BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Rabu, 26 Disember 2012 at 3:17 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 26 Dec 2012 01:30 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Tiang elektrik condong

Posted: 26 Dec 2012 12:42 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

Tiang elektrik condong
Kedudukan tiang elektrik yang condong membahayakan pengguna jalan berkenaan.
 
BIDOR - Keadaan beberapa tiang elektrik di pinggir jalan Kampung Pos Gedong yang semakin condong dan dikhuatiri akan tumbang pada bila-bila masa, membimbangkan penduduk kawasan itu.

Penduduk, Bah Heck a/l Bah Gunung, 48, berkata, tiang elektrik berkenaan terletak di   laluan utama penduduk perkampungan Orang Asli ke pekan berhampiran.

Menurutnya, penduduk bimbang jika tiang berkenaan tumbang dan menimpa pengguna jalan berkenaan jika tiada tindakan segera dilakukan.

"Tiang itu menjadi condong akibat ditimpa pokok mati dan walaupun masih tiada kemalangan berlaku namun, kami memohon agar pihak berkenaan untuk ambil tindakan segera," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.

Sementara itu, Tok Batin Perkampungan Orang Asli Pos Gedong, Dahari Nanap, 48, berkata, perkara itu telah diadukan kepada pihak berkenaan namun, masih belum mendapat apa-apa tindakan.

Katanya, jika masalah itu tidak dibaiki segera, beliau bimbang penduduk di kawasan Pos Gedong akan purus bekalan elektrik.

"Oleh itu, saya minta kepada pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini segera demi kebaikan 538 penduduk di Kampung Pos Gedong," katanya.

sinar/-

Penduduk Pengkalan Kubur tunggu janji ditepati

Posted: 26 Dec 2012 12:40 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -


TUMPAT: Setiap kali musim tengkujuh empat kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubur bertukar menjadi seperti "lautan" kerana di mana sahaja air memenuhi kawasan.

Kampung Simpangan, Kubang Sawa, Bendang Pak Yong dan Juluk tidak lagi kelihatan daratan, semuanya dipenuhi air hujan dan limpahan Sungai Golok.

Masalah yang berulang sejak sekian lama itu sudah diketengahkan kerajaan negeri kepada kerajaan pusat.

Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negara sudah melawat kawasan berkenaan.

Susulan itu ada pula lawatan pegawai kanan kerajaan dari kementerian berkaitan. Malangnya sehingga hari ini tiada usaha dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.

Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rusli Wan Ibrahim berkata, sebelum ini kerajaan pusat bercadang membina sistem pintu air bagi menghalang limpahan air Sungai Golok di musim tengkujuh.

"Malangnya sehingga sekarang cadangan projek berkenaan tidak menjadi kenyataan. Pembinaan sistem pintu air penting memandangkan kedudukan empat kampung tersebut begitu rendah.

"Malah dengan adanya sistem kawalan berkenaan boleh menghalang limpahan air masin dari Sungai Golok yang boleh merosakkan tanaman padi," katanya di sini.

Beliau yang tinggal di Kampung Bendang Pak Yong juga menjadi mangsa banjir, apabila di kawasan rumahnya sudah ditenggelami air di paras pinggang.

Menurutnya juga kesan pembinaan jalan keselamatan di kawasan sempadan yang dikenali jalan Kesban juga menjadi punca air hujan tidak dapat keluar ke sungai.

Kata beliau projek jalan tersebut yang tidak dibina banyak laluan air menyebabkan air hujan bertakung dan ditambah limpahan air sungai menyebabkan kawasan rendah mudah tenggelam.

Sehubungan itu beliau berharap kerajaan pusat menyegerakan projek berkenaan memandangkan banjir yang berlaku mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk surut.

Beliau juga berkata, sehingga pagi tadi seramai 17 keluarga (65 orang) berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur II.

"Saya sudah meninjau kawasan-kawasan yang ditenggelami air dan hari ini bantuan berupa makanan akan diagihkan kepada mereka," ujarnya.

Sementara itu di Pasir Mas, Adun Meranti, Datuk Nasuruddin Daud memindahkan penduduk yang terbabit dengan banjir ke pusat pemindahan yang disediakan.

Beliau memandu sendiri bot bagi memunggah penduduk kerana bimbang paras air semakin meningkat disebabkan hujan masih turun di kawasan hulu dan limpahan air Sungai Golok.

Di Kuala Krai, Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman sejak kelmarin menghantar bantuan makanan kepada penduduk yang terbabit dengan banjir termasuk di Kampung Chenulang, Telekong, Pak Jelak dan Bedal.

Begitu juga di Dun Manek Urai, wakil rakyat kawasan berkenaan, Mohd Fauzi Abdullah petang semalam menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk di Kampung Manek Urai Lama dan Mesek yang ditenggelami air limpahan Sungai Lebir.

harakah/-

Hasrat sanding atas jentolak tercapai

Posted: 26 Dec 2012 12:39 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -


Hasrat sanding atas jentolak tercapai

Mohd Zulkhairi dan Malisza tersenyum simpul atas jentolak yang menjadi pelamin bergerak mereka.
SIK- Hasrat sepasang pengantin untuk bersanding dengan cara istimewa tercapai setelah mereka diarak menggunakan jentolak sejauh satu kilometer di Kampung Teloi Tua dekat sini, kelmarin.

Mohd Zulkhairi Wahab, 30, bersama pasangannya Malisza Alias, 28, bersyukur keinginan mereka selama ini telah tercapai.

Mohd Zulkhairi berkata, dia memang teringin untuk melangsungkan majlis persandingannya dengan cara yang unik.

"Saya tak tahu kenapa, tapi memang teringin sangat nak sanding atas jentolak.

"Bukan sebab saya tengok pengantin lain buat, tetapi datang daripada diri sendiri," katanya kepada Sinar Harian.

Zulkhairi yang bekerja di Pejabat Pos Sik turut diiringi kira-kira 30 motosikal.

Menurutnya, dia terharu dan bersyukur dengan komitmen semua pihak yang telah menjayakan dan melaksanakan hasratnya selama ini.

"Inilah hari yang tidak akan saya lupakan. Pengalaman ini terpahat dalam ingatan saya sampai bila-bila," katanya kepada Sinar Harian.

Majlis persandingan itu dihadiri ribuan tetamu yang tidak ingin melepaskan saat melihat pengantin diarak menggunakan jentolak itu.

Mohd Zulkhairi yang bercadang berbulan madu di Sabah itu turut menghargai sokongan keluarga termasuk rakan-rakannya selama ini.

"Mereka tidak pernah bantah mahupun mempertikaikan hasrat saya malah berusaha demi melihat saya dan isteri bahagia pada hari persandingan kami," katanya.

sinar/-

Malunya Felda dipijak oleh orang BN

Posted: 26 Dec 2012 12:30 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -


(Petugas BN 'menunggang kenderaan Felda untuk menyekat kembara Oren)

TAMPIN: Yang DiPertua PAS Tampin, Zakaria Khalim menyifatkan tindakan petugas Barisan Nasional (BN) yang berdiri atas kenderaan rasmi pengurusan Felda sambil mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN) ketika menghalang Kembara Oren masuk ke Felda Bukit Rokan Barat pada hari Ahad lepas amat memalukan.

"Malu sungguh bila melihat seorang lelaki yang mengibarkan bendera BN berdiri dan memijak bumbung kenderaan rasmi Felda .

"Demi mempertahankan politik sempit, dahlah terpekik mengeluarkan kata-kata kesat, sanggup pula memijak kenderaan Felda.

"Demi BN, pegawai Felda pula hanya membiarkan tindakan tersebut. Dimana maruah Felda dan pegawai Felda itu sendiri.

"Sebagai peneroka Felda Rokan, saya mendapati ramai yang membuat kekecohan di Felda Bukit Rokan Barat dan Felda Bukit Rokan Utara ini bukanlah peneroka Felda sebaliknya orang luar yang saya kira sudah tentu orang Umno dari luar Felda," kata Zakaria (gambar).  

Zakaria yang juga merupakan peneroka Felda Bukit Rokan turut berkata bahawa majoriti yang membuat kekecohan menghalang konvoi adalah budak luar.

"Saya orang sini dan saya kenal kebanyakkan mereka. Ramai daripada mereka merupakan remaja termasuk remaja bawah umur.

"Kita boleh melihat bagaimana ada diantara remaja dibawah umur ini turut memegang kayu.

"Kita ada bukti bergambar remaja memegang kayu dalam kekecohan itu dan seorang lelaki berdiri (memijak) bumbung kenderaan Felda," ujar Zakaria.

harakah/-

Beban dosa lampau

Posted: 26 Dec 2012 12:28 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -


BINGUNG...Wani  bersama anak-anaknya.
BINGUNG...Wani bersama anak-anaknya. 
 
PUCHONG: "Kami bersekedudukan hampir 10 tahun sejak 1998 dan hanya bernikah selepas mempunyai empat anak dan masa itu saya sedang mengandung anak kelima pada awal 2007 lalu.

"Setelah melahirkan tujuh anak dan bakal melahirkan anak kelapan pada Januari depan, suami pula menceraikan saya pada Mei lalu," kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wani, 30.
Menurut Wani, dia kini bingung memikirkan masa depan tujuh anaknya walaupun suaminya masih tinggal bersama dan berjanji akan rujuk semula selepas melahirkan anak perempuan dalam kandungannya itu.

"Suami pernah hanya memberikan saya RM2 sehari untuk perbelanjaan makan minum kami lapan beranak walaupun sebelum ini ada juga dia beri RM50 atau RM100 seminggu.

"Saya faham dengan kerjanya yang cuma bergaji antara RM500 dan RM700 sebulan, tetapi apa dikesalkan, saya diceraikan kerana perempuan lain," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

metro/-

Fauzi tidak pernah menyesal sertai Pas

Posted: 26 Dec 2012 12:18 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

Datuk Fauzi Shaari
Datuk Fauzi Shaari
SHAH ALAM - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau menyesal menyertai Pas.

"Kenapa saya perlu menyesal bersama Pas. Saya sudah buat pilihan yang tepat. Kenapa masih ada yang pertikai dan ragu-ragu dengan tindakan saya ini.

"Saya rasa tindakan saya menyertai Pas membuatkan ada beberapa pihak tidak senang hati. Sebab itu mereka sengaja mencipta isu ini," katanya, semalam.

Sebelum ini, terdapat mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), yang mendakwa Fauzi menyatakan penyesalannya menyertai Pas.

Mesej itu berbunyi: "Kalau saya tahu begini keadaan Pas taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk Pas umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak tiga jika saya tinggalkan Pas."

Fauzi, yang bakal dicalonkan bertanding Parlimen Larut berkata, kenyataan itu tidak benar.

"Saya amat gembira dan bersyukur atas apa yang saya hadapi dan nikmati sejak bersama Pas," katanya.

sinar/-

Program khas 'ajar' Orang Asal pangkah BN?

Posted: 26 Dec 2012 12:10 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -


IPOH: Pakatan Rakyat Perak memohon penjelasan kerajaan berhubung satu program yang disifatkan 'latihan mengundi BN' kepada masyarakat Orang Asal di Tapah yang membabitkan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Mereka mendakwa program tersebut telah diadakan secara bersiri sejak bulan lalu di semua perkampungan Orang Asal di sepanjang Jalan Pahang Tapah.

Dalam program yang turut dihadiri pemimpin BN itu kata mereka, penduduk Orang Asal telah diberikan dua kertas undi (gambar), mirip kertas undi sebenar untuk pilhan raya umum.

Kemudian ujar mereka, masyarakat Orang Asal itu dipaksa memangkah BN dalam kertas undi itu di hadapan pegawai JAKOA dan seorang Adun BN yang turut serta dalam program itu.

"Satu kertas undi adalah undian untuk Parlimen Tapah dan satu lagi kertas undi DUN Chenderiang.

"Penduduk dipaksa memangkah Barisan Nasional dalam kedua-dua kertas undi kemudiannya diberikan beras lima kilogram sebagai ganjaran," Kenyataan media mereka dipetik.

Selepas Orang Asal selesai memangkah BN pada kedua dua kertas undi, mereka dikehendaki mengambalikan semula kertas-kertas tersebut, kata mereka lagi.

Sidang media mendedahkan perkara itu juga dibuat di Perak hari ini yang dihadiri Timbalan Setiausaha MPN Perak Tan Kar Hing, Bendahari MPN Perak Dato Dr Yap Yit Thong, YDP PAS Kawasan Tapah Mohd Rahim Nordin dan Exco AMK Pusat Sandrea Ng.

Turut bersama pada sidang media itu termasuk Peguam Orang Asli, Bah Tony dan Ketua Biro Orang Asli MPN Perak, Bah Arsian.

Menurut mereka, tindakan JAKOA dan seorang Adun BN itu telah melanggar Akta Suruhanjaya Pilihanraya 1957 di bawah Akta 5, Akta Kesalahan Pilihanraya berkaitan pengaruh tidak wajar dan penyogokan.

"Mereka cuba menggunakan taktik yang kotor tersebut untuk menakutkan dan menyogok penduduk orang asli supaya menberikan undi kepada Barisan Nasional.

"Pihak JAKOA yang sepatutnya professional dan menjaga hal ehwal masyarakat orang asli telah diperalatkan untuk berkempen bagi pihak Barisan Nasional," kata mereka lagi.

Sehubungan itu, mereka menggesa satu penjelasan terperinci dibuat kerajaan termasuk JAKOA berhubung pendedahan itu.

harakah/-

Tebing jalan runtuh, 8 kereta tertimbus di Kemaman

Posted: 26 Dec 2012 12:08 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -
 
Lapan buah kereta tertimbus apabila tebing jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Jalan Air Puteh di kilometer 139 di Kemaman runtuh, berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam berkata tebing jalan setinggi 12 meter itu runtuh kira-kira 3.30 pagi ini lalu menghempap kenderaan-kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan berkenaan.
  
"Kita khuatir kemungkinan ada orang yang tidur di dalam kereta yang tertimbus itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Che Suza berkata jalan itu tertimbus sepanjang kira-kira 50 meter dan pihaknya telah menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membantu kerja-kerja membersihkan kawasan yang tertimbus menggunakan jentolak.
  
Katanya kejadian itu berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan pergerakan tanah di kawasan itu.
  
- Bernama

Ngeri! Bas Kilang Hancur Terbalik Rempuh Kereta

Posted: 25 Dec 2012 11:56 PM PST

bas112 Safar 1433H. [MOD] -

Ngeri! Bas Kilang Hancur Terbalik Rempuh Kereta (6 Foto)| Sudah menjadi rutin apabila bas kilang berwana biru ini akan mengambil para pekerjanya di setiap kawasan. Namun dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, tidak semena-mena bas yang dipandu hilang kawalan ketika mahu memasuki lorong sebelah kiri. Akibatkan hilang kawalan, bas tersebut telah merempuh sebuah kereta proton Satria yang berada di lorong kiri tersebut. Kemalangan ini menyebabkan dua orang maut di tempat kejadian. Boleh lihat gambar di bawah ini.
NIBONG TEBAL – Dua pekerja kilang maut apabila bas yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 150.3 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran susur keluar Bukit Tambun, di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, Nurul Nadirah Sudin, 18, dan Samsiah Hasan, 22, masing-masing berasal dari Taiping dan Batu Kurau, Perak, meninggal dunia di tempat kejadian.
bas2
bas3
"Kejadian dipercayai berlaku apabila bas yang membawa 17 pekerja kilang dalam perjalanan dari Tanjung Piandang, Perak ke kawasan perindustrian di Perai, cuba memasuki lorong kiri lebuh raya sebelum hilang kawalan lalu merempuh kereta yang bergerak seiring di lorong kiri.
"Kedua-dua kenderaan itu terbabas dengan bas terbalik ke kawasan semak di kiri lebuh raya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, pemandu bas dan sembilan pekerja kilang yang cedera kini dirawat di Hospital Seberang Jaya manakala enam lagi pekerja yang cedera ringan telah dibenarkan pulang.
bas4
bas5
bas6
Katanya, pemandu kereta berusia 21 tahun itu hanya mengalami cedera ringan.
Shafien berkata, jenazah kedua-dua pekerja itu telah dituntut oleh keluarga masing-masing.
Sementara itu, bapa Nurul Nadirah, Sudin Ismail, 45, ketika ditemui berkata, beliau mendapat panggilan daripada abang iparnya kira-kira pukul 6.45 pagi memberitahu kemalangan itu, bagaimanapun beliau tidak diberitahu yang anaknya telah meninggal dunia.

Beliau berkata, beliau amat terkejut dengan berita kematian anaknya itu yang kali terakhir mereka berjumpa ialah minggu lepas.

Ibu saudara Nurul Nadirah, Hamisah Samsudin, 37, berkata bas terhuyung-hayang secara tiba-tiba hingga menyebabkannya memegang kerusi dengan kuat.

"Sedar-sedar bas dah terbalik. Saya merangkak keluar mengikut cermin hadapan bas," kata ibu kepada tiga orang anak itu yang cedera di bahu.

Seorang lagi mangsa, Fazilawati Md Rasdi, 30, dari Batu Kurau berkata ketika kejadian beliau sedang tidur dan hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar jeritan rakan sekerjanya sebelum bas itu terbalik.- Bernama.

98 warga emas sertai Jom Shopping Hulu Klang

Posted: 25 Dec 2012 11:55 PM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -



(Bagus...kata warga emas dan Saari Sungib selepas membeli belah bersama.)

GOMBAK: 98 warga emas menyertai program jom shopping bersama Adun Hulu Klang, Saari Sungib baru-baru ini.

Mereka adalah kumpulan yang ke 13 dalam siri program Jom Shopping yang dilaksanakan untuk kawasan Dewan Undangan Negeri ini.

Program ini diuruskan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang dengan disertai bersama oleh Adun kawasan berkenaan, Saari Sungib.

(Program pergi shopping bersama-sama umpama rekreasi bagi warga emas)

Program ini dibuat di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang telah diadakan di pasaraya Giant, Batu Caves.

Kesemua mereka dibawa menaiki bas bersama Saari.

Program Jom Shoping ini adalah projek kerajaan negeri Selangor untuk memberikan keceriaan kepada warga emas.
(Terima kasih YB...mungkin itu yang dikatakan warga emas ini kepada Saari selepas shopping bersama.)

Mereka akan dibawa ke pasaraya untuk membeli belah barangan keperluan mereka dengan belanjanya ditanggung oleh kerajaan negeri.

Saari ketika memberikan ucapan ringkas menyampaikan ucapan terima kasih kepada peserta yang hadir menjayakan ini.

Katanya, program Jom Shopping anjuran Kerajaan Negeri Selangor ini bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan orang terdahulu dalam membangunkan ekonomi Negeri Selangor.

harakah/-

Isu Tapis Calon: Siasat Najib Razak Dan Taib Mahmud Dahulu!

Posted: 25 Dec 2012 11:49 PM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

Orang pertama yang harus disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jika benar UMNO betul-betul serius mahu menapis calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

"Walaupun gaji Perdana Menteri atau Menteri Kabinet boleh dikatakan tinggi, pastinya ia tidak begitu tinggi sehingga begitu mudah mampu berbelanja sehingga RM80,000 untuk majlis hari jadinya dan RM410,000 untuk majlis pertunangan anak perempuan beliau, dan juga barangan mewah yang diperagakan isterinya, Rosmah Mansor yang diketahui umum memiliki sejumlah besar beg tangan Birkin," kata Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching.

Nie Ching dalam kenyataannya mempertikaikan keikhlasan Najib Razak untuk membersihkan imej UMNO-BN dengan menapis calon BN untuk PRU-13.

Menurutnya, kerjaya politik Najib bermula dengan mewarisi kerusi ayahnya pada usia 23 tahun, dan memegang jawatan menteri pada usia 25 tahun sehingga dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009 setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur.

"Saya pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana beliau dapat mengumpulkan begitu banyak kekayaan ketika menjadi ahli politik sepenuh masa sejak usia pertengahan 20-an," ujar Nie Ching.

Beliau juga menambah seorang lagi ahli politik yang mesti disiasat secepat mungkin ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud.

Menurut beliau, laporan sebuah NGO yang berpusat di Switzerland, Bruno Manser Fund menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai RM64 bilion, dengan harta kekayaan Taib sendiri bernilai RM46 bilion.

"Adakah Perdana Menteri dan Pengerusi BN akan menukar fikirannya dan tidak mahu calon BN disiasat untuk amalan rasuah?" ujar Nie Ching lagi.

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Publisiti DAP turut menyarankan supaya calon BN melakukan pengisytiharan harta secara terbuka sekiranya mereka benar-benar serius mahu mempamerkan imej yang lebih bersih.

"Kami menyeru Perdana Menteri Najib Razak dan BN untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka boleh berubah, jika tidak mereka mesti bersedia untuk diubah oleh rakyat pada PRU-13 nanti," tambah beliau. – Roketkini


Pegawai Nik Aziz: Kurnia tanah 4,259 hektar bukan rahsia, Pusat dimaklum

Posted: 25 Dec 2012 11:00 PM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -


Pegawai Nik Aziz: Kurnia tanah 4,259 hektar bukan rahsia, Pusat dimaklum
Dua surat berkaitan pengurniaan tanah balak seluas 4,259 hektar yang dikeluarkan oleh pegawai Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.
SHAH ALAM - Isu pemberian tanah balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang, yang didakwa diberikan kepada pemimpin DAP Perak bukan satu rahsia, sebaliknya pengurniaan telah diputuskan tujuh tahun lalu dan sedia diketahui oleh dua kementerian termasuk Datuk Dr Awang Adek Hussin, kata Setiausaha Akhbar kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

"Kenyataan-kenyataan ini (laporan media) seolah-olah ingin menyebut bahawa projek yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah rahsia sehingga ia terdedah dengan laporan blog pisau.net.

"Dalam hal ini, suka untuk saya nyatakan bahawa projek ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia dan satu surat kelulusan telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui," kata Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahmad Fadhli berkata, surat kedua pula ialah daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bertarikh 16 Januari 2006, yang turut menyokong permohonan
syarikat tersebut bagi tujuan meningkatkan lagi kegiatan ekonomi negeri Kelantan.

"Surat tersebut ditandatangani olah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah  pada masa itu iaitu Datuk Dr Awang Adek Hussin. Salinan surat-surat tersebut saya kepilkan bersama untuk rujukan," kata beliau lagi.

Awang Adek merupakan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan sekarang.

Justeru, Ahmad Fadhli berkata, beliau berharap semua pihak di Kelantan terutama pemimpin Umno dan pertubuhan bukan kerajaan boleh bertanya terus kepada Awang Adek berkenaan isu tersebut.

"Menyentuh kenyataan (Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi ) Pengerusi Ombak agar Tuan Guru Menteri Besar mendakwa blogger pisau.net jika benar ia merupakan satu fitnah, saya kira Ombak boleh bersabar. Mana tau, jika nasib baik, Ombak pun boleh dimasukkan bersama dalam senarai defendan nanti," katanya lagi.

Kenyataan Ahmad Fadhli merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 4,259 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada Pas selepas pilihan raya umum 2008.

"Sekalipun penjelasan telah diberikan panjang lebar dalam kenyataan sebelum ini, tetapi kelihatan pemimpin Umno bersama beberapa NGO pro Umno masih belum faham atau 'berpura-pura untuk tidak faham," kata beliau.

Laporan akhbar memetik Presiden Ombak, Wan Khairul Wan Muhammad berkata, Nik Aziz tidak wajar berdiam diri, sebaliknya perlu memberikan penjelasan berhubung dakwaan menawarkan tanah balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak.

Wan Khairul berkata, jika dakwaan tersebut tidak benar, Mursyidul Am Pas itu harus mengambil tindakan undang-undang ke atas blog pisau.net yang mendedahkan perkara itu sebelum pengakuan dibuat oleh kedua-dua pemimpin DAP terbabit.

"Kedua-dua pemimpin ini telah mengaku melabur dalam Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan itu, tetapi sehingga hari ini Nik Abdul Aziz masih berdiam diri.

"Beliau perlu membuat penjelasan terutamanya kepada seluruh rakyat Kelantan kerana ia bukan isu kepartian malah satu kebenaran yang perlu rakyat lihat di sebalik pemerintahan Islam," katanya.

sinar/-

'Nak import dari India, graduan ISMP menganggur'

Posted: 25 Dec 2012 10:45 PM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -
 
Satu memorandum akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran bagi meminta kerajaan menangani masalah pengangguran graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP) yang tidak ditempatkan sebagai guru di sekolah kebangsaan.

Presiden Mahasiswa Keadilan, Haziq Abdul Aziz berkata, pihaknya yang merupakan satu sayap baru dalam PKR kini dalam perancangan untuk berjumpa kementerian pelajaran serta pelajar ISMP bagi menyerahkan memorandum tersebut.

"Kita dalam perancangan nak jumpa kementerian pelajaran untuk hantar memorandum dan berjumpa dengan pelajar ISMP dalam masa terdekat.

"Kita akan sampaikan memorandum dan akan tunggu respons daripada kementerian pelajaran kerana kami merasakan wujudnya diskriminasi terhadap pelajar ISPM di IPTS (Institusi Pengajian Tinggi Swasta)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini yang turut dihadiri Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sebelum ini Gerakan Gabungan ISMP membuat kenyataan bahawa ribuan pelajar ijazah tersebut gagal ditempatkan sebagai guru dan dalam masa sama sukar diterima di sektor swasta.

Penyelaras gabungan itu, Abdul Rahman Usman berkata, masalah itu berpunca daripada penempatan mereka sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) masih belum diumumkan.

Sehubungan itu, pada sidang media sama, Nik Nazmi meminta kerajaan khususnya kementerian pelajaran untuk mengambil lebih ramai graduan ISMP dari  IPTS bagi menambah jumlah guru berbanding mengimport dari India.

Menurutnya, kerajaan juga seharusnya mengambil graduan Mengajar Bahasa Inggeri Sebagai Bahasa Kedua (TESL) tempatan sebagai guru yang akan mengajar bahasa inggeris di sekolah kebangasaan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Malaysia berminat hendak ambil guru dari India untuk mengajar bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan tanahair.

"Masalah graduan yang tidak bekerja masih lagi ada dan mereka nak ambil India pula. Bagi saya ini bukan penyelesaian. Graduan perguruan terutama IPTS tidak diberi kerja. Bagaimana dengan mereka? Kerajaan sewajarnya mengambil graduan TESL tempatan," katanya.

Selain itu, Nik Nazmi turut mempersoalkan adakah sistem pembelajaran bagi  pelajar TESL bermasalah sehingga mereka tidak diambil menjadi guru di sekolah kebangsaan.

Katanya, kerajaan seharusnya mempertimbangkan graduan perguruan tempatan yang berdepan dengan masalah pengangguran dan dibebani dengan hutan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Kita ada pelajar TESL. Kalau setakat nak mengajar bahasa Inggeris di sekolah rendah sudah tentu tidak ada masalah. Kenapa tak ambil pelajar TESL? Mesti ada masalah dengan sistem kita. Dan kita perlu baiki sistem itu," katanya lagi.

malaysiakini/-

Kejahilan Umat Islam Merosakkan Ummah Sendiri

Posted: 25 Dec 2012 10:40 PM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -
 
Membaca surat khabar Utusan Melayu pagi ini (24 Disember 2012), hati saya berasa amat sedih, bukan kerana berita kemalangan yang menyebabkan satu keluarga terkorban tetapi tentang berita ketaksuban bekas ahli PAS terhadap Amanat Haji Hadi. Sedih saya kerana masih ada lagi umat Islam yang jahil dalam dunia serba canggih ini. Bagaimana mereka boleh jahil dalam agama sehingga boleh taksub kepada pemimpin mereka.
 
Saya tidak tahu keadaan sebenar, adakah keadaan ini kerana ulama tidak benar-benar mengajar umat Islam tentang bahaya taksub atau ahli sesuatu parti itu tidak mahu belajar agama hingga boleh taksub sebegitu rupa. Walau apapun andaiannya, saya boleh pastikan bahawa seseorang yang boleh taksub kepada pemimpin mereka hakikatnya mereka tidak beragama atau dalam kata lain jahil dalam agama.
 
Merujuk kepada laporan akhbar tersebut, seorang bekas ahli Pas dari Kampung Bukit Payong Hulu Besut, Mat Ali Mat Resat, 62, beliau mendedahkan bahawa sebahagian ahli Pas mengelak daripada mengambil lauk daging sewaktu menghadiri kenduri ahli dan penyokong UMNO kerana percaya sembelihan mereka tidak sah dan haram dimakan.
 
Kalau betul dakwaan Mat Ali itu, memang saya salahkan pemimpin parti kerana mereka gagal mengajar fardu ain kepada ahlinya. Sepatutnya semua ahli diberi bimbingan agama yang cukup bukan sekadar ceramah semangat yang berapi-api. Tetapi kalau parti sudah menyediakan kelas-kelas fardu ain, sedangkan ahli tersebut gagal untuk menghadirinya kerana kesebutan atau malas, maka salahnya ialah ahli berkenaan. Namun natijahnya tetap kita boleh salahkan pemimpin atas kegagalan itu.
Rendah Ilmu
Sebenarnya saya sehingga ke hari ini tidak dapat hendak menggambar betapa rendahkan tahap ilmu umat Islam kini sehingga mereka tidak tahu menilai mana satu ajaran yang benar dan mana pula ajaran yang tidak benar. Namun pada masa yang sama saya juga berasa hairan betapa ceteknya akal orang-orang Islam pada hari ini dalam memahami bahasa ilmu walaupun ilmu itu dalam bahasa Melayu.
 
Cetek akal boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat memahami makna tersirat. Saya percaya mereka yang seangkatan dengan bekas ahli PAS itu gagal memahami makna tersirat itu. Untuk membuktikannya, saya cuba dapatkan teks Amanat Hadi seperti yang didakwakan itu. Rupa-rupanya amanat itu sudah diarkibkan dalam Wikipedia.
Supaya umat Islam terus selamat dan tidak lagi ditipu oleh syaitan-syaitan manusia maka izinkan saya untuk memperturunkan amanat tersebut dan kemudiannya cuba kita fahami maksudnya agar kita tidak terus taksub pada perkara yang salah.
 
"Saudara-saudara sekelian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
 
"Percayalah saudara-saudara sekelian, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."
 
Berdasarkan teks amanat di atas, saya dapati tidak ada satu kenyataan pun yang menyebut bahawa UMNO kafir. Maka jelaslah, mereka yang membuat dakwaan itu tersalah faham atas kejahilan dalam memahami bahasa. Dalam hal ini kalau ada orang UMNO yang memahami bahawa kenyataan itu sebagai menuduhnya kafir, ternyata mereka telah membuat sangkaan yang salah. Ini seolah-olah mereka mengiktiraf bahawa mereka adalah kafir. Perhatikan catatan Abu Hurairah berikut:
 
عن أَبي هُرَيْرَةَ، وَهُوَ قَائِمٌ عِنْدَ مِنْبَرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مِثْلِ هَذَا الْيَوْمِ وَفِي مِثْلِ هَذَا الشَّهْرِ ، فَقَالَ : " أَحْسِنُوا يَأَيُّهَا النَّاسُ بِرَبِّ الْعَالَمِينَ الظَّنَّ ، فَإِنَّ الرَّبَّ عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِهِ بِهِ " .(ابن النجار)
 
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah yang ketika itu dia berdiri di sisi mimbar Rasulullah SAW katanya, pernah Rasulullah SAW berdiri dalam majlis kami seperti hari ini dan seperti bulan ini, maka baginda bersabda; "perelokkan sangkaan kamu wahai manusia terhadap tuhan sekelian alam, kerana sesungguhnya tuhan bersama sangkaan hambanya.

Salah faham
Memahami kenyataan di atas, sepatutnya orang UMNO tidak cepat membuat andaian buruk terhadap kenyataan Haji Hadi itu, sebalik berkata dengan tenang; "kita perlu cek semula perlembagaan kita adakah benar masih berbau penjajah." Kalau betul ubahlah, kalau tidak betul maka bersyukur kerana kita tidak termasuk dalam kenyataan itu. Bayangkan kalau kita besar-besarkan isu kafir ini, sedangkan amanat itu tidak katakan begitu, sudah tentu kita sendiri yang akui kekafiran itu. Nanti Allah bersama sangkaan itu.
 
Sebenarnya amanat itu tidak merujuk kepada isu akidah pun, sebaliknya merujuk kepada isu politik, mengapa mereka menentang UMNO. Menurut amanat itu mereka menentang Umno kerana Umno mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Jadi, isunya hanya pada tiga perkara itu. Maknanya kalau tiga perkara itu tiada, pastilah PAS boleh berbaik-baik dengan UMNO.
 
Seterusnya pada perenggan kedua mereka mengisytiharkan jihad menentang kerajaan yang masih mengekalkan tiga perkara di atas. Memanglah berjihad menentang perkara ini boleh mati syahid. Jelas mereka bukan menentang kerana kerajaan itu kafir tetapi kerana kerajaan yang masih mengekalkan tiga perkara itu. 
 
Selain itu dalam perenggan itu juga ditambahkan satu ilmu bagaimana untuk mengelak diri daripada menjadi kafir. Katanya, kita boleh jadi kafir hanya dengan menyebut "Agama atau Islam satu perkara dan politik satu perkara lain". Ertinya kedua-duanya berada pada kedudukan berasingan, tidak bercampur. Padahal dalam Islam, politik itu sebahagian daripada urusan agama.
 
Jadi, kita boleh ukur diri sendiri, adakah aku berfikiran begitu atau tidak? Kalau memang kita begitu, taubatlah semoga kita dikembalikan kepada iman yang betul. Kalau tidak begitu, abaikan sahaja kerana perkara itu boleh menjadi ilmu kepada orang lain. Semoga dengan itu tidak seorang pun yang boleh menjadi kafir di negara ini.
 
Selain itu ada sebuah hadis lagi yang sangat berkaitan dengan persoalan di atas.
 
عَنْ معاوية بن حيدةِ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ الْغَضَبَ يُفْسِدُ الإِيمَانَ، كَمَا يُفْسِدُ الصَّبْرُ الْعَسَلَ، ثُمَّ قَالَ : " يَا مُعَاوِيَةُ بْنَ حَيْدَةَ، إِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ تَلْقَى اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ، وَأَنْتَ تُحْسِنَ الْظَنَّ بِهِ، فَافْعَلْ، فَإِنَّ اللَّهَ عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِهِ بِهِ." (ابن عساكر الدمشقي)
Maksudnya: Daripada Muawiyah bin Haidah dia berkata, Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya marah itu merosakkan iman sepertimana jadam merosakkan madu. Kemudian baginda bersabda lagi, wahai Muawiyah bin Haidah, jika kamu berpeluang bertemu Allah Azzawajalla, dan boleh bersangka baik, buatlah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama sangkaan hambanya.
Berdasarkan hadis ini, kita tidak sewajarnya marah kepada orang lain apatah lagi orang yang boleh menasihatkan kita ke arah kebaikan. Kalau kita cepat marah apatah lagi kalau panas baran, iman akan hilang, dan lambat laun mereka boleh jadi kafir pula. Oleh sebab itu, sebagai orang Islam kita kena bersangka baik atas apa yang berlaku. Nanti Allah akan merestui sangkaan kita itu. Wallahu aklam.

Ahmad Baei Jaafar

‘Saman Ekor’ atau Perangkap Kelajuan Tidak Adil Kepada Pengguna Jalanraya

Posted: 25 Dec 2012 10:30 PM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

MIRI – 'Saman Ekor' atau perangkap kelajuan yang dikenakan kepada pengguna jalanraya amat mengelirukan dan tidak adil kepada pengguna jalanraya. Antara masalah yang menjadi persoalan kepada pengguna jalanraya ialah tiada tanda amaran atau peringatan kepada pengguna jalanraya terutama sekali di kawasan yang dilarang memandu laju.

Baru-baru ini kita menerima banyak aduan dari pengguna jalanraya tentang masalah saman ekor yang dikenakan keatas mereka. Salah seorang pengadu, Abu Anak Alui tidak puas hati terhadap saman yang dikenakan keatasnya, antara sebabnya ialah tarikh saman yang terdapat dalam surat saman dan tarikh dalam gambar agak mengelirukan.

Tarikh saman dalam gambar tercatit pada bulan Mei tetapi dalam surat saman tercatit pada bulan September. Beliau juga tidak puas hati kerana tiada tanda amaran di kawasan dimana beliau dikenakan saman ekor oleh pihak polis.

Pihak polis atau pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepatutnya meletakkan tanda amaran atau peringatan di kawasan dilarang memandu laju untuk mengingatkan pengguna jalanraya supaya memandu perlahan.

Pengguna jalanraya berhak tahu mengapa mereka mesti disaman di kawasan yang tiada tanda amaran. Sudah tentu pengguna jalanraya yang mengguna lebuhraya tidak perasan apabila memandu laju kerana kalau memandu secara perlahan sudah pasti boleh menyebabkan pemandu rasa bosan dan mengantuk terlebih lagi jalan jauh yang tidak banyak kenderaan. Lagi pun jalanraya atau lebuhraya di Sarawak agak berliku-liku dan jalan tidak rata.

Mereka terasa terlalu beban untuk membayar saman ekor tanpa mengetahui kesalahan sebenar mereka walaupun ada gambar yang dirakam oleh pihak polis. Pengguna jalanraya juga berhak mengetahui, adakah mesin yang merakam kelajuan kenderaan tersebut, sama tercatit dengan kelajuan yang tercatit dalam meter kenderaan yang dipandu oleh pengguna jalanraya?

Berapa lama jangkahayat bateri perangkap kelajuan tersebut boleh bertahan, setelah digunakan dan adakah ianya dijamin boleh mencatit tepat dengan kelajuan sebenar kendaraan yang dirakam. Mengapa pihak polis mesti bersembunyi di celah-celah pokok atau sebagainya untuk merakam pemandu laju?  Adakah tujuan mereka semata-mata untuk menyaman atau menjaga keselamatan pengguna jalanraya?
Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa sebelum mengenakan saman kepada pengguna jalanraya untuk mengelak salah faham.

Kita mencadangkan kepada pihak berkuasa agar setiap jalanraya yang hendak melakukan saman ekor atau perangkap kelajuan perlu diletak tanda amaran atau tanda peringatan agar pemandu lebih berhati-hati memandu dalam kawasan tersebut.  Pihak polis atau JPJ perlu memberi amaran kepada pengguna jalanraya sebelum menyaman mereka, ada kemungkinan mereka ada masalah atau ada kecemasan ketika itu yang menyebabkan mereka terpaksa memandu laju.  Kalau pengguna jalanraya masih juga melanggar peraturan jalanraya atau degil, pihak polis atau JPJ boleh mengambil tindakan yang sewajarnya keatas mereka.

Apalah ertinya menyaman pengguna jalanraya, sedangkan masalah keselamatan di jalanraya masih belum dapat diatasi sepenuhnya. Kita mengesa pihak berkuasa mengkaji semula saman ekor ini yang dijalankan sekarang kerana ianya tidak adil kepada pengguna jalanraya tanpa mengetahui kesalahan mereka yang sebenar.   Carilah keadah atau jalan penyelesaian yang terbaik selain menyaman untuk mengatasi masalah keselamatan jalanraya agar ianya memberi kebaikan untuk semua. Kita tidak menentang peraturan jalanraya tetapi biarlah ianya adil dan tidak menyusahkan pengguna. Keselamatan jalanraya memang patut diberi keutamaan demi kebaikan untuk semua.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Jangan terpedaya arahan hadir ke AGM KPF esok

Posted: 25 Dec 2012 08:00 PM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendedahkan, terdapat usaha pihak tertentu mengarahkan perwakilan hadir ke Mesyuarat Agung (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) esok walaupun mahkamah telah mengarahkan ia dibatalkan.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata,beliau mendapat maklumat, pengurus-pengurus Felda diarahkan supaya membawa para perwakilan ke Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak esok untuk menghadiri AGM KPF.

"Saya terima maklumat, Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad telah arahkan pengurus-pengurus Felda bawa perwakilan ke AGM esok walaupun ia telah dibatalkan oleh mahkamah," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu membenarkan permohonan KPF agar mahkamah membatalkan AGM KPF ke-31, esok.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) juga akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada pengurus Felda berhubung pembatalan AGM tersebut.

Justeru Mazlan menyifatkan arahan itu sebagai menghina mahkamah dan menggambarkan sikap terdesak individu yang berkepntingan dalam Felda.

"Mereka telah menghina mahkamah dan tidak akur pada keputusan mahkamah berhubung perkara ini pada 24 Disember lalu," tegasnya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Beliau turut mengingatkan para perwakilan tidak menurut arahan yang menghina mahkamah itu dan menggesa perwakilan yang menerima rahan tersebut membuat laporan polis.

"Saya ingatkan para perwakilan, jangan dengar arahan tersebut kerana ia jelas menghina mahkmah.

"Sesiapa yang menerima arahan tersebut boleh buat laporan polis dengan segera," katanya lagi.

Anak sebelum ini mempertikai keputusan Panel Rujukan pertikaian SKM membatalkan AGM KPF yang diadakan pada 20 Jun lalu.

SKM mengeluarkan surat pada 4 Disember lalu, mengarahkan KPF mengadakan AGM ke-31, bersama surat kuasa yang menyatakan AGM pada 20 Jun lalu tidak sah dan AGM akan dipanggil oleh SKM.

AGM KPF yang kan dikendalikan SKM itu sepatutnya berlangsung esok tetapi telah dibatalkan mahkamah.

harakah/-

Lima jadi korban lori ikan

Posted: 25 Dec 2012 07:40 PM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -
 
BELURAN - Lima termasuk dua beradik terbunuh selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori membawa muatan ikan dalam kemalangan di simpang Ladang Muncul Maju, Jalan Nangoh Paitan dekat sini malam kelmarin. 

Kejadian pada pukul 8.45 malam itu berlaku ketika kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Kampung Sulit Paitan.

Lima mangsa yang terkorban ialah Roling Korang, 34, dan adiknya, Ugat Korang, 30, Albert Simon, 29, Jaffriddin Ujin, 31, serta Hendryson Ido, 16 .

Kemalangan tersebut difahamkan berlaku apabila kereta yang dipandu Roling dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori membawa muatan ikan yang dalam perjalanan ke Kudat.

Rempuhan itu menyebabkan kesemua mangsa tersepit di dalam kereta dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.

kosmo/-

Kes Saman Anwar-Khairy Digantung, Khairy Diperintah Bayar Anwar RM30k

Posted: 25 Dec 2012 07:20 PM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

Putrajaya: 24 Dis - Mahkamah Rayuan memerintahkan perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang ditetapkan untuk pendengaran Rabu ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, digantung.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Clement Allan Skinner membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Khairy untuk menggantung prosiding tersebut sementara menunggu rayuan berhubung keengganan Mahkamah Tinggi mengetepikan perintah bertarikh 26 November yang menghalang beliau memfailkan pembelaan dalam saman berkenaan.

Dalam penghakimannya, Hakim Clement berkata mahkamah berpuas hati bahawa terdapat keadaan khusus bagi menggantung perbicaraan itu seperti yang dinyatakan dalam permohonan Khairy.

Beliau berkata jika Mahkamah Tinggi meneruskan perbicaraan itu tanpa menunggu keputusan rayuan Khairy, ia akan menjejas integriti rayuan dan menjadi sia-sia jika pemohon berjaya.

Selain itu, katanya, jika perbicaraan tersebut diteruskan dan keputusan dibuat tanpa memberi peluang kepada Khairy untuk membela diri, prasangka yang dialami pemohon tidak boleh dipampas dengan kos.

Bagaimanapun, pada prosiding, Isnin, Mahkamah Rayuan memerintahkan Khairy membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Anwar.

Hakim Clement, yang bersidang bersama Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, menetapkan 3 Jan depan sebagai tarikh pengurusan kes untuk rayuan Khairy.

Pada 26 November lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menolak permohonan Khairy untuk mengetepikan perintah beliau yang menghalang Ketua Pemuda Umno itu memfailkan pembelaan dalam saman fitnah tersebut.

Hakim Hue membuat keputusan itu selepas mendapati peguam Khairy gagal mematuhi arahan mahkamah ketika pengurusan kes pada 29 Jun lepas, iaitu semua pihak yang berkenaan memfailkan senarai saksi dan ringkasan kes bagi tujuan perbicaraan.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman itu selepas mendakwa Khairy mengeluarkan perkataan berunsur fitnah dan menyebabkan ia disiarkan beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com dalam bentuk klip video yang bertajuk 'Anwar and kin no threat'.

Ketua pembangkang itu berkata klip video yang disiarkan Malaysiakini.com mengandungi perkataan berunsur fitnah yang dituturkan Khairy dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada atau sekitar 20 Februari 2008.

Khairy, dalam penyataan yang difailkan pada 8 Oktober 2010, berkata beliau bergantung kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.

Khairy diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala Datuk Sulaiman Abdullah mewakili Anwar. - BERNAMA

Pasar raya dipecah masuk

Posted: 25 Dec 2012 07:00 PM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -


Laluan pecah masuk di salah sebuah pasar raya di daerah ini, awal pagi semalam.
Laluan pecah masuk di salah sebuah pasar raya di daerah ini, awal pagi semalam.
 
REMBAU – Sebuah pasar raya di daerah ini kerugian wang tunai kira-kira RM100,000 selepas premis berkenaan dipecah masuk awal pagi, semalam.

Kejadian terbabit hanya disedari penyelia pasar raya berkenaan yang terkejut apabila mendapati ruang atas siling pasar raya berkenaan terbuka sebaik sahaja memasuki premis berkenaan bagi memulakan operasi perniagaan sebelah pagi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, pihaknya tidak menolak kemungkinan ianya dilakukan sekitar jam 3 hingga 4 pagi dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti individu terlibat.

"Buat masa ini, suspek dipercayai menceroboh masuk melalui bumbung bagi melarikan wang tunai yang terdapat di dalam peti keselamatan di pasar raya itu.

"Malah, suspek juga dipercayai merosakkan sistem kamera tertutup (CCTV) yang dipasang di pasar raya berkenaan bagi mengelak aktivitinya dirakam," katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, individu yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Rembau di talian 06-6852222 atau balai polis berhampiran.

sinar/-

Projek tanah Upayapadu: Umno diminta tanya Awang Adek

Posted: 25 Dec 2012 06:45 PM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -


KOTA BHARU: Beberapa badan bukan kerajaan dan Umno diminta bertanya kepada bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Dr Awang Adek bin Hussin berkaitan pembangunan tanah di Gua Musang.

Ini kerana, beliau yang menandatangani surat sokongan agar projek membabitkan Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan  Upayapadu Plantation Sdn Bhd dilaksanakan.

Demikian kata Ustaz Fadli Shaari (gambar), Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataannya hari ini.

Surat yang ditandatangani oleh Awang Adek adalah kedua selepas surat pertama dari Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005.

Penjelasan Fadli ini merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.


(Surat Awang Adek dan Peter Chin yang menyokong projek)

Sekalipun penjelasan telah diberikan panjang lebar dalam kenyataan sebelum ini, tetapi kelihatan pemimpin UMNO bersama beberapa NGO pro UMNO masih belum faham atau 'berpura-pura untuk tidak faham'.

Hari ini, 25 Disember 2012, dilaporkan di dada-dada akhbar desakan NGO Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wira PERKASA dan Pertubuhan Minda Orang Muda (MOM) agar penjelasan dibuat oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Begitu juga akhbar semalam 24 Disember 2012 di mana Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Haji Mohd Fatmi Haji Che Salleh juga turut mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya.

"Kenyataan-kenyataan ini seolah-olah ingin menyebut bahawa projek yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah rahsia sehingga ia terdedah dengan laporan blog pisau.net," katanya.

Menurut beliau, ia bukan projek rahsia kerana telah dimaklumkan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia.

Surat kelulusan pula telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.

"Salinan surat-surat tersebut saya kepilkan bersama untuk rujukan," kata Fadli dalam kenyataannya.

Justeru, katanya, beliau meminta semua pihak di Kelantan terutama pemimpin UMNO dan NGO-NGO boleh bertanya terus kepada Dato Dr Awang Adek berkenaan isu ini.

Menyentuh kenyataan Pengerusi OMBAK agar YAB Tuan Guru Menteri Besar mendakwa blogger pisau.net jika benar ia merupakan satu fitnah, Fadli menulis, "saya kira OMBAK boleh bersabar."

"Mana tau, jika nasib baik, OMBAK pun boleh dimasukkan bersama dalam senarai defendan nanti," katanya berikutan cadangan Menteri Besar Kelantan agar pihak yang memfitnahnya sebelum ini disaman.

harakah/-

Kereta dihempap papan lapis

Posted: 25 Dec 2012 06:40 PM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

pix_middle

BUKIT KAYU HITAM: Seorang maut manakala tiga lagi cedera termasuk seorang parah selepas kereta dinaiki empat sekawan itu dihempap papan lapis yang menggelongsor dari sebuah lori treler di kilometer 0.5 berhampiran Kompleks Zon Bebas Cukai, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam berlaku selepas sebuah lori treler yang membawa muatan papan lapis hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan sehingga mengakibatkan papan lapis berkenaan menggelongsor menghempap kereta dinaiki empat pelajar itu.

Mangsa dipercayai pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan parah dialaminya di bahagian kepala akibat dihempap muatan lori treler terbabit.

Bagaimanapun, pemandu lori treler terbabit dikatakan melarikan diri selepas kejadian itu.

Difahamkan, lori treler itu yang datang dari arah Pekan Danok, Thailand tiba-tiba hilang kawalan dipercayai berpunca masalah brek sebelum hilang kawalan ketika menuruni bukit menghampiri Kompleks Imigresen dan Kuarantin (KIK) yang terletak kira-kira 200 meter daripada tempat kejadian.

Kereta model Perodua Kancil dinaiki mangsa pada mulanya dikatakan mengekori lori berkenaan sebelum cuba memotongnya apabila mendapati lori hilang kawalan namun sebaik berada di sebelah kiri lori treler itu papan lapis diatasnya mula menggelongsor dan menghempap bahagian belakang kereta.

Ia mengakibatkan kereta mangsa remuk teruk menyebabkan mangsa yang berada di bahagian kanan belakang maut ditempat kejadian manakala rakan disebelahnya cedera parah. Dua lagi rakan mangsa di bahagian hadapan dilaporkan cedera dan masih dirawat di Hospital Jitra.

Pegawai Penyiasat Polis Daerah Kubang Pasu, Inspektor Juhaisham Jusoh ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu mangsa berasal dari ipoh dan baru mendaftar sebagai pelajar di UUM.

Katanya, semua mangsa yang belum dikenalpasti identitinya itu sudah dihantar ke Hospital Jitra untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, berdasarkan maklumat dalam laman twiter Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sehingga jam 11 pagi ini menyatakan pihaknya masih belum dapat mengalihkan lori berkenaan yang tersangkut pada pembahagi jalan namun sudah membuka laluan itu untuk kegunaan ramai berikutan kerja-kerja mengalihkan papan lapis berkenaan selesai dijalankan awal pagi tadi.

metro/-

Lagi kejadian tembakan di AS

Posted: 25 Dec 2012 06:30 PM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -




WEBSTER, New York – Seorang bekas banduan membakar sebuah rumah dan kereta di kejiranannya di sini, dalam negeri New York, untuk mengumpan pihak bomba sebelum menembak mati dua anggota pasukan berkenaan.

Penyerang kemudian bertindak membunuh diri selepas berbalas tembakan dengan pihak polis.
Dalam kejadian tersebut, pihak berkuasa terpaksa menggunakan kereta perisai untuk memindahkan mangsa-mangsa yang terbunuh serta 33 orang penduduk sekitarnya.

Ketua polis bandar ini, Gerald Pickering berkata, penyerang bersenjata itu, William Spengler telah dipenjara lebih 17 tahun kerana memukul sampai mati neneknya yang berusia 92 tahun pada tahun 1980.

Menurutnya, pembunuhan tersebut berlaku di sebuah rumah bersebelahan kediaman tempat serangan kelmarin berlaku.

Pihak berkuasa memberitahu, Spengler, 62, memperoleh parol pada 1998 dan menyepikan diri sejak dia dibebaskan.

"Kebakaran itu satu perangkap," kata Pickering pada satu sidang media.

"Mereka ini (anggota-anggota bomba) bangun di tengah malam demi memadamkan kebakaran. Mereka tidak menyangka akan ditembak dan terbunuh," tambahnya.

Setakat ini, polis masih menyiasat motif serangan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, satu rakaman audio yang disiarkan di laman web RadioReference.com menunjukkan seseorang melaporkan bahawa penyerang menggunakan sepucuk raifal atau senapang.
Dia melepaskan tembakan dari atas sebuah rabung di luar kediaman tersebut.

Jelas pihak berkuasa, dua anggota bomba mati di tempat kejadian manakala dua yang lain dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan.

Seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu turut cedera dalam insiden tersebut.
Menurut Pickering, sebanyak tujuh buah rumah musnah dengan polis masih belum dapat mengesahkan sama ada terdapat mangsa lain yang maut dalam serangan tersebut. Dalam perkembangan yang sama, seorang anggota polis Bellaire dan seorang penduduk ditembak dan dibunuh seorang suspek di tempat letak kereta kedai barangan penjagaan diri di barat daya bandar raya Houston kelmarin, kata beberapa
pegawai.

Pihak berkuasa menyatakan, Koperal Jimmie Norman, 53, sedang mengejar suspek berusia 21 tahun itu, Harlem Harold Lewis apabila dia menaiki kereta ke tempat pakir pada pukul 8.55 pagi waktu tempatan.
Beberapa saksi berkata, Lewis keluar dari kenderaannya dan mula melepaskan berdas-das tembakan.

"Lelaki itu mula menembak dengan tembakan dilepaskan ketika saya melarikan diri. Kira-kira 10 minit kemudian saya terfikir pistol apa yang digunakan lelaki itu," kata sorang saksi, Stephanie Pacheco.
Seorang saksi lain, Selvin Romero memberitahu Lewis melanggar trak pikap miliknya.
Menurut Romero, dia mengekori Lewis ke laluan di hadapan kedai itu.

Katanya, dia melihat Norman menghampiri kereta Lewis untuk memaksa dia menyerah diri. Namun, beberapa saat kemudian, Lewis melepaskan tembakan ke arah anggota polis itu.

"Suspek mula menembak anggota polis itu dan seterusnya menembak pemilik kedai berkenaan," kata Romero.

Pemilik kedai itu, Terry Taylor ditembak pada jarak dekat di kepala. Menurut polis, dia mati di tempat kejadian.

Polis menyatakan, Norman dibawa ke Hospital Ben Taub di sini dan meninggal dunia tidak lama kemudian. Dia tidak berbalas tembakan dengan suspek.

Lewis cedera dan melarikan diri tetapi dia ditemui di belakang sebuah premis perniagaan tidak jauh dari lokasi kejadian. Menurut polis, sepucuk senjata api ditemui di tempat kejadian.

Lewis kemudian dibawa ke sebuah hospital berhampiran dan berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.
Beberapa doktor memberitahu, dia dijangka pulih. Suspek kini berdepan dakwaan membunuh seorang anggota polis dan melakukan pembunuhan.

Sementara itu, seorang lelaki Seattle berusia 30 tahun terbunuh dan seorang lelaki cedera dalam insiden tembakan di sebuah bar di Bellevue dalam negeri Washington juga kelmarin.
Polis Washington mengeluarkan waran tangkap pada hari yang sama terhadap seorang remaja berusia 19 tahun berhubung kejadian itu. 

Sebelum ini, kejadian tembakan berlaku di Sekolah Rendah Newton, Connecticut pada 14 Disember lalu.
Dalam kejadian itu, seorang pemuda berusia 20 tahun, Adam Lanza menembak ibunya dan 20 kanak-kanak termasuk enam kakitangan sekolah tersebut.
Lanza kemudian membunuh diri.
– Agensi

Lebih 6,000 mangsa banjir dipindah

Posted: 25 Dec 2012 06:25 PM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

Unit pemantauan banjir mengemaskini jumlah mangsa Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan menempatkan mangsa banjir sekitar Kuantan.  FOTO Halim Mat Ali
Unit pemantauan banjir mengemaskini jumlah mangsa Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan menempatkan mangsa banjir sekitar Kuantan. FOTO Halim Mat Ali 
 
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang kian buruk dengan lebih 6,000 mangsa dipindahkan, pagi ini.

Sebanyak 2,594 mangsa kini berada di pusat pemindahan di Terengganu berbanding 1,301 malam tadi, manakala 1,963 mangsa dipindahkan di Kelantan berbanding kira-kira 1,000 semalam, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.

Di Pahang, menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, 1,743 mangsa banjir dicatatkan berbanding 915 semalam, manakala mangsa banjir di Johor pagi ini kekal 16 orang.

Di Kelantan, jajahan Kuala Krai menyaksikan paling ramai mangsa dipindahkan iaitu 907, diikuti Tanah Merah (314), Kota Baharu (295), Pasir Puteh (225), Pasir Mas (116), Machang (100) dan Tumpat (enam).

Di Terengganu, mangsa paling ramai dipindahkan ialah di daerah Besut melibatkan 1,096 orang diikuti Setiu (461), Dungun (317), Kemaman (251), Marang (224), Hulu Terengganu (154) dan Kuala Terengganu (91).

Kemaman merupakan daerah terakhir mengalami banjir petang semalam berikutan kawasan rendah dinaiki air.

Sebanyak 52 pusat pemindahan banjir kini dibuka di seluruh Terengganu.

Sementara itu, jalan dari Kuala Terengganu ke Kota Baharu di kilometer 78.5 berdekatan Kampung Guntong Luar di Setiu ditutup kepada kenderaan ringan selepas ditenggelami air sedalam 0.3meter.

Laluan sepanjang dua kilometer di km 68.1 hingga km70.1 Bandar Permaisuri pula ditenggelami air sedalam 0.35m juga ditutup kepada kenderaan ringan.

Jalan Jerangau-Jabor di hadapan stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Besi, Dungun ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami air sedalam 0.6m.

metro/-

Aktivis anti-Lynas sasarkan bank

Posted: 25 Dec 2012 06:20 PM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -


 
Aktivis Himpunan Hijau hari ini mengadakan demonstrasi di Kuantan terhadap sebuah bank utama antarabangsa atas penglibatannya dengan Lynas Corporation.

NONESasaran mereka adalah cawangan HSBC di Jalan Mahkota. Meraka mendakwa bahawa bank itu membiayai Lynas dan oleh itu, menyumbang kepada kerosakan alam sekitar.

Usaha telah dibuat untuk menghubungi kakitangan perhubungan awam HSBC, tetapi dipercayai jabatan itu bercuti hari ini.

Kira-kira 50 orang menyertai protes tersebut, yang digelar perhimpunan 'Black Christmas', lengkap dengan pokok Krismas hitam.

Mereka berkumpul pada kira-kira jam 2.30 petang dan berdemonstrasi selama 25 minit dalam hujan.

NONE
Mereka membawa plakad bagi meluahkan kemarahan mereka
terhadap Lynas dan HSBC.

Selepas selesai, pokok Krismas hitam itu ditinggalkan di depan pintu bank tersebut.

Anggota polis yang berada di tempat kejadian, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack memberitahu Malaysiakini bahawa protes itu pada asalnya dijadualkan semalam, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana banjir.

malaysiakini/-

Pelajar harapan mati mengejut

Posted: 25 Dec 2012 06:15 PM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -


Pelajar harapan mati mengejut
Mayat mangsa dimandikan dan dikafankan di Hospital Tampin sebelum dibawa pulang untuk urusan pengebumian.
Muhammad Hazwan Anwar Abdul Padzil
Muhammad Hazwan Anwar Abdul Padzil
 
REMBAU - "Bukan kami sekeluarga sahaja yang merasa kehilangan anak keempat kami, tetapi pihak sekolah juga sama kerana arwah merupakan pelajar harapan sekolah dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini."

Demikian luah ibu kepada Muhammad Hazwan Anwar Abdul Padzil, 19, yang mati mengejut di rumahnya, Hairuslina Abdul Rahman, 51, ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah hari kelmarin, Hairuslina yang ingin mengejutkan Hazwan terkejut apabila melihat anaknya tidak sedarkan diri sedangkan mereka baru sahaja berbual bersama kira-kira setengah jam sebelum kejadian di kediaman mereka di Kampung Seberang Batu Hampar, dekat sini.

Hairuslina berkata, anaknya itu seorang yang manja dan mereka sempat berbual mesra sambil menonton televisyen sebelum arwah memintanya memasakkan hidangan sambal kepadanya untuk makan tengah hari.

"Oleh kerana kami baru sahaja pulang dari Kedah selepas menghantar anak kedua saya kahwin, arwah berharap saya dapat memasakkan makanan kegemarannya. Sebelum ini, arwah rajin membantu saya memasak, malah selalu menyediakan sarapan pagi buat kami sekeluarga.

"Jadi saya baru hendak memintanya menolong saya mesinkan cili dan terkejut melihat keadaannya serta memanggil ambulans bagi tindakan

selanjutnya. Bagaimanapun, pihak kesihatan memaklumkan anak saya sudah pun meninggal dunia sebaik membuat pemeriksaan," katanya, semalam.

Hazwan baru sahaja selesai menduduki peperiksaan STPM seminggu lalu dan mendapat keputusan gred purata mata pelajaran, 3.75 dalam percubaan STPM lalu.

Menurutnya, sememangnya anaknya itu berhasrat mendapat keputusan cemerlang dalam STPM susulan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ini tidak begitu baik berbanding diharapkan.

"Oleh itu, dia memang ingin membanggakan kami sekeluarga dan sudah menunjukkan kecemerlangannya dalam keputusan percubaan STPM lalu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kes berkenaan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke HT untuk proses bedah siasat dan hasilnya didapati ianya disebabkan paru-paru berair.

metro/-

PAS Negeri Sembilan

Posted: 25 Dec 2012 09:18 PM PST

PAS Negeri Sembilan


TG Nik Aziz lelong barang peribadi di Makan Malam PAS N9

Posted: 25 Dec 2012 01:59 AM PST


25 Dis 2012

SEREMBAN: Dalam usaha untuk mengutip dana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), PAS Negeri Sembilan akan menganjurkan sebuah Majlis Makan Malam pada hari Jumaat, 28 Disember ini.

Majlis makan malam tersebut akan bermula pada jam 8.00 malam di City Kingdom Hotel Ballroom di Taman AST, Seremban. Tetamu istimewa ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Setiausaha program, Mohd Hassan Tamby, selain daripada ucapan Tuan Guru Nik Aziz, apa yang istimewa pada malam tersebut ialah Tuan Guru Nik Aziz akan turut melelongkan beberapa koleksi barang peribadi beliau.

Hasil lelongan tersebut akan disumbangkan kepada dana PRU-13 PAS Negeri Sembilan.

Turut hadir dan akan memberikan ucapan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan beberapa kepemimpinan utama PAS Negeri Sembilan.

Tiket berharga RM100 untuk setiap seorang (satu kerusi) boleh dibeli dengan menghubungi Mohd Hassan di talian 019-2171942 atau Hakki di talian 013-3840022.

Sesiapa yang ingin menyumbang kepada dana PRU-13 PAS Negeri Sembilan, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke dalam akaun Bank Islam Berhad atas nama 'Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan', nombor akaun 0503-0010-0004-62.


Tabung Bantuan Mangsa Serangan Ganas

Posted: 25 Dec 2012 01:58 AM PST


Sepertimana yang kita semua maklum peserta Konvoi Kembara Oren peringkat Negeri Sembilan telah menghadapi serangan ganas oleh puak yang tidak bertamadun pada 23 Disember 2012 yang lalu.

Kenderaan yang banyak terlibat sebelum ini dalam aktiviti kemasyarakatan di Negeri Sembilan telah menghadapi kerosakan yang teruk.

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk kerja pembaikan kenderaan tersebut sila salurkan ke dalam akaun Bank Islam Berhad atas nama 'Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan', nombor akaun 0503-0010-0004-62.

Sila hubungi Pengarah AMAL N.Sembilan Sdr Izamri 013-2124086 untuk makluman jumlah yang telah disumbangkan

Majlis Gotong Royong PASTI Rembau

Posted: 25 Dec 2012 01:57 AM PST


MAJLIS GOTONG ROYONG
Tarikh : 29 Dis 2012, Sabtu
Masa : 9 pagi
Tempat : PASTI Al Ahmadi, No 86, Jalan CU3, Taman Chembong Utama, Rembau

Sebarang sumbangan untuk majlis gotong royong ini amat dialu-alukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun :
Nama akaun : PASTI AHMADI REMBAU
No akaun : 05010004698208
Tel Sdr Muhammad 014-2268837 , 013-6889185


HARI PENDAFTARAN TERBUKA PASTI AHMADI
Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun
Tarikh : 30 Dis 2012, Ahad
Masa : 9 pg – 12 tgh
Tempat : No 86, Jalan CU3, Taman Chembong Utama, Rembau
Untuk pertanyaan sila hubungi 013-6889185 , 014-2268837

Rembau Hari Ini

Posted: 25 Dec 2012 07:11 PM PST

Rembau Hari Ini


Sekitar Majlis Tahlil Perdana 2012 Masjid Jamek Tanah Datar

Posted: 25 Dec 2012 04:50 PM PST











Majlis Gotong Royong PASTI Rembau

Posted: 25 Dec 2012 02:09 AM PST


MAJLIS GOTONG ROYONG
Tarikh : 29 Dis 2012, Sabtu
Masa : 9 pagi
Tempat : PASTI Al Ahmadi, No 86, Jalan CU3, Taman Chembong Utama, Rembau

Sebarang sumbangan untuk majlis gotong royong ini amat dialu-alukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun :
Nama akaun : PASTI AHMADI REMBAU
No akaun : 05010004698208
Tel Sdr Muhammad 014-2268837 , 013-6889185


HARI PENDAFTARAN TERBUKA PASTI AHMADI
Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun
Tarikh : 30 Dis 2012, Ahad
Masa : 9 pg – 12 tgh
Tempat : No 86, Jalan CU3, Taman Chembong Utama, Rembau
Untuk pertanyaan sila hubungi 013-6889185 , 014-2268837

Dupahang's Weblog

Posted: 25 Dec 2012 11:23 AM PST

Dupahang's Weblog


Provokasi Halang ‘Kembara Oren’ Di Pahang Dan N.Sembilan !

Posted: 25 Dec 2012 07:59 AM PST

http://pahangdaily.blogspot.com/ Kembara Oren, anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang bermula di Pahang semalam berhadapan dengan berbagai rintangan termasuk tindakan samseng oleh pihak yang berkenaan. Kembara yang turut disertai oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Ibrahim Tuan Man dan Presiden ANAK, Mazlan Aliman bermula di Felda Bukit Kepayang, Bera dan berakhir di Felda Jengka 11, Bandar [...]

Bandar Kuantan Lumpuh, Banjir Kilat Terburuk Melanda !!

Posted: 25 Dec 2012 07:55 AM PST

http://pahangdaily.blogspot.com/ [Ada pihak yang mendakwa banjir kilat yang sering beraku di bandar Kuantan mutakhir ini adalah berpunca daripada pembangunan kawasan Koridor Pantai Timur (MSC) dekat sini. Sistem pembentungan dan perparitan di kawasan yang menempatkan pusat perniagaan terbesar East Cost Mall dan The Zenith Hotel itu dikatakan telah bermasalah sejak projek berkenaan disiapkan. Banyak laporan dibuat [...]

Banjir terburuk di Kuantan dalam sejarah

Posted: 25 Dec 2012 07:48 AM PST

(Sebelah Berjaya Mega Mall) KUANTAN: Hujan lebat lebih daripada 10 jam telah menyebabkan bandar Kuantan dilanda banjir terburuk dalam sejarah hari ini. Pelbagai gambar yang memperlihatkan jalan-jalan utama dan kenderaan ditenggelami air sedang hangat dikongsikan di laman sosial media.   (Kawasan terminal bas Kuantan penuh dengan air) Antara jalan yang ditenggalami air ialah Jalan Lim [...]

Fasa fasa perlaksanaan hudud versi Yidin.

Posted: 25 Dec 2012 07:44 AM PST

Oleh: senik “Assalamualaikum,,.. Lanjutan kepada artikal, Muhyuddin merapu di Kuala Terengganu, penulis tertarik untuk memperkatakan lebih lanjut kata kata atau lebih tepat pembohongan Yidin berkaitan isu hudud dan fasa fasa perlaksanaannya. Pertamanya, inilah kali pertama penulis dengar pemimpin atasan UMNO bercakap mahu melaksanakan hudud, selepas lebih 50 tahun memerintah. Keduanya kenyataan ini muncul selepas berbulan [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 25 Dec 2012 11:18 AM PST

Batu Gajah Mari


GEMPAR!! Anak tuan rumah tempat ceramah diugut!

Posted: 25 Dec 2012 05:11 AM PST

anak kepada tuan rumah tapak program ceramah, Cikgu Nazri yang juga bekas AJK Umno Gopeng petang tadi selepas diugut oleh seorang pemuda yang dipercayai ahli Umno.

Katanya, Pemuda tersebut, Zulkhairi Bin Rami telah memasuki kawasan rumah dan mengatakan sekiranya ceramah itu diteruskan,  dia tidak akan bertanggungjawab.

Beliau risau ada agenda tertentu dan kemungkinan yang akan terjadi apa2 insiden malam esok.



Ceramah di Batu Gajah esok mungkin kecoh!

Posted: 24 Dec 2012 11:08 PM PST

Ceramah bersama Bekas Naib Presiden Felcra, Dato Ramli Buyong di Kg Sri Indah, Sungai Terap Batu Gajah esok mungkin kecoh apabila anak kepada tuan rumah tempat ceramah yang juga bekas AJK Umno Gopeng, Cikgu Nazri telah dihubungi oleh seorang individu.

Menurutnya,  beliau dikatakan telah diugut jika meneruskan hasrat untuk mengadakan ceramah di kawasan itu. individu itu kata tanggung sendiri jika berlaku kekecohan esok.

ianya menggambarkan seolah olah ada perkara yang akan berlaku esok.

cikgu Nazri yang baru menyertai PAS kemungkinan akan membuat laporan polis tentang ugutan itu.

Pihak PAS sudah pun memohon permit dan memaklumkan tentang program tersebut. sebentar tadi Naib YDP Sudah pun menghubungi OCPD utk memaklumkan berita ini.

Esok jom kita turun beramai ramai tunjukkan kekuatan kita. ternyata kak midah gentarrrr!


Jasindaily Online

Posted: 25 Dec 2012 09:19 AM PST

Jasindaily Online


LGE Jangan Main Api !!!

Posted: 24 Dec 2012 10:15 PM PST

Kuala Lumpur: PAS dan ulama membidas tindakan Lim Guan Eng membangkitkan semula isu menuntut Kerajaan Pusat membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu. Tindakan itu kata mereka bukan saja akan mengelirukan umat Islam malah menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menghormati keputusan yang sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong. Guan Eng dalam perutusan khas sempena Krismas di laman blognya, semalam menggesa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasional (BN) membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. 

 Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata tindakan Setiausaha Agung DAP itu mengelirukan umat Islam di negara ini. "PAS mengambil pendirian seperti diputuskan Majlis Syura parti sebelum ini, tidak bersetuju dengan desakan mana-mana pihak berhubung isu berkenaan. "Kita tidak boleh lawan Majlis Syura yang sudah putus perkara ini sebelum ini, kalau lawan.... jadi benda lain. Kita tidak akan ikut, pakai dia (Guan Eng), sebab dia keliru banyak, nak guna benda karut. "Tapi terpulang kepada kerajaan (Persekutuan), kalau nak buat. Bagi PAS, kita bantah, tidak boleh guna perkataan itu," katanya kepada BH. Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi mahu Guan Eng berhenti daripada membangkitkan isu itu kerana boleh mencetuskan kekeliruan umat Islam. "Tindakan Guan Eng itu boleh mencetuskan semula polemik yang sudah lama reda. Isu ini tidak perlu ditimbulkan lagi dan sepatutnya beliau merujuk kepada ulama sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu secara terbuka. "Isu kalimah Allah ini bukan boleh dijadikan polemik kerana ia sangat sensitif dan boleh menimbulkan ketegangan agama jika tidak ditangani dengan baik," katanya. Nasrudin berkata, jika masyarakat agama lain masih tidak memahami isu itu sewajarnya ia dibincangkan secara tertutup bersama ulama bagi mengelakkan ketegangan agama. Ditanya sama ada PAS akan bertemu dengan Guan Eng berhubung isu terbabit, Nasrudin berkata, perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti. 

 Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 sudah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah memutuskan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain. Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad berkata, negeri itu mewartakan kalimah Allah sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam. Beliau berkata peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman pakatan pembangkang memerintah dan dipersetujui Guan Eng sebagai pemimpin tertinggi. 

 "Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti Allah, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam. "Dia (Guan Eng) pun tahu perkara ini, kita sudah maklum dan peraturan ini sudah diwartakan, pelik juga beliau cakap macam tu," katanya. Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad berkata, keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible perlu dihormati semua kaum.

Bekas tentera didakwa ugut mahu racun anak

Posted: 24 Dec 2012 05:17 PM PST

Seorang bekas tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengugut mati kepada bekas isterinya, Jun lalu. Tertuduh, Yusmi Mohd Yusof, 42, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Harmi Thamri Mohamad @ Shaharuddin. Berdasarkan pertuduhan, Yusmi didakwa mengugut hendak menyebabkan kematian kepada bekas isterinya, Rokiza Aman, 39, dengan menghantar SMS berbunyi: "Abang rasa lebih baik abang dan anak-anak mati minum racun. Lepas tu, Iza pula menyusul. Ini kata putus dari abang".

 Tertuduh didakwa melakukannya semasa berada di sebuah rumah di Taman Maju, Jasin kira-kira jam 11.19 malam pada 20 Jun 2012. Dia dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM4,000 selain mengenakan syarat tambahan terhadap tertuduh. 

 Bagaimanapun, Yusmi merayu kepada mahkamah supaya wang jaminan dikurangkan dengan alasan dia hanya bekerja kampung selepas bersara sebagai anggota kerajaan selain perlu menyara dua anaknya berusia dua dan lapan tahun selepas bercerai dengan isterinya. Selepas mendengar rayuan itu, Harmi Thamri kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dan mengarahkan supaya tidak mengganggu pengadu sehingga kes selesai. Beliau turut menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 13 Februari tahun depan bagi lantikan peguam dan serahan dokumen./ sinar 

ulasan : ramai sangat yang suka ambil jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab keatas keluarga sedangkan mereka tak fikir yang mereka tetap bakal dipertanggungjawabkan diakhirat dihadapan ALLAH SWT nanti. Jangan ingat kita boleh lepas atas dunia kita boleh lepas di akhirat tapi ingatlah Hadis Nabi SAW " setiap kamu adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan keatas apa yang kamu pimpin" maknanya sampai bila-bila pun akan ada tanggungjawab 

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 25 Dec 2012 09:13 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Tabung Bantuan Mangsa Serangan Ganas

Posted: 25 Dec 2012 02:06 AM PST


Sepertimana yang kita semua maklum peserta Konvoi Kembara Oren peringkat Negeri Sembilan telah menghadapi serangan ganas oleh puak yang tidak bertamadun pada 23 Disember 2012 yang lalu.

Kenderaan yang banyak terlibat sebelum ini dalam aktiviti kemasyarakatan di Negeri Sembilan telah menghadapi kerosakan yang teruk.

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk kerja pembaikan kenderaan tersebut sila salurkan ke dalam akaun Bank Islam Berhad atas nama 'Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan', nombor akaun 0503-0010-0004-62.

Sila hubungi Pengarah AMAL N.Sembilan Sdr Izamri 013-2124086 untuk makluman jumlah yang telah disumbangkan

TG Nik Aziz lelong barang peribadi di Makan Malam PAS N9

Posted: 25 Dec 2012 02:06 AM PST


25 Dis 2012

SEREMBAN: Dalam usaha untuk mengutip dana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), PAS Negeri Sembilan akan menganjurkan sebuah Majlis Makan Malam pada hari Jumaat, 28 Disember ini.

Majlis makan malam tersebut akan bermula pada jam 8.00 malam di City Kingdom Hotel Ballroom di Taman AST, Seremban. Tetamu istimewa ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Setiausaha program, Mohd Hassan Tamby, selain daripada ucapan Tuan Guru Nik Aziz, apa yang istimewa pada malam tersebut ialah Tuan Guru Nik Aziz akan turut melelongkan beberapa koleksi barang peribadi beliau.

Hasil lelongan tersebut akan disumbangkan kepada dana PRU-13 PAS Negeri Sembilan.

Turut hadir dan akan memberikan ucapan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan beberapa kepemimpinan utama PAS Negeri Sembilan.

Tiket berharga RM100 untuk setiap seorang (satu kerusi) boleh dibeli dengan menghubungi Mohd Hassan di talian 019-2171942 atau Hakki di talian 013-3840022.

Sesiapa yang ingin menyumbang kepada dana PRU-13 PAS Negeri Sembilan, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke dalam akaun Bank Islam Berhad atas nama 'Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan', nombor akaun 0503-0010-0004-62.


Majlis Gotong Royong PASTI Rembau

Posted: 25 Dec 2012 02:05 AM PST


MAJLIS GOTONG ROYONG
Tarikh : 29 Dis 2012, Sabtu
Masa : 9 pagi
Tempat : PASTI Al Ahmadi, No 86, Jalan CU3, Taman Chembong Utama, Rembau

Sebarang sumbangan untuk majlis gotong royong ini amat dialu-alukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun :
Nama akaun : PASTI AHMADI REMBAU
No akaun : 05010004698208
Tel Sdr Muhammad 014-2268837 , 013-6889185


HARI PENDAFTARAN TERBUKA PASTI AHMADI
Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun
Tarikh : 30 Dis 2012, Ahad
Masa : 9 pg – 12 tgh
Tempat : No 86, Jalan CU3, Taman Chembong Utama, Rembau
Untuk pertanyaan sila hubungi 013-6889185 , 014-2268837

Polis, FRU biarkan samseng Umno serang Kembara Oren – Saksi

Posted: 24 Dec 2012 03:29 PM PST


24 Dis 2012 - Seorang saksi yang turut mengikuti Kembara Oren 'Selamatkan Felda' Negeri Sembilan semalam kesal apabila polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) langsung tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang serangan samseng Umno ke atas kumpulan itu.

Samseng yang membawa bendera BN menghalang Kembara Oren masuk ke kawasan Felda Bukit Rokan Utara.

Rebin Birham yang juga Setiausaha Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN berkata, sikap pihak berkuasa amat mendukacitakan, walaupun peserta konvoi dipukul, dipijak dan diserang dengan pelbagai objek keras, tetapi serangan itu hanya mampu dilihat dan dibiarkan oleh polis.

"Felda Bukit Rokan Barat dan Utara, dan di Tampin, paling teruk berlaku provokasi. Penyokong Umno awal-awal sudah menunggu dengan bangga mengibarkan bendera BN, sambil memegang kayu, besi dan batu besar," jelasnya kepada Keadilan Daily.

"Apa yang lebih menyedihkan apabila pasukan Rela turut membantu mereka membawa bendera tersebut," kata Rebin yang juga Naib Ketua KEADILAN Cabang Jempol.

Menurut Rebin, pihak konvoi diberitahu serangan itu mendapat arahan pihak pengurusan Felda, yang mengarahkan penyokong Umno, pihak berkuasa dan anak muda Felda agar menghalang kembara dari memasuki kawasan tersebut.

"Saya percaya sebahagian besar mereka yang menyerang itu adalah remaja belasan tahun yang diupah. Kami tak lawan, kami cuma bertahan, itu yang menjadikan keadaan kami teruk diserang," jelasnya.

Akibat serangan itu, Ketua Penerangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Naraza Muda cedera di bahagian kepala dipercayai dipukul dengan sebatang kayu yang tajam.

Jurukamera yang berdiri di bahagian belakang pacuan empat roda turut dipukul sehingga jatuh dari kenderaan lalu dipijak, selain cermin depan dipecahkan.

"Jelas Umno sangat terdesak. Mereka takut kita sampaikan maklumat yang benar tentang penyelewengan mereka kepada orang Felda," kata Rebin.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 25 Dec 2012 09:12 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


BERKEBAJIKAN: Exco Pendidikan Selangor jelajah semua daerah

Posted: 25 Dec 2012 08:27 AM PST

 Jelajah JEJAK TUNAS SELANGOR sudah berjaya menjelajah 4 daerah untuk menghebahkan SKIM BANTUAN TADIKA TUNAS. Produk terbaru MES kerajaan Selangor di bawah EXCO PENDIDIKAN

SKIM TUNAS(SILA google e-tunas) di bawah penyelarasan RANTAIAN MESRA SDN BHD sebuah anak syarikat kerajaan Selangor


BERITA PALSU MENJELANG PRU 13 KIAN MENJADI-JADI

Posted: 24 Dec 2012 09:29 PM PST

KUALA LUMPUR, 25 Dis — Bekas pemimpin tertinggi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Datuk Fauzi Shaari menafikan pernah mengeluarkan kenyataan beliau menyesal menyertai parti komponen Pakatan Rakyat (PR) PAS.

"Kenapa saya perlu menyesal bersama PAS. Saya sudah buat pilihan yang tepat.

"Kenapa masih ada yang pertikai dan ragu-ragu dengan tindakan saya ini.

"Saya rasa tindakan saya menyertai PAS membuatkan ada beberapa pihak tidak senang hati. Sebab itu mereka sengaja mencipta isu ini," kata bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) itu dipetik dari Sinar Harian Online.
Pic disalinan daripada blog pemfitnah http://waklongman.blogspot.com/2012/12/pengakuan-berani-mati-bakal-calon-pas.html

Sebelum ini tersebar mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), mendakwa Fauzi menyatakan penyesalannya menyertai PAS.

Mesej itu berbunyi: "Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya.

"Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak tiga jika saya tinggalkan PAS."

Fauzi menafikan SMS tersebar itu yang menurutnya dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak gembira dengan tindakannya menyertai parti pembangkang.

"Saya amat gembira dan bersyukur atas apa yang saya hadapi dan nikmati sejak bersama PAS," katanya.

Selepas pilihan raya 2008, PAS dilihat giat membawa masuk bekas pegawai tertinggi kerajaan menyertai mereka.

Sebelum ini, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah, Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof menyertai parti Islam itu.

Ahmad Zabidi Shamsuddin, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia juga berbuat perkara sama.

Terbaru semasa Muktamar PAS ke 58 di Kota Bharu baru-baru ini, bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Nahwari Hashim mengisytiharkan secara terbuka menyertai parti tersebut.

"Saya dah lama nak menyertai PAS... dan hari ini secara rasmi saya menyertainya," katanya yang pernah juga menjawat jawatan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Sumber: Malaysian Insider

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan