Rabu, 26 Disember 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 25 Dec 2012 11:33 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


Amanah Hadi Awang 1981 : Kesalahan Yang Perlu diperbetulkan #TolakPR

Posted: 25 Dec 2012 08:49 PM PST





PENDEDAHAN oleh Zainon Ismail @ Cikgu Non, atau lebih dikenali sebagai C.N Al Afghani di dalam buku terbarunya Kafirkah Aku? mencetuskan kembali isu Amanat Hadi Awang 1981.

Desakan C.N Al-Afghan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat itu dan meminta maaf menarik perhatian ramai.

C.N Al-Afghani bukan calang-calang orang. Dia adalah ahli Pas seumur hidup. Dia ahli tegar Pas. Dia pernah berjuang dalam peperangan Afghanistan menentang Rusia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang mujahidin. Dia pernah ditahan di bawah ISA.

Sekembali daripada jihad Afghanistan dan Kashmir, Cikgu Non mengambil tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan balu dan keluarga para syuhada Memali, malah beliau mengahwini salah seorang balu tersebut.

C.N Al Afghan dikenali sebagai seorang yang sangat tegas, istiqamah dan ikhlas!

Beliau mendesak Abdul Hadi menarik balik Amanat Haji Hadi 1981

Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekalian.

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ?politik suku, agama suku?.

Inilah teks apa yang dikenali sebagai ?Amanat Hadi Awang 1981". Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Abdul Hadi, lahir pada 20 Oktober 1947 pada waktu itu baru berusia 34 tahun, selepas kembali daripada Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah).

Amanat Hadi Awang 1981" ini telah dicetak dan disebarkan ke merata pelosok negara oleh Pas. Ia memberi kesan kepada para pengikut yang taksub. Sejak daripada itu, bermulalah episod UMNO dikafirkan! Ahli UMNO dikafirkan! Indoktrinasi yang menghalalkan penentangan terhadap UMNO sebagai jihad, dan mati menentang UMNO adalah syahid per se!

Sembahyang bermakmum dengan imam UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah solat dua imam! Nikah oleh kadi UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah perlunya bernikah semula! Sembelihan orang UMNO haram dimakan, hingga timbul masalah tidak mahu makan masakan orang UMNO! Kenduri orang UMNO haram dihadiri, sehingga berlaku peristiwa pulau-memulau! Jenazah orang UMNO haram disolatkan, sehingga ada imam Pas tidak mahu menyembahyangkan jenazah ahli UMNO! Bercerai suami isteri! Berpecah kaum keluarga! Berpisah anak beranak! Hancur rosak perpaduan kampung dan negara!

Kemuncak kepada kafir-mengkafir ini ialah peristiwa Memali di Baling Kedah pada 19 November 1985. Empat tahun setelah Amanat Hadi Awang 1981 bertebaran dan bersemadi di lubuk pemikiran ahli Pas, Kampung Memali digemparkan dengan peristiwa berdarah pada pagi yang hitam itu.

Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ustaz Ibrahim Libya, bekas pegawai dakwah Pusat Islam sanggup meninggalkan kerjanya; gaji ribuan dibuang; bilik kerja air-cond ditinggalkan! Ustaz Ibrahim Libya pulang ke kampungnya di Memali dengan harapan dan perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam, Amanat Hadi Awang jelas terpampang di dinding pusat kegiatan Kampung Memali.

Dalam peristiwa berdarah 18 November 1985, empat anggota polis Melayu-Islam dibunuh. Pasukan keselamatan mengambil tindak-balas yang berakhir dengan Ustaz Ibrahim Libya terkorban bersama 13 lagi pengikutnya.

Sepantas kilat Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban diisytiharkan mati syahid oleh Pas. Jenazah mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan. Sebaliknya jenazah mereka terus disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang dalam keadaan berlumuran darah!

Apakah yang mendorong Ibrahim Libya mengambil tindakan nekad bertempur dengan pihak polis! dan membunuh empat anggota polis. Anggota polis yang Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Akidah dengan mereka!

Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang 1981, yang menghalalkan jihad terhadap UMNO? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya beranggapan polis yang dibunuh adalah polis UMNO maka halal dibunuh? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya merasakan bahawa kematian akibat bertempur dengan polis itu adalah mati syahid? Ini semua adalah persoalan yang hanya Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban sahaja boleh menjawab.

Tetapi yang pastinya, dalam bumi Malaysia negara umat Melayu-Islam ini, ada 14 jenazah umat Melayu-Islam yang tidak dimandikan, tidak dikafankan kerana dikatakan syahid! Adakah umat Melayu-Islam gagal melaksanakan fardhu kifayah? Siapa yang wajar menanggung semua ini di hadapan Allah nanti?

Persoalannya, apakah yang mendorong Abdul Hadi membuat Amanat 1981 tersebut?

Saya yakin Abdul Hadi berpaksikan kenyataan itu kepada kepercayaan kononnya Perlembagaan Malaysia, undang-undang dan peraturan yang diamalkan di negara ini adalah Perlembagaan, undang-undang dan peraturan jahiliah, penjajah dan kafir!

Kerana apa? Kerana kononnya tidak meletakkan al-Quran dan sunah sebagai sumber utama undang-undang. Kerana kononnya ia Perlembagaan, undang-undang dan peraturan yang menolak al-Quran dan hadis! Dan yang paling utama, kerana perundangan jinayat hudud, qisas dan takzir tidak dilaksanakan!

Maka timbullah dakyah dan tohmah konon Malaysia bukan Negara Islam! Malah ditakfirkan Malaysia dan Kerajaan BN pimpinan UMNO. Inilah yang sering dijaja oleh para penceramah, ustaz-ustaz, dan ahli-ahli tegar Pas!

Persoalannya, betulkah dakwaan itu? Betulkah Perlembagaan Malaysia Perlembagaan kafir? Benarkah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekafiran? Adakah benar Perlembagaan Persekutuan tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam?

Kita tidak perlu pergi jauh. Kita tengok kembali ucapan Abdul Hadi sendiri pada 18 Januari 2003 dalam satu ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk ?Pilihan Raya ke-11: Formula Kemenangan.?

Ucapan sepanjang 13 muka surat itu dibuat sewaktu beliau memangku jawatan Presiden Pas selepas kematian Allahyarham Datuk Fadhil Noor pada 23 Jun 2002 akibat sakit jantung.

Pada waktu itu, Abdul Hadi juga adalah Menteri Besar Terengganu selepas Pas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-10. Pas memenangi DUN Terengganu dalam pilihan raya itu selepas persekongkolan dengan DAP dan Anwar Ibrahim yang baru dipecat daripada UMNO. Tetapi persekongkolan itu menghadapi masalah besar terutama dengan DAP.

Dalam menuju PRU-11 (2004 apabila Kerajaan Pas Terengganu tumbang), Pas mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihan raya.

Maka Pas membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, Abdul Hadi berkata di muka surat 10; ?Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"

Cuba teliti betul-betul petikan ucapan Amanat Hadi Awang 2003 ini dengan Amanat Hadi Awang 1981. Nampak perbezaan fundamentalnya?

Kedua-duanya menyentuh tentang satu perkara: status Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Amanat Hadi Awang 1981, Perlembagaan Persekutuan (berserta undang-undangnya) dilabel sebagai ?kafir, jahiliyah, berbaur penjajah", yang oleh kerana label itu UMNO dikafirkan!

Dalam Amanat Hadi Awang 2003, disebut jelas ?peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan di peringkat Persekutuan"!

Kedua-duanya mengupas perkara yang sama tetapi bercanggah satu sama lain! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Atas alasan ini sahaja pun sudah cukup untuk Abdul Hadi wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981, kerana ternyata beliau sendiri sekarang menyanggah dan membatalkan Amanat Hadi Awang 1981 itu melalui Amanat Hadi Awang 2003!

Kedua, adakah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekufuran? Adakah tidak mendirikan Negara Islam itu membawa kepada kekafiran?

Kita tidak perlu pergi jauh. Abdul Hadi sendiri pada 20 Disember 2009 menandatangani Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang di Shah Alam Convention Center. Bersama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Memorandum Persefahaman itu langsung tidak menyentuh tentang perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam.

Ini kemudiannya diikuti dengan penerbitan Buku Jingga, dan diperkuatkan dengan pelancaran manifesto Pakatan Pembangkang pada 08.09.2011 yang jelas tidak memasukkan pelaksanaan hudud dan penubuhan Negara Islam sebagai agenda.

Malah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh tetap konsisten dengan kenyataan bahawa pelaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam langsung tidak termasuk dalam persefahaman pakatan pembangkang, dan tidak menjadi agenda mereka jika ditakdirkan (na?uzubillah) memenangi PRU-13 dan memerintah Malaysia (na?uzubillah minzalik).

Malah yang lebih jelas ialah kenyataan Abdul Hadi sendiri semasa Muktamar Tahunan Pas 2011 yang jelas menyatakan bahawa ?Pas mengubah dasar kepada negara kebajikan, itu ada dalam Quran. Negara Islam dia (al-Quran) tidak sebut"! Maknanya Negara Islam tidak ada dalam al-Quran. Negara Islam bukan lagi perjuangan Pas. Melaksanakan hudud tidak lagi menjadi agenda Pas bersama rakan sekongkolannya DAP-PKR! Perjuangan menubuhkan Negara Islam dilongkangkan!

Nah, tidakkah itu bercanggah sama sekali dengan Amanat Hadi Awang 1981! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Yang jelasnya, dengan pendirian yang kini bercanggah dengan amanatnya sendiri, Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981 itu!

Apa yang jelas, Amanat Hadi Awang 1981 adalah satu kesilapan besar! Kesilapan yang mencetuskan krisis akidah yang serius kepada umat Melayu-Islam, kesilapan yang menimbulkan perpecahan kepada perpaduan dan ukhuwah umat Melayu-Islam! Kesilapan yang menyebabkan ramai yang merana, sengsara dan menghadapi penderitaan. Kesilapan yang menyebabkan 14 jenazah tidak dimandikan dan dikafankan!

Sebelum meninggalkan kupasan persoalan ini, elok juga kalau ditanya soalan kepada Abdul Hadi:

1. Adakah kafir kerajaan Mesir (negara di mana Abdul Hadi mendapat pendidikan Islamnya) yang kini diperintah oleh Ikhwanul Muslimin dengan Presiden Mursi kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah, dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

2. Adakah kafir kerajaan Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia, kerana masih mengekalkan undang-undang Belanda dan tidak menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud?

3. Adakah kafir Turki, negara umat Islam terbesar dalam Pakatan NATO yang kini diperintah oleh Parti AKP di bawah pimpinan Reccep Tayyib Erdogan yang masih mengekalkan status sekularnya dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

Adakah wajib memerangi orang Mesir, Turki dan Indonesia? Adakah jihad menentang mereka? Adakah syahid jika mati bertempur dengan mereka? Adakah mereka musuh Islam yang wajib ditentang?

Jawapannya kita semua tahu, TIDAK! Mesir negara Islam! Indonesia negara Islam! Turki negara Islam!

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan negara seumpamanya Islam; mengapa Malaysia ditohmah tidak Islam, malah dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan kerajaan seumpamanya tidak kafir, mengapa Kerajaan Malaysia dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesi, Turki dan wilayah seumpamanya tidak wajib diperangi dan ditentang, mengapa harus pula menentang, malah berjihad terhadap Kerajaan Malaysia?

Tepok dada tanyalah iman masing-masing!

Sebab itu saya menegaskan bahawa Abdul Hadi Awang wajib melakukan 4 perkara berikut:

1. Wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981! Beliau wajib membuat pengumuman itu bukan sahaja secara terbuka kepada semua ahli dan penyokong Pas, malah beliau wajib membuat pengumuman itu kepada seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia!

2. Abdul Hadi wajib bertaubat; kerana Amanat Hadi Awang 1981 telah menyebabkan krisis akidah dan perpecahan umat Melayu-Islam yang serius! Ramai yang telah terpesong akibatnya. Abdul Hadi wajib menyesali, memohon keampunan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu!

3. Abdul Hadi wajib meminta maaf kepada seluruh ahli dan penyokong taksub Pas, seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia. Khususnya beliau wajib meminta maaf kepada keluarga dan waris yang telah terkorban, suami isteri yang telah bercerai-berai, anak yang berpisah daripada keluarga, adik beradik yang bermusuhan, penduduk kampung yang berpecah, para imam yang diaibkan dan dimalukan; pendek kata sesiapa juga yang pernah menjadi korban dan mangsa akibat Amanat Hadi Awang 1981!

4. Setelah itu, Abdul Hadi wajib mengadakan roadshow dan ceramah besar-besaran untuk memperbetulkan semula kesan negatif yang telah berlaku akibat Amanat Hadi Awang 1981. Beliau wajib memperbetulkan semula mentaliti ahli dan penyokong tegar Pas yang rosak akibat amanat itu

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 25 Dec 2012 01:11 PM PST

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Gempar..!!! Exco Kanan Kerajaan Perak terima UGUTAN?

Posted: 25 Dec 2012 10:36 AM PST



Exco Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, membuat laporan polis kerana diugut oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkaitan pendedahannya mengenai syarikat pembalakan membabitkan Nga dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Dalam laporan di Balai Polis Kampung Rapat di sini semalam, Hamidah mendakwa Nga mengeluarkan perkataan 'you revealed, watch out, I will go after you' (awak dedahkan, jaga-jaga, saya akan cari kamu) di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis lalu.

Di sebalik ugutan itu, Hamidah semalam membuat satu lagi pendedahan berhubung pembabitan Ngeh dalam Syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (Upaya Padu) yang menjalankan projek pembalakan di Kelantan.

Beliau mendakwa Ngeh yang juga ADUN Sitiawan menguasai keseluruhan kepentingan syarikat berkenaan.

Katanya, Ngeh memiliki secara peribadi 49 peratus saham bernilai RM15.5 juta, manakala 51 peratus saham lagi bernilai lebih RM16 juta dimilikinya menerusi Efektif Kirana Sdn Bhd (Efektif Kirana), menjadikan pegangan keseluruhan RM31 juta.

Menurutnya, ini kerana Ngeh memiliki 99 peratus saham dalam Efektif Kirana, manakala satu peratus lagi oleh dua individu lain.

"Jadi, kalau dia kata anak guam dia pegang (saham terbesar) dan lain-lain lagi, saya tidak percaya. Tiada orang nak (mewakilkan kepada Ngeh) pegang saham sampai 99 peratus.

"Mereka sebenarnya cuba mengelirukan orang ramai (dengan mengatakan mereka diajak melabur).

"Saya yakin mereka kini semakin tertekan dengan pendedahan isu ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Fiesta Bilis@Pangkor sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012, di Dataran Hadhari Teluk Batik, di Lumut semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ngeh kelmarin yang mengaku beliau dan Nga melabur dalam Upaya Padu, selepas sebuah blog mendakwa syarikat itu diberi tanah seluas 4,359 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Sementara itu, Ngeh ketika dihubungi menegaskan syarikat itu dimiliki oleh sekumpulan pelabur besar dan beliau diamanahkan untuk mewakili semua pelabur berkenaan.

"Biar saya jelaskan biasanya ada beberapa individu hendak membeli syarikat yang besar, dalam satu kumpulan, saya mewakili semua mereka dan kemudian akan mengagihkan saham untuk semua pelabur.

"Dia (Hamidah) tidak tahu langsung cara asas perniagaan yang dijalankan, dia langsung tidak faham, dia tidak layak menjadi Exco."

"Dia pun sudah tahu, dia sengaja memutarbelitkan fakta. Saya sudah menjelaskan perkara ini di depan bekas Menteri Besar, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali dan dia (Hamidah) pun ada bersama ketika di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri (DUN) Khamis lalu," katanya.

Sementara itu, Nga ketika dihubungi mendakwa tuduhan beliau mengugut Hamidah adalah fitnah dan meminta polis menahannya kerana membuat laporan palsu.

"Ketika kejadian didakwa berlaku, kami dan beberapa wakil rakyat lain ada bergambar bersama dengan ADUN Pengkalan Hulu, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, sebagai kenang-kenangan kerana beliau mengumumkan persaraannya dalam politik.

"Dalam gambar itu boleh lihat dia (Hamidah) berdiri dengan senyuman. Jika dia rasa terjejas, bagaimana boleh bergambar bersama dengan senyuman?," katanya.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, ketika dihubungi berkata polis akan membuat siasatan lanjut terhadap laporan itu.

Warna-warni politik
Taminsari

Bekas MB didakwa salah guna kuasa?

Posted: 24 Dec 2012 09:35 PM PST



Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa menyalahgunakan kuasa dalam pemberian konsesi balak ketika menjadi Menteri Besar sepanjang 11 bulan pakatan pembangkang memerintah Perak.

Beliau didakwa menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar bagi meluluskan konsesi itu untuk beberapa syarikat tanpa terlebih dulu membawa permohonan itu ke Jawatankuasa Perhutanan Negeri, sekali gus menyalahi tata cara urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Pendedahan itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, ketika menggulung perbahasan Bajet Negeri 2013 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini, semalam.

Tindakan Zambry mendedahkan perkara itu mengakibatkan berlaku 'perang mulut' antara Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang dan Datuk Ngeh Koo Ham (Sitiawan) dengan Zambry.

Terdahulu, Nizar membangkitkan isu pemberian konsesi balak dengan mendakwa kerajaan negeri tidak telus kerana meluluskan pemberian itu kepada individu sama yang menggunakan enam syarikat berlainan.

Zambry berkata, amalan biasa ialah setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi perlu mendaftar dengan Jabatan Perhutanan sebelum ia disaring dan diserahkan kepada Jawatankuasa Perhutanan Negeri dipengerusikan Menteri Besar untuk kelulusan.

Cabar lapor SPRM

Nizar kemudian mencabar Zambry melaporkan perkara itu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengulanginya ketika sidang media sebaik Sidang DUN berakhir.

"Di mana salahnya saya meluluskan pemberian itu. Kita tidak pernah beri konsesi balak kepada syarikat yang sama, kita cabar, bila kita ada buat silap, sila dedahkan, lapor kepada SPRM," kata Nizar.

Zambry pada sidang media berkata, beliau tidak boleh berbohong ketika dalam DUN dan akan menyerahkan dokumen berkaitan perkara itu kepada SPRM.

Katanya, dalam konsesi balak membabitkan hutan simpan, sesiapa pun yang memohon perlu mengikut peraturan dan keputusannya perlu dibuat jawatankuasa tetapi Nizar langsung tidak membawanya ke mesyuarat sebaliknya terus meluluskan kemudian mengarahkan Jabatan Hutan menguatkuasakannya.-BH

Warna-warni politik
Torashah

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 25 Dec 2012 07:46 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


TERHANGAT! KINI GUAN ENG MURSYIDUL AM PAS!

Posted: 24 Dec 2012 04:18 PM PST

SEDIKIT DEMI SEDIKIT DAPig HANCURKAN ISLAM

MEMANG BIADAP BETUL SI GUAN ENG NI..SEDIKIT DEMI SEDIKIT DIA CUBA BERMAIN DENGAN API..DAN MENCABAR KITA SEBAGAI ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM!NI BARU DIA PERINTAH PULAU PINANG!KALAU DAPig NI PERINTAH NEGARA AKU RASA ISLAM DIHAPUSKAN!PELBAGAI HAK DAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU AKAN DIHAPUSKANNYA.
Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:
  1. Tanah untuk Orang Melayu
    • Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa sebarang syarat.
  2. Jawatan dalam Kerajaan
    • Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.
  3. Peruntukan biasiswa
    • Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.
  4. Bantuan Ekonomi
    • Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.
Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

ADAKAH KITA INGINKAN HAK-HAK KITA DICEMARI?MANA PERGINYA SEKUTU DAPig YANG KATA PERJUANGKAN ISLAM?MANA!!!!
NAMPAK BENAR MEREKA TAKUT DENGAN DAPig NI!BACUL!
AKU SETUJU DENGAN KENYATAAN DAN BANTAHAN PENGERUSI PERTUBUHAN MUTTAQA ASATIZAH dan PENDAKWAH MALAYSIA (MURSHID) Dr.ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN,DIMANA BELIAU MENYATAKAN NEGARA EROPAH TERMASUK UK dan VATICAN CITY PUN TIDAK GUNA KALIMAH ALLAH ,NIKAN PULA SI GUAN ENG NI..
HARRRAAAMMM JADDDDAHHHH!

RAKAN-RAKAN SEKELIAN,JIKA TAK MAHU MEREMPAT DINEGARA SENDIRI,KORANG BERFIKIRLAH DENGAN RASIONAL DAN BIJAK PANDAI,TOK SAH KIRA FAHAMAN POLITIKLAH..KERANA PAS PUN SEKARANG NI TAKUT UNTUK PEJUANGKAN AGAMA KITA NI..KITA BANGKIT SERTA PERTAHANKANLAH AGAMA KITA INI,AGAMA ISLAM!
MASA KAT DALAM KUBUR NANTI PUN,MALAIKAT PUN AKAN TANYA ,KORANG AGAMA APA!SEKURANG-KURANGNYA KORANG DAPATLAH JUGA JAWAB YANG KITA NI AGAMA ISLAM!DOSA KITA BANYAK!TAKKAN NAK TAMBAH DOSA LAGI!
PRU NANTI..UBAHLAH!BUKTIKAN KEPADA MEREKA YANG KITA UMAT ISLAM BANGKIT dan BERSATU!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan