AKHBAR INI MESTI DIHUKUM [Nota: Menjelang PRU13, kita akan melihat lebih banyak lagi provokasi seperti ini dilakukan oleh alat dan balaci pembangkang. Adakah editor EDGE terlalu bodoh untuk membezakan fakta dengan auta sebelum menyiarkan sesuatu artikel?. Adakah editor EDGE sengaja tidak merujuk fakta sejarah atau sengaja melakukan provokasi bagi menyemarakkan api perkauman dan menjayakan agenda cauvinis pihak tertentu menjelang PRU13?]
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa agar Edge Financial Daily menarik semula artikel yang disiarkn akhbar itu brkaitan tragedi 13 Mei 1969 kononnya tercetus hasil rancangan Umno.
Artikel berunsur tuduhan dan sentimen semata-mata itu sengaja disiarkan dalam usaha akhbar tersebut mencetus provokasi terhdap parti Melayu terbesar itu.
Tragedi brdarah itu merupakn detik hitam buat ngara dan perlu djadikn iktibar bukan sahaja kepada ahli UMNO, malah rakyat kseluruhannya. Tiindkan menyalahkan UMNO tidak boleh diterima langsung. Bukan sahaja tidak masuk akal, malah tersasar daripada fakta sebenar.
UMNO kecam sekeras-kerasnya tuduhan tesebut & melihatnya sebagai salah satu unsur provokasi. Kami desak artikel brkenaan ditarik balik segera-UM 8 Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Inilah masanya bagi mereka yang telah diberi tugas sebagai Pengarah Pilihanraya DUN atau pun Parlimen turun padang dengan berbekalkan gula, beras dan biskut untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir.
Yang pastinya, mangsa banjir di Kelantan tahun ini akan mendapat lambakan bantuan dan bekalan kerana bukan saja kerajaan akan menyediakan bantuan tapi mereka-mereka yang bersiap menunjukkan keprihantinan kepada mangsa juga akan membawa bekalan bantuan untuk menunjukkan simpati kepada mangsa banjir.
Perlumbaan memberi khidmat dan bantuan kepada mangsa banjir akan dapat diperhatikan apabila banjir sampai keparas bahaya. Tentunya mereka yang berminat untuk dicalunkan oleh parti masing-masing akan bersekang mata untuk terjun kedalam air bagi cepat sampai ketempat banjir.
Di Kelantan musim ini bukan saja hujan dan air banjir menjadi tempat tumpuan pesta air, tapi ianya akan di penohi dengan mereka-mereka yang ingin memasang 'body' supaya dianggap sebagai jaguh masyarakat semuga parti memilihnya sebagai calun pilihanraya.
Sebenarnya ada orang yang suka apabila banjir melanda Kelantan, mereka bukan kira pun masaalah yang akan dihadapi oleh mangsa banjir, tapi mereka mahu banjir berlaku kerana mereka akan mengambil kesempatan untuk mendampingi dengan rakyat sebelum menjelang pilihanraya.
Tujuan saya memaparkan rentetan peristiwa dan mendedahkan perkembangan politik di tanah kelahiran saya RantauNegeri Sembilan atas sebab kasihnya saya kepada UMNO jua BN. Saya tidak ada agenda terselindung walau sekulumit kepentingan peribadi. Saya cuma amat bimbang kepada masa depan anak bangsa sekiranya UMNO jua BN tersungkur di Negeri Sembilan khususnya.
Saya adalah pesara kerajaan dan sejak 15 tahun terakhir ini saya memang tinggal di Rantau, Negeri Sembilan. Hari-hari saya mengikuti perkembangan politik di Rantau dan saya berpengetahuan luas dalam hal ehwal UMNO dan PKR di Rantau. Pendedahan secara ikhlas ini supaya dapat dijadikan panduan oleh Kepimpinan UMNO dan BN dalam menentukan iklim politik di Rantau.
MB sepanjang menjadi Wakil Rakyat Rantau adalah pemimpin terbaik yang lahir dari Rantau. Tidak pernah dalam sejarah Rantau ada Wakil Rakyat seperti MB. Tapi sayang seribu kali sayang MB dikelilingi oleh orang-orang yang buta politik. Diandaikan bahawa MB mempunyai penasihat seperti golongan penasihat yang mula-mula dulu ketika MB baru hendak menentang Ketua Bahagian Rasah yang lama dulu maka sudah tentu MB akan jadi pemimpin terhebat.
Golongan 7 atau 8 orang ini adalah penasihat yang terbaik. Nama-nama seperti Idrus, Mat Sah, Hj Hadi Othman, Hj Amin danbeberapa orang yang saya sudah lupa. Mereka inilah yang mengatur dan menjadi "mastermind" sehingga MB berada di puncak. Kesilapan MB apabila mereka yg hebat-hebat ini disingkirkan seorang demi seorang akhirnya Azman menjadi penasihat MB. Ada antara mereka memasuki pembangkang bukan kerana bencikan UMNO tetapi sebab benci pada MB terutama pada Azman.
Penyokong MB semakin kurang tetapi orang-orang yang hendak menjadi kaya pula mengelilingi MB. Penyokong jati UMNO semakin dipinggirkan. Azman Hji Hassan bukan penyokong jati UMNO. Dia pernah menaja Calon Bebas semasa zaman Datuk Muthu. Dia juga adalah kepala Semangat 46 di Rantau. Tetapi apabila dia mempunyai kepentingan kononnya dialah pejuang UMNO sejati. Akhirnya balak dia sapu segala projek buat jalan dalam Negeri Sembilan dia sapu.
Terbaharu syarikat Azman dapat projek buat jalan "highway" di Sendayan. Begitu juga dengan adik MB yang bernama Ghani Hassan. Semua projek Majlis daerah, JKR, banyak lagi jabatan kerajaan mesti dengan restu dia. Cerita ini datangnya dari pegawai-pegawai jabatan kerajaan. Anak buah saya Pegawai di Pejabat Daerah PD dia bercerita pasal kisah Ghani di Rantau. Semua orang kerajaan tahu akanperihal Ghani. Orang kuat Ghani Rosli Nordin cucu kepada Arwah Limah Kg Rantau banyak dapat projek.
Rupa-rupanya mereka ini bersaudara sebab Arwah Limah berasal sekampung dengan Arwah Emak MB di Rembau. MB hanya akan tolong adik beradik dan saudara mara dia sahaja. Hairan mengapa JKR tutup mata. Rosli buat masjid Rantau di Bandar Ekar tak siap dapat lagi projek buat Sek Men Rantau dengan di Gemas. Dengar khabarnya dapat lagi projek buat jembatan di Kg Linsom. Apa dah jadi dengan JKR mengapa kontraktor yang gagal terus menerus dapat projek? Sebabnya senang ada Ghani dan Kamal ada di belakang Rosli dan mereka berdua ini adik MB dan Rosli saudara MB. Itu sebab JKR dan SPRM tutup mata.
MB hanya akan tolong adik beradik dia and saudara mara dia sahaja. Orang UMNO main jauh-jauh. Hairan mengapa MB asyik tolong orang PAS dan PKR sahaja? Rosli dulu adalah orang PKR masa Ghani bertanding dia "polling agent" PKR di Sek Rendah Cina saya tahu sebab saya mengundi disitu. Pemuda Pas dan PKR Kg Sogo banyak dapat projek. Sahak, Jurid, Norman, Cumat, Mat Rani dan ramai lagi semua dapat projek. Sampaikan Ketua kampong Kuala Sawah si Talib pun dulu PKR. Hairan mengapa MB baik sangat dengan orang pembangkang sampaikan abangnya pun orang kuat Semangat 46 dapat jadi Setiausaha UMNO negeri Sembilan.
Jawapnya mudah sebab MB hatinya hati pembangkang sebab itu berkawan baik dengan Ibrahim Yusop Naib Pengerusi PKR negeri Sembilan. Kalau tak percaya tanya pada Norman sebab dia sendiri yang bercerita di Restoran 24 jam simpang Kancong. Budak PKR Kg Sogo Ibrahim yang bawa jumpa MB. Budak2PKR pun angguk kepala dan cerita ini satu Rantau dah tahu. Hafiz Penolong Ketua PKR rantau pun pernah kata benda yang sama. Apa nak jadi ni??
Patutlah Budak2 UMNO semuanya melopong, ternganga. Fikirkanlah MB kita berjiwa pembangkang! Ini masalah yang paling kita takut di Rantau. Banyak lagi kalau nak cerita tapi inilah sebab utama orang Rantau marah dengan UMNO. Bukan marah dengan UMNO tapi marah dengan MB. Sebab pembawaanya tak betul lebih menolong orang-orang pembangkang dari tolong orang UMNO. Kalau tak percaya orang-orang HQ UMNO boleh turun Rantau siasat tanya dengan penduduk Rantau.
Saya paling takut kalauTok Mat kekal bertanding bukan saja Rantau kalah tapi takut NS bungkus. Tolonglah kalau betul-betul nak monang. Ini bukan masalah kecil tapi besar. Padahal PKR di rantau bukanlah kuat sangat. Dia orang pun berpuak-puak. Apa saya nampak ada 3 puak PKR di Rantau. Satu yang kuat sikit Puak Aishah Lamsah isteri Cikgu Duan orang Kg Linsum. Sebabnya puak ini sudah lama di Rantau. Dari tahun 1999 lagi dan pengikutnya ada di setiap kampung. Puak ini yang selalu buat ceramah dan masuk kampung keluar kampung.
Aishah ini dulu pada tahun 2008 calon PKR yang lawan MB. Di Saga penyokong dia ramai India sebab itu pada tahun 2008 kalau saya tak silap dia menang saluran situ. Orang cina rantau ramai yang sokong dia sebab Aishah pandai dan rajin jumpa orang cina. Tapi yang paling kita takut orang-orang yang marah dengan Tok Mat saya lihat selalu ada di rumah Aishah. Ini api dalam sekam. Budak-budak Aisah selalu bercampor dengan budak-budak UMNO. Orang kuat dia Jimi,Hafiz, Azmi Adik ArwahAjoi, Ali Ulu lalang, Malek Kancong, Arshad selalu bercampur dengan pemuda UMNO. Ini tak boleh dibiarkan kerana kita takut budak-budak UMNO terpengaruh.
Saya pernah nampak Jimi dan Azmi minum bersama Ketua pemuda Umno Ulu lalang, Kg Linsom dan Kg Seliaudan Sogo. Mereka ini selalu meresap dalam geng-geng UMNO. Kita perlu hati-hati dengan ejen PKR ni. Setahunya saya puak ini yang bawa Anuar Ibrahim ke Ribu hampir 5,000 orang pada malam itu. Puak inilah yg bahaya sikit. Puak ini sudah meresap ke Sendayan, Angsamas, Ulu Lalang, Linsum, Kanchong, Seliau dan Solok. Terus terang kalau Tok Mat lawan Aishah kali ini peluang 50 -50 sebab orang-orang yang marahkan Tok Mat ramai bersama mereka.
Pegawai kanan kerajaan asal Rantau juga bersama mereka. Jangan pandang enteng pada mereka. Saya dapat tahu puak ini mendapat duit dari kerajaan negeri Selangor. Tapi kalau bukan Tok Mat bertanding sudah tentu sekali orang UMNO yang marah dengan Tok Mat akan kembali ke pangkal jalan. Ingat saudara mara mereka hampir suku di Rantau ini! Saudara mara sedikit sebanyak sokong mereka. Kalau Tok Mat bertanding juga maka puak ini akan bertepuk tangan. Sehingga Jimi boleh menyusup masuk mesyuarat UMNO dan berkawan baik dengan budak-budak UMNO.
Satu lagi puak iaitu puak Kewin Karoo kalau dia bertanding tidak ada masalah. Orang India pun ramai yang tak suka pada Karoo. Sebab dia orang baru dalam PKR dan Karoo bukannya anak jati Rantau. Pada pilihanraya kecil Hulu Selangor dia masih dengan MIC. Orang PKR sendiri yang kata Nampak Karoo pakai jaket MIC di Hulu Selangor. Kalau Karoo bertanding di Rantau memang kerja mudah sebab orang PKR sendiri tak akan sokong dia sebab dia orang baru masuk PKR. Lagipun hati mereka masih terbakar tengok Karoo pakai baju MIC di Hulu Selangor. Kelebihan Karoo Cuma dia ada pejabat di Rantau tapi setiap kali dia buat ceramah di Rantau jumlah penyokong dia yang datang tak lebih dari 200 orang sahaja.
Bukan sekali tapi dah berpuluh kali. Cina DAP pun tidak percaya pada Karoo sebab dia baru sahaja masuk PKR lagi pun orang Cina tahu akan latar belakang Karoo. Dia ni memang gila nak jadi calon dan paling senang dibeli oleh BN, ini kata orang cina DAP kalau tak percaya cuba turun selidik tanya cina Rantau. Lagi satu puak yang beriya-iya di rantau adalah puak Cikgu Bard. Dengar cerita dia dah lari sebab nak ke Pulau Pinang cari tempat selamat. Tinggallah Yusof Tapar sebagai Penolong Ketua Cabang Rembau.Yusof Tapar ini bawak Khairulnizam atau Ayah Paduka Bell untuk jadi calon Rantau PKR.
Kalau dia ni jadi calon lagi mudah kerja kita sebab dia ni bukan orang Rantau dan orang Rantau kurang kenal dia. Lagipun siapa nak sokong gengstar macam ini jadi wakil rakyat? Lagi senang kerja UMNO sebab pada tahun 1999 Yusof Tapar ini masa itu Ketua Cabang PKR Tampin disebabkan tak dapat jadi calon dia masuk UMNO dan bubarkan PKR Tampin.
Bukti adadan saya baru dapat keratan Berita Harian dari anak saya yang Yusof Tapar masuk UMNO. Masa itu dia masuk UMNO dengan Kapten Rusli dan dia masuk dengan Yusof Tapar melalui Tan Sri Isa, MB masa itu. Bila UMNO tak layan Yusof Tapar itu yang dia masuk PKR semula, ini kaki lompat dan orang yang tak boleh dipercayai. Sebab itu puak ini langsung tak ada penyokong di Rantau. Orang PKR DAP dan PAS langsung tak percaya dengan Yusof Tapar. Dia orang anggap Yusof Tapar sebagai sampah dalam PKR. Cuma kelebihan dia ada duit sikit sebab dia kontraktor dengan TNB. Sebab itu dia banyak buat kain rentang masa raya baru-baru ini.
Dengar cerita dia banyak dapat kontrak TNB hasil di tolong oleh Datok Azman Hassan abang kepadaMB. Ini yang kita hairan sebab apa?? Harap-harap ada Pemimpin UMNO yang ambil berat tulisan saya ini. Tolong buat kajian sebelum terlambat. Rantau adalah kawasan selamat kalau kena caranya. Jangan disebabkan Mat Hssan kita hilang NS, pada hal PKR tidak kuat di Rantau. Tolonglah selamatkan Rantau. Tolong buat perjumpaan dengan orang Rantau dan orang NS sebelum nasi jadi bubur, tolonglah.
Terima kasih dari saya,
Pesara Polis Rantau.
CTS kata: UMNO kena menyelidik dengan lebih lanjut mengenai kebenaran perkara di atas yang diutarakan oleh Pesara Polis Rantau. Kita semua sayangkan parti. Pemimpin datang dan pergi bersilih ganti. Sama ada beliau Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat biasa waima Perdana Menteri sekalipun, sekiranya beliau mengkhianati perjuangan parti dan menjadi liabiliti, beliau wajar digugurkan daripada menjadi calon di dalam PRU13.
Lucu bebenor membaca Surat Kerahan daripada Setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali yang mewajibkan kesemua ahli PAS untuk hadir ke Himpunan Oren di Jalan Semarak, Jumaat ini. Mungkin untuk mengelakkan malu seperti mana kehadiran yang hambar di Himpunan Oren yang lepas-lepas, kali ini Surat Kerahan terpaksa dikeluarkan.
Hairan juga CTS, dulu semasa peneroka-peneroka FELDA susah, tak ada pula PAS keluarkan Surat Kerahan sebegini kan? PAS sepatutnya membuktikan kehebatan pentadbiran mereka dengan pengurusan berhemah Ladang Rakyat mereka di Kelantan tu. Kehebatan UMNO sudahpun terbukti dengan kejayaan dan kewujudan FELDA. Setakat pandai mengkritik dan buat demonstrasi, siapapun boleh.
Bagi ahli-ahli PAS yang berada jauh, cepat-cepat booking tiket kapal terbang, bas, teksi dan sebagainya. Manalah tahu, Mursyidul Am PAS esok lusa kata tidak masuk syurga siapa yang tidak hadir ke Himpunan Oren di atas, masa itu baru menyesal tak sudah! Tak mencium syurga kome.
Ini adalah gambar Menteri Besar Kelantan. Gambar dirakamkan ketika beliau bersama-sama Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Adun Meranti sedang membahagikan bantuan kepada mangsa banjir di Sek Keb Kedai Tanjung, Meranti. Banjir di daerah berkenaan sudahpun surut. Adalah dalam paras buku lali. Namun, demi keselamatan Tok Guru yang sudahpun uzur, jaket keselamatan diperlukan. Manalah tahu kot kot tersembam di dalam lubang air.
Ini pula gambar Menteri Besar Terangganu, segak bergaya bersama Tuanku Sultan meredah banjir melawat mangsa-mangsa banjir di Terangganu. Tiada jaket keselamatan diperlukan kerana CTS difahamkan Tuanku Sultan dan Menteri Besar Terangganu sememangnya pandai berenang.
CTS cadangkan Rakyat di negeri Selangor, Kelantan, Terangganu dan Pahang supaya menyiarkan gambar-gambar YB-YB mereka yang bertungkus lumus membantu Rakyat di laman-laman sosial. Mana-mana YB yang tidak nampak muka semasa banjir, kita cantas masa PRU13. Baik calon BN maupun calon PR. Kalau banjir sudah surut baru nak tayang muka, baik tak payahlah. Tengok Tuanku Sultan Terengganu, meredah banjir, bermandi hujan masuk kawasan pemindahan lawat rakyat. Ini baru pemimpin.
CTS tertarik dengan kenyataan di dalam Sidang Akhbar Pejabat MB Kelantan melalui Setia Usaha Akhbar (SUA) Menteri Besar Ahmad Fadhli Shaari pada 21/12/2012, berhubung pajakan tanah seluas 10,526 ekar yang diambilalih oleh pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming melalui syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd (UPSB). Petikan kenyataan SUA MB boleh dibaca di Harakahdaily.
Kita tidak pasti apakah sebab musabab SUA Menteri Besar menjawab isu pemilikan tanah seluas 10,526 yang sudah menjadi milik UPSB dengan mendedahkan "Surat Sokongan" daripada Dato Dr Awang Adek kepada Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Malaysia. Adakah ianya dengan harapan dapat mengalihkan isu sebenar bahawa hanya mereka iaitu Kerajaan Negeri Kelantan sebenarnya memajakkan tanah tersebut kepada UPSB? Apakah Kerajaan Negeri Kelantan ingin membuktikan bahawa Dr Awang Adek terlibat di dalam proses pemajakan tanah tersebut?
Di sini terlihat kebodohan yang tahap kebebalan puak PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan di dalam menjawab isu pemajakan tanah berkenaan. Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan pajakan untuk Tanam Sawit dan Getah (Komoditi Perladangan) pada 25 Ogos 2005. UPSB telah membawa proposal / kertas cadangan tawaran Yayasan Islam Kelantan (YIK) kepada Kementerian Perusahaan Perladangan sebagai pelengkap kepada proposal / cadangan untuk memajukan Kelantan dalam bidang perladangan. Ini disebabkan komoditi Sawit dan Getah adalah dibawah kawalan selia oleh Kementerian berkenaan.
Surat berkenaan yang tertera di atas hanya menyatakan Kerajaan Pusat tiada halangan dan bukannya satu surat kelulusan, dan seharusnya disokong bila tanah tersebut sudah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui YIK. Surat Sokongan tersebut telah dikeluarkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan 12 Oktober 2005, dan seharusnya bagi Dato Dr Awang Adek dengan sifatnya yang tidak pernah menghalang jika untuk kemajuan Kelantan, ditambah dengan ianya sudah lama diluluskan oleh YIK iaitu semenjak tahun 2000, maka tidak ada satu sebab sokongan tidak dapat diberikan kepada UPSB pada 2006.
Di sini terlihat jelas kebodohan seorang SUA MB yang secara tidak langsung telah menolong menjawab bahawa Kerajaan Pusat tidak pernah menghalang apa-apa perkara dalam memajukan Kelantan malah menyokong apa sahaja projek jika telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Bukanlah peranan Dato Dr Awang Adek untuk meluluskan permohonan tanah tersebut. Sekali lagi SUA MB tidak menjawab kenapa tanah pajakan berkenaan diberikan kepada UPSB dan bertukar tangan kepada dua EXCO Perak, Nga dan Ngeh. Apakah SUA Menteri Besar Kelantan sekadar berusaha untuk memberikan alasan bagi menutup pemberian tanah kepada syarikat bukan Bumiputera sedangkan masih ramai Rakyat Kelantan yang tidak memiliki tanah?
Mohon pertolongan hanya daripada Tuhan 2012/12/25 - 23:37:46 PM Bersama Shukri Hanapi Cetak Emel Kawan Hamba yang mengabdikan diri kepada Allah SWT sentiasa mengakui bahawa Allah SWT sajalah yang layak disembah dan tempat memohon segala pertolongan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Engkaulah sahaja (ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. - (Surah al-Fatihah ayat 5). Dalam ayat ini ada dua ungkapan penting. Ungkapan pertama: kepada Engkau kami sembah (iyyaka nabud), manakala ungkapan kedua pula: Kepada Engkau kami mohon pertolongan (iyyaka nastain). Bebas syirik Ungkapan pertama menekankan mengenai pembebasan seseorang hamba daripada segala perkara syirik, manakala ungkapan kedua pula menekankan mengenai pembebasan diri daripada pergantungan kepada sesuatu selain Allah SWT. Menurut al-Raziy dalam al-Tafsir al-Kabir, penggunaan lafaz iyyaka (kepada Engkau sahaja) pada awal kata kerja nabud (kami sembah) dan nastain (kami memohon pertolongan) dalam ayat ini adalah bagi tujuan al-hasr (pembatasan), manakala al-Syawkaniy dalam Fath al-Qadir pula mengatakan ia bertujuan al-ikhtisas (pengkhususan). Pengabdian kepada Allah Sebenarnya kedua-dua perkara ini tidak bertentangan, malah ia sama saja iaitu dibatasi bagi tujuan pengkhususan. Oleh itu, jelaslah menyembah dan memohon pertolongan hanya khusus kepada Allah SWT saja. Inilah yang dikatakan pengabdian diri kepada Allah SWT dan setinggi-tinggi kepatuhan, tunduk dan kerendahan diri kepada Allah SWT. Menurut tafsiran Ibn Abbas r.a, ayat ini bermaksud Allah SWT sajalah yang layak disembah dan ditakuti dan kepada-Nya dipohon segala pertolongan sama ada dalam beribadah, ketaatan mahupun dalam segala perkara yang berkaitan kehidupan. Dengan pengakuan atau ikrar ini bermakna seseorang hamba Allah SWT itu membebaskan dirinya daripada mengabdikan diri kepada sesama manusia dan tunduk kepada segala perkara khurafat dan tahyul. Hamba yang berikrar menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT saja, akan berikrar juga untuk mempertahankan apa yang diikrarkan itu, iaitu dengan tidak menyembah dan mengabdikan kepada sesuatu selain Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah (Surah al-Kafirun ayat 2). Diriwayatkan oleh al-Tabraniy dan Ibn Abi Hatim daripada Ibn Abbas r.a. bahawa kaum Quraisy berusaha mempengaruhi Nabi Muhammad SAW dengan menawarkan harta kekayaan agar Baginda menjadi seorang yang paling kaya di Kota Makkah dan Baginda akan dikahwinkan dengan perempuan yang Baginda kehendaki. Mereka menyampaikan semua ini dengan berkata: Inilah yang kami sediakan untukmu wahai Muhammad, tetapi dengan syarat janganlah engkau memaki hamun tuhan kami dan memburukkannya atau sembahlah tuhan-tuhan kami selama setahun. Nabi Muhammad SAW menjawab: Aku akan menunggu wahyu daripada Tuhanku. Penurunan ayat 1-6 daripada Surah al-Kafirun adalah berhubung dengan peristiwa ini dan sebagai perintah untuk menolak kaum kafir tersebut. Kemudian turun pula ayat 64 daripada Surah al-Zumar sebagai perintah untuk menolak ajakan orang-orang bodoh yang menyembah berhala (al-Suyutiy, Lubab al-Nuqul fi Asbab al-Nuzul). Berdasarkan peristiwa ini, didapati Rasulullah SAW ditawarkan dengan kemewahan hidup dan perempuan cantik sebagai syarat supaya Baginda SAW meninggalkan dakwah Islam dan berkompromi dengan kaum kafir Quraisy. Cubaan syirikkan Allah Hal ini sebagai satu cubaan mengajak Rasulullah SAW yang kuat mengabdikan diri kepada Allah SWT supaya mensyirikkan Allah SWT. Kegagalan ini disebabkan oleh Rasulullah SAW yang berikrar mengabdikan diri kepada Allah SWT itu telah bertindak mempertahankan apa yang diikrarkan. Sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW inilah ciri orang yang benar-benar mengabdikan diri kepada Allah SWT kerana tidak sedikit pun tunduk dan patuh kepada sesuatu selain Allah SWT.
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Terima kasih kepada blog funtastickodesign yang berkongsi gambar Proton Preve Hatchback / P3-22A yang sedang dipandu uji . Kali ini ia berwarna putih pulak dan pengeluaran kereta ini dijangka tahun depan .
Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU) menyifatkan desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible adalah melampaui kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja ILMU, Fathul Bari Mat Jahaya, DAP tidak patut berbuat desakan demikian kerana apa sahaja isu berbangkit mengenai agama sepatutnya dirujuk kepada Sultan dan Raja-raja Melayu.
"DAP melampaui kuasa Sultan dan Raja-Raja. Mereka tidak berhak untuk kata izin mereka dan persetujuan mereka (DAP)."Agama di bawah (kuasa) Raja-Raja. Di mana penghormatan (DAP) kepada Raja-Raja Melayu?," kata beliau pada sidang media di Pejabat Umno Shah Alam disini hari ini.
Mengulas lanjut Fathul berkata, gesaan Guan Eng itu hanya bersifat politik dan ia tidak patut dibangkitkan kerana mampu menggugat kesejahteraan beragama di negara ini.Malah Fathul berkata beliau yakin Guan Eng sendiri tidak menggunakan kalimah itu dalam kehidupannya seharian."Ini (merupakan) satu polemik yang tidak kunjung sudah.
Sampai hampir dengan PRU isu ini dibangkitkan,"Berapa kali dia sebut kalimah Allah itu dalam kehidupan dia ?," soalnya.
Selain itu Fathul berkata tindakan DAP yang agresif memainkan isu agama mewujudkan satu fenomena baru iaitu 'Kristianofobia' yang akan mengakibatkan orang Islam berasa takut akan agama Kristian.
"Kenyataan Lim Guan Eng boleh menimbulkan kristianofobia. Orang Islam takut pada Kristian," ujarnya.Guan Eng dalam perutusan khas sempena sambutan Krismas sebelum ini menggesa kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bahasa Melayu.Desakan beliau itu mendapat reaksi dan kecaman daripada pelbagai pihak.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa artis yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada pembangkang akan digam.
Sebaliknya menurut beliau, perkara tersebut hanyalah helah yang digunakan pihak tertentu di dalam mengelirukan rakyat selain untuk menarik golongan artis memberikan sokongan kepada parti-parti pembangkang.
Sekiranya benar ada artis yang pernah digam kerana perkara tersebut katanya, beliau meminta supaya mereka mengemukakan surat yang menyatakan sedemikian kerana berdasarkan kepada prosedur, surat akan dikeluarkan kepada seseorang artis itu sekiranya mereka digam.
"Saya pernah diajukan persoalan mengenai artis yang sertai pembangkang kena gam. Saya jawab siapa kata dia kena gam? Ini persepsi anda, persepsi masyarakat..kalau kena gam, mesti ada surat..mana suratnya? "Ini persepsi sahaja..Sebenarnya tidak ada orang pun kena gam (kerana menyertai parti pembangkang)..Ini sengaja, ini helah cuba mengelirukan rakyat supaya artis akan lebih pergi kepada pembangkang. Jadi saya rasa itu tidak betullah.
Jadi tugas saya adalah untuk membetulkan kembali keadaan," kata Zed ataupun nama sebenarnya Rozaidi Jamil ketika ditemui Antarapos semalam.
Menegaskan hak untuk menyertai mana-mana parti politik sebagai hak individu, beliau bagaimanapun menegur sikap sesetengah artis yang dilihat kerap menghina kerajaan di dalam ceramah-ceramah politik mereka.
Menurut beliau, pihaknya tidak mempunyai masalah sekiranya seseorang artis itu mahu membantu parti mereka tetapi mengingatkan mereka supaya tidak menjurus sehingga melanggar peruntukan undang-undang negara.
"Dalam undang-undang negara kita pun kalau anda nak menyertai mana-mana parti politik pun tak kisah, itu hak individu. Dan dalam masa yang sama, bila anda membantu parti politik yang menaungi anda itu, tak kisah nak bercerita pengalaman mengapa anda menyertai parti politik itu..kita tidak ada masalah.
"Tapi bila dia menyertai sesuatu parti politik itu, dia pergi menghina kerajaan. Maknanya, dalam peruntukan undang-undang pun sudah jelaskan tak kira samada pembangkang ataupun kerajaan, kalau membuat apa-apa ceramah, tidak boleh melibatkan sensitiviti agama, kaum, dan juga tak boleh hina kerajaan," tegas Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu.
Islam juga tegas beliau menegah umatnya daripada mengutuk sesama Islam. Justeru, pelakon Sembilu Kasih ini menyeru mana-mana artis supaya tidak mengelirukan rakyat dan menghina sesama Islam di dalam membantu parti mereka.
"Islam sesama Islam tidak mengajar Islam untuk mengutuk Islam..Dia tidak mengajar Islam untuk berperang dengan Islam. Kalau anda (sokong) mana-mana parti politik pun, kalau anda fikir parti itu memang dekat dengan anda dan anda bercerita tentang sejarahnya, perjuangan anda dengannya, jangan kutuk dan hina sebab Islam tak mengajar kita untuk mengutuk dan menghina.
"Jadi bawa perjuangan yang sebenar supaya anda dapat membantu parti anda dan tidak mengelirukan rakyat dan tidak menghina sesama Islam itu sendiri," gesanya.
Selain itu, Zed turut menegaskan yang beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan artis-artis yang menyokong pembangkang walaupun dirinya mempunyai kedudukan di dalam Umno.
"Hak untuk menyertai mana-mana parti itu hak individu, saya tidak boleh halang..Tapi yang saya pasti, artis saya (Seniman) tetap Umno (sejak) dulu, kini dan selamanya," katanya.
Ketika penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, dan Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, 21, bakal melangsungkan pernikahan mereka pada Jumaat ini, timbul pula suara kesal daripada bapa kandung Leuniey yang tampil kepada media.
Seperti didedahkan sebuah portal sebelum ini, Leuniey yang berbintikan Nazri mengakui Nazri yang dipanggil dengan gelaran 'daddy' itu, bukanlah bapa kandungnya.
Dia sebaliknya memberitahu nama bapanya ialah Jaafar Mohamad.
Jaafar meluahkan rasa terkilan apabila dia tidak dapat menyaksikan saat penting buat anak sulungnya selepas mendakwa tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan itu.
Katanya, sebagai bapa, harapannya cukup besar untuk menyaksikan anaknya itu diijab kabul, namun ia tidak mungkin tercapai. - HMETRO-
PASIR PUTEH 25 Dis. - Perasaan taksub terhadap Amanat Haji Hadi menyebabkan pembayaran zakat fitrah oleh ahli Pas suatu ketika dahulu tidak disempurnakan melalui imam UMNO yang dipertanggungjawabkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kerana mendakwa penyokong UMNO kafir.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pasir Puteh di sekitar tahun 2000, Shokri Mohd. Nor, 68, ketika menceritakan perkara itu menyatakan kekesalan di atas keterlanjuran itu sepanjang bergiat aktif sebagai aktivis tegar Pas sejak 40 tahun lalu.
Beliau berkata, ketika aktif dalam perjuangan Pas, bayaran zakat fitrah dilunaskan kepada imam yang menyokong Pas sahaja biarpun di luar mukim selain menunaikan fardu Jumaat di masjid tertentu sahaja.
Menurutnya, dia dan sebilangan penyokong Pas turut mengeluarkan zakat fitrah secara terus kepada golongan miskin dalam kalangan penyokong parti itu sahaja.
** PAS keluar fatwa isu amanat Hadi dah basi ...tapi penyokongnya tetap amalkan lagi .. Sokong PAS bermakna sokong pepecahan perpaduan umat Islam .
The issue of Kelantan's 4,210 land which is worth almost RM30 million in locations such as Relai, Chiku District at Gua Musang which is given to Upayapadu Plantation Sdn Bhd by Nik Aziz's government is beginning to fall apart. It is said that the land is given because it involves the interest of politicians such as Adun DAP Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, few of the investors in the company. The 'gift' given by PAS government to the Perak DAP leader is said so that PAS could put Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin as Perak Chief Minister at the time. Based on the search on Companies Commission of Malaysia (SSM), 40% or RM15 million of Upaya Padu Plantation Sdn Bhd is owned by Ngeh Koo Ham, and 51% or RM16 million is owned by a company known as Efektif Kirana. And 99% of the shares in Efektif Kirana is owned by Ngeh Koo Ham as well. Thus, in a way, Upaya Padu Plantation is almost 100% owned by Ngeh Koo Ham. Ngeh also confirmed that he is the owner of the company even though previously he tried to lie deny everything. This issue is not really that hard to understand especially when Nik Aziz's Media Secretary himself, Ahmad Fadhli Shaari confirmed that the state government had offered Upayapadu Sdn Bhd through the letter of Yayasan Islam Kelantan dated August 28, 2005. Considering that everything is braeking up, Nik Aziz and Ngeh began to find ways to defend themselves when their 'dirty business' is exposed. Harakah also took an important role to twist stories and to blame UMNO leaders as the backbone of the whole thing. They are saying that the land is given to Upayapadu through the approval from the central government based on the letter from Deputy Minister of Ministry of Rural and Regional Development, Datuk Dr Awang Adek bin Hussin, and the letter from Minister of Plantation Industries and Commodities at the time, Datuk Peter Chin Fah Kui. It is clear that this is PAS's desperate efford in trying too twist such a simple story, so that it would be too twisted for rakyat to understand. This is because, both of the letters which is being used as PAS as their 'evidence that they are innocent' is only support letter on the project which is proposed and not the document to change land ownership to anyone. It has always been the responsibility of the central government to support projects that are seen to be able to generate state income. However, Datuk Awang Adek nor Datuk Peter Chin have any rights or power to change the land ownership to Upaya Padu Sdn Bhd or anyone. The only one who has the power to do such thing is none other than Tok Guru Nik Aziz himself. The thing which makes it harder for PAS and DAP is when this scandal is raised in Dewan DUN Perak by Dato' Hamidah Osman. It has been part of DAP's tradition to threat people when it comes to covering their scandal. Thus, on December 20, at 3.30pm when she was at the food court of Dewan Undangan Negeri, Nga Kor Ming came to Dato' Hamidah and threatened her by saying,"If you reveal this, you watch out I will go after you''. However, as usual, DAP is too arrogant to admit that they threaten anyone even though the fact is, Mohamad Tajol Rosli Ghazali and Datuk Rusnah Kassim was there during the incident. Who knows what DAP and PAS would do after this to cover their corruption issue. Today, PAS had proven that they are willing to sacrifice 4,210 hectare of their land for the CM post. Just imagine if PR is to lead this country...who knows how much land would PAS give away for the post of Cabinet Ministers or even GLC Directors. And just imagine the kind of threats those DAP gangsters would do if they don't get what they want.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng disaran menutup mulut isu kalimah ALLAH kerana dikhuatiri akan mewujudkan suasana tegang di negara ini.
Setiausaha Umno Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi berkata, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang tidak faham tentang agama Islam dan tidak layak bercakap mengenai perkataan ALLAH.
"Mana boleh samakan nama ALLAH dengan yang lain. Kalimah ALLAH perlu dijunjung dan tidak boleh dipermainkan.
"Guan Eng tidak faham tentang agama Islam dan dia main cakap sahaja. Lebih baik Guan Eng berhenti bercakap kerana kenyataan beliau nanti akan membuatkan masyarakat keliru," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Menurutnya, pemimpin Pas perlu menegur tindakan Guan Eng kerana kenyataannya itu dikhuatiri akan mewujudkan suasana tidak harmoni dan mendatangkan kemarahan umat Islam.
"Kalau betul Pas sebuah parti memperjuangkan Islam, sepatutnya mereka (pemimpin Pas) menegur Guan Eng supaya tidak mempermainkan perkataan ALLAH.
"ALLAH bukannya ayat politik tapi ayat al-Quran yang disanjung tinggi dalam Islam. Kita tidak mahu Guan Eng mudah memberi kenyataan tapi dalam masa yang sama tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang diperkatakan," katanya.
Hasim berkata, beliau berharap Guan Eng menghormati agama Islam sepertimana umat Islam menghormati agama lain.
Semalam, Sinar Harian melaporkan Guan Eng menggesa Kerajaan Persekutuan yang diketuai Barisan Nasional (BN) membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak.
Guan Eng membuat gesaan itu kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti. -SH
Beberapa blog dan portal pro pembangkang tika ini sedang spin baik punya dengan memutar belitkan fakta kekecohan yang berlaku pada 23 Disember 2012 di Felda Bukit Rokan Utara, Negeri Sembilan.
Ikut pada laporan geng pro pembangkang, dua peserta Kembara Oren cedera dan sebuah kereta pacuan empat roda berwarna kuning dipecahkan cermin kononnya dengan sengaja oleh penduduk tempatan serta para peneroka.
Sesiapa yang percaya dengan berita propaganda tersebut, sahihlah memerlukan pemeriksaan segera di hospital berdekatan untuk kenalpasti kedudukan sebenar otak anda sama ada wujudnya di kepala lutut ataupun berada dalam tempurung kepala.
Di bawah ini dua versi cerita dari dua portal pro PR. Baca dengan teliti kemudian bandingkan pula dengan video di bawah yang disertakan.
Menurut Pengarah Program Konvoi Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli; ketika peserta konvoi baru sahaja sampai di lokasi, sekumpulan lelaki yang bersenjatakan kayu dan batu meluru kepada sebuah kereta pacuan empat roda yang berada di paling hadapan. "Mereka memecahkan cermin kereta di hadapan dan kedua-dua cermin tingkap sebelah kiri kereta dengan kayu. "Sebenarnya tindakan lelaki-lelaki yang membawa bendera BN dan Umno ini adalah satu tindakan yang salah. "Menyedari bantahan daripada mereka, kami tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, sebaliknya hanya berunding untuk menggunakan jalan besar tersebut untuk ke Felda Jelai. "Sebaliknya mereka mencederakan dua orang lelaki. "Seorang cedera di kepala dan seorang lagi di kening. Saya juga kecewa dengan pihak polis yang hanya melihat insiden itu berlaku dan tidak menghalang lelaki-lelaki yang mencetuskan provokasi dari awal lagi," kata Abdul Rahman yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Jempol. (FreeMalayasiaTodays)
Manakala di bawah ni pula ialah cerita versi Harakahdaily. Bandingkan di mana perbezaan dan persamaan dengan kenyataan di atas dari FreeMalaysiaToday..
"Kami mengalah demi menjaga ketenteraman awam walaupun konvoi kami ini tidak menyalahi undang-undang. "Ketika kami berunding agar mereka membuka sekatan jalan untuk kami meneruskan perjalanan ke Felda Jelai, tiba-tiba mereka menyerang kereta pacuan empat roda kami dengan kayu. "Untuk menyelamatkan diri kereta pacuan empat roda yang berwarna kuning itu berundur dan dalam keadaan kelam kabut itu kereta itu tergesel sedikit dengan sebuah motorsikal secara tidak sengaja. "Lalu mereka memecahkan cermin depan dan cermin tingkap kereta tersebut. "Selepas itu mereka turut menyerang peserta dan dua peserta kita cedera dipukul dengan kayu oleh mereka yang saya percayai orang upahan Umno dan Barisan Nasional. Inilah sikap tidak bertamadun orang-orang Umno dan Barisan Nasional," jelas Abdul Rahman(Harakahdaily)
Dua cerita di atas oleh lelaki yang sama yakni Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman tampak jelas ada percanggahan. Terlampau ghairah untuk memutar belitkan cerita akhirnya kantoi wujud percanggahan ketara.
+ Kenyataan pertama menyebut ketika konvoi baru sampai ianya terus diserang oleh sekumpulan lelaki yang bertindak memecahkan cermin kereta tersebut. Kemudian baru diadakan perundingan tapi diikuti dengan serangan yang mencederakan dua peserta konvoi terbabit.
+ Dalam kenyataan kedua di Harakahdaily pula, Abdul Rahman menyebut ketika rundingan sedang diadakan tiba-tiba sahaja kereta pacuan 4 roda itu diserang dan terpaksa berundur sehingga terlanggar sebuah motosikal diikuti dengan tindakan penduduk memecahkan cermin kenderaan tersebut.
Kan ketara berbeza jalan penceritaannya tu. Standardlah tu, siapa saja yang jadi pemimpin PAS automatik bijak dalam bab kelentong.
Sebetulnya, sebelum kejadian tersebut, lebih kurang 100 orang penduduk setempat dan para peneroka yang turut mengibar bendera BN telah menyekat konvoi haramjadah yang ditaja oleh NGO proksi PAS, ANAK daripada memasuki kawasan penempatan mereka.
Bagaimanapun semasa perundingan dilakukan diantara kedua-dua pihak, tiba-tiba sahaja kenderaan pacuan 4 roda berwarna kuning memecut laju ke hadapan sehingga hampir menyebabkan berlakunya kemalangan. (Lihat Video di bawah atau klik sini)
Berkenaan tahaluf siyasi dan beza hubungan UMNO-MCA-MIC-GERAKAN vs PAS-DAP-PKR
UMNO maseh dominan dalam Barisan Nasional dan party komponen tidak pernah menyongsongkan polisi kufar mereka. Oleh itu party komponen bukan Islam dalam Barisan dianggap kafir zimmi iaitu yang tak memudaratkan Islam
PAS pula akur dengan polisi Kritianisasi DAP dan Pluralisme dan Liberalisme PKR-kerjasama ini mudarat ke atas umat Islam
Sebuah rumah milik orang Umno telah disimbah dengan cat merah dan pada pintu rumahnya.
Difahamkan beliau telah mendedahkan nama seorang ahli Pas yang telah menghina DYMM YTP Agong. Beliau telah mendedahkan nama dalam satu liputan atau sidang media selepas membuat laporan polis.
Adakah tindakan menyimbah cat ke rumah orang dibolehkan dalam Islam? Pas sebuah parti yang kononnya berjuang atas landasan Islam, mengapa sampai tergamak berbuat demikian dan mereka (Pas) sanggup menghina Raja-raja Melayu. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jumlah mangsa banjir sehingga pagi ini kini berjumlah kira-kira 13,409 (3,293 di Kelantan; 7,741 di Terengganu dan 2,375 di Pahang). Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sempena Hari Natal 2012, Lim Guan Eng gatai mulut untuk menjadi bab agama kristian, nada dia amat jauh tersasar jika dibandingkan dengan ucapan pemimpin BN yang lebih menjuruskan kepada kerjasama dan perpaduan kaum, hormat menghormati antara satu sama lain.
Lim Guan Eng punya ucapan lain pula bunyinya, dia mahu khalimah Allah dibenarkan diguna pakai oleh semua gereja di Malaysia.
Adakah dia pengerusi gereja atau POP besar di Malaysia?
Pemuda Pas nampaknya dah mula naik angin tetapi pemuda Pas kena hormatlah pandangan khalifah Umar Abd Aziz lantikan Pas. Kalau Nikky , Hadi dan Khalid Gereja diam sahaja bermakna semua ok lah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pendedahan sebuah blog yang mendakwa berlakunya rasuah pemberian tanah terhadap salah seorang pemimpin DAP dalam proses pemilihan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri ,Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak kira-kira empat tahun lepas.
Nizar Al Capone
Menurut beliau, biarpun pendedahan tersebut telah dinafikan oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Pembangkang, namun beliau mendesak agar SPRM segera menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut. "Saya minta agar SPRM segera menyiasat dakwaan tersebut untuk mencari kebenaran tentang pendedahan tersebut. Bahkan saya difahamkan, blog tersebut juga turut memuatkan beberapa dokumen berkenaan pemberian tanah tersebut kepada kepimpinan DAP itu. "Selama ini mereka menuduh UMNO dan BN mengamalkan rasuah, namun pendedahan tersebut membuktikan bahawa tuduhan itu kini berbalik kepada mereka dengan pendedahan blog tersebut dengan beberapa dokumen sebagai bukti," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini. Beliau juga berharap pihak yang mendedahkan perlakuan rasuah kepimpinan tertinggi DAP dan Pas tersebut agar bertanggungjawab di atas segala pendedahan yang dibuat serta mengemukan segala dokumen yang menjadi bukti berlakunya penyelewengan tersebut kepada pihak yang terbabit. "Saya yakin, apa yang didedahkan itu bukan fitnah. Saya yakin ada kebenarannya di atas dakwaan yang dibuat oleh blog tersebut memandangkan ianya turut disertai dengan beberapa dokumen untuk mengesahkan lagi dakwaan tersebut," ujarnya. Beliau turut membidas tindakan Pakatan Pembangkang yang seringkali cuba mengaitkan perlakuan rasuah terhadap UMNO dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu perbuatan jahat. "Sekiranya benar berlakunya perkara seperti yang didedahkan oleh blog tersebut, bagi saya ia merupakan satu perbuatan rasuah kedua terbesar di dalam Pakatan Pembangkang, selain tindakan rasuah yang cuba dilakukan terhadap 30 Ahli Parlimen yang kononnya akan melompat parti ketika heboh peralihan kuasa pada 16 September yang lalu. "Rasuah ini sebenarnya tidak mengenal parti atau bangsa. Semua yang menyahgunakan kuasa atau wang ringgit untuk melakukan rasuah, tetap bersalah tanpa mengira apa juga parti atau apa juga bangsa di pelaku," jelasnya. Sebuah blog, www.pisau.net baru-baru ini telah mendedahkan berlakunya transaksi pemberian tanah bertempat di daerah Chiku, Guan Musang yang mencurigakan antara kepimpinan DAP dan kerajaan Kelantan yang didakwa sebagai tukar ganti agar kepimpinan DAP bersetuju Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar Perak.
Baharum menunjukkan notis pindaan senarai nilaian atau cukai taksiran yang diterima baru-baru ini.
KUALA KUBU BHARU - Seorang penduduk Taman Ampang Pecah di sini terkejut apabila menerima notis cukai taksiran yang didakwa tinggi.
Baharum Wariya berkata, notis bertarikh 3 Mei 2012 itu diterima semalam dengan jumlah cukai RM143.10 lebih tinggi berbanding 13 tahun sebelumnya hanya RM108.
"Rumah saya diami adalah kos rendah, nilainya RM25,000 ketika saya beli pada tahun 1990 dan cukai pintu yang dikenakan sebelum ini hanya RM54 untuk setengah tahun.
"Tetapi sekarang cukai telah melonjak tinggi dan jika kenaikan sama dialami penduduk di kawasan ini yang kebanyakannya berpendapatan rendah maka jelas akan membebankan mereka," katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, berdasarkan Notis Pindaan Kepada Senarai Nilaian yang diterima, kenaikan cukai taksiran itu dibuat setelah berlaku pengubahsuaian dan tambahan pada struktur hadapan rumahnya.
Bagaimanapun, katanya pengubahsuaian itu dibuat sejak tahun 1998 dan dia hairan mengapa baru sekarang kenaikan cukai dikenakan.
Menurutnya, kenaikan itu dianggap tidak munasabah malah bertentangan dengan hasrat Kerajaan Negeri yang sebelum ini mencanangkan penurunan cukai 20 peratus.
"Manifesto Kerajaan Negeri sebelum ini mahu menurunkan cukai 20 peratus, tetapi notis ini membuktikan bukan saja janji tak di tunai malah dinaikkan lebih tinggi dari itu.
"Sudahlah denda lewat dinaikkan daripada RM2 kepada RM20, ini pula kenaikan mendadak cukai pintu yang memang membebankan," katanya.
Menurutnya, walaupun notis pindaan itu akan dikuatkuasakan pada 7 Julai ini dan memberi ruang penerima mengemukakan bantahan, namun dia percaya bantahan itu tidak dilayan seperti yang berlaku terhadap penduduk Desa Alam Ria di Batang Kali yang kini menanggung beban cukai tinggi.
Katanya, ruang bantahan turut diberikan kepada penduduk taman tersebut, tetapi disebabkan keputusan muktamat Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, maka bantahan itu tidak dilayan.
Baharum turut kesal kerana walaupun Kerajaan Negeri menaikkan cukai itu tetapi penyelenggaraan tidak dilakukan sehingga keadaan longkang tersumbat, lalang terbiar di kawasan taman tersebut.
Lihat saja video ini, bukankah Gerakan Menyelamatkan Felda ini sepatutnya digelar Gerakan Bunuh Felda. Kereta tersebut yang dipandu umat PAS, yang menghalalkan darah orang Islam selainnya (UMNO-BN), dipandu laju merempuh penduduk kampung, syukur Alhamdulillah, penduduk kg tersebut dilindungi Allah s.w.t mereka ini bebas dari kecederaan, namun nyaris menemui ajal sekiranya kereta yang dipandu ahli Oren PAS yang sudah kurang waras itu merempuh mereka. Mereka puak OREN yang diketuai Mazlan Aliman, yang mengarahkan kenderaan pacuan empat roda itu merempuh penduduk kg tersebut. Tindakan ini adalah tindakan kurang waras yang selalunya dilakukan di Israel, dimana askar Israel akan merempuh serta melanggar penduduk Palestine sesuka hati tanpa belas kasihan. Mereka ini umpama Yahudi Mabuk yang tidak sedarkan diri, serta dengan sesuka hati menceroboh kampung-kampung orang menyebarkan dakyah-dakyah fitnah mengatakan bahawa Felda ini tidak membawa keuntungan malahan merugikan. Masakan sesuatu yang merugikan ingin diadaptasi oleh orang lain, baru-baru ini Moro mencapai perjanjian damai di Filipina melalui usaha kerajaan pimpinan DS Najib memohon bantuan kerajaan Malaysia menyalurkan skim serta cara Felda beroperasi kepada mereka untuk membantu proses pembangunan Moro. Mereka ini diketuai oleh Murad Ebrahim seorang Muslim yang berjiwa besar, yang mahukan rakyat mereka mencapai kesenangan sepertimana yang dicapai oleh warga-warga Felda di Malaysia. Apa sudah gila Gerakan Pembunuh Felda ini? Sudah hilang akal barangkali, menyatakan bahawa Felda itu merugikan serta menyusahkan orang-orang Melayu Bumiputera. Felda ini secara total telah mengangkat taraf kehidupan peneroka orang Melayu Bumiputera ke satu tahap di mana kini anak-anak Felda beroleh kesenangan hidup, dengan bantuan-bantuan kewangan, bantuan pendidikan serta bantuan latihan dan membuka peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak Melayu Felda. Orang yang tidak waras, selalu berkata yang bukan-bukan. Ya itu yang sepatutnya dinyatakan tepat ke dahi Mazlan Aliman. Mereka ini ialah secara retoriknya harus dianggap sebagai golongan yang tidak waras, yang menyatakan kebobrokan kerajaan yang melaksanakan Felda. Mazlan dan juak-juak gilanya, tidak sepatutnya berlaku demikian apabila dihalang, sebagai seorang Muslim sekiranya beliau Muslim, dia patut berundur, dan cuba masuk di waktu lain. Bukankah dengan tindakan merempuh penduduk kg itu mengundang kemarahan serta mampu mencederakan/membunuh penduduk kampung tersebut.
Sedarlah wahai warga Felda sekalian, sekiranya inilah golongan yang datang menyebar dakyah-dakyah kepada anda, haruslah anda tolak. Kerana mereka ini sanggup membunuh serta mencederakan Muslimin dan Muslimat yang lain sekiranya mereka ditolak. Mereka ini golongan radikal PAS yang mungkin sekali menganut serta mengamalkan Amanat Haji Hadi yang mengatakan orang UMNO itu kafir serta dilaknat. Sekiranya mereka berlaku demikian layakkah mereka ini mengkafirkan orang? Layakkah mereka ini berceramah? Pada pendapat akal fikiran MyMassa sendiri mereka yang sanggup membunuh hanya kerana tidak mampu berceramah, merupakan orang gila yang tidak waras dan haruslah di tangkap dan di cegah dari menimbulkan bencana dan sengsara kepada orang lain.
KUALA LUMPUR, 24 Dis — Kerajaan Persekutuan digesa untuk membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Bible berbahasa Melayu sepertimana yang dibenarkan di Malaysia Timur sejak 50 tahun lalu. Dalam perutusan Krismas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini, gesaan itu dibuat berikutan kerajaan Barisan Nasional (BN) jelasnya sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi termasuk juga integriti. "Selain membenarkan perkataan Allah seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini. "Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini ... mereka taat kepada Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia," katanya dalam perutusan tersebut. Akhbar The Herald menerima masalah apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghalamg penerbitan bahasa Melayu Bible - Al Kitab - daripada menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan agama Kristian. Mahkamah bagaimanapun pada 2009 memutuskan tindakan KDN itu bercanggah dengan sistem perundangan, dan penghakiman tersebut menyebabkan siri serangan ke atas beberapa gereja di negara ini. Kerajaan Persekutuan berhujah penggunaan perkataan Allah adalah eksklusif untuk komuniti Islam sahaja.
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan didesak membuat sidang akhbar khas sekali lagi bagi menjelaskan kaitannya dengan pelbagai isu terutama perkara-perkara yang berunsurkan 'skandal politik'.
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, Deepak dalam sidang akhbar sebelum ini memberitahu beliau tidak memihak kepada mana-mana parti politik atau cenderung kepada individu politik tertentu sebaliknya hanya menumpukan kepada urusan perniagaan.
Walau bagaimanapun jelasnya, pendirian Deepak itu menimbulkan persoalan berikutan beliau didakwa banyak membuat kenyataan berbaur politik menerusi media-media propembangkang.
"Deepak sekarang sudah menjadi alat politik pihak tertentu. Mungkin pendiriannya untuk tidak mahu terlibat dalam politik adalah propaganda sahaja, mungkin hari ini beliau mengambil sikap berkecuali hanya kerana terjerat dengan hutang-piutangnya.
"Beliau perlu mengadakan satu lagi sidang akhbar dan mesti berani serta jujur memberi penjelasan tentang diri beliau yang kini dikaitkan dengan pelbagai isu," katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas desakan Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari terhadap Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berhubung kaedah pakatan pembangkang menjelaskan hutang Deepak dengan Kuwait Finance House berjumlah RM170 juta.
Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, Deepak perlu membuat penjelasan terperinci berhubung hutang syarikatnya yang didakwa telah dijelaskan sepenuhnya.
Beliau berkata, kenyataan Deepak sebelum ini memperlihatkan beliau seolah-olah terlibat dalam percaturan politik pihak tertentu terutama apabila media propembangkang terlalu membelanya.
"Kita ingin tahu adakah Deepak berada dalam keadaan tertekan sama ada tekanan hutang atau mungkin tekanan kerana terpaksa menjadi alat kepada strategi pembangkang?
"Deepak harus jelaskan isu ini. Kalau berada di pihak benar, beliau perlu sangkal dakwaan pembangkang telah menjelaskan segala hutangnya," katanya.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar membuat penafian secara terbuka Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar Taharin seperti didakwa Datuk S. Nallakaruppan.
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, Karpal perlu menyahut cabaran itu kerana beliau dan anaknya, Gobind Singh Deo mahukan Anwar menjadi calon Perdana Menteri bagi pakatan pembangkang.
"Karpal juga perlu menjelaskan mengapa beliau enggan menerima Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri sedangkan jawatan yang disandang Abdul Hadi ketika ini adalah dipilih dan bukannya dilantik.
"Jawatan yang dipegang Abdul Hadi tidak sama seperti Karpal atau Anwar. Kedua-dua mereka dilantik dan bukannya dipilih," katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas pendirian Karpal dan DAP yang terus mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Karpal sehingga kini belum pernah menarik balik kenyataannya di Parlimen pada Oktober 1997 yang beliau mempunyai bukti mengenai penglibatan Anwar dalam aktiviti liwat.
Dalam perkembangan berkaitan, SD Johari turut mencabar Karpal mengarahkan Gobind yang juga seorang peguam menarik balik kenyataannya dalam hansard Parlimen pada Oktober 1997 berhubung kegiatan liwat Anwar itu.
Liew Yuen Keong (dua dari kiri) bersama Ahli Jawatankuasa Biro Aduan MCA Serdang menunjukkan gambar-gambar kawasan yang terlibat dengan banjir kilat pada Jumaat lalu dan puncanya dalam sidang akhbar di Serdang, Selangor semalam.
Banjir kilat kali kedua yang teruk dalam tempoh kira-kira tiga bulan di sekitar Serdang, Jumaat lalu dikenal pasti berpunca daripada timbunan sampah di Kolam Takungan Air Serdang Jaya.
Selain itu, Pengerusi MCA Serdang, Datuk Liew Yuen Keong yang meninjau keadaan pada hari tersebut berkata, banjir kilat yang membawa lumpur itu juga dilihat berpunca daripada pembangunan di kawasan cerun bukit berhampiran Pusat Perdagangan Seri Kembangan di Bukit Serdang, masalah pam air dan sistem perparitan yang tidak disenggara dengan baik di Sungai Kuyu.
Kawasan-kawasan yang terlibat dengan bencana pada Jumaat lalu adalah Sungai Kuyu Kawasan 5 dan 9 di Kampung Seri Kembangan, Pusat Perdagangan Seri Kembangan di Bukit Serdang Seksyen 1 dan 14, Serdang Jaya dan Seri Serdang.
Dalam kejadian itu, air berlumpur setinggi lebih satu meter melanda kira-kira 400 buah rumah, mengakibatkan kerugian harta benda serta kesesakan jalan raya.
Menurut Yuen Keong, banjir kali ini dilihat lebih teruk berbanding pada September lalu. Beliau menyifatkan pengalaman buruk yang dialami penduduk dahulu gagal menyedarkan pihak berkenaan untuk mengambil sikap lebih serius bagi menangani masalah itu daripada berulang.
"Ini satu keadaan yang serius kerana pernah berlaku banjir kilat pada September lalu di kawasan sama. Nampaknya kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak mengambil tindakan agresif dan proaktif untuk mengatasi masalah ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pejabat MCA Bahagian Serdang dekat sini hari ini untuk menerangkan hasil tinjauannya di kesemua kawasan terlibat pada hari kejadian.
Menurut Yuen Keong, ketika membuat tinjauan pada hari tersebut, beliau mendapati terdapat beberapa tempat yang perlu diberi perhatian dan tindakan segera oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan MPSJ.
"Pertama ialah di kolam takungan air itu. Saya dapat lihat timbunan sampah yang banyak di dalamnya. Disebabkan itu air tidak dapat mengalir dengan baik lalu mengakibatkan banjir kilat ketika hujan lebat.
"Selain itu kolam itu memang tidak dibersihkan kerana terdapat banyak semak-samun walaupun telah berlaku banjir pada September lalu," jelasnya.
Kata beliau, punca-punca utama lain adalah pembangunan di cerun bukit yang menyebabkan air berlumpur itu turun ke kawasan rendah dan sepatutnya pihak MPSJ memantau kerja-kerja pembangunan itu sejak awal lagi.
"Dua pam air di Sungai Kuyu tidak disenggara dengan baik menyebabkan restoran-restoran di situ dimasuki air banjir," katanya.
Beliau difahamkan, banjir juga berlaku di Klang dan Kajang yang mana kawasan itu menerima peruntukan sebanyak RM5 juta daripada kerajaan negeri untuk projek-projek penyenggaraan banjir.
"Mengapa sehingga hari ini tiada peruntukan untuk bantuan pencegahan banjir di sini? Saya memohon supaya kerajaan negeri dapat memberi peruntukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan MPSJ bagi menjalankan program pencegahan banjir di kawasan Serdang.
"Pepatah mengatakan bahawa 'sediakan payung sebelum hujan'. Kerajaan negeri dan MPSJ perlu bekerjasama dengan JPS dengan mengambil langkah proaktif demi membantu rakyat dan mengambil langkah-langkah awal pencegahan banjir," jelasnya.
Kata beliau, kerjasama pihak-pihak tersebut bersama-sama penduduk amat penting bagi memastikan tidak berlakunya banjir.
"Kita tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini, tetapi sesuatu perlu dilakukan demi kepentingan masyarakat setempat kerana mereka bimbang akan berlaku lagi banjir," ujarnya.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pemimpin PAS Chiku Gua Musang, ustaz Zulkifli dan ketua pemuda Pas Dun Paloh, Ustaz Rizuan Ali adalah antara individu yang paling kecewa dan sedih apabila mendapat tahu tanah ini sudah diserahkan kepada pemimpin cina DAP Perak.
Tanah ini mereka telah usahakan sejak tahun 1990 oleh penyokong PAS di mukim Relai, Gua Musang, Kelantan. Mungkin antara alasan Nik Aziz sebagai menteri besar Kelantan, kawasan Gua Musang bukan kawasan yang dimenangi oleh Pas jadi sekiranya mereka menggadaikan tanah tersebut pun Pas tidak akan rugi.
Lagi pula Tengku Razaleigh Ahli Parlimen Gua Musang juga menghormati Nik Aziz sebagai Tok Guru' mestilah apa yang dibuat oleh seorang yang digelar 'Tok Guru' tidak berunsur rasuah. sebaliknya sebagai pemberian kot?
Pada tahun 2007 tanah tersebut telah diserahkan kepada syarikat Upaya padu yang ketika itu dimiliki oleh 'Tengku Wong' uantuk pengeluaran hasil balak yang dijangka bernilai lebih RM20 juta. Sebaik selesai sahaja balak dikeluarkan oleh 'Tengku Wong' maka tanah seluas 10,526, ekar diserahkan kepada pemimpin cina DAP Perak termasuk Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham dengan bantuan kewangan bernilai RM16.2 juta.
Apabila projek tanaman kelapa sawit terbengkalai pihak DAP Perak meminta syarikat upaya padu ditukarkan kepada nama seperti yang disyorkan berserta baki wang pinjaman bernilai RM14.2 juta.Syarikat Upayapadu sebenarnya 100% saham adalah milik Ngeh Koo Ham
Rakyat Kelantan sendiri merempat tidak bertanah dan minum air tanah merah senang-senang cina DAP sapu tanah seluas 10.526 ekar.
Demi untuk menyelamatkan bosnya Nizar Jamaluddin terpaksa berhempas pulas memberitahu dewan kononnya terdapat 606 ekar balak di keluarkan di Pengkalan Hulu.
Rakyat Kelantan sewajarnya bangun untuk menentang kemungkaran yang telah dilakukan oleh pentadbiran Nik Aziz selaku menteri besar Kelantan. Samada Nik Aziz tahu atau tidak transaksi ini terpulang tetapi sebagai menteri besar beliau perlu bertanggung jawab. @ SRO (Sungai Rapat Online)
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Menurut Agendadaily, Syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (UPSB) yang merupakan pemilik pajakan tanah seluas 10,526 ekar di Hutan Simpan Relai, Mukim Chiku Gua Musang ditawarkan untuk dijual pada awal tahun ini dengan harga RM36.8 juta.
Rakyat disumbat dengan pembohongan oleh kerajaan Nik Aziz yang dijenamakan sebagai Tok Guru bahawa tanah rakyat Kelantan telah digadaikan kepada Ngeh dan Nga hanya 50 tahun tetapi sebenarnya 70 tahun
Sebelum ini, bos DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan sepupunya Nga Kor Ming mengakui memiliki (membeli) syarikat Upaya Padu Sdn Bhd pada April tahun ini.
Ngeh menjelaskan beliau tidak menerima apa-apa daripada kerajaan negeri Kelantan sebaliknya mendakwa pelaburan tersebut dibuat atas pelaburan sebuah syarikat swasta.
"Saya jelaskan bahawa Nga Kor Ming dan saya tidak dapat apa-apa daripada tanah itu, tetapi itu hanya melalui pelaburan swasta di mana sebahagian pelabur termasuk saya telah membeli syarikat tersebut pada April tahun ini," kata Ngeh Koo Ham.
Berdasarkan iklan yang mula tersiar di sebuah laman web pembelian hartanah terkenal, pada 12 Januari 2012, konsesi seluas 10,526 ekar tersebut adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan dipajakkan kepada UPSB.
Di dalam iklan tersebut adalah keluasan tanah 10,526 ekar atau 4,260 hektar, pajakan 70 tahun dari 3 Mei 2006 hingga 3 Mei 2092.
Syarikat yang membeli tanah tersebut tidak memerlukan Bumiputera sebagai pemilik bersama, dan dari jumlah 10,526 ekar itu terdapat 9,500 ekar kawasan pembalakan dengan perjanjian 30 peratus keuntungan dari hasil pembalakan mesti diberikan kepada YIK.
Antara syarat yang ditetapkan adalah UPSB mesti membayar YIK RM100 seekar selepas lapan tahun jika sekiranya ditanah dengan getah yang mana keseluruhan konsesi tersebut sesuai untuk tanaman getah.
Semakan ke atas laman web yang diberikan oleh Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad mendapati iklan tersebut sudah tamah tempoh yang membawa maksud berkemungkinan sudah dimiliki.
Berdasarkan iklan tanah di kawasan itu amat sesuai untuk tanaman getah dengan corak muka bumi yang rata tidak berbukit.
Harga ke atas tanah tersebut adalah RM3500 seekar atau RM36.8 juta keseluruhan dan pembeli ditawarkan pembelian penuh terhadap ekuiti syarikat UPSB.
Persoalannya jika Ngeh bersama sepupunya beli syarikat tersebut pada April lalu, berapakah jumlah sebenar yang mereka bayar?
"Kita menuntut penjelasan, dari manakah sumber kewangan dua pemimpin DAP tersebut membeli syarikat UPSB dan apakah perjanjian sebenar antara UPSB, YIK dan kerajaan negeri..." kata Wan Khairul.
Wan Khairul yang merupakan anak jati Kelantan turut meminta penjelasan dari kerajaan negeri apakah benar tidak diperlukan Bumiputera sebagai pemilik syarikat tersebut seperti yang diiklankan sebelum ini.
"Kami sebagai rakyat Kelantan berhak tahu semua maklumat berkaitan tanah ini dan saya cabar Nik Aziz supaya mengadakan sidang akhbar untuk berterus terang dalam kes ini," ujarnya.
Permintaan Wan Khairul untuk Nik Aziz berterus terang dalam isu ini wajar memandangkan Kelantan mempunyai undang-undang tanah yang ketat.
Sebelum ini, Setiausaha Akhbar Nik Aziz, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan oleh Harakahdaily berkata tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd pada masa itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Wong Yeon Chai (Tengku Wong), dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005.
"Manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihan raya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama hanya 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik.
"Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.
"Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012, di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta," katanya.
Manakala dalam sidang akhbar Sabtu lalu, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh dilaporkan mahu semua pemimpin parti DAP agar tidak meletakkan diri mereka pada kedudukan yang boleh menimbulkan persepsi salahlaku.
"Saya masih belum lagi bertanya kepada Ngeh bagi mendapatkan penjelasan lanjut perkara itu,"kata Karpal.
Sementara itu, Exco Kanan kerajaan negeri Perak YB Dato' Hamidah Osman Hamidah membuat satu lagi pendedahan berhubung pembabitan Ngeh dalam UPSB yang menjalankan projek pembalakan di Kelantan.
Beliau mendakwa Ngeh yang juga ADUN Sitiawan menguasai keseluruhan kepentingan syarikat berkenaan.
Katanya, Ngeh memiliki secara peribadi 49 peratus saham bernilai RM15.5 juta, manakala 51 peratus saham lagi bernilai lebih RM16 juta dimilikinya menerusi Efektif Kirana Sdn Bhd (Efektif Kirana), menjadikan pegangan keseluruhan RM31 juta.
Menurutnya, ini kerana Ngeh memiliki 99 peratus saham dalam Efektif Kirana, manakala satu peratus lagi oleh dua individu lain.
"Jadi, kalau dia kata anak guam dia pegang (saham terbesar) dan lain-lain lagi, saya tidak percaya. Tiada orang nak (mewakilkan kepada Ngeh) pegang saham sampai 99 peratus.
"Mereka sebenarnya cuba mengelirukan orang ramai (dengan kononnya mengatakan mereka diajak melabur).
"Saya yakin mereka kini semakin tertekan dengan pendedahan isu ini," katanya selepas membuat laporan polis berikutan diugut selepas mendedahkan kes tersebut di DUN Perak minggu lepas
Satu demi satu fakta mula terbarai berhubung isu tanah yang melibatkan pemimpin cina DAP Perak Ngeh & Nga.
Timbul persoalan dari iklan yang terpapar di atas, apabila tempoh pajakan dinyatakan sebagai 70 tahun. Fakta ini berbeza sekali dengan kenyataan rasmi Pejabat MB Kelantan yang menyebut tempoh pajakan adalah selama 50 tahun. [Baca siaran media Pejabat MB Kelantan di SINI].
Adakah ini satu percubaan dari Pejabat MB Kelantan untuk menipu rakyat Kelantan? Pada pandangan saya, bila YIK memberi tempoh 70 tahun bermakna adalah menghampiri dengan tempoh pajakan Tanah Rezab Melayu, iaitu 99 tahun.
KUALA LUMPUR - Edge Financial Daily digesa menarik semula artikel yang disiarkan akhbar itu berkaitan tragedi 13 Mei 1969 kononnya tercetus hasil rancangan parti tersebut.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, artikel berunsur tuduhan dan sentimen semata-mata itu sengaja disiarkan dalam usaha akhbar tersebut mencetus provokasi terhadap parti Melayu terbesar berkenaan.
Beliau berkata, tragedi berdarah itu merupakan detik hitam buat negara dan perlu dijadikan iktibar bukan sahaja kepada ahli UMNO, malah rakyat keseluruhannya.
"Sejarah sudah tercatat berhubung apa yang berlaku dalam tragedi berkenaan dan semua orang tahu siapa yang bertanggungjawab menyebabkannya berlaku.
"Tindakan menyalahkan UMNO tidak boleh diterima langsung. Bukan sahaja tidak masuk akal, malah tersasar daripada fakta sebenar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas artikel yang disiarkan Edge Financial Daily versi tempatan tulisan Mohsin Abdullah pada 17 Disember lalu yang menyatakan tragedi 13 Mei 1969 dirancang UMNO sendiri untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra.
Jelas Khairy, mana-mana pihak yang mahu menyiarkan artikel berkaitan isu sensitif seperti tragedi 13 Mei sepatutnya merujuk kepada fakta sejarah terlebih dahulu dan bukannya membuat kesimpulan berbentuk partisan.
Kata beliau, sebarang penilaian atau tuduhan sedemikian seharusnya diperhalusi sebaik-baiknya serta dengan penuh bertanggungjawab supaya tidak mengelirukan rakyat.
Menurutnya, fakta sejarah jelas menunjukkan tragedi itu tercetus ekoran perarakan penuh provokasi penyokong pembangkang selepas berjaya memperoleh kerusi yang banyak dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.
"UMNO mengecam sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan melihatnya sebagai salah satu unsur provokasi. Kami mendesak artikel berkenaan ditarik balik segera," katanya.- Utusan Malaysia
Beberapa perkara pelik yand dihidu dalam jawapan Setiausaha Akhbar MB Kelantan Ahmad Fadhli Shaari ini :
1. Surat di atas tidak relevan kerana yang meluluskan tanah ialah Kerajaan Negeri bukan Kerajaan Persekutuan.
2. Surat di atas juga sebagai sokongan bukan kelulusan.
3. Yang tidak disebut ialah tanah yang menjadi mangsa ialah rakyat yang bersusah payah membuka tanah walau tidak mempunyai dokumen seperti geran. Katanya ahli dan penyokong Ps juga tidak terkecuali.
4. Sila rujuk tulisan panglima sebelum ini tentang kisah ladang rakyat yang disiasat sendiri oleh panglima bersama rakan blogger 1peluru tahun ini.
Panglima mendapat tahu saudara Halim Tuah telah diancam dengan simbahan cat merah di rumah beliau selepas membuat laporan polis tentang tindakan penceramah dipercayai pro pembangkang yang menghina YDP Agong.
Kejadian tersebut berlaku malam kelmarin 24 Disember 2012.
Di bawah ini gambar rumah beliau yang disimbah dua hari lepas.
Laporan polis yang dibuat membuktikan perkara ini perlu dihalang dari terus diulang oleh penceramah Pas tersebut. Dan memberi ingatan kepada yang lain agar jangan melakukan perkara yang sama.
Harap Encik Halim Tuah akan terus berjuang melawan pihak tidak bertanggungjawab ini.
Encik Halim Tuah di hadapan rumah beliau yang disimbah cat merah di Wangsa Maju Kuala Lumpur
Keratan akhbar laporan polis beliau terhadap penceramah Pas tersebut
'Tak Harapkan Azmin Di Majlis Perkahwinan Saya' – Ummi Hafilda
Oleh RAHIMY RAHIM
Ummi Hafilda (kanan) bakal melangsungkan perkahwinannya bersama Dr Zaman Khan, 33, dalam masa dua minggu lagi.
PETALING JAYA: Ummi Hafilda Ali bersedia untuk berkahwin dengan pakar kulit Dr Zaman Khan dalam masa dua minggu dan abangnya, Azmin tidak dijemput.
"Saya faham bahawa dia adalah abang saya tetapi apakah gunanya menjemput Azmin Ali kerana dia tidak peduli untuk melawat ibu saya Che Tom (Che Tom Yahaya) selama lebih setahun.
"Baru-baru ini, kami mempunyai majlis perkahwinan sepupu lain tetapi dia tidak juga hadir untuk pertemuan keluarga itu. Saya faham jika dia tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya," katanya pada Ahad.
Azmin dan adiknya mempunyai konflik sejak bertahun-tahun, dengan Ummi sering mengkritik timbalan presiden PKR itu berikutan kecenderungan politik yang berbeza.
Dilaporkan bahawa ibu berusia 78 tahun, Che Tom mereka merayu untuk Azmin supaya "bertaubat dan pulang ke rumah", mengatakan dia tidak melihat anaknya itu sejak Hari Raya yang lepas apabila bertengkar dengan Ummi Hafilda.
Ahli perniagaan yang berusia 45 tahun itu berkata, walaupun terdapat jurang 12 tahun umur antara mereka, bakal suaminya adalah matang pada usianya.
"Saya membawanya bertemu dengan ibu saya dan dia melayan ibu dengan penuh hormat. Dia menjaga ibu seolah-olah Che Tom adalah ibunya sendiri. Satu ketika, dia menerima restu daripada ibu saya, saya tahu bahawa dia adalah lelaki yang tepat. Itu adalah bagaimana dia memenangi hati saya," katanya.
Ummi Hafilda berkata, persiapan perkahwinannya adalah mengikut jadual tetapi enggan mendedahkan lokasi majlis perkahwinan beliau atas sebab keselamatan.
"Kita tidak mahu sesetengah pihak yang tidak diingini menjejaskan hari istimewa saya," katanya, sambil menambah bahawa mereka merancang berbulan madu ke Eropah.
Ummi Hafilda menambah, mereka bertemu di Kuala Lumpur apabila ke klinik lelaki itu untuk rawatan kulit dan mengenali antara satu sama lain selama tiga bulan.
GUAN ENG WOOING CHRISTIANS GIVEN THAT PKR IS WEAK AND PAS IS TOO FUNDAMENTALIST
The DAP is at it again…playing the religion game to win the hearts and minds of voters with the party secretary-general Lim Guan Eng called on the government to allow Christians to use the word Allah.
The issue was resolved some three years ago and DAP raises the matter again given the volatile position the party is in at present as PAS continues with its fundamentalism stand which further distance the party with non-Malay Muslims voters.
DAP finds it hard to attract the Malay voters now as its recently concluded convention clearly reflected the party's chauvinistic character which distance itself with the Malay voters. Thus, to strengthen itself further with the Chinese voters especially who are Christians, the party calls on the government to allow churches to use the word Allah.
Its political relationship with PAS is fragile although they are together in the unregistered opposition alliance where they have no common ground except to topple the ruling BN.
DAP had expected PAS to net Malay voters as well as some Chinese voters who do not want DAP's chauvinistic stand but PAS has apparently antagonized the Chinese by imposing Hudud laws on them such as in Kelantan.
DAP is damned angry with PAS but the party cannot cut-off ties because they are together in the objective – to topple BN – and between the three parties in the opposition unholy alliance, PAS is considered the strongest Malay party.
PKR, a Malay-based party but the Malays are shunning away and distancing themselves from the party as its de facto leader Anwar Ibrahim's character has been an issue of contention and disdain among them.
Only a handful who are blindly loyal are standing behind Anwar and these are mostly leaders at all levels, maybe around 100 of them, not members or grassroots who every political party counts as their backbone.
PKR has no such things as grassroots and whatever grassroots they claimed to have are actually PAS members and supporters who throw their support behind as instructed by PAS leaders.
So DAP cannot count on PKR to add value to its position…in fact the party is asking for more parliamentary and state seats and Anwar has said no way.
That is bad for DAP because it cannot widen or expand its influence and even in Penang, the party cannot stand alone to be the government although it has the most state seats.
Thus Guan Eng is actually fishing for votes from Christians to add to the party's existing status as it cannot hope for help from PKR nor PAS given the situation in PKR which is not convincing at all and PAS is consider 'enemy of the Chinese and Christians'.
DAP wants its situation to be strong before the general election is called, without having to depend on its partners in the unregistered Pakatan Rakyat (PR), this is especially so in Penang.
That is why he raises an old issue but it strikes the 'cord of Christians' all over the country.
Mat sabu pernah menggelarkan anwar ibrahim sebagai "anwar al-juburi" malah dalam berberapa siri ceramah mat sabu sebelum anwar di pecat dulu, kerap mat sabu kata "anwar buka kilang kunyit" semua orang tahu dan faham apa yang mat sabu maksudkan dengan "kilang kunyit" tu...
Jadi ada desakan dari berberapa pemimpin pkr yang meminta supaya pas menyiasat segala tomahan dan kenyataan yang di keluarkan oleh mat sabu terhadap anwar suatu ketika dulu bersifat lawak jenaka atau mat sabu benar-benar serius dengan apa yang dikatakan...
Pada mereka apa yang di katakan oleh mat sabu masih terniang-niang di telinga mereka, generasi baru ahli-ahli pkr terpinga-pinga bila mendengar ayat yang di ungkapkan oleh timbalan presiden pas itu, mereka meminta mat sabu menarik balik segala kenyataan dan gelaran telah mat sabu keluarkan kepada anwar ibrahim...
Komen aku: beranikah mat sabu menarik balik segala kenyataan dan gelaran yang pernah dia berikan pada anwar satu ketika dulu...???
Semua orang tahu, kerajaan kelantan bagi tanah balak kepada cina dap bernama ngeh ko ham dan nga ko ming sebagai balasan atas jasa mereka memberikan jawatan menteri besar perak kepada wakil pas (nizar), ada yang kata tanah balak itu dipajak kepada cina dua ekor tu selama 50 tahun dan ada yang kata pulak selama 70 tahun, tapi apa yang mengejutkan di sini ialah pemilik asal tanah itu...
Mungkin korang semua akan kata, alah biase la, kerajaan bagi tanah... pada aku tak salahnya kerajaan kelantan bagi tanah pada sesiapa pun, lantak dia la, tapi yang menyedihkan ialah, tanah seluas 4000 hektar yang di beri kepada ngeh dan nga itu adalah milik YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK).
Bila tanah milik yayasan islam kelantan di beri pada orang lain, YIK tidak diberi tanah baru sebagai ganti, maka YIK sudah kehilangan sumber pendapatan...
Ok kenapa timbul pulak cerita ngeh menuduh umno bocorkan rahsia...??? ceritanya mudah, kalau pembelian tanah itu mengikut prosidur ianya bukan rahsia lagi, ye lah apa yang nak di rahsiakan kalau beli dengan jalan yang betul, tapi ngeh dan nga memiliki tanah itu dengan cara tak betul, itu sebab bila cerita tanah ini di keluarkan ngeh menggelabah beruk, umno di tuduh bocorkan rahsia dan yb hamidah pulak di ugut supaya tidak mendedahkan status pembelian tanah dan siapa di belakang syarikat yang membeli tanah itu...
Pengerusi DAP, Karpal Singh tanpa berselindung dan dolak dalik telah mempertikaikan tindakan dua orang pemimpin kanan DAP menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak.
Berikutan itu kedua-dua pemimpin DAP yang dimaksudkan itu ialah Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dikatakan telah diarah untuk memulangkan kembali gelaran kebesaran yang diterima itu.
Penganugerahan gelaran Datuk kepada Speaker DUN Selangor itu adalah hasil cadangan Menteri Besar, Khalid Ibrahim manakala Ngeh Koo Ham pula menerima anugerah tersebut pada 2008 selepas diajukan saranan oleh Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Jelas sekali DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak sentiasa ikhlas dan tidak memilih bulu dalam memperkenankan penganugerahan gelaran darjah kebesaran kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak sebagai tanda penghargaan.
Pun begitu, sekiranya seseorang individu atas kapasiti peribadinya sendiri menolak penganugerahan darjah kebesaran itu atas sebab-sebab tertentu, ianya tidakpun menjadi isu pun jika itu kehendaknya.
Bagaimanapun dalam banyak-banyak parti politik di negara ini, hanya DAP sahaja yang satu-satunya menetapkan dasar larangan kepada anggota partinya daripada menerima sebarang anugerah kebesaran dari Raja-Raja Melayu.
Sedangkan lain-lain pemimpin parti politik agak berbesar hati dan berasa bangga apabila menerima pengiktirafan dan penghargaan sedemikian.
DAP seperti sengaja mahu menonjolkan keangkuhan dan kebiadapan mereka. Dari situ pun sudah nampak belang-belang rasis DAP.
Ia juga sebenarnya satu perbuatan yang sengaja menghina dan memperlekehkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua pemerintah di negeri-negeri Melayu.
Kononnya dasar larangan tersebut bertujuan untuk menjamin ketelusan sebenarnya hanyalah retorik kosong untuk menyembunyikan sikap rasis yang telah lama menjadi budaya DAP.
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
25 DIS. 2012 - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggoreng ayam yang akan disumbangkan oleh baginda sendiri kepada 151 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara, Pekan.
Alhamdulillah, biarpun dibawa arus tetapi akhirnya pemuda ini selamat. Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di Setiu, Terengganu, Selasa.
Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu.
Kejadian berlaku sungguh pantas dan orang ramai yang berada dikawasan itu yang menyedari kejadian tersebut turut membantu mangsa.
Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik-detik cemas itu. Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal.
Semalam Duli Yang Maha Mulia, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat ke Besut dan berkenan melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir di Kampung Bukit Rambutan dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi. Inilah watak pemimpin berjiwa rakyat.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak wajar berdiam diri, sebaliknya perlu memberikan penjelasan berhubung dakwaan menawarkan tanah balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak.
Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, jika dakwaan tersebut tidak benar, Mursyidul Am Pas itu harus mengambil tindakan undang-undang ke atas blog pisau.net yang mendedahkan perkara itu sebelum pengakuan dibuat oleh kedua-dua pemimpin DAP terbabit.
"Kedua-dua pemimpin ini telah mengaku melabur dalam Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan itu, tetapi sehingga hari ini Nik Abdul Aziz masih berdiam diri.
"Beliau perlu membuat penjelasan terutamanya kepada seluruh rakyat Kelantan kerana ia bukan isu kepartian malah satu kebenaran yang perlu rakyat lihat di sebalik pemerintahan Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kelmarin, Utusan Malaysia menyiarkan pengakuan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa beliau dan Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri melabur dalam syarikat yang mendapat projek pembalakan di Kelantan itu.
Baru-baru ini, blog pisau.net mendedahkan dakwaan bahawa kedua-dua pemimpin tersebut telah diberikan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang oleh Nik Abdul Aziz sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar selepas pilihan raya umum 2008.
Namun, Nik Abdul Aziz menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pemimpin DAP itu dan mendakwa berita tersebut adalah fitnah.
Dalam pada itu, Wan Khairul Ihsan berkata, Menteri Besar Kelantan tersebut juga perlu menjawab persoalan lebih besar berhubung tindakannya yang cukup bermurah hati memberikan projek pembalakan tersebut sedangkan pemimpin DAP terbabit secara terang-terangan menghina rasul dan Islam dalam isu filem anti-Islam, Innocence of Muslims.
Pemberian projek itu katanya, boleh disifatkan sebagai rasuah jika dilakukan sebagai menentukan hala tuju terhadap keputusan yang akan diambil.
"Persoalannya kenapa Nik Abdul Aziz memberikan projek itu kepada dua pemimpin DAP ini, adakah beliau terlupa inilah manusia yang menghina rasul dan Islam?
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu membuat siasatan segera tanpa bersikap dwi standard kerana sehingga hari ini kita masih belum mendengar apa-apa tindakan telah dibuat oleh agensi penguatkuasaan ini," katanya.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan