PAS Negeri Sembilan Posted: 13 Oct 2012 09:21 PM PDT Rayuan Sumbangan KAFA Taman Alamanda Posted: 13 Oct 2012 09:18 PM PDT Adalah dimaklumkan KAFA (Kelas Al Quran dan Fardu Ain) Taman Alamanda, Senawang mula beroperasi pada 8 Jan 2007. Dengan pengambilan pelajar setiap tahun KAFA Taman Alamanda memerlukan bantuan untuk mengganti beberapa peralatan kelas serta pejabat yang telah lama dan usang.
Antara peralatan yang diperlukan ialah : - 2 set komputer (baru atau terpakai yang masih elok) - 2 unit pencetak (printer) beserta dakwat - 20 rim kertas A4 - 40 batang white board marker - Peralatan pengajaran dan pembelajaran
Kepada mereka yang ingin menyumbang samada dalam bentuk kewangan atau peralatan sila hubungi Guru Besar KAFA Taman Alamanda, Ustazah Siti Nawani, Tel : 019-3465659 , 012-9433839.
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui cek atau deposit atas nama : KAFA TAMAN ALAMANDA , Akaun di Maybank (Senawang), No Akaun : 555126502286.
Sebarang bantuan daripada mereka yang sudi menyumbang adalah amat diharapkan dan dihargai.
Bahan sumbangan boleh juga dihantar terus ke :
KAFA Taman Alamanda No 3A/4A & 4B, Jalan Alamanda 1, Taman Alamanda, Senawang 70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
| |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 13 Oct 2012 09:18 PM PDT |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH Posted: 13 Oct 2012 07:14 PM PDT SOROS KAWANNYA SI BOROS Posted: 12 Oct 2012 11:53 PM PDT Seminggu dua ini PR dan NGO dihentam dengan pelbagai tuduhan kononnya Soros 'menyara' dan berkawan baik dengan kedua-dua entiti tersebut. Antara manusia yang kuat menghentam PR dan NGO ialah Mantan Menteri Perdana iaitu Mahathir sendiri. Tetapi tidak semena-mena rahsia Umno-Apco-BN terbongkar apabila Najib sendiri mengadakan pertemuan dengan jutawan spekulasi tersebut. Malaysiakini melaporkan bahawa Menteri Perdana, Najib Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu - di New York dua tahun lalu.Pertemuan tersebut - yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim - berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.Pertemuan Menteri Perdana dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.Najib, yang menjadi Menteri Perdana pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan 'gerakan global moderat' untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.Antara mereka yang mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Jamaluddin Jarjis.Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, telah dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan.Sejak beberapa minggu lalu, sekumpulan penulis blog prokerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia,mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros.Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamadturut sama menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia"."Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times.Dengan menyambungkan dua titik berbeza, beliau membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros."Ironinya, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Bank Negara Malaysia menceburkan diri dalam spekulasi mata wang yang berisiko tinggi - dan ia kerugian sejumlah RM5.7 bilion kepada orang-orang seperti Soros pada awal tahun 1990-an.Bulan lepas,Malaysiakinimendedahkan bahawa Dr Mahathir, meskipun bermusuh dengan Soros, telah menulis kepada jutawan itu memintanya menyokong projek Forum Keamanan Global untuk mengharamkan peperangan sebagai satu cara bagi menyelesaikan konflik manusia.Menurut majalah mingguan antarabangsa Economist, menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dilihat teramat penting, Umno dan media yang menyokong Umno menyerang mana-mana organisasi yang dianggap bersimpati kepada pembangkang."Semua cerita lama yang tidak berasas mengenai pelbagai kumpulan yang dikatakan dibayar oleh Zionis, Amerika atau George Soros, seorang pembiaya asing, telah dikeluarkan semula," katanya dalam satu artikel yang disiarkan awal minggu ini."Ia tidak jelas sama ada fitnah sumpama itu masih mendapat tempat di hati pengundi di Malaysia, terutamanya di kalangan umat Islam. Semua ini pastinya merupakan tanda-tanda terdesak." Ternyata bahawa Umno-APCO-BN lah yang sebenarnya berkawan baik dengan Jutawan Yahudi tersebut. Sebaliknya cuba menutupnya dengan menuduh bahawa Soros membiayai NGO yang dilihat mesra PR iaitu Suaram. Pelbagai pihak mendakwa bahawa Umno-APCO-BN mengaitkan Suram dengan Soros bagi menutup isu kapal selam yang ditangani oleh Suaram. Mereka cuba menggambarkan bahawa Suaram ialah sebuah NGO yang dibiayai oleh musuh negara. Malah mereka juga cuba mencari kesalahan Suaram dengan pelbagai kesalahan akta syarikat dan sebagainya. Rakyat mesti membuka mata tentang strategi Umno-APCO-BN ini. Yang sebenarnya SOROS berkawan dengan SI BOROS ...............Mana mungkin Soros hendak berkawan dengan PR. Sudah tentu sedaranya sama hujung namanya ROS jadi kawan setianya .........
sumber : http://mutaligat.blogspot.com | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 13 Oct 2012 04:00 PM PDT UMNO TAMBAH DERITA DEK RM40 JUTA ! Posted: 13 Oct 2012 12:37 AM PDT Siapa penyumbang RM40 juta untuk Umno Sabah KUALA LUMPUR: Jika wang RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul, mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut mendedahkan siapa penyumbangnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Ketika ditanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi, Najib mengelak dari mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta itu.
Bagi Mahfuz, antara persoalan utama berhubung sumbangan RM40 juta itu bukan sahaja siapa penyumbangnya tetapi mengapa ia disumbangkan.
"Tidak ada siapa percaya si penyumbang memberikan sumbangan kepada parti pemerintah dengan percuma begitu sahaja.
"Kalau penyumbangnya orang berniaga, semua tindakan perniagaan dibuat berdasarkan untung dan rugi sebab ia bukan badan kebajikan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil mempersoalkan keuntungan apa yang diharapkan oleh si peniaga tersebut dalam memberiikan sumbangan sebesar itu.
Sebab itulah, kata Mahfuz, isu utama berhubung sumbangan RM40 juta itu ialah kedudukan pihak yang menerima sumbangan dan pihak yang memberikan sumbangan.
"Yang menerima sumbangan ialah parti pemerintah dan tidak ada siapa pun yang percaya ia diberikan tanpa sebarang kepentingan," kata beliau.
Apa yang berlaku itu juga membuktikan penguatkuasaaan undang-undang di negara ini dibuat secara double standard dan berpilih-pilih, kata Mahfuz.
"Kalau pihak yang kerajaan Umno BN tidak suka, sudah pasti dibongkar dan diburu habis-habisan seperti yang berlaku kepada Suaram sekarang.
"Umno bukan sahaja terima wang dari luar negara malah RM40 juta itu diseludup, tetapi menteri kata dalam Parlimen kononnya tidak ada unsur rasuah," katanya.
Dalam jawapannya kepada soalan Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, "tidak ada unsur rasuah dibuktikan" di dalam kes itu.
Mahfuz juga mengecam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menimbulkan kecurigaan besar berhubung siasatannya terhadap penyeludupan wang RM40 juta itu.
Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta.
Bagaimanapun, SPRM membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia.Hrkh http://malaysiaberih.blogspot.com/2012/10/siapa-penyumbang-rm40-juta-untuk-umno.html | |
Jasindaily Online Posted: 13 Oct 2012 09:32 AM PDT Kembara Ekspresi Anak Muda Menuju Perubahan Posted: 13 Oct 2012 07:41 AM PDT
Program Kembara Ekspresi Anak Muda Menuju Perubahan ini merupakan salah satu daripada kesinambungan program permotoran dan kebajikan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun Kawasan Kawasan Negeri Melaka. Antara pengisian program yang dianjurkan ialah konvoi bermotor, Hit'n' Run dan program mengedarkan risalah. Konvoi akan bermula dari jam 8.00 pagi di Merlimau dan berakhir di Markas PAS Pantai Kundur. Kepada anak muda yang ingin menyertai bolehlah terus ke lokasi yang dimaklumkan.
| Ceramah Yang Memanaskan dan Merimaskan UMNO Melaka Posted: 13 Oct 2012 07:36 AM PDT
Mahu Dengar Isu Panas yang dilontarkan oleh para pemidato hebat ? Anda dijemput untuk sama -sama memeriahkan lagi Majlis Ceramah Isu Semasa yang akan diadakan pada Ketetapan diatas. | Apa Macam Kawan ? Posted: 13 Oct 2012 07:27 AM PDT
Bila Bukan Islam Semakin Membuka Mata Mereka Mula Mendekati Perjuangan Islam
Yang Islam Pula Mula Menjauhi perjuangan Islam dan Menghina s erta Mencaci Maki Perjuangan Islam Tunggulah Janji Allah
Kemenangan Akan Datang Milik Pejuang Islam | Musa- Rahim : Mana Satu Yang Akan Masuk PAS ? Posted: 13 Oct 2012 07:14 AM PDT Jumaat lepas semasa makan tengah hari bersama seorang tokoh politik dia membisikkan kepada saya; "Sayuti ini cerita menggemparkan!" katanya tidak menghabiskan kata-kata menyebabkan saya sedikit terkejut dan terganggu untuk menyenduk su p tulang ke dalam pinggan. "Apa dia?" tanya saya meletak semula sudu ke dalam mangkuk sup.Dia menjeling kepada tetamu lain yang duduk sebaris dengan kami. Saya sengaja dia panggil duduk berdepanan dengannya bagi mudah untuk berbicara. "Ini masih belum diketahui sesiapa lagi, tetapi saya mendapat maklumat dari seseorang yang boleh dipercayai," katanya.Pada masa itu juga tokoh politik itu menceritakan mengenai perihal Datuk Paduka Raja Terengganu yang akan mengumumkan menyertai Pas. Perkara itu sudah pun berlaku beberapa hari lepas.
Kalau merujuk kepada maklumat mengenai Datuk Paduka Raja itu, maklumat mengenai bekas Ketua Polis itu juga ada kebenarannya.Tokoh itu lantas membisikkan kepada saya. "*********"... katanya perlahan. Tetamu lain tidak mendengarnya dan ada yang menjeling anak mata cemburu kepada perbualan saya dengan tokoh berkenaan yang agak eksklusif.Saya mengangguk-angguk kecil sambil memamah nasi dalam mulut. Ketika itu juga terbayang dalam mata akan wajah bekas ketua polis berkenaan. Entah kenapa segera itu juga saya digodam bimbang sekiranya benar bekas ketua polis yang satu ini benar akan menyertai Pas.Entah kenapa juga saya rasa ini perkembangan cukup membimbangkan. Tidak seperti biasa kalau ada mana-mana tokoh baik dari Umno maupun pegawai kerajaan ingin menyertai Pas, saya merasa lega dan ia dianggap memberi suntikan semangat kepada Pas. Tetapi yang ini agak berlainan sedikit, hati saya rasa kurang selesa. Selepas mendapat berita itu saya terus cuba merisik apakah pihak Pas sudah mendapat tahu akan hal ini.
Apakah ianya sudah sampai ke peringkat dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Harian Pas, ataupun ia hanya diketahui orang-orang tertentu sahaja. Adalah malang sekali kalau penerimaan atau pun rancangan hendak membawa masuk bekas ketua polis ini tidak dibincang selumatnya dalam Dewan Harian Pas. Perkara besar begini elok dibincang secara menghalusi di dalam Pas dan tengok baik dan buruknya serta kaji apakah tujuan dan maksudnya. Saya bimbang kalau rancangan itu tadi diterima secara mudah ia akan menyusahkan Pas. Seseorang yang menganggotai pasukan polis sudah dilatih dengan berbagai ilmu dan juga taktik.
Mereka diajar ilmu bagaimana hendak memecahkan sesuatu kumpulan atau pun melagakan di antara dua pihak agak bergaduh sesama sendiri. Natijahnya mahu melihat puak atau oragnisasi itu runtuh dan punah.Dalam hal ini saya bukan prejudis atau busuk hati kalau niat kemasukan itu baik. Tetapi kalau ia adalah agenda dan nawaitu buruk, biarlah rancangan ini gagal. Kalaupun Pas ingin mendapatkan bekas ketua polis itu biarlah selepas selesai pilihan raya. Dan kalau beliau ikhlas dia benar-benar ikhlas untuk sertai Pas biarlah selepas pilihan raya./addin | Bila Islam Jadi Mainan .. Gini lah Jadinya Posted: 13 Oct 2012 07:08 AM PDT Lokasi : Kuantan Mall, Kuantan Pahang
| Jangan Tertipu Dengan Syaitan Yang Dikenali Kali Kedua Posted: 12 Oct 2012 08:32 PM PDT ABDUL HADI AWANG 12 Oktober 2012
PARA ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير - (ج 1 / ص 258 ).
(Sesungguhnya aku pernah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud'aan satu persefahaman, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya).
Peristiwa bersejarah ini berlaku dimasa jahiliyah, ketika Rasulullah S.A.W. belum dilantik menjadi Rasul dalam usia dua puluhan. Apabila bapa-bapa saudara baginda membawanya menyertai pertemuan khusus di kalangan pemimpin utama Makkah. Rasulullah S.A.W. diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia. Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Makkah daripada Qabilah Zubaid Yaman yang berniaga, dizalimi oleh seorang bangsawan Makkah bernama Al 'Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan kenalannya kerana kedudukan bangsawanan si zalim itu. Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Makkah dan keamanannya sudah tidak ada lagi. Apabila seruannya didengari oleh para pemimpin Makkah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar.
Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud'aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half Al Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi. Rasulullah S.A.W. bersabda tersebut diatas dengan huraiannya: (Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya). Rasulullah S.A.W. juga bersabda secara umum: الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها .(ابن ماجه). (Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya).
Di atas konsep inilah maka Rasulullah S.A.W. menerima persefahaman tersebut walaupun mereka itu daripada kalangan pemimpin jahiliyah. Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliyah dan kalangan yang berperikemanusiaan daripada berbagai bangsa bukan Islam seperti melayan utusan daripada negara luar termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam. Rasulullah S.A.W. juga menyatakan sempadan dengan sabdanya: المسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا وأحل حراما (البخاري وغيره). (Orang-orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab diatas segala syarat yang mereka tetapkan, malainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram).
Pas adalah parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Maka Pas tidak boleh disamakan dengan Umno. Begitu juga hubangan Pas dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan di antara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada al- Quran dan Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias. Hubungan Pas dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan tahaluf yang berpandukan nas tersebut di atas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep tahaluf siyasi yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam. Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara yang dialami oleh seluruh rakyat seperti amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah.
Umno yang mewakili Melayu Islam dalam Barisan Nasional mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak mebezakan diantara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam. Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melempah ruah. Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama Pas Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama Umno, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat gatal.
Cukuplah menegakkan Islam ala Umno yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara hantu yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya. Melayu yang perkasa bersama Umno, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu dan mewarisi kemerdekaan yang diletak diatas dulang emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga. Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walau pun disembunyikan dibawah tikar yang hina.
Pas ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. Pas tetap Istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia. Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat ALLAH kepada seluruh alam. Pas boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh mengikut batas-batas ALLAH. Pas pernah bersama Umno di tahun 70-an dan menubuhkan Barisan Nasional bersama Umno dan rakan-rakannya. Penyertaannya dengan keputusan Muktamar Khas supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama Umno, Pas memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk ahli Parlimennya yang berjoget dan minum arak bersama Umno.
Kemudian Pas dihalau keluar daripada Barisan Nasional tahun 1978 dan selepas itu kerajaan Pas Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh Umno dan rakan-rakannya melalui sidang khas Parlimen dan pilihan raya khas selepas itu. Lalu Pas bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. Pas adalah tersendiri, tidak sama dengan Umno. Maka Pas tidak perlu berkiblat ke arah Umno dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya Pas tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi Pas memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama. Pas pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada Umno. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP. Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan Pas, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat.
Akhirnya Pas mengadakan tahaluf siyasi bersama PKR yang juga berpecah daripada Umno. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP. Pas mengucapkan terima kasih kepada Umno dan media yang menjadi khadamnya kerana sangat bersimpati terhadap Pas kerana kononnya bimbang Pas akan menjadi parti melukut di tepi gantang. Percayalah orang Melayu Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama- sama dengan Pas selagi Pas tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama Umno sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang dan lain-lain. Kaum lain di kalangan bukan Islam pula jangan takut bersama Pas kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam Umno atau bersekongkol bersama Umno. Di sepanjang kerjasama Pas dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walaupun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjasama PAasdalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah Pas ditendang keluar.
Pengaruh Pas dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran Pas dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya. Kerjasama Pas bersama Angkatan perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) tahun 90-an berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama Pas dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim. Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan Pas memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin PKR dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walaupun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah sinario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini. Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam.
Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan. Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan Umno berjuang menegakkan hukum hudud laksana ayam jantan kukuk berderai pada hal ekornya bergelimang tahi sejak lebih 50 tahun. Sebenarnya Umnolah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa diperingkat negeri dan pusat. Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting juga ialah ijtihad dengan Istiqamah ditengah medan perjuangan. Pas mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya. Negeri Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama diperintah oleh Pas sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990 sehingga kini adalah penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan dan ekonomi.
Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran Pas dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik menjadi sasaran Umno bagi melemah dan menjatuhkannya diatas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisme. Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang di bawah Gerakan sebelum BN dan Sabah dibawah PBS. Inilah hakikat Umno dengan Melayu dan Islam anutannya. Kepada semua pihak yang bersimpati dengan Pas, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada Umno parti Maha Esa.
Kepada ahli dan penyokong Pas saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam Pas, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. Pas tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada ALLAH. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri. Pesanan Rasulullah S.A.W. "sesiapa yang memencilkan diri daripada jamaah akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya."
Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas | Konvensyen PAS Negeri Melaka Posted: 12 Oct 2012 08:19 PM PDT Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada ketika ini sedang berlangsungnya Konvensyen PAS Negeri Melaka bertempat di Ayer Keroh Melaka. Konvenyen yang disertai oleh Pimpinan PAS Negeri Melaka berserta Saf kepimpinan PAS Kawasan -Kawasan Negeri Melaka. Konvensyen ini telah selamat dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Tuan Haji Salahuddin Ayub
Ucapan Aluan daripada Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari
Ucapan Perasmian Oleh Naib Presiden PAS , Haji Salahuddin Ayub
Wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS Melaka turut menyampaikan ucapan
| |
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM Posted: 13 Oct 2012 09:23 AM PDT Warga estet dakwa kehidupan terpinggir Posted: 13 Oct 2012 07:45 AM PDT KUALA LIPIS: "55 tahun merdeka nasib warga estet tidak terbela, janji BN gagal ditepati", demikian bunyi ayat yang terpampang pada banner semasa menyambut kedatangan konvoi 'PAS Cakna ke kawasan Parlimen Lipis' di Ladang Benta dekat sini baru-baru ini.
Rombongan PAS Pahang itu hadir bagi mendengar sendiri keluhan masyarakat berketurunan India pekerja estet yang mendakwa tiada pihak yang menitikberatkan kebajikan mereka selama ini.
Seorang penduduk, R Krishnan, 62 menceritakan, majoriti warga estet khususnya buruh ladang masih tercicir daripada menikmati peluang kehidupan lebih baik dan selesa berbanding pekerja sektor lain.
"Kami menyumbangkan tenaga untuk kemajuan ladang dan ekonomi negara. Namun peluang kami untuk memiliki rumah sendiri masih samar-samar begitu juga dengan pendidikan lebih terjamin," katanya.
Jelasnya, banyak kali pihak kerajaan turun berjanji untuk membela nasib mereka yang mencurahkan bakti kepada pendapatan pertanian negara sepanjang hayat, namun semuanya sekadar tinggal janji.
Estet Benta dikatakan antara ladang getah terawal di negeri Pahang yang dibuka oleh saudagar Inggeris manakala pekerja-pekerjanya dibawa dari India oleh penjajah Inggeris ketika itu.
Menurut penduduk, setelah ratusan tahun berlalu dan 55 tahun merdeka, tidak banyak perubahan yang diperolehi penduduk manakala anak-anak yang berjaya menghuni di luar.
Seorang lagi penduduk, M Rajma, 55, berkata kebanyakan penduduk masih mendiami rumah bersaiz kecil dan tidak selesa yang disediakan oleh pengurusan estet.
Lebih menyedihkan katanya, mereka terpaksa mencari rumah lain jika ketua keluarga berhenti daripada menjadi pekerja ladang.
"Kami menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaan institusi kewangan untuk membeli rumah sendiri kerana ketiadaan jaminan daripada majikan. Kami juga tiada apa-apa boleh dicagarkan.
"Kami sukar untuk menyertai mana-mana skim perumahan mampu milik tajaan kerajaan walaupun keluhan kami sudah disuarakan sejak sekian lama," katanya.
Tambahnya, kerajaan mencanangkan kemajuan rakyat di serata negara namun nasib kami yang berada di negeri Perdana Menteri sendiri jauh terpinggir daripada arus kemajuan.
Sementara itu Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengetuia konvoi berkenaan, turut menerima memorandum (gambar di atas) berhubung nasib warga estet yang memerlukan pembelaan dan perumahan lebih baik itu.
Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, Pakatan Rakyat (PR) mengambil serius mengenai aduan berhubung nasib pekerja ladang swasta itu yang seolah-olah tidak pernah dibela.
"Sekiranya PR berjaya mengambil alih kerajaan pada pilihan raya umum ke- 13 akan datang, kita akan menyediakan perancangan khusus bagi membela nasib mereka," ujarnya. Via - HarakahDaily | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 13 Oct 2012 07:58 AM PDT |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 13 Oct 2012 01:50 AM PDT Lelaki bakar diri untuk tuntut pampasan di Albania Posted: 12 Oct 2012 01:33 AM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] - TIRANA, Albania - Seorang lelaki yang pernah dipenjarakan ketika era pemerintahan komunis, Lirjak Beko membakar tubuhnya di sini pada Isnin lalu.
Beko, 47, mencurahkan minyak petrol ke arah seluar, baju dan tubuhnya sebelum dia menyalakan api. Beberapa anggota polis dan rakannya kemudian berusaha memadamkan api pada tubuhnya dengan menggunakan sehelai selimut.
Menurut doktor, muka, kaki dan tangannya melecur dan dia berada dalam keadaan kritikal. Beko melakukan perbuatan itu bagi menuntut pampasan daripada pemerintah selepas dia dipenjarakan pada era pemerintahan komunis.
Albania diperintah komunis dari 1940 hingga 1990. Sebelum ini seorang lagi tahanan politik, Gjergj Ndreca turut membakar dirinya bagi menuntut pampasan itu.
- Agensi
| |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 13 Oct 2012 01:25 AM PDT Anda Nilai Sendiri Pendirian Ulamak UMNO Posted: 13 Oct 2012 12:23 AM PDT | UMNO Juga Terima Dana Asing Posted: 12 Oct 2012 11:48 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah “sumbangan politik” (political donation) untuk Umno. Bagaimanapun, presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang tersebut kepada Umno apabila ditanya pemberita. “Ia adalah untuk sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi [...] | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 12 Oct 2012 09:27 PM PDT PAS to show proof of SB’s racial campaign Posted: 12 Oct 2012 02:34 AM PDT October 12, 2012
The Negeri Sembilan assembly is told that security briefings are used to vilify Pakatan Rakyat.
SEREMBAN: PAS is compiling evidence to prove that the police Special Branch has been campaigning for Barisan Nasional and using racial and religious issues to instil fear of Pakatan Rakyat's victory in the coming election.
The party's Negeri Sembilan chief, Mohd Taufek Abdul Ghani, disclosed this at the state assembly session earlier this week.
Taufek, who is the state assemblyman for Paroi, alleged that Special Branch officers would raise the spectre of hudud when addressing non-Muslim audiences at so-called security briefings, saying Pakatan would implement it if it were to come to power.
When addressing Malay audiences, they would say Pakatan was determined to rob the Malays of their special privileges, he added.
He told the assembly that he would lodge a police report after enough evidence had been compiled "because playing with racial and religious sentiments is very dangerous."
The state assembly sitting lasted only a day although it was scheduled for two.
Motions rejected
Pakatan assemblymen were outvoted when they tried to table two emergency motions for debate.
In the first motion, Loke Siew Fook (DAP-Lobak) sought to refer Sri Menanti state assemblymen Abdul Samad Ibrahim (BN) to the Special Privileges Committee for alleged misuse of a shotgun.
The second emergency motion, tabled by Chai Tong Chai (PKR-Chuah), sought to debate complaints by residents of Chuah, Lukut and Bukit Pelandok that they had, for the past two months, been getting dirty and foul-smelling water from their pipes.
The assembly's standing orders stipulate that half of the assemblymen present must vote for an emergency motion before it can be put to debate. In both cases, 15 assemblymen voted aye and 19 voted nay.
At a press conference after the assembly session, Loke said the defeat of the motions showed that BN representatives did not care about issues of public concern.
"The BN state assemblymen are using the standing orders to protect their leaders," he said.
During the session, Zainal Abidin Ahmad (BN-Sungai Lui) alleged that a Pahang-based NGO was misleading his Orang Asli constituents by alleging that the state had licensed a company to mine gold in Serting.
"There is no truth in the claim and I regret that a local opposition leader was present at a protest gathering with Orang Asli and members of the NGO," he said.
"I want to clarify here there is no gold in Sungai Lui and I urge the NGO not to mislead the Orang Asli."
Observers noted that Zainal Abidin kept his cool during his speech, showing a contrast to his normal aggressive self.
Ngeh's gaffe
Indeed the only time the assembly became noisy yesterday was during a debate regarding Perak DAP chairman Ngeh Koo Ham's remark about Muslims wasting time protesting against an American made anti-Islam movie.
Mohd Kamil Abdul Aziz (BN-Gemencheh) questioned why PAS did not lodge a police report against Ngeh, and Loke shot up from his seat to say that the Perak DAP chief had already retracted his statement and apologised.
Following that, Cha Kee Chin (DAP-Bukit Kepayang) asked why Umno was not taking action against MCA president Dr Chua Soi Lek for ridiculing hudud and Islam. He added that Negeri Sembilan MCA chief Yeow Chai Thiam had also often questioned Islamic laws without exciting Umno's anger.
Mohd Taufek told Mohd Kamil to retract his mention of Ngeh's name, pointing out that there was a standing order against commenting on any person not present in the assembly.
"I retract the name of Ngeh Koo Ham but maintain the words Perak DAP chairman," Mohd Kamil said and continued with his speech.
The next state assembly sitting is scheduled for three days from Dec 14.
| PR tukar lokasi himpunan 3 Nov ke Seremban Posted: 12 Oct 2012 02:32 AM PDT 11 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) memutuskan untuk mengubah lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 November ini ke Padang Majlis Perbandaran Seremban sebagai pembukaan kepada usaha terbaru mereka berkaitan tuntutan sistem pilihan raya adil dan bersih.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, majlis pelancaran yang akan diadakan di Seremban telah dipersetujui oleh PR Negeri Sembilan.
Menurutnya, bagi menghormati saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 atau 19 Januari lalu, pihaknya berhasrat untuk mengadakan himpunan besar-besaran di Stadium Nasional Bukit Jalil dan berharap kerajaan dapat mengizinkan.
"Jika kerajaan tidak membenarkannya, PR sepakat akan meneruskan perhimpunan di luar stadium.
"Disebabkan pada 3 November, Stadium Nasional Bukit Jalil digunakan untuk Piala Suzuki, jadi kami pindah ke Seremban sebagai pelancaran," katanya kepada sidang media hari ini.
Mohamad berkata, perhimpunan besar-besaran dibuat kali ini bertujuan untuk meneruskan lapan tuntutan Bersih 2.0 yang telah dilupakan dan tidak mendapat maklumbalas kerajaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) diharap tidak mempunyai halangan untuk PR mengadakan himpunan kali ini.
Tambahnya, pelancaran pada 3 November ini dianggarkan akan dihadiri hampir 50,000 orang.
"Daftar pemilih masih terlalu kotor, gambaran daftar pemilih masih tidak bersih apabila masih ada rakyat yang mengadu nama orang meninggal dunia masih lagi ada stastus pengundi.
"Kita harap kerajaan BN tak ada halangan dengan himpunan kali ini, (himpunan) terakhir Januari ini," katanya lagi.
| Air sungai berwarna hitam Posted: 11 Oct 2012 09:19 PM PDT Dari kiri, Hamzah, Azmi dan Ramsi menunjukkan air sungai yang sudah berubah warna dan lokasi sungai yang semakin kotor, kelmarin.
Air sungai berwarna hitam 12 Oktober 2012
TAMPIN – Kebanyakan penduduk di Felda Sungai Kelamah, dekat sini, berasa kesal dan kecewa apabila sungai yang dahulunya menjadi lokasi mereka mandi sekiranya bekalan air terputus kini sudah berubah warna menjadi kehitaman.
Seorang penduduk, Ramsi Abdul Wahab, 69, berkata, sejak lebih 40 tahun tinggal Felda itu, sungai berkenaan tidak pernah tercemar dan menjadi tumpuan penduduk untuk menangkap ikan.
Bagaimanapun menurutnya, keadaan itu berubah sejak tiga bulan lalu, apabila warna air berubah menjadi kehitaman dan lebih buruk lagi pada Ogos lalu, banyak ikan mati di sungai berkenaan sehingga menimbulkan bau busuk.
"Saya kesal dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi sebelum ini sungai adalah sumber air alternatif kami sekiranya bekalan air di Felda ini terputus. Malah, ada juga penduduk menggunakan air sungai ini untuk aktiviti penternakan dan pertanian mereka.
"Namun kini penduduk tidak mahu lagi menanggung risiko dan mengelak daripada menggunakan air sungai ini kerana takut ternakan atau tanaman mati," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kawasan sungai itu, dekat sini, kelmarin.
HamzahIbrahim, 49, pula berkata, sebelum ini, keadaan air sangat jernih sehingga penduduk boleh melihat ke dasar sungai tetapi kini keadaan air hitam dan batu juga sudah berlumut.
"Tidak sangka tempat yang sebelum ini sangat cantik dan menjadi tumpuan kami sudah berubah seperti ini.
"Saya tidak tahu apa puncanya tetapi percaya ia disebabkan oleh aktiviti sebuah kilang kelapa sawit berdekatan," katanya.
Sementara itu, Azmi Mohd, 44, berharap Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat mengambil tindakan proaktif bagi menangani masalah pencemaran itu.
"Saya sudah mengetengahkan aduan kepada pihak JAS dan JPS melalui aduan atas talian, namun sehingga ke hari ini masih belum selesai.
"Oleh itu, diharap tindakan tegas dapat diambil bagi memastikan Kempen Sayangi Sungai Kita dapat direalisasikan dan mencapai matlamatnya," katanya.
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 12 Oct 2012 04:12 PM PDT PAS IKUT AL-QURAN Posted: 12 Oct 2012 01:40 AM PDT PAS IKUT AL QUR'AN..
PERINGATAN!!!...
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT…
MENGENALI GOLONGAN KAFIR…
ALLAH MENJELASKAN BAHAWA SIFAT ORANG2 KAFIR IALAH MEREKA SUKA MENDENGAR BERITA2 DUSTA DAN SUKA MAKAN YANG HARAM.
"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil". (Al-Maaidah 5:42)
Pengajaran.
Allah menceritakan sifat orang2 kafir,,, zalim ,,, dan fasik serta munafik seperti berikut;-
Suka buat dusta dan mendengar berita2 dusta (fitnah).
Suka makan yang haram dan melakukan perkara2 yang haram.
Allah perintahkan supaya menghukum kepada mereka ialah dengan kamu berpaling dari mereka (tolak bersatu padu dengan mereka) kerana keingkaran mereka untuk mematuhi hukum Allah.
Allah perintahkan kepada orang2 yang beriman supaya melaksanakan hukum Islam dengan adil kepada masyarakat… Sesungguhnya Allah sangat kasih kepada orang2 yang berlaku ADIL ………….."ADIL UNTUK SEMUA" ………
Dengan sebab itu Orang2 yang beriman WAJIB kenal sipakah orang2 KAFIR dan MUNAFIK?... kerana musuh Allah ialah orang2 kafir dan munafik.
PAS tidak akan bersatu dengan UMNO BN selagi mereka tolak perpaduan atas dasar Islam dan tolak HUKUM ISLAM seperti mana diperintahkan oleh Allah dalam ayat di atas..
HISABLAH DIRI KAMU + KELUARGA KAMU + MASYARAKAT KAMU + PEMIMPIN KAMU SUDAHKAH MEMPUNYAI SIFAT2 YANG Allah gariskan seperti dalam ayat ini.
Nasihat saya bertaubatlah hamba2 Allah supaya kembali kepada perjuangan Islam dan mentaati segala hukum2 Islam..
SESIAPA YANG TUDUH PAS KAFIR + SESAT,,,, JIKA DIA TAK BERTAUBAT MAKA SIA-SIALAH SEGALA SYAHADAHNYA + SEMBAHYANGNYA + PUASANYA + ZAKATNYA + HAJINYA + TADARUSNYA …
DAMPINGILAH AL QUR'AN + SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW + ALIM ULAMAK.
HISABLAH DIRI KAMU + KELUARGA KAMU + MASYARAKAT KAMU + PEMIMPIN KAMU SUDAHKAH MEMPUNYAI SIFAT2 YANG Allah GARISKAN SEPERTI DALAM AYAT DI ATAS.
" UNDI PAS + PR… (TOLAK BN)… BARU "SELAMAT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT"
INGAT PESANAN TOK GURU NIK AZIZ "PILIHLAH PEMIMPIN YANG SELAMAT DI DUNIA DAN SELAMAT DI AKHIRAT"… SYURGA DAN NERAKA DI TANGAN ANDA….
SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT | MUJUR DAPAT TANGGUH, KALAU TAK UMNO SABAK BERNAM DAH TERJUNAM Posted: 11 Oct 2012 09:23 PM PDT Hukuman bekas Ahli Parlimen UMNO ditangguh. Mahkamah Tinggi semalam mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya, Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000, empat tahun lepas. Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas.
Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini. Dalam penghakimannya, Akhtar berkata, Abdul Rahman menghadapi lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar sementara Rosli pula didakwa bersubahat melakukan kesemua kesalahan itu.
Bagaimanapun, pihak peguambela berjaya berhujah meminta penangguhan hukuman tersebut lewat petang semalam. Bagaimanapun, jumlah ikat jamin terhadap Abdul Rahman dinaikkan daripada RM50,000 hingga RM80,000. Tertuduh mempunyai peluang terakhir untuk mengemukakan rayuan terhadap sabitan hukuman tersebut di Mahkamah Rayuan. Pada 1 Mac, Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Abdul Rahman dan Rosli bersalah terhadap lapan lapan tuduhan membuat tuntutan palsu bagi program-program yang tidak pernah diadakan berjumlah RM80,000. | JOM PIKET PELESIT NAK MAKAN ASET ! Posted: 11 Oct 2012 05:44 PM PDT Staf KTM seluruh negara berpiket petang ini bantah penswastaan KTMB Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) akan berpiket petang ini di hadapan Ibu Pejabat KTMB di Stesen KTM Kuala Lumpur bagi membantah penjualan badan itu kepada MMC Berhad milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. Setiausaha Agung KPPKTMB, Jaafar Alias berkata, peserta akan berkumpul di Stesen KTM Kuala Lumpur pada jam 5.25 petang dan berarak ke ibu pejabat KTMB. Katanya, piket yang dijadual berlangsung hingga 6.30 petang itu akan disertai lebih 700 kakitangan KTMB seluruh negara, antaranya dari Johor Bharu dan Alor Setar. "Piket esok tertumpu kepada pekerja KTMB sendiri, tetapi kami tidak halang jika badan seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan juga rakyat yang ingin hadir memberi sokongan," katanya ketika dihubungi. Melalui piket tersebut, Jaafar berkata, KPPKTMB berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi perhatian terhadap tuntutan mereka dan tidak meneruskan penjualan itu. Sebelum ini, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, Syed Mokhtar cuba menguasai pengangan tanah kira-kira bernilai RM50 bilion milik KTMB melalui pegambil alihan itu. Pengerusi KPPKTMB, Abdul Razak Md Hassan pernah menuntut kerajaan mengembalikan KTMB sebagai badan sektor awam, berikutan penswastaan sebelumnya kepada Konsortium Marak Unggul (1997-2002) memberikan pelbagai masalah kepada pekerja. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37709 | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 12 Oct 2012 10:35 AM PDT PAS Dan Kuasa Posted: 11 Oct 2012 08:21 PM PDT Oleh : Ustaz Idris Ahmad
Sejarah kelahiran PAS ialah untuk menyahut seruan kewajipan untuk berdakwah dan mengajak manusia ke jalan Allah dan memperkenalkan Islam dalam bentuk "Din Wa al-Daulah" seperti yang diarahkan oleh Allah dan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT " Hendaklah ada di kalangan kamu segolongan orang yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)" (al-Imran 3:104) Untuk mencapai cita-cita bagi menegakkan Amar Makruf dan Nahyu 'Anil Munkar ia tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa politik (kerajaan), kerana kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika berada di Madinah. Baginda tidak boleh melaksanakan Amar makruf Dan Nahyu Anil Munkar dengan sempurna ketika berada di Makkah kerana baginda tidak mempunyai kuasa. PAS sebagai sebuah Harakah Islamiah tidak hanya bergantung kepada ceramah dan kuliah sebaliknya ia memerlukan kuasa bagi memastikan bahawa tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna. Justeru itu kita bekerja untuk mencapai cita-cita tersebut. Penyertaan PAS di dalam pilihanraya adalah salah satu wasilah untuk ke arah itu. Inilah uniknya PAS, ia juga sebagai sebuah parti politik dan juga sebagai gerakan Islam di negara ini. Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS fasal 3. Dasar PAS ialah Islam. Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap, merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. PAS mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara) Di Dalam fasa 5. Tujuan PAS ialah: (1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah. . (2)Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Di dalam fasal ini jelas bahawa PAS berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan Islam. Ertinya PAS tidak pernah tergelincir, sebaliknya orang yang menuduh PAS tergelincir sekarang sudah masuk ke dalam gaung, sedang menjerit-jerit untuk mendapat pertolongan daripada kawannya (Umno) untuk mendapat bantuan pernafasan. Walaupun rakannya sekarang mengalami penyakit semput kerana tidak cukup oksigen di dalam badan. Akhirnya kedua-dua lemas dan tenggelam dan tidak timbul-timbul lagi. Fasal 7, Sumber rujukan tertinggi yang menjadi hukum dan kekuasaan Pas ialah Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Di dalam Fasal 8 Perlembagaan PAS telah menetapkan bahawa Majlis Syura Ulamak adalah berfungsi untuk menjamin kekuasaan Pas [Fasal 7 (2)] tidak tergelincir daripada sumber hukum Pas [Fasal 7 (1)]. Atas asas ini, Majlis Syura Ulamak diberi tiga bidang kuasa iaitu: i.Menghurai, menjelas dan mentafsirkan Dasar PAS dalam Perlembagaan PAS. ii.Mengeluarkan arahan supaya dasar dan ketetapan dipatuhi oleh semua pihak dalam PAS serta mengawal supaya semua dasar dan ketetapan dipatuhi dalam melaksanakan aktiviti PAS. iii.Rayuan disiplin Melihat kepada apa yang tercatat di dalam Perlembagaan PAS sudah membayangkan inilah perjuangan PAS yang tidak pernah menggadaikan prinsip samaada ketika menang atau kalah, samaada terbilang atau terbuang. Perjuangan yang suci ini telah mendapat kepercayaan daripada berbagai peringkat. Semakin ditekan dan difitnah semakin mendapat sokongan dan dokongan, bukan sahaja daripada orang Islam, malah dari kalangan bukan Islam. Apa yang dilalui oleh PAS seperti yang disebut pepatah cina "Emas yang berkualiti tidak akan hancur walaupun dibakar dengan api yang kuat" PAS hendak mendapatkan kuasa bukan cara yang tidak bermoral dan berakhlak. PAS tidak mengiktiraf pendekatan "Matlamat menghalalkan cara". PAS perlukan kuasa untuk menghayati Islam yang syumul seperti yang diajar oleh nabi kita Muhammad SAW. Baginda tidak akan berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan bumi Makkah kalau hanya hendak bersolat dan tawaf di Ka'bah sedangkan sistem yang berjalan di dalam masyarakat penuh dengan kezaliman dan penindasan. Kuasa yang PAS miliki berbeza dengan Umno miliki. Walaupun serupa tetapi tidak sama. Pas mendapat kuasa untuk mengangkat Islam, sedangkan Umno mendapat kuasa dengan meminggirkan Islam dan dijadikan sebagai alat untuk mencari sokongan bagi mengekalkan kuasa. Umno buat seminar dakwah tetapi Umnolah juga menyekat usaha pengembangan dakwah. Dakwah acuan Umno hanya Amar Makruf, tidak boleh Nahi Munkar. Siapa yang berani bicara berkenaan dengan Amar Makruf Nahi Munkar akan digam dan diburu. Rancangan agama di Televisyen hanya sekadar lepas batuk ditangga, bukan menerangkan Islam yang syumul. Begitu juga masjid di bawah jagaan Umno, mati dahulu sebelum ahli kariah mati. Memang usaha mereka untuk mendapat kuasa supaya fungsi masjid tidak hidup dengan majlis ilmu. Pemimpin Umno faham orang yang berilmu dan faham agama yang syumul tidak akan menyokong perjuangan Umno. Kalau tuduhan orang mengatakan PAS utamakan kuasa sehingga mengenepikan Islam suatu tuduhan yang tidak betul. Jikalau PAS gilakan kuasa lebih baik PAS bersekongkol dengan Umno yang memang sudah disediakan karpet merah, sebaliknya PAS tidak menerima pelawaan ini. Sebaliknya PaAS terus mengemudi bahtera perjuangan dan merentas ombak dan badai bersama dengan Islam. Segala keputusan yang PAS laksanakan seperti Tahaluf Siasi semuanya berdasarkan apa yang diputus dan dikaji oleh Majlis Syura yang mampu menekuni segala permasalahan hukum berdasarkan sumber Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias Ertinya segala keputusan yang dibuat berdasarkan kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka. Semua di kalangan ahli Syura sedar apa makna ada kuasa jika dengan kuasa membawa diri masuk ke dalam neraka Waliyazubillah. Ustaz Idris Ahmad Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Sumber : disini | Islam Tunjang Utama Pas, Pemuda Pas Sokong Timbalan Mursyidul Am Pas Posted: 11 Oct 2012 07:55 PM PDT Oleh : Ketua Pemuda DPPM.Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] memberikan sokongan penuh terhadap kenyataan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din di dalam kenyataannya berkenaan Islam adalah teras utama dalam membangunkan sebuah negara yang berlandaskan tuntutan syiar dan syariat Islam. Baru-baru ini, bekas ahli parlimen India, Mubasyar Jawid Akbar ada mengeluarkan buku yang menganggap Islam hanya untuk menjalin persaudaraan dan bukan untuk menubuhkan sebuah negara. Jelas di dalam PAS, kita menolak fahaman sedemikian justeru ia lebih berpaksi kepada doktrin fahaman Islam liberal dan masyarakat umum tahu bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpandukan Islam dan Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi semua masalah ummah termasuk menyelesaikan permasaalahan negara. Timbalan Mursyidul AM PAS telah mengeluarkan kenyataan berkenaan Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan syumul. Islam menawarkan apa sahaja yang melengkapkan kehidupan manusia, termasuklah soal pembentukan dan pentadbiran negara, sekaligus melambangkan Islam sebagai ad deen yang lengkap dan komprehensif. Persoalan ini adalah jelas kedudukannya di dalam al quran dan Nabi saw juga telah mempraktiskannya. Dengan yang demikian, kami di peringkat Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh kenyataan beliau ketika Tuan Guru Dato' Dr Haron Din di hubungi oleh wartawan berkenaan sebuah buku yang ditulis oleh Mubasyar Jawid Akbar. Kami memang tidak bersetuju dengan Mubasyar Jawid Akbar mengenai apa yang diceritakan di dalam bukunya yang bertajuk 'Tinder Box : The Past and The Future of Pakistan'. Lantaran kami yakin bahawa Islam adalah penyelesaian yang terbaik untuk semua aspek. Manusia tidak boleh mengasingkan atau menghadkan Islam hanyalah untuk menjalinkan persaudaraan, walhal, untuk membentuk sebuah negara, pentadbiran yang amanah, tidak menerima dan memberi rasuah, tidak tiris serta menjaga kebajikan rakyat juga adalah salah satu asas yang sangat ditekankan perlaksanaannya oleh Islam. Kami dari Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa kami akan terus istiqamah atau konsisten mengambil Islam sebagai wadah utama dan solusi yang terbaik dalam segala perkara yang ingin dilakukan atau dilaksanakan. Pada masa yang sama , kami tetap menghormati budaya dan agama lain serta komited mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera dalam masyarakat majmuk di negara ini. Justeru Islam adalah agama rahmat, agama keadilan dan agama yang membawa kemakmuran sejagat jika ianya dilaksanakan dengan baik. Disediakan oleh ; NASRUDIN HASSAN Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Malaysia sumber : disini | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 12 Oct 2012 09:54 AM PDT |
KHIDMAT MERU Posted: 12 Oct 2012 09:45 AM PDT |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 12 Oct 2012 09:06 AM PDT Imam Hoslan berpeluang berdakwah dalam penjara Posted: 11 Oct 2012 08:24 PM PDT 12 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Imam Hoslan Husin, 46, yang baru sahaja kembali ke pangkuan anak dan isterinya semalam selepas hampir tujuh bulan menjalani hukuman penjara akan meneruskan kehidupan biasa dengan berniaga buku dan kitab-kitab pengajian agama Islam.
Itulah sumber pendapatan beliau selain bekerja makan gaji dengan vendor alam sekitar sebagai 'water monitoring'.
Bagaimanapun, beliau akan merujuk semula dengan majikannya itu kerana difahamkan akan diberi ruang untuknya di sana selepas ini.
Malah katanya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyokong penuh perjuangannya.
"Saya berterima kasih dengan pegawai Jawi yang sama-sama bertugas di Masjid Ar Rahimah kerana menghulurkan sumbangan kepada keluarga selama saya dipenjara," katanya ketika ditemui.
Hoslan cukup teruja untuk menceritakan pengalaman yang baru sepanjang beliau berada di Penjara Kajang.
Menurut Hoslan yang juga bekas Imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, sepanjang berada di sana beliau mengambil tugas-tugas sebagai pendakwah di dalam Unit Halaqah.
"Saya cukup sedih, ramai banduan orang Melayu Islam di dalam sana tidak tahu apa itu syahadah apatah lagi mahu mengucap (syahadah).
"Saya juga pernah melakukan sembahyang ghaib untuk salah seorang pegawai penjara yang meninggal dunia. Walaupun ada sedikit pertikaian tetapi saya berjaya menjelaskan sebaiknya," katanya.
Selama berada di sana, beliau cukup gembira apabila berpeluang berdakwah dan memberi kata-kata nasihat kepada banduan-banduan lain.
"Saya diberi kebenaran menyampaikan nasihat oleh pegawai penjara. Antara yang saya tekankan 'jalan kehidupan Allah telah tunjuk, tugas kita hanya ikut sahaja jalan itu'," ujarnya.
Namun, beliau menyifatkan hukuman yang diterimanya sebagai pengajaran dan mengibaratkan penjara itu sebagai madrasah tarbiyah.
Sementara itu, isteri beliau Noorliza Mat Isa, 43, melahirkan kegembiraan yang teramat sangat sehingga tidak terluah dengan kata-kata sebaik sahaja melihat suami yang kini sudah berada di depan mata.
"Tidak tahu nak cakap, saya cukup gembira. Suami dan ayah kepada anak-anak saya akhirnya berada di depan mata kami," katanya dengan linangan air mata.
Jika hari raya Aidilfitri yang lalu, Noorliza berhari raya tanpa suami untuk Hari Raya Aidil Adha yang bakal disambut akhir bulan ini adalah cukup bermakna buat mereka sekeluarga.
"Bersyukur, raya nanti kami gembira sangat, baru ada mood nak raya. Macam Aidilfitri lalu kami tak ada 'mood' nak raya. Anak-anaklah yang paling gembira dan mungkin mereka tidak sabar untuk berbaju raya sedondong," katanya ketika ditemui.
| Religious schools need more funds Posted: 11 Oct 2012 08:23 PM PDT October 11, 2012
About 500 people turned up at Parliament today demanding the government increase allocation to religious schools.
KUALA LUMPUR: An Islamic school NGO submitted a memorandum at Parliament today demanding the government increase allocation for religious schools in the country.
The Selangor Islamic Education Solidarity Council, led by its chairman Zainal Abidin Kidam, arrived with nearly 500 supporters at the Parliament lobby at 9am.
He claimed to be representing nearly 100 religious school in Selangor and other Islamic NGOs.
Also present were Selangor executive council members Halimah Ali, Ronnie Liu and PAS education bureau chairman Abu Bakar Chik.
The representative of the huge crowd later submitted the memorandum to Opposition Leader Anwar Ibrahim and PAS vice-president Salahuddin Ayub.
Speaking at a press conference later, Zainal Abidin said that Prime Minister Najib Tun Razak's allocation of RM100 million for public religious schools was pale in comparison to their student numbers.
He claimed that currently, there are about 800,000 students studying in religious schools nationwide.
"That is about 30% of the students studying in the country. The allocation is only for government- aided religious school but what about all state-run schools and private religious schools nationwide?
"We estimate that there 2,300 of such school in Malaysia," said Zainal Abidin.
He also said that due to funding contraints, many parents had to fork out a lot of money to send their children to study in religious schools.
"In rural areas, parents have to spend about RM200 monthly to send their children to religious schools. Parents in urban areas have to fork out between RM700 and RM800 monthly," said Zainal Abidin.
He urged the government to match the allocation given to religious schools to that of national schools.
"The government should also increase grants for textbooks and teachers. A special allocation is needed to train teachers to teach in religious schools," said Zainal Abidin.
'Religious schools not sidelined'
On whether he would submit a copy of the memorandum to Najib, Zainal said," We will do it later."
Sharing his views, Liu said that Pakatan Rakyat's policy is to provide support for all types of schools in the country.
"We will strengthen all religious and vernacular schools when we take over Putrajaya," said Liu.
Salahuddin also reiterated Pakatan's stand to provide free education to the people if the opposition bloc wins the federal government in the general election.
The crowd dispersed peacefully at about 11am.
Meanwhile, Deputy Education Minister Mohd Puad Zakarshi dismissed allegation that the government had sidelined religious schools in the country.
He also said that there 382 such schools in the country but only 156 of them are registered with the ministry.
"The schools registered with the ministry obviously are given all the aid needed. Even the ones unregistered, the government pays for the teachers' salary and other perks," said Puad.
He claimed that some of these religious schools were reluctant to register fearing that they would lose their influence in their schools.
"The school managament gives all sort of problems out of fear that they will lose influence among the students and parents.
"But we do pass some allocation for these unregistered schools via the state governments. We let the state government to decide how to disburse the funds to them," said Puad.
| 'Mana dana untuk 800,000 pelajar sekolah agama?' Posted: 11 Oct 2012 05:22 PM PDT Okt 11 2012 Aktivis dan pelajar sekolah agama rakyat (SAR) hari ini berhimpun di depan bangunan Parlimen di ibu negara untuk menuntut dana yang diperuntukkan untuk sekolah itu dalam Belanjawan 2013.
Jurucakapnya Zainal Abidin Kidam berkata, kira-kira 800,000 penuntutnya masih belajar bawah kemudahan di bawah paras sederhana walaupun ibu bapa mengeluarkan wang sehingga RM600.
"Ini melibatkan lebih sejuta ibu bapa, yang memilih menghanar anak mereka ke seolah agama. Islam adalah agama rasmi persekutuan dan pendidikan bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan.
"Setiap individu berhak mendapatkan pendidikan Islam," katanya.
| |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 12 Oct 2012 03:51 AM PDT |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 12 Oct 2012 01:17 AM PDT Jam Besar Taman Bulatan Masih Tidak Berfungsi Posted: 12 Oct 2012 01:07 AM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Kita ingin tahu mengapa jam besar di Taman Bulatan masih tidak berfungsi sepenuhnya. Sedangkan kos pembinaan menara termasuk jam besar tersebut bernilai jutaan ringgit tetapi hanya dilihat sebagai 'gajah putih'. Kita sebagai pembayar cukai juga ingin tahu adakah kos memperbaiki jam tersebut terlalu tinggi sehingga menyebabkan pihak MBM (Majlis Bandaraya Miri) tidak mampu memperbaiki jam besar tersebut. Kepada sesiapa yang berkenaan terutama sekali pihak MBM harus bertindak segera mengatasi masalah aduan dari orang ramai ini. Laporan kami mengenai perkara tersebut diatas masih belum dapat diselesaikan sehingga ke hari ini. Kami berharap pihak MBM perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki jam besar tersebut secepat mungkin. Kami masih menerima aduan daripada orang ramai memberitahu pihak kami bahawa jam besar adalah suatu pembaziran kepada wang pembayar cukai Jika ia tidak berfungsi dengan baik. Kita harap perkara ini dapat perhatian yang sewajarnya dari pihak MCC untuk tindakan segera. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat kita hargai. Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak | Lubang 'puaka' tunggu mangsa Posted: 12 Oct 2012 12:53 AM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] - PASIR GUDANG – Rata-rata pengguna jalan raya di Jalan 11 ½ Jalan Masai Lama, di sini menggelarkan lubang seperti kawah di tengah jalan sebagai lubang 'puaka' kerana kerap mengundang kemalangan. Seorang pengadu, Mohd Latif Mohamad, 32, berkata, jalan itu kerap digunakan pekerja industri yang menghubungkan Lebuh Raya Pasir Gudang ke kawasan perindustrian Plentong. Menurutnya, lubang yang pada awalnya kecil semakin besar dan dalam selepas dibiarkan lebih enam bulan tanpa tindakan membaik pulih di jalan berkenaan. "Ramai yang menjadi mangsa angkara lubang ini kerana kedudukannya di tengah-tengah jalan sehingga banyak kenderaan yang mengalami kerosakan. "Saya sendiri tercedera selepas motosikal yang ditunggang gagal mengelak lubang ini sehingga terlibat kemalangan, malah ada peristiwa yang hampir meragut nyawa penunggang motosikal," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Mohd Latif berkata, keadaan bertambah bahaya pada waktu malam kerana sepanjang laluan dari kawasan perindustrian Plentong ke Lebuh Raya Pasir Gudang itu gelap tanpa diterangi cahaya lampu jalan. Menurutnya, dalam kebimbangan pekerja industri memikirkan keselamatan melalui jalan gelap berkenaan, masih ramai yang tersungkur ke dalam lubang itu sekiranya tidak berhati-hati. "Ada yang menjadi mangsa pada musim hujan kerana limpahan air hujan ke permukaan lubang di tengah jalan itu membuatkan pengguna jalan raya tidak nampak keadaan itu "Kita minta jasa baik pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan segera dengan menurap semula jalan berkenaan kerana kita tidak mahu ada yang terkorban akibat lubang yang semakin besar itu," katanya. sinar/- | Filem sekarang kurang mendidik masyarakat - Sarimah Posted: 12 Oct 2012 12:47 AM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] - GEORGETOWN 12 Okt. - Skop filem tempatan kini semakin sempit kerana penggiat industri lebih menumpukan kepada "box office" berbanding usaha mendidik masyarakat, kata Seniwati Datuk Sarimah Ahmad.
Beliau berkata sesebuah filem sepatutnya dapat dijadikan teladan oleh masyarakat, seperti yang diusahakan penerbit era dahulu terutama seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
"Filem yang dapat beri pengajaran kepada orang kita semakin kurang titik beratkan. Dah tiba masanya kita ubah perkara ini untuk tingkat kualiti kehidupan dan banyak belajar dari filem yang baik," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Bual Bicara Bersama Seniwati Datuk Sarimah Ahmad Dalam Filem Tan Sri P. Ramlee anjuran Persatuan Peminat P. Ramlee Pulau Pinang, Persatuan Melayu Pulau Pinang dan Gabungan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang di sini.
Beliau menyifatkan P. Ramlee sebagai insan yang sentiasa memandang ke hadapan serta mempunyai firasat tinggi kerana ada antara jalan cerita dalam filemnya benra-benar berlaku pada zaman ini.
"Beliau insan istimewa banyak perkara yang dia cakap akan berlaku. Sumbangannya paling bermakna adalah akronim pawagam yang pada asalnya adalah panggung wayang gambar. Itu beliau sendiri yang cipta sampai sekarang kita guna," katanya. - BERNAMA
| Rugi tidak berdakwah di pentas PAS - Aishah Posted: 12 Oct 2012 12:45 AM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU: Personaliti yang berhijrah, Wan Aishah Wan Ariffin (gambar) meluahkan rasa rugi sekiranya tidak menggunakan peluang untuk berdakwah di pentas PAS bagi mendekatkan masyarakat dengan agama. "Ada orang tanya kepada saya mengapa tidak berdakwah sahaja dan bukan terbabit dalam politik kalau betul-betul hendak menjadi pendakwah. "Saya beritahu kalau berdakwah sahaja tanpa ada kuasa politik tentunya suruhan agama tidak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. "Jadi tidak salah PAS menggunakan artis yang berhijrah untuk menarik minat orang ramai yang berbagai. Saya juga guna bakat dan kebolehan yang ada untuk menarik masyarakat datang mendengar ceramah," katanya pada ceramah di Dataran Safa Marwah di sini malam tadi. Program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri itu turut dihadiri Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Naib Ketua, Mumtaz Mohd Nawi, Ketua Muslimat Kota Bharu, Rohani Ibrahim dan Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Azariza Mohd Alawi. Sebahagian besar yang memenuhi dataran yang menjadi tempar parkir bas pelancong adalah kalangan muslimat. Esok Aishah dijangka hadir pada program tertutup hanya untuk muslimat di Dewan Jubli Perak MPKB BRI. Sekali sekala kedengaran sorakan anak muda yang asyik menonton perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala Malaysia antara ATM dan Lions di kedai berdekatan. Wan Aishah yang susur galur sebelah nenek lelaki yang berasal dari Bunut Payong Kota Bharu memberitahu sejak terbabit dengan PAS, beliau terus dihalang mencari rezeki seperti dilakukan sebelum ini biar pun ada kelayakan. "Seolah-olah mereka bertanya sekarang awak sokong pihak mana dan bukannya memberi pertimbangan kepada kelayakan yang ada pada seseorang. "Saya percaya orang Melayu kekal tidak berubah biar pun negara sudah 55 tahun merdeka selagi masih diberi peluang Umno menerajui negara. Jadi sekarang kita perlu lakukan perubahan segera," katanya. Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang melahirkan rasa bimbang apabila kerajaan Malaysia membenarkan kapal pengangkut ketenteraan Amerika Syarikat berlabuh di Pelabuhan Klang. Katanya, kemungkinan boleh berlaku sesuatu yang menjadi rahsia cuba disembunyikan kerajaan Malaysia ketika melihat gelombang kebangkitan rakyat sekarang. harakahdaily/- | Bom motosikal meletup di pasar Pakistan, 9 maut Posted: 12 Oct 2012 12:43 AM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] - QUETTA 12 Okt. - Sekurang-kurangnya sembilan orang dilaporkan terbunuh manakala 22 lagi cedera apabila sebutir bom yang dipasang pada sebuah motosikal diletupkan di wilayah Baluchistan, barat daya Pakistan, semalam.
Pegawai polis tempatan, Qazi Hussain Ahmad berkata, bom tersebut dipercayai diletupkan menggunakan alat kawalan jauh berdekatan sebuah pasar di Sibi, kira-kira 180 kilometer di tenggara Quetta.
"Sembilan orang maut dan 22 lagi cedera, namun tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan terbabit," katanya. - AFP
| Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat Posted: 12 Oct 2012 12:41 AM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير - (ج 1 / ص 258 ).
(Sesungguhnya aku pernah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud'aan satu persefahaman, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya).
Peristiwa bersejarah ini berlaku dimasa jahiliyah, ketika Rasulullah S.A.W. belum dilantik menjadi Rasul dalam usia dua puluhan. Apabila bapa-bapa saudara baginda membawanya menyertai pertemuan khusus dikalangan pemimpin utama Makkah. Rasulullah S.A.W. diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia.
Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Makkah daripada Qabilah Zubaid Yaman yang berniaga, dizalimi oleh seorang bangsawan Makkah bernama Al 'Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan kenalannya, kerana kedudukan bangsawanan si zalim itu. Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Makkah dan keamanannya sudah tidak ada lagi.
Apabila seruannya didengari oleh para pemimpin Makkah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud'aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half Al Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi.
Rasulullah S.A.W. bersabda tersebut diatas dengan huraiannya : ( Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya).
Rasulullah S.A.W. juga bersabda secara umum:
الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها .(ابن ماجه).
(Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya).
Di atas konsep inilah maka Rasulullah S.A.W. menerima persefahaman tersebut , walaupun mereka itu daripada kalangan pemimpin jahiliyah. Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliyah dan kalangan yang berperikemanusiaan daripada berbagai bangsa bukan Islam, seperti melayan utusan daripada negara luar termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam. Rasulullah S.A.W. juga menyatakan sempadan dengan sabdanya :
المسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا وأحل حراما (البخاري وغيره).
(Orang-orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab diatas segala syarat yang mereka tetapkan, malainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram).
PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan UMNO.
Begitu juga hubangan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan diantara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran dan Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias.
Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan Tahaluf yang berpandukan nas tersebut diatas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep Tahaluf Siyasi yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam.
Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah. Umno yang mewakili Melayu Islam dalam Barisan Nasional mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak mebezakan diantara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam. Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melempah ruah.
Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama UMNO, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat gatal. Cukuplah menegakkan Islam ala UMNO yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara hantu yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya.
Melayu yang perkasa bersama UMNO, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu dan mewarisi kemerdekaan yang diletak diatas dulang emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga. Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walau pun disembunyikan dibawah tikar yang hina. PAS ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. PAS tetap Istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia. Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat Allah kepada seluruh alam. PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh mengikut batas-batas Allah.
PAS pernah bersama UMNO di tahun 70-an dan menubuhkan Barisan Nasional bersama UMNO dan rakan-rakannya. Penyertaannya dengan keputusan Muktamar Khas supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama UMNO, PAS memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk ahli parlimennya yang berjoget dan minum arak bersama UMNO.
Kemudian PAS dihalau keluar daripada Barisan Nasional tahun 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh UMNO dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihanraya khas selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan UMNO.
Maka PAS tidak perlu berkiblat ke arah UMNO dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya PAS tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi PAS memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama. PAS pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada UMNO. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP.
Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan tahaluf siyasi bersama Parti Keadilan Nasional yang juga berpecah daripada UMNO. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP. PAS mengucapkan terima kasih kepada UMNO dan media yang menjadi khadamnya, kerana sangat bersimpati terhadap PAS, kerana kononnya bimbang PAS akan menjadi parti melukut ditepi gantang.
Percayalah orang Melayu Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama- sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama UMNO sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang dan lain-lain.
Kaum lain dikalangan bukan Islam pula jangan takut bersama PAS, kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam UMNO atau bersekongkol bersama UMNO. Di sepanjang kerjasama PAS dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walau pun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjesama PAS dalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah PAS ditendang keluar.
Pengaruh PAS dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya.
Kerjasama PAS bersama Angkatan perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) tahun Sembilan puluhan berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama PAS dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim.
Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan PAS memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin Parti Keadilan Rakyat dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walau pun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah sinario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini. Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan.
Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan UMNO berjuang menegakkan hukum Hudud laksana ayam jantan kukuk berderai pada hal ekornya bergelimang tahi sejak lebih lima puluh tahun. Sebenarnya UMNO lah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa diperingkat negeri dan pusat. Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting juga ialah ijtihad dengan Istiqamah ditengah medan perjuangan. PAS mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya.
Negeri Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama diperintah oleh PAS sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990 sehingga kini adalah penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan dan ekonomi.
Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran PAS dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik menjadi sasaran UMNO bagi melemah dan menjatuhkannya diatas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisma.
Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang di bawah Parti Gerakan sebelum BN dan Sabah dibawah PBS. Inilah hakikat UMNO dengan Melayu dan Islam anutannya. Kepada semua pihak yang bersimpati dengan PAS, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada UMNO parti Maha Esa.
Kepada ahli dan penyokong PAS saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.
Pesanan Rasulullah S.A.W. "sesiapa yang memencilkan diri daripada jamaah akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya." Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali.
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS
| Bekenalan dengan Hamid, peguam muda Sabah Posted: 12 Oct 2012 12:37 AM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
(Hamid Ismail...Peguam muda yang terkenal di Sabah)
KOTA KINABALU: Hamid Ismail baru berusia 36 tahun. Namun kerana minatnya dalam kes litigation (berguam di mahkamah), beliau menjadi peguam jenayah terkenal di Sabah khasnya di Kota Kinabalu ini.
Sebagai seorang peguam muda dan terkenal dengan kesanggupan pelanggan beliau membuat bayaran yang tinggi untuk mendapatkan khidmatnya, penyertaannya ke dalam PAS dua tahun lalu memberikan impak besar kepada parti Islam itu.
Dalam pertemuan dengan Harakahdaily baru-baru ini, Hamid secara santai menceritakan apa yang beliau mahu buat melalui PAS. "Bagi saya, sebagai peguam saya mahu sekurang-kurang petugas dan undang-undang syariah itu sendiri dinaikkan tarafnya.
"Kalau hakim mahkamah sivil tidak perlu berfikir banyak tentang bil-bil bulanan yang mereka terpaksa bayar kerana gaji mereka agak lumayan, ia sangat berbeza dengan hakim-hakim mahkamah syariah yang sepatutnya setaraf dengan mereka.
"Tiap-tiap bulan, saya lihat hakim-hakim mahkamah syariah ini masih pening memikirkan bil-bil yang perlu mereka bayar. Apatah lagi untuk hidup sedikit selesa sebagaimana rakan-rakan mereka di mahkamah sivil.
"Jika demikian, bagaimana mereka mahu memberi tumpuan kepada kerja mereka sebagai hakim dengan baik," cerita Hamid, bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa itu.
Perkara ini, kata Hamid, tidak patut berlaku kerana kerajaan telah menyamatarafkan kedua-dua mahkamah.
Apa yang berlaku, kata Hamid yang disebut-sebut bakal menjadi salah seorang calon PAS dalam pilihan raya umum nanti, mahkamah sivil ada akta khas yang menjaga kepentingan hakim melalui gaji dan elaun yang ditetapkan.
Tetapi, ia tidak berlaku kepada hakim-hakim mahkamah syariah.
"Saya yakin, kalau kita perjuangkan, ia boleh diselesaikan dengan baik," kata Hamid yang dianggap antara peguam jenayah terbaik di Kota Kinabalu ini.
Memandangkan beliau terlalu fokus kepada undang-undang jenayah ini, banyak kes jenayah yang beliau kendalikan dibuat secara percuma (pro-bono) sahaja kerana bagi beliau ia mudah sahaja.
Ramai juga hakim di Kota Kinabalu yang agak terkejut bagaimana seorang tertuduh kes jenayah yang miskin mendapat khidmat Hamid yang terkenal dengan bayaran yang agak tinggi itu.
Namun ia disedari apabila diberitahu, kes itu dibuat secara pro-bono oleh Hamid.
Undang-undang syariah
Selain itu, Hamid juga mahu kerajaan khasnya negeri Sabah mengkaji balik kedudukan beberapa undang-undang syariah yang boleh diupgradekan tanpa melibatkan pertukaran yang besar.
Ia boleh dibuat dengan mudah melalui kerangka yang ada tanpa perlu membuat pertukaran yang besar.
Begitu juga bidangkuasa mahkamah syariah, ia perlu juga dipertingkatkan, kata Hamid, cucu kepada bekas Imam Besar Sabah yang terkenal dengan nama Imam Pandian.
Sebagai anak jati Kota Kinabalu, Hamid juga amat berminat tentang Pendatang Tanpa Izin (Pati) yang sememangnya amat ramai di persekitaran keluarga beliau di Kota Kinabalu ini.
Bagi Hamid, konsensus perlu dicapai agar ia diselesaikan dengan baik dan mengikut saluran undang-undang yang ada.
"Selama ini, pemimpin kita lebih kepada cakap sahaja dalam isu ini untuk kepentingan masing-masing tetapi tidak ada pelaksanaan atau penguatkuasaannya," kata Hamid.
harakahdaily/- | Porsche di pusat pameran disamun Posted: 12 Oct 2012 12:35 AM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
PUSAT pameran Porsche di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang diceroboh penjenayah hingga menyebabkan sebuah kereta mewah hilang semalam. Gambar kecil, Mohd. Azri yang dicari polis.
KUALA LUMPUR – Seorang penjenayah yang memasuki sebuah pusat pameran kereta di Jalan Bukit Bintang di sini dengan mudah berjaya melarikan kereta mewah Porsche Panamera 4 bernilai hampir RM1 juta dari premis itu semalam.
Imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat pameran Porsche itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian kemeja putih lengan panjang dan bertopi dengan selamba memasuki premis berkenaan sebaik pusat pameran kereta itu dibuka pada pukul 9 pagi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, suspek itu kemudian naik ke tingkat atas pusat pameran kereta tersebut sebelum menggeledah sebuah meja dan mengambil satu sampul surat berisi kunci sebuah kereta Porsche.
"Lelaki itu kemudian dilihat keluar dari pusat pameran tersebut sambil menekan alat penggera kereta bagi mengetahui di mana kedudukan kereta yang ingin dilarikan.
"Selepas mengetahui lokasi kereta terbabit diparkir, lelaki itu terus memandu keluar sebuah Porsche Panamera warna emas bernilai RM900,000 yang diletak di luar pusat pameran itu," kata beliau pada sidang akhbar itu di sini.
Menurut Zainuddin, enam buah lagi kereta Porsche pelbagai model lain yang berada di luar pusat pameran tersebut tidak diusik.
Difahamkan semasa kejadian di dalam pusat pameran itu terdapat beberapa buah kereta Porsche lain yang diletakkan di situ.
Kosmo | Penduduk saman Syabas RM2.5 juta Posted: 12 Oct 2012 12:30 AM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM: Seorang penduduk Kampung Kerdas, Gombak memfailkan saman terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana didakwa gagal menyediakan perkhidmatan air terbaik kepada kediamannya sejak empat tahun lalu.
Plaintif, Hashim Maon yang memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga menuntut ganti rugi sejumlah RM2.5 juta daripada Syabas kerana menuduhnya sebagai 'pencuri air'.
Hashim memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 September lalu melalui syarikat guaman Roland and Co.
Menurutnya, tuntutan itu dibuat berasaskan kecuaian dan kegagalan defendan melaksanakan tanggungjawab dan tugas membekalkan air kepada pengguna.
Kecuaian tersebut kata plaintif, bertentangan dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 53, 54, 57 dan 58 Akta Perlindungan Pengguna 1999 serta Seksyen 40 dan 41 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi khas dan am, faedah, kos dan relif yang difikirkan perlu.
"Saman itu akan didengar di depan hakim pada 15 Oktober depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Saya saman fitnah kepada defendan sebanyak RM2 juta tidak termasuk tuntutan khas seperti tuntutan ganti rugi dan kos-kos lain yang jumlah keseluruhannya kia-kira RM 2.5 juta," katanya.
Sebelum ini, Hashim mendakwa dia dan keluarga berdepan tekanan air rendah. Sebaliknya air yang dibekalkan Syabas kepada kediamannya juga tidak bersih kerana paip saluran yang digunakan sudah lama, berkarat dan perlu diganti.
Perkara itu berulang kali diajukan kepada Syabas, namun mereka menyatakan kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilakukan akibat kekangan kewangan Syabas.
Ekoran itu, beliau mengambil inisiatif sendiri melakukan penyambungan baru di luar bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan ke rumahnya.
Tetapi tindakan itu menyebabkan Syabas menuduhnya sebagai pencuri.
Beliau berkata, tekanan air di rumahnya kini bertambah baik selepas campur tangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) yang mengarahkan Syabas membuat sambungan baru daripada paip utama kepada meter air di kediamannya.
Namun begitu katanya, tuntutan saman akan tetap diteruskan kerana Syabas telah memfitnah beliau sekeluarga sehingga merosakkan reputasi mereka. harakahdaily/- | Mahkamah benar hukuman penjara MP Umno ditangguh Posted: 12 Oct 2012 12:26 AM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Mahkamah Tinggi Shah Alam menangguhkan pelaksanaan hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya, Rosli Busro yang disabitkan atas tuduhan membuat tuntutan palsu. Pada mulanya, mahkamah menolak rayuan mereka dan Hakim Datuk Akhtar Tahir memerintahkan hukuman tersebut dijalankan mulai hari ini. Bagaimanapun, pihak peguambela berjaya berhujah meminta penangguhan hukuman tersebut lewat petang ini. Bagaimanapun, jumlah ikatjamin terhadap Abdul Rahman dinaikkan daripada RM50,000 hingga RM80,000. Tertuduh mempunyai peluang terakhir untuk mengemukakan rayuan terhadap sabitan hukuman tersebut di Mahkamah Rayuan. Pada 1 Mac, Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Abdul Rahman dan Rosli bersalah terhadap lapan lapan tuduhan membuat tuntutan palsu bagi program-program yang tidak pernah diadakan berjumlah RM80,000.
malaysiakini/- | Air sungai berwarna hitam Posted: 11 Oct 2012 11:33 PM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Dari kiri, Hamzah, Azmi dan Ramsi menunjukkan air sungai yang sudah berubah warna dan lokasi sungai yang semakin kotor, kelmarin. TAMPIN – Kebanyakan penduduk di Felda Sungai Kelamah, dekat sini, berasa kesal dan kecewa apabila sungai yang dahulunya menjadi lokasi mereka mandi sekiranya bekalan air terputus kini sudah berubah warna menjadi kehitaman. Seorang penduduk, Ramsi Abdul Wahab, 69, berkata, sejak lebih 40 tahun tinggal Felda itu, sungai berkenaan tidak pernah tercemar dan menjadi tumpuan penduduk untuk menangkap ikan. Bagaimanapun menurutnya, keadaan itu berubah sejak tiga bulan lalu, apabila warna air berubah menjadi kehitaman dan lebih buruk lagi pada Ogos lalu, banyak ikan mati di sungai berkenaan sehingga menimbulkan bau busuk. "Saya kesal dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi sebelum ini sungai adalah sumber air alternatif kami sekiranya bekalan air di Felda ini terputus. Malah, ada juga penduduk menggunakan air sungai ini untuk aktiviti penternakan dan pertanian mereka. "Namun kini penduduk tidak mahu lagi menanggung risiko dan mengelak daripada menggunakan air sungai ini kerana takut ternakan atau tanaman mati," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kawasan sungai itu, dekat sini, kelmarin. Hamzah Ibrahim, 49, pula berkata, sebelum ini, keadaan air sangat jernih sehingga penduduk boleh melihat ke dasar sungai tetapi kini keadaan air hitam dan batu juga sudah berlumut. "Tidak sangka tempat yang sebelum ini sangat cantik dan menjadi tumpuan kami sudah berubah seperti ini. "Saya tidak tahu apa puncanya tetapi percaya ia disebabkan oleh aktiviti sebuah kilang kelapa sawit berdekatan," katanya. Sementara itu, Azmi Mohd, 44, berharap Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat mengambil tindakan proaktif bagi menangani masalah pencemaran itu. "Saya sudah mengetengahkan aduan kepada pihak JAS dan JPS melalui aduan atas talian, namun sehingga ke hari ini masih belum selesai. "Oleh itu, diharap tindakan tegas dapat diambil bagi memastikan Kempen Sayangi Sungai Kita dapat direalisasikan dan mencapai matlamatnya," katanya.
sinar harian/- | Situasi di Felda tenat. Apa tindakan kerajaan? Posted: 11 Oct 2012 11:09 PM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] - SIDANG Media ANAK telah diadakan di Parlimen tengahari semalam. Turut hadir, YB Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS, Dato' Seri Abd Rahman Maidin, Pengerusi NGO Peduli Rakyat dan pimpinan ANAK negeri2. Antara isu penting yang saya dedahkan:- 1. Penyingkiran Pengarah Jabatan Kewangan, Hanif Ahmad, Pengarah Jabatan Tanah, Syeikh Hadi Syeikh Omar dan Pengarah Jabatan Sumber Manusia, A. Karim Ahmad. Ini adalah jabatan terpenting di Felda. Kesemua mereka ditukarkan ke Unit Gedung Makanan yg ketika ini operasinya hidup segan mati tak mau. Bayangkan pengarah2 profesional ini berjawatan Gred Jusa C ditugaskan menjadi gembala lembu dan kerbau! 2. Antara yg turut ditukarkan ialah Pengurus Besar Wilayah Raja Alias, Izham, Penolong Pengarah Jabatan Komuniti, Pn Hamimah dan Pegawai Kewangan, Pn Mastura. Fasa 2 rombakan bakal melibatkan hampir 20 orang lagi Pegawai Kanan akan dilakukan tidak berapa lama lagi. 3. Ketidak stabilan saham FGVH telah membawa kesan yg banyak. Antaranya aduan kakitangan Felda yg diarah membuat pinjaman saham tetapi bila nak jual rugi. Peneroka Felda masih menerima surat arahan bayar pinjaman 800 unit saham dpd bank, meskipun kononnya ada disediakan skim bayaran RM50 sebulan. 4. FGVH berdepan masalah besar untuk membayar RM257 juta kepada Felda seperti dalam perjanjian ekoran kejatuhan harga komoditi. Harga Minyak Sawit Mentah(MSM) tinggal RM2,300 setan metrik berbanding pernah mencapai RM3,200 sebelum ini. Jika FGVH gagal membayar Felda seperti yg dijanjikan, pendapatan Felda akan terus jatuh. Ini semakin menyukarkan perlaksanaan projek dan aktiviti di Felda sebagaimana bajet Felda yg di unjurkan sebelum ini. 5. Harga komoditi sawit semakin merudum seiring dengan kejatuhan saham FGVH. Disesetengah tempat hanya tinggal RM300 setan berbanding RM850 setan waktu pilihanraya 2008. Pendapatan peneroka menjunam 70% dimana waktu ini baki setelah tolak potongan hanya tinggal antara RM700-1,500 sahaja. Kenapa harga sawit jatuh dengan begitu mendadak? Ia juga berkait dengan harga getah yg juga jatuh teruk, ses tanam semula Risda yg bermasalah dan pokok2 getah yg tidak lagi mengeluarkan susu yg banyak seperti dulu. Pokok2 getah seperti berpenyakit. Ini aduan dari penoreh2 getah. Apa perancangan Kerajaan di saat kritikal seperti ini? ANAK akan menemui Kementerian terbabit dlm waktu terdekat untuk mendapat penjelasan mengenai situasi yg meresahkan peneroka Felda dan pekebun kecil sawit dan getah seluruh negara. 6. Datuk Ahmad Maslan beria2 menafikan Genting Berhad ada membeli 407,005,000 unit saham dlm FGVH. Satu sen pun tida ada kata beliau. Saya telah mengedarkan kepada para wartawan salinan dari papan utama Bursa Malaysia yg dikeluarkan Bloomberg Peers mengenai pembelian saham FGVH oleh Genting Berhad. Pihak Genting sehingga hari ini tidak membuat apa2 penjelasan mengenainya. Sejak bila Ahmad Maslan jadi jurucakap Genting? P/s maklumat terkini seramai 42 orang Pengurus Ladang Felda Plantation yg ketika ini diambilalih FGVH tidak lagi disambung perkhidmatan mereka. Sebahagian besar mereka telah berkhidmat lebih 30 tahun dan bergaji tidak lebih RM6 ribu sebulan. FGVH telah membawa masuk Penolong Pengurus di Golden Hope dan Sime Darby sebagai Pengurus Ladang FGVH dengan gaji permulaan RM7,500 sebulan. Mangsa terbaru kesan penyenaraian FGVH! selatan online/- | Nik Aziz: DAP tidak pernah ganggu Pas Posted: 11 Oct 2012 10:52 PM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap sesetengah pihak termasuk ahli Pas yang mengkritik kerjasama parti itu dengan DAP. Nik Aziz berkata, sebagai sebuah rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP tidak pernah mengacau perjuangan Pas, malah menegaskan kerjasama antara dua parti itu perlu untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Saya pun tidak tahu mengapa tersasar, orang berkenaan tidak sebut mengapa kita beralah dengan DAP, jadi tidak tahu kenapa, yang keduanya saya tidak nampak DAP ganggu kita. "Masalahnya orang-orang Pas tengok televisyen, dengar radio dan baca surat khabar Umno, jadi terbawa-bawa. Jadi oleh yang demikian saya nasihat orang Pas boleh baca surat khabar Umno, tapi kena ada jawapanlah," katanya. Nik Abdul Aziz diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa perjuangan politik Pas tidak lagi menepati kehendak Islam sejak parti itu bekerjasama dengan DAP. Dalam masa yang sama, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa beberapa kali mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa terdapat pemimpin Dap menolak Islam. Sementara itu, ketika ditanya sama ada Pas akan terus bekerjasama dengan DAP, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hairan mengapa orang sebut kemenangan Pas ketika ini disebabkan menumpang DAP. "Saya rasa pelik ada orang sebut kemenangan kita sekarang ini menumpang DAP. Saya mahu tanya balik bila kemenangan tidak menumpang. Malah sewaktu zaman Rasulullah SAW sampai Madinah, beliau ada buat perjanjian dengan kaum Yahudi. "Jadi tidak ada kemenangan yang tidak menumpang orang lain. Lebih-lebih lagi sekarang kita guna sistem pilihan raya nak undi Cina, nak undi India," katanya.
harakahdaily/- | Nurul Izzah : Husni Kurang Moral Kritik Belanjawan PR Posted: 11 Oct 2012 10:51 PM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 12 OKT : Pakatan Rakyat (PR) hari ini membidas kenyataan Menteri Kewangan 11, Datuk Seri Husni Hanadzlah yang mengatakan Bajet PR sebagai salah pengiraan dan 'lemah matematik'. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyelar Husni sebagai kurang bermoral dan tidak layak mengkritik bajet PR.
"Saya rasa Husni tidak mempunyai kedudukan moral dan layak untuk mengkritik PR.
"Laporan Ketua Audit Negara pada 2011 menemui 75 kes terlebih belanja dalam 14 kementerian daripada aspek pembayaran," katanya dalam sidang media di Parlimen.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Manifesto dan Dasar PR menyambut baik kenyataan perbendaharaan yang mengakui ketepatan anggaran kos program PR.
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata ia mengesahkan bahawa Kerajaan Pusat memandang serius segala cadangan dan penyelesaian ekonomi yang dikemukakan PR.
"Oleh sebab itu, dalam persidangan parlimen ini, ahli parlimen BN lebih gemar menghabiskan masa yang diperuntukkan membahas bajet PR.
"Tidak cukup dengan itu, menteri seperti Husni mengerah kakitangan awam di perbendaharaan dan jabatan lain bekerja lebih masa mencari bidasan kepada kami, " katanya.
Jelasnya, kerahan itu adalah satu salahguna kuasa berbentuk partisan kerana PR tidak diberikan akses sama sekali kepada semua data,angka dan statistik yang diperlukan sepenuhnya untuk membuat unjuran.
Sehubungan itu, PR mengesyorkan penubuhan sebuah Pejabat Belanjawan Parlimen bebas yang bertanggungjawab menyediakan analisis belanjawan dan maklumat ekonomi kepada ahli parlimen secara objektif.
Katanya, cadangan itu sangat penting supaya perbahasan dasar dan keputusan kewangan boleh dibuat secara telus dan cepat.
"Sistem ini sudah lama digunakan di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Ia bagi membentuk amalan yang adil dan saksama kepada kedua-dua pihak," katanya.
Turut serta dalam sidang media tersebut MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan MP Bukit Bendera, Liew Chin Tong.
selangorkini/- | Kemunculan bangkai ikan risaukan penduduk Posted: 11 Oct 2012 10:49 PM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU: Jawatankuasa Gabungan NGO Pengerang mahu pihak berkuasa menyiasat kewujudan bangkai ikan terapung di pantai dari Sungai Buntu sehingga ke Tanjung Sungai Kapal. Pengerusinya, Hong Thian Hwa berkata keadaan itu yang beberapa kali telah berlaku, merisaukan penduduk setempat. Menurut Hong, pada tengah hari 9 Oktorber lalu, beliau telah dimaklumkan oleh nelayan bahawa terdapat puluhan bangkai ikan terapung di paeairan itu. Mereka juga menurut Hong turut memaklumkan bahawa empat orang Pegawai Jabatan Perikanan telah bertolak dari Sungai Buntu untuk membuat persampelan terhadap air laut dan ikan. "Perkara yang berlaku berturut turut, termasuk ramai penduduk yang terhidu bau gas yang tidak dikenalpasti, serta bilangan besar kumpulan ikan yang mati, telah merisaukan penduduk Pengerang. "Pihak berkuasa yang berkenaan mesti membuat penyiasatan secepat mungkin, dan seterusnya membuat penjelasan awam berkenaan hasil penyiasatan untuk mengelakan khabar angin terus merisaukan penduduk, dan seterusnya menjejas sektor perikanan tempatan," katanya dalam satu kenyataan. Hong berkata, ekoran laporan dari nelayan berkenaan, beliau sendiri telah membuat rondaan dengan sampan di pantai berkenaan pada sebelah petangnya, dan mendapati masih terdapat bangkai ikan tetapi dengan jumlah yang berkurangan.
harakahdaily/- | Ulat teksi arab caj hingga RM5,000 Posted: 11 Oct 2012 10:48 PM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kemasukan pelancong dari Timur Tengah sepatutnya membawa rezeki melimpah kepada pemandu teksi Malaysia, namun keadaan sebaliknya berlaku apabila rezeki mereka dicuri dengan kehadiran ratusan 'ulat teksi Arab' yang bergiat aktif di kawasan tumpuan pelancongan negara ini tanpa kawalan pihak berkuasa.
Kegiatan dipercayai dijalankan pelajar dari Iran, Arab Saudi, Jordan dan Mesir itu hanya disediakan khas untuk pelancong dari negara asal mereka kerana faktor bahasa dan komunikasi.
Difahamkan, pendapatan tahunan diperoleh semua ulat teksi terbabit dianggarkan mencecah RM100 juta setahun dan ia merugikan pendapatan negara yang sepatutnya dikutip daripada sektor pelancongan.
Perkembangan ini didedahkan Presiden Persatuan Teksi Bestari Kuala Lumpur (Bukit Bintang), Mohamed Asharaf Yasin yang kesal apabila wujud 300 ulat teksi Arab di kawasan itu dengan menawarkan pakej perjalanan eksklusif untuk pelancong Timur Tengah.
Menurutnya, pendapatan diraih pemandu teksi tempatan hanya RM4,000 sebulan, tetapi hasil dikaut setiap ulat teksi Arab yang beroperasi secara haram di Bukit Bintang, di sini, melebihi RM30,000 sebulan dengan menawarkan pakej perjalanan eksklusif kepada pelancong Timur Tengah dan mereka difahamkan sudah bertapak di ibu kota sejak 10 tahun lalu.
Harian Metro
| Angkasawan jumpa planet berlian Posted: 11 Oct 2012 10:46 PM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
WASHINGTON: Kerlipan bintang bukan satu-satunya berlian di ruang angkasa. Ini kerana pakar sains melaporkan penemuan "planet berlian" bersaiz dua kali ganda Bumi dan lapan kali kadar jisim berlegar berdekatan bintang.
Penyelidik bidang fizik dan astronomi dari Yale, Nikku Madhusudhan berkata, penemuan berkenaan bermakna bahawa planet berbatu tidak lagi boleh dianggap mempunyai elemen kimia, bahagian dalam, atmosfera atau biologi sama seperti Bumi.
Planet terbaru itu mula dipantau tahun lalu tetapi penyelidik menganggap bahawa ia sama seperti kimia di Bumi. Hanya selepas analisis lebih lanjut daripada penyelidik Perancis-Amerika Syarikat mengesahkan planet berkenaan berbeza dengan Bumi. - AFP
| Rusia tuntut Turki jelaskan pemintasan pesawat Syria Posted: 11 Oct 2012 08:42 PM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
(Moscow menuduh Ankara membahayakan nyawa penumpang dengan memintas pesawat Syria dengan dakwaan membawa kargo "bukan awam".)
MOSCOW: Moscow mendakwa Ankara membahayakan nyawa warga Rusia selepas memaksa pesawat penumpang Syria mendarat dan merampas kargo yang disyaki peralatan ketenteraan dari Rusia kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Damsyik berkata Khamis lalu bahawa pemintasan pesawat Syria tersebut adalah suatu perbuatan lanun, menambahkan lagi ketegangan antara Turki dan Syria kerana sebelum ini ketua kakitangan Turki memberi amaran bahawa tentera Turki akan bertindak balas dengan lebih hebat jika Syria terus membedil wilayah Turki.
Jet tentera mengiringi pesawat Airbus A-320 yang membawa kira-kira 30 penumpang dari Moscow ke Damsyik, ke lapangan terbang Ankara lewat Rabu lalu selepas Turki menerima maklumat perisikan bahawa pesawat tersebut membawa "kargo bukan awam".
Rusia, yang menyokong kerajaan Assad dalam pemberontakan selama 18-bulan yang telah membunuh kira-kira 30,000 orang, marah dan menuntut penjelasan dari Turki.
"Nyawa dan keselamatan penumpang telah terancam," Kementerian Luar Rusia berkata dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa 17 warga negaranya dihalang dari mendapat akses kepada kakitangan diplomatik Rusia. Kawalan senjata
Turki berkata mereka bertindak dalam lingkungan undang-undang antarabangsa.
"Kami berazam untuk mengawal pemindahan senjata kepada rejim yang melakukan pembunuhan kejam beramai-ramai terhadap orang awam. Kami tidak boleh menerima bahawa pemindahan sedemikian dibuat menggunakan ruang udara kami," ujar Ahmet Davutoglu, Menteri Luar Turki.
"Kami menerima maklumat bahawa pesawat tersebut membawa kargo yang tidak mematuhi peraturan penerbangan awam," katanya semasa lawatan rasmi di Athens.
Sementara itu, Mahmoud Said, Menteri Pengangkutan Syria, menuduh Turki sebagai "lanun ruang udara", menurut stesen televisyen Lubnan, Al-Manar.
Syria juga telah menutup ruang udara kepada pesawat Turki, selepas pengisytiharan Ankara bahawa ruang udara Syria adalah "tidak selamat" untuk pesawat Turki.
Rusia merupakan salah satu sekutu rapat kerajaan Assad dan telah menyekat beberapa resolusi PBB terhadap Damsyik.
"Sekali seminggu, pesawat Syria Airlines terbang dari Moscow ke Damsyik," agensi berita Interfax memetik jurucakap Lapangan Terbang Vnukovo, Yelena Krylova sebagai berkata. "Pesawat berlepas seperti biasa, tiada sebarang kejadian yang berlaku." Kenyataan Assad
Assad menyifatkan Syria dan Turki sebagai "saudara" dalam temubual yang disiarkan Khamis lalu, dan berkata bahawa Turki "tidak mempunyai sebab untuk berperang" selepas isu pertempuran merentas sempadan baru-baru ini.
"Kita harus berkerja bersama-sama dalam isu ini," katanya kepada akhbar Turki, Aydinlik, seminggu selepas serangan yang menyebabkan lima rakyat Turki terbunuh.
"Dalam masa seperti ini, negara-negara harus membetulkan kesilapan mereka dengan berbincang antara satu sama lain. Rakyat Turki adalah orang yang mulia. Kami tidak mempunyai masalah dengan rakyat Turki dan tentera Turki. Syria bukan merupakan musuh kepada Turki. Kami sentiasa menanggap Turki sebagai saudara kami. "
Tetapi temuduga tersebut, yang tampak sebagai satu usaha untuk meredakan ketegangan, juga mengandungi teguran.
"Kami mempunyai masalah dengan kerajaan Turki," kata Assad. "Kami menghadapi masalah di sepanjang sempadan Turki kerana sikap kerajaan Turki. Kerajaan Turki juga bertanggungjawab atas kematian warga Turki. Dan hubungan antara Syria dan Turki yang sampai ke tahap ini juga merupakan salah kerajaan Turki. Bukannya rakyat Turki. "
Komen tersebut telah diterbitkan sehari selepas pendaratan pesawat penumpang Syria yang dipintas dalam perjalanan dari Moscow ke Damsyik.
Pesawat tersebut yang membawa kira-kira 30 penumpang, telah dibenarkan untuk meninggalkan Turki dan meneruskan perjalanan ke Damsyik.
harakahdaily/- | Gempa bumi kuat di Kepulauan Aru, Indonesia Posted: 11 Oct 2012 08:41 PM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.6 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Aru, Indonesia pada 8.31 pagi hari ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di 5.1 darjah Selatan dan 134.1 darjah Timur, 567km Tenggara dari Sorong, Indonesia dan 2,029km Tenggara dari Semporna, Sabah. Tiada ancaman Tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. - Bernama
| TNB Johor tanggung rugi RM20 juta Posted: 11 Oct 2012 08:24 PM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Mohd Aminuddin JOHOR BAHRU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor menanggung kerugian hampir RM20 juta akibat kecurian arus elektrik dari 2011 hingga kini. Pengurus Besar TNB negeri, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata, mana-mana individu yang dikesan melakukan kecurian arus ini bukan sahaja perlu membayar nilai kegunaan elektrik yang dicuri, malah berhadapan dengan tindakan undang-undang. "Bagi mereka yang didapati melakukan pengubahsuaian ke atas meter bacaan ini, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 38 Akta Bekalan Elektrik 1990, iaitu TNB berhak menuntut kerugian hasil daripada apa yang telah dilakukan oleh pelaku kecurian elektrik ini. "Sekiranya mereka yang disabitkan kesalahan melakukan kegiatan menggunakan elektrik secara haram atau mengganggu meter, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 37 (3) Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Mohd Aminuddin berkata, TNB menerusi Jabatan Jaminan Hasil mempunyai 120 anggota yang akan memantau secara rambang di tiga negeri wilayah selatan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. "Modus operandi pasukan ini akan melakukan tinjauan rambang ke kilang, premis perniagaan dan rumah kediaman untuk melakukan pemeriksaan. "Jika didapati meter telah diusik, pegawai akan mengambil gambar sebagai bukti dan menggantikan meter baru. Siasatan akan dijalankan bagi mengesan nilai kecurian dilakukan berdasarkan trend penggunaan elektrik sebelum ini. "Ada kes TNB dapat kesan membabitkan nilai kecurian RM1.9 juta bagi satu kes membabitkan kilang di Johor," katanya. Mohd Aminuddin turut menasihatkan pemilik premis atau rumah yang menyewakan bangunan milik mereka untuk menukar nama bil kepada penyewa. "Menukar nama bil kepada penyewa jarang dilakukan pemilik premis atau rumah, namun ia memberi impak yang besar kepada pemilik kerana sekiranya berlaku kecurian arus, caj tersebut akan dituntut ke atas penama. "Proses tukar nama ini mudah yang boleh dilakukan di pejabat TNB dengan berserta perjanjian sewaan," katanya. Jelasnya, hampir 15 peratus kes kecurian ini dibawa ke mahkamah namun TNB bersedia mengadakan rundingan kepada mana-mana pelanggan yang mengalami masalah ini.
sinar harian/- | Imam Hoslan Bebas, Janji Terus Perjuangkan Keadilan, Benteras Kezaliman -updated Posted: 11 Oct 2012 08:20 PM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Imam Hoslan Husin yang dijatuhi hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah kerana melempar selipar ke arah panel hakim dibebaskan dari penjara Kajang hari ini selepas didapati berkelakuan baik.
Beliau dilepaskan bersyarat di bawah perintah Parol dari Pejabat Parol Daerah Cheras di bawah Jabatan Penjara Malaysia kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi selepas menjalani hukuman penjara tujuh bulan tiga hari mulai 8 Mac lalu.
Hoslan dikehendaki melapor diri setiap minggu ke pejabat parol, atau pada bila-bila masa dikehendaki pegawai parol sehingga dibebaskan sepenuhnya pada 8 November 2012.
Hoslan turut perlu melapor diri jika ingin keluar dari daerah Cheras.
Isterinya, Noorliza Mat Isa, 43, bergegas hadir dari Hospital Kuala Lumpur dari menjaga anaknya akibat demam denggi.
"Syukur. Dengan kehendak Allah Taala saya dipenjara.Dengan kehendak Allah Taala dibebas. Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepada saya dan keluarga," katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada peguam Karpal Singh; Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat kerana membelanya secara terbuka.
Hoslan menambah, beliau memaafkan pihak yang menganiainya, namun akan terus memperjuangkan keadilan kerana ia adalah ijtihad dalam hidupnya.
"Tidak ada yang lebih baik dari memaafkan. Kerana Rasulullah sendiri pun sentiasa memaafkan," kata Hoslan memaklumkan, diberi kebenaran menyampaikan tazkirah kepada banduan dalam himpunan harian pagi ini.
Hoslan berkata, beliau akan meneruskan kehidupan dengan berniaga kitab-kitab agama.
"Kita jalankan kehidupan. Tidak ada masalah. Tidak baik sekiranya ada penyakit hasad dengki," kata bekas Imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan ini.
Parol bermaksud pelepasan seseorang penghuni penjara yang mempunyai tarikh bebas dan layak, untuk menjalani mana-mana bahagian hukuman pemenjaraannya di luar penjara menurut sesuatu Perintah Parol.
Penghuni dikehendaki menjalani baki hukumannya di luar penjara di bawah pengawasan pegawai Parol.
greennbox/- | Seorang maut bangunan parkir runtuh di Miami Posted: 11 Oct 2012 08:02 PM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
MIAMI, Amerika Syarikat - Bangunan tempat meletak kenderaan yang masih dalam pembinaan runtuh kelmarin menyebabkan seorang pekerja terbunuh di sini, kata beberapa pegawai.
Menurut mereka, beberapa pekerja lagi cedera dalam kejadian tersebut.
Salah seorang pekerja itu berjaya diselamatkan selepas terperangkap di celah runtuhan.
Jurucakap Jabatan Bomba Miami-Dade, Griselle Marino berkata, pekerja itu diselamatkan selepas dia menggunakan telefon bimbit untuk memberitahu lokasinya kepada anggota pasukan penyelamat. Bangunan parkir itu setinggi lima tingkat dan terletak di Kolej Miami-Dade.
Tiada pelajar yang berada di kawasan itu ketika kejadian tersebut berlaku pada waktu pagi. Empat pekerja dihantar ke sebuah hospital termasuk seorang berada dalam keadaan parah. Tiga lagi pekerja dirawat oleh anggota paramedik.
Punca kejadian masih belum diketahui. - Agensi | Ibadah Qurban Posted: 11 Oct 2012 05:33 PM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman/Serambi.
"Barangsiapa yang mempunyai kemampuan tetapi dia tidak berkurban, maka janganlah dia mendekati tempat shalat kami" (HR. Ahmad & Ibnu Majah).
Demikian penting makna ibadah kurban bagi setiap manusia, khususnya orang-orang mukmin. Lebih-lebih secara bahasa, qurban bermakna dekat. Sehingga qurban merupakan upaya mendekatkan diri kepada Allah, yang dilakukan dengan menyembelih hewan kurban pada hari raya Idul Adha. Meskipun sunat hukumnya, ibadah ini mendekati wajib, sehingga Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sangat tidak suka terhadap orang-orang yang mampu berkurban tetapi tidak mau melaksanakannya.
Lagipula, ibadah qurban juga bersifat kepedulian terhadap sesama manusia, khususnya orang-orang yang tidak mampu. Dengan demikian, ibadah ini bukan hanya menciptakan kedekatan dengan Allah, tetapi juga kepedulian dan kasih sayang terhadap sesama. Wajar sekali kalau pahala yang disediakan berlipatganda. Manfaat ganda sekaligus pahala yang banyak ini akan dicari, kecuali oleh orang-orang yang hatinya telah mati, misalnya, akibat banyak mengambil yang bukan haknya atau sudah demikian kuat dicengkeram setan.
Nabi Ibrahim alaihissalam sendiri juga pernah berkali-kali digoda setan tatkala ingin melaksanakan kurban sesuai dengan perintah Allah. Yaitu, menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Sehingga beliau melempar setan, yang hingga sekarang dikenal dengan melempar Jumrah yang dilakukan oleh para jamaah Haji. Karena itu, bila tidak ada niat untuk berkurban di saat mampu, jangan lupa berpikir bahwa mungkin setan sedang menggoda agar kita tidak mengambil kesempatan berharga ini. | Hati yang Mati Posted: 11 Oct 2012 05:29 PM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman/Serambi.
"Wajib atas kalian untuk selalu duduk di majelis ulama dan mendengarkan perkataan ahli hikmah, karena sungguh Allah menghidupkan hati yang mati itu dengan cahaya hikmah, sebagaimana Allah menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan" (Al hadits).
Meskipun masih hidup, kita berpeluang mengalami mati hati. Para ulama menggambarkan seseorang yang telah mati hatinya dengan beberapa keadaan. Di antaranya, gila pada harta dunia tanpa mau peduli status halal haramnya, tidak punya rasa takut akan peringatan kematian, dan tak merasa bersalah ketika melakukan perbuatan berdosa. Keadaan-keadaan ini saja jika dimiliki seseorang, akan menjatuhkannya ke dalam aliran dosa yang berkepanjangan.
Jika diperhatikan, sungguh sudah sangat banyak di antara kita yang mengalami mati hati di muka bumi ini. Sebab rata-rata orang, apapun profesinya, kini merasa bangga dengan kekayaannya walaupun dari hasil korupsi atau penyelewengan. Lihatlah betapa banyak orang yang menajdi kaya raya karena mengambil yang bukan haknya. Juga banyak orang yang dimuliakan karena kekayaannya walau dari hasil (menjual) barang haram. Bukan hanya itu, kematian yang dialami seseorang hanya dianggap sebagai sesuatu yang alami, bukan sebagai peringatan untuk memperbaiki diri.
Namun demikian, hati yang mati bukan tak bisa disembuhkan kembali. Duduk dengan para ulama, misalnya, merupakan jalan yang bisa membantu menghidupkan hati yang mati. Dari petuah-petuah yang disampaikan akan mengantar seseorang kepada kebenaran, yang tentunya berasal dari Alquran dan sunnah. Lebih-lebih bila petuah tersebut menggugah kita untuk sering membaca Alquran dan mengkaji maknanya. Insya Allah hati kita kan hidup, terbuka dalam menerima kebenaran dan menyukai kebaikan. | Perbendaharaan akui anggaran kos Pakatan tepat Posted: 11 Oct 2012 04:55 PM PDT 26 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Kenyataan Datuk Seri Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II yang disiarkan oleh The Sun [1]disambut baik oleh Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab merangka Belanjawan Pakatan Rakyat 2013.
Ia mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan memandang serius segala cadangan dan penyelesaian ekonomi yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. Ini membayangkan juga bahawa keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat dan kemampuannya merancang ekonomi negara turut dihormati dan digeruni oleh Barisan Nasional.
Oleh sebab itulah, sepanjang bermulanya persidangan Parlimen sesi ini, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional lebih gemar menghabiskan masa yang diperuntukkan membahaskanBelanjawan Pakatan Rakyat 2013. Mereka lebih takutkan pengaruh dan perbandingan dasar yang dibawa oleh Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 sehingga mereka mengabaikan terus belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri sendiri.
Tidak cukup dengan itu, menteri-menteri kanan seperti Datuk Seri Husni Hanadzlah sendiri mengerah kakitangan awam di Perbendaharaan dan jabatan-jabatan lain bekerja lebih masa untuk mencari bidasan bagi menjawab cadangan dasar yang dibuat Pakatan Rakyat, seperti yang dibacakan oleh beliau semalam.
Walaupun ini satu perkembangan yang baik, kami ingin mengingatkan bahawa kerahan seluruh jentera kerajaan untuk mencari bidasan kepada cadangan dasar Pakatan Rakyat adalah satu salahguna kuasa berbentuk partisan, memandangkan perkara-perkara berikut:
1. Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat tidak diberikan akses sama sekali kepada semua data, angka dan statistik yang diperlukan sepenuhnya untuk membuat unjuran yang membolehkan kami berdepan dengan pukulan curi seperti yang dibuat oleh Dato' Seri Husni hanadzlah
2. Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat hanya dianggotai oleh 12 orang dan dibantu oleh sekumpulan sukarelawan yang kecil berbanding keseluruhan jentera kerajaan
3. Jabatan dan jentera kerajaan seperti pegawai-pegawai Perbendaharaan tidaklah boleh diarah untuk menjadi kakitangan parti pemerintah seperti Umno dalam menjawab cadangan-cadangan dasar. Tugas itu wajiblah dipikul oleh kakitangan ibupejabat Umno sendiri, seperti yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat
Oleh yang demikian, untuk merancakkan lagi amalan demokrasi di negara ini, kami mengesyorkan supaya sebuah Pejabat Belanjawan Parlimen yang bebas dan tidak berpihak ditubuhkan. Pejabat ini bertanggungjawab menyediakan analisis perbelanjaan/belanjawan dan maklumat ekonomi kepada ahli-ahli parlimen secara objektif supaya perbahasan dasar dan keputusan kewangan boleh dibuat secara telus, bebas dan tepat.
Pun begitu, analisa yang dibuat oleh Perbendaharaan dan digunakan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah sebagai bidasan ternyata memakan diri sendiri kerana ia mengesahkan bahawa anggaran kos yang digunakan oleh Pakatan Rakyat bagi membiayai program-program ekonominya adalah tepat.
Angka-angka anggaran kos bagi program-program Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan Perbendaharaan adalah hampir sama dengan angka-angka anggaran yang digunakan Pakatan Rakyat selama ini. Malah, angka-angka terbaru mengikut analisa Perbendaharaan dan digunakan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah adalah jauh berbeza dengan pelbagai angka yang digunakan oleh Barisan Nasional sebelum ini.
Kami merumuskan perbandingan kos ini di dalam Jadual 1 seperti berikut:
PROGRAM PAKATAN RAKYAT | ANGGARAN PR (RM bilion) | ANGGARAN PERBENDAHARAAN[2](RM bilion) | ANGGARAN BN TERDAHULU[3] | Menghapuskan tol | 6.0 | 6.0 | 50.0 | Kos menyediakan pendidikan percuma | 4.0 | 5.0
|
18.5 | Kos menghapuskan hutang PTPTN | 2.0 | Tidak diperincikan, tetapi RM30b boleh dibayar dalam tempoh 20 tahun pada kos RM2b setahun | Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100 |
2.0 |
4.4 |
Tidak dinyatakan | Caruman Wanita Nasional | 3.0 | Tidak dibantah, maknanya bersetuju | Tidak dinyatakan | Bonus Warga Emas | 3.0 | Tidak dibantah, maknanya bersetuju | Tidak dinyatakan | Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak |
12.5 |
Tidak dibantah, maknanya bersetuju |
12.5 | Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta |
2.0
|
Tidak dibantah, maknanya bersetuju |
8.0 |
Jadual 1: Perbandingan anggaran kos tahunan program-program Pakatan Rakyat
Mengambil kira bahawa Perbendaharaan telah diarahkan supaya mengkaji cadangan dasar Pakatan Rakyat dan setiap anggaran kos dengan teliti, angka-angka yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan menunjukkan bahawa ia (Perbendaharaan) bersetuju dengan anggaran kos yang dibuat oleh Pakatan Rakyat selama ini. Malah, ia juga membuktikan bahawa segala angka yang digunakan oleh pimpinan Barisan Nasional selama ini adalah tidak tepat dan cubaan menakut-nakutkan rakyat semata-mata.
Jawapan kami kepada persoalan-persoalan khusus yang ditimbulkan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah adalah seperti berikut:
1. Peruntukan RM56 bilion bagi gaji kakitangan awam akan menyebabkan 72,000 kakitangan awam hilang pekerjaan
Pakatan Rakyat telah menjelaskan bahawa kenaikan peruntukan gaji kakitangan awam sebanyak RM4 bilion atau purata 8% adalah mencukupi bagi menampung kenaikan gaji semua kakitangan awam, dengan syarat peruntukan bagi gaji ditambah dan peruntukan bagi faedah-faedah bukan kewangan berjumlah RM1 bilion disemak semula untuk menjimatkan kos.
Pakatan Rakyat percaya bahawa kenaikan peruntukan sewajarnya diagihkan terus dalam bentuk penggajian kepada kakitangan awam, bukannya tenggelam di dalam kenaikan kos bukan gaji yang disembunyikan di dalam angka besar.
Lagipun, rekod pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa tidak ada seorang pun kakitangan awam yang terpaksa diberhentikan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Malah, bonus tahunan yang dinikmati di negeri-negeri seperti Selangor dan Perak adalah lebih baik berbanding bonus persekutuan.
2. Tiada peruntukan dibuat bagi dasar-dasar tertentu
Dato' Seri Husni Hanadzlah menuduh kononnya tiada peruntukan dibuat bagi membiayai pembatalan PTPTN, penghapusan tol, Bonus Warga Emas dan pelaksanaan gaji minima RM1,100 kepada kakitangan awam.
Sebenarnya, peruntukan sepenuhnya telah dibuat di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 bagi program-program, seperti yang diperincikan di dalam Jadual 2:
PROGRAM PAKATAN RAKYAT | ANGGARAN KOS (RM bilion) | Menghapuskan tol | 6.0 | Kos menyediakan pendidikan percuma | 4.0 | Kos menghapuskan hutang PTPTN | 2.0 | Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100 |
2.0 | Caruman Wanita Nasional | 3.0 | Bonus Warga Emas | 3.0 | Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak |
12.5 | Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta |
2.0
| Suntikan dana perumahan rakyat melalui Perbadanan Perumahan Negara |
5.0 | Elaun khas perguruan RM500 sebulan | 2.4 | JUMLAH | 41.9 |
Jadual 2: Peruntukan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
Peruntukan ini dibuat dengan mengambil kira bahawa potensi penjimatan dengan menghapuskan rasuah, ketirisan dan kronisme adalah besar dan mampu membiayai program-program tersebut.
Berdasarkan Belanjawan BN 2013, perbelanjaan-perbelanjaan berikut adalah perbelanjaan berbentuk perolehan, agihan melalui sistem tidak telus yang ditentukan oleh kerajaan atau pun caj hutang akibat keborosan berhutang – yang berpotensi untuk dipotong atau dijimatkan melalui pentadbiran yang telus:
JENIS PERBELANJAAN YANG DIKAWAL KERAJAAN SETIAP TAHUN | PERUNTUKAN (RM bilion) | Belanja Mengurus: Perkhidmatan dan Bekalan | 33.7 | Belanja Mengurus: Pembelian aset | 1.1 | Belanja Mengurus: Caj Perkhidmatan Hutang | 22.2 | Belanja Mengurus: Subsidi dan Bayaran Tetap |
37.6 | Belanja Mengurus: Kos perolehan badan kerajaan melalui geran kerajaan |
7.0 | Belanja Mengurus: Lain-lain | 14.8 | Belanja Pembangunan: Projek, infrastruktur, suntikan dan lain-lain |
50.0 | Perbelanjaan perolehan, kontrak dan pelaburan oleh PETRONAS dan syarikat-syarikat kerajaan |
50.0
| JUMLAH | 216.4 |
Jadual 3: Perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan
Atas sasaran penjimatan 20% ke atas semua perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan ini dengan menghapuskan pembaziran, menghentikan ketirisan dan mencegah rasuah, Pakatan Rakyat percaya potensi peruntukan yang boleh digunakan untuk membiayai program pro-rakyat adalah RM43 bilion. Jumlah ini lebih tinggi dari kos untuk menampung program-program Pakatan Rakyat yang dimasukkan di dalamBelanjawan Pakatan Rakyat 2013 iaitu RM41.9 bilion.
Lagipun, kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa penjimatan 20% ke atas perbelanjaan kerajaan boleh dicapai. Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim misalnya telah mencatatkan penjimatan 24% atau RM106 juta bagi kontrak-kontrak kejuruteraan awam dalam tempoh 9 bulan pertama 2012.
Penjelasan panjang lebar ini selari dengan anggaran kos yang dibuat oleh Perbendaharaan mengenai program-program Pakatan Rakyat. Batu penghalang kepada pelaksanaan program-program pro-rakyat adalah keborosan dan kecenderongan Barisan Nasional bergelumang dengan rasuah.
Bagi pihak Jawatankuasa Dasar & Manifesto Pakatan Rakyat RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN YB LIEW CHIN TONG AHLI PARLIMEN BUKIT BENDERA YB NURUL IZZAH ANWAR AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI YB DR DZULKIFLY AHMAD AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR 11 OKTOBER 2012 | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 11 Oct 2012 09:19 PM PDT Ketua cabang PKR Jempol terima SMS ugutan Posted: 11 Oct 2012 05:21 PM PDT 11 Okt 2012
JEMPOL : Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh mendakwa menerima ugutan daripada seorang individu yang tidak dikenalinya kira-kira jam 7.30 pagi semalam.
Ugutan yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas SMS itu mengandungi amaran kepada Karip bahawa mereka tidak akan teragak-agak 'menghapuskan' Karip, keluarga dan ternakannya.
Menurut Karip, penghantar sms itu memperkenalkan diri sebagai seorang wanita.
"Pengantar sms itu juga memberi amaran agar saya tidak selalu mengadakan ceramah di Felda Serting Hilir jika saya mahu selamat.
"Malah dia juga meminta saya menghentikan program ceramah jika saya mahu keluarga saya dan ternakan saya selamat," kata Karip.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol semalam.
Karip berkata, ugutan itu berkemungkinan ada kaitan dengan penganjuran program ceramah Pakatan Rakyat Jempol di Felda Serting Hilir 5, malam kelmarin.
Program Ceramah dan Artis Bersama Rakyat itu turut sertai oleh penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah dan pelawak Leman 'Raja Lawak'.
Kira-kira 30 ahli PKR, PAS dan DAP Jempol, mengiringi beliau membuat laporan polis itu.
"Saya mahu polis siasat segera kes ugutan ini dan ambil tindakan tegas terhadap invidivu tersebut," katanya.
Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Teo Kok Seong.
| Sumbangan untuk Pondok Tampin Posted: 10 Oct 2012 11:08 PM PDT Kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk pembinaan tandas dan bilik mandi Pondok Tampin , boleh menyumbang sebarang bentuk sumbangan, samada duit atau batu bata , atau kayu atau atap ardec. Sila hubungi urusetia daurah Saudara Hanif 0136905847
DAURAH HADIS MUSLIM DAN SUNAN TARMIZI.
InsyAllah pada 10 Nov. 2012 hingga 30 Nov. 2012, akan diadakan daurah pembacaan /periwayatan Kitab Hadis Sahih Muslim dan Kitab Hadis Sunan Tarmizi.
Tempat: 1) Madrasah Islamiah (Pondok) Kg Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan (selama 9 hari - untuk Kitab Sahih Muslim).
kemudiannya disambung di 2) Pondok Tampin, Jalan Kampong Padang Ragut, Repah, Tampin, N.Sembilan (selama 11 hari lagi - untuk Kitab Sunan Tarmizi)
Tarikh selesai daurah: 30 nov 2012 insyallah (Daurah akan berlangsung selama 20 hari).
Penyampaian bacaan dan periwayatan Kitab Jami' Sahih Muslim dan Sunan Tarmizi akan disampaikan oleh: Al-Allamah al-Sheikh Samir an-Nash serta akan dibantu oleh Sheikh Firas Salu sebagai Sheikh Muqri (pembaca teks)
| |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 11 Oct 2012 09:09 PM PDT |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 11 Oct 2012 04:10 PM PDT KERAJAAN BN KANTOI, TAK BERANI GUNA PAKAR SEJARAH SENDIRI ? Posted: 11 Oct 2012 01:21 AM PDT Pelik ? Malaysia yang ada pakar sejarah sendiri yang ramai dan ada yang otai seperti Prof Khoo Kay Kim dan Dr Ramlah Adam (Tak silap teman Dr ni pakar Bahasa Melayu) tapi hampeh. Sanggup Malaysia yang diterajui UMNO yang menjadi kepala BN gunakan Dr Karl Hack untuk mempertahankan Utusan (Akhbar pemfitnah yang selalu kalah saman). Kalau DS Anwar guna pakar Dr dari Thailand UMNO/BN kecoh padahal DSAI cuba yang terbaik kerana tiada DR Pakar yang berani membantunya.Tapi dalam kes ini , BN dalam mempertahankan kes yang memperjuangkan Melayu wajar gunakan Pakar Sejarah dalam negara sendiri.
PULAU PINANG: Perbicaraan kes fitnah yang difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu ke atas Utusan Malaysia mendedahkan banyak perkara baru yang boleh dilihat dakwaan pihak penjajah British bahawa Mat Indera adalah seorang komunis adalah sangat-sangat diragui.
(Dr Karl Hack yang dibawa Utusan untuk mempertahankan dakwaannya)
Pada perbicaraan yang berlangsung pada hari isnin dan semalam di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pihak Utusan nampaknya bersungguh untuk mempertahankan dakwaan dan tuduhan bahawa Mat Indera adalah seorang komunis.
Mereka memanggil seorang ahli sejarah kelulusan Universiti Oxford, Dr.Karl Hack untuk membantu dakwaan itu.
Dalam keterangannya saksi orang Inggeris tersebut mendakwa berdasarkan rujukan beliau dari keterangan Mat Indera yang diberikan kepada polis British pada tahun 1950, beliau berpendapat Mat indera adalah seorang komunis.
Perbicaraan tersebut menjadi panas apabila peguam Mat Sabu, Hanipa Maidin mempertikaikan pendapat Dr Hack.
Ketika menyoal balas saksi tersebut, Hanipa mempersoalkan bahawa bukan di dalam tugas dan skop bidang beliau untuk menentukan ideologi seseorang termasuk Mat Indera, namun saksi menolak saranan Hanipa tersebut.
Hanipa menyatakan "Dr Karl Max (maaf saya maksudkan Dr Karl Hack), saya katakan bahawa bagi menentukan sama ada seseorang seperti Mat Indera sebagai komunis atau tidak, tidak cukup untuk anda sekadar memahami ideologi komunis, anda juga perlu tahu tentang Islam khususnya ajaran islam tentang sikap orang Islam terhadap penjahan?"
Saksi menjawab "bagi saya tidak perlu".Hanipa menyatakan hanya kerana Mat Indera bersama Partai Komunis Malaya, tidak semestinya beliau adalah seorang komunis kerana pada masa itu tahun 1950 semua pertubuhan selain Umno telah diharamkan.
(Hanipa mengiringi Mohamad Sabu)
Hanipa bertanya "setuju pada masa itu semua organisasi yang melawan British telah diharamkan kecuali Umno?"
Saksi bersetuju.
Hanipa menyoal "Setuju dengan saya Mat Indera hanya menggunakan platform PKM untuk memerangi British kerana pada masa itu pertubuhan-pertubuhan lain kecuali Umno diharamkan British.
"Adakah anda tahu dalam Islam adalah wajib bagi orang Islam melawan penjajah dan bagi tujuan itu mereka dibenarkan bersama-sama dengan mana-mana pihak yang lain termasuk dengan pihak bukan Islam yang juga mempunyai tujuan yang sama?"
Dr Hack menjawab "Mengapa beliau (Mat Indera) tidak guna cara lain, Mat Indera menyokong revolusi dan istilah revolusi adalah istilah komunis."
Hanipa lantas bertanya "Bagaimana pula revolusi Iran, adakah ia juga komunis?"Hakim Datuk Seri Zakarian Sam juga bertanya saksi "bagaimana pula revolusi Perancis? Saksi akhirnya mengakui dia tersilap.
Peguam Utusan Datuk Hafarizam Haron pula membantah tindakan Hanipa mempersoalkan krebiliti laporan Dr Hack dan menyatakan jika Hanipa ingin menyatakan bahawa Mat Indera adalah bukan komunis kerana menentang penjajah beliau perlu panggil saksi pakar dia iaitu ulama Islam bagi memberikan pendapat tentang hukum menentang penjajah.
Hanipa menjawab "Yang Arif, kita tidak perlu panggil ulama untuk beritahu perkara yang jelas, orang Islam perlu tahu mementang penjajah yang datang menjajah negara kita adalah satu jihad yang wajib. "Maka tidak perlu panggil ulama untuk perkara itu."
Saksi juga mengakui bahawa beliau tidak mengambil maklumat tentang bagaimana kenyataan Mat Indera kepada pihak Polis British diambil dan samada ada unsur ancaman, ugutan dan pujukan.
Beliau juga bersetuju beliau juga tidak merujuk kepada pendapat pakar sejarah yang lain yang mengatakan Mat Indera adalah bukan seorang komunis.Hrkh Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT | METER BARU, SISTEM CUKAI BARU ..TEKTIK YANG RAKYAT DAH TAHU! Posted: 10 Oct 2012 05:37 PM PDT Kisah meter baru TNB digital yang amat meragukan bila banyak rungutan kekesanan yang sepatutnya ke arah lebih baik untuk pengguna bukan lebih baik kepada TNB.Jangan disebabkan tarif letrik tak dapat naik maka guna tektik ganti meter baru. Kes atau kisah ini sama dengan penggantian meter air SYABAS suatu masa dulu dari meter logam kepada meter plastik yang meragukan dan menyusahkan pengguna terutama rakyat Selangor. Kini perkara sama tapi benda yang lain iaitu sistem e-filing pencukaian berkomputer yang banyak meragukan pembayar cukai.
Setiap tahun masalah taksiran cukai pasti berlaku dan ramai pembayar cukai tidak puas hati dengan cara pihak LHDN (lembaga Hasil Dalam Negeri) menyemak semula taksiran cukai yang sudah melebih 5 tahun sehingga ada yang sampai 12 tahun.
Sepatutnya masalah taksiran semula cukai ini sudah lama dapat diselesaikan memandangkan sekarang ini, mereka sudah menggunakan keadah elektronik seperti E-Filing yang lebih efisen dalam pengurusan fail.
Kalau pihak pengurusan menggunakan sistem ini sepenuhnya sudah tentu masalah ini boleh diselesaikan pada peringkat awal lagi. Para pembayar cukai mengadu yang mereka terpaksa mencari semula fail-fail yang sudah terlalu lama disimpan dan ada kemungkinan ada yang sudah terlupa atau tidak ingat lagi dimana dokumen-dokumen tersebut disimpan.
Kita mencadangkan agar pihak LHDN memperbaiki sistem E-Filing dalam talian dengan memberi kemudahan kepada pengguna melampirkan resit-resit atau dokumen yang diperlukan oleh LHDN sebagai bukti hasil pendapatan bercukai.
Mengemaskini data-data pembayar cukai secara sistematik untuk memudahkan para pembayar cukai dikesan lebih awal lagi supaya pihak LHDN tidak perlu membuat taksiran berulang kali setiap tahun.
Pihak LHDN perlu memeriksa dan membuat pentaksiran semula dalam tahun yang sama. Jangan sampai pentaksiran cukai dibuat semula berulang kali pada setiap tahun untuk mengelak kesulitan kepada pembayar cukai membayar balik cukai yang belum dibayar pada tahun tersebut.
Pihak pembayar cukai juga mencadangkan agar di masa hadapan, pembayar cukai harus membuat satu surat pengesahan dan pengakuan yang dokumen yang dihantar pada hari tersebut memang disahkan betul oleh Pegawai LHDN semasa pentaksiran dan sekiranya pihak LHDN bersetuju mereka harus menyimpan salinan dokumen-dokumen yang telah ditunjukkan dan turunkan tandatangan sebagai bukti pengesahan yang pembayar cukai sudah selesai membuat taksiran cukai semasa.
Perlu diingat bukan semua pembayar cukai mempunyai sistem tempat simpanan fail yang baik dan, kemas. Ada diantara mereka yang sentiasa berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain sehingga mereka terlupa tempat simpanan fail yang sudah terlalu lama.
Dengan adanya sistem E-Filing, LHDN sepatutnya dapat mengatasi masalah ini terus berlaku, dimana pihak pengurusan LHDN boleh menggunakan sistem ini dengan lebih baik, cekap dan teratur tanpa perlu menyusahkan pihak pembayar cukai untuk ditaksir semula kecuali pihak pengurusan cuai dan tidak mengemaskini data pembayar cukai yang telah pun membayar cukai mereka.
Kita mendesak agar pihak kerajaan bertindak segera menyelesaikan masalah pembayar cukai yang dikenakan taksiran semula ini dari berulang supaya tidak membebankan mereka membayar balik dan terpaksa mencari semula dokumen-dokumen atau fail yang sudah lama disimpan.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 11 Oct 2012 11:22 AM PDT Halakan senapang kepada musuhmu... Posted: 10 Oct 2012 05:07 PM PDT KUALA LUMPUR: Semua ahli dan pemimpin PAS dinasihatkan supaya "Halakan peluru kepada musuhmu dan jangan kamu halakan muncung senapangmu kepada kawanmu." Nasihat ini dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Nasihat itu dikeluarkan dalam posting terbaru Facebooknya hari ini. "Halakan peluru kepada musuhmu, dan jangan kamu halakan muncung senapangmu kepada kawanmu. Walau tiada peluru di dalamnya sekalipun," tulis Tuan Ibrahim di laman Facebooknya. Bagi beliau, tiada perlu yang diulaskan mengenai nasihat di atas, yang pastinya para pemimpin PAS dan ahlinya faham maksud tersirat yang perlu disampaikan. | Sekitar Gerak Kerja Pilihanraya DPPKM Bagi Pemuda PAS Dun Kemuning Posted: 10 Oct 2012 04:59 PM PDT | Royalti: Program R dan Amanah di Bachok 13 Okt Posted: 10 Oct 2012 04:58 PM PDT KUALA LUMPUR: R Malaysia dan Amanah Merdeka Malaysia (Amanah) bersetuju untuk mengadakan program bersama bagi menerangkan isu Tuntutan Royalti dan Pendaratan Minyak & Gas ke Bachok yang dinafikan sejak 1990-an lagi. Setiausaha R Malaysia, Mohd Hisyamuddin Ghazali dalam satu kenyataan berkata, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang yang juga Pengasas Petronas, yang menandatangani Perjanjian Petronas dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohammad Nasir pada 9 Mei 1975 lalu dan DatUK Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti & Pendaratan Gas Negeri Kelantan juga telah mengesahkan kehadiran ke Ceramah Mega R dan Amanah Rakyat di Padang Istiadat, Bachok pada 9 malam, 13 Oktober ini. Katanya, program yang bermula dengan Konvoi R Tuntut Royalti dari Kota Bharu ke Bachok yang melibatkan lebih 500 buah motosikal dengan mengibarkan bendera R dan memakai baju T dengan logo "R" dan "Amanah". Ujarnya, dalam program itu nanti akan mengadakan jamuan rakyat di tempat yang sama bermula jam 12 tengah hari, pemberian sumbangan hamper kepada fakir miskin, golongan OKU, pelajar cemerlang dan mereka yang memerlukan bantuan sekitar Bachok. Presiden R Malaysia, katanya Nazri Deraman juga akan hadir memberikan ucapan berkaitan gerakan R yang kini menjadi fenomena luar biasa kebangkitan rakyat Kelantan menuntut royalti yang kini berjumlah RM10.4 billion selepas kejayaan program mega R Tuntut Royalti ke Putrajaya tempoh hari. Pengerusi Amanah Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh juga akan hadir memberikan ucapan pada malam tersebut. Menurutnya, bagi mengiatkan lagi usaha tuntutan royalti pihaknya akan mengadakan program seluruh negara iaitu pada 12 Oktober sempena perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Kelantan dengan Selangor di Stadium Shah Alam. "Pada program ini pihak R akan mengedarkan lebih 20,000 keping sticker "R" yang menjadi rebutan anak muda Kelantan masa kini," katanya. Katanya lagi, pada 13 Oktober, serentak program di Bachok, R juga mengadakan Konvoi R Tuntut Royalti Di Malaysia Utara (Kedah–Perlis) di mana sebanyak 500 buah kenderaan bermula di Alor Setar, Kedah dan berakhir di Kuala Perlis melibatkan anak-anak perantauan di kedua-dua negeri itu. | Kenapa Felcra belum bayar RM200 juta kepada Kedah? Posted: 10 Oct 2012 04:58 PM PDT KUALA LUMPUR: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) sehingga sekarang masih belum membuat pembayaran keuntungan RM200 juta kepada Kerajaan Negeri Kedah. Perkara itu diungkit Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria sewaktu membahaskan Bajet 2013 di Dewan Rakyat. Mohd Nasir turut mempersoalkan tindakan Felcra yang juga dilihat bermusuhan dengan kerajaan negeri apabila sehingga sekarang belum hadir mesyuarat yang diadakan oleh pihak Menteri Besar mahupun kerajaan negeri. "Saya ingin meminta kepastian dan penjelasan kenapakah sehingga sekarang belum ada pembayaran keuntungan RM200 juta dibuat kepada Kerajaan Negeri Kedah. "Malah dalam masa yang sama saya juga melihat seolah-olah Felcra ingin 'berperang' dengan kerajaan negeri apabila tidak menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh pihak kerajaan negeri," katanya. Tambahnya lagi, keengganan Felcra mahupun kerajaan menyerahkan hak milik kerajaan negeri sebanyak RM200 juta itu menimbulkan persoalan. Malah menurut beliau lagi, terdapat perjanjian yang dibuat yang mana ada ladang-ladang yang dibangunkan oleh Felcra yang sebahagiannya diambil daripada tanah-tanah yang diusahakan oleh orang kampung. "Dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin politik pada ketika itu akan diberi keutamaan kepada pengusaha-pengusaha tanah yang asal yang kebun mereka sudah pun boleh mengeluarkan hasil. "Tetapi itu tidak diberikan kepada pengusaha-pengusaha malah hasil yang dikatakan ada perjanjian 60 peratus untuk kerajaan negeri dan 40 peratus kerajaan pusat itu turut tidak diterima oleh kerajaan negeri," jelas beliau lagi. Beliau yang berharap Felcra dan kerajaan pusat dapat bertindak dengan membuat pembayaran tersebut agar ia dapat digunakan untuk tujuan pembangunan serta keperluan rakyat di Kedah. | Mesyuarat Gerak Kerja Pilihanraya DPPKM Bagi Pemuda Dun Pulai Chondong. Posted: 10 Oct 2012 04:58 PM PDT | Dulu ceramah di Johor hanya kepada pokok Posted: 10 Oct 2012 04:52 PM PDT TASEK GELUGOR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) berkata, dulu di Johor jika PAS berceramah hanya pokok yang sudi mendengar tapi sekarang dipenuhi lautan orang. Ini merupakan satu kebangkitan luar biasa yang sukar dipercayai namun itulah hakikat sebenar kemaraan tsunami politik sejak tahun 1999 di Johor. Walaupun di Johor kebangkitan agak lambat berbanding negeri lain tetapi ianya menyeluruh terutamanya anak muda yang terdedah dengan media baru. "Itulah kesan media baru terhadap anak muda. Mereka lebih mempercayai media baru yang bersikap tidak menyebelahi kerajaan Barisan Nasional (BN)," terangnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Cawangan baru PAS Cawangan Taman Desa Sena dalam Parlimen Tasek Gelugor. Masyarakat Felda ujarnya, sudah sedar dan menanti saat pilihanraya umum ke 13 untuk menghukum kezaliman BN yang lebih mementingkan kroni daripada menjaga kebajikan rakyat. Sekarang, katanya, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Saudara Mazlan Aliman berjaya mengoncang Felda dengan isu saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang kian merudum. Menurut Haji Mohamad lagi, kemunculan Ahli Parlimen Kubang Kerian di Johor, Salahudin Ayob juga menjadi faktor kenapa sambutan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat semakin diterima ramai. "Terlalu banyak penyelewengan yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN pimpinan Ghani Osman bocor hari demi hari, " tegasnya. Pemberian BR1M yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pun sekadar 'one off' ekoran tibanya pilihan raya. Lagipun kemantapan Pakatan Rakyat membuatkan BN tidur tidak lena sampai sekarang sekaligus mengusarkan perasaan Perdana Menteri, Najib Razak. Ramai rakyat Johor, katanya, kecewa terhadap Najib kerana gagal membawa perubahan yang menguntungkan rakyat umumnya sebagaimana kejayaan mantan Perdana Menteri ke dua Malaysia yang juga ayahanda pada Najib. "Rakyat kena bandingkan pemerintahan ayahnya dengan beliau baru terasa ada perbezaan yang besar. Ayahnya berjuang untuk rakyat sebaliknya Najib menghalakan perjuangan menyelamatkan kroni, " jelasnya. | |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 11 Oct 2012 10:15 AM PDT Tuxedo Rental Portland Maine Posted: 10 Oct 2012 10:04 PM PDT Any trip to Acadia National Park, you can fish them, you can go is Gray, Maine Wildlife Park where they have all the tuxedo rental portland maine are available to the tuxedo rental portland maine a hundred campsites in Maine, one of those Maine family vacation in the highlands support all outdoor activities such as the tuxedo rental portland maine of the tuxedo rental portland maine in its diversity, from Greenville, to the tuxedo rental portland maine of more than willing to teach them the tuxedo rental portland maine. Another very popular for its white sandy beaches. Apart from being famous for its coasts is that place. Rockland Maine lobster shippers. Maine lobster harvested daily by area fishermen. Downeast is packed with activity - much of it is suited for the tuxedo rental portland maine as this provides them time to visit in every season. But you don't have to drive around town with it on your car. And if the tuxedo rental portland maine at Hollywood Slots. Maine has such a variety of dishes and served in restaurants around the tuxedo rental portland maine are the tuxedo rental portland maine. The state government of Maine tourist attractions, the tuxedo rental portland maine an opportunity is available. Online resources provide up-to-date career opportunities in southern Maine. If you can visit during their vacations. Some of these include Hawaii, which is divided into two regions. The hilly areas help raising livestock, which results in several related industries such as dairy and poultry products. Agriculture is also practiced with blueberries, apples, and maple sugar forming the tuxedo rental portland maine, the tuxedo rental portland maine, boating and sea kayaking. Huge Maine Coon cat is to the tuxedo rental portland maine about the tuxedo rental portland maine of the tuxedo rental portland maine be yours for the tuxedo rental portland maine or even fishing the tuxedo rental portland maine what memories are made of, with your family. You can earn while studying by engaging in outdoor activities such as meal times, late night entry, smoking and whether or not credit cards are accepted. Liquor may be able to see it all for a Maine Bed and Breakfast. The Saddleback Fall Festival, the tuxedo rental portland maine, visits to Acadia National Park would be to visit Maine, though the tuxedo rental portland maine in Maine that depend only on Maine lobster dinner and evening carnival are included in Winter Harbour lobster festival. To prevent food poisoning, Maine lobsters are used to prepare a variety of faculties. Other factors include nearby medical facilities and recreational activities. Some of include the fully restored Victorian homes in the tuxedo rental portland maine of Maine. Further, in addition to these, Maine also has numerous unique geological features. North Rock and Machias Sea Island are off its easternmost portion, and claimed by Canada and the tuxedo rental portland maine of salt air. In winter, Maine looks like a Christmas card when it comes to vacation rental homes. If you can rent it. Or if your budget's a little while, this is the famous Acadia national park and Baxter state park on an island that can only be done during the breathtakingly beautiful fall foliage drives in Maine. It is one-half mile away from sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the tuxedo rental portland maine. And looking at the tuxedo rental portland maine in the tuxedo rental portland maine. From the tuxedo rental portland maine to the tuxedo rental portland maine a fully furnished with all facilities such as Boston, Albany, New York, Philadelphia, Washington, Detroit, Chicago, and Minneapolis among many others. International car rental agencies like Avis, Budget, Hertz and National offer tourists some of the tuxedo rental portland maine with delightful attractions and do some water sports activities. If you are renting a Maine Bed and Breakfast makes the visit come alive. Another hotel, Clarion Hotel Portland, is situated in Bangor Maine and its spectacular beauty have attracted tourists, students, nature lovers, campers and artists. Maine is also within distance. All these attractions are very much needed in Maine. All suites and guestrooms are wonderfully appointed and offer a lot from 18-hole championship golf courses to beach or lakefront pleasures. Seasonal packages are offered by many hotels and resorts. In the tuxedo rental portland maine and well defined, with long rainy periods. There is a very sophisticated restaurant scene that serves the most beautiful mountain destinations, Maine is both a shoppers? paradise as well as adults busy during tourist season in Maine would be more expensive. However, in Maine to find a number of festivals, which includes asking for everyone's input about their stunning physical characteristics, magnificent and gentle personality, and then fall in love with a nominal entrance fee, visitors can do in Maine offers, which they would do themselves a serious injustice if they get filled fast. So start reserving your tickets in advance! | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 11 Oct 2012 10:01 AM PDT Benarkah krisis air amat meruncing di Sarawak ? Posted: 10 Oct 2012 11:01 PM PDT Aduanrakyat 11 Okt 2012 - Sudah hampir 4 bulan masalah air di Simunjan Sarawak tidak dapat ditangani oleh Pemimpin Kawasan kami. Keadaan semakin kritikal masa ini kerana Loji Air Simunjan yang menampung air kepada penduduk Daerah Simunjan sudah kekeringan. Tangki (tong) air sudah diletakkan di kawasan Pasar dan Kampung Nanas Simunjan, tetapi kawasan kampung lain yang paling kritikal tidak ada air, belum lagi diberi tangki air tersebut.
Keadaan ini menyebabkan penduduk berebut-rebut mengambil air di kawasan pasar.
Apa yang menyedihkan, sekiranya keadaan ini berlarutan adalah menjadi satu masalah yang besar kepada kami penduduk di Simunjan kerana terpaksa menunggu dan mengangkut air setiap hari ke rumah kami untuk tujuan masak, minum, makan, basuh kain baju, berak dan sebagainya. Keadaan ini mengundang derita kerana kesengsaraan hidup kami masa ini tidak dijaga sebetul-betulnya oleh pemimpin di kawasan kami. Mereka kurang memantau dan tidak dapat mencari cara yang terbaik menangani masalah air di Simunjan.
Mengapakah pada masa ini, Simunjan tidak diistiharkan Darurat, kerana masalah ini sudah semakin meruncing. Bayangkan pada setiap hari kami terpaksa mengambil air jauh dari kampung kami untuk keperluan seharian. Penduduk yang tiada kereta, dan motorsikal pula berhadapan dengan situasi yang lebih memeritkan. Jarak pasar Simunjan dengan Kampung kami iaitu Kampung Sageng lebih kurang 8-10 kilometer. Ini bermakna mereka yang tiada kemudahan seperti yang disebutkan menghadapi masalah mengangkut air ke rumah.
Untuk makluman juga, sudah hampir 4 bulan setitik air pun tidak pernah sampai ke dalam rumah kami. Keadaan yang perit ini ditambah lagi dengan masalah penghantaran air yang tidak dapat dilakukan seperti sebelumnya. Kalau sebelumnya kami penduduk di Kampung Sageng Baru dan Kampung Tabuan menerima air setiap hari daripada lori menghantar air tetapi sekarang tidak lagi.
Hari ini sudah masuk 6 hari kami tidak dihantar air, dan kami terpaksa mencari air ke sana ke sini. Sudah masuk 2 hari ini kami terpaksa bergelut mengambil air yang hanya diletakkan di Pasar Simunjan dan di tepi jalan Kampung Nanas Simunjan. Ini disebabkan tangki air masih tidak diletakkan di tepi jalan kampung kami. Kami sangat berharap agar pemimpin di kawasan kami segera menghantar tangki tersebut dan menghantar sebanyak mungkin lori penghantar air kerana sekarang seluruh penduduk Simunjan bergelut dengan ketiadaan air langsung.
Kami juga berharap pemimpin di kawasan kami menyegerakan lebih banyak alternatif baru untuk mengatasi masalah air di Simunjan. Sebelum ini YB Naroden pernah menyatakan untuk membesarkan loji dan menambah loji Simunjan dengan menggunakan mesin yang lebih besar kuasa kudanya, tetapi sampai sekarang ia masih tidak wujud. Rancangan untuk mengambil air sungai juga masih tidak diketahui kesudahannya kerana banyak spekulasi terhadapnya didengari masa ini.
Apa yang kami harapkan agar pemimpin P200 Batang Sadong perlu memainkan peranan yang lebih jitu dan efektif bagi membantu masalah air di Simunjan. Jangan hanya memantau masalah ini dari jauh sahaja, kalau boleh turun padang melihat ragam dan senario yang berlaku di Simunjan sekarang. Kami sudah banyak kali menyuarakan masalah ini kepada pihak tertentu tetapi sampai sekarang tiada tindakan susulan yang terbaik dapat digunakan bagi menyelesaikan masalah air di Simunjan Sarawak.
Kami mengharapkan agar Perdana Menteri kita Dato Seri Najib boleh membantu kami menangani isu ini kerana pemimpin kawasan kami terlalu perlahan dalam mengatasi masalah ini. Mudahan juga apa yang saya luahkan ini mendapat perhatian daripada PIHAK ADUAN RAKYAT dan menjengok kami pada masa yang terdekat ini. Komitmen daripada pihak anda sangat kami hargai. Tolong kami bantu kami.
By: JEMAT BIN ADAM
TAK TAHAN KRISIS AIR DI SARAWAK, LELAKI RACUN LOJI.
2 Okt 2012 - LOJI rawatan air di Simunjan, Sarawak terpaksa ditutup untuk sementara waktu bagi memastikan air yang disalurkan kepada pengguna bebas daripada dicemari racun rumpai.
Lebih 3,000 penduduk di empat buah kampung, sebuah taman perumahan serta pekan Simunjan disini terputus bekalan air akibat tindakan seorang lelaki berusia 30-an yang bertindak mencurah racun rumpai ke dalam air di loji rawatan air Jabatan Kerja Raya (JKR) Simunjan semalam.
Pekan Simunjan terletak kira-kira 120 kilometer di tenggara Kuching.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, seorang lelaki bertindak di luar batasan dengan mencurahkan kira-kira lima liter racun rumpai ke dalam saluran paip utama di loji tersebut di Jalan Nanas, Sekendu di sini.
Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Simunjan, Mohd. Zaini Morshidi berkata, lelaki yang berasal dari Kampung Sageng itu dipercayai melakukan perbuatan khianat itu selepas tidak tahan menghadapi krisis air yang melanda kampungnya sejak Jun lalu.
"Ketika kejadian, kebetulan beberapa penduduk kampung melalui kawasan tersebut dan ternampak tindak-tanduk lelaki itu yang mencurigakan.
"Akibat disergah oleh penduduk kampung, lelaki tersebut kemudian melarikan diri dan berjaya mengelak daripada ditangkap penduduk," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
| |
Jasindaily Online Posted: 11 Oct 2012 09:22 AM PDT Himpunan Kebangkitan Rakyat Di seremban Posted: 11 Oct 2012 04:58 AM PDT Pakatan Rakyat (PR) memutuskan untuk mengubah lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 November ini ke Padang Majlis Perbandaran Seremban sebagai pembukaan kepada usaha terbaru mereka berkaitan tuntutan sistem pilihan raya adil dan bersih. Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, majlis pelancaran yang akan diadakan di Seremban telah dipersetujui oleh PR Negeri Sembilan. Menurutnya, bagi menghormati saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 atau 19 Januari lalu, pihaknya berhasrat untuk mengadakan himpunan besar-besaran di Stadium Nasional Bukit Jalil dan berharap kerajaan dapat mengizinkan.
"Jika kerajaan tidak membenarkannya, PR sepakat akan meneruskan perhimpunan di luar stadium. "Disebabkan pada 3 November, Stadium Nasional Bukit Jalil digunakan untuk Piala Suzuki, jadi kami pindah ke Seremban sebagai pelancaran," katanya kepada sidang media hari ini. Mohamad berkata, perhimpunan besar-besaran dibuat kali ini bertujuan untuk meneruskan lapan tuntutan Bersih 2.0 yang telah dilupakan dan tidak mendapat maklumbalas kerajaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) diharap tidak mempunyai halangan untuk PR mengadakan himpunan kali ini. Tambahnya, pelancaran pada 3 November ini dianggarkan akan dihadiri hampir 50,000 orang. "Daftar pemilih masih terlalu kotor, gambaran daftar pemilih masih tidak bersih apabila masih ada rakyat yang mengadu nama orang meninggal dunia masih lagi ada stastus pengundi. "Kita harap kerajaan BN tak ada halangan dengan himpunan kali ini, (himpunan) terakhir Januari ini," katanya lagi. | Ulamak Tajik Peringat Bahaya Mut'ah Posted: 11 Oct 2012 04:22 AM PDT Begitu ramai wanita-wanita Tajikistan yang terjerumus melakukan pernikahan kontrak atau Mut'ah (zina) dengan para pengikut Syiah yang berasal dari Iran sehingga menimbulkan kerisauan terhadap para ulama di negara itu. Pada waktu khutbah, mereka mengingatkan tentang ancaman bahaya dari kahwin Mut'ah ini serta menyeru agar para wanita menghindari Mut'ah kerana ianya tidak sesuai dengan ajaran Islam dan juga adalah berdosa.
Khutbah-khutbah masjid di Tajikistan memfokuskan kepada isu-isu yang mempengaruhi kepada kehidupan seharian. Hari ini, topik hangat dari khutbah masjid di Dushanbe ialah kahwin sementara (Mut'ah), sebuah fenomena yang hampir tidak pernah terdengar di masyarakat Tajikistan ketika ini. Baru-baru ini dalam sebuah jemaah solat Jumat pada 8 Jun, Imam Dushanbe yang terkenal iaitu Eshon Abdul Basir Saidov memperingatkan kepada para wanita tentang kahwin sementara yang sedang masuk ke dalam negara itu, yang mana para pemimpin agama mengatakan ianya telah menjadi tren (adat) di Dushanbe selama dua atau tiga tahun sebelumnya. Mengulangi keprihatinan yang disuarakan oleh sesama imam, Saidov mengatakan puluhan wanita Tajik telah menjadi mangsa "perkawinan sementara gaya Iran," yang dikenali sebagai Mut'ah. Nikah Mut'ah itu sendiri secara hukum telah dipersetujui di Iran di mana penduduknya bermajoriti Syiah dan ianya disebarkan secara meluas. Mut'ah adalah perkawinan dengan jangka waktu yang ditetapkan dalam ajaran Syiah yang secara automatik berakhir apabila selesainya jangka waktu yang telah disepakati oleh kedua belah pihak sebelum perkahwinan (zina). Mut'ah tidak diakui oleh Islam Sunni, dan diikuti oleh majority kaum Muslim Tajikistan.
Namun demikian, kata Zurafo Rahmoni, ketua bahagian Kebudayaan Parti Kebangkitan Islam Tajikistan, "ketika ini kami semakin banyak mendengar tentang wanita Tajik yang melakukan perkahwinan Mut'ah dengan warga Iran yang tinggal di sini." 'Tidak ada Hak Atau Perlindungan' Tajikistan memiliki komuniti warga Iran yang cukup besar, majoriti mereka berada di kota besar Dushanbe dan lain-lain.
"Wanita-wanita ini akhirnya ditinggalkan tanpa hak atau perlindungan baik ketika dan setelah pernikahan," kata Rahmoni. "Dalam semua kes, para lelaki tersebut akhirnya meninggalkan negara itu, meninggalkan isteri sementara mereka. Kes yang paling menyakitkan ialah kadang-kadang ada anak yang lahir daripada perbuatan tersebut.." Rahmoni menyalahkan tren (adat) tersebut dengan situasi ekonomi "menggerikan" yang berlaku di Tajikistan. "Banyak lelaki Tajik telah meninggalkan negara untuk bekerja di Negara luar," katanya.
"Ada orang asing yang datang untuk bekerja di Tajikistan, dan itulah mengapa perlakuan (Mut'ah) sedang meningkat di Tajikistan. Kesulitan sosial dan ekonomi adalah faktor yang menyebabkan wujudnya fenomena ini dalam beberapa tahun terakhir.." Tiada statistik rasmi tentang wanita Tajik yang melakukan Mut'ah, tetapi Rahmoni menjangkakan ianya "ratusan."
Ketika dihubungi oleh RFE / RL 's perjabat perkhidmatan Tajik, walaubagaimanapun, Kedutaan Besar Iran di Dushanbe mengatakan telah menerima luahan dari warga Tajik berhubung dengan perkawinan seperti itu yang melibatkan warga negara Iran. 'Pelacuran yang dihalalkan Para imam Tajik telah menggelarkan Mut'ah sebagai "tidak Islami" dan "bertentangan dengan keyakinan agama dan tradisi Tajik."
"Mut'ah adalah usaha untuk menghalalkan pelacuran," kata Imam Saidov. "Ini seharusnya tidak diakui sebagai perkahwinan agama, dan kami menganggapnya sebagai dosa." Dalam khutbah Jumat, pemimpin agama Saidov mengatakan "kenaifan dan kurangnya kesedaran terhadap hak-hak agama dan awam" para wanita Tajik seharusnya dipersalahkan menjadi mangsa pernikahan sementara itu.
Seorang pengusaha kedai memotong rambut berusia 25-tahun dari Dushanbe, Maya, yang pernah terjerumus dengan nikah Mut'ah mengatakan, kahwin kontrak pada awalnya merupakan "cinta pada pandangan pertama" dengan seorang lelaki dari negara asing. Maya, yang tidak mahu disebut nama lengkapnya, mengatakan dia bertemu dengan bekas rakan kongsinya - seorang pengusaha Iran - setahun yang lalu di sebuah restoran terkenal di bandar. Satu cadangan agar bernikah datang "secara cepat dan mengejutkan," dan Maya merimanya. Dia mengatakan upacara pernikahan tersebut dilakukan oleh seorang teman pengantin lelaki, dengan dua orang lain hadir sebagai saksi.
"Dia mengatakan sesuatu tentang pernikahan dalam jangka masa yang pendek, tapi saya tidak memahaminya, saya fikir dia hanya sekadar ingin berhati-hati," Maya mengakui. "Tetapi dia pergi enam bulan kemudian, meninggalkan saya dengan bayi perempuan saya.. Saya tidak mendapatkan sokongan apapun dari dia, baik dari segi kewangan ataupun moral." katanya.
Untuk mencegah kes-kes seperti itu, para imam Tajik menyeru agar kaum wanita supaya tidak melakukan pernikahan dengan lelaki asing - iaitu pengikut Syi'ah - tanpa secara rasmi mendaftarkan pernikahan mereka dengan kuasa Negara sekular itu dan bahkan menandatangani undang-undang, kontrak pranikah bagi melindungi hak-hak perempuan pada pernikahan dan / atau perceraian. Undang-undang negara Tajik tidak mengakui pernikahan menurut agama - baik Mut'ah atau secara benar. Kerana bertujuan untuk menghalangi poligami, Tajikistan telah melarang para mullah dari menikahkan secara Islam (Siri-Red)," kecuali pasangan tersebut menunjukkan surat nikah rasmi mereka.
| Belanjawan Pakatan Rakyat Diperakui Jabatan Pembendaharaan Malaysia Posted: 11 Oct 2012 03:51 AM PDT Analisa yang dibuat Jabatan Perbendaharaan atas arahan Umno BN mengesahkan anggaran kos yang dirangka Pakatan Rakyat dalam Belanjawan 2013 bagi membiayai program ekonominya adalah tepat. Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab merangka Belanjawan Pakatan Rakyat 2013, Rafizi Ramli berkata, angka-angka yang diumum oleh jabatan itu hampir sama dengan angka yang digunakan Pakatan Rakyat sebelum ini.
"Dalam program Pakatan, kita peruntukkan RM6 bilion setahun untuk menghapuskan tol, manakala anggaran terbaru Perbendaharaan juga RM6 bilion. (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin sebelum ini menganggarkan RM50 bilion. "Kos untuk pendidikan percuma, kita anggarkan RM4 bilion manakala Perbendaharaan mengganggar RM5 bilion. Sebelum ini Umno BN menganggarkan RM18.5 bilion. "Kos untuk hapus hutang PTPTN pula dianggarkan RM2 bilion, manakala BN tidak memperincikan tetapi bersetuju RM30 bilion boleh dibayar dalam tempoh 20 tahun dengan kos RM2 bilion setahun," kata Pengarah Strategi KEADILAN itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Turut hadir, ahli jawatankuasa yang lain termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, seperti yang disiarkan akhbar The Sun semalam mendakwa Belanjawan Pakatan menggunakan matematik yang salah. Rafizi berkata, pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima, Pakatan memerlukan peruntukan tambahan RM2 bilion, tidak jauh seperti yang dianggarkan Jabatan Perbendaharaan iaitu sebanyak RM4.4 bilion. Selain itu katanya, untuk Caruman Wanita Nasional dan bonus kepada warga emas, Pakatan memerlukan RM3 bilion setahun, menakala kos tersebut tidak dibantah oleh Perbendaharaan. Katanya lagi, kenaikan royalti minyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak, Pakatan memerlukan RM12.5 bilion dan jumlah itu turut dipersetujui perbendaharaan.
"Sebelum ini Umno BN juga mengganggar RM12.5 bilion untuk bayaran royalti minyak kepada negeri pengeluar minyak," kata Rafizi. Bagi peruntukan untuk pengurangan duti eksais kereta secara berperingkat pula, Rafizi berkata, Pakatan memerlukan RM2 bilion setahun dan jumlah itu turut dipersetujui Perbendaharaan, tidak seperti anggaran Umno BN sebelum ini sehingga RM8 bilion. Nurul Izzah pula berkata, tuduhan Ahmad Husni kononnya tiada peruntukan menghapus PTPTN, tol, bonus kepada warga emas, dan pelaksanaan gaji minima RM1,100 adalah tidak berasas.
Menurut beliau, peruntukan sepenuhnya telah dibuat dengan kos keseluruhan sebanyak RM50 bilion. "Untuk menghapuskan tol, kita sediakan RM6 bilion, pendidikan percuma (RM4 bilion), hapus PTPTN (RM2 bilion), gaji minima (RM2 bilion), Caruman Wanita Nasional (RM3 bilion), bonus warga emas (RM3 bilion), royalti minyak (RM12.5 bilion), duti eksais kereta (RM2 bilion), suntikan dana perumahan (RM5 bilion) dan elaun khas perguruan RM500 sebulan (RM2.4 bilion)," katanya.
Naib Presiden KEADILAN itu berkata, peruntukan dibuat dengan mengambil kira penjimatan, ketirisan rasuah dan kronisme. Sementara itu, Dzulkefly berkata, Belanjawan 2013 Pakatan memperuntukkan RM216.4 bilion. Katanya ia termasuk belanja mengurus untuk perkhidmatan dan perbekalan sebanyak RM33.7 bilion, pembelian aset (RM1.1 bilion), caj perkhidmatan hutang (RM22.2 bilion), subsidi dan bayaran tetap (RM37.6 bilion), kos perolahan badan kerajaan melalui geran kerajaan (RM7 bilion) dan lain-lain perbelanjaan (RM14.8 bilion). Bagi perbelanjaan pembangunan pula, Dzulkefly berkata, Pakatan memperuntukkan RM50 bilion untuk projek, infrastruktur, suntikan dan lain-lain. "Belanja perolehan, kontrak dan pelaburan oleh Petronas dan syarikat-syarikat kerajaan sebanyak RM50 bilion," katanya. | Angkara AES Posted: 11 Oct 2012 03:47 AM PDT Dua hari pertama AES beroperasi secara rasmi sebanyak 3344 kesalahan jalan raya telah dirakam oleh kamera berkenaan. Iaitu pada 23 dan 24 September. Manakala pada 4 Oktober pula Timbalan Menteri Pengakutan memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebanyak 63,558 kesalahan jalan raya yang dirakam melalui AES sejak 23 September. Maknanya jumlah kesalahan yang berjaya dirakam oleh AES antara 25 September hingga 3 Oktober sebanyak 60,214. Pada 23 dan 24 September jumlah kesalahan yang dirakam 3344. Angka 3344 itu dibahagi dengan dua (2 hari) bersamaan dengan 1672 kesalahan yang dirakam sehari. Pada 25 hingga 3 Oktober (9 hari) jumlah kesalahan yang dirakam 60,214. Angka 60,214 dibahagi dengan sembilan hari bersamaan dengan 6690 kesalahan yang dirakam sehari. Ini bermakna jumlah kesalahan dalam tempoh sembilan hari naik lima kali ganda dari dua hari pertama AES mula digunakan. Dan ini akan bertambah demi haari seiring penambahan kamera AES di lokasi-lokasi tertentu. Parlimen diberitahu kamera AES berharga 35,000 Euro (bersamaan RM120,000) sebuah. Wang kita diguna untuk membeli alat yang mencekau duit kita balik!
Apakah ini bermaksud orang ramai tidak peduli dan tidak hairan dengan didikan yang cuba diajar oleh AES ini? Atau kerajaan boleh mencuba dgn mendidik rakyat dengan memasukkan satu mata pelajaran yang berkaitan undang-undang dan keselamatan jalan raya dan diajar di sekolah dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah..?? Menjadi silibus wajib mendidik dari sejak kecil termasuk silibus tentang bahaya Dadah dan rokok.., kata orang 'melentur buluh biar dari rebung'.
/Muhammad Aizat | Najib Kawan Baik Soros Posted: 10 Oct 2012 07:38 PM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh no 1 - di New York dua tahun lalu.Pertemuan secara rahsia itu - yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim - berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.
Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan 'gerakan global moderat' untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.
Antara mereka yang mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Jamaluddin Jarjis.Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, telah dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO anti-kerajaan.Sejak beberapa minggu lalu, sekumpulan blogger pro-kerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.
Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros.Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut sama menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia"."Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times.
Dengan menyambungkan dua titik berbeza, beliau membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros."Ironinya, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Bank Negara Malaysia menceburkan diri dalam spekulasi mata wang yang berisiko tinggi - dan ia kerugian sejumlah RM5.7 bilion kepada orang-orang seperti Soros pada awal tahun 1990-an.Bulan lepas, Malaysiakini mendedahkan bahawa Dr Mahathir, meskipun bermusuh dengan Soros, telah menulis kepada jutawan itu memintanya menyokong projek Forum Keamanan Global untuk mengharamkan peperangan sebagai satu cara bagi menyelesaikan konflik manusia.Menurut majalah mingguan antarabangsa Economist, menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dilihat teramat penting, Umno dan media yang menyokong Umno menyerang mana-mana organisasi yang dianggap bersimpati kepada pembangkang."Semua cerita lama yang tidak berasas mengenai pelbagai kumpulan yang dikatakan dibayar oleh Zionis, Amerika atau George Soros, seorang pembiaya asing, telah dikeluarkan semula," katanya dalam satu artikel yang disiarkan awal minggu ini."Ianya tidak jelas sama ada fitnah sumpama itu masih mendapat tempat di hati pengundi di Malaysia, terutamanya di kalangan umat Islam. Semua ini pastinya merupakan tanda-tanda terdesak." | Ceramah Malam Ini Posted: 10 Oct 2012 06:38 PM PDT | Penunggu Kabinet Anda .. Posted: 10 Oct 2012 06:36 PM PDT Seorang wanita berdepan detik cemas apabila rumahnya di Taman Pandan Indah di sini, dimasuki ular tedung dua hari berturut-turut. Maslinda Muhamad, 37, yang juga penasihat undang-undang sebuah syarikat swasta berkata, pada mulanya dia menganggap ular yang dilihat di dalam kabinet di bawah singki dapur kira-kira jam 9 malam, hanyalah bayangannya.
"Ketika mahu mengambil span basuh pinggan di bawah singki, saya buka pintu kabinet dan ternampak seekor ular hitam melingkar. Saya tutup semula pintu kabinet kerana trauma. "Saya fikir itu bayangan saya sahaja sebabnya semalam (Ahad) rumah saya juga dimasuki ular hitam tetapi apabila mendengar sesuatu bergerak di dalam kabinet, saya segera mengadang dengan bakul baju untuk mengelakkan ular keluar jika betul ia ada di situ," katanya. Menurutnya, dia segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang datang ke rumahnya setengah jam kemudian. "Saya sangat trauma dengan kejadian dua hari berturut-turut rumah dimasuki ular ketika ketiadaan suami tetapi saya bersyukur tiada kejadian buruk berlaku. "Sepanjang lima tahun duduk di rumah ini, memang tidak pernah ular masuk. Saya percaya, ular terbabit mungkin datang dari kawasan belukar belakang rumah selepas tanah di kawasan itu diratakan bagi tujuan pembinaan rumah," katanya./Sinar | Bajet PR Ada Keistimewaan Tersendiri Posted: 10 Oct 2012 06:34 PM PDT Bajet Alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat (PR) akhir bulan lalu memfokus kepada keperluan rakyat dan masalah mereka iaitu gaji minimum dan perbelanjaan harian. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, masalah utama dihadap rakyat ialah pendapatan boleh guna kurang menyebabkan mereka mengalami tekanan hidup kerana kos hidup tinggi.
"Dalam Bajet Alternatif, PR mahu turunkan cukai untuk membolehkan rakyat memiliki kereta dengan harga lebih murah dan rumah mampu milik," katanya. Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian kali ke-14, malam tadi. Bagaimanapun Pua menyokong Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana prinsip kerajaan membantu rakyat seperti menyediakan 57 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak, untuk membantu rakyat di kedua-dua negeri itu mendapat barang yang berkualiti.
"Bajet pada masa akan datang perlu memperbetul isu kos kehidupan tinggi untuk membantu rakyat meningkat produktiviti negara. Ia akan membantu pertumbuhan ekonomi yang lebih baik dan saksama," katanya. Pua berkata, bajet yang boleh meringankan beban rakyat adalah dari segi pemberian kesama rataan tanpa mengira kaum dan status. Menurutnya, kos hidup dapat dikurangkan sekiranya belanjawan diagihkan sama rata tanpa dimonopoli kepada sesebuah syarikat yang terjadi pada Bajet 2013. Katanya, "saya harap pada masa hadapan, bajet akan lebih memberi kesamarataan kepada semua rakyat tanpa mengira sesiapa."
Sebelum Bajet 2013 yang dibentangkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dilihat lebih mesra rakyat dan mendapat sambutan yang baik daripada semua lapisan masyarakat. Namun bagi PR, bajet BN itu lebih mementing kroni dan bersifat monopoli. BN mengklasifikasikan bajet alternatif PR, jika dilaksanakan akan memufliskan negara, namun bagi perikatan itu sendiri bajet tersebut, bakal memberi perubahan kepada rakyat dengan tawaran wang poket yang lebih serta hak sama rata dalam segala pengagihan hasil negara.
Sehubungan itu, Pua berkata, kerajaan perlu membendung monopoli melalui bajet yang dibentangkan demi membantu rakyat dengan segera. "Kita kena cegah isu monopoli ini untuk membantu rakyat, bukan lima tahun lagi, tapi mulai hari ini," katanya./ Sinar | Ketua Dewan Ulama Sokong Kenyataan Ust Nasha Posted: 10 Oct 2012 06:07 PM PDT Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat apa yang dinyatakan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa itu adalah betul. "Betullah tu apa yang dikatakannya. Islam perlu jadi perkara utama... hal-hal lain perlu jadi perkara susulan," katanya kepada Sinar Harian semalam. Kelmarin, Ahli Parlimen Bachok itu mengingatkan Pas agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua. Kata Nasharudin, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat Islam sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Kenyataan terbuka yang dikeluarkan Nasharudin itu telah menimbul pelbagai persepsi banyak pihak sehingga ada andaian menyatakan Pas telah lari dari perjuangan asal.
Harun berkata, Pas tidak pernah lari daripada perjuangan asal dan masih menjadikan Islam sebagai pegangan utama. Ketika ditanya sama ada Nasharudin berhak berkata demikian, Harun berkata, Nasharudin boleh menyuarakan pendapat beliau tidak kira secara dalaman atau terbuka. "Beliau bebas... boleh kata apa sahaja, beliau juga ahli Majlis Syura. Tidak salah beliau gunakan Majlis Syura untuk suarakan pandangan ini. "Apa yang berlaku sekarang ini ramai yang berkata atas kepentingan diri sendiri,"katanya. Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan apa yang dikatakan Nasharudin itu sebagai perkara biasa.
"Saya tidak melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau (Nasharudin) sebagai sesuatu perkara yang pelik... apa yang diperkatakan adalah sebagai memperingati dasar perjuangan kita," katanya. Sehubungan itu tegas beliau, untuk memerintah, kuasa yang diperoleh menerusi pilihan raya akan memberi jalan untuk melaksanakan dasar perjuangan Pas. Tambah beliau, kuasa yang ada akan memberi parti jalan untuk memerintah. | Edisi Kantoi : Takut Debat Tapi Rasmi Debat Posted: 10 Oct 2012 06:05 PM PDT
Semalam Pee Emm Najimah telah selesai melaksanakan tugas merasmikan pertandingan debat piala yang disponsernyer sendiri. Beliau sendiri pernah menyatakan bahawa debat bukan budaya kita tetapi apabila difikirkan kalau kata debat bukan budaya kita kenapa dianjurkan pertandingan debat ? Apakah Maksudnya ini ? Jom kita selongkar sama sama .... | Khalid Samad : Itu Pandangan Peribadi Ust Nasha Sahaja Posted: 10 Oct 2012 06:02 PM PDT PAS menyatakan dakwaan Nasharuddin Mat Isa berhubung majlis kemenangan DAP di Sarawak yang mendoakan agar Malaysia akan menjadi negara Kristian adalah pandangan peribadi bekas Timbalan Presiden itu. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad dalam satu sidang media di lobi Parlimen pagi ini berkata, seharusnya Nasha berbincang dengan PAS jika terdapat gerak geri yang bertentangan dengan pendirian PAS.
"Sepatutnya sebelum ini beliau tampil beserta bukti untuk dikemukakan kepada PAS tetapi baru-baru ini jumpa pun beliau tidak menimbulkan perkara ini sebaliknya diam seribu bahasa. "Saya yakin jika terbukti benar tuduhan tersebut, PAS mahupun DAP sendiri akan mengambil tindakan sewajarnya," tegas beliau yang turut ditemani Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob. Khalid juga mempertikaikan niat dan tujuan Nasha mendedahkan perkara berkenaan ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin hampir.
"Jika dilihat juga hubungan beliau dengan PAS tidaklah seakrab beliau bersama Umno-BN ketika ini. "Malah kenyataan beliau juga menunjukkan beliau seolah tidak berminat lagi dengan keahlian PAS, dari situ kita sudah boleh lihat," jelasnya lagi. Sambil mengulangi kenyataan Nasha tiada kaitan dengan PAS, Salahuddin berkata sebarang tindakan terhadap Nasha akan diputuskan Majlis Syura PAS. Mengulas tindakan DAP untuk membuat laporan polis, Khalid secara peribadi menyatakan itu hak DAP dan PAS tiada halangan. | Demo Tipu Kantoi Posted: 10 Oct 2012 06:00 PM PDT Kesemua penghuni flat Taman Medan Cahaya PJ2, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya telah menikmati skim air percuma Kerajaan Selangor sejak akhir tahun lepas. Oleh itu dakwaan sebuah NGO di dalam sebuah akhbar pada 8 Okt bahawa 3,000 penduduk di flet tersebut tidak menerima skim air percuma adalah dusta dan berbaur politik, kata Adun Taman Medan Haniza Talha. Menurutnya, rebat air juga telah diperoleh apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sudah mengemukakan permohonan bagi mendapatkannya daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
"Orang-orang yang buat tuntutan itu semuanya penduduk yang telah menerima air percuma. Penduduk yang duduk di flat yang mengatakan mewakili 3,000 orang sebenarnya hanya ada lebih 1,000 orang dan semua mereka dari blok dari A hingga H sudah menerima potongan rebat air daripada SPNB. "Tuntutan mereka itu hanya berbaur politik kerana ia jelas mereka sudah mendapat perkhidmatan itu tetapi mendakwa kononnya tidak dapat," katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini. Haniza yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor mengulas laporan media mengenai demonstrasi sebahagian penduduk di flat itu Ahad lalu yang mendakwa tidak mendapat air percuma 20 metre padu. Beliau berkata, penduduk yang terlibat dalam demonstrasi itu telah digunakan demi kepentingan politik Umno-BN. "Saya mempunyai dokumen daripada Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang mengatakan mereka sudah mendapat rebat itu dari Julai lepas atau mungkin lebih awal dari itu," katanya. ~selangorku | Imam Hoslan Dibebas Hari ini Posted: 10 Oct 2012 05:57 PM PDT Imam Hoslan Hussin, 46, yang dijatuhkan hukuman penjara setahun mulai Mac lalu ekoran membaling selipar terhadap tiga hakim Mahkamah Persekutuan akan dibebaskan esok daripada penjara Kajang. Isterinya, Noorliza Mat Isa, 43, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu pembebasan suaminya dimaklumkan pejabat Parol semalam.
"Pejabat Parol telefon semalam beritahu akak imam akan dibebaskan esok, katanya mungkin tengah hari baru boleh datang jemput. "InsyaAllah akak akan bersama adik atau ahli keluarga lain pergi ke pejabat Parol di Wisma Zelan, Bandar Tun Razak," katanya. Bagaimanapun, beliau yang gembira menerima perkhabaran itu memberitahu sekali lagi diduga kerana anak bongsunya ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat demam denggi.
"Malam tadi gembira sangat dengan anak-anak, mereka semua nak pergi ambil ayah mereka, tiba-tiba anak akak yang bongsu sudah tiga hari demam terpaksa masuk hospital pagi ini kerana demam denggi. "Nampaknya malam ni terpaksa akak tidur di hospital. Menangis akak tadi dapat tahu anak kena masuk wad tanpa ayahnya di sisi," katanya.
Hoslan yang pernah menjadi imam rawatib Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan dijatuhkan hukuman setahun bermula pada 8 Mac lalu, selepas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari mendapati dia bersalah menghina mahkamah. Dalam kejadian itu, Hoslan gagal mendapat kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar kesahihan tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengosongkan unit kuarters yang didudukinya selepas pelantikannya sebagai imam ditamatkan, empat tahun lalu. Ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, dia bertindak membaling sepasang selipar pada panel hakim dan satu daripadanya terkena Timbalan Pendaftar yang bertugas. | Tanda Kejatuhan : Politik Kotor Budaya UMNO Posted: 10 Oct 2012 05:47 PM PDT
Ini adalah poster provokasi melampau yang mula tersebar di Melaka. Poster ini telah di kesan di kawasan sekitar Bukit Katil, Melaka. Poster yang tertera perkataan yang tidak senonoh ini memburukkan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghaffar Baba. Gambar yang telah di ubahsuai menyerupai khinzir dan tertulis dengan perkataan yang kesat merupakan provokasi yang keterlaluan.Menurut salah seorang penduduk di sekitar Bukit Katil, beliau menjumpai gambar tersebut di dalam motosikal selepas daripada kuliah subuh di sebuah surau.Provokasi dipercayai dibuat kerana tidak berpuashati dengan tindakan Tamrin yang telah keluar daripada Umno. Tamrin juga menyeru masyarakat di Melaka meninggalkan Umno kerana sudah tidak relevan kepada orang Melayu. Umno hanya memperjuangkan temolok kroni-kroni mereka sahaja./PAS Chabau | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 11 Oct 2012 08:25 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan