Memorandum dibaca oleh Saudara Azmizam Zaman Huri, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Selangor di hadapan Wisma Rozali, Sek 13, Shah Alam seperti di bawah:
MEMORANDUM MEMBANTAH CADANGAN SYABAS UNTUK PROGRAM CATUAN AIR DAN MENGESA SYABAS AGAR MEMBENARKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENGAMBIL ALIH (STEP IN) DALAM OPERASI DAN PENGURUSAN AIR SYABAS DI SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
23 JULAI 2012
Kepada : Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)
Daripada : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor,
bersama Pakatan Rakyat Selangor, NGO-NGO Selangor dan Rakyat Selangor
1) Bantahan Cadangan Program Catuan Air Oleh Syabas Kami membantah cadangan Syabas untuk melaksanakan program catuan air di beberapa kawasan di negeri Selangor. Tindakan mengadakan catuan ini akan menyebabkan kesusahan kepada penduduk di kawasan berkenaan lantaran mengganggu aktiviti kehidupan harian mereka. Cadangan catuan ini juga akan menyebabkan situasi panik kepada orangramai yang akan mendorong mereka menyimpan air secara berlebihan dan keadaan ini akan merumitkan lagi keadaan.
2) Desakan Menyerahkan Operasi Air Terawat Kepada Kerajaan Negeri Selangor Berikutan KEGAGALAN SYABAS MEMENUHI TANGGUNGJAWAB dalam membekalkan air terawat yang mencukupi kepada pengguna seperti termaktub dalam perjanjian konsesi air ,Kami mendesak supaya SYABAS menyerahkan operasi merawat dan menbekal air kepada Kerajaan Negeri Selangor. Keengganan SYABAS berbuat demikian bukan sahaja melanggari perjanjian yang telah dibuat malah menyusahkan rakyat di negeri Selangor.
3) Perkhidmatan SYABAS Yang Tidak Memuaskan SYABAS tidak berupaya menyediakan air terawat yang mencukupi walaupun bekalan air mentah di tujuh empangan Selangor melimpah. Dibeberapa kawasan di Selangor, pengguna mengalami bekalan air pada tahap tekanan yang rendah dengan kualiti air yang tidak bersih disebabkan saluran paip yang digunakan sudah lama, sudah berkarat dan harus diganti. Keadaan ini menyebabkan urusan harian pengguna terjejas dan pengguna terpaksa membayar perkhidmatan tersebut dengan nilai yang tidak setimpal.
4) Kedudukan Kewangan SYABAS Yang Membimbangkan Kami juga tidak yakin dengan kelangsungan operasi SYABAS. Laporan awal audit mendapati SYABAS gagal melaksanakan kerja-kerja capex (capital expenditure) dengan baik. Ini jelas ditunjukkan apabila SYABAS setakat bulan April 2012, mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak RM2.8 bilion. SYABAS juga gagal menurunkan kadar air tidak terhasil NWR (non-revenue water) kepada 20%.
5) Kerajaan Negeri Selangor Lebih Cekap Mengendalikan Operasi Air Terawat Kami menyokong penuh hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk 'step in' bagi mengambilalih SYABAS dan percaya bahawa Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berupaya memberi perkhidmatan air terawat yang lebih baik dengan harga yang tidak membebankan rakyat Selangor.
6) Berhenti Mensabotaj Kerajaan Negeri Selangor Beberapa tindakan SYABAS dilihat tidak professional dan tidak mengutamakan keperluan pengguna yang lebih bersifat kepada tindakan mensabotaj Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi mengikis keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor antaranya;
1. Cadangan Catuan air dan program catuan air di beberapa kawasan di negeri Selangor dengan alasan kononnya bekalan air terawat tidak mencukupi dan menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor atas keengganan meluluskan Projek Langat 2. Tindakan ini dilihat sengaja mahu mengundang rasa tidak puas hati dan marah rakyat kepada Kerajaan Negeri Selangor.
2. Menyebabkan Selangor kehilangan 60 projek pelaburan akibat perkhidmatan bekalan air yang tidak memuaskan.
3. Sebanyak 162 buah projek pembangunan di Selangor tidak diluluskan oleh SYABAS membuktikan SYABAS tidak layak untuk mengurus air di negeri ini. Banyak aduan telah diterima dari masyarakat perniagaan yang membangunkan kawasan masing-masing tetapi tidak mendapat sijil atas alasan tekanan air rendah. Tindakan sabotaj telah menyebabkan projek yang dibangunkan tidak dapat diduduki kerana gagal memperolehi sijil menduduki.
4. Cubaan membina persepsi negatif kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan mengumumkan krisis air. SYABAS serahusnya sedar bahawa kuasa untuk mengumumkan krisis bekalan air di sesuatu negeri terletak pada tangan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan syarikat konsesi yang mengendalikan operasi air. Tindakan tidak bertanggungjawab SYABAS boleh mencetuskan isu keselamatan didalam negeri Selangor.
7) Menolak Projek Langat 2 Kami Rakyat Selangor menolak Projek Langat 2 yang dilihat akan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air sehingga 70 peratus. Kos penyaluran Air Mentah dari Pahang Ke Selangor dan pembinaan Loji Langat 2 menelan kos perbelanjaan berjumlah RM8.65 Bilion dan kos ini akan 'dipaksakan'ke atas rakyat Selangor dengan cara terpaksa membayar bil air yang tinggi apabila projek ini siap kelak.
Air adalah merupakan hak asasi yang tidak sepatutnya didagangkan hingga membebankan rakyat. Selangor sudah pun mempunyai bekalan air mentah yang mencukupi dan tidak memerlukan pembekalan air mentah dari Pahang. Apa yang diperlukan adalah operasi rawatan air yang cekap dan SYABAS sememangnya tidak berupaya melakukannya dan Projek Langat 2 dilihat hanya mengkayakan segelintir elit yang mempunyai kepentingan.
Atas sebab-sebab dan kelemahan yang dinyatakan ini, Kami Rakyat Selangor mendesak sekeras-kerasnya supaya SYABAS menyerahkan semua operasi pengurusan air kepada Kerajaan Negeri Selangor demi kepentingan 5.7 juta rakyat negeri Selangor.
Sekian, terima kasih.
Angkatan Muda KEADILAN (AMK)Selangor, bersama Pakatan Rakyat Selangor, NGO-NGO Selangor dan Rakyat Selangor
The statement by the Special Cabinet Committee (SCC) that there is no need for water rationing in Selangor, Putrajaya and KL only goes to show that the threat of water rationing and the entire saga of there being a "water crisis" was wholly manufactured by SYABAS and their cronies.
1. Today we visited the Water Treatment Plant in Sg Semenyih that has a maximum design output of 545 MLD, and is currently producing about 650 MLD daily. This treatment plant is owned and run by ABBAS (Selangor State Government). Only 4 out of 33 water treatment plants in Selangor are under the State Government's control.
2. There are currently 2 water treatment plants, namely SSP1 and SSP3 (Sg. Selangor treatment plants) that are running below their maximum design output. Reason being there isn't sufficient infrastructure to channel the additional treated water out of those 2 plants. To solve this issue, the Selangor State Government has requested RM 225 million from the Ministry of Finance (Federal Government) to carry out Water Mitigation projects (to provide the needed infrastructure), but this request is still pending approval.
3. It is the duty and responsibility of the Federal Government and SYABAS (Puncak Niaga) to maintain, upkeep and upgrade all these water assets (water treatment plants, pipes, supply lines etc) which are leased to them by the state. If the Federal Government does not approve these funds, the Selangor Government is prepared to spend its own funds to fulfill the water mitigation projects, to ensure that the rakyat of Selangor have enough water. These water mitigation projects increase output of treated water by more than 200MLD.
4. In addition to the RM 225 million the Selangor Government, is also studying the possibility of spending an additional RM200-300million to upgrade the water treatment technology at the plants to the latest membrane technology without disruption to the present supply of treated water.
5. The State Government asks the cooperation of SYABAS to allow the 4 professionals appointed by the State EXCO last week to be allowed to monitor all the water treatment plants, including the 29 plants run by SYABAS. It would be only fair to allow our State representatives to monitor the figures of water demand and supply for themselves. Right now, we have no access to the SYABAS controlled water treatment plants, and the State has to rely on the figures and statistics given by them.
6. The Selangor State Government is very serious about our role in the water management of Selangor for the people. We are committed to the facts that the Non Revenue Water (wasted treated water) must be reduced to below 20% and that water tariffs must be fair and affordable, amongst other issues. We are certain the state will be able to keep the cost within 12% increase only for the consumers. To this end we are prepared if necessary to hold a REFERENDUM of the PEOPLE where the rakyat can directly vote, and have a say whether to either accept or reject the intentions of the State Government to take over Syabas. We know we are in the right, and we are confident that the rakyat of Selangor have faith in the Government they elected.
DR. A. XAVIER JAYAKUMAR AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI
Berapa jutakah harganya istana-istana ini? 55 tahun di bawah pemerintahan UMNO/BN, sekadar ini sahajalah yang dimampui oleh Orang-Orang Asal. Masa untuk berubah. Cukuplah lembu dilembukan oleh UMNO, jangan lagi Orang Asal dilembukan oleh mereka (dari ucapan Yusri Ahon, di Himpunan Orang Asal, Kg Penderas 2012).
Sivarasa together with Charles Santiago met with a group of young professionals in a dialogue session recently. The 2 hour session held at the MBPJ library discussed issues as varied as the economy, security and the nations outlook post GE 13.
On Monday 23rd, YB Sivarasa met up over dinner with the leaders of the various churches from Kota Damansara.
They exchanged concerns faced by the churches including issues of registration, council policies on signboards for churches etc.
We look forward to more of these kind of interaction with other sections of the community.
SHAH ALAM 23 JULAI : Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggesa kerajaan negeri mengambil alih pengurusan dengan membeli saham-saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berikutan 'krisis air' yang dipercayai telah dicipta oleh pihak tertentu.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimie Shafie berkata hal itu kerana syarikat itu dilihat cuba mensabotaj kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan mewujudkan krisis air bagi menakut-nakutkan rakyat negeri ini.
"Kita minta kerajaan negeri suntik wang dan beli Syabas. Tindakan segera perlu diambil kerana Syabas cuba mensabotaj dan memburuk – burukkan kerajaan negeri," katanya selepas menyertai demostrasi Bantahan Kegagalan Syabas, di Wisma Rozali, di sini.
Lebih 100 orang penyokong Kerajaan Negeri Selangor berhimpun di hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini bagi mendesak Syabas agar membenarkan Kerajaan Negeri mengambil alih (Step In) pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Demonstrasi Bantahan Kegagalan Syabas itu dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berlangsung di hadapan pintu masuk bahagian belakang wisma itu kira-kira 12.00 tengah hari dan kemudian berarak ke perkarangan bahagian hadapan wisma terbabit.
Satu memorandum yang mengandungi tujuh perkara juga disampaikan kepada Pengarah Eksekutif dan Pentadbiran Sumber Manusia, Ismail Hashim untuk diserahkan kepada Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail.
Kerajaan negeri sebelum ini bercadang untuk memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Syabas kerana gagal memberikan penjelasan berhubung catuan air yang diumumkan syarikat itu baru-baru ini.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini mendakwa Syabas tidak menjalankan tugasnya mengikut perjanjian konsesi dan kerajaan negeri mahu mengambil alih pengurusan syarikat berkenaan dalam tempoh 14 hari.
Khalid berkata keputusan itu diambil menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi.
Bagaimanapun, Kerajaan Pusat hari ini menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor bagi mengambil alih pengurusan Syabas dan mengarahkan Peguam Negara mengkaji undang-undang agar projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dapat diteruskan.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Isu Air Negeri Selangor, di sini.
SHAH ALAM 23 JULAI : Lebih 100 orang penyokong Kerajaan Negeri Selangor berhimpun di hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di Wisma Rozali, di sini hari ini bagi mendesak Syabas agar membenarkan Kerajaan Negeri mengambil alih (step In) pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Desakan itu dibuat berikutan membantah cadangan Syabas untuk program catuan air dan kegagalan Syabas memenuhi tanggungjawab dalam membekalkan air terawat yang mencukupi kepada pengguna seperti yang termaktub dalam perjanjian konsesi.
Demonstrasi Bantahan Kegagalan Syabas itu dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berlangsung di hadapan pintu masuk bahagian belakang wisma itu kira-kira 12.00 tengah hari dan kemudian berarak ke perkarangan bahagian hadapan wisma terbabit.
Kumpulan berkenaan membawa kain rentang dengan slogan "Kembalikan air kepada rakyat", "Hentikan catuan air", "Pecat Tan Sri Rozali Ismail" , "Air bukan politik jangan politikkan air", "Kerajaan Negeri segera ambil alih Syabas" dan "Syabas peras ugut rakyat Selangor".
Satu memorandum yang mengandungi tujuh perkara juga disampaikan kepada Pengarah Eksekutif dan Pentadbiran Sumber Manusia, Ismail Hashim untuk diserahkan kepada Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail.
Naib Ketua AMK Azmizam Zaman Huri berkata pihaknya melihat beberapa tindakan Syabas yang tidak profesional malah tidak mengutamakan keperluan pengguna dengan mensabotaj Kerajaan Negeri menjelang PRU13.
"Tindakan sabotaj ini sengaja ditimbulkan bagi mengundang kemarahan rakyat, antaranya cadangan catuan air dengan alasan kononnya bekalan air terawat tidak mencukupi dan menyalahkan Kerajaan Negeri atas keengganan meluluskan Projek Langat 2," katanya.
Azmizam menambah, ekoran keadaan itu, Kerajaan Negeri kehilangan 60 projek pelaburan akibat perkhidmatan Syabas yang tidak memuaskan.
"Manakala, 162 buah projek pembangunan di negeri tidak diluluskan oleh Syabas dan itu membuktikan Syabas tidak layak mengurus air di negeri ini.
"Kita tidak mahu Syabas terus menganayai rakyat dan menjadi orang suruhan Umno-BN dengan mengugut rakyat. Hentikan politik ugutan," katanya.
Memorandum yang mengandungai tujuh perkara itu antaranya ialah perkhidmatan Syabas yang tidak memuaskan, kedudukan kewangan Syabas yang membimbangkan, bantahan cadangan catuan air dan desakan menyerahkan operasi air terawat kepada Kerajaan Negeri.
Selain itu, berhenti mensabotaj Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri lebih cekap mengendalikan operasi air terawat dan menolak Projek Langat 2.
Hadir sama, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei ; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin ; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan Kerajaan Negeri, Ronnie Liu.
Turut disertai oleh lima gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Selangor.
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tiada keperluan untuk membuat catuan air di Selangor dan Kuala Lumpur buat masa sekarang jelas membuktikan isu air dijadikan gimik politik untuk menimbulkan prasangka buruk terhadap kerajaan Selangor.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pula menjadi alat UMNO untuk mengugut Kerajaan Selangor supaya memberi kelulusan pembinaan Loji Pembersihan Air Sungai Langat atau Langat 2.
Kerajaan Pusat sebenarnya tiada pun penyelesaian kukuh dalam menambahbaik bekalan dan pengurusan air terawat. Malah, mereka cuba mensabotaj usaha Kerajaan Selangor melakukan perkara yang betul demi melindungi kepentingan rakyat.
Kerajaan Pusat tiada perancangan bagaimana Langat 2 akan menyelesaikan kekurangan air sedangkan Kerajaan Negeri telah menyediakan pelan menerusi projek mitigasi air bernilai RM225 juta. Justeru, perlu ada jawatankuasa bebas yang akan menentukan projek mana yang lebih efektif menyelesaikan kekurangan air terawat tetapi pada kos murah.
Kerajaan Pusat Barisan Nasional perlu mengakui kesilapan ketika menandatangani Perjanjian Penswastaan Air pada 2004 dan kesilapan itu tidak boleh diperbetulkan sehingga sekarang.
Kerajaan Selangor mempunyai kuasa untuk mengambil alih SYABAS mengikut Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA). Keputusan Kerajaan Pusat untuk menghalang usaha ini jelas menunjukkan Kerajaan BN lebih menyebelahi syarikat korporat yang ada kaitan langsung dengan UMNO bukannya melindungi kepentingan rakyat.
Kita menyeru rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mempertahankan hak mereka dan mengelak dimanipulasi pihak berkepentingan yang mahu mengaut keuntungan atas kos yang ditanggung rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet, Muhyiddin, sebenarnya tiada pengalaman dan tidak menyumbangkan sebarang idea bernas dalam pengurusan air. Malah, ketika beliau menjawat Menteri Besar Johor, beliau telah menjadikan tariff air di negeri itu antara tertinggi di negara ini.
Ada juga usaha untuk menswastakan air kepada syarikat korporat MMC Corp Bhd yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bulkhary dan ini sudah tentu akan meningkatkan beban rakyat. Rakyat Johor berdepan dengan tariff air pada kadar tidak munasabah dan tidak mungkin menerima air percuma seperti di Selangor.
Kerajaan Barisan Nasional mungkin mahu menggadaikan hak rakyat Johor, tetapi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan berdiam jika ada pihak yang mengambil untung atas kesusahan rakyat.
Kerajaan negeri Selangor akan membelanjakan RM225 juta jika kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan enggan memberi dana untuk projek tebatan melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) di loji Sungai Selangor 1 (SSP1) dan loji Sungai Selangor 3 (SSP3) di Sungai Selangor.
Menurut Exco Dr Xavier Jayakumar, pemohonan untuk pinjaman bagi projek itu telah dipohon pada awal tahun ini tetapi masih tiada sebarang respon dari Kementerian Kewangan.
Dr Jayakumar mengadakan sidang akhbar selepas melawat loji rawatan air di Precint 19, Putrajaya. Di sebelah kanan adalah Pengurus Besar Operasi ABBAS, Basar Ishak. â€" Foto oleh Saw Siow Feng Dr Jayakumar berkata, projek ini penting untuk memastikan kadar air tidak dirawat (NRW) mesti dikurangkan dan tarif air mestilah adil dan mampu dimiliki oleh rakyat, dan memastikan bahawa kenaikan harga air hanya sekitar 12 peratus sahaja. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Andalas itu lagi, kenaikan harga oleh SYABAS sepanjang satu setengah tahun dari 2010 ialah sebanyak 34 peratus, dan 5 peratus sepanjang tahun ini.
Katanya lagi, kerajaan negeri juga bersedia untuk membelanjakan hingga RM300 juta untuk belanja tambahan untuk meningkatkan teknologi untuk meningkatkan pengeluaran air terawat untuk tambahan 100 ke 150 juta liter sehari (MLD).
â€Å“Sebenarnya tidak ada krisis seperti didakwa oleh pihak SYABAS. Contohnya, menurut angka yang diberikan ABASS (syarikat air negeri) kepada kami, bekalan air dibekalkan ke Seri Kembangan secara berterusan walaupun itu merupakan kawasan bekalan dari pihak SYABAS,†katanya dalam sidang media selepas diberi penerangan selama sejam oleh pegawai ABASS di loji rawatan di Precint 19, Putrajaya hari ini.
â€Å“Keengganan SYABAS untuk berbincang dengan kami juga menyebabkan kesukaran kami untuk menyelesaikan masalah ini.
â€Å“Oleh itu kerajaan negeri telah bersedia untuk mengambil alih kesemua dari 33 loji rawatan bekalan air di Selangor.â€
Kerajaan negeri melalui ABASS memiliki 4 daripada 33 loji rawatan bekalan air di seluruh negeri Selangor untuk bekalan air di seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Kerajaan negeri juga mahu bertindak membawa SYABAS ke mahkamah kerana melakukan jenayah mengugut rakyat Selangor kerana memberitahu kepada umum terdapat krisis air akan berlaku walaupun angka-angka tersebut tidak mengatakan demikian.
â€Å“Ini adalah jenayah SYABAS kepada rakyat Selangor dengan menakutkan rakyat Selangor dengan krisis bekalan air seterusnya berlaku catuan.â€
Katanya lagi, projek ini siap pada 2015 agar tidak berlaku krisis air nanti.
Beliau juga berkata kerajaan negeri menimbang untuk teknologi membran seperti yang digunakan oleh Wessex Waters di United Kingdom.
â€Å“Satu kebaikan teknologi ini, ianya mudah digunakan tanpa mengganggu bekalan air semasa penambahbaikan nanti,†kata beliau.
Lebih 100 peserta berhimpun di hadapan Wisma Rozali dekat sini bagi menyatakan sokongan kepada langkah kerajaan Selangor untuk mengambil alih pegangan konsesi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Antara yang hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei; Timbalan Pengerusi KEADILAN (AMK) Selangor yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ketua Angkatan Muda (AMK) KEADILAN Selangor, Azmizam Zaman Huri.
Turut serta, Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita Pusat, Tengku Intan Tengku Abd Hamid atau dikenali Dayangku Intan.
Himpunan bermula jam 12.00 tengah hari dan mereka berarak kira-kira 100 meter dari pintu masuk pasaraya Giant menuju pintu hadapan Wisma Rozali.
Peserta turut melaungkan slogan ‘Kembalikan air kepada rakyat’, ‘Hentikan catuan air’, ‘Pecat Tan Sri Rozali dan ‘Syabas jadi alat Umno.
Selain itu, kain pemidang tertera kenyataan ‘Kerajaan Selangor segera ambil alih Syabas’, ‘Syabas peras ugut rakyat Selangor’, ‘RM8.65 bilion terlalu mahal’ dan ‘Rakyat Selangor hilang air percuma’ turut dinaikkan.
Selepas berunding selama 15 minit, memorandum mengandungi tujuh tuntutan yang didraf AMK Selangor berjaya diserah kepada Ismail Hashim, Pengarah Eksekutif & Pentadbiran Sumber Manusia Syabas.
Antara tuntuan tersebut adalah membantah catuan bekalan air di Selangor oleh Syabas dan menyerahkan operasi air terawat kepada kerajaan negeri.
Memorandum turut membantah pembinaan Loji Langat 2 yang menelan belanja RM8.65 bilion.
Azmizam berkata, jika pentadbiran Syabas tidak mendengar suara mereka dan Rozali masih tidak meletakkan jawatan, satu himpunan lebih besar akan diadakan sebagai sokongan kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih pemegang konsesi air tersebut.
Awal minggu lalu, Syabas mengumumkan Selangor kini berdepan krisis bekalan air dan menyatakan hasrat untuk mencatu bekalan air di negeri itu, jika kerajaan negeri menolak pembinaan Loji Langat 2 .
Bagaimanapun, keputusan itu mendapat tentangan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menegaskan bekalan air di Selangor masih mencukupi.
Khalid yang ragu dengan keputusan Syabas mengumumkan penstrukturan semula bagi mengelakkan penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menanggung kenaikan tarif air sebanyak 50 peratus.
JAKARTA 21-7-2012–Tiga pesawat Indonesia AirAsia digrounded atau dilarang terbang sejak Jumat malam hingga kini, yang menyebabkan penumpukan penumpang di Terminal 3 Bandara Soekarno-Hatta. "Memang ada pesawat kami yang digrounded, kami terlambat menyelesaikan proses administrasi spare part sehingga pesawat kami digrounded," kata Humas AirAsia Indonesia Audery Progastama Petriny kepada Bisnis, Sabtu siang (21/7). Kepala Pusat Komunikasi [...]
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Negeri Sembilan dan seluruh kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri mengucapkan Salam Ramadhan kepada seluruh umat Islam khususnya di Negeri Sembilan.
Semoga dengan kehadiran bulan mulia ini, ibadat puasa dapat dijalankan dengan lancar dan dirahmati Ilahi.
Khusus buat semua anggota parti, sebelum kedatangan PRU-13, maka bulan mulia ini juga adalah waktu terbaik buat semua anggota parti mengukuhkan perpaduan, semangat dan kerjasama serta menolak segala perselisihan lalu.
Salam Ramadhan buat rakyat khususnya rakyat Telok Kemang. Alhamdulillah hari ini telah masuk hari ketiga kita menjalani ibadah puasa. Semoga kita bersama berada dalam limpah dan rahmatNya.
Ingin dimaklumkan bahawa pada setiap Rabu dan Jumaat, insyallah akan dijalankan program Ziarah dan Sumbangan Ramadhan Parlimen Telok Kemang.
Gerak kerja ini akan dilaksanakan oleh Pejabat Parlimen Telok Kemang dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan N. Sembilan. Jemput semua rakyat untuk bersama mengimarahkan program sempena bulan yang mulia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan