Selasa, 24 Julai 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 23 Jul 2012 11:04 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


PAS Buang Ulama Demi Jaga Hati DAP??? @umbkl

Posted: 23 Jul 2012 11:00 PM PDT



Tidak berapa lama dulu, PAS pernah dikenali sebagai parti alim ulama berikutan ramainya para ulama pondok dan ilmuan agama lulusan dari Timur Tengah yang lebih selesa berjuang dari dalam PAS berbanding bersama dengan UMNO.

Bagaimanapun beberapa tahun kebelakangan ini, trend sedemikian seperti sudah berubah arah apabila para ulama dan tok guru pondok kini kelihatan semakin menjauhi PAS dimasa yang sama dilihat semakin mesra pula dengan UMNO.

Sikap PAS yang semakin angkuh dan bongkak dalam mengejar kuasa termasuk sanggup menggadai prinsip dan dasar perjuangan Islam termasuk kerap tunduk pada tekanan rakan sepakatan dari pembangkang turut menyumbang ke arah perubahan trend tersebut.

Di Kelantan umpamanya, sebahagian besar tok guru pondok sudah tidak lagi sanggup bersekongkol dengan PAS yang dilihat melebih-lebihkan dunia hingga lupa matlamat sebenar untuk mendaulatkan Islam dan hukum hakamnya.

Jika dulu pandangan dan nasihat tok guru pondok sering menjadi rujukan pemimpin PAS dalam sesatu isu, kini peranan tok guru pondok tidak lebih sekadar sebagai tukang baca doa dan adakalanya menjadi tok imam untuk program politik yang berselindung disebalik majlis 'solat hajat perdana'.

Tambahan pula semenjak sebahagian besar pimpinannya dikuasai oleh puak liberal yang dikenali sebagai Anwarinas ataupun Erdogan, rentak hala tuju PAS juga kian liberal manakala suara-suara golongan ulama parti pula semakin tenggelam.

Pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t misalnya, sengaja dibakul sampahkan sahaja hanya semata-mata hati dan perasaan pemimpin DAP dan pengundi kristian pro DAP dilihat lebih utama untuk kepentingan mengejar kuasa duniawi.

Malah, apabila ramai pimpinan utamanya yang berlatar belakangkan agama sengaja dipinggirkan dalam perebutan jawatan parti, ia mengesahkan lagi yang PAS kini sudah melalui zaman perubahan total yang meletakkan para ulama dalam PAS kini hanyalah umpama kain buruk sahaja.

PAS lebih selesa dengan rentak baru haluannya yang lebih bebas tanpa kawalan dan teguran dari ulama dalam parti, meletakkannya kini seakan sama seperti PKR dan DAP walaupun tarafnya masih bersifat balaci.

Tika PAS berubah sikap secara drastik membuang satu demi satu pemimpin berlatarbelakang agama dan mula meminggirkan suara ulama-ulamanya, UMNO pula mengorak langkah memperkukuhkan suara alim ulama supaya lebih memainkan peranan dalam parti dan kerajaan.

Bagi PAS, para ulama dan tok guru pondok seakan sudah tiada nilai untuk dimanfaatkan sebaliknya kemunculan beberapa artis perempuan yang suatu ketika dulu meliuk-liuk tubuhnya bergaya seksi di depan kamera kini dilihat lebih berharga untuk memancing undi muda mudi.

Jasa @NajibRazak di Usia 59 Tahun @umbkl

Posted: 23 Jul 2012 08:57 PM PDT



YAB Dato' Seri Najib mungkin baru 3 tahun memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, namun jasa-jasa beliau kepada rakyat dan negara begitu banyak dan sukar untuk disenaraikan.  

Bermula dari usia 22 tahun, Najib telah pun menjadi Ahli Parlimen sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dan kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran serta Timbalan Menteri Kewangan.  Ini bermakna, di usia yang begitu muda, Dato' Seri Najib telah pun menabur jasa kepada rakyat melalui portfolio-portfolio yang dipegangnya. 

Kewibawaan, kesungguhan dan keikhlasan beliau berkhidmat telah mendapat perhatian Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Dr. Mahathir Mohamad yang kemudiannya mencalonkan beliau ke kerusi DUN Pekan yang membawa kepada perlantikannya sebagai Menteri Besar Pahang di usia 29 tahun. 

Lanjutan dari itu, Najib sebagai Menteri Besar menjadi antara tokoh perintis Yayasan Pahang bagi mempromosi pendidikan dan sukan di kalangan belia melalui biasiswa dan dana.   Beliau juga berjaya menjana pendapatan negeri melalui sumber semulajadi dan kerjasama dengan FELDA, dengan membuka jalan untuk skim pendudukan tanah baru bagi memberi peluang pendapatan kepada golongan miskin dan tidak memiliki tanah. 

Selain menyumbang melalui politik, Najib yang dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan, Majuternak, telah menggunakan sepenuh peluangnya di sana untuk mencari idea-idea baru bagi membantu para penternak. 

Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, kesungguhan beliau meningkatkan mutu sukan negara ternyata membawa hasil apabila Malaysia berjaya menunjukkan pencapaian terbaik di Sukan SEA 1989 yang diadakan di Kuala Lumpur. 

Pada tahun 1991, Najib dilantik menjadi Menteri Pertahanan dan sehingga kini beliau tetap dianggap sebagai Menteri Pertahanan terbaik bagi Malaysia. Beliau memodenkan dan meningkatkan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia melalui berbagai latihan dan peralatan terkini. 

Setelah kementerian tersebut berada di tahap yang membanggakan beliau diberi pula tanggungjawab untuk menerajui Kementerian Pelajaran.  Di sini, beliau mengstruktur semula dan mengswastakan universiti awam serta menggalakkan kerjasama dengan universiti luar negara.  Antara jasa beliau di kementerian ini yang dapat dinikmati secara langsung oleh para guru hari ini ialah menaiktaraf sijil pendidikan kepada diploma bagi menaikkan tanggagaji guru-guru. 

Khidmat Najib sebagai Menteri Pertahanan sekali lagi diperlukan pada tahun 1995.  Beliau pun mengambil peluang ini untuk meningkatkan moral Angkatan Tentera Malaysia yang telah sedia dihormati dunia, dengan memperkenalkan skim perumahan yang lebih baik, pengstukturan semula elaun dan juga pendapatan mereka. 

Jelas, jasa-jasa Dato' Seri Najib sebelum menjadi Perdana Menteri juga sudah tidak terhingga banyaknya. 

Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, dan sejak itu, beliau langsung tidak membuang masa untuk bekerja.  Dalam masa hanya 3 tahun, idea transformasinya ternyata berjaya dilaksanakan, malah berjaya membuahkan hasil dan bukannya hanya slogan kosong. 

Beliau pantas memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) bagi meningkatkan kualiti, kecekapan dan ketelusan dalam sektor perkhidmatan awam dan kerajaan.  KPI diperkenalkan bagi mengukur tahap pencapaian pegawai dan juga agensi-agensi kerajaan.  

Selain itu, National Key Result Areas (NKRA) diumumkan sebagai garis perancangan untuk menangani 7 perkara yang melibatkan rakyat dan negara, iaitu mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan pencapaian pelajar, menaikkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah, meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar, memastikan bekalan air bersih dan dirawat, meningkatkan sistem pengangkutan awam di bandar dan menangani masalah kos sara hidup. 

Kesemua ini telah dan sedang berjalan lancar manakala sebahagian besarnya telah pun menunjukkan hasil yang memuaskan.  Ternyata, beliau adalah seorang yang mengotakan apa yang dikata dan tanpa membuang masa. 

Kempen 1Malaysia yang dilancarkan beliau juga mendapat tempat di hati rakyat yang rata-ratanya menyokong perpaduan di bawah nama satu bangsa. 

Dalam masa tiga tahun pemerintahan beliau juga, Najib berjaya mengekalkan kekukuhan ekonomi Malaysia bermula dengan lonjakan paling tinggi dalam GDP sehingga 5.9% pada September 2009 dari rekod yang rendah pada Mac 2009 iaitu -7.6% sebelum beliau pengambil-alihan tampuk pemerintahan

Kestabilan politik dan ekonomi dalam negara hasil dari kepimpinan Najib, telah membolehkan kerajaan mengumumkan bantuan-bantuan bersifat langsung kepada rakyat, antaranya BR1M, KR1M, TR1M, Klinik 1Malaysia dan berbagai-bagai lagi. 

Berdasarkan fakta di atas, pendek kata, sejurus selepas mencapai usia dewasa, iaitu di awal 20-an, Najib telah tidak berhenti-henti menabur jasa kepada rakyat. Namun, di usia 59 tahun hari ini, Najib tidak langsung menganggap kedudukannya sebagai balasan kepada jasa-jasanya tetapi mengambil sikap seolah-olah beliau pula yang terhutang budi dengan rakyat kerana memberi keyakinan kepadanya.  Justeru itu, beliau terus tegap bersemangat untuk berkhidmat dan menabur jasa tanpa merasa jemu atau letih. 

Sesungguhnya tidak seorang pun dari rakyat Malaysia yang mampu menafikan segala jasa-jasa beliau walaupun mereka mungkin merupakan penyokong pembangkang.  Tiada siapa boleh menafikan yang mereka menerima wang tunai serta bantuan langsung dari berbagai-bagai program yang diilhamkan Najib. 

Sememangnya, sudah menjadi tuntutan agama dan moral bagi kita semua untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau atas segala jasa yang dicurahkan.  Dengan itu, kita mendoakan agar Dato' Seri Najib dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus berkhidmat kepada negara dan juga rakyat. 

Selamat Ulang Tahun, Dato' Seri Najib, Perdana Menteri yang dikasihi lagi dihormati!


Beruangbiru

Ampun!!!! Ini Semua Salah Anwar!!! Salah artikel rupanya.....@NajibRazak @Rosnah_ARS @MekMolly @HishammuddinH2o @deeayang

Posted: 22 Jul 2012 11:38 PM PDT



SP mohon maaf atas kesilapan artikel berkenaan BONUS RAYA bagi kakitangan awam. Ada kekeliruan sedikit daripada pihak Admin Blog Puteri Segambut. Mohon MAAF. Admin akan memastikankesilapan tidak akan berulang. Mohon maaf sekali lagi. Jangan marah melantun-lantun ye. PEACE Y'ALL!!!



INI Semua Salah ANWAR!!!!!!!

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 23 Jul 2012 03:26 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MARI BACA, FIKIR SAMA-SAMA....

Posted: 22 Jul 2012 05:48 PM PDT


Nik Aziz Hina Nabi Muhammad ~ Ustaz Kazim smash balik!

Dah lama Nik Aziz melalut tentang Allah Subhanahu Wa Ta'ala boleh semberono saja pilih salah satu mamat kampong di Jazirah Arab tu untuk menjadi Rasul tetapi seperti biasa tak ada nya SEORANG pun mereka yang bergelar Ketua2 Agama Islam, Mufti Negeri atau Ketua Pengarah JAKIM, JAIS, MAIWP atau mana mana JA sekalipun yang telah berani menyanggah pandangan Nik Aziz itu sekian lama ini. 


Sebabnya? Ketua2 Agama Islam diMalaysia kebanyakannya tak cukup ilmu agama Islam pun atau berkeyakinan hendak menyanggah Nik Aziz. Sebab itu mereka memilih memekakkan telinga, membutakan mata dan diam membisu terhadap penghinaan Nik Aziz ni pada Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam!


Tup tup datangnya Ustaz Kazim Elias bagi smash kaw kaw punya pada Mursyidul Am PAS yang boleh cakap sembarangan tentang Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam!


Hello brader! Ini bukan mamat kampong Wakaf Che Yeh yang diperkatakan Nik Aziz? Ini adalah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam yang menjadi Sayyidul Mursalin, Ketua kepada segala nabi2 dan rasul2 yang diutuskan Allahu Ta'ala sebelum diciptakan Adam Alaihis Salam itu sendiri!!!



Bagi sesiapa yang mengkaji ilmu tasawwuf sudah tentu yakin bahawa yang pertama sekali diciptakan Allah itu adalah Nur Muhammad!


Dari Nur Muhammad itu Allahu Rabbul Jalil menciptakan segala yang lain. 


Mana mungkin Allahu Ta'ala memilih secara rawak dari trillion2 umat manusia yang pernah ujud di muka bumi ini seorang mamat kampong yang secara kebetulannya bernama Muhammad seperti yang diperkatakan Nik Aziz pujaan ahlul PAS seMalaysia?






Apa boleh bermursyidkan seseorang yang mengajar seperti itu? Mana perginya pertimbangan orang orang yang mengangkatnya sebagai ketua sebuah parti yang dulunya riuh ingin mendirikan sebuah negara Islam di Semenanjung Tanah Melayu ini?


Sesat dan menyesatkan! Itulah hakikatnya metodologi ajaran Nik Aziz. Makanya saya secara total menyokong pendapat dan pandangan Ustaz Kazim Elias didalam menyanggah ajaran songsang Nik Aziz tentang Khataman Nabiyyi Sayyidul Mursalin, Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam, Muhammad al Mustafa, junjungan besar kita selaku ummatnya.




Macamanalah boleh sebegitu ramainya manusia di Malaysia ini yang mengaku diri berpangkat begitu begini, berkuasa ke atas urusan umat Islam seMalaysia boleh dok diam, nganga, membiarkan seorang manusia biasa seperti Nik Aziz Nik Mat memperlecehkan maruah dan kedudukan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam seperti apa yang ia katakan didalam majlis ceramahnya seperti di atas itu?


Entahlah tuan/puan? Nama sahaja negara ini dicanangkan sebagai sebuah negara Islam contoh geduk gedak tetapi hakikatnya Nabi Muhammad itu boleh dihina sebegitu rupa bahawa ianya tidak lebih dari seorang mamat kampong sehinggalah ia diangkat menjadi Rasul pada usia 40 tahun?


Puak puak yang bermulut tak berinsurans ni akan terima natijahnya nanti bila dah keras kematu dan nyawa sudah tiada didalam jasad masing masing.


Ha! Berjawablah dengan Munkar dan Naqir nanti?

PEMBANGKANG DAN KOMUNIS.....!

Posted: 22 Jul 2012 05:08 PM PDT


JI Dalam Pakatan: Kenapa Kit Siang Gelabah, Betul Ke?

July 21, 2012   ·  

pakatan_ganas
2 hari lepas, penulis ada menyebutkan disini tentang bagaimana Pakatan Rakyat bekerjasama dengan kumpulan samseng untuk menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat umum.
Tidak sekadar bekerjasama dengan kumpulan gangster, jaringan media berbahasa etnik tertentu turut diperalatkan Pakatan haram ini untuk merendahkan imej kerajaan BN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Semalam pula, polis mendedahkan penyusupan agen-agen subversif dari Jemaah Islamiah (JI) dan komunis ke dalam Pakatan haram.  Malah ada diantara mereka disebut-sebut akan dicalonkan dalam pilihanraya umum akan datang.
Ini sudah tentu jauh lebih menarik dari apa yang penulis dedahkan sebelumnya.  Penulis baru kata gangster, polis kata pengganas.  Kalau gangster baru bercakap tentang jenayah yang kecil-kecil dan kurang mudarat, tapi pengganas?  Itu dah masuk kategori penentangan yang menghampiri perang.
Dan kenapa tidak, sel-sel pengganas memang diketahui pernah punya kaitan yang rapat dengan anak salah seorang pemimpin dalam parti komponen Pakatan Rakyat.
Tapi peliknya, yang kelihatan tersentak ialah Penasihat DAP, bukan pemimpin parti  bulan yang penulis sebutkan di atas.
Kenapa Lim Kit Siang pula yang tersentak lebih-lebih.  Takkan JI ada kaitan dengan DAP kot?  DAP tidak langsung berkaitan dengan Islam, apatah lagi menaja kumpulan pengganas yang ada kaitan dengan ekstrimes Islam.  Kalau komunis tu mungkinlah.
Dalam tempoh 2 minggu ini, Kit Siang dah tersentak 2 kali.  Kali pertama bila terbocor maklumat bahawa DAP akan bertanding 90 kerusi parlimen dalam pilihanraya akan datang, kali kedua yang inilah.
Menjadi kebiasaan yang tidak tertulis, kalau pemimpin Pakatan haram ini tersentak tak tentu pasal, maksudnya ada kebenaran sedikit sebanyak di sebalik pendedahan yang dibuat.
Penulis kalau boleh nak minta pihak polis dedahkan sel-sel komunis dan JI yang dikatakan wujud dalam Pakatan haram ini.  Dari situ kita boleh lihat kaitannya dengan pemimpin Pakatan haram sedia ada, sama ada kewujudan sel-sel pengganas ini dibuat dengan pengetahuan atau tanpa pengetahuan pihak atasan parti masing-masing.
Walaupun DAP dan perkauman, PAS dan keganasan, bukan asing kepada kita tapi adat menuduhlah, mesti ada bukti yang jelas.
Penulis selalu sebutkan, memang banyak yang tidak kena dengan puak-puak ini dari mula.  Mereka tahu tidak mungkin rakyat mahu memilih mereka ke tahap kerajaan persekutuan.  Tengok dan nilaikan sajalah prestasi masing-masing di tahap kepimpinan negeri, tunggang langgang dan lintang pukang.
Selangor sebagai contoh, yang dulu elok dah jadi huru hara (sampah dan air), yang dijanjikan macam-macam hanya dilaksanakan satu (air percuma), itupun orang duk rumah tinggi tak merasa.
Orang tak betul akal saja yang akan mengundi puak-puak ini.  Justeru, ramai tidak terkejut kalau mereka memilih jalan keganasan untuk menumbangkan kerajaan BN.

Dakwaan diserapi JI, komunis rosak imej SB

Harakahdaily,21 Jul 2012
KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyelar dakwaan tidak berasas yang dibuat Cawangan Khas Polis yang mendakwa bahawa pengaruh pengganas dan bekas komunis telah meresapi Pakatan Rakyat.

"Sebagai Pegawai Risikan Cawangan Khas, tindakan beliau kini mengesahkan bahawa cawangan khas kini menjadi alat kepada BN untuk menjamin kesinambungan kuasa BN," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim menyifatkan pendedahan awam yang dibuat Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin jelas tidak berasas, berat sebelah dan tidak profesional.

"Apakah ini cara untuk mendedahkan maklumat risikan sulit kepada awam? Jelas tidak, maka motif ledakan ini amat mencurigakan. Sepatutnya ia mesti bertindak terus bukan mendedahkan maklumat tanpa bertindak," tegas beliau.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut mencabar Sofian untuk mendedahkan siapa yang beliau maksudkan kerana ia kini menjadi tandatanya kepada orang  awam.

PAS juga mendesak Ketua Polis Negara bertindak di atas pendedahan maklumat sulit siasatan dan beranggapan beliau tidak layak berada di Cawangan Khas.

"Mungkin beliau lebih sesuai diletakkan di jabatan Biro Tatanegara atau KEMAS," tambah beliau.

PAS, kata Tuan Ibrahim sentiasa menentang sebarang eleman ekstrem di dalam parti.

"Kita mengambil jalan politik demokrasi dengan menyertai pilihanraya dan menuntut sistem pilihanraya yang adil dan telus," tambah beliau.

Sebagai contoh, himpunan rakyat yang disertai PAS samada dalam Himpunan Kuning atau Himpunan Oren, katanya adalah berlandaskan demokrasi dan penyataan rakyat yang menuntut sistem pilihanraya yang adil dan usaha menyelamatkan tanah ribuan hektar dari dicagar kepada Felda Global Venture Holding.

"PAS kesal kerana himpunan pembangkang dilabel sebagai petanda resapan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis. Sedangkan yang banyak mengadakan hubungan dengan parti komunis ialah Umno sendiri, samada secara rasmi atau tidak," sindir beliau.

Kata Tuan Ibrahim, sikap double standard dan tidak profesional Sofian telah menyebabkan imej Cawangan Khas kini turut tercemar teruk seperti yang dialami polis atas tindakan ganasnya di himpunan-himpunan yang dianjurkan Bersih dan penyiasatan berat sebelah yang ketara dalam kes melibatkan BN dan Pakatan Rakyat.




Jurang Ideologi Politik Dimulakan PAS – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 14 Julai – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menafikan bahawa UMNO merupakan punca kewujudan jurang ideologi politik yang tinggi dalam kalangan rakyat, sebaliknya jurang tersebut dimulakan sendiri oleh PAS.
Beliau berkata ini termasuk tindakan seperti tidak makan daging hasil sembelihan orang UMNO, pasangan yang ingin berkahwin tidak boleh dinikahkan oleh orang UMNO dan tidak boleh sembahyang berimamkan orang UMNO.
"Siapa yang mulakan? Adakah kami? Ini pembangkang dia tunjuk jari pada kita tapi dia lupa, satu jari dia tunjuk kita empat jari sama dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kenduri Rakyat Local Agenda (LA21) dan Karnival Sepakat Komuniti 1Malaysia di Presint 9 di sini hari ini.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan mendakwa UMNO sebagai punca kewujudan jurang ideologi politik yang tinggi dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan perceraian.
Beliau berkata jurang tersebut wujud disebabkan layanan berbeza kerajaan pusat terhadap Kelantan, berbanding negeri lain.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Tengku Adnan, yang juga Anggota Parlimen Putrajaya, berkata parti pembangkang juga dianggap sebagai dalang atau 'tukang kipas' yang memecahbelahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di Negara ini.
Beliau berkata pembangkang hanya pandai bercakap, namun apa yang dikatakan mereka adalah sampah.
"Jadi saya minta, anda boleh mendengar apa yang mereka katakan, tetapi kita diberi otak yang boleh berfikir dan buat perbezaan, tolong tanya diri kita masing-masing (siapa yang benar)," katanya.
Program kenduri rakyat yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan, Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar dan wakil pemimpin komuniti itu bagi menghidupkan semula amalan tradisi gotong-royong masyarakat setempat dalam suasana moden pusat pentadbiran kerajaan itu.
Ini bertujuan meningkatkan hubungan keharmonian dan perpaduan di kalangan masyarakat, serta menyebarkan maklumat kepada warga Putrajaya mengenai peranan agensi awam dan perkhidmatan yang ditawarkan. – MediaUMNO


KERJASAMA UMNO DAN KOMUNIS DIDAKWA MASIH KUKUH..!!?





Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya Umno mempunyai hubungan dengan pihak komunis.

Beliau berkata Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.

"Apa buktinya? Dalam sejarah parti Umno, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya Umno menjalinkan hubungan dengan pihak komunis.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) di Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Dalam laporan FMT semalam, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md  Makinuddin sebagai usaha Umno dan BN menggunakan kaedah zaman Perang Dingin.


APA KATA MEREKA.....?????

Posted: 22 Jul 2012 05:05 PM PDT


Mempertahan Islam, umat Melayu dan Institusi Raja sesuatu yang wajar

Antara perkara yang dikemukakan oleh Dato Hasan Ali dan Ustaz Nasaruddin Mat. Isa dalam kenyataan akhbarnya ialah mereka komited untuk memperjuangkan Islam, umat Melayu dan institusi Raja. Dalam apa sudut pun ianya adalah sesuatu yang wajar.
Dato Hasan dan Ustaz Nasaruddin adalah tokoh yang sudah mencapai kedudukan tertinggi dalam kepimpinan PAS iaitu Naib Presiden dan Timbalan Presiden. Sekarang ini mereka masih lagi menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi PAS. Tentu ada sebab mengapa mereka membuat kenyataan ini yang patut dikaji oleh Presiden Parti dan Setiausaha Agung.
Sepanjang sejarah perjuangan PAS pada hemat penulis, perjuangan mempertahan Islam, Umat Melayu dan Institusi Raja sentiasa menjadi dukungan perjuangan PAS. Sejak zaman Abu Bakar Bakir, Zulkifli Muhammad dan Burhanuddin Helmi lagi perkara ini menjadi perkara utama yang diperjuangkan.
Tentu ada sebab mengapa Dato Hasan Ali dan Ustaz Nasaruddin membuat penegasan semula perkara ini. Bukan saja mereka berdua, ramai lagi orang-orang PAS dan yang simpati dengan perjuangan PAS resah dengan perubahan halatuju perjuangan PAS daripada Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Lebih malang lagi Hj.Hadi memberitahu dalam Muktamar bahawa Negara Islam tidak ada dalam al Quran. Mengapa Hj.Hadi jadi begitu. Apakah ada faktor-faktor lain yang menyebabkan ianya terjadi?
Dato Hasan Ali dan Ustaz Nasaruddin mempunyai latar professional dan ilmuan yang memang dihormati. Mereka mempunyai sudut pandangan yang kritis dan iltizamnya pada Islam adalah tinggi. Pengalamannya dalam perjuangan parti sukar dinafikan.
DatoHasan Ali menjadi exco Pakatan Rakyat di Selangor mengurus portfolio agama. Kesukaran yang dihadapinya untuk melaksanakan sesuatu yang sesuai dengan peraturan dan undang-undang yang sedia ada untuk menjaga maruah Islam semacam dihalang oleh kerajaan yang ada dan tidak diberi perhatian oleh kepimpinan PAS Pusat. Apakah ini antara punca kekecewaannya?
Hal yang sama terjadi kepada Ustaz Nasaruddin dalam pemilihan yang lalu. Lazimnya Majlis Syura Tertinggi akan memberi pertimbangan tentang kedudukannya sebagai Timbalan Presiden kerana latar agama dan professional yang ada padanya. Pandangan syura selalunya yang terbaik untuk diperakukan oleh para muktamirin yang membuat pilihan. Pernahkah terjadi Timbalan Presiden terdiri dari orang yang tidakberlatarbelakangkan agama?
Sekiranya berlaku sesuatu kepada Presiden, apakah PAS akan diterajui oleh pengganti yang tidak mempunyai pengetahuan agama yang mendalam. Dan cara Ustaz Nasaruddin dijatuhkan dan menemukannya dengan Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat sesuatu yang tidak bijaksana yang sepatutnya syura boleh berusaha mengelakkannya.Apakah ada tangan-tangan lain yang berperanan menemukan kedua-kedua ulama' supaya undi mereka pecah dan menyebabkan yang bukan ulama menang.
Ketidakupayaan Dato' Hasan mengatasi masalah kemungkaran yang sedang berkembang subur sekarang tentu ada kesan kepada perjuangan politik Islam. Peristiwa di DUMC pada 3 Ogos yang melibatkan agen pemurtadan diberi perhatian serius oleh Dato' Hasan dengan menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Aqidah dan ianya tidak disetujui oleh PAS dan Anwar Ibrahim apalagi DAP.
Penglibatan Dato Hasan dalam HIMPUN memang tidak direstui PAS. Kalau begitu apa maksud Pakatan Rakyat kalau hal-hal agama Islam tidak menjadi sesuatu yang utama. Ke mana sebenarnya perjuangan PAS untuk memertabatkan Islam. Kalau dengan sebuah negeri seperti Selangor, mengatasi kemungkaran dianggap sebagai "social policing" oleh pemimpin DAP dan tidak disokongoleh orang seperti Khalid Samad, Shaari Sungip danramai lagi apa ertiperjuangan PAS kalau Pakatan Rakyat memenangi Malaysia dengan PAS menjadi salah satu komponen pentingnya?
Itu belum lagi diteliti tokoh-tokoh PAS yang cenderung kepada negara Republik yang berperanan di Selangor sekarang. Perjuangan mereka dengan Suara al Islam di United Kingdom dulu masih kuat dipegang.Begitu juga tokoh-tokoh yang "baiah"nya dengan Ikhwan Al Muslimin mempunyai cita-cita yang serupa.
Mengamati perkembangan ini penulis percaya Dato Hasan dan Ustaz Nasaruddin menyedari bahawa PAS sedang berada di suatupersimpangan yang kuat dipengaruhi oleh kelompok "Erdogen" yang ingin mengubah halatuju perjuangan PAS dan sedang ditentukan nasibnya oleh kelompok liberal dan pluralis dalam Parti Keadilan dan sosialis Demokratik Malaysian Malaysia dalam DAP.
Langkah Dato Hasan dan Ustaz Nasaruddin dan yang lain-lain akan bersama dengannya harus menjadi pembuka mata kepada semua yang cintakan Islam dan kekuatan Umat Melayu serta institusi Raja bahawa pupusnya kuasa politik Umat Melayu bakal membawa kepupusan Islam, Melayu dan Institusi Raja. Pelanduk selalu lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk.
Nukilan Kolumnis,
Sang Murabbi

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 23 Jul 2012 09:45 AM PDT

Dr Mohamad Khir Toyo


Jangan Cemari Ramadhan Dengan Permusuhan Politik

Posted: 22 Jul 2012 10:32 PM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 23 Jul 2012 07:44 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Contohilah ciri suami mithali seperti MP Kuala Langat ni..

Posted: 23 Jul 2012 03:41 AM PDT

Benarlah kata pepatah orang lama..habis madu sepah dibuang..maka pepatah tersebut aku tujukan khas kat MP Kuala Langat yang bagaikan idup segan mati tak mau..ni haa..aku nak story sikit kat rakyat Kuala Langat yang MP kita ni halau bini pertamanya dari rumah ish..ish..ishh..
Dulu bukan main lagi ko ye wahai MP..yelah sebelum dapat umah besk,kereta beso dan projek beso bini ko nilah yang siang malam ko usung ku hulu ke hilir..yang doakan ko berjaya..tapi bila ko dah miliki segala apa yang ko nak..nilah balasan ko terhadap bini ko yee..
Cam ni nak dilantik sebagai pemimpin kat Kuala Langat dan ada hasrat nak ke PJ..(Putrajaya)..tapi kalau PJ yang ni aku sokong..Piiii Jahanam..
Cakap berbelit-belit...sama je perangai dengan boss-bossnya..



Pemuda UMNO cawangan Telok Datok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan