmuan yang berlatar bekalangkan pengajian Islam yang jauh lebih tinggi darinya dan sudah tentu mereka begitu faham serta mengerti tentang selok-belok sosio-politik Islam.
Jadi, tak perlulah "think tank" PAS itu mempertikaikan JAKIM dan saya pasti badan kerajaan itu jauh lebih arif berbanding dirinya.
Baik pergi sekolah dulu sebelum anda disekolahkan…
Sebahagian daripada kumpulan 18 'pejuang alam sekitar sejati' yang menganjurkan mogok lapar selama 100 jam bermula pukul 8 malam Khamis lalu hari ini dikesan makan tengahari di sebuah hotel dan beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka.
Jurugambar kami berjaya mengesan perbuatan itu sebentar tadi yakni ketika mogok baru sahaja mencecah masuk ke 63 jam.
Menurut jurugambar berkenaan, peserta mogok pada awalnya memperlihatkan kepada orang ramai sekitar dataran bahawa mereka dalam keadaan yang sangat lemah. Lagi gambar kat bawah..!!!
Bagaimanapun selepas beberapa ketika, seorang demi seorang mula hilang dari tempat mogok lapar terbabit.
Mengesyaki sesuatu, jurugambar Mynewshub mula menjejaki mereka secara senyap dan akhirnya berjaya menemukan sebahagian peserta yang makan dengan pantas di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka.
Malah lebih memeranjatkan, sebahagian peserta yang dikatakan merupakan ahli DAP dilihat menerima bungkusan makanan yang dihantar kepada mereka.
Memetik kenyataan penganjur program berkenaan sebelum ini, Tan Woen Tian berkata, mogok lapar selama 100 jam itu sebagai protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan.
Mogok lapar itu jelas beliau akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru 2013.
Pesertanya – yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara – hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut (petikan Malaysiakini).
Woen Tian berkali-kali menegaskan aspek hanya minum air berkenaan ketika sidang media pada malam pelancaran kempen itu.
Beliau bagaimanapun sama sekali tidak menyentuh mengenai 'aktiviti makan diam-diam' seperti yang ditemui pihak kami hari ini.
Beliau juga tidak sekali pun mengatakan ia adalah kempen 'sepatutnya lapar' tetapi bertegas ia adalah mogok lapar selama 100 jam.
Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang sebelum ini bersemangat juga tidak kelihatan di Dataran Merdeka hari ini.
Mogok 'sepatutnya lapar' berkenaan dianjurkan oleh Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH).
Berikut kronologi penemuan kami;
Gambar utama: Pukul 12.28 – ada peserta menerima bungkusan nasi.
Gambar 2 dan 3: Pukul 12.55 – peserta keluar mencari kuih dan makan sepanjang perjalanan balik ke lokasi mogok lapar.
Gambar 4: Pukul 1.18 – Dua orang Peserta mogok pulang ke hotel.
Gambar 5: Pukul 1.32 – Dua orang peserta mogok lapar makan di restoran berhampiran Masjid Jamek.
Gambar 6: Pukul 1.41 – Seorang lagi peserta mogok lapar datang makan di restoran yang sama.
Gambar 2
Gambar 3
dan satu lagi yang bawah ni…
.
.
eh silap, tu masa pelancaran mogok lapar hari tu, bawah ni gambar terbaru hehehehe
Saya tertarik dengan tulisan penulis "upahan" PAS, Sayuti Omar, yang menggesa agar umat Islam mengorek kembali peristiwa Memali setelah ramai para ulama di negara ini bersuara mendesak agar amanat "sesat" Hadi ditarik balik.
Dia berpendapat, kalau amanat "sesat" itu diungkit dan diminta untuk ditarik balik, mengapa sejarah peristiwa Memali di Baling perlu didiamkan?
Kononnya dengan membangkitkan kembali peristiwa berdarah itu, isu amanat Hadi itu mampu di "divert" dan digantikan dengan isu Memali? Tidak semudah itu rasanya…
Nampaknya Sayuti hanya lebih mengusutkan keadaan apabila menyebut tentang isu Memali yang sekian lama cuba ditutup oleh puak-puak PAS yang tahu tentang latar belakang dan perkara sebenar mengenai peristiwa tersebut.
Bagi mereka yang mengenali Allahyarham Ibrahim Libya, sudah tentu dapat menerima dengan redha tentang apa yang berlaku ketika peristiwa yang turut menyaksikan seorang anggota polis maut ditetak parang anak buahnya…
Meskipun menyedari dan mengambil risiko dituduh zalim, pihak kerajaan mampu mengawal keadaan dan segala onar yang terjadi telah pun "dibersihkan" secara aman tanpa menimbulkan sebarang pertikaian di kalangan mereka yang terbabit.
Namun apa yang saya pasti, ramai di kalangan keluarga dan sanak saudara pengikut Ibrahim Libya yang terbabit dengan peristiwa itu tidak puas hati dengan satu pihak yang konon-kononnya membela mereka.
Mengapa mereka tidak puas hati? Sila pergi ke Baling dan carilah seorang lelaki pemegang amanah tabung Memali yang cuba "dibisukan" oleh puak-puak PAS, khususnya Mat Sabu yang jelas menyimpan rahsia di sebalik tabung kontroversi itu.
Lelaki itu dikenali sebagai Zainon, atau Cikgu Non, atau CN Al-Afghani dan dia adalah pengarang buku "Airmata Memali" dan saya yakin mereka yang pernah membaca bukunya itu sangat jelas tentang penyelewengan yang didalangi pak-pak lebai PAS itu.
Cikgu Non pernah diugut puak-puak PAS dengan pelbagai ancaman. Kalau setakat diancam belasah sampai lembik, itu sudah biasa. Hatta tergamak puak-puak PAS mengancam untuk membunuhnya dan Cikgu Non terpaksa membuat laporan polis mengenai ancaman tersebut.
Menariknya, Cikgu Non begitu berani untuk menjual CD dan buku itu diperkarangan ceramah PAS satu ketika dulu sebelum dihalau, dihalang dan diancam dengan kasar oleh "PAS for All Jews"!
Jelaslah disitu bahawa episod Memali itu cuba disembunyikan oleh PAS dan kini Sayuti mahu memeningkan kepala PAS dengan mengorek kembali "pekung busuk" yang akan "mengkantoikan" PAS?
Cukuplah kali ini Hadi dilihat begitu "pucat lesi" bila ramai pihak termasuk para Mufti yang menggesa agar dia menarik balik amanatnya itu. Hadi sudah cukup pening memikirkan cara untuk dia berdolak-dalih atas keceluparan mulutnya dulu.
Dia tahu dia silap. Dan jika dia menarik balik amanat tersebut dan memohon maaf atas fatwa serta keceluparan mulutnya itu maka ia akan menjatuhkan ego air muka serban sebakulnya. Mana mungkin Presiden PAS silap buat fatwa, bukan?
Dia sedar dia tersalah langkah. Namun untuk mengaku salah dan menarik balik segala dosanya itu, sudah tentu dia dan PAS akan jatuh maruah serta dipandang sebagai sebuah parti "ajaran sesat" yang berselindung di sebalik politik!
Persoalannya, mampukah Hadi menelan segala dosa yang tercetus akibat amanatnya itu dan saya kira sudah ramai di kalangan rakyat negara ini lihat betapa ramainya umat Islam yang keliru dek kerana amanatnya itu.
Sampai bila Hadi mahu mempertahankan egonya? Sampai kiamat? Kalau begitu, tanggunglah dosa sampai hari Kiamat dan nanti sila berjumpa dengan umat Islam yang pernah dizalimi amanat tersebut di depan Allah kelak…
Tahniah aku ucapkan kepada beberapa blogger Team Media Kedah (TMK) yang telah berjaya mengungguli carta ranking blogger pro-UMNO terbaik pada tarikh berakhir 31 Disember 2012. Siapa sangka blogger pro-UMNO Kedah hebat begitu, kan?
McTheory berjaya menempatkan diri pada ranking kedua, selepas blogger sahabat kami, Media Permatang Pauh di tempat pertama. Menariknya, McTheory dilihat sebagai seorang blogger yang benar-benar memainkan isu politik sahaja...Tahniah Mc..!!!
Begitu juga dengan blogger TMK iaitu Pisau Kedah (unitmediakedah.blogspot.com) yang berjaya mendaki hingga ke tahap 20 blogger terbaik ranking Alexa. Sapa kata Pisau Kedah tak cukup tajam? Heh!
Dan blogger MedanTempurKedah yang berada di tangga ke-21 juga membuktikan bahawa blogger pro-UMNO Kedah sememangnya berbisa...heh!
Aku? Hahahahahaa...aku tak perlu untuk berada di kedudukan begitu. Lagipun aku tak pernah pikiaq pun pasal ranking ni. Aku puas menulis dan puas meluahkan apa yang aku rasa dalam bentuk penulisan yang jitu, benar, masuk akal dan berfakta...
Satu lagi, mulai hari ini aku berazam untuk tidak lagi menulis perkara karut marut yang tiada kaitan dengan politik.. Harap semua puas hati..heh!
SUDAH diludah, kini PAS bersahaja menjilat kembali ludahnya apabila Presidennya, Abdul Hadi Awang beriya-iya mahu "glamour"kan dirinya dengan satu slot siaran langsung di RTM1, RTM2 dan TV3 untuk menjelaskan "dosa"nya mengenai amanat "sesat" 1981.
Terkini, Abdul Hadi berkata bahawa dia memerlukan selama satu jam untuk bersiaran langsung di media-media arus perdana itu bagi menjelaskan amanatnya yang mengkafirkan umat Islam yang menyokong UMNO.
Hadi mendesak agar Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim agar membenarkan "muka tak seberapa hensem"nya itu untuk dilihat berucap di kaca televisyen untuk tontonan seluruh negara di waktu puncak.
Persoalannya, bukankah pada muktamar yang lepas PAS begitu bongkak menganjurkan agar seluruh komrad-komradnya untuk memboikot media-media arus perdana seperti RTM1, RTM2, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa media yang kononnya tidak menyebelahi PAS?
Jadi, apa perlunya kini Hadi "menjilat" kembali "kahak hijau" yang "diludah" PAS pada muktamar tersebut? Mahu satu slot selama satu jam khas diberikan padanya di media-media yang diboikot PAS? Tak malu, kah?
Lagipun, saya yakin bahawa PAS kini memiliki "stesen TV"nya sendiri iaitu "TV PAS". Apakah TV PAS itu belum cukup berpengaruh untuk digunakan bagi memperjelaskan amanat sesatnya itu?
Takkanlah pula TV PAS tergamak untuk memboikot Presidennya sendiri? Panggil saja para pencacai PAS yang suka memutar belit berita itu membuat liputan khas. Pakailah sampai 24 jam pun tiada siapa yang nak larang!
Sebetulnya, Hadi tidak pun memerlukan tempoh selama 1 jam untuk menghuraikan kekusutan yang dia lakukan terhadap umat Islam di seluruh negara.
Hadi hanya perlu mengaku salah tentang amanatnya itu dan menarik balik tindakannya pada tahun 1981 dulu yang telah memecah belahkan umat Islam di negara ini sehingga ada di kalangan kita yang bercerai berai dan putus silaturrahim sesama saudara sendiri.
Lebih malang lagi, ada anak yang tidak mengaku ibu kandung sendiri sebagai ibu yang melahirkannya dan ada pula bapa tua yang dihalau keluar dari rumah oleh anaknya hanya kerana menyokong UMNO.
Itu semua disebabkan oleh keceluparan mulut Hadi! Bukan setahun dua dosanya itu, malah generasi yang lahir pada tahun dia melampiaskan nafsu politiknya itu kini sudah berumah tangga dan beranak pinak di seluruh Malaysia!
Pada saya, untuk meminta maaf, menarik balik amanat sesat itu dan bertaubat untuk tidak mengulangi tindakan tidak adil itu hanyalah memerlukan masa dalam lingkungan 5 minit saja dan tidak perlu memakan masa sehingga satu jam pun.
Apa yang perlu ialah keikhlasan Hadi untuk membersihkan kekeruhan yang dilakukan puluhan tahun lalu dan bersedia untuk menanggung dosanya jika permohonan maafnya itu tidak dimaafkan oleh umat Islam di negara ini.
Persoalannya, ikhlaskah dan sedarkah Hadi tentang keceluparannya dulu? Atau dia hanya mahu meng"glamour"kan diri di kaca televisyen?
Saya tertarik untuk memakai tudung apabila melihat rakan yang bertudung kelihatan cantik, sopan serta tidak perlu mendandan rambut yang pasti mengambil masa lama," kata Lee Jing Hwa, 7, yang mencuri tumpuan apabila memakai tudung ketika mendaftar sebagai pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Manir, di sini, semalam.
Jing Hwa, satu-satunya pelajar berketurunan Cina di sekolah itu, hadir ke sekolah dengan berbaju kurung dan kelihatan tidak kekok memakai tudung seperti pelajar perempuan Islam.
Bapanya, Lee Chee Peng, 50, berkata, anak perempuannya itu mula memakai tudung sejak berusia lima tahun ketika belajar di Tadika Kemas berhampiran rumahnya di Taman Sri Manir.
Menurutnya, walaupun ada tadika Cina dekat rumahnya, dia memilih menghantar anaknya itu ke Tadika Kemas bagi membolehkannya bergaul dengan kanak-kanak Melayu.
"Saya mahu dia mengalami persekitaran berbeza dan bercampur dengan rakan dari bangsa lain memandangkan negara kita berbilang kaum.
"Guru di tadika tidak memaksanya memakai tudung, malah membenarkan dia memakai gaun, tetapi dia lebih suka pakai baju kurung dan bertudung kerana baginya nampak lebih comel," katanya yang tidak kisah dengan penampilan anak kelima daripada enam beradik itu.
Menurutnya, semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan supaya mereka menguasai bahasa kebangsaan menerusi pergaulan dengan rakan Melayu.
"Bagi mempelajari bahasa Cina, saya menghantar mereka ke kelas tambahan.
"Sebelum ini, ramai rakan termasuk keluarga mempertikaikan keputusan saya menghantar anak ke sekolah kebangsaan, tetapi akhirnya mereka faham dan kagum kerana semua anak saya termasuk Jing Hwa dapat bercakap bahasa Melayu dan Cina dengan baik," katanya.
Komen GPB
Terharu sungguh GPB bila membaca berita ini ... ini yang puak-puak chauvinis DAP cukup takut hantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana bimbang takut anak mereka jadi Melayu .
Di P.Pinang ..Contohnya yang tinggal di Penanti , mereka lebih rela hantar anak untuk bersekolah di pekan Bukit Mertajam yang majoriti budak Cina walhal sekolah kebangsaan lebih dekat .
Memang GPB respect la bapa nya kerana lebih suka hantar anak perempuan ke tabika KEMAS agar bercampur dengan anak Melayu . Kesannya budak ini bila besar akan lebih faham budaya dan agama yang kawan-kawanya berketurunan Melayu .
Baru lah tak terjadi isu perkauman , menghina agama di facebook seperti sekarang ..
*** Siapa kata tabika KEMAS tak terapkan Islam ..budak Cina pun suka pakai tudung bila berlajar situ ..
PETALING JAYA: Pelakon dan model seksi penuh kontrevesi, Zarina Anjoulie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu ketika dicekup dalam serbuan disebuah perumahan mewah disini.
Zarina Anjoulie, 26, bersama seorang lagi rakannya, pelajar kolej swasta, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, dekat sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember 2012.
Serbuan dibuat atas laporan orang ramai. Demikian, majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh berkenaan diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin. Manakala sebutan kes ditetapkan pada 8 Februari ini. – @Forblogger.net
** Ditangkap oleh polis narkotik berdua-duan di kondo mewah ..tak kan hisap dadah je di malam tahun baru ???
PULAU PINANG 1 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi menjelaskan pendiriannya berhubung isu kalimah Allah yang dibangkitkan semula oleh sekutunya, Lim Guan Eng.
Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah berkata, himpunan itu kelak boleh dijadikan pentas untuk Anwar menyatakan pendiriannya mengenai perutusan Guan Eng sempena Hari Krismas baru-baru ini yang menyentuh sensitiviti umat Islam.
"Saya dengar pembangkang mahu mengadakan Himpunan Shamsidar.
Jadi, Anwar juga perlu mengadakan perhimpunan untuk menjelaskan pendiriannya mengenai permintaan Guan Eng yang mahukan kalimah Allah turut digunakan dalam kitab Bible di Semenanjung Malaysia.
"Kalau benar Anwar seorang pemimpin hebat, mengapa membisu dan bersikap penakut kerana dia belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bangga sungguh portal fitnah , Malaysiakini siarkan berita pasal bendera Sang Saka Malaya berkibar megah di malam tahun baru 2013 berhampiran Dataran Merdeka.
Perbuatan juak-juak bangsat yang dibanggakan Anwar ini ternya sekali lagi menghina Jalur Gemilang kebangaan rakyat Malaysia .
Apakah bila Pakatan menawan Putrajaya ini nanti ..bendera ini akan dijadikan bendera kebangsaan negara ?
Hari ini, berita hiburan Malaysia dihangatkan dengan penangkapan seorang artis wanita berimej seksi bersama teman lelakinya yang dikatakan positif dadah.
Menurut Harian Metro, pelakon filem Anak Pontianak yang juga berkarier sebagai model berusia 26 tahun yang terkenal dengan pelbagai kontroversi ini ditahan polis selepas didapati memiliki dadah di sebuah kondominium mewah di Damansara Damai jam 5.30 petang kelmarin.
Pelakon kontroversi langsing ini ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bersama kekasihnya, seorang pengganggur yang juga berusia 26 tahun, kerana memiliki dua pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram.
Menurut sumber, pasukan polis menyerbu rumah pelakon ini selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.
Pada mulanya, mereka enggan bekerjasama apabila tidak mahu buka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri. Selepas pegawai polis mengetuk pintu, pelakon ini membuka pintu tapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis.
Selepas beberapa lama menunggu, polis terpaksa memecah masuk melalui pintu depan dan melakukan pemeriksaan. Polis menemui seorang lelaki dalam bilik tidur, manakala pelakon wanita terbabit bersembunyi dalam bilik lain. Pasangan ini menjalani ujian saringan awal dan air kencing mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin.
Sebelum ini, pelakon wanita ini pernah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalami ujian saringan air kencing dalam satu sekatan jalan raya beberapa tahun lalu. Pelakon seksi ini juga telah mencetuskan kontroversi ditahan bersama rakannya dan mengaku mengambil dadah jenis syabu dalam operasi yang disertai anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua suspek kini ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mereka direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.
Semoga berita ini dijadikan pengajaran buat selebriti lain dan kita semua agar menjauhi dadah. Bila dah terkena, barulah menyesal. Tapi pelakon ni memang tak serik-serik. Apa nak jadi daa...- Budiey- *** Dalam kerajaan dok banteras dadah ..masih lagi ada artis hisap benda haram ini ..
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mempersoalkan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dilihat memberi harapan palsu kepada rakyat di negeri itu melalui perutusannya sempena Tahun Baru 2013. Tunku Aziz berkata beliau tidak yakin Guan Eng akan mengotakan janjinya untuk membasmi kemiskinan dan membanteras rasuah di negeri itu lantaran rekod kepimpinan Setiausaha Agung DAP itu sejak 2008, tidak begitu membanggakan. "Semua orang cakap mereka akan buat tetapi mungkin tidak menjadi kenyataan, saya ingin bertanya kepada dia (Lim Guan Eng), apa yang sudah dilakukannya untuk tempoh empat hingga lima tahun dia menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang? "Adakah kamu benar-benar mahu mengurangkan rasuah di negeri kamu sendiri? Adakah kamu benar-benar mahu menurunkan kadar kemiskinan di negeri Pulau Pinang?," katanya kepada AntaraPos ketika dihubungi tadi. Guan Eng dalam perutusan ucapannya tahun baru 2013 memasang impian untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan kadar gelaja rasuah di negeri itu. "Pada 2013 ini, tidak ada lagi rakyat di negeri Pulau Pinang tergolong dalam warga ekonomi kelas ketiga," ujar Guan Eng. Malah kata Guan Eng, beliau mahu memperkenalkan pentadbiran yang cekap, kebertanggungjawaban dan telus sekaligus dapat mengurangkan ketidaksamaan pendapatan di kalangan rakyat. Bagaimanapun tindakan Guan Eng itu disifatkan Tunku Aziz sebagai 'indah khabar dari rupa'. Ini ekoran berdasarkan pemerhatiannya, banyak agenda Ketua Menteri itu yang ditaburkan kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008 dilihat gagal dilaksanakan dengan sempurna. "Saya tidak berapa pasti apa yang dia (Lim Guan Eng) cakapkan sebenarnya kerana adalah mudah untuk dia bercakap mengenai ini tetapi apakah buktinya? Di manakah buktinya tambahan sudah hampir empat hingga lima tahun dia menjadi Ketua Menteri di sini. "Apa yang ingin kita mahukan daripada dia ialah keputusan atau pencapaian yang konkrit dan tidaklah dilihat seperti siapa-siapa pun boleh bercakap mengenai perkara itu atau memberi janji itu dan ini. "Sebagaimana yang kamu tahu sebelum ini pun macam kerajaan Pulau Pinang katakan untuk membina rumah kos rendah, mahu membantu rakyat miskin, membantu orang Melayu, semuanya dilihat macam tiada ada-apa," katanya. Guan Eng juga berjanji untuk membina 18,000 unit rumah mampu milik pada 2013. Namun janji itu sekali lagi dipertikai Tunku Aziz kerana pada hematnya, rumah yang mahu dibina kerajaan negeri masih tidak mampu dimiliki rakyat marhaen. "Cuba dia Lim Guan Eng tunjukkan bukti pada rakyat apa yang dia dah buat? contoh isu rumah, ini semua adalah luar dari batasan kemampuan orang di Pulau Pinang untuk membeli memandangkan rumah yang ada pun dilihat yang mampu membelinya adalah golongan jutawan. "Jadi bagaimana mereka hendak buat 18,000 ribu unit rumah lagi, jadi mari kita lihat sejauh mana apa yang dia mahu buat lagi setakat ini?," katanya.
Amanat Hadi tidak pernah diangkat oleh PAS sebagai dokumen rasmi atau doktrin parti itu, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.
Beliau berkata isu pengkafiran Umno yang dikaitkan kepada Hadi hanya sebuah ucapan dan bukan pegangan rasmi parti.
"Kami sendiri pun tidak pernah mengangkat ucapan ustaz (Abdul) Hadi itu sebagai satu amanat.
"Tidak pernah...sejak bila pula ada keputusan parti mengangkat ia sebagai satu amanat yang mesti dijadikan satu doktrin oleh PAS. Itu hanya satu ucapan dalam satu ceramah ustaz hadi di Banggol Peradong dalam pertengahan tahun 80-an," kata Salahuddin kepada Antarapos.
Tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, sekiranya ucapan Abdul Hadi itu dianggap sesat dan punca perpecahan orang Melayu sudah tentu pemimpin veteran itu "tidak akan diterima dan diiktiraf seluruh dunia."
"Itu sahaja yang sengaja diperbesarkan oleh mereka yang berkepentingan ketika itu, saya tidak nampak ia sebagai satu yang parti cuba menganggap ia sebagai satu amanat
"...dan tidak ada keputusan parti saya rasa yang anggap ia satu amanat yang mesti jadi anutan kita semua," katanya.
Kontroversi amanant Hadi tecetus kembali baru-baru ini. Hadi enggan menarik kenyataannya itu tetapi sanggup mempertahankannya dengan syarat beliau diberi ruang dalam RTM atau TV3 secara langsung.
Kerajaan setakat ini menyatakan kesediaan memberi laluan kepada Hadi untuk muncul ditelivisyen namun menolak syarat mahukan penjelasan itu disiarkan secara langsung.
MELAKA: Seorang wanita berusia 28 tahun mendakwa seoarng remaja lelaki berusia 13 tahun mencabul kehormatannya dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Jalan Munshi Abdullah.
Lareece Low Mei Yuet memuat naik cerita tersebut di laman sosial Facebooknya, mendakwa kejadian malang itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.25 petang Isnin apabila tiba-tiba seorang remaja lelaki meluru ke arahnya ketika dia sedang keluar daripada tandas tersebut
"Saya sedang meninggalkan tandas itu ketika dia meluru ke arahnya dan segera menutup mulut dia.
"Dia mencium pipi dan meraba dada saya ketika saya cuba untuk melepaskan diri," dakwa Low.
Low berkata dia berjaya menjerit serta menggigit jari remaja lelaki tersebut ketika bergelut dengannya untuk membuka pintu.
"Saya berjaya menghadang pintu itu daripada ditutup menggunakan tangan saya," katanya.
Menurutnya, beberapa orang awam yang berada di luar tandas berkenaan turut menghulurkan bantuan sebaik sahaja mereka mendengar dia menjerit.
Suspek ditahan oleh polis ketika berada di tempat kejadian dan daripada soal siasat yang dijalankan mereka mendapati remaja berkenaan baru berusia 13 tahun.
Ketua Polis Negeri, Asisten Komisioner, Raja Sharom Raja Abdullah mengesahkan mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Beliau berkata suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Tatacara Jenayah atas kesalahan mencabul, katanya.
Dari sebuah negara yang menekan rakyatnya dalam kebebasan bersuara dan 'mengganasi' pemikiran rakyat dengan ancaman-ancaman sekiranya merakyatnya mengadakan demonstrasi dan protes di jalan, akhbar biadap Singapura, The Straits Times, cuba menyibuk, menghasut dan mewar-warkan laporan palsu yang menggambarkan kononnya kelibat pukimak-pukimak di jalanan negara ini disokong oleh keseluruhan rakyat.
Adakah ia disokong oleh keseluruhan rakyat? Atau disokong oleh inteligen Singapura yang berusaha untuk menghancurkan negara ini dari dalam dengan bantuan anak haram- anak haram yang bersepah di dalam negara.
Jelas, The Straits Times, tanpa perasaan malu, atau memang akhbar bodoh yang tidak kenal erti malu, sibuk melaporkan sesuatu kebohongan yang jelas mengusik kedaulatan negara ini, TANPA SEDIKITPUN BERCERMIN DIRI tentang SITUASI DALAM NEGARA SENDIRI.
Situasi dalam Singapura sendiri amat terkebelakang dalam soal demokrasi, sangat kejam dengan membungkam suara mereka yang mahu memprotes melalui ugutan-ugutan ditangkap dan dipenjara.
Atau TEO CHENG WEE , anjing The Straits Times ini sebenarnya adalah anjing DAP juga yang akan menyalak dari seberang tambak? Atau dia anjing pihak intelligent Singapura yang ditugaskan menjadi perosak negara jiran?
Kerajaan perlu memantau dengan lebih rapi kemasukan rakyat Singapura mulai sekarang dan mula mengekori mereka, kerana semakin hari semakin berani pukimak-pukimak negara kiasu ini cuba mencampuri urusan negara ini.
Pertambahan bangunan dan penduduk yang mendadak tanpa berselari dengan pertambahan kapasiti rawatan air bersih membuatkan Lembah Klang mula merasakan krisis air secara berperingkat.
Lebih buruk, kerajaan PKR di Selangor bertindak untuk tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam menangani masalah ini.
Terbaru, kawan teman yang tinggal di Vista Amani, Bandar Sri Permaisuri, Cheras menyebut, tempatnya telah 3 hari tiada bekalan air. Kehadiran lori-lori yang membekalkan air tidak dapat dikejar oleh mereka yang bekerja shif. Akibatnya, ada rumah yang tiada air langsung.
Vista Amani bukanlah rumah murah. Sewanya sahaja mencecah RM1,200 sebulan.
Kes-kes seperti ini diramalkan akan menjadi parah menjelang 2014 dengan tergendalanya pembinaan loji air Langat 2.
Inilah untungnya apabila kerajaan bongkak menguasai sesebuah negeri.
SHAH ALAM 14 DIS : Projek Langat 2 hanya akan dilaksanakan selepas Kerajaan Pusat bersetuju untuk Kerajaan Negeri Selangor melakukan penstrukturan semula industri air.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata setakat ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) masih belum memberi sebarang maklum balas berhubung surat yang dihantar oleh Kerajaan Negeri.
"Saya masih lagi menunggu maklum balas daripada surat itu dan jika Kerajaan Pusat bersetuju untuk Kerajaan Negeri membuat penstrukturan air itu, kita boleh adakan perbincangan lanjut," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Selangor Agro Fest 2012 (SAF 2012) yang diadakan di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam, di sini.
Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Sri Peter Chin Fah Kui berkata projek pembinaan Langat 2 mengalami kelewatan 29 bulan berbanding jadual asal ekoran keengganan Kerajaan Negeri Selangor memberi kerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam projek berkenaan.
Beliau mendakwa bagaimanapun, Kerajaan Pusat akan meneruskan projek itu dan dijangka bermula pertengahan tahun hadapan.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri berulang kali menyatakan pendiriannya untuk tidak memberi kebenaran kepada Kerajaan Pusat untuk meneruskan Projek Langat 2 melainkan penstrukturan semula industri air di Selangor diselesaikan.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji cara meneruskan projek tersebut tanpa kelulusan Selangor.
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Penjelasan tepat dari blogger Azri Nizam berhubung isu "Bendera Rakyat", sama-samalah kita renung-renungkan dan fikirkan demi masa depan generasi yang akan datang!
Pakatan Haram sekali lagi cuba mengubah sejarah. Cuba mencabar imej kebangsaan. Cuba menukar identiti negara. Cubaan itu dibantu oleh penulisan berita daripada portal yang pro pembangkang untuk mengidentitikan bendera tersebut sebagai kononnnya bendera rakyat.
Tindakan yang sama sekali tidak patriotik dan jelas sekali berniat untuk hancurkan negara ini. Orang sebegini perlu disoal kembali nilai warganegara yang dinikmati mereka. Apa hukuman yang sepatutnya untuk mereka yang membuat onar sebegini di negara lain?
Menjelang lawatan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ke sini pada awal Januari 2013, telah tersebar luas menerusi internet terutama BalckBerry Video Sexnya dengan seorang wanita Cina tetapi ada kelainan dari yang tersebar di Malaysia.
Kelainannya adalah tepat seperti yang diramalkan oleh Anwar Ibrahim sendiri yang tersiar dalam Suara Keadilan 26 Disember iaitu "Dulu muka macam Anwar, tetapi perut buncit, tetapi sekarang muka macam Anwar, perut pun dah kempis."
Penyebaran ini meluas terutama sekali di kalangan para wartawan dalam dan luar negara yang berpusat di Jakarta, pemimpin-pemimpin agama Islam dan juga rakan-rakan rapat Anwar sendiri.
Anwar dijangka akan berucap kepada wartawan-wartawan luar negara (FR) di Jakarta pada 10 Januari depan, tetapi lokasinya belum diumumkan kerana menurut penganjurnya ditakuti ada pihak-pihak yang mahu mensabotaj majlis itu kerana merasakan Video itu memalukan orang Islam, terutama penyokong-penyokong Anwar di Indonesia.
Seorang wartawan Indonesia terkemuka dari Media Tempo yang melihat Video itu memberitahu, "Hebat sekali pukulannya Pak,dia bisa jadi Phonographic Actor."
Penyebaran Video terbaru ini berlaku begitu pantas berikutan kenyataan yang dibuat oleh wartawan Zainuddin Maidin (Zam) di wawancara di TVOne Indonesia, mengatakan Anwar sebagai seorang homosexual dan juga pengembang pluralisme agama.
Sementara itu, seorang pegawai perhubungan Pak Gus Dur dalam dialog secara langsung dengan Zainuddin Maidin di stesen TV yang sama, pada kali kedua yang disaksikan oleh lebih 100 juta orang di Indonesia, telah menafikan anggapan Zainuddin bahawa semua orang Indonesia menyokong Anwar dan mensifatkan ini sebagai paranoid.
Di Kuala Lumpur Suara Keadilan keluaran 25 Disember, menyiarkan ucapan Anwar Ibrahim di suatu perhimpunan Jelajah Merdeka Rakyat di Petaling Jaya baru-baru ini menyatakan bahawa UMNO dan BN sedang mereka-reka video fitnah baru terhadapanya menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.
Menurut Anwar, video baru itu ada dua visi, iaitu "dulu muka macam Anwar, tetapi perut buncit, sekarang muka macam Anwar, tetapi perut pun dah dikempiskan."
Video Anwar perut bunci itu dipercayai adalah versi yang diterbitkan oleh PKR sendiri dan orang ramai mengkagumi kepantasan kerja kumpulan media PKR yang dapat bertindak seperti kilat bagi mengelirukan orang ramai dibandingkan media team UMNO.
Beberapa orang pakar perang saraf menganggap, bahawa cara penyebaran Video Sex Anwar Ibrahim itu adalah tidak bijak kerana dilancarkan oleh "Datuk T" yang diketahui sebagai musuh Anwar dan berkepentingan politik dan wang, berbanding penyebaran Video Sex Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek yang lebih berkredebeliti dan berkesan kerana tidak nampak tangan yang menyebarkannya.
Bagaimanapun sekarang lebih ramai orang yang mempercayai Video Sex Anwar itu oleh kerana penyebaran menerusi BlackBerry adalah lebih jelas wajah sebenar pelakonnya. Kesannya yang paling buruk akhir-akhir ini, ialah pengikut-pengikut Pas telah mulai memisahkan diri dari program Jelajah Merdeka Rakyat PKR. Di Dungun Terengganu baru-baru hanya beberapa gelintir manusia sahaja yang hadir.
KOMEN:
Soalnya, bagaimanakah Video Sex Anwar Ibrahim yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim masih direka-reka untuk fitnah oleh UMNO dan BN telah tersebar dengan meluas di Jakarta – zamkata
Tony Pua, (DAP – Petaling Jaya Utara) proudly and consistently played his role as the 'fighter on open tender' or transparency on BN's administration. It seems like Tony Puah has misjudged on all newspaper reports regarding the transformation which is implemented by Barisan Nasional government led by Dato' Seri Najib. If this is not true, Tony Pua should obviously be aware that the open tender system is one of the most important program among all the transformation programs, in terms of transparency. That is why, the open tender system was implemented by BN government and it has been proven to work as Malaysia is acknowledged by an international firm, A.T Kearney as the top 10 countries in foreign investor confidence index 2012. Even if there are projects which are given through negotiations, it usually involve secret defence projects or confidential state secrets where it requires fast actions such as big scale projects, all significant for both rakyat and development of the country. Thus, there is no reason for Tony Pua to keep on fighting for something which is already obvious. Especially when PR itself is still covered with serious transparency issues which could jeopardize rakyat. Didn't Tony know that rakyat never really forget DAP's 'transparency' on handling their leaders' corruption case which led to the death of the most important witness for MACC, Teoh Beng Hock? Not just that, DAP even tried to move away from the issue by politicizing the death of Teoh Beng Hock by blaming MACC. We are still yet to consider rakyat's complaints regarding the council member who took the budget for DAP's Service Centre or the power abuse when they supported the company which is owned by their family members. A few questions were also raised regarding the grant of project given in Penang. Few of them include tenders for projects in Taman Perindustrian Batu Kawan and Bukit Jambul Country Club. Few of the questions include the Chief Minister's actions in calling only one company for a special meeting even though there were other companies who are involved, and that the company which was given the tender was a company which is about to sink, even with the fact that there are a lot of strong companies who fought for the projects. Besides that, DAP was also asked on the terms which was given for tender that are more than RM10 million where contractors who managed to get the project would have to contribute. This then led to Lim Guan Eng's house scandal which is said to be linked to the project at Taman Manggis and Winbond Sdn Bhd which its website was shut down right after the scandal went viral. DAP Penang's actions in appointing HDB Singapore for a project in Batu Kawan also raised some questions, because it seems to show that as if Malaysian contractors are not capable to develop high quality homes. Not just DAP, even PKR Selangor was exposed for granting a project on supplying Hari Raya hampers worth RM2 million without using the open tender system from 2009 to 2011. Perhaps Tony thinks that those projects are small issues, but what about the logging project in Kedah, and the latest, Kelantan. Even though Kedah government did make a statement saying that the logging project at the state was rewarded through open tender, but until now, no one really know the details on the companies involved for the whole process. How can they say it was an open system if no one can see it? Tony Pua also need to ask his friend, Ngeh Koo Ham who at first denied the fact that he received land from PAS Kelantan government, but finally ended up admitting that he did receive the land when he realized that the information on company ownership is not something hard to find by just about anyone. Are these things transparent enough in the eyes of DAP or PR? Or DAP want to confirm BN's assumption saying that DAP and PR never really meant what they say? Such double standard, they can do it, others can't. By raising the issue of transparency and the open tender system, Tony seems to put himself among those idiots fighting against Lynas just because they fail to understand scientific facts which then ended up having to go for a hunger strike, which they fail to go through. That is why, Tony Pua should not simply say things about others. He should clean himself up before accusing others.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SK Sultan Yussuf Batu Gajah kerugian RM 57 ribu angkara penyamun perompak yang memecah masuk bilik komputer dan malarikan 12 buah komputer riba.
Isu kecurian komputer bukan lah perkara baru, sejak 2003 apabila Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris diperkenalkan terdapat banyak kes kecurian masih berlaku.
Kerajaan menghabiskan banyak wang membayar gaji kepada syarikat Pengawal Keselamatan tetapi tahap keselamatan sekolah masih rendah.
Terdapat pengawal yang tidur atau balik ke rumah atau melepak dikedai makan waktu bekerja. Terdapat juga jaga yang asyik menonton TV atau mendengar radio atau berbual bersama rakan sekerja tanpa membuat rondaan dan sebagainya. Terdapat juga jaga yang bersubahat dengan pencuri tetapi bilangan amat kecil.
Inilah akibatnya jika syarikat besar memonopoli perkhidmatan kawalan ini, jika kontrak diberikan kepada syarikat kecil nescaya mereka lebih bertanggung jawab.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sempena cuti tahun baru kelmarin YAB DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM Ketua Menteri Melaka telah mengetuai satu konvoi menjelajah negeri 1Melaka.
Cara terbaik untuk meninjau kemajuan negeri dan cara terbaik mendekati rakyat. Bukan macam Anwar kembara jelajah merdeka konon...naik bas bersantai dengan kroni merancang macam mana nak tipu rakyat.
YAB Dato Seri Di Raja Dr Zambry juga pernah menjelajah ke beberapa daerah dengan menunggang basikal bersama ribuan penyokong BN yang menyertainya.
Pas juga kerap buat konvoi tetapi konvoi mereka penuh dengan kempen politik melalui edaran risalah politik kotor yang penuh dengan berita fitnah dan dengki khianat. Terbaru ialah konvoi Pas bersama Dap dari Pusat tarbiah Pas Taman Malewar ke Gebeng untuk demo Anti Melayu Lynas
Terkejut dengan pendedahan seorang anak Sabah yang kemungkinan berasal dari wilayah Filipina kini menjadi popular dengan tindakan beliau mengibar bendera komunis .
Apa tidaknya, orang Sabah memang ramai yang berasal di wilayah Mindanau, mereka sudah berkurun menetap di Sabah. Sebab itu lah pembangkang sering memainkan isu pendatang di Sabah yang kononnya mudah mendapat taraf warganegara.
Kampung asal budak ini memang tak ada dalam google map dan menggambarkan beliau anak kampung yang mendapat peluang belajar sampai ke peringkat ijazah lanjutan, tetapi sayang teramat sayang beliau lebih kurang seperti Adam Adli yang tak sedar diri, tak tahu bersyukur, tak tahu berterima kasih telah bercita-cita untuk menjatuhkan kerajaan.
Ini semua kerana taksub dengan politik suku yang dimainkan oleh Pas, Pkr dan Dap. Kalau berani tinggalkan segera universiti tersebut dan carilah universiti di negara lain.
KAMUNTING 31 Dis – Kira-kira 150 Ahli Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung dari 10 kampung dalam Parlimen Taiping telah berhimpun di Hotel SSL Kamunting malam tadi dalam satu majlis jamuan makan malam dan menyampaian watikah Ketua Kampung.
Seramai 8 Ketua Kampung dilanjutkan perkhidmatan mereka mulai 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, manakala dua lagi telah melepaskan jawatan secara sukarela, mereka ialah Tuan Hj Zakaria Mahat ( Kg Expo) dan Tuan Hj Elias Mohd Sidek (Assam Kumbang). Dua ahli jawatan kuasa telah dilantik menjadi pengerusi JKKK (Ketua Kampung) ialah En Iqbal Shah Abd Ghafur ( Assam Kumbang) dan En Radhi Abd Hamid ( Kg Expo).
Lapan yang lain kekal sehingga akhir tahun ialah;
En Abd Rashid bin Shaari ( Kg Pinang)
Tuan Hj Mohamad Ibrahim ( Kg Batu 4 )
Tuan Hj Mohamad Ramli Yahya ( Kg Jana)
Tuan Hj Meor Abdullah Meor Awaluddin ( Kg Bukit Jana)
En Ahmad Karim ( Kg Ulu Tupai)
En Mohamad Zaini Ismail ( Kg Pokok Assam)
Tuan Hj Ahmad Yusuf Yahya ( Kg Aulong)
Tuan Hj Anjang Abd Rahman Mat ( Kg Boyan)
Watikah dan Ucaptama disampaikan oleh YB Dato Mohamad Zahir Abdul Khalid Exco Kerajaan Perak merangkap Adun Kamunting.
Sukar untk menerima hakikat kehilangan isteri kesayangan, namun Wan Amran Wan Shamsuddin, 39 terpaksa menerima hakikat bahawa isterinya telah tiada akibat lemas selepas pergi melihat pukat bersama suaminya di Sungai Lanjut tidak jauh daripada rumahnya, 25 Disember lalu.
Wan Amran berkata demikian ketika menerima kunjungan Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan Adun Permaisuri, Abd Halim Jusoh di rumah Wan Amran di Kampung Seri Bayas dekat Hulu Selandang, semalam.
Menurutnya, dia cuba menerima hakikat isterinya sudah tiada lagi. Bagaimanapun katanya, dia juga gagal mengawal rasa sedih setiap kali anak ketiganya, Wan Mohd Saqimi, 9, duduk diribaannya sambil menitiskan air mata.
"Dua daripada empat anak tinggal bersama saya iaitu Wan Mohd Saqimi dan anak kedua, Wan Mohd Khusyairi, 12, manakala Wan Mohd Firdaus, 16 dan Wan Amni Nuurinsyirah, 4 tahun tinggal dengan keluarga mentua," katanya.
Sohaimi dan Abd Halim terpaksa menggunakan bot bomba untuk meninjau keadaan mangsa banjir di Kampung Seri Bayas dekat Hulu Selandang, Setiu semalam kerana kerana kawasan ini terputus sama sekali hubungan darat akibat banjir yang melanda baru-baru ini
Sementara itu, dalam lawatan itu Sohaimi dan Abd Halim yang terpaksa menaiki bot memandangkan jalan ke rumah Wan Amran ditenggelami banjir turut menyampaikan sumbangan.
Sohaimi turut menyarankan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Pegawai Pelajaran Daerah menganjurkan taklimat bahaya serta implikasi banjir.
"Saya syorkan setiap sekolah khususnya di kawasan yang sering dilanda banjir pada musim tengkujuh disaran mengadakan taklimat kepada para pelajar menjelang cuti persekolahan mengenai aspek keselamatan semasa mengalami bencana.
Ini sebagai suatu langkah pencegahan mengelak daripada ditimpa musibah kerana kebanyakan pelajar mungkin melihat banjir sebagai suasana menyeronokkan untuk bermain air bersama rakan-rakan.
Kalau boleh pihak sekolah mengadakan taklimat khas atau penerangan seawal penggal ketiga sebelum cuti persekolahan bermula dan jadikan ia satu agenda wajib setiap tahun agar mereka tidak lalai dan sentiasa beringat," ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Selain keluarga Wan Amran, beliau turut menziarah keluarga mangsa banjir di Kampung Kebor Air, Manir di Kuala Terengganu.
Hadir sama, Adun Teluk Pasu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said.
Dalam pada itu, Sohaimi berkata, ziarah itu sebagai melahirkan simpati terhadap nasib keluarga mangsa dan aktiviti kebajikan seumpamanya menjadi aktiviti penting dalam gerakan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO melalui program Bepu Prihatin.
Apa yang sebuk nak pertahankan MB Meroyan, Jawab dulu rintihan Rakyat terutama ahli PAS sendiri yang tengah menunggu apa jawapan yang benar dan status dema yang ah berpuluh tahun usahakan tanah tersebut, jangan sebuk nak membela orang lain, jawab dulu keluhan orang PAS sendiri, apa jadi nasib mereka?, apa sebab sampai nak serah 10,526 ekar kepada syarikat nie yang kini semua dah tahu ada dua dari dema orang DAP?
Nampaknya tak berkesudahan... macam biasa dalam isu yang berkaitan Pakartun Roket kalau bab macam nie mana pernah berjawab dan anggap selesai camtu jer, isu talam corp, isu yang tersimpan dalam bank pemimpin dan keluarga, isu jutaan dalam acc Azmin dan banyak lagi yg belum terjawab. kali ini kita kecoh dengan kisah tanah sedekah 10,526 ekar ...
Cukup Paham dengan tindakan dema akan mengalih apa saja isu yang dema dah kantoi dengan beberapa isu lain yang di buat atau direka, Isu Hero Tamil yang tetiba ada Video Blue Dato Ganesan nampaknya tak berhasil, mungkin rakyat dah tau sangat taktik DAP nie yang putar Alam, Apa ker bodoh sangat yang fikir rakyat boleh dilembukan! setakatbawak Envelope yang berisi DVD yang konon nya tersimpan cerita Blue Ganesan yang di sendiri tak tengok lagi, semuanya pasal nak lakon macam real,sebaliknya kalau tak ada pun cerita sebenarnya pun,dia akan bagi alasan cuma terima dan serahkan pada pihak POLIS,
Secara logiknya kita pun tahu kalau dia punya DVD seperti yang didakwa, maka inilah senjata bagi dema untuk PRU 13 nanti, tapi kenapa sekarang nie tetiba nak kecoh kebetulan dimasa yang sama dua ekor geng dema teruk didedahkan soal tanah yang dikaitkan dengan jawatan MB. Dalam blog rakan teman di Sungai Rapat Online ada lagi pendedahan tentang mereka sebagai Ahli PAS dan rakyat Kelantan sendiri yang masih tidak berpuas hati dengan segala kejadian menyerahkan tanah yang diusahakan oleh ahli Pas sendiri kepada orang lain...
Berikut reaksi rakyat Kelantan ekoran tindakan kerajaan Pas negeri itu memberikan tanah seluas 10,526 ekar di Relai, daerah Chiku, Gua Musang kepada dua pemimpin DAP dari Perak iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham dan ADUN Pantai Remis, Datuk Nga Kor Ming.
"Teramat-amat dukacita. Sebagai anak jati negeri ini saya sememangnya tidak dapat menerima hakikat tindakan kerajaan negeri meluluskan tanah kepada wakil rakyat DAP.
"Rakyat negeri ini masih ramai berdepan dengan masalah pemilikan tanah. Kerajaan negeri sepatutnya terlebih dahulu mengutamakan keperluan rakyat sendiri berbanding orang luar".
- Faizil Mohamad Yaman, 38.
""Kalau kata kelulusan itu adalah atas dasar untuk membangunkan tanah, kenapa tidak diusahakan sendiri atau lantik sahaja kontraktor bumiputera dalam kalangan masyarakat tempatan".
- Nik Azman Nik Muhammad, 36.
"Kenapa rakyat Kelantan tidak langsung diberitahu bahawa Yayasan Islam Kelantan mahu memajak tanah kerana ramai rakyat Kelantan khususnya bumiputera mampu menjadi kontraktornya"
- Marzuki Deraman, 42.
Kerajaan Pas negeri Kelantan sering menyatakan kerajaan pusat zalim dan ajar ditumbangkan tetapi antara sedar atau tidak kerajaan Pas sendiri yang terlalu zalim terhadap rakyatnya apabila sanggup merampas tanah rakyat Kelantan dan diberikan kepada cina DAP Perak.
MALAS nak cakap banyak, tak masuk akai nak bagi undi kat dia, macam nie yang nak diangkat jadi Perdana Menteri? Hilang akal aper? Tak mau ker aku nak judikan negara yang bakal dirosakan oleh yang takda moral, Aper dalam parti korang dahbtak da lagi ker yang tak rosak MORAL UNTUK DIJADIKAN PEMIMPIN?
"Pada masa yang sama,polis meneruskan pengawasan terhadap kegiatan timbalan perdana menteri kerana itu adalah tugas biasa mereka.kalau saya meminta mereka menghentikannya sekalipun,saya tidak yakin mereka akan mematuhinya.Kali ini mereka ada bukti,termasuk gambar dan pengakuan beberapa orang yang terbabit.Apabila ketua polis negara yang baru,tan sri Abdul Rahim Noor dan pegawai penyiasatnya,tan sri Musa Hassan menyerahkan bukti kepada saya maka saya sedar yang saya tidak boleh lagi mengabaikan maklumat itu.
Saya memberitahu yang saya mahu berjumpa dengan saksi saksi itu dan bercakap sendiri dengan mereka.Hal itu merumitkan kerana ia bermakna saya telah melibatkan diri secara langsung dalam hal ini.saya sudah hampir berjaya mengatasi krisis matawang dan mahu menumpukan perhatian kepada sukan komanwel 1998 yang semakin hampir.menjadi tuanrumah sukan itu amat bermakna buat saya,jadi saya amat marah dengan gangguan berkaitan berita perlakuan anwar yang turut menuntut perhatian saya.
Selepas beberapa lama barulah saya berjumpa saksi saksi tersebut.saya menemui mereka secara peribadi seorang demi seorang dikediaman rasmi saya di seri perdana,kuala lumpur.saya memberi jaminan kepada mereka yang perbualan kami adalah rahsia dan saya hanya mahu mendengar sendiri cerita mereka.
Salah seorang saksi itu ialah Azizan Abu Bakar,pemandu peribadi isteri anwar,Datin seri dr wan azizah wan ismail.menurut polis,anwar meliwat azizan banyak kali.saya tanya azizan mengenai tuduhan itu dan katanya,sudah tentulah dia berasa takut kerana anwar adalah timbalan perdana menteri.azizan memberitahu saya secara terperinci dimana kejadian pertama berlaku.menurutnya,dia takut kerana anwar seorang yang berkuasa dan boleh menyebabkan banyak masaalah kepadanya.katanya,sebab itulah dia tidak melawan"- DOKTOR UMUM,memoir tun dr mahathir-bab 53 mukasurat 813.
Ada nuar berani buktikan Tun Salah? kenapa tak challange jer Tun kat Makamah?
Konon nak mogok lapar 100 jam di dataran merdeka yang semacam di Tender oleh pakartun Roket tapi tetap tak dapat lari dari lensa media bila makin mewah makannya samada menyorok ataupun dihotel-hotel mewah dan kembali semula tunjuk muka Lapor dalam siri lakunan cai pakartun roket , bukan asing lagi yang kita tahu sangat Kepalanya memang hebat dalam LAKON apa lagi cai yang nampaknya mencuba kot ada bakat terpendam
beberapa peserta dilihat makan termasuk di restoran dan hotel sekitar kawasan berkenaan dipercayai tak tahan lapar Beberapa blog jugak dah upload gambor-gambor peserta mogok lapor yang melahap dengan selera sekali. Malah ada kalangan mereka menerima bungkusan makanan yang dihantar oleh penganjur himpunan tersebut. Bagaimana pun mereka meletakan syarat kononnya hanya boleh minum sahaja dalam siri lakunan kali ini
seperti gambar diatas dan bayak lagi gambar yang diambil oleh jurugambar pada khamis lalu.
terpikir jugak teman kenapa ler hadi tak join sekali dalam mogok lapar nie. takat syarat atau rukun mogok puasa nie dema boleh buat sendiri ikut suka dan senang komer ler. bukan sejam dia boleh dapat tapi seminggu pun boleh...
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tabik spring pada kedua-dua pemimpin, gambar2 ini bukan diambil oleh mereka sendiri ataupon pegawai ataupun bodyguard. Tetapi diambil oleh rakyat-rakyat, semasa pemimpin-pemimpin kita sedang bersarapan seperti rakyat jelata biasa. Ada ke dalam gambar TPM n PM berjoli sakan seperti yang dicanang-canangkan pembangkang?
2012 sudah pun berlalu, pelbagai peristiwa suka duka yang berlaku semasa 2012, berikut peristiwa- peristiwa hangat yang ingin MyMassa kongsikan bersama pembaca 1) DOA Jahanam UMNO (MUKTAMAR PAS 2012)
SKRIP DOA YANG DIBACA
Ingin diperjelaskan disini, NIK AZIZ juga mempertahankan doa tersebut, dan dengan ayat yang tersurat memperjelaskan bahawa mereka yang menyokong UMNO itu MURTAD, termasuklah ahli keluarga. Jelas menyokong AMANAT HAJI HADI yang memurtadkan UMNO dan orang lain. Mereka ini jelas di tahap dewa-dewa tangan lapan yang mampu mengkafirkan orang lain serta menjatuhkan hukum Murtad ke atas mereka yang tidak sealiran dengan mereka. Harus mereka sedar, mereka ini tidak layak atau tidak patut dengan sewenang-wenangnya menjatuhkan MURTAD ke atas orang lain kerana, MURTAD itu satu pertuduhan yang sangat berat, kelak akan dipersoalkan di akhirat. Moga Nik Aziz serta Haji Hadi bertaubat dan tidak lagi memurtadkan orang sewenang-wenangnya.
Alhamdulillah, ahli UMNO tidak mendoakan keburukan ahli PAS malah mendoakan mereka kembali ke pangkal jalan
2) Nurul Izzah Menggalakkan Murtad
Kenyataan Nurul Izzah yang berbaur MURTAD
Nurul Izzah Timbalan Presiden PKR dengan lantang bersuara sedemikian menyokong serta menggalakkan orang-orang Melayu bebas memilih agama masing-masing, jelas mengarah atau mengajak mereka ke jalan Murtad. Kenyataan yang dikeluarkan Sister Izzah di forum 'Islamic State, Which Version? Whose Responsbility' ini jelas radikal menunjukkan pendidikan beliau yang Liberal seperti papanya Anwar Aljuburi (PAS yang gelar) yang menyokong LGBT serta seksualiti merdeka. Mereka ini pendokong ideologi Islam Liberal ataupun ajaran yang terpesong dimana memudahkan semua perkara tentang Islam untuk kesenangan mereka. Ramai pihak yang kecewa serta marah dengan kenyataan Nurul Izzah, antaranya Tun Mahathir, serta Ketua Pelindung Agama Islam Negeri Selangor Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Jelas, Nurul Izzah harus menarik semula kenyataan ini, tapi sehingga hari ini beliau bertekad untuk membenarkan anak-anak Melayu Murtad.
Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang membabitkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.
Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.
2,684,916 permohonan baru
Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baru untuk BR1M 2.0 diterima sehingga semalam yang mana ia membabitkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).
Pendaftaran terus dibuka "Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya. Tahun lalu, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.
Terima kasih Dato' Najib, BR1M 2.0 bukan MANIFESTO, tapi janji yang ditepati, terima kasih DS Najib kerana membantu mengurangkan beban rakyat Malaysia.
PERLUKAH KJ DIBERI PELUANG MEMBETULKAN KESILAPANNYA SEMASA PRU12 TAHUN 2008
Berita ini sudah basi, kini menjadi paparan Keadilan Daily 2 hari lepas.
Isunya, adakah sejak 2009 hingga sekarang, KJ sudah berjaya menebus kesilapannya semasa Pak Lah menjadi PM. Adakah KJ sudah berjaya membuktikan bahawa dia telah sedar akan kesilapan-kesilapannya yang lalu. Makanya, kita harus menilai semula keadaan ini dan artikel di bawah ini. Mari kita baca dan beri pandangan yang sewajarnya.
"Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang juga anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mungkin tidak akan dicalonkan untuk bertanding semula dalam Pilihan Raya Umum ke13 berikutan dengan pendedahan bahawa beliau telah berhutang berjuta ringgit dari Bank Pertanian yang pembayaran semulanya menjadi persoalan.
Pinjaman itu dikatakan diperolehinya sebelum Datuk Seri Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Pekara ini telah diketahui umum termasuk kalangan UMNO dan hari ini (30 Disember 2012), Suara Parti Keadilan, Keadilandaily yang Anwar Ibrahim adalah Ketua Umumnya telah menimbulkan beberapa pertanyaan dan kritikan berhubung dengan pinjaman itu. Khairy adalah simpatisan Anwar Ibrahim yang terbukti apabila Anwar dibebaskan, beliau sendiri telah menghantar pasport antarabangsa untuk Anwar mendapat rawatan tengkok patah di luar negara. Beliau berbuat demikian untuk mencari populariti di kalangan penyokong-penyokong Anwar yang masih ada dalam UMNO, tetapi sebaliknya menimbulkan kemarahan menyeluruh ahli UMNO yang masih menghormati Tun Dr. Mahathir.
Kenyataan penyelaras apa yang dikatakan sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Saharin menyebutkan, Khairy mendapat kemudahan pinjaman itu ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri.
Sayugia disebutkan, hal ini bukanlah luar biasa. Beberapa orang rakan Anwar Ibrahim juga pernah mendapat pelbagai kemudahan pinjaman bank ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Bagaimanapun, pendedahan ini menambahkan tekanan kepada Khairy dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 kerana beliau adalah Ketua Pemuda UMNO dan di samping itu beliau tetap diingati dengan percaturan politiknya yang menyebabkan beberapa orang calon berpotensi menang dalam pilihanraya 2008 telah tersingkir.
Di samping itu, dalam masa krisis kepimpinan selepas Tsunami 2008, portal Malaysian Insider yang dikendalikan oleh beberapa orang yang diketahui sebagai rakan rapat Khairy telah memperkecilkan Najib dalam usaha terakhir untuk menghalangnya ke jawatan Perdana Menteri.
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (S.A.M.M) Cikgu Bad dalam kenyataannya berkata, beliau telah mendapat dokumen yang setelah diperiksa diyakini sahih bahawa Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pernah mendapat pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia.
Kenyataan itu mempersoalkan sama ada hutang itu telah dibayar atau belum dan dia mendakwa Khairy dibiarkan berhutang tanpa tindakan. Sumber biasa sahaja: http://zamkata.blogspot.com
MyMassa baru dapat gambar ini dari sahabat yang pergi sambutan ambang tahun baru di KL malam semalam.
Daripada maklumat yang MyMassa perolehi, gambar ini dirakam di LRT Masjid Jamek.
Ini bukan kali pertama golongan buta sejarah melakukan perkara seperti ini. Sebelum ini ketika sambutan ambang merdeka, bendera yang hampir sama turut dikibarkan. Mereka menganggap inilah bendera yang digunakan oleh Tanah Melayu sebelum merdeka. Bendera di bawah ini adalah hasil ciptaan Najwan Halimi, pembantu khas Anwar Ibrahim. Manakala bendera di atas ini mereka dakwa adalah bendera asal 'Sang Saka Malaya' atau bendera Merdeka Malaya.
Dan tidak mengejutkan kerana ianya disokong oleh puak pembangkang (sebab yang mulakan perkara ini adalah pembantu khas Anwar juga).
Apa pendapat pembaca MyMassa tentang golongan yang cuba menukar bendera negara kita? *Puak pembangkang ni memang tak hormat Jalur Gemilang. Kartunis kesayangan pembangkang pun boleh hina bendera Malaysia sebegini rupa.
Dari pada dok berdoa yang bukan-bukan seperti doa pecah perut pemimpin, doa butakan mata pengundi supaya tak nampak logo dacing di kertas undi dan doa paling merapu, mintak "bn ko" aku cadangkan tok guru doa atau buat sembahyang hajat supaya banjir yang melanda kelantan segera surut...
Bukankah lebih berfaedah kalau tok guru berdoa supaya banjir di kelantan segera surut, mane la tau berkat doa tok guru yang di katakan keramat oleh ostat wan ji dapatlah budak-budak kembali ke sekolah dengan segera...
Beliau memang asal Perak dan sudah tentu mengetahui dengan tepat fakta yang dibentangkan di bawah.
Pendedahan ini juga tidak memeranjatkan seperti mana Zairil yang bukan anak Khir Johari juga keturunan Cina yang diangkat menjadi orang kanan Lim Guan Eng.
Baca selanjutnya....
Inilah Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya. (PKM) yang diharamkan.........
Tahukah korang semua apa kaitan Chin Peng ni dengan Ngeh Koo Ham? Dia adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak tu.
Tahukah korang semua apa pertalian antara Ngeh Koo Ham dan Ngah Kar Meng? Mereka adalah sepupu yang tentunya berkongsi bapa saudara yang sama, si Chin Peng tu.
Dan tahukah anda apa hubungan Nizar Jamaludin, bekas MB Perak tu? Ibu Nizar Jamaludin adalah ibu saudara kepada Ngeh Koo Ham dan Ngah Kor Meng. Ini bermakna Nizar Jamaludin, Ngeh Koo Ham dan Ngah Kor Meng adalah sepupu manakala ibu Nizar juga adalah sepupu kepada Chin Peng!!!!!
Berikut ranking terkini oleh portal Suara Generasi Baru http://www.suaragenerasibaru.com/?p=51513 seperti di bawah :
Blog panglima di tempat 34 / 119 yang tersenarai...
Meskipun tidak sepenuh masa menjadi blogger namun pencapaian ini satu motivasi dan kayu ukur atas penat lelah selama ini.
Jika diizinkan Allah kedudukan ini boleh diperbaiki lagi dengan berkat kerjasama kawan blogger yang lain yang membantu mempromosi bahan baik yang disebarkan.
Tahniah kepada yang makin meningkat dan jangan kecewa jika turun darjat. Kejayaan sebenar kita ialah dapat kekalkan BN memerintah dan menghapuskan penipuan Pakatan yang semakin lemah dan tandus sokongan rakyat di saat semakit dekat PRU 13.
Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Artikel ini tentunya sangat mengejutkan. Di kala kita diulik dengan nama tokoh masyhur ini di saat itu juga kita dibom dengan hujjah dan fakta di bawah yang menolak keilmuan tokoh idola pemimpin dan pejuang PAS bernama Syed Qutb ini..
Dalam hal ini Panglima sangat berterima kasih kepada ayahanda Panglima yang telah mengenalkan tokoh ini sejak dari kecil lagi. pengalaman beliau bertalaqqi dengan Ulama di Wakaf Bharu yang menuntut puluhan tahun ilmu Islam hingga ke Mekah, memungkinkan perkara ini berlaku. seperti juga tokoh wahabi yang lain seperti Mohamad Abduh, Ibnu Qayyim, Ibnu Taimiyyah dan sebagainya.
Jika anda sukar menerima fakta ini nasihat Panglima, jangan berhenti mencari dan terus mencari fakta yang lebih kuat dari fakta ini. Mungkin anda akan menjadi orang yang lebih memahami melebihi pengetahuan panglima sendiri.
Pertama sekali untuk memahami siapa sebenar Syed Qutb maka anda perlu membaca bahan ilmiah dari blog Kekanda Panglima di alam maya yang juga orang kuat Group Facebooker 1Malaysia tentang penggunaan silibus dicedok dari Syed Qutb.
Susulan pendedahan saya berkenaan pengaruh Syeikh Qubt yang radikal dalam Ikhwan Muslimin dan PAS- Keterlibatan pemimpin PAS yang menyebarkan fikrah sesat Syeikh Qubt adalah dari peringkat pemimpin seperti berikut:
1- "Fadzil Noor yang pernah mengajar kitab Arab 'Fi Dzilallil Quran' [Karya Syed Qutb] di Markas PAS Kedah,
2-Abdul Hadi mengajar buku 'Ma'allim Fit Thariq' [Karya Syed Qutb] di Terengganu
3- Nik Aziz Abdul Aziz dengan buku-buku [Fiqh Sunnah karya Syed Sabiq] di Kelantan,
4- Yusuf Rawa tidak ketinggalan menyebarkan Ajaran Quthubiyah kepada masyarakat awam di Malaysia"
-sumber Blog PAS vs PAS
Hari ini PAS semakin berkuasa di Malaysia setelah menang 22 kerusi Parlimen, membentuk Kerajaan Negeri di Kelantan dan Kedah sementara di Selangor dan Pulau Pinang PAS maseh berupaya menyebarkan dakyah Wahhabi dan Syiah kerana menjadi rakan kongsi Pakatan selepas PRU12. Di Perak pengaruh PAS dan penyebaran ajaran Wahhabi maseh banyak almaklum Perak pernah dijajah rejim Wahhabi ini selama 11 bulan selepas PRU12.
Tamat.
Kemudian baca pula entri ini :
SYED QUTHB, "JEMAAH ISLAMIYAH", DAN PAS ; PEMIKIRAN DAN IDEOLOGI PELAMPAU AGAMA
Edisi Pertama
MANHAJ PENULIS DALAM PENULISAN
Fitnah dan tohmahan adalah sesuatu yang ditegah oleh syara'. Kesedaran akan perkara penting ini wajib ada pada mana-mana individu yang bergelar "orang yang menjaga amanah ilmiyah". Oleh itu, penulis dengan sedaya-upaya berpegang teguh dengan manhaj yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis sebagai panduan dan ikutan dalam membongkar jenayah-jenayah ilmiyah yang berlaku di dunia Islam, jauh daripada fitnah-memfitnah dan mengadakan kata-kata dusta.
" Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu".[1]
" Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta mempertanggungjawabkannya."[2]
Sabda Nabi :
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
Yang bermaksud ;
"Tidak masuk Syurga orang yang menabur fitnah."[3]
SYED QUTHB DAN KEROSAKAN DUNIA ISLAM
Tidaklah menjadi keterlaluan sekiranya penulis mengatakan bahawa Syed Quthb yang merupakan ketua kepada Hizb (parti atau kelompok) yang dinamakan "Ikhwan al-Muslimin" adalah seorang yang mempunyai ciri-ciri pelampau agama yang paling jelas dan terang sekali. Dia dilahirkan pada kurun yang ke-20 H. Kematiannya meninggalkan pengikut-pengikut yang taa'sub dan fanatik sehinggakan pengaruh pemikiran-pemikirannya yang berbahaya sudah meresap di dalam pelbagai organisasi di pelusuk dunia, khususnya di Negara Arab. Buku-buku karya peninggalan Syed Quthb adalah penulisan yang sangat bahaya, beracun, boleh merosakkan minda pemuda dan pemudi pada akhir zaman ini tambahan pula mereka yang masih lagi berjinak-jinak dalam mengenali Islam.
Di antara buku-bukunya yang memuatkan pemikiran-pemikiran yang melampau ini ialah buku yang berjudul "Fi Dzilal Al-Quran". Perkara yang amat mengecewakan Ahlus Sunnah Wal Jema'ah dan penulis sendiri apa yang berlaku di dunia Islam dan Nusantara kita ini, buku " Fi Dzilal Al-Quran" telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan disebarkan di kebanyakan negara terutamanya Mesir. Pengikut Syed Quthb atau Golongan Quthubiyah ini menjadikan buku " Fi Dzilal Al-Quran" sebagai perlembagaan agama mereka dan menjadikannya sebagai "brainwash' terhadap pengikut-pengikut baru supaya memberi sokongan kepada mereka dalam melakukan pemberontakan kepada mana-mana kerajaan yang tidak menyerahkan tampuk pemerintahan kepada mereka.
Perkara yang amat perlu diberi peringatan di sini dan wajib dititik-beratkan malah tidak boleh sekali-kali mengabaikannya oleh mana-mana individu Muslim yang menyayangi agamanya adalah nama kepada gerakan Golongan Quthubiyah [pengikut Syed Quthb] ini boleh bertukar-tukar mengikut tujuan dan kepentingan, nama kumpulan ini dibentuk dengan pelbagai jenama dan label bersesuaian dengan keadaan setempat, bahasa dan tabiat penduduk.
Kalau diperhatikan konsep wala' yang pernah dilaungkan-laungkan selama ini oleh golongan ini sebenarnya bukanlah sebagaimana konsep wala' yang kita fahami sebelum ini tetapi ia sebenarnya merupakan suatu usaha menanam ta'asub yang membabi buta ke dalam jiwa-jiwa pengikutnya dengan menyerahkan segala harta dan nyawa semata-mata demi memartabatkan pemikiran-pemikiran dan akidah-akidah sesat Syed Quthb. Dewasa ini, bukanlah menjadi suatu perkara yang aneh lagi apabila tersebarnya pemikiran pelampau agama ini yang bertitik-tolak daripada tersebarnya risalah-risalah, buku-buku, vcd di negara-negara seperti Mesir, Jaza-ir, Tunisia, sehingga tersebar di negara lain seperti lubnan, dan juga tanahair kita yang tercinta. Percetusan dan kacau bilau yang kian hari berlaku yang mana selain melibatkan pemikiran Wahhabiyah ianya juga adalah kesan daripada bukti dan hakikat sebenar ideologi Syed Quthb. Walaupun terdapat usaha-usaha licik sesetengah pihak yang ingin menutup hakikat sebenar gerakan ini tetapi apa yang berlaku dan menjadi realiti adalah angkara dari sikap ekstrem golongan Quthbiyah ini.
Perbincangan mengenai Syed Quthb yang merangkumi aqidahnya, pemikiran sesatnya, pendapat-pendapatnya yang pelik-pelik merupakan perbahasan yang panjang dan memerlukan kepada penyelesaian yang mendalam dan terperinci. Perbincangan ini juga akan membawa kita kepada perbahasan bagaimana kefasadan yang telah dilakukan oleh kuncu-kuncunya (pengikut-pengikutnya) ini dan bagaimana mereka mendokong segala pemikiran Syed Quthb yang kemudiannya membawa kepada pertumpahan darah yang berpanjangan dan tidak berkesudahan sehingga hari ini. Golongan Quthubiyah turun dalam masyarakat dengan membawa slogan "Perjuangan Islam", "Khilafah Islamiyah", "Negara Islam". Dari sini mereka menggambarkan Syed Quthb sebagai hero atau perwira di dalam misi-misi setiap gerakan dalam perjuangan. Mereka menjadikan Syed Quthb sebagai contoh ikutan dalam jihad dan perjuangan mereka dalam menentang mana-mana Kerajaan Islam, manakala sirahnya pula dijadikan pedoman dan sukatan sillibus usrah bagi kader-kader baru yang menceburi kumpulan mereka.
Walaubagaimanapun, melalui penulisan kali ini penulis ingin membawa anda kepada suatu pembongkaran dan pendedahan sebenar golongan ini secara eksklusif semata-mata bertujuan baik mencari keredhaan Allah dan rasul-Nya. Penulis bukanlah antara yang orang yang terbaik untuk mendedahkan kesesatan golongan Quthubiyah ini, dan tidak pula boleh berdiam diri membiarkan sahaja kefasadan dan kemungkaran terus bermaharajalela di sana sini tanpa melakukan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar. Oleh kerana tiada penulisan yang banyak dalam mendedahkan golongan ini khususnya penulisan berbahasa Malaysia, penulis mengambil peluang ini sebagai jihad di dalam Islam dan juga sebagai menyahut perintah Allah Ta'ala supaya dengan ini dapat membasmi pemikiran-pemikiran berbahaya yang menjadi kanser di dalam masyarakat Islam dewasa ini.
Mudahanah atau mendiamkan diri daripada menjelaskan kebenaran adalah suatu perkara yang amat keji dalam syara'.[4] Oleh itu, penulis menyeru kepada masyarakat Islam yang merasakan dirinya bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam ini supaya bersusaha keras menyampaikan mesej ini kepada keluarga sendiri, sahabat handai, jiran tetangga, orang kampung, masyarakat setempat di desa mahupun di kota dan seterusnya kepada pihak berkuasa. Ini adalah kerana diam daripada Al-AMR BIL MAARUF wa AN-NAHYU 'ANIL MUNGKAR adalah mainan dan bisikan Iblis di samping ianya menunjukkan kecintaan dan pergantungan kepada dunia lebih daripada Agamanya sendiri.
Bayi Kembar Perempuan Antara 46 Bayi Tahun Baru 2013 Dilahirkan Di Hospital Sekitar Ibu Kota
KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Bayi kembar perempuan adalah antara 46 kelahiran tahun baru 2013 yang dilaporkan di hospital kerajaan dan swasta sekitar ibu negara hari Selasa.
Zuriat petugas firma insurans Kartini Shaharuddin itu dilahirkan secara normal di Hospital Ampang di sini pada pukul 12.45 dan 12.50 pagi dengan masing-masing seberat 2.6 kg dan 2.4 kg.
Kartini, 32, ketika ditemui Bernama berkata beliau gembira melahirkan bayi kembarnya itu yang merupakan anak perempuan kedua dan ketiganya pada tahun baru biarpun tarikh kelahiran dijadualkan adalah semalam.
"Saya memang berharap untuk melahirkan bayi ini pada tahun baru walaupun doktor menyarankan supaya saya bersalin semalam tetapi bayi ini tetap hendak keluar lewat dari jangka masa yang ditetapkan dan saya syukur semuanya selamat," katanya.
Berbeza pula situasi bagi Mohd Fazli Mohd Fauzi, 32, yang menghadapi saat-saat cemas apabila isterinya Nor Fazila Mohd Sultan, 27, mengalami komplikasi ketika melahirkan bayi lelaki sulungnya hari ini.
Semenjak memenangi beberapa negeri dalam pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat semakin ghairah dan rakus berpolitik dalam usaha untuk mengulangi sejarah dengan merampas beberapa negeri lagi dalam pilihanraya yang akan datang. Saban hari PR berpolitik dengan sepenuh hati dan perasaan, menumpukan seluruh tenaga dan jiwa raga untuk memburukkan kerajaan BN serta manabur janji-janji manis. Tidak cukup dengan ceramah, mereka juga tidak jemu-jemu mencari peluang dan ruang untuk berdemonstrasi.
Sepanjang sepenggal, kesungguhan PR 'bekerja' terbukti dari jumlah demonstrasi yang diadakan oleh rangkaian NGO yang saling memperalatkan sesama sendiri untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu menjatuhkan kerajaan BN.
Antaranya, Bersih 2.0 pada Julai 2011, Bersih 3.0 28 April 2012, Himpunan Janji Demokrasi pada malam 31 Ogos 2012, beberapa siri Himpunan Hijau menentang Lynas, Himpunan Royalti Minyak Kelantan, Himpunan 901 membebaskan Anwar Ibrahim, siri jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat, siri Himpunan Oren Menentang Penyenaraian FGVH dan bermacam-macam himpunan lagi.
Melihat dari gaya politik yang menggila itu, kita jangkakan momentum politik PR akan bertambah rancak dan hebat di saat-saat akhir menjelang pilihanraya. Walaubagaimanapun, jangkaan kita ternyata silap.
Hanya beberapa bulan sebelum PRU-13, PR nampaknya sudah keletihan akibat berpolitik yang keterlaluan dan tanpa batasan. Himpunan-himpunan yang diadakan mereka semakin lesu, hambar, sehinggakan perhimpunan khas parti mereka juga sudah kehilangan taring, kalaupun tidak kehilangan arah. Contohnya, Konvensyen Kebangsaan DAP yang menyaksikan kehadiran yang merosot teruk serta Muktamar PAS yang anti-klimaks dengan doa K.O yang memakan diri.
Selain itu, Himpunan Oren yang terkini iaitu pada 28 Disember lalu juga dihadiri tidak sampai 1,000 orang berbanding sasaran 30,000 dan walaupun setelah terdapat arahan rasmi dari pihak PAS agar ahli-ahli mereka menyertainya.
Begitu juga dengan Himpunan Hijau merangkap mogok lapar pada 27 Disember – 30 Disember, yang menjanjikan acara kemuncak penyertaan sehingga 10,000 kereta dan motorsikal untuk berarak menuju ke kilang Lynas, hanya mampu menarik lebih kurang 50 orang iaitu satu jumlah yang amat memalukan.
Lebih-lebih lagi apabila para peserta mogok lapar yang sudah hilang semangat mengambil keputusan untuk makan tanpa bersembunyi-sembunyi lagi sehingga dapat dirakam dengan mudah oleh para wartawan.
Nampaknya, acara kemuncak yang dijanjikan menjadi satu kemuncak kebodohan ketara pihak Himpunan Hijau. Sedangkan, merekalah antara 'harapan' terakhir PR untuk meningkatkan momentum serangan dalam menuju PRU-13.
Umum sedia maklum bahawa Himpunan Oren didalangi secara langsung oleh PAS dan Himpunan Hijau pula berada di bawah telunjuk DAP, dengan PKR sebagai 'hiasan' di permukaan. Oleh itu, kedua-dua himpunan ini secara tidak langsung merupakan penanda aras untuk mengukur tahap sebenar sokongan rakyat terhadap PR.
Dengan sambutan yang begitu memalukan dalam kedua-dua himpunan tersebut, maka jelaslah bahawa PR sudah mula runtuh. Ia runtuh akibat didirikan atas tiang yang rapuh dan berdasarkan ukuran yang salah. Prinsip yang berlainan, matlamat yang berbeza serta campuran sikap bodoh, riak, rasis, ekstrem, liberal, dan juga kukubesi yang ada di dalam diri para pemimpin PR menyebabkan parti itu tidak pernah berdiri dalam keadaan tegap, yakin dan sempurna tetapi telah pun bergoyang dan terhoyong hayang sejak dari mula.
Masa sudah begitu suntuk untuk PR memperbaiki keadaan tiang yang senget dan binaan yang kian hancur. Kredibiliti para pemimpin dan parti mereka juga kini sedang mereput di depan mata rakyat. Segala laungan mereka sebelum ini konon menentang korupsi dan memperjuangkan kerajaan yang adil dan telus kini bagai meludah di muka sendiri.
Apa yang menyedihkan mengenai kehancuran PR ini ialah apabila negeri-negeri yang diperintah mereka juga turut mengalami kehancuran yang sama.
Bayangkan, dalam masa hanya sepenggal, mereka telah mampu menggondolkan hutan dan mengorek pasir sehingga menyebabkan pencemaran dan bencana, mampu menyusun perlaksanaan jangka panjang untuk meminggirkan kaum bumiputera, mampu menambah bilangan pusat hiburan dan maksiat sehingga tidak terkawal. Justeru, jika mereka terus memerintah untuk sepenggal saja lagi agak-agak kita, berapa batang balakkah yang tinggal di Kedah? Berapa kaki tanah sahaja yang tinggal untuk rakyat Kelantan? Berapa banyak lagi pusat maksiat di Selangor? Dan berapa orangkah Melayu yang boleh terus 'survive' di tengah-tengah bandaraya Pulau Pinang?
Rakyat wajar menyedari hakikat ini sebelum kita semua turut jatuh, hancur dan terkambus bersama-sama dengan PR bagaikan rakyat di negara Sodom dan Gomorrah. Kiriman Email...
PAS Kelantan sentiasa menuduh Kerajaan gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat. Ini sememangnya sifat semulajadi PAS yang sukar mengakui apa juga pembangunan yang dijalankan oleh Kerajaan Barisan Nasional, sebaliknya PAS lebih gemar mengungkit perkara yang sekecil hama untuk dijadikan modal politik. Agama Islam yang sentiasa menjadi senjata utama PAS sering dipropagandakan.
PAS dengan lantang mendakwa bahawa ia akan memperjuangkan pembangunan Islam namun apakah bukti yang PAS boleh tunjukkan yang ia telah mengotakan apa yang dijanjikan? PAS memerintah Kelantan selama 18 tahun antara 1959-1978 dan 13 tahun antara 1990 hingga hari ini. Kalau benar PAS telah berjaya menjadikan orang Kelantan lebih Islam, adakah ini bermakna rakyat Islam Malaysia di luar Kelantan kurang Islam di bawah Barisan Nasional?
Adakah imam dan ketakwaan orang Islam di luar Kelantan jatuh disebabkan tidak berada di bawah pemerintahan PAS? Adakah masjid dan surau di Kelantan hari ini penuh sesak dengan jemaah kalau dibandingkan dengan masjid di negeri-negeri lain?
Persoalan ini perlu dijawab oleh PAS bagi membuktikan PAS memperjuangkan Islam. Namun dalam memperjuangkan pembangunan untuk rakyat ternyata PAS tidak mampu bersuara bagi membuktikan hakikat ini. Segala pembangunan yang ada di negeri Kelantan pada hari ini adalah sebenarnya projek pembangunan yang dijalankan oleh UMNO.
Pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan PAS termasuklah :
1. Membina jalanraya besar seperti Lebuh Raya Kuala Krai – Gua Musang dan Jeli – Gerik supaya Kelantan lebih maju. Jangkamasa perjalanan dari KL ke Kelantan telah dikurangkan dari 12 jam semasa Kelantan di bawah Pas.
2. Memajukan kilang-kilang, industri-industri, bandar-bandar baru dan perkampungan moden agar rakyat Kelantan mendapat pekerjaan dan kesenangan hidup. Semasa di bawah pemerintahan PAS, kebanyakan anak-anak muda Kelantan berhijrah ke kota-kota besar untuk mencari nafkah kerana tiada kerja di negeri sendiri.
3. Menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam untuk mempergiatkan usaha-usaha untuk membangunkan ugama dan umat. Semasa PAS, pentadbiran Islam diletakkan di bawah pengendalian Bahagian Am Setiausaha Kerajaan Negeri dengan tenaga sokongan hanya seorang kerani.
4. Melaksanakan Enakmen Keluarga Islam pada 1 Januari 1984 untuk mengemaskini undang-undang nikah kahwin dan kekeluargaan serta menyelesaikan masalah-masalah mengenainya. Sebelum ini, perkara-perkara tersebut hanya diletakkan di bawah kuasa imam-imam sahaja.
5. Menubuhkan Yayasan Islam Kelantan pada 1 Mac 1983 untuk mempertingkatkan pengajian Bahasa Arab dan agama. Yayasan ini bertanggungjawab menyediakan kemudahan tempat belajar, bantuan kewangan dan tenaga pengajar yang terlatih.
6. Pada 9 Februari 1984, sebuah pengajian pondok moden telah dibuka di Pantai Kandis, Bacok dengan tujuan untuk menghidupkan sistem pondok PAS yang telah lama mati kerana tak terurus.
7. Pada 1984, Pusat Bahasa Arab ditubuhkan. Ianya untuk memperluaskan pelajaran bahasa. Pusat ini mempunyai asrama tiga tingkat dan 500 pelajar, perpustakaan lengkap, dewan syahrahan dan lain-lain.
8. Kompleks balai Islam didirikan di Jalan Lundang, Kota Bharu.
9. Mendirikan Hospital Universiti Kubang Krian, Akademi Islam Universiti Malaya, sekolah-sekolah asrama penuh dan sekolah-sekolah teknik.
Pembangunan ini adalah di antara yang diperkenalkan oleh UMNO kerana Kelantan ketika itu berada di dalam keadaan yang amat daif. PAS yang mengaku sebagai parti Islam tidak pernah melakukan apa-apa yang wajar untuk Islam. Bukan itu sahaja malah untuk memperkenalkan sistem pengajian pondok yang lebih teratur pun PAS harus menunggu Kerajaan Barisan Nasional untuk memperkenalkannya.
Tidak lama lagi masyarakat Kelantan sendiri akan sedar tentang PAS yang tidak mempunyai wawasan untuk mereka. Ini kerana PAS dan pemimpinnya hanya pandai berkata-kata seperti burung kakak tua yang sentiasa dipenjara akibat kebodohannya.
Setelah PAS mengambil alih urusan pentadbiran negeri Kelantan daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1990 sehinggalah sekarang tahun 2013, banyak kelemahan dan keburukan terlihat pada cara PAS mentadbir negeri itu!
PAS tidak mempunyai perancangan yang jelas dalam menyusun pentadbiran kerajaan negeri. Perlembagaan negeri Kelantan yang didakwa sekular tidak pernah dipinda untuk menjurus kepada pentadbiran Islam seperti yang dijanjikan dalam Pilihanraya 1990.
Mereka menjalankan pentadbiran mengikut selera dan keadaan yang sedia ada. Undang-undang hudud yang dijanjikan kepada rakyat Kelantan dalam Pilihanraya 1990 dibuat bagaikan melepas batuk ditangga, sama sekali tidak mencerminkan hudud Islam yang boleh menjamin keadilan kepada rakyat Islam dan bukan Islam. Undang-undang tersebut ditolak oleh Parlimen kerana bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. PAS secara sepontan menuduh kerajaan menentang hukum Islam (hudud).
Sebaik saja PAS berkuasa, ia bertindak memecat imam-imam masjid yang disyaki menyokong UMNO. Malah yang tidak terlibat dengan mana-mana parti politik tetapi mempunyai kelayakan yang baik, cuba disingkir oleh Pas untuk digantikan dengan imam lain. Akhirnya masyarakat bertelagah sesama sendiri, menyebabkan ada yang tidak mahu pergi ke masjid.
Wakil-wakil rakyat PAS langsung tidak berusaha mewujudkan projek-projek kecil untuk memberi kemudahan asas kepada rakyat. Segala kemudahan-kemudahan yang dinikmati oleh rakyat Kelantan sekarang ini, seperti jalan raya di kampung-kampung, elektrik, air dan sebagainya adalah peninggalan kerajaan BN yang memerintah sebelum 1990.
Usahkan kerajaan PAS hendak merancang projek-projek baru, masalah bekalan air yang dihadapi oleh rakyat Kelantan sampai hari ini belum dapat diselesaikan. Ini menyebabkan Kerajaan Pusat terpaksa meminjamkan wang sebanyak RM600 juta untuk menyelesaikannya. Namun hasilnya amat menyedihkan!
Segala bangunan-bangunan yang tersergam indah di Kota Bharu seperti Balai Islam, Masjid Negeri di Kubang Kerian dan Kota Darul Naim yang menjadi kebanggaan pemimpin PAS dan umat Islam di negeri itu adalah hasil usaha kerajaan BN yang memerintah sebelum 1990.
Projek-projek baru yang dapat mengubah keadaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS tidak ada yang dapat dibuktikan, melainkan papan-papan tanda yang bertulis kalimah-kalimah suci yang didirikan di tepi-tepi jalan. Ia didirikan untuk menunjukkan inilah negeri pemerintahan Islam, sedangkan pembentukkan sebagai sebuah negeri Islam kosong sama sekali, malah difahamkan beberapa buah sekolah agama telah ditutup oleh kerajaan PAS kerana mereka tidak mampu mengeluarkan bantuan.
Membuka kawasan pembalakan secara besar-besaran di Kelantan dengan memberi permit kepada orang-orang yang dekat (kroni) dengan pemimpin PAS. Adalah difahamkan PAS mempunyai peruntukan berjuta-juta ringgit dalam menghadapi pilihanraya akan datang hasil pendapatan daripada industri ini.
Semasa PAS memerintah Kelantan pada tahun-tahun 1960-an, kuasa-kuasa pembalakan dipajak kepada syarikat daripada Singapura. Akhirnya apabila kerajaan BN berkuasa pada tahun 1974, ia telah menebus kembali kawasan pembalakan yang berkenaan dengan kos yang mahal.
Pemimpin-pemimpin PAS telah memperalatkan Islam untuk kepentingan politik secara berlebih-lebihan, sedangkan dari segi amalan dan tindakannya jauh daripada kenyataan. Sebagai contoh dalam kes khalwat Mat Sabu, PAS sanggup bertindak mencari jalan untuk melepaskannya daripada dikenakan hukuman oleh mahkamah. Ada bukti-bukti yang kes itu satu kenyataan yang tidak dapat dielakkan, namun Nik Aziz sendiri sanggup menyatakan Mat Sabu diperangkap. Jika tidak Mat Sabu lah pemimpin pertama PAS yang bakal dikenakan hukuman HUDUD PAS Kelantan!
Wakil-wakil rakyat PAS didapati bersenang lenang, ke sana ke mari dengan kereta mewah dan gajinya yang besar, tetapi jarang sekali kelihatan mengunjungi rakyat di kampung-kampung kerana mereka takut rakyat meminta projek, sedangkan kerajaan negeri tidak mempunyai banyak projek untuk rakyat. Mereka pergi ke kampung-kampung hanya untuk memberi ceramah-ceramah supaya rakyat Kelantan taksub dengan fahaman PAS.
Pemimpin-pemimpin PAS tidak kurang mengadakan banyak lawatan ke luar negeri, bukan untuk menarik pelabur-pelabur ke Kelantan supaya rakyat mendapat lebih banyak peluang pekerjaan, tetapi untuk mendampingi para pelajar dan orang-orang tertentu supaya menyokong PAS. Tidak hairan jika ramai rakyat Kelantan terpaksa berhijrah keluar daripada negeri itu untuk mencari pekerjaan sewaktu pemerintahan PAS.
Inilah antara bukti-bukti kelemahan PAS semenjak memerintah negeri Kelantan dan kelemahan-kelemahan ini tidak dapat dinafikan. Yang peliknya rakyat Kelantan masih banyak yang menyokong PAS kerana mereka tidak sampai hati untuk menolak Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar dengan serban dan jubahnya, malah begitu lembut dan mesra pergaulan dengan rakyat. Sedangkan kebanyakkan pemimpin PAS yang lain itu hanya indah khabar dari rupa? Wallahuallam.
Belantan tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh Xian Ren di akhbar China Press. Akhbar tersebut menyiarkan sebuah artikel mengenai kerajaan Islam dan hukum hudud yang menjadi agenda PAS. Artikel terdapat di ruangan perbincangan rakyat bertajuk 'Hadi Awang bermimpi dan berkhayal' itu ditulis oleh penulis Xian Ren.
Menurut Xian Ren, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah lupa diri seketika apabila dengan lantang berkata jika pakatan pembangkang memerintah kerajaan pusat, PAS akan mengotakan janji melaksanakan konsep negara Islam termasuk melaksanakan hukum hudud.
Tulis Xian Ren lagi, jika PAS mahu kotakan konsep itu, syaratnya ialah kedudukan PAS mesti seperti UMNO dalam Barisan Nasional (BN). Iaitu memiliki kerusi yang banyak dan boleh memerintah sendiri.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP pula menjadi parti kecil dalam pakatan pembangkang yang peranannya seperti melayan PAS minum kopi dan semua keputusan terletak pada PAS. Barangkali mimpi dan khayalan PAS ini tidak sempat dilaksanakan kerana pakatan pembangkang sudah dijatuhkan oleh rakyat. Xian Ren menulis, sebelum pilihan raya 2008, PAS langsung tidak menyebut mengenai negara Islam.
Apa yang diuar-uarkan ialah perjuangan untuk kepentingan rakyat. Akhirnya PAS mendapat kemenangan besar yang tidak pernah dirasai selama 40 tahun mereka memerintah. Dalam pakatan pembangkang, prestasi undian PAS lebih baik daripada DAP. Tetapi bilangan kerusi Parlimen PAS tidak dapat menandingi DAP dan PKR.
Pada pilihan raya akan datang, PAS memerlukan kerusi yang lebih banyak atau melebihi DAP dan PKR untuk berkuasa penuh. Kaum Cina mengundi PAS pada pilihan raya umum 2008 kerana slogan perjuangan untuk rakyat parti itu.
Tanpa disangka-sangka selepas menang besar PAS sebaliknya tidak mengotakan janjinya. Perjuangan untuk kepentingan rakyat dan negara terus diketepikan dan kembali semula kepada isu negara Islam.
Bermain politik sehingga tidak tahu menjaga percakapan dan langsung tidak amanah. Adakah orang-orang Cina dapat menyokong PAS lagi pada masa depan? Impian PAS mahu menang lebih banyak kerusi di Parlimen pada pilihan raya akan datang sudah tentu tidak mungkin berlaku. Ini adalah kerana orang-orang Cina lebih rela sokong UMNO kerana PAS tidak mahu meninggalkan konsep dan pemikiran negara Islam mereka. Boleh dibayangkan jika pakatan pembangkang memerintah kerajaan pusat, peranan PAS sudah tentu hanya kecil.
''Sedangkan untuk mencabar UMNO hari ini pun PAS tidak layak, tetapi masih berangan-angan untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud? Bukankah itu orang-orang bodoh yang sedang bermimpi?," tulis Xian Rein. Sambung penulis itu lagi, walaupun PAS sudah lama berakar umbi di Kelantan, tetapi parti itu masih gagal melaksanakan hukum hudud.
Sebaliknya Hadi ketika ini pula masih lagi mahu bangunkan konsep negara Islam dan hukum hudud. Tidakkah ia hanya semata-mata mahu menyusahkan pakatan pembangkang? Perbuatan itu langsung tidak membantu dan menjadi perosak yang hanya membantu BN.
Tambah penulis itu, kesilapan Hadi ialah menganggap orang bukan Islam tidak tahu konsep negara Islam yang sebenar. Sebab itu orang bukan Islam dikatakan membantah konsep tersebut. Sebaliknya orang bukan Islam lebih memahami kesemua konsep-konsep negara Islam, sebab itu mereka tidak boleh menerima konsep itu.
Bagi Belantan pula HUDUD hanyalah senjata politik PAS sahaja! Sebenarnya agak sukar bagi orang-orang Melayu untuk membezakan antara UMNO dan PAS. Kalau PAS mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, UMNO juga boleh mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, demikian juga kalau PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam, UMNO juga mendakwa ianya memperjuangkan Islam, bahkan dalam Perlembagaan UMNO sendiri tertulis dengan jelas matlamat Islam dalam perjuangannya.
Oleh itu untuk menunjukkan yang PAS itu lebih Islam dari UMNO, maka PAS telah membangkitkan hukum hudud yang belum lagi dibangkitkan oleh UMNO dan menggunakan hukum itu sebagai isu politik, supaya dengan demikian penonjolan Islam yang ada pada PAS itu dapat menenggelamkan Islam yang ada pada UMNO.
Isu-isu lain seperti mengkafirkan UMNO, UMNO parti asabiah, UMNO mengasingkan agama daripada politik dan sebagainya dianggap sudah lapok sukar untuk dijadikan sebagai umpan untuk memancing undi. Justeru itu semasa kempen Pilihanraya Umum 1990, PAS telah membesar-besarkan isu hudud dan berjanji kepada rakyat, khasnya di Kelantan sekiranya parti itu berkuasa mereka akan melaksanakan hukum tersebut.
Dalam manifesto pilihan raya umum 1990, PAS berikrar akan melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan jika memerintah Negeri Kelantan. (Manifesto Pilihan Raya PAS bertajuk Program PAS Negeri Kelantan 1990)
"Hendak melaksanakan hukum hudud di negeri ini hanya boleh dibuat jika mendapat perhatian dan kerjasama daripada semua pihak." (Utusan Malaysia, 11 Februari 1998)
Setelah PAS berjaya memerintah Negeri Kelantan, maka janji yang dibuat oleh PAS untuk melaksanakan hukum hudud itu hanya tinggal janji, kerana sebelum itu tidak ada apa-apa persediaan yang dibuat bagi melaksanakan hukum tersebut. Tetapi apabila Pilihanraya Umum yang baru heboh diperkatakan yang ianya akan diadakan tidak lama lagi, maka mahu tak mahu janji itu harus diselesaikan walau dengan apa cara sekalipun. Kalau tidak ianya akan mengancam kedudukan parti yang membuat janji itu.
Justeru itu dalam tempoh yang singkat, secara tiba-tiba pada 24 dan 25hb November 1993, maka bergemalah suara-suara yang lantang dan bersemangat di Dewan Undangan Negeri Kelantan, menandakan lahirnya hukum Hudud untuk dilaksanakan di negeri itu.
Oleh kerana hudud itu sudah dan diluluskan berdasarkan kepentingan politik dan bukan berdasarkan kebenaran serta perancangan yang rapi dan menyeluruh, maka banyaklah kelemahan dan kelonggaran yang tidak mencerminkan Hudud Islam tetapi lebih mencerminkan Hudud PAS.
Antara kelemahan-kelemahan dan kelonggaran yang terdapat dalam Hudud PAS itu menurut mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, di mana hukum tersebut tidak dibuat melalui proses mengikut kehendak dan amalan dalam Islam, iaitu berdasarkan akidah feqah yang syaamil.
Kajiannya amat terhad tidak boleh ditafsirkan sebagai selari dengan kaedah feqah untuk mencapai muslihat ummah. Undang-undang itu juga hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja, sementara orang bukan Islam dikenakan mengikut Undang-undang Jenayah Biasa, perbezaan antara kedua-duanya amat ketara, tidak mencerminkan keadilan dalam apa jua sistem nilai dan agama. Justeru itu maka Hukum Hudud yang ditaja oleh PAS itu terpaksa ditolak dan dikaji semula.
Walaupun hukum itu ditolak, tetapi bagi pemimpin dan ahli-ahli PAS bukanlah merupakan masalah pokok yang perlu dikesali. Yang penting mereka dapat melepaskan diri daripada ikatan janjinya terhadap rakyat Kelantan.
Kalau tidak janji itu akan mengancam kedudukan mereka dalam pilihanraya yang akan datang, sekarang mereka telah terselamat dari ancaman itu bahkan mereka juga telah mendapat modal baru untuk memancing undi dan modal itu sekarang telahpun kedengaran di sana-sini terkeluar dari lidah-lidah PAS yang panas dan membakar, kononnya UMNO menentang Hukum Hudud, UMNO membuat tipu helah untuk melaksanakan hukum hudud, UMNO menggunakan ulamak ala Amerika untuk menolak Hukum Hudud dan bermacam-macam tuduhan lagi dibuat.
Walau apa pun diperkatakan, UMNO tetap berpegang kepada aqidah dan kepercayaan bahawa Hukum Hudud itu adalah Hukum Allah yang jelas termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah, ianya tidak boleh ditolak dan diingkari kebenaran dan kesempurnaannya.
Sesiapa yang menolak dan mengingkarinya boleh membawa kepada kekufuran dan kepada sesiapa yang menuduh orang lain menolak dan mengingkari Hukum Hudud itu seperti juga ia menuduh orang lain kafir, sekiranya tuduhan itu tidak benar maka tuduhan itu kembali kepada orang yang menuduh itu sendiri.
Ini berdasarkan Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Abu Zar dalam Kitab Sahih Imam Bukhari dan Sahih Imam Muslim yang bermaksud;
"Barangsiapa yang menuduh fasik dan kafir, terhadap seseorang yang lain, maka ia sendiri akan menjadi fasik atau kafir, jika tuduhan itu tidak benar".
Sehingga kini, walau apapun alasan, hakikatnya PAS belum tertunaikan janjinya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Berabad lamanya. Dulunya Kerajaan PAS membayar RM250,000 untuk membuat draf tapi tak boleh laksanakannya kerana belum memenuhi syarat minimum.
Kerajaan PAS tidak mempunyai kemampuan dan tenaga pakar perundangan yang mencukupi. Hakim Syarie yang ada sekarang pun tidak mampu menepati 15 syarat yang perlu sebelum boleh membicarakan kes-kes Hudud ala-PAS, bukan Hudud Allah.
PAS tak boleh pinda hukum hudud asal mengikut seleranya sendiri. Kerana tidak mampu, Nik Aziz mula menuduh orang lain, mula-mula dia tuduh Sultan Kelantan tidak tandatangan sebagai tanda persetujuan, kemudiannya diugut Perdana Menteri pula. Akhirnya menuduh pula Islam Melayu, UMNO. Apa dah jadi dengan Tok Guru ini yang hanya mencari "skapegoat" supaya tuduhan diletak keatas bahu orang lain bertujuan menyuci tangan yang penuh dengan najis.
Pendedahan oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) bahawa Sultan Kelantan telah menandatangani pindaan hukum hudud jelas menunjukkan bahawa PAS bukan sahaja berbohong malah apa yang tersirat sebenarnya ialah mereka hanya menjadikan "hudud" sebagai propaganda politik - agar PAS dilihat sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam.
Selain itu, "hudud" juga dijadikan umpan oleh PAS - umpan untuk pancing undi, umpan untuk mendapat kuasa lagi dan umpan supaya dengan kuasa itu, mereka boleh hidup mewah dan mengaut kekayaan negeri Kelantan.
"Sejarah hidup" PAS selama ini memang sering berdolak-dalik dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan Islam. Oleh sebab kononnya "baju" mereka adalah "baju Islam", maka hanya mereka sahaja yang layak untuk berkata tentang Islam - dan apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka semuanya adalah "fatwa" yang boleh dipercayai.
Sikap totok kepada perjuangan yang walaupun songsang ini, membuatkan sebilangan penyokong PAS ditipu bulat-bulat tanpa kompromi! Jika bukan kerana pendedahan Ku Li, mungkin ramai yang mempercayai dakwaan pemimpin PAS bahawa tidak adanya perkenan dari Sultan Kelantan adalah antara penyebab kenapa hudud masih belum terlaksana di Kelantan.
Apalagi iktibar yang boleh didapati dari pendedahan ini selain dari pembuktian bahawa PAS memang tidak bersedia dengan pelaksanaan hukum hudud! Ini semua hanyalah omongan dan nawaitu tidak ikhlas pemimpin PAS untuk menunjukkan kehebatan tidak bertempat kepada rakyat - setelah mabuk kuasa!
Tidak melaksanakan Hukum Hudud itu bukanlah bermakna menolak atau tidak mempercayai hukum tersebut, kerana soal perlaksanaan adalah berbeza dengan soal kewajipan mempercayainya. Mempercayainya tidak ada syarat, tetapi melaksanakan hukum itu perlu kepada banyak syarat.
UMNO tetap berpegang kepada prinsip perjuangannya dalam menegak dan mengembangkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya. Dan undang-undang Hudud itu sebahagian kecil dari undang-undang Jenayah Islam yang sangat luas.
Seperti apa yang telah dikatakan oleh Ustaz Abdul Hadi, " Hukum Hudud itu adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam". UMNO juga tidak akan mencemarkan Hukum Hudud yang lebih sempurna dan agung itu di mata orang-orang bukan Islam lantaran kepentingan politik, sedangkan kekuatan dan kemampuan untuk melaksanakannya belum lagi mengizinkan.
Wallahuallam.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bukan menjadi satu teka-teki lagi bahawa awal 2013 adalah jangkamasa yang bakal mencatit satu lagi sejarah di negara ini.Ibu segala pilihanraya akan berlangsung pada jangka waktu itu. Kini bahang PRU ke 13 sudah mula dirasakan. Kehangatannya telah bermula sejak dari hari-hari pertama keputusan PRU ke 12 diumumkan.
Tinjauan yang dibuat menunjukkan bahawa sehingga kehari ini sebahagian dari penganalisa politik masih belum berani membuat ramalan yang pasti berhubung dengan keputusan PRU ke 13 nanti. Kebanyakan mereka mengambil sikap yang lebih selamat mengatakan bahawa keputusan penuh mungkin boleh memihak kepada salah satu pesaing samada BN atau Pakatan Rakyat. Ramalan sedemikian sering disebut sebagai ramalan 50/50. Ada yang cuba membuat perjumlahan kerusi-kerusi kemenangan mengikut negeri kenegeri dan akhirnya membuat satu kesimpulan daripada perjumlahan itu untuk memberi gambaran di peringkat persekutuan blok politik mana yang akan mentadbir negara ini.
Sebahagian rakyat Malaysia menahan nafas dan berasa cemas akibat daripada kecenderungan sokongan kepada satu-satu blok politik yang bukan menjadi pilihan mereka. Ada yang terus relax sahaja kerana bagi mereka siapa pun yang berkuasa mereka akan berada di tahap itu juga. Terdapat golongan yang ketiga yang lebih dipengaruhi oleh isu-isu menjadikan mereka tidak membuat apa-apa ramalan sehingalah kepusingan yang terakhir. Bagi mereka isu akan menentukan siapa yang akan menjadi sabut dan siapa yang akan menjadi batu sesuai dengan pepatah "untung sabut timbul, untung batu tenggelam".
Terlalu banyak isu yang sedang dimainkan di dada akhbar, di kaca tv dan juga di laman sosial. Laman sosial melalui blog, Facebook, Twitter dan sebagainya begitu aktif membongkar isu-isu lama yang diberi nyawa baru dan isu-isu baru yang dihangat, dipanas dan menunggu masa untuk diledakkan.
Isu Hudud dan Negara Islam, mengkafirkan UMNO, Amanat Haji Hadi, balak di Kedah dan Kelantan, doa PAS, cara PAS menangani bantahan-bantahan DAP, dikatakan menjadi kuda tunggangan DAP, Nik Aziz dan Azizan terus bertanding dan Syiah dalam PAS adalah di antara isu yang secara langsung membabitkan PAS.
Isu LGBT, pluralisme dan liberalisme agama, masalah akhlak Anwar Ibrahim, Azmin dan isteri, kes mahkamah yang bertali arus, murtad dan aqidah serta Anwar sebagai PM adalah rentetan isu yang menghimpit dan menekan reputasi dan kredibiliti PKR.
Sementara isu anugerah 10,000 ekar tanah di Kelantan, kalimah Allah, cauvinisme dan rasisme dalam DAP, penyisihan masyarakat Melayu di Pulau Pinang, kronisme dalam DAP, 30 tuntutan DAP, Malaysia negara republikdan Malaysia negara sekular pula merupakan isu-isu yang dikaitkan dengan DAP.
Di pihak Barisan pula kebanyakan isu dihalakan kepada UMNO, parti yang menjadi tulang belakang kepada BN. Isu Altantunya, Scorpene, rasuah adalah di antara isu yang cuba dimainkan oleh musuh politik UMNO.
Di peringkat negeri pula masing-masing negeri mempunyai isu tersendiri. Di Selangor isu air, Langat 2, pengurusan sampah, PKNS, hutang Talam, kerugian UNISEL dan KUIS, janji-janji manifesto Pakatan yang tidak tertunai adalah di antara contoh isu-isu di peringkat negeri yang akan dilaungkan di pentas-pentas politik.
Seperti PRU-PRU sebelumnya, sekali lagi faktor isu dijangka tegak berdiri menjadi penentu kemenangan atau kekalahan di antara parti-parti yang bertanding. Pengkaji politik dengan andaia nmasing-masing meramalkan PAS dijangka menerima tamparan yang terhebat disebabkan isu yang dibangkitkan menyentuh langsung jiwa halus dan degup jantung keimanan, ketakwaan dan survival Bangsa Melayu serta Institusi Raja. Perkara-perkara ini sudah dipersetujui bersama dan termaktub dalam Perlembagaan.
PKR juga disebut sebagai parti yang akan menerima bahana akibat pegangan dan fahaman pimpinan tertinggi mereka yang dikatakan bercanggah sama sekali dengan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan masyarakat Islam di negara ini. Selain daripada itu persoalan moral di kalangan pimpinan tertinggi masih menuntut penjelasan disebabkan keengganan mereka bermubahalah.
UMNO juga dikatakan akan menerima akibat daripada berbagai isu yang kebanyakkannya diberi nafas baru oleh musuh-musuh politik mereka. UMNO sebagai parti komponen utama telah memerintah negara ini sejak 55 tahun yang lalu. Prestasi mereka berterusan dinilai dan diletakkan di teropong hama. Penganalisa politik membuat perbandingan dengan negara-negara lain yang mendapati tidak ada negara dalam dunia yang telah mengekalkan pemerintahan selama lebih 55 tahun mempunyai rekod yang tidak tercemar. Yang membezakan diantara mereka barangkali ialah darjah pencemaran itu.
Penganalisa politik sebahagiannya menamakan DAP sebagai parti yang akan memperolehi kejayaan besar. Perjuangan DAP seperti yang digembar gemburkan pimpinan tertinggi mereka dikatakan memenuhi cita rasa penyokong-penyokong mereka yang rata-ratanya terdiri daripada masyarakat bukan Islam. Bagi mereka inilah masa dan ketikanya untuk masyarakat bukan Islam meluaskan penguasaan bukan sahaja di bidang ekonomi dan perniagaan malah ketika ini mereka memberi perhatian istimewa kepada penguasaan politik.
Suasana ini menjadikan masyarakat Melayu Islam yang menjadi penduduk dan pengundi majoriti dinegara ini berasa sangat tidak selesa. Melihat kepada kebangkitan dan perpaduan kaum bukan Islam dan permainan dan pertembungan politik yang tidak sihat dikalangan parti-parti politik utama Melayu sehingga menimbulkan perpecahan umat menjadikan mereka rungsing dan risau dengan masa depan Islam dan nasib bangsa Melayu di tanahair sendiri.
Suasana ini juga telah menyebabkan penganalisa politik melihatakan berlakunya pertambahan yang mendadak terhadap jumlah pengundi atas pagar untuk PRU yang ke 13 nanti. Dalam keadaan ini masyarakat tercari-cari formula yang terbaik yang boleh menguntungkan Islam dan Melayu dan pada masa yang sama menghasilkan kestabilan politik dan keharmonian bermasyarakat dalam negara kita.
Sebab itulah juga kita melihat wujudnya satu fenomena di mana NGO-NGO yang berjuang untuk Islam dan Melayu telah mendapat sambutan yang begitu hebat dan luarbiasa. Sekiranya fenomena ini dijadikan sandaran, kita dapat menyimpulkan bahawa masyarakat amat mengharapkan satu kuasa ketiga dapat diwujudkan untuk menjadi kuasa penyatu dan pengimbang kepada kegawatan suasana politik Negara. Kuasa Ketiga inilah yang diharapkan dapat berperanan secara langsung dan tidak langsung untuk memastikan masa depan Islam dan nasib bangsa Melayu terus terpelihara selepas PRU ke 13 nanti. Yang pastinya PRU ke 13 akan menjadi medan ibadah dan jihad yang paling besar (akbar) untuk Umat Islam dan bangsa Melayu di Negara kita.
Tahun 2013 bakal tercatat dalam sejarah negara ini sebagai tahun yang penuh bersejarah. Berbagai ramalan boleh dibuat. Apa pun kita yakin kepada kewarasan dan pertimbangan 28 juta rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia terkenal di seluruh dunia sebagai manusia yang sopan dan bertatasusila. Sudah tentu mereka ingin melihat kesopanan dan kesusilaan terus terpancar dalam keadaan dan suasana apa pun. Sifat-sifat inilah diharapakan menjadi panduan dan landasan dalam PRU ke 13 yang bakal menentukan peneraju kepada Malaysia negara tercinta ini.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI Presiden JATI Malaysia 153B, JlnAminudinBaki TTDI, Kuala Lumpur. 31 Disember 2012
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ya, mereka sekali lagi cuba mengubah sejarah. Cuba mencabar imej kebangsaan. Cuba menukar identiti negara. Cubaan itu dibantu oleh penulisan berita daripada portal yang pro pembangkang untuk mengidentitikan bendera tersebut sebagai kononnnya bendera rakyat.
Tindakan yang sama sekali tidak patriotik dan jelas sekali berniat untuk hancurkan negara ini. Orang sebegini perlu disoal kembali nilai warganegara yang dinikmati mereka. Apa hukuman yang sepatutnya untuk mereka yang membuat onar sebegini di negara lain?
AIDCNews – 28/12/12 – Slogan kebebasan (freedom) merupakan senjata gerakan Islam Liberal di Malaysia dedah ahli panel dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk "Kebebasan Menurut Perspektif Islam" anjuran Masjid Al-Abrar dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Melaka, 15 Disember.
Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman salah seorang ahli panel yang juga AJK ISMA Pusat berkata prinsip kebebasan individu yang diperjuangkan menerusi hak asasi manusia akan mengikis perundangan untuk mengukuhkan kedaulatan Islam.
"Malaysia ini ada mahkamah syariah. Sesiapa berkhalwat kena tangkap. Kalau orang terima cara berfikir liberal, nak berzina, berkhalwat itu hak individu dia, antara pihak yang mula-mula terima akibatnya adalah pihak penguatkuasa (tangkapan) "Sebab..mana boleh tangkap dah,"katanya.
Menurutnya, fahaman liberalisme itu menjunjung konsep kebebasan tanpa sekatan agama, di mana seseorang itu bebas melakukan apa sahaja mengikut kehendak peribadinya tanpa dihalang oleh apa-apa institusi keagamaan dan kerajaan.
Seorang lagi ahli panel forum dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Ustaz Rahimin Bani berkata masyarakat khususnya golongan 'generasi Y' amat mudah tertarik dengan teori 'kebebasan' yang dilaungkan oleh golongan liberal ini.
Namun beliau menegaskan bahawa Islam bukan kongkongan tetapi peraturan yang membahagiakan, dan apa yang dilarang oleh agama adalah untuk manfaat manusia sendiri. Ideologi Kebebasan – Senjata Terakhir Anwar
Kelmarin tengahhari di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas ada seperkara yang menarik harus kita tahu.Menurut sumber Pisau.. Lim Guan Eng akan menaiki pesawat untuk ke Kuala Lumpur pada waktu itu.Sebaik saja turun dari kereta beliau disambut oleh Tan Sri Tan Kok Ping dan mereka terus masuk ke bilik VVIP mengadakan perbincangan sebelum Guan Eng berlepas ke Kuala Lumpur.
Apakah hubungan Guan Eng dan Tan Kok Ping hanya sekadar teman berbual? Adakah hubungan Guan Eng dengan Tan Kok Ping seperti Anwar dan Datuk Eskay?
Adakah hubungan Tan Kok Ping dengan Guan Eng seperti Nik Aziz dengan Ngeh dan Nga?
Tan Kok Ping berjaya membeli 57.3 ekar tanah Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk harga RM459 juta. Nilai kasar pembangunan tapak ini dianggarkan RM1.5 bilion. Ini semua atas persetujuan Lim Guan Eng.
Tan Kok Ping juga kuat melobi untuk mengambil alih Penang Port , sekarang anda tahu kenapa DAP begitu bersungguh sungguh menghentam Tan Sri Syed Mokhtar bukan?
Cerita Tan Kok Ping dan Guan Eng cukup banyak dan menjadi buah mulut kalangan komuniti perniagaan di Pulau Pinang...
Tan Kok Ping disebelah kanan Guan Eng.
Pisau kata " Ngeh dan Nga dah jadi jutawan tak sampai sepenggal jadi Adun beb..Kalau ketua menteri? "
Question: Do you accept Ngeh Koo Ham and Nga Kor Ming's explanation of the acquisition of the the company with a land deal with PAS Kelantan and what is your reaction to the allegations of political appeasement for the MB's post and corruption?
Acknowledgement and Appreciation for Quick Poll conducted by
Conclusions from Quick Polls:
Negative perception created by Ngeh and Nga's actions is bad for DAP
Kit Siang also faulted for targeting Ngeh and Nga for his political agenda at this critical time – also bad for the party
Ngeh and Nga now has become a liability for DAP and also Pakatan Rakyat as a whole
Selamat datang 2013 .... mungkin lebih banyak cerita mungkin macam biasa, atau mungkin luar biasa. Tahun ni tahun berperang pada dunia aku, dunia politik Malaysia yang makin mencabar. Apapun, restu emak dah aku dapat... perjuangan akan kuteruskan ...
Kerajaan Malaysia terlalu berlembut dengan "Ulama-ulama Politik" sebab itulah sejak sekian lama mereka berani mengeluarkan "Amanat" mengalahkan Fatwa Kebangsaan!
Kesan dan akibat dari Amanat Celanat ini tak perlulah ditaip di sini, semua pun dah tahu...Haji Hadi sedikit pun tidak 'terdetik' rasa bersalah atau berdosa. Mungkin dia rasa dia KEBAL dari dosa..
Taubat tidak ada dalam kamus dia...kalau ada pun orang UMNO je yang mesti bertaubat... Jabatan Agama Islam Negeri atau JAKIM pula lambat, lembab atau turut membisu tanpa apa-apa tindakan terhadap Hadi Awang jadi makin menjadi-jadilah bukan setakat Amanat, malah maki hamun dan kafir mengafir dari "Ustaz Ustazah Politik PAS"
Sekarang dia minta pula Air Time dari RTM dan dengarnya dibenarkan...dan dia minta pula satu jam...sebab memang dah biasa kalau bercakap tidak boleh berhenti......sudah nak ada noktah apa lagi jika bab mengkafir orang lain......
You are subscribed to email updates from melayuangkat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Melihat kepada susuk tubuh wanita yang terdapat didalam gambar yang diberikan kepada kami ianya persis milik seorang model jelita dan juga selebriti tanah air yang sangat dikenali iaitu Nasha Aziz.
Figura yang kini berusia lewat 41 tahun ini diketahui ramai sebagai seorang yang masih solo. Bererti tidak mempunyai kekasih hati mahupun suami. itu yang kami dengar kira kira pertengahan tahun 2012 sewaktu ditemui pada satu sidang media.
Tidak silap kami juga Nasha pada ketika itu mengakui hubunganya dengan seorang jejaka bernama Nur Iman Tang sudah menemui titik nohtahnya. Tapi Bagaimana pula pada ketika ini?
Menurut apa yang dimaklumkan kepada kami, gambar yang dilepaskan ini dirakamkan di Stadium Malawati S.Alam pada 31 Disember 2012 sempena Blackberry Music Mania bagi menyambut kedatangan tahun 2013.
Tidak pastilah pula jika lelaki didalam gambar yang lazat memeluk erat Nasha Aziz itu adalah kenalan rapat ataupun kekasihnya. Menurut apa yang disampaikan kepada kami lagi kemesraan mereka jelas dilihat sepanjang berada di dalam kawasan Stadium Malawati walaupun ada mata yang sesekali menjeling kearah tingkahlaku mereka, tapi masih tetap utuh berpelukan mesra.
Jika benar lelaki didalam gambar ini adalah teman yang istimewa buat Nasha Aziz suka kami ucapkan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Tapi jika wanita ini bukan Nasha Aziz maka Dukacita kami melaporkan kepada anda.
KUANTAN - Seorang remaja yang ditahan bersama pasangannya berhubung tuduhan berkhalwat bertindak nekad melarikan kenderaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam cubaan meloloskan diri daripada dikenakan tindakan awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, remaja terbabit bersama pasangannya dan dua individu yang turut ditahan atas kesalahan sama dipercayai berada dalam kenderaan sementara dibawa ke pejabat Jaip untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun remaja berusia 18 tahun itu bertindak menolak pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero sehingga terjatuh sebelum memecut kenderaan menghala ke Indera Mahkota dari di Jalan Wong Ah Jang.
Pegawai penguat kuasa Jaip berjaya mengejar kenderaan terbabit di satu kawasan di Indera Mahkota dan menahan satu pasangan dalam kenderaan itu.
Satu pasangan lagi termasuk lelaki yang melarikan kenderaan tersebut berjaya meloloskan diri.
Bagaimanapun mereka menyerah diri di pejabat Jaip.
Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuantan berhubung kejadian.
Dalam Operasi Cegah Maksiat sempena Tahun Baru 2013 itu, sebanyak 13 pasangan ditahan kerana disyaki berdua-duaan dalam bilik hotel bajet sekitar bandar Kuantan.
Semua yang ditahan berusia antara 18 hingga 30 tahun dibawa ke pejabat Jaip untuk disoal siasat mengikut Seksyen 145 (2) Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1984.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.
Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.
Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.
Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam dan kelihatan serabut, bak kata orang tua-tua langsung tak kelihatan nurnya.
Apapun harapnya laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012 dengan tajuk "Sebahagian besar pembelaan Nalla dikekalkan" tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah.
Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada 10 nama individu telah disenaraikan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam pembelaannya untuk berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Anwar berikutan dakwaan aktiviti biseksual.
10 nama yang disebut oleh Nalla itu yang dikaitkan melakukan aktiviti seks dengan Anwar terdiri daripada tiga orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan istimewa dengan Ketua Umum PKR.
Antaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid.
Kesemua 10 orang individu-individu yang namanya disebut itu tidak pun akan dipanggil saksi pembelaan bagi pihak Nalla apabila prosiding perbicaraan mahkamah bermula kelak, sebaliknya menjadi kewajipan Anwar untuk memanggil mereka sekiranya mahu membuktikan dakwaan Nalla adalah fitnah.
Tapi Anwar kekal sebagai Anwar, bijak membelit dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri. Berikutan penyenaraian 10 nama ini, Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla.
Maksudnya, Anwar tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Anwar bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti biseksual yang dilakukan olehnya.
Walhal, jika Anwar benar-benar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara normal atau luar tabie dengan mana-mana wanita dan lelaki seperti didakwa oleh Nalla, sepatutnya Anwar perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya.
Dengan keadaan sekarang yang mana semua 10 individu itu kekal dalam penyataan pembelaan Nalla, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir. Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk.
Percaturan Anwar sudah menemui kegagalannya, 10 orang individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya.
Nampaknya di saat tahun 2012 bakal melabuhkan tirai kalendarnya, DAP masih sempat untuk memberi tamparan hebat tepat ke muka PAS apabila Lim Guan Eng sekali lagi menegaskan bahawa kalimah "Allah" itu bukan hak eksklusif umat Islam di negara ini.
Setiusaha DAP itu dalam perutusan perayaan Krismas baru-baru ini sengaja "mencurah minyak" apabila mendesak kerajaan supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti mana diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.
Melalui kenyataan tersebut, maka sudah jelas mengenai dasar DAP yang sememangnya tidak menghormati sensitiviti umat Islam di Semenanjung Malaysia yang sememangnya tidak dapat menerima gesaan yang berbentuk provokatif tersebut.
Sebagai kerajaan yang sudah matang dengan permainan DAP itu, BN langsung tidak melayan kehendak pemimpin "chauvinis ultra kiasu" itu.
BN kekal dengan keputusan sedia ada dengan membenarkan penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible versi bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak sebagaimana yang biasa diamalkan pada 50 dulu memandangkan majoriti rakyat di sana adalah beragama Kristian.
Tapi, tiba-tiba saja puak-puak PAS yang kononnya "jaguh Islam" di negara ini tampil memberikan kenyataan yang bertentangan dengan "jelmaan Khalifah Umar Abdul Aziz PAS" itu!
Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hasan Tantawi merupakan di antara pemimpin PAS yang "termakan umpan" Guan Eng.
Bagaimanapun, mereka langsung tidak berani "menjentik" Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan hanya mampu menyuarakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan kehendak Guan Eng.
Begitulah PAS dan para pemimpinnya. Dengan Guan Eng pun mereka takut untuk bangkit menentang meskipun anak lelaki Lim Kit Siang itu begitu jelas cuba mencabar kemuliaan kalimah "Allah" yang selama ini dipertahankan oleh UMNO.
Selama ini, puak-puak DAP begitu kuat mendesak agar penggunaan kalimah "Allah" dibenar untuk diguna pakai di dalam Bible versi bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia, tapi UMNO mempertahankan kemuliaan nama "Allah" itu dengan baik melalui kuasa yang ada.
Ketika UMNO mempertahankan isu kalimah "Allah" itu, maka muncul pula pemimpin PAS seperti Khalid "Gereja" Samad yang begitu bersungguh-sungguh menyebelahi kehendak DAP dan Guan Eng itu.
Persoalannya, di mana Harun Taib, Tuan Ibrahim dan Nasruddin ketika itu? Mengapa tidak dipulas telinga dan dipecat saja kebiadapan Khalid Samad dalam tindakannya yang mencemar kemuliaan kalimah "Allah" itu?
Zulkifli Noordin yang ketika itu bersama PKR, sanggup dipecat Anwar Ibrahim yang menyokong kehendak DAP. Tapi PAS pula seperti "lembu dicucuk hidung" pula bila berdepan dengan isu berkenaan. Macam itukah sifat "pejuang Islam"?
Saya percaya, jika Pakatan Haram menjajah Putrajaya pada PRU ke-13 ini, sudah tentu mereka akan mencemar kemuliaan kalimah "Allah" dan melaksanakan kehendak DAP yang jelas bertentangan dengan perlembagaan serta sensitiviti umat Islam di Semenanjung.
Maklumlah, kalau Hudud dan perjuangan "Negara Islam" yang dilaungkan PAS selama berpuluh tahun pun diketepikan begitu saja, bayangkan pula kedudukan suara dan dasar PAS di dalam gabungan "pakatan syaitan" itu.
Saya yakin, nescaya PAS akan kekal sebagai "parti kasta bawahan" yang langsung tidak dipandang atau diberi muka oleh DAP manakala PKR pula akan terus menjadi "pak turut" kepada "adik parti PAP" di Singapura itu.
Justeru itu, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk memastikan kedaulatan Islam, kemuliaan Allah dan RasulNya di negara ini kalau bukan UMNO? UMNOlah yang selama ini mempertahankan Islam di Malaysia, tapi PAS tuduh pula UMNO "kafir"?
KUALA TERENGGANU - Sebuah kelab eksklusif diserbu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) kerana menganjurkan parti liar sempena sambutan tahun baru awal pagi tadi.
Pihak penganjur turut menyediakan minuman keras untuk para pengunjungnya.
Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata empat remaja perempuan Melayu berumur lingkungan 20-an turut ditahan kerana berpakaian tidak sopan di tempat awam.
Beliau berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai penganjuran parti itu melalui laman Facebook.
"Melalui risikan kami, pihak penganjur mengenakan caj RM50 seorang bagi menyertai parti berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Serbuan dilakukan oleh 80 anggota dan pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan polis. - Bernama
ALOR GAJAH - Berbekalkan wajah kacak dan sikap warak, bekas pelajar sebuah sekolah agama pondok tergamak merogol kenalan perempuan yang dikenali beberapa minggu lalu di laman sembang sosial.
Difahamkan, tindakan licik yang dilakukan di sebuah rumah teres, di sekitar Masjid Tanah, di sini kelmarin bagaimanapun terbongkar setelah mangsa, seorang remaja berusia 14 tahun bertindak mendedahkan kegiatan jijiknya itu kepada seorang kenalan.
Selepas pekungnya terdedah, kenalan mangsa berusaha mencari suspek yang berusia 18 tahun itu di sekitar pekan berkenaan sebelum suspek bersama mangsa ditemui kira-kira jam 10 malam.
Jurucakap polis, berkata, ketika ditemui suspek berpura-pura tidak tahu dan cuba memujuk mangsa supaya perlakuannya itu tidak terdedah sebelum mangsa menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.
"Bimbang kegiatannya terbongkar, suspek melarikan diri dengan melintas jalan raya namun gagal apabila suspek dikepung orang awam yang melihat kejadian itu," katanya.
Menurutnya, dalam keadaan dirinya terkepung, suspek yang juga anak seorang pensyarah sebuah kolej sempat berdalih mendakwa dia tidak melakukan aktiviti terkutuk itu dan berani bersumpah.
"Melihatkan mangsa juga berada di tempat berkenaan, suspek menyatakan sudah meniduri mangsa sebanyak lapan kali di sebuah hotel bajet di sekitar Melaka dan terbaru di sebuah rumah teres.
"Berikutan kenyataan suspek terbabit, orang awam yang kemudian membawa suspek terbabit masuk ke dalam kereta sebelum suspek diserahkan ke balai polis berdekatan," katanya.
Mangsa yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di sini, mendakwa, kira-kira jam 6 petang Jumaat lalu, suspek masuk ke dalam bilik dan memaksanya melakukan hubungan seks.
Menurutnya, kejadian berlaku di rumah seorang kenalannya di taman perumahan di sekitar Masjid Tanah, di sini.
"Saya cuba menghalangnya dengan memberi alasan takut perbuatannya itu nanti diketahui rakan saya namun suspek tetap berkeras dan terus perkosa saya," katanya.
Selepas kejadian itu, mangsa mendakwa, suspek tergesa-gesa keluar dan menghilangkan diri, disebabkan takut mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru mengenai kejadian.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan laporan dan penahanan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun berhubung kejadian berkenaan.
Menurutnya, suspek berjaya ditahan oleh orang awam dan diserahkan ke balai polis berdekatan sebelum suspek ditahan untuk sesi soal siasat mengenai dakwaan merogol seorang gadis bawah umur.
"Kes diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Keganasan Rumahtangga, Wanita dan kanak-kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk tindakan lanjut," katanya.
KOTA BHARU - Di sebalik isu Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu muncul dalam televisyen berhubung isu Amanat Haji Hadi, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata, beliau juga layak untuk bercakap menerusi media elektronik bagi memberi penjelasan tentang perjuangan Pas.
Bagi tujuan itu, beliau bersedia bila-bila masa bagi menerangkan perjuangan sebenar Pas yang menurut parti itu kini disalahertikan oleh pelbagai pihak.
"Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW wajib menyebarkan kebenaran kepada setiap umat di dunia tidak kira Islam atau sebaliknya, jadi sesungguhnya sebagai negara demokrasi kerajaan perlu memberi peluang kepada Pas untuk memberi penjelasan kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan hakisan ombak di Kampung Pulau Gorek, Badang di sini, pagi ini.
Baru-baru ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyatakan kesediaannya muncul dalam televisyen bagi menjawab apa jua soalan yang dikemukakan semasa sesi penjelasan isu Amanat Haji Hadi menerusi siaran langsung televisyen RTM dan TV3 yang dimintanya.
Namun dalam timbal balas yang diterima, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dalam kenyataan berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Abdul Hadi namun ia perlu dibuat secara rakaman dan bergantung terhadap pertimbangan RTM sama ada sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, dalam isu penyiaran terbabit, seharusnya sebagai kerajaan yang ditadbir oleh pemimpin beragama Islam, pihak terbabit perlu memberi peluang sama rata dan adil bagi menegakkan kebenaran.
"Saya menyokong penuh kewibawaan Hadi yang bersedia menjelaskan amanatnya di televisyen, namun ia perlu disiarkan secara langsung dan bukannya rakaman seperti kenyataan Rais.
"Susah apa jika disiarkan secara langsung, negeri kita demokrasi, harta benda kerajaan menjadi hak semua jika cukup umur. Dia (Hadi) merupakan lulusan universiti, pernah jadi wakil rakyat dan Menteri Besar Terengganu, jadi beliau mempunyai hak untuk bersuara," katanya.
Nik Aziz berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan apabila isu demikian gagal diselesaikan oleh bangsa Melayu-Islam sendiri sekali gus membantut usaha untuk berdakwa kepada bangsa lain.
"Perkara ini perlu difikirkan secara rasional dan sebagai negara demokrasi kita juga berhak bersuara, jangan jadi seperti negara diktator," katanya.
GEORGETOWN: Tindakan seorang isteri menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki warga Pakistan membawa padah apabila dia dirogol lelaki berkenaan di tangga sebuah premis pusat membeli belah di sini dalam kejadian Julai lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, mangsa berusia 25 tahun yang bekerja di tempat sama dengan suspek berusia 21 tahun itu, dirogol kekasih gelapnya itu selain gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek menggunakan telefon bimbit.
Mangsa yang mempunyai dua anak sebelum itu menjalin hubungan dengan lelaki berkenaan sejak Julai lalu sebelum dia mendakwa dirogol lelaki itu dalam bulan sama.
Jurucakap polis berkata, kecurangan isterinya disedari suaminya apabila mengesyaki berlaku perubahan ketara termasuk dingin ketika mereka melakukan hubungan seks.
Menurutnya, suaminya kemudian menyiasat sebelum isterinya mengaku dirogol teman lelakinya itu di tangga tempat kerja mereka, malah gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek.
Katanya, selepas perbuatan itu, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks beberapa kali, tetapi mangsa menolaknya.
"Selepas kejadian itu, mangsa dikatakan tidak lagi berjumpa dengan suspek sebelum hubungan cinta terlarang yang dijalinkan sejak beberapa bulan itu terbongkar dan diketahui suaminya.
"Berikutan itu, suami mangsa bertindak mencari suspek di tempat kerjanya. Suspek dikatakan dipukul sebelum ditahan dan diserahkan kepada polis kerana disyaki merogol mangsa," katanya.
Mangsa dan suaminya membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani, dekat sini Jumaat lalu.
Jurucakap polis berkata, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau tidak melebihi 20 tahun atau sebatan dan suspek juga turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan masih lagi dijalankan.
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak sikap sesetengah pihak yang cuba menghalang hasrat Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menjelaskan isu amanatnya menerusi televisyen.
Nik Aziz menyifatkan individu terbabit jahil dan dalam masa sama beliau menegaskan supaya Abdul Hadi diberi peluang menjelaskan perkara itu sebagaimana digembar-gemburkan kebelakangan ini.
Menurutnya, apabila Abdul Hadi meminta untuk kerajaan memberinya peluang bersiaran langsung selama satu jam dengan RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu Amanat Haji Hadi sepatutnya peluang itu diberikan.
"Bila Hadi nak minta satu jam sahaja nak cakap dalam televisyen mesti beri kepada dia... pertama kerana peraturan Islam. Berilah peluang kepada kami untuk terangkan kebenaran.
"Ini berbelit-belit dan asyik membidas sahaja. Umno ni mengarut. Kenapa orang Umno yang Islam tidak menerima Islam. Ini kerana orang Islam tolak Islam dan ambil kebangsaan. Menjadi perpecahan," katanya kepada media semalam.
Beliau berkata demikian berikutan terdapatnya individu tertentu yang mempertikaikan hasrat Abdul Hadi di samping kenyataan tokoh agama, Abdullah Sa'amah tidak bersetuju pemimpin Pas itu muncul di televisyen bagai menjelaskan amanat dibuatnya pada tahun 1981 itu.
Sebelum itu beliau menerima dokumen Deklarasi Rakyat 2013 Rakyat Tuntut Royalti yang diserahkan Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) Malaysia, Nazeri Deraman.
Sambil mempertahan hak Ahli Parlimen Marang itu, Nik Aziz juga meyakinkan semua pihak Abdul Hadi bukan seorang jahil dan sepatutnya beri laluan kepadanya jelaskan perkara sedang hangat diperkatakan.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bersetuju dengan cadangan Abdul Hadi menyatakan pendiriannya terhadap isu yang didakwa menyebabkan umat Islam di negara ini berpecah-belah, lagipun rakyat boleh nilai menerusi siaran langsung.
Sabtu lalu, Abdul Hadi meminta diberi peluang secara langsung untuk menjelaskan itu dan bersedia bila-bila masa sahaja menghadirinya.
Dalam pada itu, Nik Aziz bersetuju untuk menjadikan tahun 2013 sebagai tahun tuntutan royalti lebih serius seperti yang dicadangkan NGO R dan perkara itu akan dibincangkan menerusi mesyuarat exco terdekat nanti.
Nik Aziz berkata, sekiranya wujud undang-undang yang menunjukkan Kelantan tidak berhak mendapat hak tuntutan itu sepatutnya undang-undang berkenaan digantikan dengan akta baru.
BATU PAHAT: Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, sepasang kekasih yang hanya menunggu tidak sampai sebulan untuk diijabkabulkan ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, di sini, kelmarin.
Dalam operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan lingkungan 20-an itu pada mulanya berlagak seolah-olah sepasang suami isteri sebelum siasatan membongkar status sebenar hubungan mereka yang masih belum bernikah.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit enggan membuka pintu.
Menurutnya, selepas beberapa kali pintu diketuk, baru lah pasangan terbabit akhirnya membuka pintu berkenaan.
"Selepas pintu bilik dibuka, kami dapati pasangan berkenaan ketakutan selepas menyedari perlakuan sumbang mereka bakal diketahui.
"Kami dapati pasangan itu belum mempunyai ikatan sah dan tetap dikenakan tindakan kerana berada dalam bilik tertutup dan berdua-duaan sedangkan mereka bukan mahram," katanya.
Saiful Ariffin berkata, setiap ibu bapa perlu mengingatkan anak masing-masing batasan pergaulan walaupun mereka sudah bertunang dan menunggu masa untuk bernikah.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJSJ) 1997.
"Selagi belum ada ikatan, ibu bapa dan individu itu sendiri perlu menjaga batas pergaulan masing-masing," katanya.
PETALING JAYA: Seorang pelakon dan model wanita yang terkenal dengan pelbagai kontroversi, dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kerana didapati memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai, di sini, kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang, pelakon berusia 26 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur juga berusia 26 tahun, selepas didapati memiliki dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan.
Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.
"Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.
"Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis," katanya.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hari ini 01.01.2013, lebih 20 tahun pemerintahan Nik Aziz Nik Mat dan Kerajaan PAS di Kelantan. Kalau CTS sebagai Menteri Besar Kelantan, CTS merasa malu dengan keadaan jambatan yang daif yang dilalui oleh Rakyat Kelantan. Bukan setakat menyakitkan mata, malah boleh mengundang kehilangan nyawa. Ini bukan gambar "superimpose". Gambar-gambar ini diambil daripada Fanpage Facebook rasmi Menteri Besar Kelantan. Gambar-gambar ini diambil berdekatan Kampung Pulau Gorek, Pengkalan Chepa pada pagi tadi.
CTS tidak faham bagaimana orang boleh membuat komen berkenaan gambar berkenaan bahawa Tok Guru amat prihatin dengan Rakyat kerana sanggup meniiti jambatan usang ini. Bagi CTS, prihatin apakebenda. Kalau betul-betul prihatin dengan masalah Rakyat, sebuah jambatan yang lebih sempurna harus dibina atau jabatan di atas dibaik pulih. Bukan dibiarkan jambatan ini uzur dan buruk!
Kenapa Nik Aziz Nik Mat dan Kerajaan kelantan tidak baiki jambatan yang dah hampir runtuh ni. Inikah pembanguan yang dibawa PAS selama 23 tahun memerintah Kelantan. Kalau tanah 10,000 ekar boleh dipajakkan kepada Cina-Cina DAP di Perak,apalah sangat nilai untuk membina jambatan baru bagi mengantikan jambatan di atas?
Sejak 2008 berapa banyak duit balak masuk ke kantung Parti Pas. Jangan tersalah tafsir. Jika duit hasil balak masuk ke Kerajaan Kedah, itu tidak jadi masalah kerana pusing pi mai kot mana pun, kuahnya akan sampai jugak sikit sebanyak kepada rakyat.
Maksud Pakteh duit balak yang terus ke kantung Parti Pas untuk persediaan PRU13. Eh eh...mana ada, mungkin itu penafian Setpol MB, Tn Hj Sanusi Md Noor.
Mukadddimahnya untuk isu balak, Eh eh..bukanka masa PRK Sarawak dulu ada angkut duit balak pi ke sana?.
Eh eh...mana tau......erm.....seperti Deepak, Pakteh hanya dengar cerita.
You are subscribed to email updates from kata Pakteh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan