Selasa, 24 Julai 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 24 Jul 2012 01:27 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Kurangkan harga kereta jadi manifesto Pakatan

Posted: 24 Jul 2012 12:45 AM PDT

4 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Peratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006.

Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010.

Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan
perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi.

"Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya.

Menurut Rafizi, harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta.

Harga tinggi kerana cukai, duti eksais

Pengenalan duti eksais - sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta - pada masa itu dilakukan untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA), katanya.

Rafizi mendakwa tindakan itu dibuat setelah kerajaan antara lainnya menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

"Beliau (Khairy) perlu kongsi dengan kita apakah pertimbangan pada masa itu yang membuatkan kerajaan perkenalkan duti eksais," katanya.

Duti eksais ke atas kereta juga kata Rafizi, ibarat mencukai rakyat atas pembelian barang keperluan seperti makanan, air dan elektrik.

"Anda (kerajaan) tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kutip cukai atas barang keperluan.

"Kalau ada ruang fiskal (belanjawan) yang perlu ditutup, kerajaan perlu cari mekanisma lain," katanya.

Justeru katanya, Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.

ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang media sama berkata pimpinan muda PKR akan membuat jelajah keliling negara untuk berdialog dan menerangkan perkara itu kepada orang ramai bermula 5 Ogos ini.

"Kita cadangkan dialog peringkat kebangsaan.

"Kita mahu dengar (cadangan) daripada rakyat dan kumpulan berkepentingan seperti Malaysian Automotive Association (MAA), berkenaan perkara ini," katanya.

malaysiakini/-

Siapa 'in control' Malaysia - Mahfuz

Posted: 24 Jul 2012 12:41 AM PDT

4 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kelantangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membantah begitu banyak kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menuntut diadakan pilihan raya tahun ini memberi tanggapan bahawa beliau semakin berkuasa.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membangkitkan perkara itu ketika mempersoalkan siapakah sebenarnya Perdana Menteri negara ini.

"Siapa Perdana Menteri sekarang? Siapa 'in charge'? Siapa 'in control'? (Datin Seri) Rosmah (Mansor)? (Tun) Dr Mahathir (Mohamad)? Muhyiddin? Najib?" beliau mempersoalkan.

Mahfuz menyifatkan kepincangan pengurusan dan pentadbiran negara ini sebagai sesuatu yang sangat serius.

"Bukan sahaja rakyat yang jadi bingung, malah ia menakutkan pelabur-pelabur asing untuk datang ke Malaysia," kata Mahfuz.

Mengulas lanjut tentang kacau-bilau yang semakin dirasai rakyat itu, Mahfuz berkata, kekerapan Rosmah mengadakan lawatan yang digambarkan rasmi ke luar negara serta liputan yang begitu luar biasa kepadanya, terutama di dalam TV, menjadikan Najib seolah-olah kelihatan seperti suami Perdana Menteri.

"Di sisi yang lain pula, kekerapan Dr Mahathir membuat kenyataan berkenaan Umno dan kerajaan serta kekerapan kroni-kroninya mendapat projek-projek besar memperlihatkan seolah-olah Dr Mahathir masih Perdana Menteri.

"Malah, walaupun cuba disembunyikan, orang-orang Umno sendiri yang mendedahkan bahawa Najib kelihatan begitu takut kepada pengaruh Dr Mahathir dan Muhyiddin pula dikatakan semakin mendapat manfaat dari pengaruh besar bekas Perdana Menteri yang paling lama berkuasa itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sebab itulah, kata Mahfuz (gambar) lagi, sumber-sumber Umno tersebut tidak hairan apabila Muhyiddin membuat kenyataan mahu pilihan raya diadakan tahun ini juga sedangkan Najib lebih cenderung mengadakannya apabila tamat penggal tahun depan.

Mahfuz berkata, sumber-sumber Umno memberitahunya bahawa Najib kini semakin ditinggalkan oleh tokoh-tokoh lain dan semakin keseorangan malah dilihat sebagai liabiliti parti itu.

"Apa yang Najib tahu dan suka buat hanyalah membuat pengumuman dan pelancaran sana-sini.

"Dengan hanya dukungan yang hanya lakonan dan tanpa dukungan yang sebenarnya dari tokoh-tokoh yang benar-benar berkuasa dan makin berkuasa seperti Dr Mahathir dan Muhyiddin, sumber-sumber Umno itu berkata Najib hanyalah Perdana Menteri syok sendiri," kata beliau.

Di peringkat bahagian-bahagian pula, kata Mahfuz, Umno berpecah kepada empat kem iaitu kem Dr Mahathir, kem Muhyiddin, kem Najib dan kem ahli-ahli Umno yang semakin meluat dengan kerakusan para pemimpin parti itu.

Beliau percaya, ahli-ahli Umno yang semakin meluat dengan kerakusan para pemimpin mereka itu mungkin akan memberi satu lagi kejutan dalam pilihan raya akan datang.

harakahdaily/-

'Pelakun' fitnah khutbah mahu guling kerajaan mohon maaf

Posted: 24 Jul 2012 12:30 AM PDT

4 Ramadhan 1433H. [MOD] -

PULAU PINANG: Tiga 'pelakun' yang membuat cerita fitnah ke atas seorang guru yang menjadi khatib yang dituduh mendakwa mengajak orang ramai menggulingkan kerajaan BN dalam khutbahnya akhir memohon maaf.

Pengerus Masjid Taman Guar Perahu, Penanti, Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan memberitahu, tiga orang pelakun utama isu sebaran fitnah terhadap Abdullah Khairi Haji Harun (gambar) akhirnya tampil memohon maaf.

Ia dibuat seminggu selepas pihak qariah membuat lapuran polis kerana tidak puas hati dengan sikap yang ditunjukan oleh 'pelakun' terbabit.

Akibat fitnah 'pelakun' berkenaan yang disiarkan oleh sebuah stesyen TV swasta, Cikgu Abdullah Khairi yang membaca khutbah itu telah ditukar dari Pulau Pinang ke Pulau Ketam, Selangor.

Ustaz Abu Bakar ketika ditemui di majlis sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Permatang Pauh semalam menjelaskan, mereka juga sudi nama mereka disebut setelah permohonan maaf dibuat dengan harapan orang ramai turut memaafkan perlakuan mereka selama ini.

"Saya harap isu fitnah kepada Ustaz Abddulah Khairi selesai," katanya yang sangat kesal dengan dakwaan kononnya beliau menyampaikan khutbah Jumaat mengajak rakyat mengguling Kerajaan Pusat yang dikuasai Barisan Nasional (BN).

"Ketiga-tiga pelakun itu sudah datang jumpa saya dan mengakui buat salah serta pohon maaf sambil berjanji tidak akan mengulangi perbuatan
jahat berkenaan, " tambahnya.

Ujar beliau, pada mulanya ramai anak qariah tidak mahu memaafkan kesalahan yang pelakun itu lakukan namun setelah diberikan tazkirah kebaikan maaf dalam Islam maka semuanya akur dengan harapan golongan berkenaan harus sedar bahawa perbuatan mereka selama ini merupakan kesalahan keji.

Menurut Ustaz Bakar (gambar) lagi, dalam tempuh seminggu pihak qariah membuat lapuran polis dan sidang media tiba-tiba beliau di datangi orang tengah yang mengatakan pelakun utama isu berkenaan mengakui salah dan ingin pohon maaf lantas beliau bersetuju dan satu pertemuan dibuat di Puncak Mutiara Kristal, Kampung Pelet, Penanti.

Katanya, mereka mengakui kesalahan itu disamping mendakwa berita tersebut sengaja ditokok tambah oleh siaran TV swasta berkenaan untuk mensensasikan kejadian berkenaan.

Pada kejadian solat Jumaat penghujung Jun lalu, Ustaz Abddulah Khairi dijemput membaca khutbah di Masjid Guar Perahu dan seperti biasa beliau mengupas tanggungjawab umat Islam menolak kepimpinan yang zalim.

Tetapi kupasanya di salah taksirkan sebagai usaha 'mengguling' kerajaan BN dan menganggap isi khutbah itu berniat untuk menghasut.

Akibatnya pada 2 Julai lalu, Ustaz Abdulah Khairi ditukar serta merta ke sebuah sekolah di Pulau Ketam, Selangor dari Sekolah Menengah Seri Muda, Penaga, Kepada Batas.

Beliau selain bertindak pemberi motivasi kepada para pelajar juga mempunyai kebolehan menyampaikan motivasi kepada kakitangan kerajaan dan swasta sehingga beliau digelar 'Ustaz Laptop' kerana menjadikan kaedah penayangan sebagai alat bantuan penerangan.

Kini, walaupun bertugas di Pulau Ketam namun boleh dikatakan setiap minggu beliau mempunyai jadual kuliah, motivasi dan sebagainya di sekitar utara semenanjung.

Sementara itu, Ustaz Abddulah Khairi ketika dihubungi juga bersedia memaafkan mereka walaupun dirinya menjadi bahan politik sempit golongan tertentu.

harakahdaily/-

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam

Posted: 23 Jul 2012 11:52 PM PDT

4 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.

Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.

Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.

Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran "kolam" telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.

Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.

Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.

Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.

Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.

Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.

Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:

"Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga".

Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.

Mengandungi Zat Anti Kuman

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.

Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.

Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya" selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: "Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi".

Nabi S.A.W. menambahkan: "Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail".

(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.

Sumber: Crewfathi

Pendapatan warga KL hanya naik 1.5 peratus hingga 2009

Posted: 23 Jul 2012 09:26 PM PDT

4 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Satu kajian Jabatan Perangkaan mendapati pendapatan isi rumah warga Kuala Lumpur hanya meningkat sebanyak 1.5 peratus untuk tempoh 2007 hingga 2009, jauh berbeza daripada purata kebangsaan sebanyak 4.5 peratus.

Kuala Lumpur, seperti juga Perlis, mencatat peningkatan isi rumah paling rendah berbanding negeri lain.

Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2009, yang kali pertama didedahkan kepada umum pada bulan lalu, mengambil kira 45,805 keluarga seluruh negara antara April 2009 hingga Mac 2010.

Kajian setiap lima tahun itu, yang diterbitkan di laman jabatan tersebut, antara lainnya melihat kemampuan kewangan isi rumah Malaysia antara 2007 hingga 2009.

Laporan kajian yang dijalankan setiap lima tahun itu diterbitkan di laman Jabatan Perangkaan.

Menurut laporan itu, pendapatan isi rumah purata seluruh negaa meningkat daripada RM3,686 pada 2007 kepada RM4,025 pada 2009 atau 4.5 peratus setahun.

Pendapatan isi rumah warga Kuala Lumpur hampir tidak berubah, daripada RM5,322 kepada RM5,488 dalam tempoh dua tahun, atau 1.5 peratus setahun.

Putrajaya pula merekodkan peningkatan pendapatan isi rumah hampir 12.9 peratus – paling tinggi berbanding negeri lain.

Ia mungkin berkaitan dengan pelarasan gaji kakitangan awam, yang membentuk sebahagian besar penduduk Putrajaya, namun laporan berkenaan tidak menafsirkan hasil kajian itu.

Pecahan mengikut kaum pula menunjukkan golongan Cina menjadi kumpulan yang mendapat pendapatan tertinggi dengan purata RM5,011 sebulan pada 2009, diikuti kaum India (RM3,999) dan lain-lain (RM3,640).

Kumpulan bumiputera, termasuk masyarakat di semenanjung, Sabah dan Sarawak, berada di kumpulan terbawah dengan pendapatan purata RM3,624 sebulan.

Laporan itu tidak mempunyai statistik berbeza untuk kumpulan Melayu semenanjung dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

malaysiakini/-

Mahkamah putuskan BERSIH entiti yang sah

Posted: 23 Jul 2012 09:16 PM PDT

4 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

malaysiakini/-

Misteri beg hitam

Posted: 23 Jul 2012 09:09 PM PDT

4 Ramadhan 1433H. [MOD] -

BUKIT BERUANG – Seorang lelaki begitu bersungguh-sungguh menyelamatkan beg hitam yang dibawa bersamanya walaupun mengalami kecederaan dalam kemalangan.

Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan siasatan pada mangsa menemui plastik lut sinar mengandungi dadah disyaki syabu seberat 500 gram yang bernilai RM201,758.

Lebih mengejutkan, berikutan kemalangan itu, polis berjaya menemui pelbagai jenis dadah bernilai RM584,958.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata,sebanyak 4,600 biji ekstasi dan ribuan gram dadah jenis ketamin serta syabu bernilai RM0.5 juta berjaya dirampas polis selepas menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan tempat memproses dadah di Semabok, di sini, Rabu lalu.

Menurutnya, pihaknya turut merampas peralatan dipercayai untuk memproses dadah dalam serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, kira-kira jam 11 pagi.

"Sebanyak 4,600 biji ekstasi dengan anggaran berat kasar 1,580 gram, dua bungkus plastik dadah dipercayai ketamin seberat kira-kira 2,106 gram yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM383,200 ditemui dalam rumah tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.

Md Azmi berkata, kegiatan lelaki berusia 36 tahun itu terbongkar selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di persimpangan Hicom, Alor Gajah, dekat sini.

Menurutnya, ketika lelaki terbabit menerima rawatan, dia didatangi seorang wanita berusia 30 tahun yang mendakwa sebagai kekasih.

"Tiada barang salah didapati pada wanita tersebut selepas pemeriksaan, namun polis yang menjumpai serangkai kunci membawa kepada penemuan rumah teres berkenaan.

"Polis turut merampas kereta jenis Perodua Myvi yang digunakan wanita terbabit, selain wang tunai RM1,310 yang menjadikan keseluruhan nilai rampasan daripada kedua-dua suspek berjumlah RM584,958," katanya.

Menurutnya, pasangan berkenaan ditahan reman sehingga hari ini (24 Julai) dan permohonan melanjutkan tahanan reman akan dibuat di mahkamah untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

sinar harian/-

Terkurung 21 tahun

Posted: 23 Jul 2012 09:04 PM PDT

4 Ramadhan 1433H. [MOD] -

DAIF...pemandangan persekitaran Kem Kutupalong yang dihuni lebih 50,000 pelarian Rohingya sejak 21 tahun lalu.

BINA SENDIRI...seorang pelarian di kem tidak berdaftar membina 'rumahnya' dengan ranting kayu dan daun pokok.

CHITTAGONG (Bangladesh): Meyakini ada hikmah di sebalik sesuatu peristiwa termasuk yang buruk, satu tuntutan di kalangan umat Islam. Mengambil kira faktor ini, konflik berdarah antara etnik Rakhine dengan penduduk Islam Rohingya yang tercetus di Arakan, Myanmar, pada awal Jun lalu, turut tidak terkecuali.

Ini kerana konflik yang meragut ribuan nyawa umat Islam Rohingya itu serta mencetus derita kepada ratusan ribu yang lain, secara tidak langsung menggamit semula perhatian dunia luar terhadap hampir 90,000 pelarian Rohingya yang menghuni tiga kem pelarian di Bangladesh sejak 21 tahun lalu.

Berikutan tempoh panjang itu, mereka yang hidup serba kedaifan dan penuh penderitaan seakan-akan dilupakan apabila jarang menerima bantuan termasuk daripada saudara seagama.

Sepanjang tempoh 21 tahun itu, ramai di kalangan pelarian Rohingya yang sudah meninggal dunia sebagai orang buangan dan pada masa sama, ribuan juga dilahirkan di dalam kem untuk berkongsi status sama.

Sedikit latar belakang, pelarian Rohingya terbabit menyeberangi Sungai Naf yang menjadi sempadan Myanmar-Bangladesh pada 1991 selepas diusir kerajaan tentera Myanmar.

meto/-

Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya 11 Ogos

Posted: 23 Jul 2012 08:31 PM PDT

4 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menganjurkan Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya pada 11 Ogos ini bermula jam 2 petang hingga 8 malam di Kediaman Rasmi MB Selangor, Shah Alam sebagai medan pemantapan peranan alumni dan profesional muda dalam agenda mengisi kemenangan.

Bertemakan agenda "Maknakan Kemenangan", DPPM berbesar hati menjemput seluruh profesional muda dari sektor kerajaan dan swasta, alumni-alumni kampus dalam dan luar negara, bersama-sama seluruh kepimpinan Pemuda PAS di peringkat negeri dan kawasan serta ahli parlimen dan Adun Pemuda PAS untuk hadir dalam program yang penuh bermakna itu sebagai kesinambungan daripada siri-siri Xpresi Anak Muda bersempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang mendapat sambutan menggalakkan di seluruh negara.

Menurut Setiausaha DPPM Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar), program itu akan memberi penumpuan terhadap aspek peranan alumni dan profesional muda dalam agenda mengisi dan memaknakan kemenangan di dalam kerangka Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat di samping wadah untuk alumni dan profesional muda berdialog dan memberi saranan akhir terhadap polisi dan manifesto yang bakal ditawarkan.

"Program ini turut memberi ruang kepada golongan profesional muda membina jaringan dan maklumat mengikut bidang kepakaran yang diperlukan dalam agenda mengisi kemenangan kelak, selain platform untuk alumni dan profesional muda berdiskusi dan berdialog secara langsung bersama pimpinan tertinggi," ujarnya.

Antara agenda menarik pada program itu adalah sesi "Xpresi Profesional Muda & Wacana Manifesto PAS" yang akan menampilkan beberapa profesional muda dari bidang syariah, ekonomi, undang-undang, kesihatan, sains dan teknologi, pendidikan, budaya dan kesenian dalam dan luar negara, melontarkan harapan dan cadangan akhir terhadap tawaran Manifesto PAS dan Pakatan Rakyat, khususnya yang berkaitan kepentingan dan kebajikan anak muda.

Seterusnya, kata beliau peserta turut berpeluang berdialog secara langsung bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam slot "Wacana Profesional Muda bersama Presiden PAS: Negara Berkebajikan – Cabaran & Peluang".

"Majlis penutup Xpresi akan diserikan dengan penganugerahan Tokoh Profesional Muda, serahan infaq dan ikrar pilihanraya oleh alumni dan professional muda, seterusnya majlis berbuka puasa bersama pimpinan Pusat dan Pemuda PAS," tambahnya.

Program itu, jelasnya terbuka kepada peserta muslimin dan muslimat dan boleh diikuti secara langsung melalui kemudahan video-conferencing bagi rakan-rakan di Sabah, Sarawak dan luar negara.

Katanya, pendaftaran awal boleh dilakukan melalui borang pendaftaran maya di capaian berikut, http://tiny.cc/Xpresi-Profesional-Muda.

"Jadikan Xpresi ini sebagai manifestasi kebersamaan alumni dan profesional muda dalam agenda mengisi kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Putrajaya kelak," ujar Khairul Faizi.

harakahdaily/-

Syria ancam guna senjata kimia

Posted: 23 Jul 2012 08:25 PM PDT

4 Ramadhan 1433H. [MOD] -

BEBERAPA buah kereta kebal tentera Bashar dilihat ditempatkan di Al Mezza, Damsyik kelmarin.

WASHINGTON - Syria semalam mengaku buat kali pertama bahawa ia memiliki senjata kimia dan biologi sekali gus memberi amaran akan menggunakannya jika diserang tentera asing, lapor agensi berita Reuters.
Malaysia Open House 2012 (Sunday 12 August 12.00-4.00pm)

Amaran itu dibuat oleh jurucakap Kementerian Luar, Jihad Makdisi pada satu sidang akhbar di Damsyik.

Sebelum ini, Israel menyatakan kemungkinan simpanan senjata kimia di Syria akan dirampas para pejuang Lebanon yang bersekutu dengan Al-Qaeda.

"Syria tidak akan menggunakan sebarang senjata kimia atau senjata bukan konvensional terhadap orang awam dan akan menggunakannya hanya dalam kes diserang pihak luar.

"Senjata-senjata itu disimpan dan dikawal tentera Syria," kata Jihad.

Sementara itu, Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) secara rahsia cuba menyekat penghantaran senjata dan minyak dari Iran ke Syria dalam usaha mempercepatkan kejatuhan Presiden Bashar Al-Assad, lapor akhbar Wall Street Journal kelmarin.

Memetik kenyataan beberapa pegawai AS, akhbar itu melaporkan usaha-usaha dilakukan supaya Iraq menutup ruang udara untuk penerbangan dari Iran ke Syria.

Ia ditutup kerana Iran dipercayai membekalkan senjata untuk tentera Bashar.

Laporan Wall Street Journal itu disiarkan selepas tentera Syria meningkatkan serangan di kawasan penempatan Barzeh di Damsyik yang menyebabkan ramai penduduknya melarikan diri.

Perkembangan tersebut turut berlaku selepas seorang komander pemberontak muncul dalam satu klip video untuk mengumumkan bahawa perang bagi membebaskan bandar kedua terbesar di Syria, Aleppo telah bermula.

Dalam perkembangan berkaitan, agensi berita rasmi SANA melaporkan, tentera pemerintah telah mengusir para pemberontak dari kawasan penempatan Qaboon di Damsyik. - Agensi

Terkait arus maut

Posted: 23 Jul 2012 08:13 PM PDT

4 Ramadhan 1433H. [MOD] -

DI SINI...Khairul Anuar menunjukkan tempat Riduan terkena renjatan elektrik di Kampung Kroh, Tapah, kelmarin.

IPOH: "Dia menggelupur hampir tiga minit ketika badannya terkena renjatan elektrik dan saya nampak kepala serta tubuhnya berasap," kata Mohd Faizal Abdul Aziz, 23, yang melihat rakannya, Riduan Hashim, 31, terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa berhampiran rumahnya di Kampung Kroh, Batang Padang, Tapah, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, batang galah aluminium yang digunakan Riduan ketika mengait buah kelapa terkena kabel elektrik menyebabkan dia terkena renjatan elektrik. Bagaimanapun, mangsa terselamat daripada maut dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Faizal berkata, insiden berlaku ketika dia dan Riduan mengait kelapa tua untuk dijual selepas mereka mendapat tempahan sempena Ramadan.

"Riduan meminta saya membantunya mengait kelapa tua. Saya serta seorang lagi rakan, Suhaimi bersetuju membantunya dan kami ke rumahnya jam 5.50 petang.

"Kami memulakan kerja mengait kelapa tua beberapa minit kemudian di kawasan kira-kira 100 meter dari rumahnya. Ketika itu galah aluminium Riduan tersentuh kabel elektrik menyebabkan dia terkena renjatan elektrik," katanya.

harakahdaily/-

Soal jawab iblis dengan Allah

Posted: 23 Jul 2012 08:07 PM PDT

4 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Kisah tentang soal jawab iblis dengan Allah SWT sebagaimana yang telah diriwayat oleh Anas bin Malik r.a. berkata:

Iblis telah bertanya pada Allah SWT, katanya : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku." Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."

Iblis bertanya :"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?" Firman Allah SWT :"Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."

Iblis bertanya :"Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?" Firman Allah SWT :"Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."

Iblis bertanya :"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"Firman Allah SWT: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."

Iblis bertanya :"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?" Firman Allah SWT: "Azan untukmu ialah seruling."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?" Firman Allah SWT : "Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."

Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?" Firman Allah SWT: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."

Iblis bertanya:"Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?" Firman Allah SWT: "Perangkap bagimu ialah wanita."

Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?" Firman Allah SWT: "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."

Sabda Rasulullah SAW: " Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan." (Riwayat Muslim)

Sumber :http://www.ustazcambodia.com/
PS : Doa di atas adalah doa yang dibacakan oleh Muhammad bin Wasi' pada setiap pagi sehingga iblis gerun kepadanya, Wallahua'lam.

harakahdaily/-

Ramadhan: Harga barang keperluan naik mendadak

Posted: 23 Jul 2012 07:52 PM PDT

4 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Nampaknya di bulan Ramadhan yang mulia ini harga barang basah dan keperluan dapur yang lain naik mendadak seolah-olah seperti tidak terkawal akan harga yang dipamerkan termasuk dipusat membeli belah yang besar.

Mana tidaknya sekilo ikan kembung, ikan selar dan ikan kerisi kini mencecah RM16 dan begitu juga udang dan sotong berharga RM24 sekilo serta ketam RM28 sekilo. Bayangkanlah jika kita membawa RM50 apa boleh dibawa pulang untuk berbuka puasa bagi 6 orang sekeluarga hanya sekilo ikan kembung dan sekilo udang dan lebihan RM10 untuk membeli sayur, kelapa dan cili masak sahaja.

Ini bermakna setiap keluarga untuk makan berbuka termasuk bersahur adalah RM50 sehari dan apabila dikira untuk sebulan adalah lebih kurang RM1,500 untuk mendapat makanan yang sempurna dan berzat yang minima.

Ini bermakna juga bahawa setiap keluarga yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang, Kajang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuantan, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching dan lain-lain bandar lagi mesti mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan barulah bernafas sedikit kerana mana hendak difikirkan perbelanjaan sekolah anak-anak dan susu tepung untuk bayi yang baru lahir lagi serta tambang dan minyak kereta atau motosikal dan bayar bil elektrik, bil air, bil telefon, cukai pintu, cukai tanah, bil 'Indah Water', hutang kereta dan hutang rumah dan sebagainya.

Nampaknya harga barang keperluan tidak dapat dibendung lagi kerana tiada satu badan yang benar-benar boleh menjamin yang mampu untuk mengawal kenaikan harga barang seolah-olah seperti ada pihak tertentu mengambil kesempatan untuk memonopolikan segala harga barangan keperluan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana itu.

Tidak hairanlah apabila mereka yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan sekeluarga dianggap sebagai keluarga yang masih dikategorikan sebagai miskin dan kurang mampu. Ini bukan satu keluhan atau mungkin juga sememangnya berhak untuk luahkan tetapi hakikat realiti kehidupan yang mesti dan telah pun ditempuhi sebilangan besar rakyat Malaysia dan jangan salah tanggapan.

harakahdaily-

Media mampu menipu kita...lihat gambar ini

Posted: 23 Jul 2012 07:46 PM PDT

4 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Gambar ini berjaya memberi persepsi bahwa Islam itu "Militan yang menakutkan",. Inilah fitnah media barat & ZIONIS terhadap Islam. Perkara yang sama juga berlaku semasa BERSIH di mana media memainkan peranan menggambarkan keganasan yang tidak pernah dilakukan peserta BERSIH tapi dilakukan penyamar...Kaedah ZIONIS ini diguna pakai kerajaan yang terdesak mengekalkan kuasa....

harakahdaily/-

Tamrin mahu MT Umno tunjuk sebab

Posted: 23 Jul 2012 07:41 PM PDT

4 Ramadhan 1433H. [MOD] -

TAMRIN Tun Ghafar Baba, bekas Mempi BN dan bekas Exco Pemuda UMNO sebelum demonstrasi Bersih 3.0 hujung April lalu menulis surat panjang kepada Perdana Menteri Najib membantah apa yang dikiranya penyelewangan oleh Najib dan pemimpin UMNO dan kerajaan dalam banyak isu. Semua yang disebutnya adalah bertentngan dengan undang-undang dan politik demokrasi UMNO.

Dia memberi tempoh dua minggu kepada Najib, jika tiada respons dia akan mengedarkan surat itu kepada umum. Kerana tidak menerima maklum balas, dia naik pentas pembangkang dan kelihatan dalam tunjuk perasaan rakyat yang tujuannya untuk menyampaikan sikap dan salah laku pimpinan UMNO yang diketuai Najib kepada orang ramai.

Awal Julai ini dia menerima surat tunjuk sebab dari Setiausaha Agung UMNO, mengapa dia tidak boleh dikenakan tindakan disiplin parti.

Seperti Najib tidak menjawab suratnya, Tamrin juga tidak menjawab surat tunjuk sebab itu. Tetapi saya dapati Tamrin muncul dalam TV secara on-line menyebut bukan dia mesti diberi surat tunjuk sebab, sebaliknya Najib dan sekalian ahli Majlis Tertinggi UMNO yang mesti menunjuk sebab mengapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar perlembagaan UMNO.

Dia mnunjukkan antara petikan perlembagaan UMNO tentang tujuan dan tanggungjawab sekalian ahli UMNO dari setinggi hingga serendahnya di peringkat akar umbi mestilah peduli dan prihatin terhadap masalah rakyat. Tetapi UMNO sekarang sudah tidak peduli lagi dengan masalah rakyat.

Dia juga menyebut tentang semangat perlembagaan UMNO yang mahu parti itu dan kerajaan yang dipimpinnya menjaga kedaulatan dan keselamatan negara.

Dia membangkitkan tentang apa yang dikiranya keselamatan negara sudah digadaikan apabila berpuluh ribu orang asing telah diberi kerakyatan segara dan didaftarkan menjadi pengundi untuk PRU 13 ini.

UMNO telah membenarkan pegawai dan jabatan kerajaan membawa orang luar bagi dijadikan pengundi. Tidakkah ia satu kerja pengkhianatan kepada keselamatan negara?

Hingga katanya, dalam kawasan pilihan raya Parlimen Pekan yang diwakili Najib terdapat satu kawasan pengundi yang dinamakana Kampung Kampuchea. Pengundinya terdiri dari pelarian dari Kampuchea.

Apa yang dilakukan oleh pemimpin dan orang-orang UMNO sekarang bukan lagi apa yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpiin UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan dulu seperti bapanya Tun Ghafar Baba dan bapa Najib, Tun Razak.

Tamrin ditanya mengapa semua salah laku UMNO dan pemimpinnya itu tidak disampaikan kepada parti melalui saluran yang sewajarnya tetapi sebaliknya dia membuat teguran terbuka dan menggunakan pentas pembangkang?

Jawab Tamrin, UMNO tidak mahu dengar teguran kita dan tidak akan layan bantahan rakyat. Dia sudah menghantar surat kepada Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Dia tidak jawab. Tiada jawapan sejak hujung April hingga Julai sekarang.

Jika babanya Tun Ghafar Baba tidak dilayan oleh UMNO sedang dia adalah bekas Timbalan Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri, maka siapa dalam UMNO hendak layan ahlinya yang tidak ada kedudukan dalam parti.

Katanya, bapanya minta berjumpa dengan seorang Menteri Besar, Menteri itu kerana terlalu sibuk memberinya enam bulan untuk menemuinya. Sehari sebelum temu janji itu pegawai Menteri Besar itu memaklumkan pertemuan itu dibatalkan.

Inilah layanan Menteri Besar terhadap orang disebutkan sebagai negarawan. Tetapi kata Tamrin bapanya minta bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz. Tok Guru itu juga seorang yang sibuk, banyak memberi kuliah agama, dia pun bukanlah sihat sangat, tetapi dalam masa tiga hari saja bapanya dapat bertemu dengan Menteri Besar Kelantan.

Tok Guru terima bapanya sebagai tetamu negeri, sediakan motokar untuk ke mana saja. Apa yang mengharukannya Tok Guru katakan kepada Tun Ghafar bahawa Tun Ghafar boleh berapa hari dia suka, kalau mahu tinggal di Kelantan, kerajaan akan sediakan rumah untuknya.

Mengapa Tamrin naik pentas pembangkang dan tidak mengadakan pentas partinya? Jawabnya, UMNO akan adakan ceramah untuknya dan kalau pun UMNO adalah majlis ceramah, tiada siapa dalam UMNO itu hendak mendengarnya.

Maka pilihannya ialah menyertai ceramah pembangkang supaya pendedahannya tentang kepalsuan UMNO sekarang dapat disampaikan kepada orang ramai termasuk ahli-ahli UMNO.

Katanya, dia sayangkan UMNO dan masih ahli UMNO. Teguran yang dibuatnya di merata-rata itu ialah kerana sayangkan UMNO dan mahu pemimpin-pemimpin UMNO membetulkan semula perjuangannya.

HARAKAHDAILLY/-

Pencacai Umno kantoi fitnah Setpol MB Kedah di bulan puasa...

Posted: 23 Jul 2012 07:37 PM PDT

4 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Mungkin disebabkan terdesak untuk mencari duit raya, pencacai UMNO sanggup melakukan apa sahaja hatta menabur fitnah didalam bulan Ramadhan ini.

Ahad lalu hari kedua seluruh ummat Islam di Malaysia mengerjakan ibadat puasa sebuah Blog Pro UMNO yang bernama 'Padi Jantan' telah menyebarkan satu fitnah.

Pemilik Blog tersebut menyiarkan sebuah berita kononnya Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah telah ditangkap kerana rasuah dan rentetan dari itu kebanyakkan blog Pro UMNO yang lain menggunakan laporan yang berbentuk fitnah oleh 'Padi Jantan' itu untuk menyerang PAS.

Bukan saja Blogger Pro UMNO, malah Blogger Pro PR pun ada yang percaya dengan fitnah dari 'Padi Jantan' itu dan membidas pihak PAS..

Berikut adalah jawapan dari Setpol MB Kedah sendiri dalam hal ini..

Setpol MB Kedah difitnah rasuah

Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan laporan blog proUmno yang mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3 juta, yang disebarkan sejak petang kelmarin.

Katanya, dakwaan itu adalah fitnah semata-mata namun enggan melayan propaganda murahan oleh beberapa blog tempatan yang ingin mencari publisiti.

"Saya didakwa berada dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang kelmarin, sedangkan ketika itu, saya hadir pada program Menteri Besar menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar," katanya, ketika dihubungi.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah menyifatkan ia antara usaha mengheret pemimpin Pas terjerat dalam perangkap musuh politik, terutama menjelang kehangatan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Sepatutnya pihak yang sebarkan fitnah itu hormati bulan Ramadan. Saya tahu siapa dalang di sebalik cerita tidak berasas itu, dan tidak berhasrat mengambil apa-apa tindakan. Namun sekiranya ianya berterusan, saya tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran perundangan," katanya.

Menurutnya, beliau hanya mengetahui mengenai fitnah itu apabila dihubungi seorang rakan bertanyakan perkara itu, dan mengambil sikap berdiam diri selagi ianya tidak menjejaskan nama baiknya.

"Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan keakraban saya dengan Menteri Besar selaku Setiausaha Politik, dan mahu jatuhkan kredibiliti saya. Mungkin juga ia antara agenda mahu calarkan imej Menteri Besar dengan membuat serangan peribadi terhadap saya terlebih dahulu," katanya.

Muhammad Sanusi berkata, pihaknya menyifatkan penyebaran fitnah itu sebagai usaha pihak tertentu untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin Pas Kedah.

Sejak 2 petang kelmarin, beberapa blog proUmno dilihat mencanang dakwaan konon Muhammad Sanusi sudah ditahan dalam lokap SPRM atas tuduhan rasuah bernilai lebih RM1.3 juta. Laporan blog berkenaan turut mengaitkan sasaran seterusnya adalah Pegawai Kewangan Negeri Kedah, yang juga sepupu kepada Menteri Besar, Datuk Mohd Puat Mohd Ali - Sinar Harian

Kalau terdesak sangat nak cari duit raya sekalipun.. hormatlah sikit bulan Ramadhan ni..

HARAKAHDAILY/-

Tazkirah Ramadhan: Jangan jadi macam ni!!!

Posted: 23 Jul 2012 07:35 PM PDT

4 Ramadhan 1433H. [MOD] -



HARAKAHDAILY/-

JI: Hisham perlu arah Sofian tarik balik demi PDRM

Posted: 23 Jul 2012 01:55 AM PDT

3 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussein seharusnya mengarah Cawangan Khas PDRM untuk menjadi satu agensi yang bebas daripada politik perpartian dan menarik balik tuduhan yang tidak berasas kepada Pakatan Rakyat demi nama baik PDRM.

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok (gambar) berkata, kenyataan Hishammudin selaku pemimpin Umno dan Menteri Kerajaan BN bahawa komunis dan pengganas Jemaah Islamiah (JI) telah meresapi ke dalam parti Pakatan Rakyat menunjukkan BN telah ketandusan modal politik dan terpaksa menggunakan pegawai PDRM untuk menyebarkan pembohongan.

Kenyataan itu dibuat selepas Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin, Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman mengatakan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis meresapi parti politik pembangkang dan cuba menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurut Teresa, kenyataan Mohd Sofian yang dibuat secara umum tanpa merujuk kepada bukti yang kukuh adalah amat tidak adil dan tidak benar kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, ia lebih merupakan satu kenyataan politik yang berpihak kepada BN daripada kenyataan yang berlandaskan fakta yang bebas daripada pendirian parti politik.

"Saya menyeru Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri menumpukan usaha untuk memerangi jenayah dan menjaga keselamatan, dan bukan membazirkan masa dalam topik dan isu lama seperti ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Selangor berkata, sebagai pemimpin negara, mereka sepatutnya mengelak mengeluarkan kenyataan yang jauh daripada kebenaran sebaliknya mengelirukan rakyat.

harakahdaily/-

Ponteng Puasa: Ladang getah, kelapa sawit 'port' paling popular

Posted: 23 Jul 2012 01:37 AM PDT

3 Ramadhan 1433H. [MOD] -

BERA – Kebun sawit atau getah dikatakan menjadi lokasi pilihan pertama bagi mereka yang ponteng puasa sepanjang bulan Ramadan.

Dengan lokasi yang agak tersorok dan jauh dari orang ramai, golongan yang gemar ponteng puasa ini akan menjadikan ia sebagai port bukan sahaja untuk makan dan minum tetapi juga tempat mereka berjudi.

Seorang peneroka, Mokhtar Mohd, 63, dari Felda Rentam berkata, sememangnya kawasan itu masih menjadi kegemaran mereka yang ponteng puasa sehingga sekarang walaupun minggu ini baru merupakan minggu pertama berpuasa.

Menurutnya, ada juga pihak yang sanggup bersubahat apabila mereka menjual makanan, minuman termasuk sebatang rokok dengan harga RM10.

"Selalunya, mereka yang ponteng puasa adalah di kalangan peneroka dan golongan generasi kedua yang bekerja di kebun, dan mengambil kesempatan di tempat kerja untuk menyembunyikan perbuatan mereka.

"Namun, kegiatan mereka itu sering dihidu pihak tertentu seperti jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan Rela yang sering membuat pemantauan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Mokhtar, lokasi itu sering bertukar kerana bimbang mereka ditangkap semasa makan atau minum, apatah lagi berjudi di bulan Ramadan.

Katanya, asalkan kawasan itu tersorok dan jauh dari orang ramai, ia akan menjadi lokasi seterusnya bagi mereka.

"Jika pada hari biasa, tiada siapa pula mahu bekalkan pakej makanan dan minuman termasuk rokok kepada pekerja buruh di kebun," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Belia Felda (MBFM) Felda Bukit Puchong, Azli Ismail berkata, buat masa ini, tiada lagi kegiatan ponteng puasa yang berlaku di perkampungan itu namun berdasarkan kes-kes sebelum ini, lokasi utama adalah di dalam kawasan kebun sawit.

Katanya, mereka yang bekerja sebagai buruh di kebun menggunakan kesempatan itu untuk tidak berpuasa.

Menurutnya, jika diperhatikan ada di kalangan mereka yang sanggup membawa botol air dari rumah.

"Memang dari awalnya mereka berniat untuk tidak berpuasa.

"Jadi, apabila ramai di kalangan mereka yang berbuat demikian, tidak mustahil wujud puak yang menjual makanan yang lebih sedap semasa berada di
dalam kebun," katanya.

Azli berkata, dalam hal ini, MBFM bersama JKKK dan Rela saling bekerjasama bagi memastikan perkara seumpama itu dapat dibanteras bagi menghormati bulan Ramadan.

sinar harian/-

Budak makan bilik tidur

Posted: 23 Jul 2012 01:28 AM PDT

3 Ramadhan 1433H. [MOD] -

RACHEL dan anaknya, Zach. Keadaan plaster bilik yang dimakan Zach (gambar kecil).
SALFORD: Ibu kanak-kanak yang menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan dia tidak boleh menolak untuk makan apa saja yang berada di bilik tidurnya, merayu bantuan untuk membiayai sebuah bilik yang 'boleh dimakan' oleh kanak-kanak itu.

Zach Tahir yang menghidap Kecelaruan Selera Makan, memakan apa saja yang terdapat di bilik tidurnya, termasuk permaidani dan plaster. Ibu kanak-kanak berusia lima tahun itu, Rachel, yang tinggal di Salford, melancarkan kempen untuk membina sebuah bilik selamat untuknya selepas semakin bimbang mengenai keadaan anaknya.

Matlamat kempen mengutip derma 'Beri Zach Masa Depan Yang Selamat' ialah untuk membantu membina sebuah bilik khas berharga �15,000 (RM75,000) di kediaman keluarga itu di The Mead, Weaste.

Bilik itu akan dilengkapi dengan tilam dan bilik air khas untuk Zach yang juga autistik dan tidak boleh bercakap.

Kempen itu yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit berkenaan disokong oleh beberapa bintang televisyen seperti Kum Marsh dan Ryan Thomas, pelakon siri Coronation Street dan aktor siri Torchwood, Paul Copley.

Rachel, 32, yang juga mempunyai anak perempuan berusia dua tahun berkata, dia terharu dengan sokongan itu.

'Kempen itu kini mendapat sambutan. Sokongan daripada bintang Coronation Street banyak membantu kempen itu," kata Rachel.

Selain membina bilik baru di rumah mereka, Rachel juga berharap dapat memasang kamera untuk membolehkannya mengawasi anaknya ketika malam, ketika tabiatnya itu berada di peringkat paling buruk.

Setakat ini, �3,400 (RM17,000) sudahpun berjaya dikumpul, termasuk menerusi tajaan jalan kaki dan jualan murah.

Satu lagi tajaan acara jalan kaki sejauh lapan kilometer dari Selfridges di Trafford Centre ke Exchange Square di bandar Manchester akan diadakan Ahad ini. - DM

Gempa sederhana landa Irian Jaya

Posted: 23 Jul 2012 12:53 AM PDT

3 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Irian Jaya, Indonesia pada pukul 8.22 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pusat gegaran ialah kira-kira 487km tenggara Sorong, Indonesia dan 2,015km tenggara Semporna, Sabah.

Gempa tidak mendatangkan ancaman tsunami.

- Bernama

KGT: Utusan berdepan tindakan undang-undang

Posted: 23 Jul 2012 12:02 AM PDT

3 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Akhbar Utusan Malaysia sekali lagi bakal berhadapan tindakan undang-undang berikutan laporan 'fitnah' terhadap pengurusan Kelantan Golden Trade (KGT).

Turut bakal dikenakan tindakan yang sama, bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad, yang didakwa turut memfitnah berhubung KGT.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, pada sidang medianya memberitahu tindakan berkenaan diambil bagi membersihkan nama baik KGT yang sering dijadikan sasaran fitnah oleh dua pihak tersebut di samping pihak lain.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat khas di pejabat PMBK Sawit, di sini petang tadi.

KGT telah menghantar surat kepada dua pihak berkenaan bagi memaklumkan tindakan yang bakal dikenakan terhadap pihak terbabit pada 10 Julai lalu.

"Kita mendapat maklum balas dari akhbar Utusan yang minta tangguh selama dua minggu dan ianya dijangka berakhir dua hari lagi, bagaimanapun Nik Mahadi tiada maklum balas," ujarnya.

Menurutnya, beliau telah menyerahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan berikutan beberapa siri siaran dalam akhbar terabit yang berunsur fitnah terhadap KGT yang dianggap tidak berasas.

Tegasnya, jika diteliti dalam laporan akhbar berkenaan beliau memberitahu seolah-olah ianya (KGT) penuh dengan debu, langsung tidak selamat.

Tambahnya, pihak polis langsung tidak melakukan sebarang siasatan ke atas KGT.

"Seharusnya pihak media mengambil keterangan dari pihak yang dituduh terlebih dahulu sebelum membuat sebarang berita di akhbar.

"Sebaliknya apa yang berlaku itu diselidiki dahulu dan bukannya terus menyiarkan berita berunsur fitnah, apa lagi di muka hadapan," ujarnya.

Husam seterusnya menyeru golongan media mengambil roh Ramadan yang mulia itu untuk melakukan kerja yang lebih bertanggungjawab tanpa ada unsur fitnah.

Tegasnya, dalam Islam fitnah lebih buruk daripada membunuh.

harakahdaily/-

misbahul munir

Posted: 23 Jul 2012 09:43 PM PDT

misbahul munir


HIMPUNAN HIJAU KE 2 DI TELUK INTAN

Posted: 23 Jul 2012 06:09 PM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 23 Jul 2012 09:36 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Peluang Pengajian Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Luar Negara

Posted: 23 Jul 2012 02:04 AM PDT

Dengan pengalaman lebih dari 10 tahun, QAS Management (M) Sdn Bhd  telah berjaya menempatkan pelajar-pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran mereka dalam pengajian perubatan di negara-negara seperti Indonesia, Mesir & Russia.

Kesemua universiti tersebut telah diiktiraf oleh JPA dan Malaysian Medical Council (MMC).

Ramai pelajar lepasan Matrikulasi dan STPM berlumba-lumba mendapatkan CGPA 4.00 untuk mendapat tempat dalam bidang perubatan di IPTA.Sayangnya bukan kesemua permohonan pelajar diterima walaupun mendapat CGPA 4.00.

Pada Tahun 2011, seramai 3018 orang pelajar Matrikulasi mendapat CGPA 4.00 sedangkan IPTA dalam Malaysia dianggarkan hanya menampung 1200 tempat sahaja.

Bagaimana pula dengan yang mendapat CGPA 3.0 ? Persaingan yang sangat tinggi ini menyebabkan ramai pelajar beralih arah kepada IPTS tempatan yang mana kos pengajiannya pula ada yang  mencecah hampir RM 400,000

KENAPA MESIR?
1. Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Mesir sejak berpuluh tahun dahulu dimana ramai pelajar-pelajar Malaysia menuntut dalam jurusan agama Islam di universiti Al-Azhar
2. Rakyat Mesir amat menghormati rakyat Malaysia dan menganggap rakyat Malaysia sebagai tetamu dan sahabat mereka
3. Kos sara hidup yang rendah,iaitu separuh dari nilai Ringgit Malaysia .RM0.5 =1L.E (sila semak matawang semasa)
4. Yuran pengajian adalah TERMURAH jika dibanding dengan Universiti di Malaysia , Indonesia  dan Russia
 5. Majoriti Masyarakat Mesir adalah Muslim , budaya ,mendapatkan makanan halal dan menjalankan aktivit ibadah tidak menjadi sebarang masalah kepada pelajar Malaysia
6. Rakyat Malaysia di Mesir seramai sehingga 2011 adalah lebih kurang 9500 orang.
7. Program Perubatan,Pergigian dan farmasi hanya dibuka untuk golongan Bumiputra Muslim sahaja
8. MARA, JPA juga menghantar pelajar tajaan mereka ke Universiti di Mesir.

SYARAT KELAYAKAN
• BUMIPUTRA MUSLIM
• Dengan mendapat B dalam semua subjek BIOLOGI, FIZIK, KIMIA, MATEMATIK MODEN & MATEMATIK TAMBAHAN dalam SPM

Untuk pertanyaan serta maklumat lanjut sila hubungi :
QAS Management (M) Sdn Bhd
14-2, Jalan USJ 9/5R,Subang Business Centre,
47620, Subang jaya, Selangor Darul Ehsan.
Talian Bebas Toll   1-800-888-727

019-332 6583 (Zaini) , 019-939 9360 (Norizah) , 019-727 2362 (Anwar)

Laman web : www.qas.com.my
Pengiktirafan JPA  : http://pengiktirafan.jpa.gov.my

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Negeri Sembilan 2012

Posted: 22 Jul 2012 11:02 PM PDT

MAJLIS IFTAR PERDANA HIDAYAH CENTRE (MIPHC)
Tema: 'Saudara Baru Saudara Kita'
Tarikh : 4 Ogos 2012/ 15 Ramadhan 1433 H , SABTU
Masa : 5.30 petang – 9.30 malam
Tempat : Dewan Majlis Perbandaran Nilai, N.Sembilan

Jualan Kerusi: RM 100 (biasa), RM500 (VIP)

Hubungi: 012-3725283 (Hj Wahid), 019-3855169 (Hj Hisam) , 019-257-5486 (Hj Asri Loke )

MTD N24 Bemban

Posted: 23 Jul 2012 09:21 PM PDT

MTD N24 Bemban


Aktiviti Ramadhan 1433

Posted: 23 Jul 2012 01:13 AM PDT

PROGRAM IHYA RAMADHAN PASTI AS SALAM @ PAS KAMPUNG AYER PANAS
Tarikh:1 Ramadhan 1433 H bersamaan 21 Julai 2011(SABTU)
Masa:6.15 petang hingga 10.30 malam
Tempat:PASTI As Salam ,Dusun Haji Tambi Kampung Ayer Panas
Xtvt:Bacaan surah Yassin,Al Maathurat,Bacaan Tahlil,Iftar,solat Maghrib berjamaah,jamuan / rehat,solat isya berjamaah,solat sunat Terawih,Tazkirah,moreh dan bersurai.Prpgram mingguan sempena Ramadhan ini anjuran bersama PASTI As Salam dan PAS Cawangan Ayer Panas /MTD N24 Bemban.Muslimin muslimat dijemput hadir
Penyampai Tazkirah:Minggu pertama disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kaw Jasin Al Fadhil Ustaz Faisol Syeikh Mohd.Di dalam tazkirahnya beliau menekankan pentingnya meninggalkan pekara yang membatalkan akidah seperti mempercayai adanya hukum yang lain yang sama@melebihi daripada apa yang ditentukan Allah
Imam Terawih:Pengerusi PASTI As Salam merangkap Pengerusi PAS Cawangan Ayer Panas juga selaku Pengarah MTD N24 Bemban
facebook pasti assalam
ZIARAH KASIH RAMADHAN @ UPU TEHEL
Tarikh:2 Ramadhan 1433 H bersamaan 22 Julai 2011(AHAD)
Masa:11.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat:UPU TEHEL-lokaliti Tehel Hulu,Paya Kundang,Taman Wira,Tanjung Labuh
XTVT:Menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan harian bagi meringankan golangan kurang berkemampuan,progrom juga disertai YB Sim Tong Him -ahli Parlimen Kota Melaka dan AJK seketriat Pakatan.Rakyat DUN N24 Bemban.Walaupun hujan lebat kami berjaya mencapai misi menziarahi dan menghulurkan sedikit sumbangan.Rakyat di Hati Kami

Awal Ramadhan: Mursi Melangkah Ke Kampung Halaman

Posted: 23 Jul 2012 12:02 AM PDT

Kota Zagazig terdapat sebuah masjid yang besar nan indah bernama "Masjid Fath", ia menjadi masjid pertama yang di ziarahi dan ditunaikan di dalamnya solat jum'at pada Ramadhan 1433 H oleh seorang presiden yang juga berasal dari kota ini. Awal puasa di Mesir jatuh pada hari Jum'at, 20 Julai 2012 dan di awal puasa ini pun presiden Mesir yang baru memiliki banyak agenda diantaranya ziarah ke tempat kediamannya di wilayah Sharqeya.

Mengetahui presiden akan datang dan menunaikan solat jum'at di masjid kebanggaan orang-orang zagazig, maka tak hairan pagi jum'at mulai pukul 9 hingga tiba waktu solat jum'at, masyarakat ramai berbondong-bondong menuju masjid megah ini untuk menunaikan solat jum'at sekaligus ingin melihat secara langsung sosok presiden yang lahir di desa Al Idwah, Zagazig.

Saat akan memasuki masjid, seluruh masyarakat perlu beratur dan semuanya diperiksa satu persatu oleh polis tak terkecuali saya pada waktu itu yang juga ikut beratur. Ketika masuk masjid, saya melangkah ke depan mengambil saf paling awal, kemudian melaksanakan solat sunat tahiyatul masjid. Jam sudah menunjukan pukul 11 pagi, para jam'ah solat jum'at pun kian banyak, mereka rela berdesak-desakan untuk menunggu kedatangan sang presiden yang sebentar lagi akan memasuki masjid, sambil menunggu sebagian jama'ah banyak yang membaca qur'an dan berzikir.

Terlihat di depan pintu masuk, syaikh Ali Jum'ah sang mufti Mesir telah tiba didampingi beberapa ulama al Azhar lainnya. Banyak ucapan yang dilontarkan oleh jama'ah masjid saat menunggu kedatangan presiden, ada yang menyerukan takbir dan tahmid, dan ada pula yang bersalawat. Tak lama kemudian DR.Muhammad Mursi tiba dan memasuki masjid, tampak juga ketua Majlis Syura (MPR) Prof.Dr.Ahmad fathi yang juga berasal dari Zagazig, para jama'ah pun berdiri ingin melihat langsung sosok pemimpin mereka yang baru, para pasukan pengawal presiden pun berdiri, membuat pagar mengamankan situasi.

Setelah DR.Mursi masuk masjid, ia tidak langsung duduk tapi melaksanakan solat sunat tahiyyatul masjid, melihat kejadian ada salah seorang bapak Mesir yang duduk di samping saya berkata : "ahsanun nas" (manusia terbaik). Ada yang berteriak "kullu sanah wa anta thoyyib ya Rais" (kebaikan selalu menyertaimu duhai Presiden). Dan ada pula yang berkata: "berpuluh-puluh tahun saya solat di masjid ini, baru kali ini diziarahi presiden dan ia solat bersama kita", mendengar ungkapan itu salah seorang jama'ah di sampingnya bertutur: "Hadza min fadhli Rabbi". Bahkan ada seorang Bapak membawa 2 orang anak laki-lakinya yang masih kecil, ia berkata kepada anaknya: "itu nak presiden kita, Mursi .. agar kalian tahu". Gema takbir pun berkumandang dari setiap sudut masjid Fath.

Melihat suasana seperti ini, badan saya pun bergetar dan hati saya berkata: "Ya Allah, alangkah indahnya suasana seperti ini, masyarakat Mesir sekarang sudah merasakan begitu dekatnya pemimpin dengan rakyatnya, segala puji hanya bagi Engkau".
Saat Khatib jum'at berkhutbah, ia berpesan kepada seluruh jama'ah: "hendaklah kita semua berbuat adil kepada siapa saja, pemimpin harus berbuat adil kepada rakyatnya, kerana adil itu dekat dengan taqwa".

Seusai shalat, DR.Mursi langsung berdiri, menyalami rekan-rekannya dan juga kepada para ulama-ulama. Ada yang menarik setelah itu, ketika panwalpres mempersilakan Musri untuk segera meninggalkan ruang masjid, Mursi menolak dan ia minta diberikan mix, dan ia pun langsung berbicara sambil mendekati jama'ah: "segala puji bagi Allah, kita dipertemukan Allah pada bulan Ramadhan kali ini dan saya berpesan kepada semuanya; banyak-banyaklah membaca al Qar'an dan amalkan isi al Qur'an". Mendengar penyampaian itu semua jama'ah bertakbir .. "Allahu Akbar", gemuruh suara pun menggema di dalam hingga ke luar masjid. Mursi keluar masjid dan langsung menuju mobil keprisidenan.

Saya melihat masyarakat, tampak rasa bahagia di wajah-wajah mereka, semua bergembira, senang, penuh suka cita, seakan – akan mereka tidak ingin berpisah dari sang presiden dan ini merupakan sesuatu yang baru bagi mereka.

Sungguh amat sangat jauh berbeza yang pernah saya rasakan dan alami sekitar 5 tahun yang lalu, di saat Hosni Mubarak berkunjung ke Zagazig. Kebetulan waktu itu saya tinggal di apartmen tingkat 7 sebelah stadium. Sehari sebelum presiden Mubarak tiba, pihak polis sudah berjaga – jaga, mereka berdiri di atas apartemen dengan persenjataan yang lengkap. Pada saat Mubarak akan tiba di lapangan stadium dengan kendaraan helikopter, seluruh jendela rumah kami ditutup dan tidak boleh melihat apalagi membuka pintu dan jendela. Dan pernah kejadian juga sebelumnya saat kampanye pilpres Mesir di stadiun Zagazig, teman-teman saya yang tinggal di apartmen tingkat 7 tadi dikosongkan sementara (5 hari) ke rumah teman Indonesia yang lainnya demi keselamatan sang diktator Mubarak yang ingin kembali mencalonkan Presiden mesir.

Selanjutnya, Mursi kembali melanjutkan perjalanan, melangkah menuju desa Al Idwah - Sharqeya, menziarahi keluarga dan buka puasa bersama.

Demikian tulisan ini saya sampaikan, semoga banyak hikmah dan pelajaran yang dapat kita ambil. Kepada rakyat Mesir, mabrouuk,, telah Allah kirimkan kepada kalian sosok pemimpin yang beriman yang dekat dan sayang kepada masyarakat. Semoga DR.Mursi senantiasa diberi taufik dan kekuatan untuk memimpin negeri kinanah ini, amin ya Rabb, selamat berjuang rakyat Mesir!! Ramadhan Kareem. -pkspiyungan.org

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 23 Jul 2012 07:27 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Agihan Kurma Ramadhan 1433 Di Pasar Besar Dungun

Posted: 23 Jul 2012 08:32 AM PDT

DUNGUN 23 Julai, Isnin - Hampir 500 peniaga muslim di Pasar Besar Dungun menerima kunjungan mengejut rombongan ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan Pengarah MTD Sura, Haji Wan Hapandi Nik.
Program tahun kedua DUN Sura ini, mendapat dokongan padu daripada tenaga pemuda DUN Sura yang mengambil peranan besar bagi menyempurnakannya.
Selain sekotak kurma, para peniaga turut diberikan sebotol air penawar, sekeping manifesto PRU-13 PAS Terengganu dan taqwim berbuka puasa.
Setiap peniaga menerima kunjungan tanpa mengira fahaman politik masing-masing. Program pada hari Ahad 22 Julai itu, bermula hampir jam 10.00 pagi dan berakhir lebih kurang jam 12.00 tengah hari.

Tetapi Apabila Ia Menjadi Tema Sambutan Kemerdekaan Negara...Itu Masalah!

Posted: 23 Jul 2012 03:06 AM PDT

Ramai sedia maklum, "Janji Ditepati" menjadi platform utama Perdana Menteri, Najib Razak dalam jelajah ke seluruh negara bagi melaungkan retorik transformasi dan menjadi pentas untuk menyerang Pakatan Rakyat terutama sekali apabila "Janji Ditepati" singgah di negeri - negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.  Jika "Janji Ditepati" menjadi jenama jelajah politik Perdana Menteri, saya tiada punya masalah, tetapi apabila ia menjadi tema sambutan Kemerdekaan negara yakni "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" - itu masalah!

"Janji" membawa maksud pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu; manakala "Ditepati" bermaksud tidak memungkiri atau memenuhi janji yang telah dilafaz.  Jika "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" menjadi tema sambutan Kemerdekaan negara, makanya kita harus merujuk kepada janji yang mana?  Adakah janji Program Transformasi Kerajaan (GTP), atau janji manifesto Cemerlang,Gemilang,Terbilang, atau janji Wawasan 2020?  Janji yang mana yang eksekutif hari ini maksudkan yang telah mereka penuhi dan tepati?

Bagi berlaku adil baik untuk rakyat dan sang pemerintah, wajar kita menyoroti kembali latar masa sejarah, 55 tahun ke belakang iaitu tanggal 31 Ogos 1957, tarikh keramat di mana Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" selepas beliau membacakan satu pemasyhuran keramat.  Arakian pemasyhuran tersebut menandakan detik perubahan dalam sejarah tanahair.  Beralihnya dari status sebuah negara terjajah kepada negara bangsa yang bebas dan merdeka.  Maka tiada "janji-janji" lain yang lebih layak untuk diangkat sebagai "Janji" melainkan teks keramat - Pemasyhuran Kemerdekaan.

Ketika Pemasyhuran ini mula diperkenalkan, seluruh rakyat diminta membaca dan menghayatinya.  Rakyat ketika itu rata-rata menyebut bahawa isi kandungan pemasyhuran tersebut sebagai sesuatu yang amat bernilai, sesuatu yang diibaratkan sebagai "sijil kelahiran" negara merdeka.  Malangnya, berbeda dengan dokumen penting negara lain seperti "Sumpah Pemuda 1928" di Indonesia, pidato "Tryst with Destiny" oleh Jawaharlal Nehru, Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang dikarang Thomas Jefferson; pemasyhuran negara ini telah karam hampir tidak dibaca, apatah lagi diwacanakan secara serius.  Apa yang penulis paling khuatiri adalah dengan pudarnya dakwat pemasyhuran, maka semangat idealismenya juga turut terhakis.


baca artikel penuh...di sini.

Cikgu Pa : UMNO Hina Artis

Posted: 23 Jul 2012 02:40 AM PDT


KUALA LUMPUR, 23 Julai - PAS menganggap Umno menghina artis apabila mengatakan PAS terdesak sehingga terpaksa menggunakan artis untuk meraih undi kata setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali.
Tambahnya lagi, Umno menganggap artis sebagai orang yang boleh diperalatkan oleh parti politik sedangkan pendirian dan keyakinan seseorang itu tidak mudah diubah kata Mustafa Ali(gambar) yang mesra dengan panggilan Cikgu Pa.
"Setiap orang mempunyai sikap dan pendirian mereka, begitu juga artis. Sokongan artis dan pegawai tinggi kerajaan terhadap Umno telah berubah kerana mereka melihat sendiri penyelewengan parti itu.
"Kita tidak pernah memaksa mereka. Mereka menilai dan memperakui pendirian parti sehingga membuatkan mereka mendapat keyakinan baru untuk menyertai parti ini," lapor Sinar Harian hari ini.
Menurut Cikgu Pa lagi, Umno berada dalam keadaan takut dengan perkembangan yang berlaku pada PAS menyaksikan golongan artis menyertai parti tersebut secara beramai-ramai.
Oleh kerana sudah terdesak, Umno terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian, kata setiausaha agung PAS itu lagi dalam laporan Sinar Harian.

PAS Kawasan Miri

Posted: 23 Jul 2012 07:06 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Sekolah Kawasan Larangan Memandu Laju

Posted: 23 Jul 2012 04:12 PM PDT


'Speed Bump' Perlu di Kawasan Persekolahan
MIRI - Sekolah Rendah Bantuan Chung Hua Krokop, Miri perlu ada 'Speed bump ` atau rabung bulat dibina melintang ke dalam turapan jalan untuk memaksa kenderaan bergerak perlahan dalam kawasan sekolah tersebut.

Salah seorang penduduk di Krokop, Mr Yeo ada memberitahu pihak kami, agar jalan tersebut patut dibina 'Speed bump' kerana beliau bimbang ada kenderaan yang dipandu laju yang melalui jalan di kawasan persekolahan tersebut yang boleh mengakibatkan kecelakaan kepada pelajar yang keluar dari perkarangan sekolah. Untuk mengelak sebarang kejadian yang diingini berlaku terhadap para pelajar di sekolah tersebut, beliau mencadangkan agar pihak yang berkenaan segera membina 'speed bump' di kawasan sekolah itu.

Sepatutnya kawasan persekolahan adalah kawasan larangan memandu laju, tetapi oleh kerana sikap sesetengah pemandu yang tidak bertimbang rasa, ada yang sanggup memandu secara laju dalam kawasan persekolahan tanpa menghirau keselamatan para pelajar yang sedang berjalan atau keluar dari perkarangan sekolah.

Untuk mengelak kesesakan jalan di waktu kemuncak dalam kawasan persekolahan, pihak yang berwajib seharusnya mengkaji serta mempelajari cara-cara yang terbaik untuk menjaga keselamatan para pelajar sekolah dan juga keselesaan para pengguna jalanraya supaya tidak berlaku ketegangan semasa memandu.

Kita mendesak pihak kerajaan dan pihak keselamatan lalu lintas agar terus memantau dan mengawasi sikap para pemandu yang tidak bertanggungjawab terutama sekali di kawasan persekolahan. Tindakan tegas seharusnya diambil keatas pemandu yang cuai dan memandu laju dalam kawasan persekolahan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
'Speed Bump' need at School Areas
MIRI – Krokop Chung Hua Primary School, Miri must have 'Speed bump' or rounded ridge built into the pavement across the road to force vehicles slowed down in the school area.

One of the residents in Krokop, Mr Yeo told us, that the road should be built 'Speed ​​bump' because he was concerned that there is speeding vehicles through the road at the school area which can cause accident to the students coming out of the school compound. To avoid any unwanted incident which can occurred on the school's students, he suggested that the parties concerned quickly build a 'speed bump' in the school area.

Should be the school areas is a prohibited area for speeding, but because of the attitude of some drivers who are not considerate, there are those who drive fast in the areas regardless of the safety of school students who are walking or out of the school compound.

To avoid traffic jams at peak hours in school areas, the authorities should review and learn how the best way to keep safety of school students and also the convenience of the road users so as to reduce tension while driving.

We urge the government and the traffic safety to continue to monitor and supervise the behavior of irresponsible drivers, especially in the school areas. Stern action should be taken on a careless driver and speeding in the school areas.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 23 Jul 2012 03:28 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


DIKATAKAN SEBAGAI PENGERUSI "SYAITAN"

Posted: 23 Jul 2012 03:03 PM PDT

RM225j pada SYABAS jika Rozali letak jawatan'
KOMEN : BAYANGKAN RAKYAT DAPAT RM225JUTA JIKA ROZALI DAN ORG KE2 LETAK JAWATAN
KALAU 2 ORANG NI TERUS MENJAWAT MAKA PEMBAZIRAN AKAN BERLAKU,MEMBAZIR ADALAH PEKERJAAN SYAITAN.
Exco negeri Selangor, Ronnie Liu berkata kerajaan negeri tidak akan memberi peruntukan RM225 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selagi dua pegawai tertinggi syarikat pemegang konsesi air itu tidak meletak jawatan.

Liu berkata, peruntukan tidak akan diberi bagi membina loji rawatan air baru untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat sekiranya pengerusi eksekutif, Tan Sri Rozali Ismail dan ketua pegawai eksekutif Datuk Ruslan Hassan berbuat demikian.

"Kita akan beri RM225 juta kalau Rozali dan Ruslan letak jawatan. Kalau tak letak (jawatan), kita takkan bagi duit. Kerana, kalau kita bagi, dia akan kawal duit itu dan tidak akan lakukan projek itu," katanya selepas menghadiri perhimpunan di hadapan pejabat SYABAS.

Mengulas mengenai loji Langat 2 yang giat dilobi oleh kerajaan persekutuan pula, Liu berkata projek itu tidak munasabah memandangkan kesemua 33 loji rawatan air di Selangor mempunyai bekalan air yang mencukupi.

Katanya, sehingga 2015, tambahan air boleh dilakukan sehingga 621 mld.

''Jangan risau mengenai air kerana air sudah cukup. Projek Langat itu tipu. Tak perlu. Apa guna Langat bagi air yang mentah dari Pahang.

"Kita sudah cukup air. Ini (Langat 2) adalah skim untuk mendapatkan dana politik. Tak ada kekurangan air mentah. Mana-mana empangan yang kita pergi, penuh. Ini belum lagi kita pergi air yang berada di bawah tanah," katanya lagi.

Jumlah RM225 juta itu adalah daripada nilai tender yang akan dibuka untuk Projek Mitigasi 2 yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat di Selangor.Keputusan tersebut adalah hasil penelitian dan penyiasatan selama tiga hari yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemantau SYABAS.

Kerajaan Selangor sebelum ini juga mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah SYABAS supaya memecat Rozali dan Ruslan, antara lainnya kerana didakwa tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatakuasa pemantauan tersebut.


Pakatan berhimpun sokong ambil alih SYABAS


Zulaikha Zulkifli
12:48PM Jul 23 2012



Sekumpulan lebih 100 orang penyokong kerajaan negeri Selangor berhimpun di hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di Shah Alam hari ini sebagai sokongan kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih pemegang konsesi air tersebut.

NONEBeberapa pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei dan MP Shah Alam Khalid Samad memimpin perhimpunan yang bermula jam 12 tengahari itu.

Selain pemimpin parti Pakatan Rakyat, turut hadir dalam perhimpunan itu adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri, wakil Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan pemimpin Gabungan NGO Selangor.

Kumpulan berkenaan membawa kain rentang dengan slogan "Kembalikan air kepada rakyat", "Hentikan catuan air", dan "Pecat Tan Sri Rozali Ismail".

Sebelum itu, Khalid ketika berucap di hadapan bangunan SYABAS itu meminta agar Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Tan Sri Rozali Ismail supaya tidak bermain politik dan menjaga air Selangor dengan baik.

"Dia dibayar gaji yang tinggi tetapi tidak jalankan tugas dengan baik. Sebagai (pengerusi eksekutif) SYABAS, perlu menjaga air di Selangor. Jangan main politik. Tunaikan amanah dengan baik. Alasan nak bawa air mentah dari Pahang terbukti alasan tak berasas," katanya.

NONELima memorandum turut diserahkan kepada wakil SYABAS dalam perhimpunan berlangsung selama kira-kira 45 minit itu.

Memorandum tersebut, yang diterima oleh pengarah eksekutifnya Ismail Hashim, menggaris tujuh perkara yang antara lainnya membantah cadangan SYABAS untuk mencatu bekalan air.

Memorandum itu juga menuntut supaya SYABAS berhenti daripada mensabotaj kerajaan negeri Selangor dalam isu bekalan air dan turut menyatakan bantahan keras ke atas pembinaan Loji Langat 2.

NONEMemorandum daripada AMK Selangor itu membantahan catuan air di beberapa kawasan di negeri Selangor kerana menyebabkan kesusahan kepada penduduk di kawasan berkenaan dan mengganggu aktiviti kehidupan harian.

Ia turut menuntut supaya SYABAS berhenti daripada mensabotaj kerajaan negeri Selangor dalam isu bekalan air. Hal ini kerana, SYABAS dilihat tidak profesional dan tidak mengutamakan keperluan pengguna.

"SYABAS dilihat tidak profesional dan tidak mengutamakan keperluan pengguna yang lebih bersifat kepada tindakan sabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menjelang pilihan raya umum ke-13 bagi mengikis keyakinan rakyat terhadap kerajaan pakatan.

NONE"Selangor kehilangan 60 projek pelaburan akibat perkhidmatan bekalan air yang tidak memuaskan. Sebanyak 162 buah projek pembangunan di Selangir tidak diluluskan SYABAS dan membuktikan SYABAS tidak layak menguruskan air di negeri ini," memorandum itu dipetik.

Memorandum berkenaan juga menyatakan bantahan keras ke atas pembinaan Loji Langat 2. Menurut memo itu, projek Langat 2 dilihat akan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air sehingga 70 peratus.

Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan pembinaan Langat 2 menelan perbelanjaan RM8.65 bilion itu akan 'dipaksakan' ke atas rakyat Selangor, memorandum itu dipetik.

BAKAL CALUN PKR SARAWAK TERBUNUH ?

Posted: 23 Jul 2012 02:20 AM PDT

Mendiang Peter Ato Mayau bersama DS Anwar Ibrahim dalam kenangan. Mendiang terbunuh selepas terlibat dalam nahas helikopter milik Sebiro Holdings di Sungai Triso, Sri Aman, 20 Julai lalu.





KUCHING, 21 Julai – Mayat seorang lagi penumpang yang hilang, jurutera Sebiro Holdings Peter Ato Mayau, antara empat orang yang menaiki Eurocopter EC 120 yang terhempas dekat muara Lingga, Sri Aman semalam ditemui tengah hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak SAC Datuk Law Hong Soon berkata mayat Ato dijumpai dihanyutkan di pantai Kampung Tebelu, Sebuyau oleh orang-orang kampong yang membantu operasi mencari dan menyelamat pada kira-kira 2 petang.

Mayatnya dihantar ke hospital terdekat di Simunjan untuk bedah siasat, kata Law kepada Bernama di sini.

Ato, 53, yang berkhidmat sebagai naib-presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, disebut-sebut akan bertanding di kawasan parlimen Mambong dalam pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, Law mengesahkan mayat seorang lagi penumpang juruukur Siti Khuzaimah Anuar, 27, yang ditemui nelayan tempatan pagi ini juga dihantar ke Simunjan untuk bedah siasat.

Law berkata gerakan tiga pihak mencari dan menyelamat yang diselaraskan dari udara, darat dan laut ditingkatkan bagi mencari baki seorang lagi penumpang helikopter itu, arkitek Henry Lau Tee Yong, 42.

Jabatan Penerbangan Awam mengerahkan kakitangannya ke kawasan kemalangan, kira-kira 150km dari sini bagi menyiasat punca nahas, manakala siasatan awal mendapati helikopter milik Sebiro itu tenggelam sebaik sahaja terhempas di perairan, katanya.

Nelayan menyelamatkan juruterbang pesawat malang tersebut, Rico Steger, 35, berasal dari Jerman, yang berenang selama empat jam dalam arus deras selepas nahas berlaku. – Bernama

BN TERPERANJAT, UMNO TERKULAT !

Posted: 22 Jul 2012 10:30 PM PDT

Komen : Perkara sebenar yang mereka sembunyikan adalah 37 projek 'berisiko tinggi' di lereng bukit yang berketinggian melebih 250 kaki dari aras laut itu diluluskan semasa Barisan Nasional mentadbir kerajaan negeri (1985 hingga Mac 2008).
Projek lereng bukit: Umno jangan tipu diri sendiri


Isnin, 23 Jul 2012 02:10
Merujuk pada berita 'Prosedur dokumen projek lereng bukit remeh' di Utusan Malaysia Online pada 30 Jun lepas yang antara lain melaporkan Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan, Gerakan Pulau Pinang, Teh Leong Meng menuduh Kerajaan Negeri tidak ikhlas di sebalik isu 37 projek lereng bukit 'berisiko tinggi' di negeri berkenaan.



"Kerajaan Negeri seperti tidak ikhlas untuk mendedahkan butiran projek tanah bukit secara telus kepada orang awam walaupu mereka sering melaungkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).



"Saya ingin bertanya, kenapa perlu menetapkan salinan prosedur untuk mengimbas dokumen berkenaan dengan temujanji beserta syarat-syarat lain," tanya Leong Meng.



Jika Leong Meng ikhlas, saya mencabar beliau mendapatkan serta meneliti semua dokumen berwajib lalu mengemukakan bukti pentabdiran Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak melaksanakan urus tadbir yang bersih.



Ini kerana, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telahpun membuat pameran terbuka semua bukti berwajib kepada awam pada waktu pejabat di Tingkat 4, Komtar sejak 1 Julai lepas hingga 30 September depan.



Saya mencabar pemimpin Gerakan kerana saya anggap pemimpin Umno semasa Barisan Nasional menjadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dulu pun sebenarnya tidak berani menegur pentadbiran Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (bekas Ketua Menteri).



Saya percaya, beberapa bekas pemimpin utama Umno yang pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri seperti Datuk Azhar Ibrahim (Adun Penaga) dan Datuk Seri Dr Mohd. Hilmi Yahaya (Adun Telok Bahang) dahulu pun tidak berupaya membawa kebenaran dalam kerajaan negeri.



Sebenarnya, pemimpin Umno bising depan Melayu saja kononnya mereka sahaja yang memperjuangkan kepentingan Melayu.



Tetapi, hakikatnya mereka tidak berani mendedahkan perkara yang sebenar. Mereka tidak berani mengatakan perkara yang sebenar di depan Setiausaha Gerakan Pulau Pinang, Datuk Tan Hock Nan dan Teng Chang Yeow (Setiausaha Agung Gerakan merangkap Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang).



Mereka hanya nampak garang dan lantang di depan Melayu kononnya hanya mereka memperjuangkan nasib Melayu. Tetapi, mereka sebenarnya nampak tidak ikhlas kepada semua rakyat di negeri Pulau Pinang.



Perkara sebenar yang mereka sembunyikan adalah 37 projek 'berisiko tinggi' di lereng bukit yang berketinggian melebih 250 kaki dari aras laut itu diluluskan semasa Barisan Nasional mentadbir kerajaan negeri (1985 hingga Mac 2008).



Perkara sebenar yang disembunyikan adalah 19 projek yang diluluskan adalah pembaharuan kelulusan pelan terdahulu atau berdasarkan Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Kemajuan MPPP yang diluluskan pada 13/9/1996.



Pemimpin Umno jangan tipu diri kalau takut menegur pemimpin Gerakan Pulau Pinang.



Mohd Firdaus ialah Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ahli Parlimen Jerai.

BN GANU TAK MAMPU ! ASTAGFIRULLAH

Posted: 22 Jul 2012 07:04 PM PDT

Komen : punyalah BN Ganu yang kaya dengan wang ihsan dari PETRONAS yang boleh buka Zoo dengan pembelian binatang yang bernialai tinggi, projek berjuta2 tak mampu selamatkan tanah warisan yang tergadai.Kalau ganu diperintah oleh Pakatyan Rakyat sudah pasti tanah tersebut dapat diselamatkan dan hutang negeri boleh dilunaskan kepada Persekutuan macam Negeri Selangor sekarang.

KUALA TERENGGANU – Tanah milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) seluas kira-kira 15 hektar terletak di Mukim Kerteh dekat sini telah di lelong ekoran kegagalan membayar pinjaman bank.

Tanah tersebut telah digadaikan kepada Eon Bank pada 17 Februari 1997 bagi membangunkan satu projek 432 lot perumahan bercampur yang dikenali sebagai Bandar Baru Kerteh Jaya.

Hong Leong Bank yang telah mengambil alih Eon Bank apabila bank tersebut ditutup operasinya, telah melelong Tanah LTAWNT melalui satu lelongan awam pada hari Rabu, 18 Julai, 2012.

Menurut dokumen Lelongan Awam terbabit, tanah tersebut telah di lelong pada jam 10.30 pagi di Bilik Lelong Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Hartanah tersebut berada dalam kawasan perumahan terbengkalai Bandar Baru Kerteh Jaya, di tepi jalan utama menuju Batu Putih, lebih kurang 4km dari Bandar Baru Kerteh.

Ia mempunyai 158 lot tapak rumah banglo, 168 lot tapak rumah berkembar dan 106 lot tapak rumah kedai telah dilelong dengan harga rezab RM 5, 594,000.00.

Menurut sumber, lelongan itu telah disambut oleh pembida sebuah syarikat yang dikenali Alam Sierra Development Sdn Bhd dari Taman Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, yang di milik seorang peniaga berbangsa Cina.

BOLEH GESA JANGAN PAKSA TAPI KENAPA TERGESA-GESA?

Posted: 22 Jul 2012 05:37 PM PDT

Komen : teman setuju kalau pesaraan 60 tahun dilaksanakan bagi sektor swasta tapi pengambilan penuh KWSP adalah pilihan pekerja dan jangan paksa ambil sepenuhnya pada umur 60 tahun.Pekerja harus diberi pilihan ambil semua selepas umur 55. Manakala kriteria kesihatan dan kemampubolehan bekerja perlu dititikberatkan bagi lanjutan bagi memastikan pekerja berkualiti diutamakan.
Cuma teman heran zaman DS Najib berbelanja sakan nie tiba-tiba nak beri lanjutan hingga 60 tahun dan dan dan nak dilaksanakan tanpa tunggu 6 bulan proses.Ada rakyat bijak berkata "tergesa sebab nak tahan wang KWSP untuk BN gunakanke?"

MTUC: Laksana segera had umur bersara 60 tahun
2:50PM Jul 22 2012
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menggesa sektor swasta melanjutkan dengan segera umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun, tanpa menunggu undang-undang mengenainya dilaksanakan.

Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan pekerja sektor swasta kepada 60 tahun dan rang undang-undang mengenainya diluluskan Dewan Negara baru-baru ini, kata naib presiden MTUC A. Balasubramaniam.

Beliau berkata oleh kerana rang undang-undang itu akan mengambil masa lebih kurang enam bulan untuk diwarta dan dilaksanakan, maka dalam tempoh berkenaan, beribu-ribu pekerja yang mencapai usia persaraan wajib 55 tahun, sudah bersara.

"MTUC amat prihatin terhadap nasib kumpulan ini apabila ramai daripada mereka menghubungi kongres ini untuk menyatakan harapan agar mereka diambil kembali bekerja kerana mereka masih cukup sihat dan mampu untuk terus bekerja.

"Lagipun, para pekerja ini memikul tangungjaab yang amat berat kerana belum melangsaikan pinjaman perumahan, perlu menyelesaikan bayaran insurans serta bil perubatan dan menyara pendidikan anak-anak," katanya kepada Bernama.

Mengikut Rang Undang-undang Umur Prsaraan Minimum 2012 yang diluluskan Parlimen baru-baru ini, umur persaraan wajib bagi pekerja sektor swasta dinaikkan kepada 60 tahun dan seseorang majikan tidak boleh memaksa pekerjanya bersara sebelum dia mencapai usia persaraan minimum.

- Bernama

DUN Lembah Jaya

Posted: 23 Jul 2012 11:10 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Imarahkan Ramadhan, Bulan Ibadah, Bulan Keampunan

Posted: 23 Jul 2012 01:40 AM PDT



TADARUS bermula.. Sebahagian muslimat Ampang memulakan tadarus di Masjid Fatimah Az-Zahra' sabtu lepas. Tadarus Perdana Kawasan Lembah Jaya InsyaAllah akan diadakan pada 4 Ogos 2012 di Masjid Al-Aman Lembah Jaya Selatan.


"Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubarak kepada semua Muslimin Muslimat"


Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 23 Jul 2012 09:38 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Peluang Pengajian Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Luar Negara

Posted: 23 Jul 2012 02:05 AM PDT

Dengan pengalaman lebih dari 10 tahun, QAS Management (M) Sdn Bhd  telah berjaya menempatkan pelajar-pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran mereka dalam pengajian perubatan di negara-negara seperti Indonesia, Mesir & Russia.

Kesemua universiti tersebut telah diiktiraf oleh JPA dan Malaysian Medical Council (MMC).

Ramai pelajar lepasan Matrikulasi dan STPM berlumba-lumba mendapatkan CGPA 4.00 untuk mendapat tempat dalam bidang perubatan di IPTA.Sayangnya bukan kesemua permohonan pelajar diterima walaupun mendapat CGPA 4.00.

Pada Tahun 2011, seramai 3018 orang pelajar Matrikulasi mendapat CGPA 4.00 sedangkan IPTA dalam Malaysia dianggarkan hanya menampung 1200 tempat sahaja.

Bagaimana pula dengan yang mendapat CGPA 3.0 ? Persaingan yang sangat tinggi ini menyebabkan ramai pelajar beralih arah kepada IPTS tempatan yang mana kos pengajiannya pula ada yang  mencecah hampir RM 400,000

KENAPA MESIR?
1. Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Mesir sejak berpuluh tahun dahulu dimana ramai pelajar-pelajar Malaysia menuntut dalam jurusan agama Islam di universiti Al-Azhar
2. Rakyat Mesir amat menghormati rakyat Malaysia dan menganggap rakyat Malaysia sebagai tetamu dan sahabat mereka
3. Kos sara hidup yang rendah,iaitu separuh dari nilai Ringgit Malaysia .RM0.5 =1L.E (sila semak matawang semasa)
4. Yuran pengajian adalah TERMURAH jika dibanding dengan Universiti di Malaysia , Indonesia  dan Russia
 5. Majoriti Masyarakat Mesir adalah Muslim , budaya ,mendapatkan makanan halal dan menjalankan aktivit ibadah tidak menjadi sebarang masalah kepada pelajar Malaysia
6. Rakyat Malaysia di Mesir seramai sehingga 2011 adalah lebih kurang 9500 orang.
7. Program Perubatan,Pergigian dan farmasi hanya dibuka untuk golongan Bumiputra Muslim sahaja
8. MARA, JPA juga menghantar pelajar tajaan mereka ke Universiti di Mesir.

SYARAT KELAYAKAN
• BUMIPUTRA MUSLIM
• Dengan mendapat B dalam semua subjek BIOLOGI, FIZIK, KIMIA, MATEMATIK MODEN & MATEMATIK TAMBAHAN dalam SPM

Untuk pertanyaan serta maklumat lanjut sila hubungi :
QAS Management (M) Sdn Bhd
14-2, Jalan USJ 9/5R,Subang Business Centre,
47620, Subang jaya, Selangor Darul Ehsan.
Talian Bebas Toll   1-800-888-727

019-332 6583 (Zaini) , 019-939 9360 (Norizah) , 019-727 2362 (Anwar)

Laman web : www.qas.com.my
Pengiktirafan JPA  : http://pengiktirafan.jpa.gov.my

Kenapa tempat ke IPTA berkurangan, kesian pelajar kita

Posted: 23 Jul 2012 12:40 AM PDT

Satu fakta yang mungkin ramai antara kita terlepas pandang. Pada tahun 2011 seramai 41,267 orang layak memasuki IPTA. Akan tetapi pada tahun 2012 ianya berkurangan kepada hanya 38,549 orang sahaja. Kenapa? Ke mana 24,918 lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi ini hendak pergi? Ke IPTS dengan bantuan PTPTN yang kosnya jauh lebih mahal dari IPTA? Sepatutnya semakin tahun semakin banyak peluang ditawarkan ke IPTA, bukan ke IPTS.

Julai 17, 2012 - Mohamed Khaled berkata, tempat yang ditawarkan di IPTA di seluruh negara untuk kemasukan sesi 2012/2013 bagi peringkat ijazah pertama berkurangan pada tahun ini.

Tahun ini, sebanyak 63,467 calon STPM/Matrikulasi/Asasi memohon menyambung pengajian di peringkat ijazah pertama.

"Setelah proses pemilihan sebanyak 38,549 daripada calon yang layak ditawarkan tempat di 20 IPTA," katanya lagi.


20 Ogos 2012 – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan pinjaman RM4 bilion untuk 206,938 penuntut yang layak pada tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pinjaman itu diharap tidak disalahgunakan penerima dan dibelanja sepenuhnya untuk menampung kos pengajian mereka.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, seramai 41,267 orang akan diambil memasuki IPTA bagi sesi 2011/2012 bermula September ini.

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Negeri Sembilan 2012

Posted: 22 Jul 2012 11:00 PM PDT

MAJLIS IFTAR PERDANA HIDAYAH CENTRE (MIPHC)
Tema: 'Saudara Baru Saudara Kita'
Tarikh : 4 Ogos 2012/ 15 Ramadhan 1433 H , SABTU
Masa : 5.30 petang – 9.30 malam
Tempat : Dewan Majlis Perbandaran Nilai, N.Sembilan

Jualan Kerusi: RM 100 (biasa), RM500 (VIP)

Hubungi: 012-3725283 (Hj Wahid), 019-3855169 (Hj Hisam) , 019-257-5486 (Hj Asri Loke )

Hidup ibu tinggal lebih susah dari ibu tunggal

Posted: 22 Jul 2012 06:25 PM PDT

Ada kalanya nasib ibu tinggal lebih perit dibandingkan dengan nasib ibu tunggal. Ada kalanya nasib anak-anak yang ditinggalkan bapa lebih perit berbanding dengan nasib anak-anak yatim. Semoga Ramadhan ini kita menyeimbangkan sumbangan kepada ibu tinggal dan ibu tunggal, juga anak yang ditinggalkan dengan anak yatim.

Si cilik sara keluarga
Harian Metro 23 Julai 2012

JOHOR BAHRU: Tiga beradik berusia lapan hingga 11 tahun terpaksa ponteng sekolah kerana keletihan menjual nasi lemak untuk menampung keluarga manakala kakak sulung mereka sudah berhenti sekolah disebabkan malu diejek rakan berikutan gagal menjelaskan yuran sekolah.

Itu pengorbanan dan masalah yang membelenggu empat beradik terbabit dan ibu mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Noraini, 35, amat kecewa kerana anak-anaknya itu tidak dapat meneruskan pelajaran seperti rakan lain, sedangkan mereka ada potensi untuk maju.

"Pengorbanan empat anak saya begitu besar nilainya dan tiada tandingan, malah kerana bersusah-payah membantu saya meneruskan kehidupan seharian dengan menjual makanan setiap hari tanpa mengira panas atau hujan.

"Mereka bukan sengaja ponteng sekolah, sebaliknya disebabkan keletihan kerana berjalan lebih tiga kilometer setiap hari menjual nasi lemak, mi goreng dan bihun goreng yang saya buat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kempas, di sini.

Noraini berkata, dia terpaksa bergantung kepada tiga anaknya yang dikenali sebagai Hamirul, 11, Nabila, 9, dan Alyah, 8, untuk mencari wang bagi menampung kehidupan kerana suami meninggalkannya dalam keadaan 'digantung tak bertali' sejak lima tahun lalu.

JPA lengah naik gred guru. Janji Ditepati?

Posted: 22 Jul 2012 06:24 PM PDT

Semoga janji kepada guru di bawah ini dapat ditepati. Janji perlu ditunaikan dan perlu ditepati pada masa yang telah ditetapkan.

JPA lengah naik gred guru
Berita Harian 23 Julai 2012

Kuala Lumpur: Empat ratus guru yang memperoleh ijazah menerusi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) belum menerima kenaikan gred sejak lima tahun lalu.

Maklumat itu diperoleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) daripada kesatuan guru di seluruh negara, selain aduan disalur guru terbabit.

Kebanyakan mereka mengikuti pengajian pada 2003 dan menamatkannya empat tahun kemudian.

Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata selepas tamat pengajian mereka memohon kenaikan gred kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran, namun belum diluluskan sehingga sekarang.

Menangani Isu Saudara Baru – Idea Lapok Perlu Diubah

Posted: 22 Jul 2012 06:23 PM PDT

Satu pandangan yang baik dari laman web Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan mengenai pengurusan saudara baru ketika ini yang perlu diperkemaskan. Hanya saudara baru yang lebih memahami masalah saudara baru.

Menangani Isu Saudara Baru – Idea Lapok Perlu Diubah
22 Julai 2012

1. Masyarakat perlu serius dalam menjalankan usaha mendidik mereka yang memeluk agama Islam  . Mereka yang memeluk agama Islam dalam sesuatu tempoh hendaklah melalui pemantauan berterusan tentang  amalan atau praktisnya sebagai orang Islam.

2. Sekadar kita membiarkan mereka mengucap dan memiliki kad akuan pengislaman tidak mencukupi. Mereka perlu belajar mengenai ilmu agama dan menjalani praktis secara serius. Oleh itu kita perlu mewujudkan mekanisme pendidikan untuk mereka, sesuatu yang mudah dan fleksibel. Kita hendaklah mentadbirurus saudara baru untuk mempraktikkan amalan agama secara bersungguh-sungguh.

3. Kalau dalam soal-soal dunia kita begitu prihatin untuk menubuhkan atau memperkenalkan akta tertentu bagi mewajibkan mereka melalui atau menjalani ataupun mengikuti kursus dalam tempoh tertentu, apa salahnya kalau mereka yang memeluk agama Islam diwajibkan melalui kursus seperti PLKN selama 3 ke 6 bulan bagi memantapkan akidah dan kefahaman mereka.

4. Melalui cara ini, kita dalam memberi pendedahan tentang agama Islam adalah sebuah agama yang sempurna dan meliputi seluruh aspek kehidupan manusia daripada sebelum lahir hingga ke liang lahad dan selepas itu.

5. Pada waktu ini, kaedah kursus bulanan ataupun mingguan yang digunapakai tidak begitu berjaya untuk melahirkan saudara baru yang mantap pegangan akidah terutama dalam menempuhi suasana kehidupan yang mencabar. Persekitaran hidup mereka yang penuh dengan cabaran, memiliki kepercayaan yang lemah mengakibatkan mereka hanyut apabila berhadapan dengan ahli keluarga ataupun masyarakat asal mereka.

6. Kajian hendaklah dilakukan terhadap kaedah dan tatacara yang menjadi amalan kini yang dipraktis untuk memperoleh data mengenai sejauhmana program, latihan dan kursus yang dijalankan berjaya membentuk komuniti saudara baru dalam mencapai KPI kita.

7. Pengurusan saudara baru tidak boleh berhenti setakat mendaftarkan mereka, memberikan kad akuan Islam dan selanjutnya memberikan bantuan-bantuan kewangan dan makanan ( belaian fizikal ) tanpa mempedulikan praktis mereka. Terdapat saudara baru yang sudah lebih 5 tahun memeluk Islam tetapi masih tidak tahu membaca fatehah. Kita faham bahawa kalau inilah kualiti diri mereka sehingga tidak mengerti untuk membaca fatehah, sudah pasti amalan solat waktu lebih membimbangkan. Tetapi kalau kita lihat kekerapan permohonan dan kelulusan bantuan, golongan ini berada pada paras yang tinggi.

8. Kita berhemah tinggi dengan meluluskan bantuan dan menyelesaikan keperluan mereka. Usaha kita menyebabkan masalah fizikal mereka selesai tetapi kita tetap gagal untuk mengasuh dan mendidik. Kebanyakan yang kita temui merasakan bahawa dengan mengagihkan zakat dapat menyelesaikan kemelut sosial, soal kehidupan mahupun kemurtadan tetapi duit habis diagihkan tetapi masalah tetap tidak selesai.

9. Ada pihak berpendapat bahawa kita perlu jinakkan mereka dengan berhemah, berhikmah dan berlembut. Hasilnya ialah kita diperkotak-katikkan. Hukum dilanggar sesuka hati. Nasihat tidak diendahkan.Hubungan yang tidak baik antara pegawai dengan pegawai dan antara pegawai dengan NGO menyebabkan saudara baru ini mengambil peranan memanipulasi dan melaga-lagakan mereka. Akhirnya tercetus situasi yang menyedihkan – kedengaran kata-kata dan ungkapan-ungkapan termasuk ugutan-ugutan yang tidak profesional. Semua pihak termasuk saya suka kepada pujian. Hati kita pula tidak sanggup menerima kritikan. Telinga kita pula suka mendengar keburukan orang. Akhirnya kita layan orang yang suka memburukkan pesaing kita menyebabkan masalah tidak dapat diselesaikan, masalah tinggal masalah dan berkubur tanpa batu nesan kemudian muncul balik secara berkala.

10. Kita mesti berhentikan kaedah ini dengan merapatkan hubungan dan silaturrahim antara kita. Malangnya sudah lebih 10 tahun saya berada dalam bidang pengurusan baru tetapi 'mereka' tidak begitu mesra untuk bekerjasama apalagi untuk brainstorming idea ataupun berbincang dan mengajak bersama-sama untuk menyelesaikan permasalahan. Masing-masing dengan sikap kepegawaian mereka menyebabkan keadaan menjadi lebih malang.

11. Ada pula yang mencetuskan persaingan yang tidak sihat di antara NGO. Sikap melaga-lagakan sukarelawan jua suatu penyakit parah yang memerlukan pembedahan. Sesuai dengan niat mereka masalah tetap melanda kita semua.

12. Cubalah kita ukur kualiti saudara baru yang kita hasilkan. Kami pun masih gagal mentarbiah mereka.

13. Penguatkuasaan pula tidak dapat dilakukan atas alasan mereka saudara baru. Sekali dua dinasihat dan diberikan peluang masih tetap tidak berubah maka hukuman dan penguatkuasaaan perlu dilaksanakan secara serius. Kita tidak mahu status muallaf dijadikan lesen untuk melanggar peraturan dan hukum hakam.

14. Institusi mahupun individu yang menjaga saudara baru hendaklah bermuafakat dan duduk semeja untuk membincangkan dan menyelesaikan permasalahan ini. Pendekatan hendaklah bersepadu dan ada penyelarasan supaya kita dapat menunaikan tanggungjawab mendidik saudara baru secara menyeluruh.

15. Pentadbiran dan pengurusan saudara baru hendaklah diprofesionalkan dengan diberikan laluan kepada mereka yang berlatarbelakangkan kelulusan pelbagai disiplin ilmu selain daripada  diberikan peluang kepada saudara baru sendiri.

16. Saudara Baru lebih memahami dan mengetahui permasalahan dan soal kebajikan saudara baru. Pihak atasan hendaklah memantaukan dan menasihat segala gerakerja. Saudara Baru hendaklah dilibatkan dalam penggubalan modul, perlaksanaan latihan, gerakerja kebajikan dan pemulihan.

17. Kita juga hendaklah membentuk jaringan kerjasama dengan semua jabatan agama di seluruh Malaysia bagi memantau dan menyelaraskan aktiviti saudara baru terutama pengurusan kebajikan mereka.

18. Walaupun saya bersetuju bahawa kerja yang paling senang ialah memecat dan membangkang tetapi kalau ada makna dan isinya maka kita perlu bersikap berani untuk berubah.

19. Dengan usaha-usaha ini, marilah kita berdoa agar diberikan kekuatan untuk menghadapi cabaran mendatang yang cukup serius dewasa ini.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 23 Jul 2012 09:37 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Pemuda DUN Sura Jayakan Agihan Kurma Sempena Ramadhan Di Pasar Besar Dungun

Posted: 23 Jul 2012 08:52 AM PDT


DUNGUN 23 Julai, Isnin - Menjelang program Pemuda Bersamamu Musim ke-8 yang juga akan berlangsung di bulan Ramadhan ini, tenaga pemuda DUN Sura turun ke Pasar Besar Dungun mengiringi ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan Pengarah MTD Sura, Haji Wan Hapandi Nik dalam siri agihan kurma kepada para peniaga muslim.
Bermula dengan satu tugasan segera sehari sebelumnya, para pemuda DUN Sura meneruskan gaya kerja berpasukan selaku sayap penting yang bakal mempertahankan kemenangan DUN Sura dalam PRU-13 akan datang.

seterusnya...di sini.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 23 Jul 2012 09:35 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Jangan biarkan Malaysia jadi Greece kerana kita jahil

Posted: 22 Jul 2012 06:49 PM PDT

Socrates dan Archimedes adalah pemikir dari Tamaddun Greek. Tetapi Greece sudah bankrap kerana pemimpin tidak membenar check and balance oleh rakyat.
Justeru, Selangor mahu elakkan keadaan rakyat Selangor di biar jahil dan tidak tahu apa yang terjadi dalam pembikinan polisi dan juga perkara yang berlaku dalam urustadbir negeri dan negara . ini akan mengelakkan negeri dan negara dibankrap oleh pemimpin yang tidak berkehendak menjaga khazanah dan harta negeti dan negara dengan baik dan amanah, value for money.ucapan Menteri Besar Selangor

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 23 Jul 2012 09:12 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1433H/2012M

Posted: 23 Jul 2012 07:12 AM PDT

Assalamu'alaikum... w.b.t,

klik untuk lebih jelas

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmat. Di kesempatan ini kami ahli jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan Sepanggar dengan sukacitanya merakamkan ucapan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak. Sewajarnya peluang bersua dengan Ramadhan yang mulia ini bukan sahaja diangkat sebagai bulan untuk kita menunaikan ibadah puasa tetapi turut menjadi medan untuk kita melatih diri menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah Subhana Wa Ta'ala. Firman Allah yang bemaksud :

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa," (Surah al-Baqarah : ayat 183)

Sempena Ramadhan ini Pemuda PAS Kawasan Sepanggar telah merangka beberapa program untuk dilaksanakan di kawasan Sepanggar. Diharapkan pelbagai program yang dirancang akan dapat berlangsung dengan jayanya dan bakal memberi manfaat kepada golongan yang sasaran dan memerlukan. Semoga usaha-usaha yang dilakukan akan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah Subhana Wa Ta'ala sekaligus menjadi saham akhirat kepada mereka yang menyokong pergerakan Pemuda PAS di kawasan Sepanggar. Sekian. Wassalam - Pemuda PAS Sepanggar

Jasindaily Online

Posted: 23 Jul 2012 09:12 AM PDT

Jasindaily Online


Ceramah Ihya' Ramadhan

Posted: 23 Jul 2012 07:31 AM PDT


Ceramah Ihya' Ramadhan 
Tarikh : 27 Julai 2012 
Tempat : Balai Islam Pernu, Melaka 
Masa : 9.30 Malam ( Selepas Solat Sunat Tarawih )

KHIDMAT MERU

Posted: 23 Jul 2012 09:05 AM PDT

KHIDMAT MERU


UJIAN PRESTASI PTRS 2012 DUN MERU

Posted: 22 Jul 2012 06:12 PM PDT




Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) merupakan program Merakyat Ekonomi Selangor (MES) yang terkesan dikalangan bakal calon SPM 2012 yang terdiri daripada keluarga yang miskin. Sejak 2009-2012, Dun Meru berjaya memberikan tuisyen percuma seramai lebih 450 pelajar SPM yang memberikan kesan yang positif sehingga mereka berjaya ke IPTA dan IPTS untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. Tahun 2012, Dun Meru berjaya membimbing calon SPM ini sejak bulan  Mac yang lalu.Selain kelas setiap ahad, 8.00pg-1.30tghri, mereka diberikan juga buku latihan percuma setiap bulan. Setiap pertengahan Julai, mereka diuji dengan menduduki Ujian Prestasi PTRS sebagai persediaan mereka ke SPM yang sebenarnya.Bagi menggalakkan semangat belajar, pihak DUN memperuntukan RM 40 bagi pelajar lulus 4A semua subjek Matemati,Sejarah, BM dan Bahasa Inggeris.

mtdchenderoh

Posted: 23 Jul 2012 07:43 AM PDT

mtdchenderoh


FADHILAT BERSAHUR

Posted: 22 Jul 2012 09:23 AM PDT

Firman Allah yang bermaksud:
"Pada waktu sahur mereka memohon keampunan" (Surah Ali 'Imran: 17).

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Sabda Rasulullah S.A.W. lagi:
"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


BILA WAKTU BERSAHUR?
Kata Zaid bin Thabit:
"Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)". Anas bin Malik bertanya beliau: "Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?". Jawab Zaid: "Kadar 50 ayat (al-Quran)". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

MENU SAHUR:
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar". (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).


Mudah- mudahan kita semua beramal mengukut sunnah nabi S.A.W...

PAS Kulaijaya

Posted: 23 Jul 2012 07:27 AM PDT

PAS Kulaijaya


TAZKIRAH RAMADHAN

Posted: 22 Jul 2012 11:39 PM PDT

Pembinaan rumah Mak Teh.

Posted: 22 Jul 2012 11:29 PM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 23 Jul 2012 03:41 AM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG


22 Mac-Mengenang Kembali Syahidnya Syeikh Ahmad Yassin

Posted: 22 Mar 2012 07:06 AM PDT


Mengenang Sheikh Ahmad Yassin
1938- 2004
Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampong bernama al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.
Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya beliau amat disayangi oleh guru ? gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, di mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.
Keadaannya yang lumpuh itu tidak mengahalang beliau untuk meneruskan kecemerlangannya di dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti ? aktiviti islam. Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut walaubagaimanapun tidak sampai ke hujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan islam dan dakwah islamiyyah.

Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di mesjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah ? khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967.
Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai pekerja kebajikan dan juga pendakwah yang gigih mendidik anak ? anak remaja dan para pemuda dengan didikan islam. Hasil dari usaha tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah berkembang hebat di kawasan Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan anggota pertubuhan tersebut, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian ? pelarian Palestin yang diberikan nama ?Mujamma al-Islam?.
Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja. Memandangkan keadaan di Palestin lebih memaksa umat islam di sana untuk berjihad, beliau dan beberapa anggota Ikhwan Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan sebagai ?al-Mujahidun al-Filastiniyun? pada tahun 1982 sebagai kesinambungan perjuangan ?Kataib Syuyukh? yang mengambil wasilah jihad sebagai landasan perjuangan mereka. Bagi Ahmad Yassin kelumpuhan dirinya tidak mengahalang dirinya dari usaha mendidik dan membina generasi mujahidin Palestin untuk berhadapan dengan penjajah Zionis yang telah menjajah bumi mereka dan juga Masjid al-Aqsa.
Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Islam di Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis diatas tuduhan memilki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara pihak PLO dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.
Melihatkan kepada kondisi Negara ? Negara Arab yang tidak lagi berminat untuk memerdekan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin bersikap lunak terhadap rejim Zionis, Yassin dan juga rakan ? rakannya di dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin telah menubuhkan gerakan pembebasan islam yang dikenali sebagai HAMAS pada tahun 1987. HAMAS telah memulakan corak baru penentangan cara baru, iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli pergerakan ini dihasilkan dari masjid ? masjid dari kalangan orang ? orang muda yang dikenali dengan nama ?Atfal Hijarah? (Kanak ? kanak Batu) kerana menggunakan batu untuk berhadapan dengan tentera Zionis. Penentangan yang mempunyai impak yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali sebagai ?Intifadah?. Kesan dari ?Intifadah? ini amat hebat, pihak tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan ? tindakan drastik sebagai tindak balas terhadap kemaraan gerakan HAMAS.
Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar itu sahaja, pada 18/5/1989 beliau bersama ratusan anggota pergerakan HAMAS yang lain telah dipenajarakan kerana kejayaan operasi ? operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan tersebut dalam usaha membunuh tentera ? tentera dan komando ? komando Israel. Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16 / 10 / 1991 telah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh, menculik dan juga menyerang tentera ? tentera Zionis.
Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada masaalah pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru ? parunya dan juga hidapan pada abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara terpaksa membawanya berulang ? alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan..
Pada 13/12/1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib al-Qassam telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di antara tentera tersebut dengan pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa tawanan HAMAS lain yang sakit dan yang telah berumur. Pihak rejim Zionis walaubagaimanapun menolak permintaan tersebut malah cuba menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan dengan harapan untuk membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera Zionis yang ditawan itu mati dibunuh berserta dua tentera Zionis yang lain dan juga tiga pejuang Palestin telah mati syahid di tempat kejadian. Kejadian tersebut berlaku di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.
Pada 1/10/1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya dibebaskan. Kerajaan Jordan yang telah berjaya memberkas dua orang anggota perisikan rejim Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan untuk membunuh ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal di Amman, Jordan. Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik tersebut, pihak rejim Zionis telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Syeikh Ahmad Yassin dibebaskan.

Sejurus pembebasannya Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis. September 2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya. Sekali lagi Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat PAlestin untuk bangun berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar kepada rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang paling teruk dalam 50 tahun penubuhan Negara haram Israel. Penentangan berlaku tiap ? tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya pelabagi usaha dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Antaranya menyerang Bandar ? Bandar, membunuh orang ? orang awam, membina tembok pemisah, membunuh pejuang ? pejuang Palestin dan pemimpin ? pemimpin mereka.

Hasil dari kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin telah berjaya menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan menggunakan jet ? jet pejuang, helikopter dan juga kereta ? kereta kebal mereka. Antaranya Salah Shahadah, Ismail Abu Shanab dan lain ? lain lagi. Syeikh Ahmad Yassin juga tidkak terlepas dari usaha jahat tersebut, seperti yang berlaku pada 6 / 9 / 2003 bilaman sebuah helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan merobohkan rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang dialami oleh Abdul Aziz Rantisi, orang nombor dua HAMAS yang telah dibedil keretanya ketika beliau di dalam perjalanan.

Namun, pada subuh 22 / 3 / 2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari mesjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya.

Menjadi Rakan Dagang Bermakna Mengiktiraf Kewujudan Entiti Haram Israel

Posted: 19 Mar 2012 03:45 AM PDT

Susulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Isnin 19 Mac 2012 di halaman N4 yang bertajuk Presiden PAS Kelirukan Umat Islam, saya ingin membuat sedikit penjelasan lanjut. Selain itu sukalah saya turut merujuk kepada kenyataan beberapa orang pimpinan UMNO yang menyatakan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana daripada Yahudi.

Yahudi tidak meminta untuk menjadi Yahudi, sebagaimana Melayu tidak meminta untuk dilahirkan sebagai Melayu. Jutseru, sedari dulu lagi saya sentiasa konsisten untuk menyatakan bahawa bangsa tidak ada apa-apa kelebihan dan kekurangan di sisi Allah SWT. Nilai yang melebihkan manusia ke atas manusia yang lain ialah imannya kepada Allah SWT. Menjulang keris ke langit menjerit ketuanan bangsa tidak akan membantu apa-apa ke arah keharmonian hidup antara kaum.

Bolehkah berurusniaga dengan Yahudi? Perlulah diingat bahawa ada beza antara Yahudi dengan Zionis. Yahudi sebagai seorang individu dan manusia tidak mempunyai apa-apa beban kesalahan yang dipikul di atas bahunya hanya semata-mata dirinya seorang Yahudi. Bahkan Rasulullah SAW sendiri berurusan dengan Yahudi. Di dalam hadis sahih Bukhari dinukilkan kata-kata daripada Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahuanha :

تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَلَاثِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ

yang bermaksud : "Telah wafat Rasulullah SAW dalam keadaan baju besinya tergadai kepada seorang Yahudi dengan (nilaian) 30 sho' gandum..."

Di dalam hadis ini, jelas sekali dinyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho' (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga. Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW. Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi? Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam. 


Adapun yang ditentang oleh PAS ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin. Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Mejadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel. Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Israel. 

Saya ingin merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr. Mohd Hatta bin Mohd Ramli di Dewan Rakyat pada 13 Mac 2012 yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia. Agar mengejutkan apabila jawapan diberikan bahawa".... larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994. Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri..."

Tidakkah ini merupakan bukti cerah seterang matahari di siang hari tentang hubungan dagang dengan Israel? Hairan saya, tidak malukah akhbar milik UMNO memainkan isu ini sedangkan jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat menjelaskan keterlibatan hubungan dagang Malaysia - Israel?

Hakikatnya, menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi. Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka.  Demikian juga dengan mereka yang mengaku muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan. Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi. Firman Allah SWT :

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)

yang bermaksud : "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat..." - Surah al-Fatihah, ayat 6-7

Muslim yang menolak sebahagian ayat-ayat Allah dan menerima ideologi kebangsaan sekular hakikatnya sedang menerima akidah Yahudi sekalipun nama mereka bukan Yahudi. Ini lebih merbahaya. Akidah inilah yang paling penting. Rasulullah SAW tidak diutuskan hanya untuk mengajar tentang solat dan puasa. Bahkan di dalam sejarah, solat lima waktu hanya difardhukan pada tahun ke-10 kenabian manakala puasa pula pada tahun ke-15 kenabian (tahun kedua hijrah). Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum pensyariatan solat dan puasa jika tidak menegakkan akidah?

Hari ini dalam keadaan kemelut jenayah yang semakin meningkat sekalipun negara semakin 'selamat', tidak ada jalan lain untuk menjadi penyelesaian kecuali kembali kepada undang-undang Allah SWT. Inilah yang PAS lakukan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri Kelantan. Pertanyaan saya yang dari dulu hingga sekarang, apakah yang dilakukan oleh PAS di Kelantan yang bertentangan dengan Islam?

Adakah mengharamkan premis judi bertentangan dengan Islam? Adakah menghadkan penjualan arak bertentangan dengan Islam? Adakah mengalihkan wang kerajaan dari perbankan riba kepada perbankan Islam bertentangan dengan Islam? Adakah mentadbir negeri dengan bebas daripada rasuah bertentangan dengan Islam? Ini hanyalah beberapa persoalan daripada ribuan persoalan yang wujud apabila UMNO bersungguh-sungguh untuk merampas Kelantan.

Nasihat saya, tinggalkanlah akidah Yahudi. Baliklah kepada akidah Islam yang sebenar, Islam yang syumul dan lengkap yang diturunkan oleh ALlah SWT. Jika andainya dijemput oleh Allah SWT, adakah dengan penerimaan terhadap Islam pada hari ini boleh menjadi bekal mengadap Allah SWT?

Salam hormat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 26 Rabiul Akhir bersamaan 19 Mac 2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan